Friday, September 29, 2006

Penangguhan Pemilihan Umno – Antara Yang Tersurat dan Tersirat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

MAJLIS Tertinggi Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadualkan tahun depan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MT semalam (28 September).

Menurut Abdullah, Umno menangguhkan pemilihan parti untuk membolehkan pemimpin parti itu menumpukan kepada usaha mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Abdullah tidak pula menyatakan bila pilihan raya umum akan diadakan. Pilihan raya umum lalu diadakan pada 21 Mac 2004 manakala pilihan raya umum akan datang perlu diadakan sebelum Mac 2009.

Persoalannya, apakah keputusan ini berupa petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh masa singkat, katakan tahun hadapan seperti yang diramalkan oleh Utusan Malaysia hari?

Atau ia berupa taktik untuk mengelakkan keperluan mengadakan pemilihan parti tahun hadapan memandangkan keadaan tidak menentu yang sedang berlaku di dalam Umno sekarang?

Mengambil maklum mantera pentadbiran negara sekarang iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan, penangguhan pemilihan Umno hanya boleh diterima sebagai ikhlas jika pilihan raya umum diadakan di dalam jangka masa singkat.

Hakikat bahawa ia dasar dan peraturan biasa parti yang pernah dilakukan sebelum ini bukanlah alasan yang mutakhir.

Yang lebih penting adalah hak asasi ahli-ahli Umno untuk memilih pemimpin dan hak asasi rakyat jelata memilih kerajaan.

Kelewatan melaksanakan mana-mana satu hak asasi ini adalah tidak secocok dan tidak selari dengan demokrasi yang kita amalkan.

Jika pilihan raya Umum tidak diadakan hingga 2009, ini bermakna MT yang ada sekarang akan berkuasa selama hampir lima tahun, dua tahun daripadanya tanpa mandat terus (direct mandate) daripada ahli.

30 comments:

ron97 said...

betulkan saya jika tersilap

Pemilihan Umno yang lepas adalah pada 25/09/2004 untuk penggal 2004-2007.
Ini bermakna, pemilihan seterusnya pada 24/09/2007.
Namun jika penangguhan dilakukan,
tarikh akhir pemilihan harus diadakan adalah pada 24/5/2009
Tarikh akhir pilihan raya adalah pada Mac 2009.

Mengikut situasi seterusnya, tiada kenaikan gaji untuk kakitangan awam untuk tahun 2007 dan juga budjet 2008.


apapon, langkah mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini, hanya akan mengundang padah dan memberi peluang kepada rakyat untuk menghukum kerajaan sekarang.
mungkin.

drmuzi said...

ada banyak petanda yg tersirat dan tersurat:

1.UMNO memang sedang bergelora

2.BN tidak mungkin akan menang besar seperti sebelumnya

3.Ada pemimpin pemimpin besar UMNO yg sedang hangat mencongak sekarang, rasanya mesti tak senang tidur dan tak lalu makan mencongak...:)

wassalam

ronanino said...

May I quote Shakespeare in order to better express myself :

A turkey never voted for an early Christmas.

aku pening said...

yg paling tereang lagi jelas ialah, jika pemilihan UMNO ditangguh, makanya mereka boleh meneruskan usaha2 yg sedang dilakukan sekarang untuk tempoh sehingga 2009 MAC . itu paling pasti. kalau tidak, makanya usaha2 mereka nie akan terbantut disebabkan pelimihan sepatutnya dibuat pada tahun hadapan. jadi bila dah ditangguh selepas PU . maka mereka akan memilih PU pada tempoh maksima supaya mereka boleh membuat apa yg sepatutnya dibuat utk tempoh yg lebih panjang. ayat yg mudah utk dibaca ialah.. lebih byk duit boleh disonglap utk tempoh 3 tahun akan datg berbanding tak sampai setahun iaitu 2007.

p/s tak tahu la komen ini akan lepas atau tidak, tapi sekurang2nya Datuk membaca itu sudah cukup .

Lama Dalam Umno said...

Dato' dan kawan-kawan sekalian,

Pak Lah dah kata dia nak jadi PM dua penggal. Masa dia kata begitu, harapan cukup cerah. Dia baru saja menang dengan mandat besar pada tahun 2004.

Itupun orang tua Mahathir tolong kempen rata negara. Yang dia tak pi hanya Terengganu sebab Idris Jusoh kata orang Terengganu tak suka dia pasal dia sokong Wan Mokhtar.

Tapi sekarang keadaan dah berubah. Lepas pilihanraya 2004, macam-macam yang negatif berlaku. Projek-projek dibatalkan, maruah negara tergadai, kita cuak kepada Singapura, Amerika buat kita macam budak-budak, harga petrol naik, harga diesel naik, harga gas masak naik, tarif elektrik naik, harga ayam naik, gula hilang dari pasaran dan macam-macam lagi.

