Sunday, January 07, 2007

Keluar Mengundi atau Tidak, Itulah Soalannya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

TULISAN saya yang lalu bertajuk “Tol dan Tarif – Kerajaan Tidak Berdaya?” telah mencetuskan perbahasan yang hangat di kalangan pengunjung blog ini.

Walaupun tidak banyak analisis terperinci daripada para pembahas mengenai tajuk yang saya kemukakan, namun majoriti berpendapat bahawa kerajaan tidak sepatutnya membenarkan kenaikan tol dan tarif yang terlalu tinggi.

Mereka mendakwa kenaikan tol, tarif, bayaran perkhidmatan dan harga barang pengguna telah memburukkan kadar inflasi yang sekali gus membebankan mereka.

Apatah lagi kenaikan ini berlaku ketika ekonomi negara dalam suasana yang tidak menentu.

Akibatnya, banyak pembahas mengalih pandangan dan mengarahkan ketidakpuasan mereka kepada kerajaan yang pada pendapat mereka gagal menangani masalah mereka.

Banyak yang berasa sesuatu yang radikal perlu dilakukan bagi menyedarkan kerajaan. Mereka berasa kesempatan terbaik untuk berbuat demikian adalah pada pilihan raya umum akan datang.

Secara ringkas, pendapat dan pandangan mereka boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Kerajaan telah gagal menunaikan janji-janjinya walaupun diberikan mandat besar pada pilihan raya umum 2004;

2.
Kerajaan menjadi bongkak kerana menang besar pada pilihan raya umum itu;


3.
Wakil Rakyat Barisan Nasional lebih mengutamakan kepentingan peribadi dengan memuji dan memuja pembesar-pembesar parti daripada bersuara dan bertindak bagi pihak rakyat jelata;


4.
Yang perlu diubah bukan parti yang memerintah tetapi para pembesar yang menerajuinya;


5.
BN masih berupa parti campuran pelbagai kaum yang terbaik dan paling “viable’;


6.
Parti-parti pembangkang belum berjaya menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa mereka mampu menjadi alternatif kepada BN;


7.
Barisan Alternatif lebih daripada mampu untuk menggantikan BN dan perlu diberikan peluang;


8.
BN tidak akan dijatuhkan atau akan kalah pada pilihan raya akan datang tetapi majoritinya perlu dikurangkan supaya ia sedar kesilapannya dan tidak terlalu bongkak;


9.
Cara terbaik mencapai matlamat ini ialah dengan tidak keluar mengundi atau memberi undi rosak manakala yang lain pula berpendapat cara terbaik ialah dengan mengundi pembangkang; dan


10.
Umumnya mereka sependapat bahawa dasar, pendekatan dan tindakan kerajaan sejak pilihan raya 2004 membebankan mereka.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada para pembahas di atas sumbangan mereka dan berharap mereka melakukan apa saja yang boleh untuk memanjangkan mesej mereka kepada pemerintah.

Saya juga berterima kasih kepada para pembahas kerana bersetuju untuk tidak bersetuju dengan cara yang bersopan santun dan bersedia memohon maaf bila berasa telah menyinggung perasaan orang lain.

Terima kasih.




29 comments:

sinbad said...

Dato,

Izinkan saya menambah satu perkara lagi yang menjadi kemarahan rakyat pada kerajaan sekarang.

Ramai rakyat berasa tidak puas hati dengan sikap bacul pembesar-pembesar negara yang cepat tunduk kepada tuntutan negara-negara asing. Ramai rakyat juga berasa sangsi samada pembesar-pembesar negara telah menjadi boneka pada kuasa-kuasa asing ini.

Jika ada pembesar yang "jerangkung dalam almari" nya telah dibongkar dan diguna pihak asing untuk "menarik hidung" mereka, sewajarnyalah mereka ini dinyahkan dari tampuk kuasa negara dengan segera.

Anonymous said...

Datuk,

Semua kesimpulan yang Datuk buat adalah benar dan tepat belaka. Saya ingin menambah, dan inipun bukanlah satu perkara baru. Cuma yang saya ingin buat ialah untuk menekankan bahawa kerajaan hari ini, dan sebahagian dari pembesar2 negara, sering jadi bahan jenaka. Tidak salah kalau saya katakan bahawa ramai pembesar2 negara dilihat sebagai mereka yang tidak jujur. Hari ini sindrom bisik semakin menjadi-jadi dan sedang merebak di mana sahaja. Rakyat yang tidak bersuara lantang mengkritik kerajaan berbisik sesama sendiri tentang keburukan pembesar negara. Ini amat bahaya Datuk. Pembesar kita tidak dengar apa yang dibisikkan. Mengapa terjadi begini ya? Kerana apabila rakyat bersuara lantang, mereka disifatkan sebagai penentang dan musuh. Lihat apa yang pembesar-pembesar negara kita lakukan terhadap Mukhriz Mahathir. Ketuia Pemuda mengecam hebat ahli exconya. Dan hari ini umum mengetahui bagaimana Ketua Pemuda tak sebulu dengan Timbalannya!

Apakah ini kesan bisikan ini akan dilihat di pilihanraya kecil Batu Talam? Jangan mimpin! BN/Umno akan menang di Batu Talam kerana semua jentera akan turun. Dan wang ringgit juga akan turun, atau sudahpun turun. Pembesar negara pernah berpuisi bahawa bukan wang berjuta yang dicarinya...Datuk percaya ke tu? Ramai yang tidak..

Anonymous said...

Saya akan mengundi pada sesuatu yang saya percaya benar. Benar dalam erti kata yang membawa kebaikan pada majoriti rakyat yang memberi mandat.

BN/UMNO tidak pernah bersalah, cuma 'players' di dalam UMNO itulah yang sedikit sakit. Kadang-kadang saya juga bertanya2 adakah mereka benar2 tidak tahu apa yang berlaku sekarang ini atau sengaja buat2 tak tahu.

