Friday, February 06, 2009

Kurangkan Politik Pesatkan Rangsangan Ekonomi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BANYAK pembahas berasa gusar kerana kita nampaknya terlalu banyak menumpukan masa, tenaga dan sumber kewangan kepada politik. Mereka meminta saya mengulas mengenai ekonomi.

Sebelum itu, kita terpaksa terima hakikat, iaitu apabila kita menabur angin -- dengan tersilap membuat perkiraan politik, sama ada politik dalam parti atau antara parti --maka kita hendaklah bersedia menuai badai.

Pembahas Sawit Futures Trader yang mencari makan dengan bergiat di pasaran hadapan komoditi, antara lain menyebut:

“Dato' (Datuk) boleh tulis artikel tentang kesan pakej rangsangan ekonomi setakat ini. Atau kesan daripada pelan tindakan ekonomi negara jiran (terutamanya Singapura) ke atas Malaysia.

"Tak kan Dato' (Datuk) tak sedar perangkaan dan jangkaan tahap pengangguran 2009 yang diwartakan oleh beberapa autoriti serantau baru-baru ini...”.

Saya rasa tidak ada siapa pun yang boleh memberi jawapan yang tepat dan khusus mengenai situasi ekonomi sekarang. Beberapa hari lalu, Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi negara-negara di Asia akan pulih semula tahun depan tetapi ada juga ramalan ia akan berterusan sehingga tahun 2011.

Daripada pemerhatian rambang saya dan hasil persidangan sehari “Global Financial Crisis –Mapping the Blueprint for Survival” yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu, izinkan saya sedikit ruang untuk mengemukakan fakta dan pandangan berikut:

1. Krisis kali ini lebih buruk dan luas daripada krisis kewangan serantau yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara pada tahun 1997/98;

2. Krisis kali ini berpunca dan bermula di Amerika Syarikat akibat krisis subprima dan merebak dengan pantas ke seluruh dunia, khasnya ke negara-negara maju;

3. Disebabkan Amerika adalah ekonomi terbesar di dunia, kemelesetan ekonominya menjejas ekonomi dunia keseluruhannya;

4. Malaysia bergantung terus kepada Amerika sebagai salah satu destinasi utama eksport dan sumber penting pelaburan asing;

5. Krisis subprima yang menyebabkan banyak institusi kewangan dan peminjam, khasnya pemilik rumah, muflis menjejas kuasa membeli Amerika;

6. Apabila pengguna Amerika dan negara-negara maju yang lain mengurangkan import, eksport kita akan berkurangan;

7. Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan untuk pasaran Amerika dan dunia terpaksa mengurangkan pengeluaran atau ditutup terus;

8. Ada anggaran mengatakan seramai 400,000 pekerja sama ada sudah hilang pekerjaan atau tidak lagi mempunyai pekerjaan sepenuh masa atau tetap dan 200,000 lagi dalam ancaman;

9. Pekerja yang hilang pekerjaan atau tidak lagi mendapat gajian penuh akan mencetuskan reaksi berangkai (chain reaction) – tiada pekerjaan tiada pendapatan, tiada pendapatan tiada perbelanjaan, tiada perbelanjaan tiada pengeluaran dan tiada pengeluaran kilang terpaksa ditutup menyebabkan lebih ramai lagi pekerja yang akan menganggur;

10. Anggaran pengangguran yang sangat membimbangkan ini wajib diberi perhatian kerana ia mungkin tepat. Ini kerana bukan semua pekerja berdaftar, bergaji tetap atau mempunyai majikan. Ramai yang bekerja sendiri;

11. Justeru itu adalah sangat penting ekonomi dalam negara (domestic economy) diberi rangsangan agar kepenggunaan boleh dikekalkan pada tahap yang tinggi kerana kepenggunaan (consumption) memberi kesan langsung kepada pengeluaran (production) dan seterusnya kepada guna tenaga (employment);

12. Dalam suasana ekonomi global yang lembap beginilah kerajaan perlu menambah perbelanjaan awam (public expenditure) bagi mengimbangi perbelanjaan sektor swasta yang berkurangan;

13. Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir itu sependapat kerajaan wajib melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi (Economic Stimulus Package) yang kedua secepat mungkin;

14. Pakej itu hendaklah cukup besar, dengan tujuan yang jelas dan memberi kesan yang juga jelas (large, purposeful and impactful). Ada anggaran mengatakan peruntukan hingga RM30 bilion diperlukan;

15. Setiap ringgit dibelanjakan wajib dipantau pengalirannya agar sampai kepada matlamat yang dituju, iaitu rakyat jelata dan pengguna di peringkat paling bawah;

16. Peserta persidangan kurang pasti, justeru itu kurang yakin dengan keberkesanan pakej pertama yang dilancarkan tahun lalu bernilai RM7 bilion;

17. Sebahagian peruntukan pakej kedua ini wajib ditujukan dan diberikan terus kepada pengguna, khasnya golongan terancam seperti ibu tunggal, rakyat miskin dan mereka yang menjaga ibu bapa yang tua;

18. Selain “memaksa” sistem bank yang nampaknya semakin enggan mengeluarkan pinjaman agar tidak menjadi kurang ajar, kerajaan wajar memikirkan kemungkinan mengambil alih tabungan sistem bank jika ia terus degil;

19. Kerajaan boleh menambah kecairan dan mengurangkan lagi kos modal dengan mengeluarkan wang (dana) daripada pelbagai tabung pembangunan awam dan swasta seperti tabung tanam semula getah dan kelapa sawit, tabung penyelidikan, tabung pembangunan sumber manusia dan tabung pendidikan tinggi;

20. Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri, memikul tanggungjawab yang sangat besar dan berat;

21. Kalau beliau pandai mencari nasihat dan tidak takut berkawan dengan orang yang pakar, harapan beliau menyelamatkan ekonomi negara akan bertambah cerah;

22. Suka atau tidak, beliau terpaksa mengakui kepakaran dan pengalaman orang seperti Dr Mahathir, Daim Zainuddin, Thong Yaw Hong, Zeti Akhtar Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Mustapha Mohamed, Lin See Yan dan Ramon Navaratnam dalam menangani krisis ekonomi;

23. Saya sangat gembira melihat beberapa orang pegawai kanan kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, (Tan Sri) Wan Abdul Aziz Abdullah, hadir di persidangan itu;

24. Harus diingat bahawa pakej rangsangan berbilion ringgit tidak bermakna kalau tidak ditujukan kepada sektor dan kegiatan yang produktif dan dipantau dengan terperinci;

25. Apa yang menyebabkan ekonomi Malaysia nampak tidak menyerlah pada beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada krisis keyakinan. Pelabur dan pengguna kurang yakin dengan dasar-dasar dan projek-projek kerajaan serta perlaksanaannya;

26. Bagi Mohd Najib, tidak akan ada bulan madu atau waktu percubaan. Dia terpaksa bertindak segera dan bekerja keras mengembalikan keyakinan umum terhadap pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara;

27. Saya kurang kemampuan dan keberanian untuk membuat analisis terperinci ke atas pakej rangsangan ekonomi yang lalu dan kesannya kerana saya tidak berada dalam lingkaran maklumat – information loop;

28. Daripada pengalaman lalu, saya rasa sebuah badan bertindak berkuasa tinggi seperti Majlis Bertindak Ekonomi Negara (NEAC) wajib diwujudkan semula; dan

29. Saya hanya boleh mengimbau kembali ingatan kepada krisis 1997/98 apabila saya berada dalam lingkaran maklumat. Waktu itu, pengaliran maklumat diuruskan dengan sangat terperinci untuk memudahkan tindakan dan mewujudkan keyakinan.

Apa pun kedudukannya, kita semua amat berharap kerajaan pusat dan negeri, tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tidak terperangkap dalam kemelut politik sehingga lalai menangani krisis yang sangat menakutkan ini.

Mungkin tidak keterlaluan kalau kita mengharapkan kemunculan satu mekanisme yang menyerupai pentadbiran perpaduan nasional (national unity administration) yang membabitkan semua pihak dan parti politik bagi menangani krisis ini.

Kesan dan petunjuk semasa kurang memberi keyakinan bahawa kita mempunyai kapasiti dan ketahanan yang mencukupi untuk mengharungi krisis ini dalam jangka masa panjang. Persepsi negatif seperti itu wajib dihapuskan agar wujud semula keyakinan.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dihadiri pakar-pakar asing, kapten-kapten industri, para penyelidik, cendekiawan dan pegawai kanan kerajaan itu mengemukakan banyak pandangan dan cadangan. Saya harap kerajaan tidak menolaknya tanpa terlebih dahulu menelitinya.

72 comments:

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih banyak-banyak atas artikel ini.

Hujung minggu lepas, saya berpeluang berbincang dengan jiran-jiran tentang situasi semasa.

Ada kenduri. Kami semua pakat turun tangan, lelaki dan perempuan, memasak. Gotong-royong, tak perlu bayar catering. Boleh juga berkumpul, merapatkan siratul rahim.

Ada satu perkara yang menarik yang saya ingin kongsi.

Ramai dikalangan penjawat awam yang menyebut.

Dulu, 10 tahun yang lepas, mereka diberi bonus RM500 seorang. TDM secara jelas memaklumkan bonus itu adalah untuk meransangkan ekonomi dan meminta bonus itu dibelanjakan habis untuk produk/khidmat tempatan.

Bukan saya nak minta bonus. Tak ada kena mengena pun.

Cuma nak nyatakan, dulu, kerajaan akui kemelesetan ekonomi. Dan kerajaan bekerjasama dengan rakyat secara langsung dalam menghadapi kegawatan.

Kerajaan jelas dalam tindakan. Rakyat faham dan tahu apa nak buat.

Malangnya kini, kita kabur.

Kalau orang macam Dato' pun tak berani nak komen, apa tah lagi saya dan orang lain.

Setakat ini, apabila jumpa kawan yang jadi :

1.auditor - saya tanya, apa status cash flow kebanyakan syarikat yang diauditnya.
2.kontraktor - saya tanya, banyak ke projek baru, bayaran kerajaan lancar atau sangkut dan berapa banyak default projek sebab barang binaan naik harga.
3.ejen hartanah - apa perubahan dalam kemudahan pinjaman bank untuk perumahan selain pinjaman peribadi.
4.broker/remisier - banyak mana jumlah akaun urusniaga saham/futures yang baru dibuka.
5.pesara - komen mereka tentang kos sara hidup dan keadaan anak-anak yang baru habis belajar yang sedang mencari kerja (nak jumpa pesara, pergi ke mana-mana BSN pada 2/3 hari selepas penjawat awam menerima gaji).

Kebanyakan respon yang saya terima
adalah agak negatif.

Anonymous said...

Dato,

Mintak komen sikit.

Perkara asas yang menjadi penyebab masalah ini adalah kerana orang politik ni tiada periuk nasi yang tetap, kecuali dilantik memegang jawatan dlm pmerintahan.ie mentei, exco,ajk.

Samada mereka ini berniaga sendiri yang tidak tetap pendapatannya atau di sponsor oleh sasabuah pihak. bagi yang makan gaji, ada yang sanggup berhenti untuk berpolitik.

Anak bini, rumah, kereta, minyak, bil dan penyokong semua perlu di tanggung.

Ini lah yang menyebabkan prioriti mereka adalah lebih kepada yang terdekat dengan mereka dan fokus kepada masyarakat dan negara menjadi perkara nombor dua.

Dan yang menjadi penambah beban yang di cari sendiri, mereka tidak boleh menerima hakikat untuk menurunkan standard mereka bila periuk nasi sudah kering.

Maka akan terjadilah pelbagai perkara yang tak masuk akal berlaku
manakala pihak musuh dari dalam dan luar parti pula sentiasa menunggu peluang mencari kesalahan mereka.

