Saturday, March 15, 2008

Cabaran Terhadap PM Semakin Ketara

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SUKA atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar.

Antara lain:

1. Sudah terdengar suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum baru lalu;

2. Sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli Majlis Kerja Pemuda Umno Malaysia, Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan;

3. Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi;

4. Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain;

5. Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang; dan

6. Perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu Dasar Ekonomi Baru.

Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi.

[UPDATE, 16 Mac]

Menurut Malaysiakini, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar surat kepada semua 193 Umno Bahagian menggesa mereka memanggil mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei ini bagi membincangkan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum.

Dalam surat dua muka bertarikh 12 Mac itu, Tengku Razaleigh meminta pemimpin-pemimpin Umno menggunakan peruntukan perlembagaan parti bagi mengadakan mesyuarat tersebut.

Beliau mencadangkan tarikh tersebut kerana itu adalah tarikh penubuhan Umno pada 1946.

73 comments:

Anonymous said...

Tentang kemelut perlantikan Menteri Besar di beberapa negeri selepas PRU ini, tak ada siapakah terfikir, mungkin ini cara Raja-raja Melayu juga menunjukkan protes terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi?

mn said...

A.kum Datuk,

1. Kepada semua Pemimpin dan Ahli-ahli Umno, saya minta saudara semua tolong pergi baca apa yang saya tulis dalam blog saya sekarang juga.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

2. Ayoh Datuk KJ. Kita berdua orang Kedah. Orang Kedah memang hebat-hebat.

3. Blog saya tu kena 'isa' sebab guna nama 'kj'. Itu sebab tak ada sesiapa yang nak link. No problem Datuk kita tahu apa yang kita tulis.

Hidup Datuk KJ....Hidup su-kj !

noryn said...

datuk,
Jika ada kelapangan, bolehkah datuk ceritakan kenapa datuk meletakkan jawatan sebagai ketua pengarang di NSTP dan apa hubungan Datuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?Jika tidak silap saya,datuk meletakkan jawatan pada tahun 2000. Jika datuk sibuk, minta para bloggers tlg jawab soalan saya ini.
Tan Sri Abdullah Ahmad dan Datuk Johan Jaafar juga meletakkan jawatan di media arus perdana. kenapa?minta para bloggers jelaskan.

bashir said...

dato,

Dalam keadaan yang genting bagi BN sekarang, apakah jalan terbaik bagi mereka untuk mengembalikan keyakinan rakyat secara spesifik ? atau BN sudah tidak relavan untuk memerintah Malaysia ?

Anonymous said...

dato'

saya tidak pasti antara dua mana lebih baik iaitu 1)belajar dr kesilapan diri sendiri 2)melihat kesilapan org lain dan belajar darinya.

sekiranya 1-saya rasa Pak Lah harus diberi peluang, tetapi Pak Lah haruslah celik mata dan sedar diri.Tapi saya melihat tiada tanda-tanda insaf mahupun ingin belajar dari Pak Lah, dan ditambah dengan keangkuhan yang nyata dan ketara,saya rasa sudah tiba masanya dia melihat kerusi PM sebagai mata rakyat sahaja.
dan pengantinya adalah 2-D.najib??tp mampukan dia selamat dari bayang Altantuya yg dicanang hebat oleh BA untuk meraih undi. kalau tidak dia , siapa ?siapa ya?

Quantum Metal Consultant said...

Dato'

Adakah kita perlu membuang masa dan fikiran bercerita tentang seorang individu yang bodoh sombong yang dikelilingi oleh juak juaknya yang sombong bodoh...

Dengan perkembangan ekonomi yang kerisauan ini, saya tidak mampu mengadakan kos untuk merawat jantung dan hati yang sakit menonton 'cerita dbenar' ini.

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa PM tahu kehendak majoriti ahli umno yang mahu beliau meletak jawatan. Pemimpin umno yang lain perlu memberitahu PM akan situasi sebenar dimana rakyat dan ahli umno khasnya memang mahu beliau berhenti dari menerajui umno dan kerajaan. Tak payahlah menunggu sehingga keadaan sudak tak dapat dikawal lagi. Kepada ketua pemuda umno, lupakan hasrat untuk mengambil apa apa tindakan kepada dato' mukhriz. Sekurang kurangnya dato' Mukhriz ikhlas dan berterus terang, tak seperti majoriti pemimpin umno yang lain. Cukup-cukuplah dengan sikap mengampu dan menjaga kepentingan diri sendiri saja. Sedarlah dengan kekalahan yang memalukan dalam PRU12 lalu. Utamakan kekuatan agama, bangsa dan negara.Orang melayu ramai yang masih belum sedar mereka dah jadi pak kadok, menang sorak kampung tergadai. Ramai melayu yang menjual maruah kepada DAP yang terang2 menolak hak melayu dan Islam.Sedarlah sebelum terlambat.Pak Lah gagal maka berilah tampuk kepimpinan kepada org lain untuk membina semula maruah org melayu tercalar.

anak melaka ahli umno

Anonymous said...

Saya setuju sangat2 dengan apa yang di tulis itu....
Kalau masih belum sedar juga, memang dia tu kaki tidur...!

yatim said...

We should not be surprised if the PM, DPM and his cronies in UMNO refused to accept the situation. Since last election they pretended that there were not problems, no issues which have effected so much the man on the street. The BERSIH issue, the HINDRAF issue, the Lingam Tape issue, the raising cost essential goods, increase cost living, all meant nothing to them. They were singing the same tune that there is no issue. They will pretend to do so again. It is upto UMNO members to decide and take action.

Anonymous said...

Datuk,
Saya teringat iklan di TV mengenai pentingnya memakai topi keledar keselamatan.Terbayang di ruang mata saya bagaimana dasyatnya sebiji timun cina yang Tak dipakaikan topi keledar jatuh terhempas dari tempat yang tinggi.
Saya orang melayu kampong datuk, harta peningalan mak dan bapak saya hanyalah sekeping sijil kematian.Mak bapak saya tak meninggalkan AP atau apa-apa pusaka hasil dasar DEB.
Yang saya tersa sangat kesan DEB ialah, apabila saya merempat dinegeri orang, dan saya sekarang berjiran dengan keluarga bangsa Cina, dan kami saling berinteraksi macam adik beradik dan keluarga.
Datuk,
AAB, kepala atau Presiden UMNO tu saya anggap macam timun cina(panggilan pantai timur untuk tembikai),Dan institusi Sultan dan Agung tu macam Topi Keledar untuk keselamatan kepala menghadapi kemalangan.Pesan saya kepada Pak perdana Menteri ialah:
Dengan keadaan jalan dan ranjau yang AAB lalui sekarang, jangan lupalah memakai topi keledar.
-makangaji.

Anonymous said...

Tok kadiaq,

Saya melihat perkembangan politik di dalam BN berlaku selepas pilihanraya ini adalah kelemahan jelas perdana menteri abdullah apabila beliau gagal dalam butiran seperti di bawah:-

1. Shahidan kassim yang terlalu obses dengan jawatan Menteri Besar Perlis dan ini memberikan imej yang buruk YB BN di mana asas perjuangan adalah jawatan dan bukan untuk rakyat;

2. Sikap denial PM sendiri yang ditemubual oleh Bernama TV dan ini menunjukkan imej yang buruk iaitu PM tidak memahami mesej yang ingin rakyat sampaikan apabila banyak kali mengulangi bahawa pelaksanaan projek yang rakyat tidak puas hati.

3. Sikap denial PM yang membabi buta apabila mengatakan bahawa Khairy bukan penentu dasar kerajaan dan menyatakannya jelas bahawa PM kesian kepada Khairy walaupun rakyat sedar dan jelas membenci manusia bernama Khairy Jamaluddin ini dan ini ditunjukkan dengan result PRU 12.

4. Imej buruk PM dan Kerajaan BN bila menentang keputusan Sultan yang menolak pelantikan 2 MB iaitu Shahidan dan Idris Jusoh dan ini merupakan sikap yang tidak boleh diterima oleh institusi diraja di Malaysia.

Pada perkiraan saya, walaupun kabinet baru akan dinamakan, tetapi jika selagi perkara-perkara punca kekalahan BN pada PRU 12 tidak diselesaikan seperti:

1. Khairy Jamaluddin

2. Menteri-menteri yang tidak disukai rakyat seperti Rafidah, Hamid Albar, Nazri Aziz, Johari Baharum masih dikekalkan

3. Sikap denial wakil rakyat BN akan punca2 yang disebutkan dan masih mengulangi perkataan pelaksanaan, pelaksanaan, pelaksanaan

BN akan hilang hak mentadbir sebagai kerajaan dan pemerintah pada PRU 2013 (13 adalah numbor bertuah AAB). Sekarang orang melayu perlu bertanya samada adalah ampu-an ampu-an yang diberi kepada PM akan menjamin masa depan anak cucu mereka.

Saya secara peribadi berasa amat bimbang akan masa depan anak cucu, bangsa dan agama saya jika punca-punca di atas tidak di atasi.

Tidak perlulah melantik suruhanjaya penyiasat atau badan bebas yang dibayar berjuta ringgit untuk menyiasat kekalahan BN. Puncanya sudah jelas. Punca kekalahan BN bukan lagi rahsia dikalangan rakyat yang membuang undi pada 8 Mac 2008 lalu.

Apa yang dapat saya simpulkan bahawa AAB dan wakil BN yang dibenci hanya mahu mendengar apa yang mereka nak dengar sahaja. bayarlah berjuta ringgit pada sesiapa pun, puncanya sudah jelas pada mata dan hati rakyat.

Anonymous said...

Datuk scribe,

Sebelum pilihan raya, para pembesar negara meminta rakyat yang tidak puas hati dengan perjalanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional agar meluahkannya di atas kertas undi. Sekarang selepas rakyat menyahut saranan para pembesar, rakyat pula yang dipersalahkan kerana memberi undi kepada pembangkang!

Hampir setiap hari akhbar arus perdana menghidangkan laporan yang menyalahkan rakyat, khususnya orang Melayu kerana didakwa berpaling tadah dan membelakangkan Umno dan Barisan Nasional yang telah banyak menabur jasa semata-mata kerana BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dan hilang enam negeri!

Mengapa para pembesar sendiri tidak muhasabah diri dan bertanya kenapa dalam pilihan raya umum ke-12 rakyat beralih arah, termasuk di kalangan kakitangan kerajaan dan penyokong parti-parti komponen BN? Kenapa para pembesar tidak duduk memikirkan di mana silap mereka dan kerajaan?

Saya percaya jauh di lubuk hati kebanyakan para pembesar juga sependapat dengan rakyat jelata, tetapi mereka takut hendak meluahkan rasa yang terbuku. Mereka takut hilang tempat. Mereka takut hilang jawatan. Mereka sudah lihat bagaimana negarawan Tun Dr M diperlakukan setelah melepaskan jawatan.

