Thursday, April 30, 2009

Kerjasama Umno-Pas: Antara Polemik dan Kesungguhan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEANDAINYA Pas dan Barisan Nasional benar-benar serius menubuhkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) mereka tidak harus berpolemik atau membenarkan polemik menjadi penghalang.

Kalau sekadar berpolemik dan melepas batuk di tangga ia tidak akan sampai ke mana-mana.

Kali terakhir Pas dan BN bergabung dalam “kerajaan perpaduan” adalah selepas peristiwa 13 Mei, 1969. Pas menjadi anggota BN apabila Parti Perikatan diperbesarkan dan ditukar menjadi Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Waktu itu rakyat jelata dan kepemimpinan politik negara dalam kejutan dan demokrasi digantung berikutan peristiwa pertumpahan darah kaum di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 10 Mei, 1969.

Ketika itu Pas memenangi Kelantan dan Terengganu dan hampir-hampir mengalahkan Perikatan di Kedah. Turut sama menyertai BN adalah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang berjaya menakluki Pulau Pinang.

Tetapi pada tahun 1977 Pas dipecat daripada BN oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn. Salah satu sebabnya adalah kebimbangan Umno terhadap perkembangan pesat Pas, khanya di Rancangan Tanah Felda.

Pendapat umum pada waktu itu ialah Pas, melalui Menteri Tanah dan Galian dan Tugas-tugas Khas, Allahyarham Mohamed Asri Muda, telah mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk membuka ranting-ranting Pas di projek-projek penempatan Felda.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan Hussein, sebagai pemimpin dari Johor, tidak mempunyai pandangan serupa dengan birasnya Abdul Razak mengenai perpaduan Melayu dan kerjasama dengan Pas.

Sejak itu, cakap-cakap mengenai kerjasama Umno-Pas menjadi isu bermusim. Setiap Perdana Menteri dan setiap Presiden Pas mempamerkan wajah (facade) yang mereka bersedia menimbangkan kerjasama.

Alasan utama adalah perpaduan orang Melayu dan keamanan negara. Ia muncul apabila salah sebuah daripada parti Melayu/Islam itu mengalami kelemahan.

Selepas pilihan raya umum 2008 adalah giliran Umno menjadi lemah setelah kalah kepada Pas dan sedikit sebanyak kepada Parti Keadilan Rakyat di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Kejayaan besar Pas dan kegagalan Umno berpunca daripada kelemahan Umno di bawah Abdullah Ahmad Badawi dan kejayaan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, merundingkan pakatan pilihan raya di antara PKR, Pas dan DAP.

Sampai hari ini pun ia masih berupa pakatan tidak rasmi. Ia belum disahkan oleh keahlian parti-parti yang terbabit justeru itu belum didaftarkan.

Sejak itu, perbezaan fundamental di kalangan tiga parti PR itu menjadi semakin ketara. Pas terus dicabar untuk menegakkan dasar Negara Islam dan Hukum Hudud manakala DAP terus menentang kedua-dua gagasan itu dan sebaliknya mahu Malaysia diisytiharkan negara sekular berdasarkan “Malaysian Malaysia.”

PKR pula, sebagai parti campuran pelbagai kaum dan tergesa-gesa meluaskan sayapnya pada PRU lalu kini mengalami pelbagai masalah dalaman.

Sejak kejayaan besar dalam PRU lalu, PKR mengalami masalah demi masalah daripada pemilihan pucuk pimpinan kepada pemberhentian ahli, peletakan jawatan Adun, skandal seks, pemecatan Timbalan Ketua Menteri, pertuduhan rasuah ke atas bekas Adun dan pertuduhan liwat terhadap Anwar sendiri.

Perkembangan-perkembangan ini menyebabkan pembabitan Pas dengan DAP dan PKR semakin bermasalah kerana mencemarkan imej Pas sebagai parti Islam dan parti yang bermaruah.

Sementara itu krisis politik Perak tidak membantu mewujudkan gambaran positif terhadap kewibawaan Pas dalam PR apabila ia dilihat sebagai telah diperalatkan oleh DAP semata-mata kerana mahu memegang jawatan Menteri Besar.

Kerajaan PR Perak runtuh apabila dua Adun PKR dan seorang Adun DAP keluar parti dan memihak kepada BN.

Walaupun Pas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil 7 Mac lalu, namun undi Melayu yang diperolehnya merosot berbanding PRU tahun lalu. Ia menang kerana undi bukan Melayu.

Selain itu, Pas juga boleh menggunakan ura-ura rundingan dengan Umno/BN sebagai cara memperkukuhkan tuntutannya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dan jawatan lebih baik dalam kabinet bayangan PR yang sedang dirangka oleh Anwar.

Soalnya adakah Umno benar-benar berminat merundingkan gagasan ini dengan Perdana Menteri baru, Mohd Najib Abdul Razak, di mercu kuasa?

Seperti kita maklum, cadangan kerajaan perpaduan Pas-BN ini tercetus hasil pertemuan sulit antara Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri yang lalu.

Persoalannya adakah Mohd Najib yang sedang hebat mengenakan copnya ke atas Umno dan pentadbiran negara berminat dan bersedia untuk memperkenalkan dimensi baru dengan duduk semeja secara serius dengan Abdul Hadi?

Dilihat daripada aspek Melayu dan Islam, memanglah perpaduan Umno-Pas melalui BN ada sebab dan logiknya yang tersendiri.

Dalam PRU lalu, walaupun Umno/BN kalah teruk, tetapi Pas tidaklah pula menang besar. Yang menang besar adalah DAP dan PKR.

Pas hanya memenangi Kelantan dan Kedah manakala di negeri-negeri PR yang lain – Pulau Pinang, Perak dan Selangor -- Pas hanya menduduki tempat ketiga selepas DAP dan PKR. Di Parlimen, Pas menduduki tempat ketiga juga dengan 23 kerusi selepas DAP (28) dan PKR (31).

Daripada aspek politik nasional dan perpaduan kaum, kerjasama Pas-Umno melalui BN adalah lebih logik kerana BN mempunyai perwakilan kaum dan wilayah yang lebih besar dan teruji daripada PR.

Dalam mana-mana gagasan atau pakatan pun, kesahihan dan kewibawaannya tidak dapat diwujudkan jika semua kaum tidak diwakili secara bermakna.

Namun, buat masa ini, ura-ura kerajaan perpaduan Pas-Umno atau Pas-BN ini masih di peringkat awal. Atau lebih tepat di peringkat polemik yang semestinya akan mencetuskan pelbagai pendapat, pandangan dan andaian.

Seperti kata Naib Presiden Pas, Husam Musa, Pas sendiri tidak mempunyai pendirian rasmi mengenai ura-ura kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi itu.

“Oleh sebab tiada ikatan rasmi, maka jalan yang lebih munasabah ialah memperkuatkan parti dan mendapatkan kawasan yang sekarang ini dikuasai oleh UMNO,” katanya.

Ini adalah pendirian yang sangat logik bagi orang cerdik seperti Husam.

Dia pasti sedar bahawa jika Umno berjaya memulihkan dirinya, ramai ahli dan penyokong parti itu yang berpaling tadah dan mengundi Pas dalam PRU lalu akan kembali semula kepada Umno pada PRU akan datang.

69 comments:

Dato Hussein Merbok said...

Dato Kadir.

Kerjasama Pas dengan UMNO.Saya sempat bertanya Tok Guru Nik Aziz kenapa dia menolah kerjasama ini.Dia kata Pas dan UMNO macam minyak dan ayer.

Tahun 70han waktu Tun Razak PM ,UMNO kalah terok didalam pilehanraya 1969.Pas dibawa masok dalam BN.Dato Asri menjadi menteri Tanah.Bila Tun Hussein menjadi Pm,UMNO dah mula kuat.Mereka tendang Pas macam anjing.Mereka sokong Mohd Nasir dari Party Berjasa dan menawan UMNO.Boleh kah kita percaya UMNO.Orangnya tidak ada moral.Tendang kita keluar dari BN macam anjing.

Sabenarnya UMNO macam"janda galak".Dia yang mahu sangat nak kawin dengan Pas,demi untok perpaduan Melayu.Tapi Pas bukan Party Melayu.Ia party Islam.Mana boleh nalisma bercantum dengan Islam.

Pas sekarang bukan macam Pas tahun1960an.Banyak kaum intelek Melayu dam Islam didalamnya.Sabahagian dari nya hasil dari feadah DEB.Kerajaan bagi biasiswa.bila balek masok Pas.

Saya amat terkejut kenapa ramai anak melayu muda yang pandai tidak mahu menyertai UMNO.Mereka meluat.Ada yang kata bagaimana kita nak sokong Putera UMNO,pemimpinnya tidak ada kredibility.

Bagaimana hendak masok Pemuda UMNO,Pemimpinnya keluaran oxford.Tapi akhlaknya keluaran soho.

UMNO dan panik.Biarkan biarkan silunchai tengelam dengan labu2nya.

Hari ini tengok muka 3 Utusan,TS Mahayuddin keluar dari kediaman Ketua Menteri Serawak naik kereta Roll Royce.Cakap tak serupa bikin.Dia ingat raayat bodoh.Di Malaysia cakap kita pemimpin raayat mesti berseh.Kenapa mahu bersubahat dengan kerajaan yang rasuah.

Sakurang2nya Mahayuddin kata no.Kereta resmi kerajaan ia lah Proton Perdana.

Selamat Jalan UMNO.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Boleh Dato' ulas kenapa BN memandang pembukaan cawangan PAS di Felda pada 1977 sebagai ancaman?

Ustaz Mee Goreng Hangit Kg Pertama said...

Salam Pak Kadir....usahlah difikirkan sgt akan kerjasama UMNO-Pas ini untuk tubuh kerajaan Unity.Bagi saya ia hanyalah polemik Pas dan mereka sebenarnya tiada kesungguhan.Jika diteliti dalam kenyataan Presiden Pas sendiri dlm Harakah, beliau mengatakan UMNO takut untuk menjalinkan kerjasama ini dan cuba untuk mengatakan UMNO tiada kesungguhan.Bukankah kenyataan ini hanyalah bersifat untuk meraih simpati politik kaum Melayu dengan mengatakan UMNO tiada kesungguhan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Bahkan dalam PAS sendiri sekarang ini kecoh pasal anak Nik Aziz mengatakan bahawa terdapat pembantu2 ayah nya yang tidak cerdik dalam memberi nasihat berkaitan kerajaan unity ini pada Nik Aziz. Walhal perkara ini sebenarnya banyak berlegar dalam PAS sendiri berbanding UMNO. PAS cuba untuk menonjolkan diri sebagai pejuang kaum Melayu, tetapi apabila UMNO menegaskan bahawa usah diusik perkara berkaitan hak Melayu dan dicerca oleh bukan Melayu kenapa PAS hanya menikus diam?Ini kerana jika disokong UMNO maka populariti PAS akan merudum.Bukan kah ini menunjukkan bahawa PAS tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak Melayu...Ternyata ahli2 peringkat akar umbi PAS didorong untuk mempercayai bahawa hanya PAS boleh membantu Melayu walhal pemimpin atasan mereka berbalah berkaitan isu itu.Apa yang penting bagi mereka adalah jawatan dan kuasa politik kearah ekonomi poket sendiri.Fikir2kan lah wahai Melayu sekelian.Tepuk dada tanya selera.

Roti Planta said...

Dato',

Kedudukan UMNO sekarang seperti Sariff Dol 'samseng kampung dusun' yang bertumbuk dengan P.Ramlee dalam Filem Seniman Bujang Lapok. Masa kuat, sibuk melakukan penindasan (siap bakar rumah orang kampung disebabkan pinangan ditolak). Bila hampir kalah ditumbuk oleh P.Ramlee, mula menunjukkan untuk berdamai tetapi dengan muslihat nak pukul curi!.

Jadi bagi saya 'hanya Pelanduk yang melupakan jerat' tetapi PAS tidak akan menjadi seperti pelanduk.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Datok,
saya amat setuju kalau ada unity government kerana perpaduan/ kerjasama rakyat demi negara .perpaduan adalah perjuangan mana2 parti politik ,maka kalau melalui unity g'ment boleh membawa perpaduan kenapa kena tolak.bagi PAS ,saya fikir tak jadi masalah kerena itulah nilai utama teras poltik pas.pas sudah buat unity g'ment dengan pkr dan dap kenapa tidak dengan umno,cuma syarat/asas boleh bincang.halangan memang ada,contoh tulisan Datok ,awal cakap pasal unity, last2 dok highlight perbezaan antara pas,pkr,dap ,umno dll.sampai kiamat pun tak akan sama.takdir,kalau malaysia ada satu parti saja ; umno maka boleh jamin kah tiada samasekali perbezaan/perbalahan/dll.itulah politik melayu asasnya adalah 'jahatsangka',penoh dengan fitnah/ragu2/tak percaya/tak leh jadi/payah /dll.bagi seorang muslim/politikus tulen ,dia akan terima unity g'ment.berpolitik bukan untuk ketawa/terseyum2/tersengih bila melihat lawan dah rebah/tersungkur.Datok pun lebih kurang, saya ingatkan Datok dah ok bila pak lah berhenti,tapi nampak makin rimas pulak,dah beberapa kali dok sindir isteri pm.masih ada yang tak kena ke?.walau apa pun,saya amat bangga kalau ada unity g'ment dan hanya politikus tulen saja mampu merealisasikan. hidup dunia banyak kebaikan dari keburukan.kenapa dicari yang sedikit.sekian.zmy

Roti Planta said...

