Thursday, March 15, 2007

Bukan Penembak Curi Yang Ditakuti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan "anonymous" tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang mengandungi unsur hasutan, fitnah atau kesat tidak akan disiarkan. Terima kasih.]

UPDATE, 18 Mac

PORTAL berita Malaysiakini melaporkan bahawa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengarahkan akhbar di bawah kawalannya agar “tidak mencetak atau memberi sebarang pertimbangan kepada makalah Internet yang didapati tidak berasas atau berasaskan kepada spekulasi semata-mata.”

Arahan bertanggal 13 Mac memberi amaran kepada media massa arus perdana agar tidak memetik atau menyiarkan rencana portal berita dan blog yang “anti-Kerajaan.”

Malaysiakini mendakwa memperoleh salinan surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran bernama Che Din Yusof bagi pihak Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Ini adalah satu lagi contoh kebimbangan pemerintah terhadap pengaruh saluran maklumat Internet seperti portal berita dan blog, dan kawalan yang semakin ketat ke atas media massa arus perdana.

Namun ada juga kebaikan kepada arahan terbaru ini. Ia memaksa media massa arus perdana agar memberi perhatian kepada maklumat Internet dan mendalami kesahihannya.

Kesimpulannya media massa arus perdana boleh menyiarkan bahan portal berita dan blog jika didapati berasas seperti pendedahan bahawa Kerajaan membeli jet mewah berharga RM200 juta untuk kegunaan pembesar negara baru baru ini.

Sekadar kegusaran --- apakah baik bagi media massa arus perdana, kepada kebebasan akhbar dan kepada kewibawaan pengarang media arus perdana menerima “warkah” sedemikian dari pemerintah?


POSTING ASAL

PERBUATAN memburuk-burukkan blog dan laman berita web di akhir-akhir ini bukan kebetulan.

Ia adalah satu kempen yang diilhamkan oleh pemilik dan pengendali jentera maklumat dan propaganda rasmi.

Kalau kita masih ingat, tembakan pertama terhadap blogger dilepaskan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, Datuk Shaziman Abu Mansor Ogos lalu. Beliau menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Saya yakin walaupun Shaziman mengherdik blogger dan pengulas blog yang menembak curi, beliau sebenarnya lebih takut kepada blogger dan pengulas blok yang memperkenalkan diri mereka.

Walaupun majoriti blogger adalah orang biasa yang mengguna Internet sebagai tempat menyimpan catatan (log) peribadi, semakin banyak wartawan dan golongan profesional lain kini menggunakan blog sebagai saluran komunikasi.

Inilah yang ditakuti oleh pemerintah dan elit politik. Mereka bimbang keupayaan mereka membentuk dan menguasai pendapat umum melalui saluran tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen dihakis oleh saluran baru maklumat ini.

Tuduhan rambang Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor bahawa blogger umumnya wanita, menganggur dan berbohong adalah manifestasi “ketakutan” elit politik parti pemerintah terhadap pengaruh blog dan laman berita web yang semakin ketara.

Bukti kebimbangan mereka menjadi mutakhir dan sahih apabila akhbar New Straits Times berasa perlu mengerah seorang penulis kolum untuk membelasah blogger.

Penulis yang diupah itu (yang makan gaji) antara lain berkata sfera blog tempatan adalah tempat bermastautin orang yang cacat kehidupan dan ahli tilik yang terpinggir.

Katanya hujah-hujah bodoh dan melulu mereka membuktikan mereka tidak berdaya dan tidak berhak untuk mendapat kerja sepenuh masa.

Penulis yang diupah itu menambah, khabar angin, tuduhan melulu, separa-kebenaran dan pembohongan mutakhir adalah barang jualan mereka dan piawaian, prinsip dan etika diketepikan.

[Malangnya dia tidak pula menyebut bahawa sampai hari ini NST tidak memohon maaf atau menyiarkan surat Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapan laporan mengenai pertemuan beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tokyo tahun lalu.)

Isunya lebih besar daripada blogger lawan media arus perdana atau Teuku Adnan lawan blogger wanita. Isunya ialah semakin banyak bekas wartawan media massa arus perdana kini menjadi blogger dan banyak wartawan media massa arus perdana membaca blog dan mencuri-curi mengulas dalam blog.

Dalam konteks yang lebih luas blog dan laman berita web berkemungkinan besar menjadi pemangkin kepada pertembungan generasi pada pilihan raya umum akan datang.

Adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya umum nanti akan menjadi gelanggang perentapan generasi yang akan menyaksikan pertembungan antara generasi lama dengan generasi baru.

Manakala generasi lama terikat dengan norma tradisional seperti menyokong parti hidup atau mati, taasub kepada personaliti bergantung pada saluran maklumat tradisional dan buta IT, generasi baru pula bebas daripada politik kepartian, tidak bergantung pada saluran maklumat tradisional dan celek IT.

Pilihan politik generasi muda dijangka lebih menjurus kepada isu daripada taat setia kepada parti atau personaliti.

Inilah asas ketakutan yang menyebabkan orang seperti Shaziman, Teuku Adnan dan penulis kolum upahan memaki hamun blogger dan pengendali laman berita web.
Shaziman, Teuku Adnan dan elit politik tidak perlu takut kepada penembak curi yang “berbohong.” Kebenaran akan membebaskan mereka. Tetapi penembak sasar (sharpshooter) lain halnya!

30 comments:

. said...

Ybhg Dato, saya melihat ada beberapa isu di sini.

Pertama, orang lain memburukkan blogger. Saya tidak menafikan. Mungkin ada kebenaran. Sukar untuk menjadikan semua orang suka kepada kita. Begitu juga ramai agen provokasi dalam internet. Yang panas baran akan menari mengikut rentak gendang mereka. Adat dunialah katakan.

Kedua, blogger memburukkan dirinya sendiri. Bagaimana? Menulis ikut hati yang marah, tidak menyemak fakta, terlalu emosional, membuat tuduhan rambang, menggunakan bahasa kesat, melakukan personality assasination terhadap tokoh tertentu (seolah-olah ada masalah peribadi dengan orang itu) dan gagal menggunakan bahasa yang baik.

Saya yakin blog menyediakan wadah baru untuk kita berkomunikasi dengan pembaca -- tanpa gate keeper. Namun, blogger juga perlu bertanggungjawab. Saya kira tidak ada masalah untuk mengkritik, namun tulisan itu hendaklah dibuat secara berhemah. Saya melihat tulisan Dato adalah contoh bagaimana blogger boleh menulis secara berhemah.

Saya percaya ramai blogger yang memilih untuk bertanggung -- bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara tercinta.

Wassalam.

Anonymous said...

datuk

satu ulasan yang amat tepat mengenai kejadian kita para blogger diburuk-burukkan oleh media massa arus perdana.

secara peribadi, saya terlibat dalam blog kerana ianya mudah dipelajari, kosnya yang rendah dan mampu mencapai ramai pembaca di mana jua mereka berada (asalkan ada talian telefon dan akaun internet).

saya juga terlibat dalam blog kerana saya tahu bahawa sesetengah pendapat, komen dan ulasan saya mungkin akan diedit atau lebih teruk lagi tidak disiarkan langsung di media perdana. i just want a space for my opinion and blog has given me that.

memang benar, dalam blog ada penembak cuti, kaki bohong, yang mereka-reka cerita, yang menabur fitnah dan sebagainya. bak kata datuk, jikalau apa yang ditulis itu pembohongan, tidak ada yang perlu ditakuti. kebenaran akan membebaskan mereka. mahkamah pun ada untuk tempat menuntut keadilan.

ketakutan kepada bloggers ini adalah kerana kita dapat menyatakan pendapat kita tanpa perlu menurut arahan dari atas, free to express our opinion without any fear.

apa yang kita lihat kini adalah pertembungan antara the old way of doing things (sogokan cerita yang sesetenghnya di'spin', separa benar, feel good stories oleh media perdana) dan bloggers sebenar (bukan kaki reka cerita) yang mengulas isu-isu secara kritikal dan bertanggungjawab.

sejauh mana kesan pertembungan ini masih tidak dapat kita tentukan. yang penting bagi saya secara pribadi, biarlah pertembungan media tradisi dan baru ini akan dapat membuka minda masyarakat agar boleh membuat pilihan yang terbaik untuk semua dan bukannya yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

terima kasih datuk.

ahm said...

how i wish someday to see blog address reads as;

paklah.blogspot.com

my humble suggestion to those pembesars come on join us be a blogger yourself and find out a new (not so new anymore) world of communications in a more free way..

come on let's post and be posted directly.

till then,

cuti cuti malaysia
malaysia, truly asia

Anonymous said...

