Friday, August 21, 2009

Politik Semasa: Di Antara Kepintaran dan Ketidaksiuman

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARIPADA tindak-tanduk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mempertikaikan “keislaman” sesama Muslim kerana fahaman politik sehinggalah kepada kes penyelewengan Port Klang Free Zone, pembatalan lesen guaman calon Barisan Nasional Permatang Pasir dan penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan, kita mendapati semakin hari semakin sukar untuk menilai kewibawaan kepemimpinan politik.

Apakah ini realiti – iaitu kepemimpinan politik negara kita kini mengalami isu kredibiliti dan kesiuman yang serius – atau ia berupa kesan langsung ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengaburkan garis pemisah di antara realiti dan persepsi, di antara kepintaran dan kegilaan?

Misalnya, kita tidak pasti lagi siapakah Nik Abdul Aziz sebenarnya. Adakah dia seorang tok guru, seorang ulama, seorang pemimpin Pas atau jurucakap Pakatan Rakyat? Atau adakah dia gabungan semua atau separuh daripada ciri-ciri ini?

Atau mungkin ada orang cerdik akan mengatakan bahawa Nik Abdul Aziz adalah lebih daripada semua itu. Bahawa dia adalah enigma – satu watak yang membingungkan (puzzling), penuh misteri (mysterious), kabur (ambiguous/cryptic) dan tidak boleh didalami (unfathomable)?

Dalam erti kata yang lain, walaupun dia menampilkan luaran (facade) yang “simple”, realitinya dia mempunyai watak yang kompleks, pelbagai, bercanggah (conflicting), licik dan sinis.

Dia mungkin lebih kompleks dan cryptic daripada Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini diberi label “political chameleon” (sumpah-sumpah/sesumpah politik) oleh majalah The Economist. Sumpah-sumpah adalah sejenis reptilia yang boleh mengubah warna kulitnya untuk menyesuaikan dengan persekitaran. Ada kamus yang menyamakan sesumpah dengan cicak kobeng.

Sebelum ini, kekaburan, keluarbiasaan atau kecelaruan pemikiran dan penghujahan Nik Abdul Aziz tidak begitu ketara kerana beliau tidak mendapat pendedahan luas oleh media massa. Media massa lebih mengutamakan Presiden Pas daripada Mursyidul Amnya.

Tetapi pada akhir-akhir ini, akibat persekongkolan Pas dengan DAP dan PKR serta kemunculan puak-puak dalam Pas sendiri, maka Tok Guru Pas itu muncul sebagai kata pemutus dalam banyak hal. Dalam pergeseran ini, Nik Aziz disokong kuat oleh apa yang dikenali sebagai Erdogan manakala yang lain menyokong Presiden parti, Haji Abdul Hadi Awang.

Lihat bagaimana Nik Abdul Aziz dan puaknya muncul sebagai pengkritik utama ura-ura perundingan di antara Umno dan Pas serta pembela kerjasama dengan bukan Islam seperti dalam isu penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Liputan media massa arus perdana dan alternatif yang meluas terhadap beliau menyebabkan persoalan mengenai perwatakan, tahap pemikiran, daya artikulasi dan prestij beliau menjadi semakin ketara dan hebat dibahaskan.

PKFZ Bom Nuklear Politik

Isu PKFZ pula akan terus menikam tajam Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak dan BN jika tidak ditangani segera secara tegas dan meyakinkan. Saman menyaman di antara pembesar dua parti kaum Cina BN, iaitu MCA dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) yang terlibat terus dengan kontroversi raksasa ini akan melemahkan lagi BN dan menguji kesungguhan Mohd Najib melaksanakan National Key Result Areas (NKRA) mengenai pembasmian rasuah.

Meminjam tajuk berita akhbar Sin Chew Daily versi online: “The PKFZ truth might be a nuclear bomb in the political arena.” (Kebenaran di sebalik PKFZ mungkin menjadi bom nuklear arena politik).

Peristiwa di sebalik penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir adalah sambungan kepada drama para pembesar PR yang seolah-olah sengaja mahu ditangkap agar cepat mendapat jolokan hero atau orang berani.

Adalah hakikat bahawa ramai pembesar pembangkang menganggap tangkapan polis dan penahanan ISA sebagai pasport ke arah kemantapan kerjaya politik dan sesiapa yang tidak melaluinya dianggap bukan pejuang tulen.

Manakala kontroversi di sekitar calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah penerusan kemelut Umno yang nampaknya masih meraba-raba mencari orang bersih, orang terhormat dan orang bermaruah untuk mengisi kepemimpinan parti.

Kalau seorang bekas peguam yang dibatalkan lesen guamannya tidak memberitahu keadaan sebenar kepada partinya dan partinya pula gagal membuat perisikan rapi ke atas keperibadiannya, maka mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dimalukan oleh pengundi.

Dalam situasi begini, lebih baik jangan bertanding kalau bertanding sekadar untuk dimalukan. Lebih bermaruah rasanya mengaku silap dan menarik diri. Seorang lulusan undang-undang seperti Rohaizat tentu pernah dengar ungkapan bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti nampak bersih.

91 comments:

kassim pantalon said...

Itulah masalah utama UMNO mencari
calun yang bersih dah berkaliber.Jika masalah ini tidak dapat diatasi oleh Datuk Najib maka
kepercayaan rakyat sukar untuk diperolehi.

EQUILIBRIUM said...

pakcik kadir,

pakcik ada tengok tak teks ucapan nik aziz pasal amno tak masuk syurga? bernama tulis islam dari palestin manakala satu lagi media haprak tulis islam plastik.

hahahaha lawak kan tahap media haprak di negara kita?lebih lawak bila majlis fatwa pun terikut sama keluarkan fatwa pasal isu ini.

dlm teks tersebut nik aziz bercakap pasal islam amno begitu begini. selepas ini dia cakap kalau islam begini tak boleh bawak kita ke syurga.

saya pun tak jumpa dimana ayat amno tak boleh masuk syurga. kalau ada penceramah bercerita org melayu yg islamnya tak betul dgn hidup penuh maksiat bla bla bla.

kemudian penceramah tersebut berkata islam mcm ni tak boleh bawak melayu tersebut ke syurga. adakah kata2 penceramah tersebut salah?

adakah penceramah tersebut menentukan melayu tadi tak boleh masuk syurga? tentu tidak kerana Allah lah yg menentukan.

Anonymous said...

Datuk,

Ahli-ahli politik sepatutnya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan lebih-lebih lagi terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama Islam.

Orang UMNO kata Nik Aziz tuduh mereka tak boleh masuk syurga.

Orang PAS kata tak ada.

Di sini, kita dah nampak timbul kekeliruaannya.

Orang Melayu kalau sentiasa terkeliru akan pasti akan sentiasa hilang fokus dan tumpuan.

Fokus dan tumpuan kita sepatutnya terhadap pembangunan ummah tapi kalau fikiran masing-masing asyik terkeliru saja, macam mana nak membangunkan ummah?


-sinbad-

sedih_islam said...


paloi bin mulau said...
pakcik kadir,

pakcik ada tengok tak teks ucapan nik aziz pasal amno tak masuk syurga? bernama tulis islam dari palestin manakala satu lagi media haprak tulis islam plastik.

hahahaha lawak kan tahap media haprak di negara kita?lebih lawak bila majlis fatwa pun terikut sama keluarkan fatwa pasal isu ini.

dlm teks tersebut nik aziz bercakap pasal islam amno begitu begini. selepas ini dia cakap kalau islam begini tak boleh bawak kita ke syurga.

saya pun tak jumpa dimana ayat amno tak boleh masuk syurga. kalau ada penceramah bercerita org melayu yg islamnya tak betul dgn hidup penuh maksiat bla bla bla.

kemudian penceramah tersebut berkata islam mcm ni tak boleh bawak melayu tersebut ke syurga. adakah kata2 penceramah tersebut salah?

adakah penceramah tersebut menentukan melayu tadi tak boleh masuk syurga? tentu tidak kerana Allah lah yg menentukan.

10:13 PM



ok lah, katakan nik aziz tak cakap islam umno tal boleh masuk syurga, tapi apa hak dia nak cakap islam UMNO begitu-begini? siapa dia yang nak tentukan islam UMNO boleh pakai ke tak boleh pakai? kalau dia boleh cakap macam tu berkenaan islam UMNO, apa yang rakyat/ umat islam yang bukan taraf 'ulamak' macam dia tu boleh faham? dia seperti mengatakan islam yang dia punya yang lebih betul. islam PAS/PKR/DAP lah yang gamaknya lebih betul.

ini kah perangai seorang tok guru? inikah yang Nabi kita ajar umat Islam? dah tentu tidak.

biasanya orang Islam ni, bila dia kuat sembahyang, mengaji dan beriman kepadaNya, Allah taala bagi ujian jenis lain pulak, ujian takbur, bila dia nampak orang lain kurang Islam daripada dia, banyak orang-orang macam ni kat dunia ni, bila sampai hari pembalasan esok, hanya Allah taala yang akan tentukan kat mana tempat mereka ni...

Anonymous said...

Dato,

Pada pandangan saya, isu ini timbul ada hubung kaitnya dengan Piliharaya di Utara negara kita.

BN hadapi masalah kerana Calonnya ada masalah kredibiliti. Oleh itu, perkara-perkara ini ditimbulkan supaya perhatian dialihkan kepada keburukkan PAS.

Tuan Guru Nik Aziz mengatakan bahawa UMNO mengamalkan Islam Palsu atau Islam Plastik. Perkataan plastik telah bertukar menjadi Palestin oleh media massa.

Plastik dan Palestin,tentu tidak masuk akal Nik Aziz menyatakan Palestin.

Adakah wartawan media massa tidak berfikir dahulu menggunakan akal sebelum membuat laporan.

Kita harus menilai dahulu kredibiliti akhbar semasa sebelum kita membuat kesimpulan berdasar berita dari akhbar.

Mus_Johor

saji said...

Sdr paloi bin mulau

Betul, Allah lah yang menentukan manusia yang macam mana yang masuk syurga. Tetapi, tidakkah dalam al-Quran dan Hadis ada diterangkan secara umum dan jelas mengenai ciri-ciri manusia begitu begini yang bakal masuk dan tidak bawa ke syurga?

Tidakkah apa yang dilakukan oleh TGNA sekadar menjelaskan ciri-ciri manusia di negara ini begitu begini yang tidak membawa ke syurga?

Dan, tidakkah ustaz-ustaz kerajaan melakukan hal yang sama seperti TGNA di forum-forum agama di TV dsb, tetapi tidak mengkaitkan dengan penyokong UMNO?

wishediwaswrong said...

Dato',

Gejala ketidaksiuman bukan sahaja terdapat dalam arena politik sahaja. Hampir setiap bidang pentadbiran negara tampak bercelaru dan lintang pukang. Setengah-setengahnya mencapai tahap lawak jenaka.

Rasa saya masalah kita ialah kemahuan kita tidak selaras dengan kemampuan. Kita lihat kebanyakan negara, termasuk jiran-jiran, telah jauh ke hadapan memeluk (embrace) nilai-nilai baru yang di jaja negara-negara besar: kebebasan, pasaran bebas, human rights, dll. Maka kita pun hendak beraleh ke arah itu takut dilabel negara mundur.

Tapi kita tak mampu bukan dari segi hardware tetapi dari segi softwarenya (daya pemikiran dan nilai baru yang juah dari bersih).

Pihak-pihak penguatkuasaan (polis, imigresen, majlis-majlis tempatan, jabatan alam sekitar, Perhilitan, Jaabatan Hutan dan banyak lagi) lintang pukang.

Sering kita bertanya-tanya pihak mana mereka mewakili, masyarakat awam atau besubahat dengan pihak-pihak berkepentingan yang melanggar undang-undang negara.

Maka jadilah siasatan-siatan yang cincai, pendatang tanpa izin dan samseng berkecimpung dengan petugas penguatkuasa, barang curian dan pengagkutannya ditahan tetapi derebar dan kelendan selalunya lari tidak dapat dikesan, pembelian barangan secara tender yang peliknya berkali-kali ganda lebih mahal dari harga pasaran, alasan penghakiman tidak ditulis setelah bertahun-tahun hukuman dijatuhkan dan banyak lagi cerita-cerita yang lucu dan tidak masuk akal.

Kalau P. Ramli masih hidup rasanya beliau tidak akan kehabisan ilham untuk terus membuat filem jenaka untuk tuntunan rakyat buat beberapa dekad lagi hanya dengan memerhati tingkah laku penjawat-penjawat awam.

Terlanjur menyentuh tentang bidang hiburan, saya jangka calon-calon bagi kategori pelakon terbaik tahun ini kesemuanya terdiri dari tokah-tokoh politik.

Abang Ily said...

TGNA disanjungi kerana menghabiskan hidup untuk berdakwah kepada masyarakat supaya Islam itu bukan sabit kerana baka.

Keinsfan perngertian Islam itu menjadikan umum menyanjungi Tok Guru tanpa diminta. Berlambak MP3 TGNA di pasaran untuk kenal siapa beliau. Ajaran Islam yang bagaimana dibawa Rasullulah untuk jadi panduan manusia setiap zaman.

Sudi-sudilah mendengar. Mudah-mudahan ada berkatnya.

saji said...

Salam Dato'

Pemikiran para pemimpin politik di Malaysia sedang melalui proses transasi pemikiran pokitik yang akan berterusan selagi sistem dua parti tidak muncul.

Di mana dalam proses transasi ini akan ada yang menjadi tidak siuman, kebudakan, menampakan kepintaran, gelojoh dsb. Kumpulan yang akan berjaya ialah yang mampu berfikir hingga hadnya atau stretch to the limit.

Anonymous said...

Nik Aziz’s statement as reported by Buletin Utama TV3:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Nik Aziz’s statement as reported by Bernama:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

So bila TGNA cakap orang UMNO tak boleh masuk syurga atau kisah Palestine?

Saman jangan tak saman sehingga Utusan,BH dan NST jadi bankrupt!!!

ahli UMNO yang bosan.

Lebai Malang said...

Assalamualaikum Dato'

Gambaran berkaitan Nik Aziz dan Mahayiddin;

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :
من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan (Jami' Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)

Malah Nabi s.a.w bersabda :-

ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فقال رسول اللَّهِ فَضْلُ الْعَالِمِ على الْعَابِدِ كَفَضْلِي على أَدْنَاكُمْ

Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon, Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib, Albani : Sohih)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)

Dalam kes ini Dato', siapakah yang berilmu kuat ibadat atau kuat beribadat tanpa ilmu?

Sebenarnya orang yang bercakap tampa ilmu itulah yang merosakkan. Demi cita-cita politik sanggup melihat bangsa sendiri porak peranda! Wallahuaklam....

Salam.

Dr.Farid Ariffin said...

Dato Kadir.

Jika pemimpin UMNO pandai dan cerdik dan mahu menjaga nama baik party,Mahayuddin patut membuat pengumuman yang mereka telah membuat satu kesilapan besar dalam memileh wakil calum UMNO untok ADUN PTg Pasir,UMNO patut menarek diri dari bertanding.Lagi pun calun UMNO sudah pasti akan kalah.Ini lebeh honourable.

Menggenai komen NIK Aziz mengenai orang UMNO.Saya ingat lebeh baik bagi UMNO untok berdiam diri sahaja.Ini lebeh honourable.Lagi banyak komen lagi banyak salah dan nampak sangat kejahilan Mereka dalam hal2 ugama.

Mengenai skadal PKZ.Untok Najib,BN dan MCa mengembalikan kredibility nya,saya cadangkan Dato Tiong ini di tangkap dan menta ia berikan sinirai pemimpin MCA yang dia sogok wang,Kemudian pemimpin yang mendapat want tadi di bawa ka muka pengadilan.Jika tidak ada banyak susah sadikit.MCA sekarang ini dah hancor lebur.

Teropong Duri said...

