Wednesday, April 22, 2009

Nota, Anekdot dan Ucapan Terima Kasih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 25 April] -- RAMAI minta komen saya mengenai pemansuhan syarat-syarat DEB. Perasaan awal saya lebih kurang begini (dengan izin).

Unless Mohd Najib and his media handlers come up quickly with a more plausible explanation as to how the Umno-led government proposes to offset the negative effects of these major economic decisions and compensate the Bumiputera majority, the son of the NEP creator could stand accused as the destroyer of his own father's shining legacy.

But the destruction of Tun Abdul Razak’s legacy is nothing compared to the destruction of the hopes and aspirations of the Bumiputeras. Unless they can be convinced that these radical policy changes will benefit them as much as the non-Bumipueteras business community, the prospects do not look good for his people first government.

[UPDATE, 23 April] -- PERDANA Menteri boleh buat apa sahaja dengan peruntukan DEB. Tetapi seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Diutamakan dan Prestasi Sekarang mustahil tercapai.]

[Posting Asal]

SEKALI-SEKALA
elok kita menyimpang dan membuat lencongan daripada isu serius macam politik dan ekonomi. Kita cakap hal-hal yang lebih mudah, tetapi tidak kurang pentingnya.

Mula-mula sekali terima kasih kepada pembaca dan pembahas yang terus melawat blog kita ini. Terima kasih kepada pembahas kerana berbahas dengan saya dan sesama sendiri.

Malangnya masih ada yang menghantar komen menggunakan “anonymous” tanpa sebarang nama (sebenar atau samaran) pada penghujung pesanan. Komen seperti itu, walaupun bagus, tidak akan disiarkan. Susah bagi saya dan pembahas hendak membezakan antara seorang anon dengan anon yang lain.

Ada juga yang hantar bahan secara ‘potong dan tampal’ (cut and paste) tanpa sebarang komen. Pun saya tidak akan siarkan. Atau yang sekadar memaklumkan mengenai blog dan yang bertujuan perniagaan seperti menjual tonik, pelaburan dan seumpamanya.

Terima kasih kepada pengikut (followers) blog ini yang sudah melebihi 400 orang. Baik budi saudara dan saudari membuat pautan kepada blog saudara dan saudari sangat-sangat saya dihargai.

Saudara dan saudari pasti sudah fahami yang saya tidak membuat posting baru setiap hari dan ada waktunya terlambat menyiarkan komen para pembahas.

Saya sengaja berbuat begitu untuk memberi lebih masa kepada saudara dan saudari berbahas. Kedua, saya kena juga buat kerja cari makan. Walaupun sudah lama melepasi umur pencen, saya masih kerja, masih mencarum kepada KWSP dan masih bayar cukai pendapatan.

Satu hal lagi, saya menderita masalah Cervical Spondylosis yang agak serius, yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran bergerak. Kalau ikut istilah P Ramlee, ia adalah reput tulang: “berehat sebentar isteri dah meradang, kerja kuat takut reput tulang.”

Tapi tidaklah seteruk itu. Namun apabila kesakitan ini terjadi, saya terpaksa mengurangkan penggunaan komputer yang boleh memburukkan keadaan.

Doktor kata akibat kemalangan kereta yang saya alami pada tahun 1974 dan diburukkan oleh “repetitive injury” akibat terlalu banyak menggunakan mesin taip dan kini komputer. Apatah lagi tabiat saya menggunakan komputer di mana saja yang sempat – di kedai kopi, dalam kereta, kapal terbang dan atas katil.

Jadi yang muda-muda tu, jagalah badan, jaga kesihatan, jaga posture jangan bongkok dan jangan terlalu lama guna komputer pada satu-satu masa. Kesihatan amat penting.

Namun saya bertuah. Pada usia saya, boleh kata tidaklah banyak sangat penyakit. Ayah saya dah 85 tahun dan emak 80 tahun. Mereka dikurniakan lapan orang anak, 31 orang cucu dan lebih 19 orang cicit. Alhamdulillah mereka terus dalam keadaan yang memuaskan. Sakit tua sikit-sikit tu biasalah.

Baru-baru ini saya balik kampung dan berasa cukup bertuah apabila empat generasi duduk di bawah satu bumbung – ayah dan emak saya, saya, anak perempuan saya dan dua orang anaknya (cucu saya).

Kepada yang muda-muda tu janganlah lupa ibu bapa, nenek dan datuk. Orang tua-tua ni, kalau kita peluk cium mereka atau bagi duit RM50 pun mereka seronok bukan kepalang. Mereka cerita satu kampung. Bukan sangat kerana duit, tetapi kerana kasih sayang dan ingatan kita.

Baru-baru ini ketika memberi ceramah di sebuah agensi kerajaan, seorang pegawai memberitahu yang dia sudah lama tidak baca akhbar kerana katanya, terlalu banyak berita politik yang berat sebelah dan berita sensasi yang melalaikan.

Saya kata, tak elok kalau disebabkan benci berita politik dan berita sensasi kita tidak baca akhbar, kita juga yang rugi kerana kita masih perlukan berita lain yang tidak sensasi.

Saya cadangkan dia buat macam saya. Sejak lapan sembilan tahun ke belakangan ini, saya baca akhbar bermula dari belakang. Bila sampai kepada berita politik, saya berhenti membaca kalau berita itu mengganggu fikiran saya.

Sebenarnya banyak berita lain yang berguna seperti sukan, ekonomi, berita dunia, berita daerah dan surat pembaca sebelum sampai kepada berita politik. Lebih kurang macam masuk rumah jiran ikut pintu belakang.

Saya ada seorang kawan bekas Ahli Parlimen dan Adun Umno. Dia langsung tak baca akhbar atau tonton berita TV. Setiap kali saya ceritakan kandungan akhir, dia berkata: “Aduh, jangan aku tak tahan!” Dia mendapat berita daripada anak-anaknya yang melayari Internet.

Saya rasa kita kena faham dan kena adil. Bukan media massa arus perdana saja yang memihak. Akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket pun berat sebelah. Begitu juga media pro-pembangkang yang lain.

Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tidak mahu lagi gambar beliau dan anggota Kabinetnya terpampang dalam iklan dan billboard. Tapi pejabat beliau sendiri maklum tentang adanya gambar beliau terpampang di sana sini.

Ini kerja kaki ampu dan kaki sabotaj yang tidak ambil kisah bahawa perbuatan mereka itu membuat rakyat jelata jelak dan muak, apatah lagi apabila duit pembayar cukai digunakan.

Di Damansara Utama, berhampiran Kampung Kayu Ara ada sebuah papan iklan besar yang dulunya memuatkan gambar Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Khir Toyo. Habis dibaling dan dilastik oleh budak-budak kampung.

Sekarang ia sudah diambil alih oleh Kerajaan “Pakatan Rakyat” dan disiarkan sebuah iklan berbunyi “kembalikan hak air kepada Kerajaan Selangor.”

Di Jalan Syed Putra pula, gambar Abdullah yang dipasangkan di sebuah gerbang raksasa beberapa minggu sebelum dia bersara turut diturunkan. Harap Mohd Najib tidak membazirkan duit rakyat dengan menampalkan gambarnya pula.

Jimatkan duit rakyat. Jangan pasang poster dan papan tanda jenis “masuk bakul angkat sendiri.” Simpan duit itu untuk buat pilihan raya kecil dan besar kerana itu hak asasi rakyat jelata. Jangan kerana kalah sikit dah nak boikot pilihan raya.

159 comments:

Abgbent said...

Tahniah Datuk di atas tulisan kali ini. Memang saya amat-amat menyukainya. Selain berpesan berkenaan politik, sempat juga Datuk memberikan ingatan kepada saya yang masih muda ini agar menjaga kesihatan dan paling penting meluahkan kasih sayang kepada kedua orang tua saya.

Ingatan itu memang selayaknya Datuk luahkan, apatah lagi sudah berpengalaman di dalam hal ini. Suka juga saya membaca ungkapan RM50 tu apalah nilainya berbanding kasih sayang yang terselit disebalik nilai RM50 itu.

Terima kasih Datuk...

muqay said...

Salam Datuk Kadir,

Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menghargai kami pengikut blog Datuk.

magn said...

salam dato"

u quote

"Saya rasa kita kena faham dan kena adil. Bukan media massa arus perdana saja yang memihak. Akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket pun berat sebelah. Begitu juga media pro-pembangkang yang lain."

entah dah berapa banyak kali org dah komen pasal ayat dato ini, buat sengaja tak faham ke apa?

cuba dato bagitau apa yg dato buat tak faham pasal ayat dato di atas?

Parpu Kari said...

SALAM DATO! PEDAS DAN PADAT DI PENGHUJUNGNYA! ALHAMDULILLAH DATO DIKURNIAKAN DENGAN KELUARGA YANG BESAR. SAYA SETUJU DGN DATO PASAL GAMBAR PM KE 5 YG TERPAMPANG DI MERATA TEMPAT DULU. TAK TAHAN TENGOK MUKA DIA MERATA TEMPAT DATO! NAIK MELUATLAH DATO TGK MUKA DIA! MERATA CERUK DIPASANGNYA GAMBAR MR FLIP FLOP TU DULU! HARAP DS NAJIB, TAK PAYAH LA LETAK GAMBAR MERATA TEMPAT!

Cabincabina said...

Salam Dato,
walaupun saya baru sahaja mendaftar, tetapi saya merupakan salah seorang pengikut setia blog Dato sejak sekian lama. rasanya sudah lebih daripada setahun setengah, saya tidak pernah tertinggal setiap artikel yang Dato posting setiap minggu.Saya menyukai gaya bahasa yang Dato gunakan samada dalam Bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Malahan, Kadang2 saya gunakan artikel Dato sebagai rujukan untuk penulisan saya dalam pembentangan kertas kerja ataupun dalam exam. saya merupakan pelajar ekonomi UKM. wasalam.

Parpu Kari said...

Dato, apa pendapat dato tentang jambatan bengkok yg sudah dibatal dahulu? Perlukah kita akan jambatan itu? Atau kita patut buat jambatan lurus? Atau tak payah jambatan langsung? Baru2 ni DS NAJIB ada menyatakan yang WPI akan diteruskan! Apa pendapat dato tentang kedua isu ini?

Cabincabina said...

Salam,
Mulanya Dato mahu melencong daripada bercakap soal politik dan ekonomi, bila sampai di penghujung, Dato bercakap jugak hal Dato Seri Najib, Pak Lah, Khir Toyo dan billboard. Nampaknya Dato masih tak boleh lari dalam membicarakan hal ehwal politik dan kepemimpinan negara.

Semoga Dato sentiasa sihat dan diberi kekuatan utk menyumbang artikel dalam blog ini.

Sekian.

Azaman Wahid said...

Salam.
Sejak akhir-akhir ini. Pandangan pakcik Kadir agak progresif. Tiada lagi unsur-unsur hipokrit yg memihak UMNO atau BN. Saya anggap ini 1 kemajuan secara individunya bagi pakcik Kadir. Kemajuan yg seharusnya dicapai oleh intelektual sebenar. Berpendirian jelas tanpa membodohkan diri menyokong UMNO sekalipun PR.

Hal seperti ini harus berlaku kepada kedua belah pihak BN dan PR. Kita mahu lahirkan yang bukan sekadar educated tetapi intelektual awam.

Standard ini harus terus diutamakan dalam apa jua forum dan pada siapa jua pembahas. Inilah contoh masyarakat madani, masyarakat sivil yakni masyarakat yang tak memerlukan bebanan undang2 utk menjaga moral manusia. Manusia sebegini adalah manusia masa depan. manusia Malaysia Baru. Ini hakikat.

Tahniah Pakcik Kadir. Tp lepas ni jangan pulak jd sewel kembali dengan condong membuta tuli pada Kerajaan.

Yang patriotik itu adalah yg mempertahankan keadilan rakyat menentang Kerajaannya. Tidak kira ia BN atau PR.

Selamat bt kamu.
PR Selangor.

The Eugenist said...

Salam Uncle,

Harap Uncle akan segera sembuh. Rajin2 makan ubat.

Kalau boleh, kurangkan sedikit menulis.

Jaga kesihatan ya uncle.

Your health is more important than everything else.

HESMEL FAZNEE FAISAL

pakbelalang said...

Cerita pasal balik kampong jumpa emak dan bapak. Memang benar bagaimana excitednya emak bapak kita kalau kita sekeluarga balik kampong.

Saya mengalaminya bagaimana excitednya bapak mertua melihat menantu-menantunya sekeluarga balik kerumahnya.
Dia akan sanggup jadi "trafik polis" mengarah dimana nak park kereta kerana dia ada tiga menantu lelaki yang biasanya akan pulang serentak.

Jadi siapa menantu sampai dulu dia akan dapat priority park kereta di covered porch. Kalau lambat sampai pak mertua akan arah park kereta bawah pokok je !!

Jadi masing-masing menantu berebut-rebut nak sampai dulu supaya dapat "extra special" treatment dari pak mertua. kah, kah, kah Tiga Abdul punya cerita benar !!

Anonymous said...

Salam Datuk, semoga berada dalam keadaan sihat wal'afiat, dan sakit yang sikit-sikit tu kian sembuh.

I have also stopped reading newspapers, both msm and the rest, and watch only sports, cooking shows and national geographic on TV.

I think the difference between msm and papers like rocket and harakah is that the former are regarded as 'national' newspapers (and public listed too), upon which the people depend for a reasonably balanced and fair reporting, while the latter are clearly the organs of political parties, without pretending to be otherwise.

Similarly RTM, on which you appear from time to time, uses public fund to air one sided news coverage and biased reporting. UMNO or BN should set up their own TV station for that purpose.

As to my question in your earlier post regarding the RM1.7 million trip to Disneyland by the Selangor MB, I think as a well-read person and a political analyst you knew well that I was refering to the former MB of Selangor.

It's just that I was surprised that there was not a mention in your blog where we have enjoyed many other 'hot' topics.

Now that we know who we are talking about, would you care to comment?

Thank you.

adam

Wan Shamsudin said...

Salam hurmat Datuk AKJ;

Bagus juga sekali sekala beralih selera, seperti bak pepatah, 'makan tetap makan, cuma tukar selera saja'.

Semakin hari, kita nampak dan lihat politik di Negara kita telah menjadi politiking yang tak dapat dikawal lagi. Semuanya ikut 'nafsu' yang tak dapat dikawal
diri.Ada juga yang melatah dan mentafsir yang 'bukan bukan'asalkan dapat jadi 'popular'.Ada pula yang menyokong dengan 'terpaksa'sebab nak tumpang jadi 'popular'.

Walau bagaimanapun, ingin saya memetik sebuah hadith olih Rasullallah SAW yang berbunyi;

"TIDAK BOLIH SESEORANG YANG BERJUNUB DAN KEDATANGAN HAID MEMBACA SESUATU PUN DARI AYAT AYAT AL QURAN". Riwayat at Termizi.

Semoga seorang Tuan Guru faham akan maksud hadith ini.Di dunia yang penuh dengan 'gila kuasa' ini saya yakin ramai juga ada 'alim ulama' yang sesat kerana 'taksub'akan 'kuasa'.Dari kuasa, mereka dapat macam macam seperti pangkat, duit dan perempuan. Untuk apa semua ini? Untuk memuaskan 'nafsu' yang mengejar kuasa itu.Kadangkala terpaksa gadaikan 'maruah' harga diri dan juga agama.

" Orang yang gilakan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit 'gila' dan akan bertindak diluar dari kebiasaan manusia yang normal. Mereka ini suka memfitnah, berbohong, khianat, rasuah, menghalalkan yang haram dan sanggup menzalimi insan yang lain. Semua ini kerana kegilaan mengejar kuasa".

azlan said...

Bukan boikot Dato', tapi gentleman bagi dia PR senang buat pilihan TKM1. Nak harap 2 ADUN PKR yang layak ditimbangkan, tak boleh sebab mereka tu umpama Labu-Labi kot?

Din said...

Salam Tuan,
Menarik sekali kaedah Tuan masuk rumah jiran ikut pintu belakang..

alrawa said...

Datuk,
Kalau masih bayar cukai pendapatan,bolih kira kaya le tu!
Bila bercakap mengenai billboard, teringat saya ke satu perlawanan akhir bolasepak diPerlis sedikit masa dahulu. Gambar 'raksaksa' Shahidan Kassim(MB) ditegakkan dipenjuru2 padang. Nasib baik padang bola ada 4 penjuru.
Ini bukan lagi dikira perbuatan membazir tapi satu perbuatan yang yang hina.

Anonymous said...

Salam,

Saudara A Kadir Jasin,

Semoga cepat sembuh dan sentiasa ceria. Jaga kesihatan diri.

Drpd: Silent Reader blog saudara

semang

tajudin said...

Suka saya membaca posting ini, seolah-olah DAKJ duduk berbual di depan saya. Terimakasih atas nasihat berkenaan ibubapa itu.

Anonymous said...

Kalau kita beli Harakah atau Suara Keadilan kita tahu ia bulat-bulat berat sebelah kepada mereka sebelum kita beli. Tetapi media arus perdana itu suara Umno-BNkah. Kalau macam itu kena "follow restriction" yang dikenakan terhadap akhbar parti politik.

SPR perlu kerja untuk rakyat bukan untuk Umno-BN.

Pak Toi

Azrin H said...

Salam

Saya sekarang menetap di Melbourne, Australia. Apa yang saya lihat, media massa di sini samada tv, suratkhabar atau majalah hampir tiada memaparkan kisah politik. Tidak seperti di Malaysia yang menceritakan segala-galanya tentang politik. Rakyat muak dan jadi sempit pemikiran.

Di sini media massa banyak memaparkan keadaan negara seperti ekonomi, keselamatan, kisah-kisah amal NGO dan rakyat, kisah-kisah sumbangan rakyat, kisah-kisah alam-sekitar dan pelbagai lagi yang bergula selain politik. Banyak juga ruangan rencana dan tip-tip untuk kebaikan rakyat umum.

Yang kurang berguna yang dipaparkan hanyalah mengenai komentar oleh penulis sini mengenai negara lain. Yang terbaru adalah dari The Sydney Morning Herald yang mengutuk habis DS Najib.

Bila agaknya media massa Malaysia akan mencontohi perkara baik ini?

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya tidak pasti apa sakitnya Cervical Spondylosis tu. Nanti saya semak wikipedia.

Sekadar nak berkongsi, arwah datuk saya dulu pernah cakap, "tuhan bagi badan kita ni cukup cerdik. Lawan penyakit dan buang penyakit, semua tuhan dah bagi siap-siap. Kalau kurang berpeluh maknanya sakit badan tak dibuang."

Dato' kena lebih kerap berkebun la kot.

Saya sendiri dah lama tak beli suratkhabar. Tapi saya banyak baca akhbar on-line dan tengok berita di TV. Kalau beli pun, hari Ahad sahaja sebab ada banyak pendapat dan perbincangan.

Nak baca, baca semua. Jangan sebelah-sebelah sahaja, macam saya selalu kata.

Tentang ampu mengampu pula.

Baru-baru ini, kepulangan Najib ke Pekan disambut besar-besaran.

MB Pahang tak tahu ke Najib memang selalu balik kawasan?

Dah jadi budaya, macam tu lah.

p/s Jika Najib ada menegur Adnan, macam mana lah ayatnya?....

bukhari said...

Saya mmg setuju dgn pendirian Datuk; Harakah, Suara Keadilan juga biased.. tetapi diorang ni tidaklah memutar belitkan cerita seperti yang mainstream akhbar buat.. setakat ni yang nampak agak neutral ialah Sinar Harian.. diharapkan akhbar2 lain meneladani ke'neutral'an Sinar Harian

AMJ said...

Saya suka ikuti blog Dato' kerana kandungannya memberangsangkan. Tetapi akhir-akhir ini Dato' menulis agak 'bias'dan memihak kepada satu golongan. Saya tertarik dgn komen Hj Kamarudin Taib yang menyanggah pandangan Dato mengenai saiz kabinet baru DSN. Apakah Dato terima komen tersebut?

SHAZ said...

Assalamualaikum Dato',

Pertama, harap Dato' dikurniakan kesihatan yang baik. Sakit akibat kemalangan ataupun kurang penjagaan kesihatan semasa muda dulu; akan muncul dengan sendirinya bila kita dah berumur. Rasanya, ia sama juga dengan tradisi berpantang selepas melahirkan yang mana kata kuncinya ialah; kalau tak dijaga badan, bila hari tua nanti akan didatangi kesakitan itu ini.
Semoga diringankan kesakitan Dato'. Insyallah.

