Thursday, September 27, 2007

Tunjuk Perasaan – Antara Yang Tersurat Dan Tersirat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TUNJUK perasaan Pas di Kuala Terengganu pada 8 September dan perarakan aman peguam di Putrajaya pada 26 September adalah dua daripada beberapa protes awam yang berlaku pada akhir-akhir ini.

Sebelum itu, beberapa tunjuk perasaan diadakan untuk pelbagai tujuan seperti membantah kenaikan tol lebuh raya, membantah kenaikan harga barang, membantah cadangan menutup ladang ternakan babi dan membantah kenaikan kadar jenayah.

Kekerapan peristiwa sebegini berlalu dan sambutan yang semakin besar dan meluas daripada orang ramai mencetuskan tanda tanya apakah ini manifestasi kepada dasar keterbukaan (openness) Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi?

Akhbar The New Straits Times yang lazimnya mencerminkan pemikiran kerajaan dan Umno tidak lama dulu menguar-uarkan apa yang disifatkannya sebagai dasar keterbukaan dan toleransi Pentadbiran Abdullah.

Atau ini berupa manifestasi ketidakpuasan hati pelbagai pihak terhadap beraneka perkembangan semasa yang berlaku di negara ini?

Dua kemungkinan ini tidak mudah diasingkan kerana sebab musababnya mungkin saling kait-mengait. Mungkin benar Pentadbiran Abdullah lebih terbuka dan toleran, tetapi di masa yang sama banyak perkembangan semasa tidak menyenangkan rakyat jelata.

Gambar Ihsan: Rocky's Bru

Buat permulaan, tunjuk perasaan bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Cuma ia tidaklah sekerap atau seganas yang berlaku di negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dalam dua, tiga dekad kebelakangan ini, kita mengalami beberapa perhimpunan dan tunjuk perasaan raksasa yang mempunyai implikasi besar terhadap negara dan rakyat.

Pada tahun 1987 terjadi beberapa tunjuk perasaan dan perhimpunan besar yang berbau perkauman yang melibatkan parti-parti pembangkang dan Umno sehingga membawa kepada Operasi Lalang.

Kemudian pada akhir tahun 1998 berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikutan pemecatannya daripada Umno dan kerajaan.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, perhimpunan ramai dan tunjuk perasaan bukan sahaja berlaku dengan lebih kerap tetapi bentuk, punca dan penyertaannya juga semakin pelbagai.

Tunjuk perasaan diadakan bagi membantah kenaikan tol lebuh raya, membantah kenaikan harga barang, membantah cadangan menutup ladang ternakan babi, membantah kenaikan kadar jenayah, membantah cadangan mengambil balik tapak rekreasi awam dan sebagainya.

Tetapi perhimpunan politik anjuran Pas di Kuala Terengganu yang berubah menjadi rusuhan dan perbarisan protes oleh 2,000 peguam serta penyokong mereka bukan sahaja antara yang terbesar tetapi menjanjikan implikasi yang lebih luas.

Pas mahu pihak berkuasa, khasnya polis, bersikap lebih terbuka terhadap permohonan parti-parti pembangkang mengadakan ceramah dan perhimpunan.

Keganasan yang berlaku di perhimpunan itu bukan sekadar membabitkan perusuh dan pihak polis malah merebak menjadi punca tuduh-menuduh di antara Pas dan Umno.

Ini pasti memberi kesan kepada kedua-dua buah parti dalam usaha mereka memikat hati pengundi, khasnya pengundi Terengganu, menjelang pilihan raya umum akan datang. Ingat lagi peristiwa berdarah Memali?

Bagi Pas, apa sahaja perkembangan yang membantu menaikkan imej dan profilnya adalah dialu-alukan kerana ia tidak akan rugi apa-apa malah berkemungkinan memperoleh keuntungan kerana Terengganu sudah terlepas daripada tangannya.

