Monday, August 28, 2006

Image and video hosting by TinyPic


Dr Mahathir Sebagai Perwakilan Biasa

A Kadir Jasin

[Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau pilih nama samaran yang sesuai.]

PEPATAH Melayu berkata, hanya jauhari juga mengenal manikam. Hanya orang yang bijaksana dan berkepakaran boleh menghargai keistimewaan orang lain.

Jadi tidak hairanlah kalau begitu banyak Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dilantik sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak mengenali orang yang menjadi ketua mereka selama 22 tahun dan kini telah bersara.

Silapnya pun silap Dr Mahathir juga. Selama lebih dua dekad memimpin Umno dan Negara, beliau mempelopori segala dasar dan program, dan memikul segala tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, tidak kira buruk atau baik, sehingga banyak dalam Umno dan Kerajaan berasa mereka tidak perlu buat apa-apa.

Kalau mereka jauhari, mereka tentu sudah lama mengenali siapa manusia bernama Mahathir bin Mohamad itu. Jadi tidak perlulah mereka tertanya-tanya seperti sekarang apabila berdepan dengan persoalan-persoalan yang beliau bangkitkan.

Sekiranya mereka kenal Dr Mahathir mereka tentulah tidak menggunakan istilah-istilah seperti “unusual” (luar biasa) dan “inappropriate” (tidak sesuai/tidak kena) apabila mengulas keputusan beliau menawarkan diri menjadi perwakilan biasa ke Perhimpunan Agung Tahunan Umno November ini.

Saya mengasaskan tulisan ini kepada laporan akhbar The Sunday Star (27 Ogos) kerana akhbar milik MCA itu lebih berkecuali dalam laporannya mengenai Dr Mahathir berbanding akhbar-akhbar milik Umno.

The Sunday Star berkata: “Unusual and inappropriate ....these were among the views of several Umno leaders of Tun Dr Mahathir Mohamad’s intention to offer himself as a delegate to the party’s general assembly in November.”

Bagaimanapun, mengikut laporan akhbar itu, Umno tidak akan menghalang bekas presidennya daripada berbuat demikian. Pada 25 Ogos Majlis tertinggi Umno membuat keputusan tidak menghalang Dr Mahathir bertanding sebagai perwakilan bahagian.

Ia bukanlah keputusan luar biasa kerana Umno tidak berhak menyekat mana-mana ahli daripada bertanding untuk menjadi perwakilan asalkan menepati syarat.

The Sunday Star memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai berkata: “It has never happened in the history of Umno that former prime ministers and former Umno presidents would contest to be among the seven division delegates.”

Mungkin benar kata anak kepada Singa Umno, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar itu, bahawa tidak pernah berlaku seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno bertanding untuk menjadi perwakilan biasa.

Tetapi siapakah beliau untuk menasihatkan Dr Mahathir memikirkan semula keputusannya?

Kenyataan Syed Hamid itu mengingatkan saya kepada perbuatan berapi beliau tidak berapa lama dulu sewaktu beliau menjemput saya makan tengah hari dengannya di Putrajaya. Itu sebelum projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

YB, did I not ask you what has happened to the fire in your belly that used to be your trademark when you were the simple Umno Divisional head for Kuala Lumpur Bandar (Bukit Bintang)?

Mungkin kerana pada waktu itu Tuan masih muda, masih dibakar oleh semangat bapa Tuan dan Tuan tiada apa-apa jawatan selain Ketua Bahagian. Tetapi kini Tuan orang besar dalam pemerintahan!

Dan apabila bercakap mengenai Syed Hamid, saya tidak dapat melupakan ilmu mengenai orang Melayu, semangat kebangsaan, Umno dan negara yang diberikan oleh Allahyarham Syed Jaafar Albar di Lobi Parlimen pada tahun 1976.

Ketika itu, beliau bersumpah akan mengembalikan kuasa ke atas parti kepada ahli biasa Umno dan menebus maruah “old guards” yang katanya telah dicemarkan oleh anggota kitchen cabinet Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Dan apabila bercakap mengenai Syed Jaafar Albar, teringat saya kepada apa yang saya baca dalam surat khabar dan buku mengenai hari-hari awal Dr Mahathir sebagai Ahli Parlimen.

Syed Jaafar Albar dan Dr Mahathir adalah antara segelintir suara lantang dalam Parlimen Malaysia yang dilabelkan “ultra” (pelampau) oleh Ketua Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew.

Syed Jaafar Albar dan Mahathir sering bertikam lidah dengan Almarhum Devan Nair, Ahli Parlimen PAP kawasan Bangsar, untuk menolak sekeras-kerasnya gagasan Malaysian Malaysia dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Syed Jaafar Albar berkata kepada sekumpulan wartawan muda bahawa jika mengembalikan hak kepada ahli biasa Umno dan menebus maruah pejuang-pejuang veteran Umno bererti dia bertanding Ketua Pemuda pada usia yang lanjut, dia akan melakukannya.

Dan dia menepati cakapnya. Pada usia 63 tahun dia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan menang. Sedihnya, beliau meninggal dunia enam bulan selepas memegang jawatan itu. Perjuangan tidak mengenal usia.

Mengenai reaksi MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamed Ali Rustam yang mempertikaikan motif Dr Mahathir dan menyifatkan tindakannya sebagai tidak kena, saya rasa tidak payahlah saya mengulas lanjut. Umum tahu siapa dua watak ini.

Bercakap mengenai kehebatan zaman Syed Jaafar Albar, zaman Allahyarhan Tan Sri Syed Nasir Ismail dan pejuang-pejuang silam Umno pada masa ini, mungkin tidak lebih daripada nostalgia.

Mungkin sejarah tidak penting lagi kepada Umno walaupun keris, pedang, kapak, lembing, tombak dan panah sering dihunus dan diisytiharkan sebagai simbol perjuangan bangsa.

Dalam suasana yang serba mendatar dan superfisial ini, tindakan Dr Mahathir menawarkan diri sebagai perwakilan biasa ke persidangan agung pastinya mencetuskan keributan kerana tiada jauhari yang tahu menilai manikam.

Bagi Dr Mahathir, ia tidak lebih daripada setapak lagi di dalam perjuangannya yang belum selesai. Sama ada beliau ditakhtakan sebagai “mahaguru” oleh penyokongnya atau ditendang terajang sebagai “kucing kurap” oleh penentangnya, saya rasa itu tidak menjadi masalah bagi beliau.

Tiada siapa memberi laluan mudah kepada beliau sejak dahulu lagi. Apabila Tun Abdul Razak mencadangkan pelantikannya sebagai Senator pada tahun 1972, Pemuda Umno Kedah membantahnya.

Banyak langkah beliau dihalang dan direntang kerana, dari dahulu hingga sekarang banyak penentang beliau yang tidak cukup jauhari untuk mendalami dan memahami tindak-tanduknya.

Setelah lebih dua dekad di atas pentas sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, dan melihat ke bawah, seronok juga kita melihat Dr Mahathir duduk bersama-sama perwakilan di bawah dan melihat ke atas. Ia pasti menjadi tarikan kepada Persidangan Agung Tahunan kali ini.

54 comments:

Ask For Fun said...

Mungkin ianya sesuatu yg luar biasa bagi seorang bekas presiden parti menjadi seorang perwakilan biasa , namun ianya bukanlah tidak mungkin.
Umum sudah tahu bahawa Dr. M sering melakukan sesuatu diluar dugaan.
Mungkin apa yg lebih elok dilakukan oleh UMNO pada masa kini ialah menjemput Dr.M utk memberi ucapan diatas platform veteran UMNO ataupun bekas presiden. Mungkin ia sedikit sebanyak dapat menyejukkan suasana yg panas.
Pergolakan politik yg semakin ketara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembangunan negara. Biarlah ia diselesaikan segera. Itulah harapan rakyat jelata.Tentunya pemimpin-pemimpin nasional faham mengenai situasi ini kan.. jika tidak ,mungkin masanya kita melakukan utk mereka melalui kuasa rakyat yg saya kira akan berlaku pada tahun 2007.

saifulrizan said...

Betul kata Datuk, perjuangan tidak mengenal usia. TDM masih ingin berjuang, mungkin setelah melihat kepimpinan selepasnya menimbulkan beberapa kontroversi (yang semua orang pun tahu).

Saya ingat Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi, dan semua orang ada hak untuk bersuara. Tapi bila bekas pemimpin yang telah memimpin negara ini selama 22 tahun dipersoalkan motifnya untuk menawarkan dirinya sebagai perwakilan biasa ke Persidangan Agung Tahunan kali ini, ia seperti tindakan tidak matang. Takut menghadapi seseorang yang lebih 'hebat'.

22 tahun memimpin negara, walaupun ada kesan baik dan buruknya, perjuangan TDM pada pendapat saya semestinya dihargai.

Jika benar ini negara demokrasi, kenapa (sesetengah) Blogger-blogger dilabel Wild Wild Web walaupun (sesetengah) mereka mengutarakan pendapat mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak?

Adakah Melayu Baru kita ini benar-benar Melayu yang telah luas pemikirannya atau Melayu yang Baru belajar nak memimpin?

Maaflah Datuk jika pendapat saya ini banyak silapnya, tapi itulah yang saya nampak dari kacamata saya sendiri.

Terima kasih.

Hanturaya said...

Dato' AKJ;
Tun Dr Mahathir banyak silapnya di sebalik kejayaannya.

Kejayaannya membangunkan negara dan meletakkan nama negara di persada antarabangsa serta pandangan jauhnya membina jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan serta pembinaan KLIA adalah di antara sebab mengapa nama beliau adalah "statesman" terbilang.

Bagaimanapun, pada pandangan saya seorang marhein yang tidak berkepentingan; permasalahan yang timbul sekarang wujud kerana beberapa kesilapan besarnya termasuk "penghapusan" barisan kepimpinan muda yang berkaliber dengan "menyida"kan pemuda umno misalnya.

Dan kesalahan paling besar ialah memilih pengganti yang salah (diakui oleh beliau sendiri). Pada saya adalah menjadi tanggungjawabnya "memperbetulkan" kesalahan ini dan membayar dengan harga yang tinggi.

ali allah ditta said...

Dalam politik macam2 boleh berlaku,nak hairan apa Datuk? UMNO selalu boast sebagai parti yg demokratik,jadi kalu Mahathir nak jadi perwakilan untuk berhujjah dalam Persidangan nanti apa salahnya? Pasai apa pemimpin2 UMNO begitu gabra dengan turn of event ini?

Apa yang saya khuatir ialah,mungkin UMNO pakat untuk kasi chance Mahathir bercakap & depa tembaknya kiri kanan. Al-maklum sajalah sapa & apa yang hendak diucapkan dalam persidangan itu sudah bisa diatur. Bagi UMNO yang gabra itu inilah peluang Pak Lah & kuncu2nya make a stand. And as for Mahathir,be prepared to be shot & booed at.

Harap2 persidangan akan datang ini tidaklah seperti persidangan pok amai-amai,angguk-angguk & geleng-geleng seperti masa2 yang lalu.

cheers

Cucutun said...

