Wednesday, October 14, 2009

Mahukah Kita Damai Dalam Kejahilan?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MINTA maaf kepada para pembaca, pembahas dan “followers” kerana agak lama tidak membuat tampalan (posting) baru.

Namun saya gembira melihat para pembahas berbincang antara satu sama lain. Itulah antara tujuan blog kita ini. Saudara dan saudari bukan sahaja membahaskan hujah saya, malah lebih penting daripada itu adalah berbahas antara satu sama lain.

Begitu hebat perbahasan mengenai tajuk “Pas dan DAP: Perjuangan lwn Lakonan” sehingga ada yang mengibaratkan perlawanan antara Umno dan Pas dengan Perang Badar dan Perang Uhud!

Apa pun saya harap pembahas janganlah taasub sangat kepada politik kepartian sehingga menjadi terlalu emosional sampai hilang akal dan pertimbangan.

Saya mengambil kesempatan mengalu-alukan “followers” baru yang menyertai rangkaian kita. Bilangan “followers” blog kita sekarang sudah melebihi 700. Terima kasih.

Sekembali sahaja daripada melawat anak, menantu dan cucu di Zurich, Switzerland, kerja bertimbun menunggu. Sebenarnya pada 23 Ogos lalu (hari lahir saya yang ke-62), saya mendapat cucu nombor tiga. Cucu perempuan pertama.

Tidak sampai tiga jam saya kembali ke tanah air pada 10 Oktober, seorang lagi anak perempuan saya melahirkan anaknya yang pertama – seorang lelaki. Jadi dah empat oranglah cucu saya.

Anak lima cucu empat – “not bad” kata Orang Putih sebab masa saya kecil dulu, saya di berikan harapan hidup yang sangat tipis akibat pelbagai masalah kesihatan.

Apa yang tidak dijadikan ubat – lipas bakar dalam minyak kelapa untuk lelah, batu kawi untuk kudis buta, tembakau untuk cacing kerawit dan sirih pinang serta kemenyan untuk menghalau hantu jembalang.

Tapi pastilah saya tidak boleh lawan ayah dan ibu saya. Apabila ayah meninggal dunia pada 2 Jun lalu pada usia 85 tahun, dia meninggalkan ibu saya, Hajah Cik Ah Binti Said, 82, lapan orang anak, 31 orang cucu dan 18 orang cicit. Sekarang cicit dah naik jadi 20.

Kerja pun banyak yang hendak diselesaikan. Menulis, menyunting dan berniaga sendiri bukanlah gabungan yang ideal apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tenat macam sekarang.

Busuk-busuk pun kena cari hasil yang cukup untuk bayar gaji hampir 70 kakitangan, bayar sewa pejabat, air dan api. Percayalah, jadi peniaga Bumiputera bukanlah mudah.

Cakap atau dengar berita memang sedap. Bantuan itu dan ini. Tabung itu dan ini. Projek itu dan ini. Tapi bila berniaga barulah tahu tanah tinggi dan rendah, falasi dan realiti.

Baru-baru nak pinjam duit untuk beli bangunan pejabat. Sebuah bank GLC tolak bulat-bulat. Sebuah lagi hanya sanggup bagi 65 peratus. Itu pun dengan macam-macam syarat. Tapi bila pergi bank Cina dapat sampai 85 peratus.

Bank Cina lebih yakin kepada peniaga Bumiputera daripada bank GLC! Alhamdulillah. Kalau Menteri Kewangan nak tahu, saya boleh beritahu.

Apabila saya dan beberapa orang peniaga muda Bumiputera/Islam bertanya sebuah tabung modal Bumiputera, mereka kata mereka tidak galak lagi perniagaan makanan dan restoran, kononnya dah ramai Bumiputera dan tak untung.

Ramai Bumiputera berbanding dengan siapa? Ramai peniaga makanan Bumiputera daripada Cina dan India? Inilah sikap sesetengah pengurus GLC dan badan-badan amanah. Bukan menjadi penggalak dan penggerak, sebaliknya penghalang dan pembunuh semangat.

Cakap memang mudah dan murah, tetapi realiti menyayat hati melainkan berniaga guna duit orang lain macam pengurus-pengurus GLC. Kalau kompeni rugi pun tak apa. Habis-habis sangat kena berhenti kerja atau ditukar ke tempat lain.

Tapi bila berniaga sendiri, guna duit sendiri dan cagar aset sendiri barulah kita tahu risikonya. Silap-silap kain dan baju pun boleh hilang.

Apatah lagi bila kita ambil alih syarikat yang rugi dan kena pula pikul hutang lapuknya macam yang saya buat!

Tapi orang yang tak tahu atau tidak pernah berniaga, mereka tentulah ingat berniaga mudah, semua peniaga untung besar dan kalau Bumiputera dapat macam-macam bantuan dan projek.

Apa yang mereka tak tahu ialah apabila kerajaan tutup Kementerian Pembangunan Usahawan (MeCD) kerja kita susah sebab banyak tempat kena pergi untuk buat kerja yang sama. Bayaran pun tertangguh kerana terpaksa buka buku baru, pergi ke pejabat baru dan jumpa pegawai baru.

Saya tidak suka berniaga. Tetapi saya dilatih berniaga sejak kecil lagi apabila ayah saya membuka kedai runcit kemudian kedai membeli getah dan akhir sekali berniaga kerbau lembu dan daging.

Jadi sikit sebanyak tahulah siluk-biluk berniaga. Lepas itu belajar main saham. Itu pun atas ihsan bos-bos di Bernama apabila pada awal tahun 1972an mereka kerah saya buat liputan berita ekonomi di Bernama Economic Service.

Bila saya disuruh buat liputan Pasaran Saham Kuala Lumpur-Singapura (Kuala Lumpur-Singapore Stock Exchange/KLSE), saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perniagaan saham.

Waktu itu pejabat bursa di Bangunan Bangkok Bank, Lebuh Pasar, tidak jauh dari Central Market yang masa itu memang pasar ikan dan sayur.

Setiap pagi dalam jam 10 saya nampak beberapa orang wanita Cina berpakaian serba putih singgah di bilik dagangan KLSE dengan bakul rotan berisi ikan dan sayur.

Rupa-rupanya mereka datang untuk “main saham”. Waktu itu pasaran masih kecil, peraturan masih longgar dan “short selling” ada penggerak pasaran dan cara mudah buat duit kocek.

Terima kasih kepada amah-amah Cina itu dan tunjuk ajar “floor trader” Amanah Saham Mara saya mendapat ilham dan pengetahuan bagaimana menjadi “short seller”, buat duit poket dan seterusnya mendalami operasi pasaran saham.

Nasib baiklah waktu itu amah bangsa Cina. Bayangkan kalau amah waktu itu dari Indonesia macam sekarang. Tak ada canlah saya nak belajar jadi pemain pasaran saham.

Satu lagi, waktu itu hanya Amanah Saham Mara jadi pelabur institusi yang melakukan jual-beli secara terus dengan KLSE. PNB dan ASB tak ada lagi. Tahun 1981 baru ada.

Tapi sekarang “short selling” tidak digalakkan lagi. Malah selepas krisis ekonomi 1997/98 ia diharamkan dan dibenarkan semula secara terhad akibat protes penggiat pasaran tetapi dengan syarat yang ketat.

Itulah ironi hidup. Lagi banyak kita tahu, lebih sedar kita bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu. Belajar adalah proses yang tidak ada penghujung atau kita amalkan macam kata ungkapan Inggeris, “ignorance is a bliss” – kejahilan adalah kedamaian.

96 comments:

Mandailing Rangkuti said...

Salam Datok.

Saya adalah bekas pengurus salah sebuah bank tempatan. Memang betul kata Datok. Pengurus2 bank GLC berlagak lebih pandai daripda boss-boss mereka. Macamlah mereka selok belok setiap jenis perniagaan diatas bumi Malaysia ini. Kadang2 bila bercakap dengan pengurus2 muda zaman sekarang ni, rasa amat meluat pun ada.Kadang mereka ni belum cukup masak sudah diangkat jadi pengurus.

Seperti kata Datok mereka tolak bulat-bulat permohonan pinjaman itu bukan kerana jenis perniagaan tetapi tahap analytical mind mereka didalam sesebuah perniagaan itu amat cetek. Jadi untuk mengelak dari dinampao bodoh macam tak tau apa-apa lebih baik tolak awal-awal lagi. Tapi kalau dilihat gaya, tingkah laku dan percakapan mereka buak main lagi.

Man Ysf said...

Thanx Dato', such an insightful writing. Wish everybody can start paying attention to this issue and try to solve it without pre-labeling it as UMNO or PAS.

Anonymous said...

Cerita bab bank ni, penat. 3 tahun lepas saya dpt projek IT dgn gomen, nilai dlm 40 juta. Bila dpt letter offer, terus bawa pi bank Islam, sbb akaun kompeni dlm bank Islam. Bagi semua dokumen yg depa nk. Lepas 2 minggu depa return balik, verbally saja habaq kata declined.

Lepas tu saya bawa pi bank `org asing'. Lepas 3 hari depa minta saya maklumat tambahan, depa betulkan working paper, lepas 2 minggu approved ! Dpt facility 2 juta. Ok la sbb kontrak 3 tahun, sebulan perlu dlm 1 juta saja. Payment pun secure, terus masuk akaun bank berkenaan dulu lepas tu baru bank release utk kompeni. Awat bank Islam tak mau biaya projek yg secure dan straight forward mcm ni. Dah la tu punya keruh ayaq muka bila kita pi pejabat depa.

Lepas 1 tahun, saya dh tak perlu facility. Dah ada modal pusingan sendiri cash 2 juta. Tapi bukan atas sokongan bank tempatan.

Genuine businessman mcm ni pun depa tak mau tolong.

Patut Kementerian Kewangan buat kemudahan utk usahawan. Buat kaedah supaya payment dari gomen boleh dibuat terus kepada assigned supplier. Baru usahawan tak perlu dok bergantung pada bank. Biaq bank menjerit pula melutut pada usahawan. Baru depa ada akai. Bukan mcm la ni....

karip said...

Dato'..ayah mertua saya,hj nik mohamed bin hj omar kirim salam.dia ada bercerita tentang dia dan dato semasa kami bercuti di penang hari tu.

langit biru said...

Terimakasih Dato' kerana memberi maklumbalas yang lebih spesifik kepada ulasan saya.

Apapun, kita tidak boleh taasub kepada makhluk atau politik kepartian. Ustaz Nakhaie bekas pemimpin no 2 dalam PAS dulu pun kita kritik. Sesiapapun kita kritik. Taasub terlalu hampir dengan syirik!

Menulis memerlukan tumpuan minda yang cerdas kerana menulis itu perlu berfikir-fikir. Tidak sama dengan berdebat yang kadang kala terganggu oleh emosi.

Orang yang terlalu emosional dan hilang akal tak mungkin boleh menulis panjang lebar, apatah lagi menulis dalam blog "The Scribe A Kadir jasin" yang amat disegani oleh semua pihak. Alhamdulillah, saya masih waras pertimbangan dan bukan emosional.

Perumpamaan yang saya lakukan sebagai peringatan kepada pejuang-pejuang Islam yang menentang "Sistem Kemunafikan Dan Kemurtadan dalam Pemerintahan Negara" supaya jangan patah semangat dalam perjuangan. Perjuangan kita bukan LAKONAN, perjuangan kita semata-mata kerana menegakkan Syiar dan Syariat Islam dalam Sistem Pemerintahan Negara. Perjuangan kita dan sahabat-sahabat kita di seluruh dunia tidak akan selesai sampai ke Kiamat!

Kita bukan "menyerang" batang tubuh mereka sebagaimana perang Badar dan Uhud, tetapi "menyerang" Sistem yang dipertahankan mereka yang jelas mengenepikan Syariat Islam. Kita bukan menyatakan mereka Kuffar atau Munafik, tetapi Sistem yang mereka pertahankan itu bercirikan Kemunafikan. Mereka tetap saudara seagama kita!

Bercakap mengenai "TAASUB", saya fikir Dato' lebih taasub kepada politik kepartian UMNO daripada saya.

Dato' cukup kenal dan arif dengan pembesar-pembesar UMNO tapi masih pertahankan mereka. Walaupun pembesar-pembesar UMNO melakukan pelbagai "kerosakan", tapi Dato' tetap pertahankan mereka.

Akan tetapi Dato' tanpa berselindung "menyerang" batang tubuh pemimpin PAS secara individu sehingga boleh mengaibkan mereka!

Mata pena Dato' cukup tajam!

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Karip, waalaikum salam. Betul, Tuan Hj Nik Mohamed sahabat baik saya sejak 1969.

Kami sama-sama di Pulau Pinang. Bulan puasa, tengah malam jalan kaki pergri Caravan A, Simpang Enam makan sahur.

Kami kongsi bilik di sebuah hotel murah. Jiran kami Cina, Punjabi dan penari Kelab Malam.

Sekarang Hj Nik dah jadi orang alim. Baca doa majlis masa say jadi Pengerusi Bernama. Mak Mentua Sdr pun saya kenal sejak 1969 juga.

2. Sdr Langit Biru kata saya taasub kepada Umno.Itu persepsi Sdr.

Tapi nak kata saya sokong dan lindungi pembesar Umno/Kerajaan yang rasuah, dangkal dan malas pasti tidak betul.

Terima kasih.

ORANGUTAN PENANG said...

Bravo Tok Kadiaq

Selamat berniaga.

Masa ni datuk patut rilek main dgn cucu tapi mau cari adventure,tu yang orang makan gaji tak akan rasa.

Selalunya sebelum berjaya mesti tersungkoq..Perit tak terkata datuk!

Satni,cucu mai dok atas riba,tanya tok tu burung apa macam iklan petronas,nak jawab pun tak tau pasai otak datuk dok pikiaq cukup ka duit nak bayaq gaji 70 orang!

Masa krisis 97,bini saya lari tok!
sampai lani menduda!Sapa kata berniaga senang?

Masa tu saya awai 30 an,boleh la merangkak pelan pelan.Bila pikiaq balik,keperitan tu lah hikmah.lagi perit lagi ok.

RUGI KALAU TAK RASA..KALAU TAK PECAH KAN RUYUNG MANA KAN DAPAT SAGU NYA.

" A table,a chair,a bowl of fruit;what else a man need to be happy?" albert einstein

pakmat said...

Selamat terima cucu yang ke-empat, Datok..Grandfathers were once fathers, too..

Anonymous said...

In a typical chinese owned company, everyone slogs. No easy luxuries, like your own office room/cubicle, direct phone line, secretary, parking space, etc. You get rewarded when you excel, and get whacked when you slack. Job security? Non existent. But a very good place to study business.

Windtalker

ab said...

Salam dato,

Tahniah, dato jadi peniaga walaupun tak minat berniaga..hidup juga perniagaan dan dah 62 tahun pun masih juga berniaga...!!

NI LA MELAYU CONTOH terbaik ! betui ni,bukan nak bodek dato laa...

Saya bercita-cita jadi petani... tapi terjadi perniaga kecil pulak dah ni..dah hampir 20 tahun dah,OK laa.sihat,berjaya cara saya la..tak ada KPI! kalau gol hari ni atau esok,isteri dan anak insyaallah tak kebulur dan merempat dan menyusahkan orang..

NAMPAKNYA TANPA ramai sedari bidang kecantikan dan penjagaan tubuh badan sudah makin maju dikalangan PKS melayu...saya harap
ada MATA,ada HATI kat gomen ni buat bantuan khusus untuk bidang ini..kalau dato ke mana-mana supermarkaet mesti ada satu atau dua stalls melayu PENUH dengan pelbagai produk tersebut..dari misai kucing,teh kurus badan, pelbagai bahan solekan,tahan muda,awet tua! sampai kopi janda!.

KALAU DEPA SENSITIF tentu ada kisah ni dalam bajet ni, kalau mereka BUTA, tak kemana akhirnya BIDANG BERPOTENSI BESAR INI...gomen kena ADA GRAN KHAS untuk produk kecantikan dan penjagaan tubuh ni..PROMO KAT FRANCE mesti OK sebab hampir 50% kat sana itu adalam muslim,tidak termasuk diASIA TENGAH dan TIMOR TENGAH lagi...

Ada ka orang tak mahu cantik, comel, nampak muda dan lambat tua kat bumi ni??..


BIDANG kulit halal dan lemak halal
saya fikir sangat besar potensinya.. ada 1.5 bilion orang islam sekarang ni dibumi..tak akan tak laku pelbagai produk dari kulit dan lemak halal...TAK ADA KA
gran khusus dari gomen ni?

Satu hari saya kebengkel ekonomi satu GLC bengkeng ni... dia orang tak mahu beri pinjaman kepada pemborong melayu sebab tak credit-worthniness, letter of contract offer tak bolih pakai....!!.

SAYA cadang letter of offer with caveat.. all payment to a bank(pilihan pemborong) than pemborong terima balance selepas tolak pinjaman..depa tak faham juga!!

