Wednesday, February 13, 2008

Pilihan Raya Umum Yang Mencabar

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


[MUTAKHIR, 14 Feb.]

Penamaan Calon: Ahad, 24 Feb.

Mengundi: Sabtu, 8 Mac.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 24 Feb. sebagai hari menamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi. Ini memberikan tempoh 13 hari untuk berkempen. Pada pilihan raya umum 2004, tempoh kempen hanya lapan hari.

[POSTING ASAL]

KETIKA mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 12.35 tengah hari tadi, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kelebihan suara dua pertiga di Parlimen.

Ramalan Perdana Menteri itu mungkin tidak keterlaluan walaupun agak menjurus kepada optimisme.

Untuk mengekalkan kedudukan itu, BN perlu menang 146 daripada 219 kerusi. Dalam PRU 2004, BN menang 199 kerusi berbanding 20 oleh pembangkang – 12 DAP, enam Pas, satu Keadilan dan satu calon bebas.

Seperti saya ramalkan terdahulu, keputusan kali ini mungkin lebih hampir kepada keputusan PRU 1999 apabila BN menang 148 daripada 193 kerusi, Pas 27, DAP 10, Keadilan lima dan PBS tiga.

Dalam PRU 1999, pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno menyebabkan ramai pengundi Melayu berpindah kepada Pas dan Keadilan. BN diselamatkan oleh pengundi Cina dan India. Disebabkan itu, sokongan kepada DAP merosot.

Dalam PRU 2004, euforia mengenai orang baik, orang alim, kerajaan bersih, kerajaan terbuka menggelapkan mata pengundi Melayu menyebabkan Pas dan Keadilan kalah teruk. Tetapi undi Cina dan India balik semula kepada DAP.

Selepas empat tahun, bulan madu telah berubah menjadi bulan gerhana -- gerhana yang menyentuh semua kaum – Melayu dengan masalah ekonomi cukup makan mereka, Cina dengan arus perniagaan yang tidak menentu dan India dengan dakwaan mereka dipinggirkan.

Tidak seperti pada PRU 1999 ketika mana hanya orang Melayu yang tersentuh emosinya, pada PRU kali ini boleh dikatakan semua kaum mempunyai isu dan ketidakpuasan dengan pemerintahan BN.

Bagi pembangkang, jika mereka gagal memperbaiki prestasi mereka, puncanya bukan lagi kekuatan BN atau tipu helah BN seperti yang mereka sering dakwa, tetapi puncanya adalah kelemahan mereka sendiri.

Bagi BN pula, jika ia hilang sokongan, kehilangan itu bukan berpunca daripada kekuatan pembangkang tetapi akibat kelemahannya sendiri -- kelemahan mentadbir negara, kelemahan jentera parti dan kelemahan akhlak para pembesarnya.

Majoriti pengundi, sama ada kerana taat setia membuta tuli kepada parti, kerana tidak mendapat maklumat sebenar atau kerana sogokan, akan terus mengundi BN.

Tetapi pengundi atas pagar dan pengundi muda mungkin lebih bersimpati dengan pembangkang jika mesej, gaya dan gerak-geri pemuka parti-parti pembangkang lebih sederhana, merendahkan diri dan tidak cakap besar.

Harapan mereka menang besar sehingga menumbangkan BN adalah tipis. Tetapi harapan menjadi pembangkang yang kuat dan bertanggungjawab adalah cerah.

Pengundi pula pasti akan bertanya apakah hasil gemilang yang mereka peroleh sejak empat tahun lalu setelah memberi mandat raksasa kepada BN pada tahun 2004?

Tentunya bukan kenaikan harga barang, kenaikan kadar jenayah dan peningkatan persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagi yang lebih bermaklumat pula mereka tentu tahu bahawa negara kini diancam kemerosotan ekonomi akibat krisis pinjaman sub-prime di Amerika. Adakah mampu kerajaan yang dipilih nanti menangani kesan global krisis itu?

Apakah pemerintahan baru nanti dipenuhi pohon-pohon rendang berbunga harum berbuah lebat atau kayu mati, kayu reput, tunggul kayu dan batang kayu yang dimakan anai-anai dan ditumbuhi cendawan beracun?

Jawapan mutakhir di tangan pemilih.

Mengenai hari mengundi pula, pembubaran Parlimen hari ini memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memilih hari Sabtu 1 atau 8 Mac sebagai hari mengundi.

56 comments:

Anonymous said...

Salam Buat Semua,

Saya rasa seronok dengan iklim PRU ke 12 ini.

Terasa adakah selepas PRU ini akan ada lagi insan yg berani/sampai hati untuk mendeklarasi bahawa dirinya adalah Tuan Ketua ataupun Tuan Penguasa.... Sungguh tidak manis ada insan seperti itu....

PRU ke 12 ini juga buat pertama kalinya ada dikalangan org2 kita yg selama ini jiwanya hanya memandang pada kapal layar dan juga dacing tetapi kita sudah mula waspada dan rungsing sama ada wajar atau tidak lambang yangs ama diberi keperceyaan...

Inilah PRU yang cukup unik... Tiada sentimen peribadi keterlaluan seperti 1999, tiada sentimen perkeuman melampaus eperti 1969 dan juga tiada perpecahan berleluasa seperti 1990.

Kali ini sentimennya cukup istimewa iatu sentimen HIDUP dan SURVIVAL ! renung renungkanlah....

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Bila nak belanja teh tarik? Ramalan saya betul la....

Rashid Saharudin said...

Dear DKJ,

Just wondering... 2 questions still bothering me on the sudden announcement:

1) why the hastiness in going for 12th General Election when BN still has 15 months to go before the term due?

2) Why the election going to be held before Anwar become eligible for an election(Apr 2008), is it BN afraid of Anwar comeback?

If it's true that the PM still has confident of retaining 2/3rd majority, why not at least until Anwar is eligible so we can see the REAL impact.... For me, i'm not pro-Anwar but wouldn't want some people to take this opportunity to blame or make excuses out of it.

Still wondering......

-chid-

Anonymous said...

Salaam, Dato'

I am sorry that I haven't been posting on your blog for some time now. Busy, lah - things to do, business to chase, family to sayang...

So, finally, after all the guessing and speculation, the PM has made the announcement that Parliament has been dissolved.

And now, the "fun" can start - officially.

Will there be civilised discourses and sincere arguments about political parties' visions for Malaysia, or will the less civil-minded be tempted to play the all-too-convenient "racial cards"?

Because, Dato, there are any number of challenges for Malaysia, and Malaysians, out there in the brave new globalised world, where belonging to a particular race or religion doesn't give one an advantage in the race towards sustainable prosperity.

For starters, something very basic. How do we fix our national education system from pre-school to university?

How do we encourage Malaysians to keep on learning and upgrading their skills set and knowledge so that local and foreign investors will bring good and well-paying jobs to Malaysia?

