Monday, April 21, 2008

Blog TV1: Antara Ekspektasi dan Realiti

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENGENAI rancangan Blog di TV1 semalam, rasanya tidak payahlah saya mengulas terlalu panjang. Saya sudah pun beri maklum balas kepada petugas RTM yang ramai hadir.

Saya yakin mereka faham. Malah saya yakin menteri, Ahmad Shabery Cheek, telah mendapat banyak maklum balas, faham dan akan bertindak.

Menang waktu terlalu singkat. Masa berbincang tak sampai 15 minit. Tetapi anggaplah ia sebagai proses pembelajaran -- buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Selain ulasan berharga saudara dan saudari dalam blog ini, saya juga menerima SMS dan panggilan telefon mengenai program itu. Terima kasih.

Kalau banyak yang menonton dan kecewa itu menunjukkan “promo” RTM berjaya tetapi program sebenar gagal menetapi harapan penonton. Kesimpulannya RTM ada pengaruh tetapi tidak berjaya memenuhi harapan khalayaknya.

Namun kita berilah peluang kepada RTM. Saya rasa bukan mudah bagi mereka mengadakan program seperti ini. Saya lebih cenderung melihat yang positif.

Misalnya, pertama daripada pengundian telefon atas tajuk “mampukah blog menjadi media alternatif,” kalau tidak silap saya, 94 peratus responden menjawab “ya.” Hanya enam peratus menjawab “tidak”.

Kedua, saya juga dimaklumkan banyak yang membuat panggilan telefon dan menghantar e-mail untuk memberi pandangan dan bertanya soalan. Terpulanglah kepada RTM untuk bertindak balas.

Ketiga, mana-mana pemblog (blogger) yang dijemput untuk program seterusnya akan mempunyai masa yang lebih sedikit daripada saya kerana tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai apa itu blog.

Saya sengaja mengambil sedikit masa menerangkan mengenai blog, pemblog dan teknologi yang memungkinkannya sebab ini program pertama.

Akhir sekali daripada kementerian yang membenci dan mempersendakan pemblog yang digelar goblok, syok sendiri dan sebagainya, Kementerian Penerangan di bawah Ahmad Shabery lebih toleransi terhadap blogger.

Bagi saya, blog hanyalah perantara (medium). Yang lebih utama adalah siapa yang menggunakannya dan apa yang dimuatkannya.

Di banyak negara maju, blog sudah menjadi media arus perdana. Saya tidak pasti sama ada itu baik atau buruk. Hanya masa menentukan.

84 comments:

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Tahniah kerana menjadi pembuka tirai kepada program berkenaan. Insyaallah, blog akan menjadi media yang berkesan. Namun kita sebagai penggerak, pembaca dan pembahas mestilah menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Dato',

Sewaktu Bill Clinton usul menjadi Presiden Amerika Syarikat terdapat sebanyak 500 laman web di internet,dan pada masa Hillary Clinton menjadi calon presiden kita mempunyai 100 juta laman web.

Kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas bukan seratus persen kesalahan Pak Lah dan Khairy. Persoalannya ialah perubahan norma sejagat disebabkan oleh sayembara langit terbuka. Barisan Nasional telah menjadi seperti video format VHS. Sedangkan standard semasa masyarakat telah berubah.

Melihat kepada senario sekarang TV tanpa inovasi mungkin akan mengalami nasib yang serupa, manakala media cetak akan lebih relevan. Ini kerana manusia kekurangan masa. Pada saya blog akan memberikan impak yang besar. Bagaimanapun kerana kuantitinya banyak maka rating akan menentukan blog terkenal seperti The Scribe akan berjaya melaras pemikiran pembaca.

Ahli politik boleh menipu, pentadbir boleh rasuah. Malangnya hukum sains tidak menipu, teknologi internet menyusahkan orang menipu di negara membangun. Kecualilah mereka belajar teknologi menipu cara baru. Tetapi sekolah menipu cara baru tidak banyak dan kurikulumnya lambat dibuat teks. Ini menerangkan apa yang berlaku pada PRU lalu. Jurang ini akan terus melebar. Arnab millenium terus berlari, jadilah ketua cawangan umpama kura-kura tertidur.

Anonymous said...

Saya menonton program temubual 'pantas' RTM bersama datuk semalam..agak melucukan apabila moderator tergesa-gesa menanyakan datuk soalan-soalan akibat hambatan masa. Saya tertanya-tanya kenapa RTM memperuntukkan hanya 15 minit atau kurang untuk membicangkan isu blog yang semakin hangat..RTM oh RTM!

Samuel Goh Kim Eng said...

The blog has become the 'bridge' of communication
Between the source of info and its end-user
Only blog allows interactive 'ammunition'
That at times can spread faster than cancer

(C) Samuel Goh Kim Eng - 210408
http://MotivationInMotion.blogspot.com
http://msi.Rocky101.com
Mon. 21st April 2008.

Apanama said...

It was good to hear from, and nice to 'see' you on-air again Datuk.
I suppose RTM's initiative is there but they should have been better prepared and not start the prog with an 'anti-blog' mentality.
I don't know how to describe the guy who was 'mumbling' infront of you but he was a BIG ZERO.
Maybe you are, by being who you are, too intimidating but the least the producer could have done is to find out what 'a blog' is all about.
Your quick response to 'Adakah blog memesongkan pemikiran rakyat (or something to that effect) insinuation was classic.

Cheer Dtk. - 'Perjuangan Yg Belum Selesai!

Anonymous said...

salam..moga2 tenang dan ceria selalu...saya mengikuti rancangan tersebut dari mula sampai akhir...dan saya cukup berpuas hati denga penjelasan saudara...dan saya harap sesiap yg menyaksikan nya jugak akna paham dengan penjelasan saudara..dan saya nampak moderator/pengerusi rancangan beriya2 sungguh nak bertanyan banyak soalan kepada saudara..tapi masa mencemburi...mungkin tuan moderator/pengerusi rancanagn nak paham betui22 kot mengenai blog...
saya cadang kan supa pengerusi rancangan/moderator membuat sedikit kajian sebelum menyoal soalan2 kepada saudara..dan penerangan saudar tidak memihak kepada sesiapa////tahniah...

Anonymous said...

Saya dari dulu suka baca blog Datuk, dan saya juga menonton semalam.

Kenapa lah pilih host tu.. macam tak tahu berbual aje.. keke.

Nama Jeff Ooi di sebut 'oi'..

Datuk~ you're so cool yesterday :)

Anonymous said...

salam sejahtera,

sepertimana kata dato mlm tadi masa yang suntuk dan singkat tidak dapat menyelesaikan apa2.
iya kita harus positif,mereka juga harus positif terhadap blogger seharusnya.
hos nampak tidak berpengalaman.apa kata jikalau rtm benar2 ingin melihat suatu perkara yang baik dari rancangan blog jadikanlah iya sebagai suatu platform bebas dan menarik semua blogger untuk berhujah dan berdiskusi masa perlu dipanjangkan jikalau ingin melihat blog menjadi rancangan yang positif kepada para blogger.
saya memilih hos blog di kalangan blogger.tok rimau atau dato ibrahim yahya sesuai,seorang blogger yang sentiasa positif.

jadikanlah tok rimau sebagai hos dan bebaskan lah rancangan blog jikalau ingin melihat ia sebagai sebuah platform yang telus di kalangan blogger dan kita tidak akan menuduh sesiapa lagi goblok.

Unknown said...

Aslkm.
Teringat waktu kerja dan belajar dulu.. Ayatnya adalah 'those who succedded technology @ information' will conquer the rest'. Intel, HP, Dell, Mcdonald Douglas, Boieng, Airbus, etc .. menakluk dunia dunia dengan menjadi leader dalam teknologi atau sumber maklumat.Sesiapa yang tertinggal akan tewas. Serupa dengan kes blog vs media perdana, selagi rakyat selesa dengan blog,media perdana kena rangka strategi untuk bertindakbalas.Kalau lambat, tertinggal lah. saya percaya cerdik pandai media tersebut tahu tentang analisis SWOT, 5W dan 1H, Pareto chart etc...gunakanlah sebelum terlambat.rakyat memerhati.tq

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

orang yang makan cili akan rasa pedasnya.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato'

Saya minta hos semalam buka blog sendiri.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Kepada sesiapa yang nak tahu apa yang saya ulas bersabit rancangan blog TV1 ni...tolong pergi baca dalam blog saya:

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

2. Jika saya yang diundang oleh RTM semalam, defenasi apa itu blog? Saya akan jawab blog itu ialah....'Sebuah Parti Politik' yang kuat dan hebat di Malaysia.