Peristiwa seperti yang berlaku di Batu Buruk itu boleh dijadikan modal untuk menghantar mesej kepada pengundi Terengganu bahawa Pas belum mati malah semakin berazam untuk memenangi semula negeri itu.

Bagi Umno pula, sebarang peristiwa dan perkembangan negatif perlu ditakuti kerana jika pengundi Terengganu boleh menerimanya kembali pada pilihan raya umum 2004, mereka boleh menolaknya pada pilihan raya akan datang.

Yang perlu diperhatikan dan difahami adalah motif dan implikasi tunjuk-tunjuk perasaan ini.
Adakah ia sekadar melepas geram dan mengambil kesempatan daripada suasana yang dikatakan lebih terbuka atau ia berpunca daripada permasalahan yang lebih mendalam dan fundamental?

Mungkin ia diadakan untuk melepas geram tetapi petunjuk semasa memberi gambaran bahawa wujud permasalahan fundamental seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, peningkatan kadar jenayah, masalah pendatang haram dan pengangguran.

Dalam hal ini, tindak balas segera dan jangka panjang oleh pemerintah dan pihak-pihak yang bersangkutan dengannya, akan menentukan kesudahan “demokrasi jalanan” ini. Kemungkinan ia mekar menjadi gerakan massa tidak boleh diketepikan.

Manakala perhimpunan awam dan tunjuk perasaan adalah hak asasi rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan, ketidakmampuan atau kesilapan pihak berkuasa, khasnya polis, menangani peristiwa seperti ini boleh mencetuskan konfrontasi yang lebih besar.

Seperti kata pepatah, kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.

32 comments:

ahiruDin aTTan said...

Datuk Scribe,

Pesanan Dtk untuk pihak yang berkuasa dalam menangani penunjuk perasaan elok sekali.

"Yang perlu diperhatikan dan difahami adalah motif dan implikasi tunjuk-tunjuk perasaan ini."

Pihak polis, terutamanya, tidak lagi boleh menggunakan kaedah one-means-fits-all untuk mengendalikan demonstrasi oleh rakyat. Semalam, misalnya, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan dan memaksa peguam2, wartawan dan penulis blog yang datang dengan lima (ada pihak yang mengatakan tujuh, tapi saya ambil jumlah yang lebih kecil) bas sewa dari Kuala Lumpur supaya turun dan berjalan kaki sejauh 4 atau 5 km dari tempat sekatan jalan tersebut ke Palace of Justice. Jam lebih kuran 10.30 pagi, mentari mencacak dan ramai pula peguam2 yang berugama Islam dan berpuasa (I am sure they relished the challenge but still ...).

Di antara POJ dan Jabatan PM, sejauh lebih kurang 2km, truck FRU, pegawai polis berperisai dan bersenjata api, Black Maria, kereta ronda polis, polis trafik, pegawai polis biasa berserepah. Memang wajib pihak berkuasa mengambil langkah berwaspada, tapi senario di Putrajaya semalam seolah-olah ada bencana alam yang bakal menimpa!

Kalau pihak berkuasa mengharapkan konfrontasi dengan penunjuk perasaan yang terdiri dari peguam-peguam - kebanyakannya muda-muda belaka - dan aktivis serta penulis blog dan sebilangan kecil pemerhati dari parti politik pembangkang, maka pihak berkuasa sudah tentu amat kecewa semalam.

Terlalu banyak tengok tv mereka. Atau masih dihantui oleh apa yang berlaku di Batu Buruk, yang masih tidak kita ketahui pucuk pangkal ceritanya.

Terima kasih.

hawaiichee said...

Dua berita memilukan ...

1. Nurin
2. 1/3 ikan-ikan (600 ikan) di Akuarium Langkawi diracuni oleh seorang rakyat Malaysia.

How can there be murderers like that???!!!

1/3 of fishes of the 4000 number - can you imagine? And these are the main display of Langkawi Aquarium. I am so sad. I went to that Aquarium and the fishes swam there for 12 years. The Shark was 12 years old killed by a Malaysian.

