Monday, September 10, 2007

Biarlah Blogger Syok Sendiri

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENTERI Penerangan Zainuddin bin Maidin terus marah-marah. Dia marah kerana akhbar arus perdana terus memetik daripada laman berita bebas dan blog.

Zam menganggap maklumat laman berita dan blog sebagai tidak “authoritative.”

Bernama melaporkan begini: “Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin today asked newspapers not to quote from blog websites when writing news stories as the source of the information cannot be considered authoritative.”

Zam menganggap akhbar arus perdana kurang bertanggungjawab kerana memetik daripada laman berita dan blog justeru itu dia menasihatkan mereka agar lebih bertanggungjawab dengan memetik hanya sumber-sumber yang “authoritative” – yang berkuasa atau berwibawa.

Katanya ramai blogger bergantung kepada akhbar arus perdana untuk membina kewibawaan mereka.

Sama ada Zam membaca laman berita dan blog atau tidak nampaknya tidak menjadi persoalan kepada menteri itu kerana dia sudah membuat kesimpulan bahawa “the information are posted on the blogs by people with no authority.”

Maksudnya blog menyiarkan maklumat yang datangnya daripada orang yang tidak ada kuasa.

Betullah, berapa ramaikah blogger dan pengendali laman berita yang “berkuasa” dan “berwibawa” macam Zam?

Mereka bukan Ahli Parlimen. Mereka bukan menteri. Mereka tidak ada pegawai dan para pesuruh. Dan mereka tidak ada pertubuhan raksasa macam Kementerian Penerangan atau Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Sebagai bekas pengarang, saya turut bergembira kerana Zam kini amat berkuasa. Dulu dia “pengarang cabuk”macam saya juga.

Anehnya, sebaik saja Bernama menyiarkan “arahan” Zam agar tidak memetik dari blog, ia memetik dengan terperinci blog Marina Mahathir, RantingsbyMM mengenai pembedahan jantung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak bertujuan bergaduh dengan Zam. Tidak ada sebab dan tidak ada guna saya berbuat demikian. Saya hanya berharap para pembesar, khasnya yang menjaga maklumat dan propaganda rasmi, agar mengenali siapa mereka dan siapa blogger.

Yang nampaknya menjadi masalah kepada para pembesar bukanlah semua blogger, tetapi blogger yang menulis mengenai isu-isu politik dan sosial.

Agaknya kalau boleh, ramai pembesar mahu menguasai atau mempengaruhi blog-blog jenis ini.

Namun elok difahami bahawa sebagai Menteri Penerangan, kuasa dan pengaruh Zam tidaklah mutlak dan menyeluruh hatta di dalam kementerian itu sendiri.

Dari segi amalan atau konvensyen, Zam bukanlah supremo. Dia bergantung kepada kakitangan profesional. Kalau mengenai berita dan hal ehwal semasa, dia terpaksa beroperasi melalui ketua bahagian itu. Begitu jugalah dengan jabatan-jabatan lain.

Ini adalah tanggapan saya berpandukan amalan dan konvensyen. Tidak tahulah kalau kuasa eksekutif ketua-ketua jabatan di RTM, Bernama dan jabatan-jabatan lain sudah di-ambil alih atau diresapi oleh YB Menteri.

Kuasa dan peranan Zam sebagai menteri tidak sama dengan kuasa dan peranan beliau ketika menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Sebagai Ketua Pengarang kuasa dan peranan beliau dalam hal ehwal pemberitaan adalah sahih dan mutlak.

Di luar daripada Kementerian Penerangan, kuasa dan pengaruh Zam, kalau pun ada, hanyalah dalam bentuk kuasa moral dan intelektual (moral and intellectual authority). Itu pun boleh dibahaskan (debatable).

Bernama misalnya adalah pertubuhan berita kebangsaan yang ditubuhkan dengan “charter” khas yang menjamin kebebasannya daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Media cetak pula terletak di bawah kawalan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan stesen radio dan televisyen di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Manakala blog, sebagai fenomena baru, mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini adalah kerana blog lebih berupa ciptaan dan cetusan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di mana pengguna dan penggunaannya adalah pelbagai.

Hanya segelintir kecil sahaja blogger yang berlatarbelakangkan kewartawanan. Yang lain adalah orang biasa dan golongan profesional daripada pelbagai aliran seperti pelajar, guru dan pensyarah, ahli politik, doktor perubatan, akauntan dan penggiat badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Jadi eloklah para pembesar negara cuba memahami hal-hal yang berkaitan laman berita Internet, blog dan ICT agar mereka tidak takutkan bayang-bayang sendiri atau membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Manalah tahu Zam atau Perdana Menteri sendiri satu masa nanti tergerak untuk memulakan blog atau laman web peribadi untuk berinteraksi dengan rakyat jelata.

Lagipun, kalaulah benar blog terhad liputannya dan blogger tidak berwibawa seperti selalu Zam katakan, tidak payahlah dia peningkan kepala.

Berilah peluang kepada blogger goblok yang "menganggur" macam saya untuk syok sendiri.

43 comments:

fendy_ahmad said...

Dato' dan pendiskusi yang saya hormati,

Saya pernah mempunyai 'respek' yang tinggi terhadap Dato' Zam teruatamanya dengan hasil 2 hasil karnyanya yang cukup saya minati dan simpan sehingga hari ini iaitu 'The Other Side of Mahathir' dan 'Wira Tidak Didendang.'

Tetapis ecara ikhlas, hari inisaya merasakan apa yang Dato' Zam cuba tulis di dalam buku 'The Other Side of Mahathir' itu nampak gayanya tidak selari dengan pendirian beliau sendiri.

Maaf kata, Dato' Zam ini rupanya ada sifat 'opportunist' juga rupanya. Ini terserlah dengan tindak tanduk beliau dalam berdepan dengan isu 'kritikan langsung' TDM terhadapa kepemimpinan sekarang.

