Sunday, June 24, 2007


"We Built This City (Country) on Rock and Roll"

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

BANYAK pembesar negara kini berada di luar negara mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Rusia, Bosnia-Hervegovina dan Itali.

Seorang usahawan Melayu global yang terserempak dengan mereka di Bosnia-Herzegovina mengantar SMS berikut:

“You should ask who is running the country. Almost half of Cabinet Ministers and MBs follow Pak Lah to Russia, Bosnia and Italy.”

Dalam bahasa Malaysia (ya, bahasa Malaysia dan bukan lagi bahasa Melayu) ia bermaksud “Anda patut bertanya siapa yang menguruskan negara. Hampir separuh menteri kabinet dan Menteri Besar mengiringi Pak Lah ke Rusia, Bosnia dan Itali.”

Saya terfikir menjawab soalannya dengan merujuk kepada lirik lagu “We Built This City” nyanyian kumpulan Starship yang berbunyi, antara lain:

“We built this city, we built this city on rock an' roll
Built this city, we built this city on rock an' roll.”

Kalau sesebuah bandar raya atau negara dibina atas landasan rock and roll seperti dalam lagu Starship itu, tiadalah perlu pemimpin dan pembesar. Yang perlu kita menghayati rock and roll.

Setelah meminta bantuan daripada beberapa pihak rasmi dan tidak rasmi, di dalam dan luar negara, saya mengumpulkan maklumat berikut. Namun perlu secara kategorikal saya menyatakan bahawa maklumat ini tertakluk kepada perubahan dan pembetulan.

Menteri ada tujuh atau lapan orang. Antaranya Rafidah Aziz, Samy Vellu, Syed Hamid Albar, Shafie Apdal, Jamaluddin Jarjis, Khalid Nordin dan Zainuddin Maidin.

Menteri besar dan ketua menteri pula adalah Tajol Rosli Ghazali (Perak), Mahdzir Khalid (Kedah) , Adnan Yaakob (Pahang) dan Ali Rustam (Melaka). Saya tidak dapat mengesahkan jika benar bahawa Idris Jusoh (Terengganu) pun turut sama atau berada di Eropah Selatan.

Khabarnya tidak semua menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri mengekori Perdana Menteri ke semua destinasi. Lain negara yang dilawati, lain pula perwakilan pembesarnya.

Dimaklumkan juga ada seorang dua menteri besar kecil hati kerana tidak dijemput menyertai rombongan Perdana Menteri.

Pada hemat saya, Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman, patut turut sama supaya dia boleh mempromosikan WPI/IDR kepada pelabur Rusia, Itali dan Bosnia.

Tetapi sumber-sumber mengatakan dia sama ada tidak dijemput atau tidak dapat ikut serta kerana Johor kini mengalami “krisis” jenayah yang agak teruk -- sampai berlaku tunjuk perasaan oleh rakyat jelata yang menuntut perlindungan.

Saya tidak berani mengatakan sama ada bilangan pembesar yang mengekori Perdana Menteri itu kecil atau besar. Mungkin bilangan itu biasa bagi delegasi Perdana Menteri, mungkin kecil dan mungkin juga besar.

Kecil atau besar adalah perbandingan. Ia relatif kepada ukuran dan perbandingan yang digunakan.

Misalnya, relatif kepada yang mana lebih mendesak -- hakikat bahawa pesakit hospital kerajaan dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terpaksa berkongsi sebuah mesin MRI (magnetic resonance imaging) dan empat orang pakar radiologi sehingga menyebabkan tempoh menunggu sehingga tiga bulan atau rombongan PM yang besar.

Relatif kepada perbelanjaan yang dikeluarkan dengan faedah yang diraih seperti kemasukan pelaburan dan perluasan pasaran untuk barangan negara.

Relatif kepada Kabinet mega yang mempunyai 30 anggota, rombongan Perdana Menteri yang mengandungi tujuh atau lapan menteri itu tidaklah besar.

Nota kaki: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga ke Bosnia-Herzegovina. Khabarnya dia tiba di Sarajevo, ibu negara berkenaan, sejam sebelum atau selepas Perdana Menteri bertolak ke Itali.

Mantan PM itu menghadiri mesyuarat perasmian Global Alliance for Partnership in Infrastructure Development (GAPID).

Pakatan ini bertujuan menggabungkan kepakaran negara-negara Islam dalam bidang pembangunan infrastruktur untuk membantu membangunkan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ia adalah inisiatif sektor swasta Malaysia dengan kerjasama rakan-rakan kongsi mereka dari seluruh dunia, khasnya negara-negara Islam. Ia disokong oleh Bank Pembangunan Islam (IDB).

UPDATE, 28 JUN

13 Lawatan Ke Luar Negara Dalam Masa 6 Bulan

(Utusan Malaysia) --Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan 13 lawatan rasmi dan kerja ke luar negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah delegasi yang mengikuti Perdana Menteri dalam lawatan beliau itu adalah seramai 434 orang.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, lawatan beliau (Abdullah) ke luar negara itu merangkumi usaha untuk memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa, serantau dan dua hala.

Tambahnya, lawatan Perdana Menteri itu termasuklah usaha untuk mempromosikan perdagangan, pelaburan dan mengeratkan kerjasama dalam semua bidang.

‘‘Selain itu, Perdana Menteri ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa kerana beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

‘‘Beliau juga menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan ASEAN, Komanwel dan APEC,” katanya.

Syed Hamid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, lawatan Perdana Menteri amat dialu-alu oleh pemimpin negara asing dan rakan sejawatan Abdullah untuk membincangkan pelbagai isu.

Tambahnya, kepimpinan negara ini amat dihargai dan Malaysia dilihat sebagai berupaya membentuk persepsi masyarakat antarabangsa untuk mengambil pendekatan sederhana melalui kaedah permuafakatan dalam mencari kedamaian sejagat.

‘‘Lawatan berteraskan kerjasama ekonomi telah menyumbang kepada pencapaian kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan yang ke-19 terbesar dunia,” katanya.