MENYANGGAH KETUANAN PEMBESAR DURJANA

Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

Tidak dapat dinafikan bahawa memang menjadi keinginan kebanyakan orang untuk menjadi tuan dalam satu-satu kelompok manusia. Dengan menjadi tuan, mereka dapat memperoleh sesuatu kelebihan berbanding orang lain. Kelebihan ini termasuklah kelebihan dari segi status, kedudukan, jawatan, gelaran, kuasa dan hak-hak istimewa tertentu. Kelebihan inilah yang sentiasa menjadi tarikan kebanyakan orang yang berlumba-lumba untuk menjadi tuan. Namun begitu, orang-orang ini selalu terlepas pandang akan tanggungjawab berat yang datang bersama-sama dengan kelebihan tadi. Yang mereka lihat hanyalah kesenangan diri, kekuasaan yang diperoleh, perhormatan yang dikecapi, pujian yang didengari dan lain-lain perkara yang disukai oleh mereka. Bagi kelompok manusia yang lain, kedudukan mereka ini samalah seperti kuli atau hamba yang hidup sengsara, berpenat lelah, memerah keringat dan tenaga demi kesenangan hidup golongan tuan ini.

Di dalam sesebuah negara yang terdiri daripada golongan pemerintah dan yang diperintah, siapakah sebenarnya tuan kepada siapa? Ada yang berpendapat bahawa pemerintahlah tuan kepada yang diperintah. Namun, bagi segelintir ahli politik, mereka mendakwa bahawa pemerintahlah sebenarnya hamba kepada yang diperintah iaitu rakyat. Malah, pernah seorang ahli politik berjawatan Perdana Menteri yang tanpa segan silu mengisytiharkan dirinya sebagai hamba rakyat nombor satu. Walau bagaimanapun, melihat kepada tindak-tanduk ahli politik ini, perbuatannya sama sekali tidak mencerminkan perkara-perkara yang lazimnya dilakukan oleh seorang hamba. Yang jelas kelihatan adalah rakyat yang didakwa sebagai tuan tadi yang sebenarnya hidup seperti hamba yang hidup menderita.

Realitinya sekarang di negara ini, golongan pemerintah atau lebih tepat lagi, para pembesarlah sebenarnya menunjukkan ketuanan ke atas rakyat yang didakwa oleh mereka sebagai tuan. Golongan yang mendakwa diri mereka sebagai hamba rakyat ini sungguh berani dan biadap sekali mempermain-mainkan tuan mereka. Mereka menyebarkan berita-berita tentang kemakmuran ekonomi untuk rakyat yang kononnya akan muncul kembali walaupun pada hakikatnya, kemakmuran yang dikatakan itu hanyalah kemakmuran maya semata-mata, mungkin dengan tujuan untuk memperbodohkan si rakyat. Di kalangan rakyat yang mempunyai kesedaran tentang tindak-tanduk buruk yang dilakukan oleh para pembesar, yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab dan celik maklumat daripada sumber internet, mereka telah diserang dengan pelbagai cara termasuklah penghinaan oleh pembesar-pembesar ini dan konco-konco mereka yang menguasai media massa arus perdana. Golongan yang celik maklumat ini diperangi habis-habisan, mungkin kerana golongan pembesar ini tidak mahu kebenaran ditegakkan. Sekiranya kebenaran terbongkar, ketuanan mereka pasti tercabar dan ini semestinya tidak mahu dilalui sama sekali.

Hamba yang berlagak seperti tuan ini seharusnya diberikan pengajaran. Setelah dinasihat dan ditegur, si hamba masih tidak mahu berubah, maka adalah lebih beradab untuk menukarkannya dengan hamba yang lain berbanding melakukan keganasan kepada hamba yang degil itu seperti memukul, mendera atau membunuh hamba itu. Tiada salahnya untuk membakar kelambu yang sudah tua dan usang dan penuh pula dengan lubang-lubang yang semakin sukar untuk dijahit semula. Demi untuk menghalau nyamuk daripada memasuki kelambu dan menjangkiti pula orang di dalamnya dengan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti denggi dan malaria, maka eloklah si manusia menunjukkan ketuanannya dengan memasang kelambu baru, sekaligus menyanggah serangan gigitan nyamuk durjana ini. Nescaya, dengan cara ini, nyamuk tidak akan dapat bermaharajalela lagi dan si manusia pula dapat tidur aman dan nyenyak tanpa perlu memikirkan jangkitan penyakit-penyakit berbahaya daripada nyamuk tadi. Sama-samalah kita renungkan.