Dato',

Baguslah selaku 'hard core' UMNO Dato' berpendapat PAS dan PKR kuat disebabkan UMNO lemah. Nanti PRU13 rakyat (orang lama UMNO) akan kembali kepada UMNO (optimisnya). Tidakkah Dato' dan pemimpin UMNO terfikir rakyat (bekas UMNO) akan meninggalkan UMNO selama-lamanya seperti mereka meninggalkan Parti Negara & Semangat 46 dan generasi baru tidak teringin nak masuk UMNO terutama melihat telatah Putera dan Puteri yang sibuk bolot projek seperti abang Pemuda dan kakak Wanita mereka.

UMNO pasca PRU12 masih sama jer tanpa memahami dan peduli kenapa rakyat membenci mereka

Bye/Roti Planta

pakbelalang said...

Kalau betul-betul kita ikhlas untuk perpaduan bangsa Melayu perkiraan politik harus diketepikan atau tidak perlu diutamakan.

Tapi realitinya ini tidak akan mungkin berlaku kerana masing-masing ada agenda peribadi mereka tersendiri.

Selagi kedua-dua pihak tidak berani berubah pendirian untuk pentingkan perpaduan ummah dari segala-galanya maka kita jangan harapkan sangat gabungan UMNO/PAS dalam BN akan berlaku dalam masa singkat ini.Ianya akan terus menjadi bahan polemic politik sahaja. Buang masa sahaja.

Jadi UMNO dan PAS akan terus ikut arus poltik mereka yang sedia ada untuk "tumbang menumbangkan" antara satu sama lain.
Akhirnya yang rugi adalah bangsa Melayu itu sendiri dan yang menyedihkan ialah kekuatan ummah akan semakin lemah dan pihak ketiga yang akan dapat keuntungan dari kegagalan bangsa Melayu untuk bersatu. Itulah hakikatnya.

Walaubagaimana pun, kita tidak harus ketepikan langsung kerjasama UMNO-PAS kerana mungkin satu hari nanti Allah akan tunjukkan kepada pemimpin-pemimpin Melayu kejalan yang lurus dan mendapat taufiq dan hidayah dariNYA untuk bertukar fikiran kearah ONE MELAYU, ONE UMMAH DAN ONE MALAYSIA demi untuk kesejahteraan hidup bangsa, agama dan Negara.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Assalamualikum Dato' AKJ,

Siapakah kalangan yang bernama Melayu-Islam yang tak mahukan perpaduan?.

Masalahnya adakah di sana suatu "keinginan dalaman yang kuat" - a strong innate political will untuk perpaduan seperti yang agama ISLAM anjurkan?.

Ini tidak, kita adalah seorang Muslim, tetapi bila ingin berpadu di dalam parti-parti politik - akal fikiran, ruh dan jiwa kita sudah berubah kerana dipengaruhi oleh KEPENTINGAN-KEPENTINGAN DUNIAWI YANG SANGAT RENDAH, MALAH KADANG-KADANG MENJIJIKKAN sanggup diutamakan berbanding dengan tuntutan PERPADUAN BERDASARKAN AQIDAH, BETERASKAN SYARIAT DAN KEADILAN ISLAM dan BERPANDUKAN KEMASLAHATAN UMAT di dunia dan akhirat.

Dato' yang sangat saya hurmati, tolonglah ambil kira perspektif keilmuan, kebenaran, keadilan sejagat dan kemanusiaan serta KETUHANAN ALLAH SWT dalam kita membuat sebarang keputusan termasuklah jika MELAYU MERASAKAN PERLU KEPADA "KERAJAAN PERPADUAN ASLI", bukan bermuka-muka dan palsu adanya...Terima kasih Dato' dan rakan-rakan seperjuangan.

Dungun
MALAYSIA

Anonymous said...

PAS and UMNO should have worked hand in hand. They did. But now they don't.

PAS and DAP shoul never have worked hand in hand. But they do.

The winners? DAP. Losers? The Malays. So who is to be blamed when a "Chinese govt" was formed in Perak after the last election? Well, PAS and UMNO. The Malays cannot find comfort and safety in numbers anymore. Quantity won't guarantee survival. Solidarity will.

Englebert Humperdong

manletih said...

Salam Dato',

Bagi saya kedangkalan pemikiran sebahagian pemimpin UMNO yang mahukan PAS bekerjasama dengan UMNO tanpa syarat telah menyukarkan kemungkinan ini.

Mana ada kompromi tanpa syarat. MCA MIC pun menyokong BN sebab hendakkan pelbagai perkara.

Kita sesama Islam. Mengapa dibiarkan pelahab-pelahab di dalam UMNO terus-terusan mengheret Melayu ke arah perpecahan?

Petikan berikut oleh KJ:

"Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 28 April - Pas sepatutnya tidak meletakkan syarat tertentu jika ikhlas mahu merealisasikan kerjasama kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN)..... Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf"

Apa punya ayat politik daaa. Begitukah caranya mempelawa lawan menjadi kawan? Itu ayat perosak yang datangnya dari pelahab UMNO.

Semoga kerjasama ini menjadi kenyataan. Tatkala pemimpin UMNO telah lupa daratan, orang Melayu perlukan parti Melayu alternatif yang tidak sekongkol dengan DAP atau PKR.

*manletih*

sri tribuana said...

Salam Datuk,

Saya penyokong UMNO tapi UMNO memang ada masalah sekarang ini. Masalah yang pertama:

1. UMNO dalam dilema kerana gesaan liberalisasi dan globalisasi yang mana jatidiri melayu, affirmative action dan dasar seperti DEB akan menyebabkan 'electronic herd' menghukum Malaysia dgn menarik pelaburan. Oleh itu, UMNO kena kelihatan liberal. Ini akan menyebabkan UMNO hilang sokongan orang Melayu kerana perjuangan Melayu adalah 'bread n butter' UMNO. Saya nampak trend election ke 13 undi Melayu akan berkurang tetapi undi kaum bukan Melayu akan naik.

2. Oleh kerana berleluasanya politik wang, golongan cerdik pandai dipinggirkan dan ramai menyertai pembangkang. Akibatnya berlaku brain drain dalam UMNO. Cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian hanya kebanyakkan dikawal oleh perniaga dan bukan intelektual.

3. Minat golongan muda kepada UMNO merosot kerana gejala ini. Kebanyakkan mereka yang idealis tidak minat UMNO kerana imej UMNO yang corrupted dan suka bermewah-mewah(walaupun mungkin tidak benar)

4. UMNO kelihatan parti elite yang mana ada sesetengah ahli UMNO dipinggirkan contohnya jika mereka bukan perwakilan cawangan atau bahagian.

5. UMNO bukan parti yang reaktif terhadap suara grassroot kerana pemimpin mereka kebanyakkannya menganggap mereka lebih tahu sedangkan dalam dunia internet mcm ini, rakyat lebih bnyk tahu dari pemimpin.

6. UMNO demokratik tetapi kurang libral dengan ahlinya.

7. Saya rasa UMNO perlu perubahan drastik kerana cabaran makin banyak termasuklah boleh menerima kritikan secara terbuka. Bagi pemimpin UMNO, kritikan adalah kelemahan dan tidak boleh ada, seperti kritikan MUkhriz kepada Tun Abdullah disambut dgn negatif oleh pak-pak turut yang bertaraf menteri. Ini menyebabkan rakyat lebih suka mendiamkan diri dan menghukum UMNO dalam pilihanraya.

8. Tapi saya masih sayang UMNO cuma jika kita gagal berubah, seperti dinosour kita akan pupus.

OKJ said...

Salam DAKJ

Ajenda jadi tak jadi dan tak jadi jadi

Pas Umno banyak persamaaan. Ahli pun bertukar tangan. Bukan ahli je, pemimpin sekali. Contohnya, ada pemimpin kedua-dua belah kawin 2. Ada juga cerai bini no 2 sebab nak kawin 3. Kalau dulu dikatakan PAS berkeras nakkan Negara Islam dan Umno lebih sederhana pendekatannya. Tapi sekarang terbalik pula sampai boyfriend dalam rumah pun tak terkata apa.

Macam mana pun sebenarnya Umat Melayu kena kuat dan bersatu kalau nak dihormati. Kita marahkan liga arab kerana tak bersatu. Bila bercakap tentang Palestin, bukan main lagi slogannya ‘Islam kena bersatu’ tapi umat Melayu < 10 juta pun tak bersatu. Bila berpecah umat Melayu yg sebenarnya rugi tapi yg untung adalah kaum lain. Dasar DEB, biasiswa, dasar tanah, MARA, Agama, malah institusi raja juga tergugat.

Kerajaan Perpaduan (KP) adalah jalan penyelesaian yg tebaik TETAPI ianya bukan mudah. Pepatah melayu ada mengingatkan harapkan pagar pagar makin padi, harapkan kawan kawan makan kawan. KP selalu menjadi agenda ‘jadi tak jadi’ dan sehingga kini ‘tak jadi jadi’ disebabkan kedua-dua belah pihak terlalu teringatkan pepatah di atas dan tiada rasa percaya antara satu sama lain. Kata To’ Guru dah dua kali kena dah. Tapi Umat Melayu masih kuat dan tak rugi apa-apa sebelumnya. Pendapatan isirumah bertambah, bilangan professional bertambah, bilangan Umat Melayu yg kaya bertambah, tokoh agama sekarang berkelulusan PHD dari university yg bukan calang calang juga bertambah. Yang penting niat ikhlas nak menlong dan tiada hasat dengki. Mungkin hari ni mereka bertuah esok hari kita pula. Kalau tak kita, anak cucu atau menantu kita nanti.

Jalan terbaik untuk KP adalah saling mempercayai. Maaf cakap, tapi jika mengikut pendapat umum, orang yg paling tidak dipercayai adalah ahli politik. Jesteru itu, jika benar benar ikhlas, untuk mewujudkan dasar saling mempercaya pilihlah tokoh professional yg tiada kepentingan politik di dua-dua belah pihak untuk duduk semeja, diperhaluskan sebelum diterjemahkan kepada action plan dan implementation. Takkan tak ada kot. Saya ada beberapa nama untuk dicalonkan tetepi biarlah dibahas dulu. Sekian TQ.

Nik said...

Dato'

Di banyak negara didunia terdapat banyak pakatan yang memerintah negara mempunyai pandangan bercanggah di antara mereka...Lihat Negara negara Eropah, Israel, India dll. Tidak mustahil membina kerajaan memerintah dengan component parti parti yang ada pandangan berlainan dan memerintah daerah mereka sendiri. Yang penting semua bersepakat untuk kepentingan rakyat seluruh negara.

Tak mungkin akan jadi apa apa pakatan diantara PAS dan UMNO kerana persepsi ahli ahli PAS terhadap Najib ekoran dari "baggage" yang dikendongnya.

Dulu lain kerana PM yang dulu tidak ada "baggage" saperti itu.

PAS tidak memerlukan UMNO walhal UMNO memerlukan PAS....

Cabincabina said...

Salam Dato'

Mustahil bagi saya untuk UMNO dan PAS mengadakan kerjasama walaupun untuk 100 tahun yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai prisip yang jelas bertentangan. Walaupun telah banyak kali dapat kita lihat bagaimana pemimpin atasan UMNO dan PAS berjabat tangan mesra dalam akkhbar2. tapi itu tidak bermakna mereka akan mampu mengadakan kerjasama.

Biarlah Pas dan Umno sebagai sebuah parti yang berbeza. Umno sebagai pemerintah, manakala pas sebagai parti pembangkang melayu yang ada kredibiliti tersendiri, kami mahukan pas parti yang mampu mengimbangi dan mengekang DAP yang sering kali keterlaluan dalam membuat tuntutan. PKR tak akan bertahan lama.kita lihat saja, berapa PRU lagi kah PKR akan bertahan. PKR akan berkubur.

Cabincabina said...

Dato'

Sebagai seorang pengunjung tetap kedai kopi, beritahu saya kedai kopi mana favorites Dato. Apakah ciri2 kopi yang power dari segi rasa dan harumannya ? Pernahkah Dato' rasa kopi keluang dan kopi cap peladang rengit johor ?

Walaupun masih muda, saya adalah antu kopi.

hanezam said...

Salam Datuk,

Izinkan saya menyulam sekelumit fakta-fakta sejarah yang telah saya kumpulkan di celah-celah baris ayat dalam posting Datuk kali ini. Bukan apa, cuma nak uji betul ke tidak fakta-fakta ni.