We are losing our values.

1. When we get angry, we threaten others and frame one another of wrong doings. The news we read of corruptions are those framed for revealing discrepancies in the govt.

2. When we get threatened, we use C4 bombs from the government storage.

3. When we get angry, we poison fishes that have been brought all over the world.

What has become of us?

Money is our god.
Politics is our god.
We are power crazy.
We think that the short cut way is the way for Malaysians.
We think that we can get what we want, however we want it.

To solve problems, we murder.
To get what we want, we steal even if the baby is a sweetheart of another.
We resort to bribing and covering up.

But Allah S.W.T. knows and sees our heart. Hakim Yang Adil menghakimi semua.

Every action has a consequence.
What we sow, we will reap.
But, it will also cause others pain and misery.

Why? Why do it?

Just live an upright life and be patient.

Rezeki setimpal dengan usaha. Allah S.W.T. akan memberkati segala ketakwaan dan kesabaran kita. Lebih baik menanti nikmat Allah S.W.T. dari merebut dengan gelojoh tanpa memikirkan akibatnya atau hukuman yang menanti.

Marilah kita memilih makanan rohani dari makanan ego.

Kita boleh menggunakan segala peluang untuk menjadi hamba Allah S.W.T. Bersyukurlah nikmat Allah S.W.T. dan menjauhilah dari ego yang tak tentu hala.

Berikut kisah Rasulullah ketika Isra’

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahn dada/perut dilakukan oleh Malaikat Jibril. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Selepas pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi ma’mun.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibil dua jenis minuman - khamr (bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan) dan susu. Lantas, Rasulullah memilih susu.

Jibril berkata,
"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."

Jika mengikut nafsu dan kebiasaan minuman jahiliah yang menonjolkan sifat kelelakian, mesti dipilih minuman keras. Tetapi, dipilih susu walaupun tidak mencerminkan tindakan agresif dan kelelakian. Memang tidak masuk akal, tapi ini juga pilihan yang akan diberkati Allah S.W.T.

Semoga kita memilih yang betul. Yang sudah memikirkan untuk memberi jawapan kesat atau jalan pintas, biarlah dipenuhi fikiran yang sempurna. Yang sudah mempunyai niat membabi buta, biarlah mengurung diri dan bersembahyang. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan - sekarang lepas baca posting pun tidak terlambat. Masa akan menentukan apa yang bakal dianugerahkan kepada mereka yang sabar melaksanakan yang betul.

mardhiah said...

Petunjuk yang Kerajaan Pimpinan Abdullah tak ada kredibeliliti. Some how saya semacam yakin yang masih belum terlambat untuk UMNO untuk melakukan reformasi dan memulihkan imej yang dah semakin tenat.

Kalaulah PAK LAH ada otak macam Einstain???? Bisa tu. Kalaulah Pak Lah betul-betul tahu agama, dia tahu apa nak buat. Tapi persoalannya sekarang kenapa dia tak buat lagi? Alah kita tengok sajalah barisan yang akan diturunkan dalam pilihanraya umum akan datang. Tak semua orang dalam UMNO tu jahat, kaki pompuan, kaki clubbing kaki nafsu-nafsi. Mereka orang kita juga, asal agama Islam, pintu taubat sentiasa terbuka. Politikus dan Polisi maker semua orang pandai-pandai, orang sekolah tinggi-tinggi, takkan benda simpel pun dah tak boleh nak fikir. Yang pentingnya ego, bawa belajar tinggi rendahkan ego macam Nabi Muhammad SAW agar boleh put and reputting things into different prespective.

Apalah guna wang dan pangkat kalau hati tak tenang?

paco said...

Both during public demonstration and national election, I simultaneously feared the madness of crowds and the wisdom of crowds.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Perhimpunan jalanan adalah tanda
demokrasi Malaysia

Wine Bearer said...

