Thursday, October 04, 2007

Kenaikan Sara Hidup Terus Mengancam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADA sesetengah pembesar yang mewakili kabinet dan perkhidmatan awam nampaknya tidak sabar-sabar menghebahkan perkhabaran buruk kepada rakyat jelata.

Manakala yang lain pun bermati-matian menafikan kesahihan berita itu.

Pihak yang pertama nampaknya tidak dapat lagi menunggu sehingga selepas musim perayaan untuk menyampaikan berita-berita yang mendukacitakan itu.

Apa pun tujuan mereka, berita-berita itu pastinyalah menjadi bahan hangat perbualan pada perayaan Aidilfitri, Deepavali dan Krismas nanti apabila rakyat Malaysia berduyun-duyun balik kampung atau keluar bercuti.

Pada 30 September, Menteri Kerja Raya S Samy Vellu mengumumkan yang kadar tol lebuh raya akan naik 10 peratus di kesemua lapan lebuh raya bertol tahun hadapan.

Beliau berkata pemegang konsesi memohon kenaikan 10 peratus mulai awal tahun hadapan tetapi kementeriannya sedang memikirkan formula yang sesuai agar kenaikan itu dikongsi bersama oleh pengguna dan kerajaan.

Semestinyalah begitu kerana di masa sahaja kita melalui lebuh raya baru sedang dibina atau yang sedia ada dinaikkan taraf, terpampang papan-papan tanda yang berbunyi “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”.

Kemudian pada 3 Oktober, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Markiman Kobiran berkata pengusaha pengangkutan awam telah memohon untuk menaikkan kadar tambang antara 100 hingga 600 peratus mulai tahun depan dengan alasan kos operasi yang semakin meningkat.

Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata, kadar tambang baru untuk semua jenis pengangkutan awam akan diumumkan pertengahan tahun depan dengan mengambil kira kenaikan kos operasi.

“Kita tidak akan terima bulat-bulat pandangan mereka. Banyak penilaian perlu dibuat tetapi kita juga mengambil kira kenaikan kos operasi terutamanya bahan api yang mencecah sehingga 60 peratus.”

Tiga hari selepas Samy Vellu membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bertanya mengapa perlu membuat spekulasi mengenai hal itu kerana kabinet belum membuat apa-apa keputusan.

Jadi siapa yang hendak kita percayai – Mohd Najib atau Samy Vellu?

Apa juga kesudahannya, kenaikan kos dua komponen utama pengangkutan ini – tambang dan tol – sudah pasti anak menaikkan lagi kos pengangkutan yang sekali gus akan memberi kesan buruk kepada kos sara hidup.

Anehnya pihak berkuasa terus mendakwa kadar inflasi yang rendah – malah semakin rendah -- sedangkan harga hampir semua barangan dan perkhidmatan pengguna telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kalau anda bergiat dalam dunia perniagaan, anda pasti tahu bahawa kos hampir semua faktor pengeluaran semakin meningkat manakala permintaan berkurangan dan hutang lapuk bertambah.

Kenaikan harga pengguna dan kadar inflasi mungkin antara punca mengapa kadar kenaikan jualan runcit lembap tahun ini berbanding tahun lalu.

Mungkin pemerintah perlu menyegerakan bancian bagi menyusun semula komposisi “bakul” yang digunakan untuk mengira indeks harga pengguna agar lebih mencerminkan keadaan sebenar.

Tiada gunanya mendakwa kadar inflasi yang rendah jika nilai mata wang merosot dan kuasa membeli merudum. Pengguna akan tahu juga keadaan sebenar setiap kali mereka membeli belah.

Saya yakin Mohd Najib yang mempunyai cukup pengetahuan mengenai pengurusan ekonomi makro dan mikro sedar bahawa perangkaan yang menyimpang daripada keadaan sebenar tidak berintegriti dan boleh menyebabkan “ketempangan” ekonomi (economic distortion).

45 comments:

jibeng said...

its all about the "thorough study" strategy, dont you just like the favourite quote whenever there is something bad/good cooking from the man in bushjacket.

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Kadar kenaikan dan kekerapan kenaikan kos sara hidup rakyat semakin menjadi-jadi sejak 2/3 tahun ini. Saban hari rakyat diasak dengan pengumuman dan juga realiti kenaikan yang sungguh menyesakkan.

Sesungguhnya, kesan kenaikan ini bukan sahaja kepada poket rakyat tetapi juga kepada emosi setiap rakyat di negara ini.

Kerajaan nampaknya cuba mengatasi masalah ini dengan membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Namun apakah kenyataan itu mampu meredakan kerisauan rakyat? Ini kerana sejak 2/3 tahun yang lalu pada pandangan saya kenyataan sebegini tidak diikuti dengan kesungguhan untuk menjadikannya ianya satu realiti.

Juga pada pandangan saya, kepimpinan tertinggi tidak "nampak" atau "merasai" apa yang rakyat biasa rasa.

Apabila difikir-fikirkan, saya merasa sungguh takut dengan kemungkinan-kemungkinan masa depan negara kita.

Khairul-Dean Mohamed said...

The scribe
Salaam

Interesting Articles: YABhg Tun Musa

1. 02-10-2007: Synergy Drive sticks to RM2.29 per Negara Prop share
by Ellina Badri
KUALA LUMPUR: Synergy Drive Bhd, which is merging eight Permodalan Nasional Bhd-related companies, has formally extended a takeover offer for the remaining shares it does not already own in Negara Properties (M) Bhd for an offer price of RM2.29 cash per share.

Alternatively, Negara Properties shareholders may choose to receive shares in Synergy Drive issued at RM5.25 per 50 sen share, representing 0.44 Synergy Drive share for every Negara Properties share held.

This comes after Synergy Drive, which will be listed on the Main Board, obtained the High Court’s confirmation of the capital reduction in each of the eight companies to facilitate their respective capital repayment exercise...

2. 03-10-2007: Credit Suisse hails Musa’s appointment in Synergy Drive
KUALA LUMPUR: Credit Suisse has viewed the appointment of former deputy prime minister Tun Musa Hitam as chairman of Synergy Drive Bhd as positive as he is deemed to be a professional, progressive and apolitical chairman.

“Moreover, his stature as the former deputy PM will help keep board members in line with the reform agenda,” the research house said in a report yesterday.

Synergy Drive is undertaking the merger exercise of eight Permodalan Nasional Bhd-related companies, comprising Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantations Bhd, Kumpulan Guthrie Bhd, Guthrie Ropel Bhd, Highlands & Lowlands Bhd, Mentakab Rubber Company (Malaya) Bhd, Sime Engineering Services Bhd and Sime UEP Properties Bhd.

It is also undertaking a mandatory general offer in Negara Properties Bhd, a subsidiary of Golden Hope. The eight companies announced yesterday that they obtained the High Court’s confirmation of the capital reduction in each of the companies to facilitate their respective capital repayment exercise...

Nota:
Tun Musa Hitam apa yang di pegangnya tiada akan menjadi baik. Inilah yang menariknya cerita si-orang bugis dan orang kaya pahang(?) itu juanya, Dato' AKadirJasin
Apakah ini cakap-cakap kosong?

