Friday, January 23, 2009

Umno: Antara Kelangsungan dan Kepupusan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 25 Januari]

PERKHIDMATAN sistem pesanan ringkas (SMS) The Star melaporkan yang Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional bagi kerusi Bota di Perak, Nasarudin Hashim, telah keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Dengan tindakan Nasarudin itu, perwakilan BN dalam DUN Perak jatuh kepada 27 manakala perwakilan Pakatan Rakyat naik kepada 32.

Sekiranya berita The Star itu sah, saya, secara peribadi, berasa adalah lebih elok, lebih sopan, lebih berprinsip dan lebih demokratik jika Nasarudin mengosongkan kerusi Bota supaya pemilih boleh menentukan sekali lagi parti mana mereka mahu.

Perbuatan melompat parti, tidak kira ke parti mana, adalah perbuatan keji, tidak berprinsip dan tidak demokratik. Ia mengkhianati pilihan majoriti.

Pada Pilihan Raya Umum Mac 8, 2008 lalu, jelas pemilih mahukan BN apabila mereka memberikan Nasarudin 6,556 undi berbanding 4,488 undi kepada calon PKR Kapten (Bersara) Usaili bin Alias.

[Posting Asal]

SAYA mulakan posting kali ini dengan mengucapkan terima kasih kepada pembahas, pengikut (followers) dan pembaca blog ini.

Setakat ini, “followers” sudah berjumlah 218 sejak ciri pengikut ini diperkenalkan oleh Blogger.Com beberapa bulan lalu. Terima kasih kepada para “followers” kerana memilih dan membuat pautan (link) kepada blog kita ini.

Namun saya dukacita kerana masih ada pembahas yang menghantar ulasan menggunakan pengenalan “anonymous” tanpa sebarang nama di hujungnya.

Kalau pembahas terpaksa menggunakan “anonymous” tolonglah beri pengenalan -- samaran pun tak mengapa -- di hujung komen.

Ini akan memudahkan saya membezakan antara seorang pembahas “anonymous” dengan pembahas “anonymous” yang lain.

Begitu juga masih ramai pembahas yang menghantar ulasan yang mengandungi unsur-unsur fitnah, tuduhan dan hasutan yang tidak membolehkan saya menyiarkannya tanpa risiko disaman atau dikenakan tindakan undang-undang.

Kali ini saya ingin mengambil sedikit ruang untuk membuat respons dan kesimpulan secara am kepada komen-komen yang disiarkan dalam blog ini mengenai Umno dan politik semasa.

Berikutan keputusan luar dugaan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu dan keputusan dua pilihan raya kecil selepas itu –Permatang Pauh pada 26 Ogos, 2008 dan Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu – ramai pembahas mencurigai kelangsungan (survival) Umno dan Barisan Nasional.

Ini tidaklah menghairankan kerana inilah prestasi terburuk Umno dan BN (dulu Perikatan) sejak pilihan raya umum 1969.

Lagipun saya tahu bahawa ramai pembaca dan pembahas blog ini bukan ahli atau penyokong Umno. Malah ramai adalah ahli dan penyokong parti-parti lawan Umno manakala yang lain tidak berparti atau berkecuali.

Tetapi di kalangan pembahas yang jelas ahli dan penyokong Umno pun ramai yang tidak berpuas hati dan marah dengan kepemimpinan (leadership) parti mereka sehingga ada yang tidak lagi yakin dengan kelangsungannya.

Namun saya memberanikan diri untuk menurunkan beberapa fakta sejarah dan semasa sambil bertanya beberapa soalan kerana pada pandangan saya, Umno masih jauh daripada fasa nazak.

Justeru itu, saya mengajak pembaca dan pembahas mempertimbangkan soalan, hujah dan persoalan berikut:-

1. Ketidakyakinan dan kemarahan bukan terhadap Umno sebagai wadah perjuangan tetapi kepada kepemimpinannya yang dianggap lemah, rasuah, angkuh dan mementingkan diri sendiri;

2. Perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara tetap relevan selagi agama Islam dan bangsa Melayu penting kepada negara Malaysia;

3. Kematian Umno akan mengurangkan lagi kepelbagaian suara orang Melayu yang sudah pun lemah dan kacau berbanding kaum Cina dan India yang sangat mengutamakan kepelbagaian suara;

4. Lihat sajalah bagaimana kaum Cina menggalak dan mempertahankan kepelbagaian suara melalui pertubuhan politik, pendidikan, sosial, perniagaan, kebudayaan dan kesenian;

5. Lihatlah bagaimana orang India yang berupa kaum bukan Bumiputera yang terkecil di Malaysia berjaya menguasai pertubuhan-pertubuhan profesional, pergerakan buruh dan yang terbaru mempelopori pergerakan haram Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf);

6. Sekiranya Umno terkubur, adakah Pas mampu mengambil alih dan mengisi kekosongan yang ditinggalkannya itu?;

7. Ramai ahli dan penyokong Umno mungkin berpindah kepada Pas. Tetapi adakah mampu Pas mempertahan dan mengekalkan sifat, ciri dan tradisinya dengan kemasukan besar-besaran bekas ahli dan penyokong Umno?;

8. Adakah Pas akan terus menjadi parti yang padu, tidak mementingkan diri dan mesra rakyat apabila ia menjadi terlalu besar dan pelbagai dengan kemasukan bekas ahli dan penyokong Umno?;

9. Walaupun sejarah Pas bermula dengan Hizbul Muslimin pada tahun 1948, namun Pas dalam bentuknya sekarang adalah hasil daripada pemberontakan golongan ulama dan nasionalis-agama dalam Umno pada awal tahun 1950an;

10. Adakah Umno akan ditolak juga walaupun barisan kepemimpinan yang berwibawa dipilih pada pemilihan Majlis Tertingginya Mac ini?;

11. Atau adakah perwakilan Umno akan terus bebal dan bermata duitan dengan memilih calon-calon yang hambar, rasuah, rendah moral dan ketinggalan zaman?;

12. Adakah mereka akan memilih orang baik, orang mesra dan orang pemurah yang sering bertegur sapa dengan mereka, membawa mereka bercuti di luar negara, memberi mereka kontrak dan menganugerahkan mereka gelaran datuk?;

13. Adakah mereka akan memilih anak-menantu orang ternama kerana keturunan dan darah warna biru mereka atau mereka akan memilih calon yang berwibawa, berkebolehan dan bersih daripada rasuah tanpa mengira darah dan keturunan?;

14. Adakah kepemimpinan Umno pasca-Abdullah Ahmad Badawi akan mengembalikan kuasa dan penghormatan kepada ahli atau terus tunduk kepada broker kuasa ala Tingkat Empat?; dan

15. Setelah membuka pintu kuala atas nama kebertanggungjawaban, ketelusan, keterbukaan dan globalisasi, adakah Umno dan BN mampu membersihkan sampah sarap yang keluar masuk muara?

Jawapan kepada soalan dan persoalan di atas akan menentukan sama ada Umno terus kekal sebagai parti dominan politik Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh para pembesarnya atau hanyut dibawa arus perubahan seperti yang diramalkan oleh penentang-penentangnya.

Kita tidak perlu tunggu lama untuk memperoleh jawapan kepada sesetengah soalan dan persoalan ini. Kita hanya perlu menunggu hingga bulan Mac ini apabila Umno memilih barisan kepemimpinannya.

Pilihan yang betul boleh mengembalikan tuah dan pilihan yang silap akan membawa padah yang lebih parah.

127 comments:

kuanderas said...

Dato'
Ini adalah masanya untuk
1.Membawa Tun Dr.Mahathir ke dalam UMNO dan menjadi Presiden.

2.Mungkin cadangan ini tidak logik, tetapi UMNO ketiadaan figure atau tokoh yang mampu menyatukan ahli sehingga ke akar umbi dalam masa terdekat ini.

3.Tun Dr.Mahathir perlu menjadi Presiden manakala Najib menjadi Perdana Menteri dan dipandu oleh Tun.

4.Najib tidak akan mampu menyatukan UMNO, beliau tiada political will yang mampu menterjemah kepada political action.

5.Setelah sekian lama play safe dalam politik, sukar untuk Najib melakukan tindakan radikal.

6.Tun Dr.Mahathir perlu kembali sebagai Presiden UMNO, kapasiti sekarang sebagai bloggers & pengulas bebas tidak cukup.

p/s: Jika terdapat pilihanraya kecil sebelum Pak Lah meletak jawatan. BN pasti tewas lagi!!!

Anonymous said...

UMNO mula tenat semenjak Pak Lah ambil alih pucuk kepimpinan. Sakitnya sebenar sudah lama. Sekarang semakin kronik dan hanya dengan pembedahan dan pembuangan anggota yang tidak perlu sahaja dapat menentukan hidup matinya UMNO.
Penyakit rasuah dalam UMNO sudah menjadi sebati dan tindakan MACC agak sudah terlambat dan dilihat sebagai kosmetik sahaja. Semua ahli UMNO khusus yang akan mengundi di Perhimpunan Agung bulan Mac harus berani menepuk dada dan bertanya yang mana patut didahulukan - wang atau bangsa. Itu pun jika mereka masih ada sentimen kebangsaan lagi. Jika tidak sayonara bangsa Melayu.
Luahan Dzulman, Shah Alam.

Jed Yoong said...

Just last week, someone asked me about the fate of UMNO and I said
1. It's more likely that UMNO fellas will hop over to PAS than PKR, and then I brought up the same issues that you did.
2. I won't think too much about the "destruction". IF UMNO is "destroyed" then it's a good way to regenerate as all the bad elements will be gone....
3. I really believe if Dr M goes back, it will def bring back much of the votes in the next GE. It's unfortunate he is a bit old but still sharp, compared to Najib, etc. Too bad Mukhriz ain't so hot, in my humble opinion.

mad said...

tulisan yg menarik dari datuk. memang benar umno mungkin berupaya bertahan untuk beberapa dekad lagi tapi berkemungkinan besar ia akan wujud sebagai parti pembangkang. dan memang benar kepelbagaian parti dalam negara ini memang banyak membawa kebaikan, memang itulah prinsip demokrasi. diharap kewujudan umno sebagai pembangkang nanti akan berada dalam suasana politik bebas dan adil dibawah pemerintah pr. bukan dalam suasana sekarang dimana media, polis, kehakiman, dan berbagai lagi jentera kerajaan dikawal parti pemerintah demi melindungi pelbagai kebobrokan dan salahguna kuasa yg terang-terangan berlaku.

jangan khuatir datuk, jika kerajaan pr yg bakal memerintah nanti mengamalkan doktrin yg sama seperti sekarang, percayalah, rakyat juga akan menolak mereka seperti mana rakyat sudah menolak umno/bn. suara rakyat suara keramat.

Azmy Omar said...

Dato,

Memang kedudukan UMNO parah. Dan akan lebih parah jika ahli-ahli nya terus menerus mengamalkan politik wang. Kekalahan PRK KT 17 Jan 2009 baru ini akan tenggelam begitu sahaja bila tibanya pemilihan tertinggi UMNO bulan Mac nanti.

Semua orang tahu dan ahli-ahli UMNO juga tahu bahawa WANG memainkan peranan dalam menang atau kalahnya seseorang calon untuk mana-mana jawatan parti yang dipertandingkan.

Tiap kali ini ditimbulkan maka Lembaga Disiplin akan pula meminta bukti yang kukuh untuk mereka mengambil tindakan. Bukti-bukti inilah yang terus menjadi penghalang untuk sebarang tindakan diambil.

Semua ahli UMNO di seluruh negara berebut-rebut untuk menjadi ahli perwakilan ke Pemilihan UMNO Mac ini.Kenapa tidak; mereka akan pulang dengan mendapat 'habuan' yang banyak.

UMNO akan musnah dan akhirnya berkubur bukan kerana orang lain tetapi ahli kerana perbuatan AHLI-AHLI UMNO SENDIRI.

Anonymous said...

Pada saya UMNO tidak perlu dimatikan tapi perlu dilemahkan dan cuba jadi pembangkang pula.

Barulah mereka sedar yang hidup ini ibarat roda...ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.

Cuma dari congakan saya UMNO sedang melangkah kearah kebinasaan bermula dari penubuhan UMNO baru.

Petunjuk petunjuk dan simpton simpton yg ada jelas menunjukkan penyakit yg melanda UMNO dan tiada ubat yg dapat menyembuhnya kecuali memperlahankan penyakit itu.

Meminjam kata TukarTiub UMNO tidak lagi dilihat cool.

Raden

Idzuafi said...

Persoalan datuk boleh dilihat secara keseluruhan. bagi kami golongan generasi muda sering kali menganggap wujudnya birokrasi yang 'keterlaluan' bagi membolehkan generasi muda menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan UMNO.

Pendekatan 'mudah' mesra dan lebih bersahaja dengan generasi muda khususnya di kampus menyebabkan golongan sebegini merasa terpinggir dan hanya diperlukan ketika pilihan raya. Bayangkan golongan yang satu lagi mempertaruhkan sekurang-kurangnya 1-2 orang muka baru bawah 30 tahun tidak kira DAP, PAS atau keadilan.

UMNO??? Mungkin kita boleh pertimbangkan bersama kalau Putera UMNO pun diketuai oleh mereka yang berumur lebih 35 tahun. Analoginya yang biasa kami buat di kampus jika persatuan mahasiswa, NGO mahasiswa diketuai oleh mereka yang bukan dari kelompok tersebut. Masih relevan lagi kah ia digolong dikelompok tersebut...

Sekadar pandangan dhaif.

SUKJ said...

Datuk,

1. Saya rasa fikiran Datuk pun dah 'gelong' kerana digelongkan oleh Dr. Belit tu.

2. Rujuk kenyataan Datuk di para
14.

"Adakah kepemimpinan Umno pasca-Abdullah Ahmad Badawi akan mengembalikan kuasa dan penghormatan kepada ahli atau terus tunduk kepada broker kuasa ala Tingkat Empat?

3. Balik..balik Ting 4, balik..balik Ting Empat. Tidak ada hujah lain ka Datuk?

4. Jangan hanya sebut Ting 4 tetapi kenapa tidak disertakan dengan 'bukti' atau 'fakta'?.

5. Inilah dinamakan FITNAH. Sepatutnya KJ kena bantu KJ. Maksudnya Datuk Kadir Jasin kenalah 'support' Khairy Jamaluddin, bukan memburukkan KJ.
Barulah berkat orang yang bernama KJ. TQ Datuk...

clean said...

Mrujuk item 5 berhubung dengan penguasaan dan kepimpinan kaum bukan Melayu, izinkan saya turunkan pemerhatian saya ini.

Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah 'missionary' di Ipoh. Semangat kebangsaan yang diterapkan pada saya amat lah mendalam, jangan cerita lah. Kalau hari kebangsaan, kena beratur pegang bendera ditepi jalan menanti pemimpin (read not pembesar) lalu.

Masa kelas pendidikan Islam;
kalau sekolah biasa murid bukan Islam kena keluar dari kelas dan dikumpulkan disatu kelas untuk pengajian moral, tetapi disekolah ini murid beragama Islam pula keluar untuk dikumpulkan di satu kelas untuk mengikuti pengajian agama islam, tidak mengapa dan faham kerana majoriti murid disekolah ini bukan berbangsa melayu/beragama islam.

Tapi, it is really challenging to be in a school dominated by other races i.e. to be in a situation whereby the non malay/non muslims are the majority, with due respect to my alma matter.

Alhamdulillah, dapat masuk IPTA yg majoritinya berbangsa Melayu/ agama Islam. Apa yang saya perhatikan ialah, setiap kali ada kelas/kuliah, majoriti student Melayu 'berebut' nak duduk di tempat duduk dibelakang bilik kuliah.

Yang non muslim dan segelintir melayu/muslim pula berebut nak duduk kat depan.

baiklah...pandang dari sudut lain pula.

Saban hari, paling tidak pun seminggu sekali ketika mengerjakan solat Jumaat, kita berpeluang membawa anak kita untuk mengerjakan sembahyang di masjid2 mahupun surau.

Tapi adakah kita perasan bila masuk sahaja masjid atau surau tersebut, anak ditinggalkan di belakang atau ada pembesar masjid 'menghalau' anak ke saf belakang, paling tidak pon 3-4 saf kebelakang. Jarang kita lihat anak kecil solat di saf depan atau bapa memimpin anaknya bersama untuk solat di saf depan.

Ketika solat tarawikh di masjid TTDI ramadan lalu, saya perhatikan insiden ini.

Budak nie sedang solat kat saf yang dikira depan la jugak. Masuk rakaat ke 3, adalah seorang nie dalam umur lingkungan 40an nak solat di saf depan, dan bila nampak budak nie kat saf depan, disuruh budak itu solat dibelakang dan dia pula mengambil tempat solat budak itu. Tapi akhirnya yang solat 8 rakaat orang itu dan yang solat 20 rakaat ialah budak kecil yang bersama bapanya itu!

Kalau ditanya kenapa jadi begini, "biar mati anak, jangan mati adat" adalah jawapannya.

apanama said...

Saudara Mike Tyson, Ali Rustam, Zahid Hamidi, Khir Toyo, Khairi, Jamaluddin Jarjis, Rahim Tamby Chik, Khaled Nordin dan lain2 yang seangkatan dari segi kualiti dan imej peribadi harus menarik diri dari pemilihan Umno pada Mac depan.

Tepuk dada, tanya selera. Jika benar-benar sayangkan Umno ... berundurlah secara terhormat dan biarkan mereka yang benar2 berwibawa mnerajui parti yg hampir tenat ini.

clean said...

Refer item 13..

Also have to put a stop to the media in boasting the wifes of these 'pembesar'.

Kita pilih/undi siapa?

Jelek betul tengok diorang nie... macam artis atau peragawati fesyen pulak! Ada jugak yang siap beratur nak 'cium' tangan isteri pembesar2 ini!

sniper said...

Dato,

bukannya menidakkan sejarah Umno dalam kehidupan orang Melayu dan Malaysia.

Tetapi apalah gunanya setakat nama Umno hanya pada jasad sahaja, tetapi rohnya sudah kotor, bahkan semakin pudar dari Tanah Melayu.

Apakah Umno mahu menerima nasib yang sama seperti Kesultanan Melaka yang hanya di sebut dalam buku sejarah dan muzium sahaja, tetapi tugu peringatan yang masih ujud milik pihak penjajah.

Kembalikan nama yang pernah berjasa itu pada tempat nya dan bersihkan rohnya dari segala kekotoran jika Umno mahu di terima oleh rakyat.

Tiada cara lain selain dari menghadapi hakikat "keperluan" rakyat masa kini sebagai pemegang saham dalam negara ini dan bukan memenuhi nafsu pemimpin semata mata.

Zaman, rakyat dan negara sudah berubah, tetapi jasad dan roh Umno semakin terhakis.....

Nik said...

Dato'

Memang Tepat ulasan Dato tentang tindakan2 yang patut di amali olih pemimpin UMNO supaya UMNO menjadi lebih dapat di terima olih rakyat.

Pada pandangan saya perkara yang amat ketara (dan ini sedang dipraktikkan olih pakatan Najib - Hishamuddin - KJ? dll.) adalah NEPOTISM/A. Tabiat ini dibawa olih adat melayu dan amalan Melayu turun temurun mengikut pemerintahan beraja. Tabiat ini terbawa kegelanggan politik...Sanjung anak kerana bapak. Tak apa lah kalau perangai anak tu tak sama dengan bapak....

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Saya di antara jutaan orang Melayu yang bukan ahli Umno. SOkongan
saya terhad kepada Tun (dulu).

Soalan 1 dan 11 agak menarik pada saya. Menarik kerana pada hemat
yang tidak arif politik ini, jawapan kepada keduanya berkait kepada
perkataan "bebal".

(1. Ketidakyakinan dan kemarahan bukan terhadap Umno sebagai wadah
perjuangan tetapi kepada kepemimpinannya yang dianggap lemah,
rasuah, angkuh dan mementingkan diri sendiri;

11. Atau adakah perwakilan Umno akan terus bebal dan bermata
duitan dengan memilih calon-calon yang hambar, rasuah, rendah
moral dan ketinggalan zaman?)

