Friday, November 23, 2007

Pulau Batu Puteh: Siapa Lebih Bersedia?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEKIRANYA Malaysia menang perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di bandar raya The Hague, Belanda, bagi mendapatkan Pulau Batu Puteh, puji-pujian yang melimpah luah pastinyalah akan diberikan kepada perwakilan negara.

Tetapi seandainya Malaysia gagal, pasti ada orang dan pihak yang akan berkata ia adalah kehendak takdir maka kita terima sahajalah. Menyalahkan takdir sudah menjadi amalan ramai pembesar di Malaysia. Tanah runtuh, salahkan takdir, bangunan runtuh, salahkan takdir, mayat bergelimpangan di jalan raya, salahkan takdir.

Menurut laporan terbaru Bernama dari The Hague, perwakilan Malaysia sudah bersedia untuk mengemukakan pusingan terakhir penghujahan lisannya bagi mematahkan hujah-hujan Singapura. Kita berdoa dan berharap mereka tidak menghampakan nagara.

Di seberang Tambak Johor pula, jika mereka menang, mereka akan mendabik dada mengatakan kemenangan itu memang sudah dijangkakan kerana mereka mengemukakan perwakilan yang cekap dan berwibawa.

Tetapi seandainya mereka kalah, sesuatu yang tidak menyenangkan pasti akan berlaku kepada anggota perwakilan itu, sama ada secara terbuka atau diam-diam. Takdir bukan suatu alasan yang kuat bagi melindungi kegagalan bagi pemerintah negara pulau itu.

Kalau Malaysia menang dan kemenangan itu disebabkan pencapaian perwakilannya, maka pastilah ada orang akan mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan minda yang hebat dan superior.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana dari sudut perwakilan, Singapura jelas mengemukakan sebuah pasukan peringkat tinggi yang cukup hebat. Manakala kita hanya menghantar perwakilan peringkat pegawai.

Pasukan Singapura, mengikut laporan media, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh.

Mereka disokong pula oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.

Manakala pasukan Malaysia dikepalai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.

Umum tentu tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan – projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura!

Abdul Kadir dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin dan Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.

Hakim-hakim perbicaraan adalah Raymond Ranjeva, (Madagascar), Shi Jiuyong (China), Abdul G. Koroma (Sierra Leone), Gonzalo Parra Aranguren (Venezuela), Thomas Buergenthal (Amerika Syarikat), Hisashi Owada (Jepun), Bruno Simma (Jerman), Peter Tomka (Slovakia), Ronny Abraham (Perancis), Kenneth Keith (New Zealand), Bernardo Sepulveda Amor (Mexico), Mohamed Bennouna (Maghribi) dan Leonid Skotnikov (Rusia).

Pembabitan peringkat menteri bagi Malaysia, menurut sebuah laporan Bernama, hanyalah kehadiran Menteri Luar Syed Hamid Albar di The Hague pada 12 November “untuk menunjukkan sokongan” kepada pasukan Malaysia.

Kita berdoa bahawa menjelang Jun tahun hadapan, apabila mahkamah membuat keputusan, Pulau Batu Puteh dan dua pulau kecil berdekatannya menjadi milik kita yang sah.

Seandainya tidak, janganlah kita salahkan takdir bulat-bulat. Mesti ada orang yang memikul bertanggungjawab kegagalan itu!

Bukankah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sering mengingatkan bahawa "failure is not a choice" -- kegagalan bukan suatu pilihan?

36 comments:

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Delegasi Malaysia mungkin adalah pilihan terbaik negara. Mereka yang terpilih bukanlah calang-calang juga. Cuma status mereka adalah "pegawai". Namun dilihat dari sudut moral, Singapore mempunyai kelebihan dari segi status ketua delegasinya. Di sini saya nampak mereka "menang" kerana menunjukkan keseriusan peringkat tertinggi negara apabila hujah-hujah mereka diketuai oleh serorang Timbalan Perdana Menteri berbanding dengan Malaysia di mana kehadiran Menteri hanyalah di peringkat sokongan moral dan juga peringkat "menyerahkan dokumen hujah-hujah" [rujuk laporan akhbar hari Jumaat - 23hb Nov. 2007]

Dalam masa yang sama, saya rasa agak kurang bijak apabila Peguam Negara turut melibatkan anaknya di dalam perbicaraan profil tinggi seperti ini. Adakah ini usaha penonjolan atau sememangnya kita sudah tidak ada orang lain? Walaupun delegasi kita mempunyai alasan yang kukuh, namun ini mengundang tohmahan kronisme.

