Saturday, October 06, 2007

Sejuta Terima Kasih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WE hit A million yesterday.

Terima kasih buat semua. Atas sokongan saudara dan saudari, lawatan ke blog ini mencapai satu juta semalam.

Malangnya di mana saya berada semalam, talian telefon tidak cukup baik untuk membolehkan saya membuat “entry” baru. Hendak menguruskan posting pun tidak boleh.

A million visits may not be much but it’s a beginning, I hope.

It has been a pleasure sharing and exchanging views with you. I am glad that you have taken the opportunity to debate with each other.

Itulah tujuan saya memulakan inisiatif kecil ini pada bulan Februari tahun lalu.

I hope we will be able to continue to debate intelligently and wisely, thereby, proving to our detractors that a blog can be a useful tool for sharing information, knowledge and views.

36 comments:

cakapsiang said...

May be its time for Dato' to make some income from this site by allowing some adverts such as adsense etc. just to cover some overhead...

langit biru said...

Tahniah Dato' AKJ.

Faktor sosial,ekonomi, dan politik yang dicetuskan oleh Dato' sebenarnya banyak membuka minda dan pemikiran kritis para perayap.

Selamat menyambut hariraya Eid-ul-Fitri yang bermaksud "Kembali Kepada Fitrah",kerana ramadhan itu ada rahmat, pengampunan dan benteng api neraka.

Cuma sayang sekali, apa jua perayaan di negara kita disambut dengan modul yang sama iaitu Hiburan melampau dari pagi sampai pagi-apakah ini dipanggil Kembali Kepada Fitrah asal?

Kerajaan Hadhari, baja ditabur racun ditabur!!

Abdul Manan said...

Tahniah Ahlilqalam..
Apabila di-tentukan supaya sesiapa yang mahu sama dalam ruangan ini hendaklah bersopan dan bermaruah, apatah lagi bermantik di-dalam mengajukan pendapat, maka Datok telah membuat sesuatu yang berguna, bermenafa'at dan insyaAllah, akan selamat.

Kami yang membaca dan turut serta juga berasa di-hormati. Ini kerana - bagi saya - apabila membaca sesetengah blog yang tidak terkawal itu, walaupun tajuk tajuknya mustahak di-ketahui isinya, amatlah meloyakan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Cakapsiang, Langit Biru dan Abdul Manan,

Terima kasih atas ingatan. Ini negara kita. Kalau kita tidak mempertahankannya, siapa lagi.

As for Cakapsiang's suggestion that I make some money to cover the overhead, maybe not now.

There have been inquiries if I would accept advertisements. I guess not for the time being.

Thank you.

boxxTomoi said...

tahiah kerana menjadi jutawan .... Kalau dato' full time blogger angka itu dah lama di capai.
Taniah sekali lagi.
Jumpa di The Loaf selepas raya ! Situ mahal so bayar masing2 !!
Selamat hari raya maaf zahir batin.

mekyam said...

Congratulations and thank YOU, Tok Scribe!

As a host you have been quite firm and determined about maintaining the quality of the debates, yet gracious and equitable.

For me, visiting your spot has been both interesting and educating.

Selamat Hari Raya!

kedidi said...

Dato' dan Perayap sekalian,

Saya sebenarnya bukan yang jenis merayap dan membaca blog sebelum ini.

Blog Dato' telah mengubah tanggapan saya. Hanya di sini saya merasakan saya masih mempunyai hak ke atas negara ini.

Tahniah dan Terima Kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Bendera Merah, mohon maaf dan mohon kerjasama.

Pohon gunakan bahasa baku.

Saya kurang arif dengan bahasa yang Saudara gunakan.

Terima kasih banyak-banyak.

Anonymous said...

Saya berasa emosional, sebab saya menjumpai blog Datuk yang ketika itu, hitnya baru pulohan, sejak dari itu,sebelum merayau dari blog ke blog, blog Datuklah yang saya buka dulu.Saya tidak melanggan apa-apa akhbarpun sekarang! Cara dan Isu yang Datuk ketengahkan banyak merawat jiwa Melayu saya yang sakit. Saya sering berpesan kepada anak isteri yang berada di Tanah Arab, menjadi hamba di negeri orang, supaya melawat blog Datuk kalau mahukan cermin semasa, keadaan Tanah melayu.Hanya dengan doa yang ikhlas yang dapat saya balas.Semoga Datuk teruskan usaha dan ibadat yang murni ini.
-makangaji.

jaybee said...

