Friday, May 16, 2008

Mantan PM Akan Disiasat

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

(VERSI YANG DISEMASAKAN)

[TERBARU] -- TUN Dr Mahathir Mohamad berkata di Johor Baru hari ini yang beliau bersedia disiasat. Tetapi kalau siasat sahaja tidak ada apa-apa guna, katanya.

Mantan Perdana Menteri mahu beliau dihadapkan ke mahkamah supaya dia boleh membela diri sambil menceritakan segala-galanya, termasuk mengenai hakim-hakim.

[POSTING ASAL] -- MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata dia bersedia disiasat apabila atau jika ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, “menjadi Perdana Menteri.”

Anwar belum pasti menjadi Perdana Menteri, tetapi kesediaan Dr Mahathir untuk disiasat nampaknya semakin hampir kepada kenyataan.

Menurut laporan terkini laman berita bebas Malaysiakini yang memetik menteri yang menjaga undang-undang Senator Zaid bin Ibrahim (tiada kaitan persaudaraan dengan Anwar), Suruhanjaya di-Raja yang menyiasat kes video VK Lingam “memperakukan agar bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut pelbagai undang-undang atas peranannya di dalam pelantikan hakim-hakim.”

Pembesar lain yang juga menghadapi tindakan yang sama adalah bekas Ketua-Ketua Hakim Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, peguam kanan VK Lingam, bekas Menteri Kabinet Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan Vincent Tan.

Zaid mendedahkan demikian di Putrajaya hari setelah Kabinet “memutuskan yang tindakan sewajarnya diambil ke atas individu-individu berkenaan.”

Laporan Suruhanjaya itu memperakukan agar mereka disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Kesiksaan, Akta Pencegah Rasuah dan Akta Profesion Guaman.

Zaid, yang dilihat sebagai “brain” (pemikir) di belakang beberapa tindakan berkaitan kehakiman dan undang-undang oleh Pentadbiran Abdullah selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu berkata:
“Peguam Negara akan siasat. Laporan ini berbentuk nasihat (advisory) jadi Peguam Negara akan menyiasat mereka kemudian.”

Kabinet memutuskan laporan itu dihebahkan kepada umum.

Addendum

Saya melihat perkembangan ini seperti berikut:-

1. Penerusan kepada gaya pemerintahan jawatankuasa (committee rule) oleh Pentatbiran Abdullah Ahmad Badawi seperti dimanifestasikan oleh pelbagai suruhanjaya dan jawatankuasa kabinet. Antaranya Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya ketuk ketampi dan Suruhanjaya video VK Lingam;

2. Kegemaran Pentadbiran Abdullah terhadap agenda, program dan slogan liberal dan populist seperti ketelusan, kebertanggungjawaban, keterbukaan, “bekerja dengan saya bukan untuk saya” dan “beritahu saya apa yang saya perlu dengar dan bukan apa yang saya suka dengar.”

3. Perkahwinan antara agenda liberal-populist yang dipacu oleh anasir-anasir liberal dalam Pentadbiran Abdullah dengan tuntutan-tuntutan yang serupa oleh parti-parti lawan Umno;

4. Kecenderungan melakukan tindak balas (react) kepada asakan parti-parti lawan daripada menjadi penentu dan pemacu kepada agenda;

5. Peletakan batu asas yang akan memungkinkan cabaran ke atas apa saja yang dilihat oleh parti-parti lawan dan golongan liberal Melayu sebagai menyekat kebebasan mereka;

6. Manakala Zaid sendiri menentang “undang-undang yang tidak adil” seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Peguam Negara “akan” menggunakan beberapa akta yang juga dianggap tidak adil seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi;

7. Dalam bentuknya yang paling kasar (crude) dan dengan hasratnya yang tersirat, ia berupa satu lagi percubaan untuk mengaib dan menakutkan mantan Perdana Menteri dengan harapan beliau akan kecut perut dan berhenti mengkritik pemerintah; dan

8. Selepas ini, setiap mantan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Menteri-Menteri besar serta rakan-rakan dan suku-sakat mereka boleh, secara automatik, disiasat atas apa sahaja dakwaan dan tuduhan.
.

86 comments:

hamdan said...

Salam!

Datuk..komen dulu datuk...

othman said...

Ybhg.Dato

1.Episod ini boleh dilihat seperti "MELEPASKAN ANJING TERSEPIT" atau "SEPERTI KACANG MELUPAKAN KULIT".

2 Rugi besar dan terhinalah bangsa Melayu atas nama demokari dan keadilan. Pemimpin besar nya Melayu yang dijadikan mangsa pun Melayu yang berjasa.

3. Apalah malangnya "BANGSA MELAYU".

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Enam Jahanam? Itu sebab tiba-tiba Tuhan telah menghukum 6 negeri jatuh pada pembangkang masa PRU-12.

2. Nak suruh Peguam Negara siasat? Tak payah, sumbat dengan Peguam Negara sekali dalam penjara.

3. No wonder lah Datuk, sampai dalam Masjid Haram di Makkah pun orang luar boleh cakap pasal rasuah di Malaysia.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

NOBISHA said...

Dato, maaf sekiranya saya agak kurang memahami isu undang-undang. Saya bukan peguam. Saya hanyalah orang kampung, dari Kodiang. Anak petani.

Saya tidak melihat mengapakah Tun Dr Mahathir perlu dilibatkan dalam siasatan ini. Ini bukan bermaksud untuk saya mengatakan bahawa TDM "is above the law". Cuma, sebagai PM (ketika itu), dia bebas mencadangkan sebarang nama kepada YDP Agong untuk jawatan Ketua Hakim Negara.

Sebagai PM juga dia boleh mendapatkan pandangan sesiapa sahaja -- sama ada melalui saluran rasmi dan tidak rasmi -- sebelum membuat keputusan. TDM bukan menjadi PM dalam vacuum.

Saya tidak ada halangan untuk menyiasat nama-nama lain yang disebutkan, tetapi usah diheret bekas PM sekali. Kebimbangan saya ialah apabila bekas PM diheret sama dalam siasatan, ia menjadikan tugas PM sekarang dan akan datang cukup sukar.

Saya bukan fanatik TDM, tetapi saya memikirkan implikasinya ke atas PM SEKARANG dan AKAN DATANG. Berikan ruang kepada PM untuk membuat keputusan yang difikirkannya betul; tanpa kita mencurigainya. Sekurang-kurangnya keputusan pada masa itu!

Fikir Tajam said...

Salam Datuk,

Setakat manalah sangat kecerdikan Zaid, Anwar dan Abdullah. Kalau sekadar lulus undang-undang (Zaid), pengajian Melayu (Anwar), dan pengajian Islam (Abdullah) tak usahlah nak berpencak minda menaakul mantiq menganyam logik.

Permainan mereka berkaitan rakaman video VK Linggam terlalu remeh (trivial). Budak lepasan sekolah pun dapat membaca niat (intention) di sebalik percaturan ini.

Tanyalah siswa/siswi dan profesor fizik dan matematik. Mantiq ala Abdullah dan Anwar sangatlah rendah arasnya (mediocre). Barangkali Abdullah dan Anwar patut kembali ke universiti semula. Ambil bidang seperti mathematical physics atau pure mathematics. Menggelintar ilmu aljabar niskala (abstract) dan analisis nyata (real analysis). Atau selongkar kebesaran Allah dalam bidang Quantum Mechanics, Nanotechnology, dan Space-Time Relativity.

Atau sesekali jelajahilah ke Google earth melihat-lihat dengan mata hati kejadian alam sarwajagat yang gelap gelita, dimensi ruang tak bertepi.

Bacalah sejenak buku-buku tulisan Albert Einstein, Stephen Hawking, Dedekind dan Lakatos. Juga telusuri Ihya Ulumuddin, atau Lembaga Budi oleh Pak HAMKA.

Kemudian singgah sebentar santaian di gobok puisi Allahyarham JM Aziz yg cukup setia di dada laut bersama sotong, ketam dan kolek. Juga telaah bait-bait syair Rabindranath Tagore dalam Gitanjali atau selak lembaran Bumi Manusia oleh Allahyarham Pramoedya Ananta Toer. Barangkali khazanah cernaan minda yang hebat lagi agung ini bisa melembutkan hati, membuka minda, mencerna nurani.

Tidak cukup tambah saja kuntum syair 17 Raja Ali Haji. Jika masih tak upaya membina kejatidirian yg ampuh maka barangkali ada baiknya kalian (zaid, Abdullah, dan anwar) pergi mengambil wuduk solat 2 rakaat mohon petunjuk Ilahi.

Percayalah doa orang-orang yg teraniaya adalah makbul. Justeru jika benar Anwar dianiaya oleh YB Tun kenapa sampai kini Tun masih sihat tegak berdiri minda berapi? Fikirlah renunglah sanubari manusiawi. Berapa ramai yg tunggang-tonggek solat hajat dan munajat mohon ditunjukkan Allah yg akhirnya kita sama-sama lihat Anwar patah tangan, terkehel tengkuk, muka hitam koreng, Zaid bersuara tapi botol yg berkata-kata (menurut Sang Kelembai), Abdullah diaibkan Allah menjadi PM walau berasal daripada negeri yg kalah. Mana nak taruh muka beb?

Lagi pula Abdullah sendiri tak pernah menafikan kesekian banyaknya gambar 'kurang manis' beliau bersama Michelle Yeoh yg tersiar di seluruh dunia. Begitu juga Anwar enggak bisa menafikan keterlibatan secara langsung beliau dengan Foundation for Future, hubungan intim dengan Wolfowitz dan rakaman video menari dangdut siap pakai boh lagi.

Malah Zaid sendiri tak pernah menafikan serangan terbuka sang Kelembai yg menyalak seluruh negara mengatakan yg Zaid seorang kaki botol. Kalau enggak benar ngapa tidak disanggah saja Pak?

Permaianan Abdullah ini akan melingkupkan diri beliau sendiri kerana Allah swt telah memberi amaran bahawa jangan sekali-kali bersubahat dengan musuh-musuh Islam.

nasru said...

saya yakin dan percaya siasatan keatas mantan perdana menteri hanyalah satu sandiwara yang akan berpanjangan sahaja. semuanya untuk mengaburi mata rakyat agar rakyat dapat melihat pentadbiran paklah ni tak kira sapa jika salah disisi undang2 tetap akan didakwa. rakyat pun bertepuk tangan tanda gembira. maka paklah pun tersenyum kembali

bZz said...

Dato,

Saya tertanya-tanya, adakah taktik ini digunakan utk melarikan diri dari cerita kemana perginya wang ehsan terengganu hilang? Nampaknya, 'pengumuman' dari Datuk Amirsham tak dpt melawan cerita kehakiman.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zaaba said...

Assalamualaikum Sdr. A Kadir Jasin,

Kita kian hampir ke persimpangan jalan dalam kes Lingam-tape ini. Samada mantan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain bersalah atau sebaliknya diharapkan siasatan serta tindakan selanjutnya dilakukan secara objektif dan adil serta saksama. Janganlah siasatan-siasatan atau tindakan-tindakan ini diasaskan atas dasar dendam. Jika dendam diguna sebagai asas siasatan dan tindakan, maka baki kredibiliti kerajaan BN masa kini berkemungkinan akan terhakis terus.

Bersembunyi disebalik "tabir kebenaran" mungkin digunakan sepenuhnya olih para "penentang" mantan Perdana Menteri. Adakah siasatan serta tindakan bolih dilakukan tanpa sebarang unsur "bias"? Pada hemat saya, unsur "biasness" tetap ada, cuma "to what extent". Jika terlalu bias (disebabkan olih rasa dendam) maka semua siasatan dan tindakan hanyalah sebuah wayang kulit dimana penerbit dan pengarah adalah para pemimpin masa kini.

In the final analysis, the loser is the rakyat and tax payers!

Myocardial Infarc said...

The Scribe,

Saman malu RM100juta ai ke atas TunM dah ditolak mahkamah, jadi tak perlulah TunM risau-risau.

Ada orang yang akan kena saman malu dari Lingam, Scribe. Sekurang-kurangnya.

Kenapa pita dibuat?
Marahkan peguam sendiri dan hendak membalas dendam?

raja2u said...

Raja2u

YBhg Dato'.Masa yang amat mendukacitakan.Kalaulah kita menghayati bahawa semua orang Islam itu bersaudara dan menentukan perintah Allah jangan sesekali mengaibkan atau menyakiti sesama Islam perkara ini pasti tersimpang jauh melainkan ianya takdir Allah.