Tahap ketidakpercayaan saya pada pentadbiran sekarang sudah sampai tahap paling kritikal!!

Anonymous said...

YBhg Dato,

Berkurangnya pelabur yang masuk dan bertambahnya pelabur yang keluar membimbangkan saya. Kesannya hanya akan dilihat 5 atau 10 tahun lagi jika tiada usaha-usaha jitu, tepat serta sesuai diambil.

Bisik-bisik di sektor korporat amat negatif PM dikatakan kurang mesra (kecuali individu-individu tertentu yang ramai sedia maklum), sukar nak ditemui dipejabat, walaupun setelah berjaya membuat temujanji yang sesungguhnya sukar,payah melepasi birokrasi. Mereka merasa terpinggir lalu membawa diri kemana-mana sahaja.

Kita jangan lupa mereka antara kelompok penyumbang individu yang ramai kepada cukai pendapatan. Jangan perkecilkan mereka kerana minyak kita tidak berapa banyak lagi kalau itu yang kita nampak dan bangga-banggakan sekarang.

Kita dah tinggalkan pertanian lama dah kini kita kembali semula. Soalan saya YBhg Dato, dengan tanah yang luas seperti di US,Rusia,Kanada,Australia dan lain-lain mereka memang menyumbang kepada ekonomi negara..negara kita? Lihat saja Melaka sawahnya dah di dirikan kilang,bangunan,rumah dsb, maka Melaka terus maju lebih baik dari negeri-negeri yang lebih besar.

Saya takut melihat dasar hari ini menjadikan masa depan kita tidak menentu..maka merantaulah pula anak cucu kita. Bila mereka berjaya percayalah mereka tak akan kembali kecuali melawat sahaja. Padang Di Sumatra orang lelakinya merantau jadi kaya raya di rantauan,namun Padang tetap tak ada kepesatan pembangunan...

Pengundi-pengundi di Batu Talam harus mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa keadaan orang ramai di bandar-bandar dan desa amat susah.

Wallahualam.

Wasalam.

Anonymous said...

well sum up.

If I may add one more. The leaders think we are stupid cos they up with lame or stupid reasoning when dealing with an issue. Eg is the TI rating where Msia's rating was down. Nazri gave us lame excuses cos it was past admin.and that due to many cases in the courts now and the TI is just reference and not accurate. Why the hell did they use the TI as bench mark in their manifesto.

Don't make the rakyat a fool, we may not be Oxford graduate and/or our fathers may not have sent us to UK to study but not ALL of us are fools!!!

Anonymous said...

Selama ini kita hanya mendapat gambaran umum terhadap sikap orang Melayu mengenai kerajaan hari ini. Sebetulnya, kita tidak tahu pun bagaimana sikap kaum-kaum lain, yang juga pengundi di negara ini. Mungkin ada yang berpendapat, mereka juga berasakan perkara yang sama atau mereka mungkin berpendapat sebaliknya. Elok rasanya kita check dulu pendirian rakyat secara umum. Di Batu Talam, kita mungkin dapat melihat sikap pengundi Melayu,

Anonymous said...

Salam to all,

Saya pelajar Engineering di Sebuah Uni.

Saya yg kerdil ini cuma ingin menambah sedikit point yg peniting yg mungkin kita

tertinggal dalam kita membuat evaluation utk memilih pemerintah.

Di zaman kita dikuasai dgn stail pemikiran 'kebaratan' ini, kita terlupa, kita

sering melihat kemajuan dlm bntuk fizikal. Melihat kemajuan dgn apa yg ada yg

tertinggi di dunia di Negara kita, terpanjang di dunia, terbesar di dunia dll(Nasib

Baik Minyak kita pun banyak...), ini adalah amat signifikan kepada org melayu, di

tambah lagi dgn Media Perdana(brain washing machine/perkakas kerajaan) yg

memuji-muja kemajuan berbentuk sebegini.

Pada pendapat sy mmglah kemajuan fizikal berbentuk mega begitu mmpunyai

kebaikkannya yg tersendiri.

Tp kita terlupa apakah bntuk kemajuan yg dibawa itu m'bawa kemudahan/tidak

menyusahkan rakyat, tol/pengangkutan awaam/gaji/wang sara hidup/taraf hidup/ inilah

perkara yg basic yg MESTI dicater oleh kerajaan. Tetapi kerajaan "terlupa" atau

melupakan perkara ini dan sibuk "mengkayakan"

kroni/menantu/anak-beranak/mensohorkan nama negara lebih dari yg ada. "Indah khabar

dari rupa".

Wealth is circulated among the Rich(Salah satu tanda akhir zaman). Sapa yg sokong

aku dapat, sapa yang paling kuat Mengampu aku Lagi Banyak Dapat, Persetankan sapa

yg ada idea lain dari aku dan tidak menyokong aku, inilah menyumbangkan kepada

Syndrom YES BOSS, dan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan konsep Syura

sepenuhnya supaya dapat melontarkan idea/perancangan & pelaksanaan yg hebat, kerana

takut diperSetankan/melawan bos. "Bos is always right" tetap m'jadi pilihan Rakyat

Malaysia...

Contoh paling mudah is our transportation System. My relative went to Singapore

recently & their transportation system is superb/cheap, 1 tiket for all routes

using the subway yg mmpunyai rangkai yg luas etc, sbb mereka mengamalkan konsep

think for the long term/critical thinking/perbincangan. Dibandingkan dgn kerajaan

kita yg selalu buat Ad-Hoc n memikirkan "anak sapa yg lagi byk dapat Projek" & boss

is always right & Tidak Menggalakkan perbincangan/percambahan Idea yg lebih baik

utk kemajuan bersama.


Yg kaya semakin kaya, yg miskin tetap miskin(yg miskin tapi sedar tak apa lah, tp

dah lah miskin dan diperkotak katikkan oleh kerajaan, tapi tetap mendewa-dewakan

Pembesar2 yg corrupt itu)----->Media Perdana memainkan peranan yg besar dlm hal ini

sebagai perkakas kerajaan...


