Tuesday, December 01, 2009

GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 29 November, Bernama memetik Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah sebagai berkata kerajaan telah menjalankan kajian yang “agak lama dan komprehensif” mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Saya tidak berhasrat berbahas mengenai semantik dengannya, tetapi saya rasa kurang selesa apabila dia berkata kajian itu “agak lama dan komprehensif.”

Mengapa agak lama dan agak menyeluruh? Mengapa tidak lama dan menyeluruh? Bagi cadangan yang sangat penting macam GST ini, kerajaan tidak boleh main agak-agak.

Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang Ahmad Husni janjikan.

Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.

Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.

Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.

Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun, menjelang tarikh itu Pentadbiran Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Bercakap kepada pemberita di Gopeng, Ahmad Husni berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ini bermakna GST menjadi pilihan kerana ia adalah sistem percukaian yang paling luas asasnya dan paling produktif. Ahmad Husni berkata kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Pada 21 November, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan yang rang undang-undang berhubung GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat sekarang.

Cara pemerintah dan media massa kawalannya menghebah dan memperjelaskan GST akan menentukan penerimaan atau penolakan rakyat jelata terhadapnya. Ini sangat relevan kepada Barisan Nasional kerana pelaksanaan cukai baru itu hampir dengan pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ahmad Husni, GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan. Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September, 2011.

Logiknya kadar GST lebih rendah daripada kadar Cukai Jualan (5-15 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (lima peratus). Di negara jiran Singapura kadar GST adalah tujuh peratus manakala Negeri Thai dan Indonesia 10 peratus. Ada ramalan mengatakan kadar yang akan dikenakan di Malaysia lebih rendah daripada itu – di sekitar lima peratus.

Seperti yang pernah dihujahkan oleh ketua bahagian percukaian tidak langsung firma perakaunan KPMG, Philppe Norre, cukai GST perlu dirangka dengan sebegitu rupa agar berkesan dan di masa yang sama tidak menyusahkan pembayar cukai.

Beliau berkata hanya bahan makanan asas dan perkhidmatan seperti kesihatan, perubatan dan pendidikan perlu dikenakan cukai paling rendah. Satu struktur yang mudah dengan hanya satu atau dua kadar adalah lebih berkesan dan berjaya. Tambahnya kebanyakan negara yang mengamalkan GST mengenakan satu kadar sahaja.

Kesimpulannya, pertama, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Itulah sebabnya dalam bahasa ekonomi, kewangan dan fiskal disebut beban cukai (tax burden). Bagi GST ini, beban yang dianggarkan adalah RM1bilion yang berupa penambahan hasil kerajaan.

Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

41 comments:

ZULKIFLI said...

Salam, Dato';
Inilah asas 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mungkin Dato' tersilap - PKI dalam huraian ini saya rasa KPI.

"Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada PKI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau."

tokmod said...

hahaha...
ancam G..S..T..dah nak mula hoiiii.
gua tunggu sapo yang membebel.....

Ab Razak Hj Ahmad said...

Apa lagi cukai nak dikenakan ni... Kajian apa yang dilakukan sampai bertahun-tahun. Itu semua mainan wayang. Entah-entah bangun dari tidur dan mimpi lepas tu bagi idea. Macam nak kenakan government tax untuk kad kredit dan kad caj dengan alasan untuk mengurangkan hutang atau prudent spending. Government tak tahu ke yang kad caj seperti AMEX dan DINNERS buka kat hutang yang mana berbelanja RM100 kena bayar RM100 dan berbelanja RM1,000 kena bayar RM1,000 hatta RM10,000 pun kena bayar full amount dan tiada istilah bayaran minima. Disiplin apa yang kerajaan cuba terapkan. Terus terdetik kat hati saya... bodohnya orang yang bagi cadangan ni. Sama juga macam dengan GST. Sekiranya cukai yang dibayar seperti income tax digunakan dengan berhemah saya akan halalkan. Macam pengangkutan awam di Malaysia, semakin teruk dan hanya menguntungkan pengeluar. Bak ayat terakhir Dato' berkenaan dengan perbelanjaan yang kurang meyakinkan, bagi saya bukan kurang tetapi saya tidak yakin lansung akan digunakan dengan berhemah. Kalau tidak masakan RM28 billion terlebih bayar ke supplier, vendor dan contractor (based on AG Report 2008). Belum lagi isu PKFZ and KTM Double track Rawang - Ipoh. Duit cukai saya telah di 'longkangkan'....

- abikhsan -

zainal abidin awang kechik said...

salam tok

GST.selapas 50 tahun baru kita ingin mengikut cara cara negara luar urus ekonomi.
husni berlatar belelakang manager bank bumiputra,
hari ni bank bumi dah jadi sejarah.
rakan saya di Goldman sach berkata ASAS Ekonomi dunia kurang tepat untuk mula GST.
mungkin CIMB lebih tahu untuk tutup npl
12b.
salam

drafunt said...