SAYA KATA POORAH, kamu tu yang tak worthworking in the GLC...!.

SAYA CADANG satu tabung khusus PKS saja, guna model tabung haji,kerana tabung haji ialah bank terbesar orang islam didunia dan berjaya sungguh!!... DEPA kata tak bolih, SAYA KATA AWAT HANG BODO SANGAT NI..kalau tak bolih kenapa tabung haji bolih..?!

SAYA KATA SEKIM pinjaman kecil islam sangat berjaya didunia! DEPA terganga juga! DIA TAK TAU HAMBA ALLAH kat BANGLADESH tu DAH DAPAT NOBEL PRIZE ekonomi dibidang pembiayaan PKS..dan dia tu islam dan almost 100% penduduk bangladesh tu islam, dan sekim tu sungguh berjaya!

KENAPA LAA susah sangat nak buat baik ni dato?..yang berjaya tak mahu ikut, yang pelingkup nak sangat diikut,nak jihat kalau bunuh sesama sendiri, kalau nak jihat meniaga ni.bunuh muslimin sendiri....

YOU ARE RIGHT DATO...kejahilan yang sangat ketara..GLC is a front of socialising all loses to the peoples permanently and they whack the high salary,all perks and fringes and big bonuses...all the while SPENDS..SPENDS MORE and lose without guilty..IT IS NOT MINE mentality!!.


Abu Bakar Ab Rahman

bulat said...

Dato,

Bukan saja pengurus2 bank glc yang pandang lekeh orang kita, pengamal media pun sama juga Dato.

Kalau orang putih yang baru graduate kerja di Malaysia, pergi kerja naik basikal pun terus bagi satu muka penuh kat surat khabar.

Kawan saya, perempuan German yang cantik lawa, yang entah apa2 sumbangan dia, NST bagi satu muka penuh liputan.

Profesional kita, yang mengurus dan menyiapkan projek besar2 mcm LRT, monorail, lebuhraya2, pelan induk2, dll.... langsung tak diketengahkan.

Kita perlu sedar, bahawa tenaga2 yang merancang, menyokong, menyediakan prasarana bertaraf tinggi di Malaysia kebanyakannya bukanlah bangsa asing...mereka adalah anak2 melayu kita.

Bawal said...

Dato'

Kalau Dato' nk taksub kat umno takpe. orang lain bolih taksub kat anwar ibrahim atau pun nik aziz atau pun lim kit siang..

apa salah Dato' nk taksub kat umno. Cita rasa masing-masing..

Cravan A sekarang bukan macam dulu..

Pasal Bank ni, saya ada buat permohonan ke CGC, selepas 1 tahun, permohonan itu di luluskan, dan di beri kepada satu bank yang mana salah satu pemegang saham yang terbesar ialah KWSP, apa bila bank itu menerima, bank itu telah menolak permohonan itu.

Apa guna CGC kalau bank bolih tolak selepas di luluskan CGC..

Anonymous said...

"Itulah ironi hidup. Lagi banyak kita tahu, lebih sedar kita bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu."

-------------------------------------

Sama juga dengan para saintis. Lagi banyak misteri 'Dark Matter'lah, 'Big Bang'lah dan 'Dark Hole'lah, yakni yang cuba dibongkar dan difahami, bukanlah bermakna saintis yang terlibat semakin hampir untuk mendapat jawapan dan penyelesaian yang di cari-cari. Jauh panggang dari api.

Sebaliknya, lagi banyak ianya di kaji dan dieksperimenkan maka bertambah pula misteri yang menyelubungi peristiwa seperti Big Bang itu!. Itu pun kalau telahan terhadap Big Bang adalah benar! Kalau salah, hmmm, mampus mamat-mamat yang menjalankan eksperimen di makmal CERN tuh...

Antihipokrit

OKJ said...

Salam DAKJ

Syabas Dato’. Saya cukup gembira bila melihat orang Melayu maju dalam perniagaan tapi masih lagi merendah diri. Dengan ada 70 orang pekerja, itu cukup menakjubkan, Saya suka mendengar cerita cerita begini. Harap-harap tuah tu jatuh kat saya pulak satu hari nanti.

Saya baru je buka syarikat. Pekerja, saya sendiri dibantu isteri disertai dua orang pembantu. Pening juga nak uruskan KWSP, Income tax sendiri dan income tax syarikat, insurance kesihatan, insuran pekerjaan, simpanan masa depan sikit, zakat sendiri dan zakat syarikat, company secretary, audit dan sebagainya. Lepas tu nak berurusan dengan client pun susah juga, ada yg baik, bersopan, dan ada yg berlagak serta memperkecil kecilkan kita pun ramai. Tapi makin banyak kerja dan makin sibuk, saya rasa makin teruja pula. Mudah mudahan perniagaan saya maju macam Dato’ dan mempunyai ramai pekerja dan dapat agihkan kesenangan bersama.

Pejam celik pejam celik Dato’ dah 62 tahun dan ada beberapa cucu. Masih lagi aktif berniaga, berpolitik, berblog dan sihat je. Dan pengetahuan Dato’ juga ‘up to date’ macam orang muda-muda dan adakalanya lebih advance lagi. Mungkin Dato’ boleh ceritakan rahsianya nanti. Sekian TQ.

Anonymous said...

Datuk,

Izinkan saya melencong sedikit dari tajuk dalam perbincangan kali ini dengan merujuk kepada artikel Datuk "Jemaah Menteri: Kita akan KPIkan PM" bertarikh 10/4/09.

Kalau saya tak silap 7 bulan hampir-hampir akan berlalu dan masa telah tiba untuk kita membuat susulan kepada kehendak-kehendak dan hasil-hasil KPI yang diuar-uarkan oleh PM itu.

Dengan nafas yang tersekat-sekat saya menunggu.

mat royan

MANTOL said...

Langit biru.... ooo langit biru...

Fitnah pada pembesar2 UMNO tu sifat apa ye?

"Kita bukan "menyerang" batang tubuh mereka sebagaimana perang Badar dan Uhud, tetapi "menyerang" Sistem yang dipertahankan mereka yang jelas mengenepikan Syariat Islam. Kita bukan menyatakan mereka Kuffar atau Munafik, tetapi Sistem yang mereka pertahankan itu bercirikan Kemunafikan."

PAS di Kelantan dan Kedah guna sistem pemerintahan apa ye???

DAP yang dipeluk PAS nak guna Sistem Pemerintahan apa ye?

/MANTOL/

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Dato'.saya cukup tertarik bicara saudara langit biru dgn dato'.Saya tidak menyokong mana-mana parti setakat ini.Saya lebih berminat untuk menjadi pengulas politik.Dato' sebagai "orang kuat akhbar" suatu ketika dahulu tentu tahu etika kewartawanan macam mana.Sekarang ramai anak muda macam saya tidak mahu lagi mendengar berita dari TV3dan RTM kerana jelas stesen TV itu tidak pernah adil dalam membuat liputan.Asyik menayangkan ucapan UMNO dan BN sahaja.kalau tengok TV3dan RTM(termasuk NST,Berita Harian dan Utusan Malaysia) cakap BN sahaja yang betul.pembangkang semua salah.Sekarang anak-anak muda lebih cenderung menggunakan teknologi maya utnuk mendapatkan maklumat khususnya mengenai politik walaupun kesahihan maklumat itu boleh dipertikaikan.

Saya fikir negara kita masih mundur dari segi demokrasi.Saya tidak kisah apa pandangan dato tentang mana-mana parti kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeda tetapi pandanga itu mesti objektif.Kalau salah mesti dikata salah.Begitu juga sebaliknya.Jangan hanya kerana bimbang "hilang periuk nasi" kita sanggup mendiamkan diri.UMNo mahu melakukan pindaaan perlembagaan parti untuk mengelak gejala politik wang tetapi apa makna pindaaan kalau pemimpin politik wang dijulang kemenangan di Bagan Pinang?

PAS dan PR juga harus melakukan post-mortem secepat mungkin.Saya juga setuju jika PR didaftarkan sebagai satu parti.Hal ini akan mewujudkan sistem dua parti yang akan menguntungkan rakyat sendiri.

Anonymous said...

Salam Dato'

Peribahasa mengatakan 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. Ya, itulah perumpamaan yang sesuai buat Dato'. Maksudnya Dato' terlibat dalam perniagaan kerana adanya pengalaman, pengetahuan dan dorongan menerusi penglibatan ayahanda Dato' dalam bidang berkenaan. Dan kalaulah dibuat kajian, tidak tersasar kalau dikatakan bahawa mereka yang terlibat dan seterusnya berjaya adalah kerana ibu bapa atau adik beradik yang lain adalah dulu-dulunya turut terlibat dalam mengusahakan bidang yang menjanjikan 9/10 dari sumber rezeki - berniaga.

ALPASIKU

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. sampai skarang saya tetap salahkan BANK2 atas maraknya pinjaman ALONG....

2. samapi skarang saya salahkan MELAYU atas kelesuan dan ketidakmampuan mereka...

3. Tak ramai berani cakap seperti datuk tuliskan...kerajaan tak suka..apatah lagi bila datuk gunakan istilah 'bank GLC'..tak ramai sedara sedari sekalian..takut..kita lagi suka ampu depa,kita lagi suka cakap blakang depa..tapi tak ramai brani macam datuk kadir cakap depan mata depa yang depa ni bodo,immature,korup dan memalukan...dan yg paling hebat,datuk tulis dalam penuh kehemahan dan susah terikut2 emosi...bravo datuk,bravo!u r the real hero...

4. cerita datuk ni dah byk org cakap..pengurus bank berbangsa melayu ni memang menyombong...mentang2la orang dok pi mintak kat depa..geram saya...bukan setakat pengurus bank...

5. cuba tgk menteri2 melayu kita..cakap berapi2, tapi memalukan saja..hishamuddin,noh omar n nazri aziz cukupla utk jd contoh...

6. saya ni bukan apa..saya sgt2 bangga jadi org melayu, tapi org2 macam ni yg buat kita malu jadi melayu....

7. wallahualam...semuga datuk dan keluarga terus dilimpahi rezeki dan dberkati Allah SWT...aminnnnn

p/s..tahniah atas kelahiran cucu ke4...

H.A.P.R.A.K

Anonymous said...

DAKJ,

Pengalaman yang Dato' lalui semasa kecil cukup menyentuh perasaan pembaca dan bagi saya pula secara khususnya ia banyak mengajak saya mengimbau kenangan lalu kerana apa yang Dato' lalui itu sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan apa yang saya dan adik beradik semua lalui.

Arwah ayah saya mengambil keputusan meninggalkan kampung halaman untuk berniaga. Beliau berjaya menyewa sebuah gerai di Pasar Ipoh (puluhan tahun yang lalu) dengan harapan dapat menjual barangan keperluan dapur termasuk kelapa parut setelah usaha beliau untuk membesarkan dan menyekolahkan 8 orang anak dengan menoreh getah tidak begitu berhasil kerana faktor harga komoditi berkenaan yang merudum (ketika itu).

Kurangnya pengalaman, modal, pengurusan cekap dan daya saing membuatkan ayah saya tidak dapat bertahan lama. Gerai di pasar berkenaan terpaksa ditutup. Apapun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari ruang dan peluang dalam bidang yang lain pula. Peluang yang ada dan termampu berdasarkan modal yang dimiliki ialah pernigaan warung kopi.

Oleh kerana tidak ada gerai yang kosong, ayah saya kenalah membuka sebuah warung kecil atas sekeping tanah milik seorang tauke Cina dengan kadar sewa yang amat berpatutan. Lebihan lot tanah berkenaan disewakan kepada syarikat kereta terpakai. Tauke itu mungkin berasakan warung kopi yang bakal didirikan dapat memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan yang datang untuk melihat/membeli kereta terpakai di situ.

Telahan tauke tadi adalah betul, gerai ayah saya banyak membantu menyenangkan pelanggan yang berkunjung untuk menikmati juadah dan minuman lantaran adanya pokok ketapang yang secara tidak lansung memberikan suasana redup dan nyaman. Lebih dari itu, warung berkenaan betul-betul berada di antara dua buah bangunan bertingkat iaitu di sebelah kanan adalah bangunan 4 tingkat menempatkan pejabat swasta dan di sebelah kiri pula adalah hotel 14 tingkat, yang mana pada tingkat paling bawah menempatkan pengedar kereta jepun yang tersohor pada ketika itu Tan Chong Motor. Kedudukan berkenaan telah menjadikan ayah saya tidak menang tangan melayani pelanggan yang 90% terdiri dari kalangan bukan Melayu dan dapat bertahan hinggalah semua kami adik beradik menamatkan persekolahan dan perkuliahan.

ALPASIKU

saji said...

Salam Dato'

Apapun jenis perniagaan yang Dato' ceburi adalah perniagaan selamat, walaupun untungnya mungkin kecil. Yang penting, ia 100 peratus halal kerana melibatkan prinsip jual beli barangan yang wujud ketika akad.

Anonymous said...

.....sambungan

Untuk menarik pelanggan, memuaskan hati mereka dan paling penting iaitu mengekalkan pelanggan tetap bukanlah tugas yang mudah. Apatah lagi kalau pelanggan itu orang Cina, India, Serani dan orang asing. Untuk kekal bersaing, semua itu perlu dilakukan dan ianya sememangnya menjadi sukar (dipermulaannya) kerana terpaksa bermula dari kosong (tanpa ilmu dan pengalaman). Namun, kalau ada kesedaran tetang kepentingan aspek berkenaan dan ada kemahuan untuk melakukannya bersungguh-sungguh, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikuasai.

ALPASIKU

kijangbakti said...

Salam Dato'

Di dalam mengharungi dunia perniagaan banyak cabaran yang akan ditempuhi. Bersedialah jika berminat untuk menceburinya.Cabaran yang akan/mungkin ditempuhi;

1. rumahtangga bergoncang atau runtuh. Bukan kerana isteri tak setia atau tidak memberi sokongan tapi... isteri mana tahan dahlah kita tak bagi duit untuk keperluan harian, duit dia pun kita kebas.

2. putus persahabatan/kehilangan kawan dan taulan sedia ada. Bukan kerana mereka itu memilih kawan atau memandang hina pada kita tapi... kalau kita jumpa aje asyik nak berhutang aje(dah lah hutang lama tak bayar-bayar) dan asyik bercerita masalah kita aje tanpa fikir mereka jugak ada masalah...

3. seorang yang mempunyai banyak alasan (tipu sunat). Mana taknya bila duit tak ada, orang telefon hari-hari minta hutang. Orang paksa kita tipu sunat.. minggu depan lah..., outstation lah... idea sentiasa ada untuk mengelak.

4. rumah kena potong bekalan elektrik, telefon, air dll. Kereta nak kena tarik dan rumah nak kena lelong.

5. jantung 'degup-degap'atau berpeluh dingin bila telefon di tangan berbunyi.

6. Berjalan kaki berbatu-batu di panas terik (termasuk di bulan puasa) sama ada untuk balik rumah atau jumpa client.

7. Bercakap sorang-sorang. Kadangkala idea datang jugak bila bercakap sorang-sorang.. hehehe..

Untuk meringankan beban yang dihadapi antara langkah yang boleh diambil ialah;

i)Bila berkeadaan biasa nak ke bersembahyang di Masjid (berjemaah atau seorang) untuk waktu Zohor dan Asar agak payah tapi bila menghadapi saat getir, masjidlah tempat bukan sahaja untuk bersembahyang tetapi jugak untuk beristirehat dan bermuhasabah. Sujud lama-lama.. Di situlah kita mengadu pada Allah. Bercerita segala-galanya.InsyaAllah jiwa kita tenang.

2) berusahalah sedaya upaya untuk bercakap benar dan menghadapi realiti yang sedang dihadapi. Mungkin ketahap 100% benar agak sukar. Buatlah sebaik mungkin dan yang penting jangan sampai ketahap kategori 'MENIPU'. Itu jangan sama sekali.

bersambung.....

terima kasih

Saddiq Sagaraga said...

Bank GLC tolak bulat-bulat kerana Dato' tak kenyet mata dan cadangkan diskusi selanjutnya diadakan di lain tempat yang lebih menghiburkan hati mereka kot? Maklumlah kerja di bank tengok duit banyak tapi bukan duit sendiri.

Roti Planta said...

Dato',
Bercakap pasal bank, pening darab 10. Bank masih rujuk CTOS secara senyap2. Rekod CTOS pulah entah apa2, banyak tidak tepat dan lapok. Terjadi kepada saya bila saya mohon pinjaman kereta. Mereka kata ada rekod hutang dengan AF**N Bank (dulu ada, masa bujang tetapi dah lama selesai). Bila saya minta Surat daripada AF**N Bank menyatakan saya tiada hutang disana mereka menolak kerana bila key in No.KP dan nama dalam sistem mereka, saya tiada rekod pinjaman dengan mereka (loan dah lama selesai). Jadi tidak boleh keluar surat kepada bukan pelanggan (tiada rekod).

