Saturday, July 19, 2008

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TOLONG JANGAN HABISKAN MASA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI ATAS].

KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.

Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.

Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.

Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?

Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan

9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.

Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:

“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”

Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).

Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Kuantan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora?

Pembetulan[21 Julai]: Cawangan Umno yang dimaksudkan adalah di dalam bahagian Pekan dan bukan Kuantan.

99 comments:

takutpuchong said...

cuba buat pemerhatian di mahkamah majistret di kl. sila tengok berapa puluh/ratus penghakiman dimasukkan ke atas peminjam2 yang gagal membayar hutang mereka setiap hari {itu hanya melibatkan 1 mahkamah majistret dan di kl ada 8 mahkamah tak silap saya}. belum diambil kira mahkamah sesyen (jumlah tuntutan di antara RM25,000 hingga RM250,000). apa pula keadaannya di mahkamah2 lain di bandar2 besar yang lain?

umnomuda said...

Pak Lah memang buta ekonomi. Sepatutnya peralihan kuasa disegerakan demi kesejahteraan ekonomi. Kalau kita tgk KLSE hari ini pon asyik turun naik. Syarikat GLC sudah ada yang turun sahamnya sebanyak 50%. Apa yang dikatakan oleh Pak Lah ekonomi boleh berkembang sebanyak 5% lagi?

http://umnomuda.wordpress.com

iammi said...

Saya harap Datuk tidak membayangkan bahawa Najib akan dapat membawa kepada perkembangan ekonomi. Kalau beliau mempunyai idea-idea inovatif dan perlaksanaan yang berkesan, tentu dia boleh membawa perubahan untuk memulihkan keadaan sekarang walau pun dia hanya nombor 2. Itu kalau dia ikhlas untuk tidak melihat negara terus merudum dan tidak hanya untuk mendapat nama.

farzain said...

"Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah"

Ini juga pada pandangan saya satu pandangan yang berciri optimistik. Belum tentu dengan peralihan kuasa, orang yang seterusnya akan benar membuat perubahan2 yang sepatutnya, atau pun hal ehwal negara dari segi ekonomi akan lebih baik dari sedia ada.

Belum selesai satu masalah, sudah mahu beralih terus ke penyelesaian masalah yang belum tentu akan muncul atau tidak. Sudah tentu Tuan tidak berfikiran bahawa segalal semua masalah di negara ini berpunca dari AAB?

Moh bangi said...

Dato', nilah maslahnya bila yang naik menjadi pemimpin melalui politik kampung Mengenai ekonomi langsung tidak faham. Disebbakan kegagalan untuk memahami basic ekonomi, tak guna membaca, memang tak faham.

Sedih saya melihat ekonomi malaysia. Salah satu mengatasi maslah ekonomi dengan memperkukuhkan currency. Cadangan ini telah sampaikan banyak kali seperti kata Datuk Salleh dalam ulasan debat harga minyak yang lalu. Beliau juga berkata, nak buat ape risau dengan competitive export sebab yang dieksport ialah component elctric yang bukan kita punya. Bahagian kita pulak kelapa sawit, petroleum yang memang permintaan tinggi.

Saya melihat pemimpin kita begitu rakus mempertahankan kuasa diri, malangnya tidak layak menjadi pemimpin.

Kenapalah permimpin paling atas tidak lagi sedar bahawa beliau incapable of leading, managing, inspiring our nation?

danielsuffiyyan said...

Dato,

saya tertarik benar dengan hujah Dato kali ini, memang ekonomi kita agak membimbangkan, malah ramai meramalkan penurunannya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

malah pengumuman pak lah mengenai peralihan kuasa juga tidak langsung memberikan sebarang impak kepada ekonomi negara.

kenaikkan minyak mungkin tidak dapat kita elakkan, tetapi rayat malaysia amnya dan melayu khususnya pada pendapat saya,kita perlu meningkatkan usaha untuk mencari pendapat tambahan yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan. amatlah sikit yang mencari pendapatan tambahan daripada menceritakan penderitaan kenaikan harga minyak.

ditambah pula dengan masalah politik yang meruncing(bagi saya), menyukarkan kita menumpukan perhatian terhadap ekonomi negara.

peralihan kuasa juga sebenarya tidak mampu mengubah ekonomi, yang lebih penting ialah perancangan yang dilakukan pemimpin yang dilantik oleh rakyat. apabila perancangannya tepat, maka kita berada dilandasan yang tepat memancu ekonomi.

@anekdot: adakah kita melihat gambaran sebenar politik Najib yang kerap mencanangkan tidak melawan pak lah. Dan isu akuan bersumpah yang melibatkannya, adakah bakal membantu Pak lah?

wassalam

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Kami menyokong peralihan kuasa pada 2010, tetapi itu adalah jika pembesar UMNO itu masih mendapat sokongan rakyat. Walaubagaimanapun pemilihan harus diadakan Disenber ini untuk mengetahui Pak Presiden masih mendapat mandat akar umbi.
Saya berpendapat jika DSNajib tidak bertanding Presiden terdekat ini, beliau akan menjadi lebih lemah dan teruk daripada pemerintahan sekarang. Inilah masanya untuk DSNajib mengasingkan diri dari kelemahan dan memberitahu rakyat bahawa kerajaan dibawah pemerintahan beliau lebih efisyen, maju, mesra rakyat dan berdaya saing. Manakala itu Tan Sri Muhyiddin harus berani jangan takut hilang jawatan jika benar.
Salam.

nadzri said...

Pak Lah memulakan kerja sebagai Perdana Menteri dengan penuh ceria. Kemudian pilihanraya dikepalai dengan kemenangan bergaya.

Sekarang, Pak Lah berkerja dengan berduka. Ramai yang mendesak perletakan jawatannya.

Nawawi Dahalan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sawit futures trader said...

Pada Ahad lepas, Utusan Online memaparkan berita memetik Perdana Menteri yang menyentuh isu ekonomi negara. Kenyataan ini dibuat beberapa hari sebelum debat Anwar-Shabery.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan mengumumkan Jumaat ini satu lagi langkah untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak. – Utusan Online, 13 Julai 2008

Ekonomi negara pada keseluruhannya adalah stabil walaupun negara berhadapan dengan krisis dunia seperti kenaikan harga minyak dan makanan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. – Utusan Online, 13 Julai 2008

Selepas debat Anwar-Shabery pada 15 Julai 2008, ternyata Shabery tidak dapat melahirkan/membentangkan inspirasi/inisiatif kerajaan dalam isu ekonomi negara. Justeru, pengumuman Perdana Menteri pada hari Jumaat adalah dinanti-nantikan.

Malangnya yang saya dapat perhatikan di Utusan Online hanyalah berita-berita berikut:

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2008 berjumlah RM20.153 bilion. – Utusan Online, 17 Julai 2008

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran pertumbuhannya bagi ekonomi Malaysia kepada 4.6 peratus tahun ini daripada 5.4 peratus sebelumnya. - Utusan Online, 18 Julai 2008

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai 'formula' untuk menurunkan harga petroleum di negara ini walaupun harga bahan api itu di pasaran dunia terus melonjak. – Utusan Online, 18 Julai 2008

Jabatan Audit Negara diminta melakukan kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian minyak diesel bersubsidi termasuk penggunaan teknologi nano. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ini kerana pelaksanaan sistem tersebut melibatkan belanja yang besar. – Utusan Online, 18 Julai 2008

Kerajaan yakin dapat mengurangkan bilangan pekerja asing secara berperingkat-peringkat daripada 2.1 juta sekarang kepada 1.8 juta orang pada 2010 menerusi pelaksanaan pelbagai langkah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini. - Utusan Online, 19 Julai 2008

Sebanyak 40,231 pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol di seluruh negara akan diberi kemudahan petrol bersubsidi pada harga RM1.92 seliter dengan kuota setiap kenderaan ditetapkan 720 liter sebulan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, dengan keputusan itu, kerajaan menanggung kos subsidi tambahan RM271 juta untuk membolehkan pengusaha teksi menikmati subsidi itu setiap bulan. – Utusan Online, 19 Julai 2008

Kerajaan perlu menimbang secara teliti segala cadangan berhubung penurunan harga petroleum bagi memastikan kepentingan negara dan generasi akan datang tidak terjejas. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia termasuk memastikan syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mempunyai peruntukan mencukupi untuk mengembangkan pelaburan ke seluruh dunia. – Utusan Online, 19 Julai 2008

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia. – Utusan Online, 19 Julai 2008

Anonymous said...

Langkah pertama dan paling penting ke arah melaksanakan dasar-dasar pengukuhan ekonomi bagi menghadapi kegawatan ekonomi sekarang (akibat kelemahan perancangan dan dasar ekonomi Pak Lah)ialah dengan melakukan perubahan pucuk pimpinan negara. Pak Lah sewajarnya turun, majoriti rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Pak Lah, oleh itu apa juga langkah dan dasar Pak Lah dalam tempoh peralihan ini bukan setakat tidak diyakini malah tidak akan berfungsi dengan berkesan. Kehilangan keyakinan perlu di atasi, kelemahan pentadbiran negara banyak dipengaruhi oleh krisis keyakinan. JIka rakyat sudah tidak yakin eloklah turun dan berehat. Sepatutnya UMNO menggunakan pemilihan parti pada Disember ini untuk mencuba kepimpinan baru bagi meningkatkan keyakinan rakyat akan kesungguhan kerajaan utk meningkatkan keyakinan dan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan dengan majoriti mudah ini mampu menghadapi cabara hebat yang dihadapi oleh ekonomi dan jenter pentadbiran negara ketika ini. Jika kepentingan negara diutamakan, maka Disember ini wajib menjadi titik peralihan kuasa, 2010 sudah nyata dipilih untuk memastikan ekonomi negara semakin rosak dan kacau bilau oleh kaedah pengurusan "kelam-kabut" Pak Lah?(leh Tinta Kinabalu, Sabah.)

Anonymous said...

Setakat mana pun kita berlari di alam realiti hari ini, kita masih tetap cuba dibuai alam mimpi, alam fantasi Dolah untuk memakmurkan negara dengan baki dan sisa tempoh kerjayanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mimpi indah dan angan angan Dolah merupakan satu tragedi ngeri bagi rakyat- kluangman

Anonymous said...

Dear AKJ,

Thanks for the fact and figures given. This is more important than simply saying we are fine, we are OK.
The facts are telling the other way round.
After looking at it, are we still thinking that our current government is capable of improving it? Or is Pakatan Rakyat can do something about it. It is no longer Anwar or Pak Lah/Najib issue. It is Rakyat issue. Wallahuallam.
Ainur68.

Terhimpit said...

To our DPM Najib, I would like to bring my mother to see you. She would like to seek your advice pasal barang-barang di pasar yang melambung harganya.

Boleh tak? Kalau boleh, bila? If you are 'prihatin' enough to rakyat like me, just leave a comment on how should I go about meeting your good self!

Anonymous said...

Salam Dato Kadir,
Org Melayu sedang menerima hukuman tuhan kerana mengambil enteng tentang agamanya. Pemimpin yg ada sekarang adalah cermin keperibadian melayu secara amnya. Pembesar Melayu secara bergaya berkata org Melayu perlukan tongkat untuk berjaya sedangkan mereka sang pemimpin pun perlukan tongkat politik untuk "berjaya". Pemimpin GLC pun cakap macam tu tapi merekalah yang yang mengerenyam semua tender kerajaan dan tak malu langsung minta di bailout bila kompeni melingkup. Peerahhh...tui..
Kita kat forum2 ni bercakap fasal nak betulkan pembesar2 Melayu tapi kita lupa yg org Melayu secara amnya memang dah tak betul. Kita bangsa yg sudah menerima / kompromi dgn rasuah, seks bebas, judi, aktiviti lagho, mcm2 lagi...Mana nak datang rahmat allah yg melimpahruah tu. Janji allah ialah kaum yang fasik akan digantikan dgn yg lebih baik..itu pun org melayu tak percaya gak. kalau bukan budaya rasuah sdg subur dlm umno maskan org spt rahim tamby chik sanggup tawar diri bertanding naib presiden parti..tentu dia nampak ada peluang besar kat situ..Skg ni pun ramai yg percaya TDM boleh jadi penyelamat... pelik bin ajaib, bukankah dlm era dia yg umno jadi berpenyakit kronik spt sekarang..sistem kuotalah, politik wang lah, kronilah,..semua penyakit subur dlm era TDM..

kalau satu hari nanti melayu jadi spt melukut ditepi gantang di bumi malaysia ni, tuhan tak kurang sikit pun kebesarannya.

Entahlah, apa kan jadi dgn anak cucu aku nanti...

Pak Hj JB

donmny said...

DATUK....saya rasa ramai yamg mahu tahu tentang perkembangan politik terkini.

1. bila penamatnya.
2. bagaimana penamatnya.

boleh datuk buat sedikit andaian, kerana ramai dah jadi 'biul' sekarang ini.

demimu malaysia said...

assalamualaikum Datuk & pembahas sekalian...

