Wednesday, October 25, 2006

Duit Raya dan Anak Berhati Mulia

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

SEDARKAH saudara dan saudari mengenai betapa banyaknya kita makan semalam?

Kita makan ketupat, nasi himpit, rendang, soto, lontong dan berbagai-bagai lagi makanan yang lazat-lazat.

Kita minum teh, kopi, air sirap, Coca-Cola, Sarsi, Seven Up, Kickapoo Joy Juice dan berbagai-bagai lagi jenis minuman.

Dalam sekelip mata kita lupa lapar dahaga pada bulan puasa. Dalam sekelip mata pengorbanan bulan mubarak itu kita lupakan. Dalam sekelip mata perut kita kenyang tidak terkira.
Bagi yang mudah sakit perut, terpaksalah bergegas mencari garam penghadam Eno fruit salt.

Betapa mudahnya kita lupa.

Maka tidak hairanlah kalau hari raya semalam juga dijadikan hari untuk mencaci cela orang yang kita benci, orang yang tidak lagi mampu memberi kita duit raya dan mewariskan kita kuasa.

Saya bersyukur kerana masih diberikan kesihatan. Ayah dan ibu saya masih ada. Ayah berusia 83 tahun dan ibu akan menjangkau usia 80-an.
Lapan adik-beradik saya semuanya masih ada. Saya tidak boleh mengatakan yang kami semuanya seia sekata, tetapi kami tetap bertegur sapa.

Saya gembira campur duka pada hari raya tahun ini. Suka kerana masih ada usia. Masih ada sedikit keberanian untuk berbicara. Kerana anak-anak mengenang jasa.

Bagi mereka yang sudah beranak-pinak, saya mohon bertanya: Terasa kah Tuan dan Puan akan betapa gembiranya menerima duit raya daripada anak-anak?

Tuan dan Puan tidak memerlukan wang itu. Tetapi Tuan dan Puan tetap berasa amat gembira menerimanya walaupun tidak sebanyak mana.

Saya gembira kerana anak-anak saya yang dewasa memberikan saya duit raya. Saya tidak memerlukannya, tetapi ia tetap membuatkan saya amat gembira. Ia membuktikan yang anak-anak kita MENGENANG JASA.

Saya yakin begitu jugalah dengan banyak ibu dan bapa yang lain. Mereka tidak memerlukan duit raya. Peluk cium dan salam mesra sudah lebih daripada memadai.

Namun lumrah alam, tidak semua anak cerdik, penyayang, sopan santun dan mengenang budi. Tidak semua anak memeluk cium kita di pagi raya.

Dalam konteks yang agak sama, itu jugalah yang berlaku kepada orang tua politik kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasti ada “anak-anaknya” yang cerdik, penyayang, sopan santun dan mengenang budi. Mereka mencium tangannya pada hari raya dan, yang mampu memberikannya duit raya tanda kasih.

Tetapi, bagi seorang pemimpin yang menerajui politik, pemerintahan dan pemikiran negara begitu lama, pastinyalah Dr Mahathir juga menghasilkan benih-benih yang hambar, yang tidak cerdik, tidak penyayang, tidak bersopan santun dan tidak mengenang budi.

That’s the price one has to pay for leadership. Popularity is not in the realm of leadership. If one craves to be popular, he or she is better off being an entertainer or a professional footballer. Or a wrestler for that matter.

In leadership, quality is more important than quantity. Recognition is better than mere popularity.

Maka pada hari raya yang mulia ini, anak-anak yang cerdik, penyayang, sopan santun dan berbudi bahasa memeluk cium Dr Mahathir.

Mereka memeluk cium beliau bukan kerana beliau akan memberikan mereka duit raya yang banyak atau mewariskan kepada mereka kuasa.

Mereka memeluk cium beliau kerana dulu beliau pernah memberikan mereka duit raya, membekalkan mereka ilmu di dada dan meniupkan semangat sekeras waja.