The Scribe
Salaam

Tujuh Sapi Gemuk, Tujuh Sapi Kurus?

Manakala perhimpunan awam dan tunjuk perasaan adalah hak asasi rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan, ketidakmampuan atau kesilapan pihak berkuasa, khasnya polis, menangani peristiwa seperti ini boleh mencetuskan konfrontasi yang lebih besar.

Konfrantasi yang lebih besar?
Adakah ia akan mendatangkan kebaikan atau keburukan?
Apakah tanda-tanda bila ianya mendatangkan yang baik untuk rakyat atau menjanjikan kehancuran negara yang baru berusia 50 tahun?

"Yusuf, Yusuf, di mana kamu?"

Penanak Nasik said...

Sorry, to be sceptical, but i think lawyers tried to defend the interference of the executive in the judiciary in the 1980's. If they wanted to do it they should have done it then when the Lord President was sacked. True, the sacking could be justified and argued but the tribunal set up was chaired by the Deputy Lord President Tun Hamid was surely not a credible one as he stand to gain in the absence of Tun Salleh Abbas. Surely on this point alone the tribunal set up lost its credibility. True enough, the man became Lord President afterwards. Thats the turning point in the history of judiciary in this country. I also remember at the time there was a suggestion that the tribunal should consist of judges from the Commonwealth countries because the Lord President was the highest ranking man within the judiciary and secondly Malaysia's legal system was a carbon copy of the British legal system. For nearly 20 years there was injustice within the judiciary. Now, suddenly everyone has a conscience. The young lawyers (and the younger generations) dont even know how and when the system became rotten. The 80's was the turning point for a lot of things in this country; starting with illegalisation of UMNO.

Penanak Nasik

alliedmartster said...

Datuk, Ini mungkin kali pertama saya membuat komen di blog anda.
Apabila saya tiba di POJ, 'Heavy Police Presence' yang ditunjuk tunjukkan itu memang menakutkan. Ahli FRU yang bersenjata 'Teargas gun', Pegawai polis yang bersenjata 'MP5', dan juga unit K9 dengan anjing ganas mereka! Apakah tujuan PDRM?
Kami rakyat yang menyintai negara ini ingin bersuara! Tetapi nampaknya, kerajaan AAB lebih rela memberi halangan halangan yang 'subtle'!
Selepas perarakan 'Malaysia Bar' hari itu, saya rasa 'empowered to act for the betterment of a true Malaysia'.

'sorry if I don't make any sense, as evidently you can tell Bahasa is not my strength!'

A KADIR JASIN said...

Sdr Penanak Nasi, in part, said:

"True, the sacking could be justified and argued but the tribunal set up was chaired by the Deputy Lord President Tun Hamid was surely not a credible one as he stand to gain in the absence of Tun Salleh Abbas. Surely on this point alone the tribunal set up lost its credibility."

As a matter of clerification, the tribunal comprised four Malaysian judges, a Sri Lankan judge and a Singaporean judge.

Thank you.

Twinkle's Mum said...

Demokrasi = Demonstrasi ? Mmg kebelakangan ini, banyak demonstrasi.

Mudah-mudahan untuk kebaikan, jangan sampai peristiwa membakar bendera berulang lagi.

A KADIR JASIN said...

Saudara/Saudari para pembahas sekalian,

Saya mohon kerjasama. Kalau boleh, komen-komen yang saudara dan saudari hantarkan biaralah original.

Saya mungkin tidak akan menyiarkan rencana orang lain yang saudara/saudari rujukkan kepada saya.

Kita harus ingat ada bahan cetak yang tertakluk dan dilindungi oleh Akta Hak Cipta.

Lagipun eloklah kita kemukakan hujah kita sendiri daripada menimba dan menceduk rencana orang lain.

Terima kasih.

rocky said...

why can't we be allowed to demonstrate.We are not violent people.Only when we are denied, things become emotional and things get out of hand. We just want them to hear us out and the police should treat everyone in a fair manner.

