Monday, October 22, 2007

Dr Mahathir, Anwar And Raya Stories

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be posted. Please use your real name or a suitable pseudonym. Please avoid seditious, defamatory and libellous statements. And, if possible, don’t call anybody bodoh (stupid). Unrelated comments will not be given priority.]

YESTERDAY, Oct. 21 was an “interesting” day for me. Or should I say special? So pardon me if I am somewhat personal and emotional here.

In the morning, I posted in this blog the news that Tun Dr Mahathir Mohamad had been discharged from the National Heart Institute (IJN) after seven weeks, during which he underwent to surgeries.

The first was to treat clogged coronary arteries and another to treat the infection that followed.

Then I visited a businessman friend in Bukit Damansara for a Hari Raya open house. There I met a dear old friend who is a dear, dear friend of Tun Musa Hitam.

He and the former Deputy Prime Minister have been bosom buddies since their younger days – the time when being seen having a good time at the Tin Mines discotheque at the old Kuala Lumpur Hilton would not cost a politician votes.

And you can guest what stories and who featured in the roundtable discussion over teh tarik. I won’t say but you are free to guess. Someone at the table said the country is on auto pilot.

A friend I fondly called toilet maker, who was also at the table, quipped: “If the business is as good as they are saying, why is that my toilets and sanitary pipes are not selling?”

Sorry toilet maker, I don’t have the answer. And he fumed at the prospects of gas prices being raised. His manufacturing facilities are powered by gas.

Then I dropped by at the open house of the Ketua of Keadilan Rakyat Malaysia party, Datuk Seri Anwar Ibrahim and his wife, the president of the party and MP for Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, at their new hilltop house in Segambut.

Anwar still pulls crowd. There I met several familiar faces from good old days when Anwar was the crown prince of Umno and the Government --- the likes Tan Sri Abdullah (Kok Lanas) Ahmad, former Umno Youth Executive Secretary and former Lunas Keadilan Assemblyman Saifuddin Nasution and Melbourne, Australia-based businessman Dr Abdul Rahim Ghouse.

And don’t forget Din Merican, the former Bank Negara and Sime Darby top executive. He wanted me to know that he is now a card-carrying member of Keadilan.

Keadilan’s Information Chief Tian Chua was dressed for the occasion. He was attired in the Johor-style baju Melayu.

The Eid was a double joy for Anwar and Azizah. They recently became grandparents. Their eldest daughter Nurul Izah gave birth to a girl.

Anwar jokingly said he should give me Keadilan membership form. I said no, thank you. I told him it’s better for him and I to disagree as individuals than as members of a political party.

Let’s say that once beaten twice shy. He and I were there before. It didn’t work out so well. So let’s just try to remain friends.

35 comments:

raja2u said...

YBgh Dato'
Tahniah kerana Dato' telah menunjukkan bahawa walau apa pun terjadi kita masih ada saluran untuk bertemu dan bermaaf-maafan.Kalau kita renong kembali kebanyakan dari perbalahan dan perselisehan antara sahabat-sahabat kita bermula dengan perkara yang kecil tetapi telah diheboh dan diperbesarkan oleh mereka-mereka yang opportunist yang bersedia untuk menangguk di air yang keroh.

Memang tepat tindakan Dato' tidak menerima pelawaan untuk memasuki parti politik .Kita perlu membebaskan minda kita dari terperangkap dengan kepercayaan bahawa kemajuan akan hanya tercapai melalui politik.Dunia ini luas dan sekarang kita meneroka angkasa lepas. Rebutlah peluang-peluang untuk berjaya didalam pelbagai bidang dan tidak berkelahi dan jatuh-menjatuhkan didalam bidang tertentu sahaja.

Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya.

mr_abs said...

salam dato'

maafkan saya dato', saya tersilap memberi komen dekat post tentang TDM keluar IJN, sepatutnya komen itu utk posting anda yang ini.

saya kira kerajaan sepatutnya lebih membela nasib rakyat, khabar tentang kenaikan harga minyak, amatlah merisaukan kita semua.

saya berfikiran, apalah nasib mereka yang hanya kerja kilang, kerja biasa2 saja.

tidaklah menghairankan kita jika ada segelintir rakyat bertindak nekad utk merompak, mencuri, meminjam dari along,rasuah, buat illegal bisnes dan sebagainya semata-mata kerana desakan hidup.

apalah nasib penduduk di kawasan pedalaman Sabah mahupun Sarawak. Sesetengah harga barang kat bandar mungkin hanya RM10 sahaja, namun kat pedalaman, ia boleh mencecah berpuluh RM

fikirkan lah juga nasib mereka ini wahai pemimpin negara.

apa pendapat dato' tentang kemungkinan sekolah satu sesi diadakan kembali? jika memikiran tentang nasib murid-murid di kawasan pedalaman, di sesetengah bahagian, mereka perlu berjalan kaki beberapa jam, naik bot dan sebagainya. jika sekolah satu sesi(khabarnya sampai pukul 4 petang), pukul berapakah murid-murid kita ini di pedalaman akan sampai ke rumah masing-masing?

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Sungguh-sungguh saya hormat kat Datuk sebab boleh buat apa yang saya tak mampu buat. Saya tak reti dengan Datuk Seri Anwar...

Please click other blogs latest update

A KADIR JASIN said...

Sdr Mr_abs,

Cadangan sekolah satu sesi (3S) tu bagus. Tapi bukan cerita baru. Sudah jadi cerita rekod lama yang tersangkut. Ada masalah, adalah cakap 3S.

Kalau isu dan mutu sekolah yang ada sekarang pun belum selesai, maka cakap-cakap 3S ini akan jadi omong kosong sekali lagi.