Terima Kasih berserta Salaam Ramadhan dan Salaam Aidul-Fitri
Maaf zahir-batin

. said...

Tahniah Datuk Kadir,
Saya anak muda yang berumur 22 tahun telah lama memerhatikan masalah ekonomi ini.

Lebih menghairankan saya, ialah media arus perdana terus-menerus melaporkan harga-harga barang kian terkawal, ekonomi negara kita semakin pulih dan sebagainya.

Saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kerana Datuk Kadir berani meluahkan pendapat dan saya sependapat serta Datuk Kadir tidak keseorangan dalam memerhatikan hal ini.

Apa yang membimbangkan saya ialah Malaysia mungkin akan menjadi negara pendatang tanpa izin jika kerajaan tidak menggunakan para Mat Rempit yang merempit di seluruh negara ini.

ahiruDin aTTan said...

[musykil: sebutan scribe yang betul - "skrib" atau "skraib"?]

Datuk Scribe,

Ekonomi negara dipimpin oleh Junior Finance Minister atau Menteri Kewangan Kedua. Jawatan ini, kalau saya tak silap, di bentuk oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita. Dan kalau tak silap lagi, Menteri Kewangan Kedua pertama ialan Datuk Mustapha dan dia kemudiannya diganti oleh Datuk Jamaluddin Jarjis. Dr Mahathir sendiri menjadi Menteri Kewangan (1) pada ketika itu, mengambil-alih dari Tun Daim Zainuddin yang telah berundur dari kerajaan dan kemudian dari politik.

Kerana Daim tidak lagi ada dalam kerajaan untuk memikirkan soal2 ekonomi, baik mikro atau makro, Dr M juga telah memanggil semula Nor Mohamed Yaakop sebagai Penasihat Ekonomi beliau. NMY juga dilantik sebagai ketua Khazanah pada tahun 2002. Antara initiatif yang pernah diketengahkan oleh NMY ialah skim pinjaman untuk merangsang penglibatan bisnis retail Bumiputera di pusat-pusat membeli belah di bandar2 besar dan di Kuala Lumpur.

Pelantikan NMY bagai mati hidup kembali. NMY terpaksa meletak jawatan dari Bank Negara sekitar awal 90an kerana skandal foreign exchange trading (dagangan wang asing) yang melibatkan kerugian negara sebanyak (mengikut Wikipidia) RM30 BILLION.

Sekarang ni, NMY tak tengok hal2 kecil macam penglibatan Bumiputra di pusat-pusat membeli belah. Sekarang ni dia lebih ketara dengan projek koridor ekonomi dari selatan ke utara dan juga pantai timur yang menelan belanja berbilion-bilion-bilion ringgit.

NMY juga lebih gemar dengan merger dan demerger exercises yang membawa pulangan segera jutaan ringgit di bursa. Synergi Drive dikatakan gabungan syarikat perladangan terbesar di dunia (tapi apa faedahnya pada rakyat biasa?). Pantai Hospital juga terlepas ke tangan Singapura semasa beliau sudah menjadi Menteri Kewangan. Port Klang Free Zone, suatu kerugian hampir RM5 billion. Merger pelik ECM-Libra dan Avenue. Cubaan untuk menggabungkan NSTP group dengan Utusan Melayu.

Kenaikan tol 10 peratus?
Naik harga petrol dan diesel 30 peratus?
Kenaikan kadar sewa sebanyak hampir 50 peratus untuk restoran Melayu di KLCC?
Harga kelapa naik 25 peratus?

Adakah Nor Mohamed Yakcop peduli?

p.s. Menteri Kewangan Malaysia, yang tidak disebut langsung di sini, ialah DS Abdullah Ahmad Badawi.




He was also involved in a currency speculation scandal in the early 1990s, where Bank Negara lost up to RM30 billion.[1]

marn said...

Abih tok.. nak buat macam mana la ni? ada yang masih sokong BN (Barang Naik) sebab 'konon'nya tiada pilihan lain. Hidup mati ka, 'pelacur tua' yang di'rebranding' ka - ni reqoute kata2 mardhiah, kroni ka, pangkah tetap pangkah yang tu. Bila orang cakap jumud dengan jahil, marah. Bila orang cakap dah tiba masa untuk berubah, tak mau. Sama-sama pembesar pun dok lawan putaq macam ni, naya la kita yang kerdil dan daif ni. La ni, jangan percaya dua-dua tok. Kita tukaq buang pembelit jangan jadi pembesar dan penguasa. Senang cerita.

Sekarang nak boikot ikut kata Ceupacs, abih naya la. Setakat ayam boleh lagi tukar ikan sama daging. Paling teruk pun, kutip pucuk paku sama kangkung tepi bataih. Tapi kalau dah semua harga dah naik, kangkung sama pucuk paku pun boleh jadi bergaduh tok. Tak dapat la jadi pengguna bijak sebab penguasa cakap: "Bandingkan harga, pilih yang murah dan berkualiti." Masalahnya kalau dah semua tempat dan barangan mahal, macam mana? Agak-agak kat mana nak dapat barang kualiti tapi murah?

Tu kita cerita pasal barang. Belum lagi cerita pasal minyak sama tol. Takkan nak boikot naik kereta sama kenderaan awam tok? ni jatuh hukum jalan kaki atau naik basikal la jawabnya.

Yang dok nampak lani, kebetulan kerajaan dok saran kita masuk bidang pertanian (termasuklah ternakan), apa kata kita pakat2 tanam cabai yakni lada belakang rumah, bela ayam, mengail ikan dan bawa kereta lembu (untuk kegunaan sendiri) dan naik beca (untuk kegunaan awam). Kalau tiada kawasan untuk bercucuk-tanam, gunakanlah tanah di kaki lima atau padang permainan.

Akhirnya, saya jatuh kesian la kat kerajaan dok paksa kita bayaq cukai @ ufti. Mintak kita sara kehidupan mewah anakcucu, abg/adik, ipar-duai dan menantu pembesar2 sama penguasa. Depa nak beli jet mewah, kereta besar, kapai layar mewah, jam tangan mewah tak berapa nak cukup duit kerajaan yang sedia ada. Abih subsidi untuk rakyat kena potong. Rakyat merana takpa, janji depa hidup mewah. Jadi kacau-bilau kat Malaysia ni, depa boleh pi naik kapai mewah, kenderaan mewah, jet mewah cabut lari awai-awai pi duduk kat cottage mewah di luaq negara.

Banyak dah dok jadi peristiwa yang macam ni. Jadi apa2, pembesar2 cabut lari dulu. Patriotik? Mana ada patriotik. Dulu jadi pembesar pun bukan nak berjuang untuk negara. Berjuang hanya untuk diri sendiri, anakcucu, abg/adik, ipar-duai, kroni2 dan yang sewaktu dengannya.

Ka gumana?

MODERATOR said...

terima kasih Dato' kerana sudi buka cerita pasal ni. terima kasih. terima kasih dan terimakasih sekali lagi.

kebenaran itu memang pahit dari jadam, tetapi inilah realiti yang terpaksa ditanggung ole rakyat jelata.

terima kasih lagi Dato'

orgbiasa said...

