Saturday, March 01, 2008

Kelantan: Pas Kuat atau BN lemah?

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEANDAINYA Pas terus berkuasa di Kelantan selepas 8 Mac ini – yang nampak-nampaknya begitulah – masalahnya bukan kerana strategi parti itu hebat atau janji-janjinya tinggi melangit.

Pas ada strategi dan janji. Di Kelantanlah strategi Pas paling terserlah dan terbukti berkesan sejak pilihan raya umum 1990, apabila ia kembali menguasai negeri itu.

Namun begitu, strategi dan janji Pas tidak pernah dan tidak mungkin sehebat strategi dan janji Umno. Umno boleh mengemukakan strategi yang paling canggih dan menjanjikan peruntukan mega.

Ironinya, jika Umno gagal merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ini, puncanya bukanlah kerana ia kurang perancangan tetapi kerana terlebih merancang, berstrategi dan berjanji.

Di Kelantanlah Umno mempamerkan paling banyak kepelbagaian – daripada kepelbagaian daerah kepada perwatakan, status sosial dan cita-cita.

Daripada kepelbagaian inilah muncul watak-watak yang saling sokong-menyokong dan pada masa yang sama potong-memotong seperti Annuar Musa, Awang Adek Hussin, Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim. Ibrahim kali ini bertanding atas tiket Pas dan Zaid tidak dicalonkan semula setelah disingkirkan daripada Umno.

Yang tentunya diketahui oleh Umno Kelantan dan oleh lawannya, Pas adalah kedudukan sebenar perpaduan dan keakraban yang wujud di kalangan pelbagai kelompok dan kepentingan ini.

Senario dan persoalan semasa adalah lebih kurang seperti berikut:

1. Kegigihan untuk kembali menguasai Kelantan ada kaitan dan perkiraan dengan pemilihan Umno yang akan diadakan selepas PRU;

2. Umno Kelantan kini dikepalai oleh Annuar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Annuar pasti ada cita-cita untuk kembali menjadi menteri atas dasar keakrabannya dengan Perdana Menteri;

3. Awang Adek dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang. Dengan jawatan itu, dia lebih berhak menjadi Pengerusi Perhubungan. Soalnya bolehkah Annuar menerima hakikat ini?;

4. Apakah Annuar tidak mempunyai “calonnya” sendiri untuk mengisi jawatan Menteri Besar?;

5. Apakah Awang Adek mendapat sokongan ikhlas dan padu daripada semua “panglima” politik Kelantan yang pelbagai itu?;

6. Bagaimana halnya dengan Mustapa yang dilihat sebagai seorang yang sederhana dan berpengalaman dan lebih sesuai menjadi MB jika BN menang?;

7. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun jelas dipinggirkan dan cuba disekat daripada mempunyai sebarang pengaruh di luar daripada Gua Musang, Ku Li terus menghuni hati sanubari rakyat Kelantan;

8. Ku Li terus dilihat sebagai satu-satunya pemimpin Umno yang berkedudukan untuk mencabar status quo parti pada pilihan Umno akan datang;

9. Akhir sekali, apa yang boleh diistilahkan sebagai faktor luar, yang mungkin dimainkan oleh watak-watak tertentu di negeri itu yang berpengaruh ke atas pengundi. Dalam konteks ini saya tidak bermaksud Istana.

(Seorang veteran politik Umno yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri/Menteri Besar dan bertanding PRU 1999 merujuk kepada peranan yang mungkin dimainkan oleh usahawan perikanan Nik Sapeai Nik Yusuf dan Zaid Ibrahim).

Janji-janji pembangunan mega dan serangan hebat ke atas Kerajaan Pas tidak dijangka memberi kesan “landslide” (tanah runtuh) kepada BN.

Seandainya majoriti pengundi Kelantan boleh digula-gulakan dengan janji dan ancaman, BN sudah pun menguasai negeri itu pada PRU lalu apabila sentimen pemilih memihak kepada BN kerana faktor “Orang Baik”.

Dalam PRU itu, ketika sentimen umumnya condong kepada BN, parti itu menang tujuh daripada 12 kerusi Parlimen dan 20 daripada 45 kerusi negeri. Ia menang satu lagi kerusin DUN iaitu Pengkalan Pasir melalui pilihan raya kecil.

Para strategis Umno/BN pasti mengambil kira hakikat bahawa majoriti daripada kemenangan itu adalah dengan kelebihan undi yang kecil.

Teori popular sekarang adalah sokongan pengundi kali ini mungkin berpindah semula kepada pembangkang setelah mereka berpeluang menilai aspek positif dan negatif kepemimpinan “Orang Baik” itu sejak empat tahun lalu.

Kesimpulannya adalah tidak bijak bagi Umno/BN Kelantan mencurahkan air dari tempayan kerana mendengar guruh di langit dan memipis lada kerana nampak burung di langit.

43 comments:

Anonymous said...

“Ya ALLAH, jika manusia bernama Rashid, Pengerusi SPR ini dan organisasi mereka mendatangkan kebaikan kepada hambaMu, maka, limpahilah dia rahmat, keampunan dan petunjukMu. Tetapi jika dia mendatangkan kemudaratan terhadap hambaMu, agamaMu, maka lumpuhkanlah atau matikanlah dia. HanyaMu yang maha mengetahui. HanyaMu kami sembah, hanyaMu kami bermohon.”

rocky said...

Kelantan is a dream for BN but all the promise will not get them any where. PAS will win with a bigger majority cos Kelantan can see how bad the leadership of Pak Lah is and they do not want their state under that leadership.

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Sebenarnya di Kelantan BN dan PAS sama kuat dan sama lemah. Yang membezakan antara BN dan PAS ialah rakyat negeri ini memang 'cerdik politik'. Sedangkan rakyat negeri-negeri lain masih buta politik.

2. Satu perkara lagi seandainya teori RAHMAN masih boleh diguna pakai untuk bakal-bakal Perdana Menteri Malaysia, maka saya berpendapat bakal Perdana Menteri yang ke-7 berasal dari Kelentan. Beliau ialah Datuk RAMZI ABD RAHMAN? Yang lain jangan marah na...!

