Monday, February 27, 2006

Ayuh Kita Berbahas Dengan Waras

A Kadir Jasin

TERIMA kasih kerana membaca dan memberi maklum balas kepada weblog ini. Walaupun kita baru online sejak 24 Februari, sudah banyak pembaca yang memasuki laman web ini.

We are entirely grateful to them. Some have entered this website while others read our postings in other websites linked to us.

We thank those websites that have voluntarily linked their sites to us. For me, being a print media journalist, this is a new experience.

Dalam media cetak, kita tidak spontaneous – tidak berterusan. Kita berkala. Ada yang terbit harian. Ada yang mingguan, dua minggu sekali, bulanan dan seterusnya.

Tetapi Internet berfungsi sepanjang masa. Saya mendapati Internet sangat berguna untuk penyelidikan. Kini saya banyak membuat penyelidikan untuk tulisan saya melalui Internet.

Although we have been online for only a few days, we have received a large number of comments from readers, either directly to us or via other weblogs and websites.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) pada tahun 2000, saya sudah kehilangan hampir semua saluran media massa arus perdana.
Saya tidak menyalahkan rakan-rakan saya yang kini menerajui akhbar-akhbar arus perdana jika tidak dapat atau tidak berani menyiarkan tulisan saya. Tulisan saya, ada kalanya, agak kritikal dan tidak politically correct.

Saya faham kerana saya pernah duduk di kerusi hangat yang kini mereka duduki. Sebagai pengarang, segala-galanya berakhir dengan kita. The buck stops with us. Kitalah yang memikul beban dan menerima padahnya. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain.

Through this weblog I hope to be able to share my views with you. If there are shortcomings, they are because I am doing this alone and almost single-handedly.

Unlike in the NSTP when I had a host of researchers and editors to help me polish my articles, this weblog is a personal undertaking. So pardon me for the small mistakes I may make here and there.

Let us debate wisely and with civility. We can disagree. But let us disagree intellectually. Let us not call each other names.

Jangan kita cemuh, caci dan maki hamun. Marilah kita berbahas dengan waras, berakal, bersopan dan bijaksana. Seandainya kita berbahas dengan sopan, lebih mudahlah bagi saya memasukkan ulasan serta maklum balas anda dalam posting kita.

Saya mohon janganlah kita menggunakan kebebasan alam siber dan berselindung di sebalik terma “Anonymous” untuk membuat tuduhan yang tidak berasas, maki hamun dan hina menghina.

It would be most helpful if you would state your real identity. You know me. You can attack me. But it’s not fair if you hide behind the shroud of anonymity. Kata peribahasa Melayu, baling batu sembunyi tangan.

Kalau kita percaya kini era Islam Hadhari, Islam yang mengutamakan tamadun dan peradaban, dan kita percaya gesaan Perdana Menteri “beritahu saya apa yang saya perlu dengar dan bukan apa yang saya suka dengar” kita hendaklah berani bersuara.

Kita bekerja dengan Perdana Menteri bukan untuk Perdana Menteri. Kita bekerja untuk mengisi aspirasi kolektif kita bukan mencari makan semata-mata.

Let us blog and chat in a civilised and intellectual manner.
Terima kasih daun keladi.

14 comments:

AMLG said...

Kami dari kumpulan menyokong UMNO [www.kmu.net.my] mengalu-alukan kedatangan seorang lagi penulis besar ke alam siber.

dukperati said...

assalamualaikum datuk,

sorry some people cannot expose their real identity simply because they makan gaji ...unlike some people who are independent..don't blame them...i know you knowlah why...

but one thing is for sure..no matter how hard they condemn you..you are still one of the best writer..what i like is that you speak your mind..unlike "the other" group who claim to be so closed to the highest authority and "associates"..they only write rubbish..about sons, daughter etc...some sort of showing off...

i am happy my comment appear on your second article even though it ias as "anonymous"..still cannot expose my real identity...may be when i see you somewhere..i will identify myself..hahahhaha..for the time being just remember duk perati

kuntakinte said...

Assalamualaikum Datuk Kadir

Terima kasih kerana Datuk sudi memberi ruang kepada pembaca dan pelayar internet untuk berdiskusi, berdebat dan berbahas secara waras, tertib dan rasional.

Sebagai permulaan ataupun muqadimah, boleh tak Datuk memberi sedikit komen tentang peranan Datuk sebagai Ketua Kumpulan Pengarang (Group Chief Editor)semasa di The New Straits Times Press (M) Berhad dalam episod berkaitan dengan Sdr Anwar Ibrahim.

