Tuesday, August 18, 2009

Perihal Selesema Babi, Virus dan Kiamat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

VIRUS adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud racun atau toksin. Ia berupa agen jangkitan mikroskopik yang hanya boleh membiak dalam sel tuan rumah. Virus menjangkiti pelbagai organisma – manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma satu sel.

Mengikut maklumat saintifik, sejak Martinus Willem Beijerinck, seorang ahli botani dan mikrobiologi Belanda, menemui sejenis virus yang menyerang pokok tembakau (maka diberi nama tobacco mosaic virus) pada tahun 1898, lebih 5,000 jenis virus telah dikenal pasti. Ahli sains sekata bahawa banyak lagi virus yang belum ditemui dan dikenal pasti.

Maka kemungkinan kita dijangkiti salah satu atau beberapa daripada ribuan virus ini adalah sama pasti dengan kedatangan kiamat.

Jadi kalau kita takut kepada virus sehingga memberi kesan kepada kehidupan harian kita, rasa-rasanya mustahil kita boleh hidup dan berfungsi dengan sempurna.

Teringat saya kepada waktu saya budak-budak dulu bila buat beberapa ketika saya berasa tidak mahu bersekolah dan tidak mahu menternak ayam itik apabila saya menemani emak ke madrasah untuk mengaji agama.

Saya begitu takut dan hilang keyakinan mendengar tok guru bercerita mengenai hari kiamat. Sebagai budak yang baru masuk sekolah, saya membuat kesimpulan apa gunanya bersekolah, bersawah, menternak ayam itik dan mendirikan rumah kalau semuanya akan dimusnahkan oleh kiamat.

Alhamdulillah, kisah kiamat yang dipersembahkan dengan cara yang begitu menakutkan oleh tok guru itu dapat saya dalami dan rasionalisasikan kemudiannya.

Kiamat pasti akan datang. Tetapi apa yang telah berlaku, yang membuatkan saya cukup positif dan yakin dengan kehidupan, adalah suka duka dijangkiti pelbagai virus dan kuman serta diserang bermacam-macam parasit daripada cacing kepada kutu, pijat, nyamuk dan tungau.

Pada zaman kanak-kanak, saya diserang lelah, kudis buta, demam panas dan jangkitan berbagai-bagai jenis cacing sehingga perut saya buncit atau, dalam loghat Utara, boroi. Cacing keluar dari dubur dan kadangkala muntah pun keluar cacing!

Maka selain daripada menjadi amat biasa dengan rawatan – daripada serapah jampi oleh dukun dan bomoh kepada suntikan oleh doktor – saya menjadi “philosophical” mengenai kehidupan, iaitu macam mana pun kita mencuba akhirnya alam semula jadi akan mengatasi daya usaha dan kepandaian kita.

Kita tidak dapat lari daripada kuman dan virus kerana sesetengah daripadanya berada dalam badan kita daripada saat kita lahir hinggalah selepas kita mati. Organisma inilah yang menghadamkan makanan yang kita makan. Dan organisma ini jugalah yang akan mengitar semula jasad kita menjadi abu dan debu.

Badan manusia menjadi tuan rumah kepada jutaan mikro organisma daripada lebih 400 spesies yang selalunya wujud dalam suasana harmoni dan sekali-sekala dalam suasana kacau-bilau. Purata hampir tiga paun berat badan manusia adalah dalam bentuk mikro organisma ini.

Virus, kuman dan bakteria menjadi masalah apabila badan kita sendiri menjadi lemah kerana terlalu banyak makan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan seperti gula, lemak dan madat.

Atau apabila kita mencemarkan persekitaran kita dengan kekotoran, racun dan kimia yang merosakkan bekalan air dan menipiskan lapisan ozon.

Apabila badan kita lemah dan persekitaran kita kotor, maka virus dan pelbagai organisma mikro yang hidup dalam badan kita atau di sekeliling akan turut berubah (mutate) untuk melindungi diri mereka.

Dalam proses mutasi ini, ada organisma mikro yang dulunya tidak berbahaya bertukar menjadi berbahaya dan yang tidak membunuh akan membunuh. Itulah yang terjadi dengan virus selesema babi apabila ia menjangkiti manusia dan berubah menjadi pembunuh.

Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria.

Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal.

Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi.

Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (avian flu).

Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan.

Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:-

1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit?

2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi?

3. Adakah benar negara-negara jiran mengalami jangkitan dan kematian yang lebih rendah atau mereka tidak menghebahkan atau menghebohkan angka sebenar?

4. Adakah kerana gaya hidup, amalan pemakanan dan pendedahan kita kepada perubatan moden, khasnya penggunaan antibiotik, maka kekebalan (immunity) kita kepada penyakit telah menurun?

5. Adakah tahap kesihatan asas penduduk Malaysia begitu rendah sehingga mudah dijangkiti oleh virus H1N1 dan banyak yang mati akibatnya?

6. Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, kesihatan dan rawatan?

51 comments:

SIGNBOARD said...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan sibuk Dtk! Beliau sedang menguruskan soal 'sokongan padu' kepada pemimpin.

Shah said...

Yang Berbahagia DAKJ,
Saya dengar daripada radio, selsema H1N1 ini berpunca dari virus daripada burung campur babi campur manusia. Untuk menyenangkan sebutan saya syorkan digunakan kependekan seperti berikut: selsema MABARUNG, atau BABUMA, atau MABABU, atau MANUBABU atau BABUMAN atau MANBABU.

Anonymous said...

Dato' ,

Pd pendapat saya selsema babi ini dan angka kematian yg makin meningkat ini ialah petanda dan peringatan dari Allah . Malaysia dikatakan negara Islam tapi apa maknanya Islam jika jumlah babi melebihi jumlah ternakan ayam , lembu dan kambing? Babi walau diternak secara moden sekalipun tapi tetap binatang kotor yang mencemarkan alam dan menimbulkan penyakit berjangkit. Baik apa2 kerajaan baik BN apatah lagi Pakatan Rakyat tetap berdegil membenarkan babi diternak ; sedangkan negara jiran pun megimpot babi begitu juga Taiwan tidak menternak bebi di negaranya . Kita Malaysia terlalu baik dan bertoleransi sehingga kaum lain naik lemak dan memijak kepala kita..Fikir-fikirkanlah; benda haram tetap haram tapi kenapa masih dibenarkan diternak di negara kita..

Pengundi Atas Pagar

INDIGO said...

Pak A Kadir Jasin,

India, Thailand & Vietnam!
(malaysia dan indonesia?)
H1N1 Flu spreading with Asian monsoon season: WHO
GENEVA: H1N1 pandemic flu is spreading in India, Thailand and Vietnam with the onset of Asia's monsoon season, the World Health Organisation (WHO) said on Tuesday.

But transmission of the new virus appears to have peaked in parts of the southern hemisphere including Argentina, Chile, Australia and New Zealand, the United Nations agency said.

Some 177,457 cases of the virus commonly known as swine flu, including 1,462 deaths, have been officially reported worldwide as of Aug. 6, but the true number of infections is certainly much higher, it said.

"We are seeing the spread of the pandemic being reported in many of the tropic countries. And in Asia, particularly in India Thailand and Vietnam. Also we're getting into the monsoon season in those countries at this time," WHO spokeswoman Aphaluck Bhatiasevi told a news briefing in Geneva.

The regular influenza season has begun in the three countries, coinciding with the monsoon season, and both H1N1 and seasonal flu are being detected, she said.

"Thailand has reported widespread influenza-like illness and it is increasing. In Vietnam and India there is an increasing trend but it is not yet widespread," Bhatiasevi told Reuters.

India's health ministry last week confirmed the country's first death from H1N1, a 14-year-old girl.

The H1N1 flu outbreak, declared a pandemic on June 11, has spread around the world since emerging in April and could eventually affect 2 billion people, according to WHO estimates. "In temperate areas of the southern hemisphere - Argentina, Chile, Australia and New Zealand - pandemic virus transmission appears to have peaked and is now on the decline in areas previously affected," WHO spokeswoman Fadela Chaib told reporters.

Countries are now only obliged to report their first confirmed cases to WHO, which says there is no longer any point to counting each infection as the virus is unstoppable.