Tahniah Dato AKJ. Angka sejuta itu bukti apa yang dimuatkan dalam blog tu ada pengikut setianya. Bukan memuji tapi siapa tak kenal The Scribe dengan Other Thotsnya. Saya sangat bertuah kerana pernah dinaungan Dato AKJ yang telah membuat/menjadikan saya apa yang saya sekarang dalam bidang kewartawanan.

rocky said...

dato,

congratulations!!!

always look forward to read your articles and engage with you and give my 2cents.

Selamat Hari Raya

rocky(original)

Khairul-Dean Mohamed said...

Datuk Abdul Kadir Jasin
Salaam

Terima Kasih atas semua posting-posting, Dato', dan komentarnya.

Saya ucapakan Salaam Aidul-Fitri kepada YB Datuk dan seisi keluarga serta semua orang Pendang(sobran jamila - nanti biarnya beraya juga di rumah sendiri walaupun tak seberapa namun seronok menyambut Syawal hendaknya). Tidak terlupa para pembahas di blog ini di mana saja. Allahu akbar.

Terima Kasih.

Budakboy said...

Dato'

Congratulations on achieving this milestone. I'm sure we can all agree that the way you manage this blog is the main reason for its success.

I feel very at home here. Thank you for giving us a place to meet, chat and sometimes even disagree in a civilised manner.

Eid mubarak.

Pemancing said...

Assalamualaikum Datuk,

Tahniah dengan kewujudan blog ini dan mencecah pelawat yang ke sejuta.

Sudah sampai masanya kita ada ruangan yang seimbang dengan komen yang matang datuk.

Mengkritik itu bagus ! tetapi jangan sekadar kritikan kosong yang tidak bermakna.

Tentu ramai pihak ingin tahu apa sebenarnya pandangan masyarakat marhaen mengenai apa yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.

Akhir kata Salam Aidilfitri untuk Datuk sekeluarga, semoga datuk lebih kerap menulis terutama isu-isu rakyat seperti kenaikan harga barang yang begitu menyentuh perasaan kita semua selaku pengguna.

PENGKAGUM A. Kadir Jasin

Berita dari gunung said...

Tahniah Dato... sejuta bukan sedikit... Juga bukan sedikit perkongsian yang diperolehi dari blog dato. Terima kasih, dan teruskan lagi usaha murni ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin untuk Dato sekeluarga dan semua pembaca..

Samuel Goh Kim Eng said...

Congratulations on getting a million hits
Though it's a difficult but not impossible feat
As long as one does not easily admit defeat
One can still get a big chunk by gathering little bits

Samuel Goh Kim Eng Sun. 071007
http://MotivationInMotion.blogspot.com

[All Bloggers are cordially invited to view and comment on 'Bloggers' Prayer'. Thanks]

SK said...

Keep up the good work in blogging and we must continue to push for more the sprouting of more bloggers in Malaysia until we hit the tipping point!

Congratulations!

Raymond said...

Congratulations Dato,
Even though my Malay is half past six but I try to learn and improve. Keep up the good work so that we can still see what we cannot see in the print media

mr_abs said...

datuk, tahniah di atas pencapaian anda, bukan senang mencapai pencapaian seperti anda dan beberapa blog lain, tahniah sekali lagi..

datuk, apa pendapat anda jika saya katakan bahawa negara memerlukan seorang lagi DOKTOR?

jika kita melihat sejarah pembentukan negara serta pemodenan negara kita yang tercinta, dalam fasa awal pembentukan, seorang doktor yang kehadirannya begitu signifikan dan amat penting, tak lain tak bukan Tun Dr. Ismail. kehadiran beliau amat penting dalam pembentukan negara seperti yang kita lihat hari ini, beliau merupakan seorang pemimpin yang amat berwibawa dan banyak sumbangan dalam negara terutama ketika menstabilkan negara ketika keadaan darurat.malahan beliau dikatakan amat-pasti menjadi PM sekiranya Tun Razak retired daripada menjadi PM.

Dalam era pemodenan, muncul seorang lagi doktor, tak lain tak bukan Tun Dr. Mahathir, tak perlu saya ulaskan banyak perkara yang beliau sudah lakukan untuk negara.


