Friday, September 15, 2006

Keris, Jawatan Seumur Hidup dan Mat Rempit

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa.]

[UPDATE, 17 September]

MOHON PERSEFAHAMAN

Saya mohon maaf kepada pelawat dan pembahas. Saya rasa tidak bijak kita menggunakan laman ini sebagai gelanggang untuk berkempen menaik atau menjatuhkan sesiapa.

Saya boleh membenarkan perbahasan mengenai buruk baik seseorang pemimpin, sama ada yang sedang berkuasa, yang mencuba mendapatkan kuasa atau yang sudah melepaskan kuasa.

Itu pun biarlah dengan sopan santun, tanpa caci, dusta dan nista, tanpa tuduhan yang tidak berasas, tanpa hasutan dan fitnah.

Justeru itu, saya telah dan akan terus tidak menyiarkan komen-komen yang menggesa agar seseorang pemimpin berhenti atau dijatuhkan. Atau menggesa agar yang telah bersara kembali cergas.

Apabila saya memulakan blog ini pada awal tahun, falsafah dan matlamatnya adalah bagi berkongsi pendapat dan pandangan melalui medium elektronik ini setelah tulisan-tulisan saya tidak lagi dianggap “politically correct” oleh media massa arus perdana yang duhulunya, sekali sekala, menyiarkan karya-karya saya.

Saya juga terpaksa memikirkan kebajikan bolg ini dan, sedikit sebanyak, kebajikan diri saya kerana blog ini adalah personal undertaking saya. Saya dan saya seorang bertanggungjawab terhadapnya.

Hakikat bahawa saya dicaci cerca, dilemparkan pelbagai tuduhan oleh blog-blog yang ditaja oleh penembak-penembak curi (meminjam ungkapan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor) boleh saya terima.

Tetapi saya perlu memastikan agar blog ini tidak menderita tindakan -- sama ada yang terbuka (overt) atau rahsia (covert), yang berbentuk tekanan, ancaman, intimidasi atau undang-undang.

Akhir kalam, saya memohon kerjasama dan simpati Saudari dan Saudara sekalian. Selamat berbahas dan terima kasih.

[Posting Asal]

SITI Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa selamat diijabkabulkan menjadi isteri dan suami. Mawi dan Ina sudah sah memutuskan pertunangan. Akademi Fantasia tidak akan bermula sehingga awal tahun hadapan.

Stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta berlumba-lumba memperbaiki penarafan (rating) dengan berlumba-lumba mengadakan siaran langsung pernikahan dan persandingan bergemerlapan Datuk K dengan Datin Siti dan kisah suka duka, cinta lara Mawi dengan Ina.

Maka gembiralah rakyat jelata Malaysia yang memilih untuk menonton pernikahan dan persandingan Datuk K dengan Datin Siti.

Manakala yang memilih untuk menonton tragedi (dipopularkan menjadi komedi) percintaan dan perpisahan Ina dan Mawi banyaklah yang menitiskan air mata.

Maka buat seketika lupalah mereka akan masalah negara dan keluarga, masalah rasmi dan peribadi. Yang bergembira kerana Siti dan Datuk K sudah menjadi isteri dan suami lupa seketika mengenai kenaikan harga, kekurangan kerja, keputusan bekalan gula dan penjenayah yang bermaharajalela.

Yang berdukacita dan meratap hiba kerana kehancuran cinta pari-pari (fairy tales) dua remaja Rancangan Felda juga lupa seketika kenaikan harga, kekurangan kerja, keputusan bekalan gula dan penjenayah yang bermaharajalela.

Mudahnya dunia Malaysia. Lebih mudah lagi dunia Melayu. Mudah dibuai-lalaikan. Mudah dipukau dengan serapah dan jampi. Mudah diperkotak-katikkan. Mudah disogok dan diberi rasuah. Mudah lupa budi dan jasa.

Maka lupalah mereka kepada penggadaian maruah bangsa. Jambatan dibatalkan kerana takut disaman dan didakwa oleh Singapura.

Pelaburan ratusan juta ringgit dijual murah kerana ada penasihat yang diupah berkata ia akan membawa padah. Kerugian ratusan juta ringgit ditanggung kerana kononnya itulah nasihat, itulah firasat. Disingkatkan cerita itulah kisah Proton dan MV Agusta.

Tetapi wang rakyat jelata digunakan pula bila Khazanah dikerah membeli semula Pantai Holdings yang, kerana lalai dan alpa pihak berkuasa, terjatuh ke tangan Singapura.

Maka tidak hairanlah kalau orang yang bergelar pemimpin gemar membuat kenyataan yang bukan-bukan, yang dangkal dan tidak masuk akal. Yang berguna hanya sebagai bahan ketawa.

Gantikan keris dengan wang sebagai simbol Umno, kata mamanda Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob, kerana bersimbolkan keris Umno sering bercakaran.

Seolah-olah tidak mahu ketinggalan dalam proses membodohkan (dumbing down) minda ini, mamanda Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dijadikan jawatan seumur hidup.

Kenapa harus ada cadangan dangkal sebegini? Kerana orang seperti Shahidan, yang terkenal dengan keberanian membaling batu, takut apabila dia tidak berkuasa lagi orang akan membaling batu ke arahnya.

Dan terima kasih kepada media massa arus perdana yang semakin hari semakin sensasi, proses membodohkan pemikiran ini menjadi hidangan utama.

Mungkin juga apabila ditanya soalan-soalan yang bernas para mamanda Menteri tidak dapat membalas. Maka ditanyakanlah soalan-soalan yang biasa supaya mudah dijawab sesedap rasa.

Malangnya, pemikiran dangkal kelompok ini memaksa pemimpin yang lebih cerdik dan berwibawa – seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Rais Yatim --- turut menjadi bodoh kerana dipaksa mengulas dan memberi tindakan kepada kebodohan ini.

Keris terhunus atau tersarung bukan punca pertelagahan Umno dan tukar ganti Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri bukan punca krisis kepemimpinan.

Punca Umno bergaduh, bertelagah dan berkrisis adalah kerana mereka yang dilantik dan dipilih menjadi pemimpin tidak memimpin dengan semangat juang, dengan kesopanan dan akhlak, dengan budi dan iman dan kewarasan serta kebijaksanaan.

Dan kepada Putera Umno, Mat Rempit mungkin berupa ubat pahit yang pertama buat mereka. Inilah masalah Umno hari ini – tergesa-gesa bertindak tetapi lambat dan lembap mendalami dan memahami isu semasa.

Mat Rempit tidak akan menjadi Mat Rempit kalau tidak berlumba haram pada tengah malam di tengah-tengah bandar. Kalau mereka menunggang secara menurut peraturan atau berlumba di litar sah, mereka tidaklah lagi menjadi Mat Rempit.

Mereka tidak berminat berlumba secara sah di Litar F1 Sepang kerana mereka tidak berhasrat menjadi pengganti kepada Valentino Rossi, Loris Capirossi atau Nicky Hayden.

Mereka bangga, lega dan selesa menjadi Mat Rempit dan Minah Rempit yang berlumba haram.

Aduhai bangsa yang malang, setiap yang buruk dan daif dikaitkan denganmu. Pelumba haram dipanggil Mat Rempit dan pekerja bawahan dipanggil Mat Spana dan Minah Karan.

Akhir kalam, izinkan saya memetik hujah cucu saudara pengasas Umno Allahyarham Onn Jaafar, Mohamed Abid, mengenai bendera Umno yang menjadi objek kritikan Adnan Yaakob. Katanya:

“Banyak orang, termasuk pemimpin Umno hari ini, tidak tahu sejarah dan asal usul bendera Umno.”

Demikian adanya.

65 comments:

from kl said...

Datuk,

Saya ingat orang yang berkuasa pada hari ini, akan menoleh kebelakang pada hari esok (menyesal) dan berkata, sewajibnya aku telah melaksanakan yang terbaik, bukan yang terbaik untuk golongan tertentu sahaja - lantaran masalah dan kesannya sangatlah tidak diingini.

Trust said...

Datuk,

kenapa datuk mempersoalkan kebijaksanaan pemimpin negara? Bagi saya, pemimpin-pemimpin politik kita yang memerintah semuanya bijak-bijak belaka. Kalau tak bijak takkan rakyat pilih depaaa, datukkk.

Yang paling antara mereka sudah semestinyalah Pak (Undur) Lah. Beliau teramat bijak hingga menganggap diam (silence) itu lebih bagus dari segala-galanya. Lupa agaknya Pak (U) Lah bahawa kalau dalam adat peminangan, diam tu tanda setuju. Atau dalam kelas, diam itu tanda bodoh tidak tahu jawapan atau tanda sombong bongkak merasakan dirinya besar. Cumanya, orang yang paling berkuasa mampu untuk diam. The power lies in having not to respond. Inikah taktik PakULah?

Saya harap datuk Kadir berhentilah memperlecehkan pemimpin negara kita, terutamanya datuk Seri Najib Tun Razak. Saya ingat, kalau Datuk Najib dulu berterusan bekerja sebagai eksekutif petronas, beliau mungkin mempunyai kerjaya yang lebih cemerlang sebagai superintenden depo di Segamat.

Ahmad Masrizal said...

Assalamualaikum Datuk,
Saya juga bersetuju dengan pandangan datuk secara profesionalnya bahawa masalah Mat Rempit itu adalah masalah KEKONTANGAN JIWA sebenarnya. Itu adalah punca masalah dan strategi untuk mengatasinya dengan cara membuat konvoi ke sana dan sini bukanlah pendekatan yang terbaik. Tatkala generasi muda bangsa lain sedang berlumba-lumba me REMP-IT kan diri untuk menjadi paling berjaya dalam hidup kita ter kial-kial dalam mencari erti sebenar kehidupan sebagai remaja/belia. Justeru itu, kita haru bijak melihat apakan masalah sebenar dan apakah masalah yang bersifat rantingan.Saya berharap agar ada usaha yang lebih insentif oleh kerajaan dalam melaksanakan pembentarasan gejala ini, bukan setakat hanya membuat program yang bersifat POPULAR sahaja.

miss jue said...

Dato'

Mujurlah saya tak pernah tengok AF, tak minat Mawi, tak suka Ina dan tak kisah tentang CT.Biarlah semua itu, saya tidak kurang apa-apa dengan tidak mengikuti semua itu.

Sememangnya, Msia secara amnya mudah lalai dan Melayu khususnya mudah tergoda dan alpha. Barangkali betul semua ini bagi mengalihkan arah pemikiran kita tentang isu-isu berhubung Jambatan, Proton, AP, Pantai Holdings dan seumpamanya. Sebahagian besar dari kita mungkin lena seketika (seperti kata Dato') lupa tentang petrol yang dah naik (dan mungkin naik lagi), gula yang asyik kosong saja, tarif letrik yang juga dah melambung,saya jangka air pula (ada kemungkinannya) dan tol lagi (mungkin)...

Percakaran UMNO tidak ada kait mengait dengan keris yang menjadi logo bendera UMNO. Itulah satu-satunya senjata kebanggaan Melayu. Justeru, isu nak tukar logo sepatutnya tidak timbul langsung, sebab pada firasat saya dalam UMNO itu sendiri sudah ada 'sistem' yang rosak. Apabila sistem sudah rosak pastinya (main body) tidak akan (stable), sebab ada sesuatu yang telah menganggu atau mengubah sistem. Soalnya, tiada jaminan yang apabila logo itu ditukar dan UMNO akan menjadi lebih baik. Sebab perlulah kita melihat kepada 'root causes' yang menyebabkan UMNO kucar-kacir.

Jawatan MB dan PM mahu dijadikan jawatan seumur hidup. Ini lagi 'parah', sah cakap tanpa fikir. Main cakap ikut sedap mulut saja. Berbulu pula telinga mendengar cadangan ini.

Mat Rempit-ada sebab kenapa ini terjadi, rumah-rumah flat yang kita ada di KL ini terlalu sempit untuk satu family yang ada 5 anak, dengan hanya 2 bilik,rancangan TV yang tak menarik langsung (tiada faktor untuk para remaja ini lekat di rumah),dengan mak bapak yang asyik bertekak sebab duit gaji tak pernah cukup + barang keperluan harian yang sudah melambung, itu belum di tambah dengan pub/club yang nak dibuka sampai pukul 5.00am... si anak lebih rela melempiaskan 'geram' dengan 'merempit' sepuas hati dimalam hari..