Kerajaan cakap lain tapi buat lain. Kaabinet kata projek sukan di England ditangguh tapi tiba-tiba buat balik. Kata anak PM tak berniaga dalam negeri. Tiba-tiba mengaku berniaga dengan Petronas di dalam dan luar negeri.

Dengan keadaan ini semua, Pak Lah tak ada cam jadi PM dua penggal kedua kalau pemilihan Umno diadakan tahun depan. Dia pasti akan dicabar. Teamnya, termasuk Najib, Hishammuddin, Khairy, Rafidah dan Noraini yang semua menang tak bertanding pada tahun 2004 mungkin ditunjukkan pintu.

Tengku Razaleigh dan Team B yang asal mungkin berkuasa atau akan berlaku perlawanan di mana Pak Lah akan ditikan dari belakang oleh penyokong-penyokongnya sendiri macam mereka menikam Mahathir pada tahun 1987.Mereka akan tikam beliau kerana mereka tidak mahu jatuh bersama-sama beliau kalau Umno terus dibenci akibat suasana sekarang.

Jadi untuk selamat, Pak Lah guna Khairy untuk pengaruhi dan peras ugut ahli-ahli MT supaya setuju tangguh pilihan raya parti hingga lepas pilihan raya umum yang saya jangka akan dilengahkan hingga tahun 2009.

Menjelang waktu itu, kalau BN tidak menang cemerlang pun tak mengapa asalkan Pak Lah terus berkuasa untuk penggal kedua dan Khairy menjadi MP atau ADUN dengan kemungkinan dilantik menjadi menteri penuh atau menteri besar.

Saya yakin senario ini boleh terjadi kerana saya menghormati permainan dan taktik politik Pak Lah yang merupakan seorang survivalist yang terus selamat walaupun orang lain, termasuk yang menyokongnya, tersungkur. Saya sekali-kali tidak mengecilkan tindak tanduk politik Pak Lah. Ini pasti satu lagi taktik survival beliau.

Berita dari gunung said...

Dato,

Politik tanah air tidak pernah sunyi dari percaturan kuasa. Team B pernah tewas dalam percaturan kuasa. Sekarang ini, kita perlu akui bahawa beberapa orang dari Team B memegang UMNO, dan ada pula yang merasakan perlu untuk memaklumkan kepada media bahawa mereka berkuasa dan "in control".

Sekali berkuasa, permainan akan berubah daripada merebut kuasa kepada mempertahankan kuasa. Tun pula dalam tempuh 22 tahun telah memberi tip-tip menarik bagaimana kuasa boleh dikekal dan dipertahankan. Sebagaimana kita ketahui Tun adalah idola kepada ramai, mungkin juga termasuk yang berada dalam kepimpinan sekarang. Saya yakin mereka kini cuba menyemak helaian dari dairy lama meneliti satu persatu tip-tip Tun.

Ketika Tun membawa semula mereka-mereka dari team B kedalam UMNO, ramai yang berasa lega, kerana usaha menyatukan orang melayu tentunya usaha yang sangat murni. Ada juga yang berpandangan bahawa membawa masuk mereka itu untuk mengimbangi kecergasan nafsu Dato Seri Anwar.

Walaupun begitu, ada pula berfikiran lain, membawa masuk mereka itu mungkin usaha melepas anjing tersepit. Anjing tetap suka menggigit.

Akhir sekali saya ingin mengandaikan bahawa tip-tip dari Tun yang mereka semak dalam dairy lama itu, sukar difahami, kerana mereka tidak pernah berguru. Dan guru pula, sebagaimana lazimnya, tidak pernah mengajar muridnya tentang "Buah Kilas Terakhir", dan sememangnya tidak ada dalam dairy lama itu.

Terima kasih, selamat berpuasa.

Den Berambus said...

Betul seperti yang dikata.Memang kerajaan sekarang(UMNO)adalah kerajaan half past six.Takut untuk mengadakan pemilihan UMNO dalam waktu terdekat,sebab rata-rata dari kepala sampai kebawah tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk bertanding.Ianya sudah terbukti dengan keputusan yg baru dibuat oleh pucuk pimpinan.
Jika dulu penangguhan pemilihan datang dari permintaan perwakilan, tetapi sekarang sudah terbalik.Kepala yang membuat penangguhan.Anggapan umum adalah no self confidence utk bertanding dlm parti sendiri.Pendapat ramai dari perwakilan sekarang ini, Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dipertandingkan.Tunjukkan kepada perwakilan bahawa Aku bukan diangkat untuk naik, tetapi dipilih ramai untuk naik.
Tiada apa yang perlu ditakutkan jika yakin pada kemenangan besar pemilihan raya 2004 bukan disebabkan oleh nasib.Untuk yang bermimpikan jawatan seumur hidup,UMNO bukanlah tempat untuk membesarkan tembolok sendiri tetapi adalah tempat untuk memperjuangkan nasib orang melayu.

tun baba said...

keputusan menaangguhkan pemilihan umno ternyata menunjukkan ketidak jantanan pemimpin umno yg ada sekarang, kalau kita benar kenapa perlu takut, pemilihan umno 2007 , dan pilihanraya selepas 2 tahun iaitu 2009 , jadi apa yg perlu takut , kita ada dua tahun.

yanaamsidi said...