Saya tersentuh dengan nasihat Dato' agar kita terus mengingati kaum keluarga yang tua dan uzur. Memang saya setuju peluk cium dan sedekah yang tak seberapa itu akan mengembirakan mereka.

Saya baru kembali dari tanahair, dan dalam kesibukan waktu saya selitkan ziarah ke rumah makcik pakcik yang telah uzur. Saya terapkan perasaan tersebut yang sememangnya kurang dalam hidup saya sebelum ini. Keinginan ini bertambah lebih lebih lagi bila kita berjauhan dengan kaum keluarga dan sanak saudara.
Satu yang jelas dalam diri ialah, saya akan secara otomatik terus mengimbas tentang masa dahulu ketika mereka masih segar dan bertenaga dan sekarang uzur dan sakit sana sini.
Yang pasti, ianya akan meningkatkan lagi keredaan kita kepada pencipta langit dan bumi disamping mengingatkan kita agar menjaga kesihatan badan,fikiran dan membersihkan hati keseluruhanya.

Nik said...

Dato'

Dato' patut lihat Tower Maju Junction. Banner gergasi gambar Najib seluruh badan terpampan meliputi separuh Tower Maju Junction....

Adakah tuan punya bangunan berkehendakkan sesuatu dari PM? Atau pun... Memerlukan Perlindungan darinya? Masa DrM dulu ramai yang tahu dia telah buat salah/silap berusaha cuba dekat dengannya dengan bermacam macam offer... Inilah satu satunya soalan yang melintas fikiran pemandu yang melihat sepanduk tersebut....

tabuan said...

akm dato moga sihat sejahtera hendaknya....

Saya berminat tentang cerita gambar PM.

Masa PRU12 saya lihat pokok nyok di sekitar penanti/kubang semang/kepala batas dan kawasan yang sewaktu dengan nya di tampal sehingga tak muat gambaq PM pada masa tu.

Saya fikir bukan org saja yang meluat tapi pokok nyok juga meluat

nasidagang said...

You are always welcome Datuk!

walaupun 'pencen' namun Datuk tetap komited berkongsi pandangan Datuk dengan kami anak-anak muda yang perlukan pandangan-pandangan bernas seperti Datuk paparkan dalam blog Datuk.

Kami yang sepatutnya berterima kasih kepada Datuk dan Tun M yang sanggup meluangkan masa berkongsi pandangan walaupun tak perlu berbuat demikian.

Teruskan Datuk!

Kami bersamamu.

http://www.nasidagang.com

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Nasihat tentang ayah & ibu tu amat baik... tapi para terakhir posting Dato' ini agak menyengat! Semoga PM baru kita ambil maklum dan tidak terkoro?!

Roti Planta said...

Dato',

Dato masih bertuah, kerja sikit-sikit, pencen dan menulis secara sambilan pun mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Ramai marhein yang terpaksa membanting tulang sepanjang hari (kerja gomen pagi sampai petang, jual pasar malam petang sampai malam dan bawa teksi malam sampai pagi) pun tidak mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai sebab sikit dan ciput aje.

Bye/Roti Planta

Anak Malaysia said...

Dato,'

Berjimat dalam menguruskan kewangan persendirian dan negara adalah suatu langkah yang baik dan bijak.
Berjimat untuk mendapatkan sokongan rakyat juga bijak. Tun AAB sewaktu melancarkan "Islam Hadhari" menyuruh rakyat berjimat, namun arahan dan perbuatan orang yang menyuruh tidak seiring bilamana TAAB membelanjakan royalti petroleum Trengganu untuk membazir dengan pembinaan taman-taman tamddun islam, Monsoon Cup dan Masjid Kristal yang hanya boleh memuatkan tarusan orang tetapi bernilai ratusan juta.
Tiada keikhlasan bila pemimpin mengutarakan satu-satu dasar atau slogan, ketamakan dan strategi serampang bermata-mata digunakan bila mengutarakan dasar tersebut, contohnya bila program PLKN dibuat, kroni UMNO/BN dapat projek buat kem, bekal baju, bekal makanan dan segala macam projek. Bila kita tengok hasil dari program PLKN, hasilnya masih seperti tiada program dijalankan. Kadar jenayah remaja masih meningkat, lumba haram remaja terus meningkat. anak lari dari rumah terus meningkat dan ianya terus meningkat. Kerajaan terus membazirkan wang rakyat untuk menyara projek yang tidak mendatangkan impak positif pada rakyat...adakah ini berjimat??
Adalah lebih wajar diperbanyakkan pusat latihan kemahiran remaja lepasan sekolah berbanding pusat PLKN, sekurang-kurangnya remaja yang dilatih mampu berdikari dengan kemahiran tersebut atau mencari kerja yang sesuai.
Kerapkali pemimpin kita "buta mata dan buta hati" bila menggubal dasar atau program disebabkan ingin menjuarai agenda tertentu.
Perlaksanaan dasar sekadar melepaskan batuk ditangga juga menjejaskan setiap program yang pada dasarnya baik untuk negara tetapi menjadi projek "gajah putih" bila diperingkat perlaksanaan.
Kerajaan mesti berubah, kaji dari segenap aspek, buat kajian dari aspek kesesuaian projek dengan latar belakang ekonomi dan sosio.
Jika gagal, kerajaan akan terus di ubah.
Ingatlah dan fikirkanlah.

Anak_Malaysia

ab said...

Salam Dato,

PM kena bersungguh-sungguh kali ini... Kalau `hot air' saja bolih jadi susah sungguh rakyat semua.

Masih tidak jelas bagaimana kerajaan beliau menyediakan 2-3 juta perkerjaan dalam 2-4 tahun akan datang.

FDI dari barat dan juga timur mungkin berterusan berkurangan akibat prestasi ekonomi semasa diseluruh dunia...

KITA semua perlu aktiviti perniagaan,pertanian dsb kearah `self-sufficient' sekarang.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato', hari ini saya ketawa. Pi mai pi mai, tang tu juga!!!
Semoga Dato' sehat dan dirahmati ALLAH.dh9753

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Kami juga berterima kasih kepada Dato' kerana membukakan blog ini untuk kami berbahas dan sesetengahnya melepaskan geram. Harap Dato' memberikan lebih tumpuan kepada kesihatan supaya dapat meneruskan usaha yang baik ini.

Ingatan Dato' tentang ibu dan ayah juga amat dihargai. Walau bagaimanapun, kasih sayang kepada anak-anak juga tidak kurang pentingnya supaya mereka akan mengingati kita apabila mereka dewasa nanti, insya Allah. Ramai ibu bapa hari ini yang menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak-anak mereka kepada pihak lain, pengasuh, tadika, sekolah dan tuition, sedangkan sentuhan ibu dan ayah sendiri pasti lebih menceriakan anak-anak berbanding yang lain. Secara peribadi, banyak yang dapat dipelajari daripada anak-anak terutama yang bersangkutan dengan kasih sayang dalam keluarga.

Semoga Dato' terus diberikan keupayaan mengekalkan laman blog ini untuk kebaikan semua.

Wassalam.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Terima kasih atas nasihat bagaimana untuk mengelak masalah kesihatan apabila asyik sangat melayar internet. Memang ada mesej nasehat mengenainya dalam internet lengkap dengan rajah-rajahnya sekali tetapi tidak berkesan berbanding membaca pandangan/pengelaman Dato' sendiri. Mudah-mudahan lengoh-lengoh badan, kebas kaki ,dan mata kabur akan berkurangan selepas ini. Masalahnya saya bukan pembaca taraf "speed reading " dan dengan itu perlu duduk lebih lama di meja komputer berbanding dengan orang lain bila membaca sesuatu rencana.

Tahniah kerana sudah ada 400 pembahas/pelayar blog Dato'. Jika kita berlapang dada banyak informasi terkini yang boleh kita dapati melalui blog ini. Yang perlu adalah kita mempunyai fikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain walaupun kita tidak bersetuju dengannya. Inilah keistimewaan blog ini dimana terdapat "free flow of information" walaupun kadang-kadang terdapat orang membuat tuduhan tidak sepatutnya terhadap Dato'.

Seperti yang saya pernah nyatakan dahulu kandungan blog ini bolehlah dibuat sebagai salah satu bahan kajian "minda orang Melayu masa kini " . Pada saya kita perlu berfikir secara strategik . Kita misti faham matlamat kita dan fokus untuk mencapainya. Jika kita kaji sesetengah orang tiada mempunyai pendirian yang teguh dan berprinsip yang menyebabkan mereka memberi pendapat sekian , sekian disuatu masa tetapi akan berubah pendapat 180 darjah tidak lama selepas itu atas perkara yang sama.

Tahniah kepada Dato' Samy Velu kerana telah tidak berlengah-lengah memohon supaya Kerajaan/PNB menentukan quota saham ASN untuk orang India Malaysia tidak diberi kepada orang lain.Apa kata pemimpin Melayu. Tidak turun padang ke ? YB Khairy Jamaluddin dan pemuda UMNO inilah masanya untuk mengadakan operasi penerangan ke kampong membantu orang yang betul-betul memerlukan bantuan mendapat saham percuma ini. Banteras jika ada pihak tertentu menyelewengkan peruntukan ini kedalam poket mereka dan suku sakat mereka.Begitu juga berilah penerangan kepada orang kampong kemudahan-kemudahan yang ada di Jabatan-jabatan Kerajaan yang buat begitu lama tidak dinikmati rakyat kerana maklukmat tidak sampai kepada kumpulan sasar.Jelaskanlah apa itu TEKUN dan permudahkan cara mendapatnya. Sebelum ini TEKUN dikeluarkan melalui sokongan Ketua Bahagian UMNO.

Goncanglah Pejabat-pejabat Belia yang banyak peruntukan untuk memajukan Belia tetapi perlaksanaannya amat mendukacitakan. Saya dimaklumkan ada Persatuan-persatuan Belia yang pada mulanya dijanjikan untuk mendapat peruntukan untuk menjalankan aktiviti tertentu menjadi hampa bila peruntukan yang ditunggu -tunggu tidak turun.

Kepada YAB PM lupakanlah penasihat-penasihat yang berada di keliling pinggang buat waktu ketika dan turun padang mendengar sendiri rintihan rakyat jelata.Lupakan buat seketika waktu pelan rangsang ekonomi ala Amerika Syarikat.Saya agak kecewa membaca kenyataan seorang Menteri di Sabah bahawa orang di luar bandar tidak akan diberi sebarang bantuan kewangan melalui program rangsangan ekonomi kerajaan. Rationalnya kerajaan akan memberi bantuan kepada syarikat-syarikat besar supaya mereka dapat meneruskan operasi dan dengan itu tidak akan membuang pekerja. Cukai yang dibayar syarikat berkenaan akan di gunakan bagi membantu orang luar bandar. Tidakkah Menteri membaca akhbar dimana dilapurkan sebaik sahaja mereka mendapat dana rangsangan ekonomi dari kerajaan mereka telah membelanjakan untuk diri mereka dalam bentuk bonus yang tinggi dan untuk pemegang saham mereka dan selepas itu barulah berbelanja untuk yang lain-lain.

Kalau Kerajaan sebelum ini boleh berbelanja berjuta-juta ringgit sebagai kemudahan infrastraktur untuk pelabur dari Jepun , Amerika , Taiwan dan sebagainya datang ke negara ini dan kemudian diberi "pioneer status" pula tidakkah kerajaan terfikir untuk menyediakan kemudahan yang setaraf dengannya untuk petani kita. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain telah membuka tanah rancangan FELDA untuk rakyat negara ini dan keberkatannya kita telah rasai apabila industri kelapa sawit telah menyelamatkan ekonomi kita semasa kegawatan ekonomi dahulu. Begitu juga apa yang kita hadapai sekarang adalah ancaman penutupan-penutupan kilang yang kita telah tabur berjuta-juta ringgit dahulu .Kegawatan ekonomi sekarang menunjukkan betapa lemahnya kita bila orang tidak menempah apa yang kita keluarkan.

Semoga apa yang saya tulis ini akan menarik minat pembahas lain mengemukakan cadangan bagaimana kita dapat memperkasakan ekonomi kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Petaling Jaya

Anonymous said...

Dato'

Very sorry to hear about your ailment. Hope you are okay and dengan izin Allah will continue lead a meaningful and fruitful life.

I had truly enjoyed reading your thots when you were with NST and sorely missed them long after you had emptied your desk. Munir Majid and Kalimullah could not even come close to your brand of thinking and writing. They simply did not lend much credibility to their writings.

I started posting my comments in this blog to give vent to my frustrations, disappointments and anger with Dollah's leadership. Masa tu memang dah tak tahan lah dengan kepimpinan Dollah. I also thought at that time that Dollah and/or his people surely would be caring, smart and savvy enough to read some of the postings in order to get direct feedbacks from the RAKYAT pertaining to his leadership and numerous dealings and wheelings. And I thought I would like to contribute some of my thoughts and perhaps be heard too. Boy! Till the end, he never did get his act together, didn't he?

Thank you, Dato', for sharing with us your thoughts and views on various issues that matter to the RAKYAT and for giving people like me the platform to post my comments.

Don't know whether it's just me, but I think your writings semakin menyengat! :-)

May Allah bless you and those you love.

TERIMA KASIH.

Melati

abdullahngah said...

sebab itu Umno tahan lama

Kepada yang muda-muda tu janganlah lupa ibu bapa, nenek dan datuk. Orang tua-tua ni, kalau kita peluk cium mereka atau bagi duit RM50 pun mereka seronok bukan kepalang. Mereka cerita satu kampung. Bukan sangat kerana duit, tetapi kerana kasih sayang dan ingatan kita.

Duitlah yang menyebabkan saluran satu, dua dan tiga bagi setiap peti undi di seluruh negara kita parti pembangkang tidak pernah menang. Umno tidak bimbang dengan sokongan orang tua tua.

Orang tua tua memang itulah yang mereka mahu, kerana mereka tidak punya apa apa harapan lagi, Cuma menunggu mati sahaja. Mereka ini kubur kata mari. Kalau mereka kuat agama mereka kena fikir akan bekalan yang hendak dibawa kedalam kubur dan hari perbalasan nanti.

Orang muda muda sekarang tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.Sebab itu undi orang muda muda sekarang ini memihak kepada parti pembangkang yang dianggap lebih baik apabila menjadi pemerintah nanti.

Anwar Ibrahim yang menghadap tuduhan liwat kali kedua barangkali lebih baik karismenya berbanding perdana menteri ke 6 Datuk Seri Mohd Najib Razak. Orang muda muda kenal siapa Anwar dan siapa Mohd Najib.

Usah orang tua tua sepertimana ayah dan ibu Datuk Kadir Jasin yang seronok bukan kepalang apabila dapat duit RM50. Tun Mahathir mantan Perdana sangat seronok apabila Mukhriz dilantik timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bukan setakat seronok, malah boleh buat sokongan palsu terhadap Najib razak yang pernah dituduh sebagai pengecut.

Apalah sangat orang tua tua yang tidak pernah belajar tinggi. Orang belajar tinggi pun kadang kadang buta mata apabila dapat ditu juta juta. Kelabu mata apabila dapat duit ribu ribu.

Yang malangnya mereka sokong orang yang berbelanja gila gila yang jelas membazirkan wang rakyat.Mungkin dapat duit.

Juraimi Zainal said...

Statement Tuan,

"Saya ada seorang kawan bekas Ahli Parlimen dan Adun Umno. Dia langsung tak baca akhbar atau tonton berita TV. Setiap kali saya ceritakan kandungan akhir, dia berkata: “Aduh, jangan aku tak tahan!” Dia mendapat berita daripada anak-anaknya yang melayari Internet.

Saya rasa kita kena faham dan kena adil. Bukan media massa arus perdana saja yang memihak. Akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket pun berat sebelah. Begitu juga media pro-pembangkang yang lain."

**************************
Komen saya, Harakah, Suara Keadilan & Rocket tu terang2an adalah akhbar politik masing2.... Yang media arus perdana ni media politik kah???????? Terang2an ketidak adilan berlaku... Sepatut media perdana berlaku adil dlm liputan mereka.. Kenapa UMNO tidak mengeluarkan akhbar politik mereka sendiri?

kamal latiff said...

salam datuk,

saya sama dengan beberapa kerat orang malaysia lain yang tak tengok tv malaysia dan baca surat khabar malaysia.

macam2 lah sebab nya, antara nya yang dah disebut dan lain2 seperti kita nii nak lapangkan minda dengan membaca sesuatu yang kita rasa bermanafaat dari citarasa, bahasa dan senibudaya kita.

cuba bandingkan surat khabar kompas dengan utusan, atau straits times dengan nst?

tapi hari ni, saya rasa cadangan datuk baik dan mungkin esok saya beli paper tengok lagu mana.

tv malaysia saya tak tergamak nak tengok lagi, sebab dia buat saya rasa macam geli geleman.

gedek! said...

Tuan, bunyi seperti isteri saya... Maksud saya tentang penggunaan komputer yang berlebihan. Saya juga pengguna komputer yang (super) tegar seperti tuan. Saya akan ambil nota nasihat ini...

Teruskan dengan posting yang menarik...!

-g!

Non-partisan said...

Setuju sangat2 sekali sekala Dato melakar isu2 ringan untuk mententeramkan keadaan yang sudah mula kelihatan panas.

Pertama, ST secara halus cuba mengadu-dumba DSN dengan TDM berhubung isu jambatan bengkok.Ini tentunya akan berlanjutan sekurang-kurangnya buat seketika kerana ianya telah mencetuskan reaksi yang berpelbagai dan ada kalanya secara tidak sopan dan beretika.

Kedua, Anwar Ibrahim pula megambil kesempatan daripada serangan balas Nazri Aziz terhadap TDM.

OKJ said...

Salam DAKJ

Yang penting adalah beringat. Sihat Sebelum Sakit. Muda Sebelum Tua. Kaya Sebelum Miskin. Lapang Sebelum Sempit. Dan Hidup Sebelum Mati

Kesihatan memang penting dalam hidup ni. Kalau tak sihat, macam macam perkara tak boleh dibuat. Ramai yg tak sedar hinggalah terkena penyakit.Kedua adalah kebahagiaan rumah tangga dan keluarga. Isteri kena jaga zahir dan batin, zuriat kena ada dan kenalah bimbing sampai berjaya sebab anak anak adalah saham dunia dan akhirat. Perkara ketiga adalah duit. Money is not everthing but without money you can do NOTHING. Kalau ada duit, macam macam boleh buat; rumah besar, kereta besar, bini comel, melancung oversea, kawan ramai dan sebagainya. Keempat adalah kuasa dan kebebasan. Jagalah tanah pusaka negara kita sebaiknya bukannya digadai kepada pengkhianat bangsa. Dengan terhapusnya dasar DEB dah di dua negeri; Selangor dan Penang, apakah Umat Melayu boleh bersaing. Memanglah terdapat seorang dua anak melayu yg bijak pandai tapi lebih ramai yg masih memerlukan kuota bumiputra untuk berjaya. Kesannya akan dirasai oleh anak cucu nanti. Sementara hidup ni, ingatlah fitnah, bohong dan ajaran songsang yg diajar ke pengikut tegar akan memakan diri dalam kubur nanti. ‘Lepas cakap’ memang sedap tapi cubalah tutup telinga dan dengar bunyi api neraka. Sekian TQ.

syauqi_x said...

slm pak kadir,

ada satu lagi bangunan pencakar langit di kuala lumpur (tidak perlulah dinyatakan namanya, mungkin pak kadir sendiri pernah lihat, sampaikan setiap kali saya memandu di lebuhraya bertingkat AKLEH juga boleh melihatnya) yang memaparkan gambar raksasa pak perdana menteri kita, sangat raksasa sampaikan saya rasa saiz gambar itu dari hujung kepala sampai hujung kaki jelas lebih dari 10 tingkat!

mungkin memapar2kan muka-muka pemimpin ini sinonim dengan politik dunia ketiga, rakyat harus diingatkan dari waktu ke waktu siapa yang berkuasa hari ini (ataupun yang mahu mencabar mereka yang berkuasa) dengan menampal wajah2 mereka di seluruh pelosok negara...saya tertarik dengan pilihanraya di amerika baru-baru ini, majoriti poster-poster mereka cuma menunjukkan nama calon dan 'the star spangled banner' sahaja! tidak pula terlihat muka tidak hensem obama ataupun mccain! itupun cuma waktu pilihanraya sahaja, habis pilihanraya tak nampak satu pun lagi unsur2 partisan ini di jalan-jalan umum

pergi ke negara-negara jiran kita (kecuali singapura), afrika, dan arab, gambar-gambar mereka yang kononnya pemimpin berselerak di seluruh negara, dengan wajah yang manis dan satu tangan diangkat...bila saya melihat gambar hosni mubarak di mana-mana di mesir, jadi teringat ke negara sendiri!

kepada pemimpin2 di atas sana, hentikanlah budaya meletak gambar2 di mana2 ini...selain dari menyakitkan mata, duit pun lebur begitu sahaja...takkanlah nak tunggu sampai gambar anda di baling kasut baru terfikir untuk diturunkan?

p.s. (di kawasan rumah saya di ampang, poster2 lusuh khir toyo masih ada di mana2, sampaikan satu restoran 24 jam di pandan indah yang mempunyai ketam berlampu di atasnya masih memaparkan gambar pak lah dan khir toyo sehingga saat ini!)

sap said...

