Friday, August 17, 2007

Image and video hosting by TinyPic

Kibarkan bendera
Demi negara
Demi Raja
Demi Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!


Apakah Blogger Mampu Jadi Pemangkin?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kasar tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 26 OGOS]

Zam Kata Blogger Penyanyi Karaoke

BLOGGER adalah penyanyi karaoke yang seronok dengan ‘nyanyian’ mereka yang tidak berpengaruh, demikian menurut Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang sebelum ini menyifatkan blogger sebagai goblok dan mereka yang seronok menulis untuk bacaan satu sama lain.

Akhbar lama beliau, Utusan Malaysia melaporkan beliau sebagai berkata ini kerana ada di kalangan penulis blog mendakwa mendapat kunjungan sehingga enam juta hits tetapi ia bukanlah terdiri daripada pengundi yang menentukan kerajaan.


Sebaliknya, kata beliau, akhbar aliran perdana tetap mempunyai kuasa mutlak kepada majoriti rakyat dan kebanyakan web serta penulis blog sendiri mengharapkan bahan mereka dipetik oleh akhbar.

“Ini menunjukkan bahawa penulis blog juga percaya kepada kuasa yang ada pada akhbar-akhbar arus perdana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik sempena perayaan Yulan-Sheng Hui, Tokong Hock Teck Soo, Kampung Baru Bedong, Kedah.

Menurut Zainuddin, keadaan blog juga kini semakin parah apabila ia disertai oleh golongan penipu, penulis upahan dan desperado yang menulis bukan kerana kebenaran tetapi untuk kepentingan peribadi.


“Bagaimanapun, saya merasakan perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif kerana dengan adanya peluang untuk ‘menyanyi’ di karaoke ini, pihak terbabit mampu untuk melegakan dan melepas gian mereka,’’ ujarnya.

Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Merbok berkata, pihaknya turut mendapati pada masa ini semakin ramai golongan seperti bekas komunis, penulis-penulis yang ditolak oleh arus perdana dan mereka yang bermasalah menyuarakan pandangan mereka di laman blog.

“Mungkin ada golongan yang suka dengan nyanyian mereka tetapi tidak kurang juga yang menolak kerana nyanyian itu disifatkan sumbang,’’ katanya.

Tambah beliau, tindakan kurang bijak sesetengah penulis blog terbabit telah mencemarkan kedudukan penulis blog lain yang profesional.”

Saya tidak pasti jika Zam seorang penyanyi karaoke. Yang saya pasti Menteri-Menteri Penerangan yang mendahului Zam seperti Tan Sri Tok Mat Rahmat dan Tun Mohd. Khalil Yaakob adalah penyanyi hebat.

They are crooners in the class of their own. They could sing with orchestra.

Tidak apalah kalau penyanyi karaoke seronok mendengar suara sendiri. Tetapi nasib mereka tentulah tidak sebaik orang yang ada stesen radio dan TV sendiri yang hari-hari boleh dengar dan lihat wajah sendiri --- lagi hebat, lagi seronok, lagi syok.

Apatah lagi ratusan ribu penonton ternanti-nanti untuk mendengar suaranya dan memuja wajahnya.


Bagi kita yang tak ada stesen radio dan TV dan akhbar raksasa arus perdana, blog pun bloglah. Lepas gian pun lepas gian lah. Terima kasihlah kepada media massa arus perdana kerana terus mempromosikan kami penyanyi karaoke.

POSTING ASAL

DARIPADA laporan laman-laman berita web bebas, blog dan beberapa buah akbar arus perdana, terdapat dua mesej pokok dalam ucapan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada para penulis, termasuk blogger, yang mengunjungi beliau pada 15 Ogos.

Pertama, hanya laman-laman berita web bebas dan para blogger yang boleh diharapkan untuk melaporkan kebenaran dan mengubah keadaan negara yang merunsingkan sekarang.

Kedua, sesuatu yang keras dan jelas perlu dilakukan kepada Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyekat negara daripada terus menuruni jalan kemusnahan.

Laman berita web bebas Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata bahawa blogger adalah satu-satunya saluran yang masih boleh diharap untuk bersuara mengenai masalah negara.

Katanya Umno kini lumpuh sepenuhnya dan tidak lagi boleh melakukan apa-apa untuk memperbaiki dirinya apatah lagi menyelesaikan masalah negara.

Mengenai perkara pertama, soalnya apakah mampu laman berita web bebas seperti Malaysiakini dan laman sensasi Malaysia-Today yang dikemudikan oleh Raja Petra Kamaruddin serta blog-blog politik menggerakkan pendapat umum untuk melakukan perubahan seperti yang diharapkan oleh Dr Mahathir itu?

Jawabnya YA dan TIDAK.

YA kerana kegiatan memblog sudah menjadi begitu luas dan semakin mendapat perhatian umum, khasnya daripada pemerintah dan partinya yang berasa terancam dengan apa yang dibincangkan di dalam blog.

Boleh dikatakan tiada hari berlaku tanpa pembesar politik dan pengendali (handler) mereka membuat kenyataan mengecam, mengancam dan mengutuk blogger. Ini secara langsung memberi publisiti percuma kepada saluran baru maklumat dan pendapat ini.

TIDAK kerana sebaran dan liputan Internet yang masih terhad dan disertai pula oleh tindak balas pemerintah yang keras. Sudah ada blogger yang menutup laman masing-masing kerana takut.

Sebaran dan liputan blog masih terhad kepada kawasan bandar dan di kalangan masyarakat kelas menengah. Penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang berupa majoriti daripada pengundi, masih tersisih.

Malah dikhuatiri bahawa ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) akan mewujudkan suatu lagi kekangan antara kumpulan yang berada dengan yang tidak berada iaitu jurang maklumat (information gap).

Selain itu adalah tidak mustahil unsur-unsur sabotaj digunakan untuk menyekat sebaran dan tebaran maklumat berasaskan Internet, terutama menjelang pilihan raya umum nanti.

Misalnya, pembekal jaringan Internet yang dikuasai pemerintah seperti Telekom Malaysia (TM) dan Minos boleh dikenakan tekanan agar “menyukarkan” komunikasi Internet.

Ini tidak susah dilakukan, khanya di kawasan luar bandar dan pekan-pekan kecil di mana perkhidmatan telefon tidak dianggap keutamaan.

Sejak pelancaran komunikasi selular, pembekal-pembekal perkhidmatan telekomunikasi seolah-olah tidak lagi memberi keutamaan kepada pembekalan dan penyelenggaraan talian tetap (fixed line). Mereka lebih mengutamakan perkhidmatan selular yang menjanjikan pulangan lebih tinggi.

Lagipun, dengan menyukarkan komunikasi Internet kawasan luar bandar kesannya kepada kegiatan ekonomi dan perniagaan tidaklah terlalu buruk, tetapi memberi kesan yang cukup positif menyekat pengundi luar bandar daripada terus dibom oleh maklumat Internet dan blog.

Mengenai objektif “mengubah” Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah “bagi menyekat negara daripada terus menuruni jalan kemusnahan”, saya rasa ia adalah sesuatu yang amat sukar dilaksanakan.

Pertama sekali, Perdana Menteri nampaknya mengamalkan sikap tidak ambil peduli, tidak ambil kisah, buat bodoh, buat sadin dan berdiam diri terhadap isu-isu penting yang dibangkit oleh pelbagai pihak.

Harus diakui bahawa Abdullah adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat berkuasa – lebih berkuasa daripada Dr Mahathir ketika beliau Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Abdullah bukan sekadar Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan – dua kementerian yang paling berkuasa di negara kita.

Selain itu, beliau mempunyai kawalan terus ke atas peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak hampir RM50 bilion di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kewangan dan Keselamatan Dalam Negeri.

Dengan kuasa politik, pentadbiran, kewangan dan propaganda yang begitu besar dalam genggamannya, apakah mampu bagi sesiapa pun melakukan sesuatu untuk menggugat Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri?

Yang perlu difikirkan dan dikhuatiri, khasnya oleh ahli dan pembesar Umno, adalah kemungkinan kedudukan Abdullah tidak tergugat tetapi Umno dan Barisan Nasional tercabar.

Dr Mahathir dan sesiapa juga yang sependapat dengan beliau harus realistik bahawa kemutlakan kuasa dan kedudukan Abdullah hari ini berpunca daripada tindak-tanduk dan keputusan-keputusan yang berlaku pada era mantan Perdana Menteri itu sendiri.

Abdullah dan petugas-petugas peribadinya setakat mengambil kesempatan mengeksploitasi dan memaksimumkan kuasa serta keistimewaan yang wujud dalam Umno dan Kerajaan sejak zaman Dr Mahathir lagi, khasnya sekatan dan halangan untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi parti.

Ini adalah realiti yang perlu diakui bukan sahaja oleh Dr Mahathir malah oleh setiap ahli dan pembesar Umno, jika mereka mahu parti mereka kembali demokratik dan pentadbiran negara tidak dilarikan (hijacked) oleh pihak-pihak tertentu.

Saya sedikit pun tidak berasa bersalah atau teragak-agak mengungkit perkara ini. Saya sudah membayar harga tinggi bercanggah pendapat dengan kepemimpinan Umno mengenai perkara ini.

Pada penghujung tahun 1999, akhbar New Sunday Times yang saya sunting ketika itu menyiarkan sebuah rencana oleh penulis Askiah Adam yang mengutuk keputusan “tiada pertandingan” oleh Majlis Tertingg Umno bagi jawatan-jawatan tertinggi parti pada pemilihan tahun itu.

Ia adalah rentetan kepada peristiwa penyingkiran Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Secara kebetulan Anwar berupa pemimpin tertinggi Umno yang terakhir naik pangkat melalui pertandingan.

Bagi jawatan presiden, tali terakhir berlaku pertandingan adalah pada tahun 1987 apabila Dr Mahathir ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum itu, Musa Hitam dicabar dua kali oleh Tengku Razaleigh untuk jawatan Timbalan Presiden – 1982 dan 1984. Allahyarham Abdul Ghafar mencabar dan mengalahkan Musa pada tahun 1987. Manakala Anwar mencabar Ghafar pada tahun 1993 menyebabkan Ghafar menarik diri.

Tetapi selepas itu semua jawatan tertinggi Umno – Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri semuanya “menang tanpa bertanding.”

Kalau ada pun pencalonan atau ura-ura pertandingan ia sekadar wayang kulit untuk memberi gambaran bahawa masih ada saki baki demokrasi dalam Umno.

Kerana keputusan tiada pertandingan inilah Umno semakin hari semakin ketandusan daya kepemimpinan, autokratik dan jumud mendefinisikan pengertian taat setia. Semakin banyak pembesar Umno yang berasa bahawa jawatan yang mereka pegang adalah hak dan bukan keistimewaan. Sokongan ahli ditukar menjadi taat setia.

Berlatarbelakangkan kesedaran dan realiti ini, saya bimbang bahawa Dr Mahathir mungkin meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap para blogger.

Pada masa yang sama, saya khuatir ahli akar umbi Umno mungkin begitu hampa dengan kepemimpinan parti hingga menolak calon parti mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang seperti yang berlaku pada tahun 1999.

71 comments:

Anonymous said...

Jika Tun M risau tentang UMNO, orang yang patut disalahkan ialah Tun M sendiri, kenapa beliau diamkan penyakit politik wang dan lobi-melobi yang berlaku ketika ia masih boleh dicegah.

Jika sudah bernanah dan membusung, tidak ia akan pecah bersama mertah amarah rakyat (AMOK). Dunia psychology barat memerhati fenomena AMOK hanya berlaku pada bangsa Melayu.

Makanya yang harus mengubah UMNO ialah ahli UMNO sendiri bukan blogger. Yang patut betulkan UMNO mereka bukan kita. Mau AMOK ka? Mau cantas atau "dormant" naga-naga jadian pada pilihanraya umum akan datang. Pilihan di tangan Pak Lah dia lebih kenal dan tahu mana satu ori, yang jadian.

Yakin sajalah dengan janji Allah yang Raja jadian pasti akan berkubur tak lama lagi.

zainal abidin awang kechik said...

tok...maaf kan saya ..

Saya lihat umno ini sebenarnya ada satu sindrom gila talak..PAK LAH berberkata kepada saya.." Non.. luka sudah sembuh ..tapi parut masih ada". 3 tahun 10 bulan semasa PAK LAH jadi naib presiden umno tiada jawatan di beri ketika itu.. dan hari ini ALLAH angkat PAK LAH jadi perdana menteri..

tok.. 1988. presiden umno ketika itu pernah berkata.."jangan kita lemahkan peminpin dengan segaja" dan hari ini semua yang PAK LAH buat ada sahaja yang tak kena..

saya melihat seolah olah orang kita dah tengelam punca..
sebagai contoh

ZAM DAN CHUA SOI LEK..nak ampun dosa mereka yang meROGOL DAN PERKOSA lagu tanah air kita..

apa lah salah nya kita ikut nasihat NABI ALLAH MUHAMMAD swt. moga berdamailah dan carilah jalan kebaikan bila kamu berdua bermusuhan.

