Wednesday, March 25, 2009

Antara Saf Berintegriti Dengan Yang Membawa Mati

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 26 Mac] -- MUHYIDDIN Yassin menang jawatan Timbalan Presiden Umno dengan 1,575 undi mengalahkan Mohammad Muhamad Taib yang memperoleh 916 undi.

Tiga Naib Presiden adalah Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi), Hishammuddin Hussein (1,515) dan Shafie Apdal (1,445).

[MUTAKHIR, 25 Mac] -- Shahrizat Abdul Jalil memenangi jawatan Ketua Wanita dengan mendapat 507 undi berbanding penyandang, Rafidah Aziz yang memperoleh 280 undi.

Rosnah Abdul Rashid Shirlin menang jawatan Ketua Puteri dengan 245 undi mengalahkan lima calon lain. Naib Ketua dimenangi oleh Shahanim Yusoff yang memperoleh 353 undi.

Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan 304 undi walaupun dia didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno.

Dia mengalahkan Dr Khir Toyo (254) dan Mukhriz Mahathir (232). Razali Ibrahim menang Naib Ketua dengan 417 undi.

[Posting Asal]

SAFKANLAH kepada saya sekumpulan pemimpin yang ampuh dan padu. Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi dedikasi,” – Mohd Najib Abdul Razak ketika merasmikan serentak persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri semalam.

“SALAM Datuk, malam tadi saya masuk Dewan Tun Hussein Onn. Jelas Datuk Seri Najib mahu ubah Umno secara total dan benar-benar tahu apa yang majoriti orang Melayu mahu. Kebimbangan saya adalah kepada perwakilan, bermula hari ini, dan kepimpinan di peringkat bahagian yang bermasalah sebenarnya,” – seorang muda Melayu profesional lulusan Jepun yang juga pemerhati persidangan.

“FIKIR. Negara kita sedang menghadapi saat-saat yang sukar. Krisis yang dihadapi adalah di peringkat global dan setiap negara mengharungi pahit getir dengan cara tersendiri. Namun negara yang akan bangun dengan pantas adalah negara-negara yang dapat menggemblengkan pemikiran-pemikiran terbaik mereka dalam menangani kemelesetan yang dialami dan mencari jalan penyelesaian,” – iklan Universiti Limkokwing di muka 18 Utusan Malaysia hari ini.

Adakah Mohd Najib akan mendapat saf kepemimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi dedikasi seperti yang dirayukannya itu?

Apakah kebimbangan pemuda Batang Kali hasil Dasar Pandang Ke Timur Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan menjadi kenyataan?

Apakah Mohd Najib akan memperoleh barisan kepemimpinan yang mampu menggembleng pemikiran-pemikiran terbaik bagi menangani kemelesetan ekonomi dan mencari jalan penyelesaian seperti yang diharapkan oleh Universiti Limkokwing itu?

Atau kerana politik wang, kedangkalan minda dan kerendahan akhlak saf kepemimpinan Umno selepas esok akan dibarisi oleh bekas pelibat salah laku seks, tertuduh penyeludup wang, pelari anak dara orang, pesalah disiplin parti, pengampu dan segala macam lagi musang berbulu ayam?

Calon Timbalan Presiden, Muhammad Muhd Taib, dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini sebagai berkata apa juga peristiwa yang berkaitan skandalnya di Australia di masa lalu tidak perlu diungkit lagi. Katanya Umno sudah terima dia.

Manakala Azalina Othman Said yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) merayu perwakilan “menganggapnya tidak bersalah sehingga sabit kesalahan.” Dia bertanding ahli biasa Majlis Tertinggi.

Mohd Najib, pemuda Look East Policy dan Universiti Limkokwing tidak perlu tunggu lama. Gambaran awal akan diperoleh malam ini apabila keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri diumumkan.

Kalau perwakilan Umno dan sayap-sayapnya terus memilih oleh bekas pelibat salah laku seks, tertuduh penyeludup wang, pelari anak dara orang, pesalah disiplin parti, pengampu dan segala macam lagi musang berbulu ayam maka takdir akan secara sahih dan mutakhir menentukan kemelaratan Umno.

Atau Mohd Najib menggunakan hak dan budi bicaranya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, insya-Allah, untuk membina saf yang menolak penjawat parti yang tidak berintegriti dan tidak berkebolehan.

Dia wajib mengekalkan pemuka yang tidak terpilih tetapi berintegriti dan berkebolehan. Dia juga perlu memikirkan untuk membawa masuk pakar-pakar dari luar lingkaran parti.

Tetapi kalau Mohd Najib mahu menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang popular – ibarat peserta Akademi Fantasia – atau mahu dilabelkan “Mr Nice”, dia mungkin menjadi Perdana Menteri Umno yang terakhir seperti yang dimanterakan oleh musuh-musuh Umno.

Umno akan menuruni cerun yang sama seperti yang dialami oleh Parti Kongres di India, Kuomintang di Taiwan dan Liberal Democratic Party di Jepun.

Umno bukan mengenai 2,000 lebih perwakilan atau tiga juta lebih ahli. Umno adalah satu-satunya parti yang berteraskan kebangsaan Melayu. Di Malaysia, Melayu adalah Islam.

Umno tidak akan menang pilihan raya hanya dengan 2,000 perwakilan atau tiga juta ahli. Apatah lagi pada pilihan raya umum tahun lalu, orang Umno sendiri memboikot malah ramai mengundi pembangkang kerana marah kepada kepemimpinannya.

Tetapi sekiranya keputusan pemilihan hari ini dan esok menepati aspirasi ahli dan penyokong Umno dan diikuti pula oleh ketegasan Mohd Najib memimpin, ramai daripada mereka akan kembali semula ke pangkuan Umno.

Atau setidak-tidaknya mereka akan memberi peluang kepada beliau sehingga pilihan raya umum akan datang untuk membuktikan cakap-cakapnya.

Orang Melayu masih memerlukan sebuah parti seperti Umno. Hanya segelintir liberal dan elit Melayu yang percaya bahawa orang Melayu tidak lagi memerlukan bantuan dan bimbingan.

Walaupun orang Melayu tidak semiskin dan sedaif sebelum merdeka, namun secara perbandingan mereka masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Tidak banyak berbeza dengan huraian Allahyarham Datuk Onn Jaafar dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Umno di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, 27-28 Julai, 1946, berbunyi:

“Kita orang Melayu masih ada juga menaruh sakit hati dan ada juga menaruh fikiran apakah sebabnya kita orang Melayu keciciran daripada bangsa asing. Jika kita perhalusi sedikit (dan) siasat, kita nescaya akan dapat jawapan dengan nyatanya. Lihatlah bangsa asing walau sedikit jumlahnya sekalipun pada satu-satu tempat tetapi mereka itu semua sentiasa bersatu dan berbantu-bantuan dalam segala hal.”

112 comments:

abdrahim kassim said...

Datuk A. Kadir,

Datuk Seri Najib mahukan saf yang padu, berkebolehan, berdidikasi dan berintegriti bagi membangunkan semula UMNO.

Tetapi bagaimanakah kalau integriti beliau sendiri diperkata dan dipersoal oleh masyarakat dunia sekarang?

Muhammad Azli Shukri said...

saya yakin UMNO boleh kembali kuat jika Najib mengotakan janjinya.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

BEGAIMANA BERSEMANGAT DAN BERAPI UCAPAN DATUK SERI NAJIB MAHUKAN TRANSFORMASI, KITA KENA AKUR AKAN HIDUP ATAU KOJOL NYA PARTI UMNO TERLETAK ADALAH DITANGAN LEBIH KURANG 2,500 PARA PERWAKILAN.

HANYA YANG MAMPU KAMI MOHONKAN KEHADRAT ALLAH SWT ADALAH DITUNJUKAN LAH JALAN YANG TERANG(BETUL)KEPADA MEREKA MEMILIH PEMIMPIN2 YANG BENAR2 BERJUANG DENGAN SEMANGAT UMNO YANG MENEBAL, YANG MENGALIR DIDALAM DARAH, DAGING DAN URAT SARAFNYA.

YA ALLAH SWT KURNIAKAN LAH KAMI KHALIFAH2 YANG KAU REDHAI.. AMIN.

HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU

ALLAHU AKBAR!

ALFATIHAH, AMIN.

OKJ said...

Salam DAKJ

1. Dari penulisan Dato’ saya tahu Dato’ terasa bimbang bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu nanti.
2.Begitu juga saya, bila mengenangkan anak cucu kita nanti, entah apa akan terjadi jika kuasa politik dan pentadbiran yang ada sekarang sudah tiada lagi.
3.Apa nak buat,di kalangan melayu sendiri banyak terdapat duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, talam dua muka, pendek akal, bodoh sombong, kuda tunggangan, lembu dicucuk hidung, kaduk naik jungjung, dan akhirnya menang sorak kampung tergadai.
4. Banyak juga yang malu bertanya sesat jalan, dan ada juga yang mendengar nasihat dari Pak Pandir. Sepihak cuba menegakkan benang yang basah. Sebilangannya pula menaruh harapan angan-angan Mat Jenin.
5. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Barulah sedar yang mana kaca dan yang mana permata dan langit tinggi rendah dan tidak selalu cerah.
6. Akhir kata, Hanya jauhari mengenal manikam.TQ.

kluangman said...

Hishamuddin dalam ucap akhir sebagai Ketua Pemuda masih menggunakan kesempatan untuk menunjukkan dia seorang pejuang, dengan sedih kononnya kesal bangsa, sultan dan ugamanya dipertikaikan dengan serentak - lakonan untuk meraih undi Naib Presiden.

Apa yang dia buat semasa 3 penggal memegang tampuk Ketua Pemuda kecuali bacul dan pakturut malahan dalam isu PMSI sepatutnya lantang mempertahankan sebaliknya menikus di belakang Najib.

Jika perwakilan sanggup memilih Hisahamuddin sebagai Naib Presiden seribu kali lebih baik perwakilan meilih KJ sebagai Ketua Pemuda.

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Orang Melayu perlu parti yang memperjuangkan nasib mereka.

UMNO dulu dan UMNO sekarang banyak berbeza.

Dulu UMNO memperjuangkan nasib bangsa (Melayu) dan nasib negara.

UMNO sekarang memperjuangkan nasib kocek (poket) sendiri... kocek pasangan (isteri/suami), kocek anak & menantu...

Amat malang tapi itulah hakikatnya.

Jika perwakilan silap pilih maka pupuslah UMNO dan sejarah akan mencatit Najib sebagai Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah pendek negara.

Sejarah akan juga mencatit Najib sebagai Presiden UMNO yang pertama untuk menjadi pembangkang (mungkin Ketua Pembangkan) dalam Parlimen. Dan selaras dengan itu sejarah juga akan mencatit Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang kemudiannya menjadi isteri Ketua Pembangkang.

Semua ini bergantung dengan kebijaksaan para perwakilan memilih pemimpin UMNO. Ia juga bergantung kepada kebijaksanaan Najib mengurus negara, parti dan juga isteri beliau!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

p/s: Saya bukan ahli UMNO dan tidak membenci UMNO. Saya cuma benci kepada keangkuhan serta ketamakkan para pemimpin UMNO...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sesiapa yang menang atau kalah, saya percaya isu ekonomi masih lagi bukan prioriti pertama.

Sebaik selesai PAU ini, Najib perlu merapatkan saf UMNO terlebih dahulu. Urusan ini bukan calang-calang.

Nak menghadapi 3 PRK pulak tu.

Kepada para perwakilan UMNO, sukarela saya ingatkan (jika sudi menerima),undi anda memilih pemimpin dalam UMNO akan menentukan samada undi rakyat seterusnya berpihak kepada siapa.

anak parit said...

Salam Dato',

Hasrat yang disampaikan TPM/TP UMNO memanglah murni.. tetapi adakah ucapan dan perlakuan beliau selari dengan kata-katanya?
Adakah perwakilan akan menurut sahaja kata DSNTAR sepertimana rakyat JERMAN dan JEPUN yang mengangkat senjata selepas mendengar pidato Hitler dan Hirohito?
Terlalu banyak persoalan akan akan timbul, hanya 2500 perwakilan yang mendengar pidato beliau dan bukan 3.5 juta ahli UMNO. Adakah timbul kesedaran ahli akar umbi dengan pidato yang berbuih airliur tu (kalau naga mungkin berapi).
Selepas 28 Mac, UMNO akan sama seperti sebelum itu, pi mai pi mai tang tu.
Kalau dulu TUN DM, mengalirkan airmata merayu perwakilan dan ahli UMNO untuk tidak mengamalkan rasuah, namun selepas pidato yang masuk telinga kanan dan ia keluar telinga kiri, ibarat menjirus air ke daun keladi dan banyak lagi perumpamaan yang boleh diucapkan
(Wartawan Karam Singh lebih kreatif).
Saya tak mengharapkan talkin UMNO lebih cepat, hanya saya kurang percaya UMNO akan ditransformasikan kepada keadaan lebih baik dari sekarang.
Mampukah DSNTAR tidak melantik TSMMT untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya Mike Tyson menang Timbalan Presiden?
Mampukah DSNTAR tidak melantik TSRTC untuk untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya Rahim Thamby Chik menang Naib Presiden?
Saf kepimpinan popular UMNO dan yang akan meruntuhkan UMNO.
Presiden : Najib
Timbalan: Muhd Taib
Naib: Isa Samad
Naib: Rahim Thamby Chik
Naib: Hisham
K.Pemuda :Khairy
K.Wanita : Rafidah

Pilihlah wahai perwakilan.

Anak_Parit

halimah said...

Jika benar orang Melayu menjunjung tinggi agama, mereka harus membuktikannya dalam kelakuan dan perbuatan yang tidak melanggar adab dan etika Islam.