Sudah tiba masanya ada undang undang bagi pemegang jawatan dalam parti politik di bayar gaji tetap mengikut jawatan, tanggung jawab dan keperluan masing masing.

Ia mungkin terpaksa mengikut kemampuan parti masing masing.

Dengan ini BPR mampu memantau dengan lebih jelas jika terdapat antara penjawat tersebut yang mempunyai kekayaan yang terlampau seperti yang berlaku sekarang.

Mana tahu mungkin bila ini dilaksanakan, maka kurang lah yang berminat untuk berebut kuasa demi kekayaan dan lebih menumpu pada ideologi politik masing masing.

Jadi semua rakyat dan pemimpin akn lebih fokus pada kerja mereka.

Tapi mungkin agak sukar juga ni.

amoker said...

Good analysis. Wish Minister Najib will read your writting as he does not seemed to know what to do. Our RM is depreciating, econonmy in the duldrums and he is too busy masterminding a coup de tat in Perak. And before that, 2 weeks in KT to be Santa Claus. I wonder if he has any idea at all.

Have a good weekend.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya membaca iklan tentang persidangan tersebut di akhbar.Ia menyatakan persidangan tersebut adalah sessi perbincangan dimana sesiapa yang hadir diminta menyumbang idea-idea untuk " blueprint for action" . Saya amat lega membaca kenyataan tersebut. Sekarang rumusan telah dibuat, saya berharap pihak yang berkenaan mengambil serius akan rumusan-rumusan tersebut.

Pepatah Melayu mengatakan " Malu bertanya sesat jalan". Sekarang tak perlu tanya, hanya perlu terima dengan minda terbuka dan mata hati yang amat ikhlas demi kepentingan negara.

syauqi_x said...

slm pak kadir...

Kali ini saya setuju dgn pak kadir...

Too much politicking is taking place now...

Ekonomi negara kita hanyuuuuuuuuuut saja entah ke mana...

Ibarat dua ekor gajah yang bersabung, tapi gelanggang tempat bersabung sudah hampir roboh...

Gajah-gajah tidak peduli kalau gelanggang mahu roboh, gajah-gajah cuma peduli kalau gajah lawannya mati terkorban saja...

Penonton di tepi pun bersorak sama, tidak sedar yang gelanggang sudah mulai senget sebelah...

Bila dah menang, baru sedar gelanggang dah nak roboh...

Dan di bawah gelanggang itu ada gaung yang sangat dalam...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kerja tak ada..banyak cakap..malaysia dah ikut jejak indonesia..

dulu kita sibuk dengan urusan kerja seharian, kini kita sibuk dengan urusan politik...anak bini tak terjaga...

imah said...

Salam Dato'

Menantu saya bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan ternama. Mengikut jadual, kapal yang beliau bekerja itu sepatutnya mula belayar pada awal bulam Februari ini. Tetapi sehingga hari ini masih tertunda dengan alasan tidak cukup material yang hendak di angkut. Destinasi kapal tempat beliau bekerja ini ialah seluruh pelabuhan di Asia Timur, Amerika Utara dan Eropah. Memang ternyatalah seperti kata Dato' tekanan kemelesetan ekonomi telah merebak keseluruh dunia.

Berbalik kepada pakej rancangan ekonomi yang menurut Najib telah dilancarkan bernilai 7 bilion, sampai hari ini tidak nampak apa kesan samada kesan nyata atau kesan tersirat.

Entah apa projek-projrk yang dibiayai oleh dana sebesar itu.

Kalau dalam era krisis tahun 1998 dahulu, kita rakyat dikampung pun boleh nampak dengan jelas usaha kerajaan memperbaiki kerosakan ekonomi. Paling bodoh pun mana-mana bangunan sekolah yang uzur atau perlu ditambah, kerajaan mengambil tindakan segera dengan memperbaiki atau membina baru. Bangunan klinik kesihatan luar bandar dinaiktarafkan dan paling tidak pun pagar sekolah yang rosak diperbaiki. Masjid-masjid baru dibina dan yang lama diperbaiki bahkan hingga ke longkang-longkang dibagu jalan pun dinaik taraf kepada longkang konkrit.

Usaha ini dilakukan diseluruh negara dan dengan itu setiap rakyat diserata ceruk tanah air mendapat menafaatnya.

Mengenai pakej yang dilancarkan oleh Najib ini tidaklah diketahui kemana wang 7 bilion itu dicairkan.

Dato'
Kita lihat diseluruh negara, terdapat balai polis yang masih menggunakan bangunan peniggalan zaman penjajah. Contohnya ialah unit Polis Trafik Negeri Pahang di Kuantan, masih menggunakan bangunan kayu zaman British yang hampir roboh.

Kita juga sering diganggu oleh isu-isu kelas Tadika Kemas di kunci akibat tiada bangunan sendiri. Isu kelas Tadika Kemas ini bukan berlaku di negeri pembangkang sahaja bahkan di seluruh negara, kelas tadika ini menumpang dibangunan lain.

Ini adalah secebis bahan yang sepatutnya diberi perhatian dalam melaksanakan pelan ransangan ekonomi.

Balai polis dan kelas Tadika Kemas ini ada diseluruh pelusuk tanah air. Tidak kira di bandar atau di ceruk kampung. Dengan sebahagian daripada peruntukkan itu digunakan untuk membangun kedua-dua agensi ini, sekurang-kurangnya kontraktor kelas F di kampung-kampung dapat manafaatnya.

Itu hanya dua contoh agensi kerajaan terbiar yang boleh dipulihkan. Saya percaya tentu banyak lagi perkara lain yang boleh diberi peruntukan.

Tetapi seperti yang dikatakan diawal tadi, saya masih belum nampak apa-apa projek yang boleh di kelasifikasikan dibawah pakej Najib ini.

Pemimpin kerajaan sekarang ini nampaknyalebih menumpukan kepada permasaalahan dalaman parti dan lebih sibuk memikirkan bagaimana melawan pembangkang. Sudah tiada masa berkualiti untuk menjaga kebajikan rakyat lagi.

Anonymous said...

Salam Dato:
Memang ekonomi pada masa kini amat teuk sekali.Hari ni kilang tempat saya bekerja umumkan vss utk kurangkan 41%@700 tenaga kerja.
Ramai yang sudah menjangkakan tindakan ini namun ramai juga yang tiada persediaan untuk menghadapi situasi ini.
Sama-samalah kita berdoa agar krisis ini segera pulih kerana akan ramai rakyat Malaysia akan sengsara pada bulan-bulan yang akan datang.
Di harap puhak kerajaan segera membantu rakyat untuk menghadapi krisis ekonomi yang semakin mencengkam Malaysia.

Njan
Penang

Anonymous said...

kebanyakan pemimpin kita yang diamanah mengimarahkan rakyat sebenar tidak berbuat demikian.

sebab itu apa yang dilakukan baik pakej rangsangan yang dinyatakan sebanyak RM 7 bilion itu hanya berupa agenda peribadi sahaja.

bayangkan RM 10 bilion diberikan kepada Terengganu untuk tujuan penubuhan lembaga pelaburan Terengganu (TIA) lebih banyak berbanding pakej rangsangan yang diluluskan.

Mengapa boleh jadi begitu? tidak lain dan tidak bukan semata untuk meraih undi orang parlimen Kuala Terengganu sahaja.

Disini dapat kita buat kesimpulan Najib bertindak diluar rasional seorang bakal perdana menteri Mac ini.

Sebab itu saya pernah kata kebanyakan pemimpin negara kita tak ubah macam "pagar".

Jangan diharap mereka ini boleh menolong rakyat (membela rakyat) malah mereka nampaknya dengan jelas ada unsur unsur sudah, sedang akan mengkhianati amanah yang dianugerahkan Allah.

Mereka juga boleh kita sifatkan sebagai mahklok yang "degil" ada nasihat tapi tidak ikut nasihat. Ada pengajaran tetapi tidak ambil pengiktibaran.

Pendek kata hampir semua pemimpin negara kita sekarang lebih utamakan agenda peribadi berbanding agenda rakyat.

Say masih ingat dengan peruntukan RM 5 bilion yang juga disebut sebagai pakej rangsangan ekonomi.

kemana perginya wang sebanyak itu?

Ada yang mengatakan diberi kepada adiknya untuk membeli bank muflis Indonesia.

Maka janganlah kita berharap dan mengharapkan dengan pemimpin macam ini.

Mereka sudah pasti tidak boleh diharapkan langsung, kerana mereka lebih mementingkan agenda peribadi berbanding agneda rakyat.

Maaf, kerana saya kenal siapa sebenarnya Najib yang bakan menjadi perdana menteri tidak lama lagi.

Dia tidak sekali kali akan menerima pandangan orang lain hatta yang menasihat itu pakar sekalipun.

Saya masih ingat apa yang dilakukan kepada KOBENA suatu masa dahulu, waktu beliau jadi menteri Belia dan sukan.

Kobena waktu merupakan konpersi belia yang sangat teguh. Ada aset RM400 juta. Akhirnya jadi muflis.

Angkara siapa? kalau tidak Datuk Seri Najib yang gaya hidupnya macam perpatah "beli baju tidak ukur badan"

Apa yang jadi dengan negara ini jika kita serah bulat bulat menjadi perdana menteri.

politik adalah segala- galanya. Jika politik lemah ekonomi pun turut lemah. Bukan setakat lemah malah boleh merundum sepertimana yang berlaku pada zaman Mahathirimse sehingga banyak bank muflis terpaksa bergabung.ingat jangan tak ingat.

ini adalah amaran dari Allah yang memerintah kerajaan langit dan bumi.

fital said...

Seandainya krisis ekonomi tersebut berterusan spt yang dinyatakan bererti masa untuk kita berbulan madu telah berakhir.Kris ekonomi yang melanda Amerika Syarikat rupa-rupanya memberi impak yang besar kepada dunia.

Seperti yang Dato katakan tersilap membuat percaturan politk maka kita hendaklah menerima badainya. yang menerima badai tersebut adalah kita semua. Mungkin hari ini ramai antara kita tak menyedari
kesan tersebut kerana rata-rata masih mempunyai pendapatan tetap dan masih bolih menampong perbelanjaan keluarga. Tetapi bagi mereka yang berkerja disektor perkilangan dan perbankan mungkin telah lama terasa kerana ada kilang-kilang dan bank yang telah memberikan notis pemberhentian sukarela. Lebih menyedihkan lagi ada yang menerima nasib pemberhentian kerja kerana kilang tempat mereka mencari nafkah terpaksa ditutup atau mengurangkan operasinya. Bagaimana pula dengan anak-anak kita yang baru keluar universiti nampaknya semakin sukar untuk mendapat pekerjaan.kalau dapat kerja pun sekadar cukup sara diri tetapi terpaksa menanggung hutang PTPN.Kegawatan ekonomi 1997/98 menyaksikan kenaikan mendadak kes-kes kebankrapan dan penggulungan syarikat.Sehingga kini masih belum pulih dan ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi yang baru.

Seperti yang Dato katakan krisis ini adalah lebih buruk dari krisis kewangan 1997/98. Satu kenyataan yang amat menggerunkan tetapi kita terpaksa menerima hakikat.Semoga pihak kerajaan akan memandang serius perkara ini seperti yang Dato sarankan pada para 11 dan 28.Persoalannya dapatkah cadangan Dato diterima oleh pihak berkenaan.

Allah selamtkan kami
Allah selamatkan kami

casper c said...

Succinct Pak Kadir but those who should listen most are too preoccupied.

Present crisis notwithstanding, this next generation of UMNO leaders are a boorish lot but what takes the cake, majority of them are not equipped and lack the necessary credentials academically. The deficit in language skills is widely acknowledge and all is made worse when the professional class of Malays shun politics wholesale.

Che Det was fortunate to be PM while M'sia was at its productive best. Are our best days behind us ? Few will recall but through much of the 90's before 1998 crisis that triggered a run on the Baht, our Ringgit was hovering in great strength at 2.50-2.80 comfortably. In short, there is no room for wanton waste today while competition is intense.

