Thursday, May 22, 2008

Hari Penentu Pulau Batu Puteh

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERKINI/LATEST, 23 Mei] --KHIDMAT SMS akhbar The Star melaporkan "International Court of Justice decides 12 to 4 that Pulau Batu Puteh belong to Singapore and 15 to 1 that Middle Rocks belongs to Malaysia."

(Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan 12 lawan 4 yang Pulau Batu Puteh milik Singapura dan 15 lawan 1 yang Middle Rocks milik Malaysia.)

Pandangan dan kesimpulan awal saya adalah, dalam bahasa paling mudah -- bahasa yang disebut-sebut oleh rakyat jelata kita -- kita sebenarnya KALAH.

Rakyat jelata kita tahu pertikaian ini atas nama PULAU BATU PUTEH. Kerajaan kita pun berhujah atas nama yang sama.

Sekarang Pulau Batu Puteh sah milik Singapura. Yang kita dapat adalah Middle Rocks -- BATU bukan PULAU -- yang hampir-hampir tidak pernah disebut dalam kenyataan kerajaan.

Maka dari aspek psikologi dan propaganda, kita kalah kerana minda kita mahu menang Pulau Batu Puteh tetapi sebaliknya kita diberikan Middle Rocks.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pakar-pakar "spin" media massa arus perdana akan mengolah berita ini untuk menyedapkan hati kita.

Dengan terlerainya kebuntuan ini, apakah pemerintah kita akan terus berdiam diri mengenai isu-isu tergantung yang lain seperti Jambatan Bengkok, perjualan air kepada Singapura, tanah KTM di Singapura dan wang rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura?

[Posting asal] -- AKHBAR New Straits Times hari ini bertanya: Will Pulau Batu Puteh be adjudged ours? (Adakah Pulau Batu Puteh akan diputuskan sebagai milik kita?”)

Soalan yang serupa pasti bermain di fikiran banyak rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sangat mengambil berat dan cukup emosional mengenai isu wilayah dan kedaulatan.

Mengakui hakikat ini dan dengan hasrat agar mereka melihat dan mendengar sendiri berita yang mendebarkan itu, stesen televisyen milik negara, RTM1 akan menyiarkan secara langsung penghakiman oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mulai pukul 4 petang esok (Jumaat).

Bernama memetik Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek sebagai berkata siaran langsung dari The Hague, Belanda itu akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti prosiding kes berkenaan melalui kaca mata Malaysia.

Dalam posting bertajuk “Pulau Batu Puteh: Siapa Lebih Bersedia?” dalam blog ini pada 23 November tahun lalu, saya, antara lain, mengulas:

“Sekiranya Malaysia menang perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di bandar raya The Hague, Belanda, bagi mendapatkan Pulau Batu Puteh, puji-pujian yang melimpah luah pastinyalah akan diberikan kepada perwakilan negara.

"Tetapi seandainya Malaysia gagal, pasti ada orang dan pihak yang akan berkata ia adalah kehendak takdir maka kita terima sahajalah. Menyalahkan takdir sudah menjadi amalan ramai pembesar di Malaysia. Tanah runtuh, salahkan takdir, bangunan runtuh, salahkan takdir, mayat bergelimpangan di jalan raya, salahkan takdir.”

Ahmad Shabery mengaku bahawa banyak rakyat Johor begitu memandang berat peristiwa ini sehingga ada yang mengadakan doa selamat dan sembahyang hajat agar keputusan kes itu memihak kepada Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau, Malaysia dan Singapura telah berjanji akan akur kepada keputusan ICJ dan pihak yang menang tidak akan mengadakan sebarang sambutan kemenangan.
Abdul Kadir Mohamad, Penasihat Hal Ehwal Luar Negara kepada Perdana Menteri, yang hadir di majlis taklimat itu berkata Malaysia ingin mempamerkan kepada dunia bahawa ia sebuah negara yang patuh kepada undang-undang dan akan menerima sebarang keputusan ICJ sebagai suatu keputusan muktamad.

Katanya bagi Malaysia, kes Pulau Batu Puteh lebih merupakan "isu rakyat", tetapi bagi Singapura, ia lebih merupakan "isu kerajaan".

Saya harap kenyataan Abdul Kadir itu tidak membawa maksud bahawa Kerajaan Malaysia tidak seserius Kerajaan Singapura menangani masalah ini atau rakyat Malaysia lebih serius daripada Kerajaan Malaysia.

Pada pandangan saya, Kerajaan Malaysia perlu lebih peka kepada sentimen dan reaksi rakyat jelata kita daripada Kerajaan Singapura kerana rakyat Malaysia lebih proaktif, lebih tinggi kesedaran politiknya dan lebih bebas membuat pilihan.

Sebaliknya, walaupun rakyat Singapura terkenal dengan sifat “kiasu” (takut kalah dalam dialek Hokkian) namun mereka tidak begitu terbuka dalam menyatakan pendapat dan memperlihatkan emosi.

Lagipun, manakala Kerajaan Malaysia baru sahaja diberikan tamparan hebat oleh pengundi pada pilihan raya 8 Mac lalu, Kerajaan Singapura boleh “goyang kaki” kerana pembangkang sangat lemah di republik pulau itu.

Dalam posting 23 November itu juga, saya membuat pemerhatian berikut:

“Kalau Malaysia menang dan kemenangan itu disebabkan pencapaian perwakilannya, maka pastilah ada orang akan mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan minda yang hebat dan superior.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana dari sudut perwakilan, Singapura jelas mengemukakan sebuah pasukan peringkat tinggi yang cukup hebat.

Manakala kita hanya menghantar perwakilan peringkat pegawai.Pasukan Singapura, mengikut laporan media, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh.Mereka disokong pula oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.

Manakala pasukan Malaysia dikepalai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.

Umum tentu tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan – projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura!

Abdul Kadir dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin dan Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.”

Apa pun kesudahannya, kita tidak perlu menunggu lama lagi. Hanya sehari lagi kita akan tahu sama ada Pulau Batu Puteh akan kembali menjadi hak milik kita “selagi ada bulan dan matahari” atau ia akan kekal dalam pendudukan Singapura.

86 comments:

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Kalau kita kalah, itulah silapnya ketidak telitian dan akibat kemunduran minda 150++ tahun dulu.

Kalau kita menang, pastikan yang di Putrajaya tu tak 'kautim' hal-hal lain.

Pasir, pulau, air, wilayah, semua nak dirampas.

amoker said...

Datuk, we spend millions more for a space traveller than preparing for this case. The Malaysian team used a discredited writeup /photo from internet and was caught with the pants down.

It is quite obvious who will win. Even if fundamentally it is our right, the lack of preparation and seriousness should be written down in our historical journal as a sloppy failure... but I guess it will just be a one liner.

Hambali ® said...

salam dato'

saya harap semoga keputusan nanti akan memihak pada kita.

cukuplah kita terlepas kota singa dulu kat depa.

su-kj said...

A.kum Datuk,

Mukadimah:

1. Dr.M keluar Umno kerana marah Pak Lah, saya 'musnahkan' blog penyokong-kj kerana marah Chelsea.

2. Namun atas permintaan ramai saya kembali dengan nama blog baru tetapi hampir serupa iaitu:

http://sukj.blogspot.com

3. Selamat kembali wahai sayangku kepangkuanku.
-----------------------------------

1. Jika Pulau batu putih itu adalah sebuah negeri, maka ia adalah negeri yang ke-7 jatuh ketangan 'Pembangkang'.

2. Sejarah hanya untuk direnungi
dan dipelajari. Tetapi 'Kekuatan & Kepintaran' akan menentukan geography hari ini.

3. 'White Stone' should belong to White Lion because lion is strong.
Sedangkan kita hanya Tiger yang sudah patah kaki.

http://sukj.blogspot.com

raja2u said...

Raja2U
Assalamualaikum!
YBhg Dato' esok kita akan tahu keputusannya dan bergantung kepada siapa ianya memehak maka akan gamatlah perbahasan mengenainya.Lepas itu semuanya akan diam kembali.

Mengapa jadi begitu.? Sebab kita tidak berfikir strategik dan lebih mengikut rentak apa yang diperkatakan orang.

Oleh kerana kita takut hilang kuasa pemerintahanlah maka Pulau Singapura itu sendiri kita serahkan kepihak lain.Kita hanya berani menggunakan kuasa undang-undang pada pihak sendiri sahaja.

Begitu juga tidak tahulah kita apakah "consideration"nya yang kita bersetuju membawa kes pulau batu putih ini ke mahkamah antarabangsa walhal ada buktinya bahawa pulau tersebut terletak di bawah ke Sultanan Johor pada suatu masa dahulu.Bagaimanapun kita sekarang perlu akur kepada apa-apa keputusan yang akan diumumkan.

Pada saya kita sekarang perlu bangun dan memperkuatkan jati diri. Berkerja bersungguh untuk menjayakan diri dan negara. Jika kita dapat berbuat demikian kita akan menjadi jauh lebih maju dari Singapura dan pada masa itu seperti yang pernah di ramalkan Menteri Kanan Singapura bahawa kedua-dua negara ini akan bersatu semula.

Apakah kekuatan Singapura? Kebanyakan pemaju/pemacu ekonomi Singapura adalah rakyat atau bekas rakyat Malaysia.Dengan perancangan yang baik tidak mustahil orang bijak pandai akan beroperasi dari Malaysia dan dengan itu menjadikan negara ini maju kerana kita mempunyai banyak sumber asli.

Ya ! lupakanlah perbalahan sesama sendiri yang tidak memberi faedah melainkan meletakkan kuasa kedalam tangan seseorang individu. Kejayaan adalah usaha team work dan bukannya terletak ditangan individu.

Raja Abdul Rahman Dain,
Petaling Jaya

Ie lads said...

Salam,

Hmmm...satu tajuk yang mungkin kurang diminati oleh rakyat Malaysia..

Kebanyakkan penulis amat menggemari menulis komen berkenaan 'personaliti-personaliti' industri 'hiburan politik' tanahair. Dan ini menunjukkan bahawa kedaulatan negara sudah tidak diendahkan lagi. Inilah rakyat Malaysia yang lebih menonjol kearah 'hiburan' daripada menajamkan pemikiran dalam situasi negara seperti kes Pedra Branca ini.

Pada pendapat saya, Pedra Branca akan berpihak kepada Malaysia dan keputusan hari ini akan menutup keangkuhan Singapura yang sudah lupa akan sejarah dan perjanjian serta persefahamn semasa pendudukan British di waktu itu..

