Tuesday, August 26, 2008

Kesan Besar Kemenangan Anwar

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEMENANGAN Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh hari ini akan memberi kesan besar dan menyeluruh kepada persekitaran politik negara.

Anwar (Parti Keadilan Rakyat/Pakatan Rakyat) memperoleh 31,195 undi, Arif Shah Omar Shah (Barisan Nasional) 15,524 dan Hanafi Hamat (Akim) 92, memberikan Anwar majoriti 15,671 undi.

Kelebihan undi yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno.

Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.

Beberapa fakta dan kesimpulan awal yang terbit daripada keputusan pilihan raya kecil itu adalah seperti berikut:

1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;

2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;

3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;

4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;

5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;

6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;

7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;

8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;

9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;

10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan

11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.

128 comments:

Richguy said...

You said very precisely. Instead of leading the country, the entire BN leaders are busy to bring down one individual, Anwar.

It's a clear indication to BN, rakyat are not interested in the Bulls*** stories. Hope they learn their lesson if they are really keen to lead Malaysia.

kluangman said...

Ia adalah kemenangan rakyat yang terpaksa mengundi Anwar untuk menolak Dolah/Najib.

Pengunduran Dolah secepat mungkin serta merta sahaja adalah 'penawar' mujarab untuk UMNO terus relevan. Jika ada pilihanraya kecil lagi selepas ini, UMNO akan bungkus atau jika wakilnya MCA dan MIC, mungkin akan hilang wang pertaruhan.

professional malay said...

Salam Dato',

Saya rasa Pak Lah harus dengar point2 feedback yang simple dari penasihat2 alias pembodek2 yang hanya tahu spin.

- Sandiwara membunuh DSAI's character telah menjadi tumpul setumpulnya. Message yang harus di dengar ialah NO MORE BULLSHIT FROM UMNO/BN. Tambah lagi bullshit, tambah bersihlah nama DSAI.
- Last but not least JANGAN GILA KUASA.........

baim said...

salam DAKJ...

kekalahan yang telah diduga..orang Penang la ni dah makin bijak..sedangkan PM sendiri menganaktirikan negeri kelahiran..tahniah kepada DSAI..moga disebalik kekurangan ada kelebihan..dan begitulah sebaliknya..amin..

Samuel Goh Kim Eng said...

The real work begins after the election is over
So make sure there'll be enough resources for important matters to cover
To do it, rather than just say it, like a faithful lover
And earn the respect of being a genuine political mover

(C) Samuel Goh Kim Eng - 260808
http://MotivationInMotion.bogspot.com
Tue. 26th Aug. 2008.

morkymoqq said...

Salam Datuk AKJ,

Pertama harus diucapkan syabas kepada DSAI kerana berjaya kembali ke parlimen setelah lebih sedekad 'dikeluarkan'.

Kemenangan dengan rekod yang lebih besar ini menunjukkan bahawa jentera pilihanraya PKR bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan DSAI kalau dibandingkan dengan jentera UMNO/BN. Walaupun Jentera utama PRK BN mempunyai akses dan dana yang lebih hebat nampaknya sedikit pun tidak tergugat segala perancangan DSAI untuk mendapatkan semula kerusi P Pauh ini. Satu Penangan yang sungguh memeranjatkan dan membuatkan saya sendiri menepuk dahi.

Apakah dengan keputusan ini, apabila diadakan post mortem di pihak BN akan menyalahkan keagresifan penyokong PKR ketika mengundi ataupun serangan2 peribadi melibatkan Najib dan KJ? Pendapat saya Jentera PRK BN harus menerima secara terbuka mereka tidak efisien kalau dibandingkan dengan jentera PKR dan rata rata rakyat sudahpun bertekad untuk memangkah DSAI lebih awal dari tempoh berkempen. Sebenarnya proses kempen yang dilakukan BN yang bersifat memburukkan Anwar tidak memberi impak kepada pengundi p44 langsung kerana rata2 merasakan pimpinan BN sama saja buruknya.

Perbezaan yang ketara antara jentera BN dan PKR adalah pendekatan BN tidak membawa suatu pembaharuan dalam keadaan rakyat menagih sesuatu perubahan untuk survival diri. Nah inilah 'cause' yang sebenarnya melembutkan hati rakyat untuk memilih DSAI kerana PKR mempunyai satu perjuangan dengan manifestonya memerdekakan rakyat dari segala bentuk kos sara hidup yang meningkat!

Sebagai seorang yang menyumbang keringat di pondok panas peti undi BN terkadang terkesan juga rasa hati apabila apa yang disuarakan pihak PR ada betulnya kerana sebagai rakyat, kemelut kos sara hidup tinggi benar-benar menggamit diri dan apabila persoalan2 itu tidak mampu dijawab maka apa lagi yang perlu kita perjuangkan?!

Conspiracy Theorist said...

bro Dato,

ur rite,..to me d worst have yet to come..imagine d coming scenario wen bro AnWar is taken to court& found guilty,..wat will happen den..wat next? more street protest & barbarian acts? i shudder to ponder d outcome of a political turmoil for as long as thr is Bro AnWar Ibrahim..d Master of Deception.. duh..May Allah protect us in d days ahead.. jst wish thr is no racial conflict & political unrest in one go..d way i see it d scenario is leading to dat way if not curb sooner.. solution is to have both PM & DPM step down gracefully during election & open both President & DP for contention.. May Allah show d way to YM Ku Li & DS Rais to b d next PM & DPM..waallah hualam...

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Kemenangan yang diduga tetapi pertambahan majoriti adalah isyarat jelas bahawa UMNO dan BN mesti berubah jika mahu terus berkuasa.

Kini percaturan baru untuk menumbangkan kerajaan BN dan untuk Anwar mengotakan kata sebagai PM pada 16 Sep bermula.

Mungkin sumpah laknat telah membawa padah. Mungkin sumpahan belum mengena.

Politik akan lebih meriah, mengasyikkan , tetapi jelik.

Mr said...

Salam Dato'..
Sememangnye kemenangan DSAI sudah diduga..Walaupun UMNO menggunakan pelbagai taktik/alasan/tuduhan/helah/propaganda dan yg sewaktu dgnnya terhadap DSAI, namun ini tidak menghalang kemenangan besar DSAI.
Disini ingin sy 'highlight'kan bhw sesungguhnye rakyat masa kini sudah matang dan tahu menilai..TV3 mahupun RTM,utusan,BH,The Star,NST dsbg secara terang2an menyiarkan berita yg berat sebelah semasa tempoh berkempen diberikan dan ini YANG MEMBUATKAN RAKYAT SANGAT MENYAMPAH..Faktor inilah bg sy selaku generasi muda merupakan satu perkara yg perlu dipandang serius oleh kerajaan..tolonglah beri kebebasan kpd media..Dan 1 lg, bg sy setiap patah perkataan yg keluar dr bibir pemimpin2 BN,tidak 1 pun meyakinkan..
tolonglah ubah keprofesionalisme media bg menjamin kecenderungan masyarakat menerima serta menilai berita semasa..
sekian terima kasih..

Conspiracy Theorist said...

Bro Dato'

heheh..one more ting is dat bro AnWar is lucky dat Ust Romlang is willing to b lead onstage to defend bro AnWar... funny tho wen during d Sumpah he did not coach Saiful to do d rite way..entah lah..Allah jua mengetahui isi hati hambaNya...heheh..wat can I say..(",)

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

donmny said...

TUAN

apa lagi 'signal' yang UMNO dan BN mahukan.

lebih baik 'muhasabah' daripada dok sebuk 'mubahalah'

donmny said...

TUAN

tahniah kepada anwar yang tidak terikut-ikut untuk bersumpah.

beliau tentu maklum dengan sumpah yang beliau lakukan mungkin lebihan undi yang beliau perolehi lebih besar.

tapi beliau dapat membezakan yang mana politik dan yang mana maruah agama.

bangga kerana masih ada ahli politik seperti beliau

peladang said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum.
Saya berpendapat masanya orang Melayu untuk mengurangkan berpolitik dan mula menumpukan perhatian untuk memajukan diri, agama dan negara sudah sampai. Apa yang telah berlaku apabila kita memasuki peringkat kedua 50 tahun kemerdekaan adalah kesedaran rakyat Malaysia mereka tidak boleh berharap begitu saja kepada parti politik mereka menguruskan segala-galanya.Jika apa yang mereka kehendaki tidak dilayan mereka akan mencari lain orang yang sudi menimbang keperluan mereka.

Pada pilihan raya kecil ini adalah satu kesilapan jika banyak wang telah dicurahkan untuk mendapat undi. Tindakan bijak pada masa kini adalah tiap-tiap wakil rakyat hendaklah seberapa boleh berada dikawasan masing dan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka yang diwakili dengan tidak mengira bangsa dan parti. Ini adalah kerana kemenangan atau kekalahan adalah ditangan pengundi setempat.
Rakyat telah biasa dengan janji-janji pilihan raya yang tidak ditepati dan itulah sebabnya tidak guna beria-ia sangat bercerita mengenai pembangunan pada masa hendak mengadakan pengundian kerana mereka akan terfikir mengapa selama 50 tahun memerintah pembangunan yang saksama tidak wujud dan apakah jaminan perkara ini tidak berulang.

Adalah amat sesuai dibulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi kita beserah dengan keyakinan sebenar-benarnya Allah akan memberi petunjuk kepada kita kebenaran pentingnya memperkukuhkan persaudaraan Islam.Janganlah kita mempunyai buruk sangka sesama kita kerana dikhuatiri ianya menjadi doa negatif yang membawa keburukan kepada kita.

Selamat berpuasa.

Raja Abdul Rahman Dain,
Petaling Jaya

Nostradamus said...

“Victory Cries” After Permatang Pauh By-Election.
“Laungan-Laungan Kemenangan” Selepas Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh.

----------------------------------

“Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

“Hail! Man of Honour” walks again in the Corridors of Power

Posted at http://patek1472.wordpress.com

m fadhil said...

Datuk AKJ,

- Keputusan yang sudah saya jangka walaupun saya terkejut dengan peningkatan majoriti.

- Diharapkan DSAI tidak terburu melakukan sesuatu untuk " mengetuk " BN. Tindakan ini akan menyebabkan suasana yang tidak stabil di kalangan melayu UMNO dan PKR.

- Moga DSAI tidak lagi mensensasikan lagi sesuatu isu. Secara jujurnya, saya melihat tindakan DSAI sebagai tidak matang tetapi disebabkan pada waktu ini kebencian rakyat terhadap BN adalah amat tinggi, jadi tindakan DSAI dilihat sebagai satu tindakan yang selari dengan aspirasi rakyat.

- Pak Lah.. Please step out.

- DS Najib, saya kecewa dengan DS.

ain said...

Sejahtera di atas Dato'
Saya kagum dengan DSAI. Bukan sebarang insan yang dapat melepasi segala macam ujian, siksaan, tohmahan dan yang sealiran dengannya. Calang2 orang selepas terkena badi 1998 akan bersara dan tak bangkit lagi. Terkenang kembali beberapa peristiwa ngeri yang beliau terlepas antaranya seperti kemalangan helikopter yang sepatutnya beliau naiki. Mudah2an beliau terus mendapat ketabahan menghadapi segalanya. Sama2lah kita doakan semoga kemenangan ini akan membawa munafaat kepada beliau dan kita yang ramai.

kekure said...

Salam Dato'

Semoga DSAI dapat menunaikan janji beliau terhadap rakyat yang tahap kesabarannya kian menipis akibat sentiasa ditipu oleh para pembesar yang memperalatkan media arus perdana.

Anonymous said...

Datok,meskipun seorang marhean dikalangan rakyat berbangsa Melayu luluh rasahati melihat gaya kempen yg begitu mengaibkan.Siapakah yg akan memartabatkan semula maruah melayu yg tercemar.Doa dan harapan dipenghujung syaaban menjelang ramadhan memberi ruang kpd kita utk sama sama bermuhasabah.Baik pemimpin maupun rakyat.Jgn sampai ditimpa musibah baru mahu berubah.Apapun jua semuga ALlah melindungi dan memberkati tanah tumpah tercinta.Dirgahayu tanahair ku. Rio.

LIN LIANI said...

Kini sudah terang dan nyata, BN ditolak bulat-bulat rakyat. Bagaimana calon UMNO boleh kalah teruk di kawasan majoriti Melayu? Terbukti Melayu sendiri sudah rasa muak dengan perjuangan UMNO.

Di kawasan majoritinya pengundi Cina, Datuk Seri Anwar menyapu bersih. Alif Shah yang berpetah Mandarin dan Hokkian Penang tidak dapat menggamit perasaan pengundi Cina langsung. Soal bahasa bukan jadi kayu pengukur, tetapi disebabkan Alif Shah adalah calon BN. Pengundi Cina tidak mahu BN tetapi mahu Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum March lalu, Pakatan Rakyat telah berjaya bentuk kerajaan Pulau Pinang dan sampai hari ini terbukti mampu mentakbir dengan baik. Pengundi Permatang Pauh yakin Pakatan Rakyat lebih baik daripada BN.