Fears that the strain could become resistant to the anti-viral drug Tamiflu have underscored the need to get vaccines to market quickly
.

Leading flu vaccine makers include Sanofi-Aventis , GlaxoSmithKline , Novartis , Baxter , CSL and Solvay .

The WHO said last week that the first vaccines should be approved and ready to use next month.
(outbreakasia.com

Terima Kasih kerana keprihatinan anda dan Tun Dr Mahathir.

Dato Farid marican said...

Dato Kadir.

Satu tulisan yang baik.Ingin saya tambah sadikit.

Ada satu hadith yang sahih dari Muslim.Kata Rasuallah saw,bila dah sampai akhir zaman,banyak penyakit2 yang baru munchul.Jadi tak hairan lah kita ada AID,yang tak pernah kita dengar 40 tahun dahulu.Kita ada SAR,selsema burong,selsema babi,Demam Dinggi.Dulu yang kita takut hanya demam kura(Malaria).

Yang kedua Dato,Al Quran dan Old Testement(Yahudi) melarang umatnya memakan daging babi kerana Babi itu asalnya dari manusia.Sila rujok surah al bakarah surah 67.Mereka ini dari bani Isreal yang melanggar hari sabbath.Sebab itu 90% organ babi sama dengan manusia.Bagitu juga dengan kera,gurealla,baboon.Injab jantung babi boleh digunakan untok menganti injab jantong manusia.

Selsema babi(HINI) ini merupaka kan satu konsprasi syarikat Ubat di USA dengan kerjasama dengan pegawai WHO.Kematian penyakit selsema lain lebeh banyak dari kematian selsema babi.

Saya baru pulang dari Califonia dan Hawaii.Disana orang sudah tidak kisah dengan HINI,tidak ada orang pakai topeng.Bagitu juga di Japan.Diairportnya tidak ada check macam di KLIA.orang bebas masok.Bagitu juga di Hawaii dan LA.
Saya sekarang di Jakarta,pun sama sudah tidak ada check,sudah tidak ada orang pakai topeng.Hanya negeri kita yang sebok sahaja.

Kawan saya baru kena demam panas,suhunya tinggi,dia batok dan sakit2 badan.Dia pergika hospital Damansara hendak chek sama ada dia kena selsema babi.Doktorkata mereka tidak dibenarkan check,dia kena pergi hospital sungai buloh.Hairan?.Kata dia ini arahan kementerian kesihatan.

Dia pergi ka hospital sungai buloh,salepas tunggu hampir dua jam,baru boleh berjumpa dengan Doktor.Dia kata nak check sama ada dia kena selsema babi.Doktor ambil temperature nya.Doktor kata tak payah buat swap rengkongnya.Dia bagi penedol dan surh kawan saya rehat di rumah.Kawan saya marah kapada doktor itu.Dia kata jika awak dah susah nak bernafas baru kita masok ka hospital.

Saya hubongi kawan saya Prof Gan dari Singapore University.Dia kata ini selsema babi dan pablicity yang di buat merupakan satu consprisi DRUG CO.Dia kata kita patut beli saham syarikat drug di wall street.Tentu boleh untong.

saji said...

Salam Dato'

Jam 11.30 tadi pagi saya dan isteri menghantar anak angkat saya ke Taska di Jalan AU-2A Taman Seri Keramat. Isteri saya agak lama berbual dengan ketua pengasuh di dapur yang sedang memasak. Sebaik sahaja isteri memasuki kereta untuk pulang, beliau menceritakan apa yang dibualkannya mengenai tidak puas hati ketua pengasuh tadi kerana dipaksa oleh ibu bapa untuk terus menjaga anaknya yang dikatakan demam dan disuruh balik oleh pihak sekolah.

Dato', sekadar memberikan contoh orang kita semengnya tak ambil kisah tentang kesihatan diri, anak dan orang lain.

langit biru said...

1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit?

Dato'

Siapa yang selalu keluar TV/Surat Khabar buat kenyataan? Tentu sekali menteri-menteri.

Apakah menteri ini benar-benar faham masalah penyakit berjangkit melalui bawaan udara, air, atau vektor?

Apakah menteri ini tahu apa itu tahap pendemic, tahap epidemic?

Sebenarnya, pegawai-pegawai pentadbir jabatan kesihatan di kementerian kesihatan malaysia yang terdiri daripada doktor doktor pakar perunding yang terdiri daripada pelbagai disiplin seperti pakar perunding infeksi, pakar perunding kawalan penyakit berjangkit dan ramai lagi pakar-pakar juga termasuk dari Universiti bertaraf Professor Perubatan. Dan Kementerian juga ada Special Comittee yang terdiri dari mereka diatas dalam pelbagai masalah kesihatan.

Dan sudah pasti mereka ini MENJAWAT JAWATAN tersebut berdasarkan keilmuan dan hirarki merit dan kekananan dalam bidang perubatan. (Bukan ihsan saluran Politik)

Soalnya, mereka ini tidak diberi ruang untuk menerangkan kepada masyarakat. DAN PENERANGAN mereka serta CADANGAN mereka kepada menteri-menteri tidak kemana-mana!!!

Menteri-menteri ini ilmu bukan tinggi sangat TAPI EGO terlalu tinggi. Tak faham, tak tahu pun buat macam-macam amat tahu, pandai serba- serbi.

Saya berbincang dengan ramai pakar perubatan, kesimpulan yang meraka buat, sekiranya diberi kuasa penuh kepada pegawai-pegawai pentadbir kesihatan di atas, penyakit wabak ini dapat dibendung dengan lebih cepat!

2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi?

Bukan sistem kesihatan dan perubatan tidak belajar, tapi menteri tidak pernah belajar dan ambil pengajaran!!!

Maka sesuailah dengan sabda Nabi s.a.w. jika sesuatu perkara diserah kepada mereka yang bukan ahli dalam perkara tersebut, tunggulah kehancurannya.

Anonymous said...

Selesema babi??? Check your facts first ok? I expect more from an experienced journalist like you. You are supposed to enlighten the public not to confuse them!!

Anonymous said...

Look around, we have rubbish every where, at both commercial and residential areas. We have dirty eateries, dirty migrant workers employed by food stall operators, dirty garbage trucks, dirty street food vendors, dirty flat dwellers, dirty industrial areas, clogged drains, dirty public toilets. Why can't local officials, i.e. district officers, town councillors, majlis bandaran and bandaraya people, health inspectors, be as efficient as those Singaporeans in managing their local areas? Just go on a blitz to fine dirty people lah.

Windtalker

Fadhli Rahim said...

Pada pendapat saya, tahap kesihatan rakyat Malaysia tidak baik. Tidak peduli tahap kesihatan sendiri dan tidak peduli langkah-langkah pencegahan daripada penyakit berjangkit.

Ada yang batuk, selsema tapi tidak memakai topeng apabila keluar. Menyebarkan lagi virus mereka ke merata tempat. Anda tahu tak virus H1N1 masih lagi hidup selama paling banyak 2 jam jika melekat di objek bukan bernyawa. Contoh orang bersin di dinding, virus tersebut hidup lagi!

el-Barokhas said...

Kematian akibat selsema babi di Malaysia lebih dua kali ganda purata kematian global. Di Malaysia terdapat satu kematian dari 53 pesakit H1N1 manakala angka purata global satu kematian dari 123 kes. Di Indonesia satu kematian dari 162 kes.

Angka-angka ini amat mencemaskan. Pihak berkuasa boleh beri apa saja alasan tetapi sukar untuk menidakkan kelemahan usaha-usaha pencegahan terutama rawatan.

Pada fasa awal, Kerajaan seolah-olah tidak ambil berat tentang bahaya H1N1 dengan lebih mementingkan kemasukan dolar pelancongan dari menghadkan jangkitan import.

Penutupan sekolah apabila terdapat beberapa murid dijangkiti virus ini juga boleh dipersoalkan Mengapa tidak mereka yang djangkiti di isolasikan tetapi sebaliknya dibiarkan pulang ke keluarga dan ke komuniti dengan harapan mereka mekuarantinkan diri mereka dengan sendiridan dengan demikian merebakkan lagi jangkitan?

