Wednesday, August 13, 2008

Boleh Cabar Kerajaan Tapi Jaga Sensitiviti Rakyat

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SETELAH Majlis Peguam mengadakan forum mengenai “conversion to Islam” (memeluk Islam). Setelah penunjuk perasaan mengganggunya. Dan setelah pelbagai pihak bersuara, barulah Perdana Menteri “tumpang sekaki”.

Selepas tiga hari berlaku suasana yang mencemaskan itu, barulah rakyat jelata mendengar reaksi Abdullah Ahmad Badawi. Apa kata beliau?

“Jangan anjur lagi forum sentuh sensitiviti kaum, agama,” demikian menurut akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia pada 12 Ogos.

Menurut akhbar itu, Perdana Menteri memberi amaran kepada semua pihak, termasuk Majlis Peguam, supaya tidak lagi menganjurkan forum terbuka yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Pada hari yang sama, akhbar bebas dan percuma, The Sun, memetik Naib Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesevan, sebagai berkata bahawa majlis itu tidak boleh ditakutkan.

Katanya Majlis Peguam akan terus bercakap mengenai aspek undang-undang isu itu “tanpa mempertikaikan kedudukan agama Islam atau mempersoalkan Perkara 121 (1) (A) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak langsung terperanjat dengan reaksi “melepas batuk di tangga” Perdana Menteri itu atau keazaman Majlis Peguam untuk terus menganjurkan forum seperti itu kerana:

1. Memang itulah respons Perdana Menteri kepada masalah dan krisis. Kalau kita masih ingat, itulah juga tindakan beliau sehari sebelum Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) mengadakan tunjuk perasaan raksasa di Kuala Lumpur pada 10 November tahun lalu.

Pada hari yang sama, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk berita “Saya Pantang Dicabar” yang memetik Perdana Menteri;

2. Sejak itu, amaran demi amaran beliau keluarkan setiap kali berlaku tunjuk perasaan atau perhimpunan. Ia sudah menjadi acuan kepada reaksinya;

3. Majlis Peguam sekadar mengambil kesempatan daripada mantera kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban Abdullah sendiri;

4. Majlis Peguam menjadi semakin berani dan berazam kerana Pentadbiran Abdullah menunjukkan keakraban yang luar biasa terhadapnya;

5. Atas inisiatif menteri undang-undang de facto, Senator Zaib Ibrahim, Abdullah menghadiri majlis makan malam tahunan Majlis Peguam dan, khabarnya, menggunakan wang negara membiayai majlis suka ria itu;

6. Pentadbiran Abdullah dilihat sebagai tunduk kepada desakan Majlis Peguam dengan mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim;

7. Majlis Peguam, seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional yang lain, sekadar mengambil kesempatan daripada kelemahan Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu untuk memperkuatkan kedudukan dan memperluaskan pengaruhnya;

8. Dalam sistem perkongsian kuasa demokrasi di mana ciri check and balance adalah utama, kelemahan sesuatu komponen akan diimbangi oleh kekuatan komponen yang lain; dan

9. Dalam konteks inilah kita semakin kerap mendengar saranan sesetengah pihak agar Raja-Raja Melayu campur tangan.

Namun, kita hendaklah sentiasa berhati-hati, berjaga-jaga dan bijaksana menggunakan kebebasan. Kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat mantera kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban Pentadbiran Abdullah yang diuar-uarkan oleh media massa arus perdana.

Kita kena juga mendalami dan memahami maksud dan matlamat yang tersirat kerana perang saraf dan propaganda ini diatur dan digerakkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar Umno dan kerajaan sendiri.

Lebih daripada itu, kita kena ingat bahawa bukan semua rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan liberal seperti Zaid dan Musa Hitam yang dikatakan begitu berpengaruh ke atas Abdullah.

Bagi majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama, isu akidah adalah sangat penting. Isu undang-undang seperti yang dirujuk oleh Kesevan mungkin tidak bermakna kepada mereka jika pada hemat mereka hak keagamaan mereka tercabar atau dipertikai.

Justeru itu, dalam usaha Majlis Peguam membuat tuntutan terhadap Pentadbiran Abdullah, janganlah hendaknya sensitiviti orang Melayu dan Islam disentuh sebegitu rupa sehingga mengancam kesejahteraan negara keseluruhannya.

76 comments:

Roti Planta said...

Dato'

Saya berpendapat Majlis Penguam (MP) jelas mempunyai maksud tersirat menghina agama Islam dan perundangannya. Apa perlu mereka mengadakan forum terbuka dan memanggil reporter luar jika hanya inginkan 'perbincangan dan berkongsi pendapat'. 'Mereka' telah menguasai Majlis dan menggunakannya diatas nama kebebasan dan hak asasi. Apakah hak asasi mereka sahaja yang perlu dipertimbangkan?

Saya dan Melayu+Muslim yang lain juga mempunyai hak yang telah dirampas semasa penjajahan dahulu. Penjajah telah merampas hak-hak dan kakayaan negara (Tanah Melayu) yang sepatutnya diwarisi / diperturunkan kepada kami anak cucu. Selain kekayaan yang telah mereka bawa balik, mereka juga meninggalkan 'pekerja lombong dan estate' mereka untuk merebut hartabenda dan peninggalan nenek moyang kami yang sepatutnya kami nikmati sekarang ini contohnya balak, perniagaan, tanah dsb. Kenapa kesilapan Mahkamah (jika ada) sahaja hendak dibincangkan? kenapa tidak dibincangkan perkara2 tersebut?... Pasti kerana kami Melayu amat bertolak ansur, menghormati hak2 'tetamu' yang telah beranak-pinak disini dan dah pun dianggap satu keluarga (masyarakat majmuk). Adalah tidak adil jika tetamu yang dahulu dibenarkan tinggal dirumah kami, kemudian apabila sudah besar mereka mempertikaikan kenapa mereka diberi bilik yang lebih kecil, tuan rumah mempunyai hak pada aset tertentu dan sebagainya. Sikap tetamu begini adalah MELAMPAU DAN BIADAP!! (kenapa Mat Taib tak ulang perkataan ini kepada mereka?)...

Saya yakin jika Melayu yang berhijrah untuk mecari rezeki dan bekerja di negara orang pada 60-70 tahun dahulu, pasti tuan tanah mereka tidak membenarkan Melayu tinggal terus di negara tersebut. Misalnya beribu-ribu Melayu berkerja di Singapura pada 70an dan 80an. Berapa orangkah Melayu dibenarkan tinggal terus di Singapura di atas dasar telah bekerja membanting tulang di situ? tiadakan?

Jadi ingatlah wahai Melayu (terutama ahli politik), jangan membiarkan kesilapan kita kini akan merosakkan dan menyebkan anak cucu kita merempat 40-50 tahun lagi. 'Tongkat' yang kita pegang usah dibuang kerana pasti anak cucu kita memerlukannya nanti. Mungkin jika kita membuang tongkat tersebut, mereka akan mula menunjukan 'pedang' mereka.

Bye/Roti Planta

zool said...

assalamulaikum dato

ini merupakan coretan pertama saya disini.saya menjadi silent reader selama ini.hari ini saya tertarik dgn tulisan dato mengenai campur tangan raja-raja melayu.di dalam institusi raja berpelembagaan adakah YDP Agung mempunyai kuasa untuk membatalkan kuasa yang dipunyai perdana menteri?jika ada saya sarankan kita sebagai bangsa melayu Islam mengulang kembali apa yang pernah dilakukan oleh Dato Onn Jaafar pada 1946 iaitu mengumpulkan semua persatuan-persatuan(NGO dan bukan NGO)yang berkaitan dengan melayu untuk menghantar satu memorandum kepada YDP Agung mengenai kemelut yang sedang dihadapi negara sekarang.mungkin kita adakan satu perhimpunan aman di Istana Besar Johor atas restu Baginda Sultan Johor dan setrusnya melantik wakil yang boleh menyerahkan memorandum tersebut kepada YDP Agung di Istana Negara.atau kita jemput raja-raja melayu ke perhimpunan tersebut.saya tidak pasti sama ada idea ini realistik atau tidak tetapi cara ini telah digunakan oleh pemimpin terdahulu untuk menggagalkan malayan union dari diteruskan dan ini juga salah satu cara untuk kita menyedarkan pemerintah bahawa pemerintahan mereka tidak disukai selain mesej yang telah dihantar oleh rakyat melalui PRU lalu.
satu lagi persoalan yang ingin saya ketengahkan ialah sebagai YDP Agung baginda merupakan ketua tentera di negara ini.adakah baginda mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak tentera mengadakan rampasan kuasa untuk mnggantikan pemerintahan yg baru??mungkin saya agak xtreme dengan idea kedua tetapi demi menyelamatkan agama,bangsa dan negara yg semakin hancur sekian hari..adakah cara lain selain dari kedua-dua idea di atas..jka setakat demonstrasi jalanan sudah pasti kita akan dihukum oleh pmerintah...Raja-Raja melayu meupakan benteng terakhir kita untuk menyelamatkan agama,bangsa dan negara tercinta ini dari terus dimusnahkan oleh rejim pemerintahan sekarang

Blue Mouse said...

Scribe,

Jemaah menteri Abdullah Ahmad Badawi:

Tikus-tikus membaiki labu.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Tajuk forum tu cantik. Tapi setahu saya (jika saya tidak silap), semua panel adalah dari bidang undang-undang sahaja.

Tiada panel dari kalangan agama islam (ulamak, JAKIM dsb). Bagi saya kerana itu lah maka forum tersebut dikatakan sebagai tidak sesuai dan menimbulkan syak wasangka.

Saya juga ada terbaca (di blog lain), ketua Majlis Peguam mendapat gelaran Dato' disekitar masa jamuan tahunan Majlis Peguam diadakan. Dapatnya gelaran Dato' itu bukan dari mana-mana Sultan atau Yang DiPertua Negeri tetapi terus dari kerajaan persekutuan. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya.

Walau bagaimanapun, berdasarkan suasana politik dan undang-undang Malaysia dewasa ini, mudah untuk saya simpulkan, tahap berkecuali kuasa legislatif dan kuasa eksekutif di Malaysia ini amatlah diragukan.

Bagi saya, jika Majlis Peguam benar-benar jujur dalam menganjurkan forum, kenapa tidak yang berkaitan dengan topik mempercepatkan kadar tempoh penyelesaian perbicaraan. Ini saya rasa lebih relatif.

Sekiranya kuasa eksekutif dan kuasa legislatif lebih berminat dengan isu-isu berkepentingan, tidak hairanlah jika lebih ramai rakyat dewasa ini yang lebih agresif dalam tuntutan mereka.

Begitulah Malaysia kita yang tercinta menjelang ulangtahunnya yang ke 51.

Harapan kita kini hanya pada Majlis Raja-raja. Itupun dah ada Sultan yang bagi kiasan, macam di Pahang baru-baru ini.

ADUN dan MP perlu diingatkan dan diberi fokus oleh Tuanku sendiri.

Kalau saya jadi MP atau ADUN, saya malu....

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

SIapa yang menjadi DALANG kepada kewujudan HINDRAF?

Siapa yang membebaskan manusia bersalah kepada tidak bersalah? begitulah sebaliknya.

Lawyer ada dua, lawyer profesional dan kedua, 'lowyer' buruk. Kadang-kadang kita tidak dapat bezakannya kerana KEDUA-DUA ADALAH MANUSIA YANG SAMA ATAU HAMPIR SAMA.

Pak Lah pula, kini baru kata dia pantang dicabar, mungkin dia baru bangun tidur kot. Terkejut beruk tak sempat hendak basuh muka. selalunya dia tidur di mana-mana jadi orang kata apa dia tak tahu.

summertime said...

saya percaya Pak Lah bukan sekadar "melepaskan batu ditangga".semestinya beliau akan meminta bantuan orang-orang bawahan beliau untuk mengatasi isu ini.kita harus ingat bahawa satu kepala tidak boleh membuat keputusan dan befikir untuk beribu-ribu perkara lain.dan keputusan serta pandangan yang diberikan pastilah ada terima dan ada yang tidak.

Nostradamus said...

Q43. Divide and rule exists in all politics and religion. (Fact or Fiction)
Memecah belah dan memerintah terdapat di semua fahaman politik dan ugama. (Fakta atau Rekaan)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)


Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)


Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

pecintakeamanan said...

Pada pendapat saya forum tersebut memanglah tidak salah sekiranya diteliti dengan betul masa yang diadakan adalah tidak sesuai kerana pada masa ini rakyat sedang bercampur baur isu-isu tersebut dengan fahaman politik merek. Ini hanya akan menyebabkan lagi ikatan dan keharmonian di antara kaum dan bangsa akan berkurangan yang dimana sampai suatu masa boleh menyebabkan pergaduhan dan persengketaan seperti insiden 13 mei.

