Friday, December 07, 2007

Fahami Isu Untuk Cari Penyelesaian

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 13 Disember.

Malaysia detains five ethnic Indian activists under security law -- Reuters. Khidmat SMS The Star kata mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).]


DARIPADA
perbincangan hangat, sama ada dalam blog ini dan blog-blog lain atau daripada maklumat umum yang saya kumpul mengenai kesan tunjuk perasaan Hindraf 25 Nov. lalu, saya ingin membuat pemerhatian, andaian dan kesimpulan berikut:

1. Perhimpunan tanpa permit yang didalangi oleh Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu telah mencetuskan keresahan (unease) di kalangan banyak pihak di Malaysia;

2. Ia memburukkan nama dan imej Malaysia di luar negara serta menyebabkan campur tangan negara-negara luar, khasnya India, dalam hal ehwal dalam negara Malaysia;

3. Mencetuskan keresahan di kalangan rakyat Malaysia keturunan India yang tidak diwakili oleh Hindraf atau yang tidak sependapat dengannya;

4. Mencetuskan reaksi negatif di kalangan kaum-kaum lain di Malaysia, khasnya orang Melayu, yang berasa kepentingan mereka dicabar dan maruah mereka dipersendakan;

5. Hakikat bahawa lebih banyak orang Melayu dan Bumiputera yang miskin dan terpinggir berbanding kaum India hampir-hampir dilupakan. (Menurut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), 8.3 peratus isirumah Bumiputera berada di bawah paras kemiskinan pada tahun 2004 berbanding 2.9 peratus India dan 0.6 peratus Cina);

6. Keputusan masyarakat India yang terbabit menggunakan panji-panji agama Hindu (Hindu banner) untuk memperjuangkan tuntutan politik dan ekonomi dilihat sebagai mengapi-apikan keadaan;

7. Ramai orang keturunan India yang berasa terpinggir daripada pergerakan Hindraf kerana mereka tidak beragama Hindu. Perlu disebutkan yang ramai juga rakyat Malaysia keturunan India yang beragama Kristian dan Islam. Malah ada yang beragama Budhha;

8. Ramai orang keturunan India berasa keadaan sebenar mengenai masyarakat India Malaysia tidak difahami atau tidak dinyatakan dengan jelas.

(Tanggapan bahawa masyarakat India Malaysia adalah homogen (homogeneous), kata mereka, tidak tetap. Masyarakat India Malaysia terbahagi kepada beberapa kelompok etnik.

Pertama Tamil. Kelompok inilah yang menjadi tulang belakang tunjuk perasaan Hindraf dan bagi pihak merekalah tuntutan-tuntutan Hindraf dikemukakan.

Orang Tamillah yang paling ramai miskin dan tercicir dan merekalah yang berupa keturunan buruh terikat (indentured labourers) yang dibawa ke Malaya oleh penjajah Inggeris.

Umumnya mereka inilah yang paling kuat menyokong parti pemerintah melalui MIC dan IPF, berpendidikan sekolah jenis kebangsaan Tamil, berasal atau masih menetap di ladang-ladang dan paling ramai dalam sektor perburuhan.

Dari kelompok inilah muncul nama-nama seperti V.T. Sambanthan, V. Manikavasagam dan S. Samy Vellu.

Kedua Malayali. Mereka berasal dari negeri Kerala dan bertutur bahasa Malayalam. Di Malaysia mereka antara yang paling berjaya.

Dari kelompok inilah terbit nama-nama seperti V.C. George (hakim), Tony Fernandez (usahawan penerbangan), Freddie Fernandez (pemuzik), Tommy Thomas (peguam) dan V.C. Sekhar (ahli sains).

Ketiga Ceylonese. Mereka berasal dari Sri Lanka dan cukup berjaya di bidang profesional dan perniagaan. Antara nama-nama besar dari kelompok ini adalah Ananda Krishnan (usahawan telekomunikasi) , P. Arumugam (broker kelengkapan ketenteraan), Punch Gunalan (ahli sukan), G. Ganalingam (pengusaha pelabuhan) dan Dr M Jegathesan (doktor perubatan/pelari).

Keempat Punjabi. Berasas dari wilayah Punjab di India dan beragama Sikh, mereka berupa kumpulan kecil yang berjaya dalam pelbagai bidang dan menghasilkan nama-nama seperti G.S. Gill (peniaga), K.S. Nijhar (cendekiawan/ahli politik), Darshan Singh (dermawan/pemimpin sukan), Serbegeth aka Shebby Singh (pengulas sukan) dan Santokh Singh (pemain bola sepak).

Kelima India Muslim yang berupa kelompok yang unik. Kerana agama mereka, mereka sering dianggap “sebahagian” daripada masyarakat Melayu. Mereka umumnya bergiat dalam bidang perniagaan dan melalui perkahwinan “menjadi” sebahagian daripada masyarakat Melayu.

Kemudian terdapat kumpulan etnik kecil seperti Gujarati, Sindhi dan Bangali dari Teluk Bangala;

9. Reaksi umum terhadap cara pemerintah menangani tunjuk perasaan Hindraf adalah berbelah bagi dan pelbagai.

Di satu pihak, tindak balas pemerintah, khasnya tindakan polis dan kenyataan beberapa pembesar Barisan Nasional, menambahkan lagi kemarahan penyokong Hindraf dan pihak-pihak yang bersimpati dengannya.

Di pihak lain pula, tindak tanduk pemerintah dilihat sebagai kelam kabut dan tidak cukup tegas;

10. Sebahagian daripada sungutan dan tuntutan Hindraf adalah sah dan berpatutan. Malah isu seperti kemiskinan dan ketidakseimbangan peluang ekonomi melampaui batas perkauman kerana masalah yang sama turut dideritai oleh kaum-kaum lain termasuk Melayu dan Bumiputera;

11. Jika pemerintah mahu bersikap positif, ia boleh mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk mengkaji semula dan memperkemaskan dasar serta program membasmi kemiskinan dan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil dan berkesan.

Ia tidak perlu menunggu kaum-kaum lain mengadakan protes untuk melalukan sesuatu. Meminjam ungkapan pemerintah sendiri “walk the talk” (kota apa yang dikata);

12. Tunjuk perasaan Hindraf dan rentetan peristiwa selepasnya jelas membuktikan bahawa bara perkauman masih menyala dan amat mudah mengapi-apikan sentimen perkauman; dan

13. Negara kita Malaysia akan mendapat nama buruk dan orang Melayu serta agama Islam akan dipersalahkan sekali lagi jika peristiwa ini dibiarkan menjadi krisis kerana Islam di Malaysia telah dijenamakan sebagai Islam yang bertamadun – “Islam Hadhari” – dan orang Melayu memegang tampuk pemerintahan.

60 comments:

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Saya cuma berharap did alam kepimpinan tertinggi mengurai masalah ini jangan sampai ada puak lain yang terlepas pandnag kebajikan mereka walhal puak itulah yang sebenarnya lebih tertinggal daripada segi peratusannya.

Sekian

who cares? said...

you see.
malaysians never learn.

so easily swayed by eloquent speech and emotional irrationality

think! think for yourself!
don't let someone else do the thinking for you. (a.k.a- don't be stoopid)
can they not see behind the mask?
the real reason why the rally is held? i think not. i think they don't think.

next, getting foreign parties involve in all this...
i simply must ask...why?
what for?
like they would be ever so interested in solving someone else's trouble because they don't have enough trouble of their own in their respective countries?

politicians....

and people keep asking why not many vote...

the fact that these types of politicians exist is the reason why people don't vote.

name me one honest politician in malaysia whose main purpose is to fight solely for the right of the people without any hidden intentions of prospering himself through being elected into office. (think along the lines of a Ghandi-like person)

a politician whom do not benefit financially in any way or form by being elected into office.
someone who still keeps his or her day job even after being elected.
someone whose financial standings remain the same even after being in office.

none right?

when politics becomes a business is when politics fail.

gosh, it sucks ain't it?

bdk said...

ape nak risau pasal sentimen hindraf..

PM lebih risau psl sg kat johor yg bengkok tu kene lurus.

hahahhahahha...

kristal said...

Dato KJ

ekoran daripada penyataan dan kenyataan serta laporan-laporan berkaitan isu ini orang melayu secara umumnya boleh saya katakan merasa marah dan tersinggung dan sebagainya serta lain-lain lagi (tak perlu saya nyatakan disini). mereka bersedia melakukan apa saja asalkan ada pemimpin yang berani kehadapan. tetapi buat masa ini tidak ada pemimpin melayu yang berani kehadapan. oleh itu orang melayu buat masa ini tidak akan berbuat apa-apa.

bagaimana pun kerajaan dan umno akan mendapat tekanan untuk menangani isu masyarakat india. samada dari dalam kerajaan mau dari luar kerajaan. banyak tuntutan masyarakat india akan mula dipenuhi sedikit demi sedikit. secara tak langsung tindakan hindraf berhasil. soal pemimpin mereka dikenakan tindakan adalah perkara kedua. pengorbanan mereka berbaloi. selepas ini adakah pendekatan yang sama akan digunakan oleh mana-mana pihak lain?

beritadarigunung said...

Dato berjaya menyelami Hindraf dengan meneliti siapa orang India yang datang ke Tanah Melayu. Dato melebarkan penelitian hingga ke Ceylon atau Sri Lanka, walaupun berlainan negara, tetapi orang di sini melonggokan kaum dari benua sana sebagai hanya orang "India".

Orang India tidak dinafikan hidup dalam kejayaan dan kesengsaraan. Yang ada di negara ini adalah replika kepada apa yang ada di negara India. Yang kaya di satu hujung, manakala yang melarat disatu hujung yang lain. Di negara India, yang miskin itulah yang paling ramai, kita difahamkan.

Orang Melayu pun begitu, dengan spektrum kesejahteraan yang extreme iaitu Miskin dan Kaya.