Satu penulisan yang jelas. So much for 'People First' concept.More likely goverment coffers first.

Anonymous said...

Thank you Sir...you r the only person whom I have known to hv spoken against GST while other bloggers were more busy n worried about politic.

Allah Taala kurniakan Msia dgn pelbagai sumber yet we still need to tax our people. Ke mana pergi...ke mana bocornya pentadbiran sumber2 ini?

Rakyat Malaysia

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Depa kata GST ni baguih pasai sapa belanja lebih kena cukai lebih,boleh galak simpanan dan pelaburan.Cukai pendapatan dan syarikat pun boleh kurang.Syok betui bunyinya.

Pembeli kereta pun untung la kot kalu
kena 5% saja kecuali peminat kereta import.Ni yang buat saya lagi syok.

Tapi tu kata depa.Boleh percaya ka?
Macam yang Tok kata la,cukai tetap cukai.Saya ni bab cukai memang phobia tahap maksima.Yang dok ada pun dok penin pasai tak sat saja LHDN talipon tanya audit bila nak siap.Efisien dan cepat betui depa bab ni.KPI 100%.

YOU CANT ESCAPE DEATH AND TAXES.

ab said...

Salam dato,


Banyaknya cukaiii..!

-cukai pintu
-cukai tanah
-cukai pendapatan
-cukai jalan
-cukai kastam
-cukai jualan
-GST

-cukai stem
-cukai jualrumah/tanah
-cukai harta pusaka dll


PENDAPATAN....dok macam tu juga.
Kadang-kadang turun atau hilang lagi ada laa.

KESAN INFLASI sebenar tak kira lagi ni....

Tol dan petrol tak kira lagiiii..


Apabila umur makin meningkat, perbelanjaan PASTI bertambah.


Perbelanjaan semakin bertambah apabila umur meningkat- anak kekolej,keuniversiti, nikah kahwin anak,sakit demam sendiri,isteri/ suami, anak,hutang rumah,hutang kereta..

Kalau ramai isteri,ramai anak.. lagi le tinggi perbelanjaan.

NAK TAMBAH kisah kalau anak beranak yang berkahwin tumpang rumah mak bapak..malu alah kena tanggung juga,lagi `letih' lee...

LAGI TERUK kalau anak minta `dulukan' duit mak bapak beli kereta,rumah atau keduanya sekali...tak termasuk segala macam perabut isi rumah!!.


Bila pencen lagi teruk sebab pendapatan berkurang sangat,kalau simpan duit rasuah banyak tak pa la,tetapi orang terbanyak orang baik baik,tidak begitu sifatnya.....walaupun tiada cukai pendapatan,beban perbelanjaan masih dan makin tinggi....


JADI KALAU dipertimbangkan, `keselesaan' hidup MEMANG JARANG
dinikmati/dilalui dinegara ini......ASYIK DOK CARI DUIT SIANG MALAM 365/7 setahun.


MUNGKIN disebabkan perkara ini, tak ramai orang menghabiskan masa bersama keluarga,bersembang dengan anak beranak,makan bersama anak beranak,tenguk TV anak beranak, tenguk wayang ramai-ramai, berkelah bersama keluarga dsb..


IRIHATI kalau melihat orang dieropah,amerika,canada,jepun,koreadll yang ADA MASA untuk family outings,family holiday,tenguk pementasan seni,musik etc,melawat zoo,galeri lukisan,muzium dll....

KAT SINI kalau ramai-ramai BUAT DEMONTRASI,BUAT CERAMAH ..bakar itu bakar ini,tarik lembu,pijak gambar,maki sana,maki sini !!!...

ORANG KITA SERING KATA orang barat tak civilised, TETAPI nampak gayanya orang kita `PRIMITIF' sungguh ni!..


SO APA justifikasi mengadakan segala jenis cukai MACAM dinegara orang bertamaddun tinggi, kalau KEHIDUPAN SEBENAR masih dok kat had taraf `primitif' ni??......


BILA pula masa nak `innovate' , `invent',`creat' dll aktiviti
macam masyarakat bertamaddun??




Abu Bakar Ab Rahman

Man Ysf said...

Dato,
Saya takde masalah dgan GST. Eventually the government need to have a mean to extract moneys from the population after having to let go various taxes. Cumanya saya berharap ianya tidak dimanipulasikan oleh 'puak'2 tertentu yg akhirnya golongan pekerja shjlah yang terbeban dengan tax ini.

Salam Aidil Adha

clean water said...

Don't worry Dato', should there's hick up somewhere ahead, they can always reverse the policy or bring in more experts to deal with it or should I rephrase; clear the mess and sure that time around they will really think hard in every sense, like they always does...