Saya percaya jauh di lubuk hati para pembesar juga mengakui kelemahan pentadbiran kerajaan BN sekarang, kelemahan kepemimpinan Pak Lah dan kerakusan serta begitu berkuasanya anak menantu Pak Lah. Tetapi mereka tidak berani bersuara. Mereka tidak berani menyatakan secara terus terang kepada Pak Lah.

Yang berani bersuara hanyalah mereka yang sudah tidak ada apa-apa jawatan lagi di dalam kerajaan.

Yang berani bersuara hanyalah exco Pemuda yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir! Di mana barisan Pemuda lain yang mendakwa diri mereka Pahlawan Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu?

Terbelakah Melayu kalau pemimpin-pemimpinnya saling bercakaran?

Untuk kesekian kalinya, bangkitlah dan bersuaralah wahai pemimpin ku. Jangan bermuka-muka. Jangan terlalu fikirkan tembolok sendiri. Ingat, tanpa undi rakyat dan ahli parti, tuan-tuan dan puan-puan tidak akan berada di mana tuan-tuan dan puan-puan berada sekarang. Mengapa sewaktu hendak tempat dan kuasa, tuan-tuan dan puan-puan meminta kepada rakyat jelata dan selepas memperolehnya, tuan-tuan dan puan-puan meminggirkan kami pula?

Kuasa dunia hanya sementara. Di akhirat jua kita akhirnya.

“Apa dah jadi,” tanya SM Salim dalam nyanyiannya. Sampai sekarang tak habis-habis lagi kisah pelantikan pak menteri dan exco kerajaan negeri.

Di Perak, istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar yang sepatutnya diadakan pada petang 13 Mac telah ditangguhkan. Di Perlis, teka-teki siapa menjadi MB selesai apabila menurut khidmat berita SMS The Star, Raja negeri itu berkenan untuk melantik Dr Md Isa Sabu menggantikan Shahidan. Tetapi menurut Shahidan, beliau telah menerima surat tauliah daripada Perdana Menteri yang melantiknya sebagai Menteri Besar. Di Terengganu masih belum mendengar khabar berita.

Apakah ada pembabitan istana di dalam politik negara memandangkan kepemimpinan Pak Lah yang lemah?

Datuk, kerana setitik nila rosak susu sebelanga!

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

Datuk,

Benarlah kata orang tua-tua, jika kita selalu tidur waktu siang atau suka tidur nanti otak jadi lembap dan sukar nak faham mesej atau otak jadi benak!

Anonymous said...

A'kum
Benar kah tengku razeleigh sudah pun mengedarkan surat kpd 193 ketua umno bahagian untuk mengadakan sidang tergempar PAU pada 11Mei?

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ.

Saya tertarik dengan isu yang sedang berlegar-legar dipersekitaran politik semasa kita. Ia ibarat peristiwa pra 13 Mei 1969 menjengah masuk ke dalam sanubari setiap inci masyarakat kita.

Kebimbangan institusi Diraja begitu ketara namun mereka berani menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Janganlah disebabkan faktor2 dalaman, akibatnya institusi diraja akan mengambil alih pemerintahan secara drastik.

Kita tidak tahu tetapi tidak mustahil kerana jika PRU12 menampakkan satu lontaran suara rakyat yang drastik dan mengejut, maka sudah tentu kebarangkalian atau probability institusi beraja akan mengambil alih tampuk pemerintahan adalah tinggi. Namun kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati kedaulatan raja-raja Melayu.

Mungkin Pak Lah masih belum sedar akan perihal ini. Beliau mungkin masih trauma atau terkejut dengan apa yang berlaku di persekitaran politik yang berlegar-legar sekarang ini. Oleh hal yang demikian, kitalah yang seharusnya menerpa kearah minda pemimpim kita untuk menyedarkan mereka akan permintaan-permintaan rakyat dan ketidakpuasan hati rakyat yang seharusnya dibela oleh mereka.

Kerajaan yang terlalu kuat, akan jatuh samaada secara perlahan-lahan atau secara drastik. Jangan sampai kegagalan PRU12 menjadi penyebab atau alasan pihak Raja-Raja Melayu untuk menolak kepimpinan Y.A.B PM secara drastik juga.

Pendek kata, kata orang, bila terhantuk baru nak terngadah. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada gunanya menafikan itu dan ini.

~ Al-Farabi

Anonymous said...

6. Perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu Dasar Ekonomi Baru.

datuk, saya rasa tidak ada bezanya statement musa hitam, bekas timbalan presiden umno, bekas timbalan pm yg berkata deb tak digunapakai di SJER..

jugak tidak ada bezanya dgn statement anwar brahim...

yg jelas pola pemikiran mereka adalah sama....

dukperati

syamsul said...

Salam Datuk. Saya mengikuti blog datuk semenjak duulu, tk atas perkongsian maklumat (alternatif) yg baik.
Indikasi jelas terhadap pilihan PM berhubung pemilihan MB/CM tidak disenangi oleh istana. Rakyat menanti penuh hati2 dgn keputusan akhir istana. Siapa yg mencemar titah sultan ketika ini?tk, Syamsul

Unknown said...

Slm Dato'
Seminggu dua ni Dato' ada beberapa isu hangat yang saya dengar terutama tentang PM, MB dan DEB.
Tentang PM dan MB, itu cerita hangat...tapi tak berapa bahaya. Yang bahaya DEB issues...

Boleh Dato' atau blogger2 komen sikit?

Akhirnya; pendapat saya ...orang melayulah (yang berkepentingan dan bahlol!! sorry kasar)yang merosakkan bangsa melayu. Jangan tunding jari kat sapa2 bro!!!

DDL said...

Assalammualaikum Datuk,

Saya setuju amat sangat dengan nukilan datuk. Tapi mungkinkah sebab sikap melayu itu sendiri, yang tidak berasa untuk bertanggungjawab berbanding dengan orang cina. Tak perlulah bandingkan dengan samy vellu yang sememangnya macam itu.

Cuba perhatikan, kejadian yang menimpa Chua Soi Lek, apa yang dilakukannya?; Pendirian presiden Ong Ka Ting; & betapa 'gentlemen'nya Koh su kun? Mungkin 'Dasar Pandang Ke Timur' Dr.M masih belum membuahkan hasil.

Anonymous said...

The Scribe,

Benar kata anda - cabaran terhadap PM semakin ketara. Che Dollah kita ni hero hindustan atau hero bunga marilah kita tengok.

Orang Istana sahih sudah kepintaran dan satu hati mereka. YB Shahidan dan YB Idris pun tiada kurangnya. Selamba saja...saperti air yang tenang.

Yang tak masuk akal ialah bukankah di Pulau Pinang ada timbalan KM Melayu dan India. Manakah mereka ini semasa orang Melayu UMNO Pulau Pinang hingar-bingar? Setakat ini, terserlahlah kepintaran YB Azhar dengan cabarannya.

Bukankah ada kata-kata orang putih: it is not that you are down and bit the dust but how you gather yourself get up again.

Peringatan yang saya dapat beri kepada Datuk Mukhriz hanyalah perjuangan belum selesai.

Dengar-dengar ada satu petisen penting untuk semua ahli-ahli majlis tertinggi UMNO yang sedang diatur. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Datuk,

It is the prerogative of the Sultan Terengganu & Raja Perlis to decide who the MB should be, not the PM. Looks like the Sultan & Raja are showing to the rakyat who ultimately has the power. This is also the case in Perak.
Kita sepatutnya memberi sokongan yang padu kepada keputusan Sultan/Raja untuk memberi mesej kepada kesemua rakyat Malaysia terutamanya yang bukan melayu bahawa negeri kita ini ada Sultan yang berdaulat yang akan melindungi hak rakyatnya.
As we can see in Perak, the Sultan as the ultimate decision-maker on the naming of the MB sent a clear message to DAP that without his consent, the state government could not even be formed. The Sultan ensured that the MB is a Malay Muslim & the message he sent to the opposition & the rakyat was clear.
So, Pak Lah should take heed of this & let Raja Perlis & Sultan Terengganu decide on who should be MB in their respective states. Kalau tidak, nampak seperti Pak Lah tak menghormati Sultan & Raja yang sebenar-benarnya berhak dan berkuasa untuk melantik MB mengikut peruntukan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Semua
Ni pun satu hal lagi, masa kalah, suruh letak jawatan, masa kalah suruh letak jawatan. Masa menang tak da pulak suruh letak jawatan ! Kalau kita keluar sikit dari ruang lingkup politik, sukan misalnya, kalau satu pasukan tu kalah, kalaupun jurulatihnya atau pihak pengurusan pasukan letak jawatan pun, prestasi pasukan tu belum tentu ningkat balik pun. Contoh senang pasukan bola sepak Malaysia la. Orang dok marah sama Ibrahim Saad, caci, maki, lagi hinalah dia; skang dia dah cau. Makin teruk no Malaysia dalam senarai FIFA ada lah. Morinho letak jawatan Chelsea, pasukan Chelsea bukannya makin kuat pun. Piala FA Inggeris pun kalah dengan ntah mana-mana pasukan ntah.
Boleh kalau nak letak jawatan; tapi kasi lah stable sikit. Tak kiralah KJ ada ka, tak ada ka kalau orang boleh bersatu, tak pa lah. Pak Lah pun ada penyokong jugak....skang ni kalau dok tikam sini tikam sana, selesainya tidak, lompat tikam ada lah ! Maka bila tiba masanya nanti... hilanglah UMNO dan BN di mata dunia....dok tikam memanjang....
Memang masa PRU 12 tuBN lingkup, tapi tak lingkup abis lagi. Kalau tak puas hati, pemilihan parti ada, gunakanlah kuasa anda pada masa tu !
Tak payah nak analisis sebab apa BN kalah banyak tempat. Sebabnya simple je, rakyat tak undi BN... tak gitu. Nampak dacing, pangkah roket ka, bulan ka, bulan sabit dua ka (ntahapapa), kepala lembu ka...rela dipangkah binatang lain asalkan bukan dacing ! Mesejnya jelas, rakyat tak undi BN ! Hangpa pun rakyat juga apa !
-WADAH-

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Assalaam.. Datuk KJ,

Apa yang menarik perhatian masyarakat dewasa ini ialah kekebalan PM boleh buat dan tentukan segala-galanya, terbukti boleh dicabar oleh peruntukan undang-undang yang menggambarkan sebaliknya. Dengan peristiwa ini rakyat mengetahui Sultan dan Raja negeri-negeri berhak secara undang-undang berbeza dengan PM. Tahniah saya (patik) kepada DYMM Raja Perlis dan Majlis Perwakilan Raja-Raja Terengganu dan DYMM Sultan Perak yang menunjukkan sikap yang membanggakan rakyat sempena menyambut 'order baru' ini.

