Thursday, August 13, 2009

Debat Arak dan Puaka Politik Selangor

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 18 Ogos] -- EPILOG, Dr Hassan Ali MUNGKIN tidak minum arak. Jadi dia tentulah tidaklah menabur janji membersihkan kawasan majoriti Islam daripada arak dalam keadaan mabuk.

Justeru itu, kalau arak masih boleh dijual oleh kedai runcit dalam kawasan majoriti Islam dan Ronnie Lim masih Exco Kerajaan Tempatan, maka saya terpaksa buat kesimpulan bahawa Dr Hassan Ali HALAH, Ronnie Liu MENANG.

Saya tidak mahu dakwa Dr Hassan yang pandai agama itu seorang hipokrit. Tetapi dia sudah memberi harapan palsu kepada orang yang percaya kepadanya.

[Posting Asal]

NOTA KEPALA: Mohon maaf saya kembali kepada politik. Suka tidak suka, kita tertakluk dan ditakluki oleh politik, hatta dalam kes selesema babi sekarang. Kalau kepemimpinan politik kita cakap sesedap rasa dan melepas batuk di tangga, jangan salahkan sesiapa jika wabak ini akan menjadi lebih buruk.]

KEMBALI kepada perkembangan politik tanah air, saya masih ingat bagaimana saya menemui Dr Mohd Khir Toyo tidak lama selepas dia menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya menemuinya kerana timbul cakap-cakap yang beliau kurang gembira dengan tulisan-tulisan saya mengenainya yang dianggap terlalu kritikal atau kurang tepat.

Jadi saya pun menceritakan kepada beliau pengalaman saya sebagai pemerhati politik Selangor bermula daripada krisis pemecatan Allahyarham Datuk Harun Idris pada tahun 1976.

Sejak itu, saya melihat seorang demi seorang Menteri Besar datang dan pergi. Ada yang naik dan turun tetapi lebih ramai yang naik dan jatuh seolah-olah ada sumpahan kepada jawatan itu.

Jadi saya kata kepada Dr Khir berhati-hatilah kerana sumpahan dan puaka politik Selangor adalah kerana negeri Selangor kaya.

Malah saya memberi amaran kepada beliau secara lisan dan melalui tulisan dalam blog ini dan dalam majalah Malaysian Business agar tidak terlalu seronok mengisytiharkan Selangor negeri maju menjelang 2005.

Selangor tetap diisytiharkan negeri maju dan apa yang terjadi kepada Dr Khir, Umno dan Barisan Nasional selepas itu adalah sejarah.

Beralih kepada kerajaan campuran PKR (15 kerusi), DAP (13) dan Pas (8) Selangor walaupun baru berusia 16 bulan namun kesan-kesan sumpahan itu sudah mula menjangkitinya.

Seperti sumpahan yang menimpa kerajaan BN, penyakit atau maladi yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang berhubung kait dengan ekonomi, harta dan kekayaan.

Isu Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan duit negeri untuk membeli lembu korban dan kini isu arak yang melagakan Pas dengan DAP adalah juga berkaitan harta dan kekayaan.

Bagi orang bukan Islam, arak dan judi adalah antara kegiatan penting ekonomi yang menjadi hak (rights) dan sumber kekayaan mereka. Jadi apalah yang hendak dihairankan jika mereka mempertahankan perniagaan arak dan judi.

Percubaan Pas melalui pesuruhjaya negerinya Dr Hassan Ali untuk mengawal penjualan secara terbuka semua jenis arak, termasuk bir, di kawasan-kawasan majoriti Muslim tentulah bercanggah dengan dasar dan prinsip hak dan kebebasan yang dipegang oleh DAP dan ahli bukan Islam dalam PKR.

Dr Hassan sebagai pengarak panji-panji Pas di Selangor tentulah tidak boleh berdiam diri dan bersubahat dengan DAP dan PKR dalam hal judi, arak dan percambahan rumah-rumah urut yang menyediakan lebih daripada urut tradisional dan dewan-dewan karaoke yang menyediakan lebih daripada hiburan nyanyian.

Manakala PKR dan DAP boleh mengatakan semua kegiatan ini wujud sebelum PR mengambil alih negeri Selangor, Pas tidak boleh membutakan mata dan memekakkan telinga kepada perkara-perkara mungkar kerana ia adalah parti Islam.

Jadi kita boleh faham dan bersimpati dengan Dr Hassan kerana memikul beban yang sangat berat dan mencabar. Setelah 16 bulan bertolak ansur dengan PKR dan DAP serta melindungi kerajaan PR Selangor daripada bermacam tuduhan, termasuk seks bebas, Pas nampaknya tidak mahu berdiam diri lagi terhadap kemungkaran yang berlaku.

Jadi apakah pilihan Dr Hassan apabila desakannya agar Adun DAP Ronnie Liu digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Tempatan dianggap “non-issue” (tidak ada isu) oleh Abdul Khalid dan isu arak tidak mendapat tindakan segera?

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan juga media massa arus Perdana, pilihan Dr Hassan adalah untuk tidak berganjak dan tidak menyerah kalah.

Malah secara terbuka dia berkata dia bersedia menghadapi padahnya.

I Won’t Give In, Says Defiant Hassan” demikian tajuk berita Malaysiakini. Soalnya adakah kerana mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, Dr Hassan boleh dituduh “defiance”atau berkeras?

Malaysiakini membuat kesimpulan: “Far from (being) intimidated by the prospects of facing a disciplinary hearing, Selangor PAS commissioner and exco member Hasan Ali is even more determined to uphold his party's Islamic principles.

(Jauh daripada berasa takut dengan kemungkinan menghadapi perbicaraan tatatertib, Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Exco, Hassan Ali nampaknya lebih berazam mempertahankan prinsip-prinsip Islam Pas.)

Adalah amat menarik diperhatikan sama ada Dr Hassan akan mendapat sokongan padu kepemimpinan Pas dan tidak disembelih sebagai kambing korban. Atau seperti yang kerap berlaku, dia akan mengundur dan mengatakan dia menghormati keputusan kepemimpinan.

Bolehkah Dr Hassan berpatah balik setelah membuat ikrar terbuka bahawa dia tidak akan menyerah kepada ancaman, akan terus berjuang untuk Islam dan bersedia menghadapi apa jua tindakan oleh kepemimpinan atasan, termasuk dilucutkan jawatan?

Kesimpulannya, walaupun isu penjualan bir oleh kedai runcit yang melagakan Pas dan DAP ini nampak kecil, namun apa yang tersirat adalah cukup besar dan fundamental.

Di pihaknya, Dr Hassan menggunakan agama Islam sebagai alasan dan landasan. DAP dan PKR pula menggunakan hak (rights) iaitu kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak.

Jadi kita tunggu yang mana akan muncul sebagai keutamaan – pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?

101 comments:

OKJ said...

Salam DAKJ

Win Win Situation (Versi sindiran)

Saya baru je terbaca Harakahdaily harini. Akan diadakan perhimpunan antara pembesar pakatan pembangkang. Dikesempatan ini, saya ingin meminta Pemimpin PAS untuk menanyakan beberapa soalan kepada kawan kawannya tapi dalam bahasa sindiran. Jangan marah ye.

1. Kenapa masa demonstrasi dulu cuma muka orang orang melayu je yg ada. Kata nak sama-sama berdemonstrasi. Tak baiklah menipu kawan bulat-bulat. Lain kali jangan buat lagi ye. Last warning yang ke 10.

2. Kita kena tunjukkan bahawa kita dipihak benar iaitu berani kerana benar. Janganlah ditangguh-tangguhkan lagi kes meliwat ni tapi patut dipercepatkan. Jangalah nak minta ditukar mahkamahlah, minta buktilah, minta digugurkan sebelum bicara lagilah, minta tukar peguamcaralah. Lawan tetap lawan brother. Jangan takut kalau tak bersalah.

3. To Guru dah kata kafir laknatullah tak tahu Islam, jadi tak apa kalau dikutuk Islam. So kepada YB yg nak mengutuk Islam, jangan guna nama sebenar tapi guna nama samaran ke, ANUN ke, lepas sehari dua orang baca, cepat cepat padam. Supaya orang tak dapat kesan, ataupun pakai FIREWALL dan ANTI SPYWARE yg paling canggih supaya orang tak boleh tahu siapa. Kalau tak cukup 1, letak 2 ke 3 ke atau kalau 10 lebih baik. Kalau ada mufti atau ulama yg menentang, panggil mereka ulama boneka UMNO.

4. Setiap upacara kena letakkan banner besar besar supaya orang tahu samada upacara keagamaan ke atau bukan. Nanti kalau nak suruh bertafakkur pakai lilin atau tunduk pada colok cina tapi dah ada lebel ‘INI BUKAN UPACARA KEUGAMAAN’. So OKlah. Senang sikit nak jawab.

5. Kes kematian dekat SPRM tu pulak, dulu kita tuduh macam-macam tapi sekarang dah nak terbukak pulak rahsia. Dalam Islam, kalau dituduh tanpa bukti atau mereka reka bukti, berdosa tu. Nanti masuk neraka. Bukan saja pemimpin masuk neraka, tapi semua pengikut tegar, cuma pemimpin lagi teruk. Macam nak Lose Lose situation je. Think! Think!! Think tank thinks please. We need your thought ASAP. URGENT.

6. Kepada MB Selangor, Arak adalah BAPAK kepada segala kejahatan dan pemimpin dipertanggungjawabkan untuk meminpin kearah yg benar. Tapi mungkin kes ni special sikit dan terpulanglah kepada peruncit dan pengguna untuk menentukannya. Kalau ada permintaan, OKlah tapi letakkan label orang Islam ‘tak dibenarkan membeli’ besar besar. So, bahagian pemimpin dah beres. Walaupun kita tahu orang Islam yg beli arak tu adalah hantu, tapi tak pa sebab nanti mereka undi kita masuk syurga. Win Win Situation. Sekian TQ.

nawawidahalan said...

salam Datuk,

tunggu puaka keluar selesaikan masaalah atau salah satu yang terlibat jadi puaka baru masalah selasai

maaf terima kasih

red rooster said...

Salam Dato',
Hassan Ali tidak boleh lagi berganjak ke belakang di dalam isu ini. Tindakan sedemikian akan hanya menonjolkan kelemahan prinsip, ketegasan serta perjuangan yang sering beliau serta rakan-rakan dalam Pas laungkan (walaupun beliau pasti kecewa dgn kepimpinan utama partinya yang memilih untuk 'menikus' dalam isu ini).

Anonymous said...

Kalau orang nak jadikan isu ini satu yg poitif dia jadi positif dan kalau nak jadikan dia negatif dia akan jadi negatif.

Alahai arak dalam kapalterbang dari dulu sampai sekarang pun tercungap cungap hmmm...terpaksala kita menepis pelawaan arak yg ditujukan kepada yg meminumnya...self regulation juga...

Apa yg penting kita dah bersuara...selemah lemah iman adalan benci didalam hati.

Sebenarnya ada orang mengidamkan kerajaan Selangor tumbang dan suka tengok huru hara...tak habis habis berdengki.

Long

kluangman said...

Hasan Ali dan Ronie Liu dah berjabat tangan, berbaik baik - hangat2 taik ayam pemimpin PAS.

JY said...

Salam Datuk AKJ,

I'm quite apalled by the way beer and gambling issues are put forward in mainstream media and some pro-Islam blogs. There are many non-Muslims who do not condone or participate in such lifestyle. However, the press and many pro-Islam blogs tend to suggest that many non-Muslims indulged in such activities. I guess it shows how much Malaysians understand one another.

We are more concerned about public morality becoming part of government's enforcement which can be a slippery slope. It is not fair for another human to judge another. After all we are all human.

Mr. Mahid said...

Kan kita dah lama cakap dan tegur yang PAS dan DAP memang tidak boleh bersama. Dasar dan fundamental mereka amat jauh berbeza. Dan lebih malang lagi, masing-masing KERAS KEPALA dengan agenda sendiri.
kepada PAS, inilah masa yang terbaik untuk membuktikan asas perjuangan - menegakkan syiar Islam...

Anonymous said...

DAKJ, sebenarnya tidak ada sumpahan kepada jawatan Menteri Besar Selangor. Juga politik Selangor tidak berpuaka.Ini pandangan yang cetek dan karut.

she...she

ab said...

Salam Dato,

SOALAN YANG SANGAT BESAR...


''''' pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?''''''



THE PARADOX IS GLARING.....

ADAKAH pemimpin-pemimpin islam dinegara ini LEBIH TEGAS DAN BEHEMPAS PULAS mempertahankan ISLAM???

SETAKAT INI nampaknya hanya sedikit sangat yang mempertahankan islam dan DILENYAPKAN atau DILEMASKAN disini juga semasa hayat mereka,contohnya yang saya dapat ingat ialah arwah Datuk Hj Baharum dan Dato Dr Mohd. Asri Zainul Abidin...yang lain-lain tentu Dato tahu....semuanya `terbunuh'...semasa hidup mereka.

YANG LAIN-LAIN MEMPERTAHANKAN, PANGKAT,GELARAN,GAJI,DUIT KOPI,RUMAH,BINI RAMAI,GLAMOUR,dll...bab mempertahankan islam tu masa BERUCAP,PAKAIAN SONGKOK,BAJU MELAYU DAN BACAAN BEBERAPA AYAT
QURAN atau ULANGBALIK HADIS..dan tambah laa pengalaman hidupnya sedikit sebanyak...


THE NON MUSLIMS punya mata,telinga,aqal juga...sebab itu
semua pakat hentam islam,lagi seronok sejak beberapa tahun dari 2004 sampai sekarang ini orang islam pun makin suka hina islam!....

YOU NOW WHY?....because is obvious that MUSLIM LEADERS are mostly `cosmetic preachers'......

SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU BENAR...
umat islam akan berbagai semakin lama ditinggalkan nabi muhammad saw.