Salam Dato'..
Saya berbangga kerana menjadi salah seorang follower dalam blog Dato'.
Saya tertarik dgn petikan Dato' yg menyatakan mengenai pembacaan surat khabar dr muka surat belakang.Sememangnya sy mengamalkan kaedah pembacaan surat khabar begitu sejak dahulu.apa-apa pun perkembangan sukan tidak kiralah tempatan atau tanah air yg menjadi keutamaan.hehehe...
Saya juga ingin mendoakan agar Dato' dan keluarga sentiasa berada dlm keadaan yg sihat sejahtera.
Keep on blogging Dato'.
Sekian, terima kasih.

Ahmad Nesfu said...

Dato Kadir.

Daripada 400 orang pelayar dalam Blog dato,ada dua orang hamba Allah,Pak Belalang dan sawit Future Trader yang selalu membaut koment yang tak relevant.Saya ingat lebeh baik mereka kasua membuat Blog sendiri.

Kedua2nya mempunyai keupayaan berfikir macam macam ahli politik UMNO.Mereka tak mempunyai perasaan sama ada orang suka atau tidak ucapannya.ia terus bercakap.Jikalau di dalam Perhimpunan Agong UMNO ia sudah kena Boo!.Macam raja Nong Chik yang bercakap dalam perhimpunan Agong yang lepas.

Kami,terkejut ia dilantek jadi menteri.Najib mengambil risko yang tinggi.Sekarang ini baru jadi menteri tidak sampai dua minggu,dah jadi burong merak.

Jikalau kita hendak mengutarakan komen kita yang tidak relevant,macam Pak Belalang,buat lah blog sendiri.

Anonymous said...

Datok,
dalam hal jimat2 ini,saya naik bengong pikiaq pasal si zambry mb perak,jual camry nak beli perdana konon nak jimat.apa salah guna saja camry yang masih baru dan elok.adakah kerana nak jimat duit atau tak leh pakai bekas orang. inikah perubahan/tranformasi yang diwar2kan. di pahang si adnan kena bayaq lebih 60 juta kerana berebut tanah balak dalam puak umno.di johor nak sambung jambatan bengkok yang dulu dah bayaq gantirugi juta2 kepada kontraktor.kadang2 kita ini letih tengok kelaku depa /pemimpin umno.adakah nasihat kita (spt nasihat Datok) tawaq atau hati mereka dah kelabu dan berkarat.PM Najib dok bersyarah suruh rakyat berjimat tapi depa dok perabih siang malam.saya nak tahu juga kalau pm Najib masok sri perdana adakah direnovate lagi/tukaq perabut/karpet/macam2 lagi kerana tak leh pakai bekas orang.minta datok bagi lah sikit puji2pujian kat mb kelantan yang dok rumah sendiri saja dan martabat mb tak hilang gahnya.memang betul tak dak bahasa yang boleh mengubah umno kecuali bahasa undi saja.dok beletiaq lah macam mana pun ,depa dok lagu tu.
sekian.zmy

Anonymous said...

Salam Dato'

Pada pendapat saya, akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket tidak sama taraf dengan media massa arus perdana, yang seharusnya tidak berat sebelah. Tidak boleh banding sebegitu.

Kalau UMNO, MCA dan MIC rasa tidak adil, mereka boleh minta lesen dari kementerian penerangan untuk akhbar UMNO, MCA dan MIC mereka sendiri. Jangan guna media massa perdana sebagai alat propaganda mereka.

Media massa arus perdana sepatutnya memain peranan bebas sebagai kuasa keempat yang mengawal kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Kalau mereka tidak bebas (NST & Utusan - UMNO), The Star - MCA), bagaimana mereka boleh memain peranan itu?

Born in Taiping

P.S. I enjoy following your blog. Do take care of your health.

Anonymous said...

Datok
minta maaf nak tambah sikit dengan pertanyaan,awat sehari dua ini statement tun mahathir keluar tv hari2,terutama dalam isu2 utama negara.ni sapa pm ni Najib atau mahathir ?.satu lagi awat tv kita tak pernah siar statement dari pak lah pasal isu2 negara.pak lah pi mana?.walau apa pun pak lah adalah bekas pm yang mesti dihurmati oleh seluruh rakyat malaysia.teruk sangatkah pak lah sampai tak dak habag berita langsung. jenuih le macam ni.datok cerita mai pak lah dok lagu mana la ni.jangan sampai pak lah kena masuk pas baru boleh masuk tv/suratkhabaq
sekian zmy

al-Balingi said...

Salam,

*Nasihat yang berguna buat golongan muda seperti saya.

*Moga Dato' sihat selalu dan terus berkarya untuk komuniti maya yang menagih ilmu politik, ekonomi dan saya berharap agar tulisan-tulisan Dato' juga dapat membentuk minda pembaca ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan bersifat professional.

*Bagi saya tiada apa yang diimpikan melainkan melihat negara ini pada suatu hari nanti menjadi pendokong demokrasi yang tulen. Biarlah pertembungan politik di adakan di atas padang yang sama rata.

*Pada firasat saya, proses perjalanan sistem pilihanraya, baik dari segi kempen-kempen parti politik cukup mengecewakan. Samada parti pemerintah, mahupun di pihak oposisi. Kempen yang memburukkan peribadi calon, laungan perkauman, diskriminasi dan yang paling penting ialah media massa dan media cetak masih lagi di'ikat'. Kita sudah menghampiri 2010, perkara-perkara sebegini masih berlaku. Cukup mengecewakan. Saya tak fikir perkara-perkara sebegini turut berlaku di negara-negara maju.

* Tak bolehkah kita berkempen menggunakan menifesto, penerangan dasar dan polisi sesuatu parti dan biarkan rakyat menilai. Dan setiap parti politik dibenarkan untuk muncul di kaca TV.

*Saya berharap agar ini semua dapat direalisasikan DS Najib Tun Abd Razak.

Wallahu a'lam.

Atan said...

Salam, Dato'
Pesanan yang berguna kepada kami generasi kini yang sedang melangkah masuk ke dalam kem generasi tua. Ya, ibu ayah perlu senantiasa diziarahi, dikasihi.

Datuk saya, seminggu sebelum beliau meninggal dunia,berwasiat kepada saya supaya senantiasa menjenguk bapa saya yang hanya merupakan menantunya (ibu saya anaknya). Tambah mengikat hati saya supaya sentiasa menyayangi ibu bapa saya ialah selepas ibu dan bapa mentua saya meninggal dunia. Kata yang klise yang biasa kita dengar, "Semasa hidup tidak kurasakan kewujudannya, setelah tiada baru kurasakan kehadirannya" menghambat saya. Saya rindukan mereka, tetapi mengapa selepas ketiadaan mereka? Jawabannya, dapat kita fikirkan sendiri.

RM10.00 untuk bapa lebih baik daripada RM500 untuk derma malam amal. Saya memberi bapa saya RM10 daripada gaji pertama saya dan beliau membeli kain pelikat untuk dirinya dan hal itu diceritakan kepada saya dan adik-adik hingga kini. Tentu dia berdoa juga untuk saya semasa menerimanya dahulu.

Terima kasih, Dato' kerana tambah meningkatkan ingatan tentang kewajiban terhadap ibu bapa.

pakbelalang said...

Thumbs up for tender system
By : Adrian David


KUALA LUMPUR: Contractors have welcomed the move by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to award government procurement contracts through open or restricted tenders.

comment:

Yes,it is a very good move but it must also be extended to all government linked companies.
Some government linked companies don't even go through tender exercise but simply continuosly issue local orders to a particular contractor for so many years without tendering. They simply fix the rates and issue LO to the same contractor instead of having open tender. Some GLCs even offer contracts directly to their employees who are about to retire. Whatever excuse the management of GLCs give is totally unethical and it must stop immediately.

aoazmi said...

Salam Datuk,

Saya dah lama baca akhbar dari belakang bukan pasai apa, pasai minat sangat dengan sukan, rencana dan sedikit hiburan. Tetapi bila saya bersara, saya baca semua maklumat melalui internet. Jimat masa dan wang ringgit. Lagi pun kalau saya bayar sewa talian internet baru RM68.00. Semua boleh baca dan perbagai ilmu dapat diwacanakan dan dimunafaatkan. Baik dan buruk terletak kepada kita 'mencarinya'. Zaman laa, zaman meleset. Maaf kalau saya tak sokong beli akhbar. Duit akhbar saya beli buku-buku, majalah dsbnya menambah ilmu pengetahuan.

Datuk, Zaman anak-anak menjengah dan menziarahi orang tua semacam kita, sudah hampir 'pupus'. Zaman la, zaman mengejar harta dan duniawi. Anak-anak diajar mengejar harta kekayaan. Ibu bapa tinggal terkonteng-konteng dikampung. Cuma hari lebaran sahaja menjadi penawar hati orang tua-tua. Itu pun sekadar dua tiga hari. Lepas itu, melompong balik seorang diri. Nasib baiklah ada telefon bimbit penawar duka. Semua ini kerana kita dididik oleh fardu kifayah.

Sesekali Datuk, apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Najib itu ada betul juga. Saya balik Penanti, tempat kelahiran saya. Bercakap dengan geng-geng lama dan golongan muda disitu mereka masih pro-pr.Kata mereka, kalau tak ada pertandingan 'fulus' tak masuk. BN tak masuk, 'fulus' pun mis lah. Jadi dari kita menghabiskan wang ringgit dan harta, ada lebih baik difikirkan semula cadangan Dato' Seri Najib itu. Saya harap dia tidak berpendirian 'serba-salah' dalam soal wang ringgit. Lain lah kalau kawasan BN. Ini yang dikatakan perubahan. Berani bertindak tanpa dipengaruhi oleh golongan akar umbi yang ada udang disebalik batu. Ingin sangat UMNO bertanding. Ketepikan soal maruah, selamatkan ekonomi. Provokasi dari mantan PM kita dulu (Tun)ibarat memperjudi nasib rakyat. Tak ada faedahnya.

Wassalam...

abu hasan said...

salam Dato'..
saya rasa biarkan sahaja akhbar arus perdana berat sebelah..cuma tukar nama sahaja..berita harian BN..utusan BN..biar jelas..macam Harakah yang memang lidah rasmi PAS..jika tidak, pembaca yang kritis akan bertambah menyampah..
entahlah..

OKJ said...

Salam DAKJ

Ter‘forget’ pula nak discuss regarding cervical spondylosis. Cervical means neck vertebra and spondylosis is a Greek word means degenerative changes of the vertebra. Basically it means wear and tear of the spine which is due to aging process. Cervical spondylosis is one of the diseases that can cause neck pain. The scientific term for neck pain is cervical radiculopathy Other differential diagnosis that have to be considered are disc herniation, infections, infiltration by tumour, nerve root infarction, demylination disease such as multiple sclerosis.

As usual, the most important thing to do is to confirm the diagnosis. MRI of the cervical spine is the best mode of investigation. The advantage is, it is a non invasive procedure and it is able to show the soft tissue image brilliantly. The disadvantage is the bone image will be a little bit blur. To overcome the problem, you can proceed with CT Myelogram. CT Myelo means you have to undergone CT scan and just before beginning of the CT scan, the radiologist will insect a contrast into the spinal canal through a procedure that is called lumbar puncture. It is an invasive procedure but it is safe. Don’t worry.

Once the diagnosis is certain, then only come to the management. It can be classify into 2 i.e cervical radiculopathy without compressive symptoms or with compressive symptoms. For the non compressive symptoms, conservative treatment is preferred. Conservative treatment means taking analgesic pills or pain killer pills, muscle relaxant pills, a short course of oral steroid, intradural corticosteroid injection, cervical traction, cervical collar, cervical pillow and physiotherapy. However if there is a compressive symptoms or the pain is progressive or refractory, then surgery is the treatement of choice. Compressive symptom is diagnosed when the image from the MRI showed severe compression or there is significant myelopathy involving either the motor or sensory nerves. The most famous operation is anterior cervical discectomy and fusion followed by the posterior laminoforaminotomy or artificial disc replacement. You have to ask the consultant orthopedic surgeon for the details because orthopedic surgery is not my territory.

Don’t worry. It is safe. However you have to be careful because from the retrospective studies, some of the complications include paralyse (due to spine injury during operation), changes of voice (injury to recurrent laryngeal nerve), dysphagia (unable to swallow), perforation to the oesophagus, infection and so on. And don’t forget about the anesthetic complications including dislodge of the ETT tube especially during turning patient to the prone position. Sekian, TQ.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Beberapa minggu lepas, CEO Malaysian Press Institute berkata bahawa kebebasan akhbar/media di Malaysia sudah semakin ketara terutama sejak PRU12. Beliau juga berkata bahawa kebebasan tersebut telah menyebabkan pihak media semakin ‘berani’ dan/atau kurang ‘takut’ kepada pihak berkuasa (thestar.com.my. 1/4/09).

Adakah media yang dikatakan sudah ‘berani’ itu merujuk kepada MSM atau Media alternatif – news portals, blogs dan sebagainya?

Setakat ini saya tidak nampak lagi MSM menunjukkan “keberanian” mereka. Tetapi media alternatif adalah begitu berani sekali nampaknya. Terdapat unsur “spin” kah di dalam kenyataan MPI tersebut?

Mungkin disebabkan itulah ramai di antara masyarakat menyampah hendak membaca/membeli MSM. Datuk sendiri pun akui bahawa Datuk membaca akhbar bermula dari mukasurat belakang. Adakah Datuk juga “menyampah” dengan laporan berita (atau spinning) yang dibuat oleh MSM terhadap berita politik terutamanya?

Untuk nota yang lain, Pulitzer Prize sudah membuka kategori anugerah mereka kepada media online/alternatif juga. Bila MPI hendak lakukan perkara yang sama?

Mungkin sudah sampai masanya 13 kategori untuk anugerah MPI tersebut ditambah dan dibuka untuk media alternatif tempatan agar satu “benchmark keberanian” dapat diukur.

Barulah ada "ummpphhh" sikit anugerah MPI itu nanti.

Di dalam era “Prestasi Diutamakan” ini, tidak mahukah pihak MSM meningkatkan prestasi mereka juga?

Pada saya, adalah masih sukar lagi untuk membezakan samada MSM sudah benar-benar “berani” atau masih ditakuk lama. Selagi ianya ditakuk lama, selagi itulah MSM susah hendak laku.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Oppppsss..... Kementerian Dalam Negeri. Bukan Kementerian Penerangan.

Born in Taiping

Tok Ma said...

Datuk,

Dulu saya cukup berminat membaca beberapa portal berita pro pembangkang, tetapi sekarang agak jarang-jarang sekali. Bukan tidak suka atau benci tetapi tidak tahan dengan tulisan-tulisan yang cukup kritikal terhadap Melayu dan islam. Takut kena serangan jantung. Maklumlah dah lama masuk kategori pesara.

Sebagai orang lama apabila Datuk menyebut lirik lagu P. Ramlee "kerja berat takut reput tulang..." mengimbas nostalgia di awal 60an. Ianya merupakan zaman kegemilangan filem-filem Melayu. Studio Jalan Ampas (SB)dan Cathay Keris sering memenangi hadiah-hadiah di Filem Festival. Meskipun gaji bintang-bintang filem kecil, tetapi mutu lakonn adalah cukup tinggi dan mereka mempunyai bakat semula jadi dan bukan dibuat-buat. Bayangkan ada antara bintang-bintang filem yang buta huruf, tidak boleh membaca dan menulis. Bagaimanapun, mereka mempunyai kebolehan tersendiri iaitu menghafal skrip.

Selain dari filem, lagu-lagu Melayu juga amat popular. Penyanyi-penyanyinya juga ramai. Selain dari P. Ramlee antara nama-nama yang masih dalam kenangan ialah Abdullah Chik, Normadiah, Aziz Jafar, Ahmad CB, Ahmad Daud, R. Azmi dan Ahmd Jais.

Sementara penyanyi-penyanyi dari negara seberang yang popular di Persekutun Tanah Melayu (PTM) ialah Affendy (antara lagu popularnya ialah "Semalam di Malaya"),Sam Saimon, Titiek Puspa dan ramai lagi.

Selain daripada kejayaan dalam bidang perfileman Malaya dikala itu menjadi "leader" didalam banyak hal. Pasukan bola sepak merupakan terkuat di Asia. Nama-nama seperti Ghani Mihad, Arthur Koh, Kuppan dan Nazri Ahmad adalah antara nama-nama besar bola sepak yang dapat saya ingati. Begitu juga dengan badminton, hokey,rugbi dan takraw yang baru diperkenalkan di arena antarabangsa.

Disegi politik meskipun suasana agak panas, tetapi pemimpin-pemimpin poitik mengamalkan moderasi. Dijamuan-jamuan makan malam bersempena dengan pembukaan parlimen (harap ingatan betul)disusuli dengan tari menari. Sebahagin besar MP berjoget termasuk dari pembangkang. Malahan ada antara MP Partai Islam Se Malay (PMIP) yang pandai berjoget.
Masa itu terdapat satu tabir pemisah antara budaya dan agama. Sekarang tidak ada lagi. Mungkin satu hari nanti budaya dan kesenian Melayu akan pupus. Sebaliknya kita menerima budaya asing.

Jangan terkejut kalau cucu cicit kita nanti terpaksa ke muzium untuk melihat seni budaya Melayu. Hari ini pun baju kebaya jarang-jarang kelihatan. Nasib baik Muzium Negara ada mempamirkan baju kebaya Nyonya.

Lalu saya tertarik dengan gesaan berbagai pihak supaya pelajaran sejarah diberi penekanan di sekolah-sekolah dan sepatutnya hingga ke universiti. Masalah besar yang dihadapi negaa sekarang kerana adanya golongan rakyat khususnya dari golongn muda yang tidak faham sejarah atau enggan menerima sejarah. Lagu Affendi "Semalam di Malaya" sekali gus menyangkal pemikiran baru generasi bukan Melayu yang Malaya atau Persekutuan Tanah Melyu tidak pernah wujud.

zool said...

Assalamualaikum..
ALamak saya pun dah mengalami sakit2 belakang seperti Datuk. Mungkin akibat terlalu lama berhadapan dengan komputer.. Tapi nak buat camne.. Dah ketagih rasanya..

Saya juga suka baca suratkhabar dari belakang.. Sukan adalah berita yang agak tepat sekali..

A KADIR JASIN said...

Sdr Ahmad Nesfu, antara lain, berkata:

"Daripada 400 orang pelayar dalam Blog dato,ada dua orang hamba Allah,Pak Belalang dan sawit Future Trader yang selalu membaut koment yang tak relevant.Saya ingat lebeh baik mereka kasua membuat Blog sendiri."

1. Yang 400 itu adalah pelawat yang juga menjadi pengikut tetap blog ini.Mereka pautkan blog mereka kepada blog ini.

2. Pelawat blog ini lebih daripada 400. Setiap posting mendapat lawatan lebih 10,000.

3. Mengenai Pakbelalang dan Sawit Futures Trader, saya hormati sumbangan mereka.

Kalau mereka ada masa dan ada idea, apa salahnya.

Tapi saya baru tolak sebuah komen Pakbelalang kerana kesat sangat bahasanya. Tak payahlah panggil seseorang itu jalang atau prostitute. Tak elok.

Janganlah terlalu mengikut perasaan.

Sdr ZMY, saya setuju Dr Zambry jual Camry dan beli Proton Perdana.

Proton buatan anak tempatan kita. Ia bukan sekadar simbol tetapi satu program pembinaan kapasiti ekonomi yang penting.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Dato'

Thank you for your support. Yes the last posting of mine deserves to be censored. Sorry for that.Saya tergelincir sikit perkataan saya. It was rather crude indeed. Biasanya I am cautious with my language but today I am rather emotional. I must admit I have gone overboard.

kluangman said...

Komen saya, Harakah, Suara Keadilan & Rocket tu terang2an adalah akhbar politik masing2.... Yang media arus perdana ni media politik kah???????? Terang2an ketidak adilan berlaku... Sepatut media perdana berlaku adil dlm liputan mereka.. Kenapa UMNO tidak mengeluarkan akhbar politik mereka sendiri?
................................

