Friday, July 17, 2009

Proton: Minda Kelas Dunia lwn Minda HP6

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM tampalan (posting) kali ini mari kita cuba jangan sentuh politik. Ini tentulah susah sebab di negara kita, politik adalah darah daging. Suka tak suka kita kena cakap.

Ada sebuah ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyimpulkan keadaan ini berbunyi, “can’t live with can’t live without.” Dalam bahasa Melayu lebih kurang “ada susah tak ada tak boleh.”

Namun, apa pun kita kata mengenai negara kita dan politiknya, kita sebenarnya berjaya dan masih bernasib baik.

Saya kata “masih” kerana kalau kita tidak berjaga-jaga, masanya akan tiba apabila kita tidak lagi bernasib baik. Masih membawa pengertian sementara.

Kita semua tahu kita kini dalam suasana ekonomi yang genting. Pendapatan kita merosot, kerja semakin kurang, pengangguran meningkat dan harga barang semakin naik.

Tapi orang asing terus berduyun-duyun datang – haram dan halal, dengan kapal terbang, kapal laut, perahu dayung dan berjalan kaki.


Proton Satria Neo 2000 beraksi

Proton Semarakkan Nama Malaysia

Dalam tampalan kali ini saya nak cakap mengenai prestasi amat memberangsangkan kereta Proton Satria Neo buatan anak negeri kita -- anak petani dan nelayan – dalam perlumbaan Intercontinental Rally Challange (IRC) di Rusia 9 hingga 11 Julai baru lalu.

Dalam perlumbaan siri Rusia berhampiran bandar raya Saint Petersberg itu, 15 pasukan mengemukakan kereta seperti Puegeot 206, 207 dan 306, Fiat Grande Punto, Skoda Fabia, Mitsubishi Evolution 7 dan 9, Honda Civic Super Type-R dan Volkswagen Polo Gti.

Proton Satria Neo yang dipandu oleh Guy Wilks dengan Phil Pugh sebagai penunjuk arah (navigator) mendapat tempat keempat selepas pasukan Skoda dan Fiat.

Sebagai pasukan yang baru menyertai dua perlumbaan IRC dengan memandu kereta buatan sebuah negara membangun serta berjaya mengalahkan jenama masyhur seperti Evo 9 (yang menjadi pilihan pemandu laju Malaysia), Honda dan Volkswagen, prestasi Proton Satria Neo Super 2000 amat memberangsangkan.


Orang Asing Puji Proton

Wilks sendiri amat berpuas hati dengan prestasi kereta yang dipandunya. Baca laporan berikut daripada laman web ircsereies.com:

“Wilks: Proton will get quicker

“Proton driver Guy Wilks believes that his Proton Satria S2000 can only get quicker, following his fourth place on last week’s Rally Russia: round six of the IRC.

“The double British champion suffered two punctures which kept him out of a possible third place. While he was pleased with the result, Wilks added that more was needed to get to the front of the field.

“It was great to be setting times quicker than the Abarths,” he said. “I’m pleased about that, particularly given the depth of development those cars have been through. But we still have a bit to find before we’re fighting the Skodas. The good thing is that we can find this time in the car, we’re not sat scratching our heads wondering how to make it faster. All we need is some time testing and we can be right up there.”

Minda HP6 Perlekeh Proton

Saya tidak tahulah orang lain, tetapi sebagai budak kampung yang membesar dengan mengenali jenama seperti Austin A40, Morris Minor, Volkswagen, Hillman, Ford, Opel dan Boughward saya sangat gembira dan terharu melihat dari TV Eurosport kejayaan kereta buatan anak bangsa sendiri.

Tataplah masukan (entry) berikut dalam lama web IRC/EuroSport mengenai kereta nasional kita yang begitu kerap dicaci dan diperlekeh oleh rakyat dan pembesar Malaysia yang berotak HPS (half-past six).

“Since producing its first car in 1985 Proton has risen through the ranks of automotive manufacturing and has now exported cars to the UK, Western Europe, The Middle East, China, South East Asia, and Australasia. The company also has a strong tradition of motorsport, having won the Production Car World Rally Championship title in 2002 with the Proton PERT. Proton has been the owner of Group Lotus since 1997: an iconic name from the past in motor racing, and the Malaysian manufacturer now enters the IRC with the acclaimed Satria S2000 car.”

Wilks kini menduduki tempat ke-15 daripada 34 pemandu yang disenaraikan dan Proton menduduki tempat kelima dalam senarai pengeluar.

Perhatikan fakta berikut. Malaysia, negara membangun mula mengeluarkan Proton pada tahun 1985. Puegeot mula mengeluarkan kenderaan bermotor pada tahun 1889, Fiat 1899, Skoda 1905, Mitsubishi 1917, Volkswagen 1933 dan Honda 1969.

Tahniah kepada Wilks dan Pugh. Tahniah kepada pasukan Proton Rally. Tahniah kepada anak bangsa yang mereka dan mengeluarkan Proton Satria Neo. Paling utama, tahniah kepada bapa Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hanya jauhari mengenal manikam.

Kalau nak tahu apa yang tersirat di sebalik ungkapan half-past six, sila tengok jam yang berjarum dan lihat di mana letaknya jarum panjang pada jam enam setengah.

64 comments:

Unknown said...

Pembetulan sikit Dato' AKJ
Bukan International Rally Challange, Intercontinental Rally Challenge.. Tumpang bangga sebab saya guna kereta tu. Bagus juga kalau tak sembang pasal politik sangat.. Jemu..

Anwar Hafdzan
Pemilik Satria Neo

jab sp said...

Dato,
Mungkinkah saya juga tergolong dalam kumpulan half-past six jika saya katakan bahawa Proton yang diekport tidak sama kualitinya yang digunakan olih rakyat tempatan termasuk saya.
Bulan lepas(June)saya berkesempatan melihat beberapa buah Gen2 meredah lebuhraya Jordan-Syria.Ditapak komplek kastam Jordan ketika berurusan melintas sempadan saya dapat melhat dan menilai secara lebih dekat lagi perbezaan antara proton eksport dengan kegunaan tempatan.Ternyata ia ada perbezaan dari kualiti pembuatannya.Namun begitu saya dan kawan sedikit bangga juga bila dapat memberitahu bahawa kereta yang dipandu olih seorang "Arab" ini datangnya dari Malaysia.

Mullah TTDI said...

Salam Datuk KJ

Saya sebagai anak Melayu memang berasa bangga terhadap pencapaian Proton dalam perlumbaan IRC. Setinggi-tinggi tahniah kepada para pemandu Proton dan penyokong (terutama sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir). Akan tetapi, saya sebagai bekas pekerja kilang sub-kontraktor kepada Proton dan Perodua, berpendapat bahawa Proton boleh maju lagi dengan mengurangkan lagi vendor-vendor mereka yang men'cekik' duit Proton, meningkatkan lagi kualiti produk plastik Proton serta meningkatkan lagi kualiti selepas penjualan (after service) mereka. Bagaimana komen Datuk KJ???

yopman said...

Salam sejahtera,
Terima kasih Datuk. Tulisan Datuk kali ini benar-benar memberi fahaman kepada saya apa maksud HPS.
Selama ini saya cuma tahu sebut tapi tak benar-benar faham maksud tersiratnya.
Bila Datuk sebut lihat jam berjarum pada waktu 6.30, fahamlah saya maksudnya. Itupun kalau tak silap pengertian le...
Kalau ikutkan kami di Perak, ianya mengisyaratkan maksud 'terlentuk' atau 'terkulai'.
Lembik dan tak berupaya lagi.
Kahhh... kahhh... kahhh....

A KADIR JASIN said...

Sdr Anwar Hafdzan,

Terima kasih. Saya sudah buat pembetulan.

Terima kasih

Quantum Metal Consultant said...

Saya difahamkan sebelum ini, satria gt sebelem satria neo digunakan sebagai 'sparring partner' dengan kereta2 formula1.