Tahniah Dato', saya sangat setuju dengan topik ini. La ni memang perit sangat rasanya. Nak buat kuih raya pun dah tak mampu macam dulu-dulu. Mana tidaknya semua harga barang naik hampir 100%. Nak buat Kuih Makmur kegemaran saya pun kena fikir dua tiga kali. Harga kacang tanah dulu cuma RM3.60/kg la ni dah RM5.80/kg. Mentega dulu harganya cuma +-RM2.50/kg la ni dah RM3.90/kg.

Baru-baru ini, kawan saya telah dipaksa membayar "Wang Sumbangan" sebanyak RM500 dari seorang pegawai kerajaan dengan alasan sebagai wang perbelanjaan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim (tapi kita tau kat mana duit kita terbang sebenarnya). Kalau kawan saya tak mau bayar, permohonan untuk mendapatkan kelulusan premis perniagaan "susah sikit" kata pegawai tersebut. Kenaikan gaji depa tak cukup2 ka? Hairan sungguh!

Masih Makmurkah negara kita?

mr_abs said...

salam datuk, nice article..

melihat perkembangan sekarang, bagi saya, kenaikan gaji sekadar menyedapkan rasa hati rakyat saja malah tidak memberi banyak erti kepada rakyat

ambil contoh jika anjakan gaji sebanyak RM100, namun orang itu terpaksa berbelanja extra RM100 ekoran kenaikan harga pelbagai barangan.

bijak bukan? govt gives RM100 then they get back RM100

adakah dgn memberi kenaikan gaji ia memberi passport atau lesen kepada govt utk menaikkan harga? al-maklum, rakyat ada duit lebih, so, kenapa tidak?

adakah itu pemikiran govt sekarang?

bagi saya, elok jika duit puluhan/ratusan billion RM kononnya utk projek mega tu disalurkan utk kebajikan rakyat dan utk menstabilkan ekonomi rakyat

dan sekarang, rakyat bekerja utk govt? i thought it should be the other way around?

saya menyokong govt, tapi dgn keadaan sebegini, govt patut diberi signal, atau sign bahawa rakyat juga punya kuasa utk protes....mungkin tunggu General Election baru rakyat biasa seperti saya memberi PENDAPAT masing masing


bagi saya, jika govt mengakui serta berterus-terang dlm penerangan kpd rakyat, ia bukanlah a sign of weakness, tapi ia menunjukkan govt lebih telus dalam memberi apa jua penerangan kepada rakyat.


tapi govt sekarang, i doubt that attitude still exist, kalau ada pun, mungkin sudah pudar.

Anonymous said...

Dato',

Orang kerja kerajaan dapat kenaikan gaji 35% dan menteri kata harga barang takkan naik.

Dalam diam banyak harga barang naik, Meteri terpaksa kata harga ayam naik.

Menteri sorang ni cuba cucuk - tol naik. Menteri lain kata tidak sebab PRU dah dekat. Tapi semu orang tahu tol naik sebab kontrak dah sign dulu lagi dan tak boleh ubah !

Yg betul-betul kesakitan adalah orang yg tak kerja kerajaan yg gajinya tak naik tapi naik angin bila harga barang naik !!!!

Tahulah apa nak buat PRU nanti.
Kita tahu banyak gula-gula akan ditaburkan menjelang PRU. Adakah betul kata TDM - Melayu selalu lupa ???

TDM juga kata - Perjuangan Belum Selesai !!!

Nani,
Cheras, KL

marn said...

bang zainal a.kasim.. mana la depa (pembesar sama penguasa) nak rasa apa yang kita ni rasa. Nak pi sana-sini ada escort motor putih. Traffic jam macam mana pun depa boleh lalu. Kita? Hangit ketiak dok dalam kereta. Tu pasang aircond. Kalau yang aircondnya rosak? Lebih hangit daripada hangit.

Depa isi minyak, boleh claim. Kita? Nak claim kat sapa? Orang niaga besar2, boleh la claim dengan company sendiri macam tok kadir. Yang niaga kecil2an macam aku ni?

La ni jangan la dok takut lagi dah. Mati akan menyapa kita satu hari nanti. Kita lah yang pilih macam mana kita nak harungi hidup. Sama ada 'mati' semasa masih hidup atau mati selepas kita hidup. "Pilihan di tangan anda".

suhaimi hj. khalid said...

Salam Ramadan Al-Mubarak, Dato'.
Melalui blog Datuk ini (kalau Dato' izinkan), bagaimana kalau kita beramai-ramai senaraikan seberapa banyak barang yang mengalami kenaikan harga sejak kenaikan harga minyak hinggalah ke hari ini?
Nampaknya kakitangan kerajaan tidak dapat benar-benar menikmati kenaikan gaji mereka. Tapi sekurang-kurangnya dapat juga dinikmati walaupun sedikit (entah ya atau tidak).
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berpendapatan tetap, misalnya para nelayan, penoreh getah, pesawah padi, dan lain-lain seumpamanya? Bagaimanakah agaknya mereka sekeluarga menjalani kehidupan sehari-hari dalam suasana kenaikan harga barang yang benar-benar menyengit ini? Berbelanjakah anak si penoreh getah atau anak nelayan atau anak pesawah ke sekolah? Bersarapankah mereka? Makan apa mereka hari ini dan berapa kali? Cukupkah peralatan sekolah mereka? Dan bermacam-macam persoalan lagi. Pernahkah kita semua membayangkan ini (sebab semua ini mungkin tidak pernah kita alami)? Alahai Datuk. Perkara-perkara sebegini selalu saya fikirkan sehingga mengganggu perasaan.
Apakah langkah-langkah kawalan yang sudah kerajaan laksanakan? Tidak berkesankah langkah-langkah tersebut? Atau sekadar berjanji kosong saja? Balik-balik retoriknya:
a) kita akan pastikan rakyat tidak terbeban
b) kenaikan ini tidak dapat dielakkan namun harganya masih lagi yang terendah di dunia
c) mereka yang menaikkan harga sewenang-wenang akan dikenakan tindakan
d) dan bermacam-macam janji yang muluk-muluk.
Minta maaflah, Datuk. Saya (dan juga banyak orang lain) sudah muak dan bosan dengan cara kerajaan hari ini bertindak yang tidak lagi mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya golongan marhaen.
Terima kasih.

Pemancing said...

Assalamualaikum Datuk,

Saya dan isteri tinggal di Kuala Lumpur merupakan eksekutif di sebuah syarikat dan kami sama-sama ada degree, namun datuk walaupun gaji kami kalau dicampur berkepala 4 di depan, tetapi kami masih perlu berhempas pulas setiap bulan membayar bil-bil yang ada.

Kami tinggal rumah flat (Sewa RM600), pakai kereta proton seken hen (RM400), kredit kad cuma satu (tu pun cuma hutang RM1,000 sahaja buat belanja dapur) itu sahaja.