Tetapi pada hari raya juga, anak-anak malang yang tidak cerdik, yang tidak penyayang, yang tidak bersopan santun dan yang tidak berbudi bahasa mengutuk, mencaci cela orang tua mereka kerana dia tidak lagi berkuasa tetapi masih gigih bersuara.

Yang malang bukanlah ayah yang dicaci cela dan dimaki nista atau anak-anak yang cerdik, penyayang, bersopan santun dan berbudi bahasa, tetapi anak-anak dangkal yang lupa asal usul dirinya.

Ayah kandung saya sudah 83 tahun usianya. Usia saya hampir enam dekad lanjutnya. Tetapi kepada ayah, saya tetap anaknya. Jadi salah kah ayah kalau sampai hari ini pun dia terus mengingatkan saya mengenai sembahyang, mengenai menjadi suami dan ayah yang penyayang dan mengenai perjuangan dan pengorbanan?

Apakah kita akan berada di sini – sesetengahnya dengan kuasa akal dan minda manakala yang lain pula dengan kuasa wang berjuta dan undi pilihan raya – jika bapa kita seorang yang hambar, nyanyuk dan gila?

Selamat Hari Raya Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anak ”ciptaannya”.

Jika ada secangkir madu untuk Tuan nikmati, nikmatilah ia kerana itu hasil kerja kuat Tuan. Tetapi jika ada secawan racun yang terpaksa Tuan minum, minumlah ia kerana ia juga hasil kerja kuat Tuan.

Insya-Allah, madu yang berkhasiat akan menghilangkan bencana racun yang berbisa.
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

17 comments:

DoktorPiano said...

The more things change the more they stay the same. I don't know what Dr M and you people have against Pak Lah. He has done nothing. Maybe Pak Lah should make Dr M an ambassador. That way Dr M has no choice but to leave the country. By the way, Dato I like your blog. You don't tell jokes. You just observe the government and its leaders and report the facts. Selamat Hari Raya to you.

cucu pak sako said...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN PAK,

hmmmm....tak tahulah saya, spoil selera raya saya tahun.Ketupat banyak tak habis.Well untuk renungan kita bersama:


Al-Farabi defined fifteen characteristics of the ideal leader:

1. Excellent understanding and the ability to quickly observe and grasp what he is told.

2. Possesses the power to recollect what he hears, reads, senses; is not forgetful.

3. Highly intellectual; can understand the direction of a group from which an idea is generated.

4. Eloquence, and ability to express what is in the heart.

5. Passion for education and seeks its benefits for all citizens.

6. Must not tire easily and be exceedingly patient.

7. Not greedy for food and drink.

8. Efficient and effective in addressing the physical needs.

9. A lover of the truth and its supporters; a hater of falsehood and its supporters.

10. Quickly recognizes duplicitous people.

11. Extremely generous, above stinginess.

12. Worldly wealth must not be a factor; whether it is possessed or not should be of no concern.

13. Loves justice and freedom.
14. Rejects oppressors and oppression.

15. Firmly decides the course that will benefit society, despite intense opposition.

Dulu Journalist Kini PR Consultant said...

I saw TV3 news yesterday. The news segments were editorialized to the max to make Tun Mahathir look bad. Including the SOTs (sound-on-tape) from Tan Sri Tok Mat and Tan Sri Muhyiddin. Never mind Nazri.

And Dr Zainal Aznam’s SOT was taken out of context.

And why drag the Sultan of Johor in this one? Where is credibility?

The editors in Media Prima simply forgot one very important point.

Making Tun look bad will not make Pak Lah look great.

Malaysians were waiting for the details of the meeting between Pak Lah and Tun. And was there a press conference after that by Pak lah? NO….

This is NOT RIGHT.

Leadership is all about Perception Management.

With no press conference, and bad sound bites during the open house when asked about the meeting and needing others to help save him, made Pak Lah look weak. A PM cannot be weak as he must lead some 24 million Malaysians. A PM must be seen as someone who is on top of things.

I once saw how Tun Mahathir answered a German journalist during CEBIT 98 in Hanover about the multimedia super-corridor. He explained about the IT infrastructure in details until the journalist commented “I have never seen a Prime Minister so well versed..”