KALAU PAK LAH INGKAR DAN TIDAK MENJALANKAN AMANAH ALLAH..
MAKA AZAB YANG PEDIH YANG AKAN PAK LAH TERIMA DARI AL MUKTAQBIR.

PEMINPIN DATANG DAN PERGI..YANG PASTI MELAYU TETAP JADI TUAN DI BUMI MALAYSIA INI.

Anonymous said...

We think, therefore we blog.

Mohd Faizal said...

Salam Dato'..
Berani betul Dato' menyongsang arus..kami bersedia menyahut cabaran!!

Kembali bersemangat bila membaca artikel dr Tun Dr.M!!

Fayzi said...

Salam Dato'

Dato' membayar harga tinggi kerana bercanggah pendapat dengan kepemimpinan Umno. Adakah kepimpinan Umno yg dimaksudkan ialah Tun Mahathir?

Anonymous said...

I totally agree with dato on the no competition which has weaken UMNO. Prior to 1987 and the rule changes, it was easy for anyone to stand as a candidate. ad the best man won. Now you need so many nomination and nomination comes with vote meaning the incumbent has further advantages. Then there is money politics which all care about in the 1990s. again this prevents good people from going to the top and lead.Look at some leaders UMNO has, are they really leadership quality?

who is to blame. Dr.M!!! On top o that he chose Pak Lah and didn't let members decide.Now these rules are great if you are brilliant and can carry teh whole cabinet on your back which Dr.M did.Now look at the mess he left us with. on top of that he screwed with the judiciary.Maybe Dr.M realise his mistakes and it is not too late.

but my hope is the Agong and other royals will do something cos UMNO is too corrupt and lead by Pak Lah who doesn't know how to lead and circled by weaklings.and the UMNO people have their interest before the country or the people.

Daulat Tuanku!!!

Anonymous said...

salam dato'

menarik posting terbaru anda.harap sentiasa sihat hendaknya.tentang Tun M, mungkin sekarang beliau menjadi "mangsa" terhadap tindakan beliau sendiri dulu.

~ mengurangkan kuasa sultan dan raja
~ jawatan tertinggi UMNO yg tidak boleh dipertandingkan dan macam macam lagi.

bagi saya, Tun M bukanlah manusia yang sempurna, namun buah fikiran serta sumbangannya jauh melebihi apa jua tindakan kurang enak beliau. there are more positives than negatives from him.

saya juga berpendapat, Tun M jauh lebih bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan yang beliau ambil. Beliau sendiri yang akan menjawab segala persoalan tak kira dari siapa tentang tindakan serta dasar kerajaan. Adakah ini berlaku dalam kerajaan sekarang? Hanya political-son Tun M sahaja yang bertanggungjawab dalam menjawab persoalan perihal tindak-tanduk kerajaan, dasar dll.siapa beliau? Dato' Seri Najib yang khabarnya sedang bercuti di luar negara, agak sedih melihat beliau tiada dalam sambutan 50 Merdeka yg disiarkan tadi, seolah-olah beliau tidak penting dalam kerajaan.

bagi saya Tun M walks the talks, dan bukan sekadar cakap kosong jika beliau mengupas apa apa perkara. jika beliau bercakap di atas pentas, tak kira di dalam negara, atau luar negara, apa jua yang beliau utarakan, beliau telah membuat kajian mendalam terlebih dahulu, dan beliau tidak merepek yang bukan bukan serta tidak bercakap seperti orang yg bercakap dalam kelambu. kita faham siapa yang saya maksudkan bercakap lembut macam org mengantuk/bercakap mcm pasangan dalam kelambu

lain pulak dgn seorang ini yang berkuasa sekarang, jika beliau memberi ucapan, saya sendiri tidak pernah mahu mendengar sampai habis, sekalipun tak pernah, dan ramai lagi yang berpendapat sedemikian.aduhai Pak Lah! sekurang kurangnya ketika Tun M masih menjadi PM, rakyat jelata berasa selamat serta dilindungi.

janganlah lupa ketika UMNO diharamkan dahulu, siapa yang bertanggungjawab? Pak Lah merupakan salah seorang daripada mereka! malahan setiausaha Agong Umno sekarang pun dalam kumpulan tersebut. Siapa pula yang menerima mereka kembali dgn tangan terbuka? Tun M!

Siapa pula yang memegang no keahlian 000000001 dalam UMNO? the very first person dalam UMNO yang telah diregistered baru? siapa? Tun M!

siapa pula yg telah menyelamatkan Malaysia drpd bangkrup sewaktu kegawatan ekonomi dulu? Tun M serta barisan ahli ekonomi beliau termasuklah Tun Daim. Jika kegawatan ekonomi berlaku sekarang? entah apa yg akan berlaku kelak

at least Tun M mempunyai rancangan dan melakukannya, dasar pandang ke timur dll, Pak Lah sekarang? dasar apa pula? dasar pertanian? entah, secara jujur saya tidak tahu ke mana hala tuju negara kita ini. Islam Hadhari? Maaf saya memang tak mengerti apa itu Islam Hadhari, adakah kita sekarang menganut Islam Hadhari? mengada-adakan benda yang tiada dalam Islam adalah Bida'ah, berdosa hukumnya. nak bina jambatan kedua penang pun pinjam dari negara lain?


terhadap harapan Tun M terhadap bloggers, saya berpendapat peranan bloggers sudah meluas, namun tidaklah mencapai majoriti penduduk di Malaysia ini. yang kritikalnya adalah ramai orang yang celik IT adalah golongan pemuda-pemudi. Kesan bloggers terhadap golongan ini amat tinggi, dan saya berpendapat kesan impak serta pengaruh ini akan minima terhadap pilihanraya akan datang, tapi pada pilihanraya 4-5 tahun akan datang, apabila golongan muda ini mendapat hak untuk mengundi, barulah ia akan memberi kesan kelak.

ada beberapa persoalan di sini-

1. berapa ramaikah yang sanggup memangkah pihak pembangkang?

2. adakah pihak pembangkang, jika memimpin negara ini, akan menjadi kerajaan yang baik? sudah ramai pemimpin yang apabila berkuasa, akan kelabu mata melihat kuasa, wang dan sebagainya. adakah mungkin rakyat mengambil risiko ini?

3. saya sedikit hairan, kenapa kerajaan sekarang amat takut dgn kehadiran bloggers sehingga Pak Lah sendiri yang mengambil tahu hal bloggers ini? ini menunjukkan suara bloggers sudah kedengaran.

4. kalau tidak berbuat salah kenapa takut? kenapa kerajaan bimbang dengan bloggers? sewaktu Tun M menjadi PM, memang banyak site yang bukan sedikit menghentam beliau, namun beliau tidaklah menyekat mereka, malahan beliau sendiri sanggup dikritik dan dicaci dgn pelbagai kata makian.

dan bercakap tentang pilhanraya, saya agak sedih dgn calon calon kerajaan jika dibandingkan dgn calon pihak pembangkan esp DAP. calon-calon muda DAP ambil contoh yang menang di Sarawak beberapa ketika dulu, mereka sememangnya terlatih terutamanya dalam public-speaking, penuh dgn fakta utk berhujah, malahan dgr ceritanya, mereka ini menjalani latihan supaya they look good on stage.

calon kerajaan? hunus keris? ucapan berapi-api?

entahlah..

Rockybru said...

Saya seorang wartawan, seperti the Scribe; saya juga penulis blog, seperti the Scribe. Saya juga sependapat dengan the Scribe - blogger tidak bermaya untuk meroboh kubu Pak Lah.

Penulis-penulis blogger sosio-politik, termasuk laman berita maya seperti Malaysiakini, Malaysia Today dan Harakah, hanya mampu mengenengahkan berita-berita dan komentar-komentar tentang salah-laku. Dan dalam hal inipun, kami menghadapi cabaran yang amat berat, hanya untuk mencari berita-berita tersebut. Blogger adalah individu yang tidak mempunyai "resources" seperti yang ada pada media gergasi arus perdana seperti Utusan Malaysia, NST, the Star dan the Sun.

Tetapi, blogger mampu meniup angin kesedaran kepada pembaca, atau sekurang-kurangnya memberi mereka warta pilihan. Sekian hari, jumlah pembaca blogger dan internet sekian meningkat. Sekarang ini pun, internet sudah boleh dilayari menggunakan talipon bimbit dan, dengan broadband, ini bermakna orang kampung pun tak lama lagi boleh baca apa yang Scribe dan saya tulis.

Gitu pun, perubahan besar hanya boleh dilakukan oleh ahli-ahli Umno sendiri. Pihak pembangkang harus lebih kuat dan matang. Dan rakyat sendiri harus membuat perhitungan untuk masa depan negara dan anakcucu mereka.

Wak Karto said...

Apa khabar tok..

Pertama sekali, ada datuk pernah melihat ianya berlaku di mana2 negara; blogger berkuasa?
Maaf, tak de. Baru terlebih bising, dah kena cantas. Kebanyakan blog tak lebih dari hanya memanjangkan bual bicara kedai kopi, selepas kedai kopi tutup ataupun blogger tak nak lagi tambah secawan kopi.
Minta maaf tok, blog tok pun tak banyak beza.

Tentang Tun, sesuatu yang saya tak setuju tentang artikelnya adalah sanjungannya pada usaha farmaseutikal berkaitan ubat2an dan hak2 mereka untuk mengenakan harga yang tinggi konon atas dasar hak cipta dan usaha terdahulu.
Saya melihat dari sudut lain, tamak. Kebanyakan sykt farmasi gergasi dunia menerima banyak sokongan dana R&D kerajaan, tetapi bila sudah berjaya, mereka menekan sebarang usaha lain untuk mencari alternatif ubat (drug?) yang mereka cipta.
Tok tentu tau, gaji pekerja2 USA ditolak 2.9% untuk Medicare tax yang mana duitnya terus pergi ke sykt2 farmasi untuk kononnya subsidi perubatan warganya, sedangkan kos mengeluarkan ubat yg sama tentunya semakin menurun dengan kemajuan teknologi. Baru2 ini taxnya dinaikkan lagi ke 6.4%, setelah seluruh jentera pelobi farmasi berada di kongres dengan nisbah pelobi dengan anggota kongres adalah 2:1.
Lihat
http://mwhodges.home.att.net/soc_sec-a.htm
dan
http://www.lef.org/magazine/mag2007/aug2007_awsi_01.htm

Saya harap tiada udang di sebalik batu bagi artikel Tun.

Tentang Pak Lah.
Visinya bagus, tetapi orang bawahannya mudah ambil kesempatan. Pak Lah agak selesa menangani ehwal antarabangsa walaupun itu sepatutnya di lakukan oleh YB Syed Hamid Albar.
Memberikan banyak peluang kepada banyak b-putera untuk projek2 bangunan kerajaan, tetapi hasilnya seperti yang boleh dibaca di akhbar2. Barangkali juga itu sebabnya kenapa Tun suka beri turnkey kepada gergasi seperti YTL untuk projek2nya. Walau bagaimana pun, saya berharap ianya menjadi pengajaran berguna kepada b-putera2 ini. Apa yang diperlukan adalah jentera kawal selia yang gagah bagi projek2 sedia ada dan berikutnya.

Kalau tok mahu menjadi blogger pertama yang mengubah keadaan negara, terlibatlah secara langsung dalam pembangunannya. Jumpa Tun, bincang. Jumpa Pak Lah, bincang. Kalau tok yakin dengan Quran tok bahawa umat Islam adalah umat terbaik atas mukabumi ni, lakukanlah yg terbaik. Saya ingin melihat updatenya dalm blog tok sekerap mungkin.

Satu cerita kecil tok;
ayah saya seorang imam surau di sebuah kampung kecil lebih 30km dari Muar. Bila surau hampir menyembah bumi, semua orang pakat2 kutip derma untuk buat yang baru. Pak imam kata, derma terlalu lambat. Dia jumpa qadi minta surat sokongan. Pada bulan raya, dengan beberapa anggota surau, pak imam buat kunjungan marhaban ke kediaman Ghani Othman (MB Johor) di JB. Terlalu ramai kumpulan marhaban buat prsemnbahan. Gilirannya selepas jam 12 tgh malam. Pak Imam buat jugak. Akhirnya, dia dapat peruntukan yg dia hendak. Surau batu yg lebih teguh menggantikan surau papan. Sekarangnya, ideanya menjadi ikutan surau2 malah masjid di sekitarnya. Itu cerita beberapa tahun lepas. Pak imam sekarang 69tahun.

Kalau tok yakin boleh buat, malam ini sembahyang hajat. Esok jumpa Tun. InsyaAllah.

A KADIR JASIN said...

Sdr para pembahas dan pembaca dihormati sekalian,

1.Kita boleh terus saling salah menyalahkan, tetapi masalah tidak selesai juga.

