About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Sunday, February 11, 2007

Peruntukan RMK9 Sumber Kuasa PM

A Kadir Jasin

Bloggers-CNY2007.jpg
(Ehsan daripada Kickdefella/Sheih)

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang mengandungi unsur-unsur lucah, perkauman, hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

HAKIKAT bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) diuar-uarkan sebagai paksi Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sudah diakui umum.

Tetapi banyak yang masih berasa hairan mengapa ia begitu hebat digembar-gemburkan oleh jentera maklumat dan propaganda sedangkan rancangan pembangunan lima tahun bukanlah sesuatu yang baru bagi Malaysia.

Sampai hari ini banyak yang masih tertanya-tanya mengapa publisiti mengenainya begitu hebat berbanding rancangan lima tahun sebelum ini. Jawapannya terletak kepada cara rancangan itu disusun dan dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Ia didakwa sebagai manifestasi kepekaan dan komitmen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

Apa yang mungkin tidak sedari umum ialah bagaimana RMK9 direka bentuk sebegitu rupa untuk memberikan Perdana Menteri kuasa politik, pentadbiran dan kewangan yang tiada tolok bandingnya.

Ini adalah kerana hakikat ini “diselindungkan” (camouflage) sebegitu rupa dalam bentuk statistik sehingga terlepas daripada pandangan banyak penganalisis dan pemerhati.

[Sebelum saya meneruskan analisis ini, saya meminta sangat-sangat kepada pembahas agar tidak hilang fikiran sehingga membuat kenyataan-kenyataan yang kesat dan menghina, kasar dan tidak bersopan santun, menghasut dan menabur kebencian, memfitnah dan memaki hamun. Tidak perlu diingatkan lagi bahawa gerak-geri blogger dan pembahas blog sedang diperhatikan.]

Mula-mula mari kita pertimbangkan fakta-fakta berikut:-

1. Perbelanjaan pembangunan RMK8 (2001-2005) adalah RM170 bilion;
2. Peruntukan pembangunan RMK9 (2006-2010) adalah RM200 bilion;
3. Pertambahan peruntukan pembangunan RMK9 adalah RM30 bilion berbanding RMK8;
4. Selain peruntukan kerajaan, RMK9 memperkenalkan Inisiatif Pembiayaan Swasta (IPS) (Private Financing Initiative) yang dianggarkan berjumlah RM20 bilion; dan
5. Termasuk IPS, peruntukan pembangunan RMK9 berjumlah RM220 bilion.

Dalam RMK8, Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan RM7.3 bilion atau 4.3 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan.

Dalam tempoh itu, Dr Mahathir juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian Kewangan membelanjakan RM13.5 bilion atau 8.0 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Jadi jumlah besar perbelanjaan yang terletak di bawah kawalan terus Dr Mahathir dalam RMK8 adalah RM20.8 bilion.

Sekarang kita lihat pula peruntukan pembangunan RMK9. JPM di bawah Abdullah diperuntukkan RM26.5 bilion atau 13.2 peratus daripada jumlah besar peruntukan. Dicampurkan RM3.2 bilion IPS, peruntukan pembangunan JPM berjumlah RM29.7 bilion.

Tetapi Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Kementerian Kewangan mendapat peruntukan terus sebanyak RM9 bilion dan RM865 juta IPS menjadikannya RM9.9 bilion. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pula mendapat RM5 bilion berbanding RM3 bilion di bawah RMK8 campur RM2 bilion IPS menjadikan jumlah besarnya RM7 bilion.

Dalam bahasa yang mudah, manakala Dr Mahathir yang mengawal perbelanjaan sebanyak RM20.8 bilion di bawah RMK8, Abdullah berhak penuh ke atas peruntukan sebanyak RM46.6 bilion di bawah RMK9.

(click to enlarge)

Ini adalah ciri dan manifestasi kepada apa yang dilabelkan oleh para pengulas dan penganalisis antarabangsa sebagai “political economy" atau ekonomi yang berasaskan politik.

Jumlah peruntukan yang begitu besar sudah pasti boleh diterjemahkan kepada kuasa politik yang besar juga.

Inilah antara ciri yang menyebabkan banyak pihak yang arif mengenai “political economy” menyifatkan Abdullah sebagai Perdana Menteri yang “paling berkuasa” kerana dia menguasai peruntukan kewangan yang sangat besar.

Serentak itu, peruntukan pembangunan kepada kementerian-kementerian besar seperti Pelajaran, Pertahanan, Kerja Raya dan Pengangkutan berkurangan.

Peruntukan pelajaran dan pendidikan tinggi jatuh daripada RM37.7 bilion kepada RM33 bilion, pertahanan daripada RM18.6 bilion kepada RM14.5 bilion, kerja raya daripada RM19.3 bilion kepada RM18.6 bilion dan pengangkutan daripada RM9.7 bilion kepada RM8.2 bilion.

Oleh kerana IPS adalah unsur baru belanjawan dan belum teruji maka adalah lebih baik ia tidak dikira bersama peruntukan yang datang terus dari kerajaan. Kejayaan inisiatif ini bergantung besar kepada keyakinan pelabur swasta.

Kerajaan mengharapkan pelaburan IPS yang besar di dalam sektor pendidikan - RM6.2 bilion di bawah Kementerian Pelajaran dan RM1.5 bilion Kementerian Pengajian Tinggi. Ini masuk akal kerana pendidikan swasta dan separuh kerajaan kini semakin berkembang.

Tetapi bagaimana kerajaan bercadang menjana IPS sebanyak RM1.2 bilion untuk pertahanan dan RM2 bilion untuk keselamatan dalam negeri RM2 bilion agak menghairankan. Ada risikonya jika pihak swasta diberi keistimewaan mengemukakan inisitif yang membabitkan pertahanan dan keselamatan negara.

Seperkara lagi ialah walaupun pertanian dan sektor luar bandar diuar-uarkan sebagai matlamat utama perancangan ekonomi Era Abdullah, namun jika dilihat dari aspek peruntukan mengikut negeri, bukan sahaja negeri-negeri maju terus mendapat peruntukan yang besar malah tambahan peruntukannya juga besar.

Wilayah Persekutuan misalnya memperoleh peruntukan (tidak termasuk IPS) sebanyak RM31 bilion atau RM10.4 bilion lebih besar daripada RMK8.

Selangor pula mendapat tambahan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, Pulau Pinang RM1.3 bilion manakala Perak dan Johor masing-masing RM1 bilion.

Di kalangan negeri miskin yang majoriti penduduknya Bumiputera, Kelantan mendapat tambahan RM3 bilion, Terengganu RM2.7 bilion, Sabah RM2.5 bilion, Pahang RM2.4 bilion dan Sarawak RM500 juta.

(click to enlarge)

Tetapi Kedah hanya mendapat peruntukan tambahan RM207 juta, Negeri Sembilan RM230 juta dan Melaka RM144 juta. Hatta Perlis yang kecil itu pun mendapat tambahan lebih besar sebanyak RM402 juta.