Sekian, terima kasih.

joe penang said...

Itulah antara masalahnya org lama sebagai menteri. menteri yg baru plak, hanyalah yg dikitar semula.
So mindset org lama camtu. Payah nak terima nasihat anak2 muda.
Maybe PRU12 nanti KJ akan lantik org2 muda jadi menteri?Itupun kalau BN boleh menang besar...

malay-tree said...

Mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Orang kalau dah buat salah memang selalu rasa begitu. Berani kerana benar.

Hak Rakyat Pulangkan Kembali.

Anonymous said...

saya rasa datuk mungkin antara blogger2 yg menulis dgn fakta yg benar,so datuk mempertahankan blogger2 di internet...bagaimana dgn blogger2 lain??? adakah mereka juga jujur???....saya rasa tak, yg saya baca dalam blog 20% based on fact, and 80% menulis sekadar pandangan peribadi saja. lantas saya pun berkata, blogger ni umpama chatting di internet...anda boleh berkata apa sahaja yg anda nak, orang lain tak nampak anda dan orang lain tak ambik pusing. saya sedikit pun tak terpengaruh dgn blog...susah nak percaya

Mika Angel-0 said...

this is the one that i want

Egypt blogger jailed for 'insult'

Soliman was arrested for his "insulting" blog posts in November
An Egyptian court has sentenced a blogger to four years' prison for insulting Islam and the president.
Abdel Kareem Soliman's trial was the first time that a blogger had been prosecuted in Egypt.

He had used his web log to criticise the country's top Islamic institution, al-Azhar university and President Hosni Mubarak, whom he called a dictator.

A human rights group called the verdict "very tough" and a "strong message" to Egypt's thousands of bloggers.

Soliman, 22, was tried in his native city of Alexandria. He blogs under the name Kareem Amer.

A former student at al-Azhar, he called the institution "the university of terrorism" and accused it of suppressing free thought.

The university expelled him in 2006 and pressed prosecutors to put him on trial.

'Slap in the face'

During the five-minute court session the judge said Soliman was guilty and would serve three years for insulting Islam and inciting sedition, and one year for insulting Mr Mubarak.

On blogs everyone is allowed to write what they want. This proves how unintelligent the president and Al-Azahr are

Kasia


Send us your comments
Egypt arrested a number of bloggers who had been critical of the government during 2006, but they were all subsequently freed.

Hafiz Abou Saada of the Egyptian Human Rights Organisation called the sentence "a strong message to all bloggers who are put under strong surveillance".

The UK-based organisation Amnesty International said the ruling was "yet another slap in the face of freedom for expression in Egypt".

Fellow blogger Amr Gharbeia told the BBC it would not stop Egyptian bloggers from expressing opinions as "it is very difficult to control the blogosphere".

There have been no reported comments on the sentence from the Egyptian authorities.



smells of war in the air
as thick as the air
before a storm in Tehran

Ari said...

Round..One..!
Masa dan ketika saja yang berbeza, konsep dan philosofi perlawanan tetap sama.

Semasa kempen REFORMASI sedang panas dan anak muda yang 'off day' buat demonstrasi di jalanan KL,polis pencegah rusuhan (FRU)menjadi tukang belasah. Sekarang keadaan dah berbeza, kempen jalanan dah sangat berkurangan, sekarang melalui media elektronik khususnya blog, jadi.. tukang belasah pun kena lah berubah. Baru boleh lawan pada tahap yang sama.Konsep perlawanan tetap sama, satu pehak akan menyuarakan rasa tidak puas hati atau amarah atau suka mereka dan satu pehak lagi akan menyanggah atau belasah yang tak puas hati tadi untuk pihak tuan mereka.Kalau tak ada yang menjawap atau menghalang macam mana nak tahu sama ada orang baca atau tidak apa yang di suarakan, kalau semua komen tu menyokong penulis berkemungkinan besar yang di jolok penulis tu tak tahu pun yang dia telah di jolok orang..check and balance lah tu..barulah menarik dan seronok.

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,
Saranan dan harapan ahm untuk melihat sebuah blog di alamat paklah.blogspot.com satu cetusan idea yang disokong oleh saya.