Walaubagaimanapun, saya harap kita berjaya di dalam perbicaraan ini.

kedidi said...

Dato' dan Para Perayap sekalian,

Sebagai rakyat Malaysia, saya mengharapkan kemenangan berpihak kepada kita. Deligasi kita wajib pulang dengan kemenangan. Saya ulangi...wajib pulang dengan kemenangan. Kemenangan itu bukan untuk mendabik dada tetapi dapatlah menampal maruah kita yang robek dan tercalar setahun dua ini.

Terima Kasih.

);-( Samurai said...

Salaam Datuk,

Seingat saya di arena politik Malaysia jarang sekali ada yang mahu bertanggungjawab terhadap kegagalan...jauh sekali untuk melepaskan jawatan kerana kegagalan.

Tapi apa yang menjadi ralat kepada saya ialah isu tentang gambar pulau batu puteh berlatar belakangkan Teluk Ramunia yang dituduh Singapura sebagai "doctored". Ataupun kita dituduh menipu fakta di mahkamah ICJ.

Saya tidak faham mengapa pihak Malaysia tidak mempertahankan tuduhan ini kerana ianya melibatkan kredibiliti negara. Untuk Singapura mencadangkan yang Malaysia menipu di arena antarabangsa adalah satu charge yang harus dipandang seriou.

Malangnya kita mengambil sikap "sadin". Tidak ada persoalan ditujukan kepada mana-mana pihak Malaysia untuk melawan tuduhan Singapura ini.

Jika kita menang Singapura akan terus menerus menuduh bahawa berlaku penipuan. Jika kita kalah adakah kita kalah kerana terdapat penipuan yang berlaku dan kita mengeluarkan hujah yang lemah?

Apa pun persoalan Batu Puteh adalah persoalan kedaulatan. Di Singapura akhbar memainkan peranan penting mendidik rakyatnya memahami soal kedaulatan. Laporan akhbar Malaysia pula lebih merupakan "filler". Adakah akhbar seolah-olah bersedia untuk menerima keputusan yang tidak memihak kepada kita?

malaysian-i-am said...

kita pasti kalah. seandai tupai it melompat dan menipu dengan doctored photo itu, malaysia pasti dibanjir oleh kekalahan.

cukup rasa malu hang, dengan barisan malaysia, semuanya orang asing, manakala singapura orang orang negarawannya cukup mantap untuk menentang.

hai, sungguh sedih tengok cara negara sayang ku dikendalikan oleh orang orang teratas.

memalukan! aduh!

goblog said...

Failure is not the choice.....tapi dah berapa banyak failure yang terjadi di Malaysia sekarang ini dan disapu sahaja di bawah carpet.

Mungkin " you don't any choice but to....... " adalah lebih cocok.

rentap said...

i'm not trying to be bias before the verdict by ICJ next year. but i think Spore is much well prepared compare to Msia. and knowing Singaporean value of pride and that 'kiasu-ness' attitude, they will use all the arsenal available to them. they have the brightest mind in the region. they have the right working attitude.

their government dealing are much more transparent and they willing to call spade a spade. that alone is a basic thing that our govt must adopt. speaking abt ministers, when comparing msia vs spore, msia are nowhere near. in terms of education alone, their ministers are nothing short of master degree holders. where else us are a disgrace whn they open their mouth in live tv interview. even makcik in kampung can speak better english than our Zam... sad but true, the denial state of our government.

my verdict would be Spore won, Msia lost.

wanzaim said...

Salam Dato ..

Dengar citer tayar kete BMW pak lah pancit masa kt Singapura kelmarin ???? .. Macam petanda ajer ...

klee said...