Menarik jika anda ulaskan dari kaca mata anda, sekiranya pasca 2003, selepas Tun Dr. Mahathir tidak lagi menjadi PM, ketiadaan seorang "DOKTOR" seperti Tun Dr. Ismail, dan Tun Dr. Mahathir, menyebabkan adanya satu "loop-holes" dalam govt. mungkin ada menteri yang merupakan seorang doktor, namun tiada seorang pun dari mereka come close to both Doctors.


sama ada ia kebetulan semata-mata, atau ia merupakan satu kenyataan, bahawa cara pemikiran seorang doktor dalam politik negara agak berbeza dan ke-hadapan melebihi pemimpin yang berlatar-belakang lain.

apa pendapat anda datuk? adakah negara memerlukan seorang lagi Doktor? Orang seperti anda lebih layak untuk menjawab serta memberi ulasan kerana anda sendiri pernah melihat sendiri kewibawaan Tun Dr. Ismail mahupun Tun Dr. Mahathir.

Sebagai orang muda,saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman untuk merasai pengalaman di bawah pemerintahan Tun Dr. Ismail. Setelah membaca buku biografi Tun Dr. Ismail, saya amat mengkagumi ketokohan serta pemikirian Tun Dr. Ismail.


Terima kasih datuk, maaf zahir dan batin :)

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Tahniah kerana berjaya mencapai hit 1 juta. Bukan semua blogger mendapat pengiktirafan sebegini. Malahan ahli politik juga belum tentu mempunyai sokongan "grass root" seramai ini, lebih-lebih lagi kalau di "payung terjunkan".

Blog Dato' sebenarnya menyediakan ruang untuk kita berbahas khususnya isu-isu yang menyentuh dan memberi kesan kepada kita semua. Hal-hal yang berkaitan dengan polisi, politik dan juga kemanusiaan.

Paling tidak pun, blog ini dan lain-lain blog yang serupa memberikan kita ruang untuk "syok sendiri" seperti yang pernah Dato' katakan dahulu.

Tahniah sekali lagi.

ahiruDin aTTan said...

The Scribe,

Congratulations!!!

A million may not be a lot but it ain't little. No sire, it ain't little at all.

Compared with the newspapers, word for word, I dare say Malaysians read you more than they do some of the newspapers in the country.
And certainly a lot more than some lying columnist who works for one of those newspapers.

The second million should come sooner.

A KADIR JASIN said...

Sdr Mr_abs,

Benar Tun Dr Mahathir dan Tun Dri Ismail berupa dua doktor perubatan (MD) yang berjasa dan berjaya dalam kerjaya politik.

Tetapi ini tidak bermakna ahli politik bukan MD tidak berjaya dan tidak berjasa. Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein semuanya berjasa dan berjaya.

Yang penting adalah kegigihan, disiplin, akhlak mulia dan pembantu yang berwibawa dan ikhlas. Kata mesti dikota dan janji ditepati.

Dr Mahathir berjaya kerana dia mengamalkan disiplin dan falsafah kedoktoran dalam pentadbiran.

Dia menepati masa kerana dalam perubatan masa bersamaan dengan nyawa.

Dia tidak tertidur, lalai atau khayal kerana dalam perubatan kalau doktor tertidur, lalai atau khayal, pesakit boleh mati.

Saya tidak begitu mengenali Tun Dr Ismail. Waktu dia masih hidup dan menjadi TPM, saya baru pemberita pelatih di Bernama.

Tapi yang saya tahu dia amat serius dalam kerja dan kerjayanya. Dia tidak cakap melainkan perlu. Kalau beri interview, dia akan beri kepada wartawan yang dia percaya dan yakin sahaja.

Mengenai kemunculan seorang lagi MD sebagai bakal PM, ia tidak mustahil tapi dalam barisan kanan sekarang tidak ada doktor perubatan.

Kepada Sdr Ahirudin Attan dan para pembahas yang lain, terima kasih atas ucapan tahniah, sokongan dan galakan.

Lebih baik kita berterus terang daripada mengata di belakang.

Lebih baik kita menghunus pedang daripada menikam dari belakang.

Terima kasih.

mekyam said...

Salam Tok Scribe!

Saya tertarik dgn apa yg dipostulatkan oleh mr_abs ttg kemungkinan seorang pemimpin yang mendapat latihan sbg doktor perubatan lebih berupaya memimpin negara dgn lebih efektif dan efisien. Contoh Tun Dr Ismail dan Tun Dr Mahathir yg beliau berikan itu mmg meyakinkan juga. Tambah lagi kekadang saya sendiri, bila membandingkan bukti2 yg ada, terfikir yg sama. :D

Tapi saya juga bersetuju dgn apa yg Tok Scribe katakan, iaitu disiplin, kegigihan, akhlak mulia dan pandai memilih pembantu yang sama berwibawa dan ikhlas memainkan peranan penting dlm kejayaan seseorang pemimpin. Pendek kata seorang pemimpin perlu waras dalam pertimbangan dan membuat keputusan.