Menurut Syed Hamid, lawatan rasmi dan kerja Perdana Menteri kebiasaannya diiringi oleh beberapa Menteri Kabinet yang relevan dengan bidang yang ingin diadakan kerjasama ketika melawat sesuatu negara itu.

42 comments:

Anonymous said...

YB Dato'

Malangnya bagi rakyat Malaysia, Kabinet mungkin tidak pernah bertanya/berbahas apakah 'Return on Investment (ROI)' yang boleh kita harapkan bagi setiap lawatan PM ke luar negara itu.

PM pula mungkin tidak pula bertanya apa ROI yang boleh diharapkan dari setiap Menteri dan Menteri-menteri besar itu.

Yang ingin saya kongsi adalah pengalaman saya berkongsi penerbangan dengan delegasi Menteri-menteri kita dari/ke luar negara dalam masa dua tahun lalu.

Pertama seorang menteri yang melawat Jepun untuk melihat sistem pendidikan Jepun. Rombongan diiringi isteri dan dua anak beliau yang semuanya terbang Kelas Pertama. Saya mengira menteri berkenaan membawa 12 bagasi gergasi Louis Vuitton dan kotak-kotak 'fine china' dari Jepun. Saya pasti kos keluarga beliau dan bagasi lebih berat tersebut ditanggung oleh menteri berkenaan. Jika tidak, adakah ini antara sebab MAS selalu tenat?

Kedua saya bersama rombongan seorang menteri lain yang juga melawat Jepun untuk mengkaji sistem pertanian Jepun. Rombongan ini diiringi isteri Menteri berkenaan dan juga adik Perdana Menteri.

Ketigai saya terserempak seorang Pembesar yang kelam kabut di Lapangan Terbang Heathrow bersama orang-orang kanannya kerana kesulitan immigrasi - khabarnya nama beliau tiada dalam list rombongan PM dalam lawatan ke United Kingdom.

Soalannya adakah para Menteri dan Menteri Besar mempunyai belanjawan tanpa limit untuk lawatan luar begini? Harapnya tidaklah belanja begini mengambil keutamaan belanja rakyat seperti bantuan orang kurang upaya atau kos senggaraan sekolah-sekolah luar bandar.

Semuga Allah jua menunjuk jalan paling adil kepada semua Pemimpin Malaysia.

Anonymous said...

Ketua Menteri Sabah juga turut serta.

azrul74 said...

salam Datuk.

mmg menarik ulasan Datuk ttg Pemergian PM ke luar negara dengan disertai gerombongan menteri yg kononnya bekerja untuk rakyat..mana perginya tanggungjawab sosial mereka ini tatkala rakyat masih lagi buntu dengan bencana banjir dan juga jenayah..bongkarkan lagi Datuk..kalau datuk berkesempatan jengahlah ke blog saya... azrulzaidi.blogspot.com...saya perlukan komen daripada org seperti datuk...salam

azrul74 said...

salam Datuk..

bernas sungguh pemerhatian datuk dengan pemergian PM dan gerombongannya ke luar negara..apa nk susah 2nd PM kan ada kat sini...si khairy...so PM dan Menteri yg lain tak perlu ler pening kepala...tatkala rakyat masih lg buntu dengan bencana banjir dan juga jenayah mereka sesuka hati mengikut PM..adakah kerna terpaksa or npk lubuk duit diluar sana..apapun saya harap Datuk dpt menjengah blog saya..azrulzaidi.blogspot...i need ur comment..sbb saya suka menulis...salam datuk

Anonymous said...

Hehehe,
Lights and Easy selalu main lagu tu.
Ok lah tu kot datuk, kita nak tunjukkan kat Bosnia yang negara mereka dianggap penting oleh kita sampai bawak konvoi besar datang melawat.

Anonymous said...

salam datuk,

saya harap insiden PM serta TPM masing masing ke luar negera tidak berlaku lagi..

Anonymous said...

Assalamualikum Dato'

Obviously they ought to have KPIs to justify their travels on tax payers' money. It is in insufficient to just report the trip is a success - we heard that too often

Anonymous said...

Assamualaikum Datuk

Saya kira lawata-lawatan Pak Lah sudah patut Di KPI kan. Sememang-memangnya dengan pembelanjaan yg banyak patut kita samakan dengan data ekonomi yg terhasil- 6/12 bulan selepas beliau balik. Saya berfikiran bahawa pembesar yang turut serta juag keluarga hanya menjadi pembawa beg delagasi, MOU kosong.

Rockybru said...

Biar saya juga menulis dalam Bahasa Malaysia, Datuk. Jam pun dah lewat 3 pagi, kalau tulis Bahasa Melayu merapu pulak.

Waktu macam ini, saya terkenang pula sebuah lagu P. Ramlee:
Pukol tiga pagi, tidurlah sayang ..
Tapi bila cakap bab tidur, saya akan teringat akan seseorang (pembesar) yang sekarang berada di luar negeri.

Berkenaan pembesar2 melawat atau berfoya-foya di luar negara, sebenarnya bilangan mereka lebih ramai dari yang Datuk laporkan.

Saya terbaca tentang delegasi dari negeri Melaka yang sekarang ni berada di negara Perancis. Rombongan tersebut disertai oleh lebih kurang 20 orang pembesar Melaka, negeri tumpah darah saya.

Sila baca petikan berita dari Bernama ini:
PARIS, June 23 (Bernama) -- Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob arrived here with a state government delegation for a two-day working visit.
They were welcomed on arrival at the Charles de Gaulle International Airport at 9am (local time) by Malaysian ambassador to France and Portugal, Datuk S. Thanarajasingam.
The delegation includes Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, state Housing, Local Government, Environment and Transportation Committee chairman Koh Nai Kwong and several senior state government officials.
Earlier, the delegation visited Argentina, Chile, Cuba and Venezuela.
The visit to Latin America which began on June 13, was to look at investment opportunities and to strengthen cooperation in tourism, biotechnology, and information and communication technology.
Other areas of interest were agriculture production, rural development, history, education and medicine.
In Paris, the delegation will visit several historical and tourist attractions and attend a briefing on France's economic development.
The delegation leaves for Malaysia on Monday.
-- BERNAMA

Setakat Khamis lepas, Ku Nan beraada di China (mungkin dah pulang). Menteri Pelancungan kita dilaporkan sempat melawat project Guocoland di Beijing.

