Friday, February 24, 2006


Tanda tanya di sebalik mohon maaf NST...

Akhbar New Straits Times hari ini (24 Februari) meminta maaf secara terbuka dan tanpa syarat di atas kesilapannya menyiarkan karton yang mempersendakan Nabi Muhamad (SAW).
Saya berasa perlu mengulas peristiwa ini kerana nama saya telah diseret dan dicaci oleh NST dalam rencana pengarang muka duanya pada 22 Februari.
Namun saya mengalu-alukan keputusan yang disiarkan di muka depan akhbar itu walaupun ada tanda tanya mengenai perubahan sikap yang mendadak oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atasnya.
Selain rencana pengarang khas yang bertajuk “ What the NST Says ” (Apa Yang NST Kata) yang dengan angkuh mempertahankan keputusan dan haknya menyiarkan karton berkenaan, beberapa orang pemimpin kanan jabatan pengarang akhbar itu secara terbuka memberitahu kakitangan NST bahawa akhbar itu tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak akan berganjak seinci pun.
Sehingga petang Khamis 23 Februari mereka masih mempertahankan pendirian bahawa mereka tidak melakukan apa-apa kesahan dan menyalahkan pihak-pihak luar mencetuskan kontroversi.
Ini adalah menurut beberapa orang wartawan kanan NSTP yang hadir di sebuah taklimat di bilik berita NST yang diberikan oleh “ketua turus” akhbar itu.
Sebaliknya, menurut mereka, pegawai itu menyerang Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin, penulis blog Jeff Ooi dan saya sebagai punca masalah yang dihadapi oleh NST.
Dalam taklimat tergesa-gesa itu, Ketua Pengarang Kumpulan (KPK) New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Datuk Hishamuddin Aun tidak hadir.
Jadi, selain daripada Surat Tunjuk Sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, apakah punca NST tiba-tiba mengubah pendirian dan meminta maaf?
Apakah pihak-pihak yang sebelum ini begitu lantang menafikan kebertanggungjawaban mereka dan mempertahankan kebebasan akhbar tiba-tiba mendapat ilham dan petunjuk bahawa mereka tersilap, terlanjur dan terpesong? Dalam erti kata yang lain mereka benar-benar menyesal dan insaf.
Daripada nada suara laporan yang mengiringi permohonan maaf itu, kita dapat mengesan bahawa mereka masih tidak menerima sepenuhnya tanggungjawab di atas kesilapan itu dan terus menyalahkan pihak-pihak luar.
Jadi apakah berlaku tekanan dari luar yang memaksa mereka memohon maaf? Atau apakan ada percubaan untuk melindungi seseorang di dalam NSTP? Atau ia berupa cara terbaik menyelamatkan diri.
Kemungkinan-kemungkinan ini tidak dapat ditolak bulat-bulat memandangkan perhubungan yang sangat akrab yang digambarkan wujud antara beberapa watak utama dalam kepemimpinan baru NSTP dengan Putrajaya, termasuk dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas KPK NSTP yang kini Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan, pernah menulis sebuah rencana dalam akhbar NST (27 April, 2005) menceritakan betapa akrabnya beliau dengan Abdullah.
