Monday, June 23, 2008

Usul Cabar Tiada Usul Sokong Ada

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak]

SEHINGGA tengah hari ini, belum ada sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat.

Menurut laporan terbaru portal berita bebas Malaysiakini, kelibat dua orang Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) pun tidak kelihatan.

Sebaliknya, sebuah usul yang bertujuan mencari sokongan tidak langsung untuk Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad .

Usul itu meminta ahli dewan menyokong langkah kerajaan menangani kenaikan harga makanan, minyak dan barangan.

Manakala cadangan SAPP bertujuan mencabar kedudukan Abdullah, objektif tersirat usul Shahrir adalah mempertahankan kedudukan beliau. Ia boleh dilihat sebagai taktik “reversed psychology” bagi menyanggah cadangan SAPP.

Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang, usul Shahrir itu boleh diterbalikkan menjadi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Berbalik kepada cadangan SAPP, saya rasa parti komponen Barisan Nasional itu sendiri sedar bahawa harapannya membentangkan usul itu adalah sangat tipis apatah lagi mendapatkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Namun tindakannya itu boleh dianggap berjaya kerana telah menarik minat umum terhadap keluhan SAPP bagi pihak rakyat Sabah dan pada masa yang sama mencetuskan suasana krisis di dalam BN.

Di pihak yang lain pula ia telah diambil kesempatan oleh pengikut dan penyokong Abdullah untuk mengulangi ikrar sokongan dan taat setia mereka kepada beliau.

Umum boleh membuat pelbagai andaian dan kesimpulan negatif mengenai Abdullah. Tetapi ada suatu perkara di mana keunggulan Abdullah terserlah iaitu kemampuannya selamat dan kekal dalam politik.

Dia selamat dan kekal walaupun “Team B” yang dianggotainya gagal menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1987 dan penggiat lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa hitam hanyut.

Bermodalkan rayuan “tolonglah Pak Lah” dia berjaya merangkak naik sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri oleh Dr Mahathir yang ditentangnya pada tahun 1987.

Sekiranya dia berjaya mematahkan tentangan dari dalam oleh SAPP dan mendapat sokongan dewan melalui usul Shahrir, “politik selamatnya” (survival politics) akan sekali lagi menyerlah.

Lagipun, kali ini Abdullah tidak perlu merayu kepada sesiapa untuk menyelamatkannya kerana dia kini memegang kunci kuasa.

Lihat saja bagaimana dakwaan rasuah tiba-tiba muncul semula bagi menghantui Presiden SAPP, Yong Teck Lee. Menurut laporan media massa arus perdana yang pro-kerajaan, perbuatan rasuah ini kononnya berlaku ketika Yong menjadi Ketua Menteri Sabah antara tahun 1996 dan 1998.

Seandainya ada bukti dia melakukan rasuah, soalnya mengapakan Badan Pencegah Rasuah mengambil tindakan membuka semula fail sekarang?

Sekali pun niat BPR suci murni dan tindakannya tidak sedikit pun kena mengena dengan cabaran Yong terhadap Abdullah, namun persepsi umum adalah tindakan itu bermotif politik.

Sekali gus timbul syak wasangka bahawa “Pedang Damocles” (the Sword of Damocles) yang dipegang oleh Pentadbiran Abdullah akan memenggal leher sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

Jadi tidak hairanlah jika banyak pembesar Umno dan BN kini menderita sindrom yang seakan-akan maladi fisikal dan psikologi yang dipanggil koro yang kita bincangkan dalam posting 17 Jun.

[Terbaru]

1. SAPP leaders have been “threatened” since the party announced its decision to back a no-confidence motion against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, claimed its chief Yong Teck Lee on June 24.

2. After six hours of debate, Shahrir's motion was put to vote --- 129 in favour, 78 against. Some MPs were not in the House.

3. No motion of no confidence against the PM was proposed by SAPP. Its two MPs, Sepanggar's Eric Enchin Majimbun and Tawau's Chua Soon Bui, went missing.

73 comments:

mie said...

Salam Dato',

SAPP telah membuka mata ramai untuk melihat keluhan hati mereka dalam parti BN itu sendiri. Dalam keadaan yang genting ini, usul tidak percaya membuatkan orang bertambah lagi kebencian terhadap pemimpin yang kita dapat lihat ada usul penipuan dalam pemerintahan.

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Tok Kadir,

Kalau nak tahu sama ada rakyat percaya atau tak percaya, tak perlu tengok apa yang berlaku di Parlimen. Begitu juga, tak perlu tanya bloggers.

Kalau benar2 nak tahu, elok tanya rakyat. Dengar apa depa kata. Pagi padi POKPET sarapan di gerai depan Pekan Rabu, macam-macam adaaaa .. Dengar apa depa kata, itu suara rakyat!

http://www.pokpet.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk,

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Datuk yang pembesar BN /UMNO telah dipegang 'anu'nya maka mereka tidak berani bersuara, cthnya penyiasatan BPR terhadap aduan rasuah.

Jika benar demikian itu, integriti para pembesar BN/UMNO amat diragukan.

Salam

azlishukri said...

saya hairan, apabila seseorang cuba menentang PM, maka tunggulah akibatnya..semacam tidak boleh langsung kita mengkritik PM..apa nak jadi negara ni..rakyat kecewa dan UMNO boleh tumbang..

azlishukri said...

Satu lagi, pada zaman Tun Mahathir..kebebasan bersuara dan mengkritik pemimpin cukup jelas kelihatan..tetapi ketika ini..keadaan seolah-oleh menunjukkan kebebasan, tetapi realitinya jauh panggang daripada api..dalam diam-diam kuncu-kuncu PM segera mengambil tindakkan terhadap sesiapa sahaja yang cuba memberi kritikan..

Anonymous said...

Dato,

Nampaknya strategi orang Sabah berjaya. Imbuhan bagi kereta 3000cc semalam mereka dapat. Satu satu mereka dapat. Baguslah... tapi orang negeri lain kena juga tuntut 'hak-hak' mereka. Sabah dah dapat banyak, Terengganu pun dah dapat, Penang pun dapat.. Negeri2 lain nak minta apa? atau sekadar tadah tangan minta PakLah bagi ler apa2 pun!

Negeri2 Pakatan Rakyat, kerejaan mereka telah beri (Selangor misalnya). Jadi saya fikir Johor, N9 atau Melaka kena lantik hulubalang untuk gertak sikit PakLah atau jemput KuLI rasmikan apa2. Baru PakLah sedar sikit dari lenanya

Byee

mn said...

A.kum Datuk,

1. Politik Malaysia memang terkenal dengan 'Politik Ayam':

a. Politik hangat-hangat tahi ayam.
b. Suka berkokok
c. Bertelur sebiji riuh satu negara
d. Berkokok hebat tapi pengecut

2. Selain itu politik Malaysia juga politik 'gergaji'. Kiri kanan berfungsi janji boleh 'makan'

3. Begitu juga politik Malaysia ialah 'politik keretapi'? Masa jalan semua jalan. Bila berhenti semua berhenti.

http://sukj.blogspot.com

Anonymous said...

YBhg Dato',
Adakha Pedang democles ini juga senjata beliau agar Najib berdiam diri dan taat setia tidak berbelah bagi????
Ipohmali

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato'

Saya sedikit pun tak terkejut dengan apa yang berlaku dalam unmo/bn.Memang mereka selalu sebut : dulu.kini dan selamanya.....jadi mereka sokmo macam dulu juga.......kalau dulu koro,kini pun koro dan selamanya koro.

Memang sedikit taik pun tak tersentot dari segala episod yang tercetus.

Saya cuma ingin melihat janji2 Allah di akhirat.Hidup cuma 60 @ 70 tahun saja,tapi abadan-abada di akhirat kelak.

Kita percaya dan beramal . Tapi jangan beramal wlhal tak percaya.

QULULL NAFSIN ZA IKATUL MAUT.

Anonymous said...

Dato,

Mintak komen sikit.

BPR di canang olah Dollah sebagai satu badan yang bebas dari politik pada bulan lepas.

1.Kenapa BPR baru sekarang nak buka semula fail Yong yang dikatakan berlaku pada 1996 dan pernah di panggil pada tahun 1998. Sepatutnya Mr Clean sudah buka file ini bila naik jadi PM

2. Jika benar seperti kata Yong, bahawa KM Sabah dan PM ada "offer" jawatan kepadanya bagi menutup mulutnya selepas PRU12, bukankah ini adalah satu rasuah dan salah guna kuasa. Kenapa BPR tidak ambil tindakan.

3. Seperti kata Mahathir, kenapa Tan Sri Azmi bukak mulut sekarang, selepas menerima ex gratia dan bukan pada Oktober 2003 bila Mr Clean menjadi PM. Penyakit Koro juga ke?

4. Bukan sahaja pemimpin dan ketua bahagian UMNO sahaja yang menderia sakit Koro, bahkan keseluruhan Ahli Umno menderita penyakit tersebut.