Singapore says its a doctored picture but just like their case, fail to provide evidence. Its disheartening to see malaysians being easily duped.
Malaysian team wont be that stupid to doctor a picture to show proximity of the island to mainland. The map provided would have been enough for people who want to see. If you have a camera with a zoom lens, you may notice the difference in perspective as you zoom through the different focal length of your zoom lens. A long telephoto lens have the effects of magnifying part of a panaroma, motion and reducing the distance between the object in focus and objects behind it. The most logical explanation would be the picture was taken with a long telephoto lens. Not necessarily far fetched as Singapore wouldnt have given permission for us to go near the island. I think our team has done a great job. Malaysia should win this case. Nothing the team has put up is shameful.What is shameful is when the guards of your house refuse to let you in and tells you the house is theirs.

aaalee2000 said...

ASS'MUALAIKUM PAK KADIR,

malaysia tak boleh kalah dalam kes pasai pulau pasir puteh kalau kita kalah kepada singapura kesan kepada sempadan negara. Semua orang tau singapura tengah tambak pasir nak perluas kawasan darat depa. kat johor ada pelabuhan dengan pengkalan TLDM.

TUANG AYAQ MASUK TELINGA,
TERIMA KASIH

Berita dari gunung said...

Dato,

Arm twisting atau Kilas tangan:

Perundingan dalam hidup seharian bukan semuanya lurus. Pelbagai taktik boleh digunakan.

Selagi ada tangan sempat direntap, buah kilas tangan boleh digunakan. Selagi ada sarang boleh dijolok, galah akan dihulurkan.

Dalam dunia perniagaan, taktik kilas dan taktik jolok bukan perkara baru. Apatah pula untuk rundingan antara negara.

Pemerhatian Dato tepat sekali. Singapura turun dengan pasukan terbaik. Kita seolah turun dengan myTeam3 yang lahir di sebalik lonjakan busines dan reality show. Seolah kita turun bukan untuk menang.

Pertelingkahan batu puteh jika dikait dengan SJER, macam ada kerumitan dari segi strategi dan fokus. Kita mahu batu putih, tetapi kita merayu Singapura segera melabur dalam SJER. Macam ada konflik

Pada saya, bukan satu dua lengan yang telah dan akan terkilas dengan isu Batu Puteh. Juga dalam soal ini, relevankah ungkapan "biar putih tulang jangan putih mata" ketika mereka menghunus keris. di PWTC tempuh hari. Adalah menjadi harapan ramai, agar pejuang-pejuang “tulin” Melayu tidak melakukannya semata-mata untuk menang sorak manakala kampung, tanah, udara, air, selat, laut, pasir dan BATU dibiar terus tergadai.

Terima Kasih.

Zaidey said...

Saya ada ikut sikit sebanyak psal perbalahan ini. Bila saya baca dokumen dari ICJ (PDF boleh didownload dari situ), memang saya tersentak dengan pegawai2 yg diketengahkan oleh k'jaan kita dan k'jaan Singapura.

Sudah saya tahu, delegasi mereka mmg hebat2 belaka, tertanya jugak, Malaysia ni serius kah nak berbalah di mahkamah ni. Kalau ikutkan, pegawai yang sangat2 berkredibiliti pun cuma profesor2 luar, Belanda misalnya.

Tak ada wakil dari kesultanan Johor, tak ada wakil dari Sejarawan malaysia.

Heran saya, Pak Lah ni serius ke nakkan Pulau Batu putih ni?

Manakala, berita2 perdana di TV cuma menyatakan sedikit rumusan/komen mengenai pusingan dan hujah Malaysia di ICJ. Hujah dari Singapura langsung tidak ditayangkan.

Cuma sekadar nak beritahu yang kita ada di ICJ, itu sahaja.

Rakyat, bangunlah! Jangan nak butakan sahaja. Buang sikap Tak -pa tuh.

BrightEyes said...

Gambar foto itu mungkin tidak diubahsuai... dengan mengguna sejenis teknik fotografi, anda boleh menjadi 2 objek kelihatan lebih dekat dari sebenar.

Tapi blog yang dijadikan bahan bukti oleh Team Malaysia itu palsu belaka, memandangkan ia hanya ditubuh pada akhir Oktober. Penulis kata dia kononnya dari Jerman, tapi isp dia dari Puchong! Lagipun, sebahagian besar posting dia bertumpukan kepada Pulau Batu Puteh.

Alahai apa ini?! Inikah peguam terbaik yang kita boleh hantar untuk bersabung di Mahkamah Antarabangsa?!

