Sunday, July 27, 2008

Kisah Orang Tua Yang Marah

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI BAWAH].

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DENGAN izin dan permohonan maaf, saya ingin menulis sesuatu yang peribadi kali ini iaitu mengenai ayah saya.

Saya pernah sekali sekala dan sepintas lalu menyebut mengenai beliau dalam tulisan-tulisan saya sebagai lulusan darjah empat sekolah Melayu dan lebai pondok yang berfikiran terbuka.

Saya terfikir dan berasa perlu menyebut mengenai beliau kerana pada usia 84 dia tiba-tiba melalui satu lagi transformasi – dia menjadi “seorang tua yang berang” – an angry old man.

“Kita orang kampung ni nak beli ikan temenung pun fikir dua kali. Semua harga dah naik. Ni pemimpin Umno dok berebut beli kereta mahal,” katanya dua hari lalu.

(Dia bercakap loghat Kedah yang saya bakukan untuk mudah difahami. Kereta mewah yang dimaksudkan itu adalah pembelian kereta Mercedes E200 oleh kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang dibangkang oleh kerajaaan BN pusat. Ikan temenung adalah ikan kembung dalam loghat Utara.)

Kebetulan ketika dia sedang membaca berita itu dari akhbar Utusan Malaysia, adik lelakinya datang berkunjung ditemani isteri dan menantunya. Tambah rancaklah ayah saya berhujah kerana adiknya itu adalah “musuh politiknya” sejak berdekad.

Sehingga beberapa tahun lalu, Umno adalah perjuangan hidup mati ayah saya. Bagi adiknya, Pak Su Salleh, pula Pas adalah darah dagingnya.

Tetapi dek kerana mereka adalah dua orang daripada 16 orang anak Penghulu Tahir, Tobiar yang “paling tinggi” pendidikan, maka mereka tidak bergaduh, pulau-memulau atau menuduh sesiapa kafir kerana ideologi pilitik.

“Aku tegah depa bayar yuran. Aku tak mahu jadi ahli Umno lagi. Biar m----s pi,” katanya merujuk kepada yuran tahunan keahlian Umno.

Pak Su Salleh yang juga lebai pondok yang berguru hingga ke Kelantan adalah pemimpin tempatan Pas dan kawan akrab Allahyarham Fadzil Noor, bekas Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pendang.

“Aku pun dah serah balik senapang aku,” katanya dalam nada sedih campur marah.

Senapang patah yang sudah tua itu adalah simbol patriotisme dan perjuangan ayah saya. Ia diperoleh pada tahun 1948 ketika dia menjadi anggota Home Guard kampung Tanah Merah, Pendang.

Home Guard ditubuhkan oleh British sebagai barisan pertahanan akar umbi dalam usaha memerangi gerakan bersenjata Partai Komunis Malaya (PKM) ketika darurat 1948-1960.

Penyerahan kembali senapang patah itu adalah simbol protes beliau terhadap apa yang dilihatnya sebagai ketidakpedulian pemerintah terhadap rakyat jelata dan penyimpangan perjuangan Umno.

Perjuangannya, kata ayah, sudah tidak bererti lagi apabila para pembesar hanya mementingkan diri, kaum keluarga, sahabat handai dan kroni. (Istilah kroni itu dipelajarinya daripada media massa arus perdana yang menjadi sumber maklumatnya.)

Begitu marah dia dengan pembesar Umno sehingga dia tidak pun berasa hampa apabila Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

“Tak pa, Pas pun Paslah,” katanya kepada saya kali pertama saya pulang menemuinya selepas pilihan raya lalu.

Tak pa (tidak mengapa), katanya, kerana orang Pas tak sombong macam dulu lagi dan Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar) pun bagus.

Pada pilihan raya itu, buat kali pertama, dia tidak “mewajibkan” anak menantunya keluar mengundi. Sebelum itu, balik kampung, keluar mengundi dan memangkah BN adalah kemestian bagi anak menantu Haji Jasin bin Tahir.

Dia berkata kepada adiknya: "Allah Taala hantar Jepun mai ke Malaya untuk naikkan semangat orang Melayu. Orang Melayu berjuang mati-matian tuntut merdeka. Hari ini depa hancurkan bangsa. Allah Taala turunkan bala."

Dia membuat kesimpulan berikut:-

1. Pemimpin Umno lama yang berpendidikan dan dari latar belakang keluarga yang berada adalah lebih komited kepada perjuangan dan tidak terlalu bermata duitan; dan

2. Pemimpin generasi baru dari latar belakang yang miskin atau sederhana kurang semangat perjuangan dan mudah terpedaya oleh wang ringgit.

Orang tua Umno yang marah ini pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian pada tahun 1960an dan 1970an, dan berkali-kali memikul gulungan tikar dan bantal untuk menghadiri perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.

Salah satu punca orang tua Umno ini terus marah adalah kerana dia terus membaca akhbar pilihannya, Utusan Malaysia. Setiap pagi selepas membaca akhbar itu, kemarahannya berulang semula.

Untuk berita TV dia menonton TV9 dan mengisi lebihan masanya dengan mendengar bacaan al-Quran oleh imam-iman Masjid Makkah dan Madinah dari cakera padat.

Minta maaf kalau cerita ayah saya ini tidak relevan buat saudara dan saudari dan membosankan. Tetapi saya berasa terhutang budi untuk menceritakan keluh kesah seorang tua yang sepanjang usianya komited kepada perjuangan.

Nota kaki: Hanya orang yang dangkal (dan tamak) sahaja akan membandingkan prestasi Mercedes E200 dengan Proton Perdana dan kemelut Mercedes lwn Proton ini adalah satu lagi petanda (symptom) kerajaan yang hilang kawalan dan tidak boleh dikawal. Suatu lagi kejadian yang menghina rakyat jelata yang dilanda inflasi dan kenaikan harga.

108 comments:

Anonymous said...

Dato AKJ,

ALHAMDULILLAH, Bapa Dato' menemui kebenaran di hujung perjalanan beliau.

Yang lain bagaimana pula?

Hj..

Anonymous said...

Dato, even though your dad is an angry old man, his mind is still alert and he make senses when he speaks, compared to the pembesar negara who is much younger but speaks nonsense all the time.

May I wish him good health at all times.

kucau said...

Salam Dato,

Say teringin membaca ramalan dato akan apakah yg akan berlaku kepada Bangsa Melayu jika ini semua berterusan. Kemanakah arah kita ?

mn said...

A.kum Datuk,

1. Agaknya kenapa bila usia dah tua baru sedar UMNO itu tak bagus?

2. Malah Dr.M pun bila dah tua, baru dia sedar dan keluar dari UMNO.

3. Mungkin dalam UMNO itu banyak syaitan dan iblis. Kerana syaitan dan iblis memang suka orang muda. Bila dah tua nak mati, syaitan tak berminat lagi..??

http://suarasukj.blogspot.com

H-AzaliaJoZannerZ said...

Doktor panel saya kerap mengajak saya berbual tentang politik bila saya mendapatkan rawatan untuk diri saya atau ahli keluarga yang lain.

Oleh kerana beliau agak dewasa, tambah pula bukan Melayu, pendapatnya tentang senario politik semasa agak menarik untuk saya terus mendengar.

Beliau pernah menyentuh perkara yang bapa Datuk sebutkan ini berkaitan dengan perjuangan "orang berada". Menurutnya, kalau pemimpin itu dari golongan berada, dia tidak lagi akan menggunakan kedudukan itu untuk mendapatkan kekayaan dan beliau beri contoh Tunku Abdul Rahman. Tetapi orang sekarang, menggunakan politik itu untuk mengumpul kekayaan.

Nampaknya, pandangan beliau hampir sama dengan bapa Datuk. Sebagai pemerhati, saya juga merasakan pandangan mereka ini ada kebenarannya.

Teruskan menulis, Datuk. Tak kerap tak apa...teruskan menulis.

dakit said...

Dear Datuk,

Apa yang diceritakan adalah sebahagian dari keluh kesah orang-orang kampung yang mana Pak Menteri kita dan YB Umno dah hilang "sense of reality / sensitivity" tentang susah payah untuk terus mengharung kehidupan masakini. Pak Menteri tak pernah isi minyak gunakan duit sendiri dan hidup kais pagi makan pagi... jadi bagi dia, "Aku peduli apaa!!"

Yup... for the past few months, ie after the recent election till November / December this year, apa yang pemimpin Umno concern is only whether they can win the post ie MT, VP, Pemuda Umno, Wanita Umno etc etc

To think about rakyat.... ???? Just no way !!!! Betul kata sesetengah orang... ahli politik ni tak takut Tuhan. Dan dia cuma takut kat rakyat masa pilihanraya aje. Kita dah "sergah" dia pun dan memerintah dengan handicap tanpa 2/3 majority still nak membelit rakyat (rather than membela rakyat....)

I can feel your father's concern about orang kampung. I've live my life from Kampung's day, to kota besar, to even leave in Canada, but I can still understand my Pak Cik and Mak Cik keluh dan kesah mereka di Melaka.....

Cuma sayangnya.... Melayu mudah lupa, ditipu setiap lima tahun sekali pun, dia tak kisah... We are just too unique and that's one of the challenge for our future PRU

Syeikh Akram said...

Minta maaf Dato', saya kurang bersetuju dengan kesimpulan ayahanda Dato'.

1) Pemimpin UMNO tak kira berlatar belakangkan keluarga berada atau miskin semua nya sama saje, lihat saje contoh terdekat Hisham and Najib, adakah mereka ini contoh anak gologan berada yang berjuang yang kita inginkan? Isu "Komisen Kapal Selam", bail-out kroni, kontrak etc masih belum diselesaikan. Hampeh belaka Dato'!

2) Kembali lah kepada pejuang gerak kerja Islam, insyAllah takkan wujud agenda peribadi dalam menegakkan pentadbiran negara khasnya dan Melayu Islam amnya.

Pak Malau said...

Dato,
Saya rasa ayah Dato pun sama macam Dr. Mahathir juga. Beliau marah kepada pembesar UMNO sekarang, bukan marah kepada parti UMNO.

Abu Hasan Adam said...

YB Dato'

Terlebih dahulu saya juga berasa bersyukur kerana masih mempunyai bapak yang berumur 84 tahun. Juga seorang pejuang dan 'intelek' lama yang mana segala tindak tanduknya sentiasa mendahului zaman.

Apa tidaknya. Mereka berani menentang Inggeris ketika kebanyakan rakyatnya masih takut dan berpeluk tubuh.

Mereka 'berani' menghantar kita ke sekolah Inggeris ketika rakyat masih bimbang untuk menghantar anak ke sekolah Inggeris takut kalau-kalau masuk Kristian.

Kini ayah saya juga kecewa. Beliau tidak mahu berbincang mengenai politik sekarang.Nampaknya dia sungguh kecewa.

Ungkapan yang sentiasa diungkapkannya secara sinis adalah, "Aku dulu berjuang ketika negeri nak merdeka, tapi orang sekarang berjuang tatkala negeri dah aman...."

zali said...

Penilaian ayah benar untuk jangka waktu terdekat? Bertahun ayah mempunyai persepsi salah? Samakah dengan orang ramai dan dato' sendiri yang mempunyai pandangan yang "benar" untuk seketika sahaja dan dalam selang jangkamasa yang panjang dahulu "tidak benar" ? Apa yang boleh dilakukan untuk kita mempunyai selang jangkamasa panjang berkeadaan benar ? Renungkanlah....

Apa yang sebenarnya isu Merc vs Proton ...... balas dendam ? arahan Sultan ? kebodohan MB ? atau kita yang bodoh tak faham-faham ? .... mungkin kita tu saya seorang saje.

Anonymous said...

Datuk,
Ceritera mengenai ayahanda Datuk,mengingatkan saya kepada Allahyarham bapa saya yang Mati di Umur 84 Tahun.Hari ini genap 1616 hari beliau ke Rahmatullah.
Dari pengamatan saya,tahun- tahun terakhir sebelum kematiannya,beliau adalah pengundi Bulan, walaupun sebelumnya beliau ialah pengundi Kapal Layar dan memudiannya Dacing yang tegar.
Saya hairan mengapa bapa saya mengubah pendirian dan sokongannya. Hari ini, apabila saya membaca posting mengenai ayahanda datuk baharulah saya mulai hendak faham mengapa agaknya beliau berubah sokongan.
-makangaji.