Dato',

Samaada orang UMNO tahu atau tidak lebih banyak orang Melayu yang bukan orang UMNO lebih sayangkan UMNO daripada orang UMNO sendiri. Mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik cuma semangat Melayu dan akan menitiskan airmata apabila lagu UMNO didendangkan. Orang-orang ini masih percaya kepada semangat juang dan selalu menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai rujukan dalam perjuangan . Keberanian yang beliau tunjukan setiap kali menentang arus bukan perkara baru. Aruah Abah saya yang tidak tahu menulis atau membaca pernah berkata ' Lembu pun tahu Dr. Mahathir tu pandai'.

Saya tidak pelik dengan segala komen terhadap seorang pejuang seperti Tun tetapi saya menyalahkan Dato' Hishammudin terhadap ketelanjuran politik beliau dalam membenarkan kemasukan Saudara Khairy yang baru setahun jagung dan sedikit kurang sabar ( banyak tidak sabar ). Sekiranya percaturan politik Beliau lebih mantap nescaya perkara ini tidak berlaku. Apakah beliau akan memperbaikinya? Pak Lah cuma seorang Bapa yang kalah kepada kasih dan sayang. Saya amat percaya bahawa Pak Lah memahami apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Tun begitu juga semua para Memanda Menteri. Keadaan sebenarnya untuk Tun ; adalah mudah untuk mencabar Pak Lah tetapi lebih sukar mengendalikan Dato' Seri Rafidah ?????...........

Dan kita semua pun tahu siapa lebih benar.

ito said...

Datuk Kadir

Saya masih ingat lagi kata-kata dari TDM pada satu persidangan UMNO dulu, selain dari kata-katanya adalah mengenai Melayu...iaitu "MELAYU MUDAH LUPA" dan "JANGAN SEKALI-KALI KITA LUPAKAN PADA SEJARAH, TERMASUKLAH SEJARAH UMNO DITUBUHKAN"...

kedidi said...

Dato AKJ,
Membaca tulisan Dato tentang Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad membuatkan hati saya menjadi semakin rindu kepada beliau. Tulisan Dato ini juga membuat hati saya bertambah-tambah sayu dengan barisan kepimpinan yang ada sekarang. Barisan kepimpinan yang hipokrit dan berkhidmat secukup rasa sahaja. Tidak ada yang di luar kebiasaan, sekadar biasa-biasa sahaja. Slogannya hebat, retoriknya berdegar-degar sayang sekali mereka lupa rakyat bukan lagi bodoh dan mudah diperbodohkan. Lambat pula rasanya menunggu kedatangan piliharaya yang ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Dato', saya teringat pada suatu majlis Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Yg Bhg Tun pernah berucap dan berkata, "Sekali sekali bila duduk dibawah seronok jugak, boleh lihat suasana yang berlainan dari sudut yang lain", begitulah lebih kurang ungkapan beliau dimasa itu. Nampaknya memang betullah ungkapan beliau dan bagaikan sudah dibaca dengan teliti, akan realiti politik di masa hadapan, cuma ramai ahli dan pemimpin UMNO yang sudah banyak dan cepat pulak lupa rintitan sejarah yang telah berlalu. Amat cepat berubah sekarang ini Dato'.

Bagi saya, saya kerap kali menoleh dan menyelidiki kembali kata-kata TUN dan acapkali saya perhatikan, TDM memang seorang yang bervisi kedepan, baik untuk maju dan mempertahankan apa yang beliau katakan.

Saya bagaikan tidak sabar menanti tibanya waktu, pabila 'Time Capsule' yang bakal dibuka sempena kita mencapai waktu Wawasan2020. Bolehlah kita mengagakkan apa yang TDM telah sematkan dalam AMANAT tersebut.

Sekian, wassalam. AZMI

tambun mali said...

tiap kali lalu simpang tiga pekan tambun ternampaklah poster "Jasamu dikenang" dengan gambar che det masa muda didirikan oleh UMNO bahagian Tambun.
Poster ini sentiasa memberi kesan kepada diri saya setiap kali saya lalu di simpang tersebut.
Saya adalah antara Melayu yang tak mudah lupa. Tak lupa asal-usul saya. Tak lupa bangsa saya. Tak lupa agama saya. Tak lupa juga jasa dan pengorbanan pemimpin saya. Kalau tidak siapa la saya ni? Anjing pun ingat jasa tuannya.

Umno Supporter said...

Abdullah Badawi sepatutnya pergi berjumpa Dr Mahathir dan duduk berbincang mengenai masalah masalah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir.

Apa lah salahnya pergi berjumpa dengan orang yang telah melantik anda sebagai Perdana Menteri. Jikalau Tun tidak melantik AAB sebagai Timbalan Perdana Menteri, confirm AAB tidak akan menjadi Perdana Menteri. Jikalau Tun menginginkan pertandingan merebut jawatan Perdana Menteri, confirm AAB akan kalah kepada Datuk Najib. Itulah berbudinya Tun M kepada AAB. Takkan itupun AAB lupa.

Specifically, isu isu yang diutarakan oleh Tun M adalah amat valid sekali. Jambatan, AP & Proton - saya tidak nampak langsung penjelasan yang diberi oleh AAB dan Kerajaan boleh diterima oleh saya sebagai rakyat jelata.

Dimasukkan pula dengan kehangatan cerita cerita mengenai ECM Libra dan penjualan Pantai kepada entity bukan negara membuatkan rakyat jelata amat ingin mendengar apa yang diperkatakan oleh Tun M.

Saya amat objecktif mendengar penerangan yang diberikan oleh AAB & Kerajaan dan juga penerangan yang diberi oleh Tun M. Sebagai seorang yang telah dilatih untuk critically evaluate benda benda saya berpendapat apa yang Tun M tanya tidak dapat dijawab dengan baik oleh pihak Kerajaan.

Apa yang saya lihat sekarang ini adalah usaha untuk tidak memberikan platform kepada Tun M kerana jawapan dan soalan Tun M adalah lebih meyakinkan.

Saya telah membuat test saya sendiri, iaitu memainkan video ucapan Tun M di majlis Pemuda Umno PJ Utara kepada ahli ahli keluarga saya. Didalam sample tersebut terdapat 2 pro Tun M dan 2 pro AAB.

Selepas selesai majlis ceramah tersebut, saya bertanyakan kepada sample sample saya itu. Apa yang memeranjatkan ialah 2 ahli yang pro AAB pada mulanya itu telah goyah dengan sokongan mereka terhadap AAB. Sebabnya ialah satu Tun M bercakap dengan fakta.

Saya rasa sebab inilah yang membuatkan banyak pihak tidak mahu Tun M bercakap kepada ahli Umno diatas platform UMNO.

Tun M mesti dibenarkan bercakap diatas Platform UMNO. Saya hanya khuatir jikalau ahli UMNO tidak dapat penerangan tersebut, ahli ahli UMNO akan lost touch dengan keadaan semasa.

Ahli UMNO form an integral part of Malaysia, tetapi SILENT MALAY MAJORITY yang meletakkan UMNO di puncak KUASA.

Ingatlah wahai orang UMNO. Jangan Mudah Lupa.

kluangman said...

Melihat kepimpinan orang Melayu dalam umno sekarang melayani bekas PM yang kebetulannya TDM adalah sesuatu yang menyedihkan..

Paling sedih TDM dilahirkan dalam bangsa Melayu yang tidak pandai mengenang budi, alangkah mulianya dan dimuliakan jika TDM lahir dalam bukan dari bangsa Melayu, sebuah permata berlian yang bersinar sehinga ke kuburnya, InsyaAllah.

Kesilapan dan kesalahan pada dirinya tetapi kemajuan dan kebanggaan adalah untuk bangsa dan ugamanya.

Hanya kematian menamatkan perjuangannya.

Khairul Azni Zainol said...

Saya amat-amat rasa terharu dengan kesanggupan Tun Dr Mahathir memperjuangkan nasib bangsa Melayu hingga ketahap ini. Namun saya teramat sedih dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang ada pada hari ini.

Sebenarnya tugas ini sepatutnya dipikul oleh pemimpin-peminpin pelapis yang ada dan masing-masing memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan dan parti. Kita diajar apabila Imam melakukan kesilapan, makmum wajib membetulkannya. Tetapi suasana pada hari ini jauh berbeza. Masing-masing lebih menjaga kepentingan diri melebihi kepentingan bangsa.

Saya dilahirkan pada tahun 1980 dan sering membaca dan mendengar kehebatan TDM sewaktu belum menjadi Perdana Menteri. Kelantangan beliau menegur dan menyuarakan pendapatnya tidak kira siapa sahaja termasuk Presiden parti sendiri, menjadi inspirasi saya. Saya amat ingin melihat insan seperti ini wujud pada zaman alaf baru ini dan seterusnya menjadi pemimpin yang hebat dan dapat memimpin bangsa Melayu dizaman globalisasi yang lebih mencabar.

Namun malangnya, sehingga ke hari ini, tidak wujud langsung ikon berkenaan. Walaupun mereka dapat melihat sesuatu yang tidak betul berlaku di depan mereka, mereka masih menafikannya kepada rakyat, walaupun rakyat yang sebenarnya memberi amanah yang cukup besar kepada mereka. Umumnya, mereka akan mengatakan demi perpaduan sebagai alasan. Apa gunanya perpaduan, jika perpaduan itu merugikan bangsa sendiri dan menguntungkan orang lain.

Sepatutnya sesuatu perlu dilakukan agar perpaduan yang benar-benar berasaskan kedaulatan maruah bangsa dapat diwujudkan.

Sebenarnya kemelut ini amat mudah untuk diselesaikan. Namun, apabila Imam yang sudah tidak layak menjadi Imam, tetapi bilalnya tetap mengatakan Imam itu masih ok, walaunpun sebenarnya tahu Imam itu sudah terlalu uzur, maka kemelut ini terus berpanjangan, dan kesannya adalah sangat buruk.

Terima kasih Tun. Saya yakin Tun juga salah seorang pengunjung blog ini. Tun adalah seorang pejuang sejati BANGSA MELAYU. Semoga Allah akan menganugerahkan kepada bangsa kita satu lagi Dr. Mahathir selepas ini.

Terima kasih juga kepada Dato' kerana memberi tenaga dan masa demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Berita dari gunung said...

Dalam Tun Dr Mahathir mengambil langkah menyampaikan pandangan beliau sebagai seorang negarawan, negara tercinta ini terus menerus menonjolkan pemimpin-pemimpin yang suka membelek-belek kereta sendiri dan kereta orang.

Meminjam pandangan Dato', akan munculkah jauhari yang mengenal manikam di kalangan pemimpin kita? Masih adakah pemimpin negara yang dengan bijak meletak nation building dipersadanya, yang tidak melihat kuasa untuk dilaung tapi untuk dimenafaat, dan yang tidak melihat institusi kepimpinan bagai kedai kopi sahaja.

magic miror said...

