Saturday, January 23, 2010

Yahoo! Saya Ditawarkan Tempat Di Universiti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KALAU tahun ini tahun 1969 dan saya sedang menunggu masuk universiti, saya pasti melompat kegembiraan, sambil menyanyi dan menari.

Apa tidaknya, dalam masa tiga hari, saya menerima khabar yang sangat baik. Dua universiti awam tempatan telah menawarkan tempat kepada saya.

Diputar laju ke belakang ke tahun 1969, saya memohon masuki Universiti Malaya dengan kelayakan Higher School Certificate (HSC) tetapi ditolak. Dengan itu berakhirlah cita-cita saya memasuki institusi pengajian tinggi.

Kembali ke tahun 2010, pemberitahuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 66600 itu menjemput saya menghadiri sesi taklimat dan temu duga.

Saya tidak mahu menyebut IPTA mana, tetapi apabila saya hubungi nombor yang diberikan dan bertanya petugas yang namanya tercatat dalam SMS, dari mana mereka mendapat nombor saya, dia tidak boleh menjawab.

Bila saya bertanya adakah mereka tahu yang saya seorang pesara aka warga emas, petugas itu menjawab dengan pertanyaan juga.

Dia bertanya adakah saya mempunyai anak atau saudara mara yang mahu masuk universiti.

Saya tidak mengatakan tidak baik bagi IPTA menggunakan SMS sebagai cara berkomunikasi dengan bakal siswa.

Tetapi daripada pengalaman saya menerima pemberitahuan SMS itu, saya bimbang pangkalan data yang digunakan oleh pembekal perkhidmatan SMS 66600 tidak tepat dan mungkin tidak sampai kepada sasaran.

Maksudnya, pelajar yang benar-benar berminat masuk IPTA tidak mendapat pelawaan, tetapi orang tua yang tak kena mengena macam sama mendapat jemputan kerana nombor saya ada dalam pangkalan data.

Seperkara lagi, sistem yang terbuka macam ini terdedah kepada penyalahgunaan dan, seperti saya katakan awal tadi, mungkin tidak sampai kepada kumpulan sasar.

Tapi dipelawa masuk universiti bukanlah satu-satunya “berita baik” yang saya peroleh melalui teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) minggu ini.

Melalui e-mel, saya juga dimaklumkan yang saya menang loteri berjuta Euro manakala seorang pelarian Nigeria sedang mencari saya untuk menolongnya menuntut wang berjuta dolar yang dibekukan oleh bank.

Seperti kata iklan klasik Astro, “macam-macam ada.”

43 comments:

Anonymous said...

Datuk,
Saya juga terima macam-macam mesej dan pelawaan dari pihak yang saya tidak kenali melalui telefon bimbit. Ada juga yang telefon saya minta jelaskan hutang. Sedangkan nama saya bukan orang yang berhutang dari dia. Kata pemanggil tu, nombor yang saya guna itulah yang selalu dia hubungi untuk bercakap dengan orang yang berhutang dengannya. Saya penin alaupun akhirnya berjaya meyakinkan orang itu bahaa dia telah menjadi mangsa penipuan. Persoalannya, macam mana satu nombor boleh digunakan oleh pengguna berlainan dan dalam kes lain pula, macaam mana depa tahu nombor dan nama saya apabila membuat sesuatu tawaran? Siapa yang bagi?

Nampaknya kemudahan ICT juga banyak memeningkan kepala kita. Lebih teruk, seorang kawan mendakwa rumah tangganya jadi kacau- bilau apabila isterinya mendapat salinan sms yang dikirim dan dihantar oleh kawan ni kepada mata ayaqnya. Betul atau tidak dakwaannya tu, saya tak pasti. Tapi cara dia bercerita tu meyakinkan saya. Kalau betul, adakah patut pembekal perkhidmatan membocorkan sms tu kepada seseorang, tanpa perintah polis atau mahkamah?

-- Balanglama

bzz said...

Datuk, teknologi membawa kebaikkan atau keburukkan.

Semalam, saya lihat pengguna twitter dapat meramalkan kemangkatan Sultan Johor lebih awal dari waktunya. Malahan, ada yg menggunakan blog utk menjadi kurang ajar dan tiada adab atas kemangkatan dibawah duli Tuanku.

