Tuesday, October 03, 2006

[Revised Version]

Muslihat di Sebalik "I'm Sorry" Lee Kuan Yew

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

MOHON maaf Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew kepada Malaysia kerana menyebabkan “keresahan” (discomfort) berikutan ulasannya mengenai bagaimana Malaysia melayan kaum minoriti Cina, cukup unik.

Membalas surat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Lee berkata dia amat berdukacita. Dalam bahasa Inggeris, Lee menggunakan istilah “sorry”.

Menurut laporan akhbar The Star, Lee berkata setelah sedekad melalui perhubungan yang tegang dengan Perdana Menteri dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad), berselisih faham dengan Malaysia adalah sesuatu yang tidak diingininya.

Bekas Perdana Menteri Singapura selama 25 tahun itu menambah sejak Abdullah mengambil alih sebagai Perdana Menteri, perhubungan antara kedua-dua buah negara telah menjadi semakin baik.

Lee jarang mohon maaf. Sebaliknya dia menjadikan amalan politiknya memaksa orang lain, sama ada musuh-musuh politiknya di Singapura atau media massa asing, meminta maaf kepadanya.

Jadi apabila dia memohon maaf kepada Malaysia, dia melakukannya dengan cara yang cukup luar biasa yang memberikan beliau kesempatan dan faedah tertentu. Dalam erti kata yang lain, dia memohon maaf tanpa menjatuhkan air mukanya.

Yang paling memeranjatkan ialah suratnya kepada Abdullah turut diedarkan kepada media massa Malaysia dengan hanya memaklumkan hal itu kepada Perdana Menteri kita melalui nota kaki di dalam surat berkenaan.

Ini cukup luar biasa kerana maklumat yang terkandung di dalam surat kepada Perdana Menteri kita itu menjadi pengetahuan umum hampir serentak dengan beliau menerima dan membacanya.

Jadi, apa jua reaksi balas Abdullah kepada penjelasan dan mohon maaf Lee itu tidak dapat tidak akan diteliti rapi oleh orang ramai kerana mereka juga “menerima” surat yang sama daripada Lee, serentak dengan Perdana Menteri.

Ini adalah cara Lee cuba mempengaruhi pendapat umum di Malaysia dengan berhubung terus dengan rakyat jelatanya. Dari aspek perang saraf, Lee sudah berjaya mempengaruhi pandangan rakyat Malaysia sebelum Kerajaan mereka sendiri sempat memberi reaksi.

Kalau dalam permainan catur, Lee sudah “checkmate” Kerajaan Malaysia. Kalau dalam peperangan, musuh sudah melempar kembali bom tangan yang kita lontarkan tetapi belum meletup.

Walaupun Lee, dalam suratnya berkata dia tidak bertujuan untuk campur tangan dalam politik Malaysia dan tidak berkuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang Cina Malaysia, namun bagi saya, tindak-tanduk Lee membawa maksud sebaliknya.

Apakah tujuan dan muslihat Lee memberikan salinan suratnya itu kepada rakyat Malaysia melalui media massa Malaysia serentak dengan penghantarannya kepada Perdana Menteri Malaysia?

Apakah Lee serius dengan mohon maafnya? Ini kerana di dalam surat kepada Abdullah itu pun dia masih mempertahankan kenyataan dengan alasan bahawa ia dibuat di dalam “free-flowing” dialog dengan bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Lawrence Summers di hadapan perwakilan persidangan Tabung Matawang Antarabangsa/Bank Dunia pada 15 September lalu.

Dia juga mempertahankan hujahnya dengan berkata bahawa Singapura memerlukan kerajaan yang kuat (ertinya Kerajaan PAP) untuk menjalin perhubungan yang baik dengan Indonesia dan Malaysia, dan untuk berinteraksi dengan ahli politik Malaysia yang menganggap Singapura sebagai negara kaum Cina dan mahukan Singapura sensitif dan akur kepada permintaan mereka.

Lee juga memuji Abdullah kerana memperjelaskan pendirian Kerajaan Malaysia menghormati perjanjian-perjanjian dengan Singapura selaras undang-undang antarabangsa dengan membatalkan Projek Jambatan Bengkok.

Kesimpulannya, apa jua reaksi kerajaan kita kepada mohon maaf Lee itu, beliau sebenarnya mendapat peluang keemasan untuk berinteraksi terus dengan rakyat jelata Malaysia.

Timbul juga tanda tanya apakah sopan dan menepati protokol bagi Menteri Mentor Singapura itu mengedarkan surat berkenaan kepada khalayak sedangkan surat itu ditujukan kepada seorang Perdana Menteri.

Memandangkan bahawa Lee Kuan Yew telah menghebahkan kandungan suratnya kepada rakyat Malaysia, adalah wajar Perdana Menteri mendedahkan kandungan suratnya kepada menteri Singapura itu.

Dengan yang demikian dapatlah rakyat jelata membandingkan protes beliau dengan respons Lee Kuan Yew.

POST SCRIPT [4 Okrober]

Terima Kasih Datuk Seri Syed Hamid Albar kerana memperjelaskan apa yang tersurat dalam surat Lee Kuan Yew kepada Perdana Menteri kita. Yang tersurat adalah Lee Kuan Yew TIDAK MEMOHON MAAF.

Dia sekadar berkata dia “sorry” (dukacita) kerana kenyataannya menyebabkan Perdana Menteri kita menyalami “discomfort” (ketidakselesaan).

Utusan Malaysia yang dalam laporannya semalam menyiarkan tajuk berita “Kuan Yew Minta Maaf”, hari ini menyiarkan tajuk berita “Surat Kuan Yew bukan permohonan maaf – Syed Hamid”. Tajuk berita akhbar Berita Harian semalam “Lee Kuan Yew Mohon Maaf.”

Syed Hamid menganggap surat penjelasan Lee Kuan Yew kepada Abdullah tidak menggambarkan permohonan maaf yang sebenar.

Beliau menegaskan, surat penjelasan tersebut lebih merupakan penerangan kepada Perdana Menteri berhubung apa yang didakwa mengenai peminggiran secara sistematik masyarakat Cina di Malaysia sebelum ini.

“Saya tidak menganggap ia surat permohonan maaf kerana beliau (Kuan Yew) hanya menjelaskan apa yang dikatakan (tuduhan peminggiran masyarakat Cina di Malaysia).

“Dalam surat itu Kuan Yew hanya menyatakan permohonan maaf kerana menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada Perdana Menteri sahaja,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa di Wisma Putra, di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, permohonan maaf kerana menimbulkan rasa tidak selesa kepada Perdana Menteri berbeza dengan permohonan maaf kerana membangkitkan isu peminggiran masyarakat Cina di Malaysia oleh Menteri Mentor tersebut.

A big thank you to Syed Hamid. At least somebody understands Lee’ trickery and speaks up. That the Mainstream media should attempt to spin the story in the first place is mind-boggling.

Now we why Lee made public his letter. He had anticipated that someone would spin its contents. By making the letter public, Lee directly told theMalaysian people that he was not retracting his allegation and was not apologising to Abdullah.

40 comments:

ahm said...

LKY "Sorry" ada muslihat...

in my entire life this is my very first experience to hear that LKY said sorry.. and to Malaysia... its too good to believe.

jelasnya LKY cuba mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan antara AAB dan TDM dan dengan sengaja terus menghasut bahawa selama ini TDM adalah puncanya keresahan hubungan antara M'sia & S'pore. LKY cuba meyakinkan bahawa ia sentiasa bersama AAB menentang TDM untuk terus melenyapkannya dari bumi asia tenggara at any cost

LKY sebenarnya dengan sinis memperli AAB bahawa selama ini Malaysia tidak pernah menang dalam apa juga rundingan dengan Spore (walaupun hanya sebatang jambatan bengkok) dan M'sia terusan tak kan menang, tambahan pula TDM sudah semakin dipinggirkan oleh AAB.

terpulanglah kepada AAB untuk menilai sendiri yang mana niat baik dan yang mana cubaan memecahbelahkan lagi perpaduan di kalangan pemimpin. AAB janganlah cepat terpedaya dan terpengaruh dengan momokan yahudi asia tenggara tersebut. LKY semacam lega kerana TDM kini tidak mampu menggugat pengaruhnya kerana tiada kuasa dan seringkali dicantas oleh AAB.