Yang tinggal lagi adalah pepatah orang tua kita dahulu "Berani kerana benar takut kerana salah".

Kejadian ini adalah suatu peringatan kepada kita yang suka lepas cakap supaya berjaga-jaga kerana implikasinya sangat besar.PERLULAH KITA INGAT MENGINGATI BAHAWA APABILA KITA BERCAKAP MENGENAI SESEORANG ITU,IA MUNGKIN MEMEGANG DUA WATAK. SATU DIRI PERIBADINYA DAN SATU LAGI JAWATAN ATAU "CHAIR" YANG DIDUDUKINYA.

Saya berdoa semoga kita dilindungi Allah perkara-perkara yang tidak diingini.

Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya.

noor faiza said...

Salam Dato,

Senator Zaid ni menempah maut dalam kerjaya politiknya sendiri. What are u trying to achieve, Zaid? revenge or popularity?

Dato, saya harap esok Dato dapat sampaikan pada orang Johor agar bertindak sekarang dan berani mengambil risiko demi survival Melayu.

Terima kasih

MAJAF said...

Salam Datuk..
Suruhanjaya diraja telah memperakukan kes video Lingam. Besarlah harapan orang kebanyakan yang sekian lama menjadi tumpuan, agar orang orang yang disebut tadi disiasat dengan teliti lagi telus.Ini salah satu kes yang serius dan berprofil tinggi membabitkan maruah negara kita yang memang pun telah tercemar.Kini terpikul pada bahu peguam negara,samaada berat atau ringan terpulanglah pada beliau.Mengikut suruhanjaya penyiasatan, mereka ini boleh disiasat dibawah lima akta,adalah mustahil jika tidak ada satu pun boleh disabit.Sama samalah kita tunggu penyudahnya.MALAYSIA BOLEH.. apa apa pun boleh berlaku.

Ian said...

Kepada su-kj berhentilah mengadu-domba & memfitnah org lain. I saw yr name elsewhere. Fikir dulu sebelum sedap-sedap tuduh org yg bukan-bukan.

Saya bersetuju dgn Nobisha. Sekurang-kurangnya TDM telah membuat keputusan & bertindak atas maklumat yg beliau ada masa itu atas bidang kuasa yg diamanahkan kpd beliau. Full stop.

Yg si Zaid ni nak heret TDM apahal. Kesannya ialah beban yg tidak sepatutnya akan ditanggung oleh PM skrng & future PM. Saya rasa Pak Lah boleh baca maksud tersirat.

Rakyat boleh baca bhw niat sebenar Zaid & kuncu2 dia ialah nak perleceh & memburuk-burukkan TDM, seterusnya undermine jasa TDM yg lepas, itu saja. Awatlah busuk sgt hati hampa ni. Tak ada ke benda lain yg lebih penting yg nak difikirkan. Malas nak layanlah.

Anonymous said...

Datuk,

Melayu siasat melayu. Melayu kutuk melayu. Tak lama lagi melayu bunuh melayu...

HGJ

ZURICH AL Qaaf said...

satu kesilapan yang amat besar BN buat..

tok.. "p.ramlee ada berkata..

"ini masa kau kasim"
bila dendam kasumat menjadi agenda perjuang bangsa yang di letak di depan..

Hanya ALLAH sahaja yang mampu membetulkan keadaan ini..

salam dari perth.

Awang Maya said...

CABARAN AWANG MAYA UNTUK DSAI

Jika Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) benar-benar ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan KEHENDAK RAKYAT, maka Awang ingin MENCABAR DSAI sebagai pemimpin de facto PKR menggesa ketua pembankang di Parlimen (Secara kebetulan merupakan isteri beliau) agar mengemukakan USUL agar Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) meletak jawatan.

Kenapa Awang mencabar DSAI berbuat demikian? Kerana itulah KEHENDAK RAKYAT yang sebenar. Rakyat tidak peduli lagi tentang politiking…apa yang Rakyat rasakan sekarang ialah berada di bawah kepimpinan AAB amat meresahkan dan mengecewakan. Rakyat tidak mahu ditipu lagi. Rakyat tahu bagi mengaburi akan kesilapan (the worst damage) yang telah AAB buat sepanjang 4 tahun yang lalu, sekarang AAB dilihat seolah-olah amat ‘baik’ kepada Rakyat dengan memberi semua apa yang dituntut oleh Rakyat. Antaranya CEUPACS, bekas-bekas hakim dan yang terbaru golongan guru. Ya, Awang bersyukur kerana segelintir golongan ini mendapat sedikit faedah ekoran sikap panik AAB yang ketika ini cuba menjadi pemimpin paling pemurah (cuba meraih kembali popularitinya). Namun Awang percaya sikap pemurah yang tidak bijak ini akan menjadi AAB menjadi lebih panik lagi di kemudian hari kerana kebih banyak lagi tuntutan-tuntutan yang akan dibuat oleh Rakyat. Rakyat tidak nampak satu pendekatan secara holostik terhadap langkah mengembalikan semula keadaan kehidupan sebelum tahun 2004 yang lalu. Kerana yang pasti sejak AAB memerintah negara, kehidupan Rakyat semakin terhimpit ekoran keputusan-keputusan yang dibuat oleh AAB.

Kepada DSAI, pergilah ke ceruk-ceruk kampung, bersembanglah dengan orang-orang kampung di kedai kopi, bebualah dengan pak cik dan mak cik petani di bangsal-bangsal, apek-apek tua di kedai runcit usang di pekan-pekan kecil, ane menjual surat khabar di stesen-stesen bas, Awang percaya DSAI akan mendapati kebanyakan daripada mereka memang sudah tidak mahu AAB sebagai PM. Mereka berkomentar dengan kapasiti sebagai seorang rakyat biasa. Rakyat yang tidak mengetahui blogging, tidak pernah berbicara di lounge, di hotel 5 bintang, di Coffee Bean mahupun Star Buck. Tetapi suara mereka adalah tetap suara Rakyat Malaysia.

Untuk itu, sekali lagi Awang ingin nyatakan di sini kepada DSAI, jika Datuk Sri benar-benar ikhlas memperjuang kehendak rakyat, mohon digesakan kepada ketua pembankang membuat usul ketidakpercayaan kepada Perdana Menteri sekarang. Awang percaya ramai MP di kalangan BN (terutama di Sabah dan Sarawak) akan menyokong.

Tetapi jika DSAI enggan berbuat demikian, jelas dan teramat jelas bahawa DSAI hanya memperjuang TEMOLOK dan KERAKUSAN kuasa diri sendiri. Sebab jika AAB masih kekal, kerajaan akan terus lemah, maka amat mudah bagi PKR yang bakal diketuai oleh DSAI merampas kuasa pada PRU 13. Sedangkan rakyat terus-terusan berada di dalam keresahan ketidaktentuan iklim politik Negara. Jadi DSAI, sahutlah cabaran Awang demi memperjuangkan kehendak rakyat.

-Awang Maya-

Syed Sheikh Alhady said...

Kepada fikir-tajam,

Saya rasa elok TDM disoal siasat supaya dia dapat jelaskan bahawa dia tidak bersalah. Umpamanya jika ada tuduhan baahwa dia berpakat dengan Lingam dan Vincent Tan untuk melantik seseorang Hakim Besar yang akan berpihak kepada Lingam dan Vincent Tan dalam kes kes tertentu. dan pastinya dia dapat buktikan bahawa dia tiada menerima apa-apa habuan dari kedua-duanya apabila TDM melaksanakan lantikan tersebut...

Mungkin di masa hadapan, kita boleh juga minta AAB disiasat kenapa beliau sanggup batalkan jambatan bengkok dan apa sahaja keputusan supaya dia dapat jelaskan yang tindakannya adalah lebih baik dari meneruskannya...

dan supaya Najib, Muhyiddin atau sesiapa sahaja dapat berhati-hati tatkala memegang amanah kita supaya bila kemungkinan disoal di masa hadapan... yang akan terbukti hanyalah amanah dan kepentingan rakyat semata yang mendorong tindak tanduk mereka...

lanang di kuala said...

Saya tertarik dgn komen fikir tajam. Adakah saudara benar-benar pernah membaca karya-karya besar yg saudara katakan itu? You sounded grand but empty inside. Jika benar kita ini ada banyak ilmu maka tidak molek rasanya kita memperlekehkan orang lain yg ilmunya mungkin lebih rendah daripada ilmu kita. Setahu saya resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.Jika kita mendabik dada tentang ketinggian ilmu kita maka sebenarnya ilmu kita itu tidak berjaya menjadikan kita manusia yg insaf tentang betapa sedikitnya ilmu yg kita ada jika dibandingkan dengan luasnya ilmu Tuhan. Saudara kedengaran seperti mempunyai agenda tersendiri/tersembunyi terhadap ketiga-tiga orang ini.

Ranger said...

I would love to see the old man in jail counting bars. That's a start. At last we are getting some where.

Letting the time pass me by said...

Kenapa asyik nak babitkan TDM? Kes TSA pun nak kata TDM salah, kes VK Linggam pun TDM yang salah. Kalah pilihanraya 5 negeri pun TDM punya salah. Apa punya negara la yang menyalahkan pemimpin lepas? Kita nie agaknya nak mencontohi Indonesia, yang membicarakan kes Suharto dan hasilnya apa? Harga beras naik pun nak salahkan TDM jugak?

nazrida said...

saya rasa tindakan mengheret TDM dengan kes linggam sekadar nak alihkan perhatian rakyat kepada isu sekarang - kelemahan PM! Juga, kerana mungkin TDM terlalu banyak menyentuh kelemahan PM(yg sememangnya benar) jadi 'mereka' berusaha untuk menghapuskan TDM...kenapala ada manusia yang tak sedar2 yang dia ni orang tak suka!

Anonymous said...

Mungkinkah Pak Lah juga akan disiasat selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri berkaitan kes penjualan GLC dan kes SCOMI atau kes penjualan Oil for Foo di Irak.

jaim said...

My comment Dato,

1. Ini kes balas dendam. Tak lebih tak kurang

2. Ini kes nak tutup kelemahan Pentadbiran Pak Lah sekarang

3. Ini kes kaduk naik junjung

4. Ini kes naya

5. Ini kes Melayu nak jatuhkan Melayu ( In the case of Pak Lah its different. Memang Terang- terang kami minta dia turun sebab dah tak tahan)

6. Ini kes nak sumbat mulut orang, pas tu nak bermaharajalela.

Remember Dato

TDM is an icon, is a symbol, is a legend, is a legacy, a true leader, not only in Malaysia but the whole World esp the Muslim world. To harm him is to harm the Malays, Islam, the Islamic world, the Nation and the people. Think Twice before you proceed Zahid because if that happen the rakyat will go aginst u and co. This is not TDM Business but the people business.

Thank You

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Saya ingin ulang di sini cakap-cakap saya dengan nobisha

Sekiranya siasatan suruhanjaya diraja ini boleh disanggah di mahkamah, kes ini akan berpanjangan.

Mengikut kata tukang rakam tape ada 70% lagi bahagian tape ni di N. Cina. Bolehkah kita tengok filem Sangam tak habis dan buat keputusan ?

Yang nak kena siasat tu pun lawyer
dan bekas-bekas hakim yang tau undang-undang. Dan Tun M pun masih tajam.

Silap kira2, bila AAB tersingkir, kes ni belum juga selesai

Ini hanya sebahagian permainan politik AAB dan Zaid

1. Tunjuk pada PR dan rakyat bahawa dia peka dan penuhi kehendak rakyat dengan reform dan pendedahan. Telus. Dia senyum lebar,satu kemenangan. (Sebenarnya dah termakan umpan)

2. Beri tekanan semula pada Tun M sebab kritik dia. Tun baru jumpa Najib. AAB tak suka.

3. Nak tunjuk dia in-control.

4. Nak tutup banyak kelemahan lain dan in-decision. Mengalih perhatian pengkritik.

5. laporan polis terhadap NST sebab siaran sebelum pengesahan kabinet hanya main wayang.

6. Menunjuk kehebatan dalam usaha mengekang AhliPerlim,en BN lompat parti. SILAP BESAR kerana DSAI lebih mengacah dari mengharap. DSAI lebih suka AAB sbg PM supaya boleh terus di exploit.

Kalau main takraw AAB ni kira lubuk.