Bila buat kempen (tak kisahlah, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen Mat Rempit)- satu perkara yang pasti duit dah keluar, hasil belum tentu lagi..adakah petunjuk (indicators) dibentuk bagi melihat sebelum & selepas kempen (saya rasa tidak ada), jadinya asal buat saja-hasilnya belakang kira..

Bagi saya secara peribadi, pelepasan yuran sekolah PMR, SPM & STPM (bukanlah keutamaan) pada masa ini..sebab semua yuran itu hanyalah 'one-off' payment yang boleh diusahakan oleh kebanyakan rakyat Msia. Kalau pun mahu tackle hati rakyat, buatlah pelepasan pada mereka yang tidak mampu dan imposed saja yuran pada yang kaya-raya, ada baiknya kalau Government fikirkan macam mana nak tolong rakyat kurangkan beban harian, survival rakyat yang kurang berada dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ini.. benda yang cuma 'one-off' bayar nampak dan dihapuskan...tapi ingat hari2 kita nak makan nasi juga..

as a rakyat said...

Dato'

Meminjam rangkap dibawah utk dirujuk;

Punca Umno bergaduh, bertelagah dan berkrisis adalah kerana mereka yang dilantik dan dipilih menjadi pemimpin tidak memimpin dengan semangat juang, dengan kesopanan dan akhlak, dengan budi dan iman dan kewarasan serta kebijaksanaan.

Saya adalah ahli UMNO sejak tahun 1975 (Sebelum UMNO Baru). Pernah menjawat Jawatan diperingkat cawangan & Bahagian. Pengalaman ini saya kira boleh membantu saya untuk membuat penilaian mengenai UMNO kini.

Apa sudah jadi dgn UMNO hari ini? Kemana perginya Pemimpin-Pemimpin yg memenuhi kriteria diatas?

Tidak keterlaluan kiranya saya membuat rumusan dibawah;

Komposisi ahli-ahli dlm UMNO;

1.Memiliki semangat juang, dengan kesopanan dan akhlak, dengan budi dan iman dan kewarasan serta kebijaksanaan - 20 peratus

2. Opportunis - 50 peratus

3. Pak Turut - 20 peratus

4. Pelbagai - 10 peratus

Jika rumusan ini diambil kira bermakna golongan opportunis sedang menguasai UMNO hari ini.

Sedih untuk mengucapkan ungkapan ini; Rakyat akan menolak UMNO satu hari nanti disebabkan karenah kepimpinan yang hipokrit.

ronanino said...

May I quote Shakespeare in order to better express myself :

The third time someone tries to put a bridle on you, you should admit you're an ass

Anonymous said...

Saya tak faham bagaimana seorang Menteri Besar seperti Adnan dan Shahidan boleh mengemukakan persoalan remeh seperti menukar lambang keris yang menjadi simbol kebanggaan Melayu dan ingin menjadi Menteri Besar seumur hidup. Apa mereka tak fikirkah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan apatah lagi kenyatan yang amat bodoh tersebut? Rasanya mereka ni sudah patut berundur sebab dah lama sangat jadi Menteri Besar sampai otak pun tak boleh berfikir lagi. Semakin tamak haloba saja mengejar kekayaan. Apala nak jadi dengan bangsa melayu di Malaysia pada hari ni!

Tak Faham

Kawan said...

Dato,
Apakah kita sedang berhadapan dengan tanda2 kiamat bagi Umno khususnya, dan orang Melayu amnya? Apakah kita sedang melihat kealpaan orang Melayu yang menuju kemuncaknya? Dan dalam hal ini, apakah punca kehancuran orang Melayu disebabkan oleh kepimpinan hari ini yang tidak dapat menyakinkan orang Melayu untuk mara ke hadapan? Skandal Pantai dan ketidakupayaan pemimpin2 kanan menjawab dengan jelas dan ikhlas soalan2 yang berputar di kepala rakyat menambahkan kebimbangan yang amat sangat. Jika orang Melayu hari ini alpa dengan pesta kahwin atau dibawa bersedih dengan kisah putus tunang, puncanya bukan stesen televisyen sahaja. Ini semua berlaku kerana pemimpin2 kanan tidak mengambil apa2 tindakan untuk menyekat gejala ini. Stesen tv nak lalaikan rakyat - tak mengapa kata pemimpin. Harga gula naik - apa nak buat, kata pemimpin2 kanan. Usahawan2 kecil gulung tikar - nak buat macam mana lagi, kata pemimpin2 kanan.

Umno dan melayu tak lagi sehaluan. Jika Mat Rempit yang ditakhtakan sebagai warisan pemimpin bangsa, di mana masa depan kita? Ahad lalu (10 sept) Mat Rempit yang menggayakan kemeja T Putera Umno pulang ke KL dari Kubang Pasu berhenti rihat dan mengisi minyak di beberapa stesen Shell dan Petronas. Dengan gaya mereka tersendiri, mereka menguasai stesen2 minyak, sehinggakan tidak sesiapapun melarang mereka menghisap rokok.

Nah, lihatlah lagak barisan pelapis Umno yang membakar semangat juang mereka dengan kepulan asap rokok di stesen2 minyak!

Cuba tanya pemimpin2 kanan kita. "Saya tak tahu," kata mereka. Rupa2nya, banyak yang pemimpin kita tahu!

Anonymous said...

from budin...

Datuk,

Saya lebih kesian kepada 'as a rakyat' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Walaupun mengakui umno di kuasai oleh golongan opportunis, namun dalam pilihanraya yang akan datang golongan ini akan tetap memilih umno kerana telah didokrin dalam pemikiran mereka bahawa hanya umno yang mampu dan layak memerintah negara ini.

MDNOR said...

Yang seorang ni, terkenal dengan sifat 'elegant silent' nya dan selalu 'kelihatan' berfikir...

Yang seorang lagi mengistiharkan diri pendekar melayu sejati, akal dan budi bukan keutamaan lagi..... demi bangsa dan ibu pertiwi.

Yang lagi satu, menonjolkan diri sebagai pereka grafik berwawasan. Ada yang tak kena pada simbol keris yang digunakan. Simbol ini membawa saka.....

Ada pula yang mengusul buah akal kaedah pencegahan yang kreatif. Elok pegang jawatan sampai mati...supaya kita semua tak bergaduh sesama sendiri.

Yang lainnya tak lekang dengan laungan "Kami Setia Tak berbelah Bagi". Laungan ini diulang seminggu sekali. Bergilir-gilir bagi menyedapkan hati.

Hidangan penglipurlara ini sekali-sekala menghiburkan hati kita yang sedang risau memikirkan hari esok. Berasap ke tidak dapur kita.?

penganggurpaksa said...

Datuk,

Dah buang tabiat agaknya PM kita nie…ini kes AAB (Abdullah Amat Ba*****) malam tadi yang heboh berkenaan isu pencemaran Sungai Kelantan di TV3 (15 Sept 06).

Apa faedah rakyat Malaysia amnya dan rakyat kelantan khususnya dalam isu sungai pulak ni? Yang peliknya, banyak lagi isu yang penting boleh dibangkitkan, AAB sebagai PM pula nak cerita pasal Sungai Kelantan?

AAB mengatakan Sungai Kelantan dicemari oleh rakyat yang membuang sampah dan sisa dalam sungai (so cliché). Macam lah Sungai Malaysia, Sg. Klang dan Gombak indah sangat sampai AAB boleh sedih tahap GABAN tentang Sungai Kelantan.

Pada masa yang sama, wartawan TV3 yang suka nak mengupas pulak dah buka isu bahawa sungai Kelantan tercemar sebab pembangunan dan kerja pengorekan tanah. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kelantan pula tak tahu menahu tentang pencemaran sungai di Kelantan. (terdengar Cricket sound macam dalam realiti tv show – KRIK KRIK KRIK).

Relevantnya disini;

Kalau Sungai Kelantan bersih bolehkah rakyat kelantan dan Malaysia menjimatkan wang belanja harian rakyat? kalau boleh, bererti isu AAB ini sangat relevant!

Jika Sungai Kelantan bersih bolehkah AAB menolong rakyat menyelesaikan hutang yang bersawang di keliling pinggang masyarakat Malaysia sekarang?

Kalau Sungai Kelantan bersih bolehkah AAB selesaikan isu2 asas lain yang jauh lebih penting? Our basic needs have not being taken care yet…suddenly; AAB is trying to save the environment.

Kalau Sungai Kelantan bersih adakah ia akan menarik lebih ramai pelancong asing datang memancing di Sungai Kelantan?

Kalau Sungai Kelantan bersih, AAB nak suruh rakyat jimat air guna air sungai untuk mandi dan membasuh ke?

AAB mahu melenting untuk apa? Bukankah ada menteri-menteri dan pegawai2 kerajaan lain yang patut ambil perhatian tentang isu ini?

Ada projek besar gamaknya, nak bina Jambatan Bengkok tanpa tol di Sungai Kelantan terus ke Sarawak, dan membengkok ke Filipina dan terus membelok ke Jepun?

Entah apa nak jadi dengan pemimpin Malaysia sekarang. Kes terpinggir macam ini dijadikan isu hebat, sama lah juga dengan kes2 artis dibawa masuk ke Parlimen.

Tak pernah terdengar pulak George Bush atau Tony Blair atau mana2 ahli parlimen/senat negara lain yang ambil kesah berkenaan dengan penceraian Jeniffer Aniston dan Brad Pitt dan anak luar nikah Brad dan Angelina Jolie.

Jika inilah tahap pemikiran pemimpin kita, saya rasa baik kita letak sahaja Saiful Apek, Senario dan kuncu2 pelawak season RTM membintangi Parlimen Malaysia yang ada sekarang menjadi PM dan pemimpin, sekurang-kurangnya kita tahu tahap kartun mereka adalah lakonan dan hiburan semata-mata. Dah lebih kurang sama dah saya perhatikan.

Budak Felda Taib Andak yang lain orang tanya, lain dijawab pun ada kredibiliti memerintah negara.

Datuk tolong komen sikit…?

za said...

Datuk,

Saya tidak hairan dengan senario ini (politik Malaysia) kerana majoriti daripada menteri dan pemimpin2 bawahan UMNO adalah terdiri daripada mereka yang tidak cemerlang dalam pendidikan masa zaman muda mereka (masa di sekolah dan juga di universiti). Keadaan bertambah buruk apabila mereka ini malas membaca dan berfikir secara kritikal selepas menjadi pemimpin. Mereka hanya dipilih sebagai pemimpin hanya kerana pandai cakap (temberang) dan untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka diberikanlah gula-gula terutamnya waktu pemilihan wakil bahagian dan juga wwaktu nak pilihanraya.

Bagi barisan pemimpin tertinggi pulak mereka yang kurang cedik ini, dipermainkan oleh orang-orang muda yang lebih cerdik tetapi oportunis. Si oportunis ini cepat gelap mata dengan wang dan juga tidak sabar dan ada agenda sendiri. Mereka inilah yang dilanti menjadi penasihat tetapi sokong yang membawa rebah...lebih malang lagi apabila pemimpin tertinggi yang kurang cerdik tetap tidak sedar bahawa mereka telah menjadi kuda tunggangan si orang muda tadi...

Cuma jangan kita jadi macam Pak Kaduk nanti sudahlah....

Ron said...

Datuk,

Nampaknya sekarang kenyataan-kenyataan daripada ketua politik sesebuah negeri sekarang ini seperti dibuat tanpa memikirkan kesannya. Kesan yang paling dirasai adalah tidakkah mereka ini memikirkannya sebelum mengucapkannya kepada umum. Mereka seperti tidak kisah yang orang akan membuat kesimpulan yang mereka ini mempunyai pemikiran yang cetek dan mereka ini berkuasa hanya kerana mereka adalah ketua bahagian sebuah parti yang terbesar di negara ini. Mereka tidak layak menjadi seorang CEO kepada negeri-negeri tersebut kerana tiada 'inspiration' yang boleh diharapkan daripada merekaa ini.

ZaiMie said...

Assalamualaikum Datuk AKJ …

Semalam 15/9/2006 ..gambar Dato terpampang dalam salah satu laman web baru yang di bina oleh para penyokong Pak Lah .. .. Nak katakan laman web penyokong kerajaan tidak boleh .. sebab Dato Aziz Samsuddn pun kena hentam kat sana .. Dekat sana diorang hentam pasal siapa yang menulis dan menyokong isu yang dibawakan oleh Dr Mahathir .. tapi kalau siapa yang rajin membaca dan melayari internet berkenaan isu isu yang dibawa oleh Tun Dr Mahthir sudah pasti berupaya menilai mana berlian dan mana sampah..