Guocoland adalah syarikat yang dikatakan mengendeng supaya diberi kawasan Universiti Malaya sekarang untuk dibangunkan. Berita itu di sangkal oleh Datuk ANdrew Leong, timbalan pengerusi Hong Leong, bapak syarikat Guocoland.

Sila baca petikan berita juga dari Bernama:

BEIJING, June 24 (Bernama) -- "We neither had any plan nor intention to develop Universiti Malaya (UM) land".
This was the candid reply from Hong Leong Group deputy chairman Datuk Andrew Leong in quashing recent news reports that the Hong Leong Group-controlled Guocoland (M) Bhd wants to develop the prime land in Lembah Pantai.
Speaking for the first time after Guocoland denied the reports, Leong said neither the parent company or its subsidiaries had intended to develop the land.
"I've met Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed and Deputy Higher Education Minister Datuk Ong Tee Keat to clarify the matter," he said, adding that the reports were mere speculation...

... Leong, a low-profile businessman, was here to accompany Tourism Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who visited GuocoLand (China) Limited's (GLC) transportation hub project in Dongzhimen at Dong Cheng district of Beijing City on Thursday.

kalau nak baca berita sepenuhnya, sila lawat
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=269234

Terimakasih, Datuk. Maaf Bahasa Malaysia saya kurang indah. Maklumlah, masa membesar dan mengaji di Singapura, bahasa yang diajar ialah Bahasa Melayu.

A KADIR JASIN said...

Sdr Imd,sebab penerbangan Kelas 1 dan layanan istimewa kepada pembesar itulah Mas sentiasa "sakit" sama ada dalam tangan swasta atau kerajaan.

Eloklah kalau pembesar bawa bini dan anak-anak. Jadi tak timbul skandal dan syak wasangka. Tapi yang tak berhak guna duit pembayar cukai, silalah bayar sendiri.

12 beg Louis Vuitton yang besar-besar itu penting. Malulah kalau pembesar kita pakai beg dari Petaling Street atau macam nak pergi haji.

Lagipun untuk keselamatan. Beg LV ni boleh dijadikan pelampung kalau jatuh ke dalam laut. Khabarnnya beg jenama ini tak tenggelam. Sebab itulah mahal.

Sdr Ahirudin Atan aka Rocky,
Since you wrote in the Malaysian Language, let me reply in the bahasa orang putih.

Your bahasa Malaysia is not bad. Except for one or two spelling errors, it's perfect; certainly better than the bahasa of many pembesar and those big guys now running the NSTP.

I know business people well enough not to swallow hook,line and sinker. Hari ini mereka kata "tidak", esok lain ceritanya.

Sdr Bobo dan Sdr Melayu Nusantara, KPI untuk lawatan pembesar ke luar negara?

Lagi keraplah mereka ke luar negara. Bagi sesetengah pembesar, KPI diubah jadi "kita pergi istirahat" atau "kita pergi India".

Sdr Azrul74, kita ada 2nd PM? Saya sangka Singapura saja ada 2nd PM. Bila pula kita lantik PM kedua dan bila pula pemuda yang saudara sebutkan itu menang pilihan raya? Saya dah tua ...ingat-ingat lupa.

Sdr Cakapsiang, KM Sabah pun ikut juga? Saya tak dengar pula berita itu. Boleh jadi.

Sdr Mr_arb, apa salahnya PM dan DPM ke luar negara serentak asalkan kita tidak memberontak and for as long as we have rock and roll.

Seperti kata Sdr Sinatra_z, stesen Light&Easy selalu putarkan lagu itu.

Terima kasih kepada semua dan selamat memulakan minggu yang baru. Harap anda semua diberkati.

Anonymous said...

salam datuk,

komen yg bernas datuk, bagaimana pula jika pihak lain yg memberontak/berniat jahat?

menteri mana yg menjadi ketua negara jika PM & TPM tiada dlm negara jika berlaku certain krisis? menteri mana yg boleh memerintah? YDP Agong kot?

maaf datuk, saya kurang tahu.

salamm..

Anonymous said...

Luar Negara

Nota Kepala: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga ke Bosnia-Herzegovina. Khabarnya dia tiba di Sarajevo, ibu negara berkenaan, sejam sebelum atau selepas Perdana Menteri bertolak ke Itali.

Mantan PM itu menghadiri mesyuarat perasmian Global Alliance for Partnership in Infrastructure Development (GAPID).

Pakatan ini bertujuan menggabungkan kepakaran negara-negara Islam dalam bidang pembangunan infrastruktur untuk membantu membangunkan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ia adalah inisiatif sektor swasta Malaysia dengan kerjasama rakan-rakan kongsi mereka dari seluruh dunia, khasnya negara-negara Islam. Ia disokong oleh Bank Pembangunan Islam (IDB).

(So, he is in good condition to fly)


ASEAN jangan berdiam diri -- Perlu bertindak selamatkan rundingan dagangan Pusingan Doha
SINGAPURA 24 Jun – ASEAN digesa tidak terus berdiam diri ketika berdepan dengan kesulitan demi kesulitan yang membelenggu rundingan perdagangan global Pusingan Doha.

Satu lagi percubaan untuk menggerakkan rundingan itu menemui kegagalan pada Khamis lalu apabila rundingan melibatkan empat kuasa utama iaitu Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Brazil dan India gagal mencapai kata sepakat mengenai rundingan Doha.

“Kita duduk di sini hari ini setelah menerima banyak berita buruk mengenai perbincangan terbaru berhubung Pusingan Doha.

“Saya tentunya ingin merayu kepada anggota ASEAN supaya meningkatkan penglibatan mereka dan memastikan suara mereka didengar dalam isu berkaitan Pusingan Doha,” kata Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Syarikat Coca-Cola, E. Neville Isdell kepada wartawan pada Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Mengenai Asia Timur di sini.

Rundingan Doha kini terbengkalai disebabkan perbalahan berhubung subsidi pertanian dan tarif perdagangan di kalangan kuasa perdagangan utama.

