Saturday, May 03, 2008

Politik Pasca PRU Ke-12 Serba Mungkin

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARIPADA banyak aspek, politik Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac lalu adalah politik “serba mungkin” – the politics of possibility – khasnya bagi pembangkang.

Setelah berjaya membuat kejutan dengan merampas lima wilayah baru (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), mengekalkan Kelantan dan menghapuskan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat, segala-galanya adalah mungkin bagi Pakatan Rakyat.

Tetapi situasi yang sama boleh berlaku kepada BN, terutama sekali Umno, jika kita bersedia berfikir di luar lingkaran dan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang sebelum ini tidak masuk akal boleh diterima akal – yang mustahil menjadi “maaqul.”

Keputusan PRU ke-12 telah menyebabkan garis pemisah antara parti pemerintah dengan pembangkang menjadi pudar dan kelabu. Ia tidak lagi hitam dan putih. Situasi ini tidak langsung memeranjatkan kerana banyak orang Umno mengundi pembangkang dan pemimpin pembangkang lebih peka kepada orang Umno daripada pembesar Umno sendiri.

Maka dalam suasana yang serba mungkin ini adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri September ini seperti yang didakwanya atau Abdullah Ahmad Badawi kekal menerajui Umno dan negara sehingga akhir hayatnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan pada usia 83 tahun dan selepas dua pembedahan jantung dia masih “remaja” justeru itu pada 1 Mei dia memulakan blognya – http://www.chedet.com/. Dengan sekelip mata, dia meninggalkan blogger macam saya dalam kepulan debu.

Bertitik-tolak daripada premis “serba mungkin” ini, saya tergerak untuk mengemukakan beberapa soalan dan persoalan berkaitan senario (scenario) politik tanah air kita dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Senario Pertama: Pakatan Abdullah Ahmad Badawi-Anwar Ibrahim. Nampak tidak masuk akal tetapi tidak pula mustahil.

Kalau Tengku Razaleigh Hamzah rela membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996 dan Dr Mahathir rela menerima beliau kembali ke dalam Umno mengapa tidak Anwar membubarkan Parti Keadilan Rakyat dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam Umno?

Tidakkah Abdullah bercita-cita meninggalkan belang (legacy) yang setanding dengan Dr Mahathir dengan membawa masuk bekas ahli Umno yang kini menganggotai PKR? Bukankah pembebasan dan kebangkitan semula Anwar berlaku pada zaman pemerintahan Abdullah?

Apakah kita sudah lupa episod Khairy Jamaluddin (kini YB) bergegas berjumpa Anwar untuk menyerahkan pasport antarabangsanya agar Anwar boleh segera menjalani rawatan di luar negara sebaik sahaja dia dibebaskan pada tahun 2004?

(Alhamdulillah, berkat doa kita semua dan kehebatan doktor-doktor Jerman, hari ini Anwar nampaknya jauh lebih sihat daripada sebelum dipenjarakan. Ada hikmah dalam setiap kejadian Allah.)

Apakah tidak mungkin Anwar membubarkan PKR dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam pelukan Umno, dan seterusnya menamakan beliau sebagai pengganti Perdana Menteri?

Jangan lupa faktor KJ dalam senario ini.

Dan bukankah Abdullah sendiri baru-baru ini melabelkan Anwar sebagai Perdana Menteri menanti (Prime Minister in wating)?

Senario Kedua: Pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Anwar? Mengapa tidak? Bukankah Ku Li berupa peneraju Umno yang instrumental kepada kemasukan Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982?

Ku Li dan Anwar sama-sama berpengalaman “tersingkir” daripada Umno dan sama-sama berpengalaman menubuhkan parti serpihan untuk meneruskan perjuangan dan kerjaya politik mereka.

Yang mungkin kurang meyakinkan mengenai senario ini adalah kerana Ku Li bukan Presiden Umno dan bukan Perdana Menteri. Tetapi tidak mustahil beliau menjadi Presiden selepas pemilihan Umno Disember ini.

Senario Ketiga: Pakatan Ku Li-Najib. Bukankah Ku Li menjadi mentor kanan Mohd Najib Abdul Razak pada tahun-tahun awal pembabitan Mohd Najib dalam politik? Ku Li adalah antara orang kepercayaan Tun Abdul Razak.

Meminjam ungkapan kontemporari para remaja, saya yakin mereka masih mempunyai “feeling” terhadap satu sama lain. Tetapi kemungkinan senario ini menjadi kenyataan tipis kerana Mohd Najib telah bersumpah setia kepada Abdullah. Selain daripada itu, umum tidak tahu apa sebenarnya pendirian Mohd Najib.

Senario Kelima: Ku Li-Muhyiddin Yassin. Sepanjang pengetahuan saya, tiada kaitan rapat antara Ku Li dan Muhyiddin. Tetapi buat masa ini, mereka adalah dua peneraju kanan Umno yang berani bersuara dan justeru itu dilihat sebagai calon-calon yang berpotensi menerajui Umno pasca PRU ke-12. Muhyiddin adalah naib presiden Umno paling kanan dan berpengalaman.

Senario Kelima: Kekal status quo di mana Abdullah terus memimpin Umno dan Kerajaan, Umno semakin kucar-kacir, Barisan Nasional hidup segan mati tak mahu dan pemerintahan negara terumbang-ambing (moribund) – menjurus ke arah nazak.

Senario terakhir: Akibat senario kelima itu, Pakatan Rakyat, secara tidak disengajakan (by default), menjadi bertambah kuat dan Anwar berjaya “merampas kuasa” dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Masuk akal? Taaqul – boleh dibahaskan.

Dan adakah masuk akal harga beras di negeri jelapang padi (Kedah), mengikut laporan Utusan Malaysia, naik antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan?

Akhbar itu pada 2 Mei memetik menteri berkenaan, Shahrir Abdul Samad sebagai berkata bahawa harga beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram.

Namun, kata Utusan Malaysia, tinjauannya pada 1 Mei mendapati negeri Kedah tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras. Di sekitar bandar raya Alor Star harga hampir kesemua jenis beras naik mendadak antara 15 hingga 40 peratus.

Jadi siapa yang hendak kita percaya – bapa menteri atau akhbar Utusan Malaysia?

67 comments:

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,

Seperti mana yang pernah dinyatakan dahulu mungkin ada pertalian antara KJ dan Anwar dalam senario politik negara ketika ini.Samada plan A,B,C atau sebaliknya yang kini tidak menyebelahi perancangan mereka, sekiranya ada. Mungkin Dato' boleh bagi 'clue' dimanakah KJ pada 1996 dan keterlibatannya dalam gerakan Anwar Ibrahim mengumpul dan menggilap golongan pelajar dan para profesional di dalam dan di luar negara yang diketuai oleh Saudara Ezam ketika itu?

miniclubman

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

"Strange things did happen, sometimes".

Tetapi apa maknanya jika "perkara2 pelik" dlm politik M'sia sering sangat berlaku akhir2 ini terutama selepas PRU-12 lepas?

Saya percaya dan berdasarkan semua yg Dato' tulis disini, semua yg "amat mustahil" bagi kita selama ini, sebahagiannya telah pun berlaku dgn izin Nya - tiada apa yg mustahil sangat lagi. Anwar Ibrahim bakal menjadi PM pun masuk akal.

Satu lagi yg pelik, selepas krisis minyak masak kelapa sawit baru2 ini, beras tempatan yg makanan ruji kita pula naik ke tahap yg tidak masuk akal. Lainlah jika kita hidup di Siberia yg mana beras payah nak jumpa atau memang agak mustahil ditanam atau boleh hidup di sana.

Sebagai catatan dan renungan, baru2 ini kita dikejutkan dengan penemuan saintis Britain dimana wanita dijangka boleh memiliki anak hasil drpd "sperma" sumsum tulang, tanpa 'kehadiran' lelaki. Walaupun ianya mungkin boleh mengatasi masalah kemandulan, "outcome" yg menakutkan adalah "penggunaan kaedah ini akan hanya boleh melahirkan anak perempuan sahaja kerana sperma ini tidak mempunyai kromosom Y yang diperlukan bagi melahirkan anak lelaki,” lapor para saintis tersebut di dalam journal New Scientist.

Jadi jika proses ini diamalkan nanti, kesan drpd "hanya anak perempuan sahaja boleh dihasilkan" adalah ketidakseimbangan nisbah lelaki dan perempuan di dunia, yang menandakan dunia sudah diambang senja!

Mustahil dan tidak masuk akal lagi? IlmuNya tiada had sempadan dan tiada yg terselindung drpd pengetahuanNya.

p.s.: Misteri "jerangkung dalam almari" lama kelamaan akan terbongkar juga. Sudahkah "mereka2" bersedia? Nantikan kesudahannya.

raja2u said...

Raja2u
Assalamualaikum YBhg Dato'.
Memang menarik sekali apa yang Dato' sarankan.Kita memang perlu berfikir diluar kotak jika kita hendak terus maju. Keadaan sekarang sudah jauh berubah dan adalah suatu khayalan jika kita hendak mengwujudkan status terdahulu. Ini lagi-lagi selepas terdedahnya perkara-perkara yang tidak menyenangkan (jika benar berlaku ) oleh mereka-meraka yang telah diamanahkan mentadbir negeri.
Kita sebenarnya berada dalam keadaan kuat. Hanya kita terbahgi kepada beberapa kelumpuk. Jika tiap-tiap wakil rakyat mempunyai niat untuk menjaga bangsa dan ugama dari terancam maka tiada sebarang masalah dalam keadaan sekarang. Hanya perlu peka dan tidak lalai.
Pengabungan mengikut kumpulan mempunyai risiko dimana pihak yang terkeluar dari kelompok besar akan merajuk dan dengan itu akan mengurangkan kekuatan kita sebenarnya di Parlimen.

Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Datuk

Teringin sangat nak percaya - percaya menteri dan Utusan Malaysia..

kristal said...

segalanya mungkin. dalam politik tiada musuh kekal dan tiada kawan kekal.
walau apa pun anwar adalah pelakon handalan. saya dah tahu sejak tahun 1993 lagi. masa tu dato kj masih kawan baik dengan anwar. mungkin dato kj boleh siarkan semula sejarah politik anwar dari mula beliau masuk umno. biar orang ramai buat penilaian.

pasal shahrir samad saya tak fikir beliau boleh buat sesuatu yang luar biasa kat kpdn&hep untuk kebaikan pengguna. sekarang ni pun kalau beli gas memasak tong besar tapi tukar tong kecil kena tambah RM3. dulu tidak. shahrir samad kat luar beliau boleh bising bila kat dalam tiada apa dia boleh buat.

aah said...

Dato,

Ada satu lagi senario Tun Dr Mahathir jadi Presiden UMNO,siapa sahaja yang jadi Timbalan Presiden jadi Perdana Menteri Malaysia.Masuk AKAL TAK ?

Red84 said...

The Scribe,

2X5
(lebih kurang)

Senario Kelima: Ku Li-Muhyiddin Yassin. Sepanjang pengetahuan saya, tiada kaitan rapat antara Ku Li dan Muhyiddin. Tetapi buat masa ini, mereka adalah dua peneraju kanan Umno yang berani bersuara dan justeru itu dilihat sebagai calon-calon yang berpotensi menerajui Umno pasca PRU ke-12. Muhyiddin adalah naib presiden Umno paling kanan dan berpengalaman.

Senario Kelima: Kekal status quo di mana Abdullah terus memimpin Umno dan Kerajaan, Umno semakin kucar-kacir, Barisan Nasional hidup segan mati tak mahu dan pemerintahan negara terumbang-ambing (moribund) – menjurus ke arah nazak.

Senario terakhir: Akibat senario kelima itu, Pakatan Rakyat, secara tidak disengajakan (by default), menjadi bertambah kuat dan Anwar berjaya “merampas kuasa” dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Masuk akal? Taaqul – boleh dibahaskan.
- (AKadirJ)


Nota:

C U N Up All
(genting?)

Siapa ada ace spade?
King spade, queen spade,
jack spade, spade sepuluh?

Who has all the hearts
- in his sleeve?

NGINAP SRENGENGE said...

Pinjam kata2 pasukan Chelsea : IMPOSSIBBLE IS NOTHING .

Kemungkinan ada di mana2 , bersiaplah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku . Kemungkinan juga kita akan melihat nama yang Dato' sebutan itu hancur bagai debu di mata rakyat . Kerana mereka menerima serba-sikit kezaliman dalam hayat mereka , maka doa mereka dimakbulkan Allah .Di hari akhirat tidak sesiapa yang berani mengaku sebagai 'pemerintah' di depan Allah.

Berita dari gunung said...

Kejutan PRU12 diyakini tidak terhenti disitu saja. Dijangka ada ombak-ombak kecil menghala ke pantai. Ombak-ombak kecil mengumpul tenaga, bercantum menjadi Ombak ganas. Ramai yang akan lemas nanti.

Media menyebut kejutan PRU12 sebagai tsunami. Datangnya senyap, dengan tiba-tiba dan memusnah tanpa belas.

Senario yang Dato paparkan penuh dengan kemungkinan. Setengahnya terlalu real untuk dinafikan. PM tentunya memilih untuk berundur dengan stail walau melangkah pergi atas timbunan kemusnahan.

Apapun terjadi rakyat jelata masih mahu terus hidup dengan selesa dan selamat. Percakaran tanpa pertimbangan samada di Parlimen, di luar parlimen dan di media perdana bukanlah prelude untuk kesejahteraan yang berpanjangan.

Ada yang cenderung dengan Singapura kini, tetapi terlupa melihat disebalik kegagahan fizikal dan ekonomi. Disebalik kesemuanya, ada KEKUATAN KERAJAAN. Dan kerajaan yang kuat didokong oleh pemimpin yang cerdas, tajam, berfokus dan berwawasan.

Kini kita hanya ada sebuah kerajaan yang melabel dirinya sebagai TERBUKA. Di ruang terbuka itulah pemimpin-pemimpin bercakaran, tidak ingat lagi misi perjuangan yang unggul. Kini DACING perlukan verifikasi untuk terus relevan.

Walaupun Singapura kecil, sering disebut sebagai terlalu senang diurus tanpa kerumitan, ada yang tidak sedar betapa sedarnya pemimpin sana tentang seni mengurus negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

Dengan percakaran pemimpin pelbagai kaum tanpa usaha berdamai dan penyelesaian, isu kecil jadi sengketa. Formula perpaduan kaum melalui BN dalam PRU12 hilang mujarabnya.

Dalam senario selepas PRU12, saya cenderung untuk mengatakan bahawa PM akan berundur, tetapi tidak sebagai orang lembik dan tak bermaya. Beliau tentunya akan berundur dengan stail.

Dalam senario itulah nanti rakyat berperang dan "berpekin" (loghat utara) untuk hidup dengan selesa.

Akhirnya akan muncul PRU13, simbol untung buruk sesetengah sukubangsa, untuk rakyat melihat semula samada DACING masih tepat ukurannya, atau sudah tidak betul dan wajar dijual sebagai scrap, besi buruk atau dihumban kelaut jadi tukun.

Mat Smile said...

Dato,

Saya melihat Pak Lah dan Gus Dur sebagai tag team yang paling sesuai. Mereka baik, gigih dan bercita-cita terlalu tinggi.

Kalau diibaratkan Pak Lah sebagai sebuah kereta, semua bahagian sudah berbunyi kecuali hon.

asalbayu said...

Salam Dato.

Senario politik hari ini menurut persepsi saya kini sudah begitu berbeza mulai menjelang PRU12.

Kini budaya biadap telah mengambil tempat budaya mengenang jasa dan berbudi bahasa. Pelopornya ialah kalangan pimpinan UMNO sendiri.

Saya salah seorang daripadanya. Keangkuhan itulah amalan masa kini.

awanza said...

Salam Dato' KJ,
Saya rasa agak susah untuk DSAI bubarkan PKR dan masuk UMNO, sebagaimana Ku Li bubarkan Semangat 46, kerana PKR parti pelbagai kaum. Kemana arah Tian Chua dan N. Gobalakrishnan kelak?

Wakmasnoor said...

Dear Datuk,
you brought up too many sub-topics for discussion which i cant frankly, picked one without neglecting the other.

Anyway the one in particular that interest me, is the possibility of Anwar-X or Anwar-Y collaboration.

Honestly Datuk, do you see any of the above collaboration, happens? I am very much doubt if it solely based on politic alone. Cause politic is the main reason for the rift and shift of popularities.

The one main and uprising agenda that can bring all parties to forefront in such cause and be united, is the hotly-discussed Malay issue.

Umno and Pas is 2 of the largest political party in Malaysia, and PKR is closely homing in too. Being largest, they too are all about Malay representations. They may have different political ideologies and driven needs, but Malay is what they are rightly based and structured upon.

I have strange feeling and take on this. We might see a new Pakatan on the card. And this new brave venture will map a new political beginning in Malaysia, and Malay especially.

zool said...

Hm.. harga beras tetap meningkat..
Harga barangan lain pun sama...
Dan nampaknya minyak peket di tempat saya pun dah kembali susah nak dicari...
Mungkinkah ianya ada kaitan dengan senario politik semasa??


http://www.ligakampung.com/blog

su-kj said...

A.kum Datuk,

Mukadimah - Datuk, saya baru saja lepas tengok AF6. Saya rasa tahun ini juara AF6 dapat kepada 'Nadia'.
-----------------------------------

1. Bersabit apa yang Datuk tulis itu, saya hanya terbayang 2 perkara:

a. Pertama, mungkin apa yang berlaku sekarang ini adalah 'Satu Drama' yang mana skripnya telah ditulis semenjak 1988. Penulis skrip adalah Dr. Mahathir. Manakala Pengarah&Pelakon utama ialah Anwar Ibrahim. Pak Lah, Ku Li, Datuk Najib, Nik Aziz, Hj Hadi dan Lain-lain hanya pelakon tambahan. Tema drama ini adalah 'Demi Keutuhan dan Kekuatan Melayu'.

b. Kedua, tetapi jika ini adalah suatu realiti maka saya kira ia adalah atas kehendak dan ketentuan Ilahi. Manusia hanya sekadar merancang tetapi Tuhan juga akan menentukan segalanya.

2. Pada pendapat saya Pakatan yang rapuh dan sukar untuk berjaya ialah pakatan Ku Li+Najib, Ku Li+Anwar dan Ku Li+Muhyiddin. Ini semua adalah pakatan yang lemah.

3. Manakala pakatan yang boleh jadi kuat dan kemungkinan boleh menjadi realiti ialah pakatan Pak Lah + Anwar + KJ.

4. Tetapi dalam keadaan sekarang, saya rasa jika DSAI mahu berdiri atas kakinya sendiri tanpa berpakat dengan Pak Lah pun beliau boleh lakukannya.