5. Isa Samad telah bebas bertanding, apa tndakan dia selanjutnya. Sudah pasti dia akan membalas balik setelah sihat dari penyakit Koro. Ini petanda tidak baik untuk KJ. Hanya wang dan kuasa Koro saja boleh membantu dia.

Anonymous said...

salam sejahtera,
inilah budaya politik kartun yang merosakan sebuah negara bangsa,semuanya jenis koro.
alahai...

Anonymous said...

Scribe,

Usul itu meminta ahli dewan menyokong langkah kerajaan menangani kenaikan harga makanan, minyak dan barangan.

Apakah lngkah-langkah itu?

Di mana boleh kupasan mendalam langkah-langkah kerajaan itu boleh diikut?

Mata gelap atau gelap mata?
Abdullah Ahmad Badawi tak lama lagi akan nampak cahaya di hujung terowong.

pang5bugis said...

Tahniah Datuk. Teori tu telah menampak kan betapa rakusnya AAB terhadap kuasa. Pokoknya Datuk sebagai orang yang bijak dan x kurang juga berpengaruh , mengapa tiada rasa untuk menyelamatkan rakyat malaysia terbanyak khasnya melayu, dari kekejaman AAB? hari ini kita nampak bagaimana blog Tun Dr. Mahathir di sabotaj, pasti itu angkara mereka...

Harap Datuk declare menyokong usaha Tun Dr. Mahathir..... hidup ini akan ada perhitungan nya di kemudian kelak.....


Tolonglah.

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Yang mengaibkan ialah Paklah ni tak dapat buat apa-apa pada sikerdil Yong, kecuali dengan bantuan BPR.

Nak terajang keluar BN takut hilang dua A.P. Nak biarkan dalam BN, mana patut, orang dah tikam depan-depan.

Paklah termenung kosong.

Apa pulak komen Datuk pasala bekas hakim terima ex-gratia. Tun M ada komen dan kita setuju dengan pandangan seorang blogger kes ini macam bagi duit raya kat rumah orang tua, lepas tu orang tua tu kutuk anaknya sebab tak jaga dia.

Bukankah mesti ada satu tribunal lain memansuhkan keputusan tribunal terdahulu baru ex-gratia atau pemaafaan boleh dipertimbangkan ?

Apa jadi kalau tribunal baru mengesahkan keputusan yang asal ? Ex-gratia (RM 500,000 ?)tu kena dipulangkan.

Minta komen, Datuk.

VanDerVijk said...

Datuk Seri,
Pak Lah dan kabinet beliau saya lihat dalam keadaan yang amat tersepit sekarang. Idea terbaru; keluarkan lebih banyak permit perniagaan utk golongan berpendapatan rendah... Pada hemat saya, ini idea yg layak datang dari penuntut ekonomi di Tingkatan Empat sahaja. Apa mereka fikir kalau berniaga, akan boleh terus mendapat untung? Siapa yg mahu membeli dengan keadaan ekonomi yg semakin tenat ini? Dimana mahu mendapatkan modal awal? Apa yang mahu diniagakan?

Anonymous said...

Tak perlu risau. Allah akan berada di pihak yang benar. DOa rakyat sengsara akan menyebelahi mereka yang benar-benar ikhlas menolong dan membantu rakyat. Bagi golongan yang sememangnya mementingkan temolok diri sendiri dan kaum kerabat, DOA rakyat ini akan memantulkan kebinasaan keatas golongan ini. Jika Pak Lah sememangnya berada di dalam golongan ini, sehebat manapun political survival-nya, suatu masa nanti akan hancur sedahsyat-dahsyatnya. Wallahuallam.

Abu Dhabi

Mohd Nadzri Kamsin said...

Saya tidak terfikir usul menyokong langkah kerajaan menangani kenaikan harga makanan, minyak dan barangan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad bertujuan mencari sokongan tidak langsung untuk Perdana Menteri telah dikemukakan. Maksud terselindung disebalik usul?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Heical said...

Salam Dato'
Apa akan terjadi bila usul undi tidak percaya di buat di Parliment .Kenapa terlalu diperhebohkan . Kenapa baru sekarang keluarkan kes rasuah.Begini kah pemerintahan BN masih simpan org.salah selama ini.
Macam ini mereka ini kena lebih telus ,jadi saja YB atau menteri mesti Istiharkan harta kepada umum bukan kerajaan simpan kata sulit.
Keadaan masih bolih di betulkan . Kerajaan Malaysia patut minta YB & Menteri ,Menteri besar ,Ketua ketua pembangkang istiharkan harta mereka,anak ,isteri & keluarga mereka kepada AWAM. Pastikan kepada Awam mereka ini BERKHIMAT UNTUK NEGARA.Jangan cakap lain buat lain.

Heical said...

Kenaikan harga minyak - ada kesan kepada Menteri menteri?. Dia org.pakai kereta kerajaan semua free.

Anonymous said...

Dear Kadir.

Memang betul.Dua ahli Parliment SAPP tidak akan dapat mengemukakan undi tidak percaya kapada Pak Lah,dan kalau pun dapat di bentangkan ia nya sukar untok berjaya.

Ini bukan tujuan sabenar SAPP,Tujuan asanya ialah untok membangkit kesedaran raayat SABAH bahawa mereka tidak mendapat layanan yang baik dari Kerajaan Persekutuan.Di Sabah hari ini Yong T Lee dan SAPP menjadi hero overnight.

Jika di adakan Pilehan Raya sekali lagi jangan mimpi Sabah akan menyokong Kerajaan Pusat.

Semangat yang sama terasa di Serawak.Ingat kadir betapa sukarnya waktu Tun Razak Perdana Menteri merampas jawatan Ketua Menteri Serawak dari Temenggong Jugah.Berapa kerat sangat Melayu melanau di Serawak.

Sama ada Usul Undi Tidak Percaya berjaya atau tidak tak penting.Yang penting nya kedudokan BN amat lah genting dan sukar kerana Ketua Nya sudah tidak di takuti dan di hormati oleh raayat .

Anonymous said...

Kenapa tidak kita memberi peluang kepada Dolah "mengotakan" janjinya atau "mengotorkan" janjinya.

Apakata kalau kita tumpukan kepada ekonomi masing2 sambil menyimpan sikit2 untuk buat kenduri kesyukuran bila dan tika saatnya pasti Dolah tersungkur jua.

Daripada kita memaki, mencerca dan memberi pendapat yang tidak lari dari emosi dan menjerumus kepada membuat dosa, kenapa tidak kita adakan solat hajat secara nasional.

Apakah dalam Islam, berdemonstrasi itu satu sunnah, seperti yang dianjurkan oleh pembangkang hatta PAS pun juga - kluangman

Anonymous said...

Salam Dato'

Kedudukan PM masih lagi selamat tetapi untuk kesan jangka panjang ia tetap akan menghantui pentadbiran PM kerana tindakan BPR membuka semula fail terhadap YTL setelah SAPP menongkah arus.

Adakah akan ada lagi tindakan dari BPR jika ada ahli BN tidak bersetuju dengan kerajaan. Suasana politik kita dilihat diseluruh dunia. Ia secara jelas menceritakan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Tindakan ini juga secara jelas, membuktikan pentadbiran Kerajaan BN penuh dengan rasuah.

Ingat, hanya masa dan ketikanya akan tetap tiba untuk kita semua

Letting the time pass me by said...

Melihat daripada situasi sekarang, saya rasa kita terpaksa lupakan sahajalah hasrat untuk melihat PR untuk menjadi kerajaan....

Dari pemerhatian saya, BN dan UMNO akan memerintah terus... Ini citer-citer lompat ke, apa ke hanya citer politik sahaja...

Jadi kepada rakyat Malaysia, terutamanya saya sendiri, selamat mengubah gaya hidup anda... dalam keadaan sekarang, anda tahu hala tuju anda... Struggle for Survival... Pandai-pandaila nak hidup.. kalau perlu makan ubi-makan bi ajela... Inila hakikat sekarang nie... Tak payahla nak mimpi konon-konon Malaysia nak jadi macam negara maju lain nak bagi elaun sara hidup bagi orang miskin dan sebagainya...

This is the new order of Malaysia...

painah said...

apapun perkembangan selepas ini, SAPP telah membuka satu jalan bagi menjatuhkan pm. Walau jalan itu terlalu kecil tetapi dari pada tiada adalah elok ada.

Tiap peristiwa besar pastinya bertitik tolak dari isu yg dianggap kecil dan remeh.

pemimpin umno@bn tidak akan sekali kali melepaskan sesiapa saja yg cuba menabur pasir dlm periuk kera mereka. Nasib Yong banyak bergantung kepada apa kokok pm dan balaci balaci disekelilingnya.

BPR cuma lambang. Lambang akan disematkan didada oleh tangan dan lambang tidak boleh menyematkan dirinya dengan sendiri. Dan kini lambang itu kembali dipegang jari jemari bernajis yg nampak suci kerana balaci disekelilingnya menyanyikan lagu sufi.