Dalam kemelut AAB dan Tun ni, tak perlulah dinyatakan siapa benar atau salah.
Yang berkepentingan akan berpihak kepada sepatutnya.
Rakyat, bijak menilai.Realitinya, rakyat biasa lebih ambil tahu kualiti dan taraf hidup masing-masing.
Tak semua mempunyai tahap intelektual yang sama....Apatah lagi akses kepada maklumat yang tepat.
Harga barang, gaji, keselesaan awam, keamanan, itulah yang menjadi penilaian rakyat kepada kecekapan sesebuah kerajaan. Rhetorik ilmiah seperti Islam Hadhari tu tak di ambil kira sangat....Tambahan kalau harga minyak naik 30 Sen, apa orang peduli pasal hadhari.

Apa yang pasti tindakan Pak Lah menyekat Tun dari bersuara melalui saluran sepatutnya adalah tindakan kebelakang sekiranya perkiraan zaman informasi maklumat di ambil kira.

UMNO seolah-olah menolak perkembangan dunia yang semakin terbuka sifatnya, semakin mengecil dan penolakan untuk menyampaikan pendapat, menyembunyikan maklumat dan perkongsian maklumat di pandang sebagai "jenayah intelek" dan terkebelakang.

Kononnya kerajaan yg terbuka, transparen, bersih dan anti Korup.
Kalau hak bersuara tak de, apa hebatnya kerajaan Pak Lah.
Kalau berbanding dengan Tun dari perspektif ekonomi...Pak Lah ketinggalan. Beliau tak sebijak Tun, dan sifat mesranya tak boleh membantu kepada perkembangan ekonomipun....Wawasan dan kebijaksanaan diperlukan di sini.

Satu saja aset yang ada atau yang boleh diada-adakan oleh pentadbiran Pak Lah ialah terbuka dan menghormati hak bersuara.
Mulakan dengan membuka peluang kepada Tun untuk bersuara atau Malaysia dan UMNO akan jadi bahan lawak jenaka dunia amnya.

Ex BT Reporter said...

Datuk and fellow forumers, while pondering on the subject of Dr Mahathir vs his successor and, by the same token, his former government, I think we, as taxpayers, should ponder this latest development.
I smell something fishy. Are we being made to pay for mistakes of the government in approving sales of Pantai Holdings Berhad to Parkway Holdings Limited of Singapore less than 10 months ago?

By Hasan Jafri
Of DOW JONES NEWSWIRES

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Singapore's Parkway Holdings Ltd. (P27.SG) will sell its direct stake in Pantai Holdings Bhd. (8036.KU) to a Malaysian state-owned investment company for MYR394.9 million (US$107 million), after Malaysian lawmakers demanded that the listed healthcare company remain in local hands.

Parkway will sell its controlling 30.68% stake in Pantai to Khazanah Nasional Bhd. for MYR2.65 per share, a 5.7% premium to Pantai's last traded price, the companies said Monday.

As part of the deal, Parkway will take a 49% stake in a joint venture company with Khazanah that will own all Pantai shares. Khazanah also said Pantai Irama Ventures Sdn. Bhd., the joint venture company, has bought 6.6% in Pantai and is making a general offer to buy its remaining shares.

The deal allows Khazanah to increase its investments in healthcare after it last year bought a stake in Apollo Hospitals, India's largest private healthcare provider. Parkway will continue to manage the Pantai hospitals.

"Khazanah has identified the healthcare sector as a strategic sector for us to invest in regionally," Khazanah Managing Director Azman Mokhtar said in a statement.

The compromise underscores how a commercial transaction in Malaysia can quickly become a political firecracker. It also comes at a time when Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, keen to mend fences with Singapore, is under fire from his predecessor Mahathir Mohamad for being too soft on Malaysia's southern neighbor.

"Parkway is swapping a direct stake for an indirect stake in Pantai," said a foreign fund manager who asked not to be named. "They will still get to manage Pantai, but it doesn't say much about investor confidence in Malaysia."

Parkway last November became the controlling shareholder in Pantai when it bought the stake from a group of local businessmen for MYR311.6 million. The deal gave the private healthcare operator access to one of Malaysia's most profitable private healthcare providers with seven hospitals and several lucrative, long-term government concessions.

But members of the ruling United Malays National Organization earlier this year said the deal - although it had been approved by regulatory authorities - violated Malaysia's race quota requirements, which stipulate that a company must be 30% owned by majority ethnic Malays.

Furthermore, Pantai has a lucrative 15-year government concession to manage and supervise mandatory medical checkups for foreign workers, to which the race quota law also applies, lawmakers argued.

-By Hasan Jafri, Dow Jones Newswires; 603-2692-5254; hasan.jafri@dowjones.com

(END) Dow Jones Newswires
August 28, 2006 08:24 ET (12:24 GMT)

Penarik Beca said...

Salam datuk,

Sambil menghormati sikap cermat Datuk yang sebelum ini menyatakan PM tak tujukan "iblis" kpd Tun Det, saya copy sikit news ini:


Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya beruk, iblis - Dr Mahathir

ALOR STAR, 27 Ogos - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis.

Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr. Mahathir berkata:

"Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak.

Dr Mahathir juga menyifatkan perbuatan sesetengah pihak yang cuba menyekat beliau bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu sebagai penghinaan terhadapnya.

Beliau menyifatkan tindakan menghalangnya itu lebih pelik daripada hasratnya, sebagai bekas Presiden Umno, mahu bertanding menjadi perwakilan bahagian itu pada 9 September ini.

"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno," katanya semasa ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini.

piinang said...

Memang kurang sesuai kalau Tun Dr.M hendak menjadi perwakilan tetapi saya berpendapat Team Pak Lah harus menghormati beliau dan Majlis Tertinggi UMNO perlu memberikan ruang untuk beliau meluahkan buah fikiran.

Tenno Miyake said...

dr. mahathir harus diberikan peluang bercakap..

sebenarnya pemimpin2 umno sekarang sangat takut untuk berdepan dengan realiti...

Budakboy said...

Komen cucutun bahawa lebih banyak orang Melayu yang bukan ahli UMNO yang sayangkan UMNO sungguh tepat sekali.

Sekiranya saya boleh menjadi ahli UMNO tanpa perlu mendaftar diperingkat cawangan, walaupun ini mungkin bererti tiada hak memilih atau dipilih, nescaya sudah lama saya menjadi ahli.

Saya tertanya-tanya kemana perginya semangat Melayu pemimpin-pemimpin UMNO sekarang? Adakah laungan lantang menyatakan perihal Ketuanan Melayu dan menghunus keris hanya dilakukan untuk meraih sokongan bangsa sendiri (dan itu pun hanya apabila perlu)?

Kepada teman-teman bloggers yang bukan Melayu, saya harap anda tidak menganggap kenyataan saya sebagai "narrow chauvinism". Kita tidak boleh melihat Ketuanan Melayu hanya dari segi ekonomi dan politik yang sering diungkit sebagai penghalang kepada perpaduan kaum.

Mahu tidak mahu kita perlu akur pada fakta bahawa orang Melayu merupakan kaum majoriti dan baik buruknya kaum Melayu akan mewarnai keadaan negara kita dan saya akui bahawa memang banyak kepincangan bangsa Melayu yang tidak dipedulikan langsung oleh mereka-mereka yang mengaku sebagai pemimpin Melayu masakini.

langit biru said...

"Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru"--Mahathir Mohamad.

Menganalisa kembali kata-kata Khairy perumpamaan "Beruk Sarkas" kepada pengkritiknya, meneliti kembali kata-kata Pak Lah kiasan "Iblis rasa lebih pandai dari Adam", mengimbaskan kita dengan pantas dan cepat kepada wacana "Islam Hadhari","Gemilang,Terbilang", dan "Minda Kelas Pertama". Kalau berdasarkan kata perumpamaan di atas, maka sekarang saya sudah tahu dan jelas definasi wacana-wacana tersebut. Sesungguhnya, kekuatan akal mereka agak rapuh ditundukkan oleh perasaan dan nafsu amarah sendiri. Pernah saya terfikir, adakah "Elegant Silence" ini satu pendekatan "berfikir sebelum bercakap"? Ternyata,ianya meleset sama-sekali--menitis air mata bila membaca kiasan "Iblis" dituturkan.......

Truth said...

Datuk,

Pada hemat saya, tidak perlu lagi di bandingkan pemimpin2 sekarang dengan bapa2 mereka yang dahulunya merupakan pemimpin2 yang amat di segani.

Syed Jaafar Albar, Tun Dr Ismail, Dato Onn Jaafar, semuanya pemimpin yang gagah perkasa tetapi anak2 dan cucu mereka 'jauh langit dari bumi'. Sungguh mengecewakan.

Dahulu negara kita miskin maka perjuangan mereka lebih murni dan ikhlas khususnya untuk Merdeka.

Dahulu, bila Tun Ismail tidak bersependapat dengan Almarhum Tunku, beliau sanggup meletakkan jawatan. Sekarang apabila kita lihat dan fikirkan sanggupkah ahli2 kabinet yang ada ini berbuat demikian, saya ketawa macam orang gila.

Sudah tentunya ahli2 kabinet yang ada sekarang yang menonton interview bersama PM tempoh hari, merasa malu dan mengutuk bagaimana PM menjawab soalan2 yang di lemparkan kepadanya tempoh hari. Di dalam bilik tidur atau di kalangan orang dalam mereka yang amat di percayai, mereka tentunya mengutuk pengendalian interview itu, tetapi di luar, mereka menunjukkan sokongan palsu mereka kepada PM. Di sini, saya amat bersimpati dengan Pak Lah kerana mempunyai penyokong yang munafiq. Tidakkah dia tahu bahawa ada di kalangan ahli2 kabinetnya sendiri yang berseloka apabila mencerita tentang Islam Hadharinya di kalangan orang2 terdekat mereka? Tempayan boleh di tutup Datuk tetapi mulut orang sudah terbukti tidak.

Tentang hasrat Tun hendak bertanding sebagai perwakilan bahagian ke perhimpunan Agong UMNO Malaysia, jika pemimpin2 palsu ini memikirkan bahawa itu adalah suatu perkara yang di pandang hina kerana beliau pernah menjadi presiden parti, maka jemputlah beliau sebagai VVIP dan beri beliau peluang untuk meluahkan ketidakpuasan beliau di sessi tertutup tanpa media. Saya rasa usul2 ekonomi dan Agama yang biasa kita dengar setiap tahun tanpa hasil kesudahannya boleh kita tawakufkan buat tahun ini semata2 untuk memberi laluan kepada perkara yang sudah 6 bulan melanda politik tanahair yang tidak langsung nampak akan penyelesaian.

Jika beliau gagal untuk menjadi perwakilan pun, pihak MKT boleh menjemputnya untuk berucap. Pada tahun 2003, Datuk Ahmad A Talib di beri peluang untuk berucap di perhimpunan Agong UMNO mewakili warga Media untuk menyokong usul terima kasih kepada Presiden. Beliau bukan pun perwakilan UMNO masa itu.

Saya rasa di masa akan datang kita kempen untuk orang2 yang tiada jawatan di dalam kerajaan untuk menjadi ahli MKT.

ape-mike said...