Saya hairan dan sungguh hairan kenapa Dato' Zam ini tidak henti-henti 'menghentam' dan 'memperlekeh' bloggers. Sebagai bekas Ketua Pengarang akhbar berbahasa Melayu saya harap Dato' Zam faham bahawa perbahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' itu sudah lama dianggap sebagai satu peribahasa yang memerlukan penelitian semula secara intelek.

Saya selaku blogger 'kerdil' yang sememangnya tidak mempunyai ilmu rasmi kewartawanan ataupun penulisan massa ingin mengajak Dato' Zam ke blog saya dan buatlah penelitiannya. Tulisan saya hanyalah berpandu kepada pencapaian saya memperoleh A dalam semua kertas Bahasa Melayu (dulu masih Bahasa Melayu) di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Saya bukannya wartawan hebat seperti Dato' Zam....

kawan said...

Alahai!

Zam ini ialah antara Menteri Penerangan yang membosankan! Kalau buka mulut, tak ada benda lain yang dia nak cakap. Atau boleh cakap! Pengetahuannya sangat terhad.

Tak macam Tok Mat Bulat dan TS Khalil dulu. Mereka tidak mempunyai baggage kewartawanan jadi mereka lebih mudah menjurus kepada kerja kerajaan. Zam ni susah fasal dia masih memikirkan dia wartawan, tak kiralah wartawan cabok atau tidak!

Dalam era komunikasi yang baru ini, Zam serba kekurangan dari segi penggunaan teknologi mahupun penerapan idea baru yang lebih sesuai zaman ini. Apabila ini berlaku, Zam berselindung di sebalik falsafah "Aku Menteri, aku ada kuasa! Kau orang apa tahu?"

Itu fasal pegawai2 kanan beliau suka mendongak dan mengangguk apa juga dia kata! Mereka tak kuasa tak bertukar fikiran dan berdebat dgn Zam kerana Zam merasakan cuma dia saja yang betul dalam dunia ni! Satu ketika dulu, dia kata Tun M tak betul. Lepas ni saya tak heran kalau dia kata Pak Lah pulak tak betul!

Sebagai bekas wartawan (tak kiralah wartawan cabuk atau tidak), Zam seharusnya boleh berinteraksi dengan bloggers. Dia ada peluang baik untuk berbuat demikian kerana bloggers dan wartawan lazimnya bercadap dalam konteks yang sama. Mereka hidup dalam industri yang sama. Cuma corak dan wadah saja yang berbeza.

In truth Datuk, Zam's shelf life as a communicator is over! He's no longer relevant, really! He didn't reinvent himself properly and now he's grappling as a has-been trying to exist in a new world. Go back and sleep Zam and don't waste the rakyat's money!

Idris said...

Datuk,

Satu analisa tepat dan komen menarik dari Datuk. Saya rasa masalah orang seperti zam ni - mereka mungkin sering bercuti ke london dan makan caviar, tetapi dalam banyak hal mereka ketinggalan zaman.

Terima kasih

mariannie said...

Dato yang dihormati,

Biarlah kita dituduh syok sendiri,janji kita telah cuba menyampaikan apa yang tidak dapat disampaikan menerusi media arus perdana. Siapalah saya untuk diberi ruang ruang menulis di media arus perdana. Jadi biarlah saya syok sendiri.

qunang² said...

Dear Dato' and others,
Nobody ever imagine of the word "blogger" during Zam's days in Utusan. It's a totally new source of information and ideas to the reporters that comes from various groups (students, professional, politician etc).

If Zam (in any way) followed this discussion, I would like to ask who are the people that is authorised (or valid) to be the source of information for reporters?
may it be ONLY prime minister, ministers and their in-laws?

What about the makciks and pakciks as source of information in our kampung? as the reporters cannot neglect them as a valuable source of information, then what is wrong with us?

i would greatly appreciate if you think twice before making statement, mr. minister.
thank you in advanced.

boxxTomoi said...

"Syok Sendiri”??? itu kalau kita asyik cerita pasal diri kita Dato'.

Bloggers are people with mission. I don't think you have this blog just for suka2 or syok sendiri.

Even blogger kecil macam saya pun, ada misi Datuk. I'm trying to promote Tomoi (muay-thai) as a great sport. Kalau dalam surat-khabar ada ruang yang sama mungkin saya tak akan blog. Mungkin kalau surat khabar memuat berita seimbang Datuk pun mungkin tak blog.
Btw Datuk, (24%) visitors for my blog datang from 40 lebih negara luar. Now... maybe you're right saya pun cuma "syok sendiri".

Rizals said...

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk,
Zam telah menulis satu buku mengenai TUN suatu masa dahulu dan saya membacanya dengan tekun dan penuh minat. Bangga dan merasa puas. Itu semasa saya itu universiti. Sama seperti Sdr. Fendi saya juga dahulu sedikit mengkaguminya.

Zam yang saya kenal sekarang ini sudah agak berbeza. Di mana fokus kepimpinan sdr. Zam sekarang ini ?. Fokus patriotisme kah yang mahu di bawa, sehinggakan diserangnya semua blogers seumpama golongan seperti ini tiada tempat dalam arus perdana ?. Jikalau patriotisme maka soalan saya ialah KENAPA RTM SEKARANG INI BEGITU BERSUNGUH-SUNGGUH MENYIARKAN DRAMA-DRAMA DARI TANAH SEBERANG; DRAMA INDONESIA SUDAH DITAYANGKAN DI RTM 1; HEBAT SUNGGUH AURA DRAMA INDONESIA; DRAMA KITA DISIARKAN JUGAKAH DI SANA?; SEBELUM INI, RASA SAYA TIADA DRAMA BERSIRI DARI INDOESIA MENGAMBIL TEMPAT DI RTM,KENAPA PERKARA SEDEMIKIAN PUN BELIAU TIDAK SENSITIF' HILANGKAH DERIA RASA BELIAU, MAKA MERDEKAKAH RTM SELEPAS 50 TAHUN.?