Pemudah notwithstanding, how do we ensure that the revamping of the public delivery system filters down to where it is most needed - to state governments and local municipalities?

How do we fix our judiciary and our courts which are reeling from one scandal after another? Or, for that matter, the police?

How do we show the exit door to politicians who play to the gallery and have done little for their constituents?

And how do we, once and for all, put an end to this odious system of "rent seeking"?

I have just read, with a mounting sense of disbelief, a report in a regional newspaper which said that the Malay Chamber of Commerce is pushing the government to award it the project to upgrade the railway line from Seremban to Johor Bahru to electrified twin-track - a project that is estimated to be worth RM10 billion. In doing so, the president of the Chamber, Syed Ali Alattas, said that not a single mega-project has been given to the Chamber under the NEP.

This is precisely the type of "rent seeking" that makes foreign investors roll their eyes and give up on Malaysia.

I hope that the forthcoming election campaign will discuss such issues openly and transparently.

Otherwise we will be back to racial enclaves and the brain drain. That's a slippery slope downhill.

MYSON said...

selamat berkempen datuk

semoga pengundi malaysia bertambah matang pada pru ke-12 ini

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Anonymous said...

I picked this up from your entry

Majoriti pengundi, sama ada kerana taat setia membuta tuli kepada parti, kerana tidak mendapat maklumat sebenar atau kerana sogokan, akan terus mengundi BN.

So everyone who votes for BN is stupid? I heard Tun Dr Mahathir, your idol will never vote opposition so is he an idiot?

Dulu masa datuk sokong Dr M. datuk juga buta tuli kah? masa tu pun banyak juga yang tak kena dengan BN kan, kroni lah, politik wang lah dan bermacam lagi

bunyinya macam datuk berteriak 'sour grapes'...

Anonymous said...

datuk,

gendang dah berbunyi.............

bagaimana dengan datuk........

dulu datuk kuat umno.........

sekarang macammana datuk????

boleh kah datuk menyatakan sokongan datuk ke arah mana????

Anonymous said...

Dato KJ,

saya amat bersetuju dengan ramalan dato bahwa keputusan PRU 2008 akan mirip kepada PRU 1999.

ini adalah kerana Kaum Melayu telah melalui ujian mengambil risiko yang paling genting sewaktu 1999 (dalam sejarah pilihanraya Malaysia) atas protes terhadap kepimpinan Umno menangani isu Anwar Ibrahim.

Jadi sejarah ini mungkin akan berulang sebab ia terbukti telah berjaya mengoncang dan menyedarkan barisan kepimpinan Umno ketika itu,
sehinggakan DR M terpaksa mengundur diri beberapa tahun kemudian

Dan sejak itu, isu Pemimpin yang bersih dan berkaliber kini telah jadi teras bagi Kaum Melayu dalam menilai keupayaan seseorang
pemimpin Umno.

Ini terbukti dalam PRU 2004, apabila Dollah berjaya mencipta rekod kemenagan BN paling besar dalam sejarah. Ini adalah disebabkan oleh berundurnya DR M dan Dollah pula awal awal lagi di labelkan sebagai "MR Clean" oleh MSM dan dapat mempengaruhi minda Kaum Melayu.

Bagi PRU 2008 pula, yang saya boleh katakan disini bahwa Kaum Melayu akan dipengaruhi sekali lagi dengan sentimen pemimpin Umno yang bersih dan berkaliber.

Pendapat saya ini tidak termasuk kaum Melayu yang bekerja dengan kerajaan (di brainwash oleh BTN ) dan juga Kaum Melayu / wanita yang lebih kearah "play safe" dan juga kaum Melayu yang telah di"beli" undinya dan yang mempunyai kepentingan peribadi, bukan bangsa.

Selain dari itu juga, keputusan PRU 2008 juga akan mempengaruhi pembentukan barisan kepimpinan dalam Pemilihan Agung UMNO 2008 yang akan diadakan lewat tahun ini.

Inilah sejarah yang telah terjadi kepada DR M dan orang orang kanannya beberapa tahun selepas keputusan PRU 1999 dan sejarah ini mungkin akan berulang lagi ke atas Dollah pula.

Apa pendapat Dato KJ?

Berita dari gunung said...

Dato,

Pilihanraya akan datang ini sangat selesa untuk BN. Kenaikan harga barang yang menyengat ramai, makin dilupai. Orang kampung berseronok dengan pelbagai bantuan berkaitan pertanian. Orang kaya seronok dengan Lorong Corridor.

Setengah orang melompat dengan projek direct nego. Anwar terlepas peluang glamour di sebalik kes Lingam. Tuan Guru Nik makin berusia.

Ada gambar PM sebaris dengan Tun Mahathir masa jamuan Raya Cina, seolah semua sudah ok.

Indikator mudah bahawa BN mampu sapu habis.

Tapi, apapun, kemenangan harus disusul dengan tanggungjawab dan amanah. Akhirnya kita kena akui bahawa ada petua baru dalam politik. Bila berdepan dengan sengketa, terus berjalan dan buat pekak badak! Sangat menarik.

lamandau said...

Sama2 lah kita berdoa PRU 12 akan berjalan lancar bersih dan lebih berhemah. Saya juga berharap agar Pak Lah tidak mencalonkan pemmimpin2 BN yang boleh menjadi beban kepada petugas parti untuk berkempen. Kalau ada pemimpin yang pernah disebut2 dalam sebarang skandal, spt Lingam's Tape, saya harap ketepikan mereka ini. Spt TDM suarakan , inilah peluang kerajaan membersih dirinya dari pemimpin yang membebankan!!

BN tetap menang, tapi 'pl don't the malay voters for granted' Untuk nak ambil hati bangsa lain , orang melayu terasa terpinggir di bumunya sendiri, tak ubah spt menarik kain keatas nampak peha , tarik kebawah nampak pusat!! Dalam keghairahan nak memenang hati orang lain, jangan lupa anak sendiri, yang juga mempunyai perasaan. Saya rasa orang melayu dah lama mengamalkan sikap akomodatif. High time one should ponder and wonder !!!

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan, selamat menjalankan tugas memilih kerajaan!!!!!!

mzpharmacy said...

Terimakasih atas segala maklumat dan pandangan yang telah Datuk berikan selama ini berkaitan dengan situasi politik di Malaysia.

Pandangan dan maklumat ini mematangkan serta mendewasakan saya bersabit dengan politik Malaysia.

WY said...

salam semua,

pilihanraya ini adalah peluang terbaik untuk barisan pembangkang kita untuk bersatu. Saudara fendy_ahmad juga menyatakan perasaan saya. Kali ini cukup istimewa, kerana buat kali pertama, rakyat marah...marah bukan kerana agama, bukan kerana kaum, bukan kerana anwar,bukan kerana tok hadi, bukan kerana lim kit siang dan sebagainya... Rakyat cukup marah kerana....

Pak Lah dan pembesar2 BN semuanya, ratanya adalah pemimpin yang korrupt, yang kurang kemampuan dan yang tidak jujur.

