Monday, May 18, 2009

BN Pulau Pilihan Raya Kecil Penanti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 23 Mei]BERNAMA melaporkan pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman, 59, dan tiga calon bebas iaitu bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. Hari mengundi adalah 31 Mei.

[MUTAKHIR, 22 Mei] -- AHLI Dewan Undangan Negeri Pas bagi kawasan Manek Urai, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Su Wil, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Zainab Hospital in Kota Bharu hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon Barisan Nasional (Umno), Zulkepli Omar dengan majority 1,352 undi. Dia memperoleh 5,746 undi manakala Zulkifli 4,394 undi.

Apakah Umno/BN akan sekali lagi “melakukan Penanti” dengan memulaukan pilihan raya kecil ini?

[Posting Asal]

SIR WINSTON Churchill berkata: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”

(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran).

The Star Online berkata: “Barisan Nasional memutuskan tidak bertanding pilihan raya kecil Pananti, Pulau Pinang, 31 Mei ini.

“Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang.”

“Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.”

Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."

(Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna.)

Dan apa agaknya kata 5,127 pemilih yang mengundi BN di Penanti pada pilihan raya umum tahun lalu dan 3 lebih juta ahli Umno.

Saya?

Tak mahu kata apa-apa lagi!

129 comments:

pakbelalang said...

Saya dah kata, Dato'. I beg to differ with your opinion.

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Dato KJ,.

Menyedihkan! Kalo arway Pak Tok saya maseh hidup pasti naik angin kat DSN,..heheh,..apo nak dikato,..Ingatkan PLah dh turun DSN akan mengembalikan maruah Melayu ini tak,..its a matter of principle to me,..abis kerajaan dok suh daftar sebagai pengundi wat pe?? Hak org yg nak mengundi kat kerajaan nak bagi kat sapa,.. hrmm,..punah ranah le UMNO cam ni Bro Dato,..heheh,..wat else can I say,.. malunya kat rakan di luar negara!!..(,")

pakbelalang said...

I just wonder whether there is relevance to quote Churchill and Gandhi's statements as far as this particular situation is concerned.

Adakah BN "pengecut"? Adakah BN sudah menyerah kalah sebelum lawan? Adakah BN ada strategi yang munasabah untuk tidak mahu bertanding?

I have just expressed my view in favour of BN's decision not to contest.

Against The Wind said...

Dato'

Saya juga tatau apa nak kata..kemana agaknya kita selepas ini..harus BN bertanding kerana masih ramai pengundi yang berpihak kepada BN walau pun tak cukop untuk menang.

Tidak bertanding juga bermaksud kita endorse apa saja kata Anwar, bermakna kita setuju dengan tindakan mereka mengosongkan Firdaus dan melantik Mansor

Ketahuilah Dato' Seri Najib anda telah mengecewakan ramai penyokong penyokong BN bukan saja di Penanti malah di Pulau Pinang.

Malu kami dianggap 'kecut teloq' oleh penyokong2 PKR.

Unknown said...

terkejut dengan keputusan BN ini..
antara takut atau pengecut?serahkan pada masyarakat Penanti untuk menilai!

Unknown said...

Adakah itu cara terbaik untuk menyembunyikan rasa takut Bn untuk menghadapi kekalahan. Saya tak pasti nasib BN pada pilihan raya umum akan datang pendekatan ini diambil untuk menghadapi peperangan. Sebagai lelaki wajarkah BN bersikap demikian?

www.duniacacamarba.blogspot.com

Anonymous said...

dato,

bukan bn pulaukan PILIHANRAYA , hakikatnya rakyat pulaukan BN , cuba fikir-fikirkan - mat rempit

NYONYA MANSOR said...

Dato'

Saya sudah hantam BN kat blog saya http://nyonyamansor09.blogspot.com

Mungkin bahasa saya tak sesuai untuk blog Dato'. Tapi saya pun terkilan pasai BN tak kisah kat pemangkah depa masa PRU12 dulu.

La ni depa nak pangkah sapa kalau BN tak lawan?

Azrin H said...

Salam Datuk,

Tak ada apa yang perlu diperkatakan. Untuk pengundi BN senang sahaja, jangan keluar mengundi.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

orang sakit memang ada rasa pengecutnya.

pakbelalang said...

Yes, I tend to agree with Najib. It is purely a political game for Anwar to gain political mileage. What is important now is for Najib to focus strictly on improving the economic conditions of our country as top priority and also to revamp or restructure the whole UMNO set up to suit current political challenges facing the party.

UMNO or BN doesn't lose anything by not contesting. I don't think the credibility of BN is dented. Even if it is dented, it is just a small dent. There is no cause for concern in the short term.

If BN is considered as "coward", so be it. What is important now is to strengthen the party before we go to "war" and be well-prepared for the royale battle come PRU13.

Unknown said...

Salam Dato'
Ramai kawan-kawan saya di Dubai ini, terutama ahli perniagaan Arab yang memberitahu bahawa mereka tidak meyakini Najib boleh memulihkan imej Malaysia....sewaktu pameran hartanah Cityscape di Abu Dhabi yang mana Iskandar Msia sama mempamerkan projek, ramai menjangka yang projek tersebut akan senasib dengan cyberjaya/putrajaya....

Fudzail, Dubai, UAE
http://1426.blogspot.com/

Anonymous said...

datuk,
apa dah jadi ni?we r rakyat n umno/bn buat macam ni?kita dulu
masa d harun berani.sekarang bertempiaran lari cari perlindungan kat pungkuk sultan,belakang mahkamah dan tak lama lagi,ketiak mak pulak!

malu tok.

johan.

Kata Di Kota said...

Sungguh memalukan 1Malaysia, mengapa amalan demokrasi dikhianati dan suara rakyat dimatikan. Pantang Melayu kalah sebelum berjuang gugur sebelum berperang. Anak Jantan jangan takut berada dibarisan hadapan. Kalah adat pertandingan. Kadang-kadang saya terfikir mengapa sekarang baru nak bercakap soal wang negara sedangkan sudah berjuta-juta terhumban ke dalam poket pemimpin rasuah yang bermaharajalela. Penanti menanti dengan penuh debar meriahnya PRK. Kedai kopi berjaga sampai pagi, penjual goreng pisang bersiul gembira, Warung Mee Udang pastinya menanti saat ini untuk mencari sesen dua duit pemimpin-pemimpin negara yang baru saja habis melabur berjuta untuk kekal di tampuk kuasa. Alangkah indahnya jika BN ambil keputusan serupa untuk memulaukan PRU ke 13, barulah benar-benar gentleman...

nur mohd nidzam said...

Dato,
(Fear has its use but cowardice none)
Classic, no other words to describe BN actions.Salute to Gandhi for those words and You for the courage to post them.

dari chokro KE ransom rd. said...

Assalamualaikum dato,

Pendapat saya BN bertanding dengan mencagarkan calon bebas...mungkin yang telah lompat keluar parti terutamanya PKR...

wallahualam...

Ainur68 said...

Bila pihak pembangkang memulaukan pilihanraya, maka sibuklah Media arus Perdana membuat survey SMS tentang tindakan yang dikatakan tidak matang, tapi bila kerajaan pulaukan pilihan raya....bagaimana? Matang?

Ainur68 said...

Opps...strategi kut?

GuruBashid said...

Saya tidak nampak langsung yang BN memulaukan PRK Penanti. Tidak bertanding dalam sesuatu PRK tidak sama maksudnya dengan memulau PRK. Hanya kerana ingin mengekalkan tradisi kita bertanding, kita pun bertanding supaya kita tidak dituduh penakut. Sekarang bukanlah masa kita mengekalkan kebiasaan tanpa melihat kepada kesesuaian waktu dan keutamaan. Kita harus berani lari daripada kebiasaan kerana dengan cara itu kita akan mendapat pengalaman yang lain yang mungkin lebih besar manfaatnya buat kita.

Anonymous said...

Only the good and the brave die young.
org kononnya baik dan berani sangat memang cepat mati.

syed mahmood

Akar Umbi said...

Tidak bermakna penakut bila tidak bertanding. Perlu diingat Najib punya pengalaman 33 tahun dalam politik, mungkin ada sesuatu perancangan kot?

Cucu Tok Selampit said...

Maaf Dato' AKJ. Saya tidak bersetuju dengan pendapat Dato'. Berundur bukan beerti kalah. Mengelak bukan beerti takut. Bukankah ini yang terdapat di dalam buku terkenal "The Art Of War". Kenapa kita hendak berperang kalau setakat hendak berperang. Kalau kalah bagaimana? AnWar akan terus mengadakan pilihanraya lagi selpas ini. Kenapa hendak mengikut rentaknya? Bukankah lebih baik tidak melayan nafsu serakahnya dan mengumpulkan kekutan untuk menghadapi PRU13?

ab said...

Salam Dato'

Rakyat di utamakan,prestasi mahu dilihat hari-hari....

Bulan ni boss kata orang tok sak undi BN?....macamana nak undi kalau tak ada wakil...

SO BETUI KA PM NI? MACAM KETAM NI....PM DIUTAMAKAN pula ni!


POLITICIANS COME AROUND VIA ELECTIONS AND GONE VIA ELECTION...

EACH VOTER IS CONFIRMED A VOTE dalam perlembagaan...maknanya ELECTION IS A MUST!.. a candidate either wins or loses,tak ada seri.


Perkara macam ini tak bolih diikut
samada dalam ugama,atau kehidupan harian....tuhan pun benarkan makhloknya memilih,ini DSNTR....

NO..NOOOO...this is very wrong SIRS!!!


Abu Bakar Ab Rahman

weber said...

takkan la nak bertanding bila nak menang je..
strategi yang munasabah?? ini susah sket nak faham..
kononnya nak tunggu la PRU13 la ni..
abih ingat geng2 PR nak duduk diam je ke sampai PRU13.. silap2 bertukar terus kerajaan...

ingat ni olimpik ke nak bertanding atau tak ikut suka.. perasaan pengundi camne? kena bagi peluang untuk penyokong BN untuk undi BN..

PAS pun saya tengok biasa bertanding dan biasa jugak kalah.. tapi bila majoriti naik sket.. itu yang jadi modal kempen.. itu baru la kira strategi...

Anonymous said...

good decision by BN. remember, former dcm fairus is still pkr member. no need to play their game. its not about the rakyat anymore, its purely about anwar. after penanti, what's next? bukit lanjan? alam shah? bandar tun razak?

BN should just concentrate on the rakyat, and if they deliver, rakyat will vote them back to power again. i won't vote for pkr again as i did at the 12th. GE. no need to waste my vote for pkr, as they are only about anwar, anwar, anwar. they are never about the rakyat.

and tian chua being charged for bitting a policeman on duty!....what good has this man brought to this nation?

anti dramatikus

azienmat said...

Dalam kes Penanti, saya sokong Najib. Tapi kalau saya pengundi di Penanti? nampaknya jawapan yang sama.

-azienmat-

Anonymous said...

Bro AKJ, You concluded as
Saya?
Tak mahu kata apa-apa lagi!

Having quoted Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."

Now, does the reluctance to give your view also mean that you are being a coward too?