Anonymous said...

semalam saya baru belajar betapa bagusnya ekonomi
se setengah sektor ekonomi negara walaupun kebanyakan
sektor sedang meredun. Malam tadi dalam jam 11, semasa
hendak memasukkan wang
tunai ke dalam akaun anak saya di sebuah bank raksaksa
[foreign bank] saya pun bedirilah dibarisan tempat cash in.

Cuba jangka berapa lama saya kena tunggu belakang orang
yang tengah isikan wang di alam atm itu? 10 minit , 15 minit
biasalah. Saya tunggu hampir 45 minit di barisan itu. Pada
waktu itu hanya ada dua atm cah in saja berfungsi. Menolih ke
kiri saya lihat satu ah moi dengan sluar pendek selamba aje
keluarkan berbungkus bungkus 3o keping duit 100 dari tas tangan
besar untuk dimasukkan
dalam atm. Tak habis habis lebih kurang sama masanya.
Yand depan saya ini pula ah pek tua berpakaian baju lengan
pendek dan seluar pendek hitam yang poketnya bolih diisi tidak kurang 100 set
rm 30x50 yang sudah siap diikat yang
terus diisi dalam mesin atm dihadapannya.Bagi siapa yang tak biasa gunakan
sistem cash ini semua rumpun wang yang di depositkan mestilah
tidak melebihi 30 keping!

Dibelakang kami gurka duduk memerhatikan keadaan -tenang aje.

saya rasa dua orang tersebut membuat transaksi tak kurang rm 500k
dari syarikat yang sama.


Pengurus pengurus bank tempatan perlu ambil
note- macam mana pendeposit besar nak guna bank mereka -guard pun
tak duduk dalam seksyen atm pada waktu malam!


saya cuba mejangka apa bisness dua orang cina tersebut- used car?
dadah ? berniaga lendior [pompuan -ingat Malaysia truly Asia :sin capital of Asia] . Tak jauh dari bank tersergam kondo Riverview, YTL Maples
dan macam macam kondo kecik sikit.

olih itu wajarlah gomen minta sedikit tax dari hasil ekonomi
yang sedang berjalan dengan rancaknya.

nototok

new_del said...

Adakah dengan memperkenalkan GST maknanya semua rakyat yang menggunakan sebarang jenis produk atau perkhidmatan dikenakan cukai walaupun dari golongan miskin atau GST ini semata-mata untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan?

Adakah dengan memperkenalkan GST ini kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan tahunan individu?

Lagi satu,adakah GST ini sama dengan VAT (Value Added Tax)?

Saya mohon kerajaan beri penjelasan yang seterang-terangnya.

Anonymous said...

Man YSF ni orang kaya gamaknya...

Bagi yang tak faham, saya bagi contoh mudah. Bayangkan caj tambahan masa bayar KFC dikenakan masa kita beli baju, hantar tuisyen, tambang bas dan lain-lain untuk anak-anak kita.

Contoh ini bukan tepat tapi cara mudahnya begitulah beban yang akan ditanggung nanti.

Nak tengok contoh terdekat pegilah Singapore, mekanismanya mungkin tak sama tapi prinsipnya yang itulah.

Jangan ingat pengeluar akan tanggung beban kos GST ini, pasti end buyer yang akan tanggung.

Kawalan, kuatkuasa, elak salahguna? Jangan buat lawaklah, harga barang kawalan beras, gula, telur pun tak leh jaga. Dia tak leh main harga, dia main sorok stok.

Yang susah nanti orang miskin yang bukan macam Man YSF yang kayo....kerajaan dapat RM1 billion tapi kesannya kepada rakyat adalah kesan berganda.

Seperti kata DAKJ, tiada cukai yang tidak membebankan.

p/s kepada nonotok, kalau deme tu masukkan RM500k tiap-tiap malam, itu baru pelik.

Cina memang macam tu berniaga, banyak dia masukkan, banyak pula dia keluarkan, tambah masa tutup akaun. Saya kenal satu cina berniaga pasaraya (bandar kecil), tiap hari dia keluarkan RM25,000 dan tiap hari dia masukkan semua cash dalam tangan ke akaun bank. Cina tak macam melayu, simpan kat kedai atau rumah untuk rolling esoknya. Katanya nak bagi statement cantik dan juga soal keselamatan.

Fed Up

Anonymous said...

It is not advisable to introduce the GST now.If we can plug at least 50% of the leakages and be prudent in spending public money there is no need to depend on the GS Tax.Let the MACC officers loose on the track of all the corrupts in the government and the private sector.It is meaningless to impose the GS Tax when we loose tax payers monies via leakages and other forms of wastage
salam
s.param

OKJ said...

Salam DAKJ

GST; Yang tersirat dan terselit

Bahagian ekonomi ni, saya tak pandai sangat nak komen. Tapi kalau lebih dari separuh negara dunia mengamalkannya termasuk negara maju, mestilah ada kebaikannya. Yg penting sekarang, kerajaan sepatutnya menerangkan kebaikan kepada semua (termasuk kurangkan incometax) dan menyenaraikan semua negara yg mengamalkan dan yg tak mengamalkan untuk perbandingan. Barulah semua orang faham.