3. Datuk pun silap. Patutnya Datuk kena pakai kain pelikat, baju Melayu, songkok hitam dan bawa tongkat. Jika RTM tanya kenapa Datuk pakai macam ini...Datuk jawablah "Jika Umno nak mendekati semula rakyat, maka inilah cara Pemimpin Umno kena pakai iaitu kembali semula ke zaman Tunku dan Tun Razak.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Ok lah tu Datuk..

Tapi masa terlalu singkat ..saya yg baru nak jadi blogger ni mcm tak puas jer dgn segmen Datuk bersama RTM smlm..Apa pun tentu ramai yang faham apa itu blog..

Anonymous said...

Allah Most High has said, “As for him who fears to stand before his Lord and restrains the ego [animal soul] its desires, the garden is shelter” (79:40)

Salam Datuk AKJ

Masa 15 minit adalah terlalu singkat untuk sesuatu perbincangan. RTM hendak lah tulus jika ingin merapatakan salatur rahim dengan rakyat tanpa memandang RTM terlebih utama dalam serba serbi. Buang “Ego” mereka, nescaya “cahaya” di dalam hati mereka akan terang benderang dan barulah segala masa alah dan perbincangan akan dapat di selesaikan dengan mudah untuk kabaikan semua.

Ingatlah “amanah Allah” untuk rakayat berbilang kaum. Jangan diskriminasikan kaum, agama, status dan latar belakang sesaorang insan. Tunjukkan lah kepada mereka kejujuran, kebaikkan, dan keadilan ajar an Islam.

Kurangkan musuh yang ada
Berikan lah secebis hati kita dengan kasih saying
Berikanlah informasi yang berguna melalui kaca TV untuk rakyat yang banyak lagi masih kekeliruan akan duduk perkara

Do a thorough soul searching, one shall be able to see the light

1. Slaughter the ego with the swords of opposition to it. You should know that when the disasters of the ego rise in a person, the glories of intimacy with God set

2. “The ego [animal soul] summons to dangers, assists enemies, pursues whims, and is to be suspected of every sort of wickedness.” Abu Hafs said, “Whoever does not suspect his ego at every moment, oppose it in all circumstances, and drag it toward what it hates for all his days, has been fooled. Whoever looks at it expecting any good from it has caused his ruins.”

3. It is said that if a thousand desires were presented to a believer he would drive them away through fear of God, while if a single desire were presented to a libertine, it would drive fear of God away from him. It is said, “Do not give your bridle into the hand of caprice, for it will lead you into darkness.”

4. “First free your heart from distraction, your ego from frivolity, and your tongue form nonsense—then travel however you wish.

5. Know that the ego possesses contemptible characteristics, and one of them is envy.

Anonymous said...

salam...
dato, saya mohon maaf sbb terletak nama panggilan "saudara",sebenarnya memang nak letak dato' //naluri dah berkata..tapi tertype saudara..harap maaf..kalau boleh edit pada perkataan "saudara" kepada dato' , alangkah gembiranya saya..

Anonymous said...

TUAN telah menjalankan tugas dengan baik.Saya sebagai blogger amat gembira dengan pandangan tuan.

Relevan said...

Assalamualaikum Datuk..
segmen blog bersama RTM mlm tadi begitu singkat..Mungkin ramai lagi kat luar sana yg tak faham apa itu blog ni..

Anonymous said...

dato kj,

apa isu sebenar mengenai badan kehakiman ni? nak minta maaf, nak bayar pampasan, nak tubuh suruhanjaya.

kenapa sekarang? kenapa tidak sebelum pilihanraya? kenapa tidak pada tahun 2004? mungkin untuk sokongan politik.

nampaknya apa juga yang boleh jadi penyelamat politik umno akan digunakan. apa agaknya selepas ini.

kristal

IES Agencies said...

Given that the programme itself is a tightrope for the minister, we have to salute him for even taking it on....
It will need time and good guidance to become a good current affairs programme

Anonymous said...

Datuk,

It was by chance that I turned RTM on last night and stayed on when I saw you on, with the topic of Blog.

My nine-year-old daughter (who has her own blog, mind you) was with me and kept asking, "why is the host so angry,", "dia tak tau ke blog tu apa?"...

It is irritating to see the host looking and sounding so negative, with his 'anti-blog mentality'. And all the time he was doing just that, you were so cool!!! Good for you!!! *clap* *clap* *clap*

Just another Blogger Mom

MHB said...

Datuk,

All I could say about blogs, blogging and bloggers are: "The Medium is the Message!!!" -- as in the term coined by Marshall McLuhan, the communications theorist.

You somewhat addresssed this last night when you said something about blogs being "lebih bebas", to which the host (who by the way looked so angry - *sigh* apa masalah dia?) said, "jadi suratkhabar tidak bebas?"

It is the very nature of blog itself (the technology) that allows the free flow of information. It is the medium.

The host should really do his homework la...

Rockybru said...

Tok Scribe!

Baguslah Menteri Shabery nak buka minda rakyat Malaysia yang menonton RTM kepada dunia blog. Saya rasa ratings RTM tak kan jatuh pasal tu, malah mungkin mendadak naik.

Saya pun pagi tadi di Universiti Malaya, bercakap tentang wartawan Malaysia yang berblog atau memblog. Sebab Tok Scribe antara wartawan kanan yang awal-awal lagi sudah menggunakan blog sebagai alat kewartawanan baru, name The Scribe kenalah sebut awal2.

Saya nak gunakan ruang ini untuk ucap tahniah kepara Malaysian Press Institute (MPI) dan CEOnya Chamil sebab berani menampilkan bloggers dalam kursus2 kewartawanan yang diadakannya. Untuk makluman, sesi pagi tadi adalah kali kedua MPI menjemput saya untuk bercakap.

Datuk Ahmad Talib dan Sdri Nuraina A. Samad, kedua2nya berblog dan memblog, juga dijemput kali ini.

Anonymous said...

Saya tak sempat tonton. Kalau ada member di sini download dlm youtube ke atau mana-mana ke tlg lah beritahu. Tq

Unknown said...

Dato'
Tahniah kerana dapat menjawab soalan dengan baik walaupun dihambat masa.Cuma nak sentuh komen alfakir1 yang kata orang Islam kena berlaku jujur, baik dan adil kepada orang bukan Islam.Kenapalah orang Islam selalu diajak berbaik dengan orang bukan Islam . Nampaknya kita saja yang kena jaga hati mereka. Hati kita tak pernah mereka jaga.Itulah nasib orang Melayu

Anonymous said...

The Scribe,

Bagi saya, blog hanyalah perantara (medium). Yang lebih utama adalah siapa yang menggunakannya dan apa yang dimuatkannya.

Di banyak negara maju, blog sudah menjadi media arus perdana. Saya tidak pasti sama ada itu baik atau buruk. Hanya masa menentukan.
- A Kadir Jasin.

...This account suggests that the dramatic events of the first few years of this decade inspired a demand not only for information, but for a more interactive and personal way of communicating — one that generated trust. Blogs satisfied that demand.

At the same time, blogs gained social and political clout. Between 2002 and 2004, this newfound power was illustrated by several important events. Blogs played a major role in the resignations of Trent Lott as United States Senate majority leader and Howell Raines as executive editor of The New York Times. Law professor, political commentator, and blogger Hugh Hewitt refers to these events as “blog swarms,” noting: “When many blogs pick up a theme or begin to pursue a story, a blog swarm forms. A blog swarm is an early indicator of an opinion storm brewing, which, when it breaks, will fundamentally alter the general public’s understanding of a person, place, product, or
phenomenon.” Sensing blogs’ increasing importance, both major
political parties made them important components of their 2004 presidential campaigns.
- SOCIAL ISOLATION AND AMERICAN WORKERS: EMPLOYEE
BLOGGING AND LEGAL REFORM (Rafael Gely and Leonard Bierman)


Nota:

Namun blog masih dan telah sebahagian dari arus media perdana macam kepunyaan Murdoch Empire..."garbage in, garbage out", Scribe.

LiasM said...

Aku lebih suka kalau jawab blog itu macam diari. Diari di alam nyata dan blog di alam maya.