Habib RAK

saudara said...

Umno dah nak mampos agaknya..
Tibe2 mcm orng buang tebiat..
Elok rakyat ramai2 baca yasin utk mentalkinkan umno yng bakal dikuborkan tak lame lagi..
Ingt najib,hari ni mungkin kite kat atas,tapi belom tentu esok,lusa atau tulat...

Donplaypuks® said...

This is a blunder of biblical proportions by Najib/UMNO/BN.

There are some battles you do not walk away from, especially if you are the incumbent Govt facing dwindling electoral support across the Nation!

If you are in the field, you play the game. Many have won from seemingly impossible losing propositions by adopting clever stategies.

This advanced capitulation does not forebode well for BN come 2013 when the war will hot up to solar levels!
http://donplaypuks.blogspot.com

anakmuda said...

Rasanya kita kena blaja trima satu keputusan yang mana kita tak penah terfikir akan terjadi...bagi anakmuda ini satu anjakan paradigma. anakmuda TABIK!!

Anonymous said...

Dato'.
The outcome is well predicted. It is the right decision not to contest as BN can never win come what may and only GOD can change the outcome.Najib has created history and many more to come and whether it is good or bad time will be the witness.
So let us have fun and enjoy while time is with us. The truth that we should know is...that is Najib and please don't put your bet on this man or else you may regret!!!
Kata arwah P. Ramlee:
Hendak menangis...tiada air mata...
Dimana kan ku cari Ganti......
Sudah suratan...
Apa nak buat!!!.... lebih kurang macam tu lah Dato. dh9753

Nordin said...

Kalau UMNO Malaysia tidak mau meletakkan calon takpalah itu hak mereka. Tapi UMNO Permatang Pauh dan UMNO Pulau Pinang mesti jadi anak jantan tampil ke depan membawa panji-panji UMNO meletakkan calon. Kalau tidak adalah lebih baik bubarkan saja UMNO Permatang Pauh dan UMNO Pulau Pinang.

Pak Lah nak letak mana? Apa Zahid Hamidi tau tentang UMNO Penang?

saji said...

Kan lebih memudaratkan kepada UMNO/PM khasnya dan BN/rakyat keseluruhan amnya jika BN bertanding di Penanti, walaupun ia keputusan jangka pendek?

Roti Planta said...

Dato',
Sepanjang hidup saya terdapat 4 kali lelaki mencabar, menjerit, memprovokasi ajak bertumbuk. Saya hanya jawab saya tidak mahu melawan dan saya beredar walau pun saya yakin saya boleh menang sekurang-kurang 3 kali (atau keempat-empat) kalau saya lawan. Bagi saya kalau menang pun tidak bawa keuntungan dan kalau kalah tentu rugi. Tidak guna melawan orang yang gila bergaduh atau mabuk berlawan. Dia hanya fikir dia kuat sedangkan dia hanya berani bila bergantung kepada kawan yang lebih kuat aje.... Cuba lawan kawan yang kuat tadi... boleh terduduk BroAnwar hehe

Bye/Roti Planta

Hang Jebat said...

Datuk,

Saya rasa bukan kerana takut. BN dah tau akan kalah. Nak buat apa bertanding kalau hanya buang masa dan paling buruk lagi - buang duit. Pengundi di Penanti yang undi BN dulu tak payah lah keluar mengundi. Satu lagi Datuk, Winston Churchill hidup zaman perang dunia dan Ghandi pula zaman penjajah. Suasana berbeza. 'Statement' mereka sesuai untuk zaman itu dan situasi masa tu. DSN hadapi zaman dan situasi yang tak sama dengan Churchill dan Ghandi.

Salam.

Roti Planta said...

Dato',
Bagi saya perkataan yang sesuai ialah BN Tidak Mahu Lawan bukannya BN Pulau.

Apa kata kalau BN atau PR tak payah lawan mana-mana pilihanraya kecil samada disebabkan letak jawatan atau kematian. Anggap rakyat dah memilih Parti bagi mewakili mereka untuk lima tahun. Musim-musim DS Najib nak berjimat ni, pasti jimat duit rakyat kan?

Bye/Roti Planta

Dato Ahmad Saad said...

Dato.

Satu tindakan yang baik dari Najib dan BN.

UMNO dan BN can say good bye to Penang far the next 30 years.

zeez said...

Apa dah jadi?> Saya orang UMNO Penanti. ??????

Shahimah said...

Tak boleh ke BN just say that they will contest ONLY for the sake of the people of Penanti and not because they are cowering over PKR's tactics, if any?

As far as elections are concerned, this is not just a matter of the the ruling vs opposing parties. Its about the RAKYAT. Have BN forgotten about that at all?

In Penanti's case, either BN is a complete coward or they just couldn't be bothered about the people.

numero_uno said...

salam dato'

Najib telah membuat UMNO semakin parah dimata rakyat.

Bersiap sedia la menuggu UMNO dikafankan di pilahanraya akan datang kalau begini cara UMNO berfikir.

Malu puak2 pemuda UMNO Pmtg. Pauh .Dok ingat lawyer izat bertanding last2 ketua besaq depa takdak teloq..heheh..

adiosss..

daniel said...

It is not bcos of fear or being coward..but its better to put the money into other good use rather than waste again in this by election. Winnig or Losing is part of the game. If BN win..it is a costly win.(period)

Melayu Raya said...

Kenapa marah2 kalu UMNO tak mau bertanding? itu hak UMNO dan hak BN. Selayak nya lah PKR yg berserabut dan kelam kelibut dalam nya dgn isu moral dan lompat melompat pimpinannya
bertanding dengan parti2 Bebas saja selayak nya.Biar lah dia syok sendiri.
Orang tua2 selalu kata BERANI KITA HENDAKLAH BERTEMPAT,KASIH KITA KEPADA YANG SAYANG!
PKR cuma nak menunjukan satu lagi medan kemenangan mereka yg mana mereka sendiri yg sengaja memulakan pencak silat, rentak tari dan mainan wayang kulit ini seperti pilihanraya2 kecil yg lepas.Mainan ini akan berterus terusan hingga lah PRU 13 nanti,untuk mereka meneruskan momentum dan sorak sorai penyokong taksub mereka!Retorik,retorik,retorik semata mata.
Mengapa ADUN Penanti perlu letak jawatan dan ada pilihanraya?bukan kah menghabiskan jutaan ringgit rakyat?Beberapa ratus malah ribuan rakyat yg di buang kerja terutama nya di kilang2 di P Pinang sendiri,dan kemarin ribuan anak2 Melayu yg dahaga kan perkerjaan memohon kerja di Kedah dan Puterajaya,kenapa PKR,PAS dan DAP yg memerintah tidak membantu pekerja2 kilang ini??dan Timbalan KM pula org PKR?Ini lah Mungkin yg dikatakan mencapai matlamat politik lebih penting dari isu rakyat dan bagi mereka matlamatlah yg menghalalkan segala cara..Tepuk dada tanya lah selera.
Jadi jangan lah marah marah..

amranmahligai said...

Semua yang berlaku wajib bersebab. Begitulah DUN Penati yang mengkehendaki satu pilihanraya kecil di adakan apabila bekas wakil rakyatnya dari PKR meletak jawatan. Rakyat adalah berhak untuk membuat penilaian samada tindakan pengosongan kerusi DUN Penanti oleh PKR membazir wang rakyat, membuang masa, tenaga, menyusahkan rakyat atau apa sahaja ungkapan untuk mengambarkan bahawa tindakan itu tidak betul. Takpayahlah Ketua Penerangan UMNO Malaysia berfikir bagi pihak rakyat. Pilihanraya Kecil DUN Penanti tidak boleh dielakkan walaupun BN membuat keputusan untuk tidak bertanding. BN atau parti-parti komponennya mungkin boleh jimatkan wang parti apabila tidak menyertai pilihanraya tersebut tetapi "tanggapan pembaziran wang rakyat" tidak boleh diatasi walaupun BN tidak bertanding kerana kerajaan terpaksa juga menyediakan peruntukan yang cukup kepada SPR untuk mengendalikan pilihanraya tersebut.Oleh itu sebenarnya adalah lebih membazirkan lagi "wang rakyat" apabila BN membiarkan SPR membiayai pilihanraya yang hanya disertai oleh PKR atau mungkin beberapa calon bebas. Bagaimana kerusi DUN Penanti boleh kosong sepatutnya bukan menjadi penghalang kepada BN untuk bertanding. Sesebuah parti politik apalagi yang gah seperti BN seharusnya bersedia untuk bertanding dalam sebarang pilihanraya kecil atau besar. Pemimpim BN sepatutnya bermesyuarah untuk menentukan calon dari parti komponen manakah yang berpontensi untuk menang. Bukannya bemesyuarah untuk tidak menyertai pilihanraya. Bubarkan saja BN dan parti komponen. Anda meletakkan ahli UMNO khasnya di DUN Penanti dalam keadaan serba salah. Ahli parti seperti tidak berparti lagi.

zainal abidin awang kechik said...

terima kasih tok...
lama saya tak baca blog..
baru beransur pulih...

"mungkin dah penat kut ..Bukit Gantang.. pun BN tidak berjaya..dulu kita orang untuk persalahkan...tapi kini dia dah berhenti"salah Siapa tok...

minta komen sikit

salam

aLaMFaNa said...

Pada Pengundi2 Penanti...
Marilah mari pergi mengundi..jangan lupa kewajipan pada negara..
Soal pemimpin dan negara biarkan yang berhak memikul amanah dan tanggungjawab..semuanya akan di soal nanti..munkin hebat di dunia mana tahu di akhirat merempat memohon doa pada hamba2 yang di khianati..lainlah kalau mereka khususnya pemimpin2 yang tak percaya akhirat tu wujud...Na'uzubillah..
Kita rakyat biasa dan hamba pada yang Esa ada tanggungjawab kita..
Keluarlah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab.

Azrin H said...

Salam,

Kepada semua penyokong dan pengundi UMNO/BN jangan cepat resah. Kalau BN tak bertanding, apa nak buat. Kalian duduk je rumah je lah. Jangan sibuk2 kan diri pergi mengundi. Biarkan saja penyokong Anwar pergi mengundi dan buat bising kat Penanti.

"Mengalah Bukan Bererti Kalah"

Anonymous said...

Salam Dato',

Memang memalukan bila UMNO "tak mahu" menyertai PK Penanti kerana kononya tidak mahu ikut rentak pembangkang. DS Najib adalah angkatan atau kelomnpok pemimpin UMNO yang diangkat jadi pemimpin yang dihamparkan peraidani merah untk jadi pemimpin. Dia tidak naik melalui ranjau sebenar dalam UMNO.

Dalam konteks ini saya rasa Khairy Jamaluddin, walaupun naik mendadak melalui proses yang sama tetapi dengan kemenangan beliau dalam PAU yang lalu, Khairy lebih ada "telur" dan semangat sebenar dalam berjuang untuk parti (walaupun tak semestinya untuk Melayu). Tapi saya amat yakin bahawa Khairy akan disisihkan nanti kerana beliau adalah ancaman kepada golongan pemimpin UMNO yang sejenis DS Najib. Saya berasa sebegitu kerana saya fikir dalam parti UMNO buat masa ini penyingkiran individu atas alasan "terlibat politik wang" adalah ibu segala sandiwara.