1. menitik air mata saya baca SALE OF AGUSTA BY PROTON kat chedet.com..ya Tuhan, kenapa lah ada pemimpin sebegini buat kami...pepatah kata 'yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran'...itulah keadaan kita hari ini...

2. ISU EKONOMI:SIAPA KITA NAK PECAYA di kadirjasinblogspot..jawapan saya,JANGAN PERNAH PERCAYA PAKLAH & Co....jangan!!!jangan!!!kata2 dia,media dia,kroni dia..semua tu (better takyah sebut,sakit sgt ati ni)!!

3. DOUBLE BURDEN PROBLEM..begitulah sikap peimpin kita ketika hrga minyak global naik,ekonomi dunia tak stabil...sikap depa,taik2 depa,ego depa menambahkan lagi kesusahan yg dah memang susah....

4. paklah kununnya hadir dengan solusi teknologi hydrofuel...adakah ni 1 lg kebetulan atau decision tgesa2?..kalo tun punya zaman..kita dh kaji dalam2, baik buruk,macam mana nk mudahkan mass aplication and so on..paklah ni dia buat sedap ati kepala dia ja..

5. kembali ke politik sebentar..ali rustam masih lagi suka menunjukkan dia tu seorang pengikut yg punya mata tertutup dan telinga pekak...dia,si ali rustam tu!!memang dia!!

6. banyak faktor menyebabkan apa terjadi pada ekonomi malaysia hari ini..tapi kita blh bahagi kepada 2..yg boleh kita control & tak boleh control...politik yg tak stabil dan pemimpin penuh taik 2 contoh faktor yg boleh kntrol...1 lagi contoh, faktor pemimpin tak pakai kepala otak...sekian

anekdot: maaf..ulasan ini ditulis dengan penuh rasa sakit ati, kecewa dan benci ke atas pimpinan kerajaan sekarang...maaf..

Ajeem said...

salam datuk,

saya amat setuju kepada pandangan datuk.secara peribadi,saya berpendapat bahawa kepentingan rakyat adalah yang pertama kerana mana-mana kerajaan yang dibentuk adalah disebabkan kehendak dan sokongan rakyat.

justeru itu,adalah wajar bertindak mengikut kemahuan rakyat kerana rakyat adalah umpama pelanggan yang sentiasa betul.kerajaan adalah umpama peniaga yang harus patuh sentiasa kehendak dan keperluan pelanggan.

Reformasi kepimpinan politik wajar dilakukan memandangkan segala masalah yang berlaku pada masa kini berpunca daripada pergolakan politik.

http://egimbb.blogspot.com

minicooper said...

Salam Datuk

Saya tertarik dgn comment terakhir datuk mengenai pencalonan satu cawangan terhadap Najib supaya bertanding jawatan presiden.. mungkin ini akan menjadi pemacu kepada cawangan2 dan bahagian2 di negeri2 lain untuk berani tampil dan menyatakan hasrat sebenar akar umbi umno?

setakat ini, beberapa badan perhubungan negeri sudah menyatakan sokongan sedangkan kalau diikutkan perlembagaan, penyataan ini bercanggah dgn apa yg dibenarkan oleh perlembagaan..ianya bersifat cuba mempengaruhi (sila lihat analisa oleh Dr Novandri di novandri.blogspot.com.. tapi oleh kerana mereka memihak kepada presiden, tiada siapa yg nak ambil tindakan.. cuba kalau penyataan ini dibuat menyokong Ku Li atau Muhyiddin, sudah tentu the 'whip' will be brought out!

Saya harap lebih ramai ahli UMNO akan bersuara dan mendapatkan hasil yang dikehendaki dgn bersifat berani.. kalau kekal lah AAB jadi presiden sampai 2010, alamatnya rosaklah negara, pincanglah ekonomi..

satu soalan, must it be Najib?

OfficeBoyTingkat4 said...

Langkah kerajaan Dollah yang ada sikit kaitan dengan mengurangkan beban rakyat adalah pengenalan teknologi hydrofuel.

Tapi kena check betul betul, siapa tuan punya syarikat tersebut.

G.MIE said...

salam...

kira nasib pak lah tidak begitu baik dengan masalah sekarang. ini berpunca daripada masalah lampau dan kebijaksanaan orang tertentu mengekploitasi masalah personal sama dengan masalah negara.

kena ingat, diluar negara masalah ekonomi bukannya berita gembira. USA,..sampai ke Jepun.....

http://dewawang.blogspot.com

jue said...

1. Ramai yang mengeluh mengatakan keadaan kewangan keluarga yang meruncing akibat kenaikan harga minyak petrol.

2. Keadaan sesak di stesen komuter, STAR dan PUTRA sangat merimaskan sejak akhir-akhir ini. Ramai yang 'mengubah cara hidup' dengan tidak lagi memandu ke tempat kerja.

3. Saya cuba buat pemerhatian di kompleks - kompleks membeli belah, nampaknya masih seperti dahulu (restoren - restoren masih penuh sesak dengan pelanggan - di mana - mana McDonald, KFC, Chicken Rice, Secret Recipe, etc).

4. Bila meninjau dari tingkat yang tinggi manusia umpama semut membeli belah pada waktu hujung minggu. Saya membuat beberapa pemerhatian di Klang Valley (Sogo, Alamanda, MidValley, Tesco, Giant, etc).

5. Urusniaga di bank-bank perdagangan juga masih berjalan dengan rancak. Saya masih ingat pada tahun 1997/98 (ketika masih menjadi 'Practical Student' di salah sebuah bank yang mana keadaan bank yang sentiasa lengang dan staf bank tidak dibenarkan membuat kerja lebihmasa.

6. Saya simpulkan berdasarkan pemerhatian semata-mata, orang ramai masih lagi ada daya beli yang tinggi pada barangan pengguna (consumer goods).

7. Saya berpendapat KLCI akan berada di bawah 1,000 mata dalam beberapa minggu lagi. Jualan besar-besaran menyebabkan Bursa tidak mempunyai kecairan yang baik dan menurut beberapa kawan-kawan yang 'dealing' dengan pelabur-pelabur luar negara menyatakan dengan jelas untuk sementara waktu ini (pada mereka Malaysia tidak lagi menarik dan KIV dahulu).

8. KLCI walaupun hanya diwakili oleh 100 kaunter tetapi sememangnya antara kayu ukur ekonomi negara.

9. Nampaknya projek-projek Kerajaan dalam RMK9 tidak mempunyai impak yang positif pada pembangunan negara ( may be after some lag )tetapi bila agaknya?

10. Inflasi adalah apa yang dikatakan sebagai (the general price level increases in a persistent manner). Ianya diukur dengan IHP (CPI).

11. Dalam kata lain inflasi adalah kenaikan 'harga' barangan dan perkhidmatan. Sementara kadar faedah adalah 'harga' kredit (the price of credits). Pada 1997/98 kita berhadapan dengan masalah 'harga' tukaran wang (currency exchange) atau the price of money.

12. Sama ada inflasi, kadar faedah atau tukaran wang - kata kuncinya ialah 'harga'...

13. Masih berfikir ...

Regards,
Jue

Anonymous said...

Bahagian Pekan tetap mencalonkan Dolah sebagai Pesiden dan Najib sebagai Timbalan, demikian perakuan dari najib sebentar tadi di TV3. Dia hanya tersenyum dan menjelaskan itu hanya satu cawangan dari beratus cawangan - merujuk kepada cawangan yang mencadangkannya sebagai Pesiden.

Begitulah Najib yang mempersendakan cawangan, mengecilkan pandangan cawangan dan meremehkan suara akar umbi parti UMNO.

Dalam blog kuda kepang, dimaklumkan juga bahawa Muhyiddin Yassin hanya becadang mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Jika ini benar, marilah kita beramai ramai mengucapkan tahniah kepada Dolah dan Najib atas kekuatan dan kehebatan mereka mencorakkan UMNO untuk masa akan datang. Secara logiknya tiada sesiapa pun yang dapat merubah keadaan ini kecuali PU13 dan rakyat harus terus tabah dalam kemelut malang ini.

Kita akan diturunkan satu lagi bala selepas tsunami, mungkin ribut taufan yang lebih dasyat atau banji besar 4 kali ganda sebagai ganjaran atas apa jua kemungkaran yang belaku sekarang ini. Sama samalah kita tunggu - kluangman

uton51 said...

Saya membaca banyak blog dan di antara blog yang selalu saya lihat dan baca ialah Blog Abdul Kadir Jasin. Lontaran yang diberikan oleh AKJ amat bernas dan menjadikan kita berfikir kerana beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak.


2. Melalui laman ini saya suka berkongsi pendapat dengan pembaca tentang kes liwat DSAI.
2.1 Bagaimana orang sudah tua boleh
meliwat anak muda dengan begitu
mudah sekali;

2.2 Kenapa Saiful Bukhari Azlan membenarkan diliwat dengan mudah;

2.3 Jika benar DSAI meliwat SBA tentulah kerana SBA yang mebenarkannya;

2.4 Jika benar DSAI meliwat kenapa SBA tidak tendang sahaja DSAI kerana kita yakin DSAI tidak mampu melawan SBA kerana Saiful Bukhari Azlan jauh lebih bertenaga daripada DSAI

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' dan sahabat2 sekelian,

Iklim politik Negara Malaysia nampakNYA macam tak menjadi...JEE. Dalam keadaan rakyat tak percaya kepada pimpinan,tak pulak dibuat rombakan besar-besaran jika ingin membuktikan KEPERKASAAN BARISAN BARU BN YANG MEMERINTAH. Timbul pula kes pendakwaan balai polis (bukan mahkamah)BERPILIH-PILIH, pengisytiharan bersumpah dan cara pengendalian penyaisatan DSAI dan Najib yang tak selari, pengurungan Saiful dan Bala menimbulkan tanda tanya siapakah sebenarnya PENDAKWA DAN YANG DIDAKWA, serta SOAL SIASAT RPK yang thriller... dan tambah lagi dengan sengketa sesama warga di dalam pemilihan dan mesyuarat UMNO seMalaysia. SEMUANNYA INI BERADA DI DALAM KEADAAN DEMAM DAN TAK BOLEH TIDUR LENA...

Maka ini latar belakang semua data-data yang Dato' bentangkan itu tidak akan mendustai KEBENARAN UNTUK DITONTON OLEH RAKYAT. KEGAWATAN EKONOMI SEMAKIN MENCENGKAM.

Marilah kita berseru kepada BN, dan PR, sama-sama amati keadaan ini. Jika benar-benar BN dan komponennya telah terbukti tidak dapat mengendalikan situasi gawat ini, PR PERSIAPKAN BAHTERA KUKUH, AJAK SECARA AGRESSIF WIRA-WIRA NEGARA DI DALAM BN dan PR, BENTUK PEMUAFAKATAN BARU YANG BOLEH MEYAKINKAN PELABUR, GOLONGAN USAHAWAN DAN KONGGLOMERAT, AHLI PERBANKAN DAN KEWANGAN SERTA KAKITANGAN AWAM DAN SWASTA agar dapat ditinggalkan KEKECOHAN POLITIK MURAHAN YANG TIDAK AKAN SELESAI INI SEHINGGA BILA-BILA MASA PUN.

Para alim ulamak dan cendikiawan tertamanya jangan PANIK... MEREKA MESTI BERANI MENASIHATI AHLI POLITIK AGAR BERADA DILANDASAN YANG BETUL. BUANG SIKAP BEBALISME UKMNO/BN YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PAKAR-PAKAR, ILMUAN DAN PARA ULAMAK KETIKA MEMBAUAT KEPUTUSAN UNTUK NEGARA DAN RAKYAT.

Baliklah kepada pesanan baginda Rasulullah saw : "Dua kelompok manusia jika baik kedua-duanya, baiklah manusia semuanya. Dan jika rosak kedua-duanya, maka rosaklah manusia semuanya. Mereka itu adalah ULAMAK dan UMARAA' (pimpinan)."

Sekian Dato' buat renungan bersama.
BERUSAHA, BERJUANG DAN BERDOA - TAWAKKAL. Insya Allah KEBENARAN AKAN MUNCUL dan KEBATILAN AKAN RUNTUH...

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

donmny said...