KALAULAH saya mengerti kenapa baginda nabi menyebut..
ummatku,ummatku..diakhir hayatnya!!

KEARAH MANA agaknya YB Datuk Dr Hassan?..

Abu Bakar Ab Rahman

ab said...

13.8.2009

Salam Dato,

SOALAN YANG SANGAT BESAR...


''''' pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?''''''



THE PARADOX IS GLARING.....

ADAKAH pemimpin-pemimpin islam dinegara ini LEBIH TEGAS DAN BEHEMPAS PULAS mempertahankan ISLAM???

SETAKAT INI nampaknya hanya sedikit sangat yang mempertahankan islam dan DILENYAPKAN atau DILEMASKAN disini juga semasa hayat mereka,contohnya yang saya dapat ingat ialah arwah Datuk Hj Baharum dan Dato Dr Mohd. Asri Zainul Abidin...yang lain-lain tentu Dato tahu....semuanya `terbunuh'...semasa hidup mereka.

YANG LAIN-LAIN MEMPERTAHANKAN, PANGKAT,GELARAN,GAJI,DUIT KOPI,RUMAH,BINI RAMAI,GLAMOUR,dll...bab mempertahankan islam tu masa BERUCAP,PAKAIAN SONGKOK,BAJU MELAYU DAN BACAAN BEBERAPA AYAT
QURAN atau ULANGBALIK HADIS..dan tambah laa pengalaman hidupnya sedikit sebanyak...


THE NON MUSLIMS punya mata,telinga,aqal juga...sebab itu
semua pakat hentam islam,lagi seronok sejak beberapa tahun dari 2004 sampai sekarang ini orang islam pun makin suka hina islam!....

YOU KNOW WHY?....because is obvious that MUSLIM LEADERS are mostly `cosmetic preachers'......

SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU BENAR...
umat islam akan berbagai semakin lama ditinggalkan nabi muhammad saw.

KALAULAH saya mengerti kenapa baginda nabi menyebut..
ummatku,ummatku..diakhir hayatnya!!

KEARAH MANA agaknya YB Datuk Dr Hassan?..

Abu Bakar Ab Rahman

Rakyat perihatin said...

Assalam mualaikum, pada saya kita tak perlu pergi terlalu jauh untuk mencari jawapan mengenai isu ini.

Pucuk pangkalnya orang kita sendiri (MELAYU ISLAM DAN UMAT ISLAM TAK KIRA BANGSA), kita hanya perlu mengambil pendekatan yang mudah. Apakah hukum atau undang-undang yang termaktub tanpa bolih dipinda atau dipertikai olih penganutnya dan sesiapa saja yang berpegang teguh kepada agama, ini telah dilihat olih AMRI sebagai perkara remeh, terutama AMRINYA terdiri dari kalangan beragama islam, di negara islam.

Perkara ini sudah terang lagi bersuluh, kenapa mereka mereka yang beragama ini masih bersendiwara lagi demi menjaga kepentingan kedudukan dan kekuasaan dengan membiarkan perkara mungkar terus bermaharajalela, yang peliknya mereka mereka ini bermati-matian mencari formula untuk menjaga keharmonian rakyat dan kaum konon.

Kita kan ada ramai ahli dan tokoh pelbagai agama (PEMIMPIN SETIAP AGAMA). Kenapa tidak diadakan satu perjumpaan khas bagi membincangkan perkara seperti ini(PADA SAYA SEMUA AGAMA TIDAK SUKA KEPADA ARAK). Buatlah satu rumusan dari perbincangan dalam perjumpaan tersebut, dan sebarkan kepada penganut masing masing betapa pentingnya hukum dan peraturan yang digariskan olih setiap agama. Jangan asyik berceramah saja, tapi tindakan menguatkuasa tidak dilakukan.

Saya menyokong tindakan Dr Hassan Ali ini, beliau telah memberi satu contoh yang perlu diikuti olih negeri-negeri lain. Kenapa kita perlu takut dalam hal menegak perkara yang baik dan elok. Hanya yang takut kedudukan dan berkepentingan tergugat saja yang takut bertindak.

KALAU DAH ASYIK TAKUT ITU DAN INI, USAHLAH DIBANGGAKAN MALAYSIA INI NEGARA ISLAM.

KEPADA PENGANUT PENGANUT AGAMA YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA INI SAYA MENYERU KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA MASING MASING, JIKA TIDAK HORMATILAH PENGANUT AGAMA ISLAM UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLIH AGAMA ISLAM. KEPADA UMAT ISLAM INGATLAH KITA AKAN KEMBALI MENGHADAP ALLAH RABBULJALIL, PERSIAPKANLAH DIRI UNTUK ITU, DUNIA AKAN KEKAL SEHINGGA HARI KIAMAT TAPI MANUSIA AKAN PERGI BILA TIBA MASANYA, ENTAH HARI INI, BESOK ATAU LUSA BELUM TAHU.

HENTIKANLAH SEGALA SENGKETA, BERSAMA SAMALAH MENCARI PENYELESAIAN DEMI KEBAHGIAAN BERSAMA. "BERAT SAMA DIPIKUL, RENGAN SAMA DIJINJING.

anakbukitgantang said...

Salam Ziarah,

Cukup senang PR Selangor menuduh kegiatan ini telah wujud sebelum PEU12

Utk makluman semua, Enakmen Hiburan (yang melibatkan kesalahan menjual arak oleh orang Islam kepada orang Islam) telah diartakan oleh Kerajaan Negeri BN di bawah Khir Toyo pada Bulan Julai tahun 2007!

Jadi yang alpa adalah PR kerana menyangka ketidakwujudan Enakmen Hiburan tersebut dan juga tidak menguatkuasa hak hak perundangan seperti yang termaktub dalam Enakmen tersebut!

Untuk makluman jua, Enakmen Hiburan yang diwartakan pada tahun 2007 iaitu zaman Kerajaan BN, meliputi seluruh negeri Selangor.

pakbelalang said...

The solution is very simple for Dr Hasan. Either you resign or they will continue make you like a fool. Not only they make you like a fool, they also make your party like a fool !!

They will say "a fool is always a fool".

Your choice Dr Hassan !!

Serious Shepherd said...

Saya kesal kerana yang dipertahankan bermati-matian adalah penjualan arak (tak lupa juga tempat sembelihan babi) dan bukannya penjualan makanan vegetarian.

Saya juga kesal kerana istilah yang digunakan adalah 'bukan Islam' dan bukannya nama komuniti terbabit kerana satu lagi komuniti bukan Islam lebih memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh isu kuil dan makanan tanpa daging lembu. Akibatnya, orang Melayu anggap agama lain semua boleh dan tiada pantang larang, lalu orang Melayu terhidangkan daging lembu kepada orang bukan Islam yang tidak sepatutnya makan daging tersebut.

Belacak said...

YBhg Dato' AKJ

Andaian Belacak bahawa Mursyidul Lim Kit Siang ke Selangor tersasar sebab portfolio LKS terhad kepada babi. Portfolio arak dan 4 digits dipegang oleh Bro Anwar manakala hal ehwal mencarut dan free sex oleh Pok Ajis!

andakmaon said...

Terima kasih kerana terus menulis artikel politik . Dalam suasana politik negara yang bercelaru ini , pandangan yang bernas dan bersandarkan bukti sangat penting . Dato ada kelebihan kerana mempunyai mata pena yang sangat tajam dan pengikut setia dari berbilang kaum. Teruskan Dato kerana ianya Jihad yang sangat diperlukan sekarang .

dan kajang said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Komen Datuk cukup menarik. Datuk tentu berhak membuat komen mengenai kepimpinan di Selangor kerana Datuk telah mengikuti trend kepimpinan Selangor sekian lama.Jadi apa yang sedang berlaku pada kepimpinan Selagor sejak di bawah BN dan sekarang di bawah PR boleh dikatakan sebagai "history repeats".

2. Kita tidak akan terperanjat jika TS Khalid juga akan mengalami nasib yang sama seperti MB-MB sebelumnya.Tambah pula beliau baru cebur dalam politik dan belum cukup matang menangkis krisis yang bertubi2. Di samping itu kerajaan PR juga belum cukup stable lagi dan mudah tergugat.

3. Mengenai krisis penjualan arak, saya tidak yakin Datuk Hassan Ali dan PAS dapat mempertahankan prinsip mereka. Ini ialah kerana PAS hanya minoriti di Selangor dan tentu mereka tidak berani nak tunjuk tera sangat sebab PKR tentu tidak akan menyebelahinya.Seperti pernah saya katakan sebelum ini PAS sebenarnya lebih mementingkan kuasa politik dari mempertahankan prinsip dan syiar Islam. Ini adalah akibatnya orang Melayu dan Islam tidak bersatu.

4. Kita lihat sahaja bagaimana PAS terpaksa tunduk kepada tekanan DAP di Kedah mengenai isu penutupan pusat penyembelihan babi.Walaupun DAP hanya ada satu kerusi di Kedah tapi PAS terpaksajuga tunduk pada ugutan DAP.Inikan pula di Selangor yangmana DAP mempunyai lebih kerusi dari PAS.

5. Saya bersetuju dengan Datuk bahawa isu penjualan arak ini nampaknya kecil, tapi ia memberi implikasi yang amat besar kepada prinsip perjuangan PAS dan kerajaan PR.

suparjo said...

Tinfakan Hassan bererti:
1. Prinsip Islam dalam dirinya (mungkin Pas) masih kuat dan wajib disokong oleh semua muslim.
2. Secara jelas ada pertentangan antara prinsip Islam dengan bukan Islam. Islam tidak dapat dikompromikan dengan kejahatan (arak!).
3. Secara tidak langsung, Hassan mengajar pemimpin Pas lain untuk mengekalkan prinsip berbanding tipu helah politik. Ini berlaku pada saat TG Nik Aziz sangat toleran dengan aksi mual DAP.

Andaian saya, Hassan akan terpelanting kerana arus dalam Pas ialah manhaj PR, bukan manhaj Pas! Sabarlah Hassan, pertahankan yg terbaik..., entah esok lusa kita mati kerana H1N1, tak menyesal.

syauqi_x said...

slm pak kadir, semoga sihat selalu

kalau orang indonesia bilang, "ujung-ujung duit (UUD - this is actually a pun, taken from the acronym UUD - Undang-Undang Dasar 1945)

semua konflik yang terjadi di dunia ini pasti ada unsur-unsur duit@ekonomi di sebaliknya...bohong lah kalau satu pihak itu berkata dia berjuang semata-mata kerana prinsip, duit dan kekayaan adalah satu motivator yg kuat untuk seseorang melakukan sesuatu, hatta suatu kerja gila sekalipun

selangor negeri paling kaya di malaysia, sekarang bukan di tangan BN...p.pinang negeri kedua terkaya di malaysia, sekarang bukan di tangan BN...perak negeri yang banyak hasil kayu balak, pernah "terlepas" sekejap dari tangan BN...

kalau kita buka telinga dan curi-curi dengar di mana-mana pun di negeri selangor, sejak pakatan mengambil alih pemerintahan, banyak kontraktor dan sub-kon dan juga kon-kon yang lainnya yang berkait rapat dengan UMNO sekarang dah kebulur kontrak, hutang keliling pinggang, kontrak susah nak dapat...mereka2 ini (yang secara 'kebetulan' pula sang-sang ketua/warlord UMNO di kawasan masing-masing) mahu tidak mahu, dengan apa cara sekalipun, selangor harus kembali ke tangan UMNO/BN...kalau keadaan ini berterusan, ada kemungkinan kesetiaan sang-sang ketua ini dan pengikut-pengikutnya akan menipis, (maklumlah, dah lumrah manusia mengikut ke mana saja arus duit pergi!) dan ini bukan berita yang baik untuk pucuk-pucuk UMNO di atas sana

diramalkan kalau selangor masih kekal di tangan PR selepas PRU 13, majoriti mereka ini akan betul2 bungkus dan mungkin juga terpaksa makan nasi bungkus tiap hari...such is the undeniable connection between power and wealth...

begitulah gosip2 yang sering didengar di warung-warung mamak dan restoran-restoran mewah di negeri selangor darul ehsan...betul tidak, wallahualam...

apa yang saya cuba sampaikan, btul macam apa yang pak kadir tulis kali ini, kekayaan itu umpama gula, dah tau yang terlebih gula mengundang penyakit, masih saja ada 'semut2' yang berusaha mengerumuninya...apa saja akan dilakukan untuk menguasai gunung gula sebesar negeri selangor ini

semoga saja selangor, dengan segala kekayaan yang ada, dapat ditadbir oleh 'semut2' yang ikhlas dan jujur, bukan semut yang kerjanya membangun istana idaman qalbu bermotifkan nusantara sahaja...

p/s: your brief appearance on 101 East, was it your first appearance on aljazeera? what you said on the show was totally spot on!

sayiful azuan said...

baru-baru ini saya telah mengirim email kepada sesebuah dewan pemuda pas di satu negeri ini meminta pandangan mereka berkenaan impian mereka yang membara dahulu iaitu menutup kilang carlsberg di shah alam namun sehingga ke saat ini masih belum ada jawaban lagi. namun pada hemat saya mereka menentang renew lesen terbaru kilang terbabit namun terpaksa di sorokkan kemarahan mereka demi menjaga hati 'saudara kandung' yang berlain ibu dan berbeza ayah

Azaman Wahid said...

woi datuk... kes da setle la.

OKJ said...

Salam DAKJ (Maaf Dato’, dah tulis kena poskan jugak)

Diagnose early, treat early.

It is quite difficult to control the swine flu pandemic. Everybody has a risk to be infected. As a result, there is no role of anti influenza drugs anymore as a prophylaxis. On the same time, we are still waiting for the specific vaccine for swine flu H1N1. There are at least 2 major pharmaceutical companies trying to produce the vaccine which are Sanofi and Novartis. Currently, the trials enter the second clinical phase which means to know the safety and efficacy of the vaccine on human. Hopefully, it will be successful and will be ready as soon as possible. In conclusion, at this moment, there is no specific option for primary prevention.