UMNO/BN hendaklah sedar bahawa rakyat akan banyak belajar dari peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di masa depan. Berubahlah dari 'order lama' anda itu. Jika enggan juga, nanti UMNO/BN tidak relevan dengan tuntutan kemajuan semasa Negara kita Malaysia.

Kaji kesalahan dan kesilapan, buat muhasabah dan bertaubat dari kekhilafan lebih berguna daripada pecat-memecat. Namun terserah kepada ahli-ahli pendokong parti agar dipertimbangkan secara demokratik.

Terima kasih Datuk.

Kasih hamba pada tanah keramat ini, tidaklah terhingga...

Wassalam

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

Mungkin kita akan saksikan ada pertarungan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.. Jika tiada maknanya UMNO mungkin akan mengalami masalah yang lebih teruk lagi

Anonymous said...

Dear Dato'

Whereas I do not agree with the PM, whom I think is not capable anymore to lead the country, I must warn everybody that ours is a constitutional monarchy.Our Malay Rulers do not have absolute power.

We give our power to our elected representatives. The Rulers act on the advice of our elected representatives.

If we don't like our elected representatives, we can vote them out. But our Rulers are not elected and we cannot vote them out if we do not like them or if the do wrong.

So we have to understand and be very careful about to whom we gave the power. We are loyal to our Rulers but we support our elected representatives.

Reasonable Lad

A KADIR JASIN said...

Sdr Pemerhati dan Sdra/Sdri sekalian,

Sebenarnya DEB telah tamat pada tahun 1990. Ia digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan kini Dasar Pembangunan Wawasan.

Tapi orang masih sebut DEB sebab matlamat-matlamat utamanya seperti membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat (Kuota 30 peratus Bumiputera) masih diteruskan.

Terima kasih.

nemo_judex said...

kpda smua saudara2 ku.....

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai- berai. (Ali Imran 3:103)

wahai org org yg beriman,taatilah Allah,dan taatilah Rasul,dan pemimpin dikalangan kamu("an-nisa' 59)

Disini kita lihat,Allah memulakn ayat dgn seruan wahai org yg beriman.ayat ni utk org yg beriman.wajib taat pada Allah,wajib taat pada Rasul.kewajban mentaati keduanya adalah kewajiban yg berbentuk mutlaq yg tiada dolak dalih. wajib taat walau apa keadaan sekalipun.
contohnya Allah mewajibkn hudud dan qisas,Allah mewajibkn mendirikn perundangan Islam.maka kita perlu
melaksanaknnya walaupun payah,walaupun bahaya.jika mati kerana menegakkn kefarduan ini,maka syahid yg kta dpt.begitu juga
rasulullah.wajib taat baginda dgn apa cara sekalipun.bagindalh model yg melaksanakn perundangan Islam.maka wajib
ikut cara perundangan baginda.kerana mentaati baginda adalah kewajiban yg mutlak.
adapun ulul amri,ia ada batas utk mentaatinya.dlm permulaan ayat,Allah menyeru wahai org yg beriman,dan kemudian
allah berfirman Pemimpin dikalangan kamu..jelas disana ulul amri yg diiktiraf oleh Islam adalah pemimpin yg naik
berkuasa atas dasar keimanan,dan menepati ciri2 mukmin.

dinegara kita,pemimpin yg ada sekarang naik bukn atas dasar Islam dn Iman,akan tetapi ia naik atas dasar
nasionalisme.dan ini tidak melayakkn dia utk dipanggil sebagai ulul amri.seterusnya adakah ia menepati kretiria
mukmin yg solid?rukun iman.beriman pada Allah.bagaimana kita nk kata dia beriman yakin sepenuhnya dgn keesaan
Allah sedangkn berapa byk ayat Allah menyuruh menjalankn hukum islam dia dia tk buat.padahal dh ada org ajak,org
dkwah supaya buat pemerintahan Islam,dia tk buat juga.kemudian beriman kepada Rasul.rasul sendri yg melaksanakn
pemerintahan Islam.

bagaimana kita nk anggap dia ulul amri sedangkn perintah rasul dia tidak laksanakn.seterusnya
beriman dan yakin dgn kitab.bagaimana kita nk kata dia ulul amri,sesdangkn perundangan itu dari Quran.Quranlh
kitab rujukn perundangan Islam.dia menolak mentah2 dan mengambil perundangan selain Islam.seolah2 dia tidak
mengakui kesyumulan islam kerana merasakn ada perundangn lain yg lebih baik dari perundangan Islam.

jadi,dlm konteks di Msia,kita tk boleh katakn pemerintah sekarang adalah ulul amri.kerana tk ckup syarat.bukn
saja2.Allah sendri dh menerangkn didalam Quran.
dasar pemerintahan sndri dh maksiat.iaitu tidak mengambil Quran Sunnah sebagai perundangan.dasar dia sndri dh
maksiat.apabila disuruh taat,selagi tidak maksiat,mknanya kita tidak perlulh taat pemerintah sekarnag,kerana
dasar sudah maksiat,secara automatic,jika dasar kita tolak,kesemuanya kita kena tolak.

pilihanraya bukan proses menjatuhkan pemerintah kerana saat pilihanraya sudah TIADA LAGI KERAJAAN..
Mengapa tiada? kerajaan sudah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pilihan
mereka.Ini bukan Bughah..
Yang menguruskan sistem pendidikan & pentadbiran adalah anggota pentadbiran yang tidak terlibat dalam
politik.Gabenor BNM,Ketua Audit,KSU dsb.Menteri2,PM,MB2 semua dah tak ada.



Ketahuilah, sesungguhnya (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka
dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jamaah. (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury,
al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi)

Dalam riwayat yang lain disebutkan; Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka kecuali satu (iaitu) yang aku
dan para sahabatku meniti di atasnya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani)
Ketika Rasulullah memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka,
kecuali satu golongan. Baginda Rasulullah ditanya tentang perihal siapa yang satu itu..., lalu baginda

Rasulullah s.a.w. menjawab;

Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah di dalam hadis yang lain;

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang
kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan
gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang
diada adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata
al-Tirmizi: Hadis ini hasan lg sahih. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunah mereka.

jelas dr dalil diats...islam adlah agma yg syumul....sesuai untk spnjg zman...

sy hairan knpa m'sia diktakan tidak boleh mngamalkn undang ISLAM...ADAKAH DGN HNYA M'BERI ALSN "MASYARAKAT MAJMUK"....

adakah pemerintahan Islam x sesuai utk negara majmuk?

kita dimomokkan bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara islam kerana masyarakat majmuk dan Umat Islam tidak memiliki majoriti yang besar(Jumlah umat Islam Malaysia adalah 60%).
Menurut Dr.Muhammad Abdel Qadir Abu Faris dalam bukunya (Pemerintahan Negara islam Yang sebenar), pada waktu Rasulullah melaksanakan Islam dan menjadikan Madinah negara islam,jumlah populasi umat Islam(tentera) adalah 700 orang(maknanaya kira2 1500-2000 orang kerana umat Islam yang baligh mmg keluar berperang).Yahudi Bani qainuqa' 700 orang,bani Nadhir 1800 orang dan bani Quraizah 750 orang.Menjadikan yahudi sahaja 3250 orang.Dicampurkan lagi dengan kabilah2 dan kaum musyrikin yang lain maka peratusan umat Islam madinah kurang dari 17%.Jika alasan majmuk yang digunapakai oleh rasulullah maka sudah tentu nagara Islam Madinah tidak akan wujud.TetaPI ia wujud kerana Kuasa Di Tangan Orang Islam!Sebegitu juga dengan sekarang sahabatku sekalian.Jumlah kita 60%,jauh lebih tinggi dr peratusan pada zaman Rasulullah,jesteru mengapa kita masih memakai alasan majmuk?


fikir2 kan lah

Anonymous said...

Salam Datuk

Sebutlah apa saja dasarnya, DEB ke,
Dasar Pembangunan Nasional ke, dan Dasar Pembangunan Wawasan ke matlamatnya cuma satu saja untuk orang-orang UMNO, iaitu mengisi perut mereka sendiri.
Lihatlah pulau pinang, dah berapa lama di perintah olen BN? Adakah orang Melayu disana semakin maju? Lihat saja di kilang-kilang Multinational di Bayan Lepas, berapa keratkah orang Melayu yang memegang jawatan tinggi? Yang banyaknya hanyalah bekerja sebagai production operator, yang selalunya kebajikannya tidak dibela dan dijaga.
Jadi apakah erti dasar DEB pada kami? Tak ada bezanya kalau kami tidak menngundi BN, dan kami rasa maruah kami tidak tergadai dengan mengundi DAP.
Sedarlah diri wahai pemimpin UMNO.

melayuterpinggir.

Anonymous said...

Dato

Pembesar2 umno ni mungkin dah kena pukau oleh AAB sampai jadi dungu.

Ikut orang kampung saya, kalau orang kena pukau, curah ayaq longkang atas kepala dia orang, baru boleh sedar.

Anonymous said...

datuk dan rakan-rakan,
masa pru11 - 2004 UMNO menang besar setelah 'dirosakkan' oleh Mahathir-Anuar pada pru10 - 1999. Kini umno kena sekali lagi dan kali ni masih lagi 'dirosakkan' oleh Anwar-Mahathir.

2004, Abdullah telah mengembalikan kegemilangan UMNO dengan merampas kerusi pembangkang dan hampir menumbangkan kerajaan PAS kelantan. Dimanakah Mahathir pada masa itu? (Nota: Saya bukannya benci Mahathir)

Kali ini, UMNO kena TKO. Semuanya berlaku gara-gara Mahathir 'buka mulut' dan Anwar pula menyambutnya dengan 'berkonsert' politik keliling negara.

Memang Abdullah ada buat salah. Banyak juga salah dan silapnya. Salah satu kesalahannya yang amat ketara ialah kerana membiarkan menantunya Khairy beraja dimata. Manusia tak sempurna.

Dan barangkali benar sangatlah kata-kata Mahathir, Melayu mudah lupa. Mereka lupa pada apa yang Mahathir telah buat, dan mereka telah lupa pada jasa Abdullah tahun 2004.

Mungkin analisa saya ni 'pendek', tapi saya sentiasa berpegang pada ajaran agama saya, "sedangkan Tuhan ampunkan umat, inikan pula kita manusia.

Atau barangkali juga kita tidak boleh memaafkan sesiapa kerana KITA BUKAN TUHAN. Barangkalilah....

Jamil Wahid, budak Kubur Panjang.

Anonymous said...

Dato' dan semua,

Sdr Al-Farabi berkata: "Mungkin Pak Lah masih belum sedar akan perihal ini. Beliau mungkin masih trauma atau terkejut dengan apa yang berlaku di persekitaran politik yang berlegar-legar sekarang ini."