Pada hemat saya halatuju dan fokus perjuangan Sdr.Zam tidak konsisten Jikalau kita boleh belajar daripada TUN maka kita faham bagaimana konsistennya TUN dalam memperjuangkan agenda bangsa; DARI DULU DAN SEKARANG CORAK PERJUANGANNYA TETAP SAMA IAITU ORANG MELAYU KENA UBAH PEMIKIRAN, ORANG MELAYU PERLU BERUBAH SIKAP.

Kita tidak susah untuk membaca pemikiran TUN. Lantas berbalik kepada Sdr.Zam...apakah fokus perjuangan sebenar beliau hari ini?.Demi kelangsungan survival bangsa yang mana drama RTM telah MENJAJAH RTM ? atau bagaimana?

Hmmm....maaflah Datuk, saya rasa Sdr. Zam tidak membaca post sebegini kerana dia tidak dekat dengan kita. Lagipun siapalah kita ini...tidak berpelajaran, tidak mahir menyaring maklumat. Apa-apapun, saya harap dia kembali menetapkan fokusnya semula. Kembalikan maruah RTM dahulu sebelum bercakap tentang orang lain. Ikhlas.

AMLG said...

Masalah dengan Datuk ZAM ialah dulu beliau menulis, sekarang beliau bercakap.

Tidak ramai orang yang menulis dengan baik tapi boleh bercakap dengan baik.

Demikian juga tidak ramai orang yang boleh berpidato dengan baik dan menulis dengan jelas.

Datuk ZAM sebagai penulis memang hebat kerana beliau ada masa untuk memikir semula pandangannya dan melakukan penyuntingan. Tapi datuk Zam sebagai ahli politik dia banyak cakap.

Bila bercakap dia tidak berfikir seperti menulis. Ini menyebabkan banyak cerita lucu keluar dari mulutnya.

Namun seperti kata seorang "orang kuat UMNNO Merbuk" kepada ZAM di majlis Hari Raya Tun Dr. M tahun lalu, "Inilah Melayu jenis Lupa."

Itu sahaja kesimpulan terbaik buat Datuk ZAM.

rastom said...

Dato yang saya muliakan,

Vox populi, vox dei itu kata keramat (walaupun agak klise) untuk demokrasi, sementara blog itu sebenarnya suara rakyat. Saya tidak tahu lagi apa makna demokrasi jika suara rakyat itu tidak dianggap autoritatif.

MODERATOR said...

Dato' Kadir yang dikasihi,

Syok sendiri atau tidak, itu kita punya pasal...

Kita punya blog, terpulanglah pada kita apa yg nak ditulis. Betulkan Dato'? Asalkan tidak melampaui batas dan fitnah serta menghina sesuatu kaum dan agama.

Syok sendiri adalah satu elemen yang terpenting dan paling eksklusif buat blogger. Tanpa "Syok Sendiri" tulisan tidak akan mempunyai jiwa yang indah.

Yang menjadi masalah Dato' apabila ada segelintir manusia yang mempunyai kuasa, marah kepada blogger yang syok sendiri kerana mereka tidak tahu kepada siapa mereka nak syok.

Mereka marah kepada pngguna Lrt dan motosikal sebab BMW 7 series mereka selalu tersekat disebabkan Traffic jam. Sebab tu mereka hilang syok...

Lagi sekali ditegaskan Dato'...kita nak syok sendiri, kita punya pasal laa kan...blog kita, so kita punya suka laa.

Asalkan jangan hina Tuhan! Hina rasuah takper...

ZURICH said...

salam dari masjid AL AQSA.. selamat berpuasa untuk TOK sekeluarga..

kassim said...

Petikan dari saudara Idris,

"Saya rasa masalah orang seperti zam ni - mereka mungkin sering bercuti ke london dan makan caviar, tetapi dalam banyak hal mereka ketinggalan zaman."

Saya tertarik dengan tulisan saudara Idris seperti yang di atas, dan sememangnya telah lama menjadi persoalan di minda saya semenjak mula mengenal surat khabar dan televisyen.

Mengapa agaknya para pembesar kita suka sangat untuk bercuti ke luar negara, sedangkan pada masa yang sama mereka lah yang riuh-rendah menggalakkan rakyat untuk bercuti dalam negara?

Kalau setakat nak makan pekasam telur ikan tak payah pergi jauh-jauh... Malaysia ini kan serba ada.

shuk said...

Salam untuk Dato' dan selamat menyambut Ramadan kpd Dato' dan kenalan di alam maya ini.

Dato',

Semenjak ZAM mengambil alih RTM, serinya dah tiada. Dulu saya peminat berita dunia tapi entah semenjak akhir2 ni dah hilang taringnya. Lagi satu, dia telah menghampakan banyak peminat sukan F1 yang semakin bertambah di Malaysia. Bayangkan siaran tertunda perlumbaan disiarkan jam 2 pagi. Siapa yang akan tengok. Siapa penaja yang akan taja siaran.

Kalau disiarkan secara langsung, saya rasa, berlumba-lumba para penaja untuk mengisi masa siaran. Kalau TV3 boleh menyiarkan kesemua perlumbaan dgn secara langsung sebelum ini, kenapa RTM tidak boleh. Jangan jadikan isu belanja yang tinggi sebagai pokoknya. Apa guna kakitangan yang ada kalau benda sekecil ini tak dapat diselesaikan. Itu saja pandangan saya.

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Saya pun macam Dato' juga. Buat blog untuk syok sendiri.

Hanturaya said...

Zam is only serving his masters, like you once upon time serving your masters too. Its a different master and different servants.

Perhaps you should look back and try to differentiate what you did and what he is doing now.

The only difference is the one sitting on the golden throne and their cronies.

