Wednesday, November 07, 2007

Daripada Melayu Glokal Kepada Melayu Angkasa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KETIKA merasmikan pembukaan bersama Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno tahun lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, menyarankan agar orang Melayu mengamalkan konsep glokal.

Mohon maaf kalau sampai hari ini pun saya belum mengerti saranan Timbalan Perdana Menteri itu.

Pertama, mungkin kerana keupayaan intelek dan minda saya tidak sampai ke tahap yang membolehkan saya memahami segala konsep dan label yang “tinggi-tinggi” dan “canggih-canggih” yang menjadi kesukaan kini.

Kedua, setelah membandingkan kupasan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai glokal dengan apa yang dibincangkan mengenai glokal (glocal dalam bahasa Inggeris) sejak beberapa dekad lalu, saya mendapati beliau memberi interpretasi yang agak berlainan.

(Pengertian umum konsep ini adalah kemampuan seseorang individu, masyarakat atau bangsa berfikir secara global dan bertindak secara tempatan.)

Namun apa pun maksud beliau, saya berasa agak gembira kerana bukan semua usaha yang dilakukan sejak 50 tahun lalu untuk menaikkan taraf (status) orang Melayu sebagai bangsa merdeka dan bangsa induk di Malaysia menemui kegagalan.

Bilangan orang Melayu semakin ramai. Orang Melayu lebih tinggi persekolahannya. (Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu).

Orang Melayu juga lebih kaya daripada sebelum merdeka walaupun orang Cina dan India jauh lebih kaya. Malah jurang pendapatan antara mereka dengan kaum-kaum Cina dan India sebenarnya semakin meluas, khususnya sejak krisis ekonomi serantau 1997/98.

Malah jurang pendapatan antara orang Melayu yang tidak berada dengan orang Melayu yang berada juga semakin luas mengikut ukuran Pekala Gini (Gini co-efficient).

Orang Melayu terdedah kepada pelbagai bentuk dan saluran maklumat dan hiburan. Tetapi majoriti orang Melayu memilih telenovela Indonesia, Filipina, Argentina dan drama swasta daripada saluran maklumat dan ilmu seperti National Geographic, Animal Planet, Discovery Channel, History Channel, BBC, CCTV9 dan Al-Jazeera.

Saya tidak perlu sebut mengenai Akademi Fantasia kerana fantasi, angan-angan dan khayalan adalah sebahagian padu daripada minda Melayu.

Walaupun mereka berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia tetapi mimpi mereka adalah mimpi Bollywood, mimpi Manila, mimpi Beunos Aires dan mimpi Jakarta.

Maka saya bertanya, adakah masih bertuah bumi kita Malaysia?

Dengan minda Melayu yang sebegini atau disengajakan agar menjadi begini maka amat kenalah kalau tahun ini, di majlis yang serupa, Mohd Najib mahu “mengangkasakan” orang Melayu.

“Mengangkasakan bangsa” jerit Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Ini pastinya satu pengalihan perhatian yang bijak di saat-saat mimpi indah dan khayalan orang Melayu terbanyak semakin diganggu gugat oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan, jenayah yang semakin menjadi-jadi, ketidaktentuan mengenai siapa berkuasa -- Majlis Raja-Raja atau Kabinet? -- dan banyak lagi isu-isu pokok yang merisaukan.

(Mungkin elok kalau ketika para perwakilan memuji dan memuja idola, mentor dan “protector” masing-masing, mereka bertafakur sejenak sambil menyedekahkan Al-Fatihah dan memohon kepada Ilahi agar pembunuh Nurin dan semua penjenayah durjana dibalas dosa mereka, kita dihindarkan daripada bala dan para khalifah serta ketua kabilah kita diberi petunjuk.)

Apa yang dihujahkan oleh Mohd Najib dan diuar-uarkan oleh media massa arus perdana yang akur hanyalah sambungan kepada impian Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan “towering Malays”.

Disebabkan tiada istilah rasmi bahasa Melayu bagi “towering Malays” -- mungkin kerana pemikir Melayu yang berkuasa hari ini selesa berfikir dalam bahasa Inggeris – maka saya menterjemahkannya sebagai “Melayu yang tinggi menjulang perwatakannya” supaya orang kampung Tanah Merah, Pendang, Kedah dan Kampong Bongek, Negeri Sembilan boleh faham.

Maaf kalau saya katakan masih ramai orang Melayu yang sukakan cogan kata dan bahasa besar sebegini. Mereka sukakan sesuatu yang abstrak yang mereka tidak faham tetapi sedap disebut dan canggih bunyinya.

Mungkin oleh kerana majoriti orang Melayu mudah dipengaruhi oleh cogan kata, konsep abstrak dan label-label yang indah inilah maka orang yang cerdik, pintar atau putar belit macam Ayah Pin boleh meyakinkan orang Melayu bahawa dia boleh menjadikan mereka tinggi mengawan dengan menubuhkan “kerajaan langit” (sky kingdom).

Atau apakah minda Melayu sebenarnya masih terperangkap dan membeku dalam cerita hikayat dan mitos – bahawa asal-usul mereka adalah dari langit, dari kayangan daripada kalangan dewa-dewa dan dewi-dewi, daripada keturunan Malim Deman dan Malim Dewa?

Mohon ampun kalau rencana kali ini, seperti yang amat saya takuti dan benci, menjadi abstrak, sinis dan skeptis (maaf juga kerana menggunakan istilah saduran bahasa Inggeris).

Antara koridor dan “towering Malays”, antara “Islam Hadhari” dan integriti, antara Melayu glokal dan Melayu angkasa, saya sesat dalam pemikiran sendiri. Mungkin minda saya yang terperangkap dalam kebekuan masa. Minta dijauhkan Allah Taala.

Nota kaki: Ketua Wanita Rafidah Abdul Aziz berkata hentikan kenyataan-kenyataan retorik dan sebaliknya tangani isu-isu pokok yang menyentuh massa.

Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein berkata ada kesan yang menguntungkan daripada saluran baru maklumat dan komunikasi termasuk blog.

UPDATE

Untuk rekod: Tahun ini, kalau saya ke PWTC untuk mengikuti MAT, saya terpaksa hadir sebagai wartawan yang tidak diberi akreditasi – unaccredited.

Sehingga petang ini, saya belum mendapat pas wartawan/media daripada Ibu Pejabat Umno (IPU).

Pertanyaan oleh pejabat saya kepada Nor Azilah Abdul Munir, Unit Media, IPU, mendapat jawapan melalui SMS seperti berikut: “Dato husainay lum luluskan. Minta maaf byk2 zla tggu arahan je. Tq.”

Dalam bahasa formal: Dato’ Husainay belum luluskan. Minta maaf banyak-banyak Zila tunggu arahan sahaja. Thank you.”

Pada kira-kira jam 5.20 petang tadi, pejabat saya sekali lagi menghubungi Nor Azilah untuk mendapatkan pengesahan dan diberitahu bahawa tiada perkembangan lanjut kepada permohonan saya itu.

Saya sendiri menghantar pesanan SMS kepada kepada Nor Azilah pada kira-kira jam 3.00 petang tetapi tiada respons. Pesanan saya berbunyi: “Sdri Nor Azilah, mohon maaf. Saya A Kadir Jasin mohon pengesahan sama ada permohonan pass saya diluluskan atau tidak. Salam dan terima kasih.”

Bagaimanapun, elok dinyatakan bahawa permohonan pas wartawan lain dari pertubuhan saya diluluskan.

Namun saya masih boleh ke PWTC sebagai seorang wartawan, ahli parti, pengunjung biasa atau sebagai pelanggan pasar lambak MAT. This is a free country.

41 comments:

Cik Peesha said...

Salam Datuk,

Saya membaca entri hari ini dengan perasaan yang sedih. Sedih dengan bangsa yang masih memerlukan pengunaan kata yang 'besar dan gagah' untuk menguja semangat yang akhirnya hanya sedap didengar dan cantik ditulis dan enak dibaca.
Membaca kerisauan Datuk Rais tentang kesuraman bahasa Melayu lagi meresah jiwa raga saya. Polemik bahasa Melayu dan bahasa Malaysia yang tidak sudah-sudah .. membuatkan saya rasa saya seram nak jadi generasi 'glokal' ...

Oh, berilah berita gembira supaya saya tenteram menjadi seorang Melayu!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Rafidah. Semoga difahami oleh semua pembesar negara kita. dan saya harap kenyataan beliau itu ditujukan kepad pembesar negara kita dan bukannya untuk pemimpin kecil yang hanya setahun sekali datang ke PWTC tu...

Junichero Hayashi said...

Datuk,

Sejak berpuluh tahun yang lalu, kita disajikan dengan pelbagai drama atau filem yang menampilkan lengguk dan gaya yang sama.

Orang Melayu tinggal di rumah besar, berkereta besar, pejabat besar dan isteri yang kadang kala besar dan ada yang kecil.

Ini adalah apa yang saya belajar sebagai social engineering dan kesannya, muncul golongan yang hidupnya terawang-awang di atas kayangan seperti yang datuk sebutkan.

Malah lebih parah ada pepatah yang begitu sinonim dengan gaya hidup melayu sendiri iaitu "Biar Papa Asal Bergaya" menjadikan duri dalam daging kepada masyarakat Melayu.

Ditambah pula dengan ayat-ayat melankoli yang sedap didengar dan didodoikan setiap hari kepada orang Melayu, menjadikan bangsa semakin lemah !