Malah keputusan ini akan berdasarkan 'history factor' serta jarak kawasan Pedra Branca dengan Malaysia..Akan tetapi Singapura berkemungkinan akan mengekalkan status pemilikan Pedra Branca yang berkemungkinan hanya sebahagian dan ini boleh terjadi sekiranya terdapat perjanjian dan persefahaman ynag diputuskan antara Malaysia-Singapura. Perjanjian dan persefahaman ini wujud andainya ICJ memutuskan Batu Putih bukan diserahkan secara mutlak kepada Malaysia atau Singapura. Ini sebahagian daripada kemungkinan yang berlaku.

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai harapan cerah untuk mendapat pemilikan Pedra Branca.

Keep our fingers cross with hope of getting this desert rose on or side..

Merci

Note:- cukup-cukuplah hentam-menghentam. Time for us to work!!!

Anak batu Hitam.Johore said...

Dear Kadir ,

Malaysia tak usah nak buat propanganda lah pasal case Batu Puteh.Apa yang RTM dan Kerajaan buat dua tiga hari ini ialah untok mengkondition kan pikiran rayaat kita terutama orang2 Johor supaya jangan terkejut besar sebab kita akan kalah.

Dari segi research kita memang prepare tapi dari segi saikologi kita telah kalah.Mereka hantar high power team ka Hauge tapi kita hanya hantar backroom boy.Mana Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar kita.

Salain dari itu Singapora juga telah mengunakan high power lobbist untok menglobby Hakim Hakim ini.Tak tahu berapa banyak incentive yang ia kasi.Bagi Singapora case ini merupakan do or die tapi bagi kita we just lost on of the many islands that we have.

Sedeh betul Kadir.Apa lah nasib Melayu.

No more Red84 said...

The Scribe,

Orang Sepanyol pun ada sebuah pulau berdekat-dekatan Moroko.

Eloklah kalau Pulau Batu Putih itu dikembalikan kepada yang berhak: Sultan Johor dan rakyatnya.

Sekiranya tidak, eloklah dianggap satu lagi hadiah oleh satu lagi Presiden UMNO kepada orang Temasek.

Janganlah khuatir sangat akan pulau-pulau ini kerana Iskandar Malaysia ini akan memberikan negeri Johor kepada Singapura.

Sekiranya tidak berhak Singapura
akan pulau-pulau ini maka eloklah dinyahkan sahaja mereka darinya. Janganlah pula dibiarkan mereka hak menjaganya saperti air Johor.

ZURICH AL Qaaf said...

tok.. tergandai tanah air kita tok.. sama dengan saham saham telikom malaysia dan pulau batu putih..

PUREHADHARIST said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya Kes Pulau Batu Puteh ini akan menyebelahi kita kerana Singapura tidak akan melawan dalam erti kata yang sebenar atas dasar bahawa mereka hilang sekelumit tanah pulau itu tetapi pada hakikatnya mereka bakal menerima wilayah yamg lebih besar lagi dalam Iskandar Malaysia. Memang tuntutan Ke atas Pulau Batu Puteh ini melalui proses kehakiman yang bebas dan adil "namun siapa akan sangka " ianya hanya persepsi kita sahaja sedangkan kalau mahu dilihat dalam konteks Singapura (proksi-zionis) , kalau dia mahu, dia akan gunakan apa sahaja cara untuk menang. Namun sebagaimana yang saya katakan tadi Singapura bakal dapat wilayah yang lebih besar dalam Iskandar Malaysia dan mereka akan seminimum mungkin mengelakkan sebarang tekanan dalam hubungan dua hala ini. alangkan soal jambatan bengkok pun jadi payah nak "deal", inikan pula hal Pulau ini yg tak kurang pentingnya tapi macam saya cakaplah, ada projek besar lagi yg menanti.

pengembara kerdil said...

dear DAKJ,

malaysia is full with drama at the moment. hopefully, everything is back to normal soon.

regarding on pulau batu puteh, may the best country win, and hopefully no other issues is being brought up in case we are lost in this case. i don't really want our country to be in a very complicated situation as it is now.

salam...

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Marilah kita sama2 berdoa akan kejayaan ini.
Salam

jamal_trex said...

dato'

bagaimana mahu menang jika kita diwakili oleh peguam muda peringkat jr???

A KADIR JASIN said...

Kepada para pembahas dihormati,khasnya Sdr Samurai Melayu,

Mohon sangat-sangat:-

(1) Tolong ringkas dan padatkan komen.Kalau panjang sangat, saya akan lambat postkan;
(2) Tolong guna bahasa tulisan dan baku -- ler, ler dan je, je tu tak mahulah; dan
(3) Tolong tumpukan komen kepada tajuk.. nak cerita pasal bola, carilah blog bola.

Sdr Syed, masuk dan keluar mana-mana parti pun adalah hak asasi.

Saya boleh masuk dan saya boleh keluar. Itu demokrasi.

Ada orang mahu membuat perubahan dari luar dan ada yang berasa lebih berkesan dari dalam.

Terima kasih.

apanama said...

I think Pulau Batu Putih would be rightfully handed over to us, BUT what could possibly happen after that worries me more.
Our 'lame duck' would be more eager to embrace Singapore since they are seen to be keen to mend ties in recent times.
Singapore, I fear, would move on to enjoy greater leeway and special treatment in IDR plus greater freedom for them to acquire strategic assets and investments in every nook n corner of the country.
Maybe the Government could come clean on Singapore's (both private and Govt) total investments in Malaysia and what is the extend of properties owned by Singaporeans?
Maybe we should start such scrutiny in Kuala Lumpur, before moving on to other strategic cities, town, areas and regions.
Trust me Datuk, you will be surprised.

With its Kiasu-mentality and 'colonialist policies' towards nations like Malaysia and Indonesia, Singapore would continue to be a threat to Malaysia from various aspects.

Malaysia and Singapore could only be true neighbours if and when the island nation respects Malaysia on equal terms and not through the existing 'First World against Third World' spectacles.

p/s But maybe Abdullah Ahmad Badawi is comfortable being an obedient follower.

Anonymous said...

salam tok,

saya rasa pulau tu singgapor yang dapat. kalau ramalan saya tidak benar, saya tidak akan post dalam blog dato lagi sebab malu dan saya tarik diri

sudin

Ujang said...

Salam Datuk AKJ;
pastinya keputusan yang amat ditunggu-tunggu, InsyaAllah keputusan di tangan Malaysia.
Namun kenyataan wakil Malaysia,

"Katanya bagi Malaysia, kes Pulau Batu Puteh lebih merupakan "isu rakyat", tetapi bagi Singapura, ia lebih merupakan "isu kerajaan".

menggambarkan seolah-olah mereka ini sebagai tidak serius & awal-awal lagi menyerah kalah, di tambah lagi dengan kenyataan untuk
menetapkan keadaan'status-quo' ke atas pulau tersebut sekiranya Malaysia menang yakni Singapura akan terus menjaga rumah api di pulau tersebut!
Di mana ketegasan pemimpin Malaysia?

Salam hormat;

samurai melayu said...

Salam Dak,
Got your mesesage loud and clear!
Based on your article on pulau Batu Putih,
my bet is on Singapore to win!
Have little evidences to prove worthy.

abe MIE said...

salam...

batu putih...kalau menang, bagus kalau kalah kita kena ambil pengajaran. Singapura nak jadikan batu putih sebagai opsyen pertahanan dan ada sedikit minyak.

kalau menang batu putih, ada batu lain singapura mahu. jangan jadikan nya sebagai 'batu maruah'.

kalau kalah, tak apa, kita ada banyak batu- batu pahat, batu feringgi, batu tiga( shah alam), batu dua (kubur), 'batu caves' dsb.

pertahanan negara perlu diperkuatkan dan jangan leka dengan kemenangan. Macam saya tahu aje malaysia menang- kerana malaysia tidak pernah kalah kalau bab cakap- indonesia dan filipina pun kalah, betul kan...


http://pkrpasdap.blogspot.com

wanzaim said...

Salam Dato',

Pasal Pulau Batu Butih nie ... tak pernah pula saya dengar komen dari pemimpin2 parti komponen BN yang lain ...parti2 pembangkang pun senyap ajer .... tak penting ke kedaulatan negara bagi DIORANG ini Dato'????...


p/s: Tengahari tadi masa beli rokok dari Restoran Kana terdengar perkataan Melayu disebut secara kuat ... terus saya menoleh ... tengok2 Dato ada tengah hangat berbincang dengan kawan2 ...nak gak tegur Dato' tapi segan la pulak ...hehehe ...

Roti Planta said...

Dato'

Isu Pulau Batu Putih, Seberang Perai, Wilayah Patani dan seumpamanya boleh dikatakan kesilapan pimpinan dahulu (yang lemah dan mudah diperdaya?). Mereka terutama pihak musuh sentiasa mengintai peluang dan ada peluang yang mereka 'cekup' terus dan ada peluang yang mereka rancang dan sabar menunggu walaupun sehingga seratus tahun. Kami generasi baru hanya boleh merasa kecewa dan nak rebut balik secara rundingan atau kekerasan rasanya kita tak berupaya atau pun sudah terlewat. Malang...

Adakah WPI juga akan menerima nasib yang serupa 100 tahun lagi? Mereka boleh mengatakan 'tanah/harta' di wilayah itu sudah menjadi milik mereka (dah dibeli) dan perkara ini akan diputuskan di The Hauge lagi?. Atau PBB akan menggunakan kaedah pungutan suara sepertimana wilayah Balkan untuk menentukan siapa yang boleh memerintah wilayah tersebut?. Jawpan hanya akan diperolehi 50-100 tahun lagi tapi jawpan agak jelas jika kita terus memilih dan mempunyai pemimpin yang lemah dan mudah dipengaruhi seperti sekarang!!.. atau mungkin jika kita memilih pemimpin yang telah direkrut untuk dijadikan boneka oleh barat. MasyaAllah!!

Mohon Allah selamatkan anak cucu ku

Bye

Roti Planta

usabukata said...

saudara AKJ,

ulasan-ulasan saudara amat menarik. saya rasa malaysia akan menang kes ini. tetapi saya tidak fikir singapura akan menerimanya sebab ia mengamalkan sikap kiasu.
kalau malaysia kalah pun tiada apa-apa masalah. malahan lebih banyak insentif akan diberikan kepada rakyat singapura untuk masuk ke iskandar. tak percaya tunggu dan lihat. 100 tahun kemudian ada lagi kes dirujuk ke mahkamah keadilan antarabangsa.

inilah sebenarnya duri dalam daging. kita tidak belajar dari sejarah. di sekolah matapelajaran sejarah tidak dianggap penting. kalau tanya pelajar sekolah sekarang tentang temasik tentu mereka tidak tahu.