Kerajaan kita hanya memperkaya kaum2 kroni-nya...apabila rakyat jelata sedang bersusah payah mengharungi hidup keseharian.

perjanjian palsu -contohnya projek dan korridor berbillion - yang agak mustahil untuk dilaksanakan...

ekonomi yang kurang stabil - tidak seperti Tun Mahathir, Pak Lah dan kaum kerabatnya, terutama sekali Si Khaidir, kurang memahami cara2 membangun sebuah negara seperti malaysia.

scandal demi scandal. lingamgate, altantuya, perlabuhan bebas klang, jambatan bengkok, "darurat" minyak masak,gula,tepung gandum dan sebagainya...

Mari, jom , ayuh, sama2 kita mengudi Barisan Alternatif, baik Pas, PKR, DAP, SNAP, PBS apa jua...

Anonymous said...

Dear ketua kerani,

We wait and see lah. Dulupun ada kroni, bukan famili. Dulu dan sekarang sudah jauh beza, mah! Dulu ramai yang taat membuta tuli. Sekarang ramai yang baca Internet dan mula buka mata dan hati! Siapa Tun M nak undi, tu hak dia lah. Dia ada kata tolak calon yang korup.

Datuk Scribe ni bukan jenis grape. Kaklau u baca tulisan semasa dia di nst dulu, Tun M pun dia hentam juga. Malah, dia pun ada bergaduh dgn Tun M juga. Itu fasal Tun M gantikan dia dengan Mamak Rahman Maidin. Tak kan you lupa ketua kerani. Semua orang tahu hal ni. Masa dan zaman aje yang berubah tok ketua kerani. Isu dan perjuangan tetap sama..

KAWAN

Unknown said...

Datuk

kalau datuk di lantik menjadi Ketua kempen oleh BN di Kedah, apakah datuk terima? Apa komen datuk?

Anonymous said...

Dato KJ,

ramai yang meramalkan 13 tarikh pembubaran. tetapi dinafikan. bagaimanapun bubar juga pada 13.
samaada terlalu percaya dengan angka 13 atau tidak boleh tarikh 12 atau 14 (apa bezanya pun) hanya ALLAH yang maha mengetahui.

sekarang semakin ramai orang akan percaya dengan angka kegemaran 13 itu. sepatutnya unsur sebegini mesti dielakkan. 12, 13 atau 14 tiada bezanya tetapi mengapa memberikan gambaran yang sebegitu (percaya kepada angka) kepada orang ramai.

Anonymous said...

saya masih mengharapkan kemenangan BN dlm PRU 12 ini.dan ia tidak kepada kemenangan besar.

krisis sub-prime america membawa satu rahmat sekiranya kerajaan baru mampu manipulatif situasi dan bertindak drastik..tp,sekiranya kemenangan kerajaan baru adalah kecil,krisis ini adalah menjadi satu masalah bg negara kita

Anonymous said...

bg saya paklah bernas dgn idea,tp kelemahan besar ialah gagal menjadikan ideanya satu kenyataan, dgn pembaziran kempen2 sahsiah yg menelan jutaan ringgit disebabkan oleh gagal memantau jentera2nya.Bg saya,itulah kesalahan terbesar.

Kebijaksaan strategi pembangkang dgn isu2 hangat yg menggunakan sentimen emosi semakin berjaya.blogger2 di Malaysia kini juga yg semakin byk Pro-pembangkang yg berani menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah satu bonus bg pembangkang.

freelittlebrain said...

BN dilihat akan menang dan mentadbir negara sekali lagi. Persoalannya berapa kerusi akan diperolehi. Tetapi sudah pasti akan kurang dari jumlah yang lalu.
Faktor kemenangan bergantung kepada kualiti calon dan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak, inflasi,kenyataan perkauman,keadilan, kelemahan sistem pentadbiran, isu tempatan dan sebagainya. sehunbungan itu, faktor keselesaan dilihat juga akan mengakibatkan kemenangan BN.

Anonymous said...

Dear Anon 8.30pm

Saya tak kata datuk tak betul, yang saya kata datuk sekarang kata orang undi BN membuta tuli, dulu masa masalah kroni dah kronik zaman tun datuk masih sokong umno, membuta tuli juga ka?
tak elok lah kata orang buta tuli kalau kita pun lebih kurang aja.

dari amalan kroni lah melarat jadi anak beranak, amalan kroni tu sapa start....jangan nak kata less evil so its OK

Orang sokong BN for many reasons they want stability, they want peace they want development, otehrs vote dacing because no alternative....nak buat macamana pembangkan worse than incompetent,

Itu pendapat saya dan ramai orang juga....

Kalau dulu boleh sokong masa ramai orang panggil mahathir firaun sekarang ni apa yang berbeza sangat...

Itu pasal saya kata sour grape

kalau yang bercakap tu Mat Sabu saya 100 peratus boleh sokong pasal dia dari dulu jelas tak sokong umno dan dah lama point out the rot.... geddit

by the way datuk took the balme for some of the less than flattering reporting about BN, he had a choice of sacking some editors or taking the blame, he stood by his people and took the bullet for them...I respect him for that

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf kepada semua.

Buat masa ini saya nak jawab soalan Sdr Haji saja sebab mudah.

Dia bertanya: "kalau datuk di lantik menjadi Ketua kempen oleh BN di Kedah, apakah datuk terima? Apa komen datuk?"

Jawapannya:

1. Atas alasan apa BN nak lantik saya jadi ketua kempen di Kedah?

2. Saya tak akan terima sebab tak layak.

3. Kalau nak masuk politik, dah lama saya buat. Dari awal tahun 1980-an sudah ada "pekawaan".

4. Tak apalah Sdr Haji, saya terus jadi pemberita cabuk dah cukup dah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato' dan semua,

ketua krani said..."So everyone who votes for BN is stupid?"

# Orang berkepentingan, mungkin seperti Sdr ketua krani, tidak bodoh sekiranya memilih BN. Apa tidaknya, kemenangan BN nanti akan menjamin 'kepentingan-kepentingan' itu terus dinikmati tidak kita apa habuan sekali pun - projek, kuasa, wang, betina dan lain2. Yang senang mahu mengekalkan kesenangan dan kemewahan, kalau boleh sedikit pun tidak mahu berkongsi dengan orang lain yang susah di luar bandar (yang di bandar besar pun bukan hidup senang), fakir miskin, petani-petani kecil, perniaga cukup makan dan kerani/penjawat bawahan kerajaan/swasta. Yang berkuasa pula mahu terus berkuasa supaya dapat mewarisi kekuasaan dan kekayaan negara turun-temurun juga kalau boleh tidak mahu berkongsi kuasa dengan pihak yang membangkang. Yang melawan dalam parti, dibunuh karier politik mereka. Sampaikan mufti pun tidak terlepas dari kerakusan mereka. Boleh Sdr ketua krani nafikan semua ini?