Namun kita tidak dapat nafikan bahawa sifat2 seperti kepintaran, disiplin, kegigihan, keperincian, keberanian bertindak, tegas, dsb, yang kita mahu lihat dlm seorang pemimpin, ada hubung kaitnya dengan jenis jurusan pelajaran dan latihan yg seseorang itu telah ikuti. Atau lebih tepat lagi, mampu mengikuti dari segi kebolehan semula jadi.

Kita tidak dapat sangkal bahawa terdapat bidang2 tertentu mmg memerlukan kepintaran semula jadi yang lebih dan pembawaan semula jadi yang berbeza. Bidang kedoktoran ialah satu daripadanya.

Walaupun semua jenis pembelajaran mementingkan keupayaan membuat keputusan sebaik2nya berlandaskan akal dan analisis maklumat yg ada pada kita secara bijak, rasa saya bidang2 seperti kedoktoran, jurutera, jurubina, dan beberapa yg lain, bukan sahaja memerlukan perkara yang sama, tetapi memerlukan kebolehan ini diguna dlm masa yg biasanya lebih singkat dan kadangkala lebih sengit.

Mungkin kebolehan semula jadi yang diasah dan digilap oleh bidang2 yg bertuntutan berat sedemikianlah yg mencorak dan membezakan cara seseorang pemimpin berfikir dan menangani masalah. Wallahualam!

Dua sen saya, sekadar utk memanjangkan perbualan.

Selamat Hari Raya kpd Tok Scribe dan keluarga serta rerakan penggunjung!

Pak Don said...

Dato'
Tahniah. Pandangan, pengalaman dan cara penulisan Dato' merupakan penarik kepada saya. Begitu juga ketertiban perbahasan dan ketiadaan bahasa kasar dan mencarut. Teruskan Dato'. Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Meriza said...

Congratulations!

A million hits is a lot. Please write more articles (in Malay I love)

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bgh. Dato'

Tahniah daripada saya. Blog Dato' mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri, sebab itulah ianya tidak mustahil mencecah ke angka jutaan. Tatkala sekarang, kita tecari-cari ruangan yang boleh menyuntik pemikiran kita supaya senantiasa segar. terus terang saya katakan bahawa, saya melayari Blog dato' kerana keobjektifannya dan ke kritisannya serta credible. Apa-apapun Dato' pasti Y.Bhg Tun bangga dengan orang seperti Dato' dan ingat pesannya iaitu "PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI".

Saya akan ke Jakarta malam ini, bersahur di sana dan berbuka puasa di singapore dan tat kala kembali akan balik ke negeri kelahiran saya Kelantan, membayar zakat dan menyambut raya. Dan sebagaimana posting Dtao' sebelum ini, saya pasti dan sudah boleh membayngkan orang-orang kampung saya lebih merasi peritnya berhari raya pada tahun ini.Insyaallah saya akan kongsi apa-apa maklumat yang saya perolehi melalui laman Blog dato'

Akhir kata, saya doakan blog ini terus subur dengan sumbangan pemikiran-pemikiran terbaik dan mampu menjadi wadah pilihan kepada semua.
SALAM AIDILFITRI UNTUK DATO DAN SEMUA.

bendera merah said...

Salam Datuk ...

Terima Kasih Datuk ,maaf datuk saya guna bahasa budak chow kit.Selepas ini bahasa baku dan tahniah sekali lagi buat scribe.Blog pertama yang masuk entry bookmarks saya ialah blog Datuk serta comments pertama yang saya buat dalam alam cyber bermula dari blog datuk dan blog pertama saya rekomen dekat brother-brother bendera yang baru nak belajar buka pc dan internet pun blog akj.Bagi depa terbuka jangan duk undergound jaga kawasan.Dari tak ada apa-apa sekarang satu nantero cyber malaya sudah tahu berapa pengaruh blog Datuk. Blog datuk kalau tulis ikut bahasa melayu lagi cantik datuk,lagi menusuk kalbu .Syabas the scribe moga perjuagan ini akan berjaya. Salam Bendera

Celoteh Ezri said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin buat semua terutama Dato'. Saya yang selalu berkunjung ke sini ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' kerana mewujudkan ruangan ini untuk rakan-rakan berbincang isu-isu yang dikemukakan. Terima kasih.

don juan said...