Sumber di Geneva kelmarin berkata, Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang terdiri daripada 150 anggota mempunyai tempoh tiga minggu untuk memulihkan rundingan berbilang hala ekoran kegagalan rundingan empat kuasa utama itu.

“Kita perlu menyumbang kepada proses itu dan menggalakkannya,” kata Menteri Perdagangan Indonesia, Mari Pangestu pada forum dua hari yang dihadiri oleh kira-kira 300 anggota perwakilan itu.

Beliau berpendapat, Asia Timur perlu terus memainkan peranan utama dalam memastikan integrasi di peringkat global dan serantau.

Rundingan berbilang hala dikenali sebagai Pusingan Pembangunan Doha dilancarkan di Qatar, Doha pada 2001 bagi memastikan negara-negara miskin menikmati faedah perdagangan global lebih bebas.
– AFP

(What about Russian's and China's say(es) and the semi-failure of the G7 on Africa held recently in richman's holiday spot in foremerly East, Germany? Dato')

If we had built this city on rock and roll, I am sure there would be some amazing riffs and mouth dropping raffs, Dato'

Anonymous said...

Ketika seorang menteri kabinet melawat germany,harga sewa kereta rasmi (Mercedes S Class) bersama pemandu ialah EUR 500 sehari, mereka sekeluarga menginap di Ritz Carlton.. Adakah kos ini ditanggung kerajaan Malaysia?Kalau benar ianya ditanggung rakyat,saya berasa sedih mengenangkan nasib pengundi barisan nasional di sabah yang hidup serba kekurangan.

wayne said...

YBg Dato',

Semenjak selepas menikah, PM kita nampak semakin kerap naik jet. Maklumlah jet baru.

Yang lain-lain tu nak cium tangan Datin Sri barulah Dato'. Maklumlah, PRU dah semakin hampir, jika nama tak naik, payah nanti Dato'.

Kasehan Ghani, jangan-jangan ini seperti kata pepatah 'ayam terlepas tangan bau tahi'Dato'.

A KADIR JASIN said...

Sdr Wayne, saya dimaklumkan bahawa pesawat yang digunakan adalah Boeing Business Jet (BBJ). Kapal terbang ini sudah lebih 5 atau 6 tahun dibeli.

Sdr Muhammad, saya kurang pasti dalam keadaan mana, perbelanjaan isteri menteri turut dibiayai oleh pembayar cukai. Tapi anak menantu tentulah tidak masuk.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato'

Lama tak komen diruangan blog Dato, jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan Dato' serta komenteter lain perihal suatu artikel berkaitan 'Satanic Verses' yang baru-baru ini disiarkan dalam akhbar BH.

Untuk makluman Dato', saya terjumpa akan satu media talian terus iaitu saperti ini : http://www.youtube.com/watch?v=q61xZX3xxUE dan sini http://www.youtube.com/watch?v=XNvjcM6-HHI yang menjelaskan bagaimana Salman Rushdie telah bermain dengan kebebasan akhbar Britain.

Kebiasaannya, orang Eropah ini, mereka suka sangat berpihak kepada individu/badan yang memperlekehkan Islam. Akan tetapi didalam episod ini, orang putih sendiri yang kebiasaannya terdiri dalam golongan yang suka membaca, telah terleka membaca, lantas membuta tuli menyokong Salman Rushdie, walaupun Salman Rushdie menulis secara memaki menghamun dan mengeji bangsa orang putih itu sendiri.

Sekian, salam sejahtera buat Dato' dan komentator sekelian.

Unknown said...

sakit hati saya datuk kalau duit pembayar cukai digunakan untuk tujuan itu. saya bayar cukai RM 12.000 setahun dengan isteri saya. itu tak masuk cukai pintu, cukai tanah, cukai kereta. kalau dia orang gunakan wang rakyat untuk keluar negeri, satu hari nanti jahanamlah mereka.

Anonymous said...

Siapa yang mahu melawat Bosnia? atau Eropah Selatan?

Saya kira, 'last leg' Rock Tour Pembesar - Itali - yang ditunggu tunggu. mungkin mahu melawat Pompey bersama isteri baru tercinta.

Eloklah sekiranya dilihat disana, dan eloklah dilawati tempat gagah zaman dahulu, serta diceritakan pelbagai iktibar dari kesilapan orang lama, supaya mereka insaf dan berpaling ke jalan yang benar.

Mungkin patut diceritakan jua, kisah Brutus menikam Caesar di perkarangan Pompey dan pengkhianatan yang menimpa pembesar ulung Rome itu satu masa dulu.

'Engkau juga anakku, Brutus?'

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf kepada para pembahas dan pelawat kerana komen ini tiada kaitan dengan tajuk.

Namun saya perlu memberi jawapan kepada komen Sdr Rizals yang saya tidak akan siarkan. Seperti Sdr Rizals sendiri katakan, mesejnya kepada saya tiada kena mengena dengan tajuk perbincangan.

Sebentar tadi saya melawat Surau (Masjid) Dang Wangi yang Sdr Rezals maksudkan. Ia terletak di dalam kawasan Balai Polis Dang Wangi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Dang Wangi.

Pengumuman Jawatankuasa Surau berbunyi: “Pihak jawatankuasa memohon kepada para jemaah yang ingin memberi sokongan padu untuk TIDAK MEROBOHKAN surau ini, sila hadirkan diri pada jam 9 pagi 3 Julai, 2007 di Mahkamah Sivil No. 5, Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.”

Kemudian ada sepanduk yang berbunyi “ Selamatkan Masjid Ini Daripada Dirobohkan” dipasang di hadapannya.

Daripada apa yang saya perhatikan, surau ini adalah sebahagian daripada Balai Polis Dang Wangi. Justeru itu, mustahillah PDRM atau Kerajaan mahu merobohkan surau ini tanpa sebarang rancangan menggantikannya dengan sebuah surau baru sama ada di tempat yang sama atau berdekatan.