Realitinya pm akan terus menjadi seperti seadanya sekarang kerana akan sentiasa ada manusia2 orpotunis yg berebut rebut untuk mencium bontotnya.

Dan pencium bontot akan sentiasa mencari peluang .... waima ketika membuang shit sekalipun.

Quantum Metal Consultant said...

2 MP SAPP tidak muncul pun di parlimen pada hari isnin untuk melaksanakan janji dan pengistiharan Yong Teck Lee untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Dolah dan hingga ke saat ini tidak pula diberitakan mereka telah menghantar notis ke Parlimen.

Apakah benar2 Yong Teck Lee berani bertindak demikian jika bukan atas percaturan strategi Anwar, cuma Yong Teck Lee tidak tahu bahawa itu juga pecaturan Dolah/Anwar dalam memberi kegemparan politik tanah air untuk menambah keyakinan kepada rakyat bahawa Anwar sahajalah yang berwibawa dan berkebolehan untuk menyelamatkan kestabilan negara.

Yang ideal sekarang ialah gandingan Dolah/Anwar jika PAS tidak menyahut saranan bergabung dengan UMNO. DAP akan menggantikan MCA menjaga kepentingan orang China dalam kerajaan campuran Dolah/Anwar. Hindraf akan menjadi parti politik untuk kepentingan kaum India.

Disember nanti menyaksikan Pesiden UMNO bertukar tangan kepada Anwar atas hak asalnya. TDM dituduh telah menyalahgunakan kuasa dalam parti dan kerajaan ketika memecat Anwar. Siapakah panglima UMNO yang berani menenatang pada masa itu ??? Najib? Muhyiddin? Hishammudin ? Yang berani besuara adalah orang yang sama iaitu Mukhriz dan Ku Li, tetapi suara mereka hanya tinggal bisikan..

TDM telah menghidu semua ini dari awal dan jalan yang paling selamat ialah keluar dari UMNO - kluangman

dueng said...

adakah pembesar BN nak tunggu sabah terlepas ke tangan pembangkang ke baru nak terhegeh-hegeh? semacam kes terengganu, sang setia yang disia-sia. dah terlepas, baru nak terhegeh-hegeh. sudah dapat, disia-siakan lagi.

mungkin itu nasib negeri2 yang kaya dengan hasil bumi ni, dipinggirkan selepas "madu" disedut rakus. royalti diragut menjadi negeri termiskin di malaysia.

ironi sungguh matematik pembesar BN ni. yang setia disia-siakan. akhirnya, yang dikendong berciciran, yang dikejar lari bertempiaran.

entahlah.

Anonymous said...

Dato'

Kini, Saya mempunyai 2 idola kebanggaan saya :
Tun Mahathir
Mufti Perlis

Gabungan 2 tokoh ini, dapat mencetuskan revolusi baru dalam arena politik, pentadbiran, ekonomi, perpaduan, keadilan sosial, keamanan dan kedaulatan.

Mereka perlu digandingkan bersama dengan pakar-pakar, tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang. Dengan harapan Malaysia terus kehadapan tanpa perlu menoleh kebelakang.

Mungkin ini imaginasi saya. Realiti siapa yang tahu, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Keluhan ini, dicetuskan atas dasar rasa meluat, benci, menyampah melihat corak pentadbiran negara yang haru-biru, ampu-mengampu, keputusan sendiri bukan keputusan bersama dan lain-lain lagi keserabutan yang ada.

ADAM AMIN

m r said...

Sila lihat Calon2 Naib Presiden Umno bagi penggal 2008-2011

http://www.naibumno.blogspot.com/

CUCU TOK KEDU said...

Datuk Kadir Jasin!

Kesimpulan yang kon (saya) rumuskan ialah pemimpin Umno/Bn pimpinan dari Cet Det dan Pak Lah akan disambung oleh Najib (?) kebanyakannya diselimuti oleh rasuah untuk memudahkan pemimpin tertinggi membingkaskan perangkap jika menderhaka!

Apakah sekarang BPR menjadi kompenan BN yang ke 17 selepas polis dan SPR?

Servant of God said...

Assalamualaikum Dato',

Maafkan saya, sebenarnya comment saya ini bukannya menjawab posting Dato'.

Perihalnya, dalam usaha saya untuk meluaskan mesej para nasionalis seperti Dato', saya telah print artikel-artikel Dato' lalu saya poskan kepada saudara-mara saya di kampung.

Maafkan saya kerana tidak minta izin Dato' terdahulu. Harapnya Dato' sudi memberi izin supaya boleh saya meneruskan usaha saya ini.

Mengapa saya berbuat begini? Kerana saya percaya amat penting bagi kita di pihak yang benar menjadi "freedom fighter" dan bukannya "radical extremist".

Jika Dato' sudi, singgahlah ke http://alizzati.blogspot.com/ untuk lihat dengan lebih dekat apa yang saya maksudkan.

God Bless you.

W'salam

Raja Abdul Rahman Dain said...

Raja2U
YBhg Dato' Assalamualaikum. Perkara yang berbangkit sekarang adalah suatu peringatan mengenai politik orang Melayu yang nampak mudah tetapi agak mengelirukan dan juga memeningkan orang yang jalan lurus. Hanya orang Melayu mampu menjatuhkan orang Melayu. Desakan TDM dan kumpulan untuk PM berundur yang juga melibatkan beberapa ahli kanan UMNO memberi gambaran seolah-olah UMNO dan BN boleh di tumbangkan bila-bila masa jika ada orang yang yang mengusulkan undi tidak percaya.Ini sebenarnya tidak mungkin kerana pada hakikatnya ahli akar umbi UMNO tidak merasa terancam kerana isu yang terlibat adalah kegagalan PM menjalankan beberapa projek yang telah dirancang yang tidak melibatkan secara terus kehidupan harian mereka.Isu kenaikan minyak pula walaupun memberi kesan tetapi dengan wujudnya sistem penyampaian berita yang canggih dan meluas sekarang mereka maklum bahawa harga minyak dunia sudah berlipat 5 kali ganda semenjak 5 tahun dahulu yang mereka terima logiknya kenaikan tidak dapat dielakkan . Hanya yang menjadi persoalan adalah jumlah kenaikkan tersebut.

Yang membingongkan ahli UMNO yang hendakkan PM berundur adalah jika saranan SAPP berjaya yang mendapat untung adalah PR.

Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya

Anonymous said...

Datuk, selain pedang domacles yang terletak di lehar Najib dan banyak lagi pembesar Umno serta BN, Agong akan memainkan peranan penting dalam politik Umno dan BN menjelang pemilihan ini.

Agong yang saya maksudkan bukanlah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tapi Agong yang menghiasi duit Malaysia itu.

Kalau hakim-hakim bersara yang kita hormati kerana kononnya dizalimi oleh Tun Dr Mahathir boleh dibeli oleh Dollah Badawi dan Zaid Ibrahim menggunakan duit rakyat, apa lagilah pembesar politik yang oportunis.

Saya ingat maruah para hakim itu termasuk Salleh Abbas tidak ternilai (priceless) rupa-rupanya boleh dinila dan dibeli oleh Dollah dan Zaid dengan wang ringgit.

Sekonyong-konyong sahaja dengan pembelian itu Azmi Kamaruddin abang kepada Suhaimi Kamaruddin yang dulu senyap sepi tiba-tiba bangkit menghentam Dr Mahathir.

Nampak sangat macam mereka ini diupah untuk sokong Abdullah dan belasah Mahathir. Macam pecacai dan macai upahan.

Saya hormat Salleh Abbas. Setidak-tidaknya dia berterangan dengan kita tentang kemarahannya kepada Mahathir dan kemiripannya kepada politik. Pada tahun 1999 dia bertanding atas tiket Parti Pas dan menang serta jadi exco Terengganu. Betullah kata Mahathir, Salleh Abbas ini mirip politik dan suka membuat tuduhan dan aduan.

Saya naik malu bila bekas-bekas hakim yang selama ini saya hormat dan simpati jadi macam budak-budak dibila disogokkan wang beratus ribu ringgit oleh Abdullah dan Zaid lantas membelasah Mahathir. Malu!

Andaka Berang

Anonymous said...

bagi saya 90% dari posting dato AKJ semuanya mencari kesalahan pak lah,ada saja yang tak kena pada mata dato akj.

saya simpulkan begini
i) dato peminat setia tdm,oleh itu apa2 yg tdm buat semua dato sokong "membuta tuli'

ii) oleh itu,semua yang paklah buat walaupun baik dan betul pastinya tidak akan betul bila-bila pada pandangan dato.

dato'...belajarlah menerima orang, tiada manusia sempurna. berikan sedikit kredit kepada pak lah atas usaha2nya. tidakkah dengan kelantangan dato menentang pimpinan negara ini atas inisiatif paklah atas dasar keterbukaannya?? tepuk dada tanya hati wahai dato AKJ

AJAI62 said...

Salam Dato',

Saya dah agak dah mesti Presiden SAPP kena punya bila beliau bersuara untuk mengadakan usul undi tak percaya. Tetiba BPR yang cekap bersih dan amanah tu terus buka fail..maklumlah pegawai BPR pun cari makan...kalau lawan boss nanti lain jadi nya..