The method he is using has been used by you when you were in power.

Cherios . . . .

Berita dari gunung said...

Blog boleh jadi medan untuk berita dan isu yang tidak diberi keutamaan oleh media perdana.

Dari satu segi Blog boleh bergerak seiring dengan media perdana, menampung dimana kurang. Maklumlah berita utama pun kejap saja, penuh dengan gambar orang bersalam, bertepuk dan berkerumun.

Akhbar pulak beri prioriti tanpa jemu keatas kemalangan dan kes mahkamah dan sukan.

Blog helps..

Saya rasa macam tu la..

Red84 said...

The Scribe
Salaam

Selamat Menyambut Ramadhan
wahai Muslim dan Muslimah - semua.


Terima Kasih

freelittlebrain said...

Sebagai seorang blogger, saya suka comment sini comment sana demi syok sendiri. Kadang-kadang Dato' tegur, jarang-jarang saya dimoderate, kan seronok ?
Ironically and undeniable, now is the cyberworld, net news to cyberspace, the internet oh, not blog because it might be goblok like me, is becoming a more decisive factor in political campaigns. Can't we stop the effective cyberjournalism?

kawan said...

Dear hanturaya,

You mean Datuk Kadir was a Minister of Information before? You must be mistaken! You mean Datuk Kadir Shekh Fadzir maybe...!check your facts first!

penganggurpaksa said...

A'kum Datuk,

Lama tidak bertandang....
terpanggil pula untuk memberi pendapat..

Saya tumpang "syok sendiri" jugak...masih lagi penganggur ni...tak tahula sampai bila..

Moga2 Datuk dan sekelian yang lain dapat menjalani ibadah Ramadhan dengan jayanya. InsyaAllah

P/S: Nak tengok apa pula rezeki tahun 2008...

norzah said...

Pendirian manusia memang selalu berubah-ubah mengikut kedudukan dan kuasa yang diberikan kepadanya. Seperti kata seorang general yang disoal mengenai perubahan pendiriannya yang mula-mula tidak mau menyerang Iraq kumudian menjadi ketua angkatan penyerang sesudah diberi kuasa oleh Presiden Bush ( contoh saja):
Where I stand depends on where I sit!
Jadi hairankan kita jika Dato' ZAM terpaksa "mengetuk" rakan-rakan lama dan rakan seperjuangan untuk mempertahankan kedudukannya sekarang? Tapi biasanya singa dalam sirkus yang tak boleh menari lagi akan balik juga ke hutan rimba untuk menyertai gang lama, apabila titak diperlukan lagi di dalam sirkus itu!

Sirkis selalu tukar persembahan dan orang, Tuk!
Suatu masa nanti mungkin bloggers sekarang akan diperlukan untuk membawa suara dan lakunan baru dalam sirkis yang lebih professional.

After all, kata Shakespear, "the world is but a stage..." dan kita semua pelakun juga, mengikut kehendak dan ragam dunia....!

lan's said...

Asalamualaikum Datuk dan Sahabat Bloogers.

Terus terang saya menyatakan limpahan maklumat di dalam internet amat merisaukan.

Saya tidak menafikan terdapat blogs yang bertanggunjawab untuk membantu memperbaiki dan memberi nasihat kepada kerajaan, agensi ataupun individu tertentu, kerana saya juga seorang bloggers.

Tetapi Datuk, Abg Zam sebagai Menteri Penerangan dan juga sebagai orang politik, beliau perlu menjaga dan mengawal bagaimana maklumat yang tidak bertanggunjawab tersebar dengan mudah.

Dibawah ini saya petikkan visi dan misi salah satu agensi di bawah Kementerian Peneranggan : -

Objektif

* Untuk mempertingkatkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.
* Untuk mewujudkan rangkaian komunikasi dua hala yang `accountable’ dan telus antara kerajaan dan rakyat bagi meningkatkan lagi kesefahaman dan perasaan tanggungjawab bersama terhadap kemajuan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.
* Untuk membimbing dan membudayakan pemikiran serta sikap rakyat agar selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan.

Fungsi

* Merancang, menyelaras dan menyelia strategi dan program pemasaran maklumat melalui pendekatan komunikasi bersemuka.
* Merancang, menyelaras dan menyelia semua program-program Jabatan yang dilaksanakan ke arah pembangunan minda dan rohaniah masyarakat.
* Mewujudkan rangkaian perhubungan komunikasi yang terancang, meluas dan berkesan antara kerajaan dan rakyat.
* Menyediakan khidmat pakar nasihat kepada semua badan kerajaan untuk pengelolaan sebarang program kempen.


Visi dan Misi ini sudah cukup untuk memberi komen bagaimana Abg Zam kita perlu mengawal maklumat sebaik mungkin(bukan untuk menyekat, jika nak menyekat, di peringkat ISP sudah boleh dibuat !).

Kekadang kita sendiri yang lebih mengetahui apa niat yang ingin kita sampaikan didalam penulisan. Jadi sebagai Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, saya percaya Datuk juga mempunyai agenda dan garis panduan semasa memimpin NST, dan saya percaya semasa Datuk berkuasa di NST, kekandang Datuk juga tidak dapat menulis perkara yang Datuk pikir perlu untuk ditulis.

Jadi tidak salahlah kalau Abg Zam kita ingin mengawal(bukan Menyekat). Saya bukan seorang yang pandai, sekadar ingin melihat Negara kita dapat mengekalkan budaya dan keharmonian selama mungkin, 50 tahun sudah berlalu, kita tidak mahu melihat anak-anak kita diacukan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab(segelintir bloggers, bukan Datuk dan rakan-rakan).

Jadi tugas kita sebagai bloggers untuk menyatakan pendapat kita, biarlah kepada sesiapa yang boleh menerima, biarlah kita mempunyai komuniti kita sendiri. Bab surat khabar nak ambik ke tak ambik ke biarlah Editor tentukan. Abg Zam hanya boleh menasihat dan mengigati je, akhir sekali ianya masih lagi kuasa Editor.