Khairul-Dean Mohamed said...

ranger,
which old man?
and why?
for how long
where?

which old man?
what about you?

which old man?
do you think the old man care?

alfakir1 said...

Salam Datuk

Berita Hangat, Berita Tergempar di negara ini yang menjadi hot topic dimana2 sahaja, di Asia dan seluruh dunia sambil kita menunggu akan kesudahan nya. Berapa lama kah siatan ini akin berakhir?

Memang sudah di jangka oled TDM siasatan ke atas nya akan timbul tetapi tak secepat yang di sangkakan.
Memang pahit juga bagi penyokong2 TDM untok menerima akan siasatan ini menjadi realiti di ikuti oleh berita yang tergempar di umumkan oleh Menteri undang2 Senator Zaid Ibrahim.

Macam manakah perasaan Tun Salleh Abas setelah di fitnah dan singkirkan dari jwatana Lord President?
Macam manakah perassaan Lim Guan Eng di fitnah sehingga merengkok di dalam penjara walau pun ia membela anak gadis melayu di bawah umur di perkosa oleh MB?
Macam manakah perasaan DSAI setelah di malukan seluruh dunia tampa bukti yang kukuh?
Kini giliran TDM untok merasanya setelah ia di anggap terlibat dalam peranan nya memanupulasikan perlantikan hakim2.

Justeru, berhati2 lah kita sebelum membuat sesuatu andaian dengan mencerca atau fitnah tampa bukti.
Ini adalah tindakan yang wajar dan memberi kesempatan bagi TDM dan 5 prominent fiugres yang terlibat dalam perlantikan hakim2 dan juga ia pengajaran bagi rakyat dan pemimpin2 yang lain tidak boleh sewenang2 nya sebelum sesuatu tindakan di ambil.

Jangan lah terlalu emosi, hingga akan menghancurkan physical dan mental kita.

Titek2 hitam setip 10 tahun berlaku di negara ini.

1. 1988 - Tun Salleh Abas disingkir dan lahirnya Umno Baru dan Semangat 46
2. 1998 - DSAI disingkir dan Marengo di dalam penjara
3. 2008 March - PR menewaskan UMNO di lima buah negeri. BN Sabah mengugut akin keluar dari BN. TDM dan 5 prominent figures di siasat di dalam conspirasi untok manupulasi perlantikan hakim2.
Apa akan terjadi selepas ini?


Equality Before the Law:

Islam gives its citizens the right to absolute and complete equality in
the eyes of the law.

Rulers Are Not Above the Law:

According to the Islamic concept of justice, absolutely no one is
above the law, for all men are equal.

Cheng said...

Personally, I think God is very kind by extending the ex PM life.

We should allow the ex PM has his say.

Imagine, it would be a different scenario if the ex PM is not around to defend these so called 'implicated allegation'.

tajudin said...

ya, siasat jangan tak siasat.

kalau ada lagi kes belum siasat, cepat-cepat siasat. bahkan ramaikan lagi pegawai penyiasat.

asyik benar bersiasat....

whackthembugger said...

Salam Datuk,

Malam tadi saya menghadiri satu kenduri arwah di Kelana Jaya.. Semasa menjamu selera, saya berpeluang untuk berbicara dengan beberapa orang yang agak berumur dan antara topik menarik kami bercerita serba sedikit ialah mengenai kes Limgan. Reaksi kami antara lain adalah:

1. Seperti dinyatakan oleh TDM, kes Lingam Tapes ini sebenarnya ialah untuk memburuk-burukkan nama Lingam iaitu peguam yang mempertahan beliau dalam kes saman RM100 juta oleh DSAI. Yang peliknya DSAI, dalang dalam kes ini, telah mendapat menafaat apabila kes ini diperbesarkan oleh Pak Lah melalui kuncunya terutama Zaid Ibrahim, Menteri Undang-undang yang telah menggali semula kes 20 puluh tahun dulu. Kes Tun Salleh Abas kononnya telah memburukkan sistem perundangan di dalam sejarah Negara dan apa lojiknya Tun Saleh Abas diberi wang pampasan. Zaid Ibrahim harus tahu (atau adakah dia pura-pura tak tahu) mengenai ‘conflict of interest’ di mana CEO Scomi adalah menantu Tun Salleh Abas dan Scomi adalah kepunyaan anak PM.

2. Siapakah rakyat jelata yang menerima akibat buruk daripada “kesalahan” kes Lingam Tapes ini? Kami beranggapan kes Lingam Tape ini, selain satu daripada tindakan memalukan TDM, adalah berunsur untuk memberi alasan tegoh kepada pembentukan “Judiciary Appointment Committee (JAC)” dalam sistem perundangan Negara; kononnya sekiranya sistem perundangan yang dibaik pulih akan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini. Sesiapa yang percaya dengan objektif ini tidak memperdulikan “the bigger story”. Pembentukan JAC mungkin akan hanya dijadikan satu lagi permainan atau muslihat untuk menjaga kepentingan peribadi terutamanya keluarga utama Negara (the 1st Family) seperti Halal Hub, Scomi, Wang Ehsan Trengganu, hartanah di Pulau Pinang dll.

3. Adakah ‘reform-reform’; yang diterajui Pak Lah sedemikian untuk mencabar tindakan reformasi yang dibawa DSAI melalui pakatan beliau “Foundation of the Future” sama dengan ciri-ciri demokrasi dan refomasi yang dicadangkan untuk negara-negara Arab dan Afrika Utara. Semestinya DSAI dalam mendalangi kes ini telah menerima nasihat, anjuran dan kepakaran asing kerana saya tidak berfikar beliau terlalu cerdik dalam hal sebegini kompleks.

4. Mengapakah kes Wang Ehsan Trengganu sebanyak RM7.4b tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada rakyat terutamanya dari golongan ahli politik untuk mencari penjelasan mengenai salah gunanya, apa lagi ada komen-komen yang mengatakan wajah Masjid Cristal daripada atas (aerial view) merupakan wajah seekor binatang yang sangat dihina Islam.. Kalau ini benar, adakah ini disengajakan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam pembinaannya yang bermotif mahu mempersenda dan memperlekeh agama dan bangsa kita?

Pada pendapat kami, kes Lingam Tapes ini hanya merugikan masa dan tenaga rakyat dan juga merupakan satu usaha “multi prong approach” untuk tidak menarik perhatian umum dan melindungi kepentingan peribadi PM & the 1st Family; DSAI telah mengaut keuntungan - nampaknya seolah-olah ada pakatan antara mereka semua. Jelas sekali orang Melayulah yang menderhaka kepada bangsa sendiri. Saya berharap rakyat jelata akan menumpu perhatian untuk mendapat penjelasan yang memuaskan bagi kes Wang Ehsan Trengganu dan juga perniagaan-perniagaan lain di mana dikatakan keluarga “the 1st Family” termasuk ‘extended family’ mereka telah membolot dan mengaut harta negara untuk kepentingan peribadi. Malam tadi saya juga dimaklumkan mengenai cadangan yang kononnya diterajui oleh ibu kepada SIL untuk mendirikan satu bangunan lebih 20 tingkat di tanah wakaf di Bukit Damansara tetapi telah tidak dipersetujui oleh persatuan penduduk di sana. Sebelum itu saya dimaklumkan anak perempuan PM mempunyai kepentingan dalam pertukaran syarat tanah wafah di Bangsar untuk mendirikan bangunan komersial dimana beliau mempunyai kepentingan. Segala tingkah laku keluarga “the 1st Family” dan “extended family” mereka telah membawa banyak padah kepada Negara kerana pentadbiran Negara yang amat lemah.

Sekian. Terima Kasih.

Orang Kampung said...

Pak A Kadir Jasin,

Aduh... tok pening kepala betul lah dengan suasana politik Malaysia sekarang ni. Tak mau pening-pening kepala ni negara tok jugak. Apa yang terjadi ni sebenarnya ha?

Tak taulah tok,sejak Anwar kena tendang semasa jadi TPM dulu, tak habis-habis pendedahan demi pendedahan dibuat. Lepas ni nak telanjangkan sapa lagi?

Kalau bekas PM pun, malah TPM (Anwar) pun boleh ditelanjangkan, wah, rekod tu! Rekod dunia.

Tok tak taulah nak kata apa, sedih juga... anak cucu tok macam ayam hilang anak jer, sapa yang pimpin anak cucu tok sekrang ni? Pemimpin asyik bergaduh je...

ahmad said...

Semakin hari semakin banyak langkah sumbang dari pucuk pimpinan. Sejak peralihan kuasa kepada Pak Lah, tidak ada satu pun masalah dapat ditangani secara bernas dan decisive. Masalah berpanjangan menjadi barah....Kita melalui zaman kegelapan....hanya akar umbi umno dapat mengubah.

ular lidi said...

kita jangan lupa... menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini pernah disabitkan kesalahan dalam UMNO kerana rasuah... dan dia digantung oleh BN... tetapi masih dilantik oleh ahmad badawi.. sandiwara murah yang dibuat ini cukup menggambarkan bahawa abdullah tidak layak menjadi pemimpin.

anakbuah said...

Sdr nobisha dan Sdr ian,

Pada saya elok TDM disiasat supaya dia dapat menjawap dan membersihkan nama beliau - berani kerana benar, takut kerana salah, bukan? W/pun mahkamah kita masih diragui ketelusannya, paling tidak dgn laporan media pardana dan alternatif, kita dapat memikirkan dan menilai sendiri penjelasan semua pihak yg dikaitkan di dalam kes video VK Lingam ini. Sama seperti kes2 DSAI - tilam, mata lebam, spinal dics dislocation & lain2 - kita perhatikan nanti, siapa tipu siapa. Kebanyakan kita bukankah berakal? Jadi, saya sokong sepenuhnya TDM setuju disiasat. Dalam masa yg sama, sesiapa juga yg dituduh atas apa juga kes, perlu berani mempertahankan diri di mahkamah. Mahukah kita mendiamkan diri sehingga sampai masa mulut kita dikunci dan semua anggota kita yg "bisu" selama ini akan mula "berkata-kata"? Di Hari Penghakiman Agung itu, tiada siapa yg terlepas.

Kepada Sdr Fikir Tajam yg berkata... "Percayalah doa orang-orang yg teraniaya adalah makbul. Justeru jika benar Anwar dianiaya oleh YB Tun kenapa sampai kini Tun masih sihat tegak berdiri minda berapi? Fikirlah renunglah sanubari manusiawi."

# Makbul atau tidak, itu haqNya. Tiada siapa yg tahu bila Allah nak balas dan makbulkan doa yg teraniaya. Daripada riwayat, boleh jadi sekarang, boleh jadi di masa hidup seseorang atau di masa hendak dicabut roh!? Atau dengan kuasaNya, kalau tidak di dunia, mungkin Allah akan balas lebih teruk di alam kubur, atau semasa di Padang Mahsyar dan seterusnya. Bukankah tajam fikiran, minda berapi, nikmat kesihatan dan umur panjang juga boleh jadi suatu istidraj? ["ISTIDRAJ" bermaksud suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut!] Dia sahaja yg Maha Kuasa menghukum!

anakbuah.blogspot.com

p.s.: Sdr. ian, sudah sampai masa saya tidak melayan "tindak tanduk" su-kj dimana2 blog yg beliau jelajahi. Gaya tulisannya nampak tidak lagi rasional.

berasiam said...

kabinet belum buat keputusan sama ada nak umum atau tidak laporan suruhanjaya pita lingam, akhbar- akhbar terbitan nstp hari jumaat telah menjadikan ulasan mengenainya pada muka hadapan, headline. rakyat yang semakin bijak telah dapat mencium bau busuk yang tersembunyi dalam tembelang laporan itu. dua orang dikatakan mempengaruhi pelantikan dan kenaikan pangkat hakim dinamakan, siapa pula yang dipengaruhi tidak disebutkan secara langsung. orang yang kurang bijak seperti kami yang bukan bekas hakim atau peguam pun mendapati bahawa adalah sesuatu yang berat untuk membuktikan perkara yang ghaib seperti ini. laporan suruhanjaya MENDAKWA berlaku keadaan mempengaruhi dan ada pihak yang didakwa melakukan sedemikian. persoalannya, bagaimanakah untuk membuktikan bahawa satu lagi pihak DIPENGARUHI. suruhanjaya tidak perlu risau lagi kerana mereka telah melengkapkan tugas mereka dan bebanan untuk membuktikan dakwaan mereka harus ditanggung oleh pihak lain yang entah siapa. barangkali zaid ibrahim mempunyai jawapan untuk kedua-dua persoalan iaitu siapa yang akan dilantik untuk menggalas tugas membukti serta juga bukti yang diperlukan untuk menyabitkan bahawa pihak berkenaan DIPENGARUHI.
sememangnya daripada mula suruhanjaya diumumkan, amat jelas bahawa pengerusi dan beberapa ahlinya merupakan orang-orang yang berkepentingan dalam persoalan yang disisasat pada ketika peristiwa itu berlaku, lantas agak meragukan sama ada mereka boleh bersikap berdikari. boleh jadi mereka akan bertindak melindungi institusi yang mereka anggotai atau mereka tidak berpuas hati dengan harapan mereka pada masa itu dan menyalurkan dendam mereka melalui tugas yang diberikan kepada mereka kini. untuk mengatakan bahawa bekas pm menyempitkan tafsiran perundingan adalah memperkecilkan kuasa yang telah termaktub dalam Perlembagaan. dengan itu, laporan itu sendiri kelihatan menghina Perlembagaan dengan mempersoalkan kuasa yang telah ditentukannya. itulah intipati laporan itu sebenarnya dan mungkinkah laporan polis boleh dibuat berdasarkan frasa berkenaan? seluruh rakyat yang semakin celik terus menilai dan dan akan menghukum bila sampai ketikanya.

wanzaim said...

