Monday, November 09, 2009

A Banggol I Can Call My Own

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

THE NEW Straits Times’ page one picture today of the cattle sharing a banggol with the motorcars, several power tillers and a lorry to escape the floods in Kelantan tells a poignant story.

It was the story worth a million words and one that I am familiar with albeit with a modern twist.

The banggol is a raised ground in an otherwise flat topography of the rice fields and the grasslands.

I was the product of the banggols. There are several villages around mine in Kedah that have the word banggol in their names like Banggol Besi, Banggol Kambing and Banggol Petai.

During the rainy reason, when the Pendang River overflowed its banks for many miles on both sides, and the inundation lasted weeks, the banggols provided the much-needed temporary shelter for livestock.

Neighbours shared the banggols and cooperated with each other to feed the marooned animals. But there were occasions when disagreements broke out with the less cooperative neighbours.

Food would remain scarce for the livestock until after the floods had totally receded. Grasses and shrubs rotted in the floodwater and would take several weeks to fully rejuvenate.

A friend, who is a film enthusiast, told me that there is a 2004 Vietnamese movie called “The Buffalo Boy” which tells the story of quarrels among villages to gain control of the banggols during the Mikong’s annual floods.

The NST picture is special as it tells us of the change the country has gone through since my childhood in the 1950s. Then there were no motorcars, power tillers and lorries on the banggols. There were only cows, buffaloes and occasional goats.

Picture with the courtesy of the NST

Today, tractors and lorries have replaced the buffalo-driven wooden ploughs, bullock carts and anor (sledge) as farm essentials. Combined harvesters have taken over the backbreaking chores – literally sometimes – from human beings during the harvesting season.

Then floods were an essential part of the cycle of life. Floods that sometimes took lives and destroyed properties also enriched the soil, brought bountiful harvest of fish, lobsters and a variety of water birds.

Today, floods are big national news. What is very seldom asked and answered is why floods are getting bigger, less predictable and with greater lost of lives.

Those days, we built houses on stilts. Even when floodwater rose four or five ft., we were still dry on our stilted houses. We had sampan on the ready or at the very least we could quickly build bamboo rafts. Life was hard but the people were resilient and independent.

38 comments:

Unknown said...

salam datok saya nak tanya satu soalan.dalam dekad yang kebelakangan ini,negera ini telah menghadapi beberapeskandal kewangan yang melibatkan tokoh-tokoh politik dan koprat.ini telah mengakibatkan penyusutan yang besar kepada dana awam.dalam hal ini,adalah difikirkan bahawa sepatutnya terdapat lebih kebebasan bersuara dan ruang demokrasi untuk mendedahkan skandal skandal sebegini di peringkat awaldan untuk mengelahkan salah pengurusan secara terang terangan,sebagai contoh,dengan menyemak semula undang undang berkaitan dengan perlindungan saksi saksi dan pemberi maklumat.adakah yb bersetuju dengan pendapat ini?jelaskan pendirian datok..sekian terima kasih nanti jawabpan boleh emel kat saya mnizar.shawal85@yahoo.com

ab said...

Salam dato,


Banjir lagi...banggol dan bukit
jadi tempat melarikan diri dari banjir.

Cuma saya INGIN SANGAT nak tahu kenapa amsterdam tak banjir walau pun seluruh bandar termasuk negara
belanda itu dibawah aras laut?..

Nak kata tuhan suka mereka entah lah,kat sana terlalu ramai suka `berdengung' ( slang kaki ganja 60-70an),suka mabuk dan suka sex jantan betina,jantan jantan,betina betina,berjudi dan entah apa-apa lagi..

YANG PALING MEMBOSANKAN IALAH SAT LAGI AKAN DIULANGI...kita akan memperuntukan sekian sekian juta ringgit untuk MENGELAKAN/MENGEKANG BANJIR, (dah puas dengar dah ni!)...sampailah tahun depan banjir lagi.. pasang rekod itu balik... lepas tu banjir lagi, pasang balik rekod itu,dan ulang,ulang sampai semua dah arwah, yang baru dengar kat bonggol itu pun `lemas' juga laa...

KEMUSNAHAN harta benda,makanan, tumbuhan dsb akan dikira dan dimasukan dalan stastik macam biasa, untuk bos persembahkan (present) dan meeting sana sini kepada bos lagi atas,bos lagi atas persembah kepada bos atas lagi dan sampai had teratas... meeting sana sini lagi,dari terbawah keteratas memakan masa dalan 9-12 bulan, cukup masa untuk mengeluarkan arahan sekali lagi sebab BAH DAH MAI BALIK DAAHHH!!.

Sesekali mahu juga mencadangkan meeting dibawah air/dalam air macam di Maldive baru-baru ini dimana semua menteri kabinet meeting kabinet didalam laut!.
mana lah tau cepat sikit tindakan nya...takut lemas kat meeting lee!.

Abu Bakar Ab Rahman

Old Fart said...

Wait till the humans start complaining that humans should take priority over the animals on the banggol!! This might just be the last picture of its kind!!

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk,

lepas nie rumput habis, lembu makan apa? lucu gambar berkenaan seolah-oalh berlaku diluar negara.

http://pkrpasdap.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Sdr Abe Mie Terjah, kalau Sdr perhatikan betul-betul, ada penternak dengan sampan sarat dengan rumput.