Saya agak Datuk mengekalkan penggunaan “Pas” dan bukannya “PAS” kerana Pas bukan satu akronim rumi tetapi akronim jawi untuk huruf-huruf Pa Alif Sin. Kalau akronim rumi nanti bunyinya PIS bukan PAS. Betul tak ? Walaumacamanapun saya tetap degil nak guna PAS jugak bukan Pas. “Pas” tu tak sedap dipandang mata.

Sejarah mungkin mengulangi dirinya.

Perikatan (kemudiannya BN) hilang majoriti 2/3 di Parlimen buat pertama kalinya selepas Pilihanraya Umum 1969. (tidak pasti, tapi mungkin keputusan PRU1969 itu tidak pernah diiktiraf). Selepas tragedi 13 Mei 1969 itu Parlimen telah dibubarkan dan darurat diisytiharkan. Parlimen hanya bersidang semula pada Februari 1970 atau 1971 dan pilihanraya umum seterusnya ditetapkan pada 1974.

Selepas kekalahan dalam PRU 1969 itu Perikatan perlukan bantuan PAS untuk memenangi majoriti 2/3 semula. PAS pula bersetuju tapi jawatan menteri penting jadi taruhan.

Menjelang pilihanraya umum 1974 bagi memastikan kemenangan BN, PAS telah diundang oleh ayah DS Najib untuk menyertai BN. BN menang besar selepas itu di mana PAS menyumbang kemenangan 13 kerusi. Malangnya penyatuan itu tidak lama kerana PAS dipecat pada 1977. Walhal kemenangan besar BN pada 1974 telah dibantu oleh kudrat PAS juga.

Sekarang saya faham kenapa orang PAS marah dan kata UMNO ni ‘janda gatai’ nak sangat kawin ngan PAS. Apa ni ? Macamlah PAS tu handsome sangat. Saya berpersepsi bahawa PAS adalah gadis cantik, tapi eligible man UMNO pinang PAS tak mau. Juai mahai konon. Tapi dok jaja kat PKR eh UMNO dah pinang aku. Macam tu la lebih kurang.

Sejarah mengulangi dirinya. Buat kali kedua BN hilang majoriti 2/3 pada PRU 2008. Sekarang cakap-cakap penyatuan di antara PAS—UMNO timbul balik. Kali ini Nik Aziz kata boleh tapi kami nak jawatan Menteri Kewangan ngan Menteri Pendidikan (ke?)

Belum tahu lagi DS Najib nak ulang apa yang ayahandanya dah buat dulu iaitu undang PAS dengan kehormat ke dalam BN, atau tidak. Mungkin sejarah tidak akan berulang.

Datuk, saya terlalu inginkan penyatuan itu. Dengan beberapa tolak-ansur dan pengubahan di kedua-dua belah pihak pastinya. Alangkah baiknya kalau usaha penyatuan itu tidak didesak oleh keperluan politik semata-mata. Saya nampak banyak benda baik boleh dibuat dalam bersatu daripada berpecah-belah. Saya dah tak larat baca pasal kacau-bilau politik dan ekonomi serta sosial saban hari.

Tolonglah Datuk memblog sehingga niat saya ini tercapai menjelang PRU13 nanti. Jasa Datuk akan dikenang sampai mati. Blogger-blogger perdana seperti Datuk serta pembahas-pembahas masing-masing ada tanggungjawab sosial untuk memastikan orang-orang Melayu membaca blog sehingga jadi lebih baik. Lebih berkualiti. Lebih tinggi jati diri. Bukannya sekadar menjadi samseng dan pengecut yang hanya berani di sebalik tabir anonim.

Datuk, terselit mesej di sebalik tragedi 13 Mei 1969 itu tentang sikap setiap kaum etnik di negara ini. Alangkah elok kalau kita saling mengenali.

Terima kasih Datuk. Saya andaikan dua posting Datuk yang terbaru ini sebagai hadiah harijadi untuk saya, lambat lagi.

imad said...

Kerajaan Perpaduan yang terasnya adalah ISLAM dan bukannya bangsa.

Sudah sampai masanya PAS sebagai ketua, mahukah UMNO menjadi pengikut?

Setakat ini, kaum Cina dan India dalam DAP dan PKR sudah mau menjadi pengikut ISLAM. Begitu juga Melayu dalam PKR, jika kerajaan perpaduan menjadi realiti, PAS sebagai teraju utamanya.

pakbelalang said...

Orang Melayu baik dari PAS mahu pun UMNO perlu cermin diri mereka.
Mereka mesti jujur dan bertanya apakah tujuan mereka menubuhkan parti politik?

Adakah untuk kepentingan rakyat atau kepentingan diri sendiri?

Pada diri saya, saya fikir UMNO telah berjasa lebeh dari PAS. Tidak boleh dinafikan. Orang yang menafikan bahawa UMNO telah gagal untuk memertabatkan bangsa Melayu adalah kurang tepat pendapat mereka.

Mereka akan terus berpendirian menolak segala usaha yang UMNO telah lakukan selama ini kerana dianggap UMNO sekarang telah lari dari perjuangan asal.

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Saya tidak menafikan akan kebenaran ulasan Dato Hussien Merbok. Terdapat elemen-elemen yang jauh serta jurang ketara jika kita bandingkan Pas dan UMNO.

Teras perjuangan juga amat jauh berbeza.

Kalau didudukkan sebelah menyebelah, perbezaannya amat jelas sekali.

Jika teras serta agenda perjuangan berbeza, apakah UMNO dan Pas punyai matlamat serta wadah akhir perjuangan yang sama?

Apakah UMNO serta Pas punyai titik akhir yang bercantum dihujungnya?

Apakah ianya polemik atau kesungguhan? Macam kata Dato'.

Apakah ini hanya satu lagi pusingan (mainan pakar-pakar politik atau spinsters macam zaman Tun Abdullah dulu) - orang tingkat 4 katanya? Jadi PM baru pun pasang orang-orang sebegini untuk pusing-pusing orang-orang yang kadangkala emosional seperti kita ini?

Cerita kerjasama ini wujud pada zaman Tun M, kemudian ianya sunyi seketika pada zaman Tun Abdullah. Sekarang timbul lagi.

Harapan kami pada penasihat politik PM baru, cuba carilah satu agenda yang lebih membina.

Cerita kerjasama ini semuanya cerita karut.

Percayalah, RAKYAT MALAYSIA TELAH CERDIK MINDANYA.........

Remli Ariffin said...

Tahniah Dato !

Anis Sofwa Sakinah said...

A'kum Dato

Saya tertarik dengan komen Ustaz Mee Goreng Hangit Kampung Pertama. Satu persoalan besar timbul sekarang ialah mengapa sekarang bila UMNO kalah baru nak pelawa berbincang dan sebagainya? Kenapa sebelum ini apabila UMNO kuat mereka tak kisah langsung dengan pelawaan PAS untuk bermuzakarah?

Dan kenapa pula PAS perlu 'menyertai' BN/UMNO? Mengapa tidak UMNO menyertai PAS?

BN lebih berpengalaman dan pernah diuji. Bagaimana pula dengan PAS? PAS lebih banyak ujian yang telah dilaluinya, kena sumbat penjara, kena fitnah, tak dapat peruntukkan, ahli PAS dilayan seperti warga kelas ketiga dan macam-macam lagi.

Saya menulis komen ini sambil mata berair... saya ahli PAS dan pernah melalui semua itu termasuk digertak untuk dihantar ke luar daerah dan macam-macam lagi. Bantuan??? Jauh sekali...

Macam mana UMNO boleh mendabik dada menyatakan dia pejuang bangsa sedangkan bangsa seagamanya pernah dilayan seperti sampah hanya kerana dia menyatakan "Aku ahli PAS, kiblat ku Al Quran dan Sunnah dan Islam itu adalah cara hidup"....

Anis Sofwa Sakinah

Anonymous said...

Salam Untuk Semua.

Dato'!! Kekalahan UMNO/BN pada PRU12 yang lalu bukan saja kelemahan Pak Lah. Tetapi kehebatan Dr. Mahathir menyerang pak Lah dari bawah sampai puncak, dari kiri sampai kanan, dari lubang semut sampai gua batu caves. Apabila dada Pak Lah dah terlopong maka senang pihak musuh menghala panahnya kepada UMNO/BN.

Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Hj. Hadi bukan setakat PAS+UMNO+BN. Formula yang ditiru dari Indonesia dan beberapa negara ini ialah perpaduan semua parti politik yang mendapat kerusi atau undi semasa PRU12 yang lalu.

UMNO, PAS, PKR, DAP, MIC, MCA,PPP, Gerakan, SUPP, SNAP dan puluhan parti tyang bertanding dalam piliahnraya umum lalu serta menang kerusi akan ditawarkan menteri kabinet mengikut ratio siapa yang dapat kerusi lebih.

Bermakna semua parti akan dapat semua jawatan dalam kabinet Perpaduan. Perdana Menterinya Pak Lah, Tim. Perdana Menteri I, DS Najib, Tim. Perdana Menteri II DS Anuar Ibrahim. Lim Kit Sing Menteri, Hj. hadi Menteri, Dato KJ PAS pun Menteri. Soal apa kementerian itu fikir semula lah.

Tetapi Kerana penakutnya Pak Lah kepada Tun Mahathir yang amat sangat, maka cadangan ini tidak diterima dan berlakulah serahan jawatan Presiden dan Perdana Menteri kepada DS Najib.

Tidak timbul PAS+UMNO/BN, tetapi semuanya bercampur. Semua parti dapat bahagian tidak ada yang tercicir.

Apakah tidak ada Pembangkang. Pembangkang sebenarnya sedia wujud dalam kabinet atau parlimen melalui parti-parti yang sedia ada. Parti-parti ini tidak akan jadi pak turut atau ya YB.

Kata anak saya " Apa yang penting......kerjasama" (cerita kartun dalam Astro ) Dalam pada itu SPRM, SPR, Kehakiman, Polis, dan sebagainya dibawah kuasa parlimen bukan lagi di bawah kuasa Kabinet. Jadi YB Menteri tak kira dari parti mana akan sentiasa diperhatikan oleh agensi penguatkuasa yang berada di luar pengaruh kabinet (Sebagaimana sekarang)

Kerajaan Uniti Lebih telus. masing-masing nak jaga integriti dalam kabinet perpaduan, bukan masing-masing nak jaga periuk nasi dalam kerjaaan. Bila-bila masa, silap langkah masuk mahkamah dan seterusnya ke penjara. Bagi parti yang ada maruah apabila menteri dari partinya disiasat dan dituduh. Parti berkenaan akan cari tokoh yang lain untuk ganti. Calon ganti mesti lebih bersih dari yang dah kena cekup.

dalam hal ini, tak timbul akan lompat parti. Sekarang ini walaupun ada YB 'dikira buat salah' tetapi belum terbukti bersalah. parti takut nak ambil tindakan, takut YBnya melompat. Contohnya di Perak.

Bagi saya ....saya mahukan sebuah kerajaan yang adil, bukan parti mana yang memerintah. Buat apa parti Melayu memerintah, jika tidak berlaku adil??. Apa ada pada Melayu, jika Melayu itu jahat, Buat apa ada Cina, India, Siam jika China, India, Siam itu jahat ???

NUR FARHANA

sujini said...

Tn Hj AKadir,

Izinkan saya menyampuk komen
Dato Hussein Merbok yg tersinggong
melihat TS Muhyidin Yassin naik Rolls Royce
keluar dari kediaman KM Sarawak.

Kereta itu sama ada kepunyaan kerajaan
Negeri Sarawak atau pun persendirian tidak
menjadi masalah. TS Muhyidin adalah tetamu
KM Sarawak. Kalau tuan rumah dah sediakan
kenderaan apa jua jenis pun tak kan lah
menjadi kesalahan. Itu sebagai tanda hormat
dan layanan kelas satu Kerajaan Negeri kpd
TPM.
Fikiran macam ini yg buat Melayu mundur.

Minta maaf kerana melencong sekejap.
Berbalik kpd tajuk Tn.Hj mengenai UMNO-PAS.

Tun M telah memberi pendapatnya bahawa
tidak perlu UMNO bergabung dengan PAS.
Saya setuju diatas pandangan ini.

Dulu saya harapkan Tun Abdullah dapat
menyatukan umat Islam semua kerana beliau
datang drp keluarga ulama. Beliau pun
berkelulusan dalam Pengajian Islam.

Namun harapan hanya tinggal harapan.
"Nur" yg kononnya ada pada Tun Abdullah
hanyalah cahaya lampu neon.

Sekarang ini tanggongjawab memperkuatkan
kerajaan jatuh keatas bahu DS Najib.
Saya menaruh semula harapan kpd beliau.
Saya percaya UMNO boleh kuat semula jika
DS Najib pandai ambil hati 60% kaumnya.
Setelah beliau memperjudikan hak kaumnya
sendiri, tak kan lah 20% dpd kaum 40% ini tak
nak juga sokong kerajaan?