Kepada orang Kedah, ada perkataan "bebai". Saya tak pasti samaada ianya
berasal dari perkataan bebabl kerana maksudnya berlainan.

Mungkinkah orang makin menunjukkan perasaan "bebai" terhadap suku
sakat Umno yang seperti terlebih Tuan dari orang lain. Elitist, kalau
ikut term orang putih.

Ramai sangat dikalangan Pembesar Umno yang Zoom kesana sini dalam kemewahan,
keangkuhan. Macam negara Malaysia ini mereka yang punya.

Umno mungkin parti yang berjuang untuk "untuk agama, bangsa dan negara"
tapi orang Umno? Berjuang untuk siapa Datuk?

Jawapan ini yang pe"meluat"2 (maaf perkataan slanga) Umno cukup nampak.
Kepada generasi baru, Umno seperti parti yang "entrenched" dengan
keruntuhan moral, kelaparan duit haram (comission, atas angin) dan
kesombongan).

Lihat saja komen Ali Rustam selepas KT: Dalam Star - (bukan verbatim) -
yang PAS berjaya sebab orang terpedaya dengan dakyah mengundi PAS dan
DAP dapat pahala, Umno dan MCA (bla, bla) dapat dosa.

Kenyataan seperti ini memperbodoh dan memandang rendah kepada rakyat.

And yet: Ali Rustam bakal bertanding untuk Timbalan Presiden Umno.
Orang yang macam ini yang dapat sokongan dari warga Umno.

Salahkah rakyat untuk menolak dan "bebai" terhadap parti "konon2"
"berjuang untuk untuk agama, bangsa dan negara"?

Wasalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Pandangan saya terhadap perkara2 yg telah Dato' senaraikan:

1. Kepimpinan yg lemah, rasuah, angkuh dan pentingkan diri sendiri
- dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pucuknya, perkara2 inilah yg akan menjadi racun yg akan membunuh pohon UMNO...

2. Di dalam perkara ke 2, UMNO menggunakan isu2 perjuangan agama, bangsa dan negara sebagai tagline mereka semenjak dulu lagi - namun berapa ramai di antara pemimpin mereka dari peringkat akar umbi yg benar2 mengamal, mengambil berat dan dilihat kepimpinan dan perwatakan mereka menjurus kepada kaedah Islam yg kononnya mereka perjuangkan? Kalau ada pun yg nak timbul, mereka akan dicantas..Perjuangan utk bangsa?Lebih banyak manipulasi utk kepentingan diri sendiri menggunakan landasan ini ada la...Perjuangan utk negara? Saya rasa perjuangan guru2 di sekolah dan pensyarah2 di universiti tu utk anak bangsa lagi tulus dan ikhlas..tapi yg selalu dilihat berbaris utk dapat anugerah kebanyakannya bukan ke org politik?

3. Dalam perkara 13 pulak, di dalam mencapai kesinambungan atau memastikan "harta" pencarian dapat di turun temurunkan oleh para pemimpin kpd keturunan mereka, hanya mereka2 yg "berdarah biru" saja yg layak utk memimpin. Di zaman ciber dan perubahan paradigma inipun masih lagi nak diteruskan tradisi ini. Sudah2la tu..ramai lagi org lain yg mampu dan berkaliber yg harus diberi peluang. Apa, susah sgt ke nak jadi pemimpin ni sampai mesti punya darah biru baru boleh layak? Lagipun, kalau dikaji balik rekod performance mereka2 ni, tak ada la impresif mana pun rasanya..

AbeDhil

botax9 said...

Saya, hairan dengan apa yg sudah terjadi dengan UMNO tapi depa masih lagi tak sedaq-sedaq dan meyimpan pemimpin2 yg bermasalah yg rakyat sendiri sudah tau kesilapan pemimpin itu dan sekarang pulak muka depa pulak dok terpampang kat surat khabar mengata org lain pulak bersalah, kalau macam ni la saya yakin UMNO tidak akan ada kerusi dlm piliharanraya akan datang kalau masih tidak ada restructure dlm UMNO sendiri.

Apa yg rakyat dapat akhirnya ? kalau pemimpin sesama pemimpin dok berbalah kata hang salah aku btoi pada hal rakyat sendiri tau yg bercakap tu pun 2X5.

UMNO masih releven kalau pemimpin-pemimpin yg bermasalah ini di lucutkan jawatan mereka. Rakyat masih menaruh harapan ada pembaharuan dlm UMNO.

Botax9

ab said...

Salam Dato,

BN sekarang sudah menjadi liabiliti
UMNO.

Orang MCA tak kuat lagi...dah pilih DAP.begitu juga dengan orang MIC dan Gerakan..pilih lain dari BN.

UMNO teramai ahlinya selain dari PAS.

Untuk kelansungan parti politik orang melayu, UMNO MESTI TINGGALKAN
BN sekarang.

KALAU terus didalam BN..AKAN PUPUS UMNO ni...

UMNO diluar BN akan lebih vocal sentiasa disebabkan tidak perlu
nak `jaga' hati orang lain yang juga menikam UMNO juga akhirnya.

UMNO sudah tamat perkhidmatannya didalam BN...

JANGAN TAKUT membuat keputusan yang tersangat penting untuk anak-nak melayu akan datang.

Abu Bakar Ab Rahman

alrawa said...

Saya ingin menjawab 2 soalan Datuk dengan soalan:
6) Kekosongan apa? 1. Menidakkan kerajaan Pas Trengganu akan royalti minyak 2. BI untuk Maths dan Sains 3. Menganaktirikan Kelantan..........
10)Bolehkah Datuk senaraikan barisan kepimpinan Umno yang berwibawa masa kini dan untuk masa yang terdekat ini?

fital said...

UMNO sedang mengalami kepupusan atas sebab-sebab berikut:

1. kematian- kebanyakan penyokong kor UMNO adalah golongan tua.Golongan muda pula lebih terarah menyokong PAS atau PKR.Apabila gaolongan tua telah ramai mati maka berkuranganlah penyokong UMNO tersebut.

2. celik minda- generasi sekarang lebih celik minda dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

3. ubud dunya- pemimpin UMNO lebih dilihat mengaut kekayaan untuk kepentiangan sendiri dan kroni.

4. perbalahan - sesama UMNO wujud budaya percakaran, berpuak dan saling cuba menjatuhkan antara satu dengan lain.

5. Politik wang - merupakan satu penyakit kanser yang tiada terapi.

UMNO hanya dapat diterima jika ada pemimpin yang benar-benar berkarisma tinggi, berwawsan dan dapat menyatukan semua hati semua pihak dalam satu wadah mengangkat martabat ummah.Juga dapat memahami dan menyelami hati naluri golongan muda.

mardhiah said...

Saya tidak faham kenapa ada cakap-cakap seperti Bee End dan sebagainya dalam komen-komen yang saya jumpa merata-rata, bukan di blog ini.

UMNO tak akan mati walau mereka ditolak rakyat pun. Mereka akan wujud sebagai pembangkang. Saya tak nampak apa perlunya Ahli UMNO bertukar jadi PAS jika pemilihan UMNO pada Mac akan datang tidak seperti yang diharapkan.

Lainlah kalau orang Melayu ini menggunakan politik sebagai batu loncatan untuk mencipta nama.

Tapi saya optimis pejuang tulen masih wujud dalam UMNO. Orang-orang inilah yang akan mempastikan UMNO tidak end up macam Semangat 46. Perjuangan UMNO masih relevant dan diperlukan. Melayu dan Peribumi Sabah Sarawak masih belum bersedia bersaing gaya meritokrasi anjuran Pakatan Rakyat.

Ntahlah, tapi manala tahu ye, keangkuhan dan dosa pemimpin-pemimpin Melayu ini sudah tahap bikin Allah murka dengan semurka-murkanya. Nauzubillah.

fudzail said...

Salam Dato'
Sempat juga mengahdiri majlis Pak Lah dengan rakyat Malaysia di Dubai malam semalam. Banyak kerusi yang kosong walau makan free di Shangri la.
Begitu membosankan. pak lah datang lewat dekat dua jam...
Cerita saya di sini http://1426.blogspot.com/2009/01/pertemuan-dengan-pak-lah-di-dubai.html

fudzail said...

Salam Dato
Saya sempat menghadiri majlis pertemuan Pak Lah dan rakyat Malaysia di Dubai.
Banyak juga kerusi kosong.
Membosankan dan Pak Lah datang lewat hampir dua jam.
Cerita saya di http://1426.blogspot.com/2009/01/pertemuan-dengan-pak-lah-di-dubai.html

Anonymous said...

bagi saya, umno memg xboleh diubah dh..
pelan..rancangan memang bagus..
apa yang diwar-warkan media juga memang kelas A

tapi perlaksaanaan nya...gagal...
kelas g..

kalau bab2 tuduh2..fitnah2..
duit2...memang A balik...
..
ni memg senario yg boleh dilihat dgn jelas..walaupun xamek tahu sgt mengenain politik ni..



..mann..

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya amat berterimakasih atas sumbangan para pemimpin lampau walaupun sebagai manusia kita banyak kelemahan dan sering membuat kesilapan.

Dengan barisan pemimpin yang berwibawa dan berwawasan, parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan yang lain (termasuklah DAP) telah diterima sebagai pembela nasib rakyat.

Sesebuah parti politik adalah satu "reflection" terhadap kualiti serta komitmen ahli-ahli serta pemimpin mereka terhadap perjuangan yang dilaungkan. (A political party is a reflection of the quality and commitment of its members and leaders to its struggle.)

Pada zaman lampau, UMNO adalah parti pembela rakyat kerana ahli serta (terutama sekali) pemimpin mereka amat mementingkan kesejahteraan rakyat dan negara. Tetapi amat memilukan keadaan semasa. Sekarang poket diri sendiri, bini, menantu serta suku-sakat diberi keutamaan sehingga para ahli UMNO dan pemimpin mereka lupa akan hak rakyat.

Sekarang rakyat mesti tunduk akan kehendak pemimpin yang mereka pilih. Jika tidak, yang tidak bersetuju atau menegur akan dipinggir... Duit rakyat digunakan sewenang-wenang untuk keluarga serta suku-sakat.

Olih kerana keadaan sedemikian amat berleluasa maka terbitlah kebencian saya (yang hanya satu undi) terhadap UMNO serta para pemimpin mereka. Kebencian ini makin terserlah makin membara sehingga ada kemahuan besar hendak melihat UMNO kalah lebih terok dalam pilihanraya akan datang!

Jika ahli-ahli UMNO membuat kesilapan dengan memilih pemimpin tertentu (terutama sekali Khairy Jamaluddin), maka kemarahan saya (yang hanya satu undi) akan memuncak dan akan berkerja keras secara sukarela untuk memastikan UMNO kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang.

Selain dari itu, saya juga akan menilai kebijaksaan Najib sebagai Menteri Kewangan (dan bakal PM) dalam memandu negara keluar dari kemelut serta kegawatan ekonomi sekarang akan menjadi pengukur samada UMNO patut terus memimpin negara atau sebaliknya.

Setakat ini tidak nampak langsung kewibawaan serta kebijaksanaan Najib untuk memimpin negara keluar dari kemelut serta kegawatan ekonomi. Najib masih lagi melaung irama merdu menidakkan kegawatan ekonomi walaupun amat jelas yang negara sedang menghadapi kegawatan serta kemelut yang lebih teruk dari krisis 1997/98!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Dato'
Apa kah masih ada dan siapakah pemimpin UMNO yand berwibawa yang dapat kita lihat pada bulan Mac ini?
Rasa nya ini lah persoalan yang perlu di selesaikan.
Inilah krisis kepimpinan organisasi yang amat sukar untuk di perbetulkan.
The way forward is to bring in an outsider with credibility and experience, failing to do it then spell disaster for UMNO. The present leaders within UMNO has lost so much ground. The damage is so severe and the damage control was not done and if done is too late.
My take on your question Dato', alamak!!! kalau zaman sekolah dulu saya akan terbalik kan kertas soalan tersebut and walk out of the exam room.
Let us wait, if any UMNO top guns read your article and see how they react to your questions and see their indirect respond in the MSM. Harapan sahaja Dato'kita rakyat biasa yang akan menerima segala bencana olahan mereka yang digelar pemimpin. dh9753

fendy_ahmad said...

Salam,

UMNO masih relevan dan UMNO WAJIB kembali kepada asas niat penubuhannya - DEMI BANGSA DEMI NEGARA DEMI AGAMA ...

Presiden UMNO WAJIB tahu bahawa dia menjadi PM kerana dia adalah PRESIDEN UMNO ...

Janganlah PRESIDEN UMNO di bawah kawalan PM tetapi PM itu perlulah berada di bawah PRESIDEN UMNO...

Senang Lenang said...

Salam datuk tumpang lalu,dulu sebelum pilihanraya di kuala trg, dalam hati saya berkata, mintak-mintak lah BN kalah, sekarang bila dah habis pilihanraya, hati saya rasa kesian pula dekat Najib, sama rasanya kesian saya ni pada Anwar masa jadi TPM dulu. Apa yang boleh mereka buat, dah kehendak boss dia macam tu... huh.... entahlah, Nasihat saya, Malaysia ni kecik je, jangan gaduh-gaduh, nanti sape nak jaga.

Senang Lenang

anak parit said...

Salam DAKJ,

Saya setuju dengan pandangan Dato' , memeang UMNO masih jauh dari fasa nazak kerana jika di buat penilaian pada PRU 12 dan PRK PP dan KT, UMNO masih mendapat sokongan dari orang melayu, jumlah undi yang diperoleh mampu mencerminkan sokongan pada UMNO.
Jika dilihat di Perak, UMNO masih menguasai undi dengan kerusi yang di menangi UMNO ialah 27 berbanding PAS 6, fasa nazak UMNO akan menjadi dekat sekiranya UMNO tak mengambil pendekatan secara reformasi besar-besaran untuk mengubati sindrom hilang keyakinan pengundi pada UMNO.
Langkah-langkah yang diambil Pak Lah mungkin berada pada landasan yang betul dan kesinambungan langkah tersebut perlu diteruskan oleh Najib bila beliau mengambilalih tugas Pak lah pada Mac nanti.
Rakyat mahukan perubahan yang mampu memakmurkan ekonomi mereka seperti penurunan harga barang dan kos sara hidup seperti sebelum Pak Lah naikkan harga bahanapi kepada 78 sen dulu.
Ambillah peringatan Saidina Umar R.A bila di berpesan kepada wakil-wakilnya di wilayah jajahannya iaitu " Berhati-hatilah kepada rakyat yang kelaparan dan peniaga yang kekenyangan"....

Anak-Parit

Vesu said...

penglibatan kaum india dalam ngo professional dan pertubuhan buruh lahir dari semangat sukarelawan dan keinginan untuk berkhidmat untuk masyarakat . Mereka tidak di dorong,di pimpin ataupun di sokong oleh parti-parti politik seperti MIC misalannya . Oleh yang demikian soal survival kaum tidak seharusnya bergantung pada satu parti politik semata-mata. umno masih relevan dan perlu membuat rombakan drastik dan menerima hakikat bahawa ia perlu compete to serve the nation

perfectwater75 said...

Salam!

bagaimana UMNO akan berubah kalau kepalanya masih 'busuk' dan rendah imejnya serta tidak mendapat kepercayaan rakyat? Ahli UMNO terpaksa menerima seorang presiden baru mahu atau tidak dan kalau kita hendak tunggu juga apa yang akan berlaku pada Mac nanti, rasanya ia tak mampu mengubah apa-apa lantaran wajah UMNO yang semakin hodoh di pandangan umum rakyat dan yang hanya mampu mengubah bukan perwakilan UMNO ke PERGUNG UMNO Mac nanti tetapi akar umbi yang kehilangan hak untuk memilih pemimpin sebenar yang mereka mahu.

thx!

imah said...

salam datuk,

orang melayu yang muda tidak nampak apa sebenarnya perjuangan UMNO. mereka lebih percaya dan taksub dengan PAS atau PAKATAN. mereka hanya memikirkan jangka masa pendek. jika mereka berfikir panjang, saya yakin mereka akan nampak jelas kenapa perlunya UMNO untuk Melayu dan kelangsuangan Melayu...

amoker said...

Don't worry la... human will find a way to evolve. ( quoting Jurassic Park). UMNO is now a dinosour. :)
THe Malays will do more than well to survive. More importantly, can Malaysia survive?

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sebahagian besar kami ingin melihat umno gah bangkit membela nasib agama dan bangsa, bagaikan tiada harapan melihat pemimpin2 melayu yang tamak dan sarat dgn agenda peribadi, kalaulah melayu ini lahir bukan dalam islam, saya percaya melayu sudah lama dipijak2 dibumi sendiri, islamlah penyelamat bangsa melayu, mengapa tidak kita memberi sokongan kepada parti yg perjuangkan islam, bersatu dibawah islam adalah lebih global dari dibawah melayu, saya yakin selepas tsunami politik melanda di Malaysia, segala bentuk penyelewengan di bersihkan dan disusun atur berlandaskan islam sebenar, bangsa melayu akan kembali bersatu samada dibawah umno, pas atau pkr ataupun satu parti baru yg relevan pada waktu itu nanti, isyaallah,

p/s : keputusan kita hari ini adalah untuk anak cucu kita nanti.....TAKBIR

HAMBA ALLAH

nanang said...

Dato',

Bagi saya sukar untuk UMNO untuk berubah secara Total. Budaya dan kelaziman besar kepala dan bongkak sudah menjadi pengetahuan umum. Ahli-ahli UMNO begini bagitu banyak dalam masyarakat. Tindak tanduk mereka membuatkan orang muak dalam diam.

DEB hanya untuk dimanafaatkan oleh orang-orang UMNO yang tamak sahaja, bukan untuk semua warga Melayu.Lihatlah sekeliling.Ini berlaku setiap hari.

Anonymous said...

seronok sungguh bila baca hint dalam paper norza 'khadam' KJ ada dalam tahanan BPR

harap2 boss dia pon kena juga nanti.aminnnn

jangan hangat2 taik ayam sebelum pencen dah la hehehe

- rimau

Shorty,William said...

Saya tidak yakin pemilihan baru Mac ni akan mendatangkan barisan pimpinan yang bersih.Berdasarkan pemerhatian 80% kepimpinan UMNO sediaada terlibat dalam aktiviti - aktiviti "tidak sihat",sementara pemimpin diatas hanya sibuk menjaga periuk nasi sendiri.Kalaupun ada pemimpin yang masih berjiwa murni , tidak akan dapat naik keatas kerana yang memilih adalah mereka-mereka yang tidak sihat jugak.
UMNO hanya akan dapat pemimpin yang baik jika hak pemilihan di beri kepada setiap ahli,bukan sekelompok perwakilan yang dah kompom tidak sihat.

awi.prt8 said...

Salam hormat dato`,

Hanya satu soalan dari saya,"KEMANA PERGINYA KERTAS CADANGAN YANG MENYARANKAN PEMILIHAN PEMIMPIN UMNO DIBERIKAN KEPADA AKAR UMBI"?Inilah yang dimahukan oleh akar umbi,PERUBAHAN YANG TOTAL,bukan menghantar wakil yang besar kemungkinan boleh berubah hati dan berubah undi.

Zaman dahulu menghantar wakil kerana faktor kewangan,logistik dan space constrain.Masalah yang bukan lagi satu masalah besar pada zaman ini.

Pada pendapat saya G7 sudah tidak relevan lagi sekarang ini.
BERANI BERUBAH???

WASSALAM.

Roti Planta said...

Dato',
Andaikanlah Dato' Abdul Kadir Jasin menjadi Presiden Umno dan Pengerusi BN pada Mac nanti. Siapakan yang akan Dato' namakan untuk menjadi
1.TPM
2. Menteri Luar
3. Menteri Kewangan
4. Menteri Dalam Negeri
5. Menteri Pertahanan
6. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
7. Menteri Pendidikan
8. Menteri Luar

Harap dapat Dato' isikan dengan tokoh-tokoh Umno semasa samada yang akan bertanding atau tidak atau pelapis. Jika Dato' gagal namakan pemimpin yang baik atau Dato' namakan tokoh yang 2x5 dengan yang ada sekarang maka terbukti Umno dah 'tak ada pemimpin lagi' dan orang Melayu tidak perlu menunggu Mac untuk mengisi Borang Keahlian Pas.