Orang Cina di benua China pun begitu. Kekayaan dan kejayaan sentiasa berpusat di bandar. Luar bandar kekal sebagai lubuk kemiskinan. Tidak pulak dinafikan wujudnya "poverty pockets" di bandar-bandar, yang menjadi perangkap bahaya.

Tindakan keras terhadap hindraf, boleh dilihat sebagai usaha membanteras budaya demonstrasi jalanan yang sering mudah menjadi riot.

Beberapa siri demonstrasi sudah berlaku dalam negara kita. Ketika Rice santai bermain piano didalam, diluar ada perarakan besar dengan Khairy sebagai jaguh. BERSIH turun mencorak KL dengan warna kuning, menyembahkan sesuatu kepada orang Istana dan Anwar sempat melambai kepada kamera. Hindraf menanti hadirnya orang British untuk mempamirkan gelora masyarakat mereka.

Dalam demonstrasi sebegini, wajar dilihat hasrat demonstrasi dalam dua perspektif;
Pertama - yang ketara.
Kedua - yang terselindung.

Kemudian ada yang akan bertanya, apakah hak orang yang berarak? Akan ada pula yang bertanya, adakah Hindraf mewakili hasrat orang India di Malaysia?

Apapun wajar kita akur kepada hakikat bahawa kita rakyat Malaysia, yang berjumlah lebih dari 20 juta ini, berkongsi hak keatas sebuah negara kecil, yang lembab, panas, sering hujan dan sering banjir.

Setiap suara adalah bermakna dan kita juga harus faham bahawa "api bangsa dan agama", adalah api yang mudah merebak dan memusnah. Api itu sering disalahguna.

Zainal SDNS said...

Salam buat semua,

Kita rakyat Malaysia sepatutnya sentiasa ingat sejarah negara. Bagaimana Perlembagaan Negara diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

Elok rasanya isi dan semangat "Kontrak Sosial" itu dihidupkan agar semua rakyat negara ini sedar akan pengorbanan semua kaum.

Pengubalan semua kurikulum Sejarah oleh Kementerian Pelajaran ada wajarnya untuk menitik beratkan isu "Kontrak Sosial" dimasukan. Guru Sejarah harus diberikan kefahaman yang mendalam akan semangat "Kontar Sosial" ini

Kita rakyat Malaysia semakin lupa akan Ikrar Sebagai Rakyat Malaysia dan Lima Prinsip Rukunegara. Wajibkan penghayatan Ikrar ini dalam semua aspek baik dalam sektor awam dan swasta.

Menuntut pembelaan hak boleh, tapi mengheret pihak luar untuk berkokok dilaman sendiri adalah perbuatan penderhakaan kepada Pemerintah Negara.

Sekian.

Zainal SDNS

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Pakcik Kadir Jasin dan para pembaca.

Kan dah kena gula-gula dengan puak ni. Skang ni wa rasa ni semua sebab nak pilihanraya la ni. nak suruh melayu bersatu sokong (membawa rebah) totally for UMNO la. Sebab ini tanah malaya sudah mau dapat ke tangan keturunan (yang dipaksa oleh Inggeris) pendatang.

Memang Hindraf cerdik beb. Pasai apa tak bawa senarai sungutan kepada agong? Sebab agong tak boleh buat apa-apa beb. Raja berpelembagaan beb. Dan pula, kenapa bawa ke pangkuan queen? Sebab kerajaan kita lebih respek Queen daripada Agong. Lu tak percaya? Lu tengok la nanti bila Queen keluar titah. Sure gigil kepala lutut PM kita.

Kemudian nanti, kerajaan India pun bising sama gomen kita. Terpaksalah gomen kita tunduk dan cuba penuhi tuntutan masyarakat India (especially yang beragama Hindu) kerana dek takutkan tekanan ekonomi dan hilang projek bilion2 kat India.

Yang paling untung? Orang Melayu UMNO. Sebab, kuasa UMNO dapat balik bila melayu secara tak sedar dan takut jadi 13 Mei berulang, maka bersatulah di bawah panji-panji UMNO. Yang tak UMNO, boleh pegi mati sebab kalau lu tak UMNO, lu tak layak duduk Msia beb. Hindraf takpa sebab ada Queen tempat mengadu. Melayu? Sendri mau jawabla.

Siapa sebenarnya yang bermain dengan isu perkauman? Bukan semua tuntutan tu tak betul. Ada yang betul. Bukan di zaman Pak Lah baru timbul isu ni. Isu ni 'dah lama dah...'. Cuma sekarang baru bising sebab Pak Lah bukan guna sistem 'kukubesi terpimpin berwajahkan demokrasi'. Kalau zaman Cik Det, sapa berani nak buat? Remember Ops Lalang & Memali.?

Wa cakap lu, ni gomen BN ada juga terlibat dengan isu Hindraf ni sebab selalunya, kalau kes macam ni, jawapannya ISA. Tapi, till now tiada sorang pun yang kena beb. Lu orang tak pelik ka? Wa bukan sokong ISA, tapi kaedah yang paling berkesan untuk 'suppress' benda-benda macam ni tak digunakan. Wa ingat kalau Melayu yang buat demo tempoh hari, sure ramai yang kena ISA beb. No question asked!

Buat mereka yang cerdik-pandai, belajar sampai merata ceruk rantau, tolonglah guna kepala otak tu sikit. Kita semua akan mati beb. Sama ada mati di atas ranjang ataupun mati di medan berjuang. Let's decide our own fate!

Hasta la Victoria Siempre!

Che Guava

Anak Melaka Ahli Umno said...

Dato KJ,

Saya setuju dengan komen dari Kristal.Orang Melayu bukan sahaja senang bertolak ansur tetapi juga senang di tolak beransur ansur.Lepas ni akan ada pihak lain yang akan membuat tuntutan dan hak orang Melayu akan digadaikan. Apa istimewanya hak orang Melayu sekarang?...Pemimpin Melayu sekarang takut nak bersuara, takut hilang sokongan kaum lain nanti bila pilihanraya.Apa guna kuasa politik jika kita tak boleh mempertahankan hak kita yang tinggal tak seberapa.Apa guna kuasa politik jika tak boleh jaga kepentingan bangsa dan agama kita?Memang kita tak mahu bermusuh dengan sesiapa pun tapi kesabaran ada hadnya. Bagi saya kalau mereka berasa tertindas dan negara ini terlalu teruk untuk mereka, mereka boleh berhijrah kemana mana negara lain yang mahu menerima mereka bila bila masa dan jangan menyemak di sini.

Atan said...

Salam

Jika saya menteri pelancongan, saya akan mencadangkan agar kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit untuk aktiviti tunjuk perasaan dengan satu syarat bahawa penganjur wajib mengurus perhimpunan tersebut secara tersusun, cantik dan penuh kemeriahan ini akan menarik pelancung untuk menyaksikan aktiviti tersebut. Bukankah masalah adalah peluang.

Atan
Anak penoreh getah

AJ Lam said...

AKF,

Tidak dapat dinafikan bahawa ada tuntutan yang diusulkan oleh Hindraf tidak kena dengan keadaan dalam negara.

Tetapi, pada umumnya, masyarakat india Malaysia memang banyak lagi yang miskin. Dan, betul, kuil kuil Hindu tetap banyak dirobohkan. Saya memang berasa simpati terhadap keadaan mereka. Masa depan masih tidak nyata.

Kaum Melayu (saya masih percaya terhadap konsep Bangsa Malaysia, sorry, no such thing as Bangsa Melayu) pada umumnya terasal tersinggung terhadap apa yang dipohon oleh Hindraf.

Saya kesal dengan cara kerajaan melihat Hindraf. Mereka sepatutnya sudah lama berbincang dengan mereka untuk mencari jalan penyelesaian.

Kaum Melayu masih percaya bahawa NEP adalah hak mereka. HAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAA
NEP ADALAH HAK????

NEP sebenarnya adalah Government Project Wealth Distribution Amongst Elite and Politician Project.
Ia tidak akan dapat menolong membasmi kemiskinan rakyat Melayu jikalau yang miskin tidak proaktif.

Nak tanya satu soalan...
Soalan ni mesti dijawab..

Apakah garis akhir pemerintahan politik perkauman?
Bilakah kita boleh jadi Rakyat Malaysia dengan SATU BANGSA seperti Indonesia? BILA???????

Mari kita bersatu padu dan dapat satu persefahaman.

NEP tidak lagi wujud sebagai Hak Melayu di Generasi Y dan Generasi Millennial.
NEP hanya relevant di Generasi Baby Boomer seperti Dato AKJ.
Sebab, dulu orang British pernah buat economy kaum, sebab itu NEP nyata untuk wujud.

I think, HINDRAF mau NEP dimansuhkan.

aaalee2000 said...

ASSalam,

kristal said...
ekoran daripada penyataan dan kenyataan serta laporan-laporan berkaitan isu ini orang melayu secara umumnya boleh saya katakan merasa marah dan tersinggung dan sebagainya serta lain-lain lagi (tak perlu saya nyatakan disini). mereka bersedia melakukan apa saja asalkan ada pemimpin yang berani kehadapan. tetapi buat masa ini tidak ada pemimpin melayu yang berani kehadapan. oleh itu orang melayu buat masa ini tidak akan berbuat apa-apa.

AWAT HANG SUKA KA KALAU ADA LAGI SEKALI MEI 69. ISU HINDRAF NI HINGAQ PASAI BANYAK AHLI POLITIK KAT MALAYSIA TAK DAK MODAI NAK CAKAP. DOK GUNA POLITIK PERKAUMAN NAK TUNJUK KATA DIA 2 HERO BANGSA MASING2 SESUAI SANGAT LA KAT MALAYSIA SEBAB BANYAK KAUM.YANG HERAN WAKIL PEMIMPIN ORANG INDIA DALAM KERAJAAN DIAM JA , PASAI APA WAKIL ORANG MELAYU KOMEN LEBIH2. DOK ISU HINDRAF JA DALAM BERITA TV, SURAT KABAQ TERMASUK LA BLOG SAMPAI TAK DAK ISU LAIN DAH KA.

