Sunday, October 19, 2008

Perihal Muhyiddin Lebih Layak Dan Dr M "Pengarah Pemilihan" Umno

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AHLI Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz semalam berkata Muhyiddin Mohd. Yassin adalah calon terbaik bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Mohamed Nazri membandingkan Muydiddin dengan dua calon lain yang menawarkan diri iaitu Muhammad Muhd. Taib dan Mohd. Ali Rustam.

Faktor utama yang menjadikan Muhyiddin calon terbaik, pada pandangan Mohamed Nazri, adalah kerana dia Ahli Parlimen.

Utusan Malaysia Online, antara lain, memetik Mohamed Nazri sebagai berkata:

''Kita kena ingat bahawa siapa yang bakal dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO bakal juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri malah boleh jadi Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Perdana Menteri.

''Melihat kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin seorang saja Ahli Parlimen manakala Ali Rustam cuma Ahli Dewan Undangan Negeri dan Mat Taib pula hanya Senator.

''Macam mana Ali Rustam dan Mat Taib hendak jadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka tidak layak dan kalau hendak juga kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil, ia akan jadi masalah nanti."

Tetapi itu hanyalah masalah teknikal. Dalam aspek lain pun kita terpaksa akui bahawa Muhyiddin adalah jauh di hadapan berbanding Muhammad Taib dan Ali Rustam.

Penawaran diri oleh Muhammad Taib dan Ali Rustam mencetuskan banyak tanda tanya. Pasti ada sesuatu yang tersirat apabila Muhammad Taib dan Ali Rustam yang memang diketahui umum adalah penyokong setia Presiden Umno dan Perdana Menteri, Adbdullah Ahmad Badawi, menawarkan diri mencabar Muhyiddin.

Bukan mereka tidak tahu sentimen ahli parti. Muhammad Taib dan Ali Rustam adalah dua pembesar akar umbi Umno yang banyak sumber maklumat bawahan.

Mereka tentu telah mengukur baju dengan badan sebelum menawarkan diri. Saya yakin mereka tahu bahawa mereka bukanlah orang yang paling kuat atau paling layak untuk menjadi Timbalan Presiden apatah lagi berlawan dengan Muhyiddin.

Di segi sokongan, saya rasa mereka tahu bahawa era “Kelab Menteri Besar” sebagai broker kuasa sudah berlalu. Muhammad Taib dan Ali Rustam berpotensi menjadi calon dan seterusnya menang kalau rangkaian Menteri Besar masih kuat.

Tetapi pengaruh Menteri Besar merudum selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila banyak negeri jatuh kepada pembangkang.

Malah Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan negeri-negeri yang kalah seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu mengundurkan diri atau tidak dicalonkan lagi untuk bertanding mana-mana jawatan. Kepemimpinan mereka sudah ditolak dan mereka gagal mempertahankan maruah Umno.

Jadi mengapakah Ali Rustam yang berupa salah seorang Naib Presiden dan Muhammad Taib yang baru menjalani proses pemulihan tiba-tiba menjadi begitu yakin akan diterima sebagai calon Timbalan Presiden dan boleh menewaskan Muhyiddin?

Ali Rustam berpotensi mempertahankan jawatan Naib Presiden dan Muhammad Taib ada harapan menang jawatan yang sama. Tetapi mengapa mereka hendak bertanding Timbalan Presiden?

Orang yang percaya kepada teori konspirasi berkata Ali Rustam dan Muhammad Taib ada calon berani mati yang menjadi proksi kepada Abdullah dan kemnya.

Semua orang tahu bahawa Muhyiddin adalah pemuka kanan Umno yang paling lantang dan terbuka mempertikaikan kebijaksanaan pelan peralihan 2010 Abdullah-Mohd Najib dan kemampuan Abdullah terus memimpin parti dan negara.

Keberanian Muhyiddin serta penawaran diri beliau sebagai calon Timbalan Presiden telah memaksa Mohd Najib mencongakkan semula ketaatsetiaannya kepada Abdullah.

Sumber-sumber mengatakan Abdullah sangat kecil hati dan kecewa dengan perubahan pendirian Majlis Tertinggi Umno terhadap pelan peralihan kuasa setelah menyetuinya. Abdullah dan kemnya menganggap Muhyiddin sebagai pembelot yang menyebabkan ahli MT mengubah pendirian.

Jadi masuk akallah jika Ali Rustam dan Muhammad Taib sebagai penyokong setia Abdullah bersedia mengorbankan diri menentang Muhyiddin. Atau mereka tersalah kira kerana percaya Abdullah akan mempertahankan jawatan dan tidak akan bersara sehingga 2010.

Dr Mahathir Berlagak, Kata PM

Mengenai tajuk berita Mingguan Malaysia hari ini --- PM Bidas Mahathir – di mana Abdullah menuduh bekas Perdana Menter itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) Umno, saya mendapatinya sangat wajar.

Mungkin inilah antara analisis dan kesimpulan Abdullah yang paling hampir dengan realiti kerana sekiranya betul Dr Mahathir mengarah pemilihan Umno, Abdullah sepatutnya berasa bimbang.

Dia tentu tidak akan menafikan bahawa Dr Mahathir cukup berjaya sebagai pengarah pilihan raya dengan membawa kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional dalam lima pilihan raya (1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999).

Jadi adalah wajar bagi Abdullah meyakinkan dirinya dan ahli Umno bahawa mereka tidak memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti seperti Dr Mahathir.

Masalahnya Dr Mahathir masih ada khalayak (audience) yang mahu mendengar pendapatnya dan ramai daripada mereka masih percaya kepadanya.

Kalau setahun dua lalu dia dijauhi oleh pembesar Umno seolah-olah dia pesakit kusta, tetapi pada akhir-akhir ini nampaknya ramai yang ingin berkawan semula dengan beliau.

75 comments:

Bung Karno said...

Sudah terang dan nyata, Tun M ada masih ‘oomph’ untuk menakutkan Dollah. Ahli UMNO sendiri masih merujuk kepada Tun M dan itu bukti Dollah tak layak lama sebagai Presiden UMNO dan PM.

Setiap hari semakin banyak perkara yang diungkit dan dimintak oleh MCA, MIC, Gerakan dan PPP, parti-parti yang kalah teruk dalam PRU12. Dollah kata ok aje, boleh, boleh, boleh.

Dollah ni pun suka melompat tak tentu fasal. Memprcepatkan pemilihan jawatan bukan mempercepatkan dia turun. Kalau dipercepat pemilihan pada Disember, dengan ehsan Presiden baru, Dollah boleh diberi laluan jadi PM boneka hingga Mac 2009.

Bagaimanapun TS Muhyiddin kena berhati-hati kerana walaupun akar umbi di peringkat cawangan mencalonkan dia sbg Timbalan Presiden dengan pencalonan yang banyak, bila tiba Perhimpunan UMNO di PWTC, hanya ada 1300 undi sahaja yang jadi penentu.

1300 perwakilan ini boleh jadi hantu duit dan dan macam-macam boleh jadi.

Cara pemilihan UMNO ini sebenarnya boleh dimanipulasi dan tidak mencerminkan apa yang diminta oleh akar umbi.

Unknown said...

Dato'

Adalah munasabah bagi seseorang yang telah berkuasa selama lebih dua dekad untuk mengumpul lebih banyak pengikut serta peminat yang lebih yakin denganya dari yang baru menyandang kuasa. Jadi tidak heranlah jika ahli UMNO lebih memberi tumpuan kepada pandangan Tun Dr Mahathir dari PM sekarang....
Walau bagaimana pun tuduhan PM terhadap Tun Senior adalah "mild" berbeza dengan "hate campaign" yang dilancarkan olih Tun terhadapnya.

bashir said...

saya setuju dengan apa yang dato perkatakan.mungkin selepas ini boleh kiranya dato berkongsi pendapat tentang bagaimana kita boleh kembali kepada keadaan politik yang sihat. apa yang perlu mereka lakukan ?bashir

dan kajang said...

As'kum Datuk,

'Pak Lah marah Dr.M kerana kononnya berlagak seperti Pengarah Pemilihan Umno'.Sebenanya kalau Pak Lah nak tahu sejak kebelakangan ini telah muncul begitu ramai sekali 'Pengarah Pemilihan Umno'.Tidak kira sama dari kalangan ahli Umno atau bukan.Tzpi 'Pengarah2' ini hanya muncol di kedai2 kopi sahaja.Apa salahnya mereka memebri pandangan.Cuma yang bezanya padanngan Pengarah Kedai Kopi ini mungkin tidak sampai kepengetahuan Pak Lah.

Tapi yang agak pasti ialah mungkin kesemua pandangan Pengarah Pemilihan Kedai Kopi adalah sama seperti pandangan Tun M dalam soal calon yang sesuai bagi jawatan Timbalan Presiden.Ini terbukti setakat ini dari hasil persidangan Bahagaian yang selesai setakat ini.TS Mahyidin terus leading dalam pencalonan. Kenapa Pak Lah perlu marah.sebab realitinya ialah akhirnya perwakilanlah yang akan menentukan samada calon-calon Pak Lah akan menang atau sebaliknya.Jadi tadak perlulah Pak Lah nak marah.Kalau nak marah marahlah kepada semua termasuk Pangarah2 Kedai Kopi ini.

Sarawak National Party (SNAP) said...

Datuk, Inilah realiti sebenarnya politik UMNO dan jauh dari mengherankan semua orang. Sekarang telah nyata bahawa politik UMNO berpaksi kepada pemimpin yang berkuasa, dan yang hilang kuasa terus dipinggir. Saperti umpama "Habis manis, sepah dibuang."

Abdullah telah mengecewakan harapan ahli-ahli UMNO kerana diberi mandat yang begitu padu ditahun 2004 tetapi beliau dengan angkuh tidak memperdulikan suara rakyat dan lebih mementingkan kehendak keluarga dan kroni-kroni beliau. Inilah akibatnya pemimpin yang saperti 'kacang lupakan kulit' dan 'sudah terhantuk baru tengadah.'

donmny said...

TUAN

1. persoalan yang melanda UMNO mutakhir ini bukanlah disebabkan pengaruh TDM yang kuat, tetapi AAB yang lemah.

2. bila AAB sebagai pemimpin yang lemah, menyebabkan pemimpin-pemimpin lain terpaksa mencari pemimpin 'proksi' mereka buat sementara waktu sehingga pemimpin yang sebenar wujud. makanya TDMlah proksinya buat sementara.

3. malangnya pemimpin yang bakal wujud, yang bakal menjadi tempat bergantng pemimpin dan ahli umno tidak kelihatan lagi dalam umno buat masa ini. najib belum layak ditempat itu.

4. malangnya lagi, pemimpin idaman kebanyakan orang melayu dan rakyat malaysia dan ahli-ahli umno ada dalam PKR yakni Anwar. ini semua kita harus akui.

5. lihatlah dalam persidangan parlimen terkini. berselerak wakil bn melihat hujah anwar melalui tv diluar parlimen. jangan kata untuk berdebat, bertentang mata pun rasa tak sanggup.

6. melihat hanya fuad zarkasi sahaja yang berani bersuara, itupun tak ubah macam anak murid mencabar cikgu sahaja. bukan untuk menang tapi untuk 'glamour' saja. maklumlah fuad hanyalah 'budak pembacuh kopi' anwar di yayasan anda dulu.

Quantum Metal Consultant said...

Saya percaya TDM hanya memberi fokus yang kecil kepada pemilihan dalam UMNO tetapi sebenarnya lebih tumpu dan fokus kepada jawatan PM dan TPM kerana itulah posisi yang akan mengetuai BN dan Kerajaan untuk PRU13 akan datang selain dari menangani kemelut2 politik dan ekonomi peninggalan Paklah yang kucar kacir.