Blog memang lebih terbuka. Sebab blog itu diari. Dan diari itu ikut penulisnya. Jika dia kaki conteng, habis diari dia conteng dengan kartun. Kalau dia kaki bisnes, habis diari dia tulis jadual dan alamat orang-orang bisnes. Kalau dia mat dan minah jiwang, mesti diari dia penuh bunga-bunga.

Jadi blog ikut penulis sendiri. Blog memang lebih bebas dari akhbar. Sebab blog itu diari. Mana pulak diari pernah ada 'isi kandungan'. Diari yang asasnya ada tarikh dan masa. Kalau akhbar mesti ada 'isi kandungan' yang telah ditetapkan. Muka satu ' fokus berita' dan last 'berita sukan'. Buku teks sekolah, memang tak bebas. MESTI GUNA BAHASA BUKU. Jauh benar kias kalau nak samakan 'blog' dengan 'akhbar'. Kalau 'harakahdaily, detikdaily, hmetro.com.my, utusan.com.my, bharian.com.my itu bolehlah disamakan. Itu semua akhbar online, bukan blog dan bukan diari.

Diari asalnya memang rahsia peribadi. Tetapi zaman telah berubah. Hak peribadi telah menjadi tatapan umum. Itu terpulang kepada penulis, dia yang membenarkan orang lain membaca diarinya. Bukan setakat diari, video *** pun dah ramai yang saling bertukar-tukar.

Blog itu tetap akan wujud. Sebab ia teknologi. Dan ia akan tenggelam juga satu masa nanti bila sudah ada teknologi yang lebih baik dari blog. Dulu ada teknologi mIRC. Dan bila muncul teknologi YM, maka hilanglah pengaruh mIRC. Dan ia juga akan terjadi kepada blog satu masa nanti..

Anonymous said...

Dato.

Tahniah diucapkan kerana dalam masa yg terhad Dato sedikit sebanyak dapat menjelaskan isipati apa itu blog.
Sy lihat moderator masih ditakok lama iaitu cuba memberi gambaran se olah olah blogger adalah perosak.Mujur Dato dapat menjelaskan tanpa teperangkap dgn soalan moderator.

Anonymous said...

Mula-mula menonton rasa geram bila host rancangan nampak terlalu tergesa-gesa bertukar soalan. Bila penonton tanya pula tak sempat habis menyoal dan dipotong. Rupanya masa singkat sangat. Memang mula-mula geram, lepas tu rasa kesian pun ada, yerlah host rancangan tu nak manfaatkan masa yg singkat sangat tu. last masa rancangan tamat, rasa lucu sebab baru perasan yang si host tu baru tersenyum setelah rancangan nak tamat. Tatk taulah makna senyuman tu apa.

Anonymous said...

salam semua..
hmm..nampak gaya RTM buat segmen ni mcm nak lepas batuk di lift aje..minum ayaq kopi secawan tak abih lagi , rancangan dah abih. tapi tak pa..dia buat segmen tu 15 menet, tapi blog dok jalan 24jam..tp,
kuasa blog mmg besar berbanding rtm..hidup bloggers

Unknown said...

Salam Dato':-
Tahniah kerana pintar berhujjah macam tajamnya mata pena semasa menulis.Biarpun masa amat terhad penjelasan Dato'memperakukan Bloggers bukan goblok.

Cuma nak komen sikit: Itu alfakir1 bilang orang Islam kena bersikap jujur, baik dan adil kepada orang bukan Islam. Kenapa asyik-asyik orang Islam saja yang kena jaga hati orang bukan Islam.Hati orang Islam ni pula siapa yang nak jaga. Ada kita mintak orang bukan Islam jaga hati kita. Dari dulu, kini dan selamanya orang Islam dimintak jaga hati orang bukan Islam tapi hati kita orang bukan Islam tak jagapun.Nah!sekarang sampai tak terjaga-jaga!!!

mafizah said...

Assalamualaikum Dato',

Saya cadangkan dato' atau para blogger yang memberi respons disini supaya dapat meng'upload video RTM tersebut dan diletakaan hyperlink di web dato' supaya orang macam sy yang terlepas rancangan tersebut dapat mengikuti dan dijadikan rujukan perbincangan.

Wasalam

Unknown said...

Salam Dato'

Tahniah, good intrO!!
tp 'benda' yang dalam kepala otak ni banyak kan Dato'.

Tu la, RTM...dicadangkan kaji la sikit ttg masa tu, jangan terlalu panjang..nanti jadi merapu, jangan terlalu pendek..nanti jadi terburu-buru. Elok yang sedang2...

Seadanya..

Aji Baling

Anonymous said...

Salam sejahtera Dato' AKJ,

Pemulaan yang baik buat blogger, lebih baik ada dari tak der.
Kita tengok jer la apa kesudahannya.Menteri akan bertukar tapi perjuangan blogger akan berterusan.
Kepincangan dan ketidakadilan akan terus disuarakan oleh rakyat melalui blog walaupun RTM tak memberi tempat.
Perjuangan itu bukan sahaja belum selesai tetapi ia tak akan pernah selesai.
bravo.

abdrahim kassim said...

(Hasil diskusi dengan teman-teman di Restoran Raju)

Datuk,

Kekalahan besar BN dalam pilihanraya yang lalu adalah sumbangan berbagai faktor yang bertemu pada masa.

Blog dan bloger adalah hasil dari salah satu dari faktor penyumbang dalam kekalahan BN; iaitu kebebasan media.

Blog dan bloger tidak akan lahir sebegitu banyak dan aktif sekiranya ujud kebebasan media di negara ini.

Apabila kebebasan ini sudah tidak ada, orang mencari jalan lain bagi menyampaikan idea dan pandangan mereka. Maka lahirlah media pilihan iaitu blog.

Disinilah terlepas pandangnya kerajaan dimana mereka lupa dunia hari ini telah mengamalkan konsep langit terbuka.

Jadi kalau program semalam dianggap sebagai jalan untuk "mengambil hati" para pemblog supaya memihak kepada kerajaan, ianya satu kesilapan besar.

Begitu juga dengan mengujudkan blog-blog untuk menyaingi blog-blog pembangkang, ianya tidak akan berhasil.

Blog adalah salah satu dari saluran-saluran media yang berkemampun menyampaikan sesuatu perkata tanpa sekatan.

Oleh itu pihak kerajaan mahu atau tidak, mesti membuka jalan kepada KEBEBASAN MEDIA (freedom of press).

Kalau tidak nanti, media-media arus perdana akan menjadi saluran-saluran menonton filem dan hiburan sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat orang akan mencari di blog-blog yang sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang....

NFH said...

Salam Datuk,

Tak patut betul semasa tayangan program Datuk di TV1 ada pula siaran langsung program hiburan di Astro Ria. Langsung saya terlepas program Datuk. He he

Tahniah Datuk kerana diberi kesempatan meluahkan pendapat walau dalam masa yang singkat.
Semoga arus media perdana sedar di mana kedudukan mereka sekarang.

Sunan Muria said...

Sebentar tadi saya sempat menonton rancangan Blog di RTM 1 di kaca tv wartacitracafe@blogspot.com. Ramai juga yang terpaku menontonnya. Suasana di cafe agak senyap, masing-masing mengikuti dengan teliti rancangan tu. Tamat saja rancangan tu, ramai yang bersungut pendek sangat ( sekitar 20 minit), tak sempat untuk bincang dengan mendalam, kopi pun belum sempat sejuk...tup..tup dah habis.

Walaubagaimana pun, saya angkat topi pada RTM dan Menteri Penerangan. Sekurang-kurangnya mereka kotakan janji mereka untuk memberi ruang kepada bloggers muncul dalam rancangan mereka. Kemunculan bloggers dalam rancangan blog juga bukti keterbukaan kerajaan sekarang ini dan bukti perubahan pendekatan kerajaan terhadap pandangan bloggers.

Bloggers yang pertama di jemput adalah Dato A Kadir Jasin. Saya rasa ini kena pada tempatnya. Dato Kadir nampak tenang menjawab asakan soalan bertubi-tubi dari hos Hashim Abu Hanifah walaupun dalam banyak ketika, Dato Kadir tidak sempat menjawab dengan tepat dan terperinci. Hashim cuba membawa kelainan kepada racangan talk show di RTM dengan mengasak tetamu dengan soalan-soalan. Pada setengah orang, ini barangkali perbuatan biadap kerana tak memberi ruang kepada tetamu untuk menjawab. Tetapi pada saya inilah realiti TV. Masa yang terhad harus digunakan dengan sepenuhnya oleh tetamu untuk memberikan jawapan yang ringkas, padat dan memenuhi matlamat.