MCA, MIC dan Gerakan tidak bekerja keras membantu Alif Shah sehingga beliau kalah teruk. Kini sudah sampai masanya UMNO tahu sejauh mana kesetiaan dan keikhlasan rakan-rakan komponen mereka itu.
Dendam MCA terhadap Pak Lah yang secara diam-diam menemui pemimpin Pas tempoh hari masih belum terubat lagi.

Sama ada Anwar akan didapati bersalah atau tidak, bagi pengundi Permatang Pauh, itu bukan soal pokok. Yang penting, Anwar mesti menang dan jadi Ahli Parlimen dulu. Mereka mahu perubahan yang dijanjikan Anwar tanpa memperdulikan sama ada Anwar mahu sumpah atau tidak di masjid.

arenaKu uKanera said...

Setuju dgn kesemua hujah kecuali, point terakhir iaitu "ramai ahli parti dan penyokong BN yang tidak keluar mengundi".

Jika dicampur kesemua undi yang diperolehi oleh calon-calon bertanding, peratusan keluar mengundi ialah 80%. Ini boleh dikira satu peratusan yang agak tinggi.

BigDragon said...

Salam Tok Scribe,

Suddenly Zahid Hamidi surfaces on TV3 Buletin Utama after adjourned a meeting with Majlis Fatwa.

Right after the polling closes and saying that, SUMPAH MURHABALAH SHOULD HAVE BEEN MADE "AFTER" THE COURT DECISION DONE AND IT MUST BE MADE BY BOTH PARTIES.

This is the proof that most of the so call GOV/UMNO/BN menteri's and their like are BRAINLESS and full of HATRED in their soul while making a statements regarding this oath.

Why now, why today and why tonight only BN broadcasting it on TV3 and why not yesterday or day before yesterday or last week.

It really shows that BN ni "Pembohong Besar".. kesian makcik-pakcik-abg-akak-adik semua yang tiada internet facilities di rumah masing-masing telah DITPU dgn FITNAH dan HASAD DENGKI dari kumpulan manusia BN ni..

Moga ALLAH buka kan hati-hati MANUSIA BN ini agar kembali ke pangkal jalan.

Wassalam Tok Scribe,

Malaysia Negaraku

Anonymous said...

He may have won but that does not mean he is innocent of the sodomy charges.

- ordinary M'sian

mika said...

Saya rasa warga MCOBA turut gembira dengan kemenangan DSAI. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa warga MCKK dan MCOBA tidak sabar sabar untuk melihat DSAI menjadi PM

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
point dato iaitu media arus perdana yang suka menyebarkan propaganda,tv3 tak rasa penat ka?editor dan penerbit buletin tv3 tak pernah penat jadi kuda ka?
kalau nak menjatuhkan DSAI biarlah dengan cara yang lebih bijaksana jikalau amat fobia dan benci padanya.
BN dan UMNO bebal.
ada seorang bekas wartawan yang saya kagumi melalui blognya juga saya tengok dah jadi bebal.alahai...sepatutnya sebagai seorang bekas wartawan yang pernah hebat dan seorang penulis bukan sekadar menulis dan mengarang cerita dan mencari berita malahan harus juga menganalisis setiap fakta berita.

bagaimana dengan keadaan pak samad?

indianlastman said...

Tahniah kpd Dato Seri Anwar, Kemenangan ini bukan milik anwar malah sebenarnya milik kpd rakyat Permatang Pauh yang mengundi beliau. Ini bukan undi malah suara sokongan kepada parti rakyat dan bantahan kpd parti BN. Wahai,warga BN, Sedarlah ! ini merupakan perubahan masa yg tidak dapar dielakkan, sama ada anda mengubah pendirian dimana kepentingan rakyat diutama atau anda mengundur diri serta memberi peluang kepada mereka berjuan utk rakyat. Tahniah kpd Rakyat Permatang Pauh.
Salam Perpaduan dr Penguak Takdir Yg terakhir.

Ikrak said...

You essay seems to imply that it is still not to late for the BN-UNMO regime to salvage their position to at least retain power.

My view is that the BN-UMNO regime's self-life is approaching to a disasterous end and will never be revived again.

The resounding victory of Anuar Ibrahim against the corrupted and dirty might of the UMNO shows that the rakyat has nailed the last coffin on the BN-UMNO regime.

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Keputusan memang kita dah tau sebelum PKC lagi. Tak ada siapa pun kata BN boleh menang di Permatang Pauh.

Satu perkara yang saya muskhil iala mengapa peratus keluar mengundi begitu rendah. Tak salah sekitar 60 peratus lebih saja. Dikatakan PKC ini merupakan yang paling sengit sekali dalam sejarah pilihan raya kecil. Saya menjangkakan peratus keluar mengundi melebihi 80 peratus.

Mana yang lain. Mengapa yang lain tidak keluar mengundi. Adakah mereka takut kejadian buruk. Kerap benar PM memberi jaminan bahawa keadaan terkawal.

Fasa satu jalan ke Putrajaya telah siap. Bas pun dah nak bertolak. Sekarang kita nak tertanya tanya siapa pulak yang di katakan 40 orang itu nak ikut bas bertolak ke Putrajaya. Yang ini saya rasa lebih mendebarkan.

Berhenti di Stop Look Go

Anonymous said...

I hope this signal in future a 2 party system in Malaysia, if that is possible?? Example US, Taiwan....ruling party show us your plan, no cronism, corruption, bickering with racism, but how to bring Malaysia forward economically, culture and in sports. Not playing dirty politics and fill own pocket while Malaysian die a slow death in the global stage.

Concern

Borhan said...

Anwar Telah pun memenangi kawasan permatang pauh. persoalan nye adakah ahli-ahli parlimen dari sabah dan sarawak akan lompat parti??

Disini juga ada membincangkan mengenai politik semasa. Hot dan Hangat. www.voy.com.my

Awang Tak Selamat said...

Dear Kadir.

Kerajaan,BN,UMNO,Ahli2 Kabinet,dan Tak ketingallan,Khairy dan Ezam n Nalla,menghadapi kerisis Credibility yang paling genting sejak Pilehan Raya 08.

Dalam pilehan Raya ini bahagian UMNO Ptg Pauh hanya beperanan untok membantu sahaja.Perjalanan Pilehan Raya di ambil aleh oleh Ibu Pejabat UMNO.Tiga Vice President UMNO di tugaskan untok menjaga tiga kawasan Adun.Mahayuddin di Seberang Jaya,Ali Rustam di Ptg Pasir dan Mohd Taib(Tan Sri) di Penanti.Ketiga2nta kalah.

Message rakyat dah Jelas.

Selamat Menyambut Merdeka.

Indigo said...

Scribe,

kalau baik hati tentu orang sayang...

Amir Faezal said...

I think the result is the referendum that DSAI was seeking on the unnatural sex charges. The message is clear, the people have rejected the allegations and they are saying they do not trust those that make these allegations ie UMNO. It would be foolish and dangerous to continue to try to kill off DSAI in this manner. I dare not imagine the reaction if a convenient DNA match is made. Enough of this rubbish, get on with running the country.

Anonymous said...

Salam DKJ.
Tahniah buat DSAI dan pengundi P44 yang memilih DSAI.Kesimpulan yang boleh diandaikan adalah seperti berikut;
1. Kempen memburukan peribadi ditolak oleh rakyat.(kelihatan yang menuduh,peribadinya diragui.
2.Laporan media utama kerajaan dan pro kerajaan tersangat tidak seimbang,rakyat P44 dan rakyat Malaysia meloya jadinya.
3.Kempen UMNO berbau perkauman dan rakyat sudah matang,jerit pekik memperjuangkan Melayu,penyokong bawahan bermandi embun,yang terbela hanyalah pemimpin dan yang berlegar disekitarnya sahaja.Majoriti Melayu tetap terpinggir di buminya.50 tahun masa diberikan kepada UMNO dan kini sampai masanya Melayu berubah rasa.
4.UMNO sudah sampai dipenghujun jalan,orang Melayu tidak percaya lagi kepada UMNO dan sudah sampai masanya ahli-ahli umno dan pemimpin umno mencari bahtera baru.
5. Saya sarankan kepada seluruh orang Melayu bersatu di bawah payung PAS atau PKR.
afja02

teratak kembara said...

Dato, saya setuju dengan pemerhatian yang disebutkan. Terserahlah kepada BN dan PR untuk memilih langkah selanjutnya.

Berhubung dengan isu ini, saya melihat keperluan kepada "national reconciliation".

Disebabkan ruang terbatas di sini, maka saya amat berbesar hati sekiranya Dato dan sahabat-sahabat yang lain dapat membaca cadangan saya itu di http://www.nobisha.wordpress.com .

Terima kasih.

indgo said...

Scribe,

Dengan Izin

Affirmative - Action!
(shipsintheblacksea)

ya Rahmaan
(collapse comments!
show original post)

please don't waste my time
said the scribe to the orange
monkey as mikhail of oman?
of turkish father and
vienna - the imf and discrimination

the victory of anwar in the
small with big - impact?
after affects and effects
are affectations to the victors

it is the economy with crude
enough for a question to brood
to put to table ramadhan food
dates to break with and cherished

ya Rahmaan
anwar and the budget
with finesse interudes
what country this is when
it neither knows its politics
its economics its faith
yet leaves with no questions
answered with an aye for an eye

affirmative action and karma
ghandi in doctor's attire
as jamica in oman's wrap

ya Rahmaan
the price of oil pleases
many the arabs o mahathir
fears the fakir that silence
the mufti before the kaabah

karma and affirmative action
mahathir and his smiles
the envy of many

siaplah aku
nukilan ini bukan mahu
fakta dan kesimpulan awal
yang terbit daripada keputusan
pilihan raya kecil itu


itu tiada aku tahu
karma dan qadhaqadar
karma dan tawakkal 'alallah
ya Rahmaan


terima kasih
dengan salaam

Mak Kecik said...

Salam,

Cepat Dato' update hari ni. Saya baru sampai rumah dari Permatang Pauh. Saja nak meninjau-ninjau mood di sana. Mungkin rezeki saya, bila melintasi khemah BN/UMNO, saya melihat adegan petugas sedang menerima bayaran. 8 Mac dulu pun, saya melihat peristiwa yang sama. How deep is their pocket/s. Mengambil kira tuntutan hutang RM 218 juta, ada baki lagi ke untuk dibawa ke PRU 13? Paling tidak, p/raya kecil Kulim Bandar Baru.

Anonymous said...

Dont think its correct to assume many BN supporters didnt come out and vote.

The fact that 80 per cent turnout is very very convincing enough!

..yes UMNOputra (BN) they never learnt.

-hangnadim

Anonymous said...

Dato' Scribe,

1. Adakah Anwar seorang yang pintar? Tidak 100 peratus, tetapi dia tahu bila dan di mana hendak menangguk, iaitu di air yang keruh.

2. Adakah Pakatan Rakyat kuat? Tidak, tetapi mereka kelihatan kuat kerana Barisan Nasional lemah, teramat lemah.

3. Apa-apa pun, syabas DS Anwar di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun jalan ke Putrajaya barangkali lebih sukar dan penuh ranjau, tetapi tidak mustahil jika pembesar2 BN sekarang terus lena dibuai mimpi...

4. Masih belum terlewat bagi Umno2 Bahagian untuk mengubah pendirian. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perjuangan tuan2 dan puan2 adalah untuk agama, bangsa dan negara.

CT Tanjung Perak

anakbuah said...

Salam Dato',

Syabas kpd Sdr Anwar.

Apa perasaan dan persepsi kita skrg? Saya tidak tahu apa dlm hati dan pemikiran 15,524 pemilih Arif Shah.

"Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya."

Bagi saya Anwar perlu membersihkan namanya dahulu sebelum bercita2 ke Putrajaya. PRK Ptg Pauh ini diakui paling kotor dan paling kasar dlm sejarah. Saya yakin ramai yg masih percaya beliau seorang peliwat, dan beliau perlu berdepan dan bersihkannya utk kali terakhir.

PakLah akan mencanang, kerajaan BN telah berlaku adil - lihat, Anwar boleh menang.

Dan jika Anwar mahu mengambil-alih kerajaan selepas ini, biarlah dgn kerajaan yg kuat - majoriti 2/3 seperti juga BN lebih 50 thn lepas. Tekanan ekonomi dan sara hidup membuatkan rakyat tidak punyai banyak pilihan skrg.

Syabas sekali lagi kpd Sdr Anwar kerana anda bukan calang-calang politikus.

Anakbuah

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

selamat datang kepada kegagalan! dan selamat datang kemenangan yang akan mengundang kehancuran kepada agama,bangsa dan negara! Tahniah Anwar.

clean said...

A jubilant mood all over Permatang Pauh.

What the Malay, Indian and Chinese say in PP..