SELAMAT MEMNYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK ...

DATUK, TAK ADA KE NIAT DIHATI NAK BUKA PUASA BERSAMA DENGAN BLOGGERS?.


Sekian.

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bhg Datuk, Datuk Zam, semua bloger dan khasnya Hantu Raya,
Entahlea bila nak puasa jea hantu tetiba muncul...kenapa yea. Untuk pengetahuan, saya sebenarnya tidak pernah untuk berhujah secara terus dengan mana-mana bloger disini tetapi melihat kepada kenyataaan oleh Hantu Raya mengenai perbandingan yang dibuat antara datuk Zam dan datuk AKJ maka saya kira adalah perlu saya mencelah sedikit kali ini , bukan niat untuk berbalah tetapi sekadar memberikan buah pandangan.

Apabila u membuat perbandingan antara ure datuk Zam dgn datuk kadir( AKJ) maka perlu diperincikan perbandingan yang dibuat - itu atas kapasiti apa sebenarnya. Membuat perbandingan jasa dan khidmat orang secara sembrono adalah sesuatu yang amat dangkal. Apa yang saya faham daripada kenyataan u adalah datuk AKJ dan datuk Zam sama dari segi memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada boss mereka.

Itu saya faham tetapi masalahnya datuk Zam tiada prinsip yang jelas. Fokus perjalanan politiknya kabur. Apakah molek sifirnya, jikalau mahu terus kekal dalam arus politik perdana maka pihak lain harus dimangsakan. Blogers harus dimangsakan. Bukankah bagus kalau Datuk Zam cuba memalaysiakan RTM daripada cerita-ceriti dari INDONESIA. Bukankah elok beliau mencari kekuatan sendiri daripada cuba bergayut atau cuba mengoyangkan pihak lain. Saya nasihatkan anda agar berbicara persoalan-persoalan begini dengan beliau. He must stand by hes own. cApabila Y.Bhg Tun memberikan ruang kepada beliau dalam arus politi tanah air, seharusnya peluang itu dipergunakan dengan penuh bijaksana. Beliau seharusnya sudah boleh menjadi antara menteri yang disegani.

Pengalaman sarjana saya menjelaskan bahawa terdapat beberapa kelompok pemimpin yang antara salah satunya ialah the popular leader. Orang yang sebeginilah yang tidak sanggup menerima tekanan; cepat mahu mengikut telunjuk dan sebagainya. Jikalau ditakdirkan Y.Bhg Datuk Zam dilantik menjadi PM maka karektor sebagai the popular leader adalah tidak sesuai kerana sebagai contoh untuk berunding dengan pihak singapura misalnya kita memerlukan ketegasan kerana kita tahu bentuk pemimpin mereka yang provokatif. Barang perlu diingat juga Datuk Zam adalah seorang yang bertaraf menteri yang dengannya kenyataan datuk Zam akan mengundang kepada implikasi dasar dan perundangan makanya beliau harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan kenyataan.

Sementelah pula, Datuk AKJ bukanlah seorang menteri; bukanlah seorang tokoh korporat dan beliau tidak mengikut secara melulu bosnya dahulu. Ada ketikanya beliau menjadi orang yang tidak bersetuju dan cenderung untuk mencari jalan terbaik untuk merapatkan ufuk ketidakpersetujuan itu, Makanya beliau mempunyai digniti dan maruah yang tersendiri. Jelasnya sempai sekarang beliau tidak berubah dari segi fokus dan tindakannya.

Jadi, antara datuk Zam dan Datuk AKJ pada suluhan saya adalah cukup berbeza walaupun saya tidak mengenali kedua-dua mereka ini secara dekat.Wallahuallam.
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

marn said...

Pada saya, ada tiga perkara yang perlu kita lihat:
1. Zam sedang cuba untuk mempromosikan blog-blog politik di Malaysia ni. Ibarat 'reverse psychology' untuk budak-budak. Cth: "Mat! kalau kau berani, panjat la pokok tu" kata emaknya sambil mengawang-gawang rotan ditangan.
2. Tidak ramai yang berfikir sebelum menulis dan bercakap perihal sesuatu. Ibarat burung kakaktua yang diajar bercakap dan menghafal dialog, tanpa mengetahui apa makna sesuatu perkataan mahupun frasa tertentu.
3. Terpaksa. Dah jadi orang suruhan, terpaksa lah menurut kemahuan orang yang lebih berkuasa.

Terpulang masing-masing untuk meletakkan di mana letak duduknya Zam di dalam isu ini.

Mereka yang berpolitik selalunya akan cuba menjadi juara dan jaguh di dalam sesuatu isu supaya dapat dikekalkan menjadi calon pada penggal mendatang. Menggunapakai prinsip dan teori Machiavelli 'Matlamat Menghalalkan Cara' adalah suatu pendekatan yang amat sesuai demi kelangsungan karier politik seseorang itu. Sama ada 'dia' dilabelkan sebagai 'opportunis', 'kacang lupakan kulit', 'si luncai dengan labunya', 'dia' berperanan sebagai bidak di dalam permainan catur yang akan digunakan untuk menahan serangan bertubi pihak lawan.

Dalam erti kata lain: Dia berperanan sebagai ....... (sila isi tempat kosong mengikut kesesuaian).

Adakah perbuatan syiok sendiri pun sudah menjadi suatu kesalahan selepas kita merdeka 50 tahun. Kalau itu bagai dikata, sesungguhnya Malaysiaku Gemilang!

kawan lama said...

Datuk,

Saya kenal benar dengan Datuk Zam dan saya juga kenal benar dengan Datuk Kadir. Mereka berdua datang dari negeri yg sama, bercekecimoung dalam industri yang sama, dan mempunyai banyak pengalaman. Saya pernah bekerja dengan kedua-dua mereka.