Salam Dato,

Peperangan politik sudah berlaku ... tapi yang pelik berperang masa kaki dah tempang ... lagi satu jangan lak tertido masa berperang .. sia2 aje kena tembak free ...

p/s : LAH nnt bersedialah utk disiasat ekkkkkk ...

Ummu Salamah said...

Salam Ziarah..

Inilah akibatnya jika kita terlalu menyanjung tinggi KETUANAN MELAYU Datuk.

Slyderrose said...

Orang melayu ramai yg terlalu emosional apabila bercakap pasal melayu walaupun jelas si melayu itu sendiri tidak betul. Apa perlu kita masih menyokong orang yg jelas munafik dan menyalahgunakan kedudukan walaupun orang tersebut kununnya hebat membina yg terpanjang, tertinggi, terbesar, dll. Melayu yg mengaku sebagai orang islam masih lagi mempertahankan yg bathil dan menolak yg haq. Mana yg lebih tnggi mertabatnya, Islam atau Melayu?

Bagi saya Zaid melakukan yg terbaik untuk orang melayu juga. Macam mana melayu mahu dihormati olih kaum lain kalau kekusutan dan imej rasuah itu disapu di bawah karpet?

mohdzaki_jg said...

Pada hamba..sia2 saje sebab TDM adalah kebal..disisi undang2 malaysia.Mungkin ada orang kata hamba mengarut..kalau anda tak percaya kita sama2 tunggu dan lihat..

apanama said...

The 'man who thinks he is the PM' is still trying very hard, with the help of his hound-dogs, to shut Dr.Mahathir up.

These ungrateful lot are not seeking for truth nor justice, but have simply embarked on a purely political journey which would eventually be self-destructive.

It wouldnt take long before the blood thirsty hound-dogs turn around and tear apart the guy 'who thinks he is the PM'.

Datuk, these starved hound-dogs are also 'rummaging Dr Mahathir's closets in search for some skeletons' but to date they are yet to sniff-out even a single curly pubic hair.

These group of "Malay Zionist' could do all they want to tarnish Dr.Mahathir's image as a world renowned Stateman or continue their attempts to wipe out Dr.M's legacy BUT they, or for the matter anybody except GOD could not take away even a strand of hair from him.

Tun Dr.Mahathir Mohamad! Millions of Malaysians and others (Muslims and non-Muslims alike) trust and respect you for WHAT you are.

God Bless You, Sir.

p/s Tun, dont shoot the hound-dogs if they bark out loud coz they will die a natural death when their master jumps into the snake-pit soon.

sikapitan said...

Salam Dato,

Saya khuatir dengan perkembangan perbincangan di kalangan orang Melayu, sama ada di alam siber mahupun di kedai-kedai kopi.

Adakah kita hanya menjerit tentang "keadilan" apabila ianya melibatkan orang yang kita tidak sukai atau persetujui?

Dan kebenaran tidak relevan jika ianya menyentuh mereka yang kita hormati dan sanjungi?

Pada saya,tidak kira apa saja motifnya,sebarang usaha mencari kebenaran dan membetulkan sistem yang lemah haruslah diterima.

Malah, seperti yang dinyatakan seorang komentar, pada masa hadapan mungkin kita akan melakukan yang sama terhadap AAB. Wallahualam.

Saya juga amat menghargai usaha TDM, malah saya penyokong perubahan kuasa yang disarankannya.

Dengan itu saya berdoa agar beliau dapat membebaskan diri daripada tuduhan-tuduhan ini. Tetapi ianya haruslah dilakukan secara telus dan terbuka.

Alangkah lebih indah jika TDM berjaya menumpaskan serangan hendap ini?

wasalam

Beekomp said...

YBhg Datuk,

1. Biarlah apa yang hendak berlaku itu berlaku. Apa DSAI nak buat, apa DSAAB nak buat, apa Zaid nak buat dan apa Peguam Negara nak siasat, siasatlah. Bukankah semua orang itu tertakluk kepada undang-undang. PM ke, mantan PM ke, Agong ke , siasatlah!

2. TDM akan tetap TDM. Saya percaya TDM mempunya maksud dan sebabnya tersendiri untuk membuat apa-apa, tak tekecuali dalam menasihatkan Ketuanya dalam perlantikan apa-apa jawatan dalam kerajaannya! Saya yakin dan percaya, hasil siasatan kan memantul balik kepada usaha dan niat pemulanya!

3. Dalam keadaan sekarang, DSAAB dan pasukannya akan lakukan apa saja untuk memastikan cengkamannya kemas, agar apa yang dipegangnya tak terlepas! Lihatlah berapa suruhanjaya telah diwujudkan! Kerajaan ini bukannya ada kuasa, segala kuasa entah duduk dengan siapa. Setiap keputusan yang hendak dibuat kena lantik SURUHANJAYA; Habis? kerajaan ini KERAJAAN MAKAN GAJI BUTA KE?

Salam hormat untuk Datuk KJ.
Semoga blog Datuk akan terus terpapang.

Anonymous said...

Y Bhg. Dato,

Saya sungguh hairan mengapa orang macam si Zaid Ibrahim ni boleh di beri Jawatan Menteri Kehakiman. It is not wise to give such a critical post to a loose cannon like him.Seorang menteri kehakiman sepatut fokus kepada soal keadilan untuk seluruh rakyat, kepada kes2 tertunggak yang menidakkan keadilan kepada begitu ramai orang di Malaysia. Sebok dengan kes high profile balas dendam macam ni buat apa? Apa nak tau sangat macam mana TDM melantik hakim2, bukankah itu tugas dia. Apa DSAI menyebok sangat simpan tape Lingam dan buat publisity fasal tu? Adakah dia dalang di sebalik kes tape Lingam?

Ini sebok memalukan orang saja. Yusof Chin apa lah yang salah sangat dia buat?Kawan tu dah bersara berpuluh tahun apa perlu Kacau dia.Si Tun Zaidin pun, tak malu kah simpan dendam begitu lama pada bekas boss sebab tak direkemen Tan Sri. Penting sangatkah Pangkat tu. Lepas tu dah dapat pangkat Tun tak ada rasa syukurkah?

Ahmad

takutpuchong said...

Datuk

Saya kira siapa yang akan disiasat bukanlah suatu isu. yang penting ialah kesalahan apa yang hendak disiasat dan bukti awal apa yang ada untuk meneruskan dengan siasatan lebih terperinci. mungkin isu ini diselubungi unsur-unsur politik menyebabkan ramai yang kurang senang mengapa ia berbangkit dan menjadi isu hangat.
sesiapa yang menonton klip video itu pasti berprasangka akan wujudnya suatu (mungkin lebih) perbuatan yang salah oleh lebih daripada seorang tokoh negara.
ketepikan isu-isu politik dan juruskan kepada elemen kesalahan yang ditonjolkan di dalam klip video tersebut dan ambillah tindakan yang sewajarnya.
sebagai negara (yang kononnya mengamalkan)demokrasi, pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman adalah amat penting. kelihatannya kehakiman sebagai subservient kepada eksekutif.

jojo51 said...

Memulakan siasatan terhadap TDM semata-mata untuk membersihkan imej Pak Lah yang telah tercalar teruk. Dimata dunia dan khususnya kepada komuniti peguam-peguam Pak Lah mahu dilihat sebagai seorang yang bersih, terbuka, accountable, dan seorang reformis sistem perundangan. Kononnya untuk membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh TDM.

Saya amat tidak setuju apabila TDM didakwa menyalah guna kuasa berhubung perlantikan Ketua Hakim dan Hakim-hakim. Bukankah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memperakukan sesiapa yang beliau fikirkan paling layak. Jika seorang Ketua Hakim itu kemudiannya telah menggunakan jawatannya untuk kepentingan diri sendiri itu salah Ketua Hakim. Tidak logik menyalahkan TDM serta mendakwa TDM telah bersubahat untuk memanipulasikan perlantikan Ketua Hakim dan Hakim-hakim.

Gambarannya seolah-olah TDM hanya melantik seseorang Ketua Hakim yang boleh diarah atau mengikut jari telunjuknya. Juga untuk memberi gambaran sistem perundangan diMalaysia adalah korup dan semua keputusan mahkamah aalah diragui lebih-lebih lagi mengenai keputusan terhadap DSAI Ini semua konspirasi DSAI, rakan-rakan Yahudinya dan Bar Council.

Pak Lah mungkin sedar ia konspirasi Yahudi tetapi gembira untuk meneruskan agenda tersebut kerana memberi imbuhan yang lumayan kepada agenda politiknya.

Anonymous said...

salam datuk,

saya berpendapat sekiranya Mantan PM dan yang lain-lain betul tiada apa yang nak disembunyikan; biarlah pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas mereka.

bak pepatah *berani kerana benar*

Apa yang hendak ditakuti sekiranya Mantan PM tidak menyalah-gunakan kuasa yang ada padanya sebagai PM pada ketika itu untuk menasihati DYMM YDPA untuk melantik badan penghakiman?

Tun Mahatir sebagai PM Malaysia untuk selama 22 tahun juga manusia yang akan membuat kesilapan and juga akan berjasa kepada negara.

My only sympathy towards him is that there are always occasion where he may have acted on the wrong advice from people around him.

cre8tif

syed syahrul zarizi said...

YB Dato

Tun tidak pernah lari, menyorok di mana-mana kuasa besar untuk suakan dan sokongan mana mana pihak, jauh sekali dari menjual diri dan maruah demi kepentingan sendiri. Itu Tun.

Semoga terus berjuang

Syed
http://sirehdancengkeh.com

lamandau said...

Saya agak skeptikal diatas tujuan menyiasat dan mendakwa mantan PM dan lima yang lain. Ini merupakan salah satu cara AAb dan penesihatnya untuk mengalih fokus rakyat yang begitu lantang agar AAB berundur! Dengan timbulnya isu TDM akan disiasat , AAB
ingat masalahnya selsai. Tindakan ini jyga dilihat sebagai suatu helah untuk menutup mulut TDM yang kini makin rancak membuat roadshow diseluruh negara.
Sebab itulah AAb rela melantik menteri dari kalangan yang telah disabitkan rasuah politik olih parti, supaya dijadikan fall guy kelak. Timbalan menteri yang kaki pukul guna pakida pun di naik kan pangkat. Entahlah apa nak jadi dengan Malaysia!!

mustafa ht said...

salam dato.saya baru post satu komen
d blog TDM meminta beliau menggunakan
kebijaksanaan dan ketajaman minda yg
dianugerah Allah kpdnya supaya beliau
mengumpulkan secara senyap cerdik
pandai melayu yg berpengaruh berbincang cara mana nak mengakiri
kemelut kepimpinan melayu masa kini.
Tapi dgn ada perkembangan terbaru ni,
nak siasat Tun pulak, saya rasa tak
payahlah.Apa nak jadi dgn bangsa
melayu pun jadilah.Mel

copyboy akadirjasin said...