Seruling Irama Pusaka said...

Salam Dato' Kadir:

Saya ingin menambah pada tulisan Dato' dan memperjelaskan lagi perkara ini untuk manfaat para pembaca.

1. Pertama sekali, tujuan forum yang diadakan oleh Majlis Peguam Malaysia ini adalah untuk membincangkan satu isu yang berkait bukan sekadar orang Muslim sahaja tetapi warga bukan Muslim juga. Pihak yang terlibat dalam kes Subashini dan Shamala misalnya adalah terdiri daripada seorang Muslim (si suami yang memeluk Islam) dan isteri dan anak-anak yang tidak beragama Islam. Oleh kerana ini, kepentingan mana-mana satu pihak tidak harus dipedulikan, baikpun yang Muslim dan yang bukan Muslim. Isu ini bukan monopoli pihak Muslim atau pihak bukan Muslim semata-mata -- dua-dua pun sama-sama terlibat. Ini tidak boleh dielakkan.

2. Forum ini tidaklah berat sebelah, tidak seimbang atau menghina Islam seperti mana diuar-uarkan oleh media arus perdana (terutamanya media milik parti politik). Ingat bahawa ianya melibatkan golongan yang terpelajar dari sudut Islam dan forum ini berlangsung secara aman dan sivil. Tajuk forum ini juga bukan "conversion to Islam" seperti yang Dato' tulis, tetapi ialah "Conversion to Islam: Article 121(1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited". Ini penting kerana ianya memberi memberi maklumat terperinci mengenai kandungan khusus perbincangan forum tersebut. Oleh sedemikian, forum ini bukan mengenai isu memeluk Islam secara am, tetapi adalah tertumpu kepada kerumitan yang berpunca daripada situasi di mana salah seorang daripada ahli sebuah keluarga memeluk agama Islam dan implikasinya untuk ahli keluarga yang bukan Islam.

3. Ada sedikit kebenaran dalam kenyataan Dato' bahawa Majlis Peguam "mengambil kesempatan daripada mantera kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban Abdullah sendiri". Namun, ini tidak semestinya suatu perkara yang salah atau politikal. Kes-kes rumit yang timbul akibat Perkara 121(1A) jelas membawa penderitaan kepada pihak-pihak yang terbabit, dan sekiranya warga Muslim dan bukan Muslim faham akan implikasinya, maka ini boleh mengelakkan berlakunya masalah seperti dalam kes Subashini dan Shamala. Ruang yang terbuka untuk perbincangan seperti ini membolehkan perbincangan yang konstruktif, dan ini tidak salah asalkan ianya diadakan secara aman dan tidak menghina Islam atau mana-mana agama lain. Keterbukaan itu baik sekiranya apa yang dilakukan atas nama 'keterbukaan' adalah dilakukan dengan hormat dan tidak menghasut. Pada pendapat saya, forum ini tidak menghina atau menggugat kedudukan Islam. Dari segi apa ianya "mencabar Islam"? Saya gesa para pembaca fikirkan secara objektif sejenak.

4. Media arus perdana dan pihak-pihak tertentu mungkin ada peranan atau kepentingan tertentu dalam mengapi-apikan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Mankanan said...

Isu Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam tempoh hari, masih hangat diperkatakan sekarang. Pelbagai reaksi telah dikemukakan oleh pelbagai pihak. Namun dalam apa jua yang berlaku sekarang, nampaknya semuanya akan dikaitkan dengan Pak Lah sehingga setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, pasti akan dikritik.. Dah takde ruang ke untuk Pak Lah di Malaysia ni? Kenapa terus mengkritik dan menghentam beliau?

donplaypuks® said...

I agree with you that these Forums and suggestions on religion, race and NEP issues should be approached with the sensitivities of all in mind.

The Bar Council is within it's rights, but there is somthing more than the law, the spirit of human rights and engagements, that we should also focus on.

The Bar Council and others must take a leaf out of 'The Art of War' and learn about strategy and timing and what is good PR.

And the, we can have open, mature discussions.
http://donplaypuks.blogspot.com

Greenman said...

Dato

Pada hemat saya, pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh" perlu dijadikan pegangan orang-orang Islam. Keadaan politik semasa yang berkisar dengan perebutan kuasa dan pengaruh antara pihak pemerintah dan pembangkang sudah semestinya akan menghakis hak kaum bumiputra.

Apa lagi dengan tindak tanduk segelintir pemimpin yang ingin popular dan sanggup mengadai maruah bangsa dan negara. Secara pribadi, jika kaum bumiputra sanggup berkompromi dengan gelagat pemimpin tersebut maka masa depan cucu cicit mereka sudah pasti berada di hujung tanduk. Oleh itu, gunalah akal dan kebijaksanaan kita dan jangan terlalu mengikut perasaan kerana kehancuran yang bakal tiba tidak hanya menjejaskan mereka yang sesat tetapi juga memberi tempias kepada orang orang lain.

Jangan sampai "menang sorak tetapi kampung tergadai".

karepu said...

Datuk, my muslim's friend entitled to show their disatisfaction towards the Bar Council for orgainsing the forum but then it's totally unacceptable to stop the forum in half way.The men in blue shall not take side and control the crowd but then they fail to deliver their service in neutral. They please the thugs from pekida and ascott them to the hall. If a professional body such as Bar Council were not given a room to dialogue then how are we going to solve the problem?

Flip floap PM promised to look into it after the 10 non-muslims cabinet minister addressed him with the momorandum two years ago but then what happen? Nothing moved so no point to put a hope with the man any more. At least give a room to Bar Council to have a dialogue and present their suggestion to government.

I was dissapointed with the men in blue because, when the opposition backed demonstration, they go all out even to use tear gas and chemical spray to disperse the crowd but then when its come to umno backed demonstration they come to shell them. Why double standard?

kluangman said...

Ada beberapa persaolan yang timbul kesan dari Majlis Peguam mengadakan forum mengenai “conversion to Islam” (memeluk Islam).

Pertama: adakah cara menyerbu ke bangunan majlis peguam sebagai satu langkah yang betul, seolah olah tidak ada cara lain yang lebih pro dan akademik, seolah olah di pihak orang Islam sudah tidak ada cerdik pandai yang setanding dan lebih pandai dari majlis Peguam itu sendiri, apa pendirian Persatuan Peguam2 Islam atau majlis Pengguna Islam.

Kenapa kuasa perundangan seperti memohon perintah mahkamah menghalang forum itu tidak dilakukan.

Kejadian pada 9hb hanyak memihak atau memberi petanda kemenangan kepada Majlis Peguam, mereka berjaya mengadakan walau seketika dan keduanya mereka telah memberi gambaran bahawa orang Islam ini adalah ganas dan barbarian di kacamata masyarakat malaysia dan dunia.

Yang keduanya: Di mana peranan Majlis Sultan dan Raja2 sebagai payung ugama Islam negeri dan negara.

Yang ketiganya: kenapa rakyat yang perlu menjadi benteng mempertikaikan majlis tersebut sedangkan kerajaan dan pemerintah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjaga keluruhan perlembagaan..Kenapa tindakan undang2 pencegahan tidak di ambil.

Tindakan Dolah membisu dan 'tumpang sekaki' selepas itu adalah peranan biasa orang munafik.

al-Balingi said...

Salam Dato,

PM ambik masa 3 hari baru nak komen tapi hambar, Menteri Undang-Undang sampai sekarang menyepi..apapun yang pasti umat Islam di Malaysia masih lagi sensitif sekiranya Islam diganggu gugat walaupun anutan politik mereka berbeda.

my said...

Saudara Kadir,
Saya beranggapan sebenarnya majlis peguam ini adalah sebuah badan yang sebenarnya adalah proksi kepada DAP. Ini bukan kali pertama majlis peguam mempersoalkan perihal Islam. Pada tahun 2004 mereka pernah menulis artikel tentang azan itu adalah pencemaran bunyi! Dan 2005 juga DAP pernah mengeluarkan kenyataan yang sama. Saya ada buat penulisan tentang Majlis Peguam adalah Proksi DAP disini. Diharap semua ambil iktibar dari forum tersebut, dan jangan ulang kembali...

Anak Penang. said...

Kadir

.Orang Melayu in macam daun keman,kalau kita pegang dia kechut.

Kalau gigi kita sensitive pada ice,kita cabut gigi itu.

Saya ingat Pak Lah ,Perdana Menteri kita macam Kura Kura,Kalau kita pegang dia,ia masok kepala dalam badan.Dia nampak kuat dengan kulitnya macam kereta kebal,tapi ia lambat bertindak.Kebanyakan nya maki kena gelek kereta.

Tapi dia bukan bodoh,Orang Melayu kata dia bodoh sombong.Dia buat bodoh tapi bila ada kesempatan is bantai kita.

Aku ingat Najib dah kena Perangkap.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Bila pokok dak condong, kura-kura pun panjat. Begitu jugalah keadaannya dengan kerajaan UMNO dan BN hari ini.

UMNO yang menjadi tunggak kerajaan Barisan Nasional tidak lagi dihormati.Sebab itulah Majlis Peguam berani "celapak" untuk teruskan forum tersebut walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

Sebenarnya untuk bincangkan masalah cerai berai, tiada tanggungjawaban suami kerana masuk Islam, pembahagian harta, masalah tuntutan mayat, tukar nama dan keluar islam, bukanlah isu besarpun. Islam ada penyelesaiannya. Semua orang boleh terima kerana Islam itu agama kesejahteraan.

Tetapi kerana kerajaan tidak serius mencari jalan penyelesaian maka perkara ini menjadi seperti "bom jangka" yang sentiasa digunakan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Pihak kerajaan pula mungkin "sengaja" membiarkan keadaan ini tergantung, untuk menjadikan modal, politik pecah perintah mereka.

Majlis Peguam pula seharusnya ikhlas membuat forum itu. Apakah untuk mencari penyelesaian kepada masalah perundangan atau untuk kepentingan lain bagi mempeleceh Islam.

Kalau untuk mencari penyelesaian kepada masalah, Majlis Peguam seharusnya berbincang SECARA SERIUS dengan kerajaan mengenai perkara tersebut SEHINGGA JALAN PENYELESAIAN DIPEROLEHI dan bukannya memforumkannya.

UMNO boleh dihancur dan dipunahkan kalau ianya lemah dan tidak berguna. Orang-orang Melayu atau Islam akan menubuhkan atau mencari parti-parti lain yang lebih baik.

Tetapi percubaan untuk memprovok dan mempersendakan Islam adalah satu perbuatan yang menempah "bala", terutama di dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zool,

1. Raja-Raja Melayu berhak dan berkuasa ke atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu;

2. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan, Raja-Raja Melayu boleh campur tangan atau mempengaruhi pentadbiran;

3. Namun kita wajib berhati-hati membabitkan Raja-Raja kita apatah lagi angkatan tentera dalam pentadbiran negara;

4. Kita mengamalkan sistem demokrasi. Kita pilih kerajaan. Kalau kita tidak percaya lagi kepada kerajaan, kita guna proses demokrasi untuk mengubahnya.

Terima kasih.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Kalau orang Islam mengadakan demonstrasi di negara barat kerana membantah penghinaan dan provokasi terhadap Islam, kita boleh terima kerana jumlah orang-orang Islam di sana adalah kecil.

Tetapi di Malaysia yang diistihar sebagai negara "Islam Hadari" yang rakyatnya majoriti Islam dan ketua negaranya beragama Islam pun terpaksa mengadakan demonstrasi bagi membantah golongan mainoriti yang cuba mempersendakan Islam.

Lihatlah betapa lemahnya kerajaan UMNO yang ada hari ini. Sebab itulah golongan-golongan yang suka mengambil kesempatan menjadi "besar kepala" sekarang ini.

Bluemoon said...

Dear Dato,
An humble non-Malay request.In a peaceful manner i want the governmnet to declare refugee status to all the Chinese and Indians, inform the UN, let the non-Malays to migrate to other states in stages. I’m just fed-up with all the racism claims.Hope peace will prevail.

abikhsan said...

Assalamualaikum w.b.r

Maaf, nak minta penjelasan sikit, banyak yang saya dengar komen termasuk dari Pak Menteri kata boleh anjur forum macam tu tapi kena buat secara tertutup. Saya tak paham tertutup dan terbuka dari segi apa. Venue atau peserta. Dia orang buat kat dalam dewan tu tak dikira tertutup ke atau buat kat padang bola baru dipanggil terbuka.

Saya dapat tahu Bar Council ada juga invite beberapa peguam Muslim untuk sertai forum tersebut tapi tiada sambutan. Banyak yang protes dari luar.

Saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya tiada dalam dewan masa forum anjuran bar council tu dan saya juga tidak pergi protes. Komen dari 'hear say' atau 'read say' nanti tak betul jadi fitnah, tak pasal dapat dosa kering.

Cuma di sini saya nak cerita pengalaman bersama dengan saudara baru. Yang pertama orang kaya masuk Islam satu family dan bila ada ugutan bunuh dari saudara terdekat dia, pergi mengadu dengan jabatan agama dan mufti, apa jawapan yang dapat..."Baguslah kena bunuh, kira mati syahid". Saudara baru tersebut kecewa dan lari sejauh 400 km ke selatan utk cari perlindungan.

Yang kedua, masuk Islam hampir 5 tahun masih belum tukar IC. Apa akan terjadi kalau dia accident dan meninggal, bila orang tengok IC nama bukan Islam maka akan dikebumikan cara bukan Islam, naudzubilah. Kata saudara baru tu banyak sangat karenah birokrasi.

Dan ada juga saudara baru yang pergi berdaftar dengan jabatan agama tapi disindir kata kononya datang atau nak masuk Islam sebab nak duit zakat atau sumbangan. Padahal saudara baru daftar sebab nak masuk kelas pendidikan dan kaunseling.

Beberapa peristiwa di atas yang berlaku menyebabkan ada saudara baru fed-up dan kembali ke agama asal dia.

Siapa yang salah. Maaf Dato, komen agak panjang dan mungkin off topic tapi sedih tengok nasib saudara baru yang juga saudara seagama kita.

p/s - Kenapa bar council begitu berani. Tak dengar pula komen dari SIS.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih kepada Seruling Irama Pusaka.

Sekarang kita lebih jelas. Panelnya pula siapa?

Walau bagaimanapun saya masih musykil. Kenapa perbincangan terperinci sebegitu dibuka kepada umum. Bagi saya, jika forum itu dibuka kepada umum, forum itu sendiri sepatutnya lebih menjurus kepada impak sosial.

Dengan itu sewajarnya pentas dibuka bukan sahaja kepada ahli perundangan bahkan ahli agama sekali.

Kalau tidak silap saya, forum ini adalah forum kedua. Boleh saudara ulas jika ada keterlanjuran pada forum pertama sehinggakan forum kedua ini ditentang dengan lantang sekali.

Jika Majlis Peguam nak ambil peranan yang lebih rapat dengan masyarakat, saya cadangkan forum yang berkait dengan isu pemilikan hartanah.

Saya pernah diberitahu oleh seorang tua tentang tanahnya yang telah dijual oleh anaknya si penagih dadah. Geran nama beliau dan tiada nama anaknya.

Tanah itu terjual dan geran bertukar tangan. Sianak memalsukan surat kuasa.

Keputusan mahkamah menyatakan pembeli telah membayar penuh dan tidak boleh disalahkan kerana tidak bersubahat dengan sianak. Sibapa terkonteng-konteng kerana dikatakan salah saman dan sepatutnya membuat tuntutan kepada anak selain melepaskan haknya keatas tanah terbabit.

Jika tipu orang tua itu, maka tipulah saya.

Any lawyers here to beg the differ?

Jika ini adalah benar struktur undang-undang, ia tidak melindungi sepenuhnya yang hak. Benda macam ni lah yang perlu dibawa ke forum umum.

Setahu saya, semua peguam tahu mereka perlu menjunjung bukan sahaja "the letter of the law" tetapi juga "the spirit of the law".

Saya nampak seolah-olah Majlis Peguam ni lebih berminat dengan "the letter of the law".

p/s Majlis Peguam ni NGO. Betul ke? Apa peranannya yang sebenar sebagai satu pertubuhan? Macam ada yang tak kena apabila Majlis Peguam nak terlibat secara langsung dengan masyarakat dengan cara forum begini. Banyak sangat perkara di Malaysia ni yang saya musykil.....

Sebelum terlupa. Pada pendapat saya, ramai yang marah bila Pak Lah buka mulut, ada sebabnya. Sebab tindakan dan timing Pak Lah tak betul.

Masalah dengan Pak Lah, tindakan naik harga minyak cepat tapi statement tentang isu perkauman lambat. Manakala isu tarikh pilihanraya ke 12 pula bertukar-tukar. Ini sekadar beberapa contoh sahaja.

Antara yang masih hangat adalah isu statement Pak Lah di akhbar The Sun. Sila rujuk lamanweb kudakepang. Menurut The Sun, Pak Lah kata, perlembagaan lebih tinggi dari agama. Betul ke Pak Lah cakap gitu atau The Sun salah lapor?

MSM pula tidak menjelaskan pasal isi forum (sampai orang kebanyakan macam saya pun tak tahu tajuk sebenar forum)tetapi lebih kepada isu demo diluar dewan forum dan isu maki orang bukan islam didalam dewan forum. Ini antara sebab orang lebih percayakan blogger dari MSM.

MSM pun perlu diberi ingat supaya JAGA SENSITIVITI RAKYAT!

Anonymous said...

as a none muslim none malay hardworking youngster than paying tax, respect all MALAYSIAN, i am very disappointed with all kind of racist statement come out from politician.


(Yang Sangat Kecewa)

Anonymous said...

Dato'
Badawi adalah lemah.
Baik dia turun untuk kebaikan rakyat MAlaysia semuanya.

Dan pilihan antara kedaulatan undang undang sekular dan Islam,
senang pilihannya, Kedaulatan Islam di utamakan.

ForThoseWhoHaveFunnyIdeas.

Anonymous said...

Dear Dato'
Allow me to answer Karepo,
THe double standard in police action is because there is a PKR man in there.
Just like the double standard accorded to Anwar whi is charged with a despicable act.
(Not to say that he did the despicable act but he is Charge With The Despicable Act).

KerepotSeeFaultInEverything.

Sufiah said...

Tolong baca kenyataan media Majlis Muslim Profesional Malaysia:

http://anwaribrahimblog.com/2008/08/13/kenyataan-media-majlis-profesional-muslim/#more-2418

Mereka pun rasa orang yang merusuh dan protes di luar bangunan Majlis Peguam Malaysia itu tidak betul, memandangkan takde pun sapa-sapa menghina Islam.

Yang jadi dalang dalam protes ni, kita tau la siapa... faham-faham saja ler.

sapik said...

saya pun melayu juga,tapi benarkah melayu menjadi putra di bumi semenanjung ini sejak dari dahulu-kala lagi?setahu saya rakyat melayu di semenanjung malaysia ini terdiri dari kacukan pelbagai kaum termasuk kaum2 dari segala genap kawasan di kepulauan sumatera,kepulauan jawa,kepulauan sulawesi,sulu/borneo,selatan siam,tanah arab,india,tanah besar cina dan termasuk rentesan kawasan indo-cina.walaupun dibuktikan bahawa terdapat kependudukan manusia sejak dari ratusan ribu tahun lagi,tidak ada bukti yang konstruktif bahawa penduduk di situ(bruas,lembah bujang)adalah orang melayu asli malaysia.ketidakpastian mengenai hal itu haruslah diambil sebagai satu lembaran bahawa semua rakyat malaysia adalah sama dan semua yang berkenaan dgn hal2 rakyat malaysia seharusnya boleh dibincangkan dan ini termasuk soal2 keagamaan.pekara2 seperti ini tentulah haruslah digalakkan selagi ia tidak menjurus ke arah keganasan.

saya sebenarnya lagi risau dgn ahlil2 agama yg kononnya lebih islamik membuat perkara2 tin kosong spt membuat protes atau membikin gempar yg tah apa-apa tanpa menghadapi sebarang perbincangan yg dipaksikan pada semangat intelektual.ini tidak progresif!walaupun al-quran adalah tetap,masyarakat senantiasa berubah dan perubahan inilah harus dinilai berdasarkan intepretasi kita pada kalam2 tuhan.kalau kita mengucap syahadah dan mengaku agama kita adalah yang terbaik,mengapa harus takut utk dipersoalkan?marilah kita renung kembali

Zainal A. Kasim said...

Wang negara digunakan untuk sebuah persatuan seperti Majlis Peguam? Dapat makan, dapat anugerah dan dapat duit.

Kalau macam tu, saya nak buat proposal majlis taklimat program MLM yang saya sertailah. Boleh ke Kerajaan tanggung beli karipap dan air sirap? Nak submit kat siapa Datuk?

Rasanya bagi duit kat program MLM lebih baik kerana dapat memakmurkan ekonomi rakyat daripada bagi duit kat lawyer buruk tak laku.

http://c-bok.blogspot.com

Ibrahim bin Said said...

Dato'
Izinkan saya mencelah untuk respon kepada catitan ANAK PENANG.
Tahukah ANAK PENANG kenapa kita tak boleh makan kura-kura.
Sebab tak boleh nak sembelih, bila kita dekatinya, ditariknya kepala masuk ke dalam badannya. Macamanalah nak sembelih!!!!!!!!!

Asmara Dhana said...

Forum yang dianjukan oleh Majlis Peguam ditentang oleh sebahgian (majoriti?)orang Melayu, kerana topiknya berkaitan dengan agama Islam,dan dikatakan menyentuh sensisiviti orang Melayu.

Saya kira forum seperti itu sepauttnya boleh diadakan, kalau ada wakil orang Melayu/Islam yang berwibawa yang menjadi panelnya dan boleh berhujah atau memberi penjelasan secara rasional.

Tapi dalam hal ini orang Melayu nampaknya terlalu sensitif dan seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.

Akhirnya, masalah tidak selesai juga, dan konflik agama dan perkauman semakin kuat dan berterusan.

Perindu 97 said...

Salam Dato'
Saya sebagai bekas penuntut UiTM tidak bersetuju dengan cadangan MB Selangor untuk membenarkan 10% bukan bumiputera masuk UiTM. Bukan kerana saya kedekut atau 'dengki' dengan kaum lain tetapi hanyalah untuk menjaga hak keistimewaan orang bumiputera di Malaysia. Seperti yang Tun Mahathir katakan, ada cara lain yang boleh meningkatkan kecemerlangan dan daya saing UiTM.

Cuba bayangkan, katakan jumlah penuntut UiTM sekarang adalah 150,000. Kalau dibenarkan kaum lain masuk (10%), maka tempat untuk anak-anak orang kampung (Melayu dan bumiputera Sabah-Sarawak) sebanyak 15,000 akan hilang. Jadi mereka ini akan hilang peluang untuk mendapat pendidikan berkualiti.

Saya bersetuju dengan kenyataan PM, Tun Mahathir dan juga Naib Canselor UiTM, biarlah UiTM kekal dengan tujuan penubuhannya. Mungkin MB Selangor membuat kenyataan tidak tepat pada masanya, saya pun tidak pasti.

Terima kasih Dato'. Sekian.

Ex-UiTM 90-an.

kluangman said...

Ibrahim bin Said said... kenapa kita tak boleh makan kura-kura.
Sebab tak boleh nak sembelih, bila kita dekatinya, ditariknya kepala masuk ke dalam badannya. Macamanalah nak sembelih!!!!!!!!!
...................................

Kalau teringin sangat nak makan kura kura, kena 'lentangkan' dia, lepas tu tentulah tahu apa yang patut dibuat, terus nak belah perut dia pun boleh..dalam lain perkataan jika ada pemimpin yang macam ini, kalau secara sopan suruh turun pun tak mahu, tunggulah, seperti kura kura, samada mati dilanyak lori tayar 18 atau mati terlentang.

mayhem said...

pak lah ni teragak agak nak keluarkan statement pasal ma'am dia pun mualaf..... susah sikit la nak bagi kenyataan pasal forum yg telah diadakan itu....

nak telan mati mak, nak buang mati bapak...

aishah

A KADIR JASIN said...

Sdri Mayhem/Aishah,

Janganlah kita terlalu personal.

Fikirkan, siapa datang dulu, Abdullah Badawi sebagai politikus Umno atau Abdullah Badawi sebagai suami Datin Seri Jeanne Abdullah?

Tidak eloklah kita salahkan seorang mualaf. Malah bagi saya, seorang mualaf mungkin lebih baik daripada Muslim yang dilahirkan.

Banyak juga Muslim kelahiran yang tak peduli agama dan buat macam-macam kerja tak betul.

Terima kasih.

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh Dato,
Rasanya PM yang dipilih rakyat untuk mengurus ekonomi, kebajikan, keselamatan, kesetahteraan dan lain-lain masih sehat hidup dan masih kukuh memegang kuasa.

Jika masaalah dalam sekecil itu pun gagal ditanggani dengan berhemah, hebat ke DSAAB?