ADA AKAI GUNA ...

A KADIR JASIN said...

Sdr Che Guava dan para pembahas dihormati,

Ya, seperti kata Sdr Che Guava "hasta la victoria siempre" -- sentiasa mara demi kemenangan.

Tetapi siapa di Malaya ini yang akan menterjemahkannya menjadi realiti?

Beranikah mereka mengambil risiko?

Bukankah "revolusioner" Ernesto "Che" Guevara yang meneriakkan "hasta la victoria siempre" akhirnya mati dibunuh kejam oleh CIA dan konco-konconya di Bolivia pada usia muda 39 tahun?

Benar seperti kata Sdr AJ Lam. Saya memang dari generasi "baby boomer" pasca-Perang Dunia Kedua. Benar saya dan berjuta lagi rakyat Malaysia pelbagai kaum mendapat faedah daripada DEB/NEP.

Tetapi generasi saya membaca mengenai dan "mengidolakan" pejuang-pejuang nasionalis seperti Che, Castro dan Ho Chi Min walaupun ideologi mereka tidak cocok dengan kita.

Tetapi generasi kini?

Beberapa tahun lalu, dalam lawatan ke Cuba, saya membeli sehelai kemeja T dengan potret Che Guevara di depannya.

Saya pakai dengan bangga ke Bangsar -- lokaliti kosmopolitan yang serba canggih dengan kereta besar, pakaian berjenama dan curut Cohiba RM100 sebatangnya.

Bila saya bertanya beberapa orang muda yang kacak-kacak di situ jika mereka kenal wajah siapa di dada saya, mereka dengan yakin berkata: "Bob Marley!"

Sejak hari itu, saya tidak lagi memakai kemeja T dengan wajah kacak Che ke Bangsar. Saya tidak mahu Che dan "Bob No Woman No Cry" dipersenda -- macam sesetengah orang Melayu kini berasa mereka dipersenda.

Dan benarlah seperti kata Sdr Zainal Sdns, selepas 50 tahun merdeka kita bukan bertambah celik malah bertambah buta -- buta hati, buta perut dan buta akal -- mengenai perkara-perkara pokok seperti "kontrak sosial" dan Rukun Negara.

Soalnya apakah kita berpeluk tubuh dan berkata "que sera sera" -- apa nak jadi jadilah atau kita buka minda kita dan berkata "hasta la victoria siempre"?

Comprende amigos?

Syukran.

A Voice said...

Perfectly put Dato', my favourite journo-blogger.

One of my concern with Hindraf lies with the fact that it has swayed public attention from the approprite concerns of the citizen. In my posting "Stay Focus< Don't Be Swayed by Hindraf Crap, I expressed a concern with the Economic Corridors.

I appreciated the effort of a coalition called Damai Malaysia that responded in a subdued but wiser manner.

I have reason to believe and yet to confidently confirm of a high temperature response in the offering. I hope I am wrong and such eventuality will not occur. Of late, too many hands are Messin with the kids.

There are many good hopeful Voices of Anak Malaysia out there. That must be our ultimate common expctation.

For the first step, it must be to correct misunderstanding and allay the sense of frustations and resentments. Many need to understand that the constitution has in built a balance of Malay rights and safe guarded non Malay interest. Here and Here.

Lets rationally ponder where we go wrong. Ultimately, lets hope rise a tokoh (not mere politician) capable to deal with all this with the intelligence, commitment and wisdom.

Rocky's Bru said...

Datuk Scribe,

This is easily the best analysis on the Hindraf phenomenon. It should be turned into a booklet entitled "Understanding Hindus and Indians in Malaysia". Or "What Uthayakumar and Hindraf did not know about Indians in Malaysia".

Thank you.

MODERATOR said...

SyabaS Dato' Kadir! Berani menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk diterima sesetangah individu.

Semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup mentor saya ini.

"Berani kerana benar...takut kerana salah."

seluruh Rakyat Malaysia...tidak mengira bangsa, AGAMA, parti politik, NGO serta individu harus berani menolak politik perkauman hodoh! Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain kaum harus bersatu dan dengan BANGGA mengatakan NO TO HINDRAF!

Human said...

Dato' KJ,

A'kum.

I don't understand why you spent time in analyzing the breakdown of the Malaysian Indian community in such a manner to affect your principal stand on the HINDRAF phenomena. Those who attended the peaceful-assembly-turned-into-a-riot-by-police-actions on 25/11 were undeniably the class of people who were either directly or indirectly affected by the dual treatment and double standard policies, which need to be reviewed and amended accordingly. Accordingly here means being relevant to the current needs and situations.

I don't know the motive of the Malaysian Administration in the way they handle current issues related to the HINDRAF. I firmly agree the assembly was held despite no permit and proposal to have it within a closed door location such as a stadium.

When we can be so pathetic about some people in the middle east being suppresed by someone from the west, why not react the same way when our own brothers have something to complain in our very own land?

I wanted to just use the word Malaysian in the following paragraphs but since I am soaked in racism and groupism for decades by government forms and documents demanding for particular 'keturunan' and 'agama', I am naturally bound to use the term Malaysian Indian. Furthermore, the Malaysia for Malaysian concept cannot be accepted by the self-acclaimed tolerant, silent majority. They prefer to be the guardian of other vocal minorities. A guardian who need to be guarded fiscally by the vocal minorities' taxes and donations. Okay, sorry for going overboard.

I do agree that the image of the Malaysian Indian community could have been better off if only the same peaceful gathering been conducted within a circle of walls. The Malaysian Indians of Tamil origin (this is the depth of racism you wanted to emphasize) declared their frustation with some of the policies in force which resulted in the Administration being very efficient in nothing.

How would I be able to convince you about the sin of uprooting a place of worship you used to visit to fulfill your religious obligations? Malaysia declares herself to be a non-secular nation (recently she had a mind change). This implies no separation of church and state. State affairs have to be affected by religious protocols and practices. In this respect, where administration is guided through religious beliefs, if there is one belief, one faith in this world which allows or condones the destruction of a place of worship, what would that religion called? If this issue of demolishing places of worship (including surau, temples etc.) is not considered a sensitive matter, then what is? What hurry do the CMs are in to get the job done when there could be a plenty of options available to do it more diplomatically? You are going to say political mileage? [Whether you agree or not, the following latest incidences and other relevant matters are the real reasons for the purported mess in the country by your so-called Malaysian Indians of Tamil origin..I live in fear of being seduced to extremism and later be prosecuted for saying out the truth. So I use vague references to the real words:]

Whoever talks about racial supremacy are racist, am I right? Likewise, whoever has contact with a terrorist group are immediately considered a terror (oil-for...)? Who talks about reinstating racial supremacy? Who linked a specific job of newspaper delivery to a particular race? Who in an official position decided to disrespect a national gazetted holiday to celebrate a particular cultural celebration by arranging the AGA on that day? Who is as unshameful as to claim, using legal forces, a dead body to be buried according to a self-acclaimed peaceful religion's rituals? Who introduced a national identity card with a specific religion to be written on it for those who follow that particular religion and blank for those who do not follow that religion? Who pioneered the idea of having princess-of-soil Class 1 to those silent majority residing in the peninsular and class 2 & 3to those were born in the big island east to the peninsular? Who talked about a specific ethnic group in Malaysia that may take advantage over the self-acclaimed silent majority if the latter are not united? This my-race-comes-first boy is in fact not born in Malaysia but in the country neighbouring Iraq. A long list of instances can be produced for the global eyes to quote the level of racism running through the blood of some Malaysians having political power. The majority of the silent majority is still behaving themselves theologically, but they are always available for manipulations by concerned people.

What is the point you were trying to make by putting forward a list of segregation among the Malaysian Indians? What about other Malaysians? Are they all from the same background? The silent majority themselves do not know their real origin, pardon me if you have scientific proof to claim otherwise. Okay, they might have come from somewhere; Yunan, Jawa, Hawaii, Philippines, Cambodia. Agreed. We do not belong to this land solely, but our timing of arrival differs significantly, all of us owe a great deal to the aborigines. At your age, I thought you would encourage the integration of all Malaysians into a single minded society.. but you disappointed me by differentiating even a small fraction of Malaysians into bit and pieces just to put forward your thoughts. I am praying for the day when all Malaysians will come to sense that we're born here, we'll serve this land together and enjoy its fruit on the same table. I look forward to the day when all of us will have our identity just only as a Malaysian in our MyKad without mention of religion. I dream of the day when our constitution is rewritten with deletion of words related to race and special tongkats. I look forward to the day when all Malaysians will obtain the ability to walk proudly without assistance. Pardon me if I have said something that hurt you.

rocky(original) said...

Tony of AA is ceylonese origin datuk if I'm not wrong.Check it out.

Tzarina said...

Sir,

The classification you presented of the Malaysian Indian community may be new to the non-Indians, but definitely not new to us. Everyone in the community understands the differences among the various groups. In fact, you missed out quite a number of other Indian groups.

The classification is equivalent to how the Malays themselves see each other...Selangor, Kedah, Kelantan, Johor, Indonesia (and its own subdivisions), etc etc

The major difference between the way Indians are classified compared to the Malays are the following; Tamil, Telegu, Hindi, Malayalam etc are not simply dialects. Most of them are languages in their own right, with their own scripts.

Whatever. The fact remains, that for every millionaire Indian, there are thousands of poor Indians.

The fact also remains that as Malaysians who are below the poverty line, they need help. Help which is not forthcoming from the powers that SHOULD help.

And the fact is, though they may watch Tamil and Hindi movies, if you drop them in India, they would find themselves aliens in a strange world. Because they do not belong in India. They belong in Malaysia. They are WARGANEGARA Malaysia. Their languages are sprinkled with many Malay words (I don't have to mention the many many Tamil and Hindi words integrated into the Malay language). They identify with a Malaysian than with an Indian from India. They toil for this country, not the other. They will marry their children off to a Malaysian, and hardly ever to an Indian from India because of the cultural differences that has evolved over the centuries.