I don’t really care about who the PM is. Or whether Tun is greater than Pak lah or vice versa. Whatever it is, our PM must be a strong man, on top of things, confident and never waiting for some not so smart advisers to tell him what to say through thick reports and definitely not through newspaper 'reports'.

AGAIN, MAKING TUN LOOK BAD WILL NOT MAKE PAK LAH LOOK GOOD.

And the Malay psyche is that “orang yang teraniaya akan dibela oleh rakyat secara senyap”. Tun is now perceived by Malaysians as a victim of ‘jentera kerajaan’ trying to silence him off.

Bila teraniaya, rakyat will automatically go to MODE SIMPATI. That’s why Kak Wan Azizah won in Permatang Pauh, REMEMBER? Tapi Melayu mudah lupa.

I voted for Barisan Nasional in the last election because I believed in all the pledges and such. But now… I don’t have a hero in Barisan. Tell me I’m wrong please…

shh said...

I don't know what Dr M and you people have against Pak Lah. He has done nothing. - doktorpiano.

because he has done nothing! its true.

pity.

indigo said...

Man, Datuk, Tun is very good at using the media. Yes, Tun still sparkles like a charismatic man. Yes, PM is right to not allow too much media time and bytes on Tun.
Tun and PM is Malay-UMNO politics at the very cutting edge. Malay politiks is not for the weak heart.
The point: MARUAH TERGADAI?
Let's open the gate on this one.

lubok melayu said...

theScribe:

datuk dulu kira rapat dengan zam, menteri penerangan kita. tolonglah terangkan pada kami apa dah jadi dengan orang kampung dr mahathir yang seorang ni. cerita dalam buku bukan main pasal dr mahathir ni wira melayu lah, idola dia lah .. tapi sekarang ni dialah pengutuk (bukan pengkritik) no 1 bekas perdana menteri. apa dah jadi? saya faham buku yang ditulis tu semasa dr mahathir masih perdana menteri, tapi takkan begitu mudah lupakan jasa dan tak kenang budi.

di alor setar hari ini, zam kata dia ada beritahu pm tiga hari sebelum pertemuan dengan dr mahathir yang dia (zam) tak rasa perjumpaan itu akan mendatangkan hasil. lepas tu (ikut laporan bernama) dia kata dia terperanjat sebab dr mahathir bukak mulut lepas perjumpaan tersebut, menurutnya lagi, pasal dr mahathir bukak mulut dan tak merahsiakan isi kandungan pertemuan tersebutlah maka usaha mubarak itu telah gagal!

alangkah pandir nya memanda menteri kita (orang kampung datuk jugak lah ni, atau kampung jiran?).

zam (saya tak panggil dia datuk sebab saya rasa tak layak) mesti diingatkan yang dia tak akan dihormati ahli umno dan orang melayu - juga rakyat malaysia - dengan sikap lupa daratan dan tak berterimakasih. "dr mahathir made political miscalculation" kata lapuran bernama memetik zam. saya percaya "micalculation" dr mahathir ialah melahirkan seorang ahli politik umno macam zam ni.

maaf zahir batin dan terimakasih.

Poyang said...

Selamat Hariraya sekali lagi Datuk.

Soal hubungan ibu bapa dengan anak-anak ni secara ringkasnya beginilah:

1. Bila ternampak seorang anak itu baik budi bahasanya, akan terlintas pertanyaan beserta rasa kagum: "Baik betul budi bahasa budak itu. Siapa ibu bapanya ya?"

2. Bila ternampak seorang anak berkelakuan biadap juga akan terlintas dibenak pertanyaan beserta rasa jengkil: "Huh anak siapalah kurang ajar sangat tuh!!".

Konklusinya, ibu bapa yang membentuk sifat anak. Jika anak baik, bermakna ibu bapa berjaya membentuk anaknya. Sebaliknya jika anak jahat, itu adalah manifestasi kegagalan ibu bapanya.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Selama 22 tahun menjadi "bapa Umno" Beliau gagal membentuk anak Umno yang berdisiplin. Sebab beliau sendiri bukan orang yang berdisiplin. Sebab itu beliau menerima nasib seperti sekarang ini.