Why UMNO and SIL can demonstrate at KLCC of all places and we can't. Is there 2 set of laws? One for UMNO who doesn't need permit and even is escorted by police and one for the rest of us.

I have to agree with Dato, there is lots of unhappiness now and people want to show their unhappiness. But the govt doesn't seem to understand that and they keep sending this joker Nazri to be their spokesperson. The guy now thinks he is the boss of CJ and not our Agong.Isn't that insulting the Agong. Where is Mohd Taib???

Pak Lah's leadership is going from bad to worse and we the people are suffering, not those in power and those well connected UMNO guys. They are busy printing money. Also this govt seems to like to shoot people who try to engage with them The people are quickly labeled as opposition or they try to discredit them and will try to throw the book at them.

This govt is pengecut, they takut like hell. lets wait for GE and than they shall find out how much of the 92% is still with them.

ZURICH said...

"Qaaf,demi Al Quran yang sangat mulia."(Q,S; Qaaf:1)


Tok.. saya mengambil kesempatan di Ramadhan ini.. ingin mengucapkan selamat menyambut aidil fitri.. semoga tok sekeluarga di RAHMATI ALLAH swt.

Zainal A. Kasim said...

Definasi tunjuk perasaan:

SAYA: Orang awam menunjukkan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka terhadap perbuatan orang lain yang memberi kesan kepada mereka, keluarga dan negara khususnya MASA DEPAN mereka.

NAZRI: Orang yang menunjuk perasaan adalah "pembangkang".

Mana belajar ni....

A KADIR JASIN said...

Sdr Zainal A Kasim, antara lain, mengulas:

"NAZRI: Orang yang menunjuk perasaan adalah "pembangkang".

Dari aspek semantik, Memanda Menteri itu betul.

Majoriti yang mengadakan atau menyertai tunjuk perasaan sebenarnya "membangkang" tindak-tanduk, dasar dan tindakan pemerintah yang tidak mereka persetujui.

Kalau kita menerima interpretasi beliau, maka sebenarnya "pembangkang" lebih besar dan lebih kuat daripada gabungan parti-parti pembangkang.

Ramai antara penunjuk perasaan yang diistilahkan sebagai "pembangkang" oleh menteri itu adalah ahli dan penyokong Umno serta BN. Mereka bukan ahli atau penyokong parti-parti pembangkang.

Sdr Rocky (original!), in part, said:

"Why UMNO and SIL can demonstrate at KLCC of all places and we can't."

The Constitution guarantees the freedom of expression, including via peaceful protests and demonstrations, of all Malaysians.

Of course there'll be attempts to create violence so that action can be taken against protesters and organisers.

So those organising and participating in protests much make sure that they do not react to provocation.

Sdr Zurich, terima kasih atas ingatan saudara. Demikian jua buat saudara dan keluarga. Selamat Aidilfitri.

Terima kasih.

Penanak Nasik said...

Dear Dato' Kadir,

Thank you for the correction. Such and enlightened information.

Penanak Nasik

langit biru said...

Assalamualaikum Dato' AKJ,

Saya setuju sangat dengan Penanak Nasik. Hakikat sebenar krisis badan kehakiman berlaku hampir 20 tahun yang lalu. Sejak tarikh itu, Majlis Peguam, aktivis sosial dan pembangkang meneruskan perjuangan yang belum selesai...dan kes Linggam ini diambil kesempatan sebaiknya oleh Majlis Peguam, tahniah Ambiga dan Majlis Peguam.

Hampir 20 tahun lalu, Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dinyahkeluarkan dari pejabat diikuti 5 hakim kanan. SIAPA LAYAK JADI "PENGADIL" KALAU YANG DIADILI ADALAH "KETUA PENGADIL" DAN "5 PENGADIL KANAN"? Sudah tentu Tribunal yang diwujudkan amat diragui kredibilitinya. Yang ANEHNYA, Hakim yang terlibat dalam krisis 1988 (Haidar) dilantik sebagai panel "Kes Linggam".