Tahniah!

Terima kasih dan setinggi penghargaan dia atas segala usaha YBhg Dato'. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi YBhg Dato' sekeluarga. Teruskan usaha murni YBhg Dto'. Kami tetap menyokong.

syed syahrul zarizi said...

Tahniah Dato.

Sebagai pembaca tetap ruangan Dato, setiap posting Dato memang penuh berisi dan belum pernah mengecewakan. Semoga Dato terus menulis & panjangkan hayat blog ini

Juga, Selamat Hari Raya kepada Dato dan semua pembaca.

suhaimi hj. khalid said...

Tahniah Dato'! Terbuktilah bahawa penulisan berbahasa Melayu baku (biarpun tulisan Dato' ada yang berbahasa Inggeris) masih mendapat tempat dan digemari, asalkan pandangan dan komentar yang bernas dengan bahasa yang kemas serta gaya penulisan yang menarik dapat dihasilkan. (Lihat saja esei-esei Goenawan Mohamad dalam kolum Catatan Pinggir) Selain itu, saya kira ketokohan Dato' juga banyak membantu.
Tahniah sekali lagi Dato' dan semoga Dato' dapat terus menulis. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

marn said...

Selamat Menyambut Hari Raya Fitrah buat tok. Tahniah la buat tok sebab cecah 1M pengunjung. But it just a mere number.

Harapan moga bertambahlah lagi 'angka' yang pengunjung baru dan lama untuk terus berbincang / berbahas / berkongsi idea di daerah ini.

Dengan angka jugalah kerajaan yang dikuasai oleh mereka yang berfahaman kapitalis 'bermain-main' dengan kita (rakyat). Kerana angka ada yang gembira dan ada jua yang sengsara.

Disebabkan lebih mementingkan indeks 'KPI' masing-masing, maka rakyat marhaein seperti aku menjadi mangsa.

Kerana 'angka' menyebabkan sesuatu negara itu bergolak ataupun tidak. Kerana 'angka' ada manusia yang lupa pada asal-usulnya.

Syawal kali ini, sudah tentu angka-angka berterbangan kerana di'pau' oleh budak-budak yang nakkan sampul hijau.

Pasal DR (MD) yang teraju negara, rasanya tu cabaran terbuka buat profesion lain untuk menggalas tanggungjawab jadi pemimpin.

Nak selamat dunia akhirat? Cari dan pilihlah ketua yang berTAQWA. Tak kira dari mana dan apa jua latarbelakang pengajian mahupun profesion, TAQWA adalah ubat kepada segala penyakit yang merosakkan negara.

wong la nang said...

Datuk,

Tahniah juga dari saya. Saya telah mengikuti blog Datuk lebih setahun dan hampir setiap hari menjenguk the Scibe. I would say, probably, the Scribe is the best neutral blog hosted by a Malaysian. Salam Eidulfitri Datuk.

the legend said...

ya datuk,

gaya lenggok datuk berkata-kata tu memang sedap la..
bukan nak kata la, tapi memang sedap.. dia punya susun atur bahasa tu nampak cantik. saya dengar masa datuk bagi ucapan masa majlis penyampaian hadiah esei di PLF tu, memang tersusun..

dan saya pernah jumpa datuk kat NTV7 tahun 2006, masa tu bulan puasa sebab ada interview morning show dengan prof khoo kay kim.. itulah first time saya jumpa datuk...

semoga datuk sihat sentiasa dan bergembira di hari lebaran yang bakal mendatang ni.

Mohd Affendi said...

Salam Dato' AKJ..

Bravo..! 1 million over one year plus.. impressive achievement..

The blog magnetic field getting stronger in magnitude...like a Tesla coil in cyberspace..
periodically discharging stinging electric posting & comments..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin atas komen2 saya selama ini yg ada menyinggung perasaan sesiapa

..kebenaran memang ubat kehidupan yang pahit..seperti juga panadol..

love, peace, empathy...

ibrahim yahaya said...

Tok, tahniah. Semua orang baca tulisan Tok kerana ia masin, pahit, manis, masam dan tentunya pedas.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.

Minta maaf le kalau ada tersalah kata atau perbuatan. Saya sudah memaafkan Tok (kalaupun ada) sejak dulu lagi.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).