Sekiranya benar Pak Lah bekerja tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, sekiranya benar Pak Lah adalah sebenar-benar Perdana Menteri dan bukan orang lain berselindung di sebaliknya, jika sekiranya benar Pak Lah adalah hamba nombor satu rakyat, maka adalah wajar Pak Lah memerlukan satu saluran di mana beliau boleh berkomunikasi dengan kita semua tanpa ada 'gate keeper' di 'tingkat' mana-mana pun.

paklah.blogspot.com mungkin boleh menjadi wadah di mana kita akan lebih memahami diri Pak Lah sebagai manusia biasa seperti kita juga. Blog itu juga akan menjadi 'indikator' kepada Pak Lah sendiri akan di mana kedudukan beliau sebenar-benarnya.

Pak Lah tidak wajar bertangguh lagi untuk ada blognya jika benar beliau memahami maksud 'bekerja bersama saya dan bukan untuk saya.'

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Kata pepatah Melayu, berani kerana benar. Orang yang melakukan sesuatu dengan iklas dan suci tidak perlu takut. Memang akan ada manusia yang berhasad dengki dan mengunakan pelbagai cara untuk melepaskan kebencian mereka. Ini termasuklah menulis perkara yang tidak benar dalam blog.

Pada masa yang sama, ada manusia yang diberi kuasa untuk memerintah menyalahkan guna kedudukan dan kuasa mereka. Contohnya,Kita tidak tahu, samaada Johari bersalah atau tidak. Tetapi kita tahu, polis mendapat maklumat mengenai pelepasan mereka yang ditahan dibawah kuasa dharurat kerana berita itu tertulis di blog. Ini tentunya satu sumbangan bloggers kepada negara sekiranya perkara yang dituduh itu benar.

Melalui bloggers juga kita tahu yang Pm beli jet baru. Kita juga tahu yang PM memberikan 3 juta kepada bahagian UMNO melalui bloggers.
Jadi apakah ini satu pembohongan. Tentunya tidak.

Kesimpulannya zaman berubah. Jadi akan ada manusia yang telah biasa dengan sistem lama,dimana semua kuasa mengubah fikiran rakyat ditangan pemimpin, kini berasa tidak selamat. Mereka merasa terancam. Sedangkan bagi mereka yang menegakkan kebenaran bloggers adalah satu ruang yang luas untuk mereka menyatakan visi dan sumbangan mereka.

Bloggers adalah satu ubat untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan perlu melihat perkara ini secara rational dan tidak ada pilihan lain melainkan menerima kehadiran bloggers sebagai satu ajen mengubah pemikiran rakyat. Kerajaan tidak boleh mengulanggi kesilapan Mao Tze Tung yang membakar buku.buku dizaman revolusi.

Ghandiji

Anonymous said...

Entahlah Dato', peranan bloggers agak kendur kebelakangan ini sebab misi asal mereka sudah tenggelam. Bloggers mengharapkan pilihan raya diadakan cepat, tapi nampak gayanya lambat lagi. Bloggers dah letih dah. Ini strategi pemerintah. Ada bloggers yang agak garang, sudah disekat menulis menerusi perintah mahkamah. Memang inilah strategi mereka. Jadi, sejauh mana bloggers boleh bertahan. Saya tengok, bloggers pun tak ada strategi. Sebetulnya, mereka syok sendiri. Rasanya salah cara itu. Semuanya berlaku kerana bloggers tak ada misi. Saya tak nampak sebab mengapa pemerintah takut kepada bloggers sebab bilangan mereka kecil dan kebanyakannya di bandar besar. Kalau nak berkesan bloggers kena fikirkan cara yang terbaik untuk menghadapi keadaan. Kalau Dato'dengan tulisan Dato', bloggers lain dengan tulisan mereka, akhirnya orang syok baca sajalah. Kesannya apa? Kalau tak ada kesan, maknya, selama ini bloggers menggabiskan masa sajalah.

Berita dari gunung said...

Just a bit.

Modern politic is hinged on reaping gains and sidelining enemies.

I could be wrong.

lamandau said...

Datuk, this is my comment I posted in kuda-kepang.blogspot.com:
Datuk, you and the rest of the bloggers must accept the fact that the people in power is begining to fear bloggers and what you all are capable of doing. In a very near future , you may be able to observe a substantive paradigm shift being taken by CEOs/CEs of major papers. The shift to include 'tell all and no hide' attitudes when reporting.Most of the CEs (CEOs too) of major paper realise d that their role of desiminating informations to the public have been taken over by BLOGGERS! With the internet users rose to over 11 millions in Malaysia, they feel that their primary functions have been taken effectively by bloggers. The confidence of the public in Bloggers had risen sharply whilst the contemporary mass media is suffering of less number of readership.
My little bird have whispered to me Datuk,that a well-known CE of a major paper is on the brink of giving up due to drastic drop in the readership of his and subsidiaries papers!This could happen if no drastic changes in the attitude take place. People tend to believe bloggers more now.
That is the very reason Datuk, I always call upon bloggers to be responsible in their postings. We must educate ourselves to be sincere and truthfull in our writings. Those that we feel ambigous, don't post before getting confirmatory informations.Bloggers too have to share their responsibility with the government to maintain or even enhance the racial unity we are enjoying now! Then only the bloggers be respected not only by the rakyat but the government hence your voices will be heard!!!Salam