5. Pada saya hanya Dr. Mahathir sahaja yang layak berdepan dengan Anwar Ibrahim. Kini beliau telah berada diluar gelanggang.

6. Dalam Umno hari ini, saya perhatikan tidak ada seorang pun tokoh-tokoh yang berupaya menandingi kewibawaan DSAI.

7. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini.

8. Saya rasa DSAI tidak akan bubar PKR buat masa ini. Jika beliau bubar PKR, Umno dan Pkr akan bungkus dan PAS akan menjadi rumah kepada semua orang-orang Melayu.
-----------------------------------

Soalan: Bersabit siapa yang harus kita percaya sama ada bapak Menteri atau Utusan Malaysia?

Jawapan: Hanya laporan yang melibatkan 'Kematian' sahaja yang boleh kita percaya kepada Utusan Malaysia. Manakala Menteri pula, bila mereka masuk ICU atau IJN, baru kita boleh percaya cakap mereka.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

abd rahim kassim said...

Datuk,

Enam senario kemungkinan yang akan berlaku dalam gelombang politik negara, yang Datuk lontarkan di blog ini, sememangnya sedang ditunggu.

Dalam politik tidak ada perkara yang mustahil. Semuanya serba berkemungkinan. Bagi orang berpolitik, yang penting matlamat tercapai. Halal atau haram cara yang digunakan, para pengkaji yang akan melebalkannya.

Pemusatan pemerhatian rakyat sekarang ini, tertumpu kepada siapa yang bakal menggantikan Pak Lah.

Pak Lah pun rasanya sudah lebih dari faham bahawa rakyat tidak mahukannya lagi. Kalau pun dia nampak berdegil seperti tidak mahu turun, hanyalah sekadar melengahkan masa untuk memastikan anak dan menantunya selamat, jika berlaku pertukaran kepimpinan nanti.

Walau pun Dato' Najib disebut untuk menggantikannya, tetapi meninggalkan KJ kepada Dato' Najib, samalah seperti menyerahkan anak, kepada kumpulan seigala.

Mempelawa DSAI masuk semula dalam UMNO dan meletakkannya sebagai pengganti, adalah sedikit jaminan buat masa depan politik KJ, tetapi sampai hati ke DSAI mengkhianati PAS dan DAP hanya kerana jawatan PM.

Kalau Pak Lah masih berlengah untuk mendapatkan jawapannya, Tengku Razaleigh punya harapan cerah untuk menurunkannya bulan Disember nanti.

Bagi DSAI, kalau memang benar ada undangan itu, inilah jalan singkat untuk dia menjadi PM. Kemasukan PKR dalam BN, akan menjadikannya PM yang punya kuasa 2/3 di parlimen.

Untuk menunggu pilihanraya ke 13, lama lagi dan macam-macam boleh terjadi. Kalau pun dia berjaya menawan hati 38 MP BN dan menubuhkan kerajaan, tapi kerajaannya nanti tidak kuat kerana tidak dapat majoriti 2/3.

Jadi samaada Pak Lah atau pun DSAI, masing-masing punya pilihan untuk matlamat politik mereka, tepuk dada tanya selera, yang mana satu idaman kalbu....

abd rahim kassim

Hakimi bin Abdul Jabar said...

The latest AIRINC study on the cheapest gas (fuel) prices in the world.

http://kimieskorner.blogspot.com/2008/05/is-price-of-petrol-cheap-in-malaysia.html

Go ahead....the results will shock you! Nothing's impossible...

Haji Mustapha Ong said...

Salam Sdra ku Dato' KJ,

Inzinkanlah saya menyampaikan salam kepada semua pengkritik-pengkritik terhadap penulisan saya melalui blog Dato', Malaysia-Today dan Malaysiakini.Mereka mungkin tidak mengenali kepribadian saya, mahupun dari sudut yang begitu jauh di mana saya berada, Indonesia ke, NZ ke, US ke, Brazil ke tak penting lah. alhamdulillah dan pokoknya, saya masih hidup sihat wa'afiat dan malang nya, terdapat beberapa pengkritik pengkritik yang terpesong daripada matlamat perjuangan tanpa kedudukan yang ditawarkan.Dato' adalah ke saya kecewa selama ini???Hidup saya dimana aje tanah bumi yang luas ini adalah bersederhana dan tidak semata-mata bergantung kepada rezki anak-anak saya, hanya kepada pencen yang daripada Kerajaan BN. Saya amat bersyukur kehadrat Allah swt.dalam apa keadaan jua, tapi hanya pantang dicabar oleh sesiapa termasuk menteri-menteri. "I AM NO CRONY OR HYPOCRITE.I KNOW WHO I AM AND I ALSO KNOW WHERE I STAND IN THIS LIFE IN ORDER TO COMPLETE MY MISSION AND PREPARE MY FINAL JOURNEY TO AKHIRAT.

Insya-Allah saya tidak dimakan"fitnah" dan cerita pak karut yang dilemparkan kepada saya sekeluarga.Tetapi sesiapa yang makan cili dialah yang akan merasa pedas hidup nya di dunia dan akhirat.saya menerima prinsip nya bagi saya untuk sama-sama meneggakkan "keadilan" demi sejahtera bangsa Malaysia.

Alhamdulillah saya telah pun ditakdirkan sebahagian kecil diri dan jiwa saya sebagai "Perakian" setelah berumahtangga baru-baru ini. Itulah semangat perjuangan kita rakyat Malaysia tidak mengira apa bangsa atau keturunan.Kita seharus nya tidak sentiasa menyalahkan kepimpinan negara, tapi mengambil tauladan daripada kesilapan perjuangan kita sendiri.

Kita dianugerahkan daya pemikiran atas mana perkara yang baik, buruk atau ketelaluan. Takkan lah semua hendak "privatisekan" itu joke di antara DAIM DENGAN TDM. cuba Dato' dan rakan-rakan kita merenung sebentar untuk mencapai kepuasan masing-masing dalam arena berpolitik. Jangan kita nak uggut-uggut orang tanpa prinsip perjuangan dan pendirian akhlak manusia yang kerdir dipandang Allah swt.seperti Mr Kris yang berkrisis sekarang dan menyusahkan pemimpin lain pula!

Pada pagi ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada MLN Syed Hamid, Muhyiddin, Rais Yatim, Shahril Samad, Azalina, Ong & Liow, Ku-Li, sdra Idris Tulis dan sebilangan besar ahli-ahli BN di akar umbi yang lain.Takkan lah saya nak lupakan Anwar, Azmin, Khalid, KJ, Khalid Jaffar, LKS, LGE dan MB Nizar yang cukup hebat itu. For the Royalties, they will always be above us and one-step ahead of us.Malaysia can never be a Republic till Doomsday!! Congratulations to Raja Nazrin and my TMJ Johor yang tak kurang hebat. Ampun Tuanku.

Salam Dato' hanya sdr yang tahu siapa yang sebenarnya si polan Mus ini yang masih hidup sihat berlaka.Hanya Dato' tahu kedudukan berpolitik saya yang sebenarnya yang tidak berlandasan kepada suku bangsa yang disebut-sebutkan itu, tetapi mengikut fitrah Islam dan Hadith-Hadith.

Pada hakikatnya saya tidak berhasrat untuk menghinarkan bangsa ku yang sama, tapi masik menduduki di sampingan di antara fitrah Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain. GOD IS THE SUPREME DIVINE WITNESS TO ALL OUR ACTIONS.

Abdrahim said...

Datuk,
(minta laluan sikit untuk respon su-kj)

Apa yang berlaku sekarang hasil dari plan yang dibuat pada 1998 oleh Dr. Mahathir, ada sedikit logik tetapi masih boleh dipertikai.

DSAI adalah satu-satunya anak didek Tun Mahathir dalam politik. Dibawa dari ABIM secara yang cukup memilukan hati kawan-kawan dan juga lawan.

Kehadiran DSAI dalam UMNO menyebabkan peluang orang-orang yang kanan dalam UMNO terpaksa dikesampingkan termasuk Tun Ghafar, dan pemerigiannya dari ABIM, menguris ramai hati kawan-kawannya.

Sedang namanya memuncak tinggi tiba-tiba dijatuhkan dengan penuh dramatik. Tuduhan yang dilemparkan kepadanya tidak diterima akal hatta lembu dikandang pun tidak percaya.

Memang ini boleh dianggap sebagai percubaan bagi membina karisma sesorang, supaya pemusatan pemerhatian tertumpu kepadanya.

Tun Mahathir, tindakan pertama yang dibuat semasa jadi PM, (membina karismanya)ialah "menjolok jam" untuk menyamakan waktu semenajung dengan sabah dan sarawak.Masa itu seluruh negara tertumpu kepadanya dan melupakan tindakannya "menjatuhkan" Tun Husain.

Dari peristiwa 1998 itu dan hinggalah kini, DSAI telah dijadikan hero bagi perjuangan menuntut keadilan. Namanya sebaris dengan pejuang-pejuang seperti Jose Rizal, Mandela dan Suu Kyi.

Kalaulah ini yang dimahukan oleh Tun Mahathir terhadap DSAI,ianya agak sedikit keliru.

DSAI sememangnya manusia yang telah dianugerahkan tuhan keistemewan tersebut. Dimana pun beliau diletakkan, ketokohan dan karismanya sebagai pemimpin sentiasa terserlah.

Lagipun harga yang terpaksa dibayar oleh DSAI untuk mencapai tahap sekarang dalam karier politiknya terlalu mahal, sedangkan ianya tidak perlu berbuat demikian.