UMNO breeds a culture of dependency and operates a welfare program that takes care of vested interest and those loyal - ie AP permits, 30% bumi participation, affirmative action, streaming of bumi students, protectionism in industry are all initiatives that hurts the nation and bleeds it dry.

Instead of creating value and building wealth, taxpayers are feeding a bottomless pit and fueling an existing criminal class that is growing stronger and petulant by the day if Perak crisis is considered.

If UMNO is allowed to go down the same path, ignoring realities with the same business as usual approach(mencuri) but all the while spending the futures of the next generation - M'sia is doomed, forever playing catch up to make good the obscene amounts of money being squandered at present.

Let me say in part and this should not be read as a slight(bukan sindiran) Pak Kadir but your children and grandchildren will also be liable like all M'sians, to foot the bill for the many of UMNO's projek curi duit rakyat.

Najib's and Razak Baginda's US$111 million(Perimekar - yg terdahulu belum kira, what more the dealings of Adib Adam and his side deals) and more would have to be paid for and let's not forget the mother load - Azim Zabidi's slush fund originating from PKZ sleaze.

Every single sen they dish out today, the kids will have to account for in the future. Sad, sad, sad - tolong lah bangkit Melayu, masa sudah tidak mengizin.

Salam Pak Kadir dan semua.

Anonymous said...

Dato

sorry off topic.

Masa Kelantan ( 1990 ) , Trengganu ( 1999 ) Kedah, Perak and Penang ( 2008 ) tumbang kepada pembangkang dulu, keadaan relak aje, tak kecoh pun dan tak susahkan sultan pun.

Ni siap buat demo kat depan Masjid dan Istana Kuala Kangsar. Yang herannya pemimpin depa spt Anwar, Nijar, Hadi, LK Siang, Kapal singh tak nampak bayang pun kat situ.

Jangan le jadi pengikut yang bute hati.

Anonymous said...

Dah, Pasukan Bola DiSepak Negara telah digondolkan gol 0-5....dan sekarang ni sudah kena BOOOO!!!

17:47 About 2,000 people are now in the centre of Kuala Kangsar town, lining the street before the small bridge leading uphill to the Istana. They are clearly not amused by the turn of events.

17:49 They are jeering the gleaming black vehicles that could belonging to the new BN appointed exco members and showing them the thumbs down.


17:50 Riot police are lining the streets, facing the crowd but they do not attempt to chase them away.

17:50 They reserve the loudest jeers for any vehicle that looks as if it belongs to any member of the royalty.

17:54 They are now singing, "Altantuya, Mongolia!" to the tune of "When the saints go marching in"

Boo Kepada Najib!!

Anonymous said...

salam Datuk
memandangkan ramai yang telah membuat analisis apa yang berlaku berkaitan ekonomi, saya nak fokus kepada macamana orang kita boleh cuba survive. nak terang kat sini rasanya panjang.
ringkasnya kita masih ada banyak peluang untuk direbut kalau hendak. biarlah yang pakar (termasuk Datuk) bincang dengan YABhg Tun bincang rangsangan ekonomi, harap yang lain fikir macamana nak bangunkan ekonomi diri dan keluarga. saya ada menulis sedikit di blog saya. silakan
www.engkuazri.wordpress.com

p.s teringat main jetski dengan Datuk masa di Pedu Lake Resort tahun 1997/98
wassalam

Unknown said...

Dalam keadaan ekonomi meleset, agak malang untuk membaca mengenai
Syarikat Malaysia di Dubai menindas pekerja

Ada yang tidak diberi pampasan, diugut dan ada yang dituduh terlibat
merompak syarikat sendiri oleh bos

Ribuan eksptariat dan ratusan rakyat Malaysia yang sudah diberhentikan kerja dimana
ribuan kereta ditinggalkan di airport

sekian,
Fudzail

Dubai

Anonymous said...

Scribe,

Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dihadiri pakar-pakar asing, kapten-kapten industri, para penyelidik, cendekiawan dan pegawai kanan kerajaan itu mengemukakan banyak pandangan dan cadangan. Saya harap kerajaan tidak menolaknya tanpa terlebih dahulu menelitinya.


nota:

sekiranya hanya senya projek-projek saperti KLEast@labu dan Pengswataan IJN? debat tak kesudahan, saperti hendaknya.

Heran, harga minyak turun tetapi harga barang tak turun...mungkin angka-angka pengangguran belum betul-betul mantap, scribe?

Anonymous said...

Salam Dato',
Alangkah baik sekali kalau semua ahli politik negara ini berganding bahu mengembeling usaha menangani impak kemelesetan ekonomi dunia yg sudah mula dirasakan di negara kita sekarang. Tapi itu semacam satu khayalan sahaja...malahan saya rasa tak perlu sangat pun untuk meminta mereka bersatu dalam usaha ini. Yang amat perlu ialah kerajaan mengambil apa juga langkah yg sesuai bertepatan dengan ancaman kemelesetan ekonomi yg dihadapi negara dan sesuai pula dengan asas ekonomi yg ada di negara ini. Ramai pak menteri mengatakan fundamental ekonomi kita masih kukuh..apa benda tu? Kalau ekomoni kita berasaskan ekspot barang buatan macamana boleh masih kukuh sedang negara pengimpot produk kita tengah senak? Kalau ekonomi kita berasaskan service (macam singapura) macamana kita masih kukuh sedang singapura beberapa bulan lepas dah mengatakan ekonomi menurun? Kalau kita rasakan infrastuktur kita, modal insan kita antara yg terbaik melambai bakal pelabur FDI apa sangatlah yg boleh diharapkan pada ketika ini sedang masing2 bakal pelabur mengamalkan sikap wait and see? Kerajaan dicadang untuk mengeluarkan pakej ransangan ke-2, apa tu RM 30b. Kerajaan mungkin terpaksa keluarkan bon, harap2 ramai yg akan grab bon itu kerana yakin dengan kemampuan kerajaan kita membeli semula bon itu apabila matang kelak..jadi dapatlah pakej tu berjalan seperti dicanang. Kalau ambil dana perbankan secara paksa takut nanti bakal pelabur FDI semakin lari dari kita.
Memang ini satu ancaman yg besar tapi berbeza sifatnya dari apa yg dialami semasa 1997/98 dulu. Resepi penyelesaian yg sama tidak akan mendatangkan hasil yg sama kerana persamaannya sudah berbeza. Makanya, saya amat setuju dgn cadangan dato' supaya kerajaan meminta bantuan semua pakar ekonomi yg ada dalam negara (tanpa mengira mereka dari puak mana) untuk membentuk satu team ala task force gitu bagi merumus dan memantau plan pemulihan ekonomi negara. Sesetengah "pakar ekonomi" kita nampaknya macam "pakau" aja..yg jenis ni suruh dia ketepi bagi laluan kpd pakar sejati. Oh ya, bukankah baik sekiranya antara pakej ransangan ekonomi tu kelak termasuk menjalankan projek menjadikan malaysia negara pengekspot makanan (beras terutamanya, tenusu, ikan, buah2an,...) kerana sektor makanan akan menjadi semakin penting dalam alaf ini dan alaf2 seterusnya. Kalau kita boleh jadi pengekspor kelapa sawit yg handal tentu kita juga boleh jadi pengekspot makanan yg sekarang ni kita bergantung kepada impot. Malaysia boleh!
Pak HJ JB

slyderrose said...

Minta maaf Datuk, dengan kerajaan di bawah pimpinan sekarang tak akan ada yg berlaku. Yg kaya bertambah kaya, yg miskin tetap papa kedana. Orang-orang berduit, mempunyai kedudukan dan kuasa akan tetap membolot kekayaan negara. Mereka ini tidak akan dapat merasai penderitaan rakyat marhaen walaupun masa kecil mereka ini ada hidup susah di sawah dan bendang. Tetapi kini apabila mempunyai kedudukan semuanya hanyalah untuk coretan sahaja. Mereka tidak akan peduli tentang keadilan sejagat. Keadilan bagi mereka hanyalah untuk suku sakat dan penyokong mereka sahaja. Ada kalanya mereka ini seperti dajal, sokong aku dapat habuan, tak sokong merana. Bagi mereka duit rakyat, duit mereka, harta rakyat harta mereka. sembilan untuk mereka, satu untuk rakyat. Itulah nisbahnya. Apa yg penting bagi mereka ialah wang dan wang masuk poket kelak digunakan untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan. Semua pecaturan berasakan dollar dan sen. Untung dan rugi. Peduli apa dengan keadilan. Kasi habuan sedikit senyaplah rakyat. Itulah peraturan mereka. Peraturan dan kemenangan hanya sementara di dunia yg fana ini. Kemenangan yg hakiki hanya apabila di depan Rabiul Jalil kelak di padang masyar. Tiada yg kekal.

Anonymous said...

Dato,
TV3 ada buat news tak apa yang sedang berlaku di Perak sekarang ni?? Sekarang kita ni nak masuk court ni...ada 2 MB Perak sekarang.

Kecoh besar bantah MB baru Perak

http://www.malaysiakini.com/news/97770

Dari
MB yang sah

Anonymous said...

Itulah masalah besar pemimpin kita, diorang ni dah terlalu elit sampai dah tak boleh nak agak betapa susahnya keadaan rakyat. Depa baca report saja itupun dalam keadaan yang amat selesa. Politics and power has been their ultimate forte than poverty and plight of the people.

Kerajaan ni sebenarnye besar kuasa mereka and they can make and can even break. Apa yang rakyat mampu buat sekarang ialah berwaspada dgn perbelanjaan dan bijak melabur (bagi siapa yang berduit sikit). But all that will eventually deplete if kerajaan dok main kumpul kuasa je dan tak nak pijak bumi nyata.

Malaysia ni kaya dgn pelbagai sumber asli dan rakyatnya jugak bukannya bodoh2 punya manusia. Tenaga kerja warga tempatan masih ramai dan takdelah mahal sangat. If the government can amalgamate those advantages in accordance to unique and clever stimulus package, insyaAllah, kalau tak jadi first world pun setidak2nya bolehlah weather the economic storm. Tapi seperti yang termaktub sekarang, kerajaan ni lebih seronok berpolitik dan menghentam each other mcm budak sekolah than doing things that they are heftily paid to do. Kecewa gila...

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Datuk A Kadir Jasin,

Saya kurang arif tentang ekonomi negara kita Malaysia, cumakan saya pernah terbaca artikel di dalam akhbar oleh ahli ekonomi yang menulis tentang ekonomi lama masa dahulu yang mengatakan orang-orang kampung walaupun tidak belajar ekonomi atau tiada ijazah bidang ekonomi, tetapi mereka akan merasai kesan kegawatan ekonomi, seperti harga barang naik, kalau yang usahakan warung-warung, pelanggan semakin kurang daripada biasa sebelum kegawatan dan macam-macam contoh lagi.

Saya cuma ingin sentuh di sini sepertimana pelawat-pelawat lain, yang mengatakan pakej rangsangan ekonomi pertama yang bernilai RM7 bilion yang telah dilancarkan itu adakah tidak berjaya atau gagal atau bolehkah pemimpin kerajaan memberikan komen tentang impak yang telah berjaya dilakukan oleh pakej rangsangan itu terhadap pemulihan ekonomi Malaysia.

Di antara komen yang diberikan oleh pelawat-pelawat ke blog Datuk, ada yang menyebut tentang pakej rangsangan ekonomi kedua yang sedang dirangka sekarang patut sangat memberi penekanan kepada rakyat miskin tegar seperti OKU yang hilang mata pencarian tetapi ada tanggungan, seperti berita TV yang menyiarkan tentang seorang pekerja wanita yang dibuang oleh majikan tetapi beliau yang sebenarnya bersuamikan seorang OKU dengan lain perkataan nasib beliau "seperti sudah jatuh ditimpa tangga". Kes-kes yang semacam ini saya sungguh terharu mendengarnya, di manakah wanita tersebut hendak mendapatkan pekerjaan sedangkan kakitangan yang sedang bekerja pun syarikat-syarikat telah, sedang dan akan memberhentikan mereka. inikan pula nak ambil pekerja baharu.

