Friday, January 26, 2007

Another Luxury Jet For The Pembesar?

A Kadir Jasin

[No anonymous comments will be posted. Please use your real indentity or a suitable pseudonym. Please avoid seditious and defamatory statements.]

[UPDATE, Jan 29]THE Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, confirmed that an Airbus A319 Corporate Jet is being made available to the country’s VVIPs, including the King.

But according to The Star newspaper’s short message service (SMS), the PM said the Government did not buy the plane but instead leased it.

Whether the Government is buying the jet or is leasing it, the cost of leasing and operating it will still have to be shouldered by the taxpayers.

It is understood that the US$50-million plus aircraft is bought by Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), a wholly-owned subsidiary of Khazanah Nasional Berhad. PMB has a leasing arm. It owns all the aircraft operated by Malaysia Airlines Berhad (Mas).

[ORIGINAL POSTING]

DO we, the taxpayers and voters, need to lavish our pembesar (VIPs) with another private jet?

Over the years we had already financed the purchase of four such aircraft – a Boeing Business Jet, a Bombardier Global Express, a Dassault Falcon 900B and a Fokker F-28.

They are still flying and we are paying for their maintenance and operation by the VIP No2 Squadron of Royal Malaysian Air Force (RMAF) in Subang.


Have we, the taxpayers and voters, decided to purchase another luxury jet for them? I don’t know about you, but I can’t recall making such a decision.


So I am surprised when I was told that our government – one that we voted in with massive mandate in 2004 and to whom we pay all kinds of taxes, fees and duties – had bought yet another luxury jet.


This latest toy that we have to pay and maintain is an Airbus A319 Corporate Jet which, according to industry sources, can cost anywhere between US$40 and US$45 million without fixtures. Converting it to VIP configuration can cost another US$10 million.


According to a website dedicated to the sale of Airbus aircraft, “our” luxury jet made its maiden flight out of Airbus Industrie's Hamburg, Germany plant on Nov 29, 2006 and is now being outfitted by interior specialist Jet Aviation in Basel, Switzerland.


Taking the lower figure, the corporate jet will punch a US$50-million hole in our pocket. That’s a big hole. It’s equivalent to about RM175 million, which can build a lot of classrooms, hospital wards and not to mention mosques and rural roads for the rakyat. Or help rehabilitate Johor flood victims.


But alas our pembesar, having told us to change our lifestyle to cope with rising fuel prices, electricity rates, water tariffs and local government charges, are not about to change theirs.

Footnote: If this entry is inaccurate in any way, our democratically elected government or its agents are welcomed to respond. I undertake to publish their response in full.

Wednesday, January 24, 2007

Rocky Vs NSTP Di Mahkamah Tinggi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

[UPDATE, 25 Januari] Berikut adalah perkembangan terakhir kes Rocky Lwn NSTP di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

1. Tiada injunksi (sekatan) seperti yang diminta oleh New Straits Times Press (M) Berhad dan empat pekerjanya dikeluarkan oleh Mahkamah. In short there is no injunction so far against Rocky.

2. Mahkamah akan bersidang lagi pada 22 Februari bagi menimbangkan permohonan Rocky agar Mahkamah menolak (strike off) saman NSTP terhadapnya.

3. Pada hari Isnin ini – 29 Januari – pihak-pihak yang bersengketa akan berjumpa dalam kamar hakim bagi mendengar “penjelasan” Rocky mengenai ulasan-ulasan di dalam blognya yang dibuat selepas pengemukaan saman oleh NSTP pada 11 Januari lalu.

Kira-kira 20 orang rakan, umumnya para blogger, mengiringi Rocky ke mahkamah. Ramai wartawan media massa arus perdana, ajensi berita dan wakil media massa asing membuat liputan perbicaraan itu.

Empat pekerja NSTP yang menjadi plaintif dalam saman sivil itu tidak hadir di mahkamah. Kehadiran mereka tidak diperlukan pada peringkat ini.