Tetapi oleh kerana jawatan kabinet tersebut berkaitan pemilihan UMNO maka secara tidak langsung bukan sahaja Tun, tetapi semua rakyat yang sayangkan parti dan negara akan bercakap, memberi pandangan dan nasihat.

Sebelum inipun pemimpin parti politik selalu mendabik dada bahawa mereka menawarkan diri demi negara, bangsa dan ugama dan tidak pula menawarkan diri untuk diriku, keluargaku dan anak menantuku. Jadi rakyat samada ahli atau tidak ahli pada mana mana parti politik wajar bersuara kerana sebagai balasannya parti akan meminta rakyat untuk mengundi parti mereka nanti.

Bagi saya, Paklah harus meneruskan 'elegance silent' seperti saranan Tun Musa Hitam yang sangat sangat dibangga banggakan suatu ketika dulu dan sebagai Imam Besar Hadhari haruslah menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan konflik dan cubaan..

Yang nyata, Dolah telah termakan umpan Tun untuk bersuara dan ini akan memberi kesan yang kurang baik kepada Paklah yang selalunya lemah dan gagal dalam berhujah.

Kepada kedua duanya, disarankan jangan bertingkah, tak elok anak cucu dok tengok.

RON said...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Salam Dato'
Nampaknya Pak Lah sudah tidak memerlukan nasihat TDM. Beliau sebenarnya lebih memerlukan talkin dari Sheikh Anwar Ibrahim. Lagipun siapa Tun nak nasihatkan Pak Lah. Tun hanya sampai Singapore sahaja dan tidak sampai Oxford.Saya sedang menonton berita TV3 sekarang ni dan nampak muka merah Pak Lah. Muhyiddin pun kena selagu.
Sudahlah Pak Lah, cukuplah.... nak buat reform apa lagi? Rakyat dah benci sangat ni lebih-lebih lagi selepas berita TV3 8.00 mlm 19/10/2008. Kepada Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib undurlah kamu, jangan gadaikan masa depan anda dan harapan rakyat jelata kepada anda. Biarkan Pak Lah dengan anak menantunya.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sutera Timur said...

Datuk,
Awat Dollah nak marah sangat ni ,SABARLAH SIKIT ,Tun bukan baru ni mengkritik seingat saya sejak zaman kerong ...lagi dia dah macam tu lebih-lebih lagi apa yg dilihat tak kena harus diperbetulkan. Masa dilantik dan ditunjuk diri beliau untuk jadi PM tak marah Tun ,tapi bila dikritik bukan main marah lagi,tapi saya rasa Tun tak kritik kalau benda yg dilihat adalah betul lebih sedih bila melihat Malaysia dijadikan spt cacamarba dan sarkas semasa bawah pemerintahannya hingga hampir-hampir kalah BN.

Kasihan Dollah sebenarnya audiencenya semakin hilang sejak beliau mengumumkan tidak bertanding baru-baru ini .Kabinetnya sendiri makin menjauhkan diri spt Datuk Nazri dan Datuk zahid mula bersetuju dgn muhyiddin untuk mempercepatkan pemilihan UMNO dari mac ke disember.Tun pula sejak mengkritik melalui blog amat disenangi rakyat Malaysia ( audience) sehingga lebih 3 juta org melayari blognya,kerana kebijaksanaannya dlm memberikan hujah dan idea yg bernas berlandaskan kebenaran.Terimalah hakikat bhw semasa di puncak kuasa semua ingin berdampingan ,tetapi bila mula tiada kuasa semuanya mula menghilg dan menarik diri.Itulah politik cuma jasa yg baik dan berfaedah kpd rakyat akan di keng hingga bila-bila.

tok janggut said...

Tak pernah dengarlah datuk "anjing kurap", kalau kucing kurap tu adalah. Atau datuk juga guna istilah yang tak boleh diterjemahkan?

Anonymous said...

YBHG Dato, sepatutnya dato' juga digelar Pengarah Pemilihan UMNO kerana Dato juga banyak memberikan pendapat yang selari dengan Tun M. Lebih baik dato' memohon jawatan itu cepat sebelum PM kita diundurkan.... takut tak sempat!

Anonymous said...

Dato',

Kembalinya Tun Mahathir di dalam pesada politik negara adalah kerana keangkuhan Andullah dan anak menantu dan cara Abdullah melayan Tun Mahathir selepas beliau bersara. Ibarat 'kacang lupakan kulit'

Kalau saya sendiri dikedudukan Tun Mahathir, saya berkemungkinan besar akan membuat sama sepertimana Tun lakukan sekarang.

Ahli parti sudah dapat lihat dahan mana yang rapuh dan tahan mana yang tegap untuk terus berpaut dalam UMNO. Silap dahan, tersungkur. Dan ini mungkin terjadi pada Ali Rustam dan Mat Taib.

Tapi apa nak kesah sangat. Dalam Malaysia ni benda tak masuk akal senang sangat terjadi. Lebih2 lagi kalau wang berkuasa menentukan corak pemimpin.

Ps: Rumah terbuka Hari Raya dah tak ada cerita lain. Semua cerita pasal taburan duit di dalam pemilihan wakil UMNO.

-Pengundi Bukit Katil-

Anonymous said...

Dear Dato AKJ,

Life has a funny way of revealing the truth. Tun Dr. Mahathir was outcasted earlier on because he was no more in power and many Ministers/MPs wanted to ensure their survival by showing their loyalty to Abdullah who in the early stages of his premiership was perceived to be Mr Nice Guy. However, Mr Nice Guy was not clever and did not work hard enough when in power. After a while it was apparent which was the diamond and which was the glass.

Tun Dr. Mahathir may have his faults but he delivers mainly because he reads a lot and he is just brilliant (cakap Melayu cerdik). He has consistently worked hard for the country and to change the mindset of the Malays. If a geanie gave me a wish I would wish to go into Tun Mahathir's brain and study it. He is Malaysia's brand to the world.

Now, even though he is not in UMNO people listen to him because he has been consistent in getting Malaysia forward.

In this globalised world you can't survive based on loyalty. You need to have substance as the rakyat is more educated and information is readily available.


Bottom line Tun Mahathir delivers.

Dorothy

Anonymous said...

Dato'
Tun Mahathir bukannya Pengarah Umno, malah bukan ahli pun jadi dia berhak cakap/kritik apa sahaja. Panas...panas....musim panas ini akan berterusan sehingga equinox (Mac)

Karier politik yg akan padam Kuli, Khairi, MatTyson, AnwarMusa tapi bagi saya AliRustam akan selamat. Dia bukan dihantar oleh PakLah tapi oleh Najib untuk kacau Mahyiddin. Kenapa dia (Ali) boleh hidup? Dia adalah spesis amfibia dimana akan hidup dimana2. Bila Najib nak naik, cepat2 dia bagi Datuk kat budak Bombay tu. Bukankah Rosmah suka/giler kat filem/pelakon? hindustan. Jadi kalau Rosmah suka dia (Ali), pasti Najib akan terpaksa suka dia. So AliRostam akan terus hidup. Bijak....bijak.... (pasti banyak makan kismis semasa kecil)

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

FAKTA

Lebih 7 juta orang yang membaca blog www.chedet.com kepunyaan Tun Mahathir.

Saya rasa tidak akan ada ahli politik Malaysia selepas Tun Mahathir yang berjaya menarik orang melawati halaman blognya.

Apa kata Pah Lah atau KJ buka lama blog. Kalau nak mengatasai 7 juta pelawat saya cadangkan setiap pelawat dapat RM1. Sure berhasil.

Selamat mencuba..hehehe

-GoBlog Jawa-

Pemuda Pelapis said...

Baguslah kalau macam tu. Tahu takpe! Abdullah takut pada bayang-bayang sendiri termasuklah konco-konconya.

Kenyataan Nazri tentang dua calon lain selain Muhyiddin memang wajar dan tepat sekali.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Saya tidak bersetuju dengan pandangan PM terhadap Tun Dr. Mahathir. Hanya apabila kita merasa lemah kita akan merasakan ada orang lain yang lebih "berkuasa" daripada kita.

Saya mempunyai pandangan saya sendiri terhadap perkara ini dan ada membuat ulasan saya di dalam blog.

http://c-bok.blogspot.com

Rafieq Eastspring Unit trust said...

Pemimpin2 UMNO mesti sedar bahawa 'kapal UMNO' sebenarnya sedang karam kerana dibuai mimpi. Kini nakhoda kapal bakal bertukar, dan molek sangatlah jika 'pegawai2' kapal yang senada dengan nakhoda diutamakan dalam pentadbiran kapal ini.

'Pegawai2' kapal 'yang tewas' atau tidak cekap atu hanya tahu membodek nakhoda elok berhenti sahaja awal2. Kalau anda ikhlas, buktikan keikhlasan dan mungkin peluang masih boleh diberi (pun begitu tetap disangsi, saya tak tahu... dalam politik macam2 boleh jadi)

menarik pulak, tiba2 seorang 'pegawai kapal' yang dulu nampak berhabis2an mempertahankan nakhoda yang tidak berapa disukai, semalam lain pula 'bahasanya'. Agaknya sudah terlalu sedar bahawa 'nakhoda' pujaannya tidak lama lagi berkuasa di atas kapal, maka sang 'pegawai' ini cuba 'sandiwara' baru.

Berhubung soal pemilihan, menjadi harapan dan amanah besar rakyat bahawa para perwakilan nanti mengundi menurut keputusan bahagian masing2, dengan itu barulah pemilihan kepimpinan tertinggi mencerminkan kehendak akar umbi. Dalam kaedah sekarang, dengan rasuah wang dan habuan yang berleluasa, amat mudah keputusan bahagian2 di'tongsampah'kan oleh perwakilan2 yang 'bankrupt' maruah dan 'mata duitan'.

Saya mencadangkan undi oleh perwakilan2 di mesyuarat agung UMNO mac 2009 di'mansuh'kan demi menjadikan kepimpinan tertinggi parti dipilih oleh akar umbi di bahagian2, bukan diputuskan oleh 'perwakilan2 yang bankrupt' lagi mata duitan (saya tidak mengatakan semua begitu, tapi saya percaya sebahagian besar).Inilah yang paling penting.

Mudah2an orang Melayu Islam di negara ini tidak menjadi begitu 'hina' kerana sanggup menjual 'maruah diri, bangsa dan agama' hanya kerana duit, projek atau kuasa yang sementara. Ingat, jangan sampai 'menang sorak.kampung tergadai'. Kuasa politik kita mesti dipertahan dan dipermantapkan!

Saya menyeru para pembahas nanti supaya turut 'lantang' memperjuangkan dan mempertahankan hak kita. Jangan terlalu suka memberi kerana belum tentu orang yang diberi akan menghargai.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dato' kata, "Sumber-sumber mengatakan Abdullah sangat kecil hati dan kecewa dengan perubahan pendirian Majlis Tertinggi Umno terhadap pelan peralihan kuasa setelah menyetujuinya."

Setakat yang saya tahu, Majlis Tertinggi UMNO dah lama dah kecil hati dengan Pak Lah. Cuma Pak Lah je yang tak tahu.

Quantum Metal Consultant said...

Perihal Nazri yang memperkatakan tentang kelayakan Muhyiddin yang sesuai untuk Timbalan Presiden-Timbalan Perdana Menteri-Presiden-Perdana Menteri wajar diberi perhatian serius penghayat politik semua.

Nazri adalah indikator terbaik dan tepat untuk kita melihat corak aliran kuasa pucuk pimpinan kerana hidung Nazri memang kuat dan pandai menghidu di mana ada 'rezeki' yang perlu dikerumuni, kekal dan setia di situ.