Kalau kita tonton rancangan talk show barat seperti Larry King Live, Saturday Nite Live, Oprah, Joe Lenny, Arsenio Hall, Hard Talk dan lain-lain lagi, itulah corak pendekatan yang mereka guna. Barangkali kerana corak rancangan-rancangan ini pantas dan menarik menyebabkan masa 20 minit terlalu pantas dan timbul perasaan tidak puas dikalangan penonton.

Pada saya masa antara 20 hingga 30 minit adalah memadai kerana jika masanya panjang, menyebabkan hos memanjangkan perbualan kerana khuatir tidak cukup modal. Kekhuatiran ini jugalah barangkali menyebabkan penerbit rancangan blog memasukkan panggilan telefon, email dan sms selain daripada mengadakan survey diakhir rancangan. Akhirnya tidak cukup masa untuk membincang dengan mendalam.
Walau bagaimanapun diucapkan syabas kepada RTM dan Menteri Penerangan, Dato Ahmad Shabery Cheek atas usaha ini.

Cuma yang tinggal persoalannya adalah siapa seterusnya akan dijemput sebagai tetamu dan topik perbincangan sebaiknya tidak lagi kepada medium iaitu blog tetapi menjurus kepada perbincangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam blog-blog berkenaan.

Kita tunggulah apa jawapan RTM terhadap dua persoalan ini pada minggu depan.

Rakan bloggers lain, sabarlah, mungkin ada harapan untuk dijemput muncul dalam rancangan blog. Ataupun yang tak ada nama, usahlah bermimpi di siang hari.

Sunan Muria

jedi said...

salam untuk semua...
dalam rancangan bersama RTM 1 tersebut, perlu diingatkan bahawa hos rancangan tersebut adalah juga penerbitnya. Namun dapat juga saya perhatikan sedikit sebanyak beliau agak terikut2 dengan gaya Datuk Johan Jaafar (banyak persamaan). tapi itulah yang membunuh kredibiliti beliau sebenarnya kerana bukan diri yang sebenar. Perlu lebih banyak homework saudara penerbit...
p/s: Datuk menten steady... i like ur words!

Marzuki said...

Salam Dato

Maaf sebab nak comment pasal benda lain.

Bagi saya apa di umum berberapa minggu yang lalu maybe berpihak kepada rakyat minoriti saja(lawyers, judges, etc) tetapi belum dapat membuka hati rakyat majoriti kerana apa yang majoriti nak lihat yalah CHANGE seperti di bentangkan oleh akar umbi.

Bagi akar umbi pemimpin masih menujukkan sikap sombong, angkuh dan degil.

Pimilihan 2008 pasti menarik dimana kebanyakkan pemimpin mula lantang meyuarakan kerisauan mereka.

Kita lihat lah tadi.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya sempat menonton BLOG di TV1semalam.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah tentang kes saman. Catatan peribadi sendiri boleh kena saman ke dato?

Anonymous said...

Alamak Datuk,
Saya tak sempat melihat program tersebut..
Diharap RTM tidak hanya memfokus pada blog politik sahaja.. Mungkin blog-blog lain perlu diambil perhatian dan barulah diketahui betapa besarnya blog

Anonymous said...

Salam Datuh AKJ

Abas said
Cuma nak komen sikit: Itu alfakir1 bilang orang Islam kena bersikap jujur, baik dan adil kepada orang bukan Islam. Kenapa asyik-asyik orang Islam saja yang kena jaga hati orang bukan Islam.Hati orang Islam ni pula siapa yang nak jaga. Ada kita mintak orang bukan Islam jaga hati kita.

Jawapan nya

There is no room for peace of mind or love in our hearts “when the ego is telling us to value anger and hate“. The moment we accept the belief that we are victims, fear and anger dominate our lives. When anger seems justified, we can be sure of one thing at least: peace of mind is not our goal.

What destroys the human being is arrogance, following lusts and the desires of the ego, and miserliness.  
.  
Do not be misled by your egos, or you will be led away from the truth and into lies.  
Put aside your pride, set down your arrogance and remember your grave.  

There are three big snakes that harm human beings: to be intolerant and impatient with the people around you; to be habituated to something you cannot leave; and to be controlled by your ego.  

Social Responsibility In Islam

The teachings of Islam concerning social responsibilities are based on kindness and consideration of others.  Since a broad injunction to be kind is likely to be ignored in specific situations, Islam lays emphasis on specific acts of kindness and defines the responsibilities and rights within various relationships.  In a widening circle of relationships, then, our first obligation is to our immediate family – parents, spouse, and children – and then to other relatives, neighbors, friends and acquaintances, orphans and widows, the needy of the community, our fellow Muslims, all fellow human beings, and animals.

Other Relatives

"And render to the relatives their due rights, as (also) to those in need, and to the traveler; and do not squander your wealth in the manner of a spendthrift." (Quran 17:26)

Neighbors

The Prophet has said:

"He is not a believer who eats his fill when his neighbor beside him is hungry." (Al-Mundhiri)

"He does not believe whose neighbors are not safe from his injurious conduct." (Saheeh al-Bukhari)

Actually, according to the Quran and Sunnah, a Muslim has to discharge his moral responsibility not only to his parents, relatives and neighbors, but to the entire mankind, animals and trees and plants.  For example, hunting of birds and animals for the sake of game is not permitted.  Similarly, cutting down trees and plants which yield fruit is forbidden unless there is a pressing need for it.

Thus, on the basic moral characteristics, Islam builds a higher system of morality by virtue of which mankind can realize its greatest potential.  Islam purifies the soul from self-seeking egotism, tyranny, wantonness and indiscipline.  It creates God-conscious men, devoted to their ideals, possessed of piety, abstinence, discipline and uncompromising with falsehood.  It induces feelings of moral responsibility and fosters the capacity for self-control.  Islam generates kindness, generosity, mercy, sympathy, peace, disinterested goodwill, scrupulous fairness and truthfulness towards all creation in all situations.  It nourishes noble qualities from which only good may be expected.

Anonymous said...

bagi pendapat saya dato RTM dan Sabery Cheek cuma mahu mengeksploitasikan kepopularan blog bagi perjuangan untuk mengangkat Perdana Menteri semula. Maafkan saya jika bersikap pesimis terhadap manusia bernama Sabery ini.

Anonymous said...

barangkali jika dato menulis novel cinta pasti novel tersebut diangkat setaraf nukilan sasterawan negara. saya cadangkan agar Dato' mula menulis sastera berat seperti yang saya maksudkan.

Cik Kiah said...

As'kum Datuk,

Kiah ada menonton semalam rancangan itu, dan agak kecewa kerana masa yang singkat.

Kiah bukanlah penulis blog, tetapi pembaca. Kalau masa yang agak panjang semalam tentu boleh mebicarakan tentang isu blog, pro dan kontra nya sebagai media arus perdana.

Anonymous said...

Dato ,Saya berasa benci menyampah yang amat sangat melihat gelagat perangai pengacara malam itu,selain dari tidak memberi tumpuan beliau nampak seperti melepaskan batuk ditangga,tidak berminat,memandang rendah peranan blogger dan asik memotong Dato yang sedang memberikan kupasan.Ini lah seorang pengacara yang paling tidak berkualiti lansung yang dimiliki oleh RTM,dan Menteri Penerangan Saberi Chik.Kita boleh bandingkan dengan pengacara Tv Luar,macam langit dengan bumi jauhnya mutu dan mentaliti Pengacara yang dimiliki oleh RTM.

amoker said...

Datuk,

I watch the show until the pengacara cut you off for commercials. I personally find the show too RTM, scratching the surface. Too boring. RTM could have better make use of your appearence.

Anonymous said...

Salam dato' KJ,
Tahniah kerana dijemput oleh RTM. Semoga post mortem bagi lebih menjayakan slot itu dibuat sekiranya Menterinya serius hendak bersama blogger. Saya cadangkan oleh kerana sikap bertanggungjawab Dato' dalam mengendalikan blog yang matang dan ada intipati santapan minda ini Dato' dijadikan Presiden Blog Malaysia.Yang bebas dan neutral untuk berhubung dengan pihak kerajaan dengan satu cita-cita demi Malaysia tercinta.

