Sunday, March 30, 2008

Isu MB Terenganu: “Comedy of Error” Yang Memalukan

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AHMAD Said yang pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu dianggap “bercanggah dengan perlembagaan” oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengangkat sumpah jawatan.

Dia berbuat demikian di hadapan Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Beberapa hari lampau, Abdullah dengan lantang berkata tindakan melantik orang lain selain daripada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan” – unconstitutional.

Serentak itu Ahmad Said “dipecat” daripada Umno dan 22 ADUN Umno yang “menyokong’ Abdullah dan “mahukan” Idris mengumumkan pemulauan majlis mengangkat sumpah Ahmad Said sambil mengancam akan meletakkan jawatan.

Sekonyong-konyong, sekitar Rabu lalu, Abdullah mengubah rentak dengan mengumumkan penerimaan pelantikan Ahmad Said. Seolah-olah tidak ada apa yang terjadi, dia mengumumkan isu itu selesai.

Hari ini, turut hadir di hadapan Putera Mahkota Terengganu yang berusia 10 tahun itu adalah 22 ADUN Umno yang sehingga tiga hari lalu enggan menyokong pelantikan Ahmad Said.

Inilah cerita kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir apabila yang diberi mandat dan amanah gagal menggunakan akal, kebijaksanaan, pengetahuan dan budi bicara.

Dengan izin, “comedy of error” ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.

Walaupun pada amalannya Perdana Menteri boleh memberi nasihat dan pandangan, kuasa melantik Menteri Besar adalah di tangan Raja. Raja boleh melantik sesiapa sahaja yang pada pandangan Baginda mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Akibat tindak-tanduk Perdana Menteri dan para penasihatnya itu, perkara berikut telah berlaku:-

1. Kerajaan Negeri Terengganu lewat ditubuhkan. Ia sepatutnya berlaku pada 10 Mac;

2. Hubungan antara Istana dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan Pusat tercemar;

3. ADUN Umno Terengganu dijadikan bahan percaturan yang merendahkan martabat mereka dan mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu;

4. Tidak fasal-fasal mereka dituduh “kurang ajar,” “biadab” dan “derhaka” kepada Raja;

5. Akhirnya mereka terpaksa menelan ludah sendiri kerana terlalu taasub kepada pemimpin walaupun dia ternyata silap; dan

6. Memberi modal percuma kepada pari-parti lawan bagi memesatkan lagi propaganda mengenai keangkuhan, kelemahan dan kecelaruan kepemimpinan Umno.

Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga “kehilangan” Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.

Dr Mahathir yang berucap di mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjung (Permata) meneruskan rayuannya kepada ahli dan pemimpin Umno agar menukar kepemimpinan parti demi menyelamatkan Umno daripada ditolak secara mutlak oleh orang Melayu.

Sementara itu, berikut adalah ulasan saya dalam blog Dr Mohd Khir Toyo (http://www.drkhir.blogspot.com/):

“ Sdr Dr Khir,

Selamat datang ke dunia blog. Tahniah. Mungkin ini permulaam merawat Umno yang sedang sakit teruk.

Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara rakyat. Orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.

Tindak tanduk para pembesar Umno sejak akhir tahun 2003 telah menyedarkan orang Melayu bahawa Umno tidak boleh lagi diubati dari dalam.

Para pembesar Umno tidak lagi mendengar suara hati orang Melayu. Mereka mendengar suara bisikan nafsu mereka dan konco-konco mereka.

Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku.

Tetapi para pembesar Umno terlalu sibuk mendengar kata manis anak mentantu dan konco-konco mereka sehingga membuatkan rakyat benci.

Umno kalah teruk kerana orang Melayu sudah benci. Sudah jelak diperkotak-katikkan.

Terima kasih kerana kini mahu mendengar. Jadilah Ketua Pembangkang yang berwibawa di dalam DUN Selangor dan lakukan perubahan dalam Umno.

Mencium keris, meneriakkan slogan dan menyokong kepemimpinan yang lemah akan memburukkan penyakit Umno.

Jangan biarkan penyakit Umno menjadi penyakit terminal yang membawa maut.

Terima kasih.”

55 comments:

kucau said...

kalau Dr Khir dah sedar, bila la paklah nie nak sedar. Kalau rakyat + raja pon dah tak respect PM , biler lah dier ni nak letak jawatan.

Berita dari gunung said...

Walaupun saya rasa selesa untuk menerima peristiwa Perlis dan Terengganu sebagai "comedy of errors", ada satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya.

Bila kepimpinan negara nampak longgar dan lemah, institusi raja tidak segan silu turun mendidik. Negara ini masih ada raja dan masih berdaulat.

Raja bukan setakat tahu "naik kuda turun kuda" seperti yang digambar oleh Azalina menurut Ruhanie Ahmad - kuda kepang. Ada Raja yang pernah jadi Ketua Hakim.

Perdana Menteri ada penasihat, Raja pun ada penasihat jugak. Umno ada MKT, Raja pun ada Majlis jugak.

Kalau Umno tersentak dengan kekalahan mengejut baru-baru ini, jangan sangka Raja diam saja.

Kalau Umno ada ahlinya, Raja ada rakyatnya.

Peristiwa baru-baru ini adalah peringatan bahwa bila pemimpin nampak lemah, Raja akan turun mendidik kerana dalam sejarah bukan ramai bendahara sehebat Tun Perak.

Jangan sekali-kali menyangka bahawa Raja hanya duduk tenguk saja atau tahu "naik kuda turun kuda"

AMPUN TUANKU.

Unknown said...

Here is my comments on Dr Khir blog. Wondering if he ever publish it ;)




Salam Dr. Khir

Initially I wanted to ignore your blog. But after reading Dato AKJ blog about your blog, i become curios and click the link. That is the power of blog, we can read or drop as we like.

I am going to give you the benefit of the doubt. That you sincerely want to change, not pretending to change because you were missing your old addictive power.

Here a first pointer from us 'the people' to you. BN lost not because of blog. Blog is just a tool for us to share information, since the mainstream media is all about praising the administration of Pak Lah.

BN lost because

1) We saw that the country is lead by an incompetent leader, Pak Lah, who thinks that leading a country is a reward for his long political career. And not as heavy responsibility to the rakyat.

2) We saw that Pak Lah and pembesar UMNO are so arrogant that they can treat 22 years of hard work by previous leader as something that they can ridicule. And people like you are so afraid of Pak Lah that you do nothing about it.

3) We saw that the foreign policy is so screwed up that our neighbors are taking advantage of us left and right. And people like you do nothing about it and let the clown in Putra Jaya mess everything up.

Yes you lose because you did nothing to correct all the error of Pak Lah. So we are force to correct it at the polling booth

Zainal said...

Datuk,

Perkara yang sangat susah tetapi yang sangat hormati ia lah mengaku akan kesalahan diri dengan ikhlas hati dan memohon maaf akan kesalahan yang dilakukan itu.

Dalam hal ini adakah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat pengakuan ini? Mungkin beliau tidak secara terus terang, tetapi tindakannya melambangkan kekesalannya dan saya rasa ini adalah suatu perkara yang sangat terhormat yang telah dibuatnya.

Pandangan Datuk dengan iklas.

Asil said...

"Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku..."

Salam Datuk,

Walaupun, mendengar dulu, ia akan tetap berlaku. Walaupun, mendengar sekarang, ia akan berlaku lagi. Mendengar saja tetapi hati telah buta, kerana keangkuhan masih berterusan.

Mengapa berkali-kali terhantuk masih lagi tak mengangkat kepala? Mengapa baru tersungkur, tersembam dan hilang kedudukan dan kuasa baru nak mengenal diri?

25-30 tahun pemerintahan Mahathir yang bergelumang dengan budaya merompak khazanah rakyat dan negara, adakah akan ada wujudnya pemulihan dalam BN dan UMNO? 10-15 tahun akan datang pun belum tentu.