Berkenaan dengan kenyataan dua Menteri Besar yang sengal itu .. Adnan dan Shahidan .. suruh diorang tu kerja rajin rajin , banyakkan masa untuk memakmurkan ekonomi negeri tadbiran mereka dulu .. dari asyik sibuk nak citer pasal isu politik murahan .. menyokong membuta tuli ..nak cari populariti .. nak muka selalu keluar suratkhabar ... Kalau pergi Pahang dan Perlis .. tak de bende pun yang boleh di banggakan pun .... cuba jadi MB yang byk kerja dari cakap kosong ... Lagipun negeri yang mereka pimpin tu ramai lagi rakyat yang hidup susah dan majoritinya orang Melayu ...

Pasal memberi leka kepada rakyat dengan isu isu artis kahwin . .artis bertunang ... saya rasa itu salah satu dari corak pentadbiran kerajaan Pak Lah .. ialah . .sebabkan leka lah Pak Lah tak tahu anak dia dapat projek dari kerajaan . .sebabkan leka lah Pantai Holdings terpaksa di beli balik dengan harga yang amat tinggi ... Jadi .. rakyat pun di didik dengan perasaan leka juga.... bukan salah ibu mengandung ....

Tapi yang pasti Tun Dr Mahathir tidak pernah leka .. saya tertunggu apa tindakan seterusnya dari beliau .. Selalunya kalau Tun balik dari luar negara ... ada aje buah tangan dari beliau .. Oil for food kata PKR .. Betulke ???

Hidup Melayu ..
Hidup Tun Dr Mahathir
Perjuangan Kita Belum Selesai …

andeande lumut said...

Datuk Yang Amat DiKasihi,
Sejarah banyak memberi teladan kepada kita, terutamanya tentang tatasusila kuasa politik. Ibn Khaldun dalam rakaman beliau, menggesa manusia agar ingat tentang kecelekaan kuasa, terutama sekali apabila ia dipegang mutlak oleh mana mana individu atau pun organisasi. Pada hemat beliau, ini adalah antara tanda-tanda yang jelas bahawa sesuatu kerajaan ataupun masyarakat akan mula mengharungi proses "dissolution of assabiya" - kejatuhan dan keruntuhan kuasa secara keseluruhan.

Dan kepada mereka yang masih menaruh kepercayaan kepada UMNO sebagai peneraju "political struggle" orang melayu, apakah kemungkinan bahawa "the systematic attempt to disenfranchise Malay political leadership" suatu helah yang digunakan oleh musuh-musuh parti melalui "idelogical disempowerment". Dan mungkinkah proses ini dilaksanakan oleh mereka yang diiktiraf sebagai ketua-ketua dalam UMNO sendiri?

Selalu kita mendengar laungan slogan "malay unity" sebagai peringatan kepada mereka yang dituduh sebagai pengkritik kerajaan ataupun ketua-ketua parti supaya tidak menjejaskan kesinambungan "malay political struggle". Tetapi sejarah selalu mengingatkan kita bahawa salah satu sebab utama yang membolehkan UMNO bertindak sebagai badan perhimpunan politik yang amat efektif ialah berdasarkan keupayaannya pemikiran-pemikiran serta hujah-hujah yang bercanggah dalam memperkasakan perjuangan politik parti. "Any political organisation can only prosper if ideas are valued and given their proper place. To do otherwise, is to guarantee its demise" - Karl Popper.
Salams

kedidi said...

Saudara ku sekalian,

Nak gelak pun ada...nak menangis pun ada...adakah lambang dipersalahkan dan nak ditukar semata-mata untuk mengatasi 'huru-hara' UMNO la ni? Nampak sangat dah tak ada idea...selama-lama ni lambang tu la yang dijunjung...dok kibar...dok dongak...tiba-tiba la ni nak tukar pulak dah...alasan nak tukar pula lebih bodoh dari komedi Mr. Bean.

Mengapa dak tukar aje yang tu...yang tu...yang tu tu la...berapa lama lagi nak bagi masa ni...nak tunggu sampai keluar komen dari pemimpin negara lain dulu ke? lalu komen dari rakyat jadi aapa?

Ingat tak kita bila Lee Kuan Yew tanya komen Tun Dr. Mahathir tentang kepimpinan Pak Lah. Masa tu Tun kat dia tak nak komen dah kata apa-apa pasal cara Pak Lah.

Faham tak kita mesej yang cuba di sampaikan oleh Lee Kuan Yew? Saya membaca pertanyaan Lee Kuan Yew itu sebagai 'apa dah jadi dengan Malaysia ni...ingatkan lawan kita kali ini lebih hebat dari Dr. Mahathir tapi hampas...".

Tak lama lagi bendera UMNO akan berubah kaler lak...kaler merah tu tak sesuai kerana ia lambang darah...kaler putih tu pulak macam kain kapan...jadi mereka yang sedang memegang kuasa hari ni buat lah apa yang suka...ubah lah apa yang patut demi semata-mata nak tutup resah dan gundah gulana di hati mereka tentang apa yang sedang bergelodak dalam UMNO.

Yang peliknya tak pula mereka terfikir nak tukar ketua kepala mereka tu...ketua kepala tu lah kunci kepada segala haru biru la ni...

Pak Lah jangan lak terkejut kalau benda ini akan terjadi jugak suatu hari nanti...kerana pembohongan yang paling mudah berlaku ialah pembohongan dalam politik...pembohongan yang paling 'real' juga pembohongan dalam politik. Pembohongan yang paling murah juga pembohongan dalam politik.

Pak Lah fikir lah...kalu Tun Dr. Mahathir yang telah berjasa 22 tahun itu dibuat macam 's*****'oleh orang-orang beliau sendiri...inikan pula Pak Lah yang belum buat apa-apa lagi...setakat koleksi retorik tu atuk saya kat kampung koleksi cerita rakyatnya lagi banyak. Maksud kata tak dak apa yang boleh dibanggakan lagi dari Pak Lah.

Berjayakah Pak Lah memiliki damai yang dicari-cari itu?

A KADIR JASIN said...

Saudara Kedidi,

Kita tidak perlu tunggu lama-lama untuk dicaci-cerca oleh kuasa-kuasa luar.

Lee Kuan Yew sudah membuka cakap. Sila baca Utusan Malaysia hari ini (16 September) muka 17. LKY dah kutuk dan perlekeh kita dan Indonesia.

Dia bagi tahu satu persidangan antarabangsa di Singapura yang sebagai negara majoriti Cina, Singapura bersaing dengan Malaysia dan Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Sebab itu, kata LKY, Singapura memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai keberanian dan kemahiran untuk berkata "tidak" kepada negara-negara jiran secara baik dan hormat.

Kalau kita percaya cakap Kerajaan Malaysia tentang pembatalan Jambatan Tambah, kita terpaksa membuat kesimpulan bahawa Singapura telahpun berkata TIDAK kepada kita. Kerajaan kita bertindak balas dengan membatalkan projek yang sudahpun dimulakan.

LKY juga menghina dan menuduh Malaysia dan Indonesia menganaktirikan rakyat keturunan Cina masing-masing.

Reuters memetik LKY sebagai berkata:

"Negara jiran kami mempunyai masalah dengan penduduk Cina. Masyarakat Cina Malaysia dan Indonesia sebenarnya rajin dan berjaya dalam sektor ekonomi yang diceburi.

"Namun yang menjadi permasalahan di sini ialah semakin rajin dan berjaya dalam bidang yang diceburi, masyarakat Cina dipinggirkan secara sistematik.

"Indonesia dan Malaysia mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi Masyarakat Cina seperti mereka -- sikap pak turut."

Kita tunggu dan lihat apa reaksi para pemimpin kita terhadap campur tangan dan hasutan LKY ini, itupun jika mereka membaca laporan Utusan itu.

LKY tidak pula menyebut mengenai lima peratus rakyat keturunan Cina Indonesia menguasai 90 peratus ekonomi negara itu dan 32 peratus rakyat keturunan Cina Malaysia menguasai lebih daripada 40 peratus kekayaan korporat negara ini.

Apa kata pemimpin politik Cina Malaysia?

drmuzi said...

If I am a "Singaporean" i am for sure in deep happiness seeing the present Malaysian leadership.

When Singapore says no, our leaders will say NO as well.

That i sthe essence of LKY remarks quoted by UTUSAN.

I am wondering what does the editor of UTUSAN felt at that time when he goes thru the LKY talking.

LKY only on par with MAHATHIR, and it is a great relieve for LKY and Singapore for MAHATHIR no longer in the pinnace of MALAYSIA's leadership.

With MAHATHIR, Singapore met with great resistance and i still remember very well the "bloody nose" remarks frm MAHATHIR and how LKY had to do an "open apologise" due to hi sremarks that JB were full of gangsters.

That is the day when we were led by GUTSY Prime Minister. Now no more....

tambun mali said...

Bila kita berbicara mengenai perkauman pihak di sana kata kita ini "racist" tapi bila pemimpin cina singapura pula membuat kenyataan sebegini tentu kita kata ini kenyataan politik survival negara tersebut.
Sememangnya sejarah pembentukan negara Malaysia ini dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi tetapi pihak singapura lebih kepada cara berkeras selepas peristiwa 13 mei.
Kepada pemimpin negara kita saya hanya ada satu soalan - mampukah kita?
Pasir sudah, ruang udara pun sudah, syarikat kritikal kepunyaan negara pun juga sudah, apakah selepas ini kita nak tawarkan pula leher anak-anak bangsa kita pula kepada mereka?

dinarmas said...

Dato'

SEJARAH BENDERA UMNO ATAU SEJARAH DEMOKRASI ?

a)katakanlah parti-parti di dunia yang dikatakan parti islam lagi demokratik menang dalam pilihanraya negara bangsa masing-masing. Sudah tentu untuk menang parti tersebut akan janjikan negara Islam jika dipilih.Ya dikatakan Islamlah negara itu untuk 5 tahun yang akan datang? Tamat lima tahun maka orang ramai diberi pilihan lagi samaada mahukan negara Islam atau sebaliknya.Undilah mereka lagi.

b)Persoalannya yang mungkin lebih besar dari soal simbol di atas bendera:

1-parti tersebut yang memeluk demokrasi telah menghalalkan proses undi Islam atau menolak Islam. Thus the right to reject Islam is also established in the so called islamic democracy.

2-untuk menegakkan Islam, maka peti undi menjadi peti suci.

3- Negara Islam menjadi negara 5 tahun sekali?Itupun kalau diundi.

4- Jika menang pun atas tiket demokrasi seperti yang berlaku di Algeria dan Turki, pihak musuh masih boleh menukar gawang gol demokrasi sehingga kemenangan pun tidak membawa faedah kepada parti Islam itu.Jauh sekali dari menjadi negara Islam.

5- pokoknya permainan peti undi dan bendera yang mewakili parti-parti tersebut adalah permainan orang lain dan undang-undang permainan (termasuk bendera)sentiasa boleh diubah.

c)Berbalik kepada soal bendera, mereka yang bermain permainan peti undi demokrasi sebenarnya tidak kisah jika simbol, warna atau corak bendera diubah asalkan kemenangan boleh didapati.
Alangkan Iraq dan Afghanistan boleh dibom untuk tentukan umat Islam mengundi, inikan pula menukar simbol pada bendera supaya parti diundi lagi.

d)Sebenarnya sistem yang kononnya mendapat suara majoriti sebagai suara rakyat suara keramat pun boleh dipertikaikan tentang apa yang dikatakan majoriti. Pernah dikatakan oleh Dr M bahawa undi atau suara majoriti di USA pun sebenarnya bukan majoriti. Semakin ramai orang tidak percaya lagi sistem peti undi suci.Undi yang didapati oleh Bush pun bukanlah undi majoriti. Orang yang tidak percaya lagi kepada sistem peti undi suci pun semakin ramai.Tambahan pula mereka cemuih kepada kelakuan mereka yang gilakan undi.

e)The crisis of governance in our time has a big lie - that the doctrine of atheist 'humanism' claims that men can determine their social destiny by human willpower and structured legalism (perlembagaan/kehantuan).
This is democracy!You can be turned into a pariah even declared an enemy by playing democracy what more if you try to oppose it.Hence democracy is fatally flawed and pre -determined to produce the opposite of what they claim.
-Liberty now creates paid slaves/paid voters,consumed consumers and idiot box addicts
-Fraternity creates enmity and in political democracy one can be friend today and an enemy tomorrow.
-equality is now creating financial oligarchic elite.
It is not an accident that the man who created the slogan 'Liberty, Fraternity,Equality' was himself guillotined by the Revolution which championed his slogan.

f)Gulotin pun seperti peti undi.Kalah undi seperti kena gulotin. Apapun kita tahu Dr M bukan orang yang akan beriman kepada peti undi.Hanya penyembah peti undi yang akan risau dan sasau jika kalah di peti undi.

wassalam

periukcommis said...

sebagai seorang tukang masak kalau masak tak betoi ada tiga cara 1) rujuk buku resepi 2)tanya pada chef atau senior cook 3) berenti cara terhormat. kadang kadang silap masak bukan salah niat atau teknik tapi dengaq dari penasihat yang salah. betoi tak???