Syed Sheikh Alhadi said...

datuk...

si amoker, sukj, anak batu hitam perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Johor sekiranya keputusan berpihak kepada Malaysia.. juga kepada semua ahli rombongan Malaysia yang berusaha hampir 30 tahun dalam perkara ini...

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri dihormati,

Sepanjang mengenai Singapura, semuanya penting. Bukan sahaja kerana falsafah massanya ialah "kiasu" -- tak boleh kalah -- tetapi fikiran dan perancangannya yang amat strategik.

Nothing is left to chances or fate. Having said that, Singapore does not always win.

China, Indonesia and Thailand have started to challenge the legality and fairness of Singapore's investment in their territories. So Singapore needs a friendly (weak?) neighbour more and more.

Read this report from the IHT:

"Singapore Industrial Park Flounders : A Deal Sours in China

By Michael Richardson

Published: FRIDAY, OCTOBER 1, 1999

SINGAPORE: It seemed like a fine idea when Singapore agreed with China in 1994 to build a giant $30 billion industrial park in the eastern Chinese city of Suzhou to serve as a model for attracting foreign investment to the world's most populous nation.

Five years later, the venture is heavily in debt — undermined by local officials who set up a rival park close by, forcing Singapore to cut its interests in the original project, Singapore officials say.

Singapore's senior minister, Lee Kuan Yew — who played a leading role in the effort to replicate the island-state's capitalist-style efficiency in the industrial heartland of China — conceded this week that the project had not turned out as planned and had made him more cautious about investments in China.

He pointed to the difficulties that arose in signing agreements with the central government that were then implemented by local officials who "have their own imperatives."

The China-Singapore Suzhou Industrial Park, which was intended eventually to become a self-contained manufacturing, urban and high-technology center covering 70 square kilometers (27 square miles), was a joint project with the Chinese central government in Beijing. But it ran into trouble when local officials began a rival operation, the Suzhou New District industrial park.

Mr. Lee said the city government was "using us to get investors in, and when investors came in, they said: 'You come to my park, it's cheaper."'

The Singaporean chief executive officer of the China-Singapore park said recently that the park had lost an average of $23.5 million a year since 1994 and that its loss would reach $90 million by the end of 2000

The project was supposed to transfer Singapore's management skills to Chinese bureaucrats and to teach China how to build and run "business-friendly" commercial parks.

But it ended up straining the close relations between Singapore and China and bringing home to Singaporeans the often unpredictable, and sometimes underhand, business culture of the Communist mainland.

In June, after it failed to persuade Suzhou officials to throw their weight behind the Singapore-built park, Singapore signed a memorandum of understanding with the government in Beijing under which the majority stake and management control over the park would be transferred from the Singaporean to the Chinese side Jan. 1, 2001.

As a result of this face-saving exercise, Singapore's share in the venture will be reduced to 35 percent from 65 percent, with Beijing becoming the dominant partner.

Singapore says it tried the get authorities in Suzhou to suspend marketing of their industrial park for five years, making the Singapore-built park the only focus of development for the city for that period.But the officials refused.

Suzhou officials are putting a rosy gloss on the affair, which has reportedly embarrassed the central government. Indeed, the Chinese side reports that the project is profitable, despite the Singaporean claims of losses.

The official China Daily on Tuesday quoted Chen Ming, the Chinese deputy director of the park's administrative committee, as saying it was expected to earn a profit of 600 million yuan ($72 million) in 1999, rising to 800 million yuan in 2000.

The paper said the park had attracted foreign-investment commitments totaling $6.4 billion by August.

"The success should be credited to the smooth cooperation between the Chinese and Singaporean partners," the China Daily quoted Xie Jiabin, director of the administrative committee, as saying.

But Mr. Lee, on a visit to the park a couple of days earlier, told local officials that he would invite President Jiang Zemin of China to visit it by the end of 2000 so that he could officially hand over the completed first eight square kilometers of the venture to the Chinese leader.

"Both sides will have to work hard to make it a real success, not a window-dressing exercise," Mr. Lee said.

"Now, the initiative, the impetus, must come from you."

He said it was still possible to make the park a success under the new arrangements reached in June, adding that such success would be evident when investors said the Chinese side was running the park better than the Singaporean team.

"They are the ones who will decide if foreign investments will continue to come into the SIP," Mr. Lee said.

He added that it was essential that the Chinese side find the best managers to run the park after Singapore transferred the majority stake and management control at the start of 2001.

bendera merah said...

Salam Datuk...

Batu putih...katakan dapat kat singapura masalah jugak...tapi yg jadi masalah kem majidee yg 2 hour to jb pun dah nak kena scrap..takan org johor dan pembuat keputusan tak tau simple military defense...anak saya main combat pun tahu mcamana nak defend kubu depa...source the sun "LAST BASTION OF NATION'S SOUTHERN DEFENCE MAKES WAY FOR DEVELOPMENT"..jadi la gamaknyer super bridge di nusajaya..

A KADIR JASIN said...

Sdr Anonymous (Anon),

You made some very interesting points in your comment.

May I suggest that you resend it using your own name (or a suitable pseudonym)

Why are we so reluctant to speak? Or why are we so afraid to speak? Isn't freedom of speech (expression) a fundamental part of our Constitution?

Thank you.

Abdrahim said...

Assalamualaikum Datuk,

Datuk berpendapat, orang-orang Melayu ini cukup emosional bagi isu-isu yang menyentuh soal wilayah dan kedaulatan.

Bagi saya Datuk, orang-orang Melayu akan menjadi emosional apabila mereka telah hilang hak terhadap wilayah dan kedaulatan mereka. Sebelum dari itu tidak.

Sebab itulah timbulnya istilah "mengamuk" dalam kamus Bahasa Melayu.

Sultan Husain tidak emosional ketika menyerahkan Pulau Singapura "selama ada matahari dan bulan" kepada Stamford Raffles.

Tunku Abdul Rahman dan pemimpin UMNO yang lain tidak emosional semasa menyerahkan Pulau Singapura kepada Lee Kwan Yew. (walau apa pun alasan, Singapura tidak akan kembali kepada orang-orang Melayu)

Orang-orang Melayu Pulau Pinang menjadi emosional apabila menyedari mereka ibarat menumpang di tanah sendiri.

Tetapi apa yang berlaku di Pulau Pinang tidak menjadi pengajaran kepada pemimpin Melayu hari ini.

Tun Abdul Razak bersusah payah membuka tanah-tanah Felda untuk diberikan kepada orang-orang Melayu.

Tetapi pemimpin Melayu dan saudagar Melayu, mengula-gulakan peneroka Felda untuk menjadikan mereka jutawan yang akhirnya menyebabkan tanah-tanah mereka tergadai kepada bukan Melayu.

Di Pulau Batu Puteh tidak ada orang-orang Melayu yang tinggal dan besarnya pun tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan tanah-tanah orang Melayu yang telah hilang di Felda Sungai Buaya, Felda Bukit Cerakah dan Felda-Felda di Negeri Sembilan.

Siapakah yang membuat angkara ini?
Bukankah para pemimpin dan saudagar-saudagar Melayu?

Orang-orang Melayu dan pemimpinnya, adalah bangsa yang paling tidak sensitif dengan hak dan ketuanannya sendiri.

Inilah kualiti bangsa Melayu yang ada hari ini. "Melayu Baru" yang hidup bertunjangkan wang ringgit dan kebendaan.

beavie said...

Saya pernah terfikir beberapa tahun dahulu dan kini saya ingin membawa persoalan ini kepada anda semua untuk memikirkannya, jikalau lah negara kita diserang, berapa lamakah masa diperlukan untuk menjajah negara kita. Juga berapa lamakah masa kita perlukan untuk mendapatkan kembali kemerdekaan dan negara kita dari tangan penjajah.
p/s- kita perlukan 446 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan.

cmk said...

Datuk,

Menang atau kalah Batu Putih ini, hakikatnya Singapura telah menang lebih awal. Tak dapat Batu Putih takapa, Iskandar Malaysia dia boleh sapu. "Think-tank" mereka nampaknya lebih cergas dalam permainan ini.

Mohd Affendi said...

Salam Dato'

Saya rasa baik kita sama2 sama fokus kepada survival negara kita..daripada sibuk dgn "yg dikejar yg tak tentu dapat"..& biar "yg dikendong pula berciciran"..

TDM dah nampak bahana petualang2 yg bakal melelong negara kpd negara Temasek itu..sebab tu mereka ini perlu dijatuhkan. Kita patut jd bijak mcm rakyat Thai berhubung kedaulatan negara.

Org Melayu tak kiralah samaada yg UMNO, bukan UMNO & keluar UMNO kena bersatu tumbangkan pemimpin yg lemah yg saban hari membiarkan negara kita bakal rakus di jual kpd kuasa asing oleh petualang2 bangsa ini..sakit hati mendengarnya.

Kuncinya :- makanan .. Minta maaf w/pun TDM punya wawasan yg hebat ttp beliau gagal juga melihat kekuatan aspek ini kerana terlalu taksub dgn negara industri. Krisis makanan boleh menumbangkan kerajaan & boleh digunakan untuk menumbangkan kerajaan...lebih2 lagi terhadap negara sintetik.
Walaupun kaya dgn rizab kewangan, lambat laun akan kering juga apabila harga makanan harian utk ditelan terlalu mahal (kerana perlu import) & paling teruk bila tiada siapa nak jual kpd mereka lg kerana sibuk penuhi keperluan domestik sendiri..Terima kasih kpd negara India & China! :)

Kita kena berbaik dgn Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina, Cambodia.. negara2 yg dipandang rendah darjat oleh S'pore..jikalau mereka guna ketenteraan sekurang-kurangnya kita ada kawan sekeliling..tak mcm mereka yg suka cari gaduh & berlagak dgn jiran2.

Be prepared Malaysia. Let the finite rule take the toll naturally..we will have back what do belong to us (not only Batu Putih), if we really plan & execute this one properly..its just a matter of time.

Saya amat berharap kalau ada pemimpin2 atau tycoon Melayu berjiwa bangsa yg boleh menyatukan petani-petani Melayu sama ada melalui koperasi penanam padi tunggal atau syarikat.
Kita urus bersama resources , teknikal , R&D & pegang pengeluaran padi negara 70-100%..tak perlu biar org tengah terus mencekik keringat darah peluh petani kita di bawah lesen BERNAS mcm skrg...kita eksport dgn harga mahal, untung kita bg dividen & bonus kpd petani-petani..jika ada yg ckp byk pasal harga eksport melalui kerajaan yg lemah - kita stop pengeluaran semusim & lihat kesan..
mungkin saya akan dimasukkan ke dlm ISA kerana idea subversif ini (yg kelak boleh diguna utk ugut kerajaan pemerintah utk pilih siapa yg kami mahu jd PM :D )

Kalau setakat nak jadi juara cakap politik jamban Melayu tak payahlah...pergi masuk balik jamban tu lama2..busuk, no-substance! org muda mcm saya ni dah bosan dengar...mind insult!

wasallam.