Kalau Singapore menang... usah terkejut.

Sinatra_Z said...

Datuk terlupa atau terlepas pandang tentang kehadiran satu delegasi tambahan (seperti yang dinyatakan oleh rockybru) iaitu kehadiran peguam muda yang menamatkan pengajianya dari Uitm pada tahun 2005 untuk membantu pasukan kita. Kebetulan anak muda itu merupakan anak abdul ghani patail.

A KADIR JASIN said...

Saudara dan saudari pembahas sekalian, terima kasih banyak-banyak atas sumbangan bernas sdr dan sdri.

Kita boleh kalah bola tapi KITA TIDAK BOLEH KALAH tuntutan Pulau Batu Puteh!

Sdr Zainal a kasim, tak apalah kalau ada putera muda AG Patail dalam delegasi peringkat pegawai itu.

Yang baik kita terima, yang buruk kita tolak.

Mereka menang (itu doa kita) kita puji mereka dengan setinggi pujian. Tetapi jika mereka kecundang (minta dijauhkan Allah) kita kutuk mereka dengan sehina kutukan.

Ini soal kenegaraan, soal hak, soal kedaulatan dan soal martabat. Ini bukan cerita sitcom "All In The Family" atau Archie Bunker.

Tapi kalau orang atas boleh utamakan anak menantu dan member-member, orang bawah pun ikut-ikutlah.

Sdr KLee, komen sdr yang kedua tidak akan saya siarkan tanpa editing oleh sdr.

I don't think its proper to compare to ability of Malaysian Chinese to have more children than the Singapore Chinese to any particular animal.

In Malaysia, all races, tend to have larger families than in Singapore.

Sdr Brighteyes, if indeed the blog was only recently started and its contents were largely about the case, it goes to prove that blogging can help.

Penulis kata dia orang Jerman atau dari Jerman tapi ISP dia Puchong. Boleh jadi dia Jerman yang duduk di Puchong. Sekarang Puchong dah jadi daerah kosmopolitan! Inilah dunia siber. Anda bisa berada di mana-mana saja....

Sdr WanZaim, kereta BMW PM pancit ketika di Singapura?

Kereta Kerajaan Singapura yang diberi untuk kegunaan PM kita kot?

Kereta rasmi PM Malaysia adalah Proton Perdana.

Terima kasih semua.

Long said...

ya lah... our menteris don't speak english well... what is there to fight about an island as big as one lighthouse only... compared to wpi that is 3x larger than singapore... and later, singaporeans are allowed freely to go there....

Anonymous said...

Sebagai rakyat Malaysia, memang saya berharap semoga kejayaan memihak pada kita.
Tetapi sebagai seorang hamba allah, saya berdoa agar kemenangan menyebelahi kepada pihak yang benar!

~qwerty~

pijan71 said...

Assalamualaikum Dato',

Saya berpendapat Singapura menghantar delegasi sebegitu tinggi statusnya kerana mereka tahu tuntutan mereka sangat lemah dan perlu a stronger 'presence' to support their claims.

Tentang delegasi Malaysia pula saya tak kisah hatta rakyat kelas bawahan sekalipun asalkan hujah-hujahnya mampu menangkis apa jua yang cuba diputarbelitkan oleh Singapura.

'Best minds do not always think of best intentions'. Sejarah banyak membuktikan bagaimana LKY tidak habis-habis mencucuk jiran-jirannya dengan kenyataan yang mengundang perbalahan.

Saya yakin kita akan berada di pihak yang menang. Dan Singapura akan hanya dapat 'the rights to operate the lighthouse' kat Pulau Batu Puteh sebagaimana di Pulau Pisang, off the coast of Pontian, Johor.

saeba said...

even though malaysia did not send our dignitaries to represent our country, but i think malaysia is serious enough in the case.. they have put a lot of money to accumulate the best legal experts in the world to help us in the dispute.. don't forget, the outcome is depend on evidence that we present, not who are our representatives..

and don't forget people behind the stage.. may be their name is not in the limelight, but their contribution is undeniable..

wartawandapur said...

alah kalo ikut sejarah singapore dulu bawah kita tuntut je singapore balik.

observer Down Under said...

apa pandangan Datuk terhadap dua komen ini? dipetik dari laman Malaysian Bar:

Singapore's Deputy Prime Minister, S. Jayakumar said:
"Resorting to third-party settlement, whether through the international court or international arbitration, is a way of removing a problem or irritant which might otherwise affect the overall bilateral relations"

Meanwhile, Malaysia's Foreign Affairs Minister, Mr Syed Hamid Albar said:
"This case is to decide on sovereignty. Bilateral relations will be unaffected"

Doesn't it seems like they (the Singaporeans) openly admit that this issue can affect their mood and way of thinking and behaving in Malaysia-Singapore bilateral relations? Meanwhile, Malaysia, as usual, will always compartmentalize everything just so that our 'highly valued' relationship with our southern neighbour will never be severed..

And on top of that, even the news and newspapers in Singapore kept on reminding their citizens that this issue is about Singapore's SOVEREIGNITY and TACTICALITY (as about 900 ships passes thru Pulau Batu Putih which commands the eastern access into the Strait).. I wonder what Malaysian newpapers had 'educated' the Malaysian citizens on this issue???

Aduhai, nampak gayanya, even if we win, our southern neighbour will never be made happier with us. Somehow, my gut feelings says that: "macam tamparan hebat untuk kerajaan 3 beranak & the SJER plan je?"

raja2u said...

YBhg Dato'
Another thought provoking issue.Alas it is like asking to lock the stable after the horse had galloped away. What we lack in is strategic thinking to cover all aspects of our nation. Right now most Malaysians are only interested with what is happening around them particularly if it is money generating concerned. Issues like Pulau Batu Puteh only come to surface because Singapore claimed it and it involved the sovereignty of the nation.

In the usage of the term "Takdir Allah" I would like to use it in the following order : To me it is appropriate to use " Ini adalah Takdir Allah" if we were to win the case (Insyaallah) and "Ini adalah peringatan Allah" if we were to lose.

Perhaps it is not the time to discuss publicly this issue as the case is being deliberated by the International Court.

Once again I would like to suggest the formation of a strategic thinking group which have the total interest of nation at heart without due regards to ones political affliation.We have more than enough of people on the political front right now.

Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya.

marn said...

Tok,

To win or not to win..

Ikut kepada gambaran kasarnya, kerajaan Malaysia macam nak 'let go' Pulau Batu Putih sebab tak masyuk macam SJER. Dan Timb. Perdana Menteri Singapura, S. Jayakumar dah pun memberi amaran kepada kita. Kalau depa kalah, kita jugak akan rugi sebab depa takkan melabur dalam SJER. Nak ajar kita la tu.

Surat khabar kita dah pun di'kasi' dan dipondankan sejak dulu lagi. Bila tahun akhbar mendidik pemikiran kita? Isu besar yang macam ni pun, depa nak sorok?
Bukannya ada pembangkang dalam delegasi Malaysia yang berhujah di ICJ. Pun ta mau nak buat 'coverage'. Apa punya turr? Patutnya, inilah masanya untuk kerajaan meniupkan angin patriotik kepada seluruh warga Malaysia untuk bersatu dalam perkara ni. Ni soal tanah dan kedaulatan Negara Tercinta!

Sudah mati atau memang tiada rakyat kita yang mampu mempertahankan tanahair kita sendiri sehinggakan kita terpaksa 'menyewa' kepakaran luar? Ibarat Inggeris mempertahan Tanah Melayu guna tentera gurkha. Bila kita pakai tenaga luar, makna kata kita tiada kepakaran. Dah 50 tahun merdeka, Malaysia pun dah 'Gemilang', tapi kita tiada anak tempatan yang boleh bentang hujah di ICJ? Gemilang kat celah mana tok? Banyak perkara pelik yang berlaku kebelakangan ni.

Bila dah 'sewa' tenaga luar, kalah pun takpa bagi mereka2 ini. Kot mana pun, kerajaan Malaysia tetap kena bayar upah guaman mereka. Lain jadinya kalau anak tempatan yang berjuang di peringkat tertinggi ni. By hook or by crook, mesti nak menang. Barulah boleh guna perumpamaan 'Biar putih tulang, jangan putih mata'.

Saya tak tau la apa yang pembesar dok pikir dan lihat dalam hal ni. Ni sudah terang lagi bersuluh Singapura nak telan Malaysia. Pun begitu, pembesar buat tak ambil 'pot'. Dungu kah atau memang bodoh sombong?