Kita terlupa macam mana kemajuan yg diajar oleh Islam sbg Deen atau cara hidup

kita. Sebagai pemimpin sudahkah mereka bereskan mende yg basic sperti ini sbg

contoh m'bawa kemudahan/tidak menyusahkan rakyat/ tol/pengangkutan awam/gaji/wang

sara hidup/pendapatan/taraf hidup/Ketaatan kepada agama dll...

Pilihlah pemimpin yg bertakwa\Takut pada Allah n boleh buat kerja, kalau nk ikutkan

yg boleh buat kerja n setakat bawak kemajuan fizikal, mmg ramailah... Bush pun

boleh buat kerja, negara dia pun sgt maju, tapi tidak bertakwa, maka huru-hara

jugak sistem sosialnya,corrupt dll.

Sifat2 kepimpinan ini sy tgk ada pada pemimpin Barisan Alternatif yg bersifat

dinamik berpegang Pada Islam seperti Husam Musa/Anwar Ibrahim(Satu2nya TPM yg

menjaga aurat isteri n anak2nya pakai hijab dll-----> Ini juga boleh menunjukkan

mereka ini takut pada Allah n seksaanNya, Firman Allah dlm Al-Quran Jagalah diri

kamu dan Ahli Keluarga mu dari api neraka..) . Kota Bharu pun mampu survive dgn

Kekangan Kerajaan Pusat. Honestly Go there to believe, n sy pun amat terkejut dgn

kemajuan Kota Bharu yg diberikan title Bandaraya Islam. Menunjukkan PAS serius

berpegang pada Islam. Walaupun ada satu dua isu yg dimainkan oleh media sprti disco

bersamaan Gender dsbgnya, biasalah.. Mainstream Media is just a governmen device.

Mmg senang utk mencari slipped tongue words n disensasikan. Tp pada pendapat sy

walaupun mgkin TG N.Aziz tersalah dgn jawapn spontannya mgkin utk menjaga hati

those Hedonists, tp pegangannya ttp Islam n menunjukkan dia serius dgn Islam, dgn

pelaksanaan(berapa sgt harta dia kalau nk kata dia tak ikhlas, rumah pun rumah

kayu...), m'jaga ahli keluarga, rakyat dll(Fizikal n Spiritually).. bukan main2.

Carilah pemimpin yg ikhlas, macamana nk tahu?? Peoples who got other agenda is not

sincere(I think u r smart enough, looking at the Old Nissan Sunny Car turns into a

BMW 7 Series with some other exclusive cars at his oerloaded parking lot in a few

days in a particular time frame is one of the indicator because his salary is only

RM1500 per month..:)

Pusat Negara Islam iaitu KL entah bila nak jadi Bandaraya Islam, nk letak title Ibu

Negeri Islam pun malu.... menunjukkan Pemimpin tidak serius utk membawa Islam,

Islam Hadhari?? sekadar Retorik/main2 utk dapatkan pengaruh.

Kita memerlukan champions that can deliver to the Rakyat, not just Delivering to

their cronies/Menantu/Anak2. Islamic Administration is the perfect way, Sejarah

membuktikan, Madinah(Mempunyai penduduk yg berbilang bangsa/agama) yg menggunakan

pemerintahan Islam semasa Zaman Rasulullah boleh berjaya.

Pilihlah pemimpin yg bertakwa n boleh membuat kerja n kemajuan, bukan setakat boleh

buat kerja atau kemajuan fizikal yg mega2 yg kemudiannya hanya m'jadi mimpi indah

di siang hari shj kepada Rakyat. Nk kata pemimpin yg ada skarang ada buat kemajuan

pun musykil jugak, nasib baik ada minyak Petronas(Smpai bila nk b'gantung pada

minyak dikala Singapura sendiri mempunyai sektor perindustrian yg maju)...Memajukan

perut diri sendiri/menantu/kronie/anak2 ke hadapan, mungkin juga..

Tiada apa yg boleh dibuat dgn mereka yg alpa dgn kedudukan mereka yg disangka

tinggi melangit itu. Mari b'sama GOYAHkan comfort zone mereka yg mengumpul harta

seakan-akan utk hidup selamanya ini & tidak takut kpd Allah dgn

menyelewengkan/menyalahguna kuasa ini & ajar mereka ini & tunjukkan Kuasa Rakyat

dalam pilihan Raya terdekat ini, Abaikan shj Media Massa Perdana yg menjadi

perkakas/brain washing machine mereka itu(Kerana itulah diboikot sehingga p'belian akhbar perdana merosot,jemu dgn Yes Boss Sybndrom n memuja yg Kaya/pemimpin tidak bertempat)

Anonymous said...

Satu cara yang mungkin boleh,
(saya pernah emailkan perkara ini kepada Datuk)

Untuk parlimen,
pangkah BN
tapi untuk negeri,
pangkah pembangkang.

saya nampak, akan ada check and balance bila situasi ini berlaku. dan mungkin juga tunggang langgang. tapi negara masih lagi stabil kerana tidak akan berlaku perebutan kuasa diperingkat parlimen sehingga terpaksa membuat kerajaan campuran.

saya rasa itu cara terbaik untuk mengajar kerajaan

Anonymous said...

Di parlimen kita perlu pembangkang, disitulah undang undang digubal. Negeri, tak boleh buat apa apa. tengok Kelantan itu. BN akan menang, tapi kita kena kurangkan majoriti mereka. Kalau takut sangat Pembangkang menang(pembangkang pun ada yang bijak sana, mala lebih baik dari BN), rosakkan undi. Biar itu satu message kepada kerajaan BN. Bayangkan Undi rosak adalah satu angka yang besar, malu mereka and matlamat kita untuk mengajar mereka tentu sudah kena.

Di Thailand, Takshin menang pada 2006 tapi undi rosak dan yang tak keluar mengundi tinggi angkanya. menang pun tak rasa sedap.