Khabar angin mengatakan sebahagian peniaga cuma declare 1/10 dari keuntungan yg diperolehi. Yg lainnya disimpan dalam skim khas. Bila pikir-pikir, orang Melayu berapa ramai sangat yg berniaga. Jadi dengan GST ni, kita dapat tahulah siapa yg untung banyak tapi declare sikit. Lepas ni, sapa untung banyak, bayar tax lebih banyak. Lebih adil kan.

Bila kita tak tahu tapi buat buat tahu, inilah jadinya. Orang lain ambil kesempatan atas kita orang Islam, tapi kita juga sama-sama bergaduh tak tentu pasal. Jadilah macam bantahan ISA dulu yg konon-kononnya semangat satu Malaysia, tapi akhirnya yg ada hanyalah penyokong kopiah putih je. Tapi bila kata kena tipu, marah. Akhir kata, saya gurau je, jangan marah ye. Sekian TQ.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Apa dah jadi.Kita sebuah negara merdeka maka mengapa kita perlu ikut orang atau negara lain.Tidak cukupkah sistem percukaian yang ada sekarang. Mengenalkan sesuatu yang baru melibatkan banyak wang. Sebagai contoh berapa juta wang di gunakan untuk mempromosi satu Malaysia. Disana sini terpampang poster dan tiap-tiap satu ada kosnya.Yang sedihnya ianya tidak membawa 'goodwill' yang diharapkan tetapi mula menjadi bahan cemohan orang yang mengatakan 'cakap tak serupa bikin'.

Saya nasihatkan Kerajaan mula bertindak menggunakan kaedah sendiri yang berteraskan kepada aspirasi rakyat dan tidak terikut-ikut orang lain.Mereka yang mencadangkan sesuatu itu biasanya ada program mendapat untong daripadanya.Saya percaya ketirisan kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah tinggi dan bayangkan betapa meluasnya ketirisan bila cukai yang dicadangkan ini dilaksanakan. Tak percaya ? Lihatlah berapa banyaknya pertambahan orang yang akan memasukkan wang di bank-bank luar negeri dimalam hari pada masa-masa akan datang.

Sekali lagi lupakan sahaja rancangan ini dan memperkemaskan apa yang ada sekarang.Batalkan sahaja cukai ini seperti juga pembatalan keperluan memeriksan kenderaan lebih 15 tahun olih Puspakom. Tiada apa yang hendak dimalukan jika ada orang menyindir 'flip flop dalam membuat keputusan. Yang penting kita disayangi rakyat sebagai pembela mereka didunia yang sungguh mencabar ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.

abu said...

kita tengok MP BeeEnd akan pertahankan rakyat x dalam dewan bila akta GST dibentangkan...

satu berita malang buat rakyat malaysia....

KEBOCORAN 28 billion nak di tampal dgn keringat rakyat...

Unknown said...

kalau kerajaan serius nak laksanakan gst ni sepatutnya dasar gaji minimum juga dibuat. barulah pendapatan rakyat cukup nak byar gst.

kalau sebelum ni org yg berduit je perlu membayar kebanyakan jenis cukai. tapi lepas ni mamat kapcai yg pi servis moto pun kena bayar cukai.

kalau pendapatan tinggi tapi kena cukai itu cukai ini mungkin rakyat tak kesah sangat. tapi kalau nak makan nasi campur kat kedai makcik limah pun kena cukai, tak pasai2 makcik limah pulak yg kena maki hamun huhuhu

Unknown said...

salam,
tahniah kpd DAKJ, kerana memilih topik begini dari topik politik yang entah ape2.

Sekali lagi kerajaan membuat keputusan tanpa kajian mendalam. Yelah bagi mereka yang kaya tak apa sbb mereka dah kaya raya. Mungkin mereka lupa yang daif, miskin dan seumpamanya masih ramai lagi orang melayu. Beras pun sampai kena bagi subsidi inikan pula nak tambah cukai. kenapa dlm bab2 bie kita sibuk nak ikut negara luar.

Walhal tanpa GST pun kerajaan sudah punya pendapatan yang byk.

Yang patut kerajaan tekankan macam mana nak pastikan tak ade kebocoran.

Bagaimana utk aku namakan kerajaan ini kerajaan yang makmur kalau rakyatnya langsung tak makmur.

Bayangkan nanti, bangun je tidur segalanya wang, masuk hiway, kena tol,berhenti sat nak beli brg, kena GST...makanya ramai lagi yang keje gomen gaji rendah.

Kadang2 bila aku pikir macam mana org yang gaji 2 ribu duk kat KL boleh hidup...anak2 nak kesekolah...bayar umah, kete lagi...tol lagi, tahun depan minyak naik lagi...cukup masa bayar cukai pintu, jalan.