[POSTING ASAL]

AHIRUDIN Attan, pengendali blog Rocky’s Bru akan berdepan dengan pengadilan esok – 25 Januari – bagi mempertahankan diri daripada saman sivil New Straits Times Press (M) Bhd dan empat orang pekerjanya.

Ahirudin atau lebih mesra dengan panggilan Rocky akan menghadiri perbicaraan saman dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bangunan Wisma Denmark kira-kira jam 10 pagi.

Melalui saman dalam kamar (hakim) itu, NSTP bersama Dato Kalimullah bin Masheerul Hassan, Dato’ Hishamuddin bin Aun, Dato’ Syed Faisal Albar bin Syed A. R. Albar dan Brendan John a/l John Pereira meminta mahkamah memerintahkan Rocky “mengeluarkan artikel-artikel memfitnah yang diterbitkan di weblog (blog) Rocky’s Bru.”

Dalam samannya, NSTP dan empat plaintif itu menyenaraikan 48 rencana (post) yang disiarkan antara 8.6.2006 hingga 27.10.2006 yang umumnya menyentuh piawaian, amalan kewartawanan dan profesionalisme NSTP, khas empat plaintif individu itu.

Saman itu juga menyebut mengenai “ganti rugi sekiranya Mahkamah yang Mulia ini atau Yang Arif Hakim selepas ini berpendapat bahawa defendan telah mengalami sebarang kerosakan disebabkan oleh sebarang perintah yang dibuat selaras dengan permohonan plaintif-plaintif di dalam ini.”

Selaras dengan keremajaan usia kegiatan blog – yang dikatakan bermula pada awal tahun 1990’an -- Rocky akan diwakili oleh seorang peguam muda bernama Edmund Bon yang berusia 33 tahun dari firma guaman Chooi & Company.

NSTP diwakili oleh firma guaman gergasi tempatan Shearn Delamore & Co.

Nota kaki: NSTP sudah pun mendapat injunksi terhadap blogger Jeff Ooi, pengendali blog Screenshots melalui saman dalam kamar satu pihak (ex-parte). Mereka cuba mendapatkan injunksi yang serupa terhadap Rocky tetapi gagal.

Sementara itu usaha menubuhkan sebuah tabung dan membuka akaun bank untuk mempertahan kebebasan bersuara blogger terus diusakan. Empat pemegang amanah telah dikenalpasti dan tiga daripada mereka mengadakan pertemuan dengan blogger Rocky, Jeff Ooi, Nuraina Samad dan Sheih semalam.

Friday, January 19, 2007

Blogger Lwn NSTP: Terima Kasih Atas Simpati

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

SEPERTI banyak di kalangan blogger, pembahas dan pelawat sudah maklum, dua sahabat kita iaitu Ahirudin Atan (Rocky’s Bru) dan Jeff Ooi (Screenshots) telah disaman oleh New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja atasannya.

Banyak blogger, pembahas dan pelawat, sama ada melalui komen mereka di pelbagai blog atau melalui panggilan telefon dan sms, telah menyatakan simpati dan sokongan kepada Ahirudin dan Jeff. Ada yang menawarkan bantuan kewangan dan kepakaran.

Saya telah berhubung dengan Rocky dan Jeff beberapa kali mengenai hal ini. Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, penubuhan sebuah tabung bagi melindungi blogger, bermula dengan Rocky dan Jeff, sedang diusahakan.

Secara langsung, tabung ini menyumbang kepada usaha mempertahankan kebebasan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan negara kita.

Kita telah dan sedang mengenal pasti beberapa orang tokoh di dalam dan luar dunia kewartawanan untuk dijemput menjadi pemegang amanah tabung ini.

Seperti umum sedia maklum, there’s no money in blogging. In fact bloggers spend their own money and spare their own time to manage their blogs for the benefit of visitors and debaters. They do not have the money and the expertise to fight corporations like the NSTP.

On behalf of Rocky and Jeff, I thank all of you for your goodwill and support. Thank you. Terima kasih.

Wednesday, January 17, 2007

Najib, Ng Chee Pang dan Demokrasi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

SEBUAH coretan. A trivia. Satu kebetulan. A coincidence. Mungkin ada makna. Mungkin tiada.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak pada 16 Januari mengiringi calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Kiram, 47, ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN batu Talam di Raub.