Saya jatuh kepada kategori ingin menyumbang melalui penulisan bagi menjayakan sesuatu blog. Kategori kami ini akan dapat memberikan pelbagai buah fikiran, idea-idea, maklumat yang penting untuk di analisa rakyat dan kerajaan. Oleh itu terimalah maklumat-maklumat dengan hati terbuka semoga minda kita lebih berhati-hati dengan anugerah akal yang diberi untuk memikirkan apa yang terbaik berlaku didepan kita dan di hari-hari mendatang.

mini clubman

p/s : hardtalk dalam BBC tadi bersama Tun Dr Mahathir memberikan semangat perjuangan dengan bidasan yang bernas dalam 30 minit yang penuh dramatik. Semoga kesihatan jantung beliau dalam kawalan Allah.

Anonymous said...

Salam dato' KJ,
Tahniah kerana dijemput oleh RTM. Semoga post mortem bagi lebih menjayakan slot itu dibuat sekiranya Menterinya serius hendak bersama blogger. Saya cadangkan oleh kerana sikap bertanggungjawab Dato' dalam mengendalikan blog yang matang dan ada intipati santapan minda ini Dato' dijadikan Presiden Blog Malaysia.Yang bebas dan neutral untuk berhubung dengan pihak kerajaan dengan satu cita-cita demi Malaysia tercinta.

Saya jatuh kepada kategori ingin menyumbang melalui penulisan bagi menjayakan sesuatu blog. Kategori kami ini akan dapat memberikan pelbagai buah fikiran, idea-idea, maklumat yang penting untuk di analisa rakyat dan kerajaan. Oleh itu terimalah maklumat-maklumat dengan hati terbuka semoga minda kita lebih berhati-hati dengan anugerah akal yang diberi untuk memikirkan apa yang terbaik berlaku didepan kita dan di hari-hari mendatang.

mini clubman

p/s : hardtalk dalam BBC tadi bersama Tun Dr Mahathir memberikan semangat perjuangan dengan bidasan yang bernas dalam 30 minit yang penuh dramatik. Semoga kesihatan jantung beliau dalam kawalan Allah.

freelittlebrain said...

Datuk, Taniah.

I follow the programme. Your performance is excellent but I felt that you ought to be given more time to express. A good start for RTM.

Akhirnya dapat dikatakan blog Datuk diiktirafkan.

Anonymous said...

Datuk,
Apa yang dapat saya lihat adalah RTM sebenarnya tidak ikhlas dalam mengendalikan racangan "blog" tersebut.

Mereka hanya ingin menarik perhatian penonton yang dah lama bosan dgn rancangan-rancangan mereka. Tetapi tidak pula memenuhi keperluan penonton pun.

Sudah bertahun saya tidak menonton apa-apa rancangan RTM1. Semalam memang saya menunggu rancangan "blog" semata-mata ingin tahu apa yg Datuk ingin perkatakan.

Selama ini mereka anggap penulis blog hanyalah penulis bodoh dan wanita penggangur tetapi hakikatnya apabila BN kalah dalam PRU lepas kerana kuatnya pengaruh blog, tanpa disedari ramai pula bekas-bekas pemimpin BN menulis blog. Apakah itu relevan? Kenapa soal relevan menjadi masalah.

Mereka benci penulis blog sebagai penggangu tetapi kini mereka pula terikut-ikut menulis blog...kenapa? Adakah kerana mereka sudah tak relevan?...Tidak cukupkah akhbar perdana milik mereka?

Sebenarnya relevan itu bergantung kepada individu penulis atau pembacanya. Walaupun penulis blog tidak bebas seperti Datuk kata..masih boleh disaman, hakikatnya dari situlah kami mengetahui cerita sebenar yang banyak diselindungkan oleh kerajaan.

Rakyat sebenarnya sudah tidak percaya akhbar perdana kerana mereka sering ditipu dan digula-gulakan oleh kerajaan. Apatah lagi generasi muda seperti kami tidak hanya menbaca apa yang tersurat sebalik kami juga membaca dan meneliti apa yang tersirat. Dan kadangkala boleh mengagak apa seterusnya yang mereka hendak lakukan.

Bak kata pepatah "dah hafal sangat dgn perangai depa"

Lahirnya penulis blog yg "bodoh aka goblok" adalah kerana kerajaan yang tidak telus. Jadi siapa yang goblok sebenarnya?

Norizan Sharif said...

Salam Dato' KJ,

Pada para akhir, Dato menyebut bahawa di negara maju, blog menjadi media arus perdana. Ya, saya cenderung berpandangan begitu. Saya kurang arif mengapakah blog (dan internet secara keseluruhannya) sering dilabelkan sebagai media alternatif. Adakah ia dikaitkan dengan "Barisan Alternatif" yang menggunakan "media alternatif". Mohon penjelasan pembahas budiman.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/Sdri semua,

Bertuah rasanya jika dapat mengikuti program blog TV1 bersama Dato' tempohari. Stesen TV tempatan sepatutnya sudah mampu menyiarkan "online" atau "on demand" program2 sebegini untuk tontonan semua terutama seperti saya sekeluarga di luar negara ini. Pun begitu, tahniah kerana muncul di kaca TV dgn tajuk yg amat popular (dan mampu menggegar kepemimpinan negara baru2 ini) w'pun slot tersebut agak singkat. Walau bagaimanapun, saya dapat mengikuti perbincangan yg panjang lebar dan tanpa tergesa2 secara online mengenai kesan blog dan blogger melalui tvpas.com serta media alternatif lain di internet.

Kalau Dato' dan Sdr/Sdri perhatikan, akhbar dan media perdana luar negara biasanya ada "built-in" blog terletak di bawah tajuk atau artikel di laman2 web versi online akhbar2/media2 tersebut. Contohnya akhbar New York Times [nytimes.com] dan Times [timesonline.co.uk]. Jadi pembaca2 boleh berinteraksi dan menyatakan pandangan, sokongan maupun kritikan secara terus dan "honest".

Sebenarnya semenjak awal tahun lepas lagi rakan2 menyarankan saya membuka blog sendiri tetapi memandangkan sebok dengan keluarga dan tugas dan dengan perkembangan sosio-politik terkini di dalam negara, hanya pada bulan lepas saya berkesempatan menyiarkan posting pertama saya. Itu pun saya belum sempat memberi pandangan yg lengkap. Saya menunggu masa yg lebih terluang dan tepat untuk mengaktifkan blog saya itu. Sekarang ini saya lebih banyak membaca dan hanya menghantar posting ke blog Dato' sahaja. Kerana itulah Dato' dan Sdr2 semua jarang dan tidak jumpa posting saya di blog2 lain kecuali blog "The Scribe" ini. Nampaknya saya patut mula mengumpul semula posting2 saya di blog ini untuk disiarkan ke dalam blog saya, mungkin dengan sedikit sebanyak perubahan, kesesuaian dan "editing". Selama ini, mungkin kerana isu pengundi hantu T'ganu itu agak sensitif dan sukar untuk dibuktikan, posting itulah satu2nya yg Dato' tidak siarkan - tiada masalah. Mungkin Sdr/Sdri akan berpeluang membaca posting tersebut di dalam blog saya sendiri nanti. Sekarang, blog saya masih agak kosong dan tenang. Tunggulah kemunculan serius blog saya:

http://anakbuah.blogspot.com/

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Mohon kerjasama,

Sdra/Sdri mungkin mengalami sedikit masalah menghantar komen ke blog kita ini.

Saya sendiri mengalami sedikit masalah menjawab soalan sdra/sdri. Boleh jadi lalulintas sesak.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya baru sempat melihat rakaman video Dato' dalam rancangan TV1 di youtube semalam.

Satu tajuk yang Ringkas tetapi Sangat Menarik.
Tajuk Blog ini boleh dibincangkan sampai ke pagi, tiada nokhtah bagi perbincangan tajuk sedemikian.

Saya juga sependapat dengan blogger lain yang mana perbincangan yang singkat tampak tidak sempurna.
Seharusnya pihak RTM beri slot khusus yang panjang, sekurang-kurangnya satu jam untuk satu-satu episod.

Dato' memang seorang blogger, tahu tentang teknikal blog , arus perkembangan media semasa blog juga peka terhadap sensitiviti blogger.

Memang sukar untuk menerangkan kepada mereka yang sudah mempunyai persepsi dan "mental blok" terhadap konsep sebenar Blog.

Kepunggunaan Blog dahulu dan sekarang sudah banyak berubah!
Jikalau dulu blog hanya digunakan sebagai luhan hati yang lebih kepada persembahan peribadi.
Tetapi sekarang blog sudah menjadi satu medium penyampaian yang terkehadapan.