Pemecatan Ketua Hakim dan 5 Hakim Kanan (1988) DAN Perlantikan Ketua Hakim dan Hakim Kanan (2003)kedua-duanya memerlukan SATU TRIBUNAL SURUHANJAYA DIRAJA.

DAN kedua-duanya berlaku semasa TDM sebagai PM, AAB hanya mewarisinya sahaja, dan AAB tidak sebijak TDM menghadapinya! TDM "amat bijak" menangani kes 1988, Lim Kit Siang saman pun kalah...!

Bagi saya, krisis badan kehakiman ini adalah mencabar dan mencemar KEDAULATAN NEGARAKU MALAYSIA. Kalau bakar bendera, guna peluru hidup, bagaimana dengan krisis ini? Seolah-olah hakim-khakim BESAR ini bertugas menjaga kepentingan pemerintah, seolah-olah "gigantic cover-up" dalam kes-kes besar tugas utama depa!

Dato' said, "As a matter of clerification, the tribunal comprised four Malaysian judges, a Sri Lankan judge and a Singaporean judge".

Apajadi dengan 4 Malaysian judges tu?

Kaki Kepala Batas said...

The Scribe
Salaam

Mengumpan Lintah

Biar dan biarlah.
Biarkan betis, biarkan paha.
Biar diberi muka.
Pandai-pandailah naik kepala.
Bukankah begitu.

Bersuara said...

Datuk, saya khuathir dengan tindakan bersuara secara berpesta seumpama demonstrasi ini akan dianggap sebagai satu cara yang bernas dalam menyatakan hasrat. Saya berpendapat perhimpunan sedemikian adalah tinggi risikonya dari segi keselamatan mereka yang menghadiri dan keselamatan masyarakat setempat. Kerana bukan mudah untuk mengawal manusia yang ternyata rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.
Saya lebih berminat dengan kaedah yang diterima pakai di dalam proses mendapatkan kemerdekaan yang banyak berasaskan rundingan.
Sekiranya Pak Lah terlalu sibuk sehingga gagal duduk semeja merundingkan persoalan maruah negara dan bangsa seperti yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam dan rela bersuara di media bagi memberi penjelasan, saya rasakan tindakan sedemikian adalah tidak wajar.
Sekiranya pentadbiran kerajaan Malaysia mengambil remeh dengan suara rakyat sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan kaedah lain yang tersimpang dari rundingan untuk bersuara atau tidak beranggapan bahawa suara rakyat itu patut didengar, atau terlalu sibuk dan beranggapan suara rakyat itu hanya jeritan kosong maka kerajaan sedemikian sudah tidak lagi layak untuk memimpin rakyat. Saya tidak mahu anak saya terpaksa berdemonstrasi untuk hanya didengar dan ianya perlu berhenti sekarang.

rocky said...

this is carzy dato.Myanmar citizens can demonstrate in KL and we malaysians can't. BTW they didn't have a permit. Did they apply for one.

So what are we in our own country? Do we have less rights than those Myanmar citizens in our own country?

Double standards!!!!

A KADIR JASIN said...

A good question Sdr Rocky (original).

But the Burmese were not demonstrating against the Malaysian authorities.

If they did, they would have been hauled in.

I wonder if it's ok to demonstrate in favour of the government and against the oppositions

Thank you.

rocky said...

"I wonder if it's ok to demonstrate in favour of the government and against the oppositions"

Dato,

the above is sure ok.Has happen before, remember the BN youth ambushed some NGO meeting some time back. But then you become 'pembangkang' if you demonstrate, right? Lets face it it is clear double standards by BN and the police. and the phrase, work with me and not for me is a joke. So is the telus govt..mana ada telus..tidur ada lah. Memang hp6 this XXXL Cabinet.

Have a good weekend dato.

rocky(original)

Mohd Affendi said...