Tetapi dari sudut positif pula ramai juga yang telah berjaya hasil daripada kaedah social engineering yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dan sekarang yang tidak saya nafikannya.

Namun persoalan yang paling penting ialah adakah situasi yang berlaku ini benar ?

Adakah orang Melayu sudah boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang sedangkan cabaran semakin lama semakin getir.

Benar juga kata Rafidah Aziz hentikan retorik (saya sendiri pernah mengikuti kursus kepimpinan UMNO yang menekankan supaya sebagai pemimpin tidak sekadar beretorik semata-mata) tetapi lebih serius dalam isu-isu pokok.

Marilah kita bincang bersama-sama apa cara terbaik dan berkesan untuk bantu bangsa.

Yang kaya akan terus kaya, Insya Allah, yang miskin terus jadi perhatian utama tanpa ada pilih kasih.

Siapa tidak sayang pemimpin adil dan bersih, malah sanggup berjuang secara ikhlas boleh menempat mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Sekian...

Anonymous said...

dato kj,

perhimpunan agong ini sebenarnya adalah medan untuk mereka-mereka yang berkenaan menonjolkan diri masing-masing. baik yang atasan maupun yang dibawah. selepas perhimpunan wal hasil balik asal.

saya menunggu apa wakil rakyat kawasan kampung asal saya di bakri muar johor akan buat selepas perhimpunan ini untuk penduduk di kawasan kampung saya.

saya nak lihat apa menteri-menteri umno akan buat untuk rakyat keseluruhannya dan bukan untuk kawab-kawan dan keluarga mereka sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Izinkan saya post entri ini ke beberapa group di mana ia boleh dimanfaatkan.

Saya tunggu permission Dato'.

Anonymous said...

“Mengangkasakan bangsa” jerit Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Dan Datuk inilah pula jeritan batin saya setiap hari sebagai orang Melayu.
Apakah orang Melayu sumbangkan untuk saya?
Saya pandang ke atas keangkasa tidak ada apa-apa.Saya pandang ke kiri tidak ada apa-apa.Begitu juga bila saya pandang ke kanan.
Saya cuba senaraikan seluroh perkakas dan perabut rumah saya. 99 peratus adalah bukan dibuat atau dicipta oleh orang Melayu.Dan bukan pula di perniagakan oleh orang Melayu.
Saya ke dapur untuk mencari-cari kalau ada apa apa saja yang boleh saya katakan sumbangan atau buatan atau keluaran orang Melayu.Mujurlah, ada sebotol budu yang diberikan oleh seorang kawan.Mungkin ini buatan orang melayu.
Dalam susana seperti ini mana identiti Melayu kita?
-Makan gaji

Lim Wing Hooi said...

Selamat sejahtera Datuk Kadir,

Saya tertawa apabila membaca scribe datuk yang berbunyi '(Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu).'

Sebagai seorang warga Malaysia yang berbangsa Cina, saya hanya ingin komen secara umum tentang pandangan datuk.

Saya bersetuju dengan pendapat Datuk. Tetapi anehnya, bagaimana fenomena ini boleh terjadi? Sepatutnya, dengan piawaian yang wujud- misalnya dengan KBSM dan KBSR berserta peperiksaan kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran sepatutnya melahirkan warganegara Malaysia yang tidak setakat berilmu tetapi berfikir. Kalau setakat berilmu pun tak dapat, apa yang pelajar lakukan dalam masa persekolahan?

Lagi aneh kalau Datuk bawa ke peringkat menara gading. Universiti kerajaan juga mempunyai piawaian mereka yang tersendiri, misalnya Senat, lembaga-lembaga yang namanya hebat-hebat belaka. Kalau pendidkan swasta ada pula Lembaga Akreditasi Negara. Boleh dikatakan pengelola universiti swasta bukan main cemas bila LAN melawat. Semuanya mempunyai piawaian.

Apa pula sebabnya boleh jadi fenomena yang Datuk nyatakan?Bukanakah ilmu yang seseorang timba sepatutnya berkadar terus dengan jumlah persekolahan yang seseorang alami?

Terima kasih Datuk.

Lim Wing Hooi said...

Komen saya yang kedua, jika Datuk izinkan, ialah tentang penggunaan istilah yang hebat-hebat belaka. Dalam matapelajaran Politics and the Media (Politik dan media), saya belajar bahawa politik bukannya arena untuk mendebatkan fakta atau kebenaran. Sebaliknya, politik ialah suatu permainan yang menekankan 'showmanship' atau lakonan seseorang ahli politik. Ini berkisar ke Presiden Ronald Reagan yang berkeupayaan untuk menggunakan kebolehan berlakon beliau dalam arena politik. Ingatkah saudara dan saudari program Star Wars beliau yang dikatakan boleh menembak peluru berpandu nuklear dari negara asing? Sudah dekat dua dekad tapi ujian masih sedang dijalankan. Ada juga suatu ketika beliau berkata bahawa semua sisa buangan nuklear boleh disimpan dalam laci beliau, sedangkan Amerika Syarikat sedang berfikir cara untuk menyelesaikan cara menyimpan sisa-sisa nuklear dengan selamat. Lokasi tempat penyimpanan di Yucca Mountain (tempat terbesar di dunia untuk penyimpanan sisa-sisa nuklear) masih wujud persoalan.

Ada kalanya ganjil juga kalau pelakon-pelakon dibayar gaji lumayan kerana dapat menghiburkan orang, manakala mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal, misalnya doktor, polis, anggota tentera dan sebagainya, kurang dihargai dari segi pendapatan mereka.

Tetapi bahaya kalau ahli politik mengambil tugas mereka sebagai suatu lakonan sahaja. Ini kerana nasib rakyat di tangan mereka. Setiap polisi, setiap tingkah-laku yang dipaparkan mereka menjadi percakapan orang ramai. Tindakan mereka mempunyai kesan sahih, tidak seperti tayangan yang berakhir selepas 'Wayang Tamat' dipaparkan. Misalnya, Presiden Bush kini telah menyebabkan ramai terkorban dengan 'lakonan cowboy' nya yang menerapkan nilai-nilai perang daripada rundingan secara damai. Cara beliau bercakap 'Anda bersama kami atau berseteru dengan kami' (You are with us or against us) menimbulkan konflik. Saya berpendapat generasi muda juga merasai konflik, terutama konflik nilai apabila pemimpin memberi pernyataan yang bercanggah dengan nilai asas yang telah disemai di bangku sekolah.

Sekarang ahli politik pula menggunakan kaedah lain untuk mengembar-gemburkan sesuatu isu supaya menarik perhatian rakyat. Adakah media bertanggungjawab menggupas semua 'lapisan PR' supaya rakyat dapat sampai ke kes yang sebenar-benarnya?

Terima kasih Datuk Kadir.

A KADIR JASIN said...

Sdr Abuadam,

Maksud Saudara, saudari hendak menyiarkan rencana saya ini di laman-laman web dan tempat-tempat lain?

Saya tiada halangan. Cuma tolong nyatakan yang rencana ini dari blog saya.

Lain daripada itu saya serahkan kepada budibicara saudara.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Inilah yg dikatakan dilema melayu akhir zaman...

SELOKA DILEMA MELAYU II
Orang Melayu masa kini,
terlalu lama hidup dlm 'zon selesa' dan berpaksi minda subsidi, sampai tak reti2 berdikari..tak reti bersatu & akhirnya bangsa sendiri kena 'buli'..cermin2lah diri sendiri!

Pengurusan kewangan serupa letak otak dikaki, tak ukur baju dibadan sendiri..hutang keliling pinggang tampung lg dgn along & ceti, sah2 riba haram dosa besar hakiki, dah sah hancur keberkatan jgnlah harap untuk Allah s.w.t nak bagi rezeki,benda asas pun tak reti2, macam mana nak cakap bab makro & mikro ekonomi?!

lepas tu mengamuk & maki caci org itu ini.. tapi diri sendiri sebarang usaha pun tak mula lagi, bila dah nak terberak baru nak cari lubang cari baldi..

Amat pelik lagi geli hati, makin masuk alaf baru makin kuat berangan & mimpi,suka2 syok sendiri, cita2 tinggi nak masuk akademi, universiti fantasi & nyanyi, bukan teknikal & kemahiran tinggi, lambat laun generasi baru semua ikut terjun perigi..

Kat tempat saya lahir tiada klcc, hanya bendang sawah padi, tapi tak pula terbawa-bawa terkejut budaya sampai menyimpang realiti..kata nak jadi glokal tapi kualiti majoriti belum capai standard lagi! Nak jadi juara Islam?? jgn buat malu la.. baik ambil C4 main jauh2 letup diri sendiri, jangan nak nyusah bunuh org lain ada suami, anak bini! Allah s.w.t tak suruh pun pandai2 sendiri, Rasulullah dulu ada ka hantar pengebom berani mati letup org Quraisy Mekah & Yahudi??

Ambil contoh baginda s.a.w punya strategi, bina dulu kekuatan akidah, negara & ekonomi, lepas tu baru kembang dakwah Islam serata bumi..kena guna ilmu & wahyu Ilahi, bukan ikut hati, apa punya fahaman la org melayu skrg nak ikut ni? membuta membabi...syok sendiri lagi?