Di dalam keadaan darurat kesihatan begini kita mengharapkan pihak berkuasa menghebahkan dengan meluas cara-cara pencegahan, garispanduan tindakan-tindakan yang perlu di ambil dan sebagainya dalam bentuk brosur, iklan-iklan di akhbar-akhbar, dan notis-notis di tempat awam. Tetapi ini tidak kelihatan hatta di stesyen keretapi, stesyen bas maupun LRT.

NGO-NGO serta syarikat-syarikat gergasi yang sering membelanja besar-besaran untuk aktiviti sukan dan hiburan sehingga kini diam membisu. Sekurang-kurangnya mereka ini tampil membantu menyediakan topeng-topeng muka, tempat-tempat serta kemudahan kuarantin dan sebagainya.

Di peringkat ini, megenakan denda hingga RM 5,000 yang diumumkan kerajaan tidak akan memberi faedah selain dari menambah penderitaan rakyat kerana rakyat tidak diberi kefahaman secukupnya.

Parti-parti politik juga boleh berbuat sesuatu. Berhentilah dari permainan politik yang begitu rancak sekarang ini dan sebaliknya gunakan wang yang tidak sedikit itu untuk amal jariah. Tunjukkan kematangan anda semua dengan keinsafan bahawa setelah pilihanraya, tanggungjawab anda adalah kepada kesejahteraan rakyat, bukan berdegil dengan sifat haloba kuasa.

ab said...

Salam Dato,

1.Kalau manusia itu berugama islam, tentu yang tak basuh tangan,basuh muka,tangan,kepala dan kaki setiap hari dsb...bukan pengamal kehidupan islam.

Sekurang-kurangnya 5 kali sehari beruduq tu,maksudnya membersihkan tubuh badan,dan kebersihan tubuh badan sepanjang masa dititikberatkan sangat didalam islam...ikut saja tok sah tanya!.

MANDI pun membersihkan tubuh badan juga...

2. SETAKAT INI TIADA seorang menteri pun kat kabinet ini yang SURUH ORANG BUAT TOPENG HIDUNG DAN MULUT sendiri....setiap rumah mesti ada setidak-tidaknya sehelai baju yang sudah tidak dipakai lagi....gunting ikut saiz yang disukai,lapik dengan sekeping plastik dengan saiz yang sama dan dilapis lagi dengan kain tersebut, kemudian dijahit dan ditambah tali atau getah rubber band untuk disangkut ditelinga....tak payah beli dan bolih dicuci setiap hari.


3.TAK USAHLAH diKAITKAN HINI DENGAN KIAMAT!.

Tiada manusia yang tahu walau pun itu pasti berlaku.

TAK USAK JUGA DIKAITKAN penyakit ini dengan dosa pahala...kalau macam tu sakit jantung pun sebab berdosa,sakit diabetes sebab dosa, hypertensi sebab dosa,asthma sebab dosa...sampai bila nak cari pahala ni?.

4. HUKUMAN KEATAS PESAKIT HINI menyebar penyakit itu.....BOLIH MENANG KA MENTERI/KEMENTERIAN INI DIMAHKAMAH?.

Pesakit itu AKAN MINTA BUKTIKAN VIRUS HINI orang lain yang dikatakan datang dari pesakit yang dituduh...mak oi, menteri ni sihat ke tidak ni? mana ada HINI substrain ikut individu, subsubstrain mengikut siapa yang dijangkiti. SUDAH ADAKAH TEKNIK UNTUK menentukan HINI ini dari pesakit 1 ke 2,2 ke 3, dll sekarang ini?...


5.LANGKAH TERBAIK IALAH CURFEW...

Samada curfew taman perumahan,pekan,bandar dsb...mengikut jumlah pesakit HINI
dikawasan tersebut.

JANGKA MASA CURFEW itu bolih ditentukan olih pengawasan di kawasan tersebut...kalau dah tiada lagi kes baru...maka dibatalkan curfew tersebut...tidak bolih menentukan jumlah hari yang sama untuk curfew ditempat yang berbeza kadar jangkitan...

MAKANAN dan keperluan hidup lain
dihantar kekawsan berkenaan olih pihak kerajaan...


KESAN curfew vs biar penyakit merebak terus menerus macam
sekarang keatas ekonomi susah untuk diberi data sehingga semuanya berlalu...jadi tidak usah lah membuang masa.

DARI HUJUNG MINGGU INI SEHINGGA FEBRUARI 2010 akan berlaku banyak
perayaan dan cuti..hampir seluruh penduduk semenanjung akan berjalan kesana sini....NANTI HINI AKAN SAMPAI KEKAMPUNG DAN KEKAWASAN FELDA dan pendalaman....

MEMANG MENAKUTKAN....selalu sangat menteri kata penyakit HINI terkawal,terkawal,terkawal..alih alih kelmarin dah tenat,cemas dan macam-macam....

MELUCUKAN BILA MENDENGAR diradio dan TV arahan supaya penduduk malaysia tidak berkunjung kenegara-negara yang ada pandemik HINI!..
saya fikir ramai yang nak lari dari malaysia kalau HINI makin teruk disini!...


Abu Bakar Ab Rahman

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum,

Sebagai seorang Islam jika kita ikut peraturan makan minum , kebersihan , gaya hidup sihat kita tidak perlu panik untuk menghadapi segala-galanya dengan hati terbuka kerana kita sudah melakukan yang terbaik mungkin.Lainlah jika kita tidak mengambil indah dan berbuat apa sahaja mengikut nafsu.

Saya tidak heran jika tidak lama lagi orang tidak menyoal bersabit dengan suruhan menutup aurat. Ini berlaku jika hujan yang turun membawa masalah (acid , kemia dan sebagainya ) dimana kita perlu menutup badan dari tercemar udara dan air yang tidak bersih. Setakat ini orang sekadar memakai topeng muka sahaja.

Kiamat pasti datang tetapi kita perlu terus hidup seolah-olah untuk seribu tahun lagi dan berbuat baik seolah-olahnya kita akan mati dalam masa terdekat.

Kita mempunyai peluang mengurangkan penternakan babi dimasa negara dilanda wabak JE dahulu. Tetapi kita lupa dan ada pula orang yang hendak menjadi champion dengan memperkenalkan apa yang dikata cara ternakan moden.Kita janganlah cuba memandai-mandai dalam hal yang diturunkan dalam Al -Quran.

Akhir sekali saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembahas Islam.Pada bulan yang baik ini kita berdoa semoga Allah memberi kita jalan keluar dari segala masalah yang kita hadapai sekarang, Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.

Anonymous said...

The deadly H1N1 influenza virus that’s fueling fears of a global pandemic is a hybrid of two common pig flu strains, scientists who have studied the disease told Wired.com Tuesday. Earlier reports called it a combination of pig, human and avian influenza strains.
The findings may resolve some uncertainty about the nature of the virus, but much is still unknown about its origins and effects.
“This is what we call a reassortment between two currently circulating pig flu viruses,” said Andrew Rambaut, a University of Edinburgh viral geneticist. “Why it’s emerged in humans is anyone’s guess. It hasn’t been seen before in pigs as far as I know.”
Rambaut analyzed the gene sequences of viral samples taken from two infected California children. The samples were collected by the Centers for Disease Control and Prevention, and made available to researchers through an international database of flu genomes.
His conclusions were echoed by Eddie Holmes, a virus evolution specialist at the University of Pennsylvania, and Steven Salzberg, a University of Maryland bioinformaticist. Both have looked at the CDC-provided sequences. The CDC could not be reached for comment, but a document released to scientists and obtained by Wired.com affirms their analysis.

abdullahngah said...

bercakap pasal bala (penyakit) dan hari kiamat saya teringat dengan Al-Quran ayat 170 surah Ali-Imran yang bermaksud: Allah tidak sekali kali membiarkan orang orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampuraduk mukmin dan munafik. Bahkan ia tetap menguji kamu)sehingga ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara perkara yang ghaib, akan tetapi Allah memilih dari Rasul rasulnya sesiapa yang dikehendakinya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara perkara yang ghaib itu). Oleh itu berimanlah kepada Allah dan Rasul rasulnya; dan jika kamu beriman dan bertakwa maka kamu akan beroleh pahala yang besar”.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku. tetapi sesiapa yang dikehendakinya mengetahui perkara perkara yang ghaib maka diperlihatkannya.