Note sendiri: 'negara sintetik' = negara yg tamadunnya dibina bukan daripada asas pertanian atau sumber asli..ibarat virus yg tak cukup sifat utk dikategorikan sbg benda hidup..tetapi ia hidup & berbahaya & akan mati sendiri apabila tiada lg 'host' utk proses replikasi RNA

samurai melayu said...

Salam Dak yang budiman,

The voice of my heart seldom failed.
Persetan kan sahaja,
Apa ada pada pulau?
ketam batu kot?

Suka tulis nama atas batu.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Singa pura berjanji tidak akan meraihkan kemenangan,( tapi Yamseng tetap Yamseng)
Malaysia disyorkan Kenduri Tahlil
dan berkabung.
Apa kata sdr. Scribe and members.?

idiopathic idiot said...

assalamualaikum para bijak pandai..

kita kalah...tak bestnya,kalah..
mungkin untuk selagi ada matahari dan bulan..

terima kasih kepada kerajaan..
sekiranya betul2 all out berusaha...

Bolehkah sesiapa yang mengetahui memberitahu saya apakah akibat/effect/consequence keputusan ICJ ini...please..dan apakah akibat terburuk boleh trjadi..

wassalam..semoga Allah memberkati Datuk dan Tun sekerluarga..aminnn

Abdrahim said...

Datuk,

Pukul 6.00 tadi Malaysia telah pun hilang ketuanannya terhadap Pulau Batu Puteh.

Hebat liputannya...dibuat secara langsung (walau orang kampung tidak faham)bagi membolehkan rakyat Malaysia mendengar dan melihat sebuah "busut" diLaut China Selatan yang Malaysia telah hilang ketuanannya.

Nampak bersungguh-sungguh cara pemimpin negara cuba untuk mempertahankan "busut" itu, jika dibandingkan bagaimana pemimpin terdahulu melepaskan Pulau Singapura.

Mungkin itulah jalan untuk menebus "dosa" Tunku Abdul Rahman (presiden UMNO masa itu)kerana menyerahkan Singapura kepada Lee Kwan Yew.

Anonymous said...

salam Dato' KJ,
Keputusan telah diperolehi. Kita kehilangan 2 perkara penting dalam minggu ini. TDM keluar UMNO dan Batu Putih terlepas kepada Singapura. Besar petunjuk Allah ini. Lepas ni tak tahu apa nak hilang pulak.

Middle Rocks kita dapat. Sebelah dengan Batu Putih. Memang akan berpanjanganlah dispute kita dengan Singapura untuk berdekad lagi. Antara sebab yang diumumkan berpihak kepada Singapura ialah ' sikap kita yang berdiam diri'.Begitu jugalah sikap pemimpin terhadap politik sekarang - berdiam diri.Perlunya kita bersuara akan hak-hak kita.

Ditakdirkan gerakan jaluran lingkaran gunung berapi, middle rocks timbul lagi besar, dan melanggar pulau Batu Putih, kita untung.Hanya andaian.

Walaupun kita telah bersedia untuk terima sebarang keputusan, saya berpandangan untuk menebus kehilangan ini, kerajaan perlu berani UNTUK MENERUSKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK, SUPAYA RUANG PERAIARAN KITA LEBIH SELESA DAN DINIKMATI OLEH SULTAN DAN RAKYAT JOHOR YANG SEDIH DENGAN KEHILANGAN SEBUAH PULAU YANG DINAMAKAN PULAU BATU PUTIH.

miniclubman

alfakir1 said...

Salam Datuk

Ini adalah kejutan kedua dalam satu minggu

Banyakkan lah "walk the talk"
Buang keangkuhan & dendam mendedam kita antara satu sama lain, berhenti drpd bertegang urat, tidak ada hasil nya, malah melebarkan jurang kepada kehancuran.

Apa sahja kuasa, ilmu pengetahuan dan kemewahan yg kita ada itu, adalah anugerah Allah

Ingatlah, kita tiada kuasa melainkan Allah.

Kita merancang, Allah yg menetukan

Peringatan bagi semua pemimpin2 parti, BN & PR dan juga rakyat jelata

syed syahrul zarizi said...

Saya sebagai orang johor sungguh sedih. Saya tunggu apa kata musa hitam, shahrir, syed albar, hishammudin dan lain-lain pembesar dalam hal ini. Masih reda bertuankan pemimpin yang lemah dan 'tak'kisah?

Syed
Sireh Dan Cengkeh

has@cat city said...

kita kalah yahoo.................
hisham,sahrir,sedhamid & mbJoho nak kata apa? saya tahu.mereka akan kata BERTENANG.itulah saja yg mampu mereka kata.betultak?
lu org pikieklah sendiri......

adam said...

Datuk,

Macam mana nak menang kalu peta pun ambik dari wikipedia saja.

Yang anih nya berita jam 8 RTM memuji muji pasukan kita.... di atas 'kemenangan' - kemenengan apa? Yang dapat dua batu tu kah?

Saya agak mainstream media pun akan spin demikian esok

samurai melayu said...

Salam Dak,

Izinkan,
sdr.miniclubman,
tepat sekali cadangan dan kami sokong 100%!
Disebabkan Jambatan Bengkok itu lah
'The Grand Old Shogun ' keluar dari pertapaan beliau.
Kenapalah Pak Lah batalkan?
Padah yang diterima kan?

Ada betul kata sdr. miniclubman
dlm para akhir komen beliau.
Sekurang2 bila waktu malam boleh juga kita duduk bersembang menikmati cahaya2 lampu berwarna warni belah seberang sana. Tak payah nak ke Shanghai atau Hongkong lagi.

Al fatihah, Amin

sani said...

bila teruk kena pukul masa pilihanraya...PakLah (BN) cakap masih menang pasai dapat bentuk kerajaan...ada simple majority...bila hilang batu (putih), BN (pak menteri bakar jambatan) cakap WIN-WIN...win-win kepala hotak dia...

Heical said...

Hari ini Pulau terbiar dia orang ambik melalui Undang undang , Besuk besuk dia orang ambik pula Iskandar dengan wang. Habislah kita , tak mungkin satu hari kita macam melukut tepi gantang.
Perkukuhkan kerajaan , buatkerja biar bersungguh-sungguh .Hantar org.yg arief dan telah buat persedian awal.Jangan tangkap muat.
Nasionalism Kembali ke zaman Tun Razak taada ahli politik mata duitan,peranggi sifat memperkaya kaum keluarga & kerabat kerabat nya Jangan pilih org jadikan soal negara no.2.
Kalau Bersih mesti betul betul bersih,Kalau cekap mesti betul betul cekap (kalau tak cekap tanyalah org.yg cekap).Kalau Amanah mesti betul betul amanah.
Agaknya siapa ada sifat begini.
Mungkin saya seorang sahaja kut.

nagagua said...

mujur ada rais yatim baru kita tahu kita ni menang sebenarnya .Inilah kelebihan kita ,pandai menyedapkan hati sendiri.Tak sabar pulak rasanya nak menang IDR kat ICJ.Sebab itu gua selalu doa supaya menteri menteri kita hidup tak serupa orang.BODOHHHH.

Heical said...

Betul kah Ruang Udara Malaysia di Control olih Singapura .Sebab mereka sahaja ada radar cangih.
Ada sesiapa boleh beriakan info ini.

ainas said...

satu lagi kekalahan. di era siapa? lu
pikirlah sendiri.

Anonymous said...

Dato'

Kalau tak silap saya pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan" dan "genggam bara api biar sampai jadi arang".Tak sampai ke pangkal lengan dan tak jadi arang, nak pulau dapat batu. Saya ingin lihat bagaimana kita berdebat dengan Singapura tentang south ledge rocks.

Kanta

takutpuchong said...

Datuk

rais kata 'menang-menang". dia ni tau ke benda apa yang dia cakap? pegi jadi menteri warisan lagi bagus.
terbukti peguam negara hanya pandai bercakap kosong mcm perdana menteri.
pulau di depan mata milik orang jauh di seberang, dekat tapi jauh.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Kami ini bagaikan sedang membeli
belah last minute sebelum supermarket tutup untuk minggu perayaan kaum Cina

Izinkan beri pandangan kepada
Sdr/(i) 'Beavie;

Hang tak perlu pikiak begitu jauh.
Kalau pun Singa pura tak dapat pulau Batu Putih (mata),setakat nak serang dan jajah negara ini makan masa satu hari sahaja. Hang kena pikiak, mahkamah diHague buat keputusan tak masuk akai tu pun kerna wakil2 dumb dumb kita tak buat kerja dengan teliti. Manakah hilang nya peta peta asal? Dengar dulu ada tiba2 bila Singa pur buat tuntutan , dokumen2 asal tak ada rekodnya. Dengarnya ada peta2 berkenaan dicetak dari computer, betul ke?. ( Melayu tak perlu gentar bila maruah nya dicemar.)

Analogy ringkas samurai melayu yang 'pretend to be an expert in warfare strategy'.
Singapura pernah sebahagian M'sia,
Depa mohon guna pulau itu untuk bina rumah api( lighthouse) kita benarkan.
Bila keluar M'sia, aktiviti dipulau diteruskan sahaja.
M'sia benarkan, jiran lah katakan.

Satu ketika Airbase USA di Subic Bay tamat 'lease'nya, Terrorist No. 1 dunia cuba pengaruh orang sabah nak jadikan Sandakan airbase barunya tapi tidak kesampaian.
Jadi cari punya cari, terpikat
dengan kedudukan 'strategic' pulau Batu Putih dan pulau2 bersempadan.
Maka penganas no. 1 dunia arah Singa pura buat tuntutan dan pulas tangan2 hakim di Hague.

Percayalah,.
Batu Putih mungkin diukirkan jadi batu nisan kalau pemimpin2 kita masih lena dengan mimpi indah.

Dah terantuk terus pitam, nampak gayanya.

Jadi igauan dalam tidur, selagi ada
matahari,bulan dan bintang

IRAQ, M'SIA, IQAQ, M'SIA, IRAQ,...

Ya Allah swt, kami bermohon Engkau kerahkan lah burung2
untuk mengalahkan gajah2 bila binatang besar itu nanti datang hendak ‘ menggajah’ dibumi yang bertuah dan tercinta ini.

Al fatihah, Amin

Anonymous said...