Pemimpin pun sama jer sepuluh sekali..lima dua kali, kuat sangat tidur & mimpi disiang hari..kalo nak sangat ke angkasaraya naik lah roket bawa menantu, keluarga & anak bini tak lupa juga kroni, tak payah pulang2 ke bumi, rakyat dah cukup menderita & sakit hati!!

nak sambung panjang lagi, tapi nantilah lain kali.. idea pun dah nak mati, perut kosong perlu diisi..

wasalam dan jaga diri

zainal abidin awang kechik said...

Wakil Rakyat Bendang..



50 tahun akan datang umno masuk ke fasa 2 ... bangsa melayu meneruskan perjuangan..Melayu bangsa yang ada hanya kuasa politik..


anih dan unik.. bangsa ini tidak ada pengkianatan kepada bangsa lain.


UMNO perlu banyakan wakil rakyat bendang..


wakil rakyat jenis ini.. perlu kerana wakil rakyat ini..rajin..melawat kawasan dan menjaga keharmonian rakyat..orang melayu memang hebat..telah mencipta rekod dunia politik dunia..hanya umno sahaja parti politik tertua di dunia.. biar pun tua.. tapi waras..perjuangan. bila kuasa di beri kepada bangsa lain...jadi lah macam singapore.. melayu di sana menjadi spisis terlindung..hari ini UMNO.. berjaya masuk ke fasa ke 2... "MOGA ALLAH SEJAHTERAKAN.. MELAYU ISLAM UMNO...


PARTI TOK NENEK MOYANG KU...




"YA ALLAH AMPUNI DOSA DOSA KU"

Anonymous said...

salam Datuk,

ada beberapa isu / komen yang harap2 dapat perhatian:

1. dalam MAT PEKERMBAR (PAU UMNO) 2007 ni, setakat ni lah, adakah telah diadakan satu sessi di mana bacaan fatihah atau 'a moment of silence' diadakan bagi memperingati semua mangsa2 jenayah di Malaysia?

2. saya tertanya-tanya, adakah UMNO akan menukarkan namanya secara rasmi kepada PEKEMBAR dalam bahasa Malaysia kelak? bahasa melambangkan bangsa, kan?

3. apakah pandangan Datuk terhadap perhimpunan 100,000 rakyat?

harap2 dapat penjelasan kelak. maaf, saya tidak berani menggunakan nama blogspot saya, kerana walaupun berada jauh di Australia, Khairy sendiri pnah datang ke sini. takut ada tangan2 kotor yang melaporkan kelak (sepertimana bila saya resign jawatan dalm Kelab UMNO Luar Negara cawangan _______, kerana membantah arahan di mana saya mesti menulis dan menerbitkan artikel menyokong 'Islam Hadhari')

A KADIR JASIN said...

Sdr Mohd Affendi, terima kasih atas seloka anda yang lucu tetapi penuh kiasan bermakna.

Kita sama-sama budak bendang, cuma saya lebih tua. Masa saya menolong ayah dan ibu di bandang, masih banyak lintah kerbau, ikan keli, haruan dan puyu.

jadi bila orang sebut lintah darat, kita tahulah apa jenisnya manusia itu.

Waktu saya bersawah, burung bangau, ruak-ruak dan pucung masih banyak.

Kita guna otak dan kita mesra alam. Kita guna baja tahi kelawar, tahi ayam dan tahi lembu.

Kita tak sekolah tinggi. Sekolah jauh kena yuran RM15 sebulan. Sebab nak mengaji sekolah orang putih punya hal.. nak speaking.. kita bela ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau.

Orang muda sekarang yang ramai dalam Pemuda, Puteri dan Putera Umno lahir saja sudah senang lenang .. anak cikgu, anak kerani, anak diplomat anak menteri, dapat biasiswa dan subsidi. Istilah susah tiada dalam khazanah kata mereka.

Sekolah percuma. Dapat biasiswa pula. Belajar sambil lewa pasal bergaya dengan motor dan kereta. Dapat ijazah half-past-six pun ok pasal boleh kerja dengan kerajaan. Silap-silap study loan pun tak bayar.

Sdr Zurich, bagaimana dengan Melayu Pulau Pinang? Siapa agaknya akan dapat "habuan singa" daripada Batu Gantung, Batu Kawan dan Titi Tanjung Nombor Dua?

Sdr Lim, banyak pelajar IPTA dan IPTS datang jumpa saya untuk buat tesis, tetapi sangat sedikit yang meyakinkan saya.

Pantun lama Melayu yang sangat saya gemari berbunyi:

Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa gelang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Sdr Keranamu Malaysia, tiada salah Melayu merantau menguji bakat. Tidak salah menjadi ahli Kelab Umno. Yang salah adalah cerdik tetapi menjadi pak turut kerana penakut atau nak isi perut.

Kalau Khairy seorang saudara sudah ketakutan, janganlah bersungut tentang penindasan. Stand up and be counted young man! This country is yours. You'll be around when people of my genenation are dead and gone.

Bukan sekadar 100,000 orang berhimpun, hatta sejuta sekali pun tidak bermakna kalau tidak gunakan hak pada pilihan raya.

Terima kasih.

Anonymous said...

dato kj,

banyak yang telah kita dengar di sana sini mengenai keadaan politik negara sekarang ini. baik dalam umnonya, atau kerajaan bahkan kabinet. sebagai orang yang berpengalaman dan mempunyai rangkaian yang tidak kurang hebatnya, mungkin dato boleh bagi sedikit ulasan berdasarkan maklumat-maklumat yang ada.

mengikut analisa saya apa yang berlaku dalam umno ialah persaingan beberapa kumpulan atau kelompok tertentu yang ingin meluaskan pengaruh dan kuasa mereka.

diperingkat kerajaan pula saya dapati perkara yang sama berlaku iaitu ada agensi-agensi tertentu yang menjadi tunggangan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kuasa mereka dalam masa yang sama menjatuhkan pihak yang lain.

dikabinet pula apa yang saya nampak ialah ketua kabinet tiada kawalan terhadap ahli kabinet.

di pihak parti pembangkang saya rasa mereka masih seperti dahulu. saya tidak nampak mereka boleh menggugat kerajaan yang ada.

golongan yang kononnya inginkan perubahan saya rasa tidak mampu berbuat apa-apa kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. sebab itu tiada usaha besar-besaran untuk mendaftar mereka kerana mereka akan mengubah statistik. data ini ada pada pihak yang berkenaan.

Anonymous said...

Dato A KadirJasin said: Bukan sekadar 100,000 orang berhimpun, hatta sejuta sekali pun tidak bermakna kalau tidak gunakan hak pada pilihan raya.

Yes! Yes! I agree totally with you Dato.

Gunakanlah hak anda mengundi dengan bijaksana.

Berita dari gunung said...

Dato dan pembaca,

Pertama kali dalam dekad ini, seorang yang rapat dengan PM sering disebut dengan nada meluat.

Beliau tetap berpengaruh dalam banyak hal. Dari sekecil bola ke sebesar Koridor.

Meninjau sejarah Russia, ada seorang bernama Rasputin. Beliau juga berpengaruh.

"It has been argued that Rasputin helped to discredit the tsarist government, leading to the fall in 1917 of the Romanov dynasty."

Ada yang mengatakan Rasputin telah mati dibunuh.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salaam Datuk AKJ,

Saya peminat setia blog ini tetapi ini kali pertama saya menulis disini. Pada saya PAU hanya tempat para pemimpin UMNO membuang masa dan melobi untuk projek dan jadi calun pilihanraya. Setiap tahun banyak resolusi diluluskan tetapi selepas perhimpunan habuk pun tarak. Cuba tanya para perwakilan yang datang apakah resolusi yang diluluskan tahun lepas? Kalau ada seorang yang boleh menjawabnya pun dah cukup baik. PAU kali ini perwakilan tak boleh sentuh isu isu sensitif yang boleh menyinggung kaum lain. Kalau dalam PAU pun tak boleh cakap isu isu bangsa dimana lagi kita boleh bercakap? Bila isu babi diMelaka orang cina tak kira dari MCA, DAP, Gerakan dan lain lain bersatu mempertahankan hak mereka.Kita orang Melayu siapa yang memperjuangkan hak kita? Ramai pemimpin Melayu UMNO cakap tak serupa bikin. Peneraju GLC orang Melayu tak percaya kakitangan Melayu juga boleh buat kerja sebaik atau lebih baik dari bangsa lain. Kuil Hindu haram diroboh, Samy Vellu marah semua takut, tspi surau orang Islam diroboh oleh orang Islam sendiri. Saya tak sabar nak tengok laporan kewangan syarikat yg disenarai di Bursa Malaysia tahun depan yang memerlukan mereka melapurkan komposisi perkerja mengikut kaum. Kalau boleh, komposisi itu disertakan jumlah kakitanagn pengurusan mengikut komposisi kaum, bukan jumlah keseluruhan. Begitu juga dengan semua bank yang beroperasi di Malaysia,kita nak tahu berapa ramai kakitangan pengurusan bangsa Melayu jika dibandingkan dgn kakitangan pengurusan bangsa lain. Kalau boleh bandingkan juga gaji mereka.MCA sibuk mahukan orang Cina dalam sektor awam,gaji juga dinaikkan untuk menarik mereka. UMNO tak kisah pun suruh sektor swasta ambil Melayu bekerja diperingkat pengurusan syarikat swasta, jangan setakat berpuas hati dengan ramainya Melayu yang menjadi pekerja bawahan.