Anonymous said...

Keluhan itu sama dan serupa tetapi hari ini TG Nik Aziz telah memberi sinar dan penawar kepada UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu dengan meletakkan perjuangan Islam sebagai dasar utama supaya semua bangsa dapat berlindung di bawah ajaran Islam sebenarnya, dan untuk itu PAS bersedia berkorban, PAS turut dibubarkan.

UMNO umpama pesakit yang sambung nyawanya dengan 'tong oksigen' kini diberi tawaran oleh doktor pakar. Apakah UMNO ada pilihan ? Jika UMNO menolak mentah mentah, ia seolah olah memberi kebenaran untuk doktor mencabut sambungan wayar talian hidupnya.

Inilah penawar yang paling mujarab, jika Dolah bersetuju ia bukan sahaja dapat meletakkan Islam ditempat yang paling wajar, tetapi dapat menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia sekaligus Dolah kembali bermaruah dan 'bersih'.

Kesanggupan Dolah untuk membubarkan UMNO tidak ada keraguan, tetapi mahu melepaskan segala 'kemewahan' dan 'kuasa' anak menantu bukanlah sesuatu yang mudah untuk Dolah - kluangman

Anonymous said...

Dato,

Orang Politik zaman awal/dulu kebanyakan guru-guru sekolah yang memahami dan bersungguh untuk memperjuagkan agama, bangsa dan negara. Tapi sekarang ini hampir keseluruhan orang politik berniaga dan melihat politik adalah jalan pendek dan mudah untuk cepat menjadi kaya.

Mungkin PRU13 nanti senario politik negara akan berubah dan masa untuk mengumpul kekayaan menjadi terhad. Mungkinkah dalam benak pemikiran ahli politik berkata kalau tak kaut sekarang bila lagi?

Musibahnya tiada lagi yang nak membela nasib rakyat. Makcik pakcik sekarang ni ke pasar beli ikan kembung dah tak timbang kilo. Kalau ada RM2 di tangan, banyak itulah akan dibelinya. YB-YB diluar sana tau ke berapa ekor ikan yang dapat dibeli dengan RM2?

-pokyus-

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Dato

Saya rasa perasaan itu mutual dikalangan ahli/penyokong umno. Satu masa dulu saya tidak lepas beli NST untuk bacaan sejak sekolah menengah tetapi kini ia hanya membuang duit. Perasaan datang bukan kerana hasutan tapi dari pemikiran dan kesedaran sendiri, saya kini mual dengan perangai pembesar kita, pembangkang tidak juga terlepas. Yang berkhidmat ikhlas, alhamdulliah tetapi yang gilakan kuasa dan harta ini yang memburukkan lagi keadaan.

malangnya, realiti orang kita, mudah dibeli dan selesa

Wasalam

Syed

donmny said...

DENGAN IZIN MOHON MAAF

....kebetulan dato berasal dari tobiar. apa kata cuba 'belek-belek'
blog sejarah kedah tua oleh anai-anai. banyak ceritanya tentang tempat dato'.

....diceritakan oleh sejarah kedatangan islam melalui parameswara pada tahun 1400.

....tapi makam ditanjung inggeris langgar (dekat dengan tempat dato') batu nisannya bertarikh 950 masehi.

jom dato, balik kampung...jadi 'biul' kita dok pikiaq masalah hari ni, depa yang berkenaan buat 'doo noo' je.

Anonymous said...

Dato'

Bagi saya isu mercedes ini adalah kegagalan Abdullah mengawal subordinate nya! dia gagal kontrol.. dan sudah diluar kawalan..

Anonymous said...

Dato

Ayah saya adalah bekas guru lulusan darjah 6 dulu dan merupakan ahli UMNO sejak muda lagi.Sekarang beliau beusia 75 tahun.Saya masih ingat, bila tiba musim pilihanraya, berminggu-minggu dia balik sekejap kerumah. Sebok berkempen untuk UMNO.

Sepanjang penglibatannya dalam parti, beliau happy menjadi ahli biasa sahaja. Segala jerih keringat yang beliau curahkan hanya untuk ugama dan bangsa tanpa mengharapkan balasan.

Beliau meninggalkan UMNO setelah UMNO diharamkan hingga hari ini. Namum jauh disebalik hatinya beliau masih mengharapkan akan muncul seorang pemimpin baru yang boleh membawa UMNO ke landasan yang asal.

saya? - Selepas UMNO diharamkan, hati saya tertutup rapat kepada UMNO(baru). Jika UMNO asal masih ada mungkin saya menjadi ahli memandangkan kami adik beradik mendapat manafaat dari dasar DEB dulu.

Yang paling menguriskan hati saya dan ayah saya adalah keenganan TDM masa itu menggunakan kuasanya sebagai menteri dalam negeri untuk menghidupkan semula UMNO yang telah diharamkan oleh mahkamah.

Mungkin keengganan TDM menggunakan kuasanya menghidupkan UMNO masa itu lebih terdorong kepada kepentingan politiknya.

Rentetan yang berlaku selepas itu yang membawa kepada keadaan parah sekarang TIDAK MEMERANJATKAN SAYA DAN AYAH SAYA!

bat8

mantra-indeeptots said...

Salam Dato,

No discount about this part -
Dia berkata kepada adiknya: "...Hari ini depa hancurkan bangsa. Allah Taala turunkan bala."

What say you about muqabalah UMNO-PAS? The intention is pure.. for Malay unity but there is a 'BUT' for UMNO!!

Anonymous said...

alhamdullillah .

cuma a bit too late !

what about the son of the father ?

Anonymous said...

Assalamu'alaukum wtb Dato',

Saya selalu membaca ruang ini tapi ini kali pertama saya buat komen.

Saya bersetuju 100% dengan apa yan gdi katakan oleh ayahanda Dato'.

Saya rasa UMNO sekarang dah hilang panduan, pemimpin bermula dari peringkat cawangan, bahagian hinggalah ke MT, boleh dikatakan hampir semuanya, bukan lagi berjuang untuk Alif, Ba, Ta ( Agama , Bangsa dan Tanah Air ) tapi untuk perut masing-masing.

Walau pun masih ada yang betul-betul Ikhlas, walupun jumlah mereka amat sedikit, mereka ini jarang-jarang boleh melepasi, peringkat Cawangan.

Bagi saya apa yang berlaku di terengganu sekarang menandakan 'malapetaka' yang akan menimpa UMNO, jika tidak di tangani dengan betul dan Ikhlas.

Saya seru kepada pemimpin UMNO, sesat di hujung jalan baliklah kepangkal jalan.

Ingatlah, perjuangan asal UMNO bukan setakat untuk orang Melayu, tetapi untuk SEMUA rakyat Malays/Malaysia.

Tok Janggut,
Pulau Pinang.

Anonymous said...

Assalamualaikum dato',

Saya sgt setuju dengan dato, abah saya sendiri (berusia lebih 70 tahun) berasal dari sebuah kampung di Pendang Kedah, bekas pemimpin UMNO cawangan dan keluhannya juga sama seperti bapa dato'.

Baru-baru ini saya pulang ke kampung dan semasa bersembang dengannya, abah berkata...

"Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang semuanya asai keluarga orang senang, orang kaya. Depa tak pernah rasa hidup susah. Macamana depa nak paham hidup susah orang kampung macam kita ni. Depa pandai kata minyak naik, harga barang tak naik (inflasi dalam bahasa sekarang), cuba depa mai dok hidup kat kampung ni..."

Cukup beremosi abah hari tu. Tapi difikirkan sejenak memang ada kebenaran kata-kata abah tu...

al-Balingi said...

Dato,

Kisah yang cukup menarik..I can feel it..satu lagi pengajaran untuk semua..

Iskandar PT said...

Salam Kepada Dato' dan Ayah Dato'.

Bila kita tua barulah kita sedar bahawa UMNO tak relevan lagi untuk orang melayu..nasib baiklah saya masih muda semasa saya sedar bahawa UMNO bukan lagi wadah perjuangan untuk orang melayu.

Sesetengah orang dah tak berguna lagi pada UMNO barulah nak sedar bahawa UMNO semakin jumud perjuangannya.

UMNO......ish....makin karam

Anak_Parit

Cak Kun Cak said...

YB Dato,

Kisah kemarahan ayah Dato sebenarnya adalah serupa dgn kemarahan rakyat secara keseluruhannya.

Ianya tidak pelik. Kedah tewas kepada PAS bukan satu misteri. UMNO kelam kabut dan patut di kalahkan.

UMNO masih kelam kabut tetapi UMNO masih degil dan berasa ianya kebal dari kekalahan.

Jelaslah peluang untuk sedar diri yang rakyat berikan dlm PRU 12 yg lepas telah dan akan terus disia-siakan.

Saya pun ada berjumpa dgn beberapa org tua yg marah. Mereka katakan begini kepada saya," Cuba bayangkan apakah parti yg 'menghina' pemimpin nya yg berjasa (mereka maksudkan YAB Tun M) dpt memimpin dgn wibawa?" Saya tidak menjawab, dan mereka menyambung," Kau sokong sajalah PAS,UMNO takkan sedar selagi tak jatuh tersungkur"

Ini pandangan yg sgt tepat. DS Abdullah dan anak menantunya takkan sedar selagi tak tersungkur.

InsyaAllah negara bertuah kita ini takkan terus dirosakkan oleh org2 yg pentingkan diri sendiri.

Anonymous said...

Dato',

Walaupun saya bekas wartawan Utusan, saya sekarang tak lagi membaca Utusan pd pagi2 hari. Kalau nak baca pun kemudian2. Saya berusaha utk baca paper2 lain dulu (cth: The Star). Sebabnya Utusan selalu membuatkan mood saya tak baik sepanjang hari tu kalau saya baca dia dulu. Jadi marah atau jadi sedih. Memang taktik (gimik) Utusan begitu, nak tarik pembaca.
Tapi kesian pd Ayah Dato'. Sebagai org kampung, paper apa lagi dia nak baca kan? BH lagi la melalut.

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

Satu anekdot yg mencuit minda, Tok KJ. Dalam mengajar, menghibur! :D

Anonymous said...

Dato,

It doesn't matter if Dato writes about anyone (in this case, your father) or anything. The fact that Dato continue to write itu yang penting. Saya kalau tak baca sesuatu from Dato tak 'kena' minggu saya.

I think how Pak Lah handles this Merc case is totally ridiculous. What is he afraid of Said? Now kononnya the car is for visiting foreign dignitaries - how many such dignitaries would visit Tganu in a year, meanwhile what happens to the cars? As it stands now pun we can see the Excos driving it. Who is there to check pun, sudahlah negara kita ini sangat terkenal dengan enforcement.

Its all a joke. A joke on us. The leaders know they can do this and will keep doing this and then hope that whenever they get caught it will go down quietly. And why not, its the same reaction everytime.

Meanwhile, where is Pak Lah's so called reforms? Where's the asset declarations of the ministers?

R@duan said...

Dato,

Zaman dahulu dengan zaman sekarang amat jauh bebeza. Dahulu pejuang mempergunakan politik untuk kepentingan rakyat. Tetapi sekarang orang mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik dan peribadi. Sekarang ni, Tak kira apa pun jenama politiknya sama sahaja bagi saya... oang yang terlibat dengan politik sentiasa mencari peluang dan ruang untuk kocek sendiri. Siapa yang hendak buat kerja percuma sekarang ini???

Raduan Norudin

+++EwoQue+++ said...

Dato AKJ,

Kalau inilah yang lahir dan beliau muntahkan dari mulut beliau sendiri, saya percaya memang itu lah kebenarannya. Mereka lebih tahu tentang erti kehidupan dan matlamat asal perjuangan mereka dengan perjuangan yang ada sekarang. Itulah sebabnya mereka 'marah' dan 'maki' kepada merka yang tidak bertanggungjawab.

Orang dulu-dulu idealisma dan semangat perjuangan mereka sangat berbeza dengan perjuangan orang sekarang ini terutamanya anak-anak muda yang lahir selepas merdeka seperti juga saya ini.