3. Cuma yang menjadi haru biru sekarang ni ialah siapa sebenarnya yang nak memenuhi pangkal 'N'?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk dan semua,
Biarlah saya menyahut isu yang Datuk ketengahkan kali ini, lantaran ia begitu dekat dengan hati saya. Saya dilahirlan di Kelantan, dibesarkan di Kelantan tetapi tidak pernah bekerja di Kelantan. Saya bekerja di luar Kelantan dan membina kareer juga di luar Kelantan, pun begitu bagi saya tiada sebarang kurangnya Kelantan walaupun ramai yang menabur bakti berkhidmat di luar. Kata orang Gomen "We serve for the present goverment". (Dengan Izin). Apakah sama Serve dengan Vote ? Entahlah itu semua bergantung dan tergantung kepada keadaan.
Berkaitan dengan kenyataan saya itulah saya perhuraikan sedikit tentang peel (karektor) orang kelantan.

Mereka tidaklah totok menyokong PAS sebagaimana dakwaan Datuk baru-baru ini dalam blog ini yang saya berbeza pendapat sedikit mengenainya. Ini adalah kerana orang Kelantan lebih melihat CALON daripada PARTI. Itu hakikatnya. Pengalaman saya terlibat secara kecil-kecilan (kita org takde nama)Pada tahun 2004, telah jelas membukikan apa yang datuk katakan iaitu "orang baik" atau CALON ada signifikan yang besar dalam pengundian orang Kelantan. Pada tahun tersebut saya telah minum bersama seorang tua di Kuala Balah, dalam parlimen Jeli pada sekitar pukul 11.malam lebih 13 jam sebelum pengundian berlangsung dan saya masih ingat kata-katanya yang ingin saya kongsi bersama di sini. Nak, katanya" Pakcik ini adalah orang PAs, hidup dan mati pakcik tetap ahli PAS, tetepai pada tahun ini(2004), pakcik nak pangkah BN.katanya lagi. "wakil rakyat PAS lalu yang dicalonkan semula oleh PAS langsung tidak turun ke kampung, jarang benar berjumpa dengan penduduk.Ironisnya, pada thun itu parlimen BN dimenangi oleh BN.

Begitu juga dengan pada tahun 1999, bukannya PAS kuat, tetapi orang-orang BN yang memangkah PAS. Kenapa ini berlaku?. Kerana prinsip parti dan prinsip personal berbeza.
Saya setuju dengan datuk, apakah dengan isu-isu pembangunan cukup untuk "MEMANCING DAN MEMBELI" orang Kelate?.

Jawapan saya adalah tidak, bukan itu umpan untuk orang Kelate. Kami sudah biasa makan nasi berlaukan budu dan ikan rebus berulamkan pucuk ubi kayu. Orang Kelate sedia maklum kalau BN menang sudah pasti pembangunan akan ditumpahkan, tak perlu digegarkan sangat dengan fakta itu. Orang yang menjual ikan kering di pasar besar Pasir Mas pun faham dan makmulakan hal itu, tetapi Umpan sebenar adalah CALON. Apakah dia seorang yang cakna kepada orang tua?. Apakah dia seorang yang terlalu ego?. Apakah dia seorang yang terkenal tetapi humble? Apakah dia seorang yang TERLALU MENGHINA orang kampungan seperi Kelate?. dan lain-lain lagi. Teras soalannya ialah keperibadian dan akhlak.

Soalnya, berbalik kepada apa yang datuk suarakan...APAKAH CALON-CALON BN RAMAI DALAM KELOMPOK INI?.
Dalam banyak2 soalan Datuk saya tertarik dengan soalan no.4. Lanjutan soalan saya kepada soalan no. 4 ialah siapakah proteje Anuar Musa di Kelantan. Disitulah terletaknya jawapan.

Walau apa-apapun, orang Kelate tahu apa yang dikehendaki oleh mereka. Strategi PAS amat halus dan lembah lembut, kelmarin saya terima surat yang mengandungi fliers yang ditujukan kepada anak-anak Kelantan oleh Kerajaan Negeri (PAS) gambar seorang wanita tua bertudung putih (dalam sekitar usia 80 an dan berkedut-kedut muka) yang bersih air mukanya yang bertajuk PESANAN UNTUK ANAK CUCU DI PERANTAUN. Bila isi kandungannya cukup terkesan. Baik strateginya, barangkali ingin melawan balik gerakan yang dipimpin oleh Sdr. K kita PAKAT KELIK/PADE DOH yang telah heboh SEMALAYA.

Walau apapun strateginya, tetap balik kepada apa yang datuk katakan iaitu "ORANG BAIK". CUKUPKAH ORANG BAIK DI KALANGAN CALON BN dan PAS ?. Di situlah akhir jatuhnya siapa yang akan memerintah Kelate untuk sepenggal lagi. SAYA MASIH LAGI KELAM DAN KELABU. Maaaf terpaksa mengundur diri kerana malam ini katanya ada perjumpaan untuk anak-anak Kelate di KL di Stadium Bukit Jalil. Siapa yang anjurkannya?. Katanya seorang Datuk. Tertimbul juga soalan dalam benak saya kenapa duit untuk penganjuran tersebut tidak disalurkan TERUS untuk ORANG-ORANG KELATE YANG TERMUNDUR DAN TERMISKIN SEBAGAIMANA DAKWAAN OLEH SDR.K entahlah......Wassalam.

Anonymous said...

Dato Scribe,

Pemimpin PAS duduk dan mencari rezeki di negeri itu manakala pemimpin UMNO turun sekali seminggu, itupun kalau tugas lain mengizinkan. Orang Kelantan mempunyai 'best of both worlds' Dato - mereka hidup dengan serba kecanggingan di KL, JB, Pulau Pinag atau di mana-mana sekalipun dan dapat menikmati kopi Starbucks dan menghisap cerut di hotel antarabangsa yang mewah dan berjenama; apabila mereka teringinkan budu atau nasi berlauk mereka pulang ke KB dan mendengar ceramah agama Tok Guru. Oleh yg demikian, mereka mereka nak undi Umno di Kelantan sedangkan mereka dapat 'enjoy' nikmat Umno di tempat mereka mencari rezeki. Begitu juga dengan pemimpin2 Umno - jika Umno tawan Kelantan, belum tentu Awang Adik dan keluarga boleh hidup selesa di KB atau di Bachok dan meninggalkan 'sophistication' Bangsar, Bt Bintang, Uptown dan Seri Hartamas!