Buktinya, kita boleh saksikan sekarang - selagi media massa masih ditakuk lama, selagi kata-kata pemimpin masih lagi bernada angkuh, selagi Tengku Adnan masih berjawatan di kabinet, selagi kes-kes Lingam dan Altantuya umpama melepas batuk di tangga, selagi itulah pemulihan tak mungkin wujud.

Walaupun tumbang di 5 buah negeri, BN dan UMNO tetap juga tidak layak sebagai pembangkang...

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua,

Dato kata..."Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga “kehilangan” Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.

# Bagi saya pula, UMNO bukan sahaja telah terlepas dan “kehilangan” semua negeri tersebut, tetapi juga kehilangan MARUAH dan INTEGRITI sebagai pembela agama, bangsa dan Tanah Melayu! Sukar untuk saya mengungkapkan dgn kata-kata lagi kerana “comedy of error” ini (seperti kata Dato' di sini) membuktikan segalanya dan meyerlahkan keterlangsungan “state of denial” kerajaan Pak Lah dan konco-konconya, enggan menerima keyataan di mana perlakuan dan kepemimpinan “kepala-kepala” tertentu di dalam UMNO telah ditolak serta dibenci oleh rakyat.

# Sekarang, jilat dan telanlah ludah yg sebelum ini diarahkan ke langit yang akhirnya tertimpa ke muka sendiri akibat dosa “kurang ajar”, “biadab” dan “derhaka” mereka kepada Raja/Sultan. Rakyat sudah kenal “mereka-mereka” ini dan seperti kata Dato' kepada “calon yg disapu” pada PRU-12 yg lepas itu...“orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.”

# Dan setelah insiden-insiden BIADAP dan DERHAKA ini, diharapkan orang Melayu tidak akan mudah lupa lagi!

Anonymous said...

Datuk,
Kalau UMNO adalah sebuah komputer, Ianya kini tidak setabil kerana telah diserang banyak Virus.
UMNO perlu di format.UMNO perlukan antivirus. UMNO perlukan OS(Operating System) yang baru.
Saya ingin memberikan satu software(perisian) kepada UMNO bagi menbersihkan OSnya.Jangan tangguh-tangguh.

Masukkan disket ini kedalam UMNO: Hapuskan Presiden Sekarang!
-makangaji.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Sultan nak sokongan majoriti untuk kebaikan dan faedah rakyat negeri Terengganu.

2. Tetapi Pemimpin BN/Umno dari atas sampai bawah tubuhkan majoriti untuk pelingkupkan negeri terengganu kerana 'ongkos Pak...ongkos'

3. Suruh ja Datuk Zaid pergi Mahkamah Tinggi diam-diam, lepas tu failkan 'Pemubaran Umno'. Dah alang-alang pecah biar berkecai terus....tubuh Parti baru.

Anonymous said...

Datuk,
Buang yang keruh ambil yang jernih dan suci.

Tregganu telah mendapat MB baru yang di pilih DYM Sultan Trengganu. Apakah selepas ini Kita tetap akan disajikan oleh fakta bahawa penduduk trengganu masih ramai yang berada dibawah kemiskinan tegar walaupun mendapat wang Ehsan kira-kira 1 billion setahun? . Adakah UMNO Trengganu akan lebih serius Tentang Dasar Membantu orang Melayu? Dalam soal ini, kita boleh mula berharap kepada MB yang baru mengambil tindakan-tindakan pembetulan.
Kita berharap MB baru ini akan melihat dengan Jelas bahawa langkah membasmi kemiskinan di Trengganu adalah tugas yang perlu beliau utamakan. Dengan wang EHSAN 1 bilion setahun, adalah malangnya , kalau sebahagian besar orang miskin merupakan orang Melayu Trengganu.
Hendaknya juga Jangan-lah beliau melihat kejayaan segelintir pekilang bangsa cina, usahawan India dan ahli perniagaan cina atau pertumbuhan generasi India dan cina dengan rasa benci. Kerajaan merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) dulu adalah untuk menyusun semula masyarakat di samping membasmi kemiskinan bukan kerana kebencian tetapi ialah kerana niat untuk kemakmuran orang Melayu dan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dari berbagai bangsa.
Kita harap , Kadar kemiskinan orang Melayu Trengganu akan menurun sebagaimana yang dikehendaki.
Ingatlah bahawa Dasar yang baik tidak semestinya mencapai Sasar dan tujuan jika tidak kena cara dan gaya.
Kita harap dengan adanya MB pilihan Sultan,dan sokongan semua rakyat, Penyusunan semula masyarakat Trengganu akan berjaya melahirkan ribuan profesional anak Trengganu dalam pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan. Kita mahu lihatlah ramai kontraktor tempatan dan Meiayu yang diamanahkan untuk membuat projek-projek pembangunan terutama dalam projek pembangunan luar Bandar di Trengganu.
Kita mahu melihat perubahan ke atas kemudahan asas yang lebih baik terhadap orang Melayu luar bandar di Trengganu.
Di bawah MB baru ini, Kita berharap Orang Melayu Trengganu keselurohannya hidup dalam kemewahan. Dan kita berharap melalui kemewahan itu orang Melayu trengganu akan lebih ramai dapat menunaikan haji ke Mekah berbanding dengan negeri-negeri melayu yang lain.
-makangaji.

Anonymous said...

Dato,
Saya amat bersetuju dgn komen Dato' kepada DrKhir..semoga dia mengambil ikhtibar di atas malapetaka yg menimpa UMNO dan negeri Selangor.

Harapan saya supaya persidangan UMNO kali ini tidak disiarkan secara siaran langsung, kerana bagi saya ia tidak sesuai utk ditonton oleh semua rakyat Malaysia yg berbilang bangsa.

jeanbara said...

YBhg Datuk,
Secara peribadi saya benar-benar tak tahu bagaimana hendak menggambarkan hari esok kalau terus bersandar harapan pada jeneral yang bukan sahaja telah hilang jari, tangan dan sebahagian kaki, tetapi juga tidak lagi mempunyai 'muka'.
Masih mampukah kita merawatnya?

AbGJaS said...

Salam Dato',
Semakin Pak Lah cuba bertahan, semakin banyak kecelaruan yg terjadi.

Adakah sejarah akan mencatatkan Pak Lah sebagai perdana menteri yg paling bermasalah dan tidak disenangi rakyat (sebagai mana Gus Dur di Indonesia) ?

Ingatlah, sikap manusia lebih mengenang apa yg buruk berbanding yg baik. TDM lebih mengetahuinya.

Kemarau panjang musnah dek hujan sehari...

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,

Kata datuk “comedy of error” ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.

Betul datuk tetapi ada hikmahnya. Mulai dari peristiwa ini masyarakat Malaysia akan lebih memahami cara politik Malaysia dan Raja Berpelembagaan. Sebelum ini banyak yang menyangka peranan raja kecil sahaja, hanya mendengar nasihat PM dan MB kemudian merasmikan sidang Parlimen dan DUN. Malaysia, oleh kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai keturunan yang pada mulanya berhijrah ke Tanah Melayu ini, perlu mempunyai suatu kuasa tertinggi selain lain daripada kuasa perwakilan demokrasi daripada rakyat. Inilah yang diumpamakan "payung" kepada rakyat yang dapat mengatasi dan mengawal sesuatu pemerintahan demokrasi yang telah disalahgunakan oleh PM atau MB. Sebagai contoh apabila suatu masa nanti Malaysia mempunyai PM dari keturunan Cina atau India,dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah sejarah dan asas pembinaan bangsa Malaysia saperti yang telah berlaku di Singapura. Demokrasi tidak seratus peratus baik, seperti mana-mana juga sistem yang diciptakan oleh manusia, memang ada kelemahan. Saya berpendapat peranan raja di Malaysia mestilah diperkukuhkan sebagai raja berpelembagaan yang duduk pada skala yang lebih tinggi, tetapi tidaklah menghampiri skala 'absolute monarchy".

tipulagi said...