Mereka ini masih kabur dan buta tentang kehidupan dan matlamat masing-masing terutamanya anak-anak muda yang masih mentah dan berhingus lagi di hidungnya.

Hari ini bukan sahaja orang miskin yang 'sakai' dan 'jakun' dengan wang ringgit, tetapi sesiapapun akan jadi lupa diri dan tunduk dengan segala nafsu syaitan. Melainkan pegangan agama dan ajaran agama yang di terimanya yang akan menyelamatkan dirinya daripada nafsu syaitan ini.

Inilah dugaan besar kita umat islam yang ada hari ini terutamanya yang da di negara ini. Mereka terlalu mengejar kekayaan dan kebendaan dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan ini semua. Mana ada yang halal dan yang haram bagi mereka mahupun 'undang-undang' yang di buat manusia.

Cuba Datuk AKJ perhatikan dan amat-amatikan bagaimana orang-orang dahulu mendapat ajaran dan belajar tentang agama dengan orang-orang sekarang ini? terus terang saya katakan 'pengajaran' yang ada pada mereka ini sangat kurang dan terlalu terhad ataupun jika datuk AKJ percaya, ada yang tiada langsung pada diri mereka.Maafkan saya berkata demikian. Tapi inilah hakikat dan pemerhatian saya selama ini. Mungkin juga saya silap.

Hanya mereka yang tidak lupa dan sedar sahaja yang akan mencarinya dan mempelajarinya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Terutamanya, ibubapa yang seharusnya memainkan peranan yang sangat penting demi untuk anak-anak mereka mendapatkan ilmu dan ajaran tersebut supaya suatu hari nanti mereka ini tidak lupa dan sesat di tengah-tengah jalan.

Inilah juga bagi saya punca permasalahan yang ada hari ini. Mereka sudah lupa dan juga ada yang buat-buat lupa tentang perkara yang saya sebutkan tadi. Maka tidak hairanlah saya mengapa mereka bersifat sedemikian dan perlakuan mereka juga dapat kita nilaikan hari ini.

Apa yang kita harapkan, mereka-mereka yang lebih arif dan tahu akan kebenarannya supaya tampil ke depan dan berani untuk menegur dan bersedia untuk membetulkan mereka-mereka ini yang sudah jauh menyimpang. Pimpinlah mereka kembali dan sedarkanlah mereka-mereka ini seperti seorang ayah menyayangi anak-anaknya.

Tidak salah bagi orang-orang yang lebih tua daripada mereka ini melakukan sesuatu yang betul dan ikhlas demi agamanya, bangsanya dan negaranya. Mereka yang telah tersesat ini perlu di perbetulkan dan di tunjukkan kebenarannya dan janganlah di biarkan seperti gajah naik tocang, kelak semua bangsa kita yang merana hasil perbuatan mereka-mereka ini.

Sebagai orang muda dan belia harapan negara mereka haruslah bersedia menerima apa jua teguran dan amaran daripada mereka ini supaya mereka sentiasa ingat di dalam hati mereka agar jalan yang mereka pilih itu benar-sebenar-benarnya. InsyaAllah bangsa Melayu akan jadi hebat dan perkasa semuanya.

Kepimpinan dan suara mereka juga amat di perlukan bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan masing-masing tahu akan matlamat dan panduan perjalanan hidup mereka ini tidak sia-sia.

Dan yang penting di sini yang saya ingin ingatkan kepada mereka yang muda-muda ini supaya 'hormat' dan bersedia menerima segala teguran dan kemudiannya ikhlas membetulkan apa yang salah pada diri mereka demi umat manusia yang ada di negara ini. Jika mereka ini tidak di pimpin maka sekali lagi saya tegaskan akan binasa dan musnahlah bangsa kita suatu hari nanti.

AMN
moderator akubencipaklah.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Datuk,

Malangnya kisah ini masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kepimpinan UMNO.

Jangan kita tengok yang atas sahaja. Dari peringkat cawangan lagi corak pemilihan sudah mengetepikan kebolehan memahami isu-isu makro.

Sebaliknya,walaupun di kawasan bandar,pemimpin yang pandai susun gotong royong lagi dipentingkan dari yang memahami isu 'stagflasi'.

Pendapat selanjutnya
www.suaradu.com

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya setuju benar dengan pendapat Dato' dan bapa Dato'. Ini realiti kehidupan masyarakat masa kini.

PM kata dia perlukan masa sehingga 2010 untuk membetulkan keadaan supaya apa yang akan diserahkan kepada Najib kelak sudah "cantik".

Keadaan apa yang mahu dibetulkannya?

Sehingga kini, masih belum ada satu pun langkah konkrit yang diumumkan untuk menghadapi masalah ekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kos sara hidup rakyat.

Usaha-usaha menguatkan kuasa politik tu banyaklah!

ON A PERSONAL NOTE : Saya faham Dato' sibuk orangnya. Walau bagaimanapun saya harap Dato' dapat peruntukkan masa lebih sedikit untuk menapis posting komen-komen di sini. Bapa saya, seorang bekas askar melayu diraja, telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Amat sakit hati saya apabila Dato' bercerita tentang bapa Dato' dan ada yang mengulas "Bila dah tua nak mati, syaitan tak berminat lagi..??" Malah dalam beberapa posting sebelum inipun telah banyak terlepas "komen-komen bodoh". Either we agree to agree or we agree to disagree. Tidak perlu batu api atau komen yang tidak berpijak di bumi nyata.

zeme said...

Salam Datuk,

Memang benar bagai mulut dikata, tepat bagai dilihat mata. Orang UMNO lama dulu jelas mementingkan PERJUANGAN namun orang UMNO baru kini mementingkan PEROLEHAN & PENDAPATAN.

Wasalam.

changgeh said...

Dato, saya rasa apa yang dirasakan oleh ayahanda Dato itu memang ada kebenaranya.. Saya berasal dari Terengganu dan berasa amat kecewa dan hampa dengan apa yang sedang berlaku dalam politik terutamanya dalam polimik kereta mercedes ini.Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi dan tidak ketentuan mereka2 yang diberikan kepercayaan langsung tidak memperdulikan. Bukan hendak diminta wang tetapi sekurangnya bersama lah dengan rakyat dalam mengharungi keadaan ini, sekurangnya bersimpati dan bukan masanya untuk mewah dan bermegah2.

mariwana jawa said...

Kalau mengikut kesimpulan ayah Datuk, rasa2nya UMNO akan kembali bermaruah dalam masa terdekat. Ini ialah kerana anak2 para pemimpin generasi baru dari latar belakang yang miskin atau sederhana tetapi telah menjadi kaya raya, akan mula berjinak2 di dalam politik. Bak kata Haz, mereka tidak lagi akan menggunakan kedudukan itu untuk mendapatkan kekayaan.

Kenyataannya ada juga dari kalangan politikus tamak di hari ini berasal dari keluarga berada. Malah mereka sanggup memalukan perjuangan bapa2 mereka untuk mengaut lebih lagi sambil menipu tanpa segan silu.

cenderawasih said...

Dato' AKJ,

Bapa Dato' adalah seorang yang begitu committed dengan perjuangan UMNO dalam jangkamasa yang begitu lama. Memang benar UMNO yang original telah banyak berjasa kepada orang Melayu; contohnya, Allahyarham Tun Razak dengan rancangan FELDA beliau dimana rakyat yang susah diberi tanah dan dengan 'hand-holding' untuk menjayakan tanah yang diberikan. Dari segi perundangan, sesiapa saja yang bersalah dihukum mengikut lunas undang-undang, tidak kira pangkat dan kedudukan; contohnya, Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim dipenjarakan walaupun mereka waktu itu orang-orang berpengaruh dalam UMNO.

Bapa Dato' telah sedar terhadap realiti UMNO hari ini. Segala-galanya telah berubah bila UMNO yang asal telah berkubur bila ianya diharamkan oleh mahkamah. Organisasi yang sebut UMNO hari ini sebenarnya telah didaftarkan sebagai UMNO BARU, dimana ketentuan arahtuju organisasi ini lebih menjurus kepada 'one-man show' - Dr Mahathir. Jadi, UMNO hari ini bukanlah UMNO yang dulu. Tidak ada kesinambungan antara keduanya. Dalam era UMNO BARU inilah sistem perundangan kita telah rosak dengan teruknya; berlaku perkara-perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita akan berlaku; corruption yang begitu ketara dikalangan menteri-menteri yang telah menjadi 'open secret' dengan tidak ada sebarang tindakan tegas yang diambil; kekalutan dalam urusan ekonomi yang amat membebankan rakyat.

Kesimpulannya, UMNO yang asal telah banyak membela rakyat, tetapi UMNO BARU hari ini banyak menyeksa rakyat. Saya rasa bapa Dato', sebagai seorang yang telah berjuang begitu lama, mesti terasa amat terkilan dengan keadaan semasa, yang telah mengakibatkan kemarahan beliau.

suffian said...

salam........Dato'.......
saya salah seorang pembaca blog dato',dari kampung Jalan Lombong Banggol Besi,saya kenal ayah Dato',bagus juga dato'cerita tentang ayah dato'.cuma saya tak pernah berjumpa dengan Dato'.Saya berharap sangat dato' tulis apa yang betul dan apa yang salah macam sekarang ni.
sekian Dato'
salam.

suffian said...

Salam......Dato'....
Saya salah pembaca Blog Dato'yang berasal dari Jalan Lombong Kampung Banggol Besi.Saya amat meminati tulisan Dato' yang 'Independent'.Teruskanlah menulis...
sekian Dato'

TakiAki said...

Tabik Dato...

dato cukup beralas apabila memohon izin dan maaf ttg tulisan yg Dato sifatkan sebagai pribadi ini.. walaupun sebenarnya kepada saya yg masih mentah ini, cerita yg Dato tulis ini merupakan satu pelajaran yg berharga untuk saya belajar mengenal mana intan dan mana kaca...terima kasih..

Anonymous said...

Salam Dato'

Ayahanda Dato' adalah salah seorang dari 2,997,000 orang ahli UMNO yang sudah pasti tak sokong The Sleeping Beauty AAB jadi Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Tapi 3000 ahli UMNO yang lain adalah penentu AAB sama ada jadi Presiden atau tidak. Berita terkini yang amat boleh dipercayai ialah majoriti dari mereka 'dah dihuloq' maka AAB hampir pasti akan jadi Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Dan saya menawarkan diri untuk memandikan 'jenazah', mengkafankan, mengkebumikan serta mentalqin UMNO selepas PRU13 akan datang.

Anonymous said...

Taniah buat Datuk kerna mempunyai ayah yg bergitu terbuka fikiran di dalam usia bergitu..

Anonymous said...

Salam Dato'..
Cerita tentang bapa dato' itu sungguh jarang sekali kita dengar kerana rata-rata umum mengetahui bahawa veteran-veteran UMNO amat berpegang teguh kepada parti dan jarang yang ada berfikiran terbuka seperti generasi baru sekarang.Syabas diucapkan kepada bapa dato'.
Selain itu saya berharap agar dato' dapat memberi ulasan mengenai muqabalah di antara PAS dan UMNO.Ada ura-ura mengatakan mereka akan bergabung.Sejauh mana pandangan dato' mengenai hal ini.

encik MIE said...

http://dewawang.blogspot.com

SAYA ingin berkongsi pengalaman politik UMNO di Taman Medan, PJ Selatan-PJS.

Pada 1999, pilihanraya menyebabkan Datun PAduka Hajjah Noorkhaila Jamaluddin telah menang dan menjadi EXCO wanita. Dia disukai rakyat dan saya pada masa itu menjadi wartawan. Dia takut pada Khir Toyo yang tidak sukanya yang suka membela rakyat dan selalu mengemukakan masalah rakyat kepada Majlis Mesyuarat EXCO Selangor.

pada 2004, Pengganti beliau, Haji Wahab mendapat majoriti melebihi 12ribu dan tertinggi di selangor, ketiga tertinggi di Malaysia. Ini kerana penduduk taman medan masih mengingati janji dan sumbangan Norkhaila.