Bilik darjah pun belum cukup. Nisbah murid dan guru masih pincang.

Bukan sekolah pedalaman saja teruk. Saya buat satu kajian rambang tak lama dulu.

Ada perbezaan yang menakutkan di segi pencapaian, mutu dan disiplin.

Sekolah kerajaan di Bukit Damansara, Taman Desa dan Bangsar lebih baik daripada sekolah di Taman Datuk Harun,Kg Medan dan Kg Kerinchi, sedangkan di TDH, Kg Medan dan Kg Kerinchilah paling ramai Melayu.

Sekolah luar bandar dan pedalaman lagilah teruk.

Saya rasa menteri muda macam Hishammudin kena lebih banyak melawat sekolah macam ini.

Sdr Bakaq, apa nak diretikan?

Dulu AI kawan saya dan sekali gus "boss" sebab dia berkuasa.

Sekarang dia kawan saya. Tak sependapat dan tak sehaluan itu hal biasa.

Dia ada cara perjuangan dia dan saya ada cara saya.

Lagi pun bilangan orang Melayu yang boleh bercakap dan berani bercakap tak ramai lagi.

Sekarang Melayu sudah menjadi penakut sebab nak jaga periok nasi. Depan puji dan puja, belakang mengutuk dan mengata.

Sdr Raja Abdul Rahman, sebenarnya saya ahli sebuah parti politik dah lama.

Bukan Keadilan, tapi dah lama jadi ahli biasa di sebuah cawangan kecil di sebuah kampung pedalaman.

Cuma tak cergas dan tak ada cita-cita. Sekadar menyokong idealisme. Tapi idealisme kerap mati kerana kuasa dan glamor.

Kepada saya, jadi ahli parti tak bermakna kita sokong dan kita patuh membabi buta. Dan bukan juga untuk cari kedudukan.

Terima kasih.

mr_abs said...

benar kata anda dato', perihal tentang sekolah satu sesi itu adalah isu lama, malahan sudah dilakukan oleh Dato Seri Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan.

saya terbaca petikan dlm akhbar tentang Pak Lah yang kata beliau mendapat idea utk sekolah satu sesi selepas berlakunya peristiwa arwah adik nurin, walhal dulu dah pernah dilaksanakan oleh Najib *sigh*

dan saya agak hairan, setiap kali Menteri Pendidikan bertukar, ada-ada sahaja benda yang berubah, tak kisah jika ia memberi perubahan yang baik, cuma yang tak seronoknya, seolah-olah mereka ingin meninggalkan "kenangan" atau "kesan"

la ni menteri sekarang ni ada ura-ura nak hapuskan UPSR?

amatlah penting utk kita tahu, murid-murid sekolah bukanlah utk di "trial n error"

saya bersetuju dgn anda, tak semestinya kita sama pendapat, baru boleh dikatakan kawan, sebab "we can agree to disagree"

dato', saya berpendapat, pengalaman Pak Lah dalam kabinet serta pengalaman beliau dalam politik negara amatlah meluas, malahan beliau dari dulu lagi sudah menceburi bidang politik.

saya hairan kenapa banyak perkara yg kurang manis, auto-pilot, etc etc, sedangkan sepatutnya beliau sudah matang dalam menentukan apa-apa keputusan penting. jika diikutkan beliau sudahpun bertugas di bawah beberapa PM, banyak benda yang sepatutnya beliau sudah timba.

atau mungkinkah kedudukan beliau sebagai PM, segala tindak-tanduk beliau menjadi pemerhatian oleh ramai orang yang sebelumnya tidak ramai yang memberi perhatian?

saya kurang senang dgn kata-kata beliau dalam beberapa minggu yang lepas, beliau ada kata, supaya beliau diberitahu perkara sebenar oleh para menteri walaupun kebenaran itu pahit. apa mesej yg hendak beliau sampaikan? kita pun mengharapkan perkara yang sama dari beliau, untuk memberitahu perkara sebenar, dan tidak hanya mengarahkan menteri lain menjawab untuk beliau.

bagi saya, jika beliau perlukan pendapat, kenapa hanya perlu mendengar kata-kata para menteri? kata-kata rakyat beliau harus dengar juga. kita kritik bukan kerana benci, tetapi kita kritik bersebab dan kritik kerana sayang.

hurmm..

Twinkle said...

Saya setuju dengan pendapat Mr Abs. I guess it is still an ongoing process to improve our life quality, terutamanya pada mereka di kawasan pendalaman.

kekure said...

Assalamualaikum
Still raya in raya mood Dato'?I have never been a member of any parties..I suppose i'll just stay that way..Being an observer is enough for me..cam Dato' cakap tak ada cita-cita :)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

YBgh Dato', hamba ingin bertanya beberapa soalan.

1. Apakah kerajaan wajar menerima tuntutan saudara Anwar agar menubuhkan suruhanjara diraja dalam kes video VK Lingam.

2. Apa pendapat Dato' jika saudara Anwar menggunakan jalanraya untuk menuntut pemulihan perjalanan pilihanraya yang lebih adil. Pada saya jika saudara Anwar memilih cara ini keadaan akan bertambah kacau, namun tuntutan kumpulannya juga demi kebaikan pemikiran rakyat.

Atan
Anak penoreh getah

fendy_ahmad said...

Saya hanyalah seorang pemuda 25 yang mentah dan masih mencari erti sebenar hidup dan dunia...

Saya tetap merasakan bahawa politik adalah saluran utama dan saluran paling ebrkesan jika kita hendak melakukan sesuatu di bumi Malaysia khasnya dan untuk bangsa amnya... Dengan politik segalanya yang mustahil boleh dilakukan..