Tapi perbandingan lain setakat itu saja. Datuk Zam mulut celupar dan sebagai Menteri, tak tahu hujung pangkal perjuangan dan peranannya. Jika bloggers boleh diberi pengiktirafan di dunia luar, dan di kalangan Menteri Kabinet di sini ada juga yang mengiktiraf, tetapi Datuk Zam mengambil kedudukan yang mencerca dan menghukum!

Dia lupa! Dia mudah lupa tentang peranan agen komunikasi! Dan dia sangka dia adalah ketua komunikasi negara ini sebagai Menteri Penerangan! Cermin dulu diri anda Datuk Zam dan lepas tu baru boleh menghumum atau membuat kesimpulan!

salam ramadhan buat semua!

fendy_ahmad said...

Saya mengakui bahawa blog saya < www.fendy1982.blogspot.com > adalah lahir daripada sifat 'syok sendiri' juga...

Tapi pada masa yang sama, saya bangga kerana ada juga kisah-kisah syok sendiri saya itu yang ada si pembacanya mengatakan cukup tersentuh hingga menistiskan airmatanya.

Pada masa yang sama, saya bangga kerana beratus ratus pelajar saya dan rakan sekerja yang sentiasa membaca kisah-kisah saya dan ini membuatkan kami rapat.

Akhirnya, hubungan kemasyarakatan juga yang mendapat impak positif.

Itu si Zam ini tidak terfikir agaknya.....

AHIRUDIN ATTAN said...

Datuk!
Masalah Zam ni semaking meruncing. Ia merupakan penyakit psikologi yang berpunca dari inferiority complex yang amat sangat. Saya rasa Zam percaya komen2 anti-bloggers beliau akan merupakan penyelamat kerjaya politik beliau yang warnanya semakin pudar dan penat.
Beliau tak sedar bahawa rakan2 wartawan dulu sudah hilang hormat kepada beliau dan pengarang2 sekarang langsung tak hirau pasal tegurannya.

Contohnya, pada hari Zam marah2 dengan akhbar yang mewibawakan bloggers, sebuah akhbar arus perdana Bahasa Malaysia telah membuat keputusan menggunakan gambar Dr Mahathir bersama Siti Hasmah dan cucu mereka (anak perempuan Marina) pada muka depan edisi esok harinya.

Gambar tersebut diambil oleh Marina sehari dua sebelum Mahathir di masukkan ke IJN untuk pembedahan jantung. Akhbar tersebut siap bagi kredit pada Marina untuk gambar tersebut.

Kita semua tahu gambar tersebut pertama kali muncul di blog Marina. Saya sendiri telah "meminjam" gambar tersebut untuk blog saya sehari sebelum gambar itu tersiar di muka depan akhbar tersebut.

Diorang tak peduli dengan Zam pun.

Celoteh EZRI said...

Saya anggap saya orang muda. Saya tak kenal siapa itu ZAM. Tapi bapak saya kata dia kenal ZAM ini. Bapak saya kata " aku tak suka ZAM ni ". Bapak saya tak pernah masuk parti politik dan tak banyak ambil tahu hal orang. Namun begitu dia tak suka ZAM ini. Dia kata semua yang ZAM ni buat ada motif dan bagi dia motifnya bukanlah untuk kebaikan sesiapa melainkan diri ZAM. Bapak saya tak tahu nak ber blog atau masuk internet. Jadi saya rasa Fardhu Kifayah untuk nak bagitahu apa pandangan bapak saya.
Bagi saya kalau ZAM ni boleh tahan atau halang semua orang jangan ber blog atau jangan baca blog, dia memang 'champion' dan akan membuktikan bahawa dia tak ada kerja lain nak dibuat.
Setakat ni yang ZAM buat saya suka sangat adalah klasik nasional. Walaupun muda tapi jiwa lama.

ZURICH said...

"Give and don't expect. Advise, but don't order. Ask, but never demand"

tok selamat berpuasa..
moga allah merahmati tok sekeluarga..

AFRAR YUNUS said...

salam datuk
sahabat dan keluarga serta semuanya, saya mengucapkan selamat menyambut Ramdhan Shariff. Semoga Allah swt memberikan kekuatan, kesihatan,memberkati dan mengampuni kita, InsyaAllah.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

mardhiah said...

Yg Bhg Dato',

Syok sendiri? Why not. Apa salahnya? Dulu bila kawan ajak bloggin, saya tak nampak macam mana blog ini membantu dalam misi saya. Buat kata my ex classmatepun "Ada kesan ka, being a machenical man, I'm more interested in something moving". Memang terbetik juga di hati, eii nanti orang kata aku minah tak laku, desprado, syok-sendiri jaja diri kat internet.

BUT I HAVE TO DO SOMETHING, TO MAKE A MOVE,

Saya dah lama sakit hati dengan orang Islam yang tak reti nak bersatu padu, suka bergaduh sesama-sendiri. At least bloggin ini sebagai excapismlah. Orang baca ka, tidak itu cerita no 2. At least saya sudah mainkan peranan saya sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan dan keamanan.

Now I'm moving to a second phase, mengajak kawan-kawan yang banyak cekadak macam saya bloggin. I have another ambitious plan, mengajak kawan-kawan yang dah pencen bloggin sama. Bridgin the Gaplah. Kadang kita orang muda emosional, bila dah emosi nampak tak cool dan itulah yang nampak macam syok sendiri. Kalau ada blogger senior, bolehlah kami jadikan mereka contoh.

This one I need your doa, supaya "dia" willing to share her experience dan tak fobia dengan dunia internet yang mungkin alien baginya. I got her hp no, tapi aduh nak dail tuh...berdebar-debar.

A KADIR JASIN said...

Kepada semua pembahas dan pelawat Islam, Selamat berpuasa Ramadan. Terima kasih atas ucapan dan doa anda.

syed syahrul zarizi said...