# Rasanya, bukan Pak Lah dan kabinet dapur beliau sahaja yg terkejut malah rakyat dan pembangkang juga terkejut sama. TDM pun kata beliau tak sangka sampai kalah seteruk ini.

# Kalau Pak Lah (dan menantu kesayangannya, Khairy) tidak mahu bertangungjawap atas keputusan terburuk kerajaan Umno/BN baru-baru ini dan sekiranya pemilihan calon sebelum ini adalah keputusan kolektif semua bekas kabinet BN, saya berpendapat Pak Lah, Najib dan semua topgun2 Unmo/BN mesti berundur dan melepaskan semua jawatan mereka dalam Umno dan tidak disenaraikan lagi untuk penggal akan datang. Jadi, semuanya perlu bertanggungjawap secara kolektif, tidakkah sepatutnya begitu?

# Dan saya setuju dgn pandangan Sdr2 sekalian, bukan sahaja rakyat menunjukkan protes tetapi perkembangan terbaru menunjukkan sultan/raja juga, secara terbuka, memprotes kerajaan yang mahu ditubuhkan semula oleh Pak Lah. Pada saya, tindakbalas dan ulasan Shahidan Kasim sama biadapnya dengan tindakan Lim Kit Siang, tetapi Shahidan tidak pula dituduh oleh media/akhbar sebagai penderhaka sultan/raja? Sekiranya betul Pak Lah sudah memberikan surat tauliah kepada Shahidan sebaliknya Raja Perlis berkenan dgn calon lain, bukankah secara tak langsung Pak Lah juga boleh dikatakan biadap kepada raja/sultan? Begitu juga jika Pak Lah masih mengekalkan Idrus Jusoh di Terengganu dan pihak istana tidak berkenan dgn keputusan beliau. Jadi sekarang, kerajaan Pak Lah dan Umno yg sebenarnya lebih biadap! Paling kurang, Lim Kit Siang sudah pun memohon maaf atas kebebalan dan kependekkan akal beliau.

# Dalam hal DEB, DAP di Pulau Pinang sepatutnya lebih sensitif dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan. Walaupun saya faham media/akhbar memanipulasi kenyataan Lim Guan Eng tempohari dan mengaitkan polisi telus, adil dan saksama kerajaan baru Pulau Pinang dengan dasar DEB, DAP perlu lebih berhati-hati dan jangan memarakkan api perkauman. Saya percaya, menerusi media/akbar yang dikawal kerajaan ini, tindakbalas dan provokasi BN sendiri yang lebih bersifat perkauman sebenarnya. DEB sekarang menjadi senjata untuk mengugut rakyat terutama orang Melayu.

# Dan sekiranya kerajaan menghentikan projek-projek yang berfaedah untuk rakyat di negeri-negeri di bawah kawalan pembangkang sekarang, sahlah kerajaan BN bukan kerajaan untuk rakyat. Sahlah kekayaan dan penganugerahan projek-projek tersebut adalah untuk mengisi tempolok-tempolok tertentu sahaja. Dan DEB selama ini bukan dikongsi dan dinikmati sama rata dengan rakyat. Itulah sebenarnya wajah dan sifat kerajaan BN sebelum ini. Kecewa dan tidak dapat menerima keyataan kekalahan PRU kali ini, seperti di Kelantan sehingga sekarang, inilah gaya kerajaan membalas dendam terhadap keputusan dan protes rakyat. Kalau begini respon kerajaan, jangan terhegeh-hegeh nak merampas semula Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan KL kemudian nanti. Jangan sesal dan menyalahkan rakyat sekirannya negeri2 tersebut kekal lama di tangan pembangkang seperti Kelantan nanti! Orang Melayu tidak mudah lupa seperti dulu lagi dan orang bukan Melayu selama ini tidak tidur seperti Pak Lah. Dan terimalah hakikat, rakyat Malaysia sudah lebih beringat sekarang!

Anonymous said...

Dato' dan semua,

Kata PROF. MADYA DR. MOHAMAD AGUS YUSOFF dalam Utusan hari ini: "Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang memperlihatkan majoriti pengundi Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka apabila dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, banyak kawasan campuran diwujudkan untuk memastikan supaya sekiranya orang Melayu mengundi pembangkang lagi, kaum bukan Melayu akan tetap bersama BN."

BUKANKAH KENYATAAN INI MENGESAHKAN PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA OLEH SPR MERUPAKAN TINDAKAN TERANCANG UNTUK BN TERUS KEKAL MEMEGANG KUASA DAN MENAFIKAN PELUANG PEMBANGKANG?!! BUKANKAH INI KAEDAH PARTI KOMUNIS YANG BERTOPENGKAN DEMOKRASI?

Sedarlah wahai rakyat Malaysia! BN menang dgn amat terancang selama ini. Dan perhatikan bagaimana SPR merombak semula persempadanan kawasan pilihanraya selepas ini nanti. Desperado kerajaan sekarang mungkin tidak tertanggung lagi dan PRU13 mungkin menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah negara! Ingatlah, ianya bermula sekarang!

Anonymous said...

Didoakan semoga Dato sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT,

Di bawah ini saya senaraikan input atau pandangan kepada isu-isu yang Dato telah bangkitkan:-

1. Tiada persoalan lagi oleh kerana mereka yang kalah dari segi kaca mata Dato, walaupun masih memerintah telah menyatakan kesanggiupan untuk bertanggungjawab ke atas apajua yang berlaku .... bukan jadi isu lagi Dato.

2. Surat Dato Mukhriz tidak lebih daripada hanya menunjukkan ketidakstabilan dan tak konsisten semasa menghadapi permasalahan semasa. Setelah menyaksikan beliau di kaca TV menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan beliau dalam menghadapi sitiuasi sebegini tetapi cepat sangat berubah pendirian. Kemungkinan ada sebab-sebab tertentu dan fakta-fakta serta pengaruh di belakang takbir yang membuat beliau tidak konsisten.. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Jelas terbukti bukannya pemimpin muda yang dapat diharapkan dan bolehlah dikategorikan sama taraf dengan anak-anak atau menantu pemimpin negara sama ada yang sedang berkhidmat ataupun tidak. Hanya harapkan BIN BAPA-BAPA mereka sahaja sebagai merit kepada pencapaian mereka ketika ini.

3. Sememangnya pemimpin perlu memikirkan dan mengukur kebolehan diri sendiri dahulu sebelum dapat menerajui organisasi yang dipimpin. Kalau mereka lemah dan hanya "Leader By Reaction", inilah kesan dan akibatnya apa yang kita hadapi sekarang ini.

Tetapi jenis pemimpin bercirikan "Leader By Lead" pula ada juga keburukannya sebagaimana yang kita hadapi sejak 22 tahun yang lalu. Terlalu laju dan tak terikut kita semua dan kadang-kadang tak dapat menghayati dan memahami apa yang nak dibuatnya.

4. Kes di Perlis dan Trengganu perlu sedikit masa lagi untuk dilihat apa kesudahannya. Tetapi yang pasti termasuk apa yang telah berlaku di Perak, ianya telah membuktikan sistem demokrasi dan Raja berpelembagaan sedang dan terus wujud dengan segar dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara kita ini. Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!.. kepada semua golongan yang telah mula faham dan ini menunjukkan yang mereka semua ini bertanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

5. DEB atau DPN atau DPW, sememangnya tidak perlu diulas lagi. Dasar ini akan terus menjadi isu dan topik perbincangan zaman berzaman, baik di dalam negara atau di persada antarabangsa. Buat bagaimana telus sekalipun ia akan tetap mendapat perhatian semua pihak, isu yang akan terus segar dan "debatable", tiada kesudahan.

Justeru itu, saya harap biarlah kita mengambil pendekatan yang sederhana dalam menghadapi situasi sebegini dan mungkin mesej di bawah ini akan dapat membantu kita ke arah itu,

"the people who will be severely punished on the Day of Qiyammah will be those who punished people most severely in this world"

Wallahuallam,

Rakan20G

Anonymous said...

Salam Dato',
Nampaknya setelah sekian lama terlena dan seterusnya dikejutkan dengan keputusan PRU12, AAB masih mencari2 Al-Ghazali & Al-Shafie... agaknya bila dah ketemu baru tenang jiwanya dan mula nak berfikir option bersara... itu pun kalau direstui menantu yang dikatakan menang dengan undi hantu... duharap tidak akan bermula dinasti hantu dalam UMNO?

Rose said...

All these seem to occur when Tun Dr Mahathir's mega projects, e.g. crooked bridge to spore, were cancelled by BN govt. That started the strategy to get rid of Pak Lah, commencing in 2006?.

So, we can say, the poor performance of Umno and BN has been engineered by Tun Dr Mahathir and his men:

See A Kadir Jasin blog post of Jan 30, 2008. TDM called for the cleansing of UMNO thru PRU 12. We can see the actions taken:

In some areas, UMNO boycotted BN candidates, to reduce BN’s 2/3 majority.
Immediately after election results, on Sunday, mar 9, TDM called a press conference to call for UMNO President to step down. Now, Mukhriz wrote the letter to PM asking UMNO President o step down…….. they’re all striking while the iron is hot. It is a closely engineered propaganda. Last night u see big huge posters in KL asking Umno Presiden to step down. Clearly, there is a concerted effort to bring UMNO President down.

But is that what the Malays want? If Najib takes over, how sure are we that he will be accepted by the Malays, esp with the Altantuya’s case still in court. Listen to criticisms on the ground – Najib is not popular either.

Malays want a clean, corruption-free UMNO. Who in UMNO can deliver this? Probably none………..yet. So, Pak Lah is not the problem………. UMNO leaders themselves, all the UMNO ministers, ketua bahagian, etc are perceived as corrupt, and helping their cronies.

At this critical juncture UMNO should unite, and show solidarity, behind the current UMNO Presiden, to muhasabah diri, and take corrective action – not splitting the party further like they’re doing now. Najib is also perceived as corrupt –

The Rakyat is smart now, they know, UMNO is acting out what TDM and his men have been planning - this calling for UMNO Presiden to step down, is purely a power struggle within UMNO, not a sincere attempt to clean the party of corruption.

Malay bloggers should call for solidarity, unity, not encourage this splitting within UMNO. Yang rugi Melayu juga. Tengoklah nanti.

In PRU 1999, when there was a split in UMNO, yang menang PAS - dapat tawan Terengganu. In PRU 2008, when there is a current split in UMNO, yang menang Anwar Ibrahim and DAP, while BN lost 5 states.

Unknown said...

Dato K,
My analysis on whats next is... Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah next PM... future PM after Ku Li took over for 5 years will be Dato Hj.Husam Musa as PM and Mukhriz as DPM..heheh..