Dato´ kita perlu balik kepada perkara asas. Soal TDM nampaknya sengaja dibuat sukar untuk difahami oleh prang politik. Mereka lebih pentingkan perkara yang remeh-temeh. Contoh, kalau ikut komen Datuk Zainuddin Maidin di Parlimen 29/8/2006, dia kata 99.9 peratus ahli Parlimen memilih untuk menonton kisah putus tunang Mawi-Ina, melalui Astro-RTM, malam tadi. Jadi kita bayangkan lah apa mentaliti menteri kita yang sorang ni. Kalu begitu, memang tak hairanlah ahli Parlimen memilih untuk menonton program mengarut tu. BANGKITLAH wahai bangsa ku...jangan lah terus mimpi dan berkhayal dengan cerita karut marut ni. Laranglah anak-anak kita daripada menonton perkara yang tidak membentuk minda dan membina masyarakat. Biarkan Datuk Zam sorang yang kata program Mawi-Ina tu membangunkan masyarakat. Kalau ahli-ahli Parlimen tidak menonton Mawi-Ina, pergilah berhadapan dengan Datuk Zam dan beritahu dia yang ahli Parlimen bukan kemaruk dengan gimik murahan itu. Sekarang, Datuk Zam dah tuduh ahli Parlimen suka tengok program hiburan......gasaklah kau orang.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerjasama RTM dan Astro menyiarkan
program pertemuan juara Akademi Fantasia 3, Mawi dan bekas tunangnya, Ina
amat berkesan dan berjaya memukau penonton dari awal hingga akhir
rancangan, kata Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin.
Beliau berkata rating rasmi rancangan itu belum diketahui.
"Tetapi menurut rating di luar dan sentimen saya saya sendiri, saya
percaya malam tadi sebanyak 99.9 peratus anggota Parlimen menonton RTM,"
katanya semasa menjawab soalan Hashim Jahaya (BN-Kuala Kedah) mengenai
rating program Mawi-Ina yang disiarkan melalui RTM1 dan Astro Ria malam
tadi.
Zainuddin berkata semasa rancangan itu ke udara, RTM tidak lupa
menyelitkan mesej kemerdekaan dan patriotisme tentang wira negara yang
terkorban semasa menentang komunis.
Beliau mengalu-alukan mana-mana stesen televisyen swasta yang berminat
bekerjasama dengan RTM dalam program membangun dan membudayakan masyarakat.

miss jue said...

Assalamualaikum Dato' dan semua para pembaca,

Saya percaya dan siapa juga percaya seorang pemimpin yang berkarisma apabila bertutur, berucap, memberi pandangan dan komen malah lebih2 lagi apabila berdiri hadapan khalayak hanya satu perkara yang pasti yakni aura dan keyakinan kita tentang apa yang diucapkannya. Tidak perlu nada berapi-api, tidak perlu slogan dan bahasa indah2, tidak perlu intonasi yang meluap2, semua itu tidak perlu.

Sepanjang saya melihat TDM, ada ketika dia menjawab dalam keadaan yang paling selamba, tapi selamba itu juga yang saya nampak yang dia ada akal. Tidak seperti barisan hadapan pemimpin yang kita ada sekarang, bagai terlebih 'sudu dari kuah' bercakap pun berbelit-belit, modal pun hampir2 deficit, baru nak buka mulut saya dah boleh ramalkan apa jawapan yang bakal diberikan dan yang paling senang...kami sokong!!

Malah saya tidak pasti, sama ada benarkah mereka benar2 tidak tahu yang isu yang dibangkitkan oleh TDM memangnya berasas atau secara sengaja buat 'pekak badak' saja. Andai benar mereka ini golongan cendikiawan yang betul2 prihatin, sayangkan anak bangsa, cintakan negara kita, tapi kenapa isu yang tulen dianggap palsu. Malah saya tidak nampak, TDM membangkitkan isu tersebut untuk tujuan memusnahkan negara ini bahkan cuba memberi ruang membetulkan keadaan. Andai benar UMNO telah tersesat jalan...

Bagi saya siapa pun dia, sekiranya teguran yang diberikan ada kebaikannya- mengapa perlu teragak-agak malah lebih teruk lagi secara terang dan jelas mereka anggap TDM sebagai musuh. Saya kecewa dengan perkembangan ini, saya menghargai jasa TUN tapi mereka yang ditatang dan diangkat pada kedudukan yang sepatutnya...tidak pernah berterima kasih pada TUN..lebih2 lagi beberapa orang yang akhir2 ini terlalu 'gila glamour' memberi komen dan kesediaan mempertahankan AAB...

Pincang sungguh budaya Melayu sekarang ini. Setiap hari kita dimomokkan dengan Islam Hadharinya tapi bagai cakap tak serupa bikin, sebab mereka pun tidak pernah memberi contoh yang terbaik buat kami anak-anak muda Malaysia. (Contohnya, mereka tak hormat orang tua, bekas ketua). Ketika saya berusia 15 tahun saya sudah tahu tentang makna Hadhari. Ini hanya satu pembaziran semata-semata, dengan ceramah2 yang dianjurkan di seluruh pelusuk negeri. Barangkali ada baiknya mereka mengukuhkan Islam sebagai Agama Rasmi negara ini, berikan peluang pekerjaan pada graduan pengajian islam yang rata-ratanya menganggur. Malah adalah terlebih baik sekiranya penekanan diberikan pada isu2 berikut ;

1. Masalah murtad di kalangan Melayu
2. Masalah penggunaan logo halal yang tidak sepatutnya - bagaimana non-muslim memanipulasikan logo ini dan bagai mempersenda kita yang beragama islam..ada ketika saya teragak2 melihat pada logo halal..sedangkan kita duduk dan hidup di Msia ..masih juga wujud keraguan...
3. Masalah sosial di kalangan remaja Melayu

Berbalik pada cerita TDM nak menjadi perwakilan. Bagi saya para pemimpin UMNO sekarang dah terkena..DAN KITA TENGOK SIAPA YANG KENA.... Dahulu kata, TDM perlu guna saluran yang betul jangan bersekongkol dengan pembangkang, sekarang ini dan saat ini TDM telah mengatakan kecintaannya dan kesetiannya pada UMNO dan betapa sayangnya TDM pada bangsa Melayu, malah sanggup untuk menawarkan diri menjadi sekadar perwakilan asalkan beliau diberi ruang untuk bercakap. Nah..bukanlah ini saluran yang betul - TDM tidak bercakap dengan pihak pembangkang, malah rela bercakap pada ahli-ahli UMNO sendiri yang saya kira inilah yang dinamakan saluran yang betul..Jadi kenapa bila TDM sahut seruan menggunakan saluran yang betul para menteri mula melatah semula, hey...kalau benar mengapa perlu takut..yang jelas dan nyata..TDM tidak pernah takut...tapi kenapa UMNO semacam gentar dan semacam cuba menyembunyikan sesuatu..

Saya tidak menyangkal TDM sudah terlalu berusia untuk semua ini tapi..saya rasa..bandingkanlah akal TDM seorang dan kesemua menteri yang ada..nescaya saya pasti amatlah JAUH PANGGANG DARI API...

Berita dari gunung said...

PM selalu menyebut perkataan transparensi. Sekali sekala PM akan merujuk kepada sebuah pertubuhan bernama TI (Transparency International) yang telah memberi skor tertentu kepada banyak negara, Malaysia tidak terkecuali.

Skor CPI (Corruption Perception Index) adalah berkaitan dengan persepsi bisnesman dan penganalisis dengan skor diantara 10 (bersih) dan 0 (tinggi rasuah). Malaysia berada ditengah-tengah kelompok.

Transparency International adalah sebuah pertubuhan masyarakat global mempelopori perjuangan membanteras rasuah, mengajak manusia secara bersepadu menamatkan impak-impak rasuah keatas manusia dan kanak-kanak diseluruh dunia.

Oleh kerana kerajaan sekarang memilih “Transparency” sebagai selogan utama, tidak manis untuk saya mengupas apa ini TI, kenapa wujudnya pertubuhan ini, dan kenapa pula CPI score negara Islam tidak memberangsangkan sama sekali.

Kalau mahu bergerak selangkah kedepan, kita perlu melihat dengan skeptikal bahawa peperangan US hari ini dengan negara-negara “pengganas” adalah merujuk kepada percaturan kuasa. Tidak lebih dari itu.

Saya juga berhajat untuk membawa TI dalam perspektif yang sama, lantas untuk mengingat sesiapa jua, jangan tersasar dan terus menerus memegang CPI secara kardinal, dan mendongak kepada TI penuh kekaguman. Tamadun manusia bersepah dengan muslihat dan peperangan strategik.

Seorang rakan menyamakan tranparensi seperti dek (lantai) bahtera yang bersih berkilat. Nakhoda berdiri melihat awak-awaknya menggilap lantai hari demi hari. Dalam keseronokan itu ; tidak ada siapa pun peduli arah tujuan pelayaran, tidak siapa pun sedar tukun di depan sedia menanti untuk membaham. Sambungnya lagi, transparensi itu bukan matlamat negara, transparensi itu hanya parameter yang akan terjaga dengan penerapan nilai-nilai murni dan sistem kawalan yang mantap. Matlamat kepimpinan tetap untuk menjaga rakyatnya dalam sebuah negara berdaulat yang maju, mendepani setiap cabaran.

Sanggupkah TUN tampil untuk melihat satu kepimpinan pincang, yang tidak perlu buat apa-apa untuk memajukan negara, sekadar seronok melihat lantai dek bahtera yang bersih dan berkilat. Takut kita semua turut mengalir airmata, kesedihan melihat anak-anak ayam meliar dan ibu entah kemana.

teliung said...

Salaam Datuk,

Walaupun kepimpinan UMNO sekarang buta sekali mengenal manikam, kami rakyat biasa amat menghargai jasa Tun Dr Mahathir pada bangsa, agama dan negara, juga jasanya bagi umat Islam keseluruhannya.

Pada kami TDM bukan sahaja hak kita orang Melayu dan Malaysia sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga sekarang ini pun, tetapi rata2 rakyat dunia ketiga, negara2 membangun (tidak kira negara Islam atau bukan Islam) dan negara2 Islam dan Arab AMAT menghormati dan menghargai Tun Dr. Mahathir yang satu ini. Ini mereka rakamkan sendiri kepada kita rakyat Malaysia di mana saja kita berada. Dunia mengenali Malaysia dari projek2 dan idea2 bernas TDM kita. Tiada siapa yang dapat menafikan ini dan TDM "single-handedly" brought us forward to the world radar by giant leaps and bounds.

Sewaktu saya di sebuah ceruk kampung di Slovenia, ada orang kampung tersebut bertanya saya dari mana, bila disebut saja Malaysia terus beliau seronok memuji.. "oh Dr. Mahathir, F1, KLCC beautiful country! great visionary leader!" Ramai pelancung2 asing mengagumi kemodenan dan keindahan Malaysia dengan pembangunan yang dibawa Tun Dr. Mahathir, walaupun mereka dari negara2 maju dan dunia pertama.

Rakyat2 dari negara asing merasakan Malaysia amat bertuah mempunyai seorang pemimpin bernama Mahathir dan sekiranya negara mereka dapat meminjam beliau untuk sebulan dua sebagai pemimpin pun mereka sudah berasa amat bersyukur.