Beliau menceritakan bagaimana Perdana Menteri membuat panggilan telefon kepada beliau, meminta kalau boleh berita ucapannya disiarkan di persidangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di muka depan NST.
Kalimullah menulis mengatakan beliau memberi jawapan berikut: “Sir, you are the PM. You want it on page 1, you will get it on page 1.” (Tuan, anda adalah PM. Tuan mahukannya di muka 1, tuan akan dapat muka 1).
Suka tidak suka, demi ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita terpaksa mengakui hakikat bahawa apa yang berlaku kepada Kalimullah atau apa yang beliau lakukan, khasnya dalam konteks peranan beliau di NSTP, akan membabitkan Perdana Menteri.
Apatah lagi kartun itu disiarkan tidak lama selepas Abdullah sendiri mengecam keras perbuatan media massa barat menyiarkan kartun-kartun yang menghina Rasulullah SAW dan setelah akhbar Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily digantung lesen masing-masing kerana mengulang siar sekeping kartun yang sama.
Tentulah tidak masuk akal jika Kerajaan bertindak tegas ke atas dua buah akhbar wilayah yang kecil tetapi tidak bertindak terhadap akhbar nasional yang besar seperti NST. Apatah lagi kaitan rapat antara Kumpulan NSTP dan Umno adalah rahsia yang diketahui umum.
Perbuatan NST menyerang dan menuduh Jeff Ooi dan sayasebagai melakukan “vendetta” (balas dendam) adalah isu sampingan.
Namun ia penting kerana NST cuba mengalihkan pandangan umum daripada isu pokok iaitu penyiaran kartun dengan membuat tuduhan terhadap kami dan pihak-pihak lain yang membantah atau memberi reaksi.
Cukup menyedihkan apabila media massa yang sering dituduh bersekongkol dan mempunyai agenda apabila menyiarkan sesuatu yang negatif kini menggunakan taktik dan helah yang sama bagi menyerang pengkritik-pengkritiknya.
Saya tidak pun mengkritik NST mengenai penyiaran kartun itu. Saya sekadar menghantar SMS kepada Hishamuddin Aun yang berbunyi “C (see) cartoon in NST 2day (today). Does it not amount 2 (to) mocking the Prophet (PBUH)?” (Lihat kartun NST hari ini. Tidakkah ia bermaksud mempersendakan Rasulullah SAW?)
Itu saja. Sebagai pelanggan dan pembaca NST, saya rasa saya berhak memberi reaksi dan mengemukakan pandangan saya kepada akhbar itu.
Lidah pengarang NST pada 22 Februari itu memberi gambaran seolah-olah saya membuat laporan polis. Saya tak buat. Apa yang saya buat ialah pada hari yang sama saya menghantar sepucuk surat kepada pengarang (letter to the editor) kepada Hishamuddin Aun.
Hingga hari ini, surat itu tidak disiarkan. Saya tidak tahu jika dasar “right of reply” (hak untuk menjawab) masih diamalkan oleh NST.
Surat saya berbunyi: “What the NST Says. The above report in the New Straits Times, Feb 22 is referred. I would like to put on record the following for the benefit of your readers:
As a subscriber and reader of the NST, I think it is my right to react and respond to items published in the paper;
My SMS to you reads: “C (see) cartoon in NST 2day (today). Does it not amount 2 (to) mocking the Prophet (pbuh)?” I did not make any conclusion. I merely posed a question. And I said the Prophet and not Islam;