Pak Din, a farmer said, “Biarlah Anwar tak beri saya apa-apa. Saya kesihan kat depa. Teruk sangat orang kutuk kat depa. Saya sekeluarga undi depa.”

an Indian man in his late 30s, introducing himself as Rama. He declared in Malay, “Dia orang mau kasi malu sama itu Anwar Brahim. TV kasi malu. Video kasi malu. Cakap orang besar pun mau kasi malu sama dia. Apa ini politik ka? Itu pasal saya kasi undi sama Anwar. Dia orang baik. Mau tolong sama kita.”

a Chinese who introduced himself as Uncle Leong. His immediate reaction to Anwar’s victory was, “Kita semua sudah kata, ini Anwar mesti menang punya. Olang BN manyak kacau. Tadak malu lo. Apa ini cakap-cakap bikin ini macam. Anwar bukan olang macam itu lo. Dia manyak baik. Ini BN tak boleh kasi menang. Kita mesti mau itu Anwar jadi perdana menteri. Dia manyak pandai punya orang. Ini budak apa itu cakap itu macam. Dia tada maluka. Dia punya ayah pun tada maluka? Kasi malu itu orang Melayu.”

TooLBoX said...

"3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;"

Contoh yang baik; kehadiran KJ dengan takbur ingin menguburkan (karier politik) Anwar di Permatang Pauh.

BN dan UMNO khususnya kena terima hakikat bahawa KJ adalah diantara "beban yang sedang digalas".

R@duan said...

Kemenangan Anwar Ibrahim. Mari kita lihat dari sudut media. Bahawa segala yang dilaporkan oleh media terutama media arus perdana tidak begitu diendahkan oleh rakyat. Media mengatakan Anwar akan tewas tetapi sebaliknya berlaku. Media mengatakan kalau Anwar menang pun jumlah undi akan berkurangan tetapi sebaliknya berlaku. Nah jelas..rakyat tidak boleh diperdaya lagi oleh media.Rakyat melihat media sebagai banyak membuat lawak jenaka dari menyampaikan berita. Kepada empunya media bersiap sedialah untuk mengubah gaya penyampaian atau kerugian dalam perniagaan...

ahmadsofian said...

Saya mengucapkan tahniah kepada DSAI, kemenangan ini sememangnya dinanti-nantikan bagi mereka yang mahukan perubahan. Saya bukan hanya mengharapkan perubahan didalam pentadbiran negara, tetapi perubahan didalam Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya. Semoga jika ada perubahan itu, mampu membawa saya dan mereka seperti saya kembali menyokong BN & UMNO. Buat masa ini hati kami masih terpaut kepada Pakatan Rakyat.

clean said...

Pandikar Amir said yesterday..

"I do not see any urgency for me to fix a quick date. For all you
know, the newly elected MP may want to go for a holiday first,
or even for an umrah before coming to the Dewan Rakyat,”


Datuk..

Pandikar Amin nie terikut-ikut dengan cara kerja BN/UMNO. Tak puas-puas nak 'holiday'....

aritu UMNO nak sangat Anwar 'sumpah' kan?? kasi la 'can' kat Anwar angkat sumpah cepat sikit..

clean said...

Bng Karno said
"Kemenangan yang diduga tetapi pertambahan majoriti adalah isyarat jelas bahawa UMNO dan BN mesti berubah jika mahu terus berkuasa."

Bukankah PRU12 itu merupaka satu isyarat yang jelas dan nyata meminta perubahan dalam BN/UMNO?

atau nak tunggu PRK Kulim/Bandar Baru (klu jadi) untuk 'isyarat' yang seterusnya?

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen,

Pak Lah would be questioned by the press on "Kemenangan Anwar" a.k.a. "Kekalahan BN".

Pak Lah would respond by saying "we still have strong majority in Parliament. Maybe not 2/3 but 60% is still strong majority. There is no difference in BN seat-count in Parliament. So what's the worry? I don't understand. We are still going ahead with the reforms etc. You see the ACA is getting to be more effective. I dont need to direct them to do their work. They know what to do."

Roughly, reading between the lines the above can be translated as follows.
"We still have the power to make money for ourselves. In the meantime the ACA can divert people's attention elsewhere."

Sekian.
From Borneo ke Minang

mad said...

tahniah kepada dsai, tetapi kemenangan ini lebih bermakna buat penduduk permatang pauh dan rakyat malaysia seluruhnya. pembersihan malaysia dan era 'malaysia baru' bermula hari ini.

Aina Emir said...

Kemenangan Anwar melihatkan kepada kita betapa rakyat sudah meluat dan jelak dengan kepimpinan yang ada pada parti pemerintah. Mereka tiada pilihan, namun lebih rela memilih Anwar daripada terus biarkan negara hanyut dengan gejala-gejala tak bermoral dan tak bermaruah yang ada sekarang ini.

Pun begitu, kita perlu lihat apa yang mampu Anwar lakukan. Yang penting, rakyat mahukan sesuatu yang ikhlas, jujur, bersih dan telus. Kalau itu tak ada, sia-sia sahajalah! Namun saya melihat ini sebagai satu hikmah. Mungkin kita sama-sama sudah buka mata dan hati. Kita perlukan perubahan dan perubahan mesti berlaku kalau Malaysia hendak diselamatkan!

Katun said...

Salam Untuk Semua,

Trend juga perubahan telah bermula di mana pencanggahan pendapat antara generasi telah membuahkan hasilnya. Banyak pandangan yang disebut dalam buku 'Mega Trends 2000' oleh John Naisbitt berkaitan dengan arahaliran sosioekonomi dan politik dunia mula mendatangkan kesan dalam perkembangan politik negara.

Era digital dan informasi banyak menyokong pandangan dan perubahan dalam gerakan politik. Media yang tidak telus malah gagal menyampaikan keadaan sebenarnya tidak akan menjadi pilihan. Media akan jadi pencacai sahaja berbanding keperluan maklumat sebenarnya pada 'pengundi'. Lebih jauh daripada itu media akan menyebabkan rasa jijik yang keterlaluan kepada masyakarat.

Generasi selepas merdeka yang terdidik dengan sejarah dan negara bangsa semakin tidak mendapat tempat malah jumlahnya semakin berkurangan mengikut majoriti undi.

Generasi baru yang merupakan aset negara tidak terdidik dengan rasa senang kepada generasi sebelumnya. Mereka melihat generasi sebelumnya 'terlalu bodoh' untuk memimpin mereka. Jadi pilihan kepada sesuatu yang boleh mengubah dasar dan kehidupan lebih baik adalah pilihan terbaik yang dirasakan.

Dalam Intisari Wawasan 2020 oleh Abdullah Badawi juga menyebut berkaitan dengan perubahan yang patut dan mula berlaku. Tetapi tidak difahami oleh Kabinet AAB.

Time Kasih

abikhsan said...

Dear all (PKR or BN)

Keputusan dan diketahui. Masa untuk kembali bekerja dan tunaikan janji. Agak terkilan kerana BN gunakan sepenuh masa, tenaga dan wang untuk lawan DSAI. Sekiranya duit tax payor digunakan, saya tidak akan halalkan walau satu sen dan vise versa untuk pihak satu lagi.

Jauh di sudut hati, memang suka dan gembira DSAI menang cuma kalau boleh jangan tergesa-gesa utk jadi PM pada atau selepas 16 Sep. Harap DSAI jadi PM dengan majoriti 2/3 atau simple majoriti pada next election (PRU13). Tak salah bersabar seketika.

Bagaimana PAS dan parti pembangkang lain boleh bersabar selama 51 tahun untuk berada pada tahap sekarang DSAI juga perlu melalaui proses yang sama. Tak seronok atau tak mencabar kalau jadi PM melalui kaedah begini (macam penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia - guna back door listing pulak).

Calon AKIM hilang wang deposit RM15 ribu, banyak duit dia. Tak sayang duit kot.

p/s - Calon AKIM rumahnya selang 5 buah rumah dengan mertua saya di Tanah Merah Kelantan. What a world...!!!

abdrahim kassim said...

Datuk,

"MAJAL" itulah perkataan bahasa Melayu yang paling tepat bagi menggambarkan kekalahan BN di parlimen Permatang Pauh.

Apa pun senjata yang mereka gunakan semuanya "tidak lut" pada Anwar. Semua senjata BN menjadi majal.

Bukan untuk "membunuh", untuk melukakannya pun tidak boleh.

Juraimi Zainal said...

Salam,

Pada saya BN tak sedikit pun belajar dari kekalahan PRU12 yang lalu... Tengok la serangan bertubi2 BN

1) Tengok lah media2 perdana BN... Sama jer apa yg dilakukan masa PRU12...

2) Turun minyak 15sen... Gula2 jer la. Barang2 kalau dah naik harga akan turun ker harga? Tak boleh pikir ker...

cmk said...

Salam Datuk,

1. Tahniah buat DSAI. Takziah buat Pak Lah, Najib & rakan-rakan.

2. PRK P44 ini bukti UMNO belum 'makan ubat' selepas sakit teruk pada PRU-12. Dah tau sakit, bawalah berubat, tapi apa yang berlaku, dia sibuk suruh orang lain makan ubat.

3. Pak Lah dan Najib tidak lagi diterima ramai. Jangan keliru istilah 'tidak popular' dengan 'tidak diterima'. Tidak popular tidak mengapa, tetapi jika sudak tidak diterima, maka jangan tunggu lama-lama. Sila kosongkan takhta anda sebelum terlambat...!

zafre said...

Tahniah atas kemenangan DSAI.

Tahziah buat BN yang sebelum ini melalui media arus perdana yakin mampu untuk memecah tembok permatang pauh.

Nampaknya kehadiran para Pemimpin dan Jentera BN utk PR kali ini tidak mampu mengubah pendirian rakyat di Per Pauh ini...penurunan harga minyak dan sumpah DS N tidak menjadi...

Orang Buta Main Gitar Tepi Jalan said...

Betul. Kalau mesej rakyat tidak lagi diterima UMNO, maka UMNO akan lekas dikuburkan.

Mesejnya ialah politik berdasarkan kaum dan berdasarkan kroni sudah mati.

Selagi UMNO tidak berubah, UMNO takde harapan. Setakat main ubah-ubah pemimpin takde gunanya. Kena ubah prinsip dan pegangan UMNO. Kalau tak, dipersilakan UMNO membungkuskan diri dengan kain kapan.

a.z said...

I think we should stop idolizing our politicians and start putting high standards for them to perform. This goes the same for Anwar or for Najib as aspiring PM. Anwar has articulated his vision for Malaysia, when do we hear Najib's? It can't be the same ol' divisive stuff BN been preaching because frankly that ain't selling very well. Bak kata seorang commentator, sodo mee tak laku la..

Orang Buta Main Gitar Tepi Jalan said...

Satu lagi:

Nak tau kenapa jentera kempen BN gagal, walaupun jauh lebih besar dana dan wangnya dari Pakatan Rakyat?

Kerana mereka berkempen kotor menghasut dan mencemar nama seorang manusia. Kalau main kempen cam ni, siapa ada hati nak berkempen kalau dia ikut suara hati dia?

Kempen lah macam PKR, yang kempen berdasarkan isu semasa negara. Ini baru orang respek.

Saya rasa pasal BN tumbang ni tidak boleh dielakkan. Cuma soal masa saja. Tukar pemimpin letak Tengku Razaleigh ke, Muhyiddin ke, BN akan masuk kandang pembangkang rasanya. Saya rasa ini bagus kerana ianya akan mengajar BN untuk lebih merendah diri dan tidak angkuh.

Ini saja caranya nak ubah BN dan UMNO. Kalau tak, takkan ubahnya dia... main tukar-tukar pemimpin jer dia pandai.

Anonymous said...

Sdr Toolbox kata: BN dan UMNO khususnya kena terima hakikat bahawa KJ adalah diantara "beban yang sedang digalas"

Kami di Kedak kata orang macam ini bewak idup.

Bewak idup ni kalu kita galas, habis belakang kita dia cakar.

Yang Umno dok bagi muka kat budak ingus macam tu buat apa?

Kalu dia hero, mai Kedah. Dok semunyi di Rembau boleh la.

Mai Kedah nengeri mak dia kami katok lunyai.

Peniaga Pekan Rabu

tok janggut said...

Sekarang kita semua menunggu kata-kata manis Jefry ketingan, katanya' sebaik sahaja Anwar diumumkan menang, berpuluh-puluh ahli parlimen sabah akan menyertai PKR. Mana dia, cepatlah sikit, saya dah tak sabar menunggu 16 sept. Saya dah boring dengan pemerintahan sekarang yang begitu tidak tegas dalam pentadbiran.

Ilusi Dalang said...

Jika UMNO masih menganggap kekalahan ini hanya sebagai temporary setback dan tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki diri sendiri, tidak hairan jika parti terkuat ini akan menjadi sejarah sahaja. UMNO perlu menilik dan menilai semula perjuangannya setelah ternyata cara berkempen UMNO yang tidak menumpukan kepada isu sebaliknya menumpukan kepada serangan peribadi adalah salah dan membuatkan rakyat jelek. Demokrasi Malaysia semakin matang, UMNO sepatutnya matang bersama rakyat dlm menjalani proses demokrasi bukannya menganggap diri sebagai parti yg tidak dicabar selamanya.

clean said...

Kalau nak 'lawak jenaka' atau 'satira' nasional, pengomen dan pembaca sila baca Utusan, Star, BHarian dan NST sepuluh hari yang lepas (15~26 Aug)..

pasti terhibur..gerenti boleh ketawa terbahak2...