Finally, the social contract was signed by a generation that is long dead. Most probably, that generation identified with India, felt themselves as immigrants, and felt grateful to be allowed to stay in Malaysia. But those feelings died along with our forefathers. We do not understand their perspective. Our perspective is born from being Malaysians. We know no other country that we can call home.

Therefore, when the country that we are born in keeps trying to impress upon us that we should be grateful for being "allowed" to even breathe her air, we fight back. THAT is true patriotism.

LIN LIANI said...

Rakyat Malaysia yang berfikiran seperti anak melaka ahli umno inilah yang menjejaskan keharmonian kita selama ini. Gunakanlah akal dan kebijaksanaan sebelum menghantar tulisan mengapi-apikan isu perkauman ini untuk tatapan umum.

Saya cukup setuju dengan pendapat rocky's bru. Analisa dari Datuk Kadir cukup bernas, berilmiah yang tidak dapat dibaca di mana-mana media.


Saya harap pemimpin-pemimpin BN, khususnya UMNO menyelami fakta-fakta ini dalam usaha menyelesaikan masalah kaum India di negara kita. Jangan asyik guna topik 'ethnic cleansing' sahaja bagi menutup suara dan hak yang dituntut oleh kaum India.

beranikeranabenar said...

hii malaysia!!

sebenarnya sy nak tanya semua yg dr atas sampai kebawah yg berpangkat ni, siapa yg mengecuhkan hal Bersih & Hindraf? sy rasa rakyat tak kecuh atau terbara-bara dgn api perkauman pun sbb sy nampak tidak ada org yg kecuh pun! siapa yg kecuh skarang? siapa yg rasa panas skarang? apa yg buatkan mereka ni kecuh? apakah rakyat malaysia dapat apa2 keuntungan drpd kekecuhan ni? sy rasa rakyat tak kisah pun pasal hal2 Bersih & Hindraf ni! yg kecuh anda tau sendiri siapa sebenarnya?

Anak Temasek said...

It seems that the Hindraf's saga is fast becoming a prominent issue for the on-coming Malaysia's general elections.

No doubt that certain Hindu factions in Malaysia are trying to play with emotional sentiments along ethnic and religious lines.

Of course, there are many examples showing that Indians in Malaysia are capable of reaching exceptional success in the various social, economic and political fields. Hence making the i

But one should also acknowledge that poverty in general may result in socio-political unrest and upheavels. This fact is relevant in both the rural and urban settings, affecting all races.

Apparently the gap between the "have" and the "have nots" in Maaysia are getting more complex. Thus, explaining the theory that certain segments of society are marginalised.

The Malaysian government has every right to defend itself, by insisting that Indians in Malaysia too, have benefitted under the BN governqance.

Nonetheless, it is hoped that the issues of structural unemployment, emancipation from the entrapment of the poverty cycle, urban poverty and effective rural development amongst all races in Malaysia are dealt with more urgency.

It is of no use sending men to outerspace, applauding countrymen reaching the highest peaks of the world or financing expeditions reaching every corner of the world when grandiose ideas and projects put harsh social realities into oblivion.

Time for many to realise that certain points highlighted by Hindraf needs appropriate attention. But masses must realise too that public demonstrations and fiery public speeches do not solve long-rooted problems of the community.

lan's said...

Dato,

Walau apapun tuntutan mereka, yang paling saya risaukan tentang keamanan di Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu akur dan patuh dengan Undang-undang, tidak perlu kita memikirkan kepentingan sesebuah kumpulan.

Terdahulu, saya menyatakan corak memprotes tidak betul jika kita membawanya ke Jalanan! Ramai yang tidak setuju dengan pendapat saya!

Budaya ini amat bahaya untuk negara kita kerana kita mempunya berbilang kaum.

Cukuplah saya nyatakan ianya dibelakangi oleh orang-orang yang akan mengambil untung disebaliknya seperti Anwar.

Sekarang, oleh disebabkan peristiwa ini, berbagai pihak telah membuat anggapan dan semuanya ingin menunjukkan kekuatan.

Apakah ini semua yang kita rakyat Malaysia inginkan. Oleh kerana sekumpulan kecil boleh merosakkan minda dan pemikiran Rakyat Malaysia yang telah sekian lama kita pupuk(Cintai Malaysia).

Jadi, saya syorkan kerajaan perlu membuat tindakan tegas. ISA telah sekian lama terbukti dapat menjamin keselamatan negara dari anasir-anasir yang tidak bertanggunjawab.

Dan sudah masanya kita menggunakanya. Dapatkanlah nasihat daripada bekas PM dan juga ketua polis negara jika kita tidak mempunyai pengalaman.

Jangan sampai orang-orang ini membakar dan menghina Agama lain.. jika ini berlaku.. sudah terlambat, SMS akan sampai .. Internet akan hebarkan berita ini.. Masa itu kelak .. Kerajaan tidak ada jalan lain selain dari Darurat..

Walau Apapun.. Keamanan lebih penting dari segalanya, tanpa keamanan semuanya akan hancur, tidak kira lah.. nak berjuang untuk bangsa kee .. untuk agama kee .. untuk apa pun .. jika berlaku perang saudara .. ingatlah 13 Mei...

Sekian ... Saya Cintakan Kemanan ..

A KADIR JASIN said...

Terima kasih dan thank you kepada semua kerana membaca dan berbahas dalam blog kita ini.

Saya mohon maaf kepada Sdr SuaraMalaysia kerana tidak dapat menyiarkan komen beliau.

Saya setuju dengan sebahagian besar hujah dan analisis Sdr. Tetapi saya rasa tidak tepat menggunakan ungkapan seperti ethnic cleansing.

Malaysia is not Yugoslavia. There's no ethnic cleansing of any race here. Di Malaysia kita tidak membunuh beramai-ramai atau merogol mana-mana kaum atas nama "ethnic cleansing."

Tiada siapa pun mahu melakukan ethnic cleasing ke atas kaum India atau mana-mana kaum di negara ini.
So please do not say the untruth.

Janganlah kita menyalahgunakan istilah dan ungkapan yang tidak tepat yang akan hanya memburukkan lagi keadaan.

Sdr Roti Planta, komen sdr juga tidak akan saya siarkan walaupun saya setuju dan simpati dengan seruan kedamaian sdr. Kita semua mahu kedamaian dan keamanan negara kita berterusan.

Tetapi seperti saya jelaskan dan minta kerjasama berulang kali, janganlah kita kaitkan mana-mana kaum di Malaysia dengan warna kulit, paras rupa, tabiat, makanan dan amalan budaya mereka.

Hitam-putih, gelap-cerah, tinggi-rendah itu adalah pemberian Tuhan.

Terima kasih.

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Kupasan yang sungguh mendalam. Saya rasa ramai seperti saya juga tidak tahu dengan tepat susur galur masyarakat India di negara ini walaupun kita sudah lebih 50 tahun duduk di dalam negara yang sama. Sesungguhnya dengan penjelasan Dato' yang panjang lebar saya lebih menghargai rakan-rakan saya khususnya dari kaum India yang cintakan keamanan (bukan yang berjuang dijalanan)

Namun begitu, kerenah yang dibawa oleh Hindraf ini sungguh menggusarkan saya. Saya "terbayang' apa akan terjadi di negara ini sekiranya golongan ini "dibiarkan" menggunakan kebebasan bersuara untuk memporak perandakan negara ini. Apaakab berlaku kepada anak-anak kita sekiranya negara ini porak peranda.

Dalam masa yang sama saya ada beberapa pemerhatian yang sepatutnya dipandang dengan lebih serious oleh pemerintah, blogger dan semua rakyat Malaysia seperti berikut:

i. Kepada pemerintah: Kenapa tidak ada tindakan segera untuk "memberhentikan/melumpuhkan" anasir utama gerakan Hindraf di negara ini sehingga ke hari ini? Apa yang berlaku sekarang ini ialah pemerintah dari peringkat tertinggi sehinggalah ke peringkat macai hanya bercakap sahaja. Dalam masa yang sama, kenapa perarakan yang aman juga dilabel sama macam Hindraf?

ii. Kepada blogger: kenapakah di saat negara berada dalam keadaan "terganggu" dengan karenah Hindraf ini akibat daripada perarakan mereka tempoh hari, masa ini jugalah anda semua sibuk menyemarakkan idea untuk berarak juga? Tidakkah ini bukan masa yang sesuai? Tidak terfikirkan anda bahawa anda juga akan dilabelkan sama "jahat" macam Hindraf juga? Tindakan anda menyukarkan lagi keadaan.

iii. Kepada rakyat Malaysia: Apa sebenarnya yang anda mahu? Keamanan? kebahagiaan? Tidak cukupkah dengan apa yang ada sekarang ini atau anda mahukan lebih dari apa yang ada? Anda tidak bersyukur?

Saya harap apa juga keputusan anda baik Kerajaan ataupun anda sendiri, fikirkan lah masa depan anak dan cucu kita.

Dhahran Sea said...

To Dato' & fellow Malaysians,
I hope the "Lessons Learned" out of the HINDRAF affair is clear to all: "eradication of poverty, income disparity & uneven wealth distibution (Malaysia IS a fairly WEALTHY country, we have several BILLIONAIRES or so who made it in the FORTUNE List, haven't we?) is "RACE BLIND" - maybe we SHOULD organize a peaceful demo REPRESENTED by ALL RACES to demand for more EQUITABLE wealth distribution in the country. I'm sure we all got sick to death seeing the politicians (UMNO ke, MCA ke, Gerakan ke, MIC ke, etc.) who fatten-up their bellies and their cronies' bellies at the expense of those who live below poverty line and the majority of us who "kais pagi makan pagi"? But I suspect, come election time, many of us kena "gula2" and forget about the big picture and re-elect the same old politicians to represent our interests... so, who's to blame?