Akhirnya saya digantung tidak bertali, dah tiada hutang tetapi 'black list' sebab pernah berhutang dan nama tidak boleh dibersihkan kerana Bank lama tidak mengaku bekas pelanggan dan Bank baru (M*yBank) hanya dengar CTOS dam CTOS kata 'kami hanya tunjuk rekod hutang bukan rekod bayaran'.

Paling pelik juga saya ada 2 rumah pinjaman bank dan 1 pinjaman kerajaan yang tidak pernah lewat bayar walau sehari (rekod bayaran cemerlang - katanya). Pinjaman rumah boleh bagi tapi pinjaman kereta tak boleh.... bank yang sama tu!.

Geram2 nak saman je CTOS tu tetapi bank macamana pun tidak mengaku rujuk CTOS SiPenipu.

Roti Planta

Paksooyon said...

Dato',

Couldn't help but to agree on your predicaments.

Like Mandailing, I had been bank manager myself after 5.5 years as credit officer. Had the privilege of associating in a credit program initiated by Tan Sri Azman Hashim while he was the ED of a big local in the 70s. That was a beautiful program set up finance economic activities in the rural areas. Sometimes we adopted villages in Rompin Pahang (water melon projects), Balik Pulau (fishery), , Bukit Selambau (tapioca) and Pekan Nenas , Pontian (pineapples) to name a few and financed almost any viable project regardless of size or amount. In Tg Dawai, we even financed nelayans purchase an off-board boat engine for RM300-00 under CGC.

Sure, this did not make sense. Interest couldn’t be more than RM27 p.a.. I remember Tan Sri told Mr. Nicholas Jamba an American, the coordinator of the program, profit is not everything. The Bank was there to support Government Development Program under CGC.

Dato’

Those are history now. Banks these days are very profit-oriented, (no amount of profit is excessive) Loan below 300k are considered too small and not worth considering. When GLC banks adopt same attitude, that’s the end. Even now after more than 25 years leaving the bank , and had a brief spell with stock-broking firm, many small businessmen/women approached me for assistance to obtain bank facilities.

In the course of time from then to date, I observed banks are becoming more stringent in the recent and had been over-emphasizing on risk management. In a way, I noticed that banks are reverting back to securities-based facilities. No collaterals no loans. NPLs send shivers to Branch Managers and ZERO NPL is one of the commandments.Every staff down to clerks have targets to attain. No reach target - no bonus.

Small contractors (class e and f) are worst hit when commercial banks prefer bigger loan. In the last few years Bank Pertanian (a GLC, now Agrobank) came into the picture to assist contractors but not anymore now). MARA is in another world now.

Dato’ I couldn’t help but to agree with you in this matter (your banking predicaments). I may want to share with you stock-broking experience in due course.

addie said...

salam Dato'...

i agree with you Bumiputera memang susah nak berniaga. Maklumla mata kita hitam bukan mata biru. Mata biru kata apa saja semua hangguk. Masih ramai org kita mentaliti "dijajah". Rakan bangsa lain hairan kenapa org melayu susah nak dapat modal atau pinjaman utk berniaga. Nak dapat peluang tunjukkan kebolehan pun kena "pancung". Maybe some "hidden factor" menyebabkan ramai yang gagal. and Dato i wish u good luck and more passion to face realty business in Malaysia.

Anonymous said...

Semmg nya situasi begini sudah menjadi trend yg tidak mampu kita melawan nya. Kita bukan pembuat dasar atau pemimpin dalam kerajaan.Situasi begini ibarat pendatang asing yg merantau mencari rezeki di negara org. Cuma beza nya berlaku di negara sendiri. Saya percaya disatu hari, akibat kebosanan dan kepayahan ini, masyarakat perniaga melayu akan membuat tabung pembangunan sendiri dikalangan networking mereka setelah kegagalan fungsi badan yg melindungi kepentingan dan pembangunan seperti Dewan Perniagaan Melayu dan juga Mara. Kita perlu melihat kembali dan Reset lima pancaindera kita yg mana masih kurang berusaha ke arah matlamat ini. Lima pancaindera ini di kiaskan dalam setiap kali kita mengambil wuduq.
Adakah TANGAN ini telah membuat kertas kerja yg menyakinkan? Adakah TELINGA ini membuat pangilan telefon berurusan untuk mencari potensi bagi menyelesaikan masaalah? Adakah HIDUNG ini cekap menghidu peluang ? Adakah LIDAHini petah menjawap soalan teknikal yg bakal mengagalkan permohonan kita ?Adakah MUKA ini mesra dan membuatkan org berusaha utk menolong kita ? Adakah KAKI ini sudah puas berjalan disemua tempat seperti Bank dan juga individu yg mempunyai wang utk melabur ?
Beberapa tahun dulu kawan cina saya membuat pinjaman dari Bank dan lulus sebanyak RM40juta. Rahsia nya 'pembuat' kertas kerja di rekomon kan oleh 'kaki' dalaman Bank. Komisen nya RM2 juta.Mampu kan kita melakukan ?
-JG-

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Nampaknya keluarga Dato' berjaya mengikuti saranan Nabi kita untuk memperbanyakkan umat. Sesuatu bangsa akan berjaya mempertahankan kedudukannya bila mempunyai majoriti dalam negara yang mengamalkan demokrasi.Untuk kebahagiaan hidup kita perlu memohon pertolongan Allah :-

"Wahai Tuhan kami , berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya , dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa ".
(Maksud ayat 74 Surah Al-Furquan Juz 19 )

Masa sudah berubah dan dengan itu kita juga perlu berubah dalam pendekatan menghadapai cabaran semasa.Bagi 50 tahun yang lepas Kerajaan telah memberi kita sebanyak sedikit ilmu pengetahuan. Masanya sudah sampai bagi kita menggunakan ilmu tersebut bagi kebaikan bersama.Jalinkanlah hubungan sesama kita mengikut apa yang ada pada kita sebagai satu rangkaian yang besar.Aktifkan daya pemikiran kita walaupun nampaknya ianya suatu perkara kecil kerana dengan cara kecil itulah kita akan membesar, Insyaallah.

Saya rasakan selama ini kita tidak menggunakan sepenohnya potensi yang ada pada kita. Kita mengharapkan segala-segalanya dari Kerajaan untuk menjayakan sesuatu. Adalah wajar kita membebaskan pemikiran berikut dan mula mengikut apa yang kita rasa baik untuk kita dan negara.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri dimuliakan,

1. Ada seorang pembahas tetap menuduh saya makan riba. Menuduh perniagaan saya haram. Maka saya tidak siarkan komennya sebab dia sudah fitnah saya. Minta maaf;

2. Kalau dia ini lebih pandai,lebih baik dan lebih Islam daripada saya, silalah ambil 70 kakitangan saya itu dan berikanlah rezeki halal mengikut kefahaman beliau;

3. Ini tabiat orang yang cakap fasal agama, guna agama dan mengaku pandai agama. Mereka tidak fikir perasaan, maruah dan sumbangan orang lain;

4. Pandai cakap saja tidak cukup. Kita kena cari makan. Kena jaga anak bini. Orang yang susah dan miskin boleh jadi pengemis, pencuri,pelacur dan macam-macam lagi. Cakap saja tidak mengenyangkan perut;

5. Tak apalah kalau saya ditakdirkan masuk neraka kerana saya "berniaga haram" seperti yang didakwa itu. Saudara yang alim itu jagalah diri saudara dan kalau benar saudara seorang Muslim, doakanlah agar saya juga jadi orang baik macam saudara.

6. Saudara Saddiq Sagaraga, menulis: "Bank GLC tolak bulat-bulat kerana Dato' tak kenyet mata dan cadangkan diskusi selanjutnya diadakan di lain tempat yang lebih menghiburkan hati mereka kot? Maklumlah kerja di bank tengok duit banyak tapi bukan duit sendiri."

7. Memang saya tak kenyitkan mata sebab semua urusan dibuat oleh pegawai saya. Hanya satu yang saya arahan saya -- beri keutamaan kepada bank-bank GLC.

8. Saya arah begitu atas dasar kalau kerajaan tak tolong Melayu berniaga siapa lagi. Rupa-rupanya saya silap besar. Saya ada akaun peribadi dengan kedua-dua bank GLC itu dan kenal bos nombor satu mereka. Tapi saya tak tarik tali;

9. Tak apalah kalau mereka tak percaya kepada perniagaan saya atau nilai aset yang hendak dicagarkan itu, bank Cina percaya;

10. Ironinya aset yang saya hendak beli itu miliki GLC dan terletak dalam kawasan majoriti Cina (Kawasan DAP);

11. Tapi saya kena akui yang manager GLC yang miliki bangunan itu sangat positif dan sangat berpatutan;

12. Jadi bukan semua manager GLC macam "Yahudi" atau tangkai jering. Banyak juga yang ikhlas bantu usahawan dan peniaga Melayu. Allah rahmati mereka.

Terima kasih.

Sukj said...

Salam Datuk,

1. Dalam UMNO ada 'Imam'

2. Dalam UMNO ada 'makmum'

3. Jadi kalau nak tahu siapa 'Tok Siak' UMNO, datang la ke blog saya.

http://sukj.blogspot.com

abdullahngah said...

Buat sesuatu kena ikut kaedah beli baju ukur badan sendiri.

Kalau beli baju ukur badan orang lain. Inilah jadinya.

Saya hanya berkata yang benar dan nasihat agar tidak terjerumus ke dalam gaung riba.

Saidina Umar pernah berkata yang bermaksud: Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Saya cuma nasihat agar jangan terbabit dengan riba dan judi.

Perjudian hanyalah angan angan dan khayalan macam benda yang ada atas angin.

Oleh itu, hendaklah kita jauhi sama sekali atau dengan kata lain jangan terbabit langsung.

Tujuan membeli syarikat yang punya kakitangan 70 orang bukan untuk cari makan untuk tanggung anakbini.

Tetapi ia adalah untuk jadi kayaraya atau memiliki harta bertimbung timbung.

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Dapat satu lembah mahu satu lembah lagi atau puluh puluh lembah lagi sehingga tahap samapi pada tanah masuk dalam mulut baru berhenti.

Untuk tanggung anakbini, miskipun 12 orang bukan mesti memiliki syarikat yang besar.

Kan Gaji semasa duduk dalam surat kahbar sudah RM 16,000. lebih sebulan.

Duit caruman KWSP mungkin berjuta banyaknya. Duit itu pun tak habis nak makan.

Bagi orang tidak berakal memang banyak alasan dan dolak dalih untuk melepaskan diri sendiri.

maaf ini bukan fitnah. Allah sendiri yang sebut dalam Al Quran.

Allah SWT cipta kita dia tahu segala galanya.

Allah tidak mengubah apa yang ada pada kita kecuali mereka itulah yang mengubahnya.

Jangan cuba Salahkan Allah dalam perkara yang menjadi permasalahan.

Kaedah Islam sahaja yang mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada manusia dan negara.

abdullahngah said...

Abu Lahab beriman kepada Allah SWT tetapi menollak kenabian Mohammad bin Abdullah.

Inilah yang dikatakan kejahilan.

Kejahilanlah yang membuat ayah membunuh anak perempuan hidup hidup.

Pendek kata kejahilanlah punca segala masalah.

Bermasalah dengan Allah dan bermasalah dengan manusia.

Apabila bermasalah dengan Allah pasti jadi macam Abu Lahab.

Bermasalah dengan manusia (Mohammad) juga pasti jadi macam Abu Lahab.

Dalam negara kita terlalu ramai orang jadi macam Abu Lahab. Mereka beriman kepada Allah dan beriman kepada Nabi Mohammad.

Tetapi tidak patuh hukum hakam yang ditetapkan.

Hari ini bukan sahaja ada ramai manusia yang tidak patuh, malah ramai pula yang mempersenda sendakan huku hakam Allah.

Bukan orang jahil sahaja yang bertindak demikian. Malah ulama' juga turut tumpang sekaki, dengan menggunakan Islam.

Mereka pakai topeng Islam, sepertimana kata Saidina Umar yang bermaksud: suatu masa nanti ulama' pun guna hawa nafsu.

Kalau ulama' boleh bertindakan gitu apalah sangat dengan orang jahil yang ada ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD yang mendabik dada akulah aku.

Aku aku, mu, mu inilah sikap orang jahil yang tidak tahu yang dia macam Abu Lahab.

saji said...

Sdr ORANGUTAN PENANG

Kalau tidak keberatan, boleh saya tahu jenis perniagaan yang sdr pernah tersungkoq itu

Roti Planta said...

Dato',
Saya rasa Dato' bukan makan riba tetapi dulu2 Dato' makan atas riba, lepas tu anak makan atas riba Dato', sekarang cucu pula makan atas riba Dato'. Jangan pula GRO duduk atas riba lak hehehe.

Roti Planta

Anonymous said...

sambung.....

Orang Cina kuat bekerja, mereka ada masa yang amat terhad untuk menikmati secawan teh/kopi panas sambil berbual-bual dengan pelanggan sebelum mereka bergegas melayani pelanggan yang seterusnya.

Oleh itu peniaga warung harus dapat mengingati minuman kegemaran setiap individu pelanggan tanpa perlu pelanggan tadi mengulangi jenis minuman yang diperlukannya bagi setiap kali memasuki warung.

Jangan terlalu berkira. Kalau pelanggan tidak sempat menghabiskan minuman mereka, pastikan minuman tersebut dihantar ke pejabat atau setidak-tidaknya ditutup kalau sekiraya pelanggan berjanji akan datang semula.

Jadual tugas yang padat menyebabkan pelanggan berasa besar hati kalau diberikan kemudahan berhutang. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terpaksa membayar dua atau tiga kali dalam sehari bagi minuman yang dipesan. Orang Cina tidak kisah kalau dihujung bulan ada peniaga warung mendatangi mereka dengan membawa buku '555' untuk menuntut bayaran bagi minuman yang telah mereka langgani sepanjang bulan. Ketika itulah kita dapat lihat mereka tidak pula berkira.

Malah, menjelang Tahun Baru Cina, orang Cina akan dengan sendiri mencari tauke warung dengan mengungkapkan perkataan ini: "pakcik berikan saya buku '555'" iaitu mereka sendiri yang akan tolong mengirakan jumlah bulanan atau jumlah hutang yang tertungak agar kesemuanya dapat dilunaskan sebelum mereka pergi bercuti. Kefahamannya ialah agar mereka betul-betul dapat merayakan perayaan TBC dengan penuh keriangan dan dalam konteks yang sebenarnya.

ALPASIKU

Anonymous said...

dato,
saya ingat lama dulu, ada sorang kawan cagarkan tanah kat bank untuk tambah modal dalam bisnes dia. Setelah menunggu kelulusan sampai tahap nak keluarkan duit, bank manager mintak 10% komisen dari nilai loan.

Dia pikir punya pikir, samada nak repot ke BPR, atau nak kasi aje 10% tu. Kesudahannya dia terpaksa bagi 10% tu, kemudian baru la duit loan tu release.

Dia beranggapan kalau repot ke BPR, dia akan melalui proses seperti jadi saksi dan turun naik mahkamah. Dia perlukan duit tu segera untuk bisnes. Dia juga khuatir kalau repot, loan jadi sangkut.

Inilah dilemma sebenarnya orang bisnes dato'. Sebab tu sampai sekarang saya takut nak bukak bisnes walaupun jual air tebu sekalipun. Banyak sangat dilemma nya.

yang benar
thesimpson

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Bab riba ni dah lama saya tak mau pikiaq pasai boleh kata semua mesti pakai loan bank bila nak beli kereta.

Kalu ada mampu bayaq cash,orang cina.Melayu pun ada tapi pakai nama orang lain,takut SPRM cari kot?

Kalu tutup kedai,habih la 25 orang kami dan anak bini serta keluarga depa nak makan apa?

Kalu betui apa yang di kata ,merengkok lah kami di neraka pasai
bersubahat dengan riba!

Good on him for the advice.May heaven awaits him.

Kalu tak betui,jenis orang mangkok hayun macam ni yang buat lagi susah anak bangsa nak maju!

YOU CAN GO TO HELL!

"I never will,by any word or act,bow to the shrine of intolerance or admit a right of inquiry into the religous opinions of others." Thomas Jefferson

Cik Som said...

Mak mertua saya kata .. Makin Belajar, Makin Bodoh.. bukan makin pandai.

Sungguh la tu.

Anonymous said...

UMNO nak hapuskan Politik Wang dan KJ suruh Melayu UMNO outta siege mentality?

Pendapat peribadi saya Datuk AKJ,

Macam mana UMNO nak hapuskan politik wang dan keluar dari mentality terkurung (hidup melayu) kalau terlalu banyak kuasa diberi kepada Ketua Bahagian UMNO. Nak dapat beras percuma pun semalam Noh Omar kata kena dapat kelulusan wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat UMNO adalah “raja” dikawasannya.