Perkara simple macam ni pun buat kecoh - sebab emosi kan !

Kalau besok pakatan pembangkang jadi kerajaan, semua media perdana ini akan bertukar rentak mengikut acuan kerajaan tersebut. Takut2nya lebih kena cekam..

A KADIR JASIN said...

Sdr Abdullahngah,

Saya amat sedih Tuan memilih untuk memutarbelitkan kenyataan saya tentang kasihkan ayah dan ibu.

Tidak adil dan tidak sopan mempolitikkan kenyataan saya itu.

Surely not everything is about politics and money. Surely not our love for our mom and dad.

I take offence. My mom and dad are certainly not those people you think they are -- orang tua yang hanya fikir tentang duit!

Saya tidak tahu siapa Tuan dan apa latar belakang Tuan.
Tetapi menuduh orang tua mengundi semata-mata kerana duit adalah penghinaan.

Bukan semua orang -- tua atau muda -- hanya fikir tentang kekayaan. Bukan semua orang tua mata duitan.

You are welcome to debate here, but let us be civilised and, if possible, let us be fair and intellectual. Let's be good examples to the younger visitors to this blog.

Adakah itu terlalu sukar untuk dilaksanakan?

Terima kasih.

pakbelalang said...

Kerajaan BN negeri Perak dah gunakan Proton semula.

Saya ingin nak bagi tahu pengurusan Proton not to take things for granted as far as customer service is concerned.

They must treat all Proton cars owned by government agencies as their major fleet owners and there must be a Fleet Govt. Sales Dept. to take care of after sales service.

Repeat sales are very important business in order to maintain customer loyalty. This is very basic marketing principle which every company in the world is applying.

A KADIR JASIN said...

Sdr Din,

Jangan lupa, hanya orang yang paling dipercayai atau akrab saja boleh masuk ikut dapur.

Bukan apa, di dapurlah mak cik berkemban, anak dara sunti dan nenek tua bersantai.

Kena-kena langkah, mak cik masak asam pedas ikan puyu dengan batang keladi..yummy!

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato',

Terima kasih saya ucapkan pada Dato kerana sudi mengendalikan blog ini walaupun dalam keadaan uzur dan juga dalam kesibukan masa mencari makan. Begitulah juga keadaannya dengan saya, tetap menjadi peminat Dato.

Banyak iktibar yang boleh saya dapat dari tulisan Dato dan juga pembahas sekian.

Tapi satu aje komen saya tentang blog Dato ini. Harap blog Dato ini tidak dimonopolikan oleh pembaca yang kerap menghantar komen. Ada kalanya mual membaca komennya yang kerap sangat disiarkan.

Bukan apa, kalau terlalu kerap menyiarkan komen dari seorang pembaca, nanti Dato akan kehilangan peminat. Kekadang, quality yang kita perlukan, bukan quantity.

Anak Bayan.

pakbelalang said...

Nik said...
Dato'

Dato' patut lihat Tower Maju Junction. Banner gergasi gambar Najib seluruh badan terpampan meliputi separuh Tower Maju Junction....

Adakah tuan punya bangunan berkehendakkan sesuatu dari PM? Atau pun... Memerlukan Perlindungan darinya?

comment:

Rasa saya itu mungkin adalah satu public relation exercise. Mungkin ada udang disebalik batu. Walalahualam! Kena tanya Tan Sri Abu Sahid sendiri.

Tapi dalam dunia perniagaan jika ada peluang untuk menonjolkan syarikat kita sebagai good corporate citizen tidak salah.

Serupa juga macam Berjaya Group mengiklankan muka penuh dalam akhbar the Sun memberikan penghormatan tahniah kepada Rosmah sebagai "First Lady Of Charity".

Lepas ni mungkin ada banyak lagi syarikat yang akan membuat iklan tahniah kepada Najib. Yang untung ialah syarikat media kerana dapat hasil advertising revenue yang lumayan. Advertising agencies pun dapat commission - 17.5% (tak masuk production cost yang mungkin ada hidden profit).

mekyam said...

salam tok scribe,

saya rasa terpanggil pulak utk mencelahkan tidak setuju saya dgn pendapat yg berkata:

"... sawit Future Trader yang selalu membaut koment yang tak relevant."pada saya, komen sdr sawit future trader biasanya adalah antara yg paling bernas, dewasa, relevan (dgn setiap masukan semasa), tidak emosi dan tidak partisan drp kebanyakan komen2 lain di blog ini.

penulisan beliau mencerminkan seorang yg berfikir dahulu sebelum menulis. beliau juga nampaknya tidak segan bertanya utk mengelakkan kesalahfahaman. saya juga dapati beliau biasanya membuka mulut hanya dari sudut pengetahuan.

selain itu saya juga tabik hormat pada penguasaan bahasa dan penguasaan berbahasa beliau. penulisan beliau rapi dan mudah difahami. kata2 beliau sentiasa beradab, meskipun semasa membidas.

penyumbang yg bersikap begini, pd pandangan saya, tidak ramai.

kekadang, ramai antara kita terburu2 sangat nak meluahkan kejengkelan terhadap orang lain, hingga terlupa apa yg didedahkan oleh luahan tersebut ttg diri sendiri. jika bahasa menunjukkan bangsa, kefahaman barangkali menujukkan ketajaman.

p.s. i apologise if the above veers somewhat from the topic at hand, tok scribe. but i truly feel a contrary opinion needed to be voiced about one of your most reflective and read-worthy commenters. i hope i don't embarrass sdr sft in the process. if i did, my apologies.

pakbelalang said...

RM34mil Allocated For Health Campaigns In The Media


KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) --

The Health Ministry has allocated RM34mil to promote health campaigns in the print and electronic media this year.

Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said it would cover anti-dengue, HIV/AIDS, Tak Nak anti-smoking and a healthy lifestyle campaign.

comment:

To be cost effective I would like to suggest for the media to contribute half the cost of the campaign on a 1:1 basis. This will reflect that the media houses are good corporate citizen in sincerely wanting to help the govt.achieves its objective.

What say you, Dato' being a media "boy" ??

pakbelalang said...

Bank Islam vs Khalid: Court to decide May 27
By LISA GOH

KUALA LUMPUR: The High Court has fixed May 27 to decide on whether it will judge summarily Bank Islam Malaysia Bhd’s (BIMB) claim of USD18.521mil (RM67.4mil) against Tan Sri Khalid Ibrahim.

comment:

Ayo yo yo!! What an enormous amount Khalid owes the bank.
Former Umnoputra !! Pengsan !!

pakbelalang said...

Nizar to get first dibs on his Camry: Dr Zambry
By CLARA CHOOI

IPOH: The Barisan Nasional-led state government will give former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin first preference in the sale of the Toyota Camry AGS 10 he used as his official car.

Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said that this was because the Barisan government was “courteous” and “did not believe in being confrontational.”

comment:

Jangan malu, Nizar. Take the offer. Nak free tak bolehlah.

Jangan buat macam cerita Seniman Bujang Lapuk. P Ramli malu-malu kucing apabila Saloma bagi dia duit.

Anonymous said...

Dato'

Tersentak saya membaca posting Abdullahngah. I find his posting highly offensive.

Sebegitu teruk kah latar belakang peribadi, pendidikan serta pengalaman hidup Saudara Abdullahngah sehingga dengan kurang ajar dan angkuhnya menyatakan orang-orang tua sebagai insan-insan yang tidak ada harga diri dan tidak berguna sama sekali dan boleh dijual beli dengan harga serendah RM 50?

Adakah Saudara ni telah didera oleh ibubapa Saudara sehingga tidak menghormati langsung ibu bapa insan-insan lain?

Sedarkah Saudara bahawa Anwar yang diagung-agungkan itu adalah juga seorang tua? Nik Aziz juga seorang tua. Haji Hadi juga seorang tua. Lim Kit Siang juga sudah tua. Karpal Singh juga sudah tua dan beroda ke sana, sini dan sinun dengan kerusi rodanya. Atau pada pandangan cetek dan kurang ajar serta tidak boleh diajar Saudara, mereka ini muda belia serta maksum belaka hanya kerana mereka tidak menyokong UMNO?

Dato', dari lubuk mana Saudara kita ni keluar?

Melati

pak mat tempe said...

Salam sejahtera Datu AKJ semoga mendapat rahmat Allah dan sehat selalu, Disini saya ingin memberikan sedikit pandangan jika Datuk sudi membaca atau menyiarkan nya.Mungkin ia tidak disenangi mereka yang tak suka UMNO tapi tak mengapa biarlah mereka respon untuk dijawab. Baru boleh bertukar pandangan yang sehat dalam mencari titik pertemuan bukan perpecahan.

Boleh ke agaknya Datuk memulakan langkah mendamaikan pemimpin2 politik kita ini melalui penulisan Datuk. Sebabnya pegeseran politik ini dah sampai keperingkat melemahkan kuasa politik melayu. Bukanlah kita bersikap perkauman tetapi apa yang jadi hak kita yang ada dalam perlembagaan itu sebolehnya jangan terjejas contoh seperti DEB. sebab ia adalah hasil perjuangan datok nenek kita yang diamanahkan untuk dijaga. Kalau kita terlampau nak please orang dek kerana hendakan undi itu satu trend yang merugikan. Saya ada pengalaman bekerja dengan semua bangsa samada syarikat tempatan dan multinational. susah nak cerita diruangan ini tetapi siapa yang pernah bekerja tau lah relitinya dari segi hak samarata itu. Orang hurmat kita sebab UMNO kuat. Kuasa politik kita kuat. Kalau kita lemah ini lah akibatnya. Untuk makluman Datuk saya bukan ahli mana2 parti tetapi lebih yakin dengan perkongsian kuasa secara BN sebab BN parti induknya atau terasnya adalah UMNO. Soal kelemahan dalam UMNO itu boleh dibaiki dengan syarat Pemimpin UMNO kena berlapang dada dan berubah mengikut kehendak rakyat dan sangup menghulur salam perdamaian kepada lawan politiknya . Samada pemimpin PR atau UMNO buanglah ego masing2 supaya sistem yang kita warisi dipertahankan dan dijaga, begitu juga dasar yang telah digubal oleh pemimpin dahulu terutama oleh Tun Razak diteruskan. Tidak ada sistem yang sempurna tetapi setakat ini itulah yang terbaik untuk semua bangsa diMalaysia ini.
Jika ada kelemahan sama2 lah kita baiki jika tak berjaya dalam masa terdekat kita cuba lagi tetapi jangan dirungkai sistem yang ada risikonya agak berat kepada melayu.

Oleh itu Datuk mulakan lah langkah menyatukan mereka. Mereka tu pandai belaka tetapi nak buat apa jika kepandaian digunakan untuk melemahkan lawan politik melayu sendiri. Kesudahannya menang sorak kampung tergadai.
Akhir sekali pesanan saya Tukang komen lebih senag kerjanya dari Tukang buat. Pemimpin yang agung adalah yang boleh menyatukan rakyatnya, bukan memecahkannya dan sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat. kurang memikirkan kepentingan sendiri dan kurang bercakap tetapi lebih bekerja seperti pemimpin yang sangat saya hurmati Allahyarham Tun Razak. Wassalam

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Ahmad Nesfu kata,

"Daripada 400 orang pelayar dalam Blog dato,ada dua orang hamba Allah,Pak Belalang dan sawit Future Trader yang selalu membaut koment yang tak relevant.Saya ingat lebeh baik mereka kasua membuat Blog sendiri."

"Kedua2nya mempunyai keupayaan berfikir macam macam ahli politik UMNO.Mereka tak mempunyai perasaan sama ada orang suka atau tidak ucapannya.ia terus bercakap.Jikalau di dalam Perhimpunan Agong UMNO ia sudah kena Boo!.Macam raja Nong Chik yang bercakap dalam perhimpunan Agong yang lepas."

Terima kasih. Saya telah beberapa kali dituduh sebagai pro PR sebelum ini. Hari ini saudara pula menuduh saya pro BN. Nampaknya betul lah saya ni tidak bias kepada mana-mana pihak.

Orang yang dok kat tengah-tengah ni, buah fikiran dia memang tak serupa dengan aliran ramai.

Tak popular pun tak apa. Bukannya kita ni bertanding pun.

Sekadar musykil, setahu saya, sekurang-kurangnya 70% komen saya merujuk kepada samada artikel DAKJ atau komen tetamu lain. Jadi dimana tidak relevannya? Sayang Ahmad Nesfu tak beri perincian.

Dan buat Dato' yang kata,

"3. Mengenai Pakbelalang dan Sawit Futures Trader, saya hormati sumbangan mereka."

"Kalau mereka ada masa dan ada idea, apa salahnya."

Saya amat hargai kesediaan Dato' untuk menerima saya bertamu di sini.

p/s saya baru sedar, setakat ini, saya sahaja yang guna perkataan "musykil". Mungkin ramai pengomen disini adalah dari generasi yang tidak lagi menggunakan perkataan "kutubkhanah".

Indigo said...

Scribe,

Are You Linked To 1Malaysia(some nilai are yet to be clikable)

SEKALI-SEKALA elok kita menyimpang dan membuat lencongan daripada isu serius macam politik dan ekonomi...Jangan kerana kalah sikit dah nak boikot pilihan raya.

Maaf cakap Pak Kadir, tetapi what an ugly posting framed well like a good great photograph.

So you want a souped up wheel chair or a massaging armchair - wow! it costs an arm and a leg, but for that Spondylosis spin-dol-osis i ask that you reconsider - however there is this guy from Pulau Tuba who is good at reflexology - now treating a 'stroke patient'.


teima kasih.
(ps. i think najib is a great tactician and superb strategist)

Anonymous said...

Datuk,

Kalau Datuk sakit reput tulang, saya pula sudah mula kena sakit kelabu bijik mata. Ini pun bahana kerana lama sangat mengadap skrin komputer. Oleh itu, saya mohon jasa baik pada kawan-kawan terutama "zmy" dan Pak Haji JB (kalau tidak silap), bila menulis tu, buat-buat lah perenggan, jangan tulis dari awal sampai akhir satu perenggan saja. "Berpinor" mata saya ni membacanya. Kesianilah orang yang mata kelabu macam saya ni.

Mengenai kebebasan akhbar "msm" ini pula, saya ingin mengajak kawan-kawan membuka balik cerita-cerita lama terutama pengambilalihan Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, NSTP, Malay Mail, Shin Min Daily News dan TV3 oleh Realmild Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat MRCB Bhd pada Januari 1993.

Ketika ini, pihak pembangkang terutama dari DAP dan PAS mengutuk kuat "management buy out" ini kerana MRCB dikatakan milik UMNO. Amat menarik sekali, tuduhan mereka banyak terarah kepada Anwar Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Kewangan dan TPM Malaysia. Mereka menganggap media-media ini dikuasai dan diguna oleh Anwar untuk menguatkan lagi cengkaman dan pengaruh politik beliau. Ia juga digunakan oleh Anwar untuk menjatuhkan seteru-seteru politik beliau tidak kira dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri.

Apa komen Datuk?

Datuk kan salah seorang daripada empat pengurus yang terlibat dalam MBO ini.

Diharap ada pendedahan ekslusif dari Dato.


-sinbad-

Anonymous said...

Kepada Abdullahngah,

Jangan biadap dan pandang hina pada orang tua. Jangan anggap orang muda itu lebih bijak dan pandai.

Dr. Mahathir tua.
Nik Aziz tua.
Lim Kit Siang tua.
Karpal Singh tua.
Samy Vellu tu pun sudah tua.

Ingatlah pesan orang-orang tua. Mereka banyak petua dan pengalaman berguna.

-sinbad-

lebai kasim said...

salam Datuk,

selain gambar2 PM dan pemimpin lain, Datin Rosmah pun kena kurangkan keluar kat media2 terutamanya tv. Nanti jadi mcm menantu plak. makin keluar makin menyampah rakyat tengok.

Syah Rizal said...

saudara abdullahngah,

saya pengundi muda dan saya kenal siapa anwar ibrahim!

mulut manis umpama gula!

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Terima kasih kerana sesekali berjaya juga Dato' bercerita tentang kehidupan seharian yang kita lalui. Tapi, ayat yang terakhir tu, masih menunjukkan rasa tidak puas hati Dato'.

Benarlah dalam hidup ini, memang ada juga perkara yang kita tidak puas hati. Bagus juga kerana Dato' berjaya lepaskannya. Kebaikannya ia tidak lagi terbuku dalam hati dan fikiran sehingga tidak boleh tidur.

Yang paling baik juga, ia dapat melegakan sedikit rasa sakit "reput tulang" Dato'. Dato' tidak makan kalsium ke? Dalam TV, hari-hari ada Michelle Yeoh, promosikan minuman kuatkan tulang. Tidak banyak 4 camca besar sahaja setiap hari.

Tetapi, promosi dia untuk wanita sahaja. Lelaki tidak boleh ikut minum ke, Dato'?

TV arus perdana banyak kebaikannya. Bukan macam ASTRO. ASTRO tiada program tunjukkan usaha-usaha MARDI, Jabatan Pertanian, JAKIM dan lain-lain agensi kerajaan. Kita dapat lihat bagaimana pegawai kerajaan cuba membantu rakyat jelata usahakan tanah, usahakan perniagaan dan mencana minda mereka. Bukan semua propaganda. Kita yang menggelar diri "profesional", "berpelajaran", "UK educated", "US educated", "budak grad", pasti dapat menilai baik buruk.

ASTRO cuma ada hiburan. Pagi petang siang malam, hiburan. Itupun, pusing balik-balik. Sama sahaja. Setahun tengok ASTRO, itu sahaja, rancangannya pusing-pusing. Sampai ramai orang pun terpusing macam gasing, tidak berhenti-henti. Sehingga tidak tahu lagi menilai yang baik yang buruk. Bukan ada tapisan pun. Orang tidak pakai baju, sikit kain, buka sana sini, pusing-pusing sahaja. Kita yang tengok pun terpukau. DAN YANG PALING AIBNYA, KITA TENGOK RANCANGAN BERSAMA KELUARGA, ANAK-ANAK. Bukan saya kutuk ASTRO, tetapi ini adalah realiti kehidupan kita hari ini.

Sama juga dengan media massa. Kita baca sahaja. Macam pernah dahulu, saya katakan. Ada macam-macam cara kita membaca. Dengan minda, dengan mata, dengan hati, dengan macam-macam lagi.

Bukannya kita harus baca dan simpan dalam hati. Jumpa wartawan, pergi halau atas alasan membuat liputan yang berbeza atau salah tafsir. Kita ini semua kan "profesional","berpelajaran",.......

Walau apa pun, saya berterima kasih kerana Dato' memberi perhargaan kepada kami yang menempel pada blog Dato' ini. Kalau buat blog sendiri, benar macam kata rakan kita yang satu itu, belum tentu ada pelawat jauh sekali hits.

Lo said...

Datuk

Salam sejahtera. Terima kasih untuk posting kali ini yang ringan dan tidak membebankan kepala saya untuk berfikir dan merenung lama-lama. Topik berat seperti politik dan ekonomi selalunya akan melekat di kepala saya berhari-hari lamanya.

Blog Datuk adalah antara blog 'wajib' yang saya layari setiap hari dan antara yang saya 'linkkan' dengan blog saya.

Walaupun saya tidak kerap memberi komen, penulisan Datuk banyak memberikan perspektif baru dan membuka paradigma saya.

Mengenai kesihatan Datuk, saya berdoa (saya beragama Kristian) 'that the good Lord will bless you with good health and to give you the will and wisdom to continue to write for the sake of Malaysia'.

Penulis yang mampu memberikan pandangan dari 2 sudut berbeza tanpa berat sebelah dengan yang berkualiti seperti Datuk jarang-jarang ditemui di Malaysia. Banyak yang berat sebelah. Maaf kalau bunyinya seperti mengampu tetapi saya ikhlas.

Satu cadangan saya, kalau DAtuk nak menulis mengenai topik yang 'berat' selepas ini, mungkin Datuk boleh menulis mengenai politik di Sarawak yang saya rasa amat berbeza senarionya dengan yang di Semenanjung Malaysia.

Seorang kawan saya yang baru balik dari Kuala Lumpur berkata sewaktu dia di sana, seorang kenalannya yang berasal dari Kuala Lumpur berkata 'Apalah orang Sarawak tidak pandai bermain politik. Kita perlu ajar sikit pemerintah ni, tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat yang berkuasa. Jangan asyik-asyik bila mengundi pangkah 'dacing'. Make them work for our votes'.

Terima kasih.