Dia turun padang. Dia selalu menelefon saya dan saya mengikutnya ke tempat sampah, rumah setunggan, ibu tunggal, jalan rosak, dsb. Itu sebabnya orang suka beliau tapi Khir tak suka. Khir pernah beritahunya, kalau hendak masuk politik mesti ada wang, jadi Norkhaila adalah orang biasa macam kita semua, selalu susah.

2008, UMNO-BN kalah lebih 3000 undi pada PKR sebab salah letak calon. Calon disukai oleh Khir, iaitu MEMUSNAHKAN SEMUA CAWANGAN YANG MENYOKONG NORKHAILA DENGAN WANG DAN TIDAK DIPANGGIL UNTUK MENSYUARAT PERTANDINGAN. Akibatnya, hampir 80% penyokong Norkhaila mengundi PKR free-free aje sebab protes. Saya dan isteripun berbuat demikian kerana tidak puas hati.

Jadi, pasal pemilihan UMNO, saya takut UMNO akan jadi lupa diri. sekarang 2008, bukannya 2004 di mana UMNO berada dalam ZON BAHAYA.

raj raman said...

AKJ,
One weekness in yourself - anonymous tak layan tapi comment pertama anonymous dilayan.

Comment kedua - dalam cerita tentang orang Politic sekarang dalam UMNO sekarang kebanyakan dari orang yang tak ada pendidikan dan bukan dari keluarga kaya - Yang Najib dan Hishamuddin itu asalnya dari keluarga siapa?(banyak lagi)

Tentang Bapa Kadir - I love the man more than anyone.Its food for my thought and soul.

rajraman666.will shoot anyone in any blogs when make mistake.(Do i need to call you Dato?- U r human and i am the human in form 666.)

Please communicate AKJ - reply to my comments after you save and moderate.A blogs should be to way communication - one for you and one for the bloggers like me,so i can learn what my mistake or yours.

MAY GOD BLESS YOUR FATHER.

epain said...

sy boleh paham cerita ni walaupun sy ni masih muda....

itu br cerita org lama yg dah muak dgn umno...

apatah lg org muda mcm sy yg sememangnya meluat melihat kemelut dlm umno...pilihanraya dah hbs, tp dok cerita benda yg bukan-bukan...

sekang ni masa bekerja...kalau betul umno adlah refleksi perjuangan...apa yg diperjuangkan sekarang ni?...

Mr. Smith said...

The Malays have been deceived by UMNO into believing that the party was their protector.
And UMNO leaders abused that trust to amass wealth for themselves and their families.
They send their children to International Schools for primary education and then pack them off to foreign universities.
Even the Education Minister does not trust his own education system.
But they shout from roof tops to defend Bahasa Malaysia.

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Sdr. tak perlu mintak maaf. Adalah menjadi hak saudara untuk menulis asalkan ia tidak melanggar undang-undang.

Kerajaan yang tidak kuat dan mempunyai sejarah flip-flop tidak akan dihormati. Bila tidak kuat dan suka flip-flop maka semua orang (termasuk para pengikut parti sendiri) tidak menghormati akan apa-apa komen serta keputusan yang dibuat.

Semakin hari, keadaan ini semakin jelas dan ketara walaupun media arus perdana sentiasa cuba mengalih perhatian kepada kepencongan serta kelemah pimpinan parti lawan.

Saya bukan peminat parti lawan tapi saya lebih rela memilih mereka bukan kerana sudah melaut dengan para pemimpin BN khususnya UMNO.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Dato AKJ,

Kemarahan orang-orang tua kepada kepimpinan sekarang kerana mereka lalui semua liku perjuangan pejuang2 terdahulu. Pejuang2 dahulu sebenarnya tidak mementingkan diri sendiri tetapi atas perjuangan yang tulen iaitu memanjukan bangsa dan mempertahankan hak kemerdekaan negara sebab itulah ayah Dato AKJ bosan dengan kepimpinanan sekarang.


2. Saya berdoa semoga ayah Dato AKJ Tuan Jasin Tahir dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang berkekalan. UTON51

Anonymous said...

Assalamulaikum
Dato dan semua pengunjung,
Sedikit komen dari saya. Saya tak tahu samaada sistem berparti itu baik atau tidak untuk untuk kesejahteraan umat Islam. Saya juga tidak meragui keikhlasan PAS dalam memperjuangkan Islam. Tetapi yang bermain dibenak saya ialah mengapa PAS menetapkan syarat yang begitu ketat untuk bekerjasam dengan umno, sedangkan dengan DAP sanggup pula beralah. DiManakah rasionalnya.

Ahmad A Talib said...

Salam, Datuk Scribe,

Jika Ayahanda Datuk marah dan keciwa dengan perjuangan parti yang didokongnya sekian lama, saya percaya ramai lagi yang memendam perasaan demikian. Saya berdoa agar beliau terus berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Begitu juga dengan Bonda Datuk!

Saya berjumpa juga dengan beberapa kerat pemimpin Umno bawahan, dan kelohan mereka tidak banyak beza dengan kelohan Ayahanda Datuk. Mereka seolah-olah bingong dengan keadaan hari ini. Di peringkat atasan, pembesar2 Umno bercerita tentang jutaan RM yang diperuntukkan untuk pelbagai jenis projek. Di peringkat negeri, cakap2 pembangunan lebih kedengaran di kawasan di mana ADUNnya menjadi Exco atau MB. Adun di mana tempat saya berkebun adalah orang PKR. Kawan kebun beritahu, dia pun dak tak muncul dalam mana-mana majlis atau apabila ada kematian dan sebagainya. Yang Ketua Bahagian pula sibuk untuk mencari ruang untuk menampilkan diri dan mendapat tempat di perhimpunan agung Disember ini.

Anak-anak muda? Sebahagian dari mereka terbiar. Mereka bertemankan dadah dan daun terup. Masa habis terbuang dan usia muda dipenuhi dengan borak kosong. Mereka ke sana ke mari dengan motorsikal, berjinak dengan rokok sebelum naik taraf ke dadah yang bahaya dan merosakkan.

Yang jelas, di kebun saya, pemimpin PKRnya tak tahu memimpin atau tak memimpin; pemimpin Umnonya sibuk mencari pengaruh dan memimpin sambil lewa. Saya tak nampak kejujuran mereka. Pemimpin di atas semua berteriak bahawa mereka jujur dan ikhlas.

Saya ragu. Sejak kebelakangan ini, kita lebih banyak bertindak selepas tergadah, lebih banyak, dengan izin, 'fire fighting.' Apakah satu hari nanti api itu akan merebak dan membakar kita?

pahit manis

Cheguman said...

Tidak ada sesuatu yg baru dlm komen-komen di sini. Penyokong PAS telah beriktikad bahawa UMNO sebuah parti yg salah dan PAS betul. Malah saya dpt menghidu kedua-dua parti lebih dilihat sbg sebuah agama berbanding sebuah parti siasah.

Mohamad Hafidz said...

Nampaknya UMNO semakin tidak relevan lagi.

Soalnya adakah perlu ianya dibubarkan sahaja dan satukan semula dengan parti PAS?

Harap Dato' dapat ulas sedikit..

Abi Ayyub said...

Ayah Dato sedar juga, dan ramai lagi rakyat Malaysia yang sedar akan situasi semasa. PRU 12 adalah contoh yang jelas.

Orang UMNO sebenarnya dah terlalu bongkak dan sombong, ingat rakyat ni boleh diperbodohkan sentiasa.

Kalau tak sedar juga, dan berubah, makin tambah hancurlah. Kalau PAS makan umpan, nanti kita ada dua parti satu Melayu(perasan Islam) dan satu lagi Multi Etnik Malaysia.

Masa tu tambah racialist, lepas tu gaduh terus.

Heical said...

Habislah promosi Proton V6 , dah dilingkupkan beberapa ahli politik.
Takut dengar kos yg begitu tinggi utk
penyelenggaraan V6.
Betul ke atau sengaja V6 dijadikan kambing hitam . Proton perlu bela diri.

Anonymous said...

Askum Dato'AKJ

Dari simpulan empunya cerita saya dapat membuat beberapa penelitian ;

1.Itulah sebenarnya permainan politik umno sekarang yang menari bukan mengikut rentak yang rakyat palukan.Aku apa peduli dengan engkau semua , aku dipuncak kuasa.Boleh buat aku punya suka, nak pakai kereta tempatan ke atau kereta impot. Kereta impot la lagi bagus. Bukan duit aku.Begitu la agaknya yang tersirat dihati.

2. Perihal rakyat miskin dikampong aku akan tengok 4 tahun lagi. Bila turun padang media arus perdana akan membuat liputan terbaik, pemimpin turun padang.Habis lah kesangsian rakyat.

3. Rakyat terus diperkotak-katikan, matlamat dah tercapai.Rakyat hidup tersepit akibat kesan kenaikan harga bahanbakar, kakitangan sokongan kerajaan pun telah merasai kesannya, dulu berkereta kini naik motosikal walaupun terpaksa berhujan berpanas, depa naik merz. Bagus la tu..., tunggu la PRU 13 tau la nak ajar nanti.

4. seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersifat Qana'ah , yakni redha apa yang ada, tengok negeri pakatan rakyat Pulau Pinang, Perak,Kedah, Selangor dan Pas diKelantan cukup sekadar apa yang ada. Agenda rakyat menjadi prioriti.

5. Pucuk pimpinan sekarang sedang saman menyaman , hang saman aku aku saman hang, mahkamah nanti boleh jawab. Kerana hanya nak menentukan kekal dalam jawatan sekarang , kalau tidak miss la sorro.Samy vello dah miss sorro.

mohon maaf atas kesilapan

GAP's said...

Assalamualaikum Dato' AKJ, mohonmencelah isu lain... patriotik menjelang ulangtahun kemerdekaan...

Melihat brosur Galeri Petronas tertera 'sebuah karya yang tempah khas sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 51'. Penulis tercari-cari siapa Jiawei Shen itu? dan dunia internet amat membantu. Beliau adalah seorang pelukis handalan AUSTRALIA. Tidak pasti kemana perginya semangat patriotik kita, jika lukisan untuk ulangtahun kemerdekaan ke-51 Malaysia tidak ada seorangpun pelukis Malaysia yang dapat melukiskannya. Harganya? boleh semak sendiri http://www.portraitartist.com/shen/fees2.htm - barangkali ditempah atas semangat KOMANWEL kut.

Mungkin ada benarnya rungutan sesetengah dari kita, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Karyawan kita tidak dipandang di negeri sendiri. Latiff Mohidin, Ibrahim Hussein bila nak dapat Dato' nya. Kenapa tidak karya mural untuk kemerdekaan dikomisenkan kepada Jaafar Taib atau Azman Yusof sahaja? Nama yang cukup terkenal dengan karya yang memukau?

Barangkali ini mengulangi sikap sesetengah kita yang nampak "rumput di halaman jiran lebih hijau dari halaman sendiri", tetapi inikah yang harus ada dalam jiwa para pentadbir kita?... dalam semangat hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan pun masih bergantung kepada orang luar...
Posted by Hamidon Ahmed - Gabungan Persatuan Pelukis Se-Malaysia

duasenkami said...

Dato,
Saya ingin menceritakan kisah Hajah Fatimah Mustapha, ibu mertua allahyarham abang saya. Mak Temah sudah hampir 20 tahun lumpuh dan terlantar di rumahnya akibat serangan angin ahmar. Rasa saya usianya sudah lebih 80 tahun. Mak Temah adalah antara pengasas UMNO Bahagian Bagan di Butterworth. Habis hartanya dibelanjakan kerana perjuangan UMNO. Malah, sebahagian tanah miliknya di Jalan Siram (Siram Road) dijadikan ibu pejabat UMNO, manakala ruang bawah rumah lamanya di tapak itu dijadikan kelas tadika UMNO. Sejak terlantar sakit, tiada seorang pun pemimpin UMNO datang menziarahinya. Setiap kali saya menziarahinya inilah ungkapan yang saya dengar daripada mulut beliau yang sudah kekejangan akibat strok. Inilah serikandi pejuang bangsa. Malangnya orang seperti Hajah Fatimah sudah tidak berguna lagi untuk pemimpin parti masa kini. Kalau ini boleh berlaku kepada beliau, ia juga boleh berlaku kepada pemimpin sekarang dan yang akan datang.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Pandangan seorang veteran seperti ayahanda Dato' sudah tentu lebih jujur, tulen dan bebas daripada sebarang ikatan kepentingan. Itulah gambaran pandangan majoriti orang kebanyakan, sama ada di kampung atau kota, yang selama ini begitu menyanjung Umno sebagai wadah politik mereka. Bukan Umno yang mengecewakan mereka tetapi para pemimpinnya, khususnya Pak Lah yang ternyata terlalu lemah untuk menjadi seorang ketua, sama ada untuk Umno, BN serta kerajaan.