Itu adalah kelebihan Nazri dan kekuatan ini biasanya ada pada lalat, langau dan juga anjing.

Anonymous said...

Datuk,

Mungkin Ali Rustam dan Muhammad Taib dah tahu mereka akan kalah jika bertanding jawatan Naib Presiden. Jadi alang2 nak kalah, biar kalah secara terhormat (kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden). Kalau kalah jawatan Naib Presiden, malu besar lah nanti. Dia orang ini pemimpin senior. Kalau kalah pada pemimpin baru seperti Hishamuddin, Shafie Afdal atau Khaled Nordin, maknanya mereka dah kena telan arus. Dah jadi tak releven.

Ini semua strategi masa depan lah Datuk. Masa depan 3 tahun lagi.

Perihal Tun Dr Mahathir yg dituduh Pak Lah sebagai pengarah pemilihan pula. Bagi saya, itu bukan isunya. Yang jadi persoalan orang ramai skrg, mengapa Pak Lah menjadi marah sangat? Marah sebab tak boleh buat reform? Marah sebab tak boleh penuhi janji beliau pada rakyat? Marah sebab kononnya Dr Mahathir ajar orang mungkir janji? Marah sebab ada orang yg dah keluar UMNO pandai2 bagi pendapat mengenai UMNO? Apa ni????

Pak Lah mungkin marah sebab beliau terasa yang beliau kian tersisih oleh pemimpin2 kanan UMNO. Lebih2 lagi sewaktu menghadiri beberapa majlis jamuan hari raya tempoh hari. Nasib menantu kesayangan pun nampak malap. Kita tak tahu apa nasib yang bakal menimpa pada perniagaan anak2 lagi.

Hmmm... adat berpolitik. Bila kita pegang kuasa, ramai lah datang cium tangan tapi bila dah takde kuasa, orang buat tak pandang saja.

Ini baru permulaan saja Pak Lah. Tunggu lah bila Pak Lah dah betul2 resign nanti. Macam2 tuduhan, skandal dan kontroversi orang akan lempar kat muka Pak Lah. Tak percaya ... tanya lah pada Tun Dr Mahathir. Dia pun pernah kena.


-sinbad-

Apanama said...

Konspirasi untuk mencantas Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir yang dimulakan sejurus selepas mesyuarat MT yang lepas sedang berjalan rancak.

Pelbagai cara terkutuk digunakan, tidak termasuk amalan 'brown envelope' yg dihulur tanpa segan silu.

Sesuatu yang mungkin tidak di-jangka golongan terdesak ini ialah jangkamasa 'loyalty' orang suruhan dan anggota mesyuarat bahagian yang beraksi setelah 'makan suap'.

Walaupun Bapak Mertua masih Perdana Menteri dan duit ditabur umpama bertih jagung, calun Shooting Star dan sekutu-nya masih terkapai-kapai.

Menurut khabar dari kampung halaman, ramai ketua bahagian yg memberikan pencalonan kepada Mr.Menantu sudahpun boleh di-gelar jutawan.

Ada juga ketua bahagian yang telah tiba-tiba menjadi jutawan tetapi Bahagian mereka tetap memberikan undi kepada calon favourite akar umbi.

Sumber berkata situati ini berlaku kerana si-ketua bahagian tidak mengamalkan 'system payung'.

Kata mereka ketua bahagian sapu semua wang sogokan dan hanya mendesak agar sokongan diberikan kepada si-polan ini dan itu, tanpa menghulurkan apa-apa habuan.

Ada juga ketua bahagian yang mengambil sogokan yang di-suap oleh Kem Mr.Menantu, mengagihkan wang sogokan itu sama rata kepada semua perwakilan sebagai duit raya dan apabila bersidang, mencadangkan agar pencalonan di-berikan kepada Muhyiddin, Mukhriz dan mereka-mereka yang 'sewaktu dengan mereka'.

Datuk, jika situati sedemikian bnerlaku di-kala Bapak Mertua masih menjadi Presiden, apa pula situati-nya pada hari-hari terakhir Pak Presdiden, ketika pemilihan di-adakan?

I think the delegates would be considering what they could look forward to after the General Assembly, and not how much they have received before the assembly.

What is your take Datuk?

Letting the time pass me by said...

Assalamualaikum Dato'...

Eloklah Dato' membentangkan berita ini untuk tatapan dan diskusi didalam blog Dato'...

Saya rasa, kedudukan UMNO boleh dipulihkan jika ahli-ahli UMNO kini berhenti politiking dan bersedia untuk membuat reform... Saya rasa ramai ahli UMNO mungkin ingin meihat Najib sebagai no. 1 dan Muhyiddin sebagai no. 2... Apa pun, diharapkan pemimpin UMNO selepas ini akan kembali menghayati perjuangan bangsa Melayu dan memartabatkan bangsa...

Mengenai komen Pak Lah terhadap Tun M, saya rasa itu terpulang kepada Pak Lah untuk bersuara, konon-kononnya M'sia ade kebebasan bersuara, jadi biarlah bersuara....

Cuma yang saya hairan ialah, terdapat lagi manusia yang seolah-olah tidak kenal Tun M... tidak mengenal kewibawaan dan cara kerja beliau.. Tun M ialah seorang pejuang.. mungkin beliau memang ditakdirkan untuk menjadi pejuang sejati, sehingga selepas persaraan beliau pun beliau terus di"paksa" untuk berjuang... Perjuangan Tun M merupakan suatu perjuangan yang penuh pengajaran, dan sebagai seorang pejuang, Tun M telah menang pelbagai pertarungan-pertarungan sengit.. Lihat sahajalah sejarah liku-liku perjalanan hidup beliau yang penuh warna-warni...

Apapun, diMalaysia ini Tun M masih lagi relevan, dan saya kira beliau lebih popular dari Mawi atau Siti Norhaliza... Jika diAmerika, Britney Spears lebih popular daripada Bush, tetapi di Malaysia, Tun M sememangnya popular.. Baru aje lancarkan blog sudah melepasi angka jutaan pengunjung.. Boleh jual lagi hasil penulisan buku beliau sebagai buku..

Memang saya bersetuju dengan Dato'.. sesiapa pun wajar mengambil serius sebarang nasihat daripada Tun M... Dan saya melihat bahawa kebijaksanaan Tun M tidak luntur malah semakin terserlah ......

The Trader said...

The NM Force: Najib & Muhyiddin walaupun sudah nampak keutuhan dari sgei populariti tapi dari segi 'solidarity' dan 'chemistry' anatar keduanya belum teruji. Dari segi tugas kabinet keduanya tunjang ekonomi negara MoF dan MITI. Bak kata Dr.M LAH..jangan biar diri dikelilingi KRONI, nanti keputusan selalu berbelah bagi...

Anyhow keputusan tetap keputusan..
Tokok yang saya harap untuk bertanding Timb.Presiden tidak berminat (Shahrir Samad).. A Social-Democracy in heart, checked and balanced type of leader..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

TUN nak apa lagi?

benar juga kata datuk paduka Ibrahim Ali menyuruh TUN dengan Anwar Ibrahim berdebat secara terbuka....

tak perlu tertanya-tanya...jawapan dan soalan permasalahan kini di kedua-dua belah pihak.

Bourne said...

Salam Tuk,

Pasal TSMT dan DSAR tu senang je.. dia orang pun macam Dollah gak dapat salah info.
Feeder silap tafsir.

Kalau nak tau dia orang pun ada jugak "Budak Tkt 4" ni tapi bukan tingkat cuma TINGKATAN aje... Tingkatan 4.

Anonymous said...

A Kadir

Saya percaya pandangan dan pendapat Datuk Seri Mohd. Nazri ampuh malahan bernas.

Setelah mengamati berita perdana pukul 8 malam yang disiarkan saluran TV3 tadi, saya andaikan bahawa keluhan Datuk Seri Abdullah lebih kepada serangan peribadi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin. Adakah ini berpunca daripada masalah-masalah yang timbul akibat pemilihan calon-calon pergerakan pemuda peringkat kebangsaan di bahagian Rantau Panjang dan Gelang Patah?

Saya dimaklumkan oleh ramai kengkawan saya yang berpendapat bahawa 'gimik' yang dilakukan itu hanyalah untuk menjauhkan segala konsentrasi ke atas pemilihan-pemilihan tersebut dan pemilihan calon-calon Pilihanraya Umum ke-12.

Pengarah Pemilihan UMNO yang sememangnya semakin diketahui umum bukanlah Tun Mahathir. Agaknya siapa?

Apa kata kita dapatkan pandangan rakan-rakan pemuda di bahagian-bahagian yang dimaksudkan di atas?


Taulan Saat

azienmat said...

*The Scribe, saya ingin membetulkan sikit mengenai peranan DrM sebagai pengarah pilihanraya yang berjaya pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 tetapi 2004 juga dan yang terbaru 03/2008. Peranan secara rasmi atau tidak.

*Mengenai pemimpin UMNO yang menjauhkan diri kembali mesra itu semua orang boleh baca, saya fikir pemimpin2 tersebut perlu bersuara lantang seperti sebelum ini. Jika kita ingin UMNO lebih kukuh, kenyataan pemimpin perlu konsisten sentiasa, apa yang dipegang perlu dipertahankan, barulah rakyat melihat pemimpin ini tidak bermuka-muka & oppurtunist! Kita mesti lihat balik kenyataan2 mereka ini. Wartawan perlu selalu bertanya khabar Nazri Aziz, Sharir Samad, Musa Hitam dan lain2, kerana inilah yang ditunggu2 akar umbi dan rakyat untuk menilai pemimpin mereka.

*Kenapa pula Zahid Hamidi yang sampaikan hadiah pada Valentino Rossi? Nampak tak kena pada tempat dan masanya, janggal sungguh. Siap berlaga/cium pipi lagi.

balan said...

Pak Lah just venting his frustration on TDM. Full of sweeping statements.

Pah Lah would forever remembered as someone who failed just because he never took an opportunity to seek necessary feedback and advise from TDM.

He completely underestimated TDM

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Anonymous said...

Masalah dengan Pak Lah ni ialah dia ingat pelan peralihan kuasa tajaannya itu mendapat sokongan rakyat 100%. Pak Lah ingat dia bercakap bagi pihak majoriti, itu masalahnya bila mereka yang bagi maklumat kat dia bahawa masih ramai yang sokong dia.

Dia juga percaya bahawa pengorbanan yang dia lakukan ini merupakan sesuatu yang mulia (sudah tentu daripada sudut pandangan dia sendiri). Ini adalah kerana, pada tanggapannya, penyokongnya yang 'ramai' tuu akan bergaduh dengan golongan 'reformasi' dalam UMNO dan ini akan mewujudkan perpecahan. Tapi, Pak Lah juga sebenarnya tidak mengetahui dengan tepat bahawa penyokongnya hanya ramai di Kepala Batas dan mereka-mereka yang diberi jawatan sahaja.

Setelah angin perubahan dizahirkan melalui pencalonan-pencalonan yang begitu banyak terhadap mereka yang dilihat begitu vokal (dan dikatakan menentang arus), Pak Lah masih lagi gagal menilai sokongan terhadap kepimpinannya.

Alasan reformasi institusi kehakiman dan polis yang dicanang-canangkan olehnya supaya dia perlu stay-on sampai Mac 2009 sudah tidak boleh digunap-pakai. Pak Lah menjangkakan lagi cepat dia menggubal undang-undang berkenaan pelantikan hakim oleh suruhanjaya kehakiman, maka dia akan dilihat sebagai wira keadilan. tapi, usaha tergesa-gesa yang dilakukan Pak Lah ini bakal mencetuskan pelbagai implikasi.