Saya amat bersetuju dengan komen saudara PACO di blog DKhir. Memang benar kekalahan BN bukan kerana pengaruh-pengaruh blog. Walau macam mana BN buat blog-blog untuk menyaingi apa yang ada di alam maya ini tetapi masih lagi sama seperti apa yg diutarakan oleh MSM sekarang. Ia tetap sama. Rakyat Malaysia sudah matang dalam berfikir untuk kebaikan diri sendiri.

Menyentuh mengenai terengganu yang telah dapat MB baru, syabas dan tahniah buat Datuk Ahmad. Moga wang Ehsan RM1B dapat disalurkan kepada rakyat secara betul dan bijaksana.

Namun saya masih keliru dengan "comedy of errors" yang berlaku yang menampakkan masih belum selesai lagi isu kebiadapan Melayu yang rakus terhadap Sultannya.(Betulkan saya jika terlepas pandangan)Sehingga hari ini masih belum kedengaran Idris dan kuncu-kuncunya 22 Adun terutama Rasol Wahid memohon maaf secara terbuka kepada Sultannya.

Sebiadap LKS terhadap Sultan Perak sudah kedengaran seesoknya dia mohon maaf secara terbuka. Namun di Terengganu belum lagi kedengaran permohonan maaf tersebut. Hanya diwar-warkan Idris akan mengadap Sultan Mizan untuk memohon maaf namun belum lagi permohonan itu dibuat. Dan bagaimana pula ceritanya dengan Rasol Wahid yang ternyata lantang memboikot Majlis Raja? Dan apakah AAB tidak perlu memohon maaf kepada sultan kerana katanya ia mempunyai kuasa untuk melantik MB?

Apakah dengan menerima MB yang dipilih oleh Sultan, semua perlakuan salah sebelum ini dianggap sebagai tanda mohon maaf? Di manakah letaknya adap sopan Melayu sekarang?

http://tipulagi.blogspot.com

Tengku Macan Hitam said...

UMNO tidak kalah tetapi menang tipis. Dari 113 kawasan yang ditandingi di Parlimen UMNO masih memenangi 78 kerusi. Berbanding keseluruhan pembangkang PKR 31 kerusi Parlimen,28 DAP dan 23 PAS yang berjumlah keseluruhan 82 kerusi. Ini bukanlah nada dari orang bongkak mengatakan UMNO masih gah dan tidak kecewa dengan pertasi pencapaian pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Ahli UMNO perlu rasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dan yang digelembing. Namun terdapat kesilapan strategik dan keputusan pucuk pimpinan menyebabkan orang Melayu berasa hati dan beralih arah dengan memangkah pembangkang, menyangka dapat memberikan sedikit pengajaran kepada UMNO. Antaranya adalah cara menangani isu HINDRAF, PM terlalu lambat mengISAkan pimpinan HINDRAF dan kemudian terlalu cepat mengampunkan penunjuk perasaan tersebut. Saya percaya dan yakin jika tuntutan Presiden MIC agar pemimpin HINDRAF dibebaskan dari ISA dalam waktu terdekat ini akan menyebabkan rakyat terutama orang Melayu semakin marah. Isu HINDRAF adalah isu keselamatan, bukan isu perkauman. Presiden MIC perlu sedar dalam hal ini, bukanlah semua keadaan hanya memikirkan keuntungan politik semata-mata sehingga nyawa manusia jadi tidak berharga.

Anonymous said...

Salam Dato'

Tertarik pasal duit royalty 1 billion yang diperolehi negeri Terengganu.

Ongkos untuk Monsoon Cup 300 juta, ongkos pentadbiran Masjid Kristal di Pulau Wan Seman dan sekitarnya 100 juta, tinggal lagi 600 juta.

Jadi berapa rial setiap rakyat Terengganu dapat dari 600 juta nie, yang paling hairannya dan tak boleh diterima akal, kenapa rakyat Terengganu di "nobat" kan sebagai rakyat yang kedua termiskin di Malaysia walhal duit royalti 1 billion setahun ditambah lagi dengan duit beberapa billion lain dari Geran Tahunan yang wajib diberi oleh kerajaan pusat adalah begitu besar dan melebihi apa yang Kelantan dapat. Sepatutnya Terengganu berada kedudukan yang lebih tinggi dari Kelantan dan juga beberapa negeri yang lain, ini tidak.

Adakah majoriti rakyat Terengganu sedor perihal begini, "amber dok tahu ler guaner gamok deme seme nih, duk pilih huk dok panda tadbir"

Amber dok puah ati nih orang ganu kiter weh....

pokiok

Anonymous said...

Dato',

Andaikan Dato' adalah PM Malaysia sekarang, berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu, apakah tindakan pertama yang akan dato' lakukan?

anakbuah said...

Dato' dan semua,

Sdr Tebuan kata..."Betul datuk tetapi ada hikmahnya. Mulai dari peristiwa ini masyarakat Malaysia akan lebih memahami cara politik Malaysia dan Raja Berpelembagaan. Sebelum ini banyak yang menyangka peranan raja kecil sahaja, hanya mendengar nasihat PM dan MB kemudian merasmikan sidang Parlimen dan DUN.....Saya berpendapat peranan raja di Malaysia mestilah diperkukuhkan sebagai raja berpelembagaan yang duduk pada skala yang lebih tinggi, tetapi tidaklah menghampiri skala 'absolute monarchy".

# Saya amat setuju dgn sangat bertepatan sekali. Seperti juga pandangan saya terhadap Undang-undang Syariah disetiap negeri, ianya (Syariah) perlu diseragamkan dan diperkukuhkan demi keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Raja atau Sultan Melayu, sebagai ketua agama di setiap negeri, diharap dapat meletakkan Syariah ditempat yang sama tinggi dan dihormati, setaraf dgn undang-undang sivil. Seperti juga Syariah Islam, raja berpelembagaan perlu adil kepada semua rakyat tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan mereka. Barulah terserlah keindahan ISLAM.

Anonymous said...

YBhg Dato'
Dengan kelemahan PM kita ini ianya hanya memberi peluang yang baik bagi DAP, PKR dan PAS. Memang mereka mengalu-alukan agar Pak Lah tidak dijatuhkan kerana mereka yang untung. Mana ada DAP mengeluarkan kenyataan agar PM berundur.....sebab keuntungan disebelah mereka dan meeka akan menunjukkan kepada Pak Lah mereka menyebelahi Pak Lah.....kerana mereka takut UMNO digantikan dengan Presiden yang bijak,tegas dan vokal. Buat masa kini parti pembangkang hanya harap Pak Lah berkuasa kerana dengan adanya Pak Lah mereka bebas membuat apa-apa saja......Memang Pak Lah ni suka menang sorak....dan kuncu-kuncunya akan berikan sorakkan.....pada Pak Lah agar Pak Lah ditipu oleh sorakkan 'Kami sokong Pak Lah' sehinggakan negeri Pak Lah sendiri tergadai pun Pak Lah tak sedar....Zam Zam Alakazam pula suka menuding jari pada Tun Mahathir kerana BN kalah...orang macam Zam tu memang suka menuduh orang, dia masih fikir rakyat bodoh....dia pandai...
Salam pada YBhg Dato' semoga kita lihat UMNO yang lebih berwibawa di masa akan datang selepas pemilihan nanti....harap=harap diadakan lebih cepat lagi.......
Helang79

Anonymous said...