Maknanya dengan kuasa dan kedudukan, apa yang kelihatan mustahil boleh dicapai...

Tanpa kedudukan politik dan rahmat izin Allah, maka tak mungkin seorang yg bernama Mahathir Mohamad itu mampu merencanakan idea-idea 'karut' yang hebat seperti penganjuran SUKOM, F1 dan juga idea-idea Malaysia Boleh seperti berlayar seorang diri mengeliling dunia, membina bangunan berkembar tertinggi dan juga MALAYSIA ke ANGKASA !

Masalahnya, apabila yang berada di kuasa politik itu sendiri gagal bertindak secara efektif dan efisien. Politik ada hala dan maruahnya cuma si pencaturnya yang acapkali tidak bijak atau mungkin dungu idea... Terserah ~~

fendy_ahmad said...

Tanpa kedudukan politik dan rahmat izin Allah, maka tak mungkin seorang yg bernama Mahathir Mohamad itu mampu merencanakan idea-idea 'karut' yang hebat seperti penganjuran SUKOM, F1 dan juga idea-idea Malaysia Boleh seperti berlayar seorang diri mengeliling dunia, membina bangunan berkembar tertinggi dan juga MALAYSIA ke ANGKASA !

Masalahnya, apabila yang berada di kuasa politik itu sendiri gagal bertindak secara efektif dan efisien. Politik ada hala dan maruahnya cuma si pencaturnya yang acapkali tidak bijak atau mungkin dungu idea... Terserah ~~

marn said...

voila!

tok, ayat yang ni: 'Kepada saya, jadi ahli parti tak bermakna kita sokong dan kita patuh membabi buta. Dan bukan juga untuk cari kedudukan' -power la. saya suka sangat. saya salute tok.

ziarah kena ziarah. umah paklah tak pi ka? kalau pi, nak tau jugak apa cerita dia.

apa-apa pun, perselisihan yang berlaku sesama kita ada hikmahnya. yang penting, dulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Moga Rakyat Malaysia bersatu-hati.

sonotme said...

Assalamualaikum

Firstly, congrat 2 Izzah. (Harap2 dia singgah2 juga la blog ni).Tak sangka anak DSAI ni dah bergelar ibu.( ingat lagi ketika DSAI kena pecat...habis satu blok asrama kecoh...) Saya pernah belajar sekali dgn Izzah ketika di U di Perak dulu sblum dia pindah U kat Bangi..

Dulu tak ada gaya pun si Izzah boleh jadi speaker tapi ye lah ... people change...

Bercakap pasal manusia berubah ni, saya lama dok tertanya2...mana pergi nya sekarang ni suara jujur lagi lantang orang2 muda (tapi tak berapa muda) yg berpengaruh dlm politik tanah air (selain KJ...hmm KJ who?? ooohh please..)Mana pemimpin2 muda yg nak memimpin anak2 bangsa kita ni ke satu perubahan yg bermakna?? Mana, mana?!

Dulu masa TDM macam nampak la dua tiga orang tapi bila AAB ambil alih, yg dibudget nak suntik pembaharuan tu pun dah makin tenggelam (salah sorangnya Dtk Hishamuddin)...Mana ya? Macam dah tak mengaum je..byk dibayangi oleh 'org tu'...(hmm... siapa lagi kalu bukan KJ who??...yg dulu siapa pun tak kenal tapi tiba2 sekarang ni lain macam punya terkenal dek dipayungi orang nombor satu negara).

Entah la...lesu jer tengok orang2 politik yg masih 'belia2' sekarang...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum

Pemancing said...

Quote

"Lagi pun bilangan orang Melayu yang boleh bercakap dan berani bercakap tak ramai lagi.

Sekarang Melayu sudah menjadi penakut sebab nak jaga periok nasi. Depan puji dan puja, belakang mengutuk dan mengata."

Inilah dia senarionya, inilah perkara yang saya tunggu selama ini Datuk !.

Inilah masalah paling besar orang kita, apa salahnya bercakap yang benar.

Sebab terlalu banyak sangat dipujalah sampai ramai yang lupa diri. Akhirnya merugikan semua pihak.

Mari kita bercakap tentang orang Melayu, dek kerana apa yang dinyatakan Datuk, kita lebih banyak rugi dari untung.

Dasar pendidikan, orang 'lain' kata boleh ajar math dan sains tapi kena ada juga bahasa 'mereka'

Akhirnya anak-anak kita juga yang 'terkontang kanting' belajar dalam keadaan tertekan terutama di kawasan pendalaman.

Hasratnya baik tetapi bukan itu caranya, kenapa tidak beri latihan intensif bahasa Inggeris di sekolah supaya anak-anak kita boleh bertutur dan faham dalam bahasa tersebut.

Ini baru contoh kecil belum lagi sentuh pelbagai soal berkaitan ekonomi dan sosial.

Sebagai contoh masalah kenaikan harga. Sebenarnya yang banyak di monopoli oleh orang tengah yang terdiri daripada orang 'lain'.

(Saya tidak mahu sebut secara langsung sebab saya percaya perpaduan kaum itu penting untuk proses kemajuan dalam negara)

Maka setiap kali berlaku kenaikan harga, kerajaan gagal untuk mengambil tindakan yang sewajarnya malah terpaksa berkompromi dengan mereka.

Saya tidak faham apa benchmark diguna pakai oleh orang politik dan kerajaan yang mengatakan orang Malaysia hidup dalam keadaan ekonomi yang makmur.

Tapi rata-rata penduduk berpendapatan RM1,500 hingga RM2,500 yang sememangnya tidak cukup untuk hidup di bandar besar.