Maaf tok, kasar bahasa saya sebab mereka yang berwajib macam tak bersungguh nak pertahankan kedaulatan negara tercinta.

What say u?

frankie said...

I really hope we won't lose out to the S'porean. I won't want to be bias, nor jumping into conclusion that it is a gone case. Call it day dreaming or wishful thinking but I am all patriotic and I trust the team that our country assemble is as capable as the opponent.

Somehow the only conclusion can be based on the representation by M'sia and S'pore, seems like the lion is more hungry than the tiger.

sayadahbosan said...

Apa komen datuk pasai hindraf? Apa pandangan datuk?

A KADIR JASIN said...

Sdr Sayadahbosan,

1. Satu gerak langkah "bijak";

2. Lagi usaha uji kesabaran Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi;

3. Sambil menyelam minum air -- British mungkin tidak layan saman Hindraf tetapi publisiti mengenainya hebat, satu dunia tahu;

4. Memberi gambaran rakyat keturunan India di Malaysia tertindas. MIC dan kerajaan tertekan;

5. Masyarakat Inggeris mungkin simpati. Mereka mungkin kenakan tekanan ke atas kerajaan Malaysia;

6. Kerana simpati ini mungkin lebih mudah bagi orang India Malaysia mendapat kerja di UK atau berhijrah terus ke negara itu;

7. Hindraf asalnya NGO yang berasaskan agama. Kini ia terbabit dalam isu politik;

8. Adakah orang Cina Malaysia juga akan saman British kerana membawa nenek moyang mereka ke Malaya untuk kerja di lombong emas dan timah dan dibayar dengan candu?

9. Orang Melayu pun boleh saman juga kerana Inggeris membawa orang asing masuk ke Tanah Melayu dan dipinggirkan daripada arus ekonomi perdana;

10. Saya khuatir lebih banyak tunjuk perasaan dan petisyen seperti 10 Nov. dan 25 Nov. diadakan sebelum pilihan raya; dan

11. Tunjuk perasaan sah dan mutakhir adalah apabila pemilih mengundi pada pilhan raya umum nanti.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Marn, dimudahkan cakap, kalau kita "menyerah kalah" kepada bantahan dan ancaman Singapura sehingga membatalkan projek Jambatan Bengkok yang sudah pun mula dilaksanakan, di manakah maruah, keberanian dan kepakaran kita?

Seperti saya katakan, Abdul Kadir juga adalah orang yang dikerah oleh kerajaan untuk berunding dengan Singapura mengenai isu jambatan.

Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan mahu maruah kita terbela, saya berdoa dan berharap kita tidak kecundang.

Ini bukan soal pembesar yang "blur" atau yang tidak ambil kisah. Ini soal hak, kedaulatan dan maruah.

Terima Kasih.

syed said...

YBhg Datuk Kadir yang saya sayangi dan sanjungi,

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang bodoh. Saya telah mengaji sampai ke Universiti, tapi itu tidak langsung bermakna saya ini adalah golongan cendekiawan. Saya rasa ramai lagi warga Malaysia yang seperti saya. Berpelajaran, tapi bodoh. Sebab itu kita seiring dipermainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Memang kita bodoh, sebab bila datang pilihanraya, kita akan akan tetap pangkah simbol dacing dengan harapan kerajaan kita akan membetulkan kesilapan-kesilapan lalu. Kita memang bodoh, sering dperbodohkan. Saya pun hairan bagaimana kita boleh di perbodohkan sebegitu rupa. Contoh yang paling ketara - baru2 ini CEO Synergy Drive mengumumkan bahawa Synergy Drive sudah diberi kontrak untuk membina empangan Bakun. Saya harap YBhg Datuk boleh tolong terangkan kepada saya bagaimana kerajaan boleh memberi projek berharga RM20 billion ini kepada Synergy Drive tanpa tender terbuka. YBhg Datuk, saya memang bodoh, tapi setahu saya, projek sebesar ini hanya boleh diberikan melalu tender terbuka. Kalau di buka tender nya, saya pasti banyak lagi syarikat gergasi akan memohon. Bukan kah ini akan mewujudkan saingan sihat dan harga lebih kompetitif. Boleh kah YBhg Datuk tolong terangkan kepada saya yang bodoh ini, bagaimana Synergy Drive boleh mendapat projek ini begitu saja? Apakah Synergy Drive diberikan projek ini semata-mata sebagai "bail-out" kerana kerajaan sudah mula sedar bahawa penggabungan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope adalah satu kesilapan besar?