Kami mempunyai soerang anak yang memerlukan perbelanjaan yang juga tinggi untuknya (RM250 sebulan untuk penjaga dan RM200 untuk susu dan lampin)

Belanja dapur hanya sekitar RM300 sebulan dan kami perlu bayar bil telefon, elektrik, air dan internet yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 sebulan.

Kami tidak berbelanja besar, tidak makan di hotel atau restoran besar.

Kami juga beli pakaian di Wakaf Che Yeh, tidak di SOGO atau Midvalley, ada sesekali di Jalan TAR.

Hidup kami sederhana sangat.

Tapi kami tak boleh bayar PTPTN, balik kampung enam bulan sekali, tak boleh berbelanja lebih, tak boleh berpakaian mahal, cuma beli buku sebuah sebulan.

Apakah maknanya semua ini, (walaupun kami yakin, kami masih muda dan ada banyak peluang kenaikan pangkat dan gaji, tetapi pendidikan yang tinggi belum tentu boleh membantu menaikan ekonomi keluarga dalam tempoh yang singkat)

Kami yakin ramai lagi yang seperti kami di KL ni, cuma ramai yang memandang, jika punya kerja berpangkat besar ada kereta sudah di kira mewah

Persoalannya bagaimana yang tidak berpendidikan tinggi seperti kamu berdua ???

Tentu kehidupan mereka lebih perit...

Motivasi kami ialah lihat mereka yang hidup lebih sederhana daripada kami...

ahmad said...

Negeri kecil kita ini adalah sebahagian dari dunia besar yang lebih luas. Ekonomi kita juga bukan terpencil, malah berkait dengan ekonomi global.

Harga petrol sudah dinaikan. Rakyat belum kebulor. Menteri makan, Rakyat pun turut makan. Menteri ada 4 orang gaji, rakyat belum tentu ada sorang pun. Menteri ada beberapa kereta, rakyat belum tentu ada. Dan di celah-celah itu kita melihat hanya seorang peniaga bumiputera yang gigih di Suria.

Harga petrol wajar naik. Kesan yang dirasai oleh rakyat biasa, tidak mungkin dapat dikongsi oleh Menteri. Dua dunia yang terasing. Nama saja Zahid dari kampung. Nama saja Zam dari kampung. Dunia pemimpin dan dunia rakyat jauh berbeza.

Cuma dalam dunia yang berbeda itu, seolah ada mutual understanding sekian lama..... kau cakap, aku tepuk tangan. aku beratur aku pangkah. kau datang aku hadir. kau datang aku jamu.

Kepimpinan di dunia kita ini terlalu melampau-lampau dengan apa yang rakyat tunjuk pada pemimpin. Lalu semua jadi terleka.

Berapa ramai orang pernah jejak kaki ke rumah Zahid yang asalnya dari kampung, kini hebat di kota. Dan keretanya bukan satu dua. Tentu sekali bukan proton wira!!. Zahid dan Zam tidak mungkin faham lagi isu harga tinggi tak termampu beli. Zahid dan Zam mungkin kini sukar menghargai erti hidup cukup makan, bukan untuk berjoli.

Kita harap mereka perihatin dengan kesengsaraan rakyat dengan harga yang makin naik.!!... kenapa mereka perlu perihatin? Kerana mereka telah berjanji! Atau kini mereka kini makin lupa.

Mungkin raya kali ini saya nak ubah selera. Nak raya dirumah menteri. Bukan sebab nak makan. Itu saya boleh ikhtiar sendiri. Tapi sebab nak tenguk dengan mata kepala sendiri, apakah Menteri kita sudah lupa diri.

mamu tanjung said...

Kenaikan harga akan berterusan. Kita tak boleh salahkan kerajaan. Kerana kalau kerajaan tak menyusahkan hidup kita siapa lagi. Walau berkurangan semua indeks yang menunjukkan negara kita susah, tapi kita tetap susah. Yang bank satu, bagi pinjaman secara Islam tapi bila mai kutip hutang dah jadi macam Ah Long. Mana depa peduli kalau orang tu baru kena buang kerja ka, atau gaji kena potong ka, atau anak sakit kena masuk hospital ka, atau kerajaan naikkan harga ka? Saya baca ustazah kata kalau kita tolong orang susah termasuk orang yang berhutang pada kita, akan dapat banyak pahala. Ingat bank perbankan Islam ni semua peduli masalah ni. Dahlah barang naik, bank pun naik sheikh. Dalam perbankan Islam hari ni kita dah amalkan sistem Islam sekerat. Sekerat buat, sekerat lagi tak buat. Macm depa cerita pakai tudunglah. Pi majlis agama pakai selendang sekerat tutup rambut sekerat lagi terbuka.

freelittlebrain said...

gaji kakitangan kerajaan sudah naik, Susu tepung sudah naik,TOL akan naik 10% lagi, minyak dilihat pun akan dinaikkan lagi, semua akan naik seperti kita naik pagi-pagi juga, tetapi gaji pihak swasta tidak naik. Inilah pesta kenaikan harga, bolehkah kita syok sendiri?

aaalee2000 said...

Assalamulaikum pakcik kadir, nak komen panjang tak guna jugak. Kalau kerajaan nak penaik barang ka tol ka bukan tanya rakyat dulu. Sebab rakyat cerdik sangat sampai nak tukaq kerajaan pun tak reti. 5 tahun ja bukan lama 50 tahun boleh bagi tak kan 5 tahun tak boleh bagi. Komen panjang2 buat sakit hati.

Mat Tunjang Enterprise said...

Amboi lama kita tak jumpa
Mat Tunjang dok cari makan rata-rata
Maklumlah anak sekolah bini pun ada
Kalau tak usaha nak makan apa?

Dato' kata Mat Najib dia tau ekonomi
Tapi Mat dengar dia ni tak berani
Takut kepada menusia yang nama dia Khairy
Menantu kesayangan Perdana Menteri.

Harga naik toksah dok kira
Di Kuala Lumpur dan Jitra sama saja
Pandai-pandailah kita berbeli belanja
Para Menteri kita dia peduli apa?

Mat Najib dan Pak Lah sama saja
Depa dok senang daripada mula
Mana depa nak tau susah rakyat jelata
Hidup depa semua kerajaan belanja.

Wahai pemimpin janganlah mungkir
Susah rakyat kenalah fikir
Di akhirat juga kita berakhir
Takut Tuan-Tuan dimakan takdir.

Mat Tunjang tak fikir pasi raya
Pasai semua barang dah naik harga
Tahun depan duit sekolah pula
Anak dan bini kita kena jaga.

haji said...

Kalau kita tidak mahu harga barang-barang naik, kita hendaklah sedar dan nafikanlah kemenangan 2/3 Barisan Nasional dalam PRU akan datang. (kenaikan yang direstui oleh kerajaan BN)

Kita ada hak dan kita ada kuasa. Gunakan kuasa kita sewajarnya supaya kuasa kita itu akan menyelesaikan masalah hidup yang kian mencekam.

Jangan biarkan kuasa yang pernah kita berikan, di gunakan untuk menyusahkan diri kita semula.

mekyam said...

Salam Tok Scribe!