Datuk

Selamat Berpuasa, Semoga diberkati Allah

cakapsiang said...

Biarlah kita jadi Bloggers syok sendiri, jangan jadi orang yang syokkan orang lain semata-mata nak jaga kepentingan diri dan periok nasi....

P/s blog Dato' dah ada gambar nampak... itu gambar yang paling handsome ke Tok?.... Selamat Berpuasa.

Mohd Affendi said...

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua...

Agah aneh perihal & perilaku Tok Zam ni.. apa agaknya yg bermain didalam benak kotak aqalnya..

Dilarang petik daripada sumber blog..kononnya tak ada authoritative..nak petik dari sumber rasmi?? banyak tabir2 dan tapisannya..inikah dikatakan ketelusan??!

Kalau rakyat nak minta tengok isi kandungan perjanjian konsesi dan senarai2 kontraktor yg dapat projek berpenyakit dan pegawai2 pelulus dan pelepas bon pelaksana dan lain2 dokumen sulit kategori 1 yg guna duit pembayar cukai, boleh tak Tok Zam??

mesti dia akan kata "BOLEH JALAN LAH RAKYAT!" Zam..zam.. ala kazam..(dalam hatinya mungkin :D )

Dato Zam.. kalau tiada angin, gempa bumi atau tangan2 menggoncang masa kan pokok bergoyang...

pepatah baru Inggeris : "If you cannot beat them or even join them, blog them.."

person who bluntly insult the intelligence of others and love to poison the well, is indeed a public enemy.."

salam..mohon ampun salah silap bahasa.

MODERATOR said...

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak buat Dato' Kadir Jasin yang dikasihi berserta famili. Juga buat para pengunjung blog istimewa ini.

semoga kita dapat perbanyakkan amalan zikrullah dan membaca Al Qur'an dibulan rahmat ini. puasalah dengan sebenar2 puasa hanya kerana ALLAH swt..semata-mata.

Subhanallah wa bihamdih...

Berita dari gunung said...

Saya dapati tulisan Dato tentang ZAM sangat menarik. Ia jadi begitu, kerana saya tidak kenal Zam sebagaimana Dato. Dato ada circle sendiri. Saya ada circle sendiri. Tambahan pula, kerjaya saya bukan dalam kewartawanan dan penulisan.

Tapi itu lah yang menariknya. Blog mampu menjadikan circle kita bertambah besar. Perkongsian sebegini boleh mendewasakan ramai pembaca.

Menjengah blog seperti blog Dato ini seolah masuk kelas, belajar dan berkongsi. Itu tidaklah salah pada pandangan saya.

Kaki Merbok? said...

The Scribe
Salaam


Ho-Hoiiii, ZAM!!!
(macam daud kilau)

Kata orang aloq staq
Ayyy,Orang sebelah sana!
Hang mai aloq staq
Kepala hang aku putaq-putaq, nana!


So you better be careful, Datuk Seri!
Depa dok tunggu dengan buah ceri
Kami merasa pada yang diberi
Nantinya MP bukan menteri

Terima Kasih

A KADIR JASIN said...

Saudara, Saudari pembahas dan pembaca dihormati sekalian,

Terima kasih atas penyertaan dan atas ucapan selamat berpuasa Ramadan.

Kepada semua pembahas dan pembaca Islam, selamat berpuasa.

Banyak juga kawan-kawan bukan Islam yang turut menghantar SMS atau menalifon mengucapkan selamat berpuasa.

Sedikit sebanyak semangat kerakanan Malaysia masih ada.

Manusia mudah lupa. Kerana lupa kita kadang kala menjadi bongkak dan sombong.

Banyak dari generasi saya sudah lupa bagaimana, pada suatu waktu dulu, seketul air batu begitu berharga dan bermakna pada bulan puasa.

Mereka sudah lupa kerana kini setiap rumah ada peti ais dan hidup sudah senang.

Dulu terpaksa berbasikal berbatu-batu kerana membeli ketul air batu untuk berbuka puasa.

Dibalut dengan kertas akhbar dan disaluti habuk kilang kayu. Sampai di rumah hanya separuh tinggal...berebut adik beradik.

Para pembesar yang seronok dengan kuasa dan wajah sendiri di kaca TV dan dada akhbar jangan lupa ..amanah sangat berat.

Jangan lupa negara kaya boleh jadi miskin kalau disalah-tadbir. Dulu Filipina lebih kaya daripada kita. Tengok apa sudah jadi.

Saya bimbang kita juga mungkin menderita nasib yang sama jika ekonomi tidak ditadbir dengan serius dan baik.

Belanjawan dan RMK9 sahaja belum menjamin kesejahteraan jika pelaksanaannya compang camping dan penuh tipu-helah.

Petang Rabu singgah Masjid KLCC solat Asar. Habis solat sleper orang kebas.

Di masjid pun sleper kena kebas juga. Bukan mahal pun. Ini bukan waktu sesak. Dah 5.30 petang.

Di Masjid Taman Desa, Jalan Klang Lama, beberapa Jumaat lalu, budak-budak sekolah larikan kotak derma waktu jemaah bersembahyang.

Curi kasut, curi tabung dan curi motosikal menjadi-jadi di masjid-masjid.

Di majlis kenduri pun terjadi kecurian.

Apa dah jadi dengan Islam dan orang Islam Malaysia?

Boleh jadi inilah "bala" kita membiarkan Islam dilabelkan dan dijadikan alat politik.

Fikirkanlah. Terima kasih.

Lutfi said...