Anak Melaka
Ahli UMNO

Anonymous said...

Datuk,

Melaka dulu sungguh gemilang. dari 1409 hingga 1511. lebih kurang 102 tahun. satu dekad lebih.

Depa semua menulis perihal Si Kitol yang mengkhianat. Namun, ayah dan saya melihat dari sudut lain.

Kepimpinan Melayu pada masa tu yang paling silap hingga kita dijajah sampai 450 tahun! Kepimpinan kita pada masa tu, enggan mendalami ilmu hingga ke dasar, enggan memahami politik semasa dan antarabangsa. mungkin begitu selesa kerana Melaka kununnya sudah termashor di seluruh dunia.

Segala urusan niaga dan tadbiran, dihujung tahun akhir Melaka, diserah bulat2 kepada Mamak2 Bendahara. Kepimpinan kita masa tu, lebih leka dengan perempuan, harta, dan nafsu. Sehinggakan Sultan Mahmud dikatakan mencuri anak2 gadis kampung untuk dibawak menjadi gundik.

Portugis langgar kerana hal konflik perdagangan. Mamak2 Bendahara sudah marah. Ditangkapnya orang Portugis dan akhirnya ibu pejabat di Goa memutus utk menyerang. Akhirnya dijajah. Sehingga 450 tahun.

Demikian lah Melaka yang sangat berjaya dan termashor di dunia. 102 tahun sahaja.

Malaysia? kita di tahun ke 50.

Melaka The Second in the making? it is quite likely because now we seem to lose everything - bargaining powers, balls, and respects.

hopefully, I will be made to eat my words. Insha Allah.

drMpower dari Guaq Chempedak.

zainal abidin awang kechik said...

Ketuanan Melayu Pulau Pinang..
pertanyaan saudara dato a kadir jasin..di hurai.

Bangsa ini di bina di tengah tengah kehimpitan kemiskinan..1868 HSBC telah mengeluarkan bon yang pertama di dunia dengan bermodalkan 5000 pound steling.
Fakta keimanan perlu di perkukuhkan semoga malayu pulau pinang di terus berjaya bersama sama arus perdana.KOMTAR,JAMBATAN PULAU PINANG SATU DAN DUA. KORIDOR PINANG SATU DAN DUA.. telah di bina. tetapi melayu pulau pinang..ketinggalan kerana kelemahan mereka sendiri.. ada juga yang berjaya.. contoh Dato Ali Gerney Hotel.. melayu punya.. tapi mejoriti nya suka hayal dengan boria dan mami jarum..

Iman dan keberanian yang hanya mampu untuk merubahkan nasib melayu pulau pinang..
Dr Koh perlu ingat pada gelombang MAY 13..

moga Allah AL MUKTAKBIR merahmati melayu pulau pinang..


"YA ALLAH AMPUNI DOSA DOSA KU"

"Rasuah yang menghancurkan NEGARA MALAYSIA"

A KADIR JASIN said...

Sdr Zurich, tidakkah Melayu Pulau Pinang berasa gembira kerana padang lumba kuda yang kini di pulau tidak lama lagi akan dipindahkan ke Seberang Prai?

Bolehlah Melayu jadi pendandan kuda, nasib-nasib jockey, buka gerai popia dan jaga kereta.

Sdr Mpower dari Guar Chempedak, bukankah Kitol ada dalam mana-mana pertubuhan, dilindungi, disayangi dan akhirnya jadi senjata makan tuan?

I too hope you'll have to eat your words. Hang Tuah might be right after all... Takkan Melayu hilang di dunia.

But what kind of Malays, you may ask. Hopefully not the Malays who are third class citizens in their own country.

I went to PWTC despite not being accredited. I even went to the Press Centre on invitation of fellow journalists.

Thank you.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Terima kasih di atas komentar Datuk. Izinkan saya membalas komen Datuk ini:

Kalau Khairy seorang saudara sudah ketakutan, janganlah bersungut tentang penindasan. Stand up and be counted young man! This country is yours. You'll be around when people of my genenation are dead and gone.

1. Saya tidak takutkan Khairy, tetapi saya takut akan kejahatan yang mungkin menimpa keluarga saya sekiranya benda ini berlarutan. Lagipun, tiada 'senjata' yang mampu saya gunakan sekarang selain undi. Insya-Allah, kelak akan ada sesuatu yang berjaya kita capai.

2. Sungutan terhadap penindasan tidaklah menjadi isu bagi saya. Cuma cara untuk mengatasi penindasan yang lebih saya beri perhatian. Kami di sini sedang berusaha menyebarkan buku2 (dan jua e-book) tentang hak asasi, kerana saya percaya penindasan itu berlaku kerana yang ditindas tidak tahu kuasa dan hak mereka sendiri.

3. Terima kasih atas kata2 semangat yang Datuk berikan agar orang muda berdiri untuk masa hadapan negara kita. Ini akan saya ingati sampai bila2.

4. Tentang himpunan 100,000 rakyat, tiada apa yang dapat saya lakukan dari sini, selain seperti yang saya katakan tadi, telah saya sebarkan semampu yang mungkin dokumen2 yang mampu (dan wajar) digunakan oleh mereka yang berhimpun (dan keseluruhan rakyat Malaysia), yang mengandungi fakta2 penting tentang perlindungan rakyat dan hak asasi mereka. NAMUN begitu, websites seperti harakahdaily sehingga kini tidak berani/berminat untuk menerbitkannya.

5. Saya berharap, Datuk dan generasi terdahulu yang lebih berilmu dari kami dapat berterusan memberi tunjuk-ajar bagi kami.

Bagi kami, sebelum kebangkitan benar2 bermula, rakyat atau peserta kebangkitan harus dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi agar mereka tahu di mana mereka mampu berdiri, dan bagaimanakah hak mereka untuk berdiri. Seagung mana pun pemimpin yang ada, kebangkitan akan tersekat jika kita hanya membabi buta melakukannya.

"..might in numbers can't achieve much. tears and effortless prayers are worst. but money and knowledge can supplement the effort done by us to stand up and raise.."

ambillah perbandingan bantahan 150,000 ekor babi, berbanding ribuan rakyat yang berdemonstrasi..

A KADIR JASIN said...

A faceless and hence a gutless debater, who sent a comment anonymously, purporting to defend Umno leaders had this to say to me.

“You backstabbed them and still wants to go to the party? Where is your dignity?”

My dear fellow, if you have been reading this blog and my writings elsewhere, and you understand them, you would have realized that I did not stab people in the back.

If what I wrote could be described as stabbing, then, unlike Brutus, I did not stab the Caesars of Umno and the government in the back. I stabbed them with my face unmasked and from the front.

Worry Sir (Madam) not of my dignity but yours. You threw stones at my glass house and you hid your soiled hands. Is that dignified?

Still I thank you for visiting this blog. And if you are one of those Umno’s cyber warriors, my fear for Umno’s future increases. Kalau Sdra (Sdri) dipihak yang benar, mengapa harus baling batu sembunyi tangan? Perkenalkan diri dan kita bersilat seperti pendekar bukan seperti kawar (coward) yang mencuri waktu malam.

Sdr Keranamu Malaysia, artikulasi Sdr memberi gambaran bahawa benarlah Malaysia kini sebuah negara polis (police state) bila saudara takut keselamatan saudara dan keluarga saudara semata-mata kerana saudara bersuara.

Mungkin saudara sudah tarlalu lama di luar negara. No sir, Malaysia isn’t as dangerous as you think and one Khairy Jamaluddin and a couple of power-crazy young men and women do not make Malaysia a police state. But is we succumb to fear, Malaysia will become a true police state like Burma.

Think!

Anonymous said...

Sdr A Kadir Jasin
Salaam

Sub-Prima dan PIF
(biarnya senda gurauan)

Adalah suatu igauan ngeri sekiranya akibat keadaan ekonomi global yang rapuh namun ganas bank-bank di negera-negara maju dan kaya mengambil tindakan berani menguncupkan apa yang terlalai-terlondeh dalam kemudahan pinjaman mereka dengan menaikan kadar faedah bagi mengurangkan risiko akibat ekonomi dunia yang banyak berbisik-bisikan mengenai kegagalan matawang American dan 'hyperinflation' dan merekanya bersedia menghadapi kemungkinan terjangka ini dan kita terpaksa akur dengan kehendak cerewet cerewot bank-bank ini.

Dalam hal ini, sekiranya belaku kuncupan ekonomi dunia, besar kemungkinan pelan-pelan pembangunan mega kita harus disusunatur semula strategi pelaksanaannya. Kalau diteropong dengan lebih dekat hanya tinggal koporasi GLC Petronas yang berkeupayaan dapat terus melangkah ke hadapan menerajui barisan GLC dalam menyahut cabaran pembangunan negara menuju Wawasan 2020 dan seterusnya Gemilang 2057.

Maka kita harus bertanya bagaimana pembangunan yang yang berteraskan PIF itu mampu kita teruskan tanpa membebankan kerajaan dan raayat? Para pelabur asing usah kita khuatiri kebersediaan meraka mahu melabur di wilayah-wilayah kita. Ini amat nyata.

Itu persoalan yang penting dan ianya tidaklah boleh kita kaitkan dengan keadaan berpolitik yang garang untuk menentukan pengurusan GLC besar tidak gentar terkebil-kebil berdiri terpacak terpukau tidak tahu mahu berganjak ke hadapan atau mahu lari lintang pukang kerana tidak pintar menghapai cabaran ini.