Siapakah yang diperlihatkan perkara perkara yang ghaib itu? Sudah tentu Rasul rasulnya sahaja dan Rasul rasulnya telah memberitahu kepada kaum masing masing. Nabi Noh AS telah memberitahu kepada kaumnya. Nabi Daud AS juga telah memberitahu kepada kaumnya. Nabi Isa AS juga telah memberitahu kepada kaumnya Nabi Musa AS juga telah memberitahu kepada kaumnya dan Nabi Mohammad SAW kepada umat umatnya yang terdiri daripada 73 puak itu.

Namun kebanyakan manusia sombong, angkuh dan tidak jujur. Atas sebab itulah pelbagai bala yang ditimpakan kepada kaum kaum yang memiliki sifat demikian.

Bala H1N1 yang menimpa rakyat malaysia sudah tentu hasil dari ada manusia yang sombong, angkuh dan tidak jujur setelah dikurniakan pelbagai nikmat, termasuk mendapat pangkat dan kedudukan yang selesa, tetapi tidak mengetahui akan bala yang menimpa rakyat dibawah jajahan takluk masing masing.

Allah SWT menyatakan dalam ayat 185 surah Ali Imran yang bermaksud: ” Tiap tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawanya hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang orang yang terpedaya”

Oleh itu awaslah daripada dilalaikan dan diperdayakan oleh kesenangan dunia dan kemewahannya; sebaliknya, gunakanlah semuanya itu untuk amal kebajikan bagi mencapai keseanangan dan kebahagiaan yang kekal dan aakhirat kelak.

Barangkali mereka telah mengetahui tetapi tidak percaya dan yakin dengan perkara perkara yang ghaib seperti neraka dan syurga. Sebab itu mereka tidak takut dengan bala yang datang dan tidak berasa bersalah menggunakan kedudukannya dalam mengumpulkan harta kekayaan.

virus dan viksin dicipta oleh orang kafir kerana ia merupakan sumber ekonomi. apabila virus itu menyerang manusia disesebuah negara maka viksin boleh dijual
dengan begitu laris. itulah kerja orang kafir sejak dahulu hingga kiamat.

penangboyumno said...

Pak Cik saya baru diberitakan positif A H1N1. Saya terus menangis. Kerana takut akan akibat serius penyakit ini. Jangan pandang ringan perkara ini kawan-kawan. Walau bagimanapun hidup dan mati di tangan Allah. Kita hanya boleh membuat yang terbaik memelihara tubuh amanah Allah ini. Semoga semua kita sihat dan dipanjangkan umur InsyaAllah.

Roti Planta said...

Dato',
Discovery Channel malam tadi cerita pasal H1N1. Antaranya vaksin dihasilkan daripada 'sumber' penyakit tersebut. Maka bagi H1N1 mereka mencipta vaksin daripada babi. Jadi mungkin dalam tubuh orang Islam seluruh dunia ada 'element' babi. Adakah vaksin H1N1 tidak boleh dihasilkan daripada sumber lain atau konspirasi mereka nak masukkan 'element' babi didalam tubuh orang-orang Islam?.

Inilah malangnya bila tiada saintist dikalangan orang Islam. Kita terpaksa menerima sahaja kehendak mereka kerana 'takut mati'!

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Datuk
Interesting article on H1N1 but I was surprised to note a seasoned and well informed journalist like Datuk making some ridicolous comments.

Your comments with regards to restricting or rather banning the rearing of pigs in the country is rather too shallow.

Why are you not calling for the ban of rearing chickens which is also respnsible for spreading many diseases to humans including the deadly bird flu.

I strongly believe this H1N1 viral bug is a engineered virus.It is extremely remote in nature for a virus from a pig, chicken and human to combine "forces" to turn into a deadly H1N1 bug.

There are countless natural limitations and resistance(physical and biological) the bug had to face before it could succesfully jump species.

When our husbandy practices and medical health care and surveillance and care were at the its infant stage in the early days we did not hear of the emergence of such deadly animal viruses.In the early days domesticated animals like pigs, cattle, goats and birs including chicken were very close association with man - except for plague there had been no major outbreak of a animal flu that had threthen mankind as what is happening now- nipah virus,bird flu, sars and now H1N1.

The introduction of molecular engineering technology has brought this curse - not the pigs Datuk.

H1N1 has all the qualifications and characteristics of an engineered virus.I suspect this particular virus had escaped probably from a one of the research vaccine laboratores.

I know many will scoff at my theory.It is extremely difficult to proof it now but one day the truth will prevail.

We are now at the cutting edge of molecular engineering.

I can practically duplicate your DNA and reintroduce into you as a lethal gene which will ultimately knock down your whole biological system and your are history.

Anything is possible now Datuk. So please don't curse gods creatures be it swine,canine or the avian species.

s.param

wadi said...

Dato,

Whatever you say, I am very disappointed on the lackadaisal attitude of both the health, education and the government overall with deaths reported daily. We were informed early during the beginning of the epidemic that the government was prepared and everything is under control. Only after so many deaths, the Tamiflu was distributed to the government clinic. Worst still the government dont even provide supply for the private clinics. How can we say we are prepared?? With so many deaths, we still have public gatherings!! The public remains unaware of how we can curb this pandemic! Now the government is talking about controlling the face mask price etc. All of this should have been thought about from day one! Then only they can claim that they are prepared. Economic worry should not be the reason for not taking action. Such poor, disorganised, inefficient and bad management is what we can see is happening today!

pakbelalang said...

1. Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan fikirkan pembiakan babi oleh penternak babi diharamkan dinegara ini.

2. Sebagai alternatif bagi orang bukan Islam yang ingin makan daging babi, kerajaan bagi sahajalah exclusive AP kepada penternak-penternak dan peniaga daging babi yang sedia ada untuk mengimpot dari negara lain daging babi "frozen" untuk keperluan mereka.

3. Dengan mengharamkan ternakan babi maka environment kita akan bertabah berseh lagi dan sungai-sungai tidak lagi dicemari oleh bau dan sisa-sisa makanan babi dan najis yang tidak menyenangkan kita.

4. Kerajaan akan dapat menyelamatkan bermillion ringgit kerana tidak payah lagi penguatkuasa memantau aktiviti ternakan babi dan membersehkan sungai-sungai dan pantai-pantai yang berdekatan dengan kawasan ternakan babi.

5. Yang penting sekali ialah tahap kesihatan rakyat akan lebeh terjamin lagi dari terkena penyakit virus yang berkaitan dengan ternakan babi.

arzawahiri said...

Sebahagian besar negara-negara Eropah belum mencatatkan kematian akibat selsema babi walaupun jumlah yang dijangkiti kuman tersebut jauh lebih tinggi dari Malaysia. Rendahnya kadar kematian akibat dari wabak tersebut di negara-negara maju berbanding negara-negara membangun mungkin berkait rapat dengan system, kemudahan dan mutu kesihatan.

Di Malaysia rawatan kesihatan kepada rakyat adalah percuma berbanding negara-negara maju yang mengenakan bayaran yang tinggi melalui skim insurans. Namun kemudahan rawatan percuma yang dibanggakan itu tidak menjamin rakyat Malaysia mempunyai tahap kesihatan yang lebih tinggi dari rakyat Eropah. Pengalaman dari wabak selsema babi sekarang membuktikan mutu kesihatan rakyat Malaysia adalah masih rendah.

Dengan pemberian rawatan percuma menjadikan rakyat Malaysia mengambil mudah (taking for granted) berhubunga hal ehwal kesihatan mereka. Di kebanyakan negara Eropah dimana rakyat mereka membayar caruman insuran kesihatan sehingga 20 peratus dari gaji bulanan mereka, mendorong mereka mendapat rawatan secara kerap, bukan sahaja untuk mengubat tetapi sebagai langkah pencegahan. Di Malaysia pesakit datang ke klinik atau hospital apabila sudah kronik kerana sebelum tenat mereka merasakan tidak memperolehi apa-apa kerugian dari segi kewangan jika tidak datang ke hospital kerana tidak pernah membayar apa-apa untuk kos kesihatan.