AAB you are the prime minister, think wisely, and always do check and balance whenever you deal with S'pore, we can't trust Spore just like that...

thank you

Anonymous said...

Clark Gable of Pulau Duyung signing up:

AAB 'che mek' by LKY if you were to play dam Haji if we care to look at it.

His comment were publish internationally through international forum,read by all as Malaysian way of 'apertheid culture' and had placed Malaysia in very bad light,manage to divert people attention to autocratic nature of his police state and reduce the 'handled by long pole' attitude of other goverment on new found way trick used by Temasek to plunder assets of other countries.
All done with a few words and clarity of thoughts of a leader who understand strategy.
AAB now that 'check meeked' would accept the apology caliming that it would be stateman nature to do so.
In good brilliant leader,AAB must learn this,the counterattack must be swift and purposeful so that the next time they wont repeat the accusation ....but i guess am expecting too much from AAB.There will be further humulation from S'pore than.
Subdued denial by Malaysian Chinese was very loud to my ear.They concur to LKY analysis .The malay in S'pore hold no ministrial post,no SRJK(Melayu)and no 20% wealth .The only arguement that maly were not sidelined was that a maly person won sms voting singing contest ...how humilating.

The malay were given icecream to sooth their suffering ,pain deprivity and marginalization....and LKY expect them to thank him a thousand times.

Anonymous said...

Datuk dan Sahabat Sekeliannya,

Saya cukup MALU sebagai rakyat Malaysia dengan membaca surat LKY yangs ebenarnya ini merendah2 kan martabat Malaysia dan Kepemimpinan negara..... (KEPIMPINAN NEGARA bukan bermaksud eksklusif untuk AAB sahaja).....

LKY juga sebenarnya cuba memalukan negarawan negara ini iaiutu TUN DR MAHATHIR yang juga bekas PRESIDEN UMNO selama 22 tahun.......

Pak LAh jaganlah jadi bangga terawang awang kerana dipuji oleh LKY ini....Sejarah perlu diselidik...Siapa dan pihak mana yang selalu menimbulkan ketegangan???

Sekian dan biarlag MALAYSIA TERUS BERMARUAH TINGGI ~~

Anonymous said...

Mohon maaf yang tersirat sebenarnya. LKY cuba 'membunuh' TDM tanpa perlu menggunakan tangannya. Beliau menggunakan Pak Lah sebagai proksi. Samaada Pak Lah perasan atau tidak helah ini tidak taulah..yang penting niat untuk menjatuh dan mengaibkan terlaksana juga...terlaksana melalui seoarang Melayu yang lain.

Sedang LKY di seberang tambak sana hanya perlu memerhati dari jauh.

Jika surat yang sepatutnya hanya menjadi tatapan PM tetapi pada masa yang sama diedarkan pada media maka ia memberitahu kita, Pak Lah tidak lah istimewa sangat pun pada LKY. Seharusnya biarlah Pak Lah yang memutuskan sama ada untuk mengedarkan surat itu kepada media kemudiannya.

Nampak sangat isi surat itu LKY cuba melenakan Pak Lah. Harap-harap setelah sebatang kayu golf, Pak Lah akan sedar bahawa surat dari LKY ini adalah sebahagian dari stategik licik perang dingin LKY ke atas TDM. Maksud kata Pak Lah menjadi kuda tunggangan.

Sebagai rakyat, saya tidak sanggup lagi membawa malu ini.

Anonymous said...

Pak,

bagaimana harus saya perjelaskan pada anak-anak saya akan persolann yang timbul?

'menang bersorak maruah tergadai'

Anonymous said...

Datuk

Pak lah should have heeded your advise and many others and demand an apology outright from LKY, instead what did he do? He tried to do it the civilised way as Kalimullah described Pak Lah's letter asking for clarification from LKY.

For LKY the naive letter from dear old Pak Lah was an invitation to put his point across more loudly. Boy, did he took that opportunity with much glee. The "I am sorry part for causing discomfort to Pak Lah" is just a cover for LKY to access all Malaysians directly on his marginalising of the Chinese issue.

Clearly Pak Lah is no match for this wily old politician. LKY showed disrespect to Pak Lah by making his letter public and this after Pak Lah had opened his arm of friendship to Singapore and bending over backwards to decide not to built the scenic bridge. It is sad though that at this time I can only think of Dr Mahathir who can put LKY in his place and stop him from meddling in the administration of our country. But then Pak Lah and UMNO had marginalised Dr Mahathir...

penganggurpaksa said...

A'kum Datuk,

Al Quran adalah benar...semoga kita lindungi diri dari menjadi mangsa fitnah Dajjal(laknatullah!). Ini semua strategi Dajjal (laknatuallah!)cuba untuk memecah-belahkan kita.

Dengan Malaysia berbekalkan pemimpin yang tak tahu berdialog (tak lantang bersuara)- salah satu sifat yang harus ada didalam kepimpinan. Makin tak selamat lah nampaknya...

Jangan AAB tersalah langkah lagi sudah...dah banyak tersalah langkah dah! Dah dipesan..jangan tulis surat...dah nampak mesti kena balik punya!!


Malaysia bakal jadi mangsa fitnah dan tomahan. Mereka dah tahu AAB lemah. Mereka dah tahu AAB tak boleh kawal rakyat. Mereka cuba guna kekayaan, hasutan, melaga dan tipu daya. Ini semua nak membangkitkan propaganda supaya pembangkang dapat ambil alih kuasa. UMNO kena sedar! UMNO kena prihatin! Ini sahaja parti melayu yang ada sekarang..nak harap PAS, masih tak de perjuangan..harap keadilan..masih mentah dalam perjuangan....

KALAU leka, lalai dan cuba nak jadikan alasan RMK9 punca tiada pilihanraya parti....makin nampak kelemahannya! Mereka tengok AAB lemah lah!! Pemerintahan AAB goncang.

Kalau TDM pun dah terkena fitnah dan AAB tak buat apa2..atau tak tahu nak buat apa..atau AAB turut bergumbira bersetuju! ..berjaga2 aje la!

Sebagai rakyat saya mintak negara Malaysia ni aman dan berada dilandasan yang betul...itu sahaja..duit ke harta benda ke apa saya tak peduli sangat, asal anak bini kaum kerabut keluarga saya, muslimin muslimat dan rakyat seluruhnya tak diancam bahaya. Itu sahaja doa saya! Amin...

InMine said...

1. In the fisrt place, why our PM sent a letter to LKY? Why PM of Malaysia "tunduk" to a former PM of Singapore. What PM of Malaysia should do is just demand apology from LKY.

2. After reading the LKY's letter. I am more sure our current PM is not fit to be PM of Malaysia. If not because of his (i.e., our PM) to LKY, LKY would not have another opportunity to insult Malaysians.

pemerhati said...

koyaki said...
Bila lagi akan menghunuskan keris untuk menebus kemaluan ini??

-----------------------------

Talk about menebus kemaluan.

Am sorry to say that I dont think any of the Cabinet Ministers or Umno leaders have it.

Oh... if Only TDM was still the PM. Sad

Anonymous said...

UNTUK RENUNGAN.

Pak,

Maaf dan sayA meminta izin dari Apak untk meluahkan pandangan yang tersirat begitu lama disanUbari saya melalui laman web Apak.
Permisi ya.

Pelajaran saya tidak lah seberapa tetapi saya boleh menilai sesuatu tanpa menggunkan emosi yang keterlaluan.
Saya rakyat Malaysia dan pekerja bawahan.Insiden in berlaku sekitar tahun 1997/98 iaitu sewaktu Republic Indonesia bergelora dengan gerakan Reformasi untuk menjatuhkan Presiden Suharto dan GOLKAR nya.

Saya bertugas disebuah Hypermarket waktu itu.Di waktu masa bergeloranya Indonesia saya saksikan begitu ramai customer-customer berbangsa China Indonesia di sekitar Kuala Lumpur.
Maaf sekali lagi saya tidak sekali-kali bermaksud saya ini seorang yang Racist.Hanya sekadar menganalisa keadaan semasa pada waktu itu.
Seluroh hyper market dari pagi hingga ke malam di hujani oleh tetamu kita dari INDO.