Anehnya, manakala negeri maju seperti Pulau Pinang diperlukan menjana hanya RM494 juta IPS, negeri-negeri miskin seperti Kedah diperlukan menjana RM1 bilion, Kelantan RM976 juta, Sarawak RM1.7 bilion, Terengganu RM1.4 bilion, Sabah RM1.3 bilion dan Pahang 1.2 bilion.

Daripada analisis ini jelas bahawa Abdullah mengawal tabung rasmi yang sangat besar -- RM46.6 bilion -- yang menjadikan beliau Perdana Menteri yang sangat berkuasa dari aspek kewangan.

Kuasa kewangan yang besar ini semestinyalah menjadi ciri penting kepada penentuan kuasa politik dan kedudukan Abdullah, khasnya pada pilihan raya umum dan pemilihan Umno yang akan datang.

Ia juga berkait rapat dengan pencapaian RMK9 khasnya dan ekonomi amnya jika peruntukan raksasa ini tidak digunakan secara cekap, berkesan, berhemah, adil dan beramanah.
[Update, Feb. 13]
Addendum

For the benefit of non-Malaysian readers who are not conversant in bahasa Malaysia, following is summary of the original bahasa Malaysia version.

The 9th Malaysian Plan is proclaimed as the counterpoint of Abdullah Ahmad Bahawi’s Administration.

RM200 billion is allocated for development under 9th Plan vs RM170 billion under 8th Plan – an increase of RM30 billion.

Another RM20 billion will be raised through the so-called Private Financing Initiative (PFI), raising the estimates to RM220 billion.

Under the 8th Plan, Tun Dr Mahathir Mohamad allocated RM20.8 billion to ministries under his control – the Prime Minister’s Department and Finance Ministry.

Under the 9th Plan, Abdullah allocated RM46.6 billion to ministries under his control – the PM’s Department, Finance Ministry and Ministry of Internal Security.

This has led to those who are familiar with the so-called “political economy” to consider Abdullah as the “most powerful” Prime Minister since he has at his disposal a large amount of development funds to be spent.

Development expenditure for major ministries like education (under the two education ministries) declined from RM37.7 billion to RM33 billion, Defense from RM18.6 billion to RM14.5 billion, Public Works from RM19.3 billion to RM18.6 billion and Transport from RM9.7 billion to RM8.2 billion.

The more developed but smaller Penang received additional allocation of RM1.3 billion but its poorer but larger northern neighbour Kedah received only RM207 million additional funds. Penang is required to raise RM494 million PFI but Kedah RMI billion.

In general, richer and more developed states are given higher increases – Federal Territory RM10.4 billion, Selangor RM1.7 billion more, Penang RM1.3 billion while Perak and Johor RM1 billion each.

Among the poorer states, the Pas-ruled Kelantan receives the highest additional expenditure at RM3 billion, Terengganu RM2.7 billion, Sabah RM2.5 billion, Pahang RM2.4 billion dan Sarawak RM500 million.

In the final analysis, it is clear that Abdullah who directly controls RM46.6 billion worth of development funds and having massive influence on how PFI is raised and spent is a powerful Prime Minister in the financial aspect.

And with financial power comes political power. In short his position is unassailable.

56 comments:

lubok melayu said...

Pertambahan peruntukan pembangunan RMK9 adalah RM30 bilion berbanding RMK9 ..

Dtk AKJ, maksud dtk ..berbanding RMK8, rasa saya.

Posting ini menunjukkan rakyat tidak ngorok. Statistik tak boleh disorok. Macam isteri baru, sampai bila kita nak sembunyi dari pengetahuan ramai (atau pengetahuan isteri lama). Cara terbaik ialah untuk Perdana Menteri mengulas dari mula kenapa sekian banyak peruntukan diberi kepada potfolio beliau. Tapi dah lambat untuk berbuat begitu. Samalah seperti terlambat nak bagitau rakyat yang beliau ke Bodrum, Turki, atau kerajaan menyewa kapalterbang mewah RM200 juta.

Oleh kerana dah terlambat, saya cadangkan kementerian berkenaan menyediakan booklet untuk menjawab tuntutan The Scribe.

Bukan itu cara kita mentadbir sekarang?

A KADIR JASIN said...

Saudara Lubok Melayu,

Tahniah di atas ketelitian saudara dan terima kasih kerana memaklumkan saya kesilapan berkenaan. Saya sudah membuat pembetulan.

Sitamaya said...

Dato’,
Memang RMK9 diheboh-hebohkan seolah-oleh idea tulin PM. Pada hemat saya, ini mungkin kerana PM telah menyuntik beberapa elemen baru dalam pendekatan pembangunan lima-tahun kali ini dan beliau ingin mempromosikannya.

Dokumen RMK9 kali ini menggunakan pendekatan baru dimana pembangunan distrategikan kepada lima teras utama; iaitu pembangunan rantaian nilai, pembangunan modal insan, kesetaraan sosio-ekonomi, kualiti hidup dan pembangunan lestari dan pengukukan institusi dan sistem penyampaian. Dokumen RMK sebelum ini menggunakan pendekatan pembangunan mengikut sektor.

Inovasi pendekatan ini adalah sangat bertepatan dengan tuntutan pembangunan yang berintegrasi kerana matriks pembangunan kini adalah gabungan pelbagai variabel – cabaran global, persekitaran, teknologi, sosial dsbnya.

Maka tidak menghairan jika PM berdiri megah diatas pembaharuan ini.

Antara suntikan RMK9 baru yang akan membawa Malaysia lebih maju ke hadapan adalah peruntukan yang lebih tinggi kepada sektor pertanian dan bioteknologi. Tidak dapat dinafikan, motifnya berbau politik – dimana sasaran adalah penduduk luar bandar/petani/Melayu; namun pembangunan yang ”pro-miskin” atau ”pro-poor” membawa pelbagai faedah positif. Ini termasuk peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan lantas pertumbuhan dan kesetaraan pendapatan antara sektor dan etnik. Tetapi yang paling penting, sektor pertanian membawa peranan yang lebih besar selain pengeluaran komoditi dan makanan; iaitu untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar dan membantu mengatasi masalah ”global warming.”

Pembangunan bioteknologi, walaupun kita agak terlewat, tetapi masih sempat untuk mengejar pertumbuhan. Potensi sektor ini sangat besar terutama untuk sektor farmaseutikal, nutraseutikal, produk kesihatan dsbnya.

Buat masa ini, isu utama RMK9 ada penyampaian/delivery. Jika PM dapat mempastikan bahawa apa yang disasarkan dalam dokumen RMK9 tercapai, maka isu kuasa mutlak PM keatas polisi dan kewangan negara mungkin boleh dipinggirkan buat sementara.

Salam malam Dato’.

cre8tif said...

salam dato

yang pentingnya selepas pengumuman DSAAB mengenai kempen 3P dan PEMUDAH untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan untuk menjayakan jentera kerajaan dalam pengelolaan RMK9, isu yang tidak lagi terjawab adalah sekiranya PEMUDAH gagal ataupun FALL SHORT OF THE TARGET dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, adakah pengagihan RM220 bilion untuk melaksanakan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)akan ditangguhkan sehingga masalah penyampaian oleh jentera kerajaan dapat diperbetulkan ?