Dan, yang pastinya, seperti perilakunya yang tidak beretika dari segi perbelanjaan kerajaan kerana menaburkan wang kerajaan kepada rakyat sabah dan sarawak demi mengambil hati mereka, pindaan akta yang biasanya memakan masa berbulan-bulan ini akan dipendekkan, dan seperti biasanya, kalau sesuatu perkara tidak ditangani dengan berhati-hati, akan banyaklah loophole, dan banyaklah orang yang boleh mengambil kesempatan.

apa lah malang Malaysia dapat perdana menteri macam ni. eloklah berkawan dengan Gus Dur, rakyat Indonesia pun ingat pemimpin warak dan alim dapat jadi pemimpin yang sempurna, rupanya hampas!!!

ab said...

Dato'

Saya fikir lebih elok kalau PM tak komen hal TS Muhyiddin dan DS M Ali.

Biar semua bahagian UMNO habis
bermesyuarat dulu, dan lebih baik lepas AGM UMNO Mac 2009 lagi bagus.

Kalau tak komen langsung lagi bagus ya tak?.

Ni akan kecoh nanti kalau orang kata presiden sendiri dah mula macam nak bakar rumah sendiri ni...

Tak bagus macam ni kerana sekarang ialah masa TERBAIK untuk mencari strategi untuk MEMPERBAIKI dan kalau boleh MENINGKATKAN penyatuan ekonomi SEMUA PENDUDUK MELAYU di MALAYSIA.


Ada ruang peluang yang besar untuk masyarakat melayu didalam krisis kewangan dan ekonomi dunia sekarang.

Peluang untuk memperbaiki pencapaian ekonomi orang melayu ini
mungkin tidak berulang lagi untuk 100 tahun akan datang !.

PM sepatutnya memperincikan hal ini
sebagai presiden UMNO.

Masa bercakaran sudah lepas 50-60 tahun dulu....

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato KJ,

Dollah menempelak Mahathir dan Mahyuddin atas dasar apa ? kepentingan parti atau keluarga ?

Dollah tidak pernah menempelak Khairy dan budak tingkat 4 sewaktu mereka mencampuri urusan negara.

Dan jika Dao tanya pemberita yang cover PC Dollah di KK, mengapa PC diatur disaat akhir seperti yang di katakan oleh siaran TV.

Adakah untuk mendapatkan pencalonan bagi proxy Dollah ie Ali dan Mat Tyson ?

Nampak sangat Dollah ini bersifat tidak boleh menghadapi kenyataan bahawa Umno dan BN sudah tidak mahu pada dia. Kemudian dia juga menunjukkan sifat pendendamnya seperti yang tersiar di TV. Inikah sifat Imam Hadari ?

Kalau dia dapat memenuhi persepsi yang di lontarkan kepada rakyat, sudah pasti setiap PRU Dollah boleh mencapai kejayaan cemerlang seperti 2004.

Tun Mahathir yang begitu keras hati pun masih dapat menerima kenyataan bahawa BN dalam bahaya setelah melihat keptusan PRU 1999, dan tanpa tekanan dari UMNO, mengundurkan dirinya sebelum PRU 2004.

Untuk pemimpin UMNO, cermin cerminkan lah diri anda. Zaman sudah berubah.

-WADAH- said...

Siapa yang lebih layak ?

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Kalau nak jadi doktor, kenalah ada ijazah kedoktoran, belajar lima enam tahun, jadi pelatih, kerja hospital kerajaan, lepas itu baru boleh buka klinik atau kerja hospital swasta (bagi yang money oriented)

Tetapi, trend sekarang ini, semua orang boleh belagak doktor... Tukang jual ubat tepi jalan atau di pasar malam atau di pasar jumaat (pasar dalam tempoh waktu jumaat dekat dengan masjid; pukul 1230 sampai pukul 3 petang)kadang-kadang cakap "lebih doktor dari doktor." Semua penyakit boleh ubat. Kecuali MATI. (Betul lah..)

Orang kalau sudah pandai bercakap, perkara tak logik pun boleh dengar macam logik. Sebab anugerah pandai bercakap ini tidak ramai yang dapat. Kalau pandai bercakap, selepas itu pandai berpolitik, lagilah satu bonos. Itulah kadang-kadang orang sebegini dipandang maksum, macam tak pernah buat salah... sebab pandai bercakap.

Biasa juga terdengar cliche bahawa "pemimpin dulu takut hendak jadi pemimpin... tetapi sekarang, berebut-rebut hendak rebut jawatan. Itu dulu. Kata S.M Salim, dulu lain, sekarang lain. Memetik kata-kata Shamsul Amri, dulu orang lelaki pakai kain pelekat, sekarang semua sudah pakai seluar...lain zaman lainlah caranya.

Kata-kata orang tua seharusnya jadi pedoman. Mesti ada hikmah pesan orang tua. Tetapi pesan bukannya hukum. Sebab yang ada autoriti keluar hukum bukan sebarang orang. Kalau yang tua sudah bagi nasihat, timbang-timbangkanlah... Biasalah perangai orang-orang tua. Memang keras kepala sedikit sebab mereka sudah dahulu "makan garam." Itu yang memanjang kena darah tinggi dan sakit jantung...

Sebaliknya yang tua, kadang kala kena tahu sebab apa sudah tua. Umur semakin lanjut. Ibadah kena tambah, almaklumlah, tidak siapa yang tahu nasib kita. Bukan bermakna yang muda ini tidak boleh mati cepat; tapi Tuhan sudah beri nikmat umur panjang, gunakanlah sepenuhnya. Yang tua kena sedar, tidak semua cakap orang tua; orang muda akan dengar. Maklumlah, sudah tua...

Siapa yang lebih layak dan siapa jadi pengarah, itu tidak jadi hal kalau bersatu. Tetapi kalau parti macam kucing jantan berebut betina, baik difikirkan dahulu siapa undi siapa. Siapa tikam siapa. Kalau nak buat perubahan betul, pilihlah jawatan yang betul. Pilih nombor dua nak belagak nombor satu... takut karang tak sampai hajat. Siapa tekan siapa?

Kata orang putih, "two heads are better then one" Tapi orang putih tak tau kalau manusia berkepala dua, tak dipanggil manusia (human being) tetapi dipanggil makhluk asing (aliens)- Kembar-kembar tak masuk, sebab kembar hakikatnya dua; bukan satu. OK ?

Sama-sama kita renungkan. Serahkan sahaja pada yang pakar/layak/sepatutnya.

Sekian, wassalam

Anonymous said...

Datuk,
Harap jangan lupa bahawa Pak Lah masih mempunyai senjata sulit. Saya telah nyatakan dahulu bahawa UMNO akan hancur sekira nya Pak Lah mahu melakukan nya. Apa yang akan berlaku dengan UMNO sebenar nya masih terletak di tangan Pak Lah.
Jadi elok lah Mahathir, Najib dan Muhidin jangan bongkak. Jangan lupa bahawa kita orang Melayu kalau di tolak hingga ke dinding, saya rasa Datuk pun tahu apa tindak balas nya.
Jangan lah kita mencabar kesabaran Pak Lah yang sanggup berkorban kerana saya yakin beliau punya maruah diri dan keluarga.
Harapkan Pak Lah bersabar, masih ada 5 bulan dan tunjuk kan pada rakyat Malaysia kekuatan yang ada dan bertindak lah sekira nya mereka keterlaluan.
I am not in favor of Pak Lah but it is rather sickening watching hypocrites lurking around ...despicable and disgusting. dh9753

Anonymous said...

Datuk,

Saya rasa politik duit ni parah. Semua orang Umno mahu pemimpin yang bersih. Tapi orang itu juga tidak akan buat kerja dan tidak sokong pemimpin yang bersih kalau tidak diberi habuan.

Saya orang tua. Sudah lebih enam dekad. Guru Melayu pencen. Mengajar sekolah kampung. Ibu bapa orang Umno. Keturunan Umno dan nasionalis asli. Alhamdulillah ibu dan ayah saya hidup lagi dan sihat pula. Terus baca akhbar dan tonton berita TV. Tapi akhir-akhir ini mencarut bila wajah pemimpin tertentu keluar TV.

Ini orang veteran Umno. Pada tahun 1960an sampai 1980an ayah saya jadi perwakilan kemudian pemerhati. Pergi Kuala Lumpur naik bas loncat dan bawa tilan bantal dalam gulung tikar sebab di Kuala Lumpur tidur dalam dewan, asrama sekolah atau kongsi bilik di rumah tumpangan Cina di Chow Kit atau di Princess Road.

Sekarang cucu-cucu lulus universiti dalam dan luar negeri. Semua senang dan semua senang-senang kutuk Umno kerana perangai, pekerti dan akhlak pemimpin Umno yang buruk.

Jadi saya minta Datuk dan semua akhbar siarkan nama semua perwakilan ke persidangan agung supaya kita tahu siapa mereka ini kerana kalau mereka rasuah kita semua akan susah. Kalau mereka khianat kita tahu siapa mereka dan di mana rumah mereka.

Saya cadangkan juga dibuat satu formula di mana pencalonan oleh bahagian diberi markah dan dicampurkan dengan undi perwakilan kerana ini adalah undi ahli akar umbi. Dengan jalan ini, suara ahli Umno di bawah ada nilai.

Guru Pencen

Anonymous said...

Dear Kadir.

Saya baru terima berita yang agak anehsebentar tadi.Khairy,Noni ,Kamaruddin,Kee Yong Wee dan Lim Eu Jin percara yang percaya Pak Lah dah kena buatan(charm) oleh Paderi Hindu mr Ji yang di bawa dari Kerala India.Mereka bersetuju yang Pak Lah mengaku yang ia akan mempertahankan jawatan President bila mereka anak pinak bermesyuarat tapi bila ia berjumpa dengan Najib ia tak berani buka mulut dan mengikut apa yang Najib suroh.Mereka juga hairan bagaimana Pak Lah boleh melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menjadi Menteri Pertahanan.

Sekarang Pak Lah sudah tidak boleh buat apa apa dengan Najib dan Mahayuddin.Apa yang ia akan lakukan sekarang ini ialah mereka akan membongkarkan skandal mahayuddin dan najib satu persatu.Mengikut mereka mahayuddin mempunyai rekord dalam kes rasuah di Johore sawaktu ia menjadi MB Johore.

Khairy dan Pak Lah telah pergi berjumpa dengan Tok Guru Sheikh Mahmud di Ulu Langat.Tok Ayah Hj Mahmud telah mengesahkan yang kedua2 mereka dan kena buatan sihir.

Pak lah kena mandi ayer bunga 40 jenis dan Khairi kena mandi ayer duri lapan jenis.Kedua2 mereka akan di mandi di ayer terjun Gabai pada waktu senja.Tarikhnya maseh rashia.Kalau mana blog yang tinggal di ulu langat cuba2 lah mengintip si situ.

Saya ingat Pak lah mungkin telah mandi bunga itu sebab itu ia nampak berani sadikit dan buat kali pertama ia mengkritik Tun Mahathir dengan keras semalam di Sabah.

Khairi yang berkelulusan Oxford mungkin ia belum sebab ia sukar nak percaya benda bagini olek kerana latar belakangnya yang tinggi.

Mengikut kawan saya saorang Cina yang pergi ka Burma berjumpa debgab Chief Prist Buddha,mengikutnya najib tetap akan jadi Perdana Menteri dan salepas itu Anwar akan mengambil aleh darinya.

Nampak nya orang Cina dan India terutama ahli perniagaan akan membuat macam macam untok melihat siapa yang mereka perlu sokong sebab ia melibatkan perniagaan mereka.

Kadir,sama2lah kita lihat.

Hang Jebat said...