Salam

memang betul politik kita semakin hari semakin kecoh tetapi UMNO harus bekerja kerja keras utk memenuhi citarasa pengundi kali ini kerana mereka sudah cerdik utk memilih wakil rakyat.Pemilihan utk calon yg terbaik adalah wajib bg UMNO supaya tidak dikecam oleh masyarakat kelak- bg menjawab soalan paloi bin mulau byk jabatan kerajaan sudah dikuasai oleh pembangkang terutamanya jabatan agama semuanya orang PAS, mcmana diaorg tak terikut dengan fatwa pas keluarkan

TQ

Roy Eusoffe said...

Dear AKJ,

I regret that you have not really go deeper into an issue, especially with regards to statement made by Nik aziz. I am a staunch and loyal supporter of the Government, Federal it is, but at times i couldn't take the kind of tactics media would undertake. Twisting words and statements will only ruining the good name of Barisan, belief me. My friends who are educated told me of their sickness and tiredness of manipulationns done by media. And all of us once respected you for balanced reporting. But of late, we found you are in their boat as well, full of propaganda, cheat and lies. AKJ, please go back to where you once belong.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Tidaklah aneh kalau bukan-Melayu mengkritik Melayu tetapi apabila Melayu, contohnya RPK, Parti Islam (PI) dan Parti Melayu Campuran (PMC) mengkritik bangsanya sendiri, tidak dapat tidak kita akan bertanya: "apa ke he nya, yop?"

Sepatutnya Melayu tidak digalakkan mengkritik orang lain kerana agama memberitahu bahawa kritikan individu A terhadap si B perlu dilihat dalam dua aspek:

1. Tidak semestinya A (pengkritik) lebih baik dari B (pihak yang dikritik). Maksudnya kalau A kata B tidak masuk syurga, bukanlah bermakna A yang terjamin akan pergi syurga kerana keadaan sebaliknya mungkin terjadi.

2. Kebarangkaliannya ialah si B akan mengkritik balik kepada si A, tetapi kritakan balas si B mungkin lebih teruk dari kritikan A terhadap B!!

Justeru, kalau bukan Melayu mengkritik Melayu, ia adalah mudah difahami dan diterima seadanya dalam konteks perbezaan pendapat dan kepentingan yang melanda masyarakat berbilang kaum di serata dunia tidak terkecuali di negara maju jua.

Logiknya, kritik mengkritik akan menjadi tegang kalau salah satu atau kedua-dua pihak tidak memilki sifat kematangan, enggan bertoleransi dan beremosi. Pada satu peringkat, apabila satu pihak enggan menerima hakikat yang pihak lawan adalah secara objektifnya jauh lebih baik, makanya kritikan bertukar menjadi perang mulut, dengan ruang siber bertukar menjadi ruang "free for all".

Namun dalam konteks lokal, kritikan yang diterima oleh Melayu, selalunya, berlalu begitu saja apabila mereka hanya berdiam diri (defensif). Ini bukan kerana apa-apa (seperti lesu dan layu) tetapi kerana sikap Melayu yang patuh kepada panduan agama dan berpegang kepada akhlak dan etika kehidupan iaitu yang mementingkan kemurnian, ketenteraman dan kesejahteraan hidup bukan setakat buat diri mereka sendiri (sebagai tuan rumah) tetapi untuk orang lain (yang menjadi tetamu)!!

Tidak dapat dinafikan bahawa, selama ini, sikap berdiam diri, toleransi dan kematangan di pihak Melayu saja yang menjadikan suasana kendur dan sejuk. Cumanya semenjak dua menjak ini, Melayu tidak lagi perlu berdiam diri tetapi terpanggil memberikan reaksi balas. Semua ini bukan bererti hilangnya semua nilai yang dihayati selama ini tetapi lebih kepada menyesuaikan diri dengan lanskap politik yang berubah-ubah. Ya, majoriti Melayu menyahut panggilan demokrasi bersuara yang didominasikan oleh puak pembangkang sejak sekian lamanya.

Perubahan Melayu majoriti mudah difahami. Apabila Melayu berdiam diri, rupa-rupanya ia tidak juga dapat memuaskan hati para pengkritik, sebaliknya Melayu dianggap itu, ini dsbnya. Lebih teruk lagi apabila pengkritik tadi terlebih lemak dan hilang perasaan hormat kepada Melayu.

Kini, Melayu berasakan 'kokokan' bukan Melayu (kritikan yang mereka lontarkan dalam blog) tidak seharusnya dibiarkan tanpa dibalas dengan kokokan jua. Nah! Melayu juga mula berkokok. Meskipun baru belajar berkokok di laman siber tetapi dengan adanya bakat semula jadi dan beberapa faktor lain, kokokan Melayu bergerak maju dengan pantas seperti mana cepatnya mereka menguasai industri petroleum dan menjadi angkasawan.

Susulannya, kokok demi kokokan bersahut-sahutan dalam media cetak dan elektronik. Malangnya apabila kokokan bukan Melayu dibalas dengan kokokan juga oleh Melayu, bukan-Melayu yang selama ini berasakan kokokan mereka sudah cukup baik tetapi ekor bergelumng dengan najis, kini, sukar menerima kenyataan apabila Melayu memiliki kuantiti dan kualiti kokokan yang jauh mengatasi kuantiti dan kualiti kokokan bukan-Melayu!

Bersambung....

Anak Bapak -- pro bersatu

Anonymous said...

sambungan...

Serupa juga dalam kes Melayu mengkritik Melayu. Selama ini hanya RPK, PI dan PMC yang begitu ghairah mengkritik Melayu. Yang jeliknya ialah, ia dibuat bukan berlandaskan kritikan membina atau berlandaskan demokrasi bersuara yang tulen tetapi lebih kepada meraih sokongan politik bukan-Melayu!

Ini (meraih sokongan politik bukan-Melayu) adalah terbukti benar apabila PI, RPK dan PMC, kebelakangan ini, tidak dapat menerima kritikan daripada pihak Melayu yang tidak sealiran dengan ideologi mereka! Lebih bobrok apabila ada pendakwah bukan-Melayu mengkritik bangsanya sendiri (bukan-Melayu) dalam media cetak baru-baru ini, bukan saja pihak bukan-melayu enggan menerima kritikan daripada pendakwah berkenaan; lebih memilukan ialah apabila Melayu dalam PI dan PMC menunjukkan sikap lebih sudu dari kuah -- iaitu tanpa segan silu membantai pendakwah berkenaan tetapi dalam masa yang sama bersikap bias dengan mempertahankan bukan-Melayu!

Oleh itu saya sangat bersetuju dengan Dato' iaitu politik la nih tercemar dengan dengan elemen kurang cerdik, kurang matang dan kurang kewarasan. Akhir kata selamat mengerjakan ibadah puasa buat Dato' dan pelayar Muslim sekalian semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kita manusia yang lebih yakin, cekal dan tabah dalam mengharungi saki-baki pelayaran di atas alam yang fana ini.

Anak Bapak -- pro bersatu

Roti Planta said...

Dato',
Datuk Tiong menghebahkan banyak 'jasa' dia menyumbang kepada sekolah Cina malah pemuda MIC pun mengaku dapat RM1juta. Siapa dia? Robin Hood? Menipu tuntutan projek kerajaan (duit rakyat), menyumbang kepada masyarakat Cina dan kemudian menjadi dermawan yang disanjung oleh masyarakat BN.

Jika Datuk Tiong dikira tidak melakukan sebarang kesalahan maka tidak perlulah Polis menangkap perompak dan pencuri kerana mereka merompak untuk diagihkan kepada keluarga, kawan2, pusat2 judi dan hiburan. Bukankah juga untuk membangunkan ekonomi masyarakat? hehehe.

Datuk Tiong contoh yang jelas perompak wang rakyat. Pemimpin Cina MCA diam kerana ramai yang terhutang budi menerima 'sedekah' daripada Datuk Tiong manakala pemimpin Cina DAP dan Keadilan diam kerana sekolah dan anak2 Cina dapat habuan. Pemimpin Melayu diama kerana kita sentiasa 'bertolak ansur dan pemaaf - termasuk kepada Kasitah Gadam.

Apa yang rakyat nampak dan keliru sekarang adakah kita menjadi 'raja' (tidak boleh didakwa atau ditangkap) jika menjadi ahli BN dan menjadi orang tidak berdosa jika menjadi penyokong PR.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

umno memang tahu rohaizat ada masaalah, dia dipilih unt stand pematang pasir semata mata untuk menguji pas sama ada masih menyerang peribadi calon di bulan ramadhan karim ni atau tidak sekurang kurangnya last card untuk umno kutuk pas pasal politik menyerang peibadi calon WALAUPUN dalam bulan ramadhan,...
-last man standing-

Quantum Metal Consultant said...

Isu isu terbaharu ini sebenarnya cerita ulangan menu politik Malaysia yang tidak perlu kita bahaskan sangat hingga terkeluar anak tekak dan menimbulkan kehausan khususnya di bulan puasa ini.

Kalau rakyat tidak melatah sangat, blogger tidak mensensasikannya nyata politikus juga akan mati kutu.

Seperti di panggung wayang, baru je heroin terlondeh kain, penonton dah terjerit jerit...

Anonymous said...

Politik Semasa: Di Antara Kepintaran dan Ketidaksiuman

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan kedaulatan bahasa Melayu sbg bahasa pengantar.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti minyak rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani.250 ribu orang Melayu murtad? Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Di atas adalah sebahagian jasa2 besar umno kpd org melayu selama diberi kuasa memerintah.Kuasa politik utama oleh pemimpin melayu tetapi majoriti bangsa sendiri dipinggirkan.Dato u care to comment?Berani kerana benar.

posted by rakyat tak bodoh.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ,
Tolong izinkan saya membetulkan kesalahan bahasa Datuk:

* 'di antara kepintaran dan ketidaksiuman' sepatutnya "antara kepintaran dengan ketidaksiuman"

* 'di antara UMNO dan PAS' sepatutnya "antara UMNO dengan PAS"

* 'cicak kobeng' sepatutnya "cicak kubin"

Tolong maafkan saya yang ikhlas. Wassalam.

Unknown said...

Dato Said;

"Kalau seorang bekas peguam yang dibatalkan lesen guamannya tidak memberitahu keadaan sebenar kepada partinya dan partinya pula gagal membuat perisikan rapi ke atas keperibadiannya, maka mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dimalukan oleh pengundi."

Yang Sedi sekali adalah Apabila Parti Dengan Gian Sekali mengishtihar bahawa dia Tidak Langsung Membuat Silap Dan Bar Council Sengaja Masuk Campur Kerana Politik...Mahkamah macam mana? Tak kan mahkamah pun antikerajaan?

Adakah ini trend baru apabila pesalah sengaja mengguna parti untuk mencuci kesalahan nya?

Anonymous said...

Salam & Selamat Sejahtera kepada semua ,

Hakikatnya Utusan baru saja mengaku salah menulis laporan tidak benar atau putar alam mengenai kenyataan TGNA pada 15 Jun 2009 yang lalu.
Saya berharap kali ini TGNA bertindak tegas terhadap Utusan yang jelas sekali tidak beretika dan tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

1 atm

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya rasa setiap menteri/timbalan menteri BN (jika mereka masih berminat untuk memimpin lagi selepas PRU 13) perlu mempunyai pembantu-pembantu penyelidik yang rajin, bijak dan komited di mana tugas mereka hanya mengutip informasi atau data untuk ketua mereka. Ini boleh mengurangkan bilangan kesilapan atau faux pas yang dilakukan oleh ketua mereka sendiri saperti yang terjadi dalam pemilihan Rohaizat untuk Permatang Pasir. Kita tidak pasti samada pemilihan Rohaizat ini sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh individu atau pihak tertentu. Apa-apa pun, kesilapan besar yang tidak sepatutnya berlaku ini dilakukan dari dalam BN sendiri. Right now, they have eggs on their faces.

Pemimpin-pemimpin BN akan ke PRU 13 sebagai underdog. So, they definitely have to work harder, smarter and be very selective dalam isu-isu yang perlu di ketengahkan kerana tujuan mereka sepatutnya bukan untuk memenangi a battle here and there tetapi to win the war. Memang kalau kita bercakap dari tepi gelanggang bunyinya mudah tetapi pemilihan Rohaizat menunjukkan betapa lemahnya sistem pemantauan BN. Pucuk tertinggi BN masih perlu memantau orang-orang mereka sendiri.

Pemilihan Rohaizat ini mengingatkan saya temuramah di antara executive chairman dan MD Qian Hu Corporation dengan Reader's Digest baru-baru ini. Qian Hu Corporation adalah antara pengedar terbesar ornamental fish di Asia. Apabila ditanya apakah kesilapan paling besar yang pernah beliau lakukan, beliau menjawap bahawa kesilapan paling besar ialah memberi tugas (job delegation) tanpa sebarang pemantauan. Katanya lagi, walaupun seseorang ketua perlu mempercayai orang bawahannya, suatu sistem pemantauan masih diperlukan.

Sementara segelintir umat Islam masih sentiasa melihat segala isu dan kepincangan dari sudut parti/pemimpin/ulamak/imam masjid yang mana satu lagi putih dan suci, 5 kumpulan paling besar Cina telah sanggup mengenepikan perbalahan sesama mereka selama ini demi kepentingan bangsa. Isnin malam lepas, mereka telah menetapkan bahawa mereka akan bermuzakarah tiga bulan sekali dan antara isu-isu penting mereka adalah pendidikan, ekonomi dan budaya mereka. Agenda terdekat mereka adalah untuk memberi maklumbalas kepada kerajaan akan Rancangan Malaysia ke 10 yang bakal dibentangkan tahun depan. Maklumbalas yang bakal dikemukakan sudah tentu memelihara dan memperkasakan lagi kepentingan dan kedudukan mereka.

Nah, di mana kedudukan/fokus/daya usaha/pemikiran kita sebagai umat Islam dan Melayu berbanding puak kafirun tanpa mengira samada kita adalah penyokong BN, DAP, PKR atau PAS? Kita bermain wayang kulit dengan ura-ura perpaduan tetapi akhirnya puak kafirun pula yang mengambil ikhtibar bahawa perpecahan hanya akan merugikan ugama dan bangsa.

Melati

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Walaupun Nik Aziz kadang-kadang bercakap berpusing-pusing, tapi sesiapa yang ada membaca sedikit sebanyak literatur tentang "Islam fundamentalis", tentu dapat memahami apa yang dimaksudkan beliau. Dari situ kita tentu dapat melihat perbezaan"Islam UMNO" dengan "Islam PAS".

Malangnya media arus perdana selalu benar memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz. Ini hanya menambah kecelaruan di kalangan orang ramai.

Anakwatan_dUK said...

Assalammualaikum DAKJ dan kpd muslimin serta muslimat sekelian diucapkan Ramdhan Kareem, semoga semua amal ibadat kita akan diterimaNYA kelak.

Sebagai anak watan yang hidup di luar negara, saya merasakan salah satu masalah utama di selesaikan dalam mengwujudkan "standard baru" untuk membangunkan demokrasi yang lebih sihat di negara kita ialah mengwujudkan "padang yang sama rata "(level playing field) dalam semua aspek kehidupan di negara ini. Lebih penting lagi ialah dalam hal kebebasan media - elemen penting untuk meningkatkan taraf demokrasi termaju di negara ini. Tanpa kebebasan media samada media cetak dan penyiaran, kita dapat lihat banyak berlakunya kepincangan, misalnya pemalsuan maklumat / data / berita oleh banyak pihak, samada dipihak yg memegang kuasa, atau pihak yg memiliki media terbabit, berusaha menyebar-luaskan propaganda untuk menguasai hati dan pemikiran pembaca. Pihak pembangkang pula, disebabkan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pengawalan dan menerbitan berita / maklumat yg ingin mereka sampaikan kpd pendengar atau pembaca dilihat terpaksa berhempas pulas dan menggunakan "saluran tidak sah" dari kaca mata pemerintah untuk menyampaikan dahyah mereka. Keadaan ini sebenarnya lebih merugikan negara, kerana konsep pendidikan minda rakyat secara tidak sihat yg mengakibat lahirnya manusia yang amat taksub kpd sesuatu pihak, mudah prejudis dan mudah emosional dlm tindakan mereka akibat tekanan/diskriminasi yg diberikan oleh pihak yg lain.