Namun, di akhir hujjah, saya setuju 150 peratus dengan Dato bahawa jika Pas kekal memerintah Kelantan, sebahagian besar dari sebabnya ialah kerana Umno lebih suka bergelut sesama mereka dari melawan Pas dengan kata sepakat! itu sahaja Dato Scribe!

KAWAN

AFRAR YUNUS said...

salam datuk
kelantan, pulau pinang, kedah, perlis, selangor dan terengganu mungkin boleh buat anjakan politik bilamana banyak kerusi akan beralih arah kepada alternatif.

ali allah ditta said...

Can BN really carry out what it promises if it captures Kelantan? The way Pat Lah & co.are going around the state promising the moon & planets,but lest they forget there 12 other states that they got to deal with too.

Terlalu berangan-angan sangat nanti "Yang dikendung tak dapat yang dikejar berkeciciran"

Nampaknya BN boleh mimpi BULAN mengambang sajalah kot!

cheers.

Nasir said...

Salam dato'

Tidak kah BN dan PAS boleh berkerjasama?...seperti Gerakan/MCA di Pulau Pinang. Perlukan sikap dengki-mendengki menebal di kalangan Melayu? Jika bangsa lain, berbeza parti dapat duduk semeja, mengapa tidak UMNO/PAS?

Kaum-kaum lain mempunyai agenda untuk menumbangkan UMNO, mereka akan bergabung sesama mereka jika bilangan kerusi yang diwakili mereka cukup banyak dan langsung keluar dari BN. Kita lihat satu persatu kerusi UMNO di serahkan kepada parti komponen, tetapi pengundi majoriti bagi kerusi tersebut adalah Melayu. Nanti, BN akan hanya ada UMNO? Ini yang belum disedari oleh orang-orang kuat UMNO...mereka leka......takapa....takapa....tak......apa........tak.....apaaaaaaaaaaa......

UMNO tak perlu bertungkus-lumus untuk menawan Kelantan, kerana ada kemungkinan PAS dapat semula Terengganu....memandangkan situasi-situasi hangat beberapa bulan lepas? Melayu pantai timur, sama dengan gelombang laut Cina Selatan!

freelittlebrain said...

a good analysis. the main weakness of UMNO is the UMNO politicians can't agree with each other. Unity in diversity? i dun think so.

Anonymous said...

BN salah strategi sekali lagi kerana meletak calon dari golongan elit dato' atau anak-anak dato', yang secara tak langsung mengesahkan kata-kata bahwa UMNO nik hak puak kroni & elitis sahaja. Saya nampak ramai orang biasa (90% pengundi) menyampah

A KADIR JASIN said...

Sdr Anak Mache,

Mohon maaf tidak dapat menyiarkan komen sdr walaupun saya setuju dengan kebanyakan hujah sdr.

Adalah salah di sisi undang-undang membuat tuduhan tanpa bukti dan kita boleh disaman.

Lagi pun kalau benarlah semua calon BN ditapis oleh BPR seperti didakwa PM, masa kan ada calon rasuah dan pecah amanah seperti yang sdr dakwa itu dicalonkan untuk bertanding di Kelantan?

Kalau dicalonkan pun, SPR tentu batalkan pencalonannya.

Itu saja yang saya boleh fikirkan. Yang lain tu sdr kena tanya PM sendiri.

Terima kasih.

the indie story said...

LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto Terbaru Barisan Alternatif - Saari Sungib (PAS), KEMPEN DI UKAY PERDANA, LEMBAH KLANG [ 1 Mac 2008, Pukul : 9pm - 12am ]

Foto Eksklusif Hanya Daripada :

http://theindiestory.blogspot.com

Rockybru said...

Datuk Scribe,

Faktor Monsoon. Atau Faktor Monsoon Cup, untuk lebih tepat. Faktor ini adalah sebab besar mengapa Kelantan akan terus berada di tangan Pas dan Terengganu mungkin besar tumbang dan pulang kepada Pas jua.

Pengundi di kedua buah negeri sudah dapat menilai sejak 4 tahun lepas "belang" BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Wang "ehsan" diagih-agihkan pada sanak saudara dan para "sahabat". Projek Monsoon Cup yang dimegah-megahkan cuma memanafaatkan segelintir kroni. Rakyat disogok dengan Masjid Kristal dan taman Islam hadhari supaya tutup minda dan mulut.

Pada pesta Monsoon Cup yang lalu, caterer yang dapat kontrak membekalkan makanan dan buffet pun bukan orang tempatan. Pinggan mangkuk dan fork and spoon semua dari KL. Macamana tak merungut penduduk Terengganu, termasuk ahli2 Umno negeri sendiri.

Angin monsoon China Laut akan bertiup amat kuat di PRU12 ini. Ramai yang akan tumbang, walaupun Terengganu diandaikan selamat dan masih di tangan BN. Kelantan, seperti yang Datuk Sribe unjurkan, akan tinggal suatu kenangan untuk BN.

. said...

Dato' A Kadir Jasin yang dikasihi,

Dengan adanya internet (terutama sekali blog), saya nampak ramai campaign manager berada dalam komputer. Seronok membaca komen yang pelbagai. Semuanya hebat-hebat belaka (soal betul atau salah, boleh laksa atau tak boleh dilaksanakan -- itu soal lain). Kalau tak ada idea untuk menulis, menggogle ler jawabnya, sure dapat idea baru. Alhamdulillah, nampaknya rakyat Malaysia semuanya sudah cerdik-cerdik belaka. Bagaimanapun kehangatan itu hanyalah dalam internet saja. Hari ini saya menerima tiga panggilan telefon. Dua dari utara, satu dari sahabat di Selangor. Kesemua mereka senada -- pembangkang dah tak menyengat on the ground. Macam tak ada isu lagi. Mungkin sasaran tak kena kot. Rasanya PAS akan lebih ada ummph kalau bawa isu Islam seperti "Membangun Bersama Islam", tetapi apabila tukar jadi "Negara Kebajikan", dah kurang dapat sambutan. Ada kawan kata, PAS pun dah bunyi macam UMNO. Di Jerlun tempat asal saya, pembangkang sunyi sepi. Orang BN di Jerlun beritahu, tak syok la kalau pembangkang tak melawan. Nampak gaya, Dato' Mukhriz Mahathir akan menang besar. Mengenai pantai Timur, saya belum ke sana lagi, tak dengar apa-apa sangat. Jadi tak dapat nak komen. Oh ya, jangan lupa mengundi pada 8 Mac nanti. Jangan pula jadi macam calon PKR di Kelana Jaya yang belum mendaftar jadi pengundi. Kalau dia tak boleh undi diri sendiri, mengapa pula kita nak undi dia? Salam hormat untuk semua.

http://www.nobisha.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Sdr, Sdri dimuliakan,

Mendengar beberapa komen dan melihat beberapa perkembangan menarik di Utara Tanah Melayu bila meninjau-ninjau semalam.