Sepekara dan pendek cerita, dan bukan saya mahu tahu siapa mereka yang pening kepala memikirkan bila laba dari usaha merancang semua pembanguanan mega kita dapat dirasai, saya bimbang adakah Mahathir itu masih perlu lagi sebagai Penasihat Petronas. ECER telah dipertanggungjawabkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pengurusan terdidik dan cerdik akan menjayakannya. Mahathir ini masih kritis lagikan terhadap keupayaan kerajaaan di bawah kepimpinan segar Abdullah Ahmad Badawi yang walaupun dikatakan bermimpi namun telah mengapai bintang.

Saya tahu banyak lagi Anak Malayu dan Anak Malaysia yang berpengalaman baik yang semestinya mengatakan mereka lebih dari bersedia yang dapat memenuhi jawatan ini sapertinya cerita Azlan di Proton dan Tun Musa Hitam di Synergy Drive atau mereka dalam firma Scomi kita yang kian membangun dengan cepat dan cekap.

Maklum sajalah kita tahu Mahathir tidaklah begitu sehat dan dia semestinya lebih menerima hambatan-hambatan ini terhadap dirinya dan lebih baik dia tengok-tengok nasib dan pendidikan cucu-cicitnya.

Terima Kasih Caca Marba

Anonymous said...

Salam Datuk,

Yep, agar benar yang saya merasakan Malaysia hampir mendekati taraf negara polis.

Mungkin, bilamana saya pulang ke Malaysia, saya merasa takut untuk bersuara, kerana tiada jaminan nampak seperti bakal diberikan kepada mereka yang bersuara.. (Saya selalu terfikir, bukankah lebih baik JIKA Telekom Malaysia memberikan perkhidmatan SMS dari pondok telefon awam?? barangkali, masyarakat akan lebih berani bersuara jika a certain level of anonymousity diberikan)..

Bukan apa, saya rasa, tidak berbaloi jika saya ditangkap.. :) sebagai anak tunggal, tanggungjawab menjaga kedua ibubapa terasa jauh lebih penting berbanding ditangkap untuk mengubah sesuatu..

Namun begitu, I'll always find a way (or ways) to voice out safely. Lawan tetap lawan, tetapi keselamatan diri dan keluarga terlalu berharga bagi saya.

Terima kasih Datuk atas perhatian yang diberikan atas komen simple saya. And nope, being far for Malaysia for a long time will never make me lose view of my beloved land. Orang kata, jauh di mata, dekat di hati.. :)

Walaubagaimanapun Datuk, teruskan perjuangan, blog ini amat bernilai bagi kami di perjauhan. Kami selalu mendoakan agar Datuk dan para pejuang sihat selalu dan dinaungi rahmat-Nya berterusan.

Dan jika berkesempatan, tolong doakan kejayaan kami di sini yea, Datuk?

aduh, exam lagi esok... :)

Anonymous said...

Dah lama dok tak cerita
Dok cari makan pening kepala
Harga roti harga gula
Dia dok naik tak berpada-pada

Najib nak aja kita pi angkasa
Nak pi Alor Star pun dah seksa
Naik teksi menang tak pakai meter
Bas cabuk mati sepanjang masa.

Apa dah jadi dengan pemimpin kita?
Dok asyik fikir benda tak berguna
Cakap besar sepanjang masa
Tinggi menjulang sampai angkasa.

Rakyat di bumi ni ingatlah sikit
Hidup kami betui-betui tersepit
Buat projek tapi tak dapat duit
Naik turun pejabat kering duit poket.

Tak pa lah hantar seorang ke angkasa
Bayar tambang berpuluh juta
Pak Lah pun seronok tak terkira
Puji dan puja Pak Sheikh kita.

Tapi pasai apa lupa kepada kami
Petani nelayan penanam padi
Kontraktor kecik peniaga pekan sari
Kami ni lah yang dok bagi undi.

Wahai pemimpin berhentilah bermimpi
Jangan dok seronok buat janji
Yang 10 tahun dulu tak tunai lagi
Sudah-sudah kami mati berdiri.

Yang Si Khairi ni apa benda
Sapa dia ni Mat nak tanya?
Perdana Menteri ka atau Raja
Macam Malaya ni dia yang punya.

Mat Tunjang tak boleh lama
La ni ada projek di Pokok Sena
Ambil subcon dari seorang cina
Kontraktor asai khabarnya Bumiputera.

Inilah yang jadi dengan Melayu
Minta projek dia nombor satu
Bila dapat dia bagi kat Ah Choo
Mat Tunjang pula kena minta merayu.

Nasib baik la Ah Choo dah kenai lama
Dia dengan Mat kongsi sama-sama
Dia bagi bahan Mat supply pekerja
Boleh kami anak bini sikit-sikit rasa.

Mat dok tunggu pilihanraya
Kita tengok sapa raja
Undi kita sangat berharga
Janganlah kita persia-sia.

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Retorika yang melampau ini kadangkala mengeli-gelemankan, bila mana kita lihat tudung bawal angkasawan berharga RM95.00 juga yang laris macam pisang goreng.

Saya kira orang Melayu ini suka short cut. Biarlah mereka macam itu, melak-melak tuah tudung angkasawan ada datuk-datuk, bakal-bakal Menteri, bakal angkasawan, VIP, ahli korporat yang tertawan dan bikin isteri. Hah bukan ka orang tua ada kata "tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu"

Bukankah Ketua Pergerakan Wanita UMNO sendiri dah keluar kenyataan. Tak payah rancang-rancang, kalau Allah kata jadi, jadilah, kalau Allah kata tak, rancanglah macam mana tak jadi juga.

Pemikiran sebegini sangat mengerikan, saya tak tahulah selama 50 tahun merdeka apa yang agamawan kita dah buat ye, sampai Orang Perempuan Utama kita boleh keluar kenyataan yang tak sepatutnya. Agaknya Peruntukan semua habis untuk biayai operasi tangkap khalwat kut.

Ada ustaz saya kata, kalau nak tinguk satu bangsa itu bertamadun atau tidak, tinguklah WANITAnya. Kalau mau Melayu tinggi ke awan, berfikiran glokal binalah wanitanya, jika mau musnahkan sesuatu bangsapun, musnahkanlah wanitanya.

A KADIR JASIN said...

A personal note to EMI. You want to interview me for your course, but you did not give your identity.

You ask me for my e-mail address when you should be giving me yours.

If you are indeed a journalism student, you should do a bit of research and I am sure you'll find out how and where I can be contacted.

Don't they teach basic investigative journalism and communication anymore?

Thank you.

Junichero Hayashi said...

Universiti kita terkeluar senarai 200 terbaik dunia

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mengarahkan semua naib canselor universiti tempatan menjadikan reputasi akademik sebagai strategi utama dalam inisiatif penambahbaikan institusi masing-masing.

SELEBIHNYA SAYA MALAS NAK LETAK PANJANG SANGAT BOLEH BACA DI UTUSAN ONLINE. - http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

KOMEN

Apa sudah jadi universiti kita yang merudum dengan begitu teruk sekali.

Maka tepatlah apa yang disebut datuk !

QUOTE

"Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu"

Bermula daripada pimpinan peringkat universiti diikuti pensyarah dan akhir sekali pelajar. Saya kira memang ada sangkut pautnya dalam hal ini dan akhirnya di terjemahkan dalam THES !

Apa pandangan datuk ?

Nampaknya banyak benda kena di ubah !

A KADIR JASIN said...

Sdr Pemancing,

1. Menarafan Thes yang menghampakan ke atas IPT negara tidak memeranjatkan. Ia sekadar penerusan kejatuhan penarafan negara kita di dalam pelbagai bidang dan hal sejak akhir-akhir ini.

Are we a nation in decline? I pray not.

2. At least HEM acknowledged the poor rating and asked for explanation. Information Minister would just dismiss such a rating as invalid and not applicable to Malaysia.

3. IPT's -- public and private -- are paying only lips service to using outside expertise. They fear that outside influence would reduce their authority or, worse, expose their mediocrity.

4. We are allowing far too many IPTA and IPTS to be set up in such a short time. Their educational and intellectual integrity is suspected.

5. I also suspect that politics -- internal and external -- is frustrating efforts to liberalize and "intellectualize" our IPTs.

Thank you.

the indie story said...

Hanya manusia dungu sahaja yang tidak tahu menghargai seorang manusia yang bernama A.Kadir Jasin.

Ini bukan pujian melambung seperti dalam Perhimpunan Agung Umno, yang begitu punya puji melangit Pak Lah dengan niat nak dapat tender dan projek billion ringgit.

Ini kenyataan benar kepada wartawan yang banyak berjasa kepada Masyarakat Malaysia. Puji melangit kalau tak ikhlas, tak guna...buat datang dosa sahaja.

Sosok a. kadir Jasin usah dipertikaikan dalam dunia 'journalism' di Malaysia. Jika mereka tidak tahu menghargai seorang journalist intelectual seperti Dato', jangan diambil hati. Biarkan mereka. 'Biarkan siluncai terjun dalam sungai dan tidak timbul2 lagi." Orang berkuasa selalunya akan terus sombong dan tidak tahu meghargai rakan taulan sehinggalah tiba satu pagi apabila mereka terjaga baru mereka sedar bahwa ketika itu mereka tiada lagi jawatan apa-apa. Disaat itu baru mereka terngadah...dan mencari rakan lama yang dulunya sering mereka tidak endah. Biarkan mereka ini berkhayal puas dalam mimpi yang muluk-muluk...