Iron Butterfly said...

i wonder when MSM is gonna show some reality? PKR menang, interview Mike Tyson, PKR yang memang, tapi gambar Najib yang kuar paper. It's sad to read the papers these days.

and it's disgusting to see people running around swearing in the name of Allah. Macam budak skolah belum baligh bergaduh jer...

Actually I think BN can still be in power if they buck up. Though my journalist sister said "dah takde ubat dah.. BN memang bodoh macam tuu", I think if they let the MSM be objective and fair, address the rakyat's issues.. the rakyat won't hate the ruling coalition so much.

As for me, I'm frustrated with the system i don't even vote. am not even registered. I will do so when there is more transparency in the EC.

I'm Kelantanese, as at the moment, I don't have to worry about my state falling into the wrong hands. My fellow Kelantanese always made the best decision.

Anonymous said...

CT Tanjung Perak,

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh?
Sebenarnya beramai-ramailah kita tegoh.Bukan bersatu.Dan banyak contoh sejarah membuktikan:
Bercerai kita berjaya.Bercerai kita bahagia.
Fikir-fikirkan.
-makangaji.

Anonymous said...

Sdr Datuk,

Minta laluan. Baru kali pertama buat komen. Kalau silap tolong maafkan.

1. Media massa arus perdana tidak relevan lagi;

2. Sudah jadi beban kepada Umno dan BN. Orang tidak percaya lagi;

3. Pengarang dan wartawan MMAP bukan kuda tunggangan lagi. Mereka jatuh standard jadi kaldai dan baghal -- cari makan dan ikut buta tuli;

4. Mereka akan mati bersama Umno dan BN, macam kuman-kuman mati apabila bangkai-bangkai reput dan kering;

5. Umno hanya boleh diselamatkan kalau ada pemimpin baru. Kalau yang dikitar semula pun ok asalkan bukan AAB dan pengikut kabilah kaldai dan baghalnya;

6. Apa salahnya Ku Li atau Rais Yatim?;

7. Atau Anwar sendiri balik memimpin Umno dan cantumkan PKR dengan Umno?;

8. Tapi bolehkah kita terima Anwar lagi kalau dia terbukti salah dalam perbicaraan kes liwat?;

9. Bolehkah orang Islam dan orang yang utamakan moral, tak kira Islam atau bukan Islam, terima pesalah seks untuk memimpin?;

10. Maaf cakap Datuk, banyak sangat orang yang bercakap seolah-oleh kemenangan Sdr Anwar menyelesaikan segala masalah;

11. Saya risau ia sebaliknya permulaan kepada satu lagi masalah raksasa;

12. Mohon dijauhkan bala dan sumpahan.

SUARA KESEDARAN MELAYU

ringgit said...

Dtk AKJ,

Sebenarnya lebih seronok baca blog dtk dari tgk tv3 dan baca akhbar arus perdana....

Apa yg pasti ujian demi ujian - kisahnya Anwar di P.Pauh berakhir `happy ending'.

TAHNIAH! buat Anwar...

Berbaloi usaha Anwar yg tetap bermangat menanti tahun demi tahun akhir beliau muncul semulasbg MP Permatang Puah sekali gus jd Ketua Pembangkang...

Ini kali pertama dia bertanding pilihan raya kecil..dan kali pertama atas tiket PKR...kali pertama jg Ketua Pembangkang...

Memang dia layak dipanggil the great leader..sebab si Arif kata Anwar sifu dia dulu...So sifu dah bukti dia hebat...

Sekali lagi..kita kena belajar menerima hakikat dan realiti..

mad said...

cmk menulis:

'PRK P44 ini bukti UMNO belum 'makan ubat' selepas sakit teruk pada PRU-12. Dah tau sakit, bawalah berubat, tapi apa yang berlaku, dia sibuk suruh orang lain makan ubat.'

hahaha..sungguh jenaka tapi tepat

KALAM JAUHARI said...

Dato',
Sekarang ini menyokong UMNO tidak lagi dianggap cool. Generasi skrg muak dgn kerenah pemimpin UMNO yang angkuh dan sombong.Sayang sekali UMNO harus berakhir sebagai sebuah parti yang memusnahkan dominasi poltik melayu.

Anyway jika Bang Nuar dapat jadi PM, tlg nasihatkan dia semua pembancuh kopi/teh atau pemandu peribadi hendaklah terdiri dari orang tua kerepot. Kalau tak banyak sumpah LAHANAT yang akan berkumandang. Also, Just bring electric cofee maker fo oversea assignment.
thank you

Zorro1404 said...

Salam Dato,
Sebaik saja Azizah meletakkan jawatan dia, Kemenangan Anwar memang telah diduga. Saya teramat bersetuju dgn kenyataan Dato yang Anwar menang bukan pasal dia kuat tp kelemahan Pak Lah as individu. Padan muka org UMNO. Hidup lah bersengkokol dgn manusia yang bernama Abdullah Badawi n Family menjatuhkan maruah Melayu. Jgn sampai generasi akan datang menyumpah ini lah BAPA penjual maruah melayu.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Penyokong PR kata, "aku dah kata dah!".

Penyokong BN kata, "nak buat camane, tempat dia".

81% pengundian adalah peratusan yang besar. Pada pendapat saya, yang menentukan menang atau kalah adalah mereka yang menonton dari luar BN dan PR.

Bagi golongan ini, ada dua macam.

Satu, golongan yang berkata, "menyampah aku, asyik pakai kempen menjatuhkan air muka orang je yang dia reti".

Satu lagi, "Tak de pilihan, terpaksalah undi Anwar".

Hakikatnya orang di luar BN dan PR lah yang menentukan keputusan.

Pada pendapat saya, orang "atas pagar" ni bukan memandang Anwar vs Najib semata-mata.

Cuba lihat kronologi berikut :

1.Najib umumkan kajian sedang dibuat dan berkemungkinan harga minyak turun 1 September. Juga diumumkan semakan harga minyak akan dibuat setiap 2 bulan selepas itu.

2.Pak Lah menimba pengalaman menaiki Komuter dan LRT.

3.Pengumuman harga petrol turun 15 sen.

4.Najib memberi kenyataan yang rebat minyak akan dibatalkan jika masih ada sungutan tentang kuantum 15 sen yang dikatakan terlalu sedikit.

5.Pengumuman kajian semula keatas sistem rebat minyak.

Isu liwat, sumpah Saiful dan Imam yang diarahkan, ini berasal dari tempoh sebelum kempen bermula. Bagaimana ia menjadi isu utama semasa dalam tempoh kempen, adalah dijangkakan.

Walau bagaimanapun, sekuen 5 peristiwa yang berlaku dalam masa kempen seperti yang saya senaraikan di atas adalah perkara baru.

Malangnya perkara baru itu mengingatkan kembali para pengundi dan rakyat Malaysia bagaimana lemahnya BN dalam merancang dan mentadbir negara.

Persoalannya, adakah isu harga minyak turun dan rebat itu disengajakan oleh pihak tertentu?

Entah kenapa, saya merasakan jawapannya adalah ya!

Imaginasi saya kuat mengatakan masih ramai yang lebih mengutamakan pemilihan UMNO pada hujung tahun ini berbanding PRC Permatang Pauh.

Maklumlah, sejak awal-awal lagi pun, baik orang BN mahupun PR, telah menjangkakan yang Anwar boleh menang.

Amran said...

The rakyat dont really have a choice. Ianya adalah undi terpaksa. Ianya adalah undi tidak percaya kepada pemerintahan Abdullah Badawi. Saya percaya, sekiranya Abdullah, Najib dan Khairy semuanya bersara dari politik, ramai akan kembali kepada UMNO. Termasuk saya.

unpopular said...

Salam Dato,

Saya berasa pihak BN sendiri sudah mencongak-congak akan kesukaran pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini, walaubagaimanapun dapat mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh Dr Wan Azizah dalam PRU 12 lalu sebenarnya sudah satu kemenangan. Malangnya keadaan yang berlaku adalah sealiknya.

Sekarang sudah jelas isyarat yang diberikan oleh pengundi-pengundi di Permatang Pauh, apa pula strategi seterusnya akan dibuat oleh pihak BN dan PKR selepas ini. Nampaknya suasana panas ini kian panas dan panas.

Saya tidak pasti samada ini satu senario yang diinginkan oleh rakyat keseluruhannya, apatah lagi oleh rakyat marhean..seperti saya.

Faizal Riduan said...

Saya masih teringat semalam seawal pagi saya sempat singah ke Pejabat Penerangan berdekatan untuk urusan pendaftaran puisi kemerdekaan.

Saya sempat bertanya tentang peluang calon BN untuk menang. Dengan penuh bangga pegawai berkaitan berkata,

"Berdasarkan sumber risikan, kita akan menang tetapi dengan majoriti tipis. Tengoklah malam nanti."

Saya kemudian bergerak untuk ke PWTC. Seharian itu saya bukan tidak mempercayai sumber sahih dari kerajaan seperti yang dipaparkan dalam media arus perdana tetapi naluri saya yan paling dalam tetap merasakan seolah DSAI akan mengulangi kejayaan tahun 1982 dan mengatasi kejayaan isterinya.

Walau saya tidak pernah turun ke Permatang Pauh seharian itu saya larut dalam keasyikan bahang PRK di sana.

Malam apabila saya mengetahu keputusan kemenangan DSAI, PKR dan PR itu saya hanya mampu tersenyum.

Saya tersenyum kerana meraikan suara hati pengundi.

Saya tersenyum kerana menghormati amalan demokrasi berperlembagaan.

Saya tersenyum kerana menyaksikan rakyat kini sudah bertindak atas budi bicara dan kata hati sendiri, media walau sekonglomerat mana, pemimpin walau setinggi mana turun ianya tidak menguah tekad pengundi yang telah bulat seperti pembentung.

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Would Pak Lah, Najib & the fellows in Putrajaya be cosy? I dont see any reason for them to feel otherwise. Anwar's win is nothing more than a single seat in Parliament.

Pak Lah's recent "spot-check" on the Komuter and LRT services is nothing more than a gimmick to show how much he cared for the public.

Similar unannounced visits were made when Pak Lah first came into office.

What happen since then? Nothing. Ooops sorry, he did not do nothing. He went to sleep.

Could the spot-check be an act of "sleep walking"?

None of them (Anwar included) give a damn about the working class that need to work. They only cared about us when we are about to cast our votes.

Don't be fooled by the likes of Anwar. He is no different from Pak Lah, Najib etc. What have they done to the country? Nothing! Oops, again I stand to be corrected. They have done a lot to enrich themselves, families, friends, wifes, mistresses, jambu2 and gundik2 etc.

UMNO and BN will NEVER change! Why should they? If they are no longer in power they can always relocate with the massive wealth they stole from the rakyat!

The best Najib can say is "Anwar's win shows that democracy is very much alive in this country." Such statement indicates that his mid-brain is overriding his upper-brain. Blood only rush to the mid-brain so the upper-brain is starved off oxygen supply. Therefore such pathetic statement!

Don't expect Pak Lah to issue any intelligent statement either. A sleeping PM only has time to dream!

Sekian.

Anonymous said...

salam Datuk,

macamana nie tok? orang yang diserang dengan pelbagai jenis serangan dengan mudah boleh menang di permatang pauh. seperti ramalan saya dahulu najib hanya akan merasa menjadi presiden UMNO apabila selesainya PRU 13 di Pemilihan UMNO selepas itu. sekarang nie sesiapapun yang bertanding selain lambang dacing boleh menang.pembalikan kepada zaman dahulu dimana lambang dacing sahaja boleh menang.

Mesej daripada rakyat pun buat2 tak faham, so terimalah keputusan rakyat ini. Inilah masa di mana rakyat menunjukkan kuasanya.kemenangan anwar bukan disebabkan anwar kuat tetapi rakyat yang memilih untuk tidak memihak kepada BN.

Arus Penolakan sudah bermula. Penstrukturan semula pemerintah rasanya pun dah terlewat. Saya rasa Tun dr M pun dah malas nak fikir sebab semua nasihat dia dah berikan.kata orang buat kering air liur je. sekaranglah masa untuk masuk UMNO sebab 3 PRU lagi dah boleh jadi calon untuk ganti yang ada nie

itulah pandangan saya


kassim selamat

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

UMNO tidak mahu belajar daripada kesilapan...

"UMNO Dalam Kenangan"

abdrahim kassim said...

Datuk,

Kekalahan UMNO yang amat memalukan di Permatang Pauh adalah laknat Allah yang pertama akibat mempermainkan isu bersumpah.

Wallahi,Wabillahi, Watallahi, sekarang ini disebut sebagai bahan mainan, seolah-olah Allah tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku.

Untuk memberi pengajaran kepada mereka yang semakin "derhaka" ini sama-samalah kita mohon agar Allah menunjukkan sesuatu kepada mereka, agar ianya dapat menjadi pengajaran.

Kalangan alim ulamak dan bijak pandai Islam kita berharap mereka dapat membebaskan diri mereka dari kongkongan pemerintah.

Nyatakanlah sesuatu secara berani dan tegas supaya agama tidak sampai dijadikan bahan mainan.

Surind Raj said...