Bye/Roti Planta

Nid said...

Salam Dato'

Sebenarnya orang Melayu kini benar-benar dalam dilema. Nak sokong Umno pun susah ,nak sokong Pas pun susah. Umno yang saya kenali dahulu pentingkan agama, bangsa dan Negara tetapi kini telah mengenepikan perkara-perkara tersebut hanya semata-mata untuk kekayaan dan kuasa. Untuk kekalkan kuasa, mereka menjadi bisu, "apologetic" walaupun Islam dan bangsa Melayu dicemoh. Kenapa mereka bersikap demikian? Ia adalah kerana mereka berasa bersalah kerana telah banyak mengaut kekayaan Negara untuk suku sakat mereka. Tengok saja keadaan semasa Pilihanraya kecil Kuala Trengganu, mereka lebeh memujuk orang-orang bukan Melayu dengan pemberian yang lumayan daripada memenangi hati orang Melayu yang merupakan tunjang kepada "survival" Umno sendiri.

Pas pula juga telah menukar rentak setelah mendapat sokongan. Dahulunya banyak bercakap mengenai Islam seolah-olah ianya parti yang tidak akan berkompromi soal Islam. Tetapi apabila orang-orang bukan Islam mencemoh Islam, pemimpin-pemimpinnya juga tidak bersuara. Bila bangsa Melayu dicemoh, Pas juga tidak bersuara kononya berjuang berlandaskan bangsa adalah "asabiah". Hakikatnya jika orang Melayu tidak menyokong Pas saya rasa Pas bolih mimpi untuk mengwujudkan negara Islam.

Ahmad fairuz said...

Dato Kadir,

Saya sempat bertemu dan berbual dengan TUN Musa yang mengikuti rombongan Membuang Masa Pak Lah melawat Timor Tengah.Membuang Masa dan wang kerajaan kerana lawatan pak lah ini memang tak tentu tujuan.Yang sedehnya sawaktu Pak lah sampai di Baharin dan Qatar,ketua Negara meraka berada Di Kuwait kerana menghadziri sidang ekonomi Timor tengah.

Apa kata Pak Lah mengenai UMNO.UMNO akan menjadi tidak relevant lagi kapada orang melayu jika pemimpin2 UMNO yang ada sekarang maseh lagi memegang jawatan baik dalam kerajaan atau Party.Tugas najib yang paling besar sekali ia lah menukarkan semua Pemimpin ini dengan muka2 baru.Ada kah Najib boleh melakukannya.Musa tak yakin.

Musa juga berkata Pakatan Raayat bukan lah kuat sangat.Mereka menjadi kuat kerana UMNO dan BN lemah.Orang India telah menolak MIC.Orang Cina telah menolak MCA dan Gerakan.Orang Melayu muda dan Profossional menyertai PAS.Yang tinggal dalam UMNO ia lah pemimpin yang Corrupt.

Musa juga berkata yang akan menang Timbalan President UMNO ia lah ALI Rustam.Mahayuddin can say goodbye.Yang akan menang Ketua Pemuda ia lah Khir Toyo.Khairy dan Mukriz juga can say goodbye.Ini kerana orang UMNO mahu pemimpin yang tak ada hubongan dengan Mahathir san Pak Lah.Mereka berpendapat kedua2 Pemimpin ini lah yang merusakkan UMNO.Untok Wanita pula Tun kata Rafidah akan menang,atas sebeb yang sama.

Saya bertanya bagaimana dengan Pengaroh Rosmah ka atas Najib.Ia berkata apa yang dengan dari percakapan kawan yang rapat dengan Najib ini merupakan cabaran utama kapada Najib.

Saya bertanya,berhubongan dengan Tun Mahathir.Ia berpendapat salepas najib,Tun mahathir mahu Mukriz ambil aleh.Pak lah mahu Khairy ambil aleh dan najib mahu Hishamuddin ambil aleh.Iaberkata Tun mahathir dah hilang pengaroh.

Akhir sekali saya bertanya Tun sabagai Chairman Sime Darby,kamana kah arah tujuannya.Ia berkata Sime Darby akan membuka ladang Kelapa sawit di Peru.?Saya kata Why Peru.Balek kampong kah.Tun Musa senyum.

Anonymous said...

Dato,
Generasi saya ramai yg sokong PAS atau PKR. Padahal mereka jugak yg menikmati dan berjaya hasil DEB idea UMNO. Kalau UMNO bungkus satu hari nanti, semua orang Melayu akan masuk/sokong PAS dan PKR.

Penghijrahan ramai-ramai orang melayu (bekas UMNO) ke parti substitute ini pasti meberi kesan pro and con kepada parti ini. Mungkin lama-kelamaan parti substitute ini akan copy (kalau tak semua, sedikit) polisi UMNO selama 50 tahun ini.

Orang melayu akan tetap kuat dan dominan dalam senario politik negara walaupun mereka dalam PAS atau PKR kerana mereka majoriti di Malaysia. Segala polisi/idea yg tidak memihak kepada bangsa melayu (yg lazimnya ada pada PKR atau PAS sekarang) pasti akan ditukar atau diperbaharui. Polisi/idea politik adalah ciptaan manusia.

Kalau UMNO perlu dijadikan korban untuk orang Melayu lebih kuat, cemerlang dan terbilang. So be it!

orang jauh

Azizahns said...

dato'
pada hemat saya... masalah persepsi buruk terhadap umno dikalangan rakyat pada ketika ini sangat tinggi sehinggakan umno telah dnilai seperti penjual di kaki lima. semua kata-kata macam bagus tapi siapa yang percaya.

satu lagi... masalah pentadbiran agensi-agensi kerajaan. walaupun ade pemim[in yang bagus tetapi kakitangan kerajaan yang malas bekerja membuatkan orang ramai beranggapan semuanya salah kerajaan.

contohnya jabatan kebajikan malas turun padang melihat atau meninjau kesusahan rakyat, lambat hulur bantuan.... yang dipersalahkan adalah kerajaan.

ataupun jabatan -jabatan seperti tanah dan galian, perumahan yang tidak efektif atau lembap proses urusan dan tuntutan hingga berbelas tahun... yang disalahkan tetap kerajaan dan bn.

rumusannya walaupun kakitangan kerajaan yang lembap dan malas ini yang punya angkara... kerajaan/bn yang tetap dipersalahkan.

ikhlas said...

Datuk A Kadir Jasin yang dihormati,

Terlebih dahulu saya ingin meminta izin untuk "link" blog Datuk ini dengan blog saya.

Komen saya mengenai tulisan Datuk yang terbaru ini pula senang sahaja.

Kalau keputusan PRK Kuala Terengganu hendak dijadikan ukuran releven atau tidak relevennya UMNO dalam gelanggang politik negara, kita perlu ingat yang ia masih berupaya mendapat 30,000 undi dikala popularitinya dikatakan berada pada tahap paling rendah.

Kalau hanya dapat 190 undi macam calon bebas tu, barulah kita boleh kata UMNO sudah tidak releven lagi.

Terima kasih.

slyderrose said...

Silapnya umno ialah lupa segala-segalanya kecuali kedudukan, projek dan duit. Sampai nak jadi calon pun kena hulur wang dan kini dah jadi budaya. Dah kalah mula mengunakan ketuanan melayu. Masa mendapat sokongan rakyat mana ingat ini semua.? Hipokrit. Apa sangatlah yg ada dengan ketuanan melayu. Apa yg penting ialah ketuanan Islam. Allah SWT tak tanya pun awak melayu ke cina..

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Ini statement dari DPM hari ini (januari 23, 2009) yang bercanggah dengan statement Sime Darby pada 5 January 2009. Saya lampirkan kedua-duanya:

Najib: No Decision Yet On New LCCT In Labu

PETALING JAYA, Jan 23 (Bernama) -- The government has yet to decide on low-cost carrier AirAsia's proposal to shift KL International Airport's (KLIA) low- cost carrier terminal (LCCT) to Labu in Negeri Sembilan, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

"We are looking at it but have yet to make any decision. I cannot pre-empt the decision by making an announcement," he said.

He was speaking to reporters after witnessing the handing over of the Bombardier CL415 amphibious aircraft to the Malaysian Maritime Enforcement Agency at the Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang today.

Najib said the government was studying the Labu LCCT proposal to see "if we can go ahead or we need to make a different arrangement."

To be called KLIA-East @ Labu, the proposed new low-cost carrier terminal is expected to sustain AirAsia's exponential growth as opposed to the LCCT at the KLIA from where it is operating now.

AirAsia chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes earlier this month said that the country's premier low-cost carrier would go bust if it sticks to the KLIA LCCT, as it would be unable to handle passenger growth a few years from now.

The new LCCT, to cost RM1.6 billion on a 2,800-hectare site, would be built under the private financing initiative by conglomerate Sime Darby Berhad and the budget airline.

If the government gives the green light for the project, the new LCCT is expected to be ready by March 2011.-- BERNAMA

Ini pula announcement Sime Darby pada 5 Januari 2009:

Type : Announcement
Subject : Sime Darby Berhad
Proposal to develop a private low cost carrier terminal
("Proposed LCCT Project")

Contents : We refer to Sime Darby Berhad's ("Company") announcement on 23 December 2008 on the above matter.

The Company wishes to announce that it had, today, obtained approval from the Government of Malaysia to proceed with the Proposed LCCT Project.

The Proposed LCCT Project is an integral part of the Company's development plan for its Negeri Sembilan Vision City ("NSVC"). NSVC is part of the Company's Central Vision Valley ("CVV") property development project spanning Selangor and Negeri Sembilan.

This announcement is dated 5 January 2009.

Siapa yang tipu, Datuk?

Si Tenggang.

Iszad said...

Salam dato'

Saya merupakan generasi lahir 80-an - ahli UMNO dan bekerja kerajaan. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya, UMNO memerlukan perubahan yang radikal (seperti yang dicakap oleh Muhyidin) bagi menarik sokongan rakyat.

Terlebih dahulu, UMNO perlu kenalpasti kelemahannya sekarang iaitu:
1) rata-rata rakyat menganggap masuk umno adalah untuk mendapatkan habuan dan projek, bukan lagi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Sebab itu, begitu banyak NGO serpihan yang wujud disebabkan UMNO meninggalkan vakum yang besar dan tidak menjalankan tanggungjawabnya.

2) no money no vote --> itulah sinonim umno. sekiranya mahu jadi calon, perlu wang untuk kempen, baik di cawangan dan bahagia. perkara ini cuba di'apply' dalam pilihanraya kecil dan umum yang mana melibatkan rakyat awam terutama golongan muda yang bukan ahli umno. Bagi mereka...menerima wang atau dirahsuah untuk mengundi adalah menjijikkan.

3) taktik menyerang kredibiliti pakatan rakyat/negeri pembangkang secara besar-besaran dalam media adalah perkara yang memualkan. Rakyat beralih kepada media alternatif/blog yang lebih neutral.
Kedengaran, circulation prime newspaper jatuh..sebab rakyat jelak dgn isi kandungannya

4) menyedari hakikat, umno tidak lagi berjaya menarik hati golongan muda dan intelektual. lihat bandar2 yang mana ramai golongan profesional dan intelektual melayu seperti bangi, kajang, shah alam, gombak dan hulu kelang..semua jatuh kepada pakatan rakyat

5) perlu sedar, rakyat cina terutama golongan muda lebih tertarik kepada dap, yang lebih appealing. Begitu juga golongan india.

6) umno dilihat parti kepada golongan kontraktor, artis dan korporat. mungkin orang kampung juga.

7) pemimpin menunjukkan sikap buruk perangai. menteri2 umno menunjukkan sikap berdendam (isu zahid hamidi dan menteri2 lain). negeri yang pakatan rakyat dianaktirikan dlm beberapa tindakan.

Apa yang perlu dilakukan:

1) bersikap gentleman dan mengamalkan sikap mesra, termasuk dengan pemimpin dan penyokong pembangkang. ini termasuk..menghadiri ceramah2 pembangkang untuk mengambil iktibar sekiranya terdapat kelemahan2 mereka yang dihighlightkan.

2) kalau perlu, terima juga sebagai tetamu dan penceramah jemputan sebagai kapasiti menerangkan dasar2 kerajaan dan mengamalkan sikap terbuka dalam menerima kritikan

3) biro2 umno perlu kembali aktif. aktif bukan hanya utuk pemimpin dan ahli umno tetapi untuk rakyat termasuk pembangkang

4) ceramah2 intelektual umno, kalau sesuai, turut jemput penceramah yang bersesuaian daripada pembangkang.

5) majlis agama umno --> jemput ustadz2/pemimpin berwibawa daripada pas untuk bersama2

6) hapuskan jkkp atau apa sahaja struktur pentadbiran yang memecahbelahkan rakyat dan orang melayu

7) pemimpin2 umno...kerap2 la ke surau dan masjid serta beramah mesra dgn org kuat surau/masjid walaupun mereka pembangkang.

8) hentikanla taktik menabur janji dan wang sewaktu pilihanraya. berkempenla cara adil dan tidak menggunakan jentera kerajaan

9) akhbar perlu lebih telus, tidak lagi berat sebelah.

10) kerajaan pusat bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri pembangkang.

11) pemimpin tertinggi umno peringkat nasional dan bahagian perlu declare harta...tunjukkan rakyat mereka telus

12) adakan debat bagi memilih calon UMNO yang berwibawa. mereka yang bertanding juga patut bersedia untuk bersoal jawab dengan ahli akar umbi tetang agenda yang akan dibawa sekiranya menang.

13) declare juga dana kempen dan company yang sponsor sewaktu pemilihan bahagian dan nasional... (ala-ala kempen presiden US).

14) hentikan sikap pilih kasih dalam memberi bantuan di peringkat kampung2. kalau org tu miskin tapi pas, bagi la juga bantuan kalau dia layak.

15) perlu ingat satu perkara. pilihanraya umum akan datang, org akan undi calon bukan parti. kalau parti umno tapi calon bermasalah, takkan menang juga.

16) pemimpin umno di tahap menteri. hentikanla perbezaan politik sempit dalam menjalankan urusan pentadbiran. beberapa perkara nasional seperti ekonomi, perpaduan dan pendidikan, perlu libatkan juga kepakaran2 daripada pihak pembangkang. (get the best from both world...seperti obama).

17) engaging the rakyat: wujudkan team pemantau ICT yang mana tugas mereka adalah membaca blog dan komen2 serta mengenalpasti kelemahan2 pemimpin umno yang dihighlight

mizan said...

Sudah jelas dan nyata kedudukan UMNO kini amat-amat terdesak dalam usaha untuk dibaikpulih selagi pimpinan-pimpinan yang ada sekarang masih berusaha untuk menegak benang basah. Pengorbanan yang besar hendaklah di lakukan secepat mungkin oleh mana-mana pimpinan sekarang yang merasa dirinya berdosa kepada UMNO.( Tepuk dada tanya selera )Kalau dah terlanjur dalam kerja-kerja yang melanggar etika budaya MELAYU ISLAM lebih baik sahaja undur diri daripada bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO menjelang MAC 2009.Tindakan ini akan menyambung hayat UMNO tapi kalau pimpinan-pimpinan yang berdosa kepada UMNO masih mahu meneruskan hajat bertanding untuk menegak benang basah sudah pasti akan cepat UMNO menuju kehancuran.

Malangnya dan ada kebaikan juga pepatah orang tua-tua berpesan
'kalau nak pulih tulang yang patah atau retak hendaklah di hancur dulu baru boleh dibaikpulih"

Andian kini adakah perlu UMNO hancur atau dihancurkan kemudian baru dapat dipulihkan?

Sipakah dikalangan pimpinan UMNO sekarang yang boleh di lantik serta layak sebagai PRESIDENT BOMOH PATAH UMNO? dan selamatkan UMNO.

Kalau tidak sama-sama kita renongkan apakah perbezaan atau kelainan :_

1.Melayu yang berada dalam UMNO dengan Melayu yang berada dalam Pakatan Rakyat.? Dalam keadaan kini juga siapa yang lebih kemelayuannya.Melayu dlm UMNO atau melayu dlm Pakatan Rakyat?

2.Cina dan India yang berada dalam Barisan Nasional dengan Cina dan India yang berada dalam Pakatan Rakyat ?

3.Kita semua rakyat Malaysia.Negara ini perlu di jaga dipupuk agar sentiasa aman dengan pimpinan yang beteraskan Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.



Dalam hal ini Pak Lah mesti bertindak segera sebagai BOMOH PATAH ( kata orang Kedah )

kopiah-sutera said...

sekiranya Pas menjadi parti teras Melayu..saya bimbang dgn menjadikan agama sbg politik memusnahkan kemajuan bangsa Melayu sekaligus menambahkan lagi perpecahan di kalangan Melayu.
-saya berkata demikian merujuk kepada sesetengah fahaman konvesional ulamak dan pengikut Pas itu sendiri.
-salah tafsir tentang agama Islam boleh berlaku apabila bertembungan fahaman tradisinal dgn moden
-kejumudan berlaku apabila "kulit" atau luaran dipentingkan berbanding asas dalaman jati diri...
-Melayu Islam perlu bebas drpd fahaman begini!

aNaK BaPaK said...

kenapa tiada orang mahu sentuh soal dasar parti antara UMNO dan PAS? ya..sebab itulah ramai yang tiada faham apakah itu PAS dan apakah pula UMNO...statement ini mungkin kedengaran agak tergantung..tergantung pada mereka yang malas berfikir!!!

mohd khairi said...

Assalamualaikum Dato'KJ

selepas pru12,banyak ulasan dan komen ttg. permasalahan di dalam UMNO hangat diperkatakan di blog dato.Macam macam ada,sehingga yang terakhir prk KT.

Namun tiada apa perubahan daripada kelompok UMNO malah makin merosot dan merundum kepopuloritinya.
Nak tanya pada Dato',adakah orang UMNO ni ambil tahu apa yang terkisah dalam ruangan komen para blogger atau ada sindrom "aku peduli apa orang nak tulis".

Atau ulasan serta komen mengenai UMNO yang diberikan oleh para blogger sememangnya tak boleh diterima atau dipercayai, apatah lagi diguna pakai.

Buktinya pada prk KT. UMNO terus dibelasah.....

dinturtle said...

Salam Dato' ,

Saya setuju dengan point no.1 dato'. walaupun bukan ahli Umno, namun saya masih mengharapkan Umno dapat menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu dan ugama Islam. Tapi bukannya dengan barisan pemimpin nya yang ada sekarang. Pemimpin yang ada sekarang semuanya akan hanya menghancurkan Melayu !

Ada yang masih cuba mempertahankan Umno berdasarkan 30ribu undi di P36 bagi menunjukkan Umno masih relevan. Hmm.. adakah mereka yang mengundi Bn itu menyokong perjuangan Melayu Umno ? Atau mengundi Bn kerana sebab lain ?

Cuba tolak undi 'takut' - mereka yang undi BN kerana takut dikenakan tindakan kalau undi Pas, contohnya pekerja2 sektor awam/kerajaan, pusat maupun negeri.Ini termasuk kaum keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak2, ibubapa, yang turut 'dinasihati' untuk menjaga periuk nasi. Tolak undi 'rasuah' -
walaupun ramai yang terima rasuah ehsan tapi tak undi Bn, ramai juga yang terasa terhutang budi contohnya para kontrektor yang baru mendapat projek ala kasino, ini termasuk keluarga dan pekerja2 yang 'dinasihati' untuk menjaga periuk nasi. Tolak undi bukan Melayu - kerana kita tengah mencongak kekuatan sebenar Umno dikalangan Melayu antara 30ribu itu.

Nah, rasa2nya Umno masih kuat ? Bayangkan Umno menjadi pembangkang, tidak punya akses kepada segala kemudahan kerajaan, tidak ada majlis2 yang perlu diresmikan semasa pilihanraya, tidak punya kuasa mengeluarkan wang rakyat untuk diagih2kan sebagai wang ehsan seolah2 Umno yang empunya wang, masih dapatkah 30ribu? maksud saya kalau nak undi Umno adalah semata2 kerana perjuangannya, bebas tanpa rasa takut, rasa2nya untuk P36, Umno hilang wang pertaruhan !