Rumput di atas banggol itu tak tahan lama. Haiwan yang tersadai itu kenalah "dihidangkan" makanan -- rumput atau jerami kering.

Kalau Sdr bukan kampung macam saya, saya tentu pernah dikerah oleh ayah dan ibu untuk menjaga lembu, kerbau dan kambing.

Terima kasih.

Man Ysf said...

assalamualaikum dato',
Begitulah apabila musim bah mula menimpa kita. Tak perlulah disamakan dgan amsterdam as their country is controlled by dykes and they don't have torrential rain like ours. Lagipun isu daik pecah, rosak bukanlah perkara asing bagi pemerintah belanda. Dan tak payahlah nak komen kononnya banjir sebab longkang tersumbat. Lucu rasanya mendengar komen2 sebegitu terutama jika ianya merujuk kepad fenomena musim tengkujuh seperti skrg ini. Apa yg perlu diberi perhatian ialah betapa saintis telah memberi amaran bhw natural disaster may get worse as global warming took place.. Jika di barat ada diwujudkan parti hijau utk perjuangkan kebajikan alam.. Adakah kerajaan kita (bn) sudah memberikan tindakbalas yg sewajarnya utk isu alam ini atau tiada siapa yg tak green issue seriously di mana yg ada hanyalah parti yg bendera berkaler hijau bernama Pas.

Anonymous said...

Lulus projek sana sini, tak peduli banjir ka, tanah runtuh ka, pencemaran sungai ka, bantahan penduduk ka, semua boleh. Tak ada banjir di Amsterdam because they are not governed by BN. Otherwise, lagi berdengung laa depa ni.

Windtalker

Cetusan said...

salam semua,

kalau dulu pernah dengar Padang Ragut rumput, kini telah ada padang potong rumput, walaupun satu Padang, hak mlik dijaga oleh tuan yang berlainan, ditanda dengan kayu pancang., disembur baja untuk beberpa hari kemudian di'cerut'/potong untuk makanan lembu.

menampakkan seni dari atas, bila sepetak rumput telah dipotong manakala petak di sebelah menghijau.
Pemandangan lembu dan binatang peliharaan dibawa ke BANGGOL telah lama berlaku,(di Kelantan sejak 1967) cuma dulu mungkin tiada kemudahan gambar dan mungkin kurang terfikir untuk snap dari atas Heli, atau samada tidak kebetulan melewati Banggol tersebut.

Lady Cruella said...

I love you because you always remember where you came from.
Unlike most people who like to re-invent themselves.
They forgot their humble beginnings.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Tajuk rencana kali ini walaupun perkara biasa bolih mengubah minda orang Melayu untuk menjadi kreatif dan inovatif seperti zaman orang tua kita dahulu.Moyang saya dahulu membuat tali air dari bukit ke kampong dimana bendang telah diwujudkan dikawasan kering. Di sepanjang parit tersebut dibina beberapa kolam kecil dimana bekalan air tidak terputus jika berlakunya kerosakan ditali air tersebut.Yang menariknya ikan dipelihara dikolam-kolam tersebut. Ini dilaksanakan tanpa sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

Memang benar jika pihak Belanda dapat menguruskan masalah banjir mengapa kita tidak. Begitu juga bandar Venice didirikan dikawasan berair.Dapatkah kita mengatakan kita negara maju pada tahun 2020 jika masih terdapat banyak kawasan dilanda banjir dari tahun ketahun.

Sebagai rakyat kita sekarang mampu meminta mana-mana parti politik mengemukakan pelan pembangunan negara yang betul-betul dapat mengatasi kesulitan rakyat disamping memajukan ekonomi negara. Kita janganlah menunggu apa yang Kerajaan rancangkan untuk negara. Ini adalah kerana selera perancang berkenaan mungkin tidak secucok dengan keperluan kita.

Perkara ini tidak menjadi masalah jika semua wakil rakyat mengikuti saranan YAB PM untuk berintraksi dengan rakyat untuk mengetahui keperluan sebenar rakyat dan mengambil tindakan melaksanakannya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.

anak tamu said...

Salam Dato,

cantek gambar yang disiarkan oleh nst tu...tq... klu tak tak berpeluang nak tengok gambar banggol dari sudut "helicopter view'... seronok musim bah macam nie... malam-malam bersama basah hujan pi ke tengah-tengah baruh cari banggol-banggol yang belum tengelam.. pi cekup burung tiruk dan punggok... sedap buat gulai kerisik campur betik... hehe lama tak merasa... dalam dok jalan makin ke tengah 'padang' bila nak balik baru sedar..macam dok ada tengah laut... baru laju menapak balik..redah je bah dalm bendang tu... sampai rumah kena kopi 'o' dengan ubi rebus... aduh... indahnya kenangan dulu-dulu.... dalam suasana ekonomi macam sekarang ditambah dengan politik yang gawat dan tidak tentu hala... elok juga imbas kembali masa-masa dulu.. semoga dato' dikurniakan kesihatan dan kebahgiaan duni dan akhirat..

mad said...

selucu2 gambar datok tidaklah selucu kisah seorang perempuan ternama yg menjumpai satu kotak diatas kapal dan kemudian dihadiahkan duit rm7 juta kerana mengembalikan kotak berkenaan kepada pemiliknya. cerita dongeng zaman moden terbaru datok hahaha

A KADIR JASIN said...