Saya perlu penjelasan tentang isu ini daripada seorang insan seperti YBhg Datuk yang arif dalam bidang ekonomi.

Terima kasih.
Syed

observer down under said...

Datuk, saya juga seperti saudara syed, ingin bertanya, apakah pandangan Datuk terhadap isu Synergy Drive itu?

pada pandangan saya, bukankah penggabungan itu agak2nya seperti "putting all the eggs in just one basket"?? jatuh sekali, berderai semua.. dan nanti, mana perginya, persaingan yang sehat?

maaf ye Datuk, saya cuma pelajar jurusan engineering, apa yg saya tahu ttg ekonomi kebanyakannya datang dari subjek 'Industrial Economics and Management' yang saya pelajari semester ini..

Da Real Deal said...

As'kum Datuk.

I can stand it any longer that Ijust don't know what else to do besides pray my heart out for His deliverence.

Pak Lah is out of the country and Najib just left for London. No acting PM in the country and tonight I read that an MIC MP has taken the side of Hindraf blaming the govt.

What in GOD's name is happening to us Datuk?

A KADIR JASIN said...

Sdr Da Real Deal,

Your question -- What in GOD's name is happening to us Datuk? -- is actually the ANSWER.

NOTHING in as far as the Melayu pembesars are concerned and everything as far as the rakyat are concerned.

That both the PM and his deputy are away at the same time is a further proof that SOMEBODY ELSE is in effect running this country, albeit illegally.

Who? Your guess is as good as mine.

Thank you.

Helang79 said...

YBhg Dato',
Kalau Malaysia menang jiran kita akan cari isu lain dan ianya akan berlanjutan tambah-tambah lagi dengan keadaan Pak Menteri kita yang takut di gertak........Hindraf juga dah buat bising nanti Chindraf pula dan diikuti Maldraf ianya akan berlarutan....sehinggalah kita punya Pak Menteri yang macam TDM baru aman. Synergy drive pula sibuk mendapat keuntungan hasil gabungan, Golden Hope dan Guthrie....yang akan terkubur Rabu ini. Habis hasil-hasil dan wawasan imej koporat mereka... hancur. Sime Darby gembira....kerana dapat control habis-habisan dan mungkin logo synergy drivepun mirip-mirip Sime. Adakah Sime yang beli mereka????banyak persoalan yang boleh kita ajukan tapi kabinet dah lulus. Siapa kaya kita akan dengar tak lama lagi. YBhg dato' saya rakyat yang serba kurang pengetahuan ni memang betul telah diperbodohkan oleh dacing yang saya sokong selama ini. Sibuk koridor sana sini, akhir sekali bonus pun tak ada.....nak gemilang apa???? berapa orang yang akan kaya dengan koridor ini???
salam
Helang 79

Mohd Affendi said...

Salam Dato'

The Island of the prehistoric granpa LKY' is so desperete in getting just a piece of rock for their nautical teritory expansion...soon if they managed to get more of the sand coming from Malaysia (guess from who?)..thay can expand land wise also..

S'pore border with Johor will soon be like of Bukit Kayu Hitam..probably S'pore need extra grave also since they are so pretty densed occupied with their so arrogantly proud wise-old-bag-of-bones antiques. They can have their own Nirvana Memorial Park after the casinos..Everything is so tense for S'pore (i can almost feel it)..economic saturation..3rd lowest fertility rate in the world..diplomatic relation with neighbours (well..they like to 'cari pasal' with everybody around them..hehehe ..lol :D

Maybe they want to build extra place for the non-so-loyal Malaysian people that view S'pore as the great garden of Eden..well if you ask me..who need these type of people around ..the type that talk very loud from behind but hold balls when it come to a fight for ALL and leave it to their so-called irritating & low mentality majority race to carry on the shoulder..

Whatever it is, I hope the ICJ will verdict out in favour of us.

Loosing is not an option..winning for soverignity is an obligation..