Jika betul orang Melayu banggakan budaya, mereka harus mempamirkan maruah diri dan bangsa yang tinggi dalam menangani segala cabaran hidup termasuk politik.



Jika orang Melayu tidak mahu ketuanan bangsa dihina, mereka harus berpegang teguh kepada prinsip hidup yang mulia dan dihormati.



Pergolakan politik menjelang perhimpunan agong dan pendedahan bahawa rasuah berlaku secara berleluasa dalam pemilihan pemimpin UMNO menimbulkan persepsi bahawa berlaku keruntuhan moral yang ketara di kalangan ahli UMNO dari atas hingga ke bawah. Hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin ke atas beberapa pemimpin tinggi dan bawahan mengesahkan bahawa keadaan ini memang benar.



Lantaran UMNO mewakili aspirasi dan kepentingan orang Melayu, kepincangan dalam rumahtangga UMNO dilihat sebagai lambang kejatuhan masyarakat Melayu yang lebih besar. Seolah-olah orang Melayu lazimnya lemah dan boleh disogok kerana tidak mempunyai pendirian politik yang kukuh dan prinsip hidup yang teguh; seolah-olah kesetiaan politik boleh dijual beli dan pemimpin dipilih bukan kerana kebolehan dan integriti dalam menjalankan tugas, tetapi kerana mereka popular.



Keadaan ini menimbulkan satu paradoks di mana orang Melayu yang begitu serius membina masyarakat Islam yang bertamadun tidak mengamalkan prinsip serta pedoman agama yang mereka junjungi. Orang Melayu yang berpengetahuan tentang kegemilangan tamadun Islam, rukun Islam dan soal halal dan haram dalam Islam tidak mempraktikkannya dalam hidup mereka.



Rata rata di kampung dan di bandar, di kalangan masyarakat atasan dan bawahan orang Melayu giat meghadiri usrah dan ceramah agama. Stesyen stesyen televisyen kerap menyiarkan program agama di mana tafsiran Al Quran serta konsep-konsep dalam ajaran Islam dikupas dan dibincang dengan begitu teliti.



Kita sentiasa diingatkan tentang apa yang halal dan haram; apa yang merupakan dosa dan pahala. Kita menyedari sifat sifat yang menjadikan seseorang itu insan yang termulia atau yang terkutuk.



Jika ini benar, mengapa rasuah dan sogokan menjadi amalan ahli parti Melayu sedangkan agama Islam mengharamkannya?



Mengapa ahli UMNO tidak memilih calon yang berintegriti tinggi dan berkebolehan mempertahankan maruah bangsa dan agama?



Mengapa ahli UMNO khususnya perwakilan di perhimpunan agung enggan mengaku bahawa perbuatan mereka yang melanggar etika parti dan adab bangsa serta agama tidak akan direstui Allah.



Mengapa susah sangat mereka menerima hakikat bahawa parti yang korup akan ditolak oleh pengundi sedangkan pemimpinan tertinggi UMNO sudah menyuarakannya?



Untuk membuktikan ahli parti masih setia kepada perjuangan utama UMNO, iaitu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menjunjung maruah bangsa dan agama, mereka mesti kembali ke pangkal jalan dan memikirkan senario di mana hak mereka yang sedang hebat dicabar akan hilang tidak lama lagi.

Anonymous said...

Datuk,

Hanya dengan tekun berusaha akan dapat mengubah nasib sesuatu bangsa. Orang Melayu kena tekun berusaha kerana ia menjadi tuntutan agama Islam. Hindarkan juga diri dari sikap dengki, malas, lupa asal usul dan mementingkan diri.

Setiap individu Melayu kena tepuk dada dan tanya diri sendiri. Sekuat manakah ketekunan mereka berusaha? Sekuat manakah ketekunan mereka dalam menghadapi rintangan?

Persetan dahulu politik kepartian. Bersihkan hati dan carilah jawapan sendiri.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk Kadir,
Pada hemat saya Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak banyak menarik perhatian perkembangan dari berbagai lapisan rakyat khususnya orang Melayu samada mereka pro atau anti UMNO. Ucapan Najib juga turut mencerminkan kerisauan dan harapan rakyat supaya para perwakilan lebih mementingkan bangsa dari wang bagi menjamin survival bangsa.
Marilah kita bersama sama berdoa kehadrat Allah SWT supaya membuka pintu hati mereka yang akan mengundi untuk melihat apakah hakikat sebenarnya tanggungjawab mereka.
Dzulman, Shah Alam.

chong said...

apa yang amat memeningkan kepala ialah UMNO yang kononnya membela kaum melayu & islam, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun, masih menyatakan kaum melayu tertidas dan diancam. apakah yang mereka buat selama 50 tahun tu??? masih tak cukup ke??? nak 400 tahun lagi ke, baru boleh membangunkan kaum melayu???

sampailah masanya utk kaum melayu menyedar bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membantu mereka. mereka hanya mahu membodohkan kaum melayu supaya mereka merasakan dirinya lemah dan kehilangan kepercayaan pada diri sendiri dan terus dipermainkan oleh UMNO.

sampailah masanya utk kaum melayu mencuba parti yang lain utk membantu mereka, bukan? sebagai kaum terbesar di malaysia, mereka harus berdikari dan membantu kaum yang kecil bukan???

btw, siapa yang gila kuasa? orang yang memulangkan kuasa kepada rakyat atau orang yang menyalahgunakan semua jenteraan awam seperti Polis, SPR, MACC, kehakiman demi menjaga kuasanya.

Shah said...

Dipersilakan orang-orang Melayu berduyun-duyun dan berbondong-bondong masuk PAS, solve present and future problems.Cuma satu syarat penting, masuk PAS jangan kerana nak cari peluang mengayakan diri dan kaum kerabat.

ab said...

Salam dato,

Kalau DN nak tahu, SRPRM bolih vet file semua safnya,yang setengah tu tak payah rujuk file dah sah seludup duit,sah rasuah dah kat UMNO pun dah rasuah dah kalau jadi menteri tak tentu baik lagi...

Do not ask FOR GOOD MEN....YOU AS PM and LEADER MUST ENSURE THAT YOUR CHOSEN MEN are good to begin with, kalau silap drop them early, DROP THEM or we all will DROP ALL, YOU INCLUDED!.

Abu Bakar Ab Rahman

One Pip said...

Melayu di Singapura hanya 12% dan di bawah kerajaan bukan Melayu. Melayu di Penang lebih 30% dan di bawah Umno selama 50 tahun. Cuba lihat, Melayu mana yang lebih teruk terpinggir? Ingat, kita boleh diperkosa oleh orang jahat tidak kira dari mana-mana kaum atau agama. Perompak tidak memilih keturunan mangsa. Yang kita mahu ialah sistem yang telus dan lurus. Tiada ruang untuk manipulasi sistem dan teras negara.

One Pip said...

Saudara OKJ,
Bagi saya Umno itu adalah gunting dalam lipatan dalam masyarakat Melayu.

Mohd Azmel said...

Assalamualaikum,
Salam Datuk A. Kadir. Dahulu arwah ayah saya ada menyuruh saya menyertai Pemuda UMNO. Di kala itu saf-saf yang terhadapan terdiri dari Dr. M dan Saudara Anwar. Saya ketika itu begitu 'naive' tentang politik. Namun hasrat arwah tidak dapat saya penuhi hinggalah sekarang.
Saya seorang doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar. Dahulu orang-orang melayu kampung sangat menyanjungi UMNO. Namun sekarang mereka ini seolah-olah sedang melarikan diri dari UMNO. Saya nampak UMNO sekarang sudah berlain benar. Sejak UMNO diharamkan dan UMNO Baru pula ditubuhkan, sudah kelihatan perubahan itu. Titik-titik hitam sudah mula menjelma sedikit demi sedikit sehingga membawa ke hari ini. Bagi saya yang memerhati dari jauh, saya berasa apa yang dilaungkan oleh saf-saf terhadapan ini tentang reformasi adalah sudah terlambat. Kejatuhan UMNO bukan bermula dari PRU yang lepas seperti yang orang gembar-gemburkan. Kejatuhan UMNO bermula apabila di PRU 2004 yang mana rakyat yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada UMNO telah dikhianati. Di situ titik tolak kejatuhan UMNO. Yang menjadi halangannya sekarang adalah puak-puak UMNO sudah amat terbiasa dengan sogokan wang sehinggakan untuk keluar dari kelompok itu amatlah susah. Bagi mereka sogokan wang sudah menjadi begitu relevan sekali sehinggakan dijadikan modal perjuangan secara langsung. Ibarat orang yang bergelumang dengan najis. Pada mula terasa agak jelek dan kotor, namun dari hari ke hari dia sudah terbiasa dengan najis (tidak pula peduli untuk membersihkannya) dan sudah melekat kuat pada badan itu sehinggakan bila orang melihat dia bergelumang dengan najis sekalipun, dia tidak lagi berasa hina. Itulah yang terjadi pada puak-puak UMNO. Saya tidak nampak apa yang boleh UMNO lakukan untuk berubah. Adakah UMNO ini akan dikapankan dan dikuburkan tidak lama lagi? Untuk dilahirkan semula tentunya memerlukan 'ibu'. Persoalanya siapakah yang sanggup menjadi 'ibu' itu?

abdul halim said...

ucaptama najib semalam memang berapi... tapi setakat mana ikhlasnya ucapan itu hanya najib sendiri yang tahu. sesekali nampak macam tak jujur.
1. kenapa bila menyentuh tentang isu politik wang intonasinya dijenakakan.. macam tak serius sahaja ataupun macam nak berselindung misalnya .." bagi wang salah, tak bagi wang kalah." kalau benar jujur, intonasi perlu yakin dan ampuh... bukannya berseloroh. nampak sangat nak melindungkan kesalahan sendiri. dan perumpamaan itu mendapat sambutan gelak sinis dari khalayak, seperti mereka juga faham ataupun juga terlibat melakukannya...
itulah kenyatannya, semua perwakilan tahu duduk perkara sebenarnya sama ada turut menerima sogokan ataupun memberi sogokan... perwakilan tepuklah dada tanya selera...

Pak Sako said...

Saudara Kadir:

Saudara berhujah seperti berikut:

"Orang Melayu masih memerlukan sebuah parti seperti Umno. Hanya segelintir liberal dan elit Melayu yang percaya bahawa orang Melayu tidak lagi memerlukan bantuan dan bimbingan.

Walaupun orang Melayu tidak semiskin dan sedaif sebelum merdeka, namun secara perbandingan mereka masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain."


Berikut pandangan dan komen saya mengenai kenyataan saudara:

"Segelintir" Melayu yang saudara maksudkan itu yang menolak UMNO tidak berbuat sedemikian semata-mata kerana mereka "tidak lagi memerlukan bantuan dan bimbingan".
Mereka mampu menolak UMNO dan cenderung memilih parti-parti alternatif kerana mereka lebih terdedah kepada dasar-dasar dan matlamat gabungan politik alternatif seperti Pakatan Rakyat. Mereka faham dan sedar bahawa wujudnya suatu alternatif atau pilihan yang dapat membela nasib rakyat Malaysia dan orang Melayu selain daripada UMNO.

Sekiranya golongan Melayu di desa, misalnya, turut mendapat akses kepada maklumat mengenai wawasan dan kebolehan parti pembangkang, mungkin mereka juga akan merasa bahawa mereka tidak lagi memerlukan UMNO atau bergantung dan bergayut pada UMNO sahaja. Ingat: menolak UMNO itu tidak bererti Melayu menolak bantuan atau sengaja mahu menembak ke tapak kaki sendiri. Ini kerana antara hasrat am gabungan politik alternatif seperti Pakatan Rakyat juga adalah untuk menaikkan taraf hidup golongan Melayu miskin serta golongan miskin dari kaum-kaum lain. Tiadanya niat mahu meminggirkan kaum Melayu sama sekali.

Oleh itu, tidak perlulah warga Melayu biasa resah atau bimbang. Rasa resah dan bimbang itu kita tinggalkan kepada ahli-ahli politik Barisan Nasional dan rakan-rakan mereka yang mungkin hilang punca pendapatan dan "bantuan-bantuan" istimewa tertentu. Ini hakikat sistem politik di mana rakyat bebas memilih secara demokratik.

Penting sekali, ingatlah bahawa membantu orang Melayu yang daif tidak bererti orang daif yang secara kebetulan bukan Melayu perlu dipinggirkan. Seluruh golongan rakyat yang jatuh dalam kelompok miskin harus diangkat taraf hidup mereka secara serentak, tidak kira agama, bangsa atau warna kulit. Setahu saya, inilah prinsip yang didokong oleh Pakatan Rakyat. Kriteria yang digunakan sebagai kayu ukur ialah kemampuan dan taraf kemiskinan. Isu kemiskinan ialah isu kemanusiaan. Ianya bukan suatu isu yang diselesaikan mengikut ras/kaum. Sila rujuk rencana yang berikut untuk pemahaman yang lebih mendalam.

Akhir kata, ingin saya menegur dan menggesa saudara Kadir agar jangan mengelirukan para pembaca dengan pintalan dan pulasan fakta yang mungkin mengkaburkan pemahaman mereka. Ini satu perbuatan yang kurang elok, saudara. Kepakaran dan pengalaman saudara dalam bidang kewartawanan harus digunapakai secara jujur untuk menghimpun, menyusun dan menyatakan sesuatu fakta dengan sejelas dan setepat mungkin, walaupun ianya tidak sejajar dengan pegangan peribadi saudara. Sesungguhnya ini merupakan salah satu prinsip utama seorang penulis yang benar-benar beretika.

Sekian.

A KADIR JASIN said...