Melayu Lama said...

Did anyone catch this evening's news on RTM? Pathetic! No other word to describe it. Zam's really going all out to play the sympathy card on Pak Lah saying that surveys (???? of highly questionable sources) show that the general public's sympathy towards Pak Lah is on the rise. Anyway, that remains to be seen.

On another note, congratulations to Rais and Aziz Shamsuddin for being true men, and by doing so proving that their manly organs are still intact, by sharing the festive spirit with their former boss when their counterparts are busy kissing the current bosses behind and proving their loyalty by being just downright rude to Dr.M. Come on man, it's Raya. It's times like these we should put our differences aside and come together as Malays and Muslims. Then again, with a cabinet like what we have now, even that looks like too much for us to ask for.

Once again, thumbs up to those two (Rais and Aziz).

Anyone ever considered Rais as a contender for PM cum UMNO Deputy President with Ku Li as UMNO President? Think about it. UMNO needs strong and intelligent men at the helm. Forget about what we have now, we need men who are able to lead. With that said, we certainly don't need someone who's affraid of his own wife to be the next PM.

Tun Razak was a good PM, a diplomatic one at that. It is quite shameful to see that his son is nothing like the father, who was much admired by many. And that in the son's quest to be PM, is willing to forgo integrity just to hang on to the number 2 post hoping, by some fate or miracle, that he'll "inherit" the nation's leadership. Yes, I use the word "inherit" because many assume that he should be PM because of who his father is. Unfortunately for him, the PMship isn't a monarchy and is determined by the people (if we are smart enough to make the right choice), but then again Melayu Mudah Lupa. The same applies to his cousin who, by the look of it, hopes to inherit the PMship after Najib.

Anonymous said...

Dato, what you had written can't be more true.

I wish we could analyse politics in that perspective, but there is no blood line to link up most of the players, and they dont look up at patriach as a herd or as a family. Then, I could be wrong.

Years ago, when the present PM was in the wilderness, I remembered a program on TV, sorta forum. He was in the panel. And the tall guy from Straits Time was there too. I looked at the person named Abdullah then, and even now he is still the same guy, somehow his objectivity is still clouded, then and now.

Again, my perception could be wrong.

drmuzi2001 said...

hehe

ZAM with his surveys again...

i still waiting for ZAM surveys in regards to the Johore people sentiments regarding the cancelled bridges...

still no more news of the survey.

ZAM is an example of "bebalisme" among the Malays.

Well Dato i am among the thousands attending TUN open house, i reached there around 12.30 and left around 3 pm.

It is very nice to see a good streams of peoples coming in, and it is very proud to see an 82 year old statesman able to stand still saking hand with his admirers frm 11 am to 4 pm non stop.

God gifts to the TUN, a very brilliant mind and good health.

Ayub Tulakang said...

Salam and selamat sejahtera to all.

Lubok Melayu(LM),

Zam ni dulu saya kira dah di murkai oleh DrM ketika di Utusan( kalau tak silap kes Bahasa Melayu). Beliau kemudian diterbangkan ke London(utk tulis tentang DrM( or is it to ampu/bodek supaya di maafkan).
Jadi terhasillah buku yg terkenal itu.
Dalam buku tu dia punyalah puji DrM melambung tinggi and how he became terpesona dgn DrM. Dikisahkan bagaimana DrM pi house call utk rawat tokwan(datuk) si Zam ni secara FOC sebab keluarga susah masa tu. kalu tak silap Zam dok di Seberang Perak.Macam2 lagi dia puji DrM.
Bila pulang ke Malaysia Zam dpt jawatan yg lebih tinggi.Jawatan lama di terajui oleh Johan Jaafar( ada kata DSAI letak JJ di sana).Dgn jawatan baru di Utusan Zam terus puji DrM dan akhirnya kita dapati DrM ambik Zam jadi org besar politik. Di beri pelbagai jawatan dalam Kementerian Penerangan dan akhirnya Pak Lah ambik dia jadi Menteri 'spin'(Spinning minister). Tugas yg DrM amanahkan kat dia dia buat sungguh2. Kita takkan lupa spin2 yg dia buat terhadap PAS dan Nik Aziz. Begitu juga terhadap DSAI dan KeAdilan. Bila time nak Pilihanraya lagi sakan spin(?fitnah)Zam terhadap PAS dan KeAdilan.