Dari pelajar sekolah hingga lah syarikat koperat gergasi antara bangsa, blogger tidak mengenal usia dan sempadan.

Dari seorang suri rumah hingga ke professional bisnes men juga sedar akan kuasa blog ini.

Amat lah rugi jika kita berkemampuan untuk memiliki blog tetapi tidak mengambil peluang ini.

Kenali Blog nescaya anda akan jatuh cinta padanya :)

A KADIR JASIN said...

Sdra dan sdri sekalian,

Merujuk kepada Sdr Miniclubman, apa kata kita jadilah dunia blog di Malaysia ini sebagai dunia tanpa ketua, tanpa persatuan dan tanpa ideologi?

Kita jadikannya sebagai wadah perjuangan, curahan hati dan manifestasi cita rasa individu yang disatukan oleh aspirasi mahu melihat Malaysia maju dan selamat.

Kita jadikan blog sebagai arena menguji kebertanggungjawaban dan kegigihan individu memperjuangkan apa yang diyakininya tanpa dikongkong oleh politik kepartian..

Bila ada persatuan, adalah ketua. Bila ada ketua, adalah baik dan buruknya. Kadang kala lebih banyak masa habis berpersatuan daripada memperjuangkan idealisme seperti yang berlaku dengan parti-parti politik.

Sdr/i Noni, mengenai banyaknya politikus Umno yang dulu membenci blog kini berpusu-pusu membuka blog, ia adalah kebiasaan. Menang orang suka meniru. Tak apalah mereka tiru yang baik.

Tapi macam saya kata, bukan blog tapi pemblog atau blogger yang penting. Blog ni macam loril saja. Kalau bawa durian, pencinta durian akan ikut. Tapi kalau bawa najis, jarang orang ikut.

Saya yakin blog tidak akan rosak atau ditolak semata-mata kerana orang Umno yang dulu benci blog sudah menjadi pemblog. Kalau mereka dangkal, orang tidak akan baca.

Kalau mereka cerdik orang akan baca. Cuma kita perlu tengok mereka ini berani atau tidak untuk menyiarkan komen yang tidak memihak kepada mereka?

Takut-takut komen pun mereka tak terima atau tak baca.
Takut-takut sekadar hangat-hangat tahi ayam atau melepas batuk di tangga. Takut-takut blog mereka dikendalikan oleh orang upahan.

Sdri Azizah The Legend mahu saya menulis sebuah novel cinta. Terima kasih atas keyakinan sdri.

Kata Umar Khayam ... secangkir madu, sebuku roti, sebuah buku puisi, engkau di sisi, itulah syurga yang kucari...

Ya Sdri Noni, blogger boleh disaman. Setiap tulisan, hatta di dinding, dan percakapan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mengandungi ciri fitnah dan hasutan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada Datuk dalam usaha untuk menjawab segala persoalan yang di utarakan oleh pengacara itu.

Jelas sekali, pengacara terbabit agak kurang meneliti dan membuat penyelidikan terhadap arus blog ini. Dan soalannya lebih banyak memperlekeh dan beranggapan seperti blog dan blogger merupakan sesuatu yang tidak baik.

Ini jelas sekali menunjukkan kebanyakan rakyat kita masih kurang faham tentang apa itu blog, dan masih lagi jumud dalam banyak hal yang berkaitan dengan media dan arus teknologi yang semakin meninggalkan kita.

Seperti yang kita tahu, blog bukan sesuatu yang baru, malah sudahpun berusia 7 tahun. Tetapi, masalah kedaifan teknologi komunikasi serta tahap keterbukaan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat amatlah kecil.

Pertanyaan seperti mampukah blog membuat duit, ya, malah ada di antaranya mencecah RM 10 juta setahun malah lebih dalam aspek keuntungan bersih, seperti Techcrunch.com. Lebih dari kebanyakan akhbar picisan kita sendiri. Dan ada juga yang menjadikan blog ini sebagai satu platform business dan berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dan apa yang paling penting, kepuasan untuk membuat perkara yang mereka suka dan berkongsi sesuatu yang menarik bagi orang lain. Contoh blogger Malaysia tersebut adalah GobalaKrishan.com, LiewCF.com, Friedbeef.com, Miijoo.com dan ramai lagi.

Maksudnya disini adalah, blog sesuai menjadi apa sahaja dan bergantung kepada pemblog itu sendiri. Blog merupakan satu medium perantaraan. Dan ia juga memang telahpun menjadi media yang sangat berkesan.Blog bukan merupakan media alternatif. Ia sudahpun menjadi media perdana bagi kebanyakan negara-negara maju.

Syabas saya ucapkan sekali lagi kepada Datuk, kerana berjaya menjawab segala soalan dengan baik walaupun kesuntukan masa.

abdrahim kassim said...

Datuk,
(minta laluan untuk respon kepada kawan lama saya Norizan Sharif)

Di barat blog dianggap sebagai media perdana kerana tidak adanya kongkongan terhadap media. Kalau pun terdapat sedikit sekatan, hanya melibatkan polisi syarikat yang menguasainya.

Tetapi di Malaysia semua saluan media yang besar-besar seperti TV radio dan akhbar, adalah dikawal dan dimiliki oleh kerajaan.

Sebarang berita yang bertentangan dengan kepentingan kerajaan digelapkan. Kebenaran untuk memiliki stesen-stesen tv dan radio juga dikawal, dan hanya diberi kepada syarikat tertentu yang diyakini menyokong kerajaan.

Tujuannya adalah untuk menyekat berita-berita menenai kepincangan kerajaan, dan dengan ini pemerentah yang ada akan dapat terus bertahan walau pun melakukan kebejatan.

Dengan ujudnya konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan, telah melahirkan internet, blog, webside dan bermacam-macam lagi.

Saluran-saluran ini dilihat boleh menjadi medan untuk menyampaikan apa sahaja berita tanpa ada sekatan hingga ke bilik tidur.

Jadi rakyat malaysia yang selama ini dinafikan hak mereka untuk bersuara, telah mejadikan blog ini sebagai media alternatif kepada media sedia ada yang dikongkong oleh pemerentah.

Golongan yang paling banyak dan berkesan menggunakan media alternatif ini, sudah tentulah parti-parti politik pembangkang yang telah dinafikan hak mereka oleh kerajaan.

Dalam pilihanraya ke12 yang lalu, media alternatif ini telah memberi sumbangan yang besar kepada kemenangan parti-parti pembangkang yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

Kejayaan besar Pakatan Rakyat bukan sahaja sebagai pembangkang, tetapi dilihat mampu untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alternatif kepada kerajaan yang ada.

Jadi blog telah menjadi alternatif kepada media yang dikongkong oleh kerajaan dan kemenangan Pakatan Rakyat adalah dilihat menjadi alternitif kepada kerajaan Barisan Nasional.

ibrahim yahaya said...

Tok,

Usaha RTM mengadakan program "blog" itu bolehlah dianggap sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan kepada penulis blog di negara ini.

Saya yakin pemilihan Datuk sebagai tetamu pertama program ini kerana Datuk adalah contoh terbaik sebagai seorang blogger budiman di negara ini.

Dalam pada itu, kita juga harus memberi sedikit masa kepada RTM untuk memperbaiki segala kelemahan atau kekurangan berhubung program berkenaan.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Penerbit BLOG dan pengacaranya ialah membaca semua tulisan mengenai program blog di semua media terutama pelbagai kritikan membina.

Saya dapat merasakan RTM berusaha untuk mengadakan satu program yang berbeza dengan program terbitannya sebelum ini bagi membuat satu pembaharuan dan kelainan.

Sdr Hashim Haniffah telah berusaha untuk mengacarakan satu program dalam "kedudukan kekurangan" yang ada termasuk tempoh program. Bersabarlah Sdr Hashim dengan kritikan yang membina itu.

Kita perlu mengangkat topi kepada usaha Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, untuk mengadakan program blog ini.

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Salam bloggers..Mungkin disebabkan kurang idea dan kreativiti yang memungkinkan forum sebegitu rupa tidak mendapat perhatian masyarakat kerna disebabkan sudah lama dikongkong kebebasan dan hanya mengikut telunjuk sehinggakan otak sudah beku dan tepu..