Anything that tends to jeopardised the soverignity of Malaysia should be seen as an action of 'memerangi YDP Agong & Negara Malaysia'.. and that spelled out death at the gallow..like the Sauk case last time..

Maybe we shuld write a memo to YDP Agong on this too since our supreme pembesar are all in snooze mode!

Selling land, teritory soverignity (under whatever name to foreigner) and sand should fall under that too!

AnakTemasek said...

Be whatever the results from the ICJ next June, there is actually no winner but both are losers.

Since time immemorial, the bilateral ties between Singapore and Malaysia, more often than not, have been marred by endless suspicions and insecurities.

Like it or not, Singapore and Malaysia are faced with a shared historical baggage, while colonialism in Southeast Asia had brought about a blurring of territorial boundaries throughout the colonised territories upon independence, which includes its maritime route. Thus explaining the unfolding saga of the Pedra Branca.

We (that includes Singapore and Malaysia) talk of ASEAN, and how the regional body could be of much helpful relevance to its members. But it is unfortunate that, while looking at the bigger picture, of how ASEAN can help the region to be a better place to live in, we at the sametime, ironically have forgotten the basic fundamentals of how to actually love and respect our neighbours.

Come next June, the world looks on how these two countries (Singapore and Malaysia), so close in their physical proximity, but yet world's apart in their truest understanding of each othet.

student said...

Mintak maaf,saya kurang faham.Apa yang penting sangat dgn Pulau Batu Putih?Singapura pertahankan atas sebab2 ketenteraan tapi kite nakkan Pulau Batu Putih tu sbb apa?Bila dah dapat,apa yang kita nak buat dgn pulau tu?Biarkan?Tak buat apa2?Saya kurang faham dgn kaitan pulau dan kedaulatan negara.Tak habis2 kedaulatan negara.Banyak lagi perkara lain yang merisaukan dan merosakkan negara.

Oh,saya bukanlah tidak patriotik tapi kurang faham dengan pertelingkahan ini.

marn said...

cik student.

apa sebab orang dok bising? macam ni la senang cerita:

awak ada tanah warisan 1 ekar yang memang hak awak secara sah. dan tiba-tiba satu hari, saya ni jiran awak yang memang selalu cari pasal bergaduh dengan awak, mengaku yang satu persepuluh daripada tanah awak tu adalah milik saya dan sekarang ni saya tengah besarkan rumah saya atas tanah awak. dan saya failkan kes ni di mahkamah untuk tuntut 'konon'nya tanah tu hak saya.

sekarang, awak nak bagi ke tak, tu awak punya pasal. saya tetap kata tu hak saya.

saya tak peduli sama ada awak ada perancangan nak bangunkan tanah tu satu hari nanti ke tidak. tapi saya tetap nakkan tanah tu.

jadi, awak nak bagi secara percuma? atau memang awak tak kisah tentang tanah awak? Siapa-siapa nak ambil tanah awak tu, boleh ambil? Awak takkan bising? Awak hanya pasrah dan redha? Atau awak akan lawan di mahkamah? Kalau lawan di mahkamah pun, apa persiapan awak untuk lawan hujah-hujah saya? Adakah awak akan betul-betul lawan atau sambil lewa bentangkan bukti tanah tu tanah awak?

dikrin said...

Datuk,
walaupun saye masih mude dan tak bgtu fhm ttg ckp2 politik,tp sdkt sbyk sy mule mnt bile bc blog datuk..
saye bc ttg batu putih wpun all dis while sy x ambik pusing ttg hal tsbt..
sy stuju dg ape yg datuk suarakan..
saye pun ade bc ttg kes pmbnhn altantuyaa..
personally sy mngkti kes tsbt dr hari ptme..
but now seems like there's sumtin wrong in dis case...
may the truth save us all..
my uncle sdri ade kate probably dis case akn jadi prima facie..
smpi skrg x tau jwpn bg persoalan2 pntg dlam kes ni..
*siapa yg arahkan pmbnhn..
*knpe bunuh
*kenapa altantuyaa jd sasaran dll..
sy bermny utk tahu pndgn datuk..
saye ni bdk bru bljr dan x fhm pmkrn org dewasa..
ni hanyelah pndgn budak mentah je..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).