Berbelanja mewah malah sales pada waktu itu begitu memmerangsangkan.

Saya membuat penelitian selama seminggu, saban hari begitulah keadaannya.
Jestru telah seminggu berlalu,saya menanyakan pada seorang Bapak,dari irasnya ia adalah berbangsa China dari Indonesia agar mewah lagaknya bersama-sama keluarga,
Begini soalan saya padanya.

Saya : Bapak dari Indo ya?
Bpk : Ya?Kenapa?
Saya : Kapan bapak libur kemari?sambil tersenyum
Bpk : Undah kurang lebih sebulan?
Saya : Dimana ninggap?
Bpk : Di Apartment Sunway
Saya : Keadaan tenat ya di Djak?
Bpk :Kurang lebih begitulah pemjelasanya.Saya terus ke persoalan pokok.
Saya :maaf ya pak?yang menjadi tanda tanya saya ialah,negara tempat 'TUMPAH DARAH' bapak,dimana bapak dilahirkan dan membina emas ketulan sedang bergelora bagaimana bapak bisa meninggalkan nya begitu sahaja.Seolah-oleh Bapak hanya merampok disiang hari dibumi sendiri tetapi diwaktu-waktu negara bapak memerlukan bapak,bapak meninggalkan nya tanpa nota Good-Bye?
Itu tidak partriotic bukan?Itu namanya menderhaka kepada negara bukan?
Bpk : dia dan keluarganya terus meninggalkan saya segera dan tidak menjunjungi lagi di hypermarket tempat saya berkerja.

Begitulah Pak kurang lebih pengalaman untuk renungan kita bersama.
Saya tidak bermaksud menyalahkan sesiapa.
Tetapi teringat saya,sewaktu Rasullulah sedang diambang siratul maut,Baginda berterusan menyebut,umati,umati,umati,

Terus....bagi saya bangsaku,bangsaku,bangsaku......
Bak kata pujangga Charil Anwar
'Aku ingin Hidup seribu tahun lagi'

Wassalam.

Salam Ramadan buat Apak dan Keluarga.

Anonymous said...

LKY pukul keliling! Akhbar Melayu termakan kata2
LKY


Hahaha! Jika ada mana2 pihak yg mengagak LKY akan minta maaf atas apa yg dia kata, maka pihak itu memang 'naïve' atau tidak berpijak di bumi nyata! LKY tak kan nak tarik balik kenyataannya apatah lagi bila dia membuat kenyataan itu di khalayak ramai, terutama di kalangan pendengar antarabangsa. LKY dah menjatuhkan maruah Malaysia dan memperkecilkan pencapaian sebuah negara majmuk macam Msia.

Kalau kita meneliti dada akhbar tempatan, kita mungkin terpengaruh dengan tajuk berita yang terpampang. Kuan Yew minta maaf, kata Utusan Malaysia dan Berita Harian. Cis! Dalam kata budak2 sekarang, LKY cuma berkata: "Sorrylah Brother! I tak sangka perasaan you tersinggung! Sorry ok?!"

Itu sebenarnya yg dia maksudkan dalam suratnya. Dia mohon maaf jika kita tersinggung perasaan aje, bukan minta maaf atas kandungan kata2nya. Kepada pihak yg menaruh harapan LKY akan mohon maaf atas kata2nya, padan muka! Kata orang putih, 'a leopard will not change its spot,!'Mudah cakap, kita kena main! Kerajaan kena main! PM kita pun kena main! Mungkin Syed 'Kodomo Lion' Hamid dah mengagak yg LKY tak akan minta maaf, tapi segan nak bagi tau Boss dia (PM). Jadi. Bila Pak Lah hantar surat kepada LKY minta penjelasan, Syed Hamid kata: "Ok Boss! Bisa diatur Boss!' Dan kini terbukti. LKY sedang ketawa berdekah2 dgn anaknya Hsien Loong sambil minum kopi. Apa kita nak buat apabila LKY tak minta maaf? Tak susah - lepas ni kita main golf dan semua akan dilupakan!

Apa tujuan LKY memanjangkan surat itu kepada Bernama? Untuk dijadikan beritalah! Apabila dijadikan berita, barulah nampak betapa hebat dan kuatnya tamparan LKY kenakan kepada kita. Tujuan LKY mudah aje, jika PM kita tak mahu jadikan berita kandungan surat LKY atas apa2 sebab, LKY tak risau. Hantar saja surat tu kepada agensi berita!

Nah, akhbar kita pun dah memuatkan berita memetik surat LKY. Bijak! Dato sebut 'checkmate!' Yes! Melayu kata LKY dah pukul keliling!

Tapi cara akhbar kita menulis berita berkenaan amat memalukan! Kepala berita seolah2 LKY betul2 menyesal dan minta maaf atas kata2nya. Akhbar kita jelas cuba memberi gambaran yg LKY benar2 rasa bersalah dan kita dapat 'apology' yang kita mahu! Rupa2nya, akhbar kita pun termakan dengan kata2 LKY!

Sekarang dah jelas! Pembaca boleh buat penilaian sendiri! Berapa banyak lagi berita yang diputarbelitkan oleh akhbar kita? Apa kata Brendan Preira dan Hishamudin Aun bila mereka menulis kolum masing2? Mesti mereka akan kata kita dapat 'mengalahkan' LKY sehingga dia minta maaf! Spin brother, jangan tak spin!

Anonymous said...

Dear Datuk,

Let us be clear about the following:-

1. LKY did not apologise for accusing Malaysia of marginalising its Chinese population;

2. LKY did not retract his seditious statement;

3. He merely said sorry for causing discomfort to Abdullah.

4. LKY did not "mohon maaf" to the PM as headlined by Utusan and Berita. Sorry is not maaf. Sorry is dukacita or sedih. Maaf is apology. Apologise is to "mohon maaf"; and

5. The Malaysian media had fallen victim to LKY's trickery.

xig said...

AAB has never and will never match the wily LKY - plain and simple. I shudder for my country, for the humiliation that we suffer, NOT from a superpower, but our insignificant, tiny dot of a neighbour. How much more humiliation do we have to suffer under AAB's leadership? Much as AAB's demeanour is superficially pleasing, being the leader, he has to get out of that 'civil servant' image rut and roar like a wounded tiger. Show some spunk! Otherwise his credibility will suffer more beatings. We don't want a whimpering head, do we? Talking about wounded tigers, where are the roars of the Malaysian tigers in AAB's cabinet? As the cliche goes, their silence is deafening. Or have they been muzzled under AAB's elegant silence credo?

Anonymous said...

LucKy You(LKY) Little Red Dot

Datuk, I had been following your blogs diligently the past few months and found it hard-hitting and lively though at times emotions seem to dictates too much the contents thus sidelining the returns-more so in your latest scribe and from the numerous response from your readers. Spare me my two cents worth comments.
Getting worked up over LKY apologetic insinuation and innuendo shouldn’t be our only recourse of action. Doing so means we are only acknowledging his egoistical achievement (semakin mianglah orang tua tu) on his principled ‘my system is better than yours’ meritocracy policy. Rather we should explore avenues that would make him too embarrassing to respond; or at the very least prick his conscience and principles, and hopefully deflate the stature and ego of this island republic’s elderly mentor statesman. Then we’ll see whether he’s the giant he thinks he is or just mere mortals the likes of us.
It would be interesting to see how LKY would counter if we were to pose him a hypothetical scenario of how history could have ended differently for his beloved island republic had the past took on a different turn. Would he then be able to speak from above on a pedestal of strength and conquest like today, or, just the same, his reputed grand design and dream could just as easily crumble and fall like matchsticks had the tide of history flowed differently?
Just one simple question: How would LKY and his legacy be judged had the population geography of Singapore be the reverse of what it is today reflecting those found at its neighbors such as in Malaysia? What if through the fluke of history the Singapore Malays ended up being the majority while the Chinese and Indians comprise the substantial minority. What if the then colonial masters were curry buddies and instead of Chinese immigrants flooding the Straits Settlement, we had Javanese, Filipinos, Burmese or Vietnamese making up the ethnic majority in modern-day Singapore and elsewhere. (Please don’t get me wrong for this is not about playing up or inflaming racial issues and prejudices but rather a healthy discussion on hypothetical rhetoric and possibilities). Perhaps then the mighty LKY may not live up to expectations and his memoirs littered with despairs and discarded dreams. Perhaps then putting himself in our shoes and going through the motions and experiences of reality check, he’ll discover that the measly returns and shocking truth on the other side of the fence are not what he expected, and that sweet dreams are not made of these; perhaps this may make the old man wake up and be a little respectful of his neighbors sensitivities.
Given this hypothetical scenario of a reverse racial demographic makeover for Singapore, can LKY pursue and practice his dream on meritocracy, surely one of the pillar stone policies of his administration and the one excuse frequently hurled at his neighbors? - (Datuk I think you can start a fresh thread on this issue and invite fellow readers and bloggers to share their thoughts and thinking over the statement raised).