Sepatutnya, liberalisasi pasaran media perlu dilaksanakan dengan segera di negera kita untuk mengwujudkan "padang yang lebih sama rata dan seimbang", dan pihak kerajaan / pemerintah sepatutnya tidak perlu gusar ia akan mengancam kedudukan dan kepentingan mereka. Sepatutnya kerajaan BN perlu berbangga untuk mengambil langkah berani ini, dan bersedia untuk mendepani suatu keadaan yg lebih kompetitif pada masa depan. Terlalu banyak munafaat boleh disenaraikan yang akan kita nikmati jika wujudnya kebebasan media. Takperlu kita sbg pemerintah rasa rugi, sebaliknya perlu merasa bertuah kerana berjaya membawa perubahan baru dlm kehidupan harian rakyatnya. Selagi kerajaan BN tidak bersedia membuat liberalisasi media, maka selama itulah rakyat yg semakin celik dan terpelajar akan melihat BN lah pihak yang takut menghadapi pihak lawan mereka, dan ini sebenarnya akan terus memberi "advantage" kpd pihak opposisi !!.

Pihak BN akan kerugian lebih besar & selama-lamanya, seandaikannya PR berjaya mengambil alih kerajaan pusat, kerana sudah pasti mereka akan berjaya memonopoli segala bentuk "perubahan & reform" yg amat ditagihkan rakyat. Misalnya dalam isu ISA, pihak BN amat jelas semakin hilang sokongan jika terus enggan dan lambat membuat perubahan perlu terhadap akta drakonian yang tidak banyak negara demokrasi moden mengamalkannya. Pihak berkuasa spt polis (misalnya) dilihat rakyat lebih cenderung menggunakan akta ini sebagai jalan pintas mengurangkan beban kerja dan tanggungjawab mereka dalam mencari bahan bukti pihak yg didakwa sebagai "penjenayah ISA". Ini secara tak langsung, cenderung menyubur budaya "incompetence & unprofessional" dlm perkhidmatan polis dan penguatkuasa yg lain. Media yang bebas sebenarnya akan berupaya membantu pihak polis dan penguatkuasa, misalnya melalui peranan "investigative jounalism" yang amat popular dinegara maju yg mengamalkan kebebasan media penyiaran dan cetak.

Terima kasih kpd Dato AKJ jika menyiarkan penulisan ini.

ZULKIFLI said...

Salam, Dato',
Yang berlaku ialah media seronok melaporkan isu yang berbau kesalahan dan kejumudan (kononnya) parti pembangkang. Maka dengan yang demikian, didedahkanlah sesuatu perkara yang kefahaman meereka sendiri tentang perkara itu kabur sehingga akhirnya menampakkan kebodohan mereka.

Bagaimanakah, apabila TGNA berkata Islam plastik boleh diubah kepada Islam Palestin. Pekak, apa?

Fatimah Zuhri said...

Salam Dato,

What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.

Semoga dia mendapat balasan dan azab yang setimpal di dunia ini dan di akhirat. Semoga Allah melaknat dirinya, keluarganya serta keturunannya.

Anonymous said...

Nik Aziz cakap loghat Kelantan, bukannya Bahasa Malaysia. Jadi mungkin pemberita tersebut tersalah dengar perkataan plastik sebagai palastine.

Siapa-siapa yang bagi sidang akhbar tu cakap lah dalam bahasa melayu yang lengkap, bukannya dalam loghat. Ramai yang cakap style campur adukkan english/bahasa, ayat tak lengkap atau tunggang langgang, banyak sangat ada " errr, arrr,", yang tergagap-gagap pun ramai.

Ikut lah style Rais Yatim. Cara Rais berkomunikasi sepatutnya menjadi penanda aras kepada semua yang selalu buat sidang akhbar.
Selamat berpuasa buat Datuk dan sekeluarga.

Windtalker

mycorpora said...

Salam Dato'

Selamat menyambut Ramadhan.

Dato', I did not bother to read what was commented before me. I was mildly surprised, at least from my vantage point, that you'd want to pick up on Nik Aziz.

It's not that he all virtuous and correct, but inspite of the many angles that you tried to place perspective on his personality, he is actually a simple man, yet articulate on Islamic understanding.

Over the years, all he is trying to say is that he is against the "Islam" that is practiced (or not practiced) by UMNO. That is all his harping point. Simple. He may not be tactful when wrapping the words up in public. But hey, how can you soften up when addressing bad things?

I manage to glean on his sayings from the days of "kafir-mangkafir" which was/is really a non-issue until today simply because it was/still is the MSM that have placed his words out of context. Period.

Honestly, if all of us are true Muslims and if we understand the spirit of Islam, NA is no enigma at all. He'd be just another ordinary Muslim who'd be typically against what is mungkar ("bad").

wsm

Gukita said...

Datuk,
Kalau ditinjau secara mendalam, akan di dapati bahawa 'kenyataan kenyataan luar biasa' Nik Aziz adalah menjelang PilihanRaya yang melibatkan PAS.
Dari sini saya berpendapat bahawa disebalik watak sebagai Ulamak, beliau adalah 'polical animal' bagi PAS. Beliau berpegang kepada falsafah bahawa di dalam keadaan genting (perang) adalah dibenarkan menyebar 'misinformation' bagi menggugat lawan..
Apa yang dikesalkan di sini adalah penyamaan keadaan politik Malaysia sebagai 'Keadaan Perang' yang nmelihat PAS sebagai pendokong Islam dan UMNO sebagai lawan kepada Islam.

abdullahngah said...

mana ada orang umno ada akhlak. Mereka bukan sahaja tidak punya akhlak, malah tidak ada integriti. sebab itu dia makan riba makan rasuah dan pecah amanah.itulah kerja orang tidak punya akhlak.

Yang salah dikata betul, yang betul dikata salah. Sebab itu yang salah dibebaskan dan yang betul dijatuhkan hukuman.

Inilah antara kepintaran dan ketidaksiuman yang berlaku dalam umno sejak dahulu dan selama lamanya.

abdullahngah said...

seleweng ajaran Islam

Disini saya perturunkan berita dalam Utusan Malaysia 22 ogos mengenai kata Nik Aziz orang umno tak masuk syurga yang heboh dan majlis fatwa kebangsaan mengadakan muzakarah mengatakan adalah menyeleweng dari ajaran Islam.

bagaimana dengan ayat Allah surah Al Baqarah ayat 275yang bermaksud: ” Orang orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa sahaja yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhanya lalu ia berhenti (dari mengambil riba). maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

menyelewengkan berkata demikian? apa yang disebut oleh Nik Aziz itu jelas dan nayata.

Sesiapa yang mengatakan nik Aziz menyeleweng dari ajaran Islam mereka adalah zalim.

Orang zalim apabila menunai haji mereka dibinasakan oleh Allah. Sebab itu mereka ini semakin hari semakin jahat dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.


KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur.

Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Abdul Shukor berkata, ia adalah selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Tidak dinafikan memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah. tetapi Allah telah menyatakan sesiapa yang ingkar dengan ajaran Islam mereka kafir kekal dalam neraka.

kita sokong Nik Aziz pertikai Jawatankuasa Muzakarah sepertimana yang dinyatakan dibawah ini.

Jawatankuasa itu memutuskan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ia selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mengeluarkan kenyataan walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa majlis fatwa kebangsaan.

kata kata Nik Aziz bertepatan dengan Al-Quran dan hadis. Soal Allah hendak masuk sesiapa didalam nereka dan syurga adalah hak mutlaknya.

Akan tetapi Allah SWT telah nyatakan didalam Quran dan Rasulullah SAW telah nyatakan didalam hadis satu persatu tidak perlu diragukan lagi.

Hendak tolak Quran dan Hadis, tolaklah. Orang tolak Quran dan hadis sudah ada hukumnya.

Fikirlah. Tapi Allah menyatakan hidayat tidak akan diberi kepada orang yang zalim. Mungkin inilah yang menyebabkan majlis fatwa kebangsaan mengatakan Nik Aziz menyeleweng dari jaran Islam.

berkata benar bertepatang denagan Al Quran menyeleweng.

Mengelirukan ajaran Islam tidak menyeleweng? Fikirlah. Fikirlah wahai para ulama kerajaan.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya fikir amalan self-censorship akhbar aliran perdana adalah antara faktor yang menimbulkan apa yang Dato' tuliskan tadi, iaitu "Manakala kontroversi di sekitar calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah penerusan kemelut Umno yang nampaknya masih meraba-raba mencari orang bersih, orang terhormat dan orang bermaruah untuk mengisi kepemimpinan parti."

Saya fikir orang-orang yang hendak dicari itu ada tapi mereka tak dapat masuk ke dalam lingkaran parti ke tempat yang sewajarnya kerana dicantas oleh status quo yang sedia ada sama seperti Arwah Tun Datu Mustaffa mengendalikan USNO sedikit masa dulu. Akhbar aliran perdana terus menerus bersubahat menonjolkan imej mulia pemilik status quo itu. Itulah saham akhbar aliran perdana dalam merudumkan UMNO.

Liputan (jika ada) yang akhbar aliran perdana berikan pada isu kredibiliti calon UMNO itu nampaknya seolah-olah itu perkara remeh-temeh. Kalaulah Saleh Man ada kes seumpama itu tentulah lain gaya laporannya. Adakah isu masuk-tak-masuk syurga Nik Aziz boleh mengalihkan fikiran pengundi daripada isu kredibiliti calon BN?

Too much of spin-doctoring is not good to our mental health. We are only used to one complete turn every 24 hours, more than that will make us incapable of thinking straight. Worse still when we believe in what we are spinning about. BTW, the law of physics states that any action of spinning must obey the conservation of angular momentum (meaning that any new spin must be counter-acted by equal but opposite spin).

Pak Hj JB

OKJ said...

Salam DAKJ

To Guru Nik Aziz Vs Majlis Fatwa Kebangssan

Allah menyuruh kita minta maaf kalau kita buat silap. Bukannya susah sangat pun. Dapat malu di dunia ni lebih baik dari dapat malu di akhirat kelak. Memanglah ulama penyambung amanat rasul, tapi bukannya ulama yg cakap berbelit belit. Lepas tu salahkan wartawan siar tak betul. Sekali sekala orang percaya, tapi kalau selalu sangat menyampah jadinya. Kalau fatwa yg dikeluarkan oleh majlis Fatwa Malaysia pun tak nak ikut, nak kata apa lagi. Bukan je kena tanggung dosa sendiri tapi dosa pengikut tegar yg anggap semua katanya betul. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, TAPI takut tak terpikul je di akhirat nanti.

Orang yg cakap menipu akan disiksa dalam api neraka dimana kulitnya akan dibakar sehingga melecur teruk. Kemudian kulit baru akan tumbuh semula dan dibakar lagi. Lidahnya pula akan dipotong, kemudian akan tumbuh semula dan akan dipotong lagi. Kita tahu kedua dua kulit dan lidah mempunyai saraf deria rasa yg banyak sekali dan kalau melecur sedikit pun rasaya amat sakit, inikan pula siksa di akhirat nanti. Kepanasan api neraka juga bukan tandingannya. Bila ditutup telinga dan dengar bunyi je pun sebabkan kita kecut perut.

Janganlah kita menjadi sombong dan takbur dimuka bumi ini. Ingat-ingatlah alam akhirat kelak. Masa tidak menanti kita. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Malulah sikit kat orang muda.Sekian TQ.

Anonymous said...

Malaysian Politicians are stink!!!
MSM are also stink!!! The greatest liars!!!
The people of Malaysia are just stupid!!!
The Malay leaders (all inclusive-politicians and the civil servants- memalukan just look at the Police and the SPRM-ketua nya semua Melayu and are all idiots. Harapkan pagar pagar makan padi.
My bet is, if the country leadership continues their arrogance and ignorant, there will be more molotov cocktail explosion very soon. The first move is on the SPRM vehicles and go and ask people on the street what they think and many are clapping their hands and calling for the destruction!!!
Dato', People are fed up and the thinking is if the people in power thinks, they can do wonders so do we, the people.
Do you realize Dato' that the Malays are just fed up and the rising tide this time will come from the combination of the three races headed by the Malays that will explode not only molotov but even worst.
So it is time for PM to think of a a better than his great lies of 1Malaysia, the Jews company that undertake the image building will not be successful and the scenario will be no ISA or whatever laws will win the day except the rising fed up and misguided people power that will place the nation back to 50 years behind all nations in the world.
You will be part to be blame!!! The invisible hand!!!ANAkmelayu69.

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ,

AWAT LA DEPA SEMUA NI JADI MACAM NI?

KESIAN PUN ADA BILA TENGOK TOK GURU PAKAI TONGKAT TAPI TU LA KEPINTARAN
TAK DAK!

BARU INGAT NAK BELI TIKET BALIK PI
MATANG PASIAQ PANGKAH DACIN,DAH PULAK CALON BN KANTOI!PI CEBU LAGI BAGUIH!

BODO BETOI MACAM TAK SIUMAN "NAAAAK JUGAK" KATA DIA BAGUIH..SIAP PANGGIL DIA HERO YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK KAWAN!

LUCU PUN ADA TAPI GERAM LA TENGOK
DEPA NI SEMUA,BAIK MELAYU, CINA, INDIA..DIRI SENDIRI PUN TAK BOLEH PIMPIN!

HAPRAK IS AN UNDERSTATEMENT

Anonymous said...

Ada di sini yang mengatakan bahawa TGNA menggunakan loghat kelantan, jadi perkataan plastik dilaporkan sebagai Palestin.

Saya berpendapat seorang wartawan yang melaporkan dalam media massa utama harus layak dan tahu dengan mendalam perihal semasa.

Perkataan Palestin itu tidak kena dalam laporan Bernama. Mungkin seorang yang baru lepasan sekolah mungkin boleh diterima tetapi wartawan sepatutnya fasih dalam isu dalam dan luar agama.

Niat laporan hanya untuk memutar belitkan kenyataan TGNA. Itu sahaja.

Mus_Johor

manletih said...

Datuk,

Tidak susah nak jelaskan kenapa dapat calon sebegitu.

Pengerusi Perhubungan UMNO PP ialah Zahid Hamidi, seorang Naib Presiden.

Naib Presiden mengidamkan jawatan Timbalan Presiden.

Yang mengetuai pilihanraya ialah TPM. PM Najib pun risau jugak dengan kedudukan dia sekarang.

Zahid nak ke atas. Zahid orang suruhan Najib (dulu Anwar Ibrahim).

Kalau dulu Muhyidin berani tegur PM sampai letak jawatan. Sekarang PM Najib takkan biarkan.

Muhyidin dah termakan umpan beracun.


*manletih*

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Bila mula sebagai blogger agak terkejut melihat pembahas memberi pendapat tidak berlapik. Hentam sahaja. Lama-lama saya faham blogging adalah untuk membolihkan seseorang mengeluar pendapat sendiri.Masalahnya terdapat blogger yang seolah-olahnya menjadi petugas untuk mepertahankan sesuatu dan sanggup memutar belit fakta untuk mencapai maksud.

Sebagai seorang Islam masalah masuk syurga atau neraka adalah 'non issue'. Ianya ketentuan Allah.Kita hanya perlu beriman ,berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.Yang menjadi masalah sekarang adalah Majlis Fatwa telah membuat fatwa berdasarkan lapuran akhbar yang kemudiannya terbukti tidak betul.

Sebagai seorang Islam kita perlu berbaik sangka. Jika ada lapuran buruk kita perlu mengetahui siapa penyampainya dan juga saksi-saksi yang bolih dipercayai.Di zaman yang serba canggih ini pembohongan tidak bolih bertahan lama.