1. Orang tua berusia 80 tahun: Jangan dok gabang, Pas tak kuat. Aku benci Pas. Tapi aku meluat perangai orang Umno. Asyik gaduh, berebut jawatan, berebut kerusi. Pasai tu la lemah;

2. Seorang bekas menteri dari Terengganu (mengenai Terengganu): Boleh menang tapi susah sikit. Isu pemilihan calon;

3. Seoarang muda yang memnaca blog: PRU kali ini tak meriah macam dulu-dulu. Ramai orang Umno buat macam tak peduli sahaja. Pas biasalah. Tak ada pilihan raya pun mereka kempen. Terlalu banyak isu peribadi;

4. Seorang pemilih Sg. Siput: Silap-silap Samy Vellu hanyut. (Agak keterlaluan kot!);

5. Seorang India pekerja Majlis Daerah di selatan Kedah yang namanya seakan-akan Samy Vellu tapi dipanggil "Abang Mi": Kempen Hindraf ada kesan. Ramai India marah dengan MIC. Samy Vellu dah lama sangat pimpin MIC. Subramanium (bekas timbalan presiden) lebih diminati. Depa kata BN akan guna undi pos untuk bantu calon yang nak kalah. Betui ka?; dan

6. Di Kedah -- susah nak dapat balik Pendang. Umno tak berpadu. Baling, Sik dan Kuala Kedah menyaksikan perebutan hebat. Jerlun kena kerja kuat. Kesemua kerusi Parlimen ini pernah dikuasai Pas; dan

7. Kalau cuaca di Pantai Timur lautnya bergelora, di utara panas, panas, panas;

Sdr Nijetty mungkin betul. Ramai orang Umno yang saya temui berasa parti mereka terlalu bertolak-ansur sehingga sanggup serah kerusi kepada parti-parti BN yang lain.

Mereka rasa Umno mudah termakan rayuan dan tunduk kepada desakan, hasutan dan ancaman.

Selamat berbahas dan selamat mengundi. Terima kasih.

Anonymous said...

Yang Dihormayi Dato dan pengundi PRU 2008,

Saya adalah pengundi di DUN Pulai Chondong dan Parlimen Machang. Tangan saya tidak pernah memangkah UMNO/BN. Saya mengundi Pas, Semangan 46, Pas, Pas tetapi disebabkan faktor 'MrClean' pada tahun 2004 saya 'tidak mengundi' walau pun berada di tempat mengundi kerana ingin memberi peluang dan berharap 'MrClean' dapat membersihkan parti dan kerajaannya apabila berkuasa (2004-sekarang). tapi nampaknya saya terpedaya, kerajaan bukan sahaja gagal dibersihkan tetapi terus dilumurkan (gagal menggugurkan menteri yang tidak cekap/amanah malah mengambil balik menteri yang digugurkan oleh Mantan PM Mahathir!)

Ahli keluarga saya seramai 11 orang mengundi BN (salah seorang tokoh UMNO Kelantan)dan hanya saya mengundi pembangkang. Kenapa? ... kerana saya tahu dan menyaksikan betapa hinanya 'mereka' membahagikan peruntukan pembangunan sesama mereka, hanya 10-20% saja peruntukan sampai kepada sasaran kerana melalui banyak tapisan 'persen'. Politik hanya kepentingan peribadi, rakyat hanya 'tools' untuk mendapat sokongan dan terus berada diatas dan bla,bla yang sedih saya nak ceritakan....

Pepatah mengatakan "dalam setandan pisang, mesti ada sebiji yang rosak" tetapi bagi saya yang berada dalam keluarga UMNO... mungkin hanya "sebiji yang baik". Tahun ini Sdr Nasarudin Nasation (PKR) PASTI akan mendapat satu undi daripada saya dan ADUN Zulkifli Mamat (PAS) (wakil rakyat yang 'kurang' bekerja) saya belum pasti.

SELAMAT MENGUNDI DAN GUNAKAN KUASA RAKYAT

TQ/roti planta

MYSON said...

datuk

my only pray is rakyat will benefit from the election...

UMNO, PAS, PKR should not exagerate their wins after the election

main priority is to tackle the rakyat problem...

me...as a government servant...serve who in power lah of course

happy voting

Anonymous said...

salam dari guar chempedak,

PAS terlalu kuat di kelantan. bukannya saya tidak tahu.ini 'product' dari melor dan jugak teluk wan jah. jadi sudah masak kelantan, kedah ni.

cumanya, kekuatan BN bergantung pada pengundi luar. maksudnya, ore2 kelate hok kijo di luar -i.e selangor, KL, dll.

kalu demo2 ni klik sokong BN, tidok ake berakhir PAS di kelate, cumonyo dapak mengurangkan kuaso PAS ja.

tapi PAS pun tak bijak. modelan kelantan sebagai simbol kekuatan pemerintahan tidak dilakukan walaupun dah 18 tahun berkuasa.

Anonymous said...

Dato'

Saya meramalkan Pas kekal perintah Kelantan. Majoriti mungkin naik. Ini ramalan ahli Umno yang berdaftar.

Saya ramalkan parti saya akan kecundang di Terengganu.

Saya ramalkan parti saya akan hilang banyak terusi Parlimen dan DUN di Kedah.

Saya ramalkan BN terus kuasai P.Pinang tapi banyak kerusi Perlimen hanyut.

Saya ramalkan parti saya akan kehilangan kerusi di Perlis dan hari-hari Shahidan berangka.