To recap here’s a definition on the word meritocracy quoted from Wikipedia.org. ‘The word "meritocracy" is now often used to describe a type of society where wealth, position, and social status are in part assigned through competition or demonstrated talent and competence, on the assumption that positions of trust, responsibility and social prestige should be earned, not inherited or assigned on arbitrary quotas. Meritocracy is used to describe competitive societies, that accept large inequalities of income, wealth and status amongst the population as a function of perceived talent, merit, competence, motivation and effort. Meritocracies reject the ideology of equality whilst embracing the doctrine of equal opportunity.’
The above quote on the definition on meritocracy sums up a utopian society for a monoculture population with little or no political ambition but may not be applicable in a multiracial and multi cultural society, more so when there are great imbalances in ethnic composition and diversity in economic and religious backgrounds.
Given different multicultural ethnic settings, whether meritocracy fails or succeeds, it can still be a double-edge sword and not the panacea for nation building prescription. Meritocracy at its core is about equal access and opportunities based on merits and capabilities but it’s not without risk and neither does it guarantee success. Applying a blanketed assumption on the success of modern day Singapore solely associated to meritocracy is subjective and full of potholes. Given the inherent cultural resourcefulness of the Chinese community, it can be safely said that they will continue to dominate the business and commerce of any society or at least gravitate in that direction, irrespective of the political platforms. Even if the Singapore authorities were to subscribe to the extremes of Malaysia’s focus on assisting the economically disadvantaged indigenous, the Chinese community in Singapore will continue to dominate the economic pie of Singapore though admittedly in a less vibrant and subdued manner but certainly at the cost of a lot more dissatisfactions and rumblings. What made Singapore today cannot be attributed exclusively to meritocracy per se but rather to taking to full advantage the strategic cultivation of the inherent qualities of industriousness and resourcefulness of the dominant group of the Singapore society which is the Chinese. Are we to believe that by taking away meritocracy and applying and practicing the assisted economic principle on the economically disadvantaged, Singapore will slide into economic oblivion? Also by implying the virtues of meritocracy to the Singapore success story, it must be dead elsewhere in the region just because none of us has yet replicated the Singapore model. How then are we to judge whether the Singapore success story is indeed the ideal, perfect and faultless economic model given our diverse racial and cultural population? Perhaps it didn’t matter to the Singapore authorities that meritocracy across its neighbors is alive and well, just that we did it within selected groupings so that those targeted would not be left behind and the bigger pie has its fair share for everybody. Not perfect certainly, but at least it worked within reasons.
Coming back to the hypothetical scenario, can LKY through meritocracy prod and push the majority indigenous Malays into the forefront of education, business, commerce and industry equal to the standing of modern Singapore today? Surpassing even Malaysia’s own economic formula on its indigenous disadvantaged? Can he emulate and mastermind his political strategy mirroring the PAP grassroots-centric politics of today in an indigenous majority Singapore? Can he mold his political ambition given a different ethnic setting? Can he pacify the resurging political and cultural needs of the indigenous majority without jeopardizing his grand vision and aspiration? Will he changed his political strategy and like a chameleon tout another platform just to ensure his own political survival? What if his meritocracy works on all front in a Chinese minority Singapore? Will the success story awakens the ambitions of the majority to push for their own cultural and political presence, or will they be contented with the economic pie staying true and trusted in a united One Singapore? What if he had failed in his meritocracy pursuit and his grand design of a modern-day Singapore turned to ashes, will the political infighting result in cycles of boom and bust threatening its neighbors’ peace and security? Then, is it appropriate for other Asean leaders to lecture the island republic of the consequences of spillover effect?
There’s no denying that LKY is the principle architect and captain responsible for much of the plot of the Singapore success story. But a lot of that LKY(LucKy You) legacy also has much to do with an accidental historical opportunity of being at the right place and at the right time with the right equipment. Had Singapore’s history tweaked a little to reflect Malaysia’s own political and cultural scenarios, and should LKY made it an unequivocal success story worthy of emulation, most of us will have another figurehead besides TDM to pay homage to instead of the current rumbling protest. So until the elderly statesman actually tried and tested our trodden path, his legacy and especially his much touted meritocracy policy is at best suited to his own tried and tested formula, but precarious just the same given a different historical scenario.

From ‘Wild Banana’

Anonymous said...

Datuk,

Apa yang saya lihat di sini media massa utama telah berjaya memainkankan peranan mereka untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa LKY boleh ditundukkan walaupun tanpa sebarang kecaman kekerasan.

Secara tidak langsung, ia telah memberi satu kemenangan moral kepada YAB PM hasil 'approach'nya yang lebih elegan berbanding reaksi sinis mantan PM dalam isu sebegini.

Jelas, walaupun LKY menafikan bahawa niatnya ketika menyuarakan pendapat itu bukan utk menganggu-gugat kestabilan politik jiran2 Singapura, tetapi apa yang dapat kita lihat LKY telah berjaya memainkan isu yang ditimbulkan olehnya sebagai senjata untuk memporak-peranda keadaan yang sememangnya agak tegang antara Mantan PM dan PM sendiri. Saya kira think tank PM (the 2 K's) akan memainkan peranan yang cukup penting dalam situasi ini. Apatah lagi keupayaan salah seorang K yg masih mempunyai 'influence' dalam arus media cetak perdana.

Pastinya peluang sebegini akan digunakan oleh media cetak perdana mendapatkan reaksi balas dari TDM; dan TDM dgn sifatnya yang sentiasa sinis akan menjawab persoalan yang akhirnya akan dimanipulasi oleh media massa untuk menunjukkan bahawa Mantan PM tidak pandai berkompromi.

Dan saya juga tertarik dengan ulasan Datuk bagaimana LKY masih mempertahankan hujah2nya walaupun surat kemaafaan telah dihulur. Jelas sekali keegoan seorang Menteri Mentor masih terserlah, ‘didn’t want to be held accountable and responsible’ – Adakah ini contoh pemimpin jiran yang masih lagi kita rasakan ada ruang perbincangan dan kompromi? Tepuklah dada...

Anonymous said...

Masalahnya Pak Lah saya bimbangi tidak dapat membaca percaturan LKY. Alangkah baik dan berhormatnya jika Pak Lah dapat sedikit sebanyak merujuk perkera ini dan meminta pandangan TDM. Kalau hendak seribu daya. Orang berbudi kita berbahasalah Pak Lah...what say u?

malay-tree said...

Tidaklah dapat dimengertikan sama ada pihak kerajaan Malaysia sanggup lagi melayan kerenah seorang ditaktor tua yang tidak lama hampir menemui ajalnya. Segala pandangan sinis dan komen dusta yang telah dihamburkan oleh Lee KuanYew, adakah menjadi satu faedah untuk pihak pentadbiran Dato’ Sri Abdullah berterusan melayannya.

Pak Lah bukanlah orangnya yang paling sesuai untuk berhadapan dengan calon ‘Heavyweight’ seperti Lee Kuan Yew. Koman-koman pun sepatutnya mentornya seperti Tan Sri Musa Hitam. Sayang seribu kali sayang, Musa Hitam telah lama melambaikan selamat tinggal kepada dunia politik.Tan Sri Musa Hitam seorang Demokrat Tulen! Calon ‘Heavyweight’lain yang boleh dipertimbangkan sudah pasti Tun Mahathir mahu pun Tengku Razaleigh Hamzah.