Nama dan jasa Pak Sako sangat besar. Tidak eloklah nama beliau dipersendakan.

Moho kepada pembahas kalau boleh jangan guna nama samaran, nama pena atau nama timang-timangan orang seperti Allahyarham Pak Sako.

Mungkin minda, intelek dan komitmen kita kepada perjuangan tidak setinggi dan sehabat Pak Sako dan nama-nama besar lain.

Lagipun tidak ada paksaan membaca blog ini atau menghantar komen.

Kita semua bebas memperjuangkan apa yang kita percayai dan yakini.

Kalau takut keliru atau terpengaruh, tidak perlu lawati blog ini.

Terima kasih.

saifuddin amri said...

Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari ini Hishamuddin Tun Hussien melalak lagi. Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.

Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?

Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.

Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama
sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.

Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata. Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda? Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?

Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain? Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?

Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang? Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak.

Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!

KELAB ANWAR IBRAHIM PEMANGKIN AGENDA PERUBAHAN

Mohd.Saifuddin Amri
Exco Penerangan Anwar Ibrahim Club
saifuddin.amri@gmail.com

Indigo said...

Scribe,

Bila terbubarnya dan lenyapnya parti-parti 'komponen' pakatan rakyat?

UMNO itu terlalu kemelayuan dan lalai sejarah bumi bangsnya!

Roti Planta said...

Dato',
Nak cari pemimpin yang berintegriti dalam Umno? Cuba Dato' jawab daripada 2509 perwakilan Umno, 796Perwakilan
Wanita, 791 Pewwakilan Pemuda, 789 Perwakilan Puteri 789, berapa ramai yang bayar bilik hotel dan belanja perjalanan dengan duit sendiri?

Penelitian dan ramalan saya majoriti dibayar oleh 2 calon Timbalan, 8 calon Naib, 50 calon Majlis Tertinggi, 3 calon Pemuda, 2 calon Wanita dan 3 calon Puteri.

Jadi kat dalam dewan tu nak cari kat mana pemimpin berintegriti dan pemilih yang menolak politik wang?

Bye/Roti Planta

Roti Planta said...

Dato', maaf,
Saya yakin Dato' akan condong balik untuk ulasan yang 'menyerang Umno' apabila Khairy diistiharkan ketua Pemuda malam nanti.

Bye/Roti Planta

Indigo said...

Scribe,

Harap Jangan Marah, Pak Kadir
(cuma ingin bertanya)

Apa benarkah cerita Tun Che Det kita mengesahkan sudi hadir ke perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-59 ini pada hari Khamis?

Tagap 'security readiness' macamana?

Adakah anda dibenarkan menjadi permerhati yang diundang pada Perhimpunan kali ini atau anda hanya orang tua kerepot jual buku?

Benarkah jalan cerita itu, Scribe?

Alamfanacinta said...

saf ni utk sembahyang..apa kata para perwakilan buat sembahyang istikarah dulu..tak payahlah untuk satu persatu sekurang2nya pilihan di buat ada pedoman.Teruja juga kami melihat bapa bapa dan ibu ibu ghairah bermesyuarat.melaungkan lagu umno terus mara padahal hakikatnya simpan saja di hati..hiba juga rasanya melihat datuk-datuk dan nenek-nenek sedang seronok sendiri..padahal anak cucu mula beralih arah..

Ah Long said...

Salam Dato' KJ.

Dengar kata salah seorang calon yang disiasat tetapi didapati tidak bersalah telah melakukan lagi rasuah pada perhimpunan kali ini.

Jumlahnya lumayan juga. Setiap perwakilan yang setuju diberi RM10k seorang, dan kalau dia menang, akan ada lagi habuan selepas ini.

Kita tengoklah malam ni, kalau dia menang juga, memang perwakilan UMNO ni bodoh-bodoh dan teramat-amat BODOH.

TiCO said...

YBhg Dato Kadir,

Saya rasa, kehadiran perwakilan UMNO ke Kuala Lumpur bukanlah dengan kepala yang kosong atau fikiran yang terawang-awang. Nama-nama yang hendak dipilih sudah tercetak terang dalam fikiran. Hanya menanti borang dan nombor calon sahaja untuk diletakkan
tanda pangkah. Itu sudah pasti. Seorang anak muda dari sebuah bahagian di Selangor memberitahu saya bahawa bahagiannya telah bertekad memilih KJ.

Satu isu yang saya kira penting dalam posting kali ini ialah sama ada DS Najib akan memilih pemimpn-pemimpin yang dipilih dalam perhimpunan ini tanpa mengira faktor-faktor lain atau memilih calon-calon yang DIRASAKAN olehnya mempunyai integriti dalam kabinetnya.

Pilih sahaja pemimpin yang dipilih di perhimpunan ini. Mudah. Nampak macam demokratik. Terserlah perwatakan Mr Nice. Dan yang lebih penting ialah boleh pindahkan beban ke bahu orang lain. Salahkan perwakilan jika berlaku kegagalan kepada pemimpin-pemimpin yang di pilih itu.

Atau

Pilihlah pemimpin-pemimpin mengikut kriteria sendiri. Yang tidak ada kes. Yang bermoral dan berintegriti.

Cara kedua ini lebih terdedah kepada tohmahan. Ada yang kata pilih kasih. Ada yang kata pilih bulu. Yang tidak terpilih mesti bebulu.

Apa pun , tohmahan tetap ada. Itulah politik. Respon, kritikan, tohmahan adalah adalah proses dalam politik.

Bagi saya, untuk mengekalkan UMNO terus bernafas, eloklah dipilih pemimpin dari kalangan yang dipilih dalam perhimpunan ini. Ini adalah satu penghargaan kepada perwakilan. Pilihan perwakilan perlu dihormati.

Dua tahun lagi buatlah pemilihan terus daripada ahli.

transformasi vs reformasi


sekian,






Persoalannya, beranikah DS Najib bertanggungjawab dengan

Madam Curi said...

Dear Dato' AKJ,

Najib dalam ucapan berkata salam perwakilan ada SI dan SK. Jika musang berjanggut menang memang bayak salam SI. Saya pun suka guna SI tetapi SI unit.

Anonymous said...

Datuk A. Kadir Jasin.

Datuk berhujah begini:
Umno bukan mengenai 2,000 lebih perwakilan atau tiga juta lebih ahli. Umno adalah satu-satunya parti yang berteraskan kebangsaan Melayu. Di Malaysia, Melayu adalah Islam.

Dalam perlembagaan, telah ditekankan tiga kriteria untuk seseorang itu layak dikategorikan sebagai Melayu. Ketiga-tiga itu hendaklah diamalkan bersama-sama, dan Islam itu menjadi faktor penentu. Soalan saya, adakah pemimpin Umno pada hari ini mengamalkan ketiga-tiga ciri seperti yang ada dalam perlembagaan?
Ciri yang pertama, mestilah berbahasa Melayu. Hari ini, pemimpin UMNO seperti Hisamuddin jelas memperjuangkan bahasa Inggeris. Ketika memberikan ucapan dan komen, kebanyakan Menteri kita, yang UMNO itu, lebih banyak bercakap dalam bahasa Inggeris. Di rumah dan dalam perbualan harian, adakah mereka bercakap bahasa Melayu?

Yang kedua, mengamalkan adat istiadat Melayu. Soalan saya, adakah pemimpin UMNO itu mengamalkan adat istiadat Melayu. Pemimpin UMNO lebih dekat dengan datuk, jadi, datuk tentunya lebih jelas. Adakah cara berpakaian, perbualan mereka itu ialah adat istiadat Melayu? Adakah fitnah memfitnah itu adat orang Melayu?

Yang ketiga, mesti beragama Islam. Ya, orang UMNO beragama Islam. tetapi adakah mereka mengamalkan ajaran Islam? Adakah merasuah atau politik wang itu ajaran Islam? Adakah memfitnah itu Islam? Adakah kronisme itu Islam? Ketika seseorang pemimpin diragui intergritinya, dituduh terlibat dengan pembunuhan, sejarah hidupnya dipenuhi skandal, adakah itu disuruh Islam?

Dato juga berhujah begini: Orang Melayu masih memerlukan sebuah parti seperti Umno. Hanya segelintir liberal dan elit Melayu yang percaya bahawa orang Melayu tidak lagi memerlukan bantuan dan bimbingan.

Lebih elok Datuk menjelaskan siapa segelintir liberal dan elit Melayu itu. Seterusnya, adakah barisan kepimpinan UMNO hari ini boleh dijadikan contoh kepada orang Melayu?

Sebagai orang Melayu, saya sentiasa memerlukan bimbingan. Namun cukuplah al-Quran dan Sunnah (Islam). Kerana di situlah adanya jalan yang lurus.

Dalam UMNO, yang lurus sudah tidak ada. Yang ada semuanya bengkok-bengkok: Cakap lain buat lain.

Yang Benar: ORANG MUDA YANG AKAN DAPAT KUASA UNTUK MENGUNDI TIDAK LAMA LAGI

Pak Lang said...

Datuk,

Rafidah kalah dalam pertandingan Ketua wanita UMNO. Tapi saya rasa kemenanagan Sharizat akan melemahkan lagi UMNO. Apa tidaknya dia sendiri tidak dapat mempertahankan kerusi parlimennya. Paling teruk dia kalah ditangan calun yang hampir-hampir 30 tahun muda darinya dan kali pertama bertanding. Dari segi kualiti kepimpinan nampaknya juga amat jauh.

Apakah ini merupakan permulaan kepada detik-detik yang lebih memeranjatkan dalam PAU ini.

Saya bersetuju dengan saranan Datuk supaya pembahas jangan menggunakan nama orang-orang yang berjasa seperti Pak Sako. Sesungguhnya tidak ada siapa pun yang boleh menandingi ketokohan Pak Sako.

Sebagai orang yang pernah bergaul dengan Pak Sako sebagai teman sekerja saya faham sangat perasaan Datuk. Teringat bagaimana kami sama-sama menaiki bas Tong Fong pergi balik dari Jalan Silang ke Jalan Chan Sow Lin untuk bertugas di Utusan Melayu dipertengahan tahun 70an. Masih terbayang wajah Pak Sako dengan kepitan payung kertasnya yang tidak pernah lekang baik hujan atau panas. Terlalu banyak kenangan bersama Pak Sako yang sudah tentu memakan masa yang panjang kalau nak diceritakan.

Itulah Pak Sako yang pernah saya kenali.

Anonymous said...

Dato' I told you only this morning that Umno Youth is corrupt to the core.

1. Mukhriz got the highest divisional votes;

2. SIL got the lowest;

3. SIL found guilty of money politics;

4. Discipline Board too chicken to act;

5. Walla...SIL won hands down on Mukhriz and Khir Toyo;

6. Pemuda harapan bangsa?

7. Now you believe me that Umno is D-E-A-D?

Klana

Anonymous said...

Datuk, to me, it's not so much that Mukhriz lost or khir Toyo did not win. To me what matters is the perversion of the rule by Lembaga Disiplin in allowing an offender to contest.

For Umno Youth delegates, corruption rules. What perjuangan are these jokers talking about anyway? It shows beyond a shadow of doubt that money talks in Pemuda. Will it also talk in the Umno proper tomorrow with victory for Mat Taib? It does not surprise me if it does.

Najib looks like a joke with Khairy in his saf. Stop kidding ourselves Datuk, the Dodo bird had not grown wings and Umno had lost its ability to fly.

Sadly the Pakatan Rakyat is no spring chicken either. They cannot even decide on a woman whose only sin was to sleep unclothed and have a pervert as a boyfriend. Then again, how can a pot call the kettle black.

Ex-Banker

borhan said...

Saya mahukan barisan kepimpinan yang kuat, jujur,bersih, berintergriti,berani dan bistari.Mereka mestilah mengamalkan benar itu benar, bathil itu bathil tanpa kompromi. Mereka mestilah memperkasakan Melayu sebagai teras warga Malaysia. Mempertahankan Melayu - Islam, bahasa, budaya, ekonomi dan lain perkara yang menuju ke arah itu. Jika UMNO tidak mampu laklukan ini saya akan sokong barisan lain yang ampu lakukannya . Saya tak kisah sama ada ia PAS atau PKR.
Melihat perkembangan terbaru nampaknya Teori RAHMAN benar belaku dan selapas Najib teori ini selesai. Dan hikayat UMNO/BN pun akan berakhir.

Zulkufli said...

Salam Datuk,
Saya terpegun melihat kemenangan yang diberi perwakilan terhadap Khairy. Hebat bahkan amat hebat.

Pemiliahan dalam barisan kepimpinan UMNO kali inin samada ketiga-tiga sayap atau UMNO induk merupakan mesej terakhir yang penting UMNO kepada masyarakat sebelum PU13.

1. Apakah UMNO memang mahu berubah?
2. Apakah UMNO memahami hasrat rakyat?

Apa yang yang dipaparkan dalam pemilihan kali ini sebenarnya itulah hakikat dalam UMNO dan dua perkara diatas terjawab dalam pemilihan kali ini.

Bagi sayap pemuda, saya kira mereka sudah menjawab soalan diatas dengan hebat dan jelas.
Barangkali UMNO harus menjawab hasil pemilihan dalam pilihanraya kecil yang hanya beberapa waktu dihadapan.

Barangkali terungkailah sudah apabila saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang perwakilan pemuda semalam,
" Engkau kenal tak orang KDN? Aku nak mintak projek?" Terkilan saya seorang kawan perwakilan menelefon saya semalam selepas 2 tahun tidak berjumpa mata, memulai muqadimahnya dengan persoalan begitu kepada saya. Saya dengan longlai menjawab," Saya tak kenal."

Begitulah agaknya nasib Pemuda UMNO dimasa depan.