SETUJU, SETUJU, SETUJU

saya sangat setuju dan sependapat dengan komen MOH BANGI.

satu lagi tambahan;

dilihat kelemahan yang ada dalam UMNO hari ini adalah kesan jangkapanjang daripada SISTEM yang diamalkan.

ini kerana, boleh dikatakan diera 70an dan 80an, majoriti cerdik pandai melayu yang lulus dari universiti berkhidmat dengan kerajaan. mereka merupakan pegawai kerajaan kumpulan A. paling cerdik antara orang melayu lainnya...tetapi dihalang memasuki politik.

kalau mahu masuk politik kena letak jawatan. ini menjadi penghalang kepada mereka untuk berkhidmat kepada UMNO. mereka terpaksa menggadaikan 'periuk nasi' jika mahu berkhidmat untuk UMNO.

habis siapa yang boleh menjadi ahli UMNO...jaguh kampung, yang mengasah bakat dikedai kopi. pandai bercakap (cara kedai kopi) tapi tidak ada isi. lama-kelamaan mereka inilah yang menjadi wakil rakyat dan membuat keputusan diparlimen...alangkah ruginya.

situasi ini mungkin sesuai diawal merdeka. tetapi diera ini, SISTEM itu mesti diubah, sebab perjuangan sudah berbeza dengan dulu.

cerdik pandai melayu ini mesti diberi galakan untuk menyertai UMNO dengan berbagai insentif. syarat untuk menjadi wakil rakyat UMNO juga mesti diubah, contohnya mesti berkelulusan master atau phd atau lain-lain yang difikirkan sesuai.

lihatlah kesan daripada debat anwar denga sabery.
esoknya berbagai polisi yang melibatkan berbilion ringgit diluluskan untuk rakyat, dan berbagai polisi diubah untuk rakyat selepas debat tersebut.

adakah mereka tidak terfikir sebelum itu. saya tidak percaya sebegitu tidak pandainya mereka. tapi itulah realitinya.

FIKIR-FIKIRKAN.

syamkaze said...

Tuan,

1. Sebagai seorang rakyat malaysia, saya letih dengan isu-isu politik murahan yang cuba disogokkan oleh BN dan PR. Siapa betul siapa salah, apa rakyat malaysia peduli? bukan kami rakyat marhein yang nak jadi PM.

2. Ternyata media massa arus perdana setiap hari cuba menghidangkan kepada rakyat tentang permasalahan dan isu politik murahan. rakyat cuma ingin tahu apa langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban ekonomi yang melambung tinggi dan inflasi.

3. Isu perkauman juga seringkali diputar belitkan oleh semua pihak politik baik BN atau PR. Siapa yang bergaduh? di Malaysia bangsa melayu, cina dan india hidup aman damai. Yang bergaduh ialah MP-MP bangsa BN dan Bangsa PR. Orang Melayu cuma ingin meneruskan kelansungan hidup, Orang Cina cuma mahu kuatkan bisnes dan orang India cuma mahu keluar dari kepompong kemiskinan. kami rakyat marhein tidak mahu bergaduh. kami cuma mahu ekonomi maju dan semua orang boleh cari rezeki masing-masing dan boleh beli beras, makanan basah, susu anak dan minyak dengan harga yang berpatutan.

4. Malangnya, kerajaan pimpinan PakLah tidak memahami kepentingan rakyat ini. Keputusan PRU12 cuma satu pengajaran agar kerajaan PakLah mengkaji semula perlaksanaan ekonominya. Lebih malang lagi, selepas PRU12 kerajaan PakLah tidak insaf malah mahu membalas dendam kepada rakyat. Hasilnya harga minyak dinaikkan tanpa lansung memikirkan kebajikan rakyat. kesannya inflasi meningkat dengan mendadak.

5. jika harga minyak naik sebanyak 41% adakah logik semua pihak jika Gabenor BNM, menteri kewangan & PakLah memberi jaminan yang inflasi hanya akan naik sekitar 5% sahaja. Rakyat mana yang ingin ditipu dan dibodohkan oleh kerajaan? warga kota atau makcik dan pakcik yang duduk di ulu kampung, felda atau pedalaman sabah sarawak yg selama ini setia memangkah dacing?

6. Penyerahan kuasa Presiden umno PakLah kepada DS Najib? semua perhubungan umno negeri setuju calonkan regu PakLAh & DS Najib as presiden & Timbalan presiden Umno?
inikah definisi demokrasi? Puas saya membaca falsafah demokrasi tetapi tak pernah pula jumpa bab ini? mungkin tuan A Kadar Jasin yang memang mahir dan pakar dalam bab sosiologi manusia boleh terangkan falsampah demokrasi yang dianuti oleh umno. Orang melayu peduli apa? ahli bawahan umno pula tak boleh nak peduli. sebabnya ketua cawangan dan ketua bahagian yg tentukan siapa patut dicalonkan sebab nak jaga periuk nasi sendiri bukannya periuk nasi rakyat. maaf ye bukan rasuah! alaa ..politik wang aje...

7. pakar ekonomi dunia meramalkan ekonomi US dan dunia akan menguncup selepas sukan olimpik beijing. Kenaikan inflasi dan kemelesetan ekonomi dunia dijangka berlaku. Malaysia macam mana? olimpik belum mula pun, ekonomi dah menjunam, lepas olimpik agaknya ramai yang terjun bangunan kerana hutang.

8. Akhirnya, inilah kesannya jika kita rakyat marhein mahupun pemerintah tidak berlaku adil dengan memilih dan meletakkan orang yang benar di tempat yang betul. wahai rakyat malaysia,akuilah hakikatnya, kita telah memilih orang yang salah untuk berada ditempat yang salah dan pada masa yang salah. soalnya siapakah yang bersalah....

jawapannya...mereka dan keluarga mereka...

Heical said...

Salam Datuk,
Mungkin lari dari tajuk tapi untuk kita bersama.
Bila ada masalah politik Jalanjalan KL jadi Mangsa.Habis petrol ,habis masa atas jalan.
Kerajaan telah habiskan berjuta ringgit wang rakyat untuk pasang Camera (CCTV).
Sepatutnya sudah lebih effisyen DBKL.

Kesesakan lalulintas bolih dikurangkan jika DBKL & MP lain lain berkerjasama dengan pehak Polis Traffic.
DBKL & Majlis Bandaran sekitarnya dan Pehak Polis Traffic perlu ada team yg menangani kesesakan dan pantau 24 jam .Segerakan tindakan jika berlaku kesesakan .
Begitu juga Traffic Light sambung alarm ke DBKL atau MB .Bila ada kerosakan ,segera baiki bukan tunggu 2 atau 3 hari.
Tidak ada guna belanja berjuta kalau perkhidmatan diberikan masih sama macam dulu.

WANN said...

Tapi kalau PAK LAH berundur pun dan Najib atau Muhyidin naik,sama saja.mereka boleh buat apa? Sekarang pun mereka ada dalam kabinet,kalau mereka nak rancang ekonomi negara boleh bertindak.
Pada pendapat saya selagi ahli-ahli kabinet yang sama,tidak akan ada banyak perubahan berlaku.Sebab itu Najib pun nampaknya memang tak nak ambil alih kepimpinan cepat-cepat.takut rakyat salahkan dia pula.
Cadangkan kepada Najib-pergi mengadap mentor(TUN MAHADIR MOHAMAD)bincang bagaimana nak baiki kedudukan ekonomi sekarang.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

1. Manifesto BN baru-baru ini sudah menjadi ‘textbook failure’. Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah ‘over promising’ dan pada masa yang sama ‘under delivering’. Mungkin saya rabun, tetapi setakat ini saya masih tidak nampak satupun janji kerajaan yang memenuhi manifestonya, baik pada tahun 2004 apatah lagi 2008.

2. Pengurusan perbelanjaan negara sudah menjadi tidak berhemah lagi. Kos-kos pembiayaan projek-projek infrastruktur dan koridor-koridor telah naik berganda-ganda billionnya sedangkan terdapat beberapa projek yang belum pun dibuat ‘ground breaking’.

3. Ada kemungkinan juga nanti (minta dijauhkan), projek-projek ini akan terbengkalai separuh jalan. Jika corak pengurusan ekonomi kerajaan untuk beberapa tahun lepas ini dijadikan perbandingan, saya tidak berani meletakkan kepercayaan bahawa kerajaan mampu ‘anticipate’ cabaran ekonomi global untuk tahun-tahun mendatang ini. Apa jaminannya? Apakah track recordnya?

4. Wang kerajaan adalah wang pembayar-pembayar cukai. Dibimbangi nanti, jika wang tidak cukup untuk menampung kos-kos projek yang semakin tinggi (dan mungkin untuk menjamin keuntungan ‘clients’ dan kontraktor), cukai pula terpaksa dinaikkan lagi.

5. Selama ini, di atas nama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah berjaya ‘sold the idea’ kepada rakyat tentang pentingnya projek-projek mahal ini diteruskan. Tetapi jika benar projek-projek tersebut mempunyai nilai tambah ke atas pertumbuhan ekonomi negara, mengapa pula pertumbuhan ekonomi semakin menguncup sekarang?

6. Tidak bolehkah projek-projek yang sudah menjadi terlalu mahal ini ditangguhkan dahulu jikalau tidak boleh dibatalkan sahaja sama sekali? Wang-wang pertambahan untuk menampung kenaikan kos projek-projek itu lebih banyak manfaatnya jika disalurkan untuk kegunaan ‘survival’ rakyat.

7. Penekanan yang radikal wajib diberikan ke atas pengurusan ekonomi negara berbanding penekanan agenda reform ke atas badan kehakiman. Jika perlu di’reform’kan sekalipun badan kehakiman ini, tidak bolehkah ianya dibuat selepas keadaan ekonomi yang meruncing ini berjaya dipulihkan?

8. Apakah ‘judicial reform’ merupakan ‘economic fundamentals’? Bolehkah kita menyediakan ‘dinner on the table’ dengan memberitahu sanak keluarga bahwa kerajaan telah berjaya membuat reform?

Azman Mohd Isa
Shah Alam

sawit futures trader said...

Jue kata, melalui tinjauannya di shopping complex, restoran makanan segera dan bank, keadaannya adalah seperti biasa. masih ramai yang berkunjung seperti masa lalu.

Saya hanya dapat mengeluh panjang membaca komen beliau.

Mungkin Jue tidak sedar, mereka yang sering berkunjung ke shopping complex, restoran makanan segera dan banyak berurusan di bank adalah mereka dari kategori berpendapatan sederhana-tinggi dan tinggi. Mereka ini ada credit card.

Saya percaya golongan ini, sebelum ini, ada lebihan pendapatan sebelum ini. Jadi bagi mereka sekarang, lebihan pendapatan susut tetapi gaya hidup mereka tidak tergugat.

Walau bagaimanapun saya percaya mereka juga akan merasa tempias inflasi kelak. Paling cepat, menjelang raya. Paling lewat, menjelang tahun baru.

Kenaikan harga minyak baru sahaja sebulan lebih kurang.

Kalau Jue nak tahu kesan inflasi, cuba lah tinjau masyarakat luar bandar. Kerana mereka selama ini cukup-cukup makan, sekarang majoriti mereka dalam keadaan bajet "defisit".

Jangan Jue tak tahu, pekebun kecil kelapa sawit pun mengeluh kerana harga baja dah naik harga sehinggakan pendapatan bersih mereka telah susut dengan banyak.

Itu belum dikira harga benih, anak pokok, dedak dan makanan binatang.

Bagi masyarakat bandar, masa mereka "merasa" pula sudah tidak lama lagi. Sudah dua kilang (di Pulau Pinang dan Johor) yang tutup dan masuk berita. Apabila perniagaan semakin susut tabungan tunainya, keadaannya akan jadi lebih teruk berbanding dengan orang kampung.

Inilah realitinya!

chong said...

enough is enough!!!If we really mean it; to save malaysia. really wanna kick out the incompetent and corruptedtothecore government, by just bashing them in the internet & hoping the opposition party to do it for us isn’t enough. We should take our own action too. However to demonstate or tunjuk perasaan isn’t the effective way. We should instead give pressure to our ‘wakil rakyat’ because they represent us. At each of the respective districts which are under the ruling party, we should invite the news reporters, the polis and demonstrate at the ‘wakil rakyat’ office or home, to officially send them a memorandum spelling clearly their obligation and duty, and our expectation from them; failing which they should resign as failing to represent us. I think it is a more effective way to make our wakil rakyat realise that they are chosen by us and we can dismiss them too. Then they will take action to ensure the government making the right decision.

DIN said...

Tepat Datuk.

Mau pesan sikit pada warganegara, jangan terleka dengan wag the dog.

Ekonomi dunia tengah mengalami penyemputan. Kalau tiada usaha untuk mengatasi cabaran mendatang dan pemulihan kepercayaan, alamat semua orang lingkup - akan lebih perit kepada rakyat kebanyakan.


http://ceritarassa.blogspot.com/

A KADIR JASIN said...

Sdr Sawit Futures Trader,

Bukan kos input pekebun kecil kelapa sawit saja naik.

Kos input semua jenis pertanian naik. Saya tahu sebab saya bertani sebagai hobi.

Di kalangan penanam padi, mungkin mereka dapat subsidi, tapi kos baja sudah naik. Harga padi tidak boleh dinaikkan sesuka hati sebab dikawal.

Harga racun rumpai dan serangga yang tak disubsidi sudah naik banyak. Siput gondang bermaharajalela di sawah.

Lagipun, kerana kegunaan baja kimia yang berlebihan dan tidak terkawal, tanah sawah kini beracun -- poisoned -- menjadi masam, berasid dan tidak dapat menyerap baja.

Pemerintah pun sekadar melepas batuk di tangga terhadap pertanian padi sebab tidak glamour.