I did not make a police report. Your report could give the impression that it did;
Thank you for suggesting to your readers that they read back copies of the Malaysian Business to see how doggedly I had attacked the NSTP Group and its executives; and
I hope to see this printed in full for the sake of accuracy, press freedom and fair journalism.”
Maksudnya dalam bahasa Malaysia, “Apa NST Kata. Laporan berkenaan di dalam NST, 22 Feb adalah dirujuk. Saya ingin merakamkan perkara berikut bagi faedah pembaca anda;
1. Sebagai pelanggan dan pembaca NST, saya rasa adalah hak saya memberi reaksi kepada laporan-laporan yang akhbar anda siarkan;
2. SMS saya kepada anda berbunyi: “Lihat kartun NST hari ini. Tidakkah ia bermaksud mempersendakan Rasulullah SAW?”;
3. Saya tidak membuat aduan polis. Laporan akhbar anda boleh memberi gambaran yang saya membuat aduan polis;
4. Terima kasih kerana mencadangkan kepada pembaca anda agar membaca naskhah lama Malaysian Business untuk melihat betapa berazamnya saya menyerang Kumpulan NSTP dan eksekutif-eksekutifnya; dan
5. Saya berharap anda menyiarkan surat ini dengan sepenuhnya demi ketepatan fakta, kebebasan akhbar dan kewartawanan yang adil. Terima kasih.”
Sebagai wartawan selama 37 dan pernah berkhidmat dengan NSTP selama 29 tahun hingga 2000 (14 tahun daripadanya sebagai Pengarang Kumpulan dan Ketua Pengarang Kumpulan), saya cukup masak dengan kritikan, cemuhan dan tuduhan. Ia tidak menjadi masalah kepada saya asal adil dan berasas.
Tetapi apabila NST dalam lidah pengarangnya mengambil keputusan menyerang saya, saya terpaksa bersuara kerana akhbar itu tersalah fokus. Yang menjadi isu bukan saya. Yang menjadi isu adalah penyiaran kartun yang mempersendakan Rasulullah SAW.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya kepada pelajar Malaysia di Perth, Australia baru-baru ini apabila beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa rakyat Malaysia kurang fokus (The Star, 22 Feb, halaman 3).
Kalau nak bunuh pembawa khabar (messenger) kerana membawa berita buruk, itu masalah NST. Mungkin itu interpretasi kebebasan akhbar yang dilaung-laungkan oleh pendukung NSTP --- the freedom to kill the messenger.
Tapi yang lebih penting dan afdal adalah menangani isu yang tercetus. Dalam konteks ini penyiaran karton yang mempersendakan Nabi Muhamad SAW dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
NST kerap merujuk tindakannya kepada dasar dan falsafah Perdana Menteri. Tetapi NST nampaknya lupa kepada amanat beliau. Perdana Menteri pernah dilaporkan oleh media massa sebagai berkata: “Beri tahu saya apa yang saya perlu dengar dan bukan apa yang saya suka dengar.”
Banyak Ketua Pengarang dilucutkan jawatan atau mengundurkan diri secara sukarela apabila akhbar mereka melakukan kesilapan besar atau apabila mereka berasa mereka tidak dapat lagi menjalankan tugas dengan berkesan.
Kita tunggu dan lihat jika amalan yang teruji dan terpuji ini masih menjadi pegangan kepemimpinan baru NST dan NSTP.
---------------------------