Saya ramalkan parti saya dan BN akan kilang beberapa kerusi di WP KL dan Selangor.

Saya mengundi di Selangor. Pas serius. Parti saya asyik rebut jawatan. Tak dipilih bertanding boikot tan keluar kempen.

3 dari 7 calon Parlimen Pas di Selangor ada PhD, seorang peguam, seorang doktor perubatan dan seorang jurutera. Hanya seorang ahli pernigaan.

Darai 14 calon DUN, 2 ada PhD, 4 doktor perubatan. Yang lain peguam, arkitek, perunding dan pendidik.

Parti saya masih calon penghulu, pegawai kemas, wartawan pencen dan menteri tua yang dah kalah.

Ahli Berdaftar Umno

tipulagi said...

Salam Datok dan semua...
Biarlah Kelantan terus diterajui oleh PAS dan hendaknya Parti tersebut berjaya mendapat royalti Gas Asli di negeri tersebut... Nanti kita akan tahu bagaimana akan wujud satu negeri kebajikan didalam malaysia dan menjadi contoh untuk kerajaan Malaysia sekarang yang tidak langsung menjaga kebajikan Rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya membiarkan harga Petrol melambung sekitar 60%..
Kelantan ditawan oleh BN?? Jika benar orang-orang Kelantan dapat berfikir sewaras-warasnya dengan menyaksikan contoh negeri jirannya Terengganu yang Gah dengan Monsun Cup dan masjid kristal sahaja tetapi rakyat tidak mendapat kemajuan dari segi pendapatan dan kemewahan hidup setaraf dengan apa yang telah wujud diTerengganu.. Hanyalah angan-angan BN untuk menawan kelantan dan Mimpi lena BN untuk terus kukuh di Terengganu

http://tipulagi.blogspot.com

Anonymous said...

Dato'

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan politik perkauman selama bertahun-tahun, ahli politik tidak lari daripada memperjuangkan bangsa masing2. Hanya Dato' Onn sahaja yang dapat melihat keburukan ini +50 tahun dahulu.

Cina dengan MCA+Gerakan sebagai kerajaan dan DAP+Dong Zong+Jiao Zong sebagai pendesak. India dengan MIC sebagai kerajaan dan HINDRAF? sebagai pendesaknya. Tidak dinafikan kaedah ini berkesan demi mendapatkan 'hak' bangsa masing.

Bagaimana dengan 'hak2' orang Melayu? Siapa/mana kumpulan pendesaknya. Kebanyakan MP Melayu tertidur didalam Parlimen dan diikat mulut supaya tidak 'melawan' kata2/dasar PM (contohnya Shahril Samad yang digugurkan Ketua BBC). Jadi diharap pengundi Melayu memikirkan untuk menghantar 'utusan' yang sesuai untuk bercakap bagi pihak Melayu. Pada masa ini saya lihat hanya PAS yang boleh memainkan peranan. Saya puji strategi DAP untuk meminta pengundi Cina 'menghantar' DAP sebagai utusan ke Parlimen bagi menjaga hak mereka dan tidak membiarkan BN mendapat majoriti besar dan terlalu bebas berkuasa. Bagi saya Parlimen Malaysia akan lebih effective lagi jika mempunyai sekurang-kurangnya 70-80 orang pembangkang berbanding 21 sekarang.

Mungkin post saya ini nampak perkauman, tetapi inilah realiti politik Malaysia. harap dapat Dato siarkan.

Anonymous said...

Tok dan pembahasa sekalian...

Mana nak meriah macam dulu PRU 12 ni. Abih BN kontrol media. Kejap2 selingan pangkah BN. Baik TV mahupun Radio. Sampai orang naik meluat dengan politik. Abg teksi sebelah rumah pun takmau turun mengundi 8 Mac ni. Alasan: Sama ja. Aku susah jugak. BN dok muhong rakyat. Tapi dok menang macam tu jugak. Baik la aku bawak teksi hantaq orang pi mengundi. Paling tidak, aku dapat duit.

Pasai UMNO Kelantan, boleh habaq bye2 la nak ambik balik dari tangan PAS. Sebab, yang dok jadi calon, rata2 dok KL. Contoh: DUN Tawang, pengerusi KOBENA masuk calon. Time kempen ni pun dok sibuk kat KL, bila menang nanti, bila taon dia nak balik jenguk kawasan?

Memang la PAS nampak leceh dan lemah. Cuba bagi ruang tengok masuk dalam media arus perdana. Takpun, time ni la nak buat debat terbuka dalam tv, kita tengok sapa yang pandai dan yang tak pandai. Tak berani beb. Mati hidup balik BN tak bagi slot kat pembangkang.

Pasai pakcik umoq 80 taon yang benci kat PAS tu, tak leh nak kata apa la. Dah dia set dalam kepala dia lagu tu. Kita tak leh nak paksa orang suruh sokong.

Orang Kelantan ni memang tengok calon. Tak kira hang mai mana, anak sapa. Janji orang kampung bila nak 'bekwoh', kena la wakil rakyat tu tolong huloq apa patut. Apa2 pun, duit main peranan tok. Skala sahaja yang membezakannya. BN nak menang kalu, calon mesti baik, hormat orang tua, ada duit. Yang penting sekali, kena duduk Kelantan lebih2 lagi dok kat tempat dia jadi calon. Tu la ciri2 yang kena ada.

Macam tempat saya, Bukit Gantang, letak pi la orang gila, sure memang punya BN. Dulu letak cina sampai cina tu depa panggil ustazah sebab pi rasmi surau baru. Saya tak kata tak boleh orang cina jadi calon tempat saya dan rasmi surau. Cuba letak calon melayu kawasan cina? Agak2 cina mau ka pangkah calon Melayu kerana parti? Berat hati kata tak. Sekarang Gerik depa bagi kat calon Gerakan. Awatnya? Orang Melayu tak boleh jadi ketua kawasan melayu ramai ka tok? Ka UMNO dah makin bacul?

Undi saya tetap pi kepada pembangkang especially bulan sebab nak maju kita tembak roket pi ke bulan, nak puasa tengok bulan, nak raya tengok bulan, time pangkah undi: SEMESTINYA tengok bulan jugak.