Tetapi seperti yang diperjelaskan rakan2 di sini bahawa kereta nasional untuk eksport berbeza kualiti dan specnya kerana perlu mematuhi garis panduan keselamatan setiap negera pembeli. Ia juga berlaku kepada semua pengekspot kereta di dunia ini.

Kesimpulannya di Malaysia, garis panduan keselamatan kereta kereta yang diimpot sangat rendah dan berisiko kepada kemalangan maut.

el-Barokhas said...

I think the unhappiness expressed by Malaysians in the earlier days of Proton has less to do with performance of the car. It had more to do with quality of parts and with the price we had to pay for it. And because the national car initiative had to be given 'protection', Malaysians had to pay more even for foreign vehicles than their actual price.

Menyimpang sedikit dari tajuk, saya perhatikan nama-nama benda yang mempunyai nombor, seperti Puegeot 206, Mitsubishi Evolution 7dan sebagainya dalam TV, radio dan percakapan seharian di Malaysia disebutkan nombornya dalam bahasa Inggeris walaupun rancangan-rancangan tersebut adalah dalam BM. Malahan TV3 disebut TV Three walaupun Puegeot itu Peranchis dan Mitsubishi itu Jepun dan TV3 Malaysia.

Kalau nak sebut sangat nama dalam bahasa asal masing-masing buatlah betul-betul, kalau mampu. Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain selain Inggeris tak ada nomborkah?

Dan bagaimanakah 1Malaysia itu perlu disebut ya? Saya tanya soalan ini kerana nama slogan itu ada nombor.

abu said...

Mutu? Bukan Jauhari ka mengenal manikam?

Mutu cuma kenal maniam tapi tak kenal manikam.

buyong said...

Antara sebab utama rakyat semakin menjauhkan diri dari kerajaan ialah kurangnya patriotisme dikalangan pembesar negara.

Masa zaman Tun Mhathir dulu, kita rasa meluap2 bangga dan cintakan negara akibat dari projek proton, klcc, KLIA, foreign policy dsb.

Masa Dollah, penakut bukan main. Kena sergah dgn singapore habis kecut. Tokoh negara diperlekehkan.
Asyik kalah memanjang. Malu nak mengaku rakyat malaysia.

Unknown said...

Dato'

BAHASA JIWA BANGSA

Kenyataan itu bukan hanya berkitar tentang lingua franca; ianya menjangkau tentang pemikiran dan jati diri bangsa itu sendiri, samada ianya 'berbahasa' atau tidak

Namun begitu, amat malang ramai daripada kita (atau mungkin hanya sedikit tetapi bising) merasakan lebih berjaya imej dan lagaknya jika 'mengkritik-tanpa-membina' hasil usaha bangsa kita sendiri

Bila agaknya mereka ini akan merdeka?

fendy_ahmad said...

Salam Tok dan rakan-rakan,

Saya generasi kelahiran 1980an memang dibesarkan dengan terma-terma perangsang minda seperti MALAYSIA BOLEH !, PROTON dan WAWASAN 2020.

Bangga dan sentiasa bersemangat !

Saya bangga kerana saya adalah pemakai PROTON dan saya bangga yang amat kerana saya dilahirkan, membesar dan bersekolah hingga ke universiti di satu zaman yang kita dipimpin oleh bukan anak orang berada dan bangsawan yang bernama MAHATHIR MOHAMAD !

ALLAH akan merahmatimu TUN MAHATHIR ! Doaku tetap ada buatmu :)

eddy said...

Kita patut berbangga dengan kejayaan Proton. Malaysia Boleh! As long as we all can focus our mind to meet the objective.

Anonymous said...

i think deep down inside your heart you know what crap Proton is producing, how much taxpayer's money it has wasted and how they dhort changed the public with their product the last 20 over years. Floor mats costing rm100, does it ring a bell Datuk?

Now, just ask you a few questions:
# Why do you think Proton lost overall marketshare to Perodua?
# How many cars do they actually export to all the countries mentioned above and how many have actually closed down?

Do you yourself drive a Proton and if you do is it because of it's safety features, it's quality, it's high tech engine or is it because you are forced to because of the price?

After 20 over years, no change lah!



FERRARI

mohamed said...

Dato,

It brougt tears to my eyes to hear that our proton is doing well in the IRC. I have been using proton since 1986. Now I work oversea with the car tax structure is the same for all made of cars. I am proud to say my wife and I are using proton cars, Satria GTI and Wira Aeroback. Perhaps when we repatriate in a couple of years we will try to bring home these protons.
I am not saying our protons are perfect. But then if we look for perfection then we are already making a decision.

mohamed

satria iswarasaga wajaperdana said...

Tok,

tak sesia lah saya pakai neo. memang mantap. cuma malas aje nak tunjuk kat jalanraya - tak kena tempat

sydput said...

Pelik betul proton ni. Pada pengetahuan saya, enjin satria IRC ini mempunyai 2000cc tetapi proton malaysia hanya membuat enjin sebesar 1600cc dan 1300cc.
kemungkinan mereka menggunakan enjin buatan jenama lain.
semasa pengurusan tengku mahaleel dahulu, petronas sebagai pemegang saham buat tawaran enjin 2000cc, V6 kepada proton, tetapi ditolak. Sekarang proton mahu gunakan enjin mitsubushi 2000cc untuk kereta saloon menggantikan waja.

Hang Jebat said...

Salam Datuk,

Tak sangka Datuk minat lumba kereta. Tahniah kepada Proton. Namun saya agak terkilan sedikit kerana pemandunya bukan orang Malaysia. Saya rasa Datuk tentu setuju kalau saya katakan bahawa belum tentu Proton akan mencapai kejayaan itu kalau pemandunya orang kita. Kereta yang baik digabungkan dengan pemandu yang hebat barulah mampu menempa kejayaan. Kita kena cari pemandu sendiri. Barulah 100% puas hati.

ab said...

Salam dato,

Proton kena buat injen lebih laju.

Tak kurang baik kereta ini dibandingkan dengan jenis kereta-kereta lain....dan spareparts tak mahal sangat.

TAPI VENDOR proton ni kena la elokan lagi plastik,getah,segala skrew dan lain-lain perkakas.


KALAU DOK BEKALKAN peralatan yang
`kokak' kata rakan sekolah saya, ELOK BOS PROTON HENTIKAN bekalan dari vendor-vendor tak pandai ini...

SAYA DARI DULU MEGAH dengan PROTON ini, orang dijakarta sebut,di london sebut, dubai sebut,mekah sebut,madinah sebut, bali sebut
dan dua kali orang di milan dan rom sebut juga and di luserrne.


YANG MEREKA SEBUT IALAH....maliesa? yes,ya,ya,ya..mahathir is very good muslim brother!!!. MANA TAK MEGAH JADI WARGANEGARA ni dato.

HP6 tu macam kompas kubur,hehe...


Abu Bakar Ab Rahman

Fauzi Baharum said...

kepada Japsp,

Ehm, tertarik dgn komen sedara, tapi sedara perasan tak kereta buatan Jepun atau Korea dan terutamanya China di Middle East kualitinya sama dgn kereta buatan Malaysia... malahan kadang2 lagi teruk... hahaha...

Saya bekerja di Doha n saya bangga dgn Buatan Malaysia walaupun kadang2 sendiri rasa malu... tapi org asing tak penah kutuk pun... so, kenapa ada persepsi negatif untuk negara sendiri...??? so, sy kena kikis la perasaan macam nie n bangga selalu...

Dan sy juga menggunakan Proton Waja di malaysia... dan kadang2 menggunakan Proton Waja disini, sama aja rasanya... hehehe... tetap selesa n memuaskan... dan dari pemerhatian saya secara kasar, sejak Proton dkritik teruk beberapa tahun lepas, proton telah banyak berubah dr segi kualiti...

Malaysia Boleh!!!

Anonymous said...

Datuk aa..,

Bukan sy nk kutuk keta proton sebaliknya protonlah yg membuatkn sy nak kutuk nya. Pasal spesifikasi utk eksport lebih tinggi dr tempatan. Apa org Malaysia ni bg pandu keta yg low klas je ke. Kawan sy bli Wira Turki spec sy Felda spec. Bnyk bezanya Datuk.