Kalau disorot kembali senario mengapa terjadinya PRK DUN Penanti dan yang lalu, DUN Bukit Selambau, mahu tidak mahu kita dapat melihat bahawa itu adalah natijah permainan UMNO juga. UMNO sudah masuk perangkap sendiri. Bekas DUN Penanti akhirnya meletak jawatan kerana berdepan dengan penyiasatan BPR dan tentulah ADUN yang terlibat amat tertekan. Terlalu naif bagi sesiapa sahaja yang tidak nampak sisatan berpilih BPR ni. Sebaik sahaja PKR memutuskan meminta DUN dikosongkan, secepat itu juga BPR melepaskan ADUN yang terlibat. Common man, budak UPSR pun boleh faham permainan ini (Saya tuliskan ayat ini berdasarkan pengalaman saya membaca buku Hikayat Abdulah /Pelayaran Abdullah semasa darjah enam dulu; saya amat faham kekecewaan Abdullah Munshi berkaitan Raja Husin menggadai @ menjual Singapura dan perangai Sultan dan juak-juaknya di Pahang. Inilah hasil mainan politik kotor yang akhirnya semakin menampakkan kelemahan UMNNO, iaitu takut kalah bertanding di Penanti. Sejarah telah dilakarkan! I agree with one word in your quotation Dato',ie, ".... coward... ".

Hukum alam ni menetapkan setiap sesuatu terbentuk secara berperingkat. Kaedah tradisional pembuatan pedang samurai Jepun adalah salah satu contoh terbaik. Pedang yang kuat (tajam dan keras) hanya boleh dihasilkan jika melalui proses canai dan sepuh beratus kali yang memakan masa berbulan-bulan. Berbanding dengan kaedah membuat kaca, prosesnya amat cepat; leburan kaca di sejuk paksa @ sejuk lampau (melt quench) untuk menjadi kaca pejal. Kita semua tahu, kaca yang keras tu akan pecah berderai apabila terhempas. Kaca nampak kuat tapi tidak benar-benar kuat.

Apa ke halnya dengan cerita pedang dan kaca ni? UMNO sekarang sedang berdepan dengan ambang kehancurannya (Saya tahu ramai, termasuk Dato' yang tidak bersetuju dengan pendapat ini). Tidak ada jalan pintas hendak memulihkannya. Back to basis is THE way. Semua kaedah ala mee segera alias retorik tidak akan mengubah nasib UMNO. Rakyat massa diluar sana bukan lagi generasi rakyat alaf lepas. (Alahai!!! dah berapa ribu kali ayat ni ditulis orang??). Jangan terus syok sendirilah DAN jangan sekali-kali salahkan rakyat DAN LAGI tak ada maknanya salahkan pembangkang.

Oh ya, kalau cakap nak pulau maka kenalah betul-betul pulaukan. Jangan taja calon bebas pula, semakin kelakar jadinya.

Pak Hj JB.

Atan said...

Salam, Dato',
Betul, kan DSN akan ambil keputusan tidak bertanding. Sekali lagi, dalam hal Penanti ini, bacul hanya persepsi, tetapi pembaziran itu realiti.

Yang tidak bagusnya ialah ALASAN yang diberikan DSN, iaitu tidak mahu bertanding kerana tidak mahu melayan permainan pembangkang. Yang sebenarnya, kalau menang pun, 1. BN tak dapat tumbangkan kerajaan yang dikuasai pembangkang, dan 2. kalau bertanding pun BN belum tentu menang.

Kalau ALASAN DSN itu diguna pakai sekiranya ada kejadian serupa di Negeri Sembilan, bagaimana? BN perlukan kerusi lebih di negeri itu untuk jadi majoriti dua pertiga?

DSN betindak rasional tetapi alasan tidak berapa sesuai.

abdullahngah said...

Kalaulah betul Umno/BN tidak akan meletkkan calon bertanding di DUN penanti 23 Mei ini pasti itulah bala yang telah menimpa.

Rakyat susah hati dengan HINI yang barangkali tidak mustahil datang ke Malaysia yang juga sebagai bala Allah.

Orang Umno memang sejak dari dulu lagi tiada percaya dengan bala Allah yang menimpa keatas rakyat negara ini.

Bala Allah telah meragut ratusan nyawa di Bukit pelanduk suatu masa dulu dan tidak mustahil akan meragut ribuan nyawa pula kali ini.

Perdana menteri baru takut dengan pilihanraya kecil didun Penanti, tetapi tidak takut dengan bala Allah.

Tidak takut dengan bala Allah bermakna dia tidak takut dengan Allah yang maha berkuasa dilangit dan bumi.

Tidak takut dengan Allahlah yang menyebabkan bala Allah menimpa kita.

Takut untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN penanti salah satu bala Allah yang barangkali merupakan penanda aras kerajaan yang merintah sekarang akan jatuh.

Ini merupakan rahmat kepada perti pembangkang, kerana menang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di DUN penanti suatu yang sangat sangat bernilai.

Mana ada parti pembangkang boleh menang tanpa bertanding dalam dunia hari ini.

Ramai yang malu dengan tindakan Najib, Jika benar berita yang Umno tidak akan letak calon di DUN Penanti 30 Mei nanti.

Tok Kemuning said...

MCA, MIC & Gerakan dan banyak lagi komponen parti BN apa mereka kisah Penanti bukanpun kerusi mereka. Penanti adalah kerusi UMNO.Tetapi jika itu kerusi MCA tentunya MCA & BN buat keputusan yang lebih bijak pastinya. Lagipun tak ada sebab komponen parti BN yang lain mahu berdebat habis habisan untuk pertahankan kerusi Penanti milik UMNO.

Pastinya jika Penanti ditawarkan kepada MCA atau MIC atau Gerakan mereka pasti akan meletakkan calon mereka.

Aleem said...

Dua persoalan tentang alasan "Jimat Duit Rakyat". Pertama samada BN bertanding atau tidak, Pilihanraya tetap akan diadakan juga, jadi kat mana jimatnya? Kedua kalau BN masuk bertanding, duit yang digunakannya adalah pada asasnya adalah duit tabung parti masing-masing bukannya duit rakyat. Jadi juganya tak timbul isu jimat duit rakyat di sini. Mungkin Dato' boleh komen.

Unknown said...

Dato'

The approach of Cowardice is looking for some tremendous external help, whether it comes from the Sky or from the earth...

Is it because they do not see any help coming?...

Cowardice causes one to see fear when one sees oneself....

Fear for and of whom?
Is it Fear for one's future or the Party's future?
Has the party ever feared of Anyone....?
Has the party ever feared of the British?
This is certainly not the same party that fought for Independence....For that party was fighting for its members and the people...

Ryzal said...

Assalamualaikum Dato dan semua,
Saya nak kita lihat dari angle yang sikit berbeza iaitu : 1). UNTUNGLAH PARTI-PARTI BERASASKAN CINA DLM BN KERANA TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH UNTUK MENARIK SOKONGAN ORG CINA BAGI MEMBUKTIKAN KESETIAAN KEPADA KERAJAAN. MEREKA BERJAYA MEMBUAT JUSTIFKIKASI KPD PEMIMPIN ATASAN BN YANG TERNYATA 2). KITA PEMIMPIN MELAYU TELAH TERTIPU DENGAN PERMAINAN MEREKA. BIJAK, LICIK DAN CUKUP STRATEGIK MANAKALA PEMIMPIN MELAYU TERUS DENGAN ALASAN SENTIMENTAL.

Justifikasi BN mengatakan habis duit rakyat dan nak fokus kepada kerja...logik ke tatkala PKR memalu gendang, ceramah dan kempen percuma disetiap pelusuk penanti menjaja keburukan BN. Sapa nak counter?. Macamana nak counter...harapkan Ketua Penerangan UMNO yg baru...melawat negeri jea lea kerjanya.
Teringat saya dengan lagu Blues Geng...APO NAK DIKATO....
Tahniah DSN.

Paksooyon said...

Dato',

Is this just to justify BN's reluctance to dissolve Perak Assembly? Najib said it's a waste of Rakyat's fund . Never b4 BN gave this poor excuse. As if they have never wasted public fund before.

Why did they contest in Batang Ai, Buki Gantang and Bukit selamabau last month? Is it not waste of public fund.


If an independant decides to contest in Penanti, what then? Is it not waste of public fund? It's inevitable. isn't it?

Make sure BN do not contest in any of the coming by-elections, should there be one in future.


I hope we would not again hear demand to resign by BN to any Pakatan Rakyat reprentative as Azlina Said did to Liz Wong recenltly. In the end Azlina was removed from the Cabinet and Liz Wong stays put in Selangor Exco line-up.

I remember on many occasions b4 that by-elections were held when BN representatives was asked to resign to make way for somebody to be elected and later appointed to the cabinet.

But during Dr M's tenure, he preferred that somebody be appoointed senatorship to enable him 2b in the cabinet. Hence so many Senators in the Cabinet at the expense of the elected reps.

BN seems not to have hard and fast rules on anything. It's up to the whim and fancy of PM. So Najib has chosen to be cowardice .

Of course he is not Ghandi. He does see that fear has its use.It is best that he withdraws from premiership now and makes way for Mohiddeen Yasin .

mns2121 said...

1. Saya setuju BN tak bertanding di penanti, bukan sebab saya sokong BN atau mahu PKR menang. tak ada bezanya pun.

2. Biaq pi la pkr selesai masaalah depa kat penanti. BN tak perlu membazir RM rakyat. hak rakyat dah pun ditunaikan dalam pru12. apa istimewanya voters penanti nak undi lagi..?

3. Banyak lg isu-isu besar yg wajib diberi tumpuan selain dr penanti, yg kalu dihitung secara lebih teliti.. tak ada makna apa2 pun...

tk...

PakDin said...

Pulau Pinang dulu hak Kedah,
Mai penjajah habis di tarah,
Sakit BN dan UMNO semakin parah,
Bila dikata pilihanraya tiada faedah.

Rakyat semua dok menanti,
Lebih ramai jadi pemerhati,
Apa nak jadi dengan Penanti,
Ada parti pun macam dah nak mati.

eddy said...

This is indeed a good call by BN.

Indeed it is a good strategy:

LOST BATTLES(By-elections) BUT WIN THE WAR(GE)
"Grand strategy is the art of looking beyond the battle and calculating ahead. It requires BN to focus on its ultimate goal to win the next GE and plot to reach it. Let others get caught up in the twists and turns of the battle(byelections), relishing(and bragging) their little victories. A Grand strategy will bring the ultimate reward: the last laugh"
....excerpt from the 33 Strategies of War.

Finally they are no more dancing to Anwar's tune by the BN.

BN No Telor said...

Datuk,
Clearly BN-UMNO has lost their telor when not contesting. For Pakatan, there is nothing to lose, for BN, their national prestige if they lost the 3rd or 4th? this time in by election. For sake of fairness and giving the people of Penanti a choice, they should contest and not only waiting for "gurantee" win and contest. What kind of BN mentality is this? Even they lose, it is with dignity and they try again next election.