Saya dapati di tapak bersebelahan surau dan balai polis itu sedang berjalan kerja pembinaan sebuah projek yang jelas milik swasta. Anihnya, tiada pagar antara kawasan surau dan balai polis dengan tapak pembinaan itu selain pita merah putih.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk, I have been closely following your blog since its inception but have not had the courage to participate in the lively and sometimes strident debate that your “thots” provoked. As a non-partisan, white-collar middle-aged Chinese engaged in the academic world and whose background in multi-racial and multi-national, my approach to issues may differ from partisan member of my community.

Whether discussing the behaviour and actions of our elected reps like their alleged lavish expenditures and expensive lifestyles or dwelling on the policies and programs they promoted, I think the racial and ethnic nature of our country cannot and should not escape our attention. Even as an academician who teaches undergrads of all races, economic and cultural backgrounds, I cannot divorce myself from the ethnic and racial aspects of any issue in spite of my training to look beyond race, color and creed.

Thus it struck me like a bolt of lightening that an MCA politician in the stature of the former secretary-general Tan Sri Dr Ting Chew Peh could be so candid in acknowledging the dependence of the MCA on multi-racial votes.

The Sun newspaper published the following report which I feel is so telling about the nature and the precariousness of Chinese politics and its dependence on Malay votes.

PETALING JAYA (June 25, 2007): Only three of the eight top MCA leaders stood and won in Chinese-majority parliamentary constituencies in the 11th general election in 2004.
None of them - the president, deputy president, four vice-presidents, and youth and wanita chiefs (who are automatic vice-presidents) - contested in a seat with more than 50% Chinese or a Chinese-dominated constituency.
The three who won in Chinese-majority seats are MCA vice presidents Labis MP Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (49.07% Chinese), Petaling Jaya (South) MP Datuk Donald Lim (46.59%) and Bentong MP (MCA Youth chief) Datuk Liow Tiong Lai (48.54%).
MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting stood and won in Tanjong Piai, Johor, which had 50.68% Malay voters while his deputy Datuk Seri Chan Kong Choy won in Selayang with 43.94% Malays.
The other leaders who stood and won in non-Chinese majority constituencies are vice-president Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah 56.2% Malays), Datuk Ong Tee Keat (Pandan 51.62% Malays) and Datuk Dr Ng Yen Yen (Raub 47.67% Malays).
On Sunday, Oriental Daily quoted former MCA secretary-general Tan Sri Dr Ting Chew Peh as saying not a single top central MCA leader had the guts to contest in a Chinese-majority constituency since the 1982 general election.
In that election, former party president Tan Sri Lee San Choon challenged former DAP strongman and chairman Dr Chen Man Hin in Seremban (60% Chinese) and won. Today, Seremban has only 48% Chinese voters.
"Leaders today choose to contest in 'mixed' constituencies and depend on other (non-Chinese) votes to win. No minister or deputy ministers from the party contested in Chinese-majority seats," he said.
Ting also said the leaders should not label opposition fortresses like Cheras and Seputeh as "black areas" and party heavyweights should have the courage to face the opposition in these areas.
Contacted today, Lim, who is the deputy tourism minister, said Ting's allegations were untrue as Lim's constituency is a Chinese-majority area and that included constituencies like Klang (67.51% Chinese voters), currently held by Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, the International Trade and Industry Ministry parliamentary secretary.
"In this society, every state is a mixed state and it represents everyone," he said, adding that no place should be differentiated as a race-majority area.
Asked whether Ting's statement would make the party look bad, Lim refused to respond.
MCA secretary-general Datuk Ong Ka Chuan told theSun: "It is too early to discuss who should stand in the next elections and contest in which constituency.
"Leaders come and go, it is not the right time to comment on election candidates. I may even not contest in the coming election. Nothing is sure."
However, he said Ting as a party veteran is respected by the party and he should play the role to help the party sustain unity.
"As an individual, he has his rights to comment but he should understand and give us guidance, instead of making such controversial statements," he said. --- from Sun2serf.com.

Anonymous said...

Semenjak AAB jadi PM dalam masa 3 tahun ini berapa kali kah yg dia sudah ke luar negeri dan berapa kali pula hadir di Parlimen? Rasanya lebih banyak ke luar negeri dan kurang sangat di Parlimen. Betul tu Datuk siapa sebenarnya yg mentadbir negara ini?

Apa sudah jadi?

azee said...

Biasa juga saya mengikuti rombongan pembesar pembesar keluar negara;

1984 saya ikut rombongan DYMM Sultan Kedah ke Barat Australia, bayar duit sendiri.
1985 bersama kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Bangkok, guna peruntukan Jabatan,
1996 bersama rombongan TDM ke Africa Barat pakai duit majikan.

Berdasarkan pengalaman Menteri berjalan pakai peruntukan portfolio beliau dan gurka gurka yang lain samada cekik majikan atau pakai credit card.

Yang guna credit card ia satu pelaburan dapat rub shoulder dgn, PM.

T/kasih
kipashikmat.blogspot.com

Kolok said...

YB Dato'...

Entah megapa, gatal pulak jari ni nak respond..sepatutnya nak tidur dah since esok nek kerja..biasalah..makan gaji tapi bayar cukai jugakla..sebab tu ada hati nak reply...

Saya kira hidup sebagai orang kelas pertengahan, kalau nak pergi 'oversea' pun jarang2, tu pun pi brunei n spore...pakai beg lak cap crocodile, belum cukup setahun, kunci beg dah rosak, mungkin ramai bekas atlet kerja dengan airasia atau fax.

Saya heran, kenapa nak kena bawak semua menteri besar dan ketua menteri(kalau golongan korporat kira panggil manager2) nak pegi luar negeri?

kenapa tak pak lah buat power point presentation tunjuk luas lagi tanah kat malaysia, banyak infrstuktur boleh di gunaka pelabur asing?

kenapa perlu menteri2 (VP) perlu ikut jugak? PM tak pandai jawab soalan ker kalau orang tanya?

kenapa perlu ada TYT, Sultan atau Agong perlu pergi luar negeri jugak (selain di invite la)?

Kalau nak tarik investment? apa ROI nya, bak kata imd.

Paling baru, MAS (firefly) beli pesawat italy baru, apa packagenya? pasang kapal terbang kat bario ker?