Zulkufli Zakaria
http://zulkufli.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato,

"Umno bukan mengenai 2,000 lebih perwakilan atau tiga juta lebih ahli. Umno adalah satu-satunya parti yang berteraskan kebangsaan Melayu. Di Malaysia, Melayu adalah Islam."

Maaflah Dato, saya tak setuju dengan kenyataan diakhir perenggan tu. Tak semua orang Melayu di Malaysia beragama Islam. Islam hanya pada nama saja, tapi free thinker, Kristian pun ada. Ini Melayu memang ujud dan saya kenal.

Anak Bayan.

Anonymous said...

Kini..
Rumah tangga UMNO telah menarik minat majoriti rakyat Malaysia untuk membincangkan pelbagai topik pro @ kontra.

Apa yang mereka mahu...
Mereka mahu UMNO dikafankan menjelang pilihanraya ke-13.

UMNO sudah hilang jati diri Melayu.
Perjuangan UMNO atas dasar kepentingan tembolok, kroni dan diri?

Lihatlah...
Renungilah....
Ramai exco yang terpilih, masih mengamalkan ........?

Itulah penanda UMNO sudah dijangkiti barah satu badan. Bermula dari atasan hingga ke akar umbi.
(Dendangan ayat-ayat suci hanya dilidah sahaja, mereka tidak pernah untuk menterjamahkannya dihati dan jantung)

Untuk memulihkan UMNO daripada terus menyimpang jauh?

Maka UMNO perlu meremajakan dan menjenamakan UMNO dengan perjuangan asal iaitu PEKEMBAR (PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU)

kerana...
perkataan UMNO sentiasa dicop.....dengan pelbagai tohmahan yang tidak sedap didengar......mereka mengenali UMNO melalui saluran berita atau maklumat yang negatif sahaja.


ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah

(Walaupun MM kalah, anda dan para pejuang setia Melayu, yang banyak menyedarkan bangsa Melayu yang ego,tamak dan memandang keatas tanpa menyelesaikan masalah rakyat bawahan .....walaupun MM kalah.... anda telah berjaya menyedarkan bangsa anda yang leka dibuai mimpi)

TiCO said...

YBhg Dato Kadir,

Debaran sudah berakhir. Tiga keputusan telah diumumkan. Sebagai pemerhati yang menjenguk melalui tingkap, saya tidak terkejut dengan keputusan ini.

Keputusan ini adalah kesan daripada penangguhan persidangan ke bulan Mac. Kita tidak salah, YAB DS Abdullah Ahmad Badawi ada mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan pengikut yang setia untuk tujuan Check and Balance Presiden UMNO yang baru. Dalam tempoh itulah kerja-kerja keras dan lasak dijalankan.

Hasilnya, Nah. Setakat ini sudah ada dua tokoh check and balance. Kita lihat pulak esok siapa yang turut serta dalam gerabak. Mari-mari. Guess who`s coming for dinner?

Apapun tahniah kepada YB Tuan Khairy Jamaludin dan DS Shahrizat Abdul Jalil dan .. (maaf tak ingat nama sorang lagi) kerana berjaya memenangi jawatan masing-masing.

Pening kepala YAB DS Najib, Wanita awal-awal lagi sudah minta jadi menteri. Pemuda nak minta apa pulak?


Cheque and no balance.

Sekian,

muaz said...

Sekali lagi Pemuda UMNO berasa dilandasan yg betul.Benarkah pemilihan KJ bakal merubah masyarakat lebih menyangi UMNO sebagai teras BN.Pemuda bersorak gembira ketika yg sama seluruh rakyat Malaysia terpinga2 bagaimana KJ pencetus gerakkan membenci BN boleh beroleh kemenagan SELESA.
Cukup menghairan bagaimana unit risikan UMNO begitu lemah didalam melihat situasi kemenagan KJ bukan sesuatu ug mengembirakan masyarakat Malaysia.Seluruh pengundi Cina India dan Melayu merasakan KJ antara punca terbesar kekalahan BN.
Adakah Pemuda UMNO bodoh sehingga tidak dpt merasakan denyutan nadi masyarakat yg kepingin melihat perubahan besar.
Sekali lagi UMNO merasa bahawa kemenangan mutlak bakal menjelma.Hmmm undi perwakilan pemuda tak sampai 1000 bakal merubah jutaan pengundi Malaysia.Sudah sampai masanya Pemuda bersiap2 balik kampung.

lat said...

dato'
ingatkan saya dan keluarga nak balik ke pangkuan umno tapi dengan barisan yang terpilih tertutup hati nak bersama dalam saf ini.
Penuh yakin inilah PM terakhir dari umno..........

lat said...

dato,
ingatkan selepas pemilihan ini saya sekeluarga nak balik ke pangkuan umno... tak jadi dato.tak nak bersetongkol dengan pengamal.......

Pak Lang Rembau said...

Dato'AKJ, orang-orang Pakatan Rakyat bersorak sorai dan pagi besok entah ada yang akan sedekah pisang kerana KJ menang Ketua Pemuda. Mereka akan sedekah pisang yang lebih banyak jika Mike Tyson menang Timbalan Presiden nanti. Memang inilah yang di doa-doakan oleh orang-orang PAS, PKR dan DAP kerana bila KJ dan Mike Tyson berada dalam kepemimpinan tertinggi UMNO/BN, peluang untuk menang PRU13 terbuka seluas-luasnya. Mereka ada modal untuk terus menjadikan rakyat semakin meluat kepada UMNO/BN. Ternyata perwakilan UMNO tidak sedar apa yang berlaku sekeliling mereka. Mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.

Nasib bangsa.... apa nak dikata!

lat said...

Dato,
ingatkan saya sekelaurga 5 orang (dah baligh )nak balik ke pangkuan umno selepas pemilihan ini.Tak jadi dato.
tak nak bersetongkol.......

mohsein shariff said...

salam Dato AKJ

Pemilihan telahpun diadakan, kuasa G@ setiap sayap telah dikerah sepenuhnya dan hasilnya nah, inilah pilihan 'perwakilan' sayap2 UMNO tetapi ini belum tentu pilihan rakyat jelata.

Sesungguhnya kita telah menghantar signal yang salah dari petak mula...
selamat berjuang untuk 3 pilihanraya kecil yang nampaknya populariti UMNO- BN akan hilang jua.

Z-MAY said...

melayu mudah lupa? atau melayu tak sedar diri...? selagi tulah melayu akan sengsara dgn sikap melayu sendiri....

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
IT'S A SAD, SAD SITUATION.
IF THE 'PERWAKILAN' HAD 'SUPPORTED' THE CALL BY THE DEPUTY PRESIDENT TO ELECT LEADERS WITH INTERGRITY WUD IT APPREAR THAT DATUK MUKHRIZ MAHATHIR IS 'GUILTY' OF CORRUPT PRACTICE?

TEPAT SEKALI JANGKAAN DATUK. SEMEMANGNYA ADA KUMPULAN 'MUSANG DIREBAN UMNO'. TIDAK KURANG PULA KELOMPOK 'AYAM TERMAKAN GANDUM' BERJAMPI DAN YANG ANEHNYA MUSANG YANG MENABUR GANDUM DAN MENYEDIAKAN 'REBAN' LIMA BINTANG UNTUK AYAM YANG PANDAI BERKOKOK TETAPI EKORNYA PENUH TAHI.

WE WILL WAIT FOR THE DAY THE 'AYAM' BEING SLAUGHTERED AND FETED BY THE 'MUSANG' ..HE HE

UMNO TRANSFORMED - UNITED MUSANG NATIONAL ORGANISATION

ALFATIHAH, AMIN.

m sabri said...

Datuk,
Saya hairan dengan berbagai 'slogan' dan kata kata retorik dan bersemangat yang pasti telah disediakan dan disemak sejak berbulan olih Najib dan Hishamudin untuk menunjukan seolah olah hanya mereka yg bersih dan telus.

Percaya kah datuk semasa pemilihan berlangsung berapa banyak wang telah bertaburan.Saorang wakil pemuda memberitahu yg beliau baru terima RM10,000 dia expect sekurang 15,000.Even puteri yang konon pelapis pun menerima habuan,
Jadi bagaimana kita nak harap umno berubah .
Bagi saya perhimpunan umno adalah semata mata untuk mencari wang dan cuba menjadi jagoh dan pak hanggok.Yang hanggok mengharap dilantik kejawatan tertentu.Tidak ada langsung disentuh bagaimana nak atasi masaalah ekonomi orang melayu.Inilah politik 365 hari yg diajar olih umno.Yang rugi orang melayu.Perhimpunan pun nampak macam circus..terjerit jerit macam budak sekolah.mentality dan attitude tak berubah.Rugi saya buang masa depan tv.

Arwah ayah saya memenggil pemimpin umno sekarang ini sebagi penyamun tarbus.Sekarang saya setuju 100%.

DIN said...

Tahniah Bangsa Ku

Tahniah dengan saf baru,
Mungkinkah belayar dengan jayanya? Atau mungking mempercepatkan
karamnya bahtera?
Nampak gaya Uwang lebih hebat dari nasib bangsa.

Tahniah Bangsa Ku

Republican Reds said...

Umno tak akan berubah jika melayu sendiri tidak berubah,kerana UMNO tahu bahawa posisinya bahawa melayu sangat memerlukan UMNO dan walaubagaimanapun teruk UMNO,melayu bagai terpaksa untuk mempertahankan haknya yang sangat diperlukan oleh bansa melayu kerana kegagalan melayu untuk bersaing secara adil dengan bangsa lain,untuk mengundi UMNO.Melayu bagaikan untuk mengelakan daripada dijajah oleh bangsa lain kita telah dijajah oleh UMNO.Sudah tiba masanya kita melayu sendiri memertabatkan bansa sendiri tanpa melepaskan tanggungjawab besar ini kepada UMNO sahaja,dengan ini kita mampu membebaskan diri daripada pengusaan UMNO dan UMNO terpaksa berubah untuk mendapatkan undi orang Melayu.Jika tidak tugas ini patut diberikan kepada organisasi atau parti lain dan orang melayu berkuasa untuk memilih yang mana tugas ini patut dipertanggungjawabkan.

Anonymous said...

Datuk,

Rumah UMNO banyak anai-anai. Tak lama lagi dah nak lunyai.

Rumah PAS banyak pinjam along. Tak lama lagi along nak lelong.

Rumah PKR pulak, piling tak cukup dalam. Tak lama lagi dah nak tenggelam.


Datuk,

Saya berasa sangat cemas sekarang. Politik orang Melayu terlalu banyak penyakit. UMNO dengan penyakit rasuahnya. PAS dengan penyakit riaknya, dan PKR dengan penyakit hipokrasinya. Sama-sama bercakaran, tak sedar menang hanya sorak tapi kampung semangkin tergadai.


Sangat jelas, orang Melayu tidak boleh terlalu berharap lagi pada politik orang Melayu ini. Kita sendiri kena tingkatkan usaha dan memajukan diri secara berdikari. Hanya dengan cara ini sajalah nasib bangsa kita akan terbela.


-sinbad-


p/s. harap Najib jangan lantik KJ jadi Menteri. Bagi dia jadi Pengerusi Pengurusan Sisa Pepejal Negara cukuplah.

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf Dato’. Mungkin terkasar lebih sedikit kali ini. Bukan apa Dato’, dahlah menumpang sekaki blog Dato’ tapi nak tunjuk pandai pula. Anak muda kita ni makin lama makin kurang ajar dan tiada adab lansung. Tapi saya rasa tujuannya saja je nak dapatkan publisiti murahan sebab blog dia ‘sendiri tulis sendiri baca’.

To blogger Pak Sako.

Please go to the nearest specialist clinic for further investigations and management. I think you need either CT Brain or MRI of the brain to rule out any lacunar infarct or frontal lobe syndrome.

Hello Brother Shaifuddin Amri

Engkau ni cakap berbelit belit macam kau punya chief.
1. Sekali kata kesaksamaan semua kaum, lepas tu hak keistimewaan melayu, ada pula hak keistimewaaan hindaraf (sampai jadi YB). Berbelit belit.
2. Lepas tu kata UMNO berdosa besar; bukan ke boyfriend dalam rumah dengan gambar bogelnya lagi berdosa besar. Apa ceritanya ni??. Sedekah sex pula apa cerita???
3. Bila ada masalah cabut lari dan tuduh konspirasi.Apa ceritanya?? Kalau nak menipu pun sekali-sekala bukan setiap masa.
4. Bila orang suruh bersumpah, macam-macam dalih dan dalil bagi. Apa ceritanya?? Takut cakap takut je.
5. Takbir urus yang kompeten konon, apa cerita TKM Penang? Tiba tiba resign.
6. Mula mula mencanangkan lompat parti… boleh, bila kena ke muka sendiri TAK BOLEH. Apa ceritanya?? MAHA berbelit-belit.
Itulah, kau ni sebenarnya banyak yang tak tahu tapi buat-buat tahu. Inilah masalah orang melayu berlagak pandai dan bodoh sombong. TQ.

Anonymous said...

Dato' dan para pembahas,

Saf Najib nampak goyah dari awal-awal lagi. Pesalah politik wang Lembaga Disiplin Umno dipilih menjadi Ketua Pemuda (member SMS dari Utara kata bukan Pemuda tapi dah jadi Penoda). Tapi saya ingat cerita Isa Samad orang Negeri yang menang besar Naib Presiden tapi kena pecat sebab main duit. Dato', busuk sangatkah Negeri Sembilan ini? Tengku Rithaudeen dan Lembaga Disiplin nak diam sajakah? Macam da to' kata reban sudah dimasuki musang. Jahanamlah ayam dara kita.

Pawang Buaya

Anonymous said...