Kalu macam nilah aku tak tahu sampai bila aku nak keje kat luar nie...walaupun rindu nak keje balik kat msia ...kalau macam nilah aku lebih rela keje kat luar sambil terus menabung...satu lagi aku tak yakin ekonomi akan pulih dlm jangka masa terdekat...

kata org arab...esh kullu muskilah

syauqi_x said...

salam pak kadir..

bukanlah saya nak mewar2kan apa yang diungkit oleh lim kit siang baru-baru ni, tapi menurut saya apa yang dikatakan oleh dia ada juga kebenarannya

"apalah sangat 1 billion ringgit tambahan hasil negara ( + peningkatan kesusahan rakyat biasa) kalau dibandingkan dengan duit rasuah yang bocor berpuluh-puluh billion setiap tahun di negara ini?"

di manakah logik nya keputusan kerajaan dengan meletakkan keutamaan untuk menambah pendapatan dengan menyusahkan rakyat biasa, bukan dengan menyusahkan perut perasuah-perasuah hard core di negara ini?

kalau analogi nya, samalah seperti menyelesaikan masalah air bocor dalam besen, bukan lubang besar di bawah yang di tampal, tapi air kat atas yang ditambah. hasilnya? tetap juga tak penuh-penuh sampailah kiamat nanti.

rasuah ni boleh saya katakan pembunuh nombor satu negara, nyawa dah melayang kerana rasuah (jembatan runtuh?), kualiti jalan tak bertol yang seperti negara dunia ketiga(lubang sana sini & tak rata), kualiti bangunan-bangunan kerajaan jauh rendah dari bangunan swasta (retak sana sini, dinding & siling asbestos berkulat sana sini, penghawa dingin bocor, walaupun baru beberapa bulan dibuka! tak nampak hak mana yang 'fit' nya dari bangunan-bangunan ini!), taraf hidup rakyat malaysia makin rendah dari hari ke hari(orang minta-minta di restoran semakin banyak) dan macam-macam lagi sebab kenapa saya katakan rasuah ini pembunuh nombor satu negara.

sampai bila nak diteruskan keadaan seperti ini? apa yang MACC buat selama ini, tak kan cuma tau kejar ikan-ikan bilis pembangkang saja? apa jadi dengan taukey cina yang menggelapkan duit rakyat berbillion-billion kat klang sana? janganlah pakai alasan rasuah susah nak dibuktikan lagi, sebab susahlah badan khas seperti anda-anda di MACC ditubuhkan! kalau nak seribu daya!

komen pak kadir tentang 1 billion vs puluh-puluh billion ini?

terima kasih

mad said...

satu lagi polisi kerajaan kapitalis yg akan menyusahkan rakyat. saya tak akan undi kerajaan ini nanti pru13

mad said...

agaknya tak lama lagi kerajaan juga akan mengenakan cukai apabila kita nak masuk lubang kubur

Anonymous said...

Kepada nototok,

Biasa laa peniaga-peniaga kecil cina, nampak saja "peniaga kecil". Dia orang tak pandai atau pun tak mau bergaya, pakai kereta buruk, rumah tak ada perabot mahal-mahal, dressing cincai habis....tapi cash banyak sampai boleh hantar anak belajar kat overseas. They always sacrifice for the next generation, and they have done this for generations. Simple economics.

Pasal GST atau apa-apa tax sekali pun, rakyat makin berpelajaran, rakyat sedar betapa pentingya cukai untuk pembangunan. Yang dipertikaikan ialah perbelanjaan wang cukai. Laporan AG buat kita muak dengan gomen sekarang. GST akan menghancurkan BN.

Windtalker

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

selepas segala jenis charge dikenakan pd rakyat...cth kredit kad, RPGT...ada sahaja keraJAAN nak ambil dari rakyat!! tingkatkan pendapatan rakyat dahulu baru la di ambil cukai itu dan ini, baru RAKYAT DIDAHULUKAN bukan RAKYAT YG KENA DULU!!
apa yg jelas dari budget defisit pok jib, pendapatan negara semakin hari semakin merosot....ini akan berkurangan lagi dgn isu pemulauan produk kelapa sawit di eropah, apa sudah jadi dgn semua produk2 eksport negara????

HAMBA ALLAH

affendi hussain said...

Salam semua,

"Tiada cukai yang tidak membebankan"..

Another bad news I suppose to all Malaysian , in 2nd Quarter year 2009 (if i'm not mistaken) income tax rate had been increased without any media highlight at all, most of us only realised from an increase in the PCB or memo from HRD

Now with the GST coming I bet all consumables products will be at a higher price soon.

Next year it is forecasted that all toll charges will be increase.... what else going to be increase? How about increasing the PPP (Purchasing Power Parity)..who holds the KPI for that?