Dia bukannya wakil rakyat yang membawa permintaan dan hasrat rakyat keatas untuk dipertimbangkan tetapi ia menjadi tukang agih hak rakyat kepada rakyat yang disukainya. Itu sebab tidak ada ketua bahagian UMNO yang miskin. Mereka menjadi bertambah kaya jika lama memegang kuasa walau pun kalah didalam pilihanraya.

Rakyat mula membenci UMNO(baru) bukan kepada pemimpin atasan sahaja tetapi bermula dari pemimpin UMNO dibawah lagi.

Saya nak tanya Datuk, berniaga cara lobi-melobi dan minta komisyen i.e. untung cepat atas angin ini; boleh membawa kita org Melayu kemana-mana ke? Mungkin bukan kpd peniaga kecil-kecilan Consultant mcm saya nie yang dah cukup muak berjumpa dgn Pelobi-pelobi UMNO yg kununnya kenal org itu, kenal org ini dan tak malu meminta habuan projek walaupun belum confirm lagi...bila kita tak nak beri...deme boleh cakap, "Pegidah...baik aku pi tolong Cina lagi baik, sekurang-kurangnya dapat habuan gak, ini nak tolong org Melayu berkira lebih"...tapi bila berdepan dgn org kampung mereka-mereka ini berteriak...Hidup Melayu !! Anwar Pengkhianat Bangsa !!

I'm speechless Datuk...pls comment

Thanks/Ir Fariz Salleh - KL

pakbelalang said...

Umno is not racist: Najib


KUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak has warned political parties to not simply accuse Umno of being racist.
Najib said parties which accused Umno of being racist should look at themselves and the reality of the racial composition in their own parties and check if it truly reflected the openess they have been espousing.

comment:

Yes, yes, yes !! That goes without saying. Make no mistake about it. They are hypocrite of the first order trying to deceive others. In reality,they are deceiving themselves. They are lowering our intelligence, period !!

MEREKA SENTIASA DALAM KEJAHILAN !!

affendi hussain said...

Salam Dato'..
kita sembang santai..

melarat lg rupanya perang politik umat melayu PAS vs. UMNO sampai ke sini..nazak..

Money talks Dato'.. money talks..

No money, No talk.. somebody else with money will do the talking for you..

Susah ekonomi ni..susah nak jadi umat terbaik ni..sesetengah depa tu ingat sekadar sembang kuat hal2 agama dah cukup Islam dah..

Harap2 yg kuat pukul canang pasal Islam tu dah cukup tunai semua Rukun Islam..
Islam also talks with money..i.e ZAKAT!

Tangan yg memberi itu sentiasa lebih baik (better) dari yg menerima.. tin yg berisi sebiji batu sentiasa kuat bunyinya dari tin yg padat penuh apabila digoncang..itu fitrah.

Sama (equal) 'baik' yg memberi & menerima itu cuma berlaku dalam rasuah! Sama taraf dosa pelakunya..

{",)

Anonymous said...

Bank GLC yang pegang lesen islamik banking secara 100% pun dah tak berapa islamik dah. Nak early settlement, rebetnya (dalam perbankan islam ada istilah tersendiri tapi saya dah lupa) ciput sahaja.

Pengurusnya asyik menyebut tentang akad yang berkali ganda itu sampai terlupa islam tidak menggalakkan hutang.

Konvensional banking JAUH lebih lumayan rebetnya untuk early settlement. Bukankah ini menggalakkan kita peminjam untuk cepat-cepat menutup hutang?

Saya dah dua kali terkena, dengan Bank Rakyat saja setakat ni ok.

Satu lagi, nak bagitahu. Siapa ada claim insuran dengan AVIVA yang masih tertunggak atau insuran kenderaannya masih ada tempoh, harap bersabar bila tiada yang angkat talipon setiap kali anda menalipon.

Saya:

Pertama kali talipon, telefonis transfer line, tiada orang angkat

Kali kedua talipon, telefonis transfer line, tiada orang angkat

Kali ketiga talipon, telefonis transfer line, tiada orang angkat

Kali keempat, telefonis bagi direct number, rupanya telah ditamatkan perkhidmatan.

Kali kelima, telefonis bagi direct number, rupanya telah ditamatkan perkhidmatan.

Kesemua panggilan dibuat dalam tempoh satu jam.

Padahal bukan nak mintak duit pun, sebab saya claim 3rd party insurer iaitu Pacific Orient. Nak minta dokumen saja dengan AVIVA. Dah dekat setahun dah.

Yang kelakarnya, dengan PAcific Orient yang bukan GLC, siap dia bagi solution lagi tanpa perlu lagi merujuk kepada AVIVA. Katanya dia tak suka simpan fail lama-lama, nanti KPInya tak bagus!

p/s PAcific Orient dan workshop mengakui, mereka dapat layanan yang sama bila talipon AVIVA.

fedup

Tok Kemuning said...

Walaupun lebih 50tahun merdeka usahawan sebenar bumiputra sebenarnya tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan.

Berapa ramai usahawan bumiputra yang sudah 10, 20, 30 tahun berniaga memiliki:
1. Rumah kedai milik sendiri.
2. Rumah milik sendiri.
3. Pinjaman daripada bank GLC.

Yang anehnya perniagaan mereka tidak diiktiraf oleh bank boleh mendatangkan keuntungan TETAPI mereka tetap hidup tanpa sebarng bantuan daripada kerajaan apatah lagi MARA.

Usahawan bumiputra sebeginilah yang perlu dibimbing. Berniaga lebih dari 10tahun dan masih hidup tanpa sebarang injection wang dari mana mana bank atau institusi kewangan.

Apabila usahawan sebegini memohon bantuan kewangan mereka hanya memohon apa yang mereka mampu. Jika mereka memohon Rm100,000 walaupun diberikan Rm1 juta mereka tetap akan menolaknya...mereka cuma mahu Rm100,000.00.

Memang diakui kebanyakkan syarikat milik usahawan bumiputra ini walaupun berdiri sendiri lebih dari 10tahun TETAPI kerana tidak mempunyai rekod akaun yang cemerlang maka apa bentuk bantuan kewangan tidak layak mereka perolehi.

Kepada Pentadbiran Perdana Menteri Najib jika berbillion ringgit boleh disediakan untuk berbagai jenis tabung yang tidak pun diterima oleh usahawan sebegini apa salahnya membantu mereka dengan perkhidmatan accounting yang cemerlang supaya usahawan sebegini boleh menjadi terbilang dan gemilang.

Dengan bimbingan accounting yang cemerlang nescaya kebanyakkan usahawan bumiputra kita ini akan berjaya kerana selama ini pun mereka berjaya hidupkan perniagaan mereka tanpa sebarang bantuan malah dengan adanya khidmat accounting yang cemerlang apa yang berjaya mereka usahakan selama ini akan mendapat pengiktirafan sebenar.

Saya percaya adalah tugas kerajaan untuk menyokong dan menjayakan hakmilik bumiputra untuk:
1. Rumah kedai.
2. Rumah (bukan rumah murah).

Setelah lebih 50 tahun merdeka hak milik bumiputra terhadap harta bangunan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat malaysia yang lain.

Satu lagi kebanyakkan bumiputra yang mendapat bantuan kewangan adalah mereka yang mempunyai kertas kerja yang cemerlang yang masih belum lagi memulakn perniagaan.

Yang kerajaan buta untuk lihat dan bantu adalah golongan usahawan bumiputra yang bangun dengan modal sendiri yang sudah berthun tahun berjaya hidupkan perniagaan tanpa bantuan kerajaan.

Sudah tiba masanya untuk kerajaan buka mata kepada usahawan sebegini kerana merekalah yang lebih mudah untuk kerajaan bantu berdasarkan pengalaman mereka.

Walaupun berbillion tabung kerajaan wujudkan tapi jika tidak kena tempatnya entahkan 50 tahun malah 100 tahun tahun pun usahawan sebenar bumiputra kita tetap tidak akan mendapat pembelaan yang setimpal untuk faedah rakyat dan negara.

Usahlah bermimpi nak wujudkan usahawan bumiputra yang masih belum ada jika usahawan bumiputra yang sedia ada gagal dibangunkan dengan sempurna untuk kepentingan rakyat dan negara.

el-Barokhas said...

Dato' AKJ,

Memang sudah nasib kita orang Melayu. Pagar kita suka sangat makan padi.

Kerajaan-kerajaan negeri yang berkuasa tentang tanah pun buat perangai macam itu juga. Dulu (mungkin sekarang juga?)Syarikat Pembenaan dan Perumahan Tabung Haji amat sukar mendapat tanah Kerajaan. Premium yang dikenakan jauh lebih tinggi dari yang dikenakan kepada syarikat bukan Bumi.

Alasannya TH banyak duit.
Maka terpaksalah beli ladang getah Cina pada nilai pasaran. Dalam pada itu pula, syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa punyalah banyak dan ketat; lebih ketat daripada yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat lain.

Yang senang, jadi India. Tak dapat yang diminta, tuduh Kerajaan diskriminasi, racial cleansing, dsb. Ugut tak nak pilih calon BN. Maka demi dua tiga undi, pintu dibuka seluas-luasnya.

Harapnya, 1Malaysia ini termasuk juga kaum Bumi di dalamnya.

OKJ said...

Sebenarnya kata-kata adalah doa. Inilah yg terjadi apabila doa To’ Guru nak berkawan dengan syaitan dimakbulkan. Maka terjadilah pemimpin Islam yg menipu, memfitnah, bersifat seperti khawarij iaitu anggap dia saja yg betul, bodoh sombong iaitu berbincang dengan orang yg sama-sama tak tahu dan akhirnya ditipu bulat-bulat oleh kafir laknaatullah tapi masih tak mengaku.

So, ahli-ahlinya yg otaknya di lutut akan ikut saja. Maka terjadilah fenomena pelik-pelik seperti pakai serban dua tiga lapis tapi main bantai je tak kira isteri tu OK ke atau dalam keadaan no entry ke, pemimpin yg depan boleh belakang pun boleh masih diangkat sebagai pemimpin, pemimpin sex bebas dengan gambar terkangkang pun masih ada lagi makcik makcik yg tolong nangiskan kononnya mencerobohi peribadi. Candlelite pun dah nak dijadikan budaya, tunduk pada colok dan gambar simati pun didiamkan, bahkan ninja samurai dengan zoro pun tak dapat dibezakan.

Kesimpulannya Dato’, janganlah terasa sangat oleh komen-komen negative dari kaum khawarij ni. SEDANGKAN nabi pun dikatakan tidak adil dan khalifah-khalifah ulung Islam pun dikafirkannya dan dibunuh, inikan orang biasa.

Macamnilah; Kaum Khawarij dikatakan seburuk buruk makhluk di dunia dan sebagai ANJING ANJING di akhirat kelak. Mungkin sekarang kita lebih faham maksud tersebut. Sekian TQ.

Anonymous said...

saya tak berniaga, tapi saya pun pernah kena macam tu. waktu tu nak buat pinjaman perumahan, pergi bank islam tak lulus, tak tahu apa sebab kita ingat nak pinjam cara islamlah tapi tak berjaya, dahlah tunggu keputusan lulus tak lulus boleh tahan. pergi bank scotia dua hari dah tahu dengan keputusan lulus pulak tu bersyukur saya dengan isteri.


budak batang kali

pakbelalang said...

KJ sarankan supaya ditubuh Bank Belia.

comment:

Berapa banyak bank nak ditubuhkan lagi. Cukuplah tu.

Kalau tujuannya untuk membantu belia menjalankan perniagaan dengan mendapatkan bantuan pinjaman dari Bank Belia saya rasa tak ada faedahnya.

Sistem pinjaman dikebanyakan semua bank prosedurnya semua sama. Bermacam-macam "standard check-list" yang serupa yang perlu disediakan oleh si peminjam.Tak ada flexibility.

Akhirnya penubuhan Bank Belia akan tentunya nanti akan dikritik habis-habisan dalan perhimpunan UMNO.

-WADAH- said...

Assalamualaikum Dato....
Sesuatu yang menarik tentang politik adalah betapa apa sahaja boleh berlaku. Cliche bunyinya. Paradoks jangkauannya. Namun, hakikatnya, memang dalam politik, apa sahaja boleh berlaku.

Bagaimanapun, berbeza dengan Pembangkang, UMNO/BN masih sedar diri yang mereka banyak kelemahan. Mereka tahu yang mereka kurang ini dan kurang itu. Mereka tahu yang ada diantara mereka yang amal politik wang, salah guna kuasa dll.

Akan tetapi, apabila calon PR kalah, alasan pertama undi pos. Alasan kedua undi pos dan pengundi hantu. Alasan ketiga undi pos, undi hantu, gangguan SPR, kemenangan terancang. Alasan keempat undi pos bla bla bla....

Kalau PR kalah, mereka kata BN buat kacau. Gangguan pihak luar dan sebagainya. Tetapi kalau mereka menang maksudnya rakyat menerima mereka, ada sinar baru nun di hujung sana... ?

Dengan situasi terkini, memang mereka boleh menang dengan retorik mereka dan karisma pemimpin mereka, namun adakah mereka boleh mengisi kemenangan mereka?

saji said...

Salam abudullahngah

Rumah yang sdr duduki sekarang itu adakah rumah SEWA atau BELI. Kalau SEWA saya tak ada soalan. Kalau BELI adakah ia pembelian tunai? Kalau YA saya tak ada soalan. Kalau BELI daripada pemaju, adakah, pertama, ia pinjaman Bank Konvensional atau Bank Islam?, dan kedua, adakah ia menggunakan kontrak BINA- JUAL atau JUAL - BINA? Di mana kontrak BINA-JUAL maksud muamalat Islamnya ialah JUAL BELI mutlak (AL-BAIU')iaitu trasaksi barangan (antara penjual dengan pembeli)yang barngannya wujud ketika akad. Manakala kotrak JUAL-BINA maksud muamalat Islamnya ialah JUAL BELI TEMPAHAN (AL-ISTISNAA')iaitu trnsaksi barangan (di antara pembeli dan penjual) yang barangannya tidak wujud ketika akad. Lebih dari itu, kontrak BINA-JUAL sedang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengatasi kelemahan kontrak JUAL-BINA yang meliputi masalah tak ikut spec, lambat siap dan terbengkali. Akhir sekali, adakah sdr bina sendiri dengan maksud sdr beli bahan binaan dan MENGUPAH tukang atau serah semuanya kepada kontraktor?

Anonymous said...

.....sambungan,

Warung Kopi Kena Ada Akaun Bank?

Warung kopi yang sudah dikenali kerana terkandung ciri-ciri kebersihan yang baik; pelanggannya sentiasa diraikan dan diberikan keutamaan; kualiti dan rasa minuman / makanan yang konsisten, servis yang memuaskan, adalah dengan sendirinya menyaksikan pulangan / keuntungan yang diperoleh mampu melepasi tahap 'cukup-cukup makan dan pakai'.

Cumanya bagaimana mahu menjadikan pendapatan dari warung kopi berada pada tahap yang lebih lumayan yakni dalam erti kata pengusaha dapat menggunakan pendapatan lebihan untuk membiayai pendidikan anak, membeli rumah dan menabung bagi masa depan? Bolehkah?

Dalam apa jua perniagaan (bagi menjawab pertanyaan di atas) ia adalah satu yang berkemungkinan kalau bidang yang diusahakan itu ada nilai tambah. Dalam konteks warung kopi salah satu nilai tambah yang dimaksudkan adalah berkait rapat dengan upaya meningkatkan jumlah pelanggan. Persoalannya bagaimana dapat ditingkatkan jumlah pelanggan kalau warung sedia ada tidak boleh di perbesarkan kerana faktor ruang yang terhad?

ALPASIKU

Anonymous said...

Datuk,

Teruskan usaha membelasah pegawai-pegawai bank yang banyak "songeh" dan berlagak macam dia orang "besar sangat" tu. Saya memang setuju kalau Datuk gelar mereka ni Yahudi. Yahudi kecik yang banyak buat onar dalam dunia bisness Malaysia. Mereka ni sangat licik dan bermuka-muka.

Rakyat ramai yang salahkan kerajaan sebab susah nak dapatkan bantuan dan pinjaman bank. Tapi bagi saya, puncanya bukanlah pada kerajaan tapi disebabkan oleh Yahudi-yahudi kecik inilah!

Yahudi-yahudi kecik ni sebenarnya penakut ya amat. Dia orang takut non-performing loan (NPL) naik. Sering dia bagi alasan Bank Negara query... Bank Negara query. Macam la Bank Negara query tu soal siasat polis atau SPRM. Biasa la, query Bank Negara ni. Jawab dan bagi alasan professional. Yang jadi masalahnya, Datuk ... Yahudi-yahudi kecik ni, dia orang ni nak kerja senang saja dan malas nak susahkan diri jawab query Bank Negara.


Datuk,

Saya sekarang tengah sibuk uruskan permohonan dan pinjaman IPO Share Financing untuk Maxis Bhd yang bakal disenaraikan semula di Bursa Malaysia.