Kalau tak sokong juga, betullah kata TS Muhyidin,
memang dasar tak berterima kasih.
Kita rakyat yg terdiri dpd 60% ini, dalam dilema
menanti.....

Terima kasih.

Khairul said...

"Hari ini tengok muka 3 Utusan,TS Mahayuddin keluar dari kediaman Ketua Menteri Serawak naik kereta Roll Royce.Cakap tak serupa bikin.Dia ingat raayat bodoh.Di Malaysia cakap kita pemimpin raayat mesti berseh.Kenapa mahu bersubahat dengan kerajaan yang rasuah."



Dato Hussein Merbok,

Takkan dekat Sarawak nak bawak proton perdana dari KL kot?? Kerajaan negeri Sarawak yg sediakan kenderaan guna sajalah. Kenapa tak salahkan kerajaan negeri Sarawak kerana sediakan Roll Royce untuk TSMY??

A KADIR JASIN said...

Sdr Sinbad,

1. Tidak ada komen anda yang di"reject" rasanya.

2. Komen terbaru jam 4.34ptg anda hantar ke posting yang lalu mengenai DEB.

Terima kasih.

Dato Azizan taib Kedah. said...

Datok.

Pas dia asaskan oleh Hj Foud di Bukit Mertajam.Hj.Foud kawan baik Tungku.Dia tidak setuju dengan Tengku mengenai Islam,ia tubohkan PAS.Jadi uumor Pas hampir sama dengan UMNO.

PAS memperjuangkan Islam dan UMNO party Nasionalis,secular.macam Kamal Atturtuk di Turkey.

Tidak semua orang Islam orang Melayu dan Tidak semua orang melayu orang Islam.Ada pemimpin Melayu yang percaya kapada Sami Hindu.Di Kedah banyak orang Melayu pergi wat siam cari samy Budda untok buat kawan,minta nombor ekor.

Betul,macam Dato Hussein cakap.Pas dan UMNO macam ayer dan minyak.

Lebeh baik UMNO menumpukan tenaga untok menarek balek keperchayaan orang2 melayu menyokongnya.Bukan susah sangat.Orang Melayu mudah maafkan orang jikalau kita pandai ambil hati.

Akhbar UTUSAN dan Berita Harian dan TVI I dan 2 tak payah lah jadi daayah kerajaan melebeh sangat.orang benchi.Sekarang ini ahli UMNO dan orang melayu berasa malu hendak kata ia ahli UMNO.

Salam

Anonymous said...

Salam sayang Dato - orang muda sekarang agak jarang sayang kepada yg lebih tua yg sudah lebih lama makan garam dan mencurah bakti.

Kadang-kadang bila dah tak ada orang tua barulah terasa rugi dan kehilangan bahu yang tua yang sanggup memikul beban yang tak semua orang yang dah lanjut usia sanggup buat dan terus berkorban.

EGO PAS terbukti lebih besar dari JIWA AGAMA yang mendidik perjalanan panjang seorang bergelar ulama bukan hanya di dunia malah bila pada satu masa nanti berhadapan dengan yang empunya segala-galanya.

Begitu lah besarnya EGO PAS, yg mengaku dididik dengan HAK mutlak menentukan batas HALAL dan HARAM, beralaskan kurang makan dan banyak sembahyang MALAM.

TAPI agak malang, EGO dan KEBENCIAN PAS terhadap UMNO lebih besar dari perasaan SAYANG mereka terhadap kafir HARBI, yang jelas lagi nyata menentang dasar pembentukkan NEGARA ISLAM.

Yang terang tanpa perlu bersuluh, PAS sedang diuji dan mendapat ujian berat yang ada diantara mereka sedar dan ada diantara mereka sedang tenggelam dengan perasaan takjub terhadap kemenangan yang mereka baru dapat rasakan setelah 50 tahun berjuang.

MUNGKIN ada kebenaran bahawa KEMENANGAN mereka adalah berpunca dari kuatnya USAHA mereka berganding bahu dengan DAP, tapi MUNGKIN juga KEMENANGAN ini adalah penghujung satu perjuangan yang berasaskan ILMU dan AMAL yang benar dan berasaskan menegakkan yang HAK dan melawan yang BATIL, beralih kepada perjuangan yang BERINTI KEBENCIAN terhadap UMNO dan MENYANJUNG KASIH terhadap sikafir.

Contoh dari zaman berzaman sudah cukup banyak, PAS hanya memainkan perananan dalam sandiwara, kejatuhan sebuah PARTI ISLAM dimerata pelusuk dalam dunia, apabila asas dan dasar perjuangan berubah dengan hanya menyimpan KEBENCIAN.

PAS sebagai sebuah parti walaupun dilaungkan mempunyai dan menjadi tarikkan kepada kaum professional MELAYU ISLAM, sudah begitu lama GAGAL dalam mencernakan sebuah PEMERINTAHAN ISLAM, GAGAL merumuskan sebarang DASAR yang dapat membantu ISLAM malah lebih jelas lagi GAGAL memerintah. DASAR PENEGGAKAN HUKUM ISLAM menjadi pancing umpan untuk menarik perhatian PENGUNDI MELAYU ISLAM, tapi tidak kekal sebagai DASAR perjuangan apabila Naib Presiden yang dikatakan seorang yang bijak pandai, disergah oleh seorang benggali tua terus membuat pernyataan pembetulan "Hanya boleh ditentuka oleh barisan pemimpin dari pembangkang".

Begitulah nasib PAS, dalam tangan seorang Naib Presiden yang bakal kehadapan untuk mencalonkan dirinya untuk jawatan Timbalan Presiden, yang kelmarin berkokok sebagai ayam jantan berani berak sekali lagi, dengan statement "straight to the point".

EGO PAS yang berinti KEBENCIAN terhadap UMNO sudah melenyapkan cita-cita seorang ULAMA untuk mencerahkan perpecahan sesama ISLAM, sehingga seorang Presiden tua, yang berdiri sebagai seorang ULAMA, kini harus menarik balik cadangan yang masih dipertahankan, dalam menghadapi serangan kumpulan yng benar-benar mati balik hidup penuh dengan KEBENCIAN terhadap UMNO.

Perbuatan jahat PAS sudah dapat dilihat oleh setiap orang MELAYU ISLAM, kegagalan PAS untuk mengekalkan undi PENGUNDI MELAYU ISLAM adalah titik awal kehancuran PARTI ISLAM tersebut, yang sedang tenggelam dengan EGO dan ujian besar.

PAS tidak akan dapat bertahan lama jika lari dari DASAR PERJUANGAN AGAMA yang sudah begitu lama di perjuangkan. Benar PAS tidak akan hidup lama jika ingin merubah sifat "AIR" nya ke sifat "MINYAK", yang dijadikan perbandingan dengan kenapa tidak akan dapat bersama kemabli dengan UMNO.

Orang yang tak sedar diri memang begitu, bukan satu, dua sudah mengingatkan - tapi sebab sudah tenggelam dengan KEBANGGAAN dan KEBENCIAN, PAS hanya menunggu masa untuk kehancuran

SAYANG - hanya sebab perkataan manis dari ANWAR yang termakan oleh segelintir golongan yang boleh dikatakan pandai dalam PAS, sebuah PARTI ISLAM bakal menemukan kehancuran.

TAPI tidak ada yang akan menititiskan air mata sedih, sebab PAS bukan hancur sebab UMNO, PAS hancur sebab EGO dan KEBENCIAN seorang mursyid tua, yang tidak diberikan kesedaran lagi dipenghujung usia.

Apakah DAP akan turut menangis, atau apakah PKR turut berkabung, yang pasti DAP akan mendirikan plak kejayaan menghancurkan sebuah PARTI ISLAM dan PKR akan merayakan kemasukkan saki baki orang PAS dalam PKR yang ingin menjadi LIBERAL.

Salam Perjuangan - OrangBaruLahir

Anonymous said...

Salam Dato'

Tak perlu kepada kerjasama ini sebenarnya. Apa yang perlu adalah dua parti Melayu/Islam ini untuk matang dan kembali kepada perjuangan asal masing-masing dalam membela orang Melayu dan Islam. Bila mereka ini betul dah kembali kepada perjuangan asalnya, InsyaAllah apa-apa yang berkaitan dengan kebaikan Melayu/Islam akan ada kerjasama itu secara sendirinya. Ini sekarang nak bekerjasama nak kena ada syarat itu syarat ini. Satu syarat saja kena ada. Niat kerana Allah. Itu saja. Tapi sekarang ini baik PAS ke UMNO ke dua-dua pun penting politik saja.

Entahla. Moga dimudahkan Allah untuk ujian terhadap umat Melayu/Islam pada kali ini.

YangMengarut

nur mohd nidzam said...

Salam Dato,
I am very impressed with the comments of Nurul Farhana, I think she made a lot of sense.the solution must be unity of all malysian under an islamic leadership.PAS pernah masuk Perikatan dan rest is history, why would PAS want to repeat history?PAS has now got the support of non Muslim who were afraid in the past,so PAS should be in no urgent need to join BN. Instead it is umno who is dire need of help,any talk of unity must involve all parties connected to PAS, we must remember PAS won a lot of seats with the help of non Muslims, they are getting closer and closer to us and we should never do anything that will betray their trust.If umno needs any kind of unity it must be done on mutual interest of all and above all interest of the nation.Umno"s problems are all self created,corruption and abuse of power is the main reason people of all races abandon it and recent development in the party suggest it is incapable of correcting itself, so if PAS joins it with the reason malay unity means PAS is joining the corrupted and rejected.PAS is right to make demands that important post must be given to PAS to correct all the wrongs in the administration.Umno cannot simply aspect PAS to rescue it in the excuse of malay unity.

Zainal Kechil said...

Dato;

Kapada komen sdr sajuni dan Khairul pasal TS Mahayuddin naik kereta Roll Royce.Bagaimana saya berharap semua orang Melayu mempunyai fikiran saperti saudara.Senang lah kita memerentah negara ini dan UMNO akan menang 100%.

Apa ada saudara pernah lihat gambar Abdullah Badewi memegang bahu Michel Yeo di upacara Mansoon Cup di Terangganu.Tok Imam di mesjid Tasek Geludor dekat Kepala Batas hampir pengsan bila saya tunjok gambar itu.

Kereta Roll Royce yang Mahayuddin naik bernama silver shadow.umornya hampir 25 tahun.Sekarang jikalau hendak dibeli harganya tak sampai $50,000 ringgit.Kereta itu milek ketua menteri.Dia ada lagi empat kereta Roll Royce.Semua model lama.

Soalnya masaalah persepsi raayat.Kereta itu di samakan dengan kaum bangsawan dan orang kaya2.Jikalau kita hendak mendekati raayat,tak payah lah menunjok.Saya tak tahu bagaimana raayat perasaan Raayat Serawak.tapi jikalau kita naik kereta itu pergi pekan Pendang,semua orang akan tengok kita.

Jikalau kita hendak dekati raayat,buat lah apa yang raayat suka,jikalau tidak tak payah jadi wakil raayat.

Yang hairannya kenapa akhbar UMNO"UTUSAN" sahaja yang menyiarkan berita itu dan NST dan STAR tak ada,Pelik

Bagaimana kita hendak meyatukan UMNO dengan PAS.Pemimpin PAS,Nik Aziz dan Hadi Awang maseh tinggal di rumah kampong semasa menjadi MB.

MB Umno saperti Ali Rustam,Adnan Yaakop,Tajol Rosli,Tinggal di rumah Resmi,Rumah Batu Besar.Raayat hendak masok pun takut.

Ahmad said...

Jika nak kerjasama eloklah atas dasar Islam, bukan dasar Melayu kelas atasan seperti yg diamal Umno kini. Kenapa kita harus takut kepada orang kafir dan berani melawan Allah SWT! Sepatutnya kita takut kpd Allah dan berani dgn orang kafir....

manletih said...

"Cabincabina said...

Salam Dato'

Mustahil bagi saya untuk UMNO dan PAS mengadakan kerjasama walaupun untuk 100 tahun yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai prisip yang jelas bertentangan."

Apa dalam perlembagaan PAS dan UMNO yang jelas bertentangan? Tolong huraikan. Mungkin ada yang saya tidak tahu.

Harapan saya, fahamilah perlembagaan UMNO dan PAS sebelum buat kenyataan sebegitu dangkal.

Dalam politik tiada yang mustahil. Bak pepatah politik, hanya Al-Quran sahaja yang tidak boleh diubah.

*manletih*

Anonymous said...

Salam Dato',

PAS mempunyai pengalaman 5 dekad sebagai parti pembangkang. Sejak tiga dekad kebelakangan ni saya rasa UMNO layan PAS seperti parti warga kelas 2; ugut, ganggu, perlekeh. Semua layanan UMNO itu menjadikan PAS semakin yakin dengan diri mereka; umumnya mereka tak takut susah kerana mereka tak pernah rasa senang.