Saya cadangkan, kerajaan menambah matapelajaran adab, tatasusila dan kehidupan di sekolah. Dari mereka kecil sampailah mereka mempunyai ijazah.

Azman said...

Patut depa bagi hon. doctorate Tuk...ada ka tawaran belajaq?:-)

Lily Abdullah said...

Salam yang berbahagia Dato'

Saya juga setiap hari menang berpuluh-puluh juta loteri.

Jika benar, alangkah bagusnya. Bolehlah saya mebnulis dan menerbitkan buku sendiri.

Mulanya saya memang sakit hati, email/sms begini. Lama-lama kelakar pun ada.

"Manyak ong woo, hali2 wa menang loteli" Sindir kawan saya yang berbangsa Tionghua. Lahir di Malaysia, tetapi tidak juga fasih-fasih berbahasa. :)

Alahai!

arzawahiri said...

Salam Datuk,
Datuk kena faham ini semua bisness datuk. Teknologi baru yg diperkenalkan tidak semestinya perlu efisyen dan mampu menyelesaikan masalah asalkan blh buat duit untuk keuntungan mrk yg pembekalnya. kadang ianya lebih bermasalah dan membebankan lagi berbanding cara mannual. Lihat saja pengenalan jawapan telefon berkomputer di hampir semua pejabat kerajaan dan swasta sekarang ini yang menjejaskan lagi kecekapan kerana sekarang terpaksa tunggu lebih lama untuk pemanggil menghubung orang yg dipanggil. Sementara panggilan dilayan oleh mesin menjawab kadang2 setengah jam lamanya, pihak pembekal telekomunikasi meraut hasil yg lumayan. Operator pula mampu berehat panjang kerana mereka sekarang sudah ada pembantu yg menjawab panggilan.

Geng Permatang Rawa said...

Assalamualaikkum Dato' AKJ,

Memasuki alam kampus merupakan impian bg mrk2 yg baru saja menmatkn alam persekolahan serta memperolehi keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan SPM/MCE dan STPM/STP/HSC, sy jg merupakan bekas mahasiswa, teringat jg ketika mula2 mendapatkn surat tawaran belajar ke USM sewaktu tamat tingkatan 6 dulu...

Walaubagaimanapon Dato' melihat drp keadaan semasa di sektor pengajian tinggi ketika ini, individu2 yg brgelar m'siswa/siswi belum tentu mampu menunjukkan tahap keintelektualan mrk itu spt kelayakan akademik yg mrk pegang, keadaan dan suasana belajar di kampus kini xsama spt di thn2 1970-an, 80-an dan awal2 90-an, ini krn prkembangan arus teknologi menjadi m'siswa2 kita menjadi terlalu manja dlm menjalankn tjwb mrk, spt mana cth, dlm hal2 menyiapkn tugasan ramai stdnt ipta/ipts yg gemar 'copy paste', xpon tiru essignment kwn nyer tp tacap2 skit gar peniruan xdikesan malah ader yg paling teruk sanggup upah org2 yg expert utk siapkn tugasan yg diberikn oleh pensyarah, academic crime mcm ni dh jd budaya dikalangan stdnt2 ipta/ipts semangat kesungguhan dlm menimba ilmu dan meneroka sumber2 ilmu yg pelbagai dh tiada lg bg stdnt ipta/ipts kini

Maka xheranlah klu mrk2 ni sukar utk dpt pekerjaan, sbb semasa dikampus dulu asyik mahu disuap saja, malah 'soft skill' langsung xde pd diri mrk ni, lepas tu salah kan pihak lain katenyer xberi peluang kpd mrk... m'siswa2 ipt mcm ni dh serupa brg reject yg trpaksa dibuang kedlm tong sampah krn xmemenuhi standard kualiti yg diingini oleh pihak majikan...

Walaupon org2 dulu mcm Dato' hanya setakat lulus HSC pon tapi pemikiran bagaikan sama spt org2 yg dh grad Master dan PhD, xbegitu Dato'?...

Quiet Despair said...

I think you are more knowlegeable than so many Profs.
So might as well be the president of the university,

Roti Planta said...