Tun Dr.Mahathir kecewa lagi diatas kemenangan Khairi Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO. Bertambah lagi dukacita beliau jika Khairi termasuk dalam kabinet Dato'Seri Najib. Beliau terasa dipermainkan apabila anaknya Mukhriz tewas yyg terkebawah sekali walaupun telah mendapat pencalunan yang tertinggi. Ini akan memperkuatkan hujahnya sebelum ini bahawa UMNO PARTI PERASUAH. Tun Dr. Mahathir akan mengekalkan KETIDAKAHLIANNYA didalam UMNO...SHADE

Sisingamangaraja Gorgor said...

Mako dongan ini...~

Betambah2 la syarikat2 GLC kerajaan yang dijual ke singopuro nanti...~

Dan kemungkinan bosa... Jambatan bengkok pun tak dapek lah nak ditoruskan bab ketuo pemudonyo pun bengkok...~

Whahahaha...~

Itu baru ketuo pemudo...~

Bolum lagik 'assistant president', 'high council' dan len2 lagi...~

Then... Lopeh itu, dah buleh diagak keputusan pilihanrayo umum ke-13 nanti...~

Horas!!!...~

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum.Dapatkah UMNO menyatukan orang Melayu jika pemimpin UMNO secara terang-terang tidak bersatu dan jatuh menjatuhkan.BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negara bagi tempoh 2008 hingga 2013. Sepatutnya Kerajaan BN memperkukuhkan kedudukan dengan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat sebagai satu pasukan tetapi apa yang berlaku adalah tuntutan peralihan kuasa . Ini menunjukkan terdapat perbalahan antara pemimpin UMNO.Siapakah pemimpin UMNO yang enggan memberi khidmat terbaik untuk rakyat dan parti walaupun mereka war-warkan ada formula untuk berbuat demikian jika menerajui kerajaan kelak.Jika mereka pada masa sekarang terang-terang enggan memberi kerjasama kepada ketua mereka apakah jaminan mereka akan mendapat kerjasama dari rakan seperjuangan mereka kelak.

Mereka yang sudah dan yang akan bertanding telah dicalun oleh akar umbi dan dengan itu perlu menunjukkan persefahaman dan komitmen untuk berkerjasama menjayakan parti ,bangsa , bahasa dan negara tidak kira siapa yang menang. Agak menghairankan mengapa masih ada cakap-cakap politik wang diperingkat ini kerana ia akan membawa mesej yang salah bahawa barisan pemimpin yang dipilih oleh perwakilan mengandungi mereka yang tidak berwibawa. Implikasinya kabinet yang akan dibentuk kelak dari mulanya akan dicemoh olih orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk menjernihkan keadaan YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak semasa mengambilalih jawatan Presiden dicadangkan mengumumkan bahawa beliau menghormati pemilihan yang dibuat oleh para perwakilan dan akan membentuk satu pasukan bersepadu dengan tiap-tiap ahli diminta memberi yang terbaik bagi memajukan ugama , bangsa , bahasa dan negara ,iaitu amanah yang dijunjung semasa UMNO ditubuhkan dahulu.

Bersabit perubahan pula eloklah dikaji falsafah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain yang menyatakan bahawa UMNO perlu berhati-hati supaya unsur-unsur negatif tidak meresap kedalam UMNO bila melakukan perubahan.Kalau kita kaji UMNO memang sudah menjalani perubahan dengan menubuhkan UMNO baru dan orang Melayu Baru beberapa tahun dahulu.

Semoga UMNO berjaya mencapai hasrat murni untuk kesejahteraan rakyat melalui penyatuan hati semua ahli dan tidak berpuak-puak.

Raja Abdul Rahman Dain,
Petaling Jaya.

ChengHo said...

Dgn keputusan pertandingan Pemuda , Wanita dan Puteri Umno , perwakilan Umno masih belum sedar diri lagi ,masih membawa budaya 'SURE HEBUH' dan sekarang bertambah parah dgn budaya 'JOM HEBUH'
Benarlah saperti lagu ramlah ram 'SELAMAT JALAN ROMEO'...

mad said...

terima kasih pak sako atas penerangan saudara. saya juga sependapat dgn saudara.

kemenangan khairy semalam membuat saya gembira, tapi saya bukan ahli umno. haha

professional malay said...

Datuk,

Terbukti KJ menang.....juga terbukti Lim KS kata "GILA KUASA"....
Gila kontrak,gila duit,gila keduniaan,lantaklah bangsa janji masyuk,tersepit aje guna racial card dan sembunyi bawah sultan/raja.....apa punya melayu ni PEMUDA UMNO?????

Nik said...

Dato'

UMNO Ibarat Kapal Terbang yang sedang mengalami Turbulance (Dato' tentu tahu betapa ngeri nya jika turbulance yang dialami itu teruk sekali) .
Pemandu kapal (Abdullah) telah mengaku tidak lagi dapat mengawal kapal dan akan melepasi kedudukannya kepada Co-Pilot Najib. Adakah CoPilot ini yang tak pernah menghadapi masaalah di masa lepas dapat mengawal kapal yang penuh dengan Penumpang yang makin tak terkawal? Di dalam keadaan turbulance ini ada pula penumpang penumpang yang yang sedang kecoh nak pindah dari kedudukan economi ke Business dan First Class dengan menghulur sedikit wang saku kepada steward kapal.

Dato', Tidak boleh dinafikan bahawa Perdana Menteri Malaysia baru akan menghadapi masaalah dimasa depan apabila beliau ingin menekan pandangan yang berlainan dengan pandangan pandangan yang diamal olih pihak barat. Terutama sekali pandangan tentang Hak Asasi manusia atau salah guna kuasa olih pihak barat.Media barat akan memain balik berita berita yang baru baru ini di keluarkan olih media Perancis dan UK berkenaan peribadi beliau terutama sekali tentang kaitan beliau dengan hal hal Razak Baginda. Ini akan tetap menjadi beban yang Malaysia akan terpaksa memikul

Madam Curi said...

Dear Datuk AKJ,

I feel so sad for Malay politics. Is this what it has come to.

Money rules.

Looks like we the rakyat have to work extra hard now to ensure our children and grandchildren will have a future in their own land. I'm praying hard for common sense to prevail in UMNO but it looks like the money politics is so ingrained that no amount of cleansing will rid it of it.

Sad day for Melayu.

kuanderas said...

Keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang memberi kemenangan kepada Khairy Jamaluddin adalah malapetaka kepada UMNO:-

Siapa yang bersalah
1.Perwakilan
-Pencalonan adalah refleksi akar umbi, apabila pencalonan tidak diterjemah melalui undi maka, perwakilan telah mengkhianati akar-umbi.
-Mengundi Khairy walaupun disabit kesalahan politik wang.

2.Lembaga disiplin UMNO
-Membenarkan Khairy bertanding walaupun sabit kesalahan politik wang.

3.Pak Lah & Najib
-Menangguhkan pemilihan ini yang sepatutnya berlangsung Disember 2008.
-Ini membuka ruang kepada politik wang.

4.Dato' Khir Toyo
-Kehadiran beliau memecahkan undi & menyumbang kepada kekalahan Mukhriz.


*Kesal dengan ucapan sulung Khairy yang angkuh mendabik dada tentang pencalonan nyawa-nyawa ikannya yang kononya disusuli "menang" akhirnya.

*UMNO melepaskan peluang untuk membuang liabiliti & membersihkan diri.

Wasalam

Anonymous said...

Salam Dato'

Tak tahu apa nak jadi dgn org melayu kita ni. Mereka yg terserlah dan terbukti bersalah politik wang pun dapat jadi ketua pemuda.

Perwakilan ni dah tak boleh nak fikir ke yang mana baik yg mana buruk. Apakah masa depan bangsa dan anak cucu kita kurang penting. Apakah habuan wang ringgit dan jawatan menajdi segala galanya?

Saya hairan, sungguh hairan. Macam mana orang melayu kita ni berpolitik. Nasihat saya, kalau nak mencari wang ringgit, jadilah ahli perniagaan, bukan ahli politik. Ahli politik adalah utk mereka yg nak memperjuangkan nasib bangsa dan negara. Menjadi wakil kepada rakyat dan bukannya menjadi Tuan kepada rakyat.

Kepada perwakilan UMNO, anda telah menentukan yg org yg korup masih layak menajdi wakil dan pemimpin anda, jadi kalau selepas ini, UMNO penuh lagi dengan mereka yg korup, jangan salahkan orang lain, jangan salahkan keadaan, salahkanlah diri anda sendiri. Itu pilihan anda, pilihan yang membawa kehancuran kepada sebuah parti yang sepatutunya menjadi tonggak kekuasaan orang melayu dalam dunia politik.

Sepanjang malam tadi saya tak dapat nak lelapkan mata.... berfikir panjang kenapa masih ramai orang melayu yang tak sedar. Masih tak sedarkah kita lagi bagaimana bangsa lain cuba naik kepala dan memijak-mijak bangsa kita... mereka hanya mencari peluang. Dan sekarang ni nampaknya peluang mereka ni semakin luas. Telah bebrapak etika saya tidak aktif dalam UMNO kerana kecewa dengan apa yang terjadi dalam UMNO sendiri. Dan nampaknya dengan keputusan terbaru pemilihna ini, saya boleh lupakan terus kepada UMNO. Apakah perlu saya bersekongkol dgn pemimpin korup? Saya rasa lebih baik saya menjadi orang yang tak berparti, sekurang-kurangnya tidakj terpalit dgn lumpur kotor yg dibawa oleh sesetengah pemimpin kita.

Wassalam..

Ahli UMNO Lama

mad said...

hai pak lang rembau, tepat sekali telahan saudara. memang penyokong pr gembira dgn kemenangan khairy malam tadi, dan jika mike tyson menang malam ini pula maka kami penyokong pr akan gelak gembira dan berpesta sakan. sambil menyambut kegembiraan, kami tak lupa berfikir kenapa kalau dah tahu banyak musang dalam parti masih jugak nak menyokong? parti bukannya agama, boleh tukar lain kalu tak suka. haha

sujini said...

Pak Kadir,

1. Saya tunggu sampai keputusan pemilihan
jawatan Ketua Pemuda diistiharkan oleh
Pengerusi Tetap Pemuda malam tadi.

2. Naluri saya berkata, KJ akan menang. Hari ini TS
Mat Taib akan menang juga.( Harap-harap saya
salah) .

3. Keputusan malam tadi sangat kritikal samada
perwakilan kita mengundi secara emosi atau
secara rational.Terus terang DS Najib tidak akan
dapat SAF yang dikehendakinya. Sudah
semestinya Ketua Pemuda diberi jawatan Menteri
dalam kabinet.

4 Tidak boleh dinafikan KJ telah bekerja keras
selama 6 bulan berkempen.

5. Usahanya berbuah. Tahniah diucapkan.

6. Munkin Datuk Mukhriz tidak bekerja sekeras KJ.

7. Ucapan kemenangan KJ malam tadi penuh
"sarcasm" (sinis?) dan ada sedikit menunjukkan
belang.
8. Beliau mengarahkan pemuda mengundi ex-boss
mereka. Boleh ke?

Wass.

p/s Hari ini saya nak pergi shopping. Suami saya nak belikan saya iPhone sbg hadiah hari lahir saya semalam.

Sekali lagi saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada Bapak diatas ucapan dan jawapan kpd soalan-soalan saya semalam.

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Obviously UMNO delegates know better which candidate to vote for. It doesn't matter whether they are guilty or otherwise. My pocket matters!

But as one vote out of the millions, I know which party not to vote for in the next GE.

Unfortunately the choices are very limited and very bad, to say the least. It's tough choosing between the devil and the deep blue sea...

With limited choices, the GE could be a futile exercise towards democracy.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

fana said...

Salam Ybg :
Biarkanlah si labi terjun dengan labunya..nak buat macam mana..tu ja yang ada..terpaksalah pilih " The best among the worst"
apapun tahniah pada yang berjaya..jadikan adik Nur Madihah Bt Nik Mohd. Kamal sebagai inspirasi untuk merobah bahtera yang hampir karam..Dalam serba kekurangan dia mencipta kecemerlangan..orang ramai takkan takut dan gerun pada orang yang berkuasa..bahkan heran pun tidak!tapi apa yang menggerunkan ialah bila seseorang yang tidak punya apa-apa tapi dia mampu menguasai..fikir-fikirkan lah..Selamat Beramal..

sonotme said...

Assalamualaikum Datuk.

Lama dah saya tak jenguk blog Datuk...tapi hari ni bertandang jugak saya.

Semalam saya dan rakan berjaga malam sebab nak tengok keputusan pemilihan 3 sayap UMNO. Yang ditunggu2 tentulah keputusan Ketua Pemuda. lagi 2 sayap tu tak teruja sangat. (apapun tahniah la Shahrizat menang ...ucapan dia yg lepas menang tu cukup baik...)

Datuk, saya dan rakan berdoa sangat pemilihan Ketua Pemuda kali ini dibuat perwakilan berdasarkan pertimbangan keadaan semasa dan bukan faktor2 'godaan'. Sayang, doa saya tidak dimakbulkan.. Bukan hendak menidakkan kemenangan KJ tapi rata2 perwakilan Pemuda masih tak faham sentimen di luar. Suka atau tidak KJ adalah salah satu faktor penolak orang2 muda terhadap UMNO.

Ini bukan cakap kosong. Tanyalah siapapun, KJ bukan calon pilihan. Nampaknya kami orang muda tak boleh berharap la pada perwakilan dalam sidang UMNO ni. Mana la integriti yang UMNO dok laung2kan, bilamana orang yang ada kes politik wang diberi ruang sebegitu besar dalam parti, dan diangkat memimpin satu sayap pergerakan yang penting. Memang la orang2 muda dalam UMNO menggali kubur parti siap2...