The Scribe,

Titanium Balls
(what else can i say)

Saya sedia disiasat, didakwa di mahkamah - Mahathir
17/05/2008
7:40pm

JOHOR BAHRU 17 Mei — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung dengan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk V.K Lingam.

Pendakwaan terhadapnya di mahkamah akan memberi peluang kepadanya untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi, kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama di Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com di sini.

Dr Mahathir berharap siasatan terhadapnya tidak akan ditamatkan di atas alasan tiada kes.

"Jikalau begitu saya tiada peluang untuk menerangkan apa yang berlaku.

Sebaliknya jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.

“Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakim-hakim ini sepatutnya disiasat,” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai arahan Kabinet semalam supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja itu, yang menyiasat klip video yang mengandungi perbualan Lingam, seorang peguam kanan dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin, serta Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menyangka mereka yang melobi itu melakukan perkara yang salah, kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya, baik untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.

Bagaimanapun kata bekas perdana menteri itu, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim adalah berdasarkan kepada penilaiannya sendiri.

“Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik.

Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.

“Saya bukan posmen, bila Ketua Hakim cadang saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan Ketua Hakim harus diputuskan oleh Ketua Hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga ditanya cadangan Suruhanjaya Diraja agar siasatan turut dilakukan terhadap Vincent Tan dan Tengku Adnan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui peranan mereka kerana mereka tidak pernah melobi dengannya.

“Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, Perdana Menteri atau bakal Timbalan Perdana Menteri,” menurutnya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada adalah baik.

“Apa yang menjadikan sistem itu tidak berjalan dengan baik adalah manusia,” katanya.

Forum itu dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang, termasuk anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, bekas ketua pengarang kumpulan New Strait Times Datuk A.Kadir Jasin, bekas anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad yang menjadi anggota penal majlis tersebut.
— BERNAMA

Nota:

Kaki Kepala Batas kata: "Che Dolah, rawai sangkut teruk - potong!"

mustafa ht said...

Salam dato.saya baru saja post satu
komen d blog TDM meminta beliau men
gunakan kebijaksanaan dan ketajaman
fikiran yg dikurnia Allah kpdnya
untuk mengumpulkan secara senyap
cerdik pandai melayu yg berpengaruh
berbincang mencari jalan mengatasi
kemelut kepimpinan melayu masa kini.Tapi dgn perkembangan terbaru,
Tun nak disiasat pulak,saya rasa
tak payahlah Tun.Apa nak jadi dgn
org melayu jadilah.Kalau sampai dah
nak tergadai kuasa tak sadar lagi
siapa lagi yg boleh tolong.Saya
sebut dalam komen saya ke Tun ada
beberapa hal yg saya tak setuju
dgn apa yg dibuat dan tak dibuat di zaman beliau berkuasa(dengan kuasa
dua pertiga lagi.) Tapi ketokohan
nya sebagai pemimpin yg bijaksana
tiada tolak bandingnya bagi kita
orang Malaysia.Dan apa apa tindakan
dan perbuatan yg bertujuan mencari
kesalahannya yg lepas wajib ditentang oleh rakyat yg waras berfikir.Siapa yg tak buat silap
di dunia ni.Apa yg disumbangkan
Tun kpd rakyat Malaysia mengatasi
kesilapannya.Marilah kita berdoa
hidup Tun sentiasa diberkati Allah.

akobgila said...

Since when the majority Rakyat have given Anwar, Zaid and the Bar council the right to rule this country? SINCE WHEN?

Fikir Tajam said...

Tahukah anda bahawa:

1. Agihan 70% ekuiti untuk bukan Melayu tak pernah dipersoalkan selama ini

2. 99% premis perniagaan di bandaraya/perbandaran seluruh negara adalah hak milik kaum Cina dan tak pernah dipersoalkan

3. Penguasaan ekonomi oleh kaum Cina semenjak zaman Inggeris lagi tak pernah dipersoalkan




4. Punyalah luas kubur kaum Cina di Malaysia tak pernah dipersoalkan

5. Penyertaan yang menghampiri sifar para belia Cina sebagai ahli bomba, konstabel polis, pasukan tentera peringkat rendah tak pernah dipersoalkan

6. Selama bertahun-tahun kaum Cina membakar mercun memekak telinga semasa TBC dan CGM tak pernah dipersoalkan

7. Penghantaran memorandum oleh 10 menteri bukan Melayu ditelan pahit oleh pembesar Melayu walau cukup menggelegakkan darah bangsa dan anak watan

8. Martabat bangsa Melayu telahpun dihancurmusnahkan oleh AAB sebaik saja berbaik-baik dengan Singapura dan rakan Zionis

9. Malaysia di era AAB tak ubah hanya seperti budak pengilat kasut yang bisa saja ditekan diugut waima oleh Singapura yang tiada kewibawaan

10. AAB terus-terusan memperolokkan/memperbodohkan bangsa Melayu dengan mainan kata:
'modal insan!', 'towering Malay', 'RMK 9', 'kita ada banyak kerja yang nak dibuat', 'ketelusan', dan bermacam kata-kata bombastik yg ternyata hanya slogan, klise dan lebih teruk lagi dijajakan segenap masa dan ruang bahawa ekonomi kita semakin baik. Lihat angka-angkanya!

11. Manipulasi terus-terusan hanya bisa mengabui para pengundi lokos di kampung-kampung yang masih tak empunya elektrik, tak punya internet! Hari ini kita disogokkan dengan lagu 'kami sokong!', '2057', 'trilion', waduh! Tahukah anda 20 bilion hutang kad kredit di sepanjang 2006! Mana kuasa belinya beb?

12. Lagi satu KJ senang-senang dapat loan RM 9 juta. Siapa bagi? Apa cagaran? Rakyat diperlakukan sewenang-wenang, diperhebohkan di dada akhbar atas hanya hutang pinjaman pelajaran!

13. Change the goverment! Right now! Jangan harapkan keadilan. Jangan harapkan PAS. Jangan beri muka DAP. UMNO perlu distrukturkan! Reengineering! Bangunlah bangsa Melayu! Jangan terus diperbodohkan oleh kerajaan 3 beranak ini! Mereka hanya ingin mengumpul harta seberapa banyak yg boleh dikaut. Mana moralnya AAB bila asyik risaukan periuk nasi anak menantu?

14. Bangunlah para graduan yang masih berpusing-pusing cari makan. Change the government!

15. Reshuffle UMNO! Singkirkan orang-orang yg tak punya idealisme perjuangan! Bangkitlah bangsa Melayu. UMNO bukan untuk penyangak spt KJ, Musa Black, Shahrir, Nazri, AABebal, Ali Rustamiang.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

"Mantan Perdana Menteri mahu beliau dihadapkan ke mahkamah supaya dia boleh membela diri sambil menceritakan segala-galanya, termasuk mengenai hakim-hakim."

# Seperti posting saya sebelum ini, saya sokong 100% TDM sedia disiasat - "see you in court", barulah JANTAN! Kita kalau dituduh itu-ini, kena berani membela diri dan jika betul tidak bersalah, dalam masa yg sama kena membersihkan nama. Yang sudah menuduh pula, perlulah siap dengan semua bukti dan hujah - janganlah ringan mulut sahaja menuduh semberono. Kita lihat, apa tindakbalas PakLah dan Zaid sekarang.

anakbuah.blogspot.com

p.s.: Bayangkan bagaimana jika PakLah menerima tekanan yg sama sekiranya beliau berundur dan melepaskan kuasa nanti? Mampukah beliau mempertahankan diri sepertimana TDM lakukan sekarang? Bayangkan, kalau DSAI betul2 naik berkuasa menjadi PM akan dtg - dgn apa yg terjadi terhadap beliau dahulu dan suasana semasa negara, mahukah DSAI melepaskan TDM dan PakLah begitu sahaja? (Jangan sampai ada yg meminta cepat mati pula nanti!) LANGIT TIDAK SELALU DAN SELAMANYA CERAH!

anakbuah said...

p.s.#2: Dato', minta izin siarkan posting Dato' kali ini di dalam blog anakbuah.blogspot.com saya. Bagi saya, perkembangan terbaru isu ini amat menarik dan mendebarkan. Berbanyak terima kasih.

p.s.#3: Kalau sudah ada pertuduhan nanti, tentulah ada dipihak yg betul dan sebelah pihak lagi yg salah; Betul atau tidak Dato'? Harapan saya, dengan perkembangan kali ini, biarlah sebarang kebenaran maupun kepalsuan itu terserlah!

A KADIR JASIN said...

Sdr Fikir Tajam,

Minta maaf tidak dapat siarkan komen Sdr walaupun bernas.

Kita tidak boleh menuduh tanpa bukti bahawa beberapa orang dalam NSTP adalah "pengkhianat" negara.

Itu adalah tuduhan yang sangat berat.

Kita tahu ada Menteri dan pembesar Umno yang kaki botol. Tapi itu isu peribadi. Kalau pengundi boleh terima mereka minum arak dan berfoya-foya, kita nak kata apa?

Mengenai yang bukan wakil rakyat tapi dilantik oleh PM , kita serahlah kepada kepada budi bicara dia. Sebagai orang yang lulus pengajian Islam, PM tentu tahu hal dosa dan pahala.

Tentang siasatan ke atas kegiatan Scomi, ECM Libra dan mana-mana syarikat seperti itu, ia mungkin tidak berlaku sekarang, tapi mungkin berlaku bila PM sekarang tidak ada lagi.

Mohon maaf dan terima kasih.

alfakir1 said...

Salam Datuk KJ

Sdara/sdri, janganlah terlalu emosi
Berpatut2 lah bila marah
Bila kita sudah marah, tak boleh pikiak betoi2, maka keluar lah tomahan dan cacian.

Serkap jarang...bahaya ini, kalau betoi pun jangan sebut nama
Hari ini kita kata orang
Esok2, kita, atau anak atau cucu kita yang buat
Baru be...toi


Bukan tak boleh marah, boleh....kena lah pada tempat dan waktu nya. Itu pun kita kena lah kontroi. Jangan sedap mulut aja jang..

Hawa nafsu kita ni tidak boleh di layan...kita pikiak kita selalu betoi aja, orang lain semua nya salah belaka

Sabar.....tengoklah apa kah kesudahan nya

Rasa2, ini cuma satu intuition, barangkali tidak mungkin berlaku atau boleh berlaku

Lihat keadaan sekiling, media blog, parliament, gossip2, macam ada kejutan akan berlaku seminggu dua ini....

Ini perasaan aja...Yang menetukan Allah

Shamsul Yunos said...

Datuk,

To me TDM played a major role in this scandal and also the sacking of Tun Salleh Abbas.

The fact that he says he wants to talk about judges shows his disdain and contempt for them,

He has said in the past that judges must interpret the law the way that the politicians intend them to be interpreted because politicians made the law. Well he is a doctor so he may not understand the way judges are suppose to work.

Judges interpret the words of a particular act according to general accepted usage of the vocabulary and this is of course tempered by their own understanding, taking into account the other laws in the country

The intention of the legislator are to be derived from the words and the words alone, Judges are not expected to call up the Prime Minsiter or actual drafters to find out what a particular word means, he must derive the meaing and intention of the words used by himself

If the legislative is careless, incompetent or for any other reason unable to express themselves clearly and decisively with the vocabulary available to them, then it is their shortcoming and not the judges'

Independent interpretation of the law forms one of the cornerstone of an independent judiciary

Even if he is no found guilty, his past actions and words show that that Mahathir has little respect for judges and the judiciary.

He can shout coincidence all he wants when it comes to the appointment of judges as implicated by the VK lingam tape but his past action paint a very different background which most malaysians will use to frame his decision.

For the rest of my comment please visit

http://marahku.blogspot.com/

MMcrossings said...

Datuk,

Kes ni sebenarnya membuang masa. Nak question prerogative TDM.

Kalau nak argue some parties ada influence pada TDM, imply TDM yang sudah 20 thn memerintah negara seperti idak boleh membuat keputusan.

Hypothetically, if X is supposed to advise TDM on certain matters, what makes it not possible that X is probably influenced by some other parties.?

There is no real case here.

There are much better things for us to focus and move on. This is just a ploy to distract real issues at hand and to discredit TDM.

Abdrahim said...

Datuk,

22 tahun Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara, penuh dengan idea-idea besar bagi melaksanakan visinya, bagi menganjak paradigma Malaysia dan orang-orang Melayu.