Tapi di sinilah terletak hidup mati kita -- makanan.

Terima kasih.

Abdrahim said...

Datuk,

Untuk rakyat malaysia, terutama ahli-ahli UMNO yang masih mahu berjuang.....

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam dirinya. Kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan, kita akan hidup dalam ketakutan. Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita, kita akan memiliki kekuatan untuk menegak keadilan, menghapus kezaliman. Kita perlu kekuatan untuk membentras rasuah. Kita perlu kekuatan untuk menentang nepotisme, rasuah, kezaliman dan penganiayaan".

"Kita perlu memerdekakan diri iaitu dari akhlak terkeji, dari nafsu rakus untuk membolot kekayaan untuk diri peribadi, keluarga dan suku sakat. Kita perlu merdeka dari sifat suka mengumpat, mengeji dan menabur fitnah".

(petikan sebahagian dari kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 September 1998 semasa beliau masih lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO)

Datuk, saya masukkan potongan kenyataan ini bukan apa, kerana saya tengok kenyataan ini masih relevant dan ianya masih berlaku pada hari ini walaupun PM hari ini pernah mendendangkan "bukan harta bertimbun yang ku cari"......

anak parit said...

Salam Dato' AKJ,
Angka-angka yang dikeluarkan oleh BNM nampaknya hanya sekadar angka atau retorik semata sejak DSAAB mengambilalih jawatan PM tahun 2003.
Setiap tahun jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek RMK 8 atau RMK 9 di potong nilai belanjawan walaupun kononnya bajet negara mengeluarkan sejumlah wang untuk pembangunan atau mengurus.
Ada belajawan jabatan yang dipotong sehingga 70 % sedangkan kos untuk segala jenis barangan telah naik sehingga 80 %.
Agensi kerajaan tak akan mampu digerakkan secekap yang mungkin sekirannya lebihmasa dan elaun perjalanan untuk melaksanakan tugas tidak dibayar.
Kononnya ekonomi berkembang pada tahap 5-6 % sejak 2003 adalah cerita temberang kerana rakyat terus terhimpit dengan inflasi yang semakin meningkat, pengangguran meningkat bila pekerja diberhentikan dan berbagai masalah yang disebabkan ekonomi yang semakin menguncup.
Perlu ada mekanisme seperti yang pernah diilhamkan oleh TDM seperti MAPEN dan ekonomi dijana melalui peningkatan perbelanjaan dalam negara tanpa memerlukan barangan impot.
Pendatang asing perlu dihentikan pengambilan nya kerana mereka menghantar berbillion ringgit keluar negara dan ini amat merugikan ekonomi kita, sekiranya langkah tersebut di ambil kita dapat mengurangkan kadar pengangguran dan penghantaran keluar RM.
PM kita amat lemah mentadbir kewangan dan kita perlukan semula TDM untuk memerintah negara.

Anak_Parit

zv said...

Aslkm Pak Kadiaq yang dihormati...

PEMBETULAN FAKTA: Cawangan Umno Kampung Ubai BUKAN berada dalam Bahagian Umno Kuantan akan tetapi dalam Bahagian Umno Pekan.

Umno Pekan diterajui oleh Najib Abdul Razak manakala Bahagian Kuantan diketuai oleh Wan Adnan Wan Mamat.

Yang sudah memulakan mesyuarat cawangan ialah di Bahagian Umno Pekan sedangkan Bahagian Umno Kuantan belum lagi dan dijangka akan memulakan mesyuarat cawangan pada 26 Julai ini.

Umno Bahagian Pekan dan Umno Bahagian Kuantan adalah berjiran, justeru tidaklah musykil berlakunya kesilapan fakta ini. Umno Kuantan juga berjiran dengan Umno Indera Mahkota dan Umno Paya Besar manakala jiran Umno Pekan ialah Umno Rompin.

Pencalonan di mesyuarat cawangan tidak membawa sebarang makna, ia hanya memberi isyarat kepada Persidangan Perwakilan Bahagian Umno akan kehendak akar umbi. Yang penting ialah pencalonan pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian yang akan menentukan kedudukan pada carta angka atau scoreboard untuk pencalonan seseorang presiden (30 peratus), timbalan presiden (25 peratus), naib presiden (10 peratus) dan ahli majlis tertinggi (5 peratus).

Dijangka banyak di kalangan bahagian umno di Pahang ini akan mencalonkan Najib Abdul Razak sebagai presiden akan tetapi niat itu telah dihentikan oleh tuan tubuh sendiri dengan alasan bahawa bapak presiden sudah menyatakan dengan jelas pelan peralihan kuasa pada 2010.

Namun masih tidak terjamin akan wujudnya bahagian yang bersifat renegade untuk menjadi terkenal dalam seketika walaupun hanya singkat seperti Cawangan Kampung Ubai yang membuktikan bahawa demokrasi masih segar dalam Umno.

Ini adalah kerana Umno Pahang adalah power base Najib yang dijangka, sekiranya tidak jelas akan rupa peralihan itu, akan mencalonkan beliau untuk jawatan tertinggi dalam Umno.

Bahagian-bahagian Umno yang dijangka akan berbuat demikian ialah Pekan, Rompin, Kuantan, Paya Besar, Jerantut, Lipis, Maran, Temerloh, Raub, Kuala Krau, dan Cameron Highlands manakala yang akan cuba mempertahankan kedudukan presiden ialah Indera Mahkota (Haji Faisal Abdullah), Bera (Ismail Sabri Yaakob) dan Bentong (Adnan Yaakob).

Dikatakan kedudukan Umno di Pahang adalah begitu lantaran kelebihan sokongan kepada Najib.

Sekian dimaklumkan.

Salam Dari Umno Kuantan...

Berita dari gunung said...

Untuk mengulas hal ekonomi negara saya suka meminjam kata-kata Menteri Shahrir Samad

"The price increases are beyond the government's control and the government has no resources nor capability to shield the country's economy from the effects of the global phenomenon"

Menarik, sebab kerajaan tiada sumber dan kemampuan lagi, oleh itu rakyat perlu tanggung. Dan jangan lupa keghairahan koridor ekonomi masih belum reda.

M.H. PUTEH said...

ekonomi kita perlu dikemaskini semula. idea2 baru utk meningkattkan ekonomi dan menghadapi cabarannya amat diperlukan. seorang lagi pemimpin seperti mahathir sudah memadai pada ketika ini.

http://mencandat.blogspot.com/

hasbunal said...

assalamu'laikum Yg.Bhg. Dato' AKJ

Keadilan adalah meletakan sesuatu pada haknya , sekarang ini kita telah tersalah meletakan pemimpin kita.
Ayuh warga malaysia dlm. PRU 13 kita tentukan pemimpin yg. betul-betul berkhidmat untuk rakyat.

Apa dia ciri-ciri pemimpin ?
Kita kena tengok ciri-ciri Nabi kita yg menjadi khudwah hasanah utk. kita, Allah telah mengutuskan seorang manusia dari kalangan kamu, yg bersifat seperti kamu , perlu makan , pakaian , rumahtangga,isteri dan lain-lain keperluan duniawi tanpa membelakangi tuntutan ukhrawi.
1. soarang pemimpin yang boleh dipercayai Al-Amin.
2. Pemimpin yg. pintar dan ahli perniagaan yang berjaya
3.Sentiasa menjaga kepentingan umat melebehi dari keperluan peribadi.
4. Pemerintah yg. adil hatta dalam bab menghukum , tiada kompromi dengan hukum Allah- pemimpin yg. kita lantik bukan nak hukum dengan hukum Allah , malah buat konspirasi lagi untuk menjatuhkan org.
5. tunduk kepada perintah Allah, siang menjadi pemerintah yg adil , malam menjadi abdi kepada Allah solat sunat sehingga bengkak kaki.. ada pemimpin kita buat macamtu , nak solat tahajud pun susah.
6. Sentiasa mengambil berat tentang umat, meneliti kehidupan umat diwaktu malam , kot2 rakyat tak dapat makan ... pemimpin kita malm 2 kat mana... kelab ntah apa lagi.
7.Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
8. Pemimpin yang tidak pernah bercakap BOHONG , amanah dalam tanggongjawab yang diberi.
9. Berhati luhur,tinggi akhlaknya.
10.Tidak pernah menyentuh perempuan yg bukan mahramnya. ... pemimpin kita bukan takat sentuh meraba lagi.
Apa pun yang paling penting seorang Pemimpin mesti (qhad'ei)tunduk patuh kepada perintah Allah, kalau ini menjadi ciri utama pemimpin yang kita pilih , Insya Allah selamatlah Malaysia yang kita cintai ini. Tetapi .. barang yang perlu diingat (pinjam kata2 hasbullah awang , pengulas sukan yg. berat sebelah tu )pemimpin yang kita pilih itu kaki rasuah,kaki pompuan,menjaga kroni, anak menantu tunggulah lah saat kehancurannya.

rocky said...

I'd like to like to ask Sharir Samad what does he call a govt that handouts contract that is one sided and makes the rakyat suffer while the company makes tons of money(ridiculous amounts thus the windfall tax..no?) like in IPP and toll agreements? Please Datuk Sharir can you tell us since you mention kerajaan Perompak if it changes the contract with IPPs. What kind of govt is it Datuk?

also Datuk Shahrir you seem to be a firm believer in free market thus your believe that petrol prices should follow world prices. Fair enough. But what are you doing when there are cartels like the Livestock association who fix prices for chicken and also give directive on how to control supply etc. you close one eye ka??

dakj

the HP6 fellows are only keen on their economy and careless about the people. That is reality.

rocky(original)

AL-ABRAR said...

PERALIHAN KUASA SEMESTINYA MAMPU MENYELAMAT NEGARA DARIPADA KEMELESETAN...TAPI IA SEHARUSNYA PERALIHAN DARI YANG KURANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK....MENJADI SEMAKIN KUSUT DAN BERMASALAH ANDAINYA YANG AKAN MENERIMA KUASA DIRAGUI KEBOLEHPERCAYAANNYA...MAKANYA APA SAHAJA MAMPU BERLAKU DALAM TEMPOH TERSEBUT...

skidezourus said...

Salam,

Kembali berpijak di bumi nyata. Itu yang rasanya dapat saya simpulkan mengenai tulisan datuk kali nih.

Mungkin kita terleka akibat apa yang berlaku dalam senario politik kita sekarang ini. Kalau fokus sgt kat isu tu pun..atau kalau isu tu selesai pun..ia hanya melibatkan peratusan kecil rakyat yang terlibat.

Isu ekonomi nih lebih universal.
Kuasa beli semakin kurang. itu realiti yang kita lihat hari ini. bagaiman 10 tahun akan datang. Teringat kata2 lecturer subjek hubungan etnik saya yang memberitahu pelajar2 dalam kelas bahawa dia tak pernah terfikir yang satu hari nanti harga roti canai (yang dahulunya hanya 10 sen) akan mencecah seringgit hari ini. apakah 10 tahun lagi sekeping roti canai akan menjadi RM10?

For a start, I do feel that the government should reintroduce 'Inflasi Sifar'(1996) program.

merdekame said...

"kira nasib pak lah tidak begitu baik dengan masalah sekarang. ini berpunca daripada masalah lampau dan kebijaksanaan orang tertentu mengekploitasi masalah personal sama dengan masalah negara."

Sanatsetuju. Apa yang Datuk mahu libatkat AAB di sini, semua masalah yng timbul pda zaman AAB semuanya berlaku kerana 5 tahun atau semenjak dahulu lagi? Tidak adil mahu menuduh AAB sebagai punca semua masalah2 negara, lebih2 lagi kebayakan permasalahan datang dri cara pemerintahan Tun M dahulu. Kurang2 nya AAB mahu melakukan perubahan utk menyingkir "mahathirism"

ZURICH AL Qaaf said...

kalau Tok .. masih ingat saya penah berkata kepada tok " bahawa ada pemimpin melayu yang memerintah akan jatuh dari tahta dengan bergitu aip nya.."

kita tunggu dan lihat...

A KADIR JASIN said...

Sdr ZV, terima kasih atas pembetulan. Saya mohon maaf.

Kalau Mohd Najib tidak bersedia kerana taat setia dan percaya janji Abdullah, Umno boleh cari calon-calon lain yang lebih berani.

Masa dua tahun lama dalam politik.

Kita sayang pemimpin, tetapi kita wajib lebih sayang parti, agama, bangsa dan negara.

Apa salahnya Ku Li dan Muhyiddin Yassin.

Sekurang-kurangnya mereka berani.

Terima kasih.

Anonymous said...

merdekame

Semua orang tahu masaalah yang kita hadapi hari ini adalah bidasan dari pemerintahan 22 TDM. Dalam keadaan sekarang soalnya apa AAB buat untuk mengatasi kemelut yang datang bertimpa kesan dari polisi TDM selama 22 tahun.