Dato',

Usah pelik kerana Universiti sekarang terpaksa menanggung sebahagian kos operasi melalui sumber sendiri. Jadi mereka berusaha membuat tawaran kepada sesiapa sahaja asalkan datang mendaftarkan diri bagi membolehkan mereka mendapatkan geran daripada kerajaan. Mereka tidak lagi memikirkan kualiti calon yang ditawarkan.

Beberapa rakan saya sedang belajar di sebuah universiti diselatan semenanjung mempunyai lulusan SAP dalam SPM dan lulus grade 8/9 bagi mata pelajaran BMelayu manakala matapelajaran sains dan matematik lain hancusss. Mereka sedang mengambil Sarjana Muda Kej Mekanikal!!. Pihak Unversiti kononnya memberi peluang berdasarkan pengalaman... umur dah tua heheh. Lalu mereka letakkan syarat, sebelum tamat pengajian kena ambil dan kredit SPM Bahasa Melayu. Jadi lulus matapelajaran kejuruteraan dulu baru lulus SPM hehhe.

Jadi Dato' bayangkan kualiti Universiti kita sekarang.

Bye/ Roti Planta

zainal abidin awang kechik said...

tok..
anak saya pun kena jugak..
Dia dah dapat tempat di Yale,dah 2 tahun,
dapat surat dari IPTA.

e Elotronik / e computer. punya hal.
Saya terperanjat jugak. INGATKAN tok di terima menjadi Phd/Proff Madia ka..
apa pun..sampaikan salam kasih ke pada BONDA tok tercinta

salam

Tinta Hitam said...

kah kah kah..Sindiran yang baik, Datuk.Datuk punya "sense of humor" boleh tahan juga...Tu belum lagi tawaran utk menguatkan @#$% dan memanjangkan &*(%$.Saya selalu terima tawaran ni dari email dan SMS...

OKJ said...

Salam DAKJ

10 Carta hitz Bloggers

Internet ni macam macam ada. Dari yg baru dan betul sampai yg fitnah dan fraud pun ada. Sampai susah nak bezakan. Saya rasa dah sampai masanya diadakan ‘rating’ ala ala rating lagu-lagu hit. Contohnya 10 carta mingguan / bulanan blogger yg paling aktif,10 blogger yg paling dipercayai,10 blogger yg paling kuat menipu dan pembelit, 10 yg menambahkan ilmu, 10 yg mengurangkan iman dan ilmu, 10 pro kerajaan terbaik, 10 pro pembangkang terbaik, 10 yg artikelnya berlandaskan ilmu pengetahuan, 10 artikelnya berlandaskan perasaan, 10 artikelnya berdasarkan cakap dengar, 10 artikel berdasar dendam dan sebagainya.

Dengan ini, pelayar-pelayar internet boleh dapat idea, berapa peratus kepercayaan nak diletakkan atas satu satu artikel oleh blogger ke, newspaper dan sebagainya. Nak percaya 100% ke, tak percaya 100% ke, percaya 50-50 ke, 10% je yg boleh percaya ke. Mungkin Malaysia menjadi negara pertama di dunia yg ada carta hitz yg menyeluruh ni. OK juga rasanya. Sekian dan selamat malam semua. TQ.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Dato'

Yang kelakar tu ada pulak ramai yang dapat tawaran tempat dan scholarship untuk kursus yang langsung dia tidak minat dan tiada kemampuan akademik....

Anonymous said...

Tahniah Datuk kerana akhirnya dapat juga tawaran ke universiti. Biar lambat asalkan dapat. Tapi kesian pulak kat budak-budak yang memohon untuk ke menara gading itu kerana ini bermakna satu peluang bagi depa sudah berkurangan.

Oleh itu, saya cadangkan tak payahlah Datuk terima tawaran tu. Mungkin, lebih baik tawaran tu ditawarkan kembali kepada orang yang menawarkannya kepada Datuk kerana ternyata depa perlu banyak belajar lagi. Kalau nak buat tawaran kepada Datuk pun, bagilah jawatan sebagai tenaga akademik atau paling kurangpun sebagai prof dalam bidang media dan kewartawanan.

Dalam kes ni, saya rasa mungkin pihak universiti berkenaan perlu lebih teliti dalam menjalankan tugs depa, atau pihak yang nak menipu tu perlulah belajar banyak-banyak lagi cara untuk menipu.