Kebanyakkn calon lain seangkatan dengan mereka telah lama pergi tiada kembali. Lee Kuan Yew telah berpuluh tahun dalam dunia ganas politik jadi sudah tentu beliau banyak kelebihan dalam politik binatangnya. Sepatutnya biar "buku bertemu ruas".

Mengharapkan kembali Tun Mahathir bersuara membela pihak kerajaan Malaysia sudah tentu ibarat menjilat air ludah sendiri. Ku Li pula memang terlalu lama di pinggiran. Jadi perlukah pihak Pak Lah mendorong Pemuda UMNO kembali menghunus keris tumpul. Sejarah pernah membuktikan bahawa bekas ketua Pemuda UMNO Dato’ Zahid Hamidi dengan penuh keberanian dan kewibawaan bertempik marah kepada Singapura. Sayang seribu kali sayang tidak sampai beberapa hari kemudian Zahid tumbang terkena pukulan KO yang datang daripada Harimau Tua Asia bernama Lee Kuan Yew.

Maka jika difikirkan kembali adalah lebih baik pihak kerajaan dibawah Pimpinan Dato’ Sri Abdullah tidak harus terus menerus ambil perhatian dengan kenyataan yang telah, sedang dan akan dikeluarkan oleh peguam bersara Mr. Lee. Sepatutnya Pak Lah meminggirkan Lee Kuan Yew sebagaimana kejayaan beliau meminggirkan Mahathir, Anwar Ibrahim dan Ku Li. Jika Dato’ Sharir Samad masih menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) sudah tentu keadaan akan menjadi lebih menarik.

Lee Kuan Yew dan Tun Mahathir masing-masing berjaya meletakkan negara mereka ke mercu tanda dunia (jika soal pembangunan menjadi ukuran). Bezanya disaat Lee Kuan Yew dilantik sebagai Menteri Mentor Singapura selepas meletakkan jawatan Perdana Menteri; kita di Malaysia hanya mampu memerhatikan tokoh negarawan Tun Mahathir dimalukan satu dunia akibat tewas di Kubang Pasu.

Apa pun kemaafan yang dipohon Mr Lee tanpa menunjukkan kekesalan didalam suratnya menunjukkan Singapura boleh pijak kepala kita pada bila-bila masa tanpa rasa bersalah...

Berita dari gunung said...

Sememangnya kita suka melihat sesuatu peristiwa mengikut kacamata sendiri, lalu timbul lah pandangan-pandangan selaras dengan pegangan, pengalaman, kecenderongan dan kepentingan masing-masing.

Saya ingin melihat LKY sebagai seorang bekas PM sebuah negara jiran. Dinegara jiran itu terdapat 2 bekas PM dan mereka masih hidup dan berperanan dalam hal ehwal negara. Manakala di Malaysia pula, bekas PM yang masih hidup hanya ada seorang sahaja, bernama Tun Dr Mahathir, nampaknya tidak diberi peluang berperanan dan mahu disisih serta dimaki-maki.

Apabila LKY memberi komen tertentu, mengenai perihal satu kaum dipinggirkan, PM negara kita merasa perlu isu ini ditangani dengan cara resmi iaitu dengan mengutus surat. Bekas PM Malaysia, Tun juga akhir-akhir ini turut memberi komen-komen tertentu, tetapi isu itu tidak ditangani dengan berutus surat.

Kepimpinan sekarang tidak melihat isu yang dibangkitkan oleh Tun dalam perspektif yang sama seperti isu LKY, dengan itu satu isu dikendalikan secara sengketa dan vendetta manakala satu isu lagi diurus secara berhemah, bersopan dan berutus surat.

Malangnya LKY, selain menjawab surat PM itu, beliau pada masa yang sama memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia. Langkah menarik dari kedua-dua, PM Malaysia (AAB)dan LKY, menimbulkan tanda soal mengenai berlainannya diplomasi pegangan mereka. Rakyat biasa seperti saya selepas dimaklumkan tentang jawapan LKY, masih tertanya-tanya apakah kandungan surat PM (AAB) kepada LKY.

Kalau tidak menjadi keberatan dan menyusahkan boleh jugalah kandungan surat PM itu di hebahkan melalui media. Dan biarlah itu menjadi permulaan kepada langkah menghebahkan surat-surat lain yang ada hubung kait dengan jambatan bengkok.

Cuma, adakah selepas menjadi pemimpin utama, kita dengan tiba-tiba, berhenti dari melihat peristiwa penting negara dari kacamata seorang rakyat biasa.

Mungkin selepas puas mencuba, pemimpin jua wajar berhemah, lalu mendengar rintihan rakyat biasa, kalaupun benci dengan pandangan bekas pemimpin negara yang sudah masak dengan apa itu negara, maruah, sengketa dan vendetta.

(Gunung sudah mahu meledak?)

Anonymous said...

"ahm said...this is my very first experience to hear that LKY said sorry...."

I say...Pertama kali LKY meminta maaf pada Malaysia adalah pada tahun 1997/1998. Ia berkenaan dengan kenyataan afidavit nya bahwa JB” adalah sarang penjenayah ".
Bukan sahaja dia meminta maaf TANPA syarat tetapi yang menyayat hati beliau hingga kini adalah dia terpaksa akur MENARIK balik kenyataan beliau. KE TEGASAN Tun Mahathir , bersama barisan pemuda UMNO dan rakyat jelata….talah memaksa LKY MENAHAN malu yang tersangat dalam.

Pemuda UMNO ketika itu masih menyokong Tun Mahathir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan besar2an siap dengan sepanduk yang mengandungi ayat2 keji dan hina terhadap LKY.

LKY pada masa itu mengemukakan afidavit nya ke Makhamah terhadap seorang pemimpin pembangkang Tang Liang Hong yang lari ke JB. LKY mendakwa bahwa perbuatan Tang Liang Hong melarikan diri ke "sarang penjenayah" menunjukkan bahwa ketakutan Tan untuk berhadapan dengan isu saman yang di-kemukakan terhadap diri beliau (Tan) sangat meragukan. LKY membuat andaian bahwa Tan sengaja melarikan diri kerana tahu diri nya bersalah dan memilih JB sebagai tempat persembuyian.

Pak Lah bukanlah lawan LKY yang setaraf . LKY pada kali ini meminta maaf “ALA pope”. LKY hanya meminta maaf kerana “membuat “ Pak Lah RASA tidak SELESA. Tiada PENARIKAN BALIK kenyataan malah siap dengan penuduhan bahwa sejak tahun 1998 pemimpin Malaysia sudah pun membuat kenyataan yang sama terhadap Singapura.
Laporan sepenuh nya boleh di-dapati di laman web Straits Times Singapura. Kenyataan Khairy adalah tarikh terakhir di-petik oleh LKY.

Anonymous said...

Pelik bin Ajaib tu Dato'. Semalam, semua surat khabar spin macam nak rak kononnya LKY Minta Maaf. Tujuan asal nak spin habis-habis kononnya kita menang dan Singapura kalah. Tapi, bila smua orang dah baca full teks statement LKY, masing-masing U turn lah. Baru sedar yang kita kena main. Apa yang LKY buat tu macam cerita orang kentut dalam kereta lah Dato'. Dia mengaku dia kentut tapi dia minta maaf sebab baunya tidak begitu enak. Dia bukan minta maaf pada orang dalam kereta itu yang dia berlaku kurang ajar sebab kentut depan-depan. Tapi dia minta maaf sebab baunya busuk je. Sama lah cerita LKY tu. Yang kurang arif ialah editor surat khabar sebab nak jaga nama baik je...tapi tak reti pun.

Anonymous said...

AAB should in the first place sent letter to Govt of S'pore asking clarification & apology on the statement made by their Mentor Leader.

Morally, it is too low for a government to ask clarification & apology from individu.

This is what happened when advised by inexperience advisers.

Anonymous said...

Datuk,

Ada dua sebab mengapa akhbar-akhbar Melayu memesongkan fakta dalam laporan mereka semalam.

Pertama motif politik untuk menggambarkan bahawa PM telah mendapat kemenangan dengan memaksa Lee Kuan Yew "memohon maaf".