Dato' usah gusar hanya kerana tidak dapat Akreditas untuk MAT tahun ini. Dato' ini jika masih tidak sedar biar saya sedarkan...A. Kadir Jasin ini bukan wartawan cabuk. Dato'kadir ini nama besar yang berjiwa besar boleh pula duduk pekena teh tarik dengan semua orang. Baik kerajaan mahupun pembangkang. Jadi usah gelisah dengan mereka.

Tulisan-tulisan Dato' sampai ke akar umbi...jadi mengapa risau dengan "pemimpin yang tercabut jiwanya dari akar umbi"...(meminjam kata2 Anwar Ibrahim)

Rasanya datang ke MAT umno tanpa pass Akreditasi lebih bebas dan menusuk jiwa. Datangnya rakyat biasa dengan jiwa yang besar...tanpa perlu layanan VIP.

Malu rasanya tulis yang bukan2 seperti ini kepada seorang manusia yang bernama A. Kadir Jasin...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Akhirnya Dato? Dapatkah pas untuk membuat liputan PAU? Saya rasa tidak.

Politik Melayu makin teruk. Ia bukan sekadar engkau UMNO atau PAS, tapi engkau orang Pak Lah atau orang DRM? atau engkau bukan orang kami. Sikap begini tidak akan membawa kemajuan kepada orang Melayu. Kita menolak Melayu yang berketrampilan dalam kewartawanan, kita mengenepikan orang yang bekerja keras dalam perniagaan(kontrak), kita menolak orang jujur untuk pangkat/jawatan.

PAU tahun lepas, Pak Habib dikatakan dilarang menjual buku politiknya. Ramai orang kenal Pak Habib. Beliau tidak takut dan banyak buku yang dihasilkan untuk mengecam DRM. Oleh kerana DRM membenarkan penulis-penulis buku politik mengecam beliau, maka pembesar-pembesar lain tidak lagi kebal dan Pak Habib akan terus mengkritik pembesar atau sesiapa jua yang beliau rasa tidak betul. Pada saya, beliau menjadi raja buku politik kerana sikap keterbukaan pemimpin yang lalu.

Tapi beliau orang bijak dan tahu bagaimana hendak meloloskan dirinya pada tahun ini. Tak perlulah saya khabarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau pada tahun ini, semua orang tahu. Kerja senang untungpun dapat.

Saya pesimis tentang nasib orang Melayu pada masa hadapan. UMNO berjaya melahirkan umat Melayu dengan minda tertutup pada pandangan pihak lain (walaupun mendokong perjuangan yang sama)dan amat takut kepada pemimpin. Kalau bukan Machiavelli, apakah istilah yang sesuai untuk pemimpin UMNO kini?

Sekian

Anonymous said...

Sdr Akulamat dan Sdr Moderator, terima kasih atas ingatan. Bagi saya, dipuji atau dikeji tidak menjadi masalah. Yang lebih utama, mesej yang hendak saya sampaikan sampai ke matlamat dan destinasinya.

Sebagai wartawan, saya dikeji sama kerapnya dengan saya dipuji. Mungkin lebih kerap dikeji daripada dipuji. Itu risiko yang saya akui dan terima bermula pada saat saya menjejakkan kaki ke alam kewartawanan pada tahun 1969.

Sampai kesudahan saya tidak mendapat akreditasi untuk membuat liputan perhimpunan Umno tahun ini.

Tanpa kartu itu, saya tidak boleh masuk Dewan Merdeka. Mungkin mereka tidak mahu saya melihat "suasana/mood" di dalam dewan perhimpunan itu.

CCTV di PWTC pun jarang tunjuk "adegan/scene" perwakilan di bawah dan ahli MT di atas. Yang ditunjuk hanya pemidato.

Takut "tertangkap" gambar orang tidur, orang menguap, orang main SMS dan kerusi kosong agaknya?

Saya yakin kegagalan saya dapat pas wartawan dan apa-apa jua jenis pas bukan kerja PM atau SU Agung Umno.

Saya rasa mereka tidak pun tahu hal tak masuk akal ini berlaku.

Ini kerja para pengampu yang dan pengilat epal di Ibu Pejabat Umno dan pesekongkol mereka yang lebih berupa penyokong yang membawa rebah kepada parti.

Pergi tetap pergi. Mereka tidak boleh sekat saya kerana saya wartawan dan Umno bukanlah kaitan sehari dua bagi saya.

Malah ramai pengawal, bodyguard dan perwakilan menegur saya. Terima kasih Tuan dan Puan.

Soalnya, apa sudah jadi dengan Umno? Atau setidak-tidaknya dengan pentadbirannya. Kalau nak mengampu atau nak "melindungi" parti sekali pun biarlah ada gaya, ada stail sikit.

Pasti ini Petunjuk bahawa dalam masa yang begitu singkat kuasa intelek dan peradaban sesetengah "pemimpin" dan pentadbir Umno merosot begitu teruk.

Allah selamatkan Malaysia.

Terima kasih.

Lim Wing Hooi said...

Saya rasa banyak teladan dan pendidikan moral yang boleh belajar dari blog ini. Moga-moga bakal wartawan sedar bahawa tugas menulis bukan sekadar komunikator yang membungkus maklumat ucapan dalam pembalut hadiah indah, tetapi perlu melibatkan aspek kritikal dan menanya soalan yang setiap manusia biasa akan tanya.

A KADIR JASIN said...

Sdr Lim,

Terima kasih atas ingatan baik saudara. Malu (malas) bertanya sesat jalan.

Tetapi jika seseorang itu sudah sesat atau sudah terpesong, dia tentulah tidak akan bertanya lagi kerana dia menganggap diriny sudah sempurna.

Atau semua yang berada bersamanya turut sesat dan terpesong maka mereka sama-sama tiada tahu dan tiada sedar kekesatan mereka.

Kalau blog ini baik jadikanlah ia teladan tetapi kalau buruk jadikanlah ia sempadan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sdr A Kadir Jasin
Salaam

Khayalan Kosong Tiada Berpijak Di Bumi
(Atau semua yang berada bersamanya turut sesat dan terpesong maka mereka sama-sama tiada tahu dan tiada sedar kekesatan mereka)

1. Zam Refutes Al Jazeera's Claim Police Used Force On Protesters

KUALA LUMPUR, Nov 10 (Bernama) -- Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin has refuted satellite television station Al Jazeera's claim that police had used force on hundreds of protesters here today.

He told the station that police had tried to disperse the protesters by using water cannons as the gathering was illegal. "When they refused to disperse, the police allowed them to march to Istana Negara to hand over a memorandum demanding for a clean and fair election.

"The police managed to handle the situation as best they could," he said over the phone in a live interview by Al Jazeera here.

He was responding to the illegal assembly organised by the Coalition for Clean and Fair Elections or "Bersih" comprising 26 non-governmental organisations and which also involved opposition parties, to hand over the memorandum containing their demands, to Istana Negara.

Asked why Malaysia did not allow such gatherings, Zainuddin said they were unnecessary because general elections had been held without fail in this country and according to the scheduled dates.

The minister also hit out at Al Jazeera for having the wrong perception when posing questions...



2. Tear gas fired at Malaysia rally
UPDATED ON:
SATURDAY, NOVEMBER 10, 2007
10:17 MECCA TIME, 7:17 GMT

Malaysian police have fired tear gas shells and water cannons to disperse hundreds of activists at an opposition-backed rally in the capital Kuala Lumpur.

The rally on Saturday was organised by activists demanding changes to the electoral system ahead of general elections expected early next year.

Thousands of demonstrators in the city centre were stopped by a police cordon as they tried to march to the Merdeka [Independence] Square, the planned location of the rally.

Many activists barricaded themselves in a nearby mosque for protection...


Nota:

Saya tonton berita Al-Jazeera itu yang penuh ketersasul-sasulan.

Apa yang terlintas di kepala adalah bentuk-bentuk pertanyaan yang saya katakan bolehlah ianya melakar rumusan khayalan saya.

Kenapa tunjuk perasaan ini diadakan?
Kenapa ianya tidak mengenai kenaikan harga barang atau masaalah PATI dan ketagihan pekerja asing?
Kenapa adanya cerita Lingamgate tetapi tenggelam begitu saja dan dengan itu adakah ia tiada langsung tidak diketahui oleh Al-Jazeera(one party government and UMNO is it?) dan kenapa cerita ini tidak keluar di BBC?
Kenapa hanya nampak orang melayu yang ramainya?
Adakah nilai-nilai demokrasi Malaysia tercabar?
Kenapa Abdullah Ahmad Badawi perlu beria-ia mengatakan ia pantang dicabar?
Siapa yang untung dari peristiwa ini?
Adakah ianya berprinsipkan: when your adversary makes you look bad you look very good? Adakah ianya suatu sandiwara yang ianya tiada langsung terbabit dengan anggota ahli majlis tertinggi UMNO?
Apakah nantinya riuh di depan rumah, pencuri keluar-masuk sambil berpesta dan tertawa di pintu belakang?