Alasan utama adalah Umno TIDAK BERSIH, duit/harta telah mencemari Umno. Ramai pemimpin telah beri analisis kenapa Bn kalah, disertai seruan perubahan. Tapi tidak ada seorangpun pemimpin yang menyentuh hal korupsi dikalangan mereka sendiri.

Umno perlu dibersihkan sepenuhnya ! Bukan sekadar ucapan2 dan janji2 tapi dengan tindakan dari semua peringkat pemimpin dari presiden umno hinggalah ke peringkat cawangan termasuk JKKK yang dilantik.

Soalan cepumas - kenapa semua pemimpin Umno kaya raya ?

Sesiapa saja yang menggunakan kedudukan untuk mendapat keuntungan harus meletak jawatan atau disingkirkan dan di ADILI. Ada yang dengan sinis akan berkata, takde pemimpinlah Umno kalau macam tu ! So be it !

selagi ada walau seorang pun pemimpin yang berjiwa duit, ia akan menjadi barah dan merosakkan Umno dari dalam.

Semua pemimpin harus menyatakan segala harta mereka baik dibawah nama sendiri atau keluarga terdekat. Mereka harus jelaskan bagaimana mereka mampu mempunyai harta tersebut dengan gaji yang mereka dapat. Letak segala jawatan didalam sektor korporat (pengerusi, ahli lembaga pengarah dll) yang diterima atas dasar jawatan didalam parti dan kerajaan.

Ada pemimpin Umno yang berani menyahut cabaran ini ? PASTI TIDAK ADA ! makanya akan terkuburlah Umno...

azienmat said...

"Umno: Antara Kelangsungan dan Kepupusan"

Bagi golongan veteren dan senior seperti The Scribe memang nampak masalah yang berlaku samada ia berbentuk keresahan, ketakutan atau kegembiraan atas nasib yang berlaku terhadap UMNO.

Sebuah parti yang sinonim dan tak boleh hilang dalam lipatan sejarah Malaysia ini. Parti yang memerdekakan negara dan dianggap 'parti pemerintah selama-lamanya'.

Tapi bagi golongan muda (bawah 40an) dan yang kebawah tidak lagi melihat seperti itu. Apa yang kelihatan kini itulah yang kami nampak, paling kuat 10-20 tahun yang lalu. Ada yang berkata UMNO dah lama mati bersama arwah-arwah bapak, pakcik dan atuk mereka yang yang satu waktu dulu memakai songkok hitam UMNO.

Maaf cakap, ramai golongan muda ingin berkata UMNO perlu 'dilongkangkan'.

Jadi, apa perlu semua yang disebut diatas. Ia simple, ia adalah kegagalan UMNO melahirkan pelapis mereka sendiri, dan lebih malang secara tak sedar orang UMNO dan penyokongnya sendirilah yang menambah ramaikan bilangan penentang dan pembangkang mereka, merekalah yang melahirkan pelampau2 bangsa cina dan india, golongan2 yang menuntut kesemarataan, dan paling hebat mereka sebenarnya menghakiskan melayu di dalam UMNO sebaliknya mengPASkan umat melayu, lawannya tak perlu nak tarik sokongan pun rakyat terasa bangga menjadi pembangkang.

UMNO terbawa2 angin perubahan revolusi yang dibawa dari Iran tahun 1979. Mereka ingin bersama-sama revolusi tersebut tapi mereka gagal menerapkan unsur Daawah dalam parti itu.

UMNO gagal meneruskan kesinambungan dan kelangsungan zuriat mereka sendiri, tapi mereka tak sedar pun semua ini. Memanglah akan jadi macam tu, tak reti. UMNO MANDOL.. Monyet pun tahu.

The Scribe tahu apa kegagalan UMNO..
..Pendidikan

azienmat said...

Kita perlukan pelapis, bukan masih bertongkatkan jeneral perang yang dah bersara. Itu tidak adil dan tidak menyelesaikan masalah jangka masa panjang. Kehidupan perlu diteruskan.
Kita-kita dan golongan akan datang yang perlu memikul tugas tersebut.

sap said...

Salam Dato'....
Pertama sekali sy bknlah penyokong pembangkang juga bkn kerajaan.
Namun sy kurang bersetuju dgn ulasan dato' mengenai apakah akan terjadi kpd pas jika ahli umno ramai2 berhijrah ke parti itu.Ini kerana,sepolitik2 pas pun,parti itu tetap mengutamakan Islam dlm ideologinya.Jadi tidak wajar bg sy untuk Dato' menyamakan 'penyakit' umno dgn pas.Seperkara lg Dato', yg menjadi tanda tanya sy,apakah kita (org melayu beragama Islam bemastautin di Malaysia) lebih risau akan 'Melayu' atau Islam?Tepuk dada tanya selera.
Dan saya juga memohon jasa baik Dato' utk mengulas mengenai penangkapan beberapa ahli umno oleh Suruhajaya Rasuah(sy tdk berapa igt nama penuh).Persoalannya,mengapa tangkap anak ikan sahaja,bapak2 ikannya bagaimana?

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato',

Pada hemat saya kekuatan UMNO masih utuh. Hanya imej pemimpinnya sahaja dipersoalkan.

Berdasarkan fakta, yang patut juga dipersoal ialah BN. Adakah berbelas parti komponen di dalam BN menyumbang atau menumbangkan BN.

Ingat, yang bertanding di pilihanraya ialah BN. Bukan UMNO lawan PAS. Bukan UMNO lawan PKR. Banyak bezanya bagi mereka yang mahu berfikir. UMNO tanpa beban BN (parti komponen) yang digalas lebih mudah menewaskan PAS atau PKR apatah lagi DAP.

Mungkin sudah tiba masanya Gerakan, MIC dan MCA dihalusi relevannya di dalam BN.

Orang Melayu kena ingat: lebih mudah tumbangkan BN semasa BN diterajui UMNO. UMNO di dalam BN sangat bertolak ansur. TETAPI, mustahil nak tumbangkan Pakatan Rakyat yang diterajui parti yang majoriti bukan Melayu kerana jika Pakatan Rakyat dapat 2/3, segala undang2 akan dibuat atau diolah untuk memastikan mereka tidak akan tumbang secara pilihanraya. Hasilnya nanti ialah negara yang kacau bilau.

Jangan terhantuk baru terngadah. Iraq boleh dijadikan contoh.

*manletih*

ZURICH AL Qaaf said...

BPR... boleh menjadi PERDANA MENETRI tok..
SEMUA AHLI UMNO termasuk saya pernah terima habuan rasuah..dari pemimpin UMNO.

jangan buat bihun atau sewa hotel 2009 bulan 3 ni..suruh depa buat mesyuarat di bukit jalil..

aNaK BaPaK said...

jelaslah rupa-rupanya manusia spisis UMNO ini berfikir bahawa orang lain lain pun berfikir macam dia fikir..seperti pencuri yang berfikir orang lain pun nak mencurik macam dia jugak..

lihatlah komen "manletih"...

"jika Pakatan Rakyat dapat 2/3, segala undang2 akan dibuat atau diolah untuk memastikan mereka tidak akan tumbang secara pilihanraya. Hasilnya nanti ialah negara yang kacau bilau."

UMNO jangan ingat orang lain semua nak buat macam dia buat..UMNO sudah bisasa dengan penyelewengan, penipuan, perasuah, pembohong, pencurik harta rakyat dan negara, zalim dan lain-lain lagi..maka dia pun berfikir orang lain yang mahu ambil alih kuasanya juga nak buat seperti yang dia buat..dia fikir semua orang berfikir seperti fikirnya..dia fikir orang lain pun akan zalim macam dia. dia fikir orang lain akan buat kerja seleweng dan rasuah macam dia, dia sekarang ni yang suka sangat buat undang2 untuk melindungi dia, dia pun fikir orang lain akan buat macam mana dia buat sekarang...

apa maksudnya ini...

maksudnya adalah..UMNO cukup takut dengan bayang2 sendiri..dia tahu dia zalim, dia tahu dia seleweng, dia tahu dia rasuah, dia tahu dia menipu dan mencurik harta rakyat dan negara..dia cukup takut bila orang lain ambil alih kuasa maka undang2 itu cukup dikhuatirinya..dia takut segala penyelewengannya terbongkar..dia takut penipuannya terbongkar, dia takut perbuatannya rasuahnya diketahui rakyat..UMNO amat takut jika rakyat tahu dialah pelopor rasuah dan kemaksiatan..

UMNOlah yang buat dan pertahan undang2 untuk menghindar dari tumbang dan memastikan dia terus menang..

hakikatnya yang dimaksudkan oleh "manletih" dan spisis UMNO soal huru-hara adalah kehidupan spisis UMNo yang terancam dan huru-hara..pasal apa huru-hara..pasal rakyat umum tahu akan perbuatan keji lagi mungkar yang selama ini dilindungi oleh undang2 gila juga radia/TV/suratkhabar yang dikuasai UMNO..bila Pakatan Rakyat memerintah..maka UMNO hilang pengusaannya ke atas media..maka UMNO dan spisis2nya amat takut untuk menghadapi kehidupan yang dirasakan boleh huru-harakan hidupnya..UMNOlah yang akan huru-hara..bukan negara!!!

Anonymous said...

Dato'

Jika tiang seri sudah dimakan anai-anai. Maka tiangnya perlu diganti segera. Jika tidak, keturunannya akan berpindah ke setiap pelusuk rumah UMNO dan akan memusnahkan UMNO dari dalam tanpa sesiapapun yang menyedarinya.

Maka, UMNO perlu menggunapakai semula formula "Dr. M". Jika ingin melihat rumah UMNO terselamat dan berdiri teguh seperti sebelumnya, selepas ditambah beberapa pengubahsuaian bagi mencantikkan semula rumahtangga UMNO.

Analisa saya, Jika PAS mampu mentadbir negara, setelah berlaku proses penghijrahan ahli-ahli UMNO kepada PAS, maka PAS tetap mempunyai kelemahan dalam kepimpinan.

Alangkah baiknya jika masyarakat Melayu mempunyai 2 pertubuhan parti politik yang mempunyai ideologi yang sama, semangat Islam yang tinggi dan semangat persaudaraan Islam yang mantap.


ADAM AMIN
Kg. Jerlun,
Kedah

Anonymous said...

Salam Dato',
Saya setuju dgn ramai pembahas disini, UMNO sbg satu organisasi adalah wadah perjuangan bangsa yg terbaik. Yg menjadikan ia spt sekarang, maksudnya semakin kurang dihormati kerana dirasakan semakin tidak relevan, adalah kalangan pemimpinnya yg malas tapi tamak haloba. (Malas?? Ya, malas. Rajin berpolitiking tapi bila dgn segala anugerah kontrak dan lesen kita masih susah nak nampak supermarket Melayu, kedai pemborong melayu, kedai spare party dan hardware Melayu). Mereka melalui Majlis Tertinggi dengan sewenang2nya membuat dasar yg akhirnya menghasilkan kalangan pemimpin dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat atas yg menjadikan UMNO kuda tunggangan mencapai matlamat peribadi lebih bebanding matlamat bangsa. Projek demi projek "untuk rakyat" dirancang dan dilaksana tapi disebalik projek yg dilaksanakan itu ada habuan besar utk mereka. Memang sukar utk buktikan apa yg saya cakap tu krn mekanisme utk membuktikannya sudah dipagari dgn akta rahsia, dgn instrumen kerajaan yg dibawah telunjuk parti (UMNO). Maka sang pembesar UMNO akan mengeluarkan kenyataan "itu hanya fitnah dakyah parti pembangkang tanpa bukti" TETAPI itulah persepsi rakyat (yg semakin hari semakin ramai berpersepsi begitu kerana kekayaan dan kemewahan kalangan pemimpin UMNO telalu terserlah untuk disorok2kan, malahan ramai pula yg berbangga dan menunjuk-nunjuk (show-off) dengannya). Keihklasan perjuangan kalangan pimpinan UMNO sudah luntur dan kelihatan luntur. Mac nanti, kita akan melihat kalangan pimnpinan UMNO berhimpun di PWTC. Tidak sukar untuk merasakan mereka berasa mereka boleh buat apa saja utk memerintah negara ini seolah2 undang2 negara boleh diubahsuai mengikut kepentingan mereka. Bukan Melayu dah lama meluat dgn gelagat semacam tu, tapi tanpa mereka sedari semakin ramai Melayu yg turut meluat sama.
Dato',
Rasanya tiada manusia yg mempunyai kuasa pemerintahan yg hebat macam Firaun, tapi dek kerana gagal melawan rasuah pemerintahannya hancur. Terbaru, Shah Iran. Maharaja yg kaya raya tu akhirnya mati dinegera orang. Marcos, mati dinegara orang. Kesemua tu berakhir dgn tumbangnya pemerintahan diganti dgn yg lain. Terlalu banyak contoh cuma kita tak mampu nak mempelajarinya. Rasuah adalah punca utama kehancuran sebuah pemerintahan malahan juga kehancuran sebuah peradaban. Empayar Usmaniah juga hancur kerana rasuah. Rasuah adalah saluran kezaliman dan kebatilan. Yang akan menang adalah kebenaran.
Seperti pernah saya sebut sebelum ni, Mr Clean hampir sapu bersih kerusi parlimen PRU 11. Bersihkanlah UMNO dan bersihkanlah kerajaan nescaya beduyun2 rakyat kembali dibelakang mereka. Anak2 disekolah diajarkan institusi2 negara (YDP Agong, parlimen, kehakiman, perkhidmatan awam) yg masing2 ada jurisdiction, kemuliaan dan protokolnya. Pastikan apa yg anak2 itu pelajari itulah yg sebenarnya berlaku. Apabila ada hakim secara mudah boleh dijadikan kerbau dicucuk hidung (ingat episod "tak relevant" sedikit masa dulu, episod usung tilam ke mahkamah oleh polis, mistyeri "pengundi hantu",..) maka jiwa anak2 muda jadi berontak. Inilah antara rentetan peristiwa yg menjadikan semakin ramai Melayu kecewa dgn UMNO walaupun sebenarnya pimpinan UMNO lah yg menjadikan UMNO dipersepsikan sedemikian. Oleh kerana yg hendakj diperbetulkan itu manusia bukannya wadah maka saya fikir hampir mustahil UMNO hendfak dipulihkan imejnya. Allahu a'lam.

Oh ya, disesetengah tempat UMNO masih enjoy undi dari rakyat yg percaya duit pembangunan kerajaan itu duit UMNO. Terpampang kain perentang "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL" dekat projek infra-struktur terutama di Melaka (kesian orang Melaka). Rakyat semakin celik tetapi pemimpin UMNO sekelas Ali Rustam masih ramai. Mereka masih leka dibuai kesenangan hidup melalui UMNO..
Pak Hj JB.

Raison D'etre said...

Fudzail kata "Membosankan dan Pak Lah datang lewat hampir dua jam."

Itu vintage Umno. Itu yang menunjukkan Pembesar Se Tuan Tuan yang lebih besar dari rakyat jelata yang terpaksa terhegeh menunggu dari pagi untuk mendapat saguhati (kalau hari raya, contohnya ).

Seperti saya kata, dah meluat dengan Tuan Tuan yang anggap negara ni depa yang punya.

PM sama suku sakat Umno yang kerjanya nak mentekedarah harta negara untuk temolok depa dan suku sakat depa.

They deserve whatever downfall that would come their way.

Wasalam.

aNaK BaPaK said...

kopiah-sutera said...
sekiranya Pas menjadi parti teras Melayu..saya bimbang dgn menjadikan agama sbg politik memusnahkan kemajuan bangsa Melayu sekaligus menambahkan lagi perpecahan di kalangan Melayu.

PAS bukan parti teras melayu..pas bukan parti kebangsaan melayu..PAS berjuang atas dasar islam dan memperjuangkan hak semua manusia mengikut acuab Islam dan menolak sekular..apakah anda tiada tahu bahawa di islam itu bukan sekadar 'agama' yang kamu faham macam agama lain..tidakkah anda tahu bahawa islam ada sistem kehidupannya sendiri..tidak kah anda tahu islam ada cara hidupnya sendiri? ekonomi adalah kehidupan, undang2 adalah kehidupan, politik juga adalah kehidupan..maka saya ingin betulkan kenyataan anda bahawa dengan menjadikan agama sebagai politik natijahnya kemajuan bangsa tidak akan dicapai..apakah nilai islam disisi saudara..jika anda sendiri menilai islam sekadar baca tahlil dan doa serta solat dan tidak lebih dari itu..ketahuilah bahwasanya anda adalah manusia spisis muka tak malu di atas muka bumi allah ini, sudahlah menumpang bumi yang allah cipta, hirup udara yang allah cipta, makan dari sumber yg allah kurniakan, minum dari air yang allah turunkan..apakah layak kita mengatakan islam yang dicipta allah yang serba indah dicipta oleh allah yang maha indah tapi tidak menjamin kemajuan satu2 bangsa? tuhankah anda?


-saya berkata demikian merujuk kepada sesetengah fahaman konvesional ulamak dan pengikut Pas itu sendiri.

anda merujuk sesuatu perkara dengan nilaian akal yang amat lemah sifatnya seolah akal anda adalah segala2nya...apakah nilai disisi anda sendiri tentang fahaman konvesional ulamak dan pengikut pas? apakah sauadar fikirkan bahawa apa yang dinyatakan oleh ulamak dan pengikut pas itu tiada sesuai dengan arus kemodenan maka akan menjerumus suatu bangsa kepada kemunduran..layakkah kita yang mengaku islam tetapi mengaku juga islam ada yg sesuai dan ada yg tidak sesuai..? atau kita mahu islam ikut selera nafsu kita..jika ikut selera dada kita maka apakah islam itu boleh dikatakan hebat..atau apakah kehendak allah yang mahukan hambanya mengikut segala arahannya maka kita tidak peduli dan merasa apa yang sesuai dengan jiwa maka kita ambil maka jika sebaliknya maka kita boleh tolak..? bukankah kita telah melekehkan kedudukan allah sebagai sang pencipta alam dan segala paraturan dan cara hidup tapi kita letakkan dia macam member2 kita? atau anda sendiri yang takut dengan kehiudpan anda sendiri yang suka hidup dalam cara hidup yg allah tak suka maka kamu ingin hidup sesuka hati anda dengan menolak arahan allah?

-salah tafsir tentang agama Islam boleh berlaku apabila bertembungan fahaman tradisinal dgn moden

jika anda katakan ada fahaman tradisonal dan moden maka apakah disisi fikiran anda islam itu ada yang tradisional dan ada yg moden? hebatkah islam jika kita katakan bahawa ada pertembungan fahaman tradisional dan fahaman moden..maknanya ada islam yang moden dan ada yang tidak..jika begitu maknanya islam itu ada yang sesuai dan ada yang tidak..hebatkah islam jika ada yg sesuai dan ada yang tidak..hebatnya sesuatu itu bila dia itu unggul disetiap masa dan ketika..maka apakah sebenarnya faham anda tentang silam dalam hidup anda..apakah anda fikir islam sama dan tiada bezanya dengan ugama yg lain dalam dunia macam hindu bidhha dan kristian..jika begitu amat malanglah anda kerana rupanya anda sendiri tidak kenal kehebatan islam itu..kalau tiada kenal dan tahu akan kehebatan islam itu janganlah anda nak tunjuk anda hebat sebaliknya anda sendiri terbelenggu dengan kejahilan anda tentang kehebtan islam..