From
BN No Telor

Man Memali said...

Dato,

Melayu Raya tu emosi sangat sampai lupa Kedah tu bukan Umno perentah lagi dah. Gena mu?

UMNO akan memberi beribu alasan untuk tidak bertanding.

Hujung jatuh dia.... UMNO tak pandai menerima kekalahan. Dan takut kalah lagi.

Ssmad Din said...

I think it was more of a strategic decision, not to contest in Penanti. Anwar is playing a game, shamelessly dragging PAS into the game (I'm so disappointed to read Nasarudin's view in The Star today). BN opts not to play, which I think is a wise decision.

Anwar will continue to force by-elections (or whatever tricks he can employ) to keep his PR coalition working together in preparation for the next general election. BN should not help Anwar in his preparation to defeat BN in the next GE. Better for BN to work on making itself relevant again.

More and more Malay profesionals who were against BN are now more in favor of BN. Meluat sangat dah tengok permainan politik kotor Anwar.

amirrash said...

Ada yang akan kata najib penakut. tapi yang lebih penting ialah, najib mengetepikan ego besar BN untuk tidak bertanding. Ini yang penting. Seorang strategis akan tahu bermain dengan sentimen kalah dan menang. Hanya seorang strategis yang berani berundur untuk menang di medan yang lain.

Perlu diingat, menang atau kalah PRK ini tidak akan membawa impak besar kepada perubahan di mana-mana pihak. Baik BN atau PR. Tidak ada yang berubah. Keseimbangan kuasa akan tetap sama. Majoriti tetap di PR. Jadi apa guna bertanding? membazir masa dan tenaga.

Apa yang terjadi kini ialah beban masa, kewangan dan sokongan bertukar kepada PR. Kalau calon mereka kena bertanding yakni ada calon bebas yang juga turut serta dalam PRK ini maka PR kena tunjukkan kepada negara bahawa calon PR masih disokong rakyat. Kekalahan calon PR dalam PRK ini kepada calon bebas akan mewujudkan momenton lain. Momentun kejatuhan PR. Jadi kepada Anwar ibrahim, beban kemenangan kini sudah beralih kepada anda. Kegagalan PR dalam PRK ini penentu moral PR.

Adakah PR bersedia?

samagreen said...

Salam DAKJ dan rakan2,

Dari segi strategi, UMNO/BN telah mencapai kemenangan krana idak melayan provokasi PR!!

Dari segi moral, BN telah berjaya mengelakkan pembaziran wang rakyat dlm PRK yg bukan disebabkan keperluan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan selanjutnya:

-UMNO harus terus menafaatkan peruntukan utk up-grade bilik2 gerakan parti yg mana lesu;

-BN terus membela nasib rakyat termiskin. Bukankah peruntukan 5 juta (yg tak jadi utk PRK) dapat dimenafaatkan kpd lebih kurang 200 org golongan ni, seperti membaiki rumah2 mereka yg daif??

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Sepintas lalu, BN memang sepatutnya meletakkan calon untuk bertanding di Penanti. Apabila DSN mengumumkan BN tidak akan bertanding, rasa ralat yang amat sangat. Berat untuk menerima keputusan itu.

Sebaliknya, keputusan sedemikian diharapkan disokong oleh maklumat yang sahih. Ini termasuklah perundingan dengan pihak UMNO di semua peringkat supaya semua dapat memahami rasional berbuat demikian. Jangan keputusan diambil secara semberono hingga ada pihak yang merasa pandangan dan perasaannya dipinggirkan.

Banyak keputusan disalahertikan disebabkan kekurangan maklumat mengenai sebab-sebab sesuatu tindakan dilakukan sedemikian. Terangkan sehingga tiada persoalan yang meragukan, barulah semuanya difahami dan sokongan diperolehi. Jangan simpan sendiri sehingga orang tersalah mengerti, akhirnya penyokong lari.

Harap dapat juga mereka terangkan, kalau kata di Bukit Gantang sokongan Melayu telah bertambah, mengapa tidak bertanding di Penanti yang majoriti pengundinya Melayu, untuk teruskan momentum tersebut?

Anonymous said...

Di mana maruah umno dato?Parti tunggak negara takut bertanding.satu pembaziran?lihatlah disekeliling kita betapa byk pembaziran yg dilakukan kerajaan hingga membebankan rakyat majoriti.prk adalah rezeki pd penduduk tempatannya.melayu lemah kerana pemimpin umno semakin lemah.

rakyat tak bodoh.

Redha said...

Assalamualaikum,
Saya merasa terkejut dan sedikit kecewa dengan keputusan BN yang tidak bertanding di PRK Penanti.

Walaupun PM memberikan alasan bahawa BN tidak mahu terlibat dengan taktik politik pembangkang, tetapi ternyata keputusan ini telah mengecewakan banyak hati pengundi di Penanti.

Mungkin bagi sesetengan pemerhati politik memberikan pendapat bahawa BN menghadapi laluan yang sukar untuk menang di PRK ini tetapi, apa yang hendak diperkatakan bahawa BN secara sedar atau tidak telah termakan perangkap PR untuk mengabaikan PRK ini. Tidak mustahil PR akan mencanang di 'seluruh alam' bahawa BN takut untuk melawan mereka.

Malahan sebelum ini pun telah kedengaran suara-suara sumbang sebegini telah dilaungkan.

Nampaknya BN telah berundur sebelum bertarung.

INIKAH SEMANGAT MELAYU YANG BERSANDARKAN PRINSIP PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG?????

PR akan tersenyum puas kerana BN telah memberikan kemenangan percuma kepada mereka. Mungkinkah percaturan ini tepat atau mengundang padah ???

Wallahhualam....

Anonymous said...

Dato'

In my opinion, the strength of a man lies on the brain, not on the fist.

The by election in Penanti is just a show of fist, so I believe Najib has made a smart move not to entertain the madness of Anwar.

aLaMFaNa said...

Wa'alaikummussalam Samagreen..

Teruja di buatnya dengan komen samagreen..
Tak yah la nak up grade bilik2 gerakan yang dah lesu tu..buat menambah para2 pembodek dan pengampu lagi ada..
Tak yah lah nak betulkan rumah2 yang daif kerana dalam kedaifan juga boleh menghasilkan insan cemerlang..
Kita alih pandangan dari rumah ke sekolah pula bagi melahirkan lebih ramai insan cemerlang, gemilang dan terbilang..
Apa kata kita alihkan peruntukan yang berlipatkali ganda pada sekolah2 rendah khususnya..lebih2 lagi di kampung2..
Dengan adanya kemudahan asas..di tambah pula dengan suasana belajar yang selesa..berhawa dingin..woww tentu luar biasa..berlumba lumbalah kanak kanak kesekolah nak rasa nikmat yang di anugerahkan oleh pemimpin2 mereka yang arif lagi bijaksana..
Ibu bapa pun tak payah nak susah2 sebab segala2nya percuma..
Apa ada pada bilik gerakan yang gah dan canggih kalau penghuninya tetap sama..sentiasa mengharap bulan jatuh ke riba..Hari2 strategi di gunakan macamana nak mengampu pemimpin yang ada bukannya nak membantu menarik minat rakyat jelata.

Anonymous said...

Dato!
Sy x nampak dimana silapnya Najib x mahu bertanding. Sy lebih yakin bahawa ini adalah keputusan strategik, bukannya keputusan emosional. Dan sy x nampak relevannya dato quote kata2 Churhill dan Ghandi dlm situasi Penanti.

Org kita bijak berkata yg itu salah...yg itu betul...apabila tanggungjawab utk membuat keputusan itu sebenarnya bukan ditangan kita.

Sofian.

Azhar Husin Enterprise said...

Salam Dato'

Apa kata kalau 3 kerusi di Perak (kes lompat) atau mana-mana kerusi di Perak kosong. Walau apapun alasan BN untuk bertanding BA sudah mempunyai kelebihan dan senjata pemusnah untuk BN

Lainlah kalau BN juga tak nak bertanding.

terimakasih

alrawa said...

Datuk,
Ini lah perbezaan yang ketara diantara BN dan PR. PR(Pas,DAP terutamanya) telah bertahun2 menghadapi berbagai rintangan dari pihak BN, SPR,Polis-----dll namun menyerah kalah bukan lah satu opsyen. Tiap kali ada pilihanraya,adalah calunnya.
Parti politik begini lah yang tinggi nilainya. Tidak jemu(takut?)untuk berkhidmat untuk rakyat.
BN diPenanti kecundang sebelum 'warm up' dan layu sebelum berkembang.Tak layak jadi jaguh kampung. Jaguh PEKAN bolih le!

Donplaypuks® said...

Dato

I refer to some of your commenters who have said that the inspirational words of Ghandhi and Churchill do not appply to the current circumstances in M'sian politics and that one should walk away from seemingly impossible odds.

This is nonsensical! There are some universal principles and quotes like Ghandi's and Churchill's which cut across national borders and times.

Another famous quote would be JFK's "Ask not what your country can do for you; ask what YOU can do for your country." Is this restricted to the 1960's only?

The decision of Najib and BN not to contest can be likened to the situation a couple of years ago when a 3rd division soccer team had to face Chelsea in the FA Cup semis or finals. There was no way they were going to defeat Chelsea. Should they have given a walk-over?

There was also a famous World Cup Cricket Finals in 1981 when West Indies, having bowled out India for 178, LOST (!!!) from a seemingly winning position. The turning point came when Kapil Dev, India's then captain, took an impossibly brilliant catch to dismiss the rampant genius, WI's captain, Viv Richards.

In such moments of decisive leadership are victories snatched from the jaws of defeat.

History and all legends are full of such incidents. BN has lost an opportunity to at least battle well and receive grudging admiration in defeat which will augur well come 2013. There is honour and nobility to fight for, as testified by the suicidal
'Charge of the Light Brigade.'

No, this is a massive tactical blunder which calls into question Najib's leadership abilities as have the protracted contretemps at Perak!
http://donplaypuks.blogspot

ps your speech and comments at BUM 2009 were well received. Kudos!

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

SOMEHOW, WE HAVE TO AGRRE WITH 'DONPLAYPUKS' COMMENTS.

A WEEK AFTER THE PRU 12 'TSUNAMI' WE FAXED A MESSAGE TO PUTRAJAYA REQUESTING THE PM AND HIS DEPUTY TO STEP DOWN. THE FORMER FOR HIS 'AAB' (ATAS ADA BATU) ATTITUTE AND THE LATER FOR HIS WIFE 'FEARING' SYNDROM.

THE CURRENT PM HAS INCULCATE A NEW 'FEAR'... THE 'ABI'(ANWAR BIN IBRAHIM) SYNDROM.

WE RATHER PLAY THE GAME AND LOSE THEN COWARDLY DECLARING A WALKOVER.

PERHAPS, THE NEXT TIME ROSMAH K-OKE
PLEASE SING ON BEHALF OF THE RAKYAT, THE MATT MONRO RENDITION OF 'WALKAWAY'.