Bernama melaporkan 10,000 penyokong BN turut berarak bersama Najib dan Addul Aziz. Sepuluh ribu manusia di sebuah pekan kecil tentulah hebat dan luar biasa.

Untuk apa? Untuk memberi sokongan moral kepada seorang calon yang berkemungkinan besar menang tanpa bertanding kerana Pas memulaukan pilihan raya itu.

Tetapi kemenangan percuma tidak berlaku kerana ada seorang muda bernama Ng Chee Pang mahu mengikut jejak bapanya sebagai pengamal tulen demokrasi. Dia mengumukakan pencalonan sebagai calon bebas dengan diiringi tiga orang penyokong.

Mengikut laporan media massa, Ng baru berusia 21 tahun dan akan menyambut ulang tahun ke-22 kelahirannya Isnin ini (22 Januari). Hari jadi yang ke-22 pada 22 haribulan satu kebetulan yang menarik. Selamat hari jadi orang muda Ng!

Kepada kebanyakan orang, usia muda Ng tentu menarik perhatian. Kepada yang dicabarnya, usia mudanya akan dijadikan bahan ketawa dan celaan.

Tetapi kepada Mohd Najib – seandainya dia tidak lupa sejarah – usai muda Ng pasti memberi pengertian yang lebih mendalam. Pada usia semuda itu jugalah Mohd Najib diarak ke pusat pencalonan di Pekan pada tahun 1976 dan menang tanpa bertanding. Ketika itu dia berusia 23 tahun.

Kalau Mohd Najib nasih ingat saat itu, dia mungkin boleh bersimpati dengan orang muda Malaysia bernama Ng Chee Pang itu.

Pada zaman di mana idealisme sudah mati atau dianggap tidak relevan lagi dan ketika golongan muda dikatakan tiada lagi bersemangat juang, kemunculan seorang muda seperti Ng sesungguhnya menyegarkan --- refreshing.

Apa pun keputusan pengundian pada 28 Januari nanti, penyertaan Ng sebagai calon bebas mengisi kekosongan akibat pemulauan oleh Pas dan memberi pilihan kepada pemilih Batu Talam.

Setidak-tidaknya sesuatu yang menyerupai --- resembling ---demokrasi masih wujud di kerusi pedalaman Pahang itu.

Kalau Mohd Najib hari meneruskan tradisi kepemimpinan bapanya Abdul Razak Hussain, maka orang muda Ng juga melakukan yang serupa. Dia menjejaki laluan bapanya, Ng Kwi Liang, 55, yang bertanding enam pilihan raya umum sejak 1982 tanpa menang.

Ng mungkin tidak menang. Tetapi penyertaan beliau memberi kemenangan kepada demokrasi. Setidak-tidaknya sesuatu yang menyerupai demokrasi masih wujud di Batu Talam.

Thursday, January 11, 2007

Bacul Kalau Pas Boikot Batu Talam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

[UPDATE, 16 Januari] --- PAS mengotakan keputusannya untuk memboikot pilihan raya kecil Batu Talam apabila ia tidak mengemukakan calon pada hari penamaan calon hari ini.

Tetapi harapan Barisan Nasional memang tanpa bertanding tidak tercapai apabila calonnya, Abdul Aziz Mat Kiram, 47 ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang.

Abdul Aziz adalah Setiausaha Umno Bahagian Raub manakala Ng seorang peniaga muda yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-22 Isnin ini. Hari mengundi ialah 28 Januari.

Menurut Bernama, Ng tiba lebih dulu di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Raub pada 9 pagi tadi dengan diiringi tiga penyokong manakala Abdul Aziz ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 10,000 penyokong BN.

Pencalonan Ng dicadangkan oleh Lee Tong Heng dan disokong Wan Siew Chang manakala pencadang Abdul Aziz ialah Mustafa Kamal Abdul Hamid dan disokong Mohd Razali Hamzah.