Malangnya pemimpin2 UMNO dan orang2 Melayu sendiri tidak langsung tahu menghargai beliau, apatah lagi pemimpin2 UMNO sedangkan TDM adalah seorang ahli dan bekas Presiden parti yang amat setia dan PALING berjasa kepada parti tersebut.

Tiada duanya beliau dan tidak akan dapat kita melihat seorang pemimpin Islam yang berani dan lantang bersuara mempertahankan hak2 umat dan negara Islam dan negara2 membangun dan dunia ketiga seperti Tun kita. Tun memberi maruah kepada Malaysia, umat Islam, the underdogs and downthroddens of the world.

Umum dunia menghormati pemikiran beliau yang amat tajam serta otaknya yang bergeliga, ditambah pula dengan semangat waja dan sifat cekalnya.

Amatlah sedih dan sayunya rakyat melihat pemimpin2 UMNO diketuai oleh Presiden UMNO sekarang dan Naib Ketua Pemuda sungguh beria2 memomokkan dan "DISPARAGING" TDM's image and all his hardworks and proven legacy for the nation for their own personal and political agenda and might one say even "vendetta?" by the rottweiler's way they are trying to mutilate his good name and legacy.

Betapa hapraknya kita sekiranya untuk menaikkan diri sendiri, caranya cuma dengan memburukkan orang lain sesuka hati. Di manakah maruah dan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam? apatah lagi sekiranya kita sendiri melabelkan kita seorang pemimpin Islam? Inikan pula orang yang personally dan directly memberi kita tempat yang paling tinggi dalam tampuk pemerintahan negara dan memberinya pula dengan cara yang paling mudah "on a silver platter", juga laluan mudah (tanpa perlu bertanding), dalam ekonomi yang amat baik dan negara yang telah berdaya-maju dicanai oleh TDM.

Alangkah hinanya asyik melaungkan Kempen Budi Bahasa sedangkan mereka sendiri tidak langsung reti mengenang budi dan tidak juga reti berbahasa. Menggunakan perkataan komunis, beruk dan iblis kepada pemimpin yang banyak berjasa, hanya menunjukkan diri sebenar mereka di sebalik imej yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Hanya Allah yang tahu pemimpin mana yang benar2 ikhlas dan yang mana hanya bertopengkan Islam. Tidak perlu kita mengangkat diri sendiri atau memaksa orang menyanjung dan memuja kita atau menyatakan sokongan mereka di akhbar2.

Pemimpin bukan untuk dipuja dan boleh berbuat sesuka hati mereka, tetapi mereka adalah pejuang dan penjaga amanah kepada harapan rakyat sekiranya nawaitu mereka ikhlas. Sekiranya mereka tidak dapat menunaikan amanah tersebut dan telah terserlah ketidak-mampuan mereka memikul tanggungjawab tersebut, haruslah sebagai seorang Islam kita berundur dan memberi laluan kepada mereka yang lebih mampu. Janganlah hendaknya kita mahu menjadi tikus membaiki labu, apatah lagi labu itu adalah labu emas yang diamanahkan. Sekiranya ikhlas haruslah kita melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat dan bukan untuk diri atau keluarga sendiri.

Semoga Allah memelihara Tun dan hanya Allah yang dapat membalas jasanya. Sesungguhnya perjuangan Tun adalah perjuangan kita.

Sebagai ahli UMNO di peringkat akar umbi, saya mohon cadang, Tun diberikan penghormatan "to address the perwakilan".

Wasalaam.

Sinbad said...

Dato,

Ramai yang beri komen seakan majoriti ahli UMNO sudah tidak sokong Tun Dr. Mahathir lagi.

Saya tidak tahulah dengan orang lain, tapi melalui pemerhatian dan sembang-sembang di kedai kopi dengan ahli-ahli UMNO akar umbi ini, saya boleh katakan hampir semuanya menyokong Tun. Yang tak sokong pun sebab masih kecil hati dengan isu Anwar. Tapi yang menariknya, tiada langsung yang "declare" sokong Pak Lah dan kata tindakan "Pak Lah" ni betul. Sokong KJ? Lagilah melaut!

Bukan nak buat cerita Dato. Tapi kalau tak percaya, boleh la pergi tanya sendiri.

Yang nampak menyokong Pak Lah ini cumanya pemimpin-pemimpin tinggi UMNO sahaja. Tidak perlu jadi "sainstis roket" untuk memahami kenapa mereka ini menyokong Pak Lah sekarang. Mungkin nak selamat tengkuk, mungkin nak kan habuan, mungkin pura-pura, mungkin simpan strategi.

Saya rasa Pak Lah dan KJ pun tahu, semasa Anwar Ibrahim hendak lawan Ghafar dulu pun, dia tak "isytihar secara terbuka" hendak bertanding setahun atau 2 tahun sebelum tarikh tamat pencalonan. Seingat saya dalam seminggu dua sebelum tarikh pencalonan barulah Anwar "buka langkah" walaupun kita tahu "umpan dan imbuhan" sudah diberi sekian lama.

Semasa Anwar nak disingkir dari UMNO dalam tahun 1998 pun, sehari dua hari sebelum itu, dia masih kata "orang-orang yang buat cerita perkelahian beliau dengan Dr. Mahathir ini sebagai penglipur lara dan main wayang kulit". Nah, kita sendiri tahu apa sudah jadi seterusnya.

Bagi saya, masih terlalu awal untuk menilai sokongan sebenar pemimpin-pemimpin tinggi UMNO terhadap Pak Lah. Dan masih terlalu awal untuk kita rasa "putus asa" dengan tindakan "berdiam diri" sesetengah pemimpin tinggi UMNO ini. Apa-apa pun boleh jadi dalam masa 1 tahun. Pak Lah seharusnya lebih tahu kerana semasa Anwar mengisytiharkan diri melawan Ghafar dulu, Pak Lah sendiri turut terpelanting terkena tsunami Anwar dan Team Wawasan ini.

Sinbad said...

Dato,

Regarding "berita dari gunung" beautifully crafted comment above, I would like to quote what Syed Akbar Ali wrote in his book "To Digress A Little" (pg 190)

"We are a sovereign nation. Why does the Prime Minister have to measure himself against some Index developed by some mystery organization called Transparency International? Surely we must have some pride as an independent and free people. Just who are the Transparency International? Western intelligence and disinformation activities also like to seek out such international organizations to be penetrated.

Transparency International (TI) was founded by an ex World Bank official by the name of Peter Eigen. Peter Eigen from Germany was also associated with the International Monetary Fund or IMF. More specifically Peter Eigen was linked to the IMF/World Bank mob which forced Argentina into bankruptcy. Critics of TI say that TI is a front organization that targets countries that do not accept or comply with the World Bank/IMF mob. In the past countries like Colombia - which requires no introduction as the home of the drug cartels and military dictatorships - has been left out of TI's index. In 2003 the genocidal and racist Israeli regime scored a high 21st position in the Transparency Index. At the same time the country that is most subject to their genocide - Palestine ranks 78th. Another glaring example is Switzerland. The Swiss have scored very high marks in Peter Eigen's Transparency Index as a very transparent nation - 8th most transparent nation in 2003. But the whole world knows that until today Swiss banks provide a safe sanctuary for drug money, prostitution money, Nazi money, illegal arms trade money, stolen money and all sorts of other hot moneys. The famous 'Marcos billions' from the Phillipines are believed to have been stashed in Swiss banks. Even the investigation into a scandal involving a steel mill here (Perwaja) has indicated the involvement of Swiss banks. And the 'opaqueness' of the Swiss banks are protected by laws legislated by the very 'transparent' Swiss government. But according to TI the Swiss score very highly in terms of transparency. It is obvious that the transparency of TI itself is dubious".

drmuzi said...

zaman pak lah orang Melayu dah jadi bodoh tolol dan ditololkan dengan gempar gempar:

Mawi-dan Ina

Siti-dan Dato K

apa hal Malaysia sekarang.

Zaman Tun kita digemparkan dengan :

IT
Automotive engineering
Dasar pandang ke Timur

dan bermacam macam lagi

sekarang ni..kerajaan pimpinan hadhari cuba untuk menmbahlulkan anak bangsa dengan benda benda yang tak berfaedah.

apa ke ertniya menyambu tkemerdekaan apabila:

rakyat hidup bergelumnag dengan inflasi, kos sara hidup yang tinggi, kadar jenayah berat yang tinggi, aksi kartun MP MP di parlimen, serta pneghakisan aset aset strategik negara kepada musuh no satu Malaysia , Singapura.

apa cerita PUlau Batu Putih atau Pedra Branca?

apa cerita desakan untuk menaikan kadar air dari Johor ke Singapura....senyap...sesenyap senyapnya.

bravo malaysia merdeka said...

Bravo TV3 (Umno)
Bravo RTM (Kerajaan)
Bravo Astro Ria (Ananda Krishnan)
Bravo Zam (Menteri Penerangan)
Bravo Datuk Mutalib (Media Prima)
Bravo Jutaan Rakyat Malaysia
Anda menyumbang kepada kelekaan negara
Bravo Parkway dapat untung buta RM83 juta
Bravo Khazanah kerana selamatkan Kerajaan (guna duit rakyat)
Bravo kepada saya yang bodoh sokong BN tahun 2004
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!!!!!!!!!

kedidi said...

Dato dan kawan-kawan sekalian,

Orang kata dalam hal Malaysia jadi lagu ni sekarang Pak Lah tidak bersalah, yang bersalah ialah Tun Dr. Mahathir sendiri. Kesalahan di letak di bahu Tun ialah sebab Tun yang menaikkan Pak Lah. Selama 22 tahun menjadi ketua kepada Pak Lah, Tun gagal membaca Pak Lah. Walau sebelum jadi Pak Lah jadi PM pun dah ada istilah lembik dan slow untuk Pak Lah tapi entah kenapa Tun yang agresif, pantas dan efisen boleh menaikkan Pak Lah sebagai perdana menteri. Sungguh tak faham. Pakai lah indeks atau kayu ukur apa pun Malaysia la ni macam statik. Yang tak statik ialah kos hidup. Naiknya macam meter baca tekanan darah. Saya menganggap langkah Tun untuk bercakap di Perhimpunan UMNO November nanti sebagai langkah bernas. Tun wajar menebus kesalahan melantik Pak Lah dengan menegur Pak Lah. Orang macam kita ni kalau menegur Pak Lah tak dipandangnya, kalau empat persoalan Tun dibuat beliau sebagai 'lembu kenyang' inikan pula kita penarik beca roda tiga.

Semakin hari semakin meluat la...

Cucutun said...

DATO',

Saudara Sinbad baru sedikit sahaja menyedut muka surat 190 " To Digress A little'. Saya meraskan semua orang Melayu harus membaca buku ini . Saya telah membacanya dan sememangnya memberikan banyak manfaat. Buku ni kat KLCC laku sekali,banyak Peminatnya. Banyak kawan-kawan saya yang dah membaca.

ape-mike said...