Tetapi memanglah pihak kerajaan ada juga agenda peringkat nasional yang bernilai jutaan dolar perlu juga diberi rangsangan tetapi ianya langsung tidak dapat membantu golongan miskin tegar yang saya sebutkan tadi. Apa yang saya juga cuba katakan dan ingin tekankan di sini bahawa bantuan dari pakej rangsangan ekonomi tersebut cubalah untuk memastikan supaya duit tersebut sampai ke sasaran dan juga penerima-penerima berkenaan adalah yang benar-benar layak, bukannya di mana yang layak tetapi tak dapat sedangkan orang tengah yang tugasnya hanya untuk menyalurkan duit tersebut[orang tengah ini sudah menerima habuan, seperti elaun, upah dan gaji bukannya bekerja secara sukarela] menggunakan helah dan dek liciknya mereka mendapat wang secara kotor yang mana duit itu sepatutnya diberikan kepada orang yang susah dan amat memerlukan.

Datuk,
Saya sekadar untuk memberi pandangan namun saya rasa saya tidaklah dapat memberikan pandangan secara ilmiah seperti para pakar atau ahli ekonomi yang ada disebutkan oleh pelawat blog datuk iaitu individu-individu seperti Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan mungkin ramai lagi yang tidak disebutkan di sini.
*Datuk,
Saya mengizinkan kepada anda untuk mengedit komen saya ini, sekira perlu demi untuk memantapkan lagi komen saya atau dengan lain perkataan saya izinkan kepada Datuk , untuk menokok tambah kerana saya menaruh kepercayaan kepada Datuk yang lebih berpengalamam di dalam bidang penulisan jika dibandingkan dengan saya asalkan ianya tidak mengubah maksud asal yang saya cuba maksudkan. Terima Kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Walaupun apa yang dikatakan kegawatan itu melanda secara realiti tetapi saya merasakan ianya menjadi teruk kerana lebih kepada persepsi.

Bagi yang malas, manja dan terlalu bergantung, situasi kegawatan akan menjadi alasan yang bagus untuk mengatakan ia adalah kesan kegawatan ekonomi, sedangkan pada hakikatnya ketika ekonomi stabil dan orang lain sedang menikmatinya, golongan ini tetap miskin dan susah.

Kita harus melihat dengan betul untuk kita menuju dan berada di landasan yang betul. 90% segalanya bergantung kepada usaha dan akal kita untuk berada di puncak dan tidak mengalah kepada situasi.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Quantum Metal Consultant said...

Situasi kegawatan sebenarnya membuka ruang kepada peluang perniagaan dan pekerjaan baru selagi kita tidak berhenti berfikir.

A KADIR JASIN said...

Sdr Slyderrose, antara lain, berkata: "Yg kaya bertambah kaya, yg miskin tetap papa kedana."

Saya rasa tak tepat. Dalam kegawatan, semua orang menderita.

Misalnya, kalau setahun lalu seorang pelabur (orang kaya) ada saham bernilai RM1,00 sekarang nilainya RM600 sebab Bursa Malaysia dah jatuh 40 peratus.

Malahan orang miskin yang tak melabur tak rugi apa-apa.

Kena ingat orang kayalah yang bayar cukai dan zakat untuk membiayai orang miskin.

Jadi semua penting -- miskin dan kaya, dan semua terjejas akibat kegawatan.

Saya pun tidur dah tak lena memikirkan masa depan 80 orang pekerja yang makan gaji dengan saya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

Kelmarin DAP bagi tanah 999 tahun kat kaum dia, Melayu perak tak pulak nak berdemo dan mengamuk. Senyap aje.. padahal Yang Melayu dapat sekangkang kera aje.

Ni bila ada orang nak tolong perbetulkan keadaan, dah kena makj hamun pulak.

Kesian Tuanku Sultan

Anonymous said...

ya rabbi, on second reading your pointed piece sounds very much like che det was talking, scribe!

Anonymous said...

Dato',
Ekonomi negara berkait rapat dengan politik.

Kemelut kepimpinan di Perak jelas menunjukkan orang Melayu boleh dikudakan untuk menderhaka kepada Sultan.

Di sektor perniagaan ada Melayu alibaba dan proksi. Sekarang dalam politik pun ada Islam alibaba dan proksi.

Dungu dan aib orang Islam Perak yang menggunakan masjid dan melaungkan takbir untuk mempertahankan politik DAP yang terang-terang menentang Islam dan hak orang Melayu.

Orang2 DAP pun takda berarak dari tokong2 nak maki Sultan.

Kalau di Johor, dah lama "kena" orang yang derhaka ni. Nasib baik orang Melayu Perak, takdak buapeliak.

*manletih*

"Sultan memerlukan orang Melayu sebagaimana orang Melayu memerlukan Sultan"

A KADIR JASIN said...

Sdr Indigo said: "ya rabbi, on second reading your pointed piece sounds very much like che det was talking, scribe!"

1. Thank you for the kind thought;

2. I am overwhelmed;

3. I know Tun (personally) since 1964 when he became MP of my kawasan -- Kota Star Selatan (now Pendang);

4. I have been a journalist since 1969 and an economic writer since 1972;

5. I first covered (reported) the stock exchange, then the Kuala Lumpur-Singapore SE, in 1972;

6. So I know a wee bit about the economy.

Thank you.

Anonymous said...

Datuk,

Saya setuju apa yang dikatakan oleh kluangman (8.18 pm). Kita kena lipat gandakan usaha, sambil sambil tu kritik mana yang tak patut ..... bukan lipat gandakan mengkritik orang itu orang ini tapi kita sambil sambil sedang saja berusaha.


Datuk,

Ini beberapa cadangan dari saya. Entahlah cadangan pandai ke cadangan bodoh. (minta maaf sebab nak cepat, bahasa campur aduk sikit)

1. Kerajaan ambil alih syarikat PLUS. Pull it out from Bursa. Cut toll rates by 75%.

2. EPF and SOCSO to merge to cut down the admin. cost. Semua caruman kepada SOCSO dibiayai sepenuhnya oleh EPF. Duit ada RM300 billion. Tak kan tak boleh kot.

3. Potongan Cukai Berjadual (PCB) dimansuhkan buat sementara waktu hingga ekonomi pulih.

4. Reclassify bank's NPL to 6 months from 3.

5. Wujudkan skim pembiayaan "majikan-graduan baru" bagi sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan seperti guaman, akauntan yang ambil graduan baru hanya perlu bayar 50% gaji sementara 50% lagi gaji dibiayai oleh skim berkenaan. Ini bagi mengatasi masalah sektor perkhidmatan yang memohon pinjaman dari dana awam seperti MARA/SME bank. Mereka wajibkan 60-70% pinjaman hendaklah dalam bentuk pembelian stok dan raw material. Peguam, akauntan, arkitek mana ada benda tu semua. Tapi MARA/SME Bank bodoh tak fikir benda tu.

6. Beri potongan cukai kepada orang yang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) dan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Zaman gawat ni kita kena tambah ilmu. Kena multi-tasking baru peluang dapat kerja bertambah.

7. Interest rate kredit kad dihadkan ke 10% sahaja. Lanun jibraun a.k.a. yahudi sahaja yang charged 15% - 18% ni!

8. Tambah lesen perbankan. Sistem perbankan berbentuk kapitalis ala Barat ternyata tak boleh pakai. Menyamun saja lebih. Tambah lesen perbankan sekurang-kurangnya lagi 3 supaya peluang pekerjaan bertambah dan saingan dalam bentuk pemberian pinjaman meningkat.

9. Cadangan Datuk agar NEAC diwujudkan semula saya sokong. Cumanya WAJIBKAN keahlian kepada Tun Mahathir dan Tun Daim!

10. Kerajaan nak stimulus, stimulus la jugak tapi payment payment yang dah berbulan-bulan tak bayar tu, bayarlah cepat. Payment bulan posa tahun lepas pun tak dapat lagi, apa cerita???


-sinbad-

Anonymous said...

Dato.

Satu pandangan yang baik.Saya ingin menambah disini berhubong dengan apa akan terjadi kapada ekonomi Malaysia dan kedudokan kewangan kerajaan.

Harga minyak jatoh dari US$140 kapada US$40.Ini bermaana cukai dari Petronas akan berkurang hampir $20 billion.

Harga Kerlapa sawit jatoh dari $4000 sa ton kapada $1700 satan.Ini bermaana hasil cukai dari kelapa sawit akan jatoh.

Permintaan dari barang electronik menurun.ini bermaana export kita ka USA adan jatoh.

Harga getah juga jatoh tari $5.00 kapada $1.00 sakilo.Ini bermaana hasil dari getah juga akan jatoh.

Keuntongan syarikat gergasi juga menurun.ini bermakna hasil cukai yang di kutip juga akan kerang.

Singapura mengumumkan package stimulus sabanyak $25 billion singapura.ini bersamaan hampir $60 billion ringgit.Pendudok Singapura hanya 4 juta orang.Malaysia hanya mampu mengumumkan wang stimulus sabanyak $7 billion ringgit.Lekat celah gigi.

Saya setuju saranan dato bahawa Najib perlulah mendengar nasehat pakar ekonomi untok menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.Nama2 yang dato cadangkan amat cantek.

Minta maaf Dato saya tidak setuju dengan satu nama yang dato Cadangkan ia itu Tun Daim.Dia bukan pakar ekonomi dan bukan pandai sangat.Tun Mahathir mula percaya benar dengan Daim,salepas diadi lantek samula menjadi Menteriu Kewangan mengantikan Anwar,ia banyak membuat keputusan yang merugikan kerajaan satengah2 keputusan yang besar kabinet pun tak di maklum.Akhirnya mahathir sendiri menjadi menteri kewangan.

Saya tahu dato amat rapat dengan Daim,percaya lah Dato Daim tidak lah sepandai yang di gambarkan.Kelang garamnya benkrup.Taman maluri dia untong banyak kerana Dato Harun Menteri Besar Selangor memberi Tanah Kerajaan yang murah.Lihat apa yang terjadi dengan Syarikat yang di kelolakan oleh budak2 Nya.Renong oleh halim saad ,Lingkup.TRI dan MAS oleh Tahjuddin lingkup.Land mark oleh razaligh rahman linglkup.Samsuddin Afrika lingkup.

Saya berjumpa dengan Tun Musa Hitam di Dubai dan bertanya kapadanya betulkah dengan khabar angin Daim akan menjadi penasehat Ekonomi Najib.Dia hanya senyum sinis.dan kata Good luck to Najib.

Saya ingat Dato dalam keadaan ekonomi Dunia yang merosot ini ,semua pakar2 ekonomi Dunia jadi bodoh.W Buffet pun banyak rugi.Prtince Walid bari mengumumkan yang ia sudah rugi US$9 billion.Singapora mengumumkan hari ini yang ia mengantikan Mrs Ho Chiang,isteri BH Lee sabagai Ketua exksutive Temasek kerana banyak keputusan yang di buatnya saperti membeli saham Marril Lynch,CCitibank, UBS,Standart Charted telah menyebabkan temasek mengalami kerugian hampir US$10 billion dalam tempoh 6 bulan sahaja.Bagi Najib,penasehat Ekonomi dan Politik yang ia paling hormati ialah Rosmah.Lihat saja lah lantekan Proton Chairman,Nazmi,itu ada lah pilehan Rosmah.Sunggoh pun calon dari Khazanah,tan Sri Rahman dari Perudua sudah bersetuju untok menjadi Chairman Proton.