7 comments:

Anonymous said...

Tulisan Datuk amat menarik. Cuma saya cadangkan agar ada pihak yang sedia menganjurkan debat terbuka antara Datuk dan Datuk Kalimullah Hassan. Saya sering mendengar Datuk bercakap dalam seminar media dan membentangkan kertas kerja. Tapi, setakat ini kami belum pun dengar Datuk Kalimullah memberi ideanya kepada umum. Begitu juga, kami tidak kenal pun Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun. Nak jadi pemimpin mestilah berani berhujah. Kita harap kedua-dua mereka sanggup menghadapi Datuk Kadir di mana-mana saja. Datuk carilah partner Datuk. Apa kata Datuk?

Tukang geleng Kepala said...

Datuk K,

Why cant NST just apologise and shut up, fullstop!
Dahlah meluru masuk melulu macam fighting bull, keluar pula macam lembu bunting.

Tukang geleng Kepala

yassinsalleh said...

Datuk,

Why can't NST just apologise and shut up, fullstop!

Anonymous said...

Saya memilih untuk membaca tulisan Datuk Kalimullah Hassan dan Datuk Hishamuddin Aun dalam Berita Minggu untuk mengetahui komen dan pendirian mereka berhubung isu kartun yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga hujah mereka setelah akhbar mereka dan mereka sendiri, selamat daripada dikenakan sebarang tindakan. Saya membaca dua-dua rencana itu menerusi versi on-line kerana saya tidak membeli akhbar itu hari ini atas alasan tertentu. Harapan saya menggunung kerana begitu yakin mereka akan memberi penjelasan yang memuaskan berhubung isu itu kerana tidak ada orang lain yang boleh berbuat demikian. Kedua-dua mereka tentulah berhajat untuk mematahkan hujah Datuk A Kadir Jasin yang mereka undang secara langsung dalam kancah itu. Mereka tentulah mahu membalas kritikan umum terhadap mereka terutamanya mereka yang berkumpul di luar bangunan NSTP dengan pelbagai sepanduk yang menuduh perlakuan mereka. Malang sekali, kedua-dua mereka menulis prosa. Mereka berdrama dengan mengheret kisah keluarga mereka dalam isu ini. Keluarga mereka tidak ada kaitan dengan isu kartun ini. Takkanlah setiap menteri atau sesiapa saja yang ada masalah terpaksa menceritakan kisah isteri dan anak-anak mereka kepada umum. They got nothing to do with the issue. Datuk Hishamuddin nampaknya cuba mempertikaikan kefahaman Datuk Kadir mengenai jurang generasi dengan membawa cerita minat anaknya yang hidup moden. Rasanya Datuk Kadir belum tua sangat dan beliau masih berada dalam dunia kewartawanan dengan menerbit banyak majalah mengenai remaja. Datuk Kadir tidak layak menerbitkan banyak majalah jika beliau tidak mengikuti peredaran zaman. Setahu saya, menerusi tulisannya, beliau adalah terbukti seorang yang kritikal. Datuk Kalimullah pula cuba menagih simpati dengan bercerita mengenai erti persahabatan, selain daripada kisah anaknya yang tidak ditemuinya untuk beberapa hari. Saya rasa, sebagai pengarang di akhbar perdana, pembaca tidak berminat untuk mengetahui cerita peribadi pengarang. Sebagaimana pengarang tidak gemar jika wartawan mereka memasukkan berita mengenai diri sendiri, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik supaya tidak menghebuhkan cerita mengenai diri mereka. Pembaca mahu tahu pendirian dan alasan pengarang mengenai sesuatu isu, bukan cerita mereka tidak bertemu anak isteri untuk beberapa hari. Pengarang tidak seharusnya menganggap diri news makers. BBerbeza dengan wartawan, bagi pengarang yang mempunyai kolum, mereka boleh memberi pendapat. Jika menyokong sesuatu isu, mereka perlu memberi alasan yang kuat dan kalau membantah, mereka perlu memberi hujah yang bernas, tapi bukan menagih simpati daripada pembaca sebagaimana ditulis oleh dua-dua pengarang ini. Di Malaysia, kita memerlukan pengarang yang berwibawa dan mempunyai idea, bukan bermain dengan emosi. Kita tidak boleh menjelaskan kepada dunia mengenai masalah negara kita supaya dunia kesian kepada kita. Zaman kita menagih simpati dari mana-mana negara sudah pun berlalu. Sebaliknya, kita mesti berani menghadapi kenyataan dan sesiapa saja untuk menjadi pengarang yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Kalau begitulah tulisan dua pengarang yang ada hari ini, kita sebenarnya balik ke zaman kegelapan. Akhbar kita akan dipenuhi dengan cerita-cerita pendek mengenai kisah penulis saja. Kita tunggu tulisan mereka akan datang, mungkin mereka akan bercerita mengenai apakah makanan yang mereka gemari atau tempat menarik yang mereka lawati. So What?

Anonymous said...

Editor,
New Straits Times

Letter to the Editor

Dear sir,

As a concerned reader of the NST, it does appear that the ‘unreserved apology’ put forward by the paper in lieu of the published cartoon appears at best as insincere, and at worst, defiant and unrepentant. It is one thing to feel justified in defending the position for the freedom of the press, it is however, something else altogether when the editorial decides to offer an apology which is obviously not heart felt.