Mangkukrule

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
Kalau nak tahu apa yang tersirat di sebalik ungkapan half-past six, sila tengok jam yang berjarum dan lihat di mana letaknya jarum panjang pada jam enam setengah.
DATUK,
SEKURANGNYA ADA JUGA JARUM BESAR/PENDEK JAM NYA..TENTUKAN HP6
TAPI PEMIMPIN KINI DAH PAKAI JAM2 DIGITAL BERJENAMA..DILIHAT CANGGIH DAN TAK NAMPAK HP6 NYA..
SI SUDIN DULU2 LAGI DAH PAKAI JAM TAK BERJARUM..TAK ADA BAJET NAK PASANG YANG BARU...BUJANG LAPOK KATA KAN?

NAK CADANG PM 1 MALAYSIA BAGI BAJET KAT AFDLIN SHAUKI BIKIN FILEM 'PIMPINAN BUJANG LAPUK'...DAPAT JUGA ANAK CUCU KETAWA MENONTON NYA
..GARENTI 'EVERGREEN' SEPERTI TRILOGI 'BUJANG LAPOK' ARAHAN TAN SRI P. RAMLEE.

WALAU BAGAIMANA PUN, SYABAS PROTON
TERIMA KASIH AYAHANDA RAKYAT TUN
MALAYSIA BOLEH!

ALFATIHAH, AMIN.

Amien said...

Salam Datuk,

Pada pendapat saya, mewakili golongan muda yang sama pendapatnya, saya merasakan tiada celanya dengan Proton.

Cuma, Proton perlu lebih agresif dalam pengeluaran kereta berprestasi tinggi.

Sebagai contoh, di Malaysia, proton menjual Neo 1.6. Tetapi di dalam rally Neo 2.0. Begitu juga dengan Waja, andai dijual waja "homogolated" daripada Kejuaraan BTCC, pastinya habis seperti goreng pisang panas.

Proton dulu ada sayap R3. Yang mana sangatlah digemari golongan muda. Tapi kini dimana perginya R3 selepas Tengku Mahalel keluar? Di mana produknya? Jawapannya tiada.. habis begitu sahaja.

Jangan dimarahkan mereka yang membeli evo9. Kerana mereka mampu. Dan Mitsubishi tidak "menipu" mereka. Mitsubishi memberikan apa yang mereka berikan di litar kepada pembeli jalan raya. Mungkin dalam versi yang selamat dipandu dan disekat kelajuannya.

Tetapi Proton? jauh panggang dari api. Prestasi Neo amatlah lemau. Ape lagi? gunakanlah teknologi di litar itu untuk kereta neo malaysia. Bukankah tujuan asal pembangunan teknologi perlumbaan adalah untuk aplikasi di jalan raya? Jangan sampai bila terus menipu pengguna.

Proton perlu lebih ganas dalam memenangi hati. Lebih fokus. Jangan tamakkan semua segmen, tetapi hasilnya? semua melepas batuk di tangga.

Kita ada pegangan majoriti di Lotus. Kenapa tida gunakannya sehabis baik?

Saya adalah pengguna proton. Dan saya akan terus menyimpan model terbaik proton = Satria GTi saya sampai ke tua.

Sekadar pendapat... semoga Proton berubah

Malaysia said...

sewaktu tung mengilhamkan projek kereta nasional, tun pernah menyatakan apa yang penting disebalik projek tersebut ialah tekonologi enjin yang harus dikuasai oleh bangsa malaysia sekiranya ingin menjadi bangsa yang maju. Bangsa2 maju lain sudah berabad menguasai teknologi enjin dan kita baru beberapa langkah. Namun cukup kecewa apabila ada anak malaysia sendiri cuba memperlekeh idea tun dr mahathir ini dan mengaibkan ia dengan kerja pembaziran...adakah benar projek protong satu pembaziran? fikir-fikiran sendiri.

pemilik kereta nasional...

hanya

Anonymous said...

Datuk...

Saya pernah menggunakan Proton semasa bermastautin diluar negeri dan prestasi dan pembuatannya berbeza dengan yg saya guna semasa diMalaysia.

Kalau Proton didalam negeri buatannya sekemas dan setinggi quality control luar negeri saya tiada masalah memakainya tetapi bila dah terkena saya menjadi serik.

Nampaknya macam quality control dalam negeri dan luar negeri berbeza.

Zainab

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri pembahas dan pembaca yang dihormati,

1. Marilah kita sama-sama menggesa pengurusan Proton agar terus memperbaiki mutu kereta keluaran mereka;

2. Walaupun perbezaan spesifikasi antara kereta yang dijual di dalam negara dengan yang dieksport adalah perkara biasa bagi pengeluar kereta dunia, kita harap perbezaan ini tidak menyentuh atau menjejas mutu;

3. Salah satu sebab mengapa industri kereta Amerika merosot dan kini muflis adalah kerana ia terlalu bergantung kepada pasaran tempatan dan kurang membuat enovasi; dan

4. Proton telah berjaya menembusi banyak pasaran di luar negara. Ia wajib terus mempertingkatkan mutu keluarannya agar setanding dengan pengeluar lain sama ada untuk jualan luar negara atau bersaing di pasaran dalam negara.

Terima kasih.

pakbelalang said...

What is ‘half-past-six’?
YOUR QUESTIONS ANSWERED BY FADZILAH AMIN
LATELY there has been a lot of talk by politicans about our being a “half-past-six” nation. Where did that expression come from and what does it really mean? Is it only applicable in the Malaysian context or is it widely used in other countries as well? – Hamdan Ibrahim

“Half-past-six” as a compound adjective is Malaysian and Singaporean slang for “inferior” or “of poor quality”. It was much more in use in the ’50s and ’60s than it is now.

I looked up several dictionaries and only found the adjective in an online dictionary called Double-Tongued Word Wrester Dictionary which specialises in slang, jargon, etc. This dictionary defines the word as “bad; shoddy, slipshod”.

All the examples it cites come from Malaysia or Singapore. In fact, I have not heard or seen this expression used by people outside these two countries.

http://www.doubletongued.org/index.php/dictionary/half_past_six

As for its origin, I don't really know. My guess is that it came from the fact that when it is half-past six, both hands of the clock point downwards. A ‘thumbs down’ as it were.

Does any reader know how it really originated?

Extract from the Star paper "Mind Your English"

pakbelalang said...

Proton kalau nak berjaya diperinkat antarabangsa yang sangat "competitive", pengurusannya mesti cekap dalam " international marketing principles". Jika pengurusan Proton tidak ada "strong financial resource and management capacity" untuk menandingi syarikat gergasi dalam industri motor antarabangsa maka harapan Proton untuk mengembangkan produknya kepasaran antarabangsa hanya satu impian kosong sahaja.

Perkara asas dibawah mesti diambil kira:

1. Pricing must be competitive
2. Product quality must be of the highest quality.
3. Product range and variant must be wide enough to attract customers.
4. New product development ( R&D)
5. Substantial budget for promotion and advertising.
6. Distribution Worlwide Network
7. Strong customer service
8. Market Research
9. After sales service

All the above marketing elements must be efficiently administered.

saji said...

Dato'

Yang saya tahu, maksud tersirat istilah HP6 ialah, orang yang mindanya tak berapa betul atau matang, tapi tak sampai tahap gila.

Sementara maksud tersirat minda kelas dunia ialah, orang yang mindanya sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu dengan matlamat untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dari semasa ke semasa.