# Jadi ketololan, kebangangan dan kebengapan ini dilihat dari arah kedua hala. Pemimpin memperbodohkan rakyat manakala dari perspektif lain, rakyat berasa pemimpin ini bodoh kerana rela dipergunakan akibat kemewahan dan gilakan kekuasaan.

# Bagai nila setitik rosak susu sebelanga, begitu juga dgn BN. Kita tidak melupakan banyak jasa-jasa baik BN yang lepas2. Dalam masa BN berjasa itu, banyak juga onar yang BN palitkan kepada rakyat dan negara. Rakyat semacam tidak mampu berbuat apa2 sehingga "nila sebelanga telah merosakkan susu selautan"!! Dikala ini, kita yang dulunya dikatakan bodoh atau diperbodohkan kena menjadi bijak dan sedar akan 'kebijakkan' pemimpin2 pilihan kita dulu. Perlukah kita memangkah mereka lagi? Kita berakal jadi pertimbang dan fikirkanlah. Dalam situasi sekarang, kita tidak ada pilihan untuk mengelak daripada berpihak. Berpihak dgn calon-calon BN yang berkualiti/bermoral maupun berpihak dgn calon-calon pembangkang yang juga berkualiti/bermoral. Apa pun, situasi semasa kini membuatkan saya sebagai 'pembangkang bebas' untuk PRU kali ini.

sniper said...

undilah atas dasar ilmu dan iman..
kalau mampu, ijtihad la dgn ilmu yang ada, sebab ijtihad kalau betul, dapat 2 pahala, kalau salah pun tetap dapat satu pahala..

kalau tak mampu, taklik la kepada ijtihad para ulama/ilmuan ..di sana ada ilmu fikh aulawiyat dan fikh daruriyat.. secara mudahnya kaedah memberi keutamaan dan kaedah mengelakkan kemudaratan..

bila bertembung 2 calon yang sama bagus, pilih la yang mendapat keutamaan menurut syarak (nik aziz vs pak lah ?)..

tapi jika bertembung 2 calon yang sama teruk, pilih la yang kurang memberi mudarat kepada ummah (samy velu vs tian chua?)..

Kamalkamal said...

Dato'

Sekarang ini BN berada dalam keadaan yang agak selesa, sebab itu Datuk Abdullah Ahmad Badawi berani bubar Parlimen. Sebenarnya kempen telah dilaksanakan secara langsung atau tidak langsung sejak beberapa bulan kebelakangan ini, cuma ia dicemari oleh beberapa peristiwa seperti Perhimpunan Bersih dan Hindraf, yang lainnya dikira remeh-temeh saja.

Kalau PAS hanya akan bertanding di 60 kawasan Parlimen, apakah 162 kerusi lagi akan diisi oleh PKR dan DAP.

Khabarnya di Kedah, Mokhriz Mahathir akan dicalunkan di Langkawi mengantikan Abu Bakar Taib. Manakala di Merbuk Tajul akan mengantikan Zam. Sementara itu Zam pula dipindahkan ke Sungai Petani mengantikan Mahadhir Khir yang ego tu. Kemungkinan juga Azeez Putera akan mengantikan Dr. Mashitah di Baling.

BN yakin mereka akan memperolehi kejayaan melebihi 2/3. Mandat ini amat diperlukan oleh BN. Manakala BA pula berhasrat menafikan 2/3 BN di Parlimen dan juga dibeberapa buah negeri tertentu. Hasrat BA ini hanya akan tercapai jika rakyat mampu dan sanggup mengubah sikap, jangan jadi macam 2004...habuk pun tarak!!!!

penganggurpaksa said...

UTUSAN
8 Mac hari mengundi pilihan raya umum ke-12 14/02/2008 11:49am

PUTRAJAYA 14 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 13 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

------------------------

Saya dah bersedia....tapi malangnya baru dapat peluang kerja di Seberang Laut..selepas 4 tahun menganggur...SELAMAT MENGUNDI!

Anonymous said...

I have said it before and I will say it again, democracy works well with two shades of grey or maybe three so if you want choices, the opposition has really got to settle their differences and work as one.

ini dah 50 tahun pun still tak boleh setuju tentang kerusi... inikan pula tentand dasar lain yang lebih kompleks seperti monetari dan fiskal, pelajaran, perindustrian dan ini belum lagi kita nak cerita tentang alam sekitar, hak asasi manusia dan tenaga

Even if they do get together it would still take two or three general election before they can deny the two thirds majority of the BN and beyond that who knows where it will lead.

I am offended every time bloggers say our voters are stupid for keepign BN in power.
People are not stupid, they vote for what gives them the most benefit because that is the automatic safeguard of democracy

those who are perceptive will point out that it is also the system's greatest weakness because the lowest common denominator is what drives the majority,

they vote for their interest and that interest starts with the person then the family then the community.
until the person is comfortable and his family is comfortable and by comfortable i do not mean rich i mean happy with their position, be it in terms of their material wealth, spirituality or political stance, then they will make calculated moves to change the Government.

keep in mind that it is fence sitters that determine the Government in a two party system , right now we have a one party system fighting against 'a loose confederation of warring factions' to borrow from Sir Arnold of Yes Prime Minister.

My interest in the BN is simple. I am a self employed person so what I need is prosperity in the industry in which i work and so far this has worked and I simply do not see the BA offering any workable
improvement over the status quo,

so if you want to call me stupid go ahead, if you say that I vote with my stomach then I say yes because poverty is close to shirik and I do not wish to see my hard earned position eroded over something as silly as a political ideal.

Of the three opposition parties here is how I rank them

PAS - at least they are clear about the Islamic state and they are injecting some moderate voices into the leadership.

DAP and PKR- will never vote for them bcause PKR is just sour grapes from Umno and you can say whatever you want it will not change that view many have of Anwar and his cronies while DAP is still stuck in their communist/socialist dogma...the can call it anything they want. They are so short of new blood (or maybe the old hacks just wont give up their post) that all we have seen are the same faces since my father was first eligible to vote so what are the chances of them coming up with new refreshing and acceptable ideas for me... don't think so

I thank those of you who keep the opposition alive because you are doing a great service to the country but personally i still don't believe in them or their ways... I also have unhappiness with BN but I have to go out on a limb and say that I am voting for the one I understand more, BN may be the devil but it's the one I know and that is easier to pick over the angel i don't know.

jalte said...

Salam Datuk.

Ini bakal kali pertama saya akan menghadapi proses undi. Bukan kerana baru sampai umur tetapi selama ini berasa amat selesa dengan keadaan sekeliling dan berasa tiada perlu sebarang perubahan.

Bagaimanapun, untuk kali ini saya rasa amat tergerak untuk menggunakan hak saya sebagai pemilih.