Sekarang Zam dok spin( ada persamaan dgn Kali dan Brendan) memburukkan DrM pula. Org yg telah memberi kehidupan politik dan kuasa politik kepada Zam.
Punya cepat Zam naik sehingga dah jadi Ketua Bahagian Merbok menggantikan Daim.Dengar cerita di Merbok Zam macam taiko. Kalau balik kawasan selalu dok melahu(lepak) di Pelita Nasi Kandar dekat tol plaza SP selatan dgn baju prak. Balachi2 ramai keliling dia.

Zam kalau nak pi jumpa DrM pun saya rasa akan pi ikut pintu dapur saja lah. Takut orang nampak kot. Tu pun kalau dia berani nak jumpa DrM. Rasa2nya dia tak akan berani bersemuka dgn DrM.

Saya rasa the Scribe tak akan tulis perkara 2 peribadi ttg Zam walaupun the Scribe baik dan rapat dgn Zam. Lebih baik Scribe tulis dari segi politik saja ttg Zam. Hal2 peribadi tu saya rasa biar org lain tulis( Sang Kelembai boleh kot).

Zam buka seorang yg boleh di anggap kacang lupakan kulit malah lebih teruk dari itu. Dia kacang yg buang kulit dan tumbuk kulit tu lumat-lumat dan campak dalam parit.Org begitu tidak berhak kita hormati.Tapi itulah politik terutamanya politik UMNO.

Dan sebenarnya ramai macam Zam dalam UMNo(dan mana2 partai politik)

Wassalam

Ayub Tulakang

zainal syukri said...

As'kum Datuk dan pembaca sekelian,

Topik yang datuk diutarakan sudah tentu menyokong TDM dgn simbolik mengenang jasa seorang bapa dari seorang anak. jika dilihat dari segi emosi mmg sangat beremosi seolah-olah iklan petronas hari raya. Datuk berjaya membawa pembaca beremosi sejenak seperti diungkapkan oleh pembaca lain Akedemi Fantasia, orang meratap dan simpati terhadap peserta yang tersingkir. jelas sekali ramuan yang sangat mujarab menagih simpati penonton.

Untuk berlaku adil, mari kita lihat pula apa yang seorang anak buat jika bapa menciptanya sepanjang membesarkannnya.bapa mengajar anak menghormati ibubapa,tidak membelakangkan orangtua,berbincang secara baik,menyelesaikan secara berhemah tetapi anak yang sudah terbiasa dengan amalam tu tiba-tiba terkejut dengan tindakan bapa yang berlainan dengan apa yang diajarnya.Adakah bapa tidak boleh bersalah/dipertikaikan kerana tindakannya mengikut zaman dan keadaan semasa??Bapa yang sebelum ini memberi naungan kepada anak tiba-tiba beralih arah...Saya fikir samada anak atau bapa harus berfikir untuk mencari persamaan bukan mencari perbezaan sesama mereka.

Saya kasihan kepada TDM kerana terpaksa bertindak keatas anak-anak ciptaannya tetapi saya juga amat kasihan kepada PM yang seolah2 diperlekehkan kepada rakyat sendiri oleh bapanya. Bapa sepatutnya memberi naungan/nasihat yang positif bukan menjatuhkan air mata anaknya kepada orang lain.

bujang senang said...

Selamat Hari Raya Dato

Sekali lagi saya tertarik dgn tajuk ini yg bertemakan budi bahasa budaya kita. Saperti yg kita sedia maklum budi bahasa merupakan satu ukuran terhadap seseorang nilai2 keperibadiannya.