PAS telah dan sedang melalui transformasi daripada sebuah parti pak haji dan pak lebai kepada parti broad base meliputi pak lebai, pak tani, peniaga sehinggalah profesional. Orang2 yang sekaliber Salahudin, Husam, Hassan Ali, Mujahid, Hatta semakin ramai dalam PAS manakala golongan guru dalam UMNO semakin kurang kerana semakin ramai orang bisnes mengisi pimpinan parti.

Walaupun matlamat UMNO dan PAS hampir sama namun UMNO dan PAS adalah ahli-ahlinya sebagaimana Islam adalah orang-orang Islam. Atas premis itu saya rasa amat sukar untuk PAS bergabung dengan UMNO tetapi adalah lebih mudah untuk orang UMNO menyertai PAS. Kamaruddin Jaafar dan Hassan Ali cepat mendaki hiraki kepimpinan PAS tapi Ustaz Nakhaie masih terkial-kial dalam UMNO (Kesian dia kerana terpaksa menjadi jurucakap Islam Hadhari...). Saya tak tahu apa khabar Ustaz Awaluddin sekarang (masih hidupkah beliau?).

Saya fikir lanskap politik negara, khususnya UMNO, akan amat berbeza sekarang sekiranya tidak ditutup pintu untuk Anwar kembali kepada UMNO dahulu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..

Dato',

Sementara kepimpinan UMNO semakin tertutup, elitis dan feudalistik kepimpinan PAS masih terbuka dan merakyat. Inilah faktor yang saya fikir menyukarkan mereka bersimbiosis apatah lagi untuk bersatu. Allahu a'lam.

Pak Hj JB

pakbelalang said...

Kita telah membaca berbagai komen tentang kerjasama UMNO-Pas.
Marilah kita renungkan bersama untuk mencari jalan bagaimana hendak memperbaiki dan merapatkan silahturrahim antara umat Melayu dan fikirkan yang terbaik untuk masa depan anak cucu kita.

Pertelingkahan politik yang berterusan tidak membawa apa-apa faedah kepada bangsa Melayu cuma ianya akan membawa sengsara.
We will become a "failed race" living in a "failed state".

Kita tidak ada pilihan lain melainkan mesti menerima hakikat bahawa kalau kita tidak bersatu kita akan hancur bersama. Sama ada kita berpihak kepada PAS atau pun UMNO.

There must be a win-win situation for both parties.

abdullahngah said...

jika kerajaan perpaduan yang lemparkan oleh Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang itu macam PAS masuk BN dahulu, alangkah bodohnya PAS.

Dan jika Umno tidak menerima cadangan itu maka alangkah bodohnya UMNO.

alangkah Bodoh UMNO, kerana PAS yang hendak masuk semula kedalam BN sangat menguntungkan UMNO dan kerajaan sekarang.

Betapa bodohnya hendak sekongkol semula dengan UMNO/BN yang jadikan rasuah sebagai budaya.

Apakah yang akan terjadi apabila PAS bersubahat dengan UMNO/BN yang jelas dan nyata mengekalkan rasuah yang rosak akidah.

Alangkah ruginya UMNO tolak orang hendak masuk semula dalam BN. Lebih lebih lagi kerajaan sekarang sudah goyah jadi tidak menentu.

Kemungkinan besar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kerusi parlimen milik UMNO bertukar tangan.

Jika kerajaan perpaduan yang dicadang itu difahamkan macam PAS Mauk BN dahulu.

Mungkin kerajaan perpaduan yang dicadangan oleh presiden PAS itu tidak sama macam PAS masuk BN dahulu.

Sebab itu UMNO nampaknya kurang berminat, semacam tidak yakin atau macam batuk ditangga sahaja.

ianya tiada sebarang resksi dari Anwar Ibrahim yang pintar dalam bacaan politik kini.

Orang PAS ada yang terkejut besar dengan cadangan itu, termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Husam Musa, anak ulamak umno Kelantan memang tidak berminat langsung apabila sebut kerjasama PAS-UMNO.

Dia kenal Umno dari ujung rambut sampai ujung kaki. Demikian juga Menteri Besar kelantan itu.

Datuk Seri Presiden tiada pengalaman, kecuali Datuk Mustafa Ali yang pernah jadi timbalan menteri.

Orang yang pengalaman sudah tentu tidak mahu rujuk kembali dengan Isteri tua yang cerai faskh.

Adalah lebih baik berkahwin dengan anak dara,walaupun bekas perempuan simpanan UMNO, kerana berhasrat untuk mencari kebenaran dan keadilan.

Umno namapknya tidak ada niat untuk berlaku adil walaupun guna motto rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan konon.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Kenapa hebuh sangat pasal unity ini Datuk? Kebelakangan ini saya nampak kepimpinan PAS seolah-olah 'hemoi' sangat atau hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Pemimpin UMNO buat pekak badak sahaja.

Saya berpendapat, isu ini di ketengahkan oleh sesetengah pemimpin PAS hanya kerana disebabkan pemilihan parti tak lama lagi. Itu sahaja. PAS dan UMNO tidak akan tidur sebantal lagi. Apa yang kita dengar hanya retorik semata.

UMNO akan respon sekiranya kegagalannya untuk membentuk kerajaan dalam PRU 13 akan datang sekiranya benar-benar rakyat menolak UMNO dan BN amnya. Itu pun kalau PAS mahu 'berhemoi'! TG Nik Aziz tentu akan ada alasannya (kalau umur panjang?). Tak usahlah kita berangan-angan tengok kerajaan unity dalam waktu yang terdekat ini.

Lebai Malang.

pakbelalang said...

Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

Go, go, go !!

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Mencelah Dato',

Ngapelah Pakbelalang tak dapat bezakan antara pejuang-pejuang UMNO dulu yang ada ruh Islam dengan pejuang-pejuang (luarnya nampak kebangsaan untuk kaburi British, namun di dalam hati mereka pejuang agama, bangsa dan negara tulin. Sedangkan pejuang-pejuang UMNO hari ini JAWAB sendirilah... kalau dah anak-anak muda boleh menilai, maka tak kan sang tuanya ketinggalan KAYU UKUR PIAWAIANnya. Atau terjatuh kaca mata bingkai hitamnya kah..?

Omong-omong pak, kita perbetulkan hala tuju perjuang politik Malaysia agar semua orang boleh berjasa demi agama, bangsa dan negara. Janganlah menidakkan orang lain untuk memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan masa depan umat Islam dan bukan Islam. Negara ini ramai pemimpin yang berbakat. Jangan matikan bakat mereka dengan KONSORTIUM POLITIK yang berjasa untuk kroni dan teman sebantal sahaja. Pesan saya HENTIKAN PEMBUNUHAN HANG-HANG NADIM MELAYU DAN PATRIOT NEGARA BUKAN MELAYU. Merekalah pewaris sejati negara ini, kerana amanah, kebenaran dan kejujuran mereka.

Pakbelalang mesti mencari, mengumpul dan mendidik HANG-HANG NADIM BANGSA INI. Maaf jika bicara terkasar bahasa..ampun maaf pengubat luka di jiwa kita.

Dungun
MALAYSIA

kijangbakti said...

salam dato'

saya bersetuju dengan kerajaan perpaduan. Ia mesti melibatkan bukan hanya parti PAS sahaja tetapi parti-parti lain iaitu PKR dan DAP.

Sudah tiba masa kita merubah sistem politik yang ada di Malaysia. Biar wujud perbezaan yang jelas antara PARTI dengan KERAJAAN.

Kerajaan baru Israel menjemput lawan mereka untuk menyertai kabinet baru.

Kerajaan Jepun sering bertukar pemimpin tetapi keadaan ekonomi dan negara mereka tetap stabil dan maju.

Jadikan kerjasama antara parti untuk kepentingan negara. soal berebut dalam parti itu perkara dalam parti sahaja. Saya rasa dah tidak sesuai perkataan bila sebut UMNO lemah bermakna seluruh orang melayu lemah dan menuju keruntuhan. Sama juga dengan PAS bila PAS kalah bermakna Islam makin lemah.

Apa yang penting untuk dipertahankan adalah perkara dasar dalam Perlembagaan sama ada yang tertulis atau tidak. Ia mesti dijelaskan sejelas-jelasnya dan semua pihak hendaklah menerimanya.

Hak kaum Melayu janganlah di sentuh dan dipertikai. Hak kaum lain mesti dihormati.

Sama-sama memajukan negara

wassalam.

Belacak said...

YBHG Dato' AKJ

Saya ingin mengulas komen Dato' Hussein Merbok yang mengatakan PAS bukan parti Melayu tetapi parti Islam.

PAS sebenarnya bukanlah parti Islam kerana hierarki Islam adalah mengatasi politik kepartian. Untuk memperkatakan Pas memperjuangkan Islam pun tidak. Pas hanya meletakkan Islam keparas yang paling rendah dengan menjadikan Islam sebagai baahan komoditi.

Lihatlah apa yang pemimpin PAS buat masa ini yang hanya memperjuangkan Toyota Camry, membela pengamal seks bebas, mendakwa tuhan mencarut, skandal poligami, memfitnah, berbohong dan bermacam lagi.

Lihat sahaja didalam akhbar PAS, Harakah dimana fitnah/tuduhan (yang belum tentu betul) terhadap DS Najib menjadi front-line setiap hari berbanding dengan isu orang Islam yang nak dimurtadkan sudah menjadi berita yang sepi.

alang said...

SAlam Dato. Kini PAS sama ada suka atau tidak semakin terpinggir dari arus Politik Semasa. Kes2 percakaran dalaman sesama ahli semakin heboh diperkatakan. Malangnya kes2 ini yakni percakaran sesama ahli tidak dibenar siarkan oleh lidah rasmi PAS iaitu HARAKAH. Ini secara tidak langsung menjatuhkan kredibiliti PAS sebagai sebuah Parti yg kononnya bersih dan bebas untuk bersuara sesama ahli.

http:www.mildseven97.blogspot.com

Republican Reds said...

Saya rasa perkara ini tidak akan berjaya kerana perbezaan ideologi dan persaingan undi melayu oleh kedua-dua parti tersebut.

ZURICH AL Qaaf said...

SALAM.. UNTUK TOK SEKELUARGA..

PAYAH SIKIT BILA PAS INI BOLAK BALIK
SAYA PERNAH DI AMANAH MENJADI MEDIATOR..TAPI GAGAL...

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri sekalian,

Di banyak negara, khasnya Israel, kerajaan campuran ditubuhkan kerana tidak ada parti yang mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan secara sendirian.

Itu kerajaan campuran, bukan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan ini selalunya diwujudkan selepas pergaduhan atau krisis besar.

Maka parti-parti yang bersaing melupakan perbezaan dan persaingang untuk menubuhkan Unity Government.

Jadi kita jangan keliru.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'

Di Amerika pun orang kafir dan bintang filem mengaku bersalah keluar dengan wanita yang bukan isterinya. baca keratan berita ini.

"Jon & Kate Plus 8 dad Jon Gosselin is admitting he "showed poor judgment" by leaving a bar at 2 a.m. with a mystery woman and without his wedding band -- while his wife Kate was across the country promoting a book.

"Like most people, I have male and female friends, and I'm not going to end my friendships just because I'm on TV," the dad of 8 tells Extra. "However, being out with them late at night showed poor judgment on my part.

See photos of the biggest celeb scandals.

"What makes me sick is that my careless behavior has put my family in this uncomfortable position," he continues. "My family is the most important thing in my life and it kills me that these allegations have hurt them."

Tapi di Malaysia parti Islam (kononnya) boleh sokong Adun bukan Islam yang bersekedudukan dengan lelaki Islam.

Kalau Umno korup saya rasa Pas lagi teruk. Umno korup duit tapi Pas korup otak dan boleh dengan mudah interpretasi Islam untuk tujuan undi.

Jadi, pakat tak pakat sama saja. Kita jaga lah anak bini kita sebab pemimpin Melayu/Islam dah tak ada arah tuju, sudah sesat.

Alimun

Rammers said...

Datuk AKJ

Saya no komen Datuk tetang polemik ini saya percaya ia tidak akan berlaku. Apa yang saya harapkan UMNO/BN akan menang di penanti..ia amat penting bagi survival Umno/BN sendiri.

kluangman said...

Elok kedua duanya tidak bergabung sebaliknya duduk semeja dan menyelesaikan beberapa isu untuk kepntingan Islam.

Jika duduk semeja ini dapat dibuat setiap bukan, saya percaya pertentangan politik antaranya tidaklah sampai maki hamun dan fitnah dan mudah diadudombakan oleh pihak lain secara terbuka.

Dengan perhubungan yang baik sahaja, segala masalah dapat diselesaikan.

Penyokong kedua dua pihak harus menyumbangkan sesuatu yang positif, jika banyak sangat ungkitan atau negatif, berdiam adalah cara yang lebih baik.

Jika masing2 merasa begitu hebat dan maksum memang sampai bila2 pun tidak ada titik perhubungan yang baik.