Salam Datuk

Masaalah yang melanda pemimpin2 dan ADUN2 BN selam 50tahun adalah di sebabkan mereka masing2 sibuk untuk merebut kuasa, corruption, menindas antara satu sama lain, terlalu angkuh dengan diri mereka dan yang paling utama sekali, “mereka telah membelangkan ajaran Islam”, ini adalah “Kesilapan Yang Paling Serious.”

Tengoklah kelaku2 dan cara hidup pemimpin2 dan ADUN BN yang kita tak payah sebut lagi. Sudah jemu…
Mereka, sebagai pemimpin2 Islam yang memerintah, sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada parti dan rakyat berbilang kaum dan agama. Kalau kita ikut cara hidup Islam (Islam way of Life), buat apa yang di suruh dan jauhkan yang dilarang oleh agama. Insha’allah, kita dapat melaksanakan kerja harian dan dapat memerintah Malasysia dengan aman dan makmur.

Di bawah adalah petikan dari kata2 Shaykh Abdul Qadir Jilani dalam bahasa Inggeris

Observe how the life of this world deceives those around you. It lures them into the traps of vanity, wealth, and fame, and exalts them above others. This splendor blinds them, and they are lost forever in illusion. But then in one instant, life deals the blow of death, and all is gone.

There are three ways in which we can capitalize on our understanding of how thoughts work:

1. Seek to be in the presence of positive people who share your ideals; place yourself in environments that support your spiritual growth.

2. Keep your clear, calm center when you are in the midst of negative thoughts and feelings; do not compromise your awareness of God's Perfect Presence

3. Be a generator of positive and loving thoughts and feelings, so that you will enhance, and not detract from the experiences of those around you.

Pemimpin2 BN sepatutnya berhubungan rapat dengan ulama’ Islam yang ada untuk mendapatakan nasihat dan buah fikiran yang bermanafa’at untuk diri mereka, kerajaan dan juga rakyat.

zgzag55 said...

Baca dalam Star dan Utusan Malaysia hari ini, 31 Mac 2008, nampak ada berita mengenai Ku Li berhubung pandangannya terhadap UMNO. Tapi, dalam akhbar yang diterbitkan di Jalan Riong sama ada akhbar orang puteh atau bahasa Melayu, tak ada nampaknya. Tak taulah kalau tak perasan. Masalah seperti inilah, kalau tidak disiarkan, yang menyebabkan orang ramai meluat. Siarkan sajalah berita seperti ini sebab ramai orang nak tahu. Perdana Menteri pun nak tahu juga.

mie said...

bagus..
mungkin selepas ini barulah ramai akan menyedari apa yang berlaku...

Dr Mohamad Khir Toyo said...

Dato' Kadir Jasin dan sahabat2 blogger yang lain,

Sebenarnya saya juga merasakan bahawa UMNO tidak mewakili orang Melayu dalam hal2 sensitif seperti agama Islam dan masa depan orang Melayu. Saya selalu menyuarakan perkara ini secara terbuka. Kebimbangan ini menjadi kenyataan bila orang Melayu menolak BN dalam pilihanraya lalu, memparahkan keadaan lagi bila mana MCA juga tidak dilihat memperjuangkan kaum Cina, sementara orang India tidak menerima kepimpinan MIC lagi.

Atas dasar itulah sebagai orang Melayu yang bertanggungjawab saya meletakkan jawatan Pengerusi BN Negeri dan Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan jujur kerana bila saya melihat pemimpin MCA bertanggungjawab tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan, begitu Gerakan dan MIC.

Saya merasakan dengan perletakan itu akan membuktikan kepada kaum lain bahawa pemimpin Melayu juga berani bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut.

Walaubagaimanapun saya akan teruskan perjuangan untuk memastikan UMNO kembali ke akar umbi dengan memperjuangkan orang Melayu melalui jiwa UMNO, iaitu mempertahankan agama Islam, dan juga memastikan orang Melayu mendapat pembelaan yang sewajarnya di negara ini. Saya juga tidak bersetuju bila mana UMNO ini ditadbir oleh segelintir mereka yang tidak menjiwai jiwa UMNO.

(Nota: Jawapan yang sama untuk posting Dato' juga saya muatkan dalam blog saya)

Unknown said...

pemimpin umno kbykan bermain politik selamat dgn menjadi kaki angguk kpd pak lah,padahal tahu dia lemah.adakah ni akan membawa kebaikan kpd bangsa dan agama.
adakah mereka mampu utk menjadi seperti hang jebat yg menentang pemimpin yg dianggap x layak utk memimpin,hanya org yg berani akan tercatit dlm sejarah dan bg org pengecut tiada tmpt sejarah!
adakah pemimpin umno mampu utk menzahirkanya?

Anonymous said...

Dato'

Saya ingin tahu apakah kaitan antara minor reshuffle cabinet Singapore minggu lepas dengan line up cabinet baru Malaysia dan juga keputusan merudum BN dalam PRU 8/3.

Apakah ada menteri di seberang yang terpaksa dikorbankan akibat kecuaian atau kelemahan hingga menyebabkan Pak Lah dan menantu dan kuncu2 tersungkur dalam PRU yang lepas.

saya mushkil Dato, dan harap dapat memberi sedikit pendapat dalam hal ini.

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.

Anonymous said...

Salam,

Datuk, apakah boleh dijadikan ukuran bahawa PRU 12 bukti rakyat Malaysia sudah berada pada tahap kematangan politik yang tinggi.

Kelihatannya umno sudah berada di penghujung sejarah kebesarannya, hari-hari yang dilalui pasca PRU 12 hanya tuding-menuding sesama sendiri. UMNO umpama perempuan tua yang memakai solekan tebal untuk bertarung dengan usianya, umum mengetahui ia tewas. Apa pendapat datuk jika saya katakan bahawa UMNO hari ini dibarisi pemimpin yang tidak berwibawa dan berkarisma.

Atan
Anak Penoreh Getah

Anonymous said...

Sebagai contoh apabila suatu masa nanti Malaysia mempunyai PM dari keturunan Cina atau India,dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah sejarah dan asas pembinaan bangsa Malaysia saperti yang telah berlaku di Singapura.

sdr tebuan,
Soalan saya ialah cuba anda teliti semula sejarah siapa yang dahulunya bertangungjawab menendang tanah itu keluar?

Kita boleh banngga dengan sejarah kegemilangan Melaka dahulu,tetapi tidak masuk akal kalau mahu membanggakan kisah dimana negara kita adalah satu-satunya negara di dunia dengan bersahaja membuang tanah 'MELAYU' tersebut?

Dan lagi satu,di manakah kita sekarang kalau hendak dibandingkan dengan mereka terutama sekali dari segi sesama bangsa?

Saya rasa orang melayu masih lagi terna dibuai mimpi yang kononya masih hidup di zama pemerintahan Melaka?

Maaf kalau bahasa yang ditaip di atas kasar tetapi sekadar mahu melepaskan pekung di dada dimana masih lagi orang yg masih belum berpijak dibumi yg nyata.

Jadi dato,sebagai senior saya rasa jawapan dato kepada soalan saya harap boleh diperjelaskan in detail?

Dari perantau M'sia

mn said...

A.kum Datuk,

1. Bersabit blog dr. khir tu, saya ada comment tapi sehingga jam 5.30pm arini tak disiar pun comment saya tu. walhal coment saya memuji dia bukan hentam dia.

2. Saya tabik blog datuk shahrir. sebab mlm tadi saya cuba masuk guna nama 'su-kj' dalam chating dia orang. mula-mula kena perli dan sindir juga tapi lepas tu dia orang wellcome and seronok dengan saya. saya tahu dalam chating masa tu ada vip umno dan yb2 tapi saya randuk semacam ja. bukan saya nak minta duit kat depa. cuma saya jelaskan kenapa saya hentam umno sekarang ni, so depa faham !