Kerajaan BN bukan lagi memperjuangkan nasib rakyat. Mereka ini hanya jaga diri dan keluarga mereka. Unsur perkauman digunakan untuk mempecah belahkan rakyat Malaysia semata mata untuk memperolehi kuasa dan kuasa ini disalah gunakan.NEP dan Hidup Melayu semua adalah wayang kulit untuk memperkayakan UMNOPutras.

Anonymous said...

Yang Berbahagia Dato'

Di dalam salah satu komen yang saya baca di sini, ada rumusan bahawa akan berlaku 'brain drain' ke luar negara akibat keadaan ekonomi dalam negara yang semakin sakit.

Bukan sahaja di kalangn para ikhtisas, akan tetapi juga di peringkat bawahan.

Ada dua isu disini. Pertama, dapatkan kah rakyat malaysia bersaing di peringkat global untuk mendapat pekerjaan. Kedua, jika mendapat pekerjaan, apakah pula nilai imbuhan yang mungkin diterima.

Sebelum era Pak Lah, saya perhatikan dan merasai sendiri bahawa nilai dan kehormatan rakyat malaysia adalah di tahap tinggi berbanding negara2 serantau. Kita boleh jual orang kita kerana imej dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Oleh itu, nilai imbuhan yang diterima juga adalah tinggi. Ini adalah disebabkan negara kita dikenali dgn ikon2 antarabangssa seperti KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang Circuit, suara dunia ketiga yang lantang dsb.

Sekarang, yang saya bimbangkan, kita tidak mungkin lagi dapat merundingkan harga imbuhan kita, malah mungkin akan menjadi setaraf dengan rakyat2 filipina di middle east. Nilai kita semakin jatuh merudum di arena antarabangsa.

Anonymous said...

Dato,

Espionage satu tajuk menarik. Sinbad cuba menyentuh tentang "almari" dan "hidung".

Seorang Pemimpin Polis pernah menyebut tentang hal ini, suatu masa dulu. Katanya dengan risikan yang dijalankan, polis sentiasa sedar...sambungnya lagi curi ayam is small matter, espionage is big matter. (saya ingat-ingat lupa, lebih kurang begitu la)

Kita sekadar menjangka bahawa espionage adalah antara kegiatan yang perlu bila menguruskan sesebuah negara. Hari ini, mungkin ada yang dapat meneka siapa "Musuh Dalam Selimut" dalam negara kita. But police should know better..........

Thanks Dato.

cre8tif said...

kepada ron97

cadangan saudara tidak logik and memudaratkan ...

saudara haru sedar bahawa jentera pilihanraya dan juga sempadan yang telah dikemukakan oleh SPR adalah untuk tujuan menguntungkan kerajaan kontemporari kita iaitu BN ...

contonhya, pada hari pilihanraya pertama, BN telah menang kerusi pilihanraya melebihi 50% kerana kebanyakan tempat tersebut tiada sebarang pencalonan daripada pembangkang/independent candidate ...

saudara RON97 amat naive dalam perkara ini.

Tiada gunanya mengasihankan kerajaan sekarang kerana sebarang jentera pilahanraya telah dipesongkan untuk tuju-hala kemenangan yang pasti bagi kerajaan.

Just give-lah ur vote to the Barisan Alternatif

Sejak bila Barisan Nasional pernah kalah dalam tempoh 50 tahun ini ?

Undi tidak mengundi, sudah tentu kerajaan akan memengangi 50% kerusi Parlimen pada hari pertama pilihanraya ...

cre8tif said...

to add further datuk,

if RON97 is to toiled around with this amusing idea - my personal opinion is to abandon it ...

whomever controls Parliament controls the government and hence control the rakyat's life and death be it petrol / toll-hike / taxation / budget ...

what good is the power to the state-level opposition government when Parliament's power is twisted and flexed to the certain quaters advantage...

Malaysia's democracy only need 50+1% of Parliament seat to form the government ... It is not as to how many seats you have at state level. State level is still inferior to Parliament's mandate in a lot of aspect

Even with the reduced majority, BN will still regained more than 50% of the required seat in Parliament ... what saudara ron97 is attempting to achieve is akin to the saying *YOU CAN HAVE 2 BITES OF THE SAME CHERRY*

So my question is, the rakyat has always been obliging and understanding to the government, so when will rakyat like RON97 wake up and exercise voting rights judiciously ?

Anonymous said...

Datuk,
Pucuk Pimpinan sekarang is NOT THERE neither HERE!

Mengapa saya katakan begitu {untuk NOT THERE}ialah setelah hampir empat tahun tiada satu significant yang tercapai dalam menyelesaikan permasaalahan rakyat baik dari segi ekonomi mahupun sosial {untuk NEITHER HERE} malahan pendekatan Islam Hadhari hanya tinggal rhetorik lapok dalam sedikit waktu akan ditelan hari!

Rakyat perlukan perubahan yang praktikal. Maka sebelum terlambat, Dollah Badawi wajib melihat cermin (bukan cermin ajaib ya)....tapi cermin yang akan membawa dia sebagai pemimpin yang bertanggung-jawab dan hanya takut kepada ALLAH.

Kita doakan. Amin.

Andin Salleh said...

Saya agak dalam pilihan raya kecil Batu Talam ini BN akan berkempen habis-habisan, termasuk menggunakan jentera kerajaan.

Majoriti pengundi Melayu akan keluar mengundi, dan majoritinya juga akan mengundi calon BN, kerana mereka masih mudah dipengaruhi dan dibeli oleh pemimpin BN.

Lagipun selama ini mereka tetap selesa di bawah pemerintahan BN, walaupun kehidupan mereka sebenarnya susah.

Adakah agakan saya ini tidak benar? Saya trdak tahu.

Akan tetapi, kalau kita pergi ke kampung-kampung, kita akan dapati, UMNO ada cawangan di semua kampung, dan semua Ketua Kampung dan Penghulu adalah penyokong dan pemimpin UMNO.