Nak dapatkan pinjaman dari bank GLC punyalah payah. Sangat menjengkelkan. Walaupun ada bank GLC tu sendiri yang jadi merchant banker dan underwriter bagi IPO tersebut, dia tak mahu bagi pinjaman. Ada satu bank GLC ni pula bagi alasan hanya "investment holding" company sahaja yang boleh mendapat pinjaman untuk IPO tersebut. Satu alasan yang bagi saya sangat mengarut.

Akhirnya Datuk, bank Cina juga yang laju bagi pinjaman. Semalam pegawai bank Cina ni bagitahu saya, budget RM50 juta pinjaman untuk IPO Share Financing yang disediakan oleh mereka ni dah hampir nak habis.

Bank-bank GLC masih sibuk nak mempertikai itu dan ini. Mereka pulak yang memandai-mandai buat undang-undang sendiri kata kami tak layak memohon walaupun MITI dah bagi green light. Macam mana tu Datuk?

Satu perkara lagi Datuk,

Saya harap Datuk boleh dedahkan amalan Yahudi-yahudi kecik ini yang menyalahguna kuasa dan tanggungjawab mereka dalam pemberian pinjaman dan bantuan dari dana SME (Small and Medium Ent). Dana ini sepatutnya dikhaskan kepada usahawan kecil dan sederhana sahaja tetapi Yahudi-yahudi kecik ini sudah banyak beri kelulusan pinjaman kepada anak-anak syarikat milik syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi saya, walaupun anak-anak syarikat ini masih bermodal rendah dan dalam lingkungan SME, tetapi memandangkan "back-up" mereka adalah Public Listed Company, maka mereka sudah TIDAK LAYAK memohon pinjaman dari dana SME.


-sinbad-

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Kalau Datuk tidak keberatan, saya mohon izin bertanya sedikit daripada pengalaman Datuk. Soalan saya mungkin lari dari isi kandung tampalan Datuk kali ini, tapi saya rasa ianya tidak lari dari topiknya -- "damai dalam kejahilan".

Di dalam ucapan Presiden Umno pagi tadi, beliau ada mengatakan bahawa dasar DEB "digantung sementara" ketika ekonomi meleset di pertengahan tahun 80an.

Apakah yang dimaksudkan oleh beliau itu? Boleh Datuk kongsi sedikit pengalaman? Ketika itu, saya masih "blissfully ingnoring the economics".

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

.....sambungan....

Warung Kopi Kena Ada Akaun Bank?

Bisnes warung kopi dapat dikembangkan meskipun premis warung berkenaan tidak dapat diperluaskan. Ini dapat dilaksanakan dengan membuat hantaran ke pejabat/syarikat berhampiran. Yang diperlukan hanyalah kerajinan dan paling utama semestinyalah dipihak pelanggan (terutama ketua pejabat/pengurus) dapat diyakinkan dengan perkhidmatan yang akan diberikan.

Bermula dengan satu syarikat swasta bukan Melayu yang membuat pesanan nasi lemak, minuman panas dan sejuk untuk dihantar ke pejabat (Olivetti) untuk dihidangkan kepada pihak pengurus, jurujual, juruteknik dan pelanggan mesin taip dan mesin cetak jenama Olivetti (dari Itali), masih jelas diingatan bagaimana dalam waktu yang singkat kesemua syarikat dalam bangunan yang sama (yang 99% milik bukan Melayu), termasuk syarikat kredit, insurans, mesin bermotor, pengedar cat, pengedar kereta baru dan terpakai, import eksport, bank, dll., akhirnya turut memesan minuman dari warung kopi pak chik.

Ironinya, meskipun setiap pengurus disediakan minuman oleh para pembantunya tetapi mereka tidak menggunakan kemudahan berkenaan sebaliknya lebih mendapat kepuasan (agaknya) kalau memesan minuman dari warung kopi. Malah lebih membanggakan apabila pihak pengurusan hotel juga membuat pesanan bukan saja untuk pihak pengurusan malah untuk dihantar ke bilek penginapan kalau terdapat permintaan.

Kaedah ini menjadi amat popular mungkin kerana perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan mereka. Susulannya kepada pesanan yang terus meningkat, satu demi satu syarikat telah membuat bayaran bulanan dalam bentuk cek. Itulah permulaan di mana warung kopi kena ada akaun bank. Itulah keadaannya di mana peniaga warung kopi dapat memahami maksud "be laughing all the way to the bank."

ALPASIKU

Roti Planta said...

Dato',
Sdr abdullahngah,
Kalau berusaha untuk berjaya membesarkan syarikat (sehingga 70 kakitangan) dianggap tamak maka yang menganggap orang lain tamak tu boleh dianggap sesat!
Jika kita berjaya (kaya) kita boleh keluarkan zakat, menggajikan lebih ramai pekerja yang akan bekerja untuk bagi makan anak isteri masing-masing.

Orang macam ini duduk kedai kopi atau tangga masjid kutuk kerajaan tidak bantu melayu untuk berjaya, cemburu bukan melayu kaya-raya tetapi bila melayu usaha kuat nak berjaya, dia kata tamak pulak...Otak melayu macam ini yang boleh menyebabkan melayu terus terhina.... ingat bukan senang 70 orang melayu tu nak minta kerja
di syarikat bukan melayu!

Teruskan Dato', jika suatu hari Dato' atau warisan Dato' dapat menggajikan 700 ke 7000 ke hatta 70000 pekerja... kami orang Islam akan bangga dan boleh menumpang rezeki samada sebagai pekerja atau penerima zakat.

Roti Planta

abdullahngah said...

saji


Saya bina rumah berharga RM140,000 pada tahun 1986 tanpa hutang satu sen pun cuma ambil wang caruman KWSP sebanyak RM29,000.

REamai yang hairan dan tidak percaya dengan apa yang saya lakukan.

saya amal sikap berpada pada dan bersykur dengan apa yang ada.

Saya pernah ditawar menjadi orang kaya dengan kaedah hutang duit bank tapi saya tolak,

kerana inilah kaedah yang membuat hidup merana, terpaksa tanggung hutang sampai mati.Yang pasti tidak akan masuk syurga.

Kalau kita sudah jadi kafir tidak mengapalah kerana kafir tetap kekal didalam nereka.

Inilah yang dinamakan beli baju tidak ukur badan sendiri.saya beli baju ukur badan sendiri.

Saya tak buat istana macam kawan yang buat rumah berharga RM600,000 sehingga satu juta dengan kaedah hutang bank.

Rumah besarpun tidak guna juga, kerana sekarang ini anak anak tidak tinggal bersama lagi.

sekarang saya tinggal dua orang sahaja, anak anak semuanya masih ada di universiti.

Cuma seorang sahaja yang sudah kahwin dan ada rumah sendiri.

oleh itu apa yang saya lakukan tiada kaitan langsung dengan apa yang saji kata itu.

Baik beli kereta saya tidak pernah beli guna wang bank.

Oleh kerana saya amal beli baju ukur badan sendiri, maka kereta terpakailah yang saya beli kerana itulah kemampuan yang sedia ada.

wishediwaswrong said...

Abdullah Ngah said:

"maaf ini bukan fitnah. Allah sendiri yang sebut dalam Al Quran."

Maaf. Tetapi dalam komen panjang berliku-liku itu tak disebut firman Allah SWT pun. Yang ada cuma lompatan ke sana ke mari di antara andaian, tuduhan melulu, value judgement, kesimpulan tanpa rentetan logika, dabikan dada.

Mungkin saya terlalu jahil sehingga tidak nampak benda yang nyata.

azreen said...

salam,

cuba kita lihat MARA..byk kompleks dan lokasi perniagaan dibuka..tapi hasilnya x begitu hebat..peniaga pun susah nk dapat steady income sb pengunjung x ramai..itu nsb sewa kalau yg beli pulak pn still susah nk survive..mengapa perniagaan melayu mesti jadi begini ek?

Man Ysf said...

Dato,
Sorry to hear that ada pengomen-pengomen (pengomel?) yang bersyarah agama tanpa hujung pangkal. Saya tak salahkan mereka kerana there will be a sizeable portion of our society yang mempunyai masalah in dealing antara idealisme dan realiti. Those yang duduk dalam aliran agama, dari kecil belajar agama, sekolah pun sekolah agama ada yang menghadapi masalah bila berhadapan dengan dunia sebenar.They have problems on how to handle the reality. Sebenarnya ini adalah satu dilemma dalam masyarakat kita. Saya tidak mahu sempitkan kepada org2 PAS sahaja, sesiapa yang mempunyai fikirah agama selalunya berkecenderungan begitu (which only causes rift). Sebab itu suka saya cadangkan kepada sesiapa yang sudi terima supaya diwujudkan satu kursus, bengkel, modul or whatever you call it untuk dijalankan samada di menengah atas, PLKN atau univ yang dpt memberi platform bimbingan, pencerahan di dalam kita menangani idealisme agama dan realiti kehidupan. Kepada org PAS (or better generalize kpd org2 agama) saya bukannya ingat memaksakan realiti ke dalam idealisme anda tapi saya lebih untuk membicarakan dengan serius bagaimana idealisme itu boleh diaplikasikan di dalam realiti tanpa perlu menimbulkan rift(jurang) dan polemik yang tak berkesudahan.

Ok..berbalik kepada tajuk asal ingin saya utarakan satu fenomena yang dinamakan sebagai 'Command Bubble' yang sebenarnya banyak diamalkan oleh pengurus2 dan organisasi kendalian melayu kerajaan mahupun swasta.

Salah satu kelemahan di dalam gaya pentadbiran org melayu ialah apa yang boleh saya istilahkan sebagai 'command bubble' (CB). CB adalah satu fenomena di mana satu arahan dari pihak atasan telah bertukar wajah beberapa kali akibat dari kepentingan2 tertentu ketua2 bawahan (mid level and low level managers). Contohnya pihak atasan mensasarkan jualan tahunan sebanyak 20,000 unit. Angka ini bertukar menjadi 40,000 di peringkat pengurus pertengahan (mid-level) dan seterusnya bertukar lagi menjadi 100,000 apabila sampai kepada kakitangan eksekutif. Lain2 contoh termasuklah polisi pengurangan bajet yang bertukar dari had asal 100,000 kepada hanya 10,000 apabila sampai kepada pegawai pelaksana.

Situasi ini adakalanya disebabkan oleh sikap pengampu ketua2 dan pengurus2 di dalam cubaan mereka utk menunjukkan bahawa mereka adalah pekerja yang hebat. Ada juga yang ketua2 yang merasa takut untuk berpegang kepada angka yang diberikan kerana bimbang pekerja bawahannya tidak akan dapat mencapai sasaran seperti yang dikehendaki. Mereka mengambil jalan mudah dengan menggandakan sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Situasi ini sebenarnya adalah satu situasi yang 'counter-productive'. Para pekerja umpamanya adalah barisan pertama yang akan menerima tekanan akibat CB ini. Dengan arahan yang kadang2 tidak masuk akal kakitangan terpaksa bertungkus lumus untuk memenuhi tuntutan mid-level dan low-level managers itu. Untuk lagi memburukkan keadaan pengarah mid-level dan low-level selalunya menekankan bahawa tuntutan ini datangnya dari org atasan (e.g. CEO). Jika tekanan ini tidak diurus dengan baik, akhirnya moral staff akan merudum dan perasaan 'burn-out' dan marahkan CEO akan berlaku (sbb mid-level dan low level kata CEO yang suruh). Bila staff dah down, pelanggan pun tidak akan mendapat layanan yang selayaknya. Apabila pelanggan marah2, yang kena adalah sykt dan CEOnya (ini arahan CEO kata staff di kaunter). Siapa yang rugi?? Jabatan dan Sykt jugak yang rugi.

Adakah kita sedar perkara ini? Kadang2 bukan kita tidak sedar tapi perasaan gilakan pangkat dan kedudukan itu telah membutakan mata kita. Bagi kita mengampu itulah objektif hidup, bukannya menolong org atau membantu syarikat/ jabatan mencapai objektif masing2.

Petikan dari: http://got-tots.blogspot.com.my

saji said...

Salam Dato'

Tidak keterlaluan jika dikatakan Dato' merupakan contoh bagaimana golongan Muslim bukan kapitalis yang berusaha menjalankan perniagaan dalam persekitran sistem ekonomi kapitalis, yang sebahagian pembalas posting ini, mengaitkannya dengan amalan pengurus bank mengambil wang kick back, tabiat bank yang memberi ketutaman kepada pinjaman berjuta2 ringgit atau makro berbanding dengan mikro, pengurus bank2 GLC masakini yang pandai cakap tetapi tak pandai buat analisa perniagaan untuk tujan meluluskan pinjaman, prasangka yang menebal terhadap peniaga Melayu dan amalan riba.

Sayangnya sistem ekonomi Islam yang dikatakan mempunyai penyelesaiannya masih dalam keadaan tongang langang yang mungkin menyebabkan jaguh sistem ekonomi Islam kita tidak berani tampil menjelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam mengatasinya.

Sekadar nota kaki, antara alasan yang dikemukan dalam kertas kerja penubuhan bank Islam di negara ini ialah untuk membantu ushawan Muslim menceburi bidang peniagaan yang disebabkan oleh halangan riba.

saji said...

Sdr Ir Fariz Salleh

Dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisai moden (K&CPOM), senarai perubahan perlembagaan UMNO yang diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Khas parti UMNO berkenaan, menepati apa yang dimaksudkan dalam K&CPOM sebagai ciri2 ASPEK TEKNIKAL yang dipanggil SISTEM dan TATA CARA, yang pada pendapat ahli dan para pemimpin UMNO pada masa ini, itulah caranya untuk mengatasi POLITIK WANG.

Di mana antara peranan dua ciri ASPEK TEKNIKAL tersebut ialah;

Pertama, sebagai mekanisme untuk menterjemahkan dasar baru parti UMNO untuk menghapus gejala POLITIK WANG kepada realiti yang mereka inginkan.

Kedua, untuk mengatasi kelemahan/ketidakberkesanan SISTEM dan TATA CARA menghapus POLITIK WANG dalam parti UMNO sebelum ini yang meliputi pengwujudan badan disiplain khusus untuk membicarakan aduan POLITIK WANG yang pernah mengenakan hukuman terhadap beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang terjebak dengan POLITIK WANG termasuk TS ISA SAMAD, tetapi POLITIK WANG terus berlaku.

Apa yang penting untuk diambil perhatian oleh parti UMNO mengenai peranan ciri2 SISTEM dan TATA CARA dalam K&CPOM yang dibincangkan di atas ialah, ia merupakan cara Barat mengatasi kelamahan sistem ekonomi dan politiknya yang berteraskan kepada pemikiran sekular dan tidak dapat mengelak daripada dinodai oleh golongan yang dipengaruhi budaya kapitalis tidak sihat seperti menyogok wang untuk menjadi pemimpin.

pakbelalang said...

Saya ingin cadangkan kepada pimpinan tinggi UMNO supaya menasihati Tuanku-Tuanku Sultan supaya jangan anugerah pangkat Datuk kepada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua-Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan tinggi UMNO. Iktiraflah mereka selepas mereka didapati telah berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat apabila mereka bersara atau berundur dari politik kelak.

Ini adalah untuk mencegah mereka bersikap sombong dan riak hinggakan menjejas image parti UMNO dan akhirnya rakyat merasa tersisih dan meluat dengan pemimpin mereka.

A KADIR JASIN said...

Sdr Azman Mohd Isa (Azman), antara lain, menulis:

Di dalam ucapan Presiden Umno pagi tadi, beliau ada mengatakan bahawa dasar DEB "digantung sementara" ketika ekonomi meleset di pertengahan tahun 80an.

Apakah yang dimaksudkan oleh beliau itu? Boleh Datuk kongsi sedikit pengalaman? Ketika itu, saya masih "blissfully ingnoring the economics"."

1. DEB tidak digantung ketika krisis ekonomi pertengahan 1980;

2. Hanya sedikit syarat pemilikan saham asing dilonggarkan bagi industri untuk eksport dan industri canggih; dan

3. Matlamat DEB membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusunkan semula masyarakat tetap diteruskan.

Terima kasih.

abdullahngah said...

kepada Roti Planta said...

zakat diwajibkan pada harta yang dimillki orang Islam yang ikut ajaran Rasulullah SAW.mereka yang tidak ikut ajaran Rasul tidak wajib zakat.

2.5 peratus hendaklah dikeluarkan pada harta yang dimiliki secara halal.

Harta yang dapat secara makruf tidak diwajibkan mengeluarkan zakat.berniaga rokok tidak wajib keluar zakat, kerna ia makruf. Ada ulama mengatakan haram.

Bagaimana pula pada harta yang dimiliki secara haram seperti memakan riba dan rasuah.

Ia tidak diwajibkan. Malah haram hukumnya. Bermakna tidak ada zakat dalam harta seumpama itu.

Kalau kita mengeluarkan juga dia bukanlah zakat yakni tidak diterima oleh Allah sebagai zakat.

Membayar gaji pada pekerja dengan duit riba dan rasuah walaupun kerja itu halal tetapi juga haram.