Dengan kadar kematian yang tinggi akibat selsema babi di Malaysia yang berpunca dari penyakit yang sedia ada, maka sudah sampai masanya kerajaan mendidik rakyat mengutamakan pencegahan dari rawatan. Di Eropah kadar mereka yang berpenyakit adalah lebih rendah dari Malaysia (justeru itu tiada risiko kematian akibat lain-lain penyakit berjangkit seperti H1N1) adalah kerana mereka lebih mengutamakan rawatan pencegahan iaitu dengan lebih kerap ke klinik-klinik untuk mendapat rawatan. Ini didorong oleh perasaan bahawa mereka telah membayar untuk kemudahan tersebut dan justeru itu patut menggunakannya.

Dunia akan berdepan dengan pelbagai wabak lagi selepas selsema babi ini. Pengalaman membuktikan intensity wabak bukan hanya boleh dikurangkan melalui teknologi ubat-ubatan seperti veksin tetapi melalu mindset rakyat. Ini termasuk memberi nilai kos kepada kesihatan.

saji said...

Salam Dato'

Kenapa tidak diacukan sekali dua persoalan berikut:

1. Lagi banyak doktor, saintis,
pakar kuman dan virus lagi
banyak penyakit dan pesakit
bertambah?

2. Tidakkah Allah sudah
mengingatkan kita (manusia)
bahawa, kamu semua boleh
merancang tetapi pada akhirnya
Aku sahaja yang menentukan
segala hasilnya?


tetapi Allah sahaja yang
menentukan segala hasilnya?

Anonymous said...

Salam Dato'

Hanya sekadar berkongsi informasi peribadi.

2 minggu lepas seorang sahabat saya yang menetap di US kembali ke tanahair. Beliau mendarat di Changi Airport dan bercerita kepada saya bahawa tidak saperti di KLIA, penumpang-penumpang United Airlines saperti beliau tidak di "scan"/di ambil suhu badan.

Keadaan ini berbeza sama sekali ketika SARS dahulu. Saya telah di "scan" sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Singapura.

Mungkin Changi sudah mempunyai alat yg lebih canggih & subtle utk "scan" - so as not to give the bad impression to their visitors that their country is grappling with H1N1. Bad for business.

Di U.S. kata sahabat saya, penduduk-penduduk Amerika lebih risau akan krisis ekonomi negara mereka drpd H1N1 walaupun virus ini mula muncul di Mexico dan pergerakan dua hala amat pesat. Beliau berpendapat bhw kerajaan Amerika tidak bercakap banyak ttg pandemic ini krn khuatir the Americans akan panic & akan membawa kesan yg lebih negatif terhadap ekonomi negara itu.

Di U.S., sahabat saya mmg tidak peka akn virus ini & hanya merasakannya apabila tiba di M'sia.

Keadaan berbeza di sini di mana statistik jangkitan & kematian sentiasa diwartakan kepada kita. W/pun kita meneruskan kehidupan dgn gaya hidup yg sudah mula berubah, kita mempunyai kesedaran bhw negara kita sedang dilanda pandemic. Dgn kesedaran itu, kita tahu kita mesti mengambil beberapa langkah utk mengelak/mengurangkan risiko drpd dijangkiti (walaupun ia semakin hari semakin rumit untuk berbuat demikian).

I am very thankful that we are in the know and not kept in the dark about the spread even though the govt. could have taken it more seriously many months ago. Still better late than never.

Sebentar tadi saya mendapat email dari rakan kerja saya memohon maaf kerana beliau mengsyakki bahawa beliau telah dijangkiti dan menjangkitinya pula kepada saya dan rakan-rakan yang sama-sama bermesyuarat Isnin pagi lepas. Beliau meminta saya memantau kesihatan saya sekeluarga kerana salah seorang rakan karib beliau yang pulang dari Indonesia telah disahkan menghidapi H1N1. Beliau memohon maaf kerana walaupun beliau tahu beliau tidak berapa sihat Isnin lepas, beliau masih menghadiri mesyuarat bersama-sama saya. Seorang lagi rakan sekarang ini berada di ICU akibat H1N1. Sebelum itu, kami sama-sama berkomunikasi face-to-face di pejabat.

Dato', begitulah salah satu cara bgm virus ini boleh disebarkan. Tahu demam, tetapi demi tugas yang sentiasa dipenuhi dengan deadline, mahu tidak mahu terpaksa datang ke pejabat. Kita tidak banyak pilihan di sini.

Dato', walaupun kita mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko dari dijangkiti, tetapi kerana tugas memerlukan kita ke sana, sini dan sinun, belum tentu kita tidak akan dijangkiti. Sebagai fitrahnya seorang manusia, kita berbuat apa-apa yang patut tetapi kalau ditentukan akan dijangkiti, tetap kena juga - unless you carry your own oxygen mask and oxygen tank wherever you go.

Jangkitan virus ini is not about fear, anxiety atau being paranoid. It's real and very physical. And the virus is double marching in infecting us.

Dengan doktor-doktor kita being very free dengan antibiotik kepada pesakit-pesakit, kebimbangan sudah mula timbul jika virus ini menjalani proses mutasi dan menghasilkan pula super virus yang lebih merbahaya dan tidak dapat dikawal. Saintis-saintis sudah bertahun-tahun meramalkan kemunculan super virus. Bak kata fraternity ini, "It's not a matter of "IF". It's a matter of "WHEN".

Melati

Anonymous said...

Salam Dato'

"Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, ...?"

Dato', pergi sahaja lah ke mana-mana hotel atau restoren. Tidak kira lah lima bintang ke atau sifar bintang. Kalau diperhatikan, rata-rata kita tidak mempunyai tabii membasuh tangan sebelum mencapai makanan dan minuman. Bak kata rakan kerja saya yang berasal dari Australia, "In Malaysia, there's too much handling of food with the bare hands". Err...it took a mat salleh for me to notice. Sudah menjadi kebiasaan dan sudah tidak ambil pusing lagi akan hakikat yang dinyatakan oleh rakan kerja saya itu.

Ramadhan bakal menjelang. Banyak contoh sifat tidak memelihara kebersihan segelintir peniaga-peniaga yang bakal kita lihat di pasar-pasar Ramadhan. Makanan terdedah yang dihurungi lalat, tangan kotor (dan mungkin mempunyai luka-luka terdedah), kuku panjang, rambut yang tidak ditutup, menghidapi demam diikuti selsema, bersin dan batuk, makanan lama yang di kitar semula, dll bakal kita lihat.

Ya, gaya hidup sudah mula berubah. Yang pasti, juadah puasa saya akan berkurangan dan saya sekeluarga hanya mampu mengidam makan kuih-muih dan minuman beranika jenis, warna dan rasa Ramadhan ini. Consequently, it's back to the very spirit of fasting - as Allah meant it to be. Inilah satu hikmah pandemic ini.

Melati

Melati

Anonymous said...

Salam Dato'

Tuding Jari isu H1N1

Menurut ceritanya, virus novel H1N1 ini tiba-tiba muncul di Mexico iaitu di sebuah kawasan penternakan babi terbesar didunia. Ia telah dikesan seawal bulan Februari tetapi oleh kerana ia begitu pantas menular makanya pihak Mexico gagal membendung sepenuhnya ketika ia masih di peringkat awal walaupun dengan adanya kepakaran dan bantuan saintifik yang diterima dari berbagai pihak.

Dan oleh kerana Mexico bukanlah negara terpencil yakni mempunyai sempadan dengan negara lain dan menjalinkan hubungan darat, laut dan udara dengan negara luar makanya mudahlah bagi H1N1 berkembang dari sebuah epidemik menjadi pandemik yang menjejaskan berbagai sektor dan keselamatan rakyat di banyak negara.