3. So jika dr khir marah dan tak berkenan dengan saya pun tak pa lah, sebab itu blog dia hak dia. Tapi kalau nak jadikan blog tu lagi 'minda terbuka' biar dan izinkan saja apa-apa yang pembaca nak comment. tengok blog saya, dia nak maki hamun saya pun saya allowed. Y takut? Jika takut macam mana nak jadi Pemimpin?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk,
Maafkan saya kerana menggunakan ruang maya Datuk untuk berhubung dgn Dr. Khir.
Sebelum PRU12, apabila melihat pendedahan TV3 tentang sebarang ketidak-baikan yang berlaku di negeri Dr, saya akan berkata kpd isteri bahawa negeri Selangor ini dipimpin oleh seorang yang teruk. Lebih2 lagi surat khabar suka bertanyakan tentang 'kecantikan' rupa Dr, membuatkan saya tertanya2 'Are you 4 real?'. Tetapi sesudah membaca jawapan Dr.Khir di dalam blog ini, saya merasa kasihan pula. Kenapa? Betulkah Dr akan berjuang untuk rakyat Selangor sedangkan sebelum ini Tuan Dr adalah MB? Mengapa tidak sebelum PRU12? Bagaimana dengan nasib anak cucu kami Dato' Seri Dr?

Buat Datuk AKJ, sampaikan salam kami sekeluarga pada TDM, jika berjumpa. Analisa Datuk tentang 'Terengganu', seperti biasa, right on the spot. Keep it up. Tq

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Terjadinya kecelaruan ini adalah kerana ketaksuban yang terlampau terhadap pimimpin. Ketaksuban itu wujud kerana mereka mencari pulangan yang instant terhadap sokongan mereka. Mungkin dalam bentuk pangkat/kuasa dan kewangan.

Mereka percaya dengan memanjangkan sokongan itu (walaupun membabi buta), mereka akan mendapat kemasyuran dan kenikmatan duniawi. Maka itulah wujudnya sekelompok manusia yang taksub. 22 orang di Trengganu itu hanyalah "the tips of the iceberg" kumpulan ini.

Marzuki said...

Taniah kepda YB Dr Khir kerana sedar bertapa berkesan nya beberapa blogger membentangkan issue-issue yang kena blackout by national press. Tsunami mengundi BA oleh beberapa ahli ahli BN telah pun menjadi kenyataan. Nampak nya parti parti dalam BN khas nya UMNO masih belum terjaga dari kekalahan 2008.

For the sake of UMNO and Malay ahli ahli parti perlu membuat Tsunami dalam UMNO itself untuk menyedarkan sebilangan pemimpin pemimpin UMNO yang masih syok sendiri apabila diberi mandat dalam cabinet 2008. Oleh itu bangun lah perjuang perjuang (Ketua Cwg & Bhg) UMNO dan sebagai langkah pertama tegakkan EGM perhimpunan Khas yang telah di cadangkan.

the indie story said...

Khir Toyo join blog? hehehe...masak..masak...alamat nak kena balun secukup rasa.

bersiap sedialah dapat hadiah tulisan "penyapu buruk' daripada bloggers yg sedia ada.

Khir Toyo nak merawat UMNO? hahahaha...jangan mimpilah, masa ada kuasa pun dia tak boleh nak rawat inikan pula bila dah hilang power. mati kutu laa...

Silakan...Dr Khir...sila..sila...kami tak sabar2 nak bedal ni. Simpan pil penadol banyak2.

Khir Toyo jadi blogger; betul-betul macam filem seram kelas ketiga.

Seram...tapi penonton gelak sakan. Gelak sampai muntah.


Dato Kadir jangan lupa kasi balun sekali secara berhemah. Payback time!

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' Kadir.


Serulah pembaca-pembaca di dalam blog The Scribe agar kita sama-sama memboikot barangan daripada Belanda.

Usahlah kita takut berkata demikian. Kerajaan kita suatu masa dulu yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir yang berani itu telah pun menjalankan dasar Buy British Last.

Tapi nampaknya kerajaan kita yang ada hari ini sangat dayus memperkatakan tentang hal ini. Ketika orang lain berani mempermainkan Agama Islam kita, mereka masih lagi teragak-agak untuk menyatakan pendirian negara Malaysia yang agama rasminya adalah agama Islam.

Jadi, blogger seperti Dato' lah kini wajib memainkan peranan. Sekurang-kurangnya kita telah menunaikan satu fardu kifayah.

Letakkan Islam sebagai keutamaan.

Terima kasih Dato'.

Assalamualaikum WBT.

Anonymous said...

The Scribe,

Somehow I find these articles very interesting:

i. Obama and the class question
RICHARD FLORIDA
From Saturday's Globe and Mail
March 29, 2008 at 3:25 PM EDT

For the past two weeks, all eyes have focused on Barack Obama and race. A couple of weeks ago, it was Hillary Clinton's gender. A month before that, it was all about the Obama surge among young voters.

Pundits on all sides have framed this election - and especially the Democratic primary - as turning on the traditional fault lines of race, gender and generation.

The talk shows go on and on about how Mr. Obama is attracting black and young voters and how Ms. Clinton finds her voice among women and baby boomers.

But what is seldom discussed and yet most interesting about this election is not any young-vs.-old, black-vs.-white, or male-vs.-female dynamic.

At bottom, both the Democratic primary and the upcoming general election turn on an even deeper economic and social force: class...


ii. Today’s ‘Culture of Poverty’
Daniel Gross
The overclass is better connected than the underclass, and it can cause more damage.
Apr 7, 2008 Issue

For decades, social scientists, policy wonks and politicians have studied and debated what's come to be known as the culture of poverty. The consensus: a class of Americans is set apart from the mainstream by geography, class and income. Its members adhere to norms that don't apply to the rest of society, and engage in self-destructive behavior that imposes significant costs on the nation at large. The culture of poverty has made for potent politics...

(nota:
saya tahu the scribe boleh tulis lebih bagus dari mereka ini)

A KADIR JASIN said...

Sdr Pijan71 dan Sdr "Makangaji", mohon banyak-banyak maaf kerana tidak dapat siarkan komen anda.

Begitu juga dengan satu, dua komen lain yang tersilap fakta.

Sdr Pijan71, ungkapan Raja-Raja "defiance" terhadap PM tak tepat.

Di Perlis dan Terengganu, Raja-Raja tidak berkenan dengan calon MB yang PM kemukaan.

Raja-Raja adalah di atas daripada PM dan MB. Kalau ada yang "defiance" mereka adalah dari kalangan politik.

Sdr Makangaji, mohon maaf saya tidak dapat melayan komen-komen mengenai agama, khasnya mengenai isu murtad, yang emosional dan keterlaluan.

Mohom maaf, kalau saya salah, saya tanggung padahnya.

Terima kasih.

Хаcмaди Хамдан said...

Assalamualaikum
Dr Khir hanya tipu sahaja. Sikap BNnya tidak pernah berubah. BN yang tidak boleh dikritik. Hanya menerima ayat mengampu dan menjilat. Saya sudah menghantar komen kat http://drkhir.blogspot.com tetapi lekat di penapis blognya. Kepada drkhir, buanglah sikap huduh BN yang ada dalam jiwa YB. Ikutlah Nabi Muhammad yang tidak pernah berselindung dalam menerima wahyu walaupun wahyu itu menegurnya (lihatlah surah 'abasa (dia telah bermuka masam)).

Azman said...

Y. Bhg Datuk dan pembahas-pembahas yang dihormati,

Antara lain saudara Penyokong KJ mengatakan di dalam blognya hari ini, “Pada pandangan saya, apa yang dihadapi oleh Umno sekarang bukan lagi isu kepimpinan tetapi nama 'Umno' itu sendiri sudah sukar untuk diterima oleh rakyat jelata. Jika orang Melayu sendiri sudah benci dan meluat dengan Umno jadi apakah kaum-kaum lain akan menerima dan memuji Umno itu”.