-kejumudan berlaku apabila "kulit" atau luaran dipentingkan berbanding asas dalaman jati diri...

andalah yang jumud kerana terbelanggu dengan akal anda yang bersifat lemah..jika anda tahu bahawa akal anda adalah bersifat lemah..maka anda juga mesti tahu bahawa kelemahan akal manusia ini perlu bimbingan dari pencipta akal iaitu allah subhanahu wa ta'ala..

dalam fikiran anda sendiri ada terfikir islam itu moden dan tidak..menunjukkan bahwa anda sendiri tidak kenal apa itu kulit dan isi islam..jika anda tahu apa itu kulit dan isi islam maka tiadalah anda meletakkan islam itu sebagai panduan hidup termasuk panduan berpolitik yang bagi anda agama ini memundurkan bangsa..choba anda fikirkan tentnag iman syariat dan akhlak..apa yang kulit dan apa pula yang isi? berpolitik ada iman ada syari'at (undang) dan ada akhlaknya..kerna yg mencipta iman syari'at dan akhlak ini adalah allah ta'ala dan manusia yang sedar dirinya adalah diciptakan oleh pencipta manusia maka dia mesti tahu bahawa dia perlukan petunjuk dari penciptanya..manusia yangs sedar dirinya lemah dan berkehendak kepada allah inilah manusia yang berfikir terbuka kerana dia terbuka dengan mengaku kelemahan dirinya sebagai manusia yang diciptakan oleh allah yang maha hebat..manusia hendak maju mesti dengan petunjuk tuhan..kemajuan bukan di ukur dengan berapa tingkatnya bangunan..tetapi sejauh mana takutnya manusia itu kepada tuhannya..maka apakah kita boleh kata kepada manusia yang berpolitik mengikut acuan dan kehendak allah itu adalah jumud dan menjumudkan manusia dan suatu bangsa sedangkan dia dengan hati dan fikiran terbuka menyedari betapa dirinya amat lemah dan perlukan bimbingan wahyu? bukankah mereka yang bertuhankan akal dan rasional semata2 tanpa merujuk kepada sumber wahyu dan orang2 yang dalam fahamnya tentang wahyu (ulamak) itu adalah manusia yang jumud dan muka tak tahu malu juga tak sedar diri? atau hanya kerana ulamak mentafsirkan sesuatu yang tidak kena dengan selera kita maka kita katakan ulamak itu menyalah tafsirkan wahyu atau anda sendiri cari alasan untuk tidak mahu taat kepada allah??

-Melayu Islam perlu bebas drpd fahaman begini!

bukankah aneh bila kita katakan 'melayu islam' namun melayu mesti bebas dari islam yang tidak sesuai dengan kehendak nafsu melayu!!!

anekkincai said...

Salam Dato,

UMNO akan mengambil masa yg agak lama utk berubah kembali kpd perjuangan asal (walaupun dilihat agak sukar kini). Rakyat kini melihat UMNO hanya parti kepunyaan org2 tertentu saja (Melayu elit).

Kini bila sebut saja nama "UMNO" org akan terbayang akan sifat2 negative seperti gula2, kain batik, songlap, projek, kroni, rasuah, commission, terang mata, makan besar, putar alam, skandal, kaki sapu, ugut, beli undi, jilat, bodek, ampu, menindas, hypocrite, prejudice, rasist, rapist, hantu raya, toyol, baling kerusi, merusuh, pilih bulu, riak, angkuh, sombong... Ahakkkk

Anonymous said...

dato,

semoga Tun Mahatir sihat walafiat ... tetapi selain daripada panduan Tun kepada pimpinan UMNO tertinggi, siapa lagi?

apa yang UMNO perlu ialah perubahan kepada ideologinya dan bukan sekadar pertukaran pucuk pimpinannya.

struktur badan dan syarikat korporat memupuk pimpinan orang yang lagi giat dan muda untuk memgambil alih pucuk pengurusannya

Bill Gates juga telah bersara dan Steve Balmer mengambil alih pengurusan dan perjalanan Microsoft.

Seperti Apple.com dimana Steve Jobs kini sedang bercuti panjang atas masalah kesihatan, namun begitu, perniagaan Apple.com turut tidak terjejas kerana sudah ada sistem korporat yang jitu untuk menjalani perniagaan.

crea8tive

anok ganu sabai said...

datuk,
tahniah kerana bawa tajuk yang amat bersesuaian dengan situasi semasa,
pendapat dinturtle amat saya setuju,pembesar yang ada untuk pemilihan yang akan berlangsung mac nanti pada hemat saya rakyat bawahan ni,tiada yang baik latar pembesaranya(malas nak guna pakai istilah pemimpin)dari yang paling atas sampai le MT.2x5 je.
namun datuk untuk soalan datuk masihkah umno akan bertahan,ini jawapan saya yang tak cerdik ni.
selagi ada puak pembesar menabur umpan kertas bernilai,dan selagi ada hamba bawahan yang berebut menyambar umpanan insyaallah umno pasti ada kini dan selamanya.umno cuma akan pupus bilamana puak pembesarberhenti menabur umpan bernilai dan hamba pula tak lagi berebut umpan yang ditabur.
dan cadangan untuk membawa kembali tun.M amatlah saya tak setuju,bukan tak menghargai JASA2 beliau,namun cubalah mencari intan yang terselit di tambunan lumpur kot2 ada lagi,
dulu boleh diharapkan kat DSAI namun kini...entahlah,
cuba beralih pada datuk nik aziz,bukan tak percaya kepimpinanya namun risaukan kesihatanya,nak harapkan siapa ya?
hanya tuhan yang tahu,
tapi demi survival orang melayu tak salah cari pemimpin yang dapat menyatukan semangat melayu,buat pemulih sementara dapat dicari yang benar2 sesuai, sape ya dalam ramai2 ni?

hang kebun said...

Salam Dato
UMNO - MCA - MIC must leave race-base politics now before its too late. All in ONE BN. Composite must include 1 Chinese & 1 Indian Deputy President with 1 Malay President, for now.
Lets say, 10 years down the road we have an 'OBAMA' who seek to lead, then let it be, for the good of the nation. 13th is not a good number and just hope the next GE is not the end of UMNO.
The Federal Constitution has already protecting the Malay rights, so don't be overly 'kiasu'.
Malaysia Boleh, Keep it that Way, for ALL Malaysian.

ishakibrahim said...

kebenaran yang benar-benar tidak dibenarkan olen beberapa kerat individu takut akan kebenaran.

clean said...

"11. Atau adakah perwakilan Umno akan terus bebal dan bermata duitan dengan memilih calon-calon yang hambar, rasuah, rendah moral dan ketinggalan zaman?"

Khir Toyo sedang mejlnkan tugas dengan efisyen sekali, dengan mengambil kira kebajikan lembu dan babi di Selangor. Pihak media dan TV3 menyiarkan berita masalah 'kebajikan' ini seolah2 ianya satu 'national disaster'

Tahniah kepada Ketua Pembangkang Selangor merangkap calon Ketua Pemuda UMNO!

ikhlas said...

Datuk,

Dengan izin, saya ingin menjawab kenyataan dinturtle mengenai UMNO yang sudah tidak lagi releven itu.

Beliau mempersoalkan niat sebenar 30,000 lebih orang yang mengundi BN di PRK Kuala Terengganu baru-baru ini. Apakah mereka ini benar-benar menyokong perjuangan Melayu UMNO atau menyokong atas dasar terpaksa kerana TAKUT akan ugutan dan faktor RASUAH.

Saya tidaklah mempunyai jawapan keatas persoalan ini kerana saya tidak ada ilmu yang boleh membaca niat hati 30,000 lebih orang pengundi BN itu. Dan saya percaya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mendapat jawapan yang benar dan tepat kerana ianya begitu subjektif dan merangkumi faktor yang pelbagai.

Apa yang boleh dibuat hanyalah satu andaian. Dan jika andaian saudara dinturtle bahawa UMNO mendapat 30,000 undi atas sebab TAKUT dan RASUAH, saya juga boleh membuat andaian bahawa PAS memperolehi 30,000 lebih undi kerana faktor UNDI PROTES terhadap UMNO. Bukan satu rahsia lagi bahawa ramai ahli UMNO sendiri yang mengundi PAS kerana mereka ingin menolak dan mengkuburkan pengaruh Pak Lah, KJ dan Wan Farid ini.

Saya percaya itulah sebenarnya punca UMNO tewas. Wadah perjuangan UMNO tetap releven cumanya tindak-tanduk sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri yang menyebabkan UMNO ditolak oleh sebilangan rakyat.

Kita kenalah pandai membezakan aspek parti dan pemimpin ini. Sepertimana yang telah dilakukan oleh pengundi di Kuala Terengganu. Semasa PRU12, mereka telah pilih Datuk Razali dari UMNO sebagai wakil rakyat mereka (sebab TAKUT atau RASUAH juga ke din?) tetapi semasa PRK, mereka pilih WAWEE dari PAS. Apakah pengajarannya?

Kalau ditakdirkan UMNO hilang kuasa pun, ia akan tetap releven malah mungkin akan menjadi lebih kuat kerana parasit-parasit dalam UMNO akan berpindah ke parti-parti yang memegang kuasa. Maka akan hilanglah rasa benci dan meluat rakyat pada pemimpin-pemimpin UMNO ini dan undi keatas UMNO akan kembali meningkat.

Betul atau tidak andaian kita ini, hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.

Anonymous said...

Datuk,

Saya terkejut membaca tulisan Mr.Clean (10.03 am)yang terbaru ini.

Kalau nak tahu kenapa budak2 (yang belum baligh) tidak dibenarkan bersolat disaf hadapan, saya nasihatkan Mr.Clean buat2lah bertanya pada Pak Imam masjid yang berdekatan dengan rumah.

Ia tidak ada kena mengena dengan adat orang Melayu tetapi lebih kepada tuntutan agama. Ini benda asas, macammana boleh tak tahu?


-sinbad-

mamato said...

senarai calon yang bertanding semua korup/

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Kerosakan yang dilakukan oleh kepimpinan Pak Lah kepada Umno adalah terlalu besar. Ia tentu akan mengambil masa yang lama untuk kita lihat Umno kembali kepada kedudukan lama iaitu sebagai sebuah parti Melayu yang akan mempertahan maruah orang Melayu. Umno perlu membuat perubahan drastik dari segi imej dan pendekatannya. Kita tidak fikir DS Najib keseorangan mampu memikul tanggungjawab ini.

2. Saya setuju dengan saranan oleh "Kuanderas" tapi bukanlah untuk menjadikan semula TDM sebagai Presiden Parti.Tindakan itu tidak begitu demokratik.Oleh itu tindakan pertama yang perlu dibuat oleh kepimpinan DS Najib ialah memperbetul semula jembatan yang rosak untuk menarik balik TDM ke pangkuan Umno.Kepimpinan baru Umno hendaklah mengiktiraf peranan TDM sebagai "penasihat" Parti dan Kerajaan.Kepimpinan baru Umno nanti tidak perlu terasa lemah untuk berbuat demikian.Malah ahli dan rakyat akan menyanjung tinggi tindakan mengikhtiraf TDM itu.

3. Sambil itu jika ahli Umno benar2 jujur untuk memperkasakan semula Umno maka ia hendaklah bermula dengan tindakan perwakilan di PAU pada bulan Mac.Pertamanya,semua perwakilan ini hendaklah bertekad dan membuat pendirian untuk menolak rasuah politik.Pemilihan mereka kali ini hendaklah ikhlas dan dibuat berdasar kualiti calon dan bukannya dengan sogokan yang diterima.Calon yang ternyata rasuah hendaklah ditolak terus.

4. Seterusnya ialah, kalau pun ada beberapa calon rasuah yang akan "terlepas" dan berjaya dalam pemilihan nanti, maka disini DS Najib haruslah memainkan peranan kepimpinannya.Tentunya beliau boleh mendapat ases dari laporan risikan samaada dari Caw.Khas Polis atau lain2 sumber bagi mengetahui mana2 calon yang rasuah yang "terlepas" dan berjaya dalam pemilihan.Oleh dari laporan risikan itu DS Najib perlu berani bertindak untuk membersihkan "calon2" ini dari barisan kepimpinannya.Beliau tentu lebih bijak untuk mengetahui cara terbaik untuk "mengenepikan" mereka ini.

5. Bagi urusan negara pula, khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang, maka di sinilah kepakaran TDM perlu digunakan selaku "Penasihat" beliau.

6. Insyallah jika DS Najib dan kepimpinan baru Umno ini jujur dan ikhlas dalam usaha untuk martabatkan semula Umno maka ahli akan merestui beliau.Kita akan melihat Umno akan kembali ke kedudukan asal.

A KADIR JASIN said...

Sdr Roti Planta,

Selain di luar tajuk, saya tidak dapat siarkan komen anda mengenai tingkah laku dua timbalan menteri MIC itu sebab kita tidak tahu sama ada si mati itu penjenayah atau tidak.

Yang kita tahu dia orang yang disyaki pencuri kereta dan mati dalam tahanan polis.

Hanya mahkamah boleh tentukan sama ada seseorang itu penjenayah atau sekadar disyaki penjenayah.

Selain mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh, saya harap AG juga arah polis siasat perbuatan dua timbalan menteri MIC itu.

Kalau tidak percaya kepada polis pun janganlah berlagak macam penjahat (saya ulang macam penjahat).

Kalau tak percaya kepada polis bawahan pun, jumpalah IGP, jumpalah Syed Hamid, buatlah sidang akhbar.

Tetapi mungkin inilah sikap, sifat dan kaliber wakil rakyat kita selepas PRU ke-12 -- kurang sopan, kurang sivil.

Saya pun ada banyak komplain terhadap polis. Tapi biarlah kena caranya.

Saya baru saja melihat dan mendengar cerita mengenai sikap buruk beberapa orang manusia yang mendakwa diri anggota polis.

Bila seorang kakitangan syarikat saya minta bantuan dari balai polis tempatan, polis yang mendakwa dari IPK itu cabut lari.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Kita selalu bercakap mengenai UMNO yang rasuah. Bagaimana dengan parti politik yang lain pula?

Saya ingin mengajak rakan2 disini melawat blog "dari rakyat kepada rakyat" ini dan buatlah renungan dan ambillah iktibar daripadanya.

Sepertimana yang saya selalu kata; rasuah ini adalah penyakit sosial. Parasit rasuah ini akan sentiasa menyelinap dalam diri orang2 yang mempunyai kuasa dan jawatan yang tinggi. Ia tidak mengenal spesis UMNO, BN, PKR atau yang lain.


http://perakexpress.com/www/?p=63

http://perakexpress.com/www/?p=94

http://perakexpress.com/www/?p=119

Matilah orang Melayu kita Datuk. Ke kiri hancur, ke kanan jahanam.

-sinbad-

Anonymous said...

Salam Datuk

Saya selalu terperasan tentang wujudnya ulasan-ulasan yang dangkal keatas artikel-artikel datuk..contoh jelas blogger seperti sukj ulasannya seakan kanak-kanak tadika ini sudah tentunya mencacatkan kualiti perbahasan diblog datuk yang berkualiti tinggi ini.Harap datuk dapat menapis ulasan-ulasan yang separuh masak seperti itu.Terima kasih.

Quality Control.

Anonymous said...

Dato'

Bagi saya jolokan Dr belit oleh sukj jika dimaksudkan keatas Tun Dr Mahathir adalah satu perbuatan yang amat keterlaluan dan jelek sekali. Ungkapan ini sekaligus mencermin akhlak dan moral penulisnya.Tun Dr Mahathir adalah negarawan ulung yang amat dikagumi dan disayangi oleh majoriti rakyat tanpa mengira agama dan bangsa dan ini adalah suatu fakta. Oleh itu saya berharap mana-mana blogger yang mempunyai kebencian yang amat sangat kepada Bapa Pemodenan Msia ini supaya dapat menjaga akhlak dan kesopanan agar tidak mendedahkan kejahilan sendiri.

pemerhati bebas.

Anonymous said...

Salam Dato,

Maaf kerana saya tak pandai menulis tapi nak beri pendapat juga.

Bukan mudah nak menyedarkan orang yang sedang berkuasa dan yang yakin mereka akan berkuasa tentang kesilapan mereka.

Saya rasa kedudukan politik dalam UMNO tak berubah lepas Mac. Sebabnya ialah mereka yang menabur banyak wang akan terus mendapat tempat.

Saya kata begitu kerana kalah menang bergantung kepada perwakilan. Siapa mereka ni? Mereka adalah yang dipilih dari setiap bahagian. Proses pemilihan mereka ini bukan bergantung kepada kompeten dari segala segi tetapi lebeh kepada dari kem mana merka duduk dan pandai bercakap dan kelihatan berani( tak semestinya betul).

Mereka ini mudah terikut-ikut dengan kem dan tidak berkebolehan menganalisa situasi sebenar. Tidak sedar akan implikasi keputusan yang mereka buat. Tambah pula mereka ni disogok dengan duit langsung tak dapat melihat yang sebenar. Pengaruh yang terbesar ialah DUIT.

Untuk mengubah keadaan, saya sangat berharap para perwakilan dapat bertindak macam pengundi Kuala Terengganu baru-baru ni. Kalau orang bagi duit terima saje tetapi bila mengundi pilihlah mereka yang benar-benar layak dan berwibawa/kompeten. Kalau berdosa pun biarlah sekali saje - kerana terima duit tapi jangan buat dosa kedua dengan memilih orang yang tidak sesuai yang akhirnya akan menghancurkan bangsa, agama dan negara kita.

Orang Lama

Insaniah said...

Sekarang dalam pemilihan pemuda, ada orang sindir penyokong-penyokong Mukhriz kerana tak diberi duit pada penyokongnya, kata mereka, haii, sampai bila nak berjuang niat fisabilillah ni? Harap pencalonan daripada perwakilan bahagian memang la sentimen ke arah nak tukar kepimpinan, tapi yang mengundi esok perwakilan pemuda bahagian.

kalau ikut survey, yang dua orang lagi tu memang dah jauh ke depan, musykil jugak, pencalonan jawatan pun cukup makan je, tapi tak nak tuduh apa-apa, nanti kena saman pulak

Saya harap perwakilan jangan berfikiran cetek sangat, kalau setakat dapat duit 500 seorang, kita nak gadai parti, memang tamatlah riwayat UMNO. Nak harap PAS, setakat jadi pengikut je la. Dari dulu sampai sekarang UMNO sentiasa jadi penghulu kepada BN. Cuma time Pak Lah ni je yang UMNO jadi pengikut. Esok, raja-raja pun boleh jadi gabenor aje lah.

Itu hari Gaza kena bom bukan main lagi membantah, nak lobi pak arab itu ini. Cakap prong prang prong prang, naik kapal terbang pegi jumpa raja arab nak buat bantahan lah apa lah. Ni Gaza dah berhenti kena bom, aikkk, bantahan Gaza dah tukar jadi trade mission pulak?

Haii, Pak Lah, awak tu dah nak berhenti, masih lagi nak play safe? Tengok macamana Tun Mahathir belasah Yahudi? Tak ingat kah dulu?

Harap-harap Pak Lah anak-beranak menantu dan cucu serah lah pentadbiran negara secepat mungkin. Nak duduk kat Seri Perdana tu, duduklah sampai bila-bila, tapi bagi lah orang lain pulak tadbir negara, negara jiran kita dah declare FDI negatif, awak masih jalan-jalan lagi kat luar negara.

kuanderas said...

Dato'

Saya bersetuju dengan Insaniah, berdasarkan perbualan saya dengan rakan yang terlibat dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO ini, ia seperti berikut.

1.Mereka yang layak mengundi Ketua Pemuda ini sudah tidak nampak Mukhriz lagi kerana tdak menghulurkan RM.

2.Malah kawan saya ini juga mengecam Mukhriz kerana betul-betul "Agama,Bangsa dan Negara".

3.Kawan saya kata, pemilih-pemilih ini terdiri dari mereka yang tiada duit dan susah.

4.Mereka yang menyokong Mukriz ini kini sebenarnya ramai terdiri dari yang tak boleh mengundi termasuk saya.

5.Berbalik kepada rakan saya tadi, dia pun sudah berhajat untuk menyertai PAS sekiranya UMNO tumbang dalam pilihan raya nanti.

6.Gambaran yang layak memberi undi dengan akar umbi memang jauh beza.

gotahlantun said...