Apa pun keputusannya, ia adalah soal yang mana dulu sama ada pemilihan kepemimpinan Umno atau pilihan raya. Dua-dua pun ada kesan. Tapi jangan lupa, Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan November ini adalah hiraki tertinggi undang-undang dalam parti. Perhimpunan Agung boleh buat keputusan yang mengejutkan. Kalau rasa pemilihan parti dan pilihan raya umum terlalu lambat, perhimpunan agung adalah platform terbaik untuk membuat apa-apa keputusan. Tak silap...Allahyarham Dato' Asri Muda meletakkan jawatan sebagai Presiden PAS, semasa muktamar parti itu berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila golongan ulama mahu mengambil alih pimpinan PAS. Allahyarham Dato' Asri tidak dapat meneruskan ucapan dasarnya apabila golongan ulama bangun beramai-ramai nmendesak beliau meletakkan jawatan.Allahyarham terus meletakkan keluar dewan dan mengumumkan perletakanjawatannya secara terhormat.

Pujangga said...

YBhg Datuk,

The Umno Supreme Council was just following orders from its Deputy Youth Chief Khairy Jamaluddin to postpone the party elections until after the general elections.

I hope some of us have not forgotten that it was Khairy who first proposed that Umno elections should be postponed. The Supreme Council merely endorsed the proposal. We all know that Khairy is the de facto Umno President and Prime Minister. He is the most powerful man in the country now.

That will give him to consolidate his powers in whatever way he can to take on one of the Umno heavyweights for a senior position.

I fear for Hishamuddin Tun Hussein. My gut feeling says his political career is coming to a premature end. There's also the possibility that Khairy may go for one of three elected Umno VP's post.

Remember, this guy wants to be Prime Minister at the age of 40 and he is going to do everything he can to achieve that, even if it means making full use of his father-in-law and his wife Nori.

I feel sorry for Pak Lah. We gave him an overwhelming victory at the last general election without knowing the kind of leader he is going to turn out to be.

Last three years have been disappointing. Nepotism has taken an upward trends. Relatives of Pak Lah are laughing all the way to the bank as mere mortals have to run around Kuala Lumpur in search of sugar.

I am looking forwad to the next general election. I am sorry Pak Lah, MY VOTE IS GOING THE OTHER WAY.

drmuzi said...

apa yang TUn DR Mahathir buat sekarang adalah pengajaran terakhir kepada semua, bagaimana seseorang yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan kerajaan, jika melakukan kesalahan, menindas rakyat sendiri dengan pelbagai kenaikan harga barangan boleh dijatuhkan secara demokrasi.

Diharap semua rakyat Malaysia akan khusyuk belajar buah tangan TUn yg terakhir sebagai "ilmu" dan "keberanian" terakhir untuk dipergunakan pada masa masa mendatang yg perlu diturunkan kepada cucu-cicit supaya jika ditakdirkan Tuhan pada masa masa mendatang timbul lagi Pemimpin yang lemah tetapi mahu terus berkuasa maka "buah tangan" TUN ini akan terus dilakukan supaya Malaysia terus kekal bermaruah berdaya maju dan bersaing.

Satu yang amat penting....ilmu terakhir yang sedang diperturunkan oleh TUN sekarang amat MAHAL harganya kerana demi memperturunkan ilmu tersebut Tun telah mempertaruhkan dirinya sebagai "punching bag" untuk semua yang memegang kuasa sekarang yg bertungkus lumus dan sanggup melakukan apa sahaja dengan alasan "pengekalan kuasa " melampaui sumbangan kepada RAKYAT .

wassalam.

sakrizakaria said...

Bukankah akau dah kata. Negara ini bukan milik kita (macam sajak petronas tulah-bumi kitakah ini?) cuma milik orang-orang politik.
Bagi kita buat kerja kita.

Kawan said...

Dato dan peserta blog, Salam Ramadhan,

Debat samada Umno akan menangguhkan pemilihan parti sudah berlangsung dalam dan luar parti agak lama. Dengan penangguhan ini, presiden parti berharap dapat memperkukuhkan kedudukannya dengan lebih kuat. Beliau berharap semua yang memegang jawatan dalam parti akan patuh kepadanya kerana. ingin menjamin kedudukan masing2, samada sebagai Adun atau MP!