Jadi rasanya bukan dramalah......

tok dam said...

Salam Dato',

Hubungan dato' yg lama dan 'berkepentingan' dengan Anwar memang jelas mempengaruhi pandangan dan kemahuan dato' terhadap beliau.

Kalau kita ikhlas melihat dan menilai kehendak rakyat, maka kita akan sedar yg Anwar seperti jugak Pak Lah telah pun ditolak oleh kebanyakan rakyat. Anwar telah pun ditunjukkan jalannya pada PRU 2004 manakala Pak Lah pada PRU yg lalu.

Namun atas beberapa persamaan sikap dua individu ini maka mereka terus dikhayalkan untuk menyakini bahawa mereka berdualah kini yg memegang baton kuasa.

Insyaallah, dengan izin Tuhan yg sekian lama memberkati bumi bertuah ini. Doa kebanyakan rakyat untuk melihat Pak Lah turun takhtanya akan termakbul manakala Anwar pulak sekali lagi akan berpeluang untuk melihat senario PRU 20004 akan berulang pada PRU 13 ini.

ringgit said...

Senario Kedua: Pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Anwar? Mengapa tidak? Bukankah Ku Li berupa peneraju Umno yang instrumental kepada kemasukan Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982?

DSAI kena baut mcm Revolusi Perancis, bagaimana Napoleon mengguling kerajaan ketika itu selepas mengumpul barisan kepimpinan baru...

Banyak fakta tamdun sejarah telah membuktikan...

Siapa cepat dialah yang akan jd PM...Ada terlalu banyak teori yg kita kena fikir diluar kotak..Jadi atau tidak, mugkin salah satu yg difikirkan itu akan mejadi...

Ketika ramai yg menduga DSAI menanti jd PM, mungkin ada calon baru yang menanti jawatan PM..mungkin bukan Najib/Muhyuddin/KJ... Siapa tahu rezeki ada pada orang spt Hishamudin/Mukhriz/Azmin Ali

===========================


Jadi siapa yang hendak kita percaya – bapa menteri atau akhbar Utusan Malaysia?
: Perosalan yang ni hanya wartawan utusan yang boleh jawapan...

Wartawan hanya menjalankan tugas..tapi ada beberapa `gatekepper' yang bubuh garam/gula untuk bagi sedap..

ZURICH AL Qaaf said...

menarik... tok punya.. KAJIAN.. saya menyokong penuh..

masalah dalam UMNO ni tok.. mereka lebih TAKUT kapada PEMIMPIN DARI TAKUT KEPADA ALLAH...

saya cuma bimbang dan takurt bila ALLAH benci UMNO.. bila bala turun ..semua kita jadi mangsa..

teringat kata tok pada saya tempuh hari.


salam dari TAIF..saudi

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Dato',

Kita sudah sampai satu tahap di mana 'apa-apa pun mungkin terjadi' dalam politik di Malaysia ini.

Perhatian saya, biasanya apabila kita semua terdetik membincangkan isu 'apa-apa pun mungkin terjadi'ini, ia sebenarnya melambangkan kepimpinan sedia ada yang goyah dan lemah.

Makanya kita mula berteka-teki dan mula mencari kombinasi pemimpin2 yang secara mata kasarnya tampak kuat, kontroversi dan mengundang minat.

Jigsaw puzzle senario yang dibincangkan ini sungguh menarik tetapi perlu didalami dan diteliti.

Sebagainya contohnya, Semangat46 tidak sama dengan PKR dari segi kaum yang menjadi ahli. Pembubaran PKR bermaksud Anwar Ibrahim telah membelakangi rakan-rakan bukan Melayu beliau yang selama ini mengidolakan beliau.

Kalau beliau rakus kuasa dan pangkat, beliau tidak akan peduli semua itu.Yang mana satu pilihannya?

Partnership yang diusulkan oleh Dato' perlu juga dilihat kepada kepimpinan tertinggi yang selama ini bertahan dan menunggu untuk 'rank by file'. maksudnya, kedua mahu jadi nombor satu. Ketiga mahu nombor dua.

Dalam proses 'rank by file' ini, penyokong2 kuat tentu terbentuk. Mereka tentunya mahu memastikan hukum alam kenaikan pangkat mengikut nombor, berjalan seperti biasa.

Kewujudan orang lain yang turut berminat untuk menduduki nombor2 atas ini tanpa mereka 'beratur di barisan' tentunya akan mengecewakan pemimpin dan penyokong2 kuat beliau.

oleh kerana itu, konflik pasti akan berlaku. Dato' pun tahu bila ada konflik biasanya akan berlaku perpecahan.

Dan bila berlaku perpecahan, ahli-ahli biasa dan rakyat biasa yang menanggung akibatnya bukannya si pemimpin tersebut.

Yang pastinya, kita akan tengok perkembangan politik di Malaysia dengan lebih kritis dan penuh minat.

Tq Dato'

ibrahim yahaya said...

Tok,

Saya melihat peneraju politik negara sekarang ditentukan oleh kaum bukan Melayu terutama Cina dan India bergantung kepada apa agenda yang ingin dicapai mereka.

Selepas DSAI dilepaskan, mereka boleh memilih Paklah atau DSAI untuk menerajui negara ini.

Dalam PRU12 lalu, mereka memutuskan untuk memilih DSAI berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi oleh PKR dan kejatuhan lima negeri dan WP ke tangan pembangkang.

Agenda mereka ini membolehkan DSAI membuat "tawaran" politik yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini. Namun, bangsa Melayu terus memilih UMNO terutama di kawasan Melayu. Kawasan selamat/putih BN yang kalah disebabkan pelbagai faktor termasuk sabotaj dan calon payung terjun. Melayu juga bersama pengundi bukan Melayu menolak calon bukan Melayu kerana api kemarahan mereka terhadap isu tertentu. Adanya bersifat peribadi.

Mari lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Bagi masyarakat Cina siapa yang memerintah Pulau Pinang tidak penting sama ada DAP atau Gerakan. Yang utama ialah mesti pemimpin Cina. Itu sebabnya mereka menolak Gerakan, MCA dan MIC. Mereka tahu pemimpin Cina tetap akan menjadi Ketua Menteri.

UMNO tidak boleh memimpin kerana Melayu golongan minoriti di PP. Namun, UMNO tetap bertahan memenangi 11 daripada 15 kerusi DUN.

Berbalik kepada agenda bukan Melayu yang memilih DSAI, pelbagai persoalan boleh ditimbulkan berhubung niat mereka itu. Apakah mereka benar-benar mahu DSAI menjadi PM atau memberikan sedikit "kuasa" kepada DSAI sebagai pengawal kepada Paklah.

Apakah dengan Paklah ditampuk pemerintahan, mereka boleh terus menguji kepemimpinan Paklah dengan pelbagai karenah entah apa-apa termasuk menaikkan harga barang keperluan dan membuat permintaan tertentu.

Saya yakin bangsa Melayu masih di belakang UMNO (tidak kira siapa yang menerajuinya kecuali penderhaka kepada agama, bangsa dan negara) dan sebarang usaha oleh parti komponen untuk memenangi hati bukan Melayu akan memperkukuhkan kestabilan politik negara yang ditunjangi UMNO.

http://www.duniatiger.blogspot.com

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Interesting tenguk Dato' punya 'scenario analysis' - memang semuanya mungkin bila bab politik ni (recently the neoconservatives kat Bush admin. cakap, even 50K askar America terkorban kat Iraq pun mereka akan teruskan polisi nak control minyak disana, inilah politik tak kira maruah & harga diri manusia lagi). Cuma 'mangsa' nya siapa kalau PKR join UMNO? The non-Malays agaknya? Tapi ini hanya 'collaterals' politik saja agaknya?
Pasal BERAS ni Dato', pada hemat saya sudah sampai masa pihak kerajaan semak balik polisi privitization & sole permit import pada BERNAS. Bertahun2 dengan BERNAS & berjuta2 untung, apa faedahnya pada rakyat & negara? Food security is important in all countries. Hanya kita yang "smart" terbawa2 dengan privatization sehingga food security kita tergadai. Yang untung nya siapa? Shareholders BERNAS - saki baki sikit2 sampailah kat pesawah, tapi yang "gemuk2" nya Dato' pun tahulah kan? Ada ke masuk akal? Apa nak dikenang?

Anonymous said...

Lebih banyak ranjau dan duri akan sedia menanti andai Anwar kembali ke pangkuan UMNO.Kecerdikan Anwar takkan sama dengan T.Razaligh.Jauh sekali dengan Rais Yatim.Biasalah kita dengar dalam politik serba kemungkinan boleh berlaku.Anwar takkan semudah itu akan mempersiakan harapan dan cita-cita rakan-rakan seperjuangannya terutama sekali dalam PKR dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.Hampir mustahil Anwar tidak akan memasuki ke dalam 'tong tahi' buat kali keduanya.Jika Anwar sanggup melakukannya ia sangat memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai pejuang rakyat yg tulen.Tiada alasan yg dapat di terima untuk membiarkan Anwar berbuat seperti yg ada dlm perkiraan saudara.Anwar tidak perlu melangkah undur ke belakang untuk melancarkan serangan dengan pukulan KO terhadap BN/UMNO tertiarap.
Yang berbahagia Kadir Jasin tentu tidak dapat menidakkan kejayaan Anwar menggerakkan jentera persefahaman dan perpaduan dlm PR sehingga tercipta badai tsunami politik dalam sejarah 50 tahun Malaysia.Jauh berbeza dibandingkan kekuatan yg telah digerakkan oleh T.Razaligh semasa memimpin Gagasan Rakyat pd awal 90-an.Pendek kata,rasa-rasanya jauh panggang dari api Anwar akan kembali ke pangkuan UMNO hanya sekadar untuk memenuhi cita-cita menjawat jawatan PM sahaja.Sedangkan dalam situasi kini ia dilihat Anwar lebih unggul dalam segala segi sebagai pemimpin jika dibandingkan dengan Pak Lah.Apa yg dapat saya rasakan dari seni penulisan saudara cuba membawa Melayu supaya bersatu di bawah satu kepimpinan yg dapat diyakini oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.Sayang sebahagian Melayu telah menolak UMNO di atas sebab-sebab yang kini sedang hangat diperbincangkan di serata pelusuk tanah air.Wadah untuk menyelamatkan umat Melayu kini dapat dilihat berada di dalam Pakatan Rakyat adalah lebih diyakini.

oleh,
Sulurjantan

samurai said...