Buat yang kalah..harap teruskan perjuangan membersihkan parti daripada 'ulat2 sampah' ni...


P/S: KJ menang 304 undi pun sebab undi pecah Khir dan Mukhriz. Kalu 1 lawan 1 mungkin KJ bungkus.

Assalamuaalaikum

helmy2u.blogspot.com said...

ha ha ha.Saya gelak besar membaca tajuk artikel dato' yang bertajuk Antara Saf Berintegriti Dengan Yang Membawa Mati.
Tanpa perlu membaca kupasannya,secara tersirat saya telah dapat menelah apa yang dato' maksudkan (mungkin benar dan mungkin sudah terang lagi bersuluh bahawa saya silap)
Ironinya,mungkin apa yang telah diputuskan di PWTC malam tadi sesuatu yang lebih hangat dari biasa,namun saya masih sangat wajib ertunggu-tunggu kupasan lebih mendalam daripada Dato' perihal ini.
Terima kasih.

MalayMind said...

Pengajaran daripada kemenangan KJ ialah kita jangan hanya berani berkokok dari luar gelanggang.

Tanpa undi yang sebenar dan penglibatan secara aktif di dalam Pemuda UMNO, kita tidak boleh hanya menulis untuk bemimpi.

antus said...

salam dato'

sememangnya pemilihan kali ini akan mencorakkan generasi pemimpin UMNO seterusnya...telah diketahui keputusan barisan sayap2 UMNO dan hanya menunggu MT dan NP dan TP saja.Jika perwakilan memilih calon2 yg tidak berkualiti maka setakat ini saja lah UMNO di pucuk pemerintahan negara.Melayu akan punah.Kita semua akan tertindas.Ini adalah kerana sekarang ini Melayu telah berpecah kepada 6 kumpulan seperti tinta penulis di Utusan Malaysia bertarikh 25/3/09.Apa yg dinyatakan oleh Tun Mahathir itu ada asasnya. Melayu sendiri yang merosakkan bangsa sendiri.Diharap pembaharuan yg dilaungkan akan bermula di peringkat cawangan2 UMNO.Ini kerana tiada perubahan sebenarnya di peringkat akar ini. Di situ lah perubahan itu perlu bermula, bukannya di peringkat tertinggi dan nasional.

antubiul said...

Pemilihan UMNO adalah pemilihan aspirasi para perwakilan dan bukan nya aspirasi ahli ahli UMNO khas nya cawangan cawangan umno.

Faezah said...

Salam Dato'

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' Mukhriz walaupun beliau kalah namun beliau menerimanya dengan tenang dan masih mampu tersenyum. Bagi saya kekuatan seseorang pemimpin bukan terserlah semasa kejayaannya tetapi semasa ia menghadapi kekalahan. Kekalahan ini bakal membentuk satu jati diri yang lebih kental dalam diri Dato' Mukhriz.

Sekian.

Anonymous said...

Dato'

KJ menang, UMNO kalah.

Melati

Limanov said...

Dato,

Apa nak buat, perwakilan lebih berminat memilih perasuah sebagai ketua mereka.

anak melayu said...

Saya...tidak terperanjat dengan keputusan kerana sebabnya tidak ada yang bezanya...
pemilihan dalaman sebenarnya adalah kerana sebab lebih kpd'favouritism' kerana belia adalah teman 'rapat'ku sebab itu aku pilih dia...
masalahnya ialah semenjak dahulukala orang melayu mempunyai mentaliti cepat marah/emosi dan iri hati dan juga hasad dengki..
ini adalah sebab2 yang tertentu kenapa orang melayu sukar untuk menerima globalisasi...perubahan..
sukar untuk ditegur dan tidak mahu menerima kritikan dengan hati yang terbuka adalah salah satu hambatan untuk menjadi satu bangsa yang tegas/berani dan berdisiplin..
kita mempunyai peribahasa
'genggam bara api biar jadi arang'

tetapi adakah peribahasa tersebut digunakan dalam kerja harian anak2 melayu masa kini..
lebih2 lagi pemimpin...?

sekadar memekik2 dan hanya memberi ucapan yang hanya 'mampu' membakar semangat..adalah sekadar membuang masa dan hanya memakan diri sendiri..

saya adalah seorang anak melayu yang sudah lama berhijrah..
kini mentetap di negara asing...

kini saya melihat melihat mereka seperi dahan yang terapung2..
tetpi jangan sampai ditenggelam dan dibawa arus yang jauh...

Awang Maya said...

Well, well well,

Seluruh suku sakat Awang adalah penyokong kuat UMNO.

Namun detik 11.45 malam tadi, Awang dah menekan button AMARAN dan ARAHAN bahawa seluruh suku sakat Awang akan MENYOKOKONG dan MENGUNDI PAS pada pilihanraya ke 13akan datang.

Pergi JAHANAM UMNO terutama PEMUDA BANGSAT lagi BODOH kerana pemilih petualang sebenar menjadi pemimpin.

Awang tidak menyokong mana-mana calon tetapi bukan Khairy bin Jamaluddin yang memang BANGSAT dan PETUALANG di sebalik tadbir kepada seluruh rakyat Melayu yang tiada kepentingan politik.

SELAMAT TINGGAL UMNO! That's it.

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Nampaknya majoriti para perwakilan UMNO memang tak ada "kemaluan" kerana memileh dan memberi undi yang banyak pada calun yang didapati bersalah main politik wang dan yang ada trek rekod menggadai negeri Selangor... nampaknya perwakilan UMNO are getting out of touch dengan aspirasi grassroot... I rest my case - UMNO sekarang di control oleh mereka2 yang tak ada "kemaluan"... dan kita tenguk bagaimana rakyat menghukum sebuah parti yang tak ada "kemaluan" di pilehanraya kecil bulan depan dan di PRU13 nanti... tak hilangkah Melayu di dunia? Sama2 kita tenguk...

AMJ said...

Selepas KJ diistihar menang dan kalau bukan TS Muyyiddin yang menang TP, saya akan terus isi borang PKR.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Secara peribadi, saya kecewa tetapi tidak terkejut.

Saya juga percaya kebanyakan mereka yang memberi komen negatif berkenaan keputusan undian Ketua Pemuda juga seperti saya. KECEWA TETAPI TIDAK TERKEJUT.

Apa yang boleh diharapkan dari perwakilan?

Tidakkah 900 aduan semasa pemilihan peringkat bahagian dahulu tidak membawa makna?

Tidakkah peristiwa melayang kerusi dan bergaduh semasa pemilihan peringkat bahagian di sana-sini dahulu tidak ada makna?

Suara lantang yang menuntut perubahan dalam UMNO kini tinggal satu. Nampak gayanya macam beliau juga tidak dapat menang malam ini.

Jika beliau menang malam ini, saya TIDAK KECEWA TETAPI SAYA AKAN TERKEJUT.

Dan saya kecewa apabila Wanita UMNO minta kuota untuk kerusi dalam kerajaan.

Merujuk kata-kata TDM (yang nampaknya lebih jelas tentang UMNO walaupun diluar UMNO), pembersihan elemen rasuah dalam UMNO sudah terlepas sebanyak 2 kali.

Bagi saya, dengan PAU, UMNO sudah 3 kali terlepas. Penamaan kabinet nanti adalah peluang ke4 dan terakhir.

Buat sdr DARI BORNEO KE MINANG, marilah kita tukar cara mengundi dari memilih parti kepada memilih calon pula.

p/s Harap-harap MoF tidak jatuh kepada KJ. Jika ini berlaku, saya bukan sahaja terkejut dan kecewa malah boleh jatuh terduduk. (harapnya ini kekal sekadar lawak sahaja).

Anonymous said...

assalamualaikum....

mampuih..mampuih...
dia menang jugak...

dah terbukti bsalah politik wang..
dah terang2 dia gila kuasa...
dah jelas dialah sumber sgala masalah..
dah jelas kami takmau dia...

tapi hangpa tetap pilih dia..
harini dia ketua pemuda..
sat lagi dia menteri..
esok lusa kita kena jual..
mintak simpang...

awat hangpa pilih dia jugak..
brapa dia bagi?
apa dia janji?
hangpa buta ka?
hangpa pekak ka?
kami tak mau dia!!!
tak paham ka...

la ni...
kami takmau hangpa dah..
hangpa permain kami..
hangpa jual kami..
kami takmau pangkah hangpa lagi dah..

dia dh bersalah...
dia politik wang...
politik wang tu bukan rasuah ka?
apa?hangpa boleh tolerate?

hangpa tau dak maruah tu apa?

setiakawan pungkoq hang!!!
makan kawan ada la...
setiakawan konon..

-kepli-

ab said...

Salam Dato,

Kepada semua,

Bagi peluang kepada yang terpilih menunjukan kebolihan...

Nak kata yang terpilih tu teruk,saya tak terpilih pun, macam pembaca lain yang tak terpilih, mungkin kita lebih teruk!...saya fikir yang terpilih tu ADALAH the least devilist diantara yang kesana lah kut ni....

Apakata kita beri peluang kepada mereka...kalau betul betul DEVILS, tak kemana nak lari...PRU 13 is always there...

Saya fikir sedikit kebaikan yang ada pada mereka mungkin lebih baik dari kebaikan kebanyakan kita,sebab mereka dihadapan tetapi kita dibelakang...diharapkan sedikit kebaikan pada mereka dapat mengubah MELAYU teramai...saya sangat harapkan begitu!.


SAYA SANGAT BERHARAP BEGITU....


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Datuk,

Jeritan batin DS Najib supaya memilih mereka yang tidak membawa masaalah kepada UMNO tidak diterima pakai oleh 304 perwakilan Pemuda UMNO yang terus memberikan undi kepada KJ kerana WANG YANG DISOGOK.

UMNO makin jauh daripada rakyat.


ahbz

Anonymous said...

Why is everyone against KJ? Apa salah KJ sampai semua komen negative tentangnya? I rasa KJ lebih charismatic and berdaya jika dibandingkan dengan Mukhriz. Masa forum HUJAH TV9 yang lepas, KJ nampak lebih bermaya, MM cuma senyap je. Inikah jenis pemimpin yang kita hendak? Diam saja!
Khir Toyo mungkin nampak pandai bercakap tapi semuanya kelentong belaka. Tengok saja siasatan DUN Selangor tentang BALKIS. Banyak yang suami and isteri telah songlap dari GLC Selangor. Muka tak malu. Kata orang dia pandai, tapi tak tengok muka sendiri. Nak komplen pasal lembu pakai duit GLC S'gor tapi tengok, dia lagi pandai duit GLC. sampai nak tengok anak sendiri di Australia dan belikan dia souvenir pun pakai duit rakyat! Malu sungguh.
Lebih baik SPRM siasat suami isteri sebelum BN kalah teruk lagi.
Jadi, antara 3 calon Pemuda, yang mana adalah terbaik? Tanyalah diri sendiri. Jangan asyik kata rasuah. Kita semua tahu, semua calon pun terlibat. So, it's fair & square.
Bengang

Anonymous said...

kita mestilah matang dalam berfikiran. pilihan tetap ada. kita boleh memilih parti lain untuk mentadbir negara. kita jangan kecutkan fikiran. satu tahun selepas pilihanraya yang lalu mungkin boleh merubah persepsi yang ada. kehidupan adalah satu perjalanan ke alam kekal. jangan lupa akan ini!

yobagah.

Belut said...

Rupa-rupanya beratus-ratus jam blogging anti-Khairy (mykmu.net, rockybru etc etc), sedikit pun tidak memberi kesan kepada perwakilan Umno. Yang paling hancur perasaan, bukan Mukhriz, tetapi blogger2 tersebut.

Indigo said...

sCriBe,

Sdr Melati Ini Ahli UMNO Kah?
(apa pak kadir tak arif akan akan pertanyaan-pertanyaan kitakah)

indah sungguh surah al-qalam,
tak begitu, scribe?

nuuuun bunyinya

bukankah allah itu al-malikul-mulki
diberinya kerjaan
kepada siapa yang dikehendakinya
ditariknya kerajaan
dari siapa yang dikehendakinya
dan di atas segala sesuatu

qadiir

apa kita biasa meramal, scribe?

coba-cobalah
mana tahu tangan siapa sampai
ke langit dan siapa tersungkur
jelingan mata

nuuuun jauhnya
kita tersesat jalan
di atas siratul mustaqiim

mustahil itu kerja tuhan, scribe?

nizamhameed said...

salam dato,

Ramai yang berpendapat Mukhriz sepatutnya menang malam tadi. tapi sebaliknya yang berlaku. sedikit persoalan timbul:-

1. tidak ada apa-apa yang mengejutkan tentang pemilihan KJ sebagai Ketua Pemuda. Mengapa? saya berpendapat President sendiri gagl untuk membersihkan dirinya dari tuduhannya, bagaimana orang lain nak undi yang "bersih"

2. Betulkah semua calon yang tidak di hadapkan ke lembaga displin juga "BERSIH".

saya melihat kemenangan KJ dari sudut yang berbeza:-

1 cuba kita fikirkan, sekiranya dalam sebuah Organisasi, semuanya dari satu "team". nanti tidak ada orang yang nak tegur kesalahan pihak yang lagi satu. semuanya jadi pak turut

2. saya melihat keadaan ini sebagai "CHECK AND BALANCE". Barulah kita dapat mengembeling IDEA yang mantap. Dan membetulkan keadaan yang silap.

3. Dalam pemikiran Bangsa kita sekiranya kita tidak setuju dengan sesebuah pendapat kita di anggap telah BERPECAH BELAH. Sebenarnya tidak.

sekian

heicalmy said...