Benjamin S said...

Datuk,

Pope Benedict XVI dilaporkan menghina masyarakat Islam di dalam ucapannya di Jerman kelmarin. Maka beberapa pemimpin Islam telah menyatakan perasaan marah mereka berhubung ucapan Paus itu, termasuklah Perdana Menteri kita.

Dan hari ini, Paus dilaporkan meminta maaf kepada masyarakat Islam yang berasa tersinggung dengan ucapannya itu - ucapan maaf yang dilakukan dalam tempoh cuma sehari dua selepas apa yang dianggap sebagai satu penghinaan oleh orang Islam...

Bagaimana dengan pemimpin Islam kita sendiri, yang mana kenyataan dan tindak-tanduknya banyak menyinggung dan melukakan hati rakyatnya? Lebih dahsyat lagi apabila ada kenyataannya berakhir dengan penglibatan berjuta-juta wang pembayar cukai! Apakah ini budaya Islam Hadhari? Apakah ini yang diajar Imam Ghazali dan Shafie?

Saya semakin bimbang dengan masa depan anak-anak saya...

Btw, I have read Machai blog and what a SHAME! It is so DISGRACEFUL! It is very PATHETIC! And the language used, even the case pointed, in their argument described just how shallow their minds are. Terdesak sungguh konco-konco pemimpin negara kita menutup bangkai gajah dengan hanya sekeping nyiru!

Harat said...

Pelbagai masalah yang sedang melanda orang Melayu dan negara sekarang seolah-olah kerana "kesalahan" pemimpin utama yang ada sekarang. Betulkah begitu?

Tidakkah masalah yang sedang kita hadapi sekarang sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor lain yang lebih asas, dan lebih penting? Ini memerlukan kita membuat kajian yang lebih mendalam, dan bukan sekadar membuat spekulasi semata-mata.

Banyak pendapat yang seolah-olah menyarankan bahawa untuk mengatasi masalah kita sekarang, kita hanya perlu tukar pemimpin -- tak payah tukar parti, dan tak payah tukar "sistem".

Adakah saranan yang agak simplistik itu sudah memadai dan akan dapat menyelesaikan semua masalah?

sakrizakaria said...

from kl said- mereka akan menyesal..fat chance.

Datuk Kadir,
So what do we do? We now know that they are not interested lead, they just want to be leaders.

Parti mana nak harap, PAS? 2x5 juga, takut nanti lebih teruk. Tak ada benda baru cakap pasal dinar mas sebagai matawang, padal hal mereka cuma nak jual gold nugget macam yang bak-bank buat tapi heboh seolah-olah itu sistem Islam.

Keadilan? Dimana semua pemimpin tak ada wawasan.

Bagi saya, saya buat kerja saya, makan minum saya tak pernah minta pada parti mana-mana. 10 atau 15 tahun lagi saya mati. Saya pun tak harap umur panjang dengan keadaan seperti ini lebih baik duduk dalam kubur.

Masa anak cucu saya nanti, entahlah, kalau mereka suka mereka boleh duduk di tanah tumpah darahku ini, kalau tak suka migrate. Yang penting saya buat kerja, cari wang (Halal) untuk menyediakan mereka untuk hidup dirantau orang nanti.

Untuk harapkan negara ini.....KUBUR lebih baik bagi say.

sakrizakaria said...

P/S
Sebab itu memereka yang memimpin suka sangat jadi KERAjaan.

Anonymous said...

Datuk,

LKY berani menghina Malaysia sedemikian rupa kerana sememangnya Malaysia sekarang hina. RM200 pun dah berebut!

Apa agaknya respon perdana menteri yang kita sayangi ke atas lapuran ini? Hendak sangat saya dengar?

Hantu Gigi Jarang

mis_tey said...

Dato

LKY tidak segan silu to humiliate us because he knows that he can put our Prime Minister& most of our Cabinet Ministers in his pocket.

He knows too & I think he reads the situation here too well that Pak Lah & his Ministers will NOT respond & tak tau HOW to respond selain dari nak jaga hati Singapore.

This seems to be our foreign policy with regards to our neighbour in the South.

Can yo you imagine how Dr Mahathir would have responded?

But in the first place LKY wouldn't have dared if Tun was still the PM of Malaysia.

With Tun Dr Mahathir, LKY had found his match.

dinarmas said...

Dato',

DATO' TIDAK PERLU MINTA MAAF

Sebenarnya Dato' tidak perlu minta maaf. Memang sepatutnya Dato' tidak perlu layan yang tidak perlu dilayan. Yang jelik memang perlu ditarik keluar apatah lagi seruan akal cetek untuk menjatuhkan pemimpin.

Saya teringat kisah Imam Malik yang menegur pihak-pihak pentadbiran khalifah di zamannya.Akibat dari teguran tersebut beliau mendapat 100 sebatan. Tetapi beliau tidak menyuruh adakan revolusi untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.Imam Abu Hanifah dan lain-lain ulama juga pernah menegur pemimpin dan mereka pun mendapat pelbagai masalah dalam membuat teguran- tetapi mereka juga tidak menyuruh dibuat revolusi atau reformasi.Revolusi adalah perkataan yang memberi makna balik ke keadaan asal. Makna nya - after completing 1 revolution you get back to square one.Yang menjatuhkan orang lain nanti akan dijatuhkan oleh orang lain juga.

Imam-imam dan orang yang berilmu atau ulama memang kerjanya menegur umara (pemimpin).Kerja mereka menasihati pemimpin dengan berani dan kerja pemimpin pula, memimpin dengan berani.Itulah dynamic tension.

Kalau seorang pemimpin (PM, Sultan, khalifah dll)tidak betul maknanya ulama yang sebenarnya lebih ramai di kalangan umat Islam tidak menjalankan kerja menasihati atau mengajar pemimpin, atau takut atau sebenarnya jahil dalam ilmu nasihat.Kemungkinan juga ulama pun gila kuasa nak jadi umarak dan jatuhkan pemimpin atau sedang berkempen agar mereka pula yang diundi untuk menjadi pemimpin.

Pada zaman Saidina Ali r.a beliau ditanya oleh rakyatnya (lebih kurang begini) - mengapa di zaman engkau negara huru hara tetapi di zaman khalifah sebelum engkau negara dalam keadaan lebih baik ?

Maka kata Saidina Ali semasa khalifah terdahulu orang seperti aku yang menjadi rakyat tetapi sekarang orang seperti kamu yang menjadi rakyatku.

Dr M bukan wali, Pak Lah pun bukan wali, rakyat dan kita pun bukan wali ataupun malaikat. Addin itu nasihah.Kerana kita bukan malaikat maka proses tegur menegur atau nasihat menasihati ini akan berterusan.

Kita harap Dr M akan terus menegur dan Pak Lah pula sedia ditegur.

wassalam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pengganggurpaksa,

Saya faham predicament Sdr. Memang sukar mendapat kerja sekarang. Bukan sahaja golongan profesional dalam mid-career seperti Sdr, malah lepasan sekolah dan lulusan IPT juga banyak yang menganggur.

The economy, private and public, is not generating enough new employment opportunities while old ones are being lost through retrencment, voluntary or otherwise.

Self-employment is getting harder as public and private consumption falls. There is, therefore, a growing lack of confidence among the consumers as the economy slows down and prices increase.

Thank you.

periukcommis said...

hari ni chef saya tegoq dia dok kata keje hang ilmu hang takkan bermakna kalau hang tak pandai organize (mengurus atur)!!!!!!!!! persoalannya sekarang segala rancangan negara social and economic wise negara ni adakah berada di landasan yang betoi ataupun goverment kita ni sedang mengurus atau di urus??

coverumnoselalu said...

Salam kepada pengunjug blog ini,

Bagi saya apa yang diutarakan oleh Adnan dan Shahidan memperlihatkan tahap pemikiran pemimpin-pemimpin kita walaupun Adnan mempunyai Ijazah undang-undang dan Shahidan (tak berapa pasti) tapi sastera rasanya ialah tahap yang bergitu rendah.

Menjadi kebiasaan kepada Adnan dan shahidan untuk melontarkan idea-idea yang saya rasa rakyat biasa pun tidak terfikir mengenai perkara itu.

Mungkin juga ia mempamerkan tahap tekanan yang diterima oleh mereka, hendak membangunkan negeri tidak ada kuasa jadi terpaksalah melemparkan idea yang tidak boleh diterima akal.

Cuma saya berharap rakyat biasa seperti saya tidak akan mempunyai tahap pemikiran seperti itu, kita perlu terus berjuang untuk mempertingkatkan ilmu agar dapat menjaga diri sendiri, berusaha untuk membina ketamadunan keluarga memandangkan ini sahaja yang termampu.

Mempertingkatkan ilmu bukanlah bermakna mengikut telunjuk Pak Lah bina insan- tidak sesuai langsung kerana seperti membina batu nisan sendiri. Apa yang penting ialah membina kekuatan untuk hidup tanpa bantuan kerajaan kerana kita tahu pada masa ini kerajaan tidak mampu untuk memberi bantuan.

Apa jaminan yang dapat diberikan bahawa kerajaan mempunyai hasrat membantu dan mengurangkan beban rakyat sedangkan masalah gula pun tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Saya bernasib baik kerana mengidap sakit kencing manis tetapi pada tahap rendah- penggunaan gula hanya 1 kilogram dua bulan. Tapi bagaimana dengan mereka yang memang memerlukan gula sebagai bahan utama untuk hidup.

Hanya mereka dapat membantu diri sendiri sekarang.

salam kepada orang Melayu

anak jawa johor said...

Datuk A Kadir Jasin

Would you believe me if I said that many of us in Johor Bahru would not be surprised that AAB send a minister to Singapore to soothe LKY's feelings before he gets any angrier with Malaysia.

After all didn't we(AAB Government) decided not to build the crooked bridge because we are afraid that Singapore would challenge us in a court of law and we want to preserve our good relationship with Singapore.

A KADIR JASIN said...

Sdr 007Zain,

Seperti saya nyatakan dalam update hari ini, bukan matlamat blog ini menaik atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun saya cukup yakin bukan tujuan Tun Dr Mahathir untuk kembali berkuasa.

Namun saya ambil maklum ulasan Sdr yang terbaru dan yang tidak saya siarkan. Saya faham maksud Sdr mengenai apa yang patut rakyat jelata lakukan terhadap pemimpin yang "terus menjatuhkan maruah negara" seperti Sdr hujahkan.

Sama ada saya "takut benar kat pemimpin yang ternyata tak betul" atau tidak seperti Sdr katakan, terserahlah kepada Sdr membuat kesimpulan.

Saya juga mohon maaf kepada Nazli kerana tidak menyiarkan komennya mengenai kos memperbaiki dan mengubahsuai kediaman rasmi PM di Putrajaya kerana saya kurang pasti dengan ketepatan fakta yang dibentangkan.

Saya akan cuba mendapat pengesahan daripada sumber rasmi secepat mungkin mengenai kos projek itu.

Terima kasih.

Amin Ahmad said...

Saya rasa tindakan media menyiarkan cadangan2 pembodohan ni boleh dilihat sebagai 2 bahagian syiling - sama ada untuk mengajar rakyat jadi bodoh atau mengajar rakyat bahawa pemimpin anda bodoh.

Rakyat yang tentukan bodoh atau tidak mereka. Cadangan kedua-dua MB yang dikenali samseng ni agak pelik sebab MB Pahang bagi cadangan 'biasa' tapi MB Perlis bagi cadangan siap dengan hujah 'bersandar agama' - bab korupsi tak pulak dia nak hujah begitu ya? Apapun tahniah Perlis menang bola!