11:25 AM
Delete

IBU said...

Assalamualaikum

Saya setuju dengan pendapat Datuk.

Rasa sungguh tak selesa apabila ada sesetengah individu atau kumpulan yang sesedap mulut membuat "sweeping" & "hasty generalisation".

Ada juga yang dengan angkuhnya menonjolkan penggunaan bombastic words dan vobabulary di dada akhbar tempatan sebagai menonjolkan perbezaanlah kononnya beliau yg terlatih untuk menulis berbanding dengan bloggers yang menaip secara sambilan.

Apakah masih tidak disedari oleh mereka yang patut menyedari bahwa komunikasi itu perlu terjadi secara dua hala? Both push & pull. Both downward & upwards.

Lebih2 lagi dalam zaman teknologi ini, tidak adakah yang ditugaskan mengenalpasti saluran komunikasi yang lebih selesa digunakan oleh rakyat jelata yang mempunyai pendapat untuk bersuara? Lebih2 lagi rakyat yang tidak lagi hanya angguk2 dan geleng2 mengikut telunjuk?

Mungkin ada, but instead of identifying how such channels could be "capitalised" and "spinned off" to the positive, they've done more & more insult these days.

I've tried to think of how and where to can we rakyat voice our opinions? Climate surveys? Polls? Open (really open) forum? Closed door sessions (maklumlah orang kita ni malu nak bersuara di khalayak ramai)? Letters to editors (yang not heavily edited)? Regular meet-the-wakil rakyat sessions (yg bukan terhad pada majlis makan2 di musim perayan)?

Biro pengaduan? Tapi kami bukan nak mengadu. Cuma nak bersuara dan mengutarakan pendapat.

Berapa ramai sangat yang larat nak tunggu turn "by prior appointment"?

Or do we just wait for the election?

Saya tak nampak ada saluran yang betul-betul telus disediakan untuk "bottom up" communication dari rakyat kepada yang di atas sana.

It's basic science that hot air must move upwards. The more pressure enforced to keep it below the surface, the more potential it gathers to upsurge with even greater energy later.

Maaf kerana menggunakan BM & English bercampur aduk. After all, saya cuma blogger sambilan, yang tidak terlatih seperti yang terlebih pandai di dunia nyata sana nun.

Ibu menulis sekadar peninggalan untuk tatapan anak-anak.

Wassalam

Anonymous said...

lamandau said,

"Those that we feel ambigous, don't post before getting confirmatory informations.Bloggers too have to share their responsibility with the government to maintain or even enhance the racial unity we are enjoying now! Then only the bloggers be respected not only by the rakyat but the government hence your voices will be heard!!!Salam"

BBC said, of Egypt blogger jailed for 'insult':

"He had used his web log to criticise the country's top Islamic institution, al-Azhar university and President Hosni Mubarak, whom he called a dictator."

jangan lah aku ini
si kebun pak awang
celah batu, celah bedah

give me freedom!
(berani buat, berani tanggung)

wassalaam

A KADIR JASIN said...

Kenyataan Perdana Menteri "bikin" Johari pening kepala. Berikut laporan bernama yang dipetik oleh Malaysia-Today:

"18/03: Johari is ready to be investigated
Category: General
Posted by: Raja Petra
New Straits Times

Datuk Mohd Johari Baharum said he is ready to be investigated on the bribery allegations but neither the police nor the ACA have yet to question him.

The deputy internal security minister said he was puzzled by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s statement on Friday that he should answer the allegations instead of blaming others.

He said Abdullah may have been referring to his previous comments on the standard operating procedure for the detention of criminal suspects under the Emergency Ordinance.

There have been allegations on the Internet that Johari was paid RM5 million to help release three men detained under the Emergency Ordinance.