Kenapa bila semua minyak/barang dan dinaikan kerajaan Pak Lah baru nak dapatkan sokongan MP di Parlimen..sebab dah terbelit masalah tu kat diri sendiri nak belit MP pulak... ini semua cara nak lepaskan diri dari bala yang dia dan konco-konco nya buat mangsa sebenar adalah rakyat..

Masalahnya memang semua MP yang menyokong usul Sharir ni dah di korokan...tak ada yang jantan...bapok aje..buat apa pun rakyat dah tak merasakan kebaikannya....

Wasalam

Heical said...

PAK LAH ni teruk kan ambil menantu jadi Ahli Parliment.Mahathir pun selepas berenti baru bagi anak dia jadi Calon.Nampak sangat .....semua nak bagi ahli keluarga dia.

abdrahim kassim said...

Datuk.

Isu undi tidak percaya kepada PM tidak "dinaikkan" di parlimen semalam, Abdullah terlepas dari derita buat sementara ini.

Harga minyak telah 3 minggu dinaikkan oleh Abdullah, dan barang-barang makanan setiap hari melambung naik. Rakyat sedang menderita kepayahan sekarang ini.

Untuk berlaku adil kepada rakyat dan pemimpin, kita mesti "menaikkan" usul undi tidak percaya itu di parlimen, atau kita menurunkan kedua-duanya iaitu Abdullah dan harga minyak.

Anonymous said...

Salam buat Dato AKJ,

Ramai diantara kita berasa teruja dengan keberanian parti komponen BN iaitu SAPP ingin mengusulkan undi tidak percaya kepada PM. Ramai juga berpendapat ianya sebagai agenda pembuka mata akan permasalahan yang dihadapi Negeri Sabah. Timbul pertanyaan iaitu benarkah Negeri Sabah bermasalah. Apakah negeri Sabah menghadapi masalah pembangunan? Apakah negeri Sabah menghadapi masalah kebanjiran pendatang asing? Benarkah wujudnya "pengundi hantu"?

Sebelum kita mengupas panjang persoalan tersebut, elok kita melihat perkembangan politik negeri Sabah terlebih dahulu. Semoga dengan meneliti fakta-fakta sejarah barulah kita dapat berfikir secara rasional dan menilai sendiri akan tindakan parti SAPP ini.

Siapa SAPP ini? Parti SAPP ini tertubuh ketika zaman pemerintahan parti pembangkang ketika itu, PBS di Negeri Sabah. Di akhir zaman pemerintahan PBS, timbul ketakutan diantara ahli majlis tertinggi PBS akan bayangan terkuburnya parti itu akibat tiadanya sokongan kerajaan persekutuan ketika itu. Maka, ramailah pemimpin tertinggi PBS lari dan menubuhkan parti masing-masing yang berlandaskan kaum dan kawasan masing-masing.

Dengan itu, wujudlah PBRS (pimpinan Joseph Kurup), PDS (pimpinan Bernard Dompok), LDP (pimpinan Chong Kah Kiat), SAPP (pimpinan Yong Teck Lee) dan sebuah parti lagi yang dipimpin oleh Pandikar Amin Mulia. Kerajaan Persekutuan dalam usaha merampas kembali negeri Sabah telah menarik kesemua parti serpihan PBS in kedalam acuan BN dan hasilnya Sabah terlepas dari pegangan PBS. Pemimpin yang berjasa telah dilantik menganggotai barisan kabinet pada ketika itu.

Dalam usaha mengatasi kekalutan akibat banyaknya parti komponen BN di Negeri Sabah, maka diwujudkan pula pergiliran Ketua Menteri setiap 2 tahun. Dan SAPP yang mewakili kaum Cina terbanyak telah terpilih sebagai parti yang dibenarkan menjadi Ketua Menteri. Maka, Yong Teck Lee dapat menjadi KM selama 2 tahun. Jadi, persoalannya adalah apakah SAPP mewakili suara terbanyak untuk Negeri Sabah? Lihat sahaja kemelutan dalam parti SAPP itu sendiri sudah mengambarkan kekecewaan ahli terhadap pimpinan tertinggi. Kepentingan peribadi melebihi segalanya adalah antara agenda ahli majlis tertinggi. Lihat bagaimana bekas ADUN Merotai keluar dari SAPP bersama ahli lain sehingga luputnya bahagian/cawangan parti tersebut semasa PRU ke 12 akibat tidak menjadi calon. Bagaimana kita menilai peristiwa tersebut?

Berbalik kepada persoalan apakah Negeri Sabah ketinggalan dari segi pembangunan? Yang kita maksudkan adalah pembangunan infrastruktur. Menilai keadaan geografi serta demografi Negeri Sabah, kita akan melihat kepadatan penduduk adalah tertumpu di kawasan bandar sahaja. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang luas. Pembangunan infrastruktur bukan hanya usaha kerajaan persekutuan tetapi juga usaha kerajaan negeri.

Jaringan jalanraya antara bandar dalam negeri Sabah adalah antara yang terbaik. Kemudahan pengangkutan awamnya juga antara yang terbaik. Sebut sahaja bandar, daerah, kampung, semua boleh dihubungi menggunakan bas mini, bas express, teksi, "wagon" (kenderaan pacuan empat roda berpermit). Tetapi, tumpuan hanya di bandar-bandar. Keadaan demografi yang menyebabkannya begitu.

Di kawasan luar dan pinggir bandar, tumpuan serta kepadatan penduduk adalah terlalu kecil. Oleh itu, kawasan ini tidak mendapat menafaat pembangunan akibat kos yang tinggi. Apakah praktikal jika jalan yang ingin dibina menghubungkan sesebuah rumah itu berkilo-kilo meter jauhnya diantara satu dengan yang lain. Lihat juga keadaan muka bumi yang berbukit. Apakah ianya praktikal untuk menghubungkan satu kampung yang berada disebelah bukit yang berkilo-kilo meter jauhnya dari jalan besar.

Lihat juga pembahagian air dan elektrik. Pembangunan pesat lebih tertumpu di kawasan berkepadatan tinggi iaitu bandar. Luar bandar? Apakah SEB (Sabah Electricity Board) sanggup menanggung kos memasang tiang berkilo-kilo meter dari pencawang hanya untuk sebuah rumah di dalam kawasan estet kelapa sawit?

Siapa kata Sabah ketinggalan kerancakan pembangunan? Harga tanah dan rumah di sekitar Kota Kinabalu adalah antara yang tertinggi di dalam Malaysia. Banglo-banglo di Kota Kinabalu mencapai harga jutaan ringgit. Lihat sahaja statistik jual beli hartanah di Sabah. Kebanyakan projek perumahan dijual bagai goreng pisang panas.

Kawasan industri wujud dihampir kesemua bandar-bandar dalam negeri Sabah. Jadi, apakah Sabah benar-benar ketinggalan?

Masalah kebanjiran pendatang asing bukan perkara baru. Dari mana pendatang asing ini? Sabah atau North Borneo sebelum bersetuju menandatangi undian bersepakat menyertai Malaya tahun 1963 dipenuhi oleh warga asing berasal dari Indonesia dan Filipina. Apabila Sabah menyertai Malaya, warga asing ini yang memegang kad pengenalan British telah diberi tawaran untuk menyerahkan semula kad pengenalan tersebut dan pulang ke negara asal atau menukar kerakyatan kepada warga Malaya. Sebahagian pulang dan sebahagian lagi tinggal di Sabah. Apabila, mereka yang pulang ke negara asal tidak dapat menyesuaikan diri kerana telah lama tinggal di Sabah, mereka masuk semula ke Sabah. Lalu, beranak pinak sehingga sekarang. Oleh itu, tidak menjadi kehairan jika anak mempunyai kad pengenalan tetapi ibu bapa tiada sebarang dokumen.

Kemelutan ini ditambah lagi apabila tercetus pemberontakan pejuang MNLF di selatan Filipina. Ribuan mangsa telah lari ke Sabah. Dibawah UNHCR, beberapa penempatan mangsa perang telah diwujudkan di sekitar persisir pantai Sabah. Maka, wujudlah kampung Manila di merata-rata tempat. Mangsa perang ini diberi permit khas oleh UNHCR dan kerajaan.

Apabila telah berpuluhan tahun menetap, maka ada yang mendapat kad pengenalan dan ada juga yang tidak mempunyai apa-apa dokumen.

Evolusi sektor perladangan yang semakin rancak telah membuka peluang pekerjaan yang luas akibat wujudnya guna tenaga yang banyak. Peluang ini segera dipenuhi oleh warga asing dari Indonesia. Oleh itu, majoriti pendatang asing Indonesi adalah tenaga kerja sektor perladangan yang teramai di Sabah pada waktu ini. Samada mereka ini mempunyai dokumen sah atau tidak sukar untuk dipastikan.

kesan pertumbuhan ekonomi serta perlunya guna tenaga yang banyak menyaksikan ramai warga asing mula dan semakin memenuhi permintaan di pelbagai sektor. Oleh itu, dimana-mana ceruk pun ada warga asing hatta dalam rumah pun. Tanyalah pemimpin pemimpin tertinggi parti-parti, siapa pembantu rumah mereka? Orang Cina? Orang Melayu? Orang Indonesia !!! Orang Filipina (tetapi tidak ramai jadi pembantu)!!! Mereka ini ada dokumen sah? BELUM TENTU!!!!!!