RULE OF THUMB,

1.When you throw stones to a harmless dog in open, the dog will slowly walk away.. - no mentally sane people want to find trouble with authorities

2.When you forced a dog to a corner that is not possible for it to escape, and still throwing stones at it..The same harmless dog difinitely will bite you back! - its called survival

da real deal said...

Datuk,

The picture you posted is a perfect sight. Lawyers do belong in the streets like members of the oldest profession.

Why else would they be called "solicitors" if they are not constantly soliciting?

da real deal said...

Datuk,

Apa yang hendak di tunjuk perasaan terhadap kerajaan? Bukankan orang2 di pita video itu orang orang dari badan guaman juga? Itu adalah orang mereka yang cuba mempengaruh kerajaan, bukan orang politik yang mengatur dalam pita tu?

Selama ini, mereka hendak menggambarkan seolah-olah orang politikni "crook" semuanya sedangkan yang ternyata kita lihat dalam pita ini, merekalah yang sebenarnya "crook" persis macam dalam drama Tamil pulak tu.

luth said...

salam datuk.
bagi saya, demontrasi ialah tindakan paling tidak demokrasi dalam ruang demokrasi. Hal ini sepatutnya tak kan berlaku kalau Pak Lah buka mata dan telinga - cuba fikirkan apa sebenarnya yang berlaku - dan bersedia untuk mendengar luahan orang-orang ini di meja rundingan. Saya tidak fikir para mamanda menteri yang lantang membela pak lah dan melabel para demonstran itu lebih patriotisme daripada orang yang mereka hentam. Dan saya juga tidak fikir Pak Lah menjadi seorang PM kerana mamanda menteri ini. Dulu, inilah orangnya yang kuat berkukang ketika Dr M jadi PM. Jenis mereka ni tak berubah, demi perut sahaja. Para demonstran, ialah - golongan opinion makers. Saya tidak fikir para demonstran yang turun di Putrajaya itu mahu jadi PM, cuma mereka mahukan suatu situasi kehidupan yang lebih baik daripada sekarang - jadi mereka bersuara dengan suara yang paling rasional dalam situasi yang ada. itu saja. Ya, tahun depan mungkin gas akan naik, tol akan naik, minyak akan naik. Sehingga ke hari ini, saya sudah tidak ada mood untuk beli surat khabar lagi. Dahulu saya optimis pada Pak Lah. Tapi, hari ini - optimis saya pada pak Lah tinggal 0. Dalam kapal yang bernama Malaysia dan dipacu oleh Pak Lah ini, saya tak tahu ke mana Pak Lah nak bawa saya. Ke mana?

rocky said...

dato,

read in the star, KJ is in a demo in KL and saying that Myanmar soldiers are bad cos they are using live bullets.

why did he keep quiet when live bullet was used in KT? and as usual double standard, SIL can demo. Ada permitkah?

rocky(original)

lan's said...

Datuk,

Kerisauan di hati saya apabila corak kita membuat protes dengan demotrasi. Ini adalah satu budaya yang bagi pendapat saya tidak sihat.

Seumpama rakyat di Malaysia ini sudah ketandusan cara untuk menunjukkan protes mereka.

Dari peramatan saya, ianya bermula daripada DSAI kene tangkap. Disinilah bermulanya. kumpulan-kumpulan NGO berani membuat bantahan secara terbuka terhadap kerajaan.

Corak ini diteruskan dan sekarang mereka mempunyai satu network untuk mencetuskan demotrasi jalanan, tidak kira apa isu yang melibatkan kemungkaran dan kesalahan di pihak kerajaan, mereka akan berdemotrasi.

Sedar tak sedar, budaya ini telah menyusup kedalam masyarakat kita. Apakah kebaikkan yang rakyat dapat! Adakah dimasa akan rakyat Malaysia akan membuat bantahan dengan cara demotrasi.