Kedua mereka keliru maksud "sorry" dalam bahasa Inggeris. Mereka menyangka "sorry" bermaksud maaf atau minta maaf.

Minta maaf dalam bahasa Inggeris adalah "apologize" atau "to apologize".

Surat LKY kepada Abdullah ditulis dalam bahasa Inggeris, justeru berlaku kekeliruan di kalangan akhbar Melayu.

Maaf KLY itu hanya sekadar kerana menyebabkan "discomfort" (ketidakselesaan, keresahan) kepada Abdullah kerana menuduh orang Cina Malaysia dipinggirkan.

Pada masa hadapan, eloklah pengarang-pengarang akhbar Melayu berhati-hati tentang pengistilahan, definisi dan simantik.

Membantu jika mereka juga fasih bahasa Inggeris. Akhbar Melayu tidak akan kaya maklumat dan ilmu kalau pengarang dan penulisnya hanya fasih satu bahasa.

Anonymous said...

Y.Bhg Datuk,

Dalam suasana hangat ini kita mungkin telah hilang fokus dan kurang menyedari bahawa kerajaan Singapura telah sebenarnya melancarkan dasar campurtangan untuk membela nasib kaum Cina di Malaysia.

Memangnya sudah banyak percubaan oleh Singapuran untuk campurtangan dalam hal ehwal negara kita, tetapi ini merupakan pertama kalinya Singapura secara terang-terang cuba memperjuangkan hak kaum Cina di Malaysia.

Dan kesemuanya ini mungkin ada kaitan dengan rancangan pertahanan Singapura untuk menyerang dan menakluki Johor jika berlaku rusuhan perkauman di Malaysia demi membela dan melindungi kaum Cina Malaysia.

Semasa saya menghadhiri kursus di salah sebuah negara Barat lebih kurang 30 tahun dahulu, saya ditanya adakah saya sedar bahawa Singapura punyai rancangan ketenteraan untuk menyerang Malaysia jika berlaku rusuhan perkauman secara besar-besaran antara Melayu dengan Cina yang merebak ke hampir seluruh Semenanjung.

Kononnya tentera Singapura akan menceroboh masuk hingga ke Mersing dan sempadan Johor-Melaka, dan akan undur hanya jika kerajaan Malaysia setuju dengan segala tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Singapura bagi melindungi pihak kaum Cina di Malaysia.

Kononnya rancangan untuk menyerang Malaysia ini tatkala berlaku rusuhan perkauman di Semenanjung termaktub dalam defence blueprint Singapura sejak tahun 1974 lagi. Kalau benar ada perancangan pertahanan yang sedemikian ianya bermakna sejak tahun 1974 lagi Singapura menganggap tenteranya lebih kuat dari tentera Malaysia.

Kalau benar Singapura punyai defence blueprint yang disebutkan itu, maka kemungkinan besar Lee Kuan Yew sebenarnya telah melancarkan langkah permulaan dalam dasar campurtangan Singapura dalam hal ehwal Malaysia untuk membela kaum Cina Malaysia.

Singapura dijangka akan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan bahawa kaum Cina di Malaysia ditindas untuk menekankan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Singapura peka dan prihatin tentang nasib dan hak-hak orang Cina di Malaysia. Dasar campurtangan secara berterusan ini atas nama membela hak-hak kaum Cina di Malaysia akan digunakan nanti sebagai justifikasi untuk menyerang Malaysia jika berlaku rusuhan perkauman di Malaysia.

Harus dinyatakan bahawa tidak boleh dipastikan samada Singapura punyai defence blueprint yang sedemikian. Mungkin yang diketarakan semasa saya berkursus lebih kurang 30 tahun dahulu di negara Barat itu hanya suatu provokasi dari negara yang menganjurkan kursus tersebut.

Kemungkinan itu ada. Entahlah. Hanya masa akan menentukan. Saya sedang berpuasa dan tak berani lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan untuk berdusta atau membuat spekulasi yang keterlaluan.

Wassalam.

Anonymous said...

This is an excerpt from the NST today:

“His mood changed visibly when reporters asked him for a reaction to the letter. When pressed further on whether he accepted Lee’s apology, he repeated: “I have taken note of it.”

Kah..kah..kah.! This is all I get from him?

Now I want to compare this with Dr M’s response! God bless me.. and this country!

Benta

A KADIR JASIN said...

Beberapa pembahas bertanya beberapa soalan. Kluangman bertanya apakah blog dan laman berita Internet sekadar anjing yang menyalak bukit. Bukit tak runtuh, anjing yang sakit mulut, kata beliau.

Ya dan tidak. Ya, di kalangan pengundi kelas menengah, pengundi dalam bandar dan pengundi bukan Melayu yang terdedah kepada media baru maklumat ini. Mereka ada akses kepada Internet dan meraka tahu menggunakan sumber maklumat, idea dan pendapat alternatif.

Ini berlaku dalam pilihan raya umum 1999 apabila pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan kelompok di atas menolak media massa arus perdana yang pro-pemerintah.

Namun ini tidak bermakna bahawa pengundi dari kelompok lain, khasnya yang tinggal di luar bandar dan tidak mempunyai akses kepada Internet tidak akan mengubah selera.

Pada tahun 1999, BN tewas di Terengganu dan kehilangan kerusi di banyak negeri. Ada beberapa nama besar kalah atau nyaris-nyaris kalah.

Pada waktu itu, penggunaan Internet didominasi oleh pembangkang, khasnya Keadilan, yang memaksimumkan potensi medium baru maklumat ini.

Kini penggunaan Internet semakin meluas. Laman berita Internet kini disertai pula oleh Weblog atau singakatannya blog.

Manakala media massa arus perdana akan terus menguasai minda dan pendapat penyokong Kerajaan, khasnya orang Melayu luar bandar, semakin ramai pengundi kini sedar akan kewujudan media alternatif seperti laman berita Internet dan blog.

Bukit tidak akan runtuk disalak anjing. Tapi penghuni bukit mungkin berpindah kerana ketakutan atau tidak tahan bising.

Sdr Coolbuddy, mohon maaf (apologies) kerana tidak dapat menyiarkan komen saudara. Kita tidak akan menyamakan mana-mana bangsa atau kaum di Singapura atau di tempat-tempat lain dengan anjing. Namun saya ambil maklum ulasan anda yang bernas.

Kepada semua terima kasih kerana melawat laman ini dan menyertai perbahasan kita.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Saya masih menantikan "hulubalang" Melayu yang tak berapa lama dulu cukup lantang menghentam TDM - Dato' Nazri Aziz, untuk berbuat sesuatu tentang isu ini... Apasal senyap? Sekarang ni nak bersuara pun tak berani, apatah lagi nak hunus keris...

Anonymous said...

Saya amat merindukan kerajaan yg berwibawa seperti ini....

Lee Kuan Yew Apologizes for Remarks That Angered Malaysia

By Michael Richardson International Herald Tribune
Friday, March 14, 1997

....Malaysian officials said that the government had decided to "cool off ties for now" with Singapore as a sign of continuing displeasure at what was seen as lack of sincerity by some Singapore leaders. The cabinet meeting Wednesday in Kuala Lumpur followed an official Malaysian protest earlier this month over remarks by Singapore's senior minister, Lee Kuan Yew, in a court affidavit that the Malaysian state of Johor was "notorious for shootings, muggings and carjackings."
Mr. Lee later apologized and said he would apply to the court to have the offending passage removed. But Malaysian officials said that they were unhappy with the behavior of other Singapore leaders, including Mr. Lee's son, Deputy Prime Minister Lee Hsien Loong, who had signed the same affidavit as his father but had not apologized for the section on Johor or renounced it.
The Bernama press agency, which usually reflects government views, reported Wednesday that the cabinet had decided to halt official dealings with Singapore, including talks between the ruling parties and the award of new government contracts to Singapore companies...

Rasanye, Halfpast six govt will never be able to create the same aura

A KADIR JASIN said...

Sdr Cre8tif,

Saya ambil maklum ulasan anda mengenai ketidakpuasan dan rasa malu anda dengan tindak balas Kerajaan kita terhadap hasutan, penghinaan dan campur tangan Lee Kuan Yew.

Jelas daripada perbahasan dalam blog kita ini bahawa banyak orang yang sependapat dengan anda.