Banyak lagi kerajaan perlu lakukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bukan setakat nak hisap darah rakyat macam drakula.

Sebagai contoh Tol Naik, Barang Naik, Tepung Naik, Macam-macamlah naiknya.

Masuknya tidak (duit masuk la) keluarnya lebih...pening den pening.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pemancing,

Inilah kekangan yang cuba diatasi selama ini tetapi belum berhasil sepenuhnya yakni majoriti orang Melayu masih berupa "pengeluar cukup makan" (subsistence producers)-- sama ada sebagai pengeluar barangan atau penyedia perkhidmatan.

Orang Melayu/Bumiputera belum berjaya menjadi "pengeluar komersil" apatah lagi menjadi orang tengah yang berdaya memunipulasi pasaran.

Selain itu majoriti pengguna (consumers) adalah Melayu. Jadi apabila harga naik, yang paling ramai menanggung beban adalah orang Melayu. The weakness in number not the strength as it should logically be.

This the key imbalance in the Malay economy. They are not commercial producers and supplies. They are subject to marketplace manipulation by the middlemen.

There are neither poor because most have landed assets, but they are not rich either. Their assets carry lower economic and commercial value.

Sdr Atan (Anak Penoreh Getah),

Bukan soal patut atau tidak patut. Soalnya mahu atau tidak mahu.

Suruhanjaya Diraja bukan perkara baru dalam Pentadbiran PM AAB. Dia menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Menambahbaik Operasi dan Pengurusan PDRM pada 4 Februari, 2004.

Yang menjadi soal adalah apa jadi dengan laporan suruhanjaya; dilaksanakan, dibakulsampahkan atau dibuat bantal?

Saya kurang setuju dengan protes jalanan walaupun itu dibenarkan oleh undang-undang.

Tetapi boleh jadi orang membuat protes jalanan sebab mereka tidak nampak ada jalan lain untuk memaksakan perubahan.

Sdr Kekure, being an observer alone in not enough. We have to act on what we observe.

If we don't, we may end up observing worse things happening to our beloved Malaysia.Or we may even get trampled by the events that are unfolding before.

Saya takut kalau kita memerhati dan berdiam diri, kita mungkin mati berdiri -- die standing!

To all thank you for your valuable participation. I am gratefu.

nstman said...

Datuk Kadir, if i am not mistaken, or correct me if I am wrong, you went for Anwar's throat following his brutal ouster as the deputy PM. This shows to show there are no permanent enemies or friends in politics. Be that as it may, events have overtaken us, or rather the Malaysian polity.

mr_abs said...

saudara-saudari sekalian,

jangan disempitkan pemikiran, hanya melalui politik, barulah perubahan boleh dilakukan.banyak cara dapat dilakukan dgn cara tersendiri, dan saya bersetuju dgn dato', masing2 mempunyai agenda tersendiri dan mempunyai cara tersendiri.

benar, politik menyediakan platform terbaik utk melakukan perubahan. mengambil contoh Tun M, benar, politik serta dgn keizinanNya, membolehkan beliau melakukan pelbagai perkara.

namun harus diingat, bukan semua yg berkuasa mampu melakukan perkara seperti beliau. asasnya, ia bergantung kepada individu itu sendiri termasuklah Tun M.

dgn pemikiran beliau yg kritis, ditambah lagi dgn keperibadian beliau (membaca,membuat homework etc etc), itu lah kekuatan beliau, malahan waktu berucap sekalipun, sesiapa pun tahu Tun M memang melakukan byk membaca dan mengeluarkan fakta. malahan pemikiran beliau jauh ke hadapan, mungkin disebabkan beliau berlatar-belakangkan perubatan, cara beliau melihat suatu permasalahan dan cara penyeleasaiannya agak berbeza dibandingkan dgn org lain.

jgn pula kita tidak tahu, DEB, dan apa jua yang telah dilaksanakan, sebahagian idea DEB adalah daripada idea Tun M dlm buku beliau The Malay Dilemma. berapa ramai pula yg mampu mengupas permasalahan sebegitu rupa? jauh mengatasi org lain. pendek kata, ia berpunca dari kita sendiri.

"we cannot ask people to respect us, but we should gain it"

sama juga, jika kita menjadi pemerintah, segala tindak-tanduk,ucapan, keputusan etc etc itulah yang menyebabkan orang hormat atau tidak kepada kita.

itu dari segi politik, bagaimana pula dgn ahli politik yg masih muda dan berkaliber pada masa sekarang?

saya berpendapat,nowadays, jika anda terlalu bijak serta radikal, hayat anda dalam politik adalah sekejap sahaja waima perjuangan anda suci lagi murni. anda akan dicantas oleh mereka yg takut akan pengaruh anda. sekali lagi saya ulangi, dgn situasi sebegitu rupa, orang yg bijak berpolitik sahaja yg akan survive dan org sebegini perjuangannya mungkin tidak semurni orang yg benar-benar jujur.

jika dicantas? apa pilihan yg kita ada? berpaling daripada parti tersebut dan join parti lain?

kepada saudara/saudari sekalian, jika berkesempatan, belek dan bacalah buku biografi Tun Dr. Ismail (The Reluctant Politician). pada pendapat saya byk jasanya kepada negara, yg ramai orang tidak tahu. lihatlah bagaimana pemikiran beliau dan apa jua keputusan politiking yg penting.

jika diikutkan, ramai yang kurang senang dgn situasi sekarang, persoalannya berapa ramai yang sanggup membuat perubahan terutama ketika pilihanraya kelak? berapa ramai yg sanggup pangkah parti selain parti dacing? dalam hati kata tidak, tapi tangan pangkah juga.