6ixer said...

cik Kadir, mengenang kembali keris tu, mengingatkan saya pada sejarah lampau yang kelakar.

zumosa said...

Datuk,

Tajuk utama muka depan Utusan Malaysia 18-09-06 - " Saya tak hilang kawalan".
AAB dilapurkan sebagai berkata beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika ada pandangan mengatakan beliau lost control kerana itu pandangan orang yang tidak faham
Sungguh mengecewakan.
Seorang pemimpin hendaklah belajar mendengar komen dan pendapat orang lain bukannya dia saja yang betul , dia saja yang faham segalanya.
Sikap angkuh AAB semakin menjadi-jadi & bangga sendiri dengan cara beliau mentadbir negara. Situasi ini merisaukan.

Tidak adakah orang yang boleh menasihatinya?

Tak tumbuh, tak melata
Tak sungguh, tak kata

Zumosa.

mis_tey said...

Tajuk utama muka depan Utusan Malaysia 18-09-06 - " Saya tak hilang kawalan".

===================================


Salaam Dato

When one is in control of a country or any situation, it is not necessary to declare
“I am in control" unless of course the general perception is that you are not.

Just like if you are the Prime Minister you don’t have to say “I am the Prime Minister”, we know you are, or if you are such a visionary leader like Tun Dr Mahathir you don’t need to claim “It’s my idea”.

zamos67 said...

Datuk AKJ,
Tahniah atas kejayaan Putera UMNO menganjurkan perarakan ke Teluk Batik yang melibatkan 5000 "Mat Rempit" iaitu satu kejayaan yang cukup baik bagi seorang pemimpin putera yang baru menapak naik. Saya juga mengalu-alukan pembatalan oleh polis diatas penganjuran yang dijangka akan diadakan di Bukit jalil yang melibatkan jumlah yang lebih besar iaitu 50000 orang. siapakan mat rempit ini dan apakah yang menyebabkan mereka menjadi mat rempit.

Pada saya kita boleh mengkelasifikasikan kepada 2 golongan
1.Mereka yang benar-benar terlibat dengan perlumbaan haram
2. mereka yang hanya mempunyai motorsikal dan menjadi penonton setia kepada perlumbaan haram.

Saya berpendapat golongan pertama perlu ditangani dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan retorik semata-mata, kerana mereka ini adalah golongan tegar sehingga ada yang menjadikan moto berikut sebagai panduan hidup "Selagi aku tak mati , Enjin motor ni takkan mati" pada hemat saya golongan ini takkan mungkin dapat ditangani dengan kaedah permotoran seperti konvoi kerana ianya sudah pasti akan menaikan semangat mereka untuk terus berkecimpung dan menunjukkan skill kepada lebih ramai orang disamping pemantau keselamatan jalanraya yang amat sukar, bayangkan kalau ada satu lori terbabas dan melanggar mat-mat rempit ini kan jadi satu isu lain pulak. tak ke menjadi masalah satu hari nanti mat rempit dari Kl akan berentap dengan mat rempit kedah untuk menunjukkan kebolehan macam bolasepak Liga perdana. Saya nak menggesa kepada putera UMNO supaya tidak hanya memikirkan gimik dan retorik lagi dalam menangani isu ini perarakan atau konvoi yang dibuat bukan langsung merupakan satu penyelesaian malah ia akan menghabiskan duit kerajaan macam kita menghabiskan duit kepada PATI. Saya nak mencadangkan supaya diujudkan undang-undang/peraturan agar mereka yang ditangkap ini diberikan tugas sosial service dan dilengkapai dengan kursus kursus jati diri dan kesedaran agama serta ketatanegaraan sebelum dibebaskan. masalah dadah tak mungkin dapat diselesaikan dengan dadah dan begitu juga masalah motor rempit ini tak mungkin dapat diselesaikan dengan motor.

Ambillah contoh lapuran akhbar sebagai panduan bagaimana mereka ini keihatan langsung tidak terurus dengan hubungan lelaki dan perempuan tanpa halangan. saya nak menyarankan kepada Putera dan Datuk Hishamuddin supaya disediakan kertas kerja dan kongklusi dari program tempohari dan diedarkan kepada umum. bagaimana ia memberi kesan langsung kepada mat-mat rempit ini dan apakah masalahnya sebelum kita nak anjur program lain pulak. Janganlah kita syok sendiri lepas satu program buat program lain dan jika tak berjaya kita menunding jari kepada pihak lain pulak nanti..duit kerajaan habis kejayaan tak nampak batang hidung. cuba bayangkan kalau sorang diberi duit minyak RM50 dah berapa tu. belum masuk kos baju T lagi, banner dan sebagainya. Saya rasa ahli Dewan pun boleh minta kajian ini daripada sdr. Aziz tentang kejayaan dan kelemahan program ini. dan yang paling jelas ucapan sesiapa pun dalam program perhimpunan takkan dapat melenturkan semangat mereka untuk merempit motor-motor mereka, waima pak Lah dan Sukarno sekalipun baiklah dibuat dalam jumlah yang lebih kecil. Kuliah kat U pun macam tu jugak kalau dah ramai tu yang kat belakang tu bersembang saja.percayalah.

Golongan kedua tadi tak begitu kritikal kerana mereka ini hanya menjadi penonton sahaja. mungkin pihak berkuasa boleh menghalang perhimpunan mereka-mereka ini di tempat-tempat seperti Dataran Merdeka, Pertama Kompleks dan tempat-tempat lain yang mungkin boleh menjurus kepada kecenderungan mat-mat rempit menunjukkan skill, kalau tak ada orang tengok takkan nak buat kot. lupa nak tanya adakah semua yang ada motor tu mat rempit? saya pun ada satu kapcai, jadi kalau 50000 tu macamana nak kenai Datuk

Budakboy said...

Dato',

AAB tidak akan menjawab kritikan LKY kerana:

1.Elegent Silence.
2.NST dikawal oleh orang ST.
3.Penyokongnya sekarang terdiri daripada orang-orang dari kaum yang kononnya dianaktirikan.

Kalau ada diantara pengunjung blog ini yang dapat menerangkan dari segi apa kaum Cina di Malaysia dianaktirikan, sila jelaskan. Adakah tahap penganaktirian ini begitu opresif sehingga mereka tidak dapat mencari makan dan hidup dengan mewah? Atau sekadar tidak dapat melakukan mengikut sesuka hati.

Saya kira blog ini adalah medan siber yang terbaik untuk membincang perkara ini secara rasional dan matang.

anuardin said...

Dato',

Umum telah mengetahui yang Tun Dr Mahathir tidak mampu melayakkan dirinya sebagai perwakilan ke Persidangan Agong UMNO bulan Nov ini. "Terima kasih" saya ucapkan kepada mereka yang telah mengundi di Bahagian Kubang Pasu tempoh hari.

Sememangnya politik dan wang tidak mampu untuk dipisahkan, ibarat aur dengan tebing. Untuk mencantas sama sekali politik wang ini tidak mungkin akan berlaku, tetapi usaha untuk membendung gejala ini daripada terus menjadi nanah masyarakat amat-amat dialukan.

Cuba kita fikirkan dan amat-amatkan. Apakah maruah seorang Melayu itu hanya RM200 sahaja? Malang sekali sekiranya ini benar. Saya tidak mahu suatu hari nanti anak atau cucu kita akan menempelak kepada kita di atas kesusahan dan kepayahan mereka kelak ekoran kealpaan dan ketamakan kita pada hari ini.

Sekian, wassallam.

Sinbad said...

Catatan Dato kali ini jelas mengambarkan perasaan seorang yang kecewa dan malu.

Dato tidak keseorangan sebenarnya. Saya sendiri berasa cukup kecewa dan malu dengan apa yang telah terjadi pada Tun Dr Mahathir dan negara sejak kebelakangan ini. Kalau ikut akan hati, mahu saja saya belayar jauh tinggalkan negara dan lupakan asal usul sendiri. Biar kulit ini jadi hitam legam dibakar mentari lalu dipanggil orang negro daripada dipanggil Melayu.

langit biru said...

Saya amat yakin bahawa sekiranya diadakan pungutan suara HANYA di kalangan golongan professional, ahli akedemik dan cendikiawan Melayu, UMNO sebenarnya gagal mendapat tempat di hati mereka. Kerjaya saya sebagai golongan professional, banyak menemukan saya dengan orang-orang Melayu cerdik pandai. Setakat yang saya jumpa dan bertanya, HAMPIR semua menyatakan tiada lagi PEJUANG dalam UMNO. Yang ada, ramai PETUALANG yang menjadikan UMNO sebagai KUDA TUNGGANGAN atau BATU LONCATAN untuk kepentingan peribadi terutama sekali untuk PROJEK & BISNES. Saya bersetuju dengan beberapa pendebat disini (tentu sekali professional Melayu) bahawa dari segi akedemik atau tahap pendidikan pemimpin-pemimpin hari ini tidak begitu tinggi bahkan ramai yang tiada kelulusan Universiti. Bagi saya, kepimpinan seorang pemimpin itu selalunya terserlah semasa di bangku sekolah dan universiti lagi. mereka bukan sahaja cemerlang di bidang akedemik, malah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Di Kelantan, negeri kelahiran saya, ada tukang kebun sekolah yang berjaya dalam perniagaan selepas masuk UMNO, berjaya menewaskan bekas pengetua sekolahnya dalam pemilihan UMNO. Ada juga yang mendapat gred 3 SPM,berjaya menjawat AJK Bahagian----dan sekarang sudah pakai kereta besar dan rumah besar. Inilah realiti UMNO hari ini yang mana majoritinya adalah berkepentingan hal masing-masing. Bukan lagi untuk MEMPERJUANGKAN Melayu. Inilah golongan opportunis dan pak turut yang sanggup buat apa saja asalkan PERIUK nasi mereka penuh. Mereka umpama buih-buih yang memenuhi permukaan lautan yang begitu mudah hilang berkecai...

melayuCaribbean said...

Hmmm..pelik tapi benar...rakyat bayar cukai suruh menteri-menteri..ahli parlimen buat kerja fikir tentang macam mana nak majukan negara..diorang boleh sebuk tentang mawi..ina siti and datuk K yang SPM pun lepas pangkat tiga jer..apa ke bengap sangat YB..YB kita ni

ahm said...

dear all,
ask yourself have you ever for once heard AAB said sorry of any mistake he has done. balik balik kata "itu cara saya...", "bagilah saya masa..." otherwise AAB keeps himself silance.

we want to know the direction the country is heading to. setakat bagi free yuran peperiksaan, tak cukup nak beli sekilo gula pun, itu yang dikatakan budget mementingkan golongan bawahan dan menengah. kita digula-gulakan dengan free yuran periksa dan diskaun 2% corporate tax; tak kemanapun... tup-tup tahun depan petroleum naik lagi RM0.32(for sure), tol pun dah due for increase another 30%(kalau dapat negotiate dgn toll operaters pun sekadar diskaun 5 - 8%).

bila minyak naik depa kata world oil price also increase, our petrol price still way cheaper than other countries, budaya subsidi tak baik dan berbagai lagi ganeric excuses. subsidi apanya.. itu hak kita semua sebagai rakyat malaysia yang memilih kerajaan. lagipun bukannya kerajaan tak mampu nak bagi, saje nak guna duit tu untuk lain cover bayar pampasan kesilapan yang depa dah buat, imagine RM650 sebulan macam mana polis nak makan, walhal depa nilah yang mengadai nyawa jaga keselamatan kita semua lebih-lebih lagi para pemimpin yang rasa diri mereka selalu tak selamat sebab banyak buat silap, pada hal sapa pun tak peduli kat mereka.