--Badek Kursani

Geng Permatang Rawa said...

Seingat sy pd thn 1998 Dato' telah dianugerahkn Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh USM, yg sy tahu anugerah2 kehormat sebegini bknnya boleh diberi kpd sembarangan individu, hanya mrk2 yg pernah menyumbang jasa kpd masyarakat, dan negara saja yg layak menerimanya, maaf Dato' sy bkn nk mempertikaikn psl Ijazah Kehormat itu, tp pd tawaran melanjutkn pelajaran yg baru saja Dato' terima melalui sms itu, sy fikir mmg kelakar giler biler seseorg yg tahap kematangan fikiran yg tinggi ditawarkn utk mengikuti kursus2 yg jauh lebih rendah tahapnya, xbegitu Dato'?...

Quantum Metal Consultant said...

Perubahan masa dan teknologi 'mematangkan' kita.

Terima seadanya dan kembalilah kepada 'jauhari juga mengenal maknikam'

alunbm said...

Tak tau hujung pangkai,tiba2 mai sms bagitau anda memenangi rm10,000 dari salah sebuah syarikat minyak...WOW...banyak tu.

Tapi dok pikiaq2 maarop sintok manala yang sanggup bagi duit pree zaman lani.

Tapi yang lawak tu masih ada orang diluar sana yang kelabu mata tak sedaq dengan penipuan macam ni...silap haribulan bukan kata masuk ribu2 tapi kena sampai kerin akount sendiri depa tarik.HATI-HATIlah dengan AUTA macam ni...

Dr Ismail Rejab said...

Dato Kadir.

Sama ada betul atau tidak betul berita itu tidak penting.Yang mustahaknya sekarang ini mendapat tempat di university bukan lah membawa feadah tapi bala yang besar bagi ibu bapa kan penuntut itu.

Kenapa saya kata bagitu Dato.

Pada tahun 1969 di Malaysia hanya lah ada satu university ia itu University Malaya.Penuntut yang keluar university waktu itu macam anak emas dan jika boleh masok university macam kena loteri first price.

Sekaranag ini terdapat macam University.Satengah nya nama pun tidak pernah dengar.Setiap negeri termasok Perlis pun ada university.

Banyak penuntut university sekarang ini bila keluar university tidak ada kerja dan ramai yang jadi Cashier di supermarket.Ada yang balek kampong memotong getah dan ramai juga yang jadi GRO di kelab2.

Saya ada buat iklah untok jawatan Pegawai undang2.Jawatan yang kosong hanya satu tapi yang memohon hampir 150 orang.Semuanya lulusan undang dari university tempatan.Bila interview ramai yang tidak boleh bercakap inggeris.Bila suruh buat essay dalam bahasa ingeris hampir semua mereka tidak dapat menulis dengan baik dalam bahasa inggeris.

Dato.Ini lah standard pendidekan kita sekarang.Amat sedeh.Menteri2 UMNO termasok menteri Pelajaran hanya pandai main politik.Wang Raayat di bazirkan berbillion ringgit untok memberi pendidikan kapada raayat.

Dato,lagi lima tahun saya ingat ramai Peguam2 akan buka pejabat di bawah pokok Cherry dengan satu meja dan laptop dan printer.

Anonymous said...

Salam Datuk AKJ,

Lah saya ingat dapat tawaran menjadi pensyarah bertaraf Prof. Pelawat, rupa nya lain cerita nya. Pasal dunia ICT saya pun terkena bulan lepas dari banh berkategori Bank Islam, saya dapat surat peguam menuntut bayaran tunggakan berbelas bulan atas pinjaman peribadi yang tak pernah saya buat dari sebuah cawangan nya di lembah kelang, mesti lunas dalam tempoh 14 hari, kalau gagal tindakan undang - undang akan di ambil termasuk mereka datang ke rumah atau pejabat. Haru punya hal. bila semak rupanya nama serupa tapi ic, hp dan alamat sama. Ini mereka guna IT secara buta tuli tannpa semak perkara perlu. Maaf secara resmi dari pihak pengurusan bank itu sampai hari ini pun tak da.

Pak Malau.

nurimo said...

Salam Datuk,

Kadang-kadang risau juga iklan sms,kerap sangat bunyi,dari pasar raya pun ada kata ayam murah hari ini.