Walaupun dikritik dan ditohmah oleh pakar-pakar ekonomi, masyarakat dan parti lawan, tetapi beliau tetapi meneruskan agendanya.

Malaysia berubah dengan pantas. Orang-orang Melayu, yang terkenal dengan sifat sederhana bertukar menjadi masyarakat kebendaan.(mampu bersaing dengan masyarakat lain dan mengamalkan rasuah)

Walaupun Tun Mahathir hampir berjaya melihat visinya tercapai, tetapi beliau telah mengorbankan harta negara yang cukup banyak.

Disamping itu beliau telah melahirkan gejala besar kepada negara iaitu kronisma, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Agensi-agensi tertentu kerajaan, telah digunakan secara salah, bagi membendung kekangan yang dilihat boleh menggagalkan agendanya.

Ini termasuklah menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anak didek kesayangannya yang satu-satunya dilihat mampu untuk meneruskan visinya.

Selepas DSAI disingirkan, UMNO dan Kerajaan dilihat tidak mempunyai pemimpin untuk meneruskan kesinambungan yang telah dicapai.

Bila Tun Mahathir mula rimas dengan kritikan kepimpinnya, beliau telah meletakkan Datuk Seri Abdullah untuk menggantikannya dengan harapan dapat meneruskan visinya.

Ternyata Pak Lah bukan meneruskan visinya tetapi meneruskan amalan kronisma dan rasuah yang sedang ditentang oleh rakyat.

Visi baru yang dibawa oleh Pak Lah untuk menjadikan Malaysia negara Pertanian, menjadi hambar kerana terpaksa berdepan dengan isu-isu kronisma, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir dan diteruskan olehnya.

Untuk memenuhi tuntutan dan desakan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran negara, beliau telah menubuhkan berbagai suruhanjaya dan melantik menteri untuk menanganinya.

Malangnya suruhanjaya dan menteri itu pun dipertikaikan kredebilitinya oleh rakyat.

Tun Mahathir sendiri pun berani mencabar supaya beliau dihadapkan terus ke mahkamah.

Jadi Pak Lah telah dilihat sebagai Perdana Menteri yang bukan sahaja tidak mempunyai visi, tetapi terlalu lemah untuk menguruskan pentadbiran negara.

tasik selatan said...

Datuk, Perjuangan masih belum selesai.Semua pihak hanya membuat andaian "atas angin". Tiada pihak berani menghadapi "kem tingkat empat" Kalau nak tahu kehebatan badawi, cuba datuk pergi buat belanja dapur di pasar. Harga tak terkawal langsung. Habis rakyat malaysia merana kerna memberi kuasa kepada org terlemah. Sifat "tak apalah" masih belum hilang walaupun sudah 50thn merdeka.Fikirkan masa depan anak2 dan cucu2 kita. Saya cukup kenal siapa dia kerajaan Malaysia. Saya berani bertaruh kepada semua org bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam hanya bahan "peti sejuk" atau tiada kes" dari Peguam Negara. Kerja utama peguam negara ialah masuk mahkamah untuk mendakwa penyokong HINDRAF.

Mika Angel-0 said...

The Scribe,

Dengan Izin.

The following was sent to www.chedet.com

YABhg Che Det,

The Straw That Broke The Camel's Back
(a charmed fool and his office)

With the latest snafu of the Royal Commission on the Lingam Tape, fortune is now on your side.

A Prime Minister from UMNO who has not the good and full control or has lost that control of the power of revered and honorable office PM of the Federation of Tanah Melayu Sabah and Sarawak is detrimental to UMNO and the country.

If you still want the tenure of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi as President of UMNO to end make good use of this rare oppourtunity slow in coming: remove him at all cost! This is the of top most priority. As a Malay, Abdullah is a Pengkhianat Bangsa.

Selamat Berjuang, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.



Nota:

Terima Kasih Senator Zahid Ibrahim. A job well done. We thought that you would not have been able to pull this off. Alhamdulillah wa Syukrullah.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

Laporan Lingam tidak bermakna ada pendakwaan-Utusan Online;18/05/2008 5:35pm

SHARM EL-SHEIKH, Mesir 18 Mei - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam yang didedahkan kepada umum tidak bermakna akan melibatkan pendakwaan kes tertentu ke atas individu-individu terbabit atau yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana prinsip penelitian kes oleh suruhanjaya dan mahkamah adalah dua perkara yang berbeza.

# Nampaknya betullah kata sebahagian drpd kita - kes ini memang membuang masa dan bakal di"cold storage"kan - telus konon!

# Sebenarnya saya baru sahaja menjawap soalan Sdr harimau diblog saya yg bertanya..."rasa-rasa lah, dapat tak Kerajaan mendakwa TDM? Adakah hukuman yang dapat dikenakan terhadap TUN seandai dibukti terbabit dan bersalah?"

# Jawapan saya (dgn sedikit pembetulan):
Sdr harimau,
Samada kerajaan dapat mendakwa TDM atau tidak, bagi saya banyak bergantung kepada niat pembuat tuduhan - PakLah dan 'kaki pukul'nya, Zaid. Elok kalau kita jangan bincang tentang hukuman pada masa ini sebab belum tentu penuduh2 mempunyai teloq utk mendakwa TDM di mahkamah. Mereka juga mungkin ada menyimpam 'jerangkung di dalam almari' di rumah dan di pejabat mereka ataupun disorok dimana2. Jika kita rakyat biasa tahu tentang semua itu, apatah lagi mereka2 yg "in the field" seperti "top rank judges" dan YB2 di Parlimen tu. Laporan Suruhanjaya Siasatan (Sandiwara) DiRaja Video VL Linggam pun dengarnya "dibocorkan". Maksudnya laporan itu "highly in demand" dan kita rakyat sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan sikap ketidaktelusan kerajaan apatah lagi dengan kes berprofile tinggi seperti ini (dan banyak lagi kes2 rakyat biasa yg tertangguh samada masih dalam siasatan polis maupun yg masih "tergantung" di mahkamah).

Satu hal lagi Sdr. harimau, kalaulah begini gaya Menteri Kehakiman seperti Zaid ini berkerja dan bertindakbalas, apa2 hukuman pun boleh dikenakan terhadap sesiapa juga - kerajaan boleh sahaja menggubal pelbagai undang2 yg boleh digunapakai apabila terdesak dan amat perlu. Jangan kita lupa, ISA juga ditangan PakLah.

Mungkin tindakan TDM terhadap DSAI pada masa itu betul pada pandangan beliau tetapi mungkin juga TDM ada rasa kesal memilih PakLah menggantikan beliau dahulu. Nak dipilih Najib masa itu, mcm "potong queue" pula. Apa2 pun, tindakan kita biasanya tepat dan betul pada ketika itu sahaja - bila keadaan berubah dan tidak seperti yg kita harapkan, sememangnyalah keputusan sebelumnya itu tidak sah/"invalid" lagi. Soalnya, bolehkah kita dihukum hanya kerana sebahagian suasana/keadaan/"circumstances" berubah dan "out of our control"? W/pun begitu, "damage control" yg cuba dilakukan oleh TDM agak sudah terlambat dan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara sudah rosak teruk serta kesannya amat parah lagi memalukan.


anakbuah.blogspot.com

p.s.: "...Abdullah is a Pengkhianat Bangsa."? Dulu kerajaan TDM kata DSAI pengkhianat bangsa, sekarang PakLah pula. Siapa pula pemimpin Melayu kita yg nak jadi pengkhianat bangsa/negara selepas ini?

Abas said...

Salam Dato':-
Oleh kerana ada terdapat kes-kes samada kecil atupun besar yang didakwa dilakukan oleh kerajaan pimpinan Melayu yang dibongkar oleh Melayu sendiri, apa kata PRU ke 13 nanti dibuat perubahan:-

1: Jawatan MB dan KM diberikan kepada DAP.
2: Jawatan PM/TPM dan yang kanan-kanan diberikan kepada DAP.
3: Kemudian tunggu dan lihat samada bangsanya akan membongkar isu-isu yang sekarang dilakukan oleh Melayu terhadap pimpinan Melayu.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato'

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

zaharuddin said...

Dato KJ,

Kalau nak betul betul bersihkan sistem perundangan Malaysia, biar betul betul bersih. Itupun kalau benar benar ikhlas. Kalau setakat nak tutup mulut TDM sahaja, niat KJ dan membersihkan nama Anwar api bukan untuk kepentingan keseluruhan rakyat Malaysia, saya cop Pak Lah sebagai 2X5 sahaja.

Masih nak ikut telunjuk menantu dan anaknya

Juraimi Zainal said...

Dato',

Perumpamaan "Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali".. Pada saya ini adalah ungkapan untuk pemimpin2 UMNO.. Fikir2 kan apa yg telah dilaku kpd sebelum ni... Saya tak pasti samada UMNO relevan ke tidak lagi...

Tapi pada saya perjuangan syiar Islam lebih penting (wajib) dari perjuangan ketuanan melayu. Sebenarnya saya heran betul orang2 melayu islam khususnya UMNO ni, seolah-olah hidup didunia hanyalah pembangunan duniawi semata-mata... Tengoklah apa yg terjadi kpd muda-mudi melayu, keruntuhan akhlak etc... Agama islam tidak dijadikan way of life, tapi hanya keadaan@upacara tertentu... Macam mana kita nak jadi contoh kpd orang bukan islam.

Allah maha berkuasa untuk menunjukkan apa yg telah dilaku kpd orang2 yg terdahulu..

Ingatlah, kita tak akan ditanya tentang perjuangan ketuanan melayu diakhirat nanti, apakah kita telah menegakkan syiar islam semasa hidup... Telitikan, saya menasihati diri saya dan kawan2 yg lain. Wallahua'lam.....

Anonymous said...

Salam dato'KJ,

Inilah rupanya antara perjuangan Pak Lah yang belum selesai, pasal tulah dia tak mahu turun lagi dari takhta sebagai orang bertanggungjawab memimpin BN dalam PRU12.

Memanglah ada benda yang dia cuba buat seperti isu CUPECS, perguruan dll. Tapi sengketa tak puas hati dengan TDM ni masih berterusan.

Itulah pasal TDM lepas PRU12 hentam terus Pak Lah dengan statement membunuh - letak jawatan. Dan kini Pak Lah cuba bermain api dengan Zaid Ibrahim nak kenakan TDM. Kalau niat depa jahat, jangan risau Allah maha penentu segalanya. Kita tengok saja sejauh mana depa boleh pergi. Ingat dunia ini Allah yang punya.

Ditakdirkan Pak Lah sakit, Allah yang turunkan dia. Tapi kalau dia gagal membendung 'lompat parti' kita kena force dia all out. Dia pun gagal mendekati akar umbi dan menerangkan segalanya. Semoga dia sedar.

miniclubman

eddy said...

Dato', pada hemat saya Lapuran Suruhanjaya ini adalah satu rahmat untuk UMNO dan merupakan satu senjata yang effektif untuk memaksa Dolah yang degil dan tak mengenang budi tu untuk finally dipaksa berhenti dari jawatan Perdana Menteri yang sudah lama dia tak layak miliki.

Sekarang pun sudah ada satu dentuman dari akar umbi UMNO mengenai bagaimana suruhanjaya ini dapat mengheret nama Tun Mahathir disusuli pula oleh Cabinet yang terdiri dari majoriti pemimpin UMNO yang tiada pendirian melainkan selamatkan periuk nasi mereka sahja, langsung tidak berbuat apa untuk melindungi Mantan Presiden UMNO ini malah mereka mengarah Peguam Negara untuk membuat siasatan terhadap Tun Mahathir. Peristiwa ini adalah titik hitam didalam sejarah UMNO sendiri.

Ya, Dollah, ingat nasib hang lepas pencen nanti akan lebih teruk sebab selepas ini semua tindakan anda sebagai PM akan subject kepada siasatan banyak suruhanjaya, hang akan rasa lebih teruk dari apa yang hang buat kat negarawan ulung, Tun Mahathir. Sekarang hang boleh tunjuk hero Hindustan lah.