Anak Melaka Ahli Umno said...

Salaam,

lin liani, kerana mahukan keharmonian yang berkekalan itulah maka saya cadangkan puak puak yang tak berpuas hati tu berhijrah ke negara lain yang mana mereka suka. Orang Melayu memang selalu mengalah dalam banyak perkara hingga dalam Perhimpunan agung UMNO, parti yang mewakili orang Melayu terbesar dinegara ini,para perwakilan dilarang dari menyentuh perkara yang diangap sensitif oleh kaum lain. Begitu sekali sikap tolah ansur pemimpin dan orang Melayu hingga puak puak ini sering mengambil kesempatan. Lin liani tahu ke berapa banyak surau orang Islam yang dirobohkan, tak ada pun pemimpin yang mengajak org Melayu buat demonstrasi jalanan.Para alim ulama yang hendak memberi ceramah dan majlis ilmu disurau dan masjid mesti ada tauliah walaupun mereka ini memang tingi ilmu agamanya, tak ada tauliah tak boleh ceramah. Para mubaligh dan sami agama lain tak perlu tauliah untuk mengajar pengganut agama mereka.Kalau nak di tulis banyak lagi perkara boleh ditulis tetapi cukuplah...

MODERATOR said...

Saya menyokong anak melaka sepenuh hati. Terlalu banyak kebenaran dalam tulisannya yang tidak berapa berani disentuh oleh segelintir pemimpin melayu termasuk Anwar Ibrahim, Pak Lah mahupun Tuan Guru Hadi Awang.

terima kasih anak melaka!

Melayu Nusantara said...

Assalamualaikum Dato'

Well said Dato' and we can see that there are bloggers who object to your indepth analysis on the group of Indians in the country. When these people first came to then Tanah Melayu, there was no India, Sri Langka, Pakistan and Bangladesh so they were just called Keling by the Malays. This term is widely used and accepted in the past.
Likewise before the British and the Dutch presence in this part of the world the Malay Archipelgo is one entity. It does not matter whether they are from Petani, Java, Acheh, Kelantan or Kedah , they are all Malays. What I am trying to say here is that their movement within the Archipelago are not migration as we define it today.
The other issue that you have highlighted is the sharing of the economic cake which soon brought about the concept of the NEP. It has succeeded in creating a Bumiputra middle-class but along the way it probably subjected itself to abuse, mainly the creation of ultra billionaires to a few Chinese, Malays and Indians. I say probably because the allocation to the 60% Malays is only 30%, meaning that the minority has unwittingly been 'allowed' the bigger 70% share.In this sense the so-called "Social Contract' has not been well implemented.The failure to meet this overly modest target is however used as an excuse to abandon it instead of seeking ways to rectify it and to then further improve on it. To the Indians they would have their fair share of the ultra rich but the hardcore poor remain alongside the poor Malays.In percentage terms your statistics shows the Malays are even more worse off, but in typical Malay fashion they remain patient and hopeful, only to erupt (mengamuk) later as to only cause unnecessary damage. So we should seriously consider an across the board sharing of the economic cake, to the extent that there will be no demarcation of the poor, the middle-class and the rich by race.
I would probably now be accused to being a racist, but race is a part of humanity and is not a dirty word. I don't think there is anyone here willing to foresake his/her roots and culture.

Dr Azwan said...

Salam Dato' dan semua,

Seram bulu roma bila membaca idea-idea dan pendapat di sini. Saya sebagai anak Malaysia melayu dan bertugas sebagai pegawai perubatan di Malaysia masih lagi "muda" untuk berpencak dengan tuan puan semua.

Apapun, selagi batas perbincangan masih di tahap pertukaran idea secara intelektual, penuh dengan fakta dan kebenaran, tidak emosional dengan sesuatu isu secara semborono... Maka saya harap ia akan diteruskan.

Hindraf telah berjaya menyampaikan isi hati mereka melalui perhimpunan walaupun beberapa masalah yang timbul. Ada yang betul pada pendapat kita dan ada yang salah.

Sekiranya ada kuil hindu diroboh, apakata kita cuba telusuri kenapa dirobohkan? Mungkin kerana undang2 disebabkan lokasi yang salah? Untuk pembangunan dan sebagainya? Masjid juga ada yang dirobohkan untuk pembangunan... Maaf, itu cuma pandangan saya sendiri.

Sekiranya Hindraf merasakan golongan pimpinan MIC tidak mewakili mereka selama ini dan tidak berbuat apa-apa, apakata tunjukkan di dalam pilihanraya nanti.

Saya selaku kaum muda "teringin" juga melihat kejatuhan ahli politik tertinggi kaum india MIC yang sekarang ini sudah BUKAN menjadi tempat tuan-puan kaum india untuk mengadu nasib. Dan naikkan mereka yang tuan dan puan rasa berupaya membela nasib pihak tuan dan puan.

Ya lah bukan kerana apa, asyik mengeluh nasib sengsara kaum sendiri, tetapi pemimpin yang itu juga yang tuan dukung selama ini.

Apakata juga tuan-puan duduk semeja dan berbincang dengan bilionaire MAXIS dan ASTRO bersama sama ahli politik tertinggi MIC , untuk sama-sama berfikir dan melaksanakan ke akar umbi, pelan-pelan cadangan untuk menaikkan taraf kaum India.

Pada fikiran saya, wang beberapa juta pound yang diminta Hindraf untuk membayar wang guaman untuk tindakan undang2 Hindraf tak perlu dengan ehsan belas Queen. Cukup dengan belas ehsan, sokongan dan sedekah daripada bilionaire MAXIS dan ASTRO sahaja dan ramai lagi Jutawan golongan India di Malaysia seperti G.S Gill dsbg. Oleh itu, perhimpunan besar-besaran yang memburukkan nama kaum India dapat dielakkan.

Saya berharap satu perubahan minda dan iltizam dapat dilakukan oleh semua kaum India terutama menjelang pilihanraya yang akan bermula. Pilih siaran betul untuk berubah. Mungkin perhimpunan Hindraf yang telah berlalu bukan salah satu caranya. Mula kecil-kecilan tetapi akhirnya bermatlamat besar. :)

Salam sayang untuk orang Malaysia !!

zez said...

dato,

saya harap dato' bole buat posting mengenai ada sesetengah blogger terutama dari bangsa melayu yang nampak nya menyokong tindakan HINDRAF ini. apakah implikasi sokongan mereka terhadap HINDRAF.

TQ

nujum said...

Salam Datok,

melihat komen-komen di atas menjurus kepada soal kemiskinan - ada merasakan kaum mereka masih ketinggalan dan memerlukan NEP baru untuk memastikan mereka dapat terus maju pada masa depan.

Saya teringat kata-kata Datuk Seri Lim Keng Yaik dalam satu wawancara saya dengan dia - adakah kita perlu mereka bentuk NEP untuk setiap kumpulan di negara ini -

Nampaknya bergitulah - saya rasa sekarang adalah masanya untuk merekabentuk NEP sama rata untuk semua kaum - agar dapat menyelesaikan semua masalah - mungkin ia akan memakan masa 50 tahun lagi - tapi pastinya ia akan membantu kita untuk mencapai keinginan masing-masing.

terima kasih

MODERATOR said...

Salam Dato' Kadir serta Rakan-Rakan yang dirahmati Allah swt sekelian.

kalau ada kelapangan masa, jom masuk blog saya. mungkin kita boleh bertukar fikiran dan pendapat secara rasional tanpa mengharapkan kesan glamour dan populariti daripada Astro.

Optimis mungkin.

Tzarina said...

APAKAH YANG SAYA MAHU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA?

Saya ingin dihormati and diakui sebagai RAKYAT Malaysia, tanpa sebarang diskriminasi, sama ada "postive discrimination" ataupun "negative discrimination", tanpa mengklasifikasikan saya sebagai "India" atau "Cina" atau "Melayu bukan UMNO".

Jika saya miskin, saya hendak kerajaan membantu anak-anak saya belajar ke tahap pendidikan tinggi jika mereka mempunyai gred yang sepatutnya, tanpa mengira sama ada saya "India" atau "Cina" atau "Melayu bukan UMNO".

Jika saya miskin, saya hendak kerajaan membantu berikan keluarga saya peluang untuk membeli rumah kos rendah tanpa mengira kaum, dan dibersihkan rumah kos rendah itu dari dadah, jenayah, mabuk, dan segala gejala sosial yang lain.

Jika saya ingin menyokong parti opposition, saya ingin undi saya dikira secara adil, dan saya tidak ingin diketepikan dari peluang perniagaan dan peluang pelajaran.

Saya ingin transparancy dalam tindak tanduk kerajaan supaya pemimpin sentiasa berwaspada dalam segala aspek tugas mereka, supaya mereka sedar jika mereka terima rasuah, mereka akan dihukum. Supaya mereka sedar mereka akan dihukum jika mereka mempergunakan duit rakyat untuk anak bini mereka, untuk membina mahligai bermillion ringgit, untuk mereka membeli rumah di Perth etc etc etc.

Saya ingin berasa BANGGA memanggil diri saya ANAK MALAYSIA.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zez, mengulas: "saya harap dato' bole buat posting mengenai ada sesetengah blogger terutama dari bangsa melayu yang nampak nya menyokong tindakan HINDRAF ini. apakah implikasi sokongan mereka terhadap HINDRAF."

Sdr Zez, itu hak mereka. Lagipun bukan semua sungutan dan tuntutan Hindraf tidak masuk akal.

Isu kemiskinan dan peminggiran adalah sejagat.

Bukan orang keturunan India dan beragama Hindu sahaja miskin dan terpinggir.

Orang Bumiputera lebih ramai yang mingkin dan terpinggir daripada orang India dan Cina.

Yang berbeza ialah tiada siapa menganjurkan protes atau menghantar petisyen bagi pihak mereka.