"I have met Pak Lah and told him the truth. What I did (spoke on the issue before) was according to procedure," he said after opening the annual general meeting of the Parent-Teacher Association at SRJK Tamil Changlun here yesterday.

"I am leaving it to the authorities to investigate. So far, they have not asked me. Whatever it is, I have nothing to hide."

Unknown said...

Datuk, Salam~

Mula-mula "penembak curi dari golongan wild wild web", tentulah hampir tiada burung kakak tua. Budak tu saja yang cakap...

Tetapi lepas tu, apabila terdengar "they just want to rubbish me", tentulah bersepah-sepah burung kakak tua terjerit-jerit doing apple polishing.

Kian bingit dengan tembakan demi tembakan... (teringat ucapan Tun Musa Hitam ketika menceritakan Peristiwa Memali)

Siapa yang untung?

Renung hakikat ini yang agak pahit untuk dikatakan. Pahit kepada kawan-kawan di dalam pembangkang.

Di zaman Tun, hampir siang malam dia debik pembangkang terutama PAS. Lalu PAS waktu itu diketahui umum sebagai sebuah entiti yang memang wujud di dunia ini.

Di zaman PM sekarang, dia hampir-hampir tak sebut nama mana-mana pembangkang pun.

Tidakkah ada di antara pembangkang yang orang tak perasan pun dia masih wujud di dunia ini?

Tidakkah ada di antara pembangkang yang dekat-dekar nak terguling ke tahap "ada serupa tiada"? ...seperti perdana menteri di sebuah negara yang hakikatnya "ada serupa tiada".

Pada saya, biarlah depa tembak tiap-tiap hari. Depa sendiri yang letak bloggers (tak termasuk kutu ini) sebagai a force to reckon with.

Salam~

A KADIR JASIN said...

Terima kasih Sdr Syed Shahrul Zarizi,

Makan roti canai dan minum teh si kosong.

Sambil tu dengar cerita budak-budak yang hantar kelengkapan ke Sri Perdana.

Mewah kediaman rasmi yang kita bina, perbaiki dan ubah suai untuk keselesaan pembesar kita.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato',

Kita pakatlah elok-elok, misi kita untuk menyampaikan yang benar. Kerajaan Pak Lah memang tak boleh disokong lagi. Nak tunggu pemimpin (oops sorry), pembesar UMNO lain untuk perbetulkan, kirim salam saja. Pak Lah akan berkuasa lama lagi, kita mesti bag signal pada pembesar UMNO yang lain. Mereka mesti berani menyatakan yang sebenar! Or else, i'm thinking not to vote for BN. Sedih pulak rasa dihati, but, nampak macam itu saja jalan yang tinggal.

Berita dari gunung said...

Sikit saja,

Bila Sdr KS Walia, dengan penuh semangat membongkar sesuatu dalam TV3, jadikan kita berfikir lama.

Agaknya la.., hentam, bongkar, libas adalah perkara biasa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

TV3 lebih selesa memilih untuk membongkar "kain-kain buruk" di negeri Dr Khir Toyo.

Paparan dalam blog lebih luas wadahnya. Lebih menarik lagi, pembaca boleh turut menyumbang dan memberi pandangan. Bernas atau tidak bukan soalnya. Perlu juga kita akui, bukan semua pembaca terdidik di Oxford.

Saya belum nampak apa-apa yang canggung di sebalik blog. Sebenarnya ada juga yang tersinggung dengan paparan KS Walia, tetapi tiada peluang memberi komen.

Mungkin saya salah.

Anonymous said...

Salam.

Datuk, kebanyakkan isu yg dittimbulkan di blogers sebenarnya menjadi satu cara alternatif pemikiran selain dari disogokkan oleh media massa yg dikuasi pemerintah. Isu yg di paprkan blogers...memang benar bukan semuanya boleh dipercayai 100% tetapi sejarah dah tunjukkan dari cerita2 di internetlah perkara2 besar berlaku..ingat lagi kes Anwar lawan Tun DM?. Berbulan setahun sebelum anwar dipecat dah ada cerita di internet berkenaan hubungan mereka yg makin renggang. Anwar menafikannya malah siap berpantunmasa mesyuarat agung umno menunjukkan kesetiaannya sewaktu isu kem anwar nak lawan Tun Mahathir sprt berikut....

"angkut-angkut terbang ke langit..
sampai dilangit dimakan merbah...
biar bertangkup bumi dan langit...
setia hamba tidak berubah....

kalau dah begitu sumpahnya dgn bumi dan langit menafikan kononnya khabar angin di internet....takkan begitu mudah orang nak menolak segala dakwaan di internet apatah lagi isu-isu melibatkan fact and figure..ECM Libra, Beli Jet, renovation kediaman pembesar, ekonomi dll....