Walau apa pun package rangsang kita yang di lancarkan,kita menstial memastikan orang kampong,penoreh getah,setingan2 di bandar,nelayan2 tidak di pinggirkan.

Salam.

Unknown said...

Remembered what TDM said about economy:
Keep the money rolling...on and on.

PLUS would have recorded increased traffic on its KL-Ipoh-KK route, vice-versa, in short more income for PLUS.

While driving back to Ipoh around 6am this morning, noticed many 'big-big' cars zooming 'as if there is no tomorrow' towards Ipoh, coupled with the low petrol price, the petrol companies is also making good money.

The eateries in Ipoh and Kuala Kangsar is enjoying good business. No need by election for time being.

Thank you Najib...the PM in waiting!

"keadaan amat bercelaru, tapi tak pa, ada hikmahnya, pencuri dan penyamun tak boleh hidup lama" said a pakcik sitting beside me referring to current turmoil in Perak.

and the worst words came from a chinese contractor whom I met late afternoon at Jalan Labroy. That guy reading and translating a chinese character SMS joke that he received, cursing that Jelapang HEE lady. Too 'saucy' to write here.

and later while having kopi putih pekan lama Ipoh, I was wondering how these words came from, or who/when/how this pantun 2 kerat was created:

Raja adil, raja disembah,
Raja zalim, raja disanggah.

AMPUN TUANKU.

Anonymous said...

Datuk,
MB BN yang dilantik di Perak tidak sah dan akan dilawan habis habisan.

http://www.malaysiakini.com/letters/97745

As Nizar has decided not to resign, this case is eerily similar to the Sarawak case in 1966. Ningkan had then refused to resign after being told to do so by the Yang Dipertua Negeri Sarawak. He goes further by not calling a sitting of the state legislature so a vote of no- confidence could be made against him.

The federal government’s attempt to dismiss Ningkan via the governor was held unlawful by the High Court in Stephen Kalong Ningkan v. Tun Abg Haji Openg & Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187.

The federal government then declared an emergency in Sarawak and introduce to the state via parliament the power for the governor to summon a meeting of the state legislature without the advice of the chief minister. A vote of no-confidence was then passed against Ningkan.

He challenged it all the way to the Privy Council but lost. Would a similar thing happen in Perak? It could. Precedent wise, this is the only legal way out for Perak in the event of a constitutional crisis.

Today, a new MB may be installed by the Sultan of Perak. Constitutionally speaking, I do not think that such installation is valid. Its either that Nizar resigns or calls for an assembly sitting so that a vote of no-confidence could be declared. Neither of which are likely to happen. It is a stalemate.

Crisis Perak

Anonymous said...

Dato,

Kesemua Pemimpin dan rakyat tanpa mengira pahaman politik sepatutnya bersedia dan bergabung tenaga dan idea untuk menghadapi keadaan ekonomi sekarang.

Tetapi ada para pemimpin yang lebih mengutamakan kedudukan politik mereka dan malah gembira dengan keadaan sekarang dengan harapan dapat mengambil kesempatan dari kekalutan politik dan ekonomi dalam negara.

Maka hari ini disuruh anak bangsa sendiri berdemo di masjid dan istana sambil memutarbelitkan kesan tehadap bangsa, agama dan negara kepada rakyat pada masa hadapan.

Yang saya khuatirkan, mungkin anak cucu mereka kelak akan menghadapi nasib yang sama seperti penduduk palestin di Gaza dan Tebing barat dan terpaksa berdepan dengan kezaliman dan penindasan demi untuk
mendapatkan balik hak tanah mereka yang tergadai untuk 999 tahun yang disebabkan kerana terpedaya dengan ideologi pemimpin ketaksuban bapa dan datuk mereka.

Anonymous said...

I would like to respectfully request an honest article from you with regards to the unlawfully new state govt in Perak after the 4 ADUNS, crystally clear,had been bought over by UMNO and NAjib, in particular. The new 'Mat black' MB is the best MB that money can buy. Don't you think so Dato' ?

Moslem 1st.

A KADIR JASIN said...

Dear "Moslem 1st",

1. It's sad that you called yourself "Moslem 1st" and yet you looked down upon the new Perak MB just because of the colour of his skin;

2. In your comment, you wrote: "The new 'Mat black' MB is the best MB that money can buy. Don't you think so Dato' ?"

3. I though as a Moslem (Muslim), especially one who considers himself/herself Moslem first before anything else, we revel in the diversity of Allah's creation.

4. My honest comment is this -- for anybody who is a Moslem 1st, he should come forward to make a forml report to the authorities like MACC if he has proof that the 4 Aduns were bought by Umno;

5. After all, "Moslem 1st" said: ".....the 4 ADUNS, crystally clear,had been bought over by UMNO and NAjib, in particular."

6. In Islam, a credible witness like "Moslem 1st" is very important.

7. As for an honest article, this is as honest as I can be.

Thank you

terubuk jantan said...

salam dato akj,
apa itu pakej rangsangan.banyak jugak yang tidak faham dan akan menilai sendiri tentunya kalau penilaian sendiri akan membawa maksud yang berbeda dan tidak tepat sama sekali.mohon dato jelaskan?

Anonymous said...


amoker said...
Good analysis. Wish Minister Najib will read your writting as he does not seemed to know what to do. Our RM is depreciating, econonmy in the duldrums and he is too busy masterminding a coup de tat in Perak. And before that, 2 weeks in KT to be Santa Claus. I wonder if he has any idea at all.

Have a good weekend.

2:02 PM


Didn't know you're much better than Najib. Perhaps you could become PM one-day and and not busy masterminding coup-de-tat and not become santa claus in KT. Furthermore, not waste time to belittle other people and should look at yourself in the mirror and ask what can you do to the people.

Anonymous said...

Terima kasih Dato',

Saya bekerja di luar Malaysia dan mendapat maklumat hanya melalui on-line news. Memang letih dan rimas melihat Malaysia satu negara hanya bercakap 80% politik, dan sikit sungguh berkenaan dengan pelan dan tindakan kerajaan atau persendirian untuk menawan masalah ekonomi dan persaingan maha pesat yang akan dilalui oleh anak cucu kita pada masa depan.

Jika pemimpin politik dan bijak pandai Malaysia tidak mengubah cara kita ini, saya tidak nampak macamana kita dapat mengelakkan ekonomi kita di kalahkan oleh Vietnam, Indonesia dan Cambodia.

Saya amat berharap Kerajaan Negeri yang menang berhenti mencari salah kerajaan yang lepas dan menumpukan tenaga kearah usaha membina ekonomi dan taraf hidup rakyat. Dan saya harap juga BN/UMNO pun tak payahlah asyik dok buat lapuran polis mendakwa keburukan PR di negeri mereka memerintah. Perbuatan itu tidak semestinya memenangi hati rakyat, bahkan membuat bertambahnya rasa meluat!

Tolonglah faham yang rakyat Malaysia lebih bijak dari sesetengah wakil rakyat yang telah terpilih. Mereka akan tahu membuat keputusan dalam PRU akan datang.

sayangmalaysia

Anonymous said...

Dato '
sayatertarik dgn ulasan pembahas Blogger sawit futures trader ...

"Cuma nak nyatakan, dulu, kerajaan akui kemelesetan ekonomi. Dan kerajaan bekerjasama dengan rakyat secara langsung dalam menghadapi kegawatan.

Kerajaan jelas dalam tindakan. Rakyat faham dan tahu apa nak buat.

Malangnya kini, kita kabur."


mungkin kerajaan skrg tak konfiden nak selesaikan masalah...
-sbb tu asyik kata ekonomi kita masih ok...
-kenyataan "feel good" buat rakyat....tak nak bagi rakyat panik

-tak abih2 dgn politik mereka...sbb mereka hanya tahu berpolitik..bkn nak menguruskan negara..
mereka tak rasa apa rakyat kita rasa sekarang...duit rakyat dlm tgn mereka...

kadang2 betul juga kata pihak pembangkang..kerajaan kita kaya ...rakyat miskin...

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya amat bersetuju dengan Dato' bahawa negara kita ini terlalu banyak berpolitik hinggakan kita seolah-olah lupa akan krisis ekonomi yang amat runcing yang sedang kita hadapi sekarang.Mainan politiking ini mungkin baik bagi rakyat golongan bawahan kerana ia akan menyebabkan mereka seolah2 terlupa akan masaalah yang sedang dan bakal dihadapi kerana asyik disibukkan dengan isu politik semasa.Yang terbaru ialah krisis peralihan kuasa di Perak.

2. Bagaimana pun pada hakikatnya krisis kewangan yang sedang melanda ini akan memberi kesan yang mendalam kepada negara.Oleh itu sudah tiba masanya seluruh rakyat,tidak kira sama ada dari pihak Kerajaan memerintah atau Pembangkang dan semua parti politik serta rakyat jelata, disedarkan dan kita sama2 gemblengkan tenaga dan fikiran untuk kita fikir dan bertindak untuk mengeluarkan negara kita dari kesan negatif masalah global ini.Inilah masanya untuk kita bersatu padu sebagai rkyat Malaysia dan bukan bercakaran sesama sendiri untuk kepentingan peribadi dan parti tertentu.

3. Ia boleh bermula dengan Kerajaan baru Perak.Kita harap MB Perak ini hendaklah mula mengurangkan politiking.Berlajarlah dari kesilapan lepas, samaada yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan PR atau BN yang sebelumnya.Kurangkan tabur janji dan tabur wang untuk rakyat.Mulakan projek2 pembangunan yang menguntungkan rakyat secara terus.Tidak perlu lagi diadakan majlis perlancaran besar-besaran.Biarlah MB dan para Exconya serta kepimpinan BN negeri bekerja secara low profile.Jangan sombong dan riak.Anggaplah semua rakyat Perak sebagai rakan kongsi,bukan musuh politik.

4. Langkah berhemah ini seterusnya perlu diteruskan selepas Mac 2009 di bawah kepimpinan DS Najib.Kepimpinan baru Umno selepas Mac 2009 hendaklah dimulakan dengan mengurangkan politking.Yang menang perlu dihormati dan yang kalah janganlah diketepikan.

5. DS Najib harus memula langkah berani dan jujur dengan melibatkan pakar2 yang telah pernah membuktikan kemampuan mereka menangani kegawatan ekonomi pada tahun 1997/1998 dulu.MTEN harus digerakkan semula.Janganlah berasa sombong untuk menerima cadangan dari mereka yang boleh dianggap pakar seperti nama2 yang disebutkan oleh Dato'.Saya percaya rakyat akan turut sama untuk memberi sokongan bagi menangani kegawatan ini sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu.

6. Kita berdoa semoga negara kita akan terselamat dan terkeluar dari bencana kegawatan ekonomi ini.

Unknown said...

Hotel dan rumah urut kat Ipoh pon dapat business sebab kekecohan sekarang.

Ada yang cakap Najib yang huru-hara kan Perak.

Awal pagi tadi, saya berkesempatan memandu sepanjang Jln Dr Nazrin Shah. Istana Kinta dan Bangunan UMNO ada kat sana. FRU dah buat ‘camp’ depan bangunan Belati Wangsa (sebelah bangunan UMNO Ipoh). Dipercayai disinilah tempat ‘katak 5 ekor’ (adun bota dikira 2) berkubang sementara menunggu EXCO baru angkat sumpah.

Di sekolah Yuk Choy pula ada banner “program ramah mesra” degan rakyat dgn Najib hari ini. Banner ini sudah lama dipasang. Nak jugak tengok bagaimana Najib ‘disambut’.

Zambry cakap nak pulihkan harmoni antara kaum di Perak dan buat kerajaan mesra rakyat.

Di sebuah pasar di Ipoh;

sampah dipungut/lupuskan 2 hari sekali masa BN memerintah, masa PR sekali 2 hari dipungut. Diharap Zambry boleh buat lebih dari itu kalau nak ‘mesra rakyat’!