Kesimpulannya, kalau isu kemiskinan dan peminggiran ini ditangani secara sejagat dan menyeluruh, semua orang miskin daripada semua kaum akan mendapat faedah.

Yang menjadi masalah ialah tunjuk-tunjuk perasaan yang diadakan pada akhir-akhir ini menjadi haram kerana permohonan permit mereka ditolak.

Ingat lagi tak orang Melayu (penyokong Umno dan Pas)mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Alor Star pada awal tahun 1980'an kerana membantah cara subsidi harga padi dilaksanakan?

Ingat lagi tak orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan di Bangunan DUN Kelantan pada akhir tahun 1970'an sehingga membawa kepada kejatuhan Kerajaan Pas Kelantan?

Ingat lagi tak Anwar Ibrahim mendalangi tunjuk perasaan pekebun kecil getah di Baling pada tahun 1974?

Anwar ditangkap dan ditahan selama 22 bulan di bawah ISA, tetapi pekebun kecil getah mendapat pembelaan apabila skim sokongan harga dan simpanan (stockpile) getah diperkenalkan.

Tetapi kita perlu juga diingatkan kepada peristiwa 13 Mei, 1969, Operasi Lalang 1987 dan pergadukan Melayu-India di Kg. Medan, Kg. Datuk Harun dan Kg. Lindungan beberapa tahun lalu.

Kalau kita buta sejarah, lupa sejarah atau membelakangkan sejarah, kita akan mengulangi kesilapan lalu.

Terima kasih.

Roti Planta said...

Dato,

Maaf kerana post yang mungkin keterlaluan sehingga tidak sesuai untuk disiarkan oleh Dato. Saya bukan bermaksud menghina warna kulit terutama saya dan kelaurga pun melayu yang berkulit hitam!

Saya harap Dato edit bahagian tersebut dan siarkan terutama bahagian 'orang kaya perlu tolong orang miskin' sepertimana dipraktikkan oleh orang melayu.

TQ&maaf sekali lagi

NUSA MELAYU said...

Dato AKJ,

Apakah yang mereka mahukan sebenarnya? Negara Malaysia telah diwujudkan dengan perjanjian bersama tiga kaum.

Semua ahli HINDRAF tidak mengakui Perlembagaan yang telah dipersetujui.

Mereka menyatakan tidak bermusuh dengan Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka memusuhi orang UMNO. Orang UMNO adalah orang Melayu, kenapa mereka tidak menyatakan mereka memusuhi BN?

Kumpulan ini tidak akan mengakui Keistimewaan orang-orang Melayu. Saya ingin menyatakan, sebelum kerajaan British dan kerajaan lain datang ke Tanah MELAYU, Tanah Melayu sudah Bertuan.

Dan mereka kene sedar, mereka diangkat martabat mereka di Tanah Melayu sebagai Warganegara adalah satu pengorbanan orang-orang Melayu.

Sekarang mereka mahukan lebih, mahukan keadilan, mahukan kesama rataan.

Bagaimana ini boleh berlaku, AGAMA ISLAM adalah agama RASMI, tetapi pada masa yang sama kita tidak akan menghalang agama mereka di amalkan. Adakah mereka mahukan hak yang sama? Seperti mengakui agama lain adalah agama rasmi?

Mereka mahukan keistimewaan orang Melayu diberikan sama untuk orang-orang lain. Bagaimana ini untuk dihuraikan, tidak ada Hak Bumiputera, tidak ada Majlis Raja-Raja, tidak ada Geran Merah, tidak ada MARA dan lain-lain hak untuk orang Melayu.

Jika ini yang diperjuangkan oleh kumpulan ini atau kumpulan-kumpulan lain, saya syorkan mereka baliklah kenegara nenek moyang mereka, Usah mengaku Negara Malaysia adalah negara kamu kerana Malaysia Merdeka kerana persetujuan ini.

Merdekanya MALAYSIA diatas perjanjian, kamu diberikan warganegara dan Orang Melayu adalah Orang BUMIPUTERA(PERIBUMI).

Golongan ini tidak akan puas tentang apa yang diberi dan tidak akan bershukur tentang apa yang perolehi, dan kumpulan inilah yang akan merosakan visi dan misi negara untuk memupuk semangat cintakan Negara.

Left-wing Socialist said...

You have left out another small group of Indian community - the Telugu... They usually have "Rao" in their name, and that's why when I read the Hindraf's letter, I was surprised that they mentioned they're fighting for Tamils! (because one of Hindraf's leader is S. Ganapathi Rao!).

And by the way, I don't think Che Guava know the real life events in Che Guevara's life. Maybe he just heard a thing or two about Che Guevara and thinks he is suit to follow the revolutionist's guerilla warfare. This is another problem with Malaysians - always "mengikut-ikut" without proper knowledge (although I prefer not to discuss here).

Bersuara said...

Dato' menulis "Kelima India Muslim..." Dato' terlupa memberi contoh nama-nama yang ternama di dalam kelompok ini sedangkan kelompok-kelompok lain ada Dato' memberikan contoh.
Dato' terlupa kut?

A KADIR JASIN said...

Sdr Bersuara berkata: "Dato' menulis "Kelima India Muslim..." Dato' terlupa memberi contoh nama-nama yang ternama di dalam kelompok ini sedangkan kelompok-kelompok lain ada Dato' memberikan contoh.
Dato' terlupa kut?"

Tak lupa tapi sengaja. Takut tersilap nanti orang sensitif dan marah kerana ramai dalam kelompok ini sudah anggap diri mereka Melayu, sudah guna bin dan binti, sudah jadi ahli Umno dan sudah beli Amanah Saham Bumiputera.

Tak payah sebutlah kot. Mula-mula dulu memang mereka akui latar belakang India mereka sebab mereka anggotai MIC.

Sdr Roti Planta, saya tak edit mana-mana komen yang dihantar. Saya tidak mahu dituduh mengubah atau memutar-belitkan kandungan komen para pembaca.

Kalau sesuai saya siarkan sepenuhnya tanpa sedikit pun disentuh. Kalau tidak sesuai, saya buang semua sekali.

Terima kasih.

che guava said...

Left-wing Socialist said...And by the way, I don't think Che Guava know the real life events in Che Guevara's life. <-- do you know?

How do you think that i don't know the real life? Ok, I admit i don't know the real REAL life events in Che's life. Do you? Were you with him when he was in Bolivia jungle? How and where do you know about Che's REAL life event?

Please, I beg you mr Left-wing Socialist to educate me 'bout the real life event of Che's.

Tapi tolong jangan ambil maklumat daripada cerita dan penulisan oleh mereka yang tidak memahami perjuangan Che. Saya jijik dan meluat bila ada orang mengaku lebih arif dan pandai dalam sejarah 'sebenar' Che. For me, nobody knows except Che himself.

Dan yang paling jijik ialah mereka yang berjuang atas nama bangsa. Tiada satu pun bangsa di dunia ini yang lebih mulia berbanding bangsa lain, baik Melayu, India, Cina, Aryan, Yahudi dan lain-lain.

Kerana kudis dan kesengsaraan dunia
adalah kerana sikap manusia yang suka menrendah-rendahkan orang lain dan bersangka-sangka.

Comprende?

Hasta la Victoria Siempre.

idiku said...

from who cares?
"name me one honest politician in malaysia whose main purpose is .............. remain the same even after being in office."

nik aziz

Doi-Moi said...

Datuk agaknya tertinggal untuk membuat kajian akan berapu puluh kali Utaya dah kemukakan memorandum kepada "so called" pemimpin rakyat yang duduk dalam bilik air cond di putrajaya untuk menerangkan akan kedudukan m'sykt India. Malah sebelum BERSIH bagi memo kpd YDPA, peguam-peguam tersebut dah serahkan memo yang lengkap tetapi kesemuanya masuk dalam tong sampah. Kalau pemimpin yang suka tidur telah membaca memo tersebut sejak zaman dahulu kala lagi sudah tentu, depa tak kecoh sekarang. Yang pasti telah wujud satu kesedaran baru, kebangkitan yang tidak dijangka di kalangan masyarakat India selepas 25 Nov 2007. Yang memimpin pulak masih terus tido dan tidak faham kenapa masyarakat India yang selama ini nampak dacing sahaja (spt dikatakan oleh Samy Velu) telah keluar beramai-ramai walaupun pelbagai propaganda yang menakutkan telah dijalankan.

Masyarakatt India hari ini telah mula "ignore" mic dan samy velu malah ramai generasi muda dan tua di kalangan m'sykt India sanggup mengundi PAS sebagai satu tanda protes kepada BN. Saya tidak akan terkejut sekiranya MIC kalah dikesemua tempat samada dewan rakyat mahupun kadun.

zainal said...

Kita masyarakat melayu cepat melatah bila kaum lain bercakap tentang hak-hak keistimewaan yang telah dijamin oleh Perlembagaan negara. Tetapi kita tak fikir, apakah benar kita menikmati hak-hak tersebut atau hanya segolongan elit yang mempunyai kaitan dengan pemimpin sahaja yang dapat merasakan hak tersebut.

Kenapa kita tak fikir, kenapa masyarakat melayu di kampung masih hidup miskin? Tak ada pun hak keistimewaan yang dirasai oleh golongan tersebut.

Kerana kita tak pikirlah manusia-manusia macam khairy boleh memanipulasikan hak-hak tersebut untuk kepentingan diri tapi bila cakap bukan main dahsyat kononnya berjuang utk melayu.

Dah 5o tahun kita merdeka, apakah kita masih perlukan hak tersebut padahal depa yg dekat dgn pemimpin sahaja yang dapat. Saya rasa kita patut kembali kepada perjuangan asal, tak kira bangsa dan agama, kalau miskin semua patut dibantu. Tak guna kita nak pertahankan hak kononnya tapi masih hidup miskin tapi budak hingusan boleh dapat RM9juta atas nama pinjaman (kononnya).