Either we like it or not, we have to move to the secondary prevention which means diagnose early and treat early. As everybody knows, RDTI (rapid detection test for Influenzae virus A and B) is a simple test and the result will be ready within 15-20 minute. It is a non-invasive test where the sample is from either nasal swab, throat swab or the best is from the nasopharyngeal swab. The specificity is nearly 80 – 90%. Unfortunately, the sensitivity is quite low, ranging from 10 – 70%. Here, money does matter; more sensitive means more expensive. So everybody can choose which test according to their budget. Remember, H1N1 is one of the Influenza A strain.

My suggestion is simple. Make RDTI as a compulsory test for all fever plus ILI patients. If the test is positive, the patient should be given antiviral drugs (tamiflu® or Relenza®) to treat the disease. The more important is to prevent spreading of the disease by killing the reservoir. There will be no more quarantine at home without giving any specific medication. It is not fair to the patient, to their family and to the society. And I think this is the mistake that was made during the initial stage to control the spread of the disease.

I’m sure everybody knows that currently there are 2 drugs available to treat the disease. Tamiflu® is specifically for Influenza A and Relenza® is more broad spectrum antiviral where it can kill both Influenza A and B strain. It is advisable to keep either drug as a second line treatment if resistant occurs. My suggestion is, since Relenza® is more broad spectrum antiviral, probably it is more suitable to become the second line treatment and should be used under a strict Infectious disease specialist. However, I hand over to the ID specialist to decide since Relenza® is an inhale drug, which might be difficult to prescribe especially in critically ill patients who are on BIPAP or CPAP or intubated.

My second suggestion, all patients who have ILI with abnormal vital signs such as tachypnea, tachycardia or SPO2 < 95%, CXR is mandatory to stratify the severity of the disease. They should be admitted and started anti viral treatment as soon as possible although the RDTI is negative. So, each government hospital should open an ambulatory clinic for H1N1 near to the X-ray department to make the procedure look smooth and easy.

My third suggestion, KKM should expand the H1N1 helpline to be more effective and should have interlinked between every hospital in Malaysia. It acts like 24H one stop centre. If let say there is a patient who had severe pneumonia and need to be admitted and probably need to be transferred to the ICU or HDW, the doctor responsible only has to call the one stop centre and from there, the case will be settled by them. The one stop centre should know how many ICU /HDW beds available in each hospital and the latest status of each hospital in details and keep up to date. The prognosis will be better if the treatment starts early. Sekian TQ.

sangkakala said...

Salam,

Isu arak di di Selangor bukanlah isu besar yang terlalu sukar untuk diselesaikan. Hanya akhbar tertentu yang terlampau membesar-besarkan isu tersebut,sehingga ia kelihatan macam gunung, walaupun ia hanya busut kecil saja.

Dan setelah pemimpin tertinggi PR bertemu, perkara tersebut sudah pun selesai.

YANG GAMBI said...

Salam,

DAP manusia bijak, dia tahu di mana kelemahan PAS, maka PKR dan Nik Aziz dijadikan perantaraan untuk meredakan kebangkitan Hasan Ali.

Apa yang jelas kita sudah lihat mereka berpelukkan mengikuti kehendak PKR........

saji said...

Salam Dato',

Saya masih berpegang dengan komen saya yang lalu bahawa PAS yang sering mendakwa Malaysia negara sekular akan bukan sahaja mengalah dalam isu jual dan minum arak ini, malah terpaksa mengalah. Begitulah lain2 isu yang serupa - judi, rumah urut, pub dsb.

Maknanya,dalam sistem sekular yang memisahkan tuntutan kehidupan beragama dengan duniawi itu,langsung tidak ada keutamaan pertimbangan agama.

Saya juga berpegang dengan komen saya yang lalu bahawa apa2 jua sistem atau syariah Barat di bawah sistem sekular yang dapat menghindar umat Islam dan bukan Islam daripada melakukan perkara2 yang mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara dari sudut pandangan Islam, khasnya perlu ditekankan seimbang mungkin dengan penekanan kepada aspek iman dan akhlak.

el-Barokhas said...

Selalunya apabila terdapat perbalahan politik di antara Melayu dan bukan Melayu, bukan Melayu akan menang.

Dalam kes penjualan bir di Shah Alam, Tok Guru telah menyatakan beliau tidak akan kecam DAP. Sebaliknya beliau hanya akan membimbing DAP tentang Islam melalui ceramah dsbnya.

Maka terkapai-kapailah Dr. Hassan Ali. Tetapi tidak mengapa.

Walaupun Dr. Hassan berkata beliau tetap akan memperjuangkan syiar Islam, saya percaya beliau adalah juga se orang ahli politik. Beliau akan mencari satu alasan untuk mengobah prinsip dan pendiriannya.

Atau mungkin Dr. Hassan hendak memboktikan teori ini tidak berasas.

armouris said...

info tentang minum arak kat sini - Penyalahgunaan Arak

INDIGO said...

Pak Kadir,

Yang Merah Itu Kurik
(as i hear the gun swivel)

Thank you, terima kasih.
The economics of politics deem it
that alcohol is a commodity. cheers!

Alcohol is a better substitute
for gas guzzling engines, isn't it?

So in with the volatility
- Selangor Politique, wouldn't it
or wont't it make good cocktails?
either way

you will be dead drunk or
drunken dead by the time you
figure out what Pak Kadir is all about.

alhamdulillah.

Range? Permatang Pasir or Kepala Batas, Pak Kadir - or Permatang Pauh?

and we were lovers of the good love of life as solomon

ZURICH AL Qaaf said...

tok.. arak ini tak terbang macam nyamuk

mengikut ajaran ISLAM ..arak itu haram..

hanya orang kafir sahaja yang minum arak.

ISLAM ITU HEBAT
MALAYU ITU YANG HURA HARA

Anonymous said...

Yang peliknya kenapa tidak kedengaran suara NGO dalam isu arak di Selangor? Walhal ada antara mereka yang begitu lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai isu yang sama dalam laman blog pembangkang sejurus sebelum PRU 12?

Ketika itu tujuannya amat jelas ia itu mengajak pengundi mempertimbangkan pakatan kepartian yang melaung-laungkan akan menjadikan negara ini sifar arak, judi dsbnya meskipun mereka sedar pakatan kepartian yang mereka sandarkan harapan adalah didominasi oleh DAP dan PKR?

Apakah tugas mereka telah selesai apabila selesainya PRU 12?

Masam-masam Pahit

Anonymous said...

Adalah menjadi tugas mana-mana individu, ketua keluarga, ketua masyarakat dan akhirnya mana-mana pemerintah untuk sama-sama membina sebuah kehidupan bernegara yang sihat, aman dan sejahtera.

Oleh itu apa jua benda, perkara dan/atau perbuatan yang berupaya menimbulkan impak buruk, negatif dan/atau tidak sihat kepada individu, keluarga, masyarakat dan/atau sesebuah negara maka haruslah ada kawalan dan sekatan menerusi peraturan dan undang-undang bagi menghadkan penggunaannya.

Contohnya, dadah. Kalau setakat mendapatkan ketenangan atau bagi meningkatkan prestasi sebuah persembahan, sememangnya bagi sesetengah golongan/kerjaya ia dianggap berfaedah. Begitu juga dalam konteks perniagaan, ia mampu memberikan keuntungan lumayan kepada penjual, pengedar, pengimport, pengeluar dan sesebuah negara.

Persoalannya: Kalau ada kebaikannya kenapa ia perlu dikawal dengan peraturan dan undang-undang yang tegas dan hukuman yang berat yang sentiasa dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan, edaran dan penyalahgunaannya diminimumkan seberapa yang boleh?

Ya, meskipun ada kebaikannya tetapi yang menjadikan dadah sebagai bahan terlarang adalah kesan-kesan lain yang tidak baik seperti ketagihan, hayal, faktor kesihatan, jejas prestasi, menurun produktiviti, jatuh ekonomi dan peningkatan kadar jenayah.

Asalnya pada zaman jahilliyah, pengambilan dadah dianggap hak individu yakni terpulanglah kepada individu untuk menilai sendiri buruk dan baik pengambilan dadah menerusi kesedaran kendiri dan pendidikan ibu bapa, tetapi apabila manusia 'berevolusi' hingga memandang kehidupan bermasyarakat sebagai keutamaan, dadah akhirnya dilarang bukan saja untuk dijual malah untuk kegunaan peribadi (kecuali untuk tujuan perubatan).

Kesimpulannya: Apa jua produk yang memberi kesan buruk kepada masyarakat (meskipun ada juga kebaikannya kepada individu dan sektor tertentu) tetapi ia perlu dikawal secara serius menerusi penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang yang khusus demi menjamin kejayaan usaha berkenaan.

Ini bermakna kawalan kendiri, ibu bapa, pendidikan saja adalah tidak memadai kalau kawalan tidak melibatkan sektor pengimpotan, pembuatan, pengedaran, penjualan dan pengguna itu sendiri.

apolitikal :)

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon selit sedikit pasal selsema babi (sebab Datuk punya intro cerita pasal bab ini).

Dalam bulan April lalu, Menteri Kesihatan mengeluarkan arahan supaya semua ladang ternak babi seluruh negara menyuntik vaksin ke atas makhluk tersebut. Kalau engkar katanya, tindakan tegas akan dikenakan ke atas penternak-penternak.

Sejak dari tarikh itu, wabak ini bukannya semakin menurun atau terkawal, malah semakin merebak pula. Puncanya dikatakan sebagai jangkitan domestik.

Apa sebenarnya maksud jangkitan domestik ini? Adakah jangkitan dari makhluk tersebut kepada manusia atau dari manusia ke manusia sahaja?

Dalam pada itu, apa sudah jadi kepada vaksin babi tersebut? Tidak mujarabkah? Dan apa pula sudah jadi kepada "tindakan tegas" yang dikatakan akan diambil itu?

Sebulan kemudian (iaitu dalam bulan Mei), Menteri Kesihatan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa Kerajaan akan membeli vaksin selsema babi secepat mungkin apabila ianya mula dipasarkan.

Mengikut laporan tersebut lagi, vaksin itu akan digunakan ke atas petugas-petugas kawalan wabak selsema babi yang dianggarkan berjumlah sekitar 200,000 orang.

Persoalannya -- tiada vaksinkah untuk rakyat terutamanya terhadap kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, warga tua dan lain-lain?

Semalam, kerajaan Britain membuat pengumuman bahawa sebanyak lebih kurang 11 juta rakyatnya (9 juta untuk kumpulan rakyat yang berisiko tinggi dan 2 juta untuk pekerja-pekerja kawalan wabak) akan diberikan vaksin.

Jika kita membuat perbandingan kasar di antara Malaysia dengan Britain, kadar merebaknya wabak selsema babi adalah begitu "rapid" sekali di negara kita berbanding Britain, terutama sejak 1-2 minggu kebelakangan ini.

Sehingga semalam, kadar kematian di Malaysia akibat selsema babi sudah mencecah 51 orang berbanding 44 di Britain.

Dengan persediaan untuk membeli vaksin untuk mencakupi 200,000 orang sahaja oleh Kerajaan Malaysia berbanding 11 juta oleh Britain, saya bimbang wabak ini sukar dibendung nanti terutama apabila negara-negara kaya berebut-rebut membeli vaksin tersebut.

Apa kerajaan nak buat ni?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Assamualaikum Dato'

1. Terima kasih tulis perkara ini supaya orang Islam faham. Arak dan judi ini adalah dalam akidah Islam ditentang.

2. Ada uha orang yang bukan Islam yang tentang arak dan judi kerana mudarat kepada kehidupan kesihatan serta moral.Orang mabuk bahayakan orang lain, pukul anak isteri dan ganggu ketenteraman awam.

3. Jangan fikir yang dulu2 atau parti2 lain, jika orang Pas kena tegakkan Islam. Haramkan arak dijul atau dipelaw kepada semua orang Islam di mana-mana saja.

4. Kalau pemimpin Pas tak tegas dalam hal ini, Pas akan nampak macam Umno dan jadi macam Umno kerana hendak berpakat dengan DAP dan PKR untuk berkuasa.

5. Jangan kerana kuasa parti kita Pas cemar dan dijadikan kuda oleh DP dan PKR untuk berkuasa.

6. Pas ada Kelantan dan Kedah negeri orang Islam. Kita utamakan negeri orang Islam. Jangan kotorkan imej kita kerana nak jatuhkan Umno dan hendak berkuasa.

Anak Memali

ZULKIFLI said...

Salam Dato';

Yang akan muncul sebagai keutamaan bukan pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja tetapi KUASA.

Anonymous said...

To answer anon 7.58 Long

The issue is.. PAS buat janji dengan berdegar2.. kalau menang dan memerintah akan hapuskan itu, hapuskan ini, perkenalkan hudud etc.. semua kerana nak pancing undi melayu. saya benci penipu. dahla gitu,menipu atas nama Islam lak tu. kalau tau tak boleh buat, berjanji buat apa? saya buakn nak sokong BN. BN banyak kelemahannya. tapi BN tak pernah kata saya munafik sebab saya tak sokong PAS.

Tak Suka Penipu

Anonymous said...

DAKJ,

Izinkan saya memberi komentar balas terhadap pandangan Serious Shepperd.

"Saya kesal kerana yang dipertahankan bermati-matian adalah penjualan arak.