Satu SMS yang saya terima pagi tadi pulak suruh boycott kedai mamak ….ADOI!!! (referring kat Zambry tu kot)

Dulu masa TDM pecat Anwar, ‘mamak’ TDM dipersalahkan, masa “tsunami” March 08 pon mamak DSAI dipersalahkan, masa PRK PP pon mamak penang dipersalahkan. Dasyat jugak ‘gang’ mamak nie. Padahal 90% mamak tak tahu apa itu politik dan tidak terlibat dalam politik!

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Tahun lepas, saya kata kita tengah gawat, ramai yang kata tak.

Kini, gawat diakui tetapi tidak seteruk yang diceritakan. Katanya soal persepsi.

Pada saya, gawat sekarang belum mencecah kemuncak gawat 1998.

Malah pada saya, gawat kali ini belum lagi sampai kemuncaknya.

Pada gawat yang lepas, saya hilang kerja. Daftar dengan Jabatan Buruh di empat negeri, tetap gagal. Saingan dari graduan baru yang sanggup gaji kerani kerana tiada tangungan amat besar.

Melalui agensi, dapat kerja tapi hanya sempat sehari (tauke hilang di Hong Kong akibat penangan kejatuhan pasaran saham disana).

Setelah jenuh menulis buku kanak-kanak dan jadi guru tuisyen, akhirnya dapat kerja dengan syarikat broker komoditi. Itupun sebab broker tempat saya melabur buka jalan.

Sekarang saya berurusniaga sendiri.

Manusia dikurniakan akal. Bila susah, macam-macam usaha selagi tidak putus asa. Ini tak perlu lah sebut.

Hanya yang pernah hilang kerja tahu apa maknanya ancaman gawat.

Yang pernah menempuh gawat pada 1986 dan 1998 tanpa kehilangan kerja/bisnes, hanya sekadar mampu meneka-neka dari cerita orang sekeliling.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kemuncak gawat tidak boleh dielak. Ia akan berlaku.

Bezanya, jika lebih cepat tindakan (yang betul) dibuat, tempoh masa kemuncak ini akan berlaku dalam masa yang pendek sahaja.

Lebih lambat tindakan, maka kemuncak gawat akan memakan masa lama baru berakhir.

Untuk senang faham, begini saja lah.

Jika tanpa birokrasi sekalipun, berapa lama kah wang dana pelan ekonomi dari kerajaan akan sampai ketangan rakyat?

Kitarannya; kenal pasti projek, buka tender, penyiapan kerja, tuntutan bayaran, pembayaran kerajaan, bayaran barang binaan dan gaji pekerja, dan akhir sekali belian runcit pengguna.

Katalah kitaran ini memakan masa 3 bulan. Maknanya kesan dari dana pelan ekonomi hanya dapat dirasai selepas 3 bulan.

Sementara menunggu selama 3 bulan itu, rakyat akan tanggung sendiri jika ujud beban akibat hilang kerja atau lain-lain masalah berkaitan inflasi.

Itupun kalau kitarannya adalah selama 3 bulan.

Satu lagi, saya beri perbandingan.

Angin satu dari 4 tayar sebuah kereta kurang, satu perkara kecil.

Tetapi bila dibiarkan, sampai satu tahap, penggunaan petrol akan meningkat.

Dibiarkan lagi. Tayar itu akan cepat haus dan rosak. Malah berjangkit ketayar lain yang jadi botak sebelah.

Dibiarkan lagi. Masa nak pergi kerja, tengok-tengok tayar dah pancit. Nasib ada tayar spare.

Nasib tak baik, pancit masa memandu. Rim pula yang rosak.

Kalau awal-awal isi angin, free tak payah bayar apa-apa.

Bila bertangguh, kita tak sedar kena belanja lebih untuk petrol.

Bila masih bertangguh, tayar baru 3 bulan dah kena tukar.

Nasib tak baik, yang asalnya free, bukan setakat tayar tapi bajet untuk rim pun kena gagau poket.

p/s syukur kerana sambutan artikel bertemakan ekonomi sebegini tidak kalah sambutannya berbanding dengan artikel-artikel lain yang bertemakan politik. Mudah-mudahan orang politik akan terbuka mata dan hati dengan isu begini.

Anonymous said...

Datuk AKJ YM,

Saya orang Umno yang belot. Saya Undi Pas dalam PRU lalu. Saya Undi Pas atas dasar Pas bukan dasar PR. Kalau masa PRU ke-12 ada Pakatan Rakyat (PR), saya mungkin tak undi Pas.

Saya tak undi Umno pasal saya jemu dengan perangai pembesar Umno dan saya jemu dengan perangai MCA, MIC dan Gerakan. Bila terjadi Hindraf, MIC lebih Hindraf daripada Hindraf dan Pak Lah ikut semua kemahuan orang bukan Melayu macam Melayu tak ada harga.

Saya undi Pas kerana ia parti Islam dan majoriti ahlinya Melayu kerana Melayu di Malaysia wajib berugama Islam.

Tapi bila Pas masuk perangkap PKR untuk tubuh PR bersama DAP saya cukup hampa. Nampak sangat pemimpin Pas ditipu oleh Anwar.

Lepas itu di Perak parti Pas diperkuda oleh DAP dan PKR. Dibuat macam budak-budak. Saya bersumpah tidak undi Pas lagi selagi Pas ada dalam PR dan bersekedudukan dengan DAP.

Adakah Pas di Kelantan dan Kedah bagi geran tanah baru kepada Melayu selama 999 tahun? Nama Pas tahu dunia akan kekal 999 tahun lagi? Allah Taala kata khiamat boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ingat, saya undi Pas. Saya tak undi PKR. Tengok macam mana DAP dan PKR peralatkan Pas. Berapa ramai yang tunjuk perasaan bantah kuasa Sultan orang DAP dan PKR? Yang saya nampak lebai-lebai Pas yang tidur atas jalan macam orang bodoh? Inikah Islam yang hendak Pas buat contoh. Sudah jadi Islam tepi jalan macam jalang.

Nama Anwar Ibrahim? Mana Karpal Singh? Mana Kit Siang? Mana Cina? Mana India? Mereka sudah perguna kita penyokong Pas untuk jadi alat mereka.

Ingatlah, Pas ni kecik dalam DUN Perak. Kita jadi MB sebab Sultan dan sebab Islam agama rasmi, bukan kerana DAP. DAP mahu Ngeh bukan Nizar jadi MB. Orang Pas jangan jadi macam orang Umno yang mudah lupa.

Keluar PR, InsyaAllah, parti kita Pas akan berjaya dan kuat berdiri atas kaki kita sendiri bukan jadi alat PKR dan DAP.

Sayang Islam

Anonymous said...

Dato'

Makin hari makin huru hara hal politik dalam negara. Saya bukan penyokong mana pihak tapi nampaknya kerajaan lebih mementingkan permainan politik dari memerintah negara.


Politikus Bandar

Anonymous said...

Dear Datuk

Soal pum duit untuk ransangan ekonomi bagus. Sudah dua kali kerajaan pum duit utk rangsang ekonomi.

Apabila kita pum keluar sudah semestinya yang di dalam akan bertambah kurang. Alhamdulillah, seperti kata Tun Dr Mahathir, kerajaan sekarang ini ada wang yang banyak hasil daripada tahun-tahun yang lepas. Namun demikian simpanan kerajaan akan berkurangan atau akan habis sekiranya yang dipum keluar itu tidak kembali kepada perbendaharaan.

Oleh itu , setiap sen yang dipum keluar mestilah difokuskan kepada penjanaan ekonomi, bukan setakat untuk menyelesaikan masalah jangka pendik.

Seperti yang dikatakan oleh Kluangman, ada yang kata gawat ekonomi ini satu realiti. Ramai pekerja yang dibuang. Ada yang kata ini hanya persepsi kerana Perodua masih bayar bonus 6 bulan gaji pada akhit tahun 2008. Seorang kawan yang ada 2 kilang besi untuk bina pelantar minyak tak merungut apa-apa pun.

Tapi saya lebih percaya bahawa ini ada satu realiti. Masih risaukan 2orang anak yang akan keluar ke pasaran buruh tak lama lagi.

Apapun yang berlaku sebut saja Cobaan.... Cobaan. (ajaran songsang)

Anonymous said...

Dato,
Sultan if you look at history is not impartial...they have their own interest to protect.

UMNO is form by royalist Malays (right wing party). Malaysian history is subverted to one of UMNO version only. As the rulers are the ones who write the history text book for Malaysian to read & brainwash. There's another sets of "Malay" leaders who are the working class.

There's no much class distinction then, where we have the Babas & Nyonyas and everybody live happily and harmoniously. With the kind of BN racist roots...everyone is made conscious to trace their lineages.

Even then, the Sultan is of mamak lineages....remember the Sultanate is form by Parameswara with Hindu origins later embrace Islam.

That's why you see so many cases, when riots happen...it is usually the Mamak faults.

Dr.M is mamak, the current MB Zambry is a mamak, the Sultan traces history is also a mamak.

From
A Mamak

Anonymous said...

Dato,
Kalau lanun berleluasa di Malaysia, sukar untuk pelabur asing nak masuk dan invest negara tercinta kita ni.

Dari,
TakNakLanun

ab said...

Salam Dato,

Kalau bolih tolong sampaikan kepada yang kat sain cheque kat MOF.

1. RANSANGAN EKONOMI TAK JADI DAN TAK AKAN JADI KALAU....

a.Yang terima tender dan kontrak tu geng-geng lama yang hutang bertimbun dah,tak service loan interest lama dah dan kontrak dulu tak seberapa untungnya.

b. geng-geng lama tu dah tak ada collateral lagi nak gadai kat bank untuk dapatkan duit untuk buat projek baru walaupun dapat kontrak berbilion.....semua dah digadaikan,belum tebus balik, hutang menimbum dan interset tak bayar lagi...dan semakin bertambah.

c. Pegawai bank tak akan sign off new loans kalau tak ada new collateral.

Apa lagi kalau tenguk rekod hutang lama yang bertimbun dan tak service interest dan capital sangkut betahun-tahun.

RANGSANGAN TU JADI NOMBOR ATAS KERTAS SAJA KALAU MACAM TU....KALAU NAK HIDUPKAN GENG-GENG SAJA NI...


2. THE NEW PEOPLES,THE YOUNGER BUSINESSMEN,THE NEW GENERATION CONTRACTORS,SUPPLIERS.....

Ransangan ekonomi itu, berpeluang untuk berjaya kalau di gerakan olih
kumpulan ini...LAGI PUN MEREKA INI
`PENYAPU BARU' lah katakan....

Nanti ada juga dari `new brooms' ni yang akan jadi macam geng-geng pokai yang beratus-beribu orang yang dok tunggu `duit percuma' dari DN ni....


3. KALAU DOK LAYAN GENG_GENG TUNs,TAN SRIs DATUKs,DATO's yang pokai ni juga, bolih siapkan bungkusan pakaian dan sebagainya...BYE-BYE PRU 13.


4. NPL semua bank akan bertambah
hujung 2009 ni. CONFIRM le kat mana-mana bank pun,maknanya tahun 2010 nanti lagi susah nak pinjam duit dari bank.



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato,
Ada tengok movie Pirates of Caribean tak?? Lagu dia memang sesuai lar dengan apa yang berlaku di Perak kebalakangan ni....

Yo ho, yo ho, a pirate's life for me

We pillage, we plunder, we rifle and loot
Drink up me hearties, yo ho
We kidnap and ravage and don't give a hoot
Drink up me hearties, yo ho

Yo ho, yo ho, a pirate's life for me

We extort, we pilfer, we filch and sack
Drink up me hearties, yo ho
Maraud and embezzle and even high-jack
Drink up me hearties yo ho

Yo ho, yo ho, a pirate's life for me

We kindle and char, inflame and ignite
Drink up me hearties, yo ho
We burn up the city, we're really a fright
Drink up me hearties, yo ho

We're rascals, scoundrels, villains, and knaves
Drink up me hearties, yo ho
We're devils and black sheep, really bad eggs
Drink up me hearties, yo ho

Yo ho, yo ho, a pirate's life for me

We're beggars and blighters and ne'er do-well cads
Drink up me hearties, yo ho
Aye, but we're loved by our mommies and dads
Drink up me hearties, yo ho


Dari,
Jack Sparrow

Anonymous said...