Meskipun tujuan langkah-langkah tersebut adalah untuk memastikan wang yang dijimatkan itu digunakan untuk tujuan yang ditetapkan, akan tetapi, jikalau agihan sebanyak RM220 billion tersebut terpaksa ditangguh oleh kerana kegagalan pelan 3P/Pemudah dilaksanakan, apakah yang akan terjadi kepada arus perubahan dan ekonomi negara ?

Adalah amat mudah bagi pihak kerajaan bahawa kempen 3P/Pemudah telah berjaya tetapi adakah arus media MAINSTREAM akan membuat sebarang pendedahan bahawa kempen 3P/Pemudah tersebut masih terdapat tempat yang boleh diperbaiki agar RMK9 dapat dijayakan tanpa sebarang pembaziran/pengagihan tambahan yang akan membebankan lagi usaha-usaha pembayar cukai ?

Saya berharap agar kerajaan kita yang sekarang bersaiz besar dalam bajetnya serta saiz kabinetnya berbanding kabinet yang terdahulu tidak perlu memperbesarkan pembaziran wang rakyat. Jika perlu, batu penghalang harus digantikan/dibuang dan saiz kabinet diperkecilkan untuk memperbolehkan koordinasi jentera kerajaan yang lagi efisyen.

Peruntukan tambahan untuk RMK9 ini juga adalah berpunca daripada pembesaran kabinet kerajaan kepada saiz yang terbesar sekali untuk rantau ASEAN. Jadi soalnya jikalau saiz gergasi kabinet ini yang juga menjadi penghalang inertia pembangunan negara ini, ia juga harus dikecilkan.

cre8tif said...

dato,

izinkan saya untuk menambah beberapa poin lagi :-

since the 3P/Pemudah campaign has a 6 month grace-period to do the necessary changes, this would also mean that the allocation for the 9th Malaysian Plan would also be delayed till then.

Perhaps government in the meantime should consider and assess as to whether the PFI is needed especially in matters of national defence and etc. I concur with Datuk's view that there is potential danger should such private interest arises in matter of national defence.

AinZarith said...

Tuan,
Agaknya fasal tu la skim Pinjaman buku teks yg dijanjikan utk semua murid terpaksa dibatalkan
atau ini juga startegi menantu nak malukan ketuanya, sbb janji buku teks percuma dulu janji Hisham....
Jadi jelaslah Dato Hisham sbg org yg tak mampu kotakan janji....

iwanz said...

dato yang teliti,

bak kata SM salim Dulu seringgit makan sorang,

(sekarang ni seringgit kongsi dengan tokey konsesi TOL, duit minyak yang tak tahu bila nak turun, bila masanya nak makan.)

apa nak jadi. apa nak jadi.?

antibelit04 said...

Salam.

Apapun ..saya sebenarnya RM9 tak ada beza pun dgn RMK yg lepas-lepas. Pada saya paklah cuba nak mengelak dan mencari kelainan untuk nampak kebagusannya berbanding pemimpin dulu. Kadangkala tak perlu pun terlalu bising sana-sini RMK9.

Buat dah ke apa yg dirancang?. Dah mula ke?. Kalau setakat cakap sana-sini pun orang nampak tak ikhlas...tak akan berjaya. Buatlah apapun..PERMUDAH ke..PIN..ke tapi akhirnya orang bawahan akan lihat kelakuan yg dipucuk atas. Nak buat PIN...tengok saja kes ECM Libra vs Avenue...ada intergriti ke?

Tengok saja kes pembelian peswat...ada intergriti ke?. Tengok kes tak ngaku anak dan keluarga dapat projek kerajaan..ada intergriti ke?

Pada saya...cakaplah apapun atau buatlah jawatankuasa apapun....orang bawah akan tetap tengok contoh terlebih dahulu..kalau tak..sampai mana pun dilivery sistem tak akan dapat dibaiki..

Hanturaya said...

Dato'
Mungkinkah ilham kepada YAB Dato' Seri PM datang dalam mimpi atau di lubang 9 ketika sebok memukul bola golf?

Tuhan selalu bagi ilham kepada orang2 alim mcm YAB PM. Wallahualam bissawab

dinleter said...

kekayaan kunci kekuasaan

langit biru said...

Assalamualaikum Dato'

Mukaddimah Dato' kali ini mampu meruntun pengunjung membaca satu persatu ayat-ayat Dato' hingga ke akhir...Tahniah Dato'.

Dato" menjelaskan "Political Economy", yang sebenarnya bukan perkara baru di arena politik Malaysia, khususnya UMNO. Hampir kesemua pembesar UMNO terlibat dalam business, dan business ini digunapakai untuk mengekalkan kuasa politik di kawasan masing-masing. Maka tidak hairanlah kalau pemilihan di peringkat bahagian, calon-calon sanggup "melabur" jutaan ringgit, kerana pulangannya nanti PASTI lebih dari itu!

RMK bukan juga perkara baru, dan seperti biasa, sebaik saja PM membentangkan di Parlimen, kesemua YB BN (menerusi TV,surat khabar)menyatakan perbelanjaan yang bijak,berhemah,memahami kehendak rakyat,UNTUK RAKYAT dll walaupun sebahagiannya tertidur semasa pembentangan tersebut!

Dato', sebenarnya sistem politik di Malaysia juga telah memberi kuasa mutlak kepada PM. Contohnya, Dewan Negara. Setiap negeri (sudah pastinya MB/Ketua Perhubungan UMNO Negeri)akan melantik 3 orang senator ahli dewan negara. MB sudah pasti akan melantik orangnya, yang juga orang yang disenangi PM. PM sendiri akan melantik 45 orang senator. Maka sudah pasti senator-senator itu akan memberi sokongan tak berbelah bagi kepada MB dan PM.

Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang dilantik oleh Presiden, sekali lagi akan memilih Ketua ketua Bahagian yang memihak kepadanya, dan Presiden.Hakikatnya, semua orang mahu jadi "orang Presiden". Orang yang tak sehaluan, dipanggil "melawan arus". Melebelkan pihak lawan dalam pemilihan sebagai "melawan arus" sudah cukup untuk "membunuh" sisa sisa politiknya. Dan Ketua Bahagian mempunyai "kuasa mutlak" untuk memilih calon-calon pilihanraya (YB). Maka, kesemua YB itu juga adalah orang Presiden.

Dalam ertikata mudah, kesemua YB (UMNO) DEWAN RAKYAT dan senator DEWAN NEGARA adalah orang Presiden. Menteri Kabinet sudah semestinya orang Presiden. Jadi,mana ada ruang untuk "melawan" Presiden?

Kemanakah halatuju dan matlamat RMK9? Saya cuma melihat statistik jabatan yang melibatkan rakyat secara langsung: 1. JPA (dari(RMK8) 260juta kpd (RMK9) 263juta, 2. Kesihatan 9334 kpd 10276, 3. Pelajaran 24172 kpd 16963. Apakah penambahan 3 juta kpd JPA akan mampu mempertingkatkan kualiti kakitangan kerajaan, yang sebahagian besarnya terlibat secara langsung dengan perlaksaan RMK. Kalau diambil kira kenaikan kos ubatan dan peralatan perubatan, sektor kesihatan sebenarnya mengalami defisit. Defisit ini amat jelas dalam pelajaran. Kesemua ini berkait rapat secara langsung dengan rakyat.