GST suppose to work like VAT (Value Added Tax) in UK.. but in UK VAT does not apply to baby & children products.

So, let wait & see how the govt going to implement this GST for the GOVT better income collection???
Aren't they tired of squeezing people's money??? If they used it properly and we can see results, people will not mind at all. But in reality what do we see and get?

The only advise given by Govt to final consumer - 'plan your budget wisely when the time come..so easy like once a tagline called "ubah gaya hidup".

Salam AidilAdha & Salam 1Malaysia ..
This must be a KPI before next GE13... 1Malaysia cooks start cooking.

I'm worried about the chain effect like we had with Pak Lah's legacy of 'volatile petrol price'..until today still 'demam tak kebah'. What the economy need to work properly without much hickup is just CONSISTENCY & STABILITY.
Itu saja.

(",)

mad said...

kerajaan sepatutnya lebih mementingkan cara bagaimana nak mengawal dan mengelak ketirisan rm 28billion seperti yg dilaporkan ketua audit negara baru2 ini agar tidak berlaku lagi. 28 billion adalah satu jumlah yg amat besar. kalau ianya berlaku di negara luar sudah cukup untuk menggesa pemimpin negara melatak jawatan serta-merta. ini adalah isu besar, malah lebih besar dari skandal pkfz kerana ianya berlaku tahun demi tahun

SAM said...

Salam Dato,

Many questions come to mind when Government plan to introduce GST other than collecting additional RM 1 billion( 1st year only???). What are taxable and what are not?.or all services and products to be tax. How is the tax revenue will be used to improve ordinary peoples life and betterment of the country? Also quite curios what justification or data that Government have to show Malaysia is ripe and ready to introduce GST.

Took a liberty to check on countries that have implemented such scheme. Going through the list I came with 3 major categories that implemented such taxes:-
1. Majority are EU countries and US which are world economy superpower but are the biggest debtor countries in the world. But their people enjoy highest level of standard of living.

2. Countries which already rich and people have high income e.g. Korea and Singapore.

3. Countries which tax collections covers < 5% of the population or ongoing/post war countries.

With that I couldn't figure out which category Malaysia falls into.

This is not about politic which none should take exploit for their advantage. The Government should present this case to public and encourage public discussion rather than pushing it through the parliament for approval. I think Malaysian public mature enough to listen and evaluate.

Maybe referendum is not such a bad word after all.

Rakyat Hendak Tahu

Roti Planta said...

Dato',
Saya setuju sebarang cukai yang berpatutan demi membangunkan negara dan memberi faedah balik kepada rakyat.

Perlu juga ada hukuman penjara mandatori kepada 'taukeh2' yang lari dan menipu cukai. Biar mereka takut untuk menipu. Duit denda mereka tidak takut tapi kalau penjara...uhhh ketar lutut. Selalu kita dengar ialah LHDN 'merayu' dan minta 'kayawan' yang belum menjelaskan cukai jutaan ringgit datang berunding (bagi muka).

Rasanya kalau dikutip betul2, bukan satu billion tapi ratusan bilion akan bertambah. Negara lagi makmor rakyat lagi selesa.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Setiap kali terpandang papan iklan projek membuatkan saya terasa nak muntah, "Satu lagi projek oleh kerajaan BN". Wang rakyatlah, ingat projek semua tu mengunakan wang mak bapak dia orang ke ?

PKFZ tu, taukeh2 cina mustahil dapat melakukannya tanpa tuan2 dibelakang. Rasuah ni tak ada kena mengena dengan bangsa. Sesiapa sahaja yg mengelapkan wang rakyat itu patut ditembak spt negara China .

alanlee

Anonymous said...

Dato',

Thanks for voicing your concern on something which is going to have a major effect on everyone's lives. Especially amongst those living on the fringes. The majority of which are consumers of necessities. Call me an alarmist but I see the size of this group of people are growing each day (have you heard of a notion;the country's rich but the people poor?) what with the cost of living going up time and again. I know if you agree with me that there's blatant increase of prices of foodstuffs and other necessities all this while. It's like the producers/wholesalers/retailers have been given a blank cheque to up their prices anytime they wanted. And if need be, suddenly you'll find the stock strangely absent from the shelves until the prices are sorted out of course to the advantage of the three parties I mentioned earlier. The consumers have suffered too long and this must be corrected first (as in other advanced economies) before taxes are introduced however you called it GST, VAT or others. Because in the end, it will still be a burden passed on to consumers whilst those parties laugh all the way to the bank.

Semua Mahal

Dato Aziz lompang. said...

Dato kadir.

Kita dan ada sales tax jadi tak perlu lah lagi GST.Jikalau you ada sale tax dan GST sekali ini memang membebankan raayat.Kerajaan kena lah pileh antara satu.