Jika dikaitkan dengan cerita tempelan Dato' mengenai prestsi membrangsangkan Proton Satria Neo di perlumbaan IRC berkenaan, pemandunya, Gay Wilks (rakyat British) dianggap mempunyai minda kelas dunia berdasarkan maksud di atas, sebaliknya pengeluar kereta Proton kita mempunyai minda HP6 berdasarkan maksud di atas.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya dah pakai kereta Proton Wira lebih 7 tahun. Tiada apa apa masalah. Alat ganti pun senang nak cari. Cuma bila dah tua ni, nak toleh ke belakang tu sakit sikitlah tengkok dan satu lagi tentang keselamatan kurang sikit. Tak tahulah model lain sebab saya tak ada pengalaman memandunya.
Untuk berdaya saing, proton kena berevolusi dan saya ada beberapa cadangan
1. sebut je jenama proton, mesti ada airbag, brek yg ada ABS system, control traction system. Jadi satu dunia tahu yg kereta proton tu selamat.
2. tambahkan accessory kereta seperti reverse camera, front camera, voice navigation, touch screen sebab kita ada ramai anak muda yg pandai dalam bidang IT ni. Gabungkan kepakaran mechnical, electrical dan electronic menjadi satu produk Malaysia. Malaysia boleh
3. Sistem keselamatan elak dari dicuri juga penting. Setiap kereta proton telah ditambah dengan sistem keselamatan macam immobiliser ke, GMS ke atau GPS ke. Jadi bila beli kereta baru rasa selamat. Kalau boleh ada hidden camera, lagi bagus.
4. Tayarnya mestilah dari kualiti yg lebih baik. Kita pengeluar terbesar susu getah dunia, takkan tak boleh keluarkan tayar macam michelline ke, yokohama ke. Sedap sikit bila dibawa. Bukannya yg lain tak bagus tapi untuk persaingan kenalah lebih bagus.
5. Enjin juga kena advance sikit. Semua kereta proton pakai V6 ke V8 punya enjin. Barulah ada kelas.
6. Satu lagi system audio kena sedap juga, kalau boleh letakkan home theater system dengan TV yg full HD sekali. Ada USB port ke, HDMI port ke dan boleh main blue ray sekali.
7. Touch screen tu kalau boleh masukkan system telepon macam kereta jepun. Lagi canggih.
8. Kawalan system air cond gunakan electronic yg touch screen juga dan ada 2 blower depan dan belakang. Barulah tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Lampu depan pula pakai intelligent light. So, masa selekoh masih nampak terang. Lampu jenis neon supaya lebih cantik dan lebih terang dan ada sensor sekali. Kalau kat luar masih terang lampu terpadam sendiri.
9. Sesiapa yg nakkan asssesory tambahan seperti front / sun roof ke moon roof ke dipersilakan. Setiap seat kereta semuanya macam seat driver. Boleh diubah ubah dan ada memory seat sekali.
10. Akhir kata, pelanggan adalah boss. So, setiap kereta proton boleh ditempah / dibeli mengikut kesesuaian dan budjet masing masing. Adakan kategori seperti low spec, medium spec dan juga high specification. Barulah orang puas hati dan tak banyak complaint.

Ini cuma cadangan kalau nak bersaing di peringkat dunia. Anak anak muda kita ramai yg bijak pandai. Yg penting adalah duduk sama berbincang, bukannya asyik nak bertekak dan cari kesalahan orang lain. Nak tak nak, kita kena bersaing untuk maju kehadapan. Orang Jepun datang Malaysia mesti nak naik kereta dia jugak dan begitu berbangga sekali. Kita bila lagi??? Sekian TQ.

Aman said...

Hi Dato

Untuk makluman Dato, di depan saya terdapat senaskah majalah kereta UK bertajuk WHAT CAR? edisi December 2008 (Terdapat laman web juga). Di dalamnya terdapat perbandingan di antara sebanyak lebih daripada 3000 (3 ribu) model kereta yang dijual di UK. Semua 8 model Proton yang dipasarkan di UK dikategorikan di antara 15 yang terburuk di UK (Termasuk Satria Neo).

Ya bukan 15% tetapi antara 15 YANG TERBURUK (Verdict:POOR). Mengapa begitu ? Mungkin Proton kena protes tentang hal ini.

Sekian

suka perhati said...

Salam Dato'AKJ
Saya amat meminati blog Dato',bahasa-bahasa yang Dato' gunakan sangat menarik hati saya-orang yang seperti Dato inilah yang selayaknya digelar perjuang bahasa yang bijaksana, bukan seperti yang dok berdemonterasi di tepi jalan!.. yang kadang kala membaca sajak entah bahasa apa diguna tak siapa yang faham.
Ya Dato' "Hanya jauhari megenal manikam". Kepada negarawan yang dikasihi Tun Dr Mahathir kami rakyat Malaysia amat terhutang budi kepada Tun, terima kasih Tun. Dan kepada Dato' diucapkan syabas semoga terus berkeria dan terus memberi kritik-kritik yang lebih hebat lagi.

Art Pokon said...

Salam Dato'

Ini pandangan saya,

Saya sama sekali tidak bersetuju jika sesetengah orang memperlekehkan Proton. Saya ada 2 kereta satu Proton Saga model pertama yang tidak banyak masalah dan dan satu lagi Nissan Livina.

Bagi saya Proton mengeluarkan kereta utuk rakyat Malaysia mampu membeli, jika nak kualiti, mampukah kita mengeluarkan wang yang lebih. Sebagai contoh exora yang penuh dengan aksesori cuma berharga dibawah RM 80 ribu dan Missan Livina 1.8 tanpa aksesori berharga RM 95 ribu. Proton Wira misalnya adalah asalnya dari mitsubishi Lancer tetapi terpaksa dimurahkan dengan dilengkapi ingin biasa tidak seperti ingin Lancer yang lebih berkuasa.

Sebenarnya kita perlu adil dalam hal ini. Kuasa membeli ditangan kita.

Anak Perak said...

Datuk,

Orang kita biasanya memandang rendah kepada hasil usaha kita sendiri. Apatah lagi kalau yang terlibat itu orang-orang Melayu. Pernah saya dengar Proton dikatakan sebagai "kereta Melayu" dan bukannya kereta " Malaysia". Begitu rendah dan hinanya Melayu. Mana yang tidak baik itu semuanya Melayu. Tapi ramai Melayu yang masih tidak sedar diri. Sama-sama seronok mengutuk bangsa sendiri.

Bayangkan kalau tidak ada "Dasar Pandang ke Timur" Tun Mahathir. Proton tidak akan wujud. Ribuan engineer dan pekerja-pekerja mahir Melayu dalam industri "automobile " tidak mungkin wujud. Mereka dihantar berlatih di Jepun dengan menggunakan bahasa Jepun. Jelas Melayu mampu dan tidak sebodoh yang disangka.

Lantaran itu sekarang sudah ada workshop dan pusat-pusat servis kereta Melayu. Mereka tidak lagi setakat mencucui "screw" di worksyop-worksyop bukan Melayu sebagaimana sebelum projek Proton dilancarkan. Sayangnya budaya Melayu masih tidak percaya kepada bangsa sendiri.

Apa yang diperlukan ialah Proton membaiki lagi mutu hasil keluarannya. Perkara ini bagaimanpun, tidak mungkin dicapai dalam masa 20 tahun. Semua syarikat-syarikat besar pengeluar kenderaan mengharungi pengalaman yang sama.

Tahun 60an dan 70an ramai orang Malaysia memperlekehkan kereta keluaran Jepun. Badannya dikatakan dibuat dari tin milo. Hari ini kita berebut-rebut dan ada yang mimpikan kereta Jepun (tin milo hi...hi..).

Sepuluh tahun lalu KIA mengalami masalah untuk dipasarkan di US. Kini merupakan salah sebuah kereta paling popular. Sama tarafnya dengan kereta-kereta buatan Jepun seperti Toyota dan Honda.

Sebagaimana kata Datuk, Proton perlu berusaha mempertingkatkan penjualannya di luar negara. Selain daripada itu mesti pandai mencari "partner" yang boleh dipercayai. Jangan asyik kena jual sahaja.

Bourne said...

bagus lah ada jugak minat dato nak bercerita pasal kereta ye....

memandangkan dah terlanjur kabor orang perak ate cube komen pase ni pulak ...