SALAM DATUK,

SAYA SETUJU PERUBAHAN DRASTIK PERLU DILAKUKAN.PERUBAHAN INI MESTILAH MERANGKUMI SEMUA PERINGKAT DARI ATAS SEHINGGA KE BAWAH.
BUKAN SEMUA MESTI ROMBAK CUMA CALIT2 YANG TERBUKTI MEROSAKAN UMNO.

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin ...,

Kepada orang Melayu/Islam yang menyokong seruan "Amar Makruf Nahi Mungkar" versi Lim Guan Eng, saya harap anda jangan jadi bahlol lagi.


The Star
Saturday January 24, 2009
Councillor’s proposal lands him in trouble

SHAH ALAM: A Shah Alam City councillor’s proposal to ban all forms of gambling activities in the state capital has earned him the wrath of his party boss.
Councillor Ang Leng Kiat made the proposal at the meeting last Friday but it did not go down well with DAP secretary-general Lim Guan Eng when it was published in a Chinese daily.

Lim said action would be taken against Ang for making the suggestion.

Ang said he respected Lim and there was nothing he could do if the DAP strongman wanted to take action against him.
He insisted that the proposal was made in his personal capacity as a councillor, and should not be viewed as one coming from the DAP.
He said the information was leaked to the newspaper and he “just confirmed it” when the reporter called.
The 37-year-old businessman cited the negative social impact caused by gambling when he made the proposal which included a ban on 4D outlets.
“These people even go to the extent of borrowing money from loan sharks and end up in big trouble,” he said.
However, Ang said his proposal also did not go down well with the financial committee and the city council.
“I wish to apologise to the DAP for causing unnecessary anxiety to the party,” he said.
With this, Ang hoped that the matter would be put to rest.


-sinbad-

Anonymous said...

Dato',

Izinkan saya menjawab ulasan
Blogger aNaK BaPaK tentang komen saya. aNaK BaPaK, nama samaran anda sahaja menunjukkan yg anda seorang budak hingusan.

Komen anda jelas tidak menggunakan akal fikiran untuk menghalusi "track record" UMNO. Beri saya contoh kawasan PAS majoriti Islam di Kelantan yang ditawarkan kepada DAP dan seterusnya menang. Ada? Takda kan. Beri saya contoh kawasan majoriti Cina atau India milik DAP yang dicalonkan calon dari PAS. Ada? Takda kan. UMNO ada. Sepertimana yang saya komen, mudah untuk tumbangkan BN yang diterajui UMNO.

Ayuh kita senaraikan ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat. Memalukan. Ketua PR yang diagung-agungkan hingga Tok Guru pun kena mintak nasihat dari dia pun datang dari UMNO. Lim Kit Siang? Bangla belakang rumah saya yang baru setahun di Malaysia pun cakap BM lebih baik dan lancar dari beliau.

I can go on and on. But of course, as opposition member, u aNaK BaPaK been paid to spin in this cyberspace. U can ignore history but ... Lu pikir la sendiri.

*manletih*

p.s. Masa jadi ahli UMNO kena kutuk. Bila org UMNO keluar parti kenapa cepat2 pembangkang alu-alukan? Puji melangit lagi. Hehehe same product but different label. Satu kau kata bagus. Satu kau kata tak bagus.

mad said...

ada orang mengatakan kekalahan bn di kuala terengganu tidaklah teruk sangat kerana bn masih mendapat 30,000 lebih undian. saya ingin mengulas panjang tetapi semuanya sudah diulas oleh dinturtle. ada juga yg menafikan ulasan dinturtle dgn menyatakan pihak bn juga boleh membuat andaian yg sama mengapa org mengundi pas.

bagi saya senang saja, kalau masih ada pelanggan membeli produk kenapa perlu tukar produk?

"...drastic change would only mean weakening Umno's position in Malaysian politics, citing the use of government machinery in any election campaign.

That is Umno's strength, awarding projects, mock cheques. If they want to stop that, what is left of Umno?"
- Dr Agus Yusoff of Universiti Kebangsaan Malaysia (Malaysian Insider)

umno/bn sememangnya takut akan perubahan besar dalam parti kerana membabitkan isu utama iaitu rasuah yg menjadi darah daging parti. tanpa rasuah umno/bn tak boleh hidup. itulah saja punca kekuatan umno/bn selama ini.

mad said...

salam datuk,

memang betul kata datuk bahawa ahli dun bota patut mengosongkan kerusi bagi membolehkan rakyat sekali lagi mengundi calon mereka kerana dia telah menyertai pkr.

walaupun saya penyokong pembangkang namun adalah lebih elok jika mendapat mandat baru dari rakyat kepada wakil rakyat yg melompat. dgn cara ini kita dapat menilai jika niatnya itu benar2 disukai penyokongnya ataupun sebaliknya. lagipun cara ini akan menghalang wakil yg tidak baik dari menyertai pkr.

officiallysoldout said...

Dato'

Pada hemat saya, parti UMNO tidak boleh diselamatkan lagi.

UMNO masa kini bukanlah pembela sebenar kaum Melayu. Jujurnya, UMNO adalah parti untuk anak-beranak, adik beradik dan kaum keluarga terdekat. Pergilah mana-mana bahagian UMNO, jika ayahnya Ketua Bahagian, anaknya ataupun menantunya pasti menjadi Ketua Pemuda Bahagian.

Dari segi kepimpinan pula, tiada seorang pun pemimpin atasan UMNO yang dapat menyakinkan rakyat. Kuasa rakyat yang diberikan kepada mereka setiap kali pilihanraya, seringkali digunakan untuk kepentingan diri dan parti bukan untuk kepentingan rakyat. Contoh terkini, Menteri JPM, Zahid Hamidi yang melarang Jabatan dan Agensi Kerajaan Pusat daripada menghadiri sebarang majlis rasmi Kerajaan Negeri Perak dan tidak mengiktiraf JKKK lantikan kerajaan negeri. Saya amat yakin, PRU13 nanti, Zahid Hamidi akan tersungkur sepertimana Samy Vellu tersungkur malu.

Isu rasuah seperti sudah sebati dengan UMNO. Setiap kali tangkapan dibuat hanyalah "anak-anak ikan" dengan jumlah sogokan sekadar dua atau tiga ratus ringgit sahaja. Rakyat bukannya buta dan tuli. "Jerung-jerung besar" sengaja dilepaskan dan terpaksa dilepaskan disebabkan kuasa ditangan mereka.

Buat akhirnya Dato', sekadar renungan, "rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin, pemimpin yang perlu takut kepada rakyat!"

Anonymous said...

slm pak kadir...

before i go any further, let me say that i for one, do not condone any 'lompat-melompat' from one party to another, be it from BN to PR or vice versa...it's undemocratic, silly, not to mention it goes against the very people who elected them in the first place...

i know you are an UMNO man sir(what kind of UMNO man, Allah knows best!) So it's just natural for you to go against the decision made by this Bota state assemblyman...

"saya, secara peribadi, berasa adalah lebih elok, lebih sopan, lebih berprinsip dan lebih demokratik jika Nasarudin mengosongkan kerusi Bota supaya pemilih boleh menentukan sekali lagi parti mana mereka mahu."...

oh yes, i absolutely agree with you on this one sir...

but do you really mind if i pose you with a couple of questions that have been bugging me all this while..

when BN/AMENO previosly did the very same thing (i.e., luring the opposition lawmakers into their side)in Sabah, Kelantan, Terengganu, what was your position then sir?

did you simply in concert with them, or did you object them wholeheartedly and tell them the very same thing you are telling this Bota State Assemblyman?

Is it because this is "from BN to PR" kinda thing, not the other way around that forces you to speak against it?

please pak kadir, enlighten me...

malcolm_x

Kerepek Pisang Comel said...

Ala Dato' Kadir

Asyik dengan nostalgia lama dan lapuk jer, pasal UMNO dan perjuangannya untuk Melayu...

Ini zaman baru, Dato'. Dunia dan rakyat dah celik, Dato'. Zaman sekarang orang tak tengok kaum atau bangsa, Dato'. Sekarang yang pentingnya ialah semua orang tak kira bangsa terjaga, tidak ada orang miskin di kalangan mana-mana bangsa, dan tidak ada penindasan atau diskriminasi berlaku kepada mana-mana bangsa atau kaum.

Ini satu approach yang jauh lebih luas, lebih efektif, lebih adil, dan selaras dengan Islam dan lain-lain agama.

Rasa saya, baik Dato' lekas bangun dari tido, Dato'. Malaysia ni ada banyak lagi parti yang mempertahankan hak rakyat selain UMNO, Dato'. Parti PKR/DAP/PAS misalnya bertekad mempertahankan semua rakyat Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan selainnya, tanpa mengikut "ketuanan" mana-mana satu, tapi "ketuanan" seluruh kaum-kaum di Malaysia.

Nak jaga kebajikan? Jaga kebajikan dari segi mereka yang paling memerlukan -- golongan miskin tak kira kaum mana-mana. Biar semua terjaga.

Nak jaga hak? Jaga hak semua kaum, Melayu dan lain-lain, jangan ditindas mana-mana kaum: jangan bagi Melayu tertindas atau hilang hak, jangan bagi Cina atau India atau Kadazan tertindas atau hilang hak.

Semua ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Dato'.

Parti PKR/PAS/DAP memperjuangkan apa? Memperjuangkan keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

Kalau Perlembagaan terjaga, Melayu terjaga, bukan Melayu terjaga -- maksudnya seluruh rakyat terjaga.

Tak perlu kita guna retorik yang memecah belah rakyat macam UMNO, Dato'. Tengok saja lah ucapan-ucapan orang politik UMNO di majlis konvensyennya semua -- berapi-api racist, Dato'. Tengok jer ucapan Dr. Mahathir -- memecahbelah menimbulkan rasa tak puas hati mengikut bangsa dan kaum, Dato'.

Maka saya seru Dato' bangkitlah, Dato', jangan ketinggalan.

Dato' Nasaruddin Hisham, ADUN di Bota, Perak, dah bangkit dah, Dato'.

Dato' bila nak bangkit lagi?

A KADIR JASIN said...

Sdr Malcolm_x,

Thank you for your paticipation. Whether I am an Umno man or not, is my personal right. What matters is this is not a partisan blog.

But I still say that it's immoral ann undemocratic for an elected representative to jump party -- it doesn't matter from which party to which party.

I think I have as much right as anybody else to change my stand on any issue.

After all, this is supposed to be the era of freedom and openess. So what's wrong if I change my stand and stance accordingly.

But on the issue of humping party, I think we should all demand that those who jumped party should be gentlemen enough to vacate their seats so that fresh elections could be held.

If they are so popular and their decision is accepted by the voters, they've nothing to fear.

Also, bear in mind, the use of money and favours is not the disease of Umno alone. It happens in other political parties as well.

Remember also that many key members of PKR were once key members of Umno.

Kepada pembahas, mohonlah guna bahasa yang sopan. Tak payahlah guna aku dan engkau.

Kalau kita tidak benarkan anak cucu kita guna bahasa kasar, jadi tak eloklah kalau kita sendiri guna bahasa kasar.

Kalau marah atau hendak bersahaja pun, tak payahkah guna aku, engkau, ko dan sebagaimnya.

Terima kasih.

Sudin said...

Dato'

UMNO mana ada lagi !
Ia telah berkubur,apabila diharamkan.

Fakta ini yang dipegang oleh generasi kedua,yang masih hidup dan menyaksikan penyelewengan Mahathir terhadap orang melayu.

Contoh terbaik ialah isu bahasa melayu.
Seandainya Parti UMNO(Baru) masih berdegil dengan isu bahasa ini,saya pasti UMNO(Baru)akan bungkus apabila pilihanraya akan datang.

Pengamatan saya,generasi kedua memainkan peranan besar meniup api/semangat perjuangan meneruskan survival orang melayu tanpa UMNO(Baru).

Mahathirlah punca segalanya yang merosakakn negara.
Budaya kroni,pengswastaan agensi kerajaan yang mengujudkan orang tengah makan duit rakyat secara atas angin.

Satu lagi fakta yang penting ialah,pejuang-pejuang kemerdekaan masih hidup.
Mereka menulis buku untuk tinggalan pada anak cucu untuk memberitahu betapa orang melayu selama ini telah ditipu oleh UMNO baik UMNO(Baru) yang menjadi tali barut BRITISH begitu juga pembesar-pembesar melayu(Raja-raja melayu)mengkhianati pejuang-pejuang melayu kerana menjaga perut dan kuasa masing-masing.

Usah kita lupa pada sejarah bagaimana Sultan Johor menyerahkan tengkuk Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya kepada Inggeris di Singapura.
Dan Sultan Kedah mengkhianati Raja Ismail dengan menyerahkan beliau kepada Inggeris di Pulau Pinang.

Sudahlah Dato,
rata-rata yang menyokong UMNO(Baru)punya kepentingan peribadi.Mereka tidak berjuang kerana agama,bangsa dan tanah-air.
Mereka masuk UMNO untuk perut sendiri.

Rata-rata generasi kedua hidup tanpa bantuan UMNO.
Yang memerlukan UMNO ialah anak menantu pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Soalan saya Dato,
Apakah identiti melayu dan jati diri orang melayu?
Bahasa sendiripun tak boleh nak jaga !
Inikan pula apabila pekung telah pecah,busuk dengan membawa pekung dan nanah.

Terima Kasih Dato,


Sudin.

Anonymous said...

slm pak kadir...

thnks for answering my questions...i disagree on a couple of things you said, but hey, differences couldn't really hurt huh :)

but i do agree with you on PKR...it does have a lot of disgruntled ex-umno people in it, and they probably brought their 'old perangai' together while jumping into the warm fold of pkr...

pkr is a new kid on the block, everyone knows this...as such, no matter how much DSAI puts a spin on it, it does not have strong grass roots (yet), unlike umno and pas...(although i must say umno's grass roots are, whether you like it or not, breaking apart at a neck breaking speed...you know, no-money-kerja-not-jalan kinda attitude...pas' grass roots on the other hand, work their a**es off without any monetary reward promised to them!)

once the honeymoon period is over, this would probably pose pkr with serious problems in the future (party breaks apart, people lompat party, again!) *sigh*...

without a strong leadership, (and a clear direction)a party like pkr could easily get lost in malaysian political wilderness...once lost, the very same 'diseases' plaguing umno right now will automatically infect them as well...

frankly, i'm an independent, not affiliated to any political party...and i strongly feel a lot of young people out there share the same belief as me...we are living in an interesting time when our beloved country is at a crossroads, and it won't take much for us to choose our alliances, based on what we see, and what we 'presume' to be right...

malcolm_x

clean said...

Umno Perak pernah cakap nak tubuh kerajaan pada 31 Ogos 2008 dulu dengan ‘membeli’ tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Tajul Rosli Ghazali pernah mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang pada 31 Ogos 2008, dengan penyertaan 3 wakil rakyat dari PKR.

Media arus perdana yang buat lapuran masa tu memberi liputan meluas, seolah2 memberi 'endorsement' kepada Tajol Rosli, betul atau salah, moral atau keji, ramai yang percaya tindakan itu boleh diguna pakai sebab ianya adalah satu endorsement dari UMNO/BN sendiri!

Kerepek Pisang Comel said...

Dato'

Pohon maaf kalau saya terkasar bahasa Dato'..... saya tak berniat gitu, mungkin terlalu beremosi masa meninggalkan komen.....

Sekian,
Wasalam.

Anonymous said...

Dato',

Saya ingin menyatakan bangkangan saya ke atas tujuan Kerajaan untuk membenarkan "Dual Citizenship" bagi rakyat Malaysia. Kita tahu ramai rakyat Malaysia mempunyai kerakyatan lain tetapi Kerajaan gagal untuk mengambil tindakan di atas perkara ini. Kalau tak silap saya inilah satu perkara asas semasa kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Pada saya, seorang warganegara harus loyal kepada negeri asal. You cannot enjoy both worlds... Rakyat macam ini harus diketepikan. Semasa masaalah ekonomi di hujung 1990an, ramai rakyat lari ke negeri asing dengan mengatakan bahawa negeri ini tidak memberi sebarang manfaat dan jaminan masa depan. Hanya kami yang kekal dan terus berjuang untuk Malaysia dan hidup di tanahair.

Mereka yang lari atau yang mempunyai kewarganegaraan lain tidak mempunyai hak untuk menuntut manfaat di dalam tanahair. Balik ke Malaysia apabila dah maju, menuntut semua hak termasuk biasiswa untuk anak2 masing untuk ke universiti luar negara, tetapi enggan berkhidmat atau berkorban untuk tanahair.

Saya sebagai warganegara Malaysia tidak mahu mereka yang kini dibuang kerja diluar negera pulang dan menagih hak sebagai warganegara malaysia. Semasa negara luar sedang maju, alasan untuk tidak berkhidmat untuk tanahair kerana tidak dibayar gaji yang setimpal.

"NO to DUAL CITIZENSHIP"

Megat

A KADIR JASIN said...

Sdr Kerepek Pisang Comel,

Bukan Sdr yang saya maksudkan. Ada sebuah komen lain yang kasar bahasanya yang tidak saya siarkan.

Sdr Clean, adakah Sdr bermaksud mengatakan apa saja yang diendorse atau dibuat oleh Umno/BN, walaupun tidak bermoral, boleh atau wajib digunapakai oleh PKR dan parti-parti PR yang lain?

kalau begitu, tidaklah ada perbezaan antara BN/Umno dengan PKR dan PR?

Saya ingak kita semua mahukan parti dan sistem politik yang lebih baik.

Sebab itulah kita kata kalau Umno mahu selamat dan diterima semula ia harus membuat pembaharuan dan menjadi lebih baik.

Tetapi kalau Umno pupus dan parti-parti yang menggantikannya tidak lebih baik, nasib kita sama sajalah.

Yang kita sedang minta dan perjuangkan ini adalah parti dan sistem politik yang lebih baik, bukan sebuah parti meniru perangai buruk parti lain semata-mata kerana kuasa.

Terima kasih.

photo and money said...

salam,,,

kalau 30tahun dulu umno fikir ttg ini hujah yg dikemukan rasanya umno pasti tidak seperti ini.. perlu diingat umno 2 hanya parti,yg mneggerakkan nya ialah org nya, jika orgnya rosak maka rosaklah umno seperti sekarang..kerana perlembagaan parti boleh diubah2 ikut selera pemimpin dan yg penting politi itu untuk apa/ikhlas untuk Allah bukan kerna yg lain.. w/pun bunyinya utk agama tp kerjanya/hasilnya munafik...

Anonymous said...

Dato'
As I have said earlier that the 15 questions raised by you, alamak!!! will make me walk out.
The ball start to roll today and true enough ADUN from BOTA find it very difficult to get the correct answer, so he walked out, and my guts feeling is many more will follow BOTA as they find it too difficult to get the correct answer to your 15 questions and they had tried their very best.
"Berprinsip dan tidak demokratik" it is all depend. So stay healthy Dato' as we are in for more surprises. dh9753.

Hang Jebat said...

Salam Datuk,

Dah lama Datuk tak sembang sikit tentang kopi tiam, teh si kosong, capati dan ulam-ulam...

kamalias said...

Assalamualikum Dato' dan semua pengunjung.

Umno telah diberi peluang oleh rakyat terutama orang Melayu semasa PRU 2004 dengan harapan segala yang tidak elok dielokkan. Malang sekali Umno tidak menghargai apa yang dibuat oleh rakyat. Tiada perubahan yang ketara berlaku. Yang ada hanya janji-janji manis yang sekarang semakin tawar.

Emak saya seorang yang penyokong "hardcore" Umno sejak bertahun-tahun tapi sekarang ni macam ajaib sokongan terhadap umno telah hilang. Kalau lah emak saya yang memang aktif dalam umno sekian lama tiba-tiba menyampah dengan Umno tentu ada sebabnya.

Bagi saya tak kira siapa pun yang meneraju Umno pada masa akan datang persepsi orang ramai terhadap Umno tetap sama walaupun beliau berusaha "memulihkan" Umno.

Umno sekarang ni boleh di samakan dengan cerita "Si Gembala Dengan Biri-biri..." Selalu menipu dan akhirnya bila berkata benar pun orang dah tak percaya.

Umno telah diberi peluang tetapi gagal menggunakan peluang yang diberi oleh rakyat.. Siapa salah Umno atau rakyat?