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Datuk:
Sebenarnya kebebasan media tidak sepatutnya menjadi ancaman kepada mana-mana pihak kerana finally akan ada satu sistem check and balance. Sekiranya sesuatu berita itu tidak benar, seseorang yang tahu akan cerita sebenar akan memberikan maklumat yang akan nullify cerita itu.

Anonymous said...

Ini taktik lama. Apabila pembesar2 kita tewas dalam debat intelek, mereka akan menggunakan ancaman. Jika ini tidak juga diendahkan, mereka akan guna kekerasan! Apakah Islam Hadhari merelakan tindakan diambil hanya kerana pemilik blog mempunyai pendapat yang berbeza? Apakah pembesar kita hanya mahukan rakyatnya menjadi Pak Turut? Saya fikir rakyat sedia menjadi Pak Turut jika pembesar2 negara benar2 terdiri mereka yang bersih dan mentadbir dengan dada yang lepang, hati yang terbuka dan kejujuran yang tidak terhingga! Tetapi hari ini, semua sudah berbeza. Pembesar bertekak sesama sendiri; bila bekerja, curi masa sambil lena; bila bercuti, jom kita bergembira sedangkan rakyat merana!

Entahlah...kalau ikut jalan agama, kita digalakkan bertanya dan tidak mengikut membabi buta!

Anonymous said...

Semalam (19/3/07) Buletin Utama adakan sms lebih kurang macam ni tajuknya 'Bolehkah ahli parlimen kembalikan zaman kegemilangan seperti yan diminta oleh PM' A (ya) B (tidak). Saya lihat pada pertengahan BU keputusan 76%(A) dan 24%(B), lagi 3 minit terakhir pun keputusan masih sama TAPI bila BU dah nak habis tiba-tiba keputusannya dah terbalik 22%(A) dan 78%(B). Saya rasa mcm dimainkan oleh TV3 saja..sia-sia saja pendapat orang ramai, harap TV3 tunjukkan yang betul walaupun keputusan sms tak "menyenangkan"(tak feel good) jgnlah dok spin sangat.

Anonymous said...

what happened dude?
you ran with the money too?
or you are just scared shit of KJ?

A KADIR JASIN said...

cucu tok bisu said:

" what happened dude?
you ran with the money too?
or you are just scared shit of KJ?"

Thank God nothing happens to me.

I am not running with my money. Not much to run away with for a start.

No, not "scared shit" of KJ. But afraid all the same.

Having been a writer all my life and working under five PMs and their konco-konco, I know what some powerful people are capable of when power gets to their heads.

To the rest, thank you for participating.

Anonymous said...

Datuk
Salaam

That is the most wonderful answer I have heard from you - an honest answer.

Yes, only a fool will have no fear when there should be.

Tread with care even if we got a big bat with us: the bat might be on holidays.

Let us have a great life - Ameen

TQs and salaam.

A KADIR JASIN said...

Sdra alfa romeo dubai,

Your comment on the Oppositions is valid. I have no problem posting it.

But I have reservation about your reference to k--s and a---l being "ketua penyamun."

Explain the reference or remove it and I'll consider posting your comment.

To the rest, thank you for your participation.

Palm Oil Truth Foundation said...

Dear Mr. A Kadir Jasin,

Malaysian is the world's largest producer of palm oil. Perhaps because of that or because palm oil posts such a threat to other oil seeds both as an edible oil and as bio-fuel, it has come under attack, mostly unfairly from Lobby Groups well-funded by competing oilseeds (some like the Center for Science in the Public Interest in the USA or CSPI, have annual budgets in excess of RM50 million) or from Environmental NGO's who are either paid by these competing oilseed industries or blindly following the others.

The Palm Oil Truth Foundation (www.palmoiltruthfoundation.com) is a lobby group set up to refute the lies and false premises thrown against palm oil. You can go to our site to follow the issues.

As we do not have the financial resources as those Lobby Groups, we trust that as a Malaysian blog, you can consider posting our url in your blog to help us expose the lies and scams against palm oil. Jeff Ooi did and he has done his bit for the nation! His blog drives the most traffic to our site after Google. You can do your part!

Regards,

Serene Remedios
Secretary General
Palm Oil Truth Foundation

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).