Jika ditoleh ke belakang, persoalannya: Dengan adanya kesedaran, kepekaan, persediaan, pengetahuan, ICT, tenaga kerja terlatih dan data terkini yang dimiliki oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), kenapakah kes H1N1 yang bermula sebagai satu titik panas di Mexico boleh membiak menjadi beratus dan terkini beribu titik panas di serata dunia? Apa yang kurang di pihak WHO hinggakan Pandemik H1N1 ini boleh menjadi satu realiti dalam era milennia ke2?

Mari kita halusi peranan da tindakan WHO dalam isu H1N1:

1. Tersangat pantas dalam menukar nama asal H1N1 iaitu swine flu kepada influenza A H1N1. Hmm!

2. Memberitahu dunia bahawa swine flu (yang pada masa itu masih ditahap awal) amat berpotensi menjadi sebuah pandemik, tetapi dunia diingatkan agar: "tidak perlu panik". Huh!

3. Ketika H1N1 masih berlegar-legar di Mexico, WHO berkali-kali mengatakan penutupan sempadan dan sekatan pergerakan manusia rentas sempadan bukanlah opsyen yang dapat membendung penularan! Hmm!

4. Apabila secara definasinya H1N1 sudah menjadi sebuah pandemik, WHO terus teragak-agak untuk membuat perisytiharan. Alasannya: "supaya dunia tidak panik" Geerrr!

5. Apabila pandemik telah betul-betul berada luar kawalan, yang mendapat keistimewaan untuk berjumpa dan mengadakan sesi bergambar ialah tauke-tauke ubat dan vaksin. Hmm!

Kesimpulannya: Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, banyak pihak yang boleh dituding jari bersabib isu H1N1, cumanya jangan lupa salah seorang darinya mungkin juga diri sendiri.


Anak Bapak -- no comment

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Yang Berbahagia DAKJ,

Komen saya ini tidak lebih daripada sekadar untuk berkongsi tentang isu yang semakin mencemaskan atau kalau tidak pun merunsingkan kepala ibubapa, memikirkan penyakit H1N1, Selsema Babi.

Saya membaca komen Datuk, keseluruhannya, sebelum saya memutuskan untuk menyertai kolum ini, dengan memberi sebarang ulasan.

Selepas saya membaca ulasan datuk, saya rasa sangat bersetuju dengan persoalan Kiamat yang selalu dihubungkait dengan malapetaka atau bencana alam. Cerita DAKJ tentang zaman kanak-kanaknya bahawa beliau merasakan untuk apakah kita memelihara ternakan dan kemudian ianya akan dimusnahkan dengan kejadian Hari Kiamat sungguh menyentuh hati saya, kerana saya juga berpendapat, persoalan tentang Hari Kiamat begitu susah untuk dijelaskan secara terperinci sepertimana kita melihat alam dunia kita yang nyata ini.

Berbalik kepada tajuk persoalan, satu sahaja yang saya boleh sarankan, iaitu di mana ianya begitu jelas pada pandangan saya. Iaitu, tentang Selsema Babi, kita perlulah sentiasa meningkatkan tahap kebersihan diri, bilik air dan kebersihan-kebersihan lain.

Terima Kasih.

Anonymous said...

DAKJ,

Politik tidak dapat dipisahkan dari agama. Itulah yang dikatakan oleh seorang ulamak politik. Apapun tidak ada salahnya dengan ungkapan yang sememangnya semua orang sudah maklum mengenainya. Ia bukanlah slogan yang dimiliki hak patennya oleh mana-mana pihak.

Atas dorongan itu, ramai yang akan pergi mengundi. Kewajipan terletak atas bahu mereka yang melihatnya dari sudut agama tadi. Lagipun manalah tahu kalu-kalu dapat apa yang dijanjikan oleh ulamak politik waima dengan satu undi yang dilaburkan!!

Cumanya bagi yang demam, batuk dan selesema itu bagaimana? Kalu duduk saja di rumah, takut terlepas peluang pulak!! Habis kalau yang ada H1N1 nak jugak pi mengundi apa pula hukum-hakamnya? Bukankah aspek ni yang lebih relevan dibincangkan dalam konteks keagamaan? Bukannya mengulangi apa yang telah ada dalam buku dan kitab.

Sebagai renungan lihat fakta ini:

1. H1N1 sudah tentu boleh menular dalam kalangan mereka yang berkumpul ramai-ramai.

2. Pakai "surgical mask"? 2-ply, 3-ply atau N95? Hah! ia bukanlah berkesan 100%, bro! Gimik aja lebih.

3. Katakanlah akibat keghairahan untuk berkumpul dan mendengar retorik tok guru, tanpa sedar H1N1 tersebar dan susulannya ramai yang terjangkit. Apa hukum-hakamnya?

4. Katakanlah dalam ramai yang mendapat jangkitan H1N1 tadi lalu ada yang mudarat dan tenat, siapa yang perlu berasa sebal dan sesal?

Oleh itu frasa: "agama tidak dapat dipisahkan dari semua aspek kehidupan" perlulah dihayati dalam erti kata sebenarnya tetapi bukan secara pukul borong, superfisial dan terpilih untuk bidang yang menguntungkan politik keduniaan semata-mata. Kalau nak perbesarkan sesuatu frasa itu biarlah sepenuhnya tetapi jangan sekerat-sekerat.

Frasa tersebut kalau dihayati secaca mikro dan menyeluruh (bukan secara makro dan simplistik saja) dan diaplikasikan dalam isu H1N1, apakah tidak ada pihak yang perlu berasa bersalah kerana menjadi penyebab kepada penularan selesema babi yang membawa maut?

Apakah tidak mungkin hasrat mengejar saranan tok guru berakhir dengan unsur negatif kalau seandainya dituruti secara memabi-buta?

antihipokrit

Serious Shepherd said...

Indonesia yang luas merangkumi beberapa zon waktu dan mempunyai penduduk melebihi 200 juta hanya mencatat kematian akibat H1N1 yang boleh dibilang dengan jari semasa kematian akibat H1N1 di Malaysia sudah menghampiri 70 orang. Mereka masih memanggil penyakit tersebut sebagai "flu babi". Apakah masalah kita sebenarnya? Enggan mengaitkan virus tersebut dengan haiwan itu?

Lepas tu pulak bila berlaku kematian, tidak pula dinyatakan nama si mati dalam mana-mana suratkhabar pun. Apasal? Takut nak cakap kaum mana paling banyak kena?

'Hot spot' pun enggan diumumkan seolah-olah semua negeri di Malaysia adalah 'hot spot' atau tidak tetapi bakal jadi 'hot spot' sebab orang dari negeri 'hot spot' dengan 'info blackout'nya memasuki negeri bukan 'hot spot' tersebut. Zaman komunis dulu pun ada kawasan hitam dan kawasan putih.

Wabak H1N1: Fakta disembunyikan, rakyat terus dipersalahkan, menteri tidak dipertanggungjawabkan.

Penonton Setia 502 said...

Salam Dato'.

Saya ingin tahu komen Dato' tentang kemelut di Bernama TV.

Setahu saya Dato' adalah mantan Pengerusi di Bernama.

Terima Kasih.

saji said...

Salam antihipokrit

1. Politik, dalam ajaran Islam,
dibincangkan di bawah komponen
syariah-muamalat.Ia boleh
diijtihadkan dalam perkara
atau masalah baru yang tiada
nas yang terang dalam al-Quran,
Hadis, Ijama' dan qias dengan
munggunakan kaedah Masalih
Mursalah (bagi mazhab Hanbali,
Maliki dan Shafie) atau kaedah
Istihsan (bagi mazhab Hanafi)
Contoh perkara baru yang
dimaksudkan di atas, ialah
dakwaan TGNA yang mengatakan
penyokong UMNO tidak akan
masuk syurga.

2. Mungundi, dalam ajaran Islam,
dibincangkan di bawah komponen
syariah -muamalat dan dalam
bab hukum/kontrak al-Wakalah
atau Melayunya Wakil-mewakil.
Hukumnya harus iaitu buat dapat
pahala tinggal tidak mengapa.

Ab Razak Hj Ahmad said...

H1N1 - Bala/ Musibah atau peringatan. Bila kita sakit, ada dua perkara perlu dihalusi...