Tetapi jika ingin terus bercakaran, silakanlah dengan ungkitan dan tuduhan dan 1001 alasan dan logik masing2. Iblis syaitan setia dan sedia menjadi rujukan.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya amat bersetuju dengan Dato' bahawa secara logiknya adalah lebih tepat bagi Pas berkerjasama dengan Umno/BN daripada berpakat dengan parti2 di bawah Pakatan Rakyat atas sebab2 berikut:

a) PR adalah satu gabungan yang longgar dan tidak kukuh.Ia dibentuk atas tujuan yang satu iaitu untuk mengalahkan BN dalam PRU sahaja. Tapi setiap gabungan sebenarnya mempunyai matlamat dan pendirian masing2 (samada yang tersurat atau yang tersirat) apabila dapat tampuk pemerintahan. Oleh itu tidak mustahil jika selepas ini mereka akan pergi haluan masing2. Perkara ini dah mula nampak dikesemua negeri di bawah pemerintahan PR,kecuali di Kedah.

b) Matlamat perjuangan Pas dengan Umno tidak banyak bezanya dari segi untuk menegak syiar Islam, kecuali pendekatannya sahaja agak berlainan sedikit. Ini boleh diselaraskan jika mereka sama2 berjuang untuk matlamat yang sama.

c) Pas tidak perlu kuatir tentang pemikiran dan pendirian parti2 lain dalam BN dari segi perjuangan syiar Islam kerana selama ini pun Umno memang parti dominan dan parti2 komponen BN lain sentiasa menghormati pendirian Umno dalam soal Islam.Ini berbeza dengan PR yangmana DAP tetap menentang Pas dalam soal menegak syiar Islam. Manakala PKR pula bersifat lalang yang tidak boleh diharap langsung.

2. Yang penting sekarang ialah Pas mestilah jujur untuk bekerjasama dengan UMNO/BN.Jangan ada syarat yang bukan2 seperti merebut dan menetap jawatan2 Menteri tertentu dsb. Biarlah itu urusan hak mutlak PM untuk menentukan.

Selamat Bersatu UMNO(BN) dan Pas demi untuk masa depan Agama dan Bangsa.

pakbelalang said...

MIC man likely to be new Perak speaker
By : M. Husairy Othman

Datuk Dr S. Vasan, said to be Samy Vellu’s blue-eyed boy, is one of the front-runners for the speaker’s post.

comment:

I don't think it will be a good idea to appoint Dr Vasan who is being recommended by Samy Vellu.

As the whole world knows, Samy Vellu is no more popular among the Indian community especially the grassroot MIC members. In fact, the Indians just hate him. That is a fact.

So by appointing Dr Vasan just to please the Indians is a wrong political strategy for BN. Samy Vellu is a liability to BN.

I think BN component parties must pressure Samy Vellu to step down soonest possible or kick out MIC if there is no change in leadership. There are few other Indian-based political parties which can be considered to be member of BN component party.

Why UMNO is not brave enough to appoint a Malay to be the speaker? Enough of pleasing others when you know you could not get support from them.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Dengan ikhlasnya, saya ingin memberitahu "manletih" bahawa Perlembagaan PAS ialah al-Quran dan al-Sunnah; sementara Perlembagaan UMNO ialah perlembagaan yang berdasarkan sekularisme. Fikirkanlah sendiri akan perbezaan antara kedua-dua perlembagaan tersebut.

"manletih" tentu akan marah kepada saya sekiranya saya memberitahu "manletih" bahawa ulama PAS sekali-kali tidak sama dengan ulama UMNO; bahkan jangan terperanjat kalau saya mendakwa bahawa dalam UMNO, tidak terdapat walaupun seorang ulama Rabbani; tetapi semua ulama PAS merupakan ulama Rabbani.

Wassalam. Pohon maaf daripada saya yang benar.

TRY_CREATE said...

1. Kalau ada konflik interest semua tak jadi.

2. Jangan asyik berpolitik angan-angan mat jenin. Bekerjalah menterjemahkan kek DEB sama rata terutamanya KAUM MINORITI BUMIPUTERA SARAWAK. Kek kami dalam DEB hanya manis di bibir.

3. Contohnya untuk memohon nak jadi cikgu supaya dapat bekerja mengikut lokaliti ekoran kekurangan guru pedalaman di belaga pun tak dilayan, yang banyak guru daripada luar. Ini kan pula nak bercita-cita berkhidmat dalam sektor kerajaan yang lain, yang rata-rata diambil bumiputera majoriti.

4. Sungguh kek DEB tidak sampai ke penduduk asli/bumiputera minoriti.

5. Usah nak cakap kerjasama UMNO-PAS. YANG PENTING ADIL DAN SAKSAMA DENGAN TIDAK MEMBUTA TULI DALAM SEMUA KEADAAN (WIN WIN SITUATION)

Nik said...

Dato' Said;

"Kerajaan perpaduan ini selalunya diwujudkan selepas pergaduhan atau krisis besar.

Maka parti-parti yang bersaing melupakan perbezaan dan persaingang untuk menubuhkan Unity Government."

Pakatan sebegini rupa cuma boleh diadakan jika pemimpin pihak pihak terbabit boleh "see eye to eye". Itu lah sebabnya Hj Hadi telah kata bahawa cadangannya telah dibatalkan apabila Najib jadi PM....

Ini sebab pemimpin PAS lebeh rapat dengan Anwar Ibrahim daripada Najib.....
Anwar pula tak boleh "see eye to eye dengan Najib" sedangkan Najib pula lebih suka menjauhkan dirinya dari pemimpim pemimpin PAS. Jadi? Apa nak jadi jadilah.......

Lagipun, mereka curiga dengan Najib melihat pada taktik Najib di Perak. Takut nanti Najib akan Hijack pengundi PAS dengan mengguna taktik saperti diPerak.

Husam Musa dan kumpulan pelapis pas yang lebeh muda dan berprofessional mungkin akan berjaya mengambil alih kuasa orang Melayu dari UMNO.

D'Rimba said...

Bergabung dengan syarat Islam diutamakan dalam segala hal bukan barat sini sana seperti sekarang. Atas alasan pelbagai kaum yang Muslim majoritinya Islam kurang diutamakan sebaliknya terus tegar melaksanakan acuan barat bahasapun barat....Alahai PPSMI dan bahasa pengantar universiti kenapa masih tidak tukar kepada bahasa Melayu ada hati mahu bergabung dengan parti yang perjuangkan Islam. Bahasa sendiripun masih tidak larat untuk dimartabatkan......Pak Lah bukan penyebab segala kegagalan dan jangan terlalu mudah mengeluarkan fakta, sesungguhnya beliau menjadi mangsa tinggalan perlaksana PPSMI dalam parti itu sendiri. Terlalu banyak tahi-tahi lembu ditinggalkan akhirnya sapi yang cuba perbaiki kesilapan dapat nama busuknya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum Belacak dan mereka yang sefahaman dengannya,
Saya berasa amat kasihan terhadap anda yang masih belum mendapat hidayah Allah SWT. Maka saya dengan ikhlasnya bermohon ke hadrat Allah SWT:
"Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani: Kasihanilah Belacak dan mereka yang sefahaman dengannya; hidayahi mereka dengan kebenaran-Mu ya Allah. Jadikanlah mereka, insan yang bertaqwa kepada-Mu. Bukakanlah hati mereka agar mereka berdaya menerima kebenaran; mudah-mudahan mereka mampu membezakan antara yang haq dengan yang batil.
Ya Allah,ampunuilah kami. Jadikanlah kami insan yang pasrah hanya kepada-Mu; tiap gerak-geri kami hanya untuk-Mu."

Wassalam. Pohon maaf daripada saya.

Mustapha Ong said...

Salam Datuk KJ,

Lagi-lagi cerita lama, mana mungkin terjalin kerjasama UMNO/PAS. Kedua-dua parti mengamalkan dasar perjuangan kepentingan Melayu dan agama Islam. Nak tidur bersama di satu katil adalah mustahil dan tidak mungkin kut, dan sudah tentu bermimpi dan angan-angan yang berlainan.

Lagipun tidak mungkin UMNO nak keluar daripada pergabungan Barisan Nasional? Mana nak letak parti-parti komponen yang lain? Oleh yang demikian konsep berkongsi kuasa politik ala carta Barisan Nasional perlu diperkukuhkan dan diteruskan dengan lebih adil dan saksama.

Kerajaan Perikatan dahulu dan kini Barisan Nasional pernah berangan-angan untuk menjalinkan perhubungan kefahaman politik yang lebih mesra dan intim, tetapi telah gagal mencapai persetujuan yang jitsu.Kini selepas 52 tahun bermain politik serta menyalahgunakan fitrah Islam, orang Melayu sendiri telah merasa bangsa nya telah terancam daripada tekanan dan permainan politik fitnah memfitnah, kafir mengkafir sesama bangsa dan agama dan kini tertekan oleh Pakatan Rakyat yang telah diperalatkan oleh bangsa lain yang semakin mencabar.

Kita membicarakan soal kepentingan mengekalkan kuasa politik mutlak bangsa Melayu seperti telahpun digarantikan dibawah Perlembagaan Persekutuan dan juga dipersetujui oleh kaum majoriti Cina dan India. Pada keseluuruhan nya Cina dan juga sebilangan kecil India telah berjaya dalam bidang membangunkan sektur ekonomi negara.Mereka telah cuba memastikan perjanjian mereka bahawa kaum Cina dan India tidak akan mencabar dan cuba menggulingkan kuasa mutlak bangsa Melayu, seperti telah dijanjikan ketika kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Pada peringatan saya yang terdiri daripada warga mas yang berumur melebihi 65 tahun, kuasa politik Melayu telah merosot selepas tahun PRU 1969 dan juga pada tahun 8 Mac,2008 dengan begitu ketara. Jadi akibatnya bukan sahaja kedudukan bangsa Melayu terancam, bangsa Cina yang memainkan peranan pembangunan ekonomi telah juga terancam di sambil orang India telah dipinggirkan. Pada soal pokok nya, "kenapa pula kita orang Melayu menyalahkan bangsa yang lain, sedangkan rumah kita sendiri telah tergoncang oleh tsunami politik yang penuh dengan unsur-unsur fitnah, rasuah dan permainan wang politik yang menyeluruh?"

Apabila bangsa Cina dan juga sebilangan kecil orang India (yang ada kepentingan persendirian), mereka telah berbangkit untuk mencabar kuasa dan kepentingan bangsa Melayu melalui proses politik perkauman yang diutamakan oleh PKR dan DAP khususnya. PAS dilihat hanya berjinak-jinak dengan PKR dan DAP atas "percubaan hangat-hangat tahi ayam yang tidak serius".

Akhirnya yang rugi adalah bangsa Melayu sendiri, tetapi masih tidak bertaubat dan memperakui kelemahan jatidiri dan keangkuhan yang terlaluan dari pandangan bangsa sendiri oleh penduduk desa dan kampung.

Pada ketika ini, alhamdulillah PM Najib Tun Razak dibawah kepimpinan beliau telah berani mengubah sikap mental, emosi dan perasaan bangsa Melayu agar "berubah sikap dan terima kenyataan bahawa orang Melayu tidak boleh berjaya di dalam semua bidang, tanpa membuka minda yang lebih bertolak ansur dan kompromi dengan kehebatan orang Cina khusus nya dan juga mempastikan bahawa orang India tidak terus dipinggirkan atau "marginalised" oleh ndisebabkan kepimpinan politik mereka yang lembab.

Justeru itu Konsep 1Malaysia telah diujudkan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia untuk bersatu semula, demi mengkukuhkan perjuangan bangsa Malaysia tanpa mengirakan kaum masing-masing.Jika matlamat ini diterima dan dihayati oleh kita semua sebagai satu bangsa Malaysia yang berdaulat, berdisiplin dengan moral yang tinggi, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar maju dari segi pembangunan pisikal, material dan modal insan yang berintegriti tinggi.

ZK said...

Dato,

Tidak mustahil Pas dan UMNO mampu berbaik-baik demi penyatuan bangsa melayu. Soalnya, ikhlaskah pemimpin-pemimpin mereka???

Eljay said...

Tok Dir,

Dalam keadaan sekarang diMalaysia yang banyak kecanggihan terutama dibidang komunikasi dan ramai orang yang "pandai-Pandai", elok sekiranya nya UMNO dan PAS berNIKAH demi KEMELAYUAN DAN KEISLAMAN untk memastiakn kesinambungan HIDUP anak cucu kita dimasa hadapan di TANAH MELAYU INI.Cina ada negra cina , india ada negara india. Malayu dimana negaranya?

Atan said...

Salam, Datuk;

Rasa saya eloklah PAS di luar BN, menjadi parti Melayu Islam yang membuat check and balance kepada tindakan UMNO dan sekutunya dalam BN. Saya rasa semua orang tahu peranan DAP kepada MCA dan Gerakan (walaupun Gerakan bukan parti Cina) yang di dalam BN itu. Yang satu di luar yang dua di dalam, berbeza ideologi tapi satu matlamat - untuk bangsa mereka.