Need the support of all Barisan Rakyat supporters!

(TM Nut - Blocked MT, Invasion of Privacy, Censorship, Throttling P2P & Torrent Bandwidth, NST Printing Garbage!)

http://surind.blogspot.com/2008/08/if-streamyx-endorses-censorship-piracy.html

wanzaim said...

Salam Dato,

Untung jadik bekas banduan kat Malaysia nie .. Siap boleh dipilih lagi untuk jadi ahli parlimen ... Tahniah kepada penduduk Permatang Pauh.. Sejarah telah tercipta bekas banduan pun boleh jadi ahli parlimen ...

p/s : Mak Kecik .. cukup2lah buat cerita pasal org kasi duitlah .. apa lah ... abis tu yg PKR bayar sorang RM300 mana yang gi Permatang Pauh tu x kesah ke ?? .. X caya ??? Gie tanya orang Klang

amoker said...

Congrats to DSAI.

Bigdragon, not only Zahid Hamidi came out calculatively late with the 'fatwa'(that is similar to Ramlang's explaination), but he shot down the Grand Imam of Wilayah. This 'learned' chap came out obediently when Najib said that Ramlang is a nobody. Should the grand imam of wilayah apologize for being a serf?

Secondly, the media have cried "Wolf", "Wolf". One more time and the rakyat will shame you.

QUE-ZEE8972 said...

SALAM...

KEMENANGAN DSAI MEMANG SUDAH DIJANGKA.

WALAU APAPUN ORANG BN-UMNO JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA.

PERMATANG PAUH BUKAN PENYUDAH SEGALA PERJUANGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

bat8 said...

Akta DNA dah diluluskan. Nak tahu samada UMNO faham ke tak faham mesej PRK pematang pauh - kita tengok dia guna akta tu ke dak keatas DSAI nanti.

Kalau depa mintak juga maknanya UMNO gali kubuq baru la. Maknanya UMNO ni bebal dan dah takboleh nak selamat dah. UMNO dah tekan butang destruction button dan countdown dah di activate.

Kalau depa buat juga- sah akai pemimpin UMNO dok kat lutut. Depa tak pikiaq le, lepaih pematang pauh ni akan diadakan PRK sanglang kat pereleih bagi kerusi DUN- ni dah sah, tunggu tarikh dari SPR je. Lepaih tu tu kemungkinan PRK Bandar Baru,Kulim.

Kalau masih dok nak teruihkan kes liwat 2 ni, kalau dok main tak sedaq diri lagi,UMNO bleh kata bye-bye lah kat sanglang dan bandar baru.

Kalau kalah lagi di dua-dua PRK tu nanti habih le UMNO.

Harapan kita, harap-harap pemimpin UMNO guna akai, pikiaq panjang-panjang derngan akai bukan kepala lutut kalau nak stay relevan.

bat8

R@duan said...

Ada lagi perjalanan ke hadapan yang amat penting bagi semua rakyat Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam khasnya..Rakan-rakan Anwar dalam Umno dahulu, yang sekarang ini berjawatan atau pun tidak...kita tengok, apa pula lakonan mereka. Pasti ada yang datang mengendeng dan cuba berhimpit. Awas bang Nuar...

Alias Mohd Yusof said...

Hanya Penjara boleh menyekat suara Anwar.


Seperti yang kita saksikan di piliharaya kecil Permatang Pauh, BN telah menggerakkan usaha bersekala besar bagi mematahkan kemaraan Anwar ke Dewan Parlimen.

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh BN bagi menyekat Anwar memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, termasuklah tuduhan-tuduhan yang mungkin diada-adakan dan direka-reka bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar, dari kes liwat hinggalah ke kes rasuah.

Walaupun tuduhan-tuduhan itu belum dibicarakan dan belum diputuskan oleh makamah, tetapi ia sudah cukup untuk mengoyahkan kepercayaan orang ramai terutamanya pengundi di Permatang Pauh terhadap kewibawaan Anwar.

Kelantangan dan kepetahan Anwar sangat digeruni oleh kerajaan BN yang memerintah, oleh itu BN ada sebab yang kuat untuk cuba sedaya yang mungkin bagi menyekat Anwar dapat bercakap di Dewan Parlimen.

Melihat kepada sambutan pengundi-pengundi di Permatang Pauh hari ini yang memberansangkan kepada Anwar memang sukar untuk BN menang dalam pilihanraya kecil itu. Nampaknya usaha melalui cara demokrasi memang BN tidak dapat menyekat kemaraan Anwar ke Parlimen.

Pilihan yang ada kepada kerajaan BN selepas ini bagi menyekat Anwar ialah dengan menggunakan penjara dan makamah sahaja. Kita tidak berasa pelik kalau selepas ini kerajaan BN akan menggunakan BPR, makamah dan polis untuk menahan Anwar dalam penjara bagi kesalahan yang diada-adakan atau direka-reka.

Dalam masa yang sama kerajaan BN juga sedang dan akan menghadapkan beberapa orang wakil rakyat dan wakil parlimen dari Pakatan Rakyat ke makamah atas kesalahan rasuah dan salah laku seks yang sengaja diada-adakan dalam usaha untuk menghilangkan kelayakan mereka menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen.

Apabila ramai wakil rakyat dan wakil parlimen dari Pakatan Rakyat hilang kelayakan, maka bertambah sukarlah Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seperti yang telah dirancang oleh Anwar sebelum ini.

Taktik memenjarakan Anwar yang digunakan pada tahun 1998 mungkin akan berulang lagi. Hanya tembok penjara saja yang dapat melenyapkan suara Anwar.

hearty said...

SALAM, KEPADA TUAN YG BUDIMAN,BIJAK DAN BAGUS....



SALAM, SEMEMANGNYA KEMENANGAN DSAI ADALAH "YG DI'JANGKA'"OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

INGIN SAYA NYATAKAN PANDGN: (sekadar berpendapat)
> KEPADA SEMUA AHLI PKR , ANDA JGN MUDAH MERASA "SELESA" DGN KEMENGN DSAI YG DPEROLH NI,TAKUT TERLALU SELESA "HASRAT & ANGAN2" KALIAN TAK KESAMPAIAN..

Ir. Fairus Jamil said...

UMNO dan penyokongnya -- tak habis habis "perjuangan untuk bangsa dan agama!" konon.

Dah kena tamparan kuat kali kedua, tak bangun-bangun lagi. Bila nak sedar diri dan berubah?

Perjuangkanlah seluruh warga Malaysia tidak kira kaum atau agama.

Main kaum dan agama dah lapuk dah, boring lerrr rakyat dengar....

Langkapian said...

Dato'

BN sepatutnya mengambilkira pandangan TS Annuar Musa dengan tidak bertanding di PRK Permatang Pauh ini dan menumpukan perhatian untuk memulihkan parti

Begitu banyak wang dan tenaga ditumpukan di Permatang Pauh tetapi hasilnya tetap sama...kekalahan

Malah kekalahan kali ini lebih memalukan.

kluangman said...

Kemenangan tersebut adalah 'kemenangan di pilihanraya kecil Permatang Pauh' walaupun mempunyai signifikan/kesan besar kepada senario politik Malaysia. Kemenangan tersebut bukan bererti kemenangan semua atau semuanya benar.

Malah inilah permulaan sebenar 'comeback' Anwar ke politik negara dan cabaran di PP adalah kecil jika dibandingkan dengan rintangan di hadapan kerana lawannya UMNO bukan sahaja akan menentangnya tetapi juga menghadapinya sebagai 'dendam' yang tiada penghujung, kecualilah Anwar sudah ada 'kaki' di dalam UMNO untuk memudahkannya.

Pengisian Anwar dalam kemenangannya serta janji mengambilalih kerajaan pada 16hb September merupakan satu lagi episod yang sedang kita tunggu2 untuk melihat 'cara pengambialihan' tersebut dan realitinya.

Kes liwat di mahkamah mungkin sesuatu yang ringan dan mudah untuk peguam2 Anwar tangani tetapi 'sumpah laknat' Saiful dari segi kesannya kepada Anwar atau Saiful akan sering 'diperhatikan' dari masa ke semasa.

Apapun bajet 2009 yang akan dibentangkan esok akan menenggelamkan kesah kekalahan memalukan BN di PP, apakah ada kejutan baru dalam bajet tersebut atau bajet tersebut akan menjadi 'denda' berterusan kerajaan ke atas rakyat yang tidak mengundinya.

Satu poster yang terpampang di PP yang menjadi antara penyebab kekalahan BN di PP ialah poster gambar Dolah dengan temanya PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT - SESUAIKAN POSTER TERSEBUT DI SANA.

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh Dato'
Dia dah menang, tamat lah cerita tu. Sekarang tinggal kes beliau pula. Kalau diperbicaraan nanti, tentu beribu penyokongnya akan berasak-asak dimahkamah.

Tentu polis dan hakim takut. Tidak kah Dato fikir Hakim dapat membuat keputusan yang adil?

Mereka tu sekadar jadi ahli parlimen je, tapi segala perbuatan kotor telah diamalkan untuk menang.

Dato' fikir okey ke tu?

Kerajaan Rakyat said...

Wahai UMNO yang pernah ku cintai.
Itu dulu, jadi sejarah kini.
Kerana hati ku telah engkau lukai
Lantaran kealpaan engkau sendiri

Pembangunan negara tidak kau peduli
Rakyat miskin tidak engkau hampiri.

Kerana gelojohnya tidak terperi.
Khazanah negara habis kau joli.

Wahai UMNO sedarlah diri.
Rakyat tidak perlukan kau lagi
Jangan kau buat tak mengerti

Negara tergadai, maruah kau hancuri.
Akibat gelagat kaum kau sendiri

Bukan RAKYAT inginkan simpati.
Cuma pilu kepada apa yang terjadi.

Esok lusa mungkin aku kan mati
Nasib bangsa ku masih belum pasti.

Kecewa hati ku tidak terperi.
Tanahair ku susut hari demi hari.

Wahai RAKYAT, aku susun sepuluh jari
Perjuangan murni ini jangan kita cemari

Mohd Affendi said...

Overkill strategy by UMNO/BN..The campaign by Najib, KJ & other UMNO goons just make me want to vomit..really insult intelligence... This is Permatang Pauh..not Hospital Bahagia for good sake, you UMNO/BN people!

Just like recent debate Anwar vs Shabery...merely focusing attack on individual..

Not addressing to champion the root problem face by rakyat in reality..

Landslide!

BN/UMNO deserve to loose & rot like filthy carcasses...

Just same old March 8 product but they do really work hard on the new packaging.. unfortunately like someone said: "you can fool some people sometimes, but definitely not all people all the time!"

Its just like somebody were given with only 2 option to choose between either sanatarium or hell..

I prefer sanatarium, at least somebody sure gonna lookafter us there..

Hell- only devil advocates will opt..special treatment for good mortals? don't dream about it..try to close deal with devils? What were you thinking?

No Option? - In current reality, its as good as negligible..

What with the 6000 police deployed there? Wasting of resources with all bloody traffic jam.. 1:9 ratio of police for just Permatang Pauh????
Better focus on the hiking crime rate lah police brader!

Anonymous said...

dato,
saya sedih bila DSAI menang tapi saya gembira bila BN kalah...
dato' fahamkah apa yg saya rasa?


-adrayy-

Anonymous said...

Dato,

Harapan saya agar Anwar menang dalam PRK Permatang Pauh ini telah tercapai.

Cuma saya kecewa mcm mana boleh ada lebih 15,000 orang yang masih mengundi BN. Sepatutnya biarlah kurang dari 5,000 barulah boleh meletus tsunami baru menumbangkan Pak Lah dan Khairy di Pemilihan UMNO Disember ini.

Najib ni memang tak pandai main politik ler.

Harapan terbaru saya agar Anwar dapat basuh cukup2 si Khairy dalam Parlimen. Jangan asyik nak bantai Najib saja.

Sesungguhnya rakyat lebih benci pada Pak Lah dan KJ dari Najib.

-sinbad-

matrimns said...

This is a critical day where the path for our nation, Malaysia for the next 50 years.
Are we going to look inwards to compete within ourselves or come out of our shell and compete globally with the likes of China, India and rising economies like Vietnam and Indonesia?

Anonymous said...

Datuk,
mengikut kefahaman saya, saya simpulkan apa yang Datuk tulis mengenai PK P 44 ialah:

Abdullah silap fokus. najib silap pun silap fokus.

Ilustrasinya begini:
Seorang guru secara bersahaja membuat suatu titik di papan hijau yang kosong.Tidak tertulis apa-apa.
sambil bercakap mengenai bagaimana akal manusia sering terpengaroh oleh apa yang dilihat.
Si guru kemudian dengan yakin bertanya kepada murid-muridnya.Apakah yang mereka nampak?
99 pertatus murid menjawab dengan keras."satu titik cikgu!"
jawapan murid itu benar.Itulah yang mereka nampak.Titik kecil itu.
Mereka sebenarnya telah buta untuk melihat ruang papan hijau yang luas.Yang mereka nampak ialah satu titik yang kecil.Salah seorang Murid itu ialah Najib dan Abdullah.
Dan orang yang melihat ruang yang lebih luas, papan hijau itu ialah pengundi-pengundi yang telah memberikan undinya kepada Anwar!