Jika Negeri Sabah mengharapkan guna tenaga dari rakyat tempatan, berapa peratus kah yang mampu memenuhi keperluan tersebut? Faktor gaji juga menjadi keutamaan. Gaji di Sabah masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan tempat lain. Jadi, siapakah yang mahu bekerja jika bukan warga asing!!!!.

Apakah dengan menangkap dan menghalau pendatang asing menyelesaikan segala masalah? Kenapa kerajaan Negeri Sabah ataupan Persekutuan memikirkan cara terbaik menangani masalah ini?

Lihat kepada kuasa ekonomi dan potensi yang ada pada warga kerja asing ini. Mereka juga mempunyai wang dan kuasa membeli. Bayangkan jika mereka ini dibenarkan menyimpan wang di institusi perbankan negara. Bukankah dengan ini dapat mengiatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bayangkan jika KWSP mewajibkan warga asing mencarum. Berapa juta malahan bilion ringgit dapat kita kumpulkan!!!!!!!

Sabah bukan sahaja negeri dalam Malaysia ada pendatang asing. Kuala Lumpur sendiri menyaksikan puluhan ribu malahan ratusan ribu rakyat warga asing berkeliaran!!!. Ini bukan masalah Sabah, tetapi masalah Negara!!!!!

Masalah "pengundi hantu". Ini dakwaan lama dan wujud bukan hanya di Sabah tetapi di Semenanjung juga. jika ianya benar, mengapa kerajaan tidak punya bukti untuk mendakwa orang atau dalang sebenar. Ini adalah percakapan orang politik.

Untuk mengetahui keadaan serta senario negeri Sabah, seorang itu perlu tinggal dan bergaul dengan orang kebanyakan. Jika pemimpin Persekutuan hanya melawat Sabah sehari dua dan bermalam di Shangri-La tak de maknanya!!!!!

Permainan dan percaturan politik orang Sabah adalah terkini dan pantas jika kita bandingkan dengan orang Semenanjung. Di Semenanjung, orang kampung tidak hirau apa yang berlaku di pucuk pimpinan kerana mereka ada tanah dan pekerjaan untuk diusahakan. Mereka tidak terlibat dalam mengejar kekayaan untuk kepentingan peribadi.

Tetapi, di Sabah hampir semua ahli akar umbi maklum dan sedar akan imbuhan berparti. INILAH PERBEZAANNYA. FIKIR-FIKIRKAN LAH

VanDerVijk said...

Saudara Azizan Rashid,
Bukan hanya mahu mengkritik, tapi lihatlah cara beliau. Kesilapan dan kesilapan dan kesilapan terus diulang. Bimbang pada undi tak percaya, BPR diarah buka siasatan pada Dato Yong Teik Lee. Kemudian anggota parlimen diarah adakan undi wayang untuk tunjuk sokongan pada Pak Lah. Memalukan... Bayangkan berapa banyak kerja lain yg lagi berfaedah yg boleh dibuat oleh anggota2 BPR dan ahli2 parlimen dari dipergunakan untuk mempertahankan kelemahan beliau.

Apa maksud saudara tentang dasar keterbukaan dari Pak Lah? Adakah Pak Lah terlibat ke dalam merekacipta laman weblog ini (atau membangunkan idea weblog) hingga perlu diberikan pujian? Apa sumbangan beliau pada keterbukaan?
Saya kurang faham.

Hartini Omar said...

salam dato'

Bila baca dan renung2 kembali telatah dan tabiat pemimpin 'hamba Allah' ini, teringat pulak cerita2 sejarah.. Kisah zaman firaun, pemerintahan jepun serta era maharaja angkuh sombong yang TIDAK BOLEH dicabar dan ditegur lansung. Kalau mahu juga, boleh mencuba. Namun natijahnya mudah - 'potong kepala!

macamni susahLAH.....

Anonymous said...

Sama teruk ja dua-dua. Baik Pak Lelah, baik Tun Det. Kuali kata belanga hitam. Bezanya sorang suka tidoq, sorang lagi kuat belit.

Pak Lelah terang2 buat salah depan mata, Tun Det buat cara senyap2. Pak Lelah bagi anak menantu niaga dan main politik. Sama ja ngan Tun Det. Anak-anak dia tu semua pakat2 kaya-raya la ni. Mai mana? Nak kata terel berniaga dengan mat saleh tak jugak.

Orang bagi post tertentu dalam organisasi sebab apa? Sebab anak PM. Tu ja. Kalau tak bagi jawabnya terpelantin la.

Pasai ex-gratia tu memang patut kerajaan bagi. Kena bagi banyak lagi. Memang yang salahnya Tun Det. Kena marah Tun la. Nak marah kat Pak Lelah buat apa?!

Pak Lelah memang lemah dan kita tak boleh terima dia sebagai pemimpin. Dah bagi dah penggal pertama dulu, dan tak perform. So, out you go la. Nak bagi sampai bila? Sampai Msia jadi porak-peranda baru nak tukaq?! No way!! Up up to Sg Way la.

Yang jadi makin teruk sebab pemimpin yang ada dalam UMNO hasil daripada zaman Tun dulu. Bukannya ada muka2 baru pun. Semua taik duit. Toksah muhong la kalau tak main duit.

Pas nak join UMNO buat apa? Kalau nak selamat bangsa, biaq la kali ni giliran UMNO pulak join PAS, ada berani?

Anonymous said...

Salam Dato'

"Survival" dalam erti kata paling klasik yakni untuk memastikan diri sendiri kekal "hidup"

"Survival" rakyat bagaimana?

Nasib baik Pakatan Rakyat pun sudah banyak buat kesilapan.

"Retak oh Retak"
http://umnodu.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Sdra Rosli Basiran yang dihormati,

Terima kasih di atas ulasan dan analisis sdra yang bernas mengenai politik Sabah.

Namun kita perlu akui bahawa puratanya Sabah adalah antara negeri termiskin di Malaysia walaupun kaya dengan sumber alam dan pertanian ladang.

Jadi adalah berpatutan jika rakyat Sabah mahukan pembangunan yang lebih pesat dan serata. Apatah lagi Sabah adalah antara negeri yang paling ramai penduduk pribuminya.

Kalau Sabah miskin dan terpinggir dari segi pembangunan maka terpinggir dan miskin jugalah kaum Bumiputeranya.

Sdr Leftenan Adnan,

Saya ambil maklum ulasan anda yang begitu keras dan mengancam terhadap Khairy Jamaluddin.

Saya rasa elok komen seperti itu sdr hantar terus kepada beliau walaupun dengan menggunakan nama samaran agar beliau tahu tentang betapa dalamnya 'kebencian' sesetengah orang terhadap beliau.

Kepada sdra/sdri sekalian, terima kasih kerana terus berbahas dan mengunjungi blog kita ini.

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,
Baru renew road tax lah, bulan 7 ni dapatlah RM625.00.

Dari segi moral bulan Jun ini ialah bulan kejatuhan Pak Lah. Suara rakyat yang besar dan mewakili rakyat yang rata-rata menyuruh Pak Lah turun ialah SAPP. Itu tidak dapat dinafikan. Seperti kata rakan-rakan lain SAPP telah menyenaraikan sebab musabab yang tepat akan keperluan ny untuk Pak Lah turun. Kita hanya menuggu kejatuhan fizikal Pak Lah. Batuknya nampak semakin teruk.
Jangan dia sign semua projek berbillion ringgit baru nak letak jawatan..........

Malangnya wakil BN yang duk ada menyokong penuh pada Pak Lah atas nama 'demokrasi'. Tapi perlu juga dilihat dan pertimbangkan 'suara demokrasi' dibandingkan 'suara ramai rakyat yang kini celik dan tidak buta', akan keperluan sokongan diberikan pada Pak Lah.

Banyak isu yang timbul kini, pengusaha minyak masih menanti keputusan Pak Lah akan nasib mereka. Pak Lah buat keputuasn naik kan minyak, mengabaikan mereka dan banyak kesan sampingan yang terlepas pandang. Banyak isu akan timbul lagi, adakah mampu Pak Lah menanganinya?

Saya berharap ahli UMNO yang telah tamat penggantungannya seperti Isa Samad kini boleh aktif untuk menyuarakan pandangannya, saya pasti ramai yang akan menanti ucapannya yang berjiwa rakyat dengan bahasa yang mudah dan dapat diterima ramai. Kesalahannya ialah kesalahan wajib yang rata-rata semua yang bertanding buat dalam pemilihan UMNO, nasib tidak menyebelahinya. Pemilihan kali ini buat declaration kalau berani dengan mengatakan 'saya tidak akan menggunakan kuasa wang ringgit untuk membeli undi'. Then go fly kite all you dirty lots!!!!