Diberi makan pada anak bini juga jadi haram, tidak jadi khasiat malah jadi mudharat.(pendapat Dr Ismail Ibrahim dalam HALAQAH TV 9)

muliakah orang seumpama ini?

BAGI SAYA inilah melayu yang hina dan terus terhina. kayaraya secara haram.Kayaraya hutang tinggal dalam istana wang riba pandu kereta dibeli cara riba.

sesiapa yang berbangga kerana boleh menumpang rezeki samada sebagai pekerja atau penerima zakat, mereka adalah syaitan manusia yang lebih berbahaya dari syaitan syaitan asli.


kepada wishediwaswrong said...

Oleh kerana wishediwasrong said mengaku jahil izinkan saya ulas sikit pasal istilah jahil agar kita faham apakah itu jahil.

Jahil bermakna tidak menerima kebenaran Allah.

Sebab itu saya sebut nama Abu Lahab yang sememangnya tidak menerima kebenaran Allah.

Orang yang mengaku jahil, mereka masih ada harapan keluar dari kepompong itu.

Malangnya apabila ada kalangan umat islam tidak mengaku yang dia jahil.

Imam Ghazali pernah berkata orang yang mengaku beriman, maka mereka belum beriman.

Orang jahil tidak boleh terima kebenaran hatta dinyatakan nas Al Quran dan hadis sekalipun.

Tolak nas quran dan hadis jadi kafir. Tolak pendapat manusia tidak jadi kafir.

Saya bimbang apabila saya nyatakan nas quran dan hadis ada juga yang tolak bulat bulat yang angkaranya mereka jadi kafir.

Anda boleh baca buku MASTIKA HADIS yang diterbitkan jabatan perdana menteri.

maka fahamlah komen saya yang dianggap panjang berliku-liku itu tak disebut firman Allah SWT pun. Yang ada cuma lompatan ke sana ke mari di antara andaian, tuduhan melulu, value judgement, kesimpulan tanpa rentetan logika, dabikan dada.

maaf.

saji said...

Sdr abdullahngah

Terima kasih banyak2 kerna menjawab pertanyaan saya tersebut yang saya petik seperti berikut:

"Saya bina rumah berharga RM140,000 pada tahun 1986 tanpa hutang satu sen pun cuma ambil wang caruman KWSP sebanyak RM29,000.

Ramai yang hairan dan tidak percaya dengan apa yang saya lakukan."

"Oleh itu apa yang saya lakukan tiada kaitan langsung dengan apa yang saji kata itu."

Sdr kena baca semula baik2 komen /pertanyaan saya di perenggan terakhir berbunyi:

"Akhir sekali, adakah sdr bina sendiri dengan maksud sdr beli bahan binaan dan MENGUPAH tukang atau serah semuanya kepada kontraktor?"

Tidakkah perenggan terkhir di atas mempunyai kaitan dengan jawapan sdr di atas?

Maksud saya, sdr kena jawab, adakah rumah yang sdr bina berharga RM 140,000 dan dengan cara yang menghairankan ramai orang itu menggunakan kontrak pembinaan UPAHAN Islam atau arabnya AL IJARAH atau kontrak tradisional pembinaan Barat DIRECT LABOUR dalam erti kata sdr beli sendiri bahan binaaan dsb, MENGUPAH tukang2 berkaitan dan supervise sendiri pembinaannya atau sdr serah semua kerja2 pembinaan dan pembelian bahan binaan dsb kepada kontraktor utama menggunakan kontrak Barat LUMP SUM atau lain2 atau menggunakan kontrak pembinaan TEMPAHAN Islam atau arabnya AL ISTISNAA'?

saji said...

Sdr Man Ysf

Sdr kata, "Sebab itu suka saya cadangkan kepada sesiapa yang sudi terima supaya diwujudkan satu kursus, bengkel, modul or whatever you call it untuk dijalankan samada di menengah atas, PLKN atau univ yang dpt memberi platform bimbingan, pencerahan di dalam kita menangani idealisme agama dan realiti kehidupan. Kepada org PAS (or better generalize kpd org2 agama) saya bukannya ingat memaksakan realiti ke dalam idealisme anda tapi saya lebih untuk membicarakan dengan serius bagaimana idealisme itu boleh diaplikasikan di dalam realiti tanpa perlu menimbulkan rift(jurang) dan polemik yang tak berkesudahan."

1. Saya setuju dengan cadangan sdr

2. Tetapi, pastikan penceramahnya
memiliki asas2 ilmu ukhrawi
dan duniawi seperti ulamak
silam, di samping pastikan ilmu
duniawi meliputi pelbagai
ilmu kemanusiaan dan teknikal.

abdullahngah said...

Saya beli sendiri bahan bahan secara tunai dan upah tukang bayaran mingguan.

Oleh itu tiada kaitan langsung dengan apa yang saudara saji sebut.

Kaedah Islam ke, kaedah kafir ke.

atau dengan kata lain saya bina sendiri tanpa ada sebarang ikatan dengan perjanjian mana mana pihak.

saji said...

Salam abdullahngah

Sdr jawab, "Saya beli sendiri bahan bahan secara tunai dan upah tukang bayaran mingguan.

Oleh itu tiada kaitan langsung dengan apa yang saudara saji sebut.

Kaedah Islam ke, kaedah kafir ke.

atau dengan kata lain saya bina sendiri tanpa ada sebarang ikatan dengan perjanjian mana mana pihak."

Setuju atau tidak,

1. Sdr saya anggap jenis orang yang suka memberi pandangan/ idea atau nasihat kepada orang lain seperti hukum riba dan zakat, tetapi tidak suka menerima nasihat/pandangan/idea orang lain. Di samping terlalu berbangga dengan apa yang sdr telah capai dan lakukan di dunia ini. Sedangkan bijak pandai/prof yang saya kenali tidak begitu.

Kenapa tidaknya,

2. Sdr tanyalah mana2 alim ulamak yang pakar muamalat Islam yang sdr kenali, mereka akan mempertahankan hujah saya sebelum ini bahawa, rumah sdr itu dibina menggunakan hukum/kontrak pembinaan Islam yang dinamakan al-Ijarah atau Melayunya Upahan.

3. Jika para jurutera penjajah Inggeris yang membina bangunan pentadbiran penjajah, sekolah,istana dan jalan masih hidup, mereka akan mengatakan sdr menciplak kontrak tradisional Inggeris jenis Cost Reimbursement yang dinamakan Direct Labour.

4.Saya sendiri di era kerajaan campuran UMNO/PAS dulu merupakan kakitangan teknikal FELCRA yang mengetuai task force untuk mengatasi masalah projek pembinaan rumah peserta FELCRA - lambat mula kerja pembinaan, terbengkalai, tidak ikut spec dsb di seluruh negara dengan cara mengambil alih projek terbabit dan menggantikan kontrak pembinaan LUMP SUM Barat yang digunakan bagi pelaksanaan projek tersebut kepada kontrak pembinaan Direct Labour Barat atau maksud Islammya kontrak pembinaan Upahan/al Ijarah.

5. Atas alasan sdr tidak mengakui telah menggunakan hukum/kontrak pembinaan Upahan/al Ijarah tersebut (walaupun saya telah berusaha mejelaskannya), sdr dianggap bukan sahaja tidak memiliki/mengkaji ilmu muamalat Islam dengan menyeluruh, malah sdr, tanpa sdr sedari atau disebabkan kejahilan sendiri tentang ajaran Islam, telah menolak Upahan/al Ijarah sebagai hukum Allah yang jelas dengan takrifnya, 5 rukunnya, syarat sah penggunaannya dan contoh penggunaannya. Yang pasti, penat lelah sdr mengurus dan membina sendiri rumah sdr itu tidak dianggap satu ibadah, meskipun ia halal.

HUSIN PAKTONGKO said...

Asm... Datuk
Tahniah dapat cucu baru dua sekali pulak tu.Alhamdulillah banyaklah umat Muhammad yang bertaqwa.
Saya tertarik ulasan Datuk tentang GLC yang peleceh dan pelekeh orang Melayu nak berniaga. saya ada cerita. Once upon a time, saya ada sahabat , sekarang dah jadi x cikgulah.Dulunya cikgu. Tapi sebelum beliau hari ni bergelar usahawan berjaya, pengusaha stesen minyak, ceritanya amat perit sekali beliau nak membuka stesen mimyak di lokasi hari ini tu.Kalau nak tahu sape-sape yang kalau nak masuk Lebuh Raya Utara Selatan dari Sungai Dua ,Seberang Perai Utara pasti terlihat ada sebuah stesen minyak Mobil milik bumiputeralah tu. Salah sebuah stesen minyak yang termaju di kawasan ini dek kerana lokasinya yang begitu strategik. Maklumlah sape-sape yang hendak berjalan jauh pasti akan mengisi penuh tangki minyaknya, dan pastinya stesen Mobil itu yang menjadi pilihan. lainlah kalau orang tu begitu taksub dengan minyak Petronas dengan tawaran hebatnya.
Sebelum beliau membuka stesen minyak itu beliau pernah berjumpa dengan pegawai Petronas untuk berbincang tentang hal itu. Tahu apa yang disindir oleh pegawai tersebut." BOLEHKAH CIKGU BERNIAGA?"."GHETIKE?". itulah antara kata-kata yang diceritakan kepada saya. Lantas beliau beralih ke Mobil. Melihat kepada lokasi yang begitu stategik, terus Mobil tidak melepaskan peluang ini.Pada masa itu lebuh raya masih belum beroperasi, masih dalam pembinaan. Rasanya dalam tempoh 1 - 1 1/2 tahun baru lebuh raya beroperasi penuh.
Persolananya kenapalah Petronas mempunyai pegawai yang seperti ini? Yang menariknya, sebaik sahaja janji-janji dengan Mobil telah dibuat untuk membina stesen ini, barulah pihak Petronas tersedar akan betapa strategiknya lokasi itu. Barulah pegawai-pegawainya(termasuk pegawai yang tadi itu) datang bertemu sahabat saya ini. Mereka minta sangat-sangat agar sahabat saya ini membatalkan perjanjian dengan Mobil tersebut. Mereka juga menempelak sahabat saya kerana tidak berunding dengan Petronas terlebih dahulu. Tahu apa kata sahabat saya itu. Katanya, " Enciklah orang yang saya jumpa. Enciklah yang juga kata bolehkah cikgu berniaga.Ghetika cikgu berniaga.Saya ini manusia.Janji saya saya kotakan.Kalau lembu pegang pada tali.Ini manusia pegang pada janji.(Kalau loghat utara bunyinya lagi kasar)Terdiam pegawai Petronas tersebut. Hari ini (selang banyak tahun juga) barulah terdapat sebuah stesen yang agak terkeluar dari laluan masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan tersebut.
Lama juga setelah siap pembinaan stesen itu untuk beroperasi. Tahu kenapa? Karenah birokrasi dan rasuahlah.Apaa lagi. Pernah beliau diminta wang rasuah untuk mempercepat proses pengoperasian stesen itu.Di sini saya puji sikap sahabat saya itu. Katanya (kepada pegawai pejabat tanah itu, pakai lebai lagi), "Encik ,saya ni nak buka stesen minyak.Duit tulah saya nak bagi makan anak bini saya. Jadi saya tak mau sikit pun hasrat saya ni dikotori dengan proses yang tak sepatutnya." Terdiam pula pegawai ini. Tapi lama sungguh (dekat setahun) barulah stesen dia tu beroperasi. Katanya kepada saya, " ...aku tak percaya orang pakai lebai ni."

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon mencelah bagi komen sedikit terhadap pembahas Saji.

Tuan,

Saya berpendapat Tuan sudah sedikit "ghairah" dengan menuduh ibadah Sdr Abdullah Ngah tidak diterima dek kerana beliau tidak se-pakar sebagaimana Tuan mempunyai kepakaran di dalam bab-bab Al Ijarah lah, "konservasi" lah dan bermacam lagi.

Bagi saya, jika kita tersalah "menuduh", natijahnya akan jatuh ke atas kita balik. Bahaya tu.

Mungkin orang yang kita labelkan sebagai "kurang berilmu" mempunyai lebih "wisdom" daripada kita.

Bukankah semakin mendalam kita mengetahui mengenai ilmu agama akan membuatkan kita menjadi semakin "bodoh" dan merendah diri, berbanding dengan ilmu dunia yang akan membuat kita merasa lebih pandai dan silap-silap menjadi riak dan takabbur?

Mohon maaf jika terkasar bahasa.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

abdullahngah said...

saudara saji

Allah SWT telah merekodkan kata kata saudara sekaligus dengan gerak geri lahir dan batin.

Saudara sangkakan saya jahil dengan agama Islam saya boleh terima.

Tetapi mmengatakan apa yang saya lakukan dikatakan pasti, penat lelah saya mengurus dan membina sendiri rumah saya itu tidak dianggap satu ibadah, meskipun ia halal.

Tidak dinafikan yang halal boleh jadi haram seperti membeli ayam yang disembelih dengan duit riba atau duit rasuah.

Saya bina rumah dengan duit halal upah tukang kampung dengan harga yang disetujui.

Cuma tidak akur dengan kaedah yang saudara kemukakan. itu sahaja.

Apakah tidak akur dengan kaedah itu punca ia bukan ibadah?

Firman Allah yang bermaksud: "Dan TuhanMu tidak sekali kali berlaku zalim kepada hamba hambanya"

Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengawasi akan tiap tiap sesuatu" (surah Al-Azab ayat 52)

Firman Allah yang bermaksud: Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada dilangit atau dibumi" (Surah Saba ayat 3).

Saya ucap terima kasih kerana saudara ambil berat mengenai apa yang saya kemukakan.

Tiada niat sebesar zarah pun untuk berbangga dengan apa yang saya lakukan.

Saya ikhlas dalam perkara yang dilarang oleh Allah, itu sahaja.

Oleh itu saya mahu supaya saudara beri dalil dalilnya mengapa apa yang saya dilakukan itu bukan ibadah.Adakah ia ijtihad saudara?

Profesor dan alim ulama bukan tiket untuk manusia jadi baik. Tetapi "beriman dan bertakwa" boleh jamin orang itu jadi baik dan masuk syurga sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya, ia itu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui Hakikat yang sebenarnya.(dengan itu) ia akan mengampunkan dosa dosa kamu, dan memasukkan kamu kedalam taman taman yang dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat tempat tinggal yang baik dalam syuarga yang kakal. Itulah kemenangan yang sebenar" (Surah Al Saff ayah 10-12).

Anonymous said...

Saji dan Abdullah Ngah,

Beli/buat rumah dengan tunai, bagi saya impian kebanyakan orang.

Bagi islam, mengelakkan hutang perlu dipuji. Dalam konteks ekonomi, duit kita bekerja secara produktif. Dalam konteks moral/emosi, padan muka bank.

Beli kereta, saya boleh bayang nak kumpul cash. Nak beli rumah? Bukan senang nak kumpul RM140,000, kerja kuli macam saya (tinggal kat KL pulak tu) nak pencen pun belum tentu dapat kumpul sebanyak itu. Belum dikira harga tanah.

Harap dapatlah kongsi ilmu. Maklumlah macam saya sebut sebelum ini, bank yang berlesen islamik pun dah tak jadi islamik dah sekarang ni....

fedup

abdullahngah said...

Saya amalkan simpan sebelum belanja, Kalau tidak boleh buat begitu memang susah miskipun gaji RM 5,000. sekalipun. Apatah lagi setakat gaji kuli.

Rumah kuli tidaklah semahal rumah pegawai yang boleh pinjamn RM 200,000 sekarang ini.buat rumah harga antara RM300, hingga RM500,

Masalah tanah juga jadi faktor yang membuat kita payah hendak bina rumah. Lebih lebih lagi tinggal di bandar besar yang harga tanah satu lot ratusan ribu harganya.

Setiap manusia ada nafsu yang boleh mengalahkan segala perancangan kita.Jika nafsu menguasai kita susah untuk menyelesaikan masalah.

Ikut nafsu wang satu juta memang tidak cukup. Iman harus dijadikan panduan.

Bina rumah ada sikit, buat sikit disamping masih tinggal rumah sewa. Inilah amalan yang saya lakukan.

Inilah yang payah hendak lakukan,juga memerlukan kesabaran.Ada orang hendak senang beli rumah basuh kaki miskipun makan riba.

Allah beri kemudahan pada saya sehingga dapat apa yang saya mahu.

Ingat, simpang duit sebelum belanja miskipun sedikit.Inilah yang paling payah. ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Anonymous said...

Abdullahngah,

Maaf mencelah. Saudara kata buat rumah guna duit halal dan upah kontraktor untuk bina rumah saudara.

Pertanyaanya:

1. Bagaimana kalau kayu yang digunakan untuk membina rumah saudara itu adalah datangnya daripada pokok balak yang 'dicuri' oleh tauke balak dari hutan?

2. Kat mana saudara simpan sebanyak itu duit tunai tersebut? Bawah bantal?

Dulu Pas

saji said...