AAB buat,itu tak dinafikan tetapi amat-amat tidak cukup. Makin lama AAB berada dikerusi PM makin parah keadaan kita - terimalah hakikat bahawa AAB tidak mempunyai kekuatan untuk menhadapi masaalah yabg kita hadapi sekarang.

Satu lagi perkara yang perlu dibangkit - menisfesto BN dalam PRU 11 dulu adalah janji AAB. TDM tak ade campor tangan.

Berapakah janji-janji PRU11 yang AAB dah laksanakan?

bat8

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Wahai Ahli UMNO Yang BODOH dan BAHLOL! Dengarlah....!

Yang pasti, jika benar tiada apa-apa tindakan yang boleh membawa perubahan kepada pucuk pimpinan UMNO pada Disember 2008 nanti, maka penulis tidak teragak-agak akan memberi sokongan padu kepada mana-mana parti selain daripada UMNO dan BN dan memastikan UMNO akan berkubur pada PRU 13 nanti. Ini kerana dalam tempoh dua tahun ini akan membuatkan rakyat akan terus menderita. Banyak duit negara habis dirompak oleh Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya. Itu adalah pasti. Rakyat tidak mampu meredhai akan kebangsatan ini. Sudah habis maki hamun dihamburkan namun ahli UMNO lebih menjaga temolok diri sendiri daripada kepentingan rakyat kebanyakan.

Fine! Bersiap sedia lah wahai semua hali UMNO yang BODOH dan BAHLOL....parti anda akan berkubur sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan. Tiada maaf jika anda membiarkan Abdullah Ahmad Badawi terus memerintah negara selepas Disember 2008. A Lu Fikirlah Sendiri! Nokhtah!

lawati -
fikirlahsendiri.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Rakyat biasa meneka bahawa ekonomi adalah sihat bila senang cari kerja, boleh cari makan dengan berniaga, pendapatan cukup untuk hidup dan boleh melabur untuk masa depan.

Rakyat biasa jarang meneliti lebih jauh dari itu.

Bila ada orang diberhentikan kerja, bila susah nak cari kerja, bila perniagaan makin merosot, bila pendapatan tidak cukup untuk terus hidup macam semalam dan tidak boleh melabur untuk masa depan, Rakyat Biasa akan kata "ekonomi merosot".

Dalam keadaan kenaikan harga ini, sudah ada yang mengorek wang simpanan untuk menampung hidup.

Sudah ada rakan peniaga yang bimbang dengan kemorosotan perniagaan. Kontraktor kelas F sedikit masa lagi akan terasa bahangnya, bila kontrak makin kurang.

Barangan yang bersifat "boleh tunggu" seperti buku, insuran, perabut, kenderaan, pakaian akan dikesampingkan buat seketika.

Kebanyakan yang berpendapatan tetap akan benar-benar terasa perit kenaikan harga, menjelang hujung tahun ini. Ketika itu sambutan Hari Raya baru saja selesai. Diikuti pula dengan bermulanya sesi sekolah tahun 2009.

Industri perhotelan semakin merosot di Malaysia. Hotel yang bergantung dengan penginapan sektor awam akan meraung. Industri Penerbangan juga tidak terkecuali.

Mereka yang tidak buat apa-apa adjustment dengan perbelanjaan hidup akan terkapai-kapai awal tahun 2009 ini.

Shahrir sudah tidak selantang dulu lagi. Beliau mungkin sudah dapat mengira berapa peratus rakyat Malaysia yang dapat rebate petrol sebenarnya memiliki 5 (lima) buah kenderaan.

Berpolitik secara sihat bukan sekadar membuka mulut dan berkata apa saja. Berhemah dan bertanggungjawab dalam politik akan mencerna pemikiran dan strategi yang berkesan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Dalam gawat ini, prioriti adalah menjaga koridor sekolah dan koridor ekonomi yang beratus bilion ringgit boleh dilupakan buat sementara.

Tidak salah jika keghairahan melampau dikurangkan. Biar kita realistik dalam menguruskan negara dan menjaga rakyat.

Anonymous said...

Apa lebihnya Najib untuk kita tatang sangat, sayang sangat seolah olah tanpa dia, UMNO junam, Melayu hancur.

Ada lebih baiknya kita ambil KJ jadi PM sekurang kurangnya ada otak untuk merancang sesuatu, hari ini dia merancang untuk Dolah, besok dia merancang untuk negara. Kalau gagal dia masuk lubang neraka.

Rakyat elok memperjudikan nasib di tangan budak muda yang teruja dari Najib lembek. Kita sudah lihat dan mnerasa bagaimana Negara diurus oleh pemimpin lembek, darah mendidih, jiwa gelora- kluangman

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

"Kita sayang pemimpin, tetapi kita wajib lebih sayang parti, agama, bangsa dan negara."

Kalau inilah pehangan dan sikap Datuk sepuluh tahun lalu, agak saya negara kita mungkin tidak menghadapi permasalahan kepimpinan sebegini rupa.

Alhamdulillah Datuk telah pun berubah dan berubah itu semenagnya tidak berdosa selagi kita tidak kerap berubah-ubah.

Bagi Tan Sri Muhiyidin, lebih elok Datuk tanya kepada YAB Dato' Abdul Ghani dan orang Johor sendiri, mungkin mereka lebih kenal dengan perangai Tan Sri kita yang satu ini.

Wallahua'lam.

Rakan20G

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Cawangan di Pekan itu cuma mengusulkan supaya DSN dicalonkan untuk jawatan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2008, manakalah 32 cawangan di Gua Musang mengusulkan supaya Ku Li dicalonkan ke jawatan itu. Mekanisme usul merupakan satu-satunya saluran untuk cawangan mengetengahkan kehendak mereka berkaitan dengan keputusan yang bakal dibuat oleh Bahagian. Hanya Bahagian berkuasa membuat pencalonan jawatan pada Perhimpunan Agung. Khabar terkini, sebuah cawangan di Pandan, Selangor meluluskan usul supaya DSN dan TSM dicalonkan, masing-masing ke jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Pucuk pimpinan kerajaan memerlukan perubahan yang segera bagi mengembalikan keyakinan semua pihak, rakyat dan pelabur. Dalam keadaan sekarang, perubahan pimpinan kerajaan hanya akan mampu dicapai melalui perubahan pucuk pimpinan Umno. Sekiranya Umno masih memberikan keutamaan kepada negara, maka adalah menjadi tanggung jawab setiap ahli Umno, pimpinan akar umbi, pertengahan dan tertinggi, memastikan pucuk pimpinannya berubah selewat-lewatnya pada Perhimpunan Agung Disember ini. Cakap Pak Lah tentang tempoh dua tahun untuk usaha mengukuhkan Umno menunjukkan dia hanya mementingkan parti semata-mata tanpa memberi pertimbangan yang wajar kepada negara. Oleh sebab itu, wajarlah sebanyak mungkin cawangan mengusulkan supaya jawatan Presiden Umno ditandingi oleh orang lain selain Pak Lah bagi membangkitkan keberanian kepada pemimpin yang berkenaan untuk masuk gelanggang. Sekiranya cawangan telah mengemukakan usul tetapi peringkat berikutnya tidak menyambut serta meneruskan laungan itu, maknanya Umno sememangnya telah kehilangan semangat dan hala tuju perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

mekyam said...

So Shahrir Samad (according to berita dari gunung) said this: "The price increases are beyond the government's control and the government has no resources nor capability to shield the country's economy from the effects of the global phenomenon"?

Really, Mr Minister?

Don't bloody pretend that the writings about impending global recession have not been on the wall since the last 3-4 years and that warnings haven't been given by financial analysts and economists both in and outside the country -- through blogs and other internet portals, as well as the international msm -- non-stop.

Don't bloody pretend that the AAB administration did not inherit a robust economy and a Malaysia lush with funds that could well be used to buffer the country from this global problem.

Don't bloody pretend the head honchos of this government did not squander and pocket much of those funds.

Don't pretend that to date this administration has neither introduced new ways of generating income for the country nor come up with solutions to the problems it created as a result of bad and lackluster governance.

In the meantime, the incompetence of this administration has not only chased away foreign investors but has discouraged new ones.

The only thing this administration has done to date is waste and drain the country's hard-earned wealth of the last two decades and mouth meaningless slogans!

Let me remind the Minister that this irresponsible administration has also been too busy being vindictive and bloody-minded about destroying TDM's legacy (hoping its own half-baked schemes will come out smelling roses?) until it wasn't doing much else. Talk about lack of focus!

Well, news for you and your boss. This administration reeks. Most Malaysians know that the reason the country is incapable of shielding itself from the global crisis is because this administration has done nothing [senseless sudden removal of subsidies that should have been done in stages don't count!] to install protections.

Yes, this recession is a global thing, but other countries, even our not as liquid neighbours like Thailand, Vietnam and Indonesia, had been busy gearing up and shoring their economic defences to face this "global phenomenon" as you call it. What have you and your colleagues in the cabinet been doing apart from "makan gaji buta" and treating the country's coffers like your fathers' largesse?

Just be honest and admit that you and the PM and his gang of hp6 cabinet are too incompetent and have been too busy with your TDM vendetta to think about creative ways to counter what all economists have been warning since the last few years.

If this is your answer to the current problems the country is experiencing -- which is as much the doing (or undoing, if you will) of this administration, with its inablity to lead honestly, credibly, decisively and intelligently, as the current global economic problems -- then you and your boss and all your incompetent colleagues should resign your cabinet posts and get out of the rakyats' faces.

Why do you think you are getting paid your fat salaries for? If not to try and steer the country properly and safely through all situations? If not to find solutions instead of coming up with lies or lame and irresponsible excuses?

sugiman said...

Dato,

satu lagi yg memberangsangkan dari minda dato'

Sebagai rakyat marhain yg semakin tertindas, saya menjadi amat loya apabila mendengar, melihat atau membaca komen pm, tpm dan segala hulubalangnya.

Kemana saya pergi semua org bercakap tentang isu besar ini tetapi pak menteri kata semuanya terkawal! Terkawal p***m** dia.

Evan hardcore umno pun dah memaki hamun pak menteri yg hanya pandai beretorik.

sebagai seorang suami yg memang biasa pergi pasar, saya amat merasakan kenaikan segala barang di pasar.

Memanglah rakyat jelata masih senang buleh beli makanan tetapi tiap kali pergi kedai hati jadi panas kerana tiada satu apa pun barang keperluan utama yg tak naik

Malangnya rakyat Malaysia, pemimpin yg dipilih agar membela nasib rakyat hanya pandai bercakap tanpa melihat realitinya.

Selama ni saya tak bersetuju sangat bila kawan2 kata bahawa hanya yg bodoh sahaja dilantik menjadi menteri tetapi kebelakangan ini bukan saja kebodohan tetapi kebangangan mereka semakin menyerlah apabila memberi komen tentang isu yg melibatkan rakyat dan isu anwar.

A KADIR JASIN said...

Sdr Mekyam, well put. A lot of people are/were impressed with Shahrir. But not me. One incident made me lost all confidence in the JB man.

It happened in 1998 when he "summoned" me for a meeting in Bangsar. There he told me that he had "joined Anwar Ibrahim" to topple Dr Mahathir. He asked me to tell Dr Mahathir that.

Shahrir's political reading is always clouded by emotions rather than reality.

Now, like all Cabinet ministers, he suffers from an acute attack of "koro" and is reduced to taking pleasure in taking the poor uninformed rakyat up the garden path.

Sdr Sugiman, mungkin itulah bahasa yang para pembesar kita faham. Tapi janganlah kita jadi celupar macam mereka yang dah jadi kurang ajar dan lupa jasa.

This is what my daughter, who lives in Switzerland, has to say about Malaysian in her recent e-mail to me:

"as for M'sia - i get depressed every time i read the newspaper. Am sad to realise that at this moment in time, i am ashamed to be Malaysian, or to tell people i am one. Bad, huh?"

She used to work for an Umno Minister who lost in the March 8 polls.

Her husband (a Swiss) was being nicer. He said: "Abah, there are many funny stories about Malaysian in the Swiss papers."

Thank you.

aishah jamal said...

Rakyat berkata bahawa pemimpin-pemimpin politik Zalim kerana menyebabkan Ekonomi Negara tidak menentu. Perang sesama mereka tidak menguntungkan rakyat biasa.
Soalannya.....
Siapakah yang Zalim? Pemimpin ataupun rakyat yang tidak meletakkan mereka ini pada tempat yang sepatutnya?

sumpittsauber said...

ayahanda kadir.. masih ramai orang kita percaya pada berita yang disebar secara rambang dan malas membaca artikel2 yang lebih memberi manafaat kepada minda mereka.. barangkali kerana tekanan hidup mereka lebih memilih gossip dari satu kepala ke satu kepala

mardhiah said...

Sebenarnya datuk kalau kita baca buku the mega trend 2000 dan karya-karya Alvin Tofler menjelang alaf melenia, 10, 15 tahun yang lalu tak de apa sangat yang nak dirisaukan.