2. Tun banyak kekuatannya dan ada sedikit kelemahan. Saya kata kekuatannya perlu dipuji, diakui dan dicontohi.

Tetapi selalunya kelemahan pemimpin atau pemimpin yang lemah itulah yang membawa masalah kepada rakyat jelata.

3. Saya rasa Tun sudah lebih daripada sedar kesilapannya. Tetapi itulah Tun. Kalau dia sayangkan atau mahukan seseorang, dia kurang mendengar nasihat orang lain tentang orang yang disayanginya itu.

Saya tanya dia tentang Ku Li, tentang Musa, tentang Anwar, tentang Abdullah dan tentang Najib. Tun ada jawapan dan pada ketika dia memberi jawapan itu, hujahnya meyakinkan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu kadang kala di luar kawalan beliau.

4. Mengenai saya membenarkan rencana Askiah Adam yang menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi Umno sebedai "dereliction of duty" (menghampakan tanggungjawab), orang pertama "memberi" amaran bahawa ini akan menimbulkan masalah kepada saya kini sangat berkuasa dalam Malaysia.

5. Tentang cerita Sdr Wak Karto. Ayah saya yang kini berusia 83 tahun juga pernah jadi imam surau kampungnya -- surau Umno -- sebab ramai orang Umno tak mahu berjemaah di masjid yang dikuasai Pas. Pas terus berkuasa di kawasan mengundi ayah dan ibu saya di Kedah.

6. Sdr Ahirudin Attan aka Rokcky's Bru, terima kasih atas komen anda. Bahasa Melayu anda bagus. Kenapa tak blog dalam bahasa Malaysia sekali sekala dalam blog anda?

Terima kasih dan selamat istirahat hujung minggu.

ibrahim yahaya said...

Tok, ketika saya menjadi ketua biro Berita Harian di Johor, pada 1989-90, saya mengikuti kempen Datuk Shahrir Samad, calon bebas (lambang kunci)menentang UMNO. Ketika itu, Datuk Shahrir dan penyokongnya termasuk YM Kuli menceritakan keburukan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kerajaan ketika itu dikatakan rasuah, mengamalkan kronisme dan banyak lagi. Ada yang memalukan.

Ketika itu, semua keburukan dilondehkan yang adakalanya membuat saya terfikir betapa teruknya pemerintahan kerajaan. Tetapi, sebagai wartawan, saya dilatih untuk mendengar hujah daripada kedua-dua pihak termasuk ucapan Tun dan orang kuatnya, Tok Mat. Saya menghantar berita kedua-duanya, calon bebas dan UMNO ke ibupejabat.

Kini, YM Kuli dan Datuk Shahrir menganggotai UMNO semula dan menjadi Ahli Parlimen yang mewakili parti kerajaan.

Adakalanya kita akan merasakan sesuatu dakwaan atau tuduhan seperti rasuah dan salahlaku sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku atau mungkin berlaku, tetapi akhirnya senyap begitu saja. Kiambang bertaut.

Budakboy said...

Dato',

Masalah UMNO hanya UMNO dan ahli-ahlinya mampu menyelesaikan. Presiden UMNO akan jadi ketua BN dan seterusnya PM, jika BN menang pilihanraya. Ini bukan satu masalah jika presiden UMNO itu seorang yang berwibawa.

Sebagai seorang yang bukan ahli sebarang parti politik, saya tiada pilihan melainkan mengundi atau tidak.

Melihat pada alternatif yang sediada, saya sememangnya tiada pilihan. Jadi besar kemungkinan saya tidak akan mengundi.

Kita boleh berblog sampai kucing tumbuh janggut tetapi keadaan tidak akan berubah selagi senario politik kita dari sudut parti politik tidak berubah.

Alangkah baiknya jika kita boleh pangkah parti A atau B atau C berdasarkan manifesto masing-masing dan esoknya kita boleh meneruskan kehidupan tanpa perubahan yang mendadak?

Sudah sampai masanya kita mempunyai sistem 2 parti yang mampu mewujudkan pembangkang yang berkesan.

Anonymous said...

WELCOME TO ERA BARU!!!


As MarinaM titled whatever it was she wrote: Life Is Surreal...

Kalau ta tahu apa itu perjuangan ahli UMNO dan apa yang hendak di perjaungkan oleh ahli UMNO, sila duduk diam bradder! Nah sekupang! Pi main jauh-jauh!

Mahu begerak mesti ada fulus. TunM ada fulus untuk bergerak?

Do you know what and where and when to hit, TunM? Silalah coba, coba. There is no harm in trying, Orang Tua kesayangaku. Mana tahu.

Pernah dengar cerita Thalut ddan Jalut?

Biar Halalan-wal-Toyyiban hendaknya. Tetapi sekiranya makhruh namun halal - HALAAS!

Adakah perjuangan-mu telah selesai, Det?

Kita mahu perang korupsi?
No problem. Cuma ada piti nak begerak?


Terima Kasih.

Anonymous said...

AHIRUDIN ATTAN saya petik :Gitu pun, perubahan besar hanya boleh dilakukan oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Benar dan tak dapat disangkal lagi. Umno sudah menjadi terlalu kuat dan besar maka kepada pemerhati seperti saya akhir akhir ini ahli ahlinya sendiri yang seolah olah menekan suis "self-destruct" mode. Orang besar seperti Tun dan ditambah lagi dengan ucapan serta catatan negatif daripada mantan wartawan senior menjadikan medan siber lebih meyakinkan daripada akhbar cetak arus perdana.

Soalan The Scribe Apakah Blogger Mampu Jadi Pemangkin?
boleh dijawab dengan melihat apa dan siapa itu blogger, dan pemangkin untuk apa? Blogger bukan satu profesion yang dibayar gaji. Cara perkatan blogger itu dijaja seolah olah ia satu kerja yang dibayar gaji. Politikus membidas blogger seolah olah blogger itu satu kelompok terpisah laksana teroris dari planet asing.

Blogger itu adalah natijah daripada dasar IT kerajaan! Di Barat istilah yang lebih mesra ialah citizens' journalism. Satu partisipasi sihat dalam kehidupan demokrasi. Suara blogger adalah suara rakyat yang prihatin. Inilah suara vox populi setelah media arus perdana dikawal atau hanya mementingkan soal bisnes dan kelangsungan politik penguasa.

Sebagai pemangkin perubahan dalam masa terdekat mungkin agak terlalu awal, banyak bergantung kepada kadar adoption teknologi yang merata.Rejim yang memusuhi bloggers (rakyat sendiri) adalah laksana rejim jurasik seperti Burma.

Umno (sesetengah pemimpinnya) memusuhi bloggers tanpa memikirkan bahawa mereka secara tidak langsung menyekat dasar kerajaan yang mahukan penggunaan teknologi yang merata - democratization of IT - untuk mensifarkan jurang IT. Sikap jurasik inilah yang bakal memupuskan UMNO seperti mana telah pupus dinosaur (yang gagah) dari muka bumi ini.

Berita dari gunung said...

Mengekalkan kuasa dalam politik bukan perkara baru. Menonton filem tentang ruthless indian prince, pemerintah rom dan greek, memberi input bernilai kenapa kuasa dikekalkan dan cara dan kaedahnya. Mengekalkan kuasa hanya memerlukan sedikit strategi yang boleh dilaksanakan.

Secara umum, musuh perlu diketepikan, setidak-tidaknya dikekang.

Pemimpin utama mana-mana negara dikenang dengan pelbagai sebab, kehebatannya, kedhaifannya, kesungguhannya. Pemimpin memilih tindak tanduk yang akan diambil dalam mengurus negara.

Kita memilih kerajaan, dan segelintir dari kita pula bertanggungjawab memilih memimpin. Pemimpin bukan datang dari langit, tapi dari tangan seribu dua manusia.

Lihat pada tangan dan minda seribu dua manusia pemilih. Bersih dan Bernas tidak pernah menjadi kriteria utama pada pengamatan saya rakyat biasa!!!!

Anonymous said...

Dato, Sdr. Rastom dan Perayap sekalian,

Tulisan Sdr. Rastom menarik perhatian saya. Kiranya diumpamakan UMNO sebagai dinosour...spesis binatang jurasic yang besar, yang menyeramkan dan yang ganas (???), berlawan sesama sendiri beradu kekuatan sesuai dengan dunia kebinatangan mereka... yang akhirnya hilang pupus...maka pembesar-pembesar yang ada dalam UMNO sekarang minta lah tolong untuk berfikir barang sekejap...

UMNO tentu sahaja bukan dinosour tetapi kisah malang dinosour yang pupus bisa-bisa sahaja terjadi kepada UMNO.

Terima kasih

Anonymous said...

Sekarang era beru bermula. Wartawan Blogger seperti Datuk, Ahurudin Attan dan Dato’ Ruhanie Ahmad perlu disedarkan. Era lama sudah berlalu. Kini kita berada di era baru. Era yang lebih bebas dan telus. Umno hari ini bukan Umno 4 atau 5 tahun lalu. Kini Umno di era baru. Umno yang lebih bebas.

Soalnya mengapakah orang seperti Datuk kini begitu kritis terhadap YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi yang sedang membawa begitu banyak perubahan dan mengatasi kelemahan serta kekungkaran Umno dan kerajaan sebelum ini seperti rasuah, kronisme dan penyelewengan?

Adakah kerana orang seperti Datuk sore looser atau Datuk cemberu dengan orang-orang yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Abdullah untuk mengambil peranan yang dulu Datuk dan kuncu-kuncu Datuk lalukan? Orang seperti Dato’ Seri Kalimullah Hassan, Dato’ Hishammuddin Aun, Khairy Jamaluddin, Dato’ Annuar Zaini dan ramai lagi orang yang berkemampuan dan berkredibiliti adalah nafas baru media massa sekarang.

Apa salahnya YB Dato’ Azalina Othman Said seorang yang sangat dainamik dan berkemampuan diarah menubuhkan pasaukannya bagi menjawab dan melawan pembohongan orang seperti Datuk dan kuncu-kuncu Datuk dalam dunia blogger yang penuh kenistaan?

Apakah buruknya YAB Dato’ Seri Abdullah kalau dia berusaha membasmi rasuah, penyelewengan, kronisme, pilih kasih, membaikki delivery system kerajaan dan membatalkan mega-mega projek yang tidak menguntungkan rakyat?

Justeru itu saya sangat hairan mengapa para blogger seperti Datuk terus mempersoalkan kewibawaan YAB Dato’Seri Abdullah, ahli kabinetnya, anggota keluarganya dan penyokongnya dalam media massa seolah-olah tujuan Datuk adalah menjatuhkan beliau dan Umno.

Dato’ Azalina, ayuh kita berjuang menegahkan kebenaran dan menentang kemungkaran semi agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

wirasiber,

apa dah jadi pad manifesto 2004 BN. apa yang telah dicapai. Pak Lah membenteras rasuah. Ranking rasuah makin naik sejak beliau jadi PM?apa macam? salah ranking, tak boleh pakai. Tapi Pak Lah pakai ranking itu dalam KPI dia.

Azalina dinamik? Peguam dia, sign perjanjian dengan AFC tapi cuba gertak AFC pakai nama PM utk bawa MU. Tak Faham ke contract yang dia sign utk sokong AFC cup di Malaysia. Peguam apa. Yang pasal training center di UK? wang banyak digunakan. Kalau dah dinamik, biar telus dengan rakyat apa yang sudah dicapai dan wang yang sudah dipakai. Accountability mana?

Kepimpinan Pak Lah lemah, asyik bercuti dan warm up macam pasukan bola sepak negara kita. Kalau Pak Lah, jatuh, itu sebab kelemahan dia !!

BTW saya dulu pangkah utk Pak Lah. tapi PakLah cakap tak serupa bikin...IPCMC mana????

1st rocky

freelittlebrain said...

Peranan blogger memang tidak dapat dinafikan kiranya mereka mempunyai minda kelas pertama. Ini kerana mereka akan bertanbggungjawab dan semata-mata memberi komen atas kepentingan negara dan bukan menekan sesiapa, mengekploitasikan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri terutama sekali politik. Mereka yang mempunyai agenda yang berniat jahat. Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, tindakan niat jahat ini amat berbahaya. Komen-komen yang mneghinakan, berbau perkauman secara tersurat atau tersirat ini tidak baik untuk sesiapa pun. Mengapa terlalu banyak rahsia perlu blogger mendedahkan? apa gunanya golongan akademik, profesor sains politik dan lain-lain lagi ? adakah semua ini ciri-ciri negara maju yang Malaysia tujukan ?

Anonymous said...

Datuk Kadir,

Saya baru bertemu abang yang tinggal di kampong mengendalikan kebun pusakanya. Beliau datang ke rumah saya untuk bercuti, maklumlah cuti sekolah dah bermula. Ketika minum teh O, kami bercerita tentang politik, tentang masalah sosial, tentang Perdana Menteri dan isteri barunya, tentang Tun M yang banyak jasa itu, tentang hal-hal kampong. Saya juga mengambil kesempatan untuk menunjukkan beliau laman blog yang popular di kalangan penduduk bandar.