Bagi orang Melayu, alternatif yang ada ialah PAS. Pada PRU-12, orang Melayu telah menunjukkan kecenderungan yang jelas terhadap PAS sebagai alternatif bagi Umno. Walaupun Umno masih menang di banyak kawasan, peratusan undi yang diterima oleh PAS dari kalangan orang Melayu meningkat dengan ketara. Sekarang ini orang Melayu yang masih mempunyai sisa harapan pada Umno memerhatikan dengan teliti Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan penghujung tahun ini. Sekiranya pemimpin Umno terus mendodoikan lagu yang sama selepas Disember ini, yakni Pak Lah masih bertakhta sebagai Presiden, pengaruh PAS akan lebih menular di kalangan orang Melayu.

Lebih penting daripada peluasan pengaruh politik, perjuangan menyelamatkan negara daripada pemimpin kerajaan yang lemah perlu menjadi agenda bersama. Penderitaan rakyat sudah semakin parah dan bertambah meruncing jika pemimpin yang sama terus memegang teraju. Bukanlah masa yang sesuai untuk PAS mengadakan sebarang muqabalah yang boleh digunakan oleh Pak Lah untuk menunjukkan kehebatan dan kejujuran perjuangannya untuk menyatukan Melayu kononnya. Jika PAS terlalu menurut rentak Umno sekarang, dikhuatiri orang Melayu akan terus menutup minda mereka terhadap segala aktiviti politik, termasuk pilihanraya, akibat hilang kepercayaan kepada semua wadah politik yang mereka harapkan mempertahan dan memperjuangkan agama dan bangsanya.

Bukan Umno atau PAS atau BN yang penting tetapi negara yang perlu diutamakan. Usaha hendaklah ditumpukan untuk menurunkan pemimpin lemah dari tampuk kerajaan hari ini.

raj raman said...

AKJ,
You did post my comments but not replied to my comments.
I will never learn from your view point whats my mistake.

rajraman.Not worth to post a comment in one way traffic after this reminder.

I still like your faher and Pak su than you AKJ.

Anonymous said...

YBhg Dato,
mungkin ada kebenaran teori ayah dato itu, that is, yang miskin cepat gelap mata apabila punyai kuasa dan lupa pada perjuangan asal politik mereka. Yang kaya akan menjadi tamak untuk menjadi lebih kaya....kerana ingin bertanding untuk menjadi terkaya diantara yang kaya raya....mungkin mereka cuba membina kekayaan untuk cucu cicit mereka.....dan itu lah yang menyebabkan anak orang kaya sekarang yang menjadi kaya tetapi akhirnya kebanyakan anak mereka ini tidak mempunyai pegangan dalam hidup....mereka mengutamakan wang ringgit dari perkara-perkara yang lebih membina seorang insan yang berbudi bahasa dan menjadi cerdik pandai yang berakhlak.
Untuk Saudara Sawit future traders, perkataan orang kedah ni kalau tak paham dengan cara mereka cakap mungkin kasar tapi tidak pada orang kedah, kadang-kadang mereka hanya berselorah sahaja...
saya pun bekas anggota RAMD.
salam pada Dato sekeluarga.
Helang79

Anonymous said...

Salam buat Datuk KJ dan ayahanda,

Hi datuk, kita semua akan naik berang apabila keadaan negara semakin membimbangkan rakyat seumur seperti ayahanda datuk.Lihat sahaja Tun Mahathir yang tidak mahu berhenti untuk
terus menyerang kepimpinan UMNO pada hari ini sehingga blog Chedet.com beliau tidak terkawal dengan tulisan blog yang mencecah sehingga ratusan posting pada setiap tajuk yang disiarkan untuk pandangan rakyat.

Saya dah mula bosan untuk mengikuti blog chedet tetapi ingin juga nak beri komen , sesungguh nya saya difahamkan bahawa komen seperti itu tidak akan berkesan lagi. Betulkan datuk?. kata bahasa enggeris,"the blog is over kill".

Balik kepada proses pengalihan kuasa atas kepimpinan UMNO daripada Pak Lah ke Najib (sehingga Jun 2010), purata ahli-ahli UMNO di akar umbi merasa tempoh nya agar terlalu lama dan sebarang alasan yang dikaitkan itu tidak dapat diterima oleh kita.Belum lagi memasuki bulan pemilihan peringkat bahagian (oktober), suasana dan emosi ahli-ahli di peringkat cawangan telahpun berkecoh dengan berbagai-bagai andaian.

Ada yang terus memberi sokongan kepada Pak Lah, ada yang sokong Najib, ada yang sokong Muhyiddin dan juga Ku-Li untuk dicalunkan ke jawatan presiden, dan sudah tentu perkembangan ini kurang sihat dan bolih memecahkan kesatuan UMNO.

Jika kita tidak mempunyai keyakinan untuk memilih presiden, maka sudah tentu kita tidak ada keyakinan untuk siapa kah kita akan memilih ke jawatan timbalan presiden. Nampak, nya ketiga tokoh-tokoh kita, iaitu Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan Ku-Li telah diketepikan untuk pencalunan sebagai presiden UMNO.

Saya amat bimbang bahawa pengurusan UMNO tidak bermaya untuk memadamkan aspirasi penyokong-penyokong akar umbi yang akan memprotes pendirian pencalunan di peringkat bahagian.

Tentang masalah Trengganu, isu pembelian mercedes telah menjadi satu bahan ketawa bagi rakyat dengan tindakan kerajaan pusat dan BPR serta komen "tak professional dari pihak pengurusan Proton".Namun demikian pihak BPR berhak untuk menyiasat atas kemungkinan ada penyelewangan atas kos penyelenggaraan kesemua kereta proton perdana V6 yang begitu tinggi,sehingga kuasa yang ada pada Audit Negara di ketepikan.

Komen saya sebagai bekas pegawai pengurusan kanan kerajaan, kita harus memegang kepada lojik agar segala peruntukan kewangan dibelanjakan dengan secara berhikmah.Jika perbelanjaan sesuatu harta tetap kerajaan, termasuk keenderaan, terlalu tinggi maka kita harus bertanggungjawab untuk mengatasi pembaziran itu dengan sebijak-bijak nya. Dalam kes ini, Kerajaan Trengganu telah bertindak wajar untuk menggantikan kereta proton dengan kereta Mercedes E200 mengikut peraturan pekeliling yang disebutkan itu. takkan lah MB selaku ketua kerajaan negeri tidak bolih diberi kuasa untuk membuat keputusan yang berhikmah itu.

Setahu saya, ramai Kementerian dan ajensi kerajaan yang lain tidak menggunakan kereta proton perdana V6 yang sering menimbulkan masalah.Saya juga berpendapat bahawa negeri-negeri yang lain adalah bersifat hipokrat yang tidak mahu masalah mereka diketahui umum dan seterus nya disiasat oleh BPR.

Mummy said...

The grumpy old man is a classic. This uncontrollable Mat Said and unable to control Abdullah Badawi made everyone regardless young or old grumpy, angry and not happy.

This is not personal attack to Mr. Uncontrollable Mat Said, but he obviously does not know about risk management. If to maintain the car, cost more than the value of the car, purchase a new car. But, don’t purchase a car that cost you twice as much. That is just playing s****d.

Purchasing a car with a lower performance i.e. E200 as opposed to E240 is again playing s****d. The car will need more power because the body is the same with E240 and you need more fuel i.e. it will increase your fuel consumption.

To maintain a RM240k is cheaper than to maintain a RM120k car is again s****d. Original spare parts (that should have been used with warranty) will cost more i.e. the parts will be shipped from oversea.

This is again not a personal attack to Mr. Unable to Control Abdullah Badawi, but to give green light for the Terengganu’s state to keep the car is ridiculous. Are there so many VVIP visitors that the Terengganu State government needs to cater?

In my opinion, the Terengganu’s state Exco’s themselves should purchase the car using their own money. Then, there will be no issue at all. The purchased car should be sell to them and force them to pay for it!

Mr. Uncontrollable Mat Said also told the press that his Mercedes that he used for 18 years have never been in any problem. It’s as though he’s saying to the public “I am replacing my Merc with a new one (using the Government’s money of RM3.43 Million Only). Hahaha.”

Mr. Uncontrollable Mat Said is saying to the public “Jangan Beli Barang Buatan Malaysia”, “Malaysia, Malaysians and Made in Malaysia have No Quality” and “Belilah Barang CKD Buatan Malaysia”.

It can make anyone angry. My 3 year old daughter also can be angry at him. Hahaha.

p/s: Datuk, can you please tell me where can I purchase your book title “ Sebelum, Semasa, dan Selepas Pilihan Raya?” (I think that is the title of the book?). Thank you very much indeed.

abdrahim kassim said...

Datuk,

"Pemimpin UMNO lama yang berpendidikan dan dari latar belakang keluarga yang berada adalah lebih komited kepada perjuangan dan tidak terlalu bermata duitan:dan"

Ini kali kedua saya mendengar pandangan seumpama ini. Kali pertama ialah pada tahun 1977 dari Allahyarham Tuan Syed Haron Al-Habsi, ahli jawatan kuasa PERKIM.

Beliau mengatakan "pemimpin mestilah dari kalangan orang-orang bangsawan atau paling kurang keturunannya pernah jadi pemimpin. Beliau memberi contoh, nabi-nabi pun diangkat oleh Allah dari kalangan pemimpin-pemimpin kaumnya".

Saya yang masih muda pada masa itu dan cendrung kepada fahaman kiri, bertegang urat membantah pendapatnya itu.

Sehingga sekarang pun saya masih tidak boleh menerima pandangan Tuan Syed Haron itu dan juga pendapat ayah Datuk.

Bagi saya seorang pemimpin yang baik bukan kerana ianya lahir dari golongan bangsawan atau bapanya dari kalangan pemimpin.

Pemimpin yang berkualiti adalah mereka yang punyai akhlak yang baik, dan tahu menghormati dirinya sendiri.

Dengan ini akan mencegahnya dari melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan fitrah manusia.

Abd Rahim Kassim

asmatnizam said...

well written piece! and your dad must be proud of you. Perlu bagi dia baca.

Anonymous said...

salam dato',
dah lama saya follow blog dato' ni..even i dah buat academic research mengenai blog ini..tapi tak pernah saya joint the discussion!tapi cerita dato' kali ni betul-betul telah memanggil saya untuk share the story..sebenar kisah ayahanda dato' slightly same dgn kisah arwah ayahanda saya..
arwah antara yang terawal menganggotai UMNO pd 1946..perjuangannya tulus untuk orang Melayu..tp era pertengahan 80-an adalah satu transformasi kritikal bagi veteran UMNO termasuk pemimpin-pemimpin kanan UMNO..terkorban, terkubur dan `disembelih' oleh `UMNO BARU' a.k.a Melayu Moderator..
Saya kira dato' lebih faham..pengalaman ayahanda dato' amat saya hargai..

Money4Free said...

Dato,

Inilah bahananya apabila politik dijadikan sumber kerjaya.Malahan ada setengah setengah bloggers berpendapat politik telah dijadikan industri.

Jika dahulu politik adalah wadah perjuangan, era masa kini politik telah dijadikan sumber pendapatan.Inilah hakikatnya yang terjadi kepada iklim politik Malaysia terutamnya yang berpaksikan BN.

Sesiapa sahaja yang mengidamkan hatta jawatan ketua cawangan pun sebenarnya mempunyai niat yang tersirat iaitu untuk membolot projek.Lagi besar jawatan yang ingin dimiliki, bermakna besarlah laba yang akan diintai.

kamalias said...