Pembaharuan dalam banyak perkara perlu diberi perhatian dan diharap perlu juga membabitkan serta melibatkan golongan muda di Malaysia..Berilah para pemuda remaja memberikan idea dan luahan..
Blog bukan sahaja sekadar politik tetapi juga medium informasi dan berkongsi pendapat..Medium blog boleh digunakan bagi meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam segi penulisan..Malaysia perlu melahirkan para penulis yang berkaliber, maka dengan itu blog menjadi asas loncatan kepada para penulis....

Anonymous said...

saya merasakan paklah akan kekal menjadi PM untuk sekurang-kurangnya 3 PRU lagi.Strategi politik yang baik diamalkan oleh paklah

sudin

Alhaj said...

Saya tunggu awal-awal lagi malam itu nak dengar certia blog ni.Kesal sungguh, acara itu sejuk pula. Saya tengok orang RTM itu macam tidak in the mood saja. Biasanya kalau kita tengok wawancara apa saja topik di CNN, BBC atau Aljazeera, tukang tanya tu pedas betul, kalau calang-calang orang kena interview tidak terjawab dia.Minta maaflah Datuk, saya tengok soal-jawab tu macam lakonan saja, ada kekekokan.
Saya tengok budak Selamat Pagi Malysia macam Sayed Munawar lagi bijak bertanya.Yang menjawab juga nampak seronok dan kita yang mendengar terasa panggil mendengar terus.

Unknown said...

komukasi yang berkembang
1. Chatting : IRC --> YM / MSN / Gtalk ..dsb
2. WEB Forum: dulu teks shj, tapi sekarang sudah jauh kehadapan. Pada sesiapa yang pandai menggunakan forum, ia satu tempat yang sangat bagus menyimpan segala maklumat dan perbincangan, saya suka forum permotoran. Banyak info tentang motor saya pelajari disana.
3. Weblog @Blog: Dulu teks [ weblog.jaring.my --> sudah tutup], tapi sekarang ia di permudahkan sehingga blog lebih menarik dari LAMAN WEB. Untuk membuka laman blog, hanya seperti ABC [ bagi yang celik IT]

Jika dikaji, masih banyak lagi ciri ciri blog yang belum diguna pakai sepenuhnya. Seperti ruang komen, ruang gambar dan ruang poll.

Saya rasa, masa hadapan ruang blog akan digantikan dengan media interactive seperti youtube dan gua.com.my yang lebih menarik. Ada cerita, ada gambar, ada suara, boleh subcribe, 24jam dan masih boleh komen [interactive]!

Capai Internet pula sangat mudah, ada Notebook dan WiFi sudah cukup. Singgah sebentar di Shopping complex, boleh browse ..sesetangah tempat menawarkan Wifi percuma.

Kalau tidak ada Notebook, boleh layan blog guna Handphone 3G. Sama sahaja seperti menggunakan notebook. Janji boleh baca info terkini.

Anonymous said...

The Scribe

Do You Do Exclusive, Scribe?

Since we are talking about the media industry let me say that YABhg Tun Dr Mahathir got my vote for the CEO of a marketing agency if the country has one.

And you got my vote for a stern poker face on the telly. Are you telling me that YBhg Datul A Kadir Jasin wants to take on the government media like TunM takes on everything-that-they-do-wrongly-in-the-country because it would be irresponsible to do otherwise????

I think I voted well, Scribe; but what do you think? Is TunM a great marketing man?

Tun Mahathir is a hard-talker, world!

Anonymous said...

The Scribe,

oo lala la la lala!
(cerita orang kampung)

Antara Ekspektasi dan Realiti:

i. InvestPenang tumpu lima bidang tarik pelaburan

ii. Harga minyak rekod baru AS$118.05 setong

iii. Ringgit 3.1370 berbanding dolar AS, tertinggi 10 tahun

Tetapi cerita yang sebenarnya di Cuba. (can one consider a bangkai bernyawa a walking stinking time-bomb, Scribe, to paraphrase it in a better light but with punt intended)

Anonymous said...

Syabas, Datuk berjaya memberi ulasan baik dalam rancangan tu. Malangnya, pengacara pula tidak berkesan. Dia mungkin tidak faham apa itu blog. Eloknya RTM ambil seorang pengacara yang arif tentang blog ni, barulah soalan-soalannya menarik. RTM perlu perbaiki rancangan tu, nampak tergesa-gesa.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' AKJ dan sahabat-sahabat sekelian.,

TAHNIAH KERANA PENAMPILAN MEMUASKAN MALAM TU...

Rasanya sampai masa nak sampaikan yang terbuku di hati untuk Laman Scribe Dato' ni.

Berkat sokongan para pembahas sekelian yang tak jemu mengemukankan pandangan terhadap apa jua isu, maka ada cadangan kepada Dato' selain daripada menerbitkan Journal Blogspot, Ulasan buku dari blog (contoh Rakyat Sahut Cabaran, 2008), dan lain-lain penerbitan yang saya tak perolehi, Apakata setiap bulan atau "tri-mester" Dato' rumuskan INTIPATI PERSOALAN RAKYAT DAN NEGARA untuk ditujukan langsung kepada pihak Kementerian berkenaan, Pejabat Perdana Menteri dan Ketua ahli-ahli Parlimen PR UNTUK DIKETENGAHKAN agar ada tindakan susulan dari pihak-pihak berkenaan. Forum ini (sekali pun bloggers) berperanan dalam menyumbangkan idea-idea membangunkan minda rakyat dan membantu menyelesaikan isu-isu kemajuan dan pembangunan negara.

Tambahan pula pembahas-pembahas terlibat memang terdiri dari pelbagai latar belakang profesion dan kerjaya tersebut.. akan memudahkan lagi hasrat ini terlaksana.

MOHON MENCADANG DATO'

Arau

PAERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

hello

with all respect, i put your blog as link in my blog.

thank you

cheers

Nizam Awang said...

Rancangan blog oleh utama bagi saya suatu usaha yang baik. Namun, untuk kali pertama bersiaran, RTM seharusnya lebih peka dengan kehendak rakyat. Maafkan saya jika mengatakan gaya bertanya pengacaranya seharusnya lebih relaks. Nampak sangat keseriusan dalam sesi temubual berkenaan. Riak wajahnya tidak menampakkan 'ketulusan'. Tidak nampak gaya profesionalnya. kalau mahupun ditiru gaya formal, janganlah nampak sifat pesimisnya. RTM bukannya tiada program yang bagus, tetapi apabila masuk bab penyampaian dan keberkesanan memang susah hendak diukur keupayaannya. Mungkin agak keras dan tidak adil untuk memberi komen pedas buat pertama kali bersiaran, tetapi RTM harus lebih peka dengan perkara tersebut. Dan kita kena ingat khayalak yang membaca blog kebanyakan adalah golongan muda. Jadi pendekatan kenalah sesuai...

NIZAM MAT SAARI said...

Datuk, RTM kalau nak buat kena buat betul-betul. RTM kena berubah sebab di luar sana kalau orang sebut RTM, macam nak terkeluar anak tekak, nak termuntah. Tidak hairanlah kalau orang politik yang menghina penulis-penulis blog akhirnya "dikuburkan" dalam pilihanraya lalu. Kalau nak buat rancangan tu, buat betul-betul. Bagi masa yang secukupnya. Kita bahas dengan betul, baru otak orang kita akan berkembang.

Saya yakin blog akan menjadi media arus perdana. Kalau RTM malah media-media lain tak berubah, tidak kreatif, tidak merangsang, lama-lama mereka pun akan dikuburkan juga.

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,
Saya bersetuju dengan pandangan Dato'. Kita biarkan Blog ini bebas tanpa persatuan, tanpa kepentingan peribadi dan neutral. Bila sudah berpersatuan maka wujudlah politik dalaman yang biasanya menjurus ke arah negatif.Disebaliknya Dato' hanyalah sebagai 'care taker' yang berprinsip, bertanggungjawab, yang hanya semata-mata ingin melihat kesejahteraan Malaysia kekal aman dan selamat.

Akan sampai ketika atau sudah sampai (merujuk blog politik), kita berupaya menapis blog mana yang matang (matured),blog yang berkata benar walaupun pahit, blog yang mana kandungannya di dorong nafsu penulis yang kecewa, nafsu amarah, blog yang 100% mengutuk sahaja, blog yang mencerminkan keperibadian cakap tak serupa bikin, blog radikal, dan macam-macam kategori blog yang muncul.

Tepuk dada, tanyalah selera. Adakalanya penulis blog bercakap tanpa mengingati asal usul mereka, kenapa mereka jadi manusia sebegini,kenapa mereka angkuh.
Anyway tahniah Dato'for all the noble effort in your very blog.

sekian.

miniclubman

A KADIR JASIN said...