Dalam pilihanraya umum yg akan datang, Umno dan BN tak mungkin boleh mendapat kemenangan sehebat pilihanraya 2004. Umno hari ini bergolak didalam. Di luar nampak tenang, tetapi di bawah bergelora. Kedudukan ekonomi negara tidak rancak seperti yg diharapkan. Kenaikan harga barang dari ayam ke minyak ke bermacam jenis barang dan perkhidmatan menyusahkan rakyat. Umno bergantung kepada 'spin doctors' seperti Brendan Preira di NSTP untuk mempengaruhi pengundi. Penghinaan terhadap mantan PM Tun Mahathir berterusan tanpa rasa segan silu. Malah, ramai pimpinan atasan Umno tahu bahawa penanggohan pemilihan parti ialah untuk menangani apa juga usaha untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah. Jika pemilihan parti dibuat mengikut jadual, ada kemungkinan Presiden parti akan dicabar. Kini ahli2 Umno membuat macam2 andaian dan spekulasi siapa yang akan mencabar presiden. Ada yang kata Ku Li, ada yang kata si Anu yang ...

Apapun, PM akan tunggu ilham untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Beliau mesti meredakan cakap2 yang semakin rancak mengenai projek anaknya yang memiliki Scomi; merancang kerjaya menantunya; dan mencari calon untuk menggantikan wakil rakyat yang dia fikir tidak sehati sejiwa dengannya! Mungkin ada MB yg akan kena buang; mungkin ada Menteri kabinet yang perlu dihentikan; dan pasti ada calon yang diketengahkan oleh menantunya untuk dijadikan calon.yang tidak terpilih akan merasa keciwa dan boleh menyusahkan Umno dan BN.

Kita sama2 tengok! Perhimpunan Agong tahunan Umno November ini juga akan mencorakkan mood parti dan seterusnya!

Anonymous said...

Pernah saya kemukakan soalan ini kepada Dato SS, adakah Melayu sekarang bukan bangsa yang progresif seperti bangsa Cina (MCA) dimana jawatan Presiden boleh dipertandingkan tapi masih boleh bersatu dibawah presiden yg menang. Saya takut sekiranya ini di jadi tradisi maka melayu akan sentiasa menjadi bangsa yang sentiasa di belengu feudalisma politik.

ahli umno 1982 said...

Dato'

Reaksi TPM merangkap Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Mohd Najib Razak yakni pilihan raya umum tidak semestinya diadakan segara semata-mata kerana pemilihan Umno tahun hadapan ditangguhkan memberi kredibiliti kepada andaian mengenai Umnom kini dalam suasana tidak menentu dan dalam ketakutan.

Sebagai orang lama dalam parti, saya terpaksa setuju dengan Dato' bahawa ada kebimbangan bahawa kepimpinan sekarang mungkin dicabar jika pemilihan diadakan tahun hadapan.

Saya rasa keputusan terbaru MT ini adalah reaksi seterusnya kepada asakan Tun Dr Mahathir. Walaupun sudah berjaya menggagalkan usaha Dr Mahathir menjadi perwakilan biasa ke Perhimpunan Agung November ini, ketakutan pucuk pimpinan Umno masih tidak reda malah menjadi semakin hebat.

Mereka takut cabaran Tun Dr Mahathir dan kritikan beliau terhadap pucuk pimpinan sekarang sudah berjaya menggerakkan satu momentum yang mungkin berkesudahan dengan cabaran terhadap semua jawatan tertinggi parti jika pemilihan tidak ditanggugkan.

Maka mereka menggunakan dasar dan amalan era Tun yang beberapa kali menangguhkan pemilihan parti untuk menyiapkan diri menghadapi pilihan raya umum. Melucukan. Manakala pimpinan parti dan kerajaan sekarang melakukan perbagai taktik dan tipu helah untuk melenyapkan pengaruh dan peninggalan (legacy) Dr Mahathir, mereka tidak segan silu menggunakan dasar dan amalan era beliau untuk menyelamatkan diri mereka dan mengekalkan kedudukan dalam parti dan kerajaan dengan melengahkan pemilihan parti.

Secara tidak langsung keputusan MT itu memberi kredibiliti kepada tuduhan Zaharin Md Yasin yang dipecat dari parti kerana menuduh pucuk pimpinan Umno dan Kerajaan bersikap hipokrit bahawa pucuk pimpinan Umno dan Kerajaan sekarang bertalam dua muka.

MT yang sepi dalam banyak isu yang mencabar seperti tohmahan Lee Kuan Yew terhadap Malaysia, dakwaan Pope Benedict XVI bahawa Islam menyokong keganasan dan masalah ekonomi yang semakin meruncing, tiba-tiba merasa perlu untuk bersikap tegas dengan memecat seorang ahli biasa seperti Zaharin walaupun Lembaga Disiplin hanya mencadangkan agar dia dikenakan tindakan tata tertib.

Jelas dari tindakan ini bahawa pucuk pimpinan parti takut kepada bayang-bayang sendiri. Sebagai ahli biasa Umno, saya khuatir keputusan terbatu MT ini tidak mencerminkan keyakinan dan kewaraswan fikiran di dalam menghadapi cabaran dan kritikan, khasnya dari bekas Presiden dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Menangguhkan pemilihan parti dan memecat ahli biasa seperti Zaharin tidak akan membuatkan ahli biasa bertambah sayang kepada pucuk pimpinan. Malah akan merangsang mereka untuk menuntut perubahan.