ANTARA TAKUTKAN 'BINI' DAN TAKUTKAN 'ABI'

ALFATIHAH, AMIN.

numero_uno said...

salam dato'

Dalam hal ni UMNO didalam BN umpama hilang taring apabila berjaya tunduk kepada desakan gerakan dan mca supaya tidak bertanding diPenanti.

Saya lihat najib ini lagi lembik dari pak lah..Ikut sangat tsu koon tu..sedangkan gerakan satu kerusi pun tak menang last election.Lagi mau dengar pendapat parti yang ditolak rakyat.Apa punya tuttttt najib ni.

Cuba kerusi puak2 gerakan dgn mca sah2 depa nak bertanding.Menang kalah adat pertandingan yang penting sanggup kedepan berjumpa rakyat.

Kalau takut dilambung ombak jangan buat rumah ditepi pantai.Camni ka pemimpin yang kita nak??

adiosss....

Man Ysf said...

Dato',
Kadang2 ada baiknya untuk diam seketika sambil memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita..
Tindakan 'menghulurkan' kepala setiap kali ada pergelutan adalah satu tindakan yang kurang cerdik.. mungkin dengan dok kat tepi, UMNO boleh menilai situasi sebenar sambil merawat luka lama untuk sembuh sepenuhnya..
Malu?? Malu adalah ego.. bodohlah UMNO jika menggunakan ego sebagai pertimbangan mengatasi akal yang waras.
Apapun , a well thought decision..but then jgan selama2nya tak nak btanding...nanti lagi kuatla tempikan deme di sebelah sana.

SALAM PERJUANGAN said...

sepagi-pagi asyik dok dengar DSN dalam media diulang-ulang alasan kenapa BN tak brtanding. Bagus la Fairus letak jawatan kerana rasuah. Kan bagus orang yang bersih pegang jawatan bukan macam KM Melaka yang disahkan rasuah tp masih pegang jawatan

Anonymous said...

Salam semua,

Bila BN tak tanding, maka tak de lah janji-janji oleh BN kpd rakyat.

Agaknya satu perkara pasti berlaku lepas PRK Penanti - harga minya akan naik melambung.

Oooops ... sorry mimpi lagi.

Nani Cheras

mad said...

speaking of saving public funds, whatever happened to the first RM7 billion stimulus package approved last year?

Orgkpgdoha said...

Salam Datuk,,

kelemahan UMNO dan BN berpunca dari pemerintahan siapa? Kadang-kadang ini lah akibatnya apabila pemerintahan yang lemah dan tidak peka terhadap rakyat.....

Kesian Pak Najib kena bertungkus lumus menyakinkan rakyat.

Anonymous said...

Salam Dato

A pessimist sees a glass half empty. An optimist sees a glass half full. Some people see it as half way to another glass!

DSN seems to be preparing himself and training to be the opposition. Perhaps in 4 yrs time he will be a good opposition leader in parliament.

TDM's battle cry is Vision 2020. Pak Lah's with clenched fist Cemerlang gemilang terbilang (lost in the wilderness though). But DSN's 1Malaysia potrayed he inherits a weak and fractured country that needs nursing first before anything else. Noticed how tired looking, lack of confidence, lost and insecure he is at any press conference? eVEN TSMY potrayed a better image than him.

If he is not sure of his moves, what about us rakyats? We are moving towards the paths of Zambia.........

OTOOTE

rocky said...

"Justifying BN’s decision to stay out, Najib said the by-election was not caused by “provisions within the constitution.”

“It is only a way for PKR to solve its internal problems,” he said.

“BN prioritises service to the people and efforts to boost the economy. We will not dance to other people’s tune,” the prime minister insisted."


Yes ka Najib? BN never do this kind of thing? BN is so good, they try to safe every cent of the rakyat's money. Wow. What a load of BS. BN did the same thing to solve internal issue and created 2 by-elections in Selangor, that is double waste and all to solve internal problem and the by-election was not cos of constitutional issue. so what crap you talking. 1Malaysia...which finger ah?

see below - comments from YB LKS blog

"But this is not borne out by Barisan Nasional’s own record. Just to give one example. In May 1997, BN created two simultaneous by-elections, one parliamentary and one state assembly in Selangor, so that Datuk Abu Hassan Omar could relinquish his post as Minister for Domestic Trade and Consumer Affairs to become Selangor Mentri Besar after Tan Sri Muhamad Muhamad Taib was forced to step down after his RM3 million financial caper in Brisbane, Australia."

yes a coward is bad and a coward with a lame excuse is far worse. BN cakap tak serupa bikin. CM di Melaka apa macam....

Faisal Azmi said...

Dato,

Sepatutnya PRK ini merupakan KPI kepada BN dan DSN.

Sejauhmanakah kepercayaan serta keterbukaan hati rakyat kepada kerajaan sekarang setelah kerajaan memberi pelbagai rangsangan dari segi mewar-warkan pakej rangsangan ekonomi berbilion ringgit, menaikkan kadar kebajikan bagi masyarakat miskin seperti dalam iklan di TV1 dan TV2, lenient kepada HINDRAF berbanding AL-Maaunah dan Al-Arqam dan sebagainya.

Untuk maklumat Dato' dan pembaca komen saya ini, pakej ransangan ekonomi yang dikhususkan kepada Agrobank masih lagi belum diterima pihak bank. Begitu juga dengan MARA yang mana peruntukan masih belum lagi diterima. MARA tidak lagi memberi pinjaman kepada petani. Begitu juga peruntukan kepada Jabatan Pertanian dan mungkin lain-lain jabatan kerajaan. Tahun bila agaknya akan diperturunkan peruntukan?

Bukankah BN hilang kebanyakan undi dari golongan belia? Belia sekarang banyak yang sudah tidak ada pekerjaan. Di Pulau Pinang, pekerja kilang tempatan dibuang kerja dan digantikan dengan pekerja asing. Inilah masanya golongan ini untuk mencuba nasib di bidang perniagaan.

Sekiranya BN rasa hendak menang di PRU nanti, jagalah golongan belia ini. Belia berniaga, tiada masa untuk berdemonstrasi dan merempit. Insyaallah BN akan mencapai kemenangan walaupun lebih sedikit dari majoriti mudah.

Akhir kata, saya nak tanya kepada BN khususnya UMNO:-

1.Adakah kerajaan BN akan bertanding sekiranya majoriti hanyalah 1 undi?

2. Sekiranya pada PRU13 nanti, sebagai contoh di kawasan Parlimen Tanjong Karang, DAP dan PAS meletakkan calon masing-masing menentang calon BN, adakah BN akan bertanding? Mungkin inikah strategi DSAI? Wallahualam


Faisal Azmi

Apanama said...

Although it may be bitter, especially for the ruling coalition to stay away from a by-election, I feel the BN's move to ignore Penanti has put PKR/Anwar/PR in a 'wasted' position.
By now everyone could read the disgruntled former Deputy Prime Minister's strategy of creating one by-election after another just to shore-up the surprisingly lower than expected sentiments from those who voted for PKR/DAP in the last GE.
Lets just watch the desperate Anwar Ibrahim very closely. I bet he'll come up with more fictitious allegations, conspiracy theories and eventually go down to name-calling when his bluff is blown away.
Dato', I agree with the BN chairman on this particular move.

Wsalam

ikan emas said...

Biarlah BN tak nak bertanding, itu hak parti.

Kepada pengundi DUN Penanti walau di mana berada ,mai balik ramai-ramai ,p ngundi, pangkah aje la gambar mana yg berkenan...dacing dah putus talinya.

Gunakan hak anda sebagai warganegara Malaysia!

Mohd Khairul Anwar said...

Pada saya bijak DSMN tak bagi bertanding (buat masa ini) kerana ia boleh menjimatkan duit UMNO (rakyat?).

Ini fakta. Tapi bab DSMN penakut atau tak barangkali kita boleh kata dia penakut tetapi BIJAK dan patriotik dengan menyelamatkan wang pada masa ekonomi yang suram ini.

Nak puaskan hati semua pihak payah kan? Tetapi jika ada PRK di mana-mana lepas ini jika ada MP/ADUN yang meninggal nak pakai alasan yang sama atau bergantung kepada chances nak menang?

Yang mustahak setiap keputusan dibuat bukan oleh diri DSMN sendiri, tetapi atas muafakat dan berasaskan penyelidikan yang mantap, ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

INDIGO said...

Scribe,

Mohd Najib sudah ketandusan ide.
Mohd Najib sekarang menggenggam harapan bahawa kemerosoton ekonomi dunia akan berakhir elok-elok untuk di adakan PRU13. Mohd Najib yakin sekiranya ini berlaku rakyat akan merasa terhutang budi kepadanya di atas terjadinya.

Apakah luka dijiwa rakyat kebanyakan telah sembuh ketika itu?

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Orang yang kalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang mengalah. Sesungguhnya, demi masa, seseorang itu berada dalam kerugian jika tidak berusaha. Pilihlah antara kejatuhan atau kelupusan. Jatuh boleh naik semula tapi kalau lupus... Tinggal lah si luncai dengan labunya atau bak mat jenin berangan-angan di puncak kelapa. Seorang jatuh berkecai seorang mati lemas. Yang dikejar tak dapat yang dikandung keciciran.

-Carl-

usabukata said...

dato kj,
pusing mana pun tetap salah bagi yang nak cari salah.
saya kata, elok tak payah tanding, jangan ikut rentak si nuar. jangan bagi peluang kat dia dan geng-geng dia buat ceramah pilihanraya tunjuk dia hero.
mungkin nampak macam setback buat umno, tapi ini peluang untuk susun strategi. biar nuar syok sendiri.
kalau sebab ini 5127 pengundi bn di penanti nak marah atau mengaruk, memang susah nak kata apa.

usabukata

IjauKunin' said...

Salam Dato',

Wow! Kalau Fana teruja dgn nukilan Samagreen, saya pulak teruja dgn nukilan Fana! First sekali, sori Dato'.. ni macam terkeluaq tajuk sikit. Tapi demi anak bangsa, elok saya tambah sikit lagi point Fana.

Upgrade bilik gerakan? Sat lagi yang di upgrade cuma kain langsirnya saja. Sebab itu saja belen yang tinggai, hak lain dah kena sapu awai2!

Dah alang2 jimat duit tak join PRK, apa kata bagi duit tu kat sekolah2 suruh guru besaq repair apa yang patut! Fana kata boh aircond, takpalah.. mahai sangat kot..

So, apa kata repair pintu yang dah tak serupa pintu? Tingkap yang dah tak serupa tingkap? Nak katup pun dah tak rapat!

Ganti penutup longkang yang dah kena rembat dengan kaki lalok. Baru anak2 kita tak 'tertomoih' masa berlari-lari di waktu rehat, pi sekolah elok, balik pun elok.

Tu padang bola sekolah.. sama macam trek motocross, lopak sana-sini. Apa kata bagi duit kat tukang kebun suruh depa buat bagi rata. Mana tau kot2 ada balik Super Mokh 5-6 tahun lagi ka..

Dah la sikit kot, kalu nak cerita banyak2 kena bukak topik baru. Ni hasil pengamatan saya di kebanyakan Sekolah Kebangsaan.. sedih pilu. Bila tanya guru besaq, jawapan biasa 'tadak budget'. Kesian anak2 kita, huhuhu... :(

Terima kasih Dato'.