Chronology of event version A

1. Pak Lah step down and Najib assume power till May,11th 08.
2.UMNO members unanimously elected Ku Li as PM and Dato Husam Musa as DPM (Pas in BN at dis time)
3. After 5 years D.Husam became the PM and Mukhriz DPM..
4. By the time D.Husam feels he is ready and had partly followed Tun vision and his own then he will relish his power to Dato Mukhriz which of course I might have been dead by then,..heheh..apo nak di kato..(",)

Chronology of event version B

1. Ku Li become caretaker PM until Pas join the BN coalition and Husam elected as MP thru a by election.. He will then be elected as PM and Mukhriz becomes the DPM....
2. Ku Li become caretaker PM until May and UMNO members then choose Dato Mukhriz as PM whilst Pas join the BN coalition and Husam becomes his DPM....

Chronology of event version C.
1.HANCOQ UMNO AND BARISAN NASIONAL
2. Tok Sheikh and the ilks will be bring in a 'NEW WORLD ORDER' (yang tau tu tau la, nanti orang takut and gerun sangat lak)
3. HANCOQ, PUNAH RANAH MALAYSIA..!!
4. Bangsa MELAYU jadi pendatang di negara sendiri sebab dah tergadai tanah melayu...macam la ni la Pak Lah tak dak negeri dah pasai kalah Penang.. laaaa tu laaaa,tidoq lagi...

Anonymous said...

Datuk Kadag,Salam mualaikum.
Saya hairan dengan sikap dan perangai AAB ini.Dah tau rakyat tak yakin lagi degan pentadbirannya masih lagi nak pegang jawatan PM.Juak-juaknya (yang boleh dikira dengan jari)tetap sokong kerana mereka pentingkan diri dan bukan bangsa, negara serta agama.Bayagkan satu penggal jadi PM, BN hampir hilang kuasa jika satu penggal lagi ABB berkuasa saya yakin BN jadi sejarah. Mesaj rakyat jelas pada PRU12 rkyat menolak pentadbiran ABB pasal itu rakyat beri sokongan kepad PKR, PAs,DAP dan bebas. Pemimpin bertanggungjawab dah tau orng tak rakyat dah tak sokong undurlah diri dengan cara terhormat Jangan menanti rakyat halau macam anjing gila. wahai pemimpin-pemimpin UMNO hentikan bersandiwara berdiri di tanah nyata trima kenystaan rakyat tolak ABB maka anda semua harus terima hakikat ini dan ramai-ramai desak ABB supaya berhenti demi negara, bangsa dan agama. Contohilah YB Datuk Mukhriz

Anonymous said...

DAKJ,

1.Terima kasih Mingguan Malaysia kerana hebah surat Mukhriz minta Abdullah telak jawatan.

2. Terima kasih Hishammuddin penghunus keris kerana kutuk Mukhriz.

3.Lagi kutuk lagi ramai orang sokong Mukhriz dan nak baca apa Mukhriz kata.

4. Lagi kuat Hishammuddin penghunus keris bikin sibuk lagi ramai orang tertawakan dia.

5. Terima kasih Hishammuddin kerana serbu Permatang Pauh Dr Wan Aizizah menang lagi besar.

6. Pemimpin Umno Johor tiada kredibiliti dan tiada keberanian. Menang mudah kerana orang Johor masih buta politik.

7. Teruskan perjuangan Mukhriz dan para pemimpin dan aktivis Umto tulen.

Rambo Melayu

the indie story said...

3 ekor gagak hitam diatas tiang lampu...


Gagak hitam basah
ditimpa hujan
awan mendung
rintik merempuh dinding flat usang
Tiga ekor gagak bertengek
diatas wayar
tiang lampu milik 'gomen'
gagak hitam berborak
berborak-borak
isu politik nasional
bahang musim pilihanraya
selepas membuang undi
4 negeri bertukar tangan.

gagak pertama:

"aku tegar menyokong pemerintah
selama-lamanya. kerajaan ini banyak berjasa, kalian tahu apa?"

gagak kedua:

"sehingga mampus, aku sesekali tidak akan menyokong kerajaan rasuah ini.
kerajaan zalim ini tidak dapat undi aku. barang naik tanpa henti. gaji aku
cukup makan."

gagak ketiga: (hanya terdiam. sesekali mengangguk-anggukkan paruhnya.
diam seekor gagak menyimpan rasa. bersuara bila perlu)

petir berdentam dentum
guruh keras
kilat sabung menyabung.

Tiga ekor gagak masih bertenggek
gagak-gagak hitam
melihat arus perubahan
melanda daerah mereka.

Gagak hitam pertama terus bersuara
lantang
menyakitkan hati.

Gagak kedua
tidak kurang keras
sekali-sekala
mencarut-carut.

Gagak ketiga
diam.
berjaga-jaga.
bersedia.

ZAASSSSS! GRROOOMMMMMM! DEENTTUUUMMMMM!

2 ekor gagak hitam
mati kejang
terbakar dipanah petir
bulu hangus
paruh rentung.

Terbanglah gagak hitam ketiga
membawa kisah duka
sambil mengeleng-gelengkan kepala
menoleh diatas udara memandang
2 bangkai saudaranya
sambil berkata:

"Kalian selamanya tidak mahu belajar..."

Anonymous said...

Masa yang amat sukar bagi UMNO. Maka, masa yang amat sukar ini juga memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan macammana? Pengorbanan parti(ahli) kepada Presiden parti VS Pengorbanan Presiden parti kepada parti(ahli).

Keberkesanan dan kredibiliti kepimpinan, cara pemikiran dan pembawakan serta halatuju yang ingin dibawa sudahpun diperlihatkan dengan jelas dalam masa 4 tahun sudah DAN segalanya sudah diadili oleh rakyat.

Kekalahan ini bukan satu kekalahan yang kecil-amat besar bahkan terbesar dalam sejarah Malaysia. Di Semenanjung BN hanya menang 86 kerusi parlimen berbanding 80 BA. Majoriti mudah diperolehi dengan "pertolongan" Sabah Sarawak. BN kehilangan 6 negeri (termasuk WP) dan hampir kalah di NS, negeri KJ!

Tsunami politik ini ada pencetusnya. 99 pencetusnya pemecatan Anwar Ibrahim yg memihak kepada pembangkang, 2004 pencetusnya naiknya Pak Lah memihak kepada BN, dan 2008 pencetusnya apa? Kesemuanya adalah melibatkan KEPIMPINAN. Segala permasalahan spt barang naik,tol naik,minyak naik,jenayah naik, Lingam naik, Altantuya naik, harta kekayaan pemimpin UMNO naik dan segala maknenek naik-naik akhirnya semuanya kembali memusat dan bertunjangkan kepada KEPIMPINAN. Maka pencetus Tsunami 2008 adalah kerana KEPIMPINAN YANG DIRAGUI.

Persepsi KEPIMPINAN YANG DIRAGUI ini bukan boleh ditepis dengan kata-kata "saya sudah lihat signal rakyat", kerana signal itu sebenarnya ketidakpercayaan kepada seorang pemimpin tertinggi kerajaan/parti pemerintah!

Tiba masanya Presiden melakukan pengorbanan besar kepada parti(ahli), dan masa 4-5 tahun AKAN DATANG adalah masa untuk MERAWAT UMNO oleh satu pasukan yang baru, kepimpinan yang baru.

zakariazaidi MD,MMED

Anonymous said...

Datuk,

Politik dan berniaga ada persamaanya.

Macam orang berniaga, UMNO dulu macam hypermarket hebat dan besarnya.Dan Untongnya.
Selepas * Mac 2008 yang lalu UMNO telah turun ke taraf supermarket. Ada rugi sikit. Tapi perniagaan masih boleh dijalankan. Banyak juruodit kata, sebab penurunan tafaf UMNO dari Hypermarket ke Supermarket itu, adalah disebabkan gelagat CEOnya.Jadi,Olehkerana CEOnya ialah AAB, mereka, pemegang-pemegang saham minta CEOnya bertanggungjawab dan lepaskan jawatan.Sudah banyak pelanggan lari ke hypermarket dan supermarket baru.Ada antar mereka kata, Hypermarket UMNO dulu masih menjual barang-barang lama.Kalu adapun barangan baru tetapi bungkusannya adalah bungkusan rekabentuk lama.Jurujual-jurujual mereka sudah tidak menarik lagi.Ada yang dah tua gendut dan tidak dapat menarik pelanggan baru.Malah ada pelanggan UMNO dulu yang begitu setia,sudah berbalik ke kedai-kedai runcit.

Inilah realiti yang berlaku.Inilah juga yang dinafikan oleh AAB. Jika CEO supermarket ini, masih berkeras tidak mahu bertanggungjawab,logik pemikiran saya ialah dari sebuah hypermarket UMNO akan menurun menjadi supermarket, jika CEOnya pandai bertindak peluang untuk mendapatkan keuntungan dan mengekalkan taraf Hypermarket yang berdayasaing, jika tidak,UMNO akan menjadi supermarket politik dan seterusnya akan menjadi bangkrap.

UMNO:
Hypermarket-->Supermarket-->Minimarket-->Sundrymarket-->Closedshop a.k.a Bangkrap.

lalu, suatu hari, Mungkin pada tahun 2020 dalam kelas politik mengenai peradaban dan sejarah siasah Orang melayu akan ada soalan peperiksaan yang berbunyi: Disekitar tahun 2008 hingga 2012 parti UMNO telah mengalami bangkrap apakah penyumbangnya?
Maka Professor sejarah akan memberitahu bahawa penyumbang terbesarnya ialah kegagalan AAB mengambil anisiatif meletakkan jawatan secara berkeperibadian, sebagai rasa bertanggungjawab keatas perniagaan UMNO yang merosot.
-makangaji.

Anonymous said...

Saya kira saudara/saudari anonymous yang mengatakan orang Johor buta politik adalah silap sama sekali...

Tidak bererti orang Johor masih setia dgn BN / UMNO bererti orang johor tidaks ebijak orang Kelanrtan, Selangor, Perak mahupun Penang....

Orang Johor majoritinya masih setia dengan BN kerana keyakinan kami kepada YAB Dato' Abdul Ghani Othman dan bangganya kami dengan Baginda Tuanku Sultan kami yang awal-awal sudah memberi signal akan siapa yang dia mahu jadi MB. Maaf katalah, Sultan kami lebih terkedepan dalam bab ini, akibatnya tidak berlaku huru hara seperti Perlis dan Terengganu.

Daulat SULTAN JOHOR ! Allah Peliharankan SULTAN JOHOR !

Anonymous said...