Saya juga harap Dato' mengulas lebih lanjut mengenai IPS.

Mr. Smith said...

Sir,
Could I humbly request that this article be translated into English to reach a wider audience?

Mat Meluat said...

Delivery system?

Tengok masalah cabutan bertuah pemohon MYcardyang diumumkan pada 2005(Metro Ahad, 11/02/07)

Tukar menteri je semua lingkup. Janji lama dah lupa. Menteri sekarang dah tak ingat yang janji cabutan bertuah bukan janji peribadi dulu tapi janji kementerian! Menteri sekarang kata itu masa menteri dulu. Ini baru satu janji yang tak kota. Macam manayang lain?

Harat said...

Barangkali tidak ada apa-apa yang "salah" jika peruntukan RMK9 lebih besar daripada peruntukkan RMK sebelumnya, dan PM dapat "menggunakan" peruntukan yang begitu besar untuk memperkukuh kekuasaannya.

Saya lebih khuatir, ketika gejala rasuah di negara kita semakin meningkat, semakin besar sesuatu peruntukan EMK itu semakin besarlah "kebocoran" yang akan berlaku. Maknanya walaupun wang peruntukan pembangunan semakin besar, habuan untuk para pengambil rasuah juga semkian besar.

Adakah pemerintah kita betul-betul mempunyai keazaman dan kemampuan untuk mengurangkan rasuah?

Black's said...

Dear Mr. Smith,

In Malaysia, to reach the wider crowd, the article should be in the national language that is Bahasa Malaysia.

So, if you want to distribute the article internationally, you should take initiative to translate it.

Form my opinion, Kadir Jasin did a good job because of he know that the "language of change" in Malaysia is the bahasa kebangsaan.

mekyam said...

Dear DAJK,

How does the old the saying go - the fool and his money are soon parted?

The operative word there is "his". (So lantak pi la!)

Whereas the case here is the fool and the rakyats' money (from our blood, sweat and tears) are probably not just soon parted... but (can bet the causeway) also pocketed!

penganggurpaksa said...

Datuk,

Apa pula perkhabaran Tun Dr Mahathir di IJN?

Kirim kan salam kami rakyat yang masih mengingati dan menghargai beliau pabila Datuk berkesempatan melawat beliau.

Terima Kasih.

Sinbad said...

46.6 Billiioonnnn Ringgit Malaysia!!!

Wow!!!

Ini baru betul Damai Abadi.

Patut ler boleh lupa nak cari Shafie dan Ghazali.

Dek Mat said...

hmmm Tun Mahathir budgeted for rm20.8 billion in RM8... but how much did he actualyl spend?

I heard that TDM overspent. didn't TDM used to have this thing called the supplementary supply bill which was often tabled by anwar ibrahim.

although ppl tend to say that budget was balanced under tun mahathir but these supplementary supply bills was like political variation orders. hmmmmmm

John Weinthal said...

Please translate into English as Mr Smith has also requested

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya tertarik kepada fakta berikut dalam ulasan Dato :

4. Selain peruntukan kerajaan, RMK9 memperkenalkan Inisiatif Pembiayaan Swasta (IPS) (Private Financing Initiative) yang dianggarkan berjumlah RM20 bilion

Dalam ucapannya di Johor Bharu Sabtu lepas Dr Mahathir telah ingatkan para hadirin mengenai Private Financing Initiative ini atau PFI. Jambatan Pulau Pinang kedua akan dibina menerusi sistem pembiayaan PFI.

PFI ini sebenarnya hanya satu cara di mana Kerajaan membiayai kos pembuatan dan kemudian membeli atau menyewa balik produk yang terhasil.

Kerajaan akan memberi jaminan kepada syarikat konsesi yang akan membina jambatan PPinang untuk 'menyewa' balik jambatan yang sudah siap mengikut terma yang tetap yang akan menjaminkan satu kadar keuntungan tetap bagi syarikat konsesi. Tugas syarikat konsesi hanya untuk menyiapkan jambatan saja.

Dengan jaminan kerajaan seperti ini, semua bank akan berebut untuk memberi pinjaman kepada syarikat konsesi untuk membina jambatan itu. Apabila jambatan siap, kerajaan akan membuat bayaran tetap kepada syarikat konsesi, syarikat konsesi akan bayar balik hutang bank dan semuanya selesai.

Ikut cara ini orang buta pun boleh jayakan konsesi sedemikian sebab langsung tiada risiko. Sesiapa yang mendapat konsesi ini sudah pasti akan 'laughing all the way to the bank'.

PFI telah dipelopori di Amerika Syarikat di mana syarikat swasta membina dan "menyewa" kapal perang kepada tentera laut Amerika. Kewangan kerajaan Amerika dapat dijimat kerana kerajaan US tidak perlu mengeluarkan wang rakyat (daripada kutipan cukai) dengan banyak.

Pihak swasta akan menguruskan hampir kesemua urusan kewangan. Apa yang perlu dijanji oleh kerajaan ialah jaminan akan 'menyewa' kapal perang yang telah siap dibina.

Jaminan kerajan ini akan memudahkan syarikat swasta mendapat pinjaman daripada bank.

Yang bezakan PFI Amerika ialah sesiapa pun 'orang buta' boleh menawarkan untuk menyiapkan projek. Tetapi calon yang akan menang (winning entry) adalah calon yang menawarkan 'kadar keuntungan' yang paling rendah. (The lowest bid is the company that can live with the lowest lease payments from the US Govt).

Untuk PFI membina jambatan seperti jambatan PPinang pula, 'bayaran balik yang terjamin' oleh Kerajaan BOLEH dihadkan hanya untuk menjelaskan hutang bank, dan sedikit keuntungan 'terjamin' kepada syarikat konsesi.

Ini bermaksud tidak perlulah syarikat konsesi mendapat konsesi 25 tahun, 30 tahun dsbnya (berbanding dgn PLUS).

Jika kerajaan sanggup bayar balik semua pembiayaan dan pinjaman bank dalam tempoh 10 tahun contohnya, maka 'konsesi' pun sepatutnya tamat pada tempoh 10 tahun saja.

Bezanya dengan PLUS dan kesemua jalanraya tol misalnya ialah syarikat swasta yang pegang konsesi terdedah kpd risiko pasaran (market risk). Oleh yang demikian mereka perlukan tempoh konsesi yang lama untuk mendapatkan balik kos pembinaan projek.

Selain dpd PLUS paling sikit sekali jalanraya tol yang mendapat keuntungan.

'Bahaya' daripada PFI di negara kita ialah syarikat konsesi akan diberi kadar keuntungan yang sangat lumayan, jauh melebihi kadar risiko yang sangat rendah sebab projek PFI sebenarnya dijamin kerajaan.

Syed Akbar Ali.

Hud Hud said...