Si Zaid ini apa dendam gila dia pula kat Tun Mahathir? Patutnya sekarang jadi menteri hal ehwal judiciary, saya rasa daripada Si Zaid sibuk korek cerita lama lagi baik lah dia cuba selesai kes orang yang beribu-ribu remand dipenjara menunggu bertahun-tahun untuk untuk dibicara dan juga backlog civil cases yang beribu-ribu dan bertahun-tahun untuk satu kes dapat diselesai. Lagipun Zaid hang ni bodoh macam Boss hang ka apa, lagi banyak hang korek lagi banyak keluar bau busuk pasal UMNO, ingat sikit, rakyat dah mual dengan kepimpinan UMNO sekarang, nanti muntah masa PRU 13, UMNO habuk pun takda tinggal nama dan sejarah sahja.

A KADIR JASIN said...

Sdr Miniclubman,

Saya rasa PM sudah mula mendekati dan mendengar keluhan akar umbi.

Dia dah melawat Kuil Buddha di Brickfields dan dah bagi habuan tambahan kepada kakitangan awam.

Khabarnya dia pun sudah jumpa ketua-ketua cawangan Umno dari Perlis dan selatan Kedah.

Khabarnya hangat. Mereka bagi tahu PM apa yang dia perlu dengar dan bukan apa yang dia suka dengar.

Harap-harap pertemuan dengan semua ketua cawangan dari seluruh negara diteruskan walaupun cakap mereka pedas.

Tapi jaga-jagalah takut nanti dituduh kempen pemilihan parti pula.

Terima kasih.

Abdrahim said...

Datuk,

Masa Tun Mahathir jadi PM dulu selama 22 tahun, lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan apa yang Pak Lah lakukan sekarang.

Rasuah, kroni, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi. Malah pasal kroni, Tun Mahathir jauh lebih teruk, tapi tak ada orang-orang UMNO berani suruh dia turun.

Kalau ada pun yang berani bersuara macam DSAI, terpaksa terpelanting dari UMNO.

Kenapa bila masa Pak Lah, tak sampai dua penggal dia jadi PM, orang dah bising suruh dia turun.

Sedangkan kemarahan rakyat yang menyebabkan UMNO hilang 6 negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam PRU 12, banyak disebabkan kebejatan pentadbiran Tun Mahathir.

Kalau Tun Mahathirlah yang jadi PM masa PRU 12 yang lepas, rasanya kekalahan lebih teruk lagi. Sebab itu, Tun Mahathir awal-awal lagi dah cabut.

Perkara ini bukanlah sangat disebabkan kelemahan Pak Lah, tapi gelombang mahukan perubahan yang dipimpin oleh DSAI itu terlalu kuat.

Tun Mahathir ini hanya tumpang sekaki sahaja...

Pokok kalau dah condong, kura-kura pun panjat.

abd rahim kassim

Anonymous said...

(The Star) - The move to make public the Royal Commission Report is politically motivated, says Loh Gwo Burne, who made the V.K Lingam video clip.

Gwo Burne said yesterday that he believed it was a “political thing” that the report is being made open to the public.

He added it appeared everything was politically motivated, from the beginning of the commission until the present day, with no real attempt to get at the truth.

“Look how much society had to pressure for the Royal Commission to be set up in the first place,” he said.

The Kelana Jaya MP, however, disagreed that investigations should include former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad because he was “victimised” by the people who surrounded him and tried to influence his decisions.

When asked whether he intended to release more of what he recorded at Lingam’s house in December 2001, Gwo Burne said he did not intend to do so in the immediate future.

It was reported that he had stashed more video clips entitled VK1, VK2 and others, somewhere in China.

“It is definitely somewhere. I just have to go find it.”

--------------------------

Datuk,

Ada 2 perkara yg meragukan saya:

1. Bagaimana Suruhanjaya DiRaja boleh dibentuk untuk menyiasat hanya SEBAHAGIAN daripada klip video yg didedahkan oleh saksi? Sewajarnya Suruhanjaya DiRaja tersebut boleh mengarah saksi berkenaan mengemukakan keseluruhan klip-klip video yang terdapat pada beliau agar pihak Suruhanjaya DiRaja dapat membuat penilaian secara menyeluruh dari keseluruhan perbualan telefon yang terdapat dalam klip video berkenaan.

Jika saya menjawab soalan karangan dalam 3 mukasurat, adakah wajar guru atau pensyarah yg menyemak karangan saya itu memberi markah hanya berdasarkan pada penilaian mereka terhadap 1 mukasurat karangan yang saya tulis?


2. Loh Gwo Burne berkata penubuhan Suruhanjaya DiRaja tersebut bermotifkan politik dan Tun Dr Mahathir tidak wajar dituduh sebagai terlibat sama kerana menurut beliau Tun Dr Mahathir sebenarnya telah menjadi mangsa kepada pihak2 tertentu yg cuba mempengaruhinya.

Ada 2 pihak.

Loh Gwo Burne, perakam klip video yang telah melihat dan mendengar keseluruhan rakaman perbualan tersebut, dan

Suruhanjaya DiRaja yang hanya melihat dan mendengar SEBAHAGIAN dari rakaman perbualan.

Pendapat siapa yg patut diterima?



-sinbad-

A KADIR JASIN said...

Sdr Eddy,

Mengenai Zaid Ibrahim, cuba tanya Tun Dr Mahathir dan orang lama Umno apa yang dia buat (atau tidak buat) pada suata Perhimpunan Agung Umno ketika krisis kedua Perlembagaan berlaku.

Kalau perlu, suatu hari nanti saya akan cerita. Saya dengar rehearsal ucapan perbahasannya.....

PS: Bukan rasuah, tapi tuduhan politik wang semasa pemilihan Umno 2004.

Pada mulanya didapati bersalah dan dilucutkan jawatan Ketua Bahagian serta digantung keahlian.

Kalau tak salah hukuman dipinda atas rayuan. Penggantungan ditarik balik tapi jawatan Ketua Bahagian tidak dipulangkan.

Tengku Ahmad Rithaudeen dan Hakim Zaki tahu cerita sebenar.

Pada PRU 2008 dia tidak dipilih bertanding tapi dilantik Senator dan dijadikan Menteri.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

Cerita nak seret TDM ke mahkamah ni bahan bacaan yg hebat. Kalau TDM masuk mahkamah, ia amenjadi sensasi. Banyak hal akan keluar. Saya harap kes ini dibicarakan dengan panjang. PKR tak payah kempen untuk PRU13. Kes ni saja dah cukup untuk memburukan Kerajaan Pak Lah. Niat busuk Imam hadhari akan dapat kita lihat dan dengar dalam mahkamah.

Lepas seret TDM, sapa lagi nak diseret? Mereka yang disekeliling Pak Lah put patut kena seret Dato. Ada deal macam ECM Libra, Pantai Holding, Scomi dan rakyat asing nama Tahir, etc. Annuar Zaini pulak macam mana? Bukankah dia dan Vincent Tan member rapat? Kalau saya tak silap, Annuar Zaini (Dato Seri Panglima) dapat duit gaji dari Vincent Tan. Annuar ni kan penasihat PakLah. Penasihat macam ni lah yg jadikan Pak Lah jahanam.

Oh ya, saya nampak cerita nak bawa TDM ke mahkamah sama macam Wag the Dog lakonan Robert de Niro. Caranya mudah aje. Bila Pak Lah kena tekan, alih pandangan dan buat helah. Jadi kelemahan dia sebagai pengerusi BN dan presiden Umno dilupakan seketika kerana tumpuan pegi kepada TDM.

Dia silap kira beb! TDM is an old dog and that fellow knows Pak Lah's tricks inside out!

KAWAN

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,

Terima kasih atas komen. Tapi rasa nya di tempat saya macam old story sajalah. No feed back from bahagian atau pun cawangan.
Tu yang akar umbi rasa,'air siram pokok' tu tak turun kat akar umbi. Kami kering.

Despite apa yang berlaku dalam PRU12 dan the actual rating for UMNO di dalam negara, the culture for pemilihan is still the old school way. We go for who is 'stronger'to be in the power.By all means to be in the top ranking limited ketua bahagian, ketua pemuda,ketua wanita, ketua puteri at national level. Unity is not in their vocab. Sedih dan terus sedih.

miniclubman

Anonymous said...

dato' KJ,
Rais Yatim sebut pasal 'kepenghuluan' dalam UMNO, dimana suara akar umbi disekat oleh 'penghulu' dalam Utusan Malaysia hari ini. Beliau juga sebut pasal pemilihan pucuk pimpinan dan lain-lain jawatan.
Bukankah Pak Lah ada konsep 'score card'lah, KPI lah masa nak letak calon untuk PRU12. Kita tak tau pun criteria nya. Saya rasa kalau UMNO nak buat pemilihan ikut cara dulu, 'ni orang aku' - 'boleh masuk bertanding, nanti bagi undi kat aku', takuk lamalah UMNO. Dah ramai bijak pandai dalam UMNO, devicelah mekanisma terbaik untuk menilai seseorang calon. Baktinya, penerimaannya di mata masyarakat, kedudukannya, pengalamannya, keupayaannya berhujah, dan lain-lain lagi yang boleh dipikirkan. Pikirkanlah, jangan orang kita yang berkelayakan terlepas begitu sahaja....................... hilanglah kekuatan sebenarnya. Setakat nak undi calon berdasarkan popular dan tengok muka je, dah tak boleh pakai dalam UMNO nazak macam ni.

miniclubman

Wan shamsudin said...

Dato;

Pemimpin negara kita ni dah kehabisan idea. mereka cuba menutupi salah silap mereka dan cuba membawa kita ke kisah Video Linggam. Maybe ini adalah politik di Malaysia. cuba mengalih pandangan orang. TDM terlalu banyak berjasa pada kita dan negara. PM dan rakan dalam kabinet mahu membuat kita marah terhadap TDM dengan isu Linggam ini. Bahkan terlalu banyak yang mesti kita fikirkan, terutama masaalah kepimpinan PM dan rakan rakan. Saya begitu sedih akan perkara ini. PM dan rakan rakan harus fikir akan kesan dengan melibatkan TDM didalam isu Linggam ini. PM dan rakan rakan nak kita lupakan tentang kebiadapan mereka pada Raja Raja yang mereka tak hurmat Raja Perlis dan Trengganu. Isu ROYALTI minyak yang di minta olih Trengganu. Isu masaalah yang di ketengahkan olih pemimpin dari Sabah.Bermacam isu isu lagi. Pandai mereka. POLITIK KOTOR. Sabar TDM, semoga diberi kesihatan yang baik dan panjang umur. Kami sentiasa berdoa buat kamu TDM.

red84 said...

The Scribe,

3. Perkahwinan antara agenda liberal-populist yang dipacu oleh anasir-anasir liberal dalam Pentadbiran Abdullah dengan tuntutan-tuntutan yang serupa oleh parti-parti lawan Umno;

4. Kecenderungan melakukan tindak balas (react) kepada asakan parti-parti lawan daripada menjadi penentu dan pemacu kepada agenda;

5. Peletakan batu asas yang akan memungkinkan cabaran ke atas apa saja yang dilihat oleh parti-parti lawan dan golongan liberal Melayu sebagai menyekat kebebasan mereka;

- AKadirJ

Nota:

Adakah saya akan di dakwa di mahkamah atau di badan tatatertib UMNO? Adakah saya akan disamanmalu atau di pecat dari parti?

Che Dollah, YB Kepala Batas,
Abdullah bin Hajjah Kailan adalah Pengkhianat Bangsa.

eddy said...

Thanks for your comments Dato', akan saya cuba bertanya kepada yang berkenaan, tapi saya prebet lapuk UMNO sahja maka kena checklah dengan kawan kawan UMNO yang lebih mengetahui. Saya nampaklah SiZaid ini dimasukkan kedalam kabinet Dollah kerana satu tasking sahja ia itu "Get Tun Mahathir". First statement dia kata nak reform judiciary tapi, kerajaan perlu minta Ampun dengan Tun Salleh dulu when he of all people knows that it would be near impossible to do so dan niat tersirat hanya untuk memalukan Tun. Kita kalau nak memahami niat orang-orang yang tak ikhlas ni memang senang.

Dato',Saudara Sinbad brought up something very interesting about Lim Gwo Burne's comments on the Lingam Tape, yes its very strange that the Commission were convened without actually trying to get hold of ALL the tapes, maknanya if the hold tapes are not fully revealed then the main body of evidence is bak kata orang tergantunglah, so how then can they recommend that Tun Mahathir and the rest to be investigated under this or that law, when the Commission only saw part of the tape and not the whole thing.

The Suruhanjaya should among others recommend that Lim Gwo Burne now Member of Parliament with responsibilities, be called and asked to produce the remainder of the tapes that he purportedly have, only then can the Suruhanjaya's task be complete otherwise could it really be conclusive.