Persoalannya, selain perabih duit pembayar cukai yang bertimbun2, apakah job description menteri ni turun padang sebenarnya pegi oversea?

Dato' (kenal ker ex-pramugara tu) mungkin ada idea nak jawab ker...

Salam...

Anonymous said...

confession...just like pak menteri..I always go oversea using company money...sometimes even do personal shopping using company money (legally)...usually all my trip are in the category non-essential..can be done by phone or mail or fax..sometime the exact same work can be done lest than an hour at the office...but every time I am oversea I reflect on our situation...I compare our company against other oversea company...I talk to people who are doing things better than us...i benchmark they way I do things with the foreigner...in short going oversea allow you to see with your own eyes all the effort done miles away from your desk..it is not the same reading it from the paper or net..it open up possibility... it open up your mind if you are willing to be honest with your assessment...not all things done by other people are good..but being away from your normal environment really trip up some portion of your brain..it is said that all famous dictator like Hitler,Stalin,Mao etc do not travel..therefore their world view is limited..anyway this is just maybe my justification for waisting my boss money...but he know about it and encouraged me to do it once in a while...i love you mr.boss...and rakyat is the pak menteri boss :)

Anonymous said...

Minta Datuk Shahrir Samad (Pengerusi PAC siasat/ audit) everytime pak menteri buat overseas visit. Ada berani ka....??

Sesetengah orang dengan sinis kata, biarlah PM pi selalu ke overseas coz kalau dok Malaysia pun asyik tertidur je..... Memang lawak.

Anonymous said...

AC, ada orang kata, Pak Lah tak tidur tapi sekadar pejam mata bagi menghayati apa yang dia dengar, macam kita kerap buat bila dengar orang baca Quran, berdoa atu kutbah Jumaat, kita pejam mata sebab tidak mahu persekitaran mengganggu kita. betul ka macam tu?

Izham Miyake said...

adakah ini bermaksud malaysia boleh hidup tanpa pemimpin seperti mereka-meraka itu?

obvious bukan? Hehehehe...

Sagaladoola said...

Ini semacam memandu pesawat secara "auto-pilot". Bagi dia terbang sendiri.

Inilah cara negara Malaysia ditadbir. Ekonomi pun "auto-pilot"

Semua orang pergi "lawatan sambil belajar". Betul-betul belajar ke tidak tak tahulah.

Inilah hakikatnya.

Sekian,
http://sagaladoola.blogspot.com

Anonymous said...

YBhg Dato',

Excerpt from a Bosnian newspaper:

" Bosnia is hosting the visit of the Malaysian Prime Minister and his trade delegation. More importantly, we are hosting the former Malaysian Prime Minister who is conducting workshops to strategically plan and implement concrete projects for our economy"

Boleh tak YAB Pak Lah contohi YABhg Tun Dr Mahathir?

By the way, Perlembagaan UMNO dah bertukar ek?
Nak tanya, kalau saya sebagai orang Melayu (ahli UMNO) berkahwin dengan bukan Melayu, adakah status isteri saya berubah menjadi Melayu secara otomatik? Saya bertanya kerana baru-baru ini, seorang pembesar UMNO telah berkahwin dengan sesorang yang bukan berbangsa Melayu mahupun bertaraf Bumiputera. Tiba-tiba selepas perkahwinan mereka, si isteri yang disahkan bukan berbangsa Melayu telah didaftarkan sebagai ahli UMNO malah dihebahkan kepada orangramai. Tentunya perkara ini sah dari segi Perlembagaan UMNO, jika tidak, mustahil ianya dihebahkan.

Teringat saya kepada dua orang sahabat lama saya, othman dan isternya Jeanne. Othman tak dapat mendaftarkan isterinya, jeanne sebagai ahli UMNO kerana beliau bukan berbangsa Melayu. Kecewa Othman. Namun kini, mereka telahpun (baru) bercerai. berita yang saya dengar, Jeanne telahpun dinikahi jejaka dari P Pinang (ahli UMNO).
Dengan perkembangan terbaru ini, saya harap dapatlah sahabat saya, Jeanne menjadi ahli UMNO.

Tak tahulah Dato', nasib masing-masing. Bab nasib orang, malas nak ambil peduli. Ni yang UMNO dah jadi Sdn Bhd, buat suka hati, apa hal?

Wassalam.

Anonymous said...

LAWATAN DAN ROI

‘‘Lawatan berteraskan kerjasama ekonomi telah menyumbang kepada pencapaian kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan yang ke-19 terbesar dunia,” katanya.

Menurut Syed Hamid,...and to my
surprise as it should not really be a Wisma Putra's.

Which Dato' will find it
hard to accept and swallow
as he saw a broken skull
with blood everywhere
why were you there, Dato'?

And the menteri kesihatan was reported to have said that a new hospital in Alor Setar!?

The MRI machines are expensive, Dato'?

I thought that we have many
Billionaires Malaysia?!

"Roi ada mana?"
"Try Clinic Aman"
"GH tak main?"
"GH tempat aci, siapa peduli!"
kata anak hantu, "Dato' dan Datin
masuk hospital bintang-bintang
bukan hospital kerajaan -
tong sampah hospital swasta,
tau tak!"

Tampal saja plaster sambil
darah mengalir panas.

Anonymous said...

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama


Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa

Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

mungkin lirik nih sesuai untuk bonda kita semua, Malaysia yang tercinta...see the lines in bold for more impact.. :)

p/s: have to hide my nick, for some reasons.. :)

A KADIR JASIN said...

Sdr Indigo said: "And the menteri kesihatan was reported to have said that a new hospital in Alor Setar!?

The MRI machines are expensive, Dato'?

I thought that we have many
Billionaires Malaysia?!"

Mengenai hospital baru Alor Star -- kontrak dah bagi, duit dah dibelanjakan (mungkin tak semua), bangunan dah siap, ekspektasi orang ramai sudah dibangkitkan dan undi sudah diperolehi. Tetapi di mana perkhidmatannya?

Menteri JKR buat apa? Jasa Kepada Rakyat atau Janji Kaya Raya? Siapa kontraktornya?