kenapa begitu? kerana kita takut, jika pembangkang menerajui negara, entah apa pulak yg akan berlaku kpd negara, tiada jaminan pisang tidak akan berbuah dua kali, malah menjadi lebih teruk. risiko inilah yang menjadi persoalannya. mana-mana ahli politik, jika belum berkuasa, mcm2 lah yg akan dibuat, tapi jika berkuasa, nanti mata pun kelabu tengok duit yg banyak. lepas tu, kebajikan rakyat, sapa la yg akan peduli.sama saja keadaanya jika ia berlaku sebegitu rupa.

dan saya pasti, golongan muda-mudi sekarang lah yang akan membentuk hala-tuju negara kelak. zaman moden membolehkan mereka mencari apa jua benda dalam internet terutama tentang politik serta situasi dalam negara.

saya percaya, blog adalah cara utk meluah perasaan, malahan komen seperti saya ini juga cara saya meluah perasaan. rakyat nak meluah kepada siapa? kerajaan? kepada national newspaper? stesen tv?

sebab itulah, blog tumbuh macam cendawan, dan itu juga antara perjuangan seperti para bloggers seperti Dato' dan saya mendoakan perjuangan seperti ini diteruskan sampai bila-bila. meskipun usia saya, masih muda, awal 20-an, namun org muda seperti saya memandang serius tentang apa jua perkara dalam negara. dan saya percaya ramai lagi org muda seperti saya.

para bloggers harus sedar, mungkin hanya 10 orang memberi komen, namun, yg membaca blog mungkin mencecah ratusan mahupun ribuan. malahan bagi saya, saya berkongsi perkara dari blog kepada orang lain.

oh ya, saya hairan juga, begitu banyak projek mega, dan hairan juga, kenapa ia terlalu dipentingkan. jika ia mampu membantu ekonomi rakyat, alhamdulillah. namun bagi saya, adalah lebih baik kerajaan memberi perhatian terutama kepada bagaimana utk menjaga hati rakyat, sudah lupa siapa yg mengundi?

dgn harga barang yg selalu naik, adalah penting kerajaan melakukan sesuatu utk menstabilkan ekonomi rakyat. dengan hanya kenaikan gaji, ia tidak membantu, jika adapun sedikit sahaja. naik gaji RM100, terpaksa berbelanja extra RM100 semata-mata harga barang naik.

sesuatu perlu dilakukan sebelum terlambat. jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

namun agak mendukacitakan, sebelum pilihanraya, diyakini ramai calon-calon yg bertanding, turun padang, angkat nenek yg tak dapat berjalan, tolong itu, ini, dan rakyat yg sebelumnya marah kepada mereka pun, tak jadi marah, dan mereka lupa tentang kesengsaraan mereka dulu.

lepas pilihanraya, benda sama berlaku balik....back to square one *sigh*

mardhiah said...

YBhg Dato'

Saya pernah dapat phone call dari seorang wanita yang mengaku sebagai pekerja sukarela yang mau buat survey.

Lama juga kami bercakap, tapi pokok perkaranya, dia mau tau pendapat saya tentang DSAI. OK ka kalau dia PM. Saya kata NO. BIG NO.

Saya katakan No to DSAI as PM bukan pasal ex IGP Rahim Noor itu abang ipar anak saudara tuk saya, tapi saya tak suka cara dia, saya tak sukalah. Suka hati sayalah saya nak suka sapa yang saya suka. Saya lebih suka Pak Lah dari DSAI, so what?

Samsudin K. said...

YBgh Dato,

i've read what pemancing commented on and your respond as well. I'm a current graduate from Imperial College in the U.K. I'm taken commerce as my first major and stats as my 2nd major.

I was not funded by the government, nor was my parents working for the government.

The point i'm trying to make here is this - walau apa pun tujuan Dato nak menyemarakan rasa nasionalist antara orang orang melayu seperti saya dan menindaskan orang orang "Lain" tidak patut berlaku dalam zaman dan era sekarang. The fact remains is the constant playing up of we againts them is fruitless. Whatever we have achieved, they have achieved better. Whatever they have lost, they make up for it and don't blame others like how we blame others. Our culture of menuduh and menyampah orang "lain" bukan jawapan pada masalah negara ini.

We have to look to the core of the problem, and that is the running of the country. For 50 years, i've heard from and seen the racially charged messages in the assemblies is by no means...an answer to our problems today. You know that very when you were ex newspaper man.

I don't know whether you can change the way you think besides colors, but it would be wise dato to forge a new mindset base on hardwork, kindness without bias or prejudice.

salam Dato.

Blow d' whistle said...

pn mardhiah....

please not to be so emotional...we're human being....mistakes do happen...

okay...BTW dato' TABIK SPRING la...
you know how to create values!!!!

ssaaalllaam

Berita dari gunung said...

As we understand politicians better and longer, then we may question most of their battle cries.........

and then at the end, how many of them actually never give a damn about amassing wealth.

and thats life.

L-Gringo Line Clear said...

Dey Maplea! III
(To prove rasuah)

Have you seen this video CJ to step down?
like an ulardanu jatuh tersembam?

My question to you:
is politics for the faint-hearted?

Che Det has just made sure that his is in good condition.

Pundit: bet on that old horse. (Never play around with Mahathir,
if you know what is good for you.
Ever seen the mona lisa smile lately, Dato')

Interesting times ahead, Dato'
(who said the fight is over?)

Terima Kasih

Det: PM by proxy

L_Gringo Line Clear said...

Dey Maplea! IV
(Autopilot, Toiletmaker & AI)

AI can be sued, don't it know it?