"TWO DISFUNTIONAL CARMAKERS INTO TALKS AGAIN" PROTON - GM .....

agak dato kemana lah sangat kita nak pegi dengan proton joint venture dengan gm yang dah bengkrap ni...... apa lah sangat teknologi amerika berbanding dengan vw dari german nie....

kenapa bengok sangat tak terima vw group berbanding gm corporations yang mana kita tau amerika tak pernah dilihat sebagai pembuat kereta bermutu dan berteknologi tinggi melainkan membuat kereta yang terkenal dengan kapasiti tinggi dan mengtekedarah minyak fosil dunia....

ate cuba olah sikit teman teringin beno nak dengor ....

terima kasih.

Ahmad Mahbob said...

Dato Kadir.

Tahniah atas rencana ini,tapi saya amat sedeh kapada sikap dato kerana memunji Tun Mahathir kerana bertanggong jawab memulakan pengeluaran Proton.

Saya rasa Tahniah juga perlu di berikan kapada dato Azlan Pengerusi Proton keta kerana semasa dialah Proton satriNeo itu di keluarkan.Ini merupakan initiativenya.

Salain dari itu ia juga bertanggong jawab mengurangkan beban hutang Proton yang tinggi dengan menjuan syarikat motor dari Italy yang di beli semasa Tengku Mahleel menjadi CEOnya.

Kita akui jasa Tun Mahathir melahirkan Proton tapi kita kena juga memuji Dato Azlan yang bertungkus lumus menyelamatkan Proton dari beban hutang yang banyak yang yang berlaku samasa Tengku Mahleek menjadi CEOnya.

bangiperdana said...

salam,

Diharapkan proton akan terus maju...
aku pakai proton waja..byk jugalah masaalah antaranya:-
1. getah kat cermin
2. windom sensor selalu prob. cermin tersekat2...
3. masalah aircond pun ada

pendeknya proton kena buatlah study sikit...vendor satu lagi...bagi vendor kat bumi...bila jual tekan harga...cuba proton buat open tender utk vendor2 nie so harga komponen boleh murah sikit

satu lagi patut harga proton boleh lagi murah...ape alasan nak jual mahal...bukannya org msia ni semuanya kaya...ramai lagi yang miskin yang pendapatan bawah RM1000.

kete mahal, tol banyak...ai semuanya mahal...

OKJ said...

Continue

1. Don’t forget about the power doors and power boot. So, everything will be done automatically including open and closing doors and boot.
2. The Malaysia transmission band / radio frequency (USF) has to be modified to the better transmission system for more accurate and better receiver. So, we are able to see all channels during driving (by the passenger, not the driver) like most of the Japanese cars nowadays.
3. Change the PAL broadcast system to the digital band where we will upgrade the transmission band, video bandwidth and, channel bandwidth and sound carrier. Malasyia should use ATSC and DVB-T with MPEG-2 audio and video stream to get better pictures and able to reduce the hue effect.
4. By 2020, our target is to be a full develop country, and we have to work hard and strive to be upmost in our ability starting from today to achieve those targets. We are supposed to work at least 6 days a week with 3 shifts to be comparable to all develops countries especially US. There will be no more 5 workdays /week until we are able to achieve develop country status.
5. IJN can achieve the international level because they operate 24 hours a day, 7 days a week and 365 days a year. Starting from today, the government office has to be opened at least 6 days a week and at least 16 hours a day.
6. If I’m not mistaken, one of our universities offered automobile engineering course. Hopefully, there will be a lot of research towards the above suggestion. It Japanese can do it, US can do it, there is no reason for us to say no or cannot.

MALAYSIA BOLEH. Thank you.

OKJ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
qunang² said...

Buat rujukan dan pengetahuan kita, Mercedes-Benz didaftarkan pada 23-06-1902, Honda (10-1946), Toyota (02-1933), Ford (16-06-1903), Kia (01-1944), Mazda (05-1920), Hyundai (09-1947); dan Proton hanya bertapak pada bulan September 1985.

Jika bukan kita, rakyat Malaysia, yang membantu memberikan sokongan untuk Proton, siapa lagi?
http://qunang.blogspot.com/

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,


Walau apa pun kritik, komen atau ulasan yang negatif dilempar pada PROTON, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga.

Di Asia, Malaysia adalah antara BEBERAPA kerat negara yang keluarkan kereta sendiri.

Antarabangsa, Malaysia adalah antara beberapa negara yang keluarkan kereta sendiri.

Tidak payah cerita kereta, hatta motosikal pun mereka tidak dapat hasilkan walau sebuah. Bukan macam Malaysia.

Cuma, PROTON perlu cari alternatif untuk kurangkan kos untuk dapat menjual kereta dengan lebih murah. Dan kerajaan perlu ambil insiatif untuk tidak kenakan cukai yang keterlaluan hingga menyebabkan PROTON tidak dapat menjual keretanya dengan murah.

DI EROPAH DAN AMERIKA SYARIKAT, HARGA KERETA BARU BOLEH DIBELI DENGAN HANYA 1 - 2 BULAN GAJI SEORANG EKSEKUTIF. KERETA BARU HARGA $4,000.00 SEBUAH. GAJI EKSEKUTIF $2,000.00 SEBULAN. KALAU KERETA MEWAH TU , LAIN CERITALAH.

DI MALAYSIA, PROTON SAGA RM26,000.00 SEBUAH. CAMPUR BUNGA PINJAMAN BANK, DAH JADI LEBIH RM,30,000.00. HUTANG BANK SAMPAI 9 TAHUN.

Tidak bolehkah kita kenal pasti mengapa mereka di Eropah dan Amerika Syarikat dapat menjual kereta seperti itu dan cuba kita contohi?

BUKAHKAH KERAJAAN SEKARANG LAUNGKAN.....

RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!!!!!!

Jadi, tunjukkan!!!!!!!

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Memang benar kita perlu selitkan isu-isu lain seperti isu ekonomi dalam perbincangan kita untuk maju kehadapan.Biasanya sementara kita leka berbahas mengenai perkara-perkara yang remeh= temeh orang lain telah merebut semua peluang yang Kerajaan telah wujudkan untuk merangsang ekonomi.

Minggu lepas saya telah meninjau dari jauh kompleks Proton Tanjung Malim di mana ditempatkan berhampiran kilang-kilang vendor yang agak hebat.Saya telah diberitahu rakan saya bahawa sebahagian pekerja kilang Proton lebih berminat berkerja dengan syarikat vendor kerana mereka percaya kemudahan pekerjaan yang diperolihi lebih baik dari Proton. Samada ini benar atau tidak pihak pengurusan Proton perlulah membuat tinjauan.

Kita perlu menafaatkan sesuatu industri pembuatan dengan mengwujudkan industri hiliran. Untuk mengurangkan kos kita perlu disamping mengadakan vendor turut mengadakan 'back yard industry' bagi mengeluarkan barang ganti oleh orang yang tinggal berhampiran dengan lebih murah. Kita ada Sirim untuk menentukan standard barang yang dikeluarkan. Hanya dengan demikian kita boleh menjadi pengeluar sebenar dan tidak kadang-kadang mengimport dari negara lain barang-barang komponen.

Marilah kita berdoa Proton akan terus maju disamping wujudnya lebih banyak kilang pembuatan yang tulin dan bukannya kilang pemasang sahaja.

Raja Abdul Rahman,
Petaling Jaya.

Wak Melan Jr said...

Salam Tok,

Masa mula2 beli Satria GTi 1.8 dulu saya selalu terfikir kenapa BMW 318 2.0 tak larat nak nak main kejor2 dgn kereta buatan M'sia ni. Kata BMW ni performance car? Kalau tengok kat ruangan forum berdegar-degar dia orang puji kereta tu sampai kita yang pakai kereta buatan M'sia ni rasa inferiority complex betul.

Sekarang bila dah ada kereta yang "banyak makan wang" tu barulah saya tahu menghargai di mana tahap kereta buatan kita sebenarnya. Dan, Satria GTi yg ada di dalam garaj tu (yang ini sebenarnya yang kedua setelah yg pertama kena curi) akan saya simpan sebagai koleksi. Suatu hari nanti saya akan ceritakan kepada anak cucu saya, " Dulu kereta buatan M'sia ni boleh tapau BMW anytime, anywhere.."

Anonymous said...