Shaykh Zarul as Sufi said...

Assalamualaikum wrth Dato yang dihormati,

Pilihanraya Malayia yang akan datang benar-benar menjadi ujian getir kepada Dato’ Sri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Tidak seperti tahun 2004 yang pada waktu itu beliau berada didalam keadaan ‘berbulan madu’ sewaktu setahun jagung berada tampuk kuasa. Kini dengan pelbagai isu yang mencabar kemahiran beliau sebagai Perdana Menteri, pilihanraya yang akan datang pasti penuh ranjau berduri.

Rasanya dengan tertewasnya Tun Mahathir untuk menjadi perwakilan biasa bagi UMNO Kubang Pasu, tidaklah begitu menjadi kesukaran kepada beliau untuk mengadakan proses pemilihan demokrasi Perhimpunan Agung UMNO. Hatta jikalau bekas Presiden UMNO itu menang sekalipun belum tentu Pak Lah goyang. Merujuk kepada sejarah UMNO, berapa ramai manusia yang mampu mencabar kedudukan Sang Presiden selepas pertempuran yang maha hebat tahun 1987. Satu-satunya pendekar yang berani kembali derhaka mencabar Sang Presiden adalah seorang anak raja yang mencemar duli… Tengku Razaleigh Hamzah.

Sudah pastilah gerakan politik Tun Mahathir bukan bermaksud untuk mejatuhkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Namun tindakan Tun sudah semesti mengundang gurkha-gurkha UMNO yang lain mempertikaikan kerusi empuk yang diduduki Pak Lah. Semestinya juga pada pemilihan UMNO kali ini akan mengundang Tun Mahathir sebagai tetamu kehormat disamping Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam kemungkinan besar turut serta. Kekuasaan yang ada pada Sang Presiden bukan mudah untuk diperkecilkan, dan sudah tentulah Pak Lah tidaklah lemah seperti yang disangka.

Pentadbiran kerajaan Dato’ Sri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sepatutnya di beri banyak ruang dan peluang, tetapi sudah tentulah bukan peluang membina empayar kekayaan yang melibatkan nepotisme dan kronisme (meminjan istilah Anwar Ibrahim). Adalah tidak bijak dan kita bertindak tanpa keadilan sebenar jika ada yang cuba membandingkan antara Mahathir dan Pak Lah. Disebalik kejayaan Tun memerintah Malaysia selama hampri 23 tahun, sedangkan Pak Lah baru sedang memanaskan enjin pentadbirannya. Jadi sudah semestinya kejayaan tidak harus diukur dalam masa yang terlalu singkat.

Manusia sebijak Tun Mahathir sudah tentu menyedari tentang ini, dan ini bukan bermakna gurkha-gurkha UMNO bahagian Kubang Pasu berhak mencampakkan pemimpin yang banyak berjasa ini kedalam lubang tahi walaupun beliau tidak kisah. (perkataan in dinyatakan sendiri oleh Tun mengikut laporan akhbar Harakah minggu lepas.). Mungkin ini manifestasi kekecewaan Tun kepada bangsa melayu yang mudah lupa.

Apapun krisis Mahathir dan Pak Lah yang telah berlanjutan menjangkau kepada tahap yang lebih tajam, pasti menguntungkan pihak-pihak tertentu seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim khasnya. Jangan lupa kita mengucapkan sahutan ikhlas kepada beliau “Selamat Kembali Berpolitik”…atau kepada Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang boleh di ibaratkan laksana “harimau sembunyi kuku” yang bila keadaan memaksa maka terserlah kuku tajam beliau yang berbisa...

shaifulbahri said...

Datuk,
saya setuju sangat pendapat datuk tu..macam ada agenda nak selamat dan menyelamat..terfikir juga kenapa awal sangat nak umum pemilihan tahun depan ditangguhkan?..

Banyak yang tak kena dalam umna sekarang ini..Kita yang kat luar ni sekadar memberi pendapat kerana duduk di dalam umno pun kena cantas..sebab pemimpin umno tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari dia..

jika datuk ada kelapangan, lawatlah blog saya http://shaifulbahri.blogspot.com

Lama Dalam Umno said...

Datuk,

Saya sungguh dukacita dan bimbang dalam suasana Umno bergelora dan pemerintahan negara seolah-olah tidak ada arah tujuan, sensitiviti dan kepentingan orang Melayu, India dan Bumiputera Sabah serta Sarawak seolah-oleh diketepikan.

Setiap kali musim Raya kita bersungut tentang kompleks-kompleks beli belah enggan atau kurang minat menghiaskan premis mereka dengan motif Ramadhan dan Hari Raya.