Salam Dato'KJ,
Ada orang tua (wise old man) berkata, bersabar. Kekalahan Pulau Batu Putih yang berpihak kepada Singapura sebenarnya adalah kemenangan bagi kita.Setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya............Kita tunggu dan lihat apa yang tersirat


miniclubman

Ujang said...

Kenyataan Rais Yatim amat megguris hati...'win win situation' kununn!!!
Tak dak 'sensitiviti'langsung. Tunggu pulak apa komen menteri2 bacul yang lain...

Orang-orang Johor, takan senyap je???
Lepas nih tengok je lah orang2 S'pore ambik tanah kita kat IDR tu...duit punya pasal, apa kira!!! MELAYU jugak yang rugi...tengoklah 150 tahun dari sekarang!!!

Selagi ada pemimpin yang lemah dan pengecut macam DSAAB nih...awal2 lagi dah tunduk kat orang!!!ptuihhh!!!

Jangan sampai anak cucu kencing kat kubur kita satu hari nanti...

Kalau aku tahu kubur si pemangku setiausaha Johor yang serah surat kat S'por tahun 1953 tu, nak je aku kencingkan!!

HSH EmperorX said...

Who do you think is the dishonest party here?

BN, ICJ or Singapore?

eddy said...

Salam Dato'. I thought the decision by the ICJ is satisfactory and I think its more of a no win-no win situation rather than a win-win situation. Whilst Singapore have sovereignity over Pulau Batu Putih/Pedra Banca we have sovereignity over Middle rocks, basically Singapore did not get all what they wanted same as Malaysia. Really, the size of the rock outcrops does not matter in cases where Sovereignity is concerned.

Many now talk abour reclamation to be done by Singapore in future, well it could be done easily without opposition by Malaysia if they had gotten all three Rocks but since they only got one Pulau Batu Putih, Singapore could only do what it has been doing for ages and that is to maintain the lighthouse and its support structure only for now. Any future reclamation activity at Pulau Batu Putih will surely trigger an immediate territorial infringement complaint from Malaysia due to the very close proximities of the rock outcrops.

I have read the transcripts of the ICJ hearings previously and I thought that our legal team gave an overall good and spirited presentation, well, OK, minus some minor glitches. However,we lost Pulau Batu Putih in part because the Singapore Team basically used our line of argument when we won the Sipadan Island dispute against Indonesia and as it now transpired the letter dated 21 September 1953, where the acting Secretary of Johor replied to a letter of inquiry from the Colonial Secretary of Singapore that the "Johor Government [did] not claim ownership of the Island(of Batu Putih) was the KILLER, as the ICJ found that Johor's reply showed that it understood that it does not have sovereignity over Pulau Batu putih.

So dengan izin, brothers and sisters do becareful when you write and reply official letters or maybe when creating a huge township near Singapore, like well Iskandar Malaysia, it may comeback to haunt, not you maybe, but your descendants and their descendants...and so forth.

Allah Selamatkan Johor. Allah Selamatkan Malaysia.

Anonymous said...

beberapa perkara yg berat hati saya kata kita akan KALAH:
1. pertukaran syed hamid albar dari menteri luar ke menteri dlm negeri dan membiarkan rais yatim cuci berak syed hamid albar

2.team Malaysia yg tidak diketuai oleh very high ranking official seperti spura yg diketuai oleh Tim Perdana Menteri

3.kata2 nahawa Rakyat kita serius tetapi singapura kerajaanya serius

4.abdullah badawi-pada pandangan saya, beliau tiada RAHMAT sebagai pemimpin. Abdullah hanya membawa gerhana kepada Malaysia dan rakyatnya

5.kedatangan org2 kuat spura ke malaysia beberapa hari sebelum keputusan dibuat-suatu TANDA TANYA, kerana semasa zaman Tun, dimana kita menang 2 pulau sipadan dan ligitan saya tidak ingat ada kunjungan sebegini

drmuzi

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Apalah nak dihairankan dengan pulau di tengah laut yang tidak berpenghuni itu, sedangkan Iskandar Malaysia yang di tengah daratan dengan ribuan manusia mendudukinya pun mahu dikorbankan untuk sang singa.

Akan dikatakanlah bahawa itu keputusan Mahkamah Antarabangsa dan kita telah bersetuju untuk tidak mempertikaikannya. Yang kita pertikaikan ialah ikhtiar, kesungguhan kita untuk mendapatkan pengesahan kedaulatan ke atas tanah kecil itu. Kalau pasukan singa dianggotai oleh mereka yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri, mengapa Malaysia menghantar pasukan yang dipimpin oleh seorang yang telah menyerah kalah dalam perundingan Jambatan Bengkok. Orang yang dah tewas diutuskan, memanglah hasilnya tidak susah dijangkakan. Pengadil pun rasa bersalah untuk berikan dia kemenangan.

Adakah Najib akan terus bacul dan dayus dalam keadaan kepimpinan macam ini?

Roti Planta said...

Dato',

(Petikan Penghakiman Awn Shawkat)

Mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti "tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977", cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.

Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa "Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula".


Jadi sebenarnya Pulau Batu Putih akan jadi milik kita jika kita tidak membiarkan mereka duduk pada 1977!!(bantah/serang?) . Lebih mengejutkan PM masa tu pun kan orang Johor.

Jadi jika Singapore nakkan lagi pulau-pulau atau tanah melayu maka silakan datang dan bina bangunan anda. Pemimpin dan rakyat kami tidak kisah sebab pemimpin kami suka tidur!!

Bye

Roti Planta

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Kekalahan yang utama saya rasakan adalah dari segi psikologi buat Malaysia, keyakinan rakyat serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Yang paling malang adalah anak bangsa saya kerana tidak berada didalam zaman kecemerlangan baik politik, ekonomi malahan sukan. Jadi mentaliti sebagai orang yang berjaya amat berkurangan sekali kerana tiada aura kemenangan yang boleh dijadikan contoh, kecuali sdr Mawi. Mengambil contoh para bloggers sendiri, rata-rata merasa bangga beridentitikan anak kelahiran DEB ataupun dibawah kepimpinan TDM ataupun pemimpin kemerdekaan tetapi anak saya apabila dewasa nanti tidak akan dapat menceritakan tentang kejayaan semasa hayat beliau sebaliknya hanyalah kemenangan pembesar negara yang degil serta kasar bahasanya. Saya juga perpendapat masalah ini akan terus berlanjutan apabila anak-anak kita akan menjadi penggalas negara malangnya tiada daya juang yang tinggi walaupun pencapaian akademik sejauh Oxford. Kegagalan di Pulau Batu Puteh manjadi contoh awalan.
Salam

Juraimi Zainal said...

Dato' AKJ,

Menang sorak kampung tergadai, ini lah perumpamaan yg paling sesuai buat saya pada masa ini...

Wahai pemimpin2 UMNO yg telah memerintah selama 50tahun... Inilah salah satu hadiah yg paling berharga diberikan oleh kerajaan Malaysia.. Baru2 ni bagi hadiah 5+1 tu dan TDM quit..

50Tahun lagi WPI lak... Mana cerdik pandai/loyar2 dalam UMNO selama ni... Mana budak Oxford tu, suruh jawap (NO KOMEN)..

Anonymous said...

Datuk,

Kalau di Jepun, PMnya sudah minta ampun kepada Maharaja dan rakyat jelata dan letak jawatan. Silap-silap dia buat seppuku. Dia ambil pedang samurai dan buraikan isi perut sendiri.

Di Malaysia, PM buat pura-pura tak tahu dan pegawai yang tak ada maruah dan integriti terus makan gaji.

Bila PM hambar, penasihat pun hambar macam Abdul Kadir, Annuar Zaini, Kalimullah s/o Hassan, Kamaluddin bin Abdullah, Khairy bin Jamaluddin, Patrick Lim bin Abdullah (Ahmad Badawi) dan paku karat Musa bin Hitam.

Sekarang pun mereka sedang lancar gadai IDR kepada Singapura kerana Moses son of Black adalah penasihat IDR, Kallimuulah dan Khiry commission agents dan Anwar Zaini main kayu tiga dengan anak Raja Perak.

You think Abdullah cares a damn about losing Pulau Batu Puteh? Even Rais Yatim has suddenly become so daft.

Melayu Kecewa,
Bangi.

Anonymous said...

Dato'

With each passing day I feel less guilty about being an UMno member but voting for Pas in Selangor on Mac. 8. Just look at how Abdullah and his clueless gang screwed up the Pulau Batu Peteh case and how lightly Rais took the loss. These people just don't care. So why should I?

I voted for Pas instead of UMno at the state. But I spoilt my vote for parliament because I hate the DAP and MCA. I think the future of the Malays lies with Pas. I don't trust the Indian-dominated PKR.

I am not joining Tun M. I am staying in UMno to shoo Abdullah out of office. Sorry Tun. I love you but I love Umno more. But between Umno, the Malays and Malaysia, I choose Umno last.

PureMalay

rudy bluehikari said...

Kalau takut dilanda badai
Patah balik mengelak padah
Pedra Branca sudah tergadai
Terra nullius bertuan sudah.

Duduk termenung di tepi tasik
Sambil memancing siikan lampan
Batu Puteh milik Temasik
Hakikat KALAH itu jawapan.

Tanam tembikai tumbuh melata
Subur menghijau di tepi kali
Tangis berdarah sekalipun buta
Tanah tergadai takkan kembali.

Alahai.

Carl said...

Salam DAKJ,

Kekalahan ini sepatutnya dipandang serius oleh Kerajaan. Memang benar yang kalah tetap kalah. Tapi tak perlu lagi pandang belakang. Ambil keputusan ini sebgai iktibar. Sebelum pihak yang menang mendabik dada, kerajaan perlu mengkaji semula perancangan yang dibuat sebelum ini. WPI wajar dikaji semula. Projek Jambatan Bengkok perlu diteruskan. Ketegasan amat penting untuk menunjukkan Malaysia masih gagah di mata antarabangsa. Cukuplah dengan sikap 'takpe'. Janganlah mudah berserah.

alfakir1 said...

Salam Datuk

Bila kita kalah dalam perjuangan, jangan lah salahkan musuh.
Bila kita salahkan musuh, fikiran akan bertambah kusut
Maka keluarlah sifat2 yg negative dengan tomahan, dendam dan hasat dengki

Jangan lah prasangka buruk terhadap negara jiran sebagai musuh
Musuh yg paling besar ada di dalam diri kita
Selama ini kita menafikan yg kita tak ada kelemahan, kita selalu betul
Fikir fikirkan lah kelemahan dalam diri kita

Ibarat kata2 Abdrahim, orang2 Melayu akan menjadi emotional bagi isu-isu yang menyentuh soal wilayah & kedaulatan

Tetapi, mereka tidak emotional, apabila tanah orang2 Melayu telah di gunakan oleh pehak tertentu, dan yg kaya ber million & ber billion ringgit, tycoon cina & juga orang2 Melayu di negara ini.