Salam Datuk,

1. Beginilah. Saya memang tak setuju kalau Pak Lah kekal lebih lama. Banyak sebabnya. DS Anwar Ibrahim pun tak sesuai. Ada sebab-sebabnya. Kalau boleh DS Najib pun tak nak juga. Ada juga sebab-sebabnya. Susah. Memang susah. Semuanya tak sesuai. Rasanya bukan saya seorang macam ini. Ramai lagi yang macam ini. Serba tak kena. Serba salah.

2. Agaknya kita memang sudah ketandusan pemimpin yang betul-betul sesuai sekarang ini. Ataupun sebenarnya pemimpin-pemimpin kita yang dulu-dulu itu pun ada banyak yang tak kena. Cuma kita yang tak tahu atau tak dapat tahu.

3. Dulu kita cuma dapat berita dari surat kabar, tv dan radio sahaja. Tambahan masa itu cuma ada RTM 1 dan 2. Stesen radio dan tv kerajaan. Surat kabar pun sama juga - kerajaan punya. Semuanya dikawal. Mereka siarkan yang baik-baik sahaja. Lepas itu kita dapat TV3. Sudah mula kita dapat berita-berita yang lebih terbuka sedikit. Tapi tak juga seberapa. Surat kabar tabloid mula melambak di pasaran. Komputer mulai menjadi mainan kita dan lahirlah internet. Kemudian lahir pula stesen tv swasta sepenuhnya - ASTRO. Saluran berita mereka lebih berinformasi daripada stesen-stesen lain.

4. Dulu kita banyak kumpul cerita di kedai-kedai kopi. Biasanya tempat itu terbuka dan panas tapi kita boleh duduk berjam-jam lamanya. Banding dengan hari ini kita boleh dapat macam-macam berita dan cerita dari macam-macam sumber. Sudah tentu - internetlah yang terunggul. Hari ini kita kumpul cerita di depan komputer dalam rumah kita yang selesa (kadang-kadang berhawa dingin) atau di cybercafe yang sememangnya berhawa dingin.

5. Jadi makanya kita pada hari ini sudah tak tentu hala akibat daripada himpunan cerita dan berita yang melambak-lambak dalam sesawang (web) internet. Kesahihan cerita tak tentu lagi. Yang pandai ’spin’ akan ambil kesempatan tokok tambah hinggakan bunyinya begitu sedap dan meyakinkan.

6. Sebagai manusia kita mempunyai berbagai cara, selera dan citarasa tersendiri dalam melihat dan menilai semua aspek kehidupan dan masyarakat. Ada yang begitu. Ada yang begini. Bagi mereka yang cerdik di kalangan kita, yang bercita-cita, yang ada agenda sendiri, aspek ini akan mereka gunakan sepenuhnya untuk meraih kepercayaan dan sokongan kita. Mereka akan manipulasi hati dan fikiran kita dengan berbagai cara dan pendekatan hingga kita akhirnya berkata, “Ya. Aku percaya dia. Betul. Betul.”

7. Jadi, sesungguhnyalah kita semua kena betul-betul dan sangat-sangat berhati-hati dalam membuat apa juga keputusan kerana apa yang kita putuskan hari ini akan menentukan kehidupan kita dan seluruh keturunan kita berbelas, berpuluh atau beratus tahun lagi.

8. Tepuk dada tanya selera.

http://hangtuah47.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam Datuk,

Apa pandangan datuk mengenai perkara dibawah?

1) Najib merupakan 'orang Pak Lah' yang paling besar berbanding Ali Rustam dan Mike Tyson. Kerana, beliau terus menerus menyokong Pak Lah hingga lah ke saat akhir.

2) Muhyiddin di anggap hero kerana lantang bersuara. Akan tetapi ramai lupa bahawa Muhyiddin juga, seperti Najib, merupakan orang Pak Lah yang paling kuat menyokongnya, hinggalah pendiriannya berubah sekitar bulan June. Sebelum itu, Muhyiddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan yg mengkritik Pak Lah.

3) Jika hendak tahu siapa lebih dulu mengkritik Pak Lah, mereka adalah RPK (sejak tahun 2005), Tun M, dan anaknya Mukhriz di mana Mukhriz menghantar surat kepada Pak Lah meminta beliau meletakkan jawatan sejurus selepas pilihanraya 2008. MUHYIDDIN TELAH MENGKRITIK MUKHRIZ KERANA SEBAB ITU.

4) Ada beranggapan bahawa Muhyiddin terlampau kurang ajar kerana sentiasa bercakap diluar forum yang sesuai (di luar mesyuarat MT) namun begitu, orang seperti Ali Rustam tidak.

5) Pak Lah tidak akan turun 'takhta' jika hanya org2 seperti Muhyiddin, Rafidah Aziz, Shafie Afdal sahaja yang bising di dalam mesyuarat MT. Ada lebih kurang 40 ahli MT. Pak Lah menyegerakan tarikh pemindahan kuasa kerana HAMPIR KESEMUA ahli MT menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Pak Lah. Dan ini termasuk Ali Rustam. Tetapi berbanding mereka yang bercakap diluar forum MT, dan bertindak biadap dengan menempelak Presiden parti dihadapan media, mereka yang 'biadap' bertempat tidak mendapat jolokan 'penyelamat parti'.

6) Jika Muhyiddin seorang yang setia kepada parti dan pucuk pimpinan seperti yang dia selalu war warkan, mengapa dia telah 'mengunci' bahagian bahagian sejak bulan June 2008 untuk jawatan Timbalan Presiden Umno? Jika Pak Lah masih kekal Presiden, adakah Muhyiddin akan melawan Najib? Adakah itu bermakna dia tidak lagi setia kepada Najib?

7) Umno perlu mendapat pimpinan yang serasi, dimana orang no 1, sentiasa dibantu oleh org no 2 yang kuat bekerja dan kurang berpolitik. Seperti gandingan Tun M dan Ghafar Baba. Spt gandingan Tunku dan Tun Razak. Bukannya gandingan Tun M - Musa dan Tun M - Anwar.

8) Orang melayu mahukan orang yang berani. Orang Melayu juga mahukan orang yang setia. Juga mahukan orang yang berbudi bahasa dan bersopan.

Bagaimana jika seseorang itu berani tetapi tidak setia dan tak bersopan? Manakala seorang lagi berani di dalam forum yang betul dan tertutup (akan tetapi dilihat penakut oleh orang luar forum) dan setia dan bersopan?

Siapa yang patut dipilih? Adakah melayu sendiri keliru dengan apa yang mereka mahukan di dalam pemimpin?

9) Adakah ahli Umno veteran seperti Datuk sendiri tidak mahu memberi peluang kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang terbaik? Adakah ahli Umno tidak boleh mendapat pilihan dalam memilih Presiden dan Timbalan Presiden mereka?

Kita mengutuk Khairy dan Pemuda Umno kerana membiarkan Khairy menang tanpa bertanding di dalam tahun 2004. Adakah kita menjadi hipokrit sekarang ini?

Apakah kita lupa bahawa kita dahagakan demokrasi di dalam Umno dimana kita sendiri meminta sistem kuota dihapuskan? Mengapa tiba tiba tidak benarkan Ku Li, Ali Rustam dan Mike Tyson bertanding?

Apakah gah sangat Muhyiddin dipersada politik dan pentadbiran negara? Apa yang telah dilakukannya semasa menjadi setiausaha politik Othman Saat, menteri besar Johor, dan menteri di dalam kementerian2 yang pernah dijawatnya?

Apakah ini membolehkan dia untuk MENANG TANPA BERTANDING?

Lihatlah secara objektif dan tanpa prejudis.

10) Kesemua ahli Umno yang anti Pak Lah dan Khairy, telah mengalami 'blindspot' yang ketara kerana berpaksikan Muhyiddin sebagai bakal no 2 negara. Dan ini dicapai hanya kerana Muhyiddin telah lantang mengkritik Pak Lah secara berdepan. Jika mengkritik Pak Lah secara terang terangan menjadi ukuran, maka Ku Li lebih layak dari Najib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika kita hendak menjadi contoh kepada generasi yang akan datang, kita perlu konsisten dengan apa jua yang telah diperjuangkan oleh kita. Wadah perjuangan kita mestilah sentiasa konsisten agar ada kredibiliti. Jika tidak kita juga akan dicop sebagai flip flop dan cakap tak serupa bikin.

Mempunyai pilihan untuk memilih adalah intipati sebenar demokrasi. Jika demokrasi ini tidak diberi kepada perwakilan Umno, maka apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak dingini pada masa hadapan, dimana calon yang telah menang tanpa bertanding melakukan perkara yang tidak patut, maka kita juga akan mengutuk diri sendiri kerana tidak berpeluang memilih calon lain ketika waktu pengundian.

Apa pandangan Datuk terhadap perkara perkara di atas?

Sekian Terima Kasih.

JMD-

A KADIR JASIN said...

Sdra JMD,

1. Kesetiaan kepada ketua parti tidak sama dengan setia kepada Raja;

2. Demokrasi sedang berjalan dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno di semua peringkat;

3. Ahli akar umbi pilih jetawankuasa cawangan dan bahagian. Banyak ketua bahagian tewas kali ini;

4. Ahli akar umbi berbahas dan pilih calon untuk jawatan MT;

5. Tetapi yang akan mengundi adalah perwakilan ke perhimpunan agung. Kalau mereka mata duitan dan korup, jahanam lagilah Umno;

6. Saya sokong pendapat Guru Pencen agar pemilihan (pencalonan) oleh bahagian diambil kira dengan mewujudkan satu formula di mana pencalonan dan undi perwakilan sama-sama diambi kira;

7. Kita mahu demokrasi dan hak memilih kerana kita mahu memilih yang terbaik. Jadi di antara tiga calon Timbalan, mungkin berpuluh calon Naib, tiga calon Pemuda dan seterusnya, kita harap perwakilan pilih yang terbaik;

Terima kasih

anakbuah said...

Dato' & Sdr/i semua,

"Kata mereka ketua bahagian sapu semua wang sogokan dan hanya mendesak agar sokongan diberikan kepada si-polan ini dan itu, tanpa menghulurkan apa-apa habuan."-Sdr apanama

"Saya rasa politik duit ni parah. Semua orang Umno mahu pemimpin yang bersih. Tapi orang itu juga tidak akan buat kerja dan tidak sokong pemimpin yang bersih kalau tidak diberi habuan."- Sdr Guru Pencen

# Wang sogokan, habuan, duit raya? Sebagai org lama, apa makna semua ni Dato'? Drp atas sampai bawah - KORUP! Saya tidak hairan sebab ini sudah menjadi budaya Umno sejak dahulu, atau paling kurang, sejak era Mahathir. Sebab itu saya meluat bila Mahathir sendiri bising pasal duit politik. Bulan Syawal yg baik diambil kesempatan utk menabur RASUAH!!! Apa? Saya dengar sudah tidak boleh dielakkan? Jadi diteruskan bergelumang. Apa nak jadi dgn org2 Umno ini!? Org bukan Islam sendiri bertanya, Islam org Umno ini Islam yg bagaimana?

# Dato', manusia2 inikah yg kita sokong jadi pemimpin? YB2 yg berhujah kalah mcm budak2 "kita minum dulu...." di Parlimen inikah wakil2 kita? Mereka2 mcm inikah bakal pembela anak2 saya dan generasi akan dtg? Parti korup Umno beginikah yg diagung-agungkan oleh ramai Melayu Islam?

# Kita boleh bertanya perkara yg sama kpd parti2 pembangkang skrg. Atau cuba tanya kpd MCA yg baru saja selesai perhimpunan mereka.

Dato' kata..."Kalau setahun dua lalu dia (Mahathir) dijauhi oleh pembesar Umno seolah-olah dia pesakit kusta, tetapi pada akhir-akhir ini nampaknya ramai yang ingin berkawan semula dengan beliau."