Sdr Anak Tamu,

Yang tu pun saya buat dengan Tok Wan. Tebah burung. Tiruk, kedidi dan kadang-kadang sintar. Tapi sintar kena panggil. Malam panggil, siang hambat masuk bubu.

Saya pernah pi tembah kurang teliok. Kena 11 ekor sekali. Semua sembelih. Tawakal dan baca Bismillah.

Lepas tu tok goreng, panggang dan gulai kerisik...selap sampai menjilat jari lama sebelum ada KFC.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Our environment is being "raped". We are not really bothered so much to care for our environment. At the end of the day we suffer because of our own doing. Disasters come one after another attributed to our own greed and carelessness!!

Dalam Quran Allah dah firman supaya manusia jangan rosakkan muka bumi ini.

pakbelalang said...

41 fail siasatan dibuka

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak terhadap pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dengan setakat hari ini telah membuka 41 fail siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau yakin SPRM akan melaksanakan tugasnya dengan profesional dan telus bagi membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM melaksanakan tugas tanpa sebarang tekanan.


comment:



I just cannot imagine how long it will take to investigate all the cases. I think it will take years.

I don't think SPRM have the capacity to execute its responsibility effectively unless they have sufficient qualified manpower to do the job. SPRM need to revamp their organisation structure by adding more staff in order to be able to move forward in dealing with such high profile cases of corruption and abuse of power. Or else we could expect most of the cases would end up nowhere. BUANG CASE, TAK CUKUP BUKTI !! If this happens the public will say that SPRM is trying to cover up some of the cases which they throw, when in actual fact they just could not cope with the tedious nature of getting all the evidences right to the bottom. It is not an easy task dealing with people who have all the means to avoid being prosecuted for corruption and abuse of powers. They are very shrewed people. They know where are the loopholes !!! Their lawyers will always find ways to kick out the cases by finding technical faults.

pakbelalang said...

Selangor to declassify state info
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said that efforts were underway to declassify the state’s information and that a freedom of information act would be tabled at the next sitting of the Assembly. The declassification would be in line with his rights as mentri besar in accordance with Section 2C at the Official Secrets Act, he told the Selangor State Assembly when announcing the state’s 2010 Budget.

comment:

Khalid is trying to divert attention.

What we are interested now is how Pakatan presents its Budget. I want to see whether its budget is really fantastic or HP6 !!!

I am sure there a lot of freebies!!!

Anonymous said...

PENULIS BLOG DIGESA HENTI PEMBOHONGAN – berita hairan

Penulis blog dinasihat menghentikan pembohongan dalam penulisan masing-masing, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Ibrahim Yahya, berkata sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.

Beliau yang juga seorang penulis blog berkata ada antara penulis blog yang menulis perkara mengarut selain menggembar-gemburkan isu yang tidak bena

KAH KAH KAH…

kah kah kah… AGAK AGAK… KP INI LULUSAN MANA?... kah kah kah..

kah kah kah… CAKAP MACAM HASIL DARI SINTOK SAJA… kah kah kah…

woit…KALAU PENULIS BLOG MENGARUT… BIARLAH DIA MENGARUT… kah kah kah..

kah kah kah…APA ADA HAL… KALAU MENGARUT TAK ADA ORANG NAK BACA…APA YANG KP INI HEBOH HEBOH…. kah kah kah…

kah kah kah… REPUTASI KEERAJAAN????.... kah kah kah…

kah kah kah.. REPUTASI INI APA?... MI NO SPIK INKLIS…kah kah kah…

kah kah kah… RASPUTIN GUA TAHU… kah kah kah..

kah kah kah….RA RA RASPUTIN… LOVER OF THE RUSSIAN QUEEN… INI KATA BONNIE M…. kah kah kah

nota:
trend seluruh dunia hari ini blog sedang
mengambil alih peranan akhbar arus perdana.
banyak akhbar telah lingkup. di negara negara yang kerajaan
amat ganas zalim seperti di china, iran, malaysia, zimbabwe –
blog menjadi penyampai berita yang di yakani. blog melapor dengan
berani.

contoh:
- nasa/hadi buat rundingan sulit dengan gerombolan di bocorkan oleh blog
- ribuan turun kejalan raya untuk demo anti isa dananti ppsmi di jana oleh blog
- mat ngantuk beli kapal laut di turki di bocor oleh blog
- apa khabar razak baginda di bocor oleh blog
- tony blair tipu rakyat tentang senjata pemusnah di iraq dibocor oleh blog
- 9/11 – rancangan neo con di bocor oleh blog
- micheal jackson ditemui mati dibocor ioleh blog
- gambar- gambar mat ngantuk hanya keluar di blog
- hanya blog yang mengadakan pertandinagn untuk meneka berapa kilo berat badan bik mama kah kah kah

p/s: Dato'..tolong ajar abang KP nie macammana nak berblog...

minah ronggeng

pakbelalang said...

Hu Jintao Accorded State Welcome




KUALA LUMPUR, Nov 10 (Bernama) -- President Hu Jintao of China was accorded a state welcome at Parliament Square here Tuesday upon his arrival for a two-day visit to Malaysia.



comment:

Welcoming the Chinese leader is more productive than if we were to welcome Obama.

Obama will speak rubbish "macam American snake".