Salam Dato'

Tahniah kepada pasukan Proton yang mengharumkan negara di Intercontinental Rally Challenge. Saya yakin di belakang kejayaan mereka there was a lot of blood, sweat and tears.

Saya bersetuju dengan pemerhatian Saudara jabsp dan Saudara kluangman bahawa proton yang dieksport tidak sama kualiti dengan yang dipasarkan di sini. Saya juga memerhatikan perkara yang serupa apabila berada di luar negara.

Setiap kali saya melihat kereta Proton di luar negara, saya tertanya-tanya kenapa tahap garis panduan keselamatan kereta tempatan amat rendah berbanding dengan negara-negara maju? Adakah nilai nyawa pemilik dan penumpang Proton Malaysia jauh lebih murah berbanding mereka yang di luar negara?

Di sini kita tidak ada aktivist keselamatan automobil saperti Ralph Nader di Amerika Syarikat yang amat lantang mengkritik General Motors terutamanya pada tahun 50an dan 60an kerana memasarkan kereta-kereta yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah (Contoh: Chevrolet Corvair). Antara artikel yang ditulis ketika itu ialah "The Safe Car You Can't Buy" (1959) dan "Unsafe At Any Speed" (1965). Beliau telah mengaitkan kemalangan-kemalangan jalanraya dengan kereta-kereta yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bertahap rendah. Kritikan-kritikan beliau telah berjaya mengubah ciri-ciri keselamatan kereta kepada tahap yang lebih tinggi dan sekaligus selamat.

Dengan angka kemalangan jalanraya antara yang tertinggi di dunia, Proton saya rasa perlu juga menyumbang ke arah mengurangkan statistiks ini dengan mengeluarkan kereta-kereta yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia.


Melati

Anonymous said...

sebenarnya orang politik je yang menghasut anak-bangsa sendiri untuk menghina sesama kita, tapi kalau tengok pencapaian mereka (anak-anak malaysia) yang berada di dalam proton, petronas, dan tak kiralah syarikat-syarikat lain besar dan kecil, kita semua sebenarnya secara langsung dan tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan negara kita, berbanggalah dengan pencapaian yang kita ada sekarang!

m.jassni

alrawa said...

Saya lebih tertarik dengan pencapaian industri motor India (TATA?)
dengan kereta 'affordable'nya yang baru.
Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan.

OKJ said...

Salam DAKJ

Minta maaf Dato’ sebab artikel ketiga keluar topic sikit. Nasib baik Dato’ padamkan dan saya pun bersetuju. Bukan apa, bila baca paper-paper harini terus rasa sakit hati. Minta maaf sekali lagi Dato’.Sekian TQ.

wishediwaswrong said...

Berkenaan asal usul ungkapan HPS saya kira ianya mula digunakan di zaman jam yang menggunakan spring. Kalau spring putus maka matilah ia terus.

Tapi sekarang ini zaman berubah. Bateri senang ditukar. Untuk manusia pula, ada ubatan-ubatan baru seperti Tongkat Ali dan sebagainya. Jadi, kalau kesihatan terganggu, ianya hanya sementara. Jam tidaklah menunjuk pukul 6.30 sampai bila-bila.

sap said...

Tahniah Proton!
kejayaan mnduduki tpt ke4 bole la dibanggakan.tp kan dato' engine x pakai buatan malaysia but instead pkai s2000.kalo pkai campro mcm mane?hehe..but still tpt ke4 tu membanggakan!
Malaysia Bole!
Malaysia MEMANG Boleh..
Tadi tu pun nasib baik Manchester United x seri ngn Malaysia..drpd ketinggalan 2-0, anak2 malaysia bangkit menyamakan kedudukan Dato'! eventhough klh titpis 3-2 TAPI itulah semgt yg kita mahukan.

P/s:Dato'..Chua Jui Meng join PKR..PKR ni dh mcm parti 2nd hand plak..tulis la something bout it Dato'...

INDIGO said...

Pak Kadir,

I Want My Own Electra
(fully electric with top speed 160kmh)

Proton has been the owner of Group Lotus since 1997

Proton GEN.2 Hybrid
15 Apr, 2007 6 Comments

Remember the Lotus Exige 265E? The Exige powerd by E85 fuel containing 85 percent renewable ethanol alcohol and 15 percent petrol. 0-100 in 3.88 seconds. Not bad for ethanol!

It was obvious from that incarnation that Lotus and its parent company Proton were spending some serious money on alternative fuels. Now Proton has unveiled its first Hybrid prototype at this year’s Geneva Motor Show.

Proton says the research and development project was a combined work of Proton Holdings and Lotus Engineering and features hybrid technolgy that deliver a reduction of up to 22 percent in CO2 emissions in a current Proton GEN.2.

The current GEN.2 has a fuel economy of 7.2L/100km, with a power output of 82kW and 148Nm of torque. The Gen.2 goes from 0-100 in 12 seconds. Not exactly the fastest car in its class.

The hybrid Gen.2 on the other hand, whilst not only being more fuel efficient (5.6 litres/100km – a 28 percent improvement) produced 105kW of power and 233Nm of torque.

The hybrid cuts the 0-100 time by 3 seconds, getting in there in a far more respectable 9.0 seconds. Furthermore compared to the baseline Proton GEN.2, emissions are reduced from a competitive 172g/km to just 134g/km.

Whilst Toyota & Honda lead the race in Hybrid technology Proton has not revealed any details of when or if the prototype EVE Hybrid will be mass-produced.

Lotus Engineering believes the application of hybrid technology is a key route for CO2 emissions reduction and that in the short term it will remain more viable to integrate hybrid technologies into existing model ranges than to develop expensive new dedicated hybrid platforms.

The message of global warming and the need to reduce our CO2 emissions is slowly finding its way into the ears of vehicle manufacturers and politicians, Ford Australia only recently announced its support to develop hydrogen engines.


nota: read the comments, Scribe.

Anonymous said...

Dato'

Jika kita bandingkan Protn dengan kereta lain, quality dashboardnya amat buruk, seperti plastik murah.

Saya berasa usaha perlu ditingkatkan oleh vendor vendor untuk memperbaiki mutu.

Perlu saya nyatakan disini bahawa di Jepun, kereta tempatan kualitinya dijaga rapi, tetapi sebaliknya di sini. Bukan proton tidak mampu mengeluarkan kereta yang berkualiti tetapi untuk kegunaan negara sendiri, sekadar cukup syarat sahaja. Sebab itulah kereta Perodua dapat menyainginya.

Jika dibandingkan harga, memang Proton lebih murah daripada kereta luar tetapi kereta luar adalah mahal kerana cukai oleh kerajaan.

Kita terpaksa membayar cukai yang begitu tinggi untuk membeli kereta hampir harga sebuah rumah hanya untuk mempertahankan industri kereta.

Harga kereta second hand yang baik di negara maju seperti di Amerika dan England boleh dibeli dengan harga sekitar RM10,000 sahaja. Harga kereta baru juga lebih murah.

Walaupun kita terpaksa membayar cukai begitu tinggi untuk mempertahan kereta nasional, untuk kegunaan tempatan, quality kurang baik dari kereta export.

Mus2009

Anak Perak said...

Datuk,

Saya tertarik dengan dakwaan Rosli Basiran yang kereta baru di Eropah dan Amerika Syarikat dapat dibeli dengan harga $4,000 (US Dollar?).

Berdasarkan kepada pengalaman saya tidak ada kereta baru di Amerika Syarikat yang dijual dengan harga US$4,000. Di Eropah saya tak taulah. Kereta paling murah di Los Angeles sekitar US$15,000.

Mungkin masih murah dibandingkan dengan Malaysia. Antara faktor-faktornya sebahagin besar kereta jenama luar termasuk beberapa jenis kereta mewah adalah "locally assembled". Cukai jualan juga rendah.

Tapi cukai-cukai lain seperti cukai pendapatan dan "property tax" tinggi. Semua orang mesti bayar cukai pendapatan tanpa mengira gaji tinggi atau rendah. Malahan "non resident" juga kena bayar cukai termasuklah pekerja-pekerja asing.