Salam DaK,

Its thot provoking to the pundits
Its like hitting the jackpot to the Gentingites
Its computation and pemutation to the mathematicians.
Its like solving the rubik cube to the man on the street.
To whatever or whichever combinations
or whoever the force may be, just remember that;

Tanah nya adalah Tanah Melayu
Raja nya adalah Raja Melayu
Ugama nya adalah ISLAM
Rakyat nya adalah Majmuk

Jangan dipagar nyior yang condong
jika buah nya jatuh ke laman orang

Melayu dulu Melayu sekarang
Bukan nya baru tetapi BESAR

ISLAM mula ISLAM akhirnya
tiada tambahan mula atau akhirnya

Mati hadap kiblat, Allahyarham
Mati hadap patung, mendiang

WAWASAN 2020 BUKAN TITIK PENYUDAH
BAGI GENERASI MENDATANG IA BERMULA

MELAYU TAK HILANG DIDUNIA BUKAN NYA
DENDANGAN TETAPI LANDASAN PERJUANGAN

Alfatihah, Amin.

samurai said...

Salam Dak,

Di U.S.A. ada kenderaan dinobat
Airforce One, Airforce Two ...

Dengar masa berkempen di REMBAU ada
KJ One, KJ Two, KJ Three

UMNO pun boleh dinobatkan sedemikian UMNO One umno asal
UMNO Two umno baru dengan S46
UMNO Three umno dengan PKR ???

Bak kato Nabil, Pikirlah sendiri. hehehe!

hafiz said...

Macam mana pula dengan senario Umno bergabung dengan Pas , buat Pakatan baru? Pak Lah- Hadi? atau Pak Lah- Nasha (lengkaplah teori RAHMAN!!)

Pak Pandir Moden.Kedah said...

Sdr.Kadir yang di sayangi.

Biar lah saya beritahu di sini bahawa senerio yang akan berlaku dalam politik Malaysia sadikit hari lagi saperti berikut.

Semua wakil raayat parliment Sabah (UMNO,BERJAYA,PUSOK,LDP SUPP)akan bersatu dam menubohkan sabuah parti politik baru rang mewakili raayat Sabah.Ketua Menteri akan mereka lantek mengikut giliran di antara Melayu,Kadazan dan Cina.Mereka akan menyertai Parti Pakatan Raayat sabagai Partner.Bagitu juga dengan Serawak.

Ucapan sdr Yong Teik Lee sawaktu merasmikan Masyuarat Parti nya merupakan asas Perjuangan Mereka.Maka tak hairan lah sdr Jefri Menyokong ucapan itu.Mereka mahu Negara Sabah dan Serawak menjadi semi autonomi dan mereka Kata sudah sampai masanya mereka menamatkan Penjajahan oleh Kerajaan Persekutuan melalui UMNO.

Jadi senerio akhir amat relevent.Ini telah di maalumkan oleh Mereka kapada Pak Lah dan Najib.Sebab itu Najib berkata kita tidak bolrh pandang ringan kenyataan Anwar yang mereka akan menubohkan kerajaan sadikit masa lagi.Kenyataan Tengku Razaligh juga ada relevantnya.Ia berkata Kita tidak boleh bergangtong kapada UMNO Sabah kerana kaseh sayang mereka kapada UMNO tidak ada rootnya.

Sama sama lah kita lihat Kadir.Saya hanya berharap jika ini terjadi,hang boleh lah balek memimpin NST samula.Ha ha ha.Sdr Johan balek samula meminpin Utusan dan sdr Nazri memimpin Berita Harian.Salam dari sahabat lama.

Nujum Pak Belalang.

berasiam said...

salam dato'

satu lagi senario yang mungkin berlaku, andainya pak lah kalah dalam pemilihan umno, sama ada tidak mendapat cukup pencalonan atau kalah undi, beliau akan membawa sebilangan wakil rakyat termasuk menantunya untuk menyertai pakatan rakyat bagi mengalahkan umno/bn di peringkat persekutuan. kalah jadi abu kata orang, dan kalau dia menang pun, umno akan terus terumbang ambing, menjadi arang. yang eloknya, biarlah dia mengundur diri sebelum disember supaya pemimpin yang lain boleh berentap untuk menduduki kerusi presiden umno jika benar-benar ikhlas mahu memulihkan parti. siapa yang akan menggantikannya, terpulang kepada perwakilan parti memilihnya.

othman said...

Yhb. Dato,

1. Saya juga sependapat dengan kemungkin yang Dato tulis dan masa sahaja yang akan menentukan nya.

2. Nampakanya kerajaan hanya berminat menjaga kebajikan rakyat dibandar berbanding rakyat didesa.Harga barangan dibandar murah dan dipantau selalu, Harga barangan di GIANT,TESCO,CARREFOUR, PASAR BORONG,CASH AND CARRY dll.dipastikan pihak kerajaan agar murah selalu.

3. Apa yang ada didesa?. Kedai runcit dan peraih sahaja. Orang desa tak perlu belanja besar cukuplah makan dengan beras hancur dan pucuk ubi sahaja. Kalau harga barang mahalpun orang desa maseh boleh hidup selesa. Mereka tidak perlu minum MILO.

4. Yang ada pada orang desa ialah UNDI bagi orang di PUTRA JAYA.

5. Tunggu sahaja lah pembalasan dari rakyat dan ALLAH.

tipulagi said...

Senario politik Malaysia biarlah ia berlalu dan masa menentukan. Apa-apa pun terjadi rakyat yang sedang menerima bala nya.. Mereka duduk senang lenang di atas tanpa susah payah memikirkan harga makanan ruji malaysia melambung tinggi.

Kalau dulu gula naik boleh lah depa nak buat kempen kurangkan gula.. gula pun robert kok yang kontrol. tapi la ni beras naik harga, depa nak buat kempen apa pulak?? nak suruh rakyat malaysia kurangkan makan nasi untuk turunkan berat badan sebab ikut kajian rakyat malaysia ni dah terlebih makan?? Beras pulak sapa yang kontrol? Ada bisnesman macam robert kok yang kontrol gak ke?? Setahu saya Bernas yang kontrol... Shahrir yang kelakar nya boleh main tarik tali pula tu.. rakyat macam saya juga yang merana.... terpaksa hidup dalam kemiskinan walaupun gaji besar.

Zaaba said...

Salam Sdr Kadir Jasin,
Saya terbaca satu komen dalam blog M. Bakri Musa yang bertajuk "Apportioning the Blame" tulisan man "botak @ botak chin" pada 1 May 2008 yang saya muatkan di sini.
---------
man botak @ botak chin Says:
May 1st, 2008 at 6:57 am

Interesting to read all the comments, arguments and counter-arguments. I do see the points from all sides. One is dead against Pak Lah & Co while another is for his gang. The 3rd wants to let our own “Backside Boy” take over.

Let’s look at some of the points.

(1) With Pak Lah at the helm, there is a possibility that UMNO would self-destruct. What then? Would the next election be the last for UMNO/BN?

(2) With Pak Lah dislodged, his loyal deputy (codename C4) would take over. What then? Would our real PM be a puppet master that seem to be ever hungry for more over-priced submarine?

(3) With Pal Lah dislodged and UMNO/BN self-destructed, the backside would sneek in to be the PM? What then? Do we need a rearview mirror just to make sure we don’t get a backside whacking involuntarily?

We’ll see as the future unfolds before us. The phrase “I told you so” would then be among the favourite.
------------

Banyak permutasi bagi senario2 mungkin bolih dibuat pada masa ni. Salah satu dari senario tersebut berkemingkinan besar akan terjadi. Buat sementara waktu, kita perlu meneliti perkembangan semasa. Dengan maklumat terkini ini, senario bolih lah diubahsuai. Akan tetapi, saya berharap sangat sekiranya "common sense" bolih "prevail" dikalangan pembesar-pembesar serta pemimpin-pemimpin politik negara supaya masa tidak terbuang dalam mempertahankan ego-ego yang terlalu "inflated". Sebaliknya adalah lebih baik sekiranya tenaga intelek ini (samaada dari Oxford atau Cambridge atau dari ITM sekalipun) disalurkan kepada usaha-usaha yang berfaedah kepada negara.
Saya tidak nampak percakaran sekarang akan tamat dalam masa terdekat. Sebagai rakyat Malaysia dan pembayar cukai, saya terkilan kerana duit hasil bayaran cukai saya tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin terutama sekali pada masa sekarang dimana kos sara hidup telah meningkat tanpa mengenal had nya.
Akhir sekali saya berpendapat bahawa menggunakan duit pembayar cukai untuk majlis anjuran Bar Council bukanlah satu perkara yang bijak. Bagi pemikiran saya yang agak simplitik ini, perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan memang tidak berapa bijak dalam "prioritising its actions in line with the aspirations of the rakyat".

zakaria said...