Jadi kalau parti pembangkang (PAS khasnya) tidak mempunyai cawangan dan pemimpin secara menyeluruh di semua kampung seperti UMNO, bagaimana PAS hendak mengalahkan UMNO?

UMNO sebenarnya sudah bertapak dengan kukuh hampir di semua kampung, dan malah di dalam hati dan jiwa majoriti orang Melayu kampung. Inilah realiti yang terpaksa kita ahdapi dan terlalu sukar untuk diatasi.

PAS boleh membawa penceramah yang hebat-hebat dari luar, dan mungkin ramai juga orang yang mendengarnya. Tapi bila tiba hari mengundi, BN juga yang jadi pilihan.

Saya tidak bergembira dengan hal ini. Tapi adakah cara yang berkesan untuk mengalahkan calon BN?

Anonymous said...

Maaf, cadangan ron97 tidak praktikal malah merbahaya. Antara perkara penting yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan dan tidak kerajaan negeri ialah kewangan. Kelantan telah membuktikan bagamana BN memblok fund ke sana atau melengah-lengahkan grant per kapita yang menjadi hak semua kerajaan negeri. Nanti kerajaan negeri berbalah dengan kerajaan persekutuan yang jadi mangsa siapa? RAKYAT!!!

Anonymous said...

Bukan sahaja Kerajaan tak dengar apa yang rakyat suarakan, malah ramai pembesar tak ambil pusing langsung dengan pendapat dan keresahan orang-ramai. Yang saya nampak keghairahan untuk terus berkuasa mengatasi segalanya. Saya nampak polisi dan geraklangkah kerajaan bercelaru kerana arah-tujunya dah tidak jelas.

1 Lihatlah janji terbaru Menteri Pendidikan -- tidak akan ada sekolah yang ditutup. Masuk akalkah kalau kita terus membuka sekolah yang muridnya lima orang dan gurunya empat orang? Sampai bila kita akan menampal 'Band-Aid' keatas semua kesakitan sistem pendidikan kita ini?

Yang pasti Rakyat yang berduit boleh buat pilihan ke sekolah swasta atau sekolah antarabangsa, yang lain bagaimana?

2 Lihat pula keadaan keselamatan diri, keluarga dan harta benda kita. Buat kini negara ini sudah jadi sungguh pelik -- harta di rumah tidak selamat, kenderaan di jalan boleh di rompak bila-bila masa. Berjalan kaki juga boleh di samun, di ragut dan di bunuh. Kenapa? Kerana ramai peragut, perompak dan pembunuh terlepas dari tangkapan. Saya rasa lebih takut berjalan di KL dari di banyak bandar-bandar di Negara lain. Polis terang-terang berkata mereka tidak berdaya memerangi jenayah ini. Terlalu banyak dan menjadi-jadi.

Yang berada bolehlah tinggal di 'gated community' atau pakai pengawal peribadi, yang tidak berduit bagaimana?

3 Adakah kita ikhlas bilamana kita mengatakan perpaduan tetap akan dapat diasuh dengan sistem pendidikan dan pentadbiran yang semakin menjurus kepada pengasingan kaum? Kita mahukan Barisan Nasional dengan ketua-ketua UMNO, MIC, MCA yang lebih jujur merangka perjalanan negara untuk 50 tahun akan datang. UMNO, MIC dan MCA yang boleh menentukan kemenangan generasi Malaysia menghadapi persaingan terbuka. UMNO, MIC dan MCA yang boleh memastikan semua bangsa terlibat secara 'inclusive' dalam kerjaya pendidikan, perkhidmatan awam seperti Polis dan Bomba, jururawat di hospital dsb. Apa akan terjadi jika sampai satu masa nanti Polis atau Bomba rasa tidak perlu bergegas bila kecemasaan berlaku kerana rumah malang itu bukan pembesar negeri, dan bukan juga orang Melayu? Jika keadaan tidak diubah, tidak mustahil situasi begitu akan berlaku!

4 Sampai bila kemasukan pekerja asing di jadikan habuan mudah untuk 'the select few'? Jika tidak dibendung dan tidak difikirkan cara gunatenaga yang lebih berkesan, gaji tidak akan meningkat dalam kadar yang sihat. Pekerja asing akan terus menjadi beban sosial negara yang perlu dibiayai oleh pembayar cukai Rakyat tempatan..

Adakah Kerajaan ini layak lagi diberi hak 'to govern'?

Saya cadangkan di mana patut, kita kemukakan calun bebas yang 'credible'. Calun-calun bebas ini perlu memberikan persaingan hebat satu-lawan-satu dengan calun BN sepanjang kempen pilihanraya dengan mengemukan isu-isu yang penting yang perlu dibahas.

Bukankah ini satu 'viable alternative'?

Anonymous said...

Majoriti 1 per 2

Tentang pilihanraya,aku respect dengan org kelantan.
Jiwa mereka lain dari yang lain.
Mereka tak harapkan subsidi atau segala bentuk sogokan.Itu sebab banyak orang kelantan berjaya dalam perniagaan.Tengok Kota Bahru, satu contoh orang melayu yang betul2 berdiri diatas kaki sendiri.Dan mereka lebih rajin bekerja dari kawan sebangsanya dari negeri lain.
Orang perempuannya juga begitu..boleh dilihat dipasar besar dr. muda smpai ke tua meniaga.
Mereka menunjukkan betul-betul jatidiri seorang melayu.
Itu sebab jika mereka tak puashati dengan pembesar yang lebih kuat membesarkan tembolok sendiri,mereka tidak akan pilih. Walaupun mereka akan dianak tirikan dari segi sumbangan pusat.Mereka punya harga diri yang unik.Mana tak betul atau mengarut mereka tidak akan pilih.