Namun saya ada dengar-dengar khabar angin menyatakan bahawa UNDI ANDA ADALAH TIDAK RAHSIA. Kerana pihak-pihak yang pernah mengundi menyatakan bahawa terdapat nombor siri yang boleh di rujuk kembali untuk mendapatkan apa undi yg dibuat oleh si pengundi.

Saya bukan merasa gentar, cuma ingin tahu adakah situasi itu benar ataupun sekadar khabar-khabar angin tanpa sebarang kesahihan.

Terima kasih

... Jamal_Cyberjaya

Anonymous said...

Dato

YAB PM pegi mengadap sultan johor minta approval nama baru MB Johor hari ni 14 Feb jam 3 petang.

Pak lah dulu (2004) submit nama Khaled Nordin tapi Sultan Johor reject sebab dia suka kat Ghani.

Kali ni ( 2008 ) mungkin nama Khaled naik lagi ( sebab senang Pak Lah nak approve project IDR ).

Tapi latest news pulak Tengku Yim ( Tengku Mahkota yang tak suka kat KJ ) prefer YB Razali Ibrahim @ dulu Hisham punya PA.

boleh confirm ke Dato'

Anonymous said...

Dear Katua Krani,
I think bloggers here can detect that you're an agent provocateur.

Azahari

Anonymous said...

I very disappointed with Pak Lah's leadership. Weak and clueless, lots of flipflop.I'm not going to vote based on race, it is the issues and the BN has fail to deliver. Remember the BN2004 manifesto, most ahs not been delivered and this excuse saying it needs time is carp. Most doesn't that long of period. Dr.M is right, if you can't do the small or short time span issues, how you going to do the big things and the 18 year projects.

Pak Lah has temberang me as far as I'm concern in 2004. This time I'll vote for any opposition be it even PAS. We need to teach the BN a lesson...they are too arrogant and loud mouth and they think they are smart. Actually 70% of the cabinet is not smart and they talk nonsense and accept us to take it lying down.

BN will win but I want to see a bigger opposition and if possible, less than 2/3rd and only then UMNO will kick Pah Lah out. This man will mess up the country more given another 5 years.

god Bless Malaysia and Daulat Tuanku!!!

Vote against BN for a cleaner BN!!!

mail said...

salam datuk,

orang yang mengajak untuk membuat perubahan mestilah dia mengepalai dahulu..
kalo datuk mengajak kita kat lua ni bt perubahan datuk jugak mesti tahu tanggungjawab datuk untuk mengepalainya..
dosa besar kalo mengajak orang buat kebaikan tapi kita sendiri atas pagar..jangan marah datuk..

Anonymous said...

Dear Azahari,

I am expressign my view and if it happens to clash with yours, then its the beauty of freedom of speech, if you try to silence my then how different are you from the mainstream media?

Again we are back to the fact that in cyberspace you have to sympathise with the opposition if you want people to think you are genuine and intelligent...

Anonymous said...

thegreatteadrinkerdownsouth said:

"How do we encourage Malaysians to keep on learning and upgrading their skills set and knowledge so that local and foreign investors will bring good and well-paying jobs to Malaysia?

how do we ensure that the revamping of the public delivery system filters down to where it is most needed - to state governments and local municipalities?

How do we fix our judiciary and our courts which are reeling from one scandal after another? Or, for that matter, the police?

How do we show the exit door to politicians who play to the gallery and have done little for their constituents?

And how do we, once and for all, put an end to this odious system of "rent seeking"?"

Persoalan saudara amat sesuai dibincangkan di blog-blog, atau seminar cendikiawan melayu. Kalau majoriti pengundi boleh berfikir seperti saudara, maka pembesar under performance boleh dibuang dengan mudah.

Namun hakikatnya, tidak semudah itu. Majoriti pengundi Melayu, tidak berfikir hingga ke tahap tersebut, kecuali generasi muda yang berpendidikan. Penentu harin ini adalah pengundi. Pengundi di luar sana ada yang diberi sekampit beras, sehelai kain sarung pun sudah memadai.

Untuk mengetahui kehebatan pembesar UMNO, saudara cubalah "masuk" dalam UMNO, takperlu peringkat bahagian, cuma perlu peringkat cawangan sahaja. Kiranya saudara berjaya memahami "politik kampung" UMNO, maka soalan saudara dengan sendirinya "terjawab". Politik kampung UMNO tak memerlukan kelayakan diploma,ijazah, master atau PhD. Yang perlu, bagaimana memenangi hati perwakilan. Di sini lah bermulanya konsep payung-memayung, rakit-berakit, piramid berpiramid. Dan disini juga konsep menentang arus timbul.

"I hope that the forthcoming election campaign will discuss such issues openly and transparently".

Kalau saudara sebut pasal foreign investors di kampung-kampung sana, silap haribulan depa baling hang dengan telur busuk!

Saudara tak perlu jumpa pembesar, llebih sesuai masuk badan pemikir kebangsaan/antarabangsa

A KADIR JASIN said...

Sdr Red84,

mohom ampun. Saya tidak dapat menyiarkan komen Sdr sebab saya kurang arif justeru itu kurang faham apa yang Sdr maksudkan.

Khasnya saya bimbang rujukan kepada "Al-Kitab" yang Sdr buat. Al-Kitab pada fahaham saya adalah Al-Quran.

Saya tidak sekali-kali bertujuan menyekat Sdr berhujah dan berkarya.

Tetapi saya tidak boleh menyiarkan hujah dan karya yang saya sendiri tidak arif dan tidak faham.

Mungkin minda dan ilmu saya tidak sampai ke tahap Sdr.

Mohon maaf. Terima kasih.

Anonymous said...

Dato',
Akhirnya Pak Lah menerima "ilham" & memilih "8/3/8" sebagai tarikh PRU kali ini - ilham "hadhari" lah tu agaknya?

Nampaknya saya miss mengundi secara peribadi kali ini - kena melalui poslah untuk kali pertama; harap2 undi pos saya & isteri tak hilang dalam "black hole".

Kalau BN menang besar juga kali ini (despite all the issues these past couple of years or so under empayar Pak Lah), maka "teori" tentang "Melayu mudah lupa" dan senang di "gula2kan" akan menjadi realiti... dan saya akan give up mengharapkan apa2 perubahan dari bangsa yang bernama "Melayu"... sama2 kita tenguk keputusan nya nanti. Salam.

Anonymous said...

Dato' dan semua,

langit biru said..."Politik kampung UMNO tak memerlukan kelayakan diploma,ijazah, master atau PhD. Yang perlu, bagaimana memenangi hati perwakilan. Di sini lah bermulanya konsep payung-memayung, rakit-berakit, piramid berpiramid. Dan disini juga konsep menentang arus timbul."

# Pada saya, pandangan dan persoalan yang diutarakan oleh Sdr thegreatteadrinkerdownsouth amat bernas sekali. Perkara-perkara inilah patut dipikirkan oleh pemimpin2 kita.