[POSTING ASAL]

MEMERANJATKAN dan luar biasa. Pas memulaukan pilihan raya kecil Batu Talam?

Memeranjatkan, luar biasa dan tidak bertanggungjawab. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot pilihan kecil Batu Talam?

Bacul. Kalau Pas dan PKR tidak mengubah pendirian mereka untuk memulaukan pilihan kecil Batu Talam.

Laporan akhbar mengatakan Pas dan PKR memulaukan pilihan raya kecil di negeri Pahang itu kerana:

1. Terdapat pertikaian mengenai senarai pemilih kawasan berkenaan, termasuk undi pos dan ketidaktelusan serta pilih kasih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);

2. Langkah SPR menyemak senarai pemilih tanpa penyertaan parti-parti politik;

3. Pas dan PKR mempertikaikan kesaksamaan SPR khasnya dan proses pilihan raya amnya;
dan

4. Kesangsian Pas dan PKR diperkukuhkan oleh kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang menggesa agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi mengawasi pindaan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Abdul Rashid berkata undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ada sekarang sudah berusia 50 tahun dan tidak lagi sesuai kerana tidak memberi ruangan kepada SPR menjamin kesaksamaan kepada semua pihak dan di masa yang sama keadaan masyarakat sudah berubah.

Andainya tuduhan dan andaian di atas benar sekalipun, tindakan Pas dan PKR memboikot proses demokrasi akar umbi ini adalah memeranjatkan, luar biasa dan bacul.

Ia bukan sahaja akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional tetapi lebih daripada itu merampas hak asasi pemilih kawasan itu. Sekali gus mereka menghampakan 2,653 pengundi yang memihak kepada mereka pada pilihan raya umum 2004.

Jika Pas, PKR dan parti-parti pembangkang lain terus dengan rancangan boikot mereka maka jelaslah mereka tidak menghormati hak asasi pemilih dan mereka keliru mengenai prinsip dan tanggungjawab.

Pengundi tidak bersalah. Mereka tidak ada masalah dengan Pas atau PKR. Masalah adalah antara Pas, PKR dan SPR. Pas dan PKR mendakwa mereka tidak percaya kepada SPR.

Tetapi dengan memboikot pilihan raya kecil ini, mereka menghukum pengundi yang tidak bersalah. Samalah dengan orang mengantuk yang membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Tidak salah bagi Pas, PKR, DAP dan sesiapa pun mempertikaikan ketelusan, kerahsiaan dan kesaksamaan sistem pilihan raya. Tetapi menghampakan pengundi dengan memboikot pilihan raya bukanlah cara yang bijaksana apatah lagi kerana selama berpuluh-puluh tahun lamanya Pas menerima dan memanfaatkan sistem itu.

Kalau Pas kini mempertikaikan sistem itu maka ia samalah dengan mempertikaikan kemenangannya sendiri di Kelantan dan di semua kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara kerana sistem itu jugalah yang memberikannya kemenangan tersebut.

Atau adakah tindakan boikot ini sekadar sandiwara dan alasan dangkal Pas dan PKR kerana mereka takut kalah di tangan BN di saat-saat parti pemerintah itu dikatakan menghadapi tentangan hebat daripada rakyat jelata?

Lebih memalukan jika tindakan bacul itu berpunca daripada ketidakmampuan parti-parti pembangkang, khasnya Pas dan PKR, untuk berpakat bagi mencabar BN.

[Update ---- Parti PAS dan Keadilan malam ini mengumumkan untuk memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang ditetapkan 28 Januari ini.

Ketika mengumumkan demikian, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata keputusan itu diambil kerana mendakwa wujud kepincangan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) -- Dipetik daripada Malaysiakini.]

Sunday, January 07, 2007

Keluar Mengundi atau Tidak, Itulah Soalannya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

TULISAN saya yang lalu bertajuk “Tol dan Tarif – Kerajaan Tidak Berdaya?” telah mencetuskan perbahasan yang hangat di kalangan pengunjung blog ini.