Tapi sms yang tawarkan kalau nak gambar sex untuk masuk kat handphone,sila tulis sila tekan jarak dan hantar no,xxxxx,
ni yang merisalkan,sekiranya masuk kat handpphone budak2 sekolah.

Orgkpgdoha said...

Hehehe..ketawa besaq saya bila dengar ceta sms IPTA ni...Ni mesti kerja pemalas atau nak kerja senang...Mcm ni pun ada.....
Ketawa besaq dapat tahu org tua DKJ dapat masuk Universiti.

orgkpgdoha said...

Tak pe datuk ,...nanti geng geng dari negara "India" yang dilantik datang buat kerja ICT untuk gomen..harap2 boleh ok la nanti.

Anonymous said...

Pak Ngah,

ini kan cerita basi...pak ngah sendiri cakap cerdik dgn pandai tak serupa. bebudak sekarang namanya graduan layaknya macam orang MCE 20 tahun dulu... itu sebab bila saya cakap tuan politik kini ni macam keldai sebab dia nak suruh anak melayu keldai keluar universiti....cerdik pandai dia tak mahu sebab tak larat nak tepis soalan yang tak terjawab. itu sebab letak AUKU supaya bebudak kita tak boleh berbahasa....

Kepada Dr Ismail Rejab...saya banyak kali bertanya adakah kurang Melayu saya kerana saya fasih berbahasa Inggeris...itu sebab bebudak sekarang bodoh dan bengap sebab bahasa ilmu sekarang ni bahasa inggeris. Bila saya tulis pedas macam ni orang selalu marah dengan saya...tapi inilah hakikatnya... dan macam pak ngah sendiri cakap malas membaca....

Baik tak usah masuk universiti. ambik saja certificata microsoft offis jadi kerani, tak payah ada hutang pergi university. Belajar waktu bekerja lepas tiga tahun lebih cerdik dari bebudak university yang buang masa dan duit.

Aiya letih lah Pak Ngah.

Keturunan Jebat

pakbelalang said...

100,000 Places For Bumiputera Students Taking Critical Courses




TEMERLOH, Jan 24 (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) will offer 100,000 places for bumiputera students taking critical courses during the 2010/2011 university session.

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah said UiTM would be offering some 200,000 places in total, double the 100,000 places presently.

comment:

This is the best strategy to uplift the well-being of the bumiputras. It is through education.

With goood education they can be thrown away anywhere in the world and survive.

This is the only way to get the bumiputra families out of poverty.

Nazir Azhari 017-6878129 said...

Tuan Kadir, saya ada satu berita baik. Email spam dari Nigeria dan email menang loteri berlaksa-laksa Dollar itu terhenti pada hari Ahad. Mengikut pemerhatian saya lah. :D

Dr. Ismail Rejab juga berkata perkara yang benar. Semasa saya di Universiti Pertanian suatu ketika dahulu, ada pelajar-pelajar yang mahu masuk kumpulan tugasan yang diberikan pensyarah dengan memberikan sumbangan 0%. Mereka lebih suka menumpang nama dan markah sahaja. Kadang kala nama sahaja kerja berkumpulan. Tetapi yang membuat kerja seorang sahaja. Hmmmm.

Pelajar begini yang pandai mengambil kesempatan orang apabila menjadi pegawai besar di dalam kerajaan, lebih suka mengarah anak buah membuatkan tugasan (yang beliau sepatutnya buat), kemudian mengaku tugasan ini hasil kerja beliau di depan bos sendiri.

Pelajar Melayu Kelas Pertama dari universiti bekas negara penjajah pun lebih suka buka bisnes sekarang daripada makan gaji. Lagi satu sebab kenapa calon temuduga sekarang rendah kualitinya.

mad said...

saya setuju dengan pendapat dr. ismail. memang benar apa yg beliau tuliskan. adik saya yg sudah 3 tahun keluar dari sebuah universiti tempatan kini masih mencari kerja dan buat sementara ini dia bekerja sambilan sebagai salesman bergerak menjual buku.