Ujian kedua Pak Lah ialah pemilihan cawangan. Siapa yang berani usulkan 'Pak Lah berhenti segera' kita tengok bulan Julai ini. Disitulah suara sebenar ahli parti bukan dari wakil mereka Ketua Bahagian yang 'sayur' lagi 'membodek'.

sujini said...

Salam Datuk,

Saya memang tidak arif tentang politik
dan mengenai perjanjian diantara MP-MP
komponen parti dalam BN.

1. Mukhriz telah membuat kenyataan
bahawa dia tidak menyokong usul
SAPP untuk undi tidak percaya
keatas PM. Sedangkan dia secara
lantang menyuruh PM meletakkan
jawatan.

2. Begitu juga dengan Anifah Aman
(MP Kimanis). Dia tidak menyokong
usul ini tapi dia menyokong
sentimen dan pandangan Teck Lee
mengenai Sabah.

3. Adakah tindakan undi tidak
percaya dan tindakan menyuruh
PM meletakkan jawatan mencetuskan
hasil yang berbeza?

4. Mengikut kefahaman saya kalau dah
ramai MP menyokong usul SAPP undi
tidak percaya, bukankah akhirnya
PM terpaksa jua meletakkan
jawatan ?
Harap Datuk dapat memberi
penjelasan ini.
Terima kasih.

ie lads said...

salam,

Selesa juga rupanya duduk dekat atas ni..bila dah pegang kuasa semua lupa...peduli lah apa orang nak kata...

teringat pula pemerintahan komunis di romania, german, russia...ambil kesempatan dari sokongan rakyat kemudian ragut rakyat macam rumput...

Macam parti politik ada di Malaysia ni
1. Parti Liberal Demokratik = BN
2. Parti Buruh = PR
3. Independant Party = Component
4. Republikan Party = DAP
5. Parti .... (wait for someone to come)
6. etc....

Walau apapun, memang berat sesorang untuk lari dari tempat tinggalnya. Ini kerana

1. Rakyat masih lagi berlembut
2. Demonstrasi setakat berkumpul ramai-ramai lepas tu, balik
3. Ceramah merata-rata sekadar nak
lepas geram
4. Tiada pakatan yang sekata dikalangan rakyat.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa rakyat juga lah yang melengah-lengahkan keadaan politik sekarang..

Rakyat Malaysia sememangnya senantiasa bersopan santun walaupun macam-macam harga sudah dinaikkan..

Kita masih tiada semangat patriotism sebagaimana negara luar. Mereka hendak apa yang mereka mahu. Mereka mempunyai kuasa. Tapi Malaysia, pemimpin yang berlemah lembut memang ditakuti rakyat...

Rakyat kenalah bertegas. Gunakan kuasa rakyat sepenuhnya. Setakat jadi lalang macam ni susah lah negara nak berubah..

Inilah realitinya bila saya nampak dari atas.....

Quantum Metal Consultant said...

Berita 8mlm tv3 tadi, Dolah nafikan diberi satu salinan laporan perisikan tentera tentang kehadiran 3 individu ketika altantuya diletupkan.

Kalau betul, apalagi..sumbat je RPK dalam gua besi.

Anonymous said...

lagi ekali kerajaan pimpinan paklah cuba nak bodoh2kan rakyat malaysia

hehehe kalo bentang usul kenaikan harga minyak apa gunanya? minyak dah naik pon 78 sen dan rm1..serta merta pulak tu

ikhlas la sikit bila nak bentang usul tu.patutnya usul pasal kenaikan harga minyak ni dibentangkan sebelum parlimen ditangguh dulu.ini benda dah basi baru nak bawak masuk parlimen

ke ini helah ciptaan budak2 tingkat 4 untuk menyelamatkan PM dari usul undi tak percaya?

zakri

nelly said...

saya pun hairan kenapa sabah & sarawak sahaja yg mendapat rebate up to 3000cc? sampai bila kita ni akan di permainkan oleh AAB? Mungkin bulan depan AAB akan bagi rebate 3000cc for semenanjung pula...tengoklah bila rasa tercabar dgn kita di semenanjung ni.Dia berkuasa kan, boleh buat apa saja, walau nampak bodo apa dia perduli, his credibility is the least of his priority because he never care about what we the rakyat think of him. whatever he does is only for two reasons:
- accumulate wealth for himself and hid family
- protecting his wealth and his family's wealth

That is our PM. Siapa yg masih percaya kata2 AAB adalah orang2 yang telah dia sogok!

Heical said...

Siapa yg anda suka jadi PM selepas Ds Abdullah .
Carta sendiri.
1. Najib- Kalau dia seorang je ok
jangan campur tangan org.lain.
2. Mohidin - Ok juga tapi Najib
mantap.
3. Razali - Dah tua sezaman Tun
Mahathir
4. Rais - Terlalu serius ideanya
kadang kadang macam Howart
5. Abd.Khalid Ibrahim -
calon sesuai tapi malangnya dia
dibawah PKR.

A KADIR JASIN said...

Sdr Kluangman berkata: "Berita 8mlm tv3 tadi, Dolah nafikan diberi satu salinan laporan perisikan tentera tentang kehadiran 3 individu ketika altantuya diletupkan.

Kalau betul, apalagi..sumbat je RPK dalam gua besi."

1. Tak semudah itu nak campak orang dalam gua besi. Kena siasat dan bicara dulu.

2. RPK buat dakwaan bersumpah depan majistret/pesuruhjaya sumpah.

3. Jadi kalau nak nafi, kenalah sumpah di depan majistret/pesuruhjaya sumpah barulah adil dan mudahlah orang nak percaya.

4. Main-main sumbat ni tak eloklah beb!

Terima kasih.

Heical said...

Surat Khabar hari ini tunjuk orang orang PKR naik basikal pergi Parliment.Tolong minta dia orang ni hari hari naik basikal ke Parliment baru betul protest kenaikan harga minyak.Biar kematu bontot & kena koro .Sanggup buat kah ? . Kalau setakat 1 hari saja ,itu namanya CHEAPEST PUBLICITY.
Orang Asli pun dah naik motor sekarang tau bukan basikal.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' AKJ dan rakan-rakan,

Barangkali secara "Koro"nya SAPP telah berjaya melaksanakan tugasnya di dalam konteks keluarga BN. Setujulah dengan kenyataan Dato' Sabah dijanjikan dengan berbagai-bagai habuan agar SAPP tidak mengelonsor dari pangkuan BN.

Cuma nak ditegaskan, isu yang menimpa Yong Tek Lee (YTL) adalah rasuah bersama keluarga "Koro" di dalam BN ketika di ambang pilihanraya. Tak kesampaianlah usul tak percaya boleh berlaku dalam Amalan Demokrasi BN. Agar YTL dan rakan-rakan sewaktu dengannya faham, nak turunkan Pak Lah bukan dengan cara tersebut.

Sabah patut berterima kasih kepada YTL, kerana beliau sabah mendapat perhatian lebih. APAKAH ITU SATU BUDAYA KITA HARI INI?.

Baru saya faham mengapa perbendaharaan kata "Koro" Dato' timbulkan sebelum ini. Jadi Dato' kalau lah wakil-wakil hulubalang rakyat ni bersifat "Koro", habis gee manah sih mahu menjunjung tinggi perjuangan negara, lebih-lebih menghadapi ancaman "small Israel","uncle SAM" dan "Big-brother Zionist" - sekali pun kerdil pada saiz?.

Dato' dan rakan-rakan berjuanglah dengan cara kekuatan orang-orang kecil. TAPI INGAT MAHARAJA NAMRUD DIKALAHKAN OLEH NYAMUK JE..

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Wajah pura-pura para ahli parlimen BN yang kononnya mewakili rakyat jelas apabila usul Shahrir lulus dengan sokongan majoriti. Sekiranya mereka ikhlas, mereka yang tidak bersetuju boleh memilih untuk berkecuali dalam pengundian itu. Kalau kena rotan pun berbaloi kerana mereka benar-benar mencerminkan suara rakyat yang tidak menyokong kenaikan harga, sebaliknya menerima dengan terpaksa.

Tentang cadangan SAPP untuk menyokong sekiranya ada pihak yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada PM tidaklah perlu diherotkan. Datuk Yong kata mereka akan sokong kalau ada usul, bukan mengatakan mereka yang akan membentangkannya. Apabila tiada usul undi tidak percaya, mereka diam sahajalah. Yang Mukhriz pula awal-awal lagi keluar kenyataan tidak akan menyokong, juga menampakkan ketidakmatangan politiknya. Memang sesuai jadi Ketua Pemuda sebab ketidakmatangan akan menjadikannya lantang semberono.