Mesin MRI mahal? Pesawat eksekutif Airbus untuk pembesar lagi mahal. Repair rumah rasmi pembesar lagi mahal. Ini soal kesihatan, nyawa dan harapan rakyat miskin.

Ada empat atau lima mesin MRI swasta di Pulau Pinang sahaja. Pesakit hospital kerajaan yang ada kemampuan sikit pergi buat MRI di hospital swasta. Yurannya antara RM600 hingga RM1,000 sekali buat. Banyak yang terlantar di hospital kerajaan tak mampu.

Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan kedua-duanya doktor perubatan. Can't they help?

Kesihatan tugas kerajaan bukan tugas billionaire. Mereka dah bayar macam-macam cukai kepada kerajaan. Itu pun masih ada orang kaya yang menderma untuk hospital. Kita undi kerajaan. Kita tidak undi orang kaya.

Sdr Don Juan, Datuk Onn Jaafar was run out of Umno because he wanted to open the party to other than the Melayu.

An Umno and a national legacy that a certain Pemuda Umno pembesar may want to turn into another forum. After all Jaafar's grandson is the ketua of the Pemuda.

But since that many people who are remotely connected to Melayu have not only become Umno members but have risen to the ranks of pembesar.

Jadi apalah nak dihairankan kalau seorang lagi diterima masuk. Ini politik Sdr. Anything can happen.

Poor Othman, maybe he did not try hard enough or his wife then was not close enough to the power that holds sway over the party.

I don't know as I know neither the luckless Othman.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Datuk dan kengkawan sekelian..

ini saya mau sentuh tentang keahlian...dlm perlembagaan PEKEMBAR just untuk direnungkan...umno sdn bhd ..cek org PEKEMBAR...

FASAL 4
JENIS AHLI
4.1 Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:
4.1.1 Ahli Biasa
4.1.2 Ahli Bergabung

4.2 Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.
4.3 Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 5
PENDAFTARAN KEAHLIAN
5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

source umno-online...betui datuk ni politik apa pun boleh jadi...tapi kalu ade perlembagaan kiter kena ikut jugak kan...kaa mcmana datuk..mcm kiter makan nasi pun ada adab & caranyer...aiman tak kisah datuk pasai bawah umur...tak mau la bikin isu tapi mcm bro tu cakap duk buat suka hati apa hal?

affendi hussain said...

Its a total waste when these type of Pembesar can afford to carry such expensive & big LV luggage when they went for an official oversea trip..

Maybe this type of conversation took place on the plane (Business Class):

"Hey..i remember something (remember? :D )..! I left my brain at home.. "

"Ah..nevermind YB..its already too late..we don't need one to run this country..especially with majority of those 3rd class mentality around...just make yourself feel good.."

hahaha :)

Anonymous said...

On 4:22 PM, dzulman said...

Semenjak AAB jadi PM dalam masa 3 tahun ini berapa kali kah yg dia sudah ke luar negeri dan berapa kali pula hadir di Parlimen?

Apa salah PM melancong ke luar negeri? Jika undang-undang membenarkan, beliau tidak melakukan kesalahan.

Rasanya lebih banyak ke luar negeri dan kurang sangat di Parlimen.

Ini hak asasi Pak Lah sebagai seorang warganegara Malaysia. Jika kita mengikut kehendak kamu, sudah tentu PM tidak dapat rehat! Kita mesti bersifat perikemanusiaan dan fikir bahawa PM pun baru kahwin :)

Betul tu Datuk siapa sebenarnya yg mentadbir negara ini?

Mengikut undang-undang Malaysia, jika PM kita Paklah tidak ada dalam negara, DYMM Agong akan mentadbir negara sebab baginda adalah ketua negara. Contoh terbaik adalah Kesultanan Melayu Brunei di bawah pemerintahan mutlak Sultan Hassanal Bolkiah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Johnleemk mengulas: "Betul tu Datuk siapa sebenarnya yg mentadbir negara ini?

"Mengikut undang-undang Malaysia, jika PM kita Paklah tidak ada dalam negara, DYMM Agong akan mentadbir negara sebab baginda adalah ketua negara. Contoh terbaik adalah Kesultanan Melayu Brunei di bawah pemerintahan mutlak Sultan Hassanal Bolkiah."

TIDAK! DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak memerintah/mentadbir negara apabila PM ke luar negara.

TPM atau mana-mana ahli Kabinet yang ditugaskan oleh PM menjalankan tugas dan tanggungjawab PM.

Perlembagaan Malaysia sebenarnya sangat unik. Secara sangsung ia menghalang rampasan kuasa oleh mana-mana pihak kerana siapa pun boleh dilantik menjadi PM asalkan dia Ahli Perlimen (Dewan Rakyat atau Negara).

Yang diperlukan ialah dia/partinya mempunyai kelebihan suara, tak kira kecil atau besar, di dalam Dewan Rakyat dan diperkenankan oleh YDA.

Brunei lain. Ia adalah negara beraja mutlak -- absolute monarchy. Raja kita adalah Raja Berperlembagaan.

Sebab jaminan inilah maka PM kita mudah ke luar negara. Pernah berlaku PM dan TPM serentak berada di luar wilayah Malaysia.

Di banyak negara, keadaan sebegini boleh dan telah pun mencetuskan rampasan kuasa sivil atau tentera.

Dr Milton Obote berada di Singapura untuk sidang Komanwel apabila Idi Amin merampas kuasa di Uganda. Yang terbaru ialah rampasan kuasa tentera di negara jiran kita, Thailand.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr AC dan Sdr Indigo,

Maaf tidak dapat menyiarkan komen anda.

Komen dan dakwaan Sdr AC terhadap Bumihighway, kontraktor MRR2 yang rosak teruk dan memakan belanja puluhan juta ringgit untuk dibaiki, mengandugi unsur fitnah (libel).

Namun umum sudah tahu siapa di belakang syarikat pembinaan raksasa ini.

Begitu juga dakwaan sdr terhadap Jowhaki Corporation yang sdr kaitkan dengan masalah kebocoran di Komplek Mahhamah Tinggi Kuala Lumpur yang "brand new" di Jalan Duta.