Lo

mad said...

salam datuk,

bukankah harakah, suara keadilan dan rocket itu akhbar parti berkenaan. sudah tentulah ianya berat sebelah. apakah utusan malaysia dan berita harian itu merupakan akhbar umno? saya kurang pasti datuk, tolong jelaskan. bagaimana pulak rtm?

sancho panza said...

Salam AKJ,
Kali ini posting Datuk ringan dan bersahaja.Apabila datuk memperkatakan berkenaan pembacaan akhbar dari muka belakang, saya jelak dengan ceritanya(biasanya cerita tentang sukan tanahair) terutama bolasepak negara, ulang alik kecermelangan atlit yang sama(dalam bidang yang asing dalam masyarakat majoriti malaysia), kontrovesi persatuan sukan, skim2 sukan yang berjuta2 tetapi pencapaian atlit kita tetap ditahap itu sahaja.saya ternanti tajuk dimuka surat belakang akbar seperti ini.'Malaysia layak ke piala dunia 2010', "kita juara hoki sukan olimpik", 'malaysia 3,brazil 0-separuh akhir piala dunia' atau "piala Thomas pulang ke Kuala Lumpur".

hlekir said...

Dari muda sampai pencen dato dlm industri penerbitan, takkan dato tak perasan bahawa harakah adalah untuk ahli sahaja. Sebagai buletin untuk ahli memanglah isi kandungan memihak 100% kepada parti. Kenapa UMNO tak buat buletin spt harakah, semua dah tau jawapannya....takkan habis 100 naskhah pun kalau dijual.
Jangan dato ingat pembaca di luar sini tak reti beza antara haluan Utusan Malaysia, BH !!

Seperkara lagi, apa komen dato bila PM baru ni memansuhkan ekuiti bumiputra 30% dalam projek kerajaan???

Mana Prowaris? Perkasa? Osman Bakar?

Tron said...

Datuk,

I agree that filial piety is something that we malays should be proud of.

However, characters like this AbdullahNgah are unfortunately a dime a dozen in our malay society today.

I truly believe that what a person spews out in his comments is a direct reflection of what his thoughts are.

Hence, when a person writes irrelevant, absurd comments to an article which should have been taken at face value and nothing else - this just reflects his level of intelligence which unfortunately is, not much.

Jadi kita tidak perlu berbuat apa-apa kecuali membiarkan si luncai ini.

Bak kata perpatah inggeris
"Jangan bergelut dengan khinzir. Kerana walaupun jika akhirnya anda memang - anda akan tetap kotor"

Terima Kasih.

penangboyumno said...

Bapa saya cerita, ada seorang nama Eddy. Dia ni selalu bersenam dan aktiviti kegemarannya ialah panjat bukit di Bukit Jambul especially. Punyalah sihat, pada usia 65 masih panjat bukit.
Tiba-tiba bapa saya dengar dia meninggal. Dia meninggal bukan sebab penyakit tetapi kerana dilanggar kereta waktu nak pergi panjat bukit.

Bapa saya buat kesimpulan, jaga kesihatan iaitu bersenam, jaga makan dan sebagainya adalah kerana badan ini adalah amanah dari Allah dan bukannya untuk panjang umur.
Oleh kerana tu, tanggung jawab kita bersama mempringati satu sama lain supaya jangan lalai menjaga kesihatan.

Terima kasih Dato kerana peringatan ini dan didoakan Dato dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Walau macam manapun saya masdsih tak puas hati dengan apa yang sedang terjadi di Penang.

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Psai masuk ruamh jiran guna pintu belakang ni dah lama praktik kat kampung mertua saya di Kampung Sena.

Kampung Sena ni bahagi dua: sebelah sini sungai Pas, sebelah sana Barisan, tapi bila kenduri kendara, semuanya OK.

Rumah mertua saya typical rumah orang kampung: melepak kat belakang menghadap kebun, pintu depan terbuka terpelahang cuma tutup gril (tak berkunci selalunya sampai kami anak2 naik cemuih peringat)dan semua yang pi situ akan teruih tala kebelakang.

Pasai depa tau belah depan tu cuma anak2 jantan duduk bersandar main game atau tengok televisyen.

Depa akan bersembang dengan penu santai kay luar walaupun kay ruang tamu melambak sofa empuk.

Apa2 ketja pun semua buat dekat belakang sebab dapur teruih jumpa.

Tapinya depa buleh buat macam tu pasai dah mesra. Bila orang yang tak berapa rapit (rapat for orang Kedah), depa akan layan kat ruang tamu formal jugak.

pakbelalang said...

Saya masih tertanya-tanya tentang perkataan "political prostitute" dalam komen saya semalam dimana Dato' mengatakan ia adalah sebagai perkataan kesat.

Tapi pada pandangan saya perkataan tersebut adalah bersesuaian digunakan dalam kontek politik. Ianya tidak ditujukan kepada individu tetapi adalah sebagai sikap politician terhadap prinsip mereka.

Komen saya itu telah keluar dalam laman chedet. Saya telah "cut and paste" untuk menyampaikan kepada Dato'.

Sebenarnya saya terasa amat "embarass" dan tersinggong sedikit kerana perkataan "political prostitute" dianggap sebagai kesat oleh Dato'.

Saya menggunakannya setelah membaca article dalam internet ada menggunakan perkataan political prostititute. Mungkin ada relevennya pada pandangan saya.




Joe Biden: Consummate political prostitute

Posted: September 04, 2008
1:00 am Eastern

© 2009

Sen. and Democratic vice-presidential nominee Joe Biden's declaration that the nation of Israel ought to "reconcile itself to the nuclearization of Iran" is tantamount to suggesting a woman ought to "lay back and enjoy it" should she become a victim of rape.

Biden's assertion, reported last week by the Jerusalem Post, went conveniently unnoticed by the establishment press, but was nevertheless addressed by more conscientious media outlets and personalities that experienced the same outrage as this columnist. Forget the senator's part in the megalith of Washington politics-as-usual, away from which Obama claims to gravitate, Biden's lifelong membership in the Brotherhood of the Public Teat (read "career politician") and the fact that the entire Obama campaign is a bizarre, dangerous joke. Among the most fearful of our entrenched leftists, Joe Biden exhibits the quintessential lack of introspection and elitism many such as myself criticize.

Initially an Iraq war opponent, the senator advocated essentially diplomatizing Saddam Hussein's regime until the next cycle of the cosmos began. Biden, chairman of the Senate Foreign Relations Committee, was no doubt chosen by Obama for his alleged experience in the area of foreign policy. However, a little research – easy for any of us in this age of accessible information – reveals that the senator's foreign policy has been in question for a long time. Now, when there's a wealth of critical review on a liberal Democrat in the press, two things can be presumed:

The party in question has been around long enough to be thoroughly vetted, and
The party in question has probably earned said critical review.
Despite Biden's having finally voted in favor of the Iraq invasion in 2002 (along, apparently, with nearly everyone in the Senate besides Barack Obama and a few others), his blatant anti-Iraq war pandering since has been a staple of press coverage over the last few years. Conversely, Biden's comportment during President Clinton and NATO's tack in the Kosovo war (1996-1999), including NATO's 1999 bombing campaign, was uncharacteristically hawkish. That bombing, during which NATO targeted Yugoslav military and civilian targets, was deemed unnecessary by congressional Republicans and arguably resulted in the Serbs' subsequent ethnic cleansing of the area.

The "it's OK if our guys do it" mentality ought to give grave pause to all considering this man potentially serving as vice president. It is likely that Biden would be a more powerful, hands-on VP (à la Dick Cheney) than, say, an Al Gore, particularly since the president in such a scenario would be weak in so many areas of experience.

This would be – as is said – very bad.

His vaunted foreign-policy judgment is seriously flawed. Although he was not as irresponsible as other Democrats in calling for an immediate pullout from Iraq, he opposed the surge and plugged for an unworkable plan to partition the country, one long ago overtaken by events, even though his office was saying as of only a week ago that he still supports it.
"Candidate of Caution," National Review, Aug. 23, 2008

Though perhaps Biden's overview of the Israel-Iran issue may be a reasonable expectation for someone who has existed in the insular, rarified abundance of the Beltway for the past 35 years, the last thing we need is another Jimmy Carter managing our Iran policy again. If Israel were to flatten Teheran tomorrow, so much the better. Only the fool ponders overmuch when a violent felon threatens one's family with death. The course is clear, and the neighbors' opinions be damned.

Biden's statement, which a spokesman has since denied the senator ever uttered, is but a foretaste of the sort of blithering foreign policy to which we can look forward if Obama-Biden triumphs in November. From killing the amendment (H.R. 4444) that would sanction China in the event that they were to sell illicit weapons of mass destruction, to supporting every measure favoring unfettered foreign aid packages, Joe Biden has proven himself to be a consummate political prostitute as well as a force for the United States' geopolitical demoralization.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya ikut blog Dato' dah lama dah. Point2 dato' memang best, walaupun memang nampak bias - itu biasalah, mana2 penulis pun mesti ada 'standpoint' dia! Tapi, saya ikut jugak sebab tulisan Dato' menarik dan free tak payah bayar apa2.

Pasai MSM.. memang saya tak beli. Dah lama dah, sejak millenium lepas. Tapi saya baca. Saya baca tajuk saja bila singgah kedai mamak beli gula2 ataupun masa isi minyak kat stesyen minyak. Bagi saya, tak payah beli dan baca, tengok tajuk saja dah tau apa cerita, siap boleh buat kesimpulan sekali.

Satu lagi, bila Dato' samakan MSM dengan akhbar parti (harakah, suara keadlian, rocket), itu sama sekali persamaan yang tak adil. Banyak pembaca2 kat sini dah ulas pasai tu. Dua2 tu tak berada di 'level playing field' yang sama. Satu status 'kelas' dan satu lagi status 'cokia'.

Senang cakap, satu pihak diberi laluan ikut highway besar 8 lanes, satu pihak lagi kena lalu ikut lorong sempit, gelap, berlopak dan ada duri kawat berkarat di sepanjang lorong! Paling tak tahan, selalu ada 'roadblock' pulak!

Mana 'fair' lagu ni.

Terima kasih Dato'.


IjauKunin'

Nik said...

Dato'

Penulis penulis yang bertanggung jawap di blog ini nampak condong kepada UMNO mewujudkan akhbar Parti dan memberi ruang yang lebih kepada "independent reporting" di mainstream media.

Saya amat bersetuju tentang cadangan beberapa penulis diBlog ini. Tukar nama Utusan Melayu kepada "Suara UMNO" supaya yang bukan ahli boleh membelinya untuk mendapat berita UMNO tulin dan bukan khabar khabar angin UMNO.

Kadang kadang Akhbar macam Utusan boleh digunkan oleh segelintir didalam UMNO untuk kepentingan diri dengan alasan ia bukan berita dari UMNO.

NSTP pulak, sejak pilihanraya umum lepas telah hilang banyak pembaca yang mengharap berita lebih kepada perniagaan dan kepentingan umum. Ada satu masa cuba Spin Business Times tapi tak berjaya...

Tak mungkin ada perubahan dengan adanya menteri generasi lama dan tak technology savvy.....

Hartini Omar said...

saya sebak membaca isi2 tulisan dato'

dan bertambah sebak membaca komen mereka2 yang tidak lansung memahami isi2 tulisan dato'

Gurindam Jiwa said...

Menyimpang dan melencong macam mana pun, kalau dah berdarah politik tu, ke politik juga perbincangan tu akhirnya. Ye Datuk?

Semoga penyakit Datuk terkawal.

botax9 said...

Jgn dok baca ja masuk telinga kiri keluar telinga kanan, zaman sekarang byk manusia mcm ni, di bibir dok kata kesian kesian kesian tapi ma bapak dah 10thn tak jeguk2.

Orang Jauh said...

Dato,
Saya nak mintak komen dato pasal UMNO sendiri nampak perlahan-lahan hapuskan NEP. Terbaru pengumuman DS Najib menghapuskan kouta 30% bumiputra dalam services industry. Alasannya ialah untuk stimulate economy Malaysia.

1) Adakah UMNO dah menari ikut rentak pembangkang terutamanya DAP?

2)Kalau UMNO dah hilang "keistimewaannya" @ "perjuangannya", adakah orang Melayu patut terus menyokong UMNO? Sekarang rasanya tiada beza menyokong pembangkang atau UMNO.

Tiada siapa tahu apa lagi selepas ini? Apa lagi nak dihapuskan untuk menggembirakan puak-puak chauvinist ni. Satu lagi, teruk sangatkah syarat 30% bumiputra itu?

Pendapat saya, penghapusan syarat 30% ekuiti dalam sektor servis adalah permulaannya. Mungkinkah MARA pulak akan jadi mangsa seterusnya?

Dr Iskandar Keling said...

Dato Kadir;

Najib telah umumkan full liberation dalam service sector di mana equity bumiputra tidak perlu.

Minggu depan dia akan umum kan liberation dalam financial sector.

Saya berharap dia tiru 100% apa yang di tawarkan Oleh Singapora dan kalau boleh lebeh baik,di dalam financial dan service sector.

Singapora,sejak mendeka tahun 1966,menjadikan Financial dan service sector,core activity pembangunan.

Jikalau Malaysia menirunya,investor di Singapora akan lari ka sini kerana lebeh murah to operate.

Singapora boleh mati berdiri(die standing Dato)

Syabas Najib.Satu tindakan yang berani dan long overdue.

Faezah said...

Salam Dato'

Tulisan Dato' ini kembali mengingatkan saya mengapa saya suka membaca tulisan Dato' dari dulu lagi dan betapa halusnya cara pemikiran dan tulisan Dato. Susah untuk dipelajari dan diikuti.

Tulisan Dato'yang bermula dari kesihatan hingga beri duit pada orang tua buat saya teringat pada nenek saya dan soal menjaga kesihatan.Saya lupa sebentar pada hal politik. Tetapi dihujung tulisan sempat Dato' membilas balik dengan lembut dan perlahan.
Syabas Dato'. Orang-orang muda sekarang sepatutnya berhujah begitu. Tidak salah berbeza pendapat tetapi berhujah dengan hemah dan tanpa beremosi. Barulah perdebatan mencabar minda.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dato' kata, "PERDANA Menteri boleh buat apa sahaja dengan peruntukan DEB. Tetapi seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Diutamakan dan Prestasi Sekarang mustahil tercapai."

Dato' kata nak bagi probation 6 bulan. Saya pun dah mengaku nak bagi tempoh percubaan yang sama.

Masalahnya bila jadi begini, naik gerun saya. Sampai mengigau, selepas ini pemilikan 30% bumiputera pula diliberalkan. Dato' macam mana?

Saya tidak setuju bila dikatakan langkah ini (yang dikatakan mengambil contoh Singapura yang liberal) sebagai langkah yang baik.

Mungkin ada yang belum sedar statistik pemberhentian kerja yang terkini. Puluhan ribu tu! Cuba pula semak berapa peratus bumiputera?

Singapura berjaya sebagai ekonomi liberal pada harga yang tinggi iaitu melalui syarat kewarganegaraan yang liberal.

Sakit lain tapi ubat yang diberi lain.

Semua orang tahu punca masalah ekonomi semasa bermula dari isu sub-prima di US yang kemudiannya menekan sistem kewangan dunia yang berkiblatkan kredit.

Bukankah penyakitnya adalah terlalu bergantung kepada ekonomi US sebagai rakan import terbesar? Baik dari segi pasaran, penggunaan matawang dan rezab.

Ubatlah penyakit yang itu.

Di Johor Bharu, tanpa WPI dan hanya melalui tambak, kos sara hidup telahpun menjadi antara yang tertinggi di Malaysia hinggakan nak beli lauk gulai daging di pasar malam pun pakai timbang!

Nak tiru, biarlah berpada-pada. Ukur baju dibadan sendiri. Kita orang Malaysia, biarlah berwajah Malaysia.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya mahu membetulkan ralat dalam komen saya sebelum ini.

Sememangnya 30% itu merujuk kepada pegangan ekuiti bumiputra.

Kini, setelah mempunyai pemahaman yang betul tentang isu berkaitan, saya merasa muyskil tentang satu perkara.

Apa pula peranan PNB sekarang?

pak mat tempe said...

Salam Dato' AKJ

Izinkan saya Dato' untuk respon tulisan komen Abdullah ngah tentang orang tua.Panas juga telinga sebab ayat dia tak berlapik langsung dengan mengatakan orang tua tak belajar tinggi dan tak bijak. Ini satu pandangan yang meleset sama sekali. Mungkin dia muda agak gopoh.

Orang tua ada yang belajar tinggi ada yang tidak. begitu juga orang muda. Kalau lah orang tua yang ada ini atau terdahulu tidak cerdik boleh ke mereka membantah malayan union, draft perlembagaan memasukan perkara 3,152,153 dalam perlembagaan tersebut dan memerdekakan negara pada masa kuasa politik orang melayu tidak berapa kuat. Jika tidak kecerdikan dan semangat juang mereka tak tau apa nasib kita termasuk A.Ngah sendiri. Dimana orang melayu sebelum merdeka, awal kemerdekaan bagaimana peluang pekerjaan, masuk universiti. Ia hanya ujud selepas lahirnya DEB melalui ITM, UKM, biasiswa anak melayu dan banyak lagi kalau nak tulis, Bagaimana DEB itu dilahirkan semuanya dari perkara 152, dan 153 tersebut. Walaupun ia dikritik oleh lain bangsa dan dunia luar malaysia mengamal dasar diskriminasi.tetapi kita jawab ya kita amal diskriminasi tetapi 'positive discrimination' untuk rakyat kita hidup aman. Kita amalkan Demokrasi acuan Malaysia. Saya masih ingat ucapan ini dari Allahyarham Tun Razak. Kita laksanakan sebab kita kuat dan bersatu. Diperengkat perlaksanaan memang ada kelemahan dan kecacatan. tugas kita betulkan bukan hapuskan. Sistem dan dasar dah baik dah.

Soal mereka kebanyakan menyokong BN kita kena tengok banyak faktor. Diantaranya adalah mereka dilahir sebelum merdeka dan melalui pengalaman hidup yang lebih mencabar dan pahit. bermula dari pemeritahan jepun, bintang tiga, masa darurat sehinggalah merdeka. Mereka mengalami sendiri kehidupan sebelum dan selepas merdeka dan mereka tahu UMNO yang mendapatkan kemerdekaan walaupun dengan bantuan pejuang2 kiri. Kesengsaraan yang dialami sendiri tidak sama dengan yang saudara ABNGH dengar atau tonton dalam filem. Tak percaya tanya bekas2 tentera dan polis yang masih hidup mereka masuk hutan menggadai nyawa mempertahankan negara dari jepun hingga ke kominis. Berapa yang terkorban, yang jadi mangsa jerngkap samar ,yang hilang tengah malam. Baca peristiwa bukit kepong boleh beri kita keinsafan.

sebab itulah mereka susah nak memangkah selain UMNO/BN bukan mereka kurang cerdik kita kena hormat pendiriannnya. Mungkin juga dia lebih betul dari kita. Mereka buat keputusan atas pengalaman sendiri tapi kita atas sentimen dan perasaan kita yang tak suka setengah dari pemimpin BN yang tidak prihatin rakyat dan tidak telus dan cakap tak serupa bikin..

Untuk makluman saudara saya bukan orang BN bukan juga PR tetapi berpegang kepada kebenaran. Memanglah bukan semua BN buat betul begitu juga sebaliknya dah nama dia politik matlamatnya kuasa. Maaf jika menyinggung tujuan nya hanya untuk berkongsi pengalaman dan pendapat.

Anonymous said...

I am surprised at your comparison between msm and harakah and rocket. A man of your calibre and experience ought to know the diffirence. Your comparison goes beyond comparing apples and oranges (at least both are fruits) - in your case it is like comparing apples and monkeys!

Unless of course in your haste and desire to justify and defend the govt (after all loyalty, like love is sometimes blind), you forgot things as simple as that.

mat taib

Ibrahim bin Said said...