# Apa kesannya berkawan semula dgn yg masih berpenyakit kusta? Umno akan terus tenat dan "penyakit-penyakit" org Umno ini tidak boleh diubati oleh doktor yg "berpenyakit".

Anonymous said...

Dato,

KJ pasti akan target K, sebagai ketua Pemuda Umno dengan apacara sekali pun.

Ingat, sebagai KP Umno, dia dapat post mentei penuh dan masuk mesyuarat MT.

so expect taktik kotor yang akan di gunakan keatas Mukhriz dan Mahyuddin sebelum Mac 2009.

Dollah nak pastikan KJ ada post yang secure demi Nori dan juga Gibrael. Sapa tak sayang anak cucu datuk.

Buatlah pilihan yang tepat jika nak hidup lama wahai orang umno

Quantum Metal Consultant said...

MINIMAKAN politik wang MAKSIMAKAN suara akar umbi
http://kluangmanexpress.blogspot.com/

Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis.

dan kajang said...

As'kum Datuk,

Kenapa Pak Lah marah sangat dengan pandangan Tun M dalm blognya.Kalau dia sendiri dah mengaku "siapa Dr M yang berlagak macam Pengarah Pemlihan Umno".Tun M tak ada pun post dalam Umno.Oleh kerana dia sendiri memperkecilkan Tun M,jadi dia tidak perlu marah dan berasa tercabar atas teguran Tun M.

Apa yang rakyat sedang perhatikan sekarang adalah pecaturan dalam pemilihan Umno dan seterusnya akan terlibat juga rakyat kerana siapa yang dipilih itu akan bakal menjadi pemimpin negara dan rakyat.

Jadi apa yang Tun M nyatakan adalah pandangan rakyat untuk masa depan semua.Kalau Pak Lah anggap dirinya lebih hebat dari Tun M,kenapa tidak beliau sendiri juga memberi pandangannya.Mungkin juga beliau sedar bahawa jikapun beliau mempromosi calon2nya,mereka juga akan kalah juga.Jadi seperti biasalah Pak Lah akan cari jalan keluar dengan menyalah orang lain atas kesilapannya.Dalam kes ini Tun M dan TS Mahyidin jadi targetnya barulah nampak hebat.Saya percaya jika apa yang diluahkan oleh Tun M itu adalah untuk calon2 pililihannya,Pak Lah tentu akan berdiam diri dan akan tersenyum lebar.

Jadi eloklah Pak Lah berdiam diri dan tunggu Mac 2008 untuk perwakilan Umno menentukan masa depan rakyat dan juga beliau sendiri yang bakal menjadi mantan PM dan career politik menantunya yang bakal menjadi manta Naib Ketua PU serta bakal jadi calon yang tewas dalam pemilihan Ketua PU.

Anonymous said...

Dolah lupa kot datok, masa PRU 13 yang lepas Khairy Jamaluddin jadi pengarah pemilihan calon BN terutamanya dari UMNO.. sebab tu jahanam parti orang melayu nie.. khairy khairy.. kenapalah ko tak paham2 lagi orang benci pada ko.

Anonymous said...

Scribe,

Apakah sebenarnya kata-kata yang telah Mahathir katakan? Di mana telah dia katakan apa yang Abdullah katakan Mahathir katakan yang boleh mengakibatkan perkelahian dalam UMNO?

Di mana boleh saya baca atau dengar kata-kata Mahathir ini?

amoker said...

Will Mahathir be directing UMNO leadership tussle only? Will Najib be independent once ( and IF) he becomes the PM? TDM may have the last laugh now but his grip on Najib is so obvious and will cast a shadow on his man. He has made the mistake in AAB, he is doing the same to Najib now.

Anonymous said...

Salam Dato'

Komen Dato' kali ini sangat lah sinis... mmg boleh tersedak bila membacanya. Harap sgt penyokong kuat PM atau kalau boleh PM sendiri yang baca komen Dato'.

Satu lg, saya harap PM kita ini belajar menghormati org yang lebih tua dari beliau. Saya selalu perhatikan PM kita sekarang ni gemar sgt guna kata ganti nama 'dia' untuk Tun. Apa salahnya guna 'Tun' atau 'beliau'. Ingat lah wahai PM si 'dia' itu yang memberi laluan untuk kamu menjadi PM. Lagipun kita ni org Melayu, org Melayu kuat dengan adab dan kesopanannya..

Anonymous said...

datuk,

kalau saya jadi abdullah pada waktu ini,saya akan panggil bpr siasat najib ngan muhyiddin..mesti banyak kantoi..abdullah tidak sebijak TDM..

TULIS ONLINE said...

Assalamualaikum,

Tuan Pengarang/Datuk,

SUDAH TERBUKTI bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya membawa BN menang dalam 5 kali pilihanraya umum dan banyak kali dalam pilihanraya kecil (1983-2003) dahulu iaitu ketika beliau menjadi Presiden Parti,PM dan sekali gus sebagai pengarah pilihanraya umum bagi BN sepanjang tempoh itu. Jadi, apakah salahnya beliau menjadi pengarah pilihanraya pemilihan dalaman parti??? Dahulu, ketika Tun menjadi pengarah pilihanraya beliau mengatur beratus strategi, bercakap dan mengkritik dalam pelbagai hal dengan tujuan utamanya iaitu ingin melihat BN MENANG DAN TERUS RELEVEN.

Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang ialah Tun sekarang bukanlah ahli UMNO. Beliau hanyalah mantan Presiden parti dan PM. Beliau sekarang hanyalah pengkritik dan penganalisis politik Malaysia.

Jadi, sekiranya Tun berhasrat kembali menjadi ahli UMNO, saya berpendapat wajarlah Tun menjadi pengarah pilihanraya/pemilihan UMNO walaupun cadangan ini agak melanggar arus politik Malaysia. Saya yakin, apa yang ada dalam benak fikiran Tun adalah hanya untuk MEMULIHKAN UMNO yang realitinya telah LUMPUH DI LUMPUR yang dalam...


- Sarfarizmal Saad
UKM

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

kalaulah benar apa yg dikata pak lah...ISAkn saja tun ini, menganggu gugat kestabilan politik bkn pekara kecil kalau dibandingkan dgn isu kekuatan volume azan dan surat2sumpah dlm malaysia today

p/s : geli hati tgk meeting mca, sorang pandang timur...sorang pandang barat....hahahah

HAMBA ALLAH

Yangretibase said...

Saya lebih yakin kepada Anwar Ibrahim daripada Abdullah Badawi atau Tun Mahathir .
Saya berpandangan Malaysia akan lebih berbahagia berPerdanaMenterikan Anwar Ibrahim dengan dibantukan oleh Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Haji Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Agama.

Anonymous said...

Dato'....whether we like it or not, umno is doomed. It is the most corrupted party ever..full of corrupted people..from the lowest to the highest rank! The irony is..everyone, be it inside or outside umno knows it and yet nothing much can be done about it. And who is to be blamed for all this? None other than the great Dr M himself! He was the one who introduced the 'quota' system in ensuring his safety ..way back. Quota equivalent to corruption! Dr M was the cause of the problems he is now speaking about and probably he has nothing much to do in retirement that he needs to continually hog the headlines to supplement his profile as the ex PM @ dictator of this country!
Dr M has to think through his statements before spewing them in public. I'm not at all saying Pak Lah administration is great but a great deal of Dr M critisms emanated from him, himself and his hypocrisy is as bright as night!

Chiselstone

Anonymous said...

Walau pun tidak pernah bergiat dalam UMNO, tetapi politik UMNO sentiasa menarik perhatian kerana drama-drama yang "intriguing". Sebelum Pak Lah membuat keputusan siapa yang bakal menjadi Timbalannya kira-kira 5 tahun dahulu, persepsi waktu itu ialah Pak Lah lebih cenderung untuk memilih Muhyiddin. Sehinggakan apabila NST "jumped the gun" dengan menyiarkan artikel mengandungi dalil-dalil kenapa Najib lebih sesuai, penulis artikel tersebut menerima padahnya dengan diberhentikan secara paksarela. Dan kini, seolah-olah Pak Lah pula yang menerima padah dari tindak-tanduk Muhyiddin. Hmm, begitulah putaran hidup.

Saya tidak pasti adakah persaingan merebut jawatan dalam UMNO lebih kepada Perang Persepsi atau pun pemilihan dibuat berdasarkan realiti, iaitu dengan merujuk kepada "cold hard facts". Sam-samalah kita saksikan pergolakan dan pembongkaran demi pembongkaran sepanjang tempoh berkempen nanti.

aMiR

jojo51 said...

Jika tak boleh jadikan TDM sebagai kawan jangan pula jadikannya lawan. Akan tetapi itulah hakikatnya dipihak Pak Lah dan penasihat-penasihatnya.

affendi hussain said...

Salam kpd semua peminat epik UMNO..

(seringkas kata.. seringkas hidup)
POLITICAL PARANOIA

1. Agaknya yg bengang sgt dgn TDM dituduh 'pengarah' kerana beri saranan utk singkirkan pemimpin pengampu & 'pak lawak' yg di bela & dinaikkan oleh dia bukan atas dasar merit..

2. Ibarat nak cabut talian hayat utk keluarga, menantu & kroni apabila dia mendapat title PM pencen kelak...ampun... mintak nyawa....

3. Dia takut org didlm UMNO mula berubah angin & hentam dia lebih 'kaw'2 teruk drpd yg berlaku kpd TDM kerana legasi menantu & keluarga yg ketara..(biasalah, dlm politik mana ada etika & setia nyata.. )

4. Pasal dia tahu dirinya tiada kredibiliti & kualiti untuk jawab balik secara bernas mcm TDM..malah kalau Khairi kalah KP, tiada siapa lg akan 'backing' dia kalo kena hantam dlm UMNO.

5. Mungkin dia takut Najib akan kebah demam dgn kuasa PM nnt & akan mula guna 'full power' utk 'flush' pengaruh2 'koro' atas dirinya.. (koro bini - no comment)

6.Bakal TPM baru pun jenis 'no string attached as 'their' puppet' melainkan M2T menang lah..(haha.. in your dream)..lg satu dia minat layan genre muzik sama mcm TDM..bukan irama lagu syair mencari al-Ghazali..

7. Itulah dia roda kehidupan yg terpaksa ditempuhi oleh DS AAB.. Kerajaan 3 beranak di ambang senja..

8. Ibarat lilin di saat2 nyalaan terakhir...menyala amat terang sebelum padam lebih2 lg lilin paling besar itu......matlamat bakal menghalal cara..

Anonymous said...

Mahathir tak patut campur tangan dalam urusan politik UMNO sekarang. Biar Pak Lah uruskan. Pak Lah masih Presiden UMNO sehingga Mac tahun depan. Mahathir dah jadi orang luar dan tak pernah dilantik untuk menjadi penasihat UMNO. Jadi mengapa perlu sibuk-sibuk campurtangan urusan yang berkaitan dengan UMNO?

Anonymous said...

Sesungguhnya saya adalah org yg setia & tetap menyokong Tun Mahathir. Saya berasa amat marah & meluat kepada manusia2 yg memaki & mengeji Tun Mahathir seolah2 tiada apa kebaikan yg dibuatnya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Unknown said...

A'kum dan salam sejahtera,

Saya setuju dengan pandangan Anonymous (Taulan Saat).

Sebagai orang luar yang bukan menjadi ahli mana-manapun parti politik, saya terpanggil untuk mengatakan bahawa Dr. Mahathir berhak untuk memberikan pandangan. Tidak bermaksud dia memilih sesiapapun sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana dia bukanpun ahli UMNO. Mungkin pandangan dia sama dengan pandangan Nazri Aziz. Tanyalah Dr. Mahathir.