-makangaji.

Anonymous said...

Conspiracy Theorist..

Maybe the barbarian acts will come from ppl like you. And in this case, the Master of Deception is UMNO dan bukannya Anwar Ibrahim. Kita rakyat have been deceptive and plundered by BN for the last 20 years. So, get your facts right before making a statement.

Ampang

Prachai said...

Senjata yang paling bagus untuk menumpaskan Anwar ialah menumpukan perhatian kepada pengurusan ekonomi negara dan benar-benar mahu memperbetulkan kesilapan pentadbiran sebelumnya.

Tetapi orang UMNO tidak akan faham dan akan menggali kubur sendiri dengan memfokus kepada isu yang memualkan rakyat seperti liwat Saiful, sumpah sini sumpah sana, dan sebagainya. Apakah mereka tidak sedar bahawa rakyat tidak mahu mendengar benda-benda ini lagi? Nampaknya begitulah.

Anonymous said...

Sekiranya saya mengundi di PP, saya tidak akan mengundi BN, walaupun saya penyokong UMNO.

Bukan sebab sokong Anwar, tapi untuk memberi mesej kpd Pak Lah

Kepada Anwar, ini memberi jalan kepadanya berhadapan dengan seterunya. Tiada lagi berselindung bagi Anwar.

Now it's face to face between Anwar and pembesar2 UMNO.

MM

uhang kinchai said...

Salam Dato,

Saya adalah merupakan salah seorang yang dilahirkan selepas Merdeka. Saya sebelum ini tidak berminat langsung tentang politik tetapi selapas era refomasi tahun 90an saya mulai mengikuti perkembangan polotik tanahair dengan penuh hati-hati. Saya tidak mengangotai mana-mana parti politik tetapi saya dapat membuat kesimpulan seperti berikut:-

a)Tempuh 50 tahun telah tamat. Jika dulu ayah saya merupakan salah seorang wakil pejuang kebangsaan, kini beliau telahpun berusia 88 tahun (Alhamdulillah beliau masih sihat skrg). Malah beliau baru2 ini mengakui bahawa perjuangan sekarang tidak sama dengan perjuangan dgn masa lampau. Perjuangan harus bersesuaian dengan kehendak dan keadaan semasa. Zaman pisang goreng 2sen and berjalan 2km ke sekolah sudah menjadi cerita lucu jika diceritakan kembali kepada cucu2 beliau (iaitu anak2 saya). PERJUANGAN HARUS ADA PEMBAHARUAN JIKA INGIN KEKAL.

b)Kehancuran sesebuah organisasi ini adalah berpunca dari skandal & rasuah. Tiada ubat mujarab untuk melawan kedua2 sindrom tersebut. Walaupun terdapat pemimpin2 sebelum ini telah mengistiharkan penentangan terhadap rasuah tetapi ianya masih tidak berjaya. GEJALA RASUAH MESTI DIBENTERAS DARI LUAR BUKAN DARI DALAMAN.

c)Wang Ringgit Bukan segala2nya.

You can buy medicine but not health
You can buy food but not appetite
You can buy knowledge but not wisdom
You can buy people but not loyal

d)Reform - Whenever you find that you are on the side of the majority, it is time to reform. Pak Lah made a big mistakes and BN should be reformed after GE 2004 (BN landslide)

Democracy - Many forms of Government have been tried, and will be tried in this world of sin and woe. No one pretends that democracy is perfect or all-wise. Indeed, it has been said that democracy is the worst form of government except all those other forms that have been tried from time to time. So for the next 50 years lets us try PR/PKR.

uhang kinchai said...

Salam Dato,

Saya adalah merupakan salah seorang yang dilahirkan selepas Merdeka. Saya sebelum ini tidak berminat langsung tentang politik tetapi selapas era refomasi tahun 90an saya mulai mengikuti perkembangan polotik tanahair dengan penuh hati-hati. Saya tidak mengangotai mana-mana parti politik tetapi saya dapat membuat kesimpulan seperti berikut:-

a)Tempuh 50 tahun telah tamat. Jika dulu ayah saya merupakan salah seorang wakil pejuang kebangsaan, kini beliau telahpun berusia 88 tahun (Alhamdulillah beliau masih sihat skrg). Malah beliau baru2 ini mengakui bahawa perjuangan sekarang tidak sama dengan perjuangan dgn masa lampau. Perjuangan harus bersesuaian dengan kehendak dan keadaan semasa. Zaman pisang goreng 2sen and berjalan 2km ke sekolah sudah menjadi cerita lucu jika diceritakan kembali kepada cucu2 beliau (iaitu anak2 saya). PERJUANGAN HARUS ADA PEMBAHARUAN JIKA INGIN KEKAL.

b)Kehancuran sesebuah organisasi ini adalah berpunca dari skandal & rasuah. Tiada ubat mujarab untuk melawan kedua2 sindrom tersebut. Walaupun terdapat pemimpin2 sebelum ini telah mengistiharkan penentangan terhadap rasuah tetapi ianya masih tidak berjaya. GEJALA RASUAH MESTI DIBENTERAS DARI LUAR BUKAN DARI DALAMAN.

c)Reform - Whenever you find that you are on the side of the majority, it is time to reform. Pak Lah made a big mistakes and BN should be reformed after GE 2004 (BN landslide)

Democracy - Many forms of Government have been tried, and will be tried in this world of sin and woe. No one pretends that democracy is perfect or all-wise. Indeed, it has been said that democracy is the worst form of government except all those other forms that have been tried from time to time. So for the next 50 years lets us try PR/PKR.

Along G said...

Nampaknya lesson learned dari banyak post election analyst dari pilihanraya umum lalu yang dilakukan tidak mengajar BN dan lebih sedih tidak mengajar media arus perdana yang menganjurkannya. Sedih..sedih..

Masih lagi mereka mencanang cerita-cerita yang tidak boleh diterima rakyat. Lebih teruk mereka bukan sumber utama maklumat bila tiba tentang hal politik.

Tidak secara langsung selama ini mereka juga telah membina "anchor" minda apabila setiap yang mereka terbitkan diteliti dengan penuh kritikal oleh rakyat.

Anonymous said...

Salam Dato',

Pertamanya TAHNIAH! para pengundi Permatang Pauh. Anda semua telah menghantar isyarat sangat jelas iaitu kita semua mahukan PERUBAHAN.

Kita mahu:-
1. Kerajaan yang lebih telus dan amanah membela rakyat.
2. Tukar pemimpin yang busuk (Pinjam kata2 Tun Mahathir)kepada pemimpin yg mesra rakyat.
3. Pendakwaan rasuah bukan hanya pada ikan bilis yg rata2nya kena pada kakitangan kerajaan. Ikan paus terlepas dan bolos.
4. Polis jangan jadi PAK TURUT UMNO dan BN sahaja.
5. Agama Islam diletakan di tempat yang lebih tinggi bukan untuk kepentingan parti UMNO.
6. Suratkhabar dan TV/radio tidak lagi memberi laporan berat sebelah.

Saya tak sokong PKR tapi hati kecil saya berkata Anwar BOLEH melakukannya.

Buat pertama kali dalam hidup, saya boleh tersenyum dan rasa puas bila Anwar menang pilihan raya.

Mungkin anda juga seperti saya.

-Anthony Russel-

slyderrose said...

Pemimpin yg mengalami penderitaan, dihina, dipukul, difitnah dengan seteruk-teruknya, dimalukan satu keluarga dan dipenjara DAN bangun kembali tanpa takut dan gentar adalah seorang pemimpin yg sebenarnya. Anwar menepati ciri-ciri ini. Pemimpin begini sudah pasti memahami erti susah dan penderitaan rakyat kalau nak dibanding armchair leaders seperti kebanyakan pemimpin umno sekarang. Hidup senang dari kecil, tak pernah mengerti erti susah bagaimana nak membantu rakyat dengan ihklas?

Gagak di Rimba said...

Salam,

Anwar akan kembali ke Parlimen dan akan menjadi Ketua Pembangkang.

Akan tetapi, dia juga akan dibicarakan mulai 10 September 2008 ini.

Adakah perjalanan perbicaraan tersebut akan mempengaruhi kerjaya politik beliau? Saya tidak tahu.

Sementara itu, banyak pihak yang mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan serta merta.

Masalahnya ialah siapakah penggantinya? Agaknya tentulah Najib.

Bagaimanapun, sebagaimana yang kita tahu, Najib pun "pemimpin yang bermasalah".

Jadi saya pun tidak yakin dia akan dapat menyelesaikan masalah UMNO dan kerajaan.

dasuki_tmc said...

kepada sesiapa yang tak layak jadi pemimpin tu, sila turun dengan segala hormatnya.
muhasabah diri, ada tak sifat-sifat pemimpin yang di ajar oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Hadis baginda.
sifat wajib bagi Rasullah;
1. siddiq - benar dalam segala hal dan perilaku serta benar dalam percakapan/tuturkata.
2. amanah - jujur, ikhlas dalam segala tindakan dan bertanggungjawab sepenuhnya.
3. tablig - menyampai dan menyeru kepada semua manusia dengan kebenaran apa yang Allah sampaikan kepada beginda.
4. fathonah - bijaksana, cerdik, tulus, pandai dalam semua situasi dan keadaan serta tangkas dalam bertindak demi kebaikan semua samada manusia, binatang, tumbuhan dan segala yang ada di muka bumi Allah ini.
kalau pemimpin itu tidak menurut apa yang Allah suruh, maka sesungguhnya kita perlu mufaraqah, tidak berwala' serta boleh menasihatkan diganti dengan yang lebih baik sesuai dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi.
pesan drp: cucu orang utan....

rocky said...

BN leaders are like headless chicken running around clueless and hoping some @ss will bail them out and at the end Anwar out fox them.

will BN learn? Nope. They are too busy protecting self interest and their message of ketuanan and dividing the races has not gone down well. we malaysians want to live with each other and not ridicule the other with words or keris. Malaysians have come to realise this but the UMNOPutras need ketuanan for their pocket and the rakyat have seen how these people abuse the system and become rich so easily.

So let there be cross overs and Anwar becomes PM. Let him do what he promised and if he does a Badawi, he will be kicked out by 2013. And BN meantime will clean house and leaders who can not only talk but do and have passion for the country and its people will rise up in BN.

BN we will not take all the BS that you put out there in MSM. we are not all stupid.

mamaBosan said...

Alhamdulillah,

pelik sungguh, rakyat majoriti mmg menolak BN, tp org BN ni buta ati, masih tak sedar2...kami (anti BN) tak ada walau sekelumit pun percaya Anwar tu meliwat....tp kalu kata Najib/Khairy ada skandal seks ka..hem..x payah sumpah laknat..tak yah doktor check...memang percaya 100%...

Indigo said...

Scribe,

Dapat DiPakai Kot Ini
(telinga kuali!?)

"What happened in Permatang Pauh was not something so big as to change the situation that exists after the last general election.

"The Permatang Pauh by-election is one by-election that cannot be interpreted as something that can happen in other constituencies. I believe we can still continue the government," Abdullah, who is also BN chairman, told reporters after sending off Sultan Hassanal Bolkiah at the Senai Airport here Wednesday


What did the sultan said?
Think it over

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

berapa hari lagi nak puasa. anwar dah menang kira menang juga walaupun dengan 'satu undi'.

dalam bulan puasa kita nak tengok berapa orang nak jadi katak kepada Anwar.

Kata TDM, kalau lompat, anwar kena ada wang banyak. Ada parti macam PAS mesti jual mahal sebab 26 kerusi PAS jadi ANmer kena bayar lagi. Kalau tidak PAS jadi 'bebas' di Parlimen tidak join Pakatan dan Anwar tidak boleh tubuh kerajaan.

tapi yang abe MIE dengar, Anwar hendak masuk UMNO dan cara inilah dia boleh jadi PM!!!

Ada banyak cerita saman dan kes Anwar di luar mahkamah. Anwar masuk Parlimen dengan 'badan yang busuk'.

anakbuah said...

Dato' dan Sdr Richguy,

"Instead of leading the country, the entire BN leaders are busy to bring down one individual, Anwar.

# Betul. Kdg2 kalau kita fikirkan, semua ini bukan politik lagi - ianya dah mcm peribadi. Umno/BN ni, nak kata bela rakyat pun tidak, nak bela ahli parti pun tidak, nak bela ekonomi negara pun tidak dll. Asyik tujukan kat Anwar seorang.

# Komen Sdr slyderrose juga tepat. Anwar seorang politikus yg terbukti tahan diuji. Beliau patut dipuji kerana memang hebat! Menteri2 BN tak pernah dihumban dlm penjara bertahun2, difitnah, diri dan keluarga diaibkan dgn teruk...mana nak rasa semua keperitan tersebut. Tengok shj Mahathir, kalau Anwar jadi PM, dah cadang nak cabut lari - takut! Dan rasanya bukan dia saja yg kecut, ramai lagi yg mungkin sudah bercadang cabut lari. Apa yg hendak ditakutkan? Berani buat, beranilah tanggung. Kata sayang negara, sayang ahli/parti dll? Negara, parti dan ahli parti tak rasa dikhianatikah?