Anonymous said...

Datuk,
1. Zaman Tun dulu orang Melayu sibuk merancang macamana nak berjaya dimasa hadapan i.e. 2020. Zaman Abdullah, orang Melayu sibuk merancang macamana nak 'survive the next day'.
2. Zaman Tun dulu orang Melayu tak malu nak perjuangkan hak-hak orang Melayu. Zaman Abdullah, orang Melayu malu nak bersuara pasal hak-hak orang Melayu. Kalau adapun orang yang nak bersuara macam Tun misalnya,beliau dihentam oleh orang Melayu sendiri.

MACAMANA SAYA NAK MENYOKONG UMNO KEMBALI? APA YANG UMNO PERJUANGKAN UNTUK ORANG MELAYIU SEPERTI SAYA? Kalau setakat nak memperjuangkan sistem kehakiman, tak payah UMNO pun boleh. UMNO DAH TAK RELEVAN!! As far as I'm concerned!

HJG

pocoyo said...

Saudara abdrahim,

Sewaktu TDM memerintah negara selama 22 tahun, bukan beliau seorang sahaja yang "running the government". Saya akui, gejala seperti kronisme dan rasuah berlaku semasa pemerintahan TDM, tetapi itu tidak bermakna orang lain tidak melakukannya. Mungkinkah perkara ini dipelopori oleh Timbalan beliau pada waktu itu - DSAI/BABI? Hari ini, orang yang sama mengutuk dan menjaja cerita kronisme dan rasuah pada rakyat jelata seolah-olah beliau tidak pernah melakukannya langsung.
Berterima kasihlah kepada TDM kerana segera mengambilalih tugas Menteri Kewangan pada tahun 1998 daripada individu yang menyebabkan negara mengalami current account deficit yang tinggi (5% of GDP). Jika bukan calang-calang pemimpin yang mentadbir kewangan negara pada tahun 1998, kita senegara sedang meminta sedekah hari ini pada bangsa asing.

Sutera Timur said...

Yg bhg.Dato,
Sebagai rakyat Malaysia saya amat sedih dgn apa yg sedg dilakukan olh. seorg pucuk pimpinan neg.dan kerajaan pd hari ini terhadap mantan PM.TDM.Inikah yg diajar agama kita.Betulkah AAB ini seorg anak ulama?.Kalau ayahnya masih hidup tentulah ia bersedih melihatkan kelakuan anaknya ini SEOLAH OLAH BERDENDAM tanpa kesudahannya.Saya percaya TDM bukan saja seorg yg berhemah,budiman ,berjasa dan negarawan malah bukan seorg pendendam .Mulia sungguh hatinya.Lihat sajalah dilantiknya AAB SBG PM.PD HAL RAMAI LG ORG LAIN YG BOLEH DILANTIK ,tapi yakin dgn AAB ,beliau dilantik.Sebelum itu ingin saya bertanya kpd AAB APA jasa anda pd org melayu selain memalukan kami sbg. rakyat Malaysia dgn ucap-ucapanmu yg tidak melambgkan keintelektualan sbg pemimpin.Sepatutnya sbg pucuk pimpinan,beliau haruslah memimpin dan bukan dipimpin menjadi pencetus ide kpd rakyat malaysia yg dahagakan sifat kepimpinan dan bukan menonjolkan sifat pendendam utk dicontohi rakyat .Apakah dgn mengingatkan masa lalu dan menghadirkannya kembali dlm kehidupan kita sekarg ,kemudian membiarkan rakyat bersedih melihat sandiwara itu satu tindakan yg bijak.Apakah beliau akan berasa puas dgn apa yg tlh dilakukan.Bg. org yg berfikir,peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.Peristiwa tersebut hanya sebhgn.dr. masa lalu dan sekarg semuanya telah berakhir.Apa yg berlaku pd masa itu MUNGKIN ADA HIKMAHNYA.tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar utk melukiskn bencana pd zaman itu.Apakah AAB tidak ada kerja lain selain menubuhkan SURUHAN JAYA seolah olah menggambarkan kita tidak tahu memerintah dan semuanya diserahkn kpd suruhan jaya. Pernah ke AAB terfikir bhw setiap isu yg dibawa pembgkg hanyalah semata mata sbg isu. Kenapa perlu dilayan?kebayakan isu yg dtubuhkn spt isu ketok ketampi,lingam dan sbgnya akhirnya telah memalukan pihak kerajaan sendiri.Fikir fikirkanlah.

Pak Malau said...

Dato AKJ
Banyak lagi kes dan hal lain yang melibatkan kepentingan rakyat bawahan yang perlu disiasat dan ditangani seperti penjualan MV Agusta tidak mengikut prosedur, Projek Scomi, AP, AP gula, kekurangan bekalan minyak masak, dan macam macam lagi. Kenapa tak disiasat dan dikendalikan hal-hal yang melibatkan kepentingan rakyat.

Hal kehaikiman melibatkan minoriti elit saja. Secara umumnya, tiada masalah dengan kehakiman yang tersembul dan memberi kesan besar kepada rakyat bawahan, kecuali masalah imej yang ternyata dicemarkan oleh tindakan-tindakan yang kononnya untuk menyucikan badan itu sendiri.

Lebih baik juga siasat menteri kewangan sekarang yang meluluskan merger ECM Libra - Avenue, juga bagaimana kecuaian menteri kewangan meluluskan penjualan kepentingan pantai holdings kepada orang luar.

Juga, apa sudah jadi kepada 18 kes berprofil tinggi semasa Paklah mula memegang jawatan PM dulu?

Bagaimana TM dan TV3 diperah menaja program mencari bakat bolasepak yang kini terbukti berhasil menjadi pasukan belasahan sahaja dalam liga nasional.

Sesungguhnya manusia yang tidak mengenang budi tidak layak ditumpangkan dirumah sekalipun, apatah lagi diangkat menjadi pemimpin. TDM akan terus disanjung rakyat, dan semakin beliau diburukkan, imej buruk paklah yang akan kelihatan.

Saya dalam proses mengumpul ahli umno untuk keluar parti, keluarga saya pun dah sepuluh orang, belum dikira sepupu, pak dan mak sedara yg semuanya ahli Umno. Kecil atau besar jumlah kami, kami tak peduli, Paklah tunggu, kami cabut. Sudah terlalu banyak diperkatakan, paklah masih tidak mendengar. Kami setuju dengan Tun, Paklah tak mampu faham apa-apa.

samurai melayu said...

Salam Dak

Again I encroached into the 'forbidden' territory,
when emotions take contol of your senses.
Angry with ‘the Little Rascals’
Perhaps my presentation this time is more appropriate.
Your prerogative to print this post @ chedet.com



AYAHANDA RAKYAT yang kami kasihi
The candle that lit UMNO and the nation.
Don’t blow it out
The sons of this blessed country are afraid of the darkness infront!

Dalam kaca ada Api,
Dalam api ada Cahaya,
...
Sedang duduk bermenung cuba mengupas dan mencari 'kunci rahsia’ kepada Api dan Cahaya yang di maksudkan, kami tertoleh pandangan kepada bingkai yang memaparkan gambar Ayahanda dan Bonda Rakyat yang beserta dengan Puisi kami 'TUTUR PENGHARGAAN BANGSA'

Dari duduk bermenung bertukar ke termenung
Apakah Ayahanda Tun yang berjaya mengubah nasib bangsanya dari berjalan tunduk ke bumi kepada bangsa yang berani mengangkat muka, tegak berdiri dan tiada lagi ejekan kata hina, kini diejek dan dihina oleh pemimpin2 bangsa yang telah diangkatkan maruahnya?

Ahli gang 'Little rascal' Nazri Abdul Aziz yang tak diajarkan hormat kepada orang lebih tua dalam apa jua keadaan , dengan biadab melempar kata sinis 'Dia bukan budak yang tak berakal'
Kami mohon kerjasama sdr Datuk (Prof). Firdaus PhD, DbP, kirimkan senaskah buku rujukan tentang peradaban guna bahasa (or to that effect) supaya ‘the Little Rascals’ tahu sedikit peradaban cara guna bahasa melayu 'orang di atas'(Ilmiah) bila nak buka mulut 'makan besar' mereka tu.

Tun Musa Hitam yang kami nobatkan sebagaiTun Patriot ni, kita kenalah faham tutur bahasanya dan bagaimana penghujung ayatnya. (percakapan). Apakah cakapnya berakhir dgn titik(.)atau comma(,)?
Titik kalu, membawa satu maksud
Comma kalu, boleh jadi lebih dari satu maksud
Tun Johor ini 'expert' dalam
Baling batu, sorok tangan
Asah parang serampang dua mata

Maka bila beliau katakan
'Duri dalam daging sudah dikeluarkan',kita katakan dia mulut ‘celupar’, tapi bagi kami skripnya berbeza..Bacaan kami begini rupanya. Pak Lah telah mengadu kat dia
‘Bagaimana kita nak buat kerja untuk mengatur langkah supaya dapat maju kedepan, kalu Chedet ni asyik suruh saya BERUNDUR? Maka bila Pak Musa bercakap ‘celupar’
Dimaksudkan nya adalah, 'Pak Lah, la ni hang boleh lah mulakan kerja tanpa gangguan?'

Percaya lah, bila pak Musa pulang nanti, pak Lah dok 'tidoq' lagi.
Bila ditanya kenapa masih tak bergerak lagi, depa kan kata kat Musa 'amacam aku nak mula bergerak (kedepan), hang dok suruh kami semua balik (BERUNDUR)ke pangkal jalan. Bila nak sampai penhujung jalan,kalu ikut lagu tu?
La ni, Tun Johor pula disalahkan.

Yang hang dan kuncu-konco dok berjalan ikut rentak cha-cha, pasai apa?
Jalan ikut rentak lagu Bujang Lapok kan baguih, said Mr. Mosses Black(mind of a...)

Kata arwah tok guru saya, antara rakan2 seperjuangan hanya Tun Johor ni sahaja boleh duduk makan sepinggan dengan Tun Kedah, yang lain nya hanya takat duduk makan semeja! Betuih ke?

To fellow critics and detractors of AYAHANDA TDM,
kalu kalian tak buta dalam terang, kalian pasti nampak siapa yang main wayang!
TM/TV3 sudah sponsor My Team dan pasukan tertentu Liga bolasepak
Celcom buat juga, tapi ada satu ketika dulu buat kejutan guna ‘Pontianak’ untuk iklan sukan nya??
.
Tunggu bila agak nya dapat tonton edisi baru filem ‘Ali Baba and the 40 thieves’ arahan Anwar Abraham tajaan Bank Rakyat(BR) bersama Pak Lah dan pemimipin2 BN.
Molek lagi kalau rakyat semua dapat menontonnya di banguna Parlimen!

Al Fatihah, Amin

r.ahmad said...

Datuk,

Macamana tak kalah..pemimpin kita bukan saja tak serius, malah tak masuk dalam fikiran dia orang pun kes Batu Putih ni..

Apa yang dia orang tahu buat hanyalah mengutuk dan menghemtam Tun. Hari-hari dok fikir apa lagi point yang nak guna utk hemtam Tun.

Pembangkang pun sama. Susah hati sangat mereka tentang Tun. Lain -lain hal negara dah tak kisah dah. Dapat malukan Tun adalah perjuangan mereka sekarang. Rosak..rosak..

Apa la malang sangat kita sebagai rakyat Malaysia dpt dia orang ni sebagai pemimpin.

P/S : Saya pasti kalau kes Batu Putih ini di era Tun, tentu lain keputusan nya..

Anonymous said...

Salam Dato'

Banyak komen yang saya dengar mengenai orang tingkat 4. Saya sebagai rakyat biasa tak pernah berurusan dengan pihak-pihak atasan di putrajaya. Maka saya tidak boleh membuat sebarang penilaian. Saya hanya mendengar maklumat. Walaubagaimanapun saya pernah menghadiri satu seminar dimana salah seorang dari panel penceramah adalah mungkin kawan-kawan kumpulan
tingkat 4. Kesimpulan ini saya buat berdasarkan faktor usia panel penceramah yang memegang jawatan tertinggi didalam organisasi yang diwakilinya.Dipendekkan cerita, kesimpulan saya dari ceramah beliau,jika betul dia termasuk dalam kumpulan tingkat 4,...........................

Kanta

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).