"Namun hakikatnya, tidak semudah itu. Majoriti pengundi Melayu, tidak berfikir hingga ke tahap tersebut, kecuali generasi muda yang berpendidikan. Penentu harin ini adalah pengundi. Pengundi di luar sana ada yang diberi sekampit beras, sehelai kain sarung pun sudah memadai."

# Ya, itulah realitinya. Kesempatan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh BN utk meraih undi. Tetapi kepada yang berkepentingan dan 'dulu,kini dan selamanya' dgn BN seperti Sdr ketua krani, mana cukup dengan kain sarong atau beras sekampit. Paling kurang mengharap habuan projek berjuta - itulah 'hard earned' mereka! Akhirnya, rakyat juga yang akan membayarnya dimana seperti kita tahu, sebahagiannya (yang bukan kecil nilainya) masuk ke dalam kocek pemimpim2 serta proksi2 mereka. Tak payahlah bercakap pasal kemiskinan kalau sudah tidak berhati perut!! Mereka yang memperoleh kemewahan sebegini sukar untuk faham erti kepayahan.

Mohd Faizal said...

asm datuk..
minta nasihat datuk sikit untuk pengundi2 muda yang sayangkan UMNO tapi bencikan Pak Lah dan menantunya serta pencium tangan mereka..
apa yang kami boleh buat?..mungkin datuk boleh tulis tentang perkara ini..
sekian

Anonymous said...

Sdr YBhg A Kadir Jasin

Sekurang-kurangnya ada yang membacanya.

Menghampiri kebenarankah mungkin sebenarnya minda dan ilmu saya yang tidak sampai ke tahap Sdr.

Sekurang-kurangnya tajuk cerita ada yang terjawab.

Kurang arif tak mengapa
asalkan bukan kurang asam, dtk

Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author.

Berhujah dan berkarya? Besar ertinya, datuk.

Terima Kasih

Rockybru said...

Saya mengundi pertama kali tahun ini. Mungkin sebagai balasan tak pernah mendaftar, saya akan mengundi di Rapat Setia, Perak. Lahir di Melaka, membesar di Singapura, kerja dan duduk di KL tapi mengundi dekat Ipoh! Maka sebabnya ialah saya ni salah seorang mangsa senarai pengundi terkini yang tidak begitu bersih atau suci. Kalau bersih dan suci, dah tentu tak ada orang yang boleh mendaftar orang lain yang di negeri lain sebagai pengundi.

Bagaimanapun, saya tetap ke Rapat Setia untuk membuang undi. Mana tahu, terjumpa Ahirudin Attan aka Rocky yang mendaftar untuk saya dulu ...

Anonymous said...

Salam sejahtera,
Saya juga bersetuju dgn ramai bloggers bahawa PRU kali ini memang berbeza ambience. Memang kita sudah ada Internet sejak awal 90-an tetapi kali ini dgn perkembangan teknologi Internet yg semakin pesat, sumber informasi semakin banyak dan meluas melalui blog Internet yg semakin banyak.

Tidak seperti PRU yg lepas, kali ini terlalu banyak cerita, sama ada maklumat yg ditulis itu benar atau tidak, itu bukan lagi persoalannya, yg pastinya Internet adalah saluran yg cukup berkesan dan cepat utk berkongsi maklumat. Tetapi, kemudahan Internet broadband hanyalah utk org bandar shj, krn setau saya servis broadband ini terhad. Saya merasa simpati utk org luar bandar maupun org bandar yg tiada akses Internet kerana pastinya sumber maklumat mereka terhad hanya melalui mainstream media atau total media pembangkang spt Harakah ataupun kedai kopi.

Saya yakin PRU kali ini adalah yg paling sukar sama ada utk parti kerajaan atau pembangkang. Ramai pengundi telah celik IT & demografi juga sudah sedikit berubah kerana ramai yg sudah berpendidikan tinggi. Spt mana pilihanraya di negara2 lain, isu perkauman & agama yg sempit & ekstrim akan terus dimainkan oleh parti yg desperate undi. Saya berdoa tidak ada keganasan atau kekacauan yg akan berlaku sebelum dan selepas pilihanraya.

Bagi mereka yg pernah ada pengalaman mengundi di UK, tentunya anda akan terkejut dgn pengalaman mengundi disini. Pilihanraya kita sgt meriah dgn peraih undi, poster & banner sedangkan hari pilihanraya di UK tidak ada bezanya dgn hari2 lain. Tiada poster, sepanduk atau bendera hatta peraih undi pun tak ada.

So enjoy our PRU, while it lasts.

A KADIR JASIN said...

Sdr Faizal aka Mundarmandir menulis:

"asm datuk..
minta nasihat datuk sikit untuk pengundi2 muda yang sayangkan UMNO tapi bencikan Pak Lah dan menantunya serta pencium tangan mereka..
apa yang kami boleh buat?..mungkin datuk boleh tulis tentang perkara ini..
sekian."

Saya melihat Umno dalam konteks berikut:

1. Umno adalah perjuangan. Ia lahir hasil perjuangan Melayu atasan dan bawahan menentang gagasan Malayan Union;

2.Umno adalah pergerakan -- a movement -- yang pada mulanya tidak berparti;

3. Kemudian para pejuangan yang mempelopori gerakan menentang Malayan Union itu berpakat menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organisation;

4. Para pelopornya mengelakkan label "parti". Mereka sebaliknya memilih istilah pertubuhan. Oleh sebab itulah Umno menjadi sebuah pertubuhan massa;

5. Walaupun ia ditubuhkan oleh orang Melayu tetapi sifat dan cirinya kebangsaan (national) kerana orang Melayu bangsa induk dan bangsa majoriti di Tanah Melayu. Orang Melayu ketika itu mencorak dan memberikan erti kepada kebangsaan Tanah Melayu;

6. Soalnya, apakah Umno hari ini masih berupa sebuah pergerakan massa yang berlandasnya perjuangan atau sudah menjadi sebuah parti politik harian?

7. Lebih menakutkan apadakah Umno sudah menjadi sebuah kelab eksklusif yang dilarikan (hijacked)oleh kelompok dan keturunan tertentu?

8. Parti adalah gabungan manusia. Kalau baik manusia itu, baik pulalah pertubuhan itu. Kalau cela manusia itu, cela pulalah pertubuhan itu.

Kesimpulannya Sdr Faizal, anda dan rakan-rakan muda anda perlu memisahkan permata daripada pasir, emas daripada tembaga.

Selamat menjalankan tugas demokratik anda.

Terima kasih.

Unknown said...