Saya mohon untuk berbeda.

Pertama, bukanlah matlamat asal penubuhan UMNO itu untuk mendapat pujian dari sesiapa. Tetapi, disebabkan pengorbanan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang begitu efektif di dalam memperjuangkan maruah anak bangsa, tanah air dan Agama, telah menjadikan Pertubuhan itu popular di kalangan orang Melayu. Pertubuhan itu dilihat sebagai bijak mempercaturkan politik as a mean untuk mencapai matlamat perjuangan – di suatu ketika dahululah. Sekarang ini, macam-macam versi yang kita dengar.

Kedua, kepopularitian tersebut menjadikan Pertubuhan itu berupaya memperolehi kuasa. Suara-suara ahli Pertubuhan itu dilihat sebagai berpengaruh di dalam penentuan polisi-polisi kerajaan. Maka, ramailah yang nak kejar kuasa..

Ketiga, nama UMNO itu sendiri sudah sebati di kalangan besar ahli-ahlinya (dan bukan ahlinya juga). Bila saja nama itu itu disebut, terbayanglah Malayan Union, terbayanglah Kemerdekaan dan sebagainya…Setakat hari ini, tiada satu Pertubuhan pun yang dapat menandingini bakti UMNO ini. Inilah sahaja tradisi Melayu, as far as political parties are concerned, yang tinggal.

Keempat, kemelut yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini adalah sebenar-benarnya isu kepimpinan. Tidak logik sama sekali Pertubuhan yang begitu popular empat tahun dahulu (dan tahun-tahun sebelumnya) mengalami kemerosotan sebegitu rupa tanpa ahli-ahlinya dan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap kepimpinan.

Tetapi saya bersetuju dengan Sdr Penyokong KJ bahawa apabila orang-orang Melayu sendiri sudah hilang keyakinan terhadap UMNO, tak usah diharap orang lain nak bagi sokongan.

Justeru, pertahankanlah Pertubuhan ini. Inilah satu-satunya kebanggaan orang Melayu sejak 50 tahun dahulu. Perjuangan Pertubuhan yang telah menjadikan orang kita berdiri sama tinggi dengan bangsa asing, sekarang dipandang enteng oleh rakyat sendiri.

Bagi saya, bukan Presiden yang penting, tetapi kesinambungan Presidency selaras dengan matlamat perjuangan Pertubuhan yang mesti diutamakan.


Azman Mohd Isa

Milky Tea said...

It takes two to tango. And it takes two to create a convention. In respect of the appointment of the MBs, the convention arose from the past agreements between the past PMs and the past Sultans as to the mutually accepted candidate. If there is no agreement, then the convention is not applicable and the letter of the constitution is applicable.

Razlan said...

Salam DKJ,

Mesyuarat UMNO akan datang akan memberi impak yang besar kepada UMNO.

Saya amat berharap kita dapat menyelesaikan kekusutan ini secepat yang mungkin, ini adalah untuk memberikan ruang masa yang cukup untuk kita memberi tumpuan kepada orang melayu pula.

Berkenaan dengan tindakan Preseiden yang tidak ketentuan itu, biarlah kita sebagai ahli UMNO menilainya.

Saya percaya semua pihak mahukan yang terbaik, dan sekiranya sesiapa yang menang akan datang sebagai Presiden parti, saya harap Dato sendiri berjuang kearah penyatuan kembali orang-orang Melayu.

Anonymous said...

The Scribe

The Regent of Perak is indeed up to speed with a commoner and public issue:

Raja Nazrin: Wastewater Management Crucial
KUALA LUMPUR, April 1 (Bernama) -- The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Tuesday said wastewater and sanitation management was important as the benefits on the environment and society far outweighs the cost.

He said as industries expanded, they not only needed more water but could also discharge polluted water if not treated.

Dr Nazrin said since the water cycle on earth was a closed system, the human population was left with the same amount of water at all times, unable to increase its volume.

He said with the world population expected to increase by some 30 per cent by 2025, the pressure on fresh water supply for consumption would become more critical.

"Although the cost of wastewater treatment can be high, the cost to the environment and society would be higher if it was not treated," he said during his address at the opening of the AsiaWater Expo 2008 at the Kuala Lumpur Convention Centre today...

Nota:

Even the stench is beginning to float and permeate the nation's air with all the stirrings in UMNO and later in Parliament.

However, it is good to note that we have YB Hamid Alba in Bukit Aman setting up office in the stuffy city air.

zainal abidin awang kechik said...

tok.. ini sedikit info yang saya dengar dan lihat serta ada dalam cerita tok ni..

kata "A" awak akan di pecat mat..
apa awak punya pendirian.

Kata "MB". tuanku patik akur..dan
tetap bersama sama tuanku

kata "A" Mat nak jadi apa jadi lah,
beta tak akan bergenjak walaupun seinci

Unknown said...

nasihat dan teguran adalah amalan mulia tak kira bangsa apa sekali pun.
tapi bila nasihat dan teguran tersebut sudah dianggap menjatuhkan maruah dan kedudukan maka kepercayaan antara masyarakat akan hancur.

untuk membina sesuatu masyarakat yang berjaya bukan sekadar kata-kata dan slogan indah didengar tanpa usaha dari setiap anggota masyarakat yang memiliki kepakaran dalam berbagai bidang masing-masing.

tapi hari ini yang kelihatan adalah kemusnahan dan kehancuran yang berlaku, yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepakaran dan kekuasaan.

maka semakin laju tahap kehancurannya.
bila ditegur dan dinasihatkan, akan ada berbagai alasan dan hujahan yang timbul dari nafsu yang dikawal oleh syaitan dan iblis, untuk menghalalkan perlakuan yang buruk dan maksiat.

selagi akal masih waras dan baik maka peluang untuk memperbaiki keadaan masih ada dan perlu kepada orang yang memiliki sifat jujur, amanah, bijak dan menyampaikan ilmu yang dimiliki demi kesejahteran semua umat manusia. sesuai dengan sifat Wajib bagi Nabi Muhammad S.A.W., maka aman dan sejahtera kehidupan tanpa risau, tak bimbang berlakunya jenayah, huruhara dan sebagainya.
tapi semuanya kena jujur dan jangan berlaku zalim.

boleh ke......? setiap orang melaksanakan perkara yang baik......?
tidak melakukan kemusnahan dan kezaliman.......?

Anonymous said...

Datuk,
"Salamun Kaulam Mumbirrahim."

Tak mengapalah kalau komen-komen saya yang sensitif dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan,tak dapat datuk siarkan. Saya tak berkecil hati.
Saya hormati keputusan Datuk.Saya yakin dengan pertimbangan Datuk yang berpengalaman luas sebagai editor dan pemikir Melayu. Saya tak rela kerana komentar saya kelak akan menyebabkan Blog Datuk yang saya amat hormati ini menjadi hudoh dan tercemar.
Apalagi saya tak bernama dan memakai topeng.Saya berdoa semoga Tuhan memberikan kesihatan dan akal yang sentiasa tajam kepada datuk supaya dapat terus melontarkan krtikan dan ulasan yang bernas untuk orang Melayu. Minda Melayu saya sentiasa lapar untuk mencerna ulasan dan bahan yang datuk hidangkan di blog datuk.
-makangaji.

takut puchong said...

mengapa agaknya um no(tak nak) perlu diselamatkan? um no(tak nak) saja ke satu2nya parti yang boleh menyelamatkan bangsa melayu?
datuk harussani siap bagi figure melayu murtad, depa perbodoh2kan. bukankah ini satu ancaman yg amat besar dan serius kepada bangsa melayu dan agama islam?
depa kata DAP naik tanjak kerana nak mansuhkan DEB. apa depa buat selama puluhan tahun PP diperintah gerakan?
depa kata BR bermain retorik. depa tu dok laung slogan2 kuno buat apa?
dengar cerita KJ sewaktu hadir ke senawang sewaktu kempen pru12 siap konvoi 4WD dan perdana hitam yg full tinted. keluar semua dengan spek hitam ala2 macho. hahaha.. org tak impress la.
TS rahim thamby chik sewaktu ditemuramah oleh awani berkata semua ni fitnah, tak ada rasuah dan dia tak rela berketuakan pemakan rasuah. pembangkang tidak tahu bersyukur. hahaha... lawaknya mengalahkan nabil.