Salam Datuk,
Heicalmy
Wanita lebih cerdik dari Lelaki UMNO kerana ucapkan bye bye Rafidah.
Tetapi ramai Lelaki mungkin sudah kena "sihir kaya" bila pilih orang yg kena tuduhan Bersalah Politik wang.Nampaknya sopak sudah merebak kita kena duduk jauh jauh.

kijangbakti said...

Salam Dato'

1. KJ sudah memang menjadi Ketua Pemuda. Itu pilihan pemuda UMNO.

2. Pemuda UMNO sekarang adalah terdiri dari mereka yang terpelajar dan 'moden'. Saya rasa amat sedikit dari golongan sekolah rendah/menengah. Jadi pemilihan KJ kerana mereka menganggap KJ berupaya membawa perubahan. mungkin itu hakikatnya pada sebahagian besar pemuda UMNO

3. Saya dan mereka yang tak bersetuju dengan keupayaan KJ mungkin tersilap pada keupayaan sebenar KJ.

4. Jadi kita terimalah bahawa KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO. Biar dia membuktikan keupayaan sebenarnya. Semuanya mungkin.. dan kita hendaklah berdoa pada Allah supaya Negara kita Aman dan Makmur serta memelihara dari segala perkara yang tak diingini.

5. Kata hati saya...Tak Setuju.... tak puas hati ... tak sepatutnya... tak boleh menerima kenyataan itu kerana saya merasakan ini boleh menghancurkan/memporakperandakan UMNO dan orang melayu. UMNO adalah hak orang melayu keseluruhannya bukan hak individu.

6. Apa yang perlu saya buat untuk menunjukkan rasa tak puas hati; Ada beberapa perkara terlintas di fikiran saya;

a) Pakat ramai-ramai hantar memorandum pada Presiden UMNO minta supaya KJ letak jawatan.Ganti dengan orang lain. Boleh ke... apa hak saya... Ahli UMNO pun tak....

b) Pakat buat demonstrasi tuntut KJ letak jawatan. Itu tak menasabah... tak pasal2 masuk penjara kerana buat demontrasi haram.

b) sabitkan KJ dengan tuduhan2 seperti rasuah. Itu jugak tak boleh.. mana boleh main tuduh2... mungkin KJ orang yang baik-baik

c) pakat masuk ramai2 dalam UMNO. Ubah dari dalam.

d) Masuk parti lain dan tunjukkan kita lebih baik dari parti UMNO dan bila hari mengundi kita dapat gantikan parti UMNO...

e) Buka parti baru...

f) akhir sekali.. hehehe.. duduk diam-diam.. apa nak jadi jadi lah....

Saya pilih sokong parti lain.. hehehe

terima kasih

slyderrose said...

Datuk, kalau dalam perhimpunan umno ini cakap berdegar..kerana bangsa, kerana negara, kerana Islam lah, blah, blah..hebat bunyinya. Tetapi realitinya jauh panggang dari api. kalau betul kerana Islam buktikan dengan mencerminkan akhlak Islam yg sebenar. Tunjukkan keadilan seperti dituntut dalam Islam. Pilih pemimpin yg berakhlak Islam, tidak korup dan bercakap benar.
Pemimpin yg tertinggi pun ada masaalah dan banyak persoalan melibatkan beliau tetapi para pewakilan masih memilih pemimpin begini. Islam suruh macam itu ke?

kluangman said...

Alangkah leganya bahu dan dada kerana segala permasalahan UMNO kini telah berpindah ke tangan KJ untuk menakhodakannya.

Dia ada lebih 300 hulubalang sebagai tukang dayung untuk membawa UMNO ke arah yang dihajatkan - mendaki bukit curam.

Menggelunsur atau ditolak tersungkur.

anak parit said...

Salam Dato',

Tahniah kepada perwakilan kerana berjaya mencetuskan 'Transformer' dalam SAF kepimpinan Presiden baru.
Kalau dalam bidang letrik, transformer ialah alatubah voltan samada menaikkan voltan letrik atau menurunkan voltan letrik. Kalau dilihat pada barisan SAF terbaru UMNO, saya kira transfomer yang digunakan UMNO adalah untuk menurunkan voltan letrik dan BUKAN menaikkan voltan.
Barisan Naib presiden merupakan barisan bermasalah dari zahid (pukul orang), hisham (ppsmi) da shafie yang gagl memimpin KDNHEP suatu masa dulu.
KJ semua dah maklum dengan tingkahlaku yang mencurigakan (politik wang).
Saya pasti UMNO akan di transformasikan kearah mana halatuju nya tak lah diketahui lagi..
Kita mungkn boleh membuat ramalan....
Pi mai pi mai tang tu.....
Berlatihlah lompat setempat.....pasti tak kemana pun..

Anak_Parit

Man Kejang said...

Salam Dato'

Saya dari Kedah sama negeri dgn Dato'. Yang pasti ada sebilangan perwakilan dari Bahagian saya sejak dulu lagi adalah teridiri dari mereka yang tak layak pun untuk memilih dan dipilih utk menerajui sesuatu organisasi. Bukan bertujuan memandang rendah kepada mereka tetapi ada dari mereka yang tak lulus pun SRP dan kebanyakan mereka hanya lulus SPM pangkat 3. Kurang membaca apatah lagi untuk menganalisis sesuatu ang boleh memberi impak kepada survival bangsa. Tetapi mereka ini amat berkuasa kerana mereka adalah sebahagian dari 'king maker'. Dapat upah baju linen dua pasang seorang pun dah rasa amat bahagia dan sanggup undi mereka yang memang tak layak jadi pemimpin.

Dato Shamsul Baharin said...

Dato Kadir.

You hendak pandangan saya mengenai new lineup UMNO.

Najib;sabagai PM dan President UMNO.Saorang yang pintar dari Pak Lah.Kelemahannya ialah terlalu dengar cakap isteri tersayang Rosmah.Dia tak berani kata (No) atas permintaqn isterinya.

Mahayuddin.Timbalannya.Orang nya pintar dan berani buat keputusan.Samasa ia menjadi MB Johore banyak keputusannya berat sabelah dan memberi banyak feadah kapada Syed Mokhtar dan Abu Juling.Sama ada ia ada bahagian nya saya tak pasti.

Zaid Hamidi.Mempunyai cita2 untok menjadi Timbalan PM.Dari sekolah Ugama Azuddin .Ipoh.Kebolehan bahasa Inggerisnya di ragui.Pandai bercakap tapi idea kurang.Mempunyai rekord polic kerana memukul biker dari Kelantan yang melarikan anaknya.

Hishamuddin Hussein Onn.Juga bercita2 hendak menganti najib.Ia sepupu dengan najib.Lulusan Undang2 dan solid latar belakang.Kawan baiknya Dato Lim dari Ekovest.Banyak mendapat projek di Johore.(Danga Bay)

Shafie Afdal.Dari Sabah.Bapa mertuannya Shuib Lazim ,orang Kuat UMNO Kedah dan kawan baik Daim.Orang nya baik tapi kurang idea.

Dato.Jikalau saya nak komen barisan MKT ianya terlalu ramai.memedai lah saya buat keputusan bagini.Camporannya macam Rojak.Ada yang baik dan alim dan ada yang nakal macam iblis.Ada yang ikhlas macam malaikat dan ada yang tak boleh di perchayai macam Kawak(kata orang Kedah)

Orang2 saperti Dato Azez,Tajuddin Rahman,Hamzah Zainuddin,Bung Mukhtar,Idris Jusoh,saya hairan bagaimana mereka menang.Dari segi solid permikiran dan Idea saya rasa Dato Shahril samad lebeh baik tapi dia kalah.

Jikalau barisan ini lah yang UMNO mileki,Pakatan Raayak akan buat gado gado sahaja,kechuali jikalau mereka bermain kasar dan mengunakan kuasa politik untok menindas.Ada di antara mereka mempunyai otak yang sama dengan Al Capone.

Kadir.Saya kira Khairy Jamaluddin boleh menjadi pemimpin yang baik,dia ada otak dan style.Boleh menanag" despite all wave against him."Ia berani berdebat dengan Husam dan ia berjaya menjerat Husam.Satu pertanda yang baik.

Bagi Syarizat,Ketua Wanita.Jika nak di bandingkan dengan Rafidah jauhnya macam langit dan Bumi.Syarizat ini mempunyai happy golucky mentality.Kepalanya besar dari otaknya.Tidak berupaya mengeluarkan idea yang bernas.Berkelulusan Undang dari University Malaya tapi dibandingkan antara dia dengan Salehuddin Hashim Setiausaha Party PKR(classmatenya di UM) jauh macam bulan dengan matahari.

Kadir.I wish all the best to the new UMNO lineup.

Anonymous said...

Dato'

Alhamdullilah yg duduk di atas macam ok lah juga, paling tidak Tan Sri Muhyiddin menang juga, dan drama Melayu PAU 2009 baru aje selesai, dengan cliff hanger yg mencemaskan ... kalau saya memang tak undi Sharizat, jahanam WANITA, kita tengoklah dalam 3 tahun ni dan malang sekali buat PEMUDA masih belum matang berfkir dan membuat keputusan memilih pemimpin.


Drama bersiri "Aku nak jadi PM termuda" belum selesai ini hanya selingan, macam watak JR dalam siri DALLAS,

Susah Dato jadi public figure, biar jadi orang tak ada nama, tak ada pangkat, kita lalu pun orang tak sapa, malah tak tahu kita lalu.

Pulak-pulak kalau kita naik keatas pijak kepala orang, sepanjang perjalanan hanya buat musuh, sudah pasti ada yg menaruh dendam.

Sekarang ada kamera HP 3G, kemana aje gambar kita diambil, maklum lah bawak watak utama "Aku nak jadi PM termuda", drama ini baru selingan, kita tak tahu lagi kesudahan penulis skrip, kalau lah kata ada kawan baik kita yang jadi agen buat kita, dah nak jadi calon tetap di penjara Kajang, pasti dia menunding 10 jari, kita yang bagi arahan, pulak tu ada sorang lagi kawan kita yg bawak watak minah rempit baru aje di ditemuduga SPRM, takut-takut tahap taat setia belum sampai pecah perut, pasti nanti pecah mulut terburai lah cerita.

Mungkin akhir drama bersiri "Aku nak jadi PM termuda" ini nanti berakhir sama macam cerita Timbalan Ketua Menteri PP, " Saya nak sambung belajar, jadi terpksa lepas jawatan ..."


Itu kalau saya yg menulis skrip Dato' ... kesimpulannya masa muda jangan buat banyak sangat musuh, nanti kita tersungkur tepi jalan tak ada pun yg sudi nak tolong, dulu ada Pak Mentua boleh juga mintak tolong, sekarang Pak Mentua dah gigi ompong, nak makan ayam pun tengok lagi jauh

OrangBaruLahir

Mika Angel-0 said...

Hoi pak scribe!

Umno Election 2008 Results
(better late than never or nothing at all?)

KUALA LUMPUR, March 26 (Bernama) -- Following are the results of the Umno election 2008.

PERMANENT CHAIRMAN

DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN .............. (2272 votes)

DEPUTY PERMANENT CHAIRMAN

DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ ....................... (unopposed)

PRESIDENT

DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.................... (unopposed)

DEPUTY PRESIDENT

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN............................ (1575 votes)

VICE PRESIDENTS

1. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.................... (1592 votes)
2. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN................. (1515 votes)
3. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL........................ (1445 votes)


SUPREME COUNCIL MEMBERS

1. DATUK MUSTAPA MOHAMED .............................. (2259 votes)
2. DATUK NOH OMAR ..................................... (2084 votes)
3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN ...................... (2084 votes)
4. DATUK AZIAN OSMAN .................................. (2060 votes)
5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN .......................... (2054 votes)
6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED ........................ (1854 votes)
7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB ..................... (1838 votes)
8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN ..................... (1804 votes)
9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR .......................... (1705 votes)
10. DR MOHD PUAD ZARKASHI .............................. (1700 votes)
11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN ........................ (1685 votes)
12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON .......................... (1658 votes)
13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD ..................... (1624 votes)
14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS ..................... (1622 votes)
15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ........................... (1619 votes)
16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD ......................... (1611 votes)
17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID........................... (1584 votes)
18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH ................... (1529 votes)
19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN .............................. (1518 votes)
20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN ............................ (1517 votes)
21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ......................... (1481 votes)
22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ....................... (1431 votes)
23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK .......................... (1377 votes)
24. DATUK SERI IDRIS JUSOH ............................. (1275 votes)
25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM ...................... (1265 votes)

25 out of 46?
majlis tertinggi umno ini
lubuk buaya atau lubuk mas, scribe?
-maklumlah kita nak pergi
memancing undi dan menjala udang

(abdul lah mana punya kerja
tahun 2008 genap pada 2009
alamat 2020 tiba kiamat tah?)

Anonymous said...

Datuk,

Seperti kebanyakan orang lain, saya juga turut berasa sangat kecewa dengan pemilihan KJ sebagai KP UMNO. Tetapi kekecewaan saya ini tidaklah hingga ke tahap mahu keluar UMNO dan masuk PAS atau PKR. Bukan apa, kerana saya berpendapat PAS dan PKR juga bukanlah parti politik yang kuat berpegang pada prinsip. Kalau ditakdirkan KJ tersingkir keluar dari UMNO, jangan kita terkejut PAS dan PKR lah nanti yang berebut-rebut menawarkan tempat kepada penyamun yang bernama KJ ini. KP PAS Salehuddin Ayub awal2 lagi dah tawar tempat pada KJ. PKR pula sekarang sibuk puji puja Pak Lah dengan harapan Pak Lah boleh buat pakatan dengan Anwar untuk tubuh kerajaan campur aduk. Semua tarak prinsip. Politiking saja lebih.