Saya baca keluhan mamu tanjung, sedih pun ada, nak tergelak pun ada! :|

Pada hemat saya Kerajaan Hadari ingat dia main silap mata dgn perasaan rakyat. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka main api...

the legend said...

selamat hari raya datuk,

semaken hari barang semaken naik, gaji tetap sama, barang yang tak sama.
tidakkah org atasan nampak benda nie, kadar org miskin kat Malaya maseh ada lagi walaupon ada kempen untuk basmi kemiskinan untuk jadi kemiskinan sifar tu... mcm mana gayanya.

macham Pemancing cakap tu betui.. chuma saya heran tang mana datangnya Wakaf Che Yeh tu, dia dok kat KL.... ermmmmm... keliru siket la...

org yang dok ada degree pon bule survive seharian la.. nak lebeh2 tu susah la kechuali dia gaji besaq atau ada income extra... kerja part time malam ka, ujung minggu ka?

jagan ingat org dok grad universiti nie idup mewah, keta baguih, tepon baguih semua dok ada... tengah bujang buleh lah camtu, tapi bila dah menikah, perbelanjaan semua tu akan hadher sendiri....

Ingat 5 sebelum 5...

peace...

A KADIR JASIN said...

Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah fenomena global. Kerana ekonomi Malaysia terdedah, maka turun naik harga dunia mempengaruhi kita. Itu kita perlu kita fahami dan akui.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimana kerajaan menangani masalah itu memandangkan hakikat bahawa kita adalah negara pengeksport bersih petroleum – net exporter.

Kita perhatikan keuntungan Petronas yang melambung-lambung dan syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan kepadanya turut untung besar.

Soalnya apakah berkesan cara pemerintah menggunakan hasil minyak dan pendapatan cukai yang banyak itu untuk menguruskan ekonomi agar rakyat jelata, terutama golongan miskin yang tidak makan gaji dengan kerajaan, tidak terus menderita?

Apakah subsidi dan sistem kawalan harga dan bekalan begitu buruk dan membebankan sehingga pengguna dibiarkan menderita kenaikan harga dan kekurangan bekalan yang semakin kerapa dan meruncing?

Kita ada 30 menteri.Bilangan paling ramai dalam sejarah. Daripada cakap mereka, semuanya hebat, semuanya gah dan pandai-pandai belaka.

Apakah kuasa pemikiran sebegitu ramai manusia yang diberi amanah oleh rakyat tidak dapat menyelesaikan isu asas rakyat iaitu penggunaan (consuption)?

Penggunaan (consumption) seperti kita maklum adalah asas kepada pengurusan ekonomi.

Ini bukan soal tukar atau ganti kerajaan. Ia mengenai bagaimana sesebuah kerajaan mengatasi masalah. Kita ada masalah sebelum ini, tetapi rasa-rasanya kesan kepada rakyat tidaklah seburuk seperti sekarang.

Kehakiman penting. Tetapi mengisi perut rakyat jelata lebih penting.

Apakah agenda dan masterplan pembangkang untuk mengatasi kemelut asas ekonomi ini?

Mungkin elok bagi pembangkang menubuhkan Kabinet Bayangan (Shadow Cabinet)dan membentangkan Belanjawan Bayangan supaya rakyat tahu apa wadah perjuangan mereka.

Terima kasih.

bersuara said...

Saya puji pendapat Dato' yang tidak 'extreme' tetapi lebih kepada memikirkan penyelesaian secara praktikal. Saya juga terpaksa akur bahawa wang petronas perlu digunakan bagi menaikkan taraf hidup rakyat. Apabila semua naik harga, harga petrol pun naik, maksudnya untung petronas pun naik. Saya pernah melihat kekayaan dan kemewahan saudagar minyak arab dan kerajaan Brunei. Dengan kereta yang diperbuat daripada emas dan perak. Takkanlah duit sebanyak itu tak dapat menanggung kos kenaikan harga di Malaysia. Kempen memberitahu tentang harga subsidi petrol hanya menyedarkan rakyat betapa kayanya negara kita ini dengan petronasnya. Kalau dikatakan kita tak boleh buat apa sebab ini berkaitan isu global, maka dayuslah pemimpin kita kerana gagal menentang arus. Saya pernah membaca bahawa 'the road less travel is the road best travel'.

Pemancing said...

Sudah lama ada cadangan supaya pembangkang mewujudkan satu entiti ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Sebagai contoh Keadilan, bukan calang-calang ahli majlis tertingginya, begitu juga keupayaan PAS.

Mereka sudah boleh menunjukkan satu model ekonomi yang kukuh, jika mereka mempunyai masalah di negara ini wujudkan perniagaan di luar negara.

Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk memberi skim pinjaman mikro untuk ahli-ahli bina entiti perniagaan kecil-kecilan.

Kalau BN lebih banyak tabur wang dan melahirkan beberapa orang jutawan. Oposisi pula berpegang kepada pepatah cina "jangan beri ikan tapi beri pancing"

Contoh kejayaan ialah Kumpulan Al Arqam, membina dan membentuk ekonomi di kalangan mereka dan sekarang mereka wujudkan pula Rufaqa Corporation yang dalam tempoh terdekat mampu membina balik 'fahaman' mereka itu.

Buat apa oposisi berada di kedudukan sentiasa kalah, tidak jadi juara pilihanraya tidak apa, tapi jadi juara rakyat.

Cari solusi bagaimana untuk mengekang kenaikan yang berlaku sekarang.

Kalau barang mahal, beli barang di KEDAI BARISAN ALTERNATIF !

Sekarang ni pak menteri sibuk promote pasar raya besar daripada Amerika (Tes) dan Peranchis (Car) itu.

Lantas apo lagi den nak kato ! kalau orang kito sendiri tak sapot bangso sendiri.

cre8tif said...

salam dato,

pendek kata, pengurusan makro/mikro ekonomi negara kini dalam keadaan huru-hara; semua projek-projek korridor hebat-hebat belaka, tapi masalahnya - *multiplier effect* yang dibawa tidak cukup untuk menampung kerugian negara yang disebabkan oleh kegagalan and *cost-overrun* projek projek kerajaan BN seperti PKFZ / jejantas MRR2/kes-kes BOCOR DLL.

"We say net exporter of petroleum but the way in which the country is heading to; changing govt or not doesn't make any difference - so why not change ?"

maer wan said...

Assalamualaikum Dato',

saya amat tertarik dengan idea penubuhan Kabinet Bayangan itu.

Seperti yg wujud di beberapa negaraasing (eg. australia), rakyat akan nampak siapakah calon Menteri utk setiap jawatan yg ada di dalam Kabinet seandainya parti pemerintah tewas..

tetapi, di Malaysia, kita masih tertanya-tanya, seandainya pihak oposisi yang menang, siapa yg akan memerintah? siapa yg akan memeganga jawatan apa?

siapa yg 'mereka' nk jadikan PM?

Wan Azizah? Lim Kit Siang? Hadi Awang? Nik Aziz? Anwar Ibrahim?

isu besar macam tuh pun tak mampu diberi jawapan.. jadi, macamana rakyat nak fikir tentang kewujudan opsyen lain untuk menyedarkan pemerintah?