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua.

Untuk dikongsi bersama.

Jangan salahkan rakyat jika kuasa Melayu terhakis

KUALA LUMPUR 31 Mac - UMNO tidak boleh menyalahkan rakyat yang menolak parti itu pada pilihan raya lalu sehingga menyebabkan kuasa orang Melayu terhakis dalam politik negara.
Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ini kerana sistem politik berasaskan demokrasi berparlimen memberi hak memilih kepada rakyat dan ia menjadi sistem yang diamalkan di negara ini.
Sehubungan itu, kata beliau, dalam soal tersebut, UMNO perlu bermuhasabah untuk mencari sebab kepada kehilangan kuasa dan sokongan itu.
"Kita perlu mengkaji dan membuat analisis untuk menentukan kedudukan kita sebagai parti tonggak dalam Barisan Nasional (BN) dapat dipertahankan."
"Soalnya sekarang, kita amat pandai bercakap apabila nasi menjadi bubur. Marilah kita pastikan bahawa nasi tidak menjadi bubur. Itu lebih penting," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa UMNO perlu menerima hakikat orang Melayu sudah hilang kuasa dan mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.
Menurut Tengku Razaleigh, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.
Syed Hamid berkata, dalam sistem politik yang diamalkan di negara ini, sesiapa pun boleh terhakis kuasanya kalau tidak mendapat penerimaan daripada rakyat.
"Kita kalah di beberapa negeri, tetapi tidak semua. Di negeri yang kita tewas seperti Perak, Kedah, majoriti diperoleh parti pemerintah sekarang bukannya kuat atau besar. Di peringkat nasional, kita cuma tidak berjaya mendapat dua pertiga tetapi majoriti kita bagus tapi suasana macam ini kita tak pernah lalui, maka banyak kekhuatiran dan cakap-cakap," ujarnya.
Syed Hamid berkata, tidak kira apa saja yang diperkatakan oleh ahli UMNO atau parti Melayu lain, pada akhirnya, mereka perlu melihat ke dalam diri sendiri untuk mencari penyelesaian.
"Pada saya, apa juga UMNO dan parti Melayu nak cakap, akhirnya kita kena muhasabah untuk melihat bagaimana kita mahu tentukan kekuatan politik kita tidak terhakis," katanya.

--------

# Pada pendapat saya, bagi UMNO sekarang ini, adalah lebih penting memikirkan bagaimana untuk memastikan bahawa nasi tidak menjadi bubur pada masa2 akan datang. Apa yang nampaknya berlaku baru-baru ini lebih menunjukkan yang UMNO cuba membaiki dan memperbetulkan sesuatu yg "irreversible" (buat masa ini) dengan tergesa-gesa dan kelam-kabut, seperti tanpa sedar dan tanpa berfikir panjang. Terimalah kekalahan dahulu dgn hati terbuka, undur kebelakang sedikit, pandang ke depan berhati2 dan barulah melangkah semula. Alahai...umur (UMNO) dah veteran lebih 50 tahun pun nak kena ajar macam ni lagi ke?!

anakbuah said...

Dato' dan semua?

Mengapa TDM berubah fikiran terhadap Najib? Bagi saya mudah - Di dalam keadaan sekarang, TDM tahu Najib berpotensi menjadi menjadi "biawak hidup" kepada UMNO yang boleh membataskan usaha "merawat" parti jika mengganti Pak Lah nanti. Dan seperti yg pernah saya nyatakan dahulu, saya percaya, beliau senyap sebab "sedang senak dipicit anunya" oleh Pak Lah di atas "dosa-noda"nya! Ramai yg tahu, "cover-up in action on high profile case now".

-----------
UTUSAN MALAYSIA

PETALING JAYA 1 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyatakan sokongan terbuka supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kepimpinan nombor satu negara, mengubah fikiran apabila menyatakan beliau tidak kisah siapa yang akan dipilih.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, peluang harus diberi kepada sesiapa yang tampil ke hadapan untuk bertanding jawatan Presiden sama ada Najib, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin-pemimpin lain.

Dulu Najib, entah kenapa (sekarang) saya tukar fikiran. Kita beri peluang kepada sesiapa bagi mempelawa diri dan kalau munasabah dia harus disokong,” katanya ketika sesi dialog pada Forum UMNO Pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang peserta mengenai sikap Najib yang dilihat banyak mendiamkan diri dalam keadaan ahli-ahli kini mendesak dilakukan pembaharuan terhadap parti.

Pada Januari lalu, Dr. Mahathir mendedahkan terdapat perjanjian lisan pada 2003 yang mengkehendaki Abdullah menjadi Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan dinafikan oleh Abdullah yang menegaskan tiada perjanjian seumpama itu dibuat antaranya dengan Dr. Mahathir.
---------

A KADIR JASIN said...

Sdr Makangaji,

Terima kasih atas persefahaman Sdr.

mut said...

Asm,

Dalam banyak-banyak komen mengenai UMNO dan usaha mereka mencari jawaban terhadap keputusan PRU 12, bermacam-macam tuduhan dilontarkan terhadap individu-individu tertentu dalam parti. Sebenarnya, segala pekung didalam UMNO itu dah lama wujud, walaupun ketika UMNO dibawah teraju kepimpinan Mahathir lagi. Siapa boleh melupakan cabaran Ku Li terhadap Mahathir, dan kesudahannya Saleh Abas di pecat untuk memastikan kuasa Mahathir? Masalah kehakiman ciptaan Mahathir untuk terus berkuasa. Menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa (bukan mengembalikannya kepada rakyat) adalah bentuk korupsi yang paling tinggi. Dan ini dah menjadi amalan UMNO semenjak sekian lama. Dan akan terus menjadi amalan UMNO dan BN... adakah kita lihat satu kes yang besar-besar itu diselesaikan mengikut lunas undang-undang?

Banyak skandal-skandal kewangan seperti Perwaja (ini pun Mahathir patut resign dah dulu), skandal PKFZ, masalah polis sebagai alat politik, ISA yang digunakan untuk tujuan politik bukan keselamatan negara, SPR tidak berwibawa, salahguna kuasa di semua peringkat, pengurniaan tanah terhadap individu2 bertuah, penyalahgunaan undang-undang, media yang mengampu dan tidak berpijak di bumi nyata kerana kepentingan politik political masters mereka ini semua merupakan cerita lama bagi pemerhati politik tanah air. Yang membuat onar ini adalah orang yang berkuasa juga, tak kira zaman Mahathir dan juga Pak Lah. Jika ini terlepas pandang dari perjumpaan-perjumpaan sorak-sorai UMNO seperti ini, jangan haraplah keadaan hendak berubah.... persempadanan semula pun dah tak boleh buat sesuka hati oleh SPR.

Adakah keputusan PRU 12 akan menyedarkan UMNO tentang fungsi mereka sebagai parti politik dan parti yang memerintah? Saya rasa jauh panggang dari api. Kepentingan peribadi dan amalan nepotisme yang menebal dah sukar dibendung. Kalau dari peringkat JKKK, cawangan dan bahagian dah mula bermain rasuah dan politik sempit, dari peringkat mana baru UMNO akan mempunyai kepimpinan yang beriwbawa? Sampai bila suara rakyat dan kepentingan mereka akan diwakili semula oleh UMNO seperti zaman-zaman sebelum Mahathir? Percayalah, siapa pun yang datang dari sistem UMNO ini, apabila menggantikan Pak Lah akan 2x5 jugak dengan beliau dengan Mahathir.....