Dalam orang Islam dan Hindu bersiap untuk merayakan hari kebesaran agama masing-masing, tiba-tiba Bukit Bintang dihias dengan motif Cina dan disokong pula oleh Kerajuaan dan agensi-agensinya termasuk RTM.

Saya mohon pemimpin Umno baca berita berikut dan faham demi menjaga hak dan maruah orang Melayu dan kaum-kaum bukan Cina.

"Bukit Bintang aglow with 25,000 lanterns

KUALA LUMPUR: The streets in the Bukit Bintang area here were aglow last night with thousands of lanterns put up for the Sungai Wang Plaza Mid-Autumn Festival 2006.

And there was more light from another 25,000 tanglung or lanterns distributed to the thousands lining the procession route along Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor and Jalan Sultan Ismail.

Performances enjoyed by the crowd included those presented by an acrobatic dance troupe from China, SRJK (C) Choong Wen’s 24-season drums and the Batu Dance Theatre.

The highlight of the festivities saw guest-of-honour Housing and Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting cutting a peach-shaped fabric-covered mooncake measuring 1.3m high and 3m in diameter which held 27,000 tiny mooncakes, also shaped like peaches.

In his speech, Ong noted that while Malaysians came from diverse cultures, they were unified.

The event was jointly organised by the Bukit Bintang MCA division, Sungei Wang Plaza, Tourism Malaysia, The Federal Hotel Kuala Lumpur, A1 FM and RTM.

It was supported by the Housing and Local Government Ministry, Tourism Culture, Arts and Heritage Ministry and Kuala Lumpur City Hall.

dinarmas said...

ELECTION, DEMOCRACY and DRM,

Dato',Ramadhan Mubarak.

I picked up many things from DRM.He did not worry about the Kubang Pasu election and in fact we saw him bravely went through elections after elections during his time as PM.Yes we saw many anxious moments and we worried but he didn't.He just played the game of democracy his way without the need to make it holy democracy.He did not worship democracy.Alhamdulillah.He just wanted the best for the ummah without being trapped in holy democracy.He is a world player despite being trapped in democratic rules.

Not only he does not worry about elections but we also heard from him telling us and the world not to believe democracy religiously. Time and time again he said that not every place in the world is suitable for democracy. Anyway there is no such thing as ideal democracy being practised.Is there such a place Dato'? Or is there such a thing called ideal democracy? If there is, what are the benchmarks of this thing called democracy that people are making it so holy? DRM has always critised this holy democracy and we saw how bombs are needed to try make iraq and afghanistan holy democratic countries and yet they talk about right of making choices.Dato, what if we don't want to make a choice every 5 years?What if we prefer a freedom of no choice?

Democracy is now the holier than thou religion and DRM has always cautioned us on this thing called democracy while being trapped in this game called democracy (which is inherited from the French Revolution while doing away with sultaniah, khalifates and monarchies - now creates oligarchies of dollar -based banking elites elected by nobody making 8-5 workers out of people of the world be they communists or democrats).

Thus democracy is now nothing more than a machine for banking elites to take over countries cheaply by mere printing of dollars and get people and countries into debt bondage.Hence isn't it Dato this election is just electing a group of people who will continue the tradition of colonisation for the banking and financial elites ? Remember the British came here with EIC first and Dutch went to Indonesia with VOC. Care to check the shareholders of EIC and VOC?
Remember the picture how Camdessus with hands on his tummy asking Suharto to sign Indonesia's surrender to IMF? and soon after they lost Timur Timoer?
Yes you may not like the democracy of Suharto but it didn't take votes for IMF to colonise Indonesia.

In this respect can't we see why DRM is so much for the gold dinar so that we can define our own economy and by extension doing away with the politics of masses voting for IMF again and again.

Why is it the current people of positions are making a 180 degrees turn on the gold dinar project started by DRM? The same man in the government who talked and promoted the Dinar is now the man who talked against it when Kelantan started dinar kelantan?

Is it not Dato that whoever is being elected - yang tersiratnya ialah mereka akan menjadi pendokong IMF dan Bank Dunia juga?

wassalam
dinarmas@gmail.com

zumosa said...

Assalamualaikum,

Merujuk lapuran akhbar Mingguan Malaysia 1/10/06 dibawah tajuk "Tiada amalan 'matlamat halalkan cara'-PM"
Kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut PM seolah-olah meludah ke langit.
PM kita sekadar guna logo "Islam" dalam pentadbiran macam peniaga bukan Islam permainkan logo halal..
Di antara petikan kata-kata PM dari akhbar tersebut :
"Bukan cara Islam untuk kita mengejar cita-cita kita supaya dihalalkan melakukan apa sahaja asal boleh dapat"... banyak lagilah yang dia kata.
Agaknya dia lupa apa yang dia pernah kata..kutuk,mengata, putar belit cerita, jual maruah negara, bohong..
Nyanyuk dah kut dia ni.

Kepada penasihat hal ehwal agama Islam PM, tolong nasihat PM ni – Agama Islam bukan untuk di politikkan dan dipermainkan.