Budakboy said...

Dato'

Ada barang harga naik secara terang. Ada juga barang yang harga naik secara tidak terang.

Dulu minum kopi "o" di kedai mamak boleh tahan juga pekatnya. Sekarang dah ceroi sangat. Harga tak naik tapi dapat kurang. Kira dah naik harga juga la tu.

Jadi situasinya sekarang hampir semua harga naik.

mama bosan said...

Dato'

Saya berasa hairanlah. Mengapa Sammy Vellu lebih pentingkan syarikat konsesi yang inginkan kenaikan tol setiap tahun daripada mengambil tahu akan keluhan rakyat jelata.

JK said...

Dato KJ,

saya tergerak untuk menyuarakan pandangan saya setelah sekian lama mengikuti blog ini.

memang benar rakyat semakin tertekan. saya lihat semua ini adalah kerana sistem ekonomi kapitalis yang melampau. semua syarikat berlumba-lumba mencatatkan keuntungan yang melampau.

memang syarikat perlu untung untuk terus maju, tetapi janganlah melampau. apabila syarikat membuat untung besar yang mendapat laba ialah pelabur, pengarah, pengurus. pekerja bawahan belum tentu dapat apa-apa.

pengumuman kenaikan segala jenis kos ini lebih bersifat politik. samy vello kata akan kaji dulu. kalu tak jadi naik dia dapat nama tapi kerajaan kena bayar pampasan. kalu naik juga dia kata keputusan kabinet ikut perjanjian. teknik samy vello ni dah biasa dengar. tak boleh ke kita ubah perjanjian?

sistem ekonomi kapitalis ini hanya menguntungkan segelintir sahaja. keuntungan sajalah matlamatnya. kenyataan pertama tun musa bila dilantik pengerusi lembaga pengarah SD ialah untuk meningkatkan keuntungan dan dividen pemegang saham (mungkin dia fikir pelabur ASN & ASB).

penggabungan syarikat pnb dibawah SD adalah sesuatu yang menakjubkan. bukan apa tetapi ianya digerakkan oleh bank penasihat yang semesti mendapat bayaran dan fee yang lumayan. oleh kerana syarikat-syarikat ini mempunyai pemegang saham majoriti yang serupa kerja mudah saja iaitu pegang kepala saja.

selepas ini bank lain boleh guna strategi yang sama.

haji said...

saya amat bersetuju kabinet bayangan ditubuhkan. ini akan mendedahkan kpd rakyat barisan yang akan memerintah. jika ianya boleh kita harapkan, kita sokong. kalau pembangkang mau Tun menerajui semula kepimpinan negara kita patut sokong. Begitu juga kalau pembangkang mau meletakkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi PM, apa salahnya. Begitu juga apa salahnya jika Tun Musa Hitam menjadi PM. Kita mau melihat dan merasa bagaimana mereka mentadbir sebuah negara dengan memfokuskan kesejahteraan rakyat. Kita mesti cuba, kalau kita tak mau kita tukar.

leo said...

Greetings from Riga, Latvia

I must agree with you that the government should revise the "basket" that the basis of inflation rate is calculated upon.

Intriguing indeed. Perhaps the government needs to go through a "manpower streamlining" exercise to "dispose" of "redundant" personnels? It seems to me that the organisation is rather "top heavy".

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Saya tertarik dengan pertanyaan "mama bosan", kerana saya juga mempunyai pertanyaan yang sama.

Dalam masa yang sama saya juga ragu dengan tahap keupayaan sebahagian pembesar negara kita berfikir. Adakah mereka berfikir sebelum bercakap atau bercakap baru berfikir?

Contoh yang jelas ialah apabila Samy Vellu memarahi penunggang motosikal sehingga mencadangkan motosikal diharamkan daripada menggunakan lebihraya hanya kerana 4/5 orang penunggang motosikal yang memandu laju di hadapan beliau. Bagaimana pula dengan pemandu kereta dan bas yang juga laju di lebuhraya? Adakah kita kena haramkan juga kereta dan bas daripada menggunakan lebuhraya? Tentulah tidak logik kan?

Tahap pemikiran seperti ini merisaukan saya dengan keupayaan pembesar kita membuat polisi, khususnya polisi-polisi yang melibatkan rakyat seperti kenaikan harga barang yang menjadi isu pokok sekarang ini. Adakah penilaian mereka di dalam mempertimbangkan satu-satu isu itu dikupas dengan mendalam dan telus atau dinilai secara mudah dan semborono?

Saya cendrung untuk memikirkan pembesar kita tidak begitu menekankan kepada kepentingan rakyat di dalam membuat penilaian-penilaian terhadap isu-isu yang membabitkan rakyat. Sekiranya mereka benar-benar prihatin maka tidaklah kita merasa "sesak" sangat sejak akhir-akhir ini.

org kpg said...

Assalamualaikum Dato !!

Saya nih pengunjung terhebat Dato punya blog cuma tak tergatal tangan ni untuk menghantar apa apa komen tapi untuk issue yang Dato' bawa nih tergerak hati saya untuk turut serta .. Saya cuma orang biasa yang lahir di bumi bertuah dari keturunan Melayu yang memerintah , Ia Dato terasa sangat dulu lain sekarang lain mengeluh , menaggis air mata darah pon tak guna mungkin Dato tahu lagu "Anak Kecil Main Api " macam tu la sekarang agaknya kita ...saya nih tulis bahasa kampung mintak maaf la kalau tak menarik cuma apa yang saya nak katakan dok di Kampung sekarang macamlah dok dibandar .Tapi kalau di himpunkan semua orang kampung di bandar mungkin ibarat tsunomoney , mati kebulur dah kot ...tahun nih ka tahun depan mmg confirm saya beraleh arah or dok diam diam tak payah pangkah .. mintak maaf dato susah nya saya nih sampai seluar dalam pon putus tali masih dok pakai lagi.Luar nampak ok didalam berserabut . Terimakasih kerna bawa issue yang berguna pada rakyaat ,saya yang sekolah rendah nih boleh tumpang semangkok . masalah yang lagi besar tu dah tak terdaya nak pikiaq cuma pikiaq pasai cari makan ja la ni.

Syabas dan taniah Dato.