Assalamualaikum Dato'

Bagi saya inilah puncanya jika politik dianggap kerjaya. Selalu kita dengar / baca sipolan berkecimpung dalam "kerjaya politik"

Bagi saya "kerjaya" lebih kepada cari makan...jadi bila orang yang terlibat dalam politik "berkerjaya politik" maka mereka akan menjadi politik sebagai sumber cari makan.

Politik adalah amanah bukan kerjaya...itu sebab ramai sangat yang nak menceburi "kerjaya politik" ni sebab peluang cari makan banyak

mannmusa said...

Al_hamdulillah Allah telah bukakan hati bapa datp' untuk kembali kepangkal jalan sebelum ajal...
Syukur....

Hartini Omar said...

dato' yg dihormati,

dalam keterbukaan seorang ayah itu, dapat pula dilihat segaris kekecewaan dan keperitan yang ditanggung seorang pejuang agung

melihat perjuangan partinya beralih arah, dari memartabatkan bangsa kepada menjaga kepentingan diri dan harta.. dan segala perubahan itu berlaku di depan mata..

betapa beratnya rasa hati untuk memusuhi dan membenci parti yang diperjuangkan dengan nyawa dan diri.. namun apalah yg dapat dilakukan, kerana umno 'kini' bukan 'umno dulu' lagi

entri yg membuatkan saya tersentuh.. terima kasih dato' atas segala ilmu yg dikongsikan.. syabas!

A KADIR JASIN said...

Sdr Raj Raman, antar lain, menulis:

"One weekness in yourself - anonymous tak layan tapi comment pertama anonymous dilayan."

Elok kalau sdr baca peringatan saya dengan rapi.

Komen pertama dalah oleh Hj.. bukan anon. Lihat di bawah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalammualaikum Dato.
Pengalaman yang sama pernah saya lalui ketika menaiki teksi dari Lapangan terbang Senai sewaktu pulang ke tanah air.Kejadian berlaku seminggu selepas PRU12.
Pemandu teksi ini adalah Penyokong totok UMNO selama 30 tahun dan sangup pulang ke JB ketika tinggal di KL semata mata untuk memastikan kemenangan BN pada PRU yang sudah sudah.
Tapi pada PRU12,beliau telah MENGHARAMKAN anak2 beliau seramai 7orang dari mengundi BN..
Sampai begitu sekali.saya memahami tindakan beliau kerana saya juga telah merosakkan undi tanda protes.(rahsia datuk!jangan bagi tau orang lain)
Isu mercedes vs Perdana,saya mempunyai pandangan berbeza sedikit.saya harap datuk yang arif memberi komen teori saya ini.
http://telagi.blogspot.com.
Dengan izin,saya telah link blog datuk ke blog saya ini.

"Salam sejahtera ke atas anda" Datuk.

tajudin said...

DKJ

syukur Alhamdulilah, pada usia Dato' masih mempunyai bapa. saya doakan orang tua Dato' terus sihat walafiat dan dapat melihat/menilai/berkongsi kehidupan dengan Dato'.

semoga bapa Dato sentiasa dalam rahmat Allah.

anakbuah said...

Sdr Heical,

"Habislah promosi Proton V6, dah dilingkupkan beberapa ahli politik.
Takut dengar kos yg begitu tinggi utk penyelenggaraan V6.
Betul ke atau sengaja V6 dijadikan kambing hitam. Proton perlu bela diri."


# Ramai yg tahu Perdana V6 memang sudah lama mengalami masalah kualiti terutama transmisi. Ada seorang kawan, w/pun sudah dinasihati, membeli Perdana baru tetapi tidak sampai setahun telah mengalami dan menukar transmisi 2 kali. W/pun di dlm waranti, masa lebih banyak dibazirkan utk menganti dan menunggu transmisi tersebut. Beliau terpaksa meninggalkan kereta tersebut di Glenmarie selama sebulan. Mungkin dia telah menjual Perdana itu sekarang.

# Ada lagi satu "kecacatan" tidak nampak yg jarang dibincangkan tentang Perdana V6 Eksekutif. Untuk meluaskan ruang tempat duduk belakang atau 'leg room', badan Perdana Eksekutif perlu "dipanjangkan" dgn menambah sepanjang lebih kurang sejengkal di tengah-tengahnya. Apa yg kami diberitahu, Perdana perlu dipotong, ditambah dan disambung semula, prosesnya sepertimana menyambung semula "kereta potong". Proses 'touch-up' akhir dan cat membuatkan "kecacatan" ini tidak kelihatan.

# Apa maksudnya semua ini? Apa jadi dgn 'body stiffness" Perdana Eksekutif yg telah diubah-suai begitu? Kekuatan sambungan tidak sama dgn 'steel shell' dan ini membuatkan badan Perdana Eksekutif tidak seteguh Perdana biasa. Ianya berisiko tinggi utk "patah" sekiranya berlaku kemalangan.

# 'Verify' semua ini dgn bertanyakan dgn mereka2 yg arif dlm bidang automotif atau 'insider' Proton.

Anakbuah

Anonymous said...

Ala YBhg Datuk,

Pindah sajalah di Melaka ni semua barang banyak, sedia duit aje. Baru Sabtu lepas saya bawa mak pi pasar borong, harga ikan kembung melambak-lambak serendah sekilo RM2.50 pun ada, tapi mak saya beli yang dari Pangkor berharga RM6.00.

Kalau jalan-jalan di Serkam, kembung yang baru naik dan saiznya tembun besar-besar RM10.00 orang sanggup beli.

Ikan siakap dari Thailand sekilo RM10.00 pun ada. Tapi yang masih segar didatangkan dari kelong berdekatan harganya pula RM14.00. Kembung murah tu pun kembung dari Thai.

Pucuk Paku jangan cakaplah, bila hujan-hujan begini memang banyak dijual dengan harga yang rendah.

Ayam pula, kalau ayam biasa mahal bule beli ayam pencen. RM7.00 sahaja seekor, tapi kalau dah sakit tak boleh makan kolestrol-kolestrol, belilah ayam organik. Harganya sekilo RM18.00.

Anonymous said...

salam Dato'...

saya tertarik dgn cerita ayh Dato' ni...teghingat (teringat) kat kampung la pulak...area tobiaq,kg.pisang & kuboq panjang tu dulu memang UMNO pekat...la ni ja dah cair sikit...sebab "saluran 3" ramai dah sedaq...

saya setuju la dgn Dato', org2 yang tak sedaq ja yang akan menilai isu proton ni dgn bandingkan proton & mercedes...org bodo pun tau mercedes lagi kualiti...baik naik semua menteri & para pembesar naik kancil @ myvi ja...kereta murah....maintainance dah kompom murah...

tapi kita bukan nak nilai dari sudut itu...kita cuba pikiaq balik...tengah2 rakyat dok susah nak makan ni...pembesar pilihan kita ni senang2 ja dok gaduh bab kereta yang depa nak guna...kereta kerajaan namanya...kereta ni mai mana?beli guna duit apa?..duit kita la...kita nak buh minyak dgn beli ikan pun dah dekat2 nak kena solat istiqharah dah nak buat pilihan...depa buat pilihan merc @ exec V6??

kepada mantra..

muqhabalah tu agenda politik UMNO ja...awat masa menang besaq tahun 2004 ( PR 11 ) tak nak buat pun?
dah kalah camni baru nak buat...baru nak bersatu...pada pendapat saya secara peribadi...perpaduan Melayu dari perspektif UMNO adalah sokongan Melayu kepada UMNO...kalau Melayu dah sokong PAS @ PR...kira melayu dah berpecahla...tak gitu???

satu lagi Dato'...

dengaq cerita2 angin...minyak nak turun dah harganya...pak lah nak turunkan harga minyak yang di naikkan beliau?ok la minyak turun harga...tapi yang saya andaikan...berita2 menyakit telingan dan hati akan berkumandang...cerita2 pak lah hero selamatkan rakyat dari penderitaan akan terpampang di muka depan akhbar...tajuk utama berita media elektronik...

Dato'...tidak kah ini seolah-olah "menjadi hero dalam filem arahan sendiri"..buat masalah...buat isu yang universal...lepaih (lepas dalam loghat kedah) tu selamatkan keadaan...kalau betul andaian saya ni berlaku...memang lemah sangatla politik pak lah...

ok Dato'...assalamualaikum..

-scofield 84-

ALI MAIDIN said...

Umno - pimpinannya sudah tidak berbahasa dengan orang bawahan, itulah keterikatan mereka dengan Umno. Bila dah tak pentingkan perjuangan bahasa, apa lagi yang ada. Perjuangan ekonomi hanya untuk kelompok tettentu sahaja.

Anonymous said...

Berketap bibir geram bila mendengar exco terengganu mahu pakai MERC. Sepatutnya bila di saran ubah gaya hidup, EXCO terengganu seharusnya disarankan pakai kereta sendiri yg tak kurang hebatnya dah claim mileage macam pekerja yg lain. Peruntukan kereya baru baik digunakan untuk rakyat. Bukankah Terengganu antara negeri yg paling miskin? Bangunkan kemajuan rakyat dahulu barulah fikir tentang diri sendiri. Inilah bahananya kalau pemimpin dah banyak sangat diberi SUBSIDI!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Datuk,

Kerajaan Terengganu sepatutnya tidak tergesa-gesa membeli kereta Mercedes apabila mengtahui kos penyelenggaraan kereta Perdana yang ada sangat tinggi.

Apa Menteri Besar (MB) dan Exco langsung tidak terlintas di hati tentang ada sesuatu yang tidak kena? Kenapa tidak memanggil BPR terus untuk menyiasat?

Atau sememangnya MB memang tidak sebar-sabar untuk menggunakan kereta mewah? Kos penyelenggaraan yang tidak munasabah hanya sebagai alasan untuk bertukar kereta.

Datuk & blogawan semua,
Saya ada menulis sedikit tentang Jin, Syaitan, dan Masyarakat Melayu. Jika ada kelapangan, sila berkunjung ke blog saya.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Unknown said...

Ini kali pertama saya membaca catatan peribadi mengenai ayah Dato'. Saya rasa ianya sanggat releven kerana ia mewakili suara mereka yang hidup dalam 2 zaman yang menyaksikan transaksi kepimpinan negara tetapi transformasi yang diharap nampaknya tidak kunjung tiba.

Pengalaman Dato' ini juga mengingatkan saya kepada bapa saya seorang ahli biasa UMNO. Beliau juga seorang yang rasional dan kritikal, kami sentiasa berkongsi pendapat dan pandangan namun walau sejauh mana kekecewaannya dan keluh kesahnya pada parti politik Melayu beliau sentiasa menutup dengan ayat separuh mengugut, "Tapi kau jangan lupa dengan duit kerajaan kau dapat belajar tinggi, jangan lupa diri!".

Walaupun bukan kakitangan awam dan hidup sebagai bekas pemandu, ingatan berbaur ugutan itu selalu saya membuat saya serba salah dan dalam dilemma,

"Adakah dengan bantuan Kerajaan maka kita tidak boleh menyuarakan suara hati dan naluri kita"

"Adakah dengan bantuan kerajaan itu saya perlu menyokong kerajaan dalam setiap masa dengan taat setia tidak berbelah bahagi walau kerajaan pada ketika itu mengkhianati amanah rakyat, bangsa, agama dan negara?"

"Adakah kerana sindrom makan budi ini maka saya perlu tidak mempersoalkan amalan tadbir urus kerajaan dan sebaliknya patut berasa bersyukur dengan kelayakan yang saya ada untuk bekerja dengan selesa tanpa mengambil peduli masalah rakyar jelata, komuniti marhain dan negara bangsa itu sendiri?"

Kerana itulah saya meluahkan rasa hati saya dalam penulisan saya yang sebenarnya tidak condong kepartian sebaliknya mengajak kita untuk berfikir secara rasional. Alhamdullilah kerana ayah saya seorang yang buta haruf maka dia tidak dapat membaca kesemua tulisan saya itu tapi saya selalu berharap dia merestui niat suci saya itu. Amin.

amoker said...

I was doing some seemingly similar observation, to all leaders pre Merdeka who seemed to be selfless and really work for the country. They donate their own money, and trully work with each other. Now, the leaders ( UMNO and BN) are just interested to rape the nation. RM80 million to maintain 1400 cars and for 25 years? About RM2 billion, can buy many Perdana V6s with spare to change.