Salam sdr abdullahngah, Azman & fedup

1. Diterimakah/sahkah 'ibadah' PUASA kita dalam erti kata diberikan ganjaran pahala tanpa menyebut 'perkataan penting' yang diiktiraf iaitu PUASA ketika niat/akad seperti, Aku BELAPAR (tidak diiktiraf) esok hari, berbanding dengan, Aku PUASA esok hari?

2. Diterimakah/sahkah 'ibadah' kita dalam bentuk aktiviti muamalat JUAL BELI mutlak (jual beli barangan wang wujud ketika akad) tanpa menyebut 'perkataan penting' yang diiktiraf iaitu JUAL/BELI ketika niat/akad seperti, Aku (penjual) SERAH (tidak diiktiraf) ikan ini kepada kamu (pembeli) dengan harga dan timbangannya sekian2, berbanding dengan, Aku JUAL ikan ini kepada kamu dengan harga dan timbangannya sekian2?

3. Diterimakah/sahkah 'ibadah' kita dalam bentuk jual beli/transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad tanpa menyebut 'perkataan penting' di antara dua jenis kontrak pembinaan/pembuatan Islam - UPAHAN(AL IJARAH) dan TEMPAHAN (AL ISTISNAA') yang dipilih (UPAHAN berdasarkan kes abdullahngah} seperti, Aku (si pemberi UPAH) MELANTIK/MENYERAHKAN atau seumpamanya(tidak diiktiraf) kamu sebagai tukang kayu (si penerima UPAH)dengan kadar bayaran dan spesifikasi pembinaan kerja kayu sekaian2, berbanding dengan Aku sebagai PEMBERI UPAH (rukun kontrak UPAHAN) projek pembinaan rumah banglo pada hari ini melantik kamu sebagai PENERIMA UPAH (rukun kontrak UPAHAN)untuk melaksanakan kerja pakar/ memberikan khidmat kepakaran tukang kayu (rukun kontrak UPAHAN) dengan kadar bayaran dan spesifikasi pembinaan kerja kayu sekian2 (rukun kontrak UPAHAN)?

saji said...

Salam fedup

You kata, "bank yang berlesen islamik pun dah tak jadi islamik dah sekarang ni...."

Untuk kongsi ilmu mengenai mengenai apa yang you kata di atas, you kena cakap dekat mana bank Islam tak Islamik dan teruskan cerita disebalik dot dot dot tu

saji said...

Sdr abdullahngah

(SAMBONGAN)
1. Sdr jawab, "Saya beli sendiri bahan bahan secara tunai dan upah tukang bayaran mingguan.

2. Adakah kadar bayaran upah MINGGUAN kepada tukang itu sdr takrifkan sebagai bayaran TUNAI/CASH, berbanding dengan bayaran HARIAN iaitu selepas tukang habis kerja setiap hari dan sdr tarifkan sudah mejelaskan dan memenuhi sunnah Nabi/maksud Hadis mashor-membayar upah sebelum peluh kering (untuk dianggap sebagai ibadah)? Atau, sdr mentarifkannya (bayaran MINGGUAN itu) sebagai bayaran TERTANGGUH yang dibenarkan dalam kontrak UPAHAN?

Jika sdr menganggapnya sebagai, bayaran TERTANGGUH adakah sdr melakukan apa yang lazim dilakukan oleh kontraktor Cina yang menyediakan buku KONG CARD (boleh diperolehi daripada stationary, pasaraya)bagi sdr mencatat dan mengesahkan jumalah hari dan jam tukang berkerja dan keperluan menjumlahkannya di akhir minggu?

Anonymous said...

"Untuk kongsi ilmu mengenai mengenai apa yang you kata di atas, you kena cakap dekat mana bank Islam tak Islamik dan teruskan cerita disebalik dot dot dot tu" - Saji.

Tentunya Saji sedia maklum, kat Malaysia, bank perbankan islam sepenuhnya yang made in malaysia cuma beberapa kerat sahaja.

Dan cerita saya adalah sekitar isu rebat yang amat minima yang secara asasnya tidak menggalakkan peminjam menyelesaikan hutang dengan segera.

Hari ini nak pinjam 40 sen selama seminggu, kena akad untuk RM1. Selepas sehari nak bayar tutup hutang, kena bayar 90 sen. Sedangkan jika bayar 60 sen pada hari kedua, bank masih untung bukan?

Nampak tak? Pada asal pinjaman dikatakan berdasarkan muafakat. Akhir pinjaman dirujuk pula pada akad tanpa tolak ansur - mana sikap muafakatnya?

Dalam kes saya, penyata penyelesaian hutang pada 3 tahun lepas (untuk pengeluaran EPF bayar rumah) berbanding bulan lepas (untuk menyelesaikan hutang) adalah sama amaunnya. Ajaib, bukan?

Dan saya ada sebut, hanya Bank Rakyat setakat ini yang saya dapati tak ada masalah yang mengarut.

Yang lagi dua itu, pada pandangan saya yang tak sekolah tinggi, hanya islamik pada nama saja.

Islam bukan sekadar cantik pada rupa dan jasad(akad lengkap atau tidak) tapi juga merangkumi kecantikan pada rohaniahnya.

p/s boleh jelaskan rukun bagi akad jual beli? Pada amalam saya dan masyarakat di Kelantan, "saya beli barang ini dengan harga yang dibayar" sudah mencukupi.

Buat Abdullah Ngah, bersyukur lah kerana tidak semua orang yang diberi rezki berlapang dada macam saudara.

fedup

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon sekali lagi untuk balas komen pembahas Saji.

Tuan Saji,

Saya bersetuju dengan kesemua soalan Tuan bahawa niat adalah sesuatu “perkataan penting” yang kita sematkan di dalam hati bagi setiap ibadah yang akan kita lakukan. Terutama sekali bagi ibadah-ibadah khusus, niat kita pun mestilah khusus juga dengan mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu accordingly. Jika tidak, ibadah-ibadah khusus tersebut tidak akan diiktiraf sebagai ibadah khusus lagi.

Akan tetapi, bagi ibadah-ibadah umum yang begitu luas sekali ruang-lingkupnya, tidak salah saya rasa jika kita memasang niat untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut secara umum juga. Sebagai contohnya, kita hanya memasang niat dengan berkata “Lillah Hi Taala” di dalam hati tanpa perlu berniat dengan panjang lebar seperti “Aku melakukan ‘sekian-sekian’ kerana Allah Taala”; dengan mengikut segala rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu seperti mana ketika melakukan ibadah khusus.

Allah sahaja yang Maha mengetahui. Wallahualam.

Namun demikian, apa yang dipersoalkan di sini adalah perkataan-perkataan Tuan yang “menuduh” ibadah Sdr Abdullahngah tidak diterima.

Macam mana Tuan tahu? Adakah Tuan “mendengar” niat yang dipasang oleh Sdr Abdullahngah ketika beliau membayar upahan pekerja/kontraktor tersebut?

Tuan mengklasifikasikan ibadah “membina rumah” sebagai ibadah khusus dengan mengatakan bahawa ianya tertakluk di bawah kontrak Al Ijarah.

Saya boleh bersetuju (dan Sdr Abdullahngah juga mungkin boleh bersetuju) dengan mengatakan bahawa ibadah Sdr Abdullahngah akan “tertolak” jika beliau mengingkari rukun-rukun dan syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak beliau dengan pekerja/kontraktor tersebut; jika beliau sudah memasukkan diri beliau dan pekerja/kontraktor beliau ke dalam sesebuah kontrak rasmi, Al Ijarah specifically.

Akan tetapi, Sdr Abdullahngah sudah berkali-kali mengatakan bahawa beliau tidak “membuat kontrak terperinci” dengan pekerja/kontraktor beliau sepertimana yang Tuan anggapkan itu. Beliau hanya membina rumah beliau tersebut dengan berasaskan kepada “kontrak mulut” di antara beliau dengan pekerja/kontraktor tersebut. It’s just like a willing-buyer-willing-seller concept. Simple.

Secara umumnya, saya berpendapat bahawa pembinaan rumah dan "kontrak mulut" tersebut dikategorikan sebagai ibadah umum juga. Adakah ibadah yang sedemikian rupa akan ditolak? Ini bukan rhetorical question, saya benar-benar bertanya dan inginkan kepastian di sini. Saya ingin belajar.

Pendek kata, saya sangsi berkenaan hujah Tuan yang mengatakan ibadah Sdr Abdullahngah tidak diterima. Di dalam pada itu pula, saya bertambah pelik bila Tuan mengaitkan pula niat seseorang di dalam usaha Tuan untuk cuba menjustifikasikan hujah terdahulu.

Mohon maaf dan terima kasih.

Azman Mohd Isa

(Andaian saya di atas adalah berdasarkan daripada posting-posting Sdr Abdullahngah yang terdahulu di sini. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi dan jika andaian saya salah saya mohon maaf dan sedia diperbetulkan).

abdullahngah said...

saji yang saya hormati,

Mungkin saudara tidak sedar yang saudara telah buat silap sangat besar yang barangkali merupakan khianat sepertimana sabda Rasulullah SAW yang maksud:

"Besar sekali khianat seorang yang mengatakan sesuatu kepada temannya yang mempercayainya sedang ia berdusta kepada teman itu" ((Al Bukhari).

Wajarkah saudara samakan ibadah khususiah dengan ibadah umum.

Aku akui idabah khususiah seperti puasa solat haji dan zakat tidak sah jika tidak berserta dengan "niat".

Ibadah umum tidak demikian.

Sehubungan dengan itu ada orang UMNO berkata pada saya bahawa akad jualbeli boleh memansuhkan "riba" ketika membeli kereta.

Bermakna dia bebas dari riba yang diamal oleh bank hari ini atas nama perbankan Islam.

Minta maaf itulah apa yang saya faham mengenai Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Islam liberalisme dan sekular dari puak yang tidak mahu menerima kebenaran Al Quran dan hadis memang niat itu segala galanya.

Beri rasuah tidak ada "niat" rasuah ia bukan rasuah. Demikian juga riba.

Samakan kaedah ibadah khususiah dengan ibadah umum jelas merupakan khianat yang sangat besar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Seorang hamba itu tidak beriman sepenuhnya sehingga ia mengelak dari berdusta dalam bergurau dan bermuka muka walaupun ia benar" (Al Baihaqi).

affuan said...

Tuan Mandailing Rangkuti,

Sebab itulah saya amat menyampah dengan bank2 GLC. Cakap x serupa bikin, pandai dari kita yang sudah bertahun2 di dalam satu2 bidang yang mereka tidak tahu. Apa nak jadi. Bukan penggalak, tapi mengelak dari dinampak BODOH.

Anonymous said...

Cerdik pandai di dalam negara selalu
uptodate dengan perkembangan ekonomi luar
negara. Beberapa tahun lalu kita di dedahkan
dengan micro finance-sistem pinjaman untuk
'small businessman/businesswoman' yang di ilhamkan
olih seorang banker dari Bangladesh.

saya biasa mengikuti perkembangan idea ini yang diikuti
dengan jayanya di Thailand.

Setelah dilancarkan olih PM dengan angkatan besar,idea
ini nampaknya telah senyap se senyapnya. Nampaknya
kita di malaysia ada obsession dengan 'launching a project'.
Lepas itu ajensi tidak membuat apa apa PR work
untuk promosikan idea itu. Sayangnya idea ini sangat
baik kerana orang orang kampung , khusunya ibu tunggal
di Malaysia , Thai dan bangla country menghadapi
masalah pinjaman untuk jalankan business. Akhirnya
Along along yang jalankan small business loan di Negara
'by default' kerana sistem pinjaman kecil kecilan tak berfungsi
dengan baik.

Tok Man

saji said...

Sdr abdullahngah dan Azman Mohd Isa yang saya hormati

Berikut adalah hujah saya mengenai ibadah khususiah atau khusus dan umum yang sdr berdua timbulkan berkenaan.


1. Kenapa sdr berdua tak timbulkan kes pembelian barang daripada supermarket yang menyaksikan si pembeli hanya menyaksikan perkerja cashier guna alat pengimbas barcode harga dan jenis barangan melakukan trasaksi barangan yang diserahkan oleh si pembeli? Adakah kerana sdr berdua sudah tahu, transaksi/jual beli barangan sedemikan sudah diringankan/mudahkan hukum muamalatnya oleh mazhab ikutan kita, mazhab Shafie' dalam erti kata ia dihalalkan/diharuskan /diterima sebagai ibadah umum tanpa menyebut 'perkataan penting' jual dan beli?

Namun, dalam kes jual beli Tempahan dan Upahan, mazhab Shafie' bersama mazhab Maliki, Hanbali dan Hanifi tidak meringkannya, dalam erti kata jika kita pilih kontrak Upahan (seperti kes abdullahngah) untuk membina banglo kita kena sebut dalam akad perkataan Upahan seperti contoh yang saya beri berkenaan. Begitulah jika kita pilih kontrak jual beli Tempahan. Mengapa?

Hujah saya berdasarkan ijtihad empat mazhab diatas ialah;


1. Dasar dan prinsip perundangan muamalat Islam bukan sahaja menekankan perbezaan di antara prinsip/hukum/ kontrak jual beli mutlak - transakisi barangan yang wujud ketika akad seperti kereta, pen, ketip kuku dsb (sudah dibincangkan sebelum ini) dengan prinsip/hukum/ kontrak jual beli tidak mutalak, dengan maksud kontrak jual beli bagi transaksi barangan dalam keadaan brangan yang hendak ditransaksikan tidak wujud ketika akad seperti projek pembinaan jalan, bangunan, longkang dan banglo (bagi kes abdullahngah, malah menekankan perbezaan di antara prinsip/hukum/kontrak pembinaan Tempahan/al Istisnaa' dengan kontrak pembinaan Upahan/al Ijarah.

2.Di mana perbezaan di antara Tempahan dan Upahan dijelaskan seperti berikut:

a) Dalam bentuk takrif termasuk contoh2 penggunaan, lima rukun masing2 dan syarat sah penggunaan masing, di mana di bawah rukun ijab kabul/sigah/ akad ada dijelaskan mengenai pentingnya disebut 'perkataan penting' iaitu Tempahan /Upahan yang dibincangkan di atas berdasarkan hujah di bawah:

Memastikan pihak2 yang berkontrak mezahirkan perasaan rela -merela dalam melkukan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad dari segi memahami kebaikan /advantage dan keburukan/disadvantage atau implikasinya memilih di antara kontrak Tempahan dan Upahan tersebut kepada si pembeli/pemberi tempahan/upahan.

b) Percangahan pandangan/ijtihad di antara 4 mazhab Islam di atas mengenai keharusan/tidak harus penggunaan kontrak Tempahan dan Upahan sebagai kontrak pembinaan/pembuatan seperti dibawah:

i) Mazhab Hanfi mengharuskan penggunaan kontrak Tempahan sebagai kontrak pembinaan, tetapi tidak bagi mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita, Shafie

ii) Kesemua 4 mazhab Islam di atas memgharuskan penggunaan kontrak Upahan sebagai kontrak pembinaan

saji said...

Sdr fedup

Sdr tanya, "boleh jelaskan rukun bagi akad jual beli? Pada amalam saya dan masyarakat di Kelantan, "saya beli barang ini dengan harga yang dibayar" sudah mencukupi."

Rukun Jual Beli atau al Baiu':

1. Pihak Penjual

2. Pihak Pembeli

3. Barang yang hendak ditransaksikan (wujud ketika akad)

4. Harga yang dipersetuji bersama

5. Ijab kabul/lafaz akad

Mencukupi akad sdr berbunyi: "saya beli barang ini dengan harga yang dibayar" dengan syarat si penjual ada menyebut, "Saya jual barang ini."

Anonymous said...

SAJI,

Bagaimana kalau kita nak tempah iklan dalam harakah?

Syarat yang dikenakan oleh mana-mana akhbar dalam talian ialah membayar dahulu dengan money order (lazimnya melalui pos). Sesuadah itu baru iklan akan keluar. Betulkan.

1. Perniagaan mazhab apa itu? Iklan belum ada (barang tidak ada) semasa bayaran dibuat.

2. Bagaimana melafazkan niat tepahan iklan sedangkan semuanya dilanggan menerusi elektronik?

Antihipokrit

saji said...

Sdr fedup

Sdr timbulkan dua isu berikut:

a)Isu bank perbankan Islam sepenuhnya yang made in malaysia cuma beberapa kerat sahaja

b)Isu rebat yang amat minima yang secara asasnya tidak menggalakkan peminjam menyelesaikan hutang dengan segera.