OKJ said...

Salam DAKJ

Banjir ni, saya nak bercerita pun tiada pengalaman. Maklumlah, kg dekat dengan pantai. Apa yg bestnya bila musim tengkujuh, suasana nyaman dan sejuk je. Lepas tu, bila sebelah petang, angin kuat sekali. Memang nyaman dan menyegarkan sehingga penghujung February. Lepas tu, bermulalah panas terik sampai rumput pun jadi kuning. Tapi yg seronoknya bila bulan April hingga September ialah pergi snorkeling. Airnya yg cristal clear, ikan yg macam macam, batu karang yg bewarna warni dan boleh nampak penyu. Anak ikan jaws pun ada. Tapi berhati hati sikit sebab kalau anak ikan jaws ada, bapaknya mungkin ada jugak tapi di laut dalam sikit. Satu lagi ialah ular air. Berjaga-jaga sikit sebab ianya berbisa jenis neurotoxic iaitu bisanya menyerang saraf. Tapi ular air selalunya ada di muara sungai. Bulan may june pula, masa yg sesuai mencandat sotong.

Masa kecik-kecik dulu, saya selalu pergi tahan pukat dan tangkap ketam. Pukat selalunya direntang pada anak sungai kecil semasa air surut. Dibiarkan hingga air pasang dan keesokan harinya pergi tengok kalau ada rezeki. Tangkap ketam pula, kita letakkan umpan dalam perangkap ketam semasa air surut. Kemudian tidur tepi pantai sekejap hingga pukul 2-3 pagi. Lepas tu pergilah tengok satu persatu perangkap terkena ke tidak. Lampu pakai lampu karbait. Tapi masa tu tak teringat pula ular ke, hantu ke, ape ke.

Alhamdullillah, sekarang tak payahlah bersusah payah lagi. Pergi pasar beli je senang. Cuma tak fresh je. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Shah Rukh Khan Concert In Melaka On Dec 11




MELAKA, Nov 10 (Bernama) -- Bollywood heart-throb Datuk Shah Rukh Khan is scheduled to perform in Melaka on Dec 11.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said today the concert was scheduled to be held at the Hang Jebat Stadium in Kerubong which could seat 40,000.


comment:

It would be better for the Chief Minister to concentrate on the needs of the rakyat and other critical economic issues that need to be addressed immediately rather than focussing something that is totally not productive at all.

Your KPI is "ground zero". Macam dah tak ada modal lagi. What is his motive?

Anonymous said...

saudara ab berkata:
Cuma saya INGIN SANGAT nak tahu kenapa amsterdam tak banjir walau pun seluruh bandar termasuk negara
belanda itu dibawah aras laut?..

Saya pernah membaca satu artikel akhbar. Belanda merupakan salah satu negara yg indeks rasuahnya paling rendah selain Singapura.
Bila ditanya pd pm belanda rahsia kejayaannya, dia cuma meletakkan majoriti kaum wanita mengetuai pengurusan jabatan2 kerajaan di sana.
Pada pendapat saya, bila rasuah dan ketirisan kewangan negara tidak berlaku maka projek2 yg bermanfaat pd rakyat dpt dilaksanakan dengan baik dan berkualiti.

Maafkan saya jika tersalah info.

rakyat tak bodoh.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Minah Ronggeng,

KP Penyiaran lulus UiTM.

Jangan hina universiti di kampung macam UUM Sintok.

Majoriti universiti tertua dan terkenal di Eropah dan Amerika terletak dalam kampung, tengah ladang dan dalam hutam.

Yang silap bukan kampung atau lokasi IPT, tetapi mentaliti HP6 pengajar dan pelajar.

Terima kasih.

saji said...

Sdr rakyat tak bodoh,

1. Sdr tanya, "kenapa Amsterdam tak banjir walau pun seluruh bandar termasuk negara
Belanda itu dibawah aras laut?"

Amstradem menggunakan sistem TERUSAN yang dilengkapi dengan pam2 air di kawasan strategik pinggir basar tersebut untuk mengepam air keluar terus ke laut yang mereka selaraskan dengan sistem pengairan dan saliran kawasan pertanian yang luas.

Belanda semasa menjajah Indonisia dulu ada mencadangkan pembinaan dua buah TERUSAN yang membelah Pulau Jawa. Cuma sebuah sahaja yang sempat dibinanya

2. Tiga tahun sebelum SMART TUNNEL di bina saya ada menulis artikal 2 muka surat A4 di UTUSAN bertajuk TERUSAN ATASI BANJIR KILAT, di mana saya mencadangkan pembinaan sebuah TERUSAN yang jajarannya bermula daripada kawasan sekitar kaki Banjaran Titiwangsa dan berdekatan dengan pusat pelancongan Genting yang kemudiaan merentangi beberapa kawsan hutan tanah rendah dan paya di beberpa daerah Negeri Selanggor sebelum jajarannya berakhir di bibir laut Selat Melaka di sekitar kawasan bandar Sungai Besar.

Di mana TERUSAN tersebut dilangkapi dengan beberapa sistem TEROWONG/TUNNEL bawah tanah sebesar SMART TUNNEL dan pam2 air gergasi di sebelah selatan yang jajarannya menuju ke semua kawasan Lembah Kelang dan daerah2/bandar Negeri Selangor yang sering menghadapi BANJIR KILAT seperti Pusat Bandar Kuala Lumpur di Lembah Kelang dan Bandar Shah Alam di Selangor.