Bagaimana pula dengan perubatan. Sebahagian besar penduduk US mempunyai medical insurance. Consultation fees biasanya sekitar US$80.00. Ini tidak termasuk ubat. Tampal gigi (biasa) sekitar US$100. Kos "by pass operation" sampai ratusan ribu.

Keseluruhannya kos hidup di Malaysia masih rendah. Sesuai dengan gaji. Malahan dapat berbagai subsidi. Termasuk petrol. Di US harga petrol ikut harga pasaran.

FaRrA DeeN said...

HMM... Nak sumer tayar pakai disc break, airbag kiri kanan blakang depan, ape lagi eks..?? Sumer nak lengkap 100% macam mercedes.., mau taknya paling rendah harga Proton pon leh cecah above 80K lew... Tader ler yang 35K, 45K... Monthly installment, lebey laa rm600... Enjin lak 2.0cc... Maunye minyak rm20, 30 sehari... Kalo gaji lebey 3k, anak bini takde, takde hal... Tapi kalo gaji stakat 800rm, ermm... Keter mesia tu dibuat utk rakyat mesia... Opkos laa ikut kemampuan rakyat mesia...

FaRrA DeeN said...

Macam TATA Nano, keter kecik harga murah.. Cuma 10K... try tgk dari segi keselamatan dia canne... Memang affordable dr segi harga.

Hmm.. dlm byk2 komen pasal proton pon, Proton Saga model lama yg 24thn tu masih lagi bertahan atas jalan raya... Last year, I drive keter tu dari KB ke Putrajaya!~ Woww!~ 24 thn tu!~

Propagator said...

Dear Dato'
Thank you for your latest posting. your postings whatever the genre always makes interesting reading. Your thoughts on various matters provokes and illuminates whilst most other blogs are just so much trash.

Most Malaysians of course are heartened that our Satria Neo outperformed so many others with more established traditions in the motor industry.

We should have capitalized on this and celebrated the car's performance by giving it the widest publicity possible. Maybe this would cow the half-past sixes.

But the detractors will continue to dismiss the national car's success. And I say these people are all nerds.

budak-kom said...

salam dato'. saya nak tanya pendapat dato' mengenai ura2 proton nak keluarkan kereta pengganti waja tapi rebadge mitsubishi lancer.maaf dato dan pembaca sekalian, saya masih bias kepada tengku mahaleel.tapi kalau benar, memang syed zainal jelas telah pusing ke belakang dengan rebadge kereta seperti kereta2 proton sebelum waja.kepada saudara ahmad mahboob.neo telah pun d reka sebelum kemasukan azlan hashim lagi.n zaman tengku mahaleel proton tidak berada dalam keadaan merah wp gawat.malah buat kilang d tanjung malim tanpa satu sen dari kerajaan n time gawat.pahit tapi fakta.sekadar bertanya pendapat dato'.

Anonymous said...

To Anak Perak,

Komen anda

Mungkin masih murah dibandingkan dengan Malaysia. Antara faktor-faktornya sebahagin besar kereta jenama luar termasuk beberapa jenis kereta mewah adalah "locally assembled". Cukai jualan juga rendah.

Di Malaysia, kebanyakkan kereta luar adalah locally assembled namun harga adalah sangat jauh beda. Contohnya, di UK harga Merc sekitar RM150,000, di Malaysia RM 300,000. Honda Civic, di UK sekitar RM 75,000, di Malaysia RM 135,000.

Mengapa? Cukai.

Berkenaan dengan cukai pendapatan di luar negeri, memang cukai pendapatannya adalah lebih tinggi. Tetapi pendapatan perkapitanya adalah juga lebih tinggi.

Memang tidak logic kalau cukai yang sama di kenakan kepada rakyat negara kita dengan pendapatan perkapita yang lebih rendah.

Saya kira beban amat besar sekali ditanggung oleh kita disebabkan harga kereta yang begitu tinggi sehingga sejumlah besar pendapatan disalurkan kepada pembiayaan kereta.

Kita berharap, proton dapat mengeluarkan kereta setanding dengan nilai harga yang dibeli.

Mus2009

nazrulshoppe said...

Dato,

kenapa proton tidak pelbagaikan keluaran produk nya ? hanya tertumpu pada kereta ..kenapa tidak keluarkan enjin mesin potong rumput ,enjin mesin tebu. dalam 2puluh tahun beroperasi tapi hanya tertumpu kepada kereta ?

Anonymous said...

Maaf ada sedikit kesilapan,

Harga Honda Civic UK sekitar RM 104,000, US sekitar RM57,000.

Honda CRV di UK sekitar RM 118,000, US 80,000, M'sia RM 150,000.

Harga Mercedes Benz, UK sekitar RM 170,000, Malaysia RM 300,000.

Proton Gen-2 di UK RM 52,000.

Sumber What car UK.

Income percapita di UK sekitar 27000 pound atau RM156,000 dan America RM 128,000 (US 36,000).

Sekadar perbandingan. Di UK dengan income percapita pound sterling lebih kurang 2250 pound sebulan, amatlah kurang beban untuk membeli kereta proton yang berharga 9000 pound (seperti harga motosikal darab 2 di Malaysia) atau honda civic 17000 pound sebulan

Sekadar untuk perbandingan.

Maaf jika ada kesilapan, harap diperbetulkan. Banyak maklumat terdapat di internet.

Mus2009

Unknown said...

Banyak komen tentang Proton yg saya baca dalam post kali ni. Suruh Proton keluarkan kereta high performance lah, kereta yg ada hi tech gadget la dan pelbagai lagi. Teringat masa launching Exora ari tu, Dato Syed Zainal, MD Proto berkata, "Org Malaysia mahukan teknologi eropah, design Jepun, tapi harga Malaysia". Bunyi nya agak sinis, tapi benar. Nak spec gempak mcm BMW, tapi nak harga kalau bole lagi murah dari Kancil. Proton banyak terbeban pada kos materialnya. Itu jawapan bagi semua masalah diatas. Cthnye, Proton mengeluarkan 100,000 (seratus ribu) kereta setahun, tapi Toyota mengeluarkan 10 Juta kereta setahun. Ibarat Hyper Market vs Super Market@Kedai Runcit. Mana satu yg dapat harga lagi murah & besar keluarannya? Besar bezanya tu. Kos bahan mentah bagi Toyota amat murah berbanding dgn Proton kerana jumlah pengeluarannya. Tapi Alhamdulillah, Proton masih mampu memberikan kita kereta yg mampu milik kepada rakyat walau dibeban kos material yg tggi.

Secara kasarnya,Proton sebagai "budak" yg baru berusia 24 tahun dalam industri automotif ini, berbanding Toyota berusia 80 tahun, atau BMW (hampir 100 tahun), prestasi Proton amat boleh dibanggakan. Proton mengeluarkan kereta daripada "skecth" atas kertas, hasil rekaan anak - anak Malaysia sendiri. Proton pastinya boleh dan mampu mengeluarkan kereta dgn segala gadget ajaib dan kuasa enjin hatta 3.5 liter sekali pun, tetapi adakah rakyat Malaysia dan dunia mahu atau mampu membelinya? Jwpnnya tidak. Proton perlu mengukuhkan jenamanya terlebih dahulu. Buat ape buat kereta utk pasaran mewah yg kecil kek peratusannya. 60% rakyat Malaysia dalam golongan pendapatan sederhana, dimana kemampuannya sederhana. Lebih baik buat kereta utk orang ramai dari buat kereta utk golongan elit yg tak ramai. Ia lebih dekat pada hati rakyat.

Dari segi kualiti, kalau kita melihat prestasi kereta Proton dari Waja hingga yg terkini Exora, graf masalah atau aduan yg diterima telah menurun dgn banyaknya. Mungkin ada laa satu dua problem, tapi semuanya kes terpencil. Proton bertujuan untuk memberikan rakyat kereta yg mampu milik utk semua orang.