Mahu saya bertanyakan YABhg Tun Dr Mahathir buah fikirannya kerana ia seorang doktor dan saya pening-pening lalat. Bukankah itu lebih tepat dan bertempat dari menyidangkan ianya kepada anda dan saya menyusahkan anda, Sdr A Kadir Jasin, walaupun saya hormat akan apa-apa buah fikiran anda dalam hal ini.

This is a free country
We are not afraid...
But I am

Terima Kasih

Anonymous said...

salam,

mengkasakan bangsa?banyak orang melayu masih kerja makan gaji..seorang pekerja yang berijazah di tempat saya kerja sudah 5 tahun kerja di situ.hari-hari kerja.adakah dia mampu perkasakan bangsa sendiri?di tempat yang sama saya kerja juga,ada seorang budak spm saja sudah buka 3 warung burger dan menggajikan 9 orang pekerjanya!!!mula kerja sama dengan orang tadi tu.mana lebih perkasa?

Anonymous said...

Sdr A Kadir Jasin
Salaam

Menyambung kata kerana baru sahaja tadi terjumpa cantik cerita di BBC

Malaysia police break up protest
By Robin Brant
BBC News, Kuala Lumpur
Last Updated: Saturday, 10 November 2007, 16:12 GMT

There was a heavy police presence in central Kuala Lumpur
Malaysian police have used tear gas and water cannon to disperse thousands of protesters who were marching in Kuala Lumpur to demand electoral reform.

The event was organised by a group called Bersih which is made up of opposition parties and dozens of non-governmental organisations.

The marchers were prevented from entering central Merdeka Square because police said they did not have a permit.

Police estimated the crowd at between 10-30,000 people.

Rising tension
Heavy rains could not stop the marchers as they made their way along the roads on the side of Merdeka Square.

Many of them were in the yellow shirts which organisers had asked them to wear.

Tension has been high in Malaysia ahead of the march
They were calling for changes to the electoral process in Malaysia to prevent fraud.

One demand is to use indelible ink to show who has voted…


Nota keluhan:

Nah, sekarang bolehlah kita mendabek dada dan berkata: We are famous!
wahai sahabat, handai taulan serta handal dan taulan!

Namun, kenapa senang sangat kalau kita yang dangkal ini sangat dan asyiknya mahu menjerkah menghentam si-Dirty Hairy? Memang si AI itu barang mainan murah - itu kita faham sangat-sangat.

Apa cerita Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Musa Hitam - kenapa tak periksa mereka dan berapa ramai anggota Inner Inner Party?

Nyata juga, Mahathir pun sudah terperangkap dan tidaklah dia boleh bergerak bebas lagi dalam negara dan sekiranya benar kenapa Che Det tidak berjuang perjuangan yang lebih hebat dan mulia?

Bukankah Perbankan Islam sudah dirampas sewenang-wenangnya oleh Barat dan bukan Islam? Perbankan tanpa riba diterajui dan dikawal oleh mereka yang asas hidup mereka mengagungkan riba dan senjata ampuh mereka sistem pertukaran matawang yang berprinsipkan 'permintaan atau kuasa pasaran'. Sekarang kita lihat ianya diperkasakan lagi dengan permainan Equity Funds yang dulunya kita ejek dia si-enyanggak Matawang.

Apapun kita mahu bertanya ada benarkah Mahathir segannya dan bukan tidak mahu berusaha lebih gigih menghidupkan lagi suatu sistem pertukaran matawang Islam sapertinya Gold Standard dahulu dan perkasakan Dinar Emas Islam?

Setiap orang Islam berhak terhadap hidup bebas riba tetapi Perbankan Islam yang ada sekarang tidak cukup kukuh menjamin hak itu dan tidak juga menjurus ke arah itu akhirnya.

Kita faham, Kuasa Dollar Amerika dan kuncu-kuncunya sesebenarnya cerita yang harus kita tulis semula mengikut sesedap warna tinta akidah Islam. Itulah perjuangan kita yang sabar atau mahukah kita turuti sahaja jalan mereka yang tiada lagi mahu bersabar dan angkat senjata. Setakat Sovereign Funds orang Arab itu, kita hormat usaha saudara kita itu walaupun digagah-gagahkan juaga mereka.

Adat Dunia
(maka berundurlah kita)


Che Det, Che Det sudah nyata
tiadalah lagi jauh permandanganmu
dan nyata tiada lagi perjuangan
perjuanganmu udah selesai

masihkah mahunya lagi
permainan UMNO
dan politik nasional
masakan itu mainan ringan
kanak-kanak dan bebudak
yang masih belum baligh, Det

walhal, memerangi riba
dan kezalimannya,
bukankah itu cerita kita
negarawan, laksamana dan pendekar
kecil dan besar
tua dan muda
dahulu dan sekarang, Det

namun,
kita mengerti dan faham
Che Det kita sudah pun tiada mudanya dan ada uzurnya
dan kitanya pula tiada berkuda
cuma yang ada kain yang buruk

itukan adat dunia, Det


Terima Kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Saya terdengar cerita olahan perkataan 'angkasawan' dalam satu ucapan dalam PAU 2007 tapi malangnya saya tidak sempat mendengar the whole story. Menurut ceritanya, olahan itu mengingatkan orang Melayu supaya jangan lupa diri dilambung dengan 'angka' sehingga menjadi 'sawan' akhirnya. Harap Dato' dapat perjelaskan jika benar ada ucapan sedemikian.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pijan71,

Mohon maaf tidak dapat beri penjelasan. Mungkin ada pembahas buat adaian sedemikian.

Tahun saya tidak lama di mesyuarat agung Umno. Saya hadir "curi-curi" saja kerana Ibu Pejabat Umno tidak melayan permohonan saya untuk mendapatkan pas wartawan.

Angkasawan ni bukan cerita baru. Ia berakar umbi pada pertengahan tahun 1980's apabila Tun Dr Mahathir melawat Star City iatu pusat latihan angkasawan Rusia di Moscow.

Abdullah dan Mohd Najib sekadar memetik buah ranum dari pokok yang ditamah oleh Mahathir bin Mohamad.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Salam Dato' AKJ,
Saya masih teringat lagi zaman kanak2 dahulu, ketika itu saya dibesarkan dalam tahun 80an dizaman negara berada dlm kegawatan ekonomi ..pergi sekolah bawa bekal dan duit poket hanya RM1 untuk seminggu belanja, pernah merungut kpd emak kerana hanya makan nasi lauk telur goreng, kicap & sayur taugeh..(bila fikir balik..alangkah terjal & tak bersyukur betul diri ini ketika itu, walhal keperluan pelajaran tak pernah dikurangkan walaupun kami hanya membeli baju raya 2-3 tahun sekali). Berkat rezeki halal titik peluh bapa yg hanya kakitangan badan kerajaan bergaji akhir RM1,200, ketiga-tiga anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran... bapa & ibu saya pernah mengusahakan bendang bermandi keringat peluh sendiri untuk untuk menampung pengajian bapa yg mengambil Diploma Accounting & CIMA secara PJJ dari UK utk mengubah nasib keluarga...bapa makan hati apabila kelulusan Diploma & CIMA stage II tak dipandang dalam badan kerajaan yg politikus songsang & pegawai yg kelulusan setakat SPM boleh naik jadi bosnya lalu berbekal 25 tahun pengalaman dia bertindak bersara awal secara pilihan dan membuka perniagaan sendiri berasaskan perkhidmatan perakaunan & kursus percukaian ..(ketika ini, badan kerajaan tersebut ada juga mendapatkan khidmat bapa saya untuk kursus pegawai mereka dengan bayaran antara RM1000-1,500 sehari!). Alhamdulillah, kakak saya pernah masuk suratkhabar mendapat anugerah CIMA (Chartered Institute of Management Accountant) di University of East London (pelajar terbaik semester) dan telahpun dapat CIMA stage IV (last stage..berapa kerat anak melayu ada CIMA stage 4?) ..adik saya yg bongsu terpilih diantara 50 org tajaan MARA ke UK kerana mendapat A-Level straight 'A's sedang mengikuti pengajian Aeronautik di Imperial College of London & bakal sambung hingga peringkat M.Eng....Hanya anaknya yang tengah ini yg sedikit bodoh terjal & kelulusan tak sebagus mana , tak dapat pergi oversea kerana kegawatan ekonomi ..menjadi tukang karut di blog ini berbekalkan selaras bazooka penaka usang.. :) Sekadar al-kisah hidup teringin utk dikongsi oleh org marhain berasal dari kampung yg bernasib baik dianugerahkan Allah ibu bapa sebegini..

Dilema Melayu: Ciri-ciri kepimpinan selaras tuntutan Al-Malikul A'lamin?
Berbalik kepada masalah dilema Melayu.. ciri2 apakah yg di adaptasi org Melayu dalam memilih pemimpin? Adakah ia selaras seperti dalam manual Ilahi?? Adakah kerana kebejatan & keterpesongan dari tuntutan Islam adalah jawapan kepada kemelut kepimpinan Melayu yg menjadi dilema lembayung kelabu..mari kita renung bersama:

Firman Allah s.w.t: Al-Baqarah:247-
"Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui".

Jelas dalam ayat diatas Allah telah menggariskan hanya dua (2)kualiti kreteria pemilihan pemimpin:
1)Ilmu yang luas
2)Tubuh yang perkasa (sihat yakni fizikal & minda yakni, bukanlah sasa seperti Arnold Scwhazeneger semata-mata)

Dan Allah s.w.t selaku al-Khaliq (Maha Pencipta) amat memahami dilema makhluknya.. contoh adalah Bani Israel yg berbetah dgn Nabi mereka kenapa tidak dipilih pemimpin dari org yg kaya dikalangan mereka?