Yes, dato', you are right:
AI: Artifically Intelligent.

Excellent posting this
as lovely as the best raya dodol ever:
as rare as the dodo.

dey maplea - very nakal!!!

A KADIR JASIN said...

Sdr i_gringo line clear,

In this beloved country of ours, you can call on politicians and high officials to resign, they won't.

Not their tradition to accept responsibility and resign. There's no such tradition. They would rather be sacked.

In 2000, I was "requested" to do something that I couldn't. So I resigned. That saved a lot of people their jobs and the editorship unnecessary embarassment.

Sdr Berita Dari Gunung, as for politicians amassing wealth, I was told one minister held a berbuka puasa at a hotel in KL and gave "duit raya" to hundreds of media people.

Money politics? Sedekah? Zakat? Fitrah? Envelope journalism?

Pick your choice.

Thank you.

mr_abs said...

kenapa saya lebih suka Tun M drpd Pak Lah?

- sebab beliau tak tidur sewaktu majlis rasmi

- tidaklah beliau tinggalkan negara dan pergi belayar di Australia sewaktu negara ditimpa musibah e.g banjir besar di Johor

- tidaklah melalut ketika berucap

- tidak membuka pintu seluas-luasnya kepada menantu utk menantu beliau utk masuk politik, dan bisnes

- pernah ke Pak Lah beri sidang akhbar secara live? mungkin ada kot, n kena interview pun, soalan yg dah direview, tak berani buat interview secara live, sebab tak mampu nak jawab? dah terbukti, "i dont know", " refer to my minister", "havent received the report yet"

- tidak cepat melatah, masih ingat kes ketuk-ketampi? terus hantar menteri ke China

- rajin membaca, buat homework, sebab tu ucapan beliau dikagumi ramai (maaf saya tak pernah kagum dgr ucapan Pak Lah, malah saya bukak channel lain)

- oh ya, ada lihat news dlm tv tentang mesyuarat PBB yg lepas ketika our "beloved" PM berucap, banyak kerusi kosong, less-respected from other leaders?

- kalau rajin, bukalah youtube, pasal ucapan Tun M, which was highly respected (pasal jews etc etc), sekarang Malaysia jadi pengerusi pun sekadar itu saja, no action, talk only.yang amat dihormati sekarang,Presiden Iran Ahmadinejad

- tetap pendirian, tak kira berucap di Kedah, atau di U.S, pendirian beliau jelas

- tidak pernah pulak beliau bentangkan belanjawan negara dgn laporan bajet serta pembentangan bajet mempunyai perbezaan yg keterlaluan e.g RM8billion!

- tidaklah beliau nak berbelanja almost RM500 billion for less than 4 years!

- Islam Hadhari? maaf, sampai ke hari ini, saya tak faham apa itu Islam Hadhari, yang saya faham, Hadhari=Progressive, sepatutnya Muslim Hadhari, bukannya Islam Hadhari. Mengada-adakan sesuatu benda dlm Islam adalah bida'ah. Islam sudah sempurna, tak payah tokok dan tambah

dan saya fikir, saya dpt tulis lebih dari ini, tapi tak payahlah, anda boleh baca dari sesetengah blog yg kredibel (sesetengah blog terlalu beremosi tanpa mengemukakan fakta yg kukuh)

saya pernah tinggal di UK, amatlah membanggakan saya, bila saya katakan saya serta keluarga berasal dari Malaysia. kenapa? setiap kali orang UK kat sana tau kami dari Malaysia, antara respon mereka

"oh, Malaysia? KLCC, Mahathir, Good Good!"

dan yg paling saya kagumi, ada yg pernah ke Malaysia, dan dek kerana mengkagumi Malaysia esp Tun Mahathir, beliau tubuhkan syarikat Teksi, dan nama serta ejaannya ikut bahasa Malaysia! TEKSI

rajin-rajinlah mencari dalam internet, buatlah homework/analisis sendiri. saya tak perlukan orang mengiya atau menidakkan pendapat saya, ini pendapat saya disertai dgn hujah saya sendiri

teringin pula saya lihat org berhujah n beri sebab kenapa anda suka Pak Lah :)

pendapat saya, cara kita berfikir, ambil contoh

" oh, keluarga dia orang baik-baik, beragama"

ia tidak memberi erti, anak cucu mereka pun pasti menjadi orang yg baik, kerana manusia tetap manusia, pemikiran begitu haruslah diubah. kita patut menilai orang dari segi perbuatan, tutur-kata etc etc, bukanlah menilai dari segi history keluarga.

mcm lagu Raihan "iman tak dapat diwarisi dari ayah yg bertaqwa"

betul bukan? :)


ps: idea angkasawan sekalipun memang idea Tun M *sigh*

freelittlebrain said...

ziarah menziarah antara satu dengan yang lain dan bermaaf-maafan during Raya is our Malaysian good tradition.

Mohd Affendi said...

Salam Dato'

Politik ibarat pentas wayang..musuh sekurun boleh jadi kawan dalam sehari dan begitulah sebaliknya.

SELOKA DILEMA MELAYU (mcm buku TDM pulak..)

Marahkan nyamuk, jangan kelambu di bakar..kelak rumah sendiri juga terbakar.. Ambil inisiatif beli racun serangga atau guna alat gelombang ultrasound utk halau nyamuk tegar.

Jangan salahkan kereta tak bagus kualiti, jika pemandunya tak cukup tidur dan asyik mengantuk di siang hari. Ajak dia pekena kopi, kalau degil masih nak dilamun mimpi, jangan tumpang naik dgn dia lagi..nanti 'accident' kita semua mati.