Saya juga ambil maklum ulasan sdr bahawa tindak-tanduk Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu , memberi gambaran dia lebih kerap memihak kepada kontraktor daripada melindungi kepentingan orang ramai.

Inilah agaknya masalah apabila seseorang menteri terlalu lama dalam sesuatu kementerian. He or she becomes too familiar and too "friendly" with suppliers and contractors.

Tentang rumah yang dibina oleh swasta dan kerajaan yang rendah mutunya dan masalah yang dihadapi oleh pembeli malang, pemaju akan terus bersikap sambil lewa, cutting corners kalau pembeli sekadar buat bising tetapi tidak menggunakan saluran undang-undang dan mahkamah untuk menuntut hak.

Sdr Indigo, I take note of your comment regarding the hopes of India's tennis star Sania Mirza that her upcoming Wimbledon pairing with Israel's Shahar Peer "does not stir up another religious srorm."

Your comment is unrelated to our present subject.

For more information, Sdr Indigo refers us to Yahoo.com/wimbledon2007.

Thank you.

Anonymous said...

The Scribe AKadirJasin
Salaam


“Anda patut bertanya siapa yang menguruskan negara...
tiadalah perlu pemimpin dan pembesar. Yang perlu kita menghayati rock and roll...
Menteri ada tujuh atau lapan orang...
Tajol Rosli Ghazali (Perak), Mahdzir Khalid (Kedah), Adnan Yaakob (Pahang) dan Ali Rustam (Melaka)...
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan 13 lawatan rasmi dan kerja ke luar negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini..."

"Perlembagaan Malaysia sebenarnya sangat unik. Secara sangsung ia menghalang rampasan kuasa oleh mana-mana pihak kerana siapa pun boleh dilantik menjadi PM asalkan dia Ahli Perlimen (Dewan Rakyat atau Negara)...Yang diperlukan ialah dia/partinya mempunyai kelebihan suara, tak kira kecil atau besar, di dalam Dewan Rakyat dan diperkenankan oleh YDA."
- AKadirJasin

A strange flow of thought
as questions float before
the intricate web spunned
soon caught in the wisps
of the spider's charms

"tidak mahu atau tidak boleh?"
"but just in case...how and who?"
"it is a bunch of strange bedfellows"

Anonymous said...

Siapa yamg memerintah negara kalau PM dan DPM keluar negara?

Dua dua boleh pi, depa suruh Pendekar UMNO jaga!

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit biru berkata: "Dua dua boleh pi, depa suruh Pendekar UMNO jaga! "

Siapa pendekar Umno kini -- masih Mohd Nazri Abdul Aziz?

Sdr Indigo, the strange bedfellows are getting stranger if there's any truth in the Mongolian's testimony in the Shah Alam High Court.

Beware of the digital imigary!

Terima kasih.

Anonymous said...

"He or she becomes too familiar and too "friendly" with suppliers and contractors."

"She" .... macam merujuk pada kementerian yang satu lagi je.... He he he...

Anonymous said...

Datuk Abul Kadir Jasin
Salaam

I find this report so disconcerting that I would like to read about your view on the subject matter:


Brazil launches slum reform drive

The Brazilian government has pledged $1.7bn (£850m) to improve conditions in Rio de Janeiro's shantytowns and counter the grip of the drugs gangs.

President Luiz Inacio Lula da Silva said that investing in running water and other basic services was the best way to beat organised crime.

He also defended police action in the slums just days after 19 people died during a major raid against the gangs.

More than one million people live in Rio's sprawling slums.

"If the state doesn't fulfil its role and does not provide (adequate) services for the people, drug traffickers and organised crime will," President Lula said.

"We want people to have road access, street lighting, hospitals and schools."

("We want to compete with organised crime, and we are sure that we will beat it when we manage to bring benefits to the poorest places" - President Luiz Inacio Lula da Silva)

Such investment, the president said, was the only way to win against organised crime.

The BBC's Gary Duffy in Sao Paulo says the government now seems determined to ensure the drugs gangs cannot take responsibility for services which the state would normally provide.

Rio state security chief Jose Beltrame said last week that slum residents were "at the mercy of a parallel state, where criminals dictate their will".

The scene of last Wednesday's bloodshed was in a Rio district called Complexo do Alemao - or the German's Complex, which had been targeted by police since the start of May.

More than 1,000 heavily armed police and special forces went in, backed by armoured vehicles and helicopters.

Residents and human rights groups have criticised such operations and called for better services.

But President Lula defended the tough police stance.

"There are people who think it's only possible to confront criminals with rose petals, by throwing talcum powder. We have to confront the (gangs) knowing that they often they are better armed than the police with more sophisticated weapons."

Groups working with people in the shanty towns welcomed the news of the investment but cautioned that much more needs to be done.

"People have been neglected for so long. Police only go there to intervene and that often turns violent," Ilona Szabo from Viva Rio , an anti-crime organisation working in the favelas, told the BBC.

"Residents don't have any relationship with the police to build trust and prevent violence."

Drug-traffickers thrived on the neglect and marginalisation of the slums, she said. "As soon as the state comes in, the social networks can re-emerge. There is a very strong life in the community that can be mobilised for good and not bad," Ms Szabo said.

Officials say the extra funding announced for Rio's favelas will help around two million families.

RIO'S FAVELAS
Rio has an estimated 752 favelas
18.7% of the city's 5.8m population live in favelas
Living conditions are improving. UN figures say 95% of Brazil's urban population has access to safe water supplies, 76% to improved sanitation, and 90% has sufficient living area
Unemployment and crime rates are high, with 360 of Rio's favelas reported to be controlled or influenced by powerful drug gangs
World Bank, UN Habitat

Story from BBC NEWS:
http://news.bbc.co.uk/go/pr/fr/-/2/hi/americas/6263750.stm

Published: 2007/07/03 12:54:25 GMT


What or rather how will our country be with a population of 50millions people in the next 20 years, Datuk? By the way, Dato' Fauzi Saari went to Brazil for an Interpol do in September last just before moving out of Bukit Aman.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).