# MSM juga begitu - jgn terkejut jika satu hari perniagaan mereka tersungkur. Bukan sebab balas dendam tetapi kesan 'best man win' (survival) - ada beza.

# Hari ini, kita alu-alukan kehadiran Anwar di Parlimen. Kita perhatikan "buku bertemu ruas" esok lusa. Kita tengok siapa berani, siapa bacul. Perhatikan PakLah boleh lena lagi atau tidak. Perhatikan Najib boleh cakap mengarut/meleret lagi atau tidak. Kita tengok Anwar lawan BN pula di Parlimen!

# Anwar ni mcm Maximus dlm epik Gladiator (2000). Hari ini, Maximus berdepan dgn Commodus ditengah2 Colliseum dlm keadaan dicederakan. Kita sebagai penonton, perhatikan bagaimana akhirnya pertembungan ini.

Anakbuah

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh Dato'
Paling tidak kita akan dapat Ketua Pembangkang Baru di parlimen, Insya Allah. Kepada mereka yang menyokong nya, berbangga dan gembira, sebaliknya kepada yang tidak menyokong nya.
Namun yang tidak menyokong nya, tidak lah terlalu dukacita , ini kerana DSAAB diharap akan terkapai-kapai di persada dunia polik malaysia semasa.

PERISTIWA SATU
Satu ketika dulu mengagihkan saham kementerian kewangan diagihkan secara mewah untuk meraih sokongan.Kesan nya, ia jadi amalan.

PERISTIWA DUA
Contohnya, Disebuah surau, Dikalangan AJK nya, salah seorang dilantik caterrer untuk majlis-majlis makan disurau ni(Bukan percuma tapi dengan kadar bayaran semasa- contoh ,sepinggan mee kari RM4.00 x 50 orang = RM200). Seminggu ada 2 ke 3 kali majlis makan, tidak termasuk majlis sambutan hari kebesaran Islam.Jamuan nya hebat belaka. (Tiap kali diadakan majlis, Imam, Pengerusi, setiausaha dan bendahari surau akan dibekalkan bungkusan juadah dibawa pulang (Buah tangan / tumbuk rusuk) adalah juga dua tiga AJK yang mendapat habuan yang sama.)
Setiap tahun menjelang Syawal, J/Kuasa surau akan mendapat token penghargaan (kain buat baju melayu / kain pelikat ). (AJK ni yang luluskan untuk diri sendiri.)

Surau ni disamping mendapat bantuan dari berbagai pihak juga menjana pendapatan dari tapak sewaan pemancar.

Hampir empat tahun tak pernah diadakan mesyuarat agung dan pemilihan. Ahli Kariah pun tak persoalkan.

Pendeknya, Ybgh Dato' istilah kan perbuatan tu apa ?

Jika beliau menjadi pemimpin negara, apa jangkaan Dato' suasana negara ketika itu?

-thethinker- said...

Sehingga semalam , suasana hambar dan seperti tiada semangat dikalangan rakyat Malaysia utk menyambut hari Merdeka yg ke-51.

Namun begitu , kini kita mempunyai sebab yg kukuh utk menyambut kemerdekaan Malaysia secara besaran-besaran dgn kemenangan Rakyat di Permatang Pauh. Pengundi Permatang Pauh telah memberi harapan baru kpd rakyat Malaysia dan negara yg tercinta. Kita kini sedang menuju kearah pembentukan Malaysia Baru , yg lebih progresif,adil , telus , berakhlak dan harmoni . Percayalah , kita sedang dlm landasan yg betul kearah masa depan yg lebih cerah dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Rakyat telah menunjukkan kpd dunia bahawa kita menolak taktik-taktik kotor, fitnah , kempen perkauman oleh UMNO. Rakyat menolak korupsi, rasuah , nepotisme ,ketidakadilan , semangat assabiyah dan perkauman jelik yg menjadi darah-daging UMNO dan BN !!

Marilah sama-sama kita rakyat Malaysia merayakan kemenangan rakyat ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangganya kerana kita kini di ambang merdeka yg kedua , kemerdekaan yg lebih bermakna : merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan korupsi , merdeka dari penindasan dan kezaliman , merdeka dari UMNO !!!

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Tayadih Maysia said...

SALAM DATUK,

ARIF SHAH TEWAS DI DUN SENDIRI!!!

"Pilihanraya kali ini jumlah majoriti DS Anwar lebih besar dari jumlah undi yang diterima oleh Arif Shah.

DUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS. Di bawah ini adalah undi mengikut DUN. Mari kita lihat siapa yang kena?
DUN Penanti undi menyumbangkan kepada DS Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).

DUN Permatang Pasir, DS Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).

Di DUN Seberang Jaya, DS Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36). Untuk pengetahuan semua Arif Shah adalah wakil rakyat di Seberang Jaya.

Beliau tewas dengan majoriti 4,739 di DUNnya sendiri. Sepatutnya beliau menang di kubu beliau. Lepas ni Arif Shah kena fikir untuk cari kerja lain selepas PRU akan datang. Bolehlah tinjau mana-mana kawasan perumahan untuk beliau jadi agen surat khabar lama.

Kunjungilah www.najwasuhaimi.blogspot.com"

FAKTA MENARIK!

CUT N PASTE

langit biru said...

Apa ada pada UMNO hari ini? UMNO dulu lain, sekarang sudah lain sangat-sangat. UMNO hari ini korup, korup, korup.....itu saja puncanya......nak pilih pemimpin UMNO pun guna duit....lagi-lagilah korup, korup, korup. Kalau menang dengan jasa korup, lahirlah pemimpin korup......cukup dah....

UMNO SUDAH LAMA MACAM SURAT KHABAR LAMA.....cukup dijadikan pembungkus nasi lemak.....

Sudah-sudahlah dengan UMNO ni.....KORUP,KORUP,KORUP.

Tirulah macam Tun M, macam saya....se;amat tinggal UMNO!

Azahari said...

Salam,
Apa yg saya kesalkan adalah peranan media terutamanya TV3, yg laporanya teramatlah berat sebelah. Apakah ketua pengarang TV3 tu belajar dari sejarah PRU12? Harapla CEO Dato Farid lebih terbuka tentang laporannya. Jangan nanti bila kerajaan baru dah ambil alih mana nak letak muka TV3....

MalayMind said...

1. Kali ini, Anwar akan lebih banyak masa di Parlimen membahaskan halatuju keputusan parlimen.

2. Inilah apa yang rakyat harapkan, suatu konsep check and balance.

3. Namun konsep ini dibenarkan berlaku at the expense of stability.

4. Negara yang tidak stabil, tidak akan membawa hasil.

5. Negara yang tidak berhasil, tidak akan membawa apa-apa untuk di check and balance kan.

6. Malaymind berharap, Anwar akan kekal di situ saja - Sebagai pembangkang berkaliber di Parlimen, tapi bukan sebagai perdana menteri.

www.malaymind.blogspot.com

shamanov said...

Salam, sepatutnya Arif Shah turut kosongkan kerusi Seberang Jaya, kalau merasa layak bertanding ngan DSAI dan anak jantan, baru ramai respect, dan kalau menang, jadi Malaysia Man of The Year.

Tapi hakikatnya, dia tumpas disemua kerusi DUN apatah lagi Parlimen di 25 pusat mengundi.

Yang aku masih musykil, peratus keluar mengundi, sekejap 63%, sekejap 80%, cuba sapa yang arif kaji balik. Kalau 63.4% je, maknanya, Arif Shah hanya dapat sekitar 7ribu undi saja, tapi dapat 8ribu, mana datang pengundi hantu tu, SPR ngan ejen poll PR kena post-mortem. TQ

hamba ALLAH said...

salam Dato,

alhamdullilah DSAI menang, kemungkinan besar beliau menjadi PM tidal lama lagi.Itulah hak beliau yang dinafikan oleh tun, sebabnya semua org tahu.
Pendapat saya, kalau tun tidak bertindak melampaui batas menfitnah DSAI, MALAYSIA ini memang pesat dan mantap membangun, 2 dekad pemerintahan tun saya bahagikan kepada 2, dekad pertama tun membawa negara kesatu era pembangunan yg memang outstanding tapi malang selepas itu(2nd decade) tun berubah sikap menjadi tamak, korup dan gila kuasa. Faktor ini didukung oleh anak2 dan kawan2 tun. Dari situlah sumber bumi Malaysia yang kaya dirompak.
Tun melepaskan jawatan semasa Malaysia sarat dengan pemimpin2 yang korup dan bertuhankan duit, Malaysia menjadi lebih malang lagi bila jawatan tun diisi oleh seorang yang kurang berkebolehan, menjadikan Malaysia ini umpama labu yang tengah membusuk, tetapi syukur ALLAH masih sayangkan Malaysia,masih ada harapan masih ada jalan. Kini harapan majoriti rakyat Malaysia terletak kepada DSAI, hamba ALLAH yang dilabelkan seorang peliwat,agen yahudi, agen us, perosak bangsa dan pengkhianat negara. Hanya golongan yang kurang membaca, kurang maklumat dan sempit pemikiran sahaja boleh mempercayai fitnah dan tohmahan.
Kesimpulannya keadaan Malaysia hari adalah disebabkan oleh tun sendiri,oleh itu saya fikir tun haruslah memikul tanggungjawab dan patut memberi buah fikiran secara ikhlas seikhlas-ikhlasnya bukannya memburukkan keadaan dengan isu2 perkauman,DEB,RASUAH!!! dll

hamba ALLAH ('_')

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan beberapa pembahas di sini, Dato’ iaitu tidak kira kita Islam atau bukan Islam, asalkan kita mengamalkan moral dan norma masyarakat kita akan menghadapi dilema moral kalau DSAI berjaya memenuhi cita-citanya menjadi PM.

Dilemanya ialah bolehkah orang Islam dan sesiapa saja yang berpegang kepada hukum moral dan norma kemanusiaan menerima sesiapa juga yang dicurigai kondisi mentalnya atau yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah sama ada rasuah, seks atau seumpamanya.

Sebagai orang Islam kita tentulah tidak boleh menerima tidak kira betapa sayang sekalipun kita kepada DSAI atau betapa sekalipun kita membenci DSAAB kerana sikap hipokrit dan sambil lewanya mentadbir negara sehingga kacau-bilau.

Orang Melayu dan orang Malaysia masih memerlukan sebuah kerajaan pelbagai kaum yang diterajui oleh orang Melayu kerana adalah mustahil bagi orang Cina dan India yang merupakan kaum-kaum minoriti boleh memerintah dengan bersendirian.

Malahan rata-rata orang Cina mengharapkan kerajaan yang kuat yang diterajui oleh orang Melayu sebab di bawah kerajaan Melayu orang Cina senang cari makan.
Ramai bekas pelajar saya berbangsa Cina dan India.

Jadi pilihan kita adalah sebenarnya antara Umno dan Pas bukan PKR. Malah saya tidak yakin PKR sebagai parti rojak boleh tahan lama. Kita tengok macam mana komponen Melayunya telah mula menjadi kotor dan rasuah akibat kuasa. Ada komponen Cinanya yang tidak pun boleh berbahasa Melayu. Manakala komponen India pula lebih mirip kepada perkauman Tamil/Hindu ala Hindraf.

Kalau Umno tidak boleh diselamatkan lagi, harapan kita adalah kepada Pas. Buat masa ini Pas nampaknya lebih rasional dan berjaya menampilkan barisan pimpinan muda dari berbagai aliran dan latar belakang. Pas bukan lagi parti haji dan lebai macam dulu. Kita tengok pemimpin seperti Husam Musa, Salahuddin Ayob, Kamaruddin Jaafar dan ramai lagi kaum muda. Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi terus dihormati dan disegani.

Tapi saya rasa Umno masih boleh diselamatkan. Buang barah yang dibawa masuk oleh AAB (maksudnya buang AAB dan konco-konconya) dan beri rawatan chemotherapy yang paling tinggi sampai botak dan muntah-muntah, saya yakin pemimpin baru yang lebih berwibawa seperti Ku Li, Rais Yatim, Muhyiddin, Mukhriz boleh naik untuk membina semula Umno. Tapi Umno kenalah singkir lebih dulu pemimpin yang korup, tidak bermoral dan terlibat dengan jenayah.

Itulah pandangan saya, Dato’. Moga-moga kita dijauhkan dari bala dan tidak bersubahat melakukan kemungkaran.

Mantan Prof. IPTA,
Bandar Baru Bangi.

BlueMoon said...

Semuanya tak menjadi bagi UMNO. Malang bagi UMNO. Parti ini telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Namun kerakusan peminpin-peminpinnya untuk berkuasa telah memakan diri sendiri. Baik Pak Lah atau Dato's Seri Najib tidak boleh menyekat gelombang kedua tsunami yang akan tiba pada bila-bila masa.

Anonymous said...