Yes, I agree that we should "kurangkan politik" and "pesatkan rangsangan ekonomi". Tell that to our next prime minister wannabe/in-waiting!

After KT, everyone knows that he badly needs a victory. He got it now - a repeat of what BN did to PBS back in 1994. But this is 2009 and many are more informed. Anger is simmering. We shall keep a cool head and we shall remember this deed.

I agrees with Zulkifli Sulong's article in themalaysianinsider.com "Menang secumpak, rugi segantang". We'll see in time. Thank you.

Born in Taiping Perak

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mika Angel-0 said...

Scribe,

Kalau boleh nak baca dengan terperinci cadangan-cadang che det mahupun cadangan-cadangan Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dihadiri pakar-pakar asing, kapten-kapten industri, para penyelidik, cendekiawan dan pegawai kanan kerajaan itu.

Terima Kasih.

sekadar memimba ilmu Mahanomics.

Anonymous said...

Dato',
Dalam banyak-banyak komen tak ada siapa cerita dimana negara nak letakkan pendatang tanpa izin dan dengan izin yang terpaksa diberhentikan di negara kita. Mereka tak mahu balik sebab hutang belanja perjalanan belum langsai. Alang-alang dah diberhentikan maka mereka mula ambil jalan singkat.. kerja senang. 'rampok', pecah rumah, curi. Deretan rumah saya (8 buah) dah 4 dimasuki mereka!. Jadi saya tidur tak lena bukan sebab kami tak cukup makan tetapi terkenangkan hamba Allah lain yang kelaparan dan terdesak.

Jadi sebagai PM yang 'amat baik dengan jiran' dan mengelakkan negara asal mereka susah, apa kata PM bagi terus kerakyatan kepada 'kera dihutan' seperti Mat Indon, Mat Paki, Mat Bangla, Mat Vietkong. Biarkanlah 'anak dirumah mati kelaparan'. Semoga Malaysia akan terus jadi.... 'the truely Asia.....'.

Pasal 'ransang ekonomi' saya harap Najib tak cakap kosong macam Arwah Ghafar Baba yang kemana sahaja dia pergi akan umum 'kerajaan luluskan peruntukan RMXXX juta-juta'.... tapi lepas tu duit tak sampai pun.

Bye/Roti Planta

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

Raja adil, raja disembah,
Raja zalim, raja disanggah.
KOMEN BLOGGER 'CLEAN' BERBAU SINIS.

DYMM SULTAN PERAK BUKAN SAHAJA PAKAR TENTANG INSTITUSI KESULTANAN TETAPI JUGA INSTITUSI KEHAKIMAN..

MAKA KAMI KATAKAN BAHAWA PENGIKUT2 DAN PENYOKONG2 PAKATAN RAKYAT(PR) TELAH BERLAGAK MACAM 'DUMB-DOGS' (DUMB-DERANGED,USELESS MENTAL BLOCKED) BARKING AT THE WRONG TREE.

TALKING ABOUT 'IMPARTIALITY'.
HAD YOUR ROYAL HIGHNESS JUDGED IN SUSPICION OF THE CLAIMS OF 'MOSLEM 1ST', THEN WE WUD HAVE DOUBTS ABOUT HIS CREDENTIALS.
AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN..

SEMOGA DAK SEKELUARGA SENTIASA DILIMPAHI DENGAN SINARAN KASIH SAYANG ALLAH SWT, HENDAKNYA..

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

Two most prominient and experienced person in managing our country has clearly stated that removal of MB of Perak is done in a wrong way. Statements were made by
1. Tengku razaleigh Hamzah
2. Tun Dr Mahathir Mohamed

Tun Mahathir is reported to have said this in STAR today (8/2/09)
Habib RAK

Unknown said...

Sorry Datuk..

This one I couldnt agree anymore!

Zambri dah buat doa selamat ke?

Tgk semua paper tunjuk gambar dia ber 'yee sang' ja?

nak ambik hati kaum cina lagi?

So hati orang Melayu terpiggir lagi?

Anonymous said...

Ekonomi sebegini memerlukan pengorbanan. Jangan terus menerus menggalas beban.KJ tu ada berapa banyak jawatan? Sebulan berapa kena bayar?

Mana Ketua Pemuda UMNO? Mana Naib Ketua Pemuda UMNO? Mana Ketua Pemuda UMNO Perak?

Hishamudin dan Khairi Jamaludin takkan hanya nak jawatan dan wang ringgit. Siapa2 yang nak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga janganlah bersikap pondan dan retorik semata seperti Ketua dan Naib yang ada sekarang.

Tengok dan baca saja Sultan Perak dihina begitu rupa? Dah berapa hari ni. Masih tunggu orang upahan prepare statement nak elak diri dari tanggungjawab??

CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Memalukan UMNO sahaja.

*anak umno*

Anonymous said...

Petikan dari Tukar Tiub:

"mat saheh Kuasa Lama tidak berpuas hati. Dendam kesumat berkobar-kobar. Lalu mereka memainkan rasa benci orang Melayu terhadap Orang Cina. Kuasa Lama berpropaganda bahawa geran tanah ini di beri kepada Orang Cina. Orang Cina dijadikan alasan untuk menunjukkan bahawa Kuasa Rakyat ini adalah Kuasa Cina. Para pemimpin politik Kuasa Rakyat di Perak di tuduh sebagai ‘hamba Cina’.

Ini TIDAK betul. Data-data dan angka-angka resmi dari Kerajaan Perak menunjukkan Orang Melayulah yang mendapat lebih banyak geran tanah dari Orang Cina. Dalam projek memperbaiki kampong tersusun jumlah Orang Melayu lebih ramai. Pekara ini sengaja di tutup lingkup. Ini kerana Kuasa Lama mahukan Orang Melayu membenci Kuasa Rakyat di Perak."

Anonymous said...

saya doakan agar datuk dapat pergi menunaikan haji tahun hadapan..insyaallah dan berdoalah supaya dibuka kan pintu hati datuk tu depan pintu kaabah supaya agar hati datuk ni jernih kembali..pekat sgt dgn melayu UMNO datuk ni..sampai kan dan jadi apa bukan orang UMNO buat semua salah..Melayu UMNO ja yg betoi kan..kan..Sedih la datuk..saja pun tua ckit ja dr datuk .dulu pun totok jugak laa..tapi bila dok pikiaq2.tuhan dah bukak hati kita bila kita pi mekah minta tuhan beri petunjuk,alhamdullillah UMNO bukan la parti yg di redhai ALLAH...UMNO lebih memainkan api perkauman untuk mereka berkuasa di tanah melayu ni..Datuk..ingat la malaikat kiri kanan dok catit apa datuk dok tulis ni...so ingat la datuk..tulis kerana ALLAH..jgn la tulis kerana melayu UMNO..sedih laa datukk..

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Artikel kali ini amat menarik kerana saya dah teramat bosan dengan kerenah orang-orang politik tak kira dari parti mana pun.

I have been made to understand that a number of companies (whether listed or otherwise) have defaulted or about to default on their loan obligations.

The number of defaulting loans would only increase as we progress through 2009.

I share the same view that this crisis is worse than 1997/98. Back then our export markets were in good health and their appetite for our products were healthy.

In its most simplistic form, 97/98 crisis was more localised and "regionalised". Measures taken were more domestically oriented.

Now the situation is several times more severe. Our export markets are "shrinking" and the domestic economy is not large enough to "offset" the reduced exports, not to mention the shear wastages more prevailing now.

Are we doomed?

Not necessarily so if we are willing to face realities, think hard, work hard and smart, and apply unorthodox approaches if required.

Maybe, as suggested by Sdr. Kadir, we should seriously consider NEAC II to be chaired by the PM/DPM. The core members would need to focus on issues at hand and not be distracted with party matters. As in 97/98, dissemination of information must be coordinated centrally by NEAC II and NOT by "Tingkat 4".

TV stations should stop sensationalising political news and focus on efforts to "ride this terrible storm"!

I may not be called for another round of "national service" (as a "kuli") this time around but I certainly hope that Najib could be more focus on critical issues at hand instead of giving more attention to UMNO-related matters.

Sdr. Sawit Futures Trader,

I would like to provide some feedbacks that I have gathered from conversations with friends and acquaintances.

(i) Receivables & Payables - Both increasing at an alarming rate.
(ii) Loans - Defaults by companies increasing by the day. Though not necessarily NPL yet, loan defaults are increasing.
(iii) Manufactures - Orders are down as much as 70% to 80%. Imagine producing & shipping out a 40-footer six days a week back then compared to producing & shipping out a 20-footer per week now.
(iv) Trade facilities and banking lines - being slashed by more than 80% for some while others have theirs totally recalled.
(v) Media dvertising expenditure (Adex) - Started to reduce in October/November 2008. Some sources indicate that the reduction is quite severe. I have been made to understand that there is a strong correlation between adex and deteriorating economic health of a nation as far as retail spending is concern. Nonetheless I have never done any empirical studies to ascertain this correlation.

Sekian.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

"Apa pun kedudukannya, kita semua amat berharap kerajaan pusat dan negeri, tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tidak terperangkap dalam kemelut politik sehingga lalai menangani krisis yang sangat menakutkan ini.

Mungkin tidak keterlaluan kalau kita mengharapkan kemunculan satu mekanisme yang menyerupai pentadbiran perpaduan nasional (national unity administration) yang membabitkan semua pihak dan parti politik bagi menangani krisis ini."
________________________________

Dato' saya tertarik dengan kenyataan ini dan saya percaya kepada kenyataan ini jika semua pihak "openminded dan sincered" antara satu dengan yang lain dan tidak "politicking" lagi.

Pokok pangkalnya, bersediakah parti pemerintah mengambil sikap mengakui "kerajaan barisan alternatif (PR) sebagai rakan sebuah kerajaan gabungan?". Asal muasalnya kembali balik kepada "REFORMASI KE ARAH PENTADBIRAN LESTARI - Reformation towards a Good Governance.

Dato' saya serahkan perkara ini kepada cendikiawan KAUM-KAUM BERPENGARUH ke atas keputusan yang bakal dibuat untuk kemajuan EKONOMI MALAYSIA. Saya bukanLAH pakar ekonomi.

Terima kasih.

DUNGUN
TEENGGANU DARUL IMAN

A KADIR JASIN said...

Sdr Pak Tongko, antara lain, menulis: "saya doakan agar datuk dapat pergi menunaikan haji tahun hadapan..insyaallah dan berdoalah supaya dibuka kan pintu hati datuk tu depan pintu kaabah supaya agar hati datuk ni jernih kembali..pekat sgt dgn melayu UMNO datuk ni.."

1. Terima kasih atas doa dan ingatan Sdr;

2. Buat makluman Sdr Pak Tongko, saya dah menunaikan haji pada tahun 1991. Tapi tak payahlah diheboh dan dihebah;

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato',

Saya hairanlah orang macam Pak Tongko yg komen:

"alhamdullillah UMNO bukan la parti yg di redhai ALLAH...UMNO lebih memainkan api perkauman untuk mereka berkuasa di tanah melayu ni....tulis kerana ALLAH..jgn la tulis kerana melayu UMNO..sedih laa datukk.."

Biarlah kerana Melayu UMNO. Melayu UMNO orang Islam. Yang PAS dok buat sembahyang hajat (lihat gambar2 di Harakahdaily.net) untuk mempertahankan kepimpinan DAP kafir tu apasal? Inilah akibatnya orang yang tidak bersyukur. Pupet Nizar tu kalau takda Sultan takkan jadi MB pun. Orang mcm Pak Tongko inilah yang merosakkan PAS dan Islam. Guna Islam untuk menegakkan ketuanan kafir.