Satu demi satu wilayah & kedaulatan akan hilang
Pada zahir nya wilayah & tanah di rampas atau di beli oleh pehak tertentu dengan murah & di jual semla kepada tycoon2 dengan keuntongan berlipat ganda

Tetapi, kita tidak pernah berfikir, ini adalah satu “bala” dengan sebab orang2 melayu bermusuh antara satu sama lain & mereka memandang remeh terhadap ajaran Islam
Penganyiaan, rasuah, fitnah, maksiat dan lai2 lagi bermaharaja lela semenjak berdekad hingga kehari ini yg di amalkan oleh pehak tertentu.

Kejutan, lepas satu, satu….mereka2 yg bertanggung jawab masih belum lagi lihat,atau tidak sedar, atau pun menafikan yg apa mereka buat itu salah yg akan menghancurkan rakyat & kedaulatan agama & negara.

Saya ada banyak sahabat2 Muslims convert (bukan kerana perkahwinan) dari berbagai kaum yg mana mereka lebih ta’at & menghayati ajaran Islam kalau kita bandingkan dengan orang2 Melayu yg mewarisi agama Islam drpd nenek moyang mereka yg tak mengindahkan & menghayati ajaran2 Islam.

Mudah mudahan, mereka2 yg terlena dengan kuasa dan kemegahan wang ringgit dapat balik kepangkal jalan dengan mengamalkan nilai2 murni Islam kepada rakyat & untok kesejahteraan rakyat dan negara.

Wallahu ‘a lam

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Pada pandangan saya, ini menunjukkan satu lagi trend "penjualan murah" Malaysia pada Singapura, termasuk kawasan pembangunan iskandar oleh AAB,SIL&Co...

Khairul-Dean Mohamed said...

The Scribe,

May 24, 2008 14:57 PM
Govt To Review Oil Price Subsidy, Says Najib

PEKAN, May 24 (Bernama) -- The government is to review the oil price subsidy as the rising price of crude oil in the world market has pushed the cost of subsidy way past the expenditure for development, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

He said the matter would be discussed in depth at a meeting on Tuesday of the Cabinet Committee on Inflation. Najib will chair the meeting as Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is chairman of the committee, is abroad.

"When the oil price rises too high, we have no choice but to review the subsidy because we have reached a stage where the annual subsidy for oil, gas and other essential items has exceeded the allocation for development," he told reporters after attending a mass circumcision ceremony at Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, here.

World crude oil price reached US$138 yesterday.

Najib said the principle being worked on for the oil price subsidy was that the low-income group would enjoy a better facility than high-income earners and those who use more fuel.

He also said that the new subsidy scheme would not be implemented at once but in stages, taking into account the financial capacity of the people.

The government would also ensure that the cost of other items, including food, were contained, he said.

"If we can maintain the prices of food, the people will not feel the pinch too much," he said.
-- BERNAMA


Nota:

There is still the expectation - rather, speculation - that the price of oil will soon touch USD150@barrel soon; and by the end of the year USD200@barrel.

Are we, Scribe, heading down the road leading to being a failed state from a promising developing nation status? And what have you on the price of wheat and genetically modified food?

What would you say when it is said that the Food Price Crisis seems like a 1997 Financial Crisis but with a twist, Scribe?

On the matter of more transparency in business raised by Musa Hitam, what has the US sub-prime meltdown taught the world?

Who do we have in a Finance Minister to lead the nation through this troubling times?

As for the most probable out come of the MPs from BN leaving the coalition, PAS will be a major political force. Think!

Mazuwan Murad said...

Salam Dato AKJ.

Semalam saya dan rakan-rakan berborak (warung mamak) pasal kes Batu Putih ni.

Dengar cerita salah satu sebab Malaysia kalah (rasa geram) kerana gambar peta yang dikemukakan oleh pihak Malaysia di ubah suai menggunakan adope photoshop. Betulkah??

Gambar bukit yang terdapat dalam peta tersebut (diubah) dirapatkan. Jadi kalau gambar tersebut dilihat dari 'Pulau Temasik' menampakkan kawasan tersebut betul-betul berhampiran dengan Malaysia.

Betulkah?

p/s : Kalau betul, cel***lah sampai anak cucu bagi pengubah gambar tersebut!

raja2u said...

Raja 2U

Assalamualaikum,
YBhg Dato' menyatakan kita "kalah" dan membiarkan pembelog menyatakan penilaian mereka tersendiri.Isu ini adalah berkaitan dengan negara dan dengan itu kita perlu cermat memberi pandangan.
Mudah kita menyalahkan seseorang atau sekumpulan orang "on hind sight".Pada saya orang-orang kita tidak berfikiran strategik dan tidak berkerja sebagai satu pasukan.Soalnya mengapa Kerajaan pada masa itu tidak diberi tahu adanya beberapa peta cetakan Kerajaan Malaysia yang menyatakan Pulau batu Putih dibawah kawalan Singapura berbeza denga Pulau Pisang yang senyap dalam hal itu. Saya percaya Pentadbiran TDM tidak akan membawa kes ini kepada Mahkamah Antarabangsa jika fakta ini dijelaskan kepada beliau. Cara mengatasi masalah ini mungkin lebih berkesan jika kita "consistent" dengan pendirian bahawa apa-apa yang ada dalam lengkongan 12 KM pantai kita adalah kepunyaan kita.
Kita perlu jalan terus dan tidak menyalahkan "over sight" ini kepada Kerajaan yang bersetuju membawa kes ini kepada Mahkamah antarabangsa. Kita hanya menyedari perkara ini bila hakim menegaskan peta-peta tersebut adalah bukti nyata bahawa Kerajaan Malaysia mengakui bahawa Pulau Batu Putih dibawah kawalan Singapura.

Raja Abdul Rahman Dain,
Petaling Jaya.

mardhiah said...

Yang Berbahagia Datuk,

Family saya memang dah lama bertelagah pasal Pulau Batu Putih ini. Sejak bila eh, kalau tak silap sejak zaman kolej lagi. Jadi saya tidak terkejut jika kita kalah, sebab selalu hujah dari Pak Andak warga negara Singapura sangat jitu, berbanding Arwah Pak Uda saya. Sedangkan Pak Andak kerja kilang, tapi Pak Uda ustaz.

Apa yang saya pelajari dari Pulau Batu Putih ialah, kalau kita tak mau milik kita dirampas orang, kita perlu gigih berusaha mempertahankannya.

Analoginya jika kita sudah sah jadi suami isteripun, dalam zaman serba canggih ini, jika kita took things for granted, ambil semberono tak mustahil suami atau isteri kita dirampas orang. Orang juga tidak akan simpati dengan kekalahan kita, sebab kita sendirilah in the first buat tak cak ne je. Bahkan orang akan kata, padan muka dia.

Allah maha Adil lagi pemurah. Dia memenangkan pada hambanya yang berusaha tanpa mengambil kira sama ada hamba ini menyembah Dia atau tidak. Islam berpaksi meritokrasi, bukan, kekananan, keturunan atau ketuanan.

Anonymous said...

Salam hormar buat Dato',

Saya terhadap ulasan Dato' halnya Malaysia kalah dalam perebutan memiliki Pulau Bt.Puteh diICJ memang telah saya jangkakan walaupon hati merasa ralat yang amat sangat.Kerana ia berkaitan lansung dengan kehormatan, kedaulatan dan marwah raayat Malaysia sangat tersentoh walau pon Malaysia akur dan patuh pada putusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapat pujian tinggi melangit diterima dari segala pelusok.
Kenyataannya sebelum dari peristiwa ini Malaysia kerap mengalami kegagalan dengan Singapura (kalau boleh dikatakan gagal)dalam merundingkan beberapa isu senang kata Malaysia lemah itu sebab tuntutan penyelesaian dari Malaysia tidak mendapat layanan sewajarnya oleh negara pulau itu.
Lima tahun kebelakangan ini Malaysia dilihat amat berlemah lembut pada Singapura sehinggakan pintu negeri Johor di buka begitu luas untuk kemakmoran Singapura.
Apakah sikap dan pendirian Malaysia ini lebeh menguntungkan Raayat Malaysia untuk masa masa akan datang?
perlulah difikirkan sedalam dalamnya keutamaan untuk raayat dan generasi akan datang.Walau pon pelaburan dari luar negeri di alu alukan tetapi bukan dengan membuka wilayah sampai marwah tergadai.Jangan sampai anak cucu akan datang menyeranah kita bila hanya cuma dapat melihat segala kemajuan dan pembangunan pada hal bukan milik kita.
Betapa perlunya Malaysia menjana tenaga pemikir kalangan bijak pandai raayat Malaysia yang benar benar patriotik sentiasa berusaha kearah membawa negara ini sentiasa berada ditahap selamat di daratan nya di perairan nya di ruang udara nya dalan dunia tampa sempadan kini.
Marwah Negara Adalah Marwah Rayaat.

sulurjantan

Anonymous said...

Pulau Batu Putih dan jadi Pulau Putih Mata.


-sinbad-

mat_terab said...

Tak lama lagi Wilayah Iskandar akan menjadi pekara yang sama macam Pulau batu Putih...

ZURICH AL Qaaf said...

Semuanya ini kembali bermain di dalam kepala saya ketika melihat dan meneliti kegawatan politik yang sedang melanda negara kita pada masa kini yang melibatkan para pemimpin harapan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Memang banyak hal peribadi yang saya tidak seharusnya turut terlibat sekiranya hal itu merupakan hal personal. Tetapi saya menjadi emosional sekiranya hal peribadi itu menjelma menjadi kecaman dan kritikan peribadi di antara tokoh-tokoh politik kita itu.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan penarikan dirinya daripada keahlian UMNO pada 19 Mei, bagi saya tindakannya itu adalah keputusan peribadinya, walaupun ramai terperanjat, terkejut, sedih dan dukacita.

Bagi saya, isu itu bukan sesuatu yang luar biasa kepada mereka yang mengenali siapa sebenarnya Tun Mahathir, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana reaksi orang-

orang tertentu terhadap tindakan tersebut.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan semua pihak tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap tindakan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pula menyebut tentang ketidak wajarannya sifat keji yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir sebagai “duri dalam daging”.

BERJASA

Ini kerana Dr. Mahathir merupakan pemimpin yang telah banyak berjasa dalam pembangunan negara dan bangsa kita. Serangan-serangan peribadi lain tidak perlulah saya kemukakan di sini, kerana saya percaya rakyat umum telah dapat membezakan antara kritikan peribadi atau sebaliknya.