Banyak negara saperti Singapore,UK,South Afrika telah memileh untok mengenakan GST.Tak mudah untok mengendalikan nya.Bagi pelancongan mereka boleh menebuskannya samula apabila keluar negara.

GST ini kena kapada semua orang,tak kira miskin atau kaya.Di Malaysia ramai orang miskin terutamanya orang2 Melayu dan ahli2 UMNO.Nampaknya Najib ini memang berani.

Baru2 ini Kerajaan mengumumkan satu polici yang kereta yang burok lebeh dari 20 tahun perlu pemereksaan Puspakom sabelum ia dibenarkan di gunakan.Mereka lupa bahawa hampir kesemua orang UMNo di kampong mengunakan kereta burok dan tua.Bila najib di maklumkan,ia terus meminta supaya syarat itu di batalkan.

Hidup UMNO.

Man Ysf said...

Yg dihormati Kawan2,
saya sebenarnya lebih risau ttg ketidakseimbangan model ekonomi negara kita berbanding dgan jiran2 serantau. ketidakseimbangan berlaku akibat dasar protectionism yg diamalkan selama ini. sesiapa yg pernah ke luar negara boleh merasakan betapa kecilnya purchasing power duit kita. Ini cukup2 membimbangkan. Satu solusi ialah meletakkan economic model kita setara dgn yg diguna oleh negara serantauL etting economic instrument such as gst to regulate the direction of our economic activity is better than relying on govt policy. If our econ model is on par with regional model then purchasing power kita may not be far off, any economic disaster will be handled collectively instead country by country basis. This makes us to be more resilient.
Tinggal lagi lagi dlm bentuk manakah ianya akan dilaksanakan. Adakah dgan penuh hikmah (e.g. Brg makanan harian tiada gst) atau sembrono spt kenaikan minyak Rm2.70 dahulu atau penghapusan insuran 3rd party? With scandal plagued Bn saya tidak terkejut jika ramai org tidak percaya dgan implementasi Gst ini. pentadbiran DSN kena ingat, whilst gst may be a good instrument, if it did not improve economic condition of people on the street dan yg kaya hnya 'puak'2 tertentu shj then we may have to consider saying 'selamat datang pr ke putrajaya'.

Anonymous said...

mcm ne la dato, kami daj jenuh bayar cukai. Dari cukai jalan sampai lah cukai pintu. sebuat cukai pendapatan kakitangan gomen jadi mangsa. Nampak gaji lebih sket awal-awal lagi dah kena PCB (potongan cukai berjadual)dalam pay slip....ramai lagi yang kaya tak kena cukai.Fkr lah sendiri dato...OrangLame

Anonymous said...

Selain GST, kini dah tambah lagi idea bernas puak pandai-pandai nak kurangkan subsidi minyak dan gula.

Itu belum lagi tol.

Nampak sangat kecenderungan pemikiran kerajaan lebih bertumpu kepada poket sendiri.

Setakat ini belum ada lagi cerdik pandai yang bercita-cita nak mengurangkan kebergantungan sumber makanan yang dimport seperti gula dan beras. Benda asas seperti pengeluaran baja cara murah tanpa perlu import (bahan camporan) pun tak boleh fikir. Itu belum masuk dedak haiwan.

Kalau dulu bergantung kepada pembeli dari US dan Eropah kini cuba beralih kepada Arab dan China, mana perubahan paradigmanya?

Fed Up

pakbelalang said...

Jika mekanisma pengurusan GST tidak cekap ianya akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Orang kaya tidak akan merasai bebannya.

Pada pandangan saya banyak barangan keperluan asas mesti dikecualikan supaya rakyat berpendapatan rendah tidak tertekan dengan kenaikan kos sara hidup harian mereka.

Jika kerajaan gagal dalam melaksanakan GST ini dengan baik dan berkesan saya khuatir ianya nanti akan jadi bahan isu politik yang akan menjejaskan kedudukan kerajaan BN.

pakbelalang said...

Tak tahu siapa beri nasihat tidak betul
KOTA BHARU 3 Dis. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaruh kepercayaan terhadap semua penasihat yang memberi pandangan terhadap setiap keputusannya.

Bagaimanapun beliau tidak tahu siapa di kalangan penasihatnya yang dikatakan telah memberi pandangan tidak betul berhubung beberapa isu membabitkan soal pentadbirannya.

Jelasnya, setiap nasihat yang beliau terima akan dibincangkan terlebih dahulu dan jika berpuas hati barulah kata putus akan diambil.

comment:

Kalau mengharapkan bulat-bulat dari penasihat-penasihat untuk mentadbir negeri maka jelaslah memperlihatkan kelemahan Nik Aziz. Sebagai Menteri Besar beliau mesti mampu mempunyai ideanya tersendiri bagaimana untuk mengurus negeri.