Sdr Siti Nurbaya,

Terima kasih kerana memautkan blog ini kepada blog Sdri.

Sdr Miniclubman, thank you for your thoughtfulness.

Kepada semua, saya rasa kita berilah peluang kepada RTM, khasnya kepada Sdr Hashim, untuk memperbaikki rancangan ini.

Selasa lalu Sdr Zainaldin Zainal pun tanya saya juga mengenai blog dalam radio Wanita FM.

Terima kasih.

hadiyyah said...

Kesal dengan pengkutuk-pengkutuk blog sebelum. Tapi selepas pilihanraya baru ini, masing-masing YB sibuk buat blog. Siapa sebenarnya yg goblok? Sepatutnya YB-YB UMNO sebelum ini melihat perubahan media ini dengan rasional dan proaktif. Bukannya asyik telunjuk utk org lain buat. Sepatutnya YB lagi canggih ilmunya masa kini. Tak kiralah sama ada ilmu agama atau ilmu dunia. Tapi tgk kalau cakap dialah seorag yg pandai. Agak-agakla....? 50 tahun org Melayu tersilap pilih kot.

Anonymous said...

Dato',

Kematian Allahyarham Rustam A. Sani, seorang patriot, sasterawan dan bekas ahli politik adalah amat mendukacitakan.

Apakah komen Dato' mengenai ini?

All Thing Viral said...

hello,
bagi mereka yang tidak sempat melihat interview tersebut, boleh mendengar nya dalam bentuk MP3 disini

terima kasih.

tips: biarkan mp3 tersebut download selama beberapa ketika, kemudian barulah mainkannya, ini adalah dalam bentuk streaming so kena tunggu download sebelum play.

Anonymous said...

YBhg Dato,
Salam pada Dato', saya harap Dato' dapat memberi sedikit gambaran pula tentang DS Anuar Ibrahim yang katanya akan memerintah Malaysia sebelum 16 September, adakah ini akan jadi satu kenyataan dan apakah implikasinya terhadap negara...dan BN....Apakah calon BN tidak mempunyai pendirian? atau adakah DS Anuar ini bermimpi terlalu awal?
Helang 79

A KADIR JASIN said...

Sdr Helang 79, antara lain, menulis:

Apakah calon BN tidak mempunyai pendirian? atau adakah DS Anuar ini bermimpi terlalu awal?

1. Bukan semua orang ada maruah dan pendirian. Ada orang yang boleh dinilai harga dirinya. Ada orang tidak ternilai maruahnya;
2.Bagi sesetengah orang politik, matlamat menghalalkan cara, termasuk cara yang tidak bermaruah;
3. Mengolah semula cogan kata Celcom .... Sabah Adalah Wilayah Anwar Ibrahim. Pengaruhnya di negeri itu masih kuat;
4. Kaum Kadazan dan Cina Sabah kurang puas hati dengan pembatalan sistem giliran jawatan Ketua Menteri;
5. Janji Anwar menaikkan royalti minyak dan gas cukup menarik. Tetapi kaum Kadazan dan Cina bimbang tidak mendapat feadah sepatutnya kalau jawatan KM hanya dipegang oleh Umno; dan
6. Anwar boleh mendakwa kemenangan dengan terlaksanakannya tuntutan-tuntutan pembangkang seperti reformasi kehakiman dan BPR.

Kesimpulannya, Anwar mungkin tidak bermimpi di siang hari dan BN mungkin dikacau mimpi ngeri.

Atau Anwar sekadar melakukan "posturing" untuk terus memperkukuhkan semangat Pakatan Rakyat.

Hanya masa dan takdir menentukan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Blog adalah medium paling relevan ketika ini compared to mainstream media. PRU-12 telah membuktikannnya.

-Orang Pahang

Mohd Hafiz Safwan said...

Assalamualaikum

15 minutes for blogger..enough or not?

semua orang tahu yang blogger malaysia adalah juga rakyat Malaysia. Blog bukan setakat tentang politik. Blog bukan hanya tertumpu kepada masalah2 dalam negara. Rasanya semua faham yang blog adalah medium untuk kita semua menghamburkan apa sahaja yang terbuku dihati. Memberikan pandangan dari mata kepala, pengalaman dan hasil dari pembelajaran sepanjang hayat.

15 minit pada saya tidak cukup untuk seorang blogger menerangkan apa jua pendapat tentang keadaan semasa. Namun harus diingat bahawa ia merupakan satu publisiti percuma untuk para blogger yang menjadi tetamu RTM1. 'Google'kan sahaja A Kadir Jasin dan penonton yang tertarik dan tertanya2 tentang datuk akan dapat membaca segala hasil tulisan datuk. Juga bagi blogger lain.

Sikit..Namun lebih baik daripada tiada langsung.

Saya agak terasa sedikit bila ada menteri kanan yang mengutuk blogger sebelum PRU12. Pun begitu, saya agak puas bila kerajaan mengiktiraf para blogger dengan cara memberi slot 15 minit ke udara.

Saya tertarik dengan komen saudara Zainal A. Kasim yang menulis "kita sebagai penggerak, pembaca dan pembahas mestilah menggunakannya dengan penuh tangungjawab."

Yup..setuju sangat-sangat. This is our social responsibility. Jangan jadi seperti penerbit filem yang kebelakangan ini hanya memaparkan sudut2 negatif masyarakat Malaysia tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya merosakkan minda bangsa.

Saya menulis tentang segala2nya yang berkaitan dengan saya (saya dilarang dari membabitkan diri secara aktif dalam mana jua parti politik,akta 174 dan AUKU)

Saya boleh melakukannya secara anonymous(pandangan peribadi tentang politik) namun saya memilih untuk tidak melakukannya kerana sedar bahawa saya perlu bertanggungjawab dalam segala perbuatan saya. Harapan saya adalah agar ruang seperti ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan malaysia secara amnya.

Kepada datuk..Tahniah, teringin sekali untuk berjumpa dan berbincang tentang isu-isu semasa.

Regards,
Safwan

Anonymous said...

benar. blog banyak memainkan peranan. dan hope takde orang yang salah gunakan blog untuk benda2 yang tidak berfaedah.

Your blog was great datuk! Its have good point to read. :)

Anonymous said...

YBhg Dato'
thank you for the answers.
Helang79

Razak Bin Ramli said...

Blog menjadi bom jangka yang telah meletup membunuh suara yang menafikan keberkesanannya.Apabila media arus utama hanya memuja dan mengeji apa yang baik untuk tuan.Tanpa berpandukan kebenaran dan keadilan.RTM cuba menampakkan ketelusan.Tetapi masih takut dan berhati-hati.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Membaca respon Datuk kepada Sdr. Helang, suka saya mengulang baca ayat, ..." Anwar mungkin tidak bermimpi disiang hari dan BN mungkin dikacau mimpi ngeri"...

Ayatnya indah, nukilannya bersahaja tetapi ada keyakinan yang kuat kepada maksud yang disampaikan.

Saya ingin mencadangkan agar Datuk menulis mengenai kemungkinan-kemungkinan politik Malaysia untuk dua tiga bulan akan datang berasaskan apa yang berlaku hari ini.

Saya rasa tentu ramai pemblog dan penulis yang ingin mengetahui dan mengulasnya.

BUNGA BANGSA said...

Apa khabar Dato'
Saya tidak berkesempatan untuk melihat program berkenaan namun saya percaya yang ianya membawa makna yang besar kepada semua pihak. Satu sahaja komen saya, jika Dato' masih ingat maklumat kepada semua pihak telahpun diberikanmenerusi forum akademik yang dianjurkan di Shah Alam tahun lepas yang turut dihadiri oleh Datuk sendiri dan juga beberapa ramai bloggers yang lain dan antaranya ada yang telahpun menjadi MP. Tahniah diucapkan kepada mereka. Jadi hakikatnya kini mesej dari bloggers tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Terima kasih juga kepada Datuk yang ketika itu turut memberikan maklumat kepada semua yang hadir.

Harimau-Menaip said...

Datuk;

Saya bersetuju pandangan Datuk dan saya juga melihat/menyaksikan rancangan tersebut bagi minggu yang berikutnya dimana panel yang dijemput ialah RPK (Raja Petra). Tahniah buat RTM namun di harap dapatkan hos yang lebih banyak ide dan soalan yang berkaitan.

Wassalam.
http://harimau-menaip.blogspot.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).