Doa kesejahteraan Dato'.
Kelmarin saya menemani ahli keluarga menghadap "raja tanah" di pejabat berkaitan di sini. Halnya adalah berkaitan pengambilan-balik tanah simpanan Melayu untuk projek rel berkembar utara selatan (singkatannya PROBUS(?) kot). Sedih, amat2lah sedih Dato'. Rasa macam terhina bila mendengar harga yang ditawarkan. "Saya menawarkan untuk membayar atas kadar RM1.80/kaki persegi........... " demikianlah lebih kurang kata2 dari raja tersebut. Setelah beberapa rayuan dikemukakan raja berkenan "....menambah lagi 10 peratus dari harga asal tadi" demikianlah maksud raja itu menjadikan RM DUA SAHAJA/KAKI PERSEGI. Kalau tak setuju boleh cabar di mahkamah dengan menggunakan borang M.
Begitu punya murah tanah simpanan Melayu Dato'. Sekarang ni di Alor Setar bertaburan KEDAI 1.90 yang menjual pelbagai barangan dengan harga RM1.90 (Nampaknya tanah keluarga saya tu cuma layak dijual di kedai 1.90 saja). Kalau saya berketurunan lain boleh juga mengadu pada biro pengaduan mereka tapi bangsa Melayu ni nak mengadu pada siapa: UMNO? PAS? KEADILAN?
Saya tak nampak akan mendapat bantuan dalam hal macam ni.
Rasanya kalau ada sekeping roti canai yang berukuran 1 kaki x 1 kaki x ? kaki tentu harganya JAUH lebih tinggi dari harga tanah tersebut.
Alahai nak tambah tak ada modal, yang ada sikit pun diambil dengan kadar yang memilukan bila difikir lama2 (macam ambil FOC saja)

Melayu Perlu Maju said...

Saya merujuk komen 'Orang Jauh'. Pendapat peribadi saya ialah sesetengah orang (terutamanya melayu) suka melihat at face value. DEB atau tidak, apakah pendekatan yang sebenarnya betul-betul sampai kepada orang melayu? Bukanlah nak cakap MARA (atau MECD) gagal, tapi rata-ratanya orang melayu tak boleh jugak nak bertapak kat shopping complex utama (respect dengan Al-Ikhsan kerana ada jugak muka melayu), tak boleh jugak jadik main player dalam bisnes, rata-ratanya cina sahaja. Mungkin ini jalan terbaik yang PM ambil (buat masa ni lah) nak tengok mungkin boleh diubah mana-mana agensi untuk menambahkan keberkesanannya yang betul-betul boleh berfungsi membentu komuniti bisnes kaum bumiputra, yang boleh betul-betul berfungsi mengajar bumiputra berdikari. Jadi, orang melayu jangan cepat melatah sangat.

Kita jangan buta mata dan hati tak nampak apa-apa yang kerajaan buat selama ni nak bantu bumiputra. Dah macam-macam!! Cakap pasal pertanian aje lah, dapat baja, paip, benih free, semua jual (walau tak semua petani, tapi banyak jugalah macam ni), dapat tanah, dapat gerai, bagi sewa kat indon, dapat kontrak, bagi kat orang lain buat, apa lagi yang tak dapat? dapat AP pun ada yang jual, hatta saham ASB pun boleh jadi proksi bangsa lain, skim latihan usahawan, skim latihan kemahiran, semua ada, pergi selidik kat kementerian-kementerian yang berkaitan, TETAPI, kenapa melayu dok macam tu jugak?

Harapan kita, mungkin pendekatan yang DS Najib bawak ni untuk liberisasikan bidang-bidang yang dia sebut tu dapat bawak lebih banyak bisnes kepada Malaysia. Bila banyak bisnes datang, dah tentu nak pakai banyak pekerja, jadi peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia (yang majoritinya bumiputra ni) lebih banyak terbuka. Dan cara ini, pendapatan mereka lebih terjamin dan mereka takkan terkejar-kejar nak melobi projek dengan orang politik dah.

Bumiputra yang dapat directorship kat public listed company tu pun banyaknya yang politically-connected tak pun proksi sana-sini. Ramai tu jugak yang kita kenal dan sanjung-sanjung sebagai pejuang melayu. Mereka ni jugak yang dok bawak kereta besar sana-sini (bukan cemburu) tapi sumbangan pada masyarakat melayu tak lah besar mana pun.

Jadi, sesapa kat sini tak payahlah bersangka buruk pada DS Najib punya tindakan.

SA Rahim said...

Saya juga baru balik kampung jumpa ibu saya. Bila dah tua begini agak emotional dengan ibu dan saudara mara. Memang juga terlalu banyak berita politik kita menjadi muak. Peminat seta Datuk.

samar

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

memang tidak salah malah benar belaka apa yang saya tuliskan dlm blog dato sebelum2 ini...saya konsisten dan ingin mengulangi bahawa CM* kita ini adalah raja xerox aka copycat...hanya tahu mengulang cetak dasar2 pembangkang, dasar2 DSAI baik ekonomi mahupun sosial!!!

mengulang cetak menggunakan acuan umno bn sahaja, amat memalukan dan tidak bermaruah setelah selama ini mengutuk menghina memutar-belit dasar2 pembangkang dibawah PR, kepada ahli2 umno seantaro dunia tunjukkan perjuangan yang konsisten, jangan nanti melayu umno diperumpamakan sebagai lembu2 yg lebih hina dari lembu itu sendiri!!

p/s : jadilah melayu yg bermaruah dan berpendirian teguh >_<

HAMBA ALLAH

Nik said...

Dato'

Saya rasa ramai disini bersetuju bahawa Pak Belalang kena control sikit minda beliau. Buddha dah cakap "The Mind is like a Monkey". Kalau tak dikawal kemana mana perginya.....

Pak Belalang juga cuba kurangkan sikit Cut and Paste terutama yang tak berkaitan dengan topik yang berbangkit. Kita semua hendak Site Dato' jadi contoh Blog yang memberi menafaat kepada pihak berkuasa... untuk meng-enlighten PM dan Teamnya ....

abu said...

askum....datuk boleh bagi komen pasal penghapusan kuota 30 % dalam perkhidmatan awam......

Wan Shamsudin said...

Dato yg dihurmati;

Semoga cepat sembuh dan sentiasa diberi kesihatan yang baik selalu hendaknya.

Saya sebenarnya kurang minat untuk 'komen'apa yang di luahkan olih si Abdullahngah itu.Tapi datang geramnya.......

Nampaknya 'beliau' ini adalah terdiri dari gulongan yang 'frust' dan kurang siuman atau kurang 'waras'. Bahasa yang baik 'GILA'.

Apakah beliau punyai orang tua? Atau di besarkan di jalanan tanpa kasih sayang orang tua? Mungkin dibesarkan olih orang tua yang tak berugama? Sayang namanya Abdullahngah. Mungkin nama samaran!!!

Orang muda sekarang ramai yang tak pandai berfikir, mereka egocentric.
Jika mereka pandai gunakan akal, tentu mereka pilih yang baik, tapi MEREKA memilih yang kurang BAIK.

Kita mesti menghurmati orang tua tetapi bukan orang tua yang 'hipocrite' seperti ulama' yang menghalalkan apa yang ditegah olih agama. Mungkin saudara Abdullahngah 'taksub' pada gulongan orang seperti ini?

Saya bangga kerana ramai 'orang asli' telah memilih untuk beragama. Ramai juga yang berugama Islam.Tanpa agama, maka kita tidak ada pegangan atau pendirian.

NAMPAKNYA MEREKA LEBIH BAIK DARI ANDA, SAUDARA ABDULLAHNGAH.

Anonymous said...

org melayu kena faham rezeki dunia nih bukan hak melayu, tapi hak allah.

kalu nak org melayu kuasai ekonomi, kuasai politik, kenalah berusaha. org inggeris kata "you have to make miracles happen".

jgn komplen kaum lain tak kasi peluang, pasal kita kena cipta "peluang" kita sendiri. kuasa dunia jadi kuasa dunia sekarang bukan pasal org kasi handouts atau DEP. meraka angkat diri mereka utk jadi kuasa dunia.

--a fellow malay--

pakbelalang said...

Ahmad Said has no problems reconciling with rebels
By : Ridzwan Fernandez and Zarina Abdullah

KUALA TERENGGANU, Thurs:

Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said said he would have no problems reconciling with an opposing group of state Barisan Nasional assemblymen if that was what it would take to ensure political stability and progress for the rakyat.

comment:

What is the root cause for some BN assemblymen to rebel against Ahmad Said?

I think it all boils down to personality and leadership traits of Ahmad Said.

He might have lost the respect from some BN assemblymen because he could not carry himself to a level expected of him as a Mentri Besar. What a pity!

Having two camps within the BN state government does not augur well to the well being of Trengganu people. If it drags on without any positive solution to resolve this "crisis" then I am afraid it would be disastrous for BN to continue governing the State in the next general election.

P/S
Dato', some people are not comfortable with my "cut and paste" comments . I leave it to you whether it is worthwhile to post my comment. It is my style. I have to relate my comment with news or topic of the day.

Yes, I am aware most of my comments deviate from your topic. You have the option to ignore it. I have no problem at all. But I still want to share my opinion with you because I know you are a respectable professional journalist.

TooLBoX said...

Saya setuju dgn pendapat Dato zaman ni kalau bubuh gambar menteri (bboard, banner, bunting etc) tujuan utk promosi bukan saja membazir malah tak relevan. Kalau ke Kajang mengguna Grand Saga Dato boleh jumpa bboard gambar DSMNAR berhampiran Leisure mall Ceras sebesar bboard Tun AAB di Jln Syed Putra tempuhari

pakbelalang said...

‘Children of divorced parents must be raised in original religion’
By LEE YUK PENG and ROYCE CHEAH


KUALA LUMPUR: The Cabinet has decided that children of parents where one of them opts to convert must be raised in the common religion at the time of marriage.

comment:

I don't quite agree with the decision of the cabinet. I think if the children are under the custody of their converted Muslim parent, it is his or her responsibility to convert their children to become Muslims.It is rather awkward having "underaged" children in your custody with different religious belief.

pakbelalang said...

Bumi businessmen will not lose: Najib
JAKARTA: Bumiputra businesses will not become “extinct” or lose in competition just because the government has removed the 30% bumiputra equity requirement.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said bumiputra could still take part in business in a more “open and competitive manner.”

comment:

Yes, it is time to get rid of the "old tongkat". It is no more relevent.There are so many other ways to help the Malays in business without having fixed quota.

Berapa lama kena mesti "tempang"?
Cukuplah tu !!

Mayan said...

do you agree that the election laws in our country is outdated?

Do you agree with the proposal by Tan Keng Liang (Kedah Gerakan Youth Chief) which wanted the penalty of RM50k for ADUN and RM100k for MP if they resign without good reason?
Dato' Mukhriz (deputy minister of MITI) had also agreed to it and it has been reported that EC is considering this proposal.

I personally find it hard to believe that EC chairman is so serious about a proposal sent by this small chief in gerakan.
- YB Lim Kit Siang had called it "silly" at his blog.

Please give your views or perhaps give us an article on this.

abdullah ngah said...

Apa yang saya nampak. Mungkin anda tak nampak yang saya nampak.

Duduk dalam kotak memang tidak nampak diluar.orang diluar memang tidak nampak, tapi nampak apabila membaca tulisan yang ada dalam akhbar.

Ada orang setuju rasuah berlaku dalam Umno.sebab itu tidak boleh hapus hingga kini.Hendak ubah apa yang hendak diubah?

Dan ada orang mengatakan rasuah mesti dengan niat.

Beri ta RM 50 memang tidak ada niat apa apa tapi anak yang tak beri sudah tentu tidak mendapat kasih sayang ibubapa.

Malah ada yang menyumpah anak yang tak beri dunit dan memuji anak yang sering beri duit.

percayalah.Yang selalu beri duit akan diberi tanah ke sebelum ibu bapa meninggal. inilah tindakan ibu bapa yang ada diatas muka bumi Allah ini.

Yang tidak berbudi kepada ibu bapa sudah tentu tidak dapat apa apa jika ibu bapa ada harta.

Demikian riba. Ada orang kata riba yang jelas riba tapi ada yang bukan ribu.

Inilah apa yang saya nampak. RasulullahSAW kata rasuah itu boleh rosak akidah.

Rosak akidah sudah tentu dia bukan lagi orang beriman. Tapi mereka baham rasuah juga.

Ulamaka JAKIM kata orang makan rasuah rasok Akidah.

Baca buku mastika hadis yang diterbitkan jabatan perdana menteri.

Orang Umno memang sensitif kerana dia makan lada.

Yang makan lada sudah pasti rasa sangat pedas. Malah keluar api ikut telinga.

Inilah yang menyebabkan mereka sukar hendak jadi baik.

Saya kena perdana menteri ke 5 dan ke 6 dan saya kenal Anwar.

Datuk Kadir jasin tak kenal saya, tapi saya kenal Datuk Kadir dan Nazri Abdullah melalui tulisan masing masing.

Maaf jika tersinggung, kerana apa yang saya sebut itu adalah realiti yang tidak dapat dinafikan lagi.

orang kuat UMNO Johor said...

Suka2 saja buat dasar membelakangkan bumiputera. Suka2 saja kata Melayu tempang.

Pulangkan balik harta yang dah dikumpul sebab tongkat tu dulu.

Sebagai seorang yang setia sekian lama pada UMNO, apa yang pasti, tiada lagi undi dari saya, keluarga saya dan sanak saudara saya serta kenalan saya untuk BN.

Saya cabar PM bubarkan UMNO, SATU MALAYSIA KAN? GUNA BN sahaja. BN lawan pakatan rakyat.

/orang kuat UMNO Johor/

UMNO JOHOR said...

TAHNIAH DATUK kerana dapat melihat dasar2 membelakangkan bumiputera (termasuk orang Melayu) oleh pentadbiran baru yang mula menunjukkan belangnya.

Kepada Pak Belalang dan yang seangkatan dengan beliau. Jangan suka2 kata kami guna tongkat. Pembelaan ORANG MELAYU OLEH UMNO bukan tongkat. KAMILAH TONGKAT PEMIMPIN UMNO! SEDARLAH DIRI TU SIKIT. TANPA KAMI SIAPALAH PM?

Kalau sudah tidak bersetuju dengan perlembagaan UMNO, pergi buat parti baru. Saya cadangkan Parti SatuMalaysia.

INI ORANG JOHOR YANG FAHAM PERLEMBAGAAN UMNO. SAYA CABAR PM DAN PENASIHAT2 BELIAU KELUAR UMNO JIKA HENDAK BUAT DASAR MEMBELAKANGKAN MELAYU.

Atas rasa hormat kepada Datuk, saya berusaha sedaya upaya agar tidak menggunakan bahasa kasar meskipun bahasa tersebut sememangnya diwujudkan khusus untuk manusia yang bersikap kacang lupakan kulit ini.

/ORANG UMNO JOHOR/

manletih said...

Kepada pembodek PM. Declare semua harta yang diperolehi dari dasar UMNO terdahulu, kemudian tolak dengan gaji yang diperolehi dari kerja yang anda telah laksanakan sehari-hari, kemudian pulangkan selebihnya kepada kerajaan. Lepas itu, keluar dari UMNO.

*manletih*

ps kalau selama ini fulltime politician, kira gaji ikut kelulusan.

Orang Melayu layak makan gaji sahaja gamaknya. Tak gitu pembodek Najib?

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Selepas membaca catatan ini, teringat nak balik kampung pulak. Lama tak jengok orang tua.....

Anonymous said...

Salam Dato',

Dengan izin ya?

Saudara Abdullah Ngah

Saya membaca tulisan-tulisan Dato' AKJ semenjak saya masih belajar lagi. Tetapi saya tidak berani untuk menyatakan bahawa saya mengenali Dato' serta ibu bapa beliau secara peribadi.

Saya juga telah mendengar pidato-pidato serta ucapan-ucapan Anwar LIVE semenjak saya masih belajar lagi (ketika itu beliau masih dengan ABIM) dan juga ucapan-ucapan beliau di You Tube semasa beliau di luar negara. Saya masih tidak boleh dengan yakinnya menyatakan saya mengenali beliau secara peribadi.

Jadi, siapa kah saudara untuk menyatakan kononnya Saudara mengenali mereka secara peribadi hanya dengan membaca tulisan-tulisan dan mendengar ucapan-ucapan mereka?

Siapakah Saudara untuk menyatakan kononnya Saudara lah yang berada di luar kotak dan nampak serta faham apa yang berlaku sedangkan pembahas-pembahas yang tidak sealiran dengan Saudara adalah bodoh belaka?

Hello, berada di luar kotak tidak bermakna Saudara mampu berfikiran outside the box.

Seperkara lagi, jika Saudara mempunyai pengalaman pahit perhubungan ibu bapa - anak, jangan lah dengan sewenang-wenangnya sapu bersih semua pertalian keluarga insan-insan lain sebegitu jua. Lihat lah kes demi kes. Itu pun belum tentu lagi orang luar boleh memastikan bahawa mereka benar-benar faham masalah keluarga orang lain. Ada anak yang sudah lah tidak memberi wang kepada ibubapa tetapi pada waktu yang sama tidak langsung meluangkankan tenaga dan masa untuk ibubapa yang bersusah payah membesarkan mereka.

Saya memilih Saudara untuk memberi komen di sini sebab I find your writing highly offensive walaupun Saudara tidak menghina ibubapa saya secara peribadi. Dan jangan lah pula Saudara dengan sewenang-wenangnya membuat kesimpulan ada pembahas yang "makan cili, berasa pedas" dan berasap-asap hanya kerana segelintir kami tidak bersetuju dengan apa yang Saudara tulis di blog ini.

Untuk pengetahuan Saudara, ada isu yang kita tumpang merasa amat marah walaupun tidak terkena pada batang hidung kita sendiri saperti pelancaran perang US terhadap Iraq, Afghanistan, dll. Janganlah dengan sewenang-wenangnya ingat pembahas-pembahas "makan cili dan merasa pedas" setiap kali ada pembahas-pembahas yang tidak bersetuju dengan Saudara.

Terima Kasih.

Melati

Cabincabina said...

Salam,

Dalam artikel seterusnya, minta Dato' komen fasal liberalisasi dalam 27 subsector. Betulkah perubahan ini tidak akan menjejaskan peluang bumiputera dalam persaingan perniagaan ? Betulkah negara kita ketinggalan dalam liberalisasi di Asean ? Setahu saya Indonesia lebih ketat dalam syarat pemilikan ekuiti syarikat asing. Dato' tolong jelaskan.

Syuhada said...

Salam Dato',

I have to thank Pak Belalang for his news extracts in The Scribe and Chedet's websites. Saya yang tak sempat baca suratkhabar sekurang2nya dapat juga mengikuti dan mengetahui perkembangan semasa tanahair. Thank you Pak Belalang :-)

Dr Hasan Ibrahim.Johore said...

Dato.

Saya setuju dengan komen NIK bahawa Pak Belalang perlu lah kurangkan cut n paste.satengahnya tak relevant.Kalau nak buat bagitu buatlah Blog sendiri.

Nampaknya najib telah menunjokkan belangnya.Pertamanya ia telah mengumumkan liberasasi sektor perkhidmatan dan minggu depan ia akan umumkan liberasasi sektor kewangan.

Hari ini Nazri telah umumkan Kabinet Najib telah setuju untok liberasasikan sektor ugama.Ini bermaana orang bukan Islam tidak boleh memelok ugama Islam dengan sesuka hati.Anak2 nya juga tidak bolek dibawak masok Islam dengan sesuka hati.

Kita juga demgar Liberasasi di berikan didalam bidang pelajaran.Bahasa Cina boleh di ajar dalam mata Pelajaran lain salain dari Bahasa Mandarin.

Ini semua Polisi Nak mampus.

Selamat jalan UMNO dan BN.

pakbelalang said...

It is a good strategy for Najib to remove the 30% quota for bumiputra equity participation. Now bumiputra can have even 100% equity participation. Nobody can question. So now we don't have to have our "antic tongkat". We can put our tongkat just like the
"old keris" as a museum piece. We are now ONE MELAYU !! Respect is to be earned and we must get that respect by all means as ONE MELAYU.Kita jangan jadi "pondan Siam". Kita tidak harus takut dengan bayang-bayang "iblis dan syaitan" yang sentiasa menggoda bangsa kita supaya jadi bangsa yang lemah longlai seperti "tarian joget dan zapin." Sebagai kiasan kita mesti pandai main "kuda kepang", garang dan bertanaga tapi "graceful".

Pada pandangan saya Najib/Mahyuddin mesti beri banyak perhatian kepada pelajaran anak-anak Melayu. The Malays cannot compromise on education. We want the best education for our children. Najib must continue to upgrade the modal insan of the Malays. Kejayaan orang Melayu bukan dari mendapat hak peratus quota. Anggaplah perkataan "quota" in sebagai "dadah merbahaya" kepada bangsa Melayu. Kalau diambil selalu maka hancurlah bangsa kita ketagihkannya.

Yang penting hak Melayu yang mesti dipertahankan ialah memberikan peluang pelajaran seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu tanpa quota. Misalnya kalau ada 1000 penuntut Melayu layak mengikuti kursus kedoktoran, 5000 layak mengikuti kursus kejuruteraan mereka semua mesti diberi peluang tanpa seorang pun tercicir.