Katanya, di kampong, kesan pendedahan yang dibuat oleh penulis blog hampir tiada. Jika adapun, sangat sedikit. Di kedai tepi jalan tempat pekebun kecil berkumpul membasah tekak, orang kampong lebih berdebat tentang apa yang dipaparkan oleh akhbar harian. Tuan kedai menyediakan senaskhah akhbar untuk tatapan pelanggannya. Menjelang tengahari, akhbar itu hampir lusuh setelah dibaca dari muka satu ke muka akhir. Tidak sesiapapun membincang perkara yang dipaparkan oleh penulis blog.

Saya membuat kesimpulan yang mudah, iaitu buat masa ini impak blog sosio-politik terhadap politik tanahair amat sedikit dan belum lagi dapat menandingi paparan akhbar utama. Namum, abang itu bercerita lagi:

"Anak-anak yang pulang ke kampong semasa cuti di universiti banyak membawa berita yang terkandong dalam blog. Mereka amat meminati blog, dan cerita-cerita ini dipanjangkan ke kampong melalui pergaulan sesama mereka. Anak-anak muda ini condong kepada blog kerana mereka menyifatkannya lebih menarik, lebih controversil dan banyak muatan berita yang tidak dipaparkan oleh media utama."

Maka, adalah jelas bahawa blog mempunyai pengikutnya sendiri. Saya merasakan seolah-olah pihak 'establishment' mempunyai masalah kredibility di kalangan orang muda. Dan ini mungkin boleh membawa kepada perubahan di masa depan. Banyak perjuangan yang belum selesai. Banyak kemungkaran yang belum didedah. Kemungkaran tidak boleh dibetulkan dalam sehari dua. Lambat laun, kebenaran akan menang juga Datuk.

Saya teringat satu petikan dari wayang tentang perjuangan pihak yang tertindas di Afrika: "Even whispers are heard, especially if they speak of the truth..."

A KADIR JASIN said...

Sdr Kawan,

Maklumat mengenai kecenderungan golongan muda dan penghuni bandar itu menarik. Perbandaran dan tamadun mengubah minda orang Melayu.

Pada pilihan raya 1999, saya memberi amaran kepada pembesar Umno Kedah supaya memerhatikan bilangan kereta Kancil yang bernombor plat luar dan dinaikki orang muda yang mengunjungi Kedah.

Amaran saya ditertawakan. Tapi apabila keputusan pengundian diumumkan, peluh jantan mengalir. BN hampir kalah kepada Pas.

Orang muda yang menaikki kereta Kancil bernombor plat luar itu adalah pelajar universiti yang datang berkempen bagi pihak pembangkang.

Trend ini boleh berulang. Kini generasi muda cukup mobile dan mereka membaca lebih daripada akhbar arus perdana.

Sdr 1st Rocky bertanya apa terjadi dengan janji menubuhkan IPCMC.

Mungkin kena tunggu sehingga seorang perempuan warganegara China dibogelkan dan divideotape oleh anggota PDRM.

Anonymous said...

Dato'

Saya membaca blog lebih kurang 2 tahun yang lepas, kadang2 tiap-tiap hari, kadang-kadang seminggu sekali, yang pasti MESTI baca tanpa gagal khususnya blog Dato' dan beberapa blog lain yang sealiran dengan Dato'.

Benar kata sesetengah orang membaca blog lebih puas hati dan adakalanya jumpa benda baru yang tak akan dapat di dalam media biasa.

Kalau pun ramai yang tidak boleh akeses internet dan membaca blog bagi masyarakat kampung khususnya, saya tetap berkongsi komen pengunjung blog dan komen Dato' dengan orang2 kampung bila ada kesempatan. Memandangkan tiada langsung akses internet di kampung saya. Talian telefon pun belum ada. Jadinya, peranan orang macam saya mungkin perlu. Sekurang-kurangnya, saya, abang saya dan 3 orang adik saya pun sudah tidak percaya dengan apa yang mereka baca dalam newspaper atau yang didengar dari TV.

Terima kasih.

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.bhg Datuk dan semua,
Saya agak tertarik dengan isu kali ini. HEBAT MENCABAR MINDA. This is what we called the true Blooger. Syabas Datuk kerana membawa isu ini. Saya cuba membaca patern perbincangan khalayak, dan dapat saya katakan bahawa kecenderungan untuk menyalahkan satu pihak dengan pihak yang lain agak tinggi. Tun Salah, Pak Lah betul, etc. Ada satu perkara yang paling menarik perhatian saya sepertimana yang Datuk perkatakan iaitu, DASAR POLITIK UMNO semasa era Tun telah menjadi antara penyebab kepada kewujudan senario "super power" sekarang ini. Saya meneliti isu ini dengan agak mendalam. Ada kebenaran tetapi mungkin tidak boleh dijadikan asas untuk mengiyakan sepenuhnya. Pada hemat saya DASAR ITU dibuat pada masa yang sesuai pada ketika itu yakni ketika keributan politik, kekalutan pengaruh etc. Dan ternyata DASAR menyelamatkan PARTI UMNO dan kerajaan BN . Justeru itu,jikalau dirujuk kepada era sekarang ini barangkali yang salahnya bukan DASAR itu tetapi INDIVIDU. Dasar yang bukan legistratif adalah bersifat fleksibel. Jikalau dirasakan DASAR itu sudah tidak sesuai, dan ERA sekarang mengamalkan KETELUSAN maka wajar ia dirombak semula. Persoalannya, kenapa ia masih diteruskan? Dan mahu dikekalkan ?, bukankah ia berbalik kepada soal INDIVIDU. DASAR yang Menunggangi IINDIVIDU atau INDIVIDU yang menunggangi DASAR ?.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan kata-ata mardhiah "Jika Tun M risau tentang UMNO, orang yang patut disalahkan ialah Tun M sendiri, kenapa beliau diamkan penyakit politik wang dan lobi-melobi yang berlaku ketika ia masih boleh dicegah".

Memang amat-amat tepat. Waktu daripada tunas yang bercambah sehingga kembang mekar penyakit politik wang adalah ketika Dr M menjadi pembesar nombor satu negara.

Dan sesuatu yang menghairankan kenapa Dr M tidak (mahu) membanteras gejala tersebut? Apakah kekangan yang ada ketika itu? Kenapa dan mengapa di kalangan ahli UMNO yang bijak pandai tidak menentang habis-habisan idea Dr M untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi di dalam UMNO? Malahan, ramai yang bersetuju malah memuji tindakan tersebut.

Hasilnya, banyaknya pembesar yang memegang kuasa pada hari ini tidak berkualiti. Ini yang menyebabkan terjadinya perkara-perkara yang menyesakkan akal dan fikiran kita.

Sememangnya dosa merosakkan negara ini sepatutnya dipikul oleh Dr M dan konco-konconya.

Bad News Bear

Anonymous said...

Mengikut bancian secara berkala yang dibuat oleh Merdeka Center terhadap kepopularan Pak Lah sejak ia dilantik menjadi PM ialah ia mulanya berada di tahap tinggi hampir 90% kemudian menurun mendadak apabila menaikkkan harga minyak kepada 70% dan jatuh lagi apabila Tun mula attack dia kepada bawah 60%. Tetapi apabila Tun masuk hospital dan Pak Lah kahwin dan umum kenaikan gaji kaitangan awam, ia meningkat semula dan kini berada pada sekitar 64%.

Di kalangan pengundi Melayu di sekitar 65% masih mahukan Pak Lah and the gangs. Begitu juga kaum india. Walaubagaimanapun kaum Cina memberikan 65% undi kepada pembangkang!!!!!

Saya akui Tun ada silap tapi manusia mana yang tak silap dan apabila dia mahu berubah kita must be graceful enough untuk menerimanya. Mengungkit kesalahannya yang lepas tidak akan membantu memulihkan keadaan. In fact kalau kita dengar ucapannya dengan para bloggers baru-baru ini, ketika ditanya kenapa dia tak duduk diam aje selepas bersara dan asyik dok kritik Pak Lah, apa jawapannya ..... "Saya terpaksa melakukannya kerana banyak tindakkan beliau adalah hasil daripada keputusan saya dulu ketika menjadi PM ...." ini indirectly mengaku bahwa ada kesilapan dalam tindak tandukny sebelum ini. Untuk seorang PM mengaku begini bukanlah mudah dan saya (seorang aktivis PAS) pun rasa respect kepada beliau.....

Anonymous said...

Mula2 kami ingn ucapkan tahniah kepada ayahanda Perdana Mentri Kita keatas pernikahan beliau yang cukup menggembirakan rakyat seluruh negara.

Hown can you say The nets not important. Bloggers are lots but as everybody know its quality not quantity. Pembangkang cakap banyak tapi bila tiba masa memperjuangkan isu-isu semasa yang mempunyai impak yang besar terhapdap rakyat mereka senyap dan sunyi! Ya lah senag nak bukak mulut tentang kebebasan bersuara tapi kan lebih banyak feadahnya kalau kita buat bising tentang impak isu-isu ekonomi semasa spt. peningkatan pengangguran (spt yang direpot oleh MIER), ataupun membuat ulasan kritikal mengenai pengendalian sektor-sektor ekonomi yg banyak boleh di pertikaikan. Ini nak kecoh tentang preedom of speech lah, article 11 lah, semuanya remeh dan sebagai rakyat yang hari-hari dok kecut perut nak cari makan, ini merupakan perbuatan yang agak hipokritikal.

Sebagai seorang pemuda UMNO kalau ini je lah standard parti pembangkang.... selamatlah negara ini! That why Datuk Azalina are the mosts prominents leaders in country! She has best visions! And capablety to lead for near future!

Anonymous said...

Dr.M should have fixed the problems when he was in power. Yeah no point speaking about his shortfalls now, maybe that same thing can be said to him. But we need him as he is one of the few people who can do something about this bad leadership we have. The rot has to stop for the sake of all Malaysians!!!!

yes dato, maybe next time if it is an American or Australian girl videoed in a lock up, IPCMC will come to realisation as big bro will put pressure on Pak Lah.

we have had 4 great PMs and they were/are all Malays and supported by all Malaysians.We thot Pak Lah will be good as well and bought into his 2004 manifesto and campaign and gave him huge support but alas what a flop. Turns out most of us kena Temberang instead of Cemerlang, Gemilang and Terbilang. He will go down in history books as the weakest PM and I really hope he will do something about it. anyway this is Malaysia, history books can be re-written to show that he was better than the other 4.

Daulat Tuanku!!!(my calling till Merdeka)

1st rocky

Anonymous said...

Dato dan Perayap,

Bad News Bear (BNB) ada menulis kononnya Tun Dr. Mahathir tidak membanteras politik wang dan lobi melobi...

BNB, saya ada menyimpan koleksi ucapan Tun Dr. Mahathir di Perhimpunan Agung dan tak agung UMNO. Nak pinjam tak untuk anda teliti isi kandungannya?

Kalau anda malas nak baca maka biar saya beritahu...ada macam-macam dalam koleksi itu termasuk lah politik wang, lobi melobi, puak berpuak, Melayu mudah lupa...banyak sungguh...tinggal nak pilih yang mana satu sahaja yang serasi dengan jiwa anda...

Yang Dr.Mahathir tak kata ialah Malaysia Cemerlang, gemilang dan terbilang. Yang ajaibnya walau beliau tak kata tapi beliau 'deliver' berbanding yang seorang tu. Saya sedang mengumpul kata-kata pujangga yang seorang tu untuk dibuat koleksi peribadi saya. Bila dia bersara nanti saya nak buat hadiah.


Terima kasih.

Anonymous said...

kedidi,

you are right Dr.M delivers. More good than bad. and he makes decisions. Can't same of Pak Lah now.Lots of marketing gimmick but no delivey. Like orang jual minyak zaman dulu...ehm apa name cerita Tan Sri P.Ramlee itu?

Pak Lah seems can't make decision as well and he doesn't know many things.

I was told Dr.M used to send list of books that he reads to all govt dept heads.We know he likes to read. Can someone tell me if Pak Lah reads any books and what are they in the last 3 years?

That is the difference, one is stil pursuing knowledge. The other all tak tahu even big case facing the country. apa macam?

Anonymous said...

BUKAN KEMAMPUAN, TETAPI KEMAHUAN

Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

Ada pepatah yang berbunyi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah ini tidak langsung menggunakan perkataan kemampuan sebagai syarat terpenting kepada sesuatu penyelesaian yang dicari. Mengapa? Hakikatnya ialah seseorang yang dianggap tidak berkemampuan tidak semestinya akan pasti menemui kegagalan sekiranya individu berkenaan mempunyai kemahuan dan keazaman yang tekad dan cekal untuk mencapai sesuatu. Begitu jugalah halnya bagi orang yang dianggap berkemampuan untuk memperoleh sesuatu yang tidak semestinya akan sentiasa mendapat kejayaan sekiranya orang itu tidak berminat atau bertekad untuk mencapainya. Pokoknya ialah kunci kepada sesuatu kejayaan itu bermula dengan kemahuan, keazaman atau minat yang mendalam untuk mencapai sesuatu perkara, bukannya kemampuan atau keupayaan tertentu yang ada pada seseorang individu.