Bagaimana calun PRK Permatang Pasir boleh terlepas tapisan "amanah " dalam pemilihan calun.Lebih merosakkan lagi apabila pemimpin mengakui tahu bersabit kes pecah amanah tersebut.Tidakkah BN mementingkan soalan amanah bagi wakilnya.

Marilah kita berazam di bulan Ramadhan ini untuk mendapat pertunjuk Allah jalan yang lurus. Elak dari "having to tell 1000 lies to to cover 1 lie".

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya

Anonymous said...

Datuk,

Yang tersurat dan yang tersirat.

Nik Aziz tidak pernah kata dengan "clear-cut" bahawa orang UMNO tidak boleh masuk syurga tapi kita mungkin berandaian begitu apabila beliau berkata...

‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. ’’


Ini yang menjadi persoalan. Apa perlunya Nik Aziz kata Islam yang dibawa UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik macam duit palsu, Islam yang tidak boleh dibawa ke akhirat, ke syurga?

Tak payah lah buat kenyataan yang macam tu. Buat tambah keliru. Buat umat Islam pecah belah sama sendiri saja.

Macammana dengan Islam Anwar Ibrahim? Islam Zaid Ibrahim? Islam Tunku Aziz DAP? Sama tak dengan Islam PAS?

:)

-sinbad-

#selamat hari jadi Datuk. harap Datuk panjang umur dan murah rezeki.

Anonymous said...

Dato, I am attracted to the comment by Sinbad and others on this subject. My veiws are these:

1. No need to argue on semantics. Plastics or Palestine isn't that important even if today's reporters and editors are careless and poorly trained for the fact remains that TGNA is prone to making outrageous "petuas" (not fatwa) on religion and politics;

2. Bear in mind he either speaks with fork-tongue (berdalih-dalih) or he is not very good at articulating difficult issues especially when tricked by the press. He's not a refined, articulate Islamic scholar. He reminds me of the old time tok guru who taught Islam using the "Sifat 20" where no argument or question was allowed.

3. He's a simple village tok guru who is thrusted to the fore by virtue of his position as the religious adviser to Pas and a now a defender of Pakatan Rakyat.

4. Does he know who Anwar Ibrahim is? Does he know the goings-on in PKR and DAP like free-wheeling sex, the consumption of alcoholic beverages, massage parlours and gambling dens?

5. Does he know the type of secular liberals like Zaid Ibrahim and the many Malay secular lawyers who now are defending PKR and the DAP?

6. I for one take great pity that a nice old man like TGNA has allowed himself to be used by the worldly, power-hungry and pleasure-seeking politicians in PKR and DAP to the point that he appears to be playing god by casting doubt on the piety of other Muslims.

7. I implore you as I implore the Muslim politicians in PKR not to continue to abuse TGNA for your ideological game and gains because the more you do that, the more he'll confuse Muslims with his "petuas". Just leave the old man alone!

The Professor
Bangi, Selangor.

saji said...

Salam Sdr abdullahngah

Fatwa dikeluarkan berdasarkan ijtihad imam2 mujtahid (ulamak yang layak melakukan ijtihad), yang dalam kes Majlis Fatwa Kebangsaan, dilakukan secara jaamah.

Namun, ijtihad afdal dilakukan secara individu oleh imam mujtahid bagi perkara2 atau masalah2 baru yang dihadapi oleh ummah yang tiada nas yang terang dalam alQuran, Hadis, Ijma' dan qias yang memberikan sesuatu hukum mengenai masalah atau perkara tersebut yang boleh diijtihadkan.

Contoh perkara atau masalah baru yang dimaksudkan ialah hukum memindah organ manusia dan, dalam konteks perbincangan ini, ialah, sama ada Islam yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini selaras dengan ajaran Islam atau tidak dari aspek akedah, akhlak dan syariah sekali gus.

Ijtihad dituntut bagi yang layak melakukannya, hatta menggunakan fikiran. Dua pahala jika betul ijtihad dan satu pahala kalau tak betul.

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Salam DAKJ,

Ada beberapa kes yang disebutkan oleh Dato' yang kesemuanya berkisar tentang politik.

Di antara kesemua kes-kes itu saya lebih cenderung untuk memberi pandangan tentang Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan Islam Umno tidak boleh membawa ahli-ahlinya ke syurga/Jannah.

Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru itu, saya tidak boleh mengatakannya tidak betul atau pun saya tidak boleh mengatakannya betul.

Saya rasa Nik Aziz berpendapat bahawa parti Umno memisahkan Agama dari politik, di mana dengan itu Umno adalah parti sekular dan parti Umno juga tidak menyokong Qanun Jinayah Syar'iyah atau ringkasnya Hukum Huddud yang diperjuangkan oleh PAS.

Kalau kita perhatikan dan amati perbezaan ataupun pertikaian yang sering berlaku atau ujud di antara dua parti terbesar ras Melayu ini, adalah berpunca dari dua perkara tersebut.

Dengan kata lain, pada pandangan Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti PAS, sekiranya Umno melaksanakan hukum Hudud di negara Malaysia, serta-merta PAS akan dibubarkan dan Nik Aziz dan ahli-ahli Pas yang lain akan menyertai Umno.

Namun, ini hanyalah pandangan saya dari pihak atau sudut pandangan parti PAS kerana tema persoalan pada kali ini DAKJ mengetengahkan tentang keunikan atau kepelikan peribadi Nik Aziz.

Apa yang tulis ini tidak boleh diaplikasikan atau digunapakai kepada parti Umno atau ianya tidak boleh dikatakan dari pandangan pihak Umno, sungguhpun saya menyebut banyak kali pihak Umno. Harap orang-orang Umno faham apa yang saya cuba utarakan.

Itu sahajalah komen saya, kerana saya rasa tidak perlu saya memberi pandangan yang lebih panjang lagi kerana pokok persoalannya tidak akan lari dari Umno parti Sekular dan Umno tidak mahu Hudud.

Terima kasih.

Hanya Allah yang terlebih Mengetahui siapa yang akan memasuki Jannah.

Saya tidak berani untuk membuat "judgement"/penilaian selagi belum tiba hari Akhirat,
lantaran merasa diri ini terlalu kerdil.

1 Malaysia.
Rakyat Didahulukan.
Pencapaian Diutamakan.

AlKundangi said...

Datuk,
Datuk macam pura-pura tak faham isu yang dibangkitkan oleh Nik Aziz,khasnya tentang Islam UMNO tak masuk syurga. Pada saya bukan UMNO sahaja, tetapi sesiapa yang mengambil Islam sedemikian memang tidak akan masuk syurga. Saya ada membuat sedikit ulasan berhubung perkara ini di bawah tajuk ISLAM PAS VS ISLAM UMNO dalam blog saya http://alkundangi.blogspot.com Tolonglah baca dan cuba fahamkan baik-baik.Insyaallah Datuk akan temui jawabannya. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Saya bukan seorang Datuk. Cuma rakyat marhaen biasa yang tidak dikenal.Terima kasih.

abdullahngah said...

kepada saji said

soal masuk syurga dan neraka sudah ada nasnya. Mengapa perlu ijtihad.

Bagi saya jemaah majlis fatwa kebangsaan adalah sebuah jemaah yang zalim kerana memutuskan bahawa Nik Aziz menyeleweng dari ajaran Islam,sedangkan apa yang disebut olehnya itu jelas dan nyata ada didalam Quran.

Orang PAS pun tidak kecuali jika makan riba dan rasuah atau zalim.Dia boleh masuk syurga jika berhenti.Persoalannya mereka tidak berhenti. berhenti apabila tanah masuk dalam mulut.

Mungkin Islam yang dibawa oleh Umno selari dengan majlis fatwa kebangsaan. Tapi Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW tidak.

Inilah akibat percaya pada ahli kitab seratus peratus.

Allah jelaskan orang bahawa yang zalim tidak akan diberi hidayah.

Sesiapa yang zalim ketika di Mekkah akan dibinasakan. Atas itu itulah apabila mereka balik dari tunai haji perangai mereka lebih buruk dan jahat.

Mereka bukan sahaja jahat dengan manusia malah jahat kepada Allah.

Atas sebab itu juga wang bank Bumiputera sejumlah RM2,5 bilion hilang.

Atas sebab itu jugalah wang Bak Islam sebanyak RM 780 juta yang dipinjam oleh orang UMNO tidak dibayar.

Orang yang berhutang tidak masuk syurga. Demikian juga orang makan riba.

Perlukah ijithad, kata orang UMNO tidak masuk syurga, sedangkan ayat Quran dah jelas.

Bolehkah kita pakai ijtihad yang datang dari jemaah yang zalim. Tidak amanah, tidak jujur (tiada integriti) mereka terdiri daripada orang zalim.

Unknown said...

sedih_islam said
"ok lah, katakan nik aziz tak cakap islam umno tal boleh masuk syurga, tapi apa hak dia nak cakap islam UMNO begitu-begini?"

kalau gitu fahaman saudara ... jadi apa hak nabi pegi ganggu keharmonian puak-puak Quraisy di Mekah yang hidup dalam keharmonian dan damai. ... adakah kerana menegakkan yang haq dan maslahat dakwah.

Anonymous said...

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.

OKJ 1.10 minta baca komen abdullahngah 12.23. Saya tak mau komen apa2 mengenai anda dan mufti. Kalau rasa kurang, hadirlah mana2 majlis ilmu, insyaallah akan banyak lagi terpancarnya kebodohohan yg kita kurang sedar selama ini. MAD BALING.

Kodomo said...

Salam Datuk,

Sempena bulan ramadhan ini, terdapat juga hikmah MSM membelasah TG Nik Aziz,

Dari teks ucapan Nik Aziz, nampak benar MSM memutar belit. Tampak mereka tidak lagi mengambil iktibar dari memfitnah TG Nik Aziz dan kena minta maaf di dalam akhbar sendiri dahulu.

Lagi hebat, majlis Fatwa membuat penghakiman secara tidak adil dengan mendengar dari sumber tidak sahih dan tidak dari empunya diri untuk membela diri.
Macam mana ni nak kata Umno membawa islam yang sebenar yang adil?)

Dan untuk Dato juga, tak terniat dihati nak minta maaf dengan TG Nik Aziz?

Selamat menjalani ibadah puasa ...

saji said...

Salam AlKundangi

Saya dah baca ulasan sdr mengenai ISLAM PAS VS ISLAM UMNO.

Komen saya, penjelasan sdr masih dalam bentuk falsafah, konsep dan pendekatan yang, pada hemat saya, hanya golongan ahli agama dan lain2golongan yang faham maksud ajaran Islam yang menyeluruh dan sepadu atau syumul yang mencakupi komponen akedah, akhlak dan syariah, Islam sebagai satu cara hidup dsb yang boleh faham.

Kalau ada golongan ahli agama yang tak faham seperti Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli jamaah fatwanya yang sekepala dengan beliau, mereka dianggap sengaja buat2 tak faham atas sebab2 yang sdr tahu seperti makan gaji, taat kepada pemerintah, siang hari sokong Islam UMNO, malam hari sokong Islam PAS!

Maksud saya, sdr kena berikan beberapa contoh mudah bagaimana Islam UMNO memisahkan antara komponen akedah, akhlak dan syariah atau mensekularkan ajaran Islam berdasarkan apa yang sudah dan sedang dilakukan oleh TGNA di Kelantan, khasnya.

saji said...

Salam MAD BALING

Ajaran Islam, pada saya, tidak memadai diperolehi dan difahami melalui majlis2 ilmu, ceramah agama dan membaca tafsiran al Quran dan Hadis atau secara piece meal. Ia perlu dipelajari secara formal melibatkan pepereksaan dan berterusan seperti yang dilalui oleh para ustaz.

Juga, ajaran Islam bukan milik golongan ulamak sahaja.

saji said...

Salam Dato'

Kalau akhbar Cina kata, " Kebenaran di sebalik PKFZ mungkin menjadi bom nuklear arena politik", Ijma' ulama besar Islam -Imam Hanbali, Maliki, Shafie' dan Hanafi pula berkata, Projek Penswastaan PKFZ bercanggah dengan syariah -muamalat Islam dari segi berikut:

1. Tidak ditenderkan/ lelonngkan
berdasarkan rukun dan syarat2
kontrak jual beli lelong yang
didasarkan kepada Hadis Nabi
SAW bagi maksud
mendapatkan tawaran harga yang
rendah daripada pemaju/
kontraktor utama.

2. Menggunakan kontrak pembinaan
Tempahan (al-Istisnaa') atau
Inggerisnya Price-in-advance
bagi jual beli barangan yang
tidak wujud ketika akad yang
tidak diharuskan oleh mazhab
Hanbali, Maliki dan mazhab kita
Shafie' atas alasan ia bukan
kontrak tetapi tanggungjawaban
melaksanakan amanah oleh pihak
pemaju/ kontraktor utama, dan
ketidakpastian tentang
terlunasnya amanah tersebut
di pihak penjual/pemaju
dan pembeli/ pemilik projek.


Atau, sepatutnya projek tersebut
menggunakan kontrak pembinaan
Upahan (al Ijarah) atau
Inggerisnya Cost Reimbursement
yang diharuskan oleh keempat2
mazhab Islam tersebut.

Sekadar memberikan contoh
sesuai kerajaan UMNO/BN tidak
mematuhi syariah Islam
yang sehingga ini tidak
diketahui oleh golongan
ulamak kita.

mycorpora said...

After reading all the comments thus far (sorry I am not playing referee but I am just being succint) I think comments by abdullahngah give the best perspective in terms of logic of looking at the thing -- short yet straight to the point.

Kudos!

I am glad that "ada juga rakyat-rakyat Malaysia yang mempunyai ruh dan mata hati yang peka dan tidak mati ... tidak seperti segolongan kaum yang pintar dan rakus mengumpul harta sehingga jatuh ketidaksiuman untuk menerima kebenaran."

Anonymous said...

Dato'

Kalau satu masa dulu bolehlah dikatakan hanya satu parti saja yang mempunyai ruang untuk makan rasuah tetapi sekarang ini tidak lagi tetapi semua parti yang berasaskan Islam mempunyai ruang yang luas ke arah berkenaan.

Kalau dulu hanya satu parti saja yang dibebankan dengan usaha mengatasi gejala mungkar tetapi sekarang ini semua parti Islam telah mendapat mandat untuk berbuat begitu dibanyak negeri.

Kalau dulu hanya satu parti saja yang bekerjasama dengan parti bukan Islam tetapi sekarang ini tidak ada parti Islam lagi yang membujang, menjanda atau menduda, sebaliknya semua telah mempunyai rakan kongsi bukan beragama Islam.

Kalau dulu hanya satu parti saja yang sering kedengaran menyeleweng dan membuat maksiat tetapi sekarang semua parti Islam baik secara langsung atau tidak langsung adalah tidak bebas dari isu penyelewengan dan maksiat.

Kesimpulannya era di mana satu pihak berasakan yang parti mereka layak diberikan kredit berdasarkan ideologi yang dibawa adalah sudah berlalu apabila ideologi masing-masing terpaksa diubah suai agar kurang lebih seimbang dengan ideologi rakan masing-masing.

Oleh itu apa yang tinggal lagi untuk dinilai oleh rakyat ialah keupayaan parti-parti ini dalam mentadbir dan memajukan negeri dan negara tetapi bukan lagi parti mana yang lebih alim berbanding yang lainnya; parti mana yang belum tercemar berbanding lawannya; dan parti mana yang masih teruna/dara dan parti mana yang sudah hilang dara/terunanya.

Percayalah, hanya pihak yang mendapat markah yang tertinggi menerusi penilaian tersebut (upaya tadbir dan pembangunan) yang akan diberikan kepercayaan untuk memimpin negeri dan negara di masa yang mendatang.

Apolitikal

MUBA said...