Saya turut merasa dukacita kerana salah sebuah media elektronik turut memetik sebuah jurnal luar negara yang menyebut bahawa dengan berundurnya Dr. Mahathir daripada UMNO maka rakyat Malaysia sekarang adalah bebas untuk membangunkan negara ini tanpa gangguan.

Jelas sekali bahawa pandangan negatif terhadap Dr. Mahathir yang disuarakan oleh jurnal asing itu adalah pandangan daripada kalangan yang tidak merasa selesa terhadap kelantangan Dr. Mahathir yang selama ini mengecam dasar Barat dan penjajahan baru terhadap negara membangun seperti Malaysia.

Yang menjadi persoalannya, apakah media arus perdana kita seharusnya bertindak sebagai ejen untuk menyebarkan kritikan peribadi yang tidak beretika ini untuk diketahui oleh seluruh rakyat, sedangkan komen-

komen yang positf dan bermoral tentang tindakan Dr. Mahathir itu tidak diberikan tempat yang sewajarnya?

Kita tidak merasa pelik dan janggal sekiranya kecaman peribadi ini dibuat oleh penulis-penulis blog, terutamanya mereka yang berselindung di sebalik nama samaran. Semasa saya bertugas di Arab Saudi ramai juga kenalan dan tokoh-tokoh diplomat negara itu yang menyatakan kebingungan mereka kenapakah Dr. Mahathir dikritik hebat oleh orang Malaysia sendiri sedangkan rakyat dan para pemimpin negara Arab umumnya amat menyanjungi beliau sebagai tokoh negara membangun dan negara Islam? Saya menjawab bahawa krisis yang berlaku adalah krisis dalaman ibarat konflik antara adik abang.

Di sudut lain, saya merasa agak malu melihat bagaimana Kerajaan Singapura menampakkan imej mereka yang amat padu dalam gabungan antara pemimpin lama dan baru. Bekas Perdana Menteri mereka Lee Kuan Yew sering berkunjung ke Arab Saudi sebagai utusan khas kerajaan untuk menjalin hubungan perdagangan, pendidikan dan teknologi.

Seorang lagi bekas Perdana Menteri mereka, Goh Chok Tong bersama-sama dengan Perdana Menteri mereka yang baru juga berkunjung ke sana untuk mewujudkan hubungan dua hala yang amat produktif, sehingga hubungan mereka lebih berjaya daripada hubungan kita dengan Arab Saudi.

Saya pernah beberapa kali mencadangkan hal yang sama dilakukan di antara negara kita dengan Arab Saudi yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak itu. Kembali kepada krisis kepimpinan yang sedang kita saksikan sekarang ini, maka saya rasa kepentingan dan kebajikan rakyat haruslah diberikan keutamaan oleh semua.

Rakyat akan merasa jemu dan hampa dengan aliran politik yang penuh dengan pertelagahan di antara pemimpin, seolah-olah hidup rakyat umum, mati mereka, makanan dan minuman mereka hanyalah politik dan politiking, sedangkan kebajikan dan kesejahteraan serta kemajuan rakyat semakin terpinggir atau terbenam di dalam krisis politik itu.

Rasanya kita telah terlalu lama membiarkan konflik di antara pemimpin lama dan baru kita sehingga berlarutan begitu rupa kerana sebab-sebab yang hanya dapat difahami oleh para pemimpin politik kita sahaja.

Bagi saya, krisis politik Melayu sekarang ini bukan hanya antara Dr.Mahathir dan Abdullah, tetapi di antara para pemimpin politik Melayu dan para penyokong masing-masing. Senario ampu mengampu dan tikam menikam dari belakang yang sering kita saksikan di dalam cerita-cerita bangsawan Melayu purba itu nampaknya sering menjelma kembali di dalam masyarakat kita sekarang.

Bercakaran

Buktinya sehingga kini, selepas lebih tiga bulan berlangsungnya pilihan raya, setiap hari kita hanya masih bercakaran tanpa berhenti dan krisis di antara Dr.Mahathir dan Abdullah juga tidak mendapat perhatian yang sewajarnya secara ikhlas daripada kepimpinan politik kita.

Orang Melayu tidak seharusnya membiarkan krisis berkenaan berlanjutan, satu penyelesaian yang beretika dan bermoral haruslah segera dicari untuk kepentingan umat Melayu keseluruhannya, bukan untuk satu kelompok dan puak yang tertentu.

Rakyat telah merasa muak dan bosan dengan politik kita yang tidak beretika dan bermoral ini, mereka mahu satu penyelesaian politik secara baik, agar isu-isu kehidupan rakyat pula akan mengambil agenda utama yang dibincangkan oleh para pemimpin politik mereka.

alfakir1 said...

Salam Datuk & sdra/sdri

Sebelum Malaysia rujuk issue wilayah & kedaulatan Pulau Batu Putih di ICJ, sepatut nya mereka rujuk kepada Mufti di negara ini. Saya di beritahu oleh penuntut2 di Al Azhar di negara ini ada Mufti yg bertauliah, di hormati dan di segani oleh pensharah2 di Al Azhar. Ia nya ‘alim lebih dari 7 ‘ilmu (faculty) salah satu nya ia lah Undang2, Jutice in Islam. Mufti terse but berada di Al Azhar lebih drpd 15 tahun dan berkhidmat sebagai Pensharah di Al Azhar.

Malah Hakim2 di Eropah juga akan rujuk kepada kitab2, hadith dan tafsiran Al Quran dalam bahasa Inggeris yg ada di simpan di khutub khanah di Germany. Manakala, pemimpin2 dan Hakim2 di negara ini tidak mahu rujuk kepada undang2 Islam.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Pemimpin2 & Hakim2 di negara ini sangat angkuh yg menyebabkan mereka tercicir dari segala bidang.

Contoh

Abu Yusuf – one of history’s most extraordinary judges - has a case brought before him where a man claimed that he owned a garden that was in the possession of the Caliph.  Abu Yusuf had the Caliph appear in court and then demanded that the plaintiff bring his proof.  The plaintiff said: “The caliph misappropriated it from me, but I have no proof, so let the Caliph take a solemn oath.”

The Caliph then said: “The garden is mine.  Al-Mahdi purchased it for me but I find no contract for it.”

Abu Yusuf bade the Caliph thrice to testify under oath, but the Caliph would not do so.  At this point, Abu Yusuf ruled in favor of the plaintiff.

The Caliph, Abu Jafar al-Mansoor, once wrote to Siwar b. Abdullah, the presiding judge in Basra: “Look at the land that so-and-so the general and so-and-so the merchant are disputing about and give the land to the general.”

Siwar wrote back: “The proof has been established before me that the land belongs to the merchant.  I will not take it from him without proof.”

Abo Mansoor wrote back: “By God, besides Whom there is no other god, you will not take it from the merchant without right.”  When the judge’s letter had reached him, he had said: “I have filled it, by God, with justice, and my judges have begun to refuse me with the truth.”

Pulau Batu Putih ownership

After some twists and turns in its script, the ICJ announced that Pedra Branca belonged to Singapore. The judges were persuaded by the "major significance" of a 1953 letter by the then acting Johor state secretary that said, "Johor does not claim ownership of Pedra Branca". The ICJ decided that that statement amounted to Malaysia effectively abandoning the island and allowing the passing of sovereignty to Singapore.

Surat drpd Johor State Secretary 1953 telah mengesahkan Johor does not claim ownership Pulau Batu Putih.
Malaysia tidak ada bukti to claim ownership, sejajar dengan undang2 Islam.

http://www.islamreligion.com/articles/254/

adam said...

Datuk,

Saya rasa Rais Yatim agak lemah dalam matapelajaran ilmu hisab: dia kata Malaysia menang separuh dan Singapura menang separuh, jadi 'win-win'. Masalahnya yang separuh itu tidak bersamaan yang separuh satu lagi. Adakah satu pulau sama dengan dua batu? Ish, ish...

noor faiza said...

Iktibar dari kekalahan Pulau Batu Putih:-

1. Pemimpin kita memang lemah. Jadi tekanan yang lebih hebat patut dibuat untuk dia mudah LETAK JAWATAN atau DIPECAT.

2. Tiada lagi berbaik-baik dengan Singapura. Kita patut lihat pemimpin yang terlalu baik dengan proxy yahudi sebagai musuh negara.

3. Tiada lagi penipuan wilayah. Projek WPI mesti ditamatkan. Petition rakyat harus ditubuh untuk menggagalkannya.

4. Kembalikan maruah orang Johor. Buat kembali jambatan bengkok.

Ingatlah, kita tak mungkin dapat lagi Pulau Batu Putih. Air mata darah sekalipun.

Anak cucu kita akan kencing di kubur kita kerana ini. Hanya dengan melihat peta mereka akan tahu kebobohan kita mengurus harta pusaka. Bumi dipijak milik orang

Salam Datuk.

AC said...

Assalamualaikum Daro' dan pembahas sekalian. Maafkan saya sebab tak berapa arif Sejarah. Asas Undang-Undang ada sikit. Ini kerana pelajar aliran Sains era 80 dan 90-an tiada matapelajaran sejarah ditawarkan utk pelajar tingkatan 4 ke atas.

Saya tak lahu langsung kewujudan Middle Rocks (Batuan Tengah) dan South Ledge. Dari awal saya ikuti tuntutan Singapura dan perbahasan di akhbar hanya persoalan Pulau Batu Putih. Tiba-tiba saja ada Middle Rocks.

Saya rasa kita kalah teruk dengan undi 4-15. Macam mana Dato' Rais Yatim kata win-win situation.

Berapa agaknya kos untuk kes tuntutan ini. Boleh sesiapa dedahkan. Rakyat perlu tahu as a tax payor. Selepas kalah maka banyak penulisan di akhbar yang kata tida apa perlu ditangisi kerana keluasan Batu Putih hanya SEBESAR SEPARUH PADANG BOLA.

Kenapa baru sekarang digembarkan keluasannya seolah-olah nak sejukkan hati kata nothing to loose.

Teringat kartun yang pernah disiarkan dalam BH dahulu yang mengatakan satu pihak akan dapat Pulau Batu Putih manakala satu pihak akan PUTIH MATA. Kita dipihak PUTIH MATA... Sadisnya....

Ini merupakan kemenangan moral bagi Singapura dan selepas ini mungkin mereka akan impikan WPI pulak....!!!

Khairul-Dean Mohamed said...

The Scribe,

Marilah kita tengok bagaimana Kerajaaan Malaysia bertindak seterusnya dalam hal Middle Ledge dan South Ledge, yakni dalam perihal menjaga dan memajukan kedaulatan dan kepentingan Malaysia di kawasan sekelingnya - air, bumi dan udara.