Ini detik sukar, kita patut lupakan cerita liwat lewat pembunuhan bersiri. Bersama kita tak kira anutan dan ideologi, lakukan brainstorm bagaimana mau keluar dari kemelut kekurangan sumber semula jadi dan kemerosotan produktiviti dan akhlak itu aje.

Contoh:-

Petronas patut ajar MAS macam mana nak cekap. MAS patut contoh budaya kerja anak buah Petronas. Petronas dan proton pula patut bekerjasama keluarkan satu bentuk pengangkutan awam yang selesa, tak mencemar alam dan tak terlalu bergantung pada fossil fuel yang kian menyusut ini.

CEO-CEO GLC duduk semeja share idea fikir apa lagi industri yang ada potensi untuk diterokai, contoh industri penulisan Novel macam LOTR ka, Perfilemen dan drama bersiri macam drama-drama korea ka. Asyik kita jah import cerita dia, mereka bila lagi nak import cerita kita. Senderalla dan Ezora itu bagus banget kalau boleh di bawa keluar.

Kalau mengikut duskusi dan isu yang saya ikuti minggu lepas di TV1bijak pandai dan pakar ekonomi kita kata, masalah kita ialah kita terlalu bergantung pada PETRONAS. Ini masanya kita fikir macam mana mau diversify keterbegantungan kita pada yang satu itu.

Isu Pak Lah yang dikatakan tidak bermaya tak sepatutnya diperbesar-besarkan sebab kalau nak kata IQ rendah, Presiden Ronald Reagen pun IQnya hanya 4 mengikut skala 1 - 10 perbandingan dengan aktress dan aktivis Boo Derek, tapi dia popular dan mendapat sokongan padu cerdik pandai yang telah menerima pengiktirafan Nobel lagi.

Jadi persoalannya sekarang kenapa tidak cerdik pandai kita bersatu tenaga menyokong PAK LAH, sebaliknya lebih suka cabar-mencabar dalam mains stream media kunun sayalah wira, saya boleh turun harga minyak, sapa mau minyak turun angkatlah saya jadi Tuan Perdana Menteri, sokonglah saya untuk cabar jawatan Tuan Presiden UMNO.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Macam tu ke orangnya Shahrir? Entah kenapa saya tidak terkejut.

Dulu sebagai presiden backbencher, bukan main lantang dia, konon berprinsip. Ala-ala orang lurus bendul ikut buku.

Selepas tersiarnya debat dia dengan Salahuddin Ayob tempohari, saya dah tahu yang Shahrir ni cuma minat nak menang bercakap sahaja.

Perjuangannya sekadar perjuangan untuk diri sendiri je.

Mungkin ini piawai sebenar sikap pembesar kita dewasa ini.

Anonymous said...

salam DKJ n Bloggers,

linggam dah sudah,liwat dah sudah, debat dah sudah....DSAI dah pun bg jalan utk ringankn beban rakyat,soalan johan jafar pun dah jawab, kenapa umno/bn masih buat tak tau jer!!!ini lah dia budaya "bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikit"

p/s : masalah besar ni...growth jauh lebih rendah dari inflation :-p

ramli

Panglima said...

mungkin percaya pada KJ dan rakan2 lulusan oxbridge.

jojo51 said...

Kira-kira 2 bulan lepas Tun Mahathir dalam wawancara dengan media Filipina telah ditanya apakah perkembangan yang sedang beliau perhatikan secara serius. Tun menjawab isu subprime mortgage yang sedang hebat melanda ekonmi Amerika syarikat. Syarikat2 gergasi USA telah kerugian beratus billion dollar dan ada yang telah dibeli oleh ssyarikat lain. Baru-baru ini 2 gergasi syarikat kewangan Frannie Mae dan Fredie Mac telah kerugian lebih dari trillion dollar (1000 billion) dan terpaksa dibantu oleh Kerajaan Amerika, jika tidak lingkuplah kedua-duanya . Kenapa Tun berminat dengan isu subpraime mortgage ini. Beliau tahu bahawa ekonomi Malaysia akan menerima akibat yang teruk jika tindakan proaktif tidak diambil.

Malangnya Pak Lah lebih minat kepada perkara-perkara remeh.

Anonymous said...

Tentang pendapat mengatakan apa yang berlaku sekarang adalah akibat pemerintahan 22 tahun TDM meupakan satu pendapat yang dangkal dan cuba mempermudahkan masalah. Umpama seorang anak menyalahkan bapanya ketika dia keluar sebagai seorang graduan yang sudah mempunyai ijazah dan pekerjaan tapi maseh terhegeh hegeh menjalani kehidupan.

Berhubung penjelasan Dato' tentang Shahrir sesungguhnya kami di Johor senyum dan ketawa dengan gelagat budak dobi yang ketandusan idea. Dia masuk balik UMNO atas rayuan dan belas kasihan. Di luar gelanggang cakap macam pandai sangat tetapi di dalam kabinet jadi menikus dengan Dolah. Lepas perdebatan Anwar-Shaberi barulah dia berkokok tetapi kalau ajak berdepan, rasanya rambut putih jadi hitam.

Anak murid si paku karat (TMH)ini sekarang sudah pandai bawa beg KJ ke hulu ke hilir cari rezeki. Agak malang si tua yang sudah lama berpolitik kini dikembirikan - kluangman

uton51 said...

Dato,


DSAI dijatuhkan pada 1997-1998 semasa kegawatan ekonomi dan hasilnya DSAI dipenjara atas alasan liwat. Pada kali ini DSAI dituduh sekali lagi atas alasan liwat. Pada pendapat Dato, apa sebenarnya berlaku?

Anonymous said...

salam Dato'...

kepada umnomuda...bukan peralihan kuasa yang kita nantikan...peralihan kerajaan untuk dipimpin oleh PAS yang berlandaskan Islam...perjuangan memperkasakan bangsa Melayu dan ekonomi takkan berjaya selagi Islam tak ditegakkan...sistem perundangan dan amalan ekonomi Islam diamalkan...tak cukup setakat ada Bank Islam...tak cukup setakat ada mahkamah syariah yang berkuasa menjaga nikah cerai ja...Islam is universal...Islam tu sesuai untuk semua umat dan zaman...tiada siapa yang lebih mengenali kehendak dan keperluan kita melainkan Maha Pencipta kita...kalau kita cari org yang paling faham bab microsoft...mesti kita cari bill gates...sebab dia yang buat microsoft...betul X?semua peraturan dia dalam perisian tu kena ikut...baru boleh guna elok2 perisian tu...tu benda yang manusia cipta...benda yang simple berbanding alam ciptaan tuhan ni...Siapa lagi yang memahami lumrah alam?tepuk dada tanya iman...

hampa pikiaq la sendiri...

-scofield_84-

pemerhati said...

Salam Datuk,

Setuju dengan pdgn Datuk. Saya ingat, satu lagi sebab ialah pemimpin2 umNO ni hipokrit- tak boleh nak terima pandangan dan pendapat orang lain (terutamanya pembangkang). Mereka sedar, plan mengatasi kemelut kenaikan harga minyak mereka pasti memberi kesan 'menyakitkan' termasuk menyakitkan orang-orang umNO sendiri (terutamanya penyokong tanpa jawatan la). Tapi mereka tetap 'ketegaq' dengan idea mereka.

Saya percaya idea yang diberikan pembangkang, pakar2 ekonomi (bukan pakar ekonomi umno la), DSAI dan ramai lagi...boleh dilaksanakan terutamanya ketirisan, kebocoran dan sikap 'boros' dan ego pemimpin dapat dikurangkan. Tapi, apa nak dikata..idea datang dari pembangkangkan! Jadi?

Yela, saya bukan pakar ekonomi...tapi, saya rasa apa yang Datuk dan saya sendiri fikirkan...sangat munasabah dalam mengatasi kemelut ekonomi sekarang. Jika tidak, ianya akan bertambah parah. Dan pada ketika itu...ingatlah...lebih ramai yang akan kecewa dengan umNO dan BN.

Itu sahaja...
Aji, Baling

fed-up said...

Seriously, the rate that we are leading with all lies and fictions we are actually heading for BIG TIME TROUBLE.

Frankly I dont care who rules, it can be PR or anyone else for that matter. The MOST IMPORTANT thing is that the RAKYATs' needs are attended to and not all the STUPID Statutory Declarations, ACA, & what not in our country right now. We are being laughed at by the OTHERS....Someone GENUINE should do something

Puyot said...

Tok..

Cerita ni tak habis kalau najib takeover. Awat tak bagi idea 'baik' nak selamatkan ekonomi Malaysia skang? Kenapa nak tunggu jadi PM baru nak announce itu-ini?

Saya setuju dengan komen cik iammi. Kalau sayangkan Malaysia, kena bertindak sekarang. Tapi dia dah terkena sindrom 'koro' tok. Cakap pun tak guna. Boh pi la semua bahagian UMNO di Pahang suruh dia lawan tokey Lah, tapi kalau dia sendiri kecut 'teloq', takdak makna la tok.

La ni aku 'open' soalan aku kat semua di sini: Apa kita nak dan kena buat? Takat dok hingaq kat blog ja tak jadi. Demonstrasi katanya tak ikut budaya Malaysia dan bukan yang paling efektif. Habih tu, apa dia?

Nak buat side income? Berniaga? Kalau ada barang, tapi manusia keliling tadak duit nak beli, nak buat apa? Kutip sampah macam tin dan besi buruk? Dah buat dah. Tapi masih tak leh cover. Minyak petrol mahal wo. Nak suruh aku kayuh basikal pusing taman-taman perumahan cari tin buruk? Try buat dulu tengok sebelum suruh orang. Cakap memang mudah dan murah.

Duit simpanan makin susut-nilai ni. Tunggu lagi 3 bulan tak berubah kalu, tabung anak2 aku kena pecahkan. Habih tabung anak-anak, kena cari bank la pulak untuk dipecahkan.

Gumana?

Hartini Omar said...

apa dikenang besi yang buruk
kalau buruk jadikan tukun
apa dikenang HATI yang busuk
kalau busuk jadikan racun

apa dikenang harta yang habis
kalau habis carilah lagi
apa dikenang SETIA yang hakis
kalau hakis cari 'pengganti'

apa diribut 'musang bemisai'
kalau misai tidak berjanggut
apa dikusut harta dikirai
kalau kirai tidak berSUNGUT

apa dibajak padi yang masak
kalau masak nampak menguning
apa diselak BUDI yang nampak
kalau nampak tidaklah sumbing

TAMAT

-padat dan ringkas dato'.. berkias pula, kalau tak faham juga...., ya tidak apa2..

Cak Kun Cak said...

YB Dato,

Kerajaan DS Abdullah adalah satu kerajaan yang tidak ada kapasiti untuk mendengar. Ini sudah terlalu jelas. Jika ada sesiapa yang tidak jelas lagi maka samada mereka buta, bisu ataupun dungu.

Fokus sekarang ialah untuk mengeluarkan DS Abdullah kedudukan kuasa. Semakin lama beliau memegang kuasa, semakin hebatlah kerosakan yang akan beliau buat tanpa menyedarinya.

Cukuplah analisa, komen, kritikan dan saranan.Beliau takkan dengar.

Sudah sampai ke noktah terakhir untuk beliau memimpin.

Anonymous said...

Buta ekonomi la, buta rakyat la, tak geti-getilah... Pelbagai tomahan dikenakan terhadap Pak Lah. Bagaimana pun, Pak Lah tetap juga memerintah. Telah banyak ura-ura menyatakan Anwar boleh gulingkan Pak Lah. Namun sehingga ke saat ini pun, Pak Lah masih memerintah. Kalau kita andaikan Pak Lah diktator, dah berapa orang pula rakyat Malaysia yang Pak Lah dah bunuh? Kalau kita kata Pak Lah gila kuasa, kenapa Pak Lah jadi PM masa dia dah pun tua bangka ? Kalau nak cakap buruk orang memang tak habis muka surat. Tapi nak cakap buruk sendiri; yang jahat pun mengaku malaikat.

Masa 1990 dahulu, SIAPA SANGKA ORANG YANG BERNAMA ABDULLAH AHMAD BADAWI ITU BAKAL PERDANA MENTERI ? Ada ? Mana ada ? So Pak Lah ini apa ? Coincident PM ? I don't think so...

Kita kena terima, orang hidup dan mati... Jangan dok cakap orang tapi lupa muhasabah diri.... Sama ada Pak Lah ka, Najib ka, Muhyiddin ka, Anwar ka... semua ada tanggung jawab terhadap rakyat. Rakyat yang pilih mereka.

Kita dah buat pilihan. Kalau kita nak buat secara kekerasan, jadilah kita macam Indonesia, jadilah kita macam Thailand. Nak ka? Mereka bertindak kerana kehendak rakyat.Tapi, bersediakah kita ? Lihat di Indonesia, protes harga minyak sampai jahit mulut. Bersediakah kita ke tahap itu. Baring tengah-tengah jalan memprotes. Sampai ketahap itu kah kita. Belum.... belum lagi. Sebab rakyat kita tidak sampai tahap begitu lagi (dan mohon Allah barang dijauhkan daripada tahap begitu di Malaysia) Ingat, Rakyat yang akhirnya gulingkan raja Nepal ! Kuasa rakyat. Akhirnya, baik buruk sesuatu kerajaan, rakyat yang tentukan. Nak ubah, silakan... Sebab rakyat yang berkuasa... Kita rakyat, kitalah negara !
-WADAH-

shastrishah said...