Kalau tak silap saya, semasa Sdr Anwar Ibrahim dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk kes liwat, Datuk sebagai Ketua Pengarang akhbar kumpulan NSTP (termasuklah Berita Harian, Harian Metro dan Malay Mail)bertanggung jawap terhadap semua berita yang berkaitan dengan kes tersebut.

Macam macam yang telah ditulis dan dipaparkan di dada akhbar Datuk. Segala 'keburukan'Sdr Anwar Ibrahim telah londehkan untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Persoalannya - Setelah mahkamah mendapati Sdr Anwar tidak bersalah atas pertuduhan liwat,adakah Datuk tidak berasa apa apa? Adakah conscience Datuk tidak diganggu gugat? Dapatkah Datuk teruh hidup dengan biasa hingga ke hari ini? Adakah semua penulisan tentang Sdr Anwar Ibrahim itu disetujui oleh Datuk?

harap Datuk dapat memberi penjelasan yang terperinci supaya orang biasa macam saya ini dapat sedikit sebanyak mengerti tentang makna dan hakikat kehidupan.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana sudi kongsi bersama pengalaman, pengatahuan dan perasaan Datuk mengenai kes Sdr Anwar Ibrahim.

kuntakinte said...

Assalamualaikum Datuk Kadir

Terima kasih kerana Datuk sudi memberi ruang kepada pembaca dan pelayar internet untuk berdiskusi, berdebat dan berbahas secara waras, tertib dan rasional.

Sebagai permulaan ataupun muqadimah, boleh tak Datuk memberi sedikit komen tentang peranan Datuk sebagai Ketua Kumpulan Pengarang (Group Chief Editor)semasa di The New Straits Times Press (M) Berhad dalam episod berkaitan dengan Sdr Anwar Ibrahim.

Kalau tak silap saya, semasa Sdr Anwar Ibrahim dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk kes liwat, Datuk sebagai Ketua Pengarang akhbar kumpulan NSTP (termasuklah Berita Harian, Harian Metro dan Malay Mail)bertanggung jawap terhadap semua berita yang berkaitan dengan kes tersebut.

Macam macam yang telah ditulis dan dipaparkan di dada akhbar Datuk. Segala 'keburukan'Sdr Anwar Ibrahim telah londehkan untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Persoalannya - Setelah mahkamah mendapati Sdr Anwar tidak bersalah atas pertuduhan liwat,adakah Datuk tidak berasa apa apa? Adakah conscience Datuk tidak diganggu gugat? Dapatkah Datuk teruh hidup dengan biasa hingga ke hari ini? Adakah semua penulisan tentang Sdr Anwar Ibrahim itu disetujui oleh Datuk?

harap Datuk dapat memberi penjelasan yang terperinci supaya orang biasa macam saya ini dapat sedikit sebanyak mengerti tentang makna dan hakikat kehidupan.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana sudi kongsi bersama pengalaman, pengatahuan dan perasaan Datuk mengenai kes Sdr Anwar Ibrahim.

hjghaz said...

Datuk,

Let me be honest with you. I am no fan of you, Abdullah Kok Lanas, and Kalimullah. All are/were guilty of selective propaganda. I
only wish you could be honest with us and let us know where was your conscience when your media humiliated Anwar Ibrahim as a Homo before the case was even on trial.
Certainly he is no prophet, but still he is a Muslim brother.

No public apology or does he not deserve one from you? At the end of all we will go before ALLAH.

Zainal A. Kasim said...

Selamat datang ke dunia blog Datuk. Semoga mendapat idea dan pandangan alternatif yang bernas daripada Datuk.

Yun said...

datuk your blog are now officially tag in my Favourite site along with Screenshot and Kennysia. Kalau dah pening sangat, sila baca kennysia, at least takla tensen sgt. happy blogging datuk :)

nor'aini said...

saya akan terus saje membaca tulisan datuk.

novin said...

Selamat Datang ke Dunia Blogging Datuk

Glad to have a heavy weight like u in here.

cheers!

dignity2u said...

Dear Datuk

I'm impressed with your effort and energy.

The blogosphere has created a new arena in communication, and I hope it will help us develop into better quality Homo sapiens, worthy of God's creation.

Since 1998, I have been hit by many shock waves, woken up to many realities, and even have to eat some of my words.

One important thing that I have learnt is the ability to listen to dissenting views and face up to criticism.