Jangan dibangkitkan Pulau Batu Putih, ni pasal Pulau Pisang pula, hanyut le..
DSAAB juga durhaka kepada DYMM Sultan Johor. Baginda bertitah, Robohkan je tambak Johor. Apa reaksi dan tindakan DSAAB?

Dia pergi menikah dengan Cina Muaalaf tu.

Anonymous said...

Dato,

Sekurang-kurangnya Pak Lah ada juga bersuara walaupun agak terlambat...
Anwar Ibrahim langsung tak dengar bunyi sampai sekarang.

Pada seruling irama pusaka,

Kita tidak boleh anggap semua rakyat Malaysia berfikiran sama dan boleh berfikir secara intelektual dan rasional sepanjang masa. Masalah tidak akan timbul andai semua orang berfikiran tenteram dan terbuka. Saudara mungkin seorang intelektual dan berfikiran rasional tapi saudara kena faham, ramai lagi rakyat Malaysia ini yang tidak berfikiran terbuka seperti saudara.

Majlis Peguam yang rata-rata ahli-ahlinya terdiri dari golongan bijak pandai pun sepatutnya harus sedar yang ada rakyat Malaysia tidak boleh terima pemikiran yang terbuka seperti mereka. Jadi, mengapa masih mahu anjur forum terbuka? Tidak bolehkah forum tersebut dijalankan secara tertutup? Majlis Peguam ini nak jadi "champion" untuk siapa sebenarnya? Kalau betul mereka ini ikhlas untuk menegakkan isu2 perundangan, mengapa Majlis Peguam menyokong tindakan kerajaan membayar ex-gratia kepada bekas2 hakim yang dipecat? Tidakkah tindakan membayar ex-gratia ini membelakangi keputusan Tribunal yang dilantik Yang Dipertuan Agong berlandas kedaulatan undang-undang negara?

Sepatutnya Tribunal baru hendaklah dilantik untuk mendengar kembali kes pemecatan hakim2 berkenaan. Kita pun hendak tahu kenapa hakim tersebut berbohong dan tidak mendedahkan "Surat Pertama" iaitu surat komplain beliau kepada YDP Agong mengenai bunyi bising sepertimana didedahkan oleh Tun Mahathir.

Mengapa Majlis Peguam menyokong tindakan kerajaan yang mengetepikan lunas undang2 ini? Mengapa Majlis Peguam menyokong tuduhan seorang hakim bernama Ian Chin yang menuduh Tun Mahathir mengugut hakim2 walaupun tuduhan itu tidak disertakan dengan bukti dan saksi dari hakim2 yang lain?

Majlis Peguam ini nak jadi "champion" untuk siapa sebenarnya?

Majlis Peguam ini dah jadi macam parti politik. Tindakan mereka penuh muslihat, tidak konsisten, berat sebelah dan sanggup menipu. Walaupun saya ni berfikiran rasional dan boleh terima forum2 terbuka, tetapi apabila forum2 terbuka ini dianjur oleh sebuah pertubuhan politik seperti Majlis Peguam ini, saya terpaksa cakap minta maaf lah, saya ragu2 tentang niat dan keikhlasan mereka.

.................................

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dikhabarkan mengetuai himpunan memprotes forum terbuka oleh Majlis Peguam ini. Buat yang masih tidak tahu, Zulkifli Nordin ini bukan Ahli Parlimen BN dan bakal dikenakan tindakan disiplin oleh PKR, parti pimpinan Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri pilihan PAS.


-sinbad-

msleepyhead said...

Dato (dan Perindu 97),

Berhubungan isu UiTM, ini adalah peluang yang baik untuk mencari akar perkara ini dan bukan melihat di permukaan sahaja. Kalau perahu dimasuki air, kita perlu mencari di mana lubangnya dan bukan hanya menimba air kembali ke laut, sampai bila-bila pun masih bocor.

Perlu ditanya mengapa sehingga ke hari ini kaum bumiputera masih tidak boleh bersaing secara sama rata untuk kemasukan ke mana-mana universiti di dalam Malaysia?

1. Adakah kerana sistem pendidikan asas - sekolah kebangsaan rendah dan menengah tidak mampu memberikan pendidikan yang bertaraf setara kepada semua kaum?

2. Adakah kerana anak-anak bukan bumiputera lebih berada maka dapat menghadiri kelas-kelas tuisyen tambahan? Jika ya, ini kembali kepada no.1 di mana sistem pendidikan tidak cukup mampan sehingga pelajar-pelajar perlu membayar untuk kelas tambahan selapas sekolah.

3. Adakah kerana golongan bumiputera lebih ramai di kawasan luar bandar serta sekolah-sekolah di luar bandar tidak setaraf mutu pendidikannya dengan yang berada di bandar? Jika ya, apakah inisiatif untuk mengurangkan jurang perbedaan kualiti pendidikan di bandar dan luar bandar.

Kelayakan kemasukan pelajar ke universiti perlu dibezakan daripada isu bantuan kewangan atau biasiswa yang diberi kepada mereka yang tidak mampu. Perlu kita selesaikan dahulu apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka tidak masih boleh bersaing walaupun dengan kawan-kawan senegara walaupun adanya sekolah berasrama penuh, mrsm yang merupakan tempat-tempat pendidikan asas diberikan.

Apakah kalau universiti dibuka kepada semua, adakah anak-anak bumiputera akan terpinggir dan jika ya, mengapa, kerana anak-anak kaum lain turut sama mengikuti kurikulum kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, jadi di mana bocornya?

Ini bukan hanya isu bangsa semata-mata tetapi isu kualiti pendidikan yang dilaksanakan di negara ini.

Sudah lebih 500 tahun kita menimba air daripada perahu yang bocor, perlu dicari dan ditampalkan sebelum ditenggelami air dalam dunia yang semakin ke depan kian hari dengan perolakan teknologi dan perubahan cuaca yang akan melanda.

Diharap Dato akan juga membuat posting untuk mengulas sedikit sebanyak tentang isu pendidikan yang penting untuk masa depan negara.

A KADIR JASIN said...

Sdr Hajiman Ibrahim,

Tidak salah PM berkahwin dengan sesiapa pun asal bukan muhrimnya.

Apa salahnya dia berkahwin dengan DS Jeanne?

Kita jangan sekali-kali hina mualaf. Mereka lebih mulia daripada kita. Mereka memilih Islam. Kita dilahirkan Islam.

Ramai mualaf menjadi Muslim yang baik dan menyumbang kepada Islam.

Jangan kerana marahkan Abdullah kita sindir dan caci mualaf. Ramai mualaf jadi mualim.

DS Jeanne bukan keturunan Cina. Dia kita panggil orang serani.

Kepada yang lain, tolong jangan sekadar potong dan tampal atau rujuk kepada sumber lain. Boleh cut and paste dan boleh rujuk, tapi sila nyatakan pansangan saudara/saudari.

Terima kasih.

Hj. Kamaruddin Taib said...

Saudara MSleepyHead:

Sebab mengapa sehingga ke hari ini kaum bumiputera masih tidak boleh bersaing secara sama rata untuk kemasukan ke mana-mana universiti di dalam Malaysia adalah seperti berikut:

(a) Mentaliti kita orang Melayu terutamanya masih tertutup atau sempit, tidak luas atau holistik 'worldview' kita berbanding kaum bukan bumiputera yang lebih terdedah kepada pelbagai sumber ilmu, budaya, tamadun dunia yang berbeza bukan sahaja dari segi pembacaan mereka tapi juga dari segi budaya mereka. Kita orang Melayu perlu perluaskan lagi skop pandangan kita tanpa dibendung rasa takut, syak dan sebagainya.

(b) Pemberian 'tongkat' oleh UMNO telah menjadikan bangsa kita terlalu bergantung pada tongkat ini dan tidak mampu berfikir secara kritikal atau meluas. Bangsa kita dijadikan terlalu bergantung pada golongan politik/atasan tertentu (satu bentuk 'neo-feudalisma'), dan oleh itu kita tidak dapat bangkit dan berpandangan luas. Kita diperdaya agar berfikir ada 'musuh' yang sentiasa akan memusnahkan/meruntuhkan bangsa kita (iaitu kononnya bangsa lain di Malaysia, walhal mereka juga adalah warganegara se-tanahair yang lahir dan membesar dari muka bumi dan beras yang sama dengan kita).

(c) Segala ini menjadikan bangsa Melayu kurang yakin pada diri. Kita perlu bangkit daripada mentaliti terlindung/mentaliti jaguh kampung ini dan belajar daripada warga Malaysia yang bukan Melayu cara untuk mempertingkatkan daya saing kita bukan sahaja dari tahap nasional tapi pada tahap global juga.

Sekian.

Fido Dido said...

Saya faham perasaan Melayu, ada pihak yang terasa tercabar dengan penganjuran forum oleh Majlis Peguam. Melayu mempunyai sensitiviti, tetapi begitu juga dengan cina, india, kadazan, iban. Mereka juga mempunyai sensitiviti.

Bagaimana dengan perasaan mereka ketika orang yang disayangi di kebumikan bukan dengan cara yang mereka ikuti. Bagaimana dengan anak2 subashini, bagaimana perasaan ibu bapa yang berlainan agama, apabila anaknya meninggal.

Isu-isu inilah yang mahu dibincangkan oleh majlis peguam.

Razlan said...

Salam Dato,

Orang Melayu pada hari ini sudah hilang Kualiti Kemelayuan.

Orang Melayu pada hari ini, sudah tidak heran apa akan jadi kepada Tanah Melayu.

Kita tidak perlu mengusik siapa yang salah di sini. Melayu hari ini sudah kurang IMAN ....

Kalau kita sedar dan kuat imannya .. pasti berpuluh ribu orang akan berhimpun pada pagi sabtu ....

Tahniah kepada Utusan yang memainkan isu ini... dan tahniah kepada Orang Melayu yang dah tak tahu dan peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita ...

Dato .. kalau hari ini berlaku peperangan saudara .. BERANIKAH ORang Melayu pertahankan ???

Dengar senapang meletup dah lari tuk ....

Jadi tak payahlah kita nak salahkah sesiapa ..

Ajarlah anak2 kita erti Islam.. harga diri .. dan Maruah,

Ajarlah anak kita ... Dunia itu sementara .. kemewahan dunia itu dugaan ..

Ajarlah dato .. semoga ISLAM akan bangkit di Rantau ini .. dan semoga kita dapat menakluk kembali negara ini dan seterusnya Baitulmuqadis .. InSyaallah ...

Anonymous said...

msleepyhead,

Saudara mungkin membuat kesimpulan bahawa pelajar Melayu/bumiputera ini kurang bijak dan tidak mampu bersaing secara terbuka dengan pelajar2 bukan Melayu.

Atas dasar apa saudara berfikiran begitu, saya tidak tahu lah.

Tapi hakikatnya, pelajar2 Melayu/bumiputera sebenarnya mampu bersaing. Hanya peluang sahaja membataskan saingan mereka.

Kemerosotan mutu graduan dan siswazah bukan hanya dialami oleh pelajar2 Melayu/bumiputera sahaja tetapi turut dialami oleh graduan dan siswazah bukan Melayu.

Jangan anggap UiTM ini universiti "low-class" dan jangan juga tertipu dengan ijazah2 universiti luar negeri yang dianggap hebat dan penuh bermutu.

Yang menentukan kualiti seorang graduan itu ialah ketika ditemuduga. Saya sudah menemuduga ramai graduan dan graduan UiTM tidak mengecewakan saya.

Hasrat Tan Sri Khalid untuk membuka UiTM pada kaum bukan Melayu/bumiputera atas alasan untuk meningkatkan kualiti hanya menampakkan beliau sudah "ketinggalan bas". Kualiti pendidikan UiTM jauh lebih baik dari sesetengah universiti tempatan yang lain hinggakan ramai pelajar dari golongan Melayu diperingkat mewah dan pertengahan yang memilih UiTM sebagai pilihan pertama. Ini telah menimbulkan masalah terutama kepada golongan2 Melayu luar bandar untuk mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.

Kalau tidak silap saya, dasar penubuhan UiTM ialah untuk memberi peluang pendidikan kepada golongan Melayu/bumiputera terutama dari golongan luar bandar yang miskin. Sudahlah tempat mereka ini banyak diambil oleh golongan Melayu yang mewah dan berkemampuan, sekarang nak buka lagi bagi pada bukan Melayu?

-sinbad-

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin dan para pengomen,

Saya setuju dengan Sdr. AKJ. Kita tidak sepatutnya menyinggir muaalaf.