Dr Muzi....tolong campurkan 6.3 juta di TV3 menyaksikan Siti-Datuk K dengan 4.8 juta penonton Mawi-Ina di Astro-RTM malam kelmarin. Maknanya 11.1 juta penonton saksikan dua program LIVE itu serentak. Ada yang pasang dua TV serentak. Nak tau dan saya gerenti tepat punya, 11.1 juta penonton itu, semuanya MELAYU....saya boleh sahkan...sebab orang Cina masa itu mereka berniaga lagi atau anak-anak mereka baca buku. Orang India pun sama..masa itu suruh anak menelaaah pelajaran. Rumah orang Melayu, satu keluarga mengadap depan TV. Berani potong jari punya lah. Aku tidur selepas isyak.

zarrul said...

orang gilo jo yang buek kojo macam tu.

Presiden Amerika pun tak bertanding semula selepas mereka bersara.

Hanya satu kaum saja yang berbuat demikian dalam dunia ni iaitu specie manusia paling degil paling jahat yang apabila berjanji dia tidak tunaikan apabila di beri amanah dia mungkir yang duduk di negeri haram israel. PM negeri haram ini akan turun naik, naik turun bertanding untuk jadi PM sehinggalah nyawa dia dicabut oleh Allah S.W.T.

Ada satu saja PM dia yang tak dapat berbuat demikian kerana dia tak yakin bahawa 'manusia itu tiada daya upaya selain daripada yang diberikan oleh Allah S.W.T.'lantas Allah tarik segala daya/upaya yang ada pada dia lalu sekarang dia terbaring terlentang saja, mulut ternganga bercakap tak tahu.

Dulu-dulu kita tak dapat tengok perkara macam ni. Sekarang Allah terang-terang tunjukkan bahawa seseorang manusia yang jahat macam iblis itu, Allah akan hina, Allah akan siksa dia sebagai pengajaran/iktibar, khususnya kepada yang lain.

So, watch out your turn.

theycallmemat said...

Terima kasih dato' kerana sedia memplopori aktiviti blogging ini. Dato' sendiri pun nampak perihatin bukan setakat isi, malah bahasa pun.

Tun Dr Mahathir telah berjaya menyampaikan mesej beliau hingga ke akar umbi. Reaksi yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri, dengan komen-komennya dan kegiatan turun ke negeri-negeri berulang-ulang kali menunjukkan mesej Tun telah sampai, dan sudah mula mahu berakar dan merisaukan.

Yang YAB Perdana Menteri sedang buat ialah menyediakan benteng pertahanan.

Saya ingat kalau Tun Dr Mahathir tak pergi ke Perhimpunan Agung pun tak mengapa. InsyaAllah adalah sesiapa nanti menjadi wakil beliau disana. Kita doakan Tun sihat sajalah.

Tun hadir atau tidak, YAB PM tahu dan sedar, banyak perkara perlu dijelaskan. Sekarang baru Tun sorang yang tanya. Masa tu nanti ramai yang nak tanya. Jangan risau la, memang ramai.

Kalau YAB PM nak umumkan persaraan pun tak mengapa. Saya andai-andaikan sahaja. Perhimpunan Agung nanti insyaAllah kecoh!!!!....

Bukan apa.., pemikiran dewasa saya terbentuk oleh Tun Dr Mahathir. Saya terhutang banyak pada Tun. Tapi YAB PM awal-awal lagi nak kutip hutang dari saya. Mana saya ada hutang apa-apa dengan YAB PM !!!!!!!

morkymoqq said...

Datuk,

Saya tidak bersetuju bila Datuk menyuarakan gerombolan menteri2 sekarang bagai tidak mengenali TDM walaupun telah 22 tahun memimpin mereka. Mereka bukan sahaja kenal malah gentar dengan tindak-tanduk beliau ditambah pula his 'wittiness yet sometimes cynical' kadangkala bagaikan ter'patuk'mengenai kepala.

Namun begitu, pemimpin hari ini bukan seperti pemimpin semalam, Berani berkata salah kepada PM, AAB ibarat mencurah air di periuk nasi sendiri. hilanglah semuanya dalam sekelip mata, dari ahli politik hanya tinggal menjadi ahli polemik..

Berbalik pada diskusi datuk berkenaan kesanggupan TDM menjadi G7, dari riak maklumbalas yg kita ikuti di dada akhbar, lebih menjurus reaksi yang negatif. Setiap pemimpin UMNO yang diwawancara pasti menentang dan merasakan tindakan TDM tidak popular malah luar biasa dari sejarah UMNO. - seorang bekas PM tidak pernah menjadi perwakilan G7.

Saya hairan masakan kita masih mempersoalkan tentang sejarah UMNO. Saya bersetuju jika sejarah dilihat sebagai panduan dan rujukan utk kita merencanakan masa hadapan. Namun begitu utk merubah suatu hari menjadi bersejarah, bagi saya tiada silapnya..

Di sinilah saya merasakan pemimpin2 UMNO begitu jumud. Kalau selalu mereka beretorik mengatakan PAS jumud kerana tidak mahu melihat pembaharuan, tidak mahu melihat pembangunan.. Nah, dalam konteks sekarang ini, apa bezanya mereka?! Pemimpin2 UMNO juga bulih diistilahkan jumud kerana tidak berani melihat pembaharuan, tidak bersedia merubah sejarah..

Yang kedengaran hanyalah hiruk-pikuk suara2 menangguk di air keruh, kerana bagi mereka tiada persahabatan mahupun permusuhan yang kekal, yang kekal hanyalah kepentingan masing2.

Anonymous said...

Zarul,
Anakku, anda silap.
1. TDM telah dengan relahati menyerahkan tugasnya kepada AAB dan saya percaya beliau tidak berminat untuk menjadi PM semula.
Sebagai seorang negarawan, dia menegur apa yang dia fikirkan tidak betul.
Tidak pernahkah ibu bapa kita menegur kita?
Dalam hal ini dia bertanya, tetapi tidak ada siapa yang menjawab pertanyaannya.
2. President ke 22 Amerika Syarikat, Grover Cleveland bertanding semula untuk menjadi President yang ke 24.

PakChak

Poyang said...

Bekas Presiden hendak menjadi perwakilan dalam perhimpunan agong Umno tidak perlu disekat. Berilah dia peluang berucap kalau dia berhajat sangat. Bagaimana pun perlulah difikirkan semasak-masaknya akan kewajaran berbuat demikian.

Dr Mahathir, berdasarkan senario sekarang akan hadhir dengan segala fakta-fakta dan alasan-alasan serta tuduhan-tuduhan yang ingin sangat diluahkan. Samada beliau meluahkan secara berhemat, sinis atau keras atau gabungan kesemuanya sekali. Sama-samalah kita tunggu nanti.

Bila Dr Mahathir memutuskan untuk melahirkan kritikannya dalam perhimpunan agong Umno nanti, beliau perlu sedia menerima keputusan hasil tindakan beliau. Natijah daripadanya hanya ada dua.

Pertama, kritikannya memalukan barisan kepimpinan Umno walau pun intipatinya benar.

Kedua, kritikanya memalukan dirinya sendiri.

Samaada hasilnya yang pertama atau yang kedua, semuanya pasti memudaratkan.

Kenapa?

Pertama jika segala tuduhan, kritikan dan sebagainya yang dilemparkan secara berdepan dikhalayak itu tidak kira benar atau palsu tetapi berjaya mempengaruhi sebahagian besar perwakilan, apa jadi kepada barisan kepimpinan Umno yang ada diatas pentas ketika itu? Apakah akan jadi jika ada yang terlalu emosional lalu bergema teriakan-teriakan menuntut MT letak jawatan, minta ditangkap dan sebagainya? Dimana maruah dan moral mereka semua?

Kedua, jika Dr Mahathir gagal dalam hujahnya apa akan jadi kepada beliau sendiri? Apa akan jadi kalau ada perwakilan yang emosional yang akan melaung-laungkan atau mengebookannya?

Berdasarkan pendekatan yang diguna oleh Dr Mahathir kebelakangan ini nampak seolah-olah beliau sudah berpatah arang dengan Perdana Menteri. Pertembungan dihadapan khalayak dengan pendekatan sedemikian pasti peluang untuk menghasilkan sesuatu yang negarif amat besar.

Daripada pengalaman isu Anwar Ibrahim, simpati pergi kepadanya akibat daripada tindakan-tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh Dr Mahathir.

Dalam isu Mahathir/Paklah ini, yang jelas di mata umum ia-lah Dr Mahathir yang menyerang Paklah bertubu-tubi dan nampak beliau yang memusuhi Paklah. Apakah kali ini juga simpati umum akan berpihak kepada Paklah?

Melainkan kedua-dua pihak mampu menunjukkan kewarasan kepada khalayak sebelum menjelang perhimpunan agong itu, tindakan Dr Mahathir itu pasti akan menyebabkan salah satu pihak akan parah.

Dan pihak yang lebih parah menanggung akibatnya ia-lah Umno sendiri.

Anonymous said...

Menyambung sedikit teguran lembut PakChak kepada Zarul yang jelas tidak mengikuti perkembangan politik dunia maupun menyemak dahulu sejarah AS sebelum membuka mulut:

3. President ke 17 Amerika Syarikat, Andrew Johnson (1857-1862) bertanding semula untuk menjadi Senator drp Tennessee pada tahun 1875 dan menang. Beliau mencipta duluan dan sejarah sebagai sesatunya bekas Presiden yang kembali memberi khidmat kpd negara walaupun tidak dalam jawatan tertinggi.

4. Tun Dr. Mahathir merupakan antara negarawan dunia yang boleh dihitung dengan jari sebelah tangan, baik dalam atau luar jawatan, yang berani mengkritik dan mencabar Israel dan pemimpinnya seperti Sharon secara terbuka. Hakikat ini diketahui seluruh dunia dan buktinya bersepah2 di Internet. Kekuatan dan keberanian TDM ialah kerana sebagai pemimpun yang bermaruah dan mempunyai jatidiri, beliau sentiasa waspada tidak menjadi anjing tambatan mana-mana pihak yang berkepentingan di arena politik dunia.

(Berbeza dengan pucuk pimpinan Msia sekarang yang tak usah kata nak menuding Israel dan penyokongnya, nak angkat muka dengan proksi Israel/AS di rantau ini, yakni Temasek, pun tak berani.)

Menuduh TDM gila dan menyamakan beliau dengan Sharon laknat (dalam cara imbasan yang pengecut) menunjukkan kurang pengetahuan dan kurang ajar. Menyatakan semua itu sambil menyebut nama Tuhan bukan sahaja munafik tetapi menghina Allah swt.

anakhujanbatu

ReformisTulen said...

Datu AKJ,
Elok Datuk usahakan majlis kenduri doa selamat PERSARAAN TUN DR MAHATHIR.Datuk boleh mohon bajet dalam RMK9 dari Dollah Badawi.TDM belum sedar yang beliau sudah bersara.
TDM adalah dari golongan MELAYU MUDAH LUPA.

mis_tey said...

ReformisTulen said...
TDM adalah dari golongan MELAYU MUDAH LUPA.
===================================


Dear ReformasiTulen,

Indeed TDM adalah dari glongan MELAYU MUDAH LUPA

TDM easily forgets that Najib & Pak Lah were members of the B Team who were against him in the 1987 Umno election.

TDM easily forgets that Rais Yatim, Ku Li & Sheikh Radzi were among those who left Umno to form Semangat 46.