Aku orang pantai barat(hancus).
Wife aku orang Pahang,pertengahan antara Jerantut dan Kuala Lipis.Area sekitar Mela,Kerambit,Jeram landak. Nak dapat suratkhabar memang susah, kena pergi ke Jerantut @ kelepih(Lipis) lebih kurang 30km.Itu sebab ramai tak baca suratkhabar. Tengok TV RTM1 dan 2 saja, itu pun macam tengok tv rosak(kurang signal pancaran) tak der astro.Access ke internet, lagilah tak der. Baru setahun nilah line telekom masuk.
Aku consider mereka 90% hardcore UMNO. Mereka tak nampak selain dari UMNO apalagi cacatcelanya, mungkin mereka tak mendapat informasi yang tepat dan cepat.
Kenaikan harga petrol,air,letrik mereka kurang terasa..kebanyakkan menggunakan motor. Apatah lagi tiada tol disana...Barang keperluan dapur kebanyakkan ditanam sendiri.Ikan dijala dari Sg.Jelai.Aku consider orang Batu Talam lebih kurang macam orang kat tpt wife aku.


Itu sebab UMNO letak sapa saja disana mereka akan pilih(termasuk juga jika datuk mertua ku dicalonkan)Ia berlainan sikit jika berada diarea Kuantan,Pekan atau dibandar2 kecil.

Sesuatu yang patut dihalusi dan pelajari oleh sesiapa yang nak jadi pembangkang diPahang.
Tapi,Tiada yang mustahil jika melihat scenario politik UMNO & dasar tidak prihatin kpd rakyat sekarang ni..bak kata org Melaka macam Lahabau..

Anonymous said...

1. ya. itulah masalah besar
saya setuju.
kewangan masih lagi dipegang parlimen.
dan saya akui, saya telah tersalah conggak.

2. cre8tif
Lucu juga saya membaca kenyataan anda tentang SPR, boleh buktikan. cukuplah sekadar satu dun atau satu daerah mengundi saja.

3. Nak menconggak lagi. Betulkan saya jika silap.
a. BN harus dikurangkan majoriti 2/3 parlimen. seharusnya tidak mendapat 2/3 majoriti.
b. Pas harus bertanding lebih dari 2/3 jumlah kerusi parlimen, jika mahu membentuk negara islam. Bukan seperti EG yang lepas.
c. BA/Mana mana pembangkang, harus sudah ada manifesto, harus sudah ada barisan calon yang layak. Bukan hanya mereka yang pandai bercakap sepeti mat sabu saja. Saya mahu memangkah pembangkang, tapi bukan kerana saya tidak mahu memangkah BN, tetapi kerana pembangkang boleh beri saya lebih baik.
d. Saya setuju dengan Rocky, undi rosak, tapi sejauh mana ia mampu memberi mesej kepada kerajaan? atau ia akan ditafsir sebagai "Rakyat masih menyokong kita tetapi ada bbrp perkara yg mungkin mereka tidak puas hati, jika tidak mestilah mereka memangkah pembangkang."
e. Perubahan yang sebenar, adalah perubahan dalam UMNO. Team B perlu timbul untuk membawa perubahan.

mohon mencadang. Saya hargai apabila anda membaca komen orang lain juga selain memberi komen anda.
macam aku pulak tuan rumah. perasan. hahahaha
just joking

Anonymous said...

Setakat ini 3 cadangan utama untuk mengubah keadaan:

1) Abstain/Undi Rosak

2) Undi Pembangkang

3) Split Vote: Parliment BN, DUN Pembangkang

Pada pendapat saya ketika ini 1) Abstain adalah paling lemah sekali. Kerana kebanyakan kita sedar dan tahu politician adalah 'muka tebal' mereka tidak akan hiraukan signal abstain yang rakyak tidak mahu mereka lagi dengan berbagai alasan. 5 tahun adalah masa yang terlalu lama untuk kita sekali lagi menunggu untuk mengubah nasib. Mungkin banyak lagi yang akan hancur dalam masa itu. Seperti yang disebut di Thailand rakyat mengunakan kaedah ini, tetapi terbukti bukan kaedah ini secara langsung yang menjatuhkan Taksin

2) dan 3) saya masih belum merasa selesa. Mungkin baik juga 3) Split Vote untuk memberi peluang pembangkang membuktikan keupayaan. Tetapi Kelantan sudah diberi beberapa penggal dan saya masih belum merasa yakin

Anonymous said...

Nak keluar mengundi atau tidak? Kalau nak ikutkan hati tak nak Dato'. Tapi oleh sebab sayang negara, mungkin juga kena keluar. Untuk kawasan pangkah lain. Untuk parlimen pangkah lain. Memang benganglah. Semua naik. Macam dah tak boleh control aje..

Masalahnya ialah PAK LAH bukannya mengamalkan dasar keterbukaan. Sebaliknya, dia memang dah tak boleh nak kawal keadaan.

Anonymous said...

Macam saya kata sebelum ni ... pemimpin kita ni hampir semuanya tak bermaruah. Cuba kita lihat dinegara lain, kalau keretapi kemalangan Menteri Pergangkutannya letak jawatan. Di sini lagi banyak skandal lagi popular dan terus bergayut ia dengan jawatannya kalau boleh sampai ke kubur. Ada sampai Sultan masuk campur baru nak letak jawatan.

Jadi saya tetap berpandangan pilihan kita ialah mengundi pembangkang untuk memerintah Malaysia atau menjadikan mereka kuat dengan menidakkan 2/3 majoriti BN di parliamen. Kalau setakat hilang sikit majoriti tu mereka tak kan serik. Kan dulu ada pernah berkata " menang 1 undi pun kira menang jugak....."

Lagi satu masaalahnya saya tak nampak ada pemimpin yang berwibawa untuk lead negara kita ... semuanya terpalit dengan macam-macam...bertambah bingung
Tapi apa pun kalau tak hebat mana pun Kelantan dia orang kira ok lah..makan minum aman damai .. mungkin kita boleh cuba. Tapi PAS pun kena bekerjasama dengan kumpulan yang mewakili orang Cina dan India ... kalau tidak susah jugaaaa....

Anonymous said...