YBhg Datuk,

Cuma orang yang tidak berapa pandai saja akan percaya dengan angka-angka yang dikeluarkan oleh rejim Abdullah Ahmad Badawi.

Macam-macam janji yang diberikan kepada rakyat, tapi setakat ini belum ada yang ditunaikan.

Mana perginya sistem peengangkutan awam yang lebih canggih yang dijanjikan kepada rakyat selepas subsidi petroleum di kurangkan?

Soumynona said...

Tak kah cantik kepala otak nor mat yakop? Orang mahathir, chek-oi.

"Tetapi bagaimana kerajaan bercadang menjana IPS sebanyak RM1.2 bilion untuk pertahanan dan RM2 bilion untuk keselamatan dalam negeri RM2 bilion agak menghairankan. Ada risikonya jika pihak swasta diberi keistimewaan mengemukakan inisitif yang membabitkan pertahanan dan keselamatan negara." - is this an educated personal opinion, of that dato', Datuk? Apa punya hawau.

IPS is a good issue to debate, YB.

"Anehnya, manakala negeri maju seperti Pulau Pinang diperlukan menjana hanya RM494 juta IPS, negeri-negeri miskin seperti Kedah diperlukan menjana RM1 bilion, Kelantan RM976 juta, Sarawak RM1.7 bilion, Terengganu RM1.4 bilion, Sabah RM1.3 bilion dan Pahang 1.2 bilion." - Aneh? Yes, I have always thot that progress comes free-of-charge.

Ahh, target practice using blanks. I see.

Kalau lah begini maka biarkan PM Abdullah carry on with his duties. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi loklaq sintaq - comphrende, kaldai akaq?

Kadir, do better next time: YAAAAAAWWNNNN!!!! (just an ex-itm grad's stupid opinion, Ron)

ps ciput turnout in JB was a small shock to a doktuur.

lubok melayu said...

dek mat,
pls furnish details.
if you haven't noticed, pak kadir gave us a lot of details.
so please don't shoot blanks.
if you are on a fishing expedition, go find a lake.
or borrow a yacht and hit the open seas.
drown if you like. but in your own sorry tears.

wadi wadi said...

Asslmkum Dtk.Terima kasih kerana telah menghuraikan strategi political economy Pak Lah.Memang wajar rakyat Malaysia sedari betapa kuatnya pegangan Pak Lah terhadap kuasa negara kita ini.Memang susah nak tumbangkan dia oleh kerana dia mempunyai senjata yang kuat iaitu kuasa mutlak untuk meluluskan projek-projek.Jadi bila nego dgn ahli2 UMNO senang sikit nak berkira. Secara crude saya gelarkan ini strategi "pegang telur".Maafkan saya kalau ini menyinggung tetapi ia merupkan realiti.
Pak Lah tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui negara ini dengan lancar tetapi beliau ingin mengukuhkan legacy nya. Saya yakin beliau memang seorang yang sebenarnya jujur dan telus namun di ubahkan dan corakkan oleh pergolakan politik semasa.

Anak Malaysia said...

Dear Datuk

'With money comes power'. Pada pendapat saya, ada beberapa alasan yang mungkin mengapa AAB mengawal bajet yang agak besar dalam RMK 9 berbanding dengan TDM pada RMK 8;

1. TDM dulu mengawal 2 kementerian secara terus berbanding dengan AAB yang mengawal 3 kementerian. Sudah tentulah angkanya lebih besar.

2. Datuk menggunakan RM 8 sebagai perbandingan. Mungkin ada perbezaan jika RMK yang sebelumnya digunakan sebagai 'base'?

2. AAB ingin memastikan beliau dapat mengawal dengan lebih besar lagi agenda RMK 9 secara terus. Alasan yang mungkin menyebabkan ini berlaku adalah beliau belum begitu yakin dengan 'delivery system' yang ada. Sebab itulah AAB sekarang ini asyik bercakap pasal mengurangkan 'red tapes'.

3. AAB ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau berupaya untuk menjana perubahan yang hebat daripada PM sebelumnya. Ini hanya akan dicapai jika beliau ada kawalan secara terus terhadap kewangan yang besar.

4.Sebagai seorang PM yang baru, beliau perlu memastikan 'power base'nya kukuh sampai ke akar umbi. Kaedah terbaik untuk memastikan ini berlaku adalah dengan mengawal 'life line' of any agenda iaitu kewangan.

Seperti kata langit biru, kita di Malaysia mmemang telah lama mengamalkan 'political economy' di mana ahli politik (bahkan parti politik) bebas menjalankan perniagaan. Apabila ini berlaku, garis pemisah antara kuasa politik dan kepentingan perniagaan amatlah kabur.

Saya pun menanyakan soalan yang sama dengan hud hud; mana pelan dan perlaksanaan untuk meningkatkan kemudahan awam yang kerajaan janjikan semasa kenaikan harga minyak tempoh hari? Mungkinkah itu semua janji kosong untuk meredakan perasaan rakyat?

Walau apa pun Datuk, sama-samalah kita berharap dan berdoa segala yang dirancangkan dalam RMK 9 dijalankan dengan jayanya. Apa pun alasan AAB untuk mengawal jumlah yang besar dalam RMK 9 kita harap ianya adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya untuk tujuan lain.

Terima kasih Datuk

Anak Malaysia

Ron said...

Sarawak - the largest state in Malaysia - only gets $500 million??? Considering all the Petroluem money that came from Sarawak went into building the Twin Towers, shouldn't we get a little more back?

bisobonar said...

YBhg Dato,

Peningkatan belanjawan negara pasti bertambah saban tahun maka peruntukan pun sudah tentu naik itu lumrah. Perbelanjaan berhemah yang di war2kan juga sesuatu yang enak didengar.Tambahlah berapa banyakpun demi kebajikan rakyat dan negara cuma saya bimbang jika tidak diseliaurus dengan teliti wang itu akan masuk ke kantung2 penyamun tarbus yang semakin ramai dan cekap.

Wasalam

2senTOTs said...

JPM gets an incremental of 4X from RM8 budget ie. fr 7,287 to 29,688? Man! As a tax payer I would certainly like to know why and how much return from it(ROI) will benefit the rakyat. Emmm... m curious... :)

rakyat biasa said...

1. JPM had spent RM7.3B in 8MP. 5 years later, it gets RM29.7B to spend! Mind boggling...
2. A 29.4% increase in allocated budget for 9MP versus total spent in 8MP ie. RM200B vs RM170B. No big deal... Just a RM50B incremental for a 25 million population nation. Or about RM20,000 per rakyat. Ok la... But what is alarming is that RM22.4B (or about 45%) of the RM50B incremental goes to JPM. I wonder why...

AC said...

Tertarik dengan salah satu statement Anak Malaysia berhubung dana untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di KL/ Malaysia.

Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) ditubuhkan pada awal 2006 kononnya dari duit potongan subsidi minyak untuk menaik taraf pengangkutan awam. Janji tinggal janji dan tabung tinggal tabung. Perkhidmatan awam di KL masih merundum di takuk lama.