Adakah org Melayu masakini yg mengambil pelajaran daripada manual berusia 1400 tahun ini? Jawapannya amat sedikit sekali..mereka berdepan dengan kebejatan, kepincangan & kehancuran tetapi masih terpinga-pinga mencari punca.. Allah taala telah lama menjawab kemuskilan kita.. pilih pemimpin kerana untuk KEKAYAAN nescaya kita ke jurang kehancuran! Pilihlah kerana ILMU & KESIHATAN...

Maaf jika saya mengatakan YAB PM kita sekarang seolah-olah ada persamaan seperti bekas presiden Indonesia Gus Dur! . Tun Dr.M ..althought i do admired your quality, (I'm among those thousands of ex-primary school kids that had chosen you as their idola in their essay), now I'm partially blaming you for your chosen successor, perhaps you didn't have so much choice at that time.. but the fact is he clearly did not fit in the bill - the Al-Kitab 2 main creteria! That explain a lot!

Dilema Melayu: Ekonomi & Riba?
Hukum Riba Allah taala telah gariskan dalam Al-Baqarah: 275-279.Org Malayu masakini masing terbelenggu dalam paksi subsidi dan cenderung untuk mencari watak2 untuk disalahkan walaupun berpunca daripada kepincangan diri sendiri walhal tiada inisiatif langsung untuk usaha diperingkat individu. Apabila dibebani hutang mereka terus manyalahkan bank malah bank Islam, sedangkan mereka gagal melihat institusi perbankan Islam itu sebagai entiti perniagaan bukannya badan kebajikan seperti Baitul-Mal!

Alangkah jahilnya..Didalam Islam, sesuatu usaha dari aspek skala masyarakat hanya akan membaya kesan jika dilaksanakan secara jamaah (Ya! Jika diterjemahkan dalam istilah teknikalnya ialah kuasa majoriti!) Semuanya bermula dari usaha individu yang menampakkan hasil jika ditujahkan secara kolektif.

Apakah Islam mewajibkan penganutnya berhutang untuk mencari harta? Apakah pengurusan kewangan individu adalah tanggungjawab perbankan Islam? Apakah semua umat Islam berasa mereka berhak menerima zakat (subsidi?) sedangkan tuntutan rukun Islam ke-4 adalah mengeluarkan zakat? Apakah kualiti umat Melayu yg mengaku Islam sudah mencapai standard Ilahi? Persoalan-persoalan ini akan merungkaikan jawapan secara sendiri.

Memang fitrah manusia untuk berasa takut, curiga & sangsi terhadap sesuatu yang tidak diketahuinya. Sistem ekonomi Islam bikanlah milik org Islam sahaja. Menuduh perbankan Islam bersifat dan dikuasai 'kafir' tanpa memahami 'modus operandi teknikal kewangan Islam akan menjurus kepada fitnah.

Secara perundangan Bank Negara tidak mudah nak letak label Islam pada produk perbankan? Mereka perlu melalui 'syariah screening' malah setiap perbankan Islam wajib mempunyai Majlis Penasihat Syariah mereka malah ada dikalangannya dianggotai Ulama seperti Prof. Yusof Al-Qadhrawi. Di Malaysia, Panel Penasihat Syariah Bank Negara mengawal selia produk2 & penyenaraian saham syarikat yang mendapat status syariah. (Not only one person do the thinking but a group of them with competent background in fiqh muamalah).

Riba bukanlah setakat penaakulan minda semata-mata yg mudah dilunaskan lidah bernafsu, perlu belajar fiqh muamalah & fahami asal usul hukumnya.

Orang Melayu selalu merungut kerana kadar keuntungan perbankan Islam dikatakan tinggi & zalim tetapi jarang sekali ada yg memuji & mengambil manfaat kadar keuntungan simpanan Al-Mudharabah & Al-Wadiahnya yg jauh lebih tinggi dari simpanan tetap bank konvensional, kecuali majoriti org bukan Islam yg sememangnya arif tentang ekonomi menggunakan kemudahan perbankan Islam. Ibarat membandingkan harga hypermarket dengan mini market, sudah tentu kos operasi mini market lebih tinggi kerana modalnya lebih kecil menyebabkan harga jualannya lebih.

Tetapi jika yang majoriti perungut tersebut hanya tahu merungut tetapi tidak pernah menyokong mini market yg halal itu bagaimana mungkin mini market itu akan dapat menjadi hypermarket untuk memberikan harga yg lebih rendah??

Lihat kaum bukan melayu, mereka menyokong perniagaan kaum mereka w/pun mahal, itu dalam skala kaum yg kecil mengapa melayu dalam skala Islam yg besar tak boleh? Isu sosej usus babi dengan sosej keluaran bumiputera, seperti Ramly..berapa ramai melayu yg kisah soal halal/haram berbanding nilai & kuantiti? Itu yg nampak..yg tak nampak seperti RIBA apatah lg.. Dilema melayu!

Perlu diingat bank Islam mengeluarkan zakat yg tiada dapat sebarang rebet cukai perniaagaan tetapi perbankan konvensional tidak keluar zakat...apa sumbangan mereka kpd umat Islam?? segala dasar kewangan perbankan Islam perlu di screen oleh majlis penasihat syariaah mereka yg ternyata bukan kelulusan universiti bawah titi!

Saya tak hairan pun fenomena & pemikiran melayu sebeini..itulah sebabnya Melayu masih tak dapat kuasai ekonomi..Hukum Allah taala pun masih berbetah & tak tahu bersatu dalam bab ekonomi walaupun kita adalah golongan majoriti..tak usah cakap kuasa majoriti jika masing2 belum ambil tindakan & cermin diri sendiri..Berapa ramai Melayu yg menabung utk anak sejak lahir daripada mengharap subsidi? Ingatlah: Al-Baqarah:276 ....Riba menghancurkan keberkatan diri! Bukan saya kata, tapi renungkanlah lojiknya secara teknikal mengapa Allah berfirman sebegini..

Mungkin Tun DrM nampak formula dinar penyelesai kpd masalah spekulasi & kongkongan riba ibarat permainan reversi..memutihkan yg hitam dgn strategi tetapi kalau sekadar bertepuk sendiri tanpa sokongan masyarakat Islam hadhari apa gunanya!

Berapa ramai yg faham perbezaan pinjaman & pembiayaan? Modus operandi Islam berteraskan akad jualan tetap & ibra' (rebet) dan konvensional berteraskan interest BLR, apa bezanya wahai Melayu masakini? Dalam perbankan Islam tiada hidden cost..dalam sistem konvensional BLR itu sendiri adalah hidden cost (RIBA!)..BLR semasa 6.75% tetapi ingatkah Melayu mudah lupa BLR ketika 1998 kegawatan ekonomi? 10%! Ia berkadar songsang dengan pergerakan ekonomi, naik bila ekonomi jatuh..jadi yg manakah lebih zalim wahai melayu masa kini?? Ramai yg belum mengerti.

Org bukan Islam lebih mengerti malah kerana mereka lebih faham soal ekonomi. Ilmu itu membezakan antara yg tahu dan tidak tahu! Lebih teruk lg dalam perbankan konvensional denda lewat difaktorkan bersama jumlah pokok dan tertakluk kepada caj faedah (maka tak berkesudahanlah batu beban di bahu jemala melayu tipikal jika selalu lewat bayar...mimpi buruk yg tak berkesudahan..kesudahannya sampai surat mahkamah isytihar bankrap!)

Dalam perbankan Islam denda lewat diasingkan malah bank sendiri tidak boleh ambilnya & perlu disalur untuk maslahat umum.. bank konvensional bayar awal ada denda & lock-in period, perbankan Islam bayar habis awal dpt ibra' (rebet)..apakah anda tahu?

Saya cadangkan mereka yang belum memahami sistem kewangan Islam layari web www.zaharuddin.net & bacalah artikel2 berkaitan (guna fungsi carian di laman web itu kunci kata persoalan) sebelum lidah begitu ringan mencerca intisari daripada manual Al-Khaliq kepada manusia! Sesunguhnya inilah dilema Melayu masakini (Dilema Melayu hadhari)..Pengurusan kewangan saya cadangkan baca buku Azizi Ali.

Firman Allah s.w.t:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. (An-Nahl: 78.)

Bersyukurlah dengan rahmat Allah melalui usaha memahami ilmu & penciptaanNya dgn aqal kita (proses deria pendengaran, penglihatan & hati). Hakikatnya wahai Melayu masakiini, tiada bezanya kita dengan bukan Islam jika tidak berusaha memahami ajaran Islam sebenarnya..saya tak terkejut pun jika ramai Malayu murtad..penjelasannya Allah dah beri! Tak perlu takbur & lupa diri walaupun kita dilahirkan automatik Islam ataupun keturunan ulamak muktabar! Gagasan Melayu Hadhari juara Islam..??

Astagfirulahalazim..masih nak berkhayal ke angkasa raya..? ambillah saka bangsa rodoklah mata jika mata hati masih lagi buta! Buta dunia nyata ternyata tiada beza! Tenggungjawab berat tak terpikul di bahu jemala!

Wallahualam

Unknown said...

apa nak jadi lah melayu zaman sekarang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).