KOMEN SAYA: BUKAN PERTAHANKAN PENJUALAN TETAPI MEMBANTAH PENJUALAN ARAK. YANG DILARANG HANYALAH PENJUALAN ARAK TETAPI BUKANNYA LAIN-LAIN BARANG (BABI JUGA TIDAK). MALAH AWAK KALAU BUKAN MUSLIM BOLEH MINUM ARAK YANG DIBELI DITEMPAT LAIN (HAK AWAK TIDAK DIGANGGU). BAGI MUSLIM IA BUKAN KEPERLUAN ASASI DAN DILARANG DARI SEGI AGAMA. KALAU PEKEDAI BOLEH PATUH KEPADA ARAHAN AGAR TIDAK MENJUAL MERCUN DAN BEBERAPA BARANGAN LAIN YANG BUKAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI BARANGAN PERLU MAKANYA TIDAK ADA SEBAB DALAM ISU ARAK KEPATUHAN YANG SAMA TIDAK DAPAT DIBERIKAN.

"(tak lupa juga tempat sembelihan babi)".

KOMEN SAYA: BABI BUKAN BUKAN SAJA HARAM DIMAKAN TETAPI HARAM DISENTUH BUKAN SAJA BADANNYA TETAPI NAJIS DAN DARAHNYA SEKALI. IA BUKAN PERATURAN DALAM ADAT DAN TRADISI TETAPI KETETAPAN AGAMA. LAGIPUN PUSAT SEMBELIHAN BABI HARAM ADALAH ANCAMAN BUKAN SAJA KEPADA MUSLIM TETAPI BUKAN MUSLIM JUA. CUMANYA KENAPA ADA PUAK TERTENTU YANG SUKA MEMPERTAHANKAN ENTITI PERNIAGAAN HARAM ADALAH SUKAR DIMENGERTIKAN. KALAU PI SINGAPORE, HONGKONG DAN MUMBAI JANGAN HARAPLAH ENTITI PERNIAGAAN HARAM DAPAT BERKEMBANG BIAK. KETEGASAN PENTING KALAU TIDAK ORANG LAIN AKAN IKUT LANGGAR UNDANG-UNDANG. APA AKAN JADI KALAU SEMUA PIHAK BUAT 'UNDANG-UNDANG' SENDIRI MACAM DI KAMPUNG BUAH PALA?

"dan bukannya penjualan makanan vegetarian."

KOMEN SAYA: TIDAK ADA SIAPA MELARANG MAKANAN VEGETARIAN UNTUK DIMAKAN DAN DIJUAL. ISU ARAK DAN BABI TIADA KAITAN DENGAN MAKANAN VEGETARIAN, BRO! LAGIPUN MAKANAN VEGETARIAN HANYA DIAMALKAN OLEH SEBELINGAN KECIL PENGGUNA. ISU ARAK DAN BABI ADALAH ISU MELIBATKAN SEBILANGAN BESAR PENDUDUK. JAUH BEZANYA!

"Saya juga kesal kerana istilah yang digunakan adalah 'bukan Islam"

KOMEN SAYA: KALAU BETUL BUKAN ISLAM (APA SAJA KAUM) MENENTANG PENGGUNAAN ARAK BAGUSLAH. AYUH NYATAKAN TENTANGAN ANDA TETAPI BUKANNYA MENUNJUKKAN SIKAP HIPOKRIT -- KATA TAK MAHU TETAPI TAK MAHU HARAMKAN...APA INI?

"dan bukannya nama komuniti terbabit kerana satu lagi komuniti bukan Islam lebih memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh isu kuil"

KOMEN SAYA: RUMAH IBADAT APA SEKALIPUN TUMBUH MACAM CENDAWAN. KALAU MENELUSURI JALAN LAMA KL-IPOH, APAKAH JUMLAH KUIL YANG TERLETAK TERLALU HAMPIR DENGAN JALAN RAYA PERSEKUTUAN TIDAK CUKUP MEMBUKTIKAN SANGKAAN AWAK ADALAH SALAH? SERUPA JUGA ISU GERAI HARAM DISEPANJANG JALAN, APAKAH IA BUKAN ISU? APAKAH IA PERLU DILULUSKAN CUMA KERANA TERDAPAT DESAKAN UNTUK MENCARI SESUAP NASI? APAKAN ISU SESUAP NASI LEBIH UTAMA DARI LAIN-LAIN ISU? DAN MESKIPUN ISU MENCARI MAKAN LEBIH PENTING BERBANDING ISU KUIL TETAPI IA BUKAN ALASAN UNTUK PIHAK BERKUASA MEMBENARKAN PREMIS KEDAI HARAM DIBUKA SESUKA HADI, MAKA APAKAH DALAM ISU YANG KURANG PENTING MAKANYA PIHAK BERKUASA PERLU AKUR? GUNAKANLAH AKAL TETAPI BUKAN EMOSI.

"dan makanan tanpa daging lembu."

KOMEN SAYA: RATA-RATA RAKYAT MALAYSIA SEDAR TENTANG FAKTA BERKENAAN, TETAPI ADAKAH AWAK TIDAK DIBENARKAN PEGANG LEMBU? DAN KALAU TUAN RUMAH SECARA TIDAK SENGAJA TERHIDANG DAGING LEMBU, BUKANKAH AWAK ADA PILIHAN UNTUK TIDAK MEMAKANNYA?

"Akibatnya, orang Melayu anggap agama lain semua boleh dan tiada pantang larang"

KOMEN SAYA: JANGAN SAMAKAN PANTANG LARANG DENGAN ARAHAN AGAMA. AWAK BERTAMBAH KELIRU, BRO...

"lalu orang Melayu terhidangkan daging lembu kepada orang bukan Islam yang tidak sepatutnya makan daging tersebut"

KOMEN SAYA: RAMAI MUSLIM DIPELAWA MINUM ARAK OLEH TUAN RUMAH TETAPI ADAKAH MUSLIM MARAH? T0IDAK SAMA SEKALI? SI MUSLIM INI AKAN MENOLAK DENGAN BERHEMAH. KALAU DI AMERIKA AWAK DIPELAWA MAKAN BEEF BURGER ADAKAH AWAK AKAN BERASA KECIL HATI? ADAKAH AWAK AKAN PAKSA MAT SALLEH HIDANGKAN AWAK MAKANAN VEGETARIAN? JAWABLAH DENGAN IKHLAS.

Anak Bapak -- pro-toleransi

Anonymous said...

Datuk dan pendebat sekelian,

Saya mula mengundi pada awal tahun 1970an di Negeri Selangor. Dalam masa itu saya dua kali saja tidak undi BN. Kali pertama bila BN letak Lee Kim Sai jadi calon di Ulu Langat kawasan majoriti Melayu tetapi masa itu dia sangat cauvinis pertahan bahasa Cina dan sekolah Cina.

Saya benci cauvinis dari mana-mana bangsa pun. Jadi saya undi Calon Pas kerana waktu itu Pas memang berjuang atas landasan Islam. Tapi calon Pas tidak memang.

Kali kedua saya undi Pas untuk Adun Bangi ialah pada pru 12 kerana saya tidak tahan dengan Umno di bawah Abdullah Badawi dan kroninya. Tapi saya tidak undi Parlimen di mana BN(Mca) lawan DAP. Saya bagi undi rosak.

Tapi sekarang saya sudah mula kecewa dengan Pas. Lepas PRU ke13 Pas sudah jadi lebih teruk dari Umno dari segi tolak ansur dengan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam sampai yang haram jadi makruh dan yang makruh jadi halal kerana gilakan kuasa dan jawatan Exco.

Jadi siapa antara Umno dan Pas yang orang Islam-Melayu boleh harap menjadi maruah Islam dan hak-hak orang Melayu? Kalau Unno dan Pas tidak boleh diharapkan lagi, di mana orang Islam dan orang Melayu hendak bergantung? Itulah kemusykilan saya. Apa akan jadi kepada anak cucu kita?

Orang Cina dan India ada Mca, Gerakan, Dap, Mic, Ppp dan Pkr. Kita orang Melayu hanya ada Pas dan Umno.

Melayu Perantau,
Bangi.

eddy said...

Salam Dato'. Nampaknya ramai pemimpin PAS telah banyak menabur janji untuk menegakkan sinar Islam dalam pentadbiran kerajaan kepada orang Melayu Islam ketika pilihanraya dahulu. Malangnya lepas pilihanraya disebabkan mereka memilih untuk bersekongkol dengan Parti ekstrim sekular DAP dan Parti apa pun halal PKR, maka mereka terpaksa telan balik apa yang di janjikan semata-mata untuk memperolehi kuasa politik yang sementara didunia ini. Terbaharu Tok Guru Besar PAS Nik Aziz menghalalkan orang DAP untuk menghina Islam kerana kononnya orang kafir tidak memahami Islam. Pelik juga bila saya dengar lepas merdeka 52 tahun masih ada rakyat Malaysia bukan Islam tak faham mengenai rasa hati orang Islam.

Seeloknya saya harap orang PAS kembalilah ke jalan perjuangan Parti PAS yang sebenar, hentikanlah mengikut nafsu untuk mendapat kuasa politik dengan apa cara pun walaupun dengan orang yang terang-terang membenci dan menghina Islam. Muhasabahlah diri dan kembalilah ke landasan perjuangan PAS sebenar.

Kepada Dr Hassan Ali pula sebaiknya dia letakkan lah jawatan Exco yang tidak bermakna itu, bagi sahja pada Ronnie Liu yang bukan main petah sekarang mengenai perundangan Islam dari kaca mata DAP.

Puzzled said...

Dato AKJ,

I am not sure why you keep insisting that "Bagi orang bukan Islam, arak dan judi adalah antara kegiatan penting ekonomi yang menjadi hak (rights) dan sumber kekayaan mereka."

Certainly many non-Muslims like to have a drink every so often and gamble.

But you do not get rich from indulging in drinking or gambling. In fact you get poorer.

Of course I am sure that the small number of towkays with the right connections to get liquor and gambling licenses are swimming in money. Just as other towkays and datuks get rich pillaging sand, timber, land etc.

The majority of other non-Muslims have to work hard selling groceries, making electronic good, planting rice, planting palm oil, mining petroleum, etc to make a living. Just like all Malaysians.

Please refrain from tarring everyone with the same brush.

Lastly, liquor and gambling are both heavily taxed. Care to comment where most of these tax monies are spent on ?

Regards,

Puzzled.

hARAKah said...

Arak semakin diterima oleh PAS. Babi pun dah diterima oleh PAS.

Jadi nak heran apa?

Arak is OK maa!!!
Takebeer
Takebeer
Takebeer

Anonymous said...

Dato' AKJ,

1. Saya tidak sangka dato' pun termasuk dalam perangkap media perdana atau dato' sengajakan.

2. Kiranya perjuangan untuk mengharamkan arak di Selangor telah dimulakan, bagaimana di Johor, Pahang, Terengganu dan lain-lain?

3. Ini adalah satu lawak jenaka yang memurahkan daya intelek dato'.

Orang Parit Perak

saji said...

Sdr Ab (Abu Bakar Abd Rahman)

PARADOKS sebenar yang sdr kena fikirkan dan ketengahkan ialah, bagaimana pemimpin2 Islam di negara ini hendak lebih tegas dan berhempas pulas untuk mempertahankan Islam jika Islam yang dianuti dan diamalkan di negara ini adalah ISLAM SEKULAR!

Maksudnya, bagaimana hendak mempertahankan sesuatu yang tidak asli, tidak benar atau palsu?

Anonymous said...

Prohibiting the sales of alcoholic beverage at muslim majority area? If you want to go by the same principle, then muslims should be prohibited from working, and owning shares and equities of breweries and outlets that serve and sell alcoholic beverages, including duty free shops, supermarkets and hypermarkets. Are all these practical? Obviously not.

The answer lies with 3 things; religious teaching, parental guidance, and education. Any self respecting individual will not get drunk, addicted to gambling, be on the take, or be a nuisance to society. Don't blame others for your personal shortcomings.

Liberal non-muslim.

numero_uno said...

salam dato'

citer ni dah expired la dato'..biarla UMNO totok je yg komen..saya tumpang seonok membaca jaa..next week nak balik ngundi ni kat pmtg pasiaq..konpom BN kena tapau lagi...tungguuu!!...

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan bagi komen sedikit kpd Sdr Saji.

Sdr Saji,

Benarkah kenyataan Sdr yang mengatakan bahawa "....jika Islam yang dianuti dan diamalkan di negara ini adalah ISLAM SEKULAR!"?

Pada pendapat saya, apa yang berlaku di dunia dan di negara kita mutakhir ini adalah Islam Vs Sekular. Iaitu terdapat gerakan orang-orang bukan Islam yang berfahaman sekularisma mempengaruhi urusan pentadbiran kerajaan-kerajaan Islam.

Dan untuk menambah burukkan lagi keadaan, sudah terdapat ramai orang-orang Islam sendiri, termasuk pemimpin dan pengikut-pengikut mereka, yang secara sedar atau tidak telah bersama-sama memperjuangkan sekularisma ini.

Namun demikian saya berpendapat, ianya tidaklah bermakna bahawa kita boleh mengatakan agama Islam itu sudah menjadi Islam Sekular. Bahaya kenyataan ini.

Saya tertarik untuk berkongsi satu artikel mengenai Islam & Sekular yang ditulis oleh Sheikh Salman b. Fahd al-Oadah. Mungkin dengan membaca artikel tersebut dapat menjawab soalan yang Sdr kemukakan.

http://www.islamtoday.com/book/I_secular/Islam%20and%20Secularism%20_proofread_.pdf

Terima kasih

Azman Mohd Isa

ORANGUTAN PENANG said...

NI SEMUA EGO BUDAK KECIK..SEMUA NAK
JADI HERO..LAWAK BETOI TENGOK DEPA
MAIN WAYANG.

AKU MULA DOK INGAT BAGUIH JUGA KOT KOT MALAYSIA BOLEH ADA "SYSTEM DUA PARTY" MANA TAU NEGARA DAN BANGSA BOLEH MAJU!

NAMPAK GAYA KALU BIAQ KAT DEPA,MALAYSIA JADI MYANMAR LAGI BAGUIH!