Kita mahu bangsa ONE MELAYU yang tinggi martabatnya. Bangsa Melayu highly educated. Apabila bangsa Melayu bijak kita akan jadi "pahlawan perkasa" bukan "pahlawan tempang yang perlukan tongkat" untuk "berperang".

Kita mesti "instigate" atau "grill" akal kita supaya jangan jadi lemah. Dah 50 puloh tahun kita merdeka dan sememangnyalah kita buang tongkat kita. No more excuse. Tongkat kita dah reput. Tidak boleh diharapkan lagi.

pakbelalang said...

Ia dulu saya pakai tongkat. Saya tidak akan lupa yang dulu saya tempang. Tapi saya sudah pulih. Saya berterima kasih kepada UMNO.
UMNO dulu, kini dan selamanya.....

Atok UMNO, bapak UMNO, saya UMNO, anak-anak saya pun UMNO.

Hidup UMNO Parit Jawa, Muar, Johor !!!

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Sidang DUN Perak dijadualkan akan berlangsung pada 7 Mei depan. Saya mengaku saya ni jahil politik (ignoramus politik). Saya tertanya-tanya sendirian, siapakah yang akan mempengerusikan sidang DUN Perak itu nanti? Lantas saya menjawab sendirian juga bahawa sudah tentulah Speaker DUN Perak yang bernama Sivakumar itulah yang akan mempengerusikannya; lagipun memang itulah tugas dan tanggungjawabnya selaku Speaker. Itulah kerja Speaker.

Namun, saya masih tertanya-tanya sendirian; tidakkah nanti akan berlaku detik-detik atau adegan-adegan yang mencemasrimaskan, melucukan, meloyamuntahkan. Lebih-lebih lagi, saya bimbang, nanti ada pihak yang akan menjadi tak serupa orang, tetapi orang-orang.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

kepada "umno johor"

dsn hanya seorg, tapi melayu dlm umno(khasnya johor) masih ramai, pakat2lah tunjuk kpd presiden kamu, kita dlm negara demokrasi, jgn angguk-angguk geleng-geleng sahaja....

p/s : dengar kata elaun cola yg tun lah bg pun dsn nak tarik balik

HAMBA ALLAH

affendi hussain said...

salam sejahtera kpd Tok Kadiaq..semoga hidup diberkati Allah s.w.t.


nasib baik baru naik syeikh buat gambar besaq byk2..

kalo biaq kemaruk lagi lama mau terus buat tugu atau patung gergasi..

manusia ni bila dah ditampuk kuasa cenderung utk ujub(perasan diri bagus) & takbur

Buat apa rakyat kebanyakan terutama org melayu nak sokong membabi buta makhluk2 politik ni.. ada depa bagi RM1juta ka, tanah TOL 999thn ka, AP ka, permit teksi ka.. dll - utk SETIAP ORANG?

kalau ada berbaloi lah sokong membabi-buta..bagi kat sorang dua dikira rasuah..bagi kat semua baru dikira sedekah jariah! Baru dpt pahala.. ini org tertentu yg dpt paha..org yg lain hanya dpt bala.. buat apa!

Apa lagi..nak kami ramai2 sokong sedekah lah..kalau tak boleh, kena faham2 sendirilah, suka hati kamilah nak sokong sapa ..hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..perasan..tak kiralah BN ka PR ka..sama!

("/)

Faisal Azmi said...

Salam Dato,

Mungkin agak terlewat utk saya memberi komen dalam "blogging" Dato kali nie kerana saya terlampau sibuk dengan bisnes sayuran saya.

Hati saya terdetik untuk memberi komen kali nie disebabkan oleh pemansuhan ekuiti Bumiputera (Melayu, Org Asli, Sabahan, Sarawakian ini termasuklah kaum cina di Sabah dan Sarawak) dengan alasan era "liberalism". Hmmm apa agaknya akan terjadi kepada kami ini warga "Farmernism" (tempoh 5-6 tahun di tani kan oleh pemimpin kerajaan disebabkan tiada peluang projek lain pada waktu itu sehinggakan professional Melayu seperti Jurutera, Kontraktor "Paus", Kontraktor "Bilis", Peguam, Doktor terpaksa terlibat dalam industri ini) Tidak dinafikan industri ini juga memberi pulangan yang baik, akan tetapi apa agaknya akan terjadi sekiranya sektor ini juga di"liberalism"kan?

Bumiputera di sektor lain berkemungkinan tidak dapat bersaing dan berkemungkinan juga di sektor ini. Akan kemana perginya Bumiputera pada waktu itu? Adakah akan berlaku suatu zaman penjajahan?

Fokus kerajaan sepatutnya di dalam negara, usahlah kita memandang kepada negara lain yang sememangnya tidak mempunyai asas dalam membangunkan "bumiputera" di negara tersebut. Persaingan apa yang dimaksudkan?

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini setidak-tidaknya kurangkan peratusan pemilikan ekuiti dari 30% kepada 15% dan memberi satu bentuk "incentives" dari segi "corporate tax" diturunkan kepada 20% dari 28%. Then do your job to lure the big player to come and invest here.

Saya sedih setiap kali perancangan yang dilakukan oleh kerajaan spt Iskandar Malaysia hingga sekarang, isu seperti DEB, ekuiti 30% Bumiputera seolah-olah menjadi BATU PENGHALANG YANG AMAT BESAR kepada pembangunan negara serta minat pelabur.

Ingatlah, isu ini perlu diatasi dengan segera sebelum hadirnya AFTA dan WTO yang mana kesannya akan lebih buruk sekiranya kerajaan tidak prihatin.

Jagalah hati majoriti rakyat Malaysia serta Bumiputera sudah tentu secara automatik Kerajaan akan disayangi rakyat jelata.

Harapan 1Malaysia. Wassalam

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

May I ask your insights on the liberalization of the 27 services sub-sectors and the up coming liberalization of banking/financial sectors?

Personally I feel the move is bewildering which creates more questions rather than answers.

Some of my questions are:

1. Is the liberalization move got to do with some political pressures and/or an appeasement method to component parties?

2. What happened to Najib's statement about "..the era of Government knows best is no longer applicable (or something to that effect)"? The way I look at the liberalization move is that it doesn't reflect his statement at all.

3. Do you think that this liberalization move has been scrutinized that the good causing effects is more than harm?

I'd appreciate your thots Datuk.

Thank you.

Azman Mohd Isa

pakbelalang said...

Nazri brushes off remarks by Mahathir

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abd Aziz is unperturbed by Tun Dr Mahathir Mohamad’s comments that he should not have been made a Cabinet minister.

“It’s not worth commenting since he is an old man. Let him talk. What he feels is no longer relevant,’’ Nazri told a press conference at Parliament House yesterday.

comment:

Jangan cakap sombong dan bongkak, Nazri. People still listen to him "loud and clear." Yes he maybe an old man just like our father (if you still have a living father) but his wisdom still carries weight. Make no mistake about it. If he is no more relevent why then UMNO invited him to help in the campaign for the two previous by-elections?

This is what people are angry with UMNO leaders. They are still having arrogant atitutde. If I were Nazri I would just be polite by saying Tun M has the right to express his views but now I have a responsibility to carry out my work as a Minister. Najib has given me the trust and I have to deliver it. period.

All this kind of arrogant response by an UMNO leader does not augur well to the credibility of UMNO.It makes things worse.

pakbelalang said...

'Trust Najib and Dr M'
By : Balan Moses

KUALA LUMPUR: Two names have been on the mind of US peace advocate Rev Jesse Jackson Sr since his arrival here on Monday.

For civil rights activist Jackson, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad will take Malaysia to its rightful place under the sun.

He said Najib had everything going for him to take the nation to a leadership position in the global arena, using the foundation laid by the elder statesman.

comment:

Yes, that goes without saying. To get that kind of recognition is really a moral booster for Najib. Keep it up, Najib.

bersuara said...

abdullahngah,

Masalah kita di Malaysia adalah kita suka 'generalise' things.
Tidak ada satu benda pun yang dicipta Allah itu sama.
sebnab itu dikatakan allah itu suka akan variasi.
Kalau cap jarinya sama, iris matanya tentu tidak sama. Dan sebagainya.

Tidak ada 2 Melayu yang sama. Mungkin ada Melayu yang niatnya untuk curi wang, dan ada Melayu yang niatnya menangkap pencuri wang. Begitu juga alasannya tiada 2 Cina dan 2 India yang sama.

Tidak ada 2 ahli UMNO yang sama. Masih ada 1 UMNO yang berjuang menentang rasuah dan 1 lagi yang perlu berasuah untuk hidup.

Tidak ada 2 orang tua yang sama. Ada orang tua yang mengharapkan anaknya membalas jasanya dan ada yang hanya ingin melihat anaknya bahagia.

Menuduh secara umum hanya mengundang kemarahan dan menunjukkan kejahilan serta dengkilnya pemikiran.

Satu cadangan, jangan hanya keluar rumah untuk mencari realiti dan merasakan ianya lebih baik daripada berada di dalam rumah.

Pengetahuan yang cemerlang hanya apabila jasad dan minda menjelajah. Sebab itulah di dalam Islam disuruh pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji agar realiti kehidupan makhluk Allah akan lebih dapat diselami.

Allahualam.

Anonymous said...

assalamualaikum....

1. abdullah ngah, cubalah berlatih pakai kepala otak..takpa,pelan2 la...lama2 nanti warasla..

2.cerita ibrahim bin saad sangat2 la sayu..dis is not the only n the last stori yg kita dgr pasai pjabat tanah...murah sampai tak masuk akal...ka takdak akal

3. orang tua tak pernah ada duanya..pngalaman, nasihat, doa, peringatan dan cerita mereka sangat2la priceless...sembang dan hidup dengan org tua2 buat kita cepat matang dan insyaAllah lebih mudah untuk lihat masa depan...

4. kita org malaysia.adat kita adat org timur.hormat org tua salah satu asasnya...jgn jadi anak muda pandai,kaya tp kurang ajar...

5. melayu tak boleh bergantung pada DEB slamanya.akan tiba masanya DEB harus meninggalkan kita..persoalaanya adakah kita telah siap sedia?adakah kita sudah memaksimalkan DEB slama 'beliau' masih relevan?fikirkan2...

6. rakyat malaysia bukan hanya mereka yg tinggal di taman tun,bukit tunku,bersekolah di luar negara, jalan2 oversea manjang...banyak lagi yg idop kais mengais..best student kita posa senin kamis sebab takdak makanan..banyak yg kena benti keja..semua ni harus dpertimbangkan...

7. bajet kita terhad..toksah nk pi merapu buat bukan2..banyak sangat kita nak kena buat dan nak kena ada dengan sumber2 yang terhad...pakai akal dan pakaila hati...

8. YA! PENYOKONG PR SANGAT ANGKUH..pemimpin PR juga sama..bukan sbb saya ada apa2 dgn UMNo..cuba baca komen2 depa ni..nyakitkan ati n mostly provocative..belum perintah negara dah jadi lagu ni..cuba bayangkan malaysia ni depa yg punya...lingkup..kalo sebut saja UMNO..salah sana sini..tak pernah2 betoi...

9. God bless Malaysia..aminnnn!!!

- H.A.P.R.A.K -

pakbelalang said...

Get Views From Muftis First, Govt Urged

IPOH, April 24 (Bernama) -- Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria has urged the government to get views from the Malaysian Mufti Council before making any decision regarding Islam to avoid confusion.

comment:

The cabinet has made the decision, period. Don't politicize the issue.
Even if it were to refer to the Council I don't think the issue will be settled amicably. I am very sure the council will have different view which will be more favourable to either one party.It doesn't solve the problem.

The government must be seen to be fair to both parties.

My argument is very simple. It depends on who takes custody of the children. The logic is that if the mother who is a Hindu takes custody of the children surely she will have inclination to let the children follow the Hindu rites and belief. Likewise, if the father who is now a convert Muslim takes custody of the children surely he will have influence on the children to follow Islamic teachings. It is very simple logic. Why make a fuss over this issue.

There is no necessity for the Council to assert its influence over this matter.

Nik said...

Dato'

Sawit Futures Trader said:

"Masalahnya bila jadi begini, naik gerun saya. Sampai mengigau, selepas ini pemilikan 30% bumiputera pula diliberalkan. Dato' macam mana?"

Adakah PM telah buat kajian mendalam tentang tindakan ini? Adakah tindakan ini khas untuk memuaskan pihak WTO dalam hal menglobalisasi perdagangan Malaysia? Adakah tindakan ini telah dibincangi dengan Pemimpin UMNO khususnya orang Melayu?
Mengapa tindakan ini dibuat dengan mendadak dan tidak secara perlahan lahan?

Saya rasa lebih banyak soalan timbul dari jawapan......

mbekkk said...

hai datuk,

pelantikan ahli MT yang baru ni mengangkat bulu-kening banyak pihak lah. apa cerita ni datuk? should we continue to have faith in datuk najib? sape la yang nasihat dia agaknya

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Buat Mek Yam, terima kasih.

Nik, merujuk kepada komen saya tentang isu 30% ekuiti, berkata, "Saya rasa lebih banyak soalan timbul dari jawapan......"

Soal berkait yang saya berminat sangat nak ajak bincang adalah tentang kesan kepada peranan PNB.

Jika tidak silap, PNB ditubuhkan, asalnya dengan salah satu objektifnya untuk meningkatkan pegangan bumiputera kepada minima 30%.

Lagi pula, isu 30% itu adakah bagi entiti dari luar negara sahajakah atau merangkumi entiti dalam negara?

PM baru kena lebih jelas jika mahu rakyat dibelakangnya.

Benar kata Nik, lebih banyak soalan dari jawapan.

kluangman said...

Ketika hal hal Islam dipermudah sekadar diputuskan oleh kabinet dan liberalisasi menuju wanmalaysia, bantahan NGO Islam sekadar anjing menyalak bukit, tak ada weight, tak ada bite sedangkan di pihak lain, diberi betis mereka nak peha, mereka mahu arahan kabinet diundang undangkan.

Sebenarnya ramai yang masih mendiamkan diri, menyimpan kuku untuk melihat Najib mengatur tapak demi tapak samada dia mempunyai strategi atau keputusannya makan diri.

Elok kita diam seketika dan tumpukan kepada ekonomi masing2...Peperangan sebenarnya belum bermula tetapi apakah kita sudah bersedia dengan beras, garam, asam dan gula di dapur...

manletih said...

pakbelalang said ... "It is a good strategy for Najib to remove the 30% quota for bumiputra equity participation. Now bumiputra can have even 100% equity participation. Nobody can question. So now we don't have to have our "antic tongkat"."

NOW???? BUMIPUTERA CAN HAVE 100% BEFORE! What do you mean NOW Pakbelalang?? Who question 100% bumi equity BEFORE???

Najib removed and replace with.. ??

Adakah dasar untuk bumiputera selama ini dianggap TONGKAT oleh pemimpin UMNO?

"Ia dulu saya pakai tongkat. Saya tidak akan lupa yang dulu saya tempang. Tapi saya sudah pulih. Saya berterima kasih kepada UMNO."

So, orang mcm pakbelalang dah tak bertongkat maka generasi baru tidak layak bertongkat? DAH PULIH (kata pakbelalang sendiri) maka boleh bongkaklah kata orang lain tak boleh pakai tongkat sebab tongkat nak dihantar ke muzium.

I wish u r infront of me so that i can use the tongkat to .... ur behind. Well, maybe I'll wait till next election and let Anwar did it to BN.

*manletih*

zubin said...

Thank you for visiting my blog. I have met you before when you were in NST. I was in Suasana as a young dancer and later writing part-time from Jakarta. Now in KL after jobless for few years. There are few good theatres here and there in KL from time to time, otherwise go do to Singapore for quick visit. In fact there is Festival Drama 10 minit at DBP's Stor Teater till Sunday. I have seen 8, another 8 to see.

Dato Othman kati said...

Dato.

Pak belalang comment awak mengenai kenyataan mufti Perak amat mendukacita lebeh2 lagi awak saorang Islam.

Tanggong jawab kita bukan dengan UMNO,Kerajaan or kabinet tapi dengan Allah.

kenapa kita dengan mudah membiarkan tiga budak yang tidak berdosa di didek oleh ibunya saorang Hindu.Kita meletakkan perentak mahkamah shariah dalam tong sampah.

Jika awak bapa kapada budak itu bagaimana perasaan awak.saya percaya apa kepetusan yang di buat jangan lah merendahkan ugama Islam.Ini soal akidah.jangan pandang ringan.Soal neraka dan syorga,soal kemurkaan Allah,

Apakah ,kerana kita memerlukan sokongan orang India didalam pilehanraya,kita korban kesuchian ugama Islam.

Keputusan nya akan memarahkan lagi orang Islam melayu.

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR: The Umno Supreme Council agreed on Friday to hold a special general assembly at the end of this year to amend party constitution pertaining to the party's election process to make it more transparent, open and democratic.

comment:

Kita lihat setakat mana pemimpin-pemimpin UMNO berani membuat perubahan besar untuk memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap parti UMNO.

UMNO must change totally its "rustic image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rustic keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

Surprisingly, Tan Sri Rafidah is still in the limelight being appointed as a member of MT.Well, I hope Sharizat is comfortable with her around.

pakbelalang said...

SEREMBAN: State Umno liaison secretary Datuk Azman Hasan has confirmed that he wanted to resign his post because of health reasons.

Azman said he would discuss the matter with state party chief Datuk Seri Mohamad Hasan, who is also the menteri besar.

Azman, who is Mohamad's elder brother, agreed that their blood ties had caused certain quarters to spread malicious rumours about him.

comment:

It is good for Azman to quit. There is a joke circulating in the state for quite some time that Negeri Sembilan has actually "two Mentri Besars".

It really affects the credibility of Mat Hassan.

pakbelalang said...

Syuhada,

Noted. Don't mention it.

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR, April 24 (Bernama) -- Maxis Communications Bhd Friday awarded scholarships worth RM3 million to 19 Malaysians for them to pursue undergraduate studies at Malaysian and non-Malaysian universities.

comment:

I wonder how many Malay students are being awarded the scholarships?

sembangbengang said...

YBhg Dato' AKJ,

Salam Hormat.

Barangkali Dato' boleh komen artikel/ posting bertajuk "Hadiah Najib Kepada Tun Ghaffar" dlm blog

http://belacakbaroh.blogspot.com

Didoakan semoga Dato' kembali sihat dan dapat berkarya seterusnya. InsyaAllah.

Anonymous said...

Dato' & Pembahas Sekelian

1. Berhubung isu pemansuhan ekuiti bumiputera atau 'dasar liberalisasi' seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib baru-baru ini, saya ingin memberi komen seperti berikut:-

a. nampaknya 'pemimpin-pemimpin kita' sejak sebelum merdeka sehingga selepas merdeka tidak habis-habis dengan 'sikap pemurah', 'tolak & beransur', toleransi', muhibbah' yang keterlaluan konon-nya atas nama semangat perpaduan kaum.

b. bermula dari kerelaan memberi taraf kerakyatan dengan begitu mudah, kemudiannya habis semua yang ada pada diri kita, kita 'londeh' dan berikan satu-persatu.

c. dek 'kebaikkan' kita yang tak bertempat itu, lama kelamaan secara 'disedari', kita semakin diasak dengan permintaan-permintaan yang sangat-sangat menguji kesabaran.

d. silap siapakah ini?

e. jawapan-nya, 'Orang Kita' sendiri. Sebabnya? tamak haloba, gila kuasa dan pangkat.

Dato' & pembahas sekelian,

2. Saya pernah menyebut dalam posting Dato' sebelum ini iaitu harus diingat bahawa barang yang telah diberi bolehkah kita ambil kembali?

3. Sekarang ini bukan kita hendak ambil kembali, malah diberi lagi. ibarat kita yang 'merelakan' memberi betis, kemudian kita beri pula paha dan seterusnya!!

4. Saya hendak bertanya. Apa yang 'orang itu' beri kepada kita? orang manakah yang paling senang dan kaya raya hari ini?

5. Nampaknya, apabila kita menyebut tentang hal ini, kita dilabel sebagai 'racist' DAN 'pemimpin kita' mulalah cepat-cepat memohon maaf!!

6. Sebab apa? Tu.. nanti takut terlepas kerusi & jawatan yang disandang.. nanti habis pula pengaruh dan harta kekayaan yang dikumpul. Maka, 'memberilah' lagi apa yang tinggal pada diri kita.

7. Maaf Dato' & pembahas sekelian, mungkin komen saya ini tidak disenangi kebanyakkan pembahas dan mungkin Dato' sendiri.