Anonymous said...

Kes Rasuah Jamal&Osman..

Betulkah MACC upah pelacur dari Cina a.k.a 'chinadolls' jadi ejen 'provocateur'?

Berapakah bayaran MACC utk mereka?

Patutlah chinadolls berlambak dari Bukit Bintang sampai ke Ipoh!

Rupa rupanya Chinadolls ialah agen MACC..hahaha

Tapi kata depa tak nak pekerja asing...huh

minah ronggeng

Anonymous said...

Hutang Talam:

Khir dakwa Khalid main silap mata

PETALING JAYA, Nov 11 — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim bermain "silap mata" ketika mengumumkan strategi terbaru Menteri Besar Incorporated (MBI) yang akan mengambil alih hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta.

Khir menegaskan dakwaan Menteri Besar bahawa kerajaan lalu pimpinan Barisan Nasional tidak mengambil sebarang tindakan hanya menunjukkan sama ada Khalid menipu atau tidak mengambil tahu apa yang berlaku.

"Saya lebih percaya beliau cuba mengelirukan rakyat," kata beliau dalam tulisan blognya.

Kelmarin Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan bajet tambahan sebanyak RM392 juta kepada MBI untuk membeli hutang Talam daripada kerajaan negeri.

Geran itu membolehkan MBI membeli hutang Talam RM392 juta daripada kerajaan negeri, sekali gus membolehkan ia mengambil alih soal mengutip hutang Talam daripada tiga anak syarikat negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Yayasan Pendidikan Selangor, katanya Khalid kelmarin.

Syarikat perumahan itu berhutang RM392 juta dengan tiga anak syarikat kerajaan negeri itu dalam pelbagai usaha sama pembangunan hartanah sepanjang 10 tahun lalu.

Oleh itu pada hakikatnya, jelas Khir, pada tahun 2007 kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.


komen:
toyo..toyo....sekarang baru kau nak cakap banyak..

nak tubuh jawatankuasa khas untuk siasat apa? untuk siasat asal usul tempe? old fashion betul la mamat nie..

lepas tu tubuh satu lagi jawatankuasa untuk siasat jawatankuasa khas diatas?

p/s: bila la depa (MACC& polis) nak habis siasat disneyland trip dan duit balkis yang disonglap mamat nie...

minah ronggeng

Anonymous said...

Salam dato kadir dan pembaca semua. Terima kasih pd sdr saji krn beri respon komen saya.

Saya salute pd org spt pakcik yg layak dipanggil pakar.Lebih ramai cendekiawan spt pakcik di m'sia harapnya lebih maju dan selamat negara yg dicintai ini.

Sdr byk melakukan kajian berteori yg biasanya org spt saya tidak memahami cara teknikal dan istilah saintifik moden yg selalu sdr gunakan bila komen sblm ini. Org biasa spt saya cuma melihat realiti di depan mata.Jika semua teori2 itu berjaya diguna pakai knp makin byk binaan bangunan skrg mudah retak, MRR2 retak, stadium yg dibina tak sampai setahun runtuh, jambatan baru boleh runtuh (semua ini yg dpt dikesan.Ada juga yg tidak dihebohkan).Nasib baik langit ini dicipta Allah jika tidak dah lama ianya runtuh di tangan manusia.

Apa yg saya dgr, terowong smart tu pun bermasalah juga.Cuma, kekadang saya terfikir sendiri knp agaknya zaman dahulu, binaan manusia lebih kukuh sehingga tahan beratus tahun lamanya.Mrk tidak byk kajian dan teori spt zaman moden skrg?.

Saya amat mengharapkan org spt sdr saji dpt merumuskan satu kaedah ekonomi yg mantap utk umat islam di negara ini. Bongkarkan jika ada penyelewengan duit rakyat. Saya percaya org islam di seluruh dunia dipandang rendah bkn krn mrk tidak bersatu tetapi ekonomi kita lemah.Rasuah salah satu puncanya.

rakyat tak bodoh.

mtgbertam said...

Salam,

Dalam quran ada jelaskan, `akan jadi kemudaratan di daratan dan lautan disebabkan kejahatan manusia'....hingga akhir ayat.

Ahli sains terjemahkan dgn kajian, tapi dlm quran dah ada panduan.

Yg dok tebang bukit tu sape eh?

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk...

Tersentuh juga pada pemandangan mata...di hati pula berkata2...

Haiwan pun bijak mencari bonggol...macamana pula manusia bila bencana menimpa diri...

Kalaulah haiwan diberi akal mencintai Tuhan pastinya takkan jumpa binatang2 ternakan yang gemuk2 lagi untuk kita makan...

Bila dapat berita kata U48 pun sibuk merasuah budak2 U41 dan2 teringat gambaran yang Datuk paparkan ini...di tambah pula dengan katun Lat & Easy di hari yang sama dalam NSTP...

Kepala Gerabak patut kita tukar ke atau akal gerabak yang kena polish...
Lantikan PTD bukan main susah sekarang ni...sedang di batu kepala PTD lah yang nak meluruskan gerabak kerajaan ini...
Carilah kaedah yang lebih munasabah dalam lantikan mereka...
Nak jadikan dia peon..kita interview kat padang bola...
Nak jadikan PTD kita test jadi Imam...barulah saf dipimpin ampuh..