Pertama mungkin kita ada berbuat dosa dan ALLAH hendak kafarah kan kita di dunia (means hukuman di dunia) dan kita akan terlepas di akhirat. Kalau tidak pasti kita akan dikafarahkan di akhirat. Seorang hamba akan berkata kalau beginilah azabnya kafarah di akhirat maka dia lebih mahu segala dosa-dosanya akan dikafarahkan di dunia sebelum dia mati.

So, adakah semua yang ada sakit itu berdosa atau pembuat dosa i.e kanser, sakit jantung, kencing manis, buah pinggang dan segala jenis sakit...???? Tidak....!!! Perlu lihat aspek yang kedua iaitu apabila orang yang tidak melakukan dosa atau kejahatan dan masih ditimpa musibah, maka segala sakit dan derita bertujuan ALLAH hendak naikkan darjatnya. Ini daripada amalan semasa beliau sakit seperti sabar, zikir, Qur'an dan sebagainya.

Wallhua'lam....

p/s - Sekadar tazkirah untuk diri sendiri..

Anonymous said...

Pak Belalang said:
"1. Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan fikirkan pembiakan babi oleh penternak babi diharamkan dinegara ini."
- - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hmmmm, very PAS-like. Don't know how to deal with SIS? Just ban it. Can't teach PPSMI? Ban PPSMI. Too much social issues? Ban rock concerts.

And now, can't handle H1N1, so ban pig farming? Sungai Kelang is already dirty without any pig farm up stream. Port Dickson beaches are forever dirty without a single pig nearby. If you climb Gunung Nuang at Hulu Langat or Gunung Angsi at Negeri Sembilan, you will see dirty smelly, rubbish every where. And there are no pig farms at these gunungs.

Come on lah, the key word is enforcement, not ban this ban that. Enforce cleanliness in every lorong and every corner of the cities, towns, kampungs, industrial areas, livestock farms, plantations, beaches, lakes, rivers, recreational parks, every where. Get the enforcement officers to do their jobs, that's the key.

And if you go to Bako National Park near Kuching, Sarawak, you will see many wild pigs roaming around the chalets site. But the site is always clean, because the park rangers actually do their jobs.


Windtalker

Doggy Style said...

Datok yang dihurmati,

Saya telah kena selesema babi huk huk huk... kejap lagi akan mati huk.. huk huk..

MakanYangHalal said...

Datuk,
Sebut pasal halal-haram ni, boleh tak buat ulasan sikit? Ataupun buat artikel baru. Tapi, biar saya komen dulu.

Isu pensijilan halal ni dah lama melanda masyarakat kita terutamanya orang Islam di sini lah. Persatuan pengguna pun dah lama dah buat ulasan.

Kalau kita tengok logo halal di mana-mana ni, semua orang main tampal aje logo halal tu, asal tak ada serve babi. Tengok aje lah kat Food Court Mid-Valley tu, ntah apa-apa logo halal yang dipakainya. Pekerja pulak dari indon, bangla pun ada.

Masalah yang lebih besar ialah, siapa yang sebenarnya ada kuasa untuk bagi sijil halal di Malaysia ni? JAKIM? Macam tak bergerak pun! Kalau pergi hotel, takde logo halal pun!

Saya cadangkan macam ni lah pada kerajaan. Undang-undang kita dah ada, tapi penguatkuasaan tak ada!! Apa kata kerajaan jangan bagi government servant buat program di hotel yang tak ada sijil halal. Barulah nampak proaktif sikit.

Anonymous said...

Salam Saji,

Tak kisahlah apa kaedah yang digunakan oleh manusia untuk menilai sesuatu perkara tetapi manusia tetap manusia iaitu tidak maksum kecuali...

Oleh itu penilaian dan perkiraan manusia terhadap manusia lain tidaklah semestinya bebas daripada kesalahan mahupun kesilapan. kalau tidak, tak perlulah padang mahsyar... tak gitu.

Lagipun manalah boleh manusia itu berfungsi sebagai saksi, pendakwa dan hakim secara serentak... kan lebih baik bagi peluang kepada orang lain untuk memikul dua daripada 3 tugas-tugas berkenaan..

Dalam konteks Nik Aziz, apa faedahnya membuat penilaian dan meletakkan hukum terhadap musuh politik walhal penilaian dan hukuman berkenaan bukanlah menjadi hak manusia menentukannya!!

Bayangkan kalau satu puak (atau satu negara) bebas menuduh pihak lain (negara lain) sebagai tidak akan pi syurga, akan akan terjadi? Perang? Saman kat mahkamah dunia?

Kalau saman, apa bukti yang boleh diguna pakai oleh puak atau negara yang dituduh di mahkamah dunia dalam isu syurga dan neraka? Kalau itulah halnya, apa yang boleh menghalang lain-lain orang (atau negara) untuk pulangkan...buah keras?

Contohnya, apa akan jadi kalau ada lain-lain hamba Allah yang akan membuat dakwaan tidak semua pengikut Pas terutama PR akan masuk syurga!!!

Nah, meskipun dakwaan tidak semua penyokong PR akan masuk syurga adalah banyak betulnya kerana terpalit sokongan puak sekularisme, tetapi apa faedahnya menggunakan isu sebegitu untuk tujuan memancang undi?

Inilah yang dikatakan menggunakan hujah dalam kerangka yang sempit tanpa memikirkan hujah yang sama boleh berbalik kepada diri sendiri.

Keadaan ini bukanlah menampakkan ketokohan dan kearifan individu yang sewenang-wenangnya membuat fatwa secara bersendirian, sebaliknya hanya mengesahkan mentaliti kepolitikan dunia ketiga -- kotor dan tidak matang.

Wallahualam

antihipokrit

Reds said...

Saya sarankan kita kembali kpd sistem perawatan yg lebih natural spt Homeopathy, Ecological Healing, Ayurveda, Perbatan Cina, Perubatan Herba dll.. Ianya lebih selamat & Halal & amat berkesan..

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Sdr antihipokrat

"3. Katakanlah akibat keghairahan untuk berkumpul dan mendengar retorik tok guru, tanpa sedar H1N1 tersebar dan susulannya ramai yang terjangkit. Apa hukum-hakamnya?"

Jangan lupa, Demonstrasi Anti ISA juga telah dianjurkan ketika pandemic H1N1.

Melati

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk.

Semua ini mengajar kita untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Baik soal politik maupun soal kesihatan persekitaran.

Tak payah di gembar gemburkan...
Dari dulu lagi nenek moyang kita,emak bapa kita menerima segalanya dengan redha..

Semua yang berlaku adalah dugaan untuk kita muhasabah sejauhmana kita melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan sebagai Khalifah di muka bumi ini..

Sebagai penunjuk jalan...sama2 kita yang dah semakin hampir ini merenung pada satu keinsafan hukuman Tuhan...

Al Fatihah buat ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani dan Yasmin Ahmad..

Unknown said...

Salam Dato'

Walaupun kes selesema babi kian hebat di Malaysia, selagi Menteri Kesihatan masih sihat maka darurat tidak akan diisyhtiharkan.

Kepada menteri kesihatan, saya tau babi 'halal' bagi anda. Tapi percayalah, anda masih boleh hidup tanpa babi.

Hidup lebih bererti tanpa babi.
Katakan TAK NAK kepada babi.

Saya sarankan menteri tersebut dipecat. Biarpun pemecatan beliau tidak bermakna wabak ini akan diatasi, tapi 'wabak' menteri kesihatan Malaysia adalah lebih parah dari selesema babi.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

keraJAAN lebih takutkan anwar, tok guru, pas, mat sabu....dari h1n1 yg membunuh rakyatnyer!!!!!

p/s : cadangan saya, pelajar2 skh tahun 6, form 5 dan upper 6 shj ke skh, yg lain kuarintin di rumah, jgn perjudikan nyawa2 yg tidak berdosa.....ingatlah wabak ini blm mengancam kg2 atau kawasan perdalaman, tapi hari raya bakal menjelma...ramai yg akan balik KAMPUNG!!!!!!!!

HAMBA ALLAH

Unknown said...

Dato' AKJ
saya ingin mengucapkan selamat berpuasa ja kat Dato'..

Terima kasih.

saji said...