Kalau setakat menghabiskan masa untuk berceramah sahaja saya rasa Nik Aziz tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan cekap. Adalah lebeh wajar beliau memberikan tumpuan berdakwah sahaja dan berundur diri sebagai MB. Berilah laluan kepada pemimpin yang boleh memberi tumpuan sepenuhnya mentadbir negeri Kelantan.

Dari segi physical, kebelakangan ini saya perhatikan Nik Aziz kelihatan uzur. Sudah sampai masanya beliau bersara.

affendi hussain said...

GULA
Kalo subsidi gula potong saya setuju..sebab apa?

1. Golongan tauke monopoli gula yg kaya raya serta besar kepala kena bersaing secara sihat tanpa perlindungan.
- Biar pasaran tentukan harga..kalau org lain boleh jual murah hangpa berlagak lg hangpa mampuih lah..pengguna untung. Org muslim yg selama ni dok canang kuat agama tu pun bolehlah praktikkan saranan Rasullullah dipanggil 'wasatiah'. Dlm islam sendiri tiada mekanisma kawalan harga..Islam biarkan pengguna dia guna akal & kawal nafsu untuk stabilkan harga melalui kawal demand-supply..org putih panggil "consumer power". Bukan secara 'subsidi mental & fizikal' mcm rakyat malaysia.

2. Kadar penyakit kencing manis dikalangan rakyat dapat dikurangkan.
- Kurang penyakit, kurang perbelanjaan kesihatan negara & lebih ramai rakyat yg produktif.
Tanyalah doktor..buat apa kita makan gula (sukrosa) banyak sgt lagi kalau dah makan nasik? Karbohidrat dari nasik tu akan diurai oleh badan menjadi gula (glukosa)...lepas ni belajaq lah minum teh & kopi tanpa gula mcm org China, Jepun & Eropah. Mati semut kerana gula..nanti ada org kata pulak lepaih ni biskut,coklat, kopi/teh/melo 3 dlm 1, air gas, air kotak pun naik harga lah.. maka jawapannya tetap 'wasatiah'.

Potong....potong,potong,potong...!
(peringatan utk yg suka sgt gula mcm iklan WIMAX)

BAHANAPI
Subsidi bahanapi saya tak setuju..biarlah ia stabil pada satu paras harga dlm tempoh jangkamasa yg panjang demi kebaikan ekonomi dari turun naik mcm Pak Lah buat dulu. Buat apa nak ikut trend spekulasi harga pasaran minyak yg org Yahudi kawal? Lingkup..rakyat & kerajaan kena give & take lah..jgn semua menyusah rakyat saja..habih buat apa bayaq cukai bg kt hangpa..kalau setakat alasan pembangunan semata temberang la..rakyat tak boleh subsidi, IPP boleh pulak bagi?

Bahanapi adalah "cost factor" perniagaan..mana ada org junjung atas kepala atau naik basikal bawa barang hari ni. Semua pakai lori. Kesannya ibarat tindak balas berangkai.

Mcm cth org yang tak periksa paip lama dia tu boleh tahan "pressure" terus buka maksima..maka bocoq tersembur sana sini, tak larat nak tutup lubang pecah, tampung sini bocoq sana. Tutup kepala paip balik pun lubang-lubang bocoq tetap tak hilang..pi mai pi mai lagu tu jugak..itu cerita Pak Lah punya kerja.. Tok Najib kenalah ambil iktibar noo. Saja nak habaq mai..kesian kat rakyat..


(",)

Unknown said...

Saya sebenarnya setuju malaysia impose GST nih. Jadi sapa yg banyak belanja (biasanya orang kaya dan peniaga) akan kena tax lebih lagi. Jadi takde isu orang kaya yang lari dari kena cukai. Kita kan maklum ramai peniaga terutama peniaga gerai tepi jalan dan pasar malam ramai tak bayar cukai pun. Jadi bila ada GST nih, takleh la mereka elak cukai.

Walaubagaimanapun, diharap bila kerajaan imposed GST nih, kurangkan tax kat tempat lain. Macam cukai kat kereta import atau cukai individu.

3rdfrom9 said...

Sokong ka tak sokong ka lepas nie mula dari tahun depan kena la bayaq. Tunggu la plak sampai wujud jenis cukai yang baru.

Terus la menyokong sehingga menbawa rebah.

Anonymous said...

Kesimpulan senang jer.

Kerajaan Malaysia dah nak abis dana untuk mengerakkan ekonomi Malaysia. Kenapa ?

1. Kerana dana milik Malaysia telah dieksport ke luar negara oleh pemimpin-pemimpin Malaysia.

2. Sumber perdapatan negara melalui sumber Asli semakin berkurangan.

Oleh yang demikian marilah kita rakyat berkorban demi negara agar tidak muflis untuk anak cucu kita pada masa depan dengan membayar cukai GST.

Yang sedihnya selepas berkorban demi negara. apakah dana Malaysia akan terus dieksport ke luar negara ?

Luke said...

GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).