Sebab dalam Bulan ramai calon yang baik2 berbanding dacing yang la ni tadak jantan dan berat ke kroni umnoputra dan sukusakatnya sahaja.

BN: "....dah lama dah...!"

Anonymous said...

Dato' Kadir,

Sebetulnya yang kuat adalah pengundi Kelantan dan yang lemah adalah ahli politik UMNO dan PAS.

Malangnya, pengundi yang kuat tak tahu mengunakan kekuatan mereka dan sebaliknya ahli ahli politik UMNO dan PAS yang lemah tu pulak yang berjaya memenupulasikan kekuatan kuasa pengundi Kelantan.

Akhirnya penduduk Kelantan pi mai pi mai tang tu juga. Saya rasa eloklah mereka menubuhkan satu lagi parti yang kuat dan boleh menyahkan UMNO dan PAS dari negeri mereka, selagi terdapat terlalu ramai yang mempunyai kepentingan diri dalam parti parti tersebut.

gembo said...

PAS TIDAKLAH KUAT MANA TAPI BN KELANTAN TEBOLAH (CUAI)

Apa sudah jadi dengan BN Kelantan yang telah meletakkan seorang calon yang berstatus muflis di Dun Kijang. Gara-gara percaturan tebolah (cuai) oleh pemimpin BN Kelantan maka SPR telah memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada calon daripada PAS. Kemenangan mudah oleh calon PAS tersebut sedikit sebanyak mencacatkan perangcangan BN untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS. Sebelum ini BN Kelantan telah mewar-warkan bahawa BN pasti dapat menawan kembali Kelantan pada pilihanraya umum tahun ini. Walau bagaimanapun, insiden di Dun Kijang pastinya memberi impak yang negetif terhadap kempen BN untuk menawan kembali Kelantan daripad Kerajaan PAS. Kalau dalam bola sepak ianya seolah-olah seperti BN menyumbat gol sendiri.

A KADIR JASIN said...

Welcome to Sdr Yapchongyee,

You're welcome to visit this blong and even to comment.

You could be a new visitor. So you may not be aware that we do not swear, we do not make excessive communal and chauvinistic statements.

And most of all, we do call any Malaysian race or party dog!

If you wish to participate, do read my opening statement published at the beginning of every article.

Thank you.

Anonymous said...

Dato',

Dalam pada kita heboh dengan siapa yang akan menang pilihanraya ini antara PAS dan UMNO di Kelantan, pada pandangan saya sentimen perkauman pada PRU kali ini cukup jelas terasa.

Dari cakap-cakap jalanan dan sembang pejabat dengan pelbagai kaum, kita dapat merasakan sebahagina besar kaum Cina dan India memandang serong terhadap kerajaan sekarang (atau yang sebenarnya UMNO) yang dilihat telah menjadi semakin tamak dengan kuasa samada dari segi politik atau ekonomi.

Dari segi politiknya nampak semacam UMNO ingin memperlihatkan "superiority"nya terhadap MCA/MIC. Dalampada UMNO ingin menjadi hero kepada kaum Melayu, kelakuan Hishamuddin & Khairy sebelum ini tidak menolong memperbaiki imej UMNO. Perlumbaan mereka berdua ini yang ingin dilihat menjadi ayam jaguh orang Melayu telah mengguris perasaan kaum lain. Ya, MCA/MIC sememangnya cuba "test the water by being so demanding from time to time" tetapi ada cara lain yang lebih diplomatik selain dari menghunus keris dan menghentam kaum lain ikut sedap gigi.

Dari segi ekonomi pula kelihatannya semua kontrak-kontrak besar adalah hak mutlak budak yang seorang itu, abang iparnya dan konco-konconya. Tanyalah mereka yang mengendalikan projek-projek berbillion ringgit, mesti ada bisik-bisik yang mengaitkan nama kontraktor utama tertentu dgn nama dua orang itu. Mana-mana kontraktor yang tiada kaitan dengan nama-nama tersebut memang 'anehnya' "will not be amongst the shortlisted ones".

Segala macam komen negative oleh rakan berbangsa lain berkenaan dua aspek ini sudah cukup bagi saya sebagai orang Melayu terasa pedih di ulu hati kerana dengan secara tidak langsungnya ia mempersoalkan kredibiliti orang Melayu sebagai pemimpin.

Persoalan yang ingin saya utarakan ialah jikalau sebahagian besar kaum Cina dan India tidak akan memangkah UMNO kali ini supaya kaum mereka punya lebih suara di parlimen, apakah jalan terbaik bagi kaum Melayu dalam menentukan suara mereka akan terus 'lebih' kedengaran di parlimen?

Pendapat saya .. seburuk-buruk UMNO orang Melayu masih ada PAS sebagai pilihan, dan seburuk-buruk PAS orang Melayu tiada lain pilihan untuk menggantikan UMNO..


WakMelan Jr.
Kg. Batu Belah

Anonymous said...

salam datuk...

http://www.warkahuntukpm.com.my/

mana tau ada apa2 permintaan/persoalan utk dijawab oleh pak lah...

Anonymous said...

Saudara Dato'

Bila SPR nak batalkan calon yang berbelanja lebih daripada had yang dibenarkan?

Saya diberi RM250 dan dijanjikan RM250 lagi bila sampai di Kelantan dalam operasi ‘Pakat Kelik Ngundi’ (Pakat Balik Mengundi). Jika pengundi marhaien seperti saya dapat RM500, berapa billion peruntukan UMNO Kelantan? Oooohhh bayangkan berapa banyak harta negara terpaksa digadai demi memenuhi tabungan pilihanraya Umno Kelantan.

Demi mengelakkan duit tu dikira rasuah, saya terpaksa memangkan PAS sebab kalau saya pangkah UMNO dikira rasuah hehe

roti planta

Anonymous said...

datuk

bagaimana pulak dengan kempen merawat kelantan? dah tu pulak ada kempen oleh pemuda umno? adakah ia sehebat dan segah dalam newspaper? atau tidak?

konfius kami datuk...ada yg kata betul2 hebat, tapi ada pulak yg kata takda apa2....

apa pula pandangan anda tentang KJ? betulkah beliau amat berkuasa? atau ia sekadar cakap-cakap di kedai kopi?

noryn said...