Salaam DKJ

Dikatakan sudah hampir 5 ribu anak Malaysia di UAE (www.malaysian-uae.com) dan dari culaan serta diskusi maya, majoriti kalau tidak 100% mahukan perubahan. Malangnya ramai tidak berkesempatan untuk balik mengundi sebab tidak layak untuk undi pos.
Saya balik mengundi tahun 2004 dan tahun ini mungkin tidak. Begitupun ada cara lain untuk membantu mereka yang kami pilih untuk menyokong, tentunya tidak BN.....
Hari ini ada sesi tele-conferencing dengan tokoh pemimpin pembangkang bersama rakyat Malaysia di sini dan akhbar tempatan.
Kehadiran dijangka ramai kerana meluap semangat mahukan perubahan walaupun realitinya di tanahair, BN akan kembali berkuasa dan Paklah boleh tidur sepenggal lagi sementara menantunya bersiap sedia untuk menaiki takhta.
Sebagai bekas ahli UMNO (rasanya masih dalam senarai), saya sudah lama memisahkan permata daripada pasir, emas daripada tembaga.

Fudzail
Dubai, UAE

Anonymous said...

anakbuah said, "Pada saya, pandangan dan persoalan yang diutarakan oleh Sdr thegreatteadrinkerdownsouth amat bernas sekali. Perkara-perkara inilah patut dipikirkan oleh pemimpin2 kita".

Perkara yang PATUT dilakukan oleh pemimpin kita terlalu banyak, DAN perkara yang TAK PATUT dilakukan oleh pemimpin juga terlalu banyak!!! Saya pernah menulis diruang AKJ disini mengenai tafsir "ULIL AMRI", itulah pemimpin sebenar!

Mana ada pemimpin hari ini seperti Umar Al-Khattab yang memikul seguni beras ke rumah orang miskin. Mana ada pemimpin hari ini seperti Umar Abd.Aziz (Umar ke2) yang memberi kekayaan samarata kepada rakyat? Yang "memikul" seguni ringgit masuk bank sendiri ada laaa...

Kalau ada yang betul-betul menjadi pejuang, maka persoalan thegreatteadrinkerdownsouth boleh menjadi persoalan pokok yang perlu ditangani secara "holistic dan comprehensive" (sorry, pinjam kata Najib). Hakikatnya hari ini ramai jadi petualang tapi mengaku jadi pejuang!!!

Oops! Tak dak guna cakap berjela-jela kalau tak balik mengundi! Jom, balik mengundiiii.........

A KADIR JASIN said...

Sekadar Renungan.

Ramai anggota PDRM di sekitar Masjid Negara hari ini bukan sahaja tidak solat Jumaat, malah nampak tidak solat Jumaat.

Saya menyarankan kepada beberapa orang daripada mereka "tak elok anggota PDRM berpakaian seragam berada di sekitar masjid tetapi tidak menunaikan solat Jumaat."

Lepas solat, saya nyatakan hal yang sama kepada seorang pegawai. Saya nampak dia solat.

Dia kata mereka dikerahkan ke Masjid Negara kerana khabarnya akan ada tunjuk perasaan.

Saya tak tahu kalau ada tunjuk perasaan selepas itu. Tapi waktu solat tak ada tunjuk perasaan. Jadi kalau nak solat 5 minit bolehlah.

Saya sekali-kali tidak menyalahkan anggota PDRM yang tak "sempat solat". Mengawal keselamatan adalah tugas mereka.

Kebetulan khutbah Jumaat Masjid Negara hari ini mengenai pentingnya solat sebagai teras keimanan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Merepek saja kita berceloteh di sini tentang undi mengundi. Saya kata undi siapa yang kita rasa bekerja untuk kita. Kerana kita undi di kawasan kita. Jadi kita perlu tahulah siapa yang akan membela nasib kita di kawasan tempat tinggal kita.
Diperingkat lebih atas, iaitu sama ada kebajikan kita sebagai rakyat didalam negara, kalau kita undi siapa pun kita nanti rasa tak puas hati akhirnya. Sebab bukan kita boleh jumpa bersembang dengan pembesar-pembesar negara. Takat wakil rakyat cabuk bolehlah kita hinggut dia ikut kehendak kita.
Apa pun saya masih berpendapat, semua yang bergiat dalam politik hari ini, semua nak cari makan. Ada yang malas bekerja, depa kata why not jadi ahli politik? Jadi ahli politik pakai air liur saja.
Kalau tanya budak sekolah tadika pun depa nak jadi ahli politik.
Soalan yang perlu ditanya pada budak-budak tadika tu " siapa nak kerja yang hari-hari pi merepek, cakap apa saja yang suka, kemudian di bayar gaji, elaun dan ada peluang dapat side income?".

A KADIR JASIN said...

Sdr Rashid, in his comment, had asked the following questions:-

1) why the hastiness in going for 12th General Election when BN still has 15 months to go before the term due?

2) Why the election going to be held before Anwar become eligible for an election(Apr 2008), is it BN afraid of Anwar comeback?

I think the following factors could have influenced the PM's decision:-

1. The Merdeka Centre and other polls and surveys that showed his approval ratings falling to the lowest level in his four years;

2. To capitalise on the launching of the mega growth corridors;

3. He cannot wait for the mid-term review of the 9th Plan to be tabled because not much progess has been made. Disbursement could still be at low levels;

4. The prospects of the world economy going into recession led by the US;

5. Price control is becoming difficult. After the election, prices of goods and services may go up further as manifested by the huge increase in fuel prices in 2006;

I don't think Anwar Ibrahim's inability to contest is a major factor. We are talking about one person and possibly two seats -- one Parliament, one state.

Anwar can still contest later in a by-election. All that PKR has to do is to make sure it wins seats. It can then vacate one seat to force a by-election so that Anwar can contest.

Of course the BN will use all its resources to ensure he is not elected.

Such is politics.

Thank you.

Anonymous said...

Dato'

cerita pasal anggota PDRM kat masjid negara yang tak solat jumaat tu... inilah jadi nya bila Dollah lebih takut pada bayang bayang sendiri daripada takut kat Allah.

Tak pasal pasal polis - polis tu tak dapat sembahyang....sapa yang nak tanggung dosa.

Kalau ada pembangkang Islam nak buat demo pun, dah tentu lah depa buat lepas habis solat.
Kalau tak, Umno pulak ambil kesempatan mengutuk pembangkang.

Anonymous said...

Dato Kadir,

Secara peribadi saya tak rasa PRU ke 12 secara keseluruhan adalah mencabar.

Sepertimana PRU yang terlebih dahulu, sudah di jangka, BN sudah tentu menguasai 2/3 parlimen. Cuma mungkin adalah upset di beberapa tempat.

Sama seperti menonton Formula 1 waktu M. Schumacher jadi juara dengan memandu Ferarri, belum start race satu season pun dah boleh agak dia menang. Sampai naik bosan nak nonton F1 masa tu.

Cuma PRU di Malaysia, BN gunakan jentera kerajaan yang kuat, tapi drebarnya kelas tiga...itu pun boleh menang jugak.

Anonymous said...

Dear Datuk Scribe,

Bernard Baruch once said: Vote for the man who promises least as he will be least dissapointing.

Jadi, pandai-pandailah pilih wakil rakyat dalam PRU12 ini. Jangan kita asyik dengan janji-janji manis yang dikempenkan tapi lihatlah perkembangan di sekeliling kita dalam tempoh empat tahun kebelakangan dan tanya kepada diri, adakah kita mahu terus hidup begini lagi untuk empat tahun yang akan datang?