Namun saya rasa blog ini bukanlah tempat bagi kita berkempen untuk menjatuh atau menaikkan sesiapa atau menggesa sesiapa meletakkan jawatan. Jadi saya tidak dapat menyiarkan komen anda sepenuhnya.

Kepada Sdr Anak Kampung, sepanjang ingatan saya, Datuk Nazri Aziz tidak berkata dia panglima Umno. Dia kata dia hanya pendekar Umno yang bersedia melawan Tun Dr Mahathir.

Setahu saya, dalam sejarah bangsa dan adat Melayu, seorang itu tidak mengisytiharkan dirinya panglima atau pendekar. Gelaran itu dianugerahkan hanya apabila seseorang itu telah membuktikan kehebatannya.

Hanya Pendekar Bujang Lapuk ciptaan P Ramlee saja yang ke hulu hilir mengaku diri pendekar sambil menyanyi: maafkan kami, maafkan kami, maafkan kali, eh, berapa banyak maaf daaaaaa?

Mungkin ilmu kependekaran Nazri belum sampai ke peringkat untuk berlawan dengan Dr Manhathir atau Lee Kuan Yew.

Pergi berburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Terima Kasih.

malay-tree said...

Tidak lah begitu pasti bagaimana kenyataan seorang bekas pemimpin Singapura yang terkenal dengan kenyataan berunsur perkaumannya masih mendapat tempat di media massa arus perdana. Singapura semenjak dari dari dulu memang terkenal dengan sikap Kiasu. Oleh itu kenyataan menghasut LKY sudah tentu lahir dari sikapnya yang curiga dengan kerajaan Malaysia dan Indonesia. Sejarah pernah membuktikan Singapura bukanlah jiran yang boleh diharap sangat. Mereka ingin menang semua.

Apabila LKY menulis surat kepada Abdullah dengan menyatakan “Saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan ketidakselesaan. Selepas sedekad hubungan bermasalah dengan pemimpin sebelum anda, perkara seperti ini tidak dingini langsung”. Maka rakyat Malaysia tertanya-tanya benarkah begitu. Mana mungkin pemimpin secerdik LKY tidak mengerti kenyataannya sebelum ini sarat dengan nada provokasi dan unsur perkauman merbahaya.

Surat bertarikh 29 September yang baru diserahkan ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen selayaknya dibakul sampahkan. Jelas kemaafan yang bukan sepenuhnya, dan sudah tentu bukan dengan benar-benar ikhlas.

Lee Kuan Yew sebelum ini dengan tanpa berfikir barang seminit dengan penuh angkuh berkata “ Jiran-jiran saya mempunyai masalah dengan orang cina. Mereka berjaya, mereka bekerja keras dan kerana itu, mereka dipinggirkan secara sistematik, malah didalam pendidikan. Adanya kuota untuk menghalang mereka”.

Bila anda cuba bermain api perkauman, maka bersedialah untuk hangus terbakar. Kita di Malaysia tidak kira samada melayu, cina, india, sikh dan lain-lain bangsa telah lama saling bertoleransi dalam isu perkauman yang sensitif. Namun pihak luar seperti LKY bukan sengaja tidak mahu mengerti tetapi secara terbuka memprovokasi isu sensitif. Cara yang bijak jangan mempedulikannya langsung.

Media massa arus perdana tidak sepatutnya memberi perhatian dengan kenyataan seorang bekas ditaktor terpilih yang telah bersara. Jika disini kenyataan dari seorang negarawan berjasa seperti Tun Mahathir boleh media pinggirkan secara sistematik, maka tidak menjadi masalah perkara yang sama boleh dilakukan terhadap Mr. Lee. Pilihan ditangan kita.

LKY telah lama menyimbah petrol, tetapi jangan lupa mancis api tetap ditangan kita, jadi mengapa harus kita yang bersungguh-sungguh menyalakannya? Api sebagaimana hebat sekalipun pasti kalah kalau dijirus air. Dapatkah kita imaginasikan kalau api terus berlawan api sudah tentu ada yang rentung menjadi arang. Tidaklah begitu cerdik untuk kita melayan sikap perkauman yang begitu menebal dan ketinggalan zaman. Sepatutnya juga Dato’ Sri Abdullah tidak perlu membazirkan setem untuk mengirim surat penjelasan kepada LKY. Bahananya...LKY mendedahkan suratnya kepada media untuk santapan umum.

Maka mahu atau tidak sekali lagi Mr. Lee mendapat perhatian media yang secara tidak langsung bagai membenarkan kenyataannya bahawa dasar anti terhadap orang cina berlaku di Malaysia dan Indonesia.

Sudah tentu sebahagian rakyat Malaysia mula memberi perhatian dan berfikir benarkah begitu? Maka inilah masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia kekal bersatu dan bergandingan bahu, serta berdiri dengan penuh semangat setiakawan dengan berani menyatakan “KAMI BENCI PERKAUMAN! JANGAN CAMPUR URUSAN KAMI”.

sinbad said...

Dato,

Pertelingkahan terbaru Malaysia-Singapura ini boleh juga diibaratkan oleh satu istilah anak-anak muda zaman sekarang sebagai "Lu cilok sama gua, gua cilok sama lu". Masing-masing saling "mencilok".

Tetapi apakah mungkin pemimpin kedua-dua negara ini sedang bergandingan sebenarnya untuk melakukan "Baik punya cilok" terhadap rakyat mereka?

Anonymous said...

Datuk,

"LKY bukan isu besar"

Izinkan saya perturunkan kata-kata ini untuk membolehkan saya meluahkan perasaan secara lebih berkesan:

Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Anonymous said...

Datuk,

"Tiada sebab pilihanraya lebih awal" - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Izinkan saya perturunkan kata-kata ini untuk meluahkan perasaan secara lebih berkesan:

Umpama orang Belanda, beri betis hendak paha.

Anonymous said...

lagi sekali saya pening... LKY nie sebenarnya umurnya berapa tahun ye? Adakah dlm lingkungan 10 tahun.

bukan apa. ada seorang pemimpin negara yg paling tinggi dalam mesia nie berkata, "lepas ini Jangan Buat LAgi"

saya rasa pening macam nak pitam. sebab ayat tuh macam bercakap dengan budak2 darjah satu. jadi saya pon pening mengenangkan LKY yg umurnya sekarang mencecah berapa tahun? adakah baru masuk darjah 3?

pening sepening peningnya

A Voice said...

Dato

Lee Luan Yew is a racist with malice intentions on the Malays and Malaysia from long ago.

Download this Waspada Malaysia article series by a former PAP activist that was published on MalaysiaKini from the following web addrress:

http://www.savefile.com/projects/1018550

Anonymous said...

Kesimpulannya, LKY masih lagak seperti gansta politician yg pernah diamalkan olehnya sebelum merdeka lagi. Melayu dipinggirkan secara sistematik dengan mengambil bangsa China dari HK dan Taiwan sebagai menganntikan Melayu yg rasa dipinggirkan selepas 1965. Singapura kebelakangan ini acap kali mencerobohi angkasa kita tapi tiada tindakan AAB. Sikap kuran ajar LKY harus di balas dan kita tidak patut mendiamkan diri. Kita mesti bina jambatan bengkuk itu..Kalau tidak AAB kena letak jawatan kerana tak berani tunjuk telur jantan. Jantan Nazri senyap aje..

Anonymous said...

Duhai saudara ku Aku Pening,
Bukan tuan hamba seorang aje yang pening, hamba juga 'pening-pening lsampai pitam' memikirkannya...AAB bagi ingatan pada LKY agar jangan buat lagi...tapi kalau LKY buat jugak, lagi dan lagi...apa agaknya tindakan yang bakal AAB ambik? bila fikir dalam-dalam...rasa nak tergelak pulak. Pak Lah ni ada 'sense of humor' jugak orangnya. Tak pe lah Aku Pening, dah nasib kita gamaknya.

Anonymous said...

LEADER
..........................Its about PROVIDING leadership, the impact of your own presence, and its about choosing the best option....................

Being a leader is not all about glitters, pomps, kompangs, the ribbons, the smiles, the handshakes, the laughter to whatever jokes you come out with. These are the mundane things, the unnecesary. These are things given to you by your very own people be it sincere or otherwise.