Orang UMNO pergi haji kebanyakannya memang tak guna title haji pun. Rasulullah pun takda haji di pangkal nama. Orang fanatik PAS sahaja yang guna Islam untuk politik peribadi.

Bertaubatlah pak haji oi.. Nanti dah jadi macam Palestin tak guna. Wallahua'lam.

*manletih*

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Quick Draw Botak, nice to hear from you again.

In 1998 crisis, the very cause of the economic downturn was then capitalised as a weapon.

The downfall of RM value was made as a tool to enhance exports, profiting more money through means of volumes in trading and thus balance the effect of the actual RM depreciation.

As for the current situation, do we actually have a plan? Did we took advantage of the previous price hike in crude oil and commodities?

More importantly, DID WE MAKE FULL USE OF THE ADVANTAGES THAT WE HAD TO BALANCE OUR SHORTCOMINGS?

Let's just leave it at each of our own imagination.

luaskanmata said...

Apakah YAB TPM bersedia untuk mewujudkan (national unity administration).

Pada pengamatan saya keupayaan beliau mewujudkan mekanisme tersebut suatu keluar biasaan.

Anonymous said...

Dato,

Setuju sangatlah kalau kita fokus kepada ekonomi dan slow sat bab politik. PRU 13 nanti kita lawan dalam gelanggang politik semula.

Ini tidak...,

Baru saja lepas mengundi tak sampai setahun, negeri yang aman elok elok depa pi kacau sampai lumat, sampai habih bercempera. Sampai ke raja pun kena kutuk.

Konon kononnya kerana DAP ramai di negeri tu.

Ni apa ke jadahnya pulak, nak pi ghonyeh Kedah pulak dah. Berapa ekoq DAP ada di Kedah...Dato'????

The Botak Man said...

Sdr. Sawit Futures Trader,

Unfortunately I have not heard of any "plan" to counter the global crisis. At least some acquantence within the current "Economic Council" have not mentioned or even hinted anything to that effect.

After all our politicians really believed that Malaysia will not be affected by the crisis gripping the whole world!

Sekian.

Anonymous said...

Scribe,

Apakah cadangan-cadangan yang telah disusun dalam pelan-pelan rangsangan dan bagaimana keberkesanannya atau hanya cerita 'fairytale' MoF, scribe?
Cuma bertanya kerana anda pun tiada maklumat itu dan tidak akan ada maklumat itu pada anda mahupun cerdikpandai ahli-pakar-elitis ekonomi negara kita termasuklah che det. Bukan cemuhan tetapi satu kenyataan kenyataan - 'a statement of fact'. (Maybe it is for the better)

cerita ini:

February 09, 2009
Paul Krugman: The Destructive Center
President Obama's net return on his investment in bipartisanship isn't very good:

The Destructive Center, by Paul Krugman, Commentary, NY Times: What do you call someone who eliminates hundreds of thousands of American jobs, deprives millions of adequate health care and nutrition, undermines schools, but offers a $15,000 bonus to affluent people who flip their houses?

A proud centrist. For that is what the senators who ended up calling the tune on the stimulus bill just accomplished.

Even ... the original Obama plan — around $800 billion ... with a substantial fraction ... given over to ineffective tax cuts — ...wouldn’t have been enough to fill the looming hole in the U.S. economy... Yet the centrists did their best to make the plan weaker and worse.

One of the best features of the original plan was aid to cash-strapped state governments... But the centrists insisted on a $40 billion cut in that spending.

The original plan also included badly needed ... school construction; $16 billion of that spending was cut. It included aid to the unemployed, especially help in maintaining health care — cut. Food stamps — cut. All in all, more than $80 billion was cut..., with the great bulk ... falling on ... measures that would do the most to reduce the depth and pain of this slump.

On the other hand, the centrists were apparently just fine with one of the worst provisions in the Senate bill, a tax credit for home buyers...: it will cost a lot of money while doing nothing to help the economy.

All in all, the centrists’ insistence on comforting the comfortable while afflicting the afflicted will, if reflected in the final bill, lead to substantially lower employment and substantially more suffering.

But how did this happen? ... Mr. Obama ... offered a plan that was clearly both too small and too heavily reliant on tax cuts. Why? Because he wanted the plan to have broad bipartisan support...

Mr. Obama’s postpartisan yearnings may also explain why he didn’t do something crucially important: speak forcefully about how government spending can help support the economy. Instead, he let conservatives define the debate...

And Mr. Obama got nothing in return for his bipartisan outreach. Not one Republican voted for the House version of the stimulus plan...

In the Senate, Republicans ... decried the bill’s cost — even as 36 out of 41 Republican senators voted to replace the Obama plan with $3 trillion, that’s right, $3 trillion in tax cuts over 10 years.

So Mr. Obama was reduced to bargaining for the votes of those centrists. And the centrists, predictably, extracted a pound of flesh — not, as far as anyone can tell, based on any coherent economic argument, but simply to demonstrate their centrist mojo. They probably would have demanded that $100 billion or so be cut from anything Mr. Obama proposed; by coming in with such a low initial bid, the president guaranteed that the final deal would be much too small.

Such are the perils of negotiating with yourself.

Now,... it’s possible that the final bill will undo the centrists’ worst. And Mr. Obama may be able to come back for a second round. But this was his best chance to get decisive action, and it fell short.

So has Mr. Obama learned from this experience? Early indications aren’t good.

For rather than acknowledge the failure of his political strategy and the damage to his economic strategy, the president tried to put a postpartisan happy face on the whole thing. “Democrats and Republicans came together in the Senate and responded appropriately to the urgency this moment demands,” he declared on Saturday, and “the scale and scope of this plan is right.”

No, they didn’t, and no, it isn’t.



Sekiranya stimulus package plan US - dan negara maju yang lain juga - gagal, apakah kita boleh bertanya dimanakah keunggulan pelan rangsangan kita?

Anehkah sekiranya kita sebenarnya menghancurkan ekonomi sendiri dengan pelan rangsangan ekonomi?

Adakah Amerika, Jepun dan EU mampu bermain-main dengan grand international economic stimuli package theory kerana mereka ini cap duit cap fiat, Scribe? (Almost piss off, almost...)

Jadi patutkah kita 'look east' atau 'look west' ataupun 'look elsewhere', scribe?

Sambil jatuh sepak kaki mereka! - jadi semuanya jatuh sekali, yang gagah dia yang cepat bangun dari jatuhnya. Bukan begitu, scribe?

(another good story:
Weekend Edition
February 6-8, 2009
When Things Fall Apart
A Country Awash in Money But Going Broke
By RAYMOND J. LAWRENCE

There is plenty of money in this country. Most of it just happens to be held by a very few people.

Those who know history are aware that an extreme imbalance in the possession of goods and power will at some breaking point result in the unraveling of the social fabric. Such unraveling is seldom a pretty sight. It's best to be 'out of town' when it occurs. The late 18th century French Revolution and the early 20th century Russian Revolution are two stark examples of wide discrepancies of wealth and power that resulted in disintegration of the old order. Sometimes the unraveling can be contained, as in the American Revolution, during which the powerful English king was made the object of contempt, and being far away and untouchable, the revolution proceeded with relatively little excess and instability.

The problem with predicting such break points in history is an intractable one, especially when one lives in the midst of it...)

Anonymous said...

Salam Dato'
At this rate, I'm really worry about our economy. I have doubt with our TPM. He is just a human, I don't think he can focus clearly with our economic situation. He seems concentrating on his political agenda. Now the by election is coming. Do you think he gives a damn
to us?
Ainur68.

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Saranan dato pada ahli politik supaya kurangkan berpolitik dan rangsangkan ekonomi lebih sesuai ditujukan kepada pemimpin kerajaan pusat.
Setiapkan negeri diperintah oleh pembangkang, K.Pusat akan ujudkan unit ICU dinegeri tersebut dengan alasan untuk kononnya agihkan perbelanjaan Pusat secara berhemah, sedangkan kita tahu bahawa ia bertujuan untuk menghidupkan kroni Pusat yang dinegeri yang diperintah pembangkang.
Kerajaan Pusat tak akan mampu merangsang ekonomi sekiranya mempunyai mentaliti sedemikian kerana bajjet yang disalurkan tidak sampai ke akar umbi, yang menikmati faedah dari bajet tersebut adalah kroni pusat ataupun kroni menteri tertentu.
Pemimpin dan menteri BN , terlalu banyak berpolitik, hingga dari sumbangan hinggalah apajua acara pun asyik berpolitik. Kalau di Perak ni, YB BN diwaktu PR memerintah, sanggup merasmikan majlis konvo tadika KEMAS, semata-mata untuk hentam PR, melalak kat budak -budak bawah umur 7 tahun tentang politik dan burukkan orang lain..tak da akai.
Pusat sepatutnya menurunkan tarif letrik lebih awal, untuk menolong rakyat dan pengguna industri bernafas disaat kegawatan ekonomi dan menurunkan cukai, menaikkan subsidi dan sebagainya untuk menarik pelabur dan mengelakkan pelabur lari. Dikawasan Perak Tengah dan Manjung lebih daripada 20 buah kilang yang memberi pekerjaan kepada ribuan penduduk dikawasan sekitar terpaksa ditutup kerana kos operasi meningkat selepas TNB naikkan tariff dan kegawatan.
Pemimpin Pusat hanya melihat data dan angka tetapi tidak melihat ke kawasan di mana rakyat semakin perit dan menderita.
DSNTAR mencanangkan bahawa Malaysia tak akan terkena kegawatan ekonomi kerana asas ekonomi negara kita kukuh.. kononnya..pandainya punya TPM.. selagi US gawat..kita pun akan gawat, Pemimpin banyak guna lutut bila berfikir.....kita akan terus gawat

bob chairell syafieq said...

salam, malaysia dah pun lepaskn rangsangan ekonomi yg pertama tetapi tidak memberi kesan kepada keseluruhan rakyat amnya. seperti rangsangan ekonomi itu berfaedah untuk organisasi besar sahaja. so bila malaysia nak salurkan ransangan ekonomi ke 2 yug lebih menyeluruh perlaksanaannya? tapi saya lihat ahli politik negara hanya memfocus kepada kerjaya politik masing2. contohnya isu lompat parti...

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Kalau dah tak mampu memimpin seperti Pak Lah dibiarkan memimpin dengan barisan kabinet nya, nescaya Malaysia bukan lagi terjerumus dalam kegawatan ekonomi, malahan Malaysia mungkin mengalami penguncupan sehingga negatif.
Datuk Shahrir Samad sering mengeluarkan kenyataan yang tak selari dengan tindakan dan tidak dihormati oleh pembekal barangan dengan menaikkan harga barangan sewenangnya.
Kegagalan kabinet Pak Lah mengekang inflasi secara berkesan membuat rakyat makin menderita, pengangguran meningkat, kos meningkat dikala kegawatan menambah seksa untuk meneruskan kehidupan.
Pak lah sepatutnya meniru langkah TDM sewaktu krisis 97-98 dengan meningkatkan perbelanjaan dalam negara untuk menggalakkan aliran tunai berkisar dalam negara dan tidak menggalakkan rakyat keluar untuk berbelanja, memotong cukai pendapatan, memotong tarif serta duti dan memastikan rakyat terus berbelanja dalam negara.
Kedunguan kabinet Pak Lah dalam menyediakan langkah drastik dan kegagalan menghidu kesan awal kegawatan ekonomi menyebabkan langkah rangsangan pertama 7 billion tidak mendatang kan impak positif pada rakyat.
BN asyik leka berpolitik dan asyik menyalahkan orang lain bila gagal mentadbir negara menyebabkan rakyat menderita.

Anak_Parit

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).