IjauKunin'.

OKJ said...

Salam DAKJ

Mohon keluar dari tajuk sikit je.

Minta maaf kepada pembahas blog dan saya tidak bermaksud nak memperkecil-kecilkan pendapat seseorang. Bagi saya setiap insan dimuka bumi ini adalah khalifah Allah. Cuma kadang kadang kita terover je.

There is nothing special about ‘evidence based”. Basically, the aim is to get the best proof from the scientific studies to minimize biased for good decision making. Scientific study means a trial which is done base on the strict scientific protocol to test the specific hypothesis. To make the trial significant, two factors have to be considered.
1. The sample must be inferred to population; meaning, there must be specific inclusion and exclusion criteria for each study.
2. Number of samples must be accurate base on the “number of sampling calculation” to make it significant and powerful.

There are several types of scientific trial such as retrospective trial, observational trial, case control studies, case series studies, randomized clinical trial and metanalaysis. Each trial is different in the methodology and power of each study.

Once completing the study, results will be analyzed by using specific analytic statistic. It is not enough to apply descriptive statistic but inferential statistic should be used. We can test the hypothesis, the analysis, interpretations and so on.

Based on the trial, we rank it according to the levels of evidence from level I, II and III. Level I means evidence obtained from at least one proper design randomized clinical trial and stage III means evidence from the panel of expert opinion. Then we once again categories it as grade of recommendations; Grade A, B, C and I. Grade A means evidence which are very strong and obtained from the metanalysis of the randomized controlled trial and Grade I means very weak evidence i.e. just form the general opinion, lacking of specificity and no clinical trial was done. So, testimony basically will fall into this category.

As a result, we will get the best decisions which are more accurate and less biased to become a good guideline for decision making. Sekian TQ.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Saya bukannya suka sangat dengan DSN tu. tetapi tindakannya kali ini saya setuju! Ada sedikit kewarasan. Buat apa banyak sangat berpolitik, cukuplah dengan isu kerajaan Perak tak habis-habis itu. Sampai nak termuntah dengar. Institusi mahkamah dah jadi carca merba. Jangan rakyat kata mahkamah kangkong sudahlah. Suatu tindakan cara terhormat untuk menghalalkan cara!

Dato', dalam politik banyak muslihatnya. Tak bertanding bukan bermakna kalah. Jadi, awas PR jangan dibuai dan dilamun kebanggaan dengan penarikan diri UMNO untuk bertanding.

Sekali pandang memanglah reputasi DSN itu teruk tetapi saya kira DSN masih lagi sedang belajar sepak teranjang PR berikutan kekalahan terus PRU 12 telah lalu. Maklumlah, politik Anuar itu terlalu licik untuk beliau mengikut tarinya tambahan pula kabinet barunya terdiri orang-orang yang bermasalah kebanyakannya.

Cuma satu saya nak bertanya, Zahid Hamidi itu layakkah jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Negeri sendiri pun tak terjaga.

Pak Pandir said..

Anonymous said...

Datuk,

Najib cuma menghormati keputusan Fairus letak jawatan untuk melanjutkan pelajaran. Niat suci murni, tak kan BN nak ambil kesempatan kot?

hehe ...


-sinbad-

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Siapa kata UMNO/BN tidak rugi apa-apa? Sudah tentu UMNO khususnya, hilang kemaluan, hilang keyakinan dan kepercayaan penyokong sendiri, hilang moral dan hilang maruah. Nampaknya, UMNO tidak menghargai sistem demokrasi, sedangkan UMNO selalu mendakwa UMNO-lah jaguh demokrasi.

Rakyat didahulukan? Oh! Jauh panggang dari api. Itulah slogan orang munafiq. Alasan yang berliku-liku sekadar ikut kemahuan dan pilihan hati, walaupun alasan-alasan itu hanya memperbodoh diri sendiri.
Mengapa tidak terus terang saja berkata begini: "UMNO/BN mengambil keputusan tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti kerana kita pasti akan kecundang sekecundang-kecundangnya".

Wan Shamsudin said...

Salam Dato;

Nampaknya DS Najib hanyalah baik sikit saja dari Mantan PM atau Mantan PM baik sikit dari Najib. Mungkin sama saja, tidak ada bedanya. Sama sama lemah, 'KORO', 'BACHUL', mungkin Dato ada perkataan lain yang lebih sesuai.

Umno/BN mesti ada Pemimpin yang benar benar 'charismatic', yang ada hanya 'biasa aje' dan tidak bolih kita banggakan. Kita MESTI ada Pemimpin seperti Dr M, mungkin lebih baik, lagi bagus. Kini yang tinggal hanya yang 'lemah' dan 'kechut'saja.

Apakah UMNO/BN tidak tahu strategi untuk berhadapan dgn PR? Apakah calun PR/PKR bagus? Apakah agenda PR?

PR hanya letak calun yang penting diri, tengoklah calun PKR yang lepas? Apakah DIA fikir akan Pengundi dan penyokongnya? Jika DIA fikir akan MEREKA maka kenapa DIA pentingkan DIRI dan letak jawatan?
Percayalah, kebanyakan calun dan ADUN PR/PKR hanya pentingkan diri. Tapi pengundi pengundi di kawasan tersebut buta hati, mata hanya celik nampak $$$$$ dan janji kosong.

Tengoklah janji Ketua PR. sampai sekarang pun masih berangan angan nak jadi PM.
Najib pula jadi 'bachul'? atau mungkin ada agenda lain?

Saya amat yakin jika UMNO/BN tidak ada Pemimpin yang benar benar tahu memimpin dan punyai daya fikir yang 'baik' maka saya nampak di PRU 13 akan berkubur, jika tidak amat TENAT,keadaannya.Pemimpin Pemimpin Umno/BN hanya pandai cari strategi untuk $$$$$$ saja.Itu pun bukan untuk Rakyat tapi buat pakai sendiri....Nampaknya begitulah...

UTON said...

Dato,

Mana sudah 1 Malaysia, People First, Performance Now? Ini menunjukkan Leaders First, People Second, Performance Then.

paparazzi said...

Tak tanding Penanti elak pembaziran cuma alasan lawak aje. Selama ini berapa banyak sudah wang rakyat dihabiskan untuk menanggung perbelanjaan dan keraian pemimpin. Bila menteri melawat sesuatu tempat, agensi kerajaan dikerah membuat persiapan dan menanggung segala kos. Bila PM ke luar negara berapa ramai pegawai, petugas atau menteri pengiring ikut serta, berapa banyak kos ? Kalau ramai yang bawa anak bini tentu berganda lagi kos nya.

al-Balingi said...

Salam Dato' AKJ,

BN melepaskan peluang keemasan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

Kalau saya pemimpin UMNO/BN Penanti khususnya, pasti merasa kecewa yang amat sangat.

Segala keampuhan senjata 3M (Money,Media,Machinery) telah dipersiakan.

Anonymous said...

Salam Datuk,

kesian si badang, nak beradu tenaga tak ada orang mahu melayan...

zulkifli

Ustad Tajol Grik. said...

Dato KJ.


Anwar berkata keputusan BN tidak bertanding di Penenti,bermaana tamat lah riwayat BN.Satu kenyataan yang positive.

Sekarang kita tahu kenapa BN tidak berani membubarkan DUN Perak.

Limanov said...

Dato.
Nampaknya semangat berjuang sehingga ke titisan darah terakhir tiada pada pemimpin UMNO.

Quantum Metal Consultant said...

Bila lelaki koro - yang menderita adalah isteri.

Kalau inilah caranya, elok ahli UMNO sendiri musnahkan partinya sebelum musuh membenam.

Mungkin Mat Kilau dan Dato' Bahaman juga bukan berasal dari Pahang.

dokmat said...

Salam Datok,
Saya berpendapat BN akan bereksperimen dengan calon bebas. Sedikit juta wang mungkin dilaburkan utk menyekat PKR. Jika kalah sekali pun, BN takkan dapat nama buruk ( cuma dichop pengecut kerana tak bertanding shj). Tapi jika berjaya, pastinya memberi kepuasan bila PKR dapat ditumbangkan.

Anonymous said...

Yes and no.

Yes, because Anwar is trying all the tricks in the book to climb the throne.

No, because the cowardice issue will be used as a battle cry for PKR.

It's a two edged sword, of course engineered by Brother Anwar.

A GOOD MAN DOES NOTHING.

pakbelalang said...

I suspect BN wants to use Penanti as a case study to chart a new direction for BN.

I am very sure the BN Supreme Council must have analysed every angle of the whole scenario and the feedback they were getting on the ground before making the final decision. Surely there are pros and cons.

The decision has been made and lets see the outcome whether it is a bad or good decision. That's politics.

Jika salah buat perkiraan bermakna terpaksalah BN terima padahnya. No two way about it.

Saya lihat perkembangan politik masa kini sungguh merungsingkan. Bilakah kita akan mengalami suasana tenteram supaya kita dapat teruskan perjalanan hidup harian kita dengan selesa untuk mencari rezeki yang halal dan menikmati segala peluang yang ada dinegara kita untuk kesejahteraan hidup keluarga kita.

Che Gu mansor.Penanti said...

Dato.

Satu keputusan yang amat mendukacitakan bagi UMNO Ptg Pauh,orang melayu dan UMNO Peneng.

Ia nya mempunyai kesan psysakology yang amat berat.

Inibukan UMNO yang saya kenali dan bukan jenis pemimpin UMNO yang saya biasa dampingi.

Sebak betul hati naluri saya akan nasib bangsa Melayu kita hari ini.

Hari ini nsaya membaca kenyataan Dr Wee,Timbalan Menteri Pelajaran dan menteri MCA yang mempersoalkan kenapa pelajar yang dapat 6A di beri biasiswa kejeruteraan dan Pelajar Cina yang mendapat 14 A tidak dapat biasiswa.

Kenyataan ini di sambut oleh Lim Kit Siang dan pemimpin DAP dan mereka mahu kabinet memberi sebeb kenapa terjadi bagini.

Tak payah Kabinet.Yang dapat 6A itu budak Melayu.dan Biasiswa merupakan hak istimiwa orang Melayu.Tak payah nak di bahaskan.

Tuntutan yang di buat oleh DAP pada hari ini sama dengan tuntutan mereka pada tahun 1969.Pada waktu itu mereka mempersdoalkan kenapa dalam Polis ,Askar dan Pegawai Kerajaan amat kurang orang Cina di ambil.

Jadi pesan Raja Perlis amat relevant sekali.Kenepa social kontrek hendak di persoalkan dan di robah.

Bila melayu lemah,bila pemimpin Lemah,ini lah jadinya.

Hati kechil saya hari ini memeng luka.Ayer mata saya melinang tampa saya sedari.

Anonymous said...

dato'

saya lebih suka kalu tak ada pilihan raya langsung. Bagi PKR menang tak bertanding.

yang saya sebagi orang lama Penanti takut, ada calon bebas.

Katakanlah ada calon bebas. Apa Umno nak kata kalu PKR dapat undi lagi banyak dari PRU 12?