Allah telah membuka hati mereka untuk menerima Islam dan sebagai seorang Muslim kita seharusnya menolong mereka. Bagi saya yang tidak berapa tahu pasal agama, saya rasa Islam mewajibkan kita (seorang Muslim) untuk membantu muaalaf-muaalaf ini.

Pernah saya terbaca disatu blog yang mengatakan seseorang yang memeluk Islam sebenarnya bukan "masuk" Islam tetapi "telah kembali" kepada Islam. Ini berdasarkan kepada "seseorang itu lahir dalam keadaan suci iaitu Islam dan ibubapa (serta keadaan sekeliling) yang membuat mereka (bayi) menjadi nasrani ataupun majusi".

Saya amat bersetuju dengan kenyataan blog tersebut. Jestru jika seseorang itu "kembali" kepada Islam maka yang "dah Islam" itu patut membantu. Dengan yang demikian kita juga membantu diri kita sendiri untuk memahami, mendalami serta merapati diri dengan ajaran Islam.

Adalah lebih elok jika seseorang itu bernikah dengan seseorang yang seagama. Jangan pulak kita lebih rela melihat saudara/saudari se-Islam kita "ber-gundik", "ber-girlfriend" atau "hidup bersama-sama" tanpa bernikah secara sah mengikut hukum-hukum Allah.

Jikalau Pak Lah atau mana-mana pemimpin Islam nak bernikah sampai empat pun kita patut terima (jika mereka mampu berlaku adil dsb) kerana perkara ini dibenarkan olih Islam. Kita tidak sepatutnya memandang serong terhadap orang-orang ini.

Siapalah kita untuk mempersoalkan hukum-hukum Allah?

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

Ini adalah akibat kelemahan pimpin kita sendiri..

Intekma said...

Scribe,


Nampaknya saya perlu belajar menjawab dengan lebih hebat hujah-hujah yang bernas dan tajam.

Al-islamu ya'lu wa la ya'la 'alaihi

(Kenapa saudara baru maupun anak muslim tidak mampu mencintai Islam dan turut membencinya ya tuhanku?

Posting anda: Ogos 16hb
Apa agaknya pada malam September 16hb? Itu yang mahu kita sampaikan
sebenarnya)

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Jika dasar “appeasement” yang diamalkan oleh pemerintah, banyak pihak akan berani bertindak meminta itu dan ini. Samada pihak-pihak itu datangnya dari dalam mahupun luar negara, di mata mereka, pemerintah yang mengamalkan dasar begini adalah pemerintah yang lemah-lembut. Dasar “appeasement” ini selalunya menjadikan pihak yang meminta akan bertindak lebih “aggressive” untuk mencerahkan peluang/hajat mereka supaya termakbul.


Jadi, tindakan menyalahkan Majlis Peguam adalah umpama menutup sebelah mata terhadap kelemahan kerajaan. Jika tabiat “appeasement” dan “melepaskan batuk di tangga” ini dibiarkan berterusan, saya tidak terkejut jika terdapat banyak lagi insiden-insiden berbentuk “aggressiveness” dari pihak-pihak yang lain pula selepas ini.


Berbalik kepada isu Majlis Peguam tempohari -- mereka melihat dan beranggapan tindakan mereka mengungguli isu “conversion to Islam” adalah bersifat “good faith”. Mereka merasakan bahawa mereka mesti mencari ruang untuk mempertahankan hak-hak ahli keluarga bukan Islam dsb. Mereka melihat “ke-tidak sempurnaan” system perundangan Mahkamah Syariah membawa kepada “ke-tidak adilan” terhadap hak-hak ahli keluarga bukan Islam (apabila salah seorang daripada mereka memeluk Islam).


Malangnya, di pihak orang-orang Islam pula, ianya dilihat sebagai satu tindakan “bad faith” –- mencemar kesucian dan kesempurnaan Agama Islam. Umat Islam yang berpegang teguh kepada akidah Islam tidak akan mempersoalkan apa-apa perundangan syariah kerana mereka percaya perbuatan itu akan menjejaskan akidah mereka.


Pertentangan persepsi di antara “good faith” dengan “bad faith” inilah yang menjadikan isu “conversion to Islam” ini satu kemelut. Kedua-dua pihak mempunyai hujah tertentu dan masing-masing berpegang teguh kepada hujah mereka. Masing-masing beranggapan bahawa mereka bersifat “good faith” dan pihak lawan bersifat “bad faith”.


Saya berpendapat, keadaan ini menjurus kepada “hard case” di mana “hard case makes bad law”. Kita tidak akan dapat menyelesaikan kemelut ini selagi prinsip asas “good faith” tidak dipenuhi.


Saya tidak bermaksud supaya orang-orang Islam atau pemerintah mengorbankan sebahagian daripada perundangan syariah Islam semata-mata untuk memenuhi prinsip “good faith” di atas. Tetapi, jika kita benar-benar ingin mempertahankan system perundangan syariah Islam, kita wajib memperbaiki dan mengatasi “kelemahan-kelemahan tertentu” yang terdapat di dalam system syariah itu supaya kesempurnaan dan keadilan Islam tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan orang.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa system perundangan syariah Islam yang diguna pakai di negara ini bukanlah 100% bersumberkan Al Quran, Hadith dan Ijmak Ulama. Sebahagian kecil daripadanya adalah ciptaan manusia dan ada juga sebahagian kecil yang lain diceduk dari “western code of law”.


Ini secara terus boleh ditafsirkan bahawa terdapat kelemahan-kelemahan tertentu di dalam system itu.


Jika akta-akta yang terkandung di dalam perlembagaan negara boleh di kemas kini dan di perbaharui dari semasa ke semasa di Dewan Rakyat, saya berpendapat perundangan syariah Islam yang tidak bersumberkan Al Quran, Hadith dan Ijmak Ulama ini juga wajiblah dilihat semula keberkesanannya di dalam konteks Negara kita yang berbilang agama ini.


Mungkin sukar untuk menyeragamkan perundangan Syariah ini kerana bidang kuasanya tertakluk kepada negeri-negeri. Tetapi, demi kesucian, kesempurnaan dan keadilan Islam, sesuatu yang konstruktif mestilah dimulakan agar isu-isu sensitive seperti ini tidak diputar belitkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tersembunyi.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Seruling Irama Pusaka said...

Saudara Azman Mohd Isa di atas, antara lain, berkata bahawa ada elemen ciptaan manusia dalam undang-undang kita, sama ada Syariah atau sivil.

Saudara Azman:

Tapi harus kita ingat bahawa segala-gala yang tercipta di dunia ini adalah ciptaan Allah SWT, termasuk undang-undang sivil. Undang-undang ini pun harus diterima dan tidak harus diperkecilkan. Akal manusia yang mencipta undang-undang yang pelbagai di dunia ini adalah kurniaan Allah dan oleh itu ianya berpunca dari Allah, bukah sahaja undang-undang Syariah.

Kalau kita berpendapat bahawa apa-apa yang tidak terkandung dalam Al-Quran itu bukan ciptaan Allah dan oleh itu tidak sempurna, adakah kita akan menolak ubat-ubat ciptaan manusia seperti ubat menyembuhkan denggi dan lain-lain apabila sakit kerana ianya tidak terkandung dalam Al-Quran?

Sudah tentu tidak, kerana ianya ciptaan akal kurniaan Allah.

Oleh itu, jangan kita pandang rendah terhadap undang-undang lain yang selain dari Syariah. Semuanya ada kesesuaiannya mengikut keadaan.

Ada di kala kita yang bersungguh-sungguh berkata bahawa undang-undang Syariah lah yang unggul sekali dan yang harus kita ikut ikut sepenuh-penuhnya untuk semua golongan warga Malaysia agar hidup kita sempurna.

Ini boleh dikatakan pemikiran yang sempit dan perlu lagi didikan dari segi cara berfikir dan pemahaman mengenai tabii hidup dunia ini.

Sekian.

kluangman said...

Razlan said... Orang Melayu pada hari ini sudah hilang Kualiti Kemelayuan.
...................................
Kepada saudara Razlan, saya ingin tahu apakah kualiti kemelayuan yang dikatakan 'hilang' itu..

Hebat sangatkah kualiti kemelayuan yang mahu dipertahankan atau 'kualiti' tersebut hanya digembar gemburkan melalui cerita dongeng atau sejarah klasik.

Jika Melayu itu hebat, dari segi fakta, mana bukti tamaddunnya..

TICO said...

Ybhg Dato'

Bagi memulakan forum, Bar counsil menjemput 3 orang untuk menceritakan pengalaman mereka tentang pengalaman mereka hidup bersama pasangan Islam. Seorang Cina, seorang India dan seorang German. Mereka pun berceritalah pengalaman mereka sepenuh perasaan sehingga ada yang hadir menitiskan air mata.

Set induksi forum ini jelas untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap Islam. Mereka yang hadir forum dipengaruhi perasaan benci. Jadi, apakah pertimbangan yang boleh dibuat jika kita berada dalam perasan demikian.

Bagi saya terpulanglah kepada bar counsil sama ada untuk menyambung lagi forum ini. Itu hak mereka Tapi saya syorkan jika forum ini ada siri kedua, buatlah siri ke 2 itu di luar negera. Jemputlah wartawan luar negara. Selagi forum itu diadakan dalam negeri, keadaan yang sama akan berlaku atau mungkin bertambah buruk.

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Apabila berlaku sesuatu, orang sering merujuk kepada pihak berkuasa iaitu kerajaan. Kebelakangan ini, kita seolah-oleh tidak mempunyai pihak berkuasa. Setiap golongan menjadi berani bertindak apa sahaja tanpa pertimbangan wajar terhadap pihak-pihak lain. Pihak yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang pun menghadapi masalah melaksanakan tugas mereka kerana yang berkuasa sering menegur dan tidak bertindak selaras dengan mereka. Itulah citra Pak Lah, dia memilih untuk menurunkan kuasa kepada semua pihak sehingga keadaan menjadi bercelaru. Dengan kata lain, kita beri dia kuasa, dia beri kepada pihak lain. Tetapi orang Umno masih bersetuju mengekalkan dia sebagai Presiden merangkap Perdana Menteri sehingga 2010, masya Allah.

Anonymous said...

Lembab sungguh perdana menteri Malaysia itu yer..hmm...

Al-Ahmadi, KW

Mohd Affendi said...

Salam semua,

Dato AKJ said:
Kita jangan sekali-kali hina mualaf. Mereka lebih mulia daripada kita. Mereka memilih Islam. Kita dilahirkan Islam.

Betul tu Dato'..Bila bercakap soal Islam, kpd yg berkenaan tu.. sifat asabiah perkauman tu tolong lah ketepikan sebelum nk berlagak jd juara Islam...

Kekadang Melayu ni mmg mudah lupa juga Islam tu bukan milik dia je..Rukun yg 5 pun belum sempurna....kesannya Allah dah bagi habuan didunia..

Domain Melayu tu kecil..domain Islam tu alam semesta..

Sebenarnya bila kita lahir kedunia tiada bezanya antara yg bukan Islam & yg automatik berlabel Islam... yg membezakan adalah pengetahuan ilmu2 berkenaan Islam..

Itu dah menerangkan mengapa ada Melayu murtad! Apa nk dibangga lahir Islam tetapi jahil? Nak terang pasal Islam kat org pun tak tahu..jd apa bezanya dgn yg tak tahu?

Kenapa? Ada yg tak caya ker...? Dah Islam automatik berdekad2 pun masih tak faham2? Tak tahu bersyukur nikmat Islam ?

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." - An-Nahl:78

Dah jelik lah bila dengar org nk kacau hak Melayu & Islam pihak tertentu setakat tahu bising2 buat demo budaya haprak..lepas ni nak buat demo bom berani mati pula kah?

Kalo tanya saya.."you want competition..?? We compete, and then see the real result.."
Belum cuba belum tahu! tak pernah cuba bersaing, tak pernah rasa kalah, mcm mana nk 'improve'? Besi pun kalo nak keras pun kena 'heat treatment' .Anda genetik Asia? begitu juga saya..ada beza bangsa Aryan ke di sini?

Kalo tak pernah bersaing ttp asyik nk mengharap dibantu utk bersaing, sampai bila2 kita akan dipandang hina oleh mereka2 ini..Kita tak boleh mengubah pandangan org lain terhadap kita tanpa ubah kelemahan yg ada pada diri sendiri.

Perlindungan? Kalo mcm ni pemikiran student2 Melayu skrg, tak payahlah menjadi sampah menyemakkan lagi pasaran kerja di Malaysia..mmg patut ramai yg menganggur..baik pergi tumpu bidang kemahiran kalo minda tak mampu capai tahap Islam..