Salam Dato',
Mantan Prof IPTA menulis "..saya yakin pemimpin baru yang lebih berwibawa seperti Ku Li, Rais Yatim, Muhyiddin, Mukhriz boleh naik untuk membina semula Umno..." Semua nama yg ditulis tu pd fikiran saya tak boleh diharap. Ku Li adsalah org yang mengasaskan budaya politik naungan melalui tender Kementerian Kewangan yg dipegangnya. Sudah lupakah kita kpd skandal BMF? Rais Yatim pun ada sejarah tersendiri semasa menjawat MB N9.. lebihkurang mcm Mike Tyson gak. Pastu semasa dlm S46 bukan main lagi menyeranah UMNO baru. Apa punya org ni.Muhyiddin Yasin namak sangat bukan seorang pejuang, tak ada keberanian, play safe aka calculative konon (sebenarnya ada sindrom koro @ jadga periok nasi), dan Mukhriz tu adalah anak TDM yg menyuburkan budaya kronisme dan plitik wang dlm UMNO. UMNO perlu dibersihkan drp pemimpin2 mcm ni yg menenggek parti menjadikan ahli2 UMNO mcm lembu dicucuk hidung.
Pak Hj JB.

R@duan said...

Setuju benar dengan mantan Prof IPTA, Bangi:
Kenapa tak buat saja satu program besar-besaran...

Tajuk: Program Sejuta Rakyat Melutut Depan PakLah
Tujuan: Cepat berundur dan di ganti pemimpin berwibawa
Tarikh: 15 Sept 2008 (contoh)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Putrajaya (depan Masijid Putrajaya)
Penganjur: UMNO Cawangan Wangsa Maju (contoh)
Tema: "Esok Masih Ada Jika kau Tiada"

Saya rasa tentu berbondong-bondong orang datang. Ianya pasti berkesan.

alfakir1 said...

Salam Dato'

Perhatikan lah moral penyokong2 BN di Permatang Pauh (picture).

http://mt.harapanmalaysia.com/2008/content/view/11932/84/

Perempuan2 yang bertudung juga seperti menyetujui moral yang di tunjukan oleh dua jejaka.

Menjatuhkan dan mengejek ngejek maruah sesaorang di khalayak ramai, TV dan media on line tanpa bukti yang kukuh...."na'u zubillah"

Ini lah moral (lowest self)yang di tunjukkan oleh penyokong2 BN, pemimpin2, mass media dan juga TV Malaysia.

Ignorance is the origin of all evil, the root of every harm.

Ignorance is blameworthy according to both textual and rational proof, and its [harm] is hardly unknown to anyone.

An ignorant man succumbs to neglecting obligations and committing sins, whether he wishes it or not, because one who is ignorant neither knows the obligations God has enjoined upon him nor the misdeeds God has forbidden.

A person can leave the shadows of ignorance only by the light of knowledge.

http://red-sulphur.org/?q=node/297

Nostradamus said...

A Sinking “Titanic” (BN) in Malaysia? (The show has just begun!)
(Versi Bahasa Melayu dibawah)
----------------------------------

Malaysia’s Titanic (BN) was deemed unsinkable when it was first launched. Even when it hit an iceberg on 8 March 2008, it was so hard to accept that the ship will sink. When all efforts to save the ship from sinking was finally abandoned, the Captain (DSAB) just stood silently awaiting the fate as a forlorn man. He was hoping the Carpentia or some other nearby ships will come in time to save the passengers. It was sad to see the Captain firing off some distress flares to alert the Carpentier, but the Carpentier’s Captain (DSNTR) was just not convinced that the Titanic was in distress.

In between is a love story of Leonardo DiCaprio (DSAI) and Kate Winslet (Azizah). Azizah refused to abandon her love, even though many a times, events show she should just save herself. She held on to hopes, hoping against hope that she and her love can pull thru and both will survive this tragedy. Both suffered mentally and emotionally and in the end, it was Azizah left to tell the tale of a great man who sacrificed himself to save her.

As for the crew of the Titanic (Little Napoleons) and their friends who are rich and powerful corporate figures, who helped run the ship, did you see the desperation when they found out that the ship is really sinking. Most of them scramble to save their lives and abandon ship and some, with loads of money found they can’t buy anything they wanted, even a place on a lifeboat to save their lives (TDM migration). But not all, for there was a few brave Napoleons who tried to show they are committed to the name of Titanic (BN) and the show continues.

There was an old couple (MIC & PPP) who just lay in bed waiting for the ship to sink, abandoned by the young and too old to move around anymore. There were also musicians (MCA, PBB, LDP, PBRS, PRS, SAPP, SPDP, SUPP, UPKO) still playing the ship’s songs and died like true musicians dedicated to their role of love for the Titanic music. There were also some crew (GERAKAN) still working to plug the leaks at the bottom of the ship until they themselves died thinking they were heroes not knowing the ship cannot be saved just by plugging some holes.

Do you know who was the director of Titanic (BN) show? James Cameron (TDM).

Do you know who the Scriptwriter was? Again TDM!

Did you know this show was shown around the world?

Did you know Malaysia has some of the best actors and actresses and supporting casts?

Anyway, it was just a movie, for the real show has only just begun!
-----------------------------------

(Versi Bahasa Malaysia)

Karamnya “Titanic”(BN) di Malaysia? (Tayangan baru bermula!)

Titanic (BN) Malaysia dianggap tidak boleh tenggelam semasa dilancarkan dahulu. Sungguhpun terlanggar tungkul air batu pada 8 Mac 2008, ia masih sukar dipercayai bahawa ia akan tenggelam. Apabila segala usaha untuk menyelamatkan kapal didapati sia-sia, Kaptennya (DSAB) berdiri bersendirian menunggu qadar dengan muka penuh dukacita. Dia masih berharap Carpentier atau lain-lain kapal berhampiran akan datang menyelamatkan penumpang-penumpangnya. Amatlah sedih ketika itu, melihat Kaptennya menembak beberapa mercun penyelamat untuk memberi isyarat kepada Carpentier tetapi Kapten Carpentier (DSNTR) masih tidak yakin Titanic dalam keadaan kecemasan.

Dalam tayangannya, ada babak percintaan antara Leonardo DiCaprio (DSAI) dan Kate Winslet Azizah). Azizah enggan meninggalkan kekasihnya walaupun terdapat beberapa kejadian yang memungkinnya meninggal kekasihnya dan menyelamatkan diri. Dia memegang kuat kepada harapan agar kedua-dua mereka akan dapat mengharungi bencana yang ditimpa dan akan diselamatkan dari tragedi tersebut. Kedua-dua mereka melalui seksaan mental dan emosional dan diakhirnya tinggal Azizah sahaja yang bercerita berkenaan seorang seorang lelaki yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan beliau.

Tentang anak-anak kapal Titanic (Little Napoleons) yang menguruskan kapal dan sahabat-sahabat mereka yang kaya dan berwatak korporat, adakah anda nampak muka-muka cemas mereka semasa kapal sedang tenggelam? Ramai antara mereka berebut-rebut menyelamatkan diri untuk meninggalkan kapal dan antara mereka yang kaya-raya, baru tersedar bahawa wang tidak dapat membelikan segala-galanya termasuk satu tempat duduk diatas bot penyelamat untuk menyelamatkan diri (Hijrah TDM). Tetapi bukan semua yang berperangai bagitu. Ada beberapa di antara mereka (Napoleon) yang masih berani mempertahankan nama Titanic dan tayangannya menyambung semula.

Terdapat sepasang orang tua (MIC & PPP) yang terbaring di katil menunggu kapal tengelam yang ditinggalkan mereka oleh anak-anak muda dan tidak larat pula bergerak menyelamatkan diri. Terdapat juga pemain-pemain muzik (MCA, PBB, LDP, PBRS, PRS, SAPP, SPDP, SUPP, UPKO) yang masih memainkan lagu-lagu kapal Titanic, demikianlah sayangnya mereka kepada muzik Titanic. Juga terdapat anak-anak kapal (GERAKAN) yang masih bekerja di bahagian bawah kapal yang cuba menutup kebocoran tetapi akhirnya mati dengan menganggap diri mereka wira tampa mengetahui kapal sudah tidak dapat diselamatkan dengan hanya menutup kebocoran kapal.

Adakah anda ketahui siapakah Direktor tayangan Titanic (BN)? James Cameron (TDM).

Adakah anda ketahui siapakah penulis skrip? Masih TDM.

Adakah anda ketahui tayangan ini dipernunjukan serata dunia?

Adakah anda ketahui Malaysia mempunyai ramai pelakon-pelakon lelaki dan wanita dan pembantu-pembantu seniman dan seniwati.

Tak apalah, ia cuma sebuah tayangan. Tayangan sebenar baru bermula.

http://patek1472.wordpress.com

coolbuddy said...

dato'

as far as i cud remember, i never have had a leader like Abdullah, which is so dumb or ignorant of 'reading' his or her environment.

his stupidy is unbelievable. i don't know how he is still leaving his life as a PM, while he knows that everybody around him is just like everybody else that actually hate him very much and want him to leave the seat of PM immediately. NOW!

regards,
coolbuddy.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Ia saya setuju dengan cerita nostradamus..

Dalam dunia ni ada banyak jenis kawan. ada kawan yang mkn kawan. ada kawan yang suka melihat kesenangan kawan2 nya. ada juga yang dengki. dan yang paling dasyat sanggup makan sumpah.... pikir2 kan la..

www.voy.com.my
-- isu2 hangat disini--

bat8 said...

Bluemoon

Pertubuhan yang menggunakan nama UMNO mengikut daftar Pendaftar Pertubuhan ada 2 buah: UMNO dan UMNO(baru).

Dari segi akta pertubuhan, kedua pertubuhan adalah 2 entiti berbeza. UMNO yang dibatalkan pendaftarannya ekoran keputusan mahkamah dalam tahun 1988.

UMNO(baru) adalah pertubuhan baru yang ditaja oleh TDM bagi mengantikan UMNO yang dia biarkan mati atas tujuan untuk memanjangkan hayat politiknya.

Bagi mereka yang tahu sejarah UMNO dan sebab mengapa UMNO(baru) ditubuhkan tidak akan terperanjat dengan kemelut yang dihadapi oleh UMNO(baru) sekarang.

Malah kemelut dan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh UMNO(baru) sekarang tidak terperanjat ianya berlaku.

Titik tolak perubahan UMNO(baru) dalam memperjuangkan kepentingan boleh dikesan setelah PRU tahun 1990. UMNO(baru) sedikit demi sedikit mula withdrawn into ist shelf after that.

I wud like to put, result PRU 1999 sebagai titik dimana UMNO(Baru) totally berubah dari memperjuangkan kepentingan melayu kepada kepentingan UMNOPutra dan kroni-kroni. Antara langkah yang signifikan yang diambil adalah membawa UMNO(baru) ke sabah. Rasional TDM membawa UMNO(baru) ke sabah adalah kerana result PRU 1990 memberi gambaran kepadanya, sekiranya UMNO(baru) bergantung kepada undi melayu disemenanjung, one day UMNO(baru) mungkin akan mengalami kekalahan. Dalam PRU 1990, undi melayu swing dengan signifikannya kepada pembangkang.
( Now kita faham mengapa MP UMNO Sabah membuat tuntutan macam2 kepada UMNO(baru)).

Untuk maintain aura yang ia masih berjuang untuk melayu, maka hak-hak melayu yang picisan masih boleh dinikmati oleh orang melayu. Tetapi economic pie mula dibolot oleh UMNOputras.

so bluemoon....UMNO yang banyak berjasa itu adalah UMNO yang ditubuhkan tahun 1946 bukan UMNO(baru) yang ditubuhkan oleh TDM dalam tahun 1988!

bat8

matJenin said...

Salam DAKJ

Melayu kalau dah tinggalkan prinsip ISLAM akan LAYU.. tak kiralah ahli UMNO/PAS/PKR/DAP atau lain2. Mana dulu datang... Islam ke Melayu...?

Kita semua dibangsakan dgn 'MELAYU' kerana kita ISLAM - Nama,Akidah,Amalan Budaya Hidup,Tau Bahasa Melayu Jawi dll yg sinonim dgn ISLAM dan nusantara.
( dari Segenting kera ,Myanmmar/Thailand hinggalah ke Filipina dan kepulaauan di indonesia)
Jikalau suku2 atau puak tidak beragama islam .. mereka masih akan kekal sebagai puak asal.. contohnya batak,maindiling,bugis,jawa,acheh dll. Istilah MELAYU wujud kerana adanya ISLAM dan KERAJAAN ISLAM...

Maka sepatutnya pemimpin MELAYU tidaklah harus meninggalkan atau menepikan ISLAM di dalam agenda POLITIK atau Pemerintahan masing2 samada dari UMNO/PAS/PKR/DAP atau mana2 parti pun.Lagipun MALAYSIA juga asalnya dari MELAYU juga. Kalau dibuang MELAYU jadilah SIA... apa maknanya tu? Sia- sia atau tak berguna.

Kesimpulan .
Anwar yang menang mesti berada dlm landasan ISLAM. Manakala yg dikalahkan iaitu UMNO kerana dibuang harus ambil iktibar dan rujuk balik kepd perjuangan MELAYU ISLAM asal. Jgn nak penuhkan KANTONG dan TENGGOROK sendiri sahaja.

sekian
. MatJenin

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).