RAMALAN PILIHANRAYA SAYA :

KELANTAN - PAS KEKAL
PULAU PINANG - DAP MENANG BYK KERUSI.
KEDAH - BN KALAH TERUK DI SESETENGAH DUN, TETAPI MASIH MEMERINTAH
TERENGGANU - PAS RAMPAS KEMBALI BEBERAPA KERUSI
LEMBAH KLANG(WP) - DAP+PKR KUASAI

Insya Allah, sy akan kemukakan hujah saya pd masa akan datang disebabkan saya akan menghadapi peperiksaan midterm minggu ini.

p/s : jangan terlalu sibuk merampas Kelantan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.......KEDAH DAN PULAU PINANG.....

Anonymous said...

Dato',

A KADIR JASIN said..."And most of all, we do call any Malaysian race or party dog!"

Betul ke yg Dato' tulis ni? Mcm tak percaya pulak saya. Atau saya yg salah faham atau tak faham?

Anonymous said...

Dato,

Are you kidding to make an error in your reply?

'And most of all, we do call any Malaysian race or party dog!'

How come you did not check before you publish your reply?

You were THE Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000.(12 years)

Are you saying that 'to err is human'?

A KADIR JASIN said...

Sdr Amin,

Thank you for pointing out. It was my mistake. I apologize.

The statement should read: And most of all, we do NOT call any Malaysian race or party dog!

No excuse. But unlike in the NST, in this blog, I work alone. There's nobody editing or checking. So, sometimes I make mistake.

Again my apologies.

Thank you.

Anonymous said...

Salam Dato',
Pada hemat saya, as far as Kelantan & Kelantanese are concerned in this GE, they've seen enough of "Mr Clean Hadhari & Co." who turned out to be not so clean afterall...and even if a small majority of people in the state share this "brainwave" I see BN inshaallah will be humbled ... we'll wait & see.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan semua.
Maaf saya terpaksa respon sekali lagi dengan post datuk kali ini.

Sekadar renungan untuk post datuk kali ini, Di bukit Kiara dilaporkan oleh media massa-TV3 terutamanya- perjumpaan dengan anak kelate didatangi oleh khalayak seramai 5 ribu orang TETAPI hakikatnya tidak. Hanya lebih kurang 2500-3000 orang sahaja. Banyak kerusi terpaksa disusuk(sembunyikan) dibelakang. Khalayaknya pula terdiri daripada ramai orang yang berkepentingan, misalnya ahli korporat, veteran dan separuh veteran. Mereka yang ingin menunjukkan muka kepada Pak Lah, maknanya kedatangan mereka ramai yang tidak ikhlas.

Di Hotel Nikko pula, khalayak yang hadir lebih daripada 8000 orang. Pintu Ballroom kena buka kerana ramai yang nak masuk tetapi penuh. Ada yang bersila sampai ke depan pentas. Muka-muka yang hadir jauh berbeza dengan di stadium Jugra. Muka yang inginkan kepastian, yang inginkan PEMBELAAN bukan dalam bentuk gula-gula pembangunan TETAPI MARUAH MEREKA SEBAGAI ORG KELATE. Mereka terdiri daripada anak-anak muda, pekerja swasta dan ahli perniagaan juga. Campuran muda dan tua.

Lebih menariknya lagi, isu yang sudah saya jangka akan menaikkan kemarahan orang Kelate dihangatkan dan didodoikan iaitu KENYATAAN KJ TERHADAP ORANG KELATE YANG DIKATAKAN MISKIN DAN MUNDUR. Walaupun isu itu ada betulnya tetapi Ia betul-betul melahirkan rasa meluat orang Kelate.Bagi orang Kelate, indikator miskin dan mundur bukan dengan kerusi set baru, kereta besar dan berjenama etc.Ukuran mereka berbeza Datuk, macam yang saya katakan MAKAN NASI DENGAN BUDU DAN IKAN REBUS PUN TAK MENGAPA ASALKAN DAYA PENGHORMATAN KEPADA ORANG YANG LEBIH TUA, JIRAN TAULAN DAN SESAMA MANUSIA TINNGI. Itulah ciri orang Kelate yang masih ada sifat orang kampung. Saya yakin orang Kedah, pun masih ramai yang sebegitu.

Soalnya, Dengan senario dua ceramah tersebut, macamanakah BN nak counter balik?. Mampukah bakal Menteri Besar BN counter balik?. Dimanakah calon2 orang- baik Kelate.....akhirnya ....BULAN SEMAKIN TERANG BENDERANG NAMPAKNYA, MANAKALA LAMPU GASOLIN YANG CUBA DIHIDUPKA KEMBALI MALAP....
APA UBATNYA DATUK...
Wassalam.

the indie story said...

Dengan Izin Tuan Punya Blog,

LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto KEMPEN BARISAN NASIONAL CALON PARLIMEN TITIWANGSA - Dato' Aziz Jamaluddin (DEWAN DATO' KERAMAT : 3 Mac, 8.30pm - 9pm)

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

http://theindiestory.blogspot.com/

Wassalam

Anonymous said...

Kepada Mamat.

"Itulah ciri orang Kelate yang masih ada sifat orang kampung."
Rasa saya frasa "sifat orang kampung" itu kurang tepat. Yang lebih tepat ialah "sifat orang budiman atau sifat orang yang berbudi dan beradab". Saya duduk di Shah Alam tapi berasal dari kampung jugak: Buluh Kasap, Segamat.

KJ bukan orang kampung (orang perantau dan elit tapi nak berlagak kampungan di Rombau), malah dia juga kurang berbudi dan kurang beradab (atau bahasa kasarnya kurang ajar). Lihat kata-kata dan gayanya (orang utan?).

tipulagi said...

" roti planta said...
Saudara Dato'

Bila SPR nak batalkan calon yang berbelanja lebih daripada had yang dibenarkan?

Saya diberi RM250 dan dijanjikan RM250 lagi bila sampai di Kelantan dalam operasi ‘Pakat Kelik Ngundi’ (Pakat Balik Mengundi). Jika pengundi marhaien seperti saya dapat RM500, berapa billion peruntukan UMNO Kelantan? Oooohhh bayangkan berapa banyak harta negara terpaksa digadai demi memenuhi tabungan pilihanraya Umno Kelantan."