Ahlan wa marhaban
Ini satu lagi problem, kutuk negeri la plakz. Dok kata negeri tu buta politik la, negeri ni tuli politik la tu pasai apa? Biarlah diorang nak pilih siapa yang nak merintah rakyat diorang. Jangan dok kata Johor, Perlis, N9, Melaka,Pahang, Ganu, Sabah & Sarawak pun BN jugak yang perintah skang ni. Bila dikata Perlis, dituduh pulak yang Perlis tu ada pengundi hantu la, orang siam dok mai perlis undi UMNO la. (Yang negeri lain tu apa lak alasan ? takkan buta politik ja !)Tu la tu. Bila BN menang truih cakap yang "kemenangan dirancang la", "pengundi hantu kongkong entah mana datang la", "SPR belot la...", "Buta politik la.." tapi bila PKR-PAS-DAP menang, pandai pulak cakap "ini pilihan rakyat !", "rakyat semakin matang !", "demokrasi dikembalikan !" Tu sebab hamba cakap, kita nak komen biorlah objektif. Ingat kata Guan Eng : "Nak hentam saya pun, jangan lah hentam keromo." Ini pilihan RAKYAT. RAKYAT yang pilih. Kita (sebagai rakyat) accept ja. Kalau tak puas hati, 5 tahun lagi, pakat kempen la besor-besoran supaya rakyat pilih yang BARU. Yang FRESH. Hidup rakyat ! Hangpa semua bukan rakyat ka?
-Wadah-

Anonymous said...

assalamualaikum dato',
Jika mukhriz dipecat atau diambil apa-apa tindakan disiplin sehingga nampak seolah-olah dipecat, maka sahlah sejarah telah dan akan berulang, iaitu sejarah ayahnya mahathir dipecat oleh tunku ekoran kritiknya dahulu.

Selepas mukhriz dipecat, saya pasti dia tak akan masuk pas atau pkr. dia akan jadi mp bebas. pada pru13 nanti, mukhriz akan pertahan kerusi mp jerlun atau pun bertanding di langkawi. Pas akan memberikannya laluan sebagaimana ibrahim ali dibantu. mukhriz akan bertindak menerusi pentas pas sebagaimana mahathir lakukan dulu.

mukhriz akan menang. dan akan ada la orang umno yang datang jemput mukhriz masuk balik umno. mukhriz akan terima dan kemudian namanya melonjak naik dalam umno sama macam ayahnya dulu. dia kemudiannya akan jadi perdana menteri.

sejarah berulang. Abdullah mengambil peranan tunku. najib ambil peranan Tun Razak. Hishamudin ambil peranan Tu hussin. Mukhriz ambil peranan Mahathir. SKRIP DAN PLOT CERITANYA ADALAH SAMA.

Najib sekejap sahaja menjadi PM kerana dia ada banyak 'penyakit' (paham-paham saja la). Hishamudin pun akan jadi PM, tapi sekejap juga sebab dia agak 'lembut & lembik' (dia akan 'diratah' oleh mukhriz). Mukhriz akan jadi PM seperti ayah dia. Lama diatas takhta.

Kemudian, sejarah akan berulang lagi. Mukhriz akan ada masalah seperti mana mahathir. Dan kisah ini akan terus berulang setiap 40 tahun.

ATAU SEJARAH BARU TERLAKAR....

Mukhriz akan sertai pas dan membentuk gelombang baru politik malaysia. Pas dan mukhriz akan bentuk pakatan melayu-islam yang kuat dan mendominasi senaroio politik tanahair. Melayu islam dalam pkr juga akan join pakatan ini termasuk dari umno. (Umno/pas/pkr terkubur?). Barangkali ketika tu akan berlakulah pertembungan politik antara Islam dan bukan islam di negara kita.

Wallahualam.

Jamil Wahid, budak Kubur Panjang,.

Anonymous said...

The Scribe,

Divide and Rule!
(he's a bad, mad rapper)

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

It sure looks like things are going in Che Dollah's favor, really. Look at it this way, Che Dollah has a very, very shrewd, able, and deadly team.

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

My question to you, Dato' is if it - his position and the kitchen cabinet's - gets too bad, would he call in the military and declare it a state of emergency? Hey!??

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

Is it true that he has great experience as a young man in the handling of state of emergency matters such as this?

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

Would he have learnt the mistakes of the first PM and the moves of the second PM to pre-empt any moves on him by his deputy?

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

I see it all as interesting challenges Che Dollah and his kitchen cabinet face and the work they have cut out for themselves.

(I think the brother of the Raja of Perlis should be the new MB of Perlis or is he the one pulling the strings?)

I do not think that there are not many of the new generation of Malaysian who are willing to sacrifice their lives for the sake of their freedom of free speech.

(Money, money, money
it's so funny
it's a rich man's world)

You're the man, dude!
The rich man, bro!
A dead man, fool!

Anonymous said...

Sebelum PRU12.. Saya rasa semua rakyat tahu segala dasar dan pentadbiran kerajaan Malaysia telah diganggu gugat oleh anak menantu Pak Lah. Selepas PRU12... Semua rakyat tahu Pak Lah tak tahu nak fikir apa lagi. Tengoklah wawancara 30 minit.. tak ada satu apapun permintaan maaf atau rasa bersalah dari dia. Asyik salahkan rakyat dan "grassroot" serta projek yang rakyat tolak. Bangunlah Pak Lah!!.. Jangan la ikut telunjuk menantu je, ikut rasa hati negara tergadai nanti.

Anonymous said...

sebelum merdeka rakyat tanah melayu secara umumnya adalah kaum melayu. kaum lain secara umumnya datang ke tanah melayu kerana faktor ekonomi dibawa atau dijemput oleh british. saya tidak fikir mereka berniat untuk tinggal di tanah melayu. ini berlaku berpuluh tahun sejak kedatangan british ke rantau ini.

sektor ekonomi dan pekerjaan di bentuk mengikut kedudukan kaum. bila british keluar dari tanah melayu kaum lain tidak dibawa keluar bersama british. orang melayu dikehendaki menerima kaum lain sebagai rakyat tanah melayu jika orang melayu hendak merdeka. dalam sekelip mata beratus ribu malahan mungkin berjuta kaum lain menjadi rakyat tanah melayu. dengan itu keturunan kaum lain ini akan menjadi rakyat tanah melayu. apa yang orang melayu dapat hanya sedikit peruntukan dalam perlembagaan yang kononnya memberi hak istimewa orang melayu di tanah melayu. sekarang kaum lain mempersoalkan hak istimewa kaum melayu. boleh tak kaum melayu mempersoalkan kerakyatan kaum lain di tanah melayu ini?

kita harus ingat bahawa apa yang berlaku sekarang adalah kerana perkara atau peristiwa lepas. jadi apa yang akan berlaku dimasa hadapan adalah kerana perkara atau peristiwa hari ini. suka atau tidak kita kena terima hakikat bahawa asas kemerdekaan dan pembentukan persekutuan tanah melayu ialah persetujuan semua kaum utama lebih kurang 50 tahun lepas untuk bertolak ansur antaranya mengenai kerakyataan dan hak istimewa orang melayu. adakah selepas 50 tahun perkara-perkara itu dilupakan. nampaknya 50 tahun lalu orang melayu sudah kena tipu oleh british dan kaum-kaum lain.

kalau orang melayu tidak berhati-hati pada masa ini orang melayu akan sekali lagi kena tipu. siapa yang akan menipu saya tidak tahu. senarionya lebih kurang sama iaitu sekumpulan yang ingin berkuasa. 50 tahun dahulu ada beberapa kumpulan yang ingin berkuasa di tanah melayu. slogannya merdeka. british memilih untuk untuk bekerjasama dengan satu kumpulan. tanah melayu merdeka dengan syarat tertentu dan kumpulan itu berkuasa di tanah melayu. 50 tahun kemudian terdapat beberapa kumpulan yang ingin berkuasa di malaysia. bermacam janji dan kerjasama akan terjalin demi untuk mendapat kuasa. sejarah 50 tahun lepas akan berulang.

Anak Malaysia Juga

antz said...

dato,
Terus terang saya mahu mengatakan bahawa bagaimana ingin taat kpd tuan pemerintah sekiranya mereka gagal memenuhi hasrat rakyat terutama kaum melayu.

Kita bukan lagi tingaal di zaman pemerintahan Melaka dahulu.Dimana semua org tahu Hang Tuah TETAP taat pada sultan walaupun dia tahu sultan telah membuat keputusan yang berat sebelah.

Ini zaman 2008,dimana kita diukur dimanakah berjayakah kita berdiri di pentas dunia.
Bukannya permainan wayang kulit dan taktik hendak memekik-mekik bila kononya martabat Melayu terancam.

Tidak ada rasa malu ke?Bila lagi mahu kita sedar dari tidur?

Anonymous said...

Anak Malaysia Juga,

Sdr berkata: "kalau orang melayu tidak berhati-hati pada masa ini orang melayu akan sekali lagi kena tipu. siapa yang akan menipu saya tidak tahu."

# Hari ini, selepas 50 tahun merdeka, pemimpin Melayu sendiri mejadi penipu, pembelot dan penderhaka bangsa Melayu!

# Kalau nak bercakap pasal sejarah Kerajaan Melayu Melaka dahulu pun musnah kerana kelemahan dan anasir dalaman. Portugis hanya mengambil kesempatan akibat kelemahan tersebut. Kini, sejarah hampir 500 tahun lepas mungkin kembali berulang!

# Orang Melayu jangan mudah lupa lagi.

Berita dari gunung said...

Dato,

Ada masa, akal ni merayau merata-rata.

Shahidan beritahu semua orang bahawa dia tunggu PM sampai selesai senarai calon tempuh hari. Masa PM confirm senarai calon dan beri watikah jadi MB, kita pun tak pasti sama ada PM benar-benar jujur,

Atau PM lemas dengan kesungguhan Shahidan lalu tanda tangan apa saja kertas dan watikah, supaya Shahidan tak perlu berkampung depan tangga dan boleh balik.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato', apakah sebab calon-calon Menteri Besar Shahidan dan Idris Jusoh tidak dapat perkenan Istana?

Anonymous said...

Salam Dato,

Ada dua persoalan yang saya ingin kemukakan:

1. Isu perlantikan MB Perlis. Mengapakah Pak Lah masih 'kononnya' melantik Shahidan sebagai MB sedangan 'penasihat' beliau Radzi Sheikh Ahmad inginkan orang lain. Bukankah memudahkan kerja jika Raja Perlis di'suruh' melantik orang lain? Dengan cara begini Pak Lah tak boleh disalahkan. Raja punya angkara semuanya.

2. Apakah strategi KJ dalam semua kemelut ini? Esok kita semua akan tahu apakah peranan beliau seterusnya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. KJ dan kuncu-kuncunya tidak sewenangnya menyerah kalah.

So tomorrow we will see a clearer picture.

Y Bhg Dato, what's your take on tomorrow's Cabinet appointment? Any predictions?

'Pak Nujum"

Unknown said...