PAS dan UMNO perlu bertindak secara senyap untuk matlamat yang sama - agama dan bangsa. Biar kita berkocak di permukaan tetapi dingin dan tenang di dasar. Jika DAP-PKR meletakkan calon bukan Melayu-Islam dalam mana-mana PRU atau PRK di kawasan majoriti Melayu-Islam, PAS-UMNO perlu bersatu meletakkan calon Melayu-Islam di situ. PAS sedarkan tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin Islam sebagai pemimpin mereka, UMNO menyedarkan Melayu-Islam tentang perlunya hak Melayu dipertahankan. Sebelum memilih calon, buat analisis di akar umbi, siapa calon pilihan mereka, PAS atau UMNO.

Perpaduan tidak perlu dizahirkan untuk ditonton dan diketahui puak lain kerana perpaduan begitu selalunya tidak ditakuti orang. Buat secara senyap, tidak dapat dibaca musuh kerana menjadi ranjau kepada mereka.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Memang tuntutan Islam umatnya bersatu padu. Dalam hal cadangan penubuhan Kerajaan Uniti setakat yang saya tahu perbincangan hanya antara Presiden PAS dan Mantan PM DSAAB. DSN tidak terlibat dan tiada sebarang ulasan dari beliau mengenainya.Tepatlah pendirian Presiden PAS perkara ini ditangguhkan sehingga mendapat reaksi DSN dan juga pendapat akar umbi PAS.

Yang penting bagi UMNO adalah mengukuhkan kedudukan parti supaya diyakini rakyat untuk berjaya dalam PRU 13.Buat masa ini tidak nampak UMNO mengambil tindakan menyatu padukan parti.Yang nampak adalah singkir menyingkir pemimpin selepas pemilihan UMNO yang lepas dan selepas peralihan kuasa pucuk pimpinan.Yang malangnya setiaplangkah perubahan yang diambil pimpinan UMNO dikaitkan dengan penyingkiran kumpulan yang dikatakan penyokong Mantan PM DSAAB. Secara statistik ini melibatkan 40 MP yang merupai separuh dari MP UMNO diParlimen. UMNO perlu bangun untuk menghadapi realiti bahawa jika tiada usaha dijalankan merapatkan ahli dan pemimpin sebagai satu pasukan dan sebaliknya meneruskan menunjuk sifat akulah yang berkuasa , kekuatan parti sekarang tinggal 50%dari apa yang ditinggalkan mantan PM DSAAB. Ini memungkinkan kedudukan UMNO pada PRU 13 merosot kerana UMNO sudah berpecah disebabkan strategi menjaga kedudukan pemimpin dengan menentukan mereka hanya dikelilingi dengan orang yang mereka percayai dan menjauhkan orang yang disyaki taat setia mereka.

Untuk mengatasi masalah yang tersebut diatas DSN perlu mengamalkan dengan segera konsep UMNO adalah sebuah parti yang inklusif dan bukannya parti exklusif.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Petaling Jaya.

borhan said...

Kata bistari dalam politik tidak ada musuh yang kekal, yang kekal ialah kepentingan.begitulah pula dalam politik selalunya tujuan menghalalkan cara. Kata Mao Tze Tong, "if you cannot beat them,follow them". lepas tu bolehlah "cas keting" kalau nak ikut lingo umno kelantan.

Saya sendiri ahli umno tapi saya masih meragui yang umno akan berubah dan akan bersih. Sekarang cakap tentang kerajaan perpaduan pula. Ini hanya gimik politik saja. Dulu pernah terjadi pemuda umno dan pemuda pas mahu berdebat. Heboh satu malaysia. Memang pun mereka berdebat tetapi persembahannya macam show raja lawak saja. Ketua Pemuda UMNO berpakaian macam pak lebai pas: kain pelekat, baju melayu dan kopiah putih atas kepala. Ketua Pemuda PAS pula berpakaian macam perwakilan yang menghadhiri perhimpunan agung umno : persalinan melayu selengkapnya (pakai keris ke tidak - tak ingat).
Ha ha ha ha ha sekarang satu lagi lawak : Kerajaan Perpaduan Melayu pulak.

Wan Shamsudin said...

Salam hurmat AKJ;

Dalam dunia politik dan 'berpolitik', macam macam bolih jadi, diluar 'expectation' kita.Ya, secara peribadi saya amat senang jika ada kerjasama antara Umno dan Pas. Ini bukan hanya menguntungkan Umno, tetapi juga Barisan Nasional.

Soalannya, ialah apakah masing masing rela membelakangkan 'ideologi' dan 'perjuangan' parti parti tersebut?

Apakah matlamat 'perjuangan' sebenar semua parti parti politik yang ada di Negara kita? Bukankah perjuangan asal ialah demi Negara dan Rakyat, keamanan Negara dan kesejahteraan dan perpaduan Rakyatyang berbilang kaum?

Semua dasar dan objektif semua parti politik adalah baik. Orang orang yang main peranan saja TIDAK BAIK. Ada juga yang baik, cuma segelintir saja.Tak kira Parti Politik yang mewakili Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Cuma yang harus kita lihat adalah di segi 'ekstremenya' Pemimpin Pemimpin parti parti tersebut, terutamanya PKR dan DAP.Ini adalah kerana kedua dua parti tersebut ada mempunyai'agenda'lain. Satu mempunyai agenda yang bersifat'dendam' dan yang satu lagi mempunyai agenda yang diamalkan Pemimpin Singapura.

Pas mesti hati hati.Saya yakin kerjasama yang baik adalah UMNO dan BN, tetapi UMNO/BN mesti jujur dan mesti mahu BUANG apa yang TIDAK BAIK.

Apakah perangai Pemimpin Pemimpin UMNO bolih berubah atau bolih diubah? Terlalu ramai yang BODOH SOMBONG didalam UMNO, terutamanya. Apakah mereka bolih jadi sopan santun? Apakah selama ini MEREKA memperjuangkan nasib Rakyat? Terutamanya orang orang Melayu? Jika bangsa sendiri tidak dapat di perjuangkan, bagaimana pula dengan Rakyat jelata yang berbilang bangsa?

Pemimpin Pemimpin UMNO/BN dan PAS semuanya mesti bersikap jujur sejujur jujurnya, barulah bolih cari 'kesefahaman', tanpa kejujuran maka ianya TIDAK akan berjaya.

MEREKA mesti tahu apakah MATLAMATNYA kerjasama tersebut dan untuk APA?

OKJ said...

Salam DAKJ

Cakap tak serupa bikin

1.PAS kata akhbar dikuasai UMNO tidak mengamalkan dasar terbuka dan PAS mengkritik atas bawah. Tapi dalam parti itu sendiri, bila diberi pendapat berbeza oleh ahlinya, terus dipanggil mengadap. Cakap tak serupa bikin. PKR pun marahkan DAP kerana membuat pengumuman terbuka dalam isu TKM1 Penang. Katanya isu dalaman janganlah didedahkan. Komen komen yg sikit kasar akan didelete di dalam blog pemimpin mereka. Cakap tak serupa bikin. Kesimpulannya Parti Pembangkang dah tahu tentang pentingnya KEBEBASAN BERAURAT tetapi didalam UMNO dan BN semuanya nak didedahkan. Pikir pikirkan.

2.Kalau selsema BABI kena cakap selsema BABI, kenapa nak tukar tukar lagi.Katanya walaupun ia virus mutasi dari babi, tapi sekarang cara penyebarannya berbeza. Kalau BABI, BABi juga. Jangan ditukar sekurang kurangnya di Negara Islam termasuk Malaysia. Cakap tak serupa bikin. Dalam Al Quran pun dah kata BABI najis berat, mesti ada benda yg tak kena dan sekarang satu persatu dah dilihat. Tak payahlah nak menegakkan benang yg basah. Kalau Mesir nak hapuskan semua babi di negaranya, kenapa pula kita nak bagi vaksin ke BABI-BABI TEMPATAN kita. Tembak mati jelah kalau BABI-BABI tempatan dapat selsema. Lepas ni janganlah orang Islam nak jadi jaguh lagi dalam isu BABI seperti di Selangor dan Kedah.

3.Adakah benar ada perbezaan siapa yg lebih alim antara Ulama PAS dan Ulama UMNO. Keputusan mufti mufti pun tak nak ikut dan sampai dimaki pula, cakap tak serupa bikin. Dulu lain sekarang lain (juga dah diposkan). Sekarang kafir pun berani mempermainkan ayat Al Quran pun tak berani nak tegur tapi sokong pulak. Isu meliwat, isu boyfriend dalam rumah kenapa senyap je. Alim diukur dari segi rohani (dalaman) dan jasmani (luaran) bukannya Nampak alim alim kucing (Cerai bini no 2 untuk kawin bini no 3). Kesimpilannya bukan sesame manusia yg menentukan kealiman seseorang.. Itu pun tak tahu ke buat buat tak tahu.

4.Banyak sangat yg Cakap tak serupa bikin. SO Kerajaan perpaduan memang susah nak direalisasi sebenarnya dan janganlah mengharap sangat.Kesimpulannan ianya adalah agenda ‘jadi tak jadi ‘ dan ‘tak jadi jadi’. Sekian TQ.

Nik said...

Dato'

Antara Fenomena yang membuat PAS Sekarang berbeza dari PAS dahulu dan juga berbeza dari UMNO Dulu dan Sekarang apabila kita nampak Bangsa Cina dan India mengibar bendera PAS di Pilihanraya pilihanraya kecil baru baru ini. Mereka juga dengan megah memakai T-Shirt PAS. Adakah ini pernah berlaku kepada UMNO disepanjang hayat hidup UMNO? Adakah pernah Ahli MCA atau MIC mengibar bendera UMNO?

Nampak nya "Times are a Changing". Kalau PAS pandai, PAS memang boleh mengambil alih kuasa Bangsa Melayu dari UMNO saperti yang disarankan oleh Husam Musa baru baru ini...

Hj.Din Pattani. said...

Dato Hj.Kadir Hj.Jasin.

Fitnah merupakan dosa yang besar didalam Islam.Lebeh besar dari berzina dan membunoh.

Dianya macam Riba.Orang yang makan pun kena hukom,orang yang tulis buku pun kena,orang menerima pun kena.

Blogger yang membenarkan fitnah di siarkan dan sebarkan juga bersalah besar.Internate sama dengan bercakap,atau mengupat.Ayar Quran khas di turunkan berhubongan dosanya orang mengupat.

Ini lah perbezaan besar diantara UMNO dan PAS.Saya tidak nampak bagaimana hendak di satukan.

Bangun pukul 4 pagi,sembayang tahjud dan renungkan apa yang saya cakap.

Salam.Elok kita saling mengingati saudara kita dalam Islam yang kadang2 kerana kesebokan ia telah lupa mengingati Allah.

Wan Shamsudin said...

Salam hurmat, Dato AKJ;

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, maka kita harus berfikiran positif dan bekerja kuat kearah impian halatuju kita itu.Tanpa berfikiran 'positif' maka kita tidak akan menuju kearah mencapainya cita cita kita tersebut.

UMNO harus kaji dengan dalam sedalamnya bagaimanakah kerjasama sedia ada didalam Barisan Nasional? Apakah TIDAK ada tekanan dan ok saja? Bagaimana dengan MCA, MIC, Gerakan dan Parti yang lain? Apakah MCA jujur dengan tidak minta yang lebih lebih? MIC, pula bagaimana, juga Gerakan.Apakah 'bangsa' berperanan didalam 'demand' mereka?

Jika didalam Parti Parti tersebut pun ada pergolakan dan 'DEMAND' yang gila gila, maka tentunya melibatkan Induknya, iaitu Barisan Nasional.Apabila kucar kacir maka kesannya adalah seperti PRU 12.

Didalam UMNO sendiri pun banyak pergolakan 'ketidakpuasan' yang tidak dapat dikawal,ada yang ketara kelihatannya dan ada yang secara senyap senyap.Kenapa semua ini bolih berlaku? Sebab utamanya adalah 'KUASA'.Pemimpin Pemimpin Parti Parti tersebut, termasuk yang ada kuasa mahu menunjuk 'berkuasa'.Bagi yang sentiasa 'gilakan' kuasa dan mencari kuasa maka mereka ini adalah lebih 'teruk'seperti apa yang kita lihat di Perlis dan Trengganu.

Begitu juga dengan PKR, DAP dan PAS. Mereka pun sama juga, tiada bezanya dengan yang ada didalam Barisan Nasional.PAS masih bolih di hurmati kerana mereka mengelarkan diri mereka Parti Islam, dan semesti berladaskan Al Quran dan Hadith Rasullullah SAW didalam perjuangan mereka. Tapi apakah itu benar benar di perjuangkan olih PAS? Apa yang kita lihat pada dasarnya, TIDAK juga. Merekapun, kerana mengejar KUASA, bertindak diluar 'kawalan'tingkah laku orang orang yang waras. Kerana 'nafsu' mereka menjadi TIDAK WARAS dan kerana nafsu kuasa mereka terpaksa menghalalkan apa yang ditegah olih agama.