Mengapa tak kita ketengahkan kembali Tun Mahathir. Selepas bedahan jantung kedua 'survival rate' doktor kata 5 tahun bertahan. 5 years dah cukup untuk menegakkan kembali UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu.. Dengan Tun diatas he can kill 3 bird with one stone malah anak burong pun boleh mati terus sebab bapak tak ade lagi.... Kita kat bawah ni boleh supply TUN dengan batu-batu yang diperlukan. Satu hari saja blog TUN di buka dah ada lebih 400 response.....

Red84 said...

The Scribe,

Raja AP
(harga satu bahagian berapa?)

Sedia sudah 'AP' untuk bertanding kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan jawatan tinggi dan tertinggi UMNO dijaja dalam pasaran?

Rasa-rasa YB Sembrong boleh dapat 'qouta'? Bagaimana dengan yang lain yang bercita-cita?

Laa maaqul?

Mengenai bekalan makanan berkhasiat untuk rakyat apa YB Johor Baru sudah tahu cerita sebakul kebaikan(basket of goods, mungkin)? Sudah tanya menteri MOA dan menteri MITI? (Apa cerita kuda terlepas kandang kalau bukan cerita lalai dihinggap ralat dan lalat)

Laa takuluun-lah orang yang miskin dan tiada berupaya?

Anonymous said...

YBhg Dato,
teori Dato amat menarik. Pada saya kekalahan BN pada pilihanraya lepas banyak sebab, diantara yang paling kuat ialah kelemahan Pak Lah memerintah. Kaum India dan Cina mengambil kesempatan kelemahan Pak Lah untuk melemahkan BN dan undi pembangkang seterusnya boleh balas demdam kepada sistem kerajaan yang mereka agak bosan kerana diracuni oleh parti-parti pembangkang dan orang UMNO sendiri yang terlalu aib dengan kris...bahawa mereka ini tidak mendapat keistimewaan seperti bumi dan seterusnya mereka menuntut untuk menjadikan mereka sama taraf dengan kaum bumi. Kaum melayu pula yang jelik dengan Pak Lah mengundi pembangkang atau rosakan undi kerana tak mahu Pak Lah menang. Yang untung adalah pembangkang.....keistemewaan melayu dan kuasa raja-raja melayu terus dicabar secara terang...terang oleh pembangkang.DSAI pula teringin sangat nak jadi PM....so buat janji yang lebih-lebih untuk dapat sokongan...keistemewaaan melayu digadaikan dengan jawapan kita mesti adil...PKR lah katakan.Selagi tiada pemimpin UMNO yang kuat dan berpengaruh seperti TDM agak susah nak kembalikan zaman gemilang UMNO. Mungkin perlu serah saja pada Angkatan Tentera Malaysia untuk memerintah sekejap ada baiknya.. lagipun kalau dilihat di kaca TV kat parlimen baru-baru menteri atau wakil rakyat tidak serius dalam menyelesaikan masalah ...macam beruk..di sarkas.Salam pada dato, dari rakyat bumi yang kesal dengan sikap Ahli Parlimen.
Helang79

akri said...

Senario ke empat apa dia?

othman said...

Ybg.Dato,

1. Pagi ini PM Malaysia menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat,tidak membazir,beli mana yang perlu dan tanam sayor dan buah sendiri.

2. Rakyat dimana yang membazir?.Orang desa sentiasa berjimat kerana mereka hidup hanya cukup makan. Yang membazir ialah orang di Putra Jaya dan orang politik. Orang kampong dan rakyat berpendapatan rendah tak cukup makan tetapi orang di Putra Jaya dan orang politik yang terlebeh makanan.Mereka ini bernafsu besar sebab mereka selalu makan percuma dan senang cari duit.Macam kami siapa yang bagi makan percuma?.Kami dikampong tidak ada nilai dan tidak mendatangkan faedah tidak siapa yang boleh bagi wang sedang selagi tidak diperah peloh seluru badan.

3. Yb. Dato Shahril cuba atasi masaalah infilasi dengan cara tingkat kawasan tanam padi dan dapatkan bajet RM2 billion.Tunggulah nanti bila agaknya padi ini boleh dituai. Sementara sawah padi diteroka dan padi di tuai rakyat boleh jadi kebuluran.

samurai said...

Salam Dak,

May we suggest thatPak Lah, Pak Najib and rising SUN in law ( sori eclipse,more likely)to quickly seek the help of the Singapore fellow so that Malaysia boleh kembali aman dan SENTOSA!

Believe Ruhanie Ahmad cud come out with a new theory;
The Genting Code(the Sentosa Conspiracy)

Do not discount this scenario!
In politics, its que sera sera.

Abas said...

Salam Dato' KJ,
Izinkan saya nak cerita sikit kronologi UMNO untuk renungan. Jun 1951 pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar tinggalkan UMNO dan tubuhkan parti Negara.Beliau tak kembali ke pangkuan UMNO sampai parti Negara bubar. 26 Ogos 1951 Tunku Abdul Rahman melawan C.M.Yusof dan Haji Ahmad Fuad untuk jawatan Yang Dipertua UMNO.
Haji Ahmad Fuad meninggalkan UMNO lalu menubuhkan Parti PAS. Beliau juga tidak kembali ke UMNO tapi talian hayat PAS panjang sampai sekarang. Tahun 1988 Tunku Razaleigh Hamzah keluar UMNO dan tubuhkan Semangat 46 selepas tewas di tangan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO.Tengku Razaleigh membubarkan 46 dan kembali ke riba UMNO. Beliau dan orang-orangnya menjadi calon dan ada yang menduduki kabinet seperti Rais Yatim, Shahrir Samad, Radzi Sheikh Ahmad dan terbaharu Shabery Chik. Sekitar tahun 1993 Dr. M pecat Anwar Ibrahim kerana semua orang tahu Anwar hendak langgar Dr. M sebagai residen.Orang-orang yang keluar UMNO adalah orang-orang yang kalah dalam perebutan jawatan dalam parti.Maknanya mereka utamakan kepentingan diri daripada parti.Jika tak menang berlawan cara mudah keluar UMNO dan lawan balik melalui parti baru.Ku Li tidak dipelawa masuk tapi berbuat demikian setelah sedar " dipermainkan " oleh PAS.Anwar tidak akan masuk UMNO kerana PKR sudah kuat dan suaranya didengari oleh DAP dan PAS.Orang UMNOpun tidak patut menerima Anwar kembali kerana dia telah banyak mengusik dan membongkar hak-hak orang-orang Melayu sehingga kaum bukan Melayu mengambil kesempatan .Apatah lagi menerima orang telah keluar UMNO dan menjadikannya PM adalah kurang tetap kerana ianya akan melukakan hati terutama orang-orang yang begitu setia kepada UMNO.Jadi:-Biarlah Anwar bersama PR dan orang-orang UMNO kembali bersatu dan disokong orang-orang Melayu yang kini sudah mula sedar.http.umnoselangor.info

Bung Karno said...

Man U 4. West Ham 1.
Lega rasa.... baru ada mood nak bagi komen politik.

Salam Dato' KJ,

Pasal nak hapuskan monopoli BERNAS ni memang patut. Hapuskan juga monopoli gula, Tapi apa jaminan tak akan ujud kartel baru dalam perniagaan beras, gula, besi, seperti yang ujud sekarang dalam perniagaan tepung ?

Tauke-tauke yang kaya raya ini (ada Melayu ke?) akan terus mengawal pasaran dan menetapkan harga. Pemimpin dan pegawai kerajaan ( Melayu ke ?) pun tak dapat buat apa. Ingat krisis gula ? Siapa menang ?

Pasal senario politik yang dDato sebut tu, rasanya yang terakhir akan jadi kenyataan.

DSAI is too proud and ambitious to share with Paklah. Knowing how weak Paklah is, and UMNO kucar kacir, DSAI only has to wait come September when frustrated BN Sabah and Sarawak MPs cross over. A few from UMNO will also cross over including Khairy, with blessing of Paklah. DSAI wont mind offering Khairy DPM post.

DSAI also cannot abandon PKR bcos Indian members will not let him.

Paklah be UMNO resident until December, i.e. after he has finished off UMNO. Hahaha

A.John said...

Greetings Dato'
In politics all things are possible, only you need the will to do it, and convince the rest on the merits of your action! I became aware of this when "UMNO outcast" Dr.M was brought back into UMNO as well as when DR M, brought AAB into Umno's fold. Thus no one should be least surprised, when the " Not possible becomes possible" !

Mohd Radzian said...

Askum Dato AKJ,

Semasa di sekolah rendah dahulu, seorang sahabat berseloka, katanya , there are three person that can destroy a man - A lawyer, an accountant or a woman.

Sekarang boleh tambah 2 lagi - a politician or a journalist. Anyway, it is only a joke.

Isu percaya atau tidak, pada pendapat saya adalah berdasarkan kecekapan orang yang memainkan peranan tugas masing-masing.

I have tendency to believe that newspaper is more trustable than politician because it should tend to go to do root (if there is no spin). But politician can do a damage control if he is efficient.

So, the level of trustability is not constant low or constant high but based on a stochastic processes that moves between low and high dependant on the action and reaction of that person - be him a politician or a journalist.