Tepuk dada tanya selera...

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

salam Dato,

selagi pengundi Malaysia mempunyai mentaliti "play safe", maka sampai bila bila lah keputusan PRU boleh diramalkan dengan senang sekali dan PRU tidak lah begitu mencabar.

Kecuali lah pengundi Malaysia berfikiran seperti pengundi Australia ( yang mencampakkan John Howard di kubu kuat tradisional nya yang dipegang sejak tahun80an) atau di UK yang berani mengubah parti pemerintah mengikut sentimen prestasi.

Di Malaysia, yang ada cuma "thrill" sahaja, itupun kalau ada "upset result" di kalangan pembangkang di kubu kuat BN.

Berita dari gunung said...

Dato

Anwar is in deep trouble. Can he offer his best to lift the flagpost in the field of Permatang Pauh. he doesnt have to travel far, just stay there. anyway he was born there where a daTOK duKUN was terribly respected in a place called CERUK.

dan sekarang bukan musim pauh pun.

Anonymous said...

Datuk,

saya nak tanya indelible ink yang akan diguna pakai dalam PRU nanti mudah hilang tak? Apa kesannya apabila nak ambil air sembahyang? Yang saya tahu kalau air tak lalu tak sempurna wuduk kita. Ada sesiapa boleh tolong sahkan.

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

YBHG Datuk dan para pendebat semua,

Saya tergerak oleh debat yang hangat dan mendalam ini untuk turut sama menyatakan pandangan saya sebagai bekas pegawai kerajaan dan kini pesara yang bekerja sambilan dengan sektor swasta.

1. PRU adalah waktu pengundi dan parti-parti politik menandatangani kontrak lima tahun. Pengundi beri undi, parti-parti beri janji;

2.Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya;

3. Atas kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terbutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat;

4. Kerajaan pungut cukai, hasil, tafif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya -- macam belanja lebih MR16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne -- bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang negara;

5. Untuk pembangunan kerajan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi;

6. Subsidi dan banbtuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar;

7. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawait;

8. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francis kepada Bernas.

Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri.

Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia.

Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada keerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi.

9. Jadi yang kita mahu adalah kerjaaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negera, bukan kerajaan.

10. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai.

Tiada pengundi, tiada kerajaan. Kerjaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.

Selamat memilih orang suruhan kita.

Pegawai JUSA Pencen

A KADIR JASIN said...

Anonymous/Ct Tanjung Perak bertanya:

"saya nak tanya indelible ink yang akan diguna pakai dalam PRU nanti mudah hilang tak? Apa kesannya apabila nak ambil air sembahyang? Yang saya tahu kalau air tak lalu tak sempurna wuduk kita. Ada sesiapa boleh tolong sahkan."

Berikut maklumat online mengenai dakwat yang tak boleh padam itu:

"The word indelible means cannot be removed or erased. Some types of indelible ink have a very short shelf life because of the solvents used, which evaporate rapidly.

"India, Philippines, Indonesia and other developing countries have been used indelible ink to prevent election fraud. The Election Commission in India has used indelible ink for many elections. Indonesia used it in their last election in Aceh. In Mali, the ink is applied to the fingernail."

Jadi Standard kita lebih kurang macam negara-negara inilah kalau kita pakai dakwat ini.

Bagi saya, pakailah apa pun awal sistem pilihan raya kita berintegriti.

Mengenai sah atau tak sah solat tu, saya serah kepada SPR dan kerajaan "Islam Hadhari". Tentu mereka tahu halal dan haram.

Terima kasih.

Anonymous said...

Susah nak teruja dengan PRU12 ini memandangkan cabaran hebat diberi dan diterima berlaku hanya di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah, walhal kita hanya melihat UMNO itu laksana sebuah 'corporate' dan BN satu oligarchy dalam kolam dunia kapitalis.

Share holders dan perjuangan bersemangatkan kebangsaan memerlukan lebih dari wang dan kesungguhan.

Namun, perubahan apa yang diidam-idamkan dengan bahan dan acuan yang sama manakala bangsa mana yang tak cinta budayanya.

Anonymous said...

salam,datuk.

Harap sihat semua.
Buat yang memberi 10 pendapat.


1.Itu benar
2.Benar.
3.Rakyat dan kerajaan saling memerlukan.natijahnya,berapa jumlah hasi pembayar cukai negara,tol,dan tarif.adakah anda tahu,3o% nilai bersih pun tak sampai kalau dijumlahkan sumber pendapatan negara.
4.16 Juta???kalau nak jadik isu,skrg ni benda rm6 tapi beli kata rm160 pun,bpr cari.
5.pembanggunan mesti cepat seiring dengan peredaran zaman.kalau semua kerajaan tunai,rakyat bayar mahal,mahu ke?
6.adakah anda tahu berapa untung syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan?dan kenapa pembangkang'confident'dengan hasil untung Petronas?negara berkebajikan dipukul canangnya.jadi tidak timbul disini seolah pembayar cukai kita ni ramai benar.
7.Ya betul.tapi bukan 100%.belum ada subsidi/bantuan di negara ini tanpa suntikan dari sumber lain maknanya bukan 2 itu saja.
8.Ya.kerana nak pertahankan Bernas juga.kalau tidak,kita juga yang susah.harga pasti jauh lebih mahal nanti.
9.Syarikat berkepentingan kerajaan?hutang konsesi lebuhraya,tol yang anda bayar pun tidak cukup.
10.Anda tahu duit Petronas.tapi pembayar cukai kita masih kecil.


Cuba anda jumlahkan cukai pelabur terutama industri dan syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan.

Dan anda.

Masih jauh nak maju dengan pertumbuhan negara 10% setahun.jadik,tingkatkanlah produktiviti.

2010-6.3%
2013-7.1%
2017-8.3%
2020-insyaallah 10.1%.atau lebih.......

Anonymous said...

salam,datuk

Buat pelajar yang pernah atau sedang belajar di luar negara.


Diharapkan yang duduk di luar sana,janganlah terlebih main salji.manakala yang telah kembali kesini,lakukanlah sesuatu yang terbaik buat negara anda.


Dikhuatiri nanti,ada beberapa fakta untuk menyokong pendapat memang jelas benar tapi maksudnya berbeza seolah-olah bukan saja tidak tahu perkembangan semasa di nusantara ini,malah negara sendiri.

Malah ada juga memukul canang,ada negara yang lebih baik caranya melayan kerenah rakyat.(biasanya tempat mereka belajar).


Kawan saya Cina dan India,bangga jadi rakyat Malaysia.


Sesuatu yang tidak mungkin mereka dapat seperti hari ini di tempat lain mungkin...


Jadi,golongan anda ini mestilah pergi mengundi.Mengisi dahulu slot demokrasi.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).