seperti kebanyakkan lulusan universiti tempatan lainnya, penguasaan bahasa inggerisnya juga tidak seberapa. saya yakin peluangnya mendapat pekerjaan akan lebih cerah jika bahasa inggerisnya baik. agak memalukan lulusan universiti tempatan kita agak kurang mahir berbahasa inggeris. fenomena ini saya rasa bermula sejak tahun 80an apabila bahasa inggeris mula dihapuskan sebagai bahasa pengantar di sekolah. nasib baiklah saya sempat belajar dalam aliran bahasa inggeris di sekolah rendah pada akhir tahun 70an. saya juga mendapat markah terbaik inggeris dalam kelas saya apabila saya memasuki kelas aliran bm di sekolah menengah kemudiannya. sekarang saya bekerja disebuah firma swasta dan saya yakin sebahagian besarnya disebabkan penguasaan inggeris saya yg baik.

jelas disini bahawa bi adalah penting utk mendapat pekerjaan lebih2 sekarang zaman internet dimana bahasa pengantar utama adalah bi. itu belum lagi termasuk buku2 rujukan ilmiah yg banyak terdapat di pasaran.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Pembahas yang dihormati,

Saya yakin, dalam hal ini dua IPTA itu tak tahu pun siapa saya. Kalau mereka tahu, takkanlah mereka nak ambil saya jadi pelajar tahun satu.

Main bantai kromo saja.

Inilah bila mereka guna sistem SMS 66600 tapi tidak pastikan pangkalan data (data base).

Kena tipu dan susahkan orang pula.

Saya rasa kita pun boleh persoal dan mungkin juga ambil tindakan undang-undang ke atas syarikat telekom (telco) yang jual nombor telefon kita kepada pelanggan 66600 ni.

Saya harap Suruhanjaya Multimedia dan Kementerian berkenaan siasat dan kawal hal ini.

Kalau tidak, ia boleh membawa kepada "the theft of identity" yang teruk dan boleh memporak-perandakan masyarakat.

PS: Betullah USM bagi saya Doktor Kehormat Persuratan. Dah lama tu. Tapi terima kasihlah sekali lagilah kepada USM.

Terima kasih.

langit biru said...

SMS hantu banyak.

Blogger hantu, blogger sampah pun banyak.

Harap polis ambil tindakan segera dan tegas kepada Blogger yang hina Al-Marhum Sultan Johor.

Anonymous said...

Ala apa nak heran datuk..

Saya ni ha hali-hali petronas bagi wang sama saya tp tk pernah plk sampai ke akaun saya.

mak-oi

affendi hussain said...

Bzz said:
"Datuk, teknologi membawa kebaikkan atau keburukkan.

Semalam, saya lihat pengguna twitter dapat meramalkan kemangkatan Sultan Johor lebih awal dari waktunya. Malahan, ada yg menggunakan blog utk menjadi kurang ajar dan tiada adab atas kemangkatan dibawah duli Tuanku.

Saya cadangkan, kerajaan menambah matapelajaran adab, tatasusila dan kehidupan di sekolah. Dari mereka kecil sampailah mereka mempunyai ijazah."


Pada pendapat saya mereka itu gagal menghayati Rukunegara mereka sendiri..kalau dikalangan bukan melayu tu dah macam kebiasaan skrg tetapi yg melayu tu memang tak tau lah nak kata apa lg..

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN & KESUSILAAN

Kalau mereka faham mereka takkan bersikap biadap dan menyakitkan hati serta membuat onar & provokasi. Samalah mcm org Islam yg tak faham Rukun Islam & menjadi tipikal mentaliti subsidi.

("/)

ab said...

Salam dato,

Ape he' ni....

Sekolah susah, tak sekolah susah...
Masuk universiti susah, tak masuk universiti susaaah...

Tak ada sekolah susah,..tak cukup sekolah susaah....

Tak ada universiti susah, ada banyak universiti susaahhhhh.

Tak ramai masuk universiti susah..
Ramai masuk universiti susaaahhh.....


FAKTA: Bolih kesekolah, bolih ke maktab,bolih keuniversiti , pencapaian akademik sekolah, maktab, kolej dan universiti dan taraf pelajaran ORANG MELAYU di malaysia adalah terbaik didalam 50 tahun ini!...NO DOUBT ABOUT THIS!.


NI yang dok jadi he' nya...