Saya kurang yakin dengan PKR dan DAP, walaupun saya pernah kenal dengan DSAI suatu ketika dahulu.Saya kurang yakin PKR bolih memimpin Negara dengan baik.Wakil wakil Parlimen PKR nampaknya banyak yang kurang 'kebolihan' sebagai Pemimpin.DAP? Maaf, saya amat tidak suka dengan ideologi mereka.Mereka 'hanya' mementingkan 'bangsa' mereka sahaja. Tunggu dan lihat apa akan terjadi di Pulau Pinang. DAP gunakan PKR dan PAS, atau PKR gunakan PAS dan DAP?

Kita harus melihat secara positif tentang apa yang berlaku di Perak.Siapa gunakan 'siapa'.Tentunya yang jadi 'tonggol' tidak akan mengaku.Apakah PAS sedar akan semua mainan ini? Siapa yang untung didalam pergolakan ini? Mereka yang gilakan akan kuasa berjuang siang malam untuk mendapatkan kuasa.Apakah semua ini akan menguntungkan Rakyat?Apakah Rakyat mahu melihatkan lakunan ini berterusan?

Saya rasa ada BAIKnya jika UMNO dan PAS dapat berkerjsama.Pokoknya mereka mesti bersikap positif dan jujur. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.Jadilah yang baik itu sebagai tauladan dan yang tidak baik sebagai sempadan.

Janganlah kerana tidak ada persesuaian dahulu maka ianya menjadi'penghalang' untuk kerjasama ini.

UMNO dan PAS mesti JUJUR akan NIAT ini. Jika benar UMNO dan PAS mementingkan perjuangan Bangsa dan Rakyat diatas segala galanya maka saya amat yakin akan kejayaan ini.Buanglah EGO masing masing.

Ramai yang akan menentang tak kira didalam UMNO mahupun PAS.Percayalah, mereka yang menentang itu adalah 'gulongan' yang takut akan kehilangan 'agenda' peribadi dan kuasa yang sedang mereka kejari.

Demi bangsa,agama, perpaduan diantara bangsa yang ada, kemakmuran dan kesejahteraan Negara, maka saya berdoa dan berharap akan 'kerjasama' ini.

Nik Sufiah said...

Dato/

Pas ialah Party orang miskin.Lagi ramai orang miskin lagi ramai penyokongnya.

UMNO party orang kaya/Lagi banyak orang Melayu kaya lagi cepat ia hancor.

Pas akan berusaha meramaikan lagi orang yang alim dalam ugama.UMNO pula mencuba meramaikan lagi orang2 kaya atas nama DEB.

PAS telah beryata melahirkan ramai tokoh sapery>Dr Burhanudin Hekmi,Zulkifly,Hj Fuad,

UMNO pula berjaya melahirkan tokoh saperti Dato Harun Idris,Mokhtar Hashim,Sulaiman Palestine,Nik Kamil.Ada diantara pemimpin inimasok jel kerana Rasuah,

Saya tak tahu atas dasar apa mereka boleh bersatu.Political ideology,survevial atau greed.

Anonymous said...

salam Datuk,

tak payahla kita dok pedeghaih pasal kerjasama ni. BUat perabis air lior jer, takkan jadinya, kita yg bukan pemain mana2 parti jer dok berkhayal nak kerjasama itu dan ini.

Yg sy dok perati penggemar parti Pas ni asyik dgn kebenarannya yg ada dlm Pas sampaikan berdoa pd Allah minta org yg tak sama dgnnya agar ditunjukkan jalan yg diikuti oleh PAS.

Nak tanya betul ker Pas ni dan orgnya dpt petunjuk, dan org parti lain semuanya sesat. Kalu ada prasangka sedemikian dgn kata org bukan Pas tak dpt petunjuk atau tak diredhai Allah maknanya mereka semuanya dah kena tipu dgn ego masing2, itulah berhala yg paling besar dlm diri bila menganggap diri sendiri benar dan org lain tak betul, minta dijauhkan Allah prasangka demikian, sbb itulah syirik yg selalu melanda org Islam.

Satu soklan pd org Pas kalu boleh jawab ler, adakah jika Osama ben laden serta Ayman Al Zahri dtg ke Msia dan tahu Pas ,DAP dan PKR berkerjasama mereka akan kata bahawa sanya inilah pakatan yg dpt mengelakkan diri kena letupan oleh suicide bomber pengikut tegar Osamma, dan adakah mungkin Ossama dan Ayman pun sama2 masuk jadi ahli Pas utk berjuang dgn pakatan rakyat???

Selamat jalan.

pak mat tempe said...

Salam Dato' AKJ,

Pertama sekali saya kurang setuju jika kekalahan UMNO dibanyak kerusi dalam PRU12 disebabkan Pak Lah. Bagi saya banyak sebab2 lain yang yang menyumbang kepada kekalahan UMNO. Walaupun sebagai ketua beliau bertanggongjawab juga tetapi hendaklah dipikul oleh semua kerana masing2 ada menyumbang keatas kekalahan tersebut. Salah satu darinya kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak dunia. begitu juga keputusan menaikan harga minyak domestik. Ditambah lagi oleh serangan TDM keatas kerajaan. Faktor strateji politik Anwar juga menyumbang kepada kekalahan tersebut sebagaimana ditulis oleh Dato'.

Mengenai Unity Government, saya berpandangan mereka sepatutnya bersatu demi kekuatan politik melayu. Kalau kita kuat baru orang hormat. Kurang lah suara2 yang yang mempersoalkan DEB tersebut.DEB memang ada kelemahan dalam perlaksanaannya bukan bererti dasar tersebut tidak sesuai lagi. Tugas kita bersama menjayakannya.

Apa yang sepatutnya menjadi keutamaan ada lah matlamat dan halatuju politik itu sendiri kearah kekuatan dan dominan politik melayu kerana kita adalah majoriti rakyat. parti hanya wadah atau platform perjuangan sahaja.

Jika ditanya PAS dia kata matlamat perjuangannya kearah penubuhan negara islam, UMNO untuk ugama bangsa,negara. Ditanya PKR kerajaan rakyat, DAP Malaysian Malaysia dan seterusnya.

DAP memang menentang dari dulu hingga sekarang dan selamanya penubuhan negara isklam. Kita dah tahu tak mungkin,tidak akan bersetuju dengan negara islam yang diperjuangkan PAS, sehingga Karpal minta langkah mayat dulu.

Persoalannya disini keadaan ini sangat difahami oleh PAS dan PKR dalam PR tetapi mereka masih boleh bekerjasama seolah2 mereka boleh bekerjasama selama2nya. Alasannya atas matlamat yang sama. Pada hal realitinya mereka tak akan boleh bekerjasama secara jangka panjang tanpa masaalah.Andai kata berjaya mereka menuboh kerajaan macam mana. Yakinkah kita ia berjalan lancar. Dalam teori politik dan kuasa mesti ada parti yang dominan barulah politik stabil. Kalau tidak itulah yang terjadi diThailand Kita kena relistik dalam hal ini.

Perbezaan DAP (komponen PR) dengan PAS terlalu besar berbanding common goal dia. ibarat jalan keretapi tak akan ada jalan pertemuan atau lain perkataan satu ketimur satu lagi kebarat. Berbanding UMNO dengan PAS mereka banyak ada persamaan dari perbezaan walaupun approach sedikit berlainan. ugamanya sama Kiblat nya sama, shahadahnya sama, kitabnya sama pendekata menyentuh tentang hal dunia dan akhirat ianya sama cuma cara sedikit berlainan. Itu belum lagi menyentuh hal keturunan majoriti nya sama dan mengamal budaya yang sama.

Atas sebab ini saya tidak faham kenapa mereka boleh menutup pintu untuk perbincangan kearah unity government. Apakah mereka cukup alasan atau kita kurang cerdik sehingga kita orang diluar parti tidak dapat memahami, atau tidak terjangkau oleh fikiran kita sebab2mereka tidak bersetuju. Pandai sangatkah orang melayu kita dalam berpolitik sehingga 'bargaining power' kelompok melayu semakin menurun dan berkurangan atas sebab perpecahan ini.sedar kah kita kedudukan kita dalam ekonomi. bidang2 tertentu, golongan profesional,perniagaan, pelajaran yang masih ditahap yang rendah sebagaimana matlamat asal 30%, (cuma 30% sahaja yang kita minta).Senaraikanlah nama2 mereka yang terkaya diMalaysia tuan punya syarikat gergasi . siapakah mereka dan bagaimana mereka jadi kaya, adakah mereka dari keturunan orang kaya sejak lahir sudah tentu tidak. Dasar DEB adalah salah satu yang menyumbang kepada kekayaan mereka. kita tidak boleh menyalahkan mereka kenapa kaya. sebab mereka memang pandai berniaga dan berpolitik. Tanya mereka saudagar2 kaya ini siapakah kawan golf mereka, kawan baik mereka sudah tentu orang melayu yang berjawatan tinggi dan orang2 politik melayu. Mereka memang pandai didalam hal ini .Mereka syarikat besar ini melantik Chairman atau pengarah kebanyakanya dari pesara2 jawatan tinggi atau pesara2 politik melayu yang masih berpengaruh didalam kerajaan dan pentadbiran. Itu bukan satu kesalahan kerana mereka dibayar elaun sebagai pengarah syarikat dan mestilah ada peranan yang tertentu yang diberikan untuk mereka unutk kepentingan perniagaan syarikat. Ini satu realiti bukan tuduhan.

Peratus melayu dalm bidang2 yang disebut diatas sungguh menyedihkan berbanding non bumi dimana ia menjadi tugas kita bersama menjayakannya bukan kerajaan
semata2. Pelajaran salah satu mekanismanya dan itulah yang dilakukan oleh Tun Razak yang kita nampak hasilnya sekarang.

Jika orang melayu melihat akan
data2 mengenai pencapaian orang melayu dalam semua bidang mereka akan insaf dimana mereka dalam peta ekonomi malaysia dan mungkin mereka tidak sanggup berpecah2.

Oleh itu saya menyeru mereka bersatulah demi menaikan ekonomi melayu. Perjalanan kita terlalu jauh lagi. Bukan kita bersifat perkauman tetapi non bumi yang susah wajib dibantu juga untuk keharmonian kehidupan dan keadilan sosial rakyat Malaysia.

PAS dan UMNO hendaklah Ketepikan perbezaan dan lupakan peristiwa yang lepas kerana situasi sekarang lebih mencabar. Bermuhasabah diri lah setiap dari kita supaya anak cucu kita tidak menyalahkan kita dikemudian hari. Kutuk mengutuk, siapa yang lebih betul atau siapa yang lebih kuat tidak membawa kita kemana2 melainkan kerugian kepada kita. Ambil lah iktibar dari HAMAS dan FATAH. Siapa yang untung. Wassalam

bat8 said...

Dato

Setelah membaca kesemua komen-komen yang ditulis, saya rasa ramai pembahas samada yang menyokong PAS atau UMNO keliru dengan fakta yang penting, apabila membahaskan isu kerajaan perpaduan.

Fakta yang paling penting adalah SEBELUM UMNO(bARU) MEMASUKI SABAH dalam tahun 1992, KEAHLIAN UMNO(BARU) TELAH DIBUKA KEPADA SEMUA BUMIPUTRA SEBAGAIMANA YANG DITAKRIFKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. SEBAB ITU JIKA KITA SEMAK SENARAI AHLI UMNO(BARU) DISABAH, TERDAPAT BUMIPUTRA BUKAN MELAYU MENJADI AHLI.

Fakta - KEAHLIAN UMNO(BARU) TELAH DIBUKA KEPADA SEMUA BUMIPUTRA SEBAGAIMANA YANG DITAKRIFKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Jadi sekarang ini UMNO(Baru) adalah sebuah parti BUMIPUTRA dan BUKAN LAGI PARTI MELAYU SEMATA-MATA! Tindakan TDM membawa masuk UMNO(Baru) kesabah adalah satu tindakan politik bagi menjamin kelangsungan UMNO(Baru) telah menerima tamparan agak hebat dalam PRU tahun 1990.

Now, dimana logiknya cadangan kerajaan perpaduan ini demi kepentingan melayu? Asas perjuangan PAS adalah ISLAM, bukan melayu. Asas perjuangan UMNO(Baru) pasca 1992 pula dah jadi BUMIPUTRA,juga bukan melayu!

kEDUA, memandangkan UMNO(Baru) membuka keahliannya kepada semua bumiputra, dimana logiknya jika pemimpinnya hanya melaungkan UMNO(Baru) berjuang hanya untuk kepentingan orang melayu sahaja?Bagaimana dengan kepentingan kaum bumiputra bukan melayu di sabah yang banyak menyumbang kepada kemenangan UMNO(Baru) dalam PRU 12 lalu?

Harapan saya semoga pembahas tidak melupakan fakta diatas dalam membahas isu yang dibangkitkan oleh DAKJ.

bat8

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).