Pak Lah buat cadangan untuk hadkan tempoh kuasa. Agak2nya kenapa Datuk? Tekaan sayalah ... dia nak buat laluan bagi menantu dia lah tu. Dasar hipokrit! Dah nak berambus pun masih nak buat onar lagi.


-sinbad-

Indigo said...

Scribe,

Orang Melayu masih memerlukan sebuah parti seperti Umno. Hanya segelintir liberal dan elit Melayu yang percaya bahawa orang Melayu tidak lagi memerlukan bantuan dan bimbingan.

Walaupun orang Melayu tidak semiskin dan sedaif sebelum merdeka, namun secara perbandingan mereka masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Tidak banyak berbeza dengan huraian Allahyarham Datuk Onn Jaafar dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Umno di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, 27-28 Julai, 1946, berbunyi:

“Kita orang Melayu masih ada juga menaruh sakit hati dan ada juga menaruh fikiran apakah sebabnya kita orang Melayu keciciran daripada bangsa asing. Jika kita perhalusi sedikit (dan) siasat, kita nescaya akan dapat jawapan dengan nyatanya. Lihatlah bangsa asing walau sedikit jumlahnya sekalipun pada satu-satu tempat tetapi mereka itu semua sentiasa bersatu dan berbantu-bantuan dalam segala hal.”



well put.
so do you think Mahathir is up to the challenge?

OKJ said...

Salam DAKJ

Kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya sebagai rakyat Malaysia amat berterima kasih kerana YAB sanggup mementingkan negara dari segala-galanya. Mudah mudahan YAB mendapat ketenangan yang diimpikan.

Pemimpin datang pemimpin pergi
Rakyat melihat dengan teliti
Kepada Pak Lah yang dikasihi
Maaf zahir batin, ikhlas dari hati

Pemimpin baru akan diuji
Pelbagai ajenda dan situasi
Diharap Dato’ Najib berhati hati
Ramai ‘ABC’ akan mendekati

Nasihat dari rakyat jelata
Pilihlah penasihat yang bijaksana
Aurat parti mestilah dijaga
Jangan sesekali memalukan sesiapa

Islam sudah cukup sifatnya
Tidak perlu hardari atau madani
Rapatkan saf buangkan sengketa
Agar UMNO dekat dihati

Satu matlamat satu misi
Tetapi menggunakan berpuluh strategi
Backup plans sentiasalah disisi
Jangan tersalah pilih ‘Priority’

Mengikut Hukum Newton ketiga
Setia tindakan ada tindakbalasnya
Sebarang keputusan nanti akan ada yang marah dan terasa
Yang penting adil tapi tak semestinya sama rata

Akhir kata dari saya
Hanya seorang rakyat biasa
Gunakanlah setiap akta yang ada
Harap negara aman sentiasa.

Sekian. Selamat bersembahyang subuh. TQ.

INDIGO said...

Scribe,

Bercengkerama Gentayang
(kerja mudah atau kerja bodoh mahaguru)

pak kadir jasin pun apa kurang hebatnya di zamannya
pak sako di zaman mereka

umno dan orang melayu mencari-cari
suara hati mereka pada lambaian
kata-kata

apakah tidak boleh ku ronta dengan
kata-kata melayu ku?

apakah hebat tukang cerita
ngah puteh ramlee
che det buat cerita
sambil daim gigit jari
al-bukhari senyum berseri-seri

dan cerita mereka mithos melayu

apa kurangnya pak kadir jasin
orang tua kerepot pintar
berkata-kata jiwa bangsa

qalam itu sungguh indah


terima kasih

Korporal #4, Kem Majidi said...

Setuju dgn bloggers Pak Sako.

Mana ada libaral dgn elit jer yg sokong Pakatan.... dah hampir separuh pengundi kat Msia undi Pakatan masa pilihanraya Mac 2008... makcik pakcik aku yg duk kampung pun sokong Pakatan...

Tok Kadir, cukuplah merapu dan menipu, berdosa tuh...

Malaysian Chronicle said...

Abdullah pemimpin teladan

Rozana said...

Dunia politik dunia mencabar ibarat perfect storm. Ustaz kata, golongan yang banyak kena hisab kelak ialah ahli politik yang mempunyai kuasa maklumlah amanah tanggungjawab dan wang ringgit urusan mereka.Datang pula anasir rasuah dan hasad dengki sesama sendiri. Mereka lupa hadis bahawa nilai dunia ini lebih rendah dari sayap seekor nyamuk.
Namum,dunia politik tidak boleh ditinggalkan di dalam konteks muamalat hari ini.

sonotme said...

Assalamualaikum Datuk dan pembahas

Terungkai sudah segalanya..Line up baru dah termuktamad.. Mujur Muhyiddin Yassin menang Timb...kalu tak, mau terduduk saya...

Haaa...Adakah line up ini yang dikatakan:

Saf Berintegriti?
Hmmm....Boleh diprsoalkan...

Membawa Mati?
Boleh jadi...

Apapun minta2 depa yg menang tempat dlm UMNO akan sentiasa jujur dlm perjuangan, tak kejar pgkat, tak penting diri, mendengar aspirasi rkyt, bebas rasuah ( bebas ka?), taat pd agama, setia pd bgsa, negara dan parti....


La nih kita tunggu la apa pulak Najib nk buat dengan "saf" baru ni...

P/S: Harap Muhyiddin Yassin dapat satukan org2 Melayu...lagipun dia ja yg boleh dipercayai dlm UMNO nih..Lain2..ado..

Assalamualaikum

Aina Emir said...

Salam

I am glad that Tan Sri Muhyiddin Yassin won!

Dalam ramai-ramai, saya lebih percayakan padanya. Yang lain-lain tu, ada okey dan ada tidak. Tak usahlah saya panjangkan di sini. Faham-faham sahajalah.

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Mohon permisi untuk menjawab komen/cadangan Sdr. Sawit Futures Trader.

Mengundi calon dan bukan parti adalah satu cadangan yang menarik. Akan tetapi ia bolih mengakibatkan "no clear winner" dalam Parlimen dan mungkin bolih mengakibatkan huru-hara.

Cadangan Sdr ada logiknya jika YB yang dipilih ke Parlimen lebih mementingkan rakyat dari parti atau diri sendiri.

Dalam Parlimen, setiap YB sepatutnya mengundi usul yang dikemukakan dan bukannya parti seperti yang berlaku sekarang.

Until and unless our MPs attain a certain level of maturity in their thoughts and actions, the rakyat would be "forced" to vote for Party instead of candidate.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

mad said...

man kejang kata :

"Bukan bertujuan memandang rendah kepada mereka tetapi ada dari mereka yang tak lulus pun SRP dan kebanyakan mereka hanya lulus SPM pangkat 3. Kurang membaca apatah lagi untuk menganalisis sesuatu ang boleh memberi impak kepada survival bangsa...."

tadaaaa...inilah puncanya kenapa negara sekarang berkecamuk. kenapa mahkamah, polis, spr dll tiada integriti. sebab pemimpin kurang intelek, dan bila dah kurang intelek segala prosedur mentadbir negara dan hubungkait perundangan diambil mudah.

bayangkan seorang yg berkelulusan srp diberi tanggungjawab mengurustadbir sebuah syarikat besar. apa akan jadi. memang dia boleh mengambil penasihat yg berpelajaran utk memberi nasihat, tapi at the end of the day segala keputusan adalah dari buah fikiran beliau.

bezakan keadaan ini dengan kabinet kerajaan singapura yg rata-rata terdiri dari org berpelajaran. mungkin ada hubungkait dgn pembangunan pesat dan indeks rasuah mereka yg rendah.

Anak Perak said...

Datuk,

Satu keputusan pemilihan MT yang mengecewakan. Selain daripada beberapa nama yang boleh diketengah ketepikan, yang lain-lainnya tak lebih setakat nasi tambah sahaja. Tidak faham apakah kriteria pemilihan yang digunakan.

Ada calun-calun yang dikira cerdik, boleh bekerja dan berkelulusan tinggi ditolak. Nampaknya UMNO mementingkan pemimpin-pemimpin yang cuma pandai cakap tetapi kosong.

Betulkah mereka ini reformis seperti kata Zabedah Abu Bakar, NST. Harap-harap begitulah.

mat teng kieu said...

kesian kat makcik dan pakcik korporal #4 sebab terjebak jadi antara melayu-melayu yang tak kenang diuntung atau lebih tepat melayu yang tak kenang budi

p/s:kecik-kecik tak nak mati,besar susah kan orang.

sonotme said...

Assalamualaikum...

Ada sorang pembahas kata:
"Why is everyone against KJ? Apa salah KJ sampai semua komen negative tentangnya? I rasa KJ lebih charismatic and berdaya ...."

Ni nk tya, charismatic ka KJ tu kalu takat cakap berdegaq2, pong pang sana sini...

Ni nk bagitau, pemimpin yg baik jgn diukur dgn kata2 dia saja..tengok sama tindak tanduk dia...nak ka kita dipimpin org yg mulut manis, ckp berapi2 tp tindakan ....ADO! Kalu lagu tu tak guna jugak la..Baik panggil ja pemidato skolah jd ketua...

Nak tau jugak la apa KJ buat untuk org2 Melayu...takat menyalak bila ada isu, cabar mencabar pas tu senyap...budak tadika pun boleh buat...

Byk orang bg komen negatif kat KJ sebab ramai yg ambik peduli. Org takkan cakap kalu tak peduli,sabit sebab peduli la depa bercakap.

La ni kita bercakap pasai pemimpin muda yg nak ambik alih kepimpinan Melayu akan datang. Nk ka kita dipimpin org yg dah ada history main kotor, penuh muslihat. Jgn ditanya la apa salah dia. Sendiri mau pikiaq la.. (Hmm...Kalu KJ baguih, pasai pa pulak ramai tolak dia...)

Tp takpa, kalu betui dia bagus, ambik la cabaran ni..Jgn ambik jawatan menteri ka, timbalan ka pa ka jadah ka..pi betui yg dlm parti tu dulu...Kikis buang daki2 liat yg dok melekat dalam Pemuda tu..hat yg mkn duit kasi bersih dlu...KJ pun sama la...kasi bersih dlu diri... Bg kami org2 muda yg duk luaq UMNO rasa teruja nk dekat dengan UMNO.. Kalu kempen 6 bulan dok boleh berimpit dengan depa yg nak mengundi dalam Perhimpunan, terer kalu, mai la berimpit pulak dengan rkyt..Kami tak makan suap..nk tengok jugak idea pa KJ nk pakai ambik ati rkyt..

Ingat la..Org2 muda la ni ngaji dah tinggi2..takat ayaq liuq jd modal nak pikat hati, tak jalan. Kami nk tengok tindakan...Ambil la cabaran wahai Parti UMNO..Kerja la lagi kuat.. rapatkan dlu barisan dalam parti.. Ni dlm parti pun berpuak2, lagu mana nak tackle isu nasional yg lebih besaq...

P/S: jgn tunggu smpai Umno berkubur, time tu apa kata2 pun dah tak berguna...


Assalamualaikum...

Dato Kamal Aziz said...

Dato.

Line up UMNO sudah di pileh dan mereka ini akhirnya akan jadi pemimpin2 dalam kerajaan.

Saya hanya hendak komen bagaimana pemimpin2 UMNO dalam MKT saperti Dato Aziz,Lajim,Tajuddin Rahman,Bung Muktar,Hamzah,dipileh.Saya kuarng yakin yang mereka mempunyai kemampuan untok memimpin.Kelulusan tak ada,bercakap bahasa Ingeris 50:50.

Saya juga hairan bagaimana pemimpin yang solid dan berpengelaman saperti Rafidah,Rais,Shahril di tolak.

Saya kurang yakin barisan MKT UMNO yang baharu dapat menghasikan reform yang di perlukan.Saya setuju dengan pendapat Dato Shamsul bahawa satengah2 dari mereka dari family Al Capone.

Saya amat berharap Najib akan melantek pemimpin yang solid mendudoki MKT untok mengukohkan lagi pasokannya.

Ini lah kelemahan sistem pemilehan UMNO sekarang.

Indigo said...

Di Pagar Maya
(maya ada bermacam-macam maya)

scribe - terima kasih dan pertanyaan saya sedikit terjawab:

KENAPA SAYA TIDAK HADIR
By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.


nota:

dalam hal pemuda yang belum matang nilai mereka, hishammuddin kata dia ambil tanggungjawab dan malu itu:

Hishammuddin Assumes Role Of Umno Youth Adviser

KUALA LUMPUR, March 27 (Bernama) -- Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said he would assume the role of Umno Youth adviser in the three by-elections on April 7.

The former Umno Youth chief said the role was important as he was worried that stiff rivalry between the arch-rivals in the Youth chief post election could have tainted the integrity of the movement.

"As Umno Youth adviser, I think I can continue to play my usual role as there had been disappointment among those, who could not accept the verdict very well.

"But all quarters must accept the fact. The decision has been made. It saddened me as I had Umno Youth under control and united for 11 years, but it could not be continued by the new leader.

"But I am confident, Insya-Allah (God willing). I will be worried. Definitely not after 11 years, I just cannot leave it just like that... no," he told reporters here today.

Hishammuddin, who is also Education Minister, said he hoped the new Youth leadership headed by Khairy Jamaluddin Abu Bakar would concentrate on the three by-elections.

Umno Youth should close ranks in the face of the by-elections as the first hurdle under the new leadership, said Hishammuddin.

He hoped Khairy would fulfill his promise of mending the fence between his supporters and that of the two contenders, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo and Datuk Mukhriz Mahathir.

-- BERNAMA

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).