Cuba Ali Rustam dan Mike Tyson buat rumah terbuka di KL. Pasti ada yang hadir mungkin termasuk Dr. Mahathir.

Sifat suka membuat kenyataan-kenyataan melulu ini tidak baik dan tidak sihat. Inilah yang sebenarnya menyebabkan kebencian, kemarahan dan keangkuhan.

Pada saya, eloklah Dr. Mahathir buat 'open house' penutup Sayawal dan menjemput Najib, Muhyiddin, Kuli, Rafidah, Shahrizat dan semua sekali sebagai negarawan ulung untuk mempereratkan silaturrahim. Bertanding pun biar bertanding dalam penuh harmoni dan tanpa sebarang taktik kotor seperti peras ugut dan politik wang. Kita semua Melayu-Islam.

Lebih manis sekiranya upacara penutup Syawal ini diiringi dengan pemberian 'angpow' yang melimpah-limpah kepada segenap muda-mudi memandangkan Dr. Mahathir bukan ahli UMNO dan perkara ini sudah pasti tidak akan ditafsirkan sebagai politik wang malahan disambut baik sebagai 'sharing' of good fortune.

Inilah pendapat kerdil saya.

Wassalam.

Anonymous said...

Datuk,

Saya sokong penuh cadangan mengambil kira undi2 akar umbi di peringkat bahagian bagi menentukan siapa yg layak jadi pemimpin. Tak payah lagi nak biarkan kepimpinan UMNO ditentukan oleh hanya 1300 perwakilan ke mesyuarat agung tu. Bahaya dari ancaman rasuah ini dah terlalu besar sangat. Minta sesiapa di UMNO buat usul ini di mesyuarat bahagian masing2.

Mengenai Ketua Pemuda UMNO yg dikira otomatik menjadi menteri penuh pula. Saya rasa tidak begitu. Zahid Hamidi pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO tetapi beliau tidak diberi jawatan Menteri Penuh. Hanya jadi Pengerusi BSN.

Oleh itu, kalau KJ menang Ketua Pemuda UMNO pun, beliau tidak boleh tuntut jawatan Menteri itu jadi hak-miliknya. Datuk Najib boleh bagi KJ jadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan atau Pengerusi Sepang International Circuit, kalau Datuk Najib fikir ianya perlu. Kalau KJ nak jadi menteri jugak2, Datuk Najib boleh bagi dia jadi Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat atau Menteri Hal-Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.


-sinbad-

Anonymous said...

Dato',

Ada ke ubat untuk mengapuskan penyakit politik wang di dalam Umno. Saya membaca beratus cadangan dan kaedah tapi tidak yakin pada satu pun.

1. Kalau nak ubah supaya undi semua ahli dikira pun boleh ada politik wang sebab sekarang ini setiap ahli pergi mesyuarat cawangan (kalau ada pertandingan) boleh dapat RM20-RM100 seorang...kalau PRU boleh dibeli pengundi kepada masa pemilihan tak boleh?
2. Hapuskan politik wang dari peringkat atasan... macamana nak hapus diperingkat atasan kalau sebelum naik atas tu mereka terpaksa guna politik wang...
3. Lembaga Disiplin bertindak tanpa mengira bulu... kan Lembaga Disiplin dilantik oleh Presiden (MT) maka takkan nak tangkap Presiden kot...lagi pun dah beberapa keputusan Lembaga Disiplin macam pandai pilih bulu mana yang hendak dicabut...
4. Terapkan unsur agama dan moral... yang pegang Biro Agama pun hulur semacam ajer dalam PRU lama dulu... (Ustaz Firdaus)...
5. Biar BPR bertindak... berani ke BPR nak bertindak?... sebelum ini macam tak berani sebab itu diistilahkan 'politik wang' bukannya rasuah... BPR benteras 'rasuah' sahaja...
6. Maaf dah penat nak ulas sampai seratus..

Sebagai kesimpulannya
1. Politik wang ini boleh dibenteras jika kita 'halal'kannya... misalnya benarkan bagi duit, kain pelikat, handphone dsb. Kalau calon tu kaya dia boleh bagi tapi kalau duit tu dia dapat dari sumber tidak halal maka BPR tangkap dia... yang penting pengundi dapat duit halal...
2. Kalau politik wang itu penyakit dalam Umno yang sukar diubat (dah macam ubat dicuba)... Bakar ajer biar tak berjangkit kat orang lain... tubuh satu Parti Melayu Baru yang suci bersih macam UMNO tahun 1946 dan halang orang2 berpenyakit ini menyertainya... saya yakin ramai lagi generasi yang tidak berpenyakit tapi tidak ada parti nak disertai... PRU dulu dah tersilap pangkah Parti Keadilan ingatkan tak ada penyakit tapi rupanya ada penyakit yang lebih parah dan bahaya!

Bye/ Roti Planta

Siti Khadijah said...

Dear Dato' A. Kadir Jasin,

Why is Pak Lah so angry? Tun Dr. Mahathir is no more an UMNO member. How come UMNO members still seek Tun's advice rather than Pak Lah. Hmmm I gather it just shows how irrelevant Pak Lah's views are.

Pak Lah should open up a blog and see what the rakyat has to say to him.

It also shows that when Mahathir speaks people sit up and listen because it has substance.

Perhaps in Pak Lah's case he should remember the adage "Speech is silver, Silence is golden".

anakbuah said...

Sdr Chiselstone & Sdr Amoker,

I'm with both of you all the way - Mahathir was the root cause of these curruptions. And Najib is going to be another mistake by him!

TULIS ONLINE said...

Salam...

Datuk,

Sememangnya Tun Dr. Mahathir Mohamed memiliki aura yang mampu mengubah UMNO kini.

Jika mengikut pengalaman beliau, saya rasa apa yang beliau 'arahkan' dalam pemilihan UMNO kini adalah suatu 'bonus' bagi UMNO untuk berubah.

Tetapi, perlu diketahui bahawa Tun bukanlah ahli UMNO dan jika bukan ahli parti mengarah atau mengkritik parti, ia tiada bezanya dengan pembangkang mengkritik UMNO.

Oleh itu, bagi saya adalah perlu Tun kembali dalam UMNO dan menjadi 'pengarah' kepada pemilihan UMNO walaupun perkara itu bukan suatu yang sihat tetapi ia mampu MEREMAJAKAN KEMBALI UMNO.
InsyaAllah...

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ

Mohon izin untuk beri komen pada JMD sikit.

Saya berpendapat seandainyalah TSMY tidak lantang bersuara menggunakan forum dalaman mahupun luaran, UMNO masih akan tetap dengan Presidennya yang ada sekarang ini. Tidak akan ada pemilihan untuk Presiden dan Timbalan Presiden pun jika tidak kerana tindakan TSMY itu.

Mungkin pendapat saya ini agak keterlaluan, tetapi jika kita amati daripada corak perjalanan peristiwa-peristiwa yang berlaku akibat kelantangan tersebut, korelasinya agak tinggi juga.

Sekarang ini, peluang pertandingan sudah terbentang untuk kedua-dua jawatan tersebut. Tindakan TSMY yang “menghulurkan kepalanya di papan pemotongan” tempohari, seakan telah membantu dan membuka ruang bagi pembesar-pembesar yang lain untuk bertanding jawatan Timbalan pula.

Yang menariknya, pembesar-pembesar yang sama telah menyelar TSMY dan/atau berapi-api menyokong Pak Lah dan/atau ‘play safe’ sahaja ketika itu, telah menghulurkan nama mereka pula untuk bertanding jawatan Timbalan sekarang ini.

Tidakkah tindakan sedemikian boleh dilihat oleh akar umbi UMNO sebagai satu tindakan mengambil kesempatan? Dulu bukan main menyokong pelan peralihan, tetapi sekarang hendak bertanding pula? Di manakah principles nya? Mana konsistensinya?

Bukankah UMNO itu hendak diperbetulkan dan sebab itulah Pak Lah perlu mengundurkan diri beliau? Tetapi, lantaran pengunduran Pak Lah itu diikuti pula dengan calon-calon yang sedemikian rupa, akan berkesankah pembetulan-pembetulan yang akan dilakukan selepas ini nanti?

Kedengaran juga sekarang ini persoalan tentang kesopanan, kesantunan dan lain lain yang dilemparkan terhadap TSMY. Tetapi bagi saya, disebabkan kesopanan dan kesantunan inilah TSMY hanya bertanding jawatan Timbalan sahaja. Jika beliau lupa pasal perkara-perkara ini, sudah tentu beliau bertanding jawatan Presiden dan 'bypass' sahaja DSNR.

Namun, kita akui tentang ciri-ciri sopan, santun, berani, setia dan sebagainya, mesti terdapat pada seseorang pemimpin. Tetapi, di dalam konteks pencalonan untuk jawatan Timbalan ini, terdapakah ciri-ciri tersebut pada calon-calon selain TSMY?

Adalah mustahil untuk kita mendapatkan seorang pemimpin yang ideal – yang dapat memenuhi segala macam kehendak kita yang tidak terbatas ini. Dan, jika kita membuat “second fate” pula terhadap apa-apa keputusan yang hendak dibuat, sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu membuat keputusan dan hidup dalam ketakutan.

Sebab itulah orang-orang tua mengatakan kita kena belajar dari sejarah. Bermacam pengajaran dapat ditimba daripadanya. Yang baik buat tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Malangnya pula, di dalam sejarah Melayu kita ini, ada orang yang begitu taksub dengan Hang Jebat kerana menyanggah raja yang zalim sedangkan sejarah lebih mengiktiraf Hang Tuah sebagai heronya. Inilah dilemma kita selama ini.

Jadi, kita serahkanlah kepada akar umbi untuk membuat pencalonan mereka. Itulah yang menjadi kelantangan perjuangan ramai orang sejak Pak Lah memerintah selama ini. Tidak perlulah upset apabila akar umbi sudah mula menunjukkan corak-corak tertentu pula.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Heical said...

Salam Dato'
Menghairankan betul sampai hati Pak Lah & kuncukuncunya mengatakan Tun Mahathir sebagai orang luar .Suatu masa dulu Tun lah pujaan mereka dan kebanggaan mereka.Tun sudah berapa lama dalam UMNO dan keluar pun kerana mereka ini juga.

Memang betul dasar tak kenang budi, taada harga diri,lalang . Kepala otak Mahathir ini brilliant tengoklah 22 tahun dapat bertahan dan betapa banyak kemajuan yg dibuat , dunia pun kenal Malaysia .

Mungkin cemburu motif untuk ketepikan yg lama dan cuba menonjolkan yg baru tetapi malang mereka gagal.

Bukan hendak puji atau cela sesiapa tetapi yg betul itu jangan dinafikan.
Umno ini dari Datok ONN sampai sekarang semua nasibnya sama.

Tren sudah berubah ,ahli Umno pun sudah mula membuka mata pandang pada yg selalu kritik ketidakbetulan.
Syabas kepada Mahyudin & Mukris dan minta mereka ini tidak tewas pada Mac 2009.

Heical said...

Salam Datok,
Betul bung karno
"Setiap hari semakin banyak perkara yang diungkit dan dimintak oleh MCA, MIC, Gerakan dan PPP, parti-parti yang kalah teruk dalam PRU12."
Dahlah kalah KO dengan DAP & PKR patut seal saja mulut tu.Ini semakin melampau tutut macam macam dan nak jadi HERO konon . Sepatutnya ketua ketua mereka ini & MT mereka letak Jawatan kerana tewas KO .Orang tewas pula lebih lebih dan pak Lah pula ikut saja.Nampak macam ada persamaan antara mereka.

Anonymous said...

SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT KOMEN MENGENAI KENYATAAN MEDIA PAKLAH BADAWI MENGENAI TUN MAHATIHR KENYATAAN BERBUNYI BEGINI : -(DI PETIK DR MALAYSIAKINI.COM)

Abdullah bidas Dr Mahathir
Oct 18, 08 11:27pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan".

Perdana Menteri berkata Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," katanya dalam sidang di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam ini.
Menurut Bernama, Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya.

"Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

"Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," katanya.

Abdullah berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan.

"Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.
Menurut perdana menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding....tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya.


AGAK BIADAP PAKLAH SEBAGAI ROLE MODEL @ CONTOH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA YG DITERAPKAN DGN NILAI2 MURNI MENGELUARKAN KENYATAAN SEDEMIKIAN.

INGIN SAYA BERTANYA SESUATU KPD PAKLAH(CUCU ULAMA). INGAT TAK AYAT INI:
‘Allah tidak akan mengubah nasib dan takdir seseorang sekiranya hambaNya sendiri tidak mengubah nsibnya sendiri’ (surah:ar-ra’ad 11)

WALAUPUN SAYA BUKAN DILAHIRKAN DIDLM KELUARGA BERKETERUNAN ULAMA, AKAN TETAPI SAYA MASIH BERPEGANG KPD FIRMAN ALLAH INI.

SIAPA PAKLAH BADAWI INGIN MENGHALANG TUN DR MAHATHIR DR PADA BERCAKAP WALAUPUN TUN BUKAN DI DLM UMNO.

TIDAK DI NAFIKAN TUN KINI DI LUAR UMNO, AKAN TETAPI DI HATI KECIK TUN BELIAU MASIH LAGI BERSAMA UMNO.

JAUH SKALI DI HATI SAYA UTK BACKING TUN TETAPI APA YG BELIAU LAKUKAN SELAMA INI UTK ORG MELAYU TIDAK BOLEH DI BALAS DGN WANG RINGGIT.

KENAPA TUN TIDAK BOLEH MENYATAKAN PANDANGAN DEMI UTK KEBAIKAN UMNO ITU SENDIRI.

PAKLAH LUPA AKAN SEJARAH... JAWATAN YG DISANDANG BELIAU HARI INI ADALAH MERUPAKAN INSIATIF TUN M.

KALAU NAK DI IKUTKAN, SAYA RASA RAMAI YG AKAN BERSETUJU DGN PANDANGAN SAYA YG PAKLAH TIDAK SESUAI MENYANDANG JAWATAN PERDANA MENTERI.

JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT.

BAGI SAYA KENYATAAN TUN “yang mahu perwakilan Umno mengusir orang-orang Abdullah dalam pemilihan parti itu Mac depan’ INI MERUPAKAN SALAH SATU PROSES UTK MEMBUANG SISA BAKI NANAH DI DLM LUKA TERSEBUT.

TERNYATA ORG PAKLAH TAK BOLEH BUAT KEJA. SELAMA INI MEREKA HANYA TAHU MEMBODEK PAKLAH SAJA. KEJA HANCUR.

SAYA INGIN INGATKAN PAKLAH JANGAN SALAHKAN TUN JIKA UMNO BERPECAH. PERPECAHAN DI DLM UMNO BERLAKU KERANA PAKLAH SENDIRI.

UMNO KINI MULA MENDAPAT CAHAYA UTK KEMBALI PULIH SETELAH PENGUMUMAN PENGUNDURAN BELIAU YG TELAH LAMA DINANTIKAN OLEH AHLI UMNO.

PAKLAH JANGANLAH TERLALU EMOSIONAL SGT. APA YG SAYA MAKSUDKAN IALAH APABILA PEMERINTAHAN PAKLAH, PAKLAH TELAH MENGUSIR SEMUA KELUAR PARA PEMIMPIN YG RAPAT DGN TUN. INI GILIRAN PAKLAH LA PULAK . SAYA RASA PAKLAH TAKUT MENANTU & KRONI2 BELIAU TIDAK BOLEH BERTAPAK LAGI.

FIKIR-FIKIR & RENUNGKAN

HASRI

Anonymous said...

Dato’

Di musim pertandingan jawatan tertinggi UMNO, mulalah kita sebagai pemerhati, melihat gelagat pihak pihak yang ada kepentingan sendiri “coming out of the woodwork” membuat ucapan yang tak masuk akal hanya untuk melihatkan diri mereka saperti peserta peserta Lawaking.

Yang tak layak, janganlah memalukan diri anda dengan sindrom syok sendiri.

Dimana letaknya maruah kepimpinan anda. Dalam masa yang sama, mereka tidak pernah memberi buah fikiran yang bernas untuk cadangan dan polisi berkaitan perpaduan nasional, kegawatan ekonomi global atau berbagai masaalah yang Negara tercinta ini hadapi. Semua rakyat tahu dan menerima keundurang Pak Lah dari kancar politik Negara. Dan rakyat pun boleh terima Muhyiddin sebagai calon yang tepat bagi jawatan Timbalan Presiden atas kelayakan dan seniority beliau.

Kalau saudara Ali Rustam atau Muhammad Taib inginkan jawatan TP semata mata sebagai proxy Pak Lah, itu bukan nama perjuangan tetapi itu di namakan “menjaga periok nasi sendiri”. Jangan buang masa rakyat kalau itulah perjuangan politik anda.

Sepatutnya Pak Lah jangan di hantui dengan rasa kecewa atau marah apabila ada cadangan peralihan kuasa di cepatkan. Pak Lah sendiri tahu buat masa ini “you are a lame duck President and Prime Minister”, itu hakikatnya. Kalau kita mempunyai fikiran waras, apa polisi yang kita dapat laksanakan dalam masa yang singkat yang masih ada pada kita. Tak taulah jika ada apa apa yang belum di tunaikan dengan saki baki kuasa yang boleh di tunaikan sebelom di gelar ex-PM.

Biasalah bagi mereka yang pernah ada kuasa mutlak, apabila sampai masa dilihat dan rasa kuasa itu akan hilang, timbul satu perasaan yang begitu hiba dan merobek hati sahingga semata mata kehilangan segala galanya.

Bagi kami, rakyat biasa, itulah pengajaran dan pembalasan atas segala kesilapan dan kadangkala kesombongan apabila kuasa mutlak di gengam dalam tangan.

Tetapi ada persaraan yang di terima dengan hati terbuka dan rakyat menghargai jasa pemimpin yang tulin.

Anonymous said...

Scribe,

Dengan Izin.

Sdr Amoker,

Demi kebaikan, sekiranya perilaku Mahathir kurang manis namun adakah perbuatan itu salah dalam siasah hidup?

Sekiranya saya lihat dan tahu Mahathir salah melangkah, haruslah saya bersuara ingat memperingati tetapi janganlah pula si-buta cuba memimpin yang celik - bukankah anda juga mahu begitu?

Kalau hendak bermimpi, biar mimpi yang benar; dan Luqman senantiasa menasihati anaknya tetapi fahamkah kita Luqman itu dikasihi tuhan yang maha esa?

Mahunya saya tidak sayangkan Mahathir dan cintakan negara?


Terima Kasih


ps. adakah najib tidak boleh berfikir sedangkan dianya sudah besar panjang berumah-tangga seisi keluarga?

Unknown said...

Sorry..off topic.

Syed Hamid said "the internet have become mainstream" the star, 21Oct08

ha..ha...ha...
tuan syed kita nie baru sedar ke?

Kelakuan sebahagian pembesar2 negara kita masih seperti katak dibawah tempurung. Tiada maaf bagimu wahai tuan syed "batu putih" albar...

Unknown said...

owh ya..

Is addressing a "Datuk" as "kamu" an offensive word?

This is what happened in Dewan Rakyat yesterday when Khalid Samad (PAS-Shah Alam) addressed Tajuddin Abd Rahmad (BN-Pasir Salak) as "kamu".

For this Tajuddin called Khalid "kurang ajar"

teruk betul perangai MP2 kita.

kepada Datuk Tajuddin, jangan lupa bawak title tu ke alam barzakh nanti..

dan kajang said...

Askum Datuk,

Semalam DS Rais Yatim menyatakan bahawa Tun M mempunyai locus standi untuk bercakap mengenai Umno dan pemilihan Umno.Tentu sekali beliau yang berlatar belakang undang2 tidak membuat kesilapan dalam kenyataannya.

Semua tahu bahawa Pak Lah tentu tidak senang dengan komen Tun M itu kerana ia tidak menyebelahi calon2 tajaannya.Api yang mengelikan kita lagi ialah ada pembodek2 Pak Lah yang turut tumpang sekaki membuat kenyataan mengikut nada Pak Lah.

Kalau kita teliti betul2, Tun M memang berhak membuat komen kerana dia telah memimpin Umno selama lebih 23 tahun.Tentulah komen itu demi untuk kebaikan dan masa depan Umno.Begitu juga,termasuklah yang bukan ahli Umno juga berhak memberi pandangan masing2 kerana ia akan melibatkan masa depan negara.Lainlah kalau Umno ini parti eklusif yang tidak langsung memberi kesan langsung kepada rakyat dan negara walau apa yang berlaku kepadanya,tentulah hanya ahlinya sahaja yang berhak bersuara.Umno kini menjadi hak rakyat.Apa yang berlaku dalam Umno akan memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Bagaimana pun berhubung dengan pemilihan Umno,sebenarnya rakyat juga berhak memberi pandangan tentang siapa yang layak untuk jawatan tertentu.Cuma yang bezanya pandangan rakyat biasa mungkin tidak dapat mempengaruhi perwakilan.Lain dengan komen Tun M yang terus diberi perhatian oleh semua,termasuk PM sendiri.

Jadi kenapa Pak Lah nak marah sangat Tun M kerana membuat komen sebab dulu pun Pak Lah mengatakan bahawa dia tidak kisah apa yang nak katakan oleh Tun M.Agaknya ada udang disebalik batu.

Dan kalau kita teliti lagi kenyataan DS Rais Yatim, orang yang tidak layak komen mengenai pemilihan Umno ini ialah calon2 di kalangan Umno yang akan bertanding dalam perbutan jawatan dan yang mempunyai kuasa dan kedudukan,ini termasuklah Pak Lah yang mempunyai "interest nombor satu" dalam pemilihan Umno kali ini.Dari kenyataan Pak Lah itu sendiri,secara tidak disedari beliau telah membuat promosi dengan menyatakan DS Ali Rostam dan TS Mohd. Taib adalah calon tajaannya.

Oleh itu dalam soal ini Pak Lah lah sebenarnya yang tidak berhak bercakap mengenai pemilihan kerana mempunyai "interest", bukannya Tun M atau rakyat jelata.

Unknown said...

aslkm dato'
minta jasa baik dato' untuk perbincangkan keadaan terkini rakyat marhain (penguasaha/peneroka) sawit dan getah. harga merudum teruk skrg.harga sawit rm200+ / ton dan getah rm2+ /sekilogram sebaik sahaja aidilfitri. golongan rakyat sebegini komposisinya meliputi 20-40% dari rakyat dan dgn harga sebegini, mereka tidak punyai daya tahan menghadapi inflasi skrg...diperhatikan tiada pemimpin yg sentu perkara ini atau beri cadangan utk perbaiki keadaan.menyedihkan dan situasi ini umpama time bomb bagi ekonomi dan kesan sosial malaysia.contohnya dgn harga getah rm2+ sekilo, rm1.5 diguna utk upah memotong, baki rm0.5 sebagai margin.jika pengeluaran harian antara 30 kilo ke 50 kilo, brapa rm sangat boleh dapat? penatnya...

Anonymous said...

And Malaysiakita-bakaq made it on you blog. He must be very pleased, indeed.

Interesting.

BelalangDewa said...

Tahniah Datuk!

A well written piece

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).