TDM easily forgets that Shahrir Samad stood as an Independent in the Johor Baru by-election against Umno in 1988.

TDM Mudah lupa sehingga beliau membenarkan mereka masuk balik dalam Umno walaupun Ku Li telah bersumpah sekiranya beliau mati dan dihidupkan balik tidak akan menyertai Umno.

TDM mudah lupa sehingga melantik Datuk Najib (who at the last minute jumped ship in the 1987 party election) & Rais Yatim who had burnt his) dalam Kabinet beliau.

TDM MUDAH lupa sehingga beliau melantik Pak Lah yang merupakan ahli Team B sebagai penggantinya.

YOU FORGET that TDM mudah lupa itu semua demi perpaduan Umno dan orang Melayu

ahlibiasa.umno said...

Pada pendapat saya tindakan TDM menerima pencalonan dari sebahagian cawangan cawangan Umno dalam Bahagian Kubang Pasu merupakan satu tindakan mulia, berani dan bermaruah. Keputusan TDM untuk bertanding sebagai salah seorang daripada 7 orang Wakil Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia benar benar mencerminkan sikap perjuangan beliau yang sejati tanpa menghiraukan status, imej mahupun darjat. TDM,dulu, kini dan selamanya menggunakan saluran yang betul dalam perjuangan beliau, Umno.

Sebagai seorang bekas Presiden Umno,amat mustahil TDM tidak tahu di mana duduknya, di mana tahapnya, dimana nilainya menjadi seorang Perwakilan Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia.

Tindakan TDM jelas membuktikan seseorang Pejuang Bangsa Berhemah seperti beliau tidak mempedulikan maruah,darjat serta kedudukan dalam perjuangan.

TDM ikhlas dalam tegurannya terhadap Umno sekarang. Justeru itu TDM sanggup mengambil tempat di paras paling bawah dalam saf perjuangan peringkat kebangsaan Umno; Perwakilan Bahagian.

TDM sebenarnya menyedarkan ahli Umno akar umbi akan peranan penting dan besar yang boleh dibuat oleh Perwakilan Bahagian dalam menentukan dasar,arah serta halatuju bangsa. Perwakilan yang popular dengan gelaran G7 sebelum ini kelihatan seolah olah lupa peranan sebenar mereka harus berfikir sedalam dalamnnya pakah mereka hanya mengambil lesempatan atau berjuang.G7 hari ini gagal memperlihatkan peranan mereka sebagai saluran suara rakyat.

Hanya mereka yang gentar berhadapan dengan kebenaran atau kenyataan sebenar tergamak melaungkan unkapan "unusual" atau " inapproriate ". Dimanakah kewajarannya melabelkan seorang ahli Umno seperti TDM dengan ungkapan ungkapan asing dalam perjuangan ini ? Mungkin pencipta ungkapan ungkapan ini pun masih belum masak seperti TDM untuk digelar sebagai pejuang bangsa.Pejuang hak dan maruah bangsa sejati tidak kenal istilah "unsual" dan "inappropriate" dalam perjuangannya melainkan jika dirinya diselimuti kepentingan diri.Oleh sebab itu saya amat bersetuju dengan Datuk, TDM bertanding perwakilan biasa ja..peranannya LUAR BIASA ! Terbukti TDM mencintai UMNO.

A KADIR JASIN said...

Antiputarbelit, maaf kerana tidak dapat menyiarkan komen anda. Berikut mungkin berita mengenai tanggapan nuklear di Jepun yang mengaitkan Scomi yang Saudara maksudkan.

Fri Aug 25, 6:25 AM ET

TOKYO (Reuters) - Tokyo police on Friday arrested executives from a Japanese company suspected of exporting devices that could be used in producing nuclear weapons, one of which was discovered in Libya.
ADVERTISEMENT

Mitutoyo Corp., which makes precision-measuring equipment, is suspected of exporting to Malaysia without a license two devices that could be used in uranium enrichment, Kyodo news agency said.

Mitutoyo said its president was among the five executives arrested on Friday.

"I believe we have abided by laws and still believe we do, so it is regrettable that such a situation has occurred," a company official said.

Police have been investigating possible export routes from Japan after a Mitutoyo device was found at nuclear facilities in Libya inspected by the
International Atomic Energy Agency between December 2003 and March 2004, media reports have said this year.

Mitutoyo is also suspected of exporting similar equipment to
Iran in 1997, and police have raided an Iranian trading firm in Tokyo in relation to the case, Kyodo said, citing police sources.

The devices were ordered by Scomi Precision Engineering of Malaysia, Kyodo said.

Scomi Precision, formerly a unit of Malaysian oil services firm Scomi Group Bhd, a firm controlled by the son of Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, had been investigated by local police and cleared of any wrongdoing.

"The company has made a stand that it will not say anything," a Scomi Group spokeswoman told Reuters in Kuala Lumpur.

Mitutoyo, founded in 1934, has some 2,300 employees in Japan and 2,000 overseas.

The Japanese firm's Malaysian unit has not been investigated, said a company official at Mitutoyo (Malaysia) Sdn Bhd's head office outside Kuala Lumpur. He declined to be identified.

"No policeman came here. They only investigated Scomi. According to the police report, Scomi was an innocent party," the official said, adding that Malaysia did not require import licences for Mitutoyo's precision-measuring machines.

Sinbad said...

poyang menulis,

Dalam isu Mahathir/Paklah ini, yang jelas di mata umum ia-lah Dr Mahathir yang menyerang Paklah bertubu-tubi dan nampak beliau yang memusuhi Paklah. Apakah kali ini juga simpati umum akan berpihak kepada Paklah?

----------------------

Saudara poyang,

Saya berpendapat isu Mahathir/Pak Lah ini bukanlah isu peribadi antara Mahathir dan Pak Lah. Ianya bukan isu samada Mahathir suka atau tak suka pada Pak Lah. Ianya bukan isu Mahathir menyerang Pak Lah secara bertubi-tubi.

Isunya lebih besar dari itu. Isunya ialah maruah negara. Tolonglah melihat pertingkahan ini dari konteks "kepentingan negara" dan bukan "kepentingan peribadi Tun Dr Mahathir". "Serangan" yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir itu adalah suara rakyat. Tun Dr Mahathir hanya menjadi jurucakapnya sahaja.

Berita dari gunung said...

Semasa mengikuti alir perbahasan mis_tey, saya akui amat bernas, tajam dan bersemangat.

Malaysia wajar berbangga, dalam tempoh 22 tahun, TUN terbukti berjaya menyuntik semangat kental ke tubuh dan minda rakyatnya.

MATKEDAH said...

Dato' Saya simpati dan bangga dg TDM. Simpati kerana beliau teruskan perjuangan bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk maruah negara dan terpaksa menerima penghinaan drp pemimpin UMNO sendiri. Bangga kerana semangat kental Tun yang tiada tandingannya. Sayangnya Tun berhenti terlalu awal..kalau tidak Jambatan Bengkok tetap jadi kenyataan. Tak payah bayar pampasan beratus juta. Maruah tidak tergadai...sebagai bangsa penakut sebelum berjuang. Proton mungkin tidak terlingkup. Sedih..Malaysia sekarang sudah tidak bertaring lagi.

Kawan said...

Dato,
Saya khuatir keinginan Tun Mahathir untuk mengambil bahagian aktif di persidangan Umno tahun ini tidak akan kesampaian. Malah, keinginan sebahagian ahli Umno untuk mendengar beliau berucap juga tidak akan tercapai. Permainan dan sepak terajang politik hari ini tidak memberi laluan kepada sesiapa juga untuk menyuarakan kebenaran, apatah lagi untuk membenarkan Tun Mahathir menelanjangkan kelemahan parti yang mana beliau menjadi presiden selama lebih 20 tahun. Suasana politik hari ini tidak membenarkan soalan2 pedas diaju, samada di dalam mahupun di luar gelanggang politik.

Contoh - mana ada lagi wartawan yang boleh menyoal menteri dengan soalan2 keras? Pemimpin terkanan pun tidak gemar dilemparkan soalan2 pedas, tidak seperti zaman Tun Mahathir menerajui kerajaan dahulu. Bayangkan, jika wartawan yang sering digelar reporter cabuk tidak dibenar membangkitkan soalan2 keras, relakah Umno membenarkan Tun Mahathir membangkitkan soalan2 yang keras lagi relevan di Sidang tahunan agong Umno? Jangan mimpilah sdra/sdri! Ia tak kan berlaku!

Apa yang akan berlaku ialah satu sandiwara yang mana skripnya di tulis di PWTC atau di Putrajaya. Pemimpin terkanan parti dan MKT akan membuat keputusan yang nampak 'neutral' atau bebas. Keputusan ala 'pass the buck' itu akan memulangkan isu sama ada Tun Mahathir dibenar bercakap atau tidak kepada Ketua Perhubungan Negeri. "Kita serah kepada ketua perhubungan sama mahu membenarkan Tun Mahathir bercakap atau tidak," mungkin ini yang akan kita dengan tidak berapa lama lagi. Apa yang akan terjadi seterusnya? Ketua Perhubungan akan melakukan sesuatu untuk memastikan Tun Mahathir tidak terpilih menjadi salah seorang anggota G7. Malah, kalau kita ke Kubang Pasu sekarang, kita akan bertemu dengan bala tentera yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan bahagian Kubang Pasu supaya tidak memilih Tun. Jangan percaya cakap saya, pergi sendiri ke kawasan itu dan anda akan lihat sendiri.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh pemimpin Umno terhadap Tun Mahathir? Apa yang ada pada seorang hamba Allah yang tua yang mesti dikhuatiri?

Jika Dato kata hanya jauhari mengenal manikan, saya ingin tambah - hanya murid yang berpaling tadah yang takutkan gurunya; hanya yang bersalah sahaja yang tidak mahu berhadapan dengan kebenaran; hanya mereka yang tidak yakin pada diri sendiri yang tidak sanggup dicabar kewibawaannya.

Kesediaan Tun M untuk turun semula ke kancah perjuangan tidak harus dilihat sebagai tidak wajar - bukankah beliau berkata bahawa perjuangannya belum selesai? Bagaimana Melayu mahu menjadi gemilang, cemerlang dan terbilang jika Melayu tidak sanggup berhadapan dengan soalan2 yang boleh mengguris hati dan menyinggung perasaan?

Yang diuji hari ini bukan Tun M mahupun Pak Lah. Yang disoal hari ini ialah maruah orang Melayu, terutama ahli2 Umno yang menggelar diri mereka pejuang agama, bangsa dan negara! Yang menjadi tarohan hari ini bukan imej Tun M atau kedudukan Pak Lah sebagai presiden parti, tetapi kewibawaan kepimpinan negara, hala tuju pentadbiran dan kedaulatan tanahair. Yang menjadi tarohan ialah nilai2 murni perjuangan Umno yang tulen, etika kerja yang telus dan maruah bangsa.

Orang boleh melabel Tun M sebagai pariah. Jangan pula nanti Umno juga dilihat sebagai petualang kepada agama, bangsa dan tanahair!

Apa akan berlaku jika Tun M berjaya dan dibenarkan berucap di Sidang Agong UMNO? Akan muncul pula Pelan B - iaitu ganggu dan boo. Dalam politik, semua boleh jadi sdra/sdri. Anda mungkin lebih arif!