Memanglah benar bahawa seseorang itu perlu bersikap realistik tentang kemahuan yang diinginkannya. Untuk kekal bersikap realistik ini, sudah tentu kemahuan itu perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh, keberanian, keyakinan, kesabaran dan strategi, di samping bertawakal kepada Tuhan. Tidak semestinya individu itu harus mempunyai kemampuan tertentu untuk merealisasikan sesuatu perkara menjadi kenyataan. Jika kita berfikir sejenak, pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa negara-negara yang pernah dijajah oleh penjajah-penjajah pada zaman penjajahan dahulu mempunyai kemampuan untuk menewaskan kekuasaan penjajah mereka yang seterusnya menjurus kepada kemerdekaan negara masing-masing? Mampukah George Washington dan rakan-rakannya yang serba kekurangan menewaskan British yang kuat dan mengusir mereka dari Amerika semasa Perang Kemerdekaan Amerika dahulu? Mampukah pula Mahatma Gandhi dengan pendekatannya menentang British tanpa elemen keganasan, mengalahkan British di India? Sekiranya kita berfikir secara logik, tidak mungkin yang kuat itu dikalahkan oleh yang lemah. Namun, pihak yang lemah itu boleh menjadi kuat, malah lebih kuat daripada kekuatan pihak yang ditentangnya apabila ia mempunyai kemahuan untuk mencapai kejayaan, lalu diterjemahkan pula dengan tindakan yang progresif dan bersesuaian.

Merujuk kepada peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu, dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah berserta kongkongan, sekatan, ancaman dan tipu muslihat yang dilakukan oleh mereka, tidak mungkin sama sekali untuk penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai bangsa mampu untuk bersatu dalam menuntut kemerdekaan. Tidak mungkin juga penduduk Tanah Melayu yang kebanyakannya dahulu tidak langsung pun mengenal huruf mampu bangkit dengan semangat nasionalisme yang tinggi untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka. Namun, mereka mampu bersatu dan memperoleh kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan kerana mereka sama-sama mahu mencapai objektif yang sama. Peranan yang berkesan yang dimainkan oleh golongan elit dan cerdik pandai pada masa itu juga berjaya membangkitkan kesedaran di kalangan majoriti penduduk yang tidak berpelajaran tinggi di kawasan-kawasan luar bandar dan kampung-kampung untuk bersatu memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya, bermula dengan kemahuan untuk merdeka tadi menyebabkan British terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Peristiwa yang berlaku pada masa lalu boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi hari ini. Tidak perlu kita terlalu memikirkan kekuatan pihak yang menentang. Fokuskan kepada kekuatan diri sendiri dan perbaiki segala kelemahan yang ada. Dengan strategi yang betul, kejayaan yang dianggap mustahil itu boleh menjadi suatu kenyataan.
Mahatma Gandhi pernah menyebut bahawa dalam sejarah peradaban manusia, akan sentiasa wujud manusia yang melakukan kezaliman dan pembunuhan dan untuk seketika, mereka tampak kebal. Namun, pada akhirnya, mereka sentiasa rebah, sentiasa dan pasti rebah.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Kalau sekadar ucapan dan madah pujangga yang menjadi ukuran kehebatan seseorang pemimpin itu, nescaya Dr M yang paling hebat.

Sdr. Kedidi, sesiapa pun mampu berucap di perhimpunan agung, bercakap, malah memberikan idea-idea bernas. Tetapi sejauh mana mampu kita terjemahkan ke dalam bentuk perjuangan? Dr. M sudah diberi peluang oleh rakyat untuk mengubah keadaan ketika eranya selama 22 tahun. Dan ternyata beliau GAGAL. Hasilnya, orang macam Pak Lah (lebih gagal) yang memegang tampuk kuasa memerintah negara. Dan kenapa Dr. M memilih Pak Lah sebagai pengganti? Pada hemat saya, tidak lebih dan tidak bukan hanyalah untuk menggunakan latar belakang orang agama (kononnya) yakni Pak Lah dalam menentang PAS. Sekarang, siapa yang mempolitikkan agama untuk kelangsungan hidup semasa dan selepas berkecimpung di dalam politik?

Di zaman manakah hak manusia ditelanjangkan kalau bukan di zaman Dr. M? Tak setuju? Anda mungkin terlena selama 22 tahun.

Walau macam mana sekali pun, saya mohon agar Dr. M terus-menerus mengkritik perkara yang tidak elok yang sedang berlaku di Malaysia kita ini.

Bad News Bear.

Anonymous said...

salam..

Dr Mahathir telah gagal sbg pemimpin Malaysia. Ini kenyataan.. Apakah ukuran yang menandakan kejayaan beliau?

Tiada guna berbangga dgn banggunan pencakar langit jika Melayu semakin kritikal.. Tiada guna berbangga dgn kepimpinannya jika pengganti yang layak difitnah dan dihina seolah2 sgt keji padahal bukti tidak memihak kepada fitnah Dr M kepada bekas anak politiknya...

kini, apa terjadi? melolong seperti gila talak, tetapi lupa bahawa segala masalah ini dtgnya dari beliau sendiri. Masih lagi keras kepala tidak mahu mengaku kelemahan sendiri, hanya mahu menyalahkan Pak Lah.

Merujuk kata Dato' seri anwar, Dr M sudah menyesal sekarang dgn apa yang dilakukan olehnya. Dato' Seri bkn tak mahu kembali kepada UMNO sbb perlembagaannya, tetapi kerana dia tahu UMNO sudah tidak boleh diubah.. Bak kata beliau lagi, watpe kembali ke kereta buruk dan lama? baik kita beli kereta baru, dan kita modified supaya menjadi kereta yang baik dan boleh jalan jauh..

pengajarannya? Cukuplah dgn umno.. sudah kenyataan org umno bhg mementingkan poket mereka sendiri. perhatikanlah tuan2 dgn mata anda sendiri. ini bkn rekaan..

Baca dan kajilah Agenda Ekonomi Baru yang diperkenalkan DSAI. jgn cpt melatah mengatakn AEB ini melupakan Melayu.. DEB la yg sudah tidak berkesan.. Renung2kan.

Dr M la yang membuatkan Melayu sudah mula melupakan asal usulnya. Kuasa Sultan di kurangkan, bahkan sultan bleh dibicara di mahkamah khas. tetapi dia? Dia dpt gelaran Tun, yang kebal dr sebarang dakwaan. Di dunia mungkin begitu, tp di akhirat belum tentu..

Saudara2, enough is enough.. Palinglah kepada Keadilan dan Pas. di sana, ada ramai pemimpin yang berkaliber.. Kita kene bijak berpolitik, klu calon melayu lawan cin, undilah melayu. klu melayu lawan india, undilah melayu. tetapi klu melayu BA lawan melayu BN, UNDILAH BA- PKR atau PAS. inilah tunjang kita..

fikir2kan..

Anonymous said...

YBhg Dato,

Kenapa la pandangan Dato' negatif sangat? Tak ada keyakinan langsung. Apa Dato' fikir org Melayu semua bodoh dan buta? Tulisan Dato' seharusnya lebih berupaya memimpin kebangkitan rakyat seperti yang YABhg Tun harapkan. Bukan seperti ini.
Tolongla Dato', mari kita berusaha bersungguh-sungguh menghentikan kerosakan terhadap negara tercinta.

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
katakanlah datuk, situasi politik di malaysia tidak juga berubah. kekal seperti sekarang. rungutan rakyat terus semarak.harga barang melambung. biasiswa sudah tidak ada lagi. hospital kerajaan mengenakan wang utk t.jwb sosial kerajaan.
tiba-tiba datuk didatangi - tg ust hadi atau hj mahfuz, mengajak atau menjemput datuk menjadi ahli pas. apakah reaksi datuk? apakah datuk tetap taat setia dgn satu dasar yang hampir melumpuhkan negara atau akan mencuba sesuatu yang baru?

Anonymous said...

salam to Datuk,

With you permission, let me say just something about student_ipt's comment:

Dr M la yang membuatkan Melayu sudah mula melupakan asal usulnya. Kuasa Sultan di kurangkan, bahkan sultan bleh dibicara di mahkamah khas. tetapi dia? Dia dpt gelaran Tun, yang kebal dr sebarang dakwaan. Di dunia mungkin begitu, tp di akhirat belum tentu..

sorry to say this, but even in Islam, there had never been anyone that should be given total power. The reason the Sultan's power was reduced was because they had the capacity of abusing their power, and yet they did not get trialled.

Or do you prefer a royal families that can do whatever they want? Do you want ANYONE (be it PM, Tun or the Sultans) to be above the Constitution?

Ingatlah, sedangkan Demang Lebar Daun sendiri pernah berkata yang perjanjian rakyat-dan-raja adalah dua hala. Rakyat akan patuh JIKA raja menggunakan kuasanya untuk melindungi rakyat.

apa student ipt tak pernah baca hikayat Melayu ke? be more critical when you read, ok?

dan sejak bila pulak gelaran Tun bermaksud seseorang tuh tak boleh didakwa di mahkamah? where did you get the idea?

which Constitution are you referring to?

anyway, I do believe that even thou Dr M. had done bad stuff when he was in-charge, he was and still is responsible and courageous enought to rectify the problems.

Maybe, that's the difference between having a DOCTOR to lead, compared to a PAKCIK. .



*even the nick Pak Lah annoys me, it seems to signal us that he can be bullied*


on the lighter side, maybe Pak Lah hasn't eaten enough apples. People say "an apple a day keeps the Dr away".. hehe..

A KADIR JASIN said...

Sdr Don Juan,

Bukan negatif, tapi realistik.

Apakah blogger macam saya dan pembahas macam saudara boleh buat kalau para pembesar Umno yang dipilih dan yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri, Bahagian dan Kabinet tak buat apa-apa selain memuji dan memuja?

Kita boleh terus bersuara, merayu, meminta, menggesa malah memberi kata dua.

Tetapi kalau mereka tak dengar, mereka diam, mereka membisu, mereka buat bodoh, mereka buat sadin apa kita nak buat?

Kita tidak ada kuasa dalam Umno. Kita bukan perwakilan. Kalau Tun Dr Mahathir pun mereka tak dengar, malah mereka persendakan, apalah harapan kita?

Jawapannya pilihan raya. Itu saja.

Kalau saya negatif atau pesimistik, saya tak akan habiskan masa, tenaga dan wang membuat blog ini.

Namun kita harus realistik agar kita tidak kecewa kerana kekecewaan boleh mematikan perjuangan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Ybhg Dato,
saya amat getik mendengar student ipt punya reasoning. itu lah student yang tak berterima kasih dan tak tahu asal usul....kurang buat kajian harap 'cut and paste' punya generasi...harap-harap beliau lebih lagi buat kajian jangan banyak berfantasi.....

Anonymous said...

buat pemerhati..

mmg betul la sapa yg ada gelaran Tun, dia ada kekebalan.. ni sapa yang tak tau ni?

ok, u tau tak alasan Dr M nak tolak saman DSAI di mahkamah? di menggunakan kekbalannya sbg bekas perdana menteri untuk menolak hujah saman DSAi.. Ni bkn rekaan, bacalah..

ada plak saya plak dia suruh wat bacaan blk.. Awak tu yg kene membaca...

mmg betul tiada yg layak dpt kuasa mutlak di dunia, tetapi dari segi konteks org Melayu, walaupun perlembagaan kita merupakan raja berpelembagaan, tetapi Sultan itu msih lagi merupakan tungjang org Melayu, bkn org lain.. renung2kan...

saya hadapi kekangan masa sekarang, ada masa hujah saya akan disertai bukti dan keadaan semasa..

Anonymous said...

student ipt...

sebelum membuat komen adalah lebih baik sekiranya anda membuat kajian terperinci tentang fakta yang hendak diketengahkan. malu pula letak nama tu sebagai student ipt kalau minda tidak on par pada tahap yang sepatutnya...

tidak salah mengemukakan hujah asalkan disokong oleh asas yang kukuh. Ini tidak buat hujah meluluh dan percaya seolah-olah ianya 100% betul..

sebagai student ipt, sepatutnya anda lebih banyak membaca...

A KADIR JASIN said...

Sdr Afrar Yunus, antara lain, mengemukakan soalan berikut:

"tiba-tiba datuk didatangi - tg ust hadi atau hj mahfuz, mengajak atau menjemput datuk menjadi ahli pas. apakah reaksi datuk? apakah datuk tetap taat setia dgn satu dasar yang hampir melumpuhkan negara atau akan mencuba sesuatu yang baru?"