1. Apa yang saya tahu mengenai isu a)di atas bank Islam tersebut masih dalam proses pengembangan dengan memperbanyakan cawangannya di seluruh negara yang tentunya memerlukan suntikan modal yang besar dari semasa ke semasa, sedangkan, pada ketika yang sama, bank tersebut dalam proses pemulihan kerana kerungian besar dua tahun lalu. Selain, wujud persaingan hebat dengan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF)iaitu satu lagi sistem perbankan Islam yang dibenarkan diurus oleh bank2 konvensional yang meliputi Bank Rakyat dan bank2 milik bukan Islam yang hanya wujud dinegara ini.

b) Mengenai isu b) rebat pula, ada pihak yang mengatakan ia ada kaitan dengan pengurusan bank yang tidak cekap, kos operasi tinggi, jumlah/volume pelanggan yang rendah atau masalah sekala ekonomi dan untuk diselaraskan dengan risiko kenaikan base landing rate /BLR yang ditetapkan oleh Bank Negara, dengan maksud kalau BLR naik, ia tidak dicaj kepada peminjam.

Jika sdr baca buku Islamic Banking-An International Perspective dan Prinsip Operasi Perbankan Islam, sdr akan tahu bukan sahaja dua isu yang sdr timbulkan di atas sudah lama didedahkan oleh para pengkaji untuk diatasi, malah terdapat begitu banyak pelbagai isu perbankan Islam lain yang sdr tidak pernah dengar.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon izin balas komen pembahas Saji.

Tuan Saji,

Daripada komen terbaru Tuan, saya agak paham sedikit apa yang sebenarnya Tuan cuba sampaikan.

Topik berkenaan transaksi perniagaan/kontrak di dalam Islam ini adalah begitu mendalam dan saya akui bahawa saya mempunyai ilmu yang cetek di sini. Masih banyak lagi literature reviews yang saya perlu lakukan untuk memahaminya lebih lanjut.

Apapun, terima kasih saya ucapkan di atas discourse yang menarik dan positif. Ianya membuka mata saya sedikit sebanyak.

Semoga Allah berkati usaha Tuan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon izin balas komen pembahas Saji.

Tuan Saji,

Daripada komen terbaru Tuan, saya agak paham sedikit apa yang sebenarnya Tuan cuba sampaikan.

Topik berkenaan transaksi perniagaan/kontrak di dalam Islam ini adalah begitu mendalam dan saya akui bahawa saya mempunyai ilmu yang cetek di sini. Masih banyak lagi literature reviews yang saya perlu lakukan untuk memahaminya lebih lanjut.

Apapun, terima kasih saya ucapkan di atas discourse yang menarik dan positif. Ianya membuka mata saya sedikit sebanyak.

Semoga Allah berkati usaha Tuan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

sdr saji,

saya tak mengaji teori tapi berdasarkan pengalaman. Jika dengan mudah ada rasa tertindas, tentu lah saya rasa bukan dalam ruang ajaran islam.

masalah silap urus atau persaingan tidak boleh dijadikan isu. Tidak boleh kata, tak nak rugi maka kena caj lebih kat pelanggan. Itu zalim namanya.

Dalam islam, prinsip adalah tiang. Nama dan lesen perbankan islam tapi operasi perniagaannya berkeadaan "pengurusan bank yang tidak cekap, kos operasi tinggi, jumlah/volume pelanggan yang rendah atau masalah sekala ekonomi dan untuk diselaraskan dengan risiko kenaikan base landing rate /BLR yang ditetapkan oleh Bank Negara, dengan maksud kalau BLR naik, ia tidak dicaj kepada peminjam.", bukankah boleh dibandingkan seperti orang mengaku islam tapi tak sembahyang dan tak puasa?

Saya juga sedar (walaupun tak baca tapi banyak dengar kat kuliah), masalah-masalah itu dan ini. Tapi setakat bincang. Penyelesaiannya mana?

Malaysia perintis tapi Al Rajhi lebih mendahului, malah daya saingnya tinggi. masih untung, bukan?

Dalam islam, kalau ada musykil, kena balik kepada prinsip/tiang.

Tak payah cerita banyak, ambil satu isu sahaja. Itu pun kalau saji sudi kaji sebagai orang terpelajar.

Isunya : Apa prosedurnya untuk menutup hutang yang berkelas NPL? Saya boleh jamin :

1.Bank konvensional (terutamanya bukan GLC) - boleh runding amaun terus secara verbal dengan Pengurus dan dapat hitam putih tak sampai 2 jam. Kadang-kadang selesaikan pokok saja pun tak apa, asalkan fail tutup.

2.Bank Perbankan Islam - kena buat surat resmi, hitam putih kena tunggu paling cepat seminggu dan tak boleh rayu. Masa ini amaun akad diketengahkan dengan hanya sedikit pertimbangan diberi kepada soal bila penyelesaian dibuat.

fedup

Mandailing Rangkuti said...

Salam.

Tak lama dulu bila Bank Islam tukar logo mereka, mereka berslogan - WAJAH BERUBAH KOMITMEN TETAP SAMA. Ini bermakna kalau sebelum berubah wajah komitmen mereka hanya 50% bermakna setelah berubah wajah pun komitment masih 50%. Inilah mentaliti pengurusan tertinggi Bank Islam.

Komitmen yang mereka maksudkan mungkin komitmen terhadap mutu kerja dan komitmen membantu peniaga2 terutama yang beragama
ISLAM.

saji said...

Sdr Azman Mohd Isa

Tidak terlambt jika saya cadangkan untuk pembacaan lanjut sdr sila baca buku terkini mengenai topik yang kita bincangkan bertajuk:

Istisna (Manufecturing Contract)In Islamic Banking and Finance

saji said...

Sdr antihipokrit

Terima kasih kerana membuat pertanyaan berikut:

"Bagaimana kalau kita nak tempah iklan dalam harakah?

Syarat yang dikenakan oleh mana-mana akhbar dalam talian ialah membayar dahulu dengan money order (lazimnya melalui pos). Sesuadah itu baru iklan akan keluar. Betulkan.

Jawapan saya;

Apa yang akhbar Islam Harakah lakukan itu, saya kira mereka berpegang kepada ijtihad majoriti imam Shafie, Maliki dan Hanbali, bagaimana mengharuskan kontrak Tempahan sebagai kontrak pembuatan (yang mereka tidak haruskan seperti perbincangan sebelum ini di atas), dengan cara meminjam rukun dan syarat sah pembayaran kontrak Salam iaitu satu lagi jenis kontrak perniagaan Islam bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad. Di samping 'meminjam' 'aspek teknikal' kaedah transaksi tempahan iklan konvensional yang terbukti berkesan yang diharuskan dalam dasar perundangan Islam.

1. Perniagaan mazhab apa itu? Iklan belum ada (barang tidak ada) semasa bayaran dibuat.

Jawapan saya; Saya kira jawapan saya diatas sudah menjelaskannya.

2. Bagaimana melafazkan niat tepahan iklan sedangkan semuanya dilanggan menerusi elektronik? "

Jawapan saya;

Sama isunya jika sdr simpan duit dalam akaun Bank Islam Malaysia atau SPTF jenis WADIAH. Maksud saya, asalkan wujud 'perkatan penting' dalam kontrak Islam seperti WADIAH itu dan TEMPAHAN dalam kes sdr tetera dalam
masin elektronik ia dianggap transaksi TEMPAHAN yang sah dan sama isunya dengan kes pembelian barang di supermarket yang saya timbulkan diatas.

Cuma kadang2 ada yang menggunakan perkatan Inggeris, BOOKING atau Inggeris diMelyukan yang, pada saya, tidak sah, atas alasan perkataan Inggeris yang diiktiraf untuk menjelaskan maksud kontrak Islam TEMPAHAN/AL-ISTISNAA ialah PRICE-IN-ADVANCE

saji said...

Sdr fedup

Sdr kata,"saya tak mengaji teori tapi berdasarkan pengalaman. Jika dengan mudah ada rasa TERTINDAS, tentu lah saya rasa bukan dalam ruang ajaran islam.

masalah silap urus atau persaingan tidak boleh dijadikan isu. Tidak boleh kata, tak nak rugi maka kena caj lebih kat pelanggan. Itu zalim namanya.

Dalam islam, PRINSIP adalah tiang. Nama dan lesen perbankan islam tapi operasi perniagaannya berkeadaan "pengurusan bank yang tidak cekap, kos operasi tinggi, jumlah/volume pelanggan yang rendah atau masalah sekala ekonomi dan untuk diselaraskan dengan risiko kenaikan base landing rate /BLR yang ditetapkan oleh Bank Negara, dengan maksud kalau BLR naik, ia tidak dicaj kepada peminjam.", bukankah boleh dibandingkan seperti orang mengaku islam tapi tak sembahyang dan tak puasa?

Saya juga sedar (walaupun tak baca tapi banyak dengar kat kuliah), masalah-masalah itu dan ini. Tapi setakat bincang. Penyelesaiannya mana?

Malaysia perintis tapi Al Rajhi lebih mendahului, malah daya saingnya tinggi. masih untung, bukan?

Dalam islam, kalau ada musykil, kena balik kepada PRINSIP/tiang.

Tak payah cerita banyak, ambil satu isu sahaja. Itu pun kalau saji sudi kaji sebagai orang terpelajar.

Saya setuju dengan apa yang sdr kata di atas. Malah angkat topi kerana berani meluahkan kritikan yang tidak sedap didengar oleh para ampunya/pendokong Bank Islam Malaysia dan SPTF.

Mengenai saranan sdr supaya saya mengkajinya, saya mengkaji sistem kewangan Islam dan perbankan Islam secara kebetulan kerana ada kaitan dengan kajian yang saya sedang lakukan. Dimana antara yang saya kaji yang ada kaitan dengan isu PRINSIP dan PENINDASAN yang sdr timbulkan yang saya rasa sdr perlu tahu ialah PRINSIP2 MUAMALAT ISLAM yang dirumuskan oleh pakar muamalat Islam tempatan seperti berikut:

1.Setiap transaksi yang dilakukan itu mestilah diwujudkan dengan penuh kerelaan daripada pihak2 berkontrak

2.Pihak2 berkontrak semestinya sempurna keahlian dan kontrak itu tidak dicacatkan dengan perkara2 yang boleh membatalkannya seperti paksaan, salah nyataan dan khilaf.

3.Barangan yang hendak dikontrakan harus sesuatu yang dimaklumi jenisnya, sifatnya, jumlahnya dan berupaya diserah hantar. Ia juga mestilah sesuatu yang bermanfaat dan pada mazhab Shafie disyaratkan lagi bahawa barangan tersebut mestilah bersih pada pandangan syarak

4. Muamalat itu tidak diwujudkan diatas dasar riba dan tujuan spekulasi

5. Muamalat tersebut hendaklah terhindar daripada unsur2 PENINDASAN yang boleh berlaku disebabkan berlaku monopoli barangan, mengambil keuntungan berlebihan yang menyebabkan kerugian besar kepada pihak lain yang berkontrak dan sekatan barang dagangan dari memasuki pasaran terbuka.

Orgkpgdoha said...

Hahahaaaa....rasa nak ketawa dengar rentihan Datuk mengenai Perangai Pegawai Bank GLC...mcm ini lah nasib orang melayu...cakap jer peruntukan billion sana billion sini...semuanya "elek porenggek" untuk direalisasikan..

Pengalaman saya semasa berniaga dahulu sudah jelak dengan perangai pegawai-pegawai bank yang berlagak terror berniaga macam orang berniaga..

Macam ini lah dikatakan "cakap tak serupa bikin". kawan saya yang pernah berkerja dibank (Pangkat tinggi juga) bila berhenti kerja dan masuk berniaga, apply pinjaman bank semuanya ditolak atas alasan "entah apa-apa".

Baru dia sedar mcam mana seksanya peniaga bumiputra untuk mendapat pinjaman dari bank melayu walaupun projek sudah dapat.

Untuk mengurangkan kemarahan orang melayu kepada bank-bank GLC ini. tak perlulah kerajaan melaung bantuan sana sini untuk orang melayu lagi

"beginilah Nasib badan peniaga orang melayu"

Anonymous said...

Salam Dato',
Terima kasih kerana memulakan tajuk yang dinantikan. Berikut 'rating' saya untuk PM DS Najib:
I. Tak ada nampak apa-apa yang benar bermakna yang boleh membawa pembaharuan sistemik untuk 1Malaysia. Saya mengharapkan Sekolah Satu Aliran.

Yang banyak kaum-kaum tukang ampu yang asyik dok menjaja 1Malaysia segalanya di TV dan suratkhabar. Dah benar-benar bosan dan mual dengan slogan yang berlebihan.

II. Tidak, saya tidak merasa sedikit pun lebih selamat dari sebelum April 2009. Jenayah rogol, ragut, dsb masih menjadi-jadi. Kemalangan jalan raya tak berubah. Sistem Keretapi yang lebih moden dan cepat untuk mengurangkan kenderaan di lebuhraya belum nampak bau pun.

Saya tinggal di Bangsar dan di jalan rumah saya saja dah beberapa kali kes rompakan kereta, curi kereta, cermin kereta dipecahkan. Sehingga terbaru kasut-kasut pun hilang.

III. Rata-rata harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Harga makanan di restoran naik.

IV. Pendapatan kakitangan kerajaan bertambah baik, saya setuju. Tapi pendapatan kakitangan rendah swasta makin turun -- sebabnya pekerja asing menjunamkan kualiti hidup golongan ini. Ramai majikan Malaysia seakan bertanya kenapa orang Indon, Bangla dan Vietnam boleh duduk di kongsi sempit dan makan hanya nasi dengan kuah; tapi perkerja Malaysia perlu lebih. Jadi demi keuntungan mereka akan sentiasa mahukan perkerja asing, dan gaji golongan bawah ini tidak mungkin bertambah seiring dengan kos sara-hidup di KL.

Gaji graduan baru tidak meningkat sejak 5-6 tahun lalu!!

V. Bagi pekerja professional teknikal tak ada masaalah, nak gaji lebih cari kerja di Singapura, Australia, Timur Tengah atau China. Tapi bagi yang setahap sijil SPM, kena bersaing dengan rakyat Bangladesh, China, Nepal, Indonesia yang masuk menderu-deru. Lihat saja pukul 6-7 bila pesawat dari India tiba ... Berapa ramai mereka ni yang balik setelah tamat tempoh visa?

Belum nampak apa beza dengan setahun dahulu. Saya ulang alik KLIA setiap minggu, dan saya lihat sendiri apa yang berlaku depan mata.

Tengok siapa bekerja di TMC, OLdTowne Cafe, semua kedai mamak, dsb? Kenapa MCDonald dan Starbucks boleh menggaji pekerja tempatan? Adakah semua perkerja Nepal, India, Indon itu sihat dan ada sijil kesihatan untuk bekerja menyediakan makanan. Lihatlah tahap kebersihan diri, pakaian, dan gigi mereka?

Dato', banyak yang tak kena disini!

VI. Tak ada pengalaman untuk komen pasal kemasukan IPTA.

Yang saya bosan beberapa VC IPTA yang berlumba jual diri.

VII. Belum nampak kurang nombor Ah Long di semua tiang lampu dan dinding switchgear TNB. Maknanya masih susah dapat pinjaman, jadi perkhidmatan Ah Long masih diperlukan

VIII. Enam belas tahun dulu masa saya pindah ke Bangsar, sampah dikutip selang sehari. Rumput dipotong dan taman awam terurus sekali. Sejak enam tahun dulu Bangsar tidak lagi bersih. Lihat sahaja sampah di sekitar BAngsar Baru dan Bukit BAndaraya setiap lepas hujung minggu. Tidak ada beza sejak 6 bulan dulu.

Di Cyberjaya - cukai pintunya lima kali ganda BAngsar. Tapi perkhidmatan Majlis Bandaran Sepang sungguh memalukan. Cyberjaya tidak terurus.

Kesimpulannya Dato', DS Najib dan kabinetnya belum sedikit pun memberi kesan.

Sayangmalaysia

Anonymous said...

Dato'

Saya faham mereka tidak boleh merubah semuanya dengan sekelip mata. Tapi mereka patut mulakan dengan perkara-perkara mudah seperti:

1 Lebihkan waktu produktif kakitangan kerajaan dan rakyat umumnya. Kita mahukan Malaysia yang lebih kompetitif, bukannya asyik nak jaga hati Cina, India dan Melayu.
2 Kurangkan perbelanjaan kerajaan menyambut perayaan. Biar rakyat dalam masyarakat kecil mereka melakukan rumah terbuka yang lebih ikhlas -- bukannya rumah terbuka negara yang tak ada penghujung sehingga habis Syawal. Raya satu dua hari cukuplah, lepas tu DS Najib mesti tangkas tunjukkan teladan supaya rakyat cepat bekerja semula.
3 Seluruh warga Kabinet mesti faham yang rakyat tak senang melihat kerabat dan anak-isteri mereka kalut dalam acara Negara. Rakyat pilih tuan-tuan dan puan-puan, bukannya pilih satu Keluarga. Lihat sahaja program terbaharu -- kita boleh baca jika sesuatu acara mirip 'membodek'. Rakyat boleh tangkap bila acara melibatkan anak atau adik menteri. Rakyat letih.

Entahlah Dato'.... masih berdoa Allah tunjukkan kita jalan terbaik.

Sayangmalaysia

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).