Siapa salah jd begini? Ini mmg salah kerajaan..mengapa perlu bykkan kolej2 universiti mcm industri & hapuskan "filter" SRP? Polisi "now everybody can fly"???Menggangu ekosistem sosioekonomi..piramid jd besar atas kecil bawah..tak seimbang.. O-Level & A-Level beratus tahun tetap sama jer..

Terus terang saya cakap org lulusan bidang kemahiran sijil2 tu lg senang dpt kerja berbanding graduan2 Universiti siap boleh demand lg..Syarikat saya siap pergi IKM, Politeknik interview cari calon2..terbalik mcm zaman dulu2 bila org pi Universiti interview bakal graduan utk calon pekerja.. Jd jgnlah bangga sgt kalo dpt masuk Univ.

Welder Level G4 gaji kalah eksekutif, siap boleh cari makan oversea..graduan haprak cukup mkn ada apa nk sumbang..? Zaman IT semua boleh digital, software byk mudahkan application, siapa perlu org tiada kemahiran? Govt pun dah tak mampu sedia tempat utk anda2 "produk subsidi" ini..rakyat M'sia dah makin ramai..

Dunia dah berubah..jika tak mampu mengubah dunia, ubahlah diri!
Melayu kan majoriti..kalo byk yg "mati" kerana bersaing sekalipun, kita mampu 'recover' cepat kerana kelebihan dari segi 'recovery rate' kerana ada 'volume', tongkat lagi ada.... kenapa hangpa mau jd kura2?

Kata tak suka Pak Lah tetapi tanpa sedar hangpa dah 'AFUNDI' dia sbg idola.. (",)

Kenapa rasa diri tak mampu bersaing? Allah jadikan Melayu ni bangsa cacat ke? Bukankah byk yg dah pandai2 sampai SPM berbelas A1? Persaingan universiti tempatan pun masih takut?

Kalo quota 10% untuk mereka pun selaku pemegang "tongkat" kita boleh jadikan nya 100% +10%! Kenapa dungu sgt..?

Kenapa melenting mcm budak2 down syndrome?? Sama jer pemikiran dgn kura2 yg dikutuk itu..dilema identiti.

Org yg bijak takkan melenting..

Kelebihan yg ada, kita gunakan hanya bila diperlukan..

Bukan dihabiskan jika kita masih mampu bersaing secara fitrah..

Jika tongkat itu milikmu..jagalah serta hargailah ia & simpanlah baik2 harta pusakamu itu..

Bukan guna untuk ancam & cederakan orang lain..

Atau

Digadaikan mcm sesetengah bahlul yg rasa diri terlampau cerdik itu..

Pilihan ditangan anda wahai Melayu...
Pls refer Al=Quran Surah Ar-Raad:11

Wahai Melayu..Islam itu tidak diturunkan untuk diselamatkan oleh makhluk2 haprak lagi cabuk seperti kamu utk menentang Perlembagaan Lord Reid ciptaan manusia...

Produk Allah s.w.t itu "makhluk-proof" ..malah Islam itu diturunkan untuk menyelamatkan kamu dan semua manusia jika kamu benar2 belajar memahami untuk jadi umat terbaik.

Wallahualam & wasallam

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Izinkan saya membalas komen Sdr Seruling Irama Pusaka.

Pertama sekali saya tidak memandang rendah mengenai undang-undang sivil. Saya hanya menyatakan bahawa terdapat sebahagian kecil undang-undang syariah yang diguna pakai di Malaysia ini yang dicipta oleh manusia dan ada yang diceduk dari kod undang-undang negara barat.

Fokus ulasan saya tertumpu kepada undang-undang syariah di Malaysia ini di mana walaupun ianya dinamakan sebagai undang-undang syariah, masih terdapat ketidaksempurnaannya jika tidak berlandaskan Al Quran, Hadith dan Ijmak Ulama.

Di dalam konteks isu Majlis Peguam tempohari, saya berpendapat Majlis Peguam “mempertikaikan secara halus” kesempurnaan undang-undang syariah dengan berselindung di bawah tajuk forum "Conversion to Islam: Article 121(1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited".

Salah satu tujuan mereka ialah untuk membenarkan kes-kes seumpama itu dibicarakan di Mahkamah Sivil. Pada pendapat mereka, Mahkamah Syariah tidak “berhak” membicarakan kes-kes yang melibatkan orang-orang bukan Islam.

Secara umumnya, saya bersetuju. Tetapi, apabila kita lihat di dalam konteks muallaf yang mempunyai ahli keluarga yang bukan beragama Islam, termasuklah isu kematian, isu pembahagian harta pusaka, isu hak penjagaan anak, dsb, saya lebih bersetuju untuk kita “memperbaiki/mengemas-kini” undang-undang syariah kita supaya ianya menjadi “sempurna” daripada kita hendak menegakkan kesempurnaan undang-undang sivil.

Betulkah undang-undang sivil itu sudah sempurna?

Walaupun saya bersetuju bahawa semua kejadian di alam semesta ini adalah ciptaan Allah, namun contoh yang Sdr kaitkan mengenai undang-undang sivil juga secara tidak langsung merupakan ciptaan Allah, adalah satu contoh yang sukar saya terima.

Sdr mengatakan akal manusia adalah ciptaan Allah – saya setuju. Tetapi Sdr juga perlu ingat bahawa akal manusia ini juga boleh terpengaruh dengan nafsu dan shahwat. Terdapat banyak sekali ciptaan-ciptaan dan perbuatan-perbuatan manusia yang ada pada hari ini telah dicipta dengan “menggunakkan akal” tetapi untuk memenuhi nafsu dan shahwat semata. Ada juga yang menggunakan akal dengan membuat pelbagai strategi demi agenda tersirat peribadi,kaum dan agama sekalipun.

Takkan lah kita nak kata benda-benda itu juga ciptaan Allah?

Sekali lagi, saya tidak memandang rendah undang-undang sivil kerana ianya telah banyak menyumbang terhadap kedamaian dan pembangunan di dunia ini. Tetapi, sebagai orang Islam, kita juga janganlah memperlekehkan undang-undang Islam hanya kerana undang-undang sivil itu ternampak “bertamaddun”.

Saya juga bukanlah anti-kemodenan dengan menolak segala jenis ciptaan akal manusia yang membawa manfaat sejagat, tetapi saya amatlah tidak bersetuju dengan contoh-contoh umum yang Sdr kemukakan di dalam hujah untuk menyamakan undang-undang sivil sebagai salah satu ciptaan Allah yang sempurna.

I stand to be corrected.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

p/s – mungkin saya orang kampong, tetapi setakat hari ini, belum lagi saya dengar sudah ada vaksin untuk demam denggi……

R@duan said...

Saya terlihat nama Dato' di banner Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebagai panel jemputan esok 16 Ogos 2008. Boleh saya tahu apa programnya? Boleh Dato' ulas dalam posting yang akan datang?...
Thanks

Jurublog said...

Dato'

Saya masih baru dalam penulisan di blog.

Pada pendapat saya, keangkuhan Majlis Peguam adalah berpunca dari kepimpinan kerajaan yang lemah.

Seperti yang Dato' katakan, PM lambat untuk menyatakan apa-apa mengenai hal tersebut. De-facto Menteri Kehakiman pula masih membisu.

http://jurublog.blogspot.com/2008/08/when-malays-are-not-well-positioned.html

A KADIR JASIN said...

Sdr R@aduan,

Forum yang dimaksudkan itu ialah mengenai 'Peranan Media Massa Mempertahankan Kedudukan Orang Melayu' anjuran Persatuan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam,punca semua ini kerana kerajaan yang tidak tegas.Kalau kerajaan tegas,mereka tidak akan berani.Memang benar kita orang melayu tidak sepatut terlalu emosi.Mengapa tidak kerajaan yang membuat forum itu dengan menjemput majlis peguam dan mencari penyelesaian.
Razali.

Anonymous said...

Your Title Should read;

"Boleh Cabar Kerajaan. Kerajaan akan Apikan Rakyat"

It's inevitable for Governments to manipulate the Rakyat for its benefit including touching on Rakyat's sensitivities. Surely you must know this being in the Mainstream Media for soooo long?

DalaiLlama

clean said...

Datuk..

Sumpah dengan alquran tu mencabar sensitiviti rakyat atau tidak?

Pegawai JAWI dan JAKIM bersetuju menjadi panelist dalam forum bar council "peluk islam" tersebut tapi tarik diri disaat akhir....situasi setuju tapi tak setuju?

pelik dengan halatuju negara sekarang...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sila rujuk artikel pada lamanweb http://jedyoong.com/?p=573

Kita yang melayu ni mungkin tidak sedar, ujudnya masalah besar dalam isu ini.

Ada bukan islam yang telah memeluk islam dengan tujuan yang seleweng. Ini kerana, selepas memeluk islam, mereka akan memujuk sibapa untuk turut memeluk islam supaya bila sibapa tadi meninggal, harta sibapa hanya akan jatuh ketangannya seorang.

Kita melayu yang tidak tahu hujung pangkal hanya tahu menjerit melolong. Sedangkan islam telah diselewengkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu seperti ini, jika dikesan puncanya, adalah berpunca dari kelemahan undang-undang.

Kita perlu sedar, selain hak kita sebagai orang islam yang perlu dijaga, hak bukan islam juga perlu digariskan. Islam itu mengajar untuk mendekatkan bukan islam kepada agama kita. Bukan sebaliknya.

JedYoong juga ada menyatakan bahawa beliau bersetuju bahawa isu sebenar adalah lebih kepada isu sosial (perlaksanaan) berbanding isu undang-undang.

Selain itu, beliau juga setuju sepatutnya perlu ada wakil dari pihak berwajib agama Islam atau pakar undang-undang islam didalam forum terbabit.

Jika seorang bukan islam boleh bersikap matang dalam hal ini, kenapa tidak kita, yang dilahirkan islam?

Isu penyelarasan undang-undang syariah antara negeri dan penyelarasan undang-undang konvensional berbanding undang-undang syariah telah lama diketengahkan. Saya kurang jelas kenapa ia masih belum dapat diselesaikan.

Semua bentuk kelulusan perundangan datangnya dari Parlimen. Saya jangka, penyelesaian yang bertangguh tentang perkara penyelarasan ini datangnya dari sini.

Hairan saya kerana selama ini (sebelum PRU12), kerajaan BN sentiasa mengekalkan majoriti 2/3.

Berbalik kepada isu melayu dan UiTM.

Saya nak tanya, apakah lagi bentuk perlindungan yang diperlukan?

Apa lemah sangat nya melayu sampai perlu dilindungi.

Adakah melayu sendiri memandang bangsanya sebagi begitu lemah?

Saya sendiri bekas graduan UiTM tetapi saya malu bila bangsa sendiri yang melaung-laungkan ketidakupayaan melayu.

UNTUK RENUNGAN :
Saya ada ramai kawan dari kecil di kampung yang menamatkan persekolahan diperingkat rendah sahaja.

Bagi yang berkebun, secara sekilas pandang, mereka boleh memberi anggaran berapa banyak baja yang diperlukan untuk saiz tertentu sesuatu kebun.

Bagi yang bertukang, beritahu sahaja berapa luas lantai rumah anda. Sekejap sahaja (tanpa kalkulator), dia boleh memberitahu berapa keping tiles 6x6 inci yang perlu dibeli.

Pancit tayar motorsikal tidak menjadi masalah walaupun ditengah malam jauh dari rumah sesiapapun kerana dikeliling ada pokok getah.

Melayu sebenarnya kreatif. Melayu sebenarnya inovatif. Melayu sebenarnya bijak.

Malang sekali, ia tidak digunakan sepenuhnya masa pembelajaran konvesional.

Memang sepatutnya melayu tidak perlu takut pada persaingan kerana melayu pun ada aset dan ada harga.

Melainkan melayu itu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan kerja, peluang perniagaan dan sebagainya.

clean said...

DATUK AKJ CAKAP "Kesimpulannya, eloklah para blogger berhati-hati, rasional dan menggunakan kebebasan dengan bijaksana dan membina. Para pengulas dan pendebat blog pula hendaklah bertimbang rasa dan berhati-hati agar komen-komen mereka tidak menimbulkan masalah kepada pemilih blog."

saya rasa blogger dan komentor lagi rasional dari penyokong BN kat PPauh hari nie terjerit terpekik lolong perkataan LIWAT!...

aduh...perkataan LIWAT yang dulunya dikira 'taboo' telah digunakan dan akan digunakan sesuka hati dimasa akan datang..dimana2 sahaja...

A joke sent by a friend of mine..

Tadi kami sekeluarga tengok acara rejam lembing olmpik, sekali mama saya cakap "hati hati ja dengan lembing tu..kalau silap baling nanti nanti free ja kena liwat ngan lembing"

Sekali abang saya mencelah "jangan pulak bersumpah dengan quran sebab kena liwat ngan lembing.."

sedih....

anakbuah said...