NEW GENERATIONS OF:

.grumblers
.blarneys
.plagiarists
.conartists
.swindlers
.scammers


Saya tidak fikir subjek-subjek macam tu diajar kat sekolah, maktab,kolej dan universiti......


Apa nak jadi dema ni ?



Abu Bakar Ab Rahman

yes said...

Yang untung nya syarikat telipon, kita tel balik dia dapat satu call. Kita tel kawan, dia dapat lagi satu call. Duit masu. Serupa dengan bila kita mengundi AFUNDi.

Anonymous said...

apa nak jadi lah sekarang ni semuanya lintangpukang,tunganglangang.saya hari-hari dapat sms lucah (nak tengok gamabar dan video saya).tak tau saya siapa yg sepatutnya kawal perkara2 ni

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Maaf lari tajuk sikit Tuk.

Bila saya baca komen Orgkpgdoha (12.02am), terlintas hendak tanya pula pasal cerita-cerita tak rasmi yang mengatakan kerajaan dah mula nak jemput SME-SME dari India dan China melabur di sini.

Kalau betullah cerita-cerita tersebut, apa akan jadi kpd SMEs kita sendiri? Dah tentu bermacam insentif menarik akan ditaburkan kpd SMEs luar ni.

Dah desperate sangatkah nak tambahkan FDI sampai SME pun dikira ok?

Terima kasih

Azman Mohd Isa

OKJ said...

Salam DAKJ

Muka tembok

Bercakap mengenai internet ni, dengar ceritanya, blogger yg menghina Sultan telah menyerah diri. Baguslah tu, TAPI salah tetap salah dan hukuman tetap kena. Dan semua orang tahu blogger keparat ini penyokong kuat tahap taksub pada parti mana dan ulama mana. Maaf cakap tapi agaknya kenapa perangai dia jadi macam setan ye? Produk macamni ke yg nak dilahirkan oleh Islam?

Saya tahu jawapan dari parti Islam liberal @ khawarij adalah blogger ni bukan ahlinya dan bukan suara mewakili parti pun. Jangan takut, rakyat Malaysia juga tahu memang pun keparat ni tulis pakai kepala lututnya sendiri je.

Cuma, mungkin ini satu lagi bayaran cash yg diturunkan oleh Allah untuk kita bermuhasabah diri supaya lain kali jangan main tuduh je seperti semua ahli UMNO tolak hudud. Yang saman hukum hudud dulupun, dah kemana sekarang ni. Nasib baiklah rakyat Malaysia hanya menyalahkan blogger keparat tersebut je dan tak meyalahkan parti yg didokongnya tahap taksub. Pikir pikirkanlah kepada yg selalu menuduh tu. Dah berapa kali malu ni tapi tak malu-malu lagi ke. Muka tembok. Sekian TQ.

Anonymous said...

Pak Belalang,

Dari zaman Che Det jadi PM lagi kita rakyat Malaysia dok bincang pasal soal kuantiti vs kualiti dalam aspek pendidikan.

Saya kira ramai graduan melayu tak pandai cakap orang puteh selain lemahnya penterjemahan ilmu ditempat kerja memberi petanda jelas polisi semasa mementingkan kuantiti.

Kalau saya, saya tidak akan cepat seronok dengan angka 100,000.

Tambah pula peluang kerja di masa hadapan tidak berkembang secara seiring.

Itu belum kira kelembapan agihan dari PTPTN (sebab tabung sikit kot), kos hidup pelajar yang meningkat bukan sedikit dan lain-lain.

Jika budak-budak asrama pun mengeluh, apa lagi siswa-siswi kita.

Saya jangka ia bakal jadi satu lagi retorik politik.

Fed Up

Dr Rejab said...

Dato.

Boleh dato siarkan berapa banyak university yang ada di malaysia sekarang,baik yang di taja oleh kerajaan dan privite sector.

Saya sudah tidak dapat kira.Juga perlu kita tahu berapa banyak university yang di miliki oleh bumiputra dan bukan bumiputra.

Anonymous said...

ya...macam-macam ada...

SBT ANGAT KUALITI SEKOLAH TERBAIK KE TARAF DUNIA – TPM - melayau

Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Sekolah tersebut melibatkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.

“Antara lainnya membenarkan pelajar menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.