Tiba-tiba pula BPR buka kertas siasatan terhadap Datuk Yong atas kes yang berlaku semasa dia menjadi KM Sabah. Agaknya lima tahun lagi barulah BPR akan bukan kertas siasatan ke atas Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya atas rasuah ex-gratia yang diberikan kepada Azmi Kamaruddin yang kemudian beria-ia kata bekas PM mahu jadi diktator. Sungguh bijak hakim itu kerana mampu membaca apa yang ada dalam hati orang lain. Sama juga dengan Salleh Abas yang kata bekas PM terkejut bila tahu umurnya ketika jadi KHN belum melayakkannya menerima pencen jika bersara.

Dan Zaid juga ghairah mahu kembalikan Artikel 121 kepada yang asal, menarik balik kuasa Parlimen yang merupakan puncak demokrasi kepada sebuah institusi yang tidak pernah melalui sebarang ujian mandat daripada masyarakat. Ambiga pula melatah minta peguam-peguam kanan, termasuk dirinyalah kot, dilantik jadi Pesuruhjaya Kehakiman sampai Zaki Tun Azmi rasa tercabar. Manalah tau kot singh tak pakai serban pun dapat jadi Pesuruhjaya Kehakiman juga sama dengan dirinya nanti.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Saya memang tidak mahu lagi ulas pasal Altantuya ini. Tetapi bila tengok jawapan yang Abdullah berikan pada wartawan bila ditanya hal itu, sakit hati saya mendengarnya.

Pernyataan Bersumpah yang dibuat oleh RPK itu amat serius. Seluruh dunia sedang memerhati kes ini.

Abdullah tidak boleh menolak tindakan RPK itu mentah-mentah dengan mengatakannya tidak betul. Lebih buruk lagi bila beliau mengatakan dengan penuh yakin Najib dan Rosmah tidak terbabit.

Apakah Abdullah yang menjadi hakim dan pegawai penyiasat dalam kes besar ini?

Kenapa tidak tanya Datuk Zaid dulu sebelum membuat ulasan. Ini kes besar, seluruh dunia memerhatikannya.

Kalau buat kenyataan macam itu, siapa yang boleh percaya badan kehakiman negara ini lagi. Hakim belum buat keputusan tetapi PM sudah tentukan orang ini bersalah atau tidak.

Kata hendak reform badan kehakiman sampai lantik senator, untuk bolehkannya jadi "menteri undang-undang".

Atau hanya setakat hendak sakitkan hati Tun Mahathir sahaja kot?

affendi hussain said...

Salam Dato AKJ & penyokong2 UMNO.

1.Jika pemimpin UMNO sendiri takut atau tidak sanggup mengubah diri & nasib parti mereka ..Maka tiada siap lagi yang mampu menolong mereka..

2. Tak guna buang masa & usaha menolong makhluk2 yg tak nak dirinya ditolong.. Biarkan sahaja makhluk2 ini menggelupur dan mati bila tiba masanya..

3. Yang terbaik, kita rakyat marhain hanya boleh tolong bacakan talkin utk makhluk2 ini dan campak sahaja ke laut untuk dikebumikan, kerana kita semua tak mampu buat upacara pengebumian yg mahal2..

4. "Bodoh tak boleh diajar... Cerdik tak boleh menumpang.." :- Kedua-dua jenis makhluk ini tiada nilai aset kpd rakyat.. Cacing & lintah pun ada nilai ekonomi kpd rakyat..tidak seperti dua jenis makhluk yg disebut diatas itu..

5. Politik kepentingan kaum? Apa gunanya jika kaum & pemimpinnya sendiri masih tidak mahu berubah demi kebaikan.

6. ".... Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Raad:11)

7. Mengapa Allah mengkehendakan keburukan terhadap kaum Melayu??
Sebabnya mudah: Kufur nikmat! Setelah diberi kekuasaan & harta benda..menjadi zalim, langgar amanat, bongkak & bersikap melampau .

8. Ini mungkin senario sejarah yg bakal berulang kembali. Telahpun menimpa nenek moyang kita..(we are same blood trait!). Pernah di puncak tamadun dunia & segala nikmat itu ditarik sekelip mata. Menjadi pencacai & hamba hina bangsa lain selama lebih 400thn.

9. Adakah Melayu mmg bangsa terlaknat yg tulahnya belum hilang sampai ke hari ini?- Cerminlah diri kita sebelum mulut begitu ringan mengutuk kaum seperti Yahudi..(Yahudi bangun hebat setelah pasca Nazi..tak mcm Melayu! .. terus tidur ikut 'Imam')

10. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran." (Al-Asr: 1-3)

-- What choices do we have ? :-

a. Prepare the "guillotine".

b. Prepare the "talkin" script, rope & boulder rock - for Mass Black 13 (GE)

c. all of the above

d. none of the above (?? affected by Koro syndrome..? maka teruslah anda mengelupur untuk mati bersama mereka.)


Wasallam

Unknown said...

Salam Dato AKJ

Jika parti kecil seperti SAPP itu pun rasuahnya berjuta, parti besar seperti UMNO itu berapa pula rasuahnya? Agaknya tentu seringgit dua je, maklumlah orang UMNO ni baik-baik belaka.

tombiruo said...

rosli basiran said...

Salam buat Dato AKJ,

Ramai diantara kita berasa teruja dengan.......

saudara rosli ni pernah ke Sabah ke? Kalau tak pernah, jangan nak memandai-mandai... saya pernah ke Perlis.. di Perlis susah nak cari jalan gravel, apalagi jalan tanah merah. Di Sabah susah nak cari jalan tar kat kampong... kalau tak caya p Kawasan Menggatal yang berada dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, kalau tak pakai 4WD alamat sangkut tengah jalan.

Yang ditakuti oleh rakyat Sabah adalah yang menjadi PTI kemarin, hari ini dapat IC Biru. Pelat PTI tak hilang lagi, IC biru dah dapat. Mungkin cik Rosli setuju kalau kita hantar mereka ke kg. cik Rosli. Mungkin cik Rosli boleh jelaskan kenapa penduduk Sabah meningkat dengan mendadak selepas tahun 80an?

Apa yang ditimbulkan oleh YTL adalah merupakan isu yang relevan bagi rakyat Sabah yang tidak diambil peduli oleh Kerajaan Persekutuan.

Mungkin cik Rosli ni tergolong dalam orang semenanjung Malaysia yang menganggap semenanjung sebagai Malaysia? Yang mana akan menyapa saya orang Sabah dengan ayat " SELAMAT DATANG KE MALAYSIA" apabila saya berkunjung ke Semenanjung Malaysia (Orang Sabah Panggil MALAYA)

Please lah, Malaysia tak wujud tanpa Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan Malaya menjadi Malaysia.

Org. Sabah

Heical said...

SAPP - silap timing nak berpaling ,
dah kena koro sekarang ni tak berani hadir ke Parliment.
Penjara PUDU kerajaan hendak simpan sampai bila.Kalau digantikan dengan PUDURAYA pun bagus,Tanahnya besar terletak pula simpang ke Utara & Selatan.

Syahir said...

Salam Dato'

Saya sebagai rakyat Malaysia sudah give up dengan UMNO dan BN. Mereka bukan memperjuangkan nasib orang MELAYU.

Tolak PAK LAH negara selamat! Tunggu pemilihan nanti! Hidop Ku Li! Hidup Muhyiddin!HIDOP UMNO!
Hidop TUN DR.M!

A KADIR JASIN said...

Sdr Wan Shamsuddin,

Ulasan mengenai pembangunan di Sabah bagi. Tetapi dakwaan mengenai penerima kontrak bekalan yang kononnya sebuah kedai buku mengandungi unsur fitnah (libel).

Saya tidak berkemampuan mengesahkannya.

Kalau nama "kedai buku" itu digugurkan, saya akan menimbangkan penyiarannya.

Ulasan yang menghasut dan meracuni pemikiran orang ramai di suatu wilayah agar membenci wilayah yang lain di Malaysia tidak akan dilayan.

Terima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

MAAF KERANA SAYA TERLEWAT PADA HARI TU..TOK..

SAYA TERSEREMPAK DENGAN SAHABAT KITA DI PERJABAT NYA //DATOK JOHAN JAFFAR.

ADA MASA KITA BERTERMU SEMULA TOK..

HARI HARI MENDATANG MELIHAT SATU SATU AKAN MUNCUL..SEBELUM TRAGIDI DISEMBER.2008.

Wan Shamsudin said...

Saudara AKJ yang dihurmati;

Mohon maaf, tapi itu bukannya fitnah...semuanya BENAR...MOF pun tahu...Orang Sabah semuanya tahu juga.Walau bagaimanapun saya mohon maaf...Mungkin Saudara AKJ bolih padamkan nama kedai buku itu.

Anonymous said...

Dato' KJ.

SAPP nak jadi hero, mengapa pula orang Melayu Selangor dan KL bersorak sangat. SAPP itu siapa? Yong Teck Lee tu siapa, memang kawan Anwar dari dulu lagi. Orang Sabah tahulah siapa si cowboy tu. Wakil rakyat Melayu tak sokongpun. Orang Sarawak tak sokongpun. Orang macam ni sahaja yang Anwar dapat tarik. . .Kasihan!!! Warga internet, Melayu Selangor dan KL, sedarlah. anda sudah hanyut jauh.