Ini artinya orang yang 5,127 yang dulu undi BN dah ada yang undi PKR pasai benci Umno yang penakut.

Ini Najib tak fikir kot.

Memanglah kerja Anwar. Bila ada pilihan raya dia guna kesempatan tu untuk cerca Najib.

Kalau Najib takut kena cerca, kena fitnah, tak boleh jadi presiden Umno dan PMlah.

Dr Mahathir yang kuat tu pun macam-macam Anwar, Hadi dan Kit Siang fitnah.

Jadi tak bertanding ni nak jimat duit dan tak mau ikut rentak pembangkang atau takut kena fitnah?

Hj Kubang Semang

R@duan said...

Kpd. Che Gu Mansor Penanti:
Kasihan saya membaca komen Che Gu. Orang-orang setia dan layak digelar pejuang Melayu kini sudah amat berkurangan. Yang tinggal adalah pemimpin muda yang ta' pernah merasai kesusahan hidop. Sebab itu kecintaan sejati kepada nusa bangsa tidak ada. Yang ada cuma kepura-puraan.

johan said...

Datuk,
you r a real old timer n observer.you can tell n no one can
fool you..u d best!

Anonymous said...

Dato'

Semasa presidential nomination di AS tahun lepas, ramai tokoh-tokoh besar parti Demokrat telah menyeru dengan lantangnya supaya Hillary Clinton menarik diri dari bertanding kerana sudah jelas beliau akan kecundang kepada Obama. Tetapi Hillary meneruskan juga untuk bertanding kerana beliau yakin dan percaya dengan agenda yang dibawanya dan demi menghormati penyokong-penyokong beliau. Beliau tetap kalah untuk dicalonkan sebagai wakil presiden parti Demokrat tetapi beliau menjadi wanita yang lebih dihormati lagi kerana kekuatan semangat dan for remaining true to her course.

Dalam kes Penanti, jika BN kalah pun, masih banyak yang boleh dipelajari dari kekalahan itu. Penanti sepatutnya menjadi suatu lagi training ground bagi BN untuk menguji keberkesanan strategi-strategi bertanding gaya baru yang telah dicetuskan hasil dari kekalahan-kekalahan yang lepas. Atau para-para pemikir BN masih tidak ada strategi-strategi baru untuk dilancarkan sehingga kini?

"When the going gets tough, the tough gets going".

Melati

Unknown said...

Dato'

PakBelalang Says;

"I suspect BN wants to use Penanti as a case study to chart a new direction for BN."

Nampaknya Bukan sahaja Carta Economi Menurun.... "New Direction" Carta BN Juga Ikut Sama...

Biasanya kalau ekonomi menurun kita lawan habis habisan supaya ekonomi naik balik, Supaya Carta melonjak naik balik....Kita tak lari ketakutan
Dalam hal diPenanti, nampak nya BN tak hendak meransang populariti parti...Sebaliknya sudah "give up"...
Kalau ini contohnya pemerintah meransang masaalah macam mana nak lawan kemorosotan ekonomi??

Spana Hidup said...

Dato' AKJ,

Our new PM was handed a golden chariot to ride on from day one of his poitical life. It has been smooth sailing all the way. His substance has never been tested. Now, come this Penanti issue and all these other social contract issues raised by the Chinese and Indians. His substance has been forced to the fore and at long last we now know what he is really made of.In my book he failed TEST 101 miserably. Abdicate now before it's too late.

Malaymind said...

Dato' & readers,

Selepas meneliti pros and cons, saya menyokong sepenuhnya keputusan DSN.

Tidak bertanding adalah salah satu keputusan strategik BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Apa yang pasti, penyokong tegar PR akan tetap melabelkan BN walau apa jua keputusan DSN, dan respond penyokong tegar BN pula akan bercampur-campur mengikut faktor IQ dan EQ.

Banyak bezanya parti yang buat kerja dan parti yang hanya tahu berpolitik.

Oleh itu, keputusan BN untuk menjauhkan diri dari kelompok yang hanya tahu berpolitik ini adalah satu keputusan yang tepat.

aLaMFaNa said...

Maaf Datuk, ganggu lagi...

Cayalah IjauKunin'...tercapai maksud satu persatu..Yang aircond tu sebenarnya puncak segala kemudahan yang di bekalkan..thanx kerana melengkapkan niat dan hasrat kita bersama.

Apa sebenarnya yang berlaku segalanya bermulanya di sekolah rendah.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

dsn memang realistik tidak lagi sanggup menghadapi kekalahan demi kekalahan, bubarkan sahaja umno negeri!! cuma malang sedikit kepada pengundi penanti kerana tiada lagi bantuan mee segera KERAjaan bn

kepada rakyat berak, ini petanda jelas tiada pembubaran dun, bn akan mengelak untuk menhadapi kuasa rakyat

tahniah dsai, malukan lagi bn@dsn!!

p/s : tuan sawit tlg komen sikit pasai isu petrol 95 ke 97, trick utk naik harga kot?

HAMBA ALLAH

pakbelalang said...

REMBAU: Two opposition state assemblymen in Negri Sembilan are said to have given out signals that they want to give up their positions.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said information received by the state Barisan Nasional showed that the two assemblymen were "tired" of their duties.

comment:

Why bother to make such statement. Just leave them alone. Nothing significant all. Why give them cheap publicity.

Mat Hassan should just focus in the running of the state administration well and care for the needs of the rakyat. Enough of making political statement.

The less you talk about politics the better. Being a former corporate man he should have spent his time thinking how to deliver "good products and services" to the rakyat. Don't tell me he has forgoten the basic principles of business management.He should take advantage of his corporate practical experience and try to adapt it. Tapi jangan jadi macam Khalid Ibrahim. Dia tahu theory sahaja tapi tak tahu bagaimana nak bezakan antara mentadbir syarikat dengan realiti mentadbir negeri.

samagreen said...

Salam DAKJ dan rakan2,

1) DSAIlah orang yg paling kecewa sekali, bila BN tak melayan percaturannya di Penanti!! Paling kecewa kerana terlepeh peluang nak ganyang BN di kubu sendiri.

2) Kalah menang dlm setiap permainan catur, tu adat. Sebaliknya tak mampu (lagi) membaca maksud sebelum terperangkap dlm percaturan bukan lagi adat, tapi cari penyakit namanya. Cari penyakit utk terus dihimpap tangga.

3) BN sekarang tak macam BN 40 tahun dulu. Kini banyak perkara perlu dibuat oleh BN utk memperbaiki diri yg selama ni rasa begitu complacent memegang kuasa. Masa berubah, strategi pun kena diubah.

4) Ramei orang tahu DSAI adalah seorang pemimpin yg berkarisma dan begitu bijak dlm permainan catur. Tapi tak semua yg mengaku beliau adalah penyumbang utama dlm ‘punca’ kemelut politik Perak.

5) Bagi orang Penang, khususnya bagi pengundi di Penanti, ambil le iktibar dari apa yg sedang berlaku di Perak.


p/s Sila baca temubual Sdr Hanafiah Man dgn YB ADUN Behrang dlm http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya berpandangan ini lebih kepada taktik...pertempuran akan sentiasa ada dengan musuh politik di Malaysia. Cuma bezanya kecil atau besar saja. Ramai tertunggu-tunggu...JIKA, Zambry menang kes di mahkamah rayuan khamis ni, adakah BN akan bubarkan DUN Perak? Untuk tunjukkan BN sebenarnya berani! Kalau BN berani bubarkan DUN Perak untuk pilihanraya kecil tiada siapa yang betul bila mengatakan UMNO/BN pengecut dato' !!.Di Penanti ni telah banyak kali di terangkan bahawa ia hanya mainan pembangkang, jadi BN tak perlu melayannya. Cuma di Perak jadi penentuan adakah jiwa WIRA ada dalam diri DSN ( 2 x dilantik menjadi menteri pertahanan!!). Demi rakyat Perak, demi maruah bangsa MELAYU....dan demi MARUAH UMNO!! Tak gentar untuk UMNO/BN menghadapi PR di Perak. Imej parti akan naik dato' kerana kita BERANI dan kita BENAR.Sama-sama lah kita lihat dan harapnya begitu dato'.Terima kasih.

Malik

Orang Melayu said...

Selamat Tghri,

Utk Che Gu Mansor:
zaman UMNO yang chegu puja tu telah MATI.
Kembali la kepada jalan yang benar dan tak payah lah nak nagis-nagis buat malu org muda jer..

Kalau dihitung dan diconggak, hanya 15% jer UMNO lama berjaya kepada berbakti terhadap bangsa MELAYU but itu UMNO zaman chegu mansor lah.

Zaman 80's lagi la hancur UMNO lakukan terhadap MELAYU..

SOALAN
======
Kalau BENAR umno ni nak tolong melayu, kenapa rakyat or bangsa yang PALING mundur/miskin di negara malaysia ini adalah MELAYU??

Dan MELAYU yang paling kaya dan berharta dan berpangkat datangnya dari ahli-ahli politik dan ahli perniagaan yang berpaksi UMNO sahaja.

KENAPA yer? mengapa terdapat JURANG YG LUAS tentang perkara ini terhadap rakyat marhaen MELAYU?

Bolehjadi rakan-rakan UMNO di dalam forum ini atau harap Chegu or saudara AKJ dapat membuat sedikit ulasan.

Pendapat Murahan Saya
=====================
Ahli UMNO moden sekarang ni tidak mengamalkan ISLAM yang sebenarnya dalam berpolitik.
Oleh itu RASUAH,MAKSIAT serta PERKARA HARAM semua telah DIHALALKAN.

Kalau setakat "MEMEKAK" di dalam media elektronik kawalan UMNO tu hanyalah manis dibibir sahaja bukannya BENAR pun.

NAK tolong melayu konon!!!.. iskk
Kalau bab MELAGA-LAGA kan rakyat memang la UMNO ni tersangat PANDAI

Terima kasih
b/p: Melayu Muda bkn Ahli Parti

fital said...

Adat bertanding mesti ada lawannya. Tapi lawan PKR siapa lagi kalau tak BN. Namun BN telah memutuskan tiadak akan bertanding di Penanti.

BN sepatutnya bertanding demi moral. tidak bertanding bererti siang-siang telah mengaku kalah.

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Sah! Virus KORO masih ada dalam badan pemimpin2 UMNO & BN... tak ada respect pada demokrasi & pengundi2 UMNO & BN di kawasan itu... satu petanda pemimpin UMNO & BN TAK FAHAM bahawa HAK memilieh/mengundi adalah HAK RAKYAT, hatta BUKAN HAK PM! Ini kena pegi mengaji balik? Satu keputusan DANGKAL!

pakbelalang said...

The Malays have no other choice. If really they want UMNO to survive they have to rally support behind Najib and his new team. Either you are with Najib or you don't.

The next altenative is to support the oppposition, whatever party of your choice. Maybe they can really make the Malays cemerlang, gemilang and terbilang !! The Malays can achieve better living standard and do not have to rely much on NEP. Everybody will enjoy the same opportunity if they prove themselves to be good and hardworking. Their ONE MALAYSIA is MALAYSIAN MALAYSIA without of course the NEP, ketuanan Melayu or Malay Special Rights. The Malays got to really survive on meritocracy. Take the challenge and see what will be the results if the Malays are fed up with UMNO. Dump UMNO for good!!