AKU DOK PIKIAQ NAK BALIK PI PERMATANG PASIAQ KA DAK?

PANGKAH NU TAK KENA PANGKAH NI LAGI PARAH!

BAIK BELI TIKET PI CEBU ISLAND LAGI BAAAGUUUS BAAAAH!

ARRAMAITI BANGSAKU!

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

satu percubaan yg baik dato :-)

jgn la percaya puaka ke suey ke, dh besar panjang masih nak percaya hantu tetek ke lg!!
kalau seseorg tu bagus, kekal lama la dia...kalau sebaliknya, pasti rakyat akan kata "bleh blahhh.."

isu arak dap dan pas sudah selesai, ini namanya demokrasi, ada perselisihan pendapat itu biasa, lain padang lain belalang, duduk berbincang, kurang arif kita talbiyahkan, bukan angguk angguk geleng geleng, lagipun dato, ini drama PR, kalau pas buat perkara baik2 tuntutan islam yg umno tak kisah nak laksanakan selama 50 tahun, pasti tiada liputan media, kena buat sikit drama, media umno meroyan sakan...rakyat dari tak tahu jadi tahu....bijakkan dato!!!

HAMBA ALLAH

saji said...

Sdr Azman Wahid dan Sangkakala,

Sdr berdua kena faham pemikiran para pendokong dan pengilap apple UMNO di dalam blog ini apabila mereka mengatakan isu jual dan minum arak di Selangor ini belum selesai lagi.

Bagi mereka ini, isu tersebut akan hanya selesai apabila mereka melihat dalam masa terdekat Dr Hassan Ali dan MB Khalid letak jawatan, PAS berpecah dua, PAS keluar PR, PR hancur dan kerajaan PR Selangor tumbang!

Padahal mereka tahu kalau UMNO /BN memerintah semula Selangor, isu jual dan minum arak yang sama tidak juga mereka dapat selesaikan atas alasan yang tidak perlu dijelaskan.

Anonymous said...

Salam Dato'

Mahu tidak mahu kita terpaksa mengetahui perkembangan politik tanahair walaupun senarionya semakin lama semakin amat memualkan.

Saya hanya mahu menulis tentang H1N1 sahaja dan bagaimana saya rasakan kita memandang ringan tentang pandemic ini.

Baru-baru ini anak saya demam selsema yang tidak sembuh-sembuh walaupun telah berjumpa dua orang doktor. Untuk rawatan pusingan ketiga saya benar-benar mendesak supaya doktor mengambil darah anak saya untuk diuji samada beliau menghidapi denggi atau H1N1. Syukur ujian denggi kembali negatif dan anak saya pulih saperti biasa.

Tetapi apa yang saya terkilan adalah sikap doktor-doktor yang tiada "sense of urgency" ketika pandemic ini melanda dunia. Ada juga saya dengar rakyat Malaysia yang demam selsema agak lama dan dicadangkan oleh doktor untuk ke hospital kerajaan untuk diuji samada dijangkiti H1N1 atau tidak. Rakyat Malaysia ini hanya mengangguk dan pulang ke rumah tanpa menjalani ujian H1N1 kerana kata beliau nanti susah kena kuarantin. Tiada pemantauan langsung dari pihak klinik untuk mengetahui samada pesakit ini telah ke hospital untuk mengambil ujian H1N1 atau tidak.

Tengahari tadi saya telah pergi ke beberapa farmasi untuk membeli topeng yang dikatakan boleh membantu mencegah dari dijangkiti virus H1N1 - tidak pula saya ketahui keberkesanan menggunakan topeng ini. Alaihai, banyak farmasi menyatakan semua topeng sudah habis dijual. Saya menghubungi pula sebuah kilang yang mengeluarkan topeng. Kilang ini juga menyatakan bahawa stok topeng sudah habis dan mereka sedang mengilang topeng-topeng untuk dijual. Selepas penat mundar-mandir terkejar-kejar dari satu farmasi ke satu farmasi, akhirnya dapat juga saya membeli beberapa pek topeng berkualiti rendah dengan harga RM 50/pek. Harga topeng yang berkualiti rendah pun diberitau sudah naik.

Buat masa sekarang, saya sekeluarga cuba mengelak dari makan-makan di luar atau berjalan-jalan di pasaraya atau di mana tempat orang ramai berhimpun. Topeng yang saya tidak tahu samada benar-benar berkesan atau tidak pun kami pakai.

Saya harap pembaca-pembaca di sini berhati-hati lah dengan pandemic H1N1 dan jangan lah memandang ringan akannya. Desak lah doktor untuk menguji darah untuk denggi dahulu sebelum H1N1 jika demam selsema mengambil masa agak lama untuk pulih.

Janganlah diharapkan sangat barisan pemimpin dan pembangkang kita. Mereka terlalu sibuk berpolitik dan tiada masa untuk melihat masalah ekonomi dan selsema babi.

Melati

Anonymous said...

Assalamualaikum DAKJ,

Pas, PKR dan DAP sudah ketemukan satu kaedah berkesan untuk selesaikan kesemua janji yang telah dibuat oleh setiap parti pada PRU yang telah berlalu. Apa kaedahnya? Amat mudah sebenarnya!!!

Hakikatnya, kalau mana-mana parti tidak menunaikan janji PRU, alamatnya jangka hayat mereka adalah dalam kiraan jam dan saat saja. Ini memberikan satu tekanan dan sesuatu perlu dilakukan.

Caranya ialah dengan membiarkan mana-mana parti yang telah membuat janji PRU agar membuat tuntutan itu dan ini sebagai tanda yang mereka sebenarnya berkeinginan dan ada kesungguhan untuk mengotakan apa yang dijanjikan.

Cumanya kesungguhan atau keseriusan bukanlah matlamat di sebalik tuntutan yang dibuat kerana kalaulah kesungguhan dan keseriusan menjadi sandaran bagi memenuhi setiap tuntutan (sama ada dari Pas, DAP atau PKR) pastinya itu akan membuatkan tongkang PR terbarai dipertengahan pelayaran.

Kini setiap parti dalam PR telah pun menyempurnakan peranan masing-masing, kerja mereka dalam konteks janji-janji politik telahpun dilunaskan meskipun sekadar melepaskan batuk di tangga. Apapun syabas buat mereka kerana sandiwara politik mereka amat meyakinkan.

Meskipun hasrat parti islam untuk hapuskan arak tidak kesampaian tetapi oleh kerana susulan daripada retorik dalam isu arak inilah makanya PKR, DAP dan Pas mendapat nilai terpijak iaitu kononnya mereka mampu bertolak ansur dalam semua aspek termasuk tuntutan dari sudut keagamaan, maka pada PRU akan datang mungkinkah PR akan menjanjikan penghapusan arak di seantero dunia pula!!!

Story Teller.

Anonymous said...

Dato,

Setiap aspek dalam kehidupan perlu ada panduan dan nilai yang perlu dijadikan panduan. Sebagai contohnya kafe siber. Ia adalah premis yang menggalakkan penggunaan ICT untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan tetapi bukan untuk hiburan semata-mata.

Atas sebab itu kafe siber perlu dilesenkan dan peraturan tertentu dibuat oleh manusia bagi mengawal aspek penggunaannya agar selari dengan matlamat dan tidak sesekali menyimpang.

Cumanya adakah peraturan itu dan ini mampu mengatasi gejala negatif daripada menular di kafe siber? Jawapannya bergantung kepada penguatkuasaan. Kalau dibuat secara tegas, berterusan dan tidak memilih bulu, maka bermaknalah semua peraturan yang dibuat itu.

Tetapi kalau sebaliknya penguatkuasaan dipengaruhi oleh elemen 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau sindrom 'melepaskan batuk ditangga' atau perbuatan yang sambil lewa, maka apalah maknanya semua perturan yang dibuat?

Dalam konteks arak adalah juga sama. Kalau Pas berjaya sekalipun dalam mempengaruhi PKR dan DAP agar membuat satu perubahan dalam peraturan penjualan arak di kawasan majoriti Islam, ia tetap bukan satu jaminan yang peraturan tersebut dapat menyekat para peniaga yang tidak beretika agar mematuhinya!

Ini menunjukkan, perjuangan dalam konteks menghapuskan gejala mungkar bukanlah tugas yang mudah sebagaimana mudahnya parti pembangkang melontarkan cadangan yang simplistik sifatnya. Lain kali buatlah kajian terperinci dan menyeluruh terlebih dahulu sebelum menyuarakan sesuatu cadangan kerana ia secara tidak langsung mendedahkan kelemahan iltizam politik dalam kalangan komponen parti pembangkang itu sendiri.

Kalau orang jepun berasakan maruah mereka tercalar makanya mereka gunakan saluran yang murni iaitu 'harakiri' untuk menebus maruah dan perasaan yang terbuku dihati. PR bagaimana? Berpelukan?

Peace :)

Anonymous said...

dato,

Pemimpin PAS sekarang taula pulak bab tolak ansur. Dulu asyik kutuk UMNO kata ini la, itula. Nak haramkan itu la, ini la. Islam UMNO tak betul la, Islam PAS betulla.

Janji punya la besar time pilihanraya. Bila dah kasi chance memerintah, tak nampak sangat pun perubahan yg dijanjikan. Makin banyak rumah urut dan pusat karoeke adala.

Orang mengundi PAS supaya PAS memerintah dengan baik dari UMNO dan dapat memperjuangkan islam lebih baik dari UMNO.

Tapi kalau takde beza pun dulu dan sekarang, baik takyah ngundi parti PAS. Asyik-asyik kata UMNO pun buat, PAS pun boleh buat.

aparaaa....

melayu jauh

donplaypuks® said...

Dato

"Jadi kita tunggu yang mana akan muncul sebagai keutamaan – pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?"

I guess when you put the question like that, it will result in another line being drawn on race relations.

The creation of Muslim/non-Muslim enclaves and majority/minority areas will not bode well for an already polarised nation.

We need to see how we can our bring our various Peoples together and not find new issues to further divide them.

All this while, this has not been an issue outside of Kelantan. Our Constitution, like that of many Western and Eastern nations is colour and religion blind. So, let's keep it that way.

If we pursue this issue with your type of poser, then surely the next issue will be Genting, slot machines in private clubs, and then what? Forced segregation in schoold and universities, buses, trains, airplanes. Where will it end?

dpp
We are all of 1 race, the Human race

pakbelalang said...

UNDILAH PAKATAN RAKYAT dulu, kini dan selamanya.......



Boleh dapat lesen kedai arak

Boleh dapat lesen kedai urut

Boleh dapat lesen kedai judi

Boleh buat kandang babi

Boleh jadi Ah Long

Boleh jadi gangster

Boleh buat kuil dan tokong di merata tempat

Boleh bunuh diri

Boleh "Takbeer,Takbeer, Takbeer"



Aman dan bahagia selamanya !!!



Malaysian Malaysia

lawan

One Malaysia

dan kajang said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Nampaknya Kerajaan PR Selangor tetap dengan keputusan mereka membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Islam. Alasaanya,kononnya nak "impose self-decipline" di kalangan umat Islam di Selangor.PAS dan Datuk Hassan Ali pun dah condong kepada keputusan itu.Jadi kita rakyat biasa tidak boleh buat apa2 lagi sehingga PRU 13 nanti untuk tafsir perasaan kita.

2. Betullah tu niat TS Khalid, kalau benda tu dah di "layoq" tepi bibir orang Islam dan kalau depa pula tidak membeli benda haram tu dan tak pula minumnya maka berjayalah teori "self-decipline" kerajaan Selangor dan akan bertambahlah pahala orang Islam Selangor berkenaan.

3. Tapi kalau orang Islam, khususnya remaja Melayu membelinya dikedai2 yang berapa ditepi rumah dan meminum minuman haram itu yang di layoq ditepi bibir mereka maka masa tu biarlah pemimpin Islam dalam Exco Selangor pula menjawabnya di akhirat nanti.Mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka.

Anonymous said...

Datuk,
Salam.

Saya mengikuti perbahasan dalam blog Datuk berkenaan isu arak di Selangor.

Ada pembahas yang jelas pro PR mengatakan isu arak itu sudah selesai hasil perbincangan ketiga-tiga parti - DAP, PAS dan PKR. Dan hasil perbincangan itu ialah penjualan arak dibenarkan dalam kawasan majoriti Islam kerana orang Islam sendiri perlu ada self discipline untuk menjauhi arak.

Nyatalah PAS tunduk kepada DAP dan PKR pula jelas sebuah parti yang tiada pendirian.

Sebagai seorang yang dahulunya menyokong Umno dan mengundi BN, saya cuba untuk membezakan apa yang baik dan buruk di antara BN/Umno dan PAS/PR. Saya berusaha mendekati apa yang dikatakan kebaikan PAS.

Malangnya apa yang saya dapati PAS masih sama macam Umno. PAS gagal mempertahankan pendirian mencegah mungkar dan mengharamkan apa yang jelas haram seperti arak.

Nampaknya Islam PAS di Kelantan dan Islam Pas yang berpakat dalam PR amat berbeza. Jelaslah Islam Pas bukanlah Islam agama tetapi Islam parti seperti yang dituduh oleh Umno.

Suka saya menyarankan agar Nik Aziz membenarkan semua kegiatan dan perniagaan yang haram di sisi Islam diperkenalkan di Kelantan untuk menguji keimanan orang Islam Kelantan setelah hampir 20 tahun di bawah pemerintahan PAS.

Yang saya takut ialah sebagai seorang yang kerap ke Kelantan, masa sekarang ramai muda-mudi Kelantan ketagih dadah mana tau lepas ini mereka ketagih arak pulak!

Ya, Nik Aziz dan ulamak PAS tidak perlu menjawab tulisan saya ini tapi jawab sajalah di akhirat nanti...!!!!!

Salam.

Terima kasih.