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih Dato' sebab respon soalan saya. Itulah yang dok fikir2...macam dah ubah namanya. So, dato' dah confimrkan...thanks Dato'.
Anyway, respons saya mudah je...saya anak kelahiran sebuah kampung kecil, dalam satu mukim di daerah Baling. Anak pemotong getah dengan tanah sekangkang kera...pendapatan, sah kais pagi makan pagi, kalau tak kais..tak makan la jawabnya. Kerja biasa...memotong, jual sayur pucuk paku, jual biji pinang... buleh la lepas makan anak beranak (tu pun ikan masin dan ulam kampung) kampung tak banyak berubah ...nasib baiklah harga getah la ni buleh tahan...jadi rezeki (selain ketentuan Allah)..bergantung pada harga getah jugak la.., nasib baik jugak dengan kedrat yg ayah saya ada (tabik ayah)...dia berjaya besarkan kami adik-beradik (dah berjaya pun..), sekarang ni dia buleh rehat...umur pun dah agak lanjut..nak masuk 70 thn...(org kampungkan...dengan umur tu...dah nampak tua dah..)jadi, anak2 la ni yang jadi pelaksana DEB keluarga..haha...

Saya masih ingat lagi...satu tahun, musim tengkujuh...harga getah dah la rendah masa tu...tak buleh motong...ayah suruh kami adik beradik pi jugak sekolah...dia cuma cakap...hangpa pi la...duit sekolah ayah tak buleh bagi...ayah pun ada tak banyak duit dah ni...ada la dalam 5 ringgit...hujan pun tak tau bila nak mula berenti..., kalau hangpa tak pi mengaji (sekolah)...hangpa nak ka jadi lagu ni, bila dah tua...

Nasib baik kami boleh berfikir secara waras...Alhamdulillah...berkat usaha, berkat doa ibubapa dan izin Allah pastinya. Kami berjaya.

Dari saya kecil, sampai la ni..umur saya dah pertengahan 30an.. kampung saya terlalu sedikit perubahan....jalan, air, api, telefon (yang wajib ni memang ada)tu pun, telefon kalau anak2 tak tolong bayaqkan bil..tak dak la...

tapi yang lain....faham2 saja. Bukan nak minta subsidi, tak sekali meminta...cuma bertanya2 juga....YB tak ada ke?

Itulah kisahnya. Nak juga kepastian....apa makna pembasmian kemiskinan yea?

Anonymous said...

BERUBAH UNTUK DISELAMATKAN

Asaalamualaikum w.r.t dan selamat sejahtera.

Perubahan biasanya terjadi apabila sesuatu sistem atau dasar atau pendekatan telah mula ditolak oleh manusia yang mempraktikkannya sebelum ini. Penolakan ini boleh berpunca daripada kecacatan yang wujud dalam sistem atau dasar atau pendekatan terbabit. Namun, lazimnya punca yang paling utama ialah kegagalan manusia yang telah diamanahkan untuk melaksanakan sistem atau dasar atau pendekatan berkenaan dengan baik.

Dalam kes UMNO, kebanyakan orang bersetuju bahawa punca kemerosotan sokongan kepada parti politik itu adalah kerana kelemahan pimpinannya yang sangat ketara. Walaupun ada kecacatan pada sistem dan budaya politik yang diamalkan dalam UMNO seperti menyukarkan pertandingan jawatan-jawatan tertentu, ianya tidak begitu kritikal kerana kekuatan kepimpinannya sebelum ini telah berjaya menampung kelemahan pada sistem tersebut. Namun, kali ini dengan sistem yang telah pun cacat dan ditambah pula dengan kepimpinan yang lemah, akhirnya UMNO tidak dapat sekurang-kurangnya mengekalkan sokongan yang diperoleh sebelum ini.

UMNO wajib berubah untuk kekal releven mengikut persekitaran pada hari ini. Perubahan yang tiada komprominya yang mesti dilakukan ialah menggantikan orang yang memegang kepimpinan atasannya dengan mereka yang lebih layak. Perubahan yang paling ideal ialah menyingkirkan Presidennya, Timbalan Presidennya, Naib-Naib Presidennya, pimpinan dalam Pemuda, Wanita dan Puterinya dan semua ahli Majlis Tertingginya dan menggantikan mereka dengan orang lain yang tidak bermuka-muka, tidak biadap, tidak bacul, tiada skandal dan betul-betul berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Namun, ianya kelihatan mustahil dan tidak realistik tetapi boleh dilakukan jika benar-benar mahukannya. Ingat pepatah ini “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

Sebenarnya, UMNO tidak perlu melalui proses penyingkiran Presidennya melalui pertandingan atau undi tidak percaya atau dengan cara-cara lain yang menjurus kepada kejatuhan yang menghinakan sekiranya Presidennya itu mempunyai keinsafan diri dan bertanggungjawab. Namun, malangnya Presidennya jelaslah bukan daripada golongan yang mudah insaf dan tidak pula bertanggungjawab semata-mata demi mengekalkan kuasa. Peliknya, dalam keadaan Presidennya yang sedemikian rupa, ada pula suara sumbang yang mahukan sokongan padu diberikan kepada Presiden itu, bersatu di belakangnya dan memaafkannya di atas kesalahan yang dibuat. Mungkin suara-suara ini datang daripada mereka yang takut kehilangan kepentingan dan kedudukan mereka atau mereka yang masih mengalami sindrom penafian yang tidak mahu menerima realiti atau mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO kini supaya parti itu terus lemah.

Kebiasaannya, seseorang pemimpin perlu melepaskan jawatannya sekiranya dia telah gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terang-terang pula ditolak oleh orang yang dipimpinnya melalui apa jua mesej yang diberi. Tindakan ini adalah wajar, waras dan bermaruah. Persoalan kemaafan adalah sesuatu yang bersyarat. Tuhan memberi kemaafan sekiranya manusia itu insaf, bertaubat dan sanggup menerima hukuman. Begitu jugalah halnya di antara manusia dengan manusia. Orang yang bersalah perlu meminta maaf, insaf dan mesti sanggup menerima hukuman yang dikenakan oleh orang yang dipohon kemaafan itu. Namun, bagi orang yang bersalah yang tidak pun meminta maaf, tidak pula insaf dan tidak mahu menerima hukuman meletakkan jawatan, tidak begitu mudah untuk orang lain memberi kemaafan kepadanya, lebih-lebih lagi sekiranya kesalahannya itu termasuklah mempermain-mainkan agama, memperjudikan nasib bangsa dan menggadai maruah negara. Sudah tentu, tidak layak bagi orang sebegini yang selalu pula menipu diberikan sokongan atau bersatu di bawah kepimpinannya.

Disedari atau tidak, ahli-ahli UMNO sebenarnya telah diberi kata dua, peringatan, amaran dan cabaran untuk melakukan perubahan berdasarkan kemerosotan sokongan yang dicapai dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Rakyat telah melakukan sebahagian kerja-kerja pembersihan untuk UMNO. Terserahlah kepada ahli-ahli UMNO selanjutnya untuk menyempurnakan misi pembersihan ini. Percayalah, rakyat sedang memerhati sepanjang tahun 2008 ini dalam menentukan sama ada UMNO selamat untuk terus berkuasa selepas ini ataupun tidak.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

Kenapalah susah sangat pemimpin kita nak faham mesej rakyat ni?

PRU13 lambat lagi ke?

Anonymous said...

Orang Tua Datuk depa sensitif sikit.
Bila saya kata kat Mak saya yang saya sokong Mukhriz suruh Pak Lah letak jawatan, saya kena marah.
Saya belajar dari kehidupan, walau betapa betulnya saya, jangan sekali-kali menderhakai emak saya.
Jadi saya pun ceritalah.
"Saya tak kata Pak Lah tak bagus.
Dia baik.
Cuma setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan.
Setiap orang juga ada limitasi dia.
Setakat ini, Pak Lah semua orang tahu dah mencapai tahap maksimum yang dia boleh dalam kebolehan dia mentadbir negara.
Dia tak boleh pi dah.
Sebab tu dia kena berundur.
Kalau kita marah dia pun tak adil bagi di, sebab kebolehan dia macam tu saja. Serupa kita suruh Rabuan Pit lari laju macam Carl Lewis, tak boleh. Kebolehan Rabuan takat tu saja. Di Malaysia hari ni kita perlu pemimpin yang lebih baik dari segi kepimpinan dari kepimpinan Pak Lah."
Bapak saya pun bersetuju.
Dia kata selalunya, bila orang tu banyak cakap pasai Agama Islam, Tuhan bagi depa cabaran yang lebih.
Pak Lah pun samalah kena cabaran dengan Tuhan.
Dia gagal manyahut cabaran sebab kebolehan dia takat tu saja.
Jadi elok lah dia berundur.
Mak saya setelah saya cerita tentang point-point yang Datuk bagi akhirnya dia pun bersetuju bahawa kebolehan Pak Lah takat tu saja. Jadi cukuplah.
Kalau kata Pak Lah boleh bagi orang bersatu, mungkin betul kalau kita fikir pakai otak. Sebab lembu pun ada otak.
Kalau fikir pakai akal, memang mustahil.

Anonymous said...

Salam to all,
Modern politics is about people perception. People could have a wrong perception because there is lack of information or incomple information. In order to correct the wrong perception, the information must be given timely and accurately.

On way to deliver timely information is through press conference and this was not smartly managed by BN leader. One clear example is on the night when the election results were out. The way BN leader responded to press was very weak and unconvincing.

Now the dilemma is whether to stay and remain united under a weak leadership or to change the leadership. It is a simple question but expect a complex answers.

Anonymous said...

Salam dato' KJ,

Yang bukan Dato' KJ tu sekarang kena kuarantin. Buka mulut je , rating BN dan UMNO akan menjunam jatuh. Sejak election senyap terus. Lebih baik lah dia diam. Damage done, kita yang rakyat biasa sengsara.

Kepentingan peribadi dalam penamaan calon pilihanraya telah menggadaikan maruah UMNO itu sendiri. Calon-calon yang dipilih adalah diharapkan menang. Dan akan melangkah ke arah pertandingan Ketua Bahagian dan diharapkan menang.(orang-orang dia)Ketua dan wakil bahagian ini akan ke Perhimpunan Agong dan sudah tentu akan memastikan kedudukan mereka terjamin sewaktu pemilihan.What a nice planning on paper. ALLAH is great. HE jammed up everything for everybody to ponder, how powerful HIS decision is.

Dengan simbol Barisan Nasional dacing, sekiranya kita timbang-timbang dari segala sudut dengan kekalahan yang amat dhasyat ini, adalah masuk akal sekiranya pemimpin itu mengundurkan diri. Mungkin dia ambil tanggungjawab seketika sebelum menyerahkan kepada penggantinya? Kita tengok dulu senarai cabinet yang akan dibentangkan. Bagi dia peluang buat keputusan on his own tanpa pengaruh anak menantu (sepatutnya macam tulah). Tapi kalau anak menantu tersenarai dalam barisan cabinet, something must be done. For his factor is to great an impact in our loss.Hancur luluh lah BN dan UMNO. Mungkin pupus 5 tahun lagi.