Walaupun tidak banyak analisis terperinci daripada para pembahas mengenai tajuk yang saya kemukakan, namun majoriti berpendapat bahawa kerajaan tidak sepatutnya membenarkan kenaikan tol dan tarif yang terlalu tinggi.

Mereka mendakwa kenaikan tol, tarif, bayaran perkhidmatan dan harga barang pengguna telah memburukkan kadar inflasi yang sekali gus membebankan mereka.

Apatah lagi kenaikan ini berlaku ketika ekonomi negara dalam suasana yang tidak menentu.

Akibatnya, banyak pembahas mengalih pandangan dan mengarahkan ketidakpuasan mereka kepada kerajaan yang pada pendapat mereka gagal menangani masalah mereka.

Banyak yang berasa sesuatu yang radikal perlu dilakukan bagi menyedarkan kerajaan. Mereka berasa kesempatan terbaik untuk berbuat demikian adalah pada pilihan raya umum akan datang.

Secara ringkas, pendapat dan pandangan mereka boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Kerajaan telah gagal menunaikan janji-janjinya walaupun diberikan mandat besar pada pilihan raya umum 2004;

2.
Kerajaan menjadi bongkak kerana menang besar pada pilihan raya umum itu;


3.
Wakil Rakyat Barisan Nasional lebih mengutamakan kepentingan peribadi dengan memuji dan memuja pembesar-pembesar parti daripada bersuara dan bertindak bagi pihak rakyat jelata;


4.
Yang perlu diubah bukan parti yang memerintah tetapi para pembesar yang menerajuinya;


5.
BN masih berupa parti campuran pelbagai kaum yang terbaik dan paling “viable’;


6.
Parti-parti pembangkang belum berjaya menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa mereka mampu menjadi alternatif kepada BN;


7.
Barisan Alternatif lebih daripada mampu untuk menggantikan BN dan perlu diberikan peluang;


8.
BN tidak akan dijatuhkan atau akan kalah pada pilihan raya akan datang tetapi majoritinya perlu dikurangkan supaya ia sedar kesilapannya dan tidak terlalu bongkak;


9.
Cara terbaik mencapai matlamat ini ialah dengan tidak keluar mengundi atau memberi undi rosak manakala yang lain pula berpendapat cara terbaik ialah dengan mengundi pembangkang; dan


10.
Umumnya mereka sependapat bahawa dasar, pendekatan dan tindakan kerajaan sejak pilihan raya 2004 membebankan mereka.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada para pembahas di atas sumbangan mereka dan berharap mereka melakukan apa saja yang boleh untuk memanjangkan mesej mereka kepada pemerintah.

Saya juga berterima kasih kepada para pembahas kerana bersetuju untuk tidak bersetuju dengan cara yang bersopan santun dan bersedia memohon maaf bila berasa telah menyinggung perasaan orang lain.

Terima kasih.




Monday, January 01, 2007

Tol dan Tarif – Kerajaan Tidak Berdaya?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

APAKAH pemerintah, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia begitu tidak berdaya sehingga terpaksa menjadi hamba kepada pemegang-pemegang konsesi kemudahan awam nasional?

Bagi pemerintah, inilah gambaran dan hujah yang disogokkan kepada pengguna, pembayar cukai dan pengundi setiap kali ia mengizinkan kenaikan tol dan tarif oleh pemegang-pemegang konsesi ini.

Alasan yang diucapkan ke sekian kalinya oleh pembesar-pembesar negeri sehingga sudah menjadi klise – kata-kata kosong yang tidak bermakna -- ialah pemerintah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian konsesi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula, alasan itu dibuat dengan nada yang menyalahkan pemerintah terdahulu kerana menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi berkenaan.

Banyak persoalan dan soal yang boleh ditimbulkan oleh masyarakat umum, oleh pengguna, pembayar cukai dan pengundi jika mereka mahu. Masalahnya ialah masyakat pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia sudah menjadi terlalu dayus dan terlalu pasif.

Misalnya kita boleh bertanya apakah beza antara pemerintah hari ini dengan pemerintah terdahulu yang merundingkan dan menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi ini?

Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri S Samy Vellu dan majoriti anggota Kabinet sekarang adalah juga anggota pemerintahan yang lampau?

Kalau pemerintahan sebelum ini yang mempelopori penswastaan dan merundingkan perjanjian-perjanjian konsesi boleh menangguhkan atau mengehadkan kenaikan tol dan tarif, mengapakah pemerintahan sekarang tidak boleh?

Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?

Mengapakah seorang menteri yang begitu gah dan bercakap besar seperti Samy Vellu mempersembahkan dirinya sebagai amat tiada berkuasa, amat tiada berdaya dan amat tiada berpengaruh apabila berdepan dengan pengurus-pengurus GLC dan dengan beberapa orang individu yang menjadi kaya raya atas ihsan kerajaan itu?

Atau apakah pengurangan defisit dan pengimbangan belanjawan ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang nampaknya menjadi mantera pemerintahan sekarang lebih penting daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata?

Najib pernah menyebut kepada saya secara peribadi bahawa saya sepatutnya lebih simpati dengan kerajaan kerana saya (kononnya) memahami isu-isu ekonomi dan perniagaan.

Tanggapan Timbalan Perdana Menteri tentang saya faham isu ekonomi dan perniagaan mungkin betul dan mungkin juga tidak.

Namun jawapan saya kepada beliau mudah sahaja --- bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata.

Itulah inti pati kontrak antara kerajaan dan rakyat jelata yang ditandatangani melalui peti undi setiap lima tahun sekali – yang terakhir pada tahun 2004.

Sudah sampai masanya bagi kerajaan sekarang yang sangat megah dengan mandat besarnya memikirkan semula kaedah pelaksanaan projek-projek kemudahan awan dan penguatkuasaan perjanjian-perjanjian konsesi agar isu kenaikan mandatori tol dan tarif dapat diatasi.

Ini boleh dimulakan dengan merunding dan menandatangani perjanjian konsesi yang lebih fleksibel dan tidak membebankan pengguna dengan pemegang konsesi projek-projek baru seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua dan Monoril Georgetown.

Di pihak mereka pula, pengguna, pembayar cukai dan pengundi akan terus menjadi “mangsa” perniagaan raksasa dan francais nasional (seperti gula, gandum dan beras) jika mereka terus pasif dan sekadar bersungut sahaja.

Mereka harus berfikir mengenai ironis keadaan dan nasib mereka sekarang. Mereka memberi mandat besar kepada kerajaan dan membayar cukai kepadanya.

Dengan mandat yang ada kepadanya kerajaan menggunakan pendapatan cukai mereka untuk menubuhkan GLC dan memberikan kontrak berbilion ringgit kepadanya. Bukan itu sahaja. Banyak GLC dan pemegang konsesi raksasa diberikan pinjaman mudah (soft loan) oleh kerajaan untuk melaksanakan projek mereka.

Pemegang konsesi ini pula memberikan kontrak pembinaan projek kepada anak syarikat mereka sendiri dan mengaut keuntungan awal.

Apabila projek siap untuk digunakan, beban dipindahkan kepada pengundi dan pembayar cukai “kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban.”

Kalau rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia mahukan kontrak sosial yang lebih adil, mereka harus memikirkan semula “perjanjian” di antara mereka dengan parti-parti politik yang menyembah mereka pada setiap pilihan raya.

Mereka memerlukan kerajaan yang bersimpati dengan mereka dan bukan yang memohon simpati daripada mereka. Kerajaan yang memikul beban mereka bukan memindahkan beban kepada mereka.

Ke manakah perginya wang berbilion ringgit yang dijimatkan apabila kerajaan menarik balik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga petrol, diesel dan gas masak naik mendadak awal tahun lalu?

Ke manakah perginya keuntungan Petronas dan GLC yang berpuluh bilion itu?

Kita harus memikirkan semula dan memastikan apakah jalan raya, bekalan air dan elektrik masih berupa perkhidmatan awam (public services) yang menjadi kewajipan pemerintah atau sudah ditukar menjadi perniagaan besar.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).