ask AAb dan pak-pak menteri bila the last time he paid toll from his pocket money, bila the last time he paid petrol from his pocket, bila the last time he paid bill letrik from his pocket, bila the last time he bought sugar from his pocket money... (sdr. tajuddin tolong jawab on AAB behalf in case he forgot)

baliklah segera ke negara tercinta ini dah lama sangat kat overseas tu tak kemanapun suara tu, depa tak pedulipun, isu TDM pun tak selesai lagi nak selesaikan isu dunia,

lihatlah sendiri... betapa tercemarnya sungai kelantan, tercalarlh lagi keharmonian hidup rakyat. jangan leka dengan sokongan membawa rebah yang diwar-warkan, periksa dulu. dengarlah kelohan warga jln kebun, ttdi shah alam ataupun during this rainy season, spend a night at anyone of the houses and face yourself the trouble of flood. tolong mangsa banjir angkat barang, tambak balik runtuhan tebing sungai yg roboh, makan nasi bungkus from dewan orang ramai... (kalau pergipun buat lawatan pusat banjir nak dapat vvip treatment). memangpun idea ini tak terlintaspun di benak AAB, kalau adapun buat apa nak susah susah biarlah depa banyak lagi isu lebih penting, sdr khir kan ada, lagipun sapa suruh duduk tepi tebing sungai. kalau depa tu senang macam para pemimpin negara baik duduk banglo jln duta ke, banglo putrajaya ke , banglo kat glenmarie ke. para pemimpin nipun satu hal rumah mak datuk tersergam pun cuba nak sembunyi (kononnya privacy) macamlah orang tak nampak.. tup tup kena rompak dek penyamun ataupun orang gaji sendiri barulah terserlah kebesaran dan kekayaan pak menteri ni... dalam rakyat susah payah nak cari makan pak menteri selamba simpan cash ratusan ribu kat bawah bantal je... barang kemas; solitare lah berbagai lagi tak payah kiralah, bertimbun. nak masuk rumahpun 300 metre away kena pass thru' pondok jaga (sebesar master bedroom rumah teres 20' X 70) itu baru pondok jaga, rumah ibu macam dalam cerita hindustan, gate pun sebesar gate istana negara. mewahnya hidup pak menteri patutlah bila tengok bersamamu tv3 meleleh air mata politik bagai arus sungai perak. tak sangka ada lagi orang sesusah ini kat malaya ni selepas 49tahun merdeka. hah. baru nak tahu sebabnya selama ni alpa dek kemewahan. bila tanya pandai pula jawab, rumah orang jual ap kereta lagi besar... habis tu depa jual ap kereta memanglah kaya raya.. habis tu pak menteri jual apa boleh sekaya ni...

bukan nak menuduh tapi inilah kenyataannya, semua orang nampak jelas. bila ditanya katanya jangan sebarang tuduh, tunjuk bukti lepas tu dia cabar buatlah laporan rasmi baru boleh siasat. nak laporan rasmi apa lagi dah nampak depan mata, dah publish dalam paper dan siar dalam tv satu malaya dah tengok nak laporan rasmi apa lagi, pergi lah siasat terus. samalah macam kes TDM kata ada politik wang di kubang pasu, sdr najib kata buatlah laporan rasmi... nanti kami siasat. nak rasmi apa lagi dak keluar kat tv dah sekali dengan barang bukti, pergilah siasat, alasannya nanti orang ynag dituduh akan menjadi mangsa(orang salahpun bukan main diprotect)habis TDM yang dah jadi mangsa sapa nak defend (sebaliknya dikatakan saja buat hal). pelik sungguh orang jahat sering mendapat simpati dan dimuliakan berbanding mangsa atas alasan kemanusiaan.. pi lah

para pemimpin budiman buatlah muhasabah diri semoga tuhan merahmatimu dan keluargamu...

terima kasih

CoolBuddy said...

Dato'

I've changed my mind. I don't think it's a good idea just to make the Mat Rempit popular. After reading the commentators point of view and ideas here, now i already known both 'gimmick' and 'rhetoric' as well.

In addition, i noticed, there are lots of fruitful idea for our food of thoughts here of how to really solve the Mat Rempit issues.

This blog has always been my sources of information, though.

Thanks

CoolBuddy said...

Dato'

I've made up my mind. I don't think it's a good idea just to make the Mat Rempit popular. After reading the commentators’ point of view and ideas here, now i already understand both terms of 'gimmick' and 'rhetoric' as well.

In addition, i noticed, there are lots of fruitful ideas here of how to really solve the Mat Rempit issues.

This blog has always been my sources of information, though.

Thanks

Sinbad said...

Pasal mat rempit ni, saya ada 1 cadangan.

Yang kena tangkap, kita suruh dia buat sosial service. Antara hukuman yg sesuai ialah:

1. gali lubang kubur/liang lahad
2. jaga rumah mayat
3. iring ambulan kes kemalangan
4. ikut IO polis yg buat siasatan kes kemalangan maut
5. jadi penolong jururawat bilik bedah kes kemalangan

zumosa said...

Assalamualaikum,
Datuk,

Saya tertarik kata hikmat yang di muatkan di ruangan Karikatur (halaman 13) majalah Al Islam keluaran September 2006 – jika yg tak sempat baca..begini luahan dalam ruangan tersebut:

Beza antara pencuri dan politikus korup:

pencuri mencuri untuk hidup
tapi
politikus korup hidup untuk mencuri

pencuri mencuri malam
tapi
politikus korup mencuri siang malam

pencuri mencuri sebuah dua rumah
tapi
politikus korup mencuri seluruh negara.

Bangsa lain nak kaya berniaga
Kita nak kaya masuk politik.

Sapa-sapa yang bijak bercakap berpidato digalakkan menyertai politik.
Tak payah ada kelulusan pun boleh kaya raya..kalau ada kelulusan lagi la baguih.

Bagi lelaki atau perempuan (yang masih bujang) masih tercari-cari kerja – cuba-cubalah pikat anak pak menteri or somebody dalam politik. Jika boleh kahwin dengan anak mereka ini lagi cepat dapat kuasa..lagi cepatlah kaya…

Mungkin saudara Penganggurpaksa boleh cuba nasib dalam politik ...

Wassalam.

Zumosa

ariffinsbr@yahoo.com said...

Idola saya seorang doktor..sudah tua..tapi masih bersemangat untuk berjuang..saya sangat suka melihat bunga silat dan buah serta pukulan dia..
Angkatan pemimpin sekarang pun o.k juga..rakyat Malaysia yang pilih mereka menjadi pemimpin,saya percaya mereka sedang mencuba sebaik mungkin untuk memimpin negara ini..setakat kebolehan yang mereka ada la..Tiap orang dan juga pemimpin mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing..dah pilih dia..biar dia buat kerja..tak puas hati..kita komen dan hentam dia..supaya dia sedar dan membetulkan mana -mana yang patut..jangan lupa..mereka memimpin kerana majoriti telah memilih mereka untuk menjadi pemimpin..!

Truth said...

Asalamualaikum Datuk dan rakan2.

Tiga perkara yang saya ingin sentuh hari ini.

1) Kenyataan2 MB Pahang & Perlis.
2) Perhubungan dengan Singapura.
3) "I am in control"

Kenyataan MB2 Pahang & Perlis.

Inilah dia akibatnya apablia seorang pemimpin memberi kebebasan kepada anak2 buahnya untuk membuat apa2 kenyataan.. Pemimpin2 ini pula naik seronok apabila cadangan atau kenyataan yang di anggap gila pun akan di beri liputan, konon2nya “unorthodox”lah pemimpin ini. Ada sekali di dalam ucapan MB Pahang merasmikan suatu Bahagian UMNO telah menyifatkan MB2 semuanya sebagai beruk2 dan pemimpin2 bawah mereka sebagai monyet2 di dalam politik. Saya telah menyaksikannya di TV3 jam 8 malam.

Di ikuti pula cadangan bodoh supaya keris di panji2 UMNO itu di ubah kepada wang syiling. Kalau dahulu Dato Adnan di anggap sebagai “samseng” yang berani dalam parti kita dengan sebab perbuatannya, kali ini dia menampakkan dirinya sebagai pondan yang sudah kehilangan perjuangan dan arah tuju parti. Bukan keris yang menyebabkan perselisihan di antara pemimpin tetapi manusia yang di nobatkan sebagai pemimpin itu yang perlu di salahkan.

Cadangan MB Perlis supaya pemimpin memegang jawatan seumur hidup harus di sanggah dan di tekan supaya di tarik balik kerana kita malu mempunyai pemimpin2 Melayu yang mengeluarkan cadangan2 yang tidak boleh masuk akal seperti ini.

Apa hendak jadi kepada pemimpin2 muda yang juga mempunyai cita2 tinggi dan saf kepimpinan yang lain yang berkorban sekian lama? Sudah tentu mereka tidak mahu menjadi “balaci” seumur hidup.

Perhubungan dengan Singapura

Ternyata kita tunduk kepada mereka. Mungkin ada sesuatu rahsia yang mereka ada keatas pemimpin kita yang menyebabkan kita takut untuk membuat keputusan yang memihak kepada kita.

Lupakanlah kisah jambatan bengkok kita, tetapi kadar bayaran RM20 yang di anggap “kuaci” yang di katakan akan di kenakan kepada setiap kenderaan Singapura sebagai balasan subsidi minyak yang kita hulurkan kepada rakyatnya juga sehingga hari ini tidak terjadi-jadi. Hanya bercakap dan berjanji tidak kehabisan nampaknya kerajaan BN era baru ini.

Kita memberi subsidi minyak petrol dalam lingkungan RM100 juta setiap tahun kepada rakyat Singapura. Sudah hampir setahun kajian di buat dan keputusan mengenakan bayaran RM20 masih belum di laksanakan. Kalau yang mudah pun di jadikan mudarat, apatah lagi keputusan yang lebih mustahak dan kusut seperti RMK9?

Lebih baik RM100 juta yang kita hulurkan kepada Singapura setiap tahun ini di manafaatkan oleh pelajar2 miskin di luar bandar. Walaubagaimanapun, selagi pemimpin kita di pegang oleh Singapura di tengkuknya, selagi itulah kita akan terus tunduk kepada Yahudi Asia Tenggara ini.

"I am in control"

Di dalam kamus Oxford, “control” ertinya 1.” Power of directing” 2. Power of restraining. 3.” Means of restraint and regulating. Ertinya, ada kuasa untuk mengarah, menahan dan menentukan peraturan di patuhi.

Semenjak kebelakangan ini, 1) Menteri boleh bertengkar dengan Ketua Menteri di hadapan Perdana Menteri, 2) Timbalan Menteri suatu kementerian boleh menegur tidak tanduk pegawai Kementerian lain, 3) Presiden komponen parti dalam BN boleh mengatakan PM tahu tentang masalah Melayu di Pulau Pinang dari itu UMNO tidak perlu bising menggambarkan Perdana Menteri yang dari Pulau Pinang itu tidak bertindak dengan lebih pro-aktive untuk membela nasib orang Melayu di sana. 4) MB Pahang boleh menghina MB2 lain dengan mengatakan mereka itu semuanya beruk2 politik manakala yang bawahnya monyet2 yang suka berteduh bawah pokok yang rendang 5) MB Pahang boleh bebas untuk mencadangkan keris yang terhunus di panji2 UMNO selama 60 tahun itu di tukar kepada wang Syiling. 6) MB Perlis boleh mencadangkan kedudukan kepimipinan yang tinggi2 dalam parti di terajui seumur hidup. 7) IPCMC di cadangkan untuk memantau PDRM sedangkan sudah ada 4 badan2 lain sedia ada untuk tujuan yang sama, sekaligus mengecilkan hati anggota polis di dalam keadaan kadar jenayah yang meningkat. 8) Bangsa yang beragama lain sudah berani untuk menyoal kedudukan Islam sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan kita secara terbuka dengan cara tidak langsung akan menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini. DLL.

Kesemuanya ini menunjukkan tiada “power of directing”, tiada “power of restraining” dan kalau pun ada “means of restraint and regulating” ianya tidak di laksanakan.

Pemimpin yang selalu berbincang dan meminta ahli2 kabinet untuk membuat keputusan untuknya bukan seorang yang “in control” tetapi seorang pemimpin yang “di control”. Itulah sebabnya jemaah menteri dan memanda2 menterinya besar kepala.

Rumusannya. “ He is in control to let things go out of control.”

Anonymous said...

Isu Mat Rempit : pendekatan yang mengutamakan kuantiti berbanding kualiti hasil, takkan ke mana.

Saya juga hampir tersedak apabila keris dipersalahkan sebagai punca peperangan. Kalau begitu eloklah keris tu diganti dengan burung merpati (lambang aman) dan warna merah ditukar menjadi pink (lembut dan tenang). Moga2 dengan itu parti Melayu ini akan aman dan tenang selamanya.

zamos67 said...