Bila buat perbandingan dengan negara maju seperti UK, US or France dgn khidmat LRT/ Komuter/ Monorail akan ada statement bodoh yang mengatakan perkhidmatan pengangkutan awam di negara maju telah beroperasi lebih 100 tahun.

So, should I wait until 2050 or 2100 to see our excellent service on the public transport. Tak payah pergi jauh just compare dengan Singapore pun kita masih jauh kebelakang.

So kat mana pergi duit subsidi minyak yang kerajaan tarik balik itu yang dianggarkan kerajaan jimat almost RM4 billion dengan kenaikan harga minyak last year.

Minta Dato' komen pasal perkara ni.

Sorry, nampak macam terkeluar tajuk tapi geram sebab since 2003 guna KTM Komuter untuk ke pejabat tapi service semakin teruk.

Sekian

antibelit04 said...

Salam.

Apa nak jadi dgn kabinet Malaysia hari nie datuk?!!!!

Janji nak bina jambatan walau apapun keputusan singapore..akhirnya tarik balik.

Janji nak bagi buku teks percuma untuk semua.....akhirnya tarik balik.

Janji nak bagi MYvi cabutan bertuah...tarik balik.

Janji nak bagi hadiah tangkap gambar pesalah lalulintas...hari nie tarik balik...

Adakah ini ciri-ciri HP6 datuk????

A KADIR JASIN said...

Antibelit04 berkata: “Janji nak bina jambatan walau apapun keputusan singapore..akhirnya tarik balik.

Janji nak bagi buku teks percuma untuk semua.....akhirnya tarik balik.

Janji nak bagi MYvi cabutan bertuah...tarik balik.

Janji nak bagi hadiah tangkap gambar pesalah lalulintas...hari nie tarik balik...”

Teka-teki saya: Jambatan ke Singapura tak dibina. Gantinya Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Buku teks percuma ditarik balik mungkin kerana peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dikurangkan --daripada RM24 bilion dalam RMK8 kepada RM17 bilion dalam RMK9.

Cabutan bertuah Myvi dibatalkan mungkin kerana ia dianggap judi maka tidak secocok dengan “Islam Hadhari.”

Batal tangkap gambar pesalah lalulintas mungkin kerana semua kamera di simpang jalan dah rosak dan sedang tunggu cadangan IPS atau peruntukan dipindahkan untuk membina lebih banyak menara pengawasan polis di lebuh raya.

AC berkata: “So kat mana pergi duit subsidi minyak yang kerajaan tarik balik itu yang dianggarkan kerajaan jimat almost RM4 billion dengan kenaikan harga minyak last year.”

Saya perhatikan banyak bas baru Rapid KL di jalan raya. Tapi baru-baru pun dah mula mati dan calar sana sini.

WP dapat peruntukan tambahan lebih RM10 bilion daripada RM20.6 bilion kepada RM31 bilion.

Terima kasih.

Econsphd said...

Late For Krugmann(prof)

Oh, wrong room.
I thought this is
an economics thingey...
political economy with
extra on the
pif-a-pepper, please.

Consider war in the air
US dollars against yen
against yuan against
euro
and the russian

public transport vs
my very own little horsey
lots of cars now
and even more cars!!!
JPJ- jom pi jalan(jalan cari makan)

who is this economics
wizard that I have
this appointment with
"datuk, dia ni
tingkat mana?" - 11
with no pass, see?

figures, figures, figures
the wizard use them, too
three percentage points
and small numbers
but
they up to
billions and trillions

and they're giving him a
parachute.
while i a
war-lock and keys
won't need any.

now, where the room?

Anak Malaysia said...

Dear Datuk

Izinkan saya memberi komen sedikit tentang pendapat ron.

Sebagai anak jati negeri Sarawak, reaksi pertama saya membaca huraian Datuk adalah kekecewaan kerana sebagai negeri terbesar di Malaysia dan antara yang terkaya dengan hasil buminya (seperti kayu dan minyak), Sarawak hanya diperuntukan jumlah yang kecil iaitu RM 500 juta sahaja.

Mungkin Sarawak diberi peruntukan yang sedemikian rupa kerana AAB yakin Sarawak mampu menjana dananya sendiri dengan penglibatan swasta (PFI). Kalau ini benar, kami di Sarawak berasa bangga kerana diberi keyakinan yang tinggi oleh AAB.

Ironisnya, mengapa negeri lain yang lebih 'gah' dalam menarik PFI (seperti Wil. Pes. KL, Selangor, P.Pinang) mendapat peruntukan yang jauh lebih besar pula dari Sarawak dan perlu menjana dana melalui PFI yang lebih kecil?

Saya juga tertarik dengan teka teki Datuk mengenai jambatan Singapura dan Pulau Pinang. Saya kurang pasti alasan sebenar pembatalan projek jambatan ke Singapura oleh kerajaan tetapi jikalau ianya adalah kerana hendak mengurangkan perbelanjaan, pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang seharusnya tidak dilaksanakan juga. Apa bezanya jika jambatan ke Singapura dibatalkan dan jambatan ke Pulau Pinang dibina? Wang yang banyak akan dibelanjakan juga.

Terima kasih

Anak Malaysia

Akulamat said...

Salam untuk DAKJ dan semua perayap.

Tambahan kepada fakta sebenar janji dan tarik balik.

Jambatan Pulau Pinang kedua disorong oleh TDM tetapi ditarik balik oleh AAB pada awal pemerintahannya. Alasannya? Kerajaan tidak ada wang dan ia merugikan kerana jumlah pengguna Penang Bridge sekarang ialah 110, 000 buah kenderaan setiap hari. Dua buah jambatan bermakna setiap satunya akan digunakan 55,000 kenderaan sahaja. Rugilah katanya. Bagaimanapun sekarang diperbaharui janjinya untuk dibina. Alasannya? Tidak pula diberitahu dato!.

Sorong tarik dan sorong bagi projek-projek pembangunan di negara ini adalah biasa saja di bawah pemerintahan AAB. Bagaimana pula projek landasan keretapi berkembar dan projek keretapi laju?
Jadi apalah nak dihairankan dengan sorong tarik bagi buku teks percuma, hadiah MYvi dan hadiah gambar pesalah lalu lintas.

sekian dato. jumpa lagi

Oh ya lupa, jangan kita terkejut beruk jika jambatan di Johor itu dibina pada tahun depan!

A KADIR JASIN said...

Anak Malaysia berkata: "Sebagai anak jati negeri Sarawak, reaksi pertama saya membaca huraian Datuk adalah kekecewaan kerana sebagai negeri terbesar di Malaysia dan antara yang terkaya dengan hasil buminya (seperti kayu dan minyak), Sarawak hanya diperuntukan jumlah yang kecil iaitu RM 500 juta sahaja."

Sekadar penjelasan. RM500 juta itu adalah tambahan peruntukan pembangunan RMK9 berbanding RMK8. Peruntukan RMK8 sebanyak RM12.8 bilion berbanding RM13.3 bilion dalam RMK9.

Akulamat berkata: "Oh ya lupa, jangan kita terkejut beruk jika jambatan di Johor itu dibina pada tahun depan!"

Tidak memeranjatkan. Dengan adanya IPS, sesiapa saja boleh mencadangkan projek itu digerakkan semula.