Tuan,

I dont think I can rely on the newspapers if I want to know the truth. They are reporting without thorough research and I doubt if they write with the passion that people like you used to do (and still does via blog). The newspapers report in bits and pieces, not giving full perspectives as required. I think the editors are politicians too. Am I right?

What you read (in the newspapers) is not what you get! Not anymore!

MEDIA WATCH
shastrishah.blogspot.com

fariz said...

Datuk,
selain PM skrg, Najib, Ku Li, Muhiyyden Yasin (Umno) dan Anwar (PR), siapa lagi yg layak untuk jadi PM? setengah pembahas mencadangkan RPK...pandangan Datuk?

sawit futures trader said...

Salam Dato' AKJ,

Sebelum terlupa, saya nak ucap terima kasih kerana membincangkan topik ini. Topik ini lebih menyentuh hari ramai berbanding cerita parti itu ini.

Saya juga selesa dengan ejaan DATO' berbanding DATUK bagi membezakan anugerah kebesaran dan anugerah keturunan.

Berbalik kepada komen saya sebelum ini, saya berikan contoh penanam sawit kerana harga sawit kini pada paras harga yang tinggi. Maksudnya, jika penanam sawit pun bermasalah, lagilah parah si penanam padi dan lain-lain petani dan penternak.

Mardziah,

Saya setuju bilamana dikatakan pergantungan terlalu banyak terhadap Petronas. Masalahnya yang bergantung itu bukan rakyat tapi kerajaan sebenarnya.

Jelas fakta ini kerana rata-rata pembesar negara mengatakan subsidi minyak dikurangkan supaya ada bajet persekutuan untuk makanan, pendidikan dan infrastruktur.

Saya hairan dengan pernyataan seperti ini. Kemana pula hasil minyak sawit (kita pengeluar terbesar dunia), getah (kita antara pengeluar utama dunia), komponen elektrik dan elektronik (kita antara pengeluar/pembuat terbesar dunia) dan lain-lain lagi.

Satu lagi, walaupun kita dah terkena pada 1997 dengan pergantungan urusniaga melalui matawang US, kita masih kekal lagi begitu pada masa kini.

Sepatutnya kita kini telah belajar dan telah mempraktikkan kepelbagaian dalam urusniaga membabitkan matawang asing. Negara lain disekeliling kita telah lama mempraktik polisi begini.

Kenapa ramai tidak yakin dengan Pak Lah?

Anwar dah memberi rasionalnya untuk mendapatkan RM5 billion bagi mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen.

Ku Li pun dah istihar dia juga mempunyai pelan tindakan ekonomi. Malangnya dia tidak ada platform sebab nanti kena tuduh berkempen.

Pak Lah, pada hari Ahad (13/7/08), kata pada Jumaat (18/7/08) beliau akan membentangkan pelan tindakan bagi meredakan kesusahan ekonomi rakyat - ini Mardziah boleh rujuk arkib Utusan Online.

Sehingga hari ini, Isnin (21/7/08), belum ada apa-apa dari Pak Lah.

Saya dah katakan dahulu dan saya ulangi sekarang, sesiapa sahaja yang dapat memberi pelan tindakan ekonomi yang paling menyakinkan, dialah yang akan memenangi sokongan rakyat.

SEPATUTNYA kerajaan persekutuan yang mempunyai jentera yang lengkap mampu membina pelan tindakan ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang baik.

Dengan semangat sangka baik, saya masih tertunggu-tunggu pembentangan pelan tindakan ekonomi yang akan dilakasanakan kerajaan.

Semakin lama semakin penat menunggu. Saya percaya rakyat kebanyakan pun semakin lama semakin ramai yang penat menunggu.

Anonymous said...

Datuk,

Nak tanya sikit.

Pertumbuhan ekonomi negara ni dikira macam mana?

Kalau tak silap saya, pertumbuhan ekonomi ini mesti mengambil kira semua sektor ekonomi termasuk pengilangan, perladangan, perlancongan, petroleum dan gas, perbankan, teknologi maklumat serta yang lain2.

Tapi Datuk,

Kalau pertumbuhan ekonomi dalam sektor petroleum dan gas sahaja menyumbang 20% ke 30%,(berdasarkan peningkatan 31.5% keuntungan Petronas dalam tahun 2007) bermakna sektor2 lain sebenarnya tidaklah "tumbuh" tapi menguncup lesu.

Kalau menguncup, kita nak tahulah berapa peratus yang menguncup. Kalau purata pertumbuhan ekonomi negara bagi semua sektor dikira sebanyak 5%, tanpa sumbangan dari sektor petroleum dan gas ni, agak2nya tinggal berapa la, Datuk.

Boleh tak Datuk dapatkan data2 yang lebih tepat untuk renungan kita dan pemimpin2 kita bersama?


-sinbad-

A KADIR JASIN said...

Sdr Sinbad bertanya:"Pertumbuhan ekonomi negara ni dikira macam mana?"

Pertumbuhan ekonomi negara diukur mengikut GDP (gross domestic product) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Formula berikut boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman:-

Y = C + I + E + G

Y adalah GDP/KDNK

C = Perbelanjaan pengguna (Consumer Spending)

I = Pelaburan oleh industri (Investment made by industry)

E = Lebihan eksport daripada import (Excess of Exports over Imports)

G = Perbelanjaan Awam/Kerajaan (Public sector/Government Spending)

Dalam erti kata yang lain, GDP/KDNK mengukur atau mengira nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara.

Punca utama ekonomi Malaysia adalah perindustrian, barangan seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah dan kayu-kayan serta perkhidmatan seperti kakitangan awam, pelancongan, perhotelan, perbankan dan pengangkutan.

Masa saya mula menjadi wartawan ekonomi pada tahun 1970an, belanjawan negara bergantung kepada eksport dan harga getah, bijih timah dan kayu kayan.

Sdr Sawit Futures Trader, antara lain, mengulas:

"Saya hairan dengan pernyataan seperti ini. Kemana pula hasil minyak sawit (kita pengeluar terbesar dunia), getah (kita antara pengeluar utama dunia), komponen elektrik dan elektronik (kita antara pengeluar/pembuat terbesar dunia) dan lain-lain lagi."

Ada dua sumber hasil. Satu pendapatan dan kedua cukai.

Hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan habis dibelanjakan untuk mengurus negara -- bayar gaji PM dan kakitangan awam, bayar bil elektrik dan air, selia bangunan dan bayar hutang negara.

Untuk pembangunan kerajaan BERHUTANG. Belanja mengurus kita sebenarnya sangat besar dan meningkat dari tahun ke tahun.

Terima kasih.

amy_kgdusun said...

kalau ikut hati mati ikut rasa binasa tapi yg jadi mangsa jerung besar ialah rakyat. paling menyedihkan rakyat yg ikut buta tuli. ada yg beria-ia kutuk kerajaan dan yg terkesian sangat kat anuar. belum nampak lagi pemimpin yg betul2 nak berkorban utk rakyat. pemimpin yg warak main dgn duit berbillion habis tercabut iman itu belum lagi amerika sulam dgn wanita gaya inul, habis bergegar bumi malaysia 360 darjah. jgn gadai maruah demi nafsu kuasa. dunia hampir khiamat bila pemimpin yg diharap rupanya......

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sawit future masih menunggu, menanti berita baik dari pak lah????jgn haraplah....petang jumaat lepas ada bertanya kpd seorang genius dr JPJ berkenaan hydrofuel, beliau mengatakan teknologi ini masih dlm penyelidikan...belum tau baik buruknya bg jangka pendek atau panjang, baik dr engin atau safety....tup..tup pak lah launching teknologi ini kat drebar teksi , mungkin tu berita baik yg sawit tunggu2 kot =))

p/s : lepas ni plak, meh la beli kereta LOTUS bertenaga elektrik!!!

RAMLI

Anonymous said...

Dato,

Zeti kata pertumbuhan ekonomi di bawah 5% dan Pak Lah kata 5%. Kita tau individu mana yang lebih pandai dalam bidang ekonomi. Yang tentunya kedua2 berita tidak baik untuk Malaysia. Sepanjang pengamatan saya, Malaysia memerlukan perkembangan ekonomi purata sebanyak 6% setahun untuk menjamin kesejahteraan negara. Seperti juga China yang memerlukan antara 7-8%. Anything less is bad news!

Boska

Zulkufli said...

Dalam keadaan ekonomi yang runcing dan terus runcing ni memang sukar untuk kita percaya siapa yang benar. Saya ingin unjurkan kita membuat perbandingan antara tiga fakta utama. Pertama fakta dari teori ekonomi. Fakta kedua ialah perangkaan ekonomi semasa di Malaysia (mungkin sedikit sebanyak ada manipulasi fakta). Fakta ketiga ialah beberapa negara lain yang 5 tahun dahulu yang setaraf kadar ekonomi mereka dalam segi perkapita, GDP, hutang luar negara serta CI (Consumer Index). Jika tidak samapun biarlah yang hampir sama atau terlebih sedikit atau terkurang sedikit.

Dari kajian yang saya lakukan memang jelas banyak perbedaan tetapi saya tidak mahu nyatakan hasil kajian tersebut. Biarlah pembaca sendiri membuat kajian ini dan mendapat hasilnya dan akhirnya dapat meyakinkan diri sendiri siapa mesti kita percaya.

Walaubagaimana pun kawan saya yang membuat kajian bersama saya mengunjurkan untuk tidak lagi menyimpan wang simpanannya dalam ringgit Malaysia (walau wang tidak melebihi RM30 ribu (pencen) tetapi dalam 'tongkol emas'. Saya ketawa dengan cadangan beliau tetapi ada baik juga idea beliau tersebut.

Zulkufli
zulkufli.blogspot.com

zukeri said...

Salam semua,
Saya tidak tahu kepada siapa kita nak salahkan terhadap apa yang berlaku sekarang. Kepada rakyatkah, kepada pemimpinkah atau kepada penulis yang banyak memburuk-burukkan kepemimpinan negara.

Kalau kita nak salahkan rakyat, saya rasa tak boleh juga.Rakyat menentukan segalanya dalam amalan demokrasi. Apabila kerajaan BN berjaya memerintah, saya rasa adalah sesuatu yang terbalik apabila kita menyuruh pemimpin kita(pilihan rakyat)meletakkan jawatan.

Nak salahkan pemimpin juga tak boleh kerana segala dasar akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dilaksananakan.

Tapi kalau kita nak salahkan penulis mungkin ada sedikit kewajarannya. Penulis sekarang bebas menyatakan apa sahaja yang difikirkan betul. Kalau dulu mereka begitu terikat dengan akta itu akta ini, tapi setelah transformasi berubah, penulis mula menunjukkan belang mereka dengan membesarkan isu yang kecil. Benda kecil apabila diperbesarkan akan menjadi besarlah. Apabila sudah besar ia boleh pula menimbulkan masalah kepada semua.

Dalam keadaan sekarang kita tak boleh percayakan sesiapa pun.

Tayadih Maysia said...

Salam Datuk,


Hanya orang di puncak pemerintahan saja yang cakap ekonomi kita baik...kenaikan harga minyak tak memberikan kesan...dan bla-bla-bla

malangnya nasib kita...

Faizal Riduan said...

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:

“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”

Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).

:: Dato' saya berhasrat untuk menggunakan fakta Dato' ini untuk artikel saya 'Peralihan Atau Perdalihan' jika Dato' tidak keberatan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Faisal Riduan,

Dipersilakan. Terima kasih.

uton51 said...

Dato, hari ini ayah MSBA mendesak DSAI serahkan DNA-nya, kenapa tak tanya anak MSBA, kenapa dia tak tendang saja DSAI semasa dia diliwat?Apa Sebenarnya lakonan mereka ini ? Sepatutnya dia tanya MSBA mengapa dia benarkan diri diliwat oleh DSAI?

Heical said...

Salam Datok,
Saya kurang faham kenapa dipinggirkan Ketua Polis Negara & Peguam Negara dalam kes TS Anuar Ibrahim.Dia pada hari ini hanya rakyat biasa cuma ketua PKR.
Pak Lah pilih bulu dengan orang tertentu?
Ketua Polis & Peguam Negara adalah ketua kepada orang yg menjaga keamanan Negara ini dan ketua Perundangan kepada rakyat.Mana bolih diketepikan begitu sahaja.
Kalau mereka ini buat kesalahan sepatutnya disingkirkan dari dahulu lagi.

anakbuah said...