Let me be more specific. For example, the reason why some readers have taken offence at the cartoon stems not from the fact that it was one of the Danish caricatures which has caused outrage amongst Muslims around the globe, but rather, because it was done in the context of an already delicate situation involving large numbers of Muslims. As I am sure the editors of the NST is already aware, context is equally important, and as such should have been more responsible towards their readers. To suggest, further on, that they have received letters which “could not see what the fuss was all about” illustrates the point clearly. After all, there were also European Muslims who wrote to their respective papers suggesting that the Danish caricatures were taken too seriously, but this does not excuse the fact that it was offensive to a large number of Muslims worldwide.

It saddens me when the NST states that, “Perhaps, in more ordinary circumstances, such a cartoon would not have received more than a passing mention”. What does this mean? Is it to suggest that if the said cartoon was not publicly acknowledged, then it would have been acceptable? Religious sensitivities are not easily defined, and one would have hoped that the editors would have cognizant of such sensibilities. For a newspaper that claims to espouse the cardinal principles on which the nation is built, surely the potentially offensive nature of the cartoon, its timing and content, would have been recognized earlier.

Also the paragraph which states “In the case of the Wiley Miller comic strip, the sub-editor in charge let through the cartoon because it bore no caricature nor words offensive to Islam… Unfortunately, one blog and some media, including Zainnudin’s RTM (I thought RTM belonged to the Government?) highlighted the cartoon and came to the verdict that the NST had mocked the prophet and Islam. From then on the issue took a life of its own” brooks several questions – first, how does one console an ‘unreserved apology’ when the tone of the article suggest that decision as to what would or would not be offensive to Muslims be the province of the NST? Surely in the given context, when large sections of Muslims in Malaysia still feel a sense of grave injustice over the events of the past few months? The sub- editor in charge may have made an honest mistake in assuming that the cartoons would not prove offensive but it does not mean that the individual or individuals involved should not bear the brunt of responsibility. Who is he to decide what should or should not be offensive to large numbers of Muslims? That the editors of the NST would require a blog to remind them of their social responsibilities? One would have thought such experienced leaders of the media would have greater social and political acumen than that. And to suggest that if these cartoons were not highlighted by ‘some portions of the media’ then it, perhaps, would not have created the current controversy, is arrogant and misses the point completely. An ‘unreserved apology’ means to feel a genuine conviction that what one has done is wrong. To suggest, however slight, that maybe, if certain other groups had not taken it up, then no real offense is taken, is at best a poor attempt at disavowing responsibility shows no real sign of guilt. And, its true, there was no caricature of the Prophet in the cartoon, but could it be construed as ‘mocking’? Well, certainly quite a number of Muslims seem to think so, and that possibility itself should have been considered by the NST. Lastly, if the editors of the NST genuinely believe that those who are responsible must be accountable, then perhaps those in the higher echelons of the papers should consider the possibility of resigning.


Yours truly,
M. Karl
Kuala Lumpur

Anonymous said...

Berdasarkan tulisan Datuk,Saya rasa Pak Lah tidak berlaku adil terhadap penerbitan lain. Ini cerita kena batang hidung sendiri, boleh minta maaf dan case close. Saya rasa Pak Lah patut adakan Suruhanjaya Bebas (Suruh Orang Lain Jayakan). Sikit sikit Suruhanjaya Bebas. Apa lah, pemimpin tak berani buat keputusan. Memerintah negara takut buat keputusan. Kalau tak berani buat keputusan jangan jadi pemimpin. Dah lah ekonomi menguncup, harga naik, private sector merungut kerana kurang bisnes. Belanjawan negara macam mak kita dulu-dulu; Ayah bagi seringgit, belanja 50sen simpan 50sen. Macam mana kita nak maju. Setakat bercakap bukan kena bayar, air liur gigi saja.

Anonymous said...

Good job Datuk on your new blog. Now I don't have to wait too long to read your views and thoughts although Malaysian Business is still a must read.

On NST, the deterioration in quality reflects very much the state of the country's administration post-Mahathir.

RM
Shah Alam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).