Yang menarik dalam keadaan terkini kuasa Sultan itu digunapakai dalam menjamin hal ehwal pentadbiran di terajui oleh orang Melayu.Sultan mentadbir mengikut undang-undang negeri. Kita patut bersyukur dengan orang terdahulu yang berfikiran jauh memastikan kuasa ini digunapakai bila terdesak seperti di Perak. Alhamdulillah.

A very pressuring months ahead for our Prime Minister. We hope he understood his position and strength. May ALLAH gave some guidance (petunjuk) for him to move forward or decline. Amin.

mini clubman

sheppard said...

Salam Datuk

Rata-rata saya mendengar Anwar sedang berusaha untuk mendapatkan tiga puluh kerusi BN melompat ke pihaknya. Pandangan Datuk?

A KADIR JASIN said...

Sdr Shappard mengulas:

"Rata-rata saya mendengar Anwar sedang berusaha untuk mendapatkan tiga puluh kerusi BN melompat ke pihaknya. Pandangan Datuk?"

Dalam politik tiada apa yang mustahil dan saya tidak terperanjat jika ada usaha-usaha ke arah itu.

Seandainya berlaku usaha sepert itu, dua faktor akan berfungsi:

1. Faktor tolakan -- push factor -- kerena ada Ahli Parlimen BN yang tidak senang hati dengan parti mereka; dan

2. Faktor tarikan -- pull factor -- kerana ada MP BN yang tertarik dengan BA sama ada kerana perwatakan Anwar atau kerana janji-janji beliau kepada mereka.

Kita tunggu dan lihat.

Terima kasih.

Anonymous said...

Releven atau tidak releven Pak Lah masih lagi hendak menjadi Perdana Menteri ini terpulang kepada Ahli UMNO sendiri. Di media arus perdana sering mengatakan bahawa kebanyakan bahagian UMNO di setiap negeri masih lagi menyokong kepimpinan Pak Lah tetapi kebanyakan Ketua Bahagian sahaja, mungkin ingin menjaga periuk nasi masing-masing. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biasa UMNO yang berada di bawah, adakah pandangan mereka diambil kira. Aku rasa perlu ada pengundian pada semua ahli-ahli UMNO yang berdaftar, adakah mereka menolak Pak Lah ataupun tidak ataupun seadilnya kesemua ahli Barisan Nasional mengundi, MENOLAK atau SEBALIKNYA.

A KADIR JASIN said...

Pak Nujum,

1.Kabinet -- tak hairan kalau PM terus bolot Kementerian Kewangan dan KDN. Itu power punya kementerian. Tak faham tak apa. Orang lain bisa bikin Pak!

2. Shahidan sbg MB Perlis -- kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Mesti ada sesuatu antara mereka. Shahidan dulu milik banyak saham Bernas yang dia jual kepada Yayasan Albukhary. Dia ada duit.

3. YB KJ? -- kemenangannya di Rembau berongga -- hollow. Tapi jangan tolak dia lagi. Nasib ayam boleh kita lihat, nasib manusia siapa tahu.

Sdr Pemerhati, saya pun budak kampung. Taman padi dan getah. Ayah jual kebun getah kerana sekolahkan kami -- 8 orang.

Tahu susah payah orang potong getah. Pada tahun 60an ayah saya ada kedai beli getah. Belah petang, lepas sekolah saya jaga kedai. Beli getah kepis RSS dan sekerap.

Kedai runcit pun cuba juga. Lepas tu berniaga daging. Jadi saya ni tau la sikit sebanyak pasai menega runcit. Hehe...

Balin' pi seluloi. Dulu adik kerja di hospital Balin' dan masa jadi wartawan Bernama di Alor Star dan Penang selalu pi Balin'.

Terima kasih.
jasoiahu Kami pun menega SaduluLeoalamihabis dijual pasal nakopasounguk

Malaysia Boleh! said...

Hebat sungguh Perdana Menteri yang suka tidor nie..

Hal Mukhriz -->Dia suruh Hishamudin settlekan -->segala tindakan akan menyebabkan grass root marah padanya..

Ehem.. siapa Pemuda UMNO no 2 nanti yg boleh take over?

FARABI said...

Salam Dato' AKJ.

Sekarang sudah jelas, kemelut perpindahan kuasa akan berlaku. Bukan dari kerajaan kepada pembangkang tetapi dari kerajaan kepada kerajaan sendiri. BN masih relevan tetapi proses transformasi perlu dilakukan untuk kebaikan semua.

Transformasi dari pelbagai segi yang perlu dilakukan oleh ahli UMNO di peringkat umbi. Hanya mereka ini sahaja yang boleh menyergah ke arah proses transformasi itu. Kuasa suara ahli peringkat umbi itu powerfull (berkuasa) jika nak dibandingkan dengan suara peringkat tertinggi. Ini kerana bilangan mereka lebih ramai. Suara yang ramai itu boleh melakukan sesuatu yang drastik.

Memang benar, suara pemimpin tertinggi itu lebih tegas dan mesti dipatuhi oleh peringkat bawahan. Tetapi peringkat tertinggi seharusnya tidak lupa dan sesekali jangan lupa, suara demokrasi bermula dari peringkat akar umbi yang bilangannya ramai.

Ini jelas terbukti jika sekiranya majoriti atau keseluruhan peringkat akar umbi melakukan protes atau gesaan tertentu kepada peringkat pimpinan tertinggi parti. Mereka ini ibarat madu dan racun. Jika sesuatu dasar parti itu menyenangkan dan memberi kebaikan kepada mereka, maka mereka akan tunduk patuh kepada setiap arahan pimpinan tertinggi. Jika ketidakpuasan hati menerpa mereka, maka tunggulah suatu senario politik yang drastik akan menerpa pimpinan tertinggi.

Benar atau tidak? Sama2 kita menunggu rentetan-rentetan senario yang agak menarik ini. Selepas setiap kejadian, sama2lah kita muhasabah diri dan menilai setiap yang berlaku itu apakah pro dan kontranya kepada masyarakat majmuk Malaysia? Adakah ia menghampiri titik positif atau titik negatif?


~ Al-Farabi
myhottips.blogspot.com

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan Semua,
Menarik sungguh peristiwa demi peristiwa yang mewarnai pentas politik tanah air....

Telah banyak suara pemimpin yang kita dengar...cumanya Saya rasa kehilangan sedikit...mana Tok Najib hehehehe..kenapa sampai Ku LI yang innitiate mesyuarat tergempar UMNO pada 11 Mei....Im missed Najib but now i dnt know wht was happend to him ....where hes is....hehehhehe?. Datuk boleh komen sikit tak?

Anonymous said...

Petang semalam di UMNO Bahagian Bukit Gelugor diadakan perjumpaan tertutup dengan semua ahli UMNO bahagian termasuk wanita, pemuda dan puteri bahagian membincangkan tentang pendirian Bahagian Bukit Gelugor tentang Pak Lah.
Depa kata "all system go..."
Saya rasa banyak lagi bahagian UMNO yang buat perjumpaan macam ni di seluruh Malaysia.
Pak Lah, you are in a very big trouble. Kawan-kawan kalau ada report macam ni tolong siarkan.

Razlan said...

DKJ,

Apakah pandangan datuk tentang Pemimpin tidak boleh ditegur, atau tidak boleh diusik?

Apakah salah tindakan Mukhriz itu?

Satu lagi, saya masih melihat para pembesar UMNO tidak paham-paham maksud rakyat. Walaupun orang Melayu masih lagi berkabung kerana kekalahan, terdapat suara-suara sumbang yang masih BERDIRI TEGUH DIBELAKANG PAK LAH. ini ayat yang Over datuk ... terlalu taksub..

Poning kepalo Dennnnnn

Anonymous said...

The Scribe

Berlapik sungguh dan indah bahasa rakyat dengan rajanya buat menegur mahupun menasihat:

Hak lantik MB Terengganu terletak pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.
18/03/2008 10:51pm


KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri itu.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Ujarnya, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

``Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

``Justeru, Baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini...

Dalam pada itu Abdul Gani berkata, dalam usaha memilih Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja terikat dengan Perkara 14 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu...

``Dalam hal ini (pelantikan Menteri Besar) tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja pada satu pihak dengan kerajaan negeri pada satu pihak yang lain,’’ kata Abdul Gani lagi. - Utusan

Anonymous said...

Dato',

Dalam Utusan hari ni Hishammuddin kata: "Kita sudah mendengar penjelasan Mukhriz. Kita tidak akan mengambil tindakan kerana surat itu bersifat peribadi."

Hishammuddin ni macam lembu dicucuk hidung dan bermuka-muka. Hari tu baru je dia bidas Mukhriz: "Surat minta PM letak jawatan tak bertanggungjawab". Kemudian, kononnya pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat pula mengecam dan menyifatkan tindakan Mukhriz sebagai perbuatan biadab dan keterlaluan. Yang berani cuma Pemuda Umno Johor. Muhammad Taib turut mengampu dan membodek juga. Agaknya puas hati Muhammad Taib dihadiahkan menteri oleh PakLah - hadiah mengampu!

Anonymous said...

The Scribe,

Ngobrol-Ngobrol Raden
(wali-wali kesayangan)

Translated from the tongue of a Muria into the language of the day:

Dengar-dengar, Hishamuddin Tun Hussien Oon ini pandai ngomel Jowo istana! Bugis pun boleh. Bawain(boyan) fasih juga Hisham.

Sukan kegemaran dia tunggang dan main kuda-kuda yang pasti menang lumba kuda.

Terima Kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum datuk. apa-apa yang berlaku sekarang ni memang lumrah. Pergolakan yang berlaku memang bersebab. Tetapi jangan sampai apa yang terjadi, merugikan orang Melayu. Sebab sekali hilang hak, bermakna hilang selamanya, takkan ada kompromi untuk mendapat hak tersebut. Jangan sampai gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah. Maksudnya Pas dan Umno berbalah, Melayu yang rugi. Jadikan Iraq sebagai contoh. Kezaliman Saddam menyebabkan pemberontakan rakyat yang meminta bantuan luar ( US), tetapi apa yang mereka dapat. Begiyu juga Pas, dalam mendepani kebodohan UMNO telah meminta bantuan DAP, apa yang mereka dapat??. Perbalahan keduanya telah menyebabkan kuasa Melayu terhakis sedikit demi sedikit. Kedua2 PAS dan UMNO memang bersalah pada orang Melayu. Bagaimna generasi akan datang akan memaafkan mereka.

saudagar seposen said...

Pak Lah segera turun...Lagi lama memerintah UMNO makin parah...

yiemega said...

Datuk Adakah Tengku Razaleigh Pilihan Terbaik?

Bagi sesiapa yang menyokong Tengku Razaleigh Rajin-Rajinlah jenguk

http://pandangankita.blogmas.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).