Lagi pun dengan adanya projek raksasa SJER, sebuah laluan yang lebih luas diperlukan.

Soal undang-undang boleh dirundingkan. Singapore is an economic animal. It will agree for as long as it is assured economic and financial benefits.

Singapore loves to have a larger piece of Johor.

Lagi pun hubungan Malaysia dengan Singapura pada era PM Abdullah amat intim.

Terima kasih.

Raja Brookes said...

Sebarang Kucing,Teberang Sarawak

Orang Sarawak,
Boleh tanya sikit?

Kepala Mat Taib putih
Umurnya berapa

lama memerintah
senang lenang

jadi tanya saya pada
mat taib
mau apa lagi?

Saya yang takde
paspor tak apa ke?
Here's, my card
UMNO:
United
Malays(ian)
National
Organization

Parang Iban ni
pedang hiasan.
Tapi masih tajam.

AC said...

Dato said" Lagi pun hubungan Malaysia dengan Singapura pada era PM Abdullah amat intim."

Mana tak intim, orang kuat S'pore boleh ada dalam NST. As an ex-NST Dato' tak rasa tercabar ke?

Dato' also comment pasal banyak bas Rapid KL di KL. Tak dinafikan bas baru banyak tapi service di takuk lama. Saya tak perlukan bas baru, saya nak perkhidmatan baru. Bas baru pun banyak ada masalah dan dah masuk workshop. Setakat calar balar tu takpelah mungkin vandalism. RM4 billion allocation! Kalau 1 billion utk beli bas baru, bayangkan betapa banyaknya bas baru Rapid KL, tapi itu tak menjadi kenyataan. Entah-entah berapa sen aje yang diperuntukkan untuk public transport. Star, PUTRA, Komuter even adik bongsu dia Monorail makin teruk....

Bercakap berdasarkan pengalaman guna public transport and Rapid KL since 2003.

aanz said...

segala yang berlaku pasti ade hikmahnya..sebagai rakyat kite mesti la bersedia dengan ape saje kemungkinan..

Anak Malaysia said...

Dear Datuk

Terima kasih atas penjelasan Datuk perihal peruntukan untuk negeri Sarawak di bawah RMK 9. Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta.

Anak Malaysia

shh said...

good article. enjoy reading it.

shh said...

to ac

good eye for the public transport "but you know", daylight robber on prowl.

theres more but were stop since tun had done some work.

kesian org tua tuh...

zf_zamir said...

nasib baik ada rakyat macam datuk, kalau tak alamat tak tau @ taklid je la melayu islam ni..

marakarma said...

rosak santan kerana pulut
rosak negara kerana penghasut
berhati hati kalau mendengar
pendapat kita tak semestinya selalu benar

Tok Hitam said...

Datuk,
Salaam

"And with financial power comes political power. In short his position is unassailable."

you do have a remarkable and wonderful healthy heartful sense of humor.

the star of rustam
is starting to shine
the humble Tok Hitam
forever be mine

let's try
kicking the chair
or better still
one or the other of the pillars
of the oil rig
shall we, Badang?

antibelit04 said...

Salam!!

Datuk..kawan tertanya-tanya kenapa datuk tidak mengeluarkan isu Trade negara 1 trilion sebagai satu diskusi yg menunjukkan betapa kita telah dispinkan oleh media?. Hanya bertanya.

Apapun saja nak info kat datuk disini beberapa pandangan foromer di MYKMU yg berbincang mengenai trade 1 trilion disini.

Komen 1:

[url=http://www.imageup.biz/][img]http://www.imageup.biz/uploads/2e4a72e705.jpg[/img][/url]

Kalau kita tidak lihat TOTAL TRADE dan tengok NET TRADE atau good side of BALANCE OF PAYMENT, kejayaan yang di kompangkan ini tak ada benda.

Semasa Tun berhenti, trade surplus untuk 2003 & 04 adalah pada tahap 97.7 dan 104.5 billion. Momentum dari peningkatan hasil usaha Tun untuk turnaround ekonomi dari tahun 2000 telah membawa lanjakkan NET TRADE ke 114 billion untuk 2005.

Peningkatan lebih kurang 10% trade boleh dikatakan berkait rapat dengan peningkatan harga minyak. Kalau harga minyk tidak naik, agak2 berapa NET TRADE kita?

Sebenarnya kawan mahu perbandingan di buat dari tahun dia mengambil alih tampuk kerajaan.

Dan kawan mahu lihat perubahan dua sektor utama semasa pentadbiran AAB Kaki Tidor ia-itu distributive trade dan manufacturing?. Selain itu kawan mahu tahu, performance Public Sector (Civil service) dan AGriculture (non cash crop - plantation)?

Apa cerita tahap inflation? Statistic employment dan unemployment, dan consumer, macam mana pula?

Inilah namanya spin ... nursery rhyme utk tingkt 4

spin spin spin the facts,
making it the news,
tell tell tell a lie
for people to believe
then sell sell sell
let the country dies. .

Ingat orang bodoh ke?

yg kedua...

Investments in 2005 amounted to RM31 billion. Last year, the amount went up to RM46 billion.

Hence:

Malaysia is back on the global investment map. A record RM46 billion was invested in 1,077 approved manufacturing projects last year by local and foreign investors, a 48 per cent jump from the RM31 billion invested in 2005. [New Straits Times]

Now let’s look at the numbers real close.

A huge chunk of that RM46 billion — to the tune of RM11.44 billion or about 25% of the total — came from the petroleum and petrochemicals industry. Compare that to 2005, when investments in the industry amounted to only RM735 million.

In fact, RM10.88 billion (about 95%) of the money pumped into the industry in 2006 was domestic investment, not foreign investment.

Here’s another fact: Nearly 80% of that RM10.88 billion came from just one project — a RM7.86 billion crude petroleum refinery in Kedah being built by SKS Development (Syed Mokhtar’s da man).

The rest is largely made up by another two plants — RM2.04 billion for the expansion of Petronas’ methanol plant in Labuan and a RM1.06bil butanediol plant by Panca Intan Sdn Bhd (who?).

These huge investments in the petroleum and petrochemical industry skew the picture, because if you take away these three plants, you end up with a figure of RM35 billion (as opposed to the celebrated RM45 billion) for total investments in 2006.

This is much closer to 2005’s RM30 billion worth of investments (if we exclude the RM735 million invested in the petrochemical and petroleum industry that year).

Still, the good news is we managed to pull in a total of RM20.23 billion worth of FDI in 2006, compared to RM14.69 billion in 2005 and RM17.09 billion in 2004.

The bulk of the foreign investment — RM8.60 billion or 42% — was in the MNC-dominated electrical and electronics industry. Together with domestic investments, the industry attracted about RM10 billion or 22% of total investments last year.

However, a comparison with 2005 numbers raises some concerns.

In 2005, domestic and foreign investors poured in RM13.8 billion into the electrical and electronics industry, which is about 38% more than last year.

As I blogged earlier, the industry accounts for a big chunk of our exports, and in that sense, it has a very large influence on our economy.

Take all this into account, and you will be able to see beyond the “RM46 billion vote of confidence”.