Datuk,

Saya cukup kecewa dengan perpechan orang-orang Melayu berdasarkan parti politik. Nampaknya perpecahan ini sukar dibaiki lagi. Hinggakan akhbar-akhbar Melayu Utusan Malaysia dan Berita Harian (dua saja dibandingkan dengan akhbar-akhbar Cina) dikeji oleh orang-orang Melayu sendiri.

Sebaliknya orang-orang bukan Melayu bersatu padu menuntut yang baru disamping mempertahankan hak-hak mereka. Jangan cuba sentuh soal bahasa dan kebudayaan mereka, pasti mereka akan melenting. Begitu juga dengan kekayaan dan monopoli mereka dalam ekonomi dan perniagaan.

Bayangkan penduduk Cina cuma lebih kurang 24 peratus tetapi bagaimana mereka mempunyai akhbar yang banyak. Sedangkan akhbar bahasa Tamil sendiri sama banyak dengan akhbar berbahasa Melayu sedangkan etnik India cuma 8 peratus.

Satu perkara yang menarik perhatian saya tidak ada atau jarang-jarang sekali kedengaran pemimpin-pemimpin bukan Melayu termasuk kerabat dalam BN menasihatkan kaum mereka termasuk pihak akhbar (bahasa Cina dan Tamil)supaya jangan memainkan isu perkauman. Seolah-olah mereka memberi lampu hijau.

Sedih sekali bila ada orang-orang Melayu sendiri yang jijik dengan bangsanya sendiri. Yang haprak tu Melayu termasuk bahasa Melayu dan pegawai-pegawai Melayu dalam tentera, polis dan sektor awam. Yang bodoh dan tuli tu Melayu. Yang malas tu Melayu. Rasa-rasa macam tak percaya kerana ketika bersekolah di sekolah Inggeris tahun 60an penghinaan seumpama ini seringkali datangnya dari guru-guru dan pelajar-pelajar bukan Melayu.

Sederhana said...


abdullahngah said...
kepada saji said

soal masuk syurga dan neraka sudah ada nasnya. Mengapa perlu ijtihad.

Bagi saya jemaah majlis fatwa kebangsaan adalah sebuah jemaah yang zalim kerana memutuskan bahawa Nik Aziz menyeleweng dari ajaran Islam,sedangkan apa yang disebut olehnya itu jelas dan nyata ada didalam Quran.

Orang PAS pun tidak kecuali jika makan riba dan rasuah atau zalim.Dia boleh masuk syurga jika berhenti.Persoalannya mereka tidak berhenti. berhenti apabila tanah masuk dalam mulut.

Mungkin Islam yang dibawa oleh Umno selari dengan majlis fatwa kebangsaan. Tapi Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW tidak.

Inilah akibat percaya pada ahli kitab seratus peratus.

Allah jelaskan orang bahawa yang zalim tidak akan diberi hidayah.

Sesiapa yang zalim ketika di Mekkah akan dibinasakan. Atas itu itulah apabila mereka balik dari tunai haji perangai mereka lebih buruk dan jahat.

Mereka bukan sahaja jahat dengan manusia malah jahat kepada Allah.

Atas sebab itu juga wang bank Bumiputera sejumlah RM2,5 bilion hilang.

Atas sebab itu jugalah wang Bak Islam sebanyak RM 780 juta yang dipinjam oleh orang UMNO tidak dibayar.

Orang yang berhutang tidak masuk syurga. Demikian juga orang makan riba.

Perlukah ijithad, kata orang UMNO tidak masuk syurga, sedangkan ayat Quran dah jelas.

Bolehkah kita pakai ijtihad yang datang dari jemaah yang zalim. Tidak amanah, tidak jujur (tiada integriti) mereka terdiri daripada orang zalim.

7:56 AM


suatu tindakan ahli PAS untuk membersihkan nama Yang Teramat Mulia Tuan Guru Haji Nik Aziz. Selari dengan pendekatan ini, AbdullahNgah juga cuba memburukkan pandangan umat Islam terhadap Majlis Fatwa yang bersifat apolitikal.

Inilah sikap umat Islam sekarang yang mengganggap ada orang yang juga maksum selain nabi-nabi Allah. Dimanakah tempat mereka yang suka memecah-belahkan sesama umat Islam seperti ini? Biar Allah Taala yang tentukan...

Anonymous said...

Salam Ramadhan Dato',

Parti P kata depa Islam, parti R kata depa pun Islam jugak, orang Melayu dalam parti D meskipun sebuah parti kafir tetapi tetap beranggapan partinya itu tidak bertentangan dengan Islam! Dalam masa yang sama parti U telah berkali-kali mengadu tentang sikap parti P yang berlagak seolah-olah mereka adalah sebuah badan yang layak mengeluarkan fatwa!!!

Apa ini? Bukankah parti politik hanyalah sebuah badan siasah tetapi bukan sebuah agama, betulkan? Bukankah setiap parti ada perlembagaan, visi dan misi yang dibentuk oleh manusia (bukan oleh Tuhan), betulkan?

Oleh itu bukankah setiap parti akan memasarkan produk masing-masing kepada rakyat dan oleh itu parti yang paling berjaya dari segi strategi pemasaran makanya merekalah yang akan mendapat sokongan tertinggi. Apakah ini susah untuk difahami?

Sebagai parti berasaskan agama (iaitu parti P, U, R dan D ), setiap mereka adalah layak menggunakan agama sebagai komoditi untuk dipasarkan kepada para pemilih, betulkan?

Apabila masing-masing ghairah bersaing dalam memasarkan produk, apakah tidak mungkin ada antara mereka yang melanggar etika termasuk memburuk-burukkan atau memfitnah produk yang dijaja oleh pesaing mereka? Lagipun bukankah sikap sebegini (tidak mampu bersaing secara sihat) yang menyebabkan Muslim masih terkial-kial dalam dunia enterpris?

Demi keadilan, sepatutnya ada badan bebas yang akan menentukan, menggredkan dan menobatkan parti mana yang paling berkualiti produknya. Tentulah tidak logik kalau dalam konteks persaingan, masing-masing mendabik dada dan bermati-matian mempertahankan bahawa produk sendiri adalah yang terbaik!

Apakah akan ada parti yang akan mengatakan produk lawan adalah lebih baik daripada produk keluarannya sendiri? Tidak ada, beb. Oleh itu adalah jelas bahawa kekecohan dan kekeliruan yang timbul adalah disebabkan adanya parti politik yang tidak berpegang kepada etika ketika mempromosikan komoditi politik masing-masing (agama).

Sepatutnya semua parti berpegang teguh kepada 'nilai promosi sejagat'. Dengan itu setiap parti hanya boleh mengatakan yang produk mereka adalah terbaik berdasarkan kriteria itu, ini dsbnya tetapi tidak sama sekali bertindak memburuk-burukkan/memfitnah komoditi/produk lawan.

Kalau betul sekalipun mahu digredkan produk yang dikeluarkan oleh parti-parti politik yang ada itu, bukankah tugas perjurian lebif sesuai diserahkan kepada badan bebas seperti ISO, WTO, Jakim, Islamic Org dsbnya?

Bukankah itu saja cara yang dapat memberikan kepuasan hati kepada semua parti yang bersaing? Lagipun cara itu juga dapat membantu pengguna (pengundi) agar tidak masuk perangkap peniaga/parti yang tidak beretika dan tidak telus dalam membuat tawaran!!!

Apolitikal

Unknown said...

Salam.

Kalau Nik Aziz kata 1+1=2, orang UMNO akan tetap kata salah. Sebab kalau ikut binari jawabnya 10

UMNO takkan berubah dulu kini dan selama-lamanya.

Anonymous said...

Datuk,

Ada puak Taliban di Pakistan yang mengharamkan golongan wanita daripada mengikuti kelas-kelas pengajian di sekolah. Ada sekolah yang dibakar dan dibom bagi menghalang golongan wanita ini dari menghadiri kelas. Golongan wanita mereka diwajibkan memakai hijab yang menutup seluruh muka dan badan. Tudung labuh sampai pusat pun tidak cukup untuk memenuhi kriteria menutup aurat, bagi mereka. Golongan lelaki pula dilarang mencukur janggut dan jambang. Simpan janggut macam Husam Musa atau Nizar pun dianggap haram bagi mereka.

Agak-agak Datuklah. Apa pandangan puak Taliban ni terhadap "Islam" Nik Aziz? Di Kelantan, hampir semua golongan wanitanya mendapat peluang persekolahan. Wanita-wanitanya bertudung labuh dan ada yang tak bertudung. Tapi amat sedikit yang pakai hijab sampai tutup satu badan. Golongan lelaki pula tak ramai yang simpan jambang macam puak Taliban ini.

Kalau puak Taliban ni kata Islam PAS ni Islam plastik, Islam palsu, Islam tak boleh diterima di akhirat, di syurga.... apa reaksi Nik Aziz dan orang PAS sekalian?

Boleh terima dengan hati yang terbuka?


Datuk,

Orang kita ni, bila berbicara mengenai Islam ... sering hanya ambil skop UMNO-PAS. Macam la, Islam ni hanya terdapat di Malaysia saja dan tidak di tempat-tempat lain.

Kalau UMNO tak ikut Islam acuan PAS, terus saja dilabel sebagai Islam plastik, Islam palsu ... tapi tak terfikir ke kita bahawa banyak negara Islam di dunia ini yang mempunyai struktur pentadbiran dan sistem negara yang sama seperti Malaysia.

Kita lihat di Indonesia, Mesir, Pakistan, Turki, Brunei, Iraq, Algeria, Morocco, Kuwait, Qatar dan banyak lagi. Apakah mereka-mereka ini juga mengamalkan Islam plastik, Islam palsu, tidak boleh diterima di akhirat dan di syurga?


Saya harap kita tidak perlulah lagi melabel sesama kita dengan Islam PAS la, Islam UMNO la, Islam Hadhari la, dan lain-lain. Ianya hanya akan memecah belahkan umat dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada pembangunan ummah.

Kita jalan seiring, tidak perlulah singgung-menyinggung.


-sinbad-

Yangretibase said...

Assalamualaikum Datuk AKJ dan pembahas sekalian,

Saya dengan ikhlasnya ingin merungkai keraguan dan kekusutan hati Datuk terhadap Nik Abdul Aziz Nik Mat sehinggakan tergamak Datuk membuat kesimpulan "kita tidak pasti lagi siapakah Nik Abdul Aziz sebenarnya", lantas Datuk menggariskan pelbagai andaian tuduhan keji ke atasnya.

Saya berpendapat, hanya mereka yang sesat yang tidak kenal siapa Nik Aziz sebenarnya.
Sesiapa yang ikhlas dan tidak berprasangka buruk terhadap seseorang insan pasti mendapati bahawa Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah seorang ulama benar atau ulama Rabbani. Beliau bukan ulama Raja atau ulama kerajaan.

Ulama Rabbani atau ulama Malaki beriman penuh dengan 6,236 Ayat al-Quran. Ulama benar sentiasa menyatakan kebenaran dan tidak pernah akan takut untuk menyatakan kebenaran; tetapi sebaliknya, ulama kerajaan selalu berdolak-dalik dalam mencari hujah untuk mempertahankan majikannya.

Maka amatlah benar dan tepat apabila Nik Abdul Aziz mengaplikasikan: Surah al-Maidah: 44, 45, 47 dan 49, dan Surah Ibrahim: 3 untuk memberitahu kita semua bahawa kerajaan UMNO merupakan sebuah kerajaan yang ingkar akan perintah Allah dan tidak taat kepada-Nya. Dan Datuk tentu tahu apa hukumnya mereka yang menderhakai Allah itu.

Nik Abdul Aziz sekadar mengingatkan kita berdasarkan peringatan Allah. Beliau bukan menentukan siapa ke syurga atau ke neraka. Memang tidak dinafikan, Allah-lah yang menentukanya. Namun, dengan penuh amanah, Nik Abdul Aziz menyampaikan peringatan Allah itu sebagaimana yang digariskan dalam al-Quran.

Wassalam.

langit biru said...

Saya amat terkejut dan terperanjat dengan artikel Dato'AKJ kali ini, seolah-olah Dato' belum pernah kanal Nik Aziz, dan dakwaan Dato' kpd Nik Aziz sedemikian sangat tidak baik terutama dalam kita mengerjakan puasa Ramadhan.

Apakah Dato' telah berfikir berkali-kali untuk membuat tafsiran sedemikian kpd Nik Aziz? Masih sempatkah Dato' untuk memohon maaf kpd Nik Aziz?

Perjuangan Nik Aziz dan PAS cukup jelas, kembalikan pemerintahan negara berdasarkan As-Sunnah dan Kitab Al-Quran.

Contoh, Undang-Undang Syariah Islam P.Pinang mensabitkan kesalahan BERZINA dengan bayaran RM3000.00. Kita bertanya, apakah ini BENAR-BENAR Undang-Undang Syariah Islam??? Apakah ini terdapat dalam mana-mana nas, hadis, dan ijmak Ulamak? YANG PASTI, ianya IJMAK ULAMAK UMNO yang mengatakan inilah hukum syariah Islam.

24:2Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) HUKUMan mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur ayat 2)

5:50 Apakah HUKUM Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (HUKUM) siapakah yang lebih baik daripada (HUKUM) ALLAH bagi orang-orang yang yakin? Al-Maidah ayat 50)

next..

langit biru said...

Bagi mereka yang mengatakan dengan lidah, diyakinkan dengan hati dan dilaksanakan hukumnya bahawasanya hukuman berzina dalam Undang-undang Syariah Islam adalah RM3000.00, bolehkah kita menyatakan golongan ini golongan munafik - kerana menolak ayat-ayat hukum dalam Al-Quran mengenai hukuman berzina?

Dan kita lihat berapa ramai pemimpin Melayu yang meneguk arak, dan melampiaskan nafsunya dengan perempuan?

Maka, tidak silap bila CAT STEVEN atau nama islamnya YUSUFF ISLAM menyatakan bahawasanya "Saya amat bertuah dan bernasib baik kerana saya terlebih dahulu KENAL ISLAM sebelum saya kenal UMAT ISLAM".

Umat Islam macammana yang dimaksudkan oleh Yusuff Islam? Tentulah umat seperti diatas, yang tidak mengikuti ajaran Islam dengan menyeluruh termasuklah MEMISAHKAN ISLAM DENGAN POLITIK.

Dr Yusof Al-Qardawi menyimpulkan bahawa jika Islam itu dipisahkan dari politik maka Islam itu sama sahaja dengan Budha, Kristian. Islam itu agama yang lengkap sempurna dari tatacara beristinjak hinggalah pemerintahan sebuah negara serta cara hubungannya diperingkat nasional dan antarabangsa.

MEMISAHKAN ISLAM DENGAN POLITIK sepertimana diamalkan oleh UMNO inilah yang diterjemahkan oleh Yusoff Al-Qardawi sebagai KEMURTADAN PARA PEMERINTAH yang kepimpinannya banyak mempunyai sifat-sifat orang munafik.

Rasuah berleluasa sifat munafik. Pecah amanah sifat munafik. Khianati rakan dlm perniagaan sifat munafik. Minum arak dan zina sifat munafik. Riba sifat munafik. Mungkir janji sifat munafik. DAN IBU SEGALA RASUAH iaitu RASUAH POLITIK adalah sifat munafik.

Sifat-sifat kemunafikan dalam kepimpinan yang membawa kepada ciri-ciri kemurtadan pemerintahan inilah yang disebut oleh Yusof Al-Qardawi betapa negara Islam itu menjadi semakin lemah.

Inilah juga yang dipercakapkan oleh Nik Aziz dan PAS, bahawa PAS tidak pernah menuduh orang UMNO tak boleh masuk syurga atau masuk neraka, dan PAS tidak pernah menyerang batang tubuh orang UMNO sebagai MUNAFIK, KAFIR atau dengan kata lain sipolan bin sipolan itu kafir,munafik.