Dato' dengar cite, hendak digugurkan daripada BERNAMA betui ker? Nampak sangat jasa dato dilupakan begitu sahaja hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan.

Saya tak terkejut sebab mereka lupa kpd jasa TDM dalam sekelip mata, apatah lagi jasa Dato.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zainal, saya tidak ada apa-apa peranan dalam Bernama kecuali sebagai ahli Majlis Penyeliaan Bernama saja.

Terima kasih.

Da Real Deal said...

It's about time the were chucked in under the ISA.

zainal said...

Yang itulah saya dengar hendak digugurkan.

lan's said...

Saudara Zainal,

Sungguh tidak disangka(Orang bernama Zainal - Nama orang melayu), berani menyatakan orang-orang melayu sudah tidak memerlukan hak keistimewaan ini.

Apabila kita membicarakan hak orang melayu, ini bukan masalah sudah merdeka 50 tahun atau 100 0 tahun. Ini adalah tanah melayu, dan orang melayu adalah tuan tanah sehingga kiamat. Sepatutnya orang-orang macam saudara perlu memahami ini.

Membantu orang-orang miskin sudah menjadi tanggunjawab kerajaan, ini telah dibuat sekian lama, dasar-dasar kerajaan telah banyak membantu orang-orang miskin terutama di dalam dasar pendidikan. Didalam membasmi kemiskinan, banyak bantuan telah diberikan, seperti Rumah PPR , Projek perumahan Rakyat, semua ini adalah untuk membantu rakyat miskin(semua Bangsa). Bantuan pinjaman-pinjaman pembelajaran telah diberikan kepada semua.

Mengikut statistik, orang melayu masih lagi miskin di negara sendiri, ini adalah kerana proses membina sebuah negara yang maju mengambil masa yang lama, selama ini kita telah berjaya mencapai peratusan perkembangan ekonomi kita dengan maju, dan ini memerlukan sumbangan dan sokongan semua, bukan bantahan dan selamanya membantah sehinggakan membantutkan perancangan pembangunan!

Masyarakat kampung telah lama dan masih merasai keistimewaan ini, dan mereka masih memerlukan bantuan dan hak ini, ladang-ladang, sawah bendang masih lagi memerlukan subsidi dan bantuan dari kerajaan, tidak perlulah saya nyatakan dimana letaknya dalil yang bolehkan cara mana dan baimana mereka memperolehinya.

Saudara Zainal, Saya cuma inginkan kita terus berusaha untuk membantu kerajaan membangunkan negara. Inilah masalah Orang melayu, senang sangat diusik emosinya, kita mudah lupa dan terikut dengan pendirian orang lain, tanpa melihat sesuatu itu dengan menggunakan akal dan fikiran, melihat dengan kenyataan dan realiti, suka mendengar cerita yang sensasi dan suka menambah-nambah.

saudara,

Jika ada orang melayu yang kaya di hadapan saudara, doakanlah mereka ini lebih kaya, bukan cerita tentang bagaimana negetifnya mereka mendapat kekayaan itu.

Jika ada orang melayu yang ingin membuat aktiviti kemaysarakatan, sokonglah dan janganlah menjadi seorang yang membankang dan hebah cerita negatif.

Jika ada orang melayu berniaga, sokonglah mereka, jangan di kondem walaupun ada orang lain yang buat lebih baik dari mereka(anggap mereka masih baru dan masih belajar)

Jika ada orang melayu yang sakit hati - perbanyakkanlah cerita baik-baik, janganlah menjadikan hati mereka lagi hitam dan lupa asal.

Dengan harapan kita bersama membangunkan orang-orang melayu khasnya dan bangsa lain umunya.

Sekian...

marn said...

Tok,

Betapa kerajaan pimpinan Pak Lah la ni 'mandul' idea dan cara untuk mengatasi masalah yang sedia ada. Balik-balik guna 'ISA'. Saya tak paham betul.

Ke mana pergi cerdik-pandai dalam kerajaan? Semuanya atau hampir keseluruhan telah dimandulkan dan dipondankan untuk tidak berani bersuara dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik selain ISA? sikit-sikit ISA. Ni macam budak baru putuih susu punya cara.

Kata nak GLOKAL dan mengANGKASAkan bangsa? Tapi daripada tindak-tanduk dan perlakuan pembesar, tidak menunjukkan sebarang kemajuan, malah lebih teruk lagi saya katakan, kita telah mundur beberapa langkah ke belakang.

Pada saya, mereka yang menggunakan kaedah 'tangkap dan sumbat dalam penjara tanpa dibicarakan' adalah mereka yang terlalu malas dan tidak tahu berfikir. Terlalu sombong dan angkuh untuk melihat situasi sebenar.

Dan yang paling menggusarkan saya, ramai di dalam masyarakat yang setuju dan minta kerajaan supaya guna ISA untuk tutup mulut mereka yang mengkritik kerajaan.

Janganlah kita bebal serta memperbodohkan diri kita dengan menyokong perbuatan yang zalim ini.

Wat say we?

bro_jinggo said...

Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum.

Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.
www.prokhairy.blogspot.com

wartawan dapur said...

salam dato'

Hindraf mewakili masyarakat Hindu (?) untuk menuntut hak mereka. itu mmg patut. tiap2 kaum di malaysia pun pernah bertindak sedemikian. tapi, dari pengamatan saya ia lebih kepada proses mengondem kaum lain khususnya melayu apabila dengan spesifik mereka mengisytiharkan bahawa umno musuh mereka. tidak pas maupun keADILan yang mana mereka terkeluar dr tuduhan melaksanakan Ethnic cleansing. Kalau dibaca di antara garisan ( read between the lines ) mereka menuduh pemerintah yg melakukan perkara sedemikian dan pengikut dan penyokong UMNO bersubahat. Dari segi konteks pemerintah tindakan proaktif yg diambil terlalu perlahan dan lemah.pemerintah terlalu fokus utk mempertahankan konsep kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang serta konsep elegant silent pula masih ingin digunapakai. UMNO tlh didowngrade sebagai ethnic cleanser, dimanakah suara sayap2 Umno utk bersuara. adakah mereka takut utk bersuara tdk seperti di dlm MAT UMNO dahulu atau adakah intelektual mereka tercabar. Mahu tidak mahu UMNO sebagai parti pemerintah harus bertindak secara efektif dalam menangani masalah ini kerana mereka lebih arif dan mempunyai akses yg lebar dlm sistem perundangan kita. PErbalahan demonstrasi jalanan hanya permulaan tetapi apa yg membingbangkan adalah susulannya seperti tulisan \2 blog yg tidak bertanggungjawab dan pengaruh media luar. Tentang penggunaan ISA pula pada saya adalah patut dan 5 org yg ditahan ini mungkin sudah menjangkakan mereka akan diambil tindakan sedemikian.TTg tahap kemiskinan kaum india pula kita tak boleh tutup mata memang wujud tapi kalau nak disebut kemiskinan jgn pula lupa pada kaum lain yg sengsara dari segi ekonomi. tak kira apa bangsa pun putaran memberi,ambil dan memberi kembali harus ditegaskan dlm penghidupan masyarakat dan putaran ini tidak boleh pecah.

LIN LIANI said...

Sdr Ian's,

kata sdr:....perlu sentiasa menginsafi, Kepentingan diri tidak boleh melebihi kepentingan parti".

Ingin juga beri nasihatkan kepada sdr, kepentingan parti sesekali jangan melebihi kepentingan negara...

hak keistimewaan = tongkat. Kaum melayu ada maruah, kaum lain juga ada maruah sendiri. Apa salahlah kaum lain juga mahu mempertahankan hak dan maruah sendiri.

Seperti kaum melayu yang daif dan miskin, kaum Cina, India, Orang Asli, Kandazan dan kaum-kaum lain yang hidup sengsara juga perlu pembelaan yang sewajarnya.

Kata sdr: Didalam membasmi kemiskinan, banyak bantuan telah diberikan, seperti Rumah PPR , Projek perumahan Rakyat, semua ini adalah untuk membantu rakyat miskin(semua Bangsa). Bantuan pinjaman-pinjaman pembelajaran telah diberikan kepada semua.....

Nak tanya, berapa keratkah kaum lain dapat rumah PPR daripada kerajaan?Dan berapa kerat pula bantuan pinjaman pembelajaran kepada kaum bukan Melayu, lebih-lebih lagi pelajar cemerlang yang akhirnya terpaksa menggunakan wang sendiri dan belajar di kolej swasta. Apakah ini adil namanya?

Kaum lain telah menerima hakikat bahawa kaum Melayu mempunyai hak keistimewaan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kalau terus mempertikaikannya, ISA lah menantikan dia.

Namun janganlah gara-gara hak keistimewaan Melayu, hak yang sepatutnya ada pada kaum lain juga diragut dan dipandang enteng.

Setuju dengan kenyataan sdr bahawa kita perlu berusaha membantu kerajaan membangunkan negara. Semua rakyat tanpa kira keturunan dan agama telah lama bekerja keras sehinggakan negara kita terus maju sampai hari ini. Namun apabila timbulnya suara-suara sumbang berbaur perkauman, inilah yang meranapkan semangat kita.

Sdr adalah pemimpin pelapis muda dalam parti. Sdr lah akan menjadi contoh generasi akan datang bahawa inilah bakal pemimpin kita. Jadikanlah seorang pemimpin yang mempunyai daya fikir yang matang dan berwawasan demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

Gelombang yang menerjah di pantai,
itulah pantai hatiku,
yang bersuara demi kebenaran.

BloggerKaki said...

To lin liani and tzarina, for every action you will expect a reaction, that is natural law. You wanted the social contract be abandoned or varied but what do you expect the outcome will be, you be the winner and take all?
You wish to backtrack and lay claim the signatories were long gone, but the descendents are all here. You claim to have suffered but so are the other humans whose forefathers so generously invited you to his home.
You want to have complete access to the house and it does not matter if the host get kicked out simply because he has different values and pace towards material things and way of life.
Think for a moment where in the western world that you so worship that the minority rules and survive over the majority in social, politics and the economic sphere.

malaysia08 said...