Anonymous said...

Lt Kol Basri (Bersara)PGB-Anak Penakan Pak Cik Leh sabelah Mak Cik Aishah(Kita jumpa di Kedai Mamak dKelana Jaya tempohari).....Assalamualaikum Dato':
Alhamdullillah,yang BENAR pasti muncul walaupun ambil masa yang lama.....tapi se gelintir Pemimpin PAS nampak KALUT bila menang PRU 12.....hilang pertimbangan dan nampak macam x bijak serta x dapat periyat gerak saraf UMNO!!!! Wallahu Aklam.Terus menulis Dato'.Terima kasih dan Salam.

BASRI PGB

raj raman said...

Well i am sorry AKJ,
I already like you because its not one way traffic.

I just read your father story,its a beutiful story for my soul but in between I overlook the last one Hj.

Thank you to pin point my weakness
rajraman.my real name @ rajraman666to remind me everyone have a devil in him/herself.

I still love your father and pak su.
MAY GOD BLESS EVERYONE.

Heical said...

Salam Datok,
Ya ke anakbuah begitu teruk sekali gearbox.Proton dah lama dalam pasaran masih banyak kekurangan .Apa sebenarnya dia orang buat -buat kereta ikut suka hati dan jual dan pekakkan telinga kalau ada complain dari pelanggan.Baru baru ini saya melawat Proton city (dari luar saja) Wah bukan main GAH ,berkm panjang ,besar ,teguh tapi malang R & D , after sales Service tidak bagus. Kalau kita tak pandai ikut lah orang yg pandai.Contohilah PERODUA.
Belanja berjuta juta untuk kereta nasional ,patut tunjukanlah quality yg cemerlang.
Saya fikir Proton kena cari Ceo dari Jepun bagi bantu.

Unknown said...

Assalamu'alaikum wr wb Datuk

Lama tak mai komen sini sebab menyerang dan diserang. Mai baca ja.

Orang tua Datuk tak kenai saya. Saya pun tak besa tengok muka dia. Tapi, harap Datuk kirim salam kat dia dan kat Pak Su sekali.

Dok teringat nak jumpa Datuk. Bawak kawan. Nanti la saya talipon...

Berita dari gunung said...

Sebagaimana pandangan Albert Einstein jua. Beliau melihat ilmu seperti mendaki gunung. Lebih tinggi kita daki lebih luas yang dapat kita pandang. Pandangan pada setiap tahap pendakian adalah relevan, tetapi pandangan dipuncak adalah lebih menyeluruh.

Bila kita meningkat usia, tentulah kita hampir menawan puncak ilmu. Tentu pandangan ayah Dato, adalah pandangan orang yang sudah jenuh mendaki.

Tapi apa salahnya orang Terengganu bermewah sedikit dengan Mercedes. Negeri mereka pun mewah, dan mereka pun sudah diajak bermewah dengan Serambi Hadhari dan Monsoon Cup.

Tentang Kerajaan hilang kawalan, tidak manis kita berhujah panjang. Ada orang sudi mendengar dengan memasang telinga, ada orang mendengar dengan memekak telinga.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Buat Mardhiah, tok sah la buat lawak pulak. Ikan kembong apa zaman sekarang RM2.50 sekilo? Ikan kembong terlebih kembong sampai pecah perut?

Takkan tak boleh pikir pasal apa kembong baru naik harga RM10, kembong siam harga RM2.50.

Makan ikan perut pecah, nasi beras merah; pernah rasa? Ikan goreng biar betul-betul garing, pastu nasi pulak "sengaja masak lembik" ala-ala nasi bubur. Pernah rasa makan begini?

Kalau kat Kedah, kalau tak silap orang jenis ni yang digelar mangkuk ayun! Kalau saya salah mungkin Dato' boleh betulkan.

Istilah kawan saya, bangang tahap gaban!

Berbalik kepada cerita MECHEDIH (sebutan orang kelantan). Ada kawan bagi teori begini :

MB Terengganu sengaja ketengahkan isu ini untuk kenakan Idris Jusoh. Maklumlah dah musim pemilihan.

Dan bagi yang kata "takkan Ahmad Said sebodoh itu". Kawan saya ada dua teori alternatif;

samada dia memang terlalu memandang kepada politik sehingga tidak peduli tentang perasaan rakyat

ataupun dia berfikir, pendapat khalayak umum tidak penting kerana yang paling penting pada masa ini adalah ketua-ketua yang boleh mempengaruhi undi di cawangan dan bahagian (kan semua exco dijaga dengan mendapat dua kereta, MECHEDIH DAN PROTON).

Macam mana Datuk? Ada komen?

Anonymous said...

Salam,

Dear Dato,

Apa yg ditulis mengenai ayah dato adalah sesuatu yg sinonim dgn keluarga saya. Nenek dan ayah merupakan pengerak UMNO buat sekian lama. Nenek merupak wanita atau pada waktu itu kaum ibu pertama yang mengusahakan kilang padi di sungai bayor semala perak. Tiada sekupang pun yang diambil. Semuanya untuk pembangunan bangsa dan parti. Gambar2 dirumah nenek tersegam dengan gambar2 pemimpin yang di framekan. Gambar2 memegang sepandok kemerdekaan, pilihanraya memenuhi ruang rumah. RUmah nenek bak kan sumah public yg mana pintu sentiasa dibuka utk sesiapa sahaja untuk masuk untuk minum atau mandi. Kedai2 sebelah, drebar2 bas amat mengenali beliau sehingga ada yg ke kedai ckp nanti Mak Ngah bayar dan nanti tambang Mak Ngah bayar. Bila hari nenek meninggal, tidak pernah org biasa yg sembahyang jenazah sehingga ke luar masjid. Yang lebih menyedihkan ada di antara para sahabat yg datang pd waktu petang menyatakan, tidak kah Mak Ngah jah tinggalkan sesuatu untuk kawan2....

Ayah hanya seorang guru biasa, dari muda hingga pencen kerjanya mengajar dengan bersungguh2 mendidik anak bangsa hingga menjadi orang. Boleh dikatakan kebanyakkan seseorang dari kampung terpencil banggol jas, sek jalan menteri, adalah hasil ketekunan beliau mengorbankan masa dan tenaga. Habis mak dan anak di anggkut ke sekolah waktu cuti untuk masak untuk pelajar kelas tambahan. Sabtu ahad dengan vespanya ke sekolah yg jauh 60 kilometer dari rumah...semuanya untuk bangsa dan agama....UMNO tetap menjadi perjuangan...akhirnya pada PRU ke 12 beliau memangkah PAS kerana kecewa dengan corak pemerintahan sekarang. Tindakkan itu disusuli dengan wajah yg termenung selepas balik mengundi....beliau menyatakan bagaimana beliau amat minat dengan perjuangan umno sejak beliau darjah empat iaitu pada tahun 55. Sekian lama menyokong dan mendokong perjuang umno hingga sekarang menjadi meluat....dan semakin risau melihat senario politik Malaysia.....

A KADIR JASIN said...

Sdr Sawit Futures Trader dan geng-geng dari Tobiar, Banggol Besi (ketoi besi dah depa lombong), Kg Pisang dan kawasan-kawasan yang serupa dengannya,

Mengenai Mat Said dan kereta Mercedesnya, saya nak sebut dalam loghat Kedah...

"Kalu kebulox sangat pun naik naik Mercedes janganlah dok peleceh Proton (Protong) . Ghamai anak cucu kita dok cari makan di Proton (Protong)."

Pasai ikan temenung kembung, bila pecah perut dah tak sedap. Jadi pait (pahit) pasai dak kena pedu (hempedu).

Buleh jadi juga pasai Melaka negheri kecik, harga ikan temenung kembung pun murah.

Di kg saya di Kedah pun murah juga kalu waktu petang bila dah busuk dan juai lelong!

Teghima kasih nooooooo......

A KADIR JASIN said...

Sdr Lt. Kol (B) Basri (PGB), minta ampun, kadang-kadang bila dok menulis di kedai mamak tu sampai kepala naik bingung dan lupa atau tak cam suku sakat. Minta maaf.

Lain kali jumpa dan kita perkenal semula diri. Ni la penyakit orang tua..mudah lupa!

Nasi lemah bungkus daun pisang dia sedap. Roti canai pun boleh tahan.

Sdr Bakaq, tak ada masalah. Saya dok pi lagi ke raju. Baguslah kalau kawan-kawan MP Bakaq dari Pas tu terus bersuara dalam Parlimen. Salam kat depa.

Sdr Raj Raman, apologies accepted ...heheheh

Sdr Anak Jati Melayu, moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas roh ninda Sdr.

Saya tahu Sungai Bayor. Ada saudara mara di Kg Medan, Selama.Durian di sana hebat.

Cerita ayah sdr adalah cerita guru besar saya di Sekolah Melayu Pendang, Cikgu Dato' Shaari Abu Bakar, pada tahun 1950an. Dia bawa saya dng kereta Morris Minornya ke Alor Star untuk ambil periksa masuk Special Malay Class.

Dia jadi ADUN, Exco dan Speaker DUN Kedah. Inilah contoh guru dan ahli Umno yang berjuang dan berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Terima kasih.

mananbuyong said...

Assalamu'alaikum Dato,

Katalah apa jua kepada saya, termasuklah seorang 'racist'. Tetapi ada satu dua perkara yang tidak boleh di-nafikan

1. Negara tidak akan aman jikalau bangsa Melayu ketinggalan dalam ekonomi, apatah lagi politik.


2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dapat membangunkan bangsa Melayu, dan dengan itu Negara, sejak ia di-laksanakan.

3. Pergeseran antara kaum telah dapat di-bendung dengan cekap kerana sistem muafakat yang ujud dalam BN.

4. Kita mempunyai bebanan sejarah yang tidak memungkinkan kita melihat ke'adilan sebagaimana orang lain melihatnya, sekurang kurangnya sehingga masa'alah tertentu di-atasi.

Memang benar ada petualang dalam dunia termasuklah yang di-dalam UMNO. Tetapi janganlah di-sebabkan mereka itu maka kita buta akan kejaya'an yang telah kita capai. Janganlah kerana dengki - ya, kerana dengki, antara yang lain - maka kita lupa akan nikmat yang kita kecapi.

Jikalau kita mengaku kita itu berpendidikan, sebagaimana saya memikirkan penulis penulis di-sini, maka kita perlu 'adil dalam berhujjah.

Apakah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa negara kita aman, pendudoknya yang berbilang kaum telah maju dari yang dahulu?

Makanya sekarang kita mengkeji habis habisan instrument yang menghasilkan ke'amanan dan kemajuan sedemikian?

Saya teringat akan ungkapan orang kampung dahulu "Jikalau marah akan nyamuk, jangan kelambu di-bakar."


ps. I envy you your father's longevity.

My own father who was a Malay school teacher, although an UMNO member, did not show any strong political leanings when he was still alive.

He was just happy that he led a simple life and that none of his children were illiterate..

Wassalam.

A KADIR JASIN said...

Sdr MananBuyong,

Well argued. The NEP might not have been a cure-all formula, but despite its weaknesses and shortfalls, it worked.

It work not only for the Bumiputeras, but for all Malaysians.

My Chinese neighbours in Tanah Merah, Pendang, prospered because the Malays benefited from the NEP projects and from padi subsidy.

They expanded their businesses. They sell more consumers goods, lease tractors, lorries and harvestors. They even operate money-lending businesses on the padi kunca basis.

If previously they built shops on leased Malay land, today they own freehold properties at Bandar Baru Tanah Merah, which was previously Malay padi land -- part of it belonged to my counsin.

He became an overnight millionaire when he sold his inherited padi land to a Chinese developer.

Ironically, quite a number of Chinese in Tanah Merah and nearby rural townships have been traditionally been voting Pas.

Umno did well for all Malaysians -- until recently that is. Even today, when Umno is seen as failing, the non-Malays still benefit because they are largely traders. Not all non-Malays but certainly the trading class. They can pass the rising cost to the consumers.

Many are priming to buy assets of failed companies and businesses like was done by YTL during the 1997/98 crisis. Today much of Bukit Bintang-Jalan Imbi enclave belongs to YTL.