Kepada doktor penasihat kesihatan PM, saya cadangkan PM ambil makanan kesihatan seperti Omega-3 ( DHA baik untuk otak) - meningkatkan daya ingatan & lambatkan nyanyuk.

Amat kecewa dengan kepimpinan PM AAB!!

Wassalam.

Odeng said...

Pak Lah,

Dengarlah luahan hati ku;
Yang duka mengenang segala cerita;
Yang kecewa mengingatkan segala angkara;
Dek sikap mu yang 'tampan membisu' kononnya;


Pak Lah,

Ingin aku bertanya;
Apa sudah jadi kepada negara kita?
Oops, bukan negara kita tapi negara saya;
Sebab saya adalah rakyat biasa;
Yang tersiksa oleh kenaikan harga;
Yang luka bila Singapura menghina;
Yang marah bila Pope mempersenda Islam agama mulia;
Yang mual dengan kata-kata hari ini Ya, kemudian Tidak dan kemudian lagi Ya;
Apakah ini diajar Imam Shafie dan al-Ghazali yang dicari merata?

Pak Lah,

Rancaknya Kerajaan meuar-uarkan Dasar Pertanian Negara;
Tapi mengapa sayur dan ayam naik harga?
Megahnya Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari amalan kita;
Tapi mengapa pembohongan juga yang dijaja?
Singapura menghina kita sekadar meminta penjelasan saja;
Duta yang dipanggil Wisma Putra pun selepas melihat Indonesia melakukannya;
Kompleks sukan di London itu rupa-rupanya untuk pasukan bola remaja;
Pemilihan Umno ditunda hanya kerana menantu mencadangkannya;
Aneh, ahli MT boleh kan bersetuju pula!

Bangganya bukan kepalang bila “menang besar, yang paling besar, dalam pilihan raya”;
Tapi pemilihan Umno tidak berani pula nak mencuba…

Pak Lah… Pak Lah,

Apa nak jadi dengan negara saya?
Bagaimana masa depan anak-anak saya?

mis_tey said...

Salaam Dato,

Prime Minister Dato AAB, said, "Bukan cara Islam untuk kita mengejar cita-cita kita supaya dihalalkan melakukan apa sahaja asal boleh dapat..."

It is so ironic for him to be saying that.

It is a statement which he should address to & put into practice himself.

mis_tey said...

just wanna add to wht I said earlier, ie, I wonder if Pak lah understands the implications of what he says.

Does he?

Mat Tunjang Enterprise said...

Odeng, pandai hang berpuisi
Aku macam tu memang tak reti
Maklumlah aku ni petani
Menega kecik sekali sekali

Aku setuju dengan tuan
Negeri kita dah tak ketahuan
Dok hingar pasai pertanian
Konon ini cara cari makan

Tapi harga naik hari-hari
Tak kita bayam atau cili api
Gula hilang tah ke mana pergi
Menteri cakap buat sakit hati.

Maruah negera tok sah cakap la
Lee Kuan Yew caci kita tak tau apa
Kena tulis surat tanya pula
Dia temberang kita pun percaya.

Melayu bela ayam Cina kata tak laku
Bila juai di pasar kita tak mampu
Tu pun Kuan Yew kata kita tak bantu
Cina jadi tauke kerja siapa tu?

Ni lah jadi bila Umno lemah
Tak tunai janji lupa pada amanah
Orang caci dan buat fitnah
Asyik kena tipu dan kena pelemah.

Aku pun dah tawar dengan Barisan
Yang senang anak, menantu dan kawan
Kita di kampung hidup tak ketahuan
Pasai dasar tak ada arah tujuan.

Tak pa lah tangguh pemilihan parti
Pasal takut ada ahli tak undi
Kita tunggu general election nanti
Kita pagkah biar depa hilang kerusi.

Mat Tunjang Enterprise dah buntu
Apa Kerajaan buat kita tak tahu
Jenayah dan angkara merata berlaku
Harga naik kita pun dah tak mampu.

lan's said...

Dato dan sahabat ....

Saya pun heran kenapa la MT tangguhkan Pemilihan pun nak di jadikan isu besar. Semua dah tahu dan arif tentang index politik Umno dan BN turun pada waktu ini.

Kalau kita jadi pemerintah pun akan buat begitu jugak, ini semua untuk memberikan masa untuk meredakan dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti dan masyarakat.

Hak asasi ahli dan Rakyat, kita sudah berikan hak mereka pada pemilihan yang lepas, dan sudah masanya hak kerjaan dan parti untuk menentukan masa depan rakyat dan ahli UMNO.

Takan kita nak ambil risiko pada zaman 1997 lagi sekali...

Saudara komentator ...
Bab siapa kaya ke, siapa dapat duit ke, semua ini tanya diri sendiri la, berapa ramai yang senang zaman Tun, dan berapa ramai pulak yang jadi Jutawan segera pada zaman ini.