Salam Dato',

Sdr Clean bertanya..."Sumpah dengan alquran tu mencabar sensitiviti rakyat atau tidak?"

# Saya rasa berasa amat tersentuh dgn tindakan bersumpah begini. Org bukan Islam mula mamandang rendah dgn org Islam bila politik mempermain2kan Al-Quran. Apa nak jadi jika kita sendiri yg mencemarkan kitab suci ini? "Mereka bukan guru kita" - hentikanlah!

# TDM pula sarankan Anwar bersumpah seperti Saiful. Apa kesudahannya?

Anakbuah

p.s.: Ramai kita sudah tak mengaku Melayu lagi, takkan malu nak mengaku Islam pula?

ringgit said...

Isu UiTM...:

Datuk,

Sebenarnya UiTM belum layak di panggil U saya lebih suka sebut ITM...

Pandangan saya di kalangan mahasiswa, graduan ITM sebenarnya belum cukup `KUAT' untuk di bandingkan dengan graduan universiti2 yg ada di Malaysia..lebih2 lagi universiti yang pertama, Univ. MALAYA (UM). Saya kira sesiapa yg dapat masuk UM. Mereka adalah yang paling berTUAH...(hanya graduan UM yang tahu)

Umum tahu, pelagar ITM memang bersaing sesama bumiputera.. berbeza dengan universiti2 lain yang ada pelbagai kaum - UM, UKM, UIA, USM, UTM, UPM (ini semua antara U terawal dan yang dianggap HEBAT..). Kita ketepikan U `profit oriented'.

Apabila bercakap untuk mendapat Ijazah kelas pertama atau sekurangnya 2nd class upper, waima Anugerah Emas atau Anugerah Diraja... sudah pasti pejalar - UM, UKM, USM, UTM, UPM tadi bersaing dengan pelajar asing - Cina, India dan lain2

Jadi sudah tentu tiada pelajar MELAYU yang boleh dapat 100% Ijazah kelas pertama atau kedua tinggi... sudah tentu pecahan nisbah pelajar kelas pertama di itu sebagai contoh di UM; Melayu 30% Cina 30% India 30% lain2 10% berbanding di ITM 100% pelajar Melayu dapat kelas pertama...

Kata NC ITM Abu Shah baru-baru ni, pelajar ITM berkualiti dan mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian...

Kata2 NC itu seperti mana yg SAYA katakan tadi... mereka senang dapat pekerjaan sebab ramai sangat pelajar MELATU di ITM dpt kelas Pertama berbanding universiti lain.. kalau universiti lain tidak sampai 100% ITM boleh dpt figure tu.... (KITA PUN BOLEH FIKIR KUALITI graduan ITM tu...)

Saya bukan nak merendah pelajar ITM tapi itulah hakihatnya...

Ini kisah benar, salah seorang pelajar yg mendpat grad 1 SPM 8 agereget (dulu x da A B C mcm skrag)..kemudian diterima masuk asasi UM seterusnya tamat pengajian di UM dengan ijazah 2nd class lower..

Berbanding rakannya yg dapat gred 2 SPM kemudian masuk di ITM...tamat dng ijazah 2nd class upper...

Ada seorang kawan ditendang dari UM semasa asasi - masuk ke ITM jd pelajar hebat...

seorang kawan lagi cakap, bukan senang nak dapat 3 pointer kat UM... memang tapi aku tengok ITM senang jer dapat.. Cuba bagi soalan exam di UM kat ITM sure budak2 dia pun payah nak dapat 3 pointer....

Sebagai seorang yang rasional Dtk, isu kouta ITM tak perlu dipanjang..MEDIA saja memperbesarkan untuk kepentingan pihak2 tertentu - saya kira Dtk pun faham sebab dtk pun bekas wartawan dan faham sangat isu yg dimainkan oleh akhbar.. (hanya org media yang faham bila isu dimain)...

Saya fikir.. adalah adil graduan2 di ITM ini bersaing macam graduan di universiti2 lain x ada salah rasanya... Kenapa nak melenting sangat bila cakap isu ni, kata: HAK PELAJAR MELAYU dan BUMIPUTERA di nak dirampas...

Pelajar dalam hal ni sanggup jadi pak turut buat demonstrasi...
Dulu sebelum ITM, ketika belajar di sekolah kebangsaan boleh pula terima belajar asing..

Sampai bila pelajar MELAYU nak dimanja dan nak `BERTONGKAT' - itulah yang melemahkan dikemudian hari kerana dah biasa dibantu akhirnya tidak mahu berdikari... jauh sekali nak dibandingkan dengan pelajar di luar negara - byk persaingan.

Bukan nak merendah pelajar ITM tapi itu hakikatnya...yang tak sama merka alami dengan pelajar U lain....

Yang pelik..kalau pelajar U lain buat mcm tu dah lama kena AUKU...


Kalau nak jaga kouta MELAYU itu sangat, kenapa MRSM dibuka kpd pelajar asing skrang... buat la sekolah yang tak da campur dengan kaum lain dari darjah 1 - 6, tkt 1 - 5 kemudian masuk ITM...

Satu lagi, saya nak tanya kepada UMUM, ATLET negara ke OLIMPIK kenapa kena pakai BAJU MELAYU semasa pembukaan.... Baju Melayu bukan baju rasmi negara...Bahasa Melayu - memang bahasa rasmi, tetapi baju Melayu bukan rasmi.

Samalah juga kita berbelanja besar setiap kali menyambut AIDILFITRI..Walhal dalam Islam menggalak kita berpakaian cantik pada 1 syawal..tak disebut pun suruh pakai Baju Melayu..

Datuk, Saya hairan kenapa orang kita TOTOK sangat dengan Melayu... saya pun orang Melayu.. tapi mahu melihat Melayu HEBAT...

Sesekali KITA KENA FIKIR DI LUAR KOTAK - untuk maju dan berjaya
, Jangan asyik selari dengan pandangan orang lain... kena RADIKAL dan RASIONAL....

SALAM KEMENANGAN UTK PERMATANG PAUH!!!

anakbuah said...

Sdr Ringgit,

"Sebenarnya UiTM belum layak di panggil U saya lebih suka sebut ITM...

Pandangan saya di kalangan mahasiswa, graduan ITM sebenarnya belum cukup `KUAT' untuk di bandingkan dengan graduan universiti2 yg ada di Malaysia.."


# Saya amat setuju dgn Sdr. iTM tidak setaraf seperti uni. saya - UTM! (Kalau tidak silap saya, Sekolah Teknikal Kuala Lumpur, yg kemudiannya menjadi UTM merupakan institusi pendidikan tinggi tertua negara, di mana UM pada masa itu terletak di Singapura).

# Saya adalah dikalangan sekitar 150 penuntut kejuruteraan mekanikal bumiputra di UTM di masa itu dan selainnya (sekitar 150 lagi) adalah bukan bumiputra - lihat, 'ratio'nya 50:50! Hampir 50 org digugurkan pada tahun pertama dan beberapa puluh lagi sepanjang 5 tahun pengajian tersebut. Akhirnya hanya 10 org Melayu (saya boleh namakan satu per satu, hanya 2-3 org sahaja 1st Class dan separuh telah pun mempunyai Phd skrg) yg berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya (5 tahun) dan lebih 120 org drp bukan bumiputra. Yg lainnya "extend" dan jangan tanya "Class" apa. Ratio 1:12 - adakah ratio ini tidak bermakna langsung utk mereka yg boleh berfikir!?

Saya amat bangga menjadi produk MRSM dan menjadi produk UTM!

Anakbuah

p.s.: Pernah rakan drp kolej UM yg menjadi kolej berkembar dgn UTM, bertandang seminggu di UTM, terkejut dgn silibus tahun pertama kami. UTM tiada persediaan matrikulasi atau asasi sains seperti UM, kami terus memasuki kursus kejuruteraan sejak tahun pertama dan diselang-seli dgn subjek sains & matematik utk memperkukuhkan ilmu kejuruteraan kami. Subjek tahun pertama UTM adalah hampir dgn subjek tahun ke-3 UM setelah 2 tahun asasi sains. Just imagine how tough UTM is? Cuba tanya penuntut2 kejuruteraan uni. lain, ada atau tidak mereka mengambil subjek "Tensor Analysis" di tahun akhir? (Sebenarnya subjek Fakulti Sains yg biasa diambil oleh pelajar sains matematik - tapi mengapa kami perlu lulus? Sekarang baru kami tahu!)

ONE NATION ONE LOVE said...

Pertama: adakah cara menyerbu ke bangunan majlis peguam sebagai satu langkah yang betul, seolah olah tidak ada cara lain yang lebih pro dan akademik, seolah olah di pihak orang Islam sudah tidak ada cerdik pandai yang setanding dan lebih pandai dari majlis Peguam itu sendiri, apa pendirian Persatuan Peguam2 Islam atau majlis Pengguna Islam.

Ini adalah benar kerana ketika saya di Hospital Kerajaan,terdapat org SIKH dan juga mubaligh Kristian memberikan makanan dan wang ringgit atas tiket kebajikan.Apabila ditanya para jururawat, mereka tidak menghalang kerana ini adalah kerja kebajikan.Masalahnya bukannya dengan org SIKH dan mubaligh Kristian ini,tetapi dimanakah orang-orang/pertubuhan/NGO Islam yang sepatutnya membuat perkara sama.Kita jangan selalu menyalahkan orang lain sebaliknya tanya diri sendiri.

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh. Dato.
Terima kasih kerana sudi komen. Mohon maaf jika Dato beranggapan saya menghina isteri DSAAB. Apa yang dimaksudkan ialah dalam keadaan rakyat terbanyak tercari-cari (Melayu) arah tuju nak dibawa, dalam keadaan kegawatan dan kegelisahan melihat DSAAB hanya melayan tuntutan non bumi, beliau punya masa dengan senyuman melayan isterinya dikhalayak ramai.

Apakah Ybgh Dato tidak merasa bagaimana melayu makin diancam kedudukan dan tanah airnya ?

Saya juga menafikan pendapat dan komen saya ialah dari cut and paste. Komen dan pendapat saya ialah dari saya sendiri, maaf jika ianya secara kebetulan.

Saya tidak berkemampuan dan berketerampilan menawar diri untuk memandu negara kematlamat yang saya inginkan. Namun yang dapat hanya menyokong dan jika mampu membantu, setakad ini yang seiring dengan matlamat dan hasrat saya ialah Tun Dr, Mahathir, malang nya Ybgh Tun telah bersara, dan dari blog beliau banyak yang dapat dipelajari dan dijadikan pengetahuan,

Mohon maaf dan terima kasih.

clean said...

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi hit out at criticism of Mohamad Saiful after he was photographed last week at a city mosque, swearing on the Koran that he was telling the truth.

"According to Islam, an individual seeking justice should be respected, even though it may be a personal issue," the premier said according to the New Straits Times.

Hari tu saya terbaca dalam blog datuk, datuk cakap memandangkan kes liwat nie telah ke mahkamah, datuk tidak mahu mengulas dan tidak mahu komen lagi pasal kes nie sebab datuk dan keseluruhan rakyat Malaysia tahu ianya satu kesalahan disisi undang2.

Soalan saya:

1. Adakah PM dan gang2 dia terkecuali?

2. Macam mana nak ajar orang menghormati undang2 kalau pemimpin sendiri tidak menghormati undang2?

3. Adakah besumpah satu cara untuk orang Islam untuk 'seek justice'?

4. Pernahkah upacara bersumpah sebegini terjadi dizaman Rasullullah saw?

pening...

Anonymous said...

Datok,

Komen-komen pembahas ada yang dah lari dari tajuk. (termasuk saya pun). Ada yang bincang tentang Majlis Peguam. Ada yang bincang tentang UiTM. Ada yang bincang tentang sumpah Al-Quran.

Satu meja kedai kopi bincang 3 topik serentak. Pening ... Dato.

Harap Dato boleh mulakan topik baru terutama hal berkaitan UiTM dan sumpah Saiful ini (sumpah sahaja dan bukan mengenai kes mahkamah), memandangkan kedua-dua topik ini "tengah hot" sekarang ini.

Terima kasih.


-sinbad-

ringgit said...

Sdr. Anakbuah dan Sinbad...

Berkaitan isu ITM...

``Satu meja kedai kopi bincang 3 topik serentak. Pening ... Dato.

Harap Dato boleh mulakan topik baru terutama hal berkaitan UiTM dan sumpah Saiful ini (sumpah sahaja dan bukan mengenai kes mahkamah), memandangkan kedua-dua topik ini "tengah hot" sekarang ini.'' - Sinbad...