Sekian pendapat saya yang tidak sebarapa ini.

MyMode Network said...

Hmm...saya rasa senario-senario yang Datok katakan ni bukanlah perkara yang tak masuk akal, bahkan pernah masuk di akal di waktu tiap satu pertalian di antara mereka tercetus satu waktu dulu, cuma akal kita menafikannya dek kerana dah agak lama perjalanan politik tanahair kita.

Ibarat menjahit kain, hujung benang biasanya terlupa asalnya, iaitu pangkal benang. Sebabnya? Kerana mereka jarang bertemu, sungguhpun mereka satu benang juga sebenarnya...:-) Ertinya politik kita ni asalnya satu, UMNO tu pangkalnya, yang lain tu majoritinya hujungnya, cuma ramai dah terlupa, atau buat-buat lupa...:-P

Red84 said...

The Scribe,

Ini pun dengan izin. Way of topic, Scribe...but siapakah Presiden UMNO yang berani menangani isu ini? Maka...

Oh My God
(islam hadhari?)

This news effects me so:

May 05, 2008 19:05 PM
Archbishop Obtains Leave To Apply For Judicial Review On The Use Of "Allah"

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- The High Court Monday granted leave to the Archbishop of Kuala Lumpur to apply for a judicial review against the Home Ministry's decision to prohibit the use of the word "Allah" in "The Herald", the Catholic Weekly.

In her judgment, Justice Lau Bee Lan said she agreed with leading counsel Porres Royan, representing Archbishop Datuk Murphy Pakiam, that it was premature to make any submission on the appropriate remedy at the leave stage.

She said the appropriateness or otherwise of the remedy was to be determined at the merit stage, where the court would have to fashion the remedy to suit the particular circumstances of the case.

"For the reasons given, I find the objection of the learned senior federal counsel with regard to a declaration that the applicant is entitled to use the word "Allah" in the Herald and the word "Allah" is not exclusive to the religion of Islam, is without merit and is thereby dismissed.

"The court hereby allows the applicant's application for leave pursuant to Order 53 Rules 3(1) of The Rules of the High Court, to quash the Home Ministry's decision to prohibit them (the applicant) from using the word "Allah" in the publication," she said.

The court however did not fix any date for the hearing.

Speaking to reporters outside the courtroom, Porres said he would be filing the application for judicial review in two weeks.

Meanwhile, another counsel for the Archbishop, S. Selvarajah, said they could now move forward to argue in court on the merits of the case to seek the three declarations stated in the application.

Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur Datuk Murphy Pakiam, as publisher of The Herald, was named as applicant in the action, while the Internal Security Ministry (now merged with the Home Ministry to form the Home Ministry) and the Government were named as respondents.

Murphy is represented by a five-member team comprising Porres, Leonard Teoh, Derek Fernandez, Selvarajah and Annou Xavier.

Senior Federal Counsel Azizah Nawawi and Suzana Atan appeared for the Home Ministry and the Government.

The application, filed on March 19, asked the High Court to declare null and void the ministry's decision that "the publication permit is subject to publication guidelines, which prohibits the use of the word "Allah" in The Herald, in a letter dated Feb 12.

The Archbishop also seeks a declaration from the High Court that the word "Allah" can be used in The Herald and that it is not exclusive to Islam.
-- BERNAMA


Nota:

Two women against five? Oh my God!
(YB SHamid AlBar, eloklah tengok-tengok sikit hal ini walaupun anda bukan Presiden UMNO.
Nak harap YB Sembrong - Hishammuddin hanya tahu pakai songkok istimewanya sahaja...bila makan jangan lupa baca - Lord give us today our daily bread?)

Taurus Sitara said...

Assalamulaikum Dato'Kadir,a strong gov't=strong UMNO leaders=ability of this UMNO leaders to hold Malaysia racial fabrics like superglue thru that coalition named BN=cutting the economic cake in the true spirit enshrined by the late Tun Razak and executed well by the late Tun Hussein Onn and the present living "remaja" Tun Mahathir.So what needs to be done is to give PakLah and KJ chances aplenty to explain to UMNO and BN component parties as to how true allegations against these 2 are true?Maybe an internal UMNO COMMISSION (short of ROYAL ?)to put these 2 up for questioning?Instead of a closed-door session? While Anwar Ibrahim is planning his personal future and whoever is in line with him (let him try-he may have better feasible plans for Malaysia?),it is strongly suggested that UMNO branch members seriously vote the right people ok and the strong UMNO leaders who are needed to take UMNO out of the current doldrum.When UMNO is in the hands of strong,capable leaders like TS Muhiddyin?Mukhriz?Ku Li?Ali Rustam?we are looking around and naming people so why dun these named people do the right thing and start the "fire' for UMNO members to seriously vote in a "new PM "?And get that K in-charge of NST not to tell UMNO people to shut-up ok?Spin doktor for who ur?Basically make UMNO strong and Malaysia is ok.IF PakLah also can do things where he is strong and able to command the respect of UMNO members by actions and whatever that suddenly make UMNO so strong,then why not he remain as PM?He still has ard 8months ok to do the" right things".Tell him to think thrice b4 giving ex-gratias to sacked Judges ok?Tell him to make known to all UMNO T'ganu members especially abt Wang Ehsan T'ganu?And tell him to start his own blogsite?Wassalam

Hakimi bin Abdul Jabar said...

Assalamualaikum w.b.h. kepada kesemua pengunjung blog ini terutamanya kepada penyelarasnya yang disanjungi dan dihormati (yang saya golongkan sebagai veteran berpengalaman), Datuk Abdul Kadir Jasin.


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk meluahkan pendapat kerdil saya bahawa kesilapan dan kekhilafan yang telah dilakukan oleh sesiapa jua terhadap sesiapa jua masih boleh diperbetulkan sekiranya kesemua pihak mengambil jalan tengah untuk berkompromi dan mencari penyelesaian secara ikhlas. Sebagai contoh, saya sendiri sanggup memusnahkan (delete) ruangan blog lama saya (http://kimieskorner.blogspot.com)yang saya kirakan agak sinis dan pedas dan membuat laman blog yang baru (http://billioneuroblog.blogspot.com/)kerana inginkan suatu halutuju yang konstruktif dan lebih kepada penyelesaian secara permuafakatan tanpa berpihak kepada mana-manapun pihak.

Saya berharap sedikit sebanyak contoh ini diambilkira oleh kesemua pihak dan dijadikan iktibar tanpa dipolitisasikan oleh sesiapa.

Di samping itu, saya ingin jadikan blog saya 'The Billion Dollar Blog' dan 'The Billion Euro Blog' yang pertama di dunia seakan 'The Million Dollar Homepage' (http://www.milliondollarhomepage.com/) milikan Alex Tew yang telahpun berjaya mencapai matlamatnya.

Segala nasihat daripada sekalian warga 'blogosphere' yang berwarganegara Malaysia amat saya hargai.

Malaysia Boleh!


Sekian, wassalam.

Anonymous said...

Datuk,

Inilah yang dinamakan POLITICAL INSTABILITY.

ANYTHING CAN HAPPEN

My gut feelings... difficult for anwar to be PM.

Kemungkinan masih ramai silent majority yang tidak menyokong anwar. Lihatlah fenomena blog che det.

pengaruh beliau masih kukuh dikalangan orang ramai di luar politik.

ramai yang akan menentang anwar.

tentangan akan menjadi lebih hebat bila dia berpakat dengan KJ yang sudah menjadi liabiliti kepada UMNO.

Frankly, I don't trust anwar and KJ. There's a long list of facts why i will not support anwar - KJ.

My opinion: Muhyidin and later followed by Mukhriz.

Najib? dia terpaksa pikir pasal diri sendiri dulu.

MM

Red84 said...

THe Scribe,

Apa kata agung tentang pengunaan Allah oleh gereja katolik malaysia?

AnakMudaParlimenBatu said...

Salam Dato'
Segalanya berkemungkinan dalam dunia politik ini, orang politik hari ini kalau bercakap nak A, esok boleh berubah nak B pulak. Apa pun berlaku perubahan politik di Malaysia ini, harapan saya hanylah mahu melihat keadilan rakyat terbentuk di bumi malaysia ini, rakyat perlu menjadi raja kepada sesiapa pun yang menjadi pemimpin, bukan raja nak membinasakan pemimpin tetapi maksud raja ialah keutamaan apa-ap perkara pun dahului dengan rakyat.

Rakan2,
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

Baron Strawberrymunchen said...

Good day, Dato':

I watched your interview on RTM's "Blog" programme and I thought your pronouncements were informative, interesting and impartial. I liked your brilliant use of the "motokar-dalam-kemalangan" analogy in replying one of the questions.

puteri inshirah said...

Dato'KJ,

Saya nak tanya sikit kalu dato' tahulah.... KJ tu memang rasa dirinya hebat sangat ke dalam politik ni....

david santos said...

Hello, A Kadir Jasin!
I loved this posting and this blog.
Terima Kasih and have a nice week.

anak bukit said...

Khairy is a very genius man. He is indeed the most smartest man alive in Malaysia. He managed to make Anwar look like a revered figure after he destroyed UMNO from within.

I wonder whether people see this or not. But KJ is bringing Anwar to UMNO slowly. In diplomacy this is what we call slicing the salami.

noor faiza said...

Salam Dato,

Terbaru, Ku Li mungkin tak bermasalah untuk mendapat 60 undi untuk bertanding presiden UMNO.
Nampaknya persaingan semakin sengit untuk Pak Lah.