Kita memang payah dah nak ubah orang2 zaman batu tu...dah jadi darah daging...bahkan bangga kaya dan dikenali dengan duit rasuah...apatah lagi dermawan sama anak2 buah.. mana ada cara nak tangkap depa kalau yang nak buat kerja dan nak sign dia arah ja budak2 beringus tu buat kerja..Hari ni munkin depa boleh elak konon duit di beri depa pakat sumbang kat surau Putrajaya..bukankah iman kita ni beralih arah dari pagi kepetang...susah senang pasti dirasai...bila datang susah mula lah tak payah terfikir tak payah nak susah2 bagi je no akaun kat boss...

Yang orang nampak polis yang teruk tapi sebenar mereka tak boleh nak elak...buat baik tak naik pangkatla jawabnya..dah tu kena tukar sana sini bagi susah anak bini..ni yang u ni dah tentulah kementerian yang lambangnya uniform putih bersih...lebih hina rupanya orang2 yang berani merosakkkan nama orang2 sakit..sah seluruh penjawat awam perlu di rawat...tak payahlah nak sambung servis sampai 58...arahkan pencen bila dah cukup masa layak terima pencen...
Tak faham kenapa kerajaan takut sangat nak membuang orang2 lama..

Kalau kita nak seribu daya.. kita mampu mengubah generasi akan datang supaya pelapis akan kembali kepangkal jalan..

Masalahnya yang ada sekarang calon nak jadi panel temuduga pun tak mampu nak jadi imam..pun tak mampu nak bimbing isteri..nak berimam sebagai ketua keluarga pun tak pernah macamana nak membantu pemimpin negara...
Sedih juga bila memandang wajah KSN seperti tak ada daya upaya...last2 orang kata yang tinggal jadi orang gomen cuma pak hangguk dan pak pacak...yang dungu macam lembu...SYMP menyekat gelombang kebangkitan diri...

Teks ucapan menteri2 diperhimpunan bulanan berjela2...kan lebih baik menteri sendiri bagi tazkirah di surau2 dan pejabat masing2...jadi imam untuk staff...

Percaya atau tidak luasnya surau di pejabat Putrajaya namun boss tak pernah nampak muka...
Orang gomen ni kalau boss yang lelaki pakai skirt main netball sanggup juga mereka turun padang main netball...kalau pulak ahli surau...tak tentu masa dok sapu surau...

Akal ada kita gunapakai ketika sebelum terjadi bencana lagi...

Penuh makna tersirat pada gambaran Datuk dan Datuk Lat...

( BN )UMNO.MCA.MIC.PPP JALAnnnnnnn.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Banjir (lazimnya)adalah fenomena alam. Namun ada juga banjir yang disebabkan oleh penangan tangan-tangan manusia yang mencemarkan udara; dan yang menyekat kelancaran aliran semula jadi air dari tanah tinggi hinggalah hinggalah membawa ke laut.

Dalam konteks kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, kita yakin dan percaya, banjir adalah salah satu bentuk ujian dan pembalasan terhadap manusia. Contoh yang paling klasik dan memberikan seribu satu iktibar dan pengajaran adalah peristiwa banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Noh.

Dalam era moden, tidak ada sesiapa yang boleh memberikan jawapan bila dan di manakah banjir besar ala banjir di zaman Nabi Noh akan berulang. Ia adalah fenomena lain daripada apa yang berlaku secara berkala menurut peraturan alam ciptaan-Nya.

Namun dalam era yang mana akal manusia telah mencapai tahap gunapakai yang baik dan mampu menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan fenomena alam, makanya banjir yang berlaku setiap saban tahun boleh dicegah dengan berkesan. Contohnya, banjir sungai Nil di Mesir telah dapat diatasi dengan terbinanya empangan mega, dwi-fungsi dan kini banjir dipinggir sungai Nil hanya boleh dilihat dalam catatan sejarah saja.

Dalam konteks politik, jangan sangka parti yang gersang dari segi keberkaitannya dengan sesuatu isu tidak akan diBANJIRi isu sedemikian itu buat selama-lamanya. Jangan beranggapan bahawa parti yang dimomokkan sebagai bersih, tidak akan diBANJIRi dengan kekotoran.

Secara lebih khusus, Kota Mekah tidak dilanda banjir; namun itu bukan bermakna negeri yang sinonim dengan 'Serambi Mekah' tidak akan mengalami banjir.

Kalau Kota Mekah secara relatifnya adalah bersih dari gejala sosial yang melampau, tetapi di 'Serambi Mekah' gejala sosial itu dan ini adalah pemandangan biasa.

Jenama yang baik tidak bermakna produknya adalah terjamin baik dan bermutu. Jenama parti yang diikat dengan satu nama yang baik sudah tentu lebih terbeban untuk mempertahankan kewibawaan dan ketulenannya. Dan apabila parti ini mula mengalami keBANJIRan isu (kronisme dan nepotisme), kebejatan sosial dan kebobrokan berpolitik makanya tentulah kita tertanya-tanya: "apa sudah jadi?"

Anak Bapa - dibanjiri seribu pertanyaan

Anonymous said...

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Minah Ronggeng,

KP Penyiaran lulus UiTM.