Saya tidak kenal Tuan Guru Haji Abdul Hadi secara peribadi, tetapi kanal biasa dengan Haji Mahfuz.

Saya rasa soal taat setia kepada satu dasar atau mencuba sesuatu yang baru tidak timbul.

Kita, khasnya orang Melayu, perlu memperluaskan kepelbagaian suara dan, dalam hal-hal kepentingan bangsa, agama dan negara, wajib berani bersuara dalam bentuk dan atas pentas apa sekalipun.

Kita lihat bagaimana kepelbagaian suara dan tuntutan di kalangan orang Cina dan India. Mereka berbeza parti dan aliran politik, tetapi tuntutan mereka untuk kaum mereka tetap sama.

Matlamat menyelamatkan negara harus melampaui dan melepasi garis kepartian.

Kalau difikirkan tentang orang Melayu, kita terpaksa terima hakikat bahawa orang Melayu hari ini, jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia, adalah lebih daif daripada tahun-tahun awal DEB.

Perangkaan ini terkandung dalam Laporan Rancangan Malaysia Ke-9 tetapi tidak diuar-uarkan, maka tidak banyak orang Melayu tahu.

Terima kasih.

Anonymous said...

Blog sebagai pemangkin.. ya. Blog boleh jadi pemangkin untuk mencetuskan sesuatu yang lari keluar daripada kebiasaan. Saya percaya kuasa blog yang ada pada tangan tuan/puan. Sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan berhemah, siapa tahu mungkin BN akan hilang 2/3 majoritinya di dalam parlimen.

Walaupun ianya perlu dicapai menerusi alam siber yang khalayak kampung masih jahil, namun.. bila di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, cetak dan sebarkan sahaja apa jua maklumat yang boleh membantu khalayak memahami situasi dan gambaran sebenar kekalutan negara tika ini.

Mari kita sama-sama terjemahkan ke dalam bentuk tindakan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Kepada para bloggers, kita ada matlamat dan kerja untuk dilaksanakan. Ayuh! capai komputermu, susun kata-katamu dan sebarkan kepada khalayak di luar sana. Kita perangi KEZALIMAN, KETIDAKSAMARATAAN & PEROMPAK HARTA NEGARA.

Bad News Bear

Anonymous said...

are you sure sesiapa yang dapat gelaran Tun will be kebal from any legal action?

are you really really sure?

was it something that you read from the Constitution?

or hanya baca dari majalah je?

think, and think again. would the law really allows a position to be created where someone can escape the arms of law?

that's why when I asked you to read, I also asked you to be more critical. setakat membaca membuta-tuli macam utk lulus peperiksaan, tak payah la..

Datuk, what do you think?

Anonymous said...

salam Datuk,

hope this comment will be approved after my previous comment..

by the way, I had just talked to my lawyer fiancee. and guess what she said?

"takde sesiapa yg kebal to Malaysian Law! even the Kings are subjected to a court, but for them, it would be a special court, ie. Mahkamah Khas. Therefore, even Tun or any special titles given / approved by the Royals/country would be above the Law"

there you go. now, besides my reading on the Malaysian Constitution, I had even asked someone who practises law as their sumber cari makan daily..

if still tak puas hati, my dear 'student_ipt', go and check it for yourself, ok? ask around orang yang ahli tentang hal nih.

as you had implemented before, YES, WE MALAYSIANS SHOULD KNOW OUR RIGHTS. NEVER BE EASILY RIDICULED INTO SUBMISSION BY PETTY STUFF THAT WE NEVER EVEN BOTHERED TO KNOW..

salam..

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
saya sangat tertarik dengan jawapan yg datuk berikan "perlu memperluaskan kepelbagaian suara dan, dalam hal-hal kepentingan bangsa, agama dan negara, wajib berani bersuara dalam bentuk dan atas pentas apa sekalipun".

datuk, sesungguhnya saya suka dengan semangat org tionghua. tdk kira mereka dari parti mana. asalkan sahaja ada isu yg membabitkan kepentingan bersama, mereka akan bersatu memperjuangkannya. tindakan bersatu mereka direstui pula oleh kepimpinan parti.
berlainan pula dgn orang kita. mereka terlalu taksub dgn dasar parti berbanding agama dan bangsa.
inilah yang perlu diubah. mindset org kita perlu diputar agar mereka kembali kpd pegangan 'kepercayaan'. datuk dan para blogger ada peranan utk melorongkan org kita ke landasan betul.

Berita dari gunung said...

Merujuk sikit kepada student_IPT, Miss Jue and pemerhati.

Dato Kadir saya lihat berupaya menyediakan ruang sihat untuk semua membaca dan memberi komen. Saya percaya pembacanya terdiri dari pelbagai tahap umur, latarbelakang dan pelbagai profession.

Tentunya bila pandangan yang kelihatan jelas silapnya wajar dibetulkan. Ya, kita sentiasa belajar dari kesilapan, lalu kita jadi lebih matang. Sebagaimana yang sering diperlihatkan oleh Tun sendiri, apabila menyedari kesilapan segera dibetulkan.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Afrar Yunus, antara lain menulis:

"datuk, sesungguhnya saya suka dengan semangat org tionghua. tdk kira mereka dari parti mana. asalkan sahaja ada isu yg membabitkan kepentingan bersama, mereka akan bersatu memperjuangkannya. tindakan bersatu mereka direstui pula oleh kepimpinan parti."

Benar, kaum Cina amat mengutamakan kepelbagaian suara dan pendapat sebagai cara memperjuangkan hak.

Misalnya mereka begitu marah apabila MCA membeli dan menguasai akhbar Nanyang sehingga berlaku pertelingkahan dalam parti itu.

Mereka menolak Nanyang sehingga penjualannya jatuh daripada kira-kira 150,000 pada tahun 2000 kepada 114,000 tahun lalu.

Mereka juga membantah konsolidasi media Cina di bawah pemilikan tauke balak Sarawak Tan Sri Tiong melalui Sin Chew Daily.

Akhbar Melayu pula kesemuanya dimiliki atau dikawal oleh konglomerat yang berkaitan dengan Umno.

Sdr Pemerhati, di bawah Perlembangaan Malaysia, tiada siapa yang kebal.

Raja-Raja hanya kebal di dalam menjalankan tugas-tugas rasmi dan Ahli Parlimen ketika berdebat dalam dewan.

Untuk Raja-Raja diadakan Mahkamah Khas. Sudah ada kes dibicarkan di Mahkamah Khas membabitkan seorang Sultan.

Terima kasih.

Petani Kota said...

Saya adalah webmaster bagi Malaysian Bloggers Directory di MalaysianNetwork.

Saya percaya bloggers boleh menjadi satu suara yang kuat sebagai "Catalysts for Change" di Malaysia.
Ianya perlu diberi satu platform yang neutral dimana suara itu dapat digabungkan.

Adakah ianya boleh dijadikan platform yang sesuai? Terpulang kepada komuniti bloggers dan pembaca untuk menilai.

Malaysian Bloggers Directory

Anonymous said...

assalamualaikum,

terima kasih Datuk di atas komen Datuk.

saya cuma ingin memperbetulkan persepsi student_ipt. harap2 jika seorang manusia dapat menegur seorang manusia yang lain, manusia yg ditegur itu akan dapat pula memperbetulkan manusia2 lain yg punyai kesilapan yang sama..

Datuk, izin saya betulkan sedikit penulisan saya yg terdahulu.. ada ralat. the paragraph should be like this:

"takde sesiapa yg kebal to Malaysian Law! even the Kings are subjected to a court, but for them, it would be a special court, ie. Mahkamah Khas. Therefore, even Tun or any special titles given / approved by the Royals/country would NEVER be above the Law" \

teria kasih Datuk, dan selamat menulis..

A KADIR JASIN said...

Sdr Enaizi,

Terima kasih dan syabas atas usaha anda.

Saya pasti ia memberikan manfaat.

Terima kasih kerana menyenaraikan blog ini dalam direktori anda.

Sdr Pemerhati, sebenarnya ketika kita mengajar, kita juga belajar.

Semalam saya dijemput memberi ceramah oleh sebuah IPTA mengenai peranan akhbar Melayu membina minda merdeka sempena perayaan 50 tahun merdeka.

Merdekakah minda orang Melayu apabila akhbar harian Melayu terbesar adalah akhbar tabloid Harian Metro dan akhbar Melayu yang paling pantas berkembang adalah tabloid Kosmo?

Pengedaran dan pembacaan Utusan Melaysia merosot.
Berita Harian naik sedikit.

Apakah ini bermakna pembaca mula menolak propadanda politik akhbar-akhbar arus perdana yang serius dan memilih akhbar ringan dan sensasi atau kerana Metro dan Kosmo lebih murah harganya?

Terima kasih.

marn said...

Akhbar sepatutnya bertindak sebagai pelapor dan penyebar maklumat perihal situasi dan keadaan yang berlaku. Malangnya, hasil buah tangan bekas pembesar dan yang sedang berkuasa di Malaysia menyebabkan akhbar terutamanya yang berbahasa melayu telah hilang taring dan semangat journalismnya dalam mencerna pemikiran khalayak supaya lebih kritikal dan dinamik.

Apabila sesebuah akhbar itu dimonopoli oleh pihak2 yang berkepentingan sama ada politik ataupun peribadi, maka sekatan dan keterbatasan di dalam sesebuah akhbar itu timbul. Akhbar2 ini mula bersuara dengan suara yang berat sebelah sambil banyak kisah-kisah pembohongan dipaparkan, jadinya akhbar itu suatu kisah hikayat dogeng. Tidak lebih dan tidak kurang.Lahirlah akhbar yang dipanggil akhbar nyamuk atau picisan.

Minda khalayak seharusnya memilih bahan bacaan yang memberi dan membina pengetahuan. Malangnya, situasi itu tidak berlaku di negara ini.

Lantas, saluran blog menjadi saluran perdana ketika ini kerana menyediakan ruang dan peluang untuk mencari maklumat yang telus dan tidak berat sebelah. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang baru. Cuma medan dan dimensinya sahaja yang diperbaharui. Kalau dulu, ketidakpuasan hati terhadap pemerintah dan pembesar yang besar kepala, kita salurkan melalui meja kedai-kedai kopi dan terbatas sebarannya. Sekarang kita menggunakan medium yang lebih canggih dan meluas.

Sekuat mana dan sehebat manakah peranan blogger? Tidak kuat mahupun hebat sekiranya tidak kita terjemahkan kata-kata dan penulisan ke dalam bentuk tindakan yang boleh dikongsi oleh khalayak yang buta blog.

Buat student-ipt, semua manusia tidak kebal daripada undang-undang. Cumanya institusi kehakiman kita sahaja yang tidak mahu atau takut untuk melaksanakan undang-undang bila melibatkan bekas pembesar atau pembesar yang sedia ada. Kenapa? Cari makan. Tidak mahu menanggung akibat. Hasilnya, kita dapat lihat Tun Salleh Abas dipecat. Setuju atau tidak, pada pandangan saya ianya tidak lebih daripada satu sandiwara atau drama spektra bila melibatkan politik.

Soalan tok, saya jawab: Dua-dua pun ya. 1. Minda Melayu sudah menjadi semakin mundur dan nak 'ringan-ringan' sahaja. 2. Murah. Sebab sekarang kerajaan Barang Naik (BN).

Bad News Bear.

Anonymous said...

bercakap tentang kaum cina yang pragmatik, adakah kita perasan cara orang melayu berpemimpin. saya terperasan pattern kepimpinan orang melayu..bermula dengan datuk onn yang dikagumi menyatukan persatuan melayu...di manakah dia di akhir hayatnya...begitu juga tunku yang di kagumi usaha merdekanya..perasan kah anda cara dia turun jawatan..tun abd razak meninggalkan kita secara mengejut..bagaimana pula nasib tun hussein, kini nasib tun mahathir pula..adakah kita perlu rasa terkejut dengan perbuatan AAB..atau dia hanya mengikut tradisi biasa orang melayu..consume your leader then spit them out...

Anonymous said...

So student IPT...

bear in mind that in the future..your writing must be supported by adequate justification with proper bases and/or accompanied by reasonable grounds for making any comments or whatsoever...

Anonymous said...

Salam dato'
Sebagai manusia Tun tidak lepas daripada melakukan kesilapan tetapi sesiapa yang tidak dapat melihat dan menilai kemajuan dan pembangunan serta idea2 beliau yang bernas dan mendahului zaman orang tersebut tentulah buta mata dan hatinya.Malang sekali jika orang itu tergolong sebagai pelajar IPT. Sudah nyata pelajar itu seorang yg dungu. Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.
salam.

the indie story said...

Blogger harus terus berani menyatakan kebenaran semaksima mungkin. Old Timer seperti Dato' dari masa ke semasa wajib terus menyatakan kebenaran. Jadi jangan berhenti menulis Dato'...