Datuk seri - yang pertama, saya melihat kata-kata datuk zam sebaagai orang yang sedang berkuasa dan merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengekalkan kekuasaannya. Soal lain tidak penting. Lagipun di Malaysia, orang yang berkuasa selalunya memberikan pendapat yang kurang berakal dan penuh nafsu. Selain pendapat datuk zam, baru-bnaru ini kita dengar salah seorang pemuda UMNO, yang dikatakan belajar di sebuah universiti yang berakal memberikan pandangan tentang sejarah kemerdekaan yang dangkal. Ya, blog ialah satu fenomena yang baru. Sesuatu yang bersifat fenomena, tidak akan kekal lama. Namun. blog juga saya lihat adalah manifestasi tindakan masyarakat demokrasi. Blog ialah suara orang marginal - macam ketika kita edit buku. Ruang tepi sangat berkuasa untuk membetulkan teks. Kita conteng dan betulkan teks pada ruang marginal yang sedikit itu. Kecil, tapi berkuasa untuk membetulkan teks yang berada di dalam ruang yang lebih besar. Tentang pendapat datuk mengenai 'bala' yang menimpa kerana Islam telah dipolitikkan, saya tidak bersetuju. Saya rasa semua isu dan 'bala' itu kerana pemerintah kita tidak melaksanakan Islam dengan sesungguhnya. Islam hadhari yang suatu ketika dahulu dicanangkan - kekal menjadi canangan sampai sekarang. Kalau kita tanya orang yang mencuri kasut, tabung masjid dan lain-lain, saya rasa mereka mencuri bukan kerana suka-suka, tetapi kerana terpaksa. Jadi, ini soal sosioekonomi - pabila tidak ditangani dengan elok, inilah akibatnya. Salam datuk, dan selamat berpuasa.

Mohd Affendi said...

Salam Sejahtera,

Kalau nak dibandingkan nilai perkapita kita ternyata lebih tinggi berbanding Thailand & Filipina.

Teringat saya satu artikel Reader Digest keluaran bulan Julai 07 mungkin berhubung 'honesty test' mereka lakukan di beberapa negara di serata dunia termasuk Malaysia. Kaedah kajian mereka adalah menggunakan 30unit handphone yang ditinggalkan di beberapa lokasi strategik dan lihat hasil berapa yang berjaya dikembalikan..

Tekalah berapa score untuk Malaysia? saya tanya & jawab sendiri (syok sendiri) :D - 46%!

Thailand dan Filipina 70-80% telefon dikembalikan... Sebuah negara bekas Soviet (lupa namanya)98% skor tertinggi. Negara Eropah rata2 75-85%.

Jika ada yang sangka kemiskinan semata-mata yang mempengaruhi sikap penyamun, fikirlah kembali! Jiran kita nun jauh di Selatan itu yang kerap dijulang ke langit oleh segelintir rakyat Malaysia (??) hanya dalam lingkungan 50-60% sahaja! Memalukan! :D (pray that I'm wrong for those fanatic Singapore fan!)
Lihat perbezaan ini:
Japan - Dicipline by CULTURE
Singapore - Dicipline by ENFORCEMENT
..siapa yang hipokrit? dan rakyat jenis mana yang paling senang ditadbir?

Sedih bila fikir balik org Melayu suatu ketika dahulu ada budaya seperti mana org Jepun..mana silapnya hilang segala yang baik daripada nenek moyang kita itu ditelan zaman berkubur tak bernisan.. :C

Jadi sedarlah dimana taraf sikap rakyat kita sendiri. Tak perlu tunding sana-sini!

Penulis artikel Reader Digest pun dah malas nak komen lebih2 tentang Malaysia pasal dah boleh agak reaksi ala-badut para pembesar kita bersilat bunga menepis & menafi! SYOK SENDIRI! Hipokrit..walhal kajian mereka merangkumi satu dunia dan tiada prejudis kpd mana2 negara.

Sudahlah rakyat Malaysia typical..! inilah akibat kepincangan sistem pendidikan kita turun temurun yang hanya ikut2 membabi buta tanpa diasah rasional aqal untuk berfikir dan di asimilisasi nilai positif sbg budaya. Bila hilang kawalan, aqal pun dah tak mampu 'self functioning'..macam zombie atau lebih teruk haiwan!

Itulah antara sebab yang Islam pun perangai mengalahkan bukan Islam kerana kaedah ajaran ikut2 membabi buta saja tanpa pemahaman yang mutlak!

Frasa tipikal yang selalu kita dengar: "..tak payah tahulah lagi..bukat peringkat umur" (bukan taraf/bukan ahli/bukan2 lain lagi..) Suatu kaedah subconcious menghadkan fungsi normal aqal untuk menganalisa fakta & maklumat...> 'fabrikasi zombie'.. Bayi sejak lahir sehingga 4 tahun dapat menerima dan memahami ransangan input visual pekataan & gambar lebih cepat berbanding kita yg dewasa 'buluh betung'..Jika dilatih dengan kaedah yang betul boleh membaca pada umur seawal 1.5 - 2 tahun! (Please refer to Glenn Doman technique- Institute of Human Potential Achievement..)

..penting diri, buta perut, over opportunist..that's a typical Malaysian?

Yang pasti pencuri kasut di masjid atau surau itu taklah terlalu daif sangat sampai datang berkaki ayam! Dari segi penampilan tak jauh berbeza dengan kita semua pun.. kalau tak dah lama kita boleh agak & cekup penyangaknya!

Wasallam..

(maaf agak keras sikit bahasa saya.. teringat peristiwa kasut safety dicuri semasa solat Jumaat suatu ketika dulu..berjinjit kaki menahan panas jalan tar.. saya takkan curi kasut org lain sebab org curi kasut saya..kalau tidak akan jadi chain reaction .. a never ending story! )

bujang said...

Selamat berpuasa...


mungkin suatu hari nanti,blog akan menguasai berita kot!

bujang said...

Datuk


blog umpama wadah hati rakyat.walau terguris dan menyakitkan,bukankah ia membentuk medium yang baik untuk bersuara.sebab cara ini bukankah lebih lembut dan masih beretika.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).