Kawasan strategik sumber makanan adalah elok dijaga supaya jangan dicerobohi dan dirosakan, bukan begitu, Scribe yang arif?

miniclubman said...

Mat Terab,
Setuju, WPI sekiranya terlalu terbuka untuk kemudahan singapura ia akan menjadi macam Israel di Palestin. Itulah muslihat halus Yahudi di rantau Asia ini. Kesannya 20 tahun lagi.

miniclubman

Khairul-Dean Mohamed said...

The Scribe,

Saya kurang faham apa yang dimaksudkan ICJ dengan South Ledge tidak bertuan.

Apakah Indonesia pun berhak menuntutnya?

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

Lagi dan lagi "Bumi Dipijak Milik Orang...Maruah Peribadi Dah Hilang"!

Pada saya, kita boleh menerima hakikat dan berlapang dada sekiranya kita daripada awal lagi menunjukkan negara serius mahu mempertahankan kedaulatan tanah dan perairan kita dengan setidak-tidaknya menghantar pasukan yg sama hebat, barulah dikatakan pertembungan antara harimau (M'sia) dan singa (S'pura). Nih...entah apa yg dibuat oleh pemimpin tertinggi kita selama kes ini berlangsung dahulu? Agaknya sibuk mengukur kedalaman poket masing2 drpd memikirkan kedaulatan negara yg bakal (dan sudah pun) hilang. Daripada kes jual pasir/batu berharga murah kpd S'pura dahulu, kita sekarang hilang maruah apabila terlepas Pulau Batu Puteh. Mereka2 yg bersikap "never mind" dan tidur beginilah sebenarnya yg MURAH MARUAHNYA!

Pulau Batu Puteh bukan dirampas oleh S'pura, kita yg "memberikan"nya kepada mereka. Najib yg sepatutnya lebih arif tentang pertahanan negara, sudah terlepas pandang betapa strategiknya kedudukan pulau itu terhadap keselamatan negara. Satu hal lagi, mungkin pemimpin2 kita nampak hanya batu2 putih sahaja tetapi tidak terfikirkah kekayaan aquatik disekitarnya? Setuju dgn kata Sdr Khairul-Dean Mohamed, bukankah kekayaan laut itu menjadi penyambung hidup ramai nelayan kita? Betullah pemimpin2 kita lebih mementingkan tempolok sendiri - langsung tidak boleh diharap!

SELAMAT TINGGAL NUSAKU (Pulau Batu Puteh).

Anakbuah Biduanda

p.s.#1: Keputusan ICJ ini sebenarnya satu lagi "bala" bertimpa kepada kerajaan PakLah sekarang. Bala kerana membenarkan ianya berlaku. Satu lagi "bala" yg menunggu ialah dilema menaikkan harga minyak. Tak payahlah heboh2kan Indonesia menaikkan 30% harga minyaknya, skrip itu dah lama org kampung tahu! Teruslah bertanya lagi, ini suratan/takdir atau kebetulan?

p.s.#2: "Win-win" kepala hotak apa pak menteri oi...yelah, bukan tanah korang! (Maaf Dato', payah nak cari perkataan yg lebih sesuai utk mereka2 ini!)

p.s.#3: Sekali lagi saya nyatakan, saya selari dengan pendapat Sdr zurich al qaaf...."Rakyat akan merasa jemu dan hampa dengan aliran politik yang penuh dengan pertelagahan di antara pemimpin, seolah-olah hidup rakyat umum, mati mereka, makanan dan minuman mereka hanyalah politik dan politiking, sedangkan kebajikan dan kesejahteraan serta kemajuan rakyat semakin terpinggir atau terbenam di dalam krisis politik itu.

...Rakyat telah merasa muak dan bosan dengan politik kita yang tidak beretika dan bermoral ini, mereka mahu satu penyelesaian politik secara baik, agar isu-isu kehidupan rakyat pula akan mengambil agenda utama yang dibincangkan oleh para pemimpin politik mereka."


p.s.#4: Sdr miniclubman, memang tidak mustahil WPI berpotensi menjadi seperti tanah rampasan Zionist Israel di bumi Palestin - Tanah Melayu boleh lenyap "dijajah" balik oleh kerajaan yg tanahairnya diberikan percuma oleh datuk nenek kita dahulu!

Anonymous said...

Saudara Berasiam,
Adalah salah yang saudara katakan pegawain yang mengetuai Pasukan Malaysia ke ICJ dalm kes Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge adal Pegawai yang sama menegtuai Pasukan Malaysia merudingkan Jambatan Benghkok. Itu orang lain. Sebenarnya Ketua Pasukan Malaysia kali ini adalah sama orangnya yang mengetuai Pasukan Malaysia yang menang kes Ligitan dan Sipadan dengan Indonesia. Di ICJ, pangkat orang yang jadi ketua tidak mustahak. Yang mustahak ialah hujjah-hujjah yang dinbentangkan. Teta[pi say tahu kesalahanggapan saaudara sebab Dauk Kadir Jasin sendiri yang cakap begitu. Demikian juga saya cadangkan siapa hendak komen pasal Batu Puteh, sila baca dahulu keputusan ICJ (ringkasannya pub cukup) dan bacalah verbatin rekod hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh Pasukan Malaysia.

Orang yang tahu perkara ini.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

Wawancara di Berita Minggu dgn Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud (UKM), salah seorang anggota deligasi M'sia ke The Hegue serta penganalisis politik Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman (UKM) mengesahkan kerajaan kita cuai dan surat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 itu menghancurkan peluang kita selama2nya.

Lihat Berita Minggu Kita Terlepas Batu Puteh Kerana Cuai !!!

Kedua-duanya berkesimpulan antaranya..."Pertama sekali kerana ialah kelemahan kita dari segi pentadbiran dan surat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1953...kerajaan Johor apabila ditanya oleh pihak Singapura mengenai status pulau itu menjawab bahawa pulau itu bukan milik negeri itu. Ini yang menyebabkan mahkamah menjadikan surat itu sebagai hujah untuk mengesahkan bahawa Johor sudah menyerahkan hak kedaulatan pulau itu kepada Singapura.

Malaysia tidak membuat tuntutan, tetapi berusaha mengekalkan haknya. Singapura kemudian membuat 'tuntutan’ hasil usaha, perbelanjaan, komitmen dan sebagainya yang diberikan terhadap pulau itu selama ini.

Tiba-tiba keputusan memihak kepada Singapura dengan kelebihan ia menguruskan dan mengendalikan pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan oleh Malaysia. Tuntutannya berjaya. Ini yang menyebabkan saya berpandangan ia bukan keadaan sama menang, tetapi terlepas sebuah pulau milik kita akibat kealpaan sendiri."


Kerana itulah saya berpendapat, S'pura tidak merampas Pulau Batu Puteh tetapi kita yg cuai/alpa membiarkan mereka membuat sesuka hati di sana sejak sekian lama.

Tawarikh 23 Mei 2008 membuktikan Tanah Melayu yg bahasanya pernah menjadi Lingua Franca di Nusantara berputih mata dengan terlepasnya Pedra Branca ke tangan S'pura. Hari di mana Harimau Malaya seakan "hopeless" kalah bertempur dengan Singa Tumasek!

Anakbuah Biduanda

marn said...

tukar kerajaan la!!! dok bagi UMNO memerintah, makin lama makin sikit tanah melayu.

Padan la dengan muka melayu sebab bagi peluang orang tidak cerdik di tanah air memerintah.

Mohd Affendi said...

Selamatkan Pulau Pisang juga..50 tahun merdeka takkan tak boleh 'operate' rumah api sendiri lagi? apa2 pun boleh berlaku zaman skrg.

Semoga Pak Lah & pemimpin2 UMNO yg lemah & no-substance dapat ditumbangkan..
Jangan lupa untuk selamatkan negeri kelahiran UMNO - Johor (WPI)
kalau masih ada mereka yg sayanglah.. atau tetap sayang Lah..?

kalau ada otak, ada aqal & marah kalau dipanggil bebal..lihatlah sekeliling realiti & sendirilah fikir & buat pilihan utk berubah...
Buktikan mana dia "pejuang bangsa" tu..tak nampak & tak terasa pun?

Pulau Kasambo said...

The Scribe,

Semestinya Rais Yatim mengatakan keputusan ICJ itu 'win-win' kerana jika tidak Rais sebenarnya mengutuk dirinya sahaja.

Maklumlah, baru jadi menteri luar negeri dapat tanggung-jawab berat, hasil kerja hodoh langsung. Itu orang malayu kata langkah kiri. Orang tionghua kata 'itu rais 'dead body 46' yatim suwey siow!'.

Syed Hamid beruntung dan boleh tersenyum lebar. (Eloklah adakan projek kelas A di Middle Rocks and South Ledge cepat - fasttrack!)

rosli basiran said...

Salam buat Datuk AKJ,

Hakikat sebenarnya yang patut kita pelajari adalah, yang selalu cikgu-cikgu cakap masa kita budak sekolah, "USAHA TANGGA KEJAYAAN".

Tapi,

apa usaha kita?..... apa usaha kita cukup?...... kita ada banyak peguam yang hebat (kononnya) ..... kenapa peguam dari parti pembangkang sikit pun tak hirau?....

Peguam dari Cambridge U tidak semestinya pandai....... Cambridge U ni pun macam Harvard U ...... ada duit boleh pass punye!!!!!!!!

Balik ke soalan sebenar ..... apakah kita benar-benar berusaha pertahankan pulau itu? atau ia hanya sebuah ketulan batu yang tiada apa-apa kepentingan strategik bagi kerajaan? ..... sekurang-kurangnya prihatin lah akan masalah nelayan yang mencari sesuap nasi ditengah laut dan ketika dilanda badai, tanyalah kepada mereka dimana tempat berteduh! DAN TENTU JAWAPANNYA ... PULAU BATU PUTIH!!! Pulau yang selama ini sejak dari turun kemurun menjadi persinggahan dan tempat berlindung nelayan kita .....

Kita yang setiap hari duduk di dalam bilik berkarpet baldu 3 inci, berhawa dingin dan makan pun bersuap dapatkah rasa keperitan mereka itu semua..... atau GO TO HELL WITH THEM!!!! NONE OF MY CONCERNED!!!!!

Atui Dtabasan said...

Kalau tidak cakap penakut, apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai Najib. Sepatutnya dia perlu bertindak jika ketuanya seorang yang lemah, seorang yang tidak dapat mengikat perpaduan ahli-ahli UMNO.
Keadaan akan pulih kalau pemimpin yang lemah digantikan dengan pemimpin yang kuat.
Atau mungkin teraju Najib dipegang oleh PM hingga kalau keras melawan angin risau putus melayang ke delora taufan

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).