Dato,
Saya tertarik dengan ulasan Dato' mengenai pandangan Lee Kuan Yew terhadap sikap prajudis terhadap masyarakat Cina dinegara ini dan di Indonesia. Saya tak nampak sikap itu merupakan perkara yang luar biasa, kerana dinegara kita pun selama ini masyarakat cina dilihat sebagai bangsa yang tidak diberi tempat, sekolah-sekolah mereka tidak ditambah kerana Dasar pendidikan negara.sedangkan murid-murid kian hari kian ramai. Asyik-asyik kerajaan bercakap pasal Bumiputra sahaja dalam soal ekonomi dan pelajaran.
Kebenarannya ada tapi hakikatnya tidak begitu. Sekolah-sekolah Cina diseluruh negara di perbesarkan bagi menampung keperluan murid-murid cina hinggakan banayak sekolah Kebangsaan terutama di bandar-Bandar tiada murid berbangsa CIna. contohnya di jalan Gombak Sekolah menjadi lima tingkat. Bas-bas sekolah yang mengambil dan menghantar mereka-mereka ini bersusun lebih 300 meter hingga menyebabkan kawasan berkenaan sesak teruk diwaktu pagi dan petang.

begitu juga di Sentul terdapat sekolah Cina yang diberi peruntukan atau kebenaran membina satu Dewan yang besarnya hampir sama dengan saiz sekolah. (saya guna kebenaran kerana selalunya sebut pasal peruntukkan untuk kebajikan orang Cina, syarikat korporat berlumba-lumba nak derma, tak macam rayuan untuk rakyat Afganistan atau pun Iraq ataupun Acheh sekalipun) saya tak pasti apakah kepeerluannya hingga DBKL bagi kebenaran binaan sebegitu rupa.

Apa yang terjadi kepada dasar pendidikan yang masih gagal untuk menyatukan kaum dinegara kita menjadi satu. sekolah Wawasan macam senyap aje.

Menyentuh pasal projek dulu dan sekarang pun saya nampak walaupun kita tahu projek yang diberikan pada BUmi pun akhirnya akan dialih nama oleh bangsa Cina. samada melalui nama melayu,kita tahu sangat tu pasal yang collect cheque dan belanja kakitangan makan adalah tawkeh Cina.

Bukan kita cemburu tapi janganlah kata bahawa kerajaan menganak tirikan mereka. Bangsa cina Malaysia patut respond kepada perkara ini dan lawan balik cakap LKY tu. macam MP DAP Batu Gajah tolong respond pada isu rakan mereka dalam MCA, sampai Mr. Samy marah besar.

Saya nak ambil kesempatan nak minta kaum melayu dan India ikutlah cara ini walaupun berbeza fahaman politik dan merentasi sempadan negara. tapi bila tiba isu yang melibatkan bangsa bersatulah

Pak Lah kena terus bercakap pasal Bumiputra kerana itulah yang kita ada, modal politik kalau itupun dah tak ada wallahhualam

Terima kasih

Pelayar Internet said...

Masa untuk memperingati diri -- time for a reality check.
Ok, ramai yang kecam Pak Lah. Yang jadikan blog ini arena membelasah beliau. Datuk dah banyak kali mengingatkan blog ini bukan gelanggang untuk menjatuhkan atau menaikkan sesiapa.
Tetapi sangat ketara ramai pendebat yang jelas anti-Pak Lah. Ok, tak apa sebab Pak Lah sendiri kata dia rela dikritik. Tapi biarlah ada had batasan dan ada fairness.
Ramai yang memetik kata-kata Tun Dr Mahathir Melayu mudah lupa sehingga mereka sendiri lupa bahawa yang mudah lupa itu adalah mereka. They are the forgetful ones.
Ya benar Tun mempelopori ICT yang memberikan kita akses kepada Internet sehingga kita boleh membuat websites, blogs dan sebagainya. Tetapi kita perlu tanya siapa yang memberikan kita kekebasan untuk menggunakan saluran ini untuk berbahas dan berdebat?
Bukankah Pak Lah? Saya pun ada yang tak setuju dengan Pak Lah. Tapi dari aspek kebebasan bersuara kita kena beri markah yang tinggi kepada Pak Lah. Walaupun Kerajaan dan parti-parti BN mengusai media massa perdana yang pastinya pro-Pak Lah, pro-Kerajaan dan Pro-BN, tetapi kita yang tidak ada akses kepada media perdana boleh menggunakan saluran ICT yang canggih, spontan dan virtual.
Jadi kita jangan mudah lupa hadiah bebebasan yang Pak Lah berikan kepada kita.
Terima Kasih Pak Lah.

Budak Padang Rengas said...

Dato', saya setuju dng Pelayar Internet tentang kebebasan yang kita nikmati di era Pak Lah untuk menanfaatkan ICT.
Tetapi Pak Lah bukan pengasas kebebasan ICT. Dr Mahathir mengasaskannya melalui undang-undang multimedia.
Pelayar Internet juga tersilap apabila berkata Pak Lah memberi kebebasan kepada ICT dan mejadi mangsa apabila dikritik oleh bloggers dan Websites.
Dr Mahathir lebih awal dikritik dan dimaki hamun oleh websites pro-Anwar Ibrahim mulai tahun 1998 apabila Anwar dipecat.
Dalam era Pak Lah inipun banyak websides dan blogs diasaskan untuk menghentam dan memaki hamun Dr Mahathir dan menyokongnya.
Jadi bukan Pak Lah saja yang bagi kebebasan kepada ICT. Dr Mahathir mendahuluinya.

kluangman said...

Apakah kita tidak dibenarkan bebas bercakap sebelum ini?

Saya kurang yakin, cuma yang saya pasti ialah kebebasan bercakap telah lama kita nikmati, tetapi saya amat yakin pada masa lalu tidak banyak isu yang ingin kita perkatakan kerana ditangani dengan baik dan bijaksana. Seklurang kurangnya rakyat tahu apa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat walaupun ada beberapa perkara yang tidak disenangi.

Yang nyata, terlalu banyak perkara dan perlaksanaan kerajaan yang 'bodoh dan dangkal' telah berlaku di depan mata, hatta budak sekolah pun tahu menilainya. Ini bukanlah satu perkara baru kebebasan bersuara tetapi sesuatu yang sudah tidak dapat dibendung dan ditutup untuk rakyat memperkatakannya.

Adakah sesiapa yang dapat menahan senyum dan ketawa apabila menyaksikan lakonan lawak bodoh di depan mata. Adakah sesiapa dapat menahan hiba dan tangis jika maruah bangsa dan negara digadaikan

Kebebasan bercakap ini terbukti apabila Barisan gagal menang dengan majoriti besar, itulah kebebasan bersuara dan memilih yang mutlak.

Tun Teja said...

Pelayar internet,

sekadar mengingatkan saudara/saudari bahawa kebebasan bersuara menerusi internet bermula pada zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pelopor ICT. Pada waktu itu Tun Dr M bukan sekadar memberi kebebasan rakyatnya mengutuk dan mencaci beliau menerusi laman blog tetapi akhbar Harakah terbitan PAS juga mencatat peningkatan jualan yang paling tinggi dalam sejarah pengedarannya. Dan Tun DR M tidak pula menarik permit penerbitan akhbar itu! Zaman reformasi menyaksikan perkembangan senario berkenaan yakni semakin meluas kritikan terhadap kerajaan dibuat menerusi internet/blog. Kita tidak menyedari hal itu kerana Tun Dr M bijak mengurus negara dan mengawal sistem pentadbirannya.

Datuk,

Manakala saya tidak bersetuju perbahasan yang berkisar kepada caci-mencaci dan maki-memaki sebagaimana juga Datuk tidak menyukainya, saya berpendapat bahawa perkara itu berlaku kerana ramai yang sudah tidak tahan lagi melihat perilaku beberapa pemimpin kita yang memualkan. Jadi mereka terpaksa meluahkan perasaan yang terbuku di hati menerusi laman blog seperti ini.

penganggurpaksa said...

A’kum Datuk,(izin saya menulis panjang sedikit….)

Perhatian Saudara/i bernama Pelayar Internet,

Saya sokong pendapat anda, tetapi anda mungkin tidak teliti membaca blog Datuk Kadir sedalam2nya sebelum membuat rumusan dan komen.

Saya cuba menyelidik dan mendalami tentang isu “kebebasan bersuara” yang saudara/i cuba bentangkan disini. Seingat saya didalam blog ini Datuk Kadir telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan bertanyakan kepada DR FADHULLAH SUHAIMI ABDUL MALEK , Pengurus Besar, Strategi Korporat dan Perkhidmatan TM Net Sdn Bhd berkenaan isu Kerajaan memberi amaran akan mengawal dan mengambil tindakan terhadap blog dan pengendalinya.

Suka saya merujuk kepada jawapan (Nota kaki) yang diberikan oleh TMNET yang telah dihidangkan kepada kita semua di blog ini pada; Thursday, August 31, 2006. Tajuk posts: Khazanah Terpaksa Selamatkan Aset Nasional

Link ini adalah petikan berita tentang seriusnya Kerajaan utuk menyekat kebebasan bersuara didalam alam siber:
http://din.huluselangor.net/modules.php?name=News&file=article&sid=237&mode=thread&order=0&thold=0

Link ini pula jawapan panjang lebar Menteri terbabit tentang isu ini:
http://kay.cesb.net.my/malaysian-government-to-fight-against-misbehaving-bloggers-malay/.

Kesimpulan saya;

Dari aspek kebebasan bersuara, sepatutnya ianya di berikan sepenuhnya didalam media arus perdana tanpa sekatan dan batasan. Bagi saya, itulah konsep kebebasan namanya! Tetapi, bagi isu yang boleh mendatangkan kekecohan, huru-hara, perbalahan antara masyarakat dsb, maka elok juga dipantau seperti yang terjadi semasa zaman kes Anwar Ibrahim dahulu. Jika diingat kembali, kekecohan yang terjadi pada masa kes Anwar itu adalah di dunia nyata sehinggakan ada yang bertumbuk dan bergaduh dikhalayak ramai kerana tidak dipantau sebelumnya.
Pada awalnya, TDM telah memberikan kebebasan sehinggakan terjadi pergaduhan dan kacau bilau oleh segelintir mereka yang fanatik. Jadi, ada segelintir mereka yang terpaksa dikurung kerana keganasan yang mereka buat dan media perdana dinasihatkan menghentikan ulasan yang tidak wajar, untuk mengelakkan kekecohan. Sebab untuk mendapatkan kebebasan itu jugalah, PARTI KEADILAN diwujudkan untuk dibenarkan bebas bersuara.

Saya percaya tindakan TDM waktu itu adalah untuk menjaga keamanan negara dan juga memberi peluang bagi rakyat menilai sendiri isu itu. Pada masa itu blog belum digunakan secara meluas lagi di negara kita. Disebabkan ruang media terpaksa disekat bagi mengelak insiden yang sama berulang, mereka menggunakan alam siber yang tidak pernah langsung dipantau oleh TDM! Kerana TDM tahu rakyat dialam siber adalah dari golongan pemikir. Jika mahu bertarung, biar pertarungan di arena yang sesuai tanpa pergaduhan.
Untuk pengetahuan saudara/i (Pelayar Internet), blog dialam siber hanyalah digunakan untuk mengutarakan pandangan penulis dan peluang mereka yang membaca untuk berkongsi pendapat. Lihat sekarang! Tiada siapapun yang mengamuk dan bertindak ganas diluar alam siber sekarang ini. Semuanya kerana pembaca dikehendaki memikirkan buruk dan baik sesuatu penulisan itu.

Pada waktu ini, blog2 yang dididapati mengancam keselamatan negara sebenarnya tidak wujud kerana manusia dizaman siber adalah golongan manusia yang berfikir. Kita semua dikehendaki menggunakan kekuatan minda bagi menentukan baik atau buruk sesuatu artikel itu sebelum menulis atau membaca.
Kebebasan bersuara yang sebenar adalah kebebasan diluar alam siber yang pada masa ini telah dihalang tanpa sesuatu sebab yang munasabah! Tanpa ada pergaduhan, pertengkarandan tiada kekecohan seperti sebelumnya….hak bersuara “are being denied”. Itu yang terjadi sekarang! Kenyataan TDM langsung disembunyikan dari ruang media perdana! Harus diingat, TDM tidak pula ingin mewujudkan PARTI baru, hanya sekadar menegur sahaja…demi negara dan orang MELAYU!