Sdr MakanYangHalal

Pada bulan Jun tahun lalu saya menghadiri seminar di UIAM mengenai Syariah Construction Contract. Ia bertujuan bagi mengesan aspek-aspek Convensional Construction Contract ciptaan Barat yang bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam, yang mana mengikut kajian saya sekitar 70% bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam.

Apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah, jual beli atau transaksi barangan yang haram / halal bukan sahaja melibatkan barang makanan seperti yang sdr fikirkan, bahkan melibatkan sistem atau kontrak jual beli.

Juga, jual beli halal/haram bukan sahaja melibatkan transaksi barangan yang wujud ketika akad seperti pen, pemutar sekeru dan makanan sedia, malah melibatkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad seperti bangunan, jalan dan longkang.

saji said...

Salam Sdr antihipokrat

Kalau sdr anggap mentaliti kepolitikan dunia ketiga PR dan PAS khasnya... kotor dan tidak matang, boleh sdr berikan beberapa contoh mentaliti kepolitikan dunia ketiga UMNO/BN...yang sdr anggap bersih dan matang?

Anonymous said...

"Jangan lupa, Demonstrasi Anti ISA juga telah dianjurkan ketika pandemic H1N1."

Melati

-------------------------------------
TK Melati atas pandangan tersebut.

Itulah yang dikatakan: "matlamat menghalalkan cara'. Maksudnya PR sibuk mengatakan ISA sebagai a) menyusahkan segelintir rakyat dan b) tidak selari dengan agama PR. Oleh itu ia perlu ditentang tetapi caranya bagaimana?

Ya! merek memilih untuk berdemonstrasi tetapi bukan menggunakan saluran yang lebih Islami, contohnya muzakarah; atau yang tidak menyusahkan rakyat, contohnya, bertempik dalam stadium Shah Alam.

Persoalannya:

1. Tidakkah demonstrasi haram menyusahkan ratusan ribu rakyat? Nah! kalau mereka yang terperangkap dalam hiruk-pikuk
itu hari berasa tertindas dan dizalimi lalu menyumpah-nyumpah seperti ini: "pergi mampuslah pembangkang, masuk neraka lagi baik", dan kalau sumpahan itu menjadi, apa yang akan berlaku?

2. Kalau ISA dianggap tidak selari dengan fatwa politik PR, apakah demonstrasi itu selari? Apakah melakukan kerosakan yakni menyebarkan H1N1 yang membawa maut, selari dengan fatwa PR?

Inilah masalahnya apabila ada puak yang berasakan cakap mereka akan ditelan bulat-buat oleh pengikut yang fanatik. Dalam konteks ini kalau pihak yang taksub dan fanatik rela diperbodohkan, itu adalah hak mereka.

Cumanya berapa kerat sangat yang fanatik dan taksub itu? Dan mereka yang tidak taksub dan fanatik ini, di mana pulak tempat mereka di dalam benak Pas, PKR dan DAP?

antihipokrit

A KADIR JASIN said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Dato'

Ketika segelintir umat Islam asyik membandingkan parti dan pemimpin mana yang lebih putih dari putih, 5 kumpulan Cina telah bersepakat untuk melupakan perbezaan & perbalahan sesama sendiri demi kepentingan ekonomi & budaya bangsa mereka. Muzakarah yang dihadiri oleh Associated Chinese Chamber of Commerce, Hua Zong (Federation of Chinese Associations of Malaysia), Dong Zong (United Chinese School Committees Association), Jiao Zong (United Chinese Scool Teachers Association) & Seven Major Chinese Clans Association. Mereka telah bersetuju untuk bermuzakarah setiap tiga bulan. Mereka sanggup mengenepikan perbezaan dan perbalahan sesama mereka kerana mendapati ia hanya merugikan bangsa mereka.

Implikasinya?

Tekanan demi tekanan yang sistematik dan mantap akan diberi kepada barisan pemimpin (BN) dan pembangkang (PKR-PAS) jikalau keputusan tidak selaras dengan kepentingan mereka.

A Cautionary Tale: The Apple of Your Eye

After Halcolm had completed explaining to a scholarly assembly the many differing perspectives one could use in looking at the world, he was hungry. While he answered questions & continued the discussion, he sent a listener to inquire if the midday meal was ready.

The messenger did not return, so Halcolm sent a second messenger. The second messenger did not return. So Halcolm went himself.

He found the two messengers, the chef, & visiting scholars engaged in heated debate. Ignoring the debate, Halcolm asked "Is the midday meal ready?"

The first & eldest visiting scholar responded, "I have been explaining to these young men that the state of the food is not the only issue in determining readiness. A meal is not just food. The meal must include those who would partake of the food, so the meal is not ready until everyone is in order & those who would eat are assembled.”

The second visiting scholar said, “I dared to taste the meal. From the perspective of a gourmet chef, this meal will never be ready. It is hopeless, let us return to the city.”

The third visiting scholar said, “Readiness is a state of mind, not a physical state. Since the food has no mind, the food cannot be ready. Only people can be ready.”

The chef added, “The midday meal is at midday every day. At midday the meal is ready. Why ask if the meal is ready. It is midday. This is the meal. Therefore the midday meal is ready.”

With that, they all began talking at once making ever finer points, drawing ever narrower distinctions.

Halcolm, meanwhile, sat down & ate his midday meal.

A student asked why he had not joined the debate to clarify these important issues. Halcolm took another bite & replied, “The apple of your eye won’t satisfy the emptiness in your stomach. There is a time to talk about the nature of eating – and there is a time to eat.”


Melati

Anonymous said...

Saji,

Pertanyaan anda itu sendiri menggambarkan mentaliti anda. Kita boleh berhujah siapa yang betul dan siapa yang salah waima sampai kambing biri-biri PR masuk kandang, tetapi ia tidak akan mengubah hakikat sebenar.

Ya, hakikat di mana PR tidak di beri peluang kemasan oleh rakyat, dalam keadaan Barisan lawan berada pada kedudukan paling rapuh pada PRU 12, sudah cukup membuktikan siapa pilihan pengundi dan siapa yang ditolak oleh mereka.

Inilah ukuran muktamat yang perlu diterima oleh PR agar mereka bermuhasabah diri. Selagi PR tidak melakukan bedah siasat yang telus dan ikhlas, selagi itulah mereka tidak akan menyedari kelemahan diri sendiri.

Apapun saya beranggapan PR adalah jaguh kampung yang sering berasakan mereka cukup cergas, bersedia dan mampu memenangi hati rakyat tetapi apabila memasuki perlawanan sebenar, ternyata mereka bukanlah sekuat yang dijangkakan. Oleh itu tidak hairan apabila mereka masih terus menyimpan angan-angan selama 52 tahun!!

Berbalik kepada isu H1N1, ia hanya datang setiap 20-30 tahun. Oleh itu apa salahnya meletakkan wabak ini mengatasi kepentingan lain-lain perkara. Kalau kita yakin yang agama itu tidak dapat dipisahkan dari semua aspek kehidupan, mari kita buktikan penghayatannya dalam konteks Influenz A (H1N1).

antihipokrit

Ahmad A Talib said...

Mohon laluan Sdra Scribe,

Selamat berpuasa Ramadhan ini. Moga-moga2 kita diberkatiNya sentiasa.

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Mohon laluan bertanya di manakah gerangannya Sdr Sawit Futures Trader?

Terlalu lama menyepi tanpa komen. Apakah sudah muak dan jelak dengan kita semua serta politik semasa yang seolah-olah tiada kesudahannya?

Pak Belalang juga nampaknya tidak muncul hari ini. Kenapa ya?

Izinkan saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin.

CT Tanjung Perak

Dr Guna said...

DEar Dato,

As much as the pigs are to be blamed for harbouring parasites and viruses, its genetic makeup also allows production of porcine insulin, heart valves etc which is used widely as well.

Dr G.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Teringat dialog dlm cerita Gubra arahan late Yasmin Ahmad.

Ada satu scene keluarga Cina di hospital. Suami tak nak makan makanan yang isteri di bawa dan isteri telah meninggikan suara pada suaminya

"Lu ni kan satu hari tak makan BABI tak boleh ke..???"

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).