Umno tidak salah. Yang salah adalah kepemimpinan Umno yang hambar, tidak demokratik dan hipokrit.

RM100,000 sudah boleh membeli taat setia dan sokongan Ketua Bahagian. Demikianlah murahnya nilai diri dan sempitnya perjuangan isi tembolok mereka yang mendakwa diri pemimpin.

Terima kasih.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Nampaknya akhir-akhir ini, saya mesti buka blog Dato' setiap pagi sebelum mula kerja.

Saya tidak dapat bersetuju dengan Mananbuyung.

Jika kita mahu melihat sejarah, kita mesti melihat secara menyeluruh.

Kecuali Tun Abdul Razak yang meninggal dunia semasa di dalam jawatan, PM yang lain semuanya tidak "menyenangi" pengganti mereka. Tidakkah ini menggambarkan sesuatu?

Saya dapat simpulkan, dari PM ke PM, perjuangan asal UMNO semakin lama semakin jauh dari yang asal.

Kerana itu, hutang budi kita dengan UMNO tidak boleh dibawa mati. Kerana UMNO yang ada sekarang sudah jauh menyimpang.

Teringat cerita arwah bapa mertua saya. Masa nak pilihanraya dulu-dulu, rumah bapa mertua saya secara sukarela dijadikan pusat gerakan kempen UMNO. Masa TPM kita mula-mula bertanding dulu.

Masing-masing bawa beras, gula, dan sebagainya. Masak ramai-ramai, macam kenduri; untuk jamuan selepas ceramah pada malamnya. Lepas itu, ramai-ramai pula basuh pinggan, mengemas rumah dan lain-lain. Dan calun juga sinsing lengan menolong (dalam kes ini, TPM kita la).

Sekarang, jangan harap. Dia hantar wakil je buat persiapan. Hulur duit mana patut (itupun kena cukai). Calun datang, berceramah dan kemudian pergi.

Sebab itu, dulu, pemimpin memahami masalah rakyat. Sebab pemimpin "hands-on".

Pemimpin sekarang, pakai wakil je. Itu pun wakilnya mewakilkan pulak kepada orang lain sampai tiga empat lapis. Nak jumpa punya lah susah. Sebab itu mereka tidak faham masalah rakyat.

Adalah ironik apabila kita perlu berhutang budi kepada kerajaan kerana dibesarkan oleh kerajaan. Adakah kerajaan tidak terhutang apa-apa dengan kita yang memilihnya selama 50 tahun?

Bagi saya, hujah Mananbuyung berat sebelah.

Anonymous said...

baca tulisan dan komen saya dah faham kekecewaan ayah dato'. sampaikan salam saya pada ayah dato' dan kalo dia kecewa bawa dia pi jalan jalan kat kl nih. hehe

wartawan dapur

lipandes said...

tidak relevan datuk?

Habis mengapa saya kelu seribu bahasa bila membaca tulisan datuk kali ni.

Izinkan saya meminjam artikel ini untuk ditunjuk kepada rakan. Terima Kasih.

Unknown said...

Asm Dato

Benarlah masa,pengalaman hidup dan alam persekitaran menjadi MAHAGURU pada membentuk satu pandangan dan keyakinan diri.

Seorang ayah saperti ayahanda Dato tidak terkecuali menerima bahang dari diperbodohkan pembesar2 Melayu yang semakin angkuh dan sombong. Seolah2 mereka ingin menjadi Dajjal menentukan kebahgiaan dan kecelakaan masyarakat Malaysia tanpa menghiraukan adab dan akhlak mulia.

Pada hal kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan saperti yang di lakukan oleh ayahanda Dato. Kini menjadi HAMPAS. Wang ringgit dan pangkat menjadi buruan yang tanpa kira batas masa dan sempadan ketatasusilaan manusia yang bertamadun.

Hari ini kita melihat bangsa Melayu yang indah dengan budi dan suci dengan Islamnya menjadi bangsa HAPRAK di mata semua bangsa lain di negara ini.

Benar kata Nabi Muhammad tidak akan sesat umat Islam selagi AlQuran dan Hadis menjadi iman atau pertunjuk dalam kehidupan ini.

Jika benar wadah UMNO atau PAS menjadi perkakas menjahanamkan perpaduan ukhwah Islamiah. Maka wajar ianya di buburkan. Cari pepohan yang mantap dan kukuh untuk kita bernaung dan berlindung iaitu AlQuran dan Al Hadis. Dengan apa jua nama wadah politik yang penting matlamatnya dan tujuannya untuk memakmurkan kedaulatan Islam.

Cukuplah dah hampir separuh abad kita di permainkan dan ditipu dengan penjajah dan pewaris penjajah.

Alhamdulillah ayahanda Dato dah merasai. Apakah perlu kita teruskan kesilapan atau menyokong pewaris-pewaris penjajah ini?

dari Apple Hijau

osamabinladen said...

WAHAI Be eNd!! TURUNKAN HARGE MINYAK.......KALAU X KAMI NAIK MINYAK!!!

raj raman said...

Dato,
You play your game well but i am the cunning fox.
why?IN between i wondering why anom dibawah.

I play to get your attention.Thats why i came back.

You ask me to delete my appology -sorry its stays there,because altou i saw the anom but keep the game on.

A man must honour his word althou he prentice.
rajraman666.Dato you will always will remember me because u play the game and i play along with you.

I do read your blogs dato,its not one way.Just because everyone talk about Politics i get bored and kacau dato sikit2.he,he,he

raj raman said...

dato,
you may delete this,
in between my posting,my gmail something haywire and my gmail acount reminder said i am posting as rajraman01 and its not mine.

The applogy stay there.
thanks,
rajraman.

Unknown said...

Salam Datuk,

saya setuju dengan rumusan ayah Datuk; hakikatnya UMNO sekarang ni masih 'ada' sebab masih ramai veteren2 UMNO yang berlandaskan perjuangan UMNO dahulu. Kalau harap orang muda sekarang ni, banyak yang masuk UMNO jika 'ada projek' (maaf cakap, itulah keadaannya). Betul tak Datuk?

Aji, Baling

Art Pokon said...

Salam Dato'
Satu tulisan yang menggamit memori kepada insan bernama ayah.
Masih diingat lagi sewaktu kecil tahun 70an, saya menghantar aruah untuk menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO dengan menggunakan Keretapi di Butterworth untuk ke KL. Pejuangan orang lama amat berlainan dengan sekarang

mananbuyong said...

Asalamu'alaikum Dato'

Terima kasih kepada dato' dan kawan yang 'response' kepada posting saya.

Perkara pokok, pada saya, dalam tajuk kali ini ia-lah UMNO. Relevan atau tidak lagi kah ia?

Saya terima hakikat bahawa masa telah berubah. Saya terima hakikat bahawa pemimpin UMNO sekarang - mungkin hampir semua - telah hilang pedoman dan tidak lagi menjiwai perjuangan banga dan agama saperti dahulu, justeru itu cara mereka bergerak juga sudah lain. Sudah tempang.

Tapi UMNO tetap UMNO. Pemimpin yang silap, UMNO tetap dengan sejarah dan jasanya.

Marahlah pemimpin... Mengapa marahkan UMNO? Jatuhkan lah pemimpin tetapi mengapa herdik dan keji UMNO? tinggalkan UMNO? Sedangkan UMNO ternyata berguna, 'workable' bukan saja kepada bangsa Melayu tetapi kepada semua bangs. Kepada seluruh negara.

Jikalau di-katakan saya berat sebelah dalam mengia kan UMNo, maka saya 'guilty as charged'.

Wassalam.

Limau tambun said...

Assalamualaikum Dato'
Satu catatan yang amat baik dan relevan.Hakikatnya itulah perasaan ramai oghang kampong hari ni.Ayah saya umur 79 tahun masih kuat buat bendang di Alor Merah.Dia pun marah dan masih marah.Harga padi katanya tak berapa duit tapi harga beras tempatan naik melambong.Kos buat bendang naik tinggi nak m..puih.Dia pun memang bersyukur PAS menang besar di Kedah dan boleh memerentah.

IskandarW said...

Dato,

1. Buat kali pertama dalam 40+ tahun, ayah saya juga telah memangkah Parti Bulan dan Mata di dalam pilihanraya yang lepas untuk kerusi negeri Jeram (Selangor) dan parlimen Kuala Selangor. Selama ini, beliau merupakan penyokong kuat UMNO dan Dr Mahathir.

2. Marahnya teramat sangat terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang sangat lemah dan korup/ kronisma. Kepimpinan sekarang tidak lagi beragenda untuk membela nasib rakyat (kenaikan harga barang keperluan, petrol, elektrik dan banyak lagi).

3. Setelah 50 thn kita merdeka, kita sedih melihat pemimpin negara bermentaliti penjajah- mengagung2kan kereta luar negara. Sedih melihat MB Terengganu secara terbuka memperlekehkan kereta Proton. Ini bukan soal kos, tetapi soal prinsip dan maruah bangsa dan negara. Jelas sekali MB Trengganu teramat tidak berkaliber, tidak patriotik dan tidak bervisi.

Anonymous said...

Aisaymen Scribe,

Dia Marah Lagu Mana?
(pak din burung pakar urut)

Nota kaki: Hanya orang yang dangkal (dan tamak) sahaja akan membandingkan prestasi Mercedes E200 dengan Proton Perdana dan kemelut Mercedes lwn Proton ini adalah satu lagi petanda (symptom) kerajaan yang hilang kawalan dan tidak boleh dikawal.-AKadirJ

nasib baik aku tak dangkal
(maupun tamak) kata abdullah
ayak 12 lah - ghaib habis

jangan kata kita main pintu belakang
nor mat yakcub dan orang glugor
dan tasiknya berlainan rasa

Anonymous said...

ayahanda kadir.. saya tidak heran kejadian ini berlaku kerana rata2 sekarang ini sedang melobi untuk berkuasa adalah orang2 yang punya duit..bagi ahli2 yang rasa berbaloi dengan dapat sehelai dua pelekat atau seratus dua duit mereka akan undi orang2 yg sebegini tapi bagi mereka yang masih berpegang kepada perjuangan lama mereka akan berfikir beratus2 kali untuk membayar yuran ahli sekarang ini....

Anonymous said...

Tahniah Dato..
Saya ucap syab s kepada orang tua dato
kerana masih ada daya kekuatan mental
mengenai kesulitan hidup.Rata-rata pemimpin umno masa kini mementingkan
diri dan keluarga.Jika dibiarkan lebih lama memerintah, hidup orang Melayu pasti merana.
Sekian.

AGRO BISTRO said...

Datuk, when you were at the helm of NST you drove continentals?

Dato, ikan temenung ni lagi sedap dari ikan besar yang busuk.
Kita besak dengan zat ikan temenung, caru dan haruan.

Cuma ....

A KADIR JASIN said...

Sdr Penyapujagat menulis: "Datuk, when you were at the helm of NST you drove continentals?

Dato, ikan temenung ni lagi sedap dari ikan besar yang busuk.
Kita besak dengan zat ikan temenung, caru dan haruan."

1. Saya pandu continentals? Maksuf Sdr kereta Eropah?

Ya dan tidak. Saya diberikan kereta syarikat -- sebuah BMW Siri 7. Waktu tu NSTP maju dan kerajaan dapat banyak cukai bila kita beli kereta kapasiti besar.

Tapi saya pun pernah pakai Proton, bermula Proton Saga, 1985.

2. Ikan apa pun tak sedap bila busuk. Tapi saya suka ikan pekasam, jeruk dan asin.

3. Masa saya kecik-kecik, ikan terubuk di Pendang 15 duit (sen) seekor pada waktu petang.

4. Masa tu, kalau tahan taut umpan anak ikan puyu boleh dapat ikan ruan (haruan) sampai 2, 3 kilo seekor. La ni ikan ruan macam mas. Tanam padi cara moden binasakan ikan dan hidupan akuatik.

Terima kasih.

Najib Ariyan Ali Basha said...

Beginilah sudahnya nasib rakyat... terus terang Dato.. saya juga rakyat kecil tapi sampai sekarang masih tak nampak lagi pemimpin yg layak untuk memperjuangkan negara... tiada baik dalam UMNO ataupun pembangkang...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).