CT Tanjung Perak

A KADIR JASIN said...

Sdr Donplaypuks, in part, said: "All this while, this has not been an issue outside of Kelantan. Our Constitution, like that of many Western and Eastern nations is colour and religion blind. So, let's keep it that way."

1. Sdr, the issue of haram and halal -- be it about economic, social or culinary practices -- have always been an issue with the Muslims;

2. Our Constitution,like the constitutions of many liberal nations, are not colour blind. America did not give the Blacks voting rights until 1946. Indonesia disallowed Chinese languages and names until only recently. Many European countries are limiting the freedom of Islam and non-Europeans;

3. Our Constitution recognises colour. Thus Islam is the religion of the Federation. The Malays have special rights. The immigrant races have citizenship right. Bahasa Melayu is the National Language. Mother tongue languages are guaranteed;

4. So let us understand our Contitution and debate accordingly in the spirit of openness. You are welcome to disagree with me, but let's not deny the contents of our Constitution and the established conventions.

Thank you.

Anonymous said...

pakbelalang

grow up man. Macamana kat johor, especially JB, convienience stores especially 7-11 tak jual beer ekk.

Senang je cerita- kalau kerajaan selangor ni terok, then mintalah kerajaan johor, melaka, N9, pahang, perlis buat undang-undang macamana nak control jual arak ni.

To PAS leaders in states controlled by UBN - hangpa semua patut desak MB-MB UBN ni ni haramkan penjualan arak dikawasan majoriti orang islam. kita tengok apa reaksi mereka.

ice

Shah Firdaus said...

salam dato',

saya adalah seorang penduduk di seksyen 7,shah alam dan seorang pengundi di situ sejak tahun 2004,...

isu penjualan arak merupakan satu perkara lama sejak pemerintahan BN dahulu....ketika itu secara berleluasa arak dijual di kedai serbaneka di 7-eleven dll..

tapi kini...arak tidak lagi dijual di sini hasil desakan dari PAS Selangor...pemantauan yang saya lakukan di 3 kedai 7-Eleven di section 7 ini menunjukkan tiada lagi arak dijual....

ini membuktikan bahawa ia hanya merupakan satu retorik UMNO untuk menunjukkan bahawa PAS tunduk kepada DAP sedangkan perkara sebaliknya berlaku

pemantauan saya di sebuah kedai serbaneka di section 9 juga menunjukkan bahawa terdapat amaran diletakkan di kaunter penjualan arak melarang penjualan kepada org islam..perkara ini tidak pernah dilaksanakan semasa pemerintahan BN...

saya juga ingin mengesyorkan kepada pemuda UMNO untuk membuat demonstrasi di depan Hotel Concorde Shah Alam bagi membantah penjualan arak secara berleluasa di lobi hotel tersebut sejak ia dibuka pada tahun 1997..(berani tak? kerana hotel tersebut dimiliki oleh saorang VVVIP)

saya juga ingin mengesyorkan kepada pemuda UMNO meminta isteri Perdana Menteri dan Ketua Wanita UMNO dll pemimpin wanita untuk menutup aurat sekiranya mereka benar2 melaungkan hendak memartabatkan agama

saya akan terus mengundi PR untuk p/r akan dtg kerana sebagai seorang penduduk di sini saya dapat melihat sendiri hasil baik daripada pemerintahan yang dilaksanakan oleh PR...(berbeza dgn kebanyakkan penulis komen yang duduk di tempat lain dan tidak mengetahui perkara sebenar)

PENGUNDI MELAYU ATAS PAGAR

cik S said...

Hi

Just want to let you know that i quote your opinion on the Perak crisis in my article when i went for a training in Globalia Magazine in Germany last April:

Return Of A Sultanate

Globalia 6th Edition

Page 34 -37

www.globaliamagazine.com

* I hope you are fine with it?

Sakiinah

Anonymous said...

Ice,

Katakan PR berpegang kepada 'ketuanan rakyat' versi baru tetapi kenapa dalam isu arak, rintihan rakyat majoriti dinafikan bagi memenuhi kelangsungan hawa nafsu golongan minoriti?

Katakan berpegang kepada 'ketuanan rakyat' tetapi kenapa dalam isu arak, pemimpin PR tidak tunduk kepada tuntutan rakyat sebaliknya tunduk kepada segelintir puak yang tamak dalam berniaga arak?

PR dikatakan berpegang kepada prinsip 'ketuanan rakyat' dan melaung-laungkan yang ianya lebih menepati kehendak rakyat berbanding prinsip 'ketuanan BN', tetapi kalau benarlah ketuanan PR lebih baik kenapa harus merujuk kepada ketuanan BN setiap kali 'ketuanan rakyat' terkantoi?

Anti Ketuanan Palsu.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon maaf kerana keluar tajuk sedikit.

Apa yang sebenar-benarnya tersirat di sebalik pengumuman SPRM memberhentikan segala siasatan terhadap mana-mana politikus berkuatkuasa serta merta?

Boleh diterimakah alasan yang diberi bahawa ianya adalah untuk mengelakkan daripada nama baik SPRM tercemar?

Mengapa SPRM berasa tertekan atau sebenarnya SPRM telah melakukan 'misconduct'?

Boleh bagi komen Datuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri pembahas dan pembaca yang dihormati,

1. Ada beberapa orang pembahas yang berasa saya sengaja membesar-besarkan peranan perniagaan judi dan arak seolah-olah orang bukan Islam mendapat manfaat besar daripadanya dan semua menyokong perjudian dan minuman arak.

2. Malah ada yang menganggap hujah saya itu sebagai perkauman.

3. Saya sedar bahawa tidak semua orang bukan Islam berjudi dan minum arak. Malah ramai yang menentang judi dan arak atas alasan agama, moral dan sosial.

4. Namun adalah hakikat bahawa judi dan arak adalah perniagaan besar di negara kita.

5. Bagi tahun kewangan 2008, lima syarikat judi yang disenaraikan di Bursa Malaysia mencatatkan jualan RM26.1 bilion dan keuntungan RM2.7 bilion. Manakala dua syarikat pembuat arak mencatatkan jualan MR2.1 bilion dan keuntungan RM202 juta.

6. Selain kasino di Genting Highlands, terdapat sebanyak 1,757 kedai (outlets) judi di seluruh negara – 680 Sports Toto, 600 Tanjung PLC (Da Ma Cai) dan 477 Empat Nombor Ekor.

Mengenai istilah puaka yang saya gunakan ia bukan bermaksud hantu jembalang. Ia adalah sebuah kiasan.

Terima kasih.

saji said...

Sdr Azman

Terima kasih kerana mengambil perhatian komen saya tentang Islam sekular berkenaan.

Masyarakat atau negara Barat yang sekular adalah yang 'mengasingkan' urusan kehidupan beragama dengan urusan duniawai dalam mencari kebahagian hidup, atas alasan agama penghalang kemajuan,tak mampu menyelesai masalah, menggalak fahaman ekstrim dsb.

Masyarakat atau negara Islam yang sekular yang saya maksudkan adalah yang, sama ada, 'mengasingkan' tiga komponen utama ajaran Islam iaitu akhlak, akedah dan syariah antara satu sama lain, atau, komponen akedah dan akhlak, di satu pihak, dan komponen syariah, di pihak lain, atau komponen akhlak dan syariah di satu pihak, dan komponen akedah, di pihak lain.

Anonymous said...

Halo Datuk..,

Hassan Ali pun dh cair dek penangan brader Nuar. Tgk gmbar baiknya dia pluk Ronnie. Ntahla masa bg ceramah mcm ribut Hassan ni tk sangka plk telur mcm siput. Klau pangkat Dr. blajar tggi2 oversea pn mudah kna racun mcmne Melayu yg kt bawah ni.


Mangkukrule

Anonymous said...

Kalau dah mereka bersatu atas nama politik, semuanya pasti boleh. Yang Haram pon boleh tukar jadi Halal. Nik Aziz pon kata orang bukan islam boleh menghina islam sebab mereka tak faham islam...

p/s : DAtuk Hassan pon hangat2 tahi ayam.


Bunga

zeqzeq said...

as-salam

kita kena buka mesin kuda, kena buka panggung wayang bina kelab malam dan buka premis jual TTOTO di S.alam selepas ini. boleh tak?? (opps ini ada kaintan poltik juga)

ada sesiapa nak buka boleh alibaba nama saya.:)(emoticon senyum kaya-kaya)

selama ni benda itu aman di S.alam.

Anonymous said...

anti ketuanan palsu kata:
"atakan PR berpegang kepada 'ketuanan rakyat' versi baru tetapi kenapa dalam isu arak, rintihan rakyat majoriti dinafikan bagi memenuhi kelangsungan hawa nafsu golongan minoriti?"

-----------------------------

Betul lah hujah saudara dan pertanyaan saudara bagaimana dengan hujah saudara " rintihan rakyat majoriti.

Dijohor, melaka, negeri sembilan, pahang - rakyat majoriti adalah orang melayu Islam.

Bagaimana dengan tindakan dan reaksi MB-MB negeri-negeri ini terhadap tuntutan rakyat yang majoriti melayu islam dalam isu ini.

Mengapa di bandar-bandar besar di negeri-negeri ini, 7-11 masih lagi memjual beer di outlet masing-masing.

Apatah lagi MB-Mb negeri-negeri ini adalah dari UMNO(Baru) dan UMNO(Baru) begitu gah mendakwa memperjuangkan hak orang melayu dan Islam.

Takkan pejuang-pejuang hak ketuanan melayu hanya sebok dan begitu perihatin mengenai isu ini diselangor sahaja sedangkan dinegerinegeri yang mereka perintah perkara tersebut masih berleluasa. Ini inti pati hujah saya diatas.

Sebenarnya dalam soal ini, kita harus bersatu dibawah tuntutan ugama dahulu dengan melupakan ketaksuban kepada perjuangan parti politik masing-masing.

saranan saya agar newgeri-negeri yang diperintah oleh UBN terutama UMNO(baru0 sebagai tunggak mengambil inisiatid dahulu kerana tindakan ini akan memberi tekanan kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

tetapi yang jelas saudara masih meletakkan ketaksuban kepada parti melebihi dari kepentingan ugama.

ice

Anonymous said...

tambahan....

saudara anti ketuanan palsu,

ssra shah firdaus dari shah alam telah mengesahkan bahawa bahawa 3 kedai 7-11 si seksyen 7 shah alam tidak lagi menjual beer. Saya percaya 7-11 telah mengambil tindakan yang sama di kawasan-kawasan majoriti di selangor.

persoalannya, apa yang telah diambil oleh pemimpin-pemimpin ketruan melayu dinegeri-negeri yang diperintah dan diketuai Mb-MB dari UMNO(Baru)? Alhamdulillah jika 7-11 dineegeri-negeri tersebut mengambil tindakan yang sama.

ice

al-Balingi said...

Salam Dato',

Boleh tak kalu dikata dan disimpulkan begini. Kemelut arak di Selangor adalah sebenarnya pertembungan di antara Agama dan ekonomi.

Di antara kedua, yang manakah perlu diberi pertimbangan terlebih dahulu. Samada agama, iaitu melindungi akal manusia, atau ekonomi, iaitu menjana kekayaan negara.

Sekiranya para pemimpin kita (dari fahaman politik apa sekalipun) mendahulukan agama dari ekonomi bermakna pemikiran mereka selari dengan Islam.

Tetapi, jika mereka mendahulukan ekonomi dengan hanya mementingkan laba dan kekayaan dari memelihara akal manusia, maka aliran pemikiran mereka selari dengan fahaman komunis.

Karl Marx, seorang pemikir agung komunis beranggapan bahawa agama adalah candu. Fahaman Marxisme berpendapat kehidupan manusia adalah berlegar tentang ekonomi.


Jadi, jika kita mendahului ekonomi dari agama, maka sama lah kita dengan komunis.

Merujuk kepada kontroversi arak di Selangor, saya berpendapat sudah tiba masanya kita yang beragama Islam menggemblengkan tenaga sedaya termampu dengan kuasa dan sokongan yang ada,sekurang2nya menghadkan penjualan arak terutama di majoriti penduduk Islam.

Cukuplah dengan kefasadan dan kemungkaran yang kita telah lakukan di bumi Allah ini. Kita patut belajar dari kaum umat terdahulu seperti kaum 'Ad dan Thamut. Mereka dibinasakan Allah di atas kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.

Tidak mustahil azab yang sama bakal menimpa kita.Kita sepatutnya belajar dari kisah umat terdahulu. Siapa tahu virus influenza A (H1N1) adalah sebagai permulaaan. And maybe more and more bad things will happen.

So, kita turut berharap agar negeri-negeri lain mengambil inisiatif yang sama bagi mengelak kemurkaan Allah SWT.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Dato' and fellow commentators,

Pardon me for saying that commentator Ice is high on ice. Ice is a type of potent recreational dadah. We are debating the galant efforts of Dr Hassan, a Pas leader of Selangor to control sales of beer. Ice is like a man high on drug is talking about Umno Baru. If Pas is like Umno Baru or Umno Lama or whatever, why bother?

We are talking about Pas as an Islamic party. As time passes by we see that Pas is clueless about multi-party politics. Pas is the linchpin in Selangor. Without Pas, there will not be PR government in selangor.

If Pas leaves, PR government falls. But Pas leaders, especially simplton like TG Nik Abdul Aziz, do not know how to use this vast power to demand simple things like banning arak, judi and rumah urut in Muslim areas.

In many western countries, consumption of liquor is allowed only in pubs and similar designated places and at home. Liquor is not sold in kedai runcit like in Malaysia and drinking laws are strictly enforced. I think Pas should do more reading and people like Ice are a danger to Pas and Islam unless he is an agent of Umno, DAP or PKR.

Ex-banker

saji said...