Tepung gandum naik lagi,
bawak la nasik atau bekal ubi,takpun melantak cikedi,
Tak payah melantak roti canai & capati..
lepas tu maki2 org itu ini,
walhal pilihan ada ditangan sendiri.
Lama2 tak dak org beli.. gula, ayam, tepung turun la sendiri... itu hukum ekonomi,
nak kena ajaq ka kat org Melayu majoriti? Kata pandai syok sendiri, Itulah..kau engkau aku sendiri, aku kaya kau tak mampu apa aku peduli! Kau tak makan nak mati aku nak tambah bini.

dulu SRP ganti PMR, skrg nk pulak buang UPSR..tukar pembesar, tukar dasar, akhir2 semua terlepas sasar, tak lepas pun boleh sambung belajar, piramid sosioekonomi makin bawah kecik atas jadi besar, walhal yang tak lepas tu boleh latih vokasional dan tangan jadi pakar, tak dak lah jadi mat rempit sampai penuh satu hangar,
maka ramailah tanam anggur dan tersadai tepi pagar,org putih dah ajar mcm tu ada bersebab tapi depa menteri pandai sgt taknak dengar, O-level ke A-Level mana ada tukar2..Jangan lah ambik otak tepi longkang dengar khabar, ambik ler konsep Glenn Doman buat rundingan pakar..

saya mengajar nanti ada pula pembesar hati terbakar.. kata saya ni kasar bebal mcm org gasar..saya hanya budak kampung berhujah bisa kerana hati dah tawar.

Nak mengaji pun mengharap simpati, 'default setting' minda subsidi, bila tak tak dapat melenting & maki, nak beringat awal tak reti2, simpan la menabung RM50-100 kat anak2 masuk sebulan sekali.. SSPN, takaful pendidikan, unit trust dan byk lagi..bukan isap rokok, pasang sport rim besar tayar lembu dan spoiler tinggi KLCC...kalau anak pandai dapat biasiswa korporat alhamdulillah kita tak rugi, 60-80k duit tabungan boleh beli rumah atau pi haji..itu pun tak sedar2 lagi, wahai Melayu bukaklah minda & hidup dalam realiti, org tak dpt subsidi boleh je 'survive' sendiri.. sampai bila nak idup lagu ni?

Satu lagi jgn terjebak riba,

"Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

Itu semua firman Allah taala. Kalau tak faham jangan main kutuk mengata belaka, pi lah cari belajaq dgn guru pakar..bukan dgn cikgu tepi kaki lima, Jgn main2 dgn dosa. Kesannya Allah dah bg kita rasa, kalau segolongan pun yg buat tempias bala tetap kita semua kena, bahana neraka ekonomi dunia, kita semua hidup melara..

Islam agama standard tinggi.. rukun Islam syahadah, solat, puasa, zakat & haji.. kalau tak capai semua lagi, rumah tak cukup tiang mana boleh kata dah siap segi, mana boleh rasa diri dah cukup tinggi, kenalah usaha byk lagi..

Melayu juara dunia Islam? janganlah mimpi.. walaupun pakai serban tinggi & jubah meleret ke kaki.. masih mengelamun dgn mentaliti subsidi, Al-Kitab dan as-Sunah dah lengkap daripada junjungan Nabi, umat akhir zaman dgn manual yg lengkap takkan Dia nak lg subsidi.. Takkan nak turun makanan dari langit macam zaman dulu punya umat Yahudi? Pedih dan pahit..? itulah realiti!


Sekian wasallam seloka raya..nukilan jurutera bukan pakar bahasa, masih mabuk ketupat tapi tak loya..Salam Selamat Hari Raya :)

mr_abs said...

dato'

saya ingin tanyakan sesuatu,sekadar contoh;

dalam satu sidang akhbar lepas satu mesyuarat berbincang tentang isu antara negara, apabila PM disoal oleh wartawan tentang suatu perihal dan beliau menjawabnya

persoalan saya;
- adakah jawapan ketika soal-jawab dalam sidang akhbar itu dikira sebagai jawapan/keputusan rasmi kerajaan?

- jika ya,ada tak kemungkinan PM tak faham soalan tetapi beliau menjawab atau mengiyakan sahaja, adakah ia dikira sebagai jawapan rasmi kerajaan?

sekadar menanyakan soalan yg bermain di fikiran ini.


terima kasih dato'

kedidi said...

Dato,
Bila baca senarai Mr_abs, saya bersetuju sangat, setuju yang sangat-sangat...la ni saya dok tunggu pula senarai penyokong-penyokong Pak Lah. Dalam 'berjuta' yang dok ikut Pak Lah ke hulu ke hilir la ni takkan tak dak kot yang boleh buat senarai tu.

Dok tunggu ni...

Terima kasih

mekyam said...

Tumpang lalu, Tok Scribe...

Sdr Mohd Effendi,

SELOKA DILEMA MELAYU saudara
cukup sedap saya baca
sampai mengangguk2 kepala saya
semua hujah tepat belaka
walaupun seloka saudara kata
yang betul tu betul juga!

A Voice said...

Without being "partisan", you are able to socialise across party line.

The way party politics is practise, amongst Malays, it is actually quite divisive, socially and obviously politically.

The mistake most professionals make is to use political avenue to contribute to society. It doesn;t work and those the likes of Din Merican will come out disappointed.

The best stance for professional is to remain where they are and deliver their profesional views with honesty, without fear and with integrity.

A KADIR JASIN said...

Sdr Syed Munir,

Terima kasih atas komen Tuan. Bagaimana pun saya tidak akan menyiarkannya sehingga atau jika saya dapat mengesahkan dakwaan bahawa sebotol air mineral dibekalkan kepada Mas dng harga RM30.