Akan tetapi yang dipertikaikan oleh PAS adalah dasar-dasar pemerintahan, sifat-sifat pemerintahan, dan pelaksanaan sistem pemerintahan itu sendiri berciri kemunafikan dan kemurtadan sebagaimana juga dengan pandangan Yusof Al-Qardawi di atas. "Amalan Islam" sebeginilah yang dimaksudkan Islam Plastik, Islam Palsu yang tidak membawa kita kemana-mana!!!

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM SECARA KESELURUHANNYA , dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah ayat 208)

9:69 "(keadaan kamu hai orang-orang munafik dan musyrikin adalah) seperti keadaan orang-orang yang sebelum kamu, mereka lebih kuat daripada kamu, dan lebih banyak harta benda dan anak-anaknya daripada kamu. Maka mereka telah meni'mati bagian mereka, dan kamu telah menikmati bagianmu sebagaimana orang-orang yang sebelummu meni'mati bagiannya, dan kamu MEMPERCAKAPKAN (HAL YANG BATIL) sebagaimana mereka mempercakapkannya. Mereka itu, amalannya menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; dan mereka itulah orang-orang yang merugi." (At-Taubah ayat 69)

langit biru said...

Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku.

Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit.

Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR. (Al-Maidah ayat 44)

Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM.(Al-Maidah ayat 45)

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK. (Al-Maidah ayat 47)

Surah Al-Maidah Ayat 44,45,47 mengingatkan pemimpin Islam supaya memutuskan hukum apa yang diturunkan oleh Allah. Yang ingkar, mereka itu lah orang KAFIR,ZALIM DAN FASIK.

Ini kenyataan Firman dari Allah s.w.t bukan dari Nik Aziz atau PAS. Sayugia saya sarankan, mintalah tafsir dari mana-mana alim ulamak mengenai ayat-ayat di atas.

langit biru said...

Sinbad said, "Kalau puak Taliban ni kata Islam PAS ni Islam plastik, Islam palsu, Islam tak boleh diterima di akhirat, di syurga.... apa reaksi Nik Aziz dan orang PAS sekalian?"

Soalan bermula dengan KALAU ni tak da jawapan, sebab perkara tersebut belum berlaku!!

Kalau UMNO tak ikut Islam acuan PAS, terus saja dilabel sebagai Islam plastik, Islam palsu ... tapi tak terfikir ke kita bahawa banyak negara Islam di dunia ini yang mempunyai struktur pentadbiran dan sistem negara yang sama seperti Malaysia.

Hanya orang UMNO yang cakap Islam acuan PAS. bagi orang PAS pula, Islam adalah Islam, tak ada Islam PAS, tak ada Islam Hadhari. Tiada perlu ditokok tambah kepada perkataan Islam.

PAS hanya perjuangkan supaya KEMBALI kepada Syariat Islam sepenuhnya, masuk Islam secara keseluruhan, termasuk Sistem Pemerintahan Negara.

Sekiranya UMNO melaksanakan Sistem Pemerintahan Islam, Hukum-hukum berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, maka tiada sebab untuk PAS dan UMNO berlawanan satu sama lain.

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu (Al-Baqarah Ayat 208).

Kita lihat di Indonesia, Mesir, Pakistan, Turki, Brunei, Iraq, Algeria, Morocco, Kuwait, Qatar dan banyak lagi. Apakah mereka-mereka ini juga mengamalkan Islam plastik, Islam palsu, tidak boleh diterima di akhirat dan di syurga?

Tidak kira dimana di atas mukabumi ini, sesiapa pemimpin Islam yang tidak melaksanakan Islam, maka tiada sempurnalah kepimpinan Islamnya.

Di Mesir, pertubuhan Ikhwanul Muslimin juga memperjuangkan Syariat Islam secara berdakwah dan berpolitik, akan tetapi berapa ramai ulama Islam Ikwanul Muslimin yang mati di tali gantung, seperti Syed Qutb, Hassan Al-Banna. Pejuang Islam ini dihukum hanya kerana ingin menegakkan kalimah Allah sebagaimana Bilal Bin Rabah dihukum. Mereka bukannya guna M16 atau mortar, cuma melalui penulisan dan lisan. Dan mereka ini juga tidak diberi peluang membela diri sebagaimana ISA di Malaysia. Apakah ini sifat mazmudah yang dianjurkan oleh Islam, atau sifat munafik?

Yangretibase said...

Assalamualaikum Datuk AKJ dan pembahas sekalian,

Saya ingin melemparkan tiga soalan mudah yang berkaitan dengan kritikan terhadap TG Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kita renungi bersama. Kalau rajin, tolonglah mencari jawapan melalui analisis yang ikhlas seikhlas-ikhlasnya:

1). Apa pandangan anda terhadap TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin apabila belaiu berkata,"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama ... bahaya."
Tidakkah kenyataannya itu menggambarkan dengan jelasnya bahawa TPM memisah dan mengasingkan politik daripada agama (Islam)? Kalau begitu, apa hukumnya?

2). Apa pandangan ada terhadap Pengerusi Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang menyatakan,"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama". Tidakkah kenyataan beliau ini membuktikan bahawa beliau memisah dan mengasingkan politik daripada agama? Seolah-olah politik dan agama itu merupakan dua entiti yang sama taraf; cuma beliau mahu agama mengatasi politik. Itu saja.

3). Apa pandangan anda mengenai sindirian dan perlian Tun Dr. Mahathir terhadap Nik Abdul Aziz?
Saya tak sampai hati nak perturunkan sindirian beliau per se di sini. Saya berasa malu. Nanti, nampak sangat betapa jahilnya Tun Mahathir. Saya yakin anda semua sudah maklum akan kecaman Tun terhadap Nik Aziz baru-baru ini.
Saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga hati Tun terbuka untuk bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Tolong juga mintak maaf kepada Nik Abdul Aziz.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

Siti Khadijah said...

Dato' AKJ,
It is a wonder to find any sense in their choice of candidate. What were they thinking? Dato' I reckon they are still on their mighty horse despite DS Najib and the whole cabinet going 1Malaysia Rakyat diDahulukan, Prestasi diUtamakan. Does anyone of them truly understand this tagline. Just look at the PPSMI issue. The parents concerns have just been brushed aside. I shudder to think about the next election.

saji said...

Salam Sinbad

Tidakkah untuk kita menentukan status mengenai sama ada sesebuah negara Islam pada zaman moden ini yang sdr sebutkan itu termasuk Malaysia dianggap mengamalkan jenis Islam sebenar atau sebaliknya atau palsu /plastik dsb kita perlu lakukan analisis perbandingkan secara sinektiks dengan negara2 Islam silam di era kegemilangannya dulu iaitu diantara kurun ke 4 hingga ke 12 yang terkenal dengan pelbagai inovasi sains dan teknologi dsb?

Paksooyon said...

Dato',

Setiap kali YAB Nik Aziz buka mulut bercakap. wajar kita analisa cakapnya dari sudut ilmu, buka nafsu politik sendiri. Kalau rasa sangsi tanya orang berilmu diantara kita. Dimana salah atau betulnya cakap TGNA.

Yang jadi masaalah ialah orang tak ada ilmu ingin komen cakap orang yang ada ilmu.

Sheikh Abdullah bin Bazz, mufti Saudi Arabia, ada mengeluarkan risalah 10 perkara membatalkan iman atau Islam. Dalam Kitab Mustika Hadith Keluaran Jabatan Perdana Menteri ada juga mengeluarkan perkara yang sama.

Panduan telah ada bahawa sesiapa tidak buat atau beriktikad begian-begian, ianya membatal Islamnya, maka jalannya itu tidak membawa ke Syurga.

TGNA pun saya pasti dia tahu dia tidak boleh menentukan siapa yang masuk syurga atau sebaliknya, tapi sebagai seorang Ulama' beliau bertanggung-jawab menerangkan jalan yang diambil oleh seseorang itu boleh membawa ke syurga atau tidak? Itu tanggung-jawab seorang Tok Guru. Dia telah lepas taksir kerana sanggup menerangkan yang sebenarnya.

Disini kita harus sedari bahawa dalam kancah politiklah banyak orang Islam terbatal Islamnya. Cuba segera cari 10 perkara yang membatalkan syahadah; sila lihat berikut:
http://iemasen.wordpress.com/2008/07/30/batal-syahadah/

Yang sedihnya adalah Ulama' pengampu yang tidak berani mengatakan yang sebenarnya, bahkan terus mengampu dengan mencanggahi ilmu yang ada di dadanya. Ulama' sebegini ialah ulama yang tidak punya disiplin ilmu. Mereka jenis inilah penyebab yang jahil menjadi jahil murakab.
(Orang jahil ialah orang tiada ilmu tapi tahu dia tiada ilmu dan mahu belajar. Jahil murakab ialah orang yang jahil tetapi tidak sedar dirinya jahil dan tak mahu belajar) Jauhilah diri kita dari kumpulan jahil murakab atau ulama' tek berdidiplin terhadap ilmunya didadanya sendiri ini.

Mafhum hadith: Hendaklah kamu menjadi seorang yang alim, jika tak boleh jadilah diri kamu seorang menuntut ilmu, jika tak mampu juga jadilah orang yang menyinta kedua-dua mereka itu. Jangan jadi orang keempat yang membenci ulama' dan membenci orang yang belajar.

Kumpulan keempat inilah kumpulan yang jauh dari jalan Syurga. Tak kira hang UMNO ke PAS ke. WaAllahu A'lam.

Anonymous said...

Datuk,

Apa kata kalau kita jemput puak Taliban Pakistan itu berkunjung ke Kelantan.

Mereka pasti akan kata kepimpinan negeri yang membenarkan kaum wanita pergi ke sekolah dan ada patung-patung Buddha yang besar-besar ini sebagai pemimpin yang menyeleweng dari ajaran Islam. Ada pulak mereka jumpa kedai-kedai yang jual arak dan wanita-wanitanya tidak berhijab penuh satu badan.

Mereka pasti akan kata negeri ni amalkan Islam plastik? Islam palsu? Dan kalau mereka bawak roket dan bom, harus mereka bom dan bakar hangus sekolah-sekolah dan patung-patung Buddha tu.


Datuk,

PAS kalau dibandingkan dengan UMNO, nampak macam merekalah yang lebih Islam; tapi ...

PAS kalau dibandingkan dengan puak Taliban atau Mujahideen di Afghanistan tu macammana?

Oh... tak payahlah kita nak bandingkan PAS dengan puak Taliban atau Mujahideen ni. Islam mereka lain, Islam Malaysia lain. Lagipun semua inipun KALAU mereka setuju nak datang ke sini pun. KALAU mereka tak setuju, kita tak boleh buat apa-apa pun kan?

Inilah yang jadi masalahnya Datuk. Sebabnya ..."Soalan bermula dengan KALAU ni tak da jawapan, sebab perkara tersebut belum berlaku!!"


Macam ni jer lah Datuk. Apa kata kita bandingkan PAS dengan Islam kawan-kawan dia dalam Pakatan Rakyat.

Kita mulakan dengan Anwar Ibrahim. Apa pendapat Anwar dengan konsep negara Islam? Apa pendapat Anwar dengan hukum hudud? Apa kaedah Anwar dalam melaksanakan Sistem Pemerintahan Islam, Hukum-hukum berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah? Kalau ada wakil rakyat yang berkhalwat dengan orang Islam, agak-agaknya apalah tindakan Anwar?

Bagaimana pula dengan Zaid Ibrahim? Sudahkah dia taubat nasuha dan tarik balik saman dia terhadap kerajaan Kelantan dalam kes undang-undang hudud dulu?

Isu arak di Selangor. Apa pandangan Nik Aziz terhadap Khalid Ibrahim yang menolak gesaan Hassan Ali untuk menghadkan penjualan arak secara terbuka di Selangor?

Khalid Ibrahim jugalah yang lantik peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili negeri Selangor dalam kes TBH. Apa peranan peguam ini dalam kes murtad Lina Teoh?

Betullah kata seorang pengomen bahawa ...

"Tidak kira dimana di atas mukabumi ini, sesiapa pemimpin Islam yang tidak melaksanakan Islam, maka tiada sempurnalah kepimpinan Islamnya."

Nampak gayanya bukan UMNO sahaja yang tidak sempura Islamnya malah pemimpin Islam dalam PKR pun lebih kurang sama.

Yang magiknya ... kenapa jatuh hukum pada UMNO sahaja?


Datuk,

Kita dah kata banyak kali dah. Perbedaan pendapat ni dibenarkan dalam Islam kerana banyak berlaku perbezaan dalam tafsiran Al-Quran itu sendiri. Yang jadi masalahnya bila ada orang mengaku tafsiran dia sajalah yang betul manakala tafsiran orang lain tu salah dan menipu. Tapi bila kawan dia sendiri yang buat tafsiran yang bercanggah dengan tafsirannya, dia tak kata apa-apa pulak.

Nak jadi jaguh memperjuangkan Islam tapi bila jatuh hukum memilih-milih. Macam mana ni? Nasib baik la puak Taliban takde kat Malaysia ni, kalau tidak ....


-sinbad-

Anonymous said...

paksooyon,

Rasa-rasanya tidak ada Muslim sejati yang bencikan ulama tulen, yang bersikap neutral atau membenci cendekiawan agama yang memberikan manfaat keilmuan kepada khalayak muslim.

Kalau ada para mukmin yang membenci para ulama atau cendekiawan sepertimana orang kafir membenci agama ini, maka mestilah ada sebabnya.

Contohnya kenapa ada pengikut kepartian yang tergamak memberikan komen yang kurang sopan terhadap institusi agama (mufti dsbnya)? Oh ya, mesti ada sebabnya iaitu kerana kepentingan politik.

Oleh itu apa jua reaksi manusia mesti ada sebab musababnya, kecualilah kalau sememangnya seseorang itu dilahirkan untuk membenci sesuatu bangsa atau agamanya untuk selamanya!

Antihipokrit

Ab Razak Hj Ahmad said...

No more Islam PAS or Islam UMNO. Islam tetap satu ikut Ahlul Sunnah Wal Jama'ah dan Sunnah Nabi s.a.w. Please stop debating on siapa betul or siapa salah....

Ingatlah setiap amalan walau sebesar lubang jarum akan dihisab di 'sana' nanti...

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,


UMNO tewas lagi.

PAS pertahan kerusinya.

Kerana

ramai yang tidak mahu mengaku mereka umpama Don Quixote.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Ramlan Ramli
Serendah, Selangor

Teringat saya dalam tahun 2004, masa tu saya masih lagi berkerja dengan Persatuan PENGASIH Malaysia sebuah NGO yang diterajui oleh bekas-bekas penagih dadah. Dalam PENGASIH hanya ada tiga atau empat orang sahaja yang bukan bekas penagih yang berkerja dengan persatuan itu. Biasanya kami terdiri daripada golongan yang ada kelulusan. Paling rendah sayalah, memegang Diploma Psikologi dari Kolej Dar al-Hikmah. Yang lain semuanya pemegang Sarjana Muda.

Suatu hari saya diarahkan membuat satu artikel berkenaan dengan Hidup Berkualiti : Kepulihan Penagih. Hidup Berkualiti merupakan perkara keenam yang ingin dicapai dalam pendekatan Islam Hadhari. Saya berusaha mendapatkan rujukan berkenaan dengan Islam Hadhari bagaimanapun buku yang saya perolehi hanyalah dua buah. Satu terbitan Yadim tulisan Datuk Nakhaie Haji Ahmad manakala satu lagi tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk “Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah”.

Pendekatan Islam Hadhari ketika itu begitu heboh diperkatakan setelah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Pak Lah. Bagaimanapun maklumat tentang apa itu Islam Hadhari begitu susah untuk diperolehi. Apa yang hebat ialah penggunaan media elektronik dan cetak menghebahkan tentang pendekatan tersebut. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan bila ramai orang yang membuat tafsiran sendiri tentang apa itu Islam Hadhari. Rasanya orang yang paling faham tentang Islam Hadhari adalah Pak Lah sendiri.