Sebenarnya bukan harta terpaksa digadaikan oleh BN untuk menampung perbelanjaan besar tu... dari pemerhatian saya... duit tu semuanya duit dari rakyat yang terpaksa membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kastam..
Mungkin anda tidak sedar sekarang walaupun Kedai makan biasa klu di Johor asam pedas (iaitu nasi makanan rutin orang malaysia) pun telah dikenakan cukai jualan /perkhidmatan sebanyak 5%. Walaupun jualan tahunan kedai tersebut belum mencecah had yang wajib untuk dikenakan cukai kastam, tetapi dipaksa oleh pihak kastam untuk mengenakan cukai tersebut pada rakyat... so duit ni la yang digunakan..

Anonymous said...

Berikutan komen oleh Habil, saya pun akses lamanweb SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Berikutnya, saya key-in No IC Tentera: T719756 dan saya dapati maklumat di bawah ini:

Kad Pengenalan : T719756
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 042 / 06 / 06 / 635 - TUDM B'WORTH
Daerah Mengundi : 042 / 06 / 06 - JALAN MESJID
DUN : 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR
Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR
Negeri : PULAU PINANG
Pusat Mengundi : POS
Saluran : 0
Masa Mengundi : -
No Siri : 1019

Sesudah itu, saya key-in pula No IC Orang Awam 750909035727 dan memperolehi maklumat berikut:

Kad Pengenalan : 750909035727 / A3170255
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 019 / 03 / 13 / 001 - KG BHARU
Daerah Mengundi : 019 / 03 / 13 - KAMPUNG BHARU SUNGAI
DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN
Parlimen : 019 - TUMPAT
Negeri : KELANTAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN
Saluran : 3
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1032

Kedua-dua maklumat di atas amat memeranjatkan saya. Dari namanya (termasuk ejaannya sekali), dari tahun kelahirannya dan dari jantinanya, Hazely Razin Bin Yaakub yang menggunakan Kad Pengenalan Tentera No: T719756 adalah Hazely Razin Bin Yaakub yang juga mempunyai Kad Pengenalan Awam No: 750909035727/ A3170255.

Yang berbeza cuma Hazely Razin yang guna pengenalan tentera membuang undi secara pos untuk DUN: 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR dan Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR, di Pulau Pinang, sementara Hezely Razin yang menggunakan pengenalan awam akan mengundi di DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN dan Parlimen : 019 – TUMPAT di Kelantan menerusi saluran tiga di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

Pembongkaran di atas bukan fitnah. Anda sendiri boleh memastikan perkara di atas dengan menurut kaedah yang diberikan oleh Habil. Pastikanlah, dan sesudah itu desaklah SPR dan kepimpinan negara untuk menafikan penyelewengan seperti ini dengan seberapa segera. – Ruhanie Ahmad

Khadijah,Penang

Anonymous said...

Here is the latest blog created by my conscience, the real reflection of me: Raja Petra bin Raja Kamaruddin …

RAJA MONGREL!

Hear me confess at http://rajamongrel.blogspot.com/ ie. Raja Mongrel dot Blogspot dot com

Yours truly
Raja Petra bin Raja Kamaruddin (Now & Official)
King Sultan Raja Prophet Nabi Petra Kamaruddin (In Progress … Note No ‘Bin’ In My Name)

baby said...

Dato,

Pemimpin Umno tidak pernah muhasabah diri hanya pentingkan status diri sendiri.

Jawapan kepada itu ..PRU 2008.Even we work extra hard dengan semangat PRU 2004.Rakyat Kelantan munkin naive but smart ,mereka nampak percaturan ini.Namun peratusan sokongan Umno meningkat..Bayangkan kalau calon calon PRU 2008 dikelantan sebaik calon PRU 2004..
Question?

1-Calon entah dari mana.Siapa punya?Banyaknya calon Pemuda.
2-Calon ni boleh jaga rakyat ke?
3-Atau ini merupakan calon perwakilan Perhimpunan Umno?..Coming soon!

Dimana kuasa dan pertimbangan PM menentukan calon yang layak?

Dato..Pas tidaklah kuat diKelantan. Kekalahan besar PRU 2008 bukan setakat di Kelantan. Negeri negeri lain hadapi senario yang sama.Its not about us..it a protess overall.

Ada satu dongeng:

Sepohon pokok harvest ditahun 2004.Buahnya teramat baik.Peladang yang baru mengambilalih ladang berbangga dengan hasil tersebut.Selepas pokok tersebut ditaman semula.(replant).Maka harvest lah ia pada 2008.Buahnya masam yang amat.Peladang tersebut diam seribu bahasa.

Pembeli buah tersenyum.. berfikir agaknya buah yang baik pada musim dulu di siram,dibaja dijaga oleh peladang yang lain agaknya."

Maka pembeli menganjurkan peladang terdahulu kembali berladang untuk mengembalikan kegemilangan ladang tersebut.

Anonymous said...

Pada perspektif saya; memberi Anuar Musa menjadi pengerusi BN Kelantan dan memberi kuasa kepadanya untuk memerintah BN Kelantan atau UMNO Kelantan sebenarnya adalah sejarah. Ianya juga merupakan cerita lama dan alunan lama serta strategi yang telah luput usia.

Terpulanglah kepada UMNO sama ada mahu ditalkinkan diKelantan atau sekurang-kurangnya hidup segan mati tak. Sebaliknya UMNO juga boleh boleh dirawati di Hospital untuk setahun dua ini agar pulih anggotanya tetapi biarlah doktor yang memikulnya adalah cara baru tapi cara orang Kelantan. Jangan orang Kelantan tapi cara 'orang luar' seperti Annuar Musa.

zulkufli.blogspot.com

Anonymous said...

sabtu lepas, saya balik/kelik kat kg saya di tumpat, ada la keje skit kat KB. adik bagi tau pasal kes bantuan banjir 07 di beri masa musim pilihanraya. Org yang kena banjir kalau kuat pas x dapat tapi yang kuat umno/bn, satu rumah 4 org boleh dapat RM 500 dan rumahnya x banjir pun

waaaaaaaaaa
itulah perangai umno dari dulu
Guano Dato' Di (zaidi)
Jay

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).