To all BN supporters & Umno lovers,

If we want a better goverment or one which protects our interest like " hamba no 1 rakyat" than we must be prepared to make sacrafices.

It will not come free.

It will not come without hardship and pain.

And it will nt come immediately.

U c, the BN knows that regardless of what they do or how much they underperform they will still win the GE.They know that the opposition dose not offer a credible alternetive to the power sharing formula that the BN employs.

As such, just like a company that doesnt have any competition tends to give half past six products and services, the BN or UMNO rather, also realizers right now that in terms of offering a credible alternative, they dont hve any competition.

Since the threat of meaningful punishment does not exist for the BN ,neither will there be an incentive to perform.

In fact there is an incentive not to perform- if they can still win elections by default why should they try to improve?

And it will get worse and worse as time goes by because there will be a race to the bottom.

Lousy leaders tend to surround themselves with people of the same ilk. Smart people u c, are a threat to their status quo unless of course they are from within the immediate family.As the saying goes, birds of a feather flock together.

So how can we change the situation?

Well we can start by changing the dynamics of the rakyat/ BN relationship.We have to introduce new variables into our political calculation.

Some people suggest we should abstain in the nxt GE.I prefer to suggest that we vote them out.

Its a safer bet.

To read the act of abstaining or a poor voter turn out as a silent protest to the goverment requires humility. But if the goverment was humble we wouldnt be having this discussion in the first place would we?

So vote for the opposition. Not bcoz we want them to govern us better. In fact in all likelihood they probaly wouldnt but vote for them so that Umno and the BN corrects itself.

It might hurt bt then again it might not hurt as much as we imagine. Most political parties that just gain power have a tendency to please the people so it might not be that bad. They also have better focus on who's the boss.

So the price of the BN correcting itself is one term under the opposition.But a new colition may also include former members of the current BN. So it might not nessacrilly be that strange a sensation.

Even if its bad then that's the price we have to pay to ensure there will be no more Samee's, Nazri's,no more life long ministrial appoinments, blatant neopotism etc- etc.

Though pls keep in mind that nothing comes free. In all probablity, things will get worse before they get better.

But like i said in the beggining,if we want things to change for the better than we have to be prepared to make sacrafice's and endure hardship.

If we want to give birth to a better BN goverment, than we have to endure the pain of a national pregnency.

The gestation period is five years.

If it leads to BN goverment which is competant, upright, humble and focused, than i think one term under a differant political arrangement than the BN is a price worth paying.














I

Anonymous said...

Dato',

Jangkaan saya ketidakpuasan hati terhadap isu kenaikan tol ini akan lenyap begitu saja, seperti segala isu-isu lain yang pernah timbul sebelum ini.

Ingin saya cadangkan agar ada pihak-pihak yang jujur dan ikhlas mengambil inisiatif mengedarkan car sticker atau bumper sticker yang dapat menyatakan pendirian kita. Tak perlulah kita menyelar atau memburukkan mana-mana pihak. Cukuplah sekadar menyatakan walau apapun alasan atau situasi yang menyebabkan timbul isu-isu ini, kita rakyat tidak bersetuju dengan langkah kerajaan.

Saya ada terbaca artikel nukilan Datuk Nazir Razak dalam The Edge bulan lepas. Secara ringkas apa yang terkesan di benak saya (atas pemahaman saya sendiri, kalau salah tolong betulkan) ialah apabila beliau menulis:
1. Beliau kagum apabila Malaysia mengorak langkah awal dalam penubuhan MSC tetapi sedih apabila menyedari betapa kita ketinggalan pada hari ini berbanding China dan India.
2. Tiadanya 'salesman' yang mampu menjual Malaysia kepada pelabur-pelabur asing, hinggakan beliau mencadangkan agar diadakan jawatan menteri marketing. -Terlintas pula di fikiran ini siapakah yang bisa memegang mantel 'Malaysia's Greatest Salesman' sepeninggalan Tun...

Katakan Tak Nak Pada Tol

Anonymous said...

Soalan Dato’ amat mudah dan ringkas, tapi cukup sukar untuk dijawab. Namun, hakikat jelas yang mesti diterima, mengundi itu satu-satunya cara untuk rakyat memilih pemimpin. Hakikat yang perlu ditegaskan, hak mengundi itu datangnya sekali dalam masa 4-5tahun.

Sistem demokrasi kita yang berasaskan kepartian, menuntut kita memilih parti mendahului individu. Dan kepala parti itu lah nanti akan menjadi Pemimpin Besar Negara. Apakah pendapat ini boleh diterima?

Hakikat jelas yang perlu diterima bahawa prinsip paling utama di dalam mengatur kehidupan bernegara dan bermasyarakat telah diatur di dalam firman Allah swt dalam surah An-Nisa:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Amat jelas bahawa Ulil Amri ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam islam. Siapakah “Ulil Amri” yang dimaksudkan oleh Allah swt? Ulama sependapat pengertian ulil amri adalah para penguasa,para pemimpin, ahli-ahli hukum, panglima militer dan para zu’ama. Ulil Amri mampu mengembalikan manusia kepada ketentuan-ketentuan yang dibawa oleh Rasul, dalam seluruh aspek kehidupan untuk kebaikan meyeluruh. Ulil Amri adalah orang orang yang terpilih dalam pembahasan suatu masalah dan dalam menentukan kesepakatan mereka. Rakyat wajib mentaatinya, DENGAN syarat mereka boleh dipercayai dan tidak menyalahi ketentuan Allah dan ketentuan RasulNya.

Sebagai renungan, Abu Dzar Al-Ghaffari meriwayatkan, “Saya berkata kepada Rasulullah saw, tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah saw menepuk bahu saya dan berkata “Wahai Abu Dzar, engkau adalah lemah sedangkan PEMIMPIN itu suatu amanah. Di hari Kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajiban yang ditentukan di dalamnya”. Abu Dzar adalah seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnya dari bersikap tegas terhadap kawan dan lawan. Itupun dianggap oleh Rasulullah sebagai lemah, apa lagi orang yang kalah di hadapan hawanafsu, jahil dan tidak beramal.