Jangan hina universiti di kampung macam UUM Sintok.Tak sangka

--------------------------------------

Blog ada baiknya tetapi susah mahu tentukan kebenaran sesuatu cerita yang direka-reka dan begitu juga sukar untuk menentukan identiti seseorang penulis waima pelayarnya juga.

Contohnya bagaimana mahu mengesahkan sama ada komentar yang dihantarkan kepada laman ini adalah ditulis oleh insan satu gender atau insan dua atau lebih gender (spesis dua alam)? Contohnya, nama samaran yang digunakan menggambarkan spesis betina tetapi intipati kandungan dan cara sindiran adalah sebijik macam si jantan!!

Minah/n ronggeng Kalau betullah blog memaparkan kebenaran tetapi kenapa setiap kali isu mengenai pembangkang didedahkan oleh blog maka setiap kali itu jugalah ianya dinafikan dan diputarbelitkan oleh mereka?

Satu perkara yang ramai tidak sedar ialah istilah serkap jarang. Dalam banyak-banyak pendedahan serkap jarang yang dibuat oleh pembangkang sudah tentulah salah satu akan menyinggah. Cumanya kalau MSM berbuat demikian (serkap jarang), sudah tentu mereka diheret ke mahkamah.

Justeru blog tidak lebih berwibawa daripada MSM. Menariknya blog bukan kerana wibawa tetapi kerana pelayar mendapat nikmat untuk menghamburkan apa saja kepada lawan politik mereka. "hooligan" maya ini adalah satu fenomena yang tidak terdapat dalam medium MSM. Noktah.

Lagipun dalam apa jua bidang sememangnya manusia memang suka kepada kebebasan melampau dan contoh terbaik ialah iniden bebal, tidak bertanggungjawab dan ganas di Stadium Bola Sepak, Bukit Jalil, yang dapat disaksikan di serata dunia yang dilakonkan oleh sekelompok manusia yang bersikap hooligan.

Antihipokrit

Anonymous said...

Impak banjir dari sudut yang positif:

1. Menjadikan sawah dan ladang subur selepas dilanda banjir.

2. Memberi pendapatan sampingan kepada mereka yang rajin menangkap ikan dan tidak malu menjajanya dari rumah ke rumah.

3. Memberi dorongan, ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar berenang.

4. Itulah masanya kanak-kanak dapat belajar mengemudikan sampan dan rakit.

5. Mengeratkan suasana kemasyarakatan dan mendorong semangat kerjasama serta bergotong royong.

6. Memberi kesedaran tentang erti keperitan dan kesusahan.

7. Meningkatkan semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap mereka yang dilanda musibah.

8. Menyedarkan kita betapa survival binatang ternakan adalah faktor yang penting yang diperlukan bagi survival manusia itu sendiri!

Alpasiku

saji said...

Sdr rakyat tak bodoh

Lagi mengenai TERUSAN dan TEROWONG SMART.

Dalam satu seminar dua tahuan lalu di UM mengenai kegagalan Sistem TEROWONG SMART dan KOLAM2 TAKUNGAN anjuran JPS dan Fakulti Kejuruteraan Awam UM yang saya hadiri atas undangan KP JPS, KP tersebut akui bahawa sistem TERUSAN yang dilengkapi dengan terowong bawah tanah dan pamp air gergasi merupakan penyelesaian kepada masalah banjir kilat di Lembah Kelang dan Selangor.

Cuma beliau menyerahkan harapan kepada para jurutera mudanya untuk meneruskan usaha mengkajinya, di samping mencadangkan dua buah TERUSAN dibina di lokasi utara (jajaran yang saya cadangkan itu) dan di selatan (sekitar Semenyeh ke pantai Sepang).

imlan adabi said...

Banjir dan Kelantan bagai isi dan kulit. Apakah takdir atau kecuaian manusia mengurus alam.
Banggol sentiasa basah

saji said...

Sdr rakyat tak bodoh

A) Sdr tanya, "......... kekadang saya terfikir sendiri kenapa agaknya zaman dahulu, binaan manusia lebih kukuh sehingga tahan beratus tahun lamanya.Mereka tidak banyak kajian dan teori spt zaman moden sekarag?"

Jika sdr maksudkan bangunan zaman dulu itu ialah bangunan2 bersejarah di negara ini yang dibina oleh penjajah Inggeris seperti Istana Menanti dan Bangunan Sultan Abdul Samad, jawapan saya daripada hasil kajian saya mengatakan bahawa, penggunaan bentuk sistem kontrak pembinaan tradisional Inggeris/Barat yang di namakan sebagai Direct Labour sebagai faktor utama kekukuhannya itu. Yang mana, dalam sistem kontrak Barat, Direct Labour dikategorikan sebagai Cost Reimbursement Contract atau untuk memudahkan kefahaman (bagi umat Islam, khasnya)ia dibawah jenis kontrak pembinaan Islam yang dinamakan sebagai al-Ijarah atau Melayunya Upahan. Lain2 bentuk kontrak kategori Cost Reimbursement ialah Target Cost, Cost Plus Percentage dan Management Contract.

Namun, banyak pihak yang mengatakan kekukuhannya itu disebabkan tiadanya amalan rasuah dikalangan para pentadbir dan jurutera kolonial Inggeris,di samping ketegasan aspek pengawasan para jurutera dan arkitek Ingggeris.