IPCMC was recommended by the Royal Commission. Now it is turned into SCC! Then, what is the point of having a Royal Commission of Enquiry in the first place ? And mind you, it was proposed by none other than the PM himself ! This means that soem people are not happy with the proposed formation of IPCMC ! Then who calls the shots ? As far as I see it, a leader stands or falls on his proposal! " The buck stops here" announced the American President Harry Truman.

It was the same President who ordered the bombing of Hiroshima and Nagasaki during World War Two!His order must have ended the Japanese Occupation of the then Malaya!

If I am not mistaken, hewas also the President who order the great soldier MacArthur to come back to America !

Such was the CALIBRE of LEADERSHIP of Harry Truman ! Sad to say, our Prime Minister lacks GUTS to show who is LEADER of this beloved nation of ours. he must stand FIRM on his proposal or he should throw in his towel and say that he could not take RESPONBILITY of LEADERSHIP and let soembody else who COULD take responsibility. If this were to happen in England, teh Prime Minister would RESIGN if his fellow MPS do not support him! But this is Malaysia!

And now the Royal Commission of Enquiry is set up concerning the alleged video clip about brokering teh judicial appoitments; and the Minister in the PM's department had hedged his position by saying that the report may not be released ! WHY ?

Then, what is the PURPOSE of setting up a Royal Commission of Enquiry in the first place ? Might as well not have it ! Every right -thinking person would wonder what is the matter ! RESPECT it and make PUBLIC the Report: let the 26 MILLION PEOPLE of Malaysia know the whole story! is the Government AFRAID to let the MALAYSIAN people KNOW the WHOLE TRUTH. Perhaps it will be an embarrassment to certain people ! I say, so be it! Let the TRUTH prevail!

Tell the WHOLE TRUTH and shame the devil! May the PM have the GUTS to stand by his stand and pledge he made when he took over teh PremiershiP: fighting CORRUPTION ! Wasn't the earlier Royal Commission set up to fight corruption? If he goes back on word and has weak knees, then he is eating his words! He must be FIRM and note the ringing words of TUN Hussein Onn who said " I shall what is right ; otherwise people will urinate on my grave. "

Yes, that is the CRUX of LEADERSHIP Malaysians yearn for!

malaysia 08

sakithati said...

lepas ni kita buat perhimpunan SALAHKAN BRITISH KERANA MEMBAWA ORANG INDIA KE MALAYA...

Mohd Affendi said...

Salam semua,

Jikalau British tidak menandatangani Piagam Atlantik 1941yg menjadi asas penubuhan kuasa Bersekutu yg kemudiannya menjadi NATO dgn Amerika (bekas koloni British), jangan haraplah mereka akan membebaskan koloni mereka sama ada Tanah Melayu atau India yg kaya dgn hasil bumi..

Semuanya berpunca daripada tekanan serangan Hitler yg telah menguasai Europe kecuali Britain..memaksa British bersetuju dgn 9 isikandungan yg antaranya ialah termasuklah pembebasan koloni & tidak mengambil tanah jajahan baru selepas memenangi Perang Dunia ke2.

The British indeed are not true gentlemen as always depicted, in fact they are the root of all problem in their former colony by their so-called Divide & Rule policy..the root of social marginalization that keep them in power for so long by eliminating the threat of majority people power.

All contract as we legally understand do involved at least two party..it cannot be simply revoke without the consent & mutual agreement by both party..One side struggle action will end up futile..why not try to convinced the other party of the contract to talk over other than flaming the sensitive issues & seditious remarks ..

This is indeed a DEMOCRACY country,the social contract were enshrined in the Federal Constitution..

And in democracy..the majority will decide..same rule same field all around the world.

Lets put this way.. revamp for a new social contract for new Bangsa Malaysia just like what they have in Thailand & Indonesia for exchange..

All should have one Malaysia identity & Malaysia name following the majority race, one school stream (no more SRJKs), no more identification on race based etc..only National Language newspaper & English allowed.

And then everybody are equally eligible for same right & privillege..since all obliged to be Bangsa Malaysia.

so what words say do the other party of the social contract for this exchange?

salam

Melayu Nusantara said...

Mohd Affendi your view is simplistic. In Indonesia and philippines the chinese dominate the field of commerce and conflicts do occur and will continue to erupt from time to time.In fact what happened in Indonesia they are actually gaining ground to introduce their will and culture into the mainstream. Imagine a small population of less then 5% controlling over 60% of the economy ( by legitimate means or otherwise). Only in Thailand are they assimilated - they have the chinese strain anyway and common budhism practise as a unifying factor. What we are doing here is to hold the bull by its horn - accept the situation and work out a deal , in some form of a social contract.

Milshah said...

Assalamualaikum,

Saya rasa kerajaan kita dari zaman Tunku sampailah sekarang, semua nak rakyat hidup aman dan bahagia.

Banyak kemajuan telah kita capai sejak kemerdekaan.

Kalau nak cari kesalahan atau kecacatan tentulah senang, tapi takda apa pun kat dunia ni yang sempurna.Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang di samping terus berusaha memajukan lagi negara kita dan rakyat yang tercinta.

Yang penting semua pihak kena berkejasama dan berusaha ke arah matlamat yang sama.

Mohd Affendi said...

Sdr Melayu Nusantara,

Persamaan utama diantara Malaysia & Indonesia ialah segala kemelut carca-marba sosioekonomi adalah disebabkan tangan2 kuasa politik ..agaknya inilah kepandaian utama org Melayu menjahanamkan sesama etnik..PERMAINAN POLITIK!

Cuma kepincangan hasil model politik-ekonomi Suharto belumlah berjangkit kronik lg kpd Malaysia..tetapi simptom2 nya telah ketara wujud sejak kebelakangan ini..dan jika dibiarkan akan menjadi 'acute syndrom'.

Org Melayu disini masih beruntung..Perkara 156 Perlembagaan telah byk memihak & melahirkan golongan pertengahan yg merupakan komposisi penting utk nadi kemampanan & perubahan bangsa...lihatlah sekeliling anda golongan profesional Melayu yg berkhidmat sbg doktor, jurutera, akauntan, pensyarah dll.. Di Indonesia mereka kekurangan elemen ini. Dari nisbah golongaan pertengahan populasi Melayu Malaysia yg 15juta ternyata jauh mengatasi Melayu Indonesia yg berjumlah hampir 200juta..

Kita ada potensi menguasai kembali ekonomi..kunci kuasa nya adalah 'kuasa majoriti'. Pernah saya sebutkan dulu bahawa menjadi kebanyakan tidak semestinya menjadi majoriti..Penyatuan adalah asas kuasa majoriti & penggeraknya adalah ilmu. Kuasa yg hebat ini jika berjaya diterjemahkan ke realiti dapat membawa perubahan besar kepada sosio-ekonomi...masalah utama yg merencatkan adalah sabotaj & fahaman asabiah yg membuatkan melayu menjadi runut2 minoriti seperti sampah! Minda subsidi menjadi racun pembunuh secara perlahan-lahan..

Indonesia menjadikan nasionalisma sebagai 'unifying factornya'..jelas hanya sementara ia berhasil..tetapi kekurangan yg nyata ialah ia nasionalisma tiada 'soul' ataupun jiwa..kental diluar rapuh di dalam..

Kita masih ada formula yg belum diguna pakai..

Formulanya ialah 'sistem kehidupan Ad-din'.. kunci permulaan awalnya adalah penyatuan utk teras kuasa ekonomi melalui sistem ekonomi Islam..tetapi cabaran besarnya adalah org Melayu Islam itu sendiri yg mencerca sistem ekonomi Islam kerana kejahilan diri tanpa sandaran ilmu.

Layakkah seorang Melayu mengaku dirinya Muslim jika masih berminda subsidi sedangkan jika difahami Rukun Islam tanggungjawab Rukun ke 4 adalah mengeluarkan zakat. Zakat adalah ekonomi..jika semua org mahu menerima zakat (subsidi?) siapa yg hendak berusaha mengeluarkannya?

Sungguh memalukan wahai org Melayu tipikal! Lihatlah hasil pemikiran sebegini dgn apa yg berlaku sekarang..mungkin ini adalah sebahagian drpd azab Allah kerana kita tidak mengikut manualnya & masih bergelumang dgn riba & hanyut tanpa ilmu ekonomi Islam.. merempat di negara sendiri..

wallahualam

lan's said...

saudara lin liani,

"Sdr adalah pemimpin pelapis muda dalam parti. Sdr lah akan menjadi contoh generasi akan datang bahawa inilah bakal pemimpin kita. Jadikanlah seorang pemimpin yang mempunyai daya fikir yang matang dan berwawasan demi kesejahteraan dan kemajuan negara."

Kematangan dan berwawasan selalu diidamkan didalam tindak tanduk saya, dan selalu juga saya menahsihati diri saya, wawasan dan pikiran yang matang saya tidak sama sekali mengandai maruah, bangsa dan agama...

Wawasan boleh bertukar bahaya jika tidak diselitkan dengan nasihat dan pandangan orang tua-tua.. malah menteri pun selalu membuat tindakan yang lari dari dasar perjuangan orang-orang tua ..

terima kasih diatas nasih saudara

hafiz_UKM said...

salam, dato'


rasanya HINDRAF tak tahu apa erti sebenar Ethnic cleansing

dan jugak tak sedar bahawa sistem kasta yang mereka amalkan di negara sendiri adalah more or less Apartheid

kasta yang bawah sekali hidup merempat, diperlakukan sesuka hati....

di malaysia? tak mungkin ethnic cleansing berlaku. takde sebab?

biarkan saja...mereka ni macam 'pop up ads' kat internet. annoying.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).