Saya yang kurang ilmu ini memahami Ulil Amri sebagai khalifah atau para pemimpin kerajaan. Pemimpin itu mestilah dari golongan mukmin yang bertaqwa yang berkemampuan mengatur ketenteraman dan keselamatan setiap warga masyarakat, sama ada dalam mewujudkan kepentingan bersama mahupun untuk mengatasi perbezaan dan pertentangan kerana adanya perbezaan kepentingan, menjadi penengah, pendamai dan pengatur di antara mereka. Pemimpin mesti mempuyai kekuatan, kekuasaan dan keberanian yang dapat memaksa keputusan dan kepentingan demi kemaslahatan bersama.

Maka tugas utama sebagai rakyat adalah memilih pemimpin, dalam konteks Negara kita melalui pilihanraya. Persoalannya, memilih individu atau memilih parti?
Saya yakin dan percaya, setiap garapan ideologi parti politik dibuat lebih bersandarkan semata mata kepada akal fikiran. Kita sedia maklum, kekuatan akal fikiran itu sebenarnya terbatas dan banyak kelemahannya. Akal fikiran insan begitu mudah dipengaruhi hawa nasfu, perkauman, semangat kenegerian, semangat mementingkan diri, keluarga, kumpulan individu atau kebangsaan. Keadaan seperti ini sebenarnya kurang berkeupayaan membela peri kemanusiaan sejati, menegak keadilan mutlak yang menyeluruh bagi rakyat. Sedangkan Ideologi Islam itu sendiri adalah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dari fikiran manusia sejagat.

Dengan hal yang demikian, sekiranya wakil-wakil rakyat yang dipilih terdiri dari mereka yang memenuhi kriteria sebagai Ulil Amri diatas, yang ikhlas dalam perjuangannya kerana Allah swt, tanpa mengira dari parti politik mana sekalipun, InsyaAllah mereka di landasan yang benar.

Sebagai renungan bersama, Rasulullah saw bersabda “Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, bagaimana menyia-nyiakannya? Rasulullah saw menjawab, apabila sesuatu jabatan diserahkan kepada orang orang yang bukan ahlinya, maka tunggulan kehancurannya” (H.R. Bukhari)

Menjawab soalan Dato’. Saya akan keluar mengundi MELAINKAN tiada lagi calon untuk dibuat pilihan. Dengan kata mudah, hanya ada satu calon dari satu parti politik sahaja bertanding. Dengan kata mudah, sekiranya berlaku pemboikotan pilihanraya dari beberapa parti politik, atau badan-badan tertentu yang besar pengaruhnya. Purata peratusan keluar mengundi di Negara kita hanyalah antara 60-70% sahaja. Sesetengah tempat mungkin mencecah 80%. Kalau individu-individu secara sendirian tidak keluar mengundi, ianya tidak memberi perubahan anjakan peratusan yang signifikan . HANYA pemulauan oleh beberapa parti barulah memberi impak yang besar sebagaimana berlaku di Thailand.

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,

Saya ada satu formula dalam membuat pilihan sama ada memilih BN atau bukan BN. Pilihlah calon. jika calon itu tuan-tuan fikir boleh mewakili aspirasi dan inspirasi rakyat tanpa prejudis sama ada calon BN atan bukan BN maka pangkahlah ia. Ia secara tidak langsung akan memberi tekanan dan ingatan kepada acalon-calon yang bertanding bahwa bukan logo parti yang menjadi penentu kepada peluang mereka untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan itu.

Dalam BN bukan tidak ada calon yang ikhlas dengan prinsip perjuangan untuk rakyat. Tetapi mereka ini tenggelam kerana pemgampu dan pembodek kini lebih disukai oleh Pak Lah.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Setelah menelusuri sedalamnya topik ini, seandainya pilihanraya umum diadakan penghujung 2007 ini ataupun awal 2008 kelak, saya merasakan bahawa DILEMA kritikal sedang menghantui saya (mungkin juga ramai antara kita)....

Saya secara ikhlas tetap mengakui bahawa saya adalah penyokong UMNO dan aspirasinya . Maka, walau sebesar manapon tahap kemeluatan saya terhadap senario semasa dalam kepemimpinan dan dasar-dasarnya, saya SAMA SEKALI TIDAK akan menyokong barisan PEMBANGKANG...

Maka, buat masa ini..pilihan terbaik adalah untuk TIDAK KELUAR MENGUNDI atau jika ada calon bebas, undilah calon bebas yang mungkin terdiri daripada kenala, saudara atau ahli masyarakat setempat yang dikenali.....

Anonymous said...

Datuk dan pembahas sekelian, apa yang saya perhatikan ialah semua menumpukan kepada BN dan pembangkang.

Mengapa rakyat Malaysia tidak berdiri sendiri, bertanding sebagai calon bebas, kalau BN tidak mampu untuk memerintah dan Pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah.

Kita wujudkan wakil-wakil bebas dalam Parlimen dan DUN, ini lebih baik mereka tidak berpihak kepada mana-mana kecuali pengundi yang mengundi mereka.

Contohi pengundi Sarawak yang mengundi calon bebas, ia mampu menjadi presure group sekiranya calon bebas yang menang banyak di Parlimen.

Paling penting jadikan calon bebas sebagai penentu undi di dalam Parlimen. Undang-undang tidak boleh diluluskan tanpa undi majoriti, beb fikirkanlah,

Bangkitkan gelombang calon bebas dalam pilihan raya, beri mandat kepada mereka untuk mempertahankan pengundi dari polisi hamlau kerajaan.

Wassalam.

Anonymous said...

Try dulu pembangkang-pembangkang ni. Selama ni bergerak dengan dana yang sempit. Sekali pengang pusat memang kita akan membangun dengan pesat. Selepas 2-3 penggal kita tukar balik. Selama ni asyik ramp minyak sekali bagi masuk gear mesti jauh perginya.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).