Buat dont know...jerr.

Budakboy said...

Orang Melayu mengamalkan "Politik Padan Muka". Bila ada kawasan Melayu yang berwakilkan selain dari wakil UMNO, kawasan itu akan dipulaukan hingga kemudahan asas pun diabaikan. Bila ada yang merungut, maka keluarlah ungkapan "Padan muka, siapa suruh undi pembangkang. Kalau nak kemajuan, undilah UMNO (BN)". Yang rugi dan merana orang Melayu juga. Kita tak peduli semua itu kerana kita lebih utamakan parti dari bangsa.

Lain pula ceritanya dengan parti-parti politik Cina dalam BN. Gerakan/MCA akan mendesak supaya kawasan-kawasan Cina yang diwakili pembangkang diberi pembangunan kerana kononnya ini akan menarik pengundi supaya mengundi BN dalam PR akan datang. Kalau tak menang juga maka dikatakan tak cukup, perlu ditambah lagi.

Seperkara lagi, orang Cina di bandar-bandar utama dan ibu negeri akan tetap mengundi DAP kerana mereka tahu yang kerajaan tidak akan membiarkan ibu negeri dan bandar-bandar utama 'lingkup' hanya kerana berwakilkan pembangkang. Mahu tidak mahu bandar-bandar ini tetap diuruskan dan dibangunkan. Lihat saja Ipoh, Kepong, Melaka. Bak kata orang putih, "They want to have their cake AND eat it".

Pernah kita dengar MCA/Gerakan kutuk DAP atau DAP kutuk Gerakan/MCA? Yang ada hanya DAP kutuk UMNO/BN. PAS kutuk UMNO, UMNO kutuk PAS perkara biasa. Kafir mengkafir pun sudah.

Mari kita lihat program realiti hiburan "One In A Million". Peringkat akhir, 2 peserta lelaki Melayu, 1 peserta wanita Cina. Yang menang peserta Cina. Adakah kerana dia benar-benar bagus atau menang kerana percaturan kaum Cina dan kelemahan kaum Melayu.

Hadiahnya RM1 juta. Bererti RM1 juta dalam kantong kaum yang menang. Saya pasti 100% sms dari kaum Cina dan India pergi kepada peserta Cina. Undi sms Melayu dibahagi 3, 33.33% peserta Melayu A, 33.33% peserta Melayu B dan 33.33% peserta Cina (% hanya andaian sahaja). Mengapa orang Melayu undi peserta Cina? Mungkin kerana pada mereka yang mengundi, dia terbaik/cantik/dan sebagainya (meritokrasi maaa..).

Malaysian Idol pun begitu, kedua-duanya dimenangi oleh bukan Melayu. Malah sebelum peringkat akhir Malaysian Idol pertama diadakan, ada pembaca India buat "appeal" dalam "Letters to the Editor" NST supaya rakyat Malaysia mengundi berlandaskan meritokrasi.

Saya harap komen saya ini tidak dianggap berunsur perkauman kerana pada saya inilah realiti yang kita hadapi sekarang.

Anonymous said...

budakboy,

yes you are a racist!! your line of thinking is very clear on that.

DAP whacks MCA all the time and Gerakan as well. Just go to LKS blog and check it out. as for the reality shows, you have no sound proof and Malays,Chinese and Indians have won. does it say anything? Time you talk with some facts instead of making baseless andaian. well you are after all a budak and boy, so we give you some slack. Grow up.

read what HRHs Raja Nazrin and Sultan Selangor has to say.maybe that will give you some pointers.

The issue in front of us, is how can make this country great and the leadership that we need. The current one, sucks. BTW the leaders of MCA, MIC are weaklings. Nor chinese or Indian will want them as PMs. All we want is good leaders and the Malays have shown to be good leaders as in the 4 past PMs and no Malaysians will saythey have been bad. Yes they have their weakness. But this current PM? well Malays have better stock than him.

Budakboy said...

Rocky,

Racists? Aren't we all. So name calling is allowed now on this blog. I remember a comment I posted last year was not publish because of the word "liar". Are there degrees of name calling that we should know of Dato'?

Rocky, if you have read my postings you may see that I have voiced out the same concerns as you. The political animals now rule the coop because we allow them.

I stopped visiting LKS's blog after 2 visits because of my hypertension .

For your info I am the same age as Raja Nazrin and from the same state that he will be Sultan of and I'm bursting with pride that my state will have someone of his intellect as its Sultan. I have a collection of his speeches reported in the the NST including one from a few years ago where he chided Malay leaders for belittling their own race.

It is because I too believe that the Malays could offer someone better as PM that I posted the comment.

As to being a Budak and a Boy and your urging me to grow up, for your info the term Budakboy was use by the Malay instructors at my college . It is the only fully residential school in the country that is multiracial and the former president of the MCA is a Budakboy and YB Dato' Lee Kah Choon the Parliamentary Secretary of the Health Ministry is another Budakboy.

I have bathed naked with my Chinese and Indian fellow Budakboys for 4 years and we still have regular teh tarik sessions.

freelittlebrain said...

budakboy,
you posting let me strongly feel that you are bias and racist too. Please try to find out fr Lim Kit Siang and yr Chinese friends about "MCA/Gerakan kutuk DAP atau DAP kutuk Gerakan/MCA." they are the enemy and always fighthing against each other.
The accusiasion sound unlogic as "One In A Million" is purely a game by "probality." Please check you fact before posting. Little little boy with big Brain ?

A KADIR JASIN said...

Sdr Budakboy, Sdr Rocky (original), Sdr Freelittlebrain and others, can we tone down this racism business?

Better still can we do away with it?

It's ok for you to defend your bangsa and your kaum. But can we do it with some finesse and decorum?

Leave name-callings and obsenities to the pembesar, the MPs and State Assemblymen.

I think we are all grown-ups.

Thank you.

Budakboy said...

Dato'

Please check my comments, I did not call anyone names and I did not belittle anyone's call sign.

As always, the blog is yours and I respect your rules. I apologise to one and all.

putatan said...

Salam,

Saya tidak punya latar politik yang baik dan bukan penyokong Anwar Ibrahim.

Saya ada membuat sedikit pemerhatian ringkas terhadap elit-elit politik yang miliki potensi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri seperti Najib, Ali Rustam, Hishamudin, Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa,Husam Musa, Anwar Ibrahim, Syed Hussein Ali, Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng .

Kaedah perbandingan yang digunapakai dalam menilai kelayakan calon-calon tersebut dengan meletakkan Tun Mahathir sebagai asas kelihatannya Anwar mendapat markah tertinggi.

Anwar bukan yang terbaik untuk memimpin Malaysia, tapi kita ketandusan pemimpin yang pemikir. Saya melihat Anwar mampu untuk memperbaiki sistem demokrasi, meyakinkan rakyat terhadap perlembagaan, menarik pelabur asing dan kebolehterimaan bangsa bukan melayu terhadap dirinya.

Namun saya lebih suka Tok Guru Nik Aziz menjadi Perdana Menteri

Anonymous said...

Ye saya mengaku saya memang suka berkaraoke. Malah bukan blogger sahaja penyanyi karaoke begitu juga penulis akhbar, jurutera, doktor, penjual tauhu, polis trafik juga ramai penyanyi karaoke.

Jadi hah memang blogger penyanyi karaoke, kalau begitu kenapa nak risau sangat pasal blogger. Biarlah mereka menyanyi!

Barangkali Datuk ZAM risau kot kalau penyanyi karaoke ni (blogger) menyanyi lagu yang dia tak suka dengar.

Anonymous said...

Ybg Dato'

Pertama sekali saya ingin menyatakan yang saya merupakan orang yang menyokong idealisme Tun Mahathir. Walaubagaimanapun, saya bersetuju dengan Dato' yang menyatakan bahawa keadaan yang parah yang terjadi dewasa ini adalah disebabkan oleh apa yang dilakukan semasa Tun Mahathir.

Keadaan ini bukannya terjadi secara azali. Ia sebenarnya pada hemat saya adalah kesan dari pertembungan dua ideologi berbeza iaitu ideologi yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Tunku menekankan aspek betapa pentingnya semua rakyat di negara ini menjadi Malaysia yang tidak dinafikan penting tetapi dalam waktu yang sama nasib Melayu yang merupakan penduduk peribumi seolah-olah tidak berubah pada masa beliau; manakala Tun Razak pula juga mementingkan setiap rakyat merasa mereka merupakan rakyat Malaysia tetapi kaum Bumiputera juga harus mendapat bahagian dari kemakmuran yang dikecapi. Oleh kerana itulah beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang secara terang ditentang oleh Tunku kerana berpendapat yang ia akan menyebabkan UMNO akan dipenuhi oleh mereka yang menginginkan kekayaan dan bukan berjuang untuk bangsa.

Takdir telah menyebabkan yang falsafah Tun Razak lebih mendapat sambutan dan dari falsafah itulah lahirnya personaliti-personaliti yang juga yakin dengan falsafah tersebut seperti Tun Mahathir, Tengku Razaleigh dan Musa Hitam hingga mereka dikenali sebagai "budak Razak".

Falsafah ini walaupun mempunyai kesan yang buruk dan baik tetapi ramai yang melihat ia lebih banyak mempunyai kesan yang baik. Justeru itu ia diteruskan tetapi ia hanya mencapai tahap parah secara beransur-ansur selepas pengharaman UMNO pada tahun 1987. Perlu diingat yang sebelum pengharaman UMNO; demokrasi walaupun secara berhemah masih diamalkan di dalam UMNO. Mereka yang menentang masih diberikan ruang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. Tetapi selepas pengharaman UMNO Tun Mahathir mendapat cek kosong untuk membentuk semula UMNO dan bentuk yang beliau lakukan itulah telah memberikan kesan yang amat mendalam sehingga hari ini.

Saya masih ingat ketika saya remaja saya menonton rakaman Tun Hussien dengan nada marah menyatakan yang Dr. Mahathir salah dalam tindak tanduknya mengendalikan kes pengharaman UMNO. Dan saya masih ingat pada ketika itu Dato' Manan Othman cuba untuk menenangkan beliau selepas berlakunya pertikaian antara Team A dan Team B. Tunku juga menyatakan Mahathir sepatutnya tidak bertindak demikian kerana ia secara menidakkan pendapat yang berbeza dari Presiden. Dan saya juga masih ingat ketika tribunal Salleh Abas berlangsung orang nombor dua dalam sistem kehakiman negara Tun Hamid Omar juga berada di dalam tribunal tersebut. Secara lojiknya dan dari prinsip keadilan; tentulah orang nombor dua tidak boleh mengadili ketuanya kerana beliau akan mendapat manfaat dari pelucutan kuasa Ketua Hakim Negara dengan menduduki jawatan tersebut. Hasilnya, Tun Hamid Omar selepas pemecatan Tun Salleh berjaya menjadi Ketua Hakim Negara dan garisan yang memisahkan kuasa antara badan Kehakiman dan Eksekutif menjadi kabur.

Perlu juga kita ingat keadaan ini berlaku apabila apabila Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh cuba cuba membawa kekalahan mereka ke mahkamah. Ini kerana mereka percaya yang kekalahan sebanyak 40 undi lebih di tangan Team A telah dirancang dan kemenangan beliau telah dinafikan. Tun Mahathir selepas itu membuat kenyataan yang beliau akan tetap memegang jawatan Presiden walaupun menang 40 undi lebih walaupun sebelum itu menyatakan beliau akan meletakkan jawatan sekiranya beliau menang dengan jumlah undi yang kecil ( saya masih ada keratan akhbar tersebut). Atas dasar mendapatkan keadilan; Team B pergi ke mahkamah dan secara mengejut UMNO diharamkan. Ironisnya, selepas itu Tun Mahathir mempunyai kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk menghidupkan semula UMNO. Malah inilah yang dicadangkan oleh Tunku dan Tun Husien untuk beliau lakukan; tetapi beliau tidak melakukannya. Team B yang menjadi suara untuk menentang Presiden UMNo atau sekurang-kurangnya boleh menjadi gerakan yang menhalang tindakan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kini tidak lagi ada. Sebab itulah Tun Mahathir boleh melakukan pindaan-pindaan Perlembagaan termasuklah pindaan terhadap raja, definisi dan tafsiran OSA dan ISA, yang secara tidak langsung memindahkan kuasa Yang Dipertuan Agong kepada badan eksekutif. Pindaan paling penting ialah untuk memaksa rang undang-undang yang dibentangkan menjadi undang-undang dalam masa 14 hari walaupun tanpa persetujuan dari Yang Dipertuan Agong. Pindaan ini walaupun ada kebaikan tetapi ia mempunyai keburukan kerana boleh disalahgunakan oleh mereka yang membentangkan rang undang-undang.