Tak payahlah nak hentam UMNO lagi. Cukuplah tu. They are not deaf,blind and dumb !!

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan keputusan Najib.

Banyak pendapat telah diberikan. Samada setuju atau tidak yang empunya keputusan mestilah (diharapkan begitu) dah berfikir dengan mendalam.

Diharapkan keputusan telah dibuat setelah memikir dengan mengambilkira semua fakta yang ada.

"Decisions must be made with an informed mind based on available facts. One may not know all the facts but nonetheless a decision must be made, whatever the decision maybe."

Betul atau tidak keputusan Najib, hanya masa yang akan menentukan.

Adakah kita akan menyaksikan "flip-flop" dalam era Najib setelah "mendengar" dan "membaca" komen-komen diblog-blog?

Kita tunggu dan lihat...

Sekian.

p/s:
Sdr. OKJ, thanks for the explanation. I apologized and you, likewise, apologized. Nonetheless at least I have learned some new things. Much appreciated. Thank you once again.

Anonymous said...

Ybhg Dato - just my frustration and resentment towards UMNO for not having enough BXLLS to carry on fighting for the MALAYS in PENANTI.

The decision for me does not only reflect on the quality of the present leadership but also the future leadership of UMNO. The decision "NOT TO CONTEST" for me is a dangerous precedent. It is a precedent that should not have not been set, which will be used by the "possible" future leaders not to contest in other by-election.

WHY a dangerous precedent, it will be used in the future by other component party within BN not to enter into a by-election where the component party may feel that they would also LOSE. Where would UMNO be in such a position, where a component party renegade to contest in a particular seat. Would UMNO then say that the decision by the component party is wrong?

THE DECISION NOT TO CONTEST for me reflect on the quality and credibility of the next generation of UMNO leader, all of them it would seem have NO BALLS. They are all safe players, thinking that their reputation would be tarnished if they were to LOSE the PENANTI by-election. They should emulate the struggle of the UMNO leaders from the past, look at the former TUN GHAFFAR, although an elderly politician even in his twilight years, his was a struggle for the PARTY and the MALAYS.

The future looks dim for UMNO, with such a line up of second echelons so called leaders that have not risen up to the challenge, put forth by a weakling call ANWAR who had survived just on the sympathy votes of MALAYS and to a party PKR that has yet to show some contribution to the MALAYS.

I am afraid the current line up UMNO Vice Presidents, are a bunch of useless leaders, that cannot see themselves going against the grain, pussy footing, and seemingly holding on to the new President BALLS, just to be in the good books of the new leadership.

I dont see a future for the MALAYS if they were to be the next set of leaders in the near future, that are suppossedly struggling and fighting for the PARTY and the MALAYS.

IT is for me a future "WATERLOO" for UMNO, a STRONG PARTY, seemingly defeated before even before setting foot in the knee high pool of puddle called PENANTI.

I regret the state of the FIGHTING SPIRIT of the all the members of the newly elected and appointed members of UMNO CENTRAL COMMITTEE. Where are the voices of the so called visionary fighters of the WANITA, PEMUDA and PUTERI UMNO, are they all drowning in the puddle called PENANTI? I dont have much expectation from the new WANITA head as her reputation of holding on to the boss's BALLS have always been there from the past administration. But what of PEMUDA and PUTERI - are they having a fun day at the expense of the MALAYS and the PARTY again?

THEY CARRY WITH THEM the symbolism of a defeted, weak, backboneless sets of leaders. DEFEATED even before they go into BATTLE.

The same goes for the UMNO leadership in PENANG, they show themselves as what they have been for years, a defeted set of people. A sad day for the PENANG MALAYS who will soon be joining their brothers and cousin in the PAP controlled state in the neighbouring land down south.


I will forget this day, as an expensive learning curve for a boneless set of leaders.

Have a good DATO, of a day not worth remembering for UMNO and BN

OrangBaruLahir

Man Memali said...

Wahai semua,

COBA KAMU SINGKAP KEMBALI SEJARAH.
APA YANG UMNO TAK KATA KAPADA PAS BILA PAS TAK MAU BERTANDING DAHULU?

MACAM-MACAM ADA !

1. PAS TAHU DIA TELAH HILANG
SOKONGAN;
2. PAS PENAKUT!
3. PAS TIADA ISU!
4. PAS TIDAK RELEVAN!

SEKARANG, APA DAH JADI?
MENGATA DULANG PAKU SERPIH
MENGATA ORANG AKU YANG LEBIH.

SEKARANG GILIRAN PAS MEMULANGKAN PAKU BUAH KERAS.

DI BATANG AI PKR TAHU DIA TAK BOLEH MENANG, TAPI LAWAN JUGA.
ANAK JANTAN LA, KATAKAN.

dan kajang said...

As'kum Dato,

1. I think the reason why you don't want to state your stand now on this issue is simply because you will want to make a general review on DS Najid's, including this political decision for BN withdrawal in the Penanti by election, after the sixth month of his leadership as PM. But deep inside I smell you don't quite agree with this decision.

2. As far me, I definately disagree on the BN's withrawal in the by election. DS Najib may have every right to give what ever reasons for not participating in that by election. However it's the rakyat, particularly the Penanti voters who may or may not agree with the reasons given.

3. BN can accuse PKR using the by election as the stretegy to undermine BN. They can accuse PKR to be unethical. BN can also use the excuss that they are more concern of the rakyat welfare then running for that by election. But what is important is that the PKR don't break the law when seeking for the by election. May be there will be more by elections after this. The law permits that.

4. Being a long standing parti, I think BN should contest in this by election no matter what. In fact if they really feel that PKR has misused the parlimentary democracy for their ouw purpose, then BN should use this by election's platform and go all out to whip out the PKR using that issue. Explain to the rakyat on the PKR's dirty techtics using the rakyat for their political gain. I am sure if the issue is well explained, the rakyat will be with BN. Use the reversed psychology. With God's will BN will win.

5. Now that BN have withdrawn, there is nothing much to expect. We can only see then the PKR and few "Bebas" flags and banners on the by election campaigns. As for BN, only the WHITE flags. I can scent there will be a silent protest by the BN/Umno supporters by switching their support to the opposition during this by election and hopefully they will return to support BN in the next election. Let us also hope that BN will not use this as a precedent for not contesting in another next by elections,if any more to come.

6. Rakyat and BN/Umno suppoters will use these as BN's KPI and they will make their stand in the next PRU 13.

Paksooyon said...

Dato',

I observe with great interest the various comments posted to date.

On the pro-Pakatan, many chose to label Najib as weak and coward.

On the contrary, the pro-BN posters (those posted comments...???) defended Najib though some expressed dissents.

Many went on to say that it is wise not to dance to Anwar's tune.

I beg to differ:

Najib has fallen into Anwar's trap.Now his own UMNO members (except the 'pembodek') are calling him coward.

Maybe its time for him to look around for better political advisers.

The beginning of his reign also marks the beginning of an ending of UMNO/BN.

So ait a WIN-WIN for Anwar and lose-lose for Najib.

Anonymous said...

Salam Dato.

Hari penamaan calon pada 23hb. BN mungkin akan sponsor calon bebas, lambang payung. Mungkin juga BN nak buat kejutan. Mesti ada di kalangan pemimpin tempatan yang kepingin nak jadi ADUN. Apa pun tunggu selepas pengistiharan calon calon yang diterima bertanding pada 23hb nanti, baru boleh kita kata BN pulau PRK Penanti atau pun sebaliknya.

nordinbk

tajdidmelayu said...

Saya pelik dgn orang melayu sekarang Dato'. Perkataan 'pulau' dan 'tidak bertanding' rasanya memberi 2 makna yang berbeza.

SPANA HIDUP said...

DATO' AKJ,
Apa sangatlah yang boleh kita harapkan kepada kepimpinan UMNO sekarang. Perut dah buncit dengan kesenangan yang diperolehi daripada hasil politik mereka. Perjuangan untuk bangsa dan ugama "is an unnecessary inconvenience". Kepada mereka, setiap apa yang dilakukan mesti ada imbuhannya. Mereka tidak pernah berjuang dan berkorban sepertimana pemimpin2 UMNO terdahulu.Apabila berhadapan dengan isu Penanti, Hindraf, hak orang2 Melayu dan lain2 mereka memilih jalan selamat ... duduk diam-diam dan jaga periok nasi sendiri.

Anonymous said...

Salam YBhg Datuk AK Jasin,
Pada pandangan saya UMNO/BN patut bertanding dikawasan ini kerana:

1.0 DS Najib mengatakan ia adalah permainan Pembangkang. Saya tidak nampak permainan yg dimaksudkan kerana DUN Penanti ditekan pada mulanya oleh SPRM kerana dikatakan rasuah. Beliau meletakan jawatan sebelum lagi keputusan SPRM diketahui akibat tekanan media, serangan UMNO dan tekanan dari DAP untuk membersihkan imej pentadbiran Penang. UMNO mungkin melihat undi simpati akan ke PKR jika bertanding. Saya yakin UMNO akan bertanding jika didapati bekas ADUN Penanti didapati bersalah. Jika ini salah satu faktur knp UMNO tidak bertanding, ia adalah asas yg salah kerana dgn bertanding ia masih dapat meraih undi menggunakan alasan SPRM adalah bebas dari tekanan kerajaan, menangkis tomahan Pembangkang, tak semestinya yg dituduh rasuah (khususnya ADUN UMNO) itu bersalah. BN/UMNO kehilangan flatform ini untuk menjelaskan dasar kerajaan
2.0 Adakah suara rakyat atau wakil rakyat Penanti diambil kira samada UMNO patut bertanding. Adakah UMNO mementingkan kepada parti atau kesan kepada rakyat semasa membuat keputusan. Adakah alasan penjimatan pembaziran kewangan boleh diterima. Saya yakin tiada rakyat akan mengatakan UMNO membazirkan wang jika bertanding di Penanti, ini tidak benar sama sekali kerana pertandingan ini adalah sah.
3.0 UMNO kehilangan platform untuk membuat post mortem pilihanraya untuk mengaanalisa & melihat tren pengundian khususnya tren pengundi UMNO terdahulu dan peluang mencuba formula baru.
4.0 Jika ini adalah kawasan bukan kerusi UMNO, apakah parti tersebut juga akan menarik diri. Saya yakin (MCA/MIC/?/?/) sudah tentu tidak menarik diri , mereka akan meneruskanya juga. Kenapa, kalah menang adat pertandingan, tetapi pelajaran yg diperolehi adalah bernilai hasil dari sesuatu pertandingan.
5.0 Bagaimanakah reaksi UMNO nanti jika perkara hampir sama berlaku dikawasan yang majoriti BN/UMNO atau contohnya di Perak. Sudah tentulah bertanding. Penilaian ini nanti akan menampakan BN/UMNO lebih mendahulukan parti daripada mendahulukan rakyat.

TQ
Hr Hardy

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).