Budi bahasa tidak ada dlm kurikulum pelajaran sekarang kalau zaman saya sekolah tahun 70an ada pelajaran Pendidikan Sivik yg menyentuh hal2 budi bahasa selain dari tunjuk ajar ibu bapa kita di rumah. Itu pun jika ibu bapa kita peka terhadap budi bahasa yg di terima mereka oleh datuk/nenek kita.

Tidak semestinya seseorang itu mempunyai pendidikan yg tinggi BA, MA malah Phd mencerminkan tahap budi bahasa mereka. Boleh jadi si Mat Rempit mempunyai nilai budi bahasa yg lebih tinggi dari sarjana2 tadi.

Ada juga anak2 yg dah tua baru nak belajar budi bahasa atau mereka terpaksa nak tunjuk baik depan mak dan pak mereka semata2 nak duit raya lebih atau takut pak mereka potong elaun bulanan mereka.

aminahsj@yahoo.com said...

dato'
selamat hari raya.
kiasan dato' amat dalam dan ada benarnya tetapi saya bersetuju dengan pendapat 'poyang' dalam komennya.
'anak-anak' menjadi begini sekarang kerana hasil pembentukan oleh bapa.
bukankah dlm bahasa kita ada peribahasa seperti, bapa borek anak rintik, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana rentak begitulah tarinya, dan macam2 lagilah.
lagi satu pepatah inggeris ada juga menyebut' do not do unto others what you do not like when done unto you.

Pujangga said...

YBhg Datuk,

Saya ingin bertanya. Kenapakah YBhg Datuk langsung tidak bersuara tentang isu plagiarisme yang membabitkan pengarang kumpulan New Straits Times Brendan Pereira?

Sebaliknya bloggers yang lain hebat berdebat tentang isu ini.

Saya percaya kalau YBhg Datuk masih lagi Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, YBhg Datuk akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Pereira.

Mungkin YBhg Datuk tidak akan percaya, tapi ramai wartawan dulu dan sekarang, termasuk saya, suka kepada kepimpinan YBhg Datuk kerana ketegasan YBhg Datuk. Ada juga ramai kawan kawan wartawan yang berharap YBhg Datuk akan kembali menerajui NSTP. Amin.

raja abdul rahman said...

Komen yang Dato' beri mengenai sambutan hari raya menyampaikan mesej yang sungguh tajam kepada mereka yang berfikir. Akhlak kita sepatutnya bertambah baik bila umur kita meningkat dan juga bila negara bertambah maju.Nilai-nilai baik dikalangan orang Melayu pada tahun lima puluhan /enam puluhan sayang sekali sudah banyak hilang diatas nama kemajuan/pembangunan. Pada masa tersebut tiada siapa yang berani mencaci -cela orang Melayu kerana jika seorang sahaja dari sesebuah kampong disakiti oleh orang luar satu kampong akan membelanya.Lain keadaan sekarang dimana menjatuhkan maruah orang lain sudah menjadi kemegahan.

Sayang sekali rasa persaudaraan sesama kita sudah tidak tebal lagi. Usaha perlu kita ambil untuk memupuk semangat persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia .Kita
perlu mengekalkan persaudaraan kita walaupun mendukong parti politik yang berlainan.Kita cuba promosikan orang Melayu tidak boleh tidak bertegur lebih dari 3 hari.Insya'allah apabila hati kita sudah bersatu semula Allah akan memberi ketentraman kepada kita dan dengan itu mudah kita memperolehi apa yang kita kehendaki.

Ramadhan Petaling Jaya.

Produk NEP said...

Dato,

Cuma satu saya hendak komen di sini.

Kalau di zaman TDM dulu bolehkah kita tulis macam yang Dato dan rakan-rakan saudara-saudari tulis di sini tanpa terkena sebarang tindakan samada secara terang atau halus?

Maknanya suasana sudah berubah paling tidak dari segi persepsi kebebasan menyampaikan pendapat.

Despite all his perceived weaknesses, this at least must be credited to Pak Lah.

By the way, how many of us read this stuff on the Internet?

Nampaknya kita yang ada internet ini, kena sampaikanlah dekat kawan-kawan yang tidak ada Internet.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).