I’m not saying we did badly in attracting investments last year. It’s just that if you put things into perspective, you get a better picture.

A much better picture.

so...saya hanya minta komen datuk..

TQ

A KADIR JASIN said...

My apology to Ghandiji and several other debaters for my inability to post their comments.

The subject of discussion is the allocation of the 9th Malaysian Plan development funds.

It’s not about praising or condemning anybody – not the PM, the blogger or each other.

It would be helpful if we confine our discussion to the matter at hand and not to use this space to make personal attacks and to call each other names.

Killing the messengers will not solve the problem. We have to address the message.

If the PM makes no effort to hide these figures, I wonder why some debaters are so upset when the very same facts and figures are subjected to analysis.

It is a fact that more than RM46 billion of the Plan’s RM200 billion plus development allocation is controlled directly by the PM via the Prime Minister’s Department, the Finance Ministry and the Ministry of Internal Security.

If there’s anything to be corrected or clarified, I am sure that the PM’s many media handlers and advisers are more than capable of doing so and I welcome them to use this space.

Thank you.

Sinbad said...

Dato,

Mungkinkah ....?

Suratkhabar-suratkhabar itu sebenarnya lebih berniat nak tipu Pak Lah; bukan kita.

Semua ucapan Pak Lah pula ditulis oleh "speech-writers" yang ada kepentingan. Kalau Pak Lah ni jenis yang suka baca sahaja tanpa usul periksa, maka akan mudahlah Pak Lah diperdaya oleh "dalang-dalang" ini.

Saya syorkan kepada Pak Lah agar selalu buat lawatan-lawatan sulit ke pusat-pusat perniagaan runcit, pusat jualan kereta, kedai-kedai makan dan kilang-kilang perusahaan bagi melihat sendiri kedudukan sebenar perniaga-perniaga tulen yang sedang tersepit ini.

Amat penting sekali, lawatan-lawatan ini dilakukan secara sulit tanpa diketahui oleh dalang-dalang yang terdiri dari kaki-kaki bodek, broker-broker skim untung atas angin, pembesar-pembesar, politikus-politikus, kaunselor-kaunselor pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli keluarga tak kira dekat atau jauh, penasihat-penasihat 25%, setiausaha-setiausaha politik, sulit mahupun akhbar, pegawai-pegawai khas, bomoh dan ahli silap mata.

indigo said...

antibelit04, thanks for the data.

Do we change the finance ministry organization?
or just abdullah?

at what point will trillions ringgit of trade trickle down to the joes and janes on the street?
will it do anything to the unemployment figures?

are we in the right direction?
what is our economics policy NOW if not in tatters - without going too much into our foreign policy NOW?

is that nor mat yakob also a tingkat 4 and do we need to change him too?

Anak Malaysia said...

Dear Datuk

Tahniah dan terima kasih kepada antibelit04 di atas analisis terperinci. Saya tertanya-tanya kenapa media utama negara tidak ingin pergi lebih jauh dengan membuat analisis sebegini untuk menjelaskan lagi perangkaan yang diwar-warkan?

Saya takut perangkaan seperti ini dicanang untuk memberikan gambaran yang 'indah khabar dari rupa' keadaan sebenar ekonomi negara kita.

Secara peribadi, saya masih belum lihat bagaimana bajet dan angka perdagangan kita yang telah mencecah RM 1 trillion membawa kepada peningkatan kualiti hidup rakyat biasa negara ini. Peniaga2 runcit, kontraktor2 kerajaan dan orang2 di kaki lima yang saya temui semuanya berkeluh kesah kerana kenaikan harga barang, perniagaan yang menurun dan kos sara hidup yang meningkat.

Tindakan yang telah dan akan diambil yang saya lihat lebih menjurus kepada kebajikan kakitangan kerajaan sahaja (seperti kenaikan gaji dll). Rakyat lain bagaimana?

Selagi bajet dan angka perniagaan RM 1 trillion ini tidak dapat dilihat kesannya kepada rakyat biasa macam saya dan saya percaya, majoriti rakan bloggers sekelian, saya tidak mahu mendabik dada dahulu. 'Action and results speak louder than words'.

Terima kasih Datuk

A KADIR JASIN said...

Saudara saudari pembahas dan pelawat dihormati,

Ada beberapa orang yang tidak membaca blog kita ini tetapi "mendengar" mengenainya bertanya saya jika saya mengasaskan analisis ini kepada fakta dan perangkaan yang sahih.

Jawapannya "Ya". Perangkaan yang saya gunakan adalah perangkaan rasmi kerajaan yang dimuatkan di dalam laporan RMK9.

Meminjam frasa TPM, "I did not cook up the figures. They are real figures."

Dan berikut adalah kenyataan TPM Najib mengenai kedudukan ekonomi negara yang sedang diuar-uarkan sebagai semakin cerah.

"February 17, 2007 16:03 PM E-mail this news to a friend Printable version of this news

Economic Figures Are Real, Not Cooked-up, Says Najib

KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- Malaysia's encouraging economic figures and indicators are real and not "cooked-up" by the Government, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

"The figures are real. That's absolutely real. You don't make wild accusations like that... we have never cooked-up the figures.

"Our books are very transparent. The people from the World Bank and the IMF (International Monetary Fund) come and examine our books on a regular basis... there is absolutely no way we can cook-up the figures," he told reporters when asked about speculations and accusations that the Government "drummed up" the economic indicators to boost public confidence.

Earlier, Najib closed an Islamic scholars' discourse hosted by the Information Ministry.

The deputy prime minister said the economic indicators and figures disclosed by the Government to show the country's economic achievements reflected the real situation.

"In reality, more people have reaped the fruit of our country's current economic growth than a year ago.

"If we look at those involved in certain sectors like manufacturing, plantation, oil and gas and wholesale, I think in the wholesale sector alone many companies have started to receive new job orders but as usual some companies have not received any.

"And perhaps companies that have not received any orders are the ones feeling they have not benefited and maybe some people engaged in the wholesale business are also feeling the pressure with the presence of hypermarkets.

"This probably can be due to the consumer shift, meaning consumer buying is still strong but it is confined to newly set up shopping centres like hypermarkets.

"This may have caused wholesalers still running traditional retail oulets to feel the pinch but this is not due to the economic status but caused by changes in the economic structure and shift in consumer preference, he said.

Mika Angel-0 said...

Thank you Sheih.

Especial to my Chinese brethren everywhere in the world,

Salaam
and
Happy Chinese New Year!!!

mka said...

Bak kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim... Lebih banyak peruntukan RMK, lagi banyak ketirisan berlaku. Siapa yang akan menanggung segala ketirisan ini? Sudah tentu anak cucu kita yang akan membayar segala kerugian ini!

gendut said...

Mohon penjelasan wahai dtk AKJ terhadap artikel ini...
thttp://warong-kopi.blogspot.com/2007/02/surat-untuk-datuk-kadir.html

gendut said...

Mohon penjelasan wahai dtk AKJ terhadap artikel ini...
thttp://warong-kopi.blogspot.com/2007/02/surat-untuk-datuk-kadir.html