Salam Sdr al-Balingi

Berdasarkan komen Ex -bankar tersebut, saya lebih bersetuju jika isu arak di negeri Selangor ini dianggap sebagai contoh isu URBANISM atau maksud Melayunya PERBANDARAN iaitu isu2 masyarkat bandar terpencil yang terwujud dalam sepanjang proses pembanguanan bandar yang terancang seperti Shah Alam yang disebabkan oleh sama ada ia gagal dikenal pasti oleh jururancang terbabit semasa merancang dulu mahupun telah menganggapnya sebagai isu yang hanya boleh diatasi melalui pengurusan bandar berkala oleh pihak majlis bandaran atau perbandaran .

Anonymous said...

Dear AKJ,
Now you already know the position taken by Hassan Ali. Question is, did he backdown from fighting for Islam or is he doing the right thing by upholding what Islam truly is? My view is the latter because Islam is about winning over hearts and minds.

Habib RAK

Anonymous said...

SALAM DATUK KJ

Saya tak berapa nak terperangkap sangat dengan isu2 yg terkini di selangor maupun penang. Saya juga hormati kumpuln pendesak terutama pemuda UMNO dlm isu ini dan banyak lagi isu lain di Selangor maupun Penang. Saya juga puji SPRM yg berkerja kuat ke arah yg sama. Tujuan yg satu itu merupakan satu usaha mengembalikan negeri2 yg kaya ke pangkuan BN bagi mengelak BN terkujur. Kita tahu, malah semua rakyat tahu, yg tak bercakap pun tahu, yg buta pun nampak bahawa semua kerja, tugas dan khidmat yg dihulurkan sepertimana kata salah seorang forumer iaitu UUD (ujung-ujung duit). Kini ramai kontraktor2 kelas F dan D adalah kalangan ketua cawangan AJK kawasan dan sebagainya. Mereka takkan boleh hidup tanpa menumpang jln mudah dari boss besar yg tak berkira demi 'menjaga' alir agak arus bergerak terus kehadapan. Maka mahu tak mahu kumpulan berkenaan perlu berkerja keras agar Selangor akan kucar kacir dan dikembalikan dgn apa cara kepangkuan BN, kalau mahu terus hidup dan mahu BN juga terus ujud dlm tempoh 2 kali PRU. Itu hakikat. Maka yg pertahan seperti PR perlu ada anti virus, sebab virus akan hadir dalam pelbagai keadaan. Samada secara langsung maupun tidak langsung.
MAD BALING

A KADIR JASIN said...

Sdr Zulakmal bin Dabat,

1. Terima kasih kerana membaca blog ini dan menghubungi saya;

2. Seperti saudara pohon, pesanan saudara tidak saya siarkan;

3. Saya bangga saudara terus prihatin terhadap tanah air walaupun berada di luar negara;

4. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada saudara dalam pengajian saudara di Jepun;

5. Anda pasti boleh berbahasa Jepun. Saya kagum;

6. Saudara adalah pewaris Dasar Pandang Ke Timur Tun Dr Mahathir. syabas.

7. Saya akan hubungi saudara melalui emel yang saudara berikan.

Terima kasih.

cmk said...

Salam Dato'

Sudah 52 tahun kita merdeka, UMNO pun terbukti GAGAL menghapuskan ARAK dan JUDI di Malaysia. Dari zaman TUNKU hingga kini zaman NAJIB, semuanya cakap AUTA saja tentang penghapusan ARAK dan JUDI.

Siapalah PAS atau PKR itu hendak menghapuskan ARAK dan JUDI itu..? Mereka pun 2x5 AUTA macam UMNO juga Dato'.

Zaman TUN DR M yang kononnya PM paling hebat itu pun ARAK dan JUDI gagal beliau hapuskan. Siapalah NAJIB, siapalah MUHYIDIN untuk menghapuskan ARAK dan JUDI di negara kita ini.

abikhsan said...

Duduk sibuk 7-11 jual arak... ikan bilis maa... Tesco, Carefour pun jual arak. Terkesima tengok pasangan Islam (Husband pakai kopiah dan wife pakai jubah) tolah troli kat Carefour Midvalley yang ada iklan arak. Mungkin depa tak perasan... Tiada pulak sesiapa yang nak berdemo.

Minta mufti keluarkan fatwa (sebenarnya tak payah dan tahu HARAM) agar shareholders kilang arak, atau kasino tidak terdiri dari orang Islam. Ada berani ka...???

Anonymous said...

Abikshan,

Fatwa apanya lagi! Tak cukupkah beratus 'fatwa' politik pra PRU yang dikeluarkan oleh parti agama yang dijadikan umpan untuk memancing undi tetapi sesudah PRU tidak siapa yang ambil kisah apa yang terjadi kepada semua 'fatwa' berkenaan!

Kini satu daripadanya telah menerima tamparan atas sebab yang ketara iaitu suara Parti Sekular begitu dominan yang mendapat dokongan defakto lebih dominan! Ha, ha. Bayangkan kalau defakto dengan parti islam bergabung, sudah tentu isu arak selesai dengan penuh bermaruah. Ini tidak berlaku. Kenapa? Siapa yang menjadi pengkhianat dalam isu arak?

Usah salahkan lawan kalau sendiri gagal sedangkan pihak yang kuat berkokok dalam isu arak sudah diketahui umum. Oleh itu malulah kepada diri sendiri, kalaupun tidak malu kepada para pengundi yang teruja mendengar kokokan isu arak berkumandang tempoh hari.

Berhubung dengan cadangan meminta fatwa itu dan ini, tak perlulah dipersenda-sendakan. Bagi perkara yang jelas seperti saham arak dsbnya tak payahlah menunjukkan kebebalan sendiri kerana ia begitu jelas status dan kedudukannya. Budak sekolah rendah sekalipun boleh jawab. Yang perlukan panduan dan ketetapan adalah perkara yang kurang jelas atau kabur, yang semua jumud-jumud PR tak leh nak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Contohnya isu wang arak dan judi yang dijadikan sumbangan politik. Semua tahu yang parti agama ralit kumpul derma politik dan antara yang menyumbang adalah si Ah Pek peruncit arak dan si Ah Long peruncit kad kredit haram. Apakah kedudukan dan ketetapan bagi sumbangan dari dua golongan berkenaan tadi? Bukankah persoalan ini yang perlu diutamakan kerana ia semakin menjadi-jadi susulan kenyataan yang berbunyi: "tak apa berpakat dengan syaitan....).

p/s: siapa syaitan? apa maksud berpakat?

Ingin Tahu

daaksaytunk said...

Salam DAKJ

apa yang anakmuda nampak, bangsa yang bernama melayu lebih layu dalam semua isu yang ada di negara ini. kenapa kita? kat mana bangsa lain? kita sibuk mengkhafirkan sesama Islam, Takbir sana sini, tapi siapa yang mengambil peluan selepas itu?

anakmuda
http;//ohpolitik.blogspot.com

langit biru said...

Debat Arak,
Sebagai Muslim kita jelas ianya HARAM, tiada siapapun Muslim menafikan, akan tetapi soal amalan, ramai Muslim masih teguk arak.

Dan sebagai pemimpin Islam, yang melaung-laung gema suara mahu pertahankan Islam, apakah mereka ditampuk kuasa benar-benar ikhlas mahu melaksanakan Syariat Islam? Apakah jikalau rakyat kita 100% Muslim baru mahu laksanakan Syariat Islam? Apakah 70% penduduk Malaysia beragama Islam TIADA HAK bagi kita melaksanakan Syariat Islam?

Dan apakah kerana 30% rakyat bukan Islam tidak setuju atau menentang pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Muslim, maka kita bersetuju itu hak mereka, mata pencarian pendapatan mereka dan kita tak boleh berbuat demikian?

Ramai cendikiawan Muslim, ahli Akedemik Muslim dan PEMIMPIN MUSLIM bercakap tentang penyatuan Umat Islam Malaysia, melalui pelbagai badan-badan, tapi dalam hal arak ini tak ada pula satu kesepakatan, kesepaduan dan penyatuan HANYA KERANA isu arak ini disuarakan oleh parti politik pembangkang, PAS! Terjemahan mereka yang tak sealiran pendapat dengan PAS bahawa "ini adalah gimik politik PAS meraih sokongan".

APalah salahnya kalau UMNO turut menyokong perkara yang baik yang digariskan oleh Syariat Islam itu sendiri. Ketepikan sedikit perbezaan ideologi politik, laksanakan "Amar Maaruf Nahi Mungkar" sebagaimana suruhan agama.

SEBENARNYA, ayat Al-Quran mengenai suruhan "Amar Maaruf Nahi Mungkar" ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Islam sebagaimana keterangan tafsir al-quran oleh Dr Yusoff Al-Qardawi dalam bukunya Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah. Rakyat biasa yang tiada apa-apa kuasa, tidak mampu melaksanakan NAHI MUNGKAR, kecuali pemimpin yang berkuasa!!

Maka, disinilah pemimpin Islam tanpa mengira perbedaan parti politik perlu berganding bahu melaksanakan "Amar Maaruf Nahi Mungkar".

Debat Puaka Politik Selangor.

Tampuk kerusi panas Menteri Besar Selangor bukan berpuaka, bukan badi! Oleh kerana negeri Selangor negeri terkaya Malaysia, maka kerusi MB itu menjadi rebutan bagi mereka yang bermatlamatkan keduniaan. SIAPA SAJA kalau matlamat sebagai pemimpin sudah tersimpang jauh dari landasan sebenar, tiada roh keimanan dalam hatinya, maka akan terpedayalah ia. Jelas, kerusi MB itu satu ujian bagi sesiapa sahaja. Tiada badi, tiada Puaka!

Osama Laden said...

there i tell you, kadir, drunken dead they can't figure out where to channel the anger simmering in their constipated intellect.

Serious Shepherd said...

Adapun saya ingin membetulkan salah faham Anonymous Anak Bapak 9:07 AM. Komen saya ditujukan kepada DAP (serta sebahagian masyarakat Cina) dan bukannya pihak yang lain.

Bersuara said...

Dato tak mulakan apa-apa tentang Permatang Pasir? Calon belum bertanding dah ada isu. Kalau sekali fikir, sebab apa cari fasal tapi bila 2 kali fikir, calon UMNO mana yang tak ada isu. Saya rasa BN boleh menang.

saji said...

Sdr abikhsan

Dalam satu seminar mengenai construction contract di UIAM yang saya hadiri pada Jun tahun lepas, seorang penceramah pakar perbankan Islam 'memfatwakan' kedudukan halal/haram perniagaan yang mencampuradukkan transaksi barangan haram dengan yang halal dalam satu premis bangunan dsb dengan memberikan contoh hotel lima bintang di Dubai yang menjual arak bagi maksud menentukan keharusan umat Islam / dana Islam membuat pelaburan seperti berikut:

Pelaburan sedemikain dianggap tidak haram atau harus jika nisbah transaksi antara barangan halal dengan haram tidak melebihi nisbah 70:30 (halal:haram),dan wujud pengasingan akaun di antara transaksi barangan halal dengan yang haram.

Anonymous said...

Abikshan,

Selain dari pemegang saham, bagaimana pula dengan pekerja di hotel, restoran, di pusat peranginan seperti Langkawi dan Genting Highlands, kedai-kedai duty free, i.e. di semua industri yang menyediakan minuman arak dan judi, apakah mereka patut diberhentikan kerja?

Masyarakat Yahudi Iran yang tak sampai 1% penduduk dibenarkan menjual minuman alkohol di kalangan mereka, tak jadi isu pun di kalangan pemimpin Iran yang lebih bersifat hardline (I saw this on astro travel progam).

Minuman alkohol tak jadi isu pun di negara Islam sperti Dubai, Turki, Jordan, Egypt, Morocco. Kenapa tiba-tiba ianya jadi satu isu di sini?

Vinse

Anonymous said...

Salam,


Menjual agama Allah dengan harga paling murah.

I like Pas... very good in entrepreneurship and business!

Latipah Nomokario

hangnadim said...

Salam Dato',

Panasnya isu arak di Selangor tu tak pelik mana. Pada saya isu itu menjadi pelik kalau Umno tidak campur tangan. Umno memang jenis gatal tangan.

Terbukti, apabila ada campur tangan Umno dalam sesuatu isu dengan menggembar gembur dalam media massa pula, maka panaslah jadinya. Masalah di Selangor tu biarlah kerajaan negeri itu yang selesaikan.

Dulu, semasa di awal pentadbiran, kerajaan PAS Kelantan mengambil langkah mengurangkan jumlah lesen premis jualan arak, hiruk pikuk juga jadinya apabila Umno jadi batu api.

Umno cucuk orang bukan Islam mengatakan, "Tengok, bila PAS memerintah hak orang bukan Islam tidak lagi dihormati. Berhasilnya cucukan itu sehingga MCA merancang mengadakan pesta (protes) minum arak di Kota Baru.

Entah mengapa akhirnya protes itu dibatalkan. Cuma ada perkhabaran mengatakan, MCA takut meneruskan tindakan mereka apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, 'Minumlah sehingga pecah perut".

Sepatutnya dalam isu seperti arak ni, Umno janganlah asyik seronok jadi batu api. Kalau di Selangor, jadilah pembangkang yang bertanggung jawab. Pentingkan kemaslahatan ummah daripada mementingkan kemaslahatan parti.

borhan said...

Isu Arak dan Babi sangat prihatin kepada DAP. Jadi betullah bila orang mengatakan DAP itu ialah Defenders of Alcohol and Pigs.

pakbelalang said...

Preachers Must Practise Restraint




KUALA LUMPUR, Aug 17 (Bernama) -- Muslims, especially preachers, must always exercise restraint and monitor their actions so that they do not go overboard, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Jamil Khir Baharom.

He said no matter how knowledgeable an individual claimed to be about Islam, he is still a normal human being and should observe limits.

"Therefore, it is important for a preacher to watch watch what they say and avoid being extreme," he told reporters after launching the Tijarah Ramadan television programme, here Monday.