Namun begitu, tidak dinafikan Proton perlu berusaha berlipat kali ganda daya untuk menaikkan keupayaan kejuruteraan RnD nya, memantapkan kualiti keretanya dan menambah baik perkhidmatan selepas jualannya supaya Proton bukan sahaja kekal relevan di dalam indsutri automotif dunia, tapi yg paling penting, di hati rakyat Malaysia sendiri. Semoga Proton terus maju ke hadapan. Insya Allah...

HEBAT PROTON!

Unknown said...

Salam Dato',
Dah tiga minggu balik M'sia dari Saudi. Di Saudi teksi banyak guna Toyota Camry model baru... harga full specs. approx. RM75,000 vs di M'sia >RM140,000... (due to tax structure to protect the domestic auto indutry?)... ni contoh saja. Dah dua tahun di Dhahran, Saudi ada lah nampak tiga empat biji Gen2 & Waja... rasa seronok jugak tenguk kereta Proton di negara Arab.
Isu nya pada pandangan saya: setelah lebih 30 tahun Proton menikmati berbagai "perlindungan" & "togkat", kenapa harga nya masih tidak kompetitif (& kualitinya dipersoalkan?). "Acid test" untuk Proton is how it fares in the highly competitive global market place? After >30 years in existence, how much of the total business volume for Proton comes from the international markets? Its "performance" in the domestic market is NOT a good yardstick to use since it enjoys "relative protections" domestically... my observation is that Proton is no doubt "jaguh kampong"; however, the true measure of its success will have to be in the internationl market, and its NOT there yet (of course one can argue that GM & Chrysler have been around for almost 100 years and still went bankcrupt... this is another story).
Maybe Proton can further improve itself by benchmarking against KIA/Hyundai, or TATA or the upcoming Chinese auto companies which started at about the same time or later than Proton, and yet have done better? Surely this is the way to improve Proton's performance?
The keya are economies of scale and volumes to drive costs down, and the only way to do this (in the absence of ground-breaking innovation) is by going international in substantial volumes.... I suspect Proton's sales from international market place is still single digit? Of course, we all can be very patriotic (and should be) about Proton, no doubt about it. However, patriotism alone will not save Proton in the highly competitive global market...

affendi hussain said...

Memang patut pun ada 2 kelas minda...
Kereta buat pun ada 2 kasta..
Satu kualiti eksport, satu utk org biasa..
Barang yang bersaing, cukai dikena berganda..

Tengoklah melayu inferiority complex punya minda..
Keretanya Proton, lambang diganti Mitsubishi atau terus buang tiada..
Kenapa mereka tidak lansung berasa bangga..?
Kereta bikin, spot rim gila spoiler tinggi menara..
Agaknya boleh jadi Mitsubishi Evo, Skyline Nissan, Supra Toyota atau NSX honda?
Perasan laju sampai boleh terus terbang ke angkasa?
Apa lagi agaknya yg belum cukup dan tak kena?
Dgn kereta tempatan keluaran negara?
Gila sungguh minda dua dunia..

Kenapa hanya PROTON sahaja?
Mengapa lansung tak disebut adiknya si PERODUA?
Bukankah yg tak ditatang, tak disebut, tak dipapah & dikilik itu ternyata lebih berjaya?

Tepuk dada tanya selera...
Negara industri hebat bergaya..
Tetapi beras tak cukup import dari jiran tetangga..
Jiran di utara hanya pasang sahaja..
Kereta hanya alat utk bergerak ke mana hala..
Kenapa heret hingga kepaksi maruah & patriotisme negara?

Apa kemaruk sangat nak dikejar pada cita, bangga & nama?
Mimpi pemimpin boleh realiti jadinya..
Pemimpin tetap dpt nama & senyum terlena,
Mimpi kalian tetap dari dulu sampai sekarang tak sudah kemana..

Beratus tahun terjajah, 51thn sudah kini merdeka..
Tembolok rakyat marhain pun tak cukup terisi, terhimpit merana?
Lagi mau sibuk hal kereta..?
Yang terpakai pun harga jual & premium insuran mcm celaka..
Pak Menteri ingat semua rakyat hidup kaya..
Anak bekas Memanda bolehlah cakap suruh org lain ubah gaya..
Dulu & sekarang mana ada serupa..
Celik mata, tetapi beku hati & beku minda..?
Dulu bawah 20ribu boleh dpt Proton Saga..
Kuasa membeli ringgit masih boleh dibangga..
Ringgit kini dah jatuh merudum mcm lompat tak naik2 mcm ulat berengga..
Buat malu dgn jiran di Selatan & Utara..

Tanyalah pada kalian generasi muda..
Bangsa Melayu sudah jadi sup bebola..
Kerana pemimpinnya jenis tiada bola..
Hahahaha...ketawa gembira, minda terseksa, hati merana.
Ya memang HP6, pusing2 diri sendiri juga terkena..

p/s: hidup saya bermula dgn Kancil Perodua sebab saya tak kaya.

(",)

Anonymous said...

YBhg. Datuk

saya guna kereta proton waja kini. Tapi dah tak tahan dah. Kerana nama sahaja kereta buatan malaysia, semua alat ganti mahal, mengalahkan kereta import. Kemudian, saya ni dah jadi penunggu setia bengkel-bengkel. Nak pergi ke Proton Edar, mahal sangat... kena caj dua kali ganda berbanding membaiki di bengkel bukan proton edar. Dah tak larat nak patriotik dah. Saya sudah jual kereta proton tersebut. Beli kereta import. Lebih baik, lebih ekonomik, dah tak perlu bertunggu-tangga depan bengkel sepanjang memiliki kereta itu.

Proton sebenarnya salah strategi. Buat kerjasama dengan syarikat pembuat kereta luar, dengan alat ganti terutamanya bahagian enjin, diperbuat oleh syarikat tuan punya enjin tersebut. Namun selepas itu kemasukkan alat ganti berkenaan ke negara ini, cukai yang terlalu tinggi pula dikenakan. Saya nak mengganti komponen dalam enjin pun, belanjanya dah macam membaiki kereta bmw.... jadi nak patriotik apa lagi datuk.... Pak Menteri bolehlah cerita pasal patriotik ni.. sebab kereta perdana diorang servis tak payah keluar duit.

saya kira, kereta proton ni, layak untuk dijual kepada besi buruk sahaja. Kerana kereta-kereta proton ni, 'not fit to be on the road'. Kalau tidak percaya, sila layari laman-laman sembang berkaitan dengan waja, mesti datuk terkejut dengan betap ramainya sudah tertipu dengan proton yang keretanya indah-indah belaka, tetapi sebaik sahaja keluar dari kedai, ia sudah meragam sehinggalah hari kita menjualnya.

Jadi kepada pembahas sekalian, kalau nak fikir 'long term' dan tidak mahu bersusah payah mengkayakan taukeh bengkel, jauhilah kereta proton, belilah kereta baru import ynag sudah tentu terjamin kualitinya.

Sekian.

JONLABUYABEDABEDU

saji said...

Salam Dato' dan rakan2 pembalas,

Proton kena contohi bagaimana taiko perabut dunia, IKEA menjaga kualiti raka bentuk dan pembinaan.

Unknown said...

Saya hanya ingin mengulas tentang komen2 yang mengatakan yang harga2 kereta di US lebih murah dari di Malaysia:-

1) Semasa saya berada di USA pada tahun 1985-1991, kereta baru termurah ialah Hyundai iaitu USD4,999 sebab saya pernah berangan-angan nak beli kereta baru tapi tak mampu. Maklumlah hanya pelajar sahaja.

2)Jangkahayat kereta di USA tidak lama. Setakat lima enam tahun sahaja. Saya pernah membeli kereta terpakai Honda Accord berusia lima tahun dengan harga USD499 tetapi berkeadaan seperti kereta Proton yang berusia 22 tahun. Lepas setahun pakai, habis "condemn", jual kat "junkyard" sahaja.

3) Apapun kereta Proton sepatutnya lebih murah dari harga pasaran sekarang untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Malaysia. Kita patut bandingkan harga kereta yang setaraf spesifikasinya atau kereta yang berharga sama, dan bandingkan spesifikasinya. Adil ke tidak model Proton yang itu dihargakan sebegitu tinggi atau rendah?

Sekadar renungan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).