Sekarang timbul pula slogan Satu Malaysia di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Umum mengetahui slogan ini muncul atau dimunculkan kerana situasi politik semasa yang semakin memihak kepada pembangkang. Jelasnya saya berpendapat slogan ini muncul kerana suasana bukan dimunculkan untuk membentuk suasana.

Apa juga slogan yang muncul saya tertarik dengan pandangan Datuk A. Kadir Jasin dalam kesimpulannya dalam satu rancangan di Astro (kalau tak salah rancangan “Perspektif Kita”). Beliau mengatakan rakyat Malaysia adalah satu golongan manusia yang tak faham apa-apa kerana malas membaca dan memahami.

Kerana itulah kita sering diperkotak-katikkan. Sekarang kita bukan sahaja berdepan dengan cabaran memenuhi keperluan hidup tetapi juga cabaran untuk memahami siapa kita dan sejauh mana fungsi kita dalam negara ini dan berani atau tidak untuk kita berfungsi.

langit biru said...

Salam Ramadhan Saudara Sinbad,

Ketepikan UMNO-PAS seketika, soalan saya kepada saudara,:

Undang-Undang Syariah Islam P.Pinang mensabitkan kesalahan BERZINA dengan bayaran RM3000.00.

Undang-undang Islam mengenai zina dalam surah An-Nur ayat 2 "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) HUKUMan mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An-Nur ayat 2)

Yang mana satukah hukum Islam yang sebenar?

Apakah hukumnya menolak satu ayat dalam Al-Quran?

Harap Saudara Sinbad dapat menjawab soalan saya. Fokus kepada soalan di atas, ketepikan UMNO_PAS_PKR seketika.

langit biru said...

Kepada Sinbad dan rakan seangkatannya,

Saya mohon saudara perjelaskan tafsir 3 ayat Quran dari surah Al-Maidah di bawah. Saudara bebas meminta tafsir dari mana-mana alim ulamak.

Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR. (Al-Maidah ayat 44)

Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM.(Al-Maidah ayat 45)

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK. (Al-Maidah ayat 47)

fly said...

nik abd aziz adalah seorang ahli politik

Anonymous said...

Langit biru,

Isu pokok sebegitu tidak sesuai di bincangkan dalam konteks politik dan secara santai. Ia lebih cocok kalau dibincangkan di universiti atau dalam kalangan cendekiawan Islam.

Bukannya apa, dalam komuniti politikawan, kejujuran dan kebenaran adalah tersangat subjektif. Dalam kmuniti politikawan, kebenaran bukanlah sasaran utama.

Tetapi dalam konteks loyar buruk dan dalam konteks kalbu anda sendiri, tidakkah ayat berkenaan terpakai kepada semua kita? Maksudnya, bukankah kita merupakan ketua keluarga, ketua itu, ini dsbnya, harus membuat berbagai keputusan dari semasa ke semasa?

Dan kalaulah hukum sedemikian "kafir" jatuh kepada salah seorang atau lebih daripada sedara mara, rakan, kaum, parti, institusi dan seterusnya, maka apakah implikasi dan apakah komplikasinya?

Tolong respons.

Antihipokrit

Paksooyon said...

KEPADA Anonymous yang respond kepada comment saya,terima kasih.

Sama ada TGNA ke DATO Hj Hadi ke atau mana-MANA Tok Mufti ke tak lepas dari kritikan.

Bila Omar Ibnu Khatab RHU naik jadi Khalifah dia meminta supaya sentiasa dibetulkan. Ada yang menjawab bahawa jika Omar buat kesilapan, pedang inilah yang akan membetulkan.

Omar tidak marah sebaliknya bersyukur kerana ada yang sanggup membetulkan Omar dengan pedang.

Siapa Tok Mufti, TGNA and Hj Hadi berbanding dengan khalifah Omar?

Kesian ingatkan kesah Tok Mufti AY Dato' Ishak Baharum dilanyak oleh PM dan UMNO ketika itu. Tiada Tok Mufti lain yang membela dia kerana menjaga kedudukan. Sepatutnya TOk-Tok Mufti yang lain sanggup bangun untuk membela beliau.

Kisah Kartika pula, dia sudah bersedia untuk menerima hukuman di atas kesalahannya, ada Menteri yang pula yang meminta dia merayu. Nak merayu buat apa kalau dak mengaku kesalahan. Kalau dia redha dengan hukuman dia bukan saja siampun dosanya, bahkan diberi ganjaran pahala yang besar. Ini keadilan Allah SWT. Pelaksanaan hukuman boleh dipertimbangkan mengikut keadaan.

Kepada Dato' Kadir,

TAJUK YANG DATO PILIH AGAK EKSTRIM DIHUJUNG YANG MENCABAR ORANG LAIN UNTUK UNTUK BERCAKAP DENGAN PENUH EMOSI DAN SETENGAHNYA TIDAK BERSANDAR KEPADA ILMU LANSUNG. Kalau tidak dikawal betul-betul nanti ada yang terlajak bercakap hingga terpesong aqidahnya. Sedangkan TIDAK PASTI TGNA ada berkata demikian atau tidak? Awas Dato'. Jauhi provokasi.
Gunakan tajuk yang lebih berhikmah.Bukan yang mencetus provokasi. LET THIS EPISODE BE THE LAST. CHOOSE WISER WORDS FOR YOUR TOPIC NEXT TIME, SO THAT THEY REFLECT YOUR WISDOM DATO'.

Anonymous said...

Datuk,

Hari tu kecoh pasal Islam PAS la, Islam UMNO la, Islam PKR la. Kita dah cakap banyak kali, tak perlu nak kata Islam orang tu Islam plastik la, Islam palsu la, Islam tak sempurna la dll ... Tak perlu itu semua. Kita jalan seiringan, tidak perlu singgung menyinggung. Berbeda pendapat serba sedikit tu biasa laa... Yang penting kita sama-sama berganding bahu membangunkan ummah.

Tapi hari ni, tiba-tiba sahaja sahabat kita kata STOP jangan libat-libatkan pasal politik lagi. Mungkin dia pun jenuh nak pastikan apa bentuk Islam yang diamalkan oleh PKR. Islam plastik ke? Islam getah ke? Islam batu bata ke? Islam konkrit ke? Kita yang tanya dia dulu tapi dia bagi jawapan dengan tanya kita balik.

Macam mana tu Datuk?

Hehe ...

Maaf sdr langit biru, gurau2 saja.

Tapi untuk menjawab persoalan sdr mengenai undang2 syariah Islam P.Pinang itu, saya syorkan saudara memahami dan membezakan dahulu apa itu KHALWAT dan ZINA.

Seperti yang kita tahu, amatlah sukar untuk mensabitkan seseorang itu dengan kesalahan ZINA kerana untuk mendapatkan 4 orang saksi lelaki yang berintegriti amatlah sukar.

Oleh itu kerajaan P.Pinang hanya membuat pertuduhan atas kesalahan KHALWAT kerana ia lebih mudah untuk dibuktikan.

Harap difahami.


Dan bagi memenuhi permintaan saudara yang lagi satu itu. Saya tak pastilah apa niat hati saudara bertanyakan perkara itu. MUNGKIN nak perli kot? Hahaha ...

Saya harap saudara sedar bahawa perlian saudara itu sangat merbahaya kerana penggunaan perkataan KAFIR, ZALIM dan FASIK itu sungguhlah berat.

Berat kerana saudara seolah-olah membuat tuduhan bahawa saya ini KAFIR, ZALIM dan FASIK kerana "tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah",

Namun apa perasaan saudara bila menyedari bahawa saudara telah tersilap tafsiran dalam membezakan apa itu KHALWAT dan apa itu ZINA.

Bulan Ramadhan yang penuh berkat. Ada hikmah disebalik kejadian ini.
Fikir-fikirkanlah.

Allahualam


-sinbad-

Guano Demo said...

Siapa kata Orang Umno amal Islam Plastik..Salah tu.. Orang Umno amal islam Hadari lah...

Kalau dalam kubur munkar nangkir
tanya Apa agama Kamu..

Mestilah cakap "Islam Hadari"...

Singapore said...

Salam Dato,

Mungkin topik yang sebenarnya yang patut dibahaskan ialah

"Mengapa agensi-agensi berita MSM melaporkan berita-berita palsu terutama dari Nik Aziz"

Dato berpengalaman luas di dalam bidang kewartawanan mungkin ada kesimpulan yang tersendiri.

Sekarang semakin jelas surat kabar kat Malaysia nie memanipulasi berita..

Seperti isu Nik Aziz kata lain dia lapor lain..
Putar-putar lagi... Kalau dahulu dipanggil "pengadu domba".tukang menyiarkan berita palsu. Mereka mngkin berjaya jika berita itu konsisten antara semua agensi. Tetapi amat mudah dikesan jika fakta yang dikemuakan berlawanan antara agensi berita.

Selepas itu, untuk memanjangkan isu, pendapat Mufti, ulamak serta pemimpin akan disiarkan atas berita palsu ini.

Mesti mereka akan berkata sesuatu membelasah Nik Aziz. Tetapi ini menyerlahkan beberapa perkara.

1. Adakah kesilapan seperti ini disengajakan oleh berita MSM? Jika disengajakan maka benarlah mereka menjadi pengadu domba.

2. Adakah mereka yang memberi kenyataan membalas menyelidik berita ini adalah sahih sebelum membuat kenyataan? Atau adakah mereka ini hanya menunggu peluang untuk membelasah Nik Aziz?

-Yang melihat -

Anonymous said...

Paksooyon,

"Sedangkan TIDAK PASTI TGNA ada berkata demikian atau tidak? Awas Dato'. Jauhi provokasi.
Gunakan tajuk yang lebih berhikmah.Bukan yang mencetus provokasi."

------------------------------------

Susah sangat ke membuktikan sama ada TGNA benar-benar ada mengeluarkan percakapan itu dan ini? Sukar sangatkah untuk mendapatkan bukti itu dan ini dalam era ICT? Apakah anda tidak pasti apa yang diungkapkan atau mahu mengelak dari mendedahkan perkara benar tetapi pahit untuk saudara telan.

Kalau bab TGNA, anda tidak pasti apa yang beliau cakapkan, bagaimana anda boleh pasti percakapan yang diungkapkan ribuan tahun yang lalu? Apa ini, cakap berbelit-belit di bulan puasa.

Antihipokrit

langit biru said...

Kehadapan Saudara Sinbad,

Terus terang saya nyatakan perbincangan kita berdua semakin menarik. Saya yakin, saudara seorang yang berilmu tinggi dan berjawatan tinggi.

Sebenarnya, saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai kerajaan, dan aktivis UMNO. Yang akhirnya, saya sedar perjuangan UMNO dengan slogan keramatnya "UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA" tidak kemana-mana!

Maka, apabila saya meminta saudara menjawab kedua-dua soalan tersebut, sebenarnya saya terlebih dahulu ditanya seolan tersebut , yang membuatkan saya terfikir dan buat sedikit bacaan, kenapa pemerintah (UMNO sbg tulang belakang pemerintahan) tak nak Hukum Islam.

Dan ayat 50 Surah Al-Maidah itu pernyataan keras dari ALLAH s.w.t bagi mereka yang menolak hukum dariNya.

Apakah HUKUM Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (HUKUM) siapakah yang lebih baik daripada (HUKUM) ALLAH bagi orang-orang yang yakin? Al-Maidah ayat 50).

Ayat 44,45,47 Al-Maidah pernyataan KAFIR,ZALIM, FASIK bukan dari saya, tapi dari Allah s.w.t

Dan seperti saya nyatakan, "Kemurtadan Pemerintahan bukan bererti pemimpin-pemimpin Islam itu Murtad atau Munafik, tetapi dasar-dasar pemerintahan dan sifat-sifat kepimpinan yang bercirikan kemunafikan yang menyimpang dari Syariah Islam".

Jadi,kenyataan di atas saya tidak PERLI saudara, atau mengecap saudara sebagai KAFIR,ZALIM, FASIK, atau menyerang mana-mana pemimpin secara individu, tetapi secara umum dan kolektif bahawa menyokong menegakkan dasar yang salah, tetap salah!

Saudara nyatakan "Magiknya, kenapa kpd UMNO sahaja?"

Jawapan saya, bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada semua PEMERINTAH ISLAM ATAU PARTI ORANG BERAGAMA ISLAM YANG BERKUASA dalam mana-mana negara, dan dalam konteks Malaysia ini adalah UMNO (sbg tunjang BN)

KERANA seperti penjelasan saya ayat "Amar Maaruf Nahi Mungkar" ditujukan kpd pemerintah yang berkuasa sebagaimana penjelasan Dr Yusof Al-Qardawi.

Jangan salah anggap! Itulah untuk kefahaman yang lebih lanjut, saudara buatlah kajian, tanya pendapat ulamak, tafsir ayat-ayat diatas.

Terimakasih Dato' kerana bagi laluan.

langit biru said...

Antihipokrit

"Isu pokok sebegitu tidak sesuai di bincangkan dalam konteks politik dan secara santai. Ia lebih cocok kalau dibincangkan di universiti atau dalam kalangan cendekiawan Islam."

Sekiranya saudara merujuk kpd konteks politik, Politik Akal dan/atau permainan politik, maka saya setuju, tapi tidak setuju dalam konteks Politik Islam.

Politik Akal adalah ilmu politik yang HANYA bersandarkan kekuatan Akal semata-mata tanpa ada panduan lain lagi,

Politik Islam adalah ilmu politik yang bersandarkan panduan Al-Quran dan As-Sunnah yang memerlukan seorang itu mahir dan kuat tinggi akal fikirannya.

Dengan kata lain, Politik Ilsam itu mengcakupi Politik Akal yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Dan apabila kita bercakap mengenai Politik pemerintahan, kita tidak boleh lari dari Islam. Dan jangan sekali-kali kita PISAHKAN ISLAM DENGAN POLITIK sebagaimana berlakunya kepada KRISTIAN dinegara bukan Islam.

Dan dalam Islam, Politik pemerintahan atau pemimpin Islam itu sangat2 menitik beratkan KEBENARAN,KEADILAN tanpa mengira agama rakyatnya.

"Tetapi dalam konteks loyar buruk dan dalam konteks kalbu anda sendiri, tidakkah ayat berkenaan terpakai kepada semua kita?"

Tepat sekali kepada kita semua, kerana itulah Al-Quran diturunkan sebagai neraca keadilan dan petunjuk kehidupan dialam dunia, tidak terkecuali samada rakyat biasa atau pemimpin negara.

Dan Pemimpin Negara Islam Yang Beragama Islam adalah wajib memutuskan segala perkara menurut apa yang diturunkan Allah.

Rakyat biasa yang tidak berkuasa tiada daya dan upaya untuk menyebat lelaki dan permpuan yang berzina KECUALI pemimpin negara yang berkuasa mengubah undang-undang dan melaksanakan undang-undang. DAN UNDANG-UNDANG ITU LAH WAJIB MENGIKUT APA YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T.

"Dan kalaulah hukum sedemikian "kafir" jatuh kepada salah seorang atau lebih daripada sedara mara, rakan, kaum, parti, institusi dan seterusnya, maka apakah implikasi dan apakah komplikasinya?"

Allah s.w.t sudah berjanji dalam Al-Quran, sesiapa yang menolong agamaNya, Allah akan menolong hambanya, dan barangsiapa yang ingkar kpd suruhan dan larangan Nya, tunggulah azab dari Allah s.w.t

(sesetengah ulama berpendapat bahawasanya menolak walau satu perkataan ayat Allah sudah gugur akidahnya.)

Anonymous said...

Datuk;

serta sdr antihipokrit.

Perlukah kita mahu melayan sdr langit biru ini yang cakap berbelit-belit dan masih tidak mahu mengaku kesilapannya?

Saya rasa tidak perlu kerana ia hanya membuang masa saya sahaja.

Sdr langit biru.

Saya sebenarnya ada banyak pendapat dan pandangan yang boleh saya kongsi bersama sdr. Tapi saya musykil samada sdr benar-benar ikhlas untuk berkongsi pendapat demi untuk mencari kebenaran. Tampak pemikiran sdr ini sudah terikat dengan ketaksuban dan keserabutan politik.