Jamil was asked to comment on PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat's claim that Umno practices teachings based on the Palestine teachings and that would not take them to heaven.


comment:

Tok Guru ni dah jadi macam Mat Sentul. Cakap dah merapu. Macam dah hilang pedoman je !! Apa hal ni? Mereka yang taksub sangat dengar cakap Tok Guru ni elok lah behati-hati. Jangan tersesat. Gunakan akal. Ulamak-ulamak patut tegur Tok Guru ini supaya apa yang dia cakap ini tidak meraban-raban atau menyimpang!! Kita tidak boleh menganggap apa Tok Guru cakap semuanya betul.

He is confusing the ummah !!

jekyll said...

Salam Dato'

1. ppl keep blaming PAS for being hangat tahi ayam, cakap tak serupa bikin whatsoever, but then, do ask ourselves, how we would do if we are in da same shoe? come on, action speaks louder than word.

2. BN gelak habis tengok drama PR ni. Why wont we just drag them along next time? Seperti bertanya apa pendapat YAB Dato Seri Najib kita. heh

3. Since i don't know much about Malaysia Constitution, what is the real role of Penasihat Agama, Pertubuhan n every part which constitutes a state. Benarkah ini hanya ada isu politik & politik yang paling berkuasa menentukan keberadaan isu seperti ini?

it's too much complicated. Even with a honored degree without own searching,a malaysian would be blind probably. thus, siimply observes everything without knowing nothing.

sorry being harsh,

And very thank you for enlighten my sight.

Anonymous said...

Datuk,

Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

UMNO salahkan PAS.
PAS salahkan UMNO.

Itulah "standard" politik orang Melayu. Tak habis-habis nak menuding jari sesama sendiri. Hak dan maruah agama sendiri, hak dan maruah bangsa sendiri diketepi hanya semata-mata nak tunjuk bahawa parti mereka sahajalah yang benar, parti "lagi satu tu" salah.

Apalah salahnya kalau orang UMNO sokong Hassan Ali dalam isu penjualan arak ini? Tak payahlah nak kutuk dia cakap tak serupa bikin. Yang penting, matlamat untuk menghadkan penjualan arak secara terbuka ini dapat dilaksanakan.

Orang PAS pulak janganlah asyik nak salahkan orang UMNO. Kalau dulu UMNO benarkan jual arak, itu bukan bermakna PAS pun boleh bagi alasan mereka boleh jual arak juga. PAS kenalah perbaiki benda buruk yang dibuat UMNO dulu, lebih-lebih lagi terhadap perkara-perkara yang PAS sudah berjanji untuk memperbaiki. Kalau dulu janji nak haramkan arak, sekarang bila dah ada kuasa ... tunaikanlah janji tu. Tak payahlah nak bagi alasan dulu UMNO boleh buat kenapa sekarang kita tak boleh buat pulak?

Tapi Datuk,

Yang paling hina saya rasa, melayu-melayu dalam PKR. Dok kondem Hassan Ali ni barua UMNO la, tali barut UMNO la ... hanya semata-mata nak pertahankan rakan mereka si DAP. Pendek kata apa saja yang DAP ni buat semua kira betullah. Nampak gayanya, hak rakyat untuk minum arak itu lebih utama dari hak agama. Apa yang penting sangat dengan hak rakyat untuk minum arak ini saya tak tahulah. Lagi banyak buat masalah dan bencana sosial adalah.

Setuju dengan pendapat "langit biru". UMNO sibuk cakap pasal "penyatuan umat", apa salah kalau umat Islam bersatu dalam menghadkan penjualan arak ini. UMNO, PAS dan PKR sama-sama hantar seorang wakil buat forum "Mengapa Islam haramkan arak". Berdakwahlah sikit. Buat penerangan kepada orang bukan Islam tu, kenapa Islam mengharamkan arak. Banyak sebab dan rasionalnya. Dari hal masalah sosial, kemalangan jalan raya, masalah kesihatan, masalah rumahtangga dan lain-lain banyak yang berpunca dari arak ini. Manalah tahu, dengan penerangan yang jujur dan ikhlas dari kerjasama pendakwah UMNO, PAS dan PKR ini, orang bukan Islam boleh terima hasrat untuk menghadkan penjualan arak secara terbuka di kawasan-kawasan majoriti Islam.

Tapi Datuk, macam saya cakap tadilah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO, PAS & PKR cermin-cerminlah diri.



-sinbad-

Tok Ma said...

Datuk,

DS Nik Aziz "spiritual leader" Pas kata orang UMNO tak akan masuk syurga kerana mengamalkan islam palsu.

Dah malas nak komen panjang-panjang. Nanti buat dosa tak dapat masuk syurga.

Pelik ada. Geli hati pun ada. He..he...

Maaf ya.

hisham said...

DAKJ

Suasana politik kian berubah dan perencanaan serta perincian perlaksanaan kena berubah. Sejak MAC 2008, ternyata bahawa PR makin kukuh. Ye..memang terdapat pertentangan antara individu dlm PR, dan ini tidak patut dihairankan. Yng kita sama -sama kena hairan ialah macaman seorang isan bernama ANWAR boleh satukan dua PARTI yang kononnya enstrim CINA dan kononnya ekstrim ISLAM. Tengku Razaleigh sendiri mengakui bahawa ANWAR dapat lakukan sesuatu yang dia tidak boleh lakukan semasa Semangat 46 dulu.

Politik baru sudah bermula, Karpal Singh hentam Anwar hari ini, esok, sama-sama dalam satu majlis. Hassan Ali hentam Ronnie Lui, esok saling bermesyuarat dlm dewan yanng sama. Lim Kit Siang marah Hj Hadi, esok bejabat salam dan bertukar pandangan.

Dlm PR, semua boleh bertentangan pendapat, tidak disembunyikan . Tetapi bila ANWAR hadir, semuanya terlerai. Semua berpuashati dengan Anwar.
Jadi, kita kena akui bahawa, sampai sudah saatnya, politik malaysia kena berubah. Cukuplah.. retorik-retorik yang dikemukakan oleh BN selama ini. Mungkin 5 - 10 tahun dulu mereka boleh tipu rakyat, sekarang ini, dengan perkembangan teknologi yang ada, sukar lagi untuk tipu.

dan saya sebagai orang muda yang hampir 75% kehidupan bermain dengan internet, semua pembohongan kerajaan BN boleh diketuai dengan satu klik saja.
Contoh

TPM pergi mesyuarat di Tuaran untuk rasmi hal yang berkait dengan UMNO dan menggunakan helikopter Tentera Malaysia dan mengalami saat cemas( Alhamdulillah.. TPM selamat), Adakah benda ini betul???? Majorti orang muda akan kata salah... dan saya salah seorang daripadanya kerana jelas guna kemudahan Kerajaan Malaysia bukan UMNO.

So, kebobrokan macam ini akan memberi kesan kepada orang muda... mereka melihat, memerhati, dan membuat penilaian.

So, selagi UMNO tak berubah, UMNO akan kalah dalam PRU13

Anonymous said...

Isu arak sepatutnya boleh selesai kalau manusia berpegang kepada janji. Masalahnya manusia berjanji untuk dimungkiri, apatah lagi sesudah medapat kuasa di negeri pasir dua butir..

Sebelum dapat kuasa cakap bukan main berapi-pi dan serius mahu hapus itu dan ini, macamlah mreka itu boleh petik jari dan otomatik semuanya terhidang. Setelah dapat duduk selesa dikerusi empuk exco negeri mulalah buat-buat lupa.

Dalam pada itu menggagau-gagau mencari alasan kot-kot ada rakyat yang akan mengungkit kembali janji-janji yang diibaratkan seumpama menanam tebu di bibir mulut.

Dan akhirnya apabila terperangkap dengan kata-kata dan janji-janji yang dihamburkan, tidak pulak tergerak hati untuk mengakui kelemahan diri sebaliknya berasa megah dengan muka plastik!!

antihipokrit

mad said...

calon bn di permatang pasir mempunyai masalah guaman melibatkan wang pelanggannya dan disahkan oleh bar council. nampaknya umno/bn benar2 ketandusan pemimpin2 yg benar2 bagus dan berintegriti. kalau umno/bn masih mempertahankan org begini nampaknya mereka akan mengalami jalan sukar pru13 nanti.

abikhsan said...

Dato', belum apa-apa dengar cerita calon BN pernah ada problem dengan Bar Council. Berita dalam akhbar yang tertera tajuk Peguam lawan Peniaga sepatutnya diubah BEKAS PEGUAM lawan Peniaga....

Dah takde calon lain ke yang BN boleh ketengahkan...???? Ini merupakan 'bullet' or 'punching bag' bagi pihak lawan....

Err.... tak nak bawa topik pembangunan ke kat Permatang Pasir ni... declare anak angkat ke, ADUN angkat ke, Mak or Bapak Angkat ke..????

Kretek Manis said...

Kadir,

Our constitution never said Malays have "special rights". Baca betul betul perlembagaan kita sebelum memberi komen, jangan nak menghelah orang.

Anonymous said...

Dato dan pembahas, kalah macam Kretek Manis kata "Our constitution never said Malays have "special rights", apa pasal pula si Cina dan India, DAP, Hindraf, PKR terpekek terlolong mahu hapuskan?

Minta Dato atau sesiapa jelaskan. Takut ini taktik Kretek Manis bagi pihak si Cina dan India, DAP, Hindraf, PKR, Anwar Sumpah-Sumpah dan Nik Aziz nak kelirukan Melayu.

Sarbat

DropShot said...

Mengapa ejek Dato Hassan Ali yang cuba halang orang melayu minum arak. Awak suka ke orang melayu minum arak? Kalau nak tunggu orang UMNO yang halang orang melayu minum arak siapa dia tu? Ada ke yang berani nak cakap? Kalau dah orang melayu yang nak berjuang halang orang melayu minum arak, kita sokonglah walaupun dia dari puak lawan kita. Yang penting sosial orang melayu terkawal. Jadi janganla ejek pulak!

Anonymous said...

UMNO sukar untuk menyokong penyataan dan perlakuan pembangkang walaupun betul dan berfaedah kepada orang Islam.

Perkataan takbir bukan khusus kepada orang Pas sahaja. Takbir=Allahuakbar (Allah Maha Besar). Berani betul orang melayu menganjingkan perkataan ini dengan menukarnya kepada takebeer (ambil arak). Satu penghinaan kepada Islam. Jangan sampai barangan Malaysia kena boikot dengan negara2 OIC disebabkan perkara ini. Lebih teruk lagi turun bala Allah, semua kena. Bertaubatlah puak2 tersebut. Kamu ejek orang yang membantah jualan arak, tapi kamu tak pernah pun bantah jualan arak. Rakyat terutama non muslim bertambah-tambah keliru dengan berita serbuan di pusat judi haram dan rampasan arak haram, seolah-olah terdapat judi halal dan arak halal. Patut tukar berlesen atau tak berlesen.
Sekian.
-peace to all

affendi hussain said...

Sibuk bercakaran saja melayu ni tentang sapa lebih islam di kalangan org islam..

Yang puak2 nak jadi jaguh islam tu pun majoriti RUKUN ISLAM pun masih tak lengkap..
tak lengkap perkara Rukun agak2 dah layak nak mengaku islam ka? tak kiralah versi apa pun..hadhari ka, tok guru ka..buat apa nak tambah mazhab lagi.

Umat terbaik..?? jauh panggang dari api wahai melayu..main politik dah jadi macam politaik apabila dah guna ad-din sebagai objek permainannya..bukan perjuangan..

Siapa wakil Allah di muka bumi ni yg boleh tau hal2 ghaib semua org ni? hebatnya..

ahh..melayu mudah lupa..dulu kata Allah mencarut? tetapi Rasulullah tidak pula mencarut kan..? kenapa?

Sebab Rasulullah s.a.w tu Allah jadikan contoh teladan terbaik utk umat Islam selaku seperti dlm al-Quran (Surah Al-Ahzab:21)

Kitab mana ikut ni?..manusia banding dgn cth manusia lah..kenapa banding dgn Tuhan? Durian dgn rambutan? bunyi mcm lojik Tg. Rambutan..

Kalo dah setara dgn Tuhan..Nauzubillah!

Lu pikir lah sendiri...

ular dalam semak byk akhir zaman ni..ulamak tu kata jamak daripada 'ilmu'..maksudnya byk ilmu, byk ilmu senang fikir & buat keputusan..baru boleh jadi sumber rujukan orang ramai..

lihatlah kualiti ulamak zaman kegemilangan islam dulu dan banding dgn ulamak politik melayu skrg..hampas..tak terkejut pun kalo ramai org melayu yg taksub kat Ayah Pin..


p/s: Memang tiada "malay special right" (hak) yang ada cuma "previllege" (keistimewaan)

..kalo HAK tiada perlu penjaga..

..kalo KEISTIMEWAAN ada penjaga istimewa..

sebab tu modus operandi puak2 ni nampak menghala kpd penjaganya..betul tak?? samalah..

..yang silap nya cuma satu saja -pemimpin2 penyangak melayu yg buat keistimewaan tu mcm hak bapak dia sendiri...dia dpt jadi menteri pun keistimewaan..bukan hak pun..

penguasaan ekonomi tu pun bukan hak..tetapi keistimewaan....sama juga ada penjaga-penjaganya..kalo hak pasti semua org dpt sama rata

Depa rasa bijak tapi tak cerdik..
semua tak betul, bibir menjuih tercebik..
yang bengap bolehlah ditipu tapi bukan yg celik..
semua nak kendong, semua nak kilik..
Hangpa punya tak boleh sentuh lansung, org punya tergedik nak ambik..
silap & tak kena gaya hangpa menjentik..
siku & kaki bakal mendebik..
tempang langkah nanti terceceh terkedek..
benda dah jadi pasti tak boleh diputar balik..

(",)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).