Jadi, jika anda menyatakan bahawa Pak Lah yang memberikan kebebasan bersuara kepada kita hari ini melalui alam siber, bagi saya itu tidak benar sama sekali!
Sepatutnya, dengan adanya blog dialam siber ini, pandai2lah kita pembaca menilai baik buruk sesuatu penulisan itu dan maksud yang tersurat dan tersirat supaya tidak lalai. lupa dan alpa dalam mencari ilmu dan kebenaran. Tepuk dada tanya selera……sampai masanya nanti pangkahlah sesiapa yang anda mahu!

Yang hairannya, mengapa Kerajaan harus takut pada alam siber, jika penulisan dan berita yang dikeluarkan oleh mereka di media arus perdana adalah di pihak yang benar? Musykil!
Seperkara lagi, mungkin jika saudara membaca betul2 penulisan dan komen Bloggers di alam siber, kebanyakan bangsa Melayu/rakyat kita tidak pernah lupa jasa TDM. Dan kebanyakan bangsa Melayu sudah mula merasakan kepayahan….

Tetapi yang menyedihkan, kebanyakan Pemimpin Melayu yang ada sekarang telah mula lupa jasa TDM dan langsung tidak mengenang budi!! Ini jugalah yang dijadikan topik dan bualan hangat di alam siber dan kedai kopi ketika ini…selain dari isu2 yang berbangkit…
Saya percaya kebanyakan Melayu/Rakyat juga pada awalnya ingin berbangga dan melihat Pak Lah dan pemimpin kita ini berjasa dan bersama2 ingin membantu membangun negara. Saya tidak fikir ada agenda lain yang diperlukan oleh rakyat dan TDM khususnya, selain dari berkongsi nikmat kehidupan yang pernah diperjuangkan dan dirasai bersama sebelum ini.

Tapi cuba renung dan fikirlah sendiri, adakah satu jasa/idea dari Pemimpin kita yang boleh dibanggakan setakat ini? Jadi, Blog2 inilah sahaja nikmat yang tinggal sebagai tempat meluahkan duka dan nestapa rakyat kerana pemimpin mereka lupa!

Ini cuma sekadar luahan tidak setuju saya sahaja…………jika ada yang ingin membantah/mengiyakan…..dipersilakan...Terima Kasih

mis_tey said...

Pelayar Internet said...
Jadi kita jangan mudah lupa hadiah bebebasan yang Pak Lah berikan kepada kita.
Terima Kasih Pak Lah.

===================================

Nope. I do not forget easily because I know that it was Tun Dr Mahathir who gave Malaysians the freedom to "bantai" him during the reformasi period.

Anti-mahathir websites such as Mahazalim & Mahafiraun were set up following the sacking of Anwar Ibrahim from the Govt & Umno & dedicated solely at whacking the Tun.

The attacks on him were very vicious. Did Tun Dr Mahathir close them down?


I say "Thank You" Dr Mahathir for giving Malaysians the freedom to speak up - whether in support of you or otherwise.

drmuzi said...

pelayar internet ni mungkin masih kat sekolah rendah atau tak mempunyai akses internet dulu semasa krisis ekonomi dan politik tahun 1997/1998.

apa yang pak lah hadapi hari ni hanya 1 peratus dari apa yang TUN DR M hadapi semasa 1997/1998.

Laman laman web pro reformasi bagai cendawan tumbuh....

siapa tak ingat dengan MAHAZALIM , MAHA FIRAUAN punya laman web...

hehe

tapi takde pun laman web ini di tutup...

TUN buat selamba sahaja apa yg mereka merek atulis, dan MALAYSIA berjaya keluar dari krisis 1997/1998 dan TUN berjaya kekal sebagai PM MALAYSIA bilamana ramai PM dan Presiden yg gagal seperti Chavalit dari Thailand serta Presiden Korea serta Suharto yang tumpas.

So....to say kebebasan berinternet oleh Pak LAH, pelayar internet 100% silap.....mungkin kesilapan beliau boleh diterima kalau 10 tahun dulu beliau tidak dapat akses internet...

:)

Truth said...

Datuk,

Izinkan saya menegur Zamos67 tentang kenyataannya bahawa sememangnya kepentingan orang2 kaum Cina tidak di beri perhatian, sekaligus bersetuju dengan pandangan Lee Kuan Yew. Beliau juga menyentuh tentang sekolah2 Cina di negara ini.

Saya ingin benar hendak bertanya kepada beliau, adakah terdapat sekolah2 Melayu di Singapura? Di sini bukan sahaja kaum Cina di beri kebebasan, Agama dan budaya orang2 Cina juga di beri hak kebebasannya.

Contohnya, apabila ada kematian mereka di benarkan memain musik yang agak bising di sepanjang perarakan mereka. Mereka juga di benarkan membakar benda2 di musim hantu mereka yang menyumbang kepada kerosakan alam sekitar. Lion-dance juga di alu-alukan.

Di Singapura, kompang semasa majlis kahwin tidak kedengaran. Panggilan azan solat juga di haramkan melainkan di dalam masjid sahaja.

Dari itu, saya mohon kepada Zamos 67 janganlah terlalu mengagong2kan kenyataan pemimpin2 asing kerana kita duduk di bawah satu bumbung di dalam kaedah kepimpinan negara kita yang sesuai untuk diri kita. Cara Lee Kuan Yew tidak akan hidup di sini dan cara kita juga tidak boleh hidup di Singapura.

Bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita ada.

Anonymous said...

Dato

Mengenai kenyataan LKY baru-baru ini, ia memang satu kenyataan yang provokatif.

Yes I am glad that Dato Najib has finally commented on LKY’s statement describing it as mischievious", "uncalled for", "inaccurate", and "misleading".

Chinese systematically being marginalized?

For a start, Brenden Pereira should invite LKY to visit the NST.

Let him see how accommodating our Prime Minister, Pak lah is. Berapa kerat Melayu memegang jawatan tinggi di bilik editorial sekarang? And NST is supposedly an Umno paper. Oh forget abt Hishamuddin Aun, he is just a puppet.

Now who is being systematically marginalised? Yeah, thanx to the Singapore-trained agents...oops sorry, I mean Singapore-trained "journalists" Dato kalimullah & Brenden.

Compare NST with the Star, an MCA newspaper. How many Malays are holding top editorial posts there?

And who does the MCA represent? The Malays?

What abt the DAP & Gerakan? For all intents & purposes, being Chinese-dominated parties, they represent the interest of the Chinese community.

Kaum Cina bebas bersuara di negara ini melalui parti-parti politik tersebut untuk meminta "itu" dan "ini" dan mneyuarakan ketidakpuasan mereka.

Tolong jangan labelkan saya sebagai seorang racist kerana membangkit perkara di atas. Ini ada lah satu kebenaran.

LKY patut bertanya samaada orang2 Melayu di Singapura diberi kebebasan untuk bersuara saperti kaum Cina di negara ini.

Orang Melayu di Singapura tidak berani berdecit pun.

Jadi, kaum mana yang telah diketepikan secara sistematik & dianaktirikan?

Kaum cina di sini atau orang Melayu di Singapura?

Jay

Anonymous said...

Datuk,

saya merupakan fresh graduate dan masih lagi menggangur, jadi kerja saya hanya lah melayari internet, mencari info. terkini dan kerja-kerja kosong, setelah melayari banyak blog, forum banyak yang bercerita tentang PM sekarang, saya boleh dikatakan jahil dalam politik tak tau apa pun, tapi kalau dipikir secara logik mungkin ada betul apa yang diperkatakan..

teringat saya ketika mewawancara seorang tokoh kewartawanan dan tokoh politik utk kerja krusus saya, ketika itu PM skarang mendapat mandat besar merintah negara, tokoh itu secara sepontan memberitahu saya, rakyat akan bangkit menentang satu hari, kalau kerajaan xbetul, saya ketika itu tak menghiraukan apa yang beliu kata, sebab xfaham
tapi sekarang mungkin faham sedikit, saya sedikit pun xkisah pasal semua ni.. kerana bagi saya sapa yang merintah ada agenda sendiri walhal kalau kita merintah pun begitu, tapi jangan lar mengabaikan nasib rakyat.

budak sekolah

Ahli Kedai Kopi said...

Datuk,

Pada pandangan saya...LKY sedang cuba melakukan apa yg org kata "the pot calling the kettle back".

adalah sukar di terima akal jika dikatakan masyarakat cina di Malaysia di anaktirikan...tetapi adalah lebih masuk akal jika dikatakan melayu singapura mmg terpinggir sejak sekian lama...

semua bukti tentang ini mmg diketahui umum dan pada yg membaca, tepuk dada tanya akal

Shaykh Zarul as Sufi said...

Assalamualaikum Dato'AKJ,

Telah lama juga saya mengikuti laman blog dato'. Banyak isu panas yang diketengahkan. Jadi ini komentar saya untuk kali pertama.

Rasanya tidak terlewat untuk turut membahaskan isu 'Mat Rempit'. Terima kasih diucapkan disamping dato' berani menyentuh isu politik negara yang panas membara, Dato' tidak lupa juga menulis tentang "MASALAH RAKYAT MARHAIN". Isu Mat Rempit ini memang satu masalah yang seringkali terlepas pandang oleh ahli-ahli politik yang diamanahkan rakyat. DiParlimen wakil rakyat lebih sibuk berdebat tentang isu 'bow tie. Adakah ini mempamerkan minda segelintir wakil rakyat kita. Jika ini benar, teramat-amatlah malang bagi rakyat Malaysia.

Mungkin isu mat rempit ini dipandang remeh oleh mereka atau mungkin isu ini bukan isu Jambatan Bengkok? Mat Rempit yang boleh dikatakan 99% daripadanya adalah melayu dan persoalannya ini semua salah siapa? Mungkin ada yang mengatakan tidak perlu mengungkit salah siapa. Bagi diri saya memang perlu! Tidak ragu-ragu lagi kita mesti mencari dimana silap dan puncanya hinggakan budak-budak samseng ini bangga menjadi Mat dan Minah Rempit.

Apabila orang yang diamanahkan kuasa mengkhianati amanah yang diberi inilah habuannya. "Harapkan pagar...Padi makan pagar"(pepatah melayu baru). Puncanya? Seanang sahaja...saya ada jawapannya. Puncanya...kita mengkhianati Islam. Kita meremehkan hukum Al Quran. KIta pandang Tok-Tok Guru ini sebagai ketinggalan zaman, tidak moden, jumud pemikiran tertutup...dan kita labelkan orang-orang cuba mempertahankan akhlak islam sebagai Penentang Pembangunan.Kita letakkan martabat orang-orang yang ikhlas memperjuangkan agama dalam longkang.Pelakon dan Penyanyi kita dewa dewikan.Maka ini lah jadinya.

Dari pengalaman saya sendiri malah ada yang tidak pernah kenal siapa itu Imam Bukhary dan Imam Muslim. Pernah sekali saya ditanya "Saya ingin mencari Tafsir Quran oleh Bukahry atau Muslim." Lawak antarabangsa bukan? Tidak cukupkan dengan Tafsir Ibnu Kathir sehinggakan Imam Bukhary dan Imam Muslim disangka sebagai Tukang Tafsir Quran? Ini adalah sebahagian sahaja, malah banyak lagi cerita yang lebih ngeri.

Kalau ditanya kepada Mat dan Minah rempit apa dia rukun Iman. Jangan terkejut kalau dijawabnya. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara...dan bla..bla..blaa...Kenapa ini boleh terjadi? Adakah salah mak bapak? Salah Tok Imam? ataupun salah sendiri? Pastinya orang-orang diamanahkan kuasa boleh menjawabnya. Bukan bermaksud disini saya cuba meletakkan kesalahan kepada mereka 100%; tetapi jika ada kuasa yang sementara itu pergunakanlah sebaik-baiknya. Jangan bila dan kehilangan kuasa baru nak terpekik terlolong!

Kepercayaan itu penting...jika tidak percaya habislah kita. Lalu jadilah seperti kebanyakkan Mat Rempit yang berakhlak seperti BINATANG!

Aduhai malang sungguh bangsaku... (seperti tulisan Dato')


Terima Kasih Dato'.

(pureislamic.blogspot.com)

perantaukite said...

Alhamdulilah, Datuk Tahniah. Kalu ramailah orang2 Besaq macam Datuk rasa2 negara kita boleh selamat. Pengaruh media massa ni besaq. tanggungjawab kita kena bagi kesejahteraan pada rakyat teramai. Datuk seorang pengamal media yang veteran tau mana intan mana permata untuk agama bangsa dan negara. Cerita2 yang seimbang macam ni , kira rakyat biaq celik sikit. Jangan baik 24 jam,

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).