ChengHo said...

Pemilihan UMNO BHG adalah zero sum game tida tempat lagi bagi mereka yg kalah macam nasaruddin UMNO tidak belajar dari peristiwa Ariff Shah di permatang Pauh
Umno sudah kena penyakit incest syok sama sendiri mereka tidak memikirkan Rakyat dan strategi untuk memenangi hati Rakyat
Dari hari kehari penyakit umno bertambah parah UMNO memerlukan satu kejutan satu treatment ELECTRICAL SHOCK..tapi Najib terlalu berhati hati dan PakLah tidak ambil peduli...

BukanNostalgia said...

Datuk,
saya berasa jelek atas perangai seorang pengkomen Sudin yang begitu sombongnya mengatakan rata-rata generasi kedua (merujuk dirinya yang melayu tu) tidak memerlukan bantuan UMNO (yang sudah semestinya merujuk kepada kerajaan sekarang).

hairan jugak saya, generasi kedua mana yang tak masuk universiti awam yang memberi kelebihan kepada bumiputera? result lebih kurang pun dapat masuk jugak, dah gagal pun boleh sambung lagi.

dah masuk sekolah 95% kosnya percuma. sakit-demam pergi hospital bayar RM1 sahaja untuk jumpa doktor.

itu belum masuk cerita bantuan modal berniaga dan sebagainya.

kalau saya nak bercerita lagi, umpama menelanjangkan melayu di depan umum.

saya bukan berniat nak membela UMNO all the way, saya pun tahu, sepanjang 50 tahun menjadi kerajaan, terdapat bermacam-macam lubang yang perlu ditampong dan ada orang yang mengambil kesempatan di atas landasan perjuangan UMNO.

memang kami marah kepada orang-orang yang mengambil kesempatan di atas kapasiti mereka sebagai pemimpin atasan serta melibatkan anak-menantu mereka di dalam pentadbiran negara.

tapi setidak-tidaknya pak Sudin, berilah kredit terhadap jasa UMNO kepada saudara sebangsa anda. rata-rata kami pun (malahan majoriti daripada kami) bukan meminta projek dan harta. kami tahu apa yang UMNO sumbang kepada rakyat, bukan berdasarkan nostalgia dan bukan berdasarkan harapan/janji yang belum tentu dikotakan. janganlah kita bongkak sangat.

tentang bangsa lain tu, saya pun hairan juga, kalau bangsa bukan bumiputera disisihkan kerajaan, takkanlah ahli MCA, MIC dan Gerakan boleh duduk bersama-sama kami memperjuangkan kemenangan wakil BN?

kalau nak bercakap pasal apa bangsa itu dan bangsa ini dapat, ini hanya membangkitkan rasa benci dan hasad-dengki sahaja sesama sendiri.

Wan Shamsudin said...

Dato AKJ yg di hurmati;

Agak lama juga saya tidak buka blog Dato, juga blog blog yang lain. Ini kerana kesibukan yang tak dapat di elakkan. Semoga dato dan keluarga sihat dan baik hendaknya.

Saya pernah membuat komen dahulu di tahun lepas tentang UMNO. tapi rasanya mereka ini terutamanya Pemimpin Pemimpin UMNO masih yakin bahawa mereka itu benar dan betul.
Mereka itu TUAN kepada MELAYU?. Mereka masih SOMBONG dan BONGKAK dan ada yang KURANG AJAR.

Jika MEREKA masih bersikap demikian, jadi bagaimana RAKYAT bisa menghurmati mereka. Mereka hanya di kelilingi dan di sokong olih kaki kaki ampu dan bodek, dan kaki lobi projek sahaja.

Apabila mereka dilantik jadi Wakil Rakyat, maka mereka lupa akan janji janji manis dan sumpah mereka kepada rakyat.Ini kerana mereka sudah jadi Tuan. Mereka lupa asal usul mereka. Isteri isteri dan keluarga mereka pun turut sibuk dan membuat sibuk.

Contoh yang paling baik dan benar ingin saya buktikan dicoretan ini.
Cerita BENAR di Negeri Sembilan.
Di Taman Tempat saya tinggal ada seorang Wakil Rakyat Muda yang baru dilantik pada March 2008. Sebelum menjadi Wakil Rakyat, beliau baik dengan jiran jirannya.Selepas menjadi Wakil Rakyat beliau berubah. Kenapa?
Beliau sudah lupa tanggung jawab sebagai Penduduk Taman. Beliau tidak pernah solat di surau dan tidak pernah keluar meronda( Rukun Tetangga) bersama penduduk.
Untuk pengetahuan, beliau itu adalah seorang HAJI.

Apakah Wakil Rakyat seperti ini yang kita harapkan? Dimanakah tanggung jawab beliau kepada jiran dan teman penduduk?

Sayang sekali, UMNO hanya mempunyai ramai Wakil Rakyat seperti ini.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Jika Dato' teliti betul2,kebanyakkan mereka yang melayari Blog Dato' adalah samada ahli Umno atau penyokong Umno.Hanya beberapa kerat sahaja yang menjadi penulis upahan atau bukan dari kalangan ahli atau penyokong Umno dan BN.Jadi walaupun mereka membuat komen atau mengkritik Umno tapi sebenarnya mereka masih sayangkan Umno.

2. Orang Melayu khususnya masih mengharapkan Umno untuk melindungi mereka.Memang tidak dapat dinafikan bahawa Umno sahaja yang mampu menjalankan tanggungjawab ini.Umno dan BN pula jika dibandingkan parti2 lain khususnya parti dalam PR adalah lebih tersusun samada dari segi pengurusan atau second liner leadership.

3. Tapi malangnya kepimpinan Umno sekarang masih tidak belajar dari keputusan PRU dan 2 PRK yang lalu.Kepimpinan Umno masih mempunyai denial sinderome.Masih mencari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan sendiri masih tidak nampak.Tindakan kepimpinan Umno yang cuba mendedah kesalahan dan kesilapan pemerintahan PR (seperti yang dilakukan oleh DS Dr.Khir Toyo dalam kes lembu korban) serta usaha melaga-laga parti dalam PR adalah cara lama dan amat childish.Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan PR sekarang adalah "2 x 5" seperti yang dilakukan oleh Kerajaan BN dulu.Jadi biarlah pendedahan sedemikian dilakukan oleh badan2 NGO yang prihatin sahaja. Umno hanya perlu menyokong sahaja.

4. Yang lebih penting bagi Umno sekarang ialah untuk mengkukuhkan parti.Ia perlu dimulakan dengan menginsafi ahli2 terutamanya para perwakilan yang akan bersidang dan membuat pemilihan semasa PAU Mac ini nanti.Perwakilan harus memikul tanggungjawab dan amanah parti dengan membuat pemilihan yang betul.Jangn lagi terpengaruh dengan politik wang.

5. Para perwakilan perlu mempunnyai prinsip.Jika didapati mana2 calon yang RASUAH atau yang TIDAK BERMARUAH maka keluarkan nama mereka dari senarai calon fikiran anda.Dan jika didapati pula tidak seorang pun calon yang disenaraikan untuk jawatan2 tertentu dalam MT menepati kritiria calon yang bermaruah maka eloklah dibiarkan kertas undi itu kosong daripada anda turut bersubahat membuat pilihan calon yang salah.

6. Hasilnya kita akan dapati kepimpinan Umno yang baru itu bersih dan yang mampu menaikkan semula Umno sebagai Parti wadah Melayu. Insyallah.

professional malay said...

Salam Dato',

Perkara pokok yang perlu difikirkan oleh setiap ahli2 UMNO sebagai permulaan langkah reformasi besar-besaran UMNO iaitu.....Sanggupkah mereka membuang liabiliti terbesar UMNO iaitu KHAIRY JAMALUDDIN dari pimpinan UMNO dulu? Selagi tidak dapat menjawabnya dengan berkesan maka saya rasa patutlah UMNO dalam dilema tak sudah2....hehehe

aoazmi said...

Assalamualaikum Dato',

Maaf saya tak setuju DUN Bota di istihar pilihanraya kecil. Dok menghabiskan boras saja. Habis duit ringgit samaada BN atau PR. Tak habis-habis hang kata aku, aku kata hang. Yang untung ca ya nun alif! Maaf cakap. Nak fikirkan prinsip, semua orang boleh berprinsip. Boleh ubah bila-bila masa. Bukankah sifat manusia itu "BARU"? Dato sendiri pun sudah agak goyang dengan prinsip. Dulu bukan main lagi sokong kerajaan BN. Itu hak masing-masing.

Yang penting cuba,

> Ubah pendekatan baru dengan rakyat. Jangan jadi merak. Kata orang utara MERAK BUIH!

> Bersihkan dulu pemimpin-pemimpin yang bermasalah dan di pandang Quran Buruk dalam parti UMNO.

> Najib jangan asyik buat penafian tanpa iklas (Tanpa penerangan yang jelas)

> Adakan MA UMNO dengan kadar segera (Jangan tunggu) agar perubahan dapat dilakukan dengan segera.

> Jangan takut siapa yang memerintah kerana tiada kerajaan yang akan membiarkan dirinya lemah.

> Kenapa UMNO tiada lagi bermesyuawarah dengan PAS demi perpaduan bangsa melayu. Kalau dulu boleh tidur sebantal, kenapa sekarang tidak. Ingat kekuatan politik melayu terletak di tangan orang melayu kalau kita bersatu! Kalau tidak menang jadi abu, kalah jadi arang, yang untung bangsa lain. Bangsa pendatang! Maaf dato. Kita selalu lupa sejarah.

> Kalau keadaan ini berterusan, saya percaya kita akan jadi Singapura. Bangsa yang terpinggir suatu hari nanti.

> UMNO dikatakan hampir reput oleh gulungan muda. Sekarang apa yang UMNO buat?

> Jangan guna media kerajaan berlebihan untuk menegak benang basah.

> Imej UMNO dicemari lagi dengan gelagat KPN (macam wakil rakyat) dan Peguam Negara serta Kehakiman. Rombak balik perlantikan secara telus dan jujur, Insyaallah kiranya teras perundangan negara ini terdiri dari orang-orang yang 'telus' rakyat akan menghakim balik semula kerajaan PR pada masa akan datang.Jangan gunakan mereka untuk kepentingan individu tertentu.

Sekian dulu wassalam..

Anonymous said...

Salam Dato'

Meminjam kata-kata Dato'
"Sekiranya berita The Star itu sah, saya, secara peribadi, berasa adalah lebih elok, lebih sopan, lebih berprinsip dan lebih demokratik jika Nasarudin mengosongkan kerusi Bota supaya pemilih boleh menentukan sekali lagi parti mana mereka mahu.

Perbuatan melompat parti, tidak kira ke parti mana, adalah perbuatan keji, tidak berprinsip dan tidak demokratik. Ia mengkhianati pilihan majoriti."

Saya juga mempunyai pendapat peribadi Dato':

Saya kurang setuju dengan saranan Dato' agar adun Bota letak jawatan. Jika itu dikatakan perbuatan keji, tidak berprinsip dan tidak demokratik, UMNO dah lama buat kerja lebih dari itu, lebih keji, lebih tidak berprinsip dan lebih tidak demokratik, apakah itu, umum lebih mengetahui.

Antaranya;
1. Peruntukkan untuk buat PRK memakan duit berjuta-juta (rasuah tak usah cerita la)-duit siapa Dato' kalau bukan duit rakyat.

2. Penggunaan jentera kerajaan sewenang2nya (contoh beribu2 polis dikerah kat PRK-KT, buat apa Dato'- keselamatan ke atau nk buat huru-hara)

3. Media yang berat sebelah,

4. Peruntukkan SAR ditamatkan,

5. Melambat-lambatkan peruntukkan pembangunan di negeri yang diperintah selain UMNO

6. Mewujudkan Pusat Pembangunan Rakyat Termiskin di negeri PR yang sepatutnya dikelola kerajaan negeri,

7. dan lain-lain para pembahas boleh tambah lagi apa jelek yang UMNO telah buat.

Jika diperhatikan setiap Pilihan Raya Kecil diadakan, sejumlah wang yang begitu besar digunakan (mencecah jutaan ringgit), mengapa dibazirkan untuk sedemikian rupa, kalau duit tu betul-betul duit UMNO, tak mengapa la Dato', ini duit rakyat. Adalah lebih baik digunakan duit tu untuk kembali kepada rakyat, yang jenis kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan...ramai lagi Dato', yang jenis memerlukan belas simpati.

Sudah terang lagi bersuluh, Dato' siapa yang elok, siapa yang tak elok, siapa yang keji, siapa yang tak keji, siapa berprinsip dan siapakah tidak berprinsip, siapa demokratik dan siapakah tidak demokratik.

Tak usahlah kecoh-kecoh hendak buat PRK yang lain melainkan si adun tu meninggal, itu lagi elok. Selamatkan duit dan harta rakyat.

Salam

Pokiok.

Roti Planta said...

Dato,'

Suasana politik sekarang macam 'main rebut kerusi' masa kecil2 dulu. Mendengar alunan muzik (UMNO) memang sedap, kalau kita asyik dengan muzik maka kerusi akan terlepas. Jadi ADUN atau MP kenalah masa berjalan (pusing) tu intai2 kerusi kerana muzik dah dekat nak dimatikan (UMNO dah dekat mati). Mungkin mereka fikir kalau kekal dalam UMNO, akan melopong kerana angin perubahan rakyat yang menolak UMNO.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Datuk,

Saya lihat orang Melayu ini terlalu bongkak dengan parti politiknya. Baik UMNO, PAS mahupun orang Melayu dalam PKR. Sokong buta tuli dan langsung tak mahu menegur salah laku pemimpin mereka.

Betul kata Datuk. Orang Melayu ini langsung tidak mahu terima kepelbagaian pendapat. Dia nak dia sahaja yang betul. Kalau boleh parti politik lain lenyap dan ghaib terus dari muka bumi.

Parti politik orang lain semuanya tak releven. Parti dia sahaja yang releven. Walaupun baru menang majoriti tak sampai satu langkah, dah tepuk dada kata rakyat semua sokong dia.

Tapi mereka lupa bahawa penentu kemenangan dipilihanraya itu terletak pada pengundi-pengundi atas pagar atau "non-partisan". Nak harap undi "hardcore supporter" tak akan cukup nak raih majoriti punya.

Pengundi-pengundi "non-partisan" ini akan menilai tingkah-laku parti-parti politik Melayu ini. Bila sampai masanya, mereka akan luahkan pilihan mereka.

Pembesar-pembesar UMNO yang rasuah dan menjual maruah negara telah dihukum di PRU12 lalu. Kini tiba giliran PAS dan PKR pula untuk membuktikan bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih teraju kepimpinan orang Melayu.

Amanah dan tanggungjawab yang diberi nampaknya tidak dijalankan dengan jujur. PAS dan PKR semakin bermegah-megah dengan kemenangan mereka dan asyik lalai menari ikut rentak penyokong sendiri tanpa mempedulikan teguran pengundi-pengundi "non-partisan" ini. Apa sahaja teguran yang diberi terhadap mereka terus dilabel sebagai cakap orang UMNO dan tak layak dipertimbangkan.

Sedar tidak sedar, sikap inilah yang diamalkan oleh pembesar-pembesar UMNO yang menyakitkan hati rakyat. Kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kini sama dilakukan oleh PAS dan PKR.

Yang ruginya orang Melayu sendiri. Terpaksa mengundi atas dasar "the lesser of two evils" bukan atas dasar "the best from the best".


-sinbad-

mad said...

dengar desas-desus dalam blog pembangkang akan ada lagi adun bn akan melompat dalam masa terdekat ini. kita tengoklah nanti samada benar ataupun tidak.

saya masih berpendirian sebaiknya wakil rakyat terbabit melepaskan kerusi adun bagi membolehkan pilihanraya diadakan semula. dan kalau ramai yg melompat sebaiknya diadakan snap election.

Anonymous said...

UMNO dah rosak...
untuk baikinya memerlukan kos yang tinggi,
Tukar baru .. ada warenty..

Assalammualaikum...
Untuk menyatukan semula orang melayu, kita perlukan pemimimpin yang berpengaruh. UMNO sudah tiada pemimpin yang berkalibar. Tapi, orang melayu ada pemimpin berkalibar iaitu ANWAR IBRAHIM..
perlu kita akui mesti ada satu golongan yang menjadi juru runding membawa semula ANWAR kedalam UMNO kalau orang melayu sayangkan UMNO. Jangan tanya pemimpin UMNO yang ada sekarang.. mereka sayangkan pangkat dan kuasa.. mereka tiada semangat kemelayuan.. merekalah barua melayu.. ayuh kita perlu segera bertindak.. Bawa semula ANWAR kedalam UMNO sebelum UMNO bertambah tenah dan tidak dapat dipulihkan.. atau UMNO.. INALILLAHHHH... faruk

Anonymous said...

salam datuk,

kenapa sewaktu beberapa ADUN PBS melompat masuk UMNO/BN pada tahun 1995 dan datuk yang diwaktu itu seorang pengarang akhbar tidak mendesak pemimpin berkenaan meletak jawatan. Kenapa datuk tidak mendesak ahli parlimen pasir mas untuk melepaskan jawatannya kerana memilih untuk menjadi ahli bebas.

Analisa keputusan PRU 12 menunjukkan 51% undi popular di semenanjung berpihak kepada pakatan Anwar. Jika PRU pertarungan parti vs parti maka menunjukkan BN ditolak oleh orang semenanjung. Jika ia adalah pertandingan tokoh vs tokoh maka kesimpulannya mereka menolah Pak Lah. Jawatan PM perlu diserahkan kepada calon dari Sabah atau sarawak kerana di negeri ini telah menyambung nafas BN. Kenapa tiada desakan untuk menyerahkan jawatan ini kepada pemimpin dari sabah/sarawak.

perbuatan melompat parti adalah keji tetapi lebih keji lagi menahan seseorang tanpa memberinya peluang untuk membela diri.

Atan
Anak penoreh getah

rocky said...

BN should amend the law that disallows a MP or ADUN to stand again for a seat for 5 years if he resigns. So should every Malaysian who are asking the person to resign and restand as the law doesn't allow him to stand again for 5 years. The law was put in place by Dr.M who was not happy when Sharir won his JB seat as an independent. typical Dr.M, band aid but not fixing the problem.

So please ask Bn to amend the law before we start asking them to resign and stand again.

jegela.com said...

Dato'

Meneliti senario politik di bumi Malaysia yang bertuah ini, saya seperti merasakan kepimpinan Melayu yang anda kini benar-benar telah berada pada peringkat CHECK MATE.

Kekalahan BN khususnya UMNO di Terengganu dan tragedi lompat parti ADUN BOTA kelmarin jelas membuktikan juak-juak dalam UMNO itu sendiri ramai yang tidak boleh dipercayai kesetiaannya.

Hal ini berlaku kerana cita-cita dan mimpi anggota UMNO itu terlalu rencam. Tindakan ADUN BOTA melompat parti adalah indikator yang maha penting yang mesti dibaca oleh setiap ahli UMNO dan semua peringkat kepimpinan UMNO.

UMNO selepas pilihanraya UMPAMA anak ayam kehilangan ibu. Walaupun beberapa negeri telah dikuasai pembangkang, ini tidak bermakna perjuangan sudah berakhir.

Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO perlu mengubah strategi, secara cekap dan bijak bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap kepimpinan UMNO yang menjadi tonggak kepimpinan negara.

Yang sedihnya perpecahan politik Melayu menyebabkan kuasa dan kepimpinan Melayu kian terhakis.

Nasib orang Melayu di Malaysia jika tidak ditangani dengan teliti boleh menjadi bangsa yang bakal merempat dan ditindas oleh hemagomi yang lebih superior.

Tidakkah orang-orang Melayu sedar kepada ancaman ini?.

Yang Berbahagia dato'...

Silat dan seloka melayu nampaknya sudah tidak berapi lagi. Perkara yang bernama Melayu, seolah-olah mempunyai konotasi lemah dan negatif.