Ezaruddin said...

Salam .

Datuk , Saya amat tertarik dengan cara penulisan Datuk . Saya juga adalah salah seorang penulis di dalam Utusan Malaysia , Kosmo dan Berita Harian . Penulisan saya lebih tertumpu terhadap menegur sikap para YB dalam pelbagai isu . Amat gembira jika dapat bertemu dengan Datuk di mana office saya di Taman Equine . Datuk telah mencetuskan inspirasi kepada saya . Terima kasih .

matahati said...

banyak sudah saya lihat masyarakat hari ini menjadi pekak dan tuli disebabkan halangan-halangan peribadi ataupun sekeliling.... hilang sudah semangat pembebasan diri...hilang sudah semangat nasihat menasihati...semuanya disebabkan harta dunia. hari ini saya disedarkan oleh Pak kadir jasin..bekas pengarang NSTP bahawa Malaysia masih punya harga diri..kebebasan abadi... harap pak kadir akan terus menulis untuk saya dan rakan-rakan saya mendapat cebisan informasi...untuk tatapan peribadi..

Anonymous said...

Salam Dato,

Selama ini saya berpendapat bahawa saya bersendirian dalam membaca hasil tulisan kadir, dolah atau kalimuallah, rupa-rupa penulis hjghaz bersama saya.

Seperti juga dolah kok lanas, kadir jasin, nor azam serta kalimuallah, mereka mempunyai agenda tersendiri dan pasti pembaca dapat memahami apa yang tersirat dan tersurat.Kekadang saya merasakan mereka terpaksa berlaku seperti lalang (maaf,kira agak terkasar) apabila mengulas sesuatu isu negara,politik dan sebagainya. Tetapi, saya dan pembaca begitu maklum didada mereka penuh agenda yang bersifat peribadi yang hanya Allah yang mengetahuinya tujuan dan maksud mereka.

Saya tidak dapat bersetuju dengan Dolah Kok Lanas dalam tulisan-tulisannya khasnya cerita beliau ditampuk era Allahuarham Tun Abd Razak. Kiranya masih hidup tentunya arwah Tun Razak pasti menyangkal cerita-cerita beliau.Beliau menulis yang seolah-olah ketika itu beliau telah berjaya mengawal sistem permerintahan arwah Tun,dan arwah Tun kerap mendengar pendapat beliau dari orang lain.Malahan arwah Tun begitu percayakan beliau,katanya. Kiranya benar lah cerita Dolah ini , maka tidak hairan lah kita ada pihak yang menghantar beliau ke Universiti ISA di Taiping untuk beberapa tahun selepas kematian Tun. Ini juga saya tuliskan kepada Dolah Kok Lanas,malangnya beliau tidak mempunyai masa membalasnya.

Begitu juga dengan tulisan kalimuallah, mengenai dakwaan beliau terhadap sikap orang Melayu yang dengki dan iri hati. Lalu dengan segera saya menulis kembali sebagai satu protes kerana sikap-sikap ini bukan sahaja orang Melayu memilikinya malahan semua bangsa didunia ini juga memilikinya. Kenapa mesti ditujukan kepada bangsa melayu,kecualilah beliau bukan berbangsa melayu? Ini juga saya nyatakan dengan jelas kepada beliau, malangnya saya dituduh dengki seperti mana tulisan beliau mengenai orang-orang melayu.
Bukan jawapan dari mereka yang saya perlukan tetapi memadai meluahkan rasa hati terhadap mereka.

Kadir A Jasin juga pernah menjunjung kuasa seperti mana Dolah,kini Kalimuallah pula memainkan peranannya.Ada juga saya tidak bersetuju dengan Kadir, semasa beliau begitu masyhur tetapi saya pendamkan kerana tatkala itu beliau mempunyai banyak 'kuasa'.

Akhirkata,sebagai pembaca kita adalah mesti bijak menilai penulisan mereka sebagaimana bijaknya mereka menulis dan memanipulasikan sesuatu isu.

Salam
hjsam

Basree Rakijan said...

Datuk AKJ,

Satu sahaja yang saya nak komen. Nampaknya bahasa yang digunakan dalam blok Datuk terlalu bercampur aduk bahasanya. Saya fikir persembahan bolg ini akan menjadi lebih berkesan jika satu bahasa sahaja digunakan. Teks yang disiarkan tanpa disunting juga menjadikan pembacaan tidak lancar. Harap Datuk boleh melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Terima kasih.

Daripada: Basree Rakijan

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).