Kalau dakwaan ini tidak benar, yang tertuduh boleh menyaman kita semua.

Sdr Zurich, terima kasih atas ucapan dan doa Tuan.

Kepada semua, terima kasih jua.

MODERATOR said...

Salam open house Dato' Kadir,

saya melihat ini adalah satu kelebihan yang ada pada Dato' sekarang. Dapat bercampur baur dan duduk semeja beraya dengan dua puak yang berpatah arang.

Terasa macam betul, bila kawan Dato' berkata negara ini dalam mode "auto pilot". Berbeza sekali dalam zaman Mahathir. Saya bukanlah nak puji puja Tun Mahathir melambung sangat, zaman dia dulu pun teruk juga. Banyak aktivis yang kena sumbat dalam jel. Tapi bila difikir balik zaman Pak Lah pun apa kurangnya?

Sekurang-kurangnya zaman Tun, terasa dia punya karismatik dan idealisme walaupun berbau sedikit sebanyak Demokrasi Ditaktor. Tapi Tun kita tahu dia punya kekuatan dan perjuangan. Perjuangan sekarang apa benda? Islam Hadhari konsepnya tamadun, tetapi tamadun apa? Jenayah bertambah-tambah adalah.

Anwar Ibrahim dia suka retorik. Saya tak berkenan sangat cara dia. Keras tak tentu pasal...tapi akhirnya mati akal...Saifuddin Nasution saya suka, tapi kadangkala dia pun terlebih retorik. Namun sekadar pertanyaan, zaman Pak Lah ini siapa yang tak retorik?

Cemerlang, gemilang, terbilang...akhirnya duit negara lesap. Hak Melayu islam pun semakin hilang.

saya kasi tau je Dato'...saya ada hak.

Berita dari gunung said...

Dear Dato,

Of leaders that come, stay and go, we witness minds, characters, strengths and weaknesses. A leader always lead. A leader is a follower too in a way. However a leader should not allow him/herself to be blindly led, otherwise he/she may be seen as being taken for a ride....

O leaders too, we more than often see them being terribly at ease with friends and foes. Whereas supporters may not able to do so, because knives in their pockets are single bladed.

Some leaders may be keeping six-bladed knives. One blade is for greed. That dirty blade will one day penetrate through and drive them bonkers. And that particular blade too will bring them down at the foot of the statue, Pompei.

To leaders now and later, always listen to whispers because some are good and true.

To leaders now and later, do what you preach. May god bless you and us all.

A KADIR JASIN said...

Sdr Moderator,

Terima kasih atas kata-kata saudara yang merangsangkan.

For good or evil, I am in the final anaylis I am just a reporter.

In journalism, friendship is never permanent so is animosity.

Sdr Berita Dari Gunung,

Indeed they have to live by what they preach.

More so if one proclaims himself to be a Muslim leader, has religious education and comes from a long line of ulama.

As Malaysian Muslims we always respect and have a high expectation for ulama.

But we have also seen such persons being condemned to eternal shame.

Thank you.

langit biru said...

Menarik membaca pendapat berita dari gunung mengenai pemimpin. Pemimpin yang dimaksudkan dalam Al-Quran adalah Ulil Amri, pernah ditulis dalam blog Dato'AKJ. Saya menulisnya sedikit dalam blog saya pulaulima.blogspot.com mengenai Ulil Amri.

Mengenai orang-orang di sekeliling pemimpin, sebuah hadis sahih Bukhari meriwayatkan:

Dari Abu Said dan Abu Hurairah(r.a), beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi atau melantik seorang khalifah kecuali ada dua orang pendamping yang menyertainya. Seorang sentiasa mengajaknya untuk melakukan perkara-perkara yang baik manakala seorang lagi mengajaknya untuk melakukan perkara-perkara buruk. Maka yang selamat adalah orang yang sentiasa dipelihara oleh Allah". (HR Bukhari)

Dua orang pendamping bermaksud 2 kumpulan "penasihat". Kalau pemimpin mengikut nasihat dari kumpulan yang baik, baiklah tutur dan langkahnya.

Sebuah lagi hadis yang membayangkan kerakusan pemimpin yang diriwayatkan oleh Bukhari:

Dari Abu Hurairah (r.a), beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kamu sekalian akan rakus terhadap kedudukan dalam pemerintahan dan kamu sekalian akan menyesal di hari kiamat nanti".(HR Bukhari).

Kedua-dua hadis diatas sememangnya tepat dengan keadaan kepimpinan dimasa kini di negara-negara yang pemimpinnya beragama Islam. Di negara kita, ramai yang sanggup melabur berjuta ringgit hanya untuk mendapatkan kedudukan dalam politik dan kerajaan serta pangkat Dato', Tan Sri dan lain-lain.

Ancaman Rasulullah s.a.w kepada peminta/pelobi kedudukan dan pangkat menerusi hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Dzar(r.a), beliau berkata: "Wahai Rasulullah, berikan kedudukan padaku".Maka Rasulullah s.a.w memukulkan tangannya kebahu saya dan bersabda: "Wahai Abu Dzar, engkau itu lemah manakala kedudukan dalam pemerintahan itu amanah dan pada hari kiamat nanti akan mendatangkan kesusahan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan amanah itu kepada yang berhak menerimanya".

Berapa ramai pemimpin yang ada sekarang mengambil kedudukannya sekarang dengan hak dan menunaikan amanah tersebut? Majoritinya hanya berkata-kata dimulut, tidak di hati dan tidak pula dijelaskan dengan perbuatan. Inilah yang dikatakan Iman, maka yang paling baik dari pemimpin itu adalah yang benar-benar beriman.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).