Zaman pak lah ni, tak la ramai sangat, tu yang orang dok jelous je, komen semua tak masuk akal.

ok .. selamat berpuasa ..

Warga Rembau said...

Pujangga said ...

Remember, this guy wants to be PM at the age of 40 and he is going to do everything he can achieve that;

-----------------------------------

Ya, dan salah satu 'move' beliau ialah pada PU 2004 yang lepas iaitu memastikan Dato' Firdaus sebagai calun untuk kerusi Parlimen Rembau.

Mengapa Dato' Firdaus? Mengapa tidak dikekalkan aje Dato' Firdaus sebagai ADUN? Mengapa tidak dipilih aje muka baru seperti Dr. Awaludin (sekarang telah Dato') untuk mengisi kerusi Parlimen? Akhirnya Dr. Awaludin dipilih sebagai calun DUN Kota.

Kerana Dato' Firdaus sudah dianggap 'veteran' dan penggal ini adalah penggal terakhir beliau.

Dan apabila PU akan datang, senanglah beliau (KJ) mengisi tempat kerusi tersebut. Pada PU 2004 KJ tidak bertanding, mungkin terlalu awal atau masih tiada jawatan ... juga 'move' yang 'smart'.

Sekiranya pada PU 2004 dahulu, Dr. Awaludin dipilih sebagai calun Parlimen dan beliau berjaya menjadi AP yang cemerlang seperti sekarang iaitu ADUN Kota yang cemerlang (syabas Doc), agak sukarlah untuk KJ menjadi calun Parlimen pada PU yang akan datang. Membuang Dr. Awal setelah terbukti cemerlang bukanlah 'move' yang smart.

Pada saya, 'move' KJ memang 'smart' tapi mudah dibaca dan ianya berjaya kerana Rembau adalah kubu kuat UMNO.

- Warga Rembau

kluangman said...

Cadangan UMNO menangguhkan pemilihan di dalam parti bukanlah sesuatu yang baru, cuma ia mempunyai yang tersurat dan tersirat.

Yang tersurat kerana yang mencadangkan ialah KJ, dan yang tersirat ialah penilaian MKT terhadap AAB.

Keputusan itu sebenarnya 'buying time' kepada satu penyelesaian jangkapanjang yang masih dalam rundingan. Satu harapan di atas satu keyakinan segala kemelut dapat di atasi jika masa diperpanjangkan.

Satu keputusan yang melegakan untuk mengatur strategi serba tak kena sebelum ini, ibarat menampal jalan yang berlubang, masih terasa tidak seratanya.

Seperti biasa, manausia hanya bisa merancang tapi tidak menentukan. Jika kebenaran mahu dipalsukan, jika haram mahu dihalalkan maka jalan yang ditempah bukanlah mudah.

Implikasi keputusan yang membawa penyelesaian sementara ini akan berhadapan dengan risiko yang lebih hebat dan tidak menentu jika dalam jangka yang dirancang tidak membuahkan hasil seperti yang direncanakan.

Do or die, paklah melayari bahtera dilambung badai.

adi putra samsuri said...

dear dato'
it saddens me to observe that there's quite a number of umno members in particular and malays in general who love to assume things, being distrustful (unnecessarily) to the establishment,and cynical to whatever our leaders are saying. why is it so difficult for us to be positive towards our own leaders ?.our definition of politics seem to be confined to a very narrow path. i wish to humbly remind every malays out there, that while we are so busy being busybusy gossiping about KJ (ooops), theoritizing on why certain politician is doing something somewhere, guessing why certain moves are made by certain person etc etc, others are leaving us behind. so far behind. wallahu a'lam

yanaamsidi said...

Rasanya, walaupun sesiapa sekali pun apatah orang nombor 1 dan no 2, mengatakan bahawa pilihan raya tidak diadakan awal, saya rasa ia akan diadakan lebih awal juga, selewat-lewatnya pada hujung 2007. Sememangnya tidak ada alasan mengapa pilihan raya perlu diadakan awal, tapi ingat, kerajaan sekarang, terutamanya Perdana Menteri perlu menghadapi mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya pilihan raya diadakan pada 2008. Pada 2008, Anwar sudah bebas untuk bertanding. Jadi, kata-kata yang mengatakan tak ada sebab pilihan raya awal diadakan, hanyalah helah politik semata-mata. Untuk menghadpai Anwar, isu yang dibangkitkan oleh mantan PM, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad lagi dan macam-macam isu yang tengah panas dan isu baru yang mungkin dibangkitkan, mungkin pilihan raya awal dirasakan pasti, pasti, pasti akan berlaku.

kluangman said...

Betulkan saya Dato'

DSAI hanya boleh bertanding pilihanraya selepas April 2008 dan Pilihanraya kena diadakan paling lewat Mac 2008.

Jika betul, DSAI tidak menjadi faktor dalam apa jua keadaan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).