Wasalam .

mr_abs said...

salam dato'

persoalannya, jika benar kerajaan itu diubah adakah rakyat tidak lagi menderita? ini seakan gamble dgn nasib sendiri, nak pangkah govt, mcm yg sekarang ni berlaku, nak pangkah pembangkang, tak tau apa pulak yang berlaku...mana tau makin haru-biru?

dulu saya pernah kata, saya nak kata lagi sekali

kalau pembangkang pun jadi pemimpin utk memimpin negara, saya berpendapat rentak mereka sama sahaja, jika belum berkuasa, mereka boleh cakap apa sahaja, utk memperjuangkan nasib rakyat jelata etc etc, kalau dah berkuasa, nanti kelabu mata tengok wang berjuta-juta, akhirnya back to square one...

so, apa pilihan yang kita ada? nak pangkah parti dacing or parti pembangkang, adakah endingnya sama saja, atau berlainan.

persoalan lain, berapa ramaikan rakyat Malaysia yg sanggup pilih pembangkang utk menerajui govt?


mana tau, one day Tun M dah ok, sihat mcm dulu, mana tau beliau jadi penyelamat negara? sudah terbukti dulu beliau mampu menyelamatkan negara berserta barisan yg dipimpin beliau, dan tiada sebab rakyat katakan tidak kepada kemungkinan itu.

bagaimana pulak cara beliau nak berkuasa kembali? wallahuallam


maaf dato' mungkin kedengaran agak janggal dgn idea tersebut tadi, namun sebagai rakyat biasa yg prihatin kepada rakyat2 lain, tidak keterlaluan jika saya berimpian sebegitu rupa. alahai, orang biasa mcm saya, jika apa yg tersebut berlaku, seolah-olah mimpi menjadi kenyataan.

Pemancing said...

Persoalan yang ditimbulkan oleh mr_abs sangat bernas !

Jawapannya mudah, kita tidak mahu berlaku apa juga kegawatan dalam negara baik ekonomi atau pun soal perpaduan (ini lah teras utama negara sebenarnya yang cuba dipertahankan).

Justeru seruan supaya pembangkang meningkatkan kapasiti dan menjadi kuat ialah untuk memastikan kerajaan yang memerintah sekarang tidak 'tidur' atau syok sendiri.

Semua pihak daripada peringkat pimpinan hingga kepada kakitangan awam perlu berkerja keras demi negara.

Jika pembangkang mampu beri saingan (tidak sekadar melontar isu untuk menang pilihanraya)saya yakin kerajaan yang ada sekarang mampu memcapai kejayaan berlipat kali ganda.

Apa sahaja yang kita tidak ada, semua kita telah miliki cuma:

a) Negara yang aman
b) Universiti dan pusat latihan yang banyak.
c) Tenaga kerja profesional.
d) Kaya dengan sumber asli.

Perkara paling penting sekarang ialah pemimpin yang mencorakkan masa depan kita.

Persoalannya pula depa sokong rakyat atau sebaliknya ?

Hanafi Mohd Noor said...

Kesesakan bukan sahaja pada pernafasan, trafik tapi juga ekonomi yang kurang baik kawalannya.
www.hanafionline.com

Blow d' whistle said...

Dato'

Untuk pengetahuan, bukan semua pegawai kerajaan yang berperangai seperti yang telah di post oleh commenter2 lepas. Masih ada yang berintegriti, yang menjalankan tugas2 whistleblower di belakang tabir demi keapentingan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya.

Kami juga rakyat Malaysia yang perihatin dengan apa jua keputusan salah yang dibuat oleh pemimpin politik, yang suka turunkan wahyu tak bertulis pada kakitangan awam. Yang menjadi mangsa kenudian hari adalah kakitangan awam.

Jadi janganlah disalahkan seratus peratus pada kami atas apa jua kesilapan dipihak Pengurusan Tertinggi Negara kita.

Salam Aidilfitri untuk semua.
Maaf zahir dan batin.

twinkle said...

Dato'

Memang betul kenaikan harga barang ni terasa sangat. Last week, sebuku roti, RM1.50. Sekarang RM1.80.

Rasa macam nak bercucuk tanam je kat belakang rumah tuh, tanam sayur, save RM10 untuk seminggu bei sayur.

Mohd Affendi said...

Salam Aidilfitri 1428H yg bakal menjelang buat Dato' AKJ dan semua Muslimin,

Isu ini saya hanya ikuti, tetapi tak ingin saya komen lebih2..kelak terserlah kebodohan diri apabila membiarkan emosi menguasai minda. Ramadhan melatih diri saya untuk redakan gelora darah muda ini..bara lama masih belum padam hendak disimbah petrol lagi oleh bicara2 onar pembesar..tawar 'mood' beraya tahun ini.

Cuma saya amat kecewa dgn model ekonomi yg diguna pakai pembesar skrg. . KDNK besar, perkapita besar.. tapi golongan pekerja biasa tak rasa pun nikmatnya..buang duit ke angkasaraya sedangkan masalah di bumi pun tak berkehujung sudah.. rakyat majoriti tak rasa selamat (rogol, ragut,bunuh), tak rasa nikmat kerana kuasa membeli menurun (walaupun dpt bonus & kenaikan gaji)

Rakyat marhain ibarat bernafas dalam lumpur, bergelut dlm keadaan ketempangan mikroekonomi..angka inflasi lebih kepada manipulasi yg tak bersandar realiti. Tol & minyak adalah faktor asas kos meniaga..jika naik kesannya 'chain reaction' kepada hampir segala-gala (sistem pengangkutan awam pun masih hampas).. kuasa membeli RM semakin rendah..tak lama lg agaknya jadi mcm duit pisang zaman Jepun.

Sdr mamu tanjung,

Ada baiknya sdr fahami dahulu sistem perbankan Islam dan sistem perbankan konvensional sebelum menghentam buta-buta perbankan Islam. Fahami perbezaannya secara teknikal dan fiqh muamalah dan apa itu riba. Saya percaya tak kesemua perayap di sini pun faham ttg ini.

Dilahirkan Islam bukan bermakna automatik faham keseluruhan ilmu Islam.(Al-Nahl:78)

berguru biar kena pada ajarnya. sakit gigi jumpa doktor gigi bukan doktor am..
saya syorkan lawati web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pakar fiqh muamalah. www.zaharuddin.net

manusia sentiasa tidak dapat lari daripada kekecewaan tetapi jgn sekali-kali berputus asa atas rahmatnya..

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf:12)

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Surah Al-Imran :139)

Islam: rahmatan 'alamin..Islam sebenar jauh lebih dari sekadar ibadat di masjid, beserban & berjubah putih dan hukum hudud! Itu baru 1/3 dalam Al-Quran.. bab ekonomi, sains dan politik berapa ramai yg kaji & faham?? itu fardhu kifayah..

adakah model ekonomi kita selari dgn model yg dianjurkan pencipta kita?? Adakah kehimpitan kita ini suatu bala kerana majoriti umat Islam Malaysia masih dibelenggu RIBA (Dosa besar seperti memerangi Allah & Rasul)?
Al-Baqarah: 275-279

wallahualam

mardhiah said...

It's budget deficit, an inflationary budget apa yang boleh Malaysian expect? Saya tak dapat sorokkan rasa seronok saya (padan muka korang, honestly datuk saya rasa nak berjoget ni) dengan perkembangan mutahir ini sebab saya rasa memang patutpun Malaysian terutama Melayu dihukum sebegitu sebab takut membaca, takut sesat, takut murtad, ntah apa-apa tah. Kalau orang baca, orang tulis dia marah, dia suruh bertaubat, macam-macamlah. Setan Yahudi, nak dapat anak mata satu.