Being a leader is about providing leadership, a clear direction towards goal. Being a leader knows no warm up session. Being a leader isnt like being a little member to the pack. Being a leader is behaving like a hero in front of the team; dribbling, scoring and at the same time providing a solid defence.

In the final analysis, being a leader is assuming all responsbility.

Of course one may use as many team players or advisers. One may also use young people around, but leadership must be given. There is no such thing as total empowerment. If any of our leader subscribe to total empowerment, then it is like admitting that anybody can give a shot at it.

"Kamu buat, kamu jawab". That is so simple that guys like me, pak mat, usop, mid, pin, kiah, timah, leman, can also say. Hmmmm.... and we can also wind up a little toy to say nothing else except "Saya Perdana Menteri, saya boleh buat apa saja, bagi saya masa, Depa Iblis," or simply any phrase at all, stupid or otherwise.

Just a thought, Dato and friends.

shar101 said...

LKY, the Meddling Minister from Red Dot Com, obviously had no intention to apologise. And he need not.

AAB, after all, requested for a clarification. Not an apology.

AAB ignored proper diplomatic channels i.e. the foreign ministry, and instead relied on his misguided belief that a more personal approach would be better.

LKY public response (writing to the gallery - Rocky's bru) exposes AAB naivety in dealing with Singapore. AAB has been made to look both incompetent and impotent.

Therefore, it is clear that LKY's intention was to cause discomfort by his first statement and add more discomfort to AAB personally with the published reply.

Since LKY 'wrote' to all of us, shall we not reply to him. Does anybody have his address? Or will 'Meddling Minister c/o Red Dot Com' be sufficient?

penganggurpaksa said...

Datuk (a long discontent babbling),

Last "Thursday-Oct 5th" another typical case of Pak Lah’s directing "Anyone with POWER in the Govt. can make their own decision". It’s because PM can’t make decisions for everyone on petty matters.

I went to a bank somewhere under the jurisdiction of Majlis Perbandaran Selayang (MPS) and parked my car outside (on a yellow line) for a while to pay some bills. I had asked my pregnant wife to come along so that she won't suffocate inside the car.

Que wasn't that long inside the bank, settled our errands and when we went out, our car was missing. Some caring citizens told me that the MPS tow truck had towed my vehicle to the back of MPS Stadium in Selayang. (about 10mins walk from the bank)

Went there to get my car but was asked to pay a compound of RM300, in which of course, (as a forced bummer)..I don't have. They’ve asked me to go to the MPS office (1/2 a km from the place) to get a reduction of compound. Told them about my wife condition- but they've asked us to take a RM3 taxi ride instead. No help no mercy.

Took a taxi and arrived at the MPS office around 12.30pm but the office was closed for lunch (and it’s during puasa month). The officer in charge of reducing the compound wasn't there - out for lunch they said. We waited patiently until around 2pm.

The officer in charge arrived at 2.30pm (with fresh face) and starts looking busy, as if she has a lot of work to do. Inside her office, I tried to convince the officer that the only reason I'd parked my car closer to the bank ‘cos of my wife's condition and it's easier for her rather than to walk very far to and fro.

Been living under MPS jurisdiction for about 30 years I've had never encountered any incidents like this. As a hubby and still waiting for my 1st born for the past 4 years of marriage, giving all the effort to make sure a 3rd time miscarriage shouldn't happened - I tried to convinced the officer that I didn't purposely park my car illegally.

Regret to say that the officer can only reduce the compound to RM200 as that’s an instruction from the top. Told her that i'm still a bummer and left only RM40 with me and most of my money was used to pay up my loans and bills etc. She said she couldn't do anything as laws are still laws. She had asked me to personally go and ask for a further reduction from either the Yang Dipertua or S/U (not sure what S/U stands for ...may be Setiausaha).

We went to the 9th floor into the YDP beautiful office (with hard solid wooden door with gold plated knob). Few comfortable leather sofas were arranged neatly waiting for us to sit and wait for our turn. Being greeted by some friendly faces of outsiders and we had to wait for a little while longer.

I’m still not sure of why do I need to go and meet up with these two big bosses just to get the reduction – yet I waited for a miracle to happen.

Sorry to say we were not well dressed as I was just wearing my round neck tee and a short pant and same goes to my wife with her 6mths pointed belly. The secretary looked at us snobbishly and started asking some foolish questions. Done with that, she went inside the YDP office with our compound bill.

After a minute or two, she came out and asks us why I came up to the YDP office when I’ve already got a reduction of RM100. Told her bout the talk I had with the officers at level 3 and told her that I have only RM40 in hand. Impliedly means that I can only pay a fine of RM40!!As predicted, that amount can’t do them any good!

Without even any “belas kasihan”, a pity or a smile, she arrogantly said “YDP can reduce another RM50, that’s all” which means that I have to pay RM150 to get my car out of the MPS compound.

Had to take a taxi back to the compound place – went back to the bank to take out more money from my life long savings and paid my fine there.

Here are my stupid questions with no answers:

1.Why did MPS put so high rate of compound for a 10mins towing distance?
2.Isn’t there any “belas kasihan” anymore in Malaysia?
3.Why do I need to go and beg from the YDP to get a further reduction of RM50? Just a decent 1st warning would do me good.
4.Is YDP’s job description to entertain layman’s compound reduction?
5.Why does the govt. officer need so long lunch break in a fasting month?
6.Isn’t there any assistance from the government to assist a “sudah jatuh ditimpa tangga” guy like me? I'm not trying to beg for money from the Govt!
7.Do I need to beg for mercy on the National TV or the Media in order to get my word across?
8.What is happening in Malaysia nowadays?

My assumption, with Pak Lah’s lack of awareness and control, these Government Servants are taking advantage of the present situation and burdening Malaysian public at large. With so much power being given at the bottom, he is losing control of everything.

Sorry to say that the present government now has lost 2 votes. Sorry BN! We will officially not casting out our VOTE in the next GE! (It’s better for me and my wife (and InsyaAllah my 1st born child) to watch MTV at home or some Pirated VCDs rather than queuing up for nothing!)
It’s either my lost or theirs…..I know, that they just don’t even care!

Anonymous said...

Dato’

I am called to write under this thread again as I anticipate that some mind-boggling readers seem to undervalue the contents forward by the sideliners. He or she (I don’t know) stated that most of the feedbacks dictate more emotion rather than ‘a healthy point of discussion’ occupied.

My point of view, it’s not wrong to throw such an emotion comments when we try to convey the true facts about how we feel. For instance, I would like to raise the question that when Karl Marx wrote his book of Das Capital, did he considered people’s emotion as part of his theoretical basis of Communism? I don’t think so, and eventually, look at the damage done by him and his followers. Let me refresh the readers’ memory that apparently, the ideology he brought-up has lead to the genocide of 30 millions Chinese under the Moa Tze Tung’s ruling, 20 millions Russians under the Soviet government, 1.7 millions Cambodians under the Khmer Rouge and of course, that figures excluded of our Malay warriors who died throughout the fight against Parti Komunis Malaya (PKM) assault in our country subsequently.

So, coming back to the subject of emotion, when they proceed their ideology into practice, do you think that either Karl Marx, Frederich Engles, Mao Tze Tung, Lenin, Stalin or Pol Pot have put people’s emotions as part of their consideration? The answer is absolutely ‘no’.

The emotion factors should be considered as well and the impression that only ‘healthy discussion’ is more worth than emotions point of view should be put aside in a sense. The fact that, it is the failure to embrace emotion that leads to the massacre of the innocents nowadays, and it is enormously insane to say that Goerge W. Bush, or Ehud Olmert who committed all the killing of Iraqis, Palestinians and Lebanese are only urged by the consequence of ‘healthy point of decisions’.

Unfortunately, all the above mentioned happened prior to no emotion thoughts measured at the first place.

My conclusion, emotion sight does have the significant impact for any fineness of intellect here to justify at all feedbacks feed into this forum. Whatever reasons to revamp your thread here, emotion does come along as the consequence, especially to the humiliating statements which come from the long known politically hatred enemy like LKY, as well as to the embarrassing preoccupied leader that our country is currently beheld.



Thanks.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).