Tuesday, February 06, 2007

Bicarakan Bush dan Blair Sebagai Penjenayah Perang

A. Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

ISYTIHARKAN peperangan sebagai jenayah ke atas kemanusiaan, bicarakan ketua-ketua negara yang menganjurkan peperangan sebagai penjenayah perang dan gunakan label penjenayah perang sebagai cara mengaibkan mereka.

Demikian antara mesej utama Persidangan “Dedahkan Jenayah Perang – Jadikan Peperangan Sebagai Jenayah” anjuran Pertubuhan Keamanan Global Perdana (Perdana Global Peace Organisation) yang bermula di Kuala Lumpur semalam.

Hari ini, persidangan akan mendengar sendiri cerita beberapa orang mangsa kekejaman perang anjuran pakatan jahat Bush-Blair di Iraq, termasuk mangsa penyeksaan Amerika di Penjara Abu Ghraib, Ali Shalah.

Secara umumnya para pembahas hari pertama sidang tiga hari itu, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, setuju bahawa dua “tertuduh” utama jenayah perang Iraq adalah Presiden Amerika George W Bush dan Perdana Menteri British, Tony Blair.

Pakar-pakar perundangan, sains, politik, pentadbiran dan diplomatik antarabangsa yang berbahas setuju bahawa wujud undang-undang, perisytiharan dan konvensyen antarabangsa yang memungkinkan sebuah Tribunal Perang ditubuhkan di Kuala Lumpur bagi membicarakan orang seperti Bush, Blair dan sekutu mereka Perdana Menteri Australia, John Howard.

Persidangan mengakui bahawa bukan mudah membawa penganjur peperangan ke muka pengadilan. Tetapi tribunal yang dicadangkan itu boleh membicarakan mereka tanpa mereka hadir (in absentia).

Walaupun hukuman mungkin tidak boleh dilaksanakan ke atas mereka, namun label penjenayah perang (war criminal) adalah cara terbaik bagi mengaibkan mereka di mata dunia.

Label ini, tegas Dr Mahathir, digunakan setiap kali kita menyebut nama Bush, Blair, Howard dan sesiapa sahaja yang didapati bersalah oleh tribunal warga antarabangsa itu.

Persidangan hari pertama juga mendengar isu ancaman penggunaan bahan-bahan radioaktif dalam peperangan di Iraq, Afghanistan, Vietnam dan dalam kegiatan ekonomi harian seperti penjanaan elektrik menggunakan tenaga nuklear.

Pakar-pakar sains dan penyelidik yang berbahas memberi amaran mengenai kesan buruk ke atas kesihatan insan sejagat yang disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan radioaktif, khasnya “depleted uranium.”

Mereka juga menyoal dan berasa amat hairan bagaimana Amerika yang begitu gagah dan membelanjakan ratusan bilion dolar untuk pengintipan dan pengumpulan maklumat gagal mengesan serangan 9 September (2001).

Cara Amerika menggunakan tragedi itu sebagai alasan menyerang dan menakluki Afghanistan dan Iraq serta meluaskan teater perang ke seluruh dunia mencetuskan teori bahawa tragedi itu mungkin disengajakan.

Persidangan disambung semula jam 8.50 pagi ini dan berakhir petang esok dengan permulaan sidang Tribunal Jenayah Perang, Kuala Lumpur.

14 comments:

Anonymous said...

Killing in whatever name is not justified. Life is precious.
We make call those great leaders with powers killers but what about our own killer back home.

Drug trafickers are being hanged in this country. They might be guilty and might be not? However, as they are small and helpless against the power of the state we hang them anyway.

Tun, please do something to stop the hanging of trafickers in our own land. I cant vote because of this law in which i give the power to the government to kill.

As I said killing is challenging Gods. God allowed the criminal to live. Yet we are greater that God to take away life. Unless you are greater than God than you should stop the killing.

Ghandhiji

marn05 said...

Dato'

Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Saya sebenarnya tidak berapa setuju untuk label-melabel nih. Tapi, dalam perkara (penjenayah, pembunuh dan penipu) saya bersetuju untuk menggunapakai terma-terma yang dipersetujui ramai.

Sememangnya kerja sepenuh masa mereka (Bush&co., Tony Blair dan John Howard) adalah penjenayah, pembunuh, penipu dan penindas. Manakala kerja separuh masa mereka adalah memimpin kerajaan masing-masing. Bukan lagi melabel, tetapi memanggil panggilan sebenar mereka.

Kalau pemimpin yang kata anak menantu dia tak dapat projek dalam Malaysia, orang tanya soalan tak mau (tak reti sebenarnya) nak jawab, beli kapalterbang VVIP kata tak guna duit kerajaan (dia belit), kita nak label apa pulak dato'?

mundarmandir2 said...

asm..nampaknya Dr M memang terus berani menyengat dengan sengatannya yang tajam dan berbisa..moga Bush, Blair, Howard dan sekutunya yg lain cepat-cepat insaf.. go Dr. M go!

p/s..jalan2 kt MPH jumpa blog Dato' dalam bentuk buku..Blogger A Kadir Jasin..kreatif lah dato :-) tabik!