Saya yakin orang PAS dan DAP pun tak selesa dengan cubaan Anwar nak tarik lari wakil rakyat BN. Macam mana nak tarik? Tak kan sampai 30 orang wakil Sarawak dan Sabah boleh lari? PKR Jangan hina orang Malaysia Timor tahu. Kita ada harga diri.


Abang Sarawak

Anonymous said...

Dato' KJ,

Saya nak cakap sikit fasal harga minyak dan PETRONAS. Saya ada hurai tentang impak sebenar harga minyak di Malaysia berbanding negara2 lain secara komprehensif.

Saya nampak Tun Mahathir sayang betul dengan Petronas. Sayapun sayang Petronas sebab ia satu2 nya syarikat Malaysia bertaraf global diiktrifaf oleh Majalah antarabangsa seperti Fortune dan Forbe. Kita orang Malaysia, terutama Melayu, sepatutnya berbangga dan jangan membabi buta nak hantam PETRONAS. PETRONAS sudah sampai ke tahap yang begitu tinggi, jika capek PETRONAS capeklah Malaysia.

Sila ke blog DAH Ikhwan alamat dahalmi.wordpress.com untuk artikel komprehensif.

A KADIR JASIN said...

Sdr Wan Shamsudin,

Saya mohon maaf tidak dapat postkan komen itu.

Dasar saya TIDAK MENYENTUH/MENGEDIT komen yang dihantar kepada blog ini.

Saya tidak mahu campur tangan dengan komen Sdr/Sdri.

Komen Sdr/Sdr sama ada disiarkan sepenuhnya seperti Sdr/Sdr tulis atau tidak disiarkan langsung.

Terima kasih.

abdrahim kassim said...

Datuk A. Kadir Jasin,

Sebelum jadi PM dulu Abdullah adalah lambang pemimpin yang lembut dan berhemah. Tidak hairanlah kalau ianya mesra dengan panggilan Pak Lah kerana sikap keayahannya itu.

Malahan diawal perlantikannya sebagai PM, beliau menukilkan hasratnya dalam sebuah puisi untuk mencontohi Al-Ghazali dan Imam Shafie dan tidak mahu menimbunkan harta kekayaan.

Beliau juga pernah mengatakan, "saya ini bukanlah degil sangat sehingga tidak mahu mendengar teguran dan pandangan orang lain".

Bila sudah masuk dua penggal jadi PM, Abdullah sudah banyak berubah.

Kalau seseorang yang betul-betul lembut dan berhemah, tentu hatinya akan tersentuh dan memikir serius desakan rakyat yang tidak mahukan kepimpinnya.

Tetapi Abdullah menjelang pemilihan UMNO sekarang ini, sanggup turun menemui ketua-ketua cawangan UMNO, bagi memastikan namanya terus tercalon sebagai presiden parti.

Setiap hari dalam blog-blog dan sembang-sembang kedai kopi, rakyat bawahan terus memperkatakan kekayaan yang dilonggokkan oleh Abdullah kepada keluarganya.

Kenapakah Abdulah jadi "pekak" dengan sungutan dan desakan rakyat serta akar umbi parti sekarang ini.

Apakah ianya berubah setelah jadi PM atau memang itu pembawakan dirinya selama ini.

Ada orang berkata, " seseorang itu jadi baik bukan kerana dia betul-betul baik, tetapi kerana dia tidak berpeluang berbuat jahat".

Mika Angel-0 said...

Scribe,

Dengar-dengar hari Sabtu ini akan ada pengumuman besar.

Terima kasih.

Heical said...

Dato'Kadir,
Kenapa lama tiada Issue baru.

Wan Shamsudin said...

Saudara AKJ yang dihurmati;

Apa yang kita nampak sekarang, apabila seseorang itu dianggap penentang maka dengan tiba tiba, seseorang itu telah dianggap seorang yang kurang baik. Ini nampak secara terang keatas apa yang berlaku pada Yong Teck Lee.Apakah ini berlaku secara KEBETULAN? atau disengajakan?

Begitu juga dengan pemberian ex gratia kepada hakim hakim. Banyak juga jumlahnya.Apa yang terkejut pula, adalah kenapa hakim hakim yang PENCEN pun dapat habuan juga? Mungkin ini hanya upahan untuk melalak? Disengajakan atau secara kebetulan?

Kita mestilah berani jika hendak menegakkan keadilan didalam masaalah RASUAH dan salah guna kuasa ini, yang nampak berlaku terlalu amat ketara olih Pemimpin Pemimpin dalam UMNO ini.Jika hendak dihalusi, rasuah berlaku dimana mana, tidak kira negeri berlaku secara terang terangan.

Yang amat penting disini adalah interpretasi Rasuah ini.Hanya Pemimpin dan BPR sahaja yang pandai dan tahu akan erti RASUAH sebenar.Pemberian 'dana' tambahan kerana takut 'katak katak' lompat bukan salah guna kuasa? Pemberian $$$$$ kepada bekas hakim untuk mengutuk orang, bukan salah guna kuasa? Siapa yang menunjukan CONTOH yang tidak baik? Semuanya datang dari PEMIMPIN kita.Apakah ini mesti dilihat dengan diam diri dan menghalalkan apa yang dilakukan MEREKA?

Semoga menjadi renongan buat kita semua.

Anonymous said...

Salam Tok AKJ dan rerakan pelawat 'The Scribe',

Ini agak tiada hubungan langsung dengan masukan ini.

Tetapi sementang dahalmi menyentuh tentang Petronas, ingin saya halakan pembaca kepada dua blog dengan berita yang sungguh tidak menyenangkan tentang Petronas.

Komplot tersembunyi sedang berlaku untuk mengambil alih teraju pengurusan Petronas. Sasaran pertama, seperti yang sudah kelihatan, ialah serangan ke atas Tan Sri Hassan Merican.

Siapa yang ingin tahu selanjutnya, sila ikuti pautan berikut:

http://jebatmustdie.wordpress.com/

http://tunteja01.blogspot.com/2008/06/barbarians-at-petronas-gate.html

Iskandar PT said...

Salam sejahtera Dato' AKJ,

Undi tak percaya pada Pak Lah? Saya memang dah lama dah tak percaya pada Pak Lah, sejak dia jadi TPM lagi, bila jadi PM mulai tahun 2003 , bertambahlah tak percaya. Bila PRU 11, BN menang besar bertambah tak percaya saya dengan kemenangan tersebut dibuat secara adil .
Bila Pak Lah buat konsep Islam Had-had hari, saya kata kat kawan-kawan.."dia dah buat dah".
Bila saya tengok pemimpin UMNO yang entah dari mana latar belakang akademiknya bercakap tentang Islam, saya loya macam orang bunting 10 bulan..melambak-lambak muntah. Kalau ayah dan datuk dia dulu memang ulamak, Pak Lah sekadar "ular dalam semak dan menyemak".
Dalam hadis pun kita pernah baca dan dengar tentang pemimpin akhir zaman bersyarah tentang Islam walaupun pemimpin tu sendiri sekadar selam jer.
Sekarang ni Pak Lah letak Zahid Hamidi jaga tentang Islam...agak pelik dan ajaib kan?
Barisan kabinet Pak Lah pulak penuh ngan menteri bermasalah samada secara terang atau gelap (kesucian setiap dari mereka diragui).
Bila YTL buat sidang akhbar tentang usul undi tak percaya pada Pak Lah, tetiba jer BPR nak siasat kes dulu-dulu bertambah lah ketidak percayaan saya pada PM.
Paling di kesali 129 undi BN menyokong usul subsidi dimansuhkan yang mencerminkan MP BN tak prihatin masalah rakyat dan bersorak mereka meraikan usul disokong. MP BN buta kayu dan buta hati. Pada PRU 13 nanti, saya amat pasti MP 129 BN yang menyokong usul tersebut akan menangis kerana mereka akan hilang kawasan mereka kerana sikap biadap tak menentang usul tersebut.Sekiranya mereka bertanya kepada pengundi di kawasan mereka pasti jawapan nya adalah "jgn sokong".
Kalau Undi Tak Percaya di usul kan di Parlimen dah tentu MP BN tak sokong sebab takut kena ISA kerana bermacam tuduhan yang direka-reka.
Langkah -langkah PM selepas PRU 12 bukan sahaja tak popular tetapi adalah langkah kearah mempercepat kan "Talkin untuk BN dan UMNO", Eloklah BN/UMNO di talkin kan cepat kerana semakin tak relevan, di benci, di maki hamun oleh rakyat Malaysia. setiap kali rakyat mengisi petrol atau diesel, setiap kali itulah maki hamun di luahkan, jutaan makian dan hamunan akan menjadi doa.. ia adalah doa orang yang memberi mandat kepada BN.Ia mungkin di makbulkan. Wallahualam.

Anak Parit

Anonymous said...

Saya sokong pandangan yang Dato berikan dalam blog ini.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).