Para menteri dalam Umno seharusnya tidak gentar jika Tun M berucap di sidang itu nanti. Sebab? Kerana mereka boleh menggulung apa juga isu yang dibangkitkan perwakilan! Boleh jawab semua keritikan! Jadi, perlu apa Syed 'Kodomo Lion' Hamid takut? Masa dah tiba bagi pemimpin Umno berterus terang dengan diri mereka - terima kelemahan diri atau baiki keadaan secara terhormat.

zamos67 said...

Assalamualaikum Datuk AKJ,

Pada hemah saya keputusan untuk TDM turut serta dalam Persidangan UMNO adalah tidak wajar kearana ia bukan sahaja merendahkan integriti Institusi PM itu sendiri yang patut diagungkan walaupun dah tak jadi PM lagi. sebab tu kerajaan menyediakan mereka kemudahan-kemudahan yang sewajarnya sebagai bekas PM. Walaubagaimanapun saya setuju apa juga isu yang diperkatakan oleh TDM diperdebatkan di Perhimpunan Agung. Takkan tak ada seorang perwakilan pun yang boleh bawak isu tu. Kubang Pasu mungkin boleh pilih seorang calun untuk tujuan itu, kalau tak pun baling ka, sama jugak. saya bimbang kerana sejarah dalam umno ini pejuang yang menjadi tunjang PM biasanya akan menyokong apa sahaja yang menjadi kata-kata atau lebih senang dipanggil aamanat presiden. macam amanat haji Haji pun. Ingat tak dulu bila kes Anwar ramai orang ingat perjumpaan dirumah Hisham dan Najib untuk tujuan riot dan amabil alaih teraju negara bagi pada Anwar tapi yang sebaliknya berlaku, walaupun 2 orang tokoh bersaudara ini pernah menjadikan Anwar Idola mereka. Dengan ucapan dan penjelasan akhirnya kita tunduk jugak pada gesaan TDM walaupun masa tu dan selepas tu semua orang "keliru" pasal apa anwar ni di turunkan tahta. Ini termasuklah orang yang telah menyerahkan sendiri Pasport untuk Anwar keluar negara. Pada saya kalau TDM turun ia mungki8n akan mengakibatkan baling kerusi macam dalam MCA dan MIC jadi tak payahlah TUN. satu lagi yang saya risau ialah kalau kita dah jadi macam tu kalau sekali lagi umno kena haramkan Samy Vellu, Kheng Yik takkan bagi lagi umno memerintah macam dia bagi kat TDM lepas diharamkan pada tahun 1988.
lagipun dah banyak peristiwa pelik berlaku sekarang ni. Bila Menteri Kanan dalam parti kawan kita Jumpa Paklah pasal Isu, MCA jumpa paklah dengan kumpulan persatuannya jumpa paklah selepas RMK 9 lepas tu amaran dari Kheng YIK supaya "pemuda UMNO PP jangan main api" lepas tu mesyuarat Pemuda MCA yang berani mempertikaikan macam-macam tindakan pemuda. banyak lagi perkara-perkara pelik yang tak pernah terjadi masa TDM. saya rasa baguih jugak kalau ada PM yang ada kuasa Diktator sikit bagi orang takut. renungkanlah sebelum terlewat dan terliwat

ape-mike said...

Hi Poyang...awak terlalu berhati-hatilah. Kalau semua nak difikirkan implikasinya, apa pun tak jadi. Media sepatutnya fikirkan implikasinya terlebih dahulu sebelum memblacklist berita-berita mengenai TDM. Depalah menjadi tali barut yang mencetuskan semua ini. Depa nak lupuskan legasi TDM dalam masa yang singkat, mana boleh?. Kalau nak fikir secara halus, Umno pun tak wujud hingga hari ini sebab takut British buat apa-apa kat orang Melayu. Kalau nak fikir dalam-dalam, DEB pun tak perlu ada sebab ia akan menimbulkan masalah kepada kaum lain. Amerika pun tak serang Iraq sebab umat Islam satu dunia akan marah kat dia, tapi dia serang juga. Sekarang, Yahudi pula serang Lubnan. Mengapa mereka tak fikirkan implikasinya? Macam-macam reasons boleh bagilah kalau nak jawab si Poyang tu. So Poyang, semuanya berjalan lancar lah. You jangan bimbang punya. Umno dah matang. Ini bukan saya cakap tapi semua orang Umno yang cakap.

Anotherbudakboy said...

Dato,
We have seen many examples of the chief executive officers stepping down when things go awfully wrong . Young executives gets indicted for gross negligence and face felony charges for misappropriating shareholders money. Following the same anology , why can't the same apply to the ceo of Malaysia and executives who knowingly or unknowingly were grossly negligent in handling the affairs of the state.

Truth said...

Peace be upon you Datuk and friends.

Saya percaya bahawa ramai ahli2 UMNO yang berkedudukan tinggi di bahagian masing2 singgah dan memberi komen di dalam blog ini.

Kepada mereka, saya menyeru supaya lihatlah pembesar2 yang membuat komen2 tentang Tun di atas sifat hendak nampak menyerlah di hadapan PM. Kita kenal-pastikan mereka dan seterusnya tentukan bahawa mereka2 ini di kalahkan di pemilihan UMNO pusat yang akan datang.

Minggu lepas, Hishamuddin Hussein berkata tidak wajar Tun bertanding untuk G7 kerana belum ada pernah bekas presiden UMNO yg berbuat demikian. Walaupun ini adalah suatu langkah yg "unconventional", tetapi adakah ia salah dari segi peraturan mesyuarat atau perlembagaan parti? Tidak.

Dari itu, saya suka mengingatkan Saudara Hishamuddin kerana saya yakin beliau mengambil masa untuk melayari blog ini bahawa:

1. Bekas2 Presiden yang lain tidak pernah bertanding sebagai perwakilan kerana, a) Al Marhum Tun Abdul Razak meninggal dunia semasa beliau memegang jawatan Presiden (automatic) dan b) Al Marhums Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, ketiga2nya meninggal dunia Insha'Allah di dalam Agama Islam tetapi di luar Parti UMNO, maka mereka tidak berkelayakan.

2) Tun Dr Mahathir adalah seorang yang tidak riak kepada kedudukannya. Di mata Allah kita semuanya sama " as equal as the teeth of a comb". Maka dia tidak merasa ianya jijik atau hina untuk bersifat sebagai ahli biasa memandangkan UMNO Pusat tidak lagi melayan beliau sebagai seorang Negarawan atau bekas Presiden UMNO.

In other words Hisham, Tun tidak di benarkan berkata2 di luar dengan orangramai yg termasuk pembangkang tetapi apabila beliau hendak berkata2 di atas landasan dan di dalam forum yg betul iaitu Perhimpunan Agong atau MKT, itu tidak di anggap molek pula.

So which is which Mr Minister of Lower Education? Be proactive and give suggestions and solutions, not mere dimissals. You are where you are presumably because you are British trained and brilliant (not because of your blood) but you are making lame statements that can be heard in kampongs by farmers who are deprived of the truth and know no better. In that, I just realised that I've been disrespectful to the farmers for equating their acumen to yours.

Lastly, I urge all ministers to act on the PM's motion to facilitate, not frustrate the process of any organisation.

Leadership by example. Talk the talk, walk the walk, or simply leave your position.

MDNOR said...

Saya masih ingat kata-kata Tun dahulu berkenaan wawasan untuk menjadi negara maju -

" Yang mengejar mestilah lebih laju dari yang dikejar"

Saya berani berkata sekarang, kita tak akan dapat mencapai wawasan tersebut.

MDNOR said...

Tun dah biasa berjuang masa zaman sebelum merdeka....kena sepak terajang jepun, jadi hamba pada tuan inggeris, darurat pada zaman komunis.....

Semangat juang dia dah sebati dalam darah dan roh beliau.

Saya tak rasa dia akan berhenti,
duduk di rumah dan goyang kaki bila merasakan negaranya terancam oleh
1.bayangan kejatuhan proton,
2.isu capital avenue,
3.penyerapan pengaruh singapura di dalam media dan kumpulan2 strategic negara,
4.jambatan johor tak jadi
5.perjanjian perdagangan berat sebelah dengan jepun
dan sikap nyata perdana menteri yang terlalu lemah.

Semua isu-isu di atas adalah isu besar yang mampu menghantar malaysia balik 40 tahun dahulu.

Takkanlah pak menteri senior kita tak tahu dan tak kenal Tun Mahathir.

A KADIR JASIN said...

Memandangkan ada beberapa pembahas mengulas mengenai jawapan Datuk Seri Mohd Najib kepada fitnah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, saya memohon izin Sdr Rockybru untuk mengulang cetak ulasan saya mengenai hal yang sama kepada blog beliau petang tadi.

Berikut komen saya kepada blog Sdr Rockybru:-

" Sdr Rocky,

Alhamdulillah, TPM Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjawab cacian "diktator" Singapura itu. Buat seketika saya bimbang tiada siapa berani mempertahankan hak dan maruah negara daripada dinodai Lee Kuan Yew.

Saya tidak akan mengucapkan tahniah atau terima kasih kerana adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Namun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita cacian LKY itu.

Ironinya ialah LKY memilih untuk mengkritik Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan pendekatan perkauman setelah kerajaannya mengharamkan tunjuk perasaan ketika persidangan tahunan IMF-Bank Dunia di republik itu baru-baru ini.

Di Singapura hanya LKY bebas bersuara, dan dia nyata begitu berani mencaci negara kita kerana dia tahu Tun Dr Mahathir tiada lagi untuk menjawab balas.

Inilah orangnya yang Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin sifatkan sebagai lebih pintar daripada Dr Mahathir semata-mata kerana dia enggan melepaskan kuasa.

Terima Kasih.

6:44 PM "

A KADIR JASIN said...

Memandangkan ada beberapa pembahas mengulas mengenai jawapan Datuk Seri Mohd Najib kepada fitnah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, saya memohon izin Sdr Rockybru untuk mengulang cetak ulasan saya mengenai hal yang sama kepada blog beliau petang tadi.

Berikut komen saya kepada blog Sdr Rockybru:-

" Sdr Rocky,

Alhamdulillah, TPM Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjawab cacian "diktator" Singapura itu. Buat seketika saya bimbang tiada siapa berani mempertahankan hak dan maruah negara daripada dinodai Lee Kuan Yew.

Saya tidak akan mengucapkan tahniah atau terima kasih kerana adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Namun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita cacian LKY itu.

Ironinya ialah LKY memilih untuk mengkritik Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan pendekatan perkauman setelah kerajaannya mengharamkan tunjuk perasaan ketika persidangan tahunan IMF-Bank Dunia di republik itu baru-baru ini.

Di Singapura hanya LKY bebas bersuara, dan dia nyata begitu berani mencaci negara kita kerana dia tahu Tun Dr Mahathir tiada lagi untuk menjawab balas.

Inilah orangnya yang Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin sifatkan sebagai lebih pintar daripada Dr Mahathir semata-mata kerana dia enggan melepaskan kuasa.

Terima Kasih.

6:44 PM "

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).