Didalam jangkamasa panjang jika perkara ini tidak dikawal, saya percaya negara kita sudah tidak selamat. Memang betullah sekarang kita membuatnya secara aman, tetapi jika sudah ada ahli tetap seperti dinegara-negara luar(italy,england dll) ini sudah tidak dapat dikawal.

sama-samalah kita pikir....

Anak Bapa said...

Saya terpaksa tidak bersetuju dengan saudara lan's ttg demonstrasi. Cuba singkap balik sejarah negara. Demonstrasi ni sudah ada sejak sebelum merdeka lagi. Masa orang Melayu menentang Malayan Union pun banyak demonstrasi dianjurkan. Dan sepanjang sejarah negara demonstrasi diadakan.

Demonstrasi adalah ruang yang ada untuk rakyat membuat bantahan dan ia merupakan sesuatu yang normal di negara yang sihat demokrasi. Lihat saja di US dan Eropah dengan demonstrasi yang besar sehingga jutaan hadir pun berjalan dengan baik.

Saya boleh kata hadir di dalam kebanyakkan demonstrasi besar di dalam negara dan saya dapati ia berjalan dengan aman KECUALI bila ada ejen provokateur terdiri drp SB yang senjaga membuat kacau untuk menjustifikasikan tindakan pihak polis.....

lan's said...

anak bapa,

Memang benar demontrasi dinegara kita membawa kepada kemerdekaan, saya cuma maksudkan kekerapan berlakunya demontrasi kebelakankang ini dimulai oleh zaman DSAI kene pecat.

Sebelum zaman itu, negara kita aman, dan damai, tidak ada orang yang memberontak dan bantahan dijalanan. Bantahan selalunya dijalankan dengan menghantar petisen tandatangan sahaja.

Ini saya melihat, golongan-golongan ini sengaja menganjurkan demontrasi, seperti ada maksud yang tersembunyi, dan budaya yang negatif ini saya membantah keras.

Kenapa kita perlu mengikut negara luar, tidak semestinya cara mereka elok, negara kita sudah cukup aman dan damai, orang semua cukup makan, dan masih lagi kita mengekalkan budaya hormat menghormati. Jikalau kita lihat sudah tidak betul kerajaan sekarang, buatlah perubahan apabila sampai masanya.

Ahli-ahli parlimen yang tidak bagus dan tidur selepas dipilih, kalahkan mereka. Masa itulah ceramah-ceramah yang berbentuk kebaikkan bersama perlu dibahaskan dan diterangkan kepada umum.

Ini, apabila tiba masa berkempen/pilihanraya, asyik-asyik mengutuk orang, memaki orang, bukak pekung orang, bagaimana kita ingin mewujudkan generasi malaysia yang bermaruah dan generasi pembangkang yang berkaliber!

pikirkanlah ...(setiap tindakan bermula dengan niat)

Blow d' whistle said...

Salam Aidilfitri Dato'

Untuk Saudara Lan.

Demonstrasi @ tunjuk perasaan bukanlan cara mana-mana bangsa @ negara, ianya lebih kepada fitrah kejadian manusia itu sendiri yang akan menentang apabila tidak tahan ditekan @ ditindas oleh pihak tertentu.

Jadi, saudara Lan janganlah nak menolak cara demonstrasi ini dengan merujuk kepada perbuatan khusus untuk orang di luar Malaysia saja. Tidak sesekali.

Sekian, sekadar renungan bersama.

Burung Murai said...

Banyak saluran rakyat kepada pemimpin disekat maka wujudlah demostrasi memenuhi minda rakyat agar pemimpin peka dengan masalah mereka.
Pemimpin banyak ditutup matanya. Jalan yang sebelumnya berlumpur dengan lubang dan bongkah akan tersusun rapi pabila ada tuan menteri menyusupi jalan itu.
Masih adakah genta untuk rakyat berteriak selain hanya demostrasi aman yang diharapkan. Buka mata lapangkan minda kerana biarpun negara telah merdeka namun hati rakyat harus tetap dijaga.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).