8. Akan tetapi walau apapun, saya tetap berpendapat semaju mana pun negara kita dan 'orang kita' DAN seterbuka mana pun dasar-dasar ekonomi dunia, hak & keistimewaan kita adalah kepunyaan kita, tiada boleh ia dikongsi sewenang-wenangnya.

9. Ini bukan masalah 'Tongkat' atau tidak berani bersaing, akan
tetapi ini adalah HAKIKAT SEJARAH!!

10. Tidak ada negara di dunia ini hatta singapura pun yang benar-benar memberi kesamarataan kepada penduduknya.

11. Kalau ini berterusan, tidak mustahil hilanglah sejarah Parameswara, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu & Persekutuan Tanah Melayu

12. Itupun 'orang itu' telah meminta dipinda akan buku sejarah malaysia pada hari ini..Kasihanlah anak cucuku....kasihanlah juga datuk nenek moyangku.,kerana...

13. Inilah MALAYA tanah airku..

opsss.. satu pandangan terakhir dari saya. Oleh kerana 'orang kita' dan 'orang itu' adalah makhluk ALLAH, tidak apa jika 30% ekuiti bumiputera dihapuskan AKAN TETAPI ia digantikan dengan 30% ekuiti muslim.. kerana apabila berbicara tentang ISLAM, maka tentulah ia akan melenyapkan segala perasangka.

Tuan Haji

Tom yam Pok Tek said...

terharu lak bila baca posting ini, kagum dengan semangat datuk untuk menulis semoga orang muda seperti saya dapat belajar dari datuk, tetapi saya amat pelik kenapa orang kita terlampau takut ingin bersaing...adakah benar kita masih lagi mempunyai mentaliti tongkat... saya menyokong dasar liberalisasi yang diperkanalkan PM sekarang, kalau tidak sekarang bila lagi? jangan terlalu tekut dengan bayang-bayang ciptaan sendiri, adalah lebih baik kita kuatkan jatidiri dan kuasai ilmu...

Orang Jauh said...

Kepada "melayu perlu maju".

Secara jujurnya (peribadi) saya dah tak memerlukan NEP lagi. Saya dah cukup maju, dah cukup duit dan dah cukup pengetahuan.

Tapi saya akui, kejayaan saya adalah hasil dari NEP.

Ulasan anda mengenai penyalahgunaan NEP atau subsidi kerajaan itu, bagi saya itu adalah perkara kecik sahaja, solutionnya ialah penguatkuasaan sahaja, bukannya pemansuhan terus. Penguatkuasaan atau pencegahan dari penyalahgunaan itu perlulah dari atas sampaila kebawah.

Perkara yg menarik perhatian saya sekarang adalah apa akan jadi pada anak-anak melayu akan datang apabila NEP ini dihapuskan beransur-ansur? Orang Melayu ada beratus ribu lagi yg masih duduk dikampung, mengharapkan duit dari hasil bercucuk tanam, menangkap ikan dan menternak. Mereka ini mengharapkan sangat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran ataupun apa saja bidang yg anak mereka ingin ceburi.

Saya dah baca dan faham sangat apa isi kandungan buku "Malay Dilemma" oleh TDM. Bangsa lain mempunyai sejarah sehingga 4000 tahun untuk menjadikan mereka seperti yg kita lihat sekarang. Tapi kita orang Melayu hanya beberapa ratus tahun sahaja. Itupun, kena tolak lebih 400 tahun duduk bawah penjajah. Banyak lagi yg perlu Orang Melayu kejar dan belajar sendiri atau dari orang lain. Pendapat saya pemberian sedikit "tongkat" kepada orang melayu tidaklah memudaratkan.

Saya paham point anda dimana orang Melayu mungkin tidak saja memerlukan pendidikan tapi cabaran, MUNGKIN liberasasi yg Najib buat ini boleh menggerakkan mereka, MUNGKIN. TETAPI 10 orang pelumba lari biasa yg bermula digarisan 10 meter dibelakang Usain Bolt mungkin dah sedar dia akan kalah tanpa perlu berlaripun. Usaha la macammanapun. Melainkanla Usain Bolt tu kesian atau sakit kaki, kalau tidak, sure kalah punya.

Saya setuju dengan pendapat Faisal Azmi yg mana pengurangan kouta kepada 15% (contohnya) adalah lebih baik dari pemansuhan terus. "Melayu perlu Maju" perlu tahu apakah perkara positif yg datang dari syarat pemilikan bumiputra ini. Ia adalah lebih kepada pendedahan teknologi, kemahiran dan pengetahuan kepada pemegang saham bumiputra tadi. Diharap selepas pendedahan tersebut, dia mampu membuat sendiri atau berkongsi dengan bumiputra lainnya.

Merujuk balik kepada point asal di komen saya sebelum ini, kekuatan UMNO hanyalah pada NEP sahaja. Jika NEP itu pun dah takde, takde bezanya saya atau orang melayu lain undi pembangkang pun.

sekian terima kasih

kijangbakti said...

Salam Dato'

Semua orang termasuk saya menunggu dan menanti perubahan yang dijanjikan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.

Setakat hari ini tak ada apa yang boleh dibanggakan lagi (walaupun ada janji seperti pemimpin nak turun padang, nak kaji tol, nak buat macam2 lagi). Mungkin terlalu awal untuk di komen mengenai perubahan yang dijanjikan.

Tetapi yang peliknya kontrovesi pulak yang timbul berderet-deret. Dari keputusan penghakiman, dasar ekonomi khasnya yang melibatkan kaum bumiputera, hal pegangan agama kanak2 dan pada pandangan saya hal politik UMNO sendiri (perlantikan pengerusi UMNO negeri)

Masalah lama tak selesai-selesai (mungkin tambah parah)timbul pulak masalah baru.

Salam

A KADIR JASIN said...

Sekadar cetusan,

APA kata orang yang marahkan tongkat, tidak mahu tongkat atau tidak akui pentingnya tongkat sebenarnya tidak pun sedar bahawa mereka hari ini tidak tempang, tidak capik dan tidak merangkah di bumi kerana mereka bertongkat?

Saya sangat bimbang, sangat khuatir dan cukup musykil takut-takut ada orang Melayu yang tidak sedar bahawa mereka hari berdiri bongkok dan boleh bertatih kerana ada tongkat.

Saya membesar dan hidup dalam suasana pelbagai kaum dan saya berani kata semua kaum di Malaysia mendapat "leg up" --- tongkat -- daripada kerajaan, termasuk Robert Kuok yang masih memegang monopoli gula.

Jadi janganlah pandang remeh isu tongkat ini. Cuba tengok, jangan-jangan kita ni capik tetapi tegak kerana tongkat -- kerana BEB.

Mendiang Lim Goh Tong menjadi kaya rasa kerana kerajaan memberikannya tongkat sakti dalam bentuk francais judi di Genting Highlands.

Begitu jugalah dengan kesemua usahawan Cina dan India yang besar itu -- Vincent Tan (Sports Toto), Ananda Krishman (Judi, Maxis, Astro), YTL (IPP dan tanah Bandaraya) dan banyak lagi.

Saya takut kalau tongkat diambil balik, ramai Bumiputera akan tersungkur menjilat bumi. Nasib baik kalau bumi yang dijilat itu masih milik kita.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pakbelalang,

Maksud Sdr "rusty" (berkarat)?

Kalay rustic (kedesaan) tu baik dan cantik.

Terima kasih.

manletih said...

Dato',

Teramat pilu bila komen saya dianggap racist oleh kebanyakan blogger UMNO dan enggan disiarkan.

Tidak terlintas di hati saya akan tiba masanya Melayu menggelarkan saya racist kerana saya mempertahankan hak bangsa saya.

Nampaknya sekarang ini segala pertolongan oleh pemimpin Melayu untuk orang Melayu dipanggil TONGKAT. Pertolongan untuk kaum lain dipanggil HAK. Bantahan terhadap dasar yang membelakangkan Melayu ditafsirkan sebagai racist. Yang jeliknya, tafsiran itu datang dari orang Melayu sendiri.

Semoga Allah mengampunkan dosa mereka yang mempergunakan UMNO.

*manletih*

Terima kasih Dato' kerana tidak menganggap komen saya sebagai racist.

Ank Perak said...

Datuk,

Kenapa orang Melayu/bumiputera/islam sahaja yang dipaksa berkorban dan tidak kaum lain. Kini dengan liberalisasi-liberlisasi terbaru; politik (1Malaysia), ekonomi dan agama menjadikan pengorbanan kita sudah "complete". Mungkin yang tinggal nyawa-nyawa ikan pun satu hari nanti terpaksa diserahkan juga.

Nampanya Najib terpaksa akur kepada tekanan dan tuntutan dengan harapan kaum bukan Melayu yang telah "putus cinta" dengan BN akan kembali menyayangi UMNO dan BN. Tapi saya amat sangsi. Apa yang berlaku tidak lebih dari "political blackmail". PRU 13 nanti akan menjadi bukti. Mungkin cerita Pak Malang akan berulang.

Dengan liberalisasi agama, kemungkinan besar tidak lama lagi Malaysia akan jadi macam Indonesia. Dalam keluarga islam, isi keluarga akan mempraktikkan ibadat mengikut agama masing-masing.

Mahkamah Syariah mungkin cuma tinggal macam mahkamah penghulu. Tugasnya mungkin tidak lebih dari membicarakan kes-kes kecil yang melibatkan orang-orang islam umpamanya perbuatan mengendap (termasuk orang tengah buang air besar biasanya anak-anak dara) ataupun menjolok sepertimana yang berlaku dalam tahun-tahun 50an dikampung-kampung.

Maklumlah kebanyakan lantai rumah orang-orang Melayu dizaman itu diperbuat dari batang pinang atau papan serpih yang murah. Jadi mudah untuk mengendap atau menjolok dari bawah rumah. Sementara tandas bukan seperti sekarang, kebanyakannya dilindungi oleh semak samun sebagai dinding.

Kini orang-orang Melayu ini (termasuk di kmpung-kampung)dikatakan cukup kaya. Lantaran itu tidak lagi perlu tongkat. Najib tentu bimbang kerana dari tulisan-tulisan yang pernah dibaca ada yang mendakwa bukan Melayu sudah papa kedana kerana DEB. Tidak ada yang ikhlas mengaku yang bukan Melayu menikmati faedah DEB lebih dari Melayu/bumiputera. Tak perlulah nak diceritakan dengan panjang lebar. Semua orang tahu.

Berlakunya perkara-perkara di atas khususnya dalam isu agama kerana parti-parti Politik Melayu berlumba-lumba untuk membuktikan mereka lebih liberal dari yang lain. Nik Aziz sendiri mengatakan tidak salah bukan islam menggunakan perkataan Allah. Anwar Ibrahim juga sependapat dengan Tok Guru malahan mendakwa UMNO yang menghalang penggunaan perkataan tersebut.

Malahan Pas juga sanggup membenarkan bukan islam menggunakan ayat-ayat Quraan sebagai propaganda politik.

Habis siapakah yang harus disalahkan.

Kini apakah beza antara UMNO, Pas atau Keadilan. Tindakan Najib memudahkan orang-orang Melayu khususny di atas pagar untuk membuat pilihan dalam PRU 13.

abdullah ngah said...

saya sedeh apabila bersura said kata "Tidak ada 2 Melayu yang sama.
ini menunjukkan IQ terlalu rendah. dalam dunia ini Allah cipta manusia 7 orang sama wajahnya.

sama kemahuan mungkin 3 juta orang ahli Umno. Sebab itu orang Umno setuju dengan kata kata Najib bahawa perhimpunan agung Umno kali ini paling bersih.

bersih bermakna tiada rasuah atau politik wang yang berlaku dalam Umno.

Betul ke tiada berlaku politik wang dalam Umno sekarang ini.

Kalau mereka beriman sudah tentu tidak akan setuju dengan kata kata seumpama itu.

Tapi nampak kebanyakan orang Umno setuju bahawa pehimpunan agung umno ke 59 itu bersih sungguh.

Jangan marah. Kerana Rasulullah pernah berkata "laa tardaq" jangan marah apabila ia berupa nasihat, ingat mengingat.

Kalau tiada 2 Cina dan 2 India yang sama.mana mungkin cina boleh berkuasa dimana sahaja dia berada. Ada bandar cina di seluruh dunia hatta di amerika sekalipun.

Mungkin ada yang lupa dengan motto orang china yang berbunyi: "dimana kita duduk disitu kita taklok"


Kalau Tidak ada 2 ahli UMNO yang sama. mana mungkin boleh berlaku rasuah. Dia tidak berlaku jika tepuk tangan sebelah.

kalau betul Masih ada 1 UMNO yang berjuang menentang rasuah dan 1 lagi yang perlu berasuah untuk hidup sudah tentu lama dah rasuah dapat dihapuskan.

Kalau Tidak ada 2 orang tua yang sama. macam mana ada neraka dan syurga. macam ada dosa dan pahala.

tidak dinafikan Ada orang tua yang mengharapkan anaknya membalas jasanya kerana mereka tiudak kuat pegangan agamanya.

Hampir semua orang tua yang ada keluarga ingin melihat anaknya bahagia.itu harapan manusia.

pakbelalang said...

Yes, generally the Malays are still having tongkat in their hands. Luckily the Malays are not "blind" and they still have their sense of direction. Even that some of them got to be guided which direction they want to go so that they won't fall into the longkang. If we don't admit that we are still holding the tongkat I think we are being hypocrite and in a state of denial.

For how long we want to hold the tongkat when our tongkat is slowly becoming reput? 50 puluh tahun lagi atau seperti slogan UMNO "dulu, kini dan selamanya...... !!Or do we need to change to a new tongkat fron "tongkat rotan" to a new "nano technology rotan" so that it will last forever tidak berkarat dan tidak reput?

Kalau Melayu masih lagi hendak pass the same baton or tongkat to their anak cucu then I think the Malays are really a weak race of the first order.

I know my above statement will get bombardment from some people. Never mind as long as there is intellectual discourse to see the opposite views.

pakbelalang said...

Dato',

Yes it should be rusty. Saya baru check dictionary. Thank you for pointing the mistake. Learn a word a day!!

mad said...

ya kebenaran itu nampak seolah2 angkuh dan provocative, terutama bila kita berada di pihak yg salah.

salam datuk

affendi hussain said...

Salam dato'..

melayu ni memang mudah lupa..

apakah mereka mengira negara ini dibina diatas padang rata yg sama setelah diacuankan oleh penjajah?

Apakah mereka mengira tanpa sokongan tongkat mereka mampu menari di pentas dibina diatas padang yg tak sama rata?

Dah tak pandai menari skrg nak mula salahkan lantai tinggi-rendah pula..semua salah, tongkat penyokong pun salah bagi pentas tak sama rata..dah ambil level gauge ka nak check betui ka tak sama rata? brp mm tak sama?

hahaha..melayu oh melayu...dah cerdik sgt nak campak tongkat..walhal yg pihak sebelah sana makin kukuh pasang tongkat pasak bumi besi & konkrit.. habislah!

Harap Tok Najib boleh penjelaskan dgn bahasa mudah utk org mcm saya faham.. cth. mcm Hukum 1st Law of Thermodynamic "conservation of mass" (keabadian jisim)..

mass in (jisim masuk) = mass out (jisim keluar)

cuba seimbangkan persamaan socio-ekonomi Tok Najib:

jisim NEP masuk (kurang) = faedah bumiputera keluar (bertambah)?

maaf..memang saya tak faham cara pemikiran org politik yg maha kompleks ini..pusing2 punya pusing hasil apa pun tadak..makin teruk ada..lebih2 lg jenis pemimpin yg celik2 mata disuap sudu perak (silver spoon fed) yg bapak dia seorg PM..memang takkan faham situasi rakyat di bawah..sepupu dia pun sama..Mukhriz pun agaknya..tipikal..

mereka hanya fikir secara
"dollar & cents"

saya bekerja sbg jurutera..acuan pemikiran saya adalah
"logic & sense"

dunia mereka diatas memang berbeza..dok bersemayam kat atas kayangan mana nampak bumi..

generasi muda kami kalau yg dah berjaya tu rasanya jauh lebih baik dari generasi baby boomer Tok Kadiaq dari segi kualiti survival..kami dah mula hidup dlm persaingan yg nyata..boleh berdiri sama tinggi dgn bangsa lain..zmn dulu bagus sikit peluang bantuan mencurah-curah..tak semestinya apa yg ada skrg hasil zaman dulu semua bagus2 belaka...

zaman kami dah takdak dah biasiswa..hanya ada pinjaman boleh ubah..skrg lg teruk..semua PTPTN..mak bapak org Melayu ni majoritinya mana beringat utk menabung utk anak depa..mentaliti subsidi semua harap bantuan yg kerajaan pimpinan org Melayu 'overlook' & buat2 tak tahu nak bg bangsa dia sendiri sedar sejak dulu tanpa tanggungjawab..sebab boleh terus senang bg beras, duit, kain pelikat utk menang undi?

RM10 skrg mana sama dgn RM10 zaman dulu..dulu tok sedara saya pun kerja warden penjara gaji RM60/bulan saja..cukup nak hidup..dulu ..Cikgu gaji mula RM300/bln..Engineer = RM500/bln..ttp nilai nya sama dgn x10 ganda sekarang! Dulu cikgu mengajar kira mcm dpt RM3,000/bln..engineer baru grad dpt sama mcm RM5,000/bln starting!..itu dulu..RM1.00 = SGD1.03..skrg RM2.40 = SGD1.00


Dulu lain..sekarang lain..! bukan "one size fit all".. UMNO kenalah mula cermin sendiri kenapa org Melayu muda dah byk beralih arah..

Kami ni antara generasi muda cerdik yg dah lama sedar survival org Melayu..kami takkan ikut mentaliti org lama yg terlalu berjiwa subsidi dan amat ergantung kpd org politik yg memang tak boleh diharap sgt utk bela anak bangsa generasi muda akan dtg... Kalau ada apa kelebihan (tongkat) akan kami gunakan utk jd lebih baik..

Berbeza dgn generasi muda yg dungu terlalu terpengaruh menari ideologi tinggi melangit tetapi lupa akan pentas yg dipijaknya.. Sanggup campak tongkat sendiri kerana konon nak bersaing secara 'gentlemen'.. dah betul2 kenalkah pesaing2 anda tu semua..??

sekali dia bawak keluaq tongkat besi dia tenggalung punggai kepala hang sampai jatuh tergolek berputaq baru hang mula nak kenai langit tinggi rendah ke tak..hehehe...

One Malaysia Party, Tok Najib? a subsitute for UMNO & a replacement for pro-Melayu where you politics people been feeding on all this while? Syabas! syabas! Nak kami terhutang budi lagi? Dah lama kami semua bayar dah budi..UMNO yg masih terus berhutang dgn org Melayu.

wasalam..we just need to live a simple & practical mind.

(",)

pakbelalang said...

Dato' Othman Kati,

Saya berpegang kepada pendapat saya. Itulah pandangan saya. Sama ada Dato' Othman bersetuju dengan komen saya atau tidak itu adalah hak Dato'. Saya menhormatinya.

Saya rasa yang penting sekarang ialah untuk memberi perhatian lebeh kepada saudara baru kita ini dengan memberikan segala sokongan dari segi pengetahuan agama Islam untuk memperkukuh kekuatan iman dan akidahnya.

Tentang anak-anaknya, asalnya mereka dilahirkan sebagai keluarga yang menganut agama Hindu. Saudara baru kita mesti mengamalkan sifat diplomasi cara mana yang baik sekali untuk menarik anak-anaknya bersama mengikuti jejak langkahnya. Tentunya ada cara yang sopan untuk mententeramkan semua pihak dan hormat menghormati antara keluarga mereka.

Seperti mana yang saya katakan kalau sibapa berhak menjaga anak-anak mereka sudah tentunya mereka akan bersama bapanya menganuti agama Islam. Tapi kalau hak penjagaan ditangan ibunya sudah tentu mereka akan bersama ibunya menganut agama Hindu.

Tak payahlah kita "emotional" sangat tentang perkara ini. We have to be practical and try to find the best solution without being confrontational. We are living in a multi-racial country and problem like this needs to be addressed sensibly.

In the final analysis, I still feel the cabinet is making the right decision, period.

pakbelalang said...

Dato,

Saya setuju bahawa semua kaum dapat tongkat. Tapi mereka gunakan tongkat yang diberi hanya untuk sementara sahaja. Tapi Melayu masih gunakan tongkat dah 50 puloh tahun sampai tongkatnya dah hampir rebut masih lagi dia tak nak lepaskan. Mungkin telalu sayangkan tongkat. Why?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).