Selain dari itu, selepas dari pengharaman UMNO, saya masih ingat yang Team B dilabelkan sebagai pengkhianat kerana menjadi punca kepada pengharaman UMNO. Tetapi jika ditanya kepada Team B, bukan mereka yang menjadi pengkhianat kerana mereka hanya melaksanakan hak mereka sebagai ahli sebuah organisasi yang mengamalkan demokrasi di dalam sebuah negara demokrasi. Di dalam buku Marina Yusof bertajuk A Time for Change beliau ada menceritakan versi Team B tentang pengharaman UMNO. Beliau menjelaskan yang mereka pergi ke mahkamah sebagai jalan untuk mendapatkan keadilan tetapi peguam UMNO Sri Ram (Kini Judge Sri Ram yang mengadili kes Metramac) telah melakukan "kamikaze defense" dengan meminta supaya UMNO diharamkan; Peguam Team B Raja Aziz Adruce kalau saya tidak salah). Tunku pada ketika itu mencadangkan penubuhan UMNO Malaysia bagi menggantikan UMNO dan beliau menjemput Tun Mahathir dan Ghafar Baba untu berada dalam jawatankuasa yang dipengerusikan beliau bersama Tun Hussien. Surat Tunku juga dipaparkan di dalam buku Marina. Sudah tentulah, Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak mahu berada di bawah Tunku kerana beliau mahu membentuk pasukannya sendiri kerana pada ketika itu beliaulah yang memerintah. Justeru itu pelawaan tersebut tidak diendahkan walaupun ia datang dari dua personaliti terbesar UMNO dan bekas Presiden UMNO sebelum beliau. (Ini mengingatkan kita kepada situasi dewasa ini). Dua minggu selepas pengharaman UMNO, UMNO Baru ditubuhkan dan Mahathir membuat kenyataan yang hanya sesetengah Melayu sahaja yang akan diterima oleh UMNO (baca: Team B tidak termasuk di dalam golongan Melayu diterima). Berita tersebut ironisnya lagi ditulis oleh Kalimullah Hassan; kini Dato' dan orang kuat NST. (Keratan akhbar ini juga dipaparkan di dalam buku Marina tersebut). Tambah ironis lagi jika kita dengar dalam ceramah Tun beliau menyebut yang UMNO ditubuhkan untuk orang Melayu tetapi nampaknya UMNO Baru, bukan ditubuhkan untuk orang Melayu Team B Pada waktu itu. UMNO yang wujud selepas pengharaman telah menjadi UMNO yang berbeza kerana pindaan-pindaan dibuat untuk menghalang pertandingan. Ini boleh berlaku kerana tiada lagi suara menentang di dalam UMNO pasca 1987. Keadaan yang sama juga berlaku dalam kerajaan sehingga memungkinkan pindaan-pindaan dibuat yang menyebabkan sistem negara kita menjadi sukar untuk menurunkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO secara berdepan. Ini menyebabkan wujudnya budaya mengikut pemimpin dan takut pemimpin kerana sesiapa sahaja yang melawan dengan kepimpinan akan dihukum dengan keras dan pengharaman UMNO 1987 dimomokkan menjadi punca tidak patut wujudnya pertandingan. Mereka yang bertanding atau menyuarakan pendapat akan dilabel sebagai tidak setia atau lebih teruk sebagai pengkhianat. Soalnya adakah Team B benar-benar pengkhianat atau adakah mereka sekadar melaksanakan amalan demokrasi? Patutkah kita menjadi tidak setia sekarang dan melawan Presiden sedangkan itu yang dipupuk oleh Tun selama ini pada masa beliau berkuasa? Mungkin ada yang menyatakan Tun terpaksa berbuat demikian kerana ingin melaksanakn agenda beliau untuk negara. Tetapi kita juga harus ingat yang Tunku dan Tun Hussien juga berpendapat yang agenda dan pendapat mereka juga benar. Jadi siapakah yang betul?

Lagi satu, saya juga ingat Datuk Shahrir sebagai tanda protes selepas pengharaman UMNO bertanding di Johore Bharu di bawah tanda Cap Kunci. Beliau menang dan hampir semua bekas ahli UMNO menyokong beliau. Kemenangan beliau merupakan tanda yang ramai ahli UMNO tidak bersetuju dengan Mahathir. Malah bendera UMNO juga sukar ditemui di johore yang merupakan tempat lahirnya UMNO tetapi Mahathir keras kepala dan masih terus tidak menghiraukan pendapat ramai. Selepas itu, pindaan dibuat untuk tidak membenarkan wakil rakyat meletakkan jawatan secara tiba-tiba atas alasan kerja menjadi wakil rakyat merupakan kerja yang serius. Justeru itu, perletakan jawatan sepertimana yang dilakukan Sharir merupakan "mockery" kepada sistem pilihanraya kita. Hakikatnya dengan pindaan tersebut satu lagi ruang untuk menyatakan ketidakpuasan hati telah tertutup. Jadi; jika kini Pak Lah tidak mendengar kata bekas Presiden; Jika Pak Lah masih lagi mahu bertahan sebagai Presiden dan Perdana Menteri walaupun rakyat tidak suka, Jika Pak Lah mahu melakukan agendanya sendiri (kepentingan agenda berbeza mengikut masing-masing), Jika Pak Lah begitu sukar hendak dijatuhkan sehingga terpaksa meminta bantuan blogger yang secara terangnya tidak mampu untuk mengubah apa-apa secara drastik; Jika Presiden sekarang begitu mempunyai "free hand" untuk melakukan sesuatu; siapakah yang harus kita persalahkan?

Pengharaman UMNO 1987 mempunyai kesan yang sangat mendalam kerana ia telah mengubah lanskap politik negara. Inilah harga yang harus kita and anak cucu kita bayar diatas kesilapan kita di masa lalu.

Penanak Nasik

zainal abidin awang kechik said...

tok..

Saudara ZAM..ni sudah sampai ke tahap menteri menteri melayu terakhir.Saya amat yakin kepada PAK LAH..semoga sudah sampai masa nya ZAM di berikan peluang untuk mencuburi di bidang lain.. umpamanya batik merbuk.ZAM dan ZAHID sama sahaja ..seorang berkokok di siang hari..seorang naik motor keliling pekan.
"jangan ada pengabaian tanggungjawab bila kamu di beri kuasa"
ada banyak tanggungjawab zam. masih lagi tertangguh..
cukup cukup lah zam .. oii
ini zaman sains dan fizik..

"KAROKE DI CIPTA OLEH ORANG JEPUN..ADAKAH INI SATU PENHINAAN"

14/syaaban 1428

A KADIR JASIN said...

Saudara Penanak Nasi,

Terima kasih atas kupasan Saudara.Harap-harap nasi yang ditanak tidak menjadi bubur.

Dan kalau menjadi bubur kerana terlebih air atau kerana api tidak kuat menyala, saya harap anak yang lapar masih boleh memekannya.

Salah satu sebab Dr Mahathir ditentang adalah kerana krisis ekonomi 1986/87.

Kini ekonomi kita, walaupun masih berkembang, sedang mengalami "krisis" struktural, khasnya pembahagian kekayaan.

Kini Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh sekata dalam banyak hal.

Kita perlu terus berfikir.

Sdr Zurich, ayam jantan akan tetap berkokoh tidak kira sumbang atau tidak suaranya. Sampai masa berkokoklah ia.

Tetapi kokok ayam berguna. Ia boleh digunkan untuk mengagak waktu subuh, air pasang dan waktu tengah malam!

Kalau dah kaya raya, banyak duit, apa salah naik motor besar. Kalau naik motor kecil, orang sangka Mat Rempit. Naik motor besar jadi Mr Rammed It. Dekat-dekat la tu.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Pembesar macam Zam ingin mencari relevance dalam kabinet hari ini. Walaupun dia mungkin tersingkir dari pilihanraya yang akan datang, dalam hati kecilnya beliau masih mahu terus bertanding. Jika bertanding, maknya Pak Lah masih memerlukan dia. Kalau tidak, kita tahulah apa pandangan PM terhadap Zam.

Zam menuduh bloggers syok sendiri. Sebenarnya, Zam tahu bahawa blogs memberi publisiti kepada banyak isu dan dia juga mahu dilihat sebagai newsworthy di kalangan bloggers.

Saya mahu cadangkan kita ketepikan sahaja mamat mamak ni. Tak perlu bagi publisiti di dalam blog. Dia boleh cakap apa dia suka dalam tv yang dia menjadi pengarangnya. Saya percaya ZAM TIDAK AKAN JEMPUT BLOGGERS SOSIO-POLITIK DUDUK DALAM STUDIE MEMBINCANGKAN ISU NEGARA WALAUPUN PROGRAM INI AKAN MENDAPAT AUDIENCE YANG AMAT TINGGI.

Sudahlah Zam, lebih baik you balik kampong aje dan rasmikan surau atau mesyuarat PIBG. Sekarang ini, kawan2 dia RTM bagi tau Zam mahu semua function dia diberi liputan! Depan Zam mereka semua ok, belakang dia mereka semua tak respect!

Anonymous said...

dato,

noted on name calling.

As for reading blogs, I read all kinds of media even the pro govt one so that I can make up my own mind. No minister especially one who is not smart in going to prevent me from reading blogs even if they are karaoke ones. I read yours without fail and that is true for screenshots,rockybru and malaysia today. and yes Agenda Daily too!!

do like the rocky (original) nick.;) I'll use that in the future. BTW our friend rocky bru goes by his full name now.

rocky(original)

Anonymous said...

Y.Bhg Dato,

Terima kasih atas keprihatinan Dato' mengenai nasi yang ditanak oleh saya. Harapnya ia tidak menjadi bubur kerana nasi yang menjadi bubur mudah jemu jika kita memakannya selalu.

Mengenai Tun Dan T. Razaleigh saya bersetuju yang mereka kini banyak sekata dalam pelbagai isu. Ini kerana mereka sebenarnya mempunyai idealisme yang sama cuma perbezaan dalam pendekatan melaksanakan idealisme tersebut yang berbeza hingga menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

Cuma saya agak terkilan dengan pengharaman UMNO yang sebenarnya boleh diselamatkan jika kedua belah pihak bertolak ansur. Ini kerana pertelingkahan tersebut menyebabkan matinya idealisme dalam UMNO walaupun kematian idealisme tersebut membolehkan Malaysia semakin maju dari aspek material dan profil negara. Ini kerana segala tindakan Presiden UMNo yang juga Perdana Menteri tidak dipersoalkan dan budaya yang dipupuk inilah yang mejadi sebati hingga wujudnya sindrom bisu dewasa ini. Melihat pada situasi ini, mungkin boleh kita gunakan analogi nasi yang dimasak menjadi bubur tadi.

Wassalam,

Penanak Nasik

amoker said...

Mr Kadir, I have been reading your writtings in NST every Sunday last time and was shocked when one day you announced that that was your last column. And thank God for blogs as i can continue reading your tots & able to write feedback, something that is restricted in print.

Too bad as now we only have Joceline Tans (STAR ) and even SIL column writting about buying 3 Iphones in NY.(NST). I pity my brain..

Anonymous said...

Yang Bhg Dato'

Suddenly I feel that I'm too old to mengamuk. Ada satu lagi cara iaitu jalan mistik Al Ghazali, Jalan Para Abid.

i) Berlapar dan bertapa ala kawan-kawan kat Nepal. Tapi dalam Minhajul Abidin bukan bererti lapar terus, lapar seadaanya, sekadar menyempitkan salur darah agar syaitan-syaitan tak bebas berlari-lari thus bako our darah.

ii) Gunakan daya bujuk untuk menyedarkan siapa-siapa yang berkenaan agar insaf dan pulang kepangkuan jalan. Agar mereka undur diri dengan rela, setelah mereka sedar yang mereka merupa, biawak hidup dan liabiliti kepada UMNO.

Ini Malaysia bukan USA yang terbuka boleh menerima kasanova macam Bill Clinton sebagai Presiden. Jadi, kasanova atau Don Juan di Marco UMNO, bawa muhasabahlah diri tu, jika ada terpakai duit rakyat dalam membina imej James Bond tu. BACK OFF & PULANGKAN sebelum mereka terpaksa mengAMOK. Tolonglah PAK LAH jangan uji kesabaran mereka.

Ini alaf 21 imej superman dalam Smallville yang ditayangkan di TV3 pun dah berubah agaknya pengarang dia baca Alvin Tofler. Ukuran kejayaan bukan pada banyak duit yang dibelanjakan untuk meniduri pompuan-pompuan penghibur tapi lebih kepada kekayaan emosi dan spritual.

p.s. Dengo khabo imej James Bond yang terbaru pun dah ada perubahan.

KESIMPULANNYA:-

Blogger boleh berperanan menyanyi irama ala-ala GOSPEL lagu PULANGKAN soundtrack Pontianak harum sundal malam karya Shuhaimi Baba dan PULANGLAH nyanyian Aisyah. Mari kita PULANG rame-rame, sama-sama.

Pain said...

Great post. I found fabulous knowledge over here. I like to read informative blog's and I found it here.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).