5band said...

pada pendapat saya, persidangan itu hanya membazir masa sahaja. lebih baik buat persidangan yang lebih bermakna kepada orang2 kecil spt say yang semakin terhimpit kehidupan di Kuala Lumpur, contohnya memperbaiki khidmat public transport dan mengurangkan kesesakan dan tension di KL. Sekian.

iwanz said...

dato amal makruf,nahi mungkar.

di negara tanahputera ini, masih bermaruah, masih berdaulat.

dinegara bertuah ini, sebenarnya kita masih tidak mensyukuri.

kalau kita cari emas, emaslah yang kita jumpa

kalau kita cari silap, salahlah yang kita temu,

kita diberi semuanya. tanah subur, hartabumi yang tidak ternilai, air yang ada dimana mana, tiada malapetaka seperti gunung berapi, puting beliung dan sebagainya.

tapi akal?

adakah kita diberi pemimpin yang boleh melihat dibalik tembok?

Faizal said...

YBhg Dato',

Wow! We've inhaled too many informations today during the conference.
Really enjoyed your session!
YABhg Tun Siti Hasmah and Mr Ali Shalah touched everyone's hearts.
YBhg Dato Mukhriz was just brilliant. Very honest and sincere. I pray he would one day become a great leader just like his father.
Just wish many other youth leaders would spend some time there. YB Dato' Sri Hishammuddin was in the building to chair PEMUDA EXCO meeting, but failed to drop by.
Thank you and congratulations YABhg Datin Seri Rosmah and many others from BAKTI. Their presense meant a lot to us, the participants.

Salam hormat,
Faizal

manggishitam said...

Ya, memang ini satu usaha murni ke arah ‘Keamanan Dunia'. Syabas! Tapi adakah ianya akan berhasil? Blair has been claimed as a war criminal for ages by his own country tapi menteri2 yang tidak bersetuju buat tak tahu, umpama menelan pil yang pahit semasa musim mengundi and Blair is still a prime minister. Same goes with Bush in the US. What do you think?

penganggurpaksa said...

Datuk,

Menyokong sepenuhnya usaha menegakkan kebenaran dan hapuskan fitnah...

langit biru said...

Amat setuju...Syabas Tun.

Ghandhiji said,"Drug trafickers are being hanged in this country. They might be guilty and might be not? However, as they are small and helpless against the power of the state we hang them anyway."

Pun setuju dengan pendapat Ghandhiji. Dalam hidup ini sesiapa boleh buat salah. Kadang kala tekanan terlalu kuat terutama masalah kewangan ke tahap "terpaksa" melakukan sesuatu tindakan yang meyalahi undang-undang. Tak boleh terima kalau bersalah ada Heroin sebesar kotak mancis kena gantung! Kalau mereka betul-betul insaf, berilah peluang untuk "hidup sekali lagi".

Dan dalan Islam, 3 kesalahan sahaja dikenakan hukuman mati,1.Lelaki/perempuan yang sudah berkahwin berzina. 2.Murtad 3.Pembunuh

Ikutlah Hukum Islam ini!

Harap Dato' mengenegahkan isu dalam negeri lebih kerap.

Anonymous said...

Pak Kadiaq,

Org kita ni tak habih2 dok tanya "berkesankah tribunal ni?" atau "bolehkah datangkan hasil?", atau "ini idea baik kah?". Kita dok tanya dan tetap dok tanya sampai kiamat pun masih dok tanya. I will tell them "keep on asking lah!". Ini adalah masalah org kita, seluloi Pak Tun Dr M dok kata, "apa nama, depa tak dak keyakinan dan kepercayaan dengan apa yang depa buat". Saya sangat setuju.
Depa lupa setiap idea yang kecil akan snowballed jadi The Big Idea, hatta tanpa sebiji bata yang kecil Menara Kembar Petronas (seluloi orang, termasuklah akhbar arus perdana, dok silap sebut menara berkembar petronas) tidak akan berdiri gagah di tengah-tengah lanskap Kuala Lumpur. Daripada idea kecil akan dijana, dicanai, diangkat, dimartabat dan dijunjong jadi satu idea besar. Macam Pak Tun Dr Mahathir kata dalam ucaputama dialah, "kita dah buat beberapa langkah kecil dan insyallah, idea ini...". Pada pandangan saya, persidangan ini adalah inisiatif yang paling baik dan bermanfaat yang saya lihat dalam masa 3 tahun ni. Nak kata apa, kan" idea ni pun mai dpd Pak Tun kita! Macam ada org di sini yang kata persidangan ni membazir masa sahaja, mungkin pada dia la membazir masa, pada kita yang amat prihatin ini adalah kesempatan yang paling baik. Kalu nak kira seluloi persidangan yang berstandard antarabangsa ini diadakan di luar negara dan kita yang hanya kenai KL ni dok baca dalam paper saja la. Hari ini diadakan di KL dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua p ikuti dan hayati subjek ini, bonusnya ialah pameran keganasan perang..kalu org kl x luangkan masa nak p tengok dan ikuti tapi ada masa nak attend jom heboh kira2, saya org kedah ni kata depa ni memang ulu la, daoh dan bodo sangat2 la. bukan selalu ada pameran yang standard macam ni, bukan ka Pak Kadiaq?
org macam nilah yang selalu dok perlekeh bangsa sendiri tapi depa selesa call themselves Melayu! kesianlah kat depa kalu mcm ni...
Saya sokong sapa saja yang berbuat baik, tak kiralah sapa pun. Tapi dalam hal ni Pak Tun Kita punya idea org kedah kata "A" la so saya luangkan masa daripada isnin sampai hari ini attend. Banyaklah pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat, kira rugilah depa yang dok kat umah atau jenis yang buat tak peduli....kesian.