B)Sdr tanya, "kenapa makin byk binaan bangunan skrg mudah retak, MRR2 retak, stadium yg dibina tak sampai setahun runtuh, jambatan baru boleh runtuh ........"

Jawapan saya hasil daripada kajian saya ialah, penggunaan bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat di bawah kategori yang dinamakan sebagai Price-in-advance atau untuk memudahkan kefahaman maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisnaa' atau Melayunya Tempahan melibatkan sitem kontrak bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build oleh agensi2 pelaksana projek kerajaan sebagai faktor utama yang menyebabkan bangunan kerajaan skrg mudah retak, MRR2 retak, stadium yg dibina tak sampai setahun runtuh, jambatan baru boleh runtuh.

Namun, banyak yang mengaitkannya dengan gejala rasuah, kronisme, ali-baba kontrak dan kurang pemantauan atau persoalan sikap sebagai faktor utamanya.

Hujah saya ialah seperti di bawah:

Hujah Barat;

a) Semua bentuk sistem kontrak pembinaan Barat di bawah kategori Price-in-advance diakui sendiri oleh penciptanya mempunyai kelemahan hakiki (tidak boleh dibaiki melainkan pindah kepada penggunaan bentuk kontrak kategori Cost Reimbursement) dari segi kesukaran mencapai sasaran kuliti kos dan tempoh siap. Tetapi, tidak bagi kontrak kategori Cost Reimbursement.

b) Penggunaan sistem kontrak kategori Price-in-advance sesuai bagi negara yang indeks rasuahnya rendah.

Hujah Islam;

a) Penggunaan kontrak al-Ijarah Islam sebagai kontrak pembinaan diharuskan oleh 4 mazhab utama- Hanbali, Maliki, Shafie dan Hanafi.

b) Hanya mazhab Hanafi mengharuskan penggunaan kontrak al-Istisnaa' Islam sebagai kontrak pembinaan.

saji said...

Sdr imlan adabi

Sdr tanya, "Banjir dan Kelantan bagai isi dan kulit. Apakah takdir atau kecuaian manusia mengurus alam?"

10:41 PM

Yang saya tahu, dari ulasan2 yang diberikan oleh golongan ulmak mereka mengatakan takdir atas sebab yang tidak perlu dijelaskan atau sunatulllah dan kecuaian manusia sendiri mengurus alam.

saji said...

Sdr rakyat tak bodoh

Sdr kata, saya byk melakukan kajian berteori yg biasanya org spt saya tidak memahami cara teknikal dan istilah saintifik moden yg selalu sdr gunakan bila komen sblm ini. Org biasa spt saya cuma melihat realiti di depan mata.

Dari kajian saya mengenai ilmu Islam dan tradisi keilmuan Islam menunjukan bahawa, antara faktor yang menyebabkan tamudaun Islam runtuh bersama2 kazanah ilmu-ilmunya dalam pelbagai bidang yang tidak perlu dijelaskan atau tidak berkembang seperti diharapkan oleh umat Islam dan Barat atau ditolak oleh umat Islam sendiri, ia ada kaitan dengan ketidakmampuan para ilmuan Islam moden yang mewarisi kazanah ilmu2 Islam tersebut mengkonservasikannya untuk mereka mencipta ilmu -ilmu baru yang berkaitan dengan ciri-ciri aspek teknikal,khasnya (rujuk perbincangan K&CPOM) yang diperlukan oleh organisasi umat Islam sejagat, khasnya untuk mereka berfungsi dan bergerak serta mendapat faedah daripadanya.

Sebaliknya, rakan sejawatnya para ilmuan Barat, seperti yang sdr mungkin tahu, tidak henti2 melakukan konservasi terhadap ilmu-ilmu Islam tersebut hingga ketahap yang tidak boleh ditolak oleh umat Islam, meskipun ia ilmu sekular.

Hanezam said...

Datuk,

Kampung saya di tanah tinggi, jadi tak pernah ada pengalaman bah sejak kecik.

Tapi dalam perjalanan nak balik kampung kena lalu kawasan sawah luas terbentang saujana mata memandang. Tanahnya rendah dan kalau hujan lebat akan bah dan jalan akan tenggelam. Tahun lepas kami balik kampung (musim hujan) kakak saya yang drive, masa tu hujan lebat sangat. Masa tu lepas Kg. Chegar sampai ke Tok Sedau kalau tak silap. Tak nampak apa langsung, walaupun lampu pasang. Kami tawakkal je lah, sebab nak berenti tepi jalan pun takut sangat. Gelap-gelemat. Kawasan sekelilin pun macam dah tenggelam.Takut kereta sangkut kat dalam bah tu. Pengalaman yang takkan dilupakan. Alhamdulillah, selamat sampai rumah.

La ni kerap sungguh banjir. Dulu-dulu tak macam ni. Agaknya kesan global warming kot.

Anonymous said...

antihipokrit,

cuba baca yang ini pula...

Contohnya bagaimana mahu mengesahkan sama ada komentar yang dihantarkan kepada laman ini adalah ditulis oleh insan satu gender atau insan dua atau lebih gender (spesis dua alam)? Contohnya, nama samaran yang digunakan menggambarkan spesis jantan tetapi intipati kandungan dan cara sindiran adalah sebijik macam si betina!!

minha ronggeng

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).