Saya yakin bukan Sdr.AnakBuah saja yg pernah menuntut di UTM terasa saingan dengan kaum lain... tetapi Universiti2 yg `seangkatan' dengan kita - univ. ITPA terawal x termasuk ITM...

Memamng ada benar silibus di UTM amat mencabar kerana tiada asasi apatah lagi nak bersaing dengan kaum lain..

Bak kata Sdr. Anakbuah: ``Akhirnya hanya 10 org Melayu (saya boleh namakan satu per satu, hanya 2-3 org sahaja 1st Class dan separuh telah pun mempunyai Phd skrg) yg berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya (5 tahun) dan lebih 120 org drp bukan bumiputra. Yg lainnya "extend" dan jangan tanya "Class" apa. Ratio 1:12 - adakah ratio ini tidak bermakna langsung utk mereka yg boleh berfikir!?''

Pelajar ITM sepatutnya sedar diri sebab mereka beruntung - boleh `pukul habis' untuk dapt 1st Class... kemudian NC ITM Abu Shah pun cakap, pelajar ITM mudah dapat kerja...

Kalau dah ramai sangat dapat 3 pointer n above, secara purata pelajar yg keluar di atas kertas memang mudah la dapat kerja...

Cuba bagi silibus UTM atau kertas exam UM subjek yg sama kpd ITM sure `kantoi' jugak..

Kalau SRP SPM STPM soalan dah standard kementerian tapi kat U berbeza sekalai.. so NC ITM, Abu Shah tak payah bangga sangat la dengan prestasi pelajar dia..

Satu lagi, kenapa dia ni ( ABU SHAH) lama sangat jadi NC..kaki bodek ke aper.. UM..UKM dan U-U lain dah bayk kali tukar NC...UKM dan UM pun dah terima NC di kalangan wanita...AKU tengok mamat ni ( ABU SHAH) lama sangat.

Apa kata kalau dia di tukar sebab jiwa dan pemikiranya bukan MELAYU MODEN - masih lagi tahap zaman MELAYU KUNO - zaman kerajaan maritim agaknya....zaman sebelum wujud kesultanan Melayu Melaka.

Pelajar2 ITM tak payah manja sangat sebab takut nak bersaing dengan kaum lain... jangan isu kouta ni nak dibisingkan tetapi kenapa isu memberian penambahan kouta BIASISWA JPA kepada kaum asing dibuka tak dibisingkan dan tak melenting...

Bayangkan...pemberian BIASISWA bukanya Pinjaman... saya tidak mahu mengukit hal perkauman di dalam blog DTK tetapi kita semua rasional akan perkara itu..

Jika kita boleh rasional pemberian biasiswa ni kenapa kita tidak boleh rasional dalam hal menuntut ilmu...

Bukannya saya menyokong tindakan MB Selangor.. tetapi berdasarkan pengalaman belajar dengan kaum asing kita menjadi konpetetif..

Bak kata Nabi Muhamad S.A.W, `tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..'

Saya cuba mendalami kata2 itu sejak hari pertama mendengar..makan tahun sebab ia sungguh mendalam...

Bagi saya kalau tak tuntut ke negara China pun..sekurang2nya kita belajar cara Orang Cina berjaya (Nabi ada sebut perkataan Cina, kalau tak dapat negara orngnya pun jadilah)..ia memang saya praktikkan - di dalam bidang pemasaran dan perniagaan (sebab org cina pandai berniaga) Saya mendengar, minta pandangan dari rakan berbangsa Cina - yang ajar mengenai motivasi dan strategi perniagaan.. Allahamdulillah ia berhasil... (rugi kalau bodoh sombong)

Sekali lagi bukan senang nak bersaing dalam perniagaan - ia sudah melibatkan aspek yg lebih besar dalam kita bersosial.

Amatlah rugi pelajar ITM tak bersosial dengan kaum lain - membuat mereka kekok ketika berkerja di syarikat asing dan tidak liberal dalam pemikiran berikutan terlalu hidup dalam satu kelompok..

Sempena hari kemerderkaan ke-51, kita hidup berbilang kaum kena berkawan ramai degan pelbagai bangsa hidup secara harmoni.. Jgn terlalu prejudis...

Jangan jadi Arab Badwi hidup berkabilah-kalibah!!!

Jadi student 0r x-student ITM kena rasional...macam rakan U lain yg rasional belajar dengan kaum lain.

Rasnya, UM universiti terawal atas nama Univ. Malaya yang merujuk perkataan Malaya itu Tanah Melayu sepatutnya dibuka untuk pelajar Melayu ketika itu. Sebagai U pertama adlah lebih baik ia dibuat utk kaum Melayu. Tetapi disebabkan semangat nasionalisme pemimpin pelbagai kaum ketika itu tidak berbuat demikian...Semua orang terima UM sebagai U ulung yang dibuka kepada semua kaum.
(Pelajar UM pasti bangga belajar di situ)
Jadi fikir-fikirkanlah.....kenapa orang dulu boleh rasional kenapa sekrang kita taksub dan tidak rasional....

anakbuah said...

Mcm tulah Sdr sinbad, dah hujung2 - byk sgt distraction. Lagi pulak, byk benda2 lain timbul skrg ni, tu belum sentuh cerita di Permatang Pauh - sure hangat. Seperti rasuah politik, alah....bukan perkara baru.

Tengah tunggu ruang dr Dato' The Scribe kita ni.

Anakbuah

Seruling Irama Pusaka said...

Salam Dato',

Selain Prof. Mehrun Siraj, seorang lagi Muslim ternama telah memberi kenyataan bahawa Bar Council tidak pernah bersifat anti-Muslim seperti didakwa sesetengah pihak.

Sila baca petikan berikut daripada akhbar Malaysian Insider:

A past president of the Bar Council, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, reaffirmed Ambiga’s position about where the council stands on matters relating to all religions, not just Islam.

The Bar Council has never been anti-Islam. I was president of the Bar Council for two years, I’ve been a member of the Bar Council for the last 14 years and I am still a council member now, and for sure, being a Muslim, I can consider myself a staunch Muslim as well. The Bar Council has never taken any stand that is anti-Islam. The Bar Council has never taken any position against any racial, religious, ideology and so on. The Bar Council is free from all this,” he said.

“I take issue with the fact that he [Zulkifli Noordin] says the Bar Council did not seek representatives from Islam, I think he’s wrong and the facts speak for themselves. There should be an ex-syariah judge there, someone from Ikim as well, or at least, they wanted to come but subsequently pulled out.

“I totally disagree with the stand taken by Zulkifli. Everybody knows what the Bar Council is about.”

Tambahan pula, Setiausaha Bar Council Lim Chee Wee berkata:

“And the one thing I hope you can say in The Malaysian Insider is this: nobody, nobody can actually quote any speaker at the forum for criticising Islam, who challenged the position of Islam in our Federal Constitution, who challenged Article 121(i). Nobody was critical of any religion.

“What people spoke about was the effect of a spouse or parent who converted and then they were left abandoned.”

http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/7874-bar-council-we-are-not-anti-islam

Oleh sedemikian, saya berharap para pembaca blog ini betul-betul membaca dan memahami keadaan sebenar melenting ikut perasaan dan hasutan, tak kira apa topik pun sama ada pasal pilihanraya, pasal BN atau PR, atau pasal Muslim atau bukan Muslim.


Sekian.

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh Dato,
Setuju forum ni banyak yang lari dari tajuk.
Begitu jika boleh digambarkan orang melayu sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dituntut.
UMNO berjuang tanpa landasan yang jelas, PAS pun berjuang tanpa tujuan jelas, dalam perlembagaan parti dibandingkan dengan pelaksanaan nya jauh berbeza.

Ybgh Dato, saya cadangkan mulakan satu tajuk atau cadangan yang boleh menjuruskan melayu setuju 100%.

Mithalnya, Apakah melayu bersetuju, orang yang mendapat undi majoriti bolih menjadi MB/KM/PM walaupun ianya berbangsa bukan melayu?

anakbuah said...

Salam Sdr/i semua,

"Pelajar ITM sepatutnya sedar diri sebab mereka beruntung - boleh `pukul habis' untuk dapt 1st Class... kemudian NC ITM Abu Shah pun cakap, pelajar ITM mudah dapat kerja...

Cuba bagi silibus UTM atau kertas exam UM subjek yg sama kpd ITM sure `kantoi' jugak.."
- Sdr ringgit.

# Terlebih dahulu, terima kasih kepada Dato' Scribe kerana terus membenarkan kita menulis, w/pun lari drp tajuk. Sebenarnya, pelajar iTM buat demo mcm mencabar kerajaan juga tapi pelik, kerajaan tak komen apa2 pun pasal berdemo beramai2 tu - ada dapat kebenaran polis? Kata dah status U, tapi AUKU haprak? Ini yg kita sensitif Dato' - cakap tak serupa bikin!

# Apa yg saya ulas mengenai universiti pertama negara, terutama UTM bukan bertujuan merendahkan sesiapa - kena faham. Kepada rakan2 seperjuangan di UTM maupun di mana2 uni. pertama, jgn kecil hati kalau saya sebut "extend" atau "Class" apa sebab kita memang hebat sebenarnya - menamatkan pengajian selama 7 thn di fakulti kejuruteraan UTM memang hebat, tidak kira "Class" apa sekalipun! iTM baru sebut 10% (dah melatah), kita sudah lama melepaskan 50%! Tak ada pun selama ini kita pegi amuk kerajaan - berdemo mcmlah tergadai semuanya!? Nak kumpul anugerah dekan? Huh....kami tak pernah tengok pun mcm mana anugerah dekan tu - kalau ada. Yg kami simpan...ijazah dan transcribe itulah sahaja.

# Dalam masa yg sama, saya tegaskan di sini, uni. tempatan pun setaraf dgn uni. luar negara yg terkenal. Pensyarah kami di fakulti mekanikal dtg drp merata tempat - German, India, UK, Arab & dll. Dgn mereka, kuliah kami dlm bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu. Tak tahulah, kalau di iTM mungkin berdemo lagi - pasal bahasa pula. Ahhh...tak sudah.

Anakbuah

p.s.#1: Dato', saya cukup sampai di sini shj "melatah" pasal iTM ni. Terima kasih kerana bagi runag dan peluang kami melatah pula sbb mereka2 ni selalu sangat melatah bukan2. Saya melatah terkeluar ratio 50:50. Apa kata siapa2 kat iTM tu pula? (Tak payah bekas graduan atau pensyarah, NC iTM sendiri jawap pun tak apa - nak tengok hebat mcm mana!)

p.s.#2: Ada rakan baik kami bangsa Cina "berpuasa" dan "berbuka" bersama-sama di bulan Ramadan dahulu. Ada juga seorang yg memakai kain pelikat mcm kami dlm asrama. Dan teringat sebutan rakan2 India bila kami bergurau - "Don(ch)'t-lah dei!". Tinggal kenangan....

clean said...

Ringgit said

"Satu lagi, kenapa dia ni ( ABU SHAH) lama sangat jadi NC..kaki bodek ke aper.. UM..UKM dan U-U lain dah bayk kali tukar NC...UKM dan UM pun dah terima NC di kalangan wanita...AKU tengok mamat ni ( ABU SHAH) lama sangat.

Apa kata kalau dia di tukar sebab jiwa dan pemikiranya bukan MELAYU MODEN - masih lagi tahap zaman MELAYU KUNO - zaman kerajaan maritim agaknya....zaman sebelum wujud kesultanan Melayu Melaka."

Setuju!

Penampilan diri dan cara kita berpakaian pon amat penting. Ini mencerminkan personaliti kita yang menerajui sesuatu organisasi, tapi penampilan diri NC uITM nie mcm penyanyi dangdut dari Indonesia!

Indigo said...

Scribe,

To Prove Intention!
(sila adakan forum lagi)

Baguslah Malaysian Bar Council bukan anti-Islam.

Namun, Scribe, kalaulah mereka peguam-peguam betul-betul anti-Islam, apakah tindakan yang akan diambil oleh orang Islam di Malaysia umumnya dan KL secara am? Dan apakah tindakan peguam-peguam Muslim ahli MBC?

Kalau boleh saya mahu tahu pandangan peguam-peguam muslim dan 'peguam mahkamah syariah'.

The exertion Bar Council being not anti islam and the members actions are two different facts.

Ataupun perlu ada mesjid and tanah perkuburan yang asing bagi peguam-peguam yang mengaku penganut islam?

If it is any consolation, the TV3 showed that the lawyer lied on the 8 o'colck news. (But Lawyer Mohd Shafee wants to fight the political animal...in the open.)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).