Itu sebab mentaliti orang kita masih ditahap first wave. Kalau ada temo supreamo yang geliga macam Tun Mahathir pun tak buleh buat apa-apa, because this is the third wave, and we are using model second wave yang mungkin dah tak sesuai. Ubat semasa second wave, mungkin racun pada alaf ini. No body can teached us to think, tetapi kadang-kadang tekanan akan membuat kita berfikir.

Air dalam dulang yang tenang tidak akan berkocak jika tidak ditepuk. Saya yakin yang setiap kejadian ada hikmahnya.

Mohd Affendi said...

Salam Aidilfitri,

sempena penghujung Ramadhan yg mulia ini marilah kita bersama mengikis mentaliti subsidi tipikal Melayu itu..

Janganlah bersikap lemah dan hanya menyumpah kpd keadaan dan menganggapnya takdir..sedangkan qadaq & qadar itu pun terbahagi kpd 2..yg tak boleh ubah - (hidup/mati)..yg boleh diubah dgn usaha tulang 4 kerat & tawakal(ekonomi)..

Wahai umat yang mengaku Islam.. Islam adalah agama yg meletak standard yg tinggi kepada penganutnya..tetapi di mana standard Melayu tipikal kita?? mengharap subsidi? kalau semua org mengharap zakat..siapa yg nak keluar zakat?? fikir lojik! Zakat itu rukun Islam ke-4.. jgn main2..Yang tak keluar zakat dan masyuk melantak harta haram & hak org lain tu fikirlah byk2.. kalau harta tu jadi mcm segunung arang batu, bahanapi nak bakar kalian mcm dlm boiler stesen janakuasa kelak.. beribu deg Celcius..kat sana? infinity Celcius!

Dah akhir zaman..manual Islam dah complete Allah s.w.t turun kpd kita melalui Rasulullah, dlm Al-Quran (manual) & As-sunah (appendix)..takkan Dia nak subsidi lg mcm umat terdahulu.. turun makanan dari langit??? teruk betul mentaliti Melayu kebanyakan..

Ibarat rumah..kalau benda asas mcm pintu, tingkap & bumbung tak cukup tetapi masih sibuk nak hiasan dalaman pun x guna juga..kalau beratus-ratus jam solat sunat pun tetapi sesaat pun tak guna tulang 4 kerat agak2 Allah nak bagi ker rezeki & kesenangan?

Firman Allah dlm Surah Al-Jumaah:
"Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (Al-Jumaah:10)

Allah suruh kita bertebaran di muka bumi cari rezeki & kurniaNya.. bertebaran! CARI tu sendiri adalah kata kerja... dan baru ingat Allah banyak2 semoga kamu beroleh keuntungan...Ya! usaha sungguh2 & ingatlah dia selalu dalam sebarang pekerjaan baik..baru Allah berkati dgn keuntungan..! YANG JELAS di sini Allah s.w.t TIDAK berfirman berbunyi sepertimana "Apabila telah ditunaikan solat..duduklah lg dalam masjid tu lama2 dan mengingatiku dan nescaya kamu akan beroleh keuntungan yg banyak!!" - macam pernah dengar jer dakyah sebegini.. ustaz mana ajar tu?? ambil yg awal & hujung jer?? Nauzubillah!!

Jadi..saranan utk Melayu tipikal di 1428H ni:

1. Mulalah menabung dalam takaful pendidikan atau unit trust islamic untuk setiap anak sejak lahir.. RM50-100 sebulan (rokok lg mahal)..bila dah 18tahun dah ada RM60k-80k..tak payah pinjam dgn PTPTN (Riba) dah tu mengamuk, mengeluh mcm2 bila tak dpt..pinjam dgn kerajaan pun asyik diungkitnya & sekatan itu-ini.

Kalau dpt biasiswa korporat
Alhamdulillah..ttp ingatlah saingan semakin sengit..brp % kebarangkalian peluang? sediakan payung sebelum hujan..penat je nenek moyang kita berperibahasa..win-win situation

2. Belajar urus kewangan dgn baik..ukur baju di badan sendiri (tak payah psg spoiler tinggi KLCC & sport rim besar tayar kereta lembu)..kemiskinan adalah subjektif kerana kegagalan merancang..segala-gala kena rancang, bukan ikut2!..bukan main redah tanpa rasa tanggungjawab termasuklah bilangan anak.
Memang setiap anak ada rezeki..itu bila dia dah dewasa & boleh berdikari..rezeki semasa proses nak dewasa itu tidak melepaskan tanggungjawab ibubapa...

3. KUASA MAJORITI PENGGUNA - banyak saja..tapi tak ada kuasa pun kerana tidak bersatu.. kata "customer are always right".."but if the customer is mentally retarded..they end up to be the one to be blamed!"

4. Lain2 yg difikirkan sesuai oleh tuan-tuan yg bijak laksana

Saya rasa org Melayu Islam majoriti masih tak layak nak jadi juara pejuang Islam walaupun berjubah dan beserban meleret..not yet meet Allah s.w.t standard!

Sekian sekadar pandangan peribadi..

Maaf Zahir batin

Slade said...

Salam sejahtera, The Scribe.

Komen-komen yang diberi di sini kebanyakannya menarik dan kena pada topik.

Walaubagaimanapun, ingin saya membawa kepada perhatian The Scribe komen sumbangan Mardhiah di atas, yang seharusnya diturunkan. Ini adalah kerana komen ini merujuk kepada kaum Yahudi dalam bentuk yang serong, mengkeji dan tidak berkait dengan topik perbincangan blog ini sama sekali. Tindakan yang depankan ini selaras dengan amaran yang diberi oleh penyelaras blog, iaitu: "Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan".

Harap usulan saya dipertimbangkan, demi mengekalkan ethos blog ini yang berdasarkan perbincangan matang dan rasional. Sekian, terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Slade,antara lain, mengulas:

"Ini adalah kerana komen ini merujuk kepada kaum Yahudi dalam bentuk yang serong, mengkeji dan tidak berkait dengan topik perbincangan blog ini sama sekali."

Mohon maaf. Saya cuba cari "reference" sedemikian tetapi tak berjumpa pula. Rasa-rasanya saya pun tak terbaca rujukan seperti itu.

Dalam tajuk mana agaknya? Berterima kasih kalau Sdr boleh menunjukkannya.

Terima kasih.

Slade said...

Salam sejahtera, Datuk Kadir.

Bahasa kurang sopan yang saya rujuk adalah berikut: "Setan Yahudi, nak dapat anak mata satu." Pada mata saya, ianya kelihatan agak kasar dan tidak berkait dengan topik perbincangan kita.

Lokasi ayat ini adalah di garis terakhir perenggan pertama komen sumbangan 'Mardhiah' (iaitu, komen yang terpapar sebelum komen yang mendahului komen saya).

Terima kasih.

bujang said...

Dato'

Minyak naik kerana spekulasi.Lepas tu gula mintak naik,lepas tu lagi tepung pula naik.entah lepas ini apa la pulak..takutnya.sejak dua menjak ni 'open house' pun dah makin kurang.bakal hilang tradisi la agaknya suatu hari nanti.raya setahun sekali je!!!tapi sekali naik mcm tak raya walaupun sekali.Belum lagi nanti raya 2 kali setahun!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).