Ku Li sebagai presiden dan PM. Not my favorite but not imposibble right?

Lo said...

YBhg Datuk

Saya lebih cenderung berharap senario 5 tidak akan berlaku kerana ianya sudah tentu akan sedikit sebanyak menggangu gugat kestabilan negara ini.

T. kasih

Lo

Berita dari gunung said...

Blogger awanza said... antara lain,

"Saya rasa agak susah untuk DSAI bubarkan PKR dan masuk UMNO, sebagaimana Ku Li bubarkan Semangat 46, kerana PKR parti pelbagai kaum. Kemana arah Tian Chua dan N. Gobalakrishnan kelak?"

Dalam sejarah politik Anwar Ibrahim, kisah tinggalkan kawan bukan berlaku sekali dua saja. Yang sudah meninggal dunia tentu tak boleh kita tanya, tapi yang masih hidup ada ramai lagi.

Ramai yang masih menyangka bahawa perjuangan Anwar Ibrahim sekadar untuk jadi PM sahaja. Untuk Melayu, untuk Malaysia, untuk bangsa dan Agama, terlalu banyak lompang yang boleh diselak.

Itu Anwar.

Harimau-Menaip said...

Salam to The Scribe;

Bagi Harimau, Ku Li tidak cukup berkarisma untuk menjadi No. 1, Pak Lah pula dilihat sudah "rapuh" untuk meneruskan zamannya. Poor him.
KJ terlalu rakus dan dalam proses "baikpulih" dari cedera. Ambil 10 tahun untuk kembali bertapak.
DSAI terlalu tamak sehingga bersekongkol dengan DAP. DSAI opportunist tetapi kita kena faham bahawa itulah harga yang UMNO perlu bayar dek kes 1988.
Akhirnya, segalanya menyinarkan harapan cerah buat TS Muhyiddin dan DS Najib. Selain mereka Harimau tak nampak siapa.

http://harimau-menaip.blogspot.com/

A KADIR JASIN said...

Sdr Samurai,

tersilap taip kot...sepatutnya "kun fa ya kun".

Terima kasih.

Abdrahim said...

Datuk,
(minta laluan untuk respon berita dari gunong dan awanza)

Dalam politik tidak timbul soal tinggalkan kawan atau setia kawan. Orang berpolitik bukan macam main pondok-pondok. Mereka membawa satu kefahaman yang nak dilaksanakan dalam masyarakat dan negara.

Apa yang penting ialah matlamat. Kesempatan-kesempatan yang ada, harus digunakan secepat mungkin, walau kadang kala terpaksa mengguris hati kawan-kawan.

Dalam politik matlamat dan jawatan berkait rapat. Mana mungkin kita melaksanakan matlamat kepada rakyat dan negara, kalau tidak memegang jawatan, terutama jawatan nombor wahid.

Anwar tidak akan membubarkan PKR tetapi membawa PKR masuk BN menjadi komponen BN, bagi menggantikan Gerakan yang rasa-rasanya tak hidup lagi.

Anwar sendiri akan masuk semula dalam UMNO kerana selama ini beliau bukan keluar tetapi dipecat dan sekarang telah terbukti pemecatannya tidak sah kerana mahkamah telah membebaskan beliau.

Banyak perkara boleh diselesaikan dalam UMNO dan kerajaan, kalau Anwar dibawa masuk semula dan dinamakan sebagai pengganti Pak Lah.

Dengan kemasukan Anwar dalam UMNO dan PKR menyertai BN, kerajaan boleh mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Bagi kerajaan negeri pula, Kedah, Perak dan Selangor akan kembali menjadi kerajaan BN. Hanya Kelantan dan Pulau Pinang sahaja yang akan kekal di bawah pembangkang.

Kalau nak berasa hati pun Datuk Najib, PAS dan DAP. Itu biasalah dalam politik. Pak pak nya...siapa cepat dia punya.....


abd rahim kassim

perantau M'sia said...

berita dari gunung dan salam untuk dato,

Malangnya ada segelintir daripada tuan pemerintah dari parti tersebut menganngap pulau itu seteru kuat mereka.

Yang fakta ditidakkan yang tidak benar tanpa usul periksa diadakan.

Saya bukan hendak menyokong tetapi sudah sekian lama bekerja di pulau tersebut selama lebih 10thn.

Sememangnya bersetuju dengan catatan anda.

Tetapi ada yang segelintir yang akan 'menidakkannya'.

terima kasih

Atui Dtabasan said...

Salam Dato,

Pada ana apa yang PRU12 tunjukkan ialah suatu hari nanti UMNO pasti akan tumbang dan PM kita tidak lagi semestinya daripada orang melayu dan yang beragama Islam. Tun Dr.M, sendiri pernah mengakui hakikat ini dan mengalu-alukannya, pelembagaan kita juga tidak menghalang perkara ini drp berlaku.

Bila perkara itu terjadi, negara kita sebenarnya sudah bebas daripada sebarang prasangka buruk antara ras yang berlainan atau mungkin bila ras-ras tersebut boleh menerima secara terbuka segala pandangan daripada ras-ras yang lain. Datuk Chong Kah Kiat umpamanya diterima dengan baik ketika menjadi KM Sabah.

Selepas PRU12 kita nampak hal-hal yang suatu masa dahulu menjadi begitu sensitif, sekarang tidak lagi malah dibicarakan dan didebatkan secara terbuka. Kalau PAS rela menerima DAP mengapa pula melayu tidak boleh menerima Kadazan sebagai PM, mungkin juga Bajau atau Dusun atau Iban apatah lagi Cina dan India. Kita percaya suatu hari nanti perkara itu pasti akan berlaku PRU12 telah menunjukkannya.

Perkara ini mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan, kerana semua bangsa sekarang ini tengah sibuk merencanakan semula sistem merit.

Sepatutnya ia pasti akan berlaku selepas DEB mencapai matlamatnya, selepas semua bumiputera boleh bersaing dengan adil dan saksama dalam semua bidang, malangnya kelambatan itu tidak menyenangkan pihak lain.

Melalui PRU12, bumiputera sedar bahawa mereka terutamanya melayu tidak lagi boleh terus-terusan mempertahankan ketuanan mereka kerana ketuanan ini semakin hari diserang oleh mereka yang inginkan negara ini menjadi lebih maju.Termasuk mengadu pada negara asal mereka.

Orang melayu sendiri sudah ramai yang lebih terbuka mindanya untuk membenarkan kejadian ini(lebih bebas). Mereka yakin bahawa kebebasan bersuara lebih-lebih lagi dengan pencapaian baik pembangkang semasa PRU12 akan menjadikan negara ini lebih baik.

sekadar pandangan daripada orang 'melayu' menurut takrifan pelembagaan

samurai said...

Salam Dak,

Thank you for noting the oversight
Showed your due attention.

For your info, the puisi ' TUTUR PENGHARGAAN BANGSA' was penned 3 days after Tan Sri Razali Ismail maiden speech as President, UN Security Council and among others was to acknowledge Dr.Mahathir/ Dr. Siti Hasmah
as AYAHANDA RAKYAT AND BONDA RAKYAT
Looking at the hits at Chedet.com within this week, I believe the accolades should be in order now.
Your opinion, please.

The puisi poster was finally presented by Abu Hasan Omar to Dr. Mahathir on the official opening of Kelip2 Kg Kuantan on 13-9-1999.

kluangman said...

Keadilan jika tidak dibubarkan untuk memasuki UMNO akan terkubur juga kerana perjuangan individunya masih menjadi defacto.

UMNO juga akan terkubur samada tanpa atau bersama PKR, jika hidup pun, ia tempang dan berkudis. UMNO sudah tidak mempunyai pemimpin yang dapat menyatukan semua ahlinya dalam slogan dan nada yang sama.

Yang ada dan memerintah ialah DAP dan PAS. Minyak dan Air mampu menghasilkan gas yang menjana sebuah negara.

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Berkaitan dengan kenaikan harga ini, saya sudah rasa putus asa dengan Menteri dan Kementerian. Menteri bertukar tetapi senario tidak berubah. Harga tetap naik dengan pelbagai alasan.

Walaupun Menteri mengeluarkan titah namun nampaknya gagal untuk membendung kenaikan yang semakin ketara. Kegagalan membendung ini memberi gambaran bahawa Menteri tidak ada taring dan Kementerian semakin tidak relevan.

Untuk mengembalikan kepercayaan dan kredibiliti Kementerian, sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh Menteri dan Kementerian ini.

Sesuatu yang benar-benar drastik...

http://c-bok.blogspot.com

red84 said...

The Scribe

Let see if this got thru at chedet.com per ex-gratia comment.

Che Det,

Without Malice
(looking for directions)

What do the certain frustrated judges think about the ex-Gratia Payments of which nothing was decided about it that is promised by the Malaysian Government of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Who came up with the idea in the first place? I think it was a terrific idea, don't you agree? Do we need to ask the lawyers? What do then certain unfrustrated judges think? And what would the future frustrated dismissed judges think?

Why did you listened to the appeal of the AG?; and only then consented that pensions be given these dismissed judges of which now the Government does not quite agree with the decisions of the properly constituted Tribunals? Amazing don't you think, that the AG could be implyed as lacking the quality of mercy?

Do you think we could say: Take it with go cheers when there is little is in common and ad idem?

Do you think intent lead the act or the act shape the intent?

By the way, Che Det, where is Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi heading and where do you think we are heading and where we should actually be heading - as one UMNO ahli to another - and what do you actually do to at Petronas?

Salaams, then.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).