Tunjukkanlah yang sdr ini benar-benar ikhlas dalam berbicara. Orang yang ikhlas berbicara akan rela mengakui kesilapan kata-katanya dan sentiasa memberi pandangan yang membina.

Sdr langit biru,

Berkatalah dengan benar bahawa, sdr telah tersilap dalam menyatakan bahawa "Undang-Undang Syariah Islam P.Pinang mensabitkan kesalahan BERZINA dengan bayaran RM3000.00 itu".

Ia sebenarnya untuk kesalahan KHALWAT bukan? Dan kenapa kita hanya mampu mensabitkan kesalahan KHALWAT dan bukan ZINA, telah saya terangkan sebelum ini.

Dalam keghairahan sdr hendak "meghukum" orang lain itu, sdr telah meminta saya mentafsirkan beberapa nas Al-Quran, dengan harapan bahawa ia dapat menegakkan hujah sdr bahawa Islam sesetengah orang itu Islam plastik, Islam palsu dan Islam tidak sempurna.

Saya faham benar apa yang tersirat dalam yang tersurat itu. Tak payah lah hendak berpura-pura lagi. Cuma saya hairan mengapa sesetengah orang itu cukup mudah dan suka benar hendak mengkafirkan muslim yang lain.

Sdr langit biru,

Berkatalah dengan benar bahawa sdr tidak ada jawapan bagi menjawab persoalan saya "Mengapa UMNO sahaja yang dituduh sebagai pengamal Islam plastik, Islam palsu dan Islam yang tidak sempurna." Sdr tidak ada jawapan bagaimana hendak diklasifikasikan Islam PKR. Kalau Islam PKR ini tidak selari dengan Islam PAS, mengapa Nik Aziz tidak mengelarkan Islam PKR sebagai Islam plastik dan Islam palsu? Mengapa perlu PAS bekerjasama dengan PKR. Alasan bahawa PKR ialah sebuah parti pelbagai kaum tidaklah boleh diterima kerana konsep kerajaan yang ingin dibawa oleh PKR itu langsung berbeza dengan PAS. Pemimpin2 Melayu/Islam PKR pun boleh masuk PAS. Mengapa perlu wujud parti lain?

Minta maaf sdr langit biru.

Silalah beri jawapan pada keraguan saya ini terlebih dahulu untuk membuktikan bahawa sdr memang benar-benar ingin berbicara secara jujur dan berilmiah dengan saya.

Jikalau sdr masih berdolak dalih lagi, itu hanya membuktikan bahawa bukan kebenaran yang sdr ingin cari dan bukan dengan saya yang sdr perlu berbicara. Saya yakin, kelak apa jua penjelasan dan penerangan dari saya, sdr akan "pekakkan telinga" dan ketepikan begitu sahaja.

Sdr langit biru.

Saya harap tidak perlulah lagi nak kata Islam parti politik itu tidak sempurnalah, Islam dia plastik lah, Islam dia tu palsu lah. Tidak perlu gelar-mengelar seperti itu kerana perbedaan pendapat ini dibenarkan dalam Islam. Tafsiran Al-Quran itu sendiri ada yang pelbagai tapi itu tidak bermakna yang kita boleh dengan sewenang-wenangnya menganggap orang yang buat tafsiran yang berbeza dengan kita itu sebagai telah menyeleweng atau sesat.

Al-Quran diturunkan untuk menyatukan umat bukan untuk memecahbelahkan.

Kita jalan seiring tidak perlu singgung menyinggung.


-sinbad-

Paksooyon said...

Firman Allah SWT, mafhumnya, apabila timbul kebenaran yang bathil akan terhapus.

Jadilah Dato', kalau saya teruskan berhujah tidak akan kemana, selama mana ada orang tidak ikhlas mencari kebenaran. Saya bimbang "anonymous' akan terjerumus ke dalam gaung, wa ia zubillah.

naik letih dah said...

Dato' dan semua pembahas,

Isu mengenai tuduhan PAS mengenai kurang islamiknya UMNO bukan perkara baru. Yang diperdebatakan kini ialah adakah Nik Aziz benar-benar menyebut bahawa orang UMNO tak masuk syurga. Di dalam penjelasan Nik Aziz sendiri yang disiarkan melalui media massa, beliau membetulkan apa yang beliau kata. Kata Nik Aziz, "Pasal tak masuk syurga, saya tak kata AHLI UMNO...saya tak pernah guna ahli UMNO...yang saya sebut ialah PENYOKONG UMNO."

Ini bermakna Nik Aziz TIDAK menafikan beliau ada mengatakan bahawa ahli UMNO tidak masuk syurga. Cuma beliau mebetulkan kelompok yang terlibat dengan UMNO, yang bukan hanya terhad kepada ahli UMNO tetapi semua yang menyokong UMNO.

Saya ulangi, itu adalah kenyataan (fakta) mengenai apa yang dikatakan oleh Nik Aziz.

Saya tidak mahu mentafsir lebih jauh kenyataan Nik Aziz itu, tuan/puan mempunyai fikiran yang waras wajar membuat tafsir sendiri.

Siapa yang memutar belit kenyataan sebenarnya.

AlKundangi said...

Salam Tuan Saji Said
(harap datuk siarkan jawapan ini)

Saya telah membaca komen tuan di ruangan ini berhubung tulisan saya Islam Versi PAS VS Islam Versi UMNO. Maafkan saya kalau menggunakan istilah yang agak filosofikal atau agak akademik.

Saya baru mengubah suai sebuah tulisan Syed Qutb yang termuat di blog saya. saya kira ada hubungan dengan persoalan tuan.

Pada saya Islam UMNO adalah Islam setengah dan buang setengah. Ambil mana yang datangkan duit dan ambil yang tidak gugat kuasa politik.

Umpamanya melaksanakan sistem pendidikan Islam. Tapi sistem lain yang berkaitan tidak diislamkan. Teori yang dikemukakan banyak teori Barat.

Atau Mahkamah Syariah. Mahkamah itu wujud.tapi hukum yang berjalan tidak ikut syarak. macam kes Kartika sekarang. Akhirnya tak berani nak laksana.

Sebenarnya kalau kita nak laksana Islam, kita kena buat semuanya,ekonominya, politiknya, keadilannnya dan sebagainya. Masalah jenayah yang meningkat sekarang bukan hasil dari produk sistem Islam. Ia adalah hasil yang tidak ada hubungan sama sekali dengan Islam. Jadi kenapa perlu penyelesaian secara Islam?

Kalau kita nak laksana hukum hudud, macam potong tangan kepada pencuri, kita kena jalankan sistem Islam dulu, kalau tidak ramai yang mencuri kerana tak cukup makan pakai dsb. Ini hasil kita amalkan ekonomi kapitalis. Jadi itu tak adil. Pelaksanaan lain, hukuman lain.Lagipun banyak tak cukup syaratnya untuk potong tangan. Sebab itu tak ada tangan yang akan dipotong jika laksana hudud.

Panjang kalu nak cerita. Islam sudah menguasai dunia suatu ketika dulu dan undang-unadng dan sistemnya sudah pernah berjalan. tetapi Barat dan Yahudi menjahanamkannya. Ketika Islam memerintah semua orang cukup makan pakai.Tak ada masalah. Dermawan ramai, pemerintah pula takutkan Tuhan. Tak ada penyelewengan. Mereka mesti bertanggungjawab kepada rakyatnya, bukan kepada kroni dan suku sakat sahaja macam UMNO sekarang. Tiada keadilan.

Bukan tak ada jenayah jika Islam dilaksana. Tapi jika ada ia sangat sedikit. Di Arab Saudi, dalam temph 10 tahun, tak sampai 5 orng yang kena potong tangan. Hukuman itu sendiri menakutkan pencuri.Melemahkan. I'jaz..(macam mukjizat).

Sebab itu Islam cara UMNO TG Nik Aziz kata tak sah,tak masuk syurga, sebab tak beriman kepada keseluruhan isi AlQuran.

Sekian dulu,tq.

affendi hussain said...

Dato' AKJ..

Saya sungguh tak faham cara pemikiran pembahas-pembahas soal islam, negara islam & akidah dlm blog Dato'..berhujah mereka berdegar-degar mempertahankan prinsip masing2 dan menyalahkan semua yang tidak sehaluan..tetapi benda asas "logic & sense" tiada digunapakai lansung..

1. Adakah malaysia sudah menjadi sebuah negara islam untuk melaksanakan hukum syariah mutlak dikalangan masyarakat majmuk berbilang agama?

2. Bagaimanakah caranya hendak berjuang kpd penubuhan negara islam di dalam acuan politik ciptaan barat yang berfungsi melalui SISTEM DEMOKRASI?

3. Perlembagaan Sistem Demokrasi hanya dapat diubah jika orang islam berkuasa secara majoriti mutlak di Parlimen.. apakah perjuangan bermotif BERPECAH BELAH antara PAS & UMNO akan mencapai objektif MAJORITI MUTLAK ISLAM??

Sebelum nak tuduh2 & kata orang itu-ini pasal nilai akidahnya..baiklah cermin2 diri sendiri..3 soalan utama diatas untuk fikir..

kalau buang "logic & sense" dalam tindakan kita, ia ibarat meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya..bukankan itu jahil & zalim namanya? jauh panggang dari api..hangpa dok bakaq apa dgn api selama ni?? lauk dok mentah jugak lg.. ("/)

ingatkan kalian bagaimana maruah islam berhubung isu murtad berada dibawah ihsan sistem perundangan ciptaan manusia..apa yang dpt buat? kita demo saja? cukupkah fisabilillah?

Bukankan sepatutnya Perlembagaan negara islam adalah Al-Quran? Sejauh mana kalian selaku 'pejuang islam' yg arif lg alim dah berusaha ke arah itu? Main permainan ciptaan orang dan kekal dgn "status quo" saja..apakah politik itu permainan strategi seperti perjuangan Rasulullah s.a.w atau sekadar permainan emosi buta tuli melayu syok sendiri? fikir & nilailah sendiri tindakan ..

ingat..status, ilmu, kedudukan , pangkat, gelaran tu cuma "previlege" (keistimewaan) di dunia..
Bukan "right" (hak)..yang hak itu Allah saja pemutusnya..

jgn rasa bagus sangat..tiada yg maksum..kita semua secara kifayah menanggung tanggungjawab kpd Allah s.w.t

org melayu ni lazimnya ada penyakit kronik jiwa dipanggil taksub (fanatik) , ujub (rasa diri hebat) & takabur (bongkak & menunjuk kelebihan yg ada)..

hatta title "haji" yg Allah s.w.t lebih maklum & berhak kurniakan pun ada yg marah kalo tak di address dgn "Tuan Haji"..dia ingat mcm "Dato'" ka yg mcm Sultan bagi.. sungguh jahil! dilema minda yang keliru..

Dah yakin dapat haji mabrur?
Dah yakin dapat masuk syurga dgn apa yang diperjuangkan skrg?
Tahu hal umur & mati seseorang manusia?
Serta tahu kaedah mengukur imannya?
Tolong terangkan dengan jelas disini..usah pusing2 mengelirukan orang dgn hujah2 dangkal..pls!

Nasihat saya:

Jangan anggap diri kita wakil Tuhan di muka bumi..

kerana kita sememangnya bukan..Islam itu datangnya satu melalui Rasulullah s.a.w..

Disebut dalam Surah al-Ahzab:21 baginda lah satu2nya contoh teladan kita semulia-mulia sahsiah utk jadi ikutan..semua aspek kena ikut contoh..peribadi, strategi perjuangan, pentadbiran negara, ekonomi dll..bukan sekadar hanya pada penampilan yg lazim melayu panggil sunnah..

jadi kalau ada yang kata boleh mencarut kerana ikut Allah tu jelaslah terang bercanggah dgn keterangan Al-Quran..manusia ikut Rasulullah s.a.w ..bukan Allah atau manusia lain..sendirilah nilai kpd yg masih tetap taksub ..

Daripada batang..kenapa perlu byk berdahan & beranting halus..?senang sungguh dipatahkan...

saya berdoa semoga Allah buka benak minda pemimpin2 Melayu utk bersatu..dulu kita semua satu..jika Arab itu bangsa teras perjuangan jatuh & bangun Islam Rasulullah di bumi Arab, kenapa bangsa Melayu hendak dilupuskan dari perjuangan Islam di bumi Malaysia?

Hangpa nak pijak atas sapa lagi? Org2 bukan Islam keliling hangpa?..habaq mai sat kat aku..

mantra berangkai..
akai sejengkai..
cerdik pandai..
tak boleh pakai..

wallahualam..

Cucu Tok Dik said...

Datuk Kadir..

Seharusnya Datuk Kadir... MEndapat kesahihan dari sumber yg asli, berkenaan soal Tok Guru.. Bukan kah itu yang Datuk Kadir belajar dan mengajar dalam dunia kewartawanan, atau sememangnya Datuk Kadir mengamalkan etika kewartawanan yg sebegitu, menceduk dari cakap2 orang dan mengulas panjang2, umpama tok dalang yang kenyanyukan...

Adil kepada semua
Guna Ilmu
Guna Akal
Bukan kesumat dan nafsu

Terima kAsih

saji said...

Salam AlKundagi

Terimakasih kerana cuba menjelaskan pertanyaan saya itu.

Maaf cakap, saya boleh faham, tetapi saya percaya agak sukar bagi golongan tidak mahir agama (Islam) dan bukan Islam untuk memahaminya.

Di samping sdr kaji tulisan Syed Qutb tersebut, bagimana saya cadangkan sdr gunakan cara saya mengkaji perbezaan Islam UMNO dengan PAS dari sudut konservasi/pemuliharaan bangunan bersejarah dengan menggunakan teknik sinektiks cara analogi lansung yang diperkenalkan oleh Gordon WJ (1961). Sdr akan dapati hasilnya bukan sahaja orang Islam jahil agama sahaja boleh faham, bahkan orang bukan Islam,orang buta dan bisu juga boleh faham. Mungkin ulasan ringkas hasil kajian saya berkenaan di bawah dapat menjelaskannya.

Usaha UMNO dan PAS masing2 untuk melaksanakan ajaran Islam di negara ini jika danalogikan dengan konsep konservasi bangunan bersejarah dan usaha ahli konservasi tempatan mengkonservasikan bangunan2 bersejarah tempatan, ajaran Islam yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh UMNO ialah seakan2 sama dengan usaha ahli konservasi tempatan mengkoservasikan bangunan lama Central Market di Kuala Lumpur untuk dijadikan bangunan Pasar Seni yang seadanya itu.

Manakala, di pihak PAS pula,ia ( usaha PAS melaksanakan ajaran Islam di negera ini dan di Kelantan, khasnya setakat ini) seakan2 sama dengan usaha ahli konservasi tempatan mengkoservasikan bangunan lama Sekolah Victoria,di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur untuk dijadikan Kompleks Taman Budaya yang seadanya itu.

Sekadar nota kaki, usaha mengkonservasi bangunan bersejarah diatas membawa maksud tindakan ahli konservasi melakukan intervensi terhadap elemen2 utama bangunan bersejarah tersebut yang meliputi bahagian dinding luar,bumbung, tingkap dan pintu, tangga dan tiang yang didasarkan kepada nilai dan darjah intervensi tertentu, yang pada fikirannya, mampu mensesuaikan bangunan lama tersebut masing2 dengan keadaan,masa den tempatnya atau dizaman moden ini.

Di mana,untuk maksud kajian, saya analogikan maksud intervensi diatas sebagai tindakan imam mujtahid melakukan ijtihad terhadap ajaran2 Islam yang meliputi bentuk nas Ijama' dan qias yang masih boleh diijtihadkan - faraid, munakahat, muamalat dan jenyah untuk disesuaikan dengan kehendak dan persekitaran zaman moden ini serta penduduk negara ini yang berbilang agama dsb.

Apa pendapat sdr?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).