zaki tok tam
(Muhammad Zaki Mohd Ali
Sahoca alumni 1976-1978)
anak bukit, aloq setaq, kedah (yang mai sewa hotel daripada ahad pasai nak attend persidangan ini, dengan duit sendiri, pasai masa umno general assembly depa tanggung kesemua!)

kociriemann said...

Bush and Blair... Off course the duo has a fair share in current mess in middle east.

But what about the failure of OIC leaders in taking effective role in Iraq, Lebanon, Palestine, Afghanistan, Somalia, Sudan and the list goes on.

Pak Lah as the OIC Chairman should play more significant role in brokering peace in those countries.

The vacuum left has let the US and her allies to dominate.

kamalias said...

Tiada apa yang boleh menyelesaikan masalah yang berlaku dinegara-negara Islam yang di tindas seperti Afghanistan, Palestine, Iran dan Iraq sekiranya tiada tindakan tegas oleh negara-negara islam yang lain mengekang keganasan dan penaklukan dari negara luar.

Dalam hal ini saya hairan apa yang dibuat oleh negara-negara Arab yang berada disekeliling negara-negara yang ditindas...Sebenarnya ini kelemahan orang-orang Arab sejak dari dulu lagi. Suka berpuak-puak. Bagi saya bangsa arab ini memang keras kepala, penting diri sendiri. Kalau nak diikutkan negara arab ni besar dan mempunyai kekayaan yang mana boleh control ekonomi dunia tapi..otak mereka kecik..itu sebab diorang boleh "dibela" oleh Amerika dan kroni. Apa yang penting bagi mereka mereka ialah hidup senang.

Sebenarnya masalah sikap kaum arab ni memang dah lama sejak zaman nabi dahulu kala. Antara mereka sendiri suka bermusuhan dan berpuak. Itu sebabnya pada pendapat saya Rasul dan Nabi banyak diturunkan kepada bangsa Arab.. Kerana memang bangsa arab ni memang keras kepala..tapi keras kepala mereka hanya pada bangsa sendiri..bila di depan puak Amerika dan kroni cair....

Sebenarnya musuh Islam nampak kelemahan yang ada pada negara-negara Arab yang besar. Itu sebabnya mereka akan "bela" negara-negara Arab yang besar ni. Jadi bila negara arab utama ni dah dalam tangan..tak susah mereka nak control negara-negara arab yang lain.

Selagi negara-negara Arab ini tak bersatu selagi itulah masalah ni akan terus berlaku..tapi boleh ke orang arab bersatu?????

antibelit04 said...

Salam
Saya sempat hadiri pameran dgn kebenaran bos untuk keluar bagi tujuan tersebut.

Saya menitis air mata melihat segala maklumat yg terdapat di dalam pameran tersebut. Bagi saya ini adalah satu usaha yg amat bermakna. jangan asyik terlalu banyak "boleh berjaya ke?" dalam hati kita. Seribu langkah bermula dgn langkah yg pertama.

Cuma sedih sebab orang kita lebih banyak datang bagi program hiburan jimheboh ke apa ke....soal artis ambil tahu sampai sanggup beli majlah entah apa-apa. Soal kemanusiaan sprt ini tak ramai yg ambil tahu.

Rugi sesiapa yg tak melihat apakah makna perang itu sebenarnya ....saya nasihatkan .datang dan luangkan masa...

world for peace said...

asm.
kalau tiada perang maka amanlah dunia kita. tapi benarkah perang dapat dihentikan oleh tangan2 kerdil seperti kita yang nyata kekurangan dari segenap segi . Siapakah yang mampu untuk mengheret merekabush/blair/howard) ke mahkamah tribunal perang . Nak harap OIC ....? masih tidur lagi..... Bila nak bangkit tak tau laaaa

However, tahniah kepada dr M kerana berani mengeluarkan kecaman terhadap terhadap tiga badut dunia itu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).