BENDA APA SEMBAB NI CAKAP… kah kah kah..

BANGANG… ADA PILIH PILIH SEKOLAH… kah kah kah..

APA AKAN JADI BERIBU RIBU SEKOLAH YANG TAK TERPILIH… kah kah kah..

MESTI YANG DITINGGAL SEKOLAH DI KAMPONG DAN DI FELDA…kah kah kah..

NGOOOK PUNYA MALAON… kah kah kah..

TARAF DUNIA INI APA?... kah kah kah..

MANA PATUKAN DAN APA RUJUKAN… kah kah kah….

nota:
macam macam projek nak tipu orang kampong
macam macam dibuat nak tipu mak cik felda
tapi anak sendiri hantar ke luara negara!

p/s: sekolah datuk terpiliha ka?
sekolah saya tak terpilih pon..:(

man remos

pakbelalang said...

Start character-building in schools, says Dr Mahathir
2010/01/26

By Adib Povera

SINTOK: Tun Dr Mahathir Mohamad yesterday proposed character-building be included in the education system.
The former prime minister said it is time to have a subject on the matter in schools to mould children into better persons.

comment:

For Muslim children, religious school teachers must emphasise more in moulding the character of the Muslim children to become good Muslims.

Just learning Islamic studies but without giving proper guidance how to be a good Muslim is meaningless.

I wonder whether it is in the sylabus the learning of reciting the Quran in religious school inclusive of understanding each verse or just simply reciting the Quran until "khatam" without understanding the contents.

Anonymous said...

OKJ,

Menarik perhatian saya, bilamana temubualnya di MalaysiaToday guna bahasa lu-gua.

Mampos mungkin nahu bahasa sehariannya tapi sedihnya bila merujuk kerabat di raja, tak reti-reti nak tapis sendiri.

Masa sekolah rendah lagi dah belajar kata nama kedua dan ketiga bagi kerabat di raja adalah berbeza. Begitu juga dengan beberapa perkataan tertentu.

Kalau ikut perlembagaan si blogger tu boleh ke dianggap bukan melayu kerana tidak mengamalkan bahasa melayu sebagai bahasa harian?

Harap hidupnya cara melayu dan agamanya islam kalau tak memang sah melayunya dah hilang.

Fed Up

langit biru said...

OKJ,

Parti Islam liberal @ khawarij tu kan UMNO!

ali ahmad said...

Dato',

Saya amat setuju Suruhanjaya Multimedia ambil tindakan undang-undang terhadap telco-telco yang jual informasi pengguna kepada SMS operator ini.

Nama, nombor K/P, nombor talipon dan sebagainya bukan untuk dijual sana-sini tanpa kebenaran. Ini melanggar hak individu......

nasib baik saya miskin.....

kalau saya kaya....saya saman juta-juta telco-telco yang jual nombor talipon saya......

TAPI, telco-telco ini kekawan......

buat saman pun buang masa, buang duit....yang jadi kaya...lawyer-lawyer buruk...surat demand yang pakai photostat aje boleh caj puluh-puluh malah ratusan ringgit...sebab kertas photostat pakai 120gm punya tebal....


ada suruhanjaya pun.....LALOK JE 24 JAM....

....ADA SURUH...ADA KERJA

...itu sebab nama dia SURUHANJAYA...

...what a place named M........

Anonymous said...

Pak Ngah,

rasanya tertebus mulut saya yang dah berbuih selama sepuluh tahun bila seorang pegawai tinggi kerajaan mengaku "Malaysia has lost its competitive edge by not producing english speaking graduates and technically proficient ones" bila saya menghadhiri mesyuarat di sebuah kementerian baru baru ini yang dijemput khas untuk megadakan perbincangan untuk menaik tarafkan kualiti perunding tempatan.

Padan muka, dulu bila kita cakap siap nak black list kita. Letih! Tu sebab saya panggil kita punya political masters "keldai" semuanya tak nampak sebab isi perut sendiri.. I do have a lot of axe to grind but this is not the forum..Just to share with you.

Itulah beza government civil servants dulu dengan sekarang...dulu dulu always nation building first before the political masters desire..sekarang semuanya penakut...benda yang salah pun tak nak tegur sebab takut kena tranfer ke ulu tembeling...

Keturunan Jebat

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).