Eksersais ini hanya untuk mereka menjatuhkan Pak Lah dan menggantikan beliau dengan seseorang yang dapat menjaga kepentingan mereka semata-mata. Ini bukan untuk kepentingan rakyat!
Jika benar mereka hendak diterima semula oleh rakyat, kembalikan hak rakyat dalam negara bertuah ini....
Ini bermula dengan pendakwaan penjenayah-penjenayah kelas atasan ini agar tidak terus dilindungi.

Atau undang-undang negara dah tak ada daulat?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Terima kasih atas pembetulan.

Regarding 'tidak dapat siarkan'...no offence taken. Akan sentiasa menyokong blog ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato dan pembahas2

Drpd satu MSM hari nie:

Tan Sri Md Md Taib ada mengatakn bhw TDM 'org kebal' kerana tiada org sggup nk ambil tindakan ke atas TDM atas kritikan2, teguran2 yg dibuat.

TMMMT juga cuba menunjukkn seolah2 TDM menyokong pembangkang, TDM tak bersikap adil dan cepat menghukum kepimpinan AAB.

Sy rasa, mungkin TMMMT tak sedar atau sengaja tak menyedari perkara2 yg ditegur TDM ada byk benarnya, cuba mengingatkan AAB ttg apa yg dikeluh resah oleh rkyt yg org2 seperti TMMMT tak mahu lihat dan dgr. Inilah dia salah satu contoh org2 yes man yg Dato Mukhriz ceritakan....


Hmmmm...selagi masih dlm penafian, maka perkara2 yg nyata dan benar akan sekadar nmpk samar2 pd pandangan pemimpin2 UMNO ni.

Assalamualaikum.

Iskandar PT said...

Salam sejahtera Dato',

Pada hemat saya yang kerdil nih (sejak boleh mengundi pada 1990 dan tak pernah mengundi BN kerana meluat dan menyampah), kekalahan BN bukanlah disebabkan dosa Pak Lah semata-mata, ia adalah lebih kepada dosa dan noda yang di tinggalkan oleh DR M, Kronisme, nepotisme , rasuah dan macam-macam lagi jejak dosa yang dibuat oleh DR M sebelum menyerahkan PM kepada Pak Lah.
Tahun 2004 merupakan kejutan untuk BN bila menang besar 199 kerusi (betulkan saya jika silap). Pengundi mengharapkan Pak Lah mampu mengubah situasi dengan memberikan majoriti yang besar, tetapi disebabkan alpa dan ego , masalah sewaktu DR M memerintah terus subur dalam pemerintahan Pak Lah (kronisme,nepotisme,korupsi dll). Tak ada satu pun kes rasuah berprofil tinggi yang berakhir dengan hukuman setimpal dan sebaliknya semuanya lepas dari hukuman.
Isu-isu agama, perlembagaan , kehakiman gagal di tangani dengan bijak,rakyat terus diperbodohkan dengan ulasan tidak masuk akal bila ada wartawan yang bertanya "kenapa petroleum kita tak di gunakan dalam negara tanpa mengimport (supaya harga tidak naik), jawapan kepada soalan tersebut oleh menteri yang berkenaan ialah "petroleum yang kita keluarkan tak sesuai untuk digunakan oleh kenderaan"..jawaban yang bodoh . Harga barangan naik (BN) disebabkan kementerian HEP meletakkan seorang menteri yang lemah dalam menguatkuasakan peraturan. Menteri kewangan yang dipimpin oleh Pak Lah juga lemah kerana kita tahu menteri ke2 tu pernah menyebabkan Bank Negara hilang berbillion atas kertas sewaktu urusan jualbeli matawang ketika menjadi kakitangan di Bank Negara. Pak Lah pula bukanlah seorang pakar ekonomi/ kewangan dan tak pernah pun menjawat kementerian tersebut.
Barisan kabinet yang baru juga kalau dilihat secara sepintas lalu merupakan barisan yang lemah kecuali Shahrir Samad.. yang lain tu hampeh (perkataan baru yang diperkenalkan oleh golongan muda).
Macam mana pun kita tunggu dan lihatlah...ye Dato'

Tengku Macan Hitam said...

Terima kasih kepada datuk kerana membuka ruangan komen ini,

Tun Dr. Mahathir jika ikhlas melantik Pak Lah dahulu pastinya tidak mempertikaikan cara dan corak pentadbiran Pak Lah. Jika apa yang dibuat oleh Pak Lah salah dan menyusahkan rakyat Tun Dr. Mahathir harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri ke 5. Rasa pertanggungjawapan itu mesti lahir dulu dari dalam diri Tun Dr. Mahathir.

Ketika Pak Lah yang memimpin Barisan Nasional pada PRU ke 11 pada tahun 2004 dan mendapat menang besar Tun Dr. Mahathir berkata perkara ini tidak wajar kerana kurang wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat. Seolah-oleh sebagai pendekatan yang tidak sihat, tetapi bila BN menang tipis dan tidak dapat 2/3 kerusi kesalahan ditujukan kepada diri Pak Lah semata-mata. Sedangkan BN itu adalah satu kumpulan bersama, pelbagai ras dalam masyarakat yang UMNO menjadi tunjangnya.

Saya juga jadi tidak faham kenapa Tun Dr. Mahathir terus-terusan mengkritik kepimpinan Pak Lah. Adakah beliau merasakan bahawa beliau masih Ahli Parlimen atau ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kerusi yang yang beliau duduki sekarang ini kerusi apa? Pasti ada yang tak senang dengan kenyataan ini. Tetapi cuba fikirkan bersama sepatutnya Tun Dr. Mahathir membantu ”menyerang” parti dalam Pakatan Rakyat ( DAP, PAS dan KeAdilan) bukannya menyerang UMNO dan mengkritik kepimpinan Pak Lah. Kenapa tidak keluar satu kenyataan pun terutama dari Tun Dr. Mahathir respon di mana Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor kini telah meluluskan projek ternak babi RM100 juta di Sepang melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang EXCOnya, Teressa Kok. Adakah mahukan Selangor maju bersama babi? Adakah juga bila mana pelancong asing melawat Malaysia perkara utama dan pertama yang akan dilihat adalah ladang babi yang mana KLIA dan Ladang Babi Selangor sama-sama berada di Sepang. Mana suara Tun Dr. Mahathir dalam hal ini. Adakah Pak Lah juga mahu dipersalahkan????!!!!! Sudahlah kilang arak Carlberg juga masih berdiri megah di Shah Alam, Datuk Hassan Ali mesti peka dalam hal ini, jangan berapi-api cakap sebelum memerintah Selangor tetapi menjadi pembisu bila dah jadi EXCO.

underBear said...

kepincangan dalam kepimpinan paklah terserlah.membuat keputusan membabi buta.kita dapat lihat sendiri secara live n slow motion meraka menjilat ludah mereka sendiri.dimanakah maruah mereka?
sebenarnya,sy kasihan.adalah lebih baik jika kita meltak jwtn utk kebaikan walaupon sudah malu teramat.

tutup malu dgn kegoan?
=keruntuhan umno

-umno,has now became completely paralyez-
tun dr mahathir mohamad

Anonymous said...

Salam,

Banyak komen mengatakan mereka tidak faham mengapa Tun Dr. Mahathir mengecam pentadbiran Dato Seri Abdullah Badawi.Saya pula tidak faham mengapa mereka tidak faham mengapa Tun Dr. Mahathir membuat kritikan.

Kanta

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).