Salam Dato',

Apa yg sampai ke telinga dan mata kita melalui media perdana dan drp penjawat awam seperti Zeti skrg bersifat selektif dan berlapik. Di satu pihak seperti Bank Negara, cuba menyatakan perkara sebenar (being professional) dan di pihak lain, pentadbiran PakLah cuba mengawal keadaan (typical politician). Media perdana yg condong kpd kerajaan semasa, seperti biasa, memainkan peranan "mengelirukan" pembaca/penonton supaya kita menilai (meneka?) sendiri angka2 sebenar penunjuk ekonomi, yg tentunya amat subjektif bergantung di sebelah mana kita berpihak ketika ini (saya yakin, sudah kurang yg di atas pagar skrg).

Daripada perspektif lain, berapa ramai sgt yg tahu (tapi bilangan yg celik dan 'concern' semakin bertambah) bila kita katakan kadar inflasi negara meningkat 6-7% atau pertumbuhan ekonomi jatuh kpd 4.6%? Tapi org kampung, bila perut lapar dan tak tahu/mampu nak makan apa, mereka dpt rasa dan bagi 'businessmen', bila barang/servis merosot, mereka sama faham dgn org kampung tadi - ekonomi negara maupun keluarga sedang menguncup. Bagi yg celik, beza kenaikan inflasi 3% dgn 6-7% berserta penurunan pertumbuhan drp 5.4% ke 4.6% tentunya bernilai (kerugian) mencapai beratus bilion ringgit setahun.

Naik atau turun (cycle) suasana ekonomi negara dan dunia itu perkara biasa tetapi kita tidak biasa dipimpin oleh kerajaan yg amat lemah dan rendah integriti di dalam bahana kesusahan begini - inilah alam nyata Dato'!

Saya percaya, pemimpin besar yg baru itu ada tetapi kebanyakannya dihalang atau dinafikan kebolehannya akibat "sebab2 yg jelas". Yg ada skrg pula "amat bijak" memanipulasi dan mengambil kesempatan atas kepercayaan yg diberikan. Mungkin terlalu umum tetapi itulah hakikatnya. Politik sudah mencandu masyarakat dgn episod2 yg menjijikkan - lagi jijik, lagi mengkhayalkan.

Siapa yg hendak kita percaya? Dgn ilmu dan pengalaman hidup yg kita ada, dlm keadaan gawat begini, percaya kepada diri sendiri adalah lebih selamat - self survival, no choice.

Anakbuah

zukeri said...

Salam,
Saya bekerja di Brunei dari tahun 1996 sehingga 2004. Pada tahun 1996 tukaran duit ialah BD1= RM1.75 dan tahun 2004 semasa saya pulang ke malaysia, tukarannya BD1= RM2.30.

Dalam lingkungan 8 tahun tersebut, nilai matawang Malaysia tak pernah meningkat, walaupun Tun M mengatakan ekonomi Malaysia sudah pulih. Nilai matawang sentiasa mengecil berbanding nilai matawang Brunei. Saya tak faham, betulkah ekonomi Malaysia sudah pulih pada masa tu.

kini tukaran lebih kurang BD1=RM2.40. Beginilah ekonomi Malaysia.

Mesin Taip Buruk said...

Bayangan bahawa hampir keseluruhan bahagian akan mengekalkan Pak Lah dan Najib sebagai Presiden dan Timbalan sudah kelihatan walaupun mesyuarat kini masih diperingkat cawangan. Ada cawangan yang cuba mencalonkan ketua bahagian yang dijangka bawa usul halang Pak Lah jadi presiden telah berpaling tadah dan kembali menyokong ketua bahagian pro-Pak Lah. Apakah ini menujukkan wujud politik wang atau ada gerakan bawah tanah untuk mengekalkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO sekurang2nya 2 tahun lagi?

http://mesintaipburuk.blogspot.com

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih kerana berkongsi formula GDP dengan kami pembaca. GDP atau KDNK adalah hasil jumlah perbelanjaan konsumer, pelaburan, eksport bersih dan perbelanjaan kerajaan.

Barulah saya faham kenapa status GDP kita sentiasa baik.

Patutlah kerajaan berbelanja sakan, sebab nak maintain GDP yang tinggi memandangkan faktor-faktor yang lain tu rendah.

Sebab tu la kot hasil cukai dihabiskan untuk mengurus manakala belanja infrastruktur pula pakai hutang.

Saudara Ramli,

Jangan salah faham. Bukan saya betul-betul berharap. Saya ni orang melayu, kadang-kadang suka cakap terbalik. Macam statement di atas tu.....

Indigo said...

The Scribe,

Dengan izin.

Apalah The Scribe Ni...
(nak kata samdul - pandai)

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya? -A Kadir Jasin

apa punya soalan! chis...





jadi?

che det boleh pecaya ka
tanya abdullah pada anwar
(don't worry - you take care of the front
i take care of the back9-mofII)

Anonymous said...

org selangor marah pasai pi kl kena tempuh 2 tol ( pukul rata ) org kl pun sama.....itu kos nak pi cari makan.....ekonomi global tak terkaji cuba kaji ekonomi peribadi. wartawan dapur

Indigo said...

Nak percayakan FT(financial times)?

Bets on $200 oil increase
By Javier Blas in London

Published: July 3 2008 16:52 | Last updated: July 3 2008 16:52

The number of financial bets on crude oil prices hitting $200 a barrel before the end of this year has almost doubled in the last month, a further sign of growing concern that oil prices will continue to rise sharply in the near term.

The strong buying of these call options – contracts that give holders the right to buy crude oil at a predetermined price and date – comes as spot oil prices in London on Thursday hit a fresh record high around the $146 a barrel level.

In London, Brent oil hit an intraday record of $146.69 a barrel, up 55 per cent since January. In New York, West Texas Intermediate hit an all-time high of $145.85.

Gazprom, the Russian energy giant, reiterated yesterday that oil prices could surge to $250, although most industry executives have dismissed the forecast.

Investors are also pilling into call options at levels between $150 and $175 and a minority are buying so-called “lottery tickets” call options at $300 a barrel.

Nauman Barakat, of Macquarie in New York, said that investors were again buying call options at $300. “I assume on the presumption that some sort of a confrontation will take place between Iran,” he said. “But even without this premise I remain a bull and I think we will take $150 out sooner rather than later,” he added.

Some traders are dismissive about the significance of high price call options, but others noted that options that a year ago were also considered “lottery tickets” are now below today’s oil price.

There were 29,775 outstanding contracts for Nymex December 2008 call options at $200 a barrel on Thursday, up 87.5 per cent since June. Since the beginning of the year, the so-called ”open interest” in these contracts has jumped 600 per cent.

At the same time, oil companies are buying put options – contracts that give holders the right to sell crude oil at a predetermined price and date – to lock in record oil prices. Traders said there has been strong interest in put options for delivery later this year and through the next two years at levels around $110-$120 a barrel.

Traders said the rise in call option buying reflected the fact that energy consumers, such as airlines or utilities, were hedging their exposure, and financial investors were also trying to profit from a potential spike.

Commodity bankers said that some consumers have come to the conclusion that current record oil prices are here to stay, abandoning any hope that prices would fall back to last year’s level of $60-$70 a barrel.


Scribe,

Mintanya Che Det menumpukan lebih banyak perhatian beliau ke arah membebaskan Asia dari cengkaman hegemoni Barat. Tumpuan beliau harus kepada Industri Minyak Dunia dan Soverign Wealth Funds: peranan dan agenda didekad yang akan datang.

Ini memangdangkan PM dan MoFII sudah tidak memikirkan bagaimana hendak memajukan negara tetapi malangnya mereka fikir hendak selamatkan nyawa ikan kerjaya politik dan harta kemewahan peribadi mereka sahaja.

tangansotong said...

Jika Pak Lah berundur sekarang pun belum tentu ekonomi negara akan terus berkembang pesat dengan kadar inflasi yang rendah. Pemimpin baru pun tak tau pula macamana caranya. Mungkin lebih teruk dari apa yang korang tuduh pada Pak Lah. Silap-silap lagi lingkup negara ni. Biarlah Pak Lah teruskan pimpinan beliau sehingga 2010. Mungkin ada pembaharuan ke arah kebaikan kita.. Mana tau...

abikhsan said...

Tadi kat Buletin Utama TV3 dah annouced inflation rate dah naik. Lupa pulak figure dia. Biasalah akan bagi figure kat Singapura yang mana lebih tinggi dari Malaysia.

Ura-ura Bank Negara akan naikkan OPR dan secara tak langsung bank perdagangan akan naikkan BLR. Matilah macam ni. Majority housing loan regardless conventional or Islamic guna BLR as a basis.

Datok, rakyat makin tersepit. Bilakah azab ini akan berakhir Ya ALLAH...

http://coretan-abikhsan.blogspot.com/

Khairul-Dean Mohamed said...

Ya saya setuju dengan Sdr Tangansotong, Scribe. Tiada saingan bagi Abdullah Ahmad Badawi seorang pengganti - cuba lihat mengurusan ekonomi negara. Subhanallah.

Pembaharuan itu adalah negara ini faham sebenar-benar faham bahawa negara kita tidak boleh ada lagi orang semacam Abdullah Ahmad Badawi yang banyak kata dalehnya sebagai Perdana Menteri - orang yang saperti Abdullah kalau ada pun disokong dengan sebuah majlis Presiden dimana Che Det seorang anggota majlis terhormat pun tidak berkuasa untuk maju dan makmur negara dalam masa-masa mencabar. La haula wa la quata illa billah.
(bukan bil-'abdullah, sdr tangansotong)

Maka kita yang masih ingat-ingat suam teh tarik kepala batas terpaksa tanya Sdr Tangansotong apa yang dia harap-harapkan lagi dari orang ini yang sangat disanjong oleh pakatan pembangkang tetapi dicurigai kepimpinannya oleh kebanyakan ahli parti politiknya sendiri yang mana saya sanggup berkata sebegini:

Mr Flip-flop Abdullah terimalah hadiah selipar jepun dari TunM dan penyokong beliau.

Jangan khuathir, Scribe. YBhg Ketua Bahagian telah pun maklum pendirian saya.

mahrani said...

mahrani
askum dato.AKJ

serangan dato' sabri berupa serangan dan ulasan peribadi terhadap DSAI,anwar kata dia bukan hentam pentadbiran petronas, tapi yg. bermasalah ialah BN.DSAI menerima cabaran sabri cheek dgn. tenang terbuka dan tiada serangan peribadi terhadap cheek, yg jelas sabri nampak gelabah , nervous dan jawapan yg tidak konsisten.

Johan said...

As'kum,

Memang perubahan yg amat ketara yg dapat dilihat didepan mata bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dunia tentang arah hala tuju pentadbiran negara kita.
Rakyat malaysia yg lahir selepas tahun 1957 telah di'azan'kn di telinga dan ditayangkan di hadapan matanya bahawa BN (UMNO bg org melayu) yg berhak ke atas negara ini. Tanpa mengetahui perjalanan & proses sejarah kemerdekaan negara,mereka 'memekik' disana sini bahawa BN/UMNO lah yg layak memerintah negara ini.
Mmg diakui sejarah perjalanan UMNO itu memang pernah mencapai suatu tahap yang baik dalam perjalanannya dalam mengurustadbir negara juga organisasi partinya.Kalau kita renungkan,kecemerlangan pada waktu itu dicapai dengan adanya jentera & pengurusan yg menjalankan tugas mengikut dasar2 dan agenda parti.Pada waktu itu golongan guru adalah yg paling popular dalam senarai yg menerajui pimpinan parti di peringkat cawangan mahupun bahagian.Guru adalah golongan yng disanjung pd waktu itu kerana ilmu dan amalannya.Tidak ada berlakunya rasuah dlm pemilihan yg kita dengar.
'Sekali air bah sekali pasir berubah'.Apabila UMNO baru ditubuhkan adalah era bermulanya berlaku perubahan yg amat ketara dalam perjanan UMNO di semua peringkat.(rujuk semula proses UMNO diharamkan..Bila,Mengapa,Siapa,).Pada waktu ini golongan guru sudah mula dilupakan dan munculnya satu golongan baru pula iaitu ahli2 koperat.Ahli koperat adalah org2 yg menjalankan perniagaan.Matlamat utama golongan ini adalah keuntungan.Setiap modal yg dikelarkan mesti dipulangkan dengan untung.Keutamaan keuntugan adalah untuk dirinya dahulu,kemudian keluarga,kemudian saudara,kemudian rakan yg menjayakan matlamat,pekerja yg menjayakan matlamat dan seterusnya .Di sinilah bermula perilaku ahli2 UMNO seperti merasuah utk keuntungan diri,mencari keburukan lawan,dan yg paling dasyat lg ialah 'menghalalkan cara demi matlamat'..oleh itu menipu-halal,membohong-hala,mencuri-halal,MEMBUNUH-halal,MENFITNAH-halal,...ini menjadi tema UMNO 'DULU,KINI & SELAMANYA'halal.
Pemerhatian dan pengamatan utk kisah seterusnya telah tuan2 lihat.Mampukah kita terus2an 'dihalalkan'?

Ari said...

bagus pak post nya..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).