Hal ini berlaku kerana lambang negara bangsa yang di wujudkan di Malaysia terlalu bercapah dan abstrak. Hinggakan semua kaum dan masyarakat inginkan lambang bangsa dititip secara bersama.

Sebagai contoh pengabaian terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan saintifik menyebabkan bangsa yang menjadi penutur utamanya turut tidak dihormati lagi.

Di malaysia 'bahasa jiwa bangsa' sudah tidak wujud lagi sebagai satu wadah penyatuan masyarakat.

Yang ada ialah bahasa mana yang boleh memberi impak istimewa pada perkembangan ekonomi,sains dan teknologi.

Apa yang berlaku dalam senario politik Malaysia adalah timbalbalas terhadap apa yang telah dirancang sebelumnya.

Jika UMNO mahu terus berkuasa perancangan yang strategik perlu dilakukan. Jika satu ketika dahulu UMNO menerima kemasukan beramai-ramai ahli korporat, kini adalah masanya untuk UMNO mengajak dan memikat pemikir dan para cendikiawan dan ilmuan menyertai UMNO. Lebihkan dan dekati golongan guru-guru melayu dan profesional Melayu yang lain. Umno kini menghadapi fasa perjuangan yang melibatkan minda kritis, hanya yang bijak beranalogi dan menghujah akan 'survive'.

Selain daripada itu penjenamaan terhadap perjuangan demi agama, bangsa dan negara perlu digerakan dengan berhemah,cekap dan bijak.

Saya melihat orang-orang melayu sekarang sedang terbelit. Gambaran itu saya rakam dalam sketsa KARTUN SIBER- AKSI KUCING ,di http://www.jegela.com.

Diharap Dato' dan pembaca blog semuanya sihat. Semoga bumi Malaysia yang bertuah ini terus mendapat perlindungan dari ALLAH SWT.

Sekian

Tok Janggut Merdeka.
http://www.jegela.com

bat8 said...

dato dan pembahas,

Tindakan meminta ADUN Bota meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket barunya dalam penggal dewan sekarang tidak dapat membuktikan apa-apa, samada dia jantan atau tidak.

Ini adalah kerana, mana-mana ADUN atau MP yang meletak jawatan sebelum habis penggal dewan atau parlimen, akan hilang kelayakan bertanding selama 5 tahun.

Jadi bersabarlah seketika. Biar dia habiskan penggal dewan ini dan minta dia bertanding DUN Bota dalam PRU 13 nanti atas tiket PKR....hehehe

-------------------------

Izinkan saya mengimbas sekali lagi bagaimana UMNO menjatuhkan kerajaan PAS terengganu yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam tahun 60an dulu. Ini adalah sebagai bandingan dan renungan kita bersama dalam menilai tindakan ADUN Bota melompat ke part PKR.

Rasanya Dato lebih tahu cerita ini.

UMNO telah menculik 2 orang ADUN PAS dan dikurung di kuala lumpur sehingga selesai undi tidak percaya yang dibawa oleh UMNO disamping membeli seorang dua ADUN PAS.

Akibatnya kerajaan PAS Terengganu yang dipilih secara demokratik dalam PRU telah ditumbangkan oleh UMNO melalui tektik kotor.



bat8

bat8 said...

bukan nostalgia

maaflah kerana mencelah. Apa yang saudara senaraikan sebagai jasa UMNO itu amat kita hargai.

Sebenarnya apa yang saudara katakan itu adalah merupakan tugas dan tanggung jawab kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dalam kes negara kita, kebetulan UMNO dan sekarang ini UMNO(Baru) yang menjadi kerajaan sejak dari merdeka. Untuk mendabik dada bahawa kerajaan yang diterajui oleh UMNO sebagai yang terbaik kita tak boleh nak kata sebab tidak ada perbandingan lagi.

sdara bukan nostalgia rasanya keliru dengan komen-komen mereka yang bukan ahli UMNO(Baru). Kebaikan yang dibuat oleh kerajaan hari ini dihargai tetapi apa yang dipersoalkan hari ini adalah korupsi, membolot kekayaan untuk diri dan kroni, penyalahgunaan kuasa, pembaziran duit rakyat untuk kepentingan parti, dsbnya.

Hakikat kebaikan - kebaikan itu akan membawa kepada kesejahteraan dan manafaat yang berpanjangan. Yang dipersoalkan adalah keburukan yang pasti akan merugikan rakyat samada melayu atau bukan secara jangka panjang.

bat8

abdullah ngah said...

Kalau Umno hancur PAS pun turut hancur

Dr Mahathir Mohammad pernah berkata, Umno akan hancur jika politik wang dijadikan budaya.

Bukan Dr Mahathir Mohammad seorang sahaja yang berkata demikian, malah ramai para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini berpendapat demikian.

Orang PAS juga turut tumpang sekaki dan berkata. Umno akan hancur, Malah ada ramai yang mendoakan agar pemimpinnya berpecah belah antara satu sama lain.

Kalau pemimpin berterlagah sudah tentu jadi berpecahbelah dan pasti lama kelamaan akan hancur juga akhirnya. Benarkah begitu.

Ada orang kata itulah janji Allah kepada umat manusia. Bukan setakat pecahbelah dan hancur lebur, malah ada bumi yang diterbalikkan.

Tidak lama dahulu Acheh yang pernah digelar serambi Mekah ditimpa Tsunami membunuh angka ratusan ribu manusia.

Manusia mati dan bumi Acheh hancur jadi padang jarak padang terkukur. Demikian juga gempar bumi yang berlaku di Indonsia dan Pakistan, ratusan ribu manusia mati.

Kalau bumi boleh hancur sudah tentu Umno sebuah parti buatan orang Melayu juga turut ditimpa musibahnya. Lebih-lebih lagi para pemimpinnya buat tidak betul dengan Allah subha nahu wataala.

Bercakap pasal Umno akan hancur muncul pula pendapat yang mengatakan usah Umno akan hancur PAS pun tenguk pada gayanya juga akan hancur.

Ada yang berkata mengapa tidak? Allah subha nahu wataala tidak pernah mungkir janji dan berkuasa segala yang ada dibumi dan dilangit

Sesiapa sahaja yang buat zalim sudah tentu akan menerima musibahnya. Tunggu sampailah masa dan ketikanya.

Mustahil PAS berlaku zalim. Kalau Umno sudah pasti sejak dahulu hingga kini pernah bertindak zalim sesama Melayu. Misalnya, seorang guru kalau tidak sokong Umno (kerajaan) mereka akan ditukar jauh jauh, termasuk Sabah dan Sarawak.

Demikian juga pegawai kerajaan yang tidak sokong Umno, mereka bukan sahaja ditukarkan kesana kemari jauh kedalam hutan (pendalaman) malah ada yang dipecat dan diminta bersara awal

Usah pegawai kerajaan, ketua hakim Negara ( Tun Salleh Abas) dan hakim hakim yang tidak memihak kepada Umno pun turut dipecat.

Itulah bentuk kezaliman yang pernah di praktikam oleh kerajaan yang bertulangbelakangkan Umno.

Mengapa PAS pula dikatakan akan hancur juga suatu masa nanti. Hisbul Muslimin pernah mati atas nama pengharaman, tetapi PAS dikatakan akan hancur kerana mengambil orang bukan Islam menjadi keahliannya.

Cuba anda bayangkan orang bukan Islam. Orang bukan Islam itu adalah orang kafir. Orang kafir terang terang musuh Allah subha nahu wataala. Apa yang terjadi jika musuh Allah dijadikan Ahlinya. Usah musuh Allah Subha nahu wataala , musuh kita sendiri Rasulullah saw larang kita jadikan “kawan”.

Bagaimana akan terjadi jika musuh Allah subha nahu wataala kita ambil dan jadikan kawan kita. Sudah tentu dia akan khianat. Anda mungkin belum lupa dengan pengkhianatan yang di dilakukan oleh Yahudi terhadap Nabi Muhammad saw di Madinah dahulu.

Atas sebab itulah Rasulullah SAW memerintah Saidana Omar menghalau Yahudi dari Madinah dan Mekah sehingga sekarang ini dua tanah haram Mekah dan Madinah tidak membenarkan kafir memasukinya.

Ada orang kata orang bukan Islam tidak sama dengan Yahudi. Betul tidak sama, tetapi serupa. Mereka yang bukan Islam itu tetap kafir, kecuali kafir “zimmi” yang pernah disebut oleh Rasulullah saw “sesiapa memusuhinya maka ia memusuhku”.

Apakah orang bukan Islam yang akan diterima oleh PAS menjadi ahlinya itu terdiri daripada kafir zimmi? Kalau ia kafir zimmi Alahamdulillah. Tapi bagaimana kalau ia bukan zimmi?

Apa yang difahamkan sebagaimana maksud hadis: sesiapa memusuhi zimmi maka ia memusuhi aku. Maka jelas zimmi bukan musuh Allah subha nahu wataala. Adakah zimmi yang dimaksudkan sebagai orang bukan Islam boleh jadi ahli PAS itu?.

Sekarang ini rata rata orang PAS sedang bercakap dimana sahaja mereka berada, jika pas terima orang bukan Islam jadi ahlinya tunggulah masa dan ketikanya lambat laung ianya akan hancur.

Umno disebut oleh kebanyakan orang Umno ianya akan hancur kerana mengamalkan politik wang. Tetapi PAS akan hancur jika orang bukan Islam diterima sebagai ahlinya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata “air masin tidak boleh masuk dalam perahu ketika dilaut, Kalau air masin masuk kedalam perahu sudah tentu perahu itu akan tengelam.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO banyak buat jasa kepada rakyat, tetapi itu dahulu, kerana para pemimpinnya menghayati dasar perjuangan. Lepas itu, umno tidak buat jasa lagi kerana para pemimpin menjadi pengkhianat bangsa agama dan negara, termasuk gila kuasa, amal rasuahterbabit dengan riba dan ambil duit rakyat dengan rakus hantar kepada penjajah.

Dahulu penjajah yang ambil hasil mahsul, tetapi sekarang ini para pemimpin yang diamanah memerintah negara ambil hasil mahsul negara hantar kepada penjajah.

Oleh itu bukan umno sahaja yang kepupusan, malah negara ini akan jadi milik orang lain suatu hari nanti.

zabidi mohamed said...

Saya pernah tulis buku bertajuk "Arqam, Tersungkur Di Pintu Syurga". Nampaknya UMNO juga kalau tak mahu 'melihat ke dalam' dan 'buat perubahan diri' akan 'Tersungkur' juga satu hari nanti.

Azman Yahaya said...

Pandangan serta pendapat saudara memang betul dan saya hampir setuju dengan kesemuanya. Malah saudara telah melakukan ulasan yang begitu terus terang semasa mengupas punca kekalahan di KT di Astro Awani. Saya percaya rancangan tersebut turut ditontoni oleh ahli-ahli serta pemimpin UMNO. Akan tetapi hanya ahli-ahli UMNO mahu akan perubahan, tetapi pucuk pimpinan yang terlalu tamak haloba dengan kuasa dan kekuasaan telah menjadi pekak malah tuli...

nanang said...

Dato,

Allahyarham bapa saya adalah orang kuat cawangan UMNO. Selepas bapa saya meninggal dan saya tamat pengajian di Universiti, saya memohon untuk menjadi ahli UMNO cawangan.Entah bagaimana borang permohonan saya tidak sampai ke peringkat bahagian !.

Bagitu juga teman saya yang memohon untuk jadi ahli, sampai sekarang tidak diketahui dimana sangkutnya surat itu.

Bagitulah budaya UMNO dulu ,sekitar tahun 90'an. Sekarang lagi teruk. Teman saya yang telah menjadi ahli, bercadang untuk bertanding jawatan kerusi Timbalan Ketua Bahagian telah menghabiskan sekitar RM 100,000.00 untuk dapatkan pencalonan, akhirnya kalah juga.

Bagaimana masalah ketamakan ahli-ahli UMNO ini boleh diselesaikan Dato' ?

Bagi saya sukar untuk diubah,tetapi itulah realitinya. Pemimpin terdahulu UMNO mungkin banyak idealisma perjuangannya. Tetapi orang UMNO sekarang semua membawa rebahnya UMNO. Dulu kawan,hari ini musuh. Tikam dari belakang adalah perkara biasa. Semuanya kerana SATU BENDA - WANG.

Pesan kawan-kawan " KALAU TAK ADA DUIT, JANGAN NAK CUBA BERTANDING JAWATAN!. SEMUANYA MESTI ADA DUIT!. LEBIH BAIK BERJUANG DALAM PARTI PEMBANGKANG".

Terimakasih

Anonymous said...

Saya percaya majoriti bangsa melayu masih sayangkan UMNO cuma mereka meluat dgn perangai pemimpin2nya yang terlebih berlagak..
Kepada mereka2 ini saya ingin mengingatkan bahawa apabila anda dipilih sebagai wakil rakyat anda tidaklah lebih cerdik dari kami yang memilih anda, anda tidaklah lebih hebat dari kami2 yang melantik anda...anda hanyalah sebagai wakil untuk membawa suara kami agar kedengaran di Parlimen, di kabinet dll sebagai suara rakyat. Malangnya apabila anda dilantik maka anda telah merasakan bahawa andalah manusia yang hebat, yang pandai sehingga rakyat dianggap bodoh, tidak faham dan mudah diperkotak katikkan..Apakah anda hebat kalau sekadar pemegang ijazah, yang jutaan rakyat lain juga mempunyai lebih dari itu..ingatlah bahawa apabila anda tahu meletakkan diri anda ditempat yang sepatutnya, maka rakyat akan menghormati anda. Hari ini anda wakil rakyat, mungkin pilihanraya akan datang anda pula menjadi rakyat kepada wakil rakyat yang lain..Adakah anda ingin mempunyai seorang wakil rakyat sebagaimana anda berkelakuan sekarang ini...Kepada pemimpin UMNO, kalau nakkan kembali sokongan rakyat pada BN/UMNO, tanyalah rakyat, jangan hanya bertanya ahli UMNO shj kerana dalam PRU ahli UMNO semata tak akan mampu memenangkan wakil BN...


Anak desa

hlekir said...

Dato',

Siapakah yang selama ini mengatakan PAS tidak mampu itu dan ini? UMNO, bukan rakyat !

Siapakah yang selama ini memburukkan PAS? UMNO, bukan rakyat !

Apakah pernah PAS pernah mentadbir negara? Belum.

So, apakah justifikasi dato' untuk mempertikaikan kemampuan PAS memelihara hak rakyat (termasuk orang melayu/Islam)

Cikgu Rahim said...

Wakil rakyat UMNO sukar memperjuangkan suara orang melayu. Setengah wakil rakyat tak berpelajaran tinggi tetapi sikap pro rakyat langsung tak ada, Sampai UMNo begini lemah masih juga wakil rakyat ini tidak berubah. Sikap elit dan tidak suka bergaul dan mengambil sikap tak endah masalah pengundi menjadikan kami terlalu muak. Bosan sehingga kami rasa tak berwakil rakyat melayu pun tak apa sebab dah bertahun hampir empat penggal jadi wakil rakyat tak juga berubah tempat kita.....

Cikgu Rahim said...

Cara tulisan dato seolah-olah nak psyco pembaca. Tetapi itu hak dato nak hidupkan suasana kecermelangan UMNo era-era 60 -70 an, era itu memang sesuai dengan UMNo. Era nostalgia. Kita tak boleh hidup dengan nostalgia semata-mata dato. Tetapi sebagai orang tua, apa lagi yang dato boleh buat. mengenang sajalah.

ChengHo said...

dato'

Penyakit kronik UMNO ini memerlukan major surgery , sudah tiba masanya ubat yg paling mujarab adalah menubuhkan UMNO ( baru 2) fasa 2
saperti penubuhan UMNO ( baru ) 1987
Pemimpin Umno juga mempunyai imej dan persepsi yg sangat buruk sampai guruh di langit pun akan disalahkan kepada Umno , Umno misti cari firma perunding imej untuk memperbetulkan persepsi ini

Anonymous said...

Untuk UMNO menarik kewibawaannya beberapa perkara ini perlu dipertimbangkan:

1. Peka pada dasar yang hampir separuh tidak dipersetujui oleh rakyat seperti isu PPSMI

2. Media arus perdana dan tv tidak terlalu berpihak pada parti yg memerintah sehingga prkara betul pun sukar diterima kebenarannya. Debat dan diskusi harus diperbanyakkan untuk rakyat menilai minda dan keikhlasan pemimpin.

dan banyak lagi yg saya fikir pemimpin sendiri boleh fikirkan demi tanggungjawabnya sebagai pengamal politik yang bersih zahir dan batin.

jalil

Haris Fadzilah said...

Sepatutnya, Nasarudin Hashim mengosongkan kerusi beliau jika mahu melompat ke parti pembangkang, barulah adil. Ini adalah kerana rakyat di DUN berkenaan memilih UMNO/BN, bukan Nasarudin semata-mata...Jadi, wajar untuk beliau mengosongkan kerusi itu dudlu. Lepas tu nak melompat, lompatlah...

ChengHo said...

Anwar akan menguasai PAS tidak lama lagi ,kumpulan Erdogan nya akan menumbangkan kumpulan Ulamak PAS
Nik Aziz dan Hadi sudah tua dan old fashion

ChengHo said...

Anwar is an artist he can mobilise the nation attention to his political survival . he is a maestro in philharmonic ochestra every one follow his tune . he is a compulsive student of Tun M and Tzun Sze art of war do not under estimate him.

Najib should get out from the ochestra and create another tune another music an ECONOMIC AGENDA....do not fall to Anwar trap...

Anonymous said...

Assalamualakum Dato,

Sememang tidak dinafikan UMNO merupakan antara Parti yang amat berjasa. Onn Jaafar merupakan seorang begitu prihatin dan menubuhkan UMNO untuk melawan MALAYAN UNION. Namun begitu beliau selepas itu keluar dari UMNO dan menubuh Parti Negara yang berbilang kaum.
Sebenarnya, saya cuba untuk membawa perhatian minda kita tentang kepupusan. Setiap yang berlaku di dunia ini pasti akan sampai penghujungnya. Kalau dilihat USNO merupakan nadi yang bertunjangkan rakyat Sabah pun boleh hilang dari arena politik Malaysia, inikan pula UMNO.
Saya tidak menolak jasa - jasa yang telah disumbang oleh tokoh-tokoh UMNO terdahulu. Mereka cukup prihatin terhadap rakyat. Cuba bayangkan perdana menteri malaysia kedua sanggup masuk ceruk kampung untuk mendengar masalah yang dihadapi penduduk tidak kira sama ada pilihan raya (PR) atau tidak. Namun apa yang berlaku hari ramai pemimpin UMNO sudah lupa diri. Mereka hanya turun datang ke kampung ketika PR belaku. Setelah itu berlaku PR, sunyi sepi. Pembangunan dijadikan hanya sekadar cakap-cakap tin kosong. Ini masalah yang pemimpin sekarang.
Selain itu, secara peribadi, saya tidak suka semangat Assabiah (Perkufuan),sebab itu saya tidak gemar dengan perkataan 'Melayu' itu dalam UMNO kerana saya bukan dari kufu Melayu mahu rumpun melayu tapi yang pasti seorang Islam. Jadi saya menjadi keliru, nak jadi ahli mana satu MCA atau UMNO. Perkara yang saya takut ialah jika kekufuan ini telah mempengaruhi hidup manusia hari ini, takut lahir sifat taksub. Ini membahayakan negara.
Kalau terus kelangsungan UMNO di persada politik tanah air, saya lebih bersetuju dengan cadangan Tengku Razeligh Hamzah, mungkin perubahan itu menyebabkan UMNO tersungkur terlebih dahulu tapi akhirnya rakyat dapat melihat perubahan jati diri UMNO itu sendiri. Bagi saya fikir masa-masa yang mendatang jangan fikir masa yang singkat. Bak kata 'Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini' dan jadi seperti sekembang cina 'belum cakap sudah buat, belum panggil sudah datang' iaitu berusaha dari ketelusan dan kejujuran hati yang suci dan murni. Bukan sekadar telus tetapi memang nampak lebih telus dan perlaksanaan memang telus.

wassalam.
-Pemikir Kritis - Ulu sabah-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).